|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 4:22 pm | |
| Sam Anak Pelakon Khaty Fauziah dan adik kepada pelakon Zizie Ezette Ini la anak Khaty fauzah Dan adik Zizie, Sam ni sekarang tengah naik. Pengarah dah sibuk cari dier..mungkin dah rezeki dia kot..masa ni filem lakonan nyer dalam jangan pandang belakang congkak tengah di tayangkan..nak tgk dia berlakon gi la pawagam..jangan beli cetak rompak dah.. k la layan la gambar artis baru ni |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 4:24 pm | |
| Stacy Mempunyai Kuasa Energetic ?
Tenaga dan kesungguhan Stacy di atas pentas sememangnya mengagumkan. Gadis kelahiran Sabah ini mampu menari dengan baik dan cantik. Masakan tidak, dia biasanya akan mengikuti kelas tarian sebanyak tiga atau empat kali seminggu dengan durasi empat jam setiap sesi.
"Kalau ada persembahan pula, saya dan rakan-rakan akan berlatih setiap hari termasuk memikirkan teknik-teknik tarian," katanya.
Zoom Admin turut mengikuti perkembangan Bintang Akademi Fantasia Ini.Suara,Tenaga dan seni Tariannya memang Power and superb..
Biasa bahh...Kecik-kecik cilii padi..Sabah Mari..
Stacy kini sedang menyiapkan klip video lagu Pakai Buang yang ditulis oleh Edry KRU.
Stacy dan Adam juga bakal berduet dalam sebuah lagu untuk album runut bunyi filem My Spy, juga terbitan KRU. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 4:26 pm | |
| Elyana terpaut jejaka sushi ???
ELYANA bakal bergelar tunangan orang pada 11 Julai ini
TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba penyanyi yang sinonim dengan kaki ayam dan sifat selamba, Elyana, 22, akan menjalani satu tingkat dalam fasa kehidupannya sebagai gadis.
11 Julai bakal menyaksikan pemegang nama Erneelya Elyana Emrizal menjadi tunangan kepada K (nama mahu dirahsiakan), seorang pengusaha restoran sushi di Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Zoom Admin Mengucapkan Selamat Bertunang..Semoga kekal ke Jinjang Pelamin..
Tiga tahun menyemai cinta bersama, hati mudanya kini bersedia untuk memulakan langkah ke alam perkahwinan.
Pada awal perkenalan, ‘jejaka sushi’ tersebut tidak mengenali Elyana sebagai seorang penyanyi. Perkenalan yang diusulkan seorang kawan itu juga bermula hambar.
Namun bak kata pepatah, ikan di laut asam di darat, di dalam kuali bertemu jua. Jalinan cinta terbentuk setelah masing-masing merasakan ada magnet dan listrik antara mereka.
Selama berkawan, Elyana yang mesra dipanggil Nana dengan bakal tunangannya, K, tidak terlepas daripada menjadi bahan tohmahan orang kononnya mereka tinggal serumah.
Elyana tidak lagi tinggal bersama di kediaman ibu bapanya sejak lebih setahun lalu, sebaliknya pulang ke rumah sendiri kerana mahu berdikari.
'K’ (baju petak) menjadi pilihan Elyana walaupun jarak usia mereka ialah 12 tahun. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 4:28 pm | |
| Rebecca Tunggu Pinangan ?? Gadis Kecik Molek Ini Yang Giat Menjalankan perniagaan Pusat Mencuci Kereta..Kalau Teringin Nak Basuh kereta di Pusat Mencuci Kereta Rebecca "Just Hand Car Wash" di Ampang Point, Ampang, Selangor Usaha Tangga Kejayaan,Biar apa orang lain cakap kalau dah nekad buat business teruskan jer..nanti dah berjaya sure berduyun2 kawan-kawan datang... PROFIL NAMA: Rabecca Nur Al-Islam Ahmad USIA: 23 tahun TARIKH LAHIR: 30 April 1986 ASAL: Johor Bahru KERJAYA: Pelakon, pengacara dan model DRAMA/TELEFILEM: Antaranya Simbiosis, Gerak Khas, Dua Hati, Dendam, Cinta Bukan Di Atas Kertas, Korban Sakina, Tangisan Bulan Madu, Bulan Bertemu Bintang, Selembut Sutera Kilauan Mutiara, Sutera Maya, Gadis Kosmo, Kasih Alam dan Serpihan Laungan Takbir FILEM: Malaikat Maut TEATER: Anom, Di Mana Bumi Dipijak dan Sirah Junjungan Tahajud Cinta |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 4:33 pm | |
| Semoga Berbahagia Nurul Hana Che Mahazan dan Mohamed Raqeem Brian Abdullah Info BrianNama penuh: Mohamed Raqeem Brian Panggilan: Brian Tarikh lahir: 7 Ogos 1974 Umur: 35 tahun Asal: Kuching, Sarawak Jawatan: Pengurus Program Hitz FM INFO NanaNama Penuh: Nurul Hana Che Mahazan Panggilan: Nana Tarikh Lahir: 1 Julai 1983 Umur: 26 tahun Asal: Muar, Johor Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik Pendidikan: Diploma Pengurusan Teknologi Maklumat, Cosmopoint Profesion: Penyampai radio Era dan pelakon Filem: Maut dan Gangster. Solekan: Famee (012-2280178) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 4:34 pm | |
| Brad Pitt tak mandi ??
JANGAN tertipu apabila bintang pujaan anda tampil segak bergaya pada majlis besar. Ada kemungkin hanya rupa mereka cantik dan kacak tetapi mereka sebenarnya tidak mandi.
Itulah yang terjadi kepada aktor terkenal Brad Pitt yang terlalu sibuk sehingga tidak sempat mandi. Malah, kekasih kepada aktres Angelina Jolie itu hanya menggunakan tisu basah pelembap bayi untuk menyegarkan semula badannya.
Aktor berusia 45 tahun itu mempunyai enam orang anak termasuk tiga anak kandungnya bersama Angelina Jolie. Disebabkan itu, kadangkala dia tidak ada masa untuk membersihkan dirinya.
Pelakon yang bergandingan dengan Brad dalam filem InGlourious Basterds, Eli Roth memberitahu: "Brad pernah berkongsi tip apabila berpeluh dan tidak ada masa untuk mandi, dia hanya menggunakan tisu pelembap bayi untuk mengelap ketiaknya.
"Brad juga kata, berada di lokasi penggambaran dan dalam masa yang sama menguruskan enam orang anak, dia akan membawa beberapa helai tisu pelembap. Dia juga selalu terkena kencing dan tidak sempat untuk mandi dan itu satu-satunya cara terpantas membersihkan diri."
Brad berkongsi tip tersebut bersama Eli apabila terkejut tentang pengakuan wanita itu yang tidak ada masa untuk mandi ketika mereka sama-sama terlibat dalam pengambaran filem baru itu.
"Saya rasa itu tip yang amat berguna. Kalau sekarang badan saya mula berbau, saya akan gunakan tip yang diberi Brad," jelas Eli
Iskkk....Macam Ner la artis ni erkk...tak mandii...??? bz macam mana pun tak kan mandi pun tak sempat...Apa Lagie Comment la...Artis Pujaan Mu Ini... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 4:36 pm | |
| Elly Mazelin apasal lama dah tak dengar citer dia ni.. dia nih cantik, bodulicious, tapi apasal tak berapa famous ek? aku suka dia nih.. muka dia ni tak jemu dipandang . dulu masa awal2 kemunculan dia biasa jer, tak sangka bila dah kurus terus jadi lawa.. aku bukak sembilu kasih pon sebab nak tengok muka dia aku bukan nak wat gosip, tapi nak tanya jer. aku dengar dr kawan2 aku (bukan aku yang kata tau! ), dia ni ada dibela oleh kerabat (tak ingat lak kerabat mana ).. diorang kata macam tu sb no wonder dia leh pakai 4wheel (masa berlakon citer sembilu dia ada gak guna keta tuh, aku pon ada tengok dia berlakon guna keta tu). walhal tak dengar pon sebarang citer or show pasal dia. ada sapa2 leh pastikan kesahihan berita nih? anyway ini khabar angin.. tak tahu betol ke tak |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 4:53 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 4:54 pm | |
| Stacy tidur tiga jam
Seperti kebanyakan artis baru yang mula berasa tempias populariti dan kehidupan sebenar dunia glamor apabila berkecimpung dalam bidang seni, hakikat itu turut dirasai Stacy.
Katanya, cabaran untuk artis baru sepertinya lebih besar apabila perlu bersaing dengan ramai artis termasuk penyanyi senior yang sudah mempunyai banyak pengalaman.
"Ketika di akademi, saya pernah berimaginasikan rentak dunia seni. Namun, apabila keluar dari akademi, saya dapati realitinya jauh berbeza dari apa yang saya mimpikan.
"Secara jujur, saya agak terkejut dengan senario sebenar persada seni dan barulah saya tahu betapa susahnya apabila berhadapan dengan realiti.
"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana sewaktu berada di Akademi Fantasia, saya didedahkan dengan pengetahuan dunia seni dan ini sedikit sebanyak membantu saya menerokai pentas hiburan," katanya.
Ketika namanya sentiasa meniti di bibir peminat, sudah tentu banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukannya untuk terus berjaya menggapai impian sebagai insan seni.
Tanpa berselindung, Stacy mengakui sejak menjadi artis popular, waktu tidurnya bukan saja tidak menentu malah tidak cukup. Ada waktunya, dia hanya dapat tidur cuma dua atau tiga jam saja.
"Boleh dikira dalam sehari berapa jam saja saya tidur. Kalau dulu, ketika saya menyanyi di kelab, habis kerja lewat malam, tetapi saya dapat gantikan masa tidur di siang hari.
"Namun, sejak menjadi artis, waktu tidur saya hanya tiga atau empat jam sahaja sekiranya ada persembahan. Ketika awal jadi artis, saya agak pening dengan jadual tidur tetapi lama-kelamaan saya berjaya mengatasi masalah ini. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Fri 10 Jul 2009, 2:41 pm | |
| TEKA NI ANAK SAPA????? |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Fri 10 Jul 2009, 2:43 pm | |
| Gambar Bayi Anak Lelaki Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Comelnya anak pasangan kontroversi Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Abdul Radzak yang baru dilahirkan semalam. Bayi penyeri hidup yang diberi nama Aidit Rayyan Rizqin itu seberat 2.9kg. Rayyan dilahirkan petang semalam di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Bayi itu sempurna dan sihat. Semoga kehadiran bayi comel itu akan menjadi jambatan penyambung ikatan yang bermasalah sejak awal ibu bapanya berkahwin. Rita dan Aidil berkahwin di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga Aidil. Rahsia itu dibongkarkan hujung tahun lalu apabila Aidil memberitahu ahli keluarganya. Ekoran itu timbul kontroversi pasal hubungan dingin pasangan itu dengan keluarga. “Kehadiran anak sulung ini diharap akan memberi lebih kebahagiaan kepada kehidupan kami sebagai suami isteri. Insya-Allah dalam apa sahaja keputusan yang akan dibuat, kepentingan Rayyan akan didahulukan,” kata Rita kepada media yang melawatnya di hospital. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Fri 10 Jul 2009, 2:46 pm | |
| Gambar Zoey Mengerjakan Umrah di Mekah ACAPKALI mereka yang mengerjakan Umrah ke Mekah sering pulang dengan membawa suatu keinsafan dan perasaan yang sangat bersyukur terhadap Allah subhanahu wa taala. Pengacara program Gerak Geri Gasing terbitan Astro Ceria, Zoey Rahman, 24, yang baru-baru ini berkunjung ke Tanah Suci dapat merasai perubahan positif dalam dirinya. Zoey memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dapat mengerjakan umrah bersama ibu dan abangnya. Lebih terharu bagi pengacara program ‘Gerak Geri Gasing’ ini, dia kini telah menjadi lebih positif dari segi minda, perwatakan dan pembawaan diri. Menurut Zoey, “Saya lebih mendekati Allah s.w.t dan agama. Kalau boleh dah tak nak tinggal sembahyang lagi.” Katanya, umrah yang dikerjakannya itu sedikit-sebanyak memberikan kesan kepada bidang lakonannya. Zoey bergambar ketika mengerjakan Umrah. - foto Zoey “Kadang-kadang bila tengah shooting (membuat set penggambaran), bila azan tiba, kita kena stop-lah, berhenti untuk sembahyang dulu,” kata Zoey yang merupakan Duta Astro Ceria dan personaliti ekslusif untuk Astro seperti Anita Sarawa, Erra Fazira, Aaron Aziz dan Farid Kamil. Seperkara lagi, Zoey berkata sebagai artis, dia akan terfikirkan anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal semasa membuat persembahan. “Saya ingin menderma wang mahupun persembahan dengan menziarahi rumah anak-yatim piatu dan ibu-ibu tunggal selain berbuka puasa dengan mereka,” ujarnya. Zoey pernah berlakon dalam drama Bong (TV9) musim pertama hingga keempat, Impian serta Yusuf dalam slot Samarinda di TV3. Selain itu, Zoey juga biasa menjadi pengacara pada hari keluarga. Kata Zoey: “Saya pernah jadi pengacara untuk hari keluarga Petronas di Terengganu dan parti untuk kanak-kanak. Mengimbau pengalaman paling bermakna semasa mengerjakan umrah, Zoey bercerita saat-saat itu terdetik ketika dia, ibu dan abangnya melakukan ‘tawaf wida’. “Masa itu, kami menangis teresak-esak. Saya mendoakan kepada Yang Esa, kami dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan tergolong dalam golongan beriman serta ditempatkan di syurga. Kami juga saling berpelukan dan minta maaf,” kata Zoey yang akan menjalani pengambaran untuk drama Hikayat Putera Shazlan tidak lama lagi. Zoey kini sedang bekerja sebagai pereka bentuk dalaman (interior designer) dengan abangnya. Menurutnya, dia berterima kasih kepada abangnya yang sanggup memberinya ruang masa untuk bergiat dalam bidang pengacara, lakonan dan model. Dalam pelbagai bidang yang diceburinya, Zoey mengakui dia tidak mampu melantunkan lagu semerdu penyanyi lain. “Oleh itu, saya tidak dapat bayangkan apa yang bakal berlaku nanti ketika menyanyi di khalayak ramai untuk program Mega Raya Astro di Studio Ali Bawal,” katanya dengan gelak ketawa. Siapa Xkenal dgn Zoey, hos GerakGeriGasing, jg plakon drama Bong, dan Yusuff di TV3. Lps buat umrah, rezekinya btambah. Tawaran jd hos majlis pun byk dterima |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Fri 10 Jul 2009, 2:50 pm | |
| Tribute Jaclyn Victor Untuk Michael Jackson di Shout! Awards Jaclyn Victor memberi penghormatan kepada Raja Pop di Shout! Awards Penghormatan khas untuk mendiang Michael Jackson Hanya yang terbaik untuk anda di Shout! Awards! Selain menjanjikan persembahan-persembahan hebat dari reggae-rapper Sean Kingston dan barisan artis – artis tempatan, satu segmen penghormatan khas untuk mendiang Raja Pop juga bakal berlangsung di Shout! Awards. Pengumumamn ini baru sahaja diumumkan oleh pihak produksi bahawa penyanyi bersuara emas, Jaclyn Victor bakal membuat persembahan di Shout! Awards dengan membawakan lagu-lagu hebat Raja Pop Dunia sebagai tanda perhormatan ke atas pemergian Michael Jackson. Persembahan lagu – lagu terhebat Michael Jackson akan disampaikan bersama susunan kumpulan koir beserta artis rap jemputan Reefa oleh pakar muzik Aubrey Suwito. “Saya rasa sangat berbangga kerana dipilih untuk menjayakan dan mempersembahkan lagu-lagu beliau sebagai tanda penghormatan saya kepada penyanyi pujaan ramai, Michael Jackson,” ujar Jaclyn, yang jugfa dicalonkan untuk dua kategori di Shout! Awards iaitu Popstar Award dan Power Vocal Award. Tambah Jaclyn, “Saya turut bersedih di atas berita kematian beliau dan pada masa yang sama juga teruja serta tidak sabar untuk memulakan latihan. Saya akan mempersembahkan yang terbaik untuk beliau dan juga lagu – lagunya. Semoga Tuhan merahmati kamu Michael Joseph Jackson!” Selain Jaclyn Victor, Shout! Awards juga menampilkan persembahan – persembahan dari artis-artis hebat tempatan seperti Reza Salleh, Mia Palencia, Paolo Delfino, One Buck Short, Pop Shuvit, Jin Hackman, Komplot, Caprice, Estranged, Shila, Bunkface, Pesawat, Nikki, Joe Flizzow dan Rahim Maarof. Shout! Awards akan berlangsung pada 17 Julai 2009 di Stadium Putra, Bukit Jalil. Majlis penganugerahan terbaru ini juga akan disiarkan secara langsung di 8TV pada jam 8.30 malam, bermula dengan ketibaan bintang-bintang, selebriti – selebriti dan artis – artis popular tanahair dari seluruh pelusuk industri hiburan melalui permaidani merah. Shout! Awards diadakan untuk memberi penghargaan kepada mereka yang telah banyak mempengaruhi industri Muzik, Filem, TV dan Radio tanahair. Rancangan yang akan berlangsung selama 2 ½ jam ini akan menyaksikan penganugerahan bagi mereka yang telah memberi revolusi baru dalam industri hiburan tempatan. Ia juga merupakan satu platform yang baik untuk peminat memilih dan melihat ke mana arah tuju industri hiburan Malaysia. Shout! Awards merangkumi anugerah khas untuk TV, Filem, Radio dan Muzik dan turut menyelitkan persembahan-persembahan bertenaga dari artis dan band tempatan dalam kolaborasi yang cukup menarik dan menghiburkan! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Fri 10 Jul 2009, 2:57 pm | |
| Tulang Bahu Rosyam Nor Patah Kerana Filem Libas OHBULAN! mendengar desas-desus terhadap kemalangan yang menimpa Rosyam Nor tempoh hari. Beliau di’katakan patah tulang bahu sewaktu berlangsung’nya rakaman filem Libas. Kata mereka yang melihat, kemalangan tersebut berlaku tatkala Rosyam Nor sedang melakukan babak bermain sepak takraw. Pada kami, mungkin beliau tidak biasa bermain sepak takraw. Apa pun, kami doakan agar Rosyam Nor cepat sembuh. Amin |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Fri 10 Jul 2009, 3:00 pm | |
| Vernon Tinggalkan Pula Nubhan, Nikki KUALA LUMPUR, 10 JULAI 2009: Selepas Ning Baizura, pengurus artis popular Vernon Kedit-Jolly terpaksa melepaskan 2 lagi artis di bawah jagaannya lagi iaitu Nubhan dan Nikki. Perlepasan itu secara tidak langsung membawa maksud, pengurus artis itu tidak akan lagi bersama syarikat Artistes United Records dan Artistes United Management yang telah disertainya lebih 3 tahun lalu. Wakil pengurusan kedua-dua syarikat itu, Michael Ang, berkata penarikan diri itu adalah keputusan Vernon sendiri yang berlandaskan beberapa alasan peribadi beliau. "Sebagai tulang belakang syarikat ini, kami perlu hormati perletakkan jawatan Vernon itu yang mana dia mahukan lebih ruang bagi memenuhi tuntutan peribadinya. Jangan Tak Lihat "Ini bermakna Vernon tidak lagi menguruskan Nubhan dan Nikki serta jadual kerjaya Erra Fazira. Sebaliknya tugasnya akan diberikan kepada saudara Pojie untuk menjaga Nubhan dan Nikki, manakala Erra akan diuruskan oleh pembantu peribadinya yang sedia ada," kata Micheal kepada pihak media kelmarin. Michael yang juga produser filem seram Anak lakonan Erra Fazira berkata, keputusan Vernon itu tiada bersangkut paut atas desakan sesiapa, sebaliknya itu adalah keputusan Vernon sendiri. Ditanya, sama ada keputusan itu ada kaitannya dengan isu kontroversi pengurus itu bersama pengacara Sarimah Ibrahim ketika musim Akademi Fantasia 7 (AF7) yang lalu, Michael bagaimanapun menafikan perkara berkenaan menjadi salah satu puncanya. "Sepanjang bersama kami, ada beberapa isu kontroversi yang timbul contohnya kes Vernon bersama Sarimah. Tapi sampai hari ini kami sendiri tidak tahu di mana kebenarannya dan siapa yang patut kami percaya," katanya. Menyentuh mengenai prestasi kerja Vernon sepanjang bersama 2 syarikat itu, Michael berkata sebagai pengurus artis Vernon melaksanakan tugasnya dengan baik selain merealisasikan pelancaran album solo Nikki yng ke-2 bertajuk Hawa. Kata Michael, dia percaya, sama ada bagi pihak Nikki mahupun Nubhan, kedua-duanya pasti terkilan dengan pengunduran Vernon itu tetapi terpaksa akur dengan keputusan berkenaan. "Mereka sedih tetapi terima hakikat ini. Mereka sayangkan Vernon, kerana Nikki sudah bersama Vernon sejak Malaysian Idol lagi manakala bakat Nubhan dikenal pasti ketika menyertai AF6. "Bagaimanapun sekarang, dari segi pengurusan kedua-dua mereka akan dijaga Pojie sepenuhnya. Saya percaya dengan kewibawaan Pojie dan dia telah Berjaya buktikan kepada saya bahawa dia juga mampu menjaga Nubhan dan Nikki sebagaimana Vernon," katanya. Bercerita mengenai perancangan bagi kedua-dua artis naungannya itu, Michael berkata pihaknya akan memastikan album pertama Nubhan akan dilancarkan selewat-lewatnya November ini, selain bakal menampilkan wajah baru penyanyi berkenaan. Sementara itu buat Nikki, pihaknya akan menjalankan usaha sama bersama-sama sebuah syarikat di Indonesia untuk memasarkan album penyanyi berkenaan ke pasaran negara berkenaan. "Kami akan membentuk imej Nubhan, mengikut keselesaannya sendiri dan saya pastikan albumnya akan keluar November ini. Manakala 3 lagu Nikki iaitu Oh! My, Cantik dan Hawa akan dipinda liriknya mengikut kesesuaian pendengar di Indonesia," katanya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Fri 10 Jul 2009, 3:02 pm | |
| Hari Jadi Ke-50 Raja Azmi Meriah! KUALA LUMPUR, 10 JULAI 2009: Tiada yang lebih menggembirakan produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman apabila hari ulang tahun kelahirannya yang ke-50 disambut pada 4 Julai lalu diraikan bersama keluarga tersayang serta teman-teman rapat di kediamannya di Ukay Perdana. Paling menarik majlis yang telah dirancang oleh suami tersayang, bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek dan 3 anak mereka, Puteri Suraya, Puteri Suaida, Megat Deli itu menyaksikan Raja Azmi atau panggilan mesranya Kak Mi, telah bergaya bagai seorang serikandi yang anggun, bersongket tradisional - lengkap dengan sanggul berjuraian kuntuman melur serta sebilah keris! Bertemakan hitam dan emas, majlis ini telah diadakan dengan begitu meriah sekali bagaikan sebuah majlis resepsi perkahwinan. Khemah-khemah yang dihiasi belon-belon berona hitam dan emas dibina di ruang laman rumah tersebut yang luas bersama sebuah pentas. Ramai rakan artis serta selebriti popular hadir meraikan Kak Mi seperti pasangan pengantin baru, Adlin Aman Adlin Aman Ramlie & Emilda Rosmila, Seniwati Ruminah Sidek, U-Wei Hj Shaari, Imuda, Wafa Abd Kadir, Aqasha, produser Zaiton Mohd Jiwa, selain beberapa pemain badminton ternama seperti Datuk Lee Chong Wei dan Roslin Hashim. Tidak ketinggalan anak-anak Sidek sendiri iaitu Misbun Sidek, Rashid Sidek dan Rahman Sidek selain suami yang cukup sporting, Jailani atau panggilan mesranya, Jack. Kemunculan Kak Mi malam itu selepas hadirin mengambil tempat telah diiringi bacaan doa selamat, acara memotong kek dan ucapan ringkas daripada beliau sendiri. "Syukur Alhamdulillah kerana majlis ini dapat disempurnakan dengan kehadiran anda semua. Terima kasih kepada suami yang tercinta, Jailani bersama anak-anak saya kerana telah bersusah-payah merancang majlis ini. "Harapan saya agar Tuhan terus memberkati rumahtangga kami dan melancarkan segala urusan serta pembikinan filem yang bakal saya laksanakan iaitu ... Dalam Botol. "Saya sangat terharu dapat meraikan hari jadi saya yang ke-50 ini dan berasa bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang sangat hebat dan memahami serta anak-anak yang cukup menyayangi saya. "Saya pernah kata berkata kepadanya, kalaulah ada seseorang yang boleh menggantikan tempat Jailani, orang itu adalah superstar Michael Jackson atau MJ. Itu pun kalau MJ hendakkan saya! Tapi, sekarang, MJ pun dah meninggalkan kita semua," kata Kak Mi yang memang suka berjenaka. Sambungnya lagi: "Saya juga tidak segan untuk memberi tahu semua terutama Mak Mah bahawa sayalah yang sebenarnya mengurat Jailani dulu. Kami mula bertemu dalam kapal terbang ketika saya masih lagi bertugas sebagai pramugari MAS." Sebaik saja ucapan Kak Mi berakhir, majlis diteruskan lagi dengan aksi jenaka oleh kumpulan Sepah diikuti dengan persembahan silap mata dan nyanyian unplugged daripada Aqasha & The Remedy. Persembahan diselang-seli dengan beberapa permainan serta budaya tradisi 'menabur duit' kepada kanak-kanak yang hadir pada malam itu. Hadirin dijamu dengan nasi minyak dengan pelbagai lauk pauk, kambing panggang, BBQ makanan laut dan pelbagai pastri. Biarpun majlis hari ulang tahun Kak Mi berlangsung hingga lewat malam, ramai pulang dengan rasa seronok dan terhibur. Masih tidak terlewat untuk warga murai.com.my mengucapkan selamat hari ulang tahun yang ke-50 buat Kak Mi. Semoga Kak Mi dipanjang usia, dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Fri 10 Jul 2009, 3:04 pm | |
| H1N1: Siti Ambil Langkah Berjaga-Jaga KUALA LUMPUR, 10 JULAI 2009: Ketika ini semua orang mulai bimbang dengan ancaman wabak Influenza A (H1N1) dan berfikir dua kali untuk ke luar negara terutama yang teruk dijangkiti virus itu. Kebimbangan ini tercetus apatah lagi seorang pengacara TV terkenal telah disahkan menghidap penyakit itu selepas pulang dari negara jiran dan kini sedang menjalani rawatan pemulihan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bagaimanapun, keadaan beliau semakin stabil. Bagi Dato' Siti Nurhaliza, beliau juga bimbang dengan wabak yang semakin menular itu dan berharap masyarakat akan sama-sama berusaha menanganinya dengan serius. Dalam pada itu, Siti juga agak khuatir untuk terbang ke Jakarta, Indonesia, minggu depan bagi menjayakan Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) yang akan berlangsung pada 18 Julai ini. Jangan Tak Lihat Pengurus Siti, Rozi, berkata penyanyi itu bukan sahaja dicalonkan tetapi juga membuat persembahan bersama artis Malaysia seperti Faizal Tahir. "Memanglah kalau ikutkan, buat masa ini Siti seboleh-bolehnya tidak mahu terbang ke luar negara tetapi apa boleh buat, semuanya telah ditetapkan dengan pihak penganjur lebih awal. Apa yang mampu dilakukan adalah semua delegasi Malaysia termasuk Siti mengambil langkah berjaga-jaga kerana APM2009 tidak ditangguhkan. "Antara langkah keselamatan itu ialah memakai topeng mulut dan hidung serta membuat pemeriksaan perubatan. Siti turut berdoa agar semuanya berada dalam keadaan selamat," kata Rozie kepada murai.com.my. Katanya, Siti tetap membuat persiapan terbaik dengan menyanyikan sebuah lagu tradisional di samping memperagakan fesyen rekaan Amir Luqman dan Rizman-Ruzaini. Sementara itu, Rozi berkata, Siti juga akan terbabit dengan rakaman program hari raya untuk Astro Ria bersama Faizal Tahir dan Saiful Apek. Rakaman itu akan dibuat di studio FINAS hujung bulan ini. "Selepas Konsert Satu di Istana Budaya (IB), Siti semakin sibuk. Ramai peminat menghubungi kami untuk mengetahui bila DVD konsert itu akan dipasarkan. Tunggulah nanti bila sudah siap, kita akan maklumkan. Bagaimanapun kita sudah pasti mengedarkan 2 album sebelum hari raya nanti iaitu album kerohanian daripada Siti dan sebuah lagi album duo membabitkan Siti Saerah & Siti Saidah," ujarnya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Fri 10 Jul 2009, 3:22 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Fri 10 Jul 2009, 3:27 pm | |
| Cinta Rossa? Gosip cinta karut: Penyanyi lelaki popular terkejut mendengar fitnah yang langsung tidak berasas MEMANG lucu! Itulah reaksi pertama penyanyi lelaki nombor satu tanah air, Asmawi Ani, 28, apabila tidak semena-mena namanya dikaitkan menjadi punca keruntuhan rumah tangga penyanyi dari seberang Rossa dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo, oleh akhbar Indonesia, Sumatera Ekspres bertarikh 5 Julai. Dalam keadaan masih mamai kerana baru bangun tidur petang, Mawi yang ketika dihubungi berada di kediamannya di Bangi, beberapa kali menyatakan laporan akhbar berkenaan sebagai amat mengarut sambil ketawa besar. Apabila laporan akhbar itu dibacakan kepadanya yang berbunyi Rossa sering berulang alik ke Malaysia untuk menemuinya, penyanyi itu hanya mampu ketawa tetapi pada masa sama terkejut mendengar fitnah yang tidak berasas itu. Selain didakwa sering berulang alik ke sini untuk menemui Mawi, mereka yang dikatakan pernah berduet sebanyak tiga kali di dalam konsert besar juga kerap dilihat menghabiskan masa berdua. Ekoran itu, rumah tangga yang dibina penyanyi itu bersama suaminya Yoyo sejak 18 Mac 2004 itu berantakan hingga membawa kepada perceraian. Bagaimanapun, ironinya sepanjang karier Mawi selama empat tahun, mereka hanya pernah dipertemukan sekali saja iaitu untuk Majlis Minggu Setiausaha anjuran Hotel Quality, tetapi peristiwa itu berlaku kira-kira dua tahun lalu. Selepas menjayakan minggu setiausaha, jangankan berhubung, kata Mawi bersua muka pun tidak pernah sama sekali kerana selepas bekerjasama dalam acara berkenaan, mereka langsung tidak berhubung sebaliknya lebih selesa membawa haluan sendiri. Setelah hampir dua tahun tidak bersua muka, Mawi mengaku pernah bertemu dengan penyanyi genit itu. Itu pun dua bulan lalu di Anugerah Industri Muzik (AIM 16) Mei lalu apabila tempat duduk mereka diletak berhampiran. Bagaimanapun Rossa duduk di sebelah isterinya, Ikin tetapi kata Mawi dia tidak berkesempatan untuk berbual lanjut dengan penyanyi itu. Sengaja mengusik penyanyi ini, mungkin gosip sebegini boleh membantu memperkenalkan namanya ke Indonesia, Mawi tenang menjawab dia tidak memerlukan bantuan gosip negatif semata-mata untuk mencipta nama di negara jiran itu. “Mengarut... lucu.. tidak ada kena mengena dan gila!” spontan Raja SMS itu menjawab. “Kami pernah berjumpa sekali, itu pun ketika sama-sama menjayakan Minggu Setiausaha. Selepas itu, kami tidak pernah bertemu lagi. Dia seorang yang mesra dan gila-gila. Memang ketika sama-sama menjayakan minggu setiausaha itu kami ada berbual tetapi hanyalah sekadar perbualan biasa dan kami hanya bertemu setakat itu saja. “Tetapi tidaklah terbawa-bawa hingga di luar kerja, malah selepas majlis itu kami tidak pernah berhubung langsung untuk bertanya khabar. Gosip itu memang mengarut betul,” katanya. 'Tak perlu cerita negatif naikkan nama' “SAYA tidak tergamak dilabel sebagai perosak rumah tangga orang. Saya juga tidak memerlukan cerita negatif untuk menaikkan nama. Mahu saya tak terkejut dengar cerita sebegini kerana kami memang tidak pernah rapat,” kata Mawi. Pinta penyanyi itu juga, janganlah sengaja mengadakan cerita sebegini kerana ia boleh mengganggu keharmonian rumah tangga yang baru dibina dengan wanita tercinta Disember lalu setelah hampir dua tahun berkenalan. Malah, dia juga tidak mahu cerita itu menambahkan lagi kekeruhan yang sedia dihadapi penyanyi dari sebarang itu. Barangkali media dari seberang tersilap di antara Mawi dan juga seorang lagi penyanyi yang lahir dari program realiti yang juga masih muda, Faizal Tahir berikutan mereka baru saja berduet dalam AIM 16 baru-baru ini. Sejak duet bersama, Rossa pernah melahirkan kekagumannya kepada penyanyi berbakat itu kepada media tempatan dalam kunjungannya baru-baru ini ketika menjayakan konsert Mini Cerita Cinta Rossa. Rossa melahirkan kekagumannya bukan setakat pada vokal penyanyi itu tetapi juga terhadap lagu yang terkandung di dalam album sulung Faizal, Aku.Muzik.Kamu. Lagu yang paling diminatinya ialah Sampai Syurga sehingga berulang kali lagu itu diputarkan di dalam keretanya. Namun, rasa kagum itu tidak lebih seperti seorang peminat kepada penyanyi kerana ibu kepada Rizky Langit Ramadan, dua tahun lapan bulan itu mengetahui status Faizal sebagai seorang suami dan bapa kepada tiga anak. Bagaimanapun, mustahil untuk Mawi mahu pun Faizal mempunyai hubungan dengan Rossa kerana kedua-dua penyanyi ini sudah pun berkahwin. Malah mereka berdua juga kini sedang melalui fasa paling bahagia dalam rumah tangga masing-masing. Seperti Mawi, isterinya Ekin juga hanya mampu ketawa mendengar gosip pertama membabitkan suaminya dengan seorang penyanyi popular seperti Rossa. Gosip pertama selepas mereka mendirikan rumah tangga hampir tujuh bulan lalu langsung tidak menjejaskan keindahan rumah tangga yang sedang diulit pasangan ini. "Kami samasama merasakan gosip itu kelakar. Iya ke Mawi ada hubungan dengan Rossa dan bagaimana pula dia boleh dikaitkan dengan penyanyi itu? Sedangkan saya tak pernah dengar Mawi bercerita pasal Rossa pun selama ini. "Hanya disebabkan mereka pernah berduet bersama, Mawi dan Rossa dikaitkan mempunyai hubungan hingga Mawi dikatakan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga penyanyi itu. Gosip ini memang tak berasas sama sekali tetapi buat apalah saya nak marah, namanya pun gosip. "Selama kami berkahwin inilah gosip pertama mengaitkan Mawi dengan wanita lain tetapi saya percaya dia tidak melakukan perkara seperti itu. Sebab itu apabila Mawi beritahu, saya hanya ketawa saja. Dia pun bersungut juga mengatakan gosip itu entah apaapa," kata Ekin ketika dihubungi. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Fri 10 Jul 2009, 3:28 pm | |
| ROSSA bersama Yoyo dan anak mereka, Rizky Langit Ramadan. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Fri 10 Jul 2009, 3:30 pm | |
| Dengarnya... Giliran Yatt berbadan dua BELUM reda keseronokan Cik Normah mendengar khabar gembira penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya dapat anak kembar perempuan, Aza Ameena & Asha Ameena baru-baru ini, Cik Normah dikejutkan lagi dengan cerita gembira mengenai pelakon, pengacara dan model, Yatt yang kini sedang berbadan dua. Ketika artikel ini ditulis usia kandungan isteri kepada Abdul Mutalib Abdul Shukor itu baru sembilan minggu. Khabar ini sebenarnya diberitahu Yatt kepada rakan sepejabat Cik Normah sewaktu majlis penghargaan Rafflesia The Pearl Centre diadakan. Malah, Noorkhiriah yang hadir pada majlis itu bersama suami tersayang juga sedang berbadan dua. Biarpun sudah dimaklumkan berbadan dua, Yatt masih sibuk mencari rezeki demi kesenangan bakal anaknya nanti. Bahkan, Yatt juga akan muncul sebagai pengacara program Pop Kuiz pada bulan ini. Khabarnya program itu disiarkan setiap Ahad jam lima petang. Selain drama, Yatt juga sibuk menjalani rakaman program Pop Kuiz musim akan datang. Yatt bergandingan dengan Aidid Marcello. Cik Normah harap Yatt akan menjaga baik-baik kandungannya supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Bukannya apa, Noorkhiriah sewaktu mengandung kali pertama pun pernah keguguran. Begitu juga dengan Dynas. Cik Normah yakin Yatt dan suaminya kini pasti tersenyum riang dengan khabar gembira itu. Yatt beritahu dengan teman sepejabat Cik Normah, pada mulanya dia sendiri tidak tahu yang dia mengandung. Namun, selepas dipaksa rakannya untuk membeli alat penguji kehamilan, baru dia sedar yang dia sudah hamil. Nanti kalau sudah selamat jadi ibu, bolehlah Cik Normah suruh rakan sepejabat ambil gambar Yatt dan anak ya. Sekalipun, Yatt tidak mahu mengambil gambar pada awal kelahiran, Cik Normah faham dan tak akan marah. Setiap mereka yang bergelar ibu, mungkin ada pandangan untuk tidak mendedahkan wajah anak terlalu awal. Begitu juga yang terjadi kepada Sharifah Aleya. Dia menolak dengan cara baik keinginan teman sepejabat Cik Normah untuk merakamkan gambar anak kembarnya. Erra Fazira sebelum ini pun pernah berbuat demikian, namun beberapa bulan selepas itu baru diadakan majlis istimewa yang mengundang rakan media. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Fri 10 Jul 2009, 3:33 pm | |
| Bagus sangat ke vokal saya? KEBANYAKAN hasil karya kumpulan indie terkenal Hujan sering sahaja menjadi tumpuan dan siulan orang ramai. Populariti, kejayaan dan anugerah yang pernah dirangkul membuatkan kumpulan yang dianggotai oleh Mohammad Noh Salleh (Noh); Mohd. Hezry Mohd. Hafidz (AG Coco); Azhar Imran Ahmad Zulkeflee (Jaja) dan Azham Ahmad (Am) kaget seketika. Bukan apa, mereka seumpama tidak percaya akan penerimaan pantas pencinta muzik terhadap hasil karya ciptaan mereka yang pada mulanya hanya untuk menghiburkan hati sendiri. Justeru, apabila tercalon dalam Anugerah Planet Muzik 2009 (APM) bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu untuk Duo/Kumpulan Baru Terbaik, Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Kosmo! dan Artis Serantau Paling Popular, ia umpama kejutan buat Hujan. Menurut vokalis yang juga ketua kumpulan Hujan, Noh, pencalonan mereka sesuatu yang di luar jangkaan terutama bagi kategori Vokal Terbaik meskipun Hujan pernah menerima anugerah Album Rock Terbaik dan Lagu Rock Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 2009. "Saya pun memang tidak sangka Hujan akan tercalon bagi kategori vokal kerana selalu tertanya-tanya, bagus ke vokal saya ni? Pada saya yang lebih layak berada dalam kategori tersebut ialah Lan, bekas vokalis kumpulan Meet Uncle Hussain |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Fri 10 Jul 2009, 3:35 pm | |
| Bercinta atau tidak? PENYANYI popular Taiwan, Vivian Hsu diketahui sebelum ini menjalinkan hubungan cinta dengan selebriti Hong Kong, Stephen Fung. Mereka dilihat sering tampil berdua-duaan di beberapa lokasi semenjak awal tahun lepas lagi. Pada Jun 2008, akhbar tabloid Hong Kong pernah melaporkan Fung telah meninggalkan teman wanitanya, aktres Karen Mok untuk bersama Hsu. Biarpun begitu, Hsu berterusan menafikan mengenai hubungan mereka dan mendakwa dia tidak bercinta dengan sesiapa. Ditanya adakah bakal menerima cinta Fung, dia menjawab: "Saya pihak perempuan. Anda sepatutnya tanya dia (Fung). Apa yang saya tahu, dia seorang lelaki yang baik, tetapi masih banyak perkara untuk dipelajari antara kami berdua. "Namun, setiap kali saya ke Hong Kong kerana kerja, saya pasti akan mengajak dia makan bersama." |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Fri 10 Jul 2009, 3:39 pm | |
| Tak kekok bertudung MUNGKIN ramai yang tidak tahu pelakon dan pengacara Cheryl Samad sudah mula memakai tudung sejak zaman kanak-kanak lagi. Malah, bekas murid Sekolah Rendah Taman Melawati dan Sekolah Menengah Taman Melawati, Kuala Lumpur ini mengakui dia tidak sedikitpun berasa kekok untuk bertudung walaupun usianya masih mentah ketika itu. "Sebenarnya, saya mula memakai tudung setiap kali menghadiri kelas mengaji muqadam dan al-Quran di rumah guru agama berhampiran kediaman kami. "Tapi, saya hanya memakai tudung dalam kelas mengaji atau kelas agama saja. "Pada masa sama, pihak sekolah saya, sama ada di sekolah rendah atau menengah, tidak mewajibkan pelajar perempuan seperti kami memakai tudung ke sekolah. "Berbanding zaman sekarang, sudah ramai pelajar perempuan yang memakai tudung ke sekolah walaupun mereka bukan pelajar sekolah agama," katanya. Dalam pertemuan yang diatur Rap dengannya, baru-baru ini, Cheryl atau nama sebenarnya, Cheryl Marina Samad, 29, mengakui selepas bergelar selebriti, dia juga tidak ada masalah untuk bertudung dalam mana-mana majlis yang memerlukannya untuk tampil dengan imej Muslimah. "Saya juga tampil bertudung ketika menghadiri majlis kenduri, majlis pernikahan atau acara berkaitan keagamaan di kampung. "Anggota keluarga pula lebih berfikiran terbuka dan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada saya dan kakak dalam soal seperti ini. "Maklumlah, bertudung bukan perkara asing dalam masyarakat kita kerana kini sudah ramai orang bertudung," katanya. Bagaimanapun, kata Cheryl, seperti wanita Muslim lain, bukan tidak terlintas di hatinya untuk bertudung seperti yang dituntut agama. "Saya juga menyimpan hasrat untuk bertudung satu hari nanti, tetapi bukanlah sekarang. Bagi saya, soal bertudung ini bukanlah boleh dipaksa kerana ia perlu ikhlas dari hati kita sendiri. "Begitu juga soal ibadat umrah di Tanah Suci Makkah. Seperti orang Islam lain, saya juga menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadat umrah apabila 'sampai seru' dan ada rezeki nanti," katanya. Ditanya imejnya yang dikatakan semakin seksi sekarang, pengacara berwajah eksotik ini berkata, imej itu sudah ditampilkannya dari dulu sampai sekarang. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sat 11 Jul 2009, 11:56 am | |
| Ika AF6 pakai tube di Langkawi |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sat 11 Jul 2009, 11:59 am | |
| Hadziq dan Ruminah Sidek Dalam Belalang Epik Anakanda Nujum Diraja BELALANG; EPIK ANAKANDA NUJUM DIRAJA Drama Pengembaraan Terbaru Bakal Warnai Astro Ceria! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sat 11 Jul 2009, 12:01 pm | |
| Siapa Juara Pertandingan Akhir Juara Asyik 2009 26 JULAI 2009 : PENENTU JUARA PERTANDINGAN AKHIR JUARA ASYIK 2009 Setelah kejayaan penganjurannya kali pertama tahun 2007 mencari bakat-bakat baru penyanyi dan pemuzik, ASYIK fm sekali lagi menganjurkan satu pertandingan nyanyian iaitu pencarian bakat nyanyian secara solo pula. Pertandingan penciptaan lagu-lagu moden melibatkan pelbagai genre pop komersial, asli, dangdut, raggae dan rock komersial dari kalangan kaum Orang Asli ini pasti menjanjikan kelainan dari pertandingan yang dianjurkan oleh RTM sebelum ini. Setelah menjengah 10 lokasi uji bakat Juara ASYIK 2009 di seluruh Semenanjung. Sambutannya amat menggalakan dan seramai 453 orang peserta yang datang telah diuji bakat oleh juri profesional yang dilantik oleh pihak penganjur pertandingan di setiap lokasi berlangsung uji bakat. Manakala 40 orang peserta telah pun terpilih dipanggil untuk saringan seterusnya yang telah pun berlangsung baru-baru ini. 8 orang peserta telah pun terpilih untuk berkongsi Pertandingan Akhir Juara ASYIK 2009 yang akan berlangsung pada 26 Julai 2009 (Ahad), jam 8.30 malam di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Dominasi lima finalis perempuan berbanding tiga finalis lelaki membariskan nama-nama Noraini Abu (18 tahun), Azizi Jafri Awang (22 tahun) dan Maznah Majid (24 tahun) yang masing-masing berasal dari Pahang. Manakala dua peserta dari Perak, Wah Moliz Bah Lon (18 tahun) dan Mazuan Bah Gajah (19 tahun) di samping Noraliza Iskandar Zulkarnain (30 tahun) dari Selangor, Ramlan Abak (25 tahun) dari Kelantan dan Nora Hafizah Nordin (23 tahun) dari Johor. Berbangga dilahirkan daripada pelbagai suku kaum Asli berbeza seperti Jakun, Temuan, Semai dan Temiar, mereka pastinya menjanjikan persembahan mantap dengan dua lagu melibatkan lagu wajib oleh komposer amatur masyarakat Orang Asli dan lagu pilihan, terdiri daripada lagu popular masa kini. Skim pemarkahan mengambil kira dari segi vokal, persembahan dan penampilan mereka di pentas |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 8:59 am | |
| (GAMBAR)Bakal Suami Sharifah Sofia Rasanya dah ramai yang tahu pelakon Sharifah Sofia @ Sofea dah nak kawin Oktober nie. Nama bakal suaminya bermula dengan “Syed”. Orang kata sama padan la tue. Sharifah bertemu Syed. Molek benarlah tue. Mesti ramai yang tercarik-carik gambar bakal suami Sharifah Sofia nie. Iyerlah, nak gak tau hensem ke tak mamat Syed nie. Selalu orang bernama Syed dan Sharifah nie muka diorang ala-ala Arab skit. Memang asal keturunan diorang sama ada dari sana atau belah-belah Hindustan. Oh ye lupa nak bagitau yang si Syed nie kacukan Melayu-Jordan. Lelaki yang di atas itulah bakal suami Sharifah Sofia. Hensemlah jugak. Lelaki kena kulit gelap sikit baru macho. Sesuai la ngan Sharifah Sofea yang kulit putih. Mungkin sebab dia dulu dilahirkan kat Liverpool so tue yang kulit putih melepak semacam. Tahniah buat Sharifah Sofia. Walaupun baru berusia 24 tahun (tapi muka nampak tua) nampaknya dia bersedia untuk menggalas tanggungjawap sebagai seorang isteri. Kalau boleh jemputlah kami nanti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 9:01 am | |
| Hans Isaac, Yasmin Hani Bercinta Gossip ini baru sahaja keluar atau muncul tidak berapa lama dari tadi, yakni hari ini lahirnya gossip yang mengatakan pelakon/pengarah kacak Hans Isaac dikhabarkan sedang menjalin hubungan cinta mesra dengan pengacara manis, Yasmin Hani. Dari pengamatan fizikal, mereka berdua ini nampak sepadan. Sama cantik sama-sama memiliki wajah Pan Asia dan serba ada dalam pelbagai rupa (agaknya). Tetapi tidak dapa dipastikan kesahihan gossip ini dari empunya badan sendiri, mungkin reaksi mereka seperti acuh tak acuh, mestilah sebagai manusia, apa-apa yang tiba-tiba yang persoalan yang datang, sudah tentu menjadi tanda tanya. Kata anda, sesuai ke Hans dengan Yasmin walaupun berbeda agama |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 9:02 am | |
| Rozita Che Wan Besarkan Buah Dada? Ramai yang berpendirian bahawa, insan yang dimaksudkan dalam artikel yang dimuatkan dalam laman web GUA yang bertajuk 'Pelakon Cantik ‘Buat’ Muka, Payu Dara' adalah Rozita Che Wan. Namun sejauh mana tekaan ini benar atau tidak, yang itu Wallahualam lah, penulis pun cuma mengagak Rozita Che Wan manakan tidak, ada terselit perkataan drama yang berpautan mengenai tajuk anak dara. Selain itu, insan yang dimaksudkan ini juga turut me-modify aset berharganya itu yakni buah dadanya sehingga kelihatan melentik dan tegang. Kata u'all pula selepas baca artikel dibawah ni?.. Manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Mungkin itulah yang boleh dikatakan tentang sikap seorang pelakon cantik yang tidak pernah puas dengan penampilannya. Walaupun ramai yang cakap wajahnya memang sudah cukup jelita, namun diberitahu dia masih mengamalkan suntikan botox untuk mendapatkan wajah yang lebih sempurna. Dia juga dikatakan membuat pembedahan payu dara supaya asetnya lebih menonjol berbanding dahulu. Reporter yang sempat bertemu dengannya baru-baru ini memang terkejut besar melihat penampilan terbarunya. Dia bukan sahaja kelihatan lebih seksidan menawan, malah bahagian dadanya juga kelihatan bertambah gebu danmenonjol. “Dulu aku tengok tak adalah sebesar itu payu daranya. Tetapi sekarang bukan sahaja wajah dah berubah, malah asetnya juga semakin menyerlah. Sepatutnya dia kena sedar, dalam umur yang semakin meningkat macam dia,lebih baik jangan terlalu obses dengan kecantikan, sebab takut akan memakan diri sendiri. “Aku tak nafikan industri seni memang sentiasa mahukan yang cantik-cantik, tapi aku yakin orang dapat menerimanya sebab umurnya pun bukan muda lagi. Pengarah pun tak akan menawarkannya melakonkan watak sebagai anak dara lagi,” ujar teman Reporter yang memang sudah lama kenal dengan pelakon tersebut. Mendengar akan komen tersebut,terfikir ada juga betulnya. Sebab peminat sekarang semakin bijak menilai kualiti seseorang pelakon itu. Walaupun wajah kurang menarik, tapi pandai berlakon, dia pasti akan tetap menjadi pilihan pengarah dan penerbit. Apa gunanya, kalau wajah sahaja cantik, tapi tak boleh beri ekspresi sedih atau gembira sebab semuanya dah nampak ala-ala plastik? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 9:05 am | |
| Nurul Lancar Album Mini Semasa awal kemunculan dulu Nurul dikenali sebagai penyanyi pop yang memilih lagu bernada tinggi. Selepas itu apabila bertemu Ajai sebagai penerbit dan menjadi suami selepas itu nada lagu-lagu Nurul lebih berbau pop yang bersentuhan R&B. Sekarang Nurul akan muncul dengan album terbarunya yang mana album ini bukan album single nya (walaupun statusnya yang kini single), namun berkonsep mini yakni album mini. Apa ini album mini, kata Nurul, album ini memuatkan lagu yang hanya diputarkan di stesen radio sahaja |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 9:06 am | |
| Misha Omar Nak Kahwin 2010? Penulis ada terdengar lah satu al-kisah yang pastinya menjadi bualan hangat selepas ini. Penyanyi terkenal Misha Omar atau nama aslinya, Samihah @ Aisah Omar bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Daripada satu sumber luar nie yang belum lagi dipastikan oleh empunya badan. Desas desus dari bisikannya mengatakan si Misha Omar bakal naik pelamin atau dalam erti kata lain akan berkahwin dengan seorang jejaka misteri yang berjaya mencuri hati Misha Omar yang sudah dipagarinya ketat-ketat dahulu. Mengikut dari sumber ini juga, perkahwinan ini akan berlangsung dianggarkan pada bulan Februari akan datang atau bersamaan tahun 2010 (paling dekat). Selain itu juga, sumber ini juga mengatakan yang Misha sudah sibuk telefon sana telefon sini, disangkakan sumber ini untuk tempahan katering dan sebagainya. Tapi kalau betul pun perkhabaran ini, apa salahnya juga kan, dah di namakan jodoh, Misha pun dah berusia 27 (6 Januari 1982). Jadi tidak perlu dilengahkan lagi, pak Omar pun mahu menimang cucu jugak |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 9:12 am | |
| Cat-Shahar berbulan madu diarak dengan kereta kuda PERCUTIAN bulan madu aktres Catriona Ross dengan Shaharuddin Mokhtaruddin digambarkan lebih menarik dan istimewa apabila mereka akan diarak dengan kereta kuda semasa tiba di Puncak Gunung Jerai, Kedah. Pakej bulan madu yang dijangka berlangsung selama dua hari, tiga malam itu ditaja oleh The Regency Gunung Jerai Resort. Hal tersebut dimaklumkan oleh pihak Regency dengan dibantuoleh YSA Wedding Consultant selaku perunding perkahwinan pasangan ini. Dalam pada itu, Cat dan Shahar yang meraikan perkahwinan mereka dengan tema 'taman inggeris’ memaklumkan mereka akan berbulan madu ke destinasi kedua itu selepas bercuti di Pulau Pangkor nanti. “Saya dijangka akan berehat sehingga hujung bulan ini dan mahu menghabiskan masa bersama suami pada minggu pertama ini. “Kami telah merancang untuk berbulan madu ke Pangkor Laut dalam masa terdekat ini sebelum ke Gunung Jerai. “Selepas Raya nanti, baru kami akan menyambung berbulan madu ke Itali,” kata Cat ketika majlis resepsi perkahwinannya yang ketiga di Bora Ombak, Ampang malam tadi. Cat berkata, sebolehnya dia mahu kembali aktif dalam aktiviti seni secepat mungkin namun dia lebih suka menghabiskan masa dengan suaminya dahulu tambahan pula dia belum sempat memasak untuk Shahar. Cat dan Shahar akan berbulan madu ke tiga lokasi percutian iaitu Pangkor Laut, Puncak Gunung Jerai dan Itali. “Memang saya ada dapat tawaran berlakon sekarang tetapi terpaksa tolak lagipun kami merancang untuk berpindah masuk ke rumah sendiri. “Saya juga belum sempat untuk masak secara ‘betul-betul’ untuk suami kerana ibu mertua saya suka sediakan pelbagai juadah untuk anak dan menantunya,” cerita Cat yang begitu gembira apabila dapat merealisasikan majlis perkahwinan impiannya. Setakat ini, pasangan yang bernikah pada 26 Jun lalu ini tinggal di rumah keluarga Shahar sebelum menginap di rumah sendiri bermula minggu hadapan. Luah Cat, “Saya berasa bangga sebab majlis pada malam ini merupakan projek peribadi saya yang dirancang sejak November tahun lalu. “Segala persiapan saya lakukan sendiri dengan bantuan penjual bunga dan pereka pelamin. “Maknanya, saya juga mampu membuat yang terbaik tanpa ada perunding perkahwinan. “Saya rasa majlis ini sangat romantik dan terlalu menyukainya. “Kami memang berhajat untuk menghadiahkan majlis ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang hadir. “Alhamdulillah, ramai rakan artis yang hadir kerana mereka tidak dapat datang semasa resepsi di Kelantan (sebelah Cat) dan Wangsamaju (sebelah Shahar) sebelum ini,” kata Cat mengenai majlis yang dihadiri oleh hampir 400 tetamu itu. Pasangan sama cantik sama padan ini bahagia dengan perkahwinan yang dibina sejak dua minggu lalu. Antara tetamu yang hadir adalah bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Azmi Khalid dan isteri, Datin Seri Normala Samsudin; Noniswara, Norish Karman, Arni Nazira, Mawi dan isteri, Ekin; Aein, Ako Mustapha, Julie Dahlan, Wardina Safiyah, Serina Redzuwan, Riezman Khuzaimi, Adam Hamid dan Linda Onn. Ditanya tentang kehidupan mereka selepas dua minggu bergelar suami dan isteri, Cat sambil tersenyum ceria berkata dia sangat bahagia hidup bersama suaminya. Sementara Shahar pula berkata dia masih terasa bagaikan ‘mimpi’ walaupun sudah bergelar suami Cat. “Macam ‘fairy tales’,” luah Shahar ringkas. Shahar menambah, dia menyenangi Cat kerana senang berkomunikasi dengan isterinya itu. Cat pula mencelah, “Kami memang berbeza kerana saya jenis suka merancang tetapi dia (Shahar) pula suka melengah-lengahkan. “Kadangkala, dia membuatkan saya relaks dan tidak terlalu mementingkan kesempurnaan.” Majlis itu bermula pada pukul 9 malam dengan upacara merenjis, memotong kek yang dibuat oleh Chef Liza, persembahan nyanyian, persembahan multimedia istimewa melibatkan Cat dan Shahar, makan beradab dan memberikan ucapan daripada pasangan mempelai. Cat kelihatan anggun menggayakan gaun pengantin dengan rekaan klasik oleh Faizal Asyraf manakala disolek oleh Iss daripada Pesona Sri Pengantin, Klang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 9:14 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 9:18 am | |
| Elyana dan Khairul saling melamar sebelum buat keputusan bertunang
Elyana bersama tunangnya, Khairul. - foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI
BIARPUN hubungan cinta kedua-dua pasangan ini pernah dilanda masalah hingga mereka terpaksa berpisah beberapa bulan, namun atas dasar cinta yang kuat Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal bersama pasangannya Khairul Anuar Haji Husin bertunang semalam dalam majlis yang sederhana.
Elyana-Khairul pernah saling melamar sebelum mereka mengambil keputusan untuk bertunang.
"Saya ada melamar Khairul, Khairul pun ada melamar saya. Seingat saya masa kami saling lamar-melamar itu pada akhir tahun lepas.
"Semua ini adalah hikmah dari masalah perhubungan kami yang berlaku. Pada satu hari saya terfikir yang saya perlu buat sesuatu dalam hubungan kami, jadi saya ambil keputusan lamar dia(Khairul)," jelas Elyana yang popular dengan lagu Kalis Rindu ini.
Tambah Elyana juga, setiap perselisihan faham yang berlaku dalam hubungan cinta mempunyai sebab dan hikmahnya sendiri.
"Sebelum hubungan kami dilanda masalah, saya tak sedar langsung akan kebaikan yang kami ada dalam hubungan kami, bila tiba-tiba kami berpisah baru saya terasa kehilangan dan saya sedar betapa berharganya Khairul dalam hidup saya," kata Elyana.
Khairul yang telah menjadi pilihan hati Elyana turut ditemuramah media dan mengatakan dia telah melamar Elyana sebanyak tiga kali.
"Kali pertama saya lamar dia(Elyana) pada dua tahun lepas, tapi masa itu dia masih muda lagi jadi lamaran saya tidak diterima. Kali kedua pada tahun lepas dan kali ketiga pada akhir tahun lepas.
"Lamaran kali ketiga itulah kami saling melamar dan lamaran saya telah diterima pada waktu itu. Pada waktu saya dilamar Elyana, saya sangat tak sangka, saya terkejut dan terharu waktu itu," kata Khairul yang mengusahakan sebuah resotran makanan Jepun di Bangsar.
Elyana juga mengatakan dia telah bersedia untuk menjadi isteri kepada Khairul dan memiliki sebuah keluarga.
"Saya sangat-sangat bersedia untuk menjadi seorang isteri. Saya telah lama inginkan sebuah keluarga dan hari ini adalah hari yang saya tunggu-tunggu.
"Bagaimanapun, saya masih ada perasaan takut dan gembira. Saya gembira kerana saya telah menjelajah ke alam baru dan takut jika saya tidak dapat berikan yang terbaik kepada pasangan saya nanti," kata penyanyi dan pelakon ini.
Kakak kepada Khairul, Razika Haji Husin menyarungkan cincin pertunangan ke jari Elyana. - foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI
Bagi Khairul pula, majlis pertunangan ini adalah hari yang ditunggu-tunggunya dan wajah kegembiraan terpancar diwajahnya.
"Saya happy sangat2...saya harap semuanya akan berjalan lancar," kata Khairul.
Pasangan ini turut ditanya berkenaan konsep perkahwinan mereka nanti dan mereka lebih gemar kepada konsep yang sederhana tetapi masih tidak mahu menceritakan kerana ingin membuat kejutan.
Pasangan ini mula berkenalan pada 9 April 2006 dan kini sudah hampir tiga tahun mereka berkenalan. Khairul pada mulanya langsung tidak mengetahui Elyana adalah seorang artis.
Elyana juga tidak memperkenalkan dirinya seorang artis, sebaliknya mengatakan dia hanya membantu ibunya menjual 'Tupperware'.
Sifat ceria dan nakal yang ada pada Elyana inilah yang telah berjaya menawan hati Khairul untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
Majlis pertunangan Elyana hari ini telah dilangsungkan dalam majlis yang sederhana di Jeumpa D'ramo yang bertempat di Bangsar. Konsep yang dipilih oleh Elyana sekeluarga adalah 'Glam Punk Traditional Contemporary'.
Majlis pertunangan Elyana juga nampak berseri dengan sentuhan dan gabungan idea kreatif dari dua pakar dalam industri fesyen, Datin Lynda Rahim dari Butik Lynda Rahim Kuala Lumpur dan Zery Zemry dari Butik Zery Zemry Couture, Shah Alam yang turut menaja pakaian Elyana pada hari ini.
Elyana juga telah memilih Saidatulnisa sebagai jurusoleknya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 9:20 am | |
| APM2009: Siti senarai teratas Artis Serantau Paling Popular!
Mungkinkah Siti akan berjaya mengekalkan takhtanya sebagai Artis Serantau Paling Popular dalam APM2009?
KEPUTUSAN tidak rasmi yang diperolehi semalam menunjukkan penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berada pada kedudukan teratas bagi kategori Artis Serantau Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2009.
Seminggu lalu, kedudukan Siti yang memegang takhta itu selama lapan tahun berturut-turut itu ‘dicantas’ oleh band popular Indonesia, ST12. Band itu kini berada di tempat ketiga.
Undian khidmat pesanan ringkas (SMS) setakat ini menunjukkan Siti berjaya menduduki tempat pertama dengan 22 peratus, diikuti penyanyi popular Singapura, Hady Mirza (13 peratus), ST12 (13 peratus), penyanyi popular Indonesia Agnes Monica (13 peratus) dan penyanyi popular Singapura Taufik Batisah (8 peratus).
Menurut pihak penganjur, Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd., Amin Hussen, selepas sidang media meuar-uarkan supaya menyokong artis tempatan dibuat pada minggu lalu, undian SMS bagi kategori itu menunjukkan banyak perubahan.
“Undian (Artis Serantau Popular) banyak perubahan. Itu menunjukkan ramai pihak yang menyokong artis tempatan.
“Bagaimanapun, sejak undian bagi Singapura mula dibuka semalam, pengundi di negara itu memberikan saingan yang sangat kuat hingga menyebabkan penyanyi tempatan Faizal Tahir ketinggalan di belakang sedikit.
“Kita harap pengundi di Malaysia akan terus mengundi artis tempatan,” ujar Amin ketika dihubungi.
Keputusan tidak rasmi pada Khamis minggu lalu menunjukkan Faizal berada di tangga ketiga selepas Siti.
Waktu undian SMS untuk kategori Artis Serantau Paling Popular di Malaysia dibuka sejak 18 Jun lalu terlebih awal berbanding Indonesia yang dibuka undian mulai 28 Jun lalu diikuti dengan undian di Singapura yang dibuka bermula 10 Julai.
Selain Siti dan Faizal, Malaysia turut mempertaruhkan dua artis tempatan lagi untuk bersaing dalam kategori itu iaitu Hujan dan Meet Uncle Hussain.
Sementara itu, artis Indonesia yang turut bertanding bagi kategori Artis Serantau Paling Popular adalah Afgan dan Nidji manakala artis Singapura adalah Aliff Aziz dan Ahli Fiqir.
Jelas Amin, undian kategori Artis Serantau Paling Popular agak penting untuk ditekankan kerana artis setiap negara diberi peratusan yang sama rata iaitu 33.3 peratus
APM2009 turut membuka peluang kepada pengundi di Malaysia untuk mengundi 12 artis tempatan yang bersaing dalam kategori Artis Malaysia Paling Popular iaitu Aizat, Anuar Zain, Bunkface, Estranged, Faizal Tahir, Hujan, Mawi, Meet Uncle Hussain, Misha Omar, Siti Nurhaliza, Stacy dan Yuna.
Mereka yang ingin mengundi, bolehlah melihat paparan nombor-nombor kod setiap artis di KOSMO! Dan HAI sejak bulan lalu, tidak ketinggalan juga di laman web www.sinarfm.com.my iaitu stesen radio Sinar FM selaku radio rasmi, murai.com, Era TV, Chat @ 15, Astro Ria, Awani Pagi dan Gala TV di Astro Awani.
Cara undian adalah dengan menghantar SMS: APM MY1 hingga MY12 dan hantar ke 33660 bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular manakala APM AS1 hingga AS12 dan hantar ke 33660 bagi kategori Artis Serantau Paling Popular.
Artis Malaysia Paling Popular: Aizat (MY1), Anuar Zain (MY2), Bunkface (MY3), Estranged (MY4), Faizal Tahir (MY5), Hujan (MY6), Mawi (MY7), Meet Uncle Hussain (MY8), Misha Omar (MY9), Siti Nurhaliza (MY10), Stacy (MY11) dan Yuna (MY12).
Artis Serantau Paling Popular: Artis Singapura- Aliff Aziz (AS1), Ahli Fiqir (AS2), Hady Mirza (AS3), Taufik Batisah (AS4); Artis Malaysia- Faizal Tahir (AS5), Hujan (AS6), Meet Uncle Hussain (AS7), Siti Nurhaliza (AS8); Artis Indonesia- Afgan (AS9), Agnes Monica (AS10), Nidji (AS11) dan ST12 (AS12).
APM2009 yang akan diadakan buat pertama kalinya di Jakarta pada 18 Julai ini sedang hangat menjalankan promosi dan perancangan untuk menjayakan malam anugerah berprestij itu.
Bertempat di Pusat Konvensyen Jakarta, pukul 9 malam (waktu tempatan), majlis itu akan diserikan dengan persembahan artis seperti Stacy, Reshmonu, Hujan, Aizat, Dafi, Ayu, Faizal Tahir dan Siti.
Sementara artis Indonesia yang turut berkongsi pentas adalah ST12, Kuburan, Yovie N Nuno, Kotak, Bunga Citra Lestari, Nidji, Afgan dan Dewi Sandra tidak lupa artis Singapura iaitu Taufik Batisah, Didicazli, Nana dan Hady Mirza.
Menyentuh tentang wabak Selesema Babi (H1N1) yang sedang melanda dunia sekarang sehingga membuatkan orang ramai bimbang untuk ke luar negara, Amin berkata setakat ini mereka belum mendapat apa-apa berita yang membimbangkan untuk ke Jakarta.
“Sesiapa yang hendak ke APM 2009 nanti tidak perlu risau kerana kalau sesiapa yang keberatan, mereka boleh memakai topeng muka sama ada di dalam kapal terbang atau di lapangan terbang,” tutur Amin.
Dalam perkembangan lain, Amin juga berkata mereka sedang memaklumkan semua artis di Malaysia dan Singapura yang membuat persembahan supaya melakukan dengan baik.
Kepada peminat-peminat yang ingin menyaksikan APM2009 secara langsung di Jakarta, tempahan pakej pelancongan disediakan oleh agen Beyond Events dengan menghubungi talian 03-2141 5011.
APM2009 juga akan bersiaran secara langsung di Astro Ria, pukul 9 malam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 9:22 am | |
| Umie Aida akan berkahwin dengan 'Datuk K' tahun ini
Umie akan bertunang pada tahun ini juga.
MAJLIS merisik tanpa sebarang liputan media sudahpun berlangsung. Dan kini aktres jelita Umie Aida khabarnya sedang menghitung hari untuk melangsungkan pertunangan dan jika tiada aral melintang majlis perkahwinannya juga akan diadakan tahun ini juga.
"Insya Allah, kami merancang untuk bertunang tahun ini juga. Majlis kahwinpun kalau tidak ada apa aral akan dibuat tahun ini," jelas Umie yang sedang bahagia dilamun cinta dengan seorang usahawan bertaraf jutawan bergelar 'Datuk'.
Kisah percintaan Umie, 32 tahun, langsung tidak dapat dihidu oleh media kerana artis ini sememangnya kuat berahsia. Tambahan pula, sebelum ini sudah beberapa kali dia gagal bercinta.
Majlis merisik antara Umie dan 'Datuk K', tokoh perniagaan yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, telah selamat diadakan pada 17 Mei lalu dan dihadiri kaum keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Sebentuk cincin belah rotan telah disarungkan ke jari manis kanan Umie oleh bakal ibu mertua dan pasangan yang sedang menyelami hati masing-masing ini sudahpun membuat pilihan cincin pertunangan dan pernikahan.
"Alhamdulillah, Umie syukur kerana Allah jua yang tahu apa yang ada dalam hati Umie ini," kata Umie yang dilahirkan dengan nama Umi Khalsum Rahmad Ali.
Umie, yang tidak berapa aktif berlakon sejak kebelakangan ini berkata dia tidak berniat untuk menyorok berita ini.
"Kami baru berkenalan. Terlalu awal untuk Umie bercakap lebih jauh. Mungkin ini yang dikatakan takdir.
"Umie pernah berkata hati ini belum lagi terbuka untuk memikirkan soal berumah tangga tetapi apabila ia datang, saya tidak mampu menolaknya," katanya.
Mulanya, ibu kepada dua orang anak - Daniel dan Helmi, agak segan juga untuk menceritakan episod cinta antara dia dan pilihan hatinya.
Namun Umie mengalah setelah ditanya apakah yang membuat hatinya terbuka untuk menerima kehadiran 'Datuk K'?
Bukan sedikit yang digosipkan tentang berapa kali Umie kecundang dalam percintaan hinggakan ditutup rapi pintu hatinya, mengenali sebarang lelaki untuk digelar kekasih. Tapi itu semua kisah dulu. Sekali air bah, sekali pantai berubah....
Kini hidup Umie kembali ceria dengan kehadiran seorang duda yang sanggup membalut luka hatinya.
'Datuk K' sudah 15 tahun menduda dan mempunyai dua orang anak lelaki. Sebelum ini, 'Datuk K' pernah berurus niaga dengan kakak Umie, aktres Erma Fatima dan abang iparnya, pengarah terkenal Bade.
Dalam banyak perkara, dia lebih matang dalam mengendalikan bahtera rumahtangga. Mungkin ini juga antara ciri-ciri yang menjadi pilihan Umie.
"Dia dah lama meminati Umie dan mengikuti setiap perkembangan Umie. Dia suka sikap Umie membesarkan anak-anak angkat...," jelas Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-16 menerusi filem Embun.
Kata Umie lagi, "Dia juga berani dan tidak mudah putus asa. Walaupun puas Umie katakan yang Umie tidak suka meneruskan hubungan dengan sebarang lelaki, dia tidak putus asa.
"Dalam usia Umie begini dan setelah melalui pelbagai pengalaman pahit bercinta, hati Umie bagai tertutup.
"I'm comfortable with my zone now," jelas Umie yang sedang giat mengusahakan 'Delicious Boutique Cafe' di Damansara Perdana selama satu setengah tahun.
Umie tidak dapat menyembunyikan riak-riak bahagia di hatinya. Secara spontan, Umie menceritakan tentang bakal tunang dan suaminya itu.
"Dia sangat 'low profile' dan 'simple'. Sikapnya yang simple itu yang membuatkan saya selesa dengannya," jelas Umie mengenai pilihan hatinya itu.
Sepintas mengenang peristiwa silam di mana setiap cintanya patah di tengah jalan, Umie berkata, "kalau tidak ada jodoh tu, walaupun sayang bagai nak rak tidak jadi juga."
Sambungnya lagi, "Kalau sudah ditentukan jodoh kita dengan itu, itulah kesudahannya...."
Ditanya persiapan pertunangan dan perkahwinan, Umie kata, "Dia pentingkan kesederhanaan yang sempurna...itu saja. Lebihnya saya serahkan pada orang tua. Baik kata mereka, baiklah." Sebelum menamatkan perbualan, Umie berpesan kepada semua peminat setianya, "Harap semua doakan kebahagiaan Umie agar menempuh alam perkahwinan." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 10:23 am | |
| Sharifah Sofia akhiri zaman solo Oktober ini
Sofia akui gembira bercampur gementar menantikan hari bersejarahnya Oktober depan LEBIH dua tahun mengenali hati budi jejaka berpangkal nama Syed itu, akhirnya pelakon Sharifah Sofea Syed Hussein yang mesra disapa Sofia ini yakin untuk mengakhiri zaman bujangnya dengan jejaka kacukan Melayu-Jordan itu pada Oktober ini. Dalam nada ceria, pelakon kelahiran Liverpool, England ini akui, perasaannya ketika ini bercampur-baur antara gembira dan gementar apatah lagi hari bersejarahnya itu akan berlangsung lebih kurang tiga bulan saja lagi. Sambil enggan mendedahkan tarikh sebenar majlis itu, kata Sofia, apa yang pasti, perkahwinannya itu akan berlangsung dalam suasana yang 'simple' dan cukup privasi tanpa liputan media. "Memang kami merancang untuk mengadakan majlis ini secara tertutup. Ini adalah kehendak kami dan juga keluarga. Lebih kurang 500 tetamu akan dijemput yang rata-ratanya adalah ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan terdekat kami. "Insya-allah, jika tiada aral melintang, majlis pernikahan akan diadakan di sebuah masjid di ibukota dan seminggu selepas itu majlis persandingan akan menyusul di sebuah hotel," kata Sofia yang ingin merahsiakan dulu tarikh sebenar perkahwinannya itu. Ketika ini, kata pelakon dan pengacara berusia 24 tahun ini, segala persiapan menjelang majlis tersebut sedang giat dibuat. "Saya akan mengenakan baju rekaan Amir Luqman untuk majlis akad nikah dan resepsi. Konsep pelamin masih belum ditentukan, mungkin saya sendiri akan memberi idea untuk hiasan pelamin kelak. "Tetapi, majlis perkahwinan kami tidak mempunyai tema tertentu. Mungkin hanya tema dari segi warna iaitu merah, biru dan putih. Apapun, saya ingin cuba jadikan ia sekreatif mungkin. "Memang agak pening juga memikirkan tentang persiapannya, tambahan pula ketika ini saya juga sedang sibuk dengan penggambaran drama Nur Kasih dan selepas ini akan menjalani penggambaran sitkom Simpang Tiga pula," kata Sofia. Pada majlis akad nikah itu nanti, Sofia akan menerima sembilan buah dulang hantaran berbalas 11, manakala wang hantarannya pula masih belum ditetapkan. Bercerita tentang jejaka berusia 30 tahun yang berjaya mencuri hatinya, kata Sofia, mereka sebenarnya sudah mengenali antara satu sama lain sejak kecil lagi. Namun, pertemuan semula kira-kira dua tahun lalu telah membuahkan bibit-bibit cinta antara mereka. "Kami memang sudah lama kenal. Dia memang orang KL. Tetapi kami sudah tidak berhubungan sejak dia menyambung pengajian di Australia dalam tempoh yang agak lama. "Kami bertemu semula setelah dia pulang dan tak sangka dalam temph singkat kami terus 'dating' dan mula nampak ada 'chemistry' antara satu sama lain. Saya gembira berada di sisi dia kerana saya boleh menjadi diri sendiri. "Kami sering berkongsi saat gembira dan sedih...itu yang membuatkan hubungan ini cukup kuat. Dia juga sangat memahami karier seni saya dan adakalanya dia pula yang bertindak seperti pengurus untuk berunding tentang tawaran. "Dalam tempoh kami menjalinkan hubungan ini, bapa saya sering juga bertanya bila kami nak berkahwin. Setelah berbincang, akhirnya keluarga dia datang merisik pada Mac lalu dan terus bertunang pada hari yang sama," ujar Sofia menceritakan tentang bakal suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan. Kata Sofia lagi, dia juga sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri. "Bagi saya, umur bukan satu masalah. Saya sudah bersedia untuk menjadi isteri. Lagipun, tidak ada apa yang berubah kelak, cuma tanggungjawab saya sebagai isteri perlu dititikberatkan," tuturnya. Dalam pada itu, Sofia juga menyangkal jika ada tanggapan pihak-pihak tertentu yang merasakan dirinya memilih jejaka tersebut kerana dia berketurunan 'Syed' dan sesuai dengan dirinya yang berpangkal nama 'Sharifah'. "Keluarga kami tidak menekankan langsung tentang isu keturunan seperti 'Syed' dan 'Sharifah' ini. Bagi saya, dapat bertemu dengan lelaki yang berpangkal nama Syed ini adalah satu bonus saja. "Saya tidak pernah meletakkan sasaran untuk cari lelaki bernama 'Syed' saja, hanya semata-mata saya juga berasal dari 'keturunan' itu. "Malah, saya rasa setakat ini pun hanya saya saja daripada ahli keluarga saya yang bertemu jodoh dengan golongan 'Syed' ini," kata Sofia yang juga sedang menantikan tayangan filem terbaru lakonannya, Pisau Cukur. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 10:25 am | |
| Wardina bakal lancarkan buku karya sendiri
Wardina mengakui jika dia tidak menjadi pelakon, dia akan menjadi seorang penulis.-foto THE STAR oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
JADUAL karier yang padat serta tanggungjawab yang digalasnya sebagai ibu dan isteri tidak menjadi penghalang buat Wardina Safiyyah untuk terus mencapai impiannya bergelar penulis buku.
Dalam kesibukan menguruskan rutin harian, pelakon dan pengacara popular ini tetap berjaya 'mencuri' masa untuk menghasilkan buku panduan untuk para ibu serta buku cerita bersiri kanak-kanak yang kini sudah pun siap dan sedang menjalani proses ilustrasi sebelum dilancarkan serentak sekitar akhir tahun ini.
"Minat menulis memang sudah lama ada dalam diri saya, sejak di bangku sekolah lagi. Kalau saya tidak menjadi pelakon, saya rasa memang saya akan menjadi seorang penulis.
"Buku panduan untuk ibu-ibu itu tercetus setelah saya menyedari ramai wanita sering bertanyakan pada saya tentang tips pemakanan bayi, penyusuan dan sebagainya.
"Saya sendiri pun tidak tahu mengapa mereka sering bertanyakan pendapat saya dan dari situlah saya rasa bagus juga jika saya hasilkan satu buku menceritakan tentang pengalaman sendiri sebagai seorang ibu. Untuk siri pertama ini, saya memfokuskan kepada aspek pemakanan.
"Mengenai buku cerita kanak-kanak pula, ia adalah ilham daripada seorang kenalan sebenarnya. Dan buku ini saya hasilkannya di dalam bahasa Melayu (BM) kerana ketika ini, buku kanak-kanak dalam BM sangat kurang.
"Insya-allah, pelancaran buku-buku ini akan dibuat tidak lama lagi. Sekarang sedang mencari tarikh yang sesuai," kata Wardina yang ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Impian di The Curve, semalam.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Amna Nafeesa, 6, Azra Sareera, 3, dan Imran Arrazi, 7 bulan ini, buku-buku tersebut dianggapnya cukup 'personal' dan istimewa buat dirinya apatah lagi setelah memikirkan usaha yang dicurahkannya ketika menghasilkan buku-buku itu.
"Dalam hidup ini, kita tidak boleh putus asa jika ingin capai impian kita. Walaupun tertekan, kita kena cuba harunginya.
"Sebab itu juga saya nekad untuk hasilkan buku ini walau apa pun. Saya tidak mahu menyesal kemudian jika tidak buat sekarang," kata wanita berusia 30 tahun ini.
Bukan setakat menghasilkan buku, Wardina juga tidak lama lagi akan menyambung pengajiannya di peringkat ijazah dalam bidang psikologi di sebuah universiti tempatan.
"Saya memang amat titikberatkan ilmu. Kecantikan tidak akan kekal lama, tetapi ilmu yang kita ada akan sentiasa kekal dalam diri. Lagipun, saya selalu bertanya pada diri sendiri apa yang akan saya buat dalam masa lima tahun lagi.
"Hidup kita kena ada tujuan. Saya ingin buktikan kepada orang bahawa golongan artis juga ada wawasan tersendiri," katanya yang turut meletakkan sasaran untuk mendapatkan PHD sebelum dia mencecah usia 40 tahun.
Tambah Wardina, walaupun sedar kesibukan berganda yang akan dilaluinya kelak, namun itu tidak langsung membuatkan dirinya resah, apatah lagi dia adalah seorang yang gemar akan cabaran.
Wardina bijak menggunakan masa.
"Saya tahu jadual saya akan jadi cukup sesak nanti. Memang mencabar, tapi apapun semuanya terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana untuk bahagikan masa sebaik mungkin.
"Jangan sesekali kata 'tak ada masa', kerana bagi saya sendiri, saya tidak akan membazirkan masa walau sesaat pun. Ada saja sikit masa terluang, saya akan buat benda-benda yang perlu saya lakukan seperti membaca.
Dalam pada itu, beralih kepada perkembangan karier seninya pula, duta program pelangsingan badan Slim World ini kembali dengan watak Kak Ju menerusi drama bersiri Impian musim kedua yang akan disiarkan di TV3 selama setengah jam pada pukul 11 malam bermula 14 Julai ini.
Selain Wardina, drama 26 episod yang dibawakan oleh produk syampu Sunsilk ini turut dibintangi oleh Diana Amir, Esma Daniel, Kamal Adli, Nadiya Nisaa, Al-Hafiz, Junad, Azwan, Liyana Hisham dan Lufyah.
"Saya sudah membawakan watak Kak Ju ketika drama ini masih menggunakan judul Impian Illyana sehinggalah sekarang tajuknya ditukar kepada Impian.
"Watak saya juga berkembang sejak dulu...bermula Kak Ju masih 'single', hinggalah dia berkahwin dan kini untuk musim kedua, dia sudah mempunyai dua orang anak kembar.
"Walaupun babak saya tidak begitu banyak, tetapi seronok dapat terus terlibat dalam siri ini. Lagipun, salah satu sebab lain mengapa saya terus terima untuk membintangi drama ini ialah kerana jalinan kerja yang baik antara saya dan Sunsilk sebelum ini.
"Saya dan Sunsilk sudah bekerjasama sejak saya belum berkahwin dulu, ketika saya menjadi model syampu mereka. Ketika itu, hanya Sunsilk yang berani tampilkan wanita bertudung sebagai model iklan syampu dan saya amat gembira bila mendapat tahu saya adalah wanita bertudung pertama di dunia berpeluang berbuat demikian.
"Mereka kemudiannya membawa iklan tersebut ke merata negara dan apa yang saya tahu, jualan produk mereka amat memberangsangkan ketika itu," kata Wardina yang juga masih bertugas sebagai pengacara program Malaysia Hari Ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 10:29 am | |
| Ash (Bau) minta hentikan ‘fitnah’ Dira dipukul
Nama Dira semakin meningkat naik dalam industri seni tempatan. “LEPAS ni jangan cerita yang buruk pasal dia. Kalau boleh tolong hormat perasaan Dira dan anak saya, Anggun,” pesan suami Dira, Ash (Bau) apabila keluar dakwaan dia memukul isterinya itu. Pelakon yang sedang meningkat naik dalam industri seni tempatan, Dira atau nama sebenarnya Khaidirah Abu Zahar, 25, didakwa mempunyai lebam-lebam di tangan dan kakinya seperti bekas dipukul. Ditanya kepada Dira mahupun Ash, kedua-duanya menafikan dakwaan itu. “Cerita saya memukul Dira adalah fitnah! Saya tak pernah jentik dia sekali pun. “Saya harap cerita ini dihentikan segera kerana bimbang kalau ia menghancurkan rumah tangga kami,” tegas Ash yang geram apabila tuduhan itu dikeluarkan sedangkan mereka sedang bahagia hidup bersama. Kata Ash, “Saya risau sebab sekarang ini dia sedang naik dalam industri terlalu cepat. Bidang ni banyak orang yang cemburu. “Secara jujurnya, saya dan dia berada dalam keadaan yang baik. “Kalau betul saya pukul dia, saya akan mengaku. Takkan saya nak pukul dia suka-suka sahaja. Lagipun, saya pukul kerana dia isteri saya. Saya rasa ia suatu dakwaan yang kelakar kerana saya tahu undang-undang.” Menurut vokalis band Bau ini, kesan lebam yang berada pada anggota badan isterinya itu disebabkan oleh sifat Dira yang lasak. “Memang ada kesan lebam tapi itu adalah kerana dia jenis yang lasak dan bukannya seperti perempuan lain. “Kadangkala, dia ajak saya naik motor yang dipandu olehnya. Itu antara sebab yang saya suka padanya, sebab dia lasak. “Sebab terlalu lasak, masa mengandung pun dia masih boleh bawa motor dan terjatuh sekali. “Kadangkala dia seperti sudah biasa terjatuh,” kata Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah As Syafiee Tengku Mohd Shahid, 26. Masuk tahun ini, perkahwinan mereka sudah berusia dua tahun setengah dan dikurniakan seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra, 1 tahun setengah. Tambah Ash, “Saya rasa normal sahaja apabila suami dan isteri bergaduh tetapi apabila orang melihat lebam di tangannya mesti orang ingat saya yang pukul dia. “Kalau saya ni jenis cemburu buta, takkan saya benarkan dia berlakon. Dia pula yang marahkan saya sebab saya seperti tidak kisahkan apa yang dia lakukan. “Saya kecewa apabila orang bercakap seperti ini kerana dia mempunyai bakat. Lagipun, maruah keluarga juga perlu dijaga. “Saya rasa nak menangis pun ada sebab saya sangat sayangkan Anggun. Bagaimana perasaan Anggun kalau dia membaca cerita seperti ini. “Dira sangat baik dan ‘ok’, anak pun sihat dan makin membesar. “Kalau saya tahu perkara ini akan berlaku, saya takkan benarkan dia berlakon. Dira masuk dalam bidang seni pun sebab Anggun. “Saya bangga dengan Dira yang memahami saya,” kata Ash yang begitu merindui Dira kerana belum sempat berjumpa dengan isterinya yang sibuk dengan pengambaran. Nama Dira semakin menjadi sebutan ramai apabila wajahnya banyak muncul di kaca TV. Atas peningkatan isterinya itu, Ash sempat menasihatkan Dira supaya menjadi diri-sendiri dan mengetahui batas sebagai seorang isteri dan ibu Anggun. Dira minta jangan dikontroversikan cerita dipukul Sementara itu, Dira juga memberikan jawapan yang sama seperti suaminya walaupun mereka ditemubual secara berasingan. "Tiada isu saya dipukul suami. Saya ni lasak dan kadangkala tiba-tiba sahaja saya tidak tahu bagaimana badan saya terdapat kesan lebam. "Suami dan saya sendiri tak perasan sebab saya ni jenis seorang yang kelam-kabut. "Kalau orang tu kenal karektor saya, mungkin dia akan faham sebab badan saya lebam," jawab Dira ketika dalam perjalanan ke Sepang untuk berlakon telefilem Raya, 'Perempuan'. Bagaimanapun, dia tidak menafikan sukar untuk menelah tentang jodohnya dengan Ash. "Kami tidak mempunyai masalah. Tetapi saya tak boleh nak cakap tentang jodoh ini kerana ia kerja Tuhan," ulasnya yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 10:32 am | |
| Julfekar: Saya sudah bertaubat nasuha
Saat bahagia Julfekar (duduk dua dari kanan) dan Farawahida (berdiri dua dari kanan) ketika memenangi kategori Etnik Kreatif menerusi lagu 'Persoalan Cinta' dalam Anugerah Juara Lagu ke-23.
MENGIMBAU kembali 'dosa-dosa besar' yang dia pernah lakukan sebelum ini, komposer Julfekar akui semua yang berlaku sekarang bersifat 'balasan' daripada Allah.
"Saya anggap balasan Allah ini sebagai 'hikmah'. Allah memberikan kesusahan supaya saya sedar.
"Saya bermuhasabah diri dengan apa yang berlaku.
"Tuhan dah tunjukkan dan saya terpaksa terima akibat dari itu.
"Saya tak perlu malu dan harus terima apabila orang sudah aibkan saya," kata Julfekar atau nama sebenarnya Julfekar Ahmad Shah, 45.
Tambah bekas pengurus penyanyi Farawahida ini, disebab itu dia berani dalam menempuhi setiap dugaan yang berlaku sekarang termasuk masalah yang timbul antaranya dengan penyanyi itu.
"Saya akui setiap orang tidak akan lepas dari membuat kesalahan. Tapi, orang tak tahu sama ada saya sudah bertaubat atau belum.
"Terus-terang saya katakan yang saya sudah bertaubat nasuha kerana Allah.
"Saya dah lama bertaubat dan kembali ke jalan yang betul dengan melakukan apa yang Allah suruh mengikut kemampuan saya.
“Sebab itu saya beri telekung dan sejadah kepadanya untuk ajak dia dekati agama sekali," katanya yang sedang sibuk membuat lagu untuk artis-artis di bawah naungan syarikatnya, Millenium Art Sdn Bhd (MASB).
Bapa saudara penyanyi Azharina Azhar ini dalam nada yang tenang bersyukur Tuhan masih mengurniakan rezeki kepadanya melalui bakatnya dalam menggubah lagu.
"Ini anugerah yang Tuhan berikan kepada saya. Kini, saya telah membuat perubahan untuk menguruskan 17 orang artis kerana kalau uruskan seorang artis sahaja, nanti artis itu akan manja," ujar Julfekar dalam nada sinis.
Antara artis baru yang diuruskan oleh Julfekar adalah kumpulan Akasia (Gangstarz), Rahayudin dan beberapa bekas peserta My Starz LG.
"Saya tak 'down' dengan keadaan sekarang tetapi lebih kuat untuk hadapinya. Saya tak boleh kalah dengan keadaan seperti ini,” tegasnya yang enggan bercerita lagi tentang kes yang berlaku antaranya dengan Farawahida.
Katanya, “Buat masa ini, saya tak mahu cerita tentang kes ini kerana saya baru selesai berurusan dengan polis dan mahkamah. Biarlah pihak yang berkuasa menyelesaikannya.”
Baru-baru ini, polis telah mengambil telefon bimbit dan merekodkan keterangan Julfekar kira-kira lapan jam berhubung dakwaan ugutannya mahu menyebarkan video serta gambar lucah Farawahida setelah penyanyi itu membuat laporan pada 1 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan untuk menyebabkan kematian atau kecederaan.
Sebelum ini, Farawahida telah membuat dua laporan polis di Balai Polis Klang pada 6 November tahun lalu dan Taiping, Perak (9 Februari).
Perang besar antara kedua-duanya bermula apabila Julfekar mendakwa Farawahida masih mempunyai kontrak pilihan setahun dan telah melanggar perjanjian itu setelah menyepikan diri sejak Februari lalu.
Penyanyi lagu 'Persoalan Cinta' itu dikatakan pernah menghantar surat sebanyak dua kali untuk keluar daripada pengurusan MASB pada Februari dan awal Jun lalu, namun permintaannya ditolak memandangkan kuasa menamatkan kontrak pilihan bergantung kepada MASB. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 10:39 am | |
| dato ct hadiahkan handbag 70K ? terkezut aku dengar dari sumber cakap dato ct hadiahkan kris dayanti hand bag LV berharga rm70 riban. bertuah jadi kawan baik ct.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 10:54 am | |
| Black Juara Mentor 3?
Mungkinkah Black selaku anak didik Mas Idayu ini bakal dinobatkan juara Mentor 3 malam ini? Saya pasti ada antara forumers di sini yang melayan program realiti tv ini kan? Siapakah bakal juara pilihan anda? Mungkinkah Black? Fira? atau Chaq? Saya ingin menjemput anda semua untuk melawat dan mengundi calon juara kegemaran anda di sini >> MyTalento.Com Sejauh manakah sokongan anda terhadap program Mentor 3 ini? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 10:58 am | |
| Nubhan rakam lagu bahasa Mandarin, cuba 'pikat' peminat Cina
Dalam tempoh setahun, Nubhan berjaya melakukan 'tansformasi' yang hebat dalam dirinya BERBEZA sungguh melihat 'diri' Nubhansekarang berbanding mula-mula dia muncul di persada seni tanahairsebaik memenangi tempat ketiga Akademi Fantasia musim keenam (AF6)tahun lalu. Sikap pemalu jejaka berusia 23 tahun ini cukupketara ketika itu. Malah, ada juga wartawan yang pernah merungut sukaruntuk menemubual Nubhan yang ketika itu masih 'blur' lagi. Namun, itu cerita lama. Dalam tempoh setahun, penyanyi yang popular dengan lagu Ada Untukmu dan Seadanya Aku ini berjaya melakukan 'tansformasi' yang hebat dalam dirinya. Diasemakin petah berbicara dan bergurau. Penampilan atau imejnya jugasudah semakin 'matang'. Dan walaupun wajahnya nampak cukup penatgara-gara jadual yang padat, tetapi Nubhan sudah bijak 'menutup' kepenatan yang dialaminya secara profesional. Malah, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini sentiasa mengukir senyuman tatkala penulis memuji betapa 'berbezanya' Nubhan yang dulu dan sekarang. "Yeke? Memang banyak perkara yang saya pelajari setakat ini. Sayabersyukur kerana mendapat bimbingan daripada pengurus, Vernon, yangmemang banyak memberi semangat kepada saya untuk sampai ke tahap ini. "Kalaudulu memang saya memang sangat pemalu dan selalu gementar terutamanyabila ingin buat persembahan. Tetapi rasanya sekarang ini saya sudahmampu atasinya perlahan-lahan. "Apapun, saya masih terus berusaha perbaiki lagi kelemahan diri," ujar Nubhan, dalam nada cukup merendah diri. Akui anak bongsu daripada lapan beradik ini, karier seninya juga semakin menunjukkan tanda-tanda positif, namun tutur Nubhan, bukan mudah untuk mempertahankan apa yang dimiliki ketika ini jika tidak disulam dengan usaha yang tinggi. "Sejujurnya, memang susah untuk terus bertahan dalamindustri ini jika kita tidak serius. Mungkin kerana saya memangbenar-benar cintakan bidang ini, sebab itu saya curahkan sehabis baik dalam apa yang saya lakukan. "Sayaseronok sebenarnya bila melihat karier saya sudah mula berganjak kesatu tahap yang baru. Untuk saya berada di tahap ini memang bukanmudah. Saban hari, persaingan semakin banyak. "Tetapi saya bersyukur, saya masih sibuk dengan aktiviti seni. Ini bermaksud orang masih ingin melihat saya berada di dalam industri ini," kata Nubhan. Tuturjejaka ini lagi, pencapaian yang diraih hari ini juga mungkin tidakdapat diperolehinya tanpa sokongan padu peminat-peminat termasuklahKelab Peminat Nubhan (Nubhan FC) yang kini sudah mencecah bilangan ahli sekitar 4000 orang. Lebih menggembirakan Nubhan ialah keakrabannya yang terjalin dengan ahli-ahli kelab peminatnya itu yang sudah dianggap Nubhan sebagai sahabat. "Macam-macamaktiviti sering mereka adakan. Jika berkesempatan, saya memang tidakakan lepaskan peluang untuk turut serta. Adakalanya, kami pergimenonton wayang bersama. Nubhan guna kelebihan berbahasa Mandarin untuk 'pikat' peminat berbangsa Cina "Tetapibila bersama mereka, saya tidak pernah tampilkan 'imej' artis dihadapan mereka. Memang seronok sangat kerana mereka juga seringmemberikan nasihat yang baik pada saya," kelab peminatnya itu bakalmeraikan ulangtahun pertama penubuhannya. Album sulung dan lagu bahasa Mandarin Bercerita tentang perkembangan dunia seninya, dalam nada ceria, Nubhan berkata, dia kini masih di dalam proses pembikinan album sulungnya yang berkonsepkan 'modern pop'. Setakat ini, kata Nubhan, enam buah lagu telah disiapkan dan antara komposer yang terlibat di dalam album ini ialah Sharon Paul, Ajai dan Tam Spider. Namun, menariknya, jejaka ini juga akan merakamkan sebuah lagu Mandarin untuk dimuatkan di dalam album tersebut yang mungkin akan dipasarkan selepas Hari Raya nanti. "Dengan kebolehan saya bertutur di dalam bahasa Mandarin, saya rasa tidak salah jika saya gunakan 'kelebihan' itu pada cara yang betul. "Bagisaya, ini satu langkah yang baik untuk saya perluaskan lagi karier sayadan saya sendiri memang sudah bersedia untuk masuk ke pasaran mereka(Cina)," kata Nubhan yang pernah belajar di sekolah cina selama lapan tahun. Jadi budak setan! Tatkala karier nyanyiannya semakin memuncak, Nubhanmelangkah setapak lagi menerusi percaturan pertamanya di layar perakpula. Ujar penyanyi ini, meskipun tidak mempunyai pengalaman, diasanggup mengambil cabaran tersebut kerana ingin melihat karier seninyatidak statik di takuk biasa saja. Memegang watak sebagai Sapi di dalam filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan, Nubhan akui, perasaan kekok memang tidak dapat disangkal dalam dirinya tatkala pertama kali berada di set penggambaran filem itu. Meskipun memegang watak sampingan sebagai rakan kepada Budak Setan yang dilakonkan oleh Farid Kamil, kata Nubhan, dia memang cukup gementar apatah lagi gandingannya itu bukan calang-calang pelakon. "Walaupunbanyak kali juga kena buat semula, tetapi akhirnya saya buat juga yangterbaik. Lagipun bukan senang nak bawak watak budak yang betul-betulnakal. "Tetapi ini satu pengalaman baru yang cukup menyeronokkansebenarnya. Apapun, lakonan memang memerlukan kesabarang yang tinggi,"kata si jejaka tinggi lampai ini lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 11:10 am | |
| Memey selepas dihina
Memey
GEDIK, kacau laki orang! Itulah gambaran kasar orang ramai apabila menyebut nama pelakon, Memey Suhaiza.Manakan tidak, sejak tuduhan berkhalwat dengan aktor Norman Hakim pada 30 Oktober lalu, wanita ini mula dipandang serong.
Yalah... masyarakat kita hari ini amat sensitif dengan berita-berita seperti itu.
Habuan yang diterima oleh Memey ialah sebuah cercaan dan hinaan. Bukan mudah sebenarnya menjadi artis apatah lagi bintang yang baru menyinar seperti Memey.
Malah kalau nak ikutkan lebih dari perkataan “gedik” itu diterimanya.
Tapi apa nak buat, sudah ditakdirkan begitu. Biar apa pun hinaan orang, wanita ini terpaksa meneruskan kerjayanya demi sesuap nasi.
Percaya atau tidak apa yang hendak saya katakan ini? Sebelum kejadian tersebut tidak ada seorang pun yang pedulikan siapa itu Memey?
Tiada ada yang ambil kisah pun berapa banyak drama yang sudah dia lakonkan.
Tapi hari ini nama Memey naik mencanak. Dia boleh diibaratkan seperti graf di pasaran saham. Sayangnya populariti berlaku kesan daripada kisah sensasi yang sebolehnya cuba dijauhi oleh setiap mereka yang bergelar artis.
Apa nak buat, sudah nasib badan. Kehidupan Memey sudah diuji sebegitu rupa dan tentunya dia perlu menempuhi ujian itu dengan tenang.
Kalau ditanya perasaan Memey sendiri, dia memang tak mahu popular dengan cara itu. Apatah lagi membabitkan individu yang sudah berumahtangga.
Tetapi ke mana dia hendak pergi, di mana dia hendak membawa diri?
Sejuta batu sekalipun wanita ini berlari, masalah tidak akan lenyap sebaliknya dia terpaksa berhadapan dengan kenyataan dirinya menjadi buah mulut masyarakat.
“Memanglah semasa kejadian saya sukar membawa diri. Puas menahan malu akibat hinaan orang tetapi saya tetap kuatkan semangat.
“Saya fikir juga ke mana saya boleh lari? Lagipun cita-cita saya untuk melibatkan diri dalam bidang seni sedang berkembang di saat peristiwa malang itu terjadi.
“Situasi itu membuatkan saya terpaksa juga menerima kenyataan untuk berhadapan dengan masyarakat walaupun malu tidak terhingga,” kata wanita berusia 21 tahun ini.
Tetapi lama-kelamaan Memey menganggap kejadian berkenaan sebenarnya menjadi pembakar semangat agar dia lebih kuat.
Kuat dalam erti kata dia mampu berhadapan dengan macam-macam ujian yang mungkin berlaku selepas ini.
Bukan apa, sebagai pendatang baru, Memey merasakan bukan mudah menjadi seorang artis jika tidak dibekalkan dengan senjata berupa sebuah kekuatan.
Dek kerana kekuatan dan pengalaman itulah yang “menghidupkan” semula manusia bernama Memey ini.
Apabila keadaan menjadi semakin reda, dia memperoleh banyak tawaran berlakon.
Jika sebelum peristiwa itu boleh dikira dengan sebelah jari. Tidak banyak peluang yang diperoleh Memey berbanding hari ini.
Menarik nafas lega selain meluahkan rasa syukur, itu semua adalah hadiah daripada Yang Esa berkat kesabaran dan ketabahannya menempuh pengalaman pahit itu.
“Percaya atau tidak, saya mendapat banyak tawaran berlakon. Pada mulanya saya bimbang mungkin tidak ada orang yang akan mempercayai bakat saya lagi.
“Saya juga takut tidak lagi dibenarkan muncul di mana-mana stesen televisyen. Tapi alhamdulillah, Tuhan membuka jalan seluasnya untuk saya atas kesabaran akibat tekanan itu,” ujarnya.
Katanya, di sebalik kisah itu rupa-rupanya ada hikmah tersembunyi yang Memey sendiri tidak tahu. Itulah keistimewaan yang dia dapat gara-gara ujian yang telah mencalarkan jiwanya itu.
Memey baru sahaja selesai penggambaran drama 20 episod iaitu Puteri Arora Beradu selain beberapa drama lain seperti Cinta Balqis.
*Bukan kerana sensasi
Tidak dinafikan ada yang beranggapan populariti yang diraih Memey hari ini bukan kerana kerja kerasnya tetapi gara-gara mendung hitam itu.
Saat ditanya dakwaan tersebut, sambil mengukir senyuman manis Memey berkata dia tidak melihat populariti akibat kontroversi menjadi punca.
Sebaliknya Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi melihat perubahan bakat yang ditonjolkan menjadi penyumbang kepada jumlah tawaran berlakon yang semakin banyak daripada syarikat produksi.
“Orang boleh kata saya popular kerana kes dengan Norman Hakim tetapi saya tidak menganggap kejadian itu faktornya.
“Sebaliknya bakat yang saya tonjolkan menampakkan perubahan. Tidak seperti saya mula-mula terlibat dalam dunia seni dulu.
“Kerana pencapaian itu saya percaya ia membuatkan syarikat produksi mula menaruh keyakinan terhadap saya untuk menawarkan watak-watak penting dalam drama yang mereka terbitkan,” ujarnya.
Menyingkap kemunculan awalnya dulu, Memey mengucapkan terima kasih kepada sepupunya Darling Ngasri kerana memberi peluang kepadanya untuk bergelar bintang.
Daripada seorang pelakon tambahan, Memey hari ini sudah diberi kepercayaan memegang watak-watak utama.
Perkembangan itu amat memberangsangkan kerana kejayaan yang dicipta adalah hasil usahanya bersungguh-sungguh untuk terus terlibat secara serius sebagai seorang pelakon.
Tidak menganggap dirinya sudah berjaya sebaliknya Memey berjanji akan terus berusaha memperbaiki dirinya dalam bidang lakonan.
*Komen soal kahwin
Sebelum ini bertiup kencang angin Timur Barat yang membawa khabar kononnya Memey dan Norman akan memeterai hubungan mereka untuk bergelar suami isteri.
Ketika ditanya soalan itu, Memey tersenyum manja. Ya manja!
Mungkin kerana sikap manja itulah yang membuatkan lelaki mudah cair dengannya.
Mungkin kerana sifat-sifat itu membuatkan si dia pun ada perasaan terhadapnya. Siapa tahu?
Jawapan yang ringkas daripada mulut wanita ini mengenai persoalan itu mudah saja iaitu mereka masih belum ke tahap memikirkan soal tersebut.
“Masih terlalu awal nak cakap soal kahwin,” katanya ringkas.
Tapi dari raut wajah dan renungan matanya menggambarkan hati Memey sebenarnya sudah terpaut kepada si dia.
Manakan tidak, telefon bimbitnya juga turut meletakkan gambar Norman yang mungkin menjadi pengubat hati yang lara.
“Soal kahwin terlalu awal untuk ditafsirkan. Tapi kalau jodoh tu ada, bila pun akan kahwin,” katanya.
Ditanya sejauh manakah hubungannya dengan Norman, tanpa mahu bersembunyi Memey mengaku buat masa ini dia memang senang berkawan dengan lelaki itu.
Memey secara jujur turut memberitahu tiada orang lain dalam hidupnya sebaliknya seorang duda bernama Norman.
Walaupun ada keserasian di antara mereka tetapi untuk membuat keputusan berkahwin bukannya mudah.
Malah Memey juga tidak mahu terburu-buru sama ada untuk berkahwin ataupun bertunang terlebih dahulu. Bukan apa, buat masa ini mereka dalam proses untuk mengenali hati budi selain memikirkan soal berumah tangga.
Kata Memey, kahwin mungkin mudah tapi tanggungjawab yang bakal dia pikul sebenarnya tidak semudah yang difikirkan.
“Tanggungjawab sebagai isteri agak berat. Kalau ada jodoh saya dengan Norman, anak-anaknya juga perlu menjadi sebahagian daripada hidup saya.
“Dalam masa yang sama juga saya perlu memberi perhatian yang lebih kepada suami dan rumah tangga sedangkan ketika ini saya mahu serius dalam bidang seni.
“Tetapi saya mengaku buat masa ini saya lebih selesa untuk keluar dengan Norman kerana dia bukan lagi suami orang,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 11:12 am | |
| Kami tetap tuntut hak - Jinggo
Jinggo dan Shiela memberi penjelasan mengenai konflik mereka dengan penulis skrip Che Li.[ b] CHE LI menuduh J.S Pictures mengganggu dengan mengirimkan SMS berbau ugutan. Kenapa begitu?[/b] Jinggo: Ugutan apa? Kami tak ugut apa-apa? Sebaliknya J.S Pictures hanya minta hak iaitu wang pendahuluan yang sudah dia ambil. Dalam SMS saya kata nak jumpa dia. Itu bukan ugutan. Maksud saya nak jumpa dia untuk tuntut balik duit yang dia ambil. Memang banyak SMS yang saya hantar pada dia sekadar nak mengingatkan dia selagi dia tak selesaikan hutang dia tu. Kenapa J.S Pictures menolak dua skrip yang dikatakan Che Li dikirimkan melalui e-mel pada malam 30 Mei lalu?Jinggo: Deadline yang J.S Pictures berikan kepada Che Li ialah 30 Mei 2009. Pada tarikh itu sebelum pukul 12 malam dia kena siapkan skrip sebanyak 10 episod kerana pada 1 Jun 2009 kami kena buat mesyuarat produksi yang hendak menentukan jadual penggambaran. Kalau tak ada skrip, mesyuarat tak boleh buat. Kita nak bagi jadual kepada pelakon lagi. Tapi pada tarikh itu Che Li hanya buat skrip untuk dua episod sahaja iaitu episod 11 dan 12. Mana baki lapan skrip lagi? Jadi kerana perkara itu kami merasakan lebih baik dia tak bekerja dengan J.S Pictures lagi. Ada maklumkan atau tidak mengenai penolakan skrip itu?Jinggo: Saya hubungi dia pada 31 Mei 2009 dan dapat bercakap dengan dia. Saya maklumkan yang saya akan tamatkan tugas dia. Saya bagi tahu yang J.S Pictures hanya ambil skrip dia sehingga episod sepuluh saja. Che Li minta kami bertolak ansur tapi kami tak boleh berkompromi lagi. Dia faham perkara itu dan menerima alasan tersebut. Kenapa jadi sebaliknya hingga buat laporan polis?Jinggo: Selepas itu saya hantar SMS minta semula duit daripada dia. Bila sebut bab duit mulalah dia gelabah. Sedangkan masa bercakap dengan dia, dia faham tentang penamatan tugasnya di J.S Pictures. Masa tu saya tak sebut bab duit yang sudah dia ambil tu. Tapi bila saya hantar SMS tuntut wang yang dah dia ambil, dia tak senang duduk dan mula menuduh diugut oleh J.S Pictures. Saya nak pesan kepada Che Li, dia boleh buat 1,000 laporan polis pun. Saya tak takut sebab saya tak ugut apa-apa kepada dia. Saya cuma minta hak saya balik. Mengenai SMS kurang sopan kononnya Sheila kirimkan pada dia. Betul begitu?Shiela: Kenapa dia tak tunjukkan SMS tu? Bukan SMS kurang sopan tapi SMS nasihatkan dia. Macam ni SMS saya: Manusia mudah lupa... jangan calarkan persahabatan kita. Aku hormat kau. Kau hormat aku. Tapi bila kau cuba pijak kepala aku, kau buat kesilapan besar dalam hidup. Allah akan permudahkan kerja kita kalau kita permudahkan kerja orang lain. Itu janji Allah. Jahat ke SMS macam tu? Saya tak nak kenyataan dia tu membuatkan orang pandang yang Sheila Rusly ni jahat sangat. Cukup-cukuplah. Saya dah tak nak lagi kontroversi. Sebelum ini ada masalah bekerja dengan Che Li?Shiela: Saya ni tak suka nak burukkan sesiapa. Masalah di antara kami dengan Che Li ni pun hanya dua, tiga orang saja yang tahu. Tapi saya terkejut bila dia sendiri yang sebarkan cerita untuk membela dirinya sendiri. Baiklah, saya ni memang pantang bila orang jolok. Macam ni! Memang selama ini kami ada banyak masalah kerja dengan dia tapi kami masih bersabar. Kami layan dia dengan baik. Dia selalu buat skrip lambat. Kalau lambat, macam mana kita orang nak buat penggambaran? Kerana dia, semua kerja boleh terbengkalai. Kenapa dia jadi macam tu?Sheila: Che Li ni terlalu banyak masalah peribadi. Kalau ada masalah skrip dia akan jadi merapu. kadang-kadang dia tak boleh siapkan skrip sampai seminggu. Kalau nak suruh dia buat skrip pula dia selalu minta duit pendahuluan. Alasannya kalau nampak duit baru ada motivasi. Kami bagi juga duit tapi dia hanya buat satu atau dua episod saja. Macam tu la selalu berlaku. Kenapa tak tegur dari awal? Sheila: Che Li ni jenis kalau tak ada duit, barulah dia kelam kabut nak buat kerja. Bila dapat duit hilang macam tu saja. Bila kita telefon tak jawab. Macam mana nak bekerja kalau tak ada komitmen macam tu? Kami memang nasihatkan dia tapi tak berubah. Bayangkan masa nak buat penggambaran Anak Betong, saya dan Jinggo terpaksa tulis nota depan pintu rumah dia minta skrip. Lepas tu bagi lagi duit pendahuluan sebab nak motivasi dia konon. Macam mana status wang? Apa tindakan J.S Pictures selepas ini?Jinggo: Walau apa pun terjadi, dia tetap ada hutang dengan kami. Saya akan tetap minta duit tu kalau jumpa dia. Pada kami duit tu tak besar mana pun. Tapi bila dia yang mulakan dulu, kami tetap akan minta hak kami. Kerana duit, punah segala-galanya. J.S Pictures menganggap Che ada motif di sebalik kenyataan dia tu?Sheila: Selama ini ramai orang menganggap Che Li pekerja tetap kami tapi tidak. Dia hanya penulis skrip sambilan J.S Pictures saja. Tujuan dia buat kenyataan dalam surat khabar dan heboh bercerita kes dia dengan J.S Pictures sebab nak tarik simpati orang. Sekarang dia mula risau sebab dah tak ada kerja lagi. Dengan cara tu, dia mahu production house lain tahu yang dia dah tak ada dengan kami. Jadi dia boleh kerja dengan tempat lain. Itu tujuannya. Apa nasihat kepada Che Li?Jinggo: Dia selalu bercakap pasal sikap orang tapi dia terlupa kenapa Shiela bertegas dengan dia? Sebabnya dia tak bertanggungjawab dalam kerja. Dia tak cerita pula kepada orang ramai sikap dia yang tak siapkan skrip tu. SHEILA: Saya tak sangka selama empat tahun kita orang berkawan, dia calarkan J.S Pictures macam ni? Saya percaya Allah akan bagi kesenangan pada saya. Janganlah bermain dengan api Che Li nanti terbakar diri. Saya harap selepas ni Che Li dapat hentikan sikap ego dan dia tu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 11:14 am | |
| Airit Rayyan penyambung bahagia
TIDAK dapat digambarkan dengan perkataan sebaliknya syukur ke hadrat Ilahi apabila hasrat untuk memiliki cahayamata dimakbulkan juga. Setiap orang yang berumah tangga, tentu sahaja mengharapkan impian itu.
Pada 8 Julai lalu, pelakon Rita Rudaini Mokhtar,33, dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak, 22, merupakan pasangan yang amat gembira kerana mereka dikurniakan sesuatu yang amat berharga dalam rumah tangga.
Lahirnya Airit Rayyan Rizqin kira-kira pukul 1.30 tengah hari di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur membawa sinar berbeza dalam rumah tangga pasangan ini. Mana tidaknya selama ini rumah tangga mereka sering diuji. Bergelora bak air di lautan.
Malah semasa dalam tempoh mengandung pun Rita masih merasai tekanan akibat ujian yang tidak berkesudahan itu. Tetapi harapannya satu selepas dikurniakan cahaya mata kehidupan mereka sekeluarga akan bertambah bahagia dan erat buat selama-lamanya.
Umum sudah mengetahui perkahwinan Rita dan Aidil di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 itu mendapat tentangan keluarga lelaki. Tetapi itu peristiwa dulu. Hari ini keadaan mungkin akan berubah apabila lahirnya seorang penyeri yang diharap dapat menjadi penyambung kepada silaturahim yang retak itu.
“Saya harapkan dengan lahirnya anak kami ini ia bukan sahaja dapat menjadi penyeri dalam rumah tangga kami sebaliknya menjadi penghubung kepada apa-apa yang keruh,” ujar Rita.
Tidak mahu gambarnya dirakamkan ketika berada di hospital, Rita turut berterima kasih kepada ibu dan bapa mertuanya iaitu Azizah Arshat, 56 dan Abd. Radzak Salleh, 59, kerana sudi menziarahinya.
Bercerita pengalaman melahirkan anak, Rita akui sebenarnya bukan mudah. Tapi dia bersyukur ketika berada dalam keadaan cemas untuk bersalin itu si suami ada bersama.
Malah Aidil juga turut melihat sendiri bagaimana sukarnya seseorang bernama isteri atau ibu itu untuk melahirkan bayi. Ia satu cabaran yang bermakna.
Bercerita soal cabaran, Rita sudah merasainya sejak mengandung lagi. Manakan tidak, saat itulah dia menangis seorang diri kerana ditimpa dengan pelbagai tekanan. Tapi syukur, Rita akhirnya dapat melahirkan anak mereka yang sihat dan selamat.
“Bayi ini amat istimewa dalam hidup Rita kerana dia susah dan senang bersama ibunya. Dia menjadi penguat kepada semangat Rita ketika menempuh hari-hari yang sukar,” katanya.
Mengambil keputusan untuk bercuti selama tiga bulan sebelum kembali aktif berlakon, Rita akan pulang ke kampung halamannya di Perlis sehingga habis tempoh berpantang.
Pertama kali bersalin, tentu saja dia memerlukan tunjuk ajar daripada ibunya Basariah Ibrahim, 58, bagaimana menjaga anak. Yalah, Rita mengakui dia agak kekok kerana tiada pengalaman itu.
Bagi Aidil pula tiada yang dapat digambarkan apabila bergelar ayah. Mahu anaknya memanggil dengan panggil Daddy, Aidil mengakui dia amat gembira dengan kelahiran cahaya matanya itu.
Pertama, dia sudah mempunyai zuriatnya sendiri dan keduanya apabila ibu dan bapanya datang melawat. Kata Aidil ia seperti isyarat iaitu segala kekeruhan yang pernah berlaku dapat dijernihkan semula.
“Saya terperanjat bila tengok mak dan abah datang untuk melihat cucu mereka. Ini petanda yang baik untuk saya,” ujar Aidil.
Selain ibu dan bapanya itu, kembar Aidil iaitu Zaquan turut meluangkan masa bertandang ke pusat perubatan itu. Berkongsi pengalaman bergelar ayah, menurut Aidil sesuatu perasaan yang luar biasa hadir ketika bayinya itu berada di atas tapak tangannya.
“Saya cakap inilah anak aku. Memang saya benar-benar terharu. Lagipun saya memang suka budak-budak,” katanya.
Semasa berada di bilik bersalin, Aidil turut merakamkan saat-saat doktor mahu menyambut kelahiran anaknya itu. Tetapi sebelum itu Aidil mengaku dia hampir- hampir nak pengsan kerana tidak tahan dengan bau ubat-ubatan di dalam bilik berkenaan selain terpaksa melihat darah.
Tapi perkara itu memberi banyak pengertian buat Aidil bagaimana susahnya menyaksikan seseorang isteri itu mengandung dan melahirkan anak.
“Saya dapat bayangkan anak ini akan membawa saya dan Rita menjadi lebih bahagia,” ujarnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 11:16 am | |
| Rusdi Ramli bakal timang anak lelaki
WAH! Comel sungguh anak sulung Rita Rudaini dan Aidil Zafuan yang mereka namakan Airit Rayyan Rizqin kan. Unik sungguh nama itu.
Tak lama lagi, giliran Rusdi Ramli pula menimang cahaya mata. Khabarnya bukan main teruja lagi aktor popular itu mahu menyambut orang baru dalam rumah tangganya.
Iyalah, dah lama tak menimang anak. Rusdi sebelum ini sudah pun mempunyai seorang anak teruna daripada perkahwinannya yang terdahulu.
Kacak macam ayahnya juga anak teruna si Rusdi. Joyah pasti anak keduanya itu nanti juga secomel ayah dan ibunya, Sharon Paul.
Joyah difahamkan Sharon, komposer terkenal itu bakal melahirkan seorang anak lelaki pada bulan depan.
Sekarang ini kiranya sedang menanti masa sahajalah. Walaupun sedang sarat, ada juga Joyah nampak kelibat Sharon yang sentiasa tersenyum memberi sokongan kepada suami tercinta pada setiap program Anak Wayang yang dikendalikan Rusdi.
Selepas ini nampaknya selain hafal skrip lakon dan program Anak Wayang, Rusdi juga kena ‘hafal’ kembali skill tukar lampin dan buat susu anak. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Sun 12 Jul 2009, 11:18 am | |
| Elly Mazlein dengan pengarah drama
MINGGU lepas Niezam terbaca komen di ruangan Joyah mengatakan pelakon dan penyanyi Elly Mazlein bercinta dengan seorang VIP bergelar Datuk.
Tut-tut dalam dua, tiga hari lepas ada seseorang berbisik di telinga Niezam, Elly sebenarnya bukan bercinta dengan Datuk pun tapi orang lain.
Wah... dengan siapa pula Elly? Ramai ke kekasih Elly ni?
“Dia bercinta dengan seorang pengarah drama. Semua orang produksi dah tahu. Kalau nampak muka Elly dalam TV, tengok la syarikat mana yang ambil dia berlakon? Mesti syarikat yang dimiliki pengarah tu,” jelas orang produksi.
Khabarnya drama-drama arahan pengarah tersebut banyak disiarkan di stesen televisyen RTM.
Sumber itu menjelaskan, pengarah yang dimaksudkan berumur 34 tahun dan sudah ada dua orang anak.
Bila disiasat, rupa-rupanya pengarah itu sudah ada isteri. Maknanya kalau mereka jadi kahwin, si Elly akan jadi isteri nombor dualah.
Hati hati Elly, bukan senang tau jadi bini nombor dua ni. Takut nanti rambut semakin kurang sebab kena tarik.
Mengikut ceritanya juga, isteri pertama pengarah itu sudah dapat tahu percintaan Elly dengan suaminya. Itupun selepas si isteri “pasang kaki” nak intip dimana dia orang dating.
Wow... kalau berlaku perang dunia siapa nak jawab? |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 10 of 11 | Go to page : 1, 2, 3 ... , 9, 10, 11 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |