Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3, ... 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 12:57 pm

Nabil buat banglo di kampung

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Hi031d11


Wah… rezeki Nabil melimpah ruah sekarang ni selepas dia keluar dari program Raja Lawak. Itulah kalau kita tak sombong dan cari rezeki dengan ikhlas, rezeki itu akan datang bak daun yang berguguran.

Terbaru Niezam dengar cerita Nabil dah mengotakan janjinya kalau dia jadi kaya raya, dia nak membahagiakan ibu dan bapanya di kampung dulu.

Patut la ada orang kampung Nabil bagi tahu yang sekarang ni rumah dia di Mambau, Negeri Sembilan sudah dirobohkan sedikit demi sedikit untuk didirikan sebuah banglo.

Tengok la tak sampai tiga tahun jadi artis, Nabil dan dapat menunaikan hajatnya untuk membesarkan rumah di kampung.

Agaknya rumah Nabil di kampung tu nanti besar mana ya? Adakah ia mencecah jutaan ringgit macam rumah Mawi? Siapa tahu kan.

Tapi biasanya kalau ibu-bapa dah nak besarkan rumah, itu bermakna akan ada sesuatu yang istimewa berlaku.

Mungkinkah detik-detik indah untuk kita semua mendengar paluan kompang akan berkumandang tak lama lagi?

Satu Malaya dah tahu Nabil sekarang tengah angau bercinta dengan Irma Hasmie. Malah khabarnya juga keluarga kedua belah pihak pun sudah merestui hubungan mereka itu.

Kepada Nabil, tahniah diucapkan dengan rezeki yang melimpah ruah dan mudah-mudahan juga percintaan dia dengan Irma itu akan kekal bahagia.

Agaknya apa hadiah istimewa Nabil belikan untuk Irma selepas balik dari Australia minggu lalu? Sekandang kangaroo ke?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 1:00 pm

Bahtera Faizal Tahir goyang?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Untitl40


Tak cukup tisu, kertas surat khabar Joyah guna nak sapu air mata Joyah yang berderai bak hujan ribut ni. Joyah sedih dan terharu bila Joyah dengar kisah penyanyi yang Joyah minat iaitu Faizal Tahir sedang menghadapi masalah rumah tangga.

Betul ke Faizal? Kenapa jadi macam ni? Joyah harap berita yang disampaikan kepada Joyah ini hanya gosip semata-mata. Ia bukan sesuatu yang benar.

Lagipun Joyah minat dengan suara Faizal dan bakat dia yang tinggi melangit itu. Dia juga ada isteri yang baik di samping tiga orang anak yang comel-comel belaka.

Khabar angin yang bertiup menghembus ke telinga Joyah membawa berita kononnya Faizal dan isterinya sedang mencari peguam untuk menyelesaikan kes mereka di Mahkamah Syariah.

Menurut khabar angin itu lagi, Faizal dan isterinya mempunyai masalah didalam melayari bahtera kehidupan mereka. Masalah itu dipercayai sudah lama bersarang tetapi tidak dapat diselesaikan juga sehinggalah mereka mencari jalan untuk membawa kes berkenaan ke mahkmah.

Itu yang Joyah dengar dari mulut orang. Tapi mulut orang tak boleh kita nak percaya sangat melainkan ia keluar daripada mulut tuan punya diri.

Bila dengar khabar angin ini, seperti yang Joyah katakan Joyah tak mahu percaya sangat. Yalah... khabar angin namanya. Kadang-kadang bukannya betul.

Tapi bila Joyah fikir-fikirkan, kalau tak ada angin takkan pula ada pokok yang akan bergoyang?

Apa yang Joyah harapkan kalaulah benar Faizal ada masalah didalam rumah tangga, selesaikan dengan cara yang baik. Mungkin masih ada jalan untuk menyelesaikan kekusutan yang ada.

Tapi sekiranya berita yang Joyah sampaikan ini tidak benar, anggaplah ia sekadar usikan manja Joyah sahaja kerana dalam hati Joyah ini memang tidak mahu mempercayai berita buruk mengenai artis yang Joyah sayangi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 1:03 pm

Ezad jangan menyerah kalah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Hi_17_11
Ezad


Saya amat menyokong kumpulan Exist dan meminati semua lagu-lagunya. Bagi saya suara Ezad amat natural dan gaya penyampaiannya amat menyentuh hati. Saya berpendapat Exist mempunyai peluang cerah untuk memasuki pasaran Indonesia tetapi saya amat kesal dengan anggota Exist yang lain kerana mereka sudah ada vokalis baru.

Cuma saya berharap Ezad tidak menyerah kalah dan berundur daripada dunia hiburan. Saya suka persembahan Ezad dan mahu dia tampil solo.

Buktikan kepada orang yang memandang rendah terhadap diri Ezad dan saya yakin Ezad mampu. Saya sebagai peminat akan selalu menyokong dan mendoakan kejayaannya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 1:05 pm

ini yang saya pilih

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Hi_16_11
Aril

Assalamualaikum. Semoga Aril terus berjaya dan menjadi artis yang bebas daripada sebarang kontroversi.

1. Berapa lama Aril

mengikat kontrak dengan Astro Entertainment Sdn. Bhd.?

2. Apa rancangan Aril dalam merencanakan perjalanan hidup?

3. Sudahkah Aril bersedia untuk bergelar selebriti memandangkan banyak dugaan dan cabaran yang bakal anda tempuh?

Terima kasih,

n Muaz Ikwan, Kuala Lumpur.

ARIL

1. Buat masa ini Aril mengikat kontrak selama 3 tahun dengan AESB.

2. Selain terlibat dalam bidang seni, Aril berharap sangat dapat buka apa jenis perniagaan bagi jaminan masa depan. Kalau boleh Aril nak sangat buka butik atau kedai makan pada masa hadapan.

3. Ini jalan yang Aril pilih. Sudah pasti Aril bersedia sepenuhnya. Bukan Aril nak bongkak dengan kenyataan tersebut tetapi Aril sudah bersedia sebenarnya.

Suka konsep JepunAssalamualaikum,

Soalan untuk Aril yang di sayangi.

1. Bila agaknya album penuh Aril akan dikeluarkan selain dari album kompilasi finalis Af? Apa genre yang akan di pilih?

2. Bagaimana nak sampaikan hadiah pada Aril? Bila lagi nak buat persembahan di Melaka?

3. Akhir sekali, nasihat saya untuk Aril, kekalkan sikap sederhana, jangan lupa diri, jangan sombong dan jangan tinggal solat. Walau pun ada yang mengutuk Aril tetapi masih ramai yang sayang dan menghargai bakat Aril seperti saya.

n Lots of love,

Mustika, Melaka.

ARIL

1. Tentang album tu Aril tak berani nak cakap sebab itu semua masih lagi dalam perancangan pihak Astro Entertainment. Tapi Aril sangat berharap agar album Aril sendiri akan keluar sebelum hujung tahun ini. Kalau diikutkan Aril lebih suka album yang berentak JHop atau yang ada unsur Jepun sedikit. Barulah lain daripada yang lain.

2. Kalau nak hantar hadiah, boleh alamatkan kepada Astro Entertainment Sdn. Bhd. Insya-Allah kalau ada program dan diizinkan oleh Tuhan, memang Aril teringin sangat nak buat persembahan di Melaka. Tapi peminat kena sabar menanti.

3. Terima kasih atas nasihat anda. Saya amat menghargainya.

Selamanya dalam bidang seniAssalamualaikum Aril. Saya merupakan salah seorang peminat Aril. Saya harap Aril tidak keberatan untuk menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan.

1. Apa perkembangan terbaru Aril sekarang?

2. Agaknya sampai bila Aril akan berada di dalam bidang seni seperti sekarang.

3. Adakah Aril akan terjun ke bidang lakonan suatu hari nanti?

4. Sebelum Aril memasuki program realiti Akademi Fantasia, apakah yang Aril lakukan?

n Syamin Syazwan, Selangor.

ARIL

1. Buat masa ini saya baru sahaja selesai merakamkan kembali lagu Toksid versi studio. Aril juga sudahpun selesai penggambaran video klip untuk lagu Toksid. Selain itu Aril juga banyak menghabiskan aktiviti yang telah pun diatur oleh pihak pengurusan.

2. Sampai bila tu tak boleh nak cakap. Semua ini bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau boleh Aril memang nak sangat berada di dalam bidang seni ini sampai bila-bila. Selagi ada peminat yang menyokong kerjaya seni Aril, selagi itulah Aril akan ada di dalam industri ini.

3. Siapa yang tidak mahu berlakon. Memang Aril teringin sangat nak berlakon. Tapi Aril dah ada satu projek khas tentang lakonan. Kalau nak tahu anda semua kena tunggu sedikit masa lagi.

4. Sebelum ini Aril bertugas sebagai pereka grafik di sebuah syarikat. Kalau nak dikira pengalaman tersebut, Aril sudah bertugas dari tahun 2002 lagi sehinggalah Aril masuk ke Akademi Fantasia.

Kenangan terindah di AF7Assalamualaikum. Tahniah kerana abang mendapat tempat kedua dalam Akademi Fantasia 7. Abang memang layak mendapat hadiah itu.

1. Apakah perkembangan abang yang terkini?

2. Bagaimanakah cara untuk menghubungi abang?

3. Apakah pengalaman yang tidak dapat abang lupakan sepanjang berada di AF?

n Fatin, Kota Bharu, Kelantan.

ARIL

1. Buat masa ini Aril sedang sibuk mengikuti program yang diaturkan oleh AESB. Lagu Toksid juga sudahpun dirakam semula dan harap peminat berpuas hati degannya.

2. Adik boleh e-mel kepada khaiyoshi_kreko@yahoo.com atau www.myspace.com/arilfc. Peminat juga boleh melayari www.aril-lovers.com untuk maklumat lanjut.

3. Banyak sebenarnya pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kadang kala sampai tak tahu siang atau malam. Mana tidaknya pukul 8 pagi dah mula pelbagai aktiviti sampai malam. Bagi Aril ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila terutamanya bersama dengan peserta AF yang lain dan tenaga pengajar.

Hargai sokongan peminatAssalamualaikum Aril, saya merupakan antara peminat anda sejak di awal kemunculan lagi. Tahniah kepada anda kerana telah menjuarai realiti TV, Akademi Fantasia 7.

1. Apakah perbezaan sebelum dan selepas popular?

2. Bagaimana Aril mengawal situasi apabila keluar membeli belah atau melakukan apa-apa aktiviti. Tidak rimas dengan peminat yang ada?

3. Selepas Aril menyertai dunia nyanyian, tidakkah Aril terfikir untuk terjun ke bidang pengacaraan pula? Sudah tentu peminat anda tertunggu-tunggu.

Terima kasih..

n Jimi dan Jiji, Petaling Jaya, Selangor.

ARIL

1. Memang banyak perbezaan sebenarnya. Jika dahulu orang langsung tidak mengenali kita. Tapi kini situasi itu telah berubah. Aril juga perlu mengurangkan aktiviti yang tak berfaedah seperti merayau-rayau. Hehehe. Jadual juga padat dan ia sedikit sebanyak telah mengubah jadual hidup asal.

2. Aril biasanya akan keluar bersama dengan kawan-kawan sahaja. Bila dah ramai-ramai tu baru la rasa seronok sikit. Tidak pernah ada istilah rimas dalam hidup Aril dan Aril tetap akan melayan peminat selagi terdaya. Lagipun sebab peminat juga Aril berada di dalam industri ini. Memang Aril hargainya sangat.

3. Kalau ada rezeki memang itulah impian Aril. Aril bermula sebagai pengacara dan sudah pasti Aril merindui bidang tersebut. Bagi Aril tidak ada istilah tidak mahu mencuba. Aril akan cuba segala cabang seni yang ada selagi terdaya demi memastikan Aril menjadi ikon yang baik.

Boleh berdikariHai Aril, semoga Aril terus sihat dan berjaya dalam bidang yang diceburi. Saya ada beberapa soalan untuk Aril.

1. Apakah cabaran terbesar Aril selepas bergelar naib juara AF7?

2. Sudahkah Aril boleh berdikari sendiri atau tidak?

3. siapakah artis luar negara yang Aril ingin berduet?

n Ezad, Melaka.

ARIL

1. Cabaran yang paling besar sudah tentu untuk membahagikan masa dengan jadual yang begitu padat. Selain itu Aril perlu memastikan yang Aril akan bekerja dengan lebih keras untuk terus bersaing dengan artis-artis lain yang ada. Kita kena buat kelainan jika mahu terus bertahan.

2. Buat masa ini Aril sedang berusaha untuk berdikari. Kalau boleh dari saat ini Aril sudah tidak mahu menyusahkan lagi keluarga dan rakan-rakan yang selama ini banyak membantu Aril. Tapi dalam masa yang sama Aril masih lagi mendapat bantuan daripada keluarga terutamanya abang Aril.

3. Sesiapapun boleh. Aril tak kisah sangat. Tapi kalau boleh Aril nak berduet dengan Ayumi Hamasaki.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 1:13 pm

Cuma merisik, bukan bertunang

Ya, ribut juga bila dikhabarkan aktres Umie Aida bertunang. Ramai terkejut bila terbaca kisah yang disiarkan oleh Niezam dalam ruangan pojoknya, Kring-Kring minggu lepas.

Masakan tidak, tanpa sebarang angin yang menyatakan dirinya sedang menjalinkan hubungan cinta, tiba-tiba keluar kisah sudah menjadi tunangan orang.

Lelaki bertuah yang menjadi pilihan aktres itu dikatakan seorang duda yang mempunyai dua cahaya mata (bukan tiga seperti yang dilaporkan).

Lelaki itu dikatakan ahli perniagaan bertaraf jutawan dan bergelar Datuk berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Dikhabarkan majlisnya berlangsung pada 30 Mei lalu dan hanya dihadiri kaum keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-16 menerusi filem Embun itu tidak menafikan adanya sebuah majlis yang menghimpunkan kedua-dua belah keluarga.

Namun tegasnya: "Ia bukan majlis pertunangan. Ia sekadar acara merisik."

Dan kerana itu, kata Umie yang dihubungi malam Selasa lalu, tidak ada yang perlu diuar-uarkan mengenainya.

"Umie tidak mahu komen lebih-lebih kerana ia masih terlalu awal. Ini baru majlis merisik. Cuma Umie memohon, para peminat mendoakan yang terbaik untuk hubungan ini.

"Dan percayalah, kalau kebaikan yang datang, Umie akan berkongsi dengan peminat yang selama ini setia menanti untuk melihat Umie menempuh alam perkahwinan," ujarnya.

Menurut Umie, majlis merisik yang diadakan secara senyap-senyap itu telah berlangsung pada 17 Mei lalu, bukan 30 Mei seperti dilaporkan.

Pun begitu, ia berlangsung tanpa kehadiran bakal tunangannya.

Ditanya mengenai siapakah Datuk yang berjaya mencuri hatinya, Umie enggan mengulas lebih lanjut. Ini kerana bagi dirinya, perhubungan mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Dia orang biasa. Seorang yang sangat low profile dan simple person. Sikapnya yang simple itu yang membuatkan saya selesa dengannya," jelas Umie mengenai pilihan hatinya itu.

Difahamkan bakal ibu mertua Umie yang menyarungkan cincin belah rotan di jari manis kanan Umie ketika majlis merisik berlangsung.

Menurut sumber, pasangan itu juga telah memilih cincin pertunangan dan pernikahan jenama mewah antarabangsa.

Kami juga berjaya mendapatkan sekeping gambar sekitar majlis merisik tersebut. Harap Umie tidak marah kerana menyiarkan gambar ini untuk tatapan peminatnya. Gambar ini diperoleh daripada pihak terdekat keluarga Umie.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 1:18 pm

Lady Gaga dikejar paparazi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Hi_13_10
Lady Gaga


TIDAK diduga video muzik bagi single terbaru Lady Gaga berjudul Paparazzi menarik golongan paparazi untuk mengorek rahsia penyanyi ini.

Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan gambar Lady Gaga bogel di bilik persalinan? Oh tidak?! Mereka mahu berbuat demikian kerana teruja dengan lakonannya dalam video berkenaan.

Lady G yang terkenal dengan lagunya P-p-p-pokerface berkata, "Perkara itu tidak mungkin berlaku. Walaupun saya lain daripada penyanyi lain tetapi ada batasannya".

Dalam pada itu, kebanyakan paparazi merasakan Lady G sebagai berbakat, fokus dan cool tidak kira di mana sahaja dia berada. Perwatakan itu yang membuatkan mereka mengekorinya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 1:21 pm

Parti Selebriti Kosmo! dekatkan artis, peminat

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Ne_04_15
INTAN LADYANA (kiri) dan Rabecca Nur Islam
berjaya mencuri perhatian peminat mereka.


KUALA LUMPUR - Bagi kebanyakan orang, bukan mudah untuk mendapat peluang bertemu, bermesra dan menjamu selera bersama artis-artis terunggul tanah air.

Namun, tidak kepada 150 pembaca bertuah Kosmo! apabila mereka diraikan dalam Parti Selebriti Kosmo! - One Drop Perfumes 2009 yang dilangsungkan penuh bergaya di Hotel Sheraton Imperial di sini malam kelmarin.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Ne_04_16
AZZA ELITE dan Bienda sibuk melayan peminatnya pada majlis yang diadakan di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur kelmarin.


Majlis gemilang tersebut disambut penuh meriah dengan gandingan acara pengenalan set haruman terbaru jenama One Drop Perfumes serta pelancaran wajah baru seksyen rencana dan hiburan yang berkonsepkan majalah dalam akhbar iaitu Kosmo! 2.

Dalam majlis tersebut, seramai 150 pembaca bertuah akhbar kompak Kosmo! diraikan dalam suasana glamor santai dengan tema hitam putih. Keriuhan dan kehangatan bermula seawal pukul 6 petang, dari laluan karpet merah hinggalah ke dalam dewan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Ne_04_17
PARA pembaca bertuah Kosmo! berpeluang mengenali artis
kesayangan masing-masing dengan lebih dekat pada Parti Selebriti Kosmo! - One Drop Perfumes 2009.


Selain duta One Drop Perfumes iaitu Rozita Che Wan, lebih 50 selebriti popular turut hadir memberi sokongan. Antara yang memeriahkan suasana malam itu ialah Maya Karin, Fahrin Ahmad, Intan Ladyana, Hafiz AF, Dafi AF, Fizz Fairuz dan Kamal Adli.

Tidak ketinggalan memeriahkan parti itu ialah Lisa Surihani, Abby Abadi, penyampai Suria.fm, Linda Onn, merpati romantis Rashidi Ishak dan Vanida Imran serta pasangan penyampai Hot.fm, Faizal Ismail dan Fara Fauzana.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 1:24 pm

Penyambung legasi kacukan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Hi_01_97


"Fotografi untuk raya ke?" begitu ramai yang menyapa kala melihat Diana Danielle Danny Beeson, Aishah Jennifer Mohamed Sinclair dan Intan Nurladyana Mohamat Yahaya menggayakan kebaya songket pada tengah hari itu.

Mereka tampak ayu dan menjaga santun. Sesuai dengan busana yang digayakan.

Perlukah menanti hari raya untuk menggayakan busana tradisional itu? Menjawab soalan-soalan tersebut, SensasiBintang sengaja menggayakan tiga anak kacukan ini dalam busana tradisional untuk menimbulkan kontra antara genetik dengan budaya mereka. Itu signifikannya.

Ya, Diana, 18, Intan, 27, dan Aishah, 28 merupakan tiga selebriti berdarah kacukan yang membina nama mereka dalam pentas hiburan tempatan.

Diana ialah anak kacukan Malaysia-Amerika. Intan pula Malaysia-Thailand sementara Aishah berketurunan Malaysia-England.

Mereka bertiga berkongsi cerita tentang 'kemelayuan' yang mengalir dalam diri serta kebarangkalian menyambung legasi keluarga dengan berkahwin dengan bangsa asing.

Tolak lelaki kacukan


Baru selesai menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), diari Diana terus sibuk. Hanya berehat sehari, gadis ceria ini memberitahu, agenda kerjayanya kini kembali padat dengan lakonan serta kesibukan mencari lagu untuk single pertamanya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Hi_01_98


Dalam masa yang sama dia menghitung detik untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Nottingham di Semenyih, Selangor dalam bidang Biosains yang sesi kelasnya akan bermula pada 9 Julai depan.

Ditanya tentang kehidupannya sebagai anak kacukan, kata Diana, kerugian besar buat dirinya adalah kerana tidak mampu bertutur dalam bahasa Perancis. Sedangkan, cerita gadis manis ini, sewaktu kecil dia pernah mengenal bahasa itu kerana nenek sebelah bapanya mempunyai darah Perancis.

Namun kerana tidak dipraktik, akhirnya dia hanya mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dan Melayu. "Kalau boleh, lepas ini saya nak masuk kelas bahasa Perancis. Kalau ada peluang menyelami budaya lain selain Melayu, Perancis adalah jawapannya," kata Diana lagi.

Mengakui budaya Melayu begitu sebati dengan dirinya, dia yang kali terakhir pergi ke kampung bapanya di Houston, Texas, Amerika Syarikat pada waktu kecil memberitahu, 70 peratus dirinya adalah Melayu.

Dia diajar dan dibesarkan dalam adab Melayu malah tidak pernah terfikir untuk berkahwin dengan lelaki asing.

"Mungkin sejak sekolah lagi saya sering bergaul dengan bangsa asing dan selalu digoda lelaki Inggeris, saya jadi bosan.

"Cari orang Melayu sejati sudahlah. Asalkan lelaki yang bakal saya kahwin kelak baik orangnya."

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Hi_01_99
DEPAN kiri: Diana, Aishah dan Intan (di belakang) mengaku menjadi anak kacukan ada keistimewaan, tetapi sebagai individu biasa seseorang itu harus berusaha untuk berjaya.


Tidak pernah berasa terpinggir dalam industri hiburan dan sering mendapat watak yang bersesuaian dengannya, akui Diana, tidak sukar untuk anak kacukan mendapat tempat.

Bukan sekadar bersandarkan kecantikan atau cerdik, tetapi ia bergantung kepada kredibiliti seseorang itu menjalankan tanggung jawabnya dengan baik.

"Yang penting kita kena berusaha keras untuk jadi lebih baik," ujar pelakon telemovie Empat Madu dan filem Setem yang bakal ditayangkan pada 31 Julai depan ini.

Mahu jadi wanita Melayu tulen

Raut wajah keanak-anakan dan persis gadis Cina selalu membuat ramai orang tidak menyangka bahawa dalam tubuh Intan mengalir darah Malaysia-Thailand. Ibunya, Wan Zurina Wan Isa, 53, berasal dari Damak, Thailand.

"Memang ramai yang sangka saya wanita Cina. Kelebihan ini membolehkan saya mendapat banyak tawaran iklan komersial yang biasanya dijayakan gadis Cina.

"Cuma sehingga kini, kerana raut wajah ini saya belum dapat menjayakan watak wanita Melayu tulen atau gadis kampung," beritahu Intan yang kini sibuk dengan telemovie Bisikan Syaitan.

Jika boleh, kata Intan, dia mahu sangat menjadi gadis desa atau perempuan Melayu tulen. Peluang itu, katanya, barangkali mampu mencabar kredibilitinya sebagai pelakon yang kini banyak menerima tawaran sebagai remaja urban.

Dalam kehidupan, Intan mengakui dia tidak pernah berasa dirinya istimewa kerana berdarah kacukan. Kacukan tiada kasta, tetapi yang penting bagaimana individu itu membawa diri.

Berasa begitu rugi kerana tidak mampu bertutur dalam bahasa Thailand, dia yang kerap pulang ke kampung ibunya untuk bertemu saudara-mara sering kali menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi.

"Sudah macam ayam dengan itik. Sebab itu saya rasa rugi sangat tak boleh bertutur dalam bahasa Thailand," katanya sambil ketawa.

Diberi pilihan untuk memilih budaya lain yang ingin diselaminya, gadis yang gemar memakan makanan Jepun ini memilih Itali.

Jelasnya: "Selain budaya, saya suka arkitektur dan bahasa Itali yang unik."

Rasa terpinggir semasa kecil

Aishah Sinclair pula punya ceritera tersendiri tentang dirinya sebagai seorang anak kacukan. Dia bencikan persekolahan rendah.

Ujarnya, sewaktu itu dia mendapat sekatan mental akibat gagal berbahasa Melayu dengan baik. Dia dan keluarga berpindah ke Kuala Lumpur dari London pada usianya lima tahun.

Oleh kerana Aishah gagal berbahasa Melayu, ia membuatkan segala arahan dalam kertas periksa gagal difahamnya.

"Cuma dalam darjah tiga baru saya boleh masuk dengan suasana sekolah. Pengalaman itu membuatkan saya benci sekolah rendah. Saya cuma suka sekolah pada darjah lima.

"Masa itu saya berjumpa kawan-kawan baik di sekolah," ujarnya yang sering dianggap sombong di sekolah hanya kerana dia seorang yang pemalu.

Aishah juga letih diajukan watak yang sama dalam lakonan. Tidak habis-habis watak yang digambarkan buat dirinya ialah anak mat saleh yang gedik.

"Balik-balik watak itu. Bukan semua anak mat saleh gedik. Saya jadi bosan. Cukuplah beberapa kali saya melakonkan watak tersebut.

"Saya sudah tidak mahu stereotaip," ujar Aishah yang pernah melakonkan watak berlainan dalam telemovie bertajuk Hilang.

Akui Aishah, berwajah kacukan ada kelebihannya. Jika mahu berada di tahap serantau, itu mungkin satu pintu yang lebih luas dan senang buat mereka berbanding wajah Melayu tulen.

Tetapi jika berbalik kepada bakat, semuanya ada peluang yang sama.

Apabila ditanya peratusan kemelayuan dalam dirinya, ujar Aishah sambil tersenyum: "Tujuh puluh peratus. Keluarga saya mungkin tidak kuat mengikut adat tetapi suruhan Islam memang menjadi pegangan ayah saya.

"Ibu, Khadijah Abdul Rahman berjaya mendidik ayah saya, Mohamed A. J. Sinclair tentang Islam dan kami cenderung tidak terikut budaya Barat."

Ujar isteri Sheikh Abdul Shahnaz ini, dia memang bercita rasa Melayu. Daripada soal makanan hinggalah soal lelaki. "Bab makan, kalau tiada sambal belacan macam tidak sah. Dan dalam soal lelaki, dari sekolah lagi saya memang cenderung sukakan lelaki Melayu."

Apa yang pasti kelak akan wujud kepelbagaian dalam keluarga Mohamad Sinclair. Melihatkan Aishah yang berkahwin dengan keluarga Sheikh dan abangnya, Ashraf Sinclair memilih wanita Indonesia, ibunya tidak sabar melihat wajah cucu-cucu yang bakal memeriahkan keluarga mereka.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 1:25 pm

Hans Isaac diam-diam berisi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Hans-u10


Lama tak dengar cerita Hans Isaac akhir-akhir ini. Hans bukanlah menyepi, sebaliknya sedang sibuk dengan projek yang dihasilkan bersama syarikatnya Tall Order Production.

Kiranya Hans ni diam-diam ubi berisilah. Dalam diam tu satu demi satu produksi dihasilkannya. Sekarang projek itu sudah hampir selesai dan bakal dihidangkan kepada peminat tak lama lagi. Tunggulah projek Hans ya.

"Dah beberapa lama saya ni low profile. Bukanlah apa-apa tapi dalam tempoh itu saya menghasilkan lebih 100 episod drama," kata Hans.

Oh banyak tu. Bukan satu judul, tapi 100 episod iu dariapda beberapa judul drama bersiri untuk dibekalkan kepada beberapa buah stesen TV.

"Saya menerbitkan 26 episod drama Klon Teja (untuk Astro Prima), 26 episod Cuci The Series (RTM), 26 episod Ten Ten Ten (Astro Warna) dan 13 episod Biru Cinta Laguna (TV9)," kata Hans.

Hans menambah dia juga sedang membuat persiapan untuk pementasan teater Cuci The Musical di Istana Budaya bermula 23 Oktober depan.

Hans juga akan menghasilkan filem baru berjudul Ramlee B.

"Drama Biru Cinta Laguna sedang menjalani penggambaran di Pulau Perhentian, Terengganu sehingga 6 Julai ini," sambung Hans.

Nampaknya ligat sungguh Hans dengan bisnesnya. Itulah rezeki namanya.

"Belum jadi orang besar lagi... saya ni hanya nak bekerja sahaja," kata pelakon tampan itu lagi.

Walaupun satu demi satu cinta Hans gagal di tengah-tengah jalan, tapi rezeki Hans murah pula dalam kerjanya sebagai pelakon dan produser.

Bila agaknya Hans akan temui cinta sejati. Kena tunggulah drama cinta Hans berkesudahan dengan ikatan perkahwinan.

Siapa agaknya yang berjaya membuka semula pintu hati Hans untuk mengakhiri alam bujangnya?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Hans-u11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 1:27 pm

Dang-Ad kekasih zaman sekolah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Hi_02_59


SENGAJA diatur temu ramah dengan pasangan ini di tempat berbeza kerana ingin cuba menyelami perasaan sebenar mereka.

Malam tadi sahlah sudah personaliti televisyen, Dang Suria Zainurdin, 37, menjadi pelengkap hidup komposer, Shahadrian Samad atau Ad Samad, 40. Mereka sebenarnya telah berkenalan sejak usia 17 tahun.

Bagi Dang Suria, Ad membuatkan dirinya berasakan hanya dia wanita yang wujud di dunia ini. Ad pula merasakan Dang adalah wanita yang menyatukan rasa simple dan kompleks.

Mengimbau kembali ke alam persekolahan, di situ perkenalan tercipta. Ad malah masih teringat kali pertama bertentang mata dengan Dang ketika Dang turun dari tangga sekolah. Kata Ad, Dang memang terkenal di sekolah.

Perkenalan semakin erat apabila mereka menubuhkan sebuah grup bersama. Walaupun berlainan sekolah, Dang di Convent Bukit Nanas dan Ad di St. John's Institution, sesi jamming di mana Ad bermain gitar dan Dang Suria menyanyi, membuahkan perasaan cinta alam persekolahan.

Seni cinta dan seni muzik mereka dalami bersama namun hubungan enam bulan berakhir dengan perpisahan tanpa kata.

16 tahun satu jangka masa perpisahan yang lama. Mereka tidak cuba untuk menghubungi antara satu sama lain.

Dang berjaya sebagai personaliti televisyen. Dia kini menghiasi saluran Astro Awani. Manakala Ad terkenal sebagai pencipta lirik yang dinyanyikan artis-artis popular seperti Elyana dan Search.

Manusia merancang tapi Tuhan yang mentakdir. Pertemuan tak dirancang pada awal Januari lalu tiba-tiba menghidupkan semula bara cinta mereka. Diukur dengan kematangan dan pengalaman lalu, kali ini mereka tidak mahu perpisahan berulang.

Lalu dipilih tanggal 27 Jun sebagai tarikh termeterai perkahwinan. Tiada simbolik tarikh tersebut, cuma mereka rasa perkara yang baik harus dipercepatkan.

Ujar Dang: "Kami sebolehnya mahukan akad nikah sahaja kerana bagi kami yang lain itu cumalah budaya.

"Tetapi mengenangkan rakan-rakan yang banyak membantu dan teruja dengan pernikahan kami, maka resepsi dilakukan khas buat keluarga dan rakan terdekat."

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Hi_02_58
--------------------------------------------------------------------------------

Ad pula mengakui momen yang manis dan bersejarah tidak patut dibiarkan berlalu begitu sahaja.

"Ada rasa menyesal tumbuh daripada perpisahan lampau tetapi itu sudah ditakdirkan.

"Terfikir juga kenapa perlu buang masa tetapi saya faham inilah liku-liku perjalanan yang kami perlu tempuhi," ujar Dang yang berdoa agar Ad adalah destinasi terakhirnya. Kata Dang lagi, dia sangat mengagumi minat membaca suaminya itu.

Ujar Ad pula, perjalanan seninya sejak awal telah dibuka oleh Dang. Malah Dang membuatkan dia tahu sumber inspirasi itu wujud.

"Dang seorang yang berseni. Dia sukakan pintu malah apa sahaja yang melibatkan pintu. Itu sedikit berbeza."

Kini mereka mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Kemesraan gabungan anak-anak Ad, Umar, 11, dan Hamzah, 9, serta anak Dang Suria, Sara Kadeja, 8, sudah terjalin.

Cuma pinta kedua pasangan ini agar tidak dibuka kembali sejarah perhubungan silam kerana yang telah berlalu biarlah berlalu.

Jika ada yang tidak mempercayai cinta versi buku atau filem itu ada, maka ini adalah satu bukti kewujudannya.

Ad dan Dang Suria menyukai lagu Tunggu Sekejap nyanyian P. Ramlee.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 1:30 pm

Jamal pilih Ogy

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Dv_01_14


HAI, bila cakap pasal Jamal Abdillah dan dunia lakonan, memang Diva tak boleh lupa chemistry dia dengan pasangannya, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy dalam filem Azura. Meleleh beb.

Jadi bila Diva dapat tahu yang Jamal nak ajak Ogy bersamanya di pentas Konsert Kembara Seni Jamal Abdillah pada Ogos nanti di Istana Budaya, Diva teruja. Apa tidaknya, dapat Diva saksikan aksi mereka di atas pentas secara live.

Tapi baru-baru ni, teman Diva menyampaikan sebenarnya Jamal sudah ubah fikiran. Dia bukan sekadar mahu menjemput Ogy menjayakan satu segmen lakonan dalam persembahannya nanti, sebaliknya telah melantik Ogy sebagai pengarah persembahan pada konsert mega itu.

Wah, besar tanggungjawab Ogy. Tapi Diva yakin Ogy pasti boleh lakukan dengan baik. Lagipun Diva rasa kerja-kerja macam tu telah jadi makanan dia. Ogy pun sudah cukup kenal karakter Jamal sepanjang persahabatan mereka.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 1:34 pm

Hasrat hati Nabil

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Mainp192


PANTANG pengarah melaungkan 'cut', mereka berdua hilang menyelinap ke dalam kedai yang berderet di Murray Street. Seketika saja, sekadar membelek dan meninjau barang dan beberapa minit kemudian mereka terpacul semula di lokasi untuk meneruskan kerja.

Gelagat Ahmad Nabil dan Irma Hasmie dapat disaksikan ketika hari terakhir penggambaran Studio Nabil di Perth, Australia, dua minggu lalu. Sebaik tamat rakaman petang dalam suhu 10° Celsius itu, mereka berdua 'lesap' untuk menyambung aktiviti membeli-belah sebab keesokan paginya Irma harus terbang ke Kuala Lumpur.

Cuma Nabil harus meneruskan rakaman sebuah lagi programnya, Pondok-Pondok, khas untuk siaran Aidilfitri di TV9. Biarpun ketiadaan Irma di bandar raya yang dihuni kira-kira 1.5 juta penduduk itu, telefon menyambung mereka.

Keserasian mereka jelas dan keintiman mereka bukan asing lagi bagi peminat hiburan Malaysia. Banyak persamaan di antara mereka. Selain membeli-belah yang dianggap terapi, mereka menyukai kanak-kanak. Malah, mereka pernah mengambil anak angkat 'seketika' dan sehingga kini (walaupun tanpa anak itu) panggilan Daddy dan Mummy masih menjadi pengganti diri masing-masing.

Dalam perbualan dengan Selebriti tidak lama dulu, Irma berkata: "Bersamanya, saya rasa gembira dan sangat disayangi. Sikapnya yang sangat mengambil berat hal keluarga membuka pintu hati saya untuk menerimanya. Dari situ saya tahu dia sangat mengutamakan keluarga jika berumahtangga nanti."

Nabil ketika ditemui di Perth juga mengakui Irma wanita paling disenanginya. Rancangan untuk menaiki pelamin memang ada, tetapi tidak secara serius kerana banyak perkara harus diutamakan.

"Harap-harap tahun depan, tetapi bergantung kepada bajet. Bukan bajet besar sangat macam sesetengah artis, tetapi majlis kahwin hari ini pun makan kos banyak juga.

"Namun kami belum merancang betul-betul lagi. Bagaimanapun, kami tidak terfikir untuk buat besar-besaran. Kalau ikutkan hati, saya mahu buat cara kampung dengan mat motor berkonvoi. Ikut tradisi kampung dulu-dulu," kata Nabil.

Namun jejaka Mambau, Negeri Sembilan ini sedar, sebagai selebriti, jangkaan orang ramai lebih daripada perancangan hasrat hati mereka. Kata Nabil, sekurang-kurangnya mesti ada tiga majlis persandingan seperti di rumahnya, rumah Irma dan mungkin di Kuala Lumpur.

"Kalau bukan artis, entah-entah setengah sanding saja," selorohnya.







Juara Raja Lawak musim kedua ini memberitahu, kalau boleh, dia mahukan majlis sanding cukup syarat saja kerana yang lebih penting adalah selepas berkahwin kerana lebih banyak wang diperlukan untuk membina rumah tangga.





"Lepas kahwin, kena fikir rumah, lepas tu anak pula. Banyak tu!" katanya yang setakat ini lebih mengutamakan keperluan keluarganya di kampung.

Nabil ada di Perth selama 13 hari untuk rakaman Studio Nabil dan Pondok-Pondok, manakala Irma yang menggantikan Sharifah Shahira hanya terbabit dalam Studio Nabil. Irma sebagai Bella, adik Nabil, di mana mereka berdua menyambut hari raya di rumah pakcik di Perth.

Rezekinya murah. Selain dua program tadi, di bawah Primeworks Studios juga Nabil terbabit dalam Ewah-Ewah, Hartamania dan Santai Motivasi bersama Datuk Dr Fadzilah Kamsah.

Popularitinya juga melebar ke dunia lakonan, antaranya menerusi telefilem Sonata Lagu Labi, Cinta Meriam Buluh, filem Sifu dan Tongga, Fikirlah Sendiri The Movie, Kecoh Betul, Momok the Movie, Iee... Hantu, Jin Notti dan Pisau Cukur.

"Buat masa ini memang banyak tetapi esok lusa, kita belum tahu lagi," katanya.

Biar di atas pentas atau depan khalayak, karektor Nabil 'gila-gila', namun apabila diajak berbicara soal hidup, rentaknya berubah. Masih ada candanya tetapi lebih terkawal, tidak jauh beza dengan seniornya, Saiful Apek.

"Kalau bersembang, kami bukan berlawak tetapi lebih kepada cakap-cakap mengenai kehidupan, pengalamannya sebagai artis dan sebagainya.

"Ramai juga rakan senior saya yang sering berpesan supaya berjimat untuk masa depan, sebab kerjaya kami bukan cerah sampai ke petang," katanya.

Cerita lelaki berusia 26 tahun ini, lawak bukan boleh dibuat-buat atau dipaksa-paksa, sebaliknya ia datang dari dalam diri seseorang secara semula jadi.

"Susah saya nak cakap hal ini. Kalau nak berlawak, sekali saja orang tengok, mereka boleh ketawa. Pastikan dalam beberapa saat di atas pentas itu, penonton sudah tangkap apa yang ingin kita sampaikan.

"Saya pegang petua diajar Adlin Aman Ramlie ketika di Raja Lawak dulu. Dalam tempoh 30 saat pertama, penonton kena tahu apa yang kita buat di pentas. Tanpa kostum lagi susah sebab orang tidak tahu. Saya tidak pernah kenakan kostum karektor, kecuali ketika final.

"Saya ikut teori Adlin, lawak biar sampai kemuncak dan tamatkan ketika itu. Biar orang rasa nak lagi," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 1:35 pm

Hanya salah faham

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Mainp193


SELEPAS lebih dua tahun menyanyi di gigs, nama Yuna mula mendapat perhatian media. Karyanya kini menjadi siulan, malah dia tidak menang tangan memenuhi undangan persembahan di seluruh negara.

Populariti sekelip mata yang melingkari hidup pelantun lagu Dan Sebenarnya ini bagaimanapun dicemari cerita kurang enak apabila dia dikatakan sukar memberi kerjasama dengan pihak media yang berminat menemubual dan merakam gambarnya.

Malah, dia turut dikritik kerana kerap beralasan seperti balik kampung dan terbaru bapa saudara meninggal dunia hingga menyukarkan media.

Ketika berbual dengannya dua hari lalu, Yuna mengakui kecewa apabila dipersalahkan, sedangkan ia berpunca daripada salah faham. Isu pak cik meninggal dunia misalnya, dia tidak pernah menggunakan alasan itu dengan mana-mana media.

“Tidak dinafikan pihak Anugerah Planet Muzik (APM) menghubungi saya untuk mengatur sesi fotografi dengan sebuah akhbar (bukan terbitan NSTP), tetapi dari awal saya tolak kerana terbabit dengan penggambaran Xpresi Kembara RTM di Pangkor, Perak selama seminggu.

“Janji dengan RTM dibuat sebelum pihak APM menghubungi saya. Tak sangka pula tiba-tiba keluar cerita saya bagi alasan bapa saudara meninggal. Ketika itu saya masih di Pangkor dan tertanya-tanya bila masa pula saya bagi alasan itu.

“Hati siapa tidak sedih bila apa yang ditulis itu tidak benar. Sejak kecil saya diberi didikan agama, soal mati tidak boleh dibuat main-main.

“Artikel itu memberi kesan besar kepada keluarga saya. Mereka terkilan bila ramai saudara mara bertanya kenapa saya menipu. Selepas saya menjelaskan perkara sebenar, baru mereka faham,” katanya.

Sambung Yuna, sejak mendapat liputan akhbar Mac lalu, dia tidak putus-putus menerima undangan fotografi daripada teman media, namun tidak semua dapat dipenuhi berikutan sibuk dengan peperiksaan tahun akhir di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Ketika itu fokusnya lebih kepada kertas peperiksaan, soal promosi dan perhatian daripada media terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Akibat tindakan itu, dia dituduh sombong dan sukar memberi kerjasama.

“Saya tidak salahkan media kerana faham kerja mereka, tapi jangan buat tuduhan melulu kerana saya juga ada tanggung jawab yang perlu dilunaskan. Jika ada kelapangan, saya tidak akan tolak.

“Isu kononnya saya biarkan media menunggu, sejujurnya saya tidak tahu menahu, malah wakil saya tidak pernah berjanji dengan media itu. Kami tidak dimaklumkan ada media mahu merakam gambar saya dan jika saya tahu, saya tidak akan biarkan mereka ternanti-nanti.

“Saya bukan jenis suka berpura-pura. Kalau tidak boleh beri komitmen, saya akan cakap tidak boleh. Kalau saya kata saya balik kampung, memang betul saya balik. Ia bukan alasan klise.

“Saya gadis biasa yang menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Jika keluarga memerlukan saya, saya tidak teragak-agak balik kampung untuk bertemu mereka. Dari dulu sampai sekarang saya tetap orang sama, tiada apa yang berubah kecuali jadual semakin padat,” katanya yang berharap penjelasan ini dapat menoktahkan salah faham dan tanggapan buruk media terhadapnya.

Bercerita rutin seninya, Yuna kini sibuk dengan pembikinan album sulungnya yang dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini. Proses rakaman yang bermula bulan lalu ini mengetengahkan tujuh lagu Inggeris dan tiga lagu Melayu ciptaannya.

“Sekarang masih dalam proses pra-produksi. Insya-Allah bulan puasa nanti saya akan membekukan ‘show’ untuk fokuskan perhatian pada rakaman album pop rock ini.

“Selain pembikinan album, saya sibuk menguruskan butik yang bakal beroperasi di Subang Jaya, awal Julai ini. Sebelum ini saya jual baju dan aksesori di Internet. Butik ini saya namakan IAMJETFUELshop sempena nama blogspot saya.

“Butik ini menjual baju untuk remaja lelaki dan perempuan, aksesori, kasut serta beg. Saya berharap sangat butik ini dapat dibuka sebelum saya berangkat ke United Kingdom (UK),” katanya.

Anak tunggal ini akan berkampung di UK selama dua minggu bagi menjayakan program Bijau Bazaar @ Taste Asia, di mana setiap negara Asia yang terbabit akan mempromosi muzik, fesyen dan budaya masing-masing.

Sebelum itu Yuna akan menghadiri majlis kemuncak APM yang berlangsung di Jakarta. Yuna terharu apabila namanya dicalonkan untuk dua kategori iaitu Vokal Artis Baru Terbaik dan Artis Paling Popular.

“Alhamdulillah, belum sampai setahun di arus perdana, nama saya disenaraikan dalam dua kategori. Ia satu kejutan dan permulaan baik bagi pendatang baru seperti saya,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 1:36 pm

Umie berubah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Mainp194


PINTU hatinya pernah tertutup untuk berkahwin. Entah kenapa, tetapi ada juga kemungkinan disebabkan kegagalan cinta-cinta terdahulu. Biarpun menyaksikan rakan seperjuangan bersilih ganti menaiki pelamin, hatinya tetap rapat terkunci.

Pun begitu, Umie Aida atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali tetap berdoa kepada Allah semoga pintu itu dibuka dan itu antara doanya setiap kali ke Makkah.

Namun itu cerita lamanya. Sejak seminggu lalu, kisah Umie dirisik dan lelaki pilihan mula bermain di muka media. Ternyata berita itu mengejutkan ramai dan jelasnya juga, paparan berkenaan turut mengejutkan Umie yang berusaha untuk tidak menghebahkannya.

“Saya tidak berniat untuk menyorok berita ini, tetapi ia terlalu awal untuk saya bercakap lebih jauh. Cuma saya minta supaya orang ramai mendoakan kebaikan untuk saya. Saya pastikan jika kebaikan itu datang, saya akan kongsi dengan semua.

“Cuma saya nak beritahu yang saya belum mengikat pertunangan, sekadar merisik saja,” kata Umie ketika ditemui di Bangsar, Selasa lalu.

Bagaimanapun seperti laporan sebelum ini, aktres yang pernah diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia itu mengunci rapat mulutnya daripada bercerita lanjut mengenai duda beranak dua yang bergelar Datuk itu.

“Seperti saya katakan, terlalu awal untuk saya menceritakan kerana segala-galanya masih dalam perancangan. Namun yang boleh saya katakan, dialah jejaka yang berjaya membuka hati saya.

“Dia bukan orang dalam industri seni dan kami tidak berkenalan lama. Mungkin ini yang dikatakan takdir. Bukankah jodoh dan pertemuan ditentukan Tuhan?

“Saya pernah berkata hati saya belum lagi terbuka untuk memikirkan soal berumah tangga tetapi apabila ia datang, saya tidak mampu menolaknya,” katanya.

Menurut Umie, dia dalam proses menerima satu tahap atau perubahan lebih serius dalam hidupnya. Ibu kepada dua anak angkat ini percaya benda yang baik akan berjalan lancar dan itu yang dilalui hari ini.

“Dia lelaki biasa, orang biasa macam kita tetapi ringkas dan merendah diri.

“Alhamdulillah, semua famili menerima dengan terbuka dan mereka paling gembira dengan permulaan Umie yang baru ini. Lagipun mereka kenal lelaki itu, cuma bukan jodoh aturan keluarga saja.

“Begitu juga Daniel dan Helmi (anak) yang sangat gembira bila diberitahu yang akhirnya ibu mereka melalui perubahan besar,” katanya yang bersyukur dengan perjalanan hidupnya.

Ketika Selebriti cuba mengusiknya ke peringkat lebih jauh berkenaan persandingan dan pelamin, Umie tergelak besar kerana bukan saja soal berkahwin, malah tidak pernah terfikir mengenai pelamin atau gaun pengantin selama ini.

“Dulu saya bayangkan betapa rimasnya memakai baju begitu, tetapi sekarang saya kena fikir semula demi perubahan ini. Ini sesuatu yang baru dalam hidup saya,” katanya yang mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu sejak Jumaat lalu.

Biarpun berahsia, kakak Umie, Erma Fatima membuka cerita lelaki pilihan Umie itu sudah 15 tahun menduda dan mengakui majlis merisik yang diadakan di kediamannya baru-baru ini hanya dihadiri keluarga kedua-dua pihak.

Malah, ahli perniagaan itu sudah lama dikenali dan pernah berurus niaga dengan Erma dan Bade.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 3:11 pm

Ayu Raudhah gaun pendek di Mangga

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Ayu-ra10

Gambar Ayu Raudhah memakai gaun pendek di majalah Playboy Malaysia (Mangga) edisi Julai 2009
.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 3:13 pm

Gambar Tia (Jinbara) dan Suzan Ahmad B*Pop

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Tia-ji10

Tiar atau nama sebenar Shamsul Bakhtiar Zakaria, 39 tahun vokalis utama kumpulan rock Jinbara telah menikahi Suzan Ahmad, wartawan hiburan Bintang Popular (B*Pop) dari Berita Harian, janda anak tiga pada 24 Mei lalu dirumah pengantin perempuan di Kampung Bacang, Melaka.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Tia-ji11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Tia-ji12

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Tia-ji13

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Tia-ji14
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 3:19 pm

Faezah & Diana tak kejar glamor

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Mainp196


PEROSAK filem! Itulah gelaran yang pernah diberikan pihak media kepada model jelita, Faezah Elai, 27, kerana beraksi kaku dalam filem sulung lakonannya, Otai, karya dan arahan Profesor Madya Abdul Razak Mohideen, dua tahun lalu.

Biarpun sudah lama berlalu, peristiwa itu masih terpahat kukuh dalam memorinya kerana ia bukan saja memalukan dirinya, malah turut menjejaskan emosi bekas pramugari ini hingga trauma berlakon hampir enam bulan lamanya.

"Baru saja berjinak-jinak, saya kena `hentam' teruk.

Lama juga saya fobia dan enggan terima apa-apa tawaran (berlakon), takut kalau kena `hentam' lagi. Belum pernah saya melalui pengalaman sebegini... dikritik dengan begitu dahsyat.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Mainp195


"Namun, saya percaya di sebalik sesuatu kerumitan itu, pasti ada hikmah tersembunyi.

Malah, saya menganggapnya sebagai satu pengajaran berguna ke arah memperbaiki kelemahan diri," katanya pada sesi fotografi bersama B*Pop di Balai Berita, baru-baru ini.

Tampil dengan solekan eksotik hasil kreativiti penata rias kegemarannya, Nazreen Idrus, Faezah yang berasal dari Gelugor, Pulau Pinang, berkata kritikan itu turut memberinya kekuatan dalaman untuk menghadapi cabaran mendatang sebagai anak wayang.

"Bila dilabelkan perosak filem, mana mahu letak muka pun saya tidak tahu. Mahu keluar rumah pun rasa segan.

Maklumlah, cerita itu keluar dalam surat khabar, majalah dan TV. Sudah tentu ada yang terbaca atau menontonnya.

Tipu kalau saya kata saya tidak kecewa dengan cerita itu!

"Ada juga rakan yang simpati dan memberikan sokongan moral. Ada yang kata kritikan itu baru sedikit, malah ada banyak lagi cabaran mendatang perlu dihadapi.

Maklumlah, bidang seni penuh dengan pancaroba dan kita perlu bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

Disebabkan peristiwa itu juga, Faezah secara jujur mengakui beliau terpaksa mendalami selok-belok dunia lakonan, termasuk cara menghidupkan watak dilakonkan dengan bantuan beberapa rakannya, termasuk orang lama dalam bidang ini.

"Niat saya cuma mahu memperbaiki kemahiran lakonan, dengan harapan mampu menjadi seorang pelakon berkarektor. Saya guna tempoh enam bulan itu sebaik-baiknya untuk belajar berlakon. Saya berazam mahu mengubah persepsi masyarakat, terutama penonton terhadap lakonan saya.

"Selepas enam bulan saya kembali menerima tawaran berlakon bermula dengan drama dan telefilem saja.

Itulah cara terbaik untuk me­ningkatkan kemahiran lakonan. Bukannya merugikan pun kalau kita belajar dari kesilapan, malah saya menganggapnya sebagai pedoman," katanya.

Bermula dengan drama bersiri, Cinta & Keadilan yang disiarkan Astro Ria, pelbagai tawaran drama dan telefilem diterima Faezah, sekali gus menjadikannya antara pendatang baru rebutan produser ketika ini.

"Alhamdulillah, saya rasa semakin selesa dan boleh berlakon dengan baik. Tawaran pun banyak tetapi tidak semua saya terima. Yang penting, saya mahu ada fokus dan biarlah sesuatu kerja dibuat hingga selesai," katanya sambil menganggap kesilapan lalu itu berpunca daripada sikapnya yang terburu-buru.

Kini, selepas menimba banyak pengalaman berlakon drama dan telefilem yang dianggapnya sebagai bengkel lakonan, beliau semakin yakin dan mahu membuktikan kemampuannya di layar perak, malah sudi menimbangkan sebarang tawaran filem selepas ini.

"Saya berharap diberikan peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan lalu.

Diakui, penampilan saya dalam filem itu Otai memang teruk kerana belum cukup `ilmu di dada' ketika itu.

Namun, saya kini sudah bersedia untuk muncul kembali di pentas wayang untuk membina reputasi saya," katanya.

Berdarah kacukan Melayu, Punjabi dan Siam, Faezah sememangnya bertuah kerana dikurniakan paras rupa menarik yang mampu menawan mana-mana lelaki, namun beliau mengakui masih solo dan tidak mempunyai teman istimewa.

"Bukannya tidak ada yang mendekati cuma saya yang tidak berminat. Berkawan biasa memang boleh tetapi tidak lebih dari itu. Kawan lelaki memang ramai sebab saya selesa berkawan dengan golongan itu tetapi saya layan semuanya sama, tiada yang istimewa.

"Saya tidak terfikir pun soal teman istimewa, apa lagi soal perkahwinan. Saya masih muda untuk memikirkannya.

Perjalanan saya pun masih jauh dan biarlah saya bertumpu kepada karier seni saya dulu," katanya yang menolak golongan kenamaan (VIP) untuk dijadikan teman istimewa.

Rakan Faezah, Diana Rusdi, 24, pula mengakui ada ketikanya beliau keliru apabila menerima tawaran yang mencurah-curah, malah sentiasa mengambil sikap berhati-hati menerima tawaran itu kerana bimbang lakonan ditampilkan tidak berkualiti.

Beliau yang pernah bermastautin di The Hague, Belanda, berkata seseorang pelakon baru tidak seharusnya terlalu ghairah menerima tawaran berlakon tanpa memikirkan sama ada mampu atau tidak melaksanakan tugasan itu.

"Biarlah sedikit tawaran diterima asalkan watak lakonan saya diingati penonton.

Bagi saya, kualiti lakonan lebih penting. Biasanya saya akan menghabiskan sesuatu kerja dulu sebelum menerima tawaran lain. Bukannya apa saya adalah pendatang baru dan mutu kerja lakonan saya harus dititikberatkan.

"Semakin hari semakin ramai pendatang baru terutama dalam bidang lakonan ini muncul dan sekiranya saya tidak menjaga mutu lakonan sudah tentu saya akan diketepikan.

Walaupun ramai pelakon baru, saya tidak menganggapnya satu persaingan kerana percaya rezeki datangnya dari Allah," katanya.

Katanya, bidang lakonan mula diminatinya sejak kecil, malah pernah beraksi di pentas teater pada zaman kanak-kanaknya ketika mengikuti bapanya bertugas di luar negara sebagai Pesuruhjaya Perdagangan di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

"Ia sekadar minat saja tetapi tidaklah sampai mahu menjadikannya sebagai sumber pendapatan. Setiap manusia mempunyai perancangan masing-masing dalam me­nempuh arus hidup ini untuk berjaya. Saya masih mencintai bidang lakonan ini tetapi dalam masa yang sama turut mempunyai perancangan lain.

"Saya juga tidak menganggap bidang lakonan yang saya ceburi ini sekadar untuk suka-suka kerana apa gunanya setiap hari saya bangun seawal lima pagi semata-mata untuk melakukan kerja yang suka-suka.

Setiap kerja yang saya lakukan harus ada tumpuan dan menyelesaikannya de­ngan kepuasan," katanya.

Berhasrat membuka agensi perhubungan awamnya sendiri selepas menamatkan pengajiannya di sebuah kolej swasta, Diana menganggap dirinya bertuah kerana dapat merantau ke luar negara pada usia yang terlalu muda.

"Kebanyakan masa kanak-kanak saya dihabiskan di Eropah. Kebetulan ayah bertugas di sana. Memang seronok sangat dapat melihat negara orang dan kehidupan mereka yang sama sekali berbeza dengan budaya kita.

"Alangkah baiknya kalau saat-saat itu dapat diulangi semula. Ramai juga kawan saya di sana tetapi ada yang sudah terputus hubungan," katanya yang turut menyimpan impian untuk memiliki Land Rover Freelander 2 (Model 2009) jika berkemampuan.

Sinposis Hartamas:

MENERUSI drama Hartamas, Diana memegang watak sebagai Juita Johari dan anak tunggal kepada Johari Johar lakonan Rushidi Ishak. Juita yang berpenampilan menarik adalah murid cemerlang di sekolah. Wataknya yang manja dan mementingkan kecantikan sangat rapat dengan ayahnya sehingga segala masalah akan dikongsi bersama.

Ayahnya adalah seorang akauntan yang lurus dan mempunyai perwatakan yang membosankan dan kekok. Namun di atas kebijaksanaan itu, Amelia Ramli lakonan Ida Nerina yang juga seorang janda anak satu menaruh harapan kepadanya. Mereka disatukan namun mendapat tentangan.

Edrina Rahman lakonan Faezah Elai adalah anak kepada Amelia namun mempunyai perwatakan yang agak ganjil dari segi imej. Edrina seorang gadis yang suka bersosial namun masih menyedari tahap dan batasan sebagai seorang wanita. Edrina juga mempunyai rupa paras yang menarik dan terlalu ghairah untuk mengejar populariti remajanya.

Edrina yang kehilangan bapanya sejak kecil tidak sebulu dengan Juita walaupun mereka kini sudah tinggal sebumbung kerana kedua-duanya mempunyai perwatakan dan penampilan yang sangat berbeza.

Drama Hartamas yang disiarkan menerusi ntv7 sejak semalam akan menemui penonton setiap Ahad jam 8.30 malam.

Info Diana

Nama Sebenar: Rusdiana Rusdi

Asal: Den Hague, Holland

Umur: 24

Tarikh Lahir: 26 Mei 1985

Pendidikan: Diploma Pengiklanan dan Pemasaran dari Institut Latihan Komunikasi Pengiklanan.

Hobi: Futsal, pool

Drama: Kasih Suci, Ampang Madikal dan Hartamas

Pengacaraan: Whoa! (ntv7), Euro 2008 (ntv7)


Info Faezah

Nama Sebenar: Noor Faezah Elai

Tempat Lahir: Gelugor, Pulau Pinang

Tarikh Lahir: 16 Ogos 1982

Status: Bujang

Adik-Beradik: Anak sulung daripada tiga beradik

Pendidikan: Diploma Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Hobi: Mendengar muzik

Kerjaya: Pelakon, Pengacara dan model

Filem: Otai

Drama: Cinta & Keadilan, Enigma, Cempaka Berbunga, Sitkom Puteri, Sutera Maya dan Hartamas

Iklan: Kotex, Canon, Milo, Radox, Vanish, Celcom

Hos Rancangan: Mango TV (8TV), TV Trivia (TV3), Inspirasi Comel (RTM), Gegar U (Astro) dan Hypermarket Saga (TV9)

Pencapaian: Best TV Look Elite Model Search 2006 sempena KL Fashion Week dan 50 Goergeous People majalah Female
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 3:21 pm

Akim, Dayana dilamun cinta?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Mainp197

Pemenang tempat ketiga AF7, finalis Anak Wayang Astro dikatakan semakin intim


APABILA fikiran berserabut dengan pelbagai isu dan kontroversi dunia artis, Zubir mengambil keputusan bercuti minggu lalu. Rabu lalu baru saja Zubir kembali bertugas. Pun begitu, belum sempat dua jam Zubir berada di pejabat, tiba-tiba Zubir menerima panggilan telefon daripada seorang teman artis, bertanya: “Bang, betul ke saya dengar cerita, seminggu dua lalu, aktres popular kita, Maya Karin baru bercerai?”

Setahu Zubir yang bercerai ialah pelakon dan pengacara popular, Sarimah Ibrahim dengan suaminya, Amir Andrew Abdullah, manakala rumah tangga Maya Karin dengan suaminya, Muhammad Ali Abdullah atau Steven David Shorthose, tak ada pula Zubir dengar apa-apa cerita negatif mahupun sudah berantakan!

Kebetulan pada hari sama, Zubir sudah berjanji dengan Maya untuk minum petang bersamanya, namun berat sungguh mulut Zubir untuk bertanya kesahihan cerita berkenaan, tapi Zubir gagahkan juga demi mencari kebenaran.

“Ini adalah soalan pertama yang saya dengar! Zubir, saya masih isteri Steven, rumah tangga kami aman bahagia. Tolonglah jangan mendoakan yang tak elok dalam perkahwinan kami. Saya sebenarnya fobia dengar cerita artis bercerai! Bukannya orang lain, tapi kawan saya juga. Selagi boleh saya dan suami sentiasa berusaha memelihara rumah tangga ini, kami terlalu takut dengan perceraian!,” kata Maya dengan nada terkejut.

Sebelum pertanyaan itu diajukan kepadanya, Zubir perhatikan Maya sudah memesan beberapa bungkus makanan untuk dibawa pulang ke rumah kerana dia tidak sempat masak makan malam untuk suaminya hari itu.

“Zubir, kalau masih tak percaya, jom ikut saya balik ke rumah, kita makan malam bersama, saya dan Steven, awak lihatlah sendiri,” kata Maya terus memberi keyakinan bahawa rumah tangganya masih utuh biarpun mereka belum merancang untuk memperoleh anak dalam masa terdekat ini.

Kini, Zubir ingin mengalih perhatian pembaca kepada cerita bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Afiq Akim Ahmad atau Akim,18, yang memenangi tempat ketiga program realiti itu. Khabarnya Akim sedang asyik dilamun cinta dengan finalis Anak Wayang Astro, Nur Dayana Kamsun Baharin atau Dayana,18, yang memegang watak jururawat drama bersiri Kecuali Cintamu. Kononnya mereka semakin intim, mungkin sebagai kawan rapat atau kekasih!

Cerita ini disampaikan kepada Zubir oleh sumber rapat dengan kedua-dua bintang remaja itu. Difahamkan, ketika berada di lokasi penggambaran, Dayana dan Akim sering berhubungan menerusi telefon. Orang sekeliling tahu Dayana sedang asyik berborak dengan Akim apabila dia dikhabarkan dengan sengaja menyebut nama Akim kuat-kuat, seolah-olah ingin memberitahu satu dunia, Akim adalah buah hatinya!

“Kita orang sempat jugalah curi-curi dengar perbualan mereka, tak nampak romantik pun, dengar aku kau, aku kau saja! Pernah sekali Dayana terlepas cakap, dia tak boleh bercinta dengan pemuda yang sebaya dengannya, masing-masing 18 tahun. Kalau dah macam tu, kenapa nak pukul canang dia berkawan dengan Akim, dia ni nak publisiti ke, kononnya bercinta dengan Akim AF7, tolonglah geli!,” kata sumber berkenaan.

Bagi Zubir, Dayana, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah, Ampang, Selangor, tak salah jika dia ingin berkawan baik sekalipun bercinta dengan Akim kerana masing-masing masih solo, tapi janganlah mengharapkan perhatian umum. Pun begitu, Dayana boleh dimaafkan kerana faktor usianya. Nasihat Zubir, Dayana mahupun Akim masih terlalu mentah, rasanya belum layak mereka bermain cinta!

Seperkara lagi, Zubir sempat dibisikkan dengan perangai Dayana di lokasi Kecuali Cintamu, kononnya dia sering cakap lepas dengan individu yang baru dikenalinya tanpa memikirkan perasaan orang itu. Sekiranya apa yang disampaikan ini benar berlaku ke atas Dayana, kita wajar memaafkannya dan memberinya peluang perbaiki kesilapan itu kerana dia masih baru dalam dunia seni, masih banyak ilmu yang harus dipelajarinya.

ZUBIR: Bekas kekasih aktres popular khabarnya nak kahwin tak lama lagi dengan gadis biasa kacukan Melayu-Inggeris, tahniah
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 3:57 pm

Sebutan Semula Kes Akhil 15 Julai

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 63200910


Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, semalam, menetapkan tarikh sebutan semula kes tuntutan perceraian antara Maizawati Zainal dan suaminya, Akhil Abdul Hai atau Akil Hayy, pada 15 Julai 2009.

Laporan Harian Metro hari ini menyebut, Hakim Syarie, Mohd Ridzuan Mohd Yusof, membenarkan penangguhan kes itu semalam selepas kedua-dua pihak bersetuju berunding dan menyelesaikan kes itu dengan baik dalam tempoh sehingga tarikh berkenaan.

Persetujuan dicapai selepas peguam Maizawati iaitu Zulkifli Che Yong dan Azmi Rais, mengadakan perbincangan secara tertutup dengan Akil selama 45 minit sebelum prosiding bermula.

"Kedua-dua plaintif (Maizawati) dan defendan (Akhil) memberi kerjasama ke arah itu (selesai secara baik). Sekiranya penyelesaian dapat dicapai dengan kedua-dua pihak bersetuju dengan terma dan syarat ditetapkan, kami akan datang pada tarikh berkenaan untuk merekodkan penyelesaian itu," kata Zulkifli. Jangan Tak Lihat
» Jojo Kongsi Cerita Tentan...» Artis Rasa Kehilangan Mic...» Hati Umie Aida Kini Menja...» Norman, Abby Makin Mesra ...» Jangan Salah Sangka Terha...

Maizawati tiba di Kompleks Mahkamah Syariah kira-kira jamm 9.30 pagi bersama 6 anaknya yang berusia antara 2 hingga 16 tahun dengan menaiki kereta Proton Gen.2. Akhil pula menaiki Proton Wira Hitam yang dipandu oleh rakannya dan beliau tidak diwakili oleh peguam.

Hakim Mohd Ridzuan kemudian mengingatkan Maizawati dan Akhil menyelesaikan kes itu secara berhemah serta tidak mengheboh atau memperbesarkan kes mereka untuk tatapan umum.

Beliau juga mengingatkan peguam, pengamal undang-undang serta wartawan tidak memberi sebarang ulasan atau pendapat peribadi kerana ia boleh menjejaskan proses perbicaraan.

Sementara itu, Akhil dilaporkan sebagai turut mengambil kesempatan menyindir tindakan isterinya menghebahkan masalah rumah tangga mereka kepada umum.

"Selepas ini sesiapa ada masalah bolehlah ke stesen televisyen untuk mengadu dan stesen televisyen boleh menjadi mahkamah kedua, " katanya.

Akhil berkata lagi dia mengutamakan keadaan kondusif, ketenangan dan kedamaian untuk menghadapi sebarang perkara.

"Ia sedang dicatur Tuan Punya dunia... tak apalah, mungkin hari ni hari kau, esok-esok hari aku. Pihak yang nak mencabar kredibiliti saya sebagai pendakwah mungkin sekarang berpuas hati dengan apa yang berlaku," kata Akhil.

Sebelum pulang, Akhil sempat memeluk dan mencium anak bongsunya, Muhd Shatiri Hidayatullah, 2.

Sementara itu, Maizawati pula berkata dia tidak berdepan dengan sebarang masalah untuk berbincang untuk bersemuka dan berbincang dengan suaminya bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.

"Saya tidak boleh bagi komen, harap semua bersabar dan tengoklah pada 15 Julai nanti. Saya akan teruskan hidup macam biasa," kata Maizawati.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 3:59 pm

Dina Kena Korek Rahsia Artis?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 62420010


Siapa sangka hari ini Naib Juara Malaysian Idol musim pertama, Dina atau Faradina Nazir, 24, telah menceburi bidang penyiaran iaitu sebagai penyampai radio ERA FM dan kini hos bersama ERA TV.

Setelah menceburinya, barulah ia mengubah persepsi dan tanggapan yang berbeza buat Dina terhadap tugas orang media media dalam menyampaikan saluran berita serta maklumat kepada masyarakat.

"Ramai yang selalu mengkritik tentang cara orang media dalam menyampaikan sesuatu tapi bila sudah menjadi sebahagian daripada orang media sendiri, barulah saya tahu mengapa cara ia dilaporkan begitu atau pun begini.

"Adakalanya ia bukan dilakukan secara sesuka hati atau main hentam keromo saja tetapi semuanya bersebab. Secara tidak langsung, ia membuatkan saya lebih faham bagaimana orang media bekerja, bagaimana cara pemikiran mereka, bagaimana mereka melihat sesuatu perkara dari sudut perseptif yang berbeza.

"Setelah saya mula memahami, saya jadi semakin bertambah menghormati kerjaya orang media kerana saya harus akui bahawa kerjaya ini tidak mudah. Ia nampak mudah tapi sebenarnya tidak mudah," katanya.

Lucunya ada pihak berseloroh dia sekarang mula mengorek rahsia rakan artisnya sendiri bagi memenuhi tuntutan tugas sebagai DJ dan Hos ERA TV.

"Memang betul, ada kawan-kawan mula mengusik saya. Bila nampak datang saja, mereka cepat-cepat akan kata - haa… jaga-jaga, orang media dah datang. Konon-kononnya saya ni nak korek rahsia merekalah," kata Dina sambil tertawa.

Tentang gandingannya bersama Ray di ERA setiap Isnin - Jumaat bermula jam 8 - 12 malam menerusi segmen C30, Dina mengakui, dia berasa selesa walaupun digandingkan bersama dengan penyampai radio lelaki yang sudah mendirikan rumahtangga.

"Apa yang boleh saya katakan Ray seorang guru yang bagus. Banyak yang saya pelajari sewaktu bersama dia di dalam konti. Saya juga dapat belajar dengan cepat.

"Ray juga tidak akan membiarkan saya duduk goyang kaki atau bersenang-lenang sewaktu kami mengendalikan segmen C30 Era. Kalau dia yang kendalikan panel konti, dia pasti akan tugaskan saya untuk membuat apa-apa pengumuman.

"Kalau dia yang membuat pengumuman, sayalah yang kena jaga panel konti tu. Tugasnya tak senang. Beberapa kali juga saya terbabas untuk ingatkan butang itu, butang ini. Jadi, selepas ini, saya kena fokus dengan panel konti itu," katanya yang pernah popular dengan lagu Cinta Datang Lagi.

Dina yang pernah membintangi teater Impak Maksima The Musical di Istana Budaya juga adalah penyanyi utama kepada lagu tema Era Satu bersama Cham dan Burn. Lakonan terbarunya adalah dalam Jangan Pandang Belakang Congkak dengan menjadi kekasih Sam Shaheizy.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:00 pm

Yanz Suami Anggota Kumpulan Princess?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 62320010


Selepas 3 kumpulan berentap dalam Pentas Anak Wayang, minggu ini satu lagi kumpulan akan bersaing untuk watak Konco Samseng pula. Dalam 5 jejaka sasa yang akan bersaing itu, Murai Batu terdengar gosip tentang seorang peserta yang berwajah artis Jepun dan Korea iaitu Yanz atau Afian Giman.

Bagi yang belum mengenali Yanz, jejaka segak ini berasal dari Muar, Johor. Hai, sekampung dengan pengacara Zainal Alam Kadir tu ke?

Yang penting, antara kelima-lima peserta Anak Wayang, minggu ini, Yanz adalah satu-satunya peserta yang sudah berkahwin. Murai Batu diberitahu, Yanz dulu pernah bercerai dan mempunyai 2 anak dengan bekas isterinya itu. Kiranya ini perkahwinan kedua Yanz dan khabarnya isteri sekarang adalah seorang artis.

Artis, hai siapa pula gerangan artis itu? Selepas disiasat, rupanya isteri Yanz itu adalah salah seorang anggota kumpulan Princess iaitu Sherry.

Bagi Murai Batu, status bujang atau berkahwin tidak menjadi soal kerana terbukti artis lelaki yang dah berkahwin masih diminati ramai seperti Saiful Apek, Rosyam Noor, Zamarul Hisham dan ramai lagi. Yang penting, janganlah menyorok status sebab nanti belakang hari timbul macam-macam cerita.

Bercakap lagi tentang Yanz, Murai Batu dengar dia kuat tidur dalam kelas di akademi. Haa, betul ke atau hanya gosip daripada sumber mulut puaka? Biasalah tu, tiap-tiap minggu ada-ada saja pe'el pelajar yang Murai Batu dengar. Tak kisahlah, janji korang berlakon best-best supaya Rashid Sibir atau Ahmad Idham sudi ambil korang berlakon.

MURAI BATU: Betul ke Kak Mah atau Sarimah Ibrahim akan muncul dengan program baru? Murai Batu sokong sangat sebab Kak Mah memang best. 'Bernanah' lagi ke?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:03 pm

Album Hafiz Muncul 7 Julai Ini

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 62320011


Hai, banyak betul kiriman e-mel yang Murai Batu terima daripada peminat yang ingin tahu bila album Juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz, akan muncul.

Semuanya nampak gaya tidak sabar-sabar lagi menunggu album itu selepas menikmati single pertama Hafiz, Masih Jelas ciptaan Aidit Alfian dan penulis lirik Ad Samad.

Haaa, terlanjur sebut pasal Ad Samad tu, Murai Batu nak mencelah sikitlah bahawa Ad Samad akan bernikah dengan penyampai dan pelakon Dang Suria Zainordin, hujung Jun ini. Ia bukan lagi masih jelas malah sudah terlalu jelas mereka nak berkahwin sebab Ad Samad telah mengakui perkara itu kepada Murai Batu. Tahniahlah, kalau buat kenduri, jangan lupa panggil Hafiz nyanyi!

Baiklah, berbalik kita kepada cerita Hafiz sendiri, selain lagu Masih Jelas, Hafiz juga khabarnya sudah merakamkan 4 lagi lagu ciptaan beberapa komposer handalan seperti M Nasir dan Ajai untuk album itu.

Murai Batu difahamkan, ia sebenarnya album yang istimewa kerana selain banyak lagu-lagu Hafiz dimuatkan, ia juga memuatkan lagu bonus single kesemua finalis AF7 iaitu lagu nyanyian Akim, Aril, Isma dan Yazid versi studio. Waa kira untunglah, beli album Hafiz dapat bonus lagu-lagu lain. Ia lebih menjimatkan atau ekonomik katakan.

Bila nak dipasarkan?

Oh ya, hampir terlupa pula Murai Batu. Tarikhnya menurut sumber Astro adalah 7 haribulan 7. Amboi bersempena AF7 ke? Kelas gitewww!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:04 pm

Fabulous Cats Jawab Isu Lamar Zizi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 64200910



Dari awal kemunculan kumpulan The Fabulous Cats hingga kini, ahli kumpulannya sering berubah-ubah. Perubahan ini lebih ketara kepada ahli wanitanya selalu tidak bertahan lama. Buktinya, ahli asal wanitanya adalah Alyah yang kini tengah popular dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang.

Selepas Alyah berlalu, Farhana pula tampil menggantikan tempatnya sehinggalah kini penyanyi cun dari Indonesia, Wangi muncul. Kemunculan Farhana pun tidak lama juga kerana digantikan oleh Wangi. Ini menerbitkan tanggapan bahawa anggota 'Papa Jahat' itu tidak boleh ngam dengan ahli wanitanya. Apa benar?

Terbaru pula, Murai Batu ada terhidu khabar angin mengatakan bekas pelajar Akademi Fantasia 7 (AF7), Zizi telah dilamar menyertai kumpulan yang turut popular dengan lagu Rimas dan Bawa Ku Terbang itu. Ikuti rakaman video Jangan Lari! bersama The Fabulous Cats, baru-baru ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:05 pm

dina seksi?...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Imran_10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:07 pm

Hati Umie Aida Kini Menjadi Milik Abang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 62420011


Akhirnya pintu hati pelakon filem Embun dan Diva Popular, Umie Aida, telah terbuka untuk menerima seseorang yang mungkin bakal bergelar suaminya.

Umie, 35, mengaku kepada murai.com.my semalam bahawa hatinya kini sedia menerima seorang lelaki yang berusia 44 tahun dan berstatus duda anak 2, dalam hidupnya. Bukan sebab berpangkat Datuk tetapi kata Umie, dia tertarik untuk mendampingi lelaki itu kerana budi bahasa serta keikhlasan beliau.

"Awalnya, saya mengambil masa juga menerima kehadirannya. Dia yang saya panggil sebagai Abang, sudi menerima saya seadanya termasuk 2 anak saya. Nampak dia betul-betul serius untuk menjadi sebahagian daripada hidup saya. Abang juga sangat menghormati diri saya sehingga datang merisik dan menghantar wakil berjumpa keluarga saya.

"Hati saya berkata, jarang kita dapat bertemu dengan lelaki yang seperti ini. Mungkin, itulah yang membuatkan pintu hati saya terbuka untuk memberi ruang kepadanya mengenali diri saya dengan lebih dekat. Tapi untuk memperkatakan tentang perkahwinan, ia masih jauh kerana kami belum diikat dan ia soal jodoh.

"Apapun saya lebih suka berserah kepada Tuhan. Saya hanya mengikut arus dan kata hati. Abang seorang yang sangat simple dan sangat low-profile. Itu yang membuatkan saya sukakannya sebab secara peribadi, saya tidak suka orang yang berlagak dan suka bermegah-megah," kata Umie.

Umie atau nama sebenarnya, Umi Khalsom Rahmad Ali, berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar tentang dia dirisik oleh Datuk berkenaan, baru-baru ini, di rumah keluarganya di Taman Melawati, Hulu Klang.

kata Umie lagi, penerimaan anak-anaknya, Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Zuhalmi, terhadap Datuk itu juga membuatkan dia semakin selesa dan terbuka hati untuk menerima kehadiran beliau.

"Saya seorang yang sangat pentingkan anak-anak. Alhamdulillah anak-anak dapat menerima dia. Cara dia melayan anak-anak saya pun baik. Jadi, ia turut membuatkan saya terfikir, apa lagi yang saya mahukan dalam hidup ini? Saya juga perlu fikirkan tentang masa depan anak-anak saya.

"Keluarga saya pula menyerahkan segala keputusan di tangan saya sendiri. Apa yang penting bagi mereka adalah kegembiraan dan kebahagian saya. Mereka tidak kisah dengan siapa saya mahu berkahwin dan mereka juga tidak paksa saya untuk kahwin dengan sesiapa," katanya.

Umie mahu tawan Puncak Kinabalu


Tentang perkembangan terbarunya, Umie Aida berkata, hari ini, Khamis, dia dijadual 'terbang' ke Kota Kinabalu, Sabah bersama 4 lagi rakan yang bukan dari kalangan orang seni. Dua daripada rakannya itu keturunan Inggeris dan mereka mempunyai satu misi.

"Misi kami adalah untuk menawan Gunung Kinabalu. Sudah 3 bulan saya melakukan latihan wall climbing di Fitness First untuk memastikan saya dapat melakukan aktiviti ini dengan kepantasan yang maksimum, jadi kita tengok sajalah macam mana keadaannya nanti.

"Memang saya tahu aktiviti sukan ini agak berbahaya tetapi saya jiwa saya memang lebih kepada aktiviti yang lasak seperti ini. Bayangkanlah, seminggu tidak pergi ke gym saya sudah rasa lain macam.

"Setiap kali bangun jam 6 pagi dan selesaikan segala tugas termasuklah menghantar anak-anak saya ke sekolah, saya pasti akan habiskan masa selama 2 jam di gym. Kemudian saya akan ke Bukit Kiara pula untuk menunggang kuda.

"Begitulah aktiviti seharian saya kalau tidak mempunyai shooting. Alhamdulillah, Abang pun nampaknya memberikan sokongan terhadap minat saya di dalam aktiviti sukan yang lasak seperti ini. Itu yang membuatkan saya terasa begitu lega dan dihargai. Sebab saya tidak begitu gemar kalau orang cuba mengongkong aktiviti sukan lasak saya. Saya bukan seorang kaki clubbing, jadi masa saya lebih banyak dihabiskan dengan aktiviti seperti ini," katanya.

Umie yang memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 1991 sudah membintangi banyak drama dan filem. Antara drama yang dibintanginya adalah Salam Taj Mahal, Surah Terakhir, Romeo & Juliet, Selamat Hari Jadi Su 1, II, III serta Ayuni. Filem yang dibintangi pula adalah Kala Malam Bulan Mengambang, Puaka Tebing Biru, Diva Popular, Embun, Lt Adnan dan Jimi Asmara.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:08 pm

Norman, Abby Makin Mesra Lepas Cerai

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 62420012


Memang ia sesuatu yang ironik dan di luar jangkaan. Rupa-rupanya ada rahmat di sebalik perceraian Abby Abadi dan Norman Hakim apabila hubungan mereka menjadi semakin baik, mesra serta dapat mengawal emosi masing-masing.

Perkara ini diakui olej Norman kepada murai.com.my sewaktu menjalani sesi videografi filem Botol Dalam Almari (dulu Anu Dalam Botol) terbitan Raja Azmi Sulaiman di pejabat JAS Sdn Bhd di Danau Kota, di sini, kelmarin.

"Saya sendiri tidak menyangka hubungan kami akan menjadi bertambah baik. Dulu bila tinggal serumah kami jadi panas, bertekak dan seterusnya bermasam muka. Tapi, sekarang ia jadi terbalik!

"Kami bukan saja boleh duduk berbincang tentang banyak hal terutama membabitkan anak-anak tetapi kami juga boleh membawa anak-anak keluar berjalan bersama-sama seperti apa yang kami lakukan sewaktu meraikan Hari Bapa, baru-baru ini.

"Bagi saya inilah satu keindahan yang sudah lama tidak saya kecapi. Mungkin, ia terjadi kerana kita berdua sudah tidak ada apa-apa ikatan lagi dan tidak lagi ada prasangka macam dulu. Sebaliknya dulu, kami tertekan kerana perlu menjaga perasaan dan hati kami berdua kerana hidup berpasangan," kata duda Melayu terhangat itu.

Menjawab soalan tentang bentuk fizikalnya yang semakin susut tetapi lebih tegap dan berotot, Norman berkata: "Saya jadi begini disebabkan terlalu banyak makan hati agaknya. Jadi untuk melepaskan segala apa yang terpendam dalam lubuk jiwa saya, saya selalu habiskan masa di gimnasium. Kira macam pergi release tensionlah.

"Cara itu nampaknya memang berkesan. Apabila banyak bersenam, fikiran dan tubuh badan saya menjadi semakin OK dan saya memang hendak jaga badan agar selalu fit," katanya.

Sungguhpun begitu, apabila diusik soalan tentang hubungannya dengan Memey Suhaiza, Norman terus tersengih.

"Dah banyak sangat cerita pasal kami dulu. Cukuplah untuk saya memberi komen lagi sebab saya mahu hidup dengan tenang dan berfikiran positif," pintanya.

Yang pasti, Norman dan Abby akan muncul dalam filem seram-thriller Skrip 7707 arahan Prof A Razak Mohaideen tidak lama lagi. Mereka buat pertama kali melakonkan watak sebagai suami isteri.

Hasil perkahwinannya dengan Abby, mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:15 pm

Memey Berlakon Sempena Hari Bapa

Sudah lama kita tidak menjenguk artis yang penuh kontroversi ini. Semalam penulis ada menyelinap masuk di saat-saat akhir tayangan Cerekarama yang bertajuk Belaian Kasih istimewa sempena Hari Bapa. Tertengok pula penulis, ada si Memey dalam cerekarama ni. Bukan main sweet lagi Memey sekarang, walaupun tidak berani berada di khalayak ramai (akbat kisah hitamnya dahulu). Sambil-sambil itu, dapat juga lah penulis snap gambar Memey menggunakan hp ketika babak-babak last dalam slot berkenaan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Image010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Image011

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Image012

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Image013

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Image014
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:17 pm

Stacy & Iqram obses pada kecantikan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Cover111


Sesekali beralih angin daripada konsep yang sedia ada, kali ini team MH menampilkan dua wajah yang kian menempa nama dalam dunia seni tanah air kita. Stacy yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti popular Akademi Fantasia musim keenam, manakala Iqram Dinzly pula hadir menerusi penampilan sulungnya dalam drama ‘Dunia Baru’. Reality popular Akademi Fantasia musim keenam, manakala Iqram Dinzly pula hadir menerusi penampilan sulungnya dalam drama ‘Dunia Baru’.

Stacy dikata berangan cantik

Bagi yang belum mengenali anak gadis kelahiran Sabah ini, pemilik nama Stracie Angie Anam, 19, atau Stacy adalah seorang yang cepat mesra dengan sesiapa sahaja. Cukup sekadar dengan memanggil namanya, pasti sahaja lirik senyuman akan dilemparkan tanda penghargaan daripadanya. Dinobatkan sebagai juara wanita kedua bagi Akademi Fantasia musim keenam dan Artis Baru Wanita Popular pada anugerah Bintang Popular 2008 tidak sedikit pun merubah sikap dan penerimaannya terhadap orang di sekeliling. Baginya, tanpa mereka semua terutamanya peminat pasti sahaja dia tidak akan berada di industri seni ini.

Metro seksual bukan gay – Iqram

Berbicara soal penampilan dan penjagaan diri, bagi jejaka tampan ini ia suatu perkara yang subjektif. Apa sahaja yang sedap mata memandang adalah menarik pada pandangan peribadinya. Cuma, apa yang membezakan penampilan dirinya dengan jejaka lain adalah penjagaan kulit dan kesihatan tubuh badannya. “Kalau ada yang kata ‘cantik’ itu hanya untuk wanita, saya kurang bersetuju. Zaman kini, lelaki juga ada perlu ‘cantik’. ‘Cantik’ maksudnya bukan dengan berdandan tetapi menjaga kesihatan tubuh badan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:17 pm

Cinta baru Sheera Iskandar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Cover211

Lihat sajalah aksi mesra pasangan ini yang berjaya dirakamkan. “Saya mengaku ramai kawan lelaki tetapi sekadar kawan biasa dan tak tahan lama pun. Berlainan dengan Syan, kami boleh ‘get along’. Dia orang Langkawi dan paling penting, dia memahami perangai saya. Dia menerima saya sebaik-baiknya apatah lagi ‘tahan’ melayan perangai saya yang ‘gila-gila’. Dia masih lagi belajar. “Setakat ini saya tak mengharap apa-apa dari komitmen yang terbina. Rasanya belum sampai lagi masanya untuk saya menjalinkan perhubungan serius. Saya belum terfikir ke arah itu kerana saya baru 24 tahun. Saya belum puas membantu keluarga dan saya perlu bekerja untuk menanggung dua adik saya yang masih belajar,” kata Sheera lagi.

Sebelum ini tersebar luas gambar anak kepada dramatis Aznah Hamid ini bersama Syan di Internet seolah-olah ada usaha untuk memburuk-burukkan namanya. “Sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi yang disebarkan hanya gambar kami berdua. Ketika itu saya bersama ahli keluarganya bercuti ke Langkawi. Semuanya bermula apabila dia meletakkan gambar kami di Friendster dan kemudian disebarkan di Internet.

“Tentang apa yang sudah berlaku, sebagai artis, saya berusaha sedaya-upaya menjaga diri agar tidak disabotaj segelintir pihak. Cuma dalam kes ini, saya tak rasa disabotaj sebab orang suka mencari keburukan artis. Namun itu semua terpulang kepada diri masing-masing. Setakat ini, saya rasa gambar itu tidaklah teruk sangat,” ujarnya.

Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:19 pm

“Gembira Ajai kahwin dulu” - Nurul

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Panas111


Nurul & Ajai masih berkawan rapat. Cuma dengan haluan masing-masing. Apatah lagi, Ajai juga diberitakan akan berkahwin tidak lama lagi dengan pasangannya, Liza. Nurul ketika diminta mengulas mengenai kisah perkahwinan bekas suaminya itu, Nurul mengatakan dia tiada masalah dengan Ajai. Malah mereka boleh diibaratkan sebagai teman rapat.

“Saya tak ada masalah dengan Ajai. Kami selalu berbincang mengenai anak. Apa yang berlalu biarkan berlalu. Kini saya tiada kisah duka apa-apa dengannya malah saya turut gembira dengan perkahwinannya itu,” ujar Nurul. Nurul juga mengatakan dia tiada masalah untuk hadir ke majlis perkahwinan Ajai kerana mereka memang berkawan malah Nurul juga mengenali dengan bakal isteri Ajai.

Ajai akan menamatkan zaman bujang, bagaimana pula dengan Nurul? Ketika diungkap mengenai kehidupan peribadinya, Nurul mengatakan dia kini lebih selesa menumpukan kepada kerjaya dan anak-anak. Mengenai percintaan dan perkahwinan Nurul hanya serahkan kepada takdir.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:20 pm

‘Gugu Gaga Erra: Erra berusaha untuk kurus

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Panas211


Akhirnya, Erra memutuskan mahu mendapatkan bantuan daripada pakar menguruskan badan, Slim World ditemani pembantu peribadinya, Sheila. Dalam perjalanan ke pusat tersebut, mereka menggunakan peluang yang ada untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Bagaimanapun berlaku perkara yang Erra tidak ingini apabila pembantu peribadinya bercerita perkara yang tidak sepatutnya dengan orang luar mengenai dirinya. Apa yang berlaku seterusnya?

Ingin tahu kisah selanjutnya? Tonton rancangan ‘Gu Gu Ga Ga Erra’ (10 episod) yang ditayangkan setiap hari Selasa jam 9 malam di saluran Astro Ria. Melalui program Gugu Gaga Erra, penonton bukan sahaja akan terhibur dengan gelagat spontan Erra, suami dan ahli keluarga barunya tetapi juga mendidik penonton tentang pendekatan yang perlu diambil oleh setiap ahli keluarga yang menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Erra dan Emran adalah dua insan biasa yang baru menimang cahayamata, sama seperti anda. Apa yang disaksikan ialah realiti kehidupan yang cuba dijalani sebaik-baiknya sebelum kehidupan itu menjadi lebih sempurna. Jangan ketinggalan mendapatkan Media Hiburan selaku rakan media yang menyiarkan gambar-gambar menarik untuk diikuti setiap minggu!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:22 pm

Maizawati Redha Lepaskan Akhil Hayy

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Terkin18


kisah rUMah Tangga penyanyi nasyid dan penCeraMah bebas, akhil hayy hangaT
diperkaTakan. lebih panas lagi dengan kehadiran isTerinya yang berCeriTa sendiri pada Media TenTang apa yang berlakU. Malah sejak diWaWanCara dalaM prograM nasi leMak kopi o di Tv9 dan WaniTa hari ini di Tv3, naManya Tiba-Tiba saja jadi sebUTan. MW sendiri Terpanggil UnTUk Mengenali WaniTa ini yang kelihaTan begiTU Tabah Menghadapi keMelUT perkahWinannya.

Peluang bertemu dengan insan yang pernah berkongsi hidup selama hampir 13 tahun bersama Akhil Hayy bukanlah mahu mengupas kembali kisah yang berlaku kepada pasangan ini, sebaliknya sekadar memberi peluang buat Maizawati Zainal meluah kan isi hatinya agar tidak disalah tafsir khalayak. “Selama ini saya mendiamkan diri dan saya berusaha untuk tidak membuka sebarang rahsia bersama suami, tetapi hari ini, saya tetap dituduh sebegitu. Saya bukanlah seorang yang cemburu buta. Tidak perlu saya menggunakan khidmat penyiasat persendirian.

“Allah S.W.T wujud dan jika seseorang itu berbuat baik, dia akan selamat. Saya telah memberikan segala kepercayaan kepada suami dan tidak lagi perlu berprasangka buruk atas segala tindak-tanduk yang dilakukan oleh ustaz. Jadi, tidak ada pertikaian yang akan berlaku sepanjang ustaz berada di luar rumah sehingga perkara ini berlaku. “Bukan mudah untuk saya membuat keputusan tampil di kaca tv. Semua yang berlaku ada hikmahnya dan tidak langsung ada niat di hati saya untuk membuka pekung ustaz. “Demi Allah, saya sebaik boleh tidak mahu perkara ini diketahui oleh orang lain, malah saya memohon penceraian melalui mahkamah ini secara senyap.

Tindakan meminta ustaz untuk balik ke Ipoh dan menyelesaikan dengan cara baik tetapi tidak mendapat perhatian daripada pihaknya. “Saya sendiri tidak mengetahui bahawa orang ramai mendapat tahu bahawa saya telah membuat permohonan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh. Dari situ, saya menerima panggilan demi panggilan hingga saya sudah tidak termampu untuk melayan setiap panggilan.

Saya akui, saya agak tertekan untuk menjawab semua persoalan. “Atas desakan ini dan mengambil kira nasihat serta pandangan daripada beberapa pihak, saya mengambil satu alternatif untuk tampil di media. Saya kira ia sebagai satu jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul ini. “Saya juga yakin saya di pihak yang benar dan selagi itulah, Allah S.W.T pasti akan memberi jalan mudah kepada saya. Saya hanya mempertahan kan diri, malah saya tidak mahu timbul sebarang pandangan negatif daripada masyarakat mengenai diri saya,” luahnya panjang lebar. Bukan mudah untuk seorang wanita menjadi setabahnya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Terkin17


Mengakui pada awalnya agak sukar untuknya memberikan kebenaran kepada suami berkahwin lagi, Maizawati kemudian menyatakan kesanggupannya berkongsi kasih suami bersama wanita lain. Namun penantian terbatas hingga dia merujuk kepada pihak bertauliah untuk memastikan tindakan yang diambil adalah tepat. “Tiga bulan saya tidak bertemu ustaz. Selama itulah saya bersabar dan menghadapi kehidupan umpama digantung tidak bertali anak-anak pula merinduinya. Sepanjang tempoh diduga ini, saya banyak mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Saya memohon kepadanya agar mendapat kekuatan diri.

“Saya bukanlah seorang wanita yang sempurna. Saya akui selepas ustaz menyatakan keinginannya untuk mengahwini penyanyi itu, saya mengambil sedikit masa untuk memberikan kebenaran. Saya juga yakin perempuan lain juga akan berfi kir dua kali sebelum pasti akan keputusan yang dibuat. “Mungkin saya juga sudah sampai ke tahap redha dengan yakin bahawa Allah S.W.T akan membantu saya. Sebagai manusia, saya berpegang, bahawa saya hanya mampu merancang dan Allah jugalah yang menentukannya. Jika ditakdirkan saya mempunyai madu, saya menerimanya. Hidup ini bukan selamanya milik saya dan apabila saya mendalaminya, saya pasrah dengan setiap ketentuan,” kata Maiza lagi.

Tidak pernah bermusuhan

Sambungnya dia menyatakan kerelaan untuk bermadu demi anak-anak, namun pengorbanan besar yang mahu dibuat tidak diterima. Hingga akhirnya, setelah berbincang dengan bijak pandai dalam bidang keagamaan dan merujuk kepada ibu, dia yakin dengan pilihan yang dibuat. “Bukan mudah untuk saya membuat keputusan memohon penceraian. Jodoh kami sudah tiada. Walaupun berat kepada saya tetapi ini ketentuan Allah dan keputusan ini adalah untuk kebaikan kami berdua. Kami tidak pernah bermusuhan, malah jauh sekali wujud perasaan ingin bergaduh dan saling membenci.

“Masih ada lagi rasa sayang kepada ustaz dan menjadi kewajipan kepada saya untuk menjaga nama baik ustaz. Tidak terniat di hati saya untuk memburukkan ustaz kerana dia masih bapa kepada anak-anak saya. Jika dia bukan suami saya tetapi dia tetap bapa kepada anak-anak saya. Impaknya kepada anak-anak dan saya memilih untuk mengambil jalan yang terbaik. Namun begitu, saya bersyukur kerana anak-anak boleh menerimanya dengan baik,” jelasnya.

Bukan mencari glamor

Menepis tohmahan kononnya Maizawati menceburi dunia glamor semenjak kisah pergolakan rumah tangga, dia mengatakan segalagalanya berlaku dengan pantas dan tanpa dirancang. “Selama ini media mencari saya tetapi saya bukanlah seorang yang mabukkan dunia glamor. Jika saya mahukan glamor, telah lama saya membuat kemunculan. Tetapi ini bukan dunia saya, dan saya lebih selesa melalui kehidupan sebagaimana sebelum ini,” ujarnya yang mengakui dirinya seorang yang sensitif dan mudah menangis.

Mengenai perancangannya selepas ini, wanita berusia 33 tahun ini memberitahu bahawa dia akan meneruskan kehidupan seperti biasa. “Insya-Allah, anak-anak akan tetap bersama saya dan kami akan melangsungkan kehidupan seperti biasa. Walaupun diduga dengan ujian ini, ia diharap tidak akan terus membelenggu hidup kami sekeluarga terutamanya kepada anak-anak.

“Saya berniaga kecil-kecilan menjual peralatan ibadat seperti al-Quran, buku agama, tudung dan lain-lain. Perniagaan ini telah empat tahun saya usahakan walaupun hasrat untuk membuka perniagaan sendiri sudah ada sebelum berkahwin lagi. “Saya juga telah terbiasa berdikari se menjak dahulu lagi kerana sering ditinggalkan ustaz demi tugasnya untuk berdakwah. Segala urusan berkaitan keluarga seperti persekolahan anak-anak, perbelanjaan dapur dan bil semasa diuruskan saya memandangkan ustaz telah memberikan wang.

“Maka tidak timbul sebarang masalah untuk terus menguruskan keluarga dan perniagaan. Lebih-lebih lagi lokasi kedai yang berhampiran rumah memudahkan saya untuk menjenguk anak-anak,” katanya yang akan terus menetap di Ipoh, Perak ini..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:25 pm


“Saya adalah seorang isteri & bakal ibu…” - Eja

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Wjhdpn11


Sederhana, elegan dan jelita, itulah tiga perkataan yang sangat tepat apabila membuka bicara mengenai Siti Shahrizah atau mesra disapa Eja. setiap kali muncul untuk sesebuah majlis anugerah mahupun majlis rasmi, gayanya tidak keterlaluan, begitu elegan dan klasik. senyuman manisnya tidak pernah lekang dari wajahnya, personality serta budi bicara sopannya menjadikan media malahan orang sekeliling menyenanginya. Tidak pernah cerita buruk diperkatakan mengenainya melainkan kisah dirinya yang dikatakan sudah berstatus isteri, mempunyai anak dan berkahwin dengan ahli korporat dengan gelaran isteri kedua. Namun semuanya ini tidak langsung menjadikan pemilik diri melatah dengan mudah. Malahan namanya tetap kuat dan kukuh di persada seni lakonan dan Eja dikenali menerusi drama Rahsia Demi Rahsia, hampir 12 tahun lalu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Bg210


Dia muncul di Imperial Suite, Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur tepat jam 12 tengahari. Biarpun tanpa solekan, hanya mengenakan cermin mata ‘oversized’, gaun maxi dikenakan dengan kardigan putih, kasut flat berwarna emas dan menggenggam beg tangan jenama Prada, namun Eja tetap nampak classy dan jelita. Penulis dan Najeeb terkesima seketika apabila Eja muncul dengan rambut separa bahu, ini kerana Eja tidak pernah berambut pendek sebelum ini. Dia nampak muda dari usianya, stylo dan sangat sesuai dengan bentuk wajahnya.

Sewaktu wajahnya sedang dirias oleh Najeeb, penulis memulakan bicara dengan membuka kisah mengenai kehamilannya yang sudah mencapai lima bulan (ketika artikel ini ditulis). Eja hanya tersenyum dan mengatakan dia rasa sangat bersyukur dengan kehamilan pertamanya ini. Biarpun sudah berkahwin lebih 10 tahun, namun hatinya tidak terbuka untuk dikurniakan dengan cahayamata. Bukan dia tidak teringin, namun fokusnya ketika itu sehingga kini adalah kerjaya. “Atau mungkin kerana Eja merahsiakan status diri sebelum ini dan enggan berbadan dua kerana takut rahsia terbuka...?” tanya penulis kepada empunya diri.

“Eja sudah berada di dalam industri selama 12 tahun, dan sebenarnya tidak pernah merahsiakan status diri. Memang Eja sudah berkahwin lebih 10 tahun, ramai media yang tahu dan apabila persoalan itu digembargemburkan, Eja tidak pernah mengatakan ‘no komen’, apa yang Eja lazim jawab adalah soal peribadi dan kerjaya tolong jangan dicampur adukkan. Personal matter bukanlah hak umum untuk berkongsi, Eja perlu ruang untuk soal peribadi terutama rumahtangga. Ini adalah kehendak dan kerelaan hati Eja, bukan disuruh oleh suami mahupun sesiapa,” katanya panjang lebar.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:34 pm

“Tidak Ramai Lelaki Maskulin Zaman Ini!”

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Gadis110


Bukan mudah untuk mencuri masa aktres yang mula mendapat perhatian di kaca TV ini. Dia sentiasa sibuk di lokasi penggambaran. Semasa artikel ini disiarkan, dia berada di Brunei selama sebulan bagi memenuhi tawaran berlakon dari RTM Brunei. Walau pun telah menceburi dunia lakonan hampir 5 tahun, namun boleh dikatakan nama Siti Fazurina Mohd Famir agak perlahan meniti di bibir peminat. Mungkin kerana dia lebih senang memberikan tumpuan membintangi drama-drama bersiri mahu pun tele drama berbanding filem dan juga lebih senang bersikap low profile.

Namun bagi wanita kelahiran Sungai Petani, Kedah, yang lebih mesra dengan panggilan Nina, tidak kecewa dengan situasi sebegini sebaliknya berkata, “Biar lambat, asalkan menjadi. Nina jual bakat, bukan jual rupa. Tetapi Nina rasa bersyukur kerana sekarang ini semakin ramai peminat sudah mula mengenali dan menyokong karier Nina.” Namanya semakin dikenali semenjak membintangi drama bersiri popular, “Puteri” dan “Dunia Anita”. Dan kini dia semakin mendapat kepercayaan banyak syarikat produksi.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Gadis210


Sebenarnya bukan senang untuk Nina terlibat dalam dunia seni sepenuh masa. Apatah lagi ketika masa mula-mula terbabit dalam bidang ini, dia baru saja menamatkan pengajian dalam jurusan pengurusan perniagaan di sebuah kolej swasta. Ibunya pula mengharapkan agar anak kedua dari lima beradik ini bekerja dalam sektor kerajaan, namun akhirnya akur dengan minat dan bakat yang dimiliki Nina.

“Apa pun, Nina akan sentiasa ingat pesan ibu agar berhati-hati meniti kehidupan dalam bidang ini. Dia cakap Nina cari rezeki yang halal dalam bidang ini, jadi kenalah buat bersungguh-sungguh, jangan mudah hanyut, jangan lupa diri dan jangan terlibat dengan benda-benda yang tidak baik. Alhamdulillah, Nina akan jaga diri agar tidak ‘tergelincir’,” ujar Nina yang pernah terpilih ke TOP 10 di dalam Pertandingan Dewi REMAJA 2003.

Pasti wanita secantik Nina tidak terlepas dari pandangan dan perhatian kaum Adam bukan? Tetapi awas, Nina bukan wanita yang mudah ditawan, dipikat dan digoda. Jadi mana-mana lelaki hidung belang, kasanova dan yang seangkatan dengannya, lupakan niat anda untuk memikat Nina. Ayuh ikuti luahan Nina tentang lelaki yang menarik untuk dibaca.

Apa komen anda tentang ada segelintir lelaki yang tidak suka memilih wanita yang berdikari sebagai teman hidup kerana mahukan wanita tersebut bergantung harap sepenuhnya pada mereka?

Bergantung pada setiap individu itu sendiri. Mungkin lelaki tidak suka pada wanita yang berdikari kerana mereka takut wanita tersebut akan bertindak dominan dalam perhubungan. Lelaki sebegini biasanya lebih suka memanjakan pasangannya termasuk dijadikan tempat bergantung harap, mungkin mereka lebih rasa dihargai.

Lelaki ‘anak emak’... adakah Nina sanggup menerima lelaki sebegini sebagai pasangan?

Lelaki ‘anak emak’? Alamak! Nina kurang menyenangi lelaki sebeginilah. Nina lebih suka lelaki yang memiliki pendirian sendiri, boleh berdikari dan boleh buat keputusan sendiri. Bukan Nina nak cakap soal membelakangkan keluarga terutamanya emak tetapi tak perlulah semua perkara termasuk yang tak berapa penting pun nak report dan bertanya pada emak..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:36 pm

Miller : Antara Modelling Berlakon & Kehidupan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Terkin20


It’s not an easy thing. Dia betul-betul bermula dari bawah, merangkak, berjalan dan berlari merempuh segala halangan bagi menggapai impian. Sikap berani dan berdikari mendewasakan aktor juga model ini. Kini dia sudah boleh berkata: “Now I’m proud with myself”. Sudah lama tidak mendengar cerita dan perkembangan terbaru mengenainya.

Dia antara pelakon dan model yang telah saya kenali hampir 4 tahun lalu. Kami mula berkawan sehingga hari ini selepas dia mengadakan fotografi fesyen dengan Maskulin. Seingat saya ketika itu usianya baru 19 tahun. Memiliki wajah Pan Asia hasil kacukan Cina sebelah ibu dan bapanya berketurunan Arab serta berketinggian 6’1” menjadi pakej lengkap bagi Mohamad Suhaimi Bin Ali Dad Khan atau lebih dikenali sebagai Miller untuk bergelar seorang selebriti.

Hari ini, namanya mula menjadi sebutan, tidak di tanah air sendiri tetapi di negara seberang, Indonesia. Sebelum sesi fotografi ini diadakan, sudah berkali-kali saya memujuk Miller untuk pulang ke Kuala Lumpur. Tapi malangnya dia sering tidak berpeluang disebabkan kekangan waktu. Hampir setiap hari dia terpaksa ke lokasi penggambaran drama, filem dan juga fotografi. Wah! Semakin sibuk dan semakin popular.

Ya! Alhamdullilah, rezeki katanya. Tibalah baru-baru ini, saya menerima mesej di telefon bimbit. Miller menyatakan dia akan pulang ke Kuala Lumpur. Itu pun untuk tempoh waktu yang singkat. Kebetulan pula ketika itu, kami di Maskulin masih mencari calon sesuai yang bakal menghiasi muka depan isu Julai. Tiba hari fotografi, Miller datang ditemani ibunya. Hampir tiga tahun tidak bertemu, dia telah banyak berubah. Hanya penampilan saja tetap sama seperti dulu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Terkin19


Berseluar pendek dan berbaju kemeja-T, Oh! Dia kelihatan begitu bergaya memakai kaca mata gelap jenama Calvin Klein. Perubahan ketara dapat dilihat pada lenggok percakapannya. Butir-butir kata yang keluar dari mulutnya tidak ubah seperti orang Indonesia. Ngomongnya semakin pintar. Mungkin sudah dewasa dan kerjaya yang diceburi kini juga banyak mengubahnya. Dulu jika ditanya satu soalan, sepatah dua kata sahaja yang keluar dari mulutnya.

Khas untuk pembaca Maskulin, kami tampilkan Miller dengan penampilan lebih elegan dan kemas. Ikuti kisah mengenai kerjaya, teman hidup dan hala tuju masa hadapan pelakon dan model muda ini. Bergelar model dan pelakon di usia muda Miller, namanya mungkin begitu asing dalam industri seni tanah air. Walaupun pernah beberapa kali menjadi pelakon ekstra di dalam filem dan drama, tidak ramai yang mengenali siapa dirinya.

Mungkin juga ketika itu usianya masih muda remaja atau kurang kisah mengenai dirinya ditulis. Dia akui memang tidak ramai yang mengenalinya. Anak jati Kuala Lumpur ini pernah berlakon dalam filem “Sepet”, drama “Gerak Khas”, “Mahligai Gading”, “Kerana Dia” dan “Dilema Wanita”. Berbeza pula di bidang modelling. Dia antara wajah yang sering kali menghiasi iklan televisyen mahupun billboard untuk pasaran tempatan dan juga luar negara. Petronas Merdeka, Honda Civic, McDonalds, Digi, Hotlink, Pepsi, Kit Kat, Twisties dan beberapa lagi antara iklan yang memaparkan wajah kacak ini.

Jika diikutkan, kata Miller lebih selesa dan senang menjadi model iklan daripada berlakon. Ketika masih di Malaysia, tawaran menjadi model iklan tidak pernah terhenti, dan segalanya bermula ketika berusia 16 tahun.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:39 pm

Elly Mazlein Bila Mahu Kahwin?

Elly Mazlein atau nama ic dia, Sharifah Aida Mazlina bt Syed Hanafi ni dah menjangkau usia 29 tahun (1980), untuk tahun nie. Tahun depan dah genap 30 tahun. Tapi Elly sepertinya kureng memberi respon atau apa2 cerita mengenai kisah percintaannya. Belum ada yang sesuai atau Elly ni memilih orang nya. Kalu mahu melihat dari paras badan Elly, saper2 sahaja mahu melamar Elly. U'all tak percaya, lihat gambar dibawah. U'all pasti nak melamar Elly pas ni, tapi pastikan ada RM100,000 ok.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Sharif10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Sharif11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Sharif12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:40 pm

" Saya Akan Lebih Berhati-hati " - Noraniza Idris

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Person19


Hidup kita tidak akan terlepas dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Semuanya harus ditempuhi dengan tenang dan dalam masa yang sama sebagai insan biasa kita harus redha dengan ketetapan yang telah ditentukan-Nya.

Kehidupan sebagai seorang anak seni banyak mematangkan insan yang bernama Noraniza Idris, 41, ini. Selepas kembali hidup ‘sendiri’ dia lebih senang berbicara tentang kerjaya dan masa depannya tanpa mahu menoleh ke belakang. Bagi dirinya, apa yang penting adalah memikirkan tentang kerjaya dan anak-anak. MIDI berkesempatan berkongsi cerita dengan wanita yang lebih mesra dengan panggilan Ani ini.

Tohmahan dan fitnah menjadi ‘baja’

“ Secara jujurnya saya katakan saya bersyukur kerana diberi peluang dan mendapat petunjuk untuk membuat pilihan yang tepat untuk masa depan saya sendiri. Bagi saya untuk membina ikatan perkahwinan sebenarnya tidak semudah yang dijangkakan. Saya bersyukur diberikan dugaan sekurang-kurangnya saya boleh memperbaiki kualiti diri saya sendiri.

Sekarang saya lebih suka bercakap tentang masa depan dan saya tidak menghiraukan apa yang orang lain perkatakan tentang diri saya. Saya juga bukannya orang yang suka melayan gosip. Kalau orang tanya tentang hal peribadi, saya akan tersenyum dan tidak akan mengulas apa-apa. Sebaliknya akan terus berfikiran positif kerana saya sedar menjadi seorang artis ini bukannya mudah. Semua perkara orang ingin selidik sampai ke akar umbi,” jelasnya memulakan perbualan.

Tambah Ani lagi segala tohmahan mahu pun fitnah yang dilemparkan kepadanya dijadikan ‘baja’ untuk dirinya terus berjaya. Dia akui bukan mudah hidup sebagai seorang ibu tunggal. Selepas bercerai kali kedua, Ani mengakui banyak perkara yang harus dipelajarinya. “Selepas bercerai kali kedua, jiwa saya kembali ‘kosong’ untuk bercinta lagi. Walaupun merasa amat tertekan dengan keadaan yang terus menuding kesilapan kepada saya setelah hidup berdikari sejak 21 September 2006 dan berpisah secara rasmi pada 4 April 2007 melalui perkahwinan pertama, saya percaya, kehidupan perlu diteruskan sungguh pun terlalu banyak rintangan, sekatan dari pihakpihak tertentu dari melihat saya teruskan cita-cita, segala kepahitan ditelan dan cuba mencari penyelesaian sendiri.

Selama perkahwinan saya 18 tahun lamanya, saya tidak pernah melakukan kerja selagi tidak mendapat restu dan keizinan bekas suami saya, kerana selama ini saya sentiasa meletakkan kepercayaan bagai menatang minyak yang penuh serta menghormatinya sebagai orang penting dan ketua keluarga untuk disalurkan segala idea saya, tetapi tidak lagi untuk dua tahun kebelakangan ini. Memandangkan saya tiada ibu dan ayah, jadi semua urusan tentang perkahwinan, saya serahkan kepada abang kandung. Tetapi untuk berkahwin kali ketiga buat masa ini saya belum fikirkan lagi. Kadang-kadang apabila kita jujur dan telus dengan seseorang mereka mengkhianati perasaan dan kejujuran yang kita berikan. Saya tidak mahu perkara itu berulang lagi dan kini saya lebih berhatihati,” akuinya dengan senyuman.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:43 pm

Lan Sah Tinggalkan MUH

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 7ada4e10


Bukan lagi satu khabar angin. Lan sah sudah tidak lagi bersama Meet Uncle Hussain (MUH). Masalah dalaman yang telah membelenggu kumpulan yang meraih gelaran Juara Lagu dan Juara Pop Rock di Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) pada awal tahun ini, akhirnya membawa kepada perpisahan vokalis utama, Lan dengan kumpulan yang diasaskan bersama Taja dan Afat sejak 2001.

Pengumuman itu dibuat Taja ketika sidang media Konsert Generasi Baru sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2009 semalam. Keputusan itu dicapai Isnin lalu apabila Lan dikatakan sudah nekad nak bergerak solo. Penampilannya di Konsert Generasi Baru pada 5 Julai di Hard Rock Cafe merupakan kemunculan terakhir Lan dengan MUH.

Diingatkan kekusutan diantara Lan dan anggota MUH yang lain sudah diselesaikan. Malah Lan pernah berjanji akan berubah. Tetapi selepas beberapa bulan, terbaca pula cerita dia kembali kepada perangai lama. Ada juga terdengar khabar angin yang dia tidak senang dengan cara pengurusan band.

Sebelum ini, apabila diajukan soalan apa sebenarnya masalah Lan, pengurus MUH Kimi memberitahu, Lan tidak pernah berkongsi masalah peribadinya dengan dia atau mana-mana anggota MUH.

Ceritanya lagi, sebelum ini sudah beberapa kali Lan meluahkan hasrat untuk bergerak solo. Oleh itu, bila dihantarnya satu SMS kepada Kimi pada 23 Mei lalu (hari berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah ABPBH08 dimana dia gagal menghadirkan diri), memaklumkan itu mungkin minggu terakhirnya bersama MUH, kerana katanya dia mempunyai peluang yang baik dan ingin fokus pada kerjanya, Kimi dan anggota MUH lain tidak mengambilnya begitu serius.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:44 pm

Lyana Jasmay kini menyerlah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Mukade10 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Cvr_pp10


Liyana atau nama sebenarnya Liyana bt Jasmay , ramai yang dapat membayangkan wajah pelakon yang cukup popular dengan filem Castello, Syaitan dan drama bersiri Puaka Nyang Rapik . Berilah apa sahaja watak, dia tetap mampu melakonkan dengan baik seperti watak pelajar psiko yang dilakonkannya menerusi filem Histeria. Namun begitu, di sebalik kritikan demi kritikan yang diterima saban hari, belaiu enggan mengaku kalah.

Baginya, semua kritikan tersebut adalah lumrah kehidupan yang tidak boleh tidak, akan tetap hinggap dalam kehidupannya sebagai insan seni. Beliau kini salah seorang pelakon remaja yang sedang mendapat perhatian peminat.. Kini, namanya dibariskan sebagai pelakon pelapis yang boleh memeriahkan dunia lakonan tanah air. Namun, sebagai anak seni beliau tidak gentar dalam mencuba sesuatu yang baru. Hajatnya ingin menjadi seorang penyanyi mula mekar dalam industri hiburan.

“Nak jadi penyanyi ni, bukan sahaja fokus kepada vokal semata, namun perlu ada kekuatan luar dan dalam untuk menyampaikannya. Bidang ini juga perlu ada kebijaksaaannya dan banyak lagi yang belum saya terokai,” ulasnya. Menurut Liyana, sebagai artis, mengembangkan bakat adalah perlu bagi membolehkannya dipandang sebagai artis serba boleh. “Kalau penyanyi boleh jadi pelakon, apa salahnya pelakon pun sama-sama ikut rentak dengan ceburi bidang nyanyian.Katanya, ‘melayan’ secara mendalam akan kritikan negatif ada kalanya mampu membuatkan seseorang artis itu ‘lumpuh’ untuk meneruskan perjuangan.”Untuk itu, saya kena berani dan kuat.

Kalau ikutkan sangat, sampai bila saya tidak akan ke manamana,’’ tegasnya.Baru-baru ini, Liyana muncul dengan album mininya yang berkonsepkan pop dan mengandungi lima buah lagu.Tiga lagu dicipta oleh Ajai iaitu Aku Jatuh Cinta, Kejam dan Aku Tak Percaya Cinta manakala dua buah lagi iaitu Pelik dan Penyelamat Cinta, masing-masing ciptaan AG Coco serta Aizat. Liyana yang diajukan soalan tentang perkembangan karier lakonannya pula berkata, tiga buah fi lem lakonannya iaitu Papadom, Duhai Si Pari-Pari dan Pisau Cukur berkemungkinan akan ditayangkan pada tahun ini.Selain itu, Liyana juga akan terlibat dengan penggambaran fi lem berjudul Niang Rapik serta drama bersiri Zati Dan Si Nawas. “Niang Rapik diangkat menjadi fi lem daripada drama siri, ekoran sambutan baik yang diterima daripada penonton di TV3.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:46 pm

Bukan mahu sorok pertunangan anak-ibu Elyana

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Untitl41


Biarpun pernah dikaitkan kononnya mempunyai hubungan cinta dengan seorang selebriti lelaki popular, ia tidak pernah mengganggu-gugat perhubungan Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 22, dengan teman lelakinya, seorang pengusaha
restoran.

Setelah lebih tiga tahun mengenali lelaki yang 12 tahun lebih tua daripadanya itu, penyanyi yang terkenal dengan imej ‘berkaki ayam’ ini akhirnya mengambil keputusan untuk mengikat cinta yang terjalin itu dengan ikatan pertunangan.

Majlis tersebut bakal berlangsung pada 11 Julai ini, di Jeumpa D’Ramo, Bangsar. Ibunya, Shamsidar Alias, 46, yang dihubungi BACARIA baru-baru ini turut berkongsi kegembiraan itu dan mengharapkan agar keputusan itu menjadi keputusan terbaik buat masa depan anak gadisnya itu.

“Sebenarnya, kami sekeluarga kalau boleh tak nak heboh-heboh tentang majlis ini. Bukan sengaja nak berahsia atau nak sorokkan berita ini, tetapi ia hanyalah majlis kecil-kecilan untuk keluarga terdekat sahaja. “Lagipun, Elyana baru nak bertunang, bukan kahwin. Nanti bila dah majlis kahwinnya, insya-Allah, kita akan jemput semua orang untuk meraikan,” ujarnya tenang.

Menurut ibu Elyana juga, pada awalnya majlis pertunangan ini dirancang untuk diadakan pada tarikh hari ulang tahun Elyana ke-22 pada 5 Julai. Namun, disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan, majlis itu di tunda beberapa hari selepas itu. “Kami sekeluarga cuma mengharapkan majlis itu nanti akan berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang.

Mudah-mudahan peminat mendoakan yang terbaik buatnya dan pasangan,” katanya. Ditanyakan bagaimana reaksinya apabila Elyana memberitahu tentang hasratnya untuk bertunang dengan lelaki yang jauh lebih berusia dengannya itu, ibu kepada penyanyi Kalis Rindu ini hanya ketawa kecil.

“Kami sekeluarga sentiasa menyokong apa yang terbaik buat dia. Usia tidak pernah menjadi masalah. Kalau dia mampu menjaga anak saya dengan baik, ia bukanlah satu masalah. “Elyana walaupun usianya baru 22 tahun, dia seorang yang matang dan berdikari. Walaupun ada sesetengah orang yang berpendapat usianya terlalu muda untuk melangkah ke alam perkahwinan, ia bukanlah satu perkara yang besar.

Apatah lagi saya juga berkahwin di usia yang muda iaitu ketika berumur 21 tahun,” ujarnya lagi yang turut sama sibuk membuat persiapan untuk majlis bersejarah anak gadisnya itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:49 pm

Menanti jodoh, Ella semakin berahsia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Untitl42


Setiap kali bertemu, pasti sahaja persoalan tentang jodoh akan diajukan buat ratu rock yang seorang ini.

Bukan tidak berminat untuk berbicara soal kerjaya seninya, apatah lagi dia kini baru sahaja muncul dengan buah tangan terbaru, album kompilasi Ella- Greatest Hit, tetapi sudah terlalu lama para peminatnya menantikan penyanyi kesayangan ramai ini mengumumkan sesuatu yang lebih bermakna daripada itu.

Bagai sudah mengagak apa yang bermain di kepala pihak media saat bertemunya di majlis pelancaran album terbarunya di Bangkok Jazz baru-baru ini, Ella sedaya upaya cuba mengelakkan daripada berbicara tentang sisi peribadinya itu. Namun, apabila berkali-kali persoalan tentang jodoh diajukan kepadanya, penyanyi yang terkenal dengan sikapnya manjanya itu akhirnya membuka mulut.

“Memang Ella sudah ada seseorang yang istimewa. Bukan orang dalam industri, tetapi cukuplah Ella katakan dia sangat meminati muzik. Kami berkawan rapat dan Ella gembira bersamanya. Apa pun, tidak perlulah kita bercakap lebih lanjut tentang hal ini kerana ia bukanlah keutamaan Ella buat masa ini,” ucap Ella separuh mengelak daripada terus diajukan soalan berkaitan temannya itu.

Bagaimanapun, Ella yang bakal menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-42 pada 31 Julai depan ini tidak pernah menolak andai jodohnya tiba dalam waktu yang terdekat ini. “Siapa yang tak nak kahwin? Kalau boleh, Ella nak kahwin secepat mungkin. Tetapi kalau jodoh belum sampai, nak buat macam mana? Bukankah soal jodoh pertemuan dan ajal maut itu di tangan Tuhan?

Siapalah kita nak mempersoalkan tentang itu. Ella terima saja apa yang ditentukan untuk Ella. “Apapun, Ella yakin peminat-peminat memahami situasi Ella. Malah mereka tak pernah persoalkan tentang kehidupan peribadi Ella. Apa yang penting, setiap hasil kerja Ella sentiasa mereka hargai,” kata Ella lagi yang cukup menjaga rahsianya walaupun berkali-kali dipujuk untuk bercerita tentang lelaki yang sedang bertakhta di hatinya itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 4:54 pm

Hiperhidrosis-Tidak halang keinginan Heliza berumahtangga

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 1411


Penampilannya begitu sederhana. Sopan dan manis apabila mengenakan tudung di kepala. Penyanyi yang dicungkil bakatnya melalui rancangan realiti, Akademi Fantasia musim ke-5 ini masih lagi menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam jurusan pendidikan (pengkhususan Biologi).

Biarpun tidak bergelar juara untuk musim berkenaan, namun penampilannya di khalayak sering mencuri tumpuan ramai. Bakatnya bukan sahaja terserlah di bidang nyanyian, tetapi juga mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Terbaru gadis manis ini tampil dalam filem Syurga Cinta yang merupakan filem pertama lakonannya. Biarpun usianya baru menjangkau 23 tahun, namun Heliza tetap berkeinginan untuk mendirikan rumah tangga di samping insan tersayang. Seri Dewi & KELUARGA mengundang beliau ke studio untuk berkongsi cerita tentang impiannya dalam perkahwinan.

SDK: Tahniah atas lakonan cemerlang yang ditunjukkan dalam filem Syurga Cinta. Adakah anda mahu terbabit secara serius dalam bidang ini?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Heliza28


HELIZA: Sebenarnya ini adalah lakonan pertama saya di bidang itu. Sebelum ini saya lebih kepada bidang nyanyian. Tetapi saya percaya jika kita mahu mencuba sesuatu yang lain dan peluang ada depan mata, kenapa perlu dilepaskan. Dari situ kita tahu menilai kemampuan diri. Jika elok, mungkin saya akan terbabit secara serius dalam bidang lakonan ini selain menyanyi. Lagi satu jika tidak bertembung dengan jadual belajar, saya tidak kisah. Bagi saya pelajaran tetap penting dan menjadi keutamaan.

SDK: Bagaimana dengan pengalaman berlakon kerana Heliza tidak pernah ada pengalaman sebegitu?

HELIZA: Memang ia adalah lakonan pertama saya dan tidak ada pengalaman sebelum itu. Pada mulanya agak kekok tetapi lama kelamaan saya sudah dapat membiasakan diri. Saya belajar dari pelakon lain yang lebih senior dan alhamdulillah berjaya melakonkan watak yang diberikan. Walau bagaimanapun, karakter lemah lembut yang dilakonkan berlawanan dengan sifat sebenar diri saya yang agak keras sedikit.

SDK: Ketika masuk AF dulu, Heliza masih menuntut di universiti. Bagaimana pengajian kini?

HELIZA: Sebenarnya saya masih lagi belajar di UMS dalam tahun akhir dalam jurusan pendidikan. Insya-Allah dalam setahun lagi akan tamat pengajian dan bakal bergelar guru. Sebelum itu saya akan menjalani latihan mengajar di sebuah sekolah di Sabah. Tidak sabar rasanya untuk mengajar dan dalam masa sama berdebar untuk melalui pengalaman sebenar bergelar guru.

SDK: Selain menyanyi dan berlakon, adakah Heliza ada mendapat tawaran lain?

HELIZA: Memang saya ada dapat tawaran sebagai pengacara. Kalau boleh alang-alang sudah terbabit di bidang ini, saya mahu mencuba semua bidang untuk tambah pengalaman. Tidak salahkan mencuba kerana saya memang seorang yang teruja untuk mencuba sesuatu yang baru.

SDK: Berapa usia Heliza dan sudahkah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan calon bagaimana yang menjadi pilihan hati?

HELIZA: Saya masih muda, baru 23 tahun dan banyak lagi perancangan yang mahu dibuat. Saya tidak ada target usia bila akan berkahwin tetapi saya percaya jodoh itu akan datang bila tiba masanya. Lagipun, saya akui masih belum punya kekasih hati dan tidak pernah bercinta. Jika ada jodoh nanti tidak kisah sama ada dia artis ataupun golongan biasa, asalkan bersifat baik, bertanggungjawab, penyayang dan beriman.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 5:07 pm

Yatt bahagia sejak kahwin-Sembahyang jemaah bersama suami

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Yatt312


Alangkah indahnya apabila dapat melayari kehidupan di samping insan tersayang setelah lama menyulam cinta. Lebih membahagiakan jika hubungan yang terjalin diakhiri dengan sebuah ikatan perkahwinan yang suci dan sah. Biarpun pelbagai dugaan mendatang, namun segalanya dihadapi dengan tenang.

Bagi pasangan pelakon, model dan pengacara, Haryati Hamzah, 29 tahun atau lebih mesra dengan panggilan Yatt dan Abdul Mutalib@Talib, 29 tahun bersyukur kerana hubungan yang terjalin selama ini berakhir di jenjang pelamin. Kedua duanya kini bahagia melalui fasa kehidupan baru yang tentunya memberikan lebih cabaran dan dugaan. “Yatt baru dua bulan melayari kehidupan sebagai suami isteri. Dan Yatt akui sangat seronok dan begitu bahagia melalui fasa kehidupan baru ini. Yatt anggap ini sebagai dimensi baru dalam kehidupan Yatt kerana memikul tanggungjawab baru sebagai seorang isteri. Malah Kalau dulu Yatt hanya fikir soal diri sendiri, tetapi kini Yatt sudah ada suami yang perlu Yatt sediakan keperluan zahir dan batin,” ungkapnya ramah sambil tersenyum. Yatt mengakui, di awal perkahwinan agak kekok untuk menyesuaikan diri kerana sudah biasa hidup bersendirian tetapi lama kelamaan menjadi alah bisa tegal biasa.

“Kalau dulu agak liat untuk Yatt bangun pagi lebih-lebih lagi jika lewat balik dari penggambaran di sebelah malamnya. Tetapi kini, balik lewat macam mana sekalipun, Yatt akan bangun awal menyediakan sarapan untuk suami yang keluar kerja lebih awal,” tambahnya. Yatt juga seronok dapat melakukan sembahyang berjemaah bersama suami tersayang.

“Biasanya kami akan melakukan solat jemaat untuk Subuh, Maghrib dan Isya’. Terasa lebih nikmat dan hati ini menjadi lebih tenang. Kalau boleh nak jemaah semua solat tetapi waktu siang agak sibuk dengan urusan kerja masing-masing. Bagi Yatt ini semua perkara baru yang berlaku dalam hidup Yatt dan bersyukur kerana berpeluang untuk merasai pengalaman itu (solat jemaah bersama suami).

“Selain itu Yatt juga dapat rasakan kehidupan kini lebih tersusun dan teratur. Maklumlah Yatt ini agak kelam kabut sikit orangnya dan suami banyak membantu Yatt untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna dan tersusun. Selepas kahwin juga Yatt akui jarang berselisih faham dengan suami berbanding ketika zaman berkasih dulu. Kalau nak ikutkan Yatt ni jenis nak menang dan biasanya suami banyak mengalah. Tetapi selepas berkahwin, ia mengajar Yatt untuk menjadi manusia yang lebih baik,” jelasnya yang mengenali suaminya ketika sama-sama terbabit dalam sukan futsal lima tahun lalu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 5:10 pm

Aida simpan impian bergelar Pakar Motivasi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Coverg10


Manis, lemah lembut, dan sopan berbicara. Itulah yang dapat penulis simpulkan tentang gadis bertuah yang memenangi tempat pertama Pencarian Gadis Melayu yang dianjurkan oleh stesen TV9 pada tahun lalu. Sejak itu, Khairul Noormaaidah Zali atau mesra disapa Aida ini terus mengorak langkah dalam bidang pengacaraan. Tidak mahu menoleh ke belakang, Aida akui mula seronok dan serasi dengan tugas barunya. Gandingan Aida bersama seorang lagi rakan artis, Fida sebagai penghias muka depan majalah Dara.com memberi peluang kepada penulis untuk mendekati diri dengan anak kelahiran Pahang ini.

Ceritakan tentang kerjaya atau kehidupan Aida sekarang. Apakah perbezaan sebelum dan selepas menjadi selebriti?

Bukan artis tapi personaliti. Bagi Aida setelah terlibat dalam bidang ini Aida perlu lebih bersedia. Sama ada dari segi kerja mahupun ketika Aida di luar. Ke mana sahaja ada yang memerhati dan ia sedikit sebanyak boleh dijadikan sebagai panduan untuk Aida menjaga imej sebagai seorang anak gadis lebih-lebih lagi sebagai seorang muslimah.

Ceritakan dari awal hingga akhir ketika menyertai Pertandingan Gadis Melayu. Kenapa memilih untuk menyertai rancangan tersebut?

Asalnya idea untuk menyertai Pencarian Gadis Melayu ini datangnya dari umi Aida sendiri. Sokongan umi, abah, dan keluarga lebih-lebih lagi apabila tengok program ini lain daripada program realiti yang lain daripada yang lain membuatkan hati Aida tergerak untuk hadir ke sesi uji bakat. Alhamdulillah berkat doa semua Aida beroleh kejayaan. Tapi pada Aida berjaya atau tidak itu tak penting. Pengalaman yang Aida kutip sepanjang program Gadis Melayu ini lebih beharga daripada segala-galanya.

Ceritakan pengalaman pahit dan manis ketika menyertai Pencarian Gadis Melayu TV9.

Sepanjang terlibat dengan program ini walaupun pahit semuanya jadi manis. Pertama kali mengadakan sesi ‘fotoshoot’ untuk promo Gadis Melayu episod pertama dalam perjalanan ke Kuala Lumpur Aida naik bas di Changloon. Hendak dijadikan cerita Aida kena rompak. Perompak tu masuk dalam tandas. Bayangkan betapa terkejutnya Aida. Walaupun Aida memiliki tali pinggang hitam dalam seni tae kwan do, tapi masa tu memang jadi panik dan tak boleh nak buat ap-apa. Sedih kerana hilang ‘handphone’. Lagi satu, ketika Aida dalam perjalanan ke UUM untuk ‘presentation’.

Aida tertidur di dalam bas dan sedar-sedar pemandu bas minta pasport. Rupa-rupanya Aida dah sampai sempadan Thailand. Masa tu bas yang Aida naik nak ke Hadyai. Aida sepatutnya turun di Cangloon tapi tak sedar sebab tertidur. Maklumlah terlalu penat dan baru habis sesi ‘tasking’ dan penjurian gadis Melayu. Selain itu Aida perlu membahagikan masa betul-betul sebab Aida perlu ‘struggle’ untuk ‘final exam’. Bayangkan setiap kali balik dari kelas dan tugasan Aida terpaksa belajar untuk ‘fi nal exam’. Malah selepas habis saja sesi penjurian, Aida balik ke UUM dan sampai dalam pukul 4.00 pagi. Selepas itu, sambung belajar dan lepas subuh, mandi terus Aida ke dewan ‘exam’ untuk ‘paper’ pukul 9.00 pagi. Tetapi alhmdulillah, semua penat lelah dan pengorbanan Aida berbaloi dengan keputusan yang baik.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 5:12 pm

Peminat penguat semangat saya,” -Tomok

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Hibura10


Hampir empat bulan bersaing, akhirnya empunya nama Shah Indrawan Ismail atau Tomok berjaya menjadi juara dalam pertandingan One In A Million 3 (OIAM3) yang telah diadakan awal tahun ini. Ternyata rezeki anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini dalam OIAM3. Biarpun dahulu menyinar bersama kumpulan New Boyz, namun kemenangan yang dikecapi ini ibarat kelahiran semula Tomok.“

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dan apa yang saya lakukan selama ini akhirnya membuahkan hasil dan berbaloi. Selain sokongan keluarga yang begitu kuat, peminat juga antara nadi kejayaan saya. Terima kasih kepada mereka yang banyak memberikan sokongan dan galakan kepada saya sepanjang melibatkan diri dalam bidang seni,” luah Tomok dengan rasa terharu.

Suka dan duka di OIAM3

Pahit dan manis Tomok dalam bidang seni hanya Allah sahaja yang tahu. Namun bagi Tomok itu bukanlah pengakhiran kerjayanya sebagai anak seni. Oleh sebab minat yang mendalam dan sentiasa ingin memajukan diri, Tomok akhirnya menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin untuk memastikan namanya kembali menyinar di persada seni. Semasa berada dalam OIAM3, Tomok akui banyak pengalaman pahit dan manis yang dilaluinya.“

Saya gembira kerana terpilih untuk menyertai OIAM3. Memang saya pernah bergelar artis tetapi ilmu yang saya dapat dalam OIAM3 memang tidak dapat dinilai dengan apa sekalipun. Menjadi kenangan manis apabila saya dapat mempelajari teknik vokal persembahan di atas pentas. Jika dahulu hanya melakukannya sendiri, namun kali di OIAM3, Tomok bertuah mempunyai cikgu yang pakar dalam bidang masing-masing. Suasana ketika belajar bersama peserta yang lain telah merapatkan lagi hubungan kami dan kami ibarat sebuah keluarga. Ia suatu pengalaman yang cukup seronok,” kata Tomok. Memandangkan hubungan Tomok dengan peserta yang lain akrab, Tomok akui dia amat bersedih terutama apabila seorang demi seorang rakannya keluar daripada pertandingan tersebut. Biarpun sukar untuk meneruskan hari-hari mendatang, namun satu impian Tomok, dia ingin memenangi OIAM3. Lantaran itu segala usaha dan titik peluh Tomok selama ini ternyata amat berbaloi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 5:19 pm

Tini Semakin Bahagia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Artist11


Kepetahan & kelincahannya berkata² membuatkan kita rasa seronok sekali. Tak kisahlah melalui radio @ di kaca tv, Tini mampu membuatkan korang tak kering gusi apabila berseloroh. Walaupun sudah mendirikan rumah tangga, dia masih terus diminati oleh golongan remaja. Lihat sahajalah dirinya seakan² masih muda remaja lagi, kan?

Tak Sabar

Sudah lama rasanya korang tak menonton rancangan “3R”. Kini “3R” kembali lagi dengan wajah baru & pengacaranya masih lagi kekal bersama Tini, Rafi dah & Selina. Menurut Tini, sekembalinya “3R” ke kaca tv, banyak perubahan dilakukan di mana pengisiannya juga semakin matang. Malah Tini dapat merasakan rancangan “3R” pada musim ini begitu mencabar dirinya dalam usaha memantapkan lagi program remaja paling popular ini. “3R” yang sudah masuk musim ke-13 baru sahaja selesai penggambaran. Sebagai salah seorang yang terlibat dalam rancangan ni, Tini sendiri tak sabar menerima maklum balas daripada penonton. Dia berharap sangat agar “3R” terus unggul. Dalam masa kesibukan itu, dia bijak membahagikan masa sebagai penyampai radio Hot. fm & menerima undangan sebagai pengacara di beberapa majlis. Nampaknya, memang aktif betullah Tini ni...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 5:21 pm

Shafnie Zainuddin
"Syafnie temui cinta baru bangkit demi anak-anak"


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Cover-10

Shafnie Zainuddin, 33, tidak pernah menyesali apa yang dilaluinya. Sepahit mana pun pengalaman hidupnya, dia terus melangkah kerana baginya masa depan anak-anaknya lebih penting. Kehidupan perlu diteruskan dan dia tidak akan menoleh lagi ke belakang.

Ketika menghubunginya dan menyatakan hasrat untuk merakamkan wajahnya sebagai penghias wajah NUR, dia sempat menyuarakan agar kisah perceraiannya tidak disentuh kerana sudah bosan dengannya. Kehadirannya di studio polos tanpa solekan tetap mendapat perhatian. Masih cantik seperti dulu. Dengan ketinggian 175 sentimeter, Shafnie mempunyai kelebihan bergelar model dan ternyata tidak pernah mensia-siakan kurniaan tuhan itu. Dia sering menjadi model untuk memperagakan busana Muslimah.

Syafnie hari ini sudah tidak sama lagi dengan Syafnie yang dulu. Dia lebih tabah dan kuat. Kini dia ingin memastikan kehidupan bersama dua anak lelakinya lebih baik.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 5:25 pm

Soseh Soseh: Saudara kembar buat onar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Zaquan14


AGAK lama juga SS mendengar cerita tidak enakmengenai suami kepada dramatis popular ini yang dikatakan buat perangaiwalaupun isterinya sedang sarat mengandung dan menanti untuk melahirkananak sulung mereka, Julai ini.
Ada sumber memberitahu SS, suaminya juga seorang ahli sukan buatperangai tidak senonoh apabila sering mengunjungi kelab malam denganrakan-rakannya yang lain.

Bukan itu saja, suaminya jugadikatakan suka 'minum' sehingga mabuk di samping menghabiskan masadengan wanita yang ditemui di kelab malam terbabit.

Susah jugaSS hendak percaya mengenai perkara disampaikan, memandangkan apabilarakan sekerja SS sendiri bertemu dramatis terbabit dan suaminya merekadilihat begitu bahagia.

Kesahihan cerita yang disebarkan ituakhirnya terbongkar juga apabila seorang kakitangan produksi yangpernah berkerja dengan dramatis terbabit menghubungi SS memberitahuselama ini, gosip yang mengatakan suami dramatis itu keluar mabuk dipusat hiburan dan kaki perempuan sebenarnya adalah pasangan kembarnya.

Jelas kakitangan produksi itu, dia sendiri terserempak dengan kembarsuami dramatis itu. Pada peringkat awal, apabila dia nampak ahli sukanitu berpelukan dengan wanita lain, kakitangan produksi itu mahu datangdan menegur. Apatah lagi mengenangkan dramatis popular itu rakannya.

Mengejutkan apabila ditegur, saudara kembar kepada suami dramatis itusendiri menjelaskan bahawa kakitangan produksi itu salah orang.Mendengarkan penjelasan itu, dia berasa lega tetapi berasa kurangsenang dengan sikap saudara kembar suami dramatis terbabit.

Baginya apabila saudara kembarnya itu bersikap begitu, yang mendapatnama buruk adalah suami kepada dramatis terbabit kerana mereka pasangandikenali ramai.

Perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana bimbang ia boleh menimbulkan masalah kepada dramatis popular itu dan suaminya.

Zaquan Adha kowt... Kembar suami RR
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeSun 28 Jun 2009, 5:34 pm

Didie sudah ada pengganti
Soseh Soseh: Didie sudah ada pengganti

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Mainp198


SELEPAS sekian lama hidup bersendirian, khabarnya baru-baru ini Didie Alias menamatkan zaman janda dengan kekasihnya yang dikenali sejak enam tahun dulu.

Walaupun SS tidak dijemput menghadiri hari berbahagia Didie, SS tumpang bahagia kerana sekarang sudah ada tempat Didie menumpang kasih.Sejak bercerai dengan Ridzuan Hashim, setahu SS, Didie bekerja keras untuk memberi kehidupan sempurna kepada lima anaknya. Didie yang SS kenali seorang yang tabah dan tidak pernah bersungut kerana terpaksa membesarkan anaknya seorang diri. Didie sanggup melakukan apa saja untuk lima permata hatinya itu.

Dia pernah berniaga, tidak kisah bekerja sebagai kru produksi dan turut berlakon. Besar sungguh pengorbanan Didie sebagai ibu. Semoga apabila besar dan ada kerjaya yang bagus, anak-anak tidak melupakan jasa dan baktinya kepada mereka.

SS yakin sebelum ini pun ramai yang ingin mendekati Didie dan mungkin mengenangkan anaknya yang masih kecil ketika itu, dia terpaksa melupakan dulu hasrat hati. Kini selepas anak dah besar dan boleh berdikari, tiada salahnya Didie berkahwin lagi.

Menurut rakanSS, pernikahan itu hanya dihadiri keluarga dan saudara-mara terdeka tkedua-dua pihak. Selepas majlis pernikahan diadakan pula majlis kenduri yang dibuat serba sederhana.

Paling penting, kata rakan SS,suami Didie itu bujang trang tang tang. Bukan suami orang atau duda.Bujang katanya. Mereka juga dikhabarkan sudah terbang ke Jakarta untuk berbulan madu. Semoga rumah tangga yang baru dibina berkekalan sehinggake akhir hayat.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitimeMon 29 Jun 2009, 10:42 am

siapa ni???

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Normal10
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 2 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 2 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3, ... 9, 10, 11  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions