|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 8:45 am | |
| (Gambar) Hot Mama - Intan Sarafina Lama tak dengar cerita pasal Intan Sarafina. Oh! Artis pernah mengeluarkan cerita mengenai Intan Sarafina dulu, tapi oleh kerana berlaku sedikit masalah teknikal, kami terpaksa remove entri tersebut. Tidak mengapalah. Kali ni mengenai Intan Sarafina yang dah sarat mengandung. Gambar-gambar ni adalah gambar terbaru Intan Sarafina yang ada dalam dunia internet ni. Usia kandungan dah 6 bulan. Due pada 31 Oktober ini insyaAllah. Baby Boy ok. Mesti la hensem dan cute macam mak dia kan? Hehehe. Semoga semuanya selamat. Good Luck buat Intan Sarafina dan suami, Iskandar. Update: Korang ni rajin-rajin la sikit gunakan Google tu kalau nak tahu apa-apa lain kali. Hehe. Intan Sarafina memang dah bernikah lama dah pun. 17 Oktober 2008. Sedikit gambar dan petikan mengenai perkahwinan Intan Sarafina disediakan di bawah. Harap anda lebih hati2 berikan respon di bahagian komen ya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 8:46 am | |
| Ni GAmbar Intan SArafina MAsa KAhwin |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 8:55 am | |
| Selepas 35 tahun - Bintang RTM hilang aura
DARI segi sejarah serta usia yang melebihi 35 tahun, Bintang RTM sudah secara automatik layak berdaftar sebagai pengisi muka surat Malaysia Book of Records sebagai program pertandingan nyanyian paling lama bertahan dalam industri muzik Malaysia.
Itu fakta yang tidak boleh diketepikan. Nama Bintang RTM mula digunakan apabila Bakat Radio dan Bakat TV diselaraskan dan digabungkan pada tahun 1973. Pertandingan Peringkat Akhir yang pertama disiarkan pada 26 Februari 1974.
Pertandingan Bintang RTM berehat selepas tahun 1986 dan memperkenalkan Bintang Hiburan Minggu Ini pada 1991. Nora lahir sebagai juara pada 1991 manakala Datuk Siti Nurhaliza (1995). Bintang RTM diperkenalkan semula pada 1999 dengan Nor Asmadi sebagai juara. Pertandingan berkenaan berhenti lagi selama dua tahun dan diwujudkan semula pada 2001.
Melalui pertandingan ini, RTM telah melahirkan ramai nama besar dalam industri seni hiburan. Antaranya Dahlan Zainuddin, Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad, Rosmaria, Jennifer Yen, M.Rizal, Muhaini Suratman, Yunizar Hussein, Jamal Abdillah, Najib Hanif, Rohana Jalil, Juliza Adlizan, Safar Ghafar, Raisuddin Hamzah, Ramlah Ram, Jamilul Hayat, Noraniza Idris, Noraliza Yusof, Azian Mazwan Safuan, Ayai Ilusi, Siti Nurhaliza dan Azharina Azhar.
Jika tidak menang sekalipun, berada di kalangan peserta akhir saban tahun pertandingan, itu cukup sebagai tiket untuk memulakan langkah panjang sebagai penyanyi popular. Seperti yang berlaku kepada Misha Omar, Sarah Raissudin, Farawahida, Sharifah Zarina dan Izwan Pilus, mereka bukanlah juara tetapi kerja keras dan latar belakang Bintang RTM menjadikan episod bergelar artis menemui jalan yang mudah.
Malangnya, kegemilangan Bintang RTM tidak tidak mudah dipertahankan. Apabila stesen TV lain mula memperkenalkan pertandingan nyanyian bentuk baru, realiti TV yang lebih banyak drama beremosi serta campur tangan peminat, Bintang RTM hilang aura dan semakin terpinggir.
Justeru, Rina Azhar, Felis dan Reynaldo Pagi atau Rey yang lahir sebagai juara Bintang RTM untuk tahun-tahun kebelakangan ini berada jauh dari kerdipan populariti. Rina Azhar (Juara tahun 2004) pernah muncul dengan album, namun tidak sukses bahkan kemudiannya mencuba bergelar peserta One In A Million 2. Dia tidak bernasib baik dan kecundang pada minggu-minggu terawal. Rey (Juara 2007) pula masih bergelar pelajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) manakala Felicia Gek yang menjuarai tahun 2005 juga tidak ke mana-mana kerana mempunyai pekerjaan tetap di Kota Kinabalu, Sabah. Bagi juara-juara ini, tiket juara Bintang RTM sekadar hiasan buat kebanggaan esok hari.
Isu Bintang RTM hilang aura sebenarnya sudah kerap diutarakan namun sampai ke ke tahun 2009 yang menemukan seorang lagi juara baru, Nur Ernie Shahirah Zakri, 17, skala kehangatan Bintang RTM masih tidak berganjak.
Dari segi penampilan, Ernie serta dua lagi finalis Bintang RTM 2009 hadir dalam pakej yang hampir sempurna, ada wajah dan ada bakat, namun mereka kekurangan faktor 'X' iaitu populariti menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding juara Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz mahupun juara One In A Million 3, Tomok yang sedang mengecap era kemasyhuran ketika ini.
Apa silapnya percaturan Bintang RTM sehinggakan program pertandingan paling berprestij dari segi kualiti vokal peserta itu seperti tidak diendahkan? Apa yang berlalu sepanjang pertandingan dan siapa juara Bintang RTM juga bagaikan bukan susulan istimewa kepada sesetengah media.
Bersetuju dengan kenyataan itu, komposer muda, Azlan Abu Hassan tampil dengan kenyataan berikut. Katanya, kemunculan terlalu banyak program pertandingan nyanyian lain seperti AF, Mentor, My Star LG serta One In A Million secara tidak langsung memberikan saingan dan mengaburi kerdipan Bintang RTM.
"Dulu hanya Bintang RTM yang menjadi tumpuan apabila sudah banyak program lain, media sudah terlalu banyak pilihan dan hanya memberikan perhatian kepada apa yang baru dan menarik.
"Setiap TV stesen pula berlumba-lumba cari publisiti, siapa ketinggalan dalam soal menambat hati penonton akan ketinggalan dari segi populariti," jelas Azlan.
BANYAK yang berpendapat, Bintang RTM perlu 'dimodenkan' untuk bersaing dengan rancangan realiti lain.
Katanya, paling penting bukan publisiti semasa proses pencarian juara tetapi pengurusan selepas bergelar juara adalah senjata untuk seseorang bintang, bintang dari RTM khususnya untuk menembusi hati peminat.
"Sayangnya bakat yang dilahirkan tidak diteroka jauh. Dulu zaman 70-an, 80-an atau 90-an, memang hanya Bintang RTM yang menjadi kebanggaan, sekarang zaman sudah berubah dan terlalu banyak persaingan.
"Perkara utama yang harus difikirkan selepas bergelar juara adalah single pertama. Nak harapkan album jangan haraplah. Jadi, single itu penting untuk naikkan nama selepas bergelar juara. Kehadiran juara sendiri harus dirasai khalayak barulah aura boleh datang dengan sendiri. Itu juga kelemahan Bintang RTM.
"Sedih jika seseorang juara dilupakan, jangan berharap kepada syarikat rakaman sahaja," getus Azlan.
Tambahan pula, setiap program realiti atau pertandingan lain muncul dengan kreativiti yang pelbagai bagi menonjolkan identiti program begitu juga pasukan promosi yang agresif. Itu antara punca kepopulariti program realiti khususnya Akademi Fantasia yang tidak ada pada Bintang RTM ketika ini.
RINA AZHAR (tengah) antara Juara Bintang RTM yang tenggelam dan dilupakan.
Ada penyanyi dan karyawan muzik bagus tetapi tanpa jentera yang menjana industri muzik itu yang paling penting, syarikat rakaman khususnya. Bintang yang lahir daripada mana-mana program tidak akan ke mana-mana jika produk mereka tidak dipasarkan atau dikendalikan syarikat pengurusan secara profesional.
"Bercakap secara jujur, Bintang RTM perlu menjalinkan kolaborasi dengan syarikat rakaman untuk mengembangkan prestasi bintang yang telah dilahirkan.
"Saya cuma ingat Azharina Azhar, Misha Omar, Siti Sarah, Farawahida dan Ameer Sofaz sebagai produk Bintang RTM yang terakhir, siapa yang lahir dan juara Bintang RTM selepas tahun berkenaan saya tidak kenal," ujar Pengurus Artis dan Repertoir Warner Music Malaysia, Mokhtaza Ahmad pula.
Jelas Moktaza juga, hanya untuk Bintang RTM 2009, RTM menunjukkan usaha yang proaktif untuk mengembalikan aura yang semakin lenyap.
"Saya dihubungi Ketua Juri Bintang RTM 2009, Datuk Mokhzani Ismail, kami bercakap tentang kontrak dan kerjasama yang boleh dijalankan untuk juara serta finalist Bintang RTM 2009.
"Saya lihat RTM sudah bersedia membuka lembaran baru untuk bintang yang mereka lahirkan. Kami bercakap tentang rancangan untuk menerbitkan single, Warner sebagai pengedar dan penerbit manakala RTM akan bekalkan kumpulan orkestra mereka sebagai pemuzik. Kalau nak upah orkestra sebagai pemuzik, kami pun tak mampu tapi RTM ada kemampuan itu, itu kelebihan RTM," kata Mokhtaza yang lebih sebagai Che Mokh di kalangan media dan pengamal industri.
AZHARINA AZHAR permata dari Sabah yang berjaya digilap Bintang RTM.
Akui Che Mokh juga, bersih kontroversi dan terlalu berhati-hati dalam penjurian juga menjadikan Bintang RTM tidak mencetuskan apa-apa fenomena atau sebarang kejutan.
"Masyarakat sekarang sukakan tarikan, kontroversi, itu yang tiada dalam Bintang RTM," tambahnya.
Berbanding Bintang RTM dalam tempoh kebelakangan ini, Bintang RTM 2009 menjanjikan nafas baru buat pertandingan kebanggaan negara itu. Bagi Che Mokh, juara baru, Ernie Shahirah Zakri, Jo-Anna Sue Henly Rampas (naib juara) dan Nur Fatin Nabila Noor Sazley (tempat ketiga) perlu cepat menggunakan peluang keemasan itu untuk melakar nama sebagai penyanyi.
"Saya lihat pakej yang ada pada Ernie Shahirah Zakri, Jo-Anna Sue Henly Rampas dan Nur Fatin Nabila Noor Sazley. Mereka sangat berbakat namun akan timbul masalah jika faktor akademik dijadikan alasan untuk korbankan karier nyanyian.
"Warner berminat dengan Ernie, tapi dengar cerita sudah ada yang melamarnya. Jadi, kami ada berbincang dengan Jo-Anna tapi keluarganya mahu Jo-Anna menyambung pelajaran. Saya cakap dengan ibu Jo-Anna, semasa belajar juga boleh jadi penyanyi, jadual promosi tak akan bertindih dengan jadual kuliah. Tengoklah, buat masa ini, kami masih berbincang," jelas Che Mokh yang pernah terlibat sebagai juri peringkat separuh akhir Bintang RTM 2009.
Ada penyanyi yang dirahmati kerana dilahirkan sebagai bintang terus sahaja dilimpahi aura dan populariti tapi dalam masa yang sama ada penyanyi yang mencapai bintang dan dibanjiri populariti atas usaha keras yang dilakukan.
Sesuatu perlu dilakukan agar imej Bintang RTM terus dilihat lesu, tidak bermaya. Apalah maknanya menjadi juara satu pertandingan berprestij seperti Bintang RTM kalau selepas itu nasib nama mereka terkubur dan dilupakan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 8:58 am | |
| Norman pilih Shireen jadi isteri
NORMAN
SHIREEN
KUALA LUMPUR - Selepas lama membujang, pintu hati penyanyi kumpulan KRU yang kini bergelar usahawan berjaya, Norman Abdul Halim akhirnya terbuka untuk mendirikan rumah tangga.
Norman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KRU Berhad secara eksklusif mengesahkan kepada Kosmo! bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada 7 Ogos ini.
Wanita pilihannya ialah Ketua Pegawai Eksekutif KRU International, Shireen Hashim, 44, yang tujuh tahun lebih tua daripadanya.
Norman, 37, dan Shireen akan dinikahkan selepas solat Isyak di Masjid Saidina Ali, Bukit Damansara di sini pada tarikh tersebut.
"Berita saya akan berkahwin itu betul, memang saya dan Shireen serta keluarga sudah memilih tarikh perkahwinan. Insya-Allah, ia akan berlangsung pada 7 Ogos ini," kata Norman. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 8:59 am | |
| Gambar bogel Farawahida wujud atau tidak?
FARAWAHIDA
KUALA LUMPUR - Persoalan wujud atau tidak gambar bogel penyanyi jelita, Farawahida Razali, 24, masih menjadi misteri walaupun komposer Julfekar Ahmad Shah telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada pihak polis.
Julfekar pada Isnin lalu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk memberi keterangan berhubung aduan Farawahida bahawa dia menerima mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan daripada komposer tersebut.
Farawahida turut mendakwa Julfekar mengugut menyebarkan gambar bogelnya dalam Internet jika dia meneruskan niat untuk keluar dari syarikat rakaman milik komposer itu.
Ketika disoal siasat, telefon bimbit milik Julfaker turut dirampas bagi membantu siasatan tersebut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 9:00 am | |
| Elyana dimarah peminat
ELYANA
HUJUNG minggu ini, hari bahagia buat penyanyi Elyana. Mana tidaknya, dia bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya setelah sekian lama bercinta.
Marilyn ucapkan tahniah awal-awal kepada Elyana sebab tak menyorok kisah bahagia. Masa bercinta dulu dia memanglah ada main tarik tali dengan media, tetapi bila sudah sampai ke tahap hendak bertunang, awal-awal lagi dia sudah hantar SMS kepada team Kosmo!, jemput datang ke majlis dia.
Dalam gembira Elyana mencorak kehadiran hari pertunangannya, Marilyn dapat khabar kononnya banyak peminat Elyana kurang bersetuju dengan pilihan penyanyi itu untuk bertunang.
"Kenapa sudah hendak bertunang? Bukankah dia masih muda? Marilyn tolonglah bagi tahu Elyana, kami tak setuju dia kahwin muda. Kami tak nak beli lagi album dia kalau dia sudah jadi isteri orang, bencilah," kata peminat berkenaan yang beria-ia kurang memberi restu terhadap hasrat penyanyi berkenaan untuk menamatkan musim solonya.
Alahai, artis bertunang pun salah ke? Marilyn tak sangka dalam dunia moden sekarang masih ada peminat yang berfikiran kolot. Kononnya jatuh bangun artis berdasarkan kepada status. Kalau Elyana kahwin sekalipun, adakah suara dia akan jadi tak bagus, atau dia sudah tak boleh menyanyi dengan hebat lagi? Tolonglah ubah sikit mentaliti tu ya. Tengok saja Siti Nurhaliza dan Sheila Majid. Kehebatan mereka lebit terserlah, bahkan jauh lebih berjaya sebagai artis selepas memilih untuk berkahwin. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 9:01 am | |
| Bahagia jutawan muda
TEMAN baik Marilyn yang jelita dan seksi, Fasha Clara baru-baru ini sempat bercerita tentang kisah penyanyi pujaannya yang baru bergelar jutawan muda, Tomok.
Bila masa pula dia jadi peminat Tomok, Marilyn pun tak tahulah. Mungkin dia pun macam sesetengah gadis lain juga yang meminati Tomok selepas jejaka itu dapat gelaran jutawan. Memang dasar mata duitan betul. Tetapi itu kawan Marilyn, bukan Marilyn tau.
Fasha Clara bukan nak bercerita soal album Tomok yang akan dikeluarkan tak lama lagi. Tapi ia lebih berkisar cerita peribadi Tomok yang baru saja membeli sebuah kereta baru buatan luar negara yang boleh tahan mahal harganya. Khabarnya lebih RM100,000 harga kereta baru Tomok itu. Wow!
Maaf sikit ya, sekarang kenderaan tunggangan Tomok bukan lagi kereta kecil-kecil anak seperti yang pernah digunakan sebelum ini, maklumlah sudah jadi jutawan.
Biarpun begitu kata Fasha Clara, Tomok tak bongkak. Malah kedua-dua kereta lamanya yang kiut-miut itu masih ada lagi dalam simpanan dan jagaan Tomok walaupun dia sudah ada kereta baru yang lebih hebat.
Bahkan Tomok masih menjaga kedua-dua kereta tu dengan baik. Itu kata Fasha Clara yang beria-ria menyampaikan berita ni kepada Marilyn. Tidak tahulah sama ada betul ataupun tidak.
Kalau benarlah apa yang dikatakan oleh Fasha Clara tu, Marilyn turut tumpang gembira dengan perkembangan pemuda berusia 25 tahun itu yang semakin hari semakin positif. Bagus betul ada seorang lagi anak Melayu yang terus mencapai kejayaan.
Cuma Marilyn awal-awal lagilah hendak minta maaf dengan Tomok kalau lepas ni dia buat tawaran hendak bawa Marilynn jalan-jalan naik kereta barunya tu. Belum tentu Marilyn setuju tau, sekalipun yang ajak itu jutawan muda berkereta beratus ribu ringgit. Marilyn takutlah naik kereta laju ni, gayat. Lagipun risau kot-kot kain batik ketat Marilyn ni terangkat bila kereta laju sangat. Jangan marah ya Tomok! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 9:08 am | |
| Fitnah semata-mata
SKANDAL Mulan Jameela dan pemuzik Ahmad Dhani sudah lama diperkatakan, namun hal itu sering dinafikan kedua-dua mereka.
Sehingga hari ini pun, wanita yang dilahirkan dengan nama Raden Terry Tantri Wulansariia, 30, terus berahsia meskipun perceraian antara Dhani dan isterinya, Maia Estianty, juga anggota kumpulan Ratu, secara rasminya berakhir pada 23 September tahun lalu.
Saat pertemuan dengan wanita kecil molek ini di Grand Millenium Kuala Lumpur, baru-baru ini, Mulan tetap teguh dengan pendirian dan tidak tunduk pada asakan media yang cuba merungkai rahsia percintaannya dengan Dhani apatah lagi mereka dilaporkan sudah menikah.
“Dhani itukan bos saya merangkap produser album, jadi sudah tentulah kami sering bertemu dan bekerjasama, namun saya suka mengatakan persahabatan saya dan Dhani adalah atas dasar profesional semata-mata.
“Saya mual sebenarnya dengan segala tohmahan yang dilemparkan kepada kami, namun saya sedar inilah harga yang perlu dibayar seorang anak seni.
“Saya tidak mahu gosip menjadi punca sehingga kami tidak lagi dapat bekerjasama, lalu saya putuskan untuk tidak mengambil peduli kata-kata orang.
“Biarlah masyarakat memandang serong yang penting dan paling mustahak sekarang adalah terus berkarya,” katanya.
Akui Mulan ingin saja dia mempertahankan diri, namun, menyedari kebarangkalian kenyataan mungkin dimanipulasikan atau ditokok tambah, membuatkan wanita berdarah Sunda ini lebih selesa berdiam.
“Berdiam itu lebih baik daripada heboh atau melenting kerana kenyataan demi kenyataan hanya membuatkan sesuatu masalah bertambah rumit.
“Mereka yang mendapat untung akhirnya nanti, tentu saja penyebar gosip. Justeru, saya lebih senang kalau berdiam kerana percaya lambat-laun mereka yang menabur fitnah juga pasti penat,” katanya.
Ditanya, sama ada gosip yang menghambat dirinya dan Dhani sejak 2007 ini tidak sedikitpun mengubah hati dan perasaan mereka dari seorang sahabat kepada kekasih sedangkan, apa yang diperkatakan ibarat ‘doa’ orang ramai apatah lagi, kedua-duanya bergelar duda dan dara.
“Iya lucu sekali. Gara-gara terlalu banyak gosip mengaitkan kami, pernah Dhani mengusik saya.
“Katanya pada saya, ayuh! Mulan kita realisasikan saja kata-kata mereka biar jadi betul dan puas hati semuanya,” katanya.
Akui Mulan, tatkala ini dia masih sendirian dan belum punya teman lelaki istimewa, tidak pernah menolak cinta, namun pengalaman membuatkan dia lebih berhati-hati dalam membuat pilihan, apatah lagi, mahligai yang dibina atas dasar cinta bersama bekas suami musnah di tengah jalan empat tahun lalu.
“Perasaan fobia itu masih ada. Pun begitu, sebagai wanita dan fitrahnya seorang manusia yang ingin dicintai dan disayangi, saya harus memberi peluang pada diri.
“Saya percaya Tuhan tidak kejam. Dia berikan kamu kesengsaraan, Dia gantikan dengan kebahagiaan. Mungkin, suatu hari nanti saya juga berhak memperoleh kebahagiaan itu.
“Justeru, saya harus beranikan diri untuk menjalin sebuah perhubungan. Apapun, lelaki pilihan saya itu haruslah menerima saya seadanya, anak-anak, Tiarani Savitri (semibilan tahun) dan Muhammad Rafly Aziz (enam tahun) serta keluarga dengan ikhlas,” katanya.
Beralih pada karier seni, selepas muncul dengan album solo diberi judul Makhluk Tuhan Paling Sexy, tahun lalu, kini Mulan kembali sibuk dengan perancangan album kedua.
Masih ditangani oleh Ahmad Dhani selaku produser, Mulan memaklumkan berkemungkinan 50 peratus lagu yang dimuatkan ke dalam album terbarunya itu adalah lagu saduran.
Jelas Mulan, menyanyikan semula lagu lama yang diberi nafas baru bukan bererti penggiat muzik Indonesia ketandusan idea sebalik cara ini sudah menjadi satu ‘aliran.’
“Tiada salahnya menyanyikan semula lagu lama kerana ia dapat mempopularkan kembali lagu serta penyanyi popular suatu masa dulu.
“Selain itu muziknya yang mesra pendengar juga memudahkan seseorang artis dikenali.
“Cuma cabarannya, lagu yang diberikan nafas baru itu harus lebih mantap dari segi susunan muzik dan nyanyiannya.
“Saya juga berasa rugi, jika dalam satu album itu memuatkan 10 lagu yang mana semuanya bagus belaka. Alangkah menguntungkan, jika lima daripada lagu itu gunakan untuk album akan datang.
“Manakala, kekosongan lima lagu lagi digantikan dengan lagu saduran yang diberi nafas baru,” katanya.
Masih mengekalkan unsur, pop, punk dan timur tengah, salah satu lagu siap dirakamkan Mulan adalah Cinta Mati 2 yang disampaikan secara duet dengan Mitha. Lagu ini turut dipilih sebagai single pertama.
Cinta Mati 2, asalnya sebuah lagu berbahasa Inggeris berjudul, Real Life, yang pernah dipopularkan Sergio Mendes. Namun, liriknya digubah ke bahasa Melayu sementara melodinya di beri nafas baru oleh Ahmad Dhani.
Sebelum menutup perbualan, Mulan sempat ditanya sama ada gosip percintaannya dengan Dhani memberi kesan terhadap perhubungannya dengan bekas janda ketua kumpulan Dewa, Maia yang juga rakan duonya sewaktu menganggotai Ratu.
“Selepas perpecahan Ratu kami sempat bertemu dua kali dan saya menegurnya untuk bertanya khabar dan dia juga menyambut pertanyaan saya dengan biak.
“Namun saya mengerti, sebaik kumpulan Ratu dibubarkan bermakna kami harus memilih haluan hidup masing-masing. Walau bagaimanapun saya tetap menghormatinya,” katanya.
PROFIL
Nama asal: Raden Terry Tantri Wulansari
Nama komersial: Mulan Kwok/Mulan Jameela
Tempat Lahir: Garut, Jawa Barat
Tarikh Lahir: 23 Ogos 1979
Bekas suami: Harry Indra Nugraha
Album: Ratu & Friends (2005), No Satu (2006), Mulan Jameela (2008) dan The Best of Republik Cinta Artists Vol 1 (2008)
Filem: Maaf Saya Menghamili Istri Anda (2007)
Drama TV/Telefilem: Primadona Mencari Surga, Pasangan Heboh, Bodyguard
Sang Penyanyi, Penyanyi Yang Difitnah, Habis Manis Suami Dibuang dan
Serumah Tapi Musuh
Lokasi: Grand Millenium Hotel, Jalan Bukit Bintang |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 9:12 am | |
| Jacko tidak akan mati (Belasungkawa Michael Jackson 1958-2009)
Michael Jackson akan terus dekat di hati menerusi lagunya yang boleh membuat peminat tersenyum, ketawa, malah menitiskan air mata
LEGENDA yang pernah menemani hidup sebahagian besar demografik dunia menerusi lagu-lagunya itu tidak mungkin bangun semula mempertahankan dirinya terhadap pelbagai isu serta persoalan yang diperdebatkan sejak kematiannya pada 25 Jun lalu.
Jasadnya akan terus bersemadi, membawa bersama segala catatan kenangan - suka duka dan pahit manis sepanjang 50 tahun hayatnya.
Michael Jackson - ketika hayatnya dia disanjung dan dipuja, diasak dan ditohmah, malah maruahnya pernah diperkotak-katikkan, namun tidak sesekali dia mengalah kepada tekanan.
Menjelang sisa hayatnya dia masih membawa semangat untuk terus berdiri, membersihkan namanya menerusi siri konsert yang dijangka akan menggilap semula kegemilangan popularitinya.
Malang, segala yang dicita-citakan tidak menjadi kenyataan dan 25 Jun lalu dia menghembuskan nafas terakhir membawa bersama pelbagai misteri yang terus meninggalkan tanda tanya.
Tirai hidup insan yang dilahirkan di Gary, Indiana pada 29 Ogos 1958 itu kini terkunci kemas. Yang tinggal menemani hanya kenangan kepada mereka yang pernah terhibur dengan pesona lagu nyanyiannya, seterusnya meletakkan penyanyi kulit hitam paling berjaya ini sebagai Raja Pop Dunia.
Jasad yang terkujur kaku itu tidak mungkin bernafas kembali, namun di hati pengagumnya, Michael tidak akan pernah mati.
Dia akan terus hidup dan dekat di hati serta jiwa mereka menerusi lagu nyanyiannya yang bisa membuat penggemarnya tersenyum, ketawa, malah menitiskan air mata kerananya.
Betapa kehidupan misteri lelaki yang pernah dilabel sebagai Wacko Jacko itu akan terus melekat kukuh di hati sanubari pencinta seni.
ANGGOTA keluarga mengusung keranda Michael untuk majlis penghormatan terakhir di Staples Centre.
Lantas pemergian mengejutnya pada tarikh keramat itu akan terus diratapi dan ditangisi masyarakat seluruh dunia biarpun tidak pernah bertentang mata dengannya.
Selasa lalu, Staples Centre diresapi serta diselubungi sebuah lagi episod pilu. Antara drama, tangisan, jeritan dan kekalutan semuanya bersatu apabila peminat memberi penghormatan terakhir kepada penghibur berbakat besar itu sebelum jasadnya disemadikan.
Lebih 1.6 juta peminat mendaftar untuk menghadiri upacara memperingati penghibur misteri itu, namun hanya 8,750 yang terpilih untuk menerima penghormatan itu.
Nama terkenal seperti Stevie Wonder, Mariah Carey, Usher, Lionel Richie, Kobe Bryant, Jennifer Hudson, John Mayer dan Martin Luther King III dilaporkan turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir.
Kematian mengejut Michael terus diratapi dan Walk Of Fame, Hollywood menjadi tumpuan peminat untuk menyatakan kesedihan mereka atas pemergian yang tidak diduga itu.
Peminat juga berkumpul di UCLA Medical Centre, selain kediamannya di Holmby Hills; Apollo Theatre, New York dan Hitsville, Detroit yang menempatkan ibu pejabat Motown tempat Michael memulakan karier nyanyiannya.
Laluan di sekitar hospital juga ditutup, selain seluruh Amerika meninggalkan tempat kerja mereka untuk mendapatkan perkembangan terbaru mengenai kematiannya menerusi kaca televisyen.
Kumpulan kecil termasuk datuk bandar turut berkumpul di luar kediamannya ketika kecil di Gary, selain bendera dikibarkan separuh tiang sebagai memberi penghormatan atas pemergiannya.
Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dilaporkan menghantar ucapan takziah kepada keluarga Michael, manakala Datuk Bandar Rio de Janeiro mengumumkan untuk membangunkan patung penyanyi itu di Dona Marta.
Mengulas kematian Michael, bekas isteri yang dinikahinya pada 26 Mei 1994, Lisa Marie Presley dilaporkan berkata, bekas suaminya itu pernah menyalurkan kebimbangan jika hidupnya berakhir seperti mendiang bapanya, Elvis Presley.
Kesedihan atas kematian Michael turut menular di seluruh dunia apabila peminat menyalakan lilin penghormatan di Yoyogi Park, Tokyo pada 27 Jun lalu.
Di Romania, MTV menganjurkan persembahan penghargaan di depan Stadium Lia Manoliu yang mana Michael pernah mengadakan konsert yang tidak akan dilupakan di Bucharest pada 1992.
Black Entertainment Television (BET) menganjurkan semula Anugerah BET dengan artis yang mengambil bahagian membawakan rangkaian lagu popularnya daripada permulaan karier bersama The Jackson 5 sebelum muncul solo.
Penyanyi rap, The Game ialah antara artis pertama yang menerbitkan lagu penghargaan, Better on the Other Side menampilkan Diddy dan Chris Brown dibantu Polow da Don, Mario Winans, Usher dan Boyz II Men.
Penyanyi 50 Cent pula tampil dengan Where You Are, dipetik daripada single I Wanna Be Where You Are yang dirakamkan pada 1972.
Muzik video, Do The Bartman yang ditulis bersama Michael kembali dimainkan dalam satu episod siaran semula The Simpsons pada 28 Jun lalu.
Satu lagi episod siri popular itu, Stark Raving Dad yang menampilkan penyanyi itu sebagai bintang undangan disiarkan kembali stesen televisyen Fox pada 5 Julai lalu.
Anugerah Muzik Dunia 2006 yang menyaksikan Michael menerima Anugerah Berlian dimainkan semula myNetwork TV pada 1 Julai lalu, manakala Madonna pada pembukaan konsert Sticky & Sweet Tour di O2 Arena, London turut memberi penghargaan kepada penyanyi itu.
Pengaruh besar Raja Pop Dunia
PEMERGIAN Michael secara tidak langsung melonjakkan penjualan albumnya. Timbalan Presiden Amazon, Bill Carr memberitahu, semua album penyanyi itu termasuk ketika bersama The Jackson 5 habis dijual beberapa minit selepas berita kematiannya tersebar.
Permintaan untuk album penyanyi itu terus meningkat, malah dilaporkan mengatasi permintaan terhadap album Elvis Presley dan John Lennon ketika mereka diberitakan meninggal dunia.
Permintaan luar biasa itu menguasai carta penjualan muzik di laman sesawang, iTunes dan Amazon. Album Thriller mendaki tangga pertama di carta American iTunes, diikuti The Essential Michael Jackson yang bakal mengambil alih posisi itu.
Sementara itu, 19 album lain milik penyanyi itu berjaya membolosi Top 40.
Di Jepun, enam daripada albumnya membolosi Carta Album Top 200 dan di Poland, album Thriller juga meraih kedudukan selesa.
Australia juga mencatat penjualan luar biasa untuk album penyanyi itu di mana 15 daripada judul yang dirakamkan Michael membolosi Top 100 dengan empat daripadanya berada dalam senarai Top 10 dan tiga daripadanya menduduki tangga tiga teratas.
Dia mempunyai 34 single dalam carta Top 100, empat daripadanya berada dalam Top 10. Penjualan albumnya sepanjang minggu lalu mencecah 62,015, manakala single pula melebihi 107,821 unit.
Lakaran sejarah juga tercatat di United Kingdom dengan enam lagu nyanyiannya menduduki Top 40 iaitu Man in the Mirror ( kedudukan ke-11), Thriller (23), Billie Jean (25), Smooth Criminal (28), Beat It (30) dan Earth Song (38).
Minggu berikutnya, 13 lagu nyanyiannya menguasai carta termasuk Man In the Mirror menewaskan rekod yang dipegang Ruth Murray pada 1955 apabila lima lagu dendangannya membolosi Top 30.
Situasi yang sama juga dirasai di Amerika Syarikat apabila dia meruntuhkan tiga rekod, di mana sembilan daripada keseluruhan posisi dalam carta Billboard, Top Pop Catalog Albums dikuasai album yang mempunyai judul berkaitan dengan penyanyi itu.
Number Ones mencipta sebagai album paling laris dengan jualan melebihi 108,000 salinan, meningkat 2,340 peratus.
The Essential Michael Jackson pula berada pada kedudukan kedua katalog diikuti and Thriller yang turut terjual melebihi 100,000 salinan.
Judul lain yang turut mendapat sambutan adalah Off the Wall (tempat ke-4), Jackson Five's Ultimate Collection (5), Bad (6), Dangerous (7), HIStory: Past, Present and Future - Volume 1 ( dan Jackson's Ultimate Collection (9).
Keseluruhannya, album solonya mencecah jualan 422,000 salinan pada minggu pertama kematiannya.
Dia juga mencipta rekod baru carta Top Digital Albums apabila menguasai enam daripada 10 slot teratas dengan mendominasi empat carta teratas.
Michael juga menjadi artis pertama yang menjual lebih satu juta muat turun dalam seminggu dengan catatan 2.6 juta.
INFO: Catatan hayat Michael Jackson
29 Ogos 1958: Dilahirkan di Gary, Indiana
1964: Mula mengadakan persembahan bersama The Jackson 5
Awal 1980-an: Perubahan pada penampilannya mula dikesan
30 November 1982: Album Thriller dipasarkan
25 Mac 1983: Persembahan pertama memperkenalkan teknik moonwalk
14 Mei 1984: Menerima pujian daripada Presiden Reagan atas kerja amal yang dilakukannya
1988: Berpindah ke Neverland
April 1988: Autobiografi Moonwalk diterbitkan
5 April 1990: Menerima penghargaan daripada Presiden Bush atas kerja amalnya
30 September 1992: Melancarkan Yayasan Heal The World
Mei 1992; Berkenalan dengan Jordan Chandler yang berusia 13 tahun
10 Februari 1993: Temu bual bersama Oprah Winfrey mengenai penderaan yang dialaminya ketika kanak-kanak
18 Ogos 1993: Polis Los Angeles memulakan penyiasatan apabila Chandler membuat laporan dia dicabul
13 November 1993: Membatalkan konsert jelajah, Dangerous dan menerima rawatan di pusat pemulihan di London
1993: La Toya secara terbuka menuduh Michael seorang pedofilia, bagaimanapun menarik kembali kenyataannya itu
1 Januari 1994: Menyelesaikan kes dengan Chandler dengan bayaran antara AS$10 - 22 juta.
26 Mei 1994: Mengahwini Lisa Marie Presley
Januari 1996: Lisa memfailkan perceraian
7 September 1996: Konsert jelajah HIStory bermula
14 November 1996: Mengahwini Debbie Rowe
13 Februari 1997: Michael Joseph Jackson, Jr dilahirkan
3 April 1998: Paris-Michael Katherine dilahirkan
8 Oktober 1999: Bercerai dengan Debbie
Februari 2002: Prince Michael Jackson II dilahirkan
3 Februari 2003: Siaran Living with Michael Jackson disiarkan yang mana dia berpegangan tangan dengan Gavin Arvizo, 13.
18 November 2003: 70 pegawai polis menyerbu Neverland
18 Disember 2003: Michael didakwa melakukan pencabulan terhadap Arvizo.
13 Jun 2005: Didapati tidak bersalah atas dakwaan yang dihadapinya
10 Mac 2009: Mengumumkan This Is It Tour yang akan bermula Julai
25 Jun 2009: Meninggal dunia kerana sakit jantung. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 9:14 am | |
| Pilihan Elyana dapat restu keluarga
Elyana
Penyanyi, pelakon berbakat bertunang Sabtu ini dalam majlis ringkas di sebuah restoran di Bangsar
MEMILIH jalan bahagia di antara persimpangan memuaskan hati sendiri dan orang lain, mungkin antara keputusan yang sukar perlu dibuat penyanyi dan pelakon, Elyana, 22. Bagaimanapun, pemilik bernama penuh, Erneelya Elyana Emrizal sedar kematangan dan keyakinan diri melebihi usia sebenarnya sudah mampu menjadi titik tolak kepada apa yang ingin dilakukan pada hari mendatang.
Apa yang dimaksudkan Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 itu ialah merujuk kepada fasa kehidupan yang sedang dilaluinya. Mengenali hati budi sudah dan bercinta pun sudah, kini tiba waktunya untuk dia bergelar tunangan kepada Khairul Anuar Hussin, 34.
Ketika ini dia begitu berdebar-debar menanti detik majlis pertunangan yang dirancang pada 11 Julai ini di restoran Jeumpa D’Ramo, Jalan Maarof, Bangsar.
Namun, kalau mengikut perancangan awal, mahu saja majlis itu diadakan bersempena tarikh hari lahirnya, 5 Julai lalu dan semestinya gelaran tunang itu sudah dipegangnya. Perancangan itu tidak dapat dilaksanakan kerana pada tarikh terbabit ibunya sedang mengikuti kursus haji.
“Perasaan saya kini bercampur baur, takut pun ada. Sedar atau tidak, saya akan melalui alam baru dalam kehidupan. Harapnya majlis itu nanti akan berjalan lancar dan seadanya. Inilah kemuncak pertama dalam tingkat hubungan kami. Saya sememangnya sudah bersedia ke arah ini dan inilah yang saya tunggu selama ini.
“Apa yang saya harapkan sekian lama akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Orang selalu cakap dugaan masa bertunang ini memang maha hebat. Bagi saya, setiap langkah kehidupan kita sering diuji dan tak lepas diduga. Saya sudah bersedia untuk menghadapinya,” kata Elyana.
Menurut penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu, majlis pertunangan dibuat seringkas mungkin dan hanya dihadiri keluarga terdekat dan kawan.
Katanya yang bakal melaram busana rekaan pereka fesyen kegemaran, Zery Zamry, majlis itu masih mengekalkan kemanisan tradisi orang Melayu dan diadun dengan gaya kontemporari yang menyerlah sisi kematangan dirinya.
“Konsep saya serahkan bulat-bulat kepada pakar majlis perkahwinan, Datin Lynda Rahim. Malah, dia turut sudi menaja majlis saya pada hari itu. Saya turut mencetuskan sedikit idea kepadanya dan kami gabung jalinkan untuk kebaikan bersama. Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah datang majlis saya.
“Saya hanya dapat katakan majlis itu nanti sedikit berbeza daripada majlis pertunangan yang lazim dilakukan sebelum ini. Begitu juga dengan busana yang bakal saya gayakan nanti. Pemilihan Zery Zamri juga dibuat kerana kerjasama kami yang terjalin sekian lama. Zery tahu apa cita rasa saya,” katanya yang akan disolek jurusolek artis popular, Saidatulnisa.
Belum menetapkan berapa lama tempoh pertunangan bakal berjalan, pelakon drama Renjis itu turut melahirkan rasa gembira kerana kata sepakat yang dicapai ini bukan hanya datang daripada dirinya saja, sebalik Khairul turut menunjukkan kesungguhan dan setia menyokong dari belakang.
“Perkenalan dan percintaan kami selama tiga tahun lebih mungkin banyak membantu kami untuk seia sekata. Keserasian itu terbit tanpa perlu dipaksa atau dibuat-buat. Malah, kami berdua memang bersungguh-sungguh dan berusaha untuk ke arah yang lebih baik (perkahwinan).
“Dia (Khairul) pun tak lepas tangan, malah banyak membantu pihak keluarga saya melunaskan kerja dan persiapan majlis ini. Harapnya peminat saya akan mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kami. Saya juga yakin peminat juga sudah mulai bijak untuk menilai di antara bakat dan status diri,” katanya tulus.
Ditanya mengenai impian dan konsep perkahwinan yang diingini, Elyana belum mempunyai jawapan pasti kerana hal itu masih terlalu jauh untuk difikirkan.
“Kalau dulu zaman remaja, macam-macam konsep dan gaya perkahwinan yang saya idamkan. Namun, seiring dengan peningkatan usia, cita rasa itu lama kelamaan berubah. Pernah dulu saya teringin memakai gaun pengantin gothic, tapi mungkin gaya itu sudah tidak sesuai dengan saya yang semakin hari semakin matang,” katanya yang banyak dibantu rakan baiknya, Hairie hingga dilantik sebagai ketua majlis hari pertunangannya.
Sementara itu, ibu Elyana, Shamsidar Alias sedar apa yang bakal dilalui anaknya itu seiring dengan matlamat hidup yang ingin dicapainya.
“Saya percaya setiap hubungan percintaan mana-mana insan di muka bumi ini pastinya diharap berakhir dengan ikatan perkahwinan dan kekal bahagia selama-lamanya. Begitu juga dengan Nana (panggilan kepada Elyana). Ini semua adalah keputusan Nana dan kami sekeluarga menghormati serta merestuinya.
“Biarpun saya tahu dan sedar, ramai yang beranggapan Nana masih terlalu muda untuk melalui ini semua. Sudah nama pun jodoh dan inilah kuasa Tuhan yang tak mampu kita halangi lagi. Saya tidak boleh berkata apa lagi, melainkan mendoakan kebahagiaan dan jodoh mereka terus berkekalan,” kata Shamsidar.
Mengenai bakal tunang anaknya, Shamsidar berharap Khairul akan dapat menjaga Nana sebaik mungkin ketika melalui alam pertunangan.
“Setakat ini, saya nampak dia (Khairul) sangat baik terhadap Nana. Dia pun sayang kami sekeluarga. Nampak keikhlasan dan tanggungjawabnya untuk menjaga Nana. Semoga ikatan pertunangan ini akan berakhir dengan baik. Insya-Allah,” kata Shamsidar.
INFO: Elyana
Nama Sebenar: Erneelya Elyana Emrizal.
Usia: 22 tahun.
Tarikh Lahir: 5 Julai 1987.
Asal: Shah Alam, Selangor.
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik.
Kerjaya: Penyanyi dan pelakon.
Mula Menyanyi: 14 tahun.
Album: Satu, Segalanya, Bicara Mata Ini dan Jadi Diriku. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 9:18 am | |
| Bukan album syok sendiri
SAIFUL APEK kini muncul dengan album sulungnya, Saiful Apek & Famili. Rancang pembikinan Saiful Apek & Famili lapan tahun lalu akhirnya jadi kenyataan BIDANG nyanyian bukan satu perkara baru dalam kerjaya seni Saiful Apek yang pernah menyandang gelaran Bintang Paling Popular Berita Harian 2003. Malah kalau ada yang masih ingat ketika pelakon dan pelawak itu menganggotai kumpulan Senario, Saiful Apek sudah mula menyanyi. Lalu tidak hairanlah jika pemenang kategori Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian selama enam tahun berturut-turut itu muncul dengan album solo sejak 7 Julai lalu. Menariknya album yang diberi nama Saiful Apek & Famili itu sudah lapan tahun dirancang pembikinannya, namun baru tahun ini ia dikeluarkan. Menurut bapa kepada dua anak itu, album yang memuatkan enam buah lagu itu dilahirkan bukan sekadar tangkap muat atau bersifat syok sendiri. Sebaliknya, ia terhasil sebagai bukti untuk dinikmati pengikut dan peminat setianya. Malahan, katanya lagi, album ini muncul bersesuaian dengan kepesatan teknologi digital berbanding pembelian album fizikal. “Saya muncul dengan album ini bukan semata-mata nak buat duit dan menjadi kaya. Kehadiran album ini ibarat sebuah sisi awal perjalanan yang akhirnya bertemu penghujungnya. Dengan keadaan pasaran sekarang, artis dan syarikat rakaman memang tidak boleh terlalu bergantung harap pada jualan album fizikal semata-mata. UPACARA memotong kek turut dilakukan sebagai simbolik kepada pelancaran album yang diadakan Selasa lalu. “Sebaliknya fokus kini diberi kepada pasaran muat turun lagu yang saya rasa lebih menguntungkan, terkawal dan terjamin. Untuk permulaan album ini hanya dicetak sebanyak 2,000 keping saja. Secara keseluruhannya saya cukup berpuas hati dengan hasil album ini biarpun penantian untuk sampai ke tahap ini seperti satu penyiksaan. “Mengenai pemilihan enam buah lagu saja dan kenapa tidak dilengkapkan menjadi 10 buah lagu, saya mempunyai alasan kukuh berbuat demikian. Saya letakkan diri saya sebagai pembeli atau pengguna dan sekalipun diletakkan banyak lagu namun tidak diingati tiada gunanya juga. Lalu enam lagu pun sudah memadai,” katanya sewaktu ditemui Hip pada sidang media pelancaran album terbabit di Borneo Barok Club baru-baru ini. Kebanyakan lagu dalam album yang menelan belanja hampir RM30,000 itu sudah pernah diperkenalkan Saiful Apek menerusi program atau drama yang membabitkan dirinya. Katanya, dia sendiri tidak berani mengambil risiko mempertaruhkan lagu baru yang belum pasti mampu menambat hati peminat. “Sebagai contoh single pertama Hua Hua Hua pernah dinyanyikan dalam program yang menggunakan judul yang sama di Astro Prima. Lagu yang dimuat itu sebenarnya sudah mempunyai susulan dan tarikan pengikut yang tersendiri. Kiranya album ini mempunyai menu merujuk kepada lagu yang sudah dipilih peminat,” katanya. Ditanya mengenai apakah langkah menghasilkan album ini sebagai strategi untuk kembali meraih populariti yang kononnya dikatakan semakin merudum, bagaimanapun dia yang sudah 15 tahun menerjah persada seni menyangkal dakwaan terbabit. “Saya sudah mencuba pelbagai bidang menjadi pelawak, pelakon, pengacara, penerbit dan pengarah. Lalu, tidak salah saya terus mempelbagaikan keupayaan yang ada untuk disajikan kepada penyokong saya selama ini. Saya berbangga dapat terus bertahan hingga ke tahap sekarang. “Saya pernah berada di atas dan saya naik pun bukan secara mendadak. Mungkin juga itu antara resipi saya mengekalkan hayat di arena seni. Sewaktu saya menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian pun, saya berasakan perjalanan saya masih jauh. “Tapi saya bangga istilah pelawak itu akhirnya dipandang orang dan ia membuka lembaran baru kepada kehadiran pelawak generasi baru. Jika dulu pelawak hanya di barisan belakang, tetapi kini pelawak juga mempunyai nilai dan status yang boleh dibanggakan,” kata pemilik nama sebenar Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff itu. Mengenai perkembangan bidang lakonan, kata Saiful Apek yang baru saja selesai penggambaran filem 4 Madu di bawah arahan Prof Madya A Razak Mohaideen, dia kini tidak sabar menunggu filem pertama di bawah arahannya Shh... Dia Datang. Malah, dia turut berlakon di dalam filem terbitan Noradz Productions itu. “Sepatutnya filem itu sudah pun ditayangkan sejak Mac atau Jun lalu. Namun atas beberapa masalah, ia besar kemungkinan akan ditayangkan pada hujung tahun ini. Saya sendiri memang sudah ternanti-nanti untuk melihat hasil dan maklum balas kaki wayang. “Apa yang saya dapat katakan filem ini cukup menarik dan penonton yang bakal menontonnya akan keluar panggung dengan 1001 pertanyaan sama ada akan ada kesinambungan atau tak. Insya-Allah, filem ini akan ada sekuelnya. Malah, filem ini turut menampilkan pelakon dan otai lama daripada sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu seperti Imuda, Zami Ismail dan Ahmad Busu,” katanya yang turut menanti tayangan filem Kecoh Betul. Pada majlis pelancaran album yang turut mendapat kerjasama Indigital Music & Management, Gitu-Gitu Production dan Noradz Productions Sdn Bhd, ia dimeriahkan dan dilancarkan ‘orang kuat’ Noradz Productions sendiri iaitu Datuk Adzhar Sulaiman. Serentak dengan itu, portal interaktif saifulapek.com.my juga dilancarkan. INFO: Album Saiful Apek & Famili Diterbitkan beberapa orang komposer terkenal seperti Azmeer, Dali Ahli Fiqir dan Aj Pop Shuvit. Menggabungkan rakan penyanyi yang cukup rapat dengan Saiful Apek seperti Yassin, Bob Kuman, CD Naz, D’Adza, Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Mie Raja Lawak dan penyanyi baru, Diarra. INFO: Saiful Apek Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 39, berkahwin dengan Roslina Abu Hassan, 39, kira-kira 15 tahun yang lalu. Dia menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan seminggu selepas melangsungkan perkahwinan. Walaupun seorang pelawak, namun Apek sebenarnya seorang yang serius dan tidak pandai bergaul. Dia mula belajar berkomunikasi selepas terbabit dalam dunia seni. Dua puteranya Mohd Riyadh Aslam dan Mohd Radzin Aiman sudah mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Antara drama dan filem yang pernah dibintangi mereka seperti Al-Kisah, Cicakman, Lady Boss, Shh... Dia Datang. Apek menyatakan dia akan terbabit dengan latihan untuk pementasan teater Cicakman The Musical yang dijangka Disember depan manakala dia juga akan kembali ke lokasi penggambaran sekuel Cicakman 3 yang akan bermula awal tahun depan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 9:23 am | |
| Selamat Jalan Michael Jackson ..Pics Paris Katherine ada disini Selamat jalan Jackson
PERARAKAN kereta mengiringikenderaan yang membawa mayat Jackson keluar dari kawasan tanahperkuburan Forest Lawn Mortuary untuk menghadiri upacara penghormatankepada Michael Jackson di Staples Center, Los Angeles, semalam. –REUTERS
LOS ANGELES 7 Julai – Upacara pengebumian Michael Jackson dimulakandengan keluarga Raja Pop itu berkumpul mengadakan majlis khas untukmemberi penghormatan terakhir kepada Jacko, sebelum mayatnya dibawa kearena sukan Staples Center, di sini untuk menghadiri satu upacarapenghormatan kepada Raja Pop itu.
Ketua Polis Los Angeles, Bill Bratton mengesahkan mayat Jackson akandibawa ke arena sukan itu selepas keluarganya mengadakan majlis khasuntuk memberi penghormatan terakhir kepadanya.
Di Staples Center keranda Jackson diletakkan di tengah-tengah pentasyang akan menyaksikan bintang-bintang seperti Stevie Wonder, MariahCarey dan Lionel Richie mengadakan persembahan bagi memberipenghormatan kepada ikon pop itu.
Keluarganya mencadangkan supaya mayat Jackson dibawa ke StaplesCenter dengan helikopter bagi mengelakkan kesesakan jalan raya,diiringi pasukan SWAT daripada Jabatan Polis Los Angeles.
Barisan kenderaan kereta limosin hitam dan Range Rovers, diiringiPasukan Peronda Lebuhraya California yang akan mengiringi kenderaanyang membawa mayatnya, memenuhi kawasan perkarangan rumah keluargaJackson sejak sebelum pukul 8 pagi lagi.
Laluan bebas kenderaan ditutup pada waktu puncak di Los Angelesuntuk memberi laluan kepada perarakan kenderaan yang mengiringi keretamembawa mayat Jacko untuk dibawa ke tanah perkuburan Forest LawnMemorial Park di kaki bukit Hollywood untuk upacara pengebumian yangdiadakan secara tertutup.
Ketiga-tiga anak Jackson, Paris Michael, 12 Paris, 11, dan PrinceMichael II, 7, tidak kelihatan, tetapi ibu bapanya, Joe dan Katherine,kelihatan berjalan memasuki bangunan itu bersama-sama adik-beradikJackson yang lain.
Sementara itu, di pinggir bandar Los Angeles seolah-olah ‘sepi’ kerana bersedih sempena pengebumian Jackson. Polis menutup jalan-jalan utama dan menasihati mereka yang tidakmempunyai tiket supaya tidak mendekat arena sukan tempat upacarapenghormatan kepada Jackson diadakan.
Tidak jelas ke mana mayat Jackson akan dibawa selepas upacarapenghormatan itu, walaupun besar kemungkinan ia akan dibawa ke tanahperkuburan di Forest Lawn untuk dikebumikan.
Lebih satu bilion orang mengikuti upacara penghormatan kepada Jackson di Staples Center melalui Internet. – AGENSI
ini laa katherine dan blanket yang tidak pernah kita tengok sebelum ni..
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 9:36 am | |
| Close-up Muka Watie Elite?
Ada beberapa drama menampilkan pelakon berasal dari Sungai Besar,Selangor ini memegang watak wanita teraniaya, 憄engkid? pembunuh,isteri curang dan banyak lagi. Boleh dikatakan semua watak penuhcabaran dan memerlukan mainan emosi dalaman mampu dilakukan Watiedengan baik.
揝aya harus berterima kasih kepada pengarah dan dunia teater yangpernah saya sertai seketika sebelum mengambil keputusan bergelarpelakon sepenuh masa.
揕atihan yang saya jalani sepanjang mengikuti pementasan SiTanggang, Mak Yong, Tun Fatimah dan Taming Sari banyak merubah dirisaya menjadi lebih profesional dalam bidang ini,?katanya ketikamenjalani sesi fotografi khas bersama Rap.
Kata Watie, mungkin ada yang beranggapan bakat lakonan yang adasudah diasah sejak dia menyertai Elite. Apatah lagi berhadapan denganpuluhan ribu peminat setiap kali membuat persembahan dan beraksi dihadapan kamera membuatkan dia sudah biasa dengan situasi sedemikian. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 9:43 am | |
| ‘Skrip 7707’ - sebuah filem seram yang tidak kesampaian?
SEPULUH cerita seram yang dihimpunkan dalam filem ‘Skrip 7707’ dirasakan kurang memberikan impaknya memandangkan terlalu banyak naratif yang ‘disogok’ sehingga kurang meninggalkan kesan kepada penonton.
Disebabkan itu, filem ini dirasakan tidak puas ditonton kerana hanya beberapa sisipan cerita yang agak menyeramkan dan ada antaranya yang langsung tidak menyeramkan.
Jadi, graf ceritanya turun naik dan tidak betul-betul memberikan klimaks cerita yang diinginkan oleh peminat filem seram.
Sepatutnya pengarah dan penerbit perlu memilih cerita yang dirasakan cukup menyeramkan dan kemudian ditambah dengan rencahnya agar ia lebih meninggalkan lebih impak.
Bukannya sekadar setiap 10 minit diberikan kejutan yang adakalanya tidak menyeramkan itu akan membuatkan penonton tidak mengingati langsung apa yang dipertontonkan di pengakhiran cerita.
Kesembilan cerita ini memaparkan tentang pengalaman sembilan orang bertemu dengan hantu dan ada juga berdasarkan pengalaman orang lain.
Kisah pertama menceritakan tentang seorang pelajar yang menginap di hadapan sebuah bilik kosong dan sering terdengar bunyi-bunyi pelik seperti wanita menangis dan gelang kaki datang dari bilik itu sehingga dia memberanikan diri untuk melihatnya.
Misteri wanita menangis terjawab dalam kisah pertama.
Pada malam itu, dia diganggu oleh seorang ‘hantu’ wanita India. Yang menariknya, teknik suntingan dan kesan bunyi yang mengaplikasikan sistem ‘Digital Dolby Surround’ berjaya menghidupkan suasana suspens dan menakutkan.
Kisah kedua pula menceritakan tentang seorang pelajar yang sedang menghabiskan kerjanya di makmal komputer sehingga lewat malam tiba-tiba terdengar bunyi dan terasa seperti ada sesuatu di belakangnya.
Apabila dia mahu pulang, dia mendapat gangguan semasa berjalan menuju ke lif dan lif yang dinaikinya itu berhenti di setiap tingkat sehinggalah selepas itu muncul ‘hantu’ wanita di hadapannya.
Que Haidar melakonkan watak seorang editor majalah dan akhbar yang selalu pulang malam mendapat gangguan pada suatu malam.
Sisipan ini berjaya mencuit penonton dengan elemen suspens yang mendebarkan dengan kesan bunyi dan teknik imejan komputer (CGI ).
Seterusnya kisah ketiga pula menceritakan tentang Hantu Raya boleh menyerupai manusia sering mengganggu masyarakat sekelilingnya.
Ceritanya bermula apabila seorang wanita yang sarat mengandung dalam kesakitan telah mendesak suaminya untuk memanggil bidan.
Di sini, elemen suspensnya kurang menjadi kerana penonton seperti sudah dapat mengagak tentang apakah yang akan berlaku seterusnya menyebabkan ceritanya dianggap biasa sahaja.
Fasha Sandha melakonkan watak Ayu dalam kisah keempat.
Kisah keempat pula menceritakan tentang Ayu, seorang gadis kampung yang terlanjur dengan kekasihnya sehingga mengandung. Kemudian dia menggugurkan kandungan itu menggunakan cara tradisional atas desakan kekasihnya.
Setiap babak dalam cerita ini langsung tidak menyeramkan sebaliknya mengundang hilai tawa penonton bilamana mereka merasakan watak Ayu yang dilakonkan oleh Fasha Sandha itu agak mencuit hati.
Lebih-lebih lagi semasa babak Fasha mengikut ‘hantu’ bayi yang membawanya ke perigi sambil memanggil ‘anak mak’ berulang kali.
Kisah kelima juga tidak terlalu menyeramkan tetapi lebih memberikan pengajaran kepada penonton agar tidak meninggalkan solat fardhu.
Ia mengisahkan tentang seorang makcik telah hadir ke bilik mayat untuk menuntut mayat anaknya tetapi sesuatu yang aneh berlaku selepas sepasang suami isteri turut datang menuntut mayat tersebut.
Seterusnya, penonton diberi paparan tentang pesakit di hospital yang membuat bising dengan rakan-rakannya secara tiba-tiba dimarahi oleh seorang lelaki tua.
Keadaan bertukar menjadi seram apabila si pesakit menggeletar ketakutan melihat lelaki tua itu.
Sisipan ini mendatangkan elemen seram dan suspens bilamana orang tua itu adalah ‘hantu’ yang muncul di mana-mana mereka pergi ketika melarikan diri dari hospital itu.
Namun, ceritanya agak singkat dan cepat berlalu sehingga penonton tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya kerana cerita itu dialami oleh pencerita itu sendiri.
Kisah ketujuh menceritakan tentang roh seorang budak lelaki yang sentiasa menganggu keluarganya kerana ada sesuatu yang menahannya dari pergi dengan aman.
Cerita ini agak menarik untuk dikongsi bersama penonton. Teknik CGI yang digunakan mampu menunjukkan budak lelaki itu telah mati dengan tragis.
Budak lelaki (kiri) yang menganggu keluarganya.
Selepas itu, cerita mengenai seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang tarik kereta pergi berjumpa dengan orang yang sepatutnya membayarnya duit kereta, tetapi pertemuan itu menjadi ganas apabila orang yang sepatutnya menjelaskan hutang itu meminta tangguhan.
Ini membuatkan tukang tarik kereta hilang sabar dan terus membelasah penghutang itu sehingga mati.
Cerita ini sebenarnya lebih mendatangkan unsur ganas dan suspens semasa babak dipukul dan dilanggar.
Kisah terakhir menceritakan tentang empat orang remaja telah bermalam di sebuah hospital ‘tinggal’ dan salah seorang daripada mereka bersikap takbur mengatakan dia tidak takut hantu.
Paparan hantu dalam cerita ini tidak terlalu menakutkan dan dirasakan tidak sesuai berada di tempat terakhir.
Hantu 'cantik' yang berada di hospital 'tinggal'.
Awalan dan akhiran filem yang merupakan cerita utama kurang memberikan impak mendalam kerana ceritanya agak mudah dan sudah diagak apa yang berlaku.
Sesetengah pelakon dalam cerita utama dan sisipan itu juga nampak kaku dan lemah.
Secara keseluruhannya, penonton merasakan filem ini mendatangkan kesan yang berlainan di antara mereka. Ada yang takut dan ada yang tidak langsung.
Erti seram juga sebenarnya agak subjektif. Kadangkala dengan elemen ‘mengejut’ juga mampu membuatkan seseorang itu meremang bulu roma dan ‘kecut perut’.
Bagi yang ingin menonton, rasanya tidak rugi juga kerana dalam menyampaikan cerita seram, Prof Madya A. Razak Mohaideen selaku pengarah dan pencetus konsep filem ini tidak lupa menyelitkan mesej berguna untuk dijadikan iktibar kepada masyakarat.
Seperti kata Razak, daripada 27 cerita seram yang dia kumpulkan, hanya sembilan cerita sisipan dan satu cerita utama yang ditapis dengan mencari iktibar, ajaran agama dan kejutan.
Selain itu, tarikan filem ini juga bergantung kepada lebih 35 pelakon yang dikenali ramai.
Antaranya adalah Norman Abdul Halim, Fouziah Gous, Fasha Sandha, Que Haidar, Jehan Miskin, Norman Hakim, Abby Abadi, Almy Nadia, Ruminah Sidek, Sharifah Shahira dan Kanchana Devi.
Bagi membuat penilaian sendiri, saksikan filem ‘Skrip 7707’ di 50 pawagam seluruh Malaysia mulai 16 Julai ini! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 9:46 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 9:48 am | |
| 40 minit muzik tanpa henti tarikan terbaru SuriaFm
TARUHAN konsep 40 minit muzik terbaik tanpa henti yang telah diperkenalkan oleh Suria fm ternyata berkesan menarik minat pendengar.
Ini berdasarkan peningkatan jumlah pendengar yang ketara pada survey yang lalu dan hasil daripada maklum balas positif menerusi kajian yang telah dijalankan dan sebagai memenuhi permintaan pendengar yang inginkan lebih muzik, bermula 7hb Julai, (selasa), Suria Fm telah memperkenalkan konsep “40 minit muzik terbaik tanpa henti” bermula 10 pagi – 10 malam setiap hari.
Ia sebagai tanda penghargaan kepada pendengar yang banyak menyokong stesen radio yang terkenal dengan tagline Muzik Terbaik Tanpa Henti itu selain memenuhi kepuasan pendengar dengan berpeluang mendengarkan putaran muzik terbaik lebih banyak dan tanpa gangguan iklan.
Selain itu, bermula Isnin ( 13hb Julai), pendengar turut disajikan dengan “105 minit Maraton Muzik” bermula 9.00 pagi – 10.45 pagi setiap Isnin – Jumaat.
Yang mana, menerusi segmen khas ini, pasti menjanjikan lebih kepuasan dengan putaran muzik terbaik selama 1 jam 45 minit tanpa sebarang iklan.
Pendengar turut berpeluang berinteraksi bersama penyampai bertugas menerusi panggilan telefon atau melalui sms.
Keterangan lanjut, layari www.suriafm.com.my |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 10:10 am | |
| Giliran Juara Mingguan AW Berentap
Pentas Anak Wayang minggu ini menyaksikan kelima-lima juara mingguan, Dayana (Jururawat), Afzan (Mekanik), Hairi (Pengurus Acara), Hafiz (Konco Samseng) dan Ruby (Pembantu Peribadi) bersaing bagi melayakkan diri ke peringkat akhir pada 31 Julai nanti.
Mereka akan menerima tugasan seperti minggu-minggu seperti mana yang lepas, cuma aspek penjurian akan berubah. Bemula pada minggu ini, juri tidak lagi membuat penyingkiran tetapi kelima-lima calon berkenaan akan diadili menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) secara 100 peratus.
Ini bermakna 3 calon yang mendapat undian tertinggi bakal layak ke peringkat akhir dan mereka mengharapkan undian SMS bagi menentukan siapa juara mutlak Anak Wayang 2009.
Watak 3 calon yang dipegang dalam drama Kecuali Cintamu turut dikekalkan sementara, watak 2 calon (tersingkir) dimatikan. Di sinilah saingan sebenar akan berlangsung yang mana kesemua juara mingguan untuk memboloskan diri ke peringkat akhir.
Minggu lalu, kita dapat menyaksikan Ruby atau nama sebenarnya Ooi Nor Wen, 22, yang berasal dari Kangar, Perlis menjadi pilihan penonton untuk memegang watak pembantu peribadi (saingan watak terakhir) sekaligus menjadi gadis berbangsa Cina pertama yang berjaya merebut watak dalam drama bersiri Kecuali Cintamu.
Bagi penonton yang ingin mengenali lebih dekat semua calon atau pelajar pertandingan realiti TV ini, jangan lupa ikuti rancangan Sesi Anak Wayang yang dihoskan Nur Fazura setiap Isnin - Rabu di Astro Ria. Manakala hos bagi Pentas Anak Wayang dikendalikan oleh Rusdi Ramli.
Sementara itu, bagi mengundi (AWUNDI) peserta, sila taip AWUNDI NAMA PESERTA atau AWUNDI <3/5/10> NAMA PESERTA ke 32999. Contoh: AWUNDI3 HAIRI ke 32999. Talian Tetap: Dail 13721/13723/13725/13730 untuk 1/3/5/10 undian dan tekan digit peserta. Kadar premium untuk setiap undian 50 sen. Kadar Telco tertakluk kepada syarat dan terma di www.astro.com.my.
Undian SMS dibuka mulai setiap Jumaat, jam 11.30 malam - Ahad jam 12 tengah hari. Keputusan siapa terpilih antara 2 peserta terbaik akan hanya kita ketahui dengan menonton drama bersiri Kecuali Cintamu di Astro Prima pada hari berikutnya, Isnin, jam 8.30 malam |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 10:15 am | |
| Gosip Faizal Tahir Bercerai Keterlaluan
Gosip perceraian memang menakutkan bagi mereka yang bergelar artis. Maklum sajalah, artis juga manusia biasa yang selalu mengimpikan kehidupan bahagia sama seperti pasangan lain yang berumahtangga. Cuma apabila bergelar artis, gerak-geri mereka sentiasa diperhatikan dan perkara yang sedikit selalunya digembar-gemburkan seolah-olah artis ini hanya suka kahwin dan tidak lama kemudian, bercerai.
Inilah juga dilema yang dihadapi oleh Faizal Tahir yang sekarang semakin terkenal dengan lagu Bencinta. Baru-baru nii kecoh mengatakan Faizal bergaduh besar dengan isterinya sehingga menuntut cerai. Faizal bermati-matian menafikan gosip itu kerana ia adalah sesuatu yang keterlaluan.
Nak mengukuhkan lagi kata-kata Faizal itu, Murai Batu akhirnya ternampak sendiri Faizal di sebuah pusat beli-belah terkemuka di kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur.
Mulanya Murai Batu hanya ternampak Faizal bersama seorang lagi rakan lelakinya sambil mendukung seorang bayi. Tidak lama kemudian, barulah nampak kelibat seorang wanita bertudung merah yang ada dengan Faizal dan anak mereka.
Mereka begitu akrab, berjalan berpimpinan tangan sambil melayan keletah anak kecil mereka itu yang berada dalam kereta sorong bayi.
Melihat semua itu, Murai Batu sedih dan kesian dengan Faizal apabila orang membuat fitnah tentang rumah tangganya. Memang puaka betul mulut si polan itu yang menyebarkan cerita melalut.
Dalam pada itu Murai Batu hendak ucapkan selamat berjaya kepada Faizal yang akan bertanding dalam Anugerah Planet Muzik 2009 yang akan diadakan di Jakarta pada 18 Julai ini. Khabarnya Faizal juga akan menyanyikan lagu paling hangatnya ketika ini, apa lagi kalau Bencinta. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 10:48 am | |
| Maya Tetap Nekad Ke Melbourne
Dalam heboh-heboh menularnya wabak Influenza A (H1N1) di Australia, Miss Propa dengar ia tidak menghalang pontianak cantik, Maya Karin untuk terbang ke sana. Maklumlah kita difahamkan, Australia adalah antara yang teruk dijangkiti wabak itu.
Selepas dikorek rahsia, Miss Propa dapat tahu, kunjungan Maya ke sana pada 11 - 13 Julai 2009 nanti, bukanlah sekadar kunjungan biasa, sebaliknya dia ada misi besar. Misi itu adalah akan bertemu dengan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore serta 300 wakil lain dari seluruh dunia.
Hai, buat apa tu, bincang pasal isu nuklear dunia ke?
Walau apa sekali pun sekali misi Maya di Melbourne nanti, Miss Propa harap, dia sentiasa beringat-ingat dan pandai-pandailah menjaga diri. Jangan lupa pakai serkup hidung dan kerap mencuci tangan dengan sabun berubat seperti yang Miss Propa buat sekarang ni.
Kalau nak tahu, tujuan sebenar Maya ke Melbourne, haa jangan lupa menonton video Miss Propa minggu ini. Eeee... Propalah! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 10:50 am | |
| Chef Wan Chef Selebriti Terbaik Dunia!
Siapa yang tidak terharu dan berbangga apabila mendapat anugerah bertaraf antarabangsa.
Itulah kegembiraan pakar masak terkemuka, Chef Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, apabila telah dinobatkan sebagai Chef TV Selebriti Terbaik Dunia di World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009 yang diadakan di Paris, awal bulan ini.
Kejayaannya itu bersandarkan kemahiran Chef Wan memasak sambil menghiburkan penonton serta pengalamannya mengendalikan 6,000 rancangan masakan di kaca TV selama 25 tahun berkecimpung dalam dunia masakan.
Malah keupayaan chef itu dalam memberi informasi dalam setiap program masakannya dengan gaya tersendiri dan bersahaja menjadi batu pengukur kejayaannya yang diadakan di Comedie Francaise itu. Personaliti Chef Wan yang peramah dan kelakar juga menjadikan beliau calon paling layak mendapat anugerah tersebut pada tahun ini.
Selain itu juga, buku masakannya Sajian Aidilfitri Bersama Chef Wan terbitan Avon Cosmetic Malaysia 2008 juga diiktiraf sebagai buku kutipan amal terbaik pada anugerah berkenaan selepas berjaya terjual sebanyak 150,000 naskah.
Apa yang membanggakan, menerusi kategori berkenaan, Chef Wan menewaskan peserta lain dari 23 buah negara yang bertanding.
Dalam satu kenyataan Chef Wan yang dikeluarkannya secara online, beliau memanjatkan rasa syukur dengan kejayaannya itu yang dianggapnya sebagai kejayaan di luar jangkaan.
"Wan rasa terharu ketika mendapat anugerah tersebut. Tambahan pula ketika itu, Wan mengenakan Baju Melayu siap dengan sampin. Setelah 25 tahun dalam bidang ini, rasanya inilah saat yang sungguh membanggakan Wan," katanya.
Pernah berlakon dalam 7 buah filem dan 4 teater, Chef Wan sebelum ini pernah mendapat anugerah fellowship dari University Thames Valley dan bertindak sebagai penasihat masakan Malaysia.
Anugerah World Gourmand Cookbook mula diperkenalkan pada tahun 1995 oleh penulis masakan terkenal Edouard Cointreau dalam memberi penghargaan kepada pakar masakan seluruh dunia selain mempromosikan buku-buku masakan dalam bahasa Inggeris, Cina, Jerman, Sepanyol dan Perancis.
Tahun lalu, sebanyak 102 buah negara mengambil bahagian dan Perancis adalah bandaraya ke-3 yang menganjurkan anugerah berprestij ini selepas China dan United Kingdom (UK). Tahniah dari warga murai.com.my buat Chef Wan! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 10:53 am | |
| Hans Isaac TARIKH LAHIR: 20 Ogos 1962 TEMPAT LAHIR: Johor Bahru, Johor PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Hotel (Kolej Stamford, Kuala Lumpur) dan Diploma Pengurusan Perniagaan (Singapore Institute Of Commerce) PROFESION: Pelakon, pengarah STATUS: Bujang FILEM: Amuk, Pesona Non Grata, Bulik Balik, Cuci DRAMA TV: Kutub Utara Kutub Selatan PENCAPAIAN: Pelakon Bukan Melayu Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABP-BH) tiga tahun tahun bertutur-turut |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 10:54 am | |
| Pierre Andre NAMA SEBENAR: Mohd Pierre Andre Nazrul Andre TARIKH LAHIR: 17 Mac 1985 TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur PENDIDIKAN: Diploma Program Teater (Seni Lakonan) Akademi Seni Kebangsaan (sekarang Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara). PROFESION: Pelakon, Penulis Skrip, Pengarah STATUS: Bujang FILEM: Potret Mistik, Lady Boss, Cinta Fotokopi, Main-Main Cinta, Salon, Gol & Gincu, Pontianak Harum Sundal Malam 2, Cinta, Jangan Pandang Belakang, 9 September & Sepi DRAMA TV: Gol & Gincu |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 12:05 pm | |
| Syarat ketat Shout! Awards
AFDLIN Shauki salah seorang penyampai anugerah untuk Shout! Awards pada 17 Julai ini.
LEBIH kurang seminggu sahaja lagi, Shout! Awards yang dianjurkan buat julung kalinya oleh 8TV akan berlangsung pada 17 Julai ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Pastinya kini semua pihak yang terlibat sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk memastikan perjalanan anugerah tersebut berjalan lancar memandangkan ia kali pertama diadakan.
Tidak dilupakan, peminat dan penyokong artis yang juga pastinya sedang 'sibuk' dan bertungkus-lumus mengundi artis kesayangan mereka dalam 15 kategori yang dipertandingkan baik menerusi SMS mahupun undian secara online sebelum 16 Julai ini.
Apalah erti sebuah acara anugerah tanpa diserikan dengan persembahan artis yang dilihat mampu menarik perhatian peminat untuk menonton serta menghadiri anugerah berkenaan.
Sehubungan itu, 8TV mengumumkan secara eksklusif akan menerbangkan penyanyi antarabangsa terkenal, Sean Kingston sebagai salah seorang artis yang bakal mengadakan persembahan pada malam itu nanti.
Semuanya adalah untuk menambahkan lagi bara Shout! Awards yang merupakan majlis memberi pengiktirafan kepada karyawan seni tanah air dalam skop yang berbeza berbancing anugerah-anugerah lain di negara ini.
Pemilihan artis-artis lain yang bakal mengadakan persembahan pada malam itu juga akan dibarisi oleh muka-muka baru yang sebahagiannya tidak begitu dikenali sehingga menimbulkan beberapa persoalan.
Adakah artis-artis popular serta senior yang lain tidak layak untuk membuat persembahan di malam Shout! Awards?
Ataupun mungkin 8TV tidak dapat membawa artis-artis besar ini kerana ada di antara mereka yang bakal membuat persembahan di malam Anugerah Planet Muzik 2009 di Jakarta, Indonesia yang kebetulan berlangsung sehari selepas Shout! Awards?
Menjawab pertanyaan itu pada sidang media ketiga Shout! Awards baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar menafikan mengenai perkara itu.
Sebaliknya, dia dan pihaknya mahu menjadikan Shout! Awards sebagai pentas untuk mengembangkan lagi bakat-bakat muda secara menyeluruh agar mereka juga mendapat ruang di hati peminat dan masyarakat di luar bandar.
Bukan itu sahaja, Ahmad Izham juga memberitahu, dia dan pihaknya mahu memberi ruang kepada muka baru memandangkan platform sudah tersedia untuk mereka.
Bakat terbaik
"Perancangan pemilihan artis-artis ini sudah lama dirancangkan dan melihatkan barisan artis yang akan membuatkan persembahan, saya percaya ia mampu menarik perhatian ramai kerana mereka begitu popular masa kini.
"Malah dengan ketiadaan nama-nama besar, saya tidak fikir ia adalah satu masalah besar kerana apa yang penting buat kami adalah kualiti.
"Tidak kira yang muda mahupun senior, jika mereka tidak berkualiti, kami tidak akan memilih mereka.
"Namun begitu, kami telah menetapkan syarat kepada artis yang membuat persembahan pada malam itu untuk tampil dengan idea yang lebih kreatif serta berbeza dengan apa yang mungkin mereka sudah persembahkan sebelum ini.
"Semuanya adalah untuk menjaga prestij anugerah ini selain daripada menimbulkan kebosanan kepada penonton dan peminat," ujar Ahmad Izham panjang lebar tentang perjalanan anugerah itu nanti.
Antara nama-nama yang bakal membuat persembahan adalah Shila, Pop Shuvit, Nikki, Caprice, Joe Flizzow, Pesawat, Bunkface, Jin Hackman, Komplot dan Paolo Delfino.
Selain itu, antara artis yang terlibat sebagai penyampai anugerah adalah Juliana Evans, Deborah Henry, Afdlin Shauki, Yasmin Ahmad, One Nation Emcees, Alif Satar serta juara Raja Lawak musim kedua, Nabil Ahmad.
Menyambung bicara tentang matlamat dan visi Shout! Awards, untuk ke sekian kalinya, Ahmad Izham menegaskan ia bukanlah sekadar sebuah acara untuk suka-suka sebaliknya anugerah itu juga mahu mengiktiraf bakat terbaik negara tetapi dengan pendekatan yang berbeza.
Disebabkan itu juga, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dengan diterajui oleh Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson untuk memilih calon-calon yang terbaik.
Malah beliau juga tahu dan sedar akan ketidakpuasan segelintir pihak yang seolah-olah mempertikaikan pencalonan Shout! Awards yang mengutamakan stesen televisyen dan radio di bawah bumbung Media Prima Berhad sahaja.
"Kami sudah jelaskan dari awal lagi bahawa pencalonan dibuka kepada semua pihak tidak kira dari mana jua. Tetapi sewaktu menilai dan meneliti senarai pencalonan sebelum memilih lima atau enam finalis terbaik, pencalonan dari pihak lain amat kurang.
"Sehinggakan ada ketikanya pihak jawatankuasa mahu memansuhkan sesetengah kategori tetapi mereka sedar, ini adalah tahun pertama. Apa yang saya harapkan untuk tahun akan datang semua pihak akan tampil dan bekerjasama untuk anugerah ini," katanya tentang anugerah yang memberi pengiktirafan kepada mereka yang terlibat dalam bidang muzik, filem, televisyen, pengacaraan serta fesyen," katanya.
Seperkara lagi, Ahmad Izham turut ditanya tentang pemilihan Sarah sebagai salah seorang pengacara pada malam itu di samping Marion Caunter dan Soo Kui Jien.
Jika hendak dibandingkan dengan populariti Marion dan Jien, nama Sarah masih lagi baru dan jarang didengar.
Jelasnya, Sarah antara pengacara baru yang berbakat besar serta diminati terutama oleh peminat-peminat muzik indie sementelah dia pernah menjadi pengacara untuk Kami The Gig tidak berapa lama dulu.
"Daripada situ kami melihat potensi Sarah dan percaya dia mempunyai pengikutnya sendiri. Apatah lagi, kami juga mahu memberi peluang kepada muka baru dalam bidang pengacaraan," ujarnya penuh optimis.
Kepada peminat yang masih belum mengundi artis kesayangan mereka serta ingin mengetahui tentang Shout! Awards, bolehlah melayari laman web rasmi di www.shoutawards.com.my. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 12:06 pm | |
| Koleksi Ella, Zainal di HRHP
SYED Yusof Syed Nasir (kanan) bersama (dari kiri) John Primmer, Zainal Abidin dan Ella pada majlis menandatangani barangan peribadi dua penyanyi itu di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
HARD Rock Hotel (HRH) terkenal bukan sahaja kerana mempunyai banyak cawangan di merata-rata negara, tetapi tarikannya juga pada koleksi barangan peribadi ramai selebriti yang dipamerkan di pusat hiburan dan hotel tersebut.
Pada 19 September ini, Hard Rock Hotel Penang (HRHP) akan dibuka di Batu Ferringhi, Pulau Pinang di mana ia turut mempamerkan koleksi pelbagai barangan para selebriti terkenal dari seluruh dunia termasuklah artis-artis tanah air.
Zainal Abidin merupakan penyanyi tempatan yang bertuah kerana pusat hiburan terkemuka itu berminat untuk mempamerkan barangan peribadi miliknya iaitu sebuah alat percussion (genderang) di hotel dan pusat hiburan itu.
Penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Hijau ini juga berasa bangga dan gembira kerana dapat menyumbangkan koleksi barangan peribadinya itu untuk tatapan para peminat serta para pengunjung HRHP dari seluruh dunia.
"Percussion saya itu merupakan antara barangan peribadi saya. Ia yang dikeluarkan dalam edisi terhad. Saya beli percussion itu di Jepun hampir 10 tahun lalu dengan harga RM3,000. Ia kini menjadi milik Hard Rock Hotel Penang.
"Walaupun percussion itu kini tidak berada dalam simpanan saya lagi, tetapi saya berasa bangga dan puas kerana ia kini dapat ditatap oleh lebih ramai orang di hotel itu, berbanding jika ia hanya berada di rumah saya sahaja.
"Ini adalah barangan yang saya fikir sesuai saya sumbangkan untuk hotel itu kerana selain menyanyi saya juga seorang percussionist," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan percussion itu di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Sebelum itu, Zainal telah menurunkan tandatangannya pada atas permukaan genderang tersebut dan menyerahkannya kepada pemilik HRHP, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir sambil diperhatikan Pengurus HRHP, John Primmer.
Difahamkan beliau merupakan artis Malaysia pertama selain Ella yang mempamerkan koleksi barangan peribadi mereka di HRHP di mana kebanyakan barangan lain merupakan milik selebriti dari luar negara.
Pemilihan Zainal itu amat bertepatan berdasarkan populariti dan pengalamannya sebagai penyanyi selama hampir 30 tahun selain menjadi contoh kepada masyarakat kerana terbabit dalam banyak kerja-kerja amal membabitkan alam sekitar.
Terbaru, bekas vokalis kumpulan Headwind ini juga sedang merancang untuk menubuhkan Yayasan Zainal Abidin khusus bagi membantu kanak-kanak istimewa dan juga yang terbiar tanpa mendapat penjagaan daripada ibu bapa.
"Idea untuk menubuhkan yayasan itu memang sudah lama saya rancang tetapi ia belum dapat dilaksanakan kerana saya sibuk menyanyi, menguruskan perniagaan dan tidak ada dana yang mencukupi.
"Setakat ini beberapa lokasi termasuklah di Janda Baik, Pahang dan Pulau Langkawi telah dikenal pasti. Tetapi saya fikir Janda Baik paling sesuai kerana ia dekat dengan Kuala Lumpur dan banyak kemudahan awam seperti hospital di sekelilingnya.
Kurang bernasib baik
"Saya juga akan bekerjasama dengan hampir 10 NGO (pertubuhan bukan kerajaan) bagi menjayakan hasrat murni itu bagi memastikan lebih ramai kanak-kanak kurang bernasib baik dapat dibantu melalui yayasan ini," ujarnya.
Penyanyi rock Ella juga merupakan seorang lagi artis tempatan yang berjaya menempatkan barangan-barangan peribadinya iaitu berupa sebuah gitar akustik dan seluar jeansnya bagi dipamerkan di HRHP.
Anak kelahiran Klang, Selangor ini tidak menafikan, dia turut berasa teruja dan bangga kerana terpilih daripada sekian ramai penyanyi di negara ini untuk disenaraikan barangan peribadi mereka di hotel terkemuka itu.
"Memang Ella rasa bangga kerana dapat menyumbang dan mempamerkan gitar kapok dan jeans jenama Levi's milik Ella itu kepada Hard Rock Hotel Penang. Walaupun Ella sayangkan barangan itu, tetapi ia lebih bermakna kalau dipamerkan.
"Ini kerana gitar itu Ella beli 10 tahun lalu dan ia masih dalam keadaan yang elok. Biarpun harganya tidaklah mahal, tetapi sentimental valuenya amat besar buat diri Ella. Jeans itu pula Ella beli di San Francisco, Amerika Syarikat.
"Dengan adanya barangan peribadi Ella itu, para peminat dan pengunjung akan dapat melihatnya secara lebih dekat. Secara tidak langsung ia mungkin akan mengingatkan para peminat pada Ella di situ untuk selama-lamanya," katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar HRHP, John Primmer berkata, Zainal Abidin dan Ella merupakan artis tempatan pertama yang dipilih bagi menyumbangkan barangan peribadi mereka untuk pameran serta koleksi hotel itu.
Menurut John, pemilihan dua penyanyi itu bukan setakat berdasarkan populariti yang masih diraih oleh mereka sehingga kini, tetapi juga bakat, kredibiliti dan konsep muzik yang dibawakan juga sesuai dengan imej HRHP.
"Kami di hotel ini menyokong genre muzik rock yang merupakan identiti rangkaian hotel-hotel kami yang lain di seluruh dunia. Kami mendapati Ella dan Zainal merupakan selebriti Malaysia yang sudah berada pada tahap pencapaian karier mereka tersendiri.
"Barangan-barangan yang mereka sumbangkan itu akan dipamerkan di dinding-dinding Hard Rock Hotel Penang sebagai tanda pengiktirafan kami terhadap Ella dan Zainal Abidin. Ini juga tanda sokongan kami terhadap industri muzik di Malaysia," ujarnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 12:07 pm | |
| Lirik satukan Taja, Kimi
BERKENALAN kira-kira dua tahun lalu, Kimi kini sah bergelar tunang kepada Taja.
TANGGAL 26 Jun lalu, ketua kumpulan dan pemain gitar Meet Uncle Hussain (MUH), Nik Mustaza Nik Mustapha, 30, atau Taja, melangsungkan pertunangan dengan kekasih hatinya, Nafisah Mohamat Yusof Khir.
Nafisah atau mesra disapa dengan panggilan Kimi merupakan pengurus kepada MUH, band indie yang mencapai tingkat populariti selepas menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Januari lalu.
Berlangsung di kediaman keluarga Kimi di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur, ia menjadi detik kegembiraan berganda buat Kimi apabila majlis pertunangan itu jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-26.
Menjadi suatu hadiah cukup berharga, Kimi punyai kisah tersendiri yang manis untuk dikenang sebelum dilamar sang jejaka bernama Taja sebagai tunangannya.
Kata Kimi, sejak mengenali hati budi masing-masing kira-kira dua tahun lepas, Taja sebenarnya secara senyap telah menyimpan hasrat untuk menjadikannya sebagai suri hidup.
Namun, jelasnya, hasrat itu diluahkan oleh Taja menerusi lagu-lagu yang dicipta sendiri oleh lelaki itu.
Lagu-lagu tersebut, ujar Kimi, adalah Dambaran Cinta, Gembira-Gembira, Kinilah Masanya, Hanya Khayalan dan Kau Tak Akan Keseorangan.
"Mula-mula memang saya tidak perasan. Tetapi, lama kelamaan, saya rasa lagu-lagu terbabit ada kena mengena dengan hidup saya.
"Dia (Taja) memberi saya petanda dalam senyap melalui lirik-lirik lagu. Ada juga lagu-lagu itu menyindir saya terutama lagu Dambaran Cinta.
"Lagu itu menceritakan saya yang tidak mempunyai teman lelaki,'' katanya ketika ditemui sejurus selepas jari manisnya disarung cincin pertunangan oleh bakal ibu mertuanya, Maimun Ajit.
Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh di sebelah perempuan.
Merancang mengikat pertunangan selama setahun, wang hantaran masih dibincangkan antara kedua-dua belah pihak keluarga Kimi dan Taja.
Menyambung bicara, Kimi yang manis berbaju kurung moden berwarna biru firus menjelaskan bahawa dengan lagu-lagu yang dicipta Taja, ia memperlihatkan bakal suaminya itu amat serius untuk mengenali dirinya.
"Ramai lelaki yang saya kenal dan temui, dialah yang paling okey. Walaupun baru sahaja kenal, Taja amat bersungguh-sungguh dan mengambil berat,'' katanya yang juga anak tunggal kepada pasangan Mohamat Yusof Khir dan Asmah Wyat.
Ujar Kimi, biarpun menjadi 'boss' kepada MUH, dia sehabis baik akan cuba berlaku profesional dalam membezakan antara kerjaya dan perhubungan kasih antaranya dengan Taja.
"Sebelum ini pun kami sering 'bertekak' tentang soal kerja. Masing-masing cepat naik darah. Inilah cabaran yang harus kami tempuhi. Pasti, ia akan menguji kesabaran. Tetapi, kami sendiri sudah berbincang soal ini sebelum masing-masing mengambil keputusan serius untuk hidup bersama,'' jelasnya.
Berterus-terang gunakan lagu
Bagi Taja pula, soal lamaran menerusi lagu terpaksa dilakukan kerana dia agak sukar meluahkan dengan kata-kata.
Ditanya mengenai Kimi, Taja berkata, wanita itu merupakan seorang yang cantik dan pelengkap dalam hidupnya.
"Saya adalah orang yang jenis tidak kisah tetapi Kimi cukup mengambil berat dan teliti dalam apa jua yang dilakukan.
"Oleh yang demikian, kami sering lengkap melengkapi antara satu sama lain. Hendak cerita soal kerja, memang kami selalu sangat bergaduh. Tetapi di luar lingkungan kerja, kami cukup baik,'' ujar Taja yang juga anak kelima dan satu-satunya yang masih bujang daripada enam beradik.
Taja yang tampil berbaju Melayu berkata, walau tempoh bertunang ditetapkan selama setahun, dia dan Kimi mungkin akan percepatkan pernikahan andai keadaan ekonomi mereka bertambah baik.
Siapa pengganti Lan?
Sementara itu, berbalik kepada Kimi, saat diajukan persoalan tentang pengganti vokalis MUH iaitu Lan, dia memberitahu, pengurusan label rakaman telah memberi kebenaran kepada MUH untuk mencari vokalis baru.
"Terserah kepada band. Sepatutnya mereka sudah mencari pengganti Lan. Saya cuma pengurus MUH sahaja dan urusan itu (pengganti) adalah urusan mereka,'' katanya ringkas.
Desas desus perpecahan MUH sudah lama diperkatakan gara-gara Lan didakwa sering kali menimbulkan masalah disiplin yang menyebabkan anggota kumpulan yang lain turut terkena tempiasnya.
Khabar angin lain turut mengatakan Lan sudahpun menandatangani kontrak secara solo dengan sebuah syarikat rakaman dan mengenepikan tiga lagi anggota asal MUH. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 12:09 pm | |
| Lan berpisah dengan MUH
AKSI Lan (tengah) bersama rakan-rakannya daripada Meet Uncle Hussain. "SEMBILAN tahun saya dan Meet Uncle Hussain (MUH) bersama memperjuangkan muzik kami. Persembahan ini (Konsert Generasi Baru) adalah yang terakhir saya dengan mereka. "Siapa kata saya tidak sayangkan MUH. Tetapi, ini (keluar) adalah jalan terbaik untuk saya dan MUH menyelesaikan segala masalah.'' Itu jelas Norazlan Yuslee atau Lan, bekas vokalis MUH saat memberi penjelasan kepada media mengenai perkhabaran tindakannya meninggalkan band indie popular tersebut. Ditemui pada Konsert Generasi Baru sempena Festival Muzik KL 2009 di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, malam Ahad lalu, Lan berkata, meskipun bersedih dengan apa yang berlaku, dia tetap mengharapkan agar antaranya dan MUH akan mampu menjalin kerjasama pada masa mendatang. Sementelah, Lan sudah pun mengumumkan projek terbarunya yang dinamakan Azlan & The Typewriter untuk bergiat terus dalam bidang muzik. Katanya, Azlan & The Typewriter akan diterajuinya sendirian dengan single pertama berjudul Kelibat Si Penyair bakal muncul pada penghujung bulan ini. Menurut jejaka berusia 27 tahun ini, Azlan & The Typewriter akan memfokus kepada genre muzik alternatif dan memperlihatkan perbezaannya berbanding sebelum ini. "Saya mahu cuba sesuatu yang baru. Akan ada yang menerima muzik saya nanti dan mungkin juga tidak. Walau sudah tidak bersama MUH, satu hari nanti, Azlan & The Typewriter mungkin akan meminta lagu daripada mereka. Harap kita akan bertemu nanti,'' katanya. Kemelut hubungan antara Lan dan MUH mula diperkatakan selepas MUH menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-23, Januari lalu. Dalam hal tersebut, Lan dikatakan tidak 'sekepala' dengan anggota kumpulannya iaitu Taja (bass) dan Afat (gitar). Tidak cukup dengan itu, dia didakwa sering menimbulkan masalah disiplin dan khabar angin lain turut mengatakan Lan sudahpun menandatangani kontrak secara solo dengan sebuah syarikat rakaman. Menyambung bicara, Lan menjelaskan bahawa hatinya cukup berat untuk meninggalkan MUH tetapi ia perlu dilakukan kerana masalah yang melanda antaranya dan band itu makin berpanjangan. Ditanya mengenai sikap ego dan tidak berdisiplin, Lan berkeras menafikannya. Bagi Lan, langkahnya menubuhkan Azlan & The Typewriter yang membawanya bermula dari bawah dan bertatih di persada muzik tanah air memperlihatkan betapa dia bukanlah seorang yang ego atau mementingkan diri sendiri. "MUH sudah berada di kemuncak. Saya pula kembali turun ke petak mula. Oleh itu, tidak ada sifat ego dalam diri saya. "Saya turun semula ke bawah untuk memperbaiki kesilapan lalu. Saya akan cuba untuk berubah. "Sebab itu, saya sendiri menguruskan Azlan & The Typewriter. Kalau berlaku apa-apa, yang busuk namanya pun saya sendiri dan tidak perlu kaitkan sesiapa,'' tegas Lan. Kepada soalan mengenai syarikat rakaman manakah yang bakal menjadi penaung kepada Azlan & The Typewriter, Lan berkata : "Tidak boleh beritahu sekarang. Lagipun saya diarahkan supaya jangan memberitahu mengenainya.'' Konsert Generasi BaruSementara itu, dalam persembahan terakhirnya bersama MUH di Konsert Generasi Baru, Lan mendendangkan sembilan buah lagu hits MUH. Lagu-lagu tersebut adalah La La La Kerjalah, Putihnya Lukisan, Halusinasi, Hulu Malang, Hilang, Pura-Pura, Milk In The Bottle, Pari-Pari Di Bawah Angin dan Lagu Untukmu. Beraksi bersama rakan-rakannya iaitu Taja, Afat dan Bakri, Lan sedikit pun tidak menampakkan riak-riak kekok walau tidak lagi bersama MUH. Namun, momentum rasa sedih mula terasa saat Lan yang tampil berkemeja-T putih menyanyikan lagu berjudul Lagu Untukmu dan sebelumnya menitipkan sedikit harapan agar dirinya akan dapat beraksi lagi di pentas hiburan bersama MUH. Apa kata Taja?Bertindak sebagai ketua kumpulan MUH, Nik Mustaza Nik Mustapha atau Taja yang ditemui bagi mendapatkan komen berhubung perkembangan semasa Lan berkata, ketiadaan Lan membuatkan MUH terpaksa juga bermula dari bawah. Perkara utama yang perlu diselesaikan, ujar Taja, adalah mencari vokalis baru yang semestinya perlulah punyai bakat dan kreativiti di samping disiplin yang baik. Katanya, buat masa ini, MUH masih mencari-cari vokalis yang bersesuaian dengan imej band terbabit. "Bila Lan tidak ada, MUH pasti akan kehilangan peminatnya sebab mereka sudah tahu identiti MUH serta Lan sendiri. "Untuk projek akan datang, kita akan adakan perbincangan termasuk berbincang dengan Lan. Ini kerana, ada beberapa lagu yang ada ketika ini adalah hasil karya Lan,'' jelasnya.
Last edited by sally_eiyna on Thu 09 Jul 2009, 12:11 pm; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 12:10 pm | |
| Derita cinta dua kekasih
MEMEY (kiri) dan Iqram Dinzly. BARU-BARU ini, Hits berkesempatan menyaksikan proses penggambaran drama bersiri Puteri Aurora Beradu arahan Fairuz Loy di sebuah banglo mewah di Bukit Rahman Putra, Kuang, Selangor. Bakal mengisi slot Lagenda di TV3 tidak lama lagi, ia membariskan pelakon terkenal antaranya Memey Suhaiza, Iqram Dinzly, Eizlan Yusof, Norish Karman, Rozita Che Wan, Aida Aris, Enot dan Rashidah Jaafar. Diadaptasi daripada kisah klasik Sleeping Beauty, ia merupakan gabungan kisah cinta dan dendam kesumat. Puteri Aurora Beradu juga mengupas isu tekanan hidup yang dilalui Puteri Aurora lakonan Memey dan Hakimi (Iqram Dinzly). Saling menyukai antara satu sama lain, malangnya, cinta mereka sukar diluahkan lantaran Puteri Aurora dikawal ketat oleh tiga penjaganya di rumah. Bercakap mengenai Puteri Aurora Beradu, Iqram dan Memey yang ditemui di lokasi penggambaran berkongsi cerita mengenai karakter masing-masing. Tidak hanya lakonan semata-mata, kedua-dua mereka juga tidak lokek bercerita mengenai perkembangan karier serta kehidupan peribadi sendiri. Iqram pernah putus asa Jejaka bernama Muhammad Iqram Dinzly atau popular dipanggil Iqram Dinzly ini diakui berbakat besar dalam bidang lakonan serta dilihat mampu menggantikan pelakon-pelakon senior ternama tanah air. Laku membintangi banyak drama serta beberapa buah filem, rezekinya sebagai pelakon tidak pernah putus. Biarpun sering menjadi pilihan penerbit drama dan filem, Iqram juga tidak terlepas daripada menerima tempias fitnah dan serangan peribadi terhadap perwatakannya. "Dua kali saya pernah menghadapi situasi di mana saya tidak mahu lagi berlakon. Macam-macam yang diperkata orang mebgenai saya. Saya sendiri tidak faham apa salah saya pada mereka," katanya dalam nada kecewa. Jelas Iqram, sampai ke satu tahap, tertekan dengan apa yang berlaku, dia akan pulang ke kampung halamannya di Ipoh dan berkongsi masalah bersama keluarga. "Saya juga akan melawat kubur arwah kakak saya. Seperti berjumpa dengan arwah kakak, saya mengadu dan menangis tentang apa yang berlaku. "Selepas memikirkan mengenai dan mendapatkan sokongan mereka, saya kembali nekad untuk meneruskan lapangan seni. "Saya percaya, selagi saya tidak melakukan sebarang kesalahan, Allah pasti memberkati kehidupan," ujarnya yang pernah didakwa terlalu demand dalam soal bayaran termasuk meninggi suara terhadap seorang penerbit filem kerana tidak puas hati dengan bayaran khidmatnya selaku pelakon. Kata Iqram, menghadapi apa yang telah dilaluinya, dia akan cuba untuk tidak menyimpan perasaan dendam malah menyerahkan segalanya kepada Allah. Mengenai lakonannya di dalam Puteri Aurora Beradu, Iqram menjelaskan, sebagai Hakimi, wataknya memerlukan dia bermain dengan perasaan terutama tentang cintanya terhadap Puteri Aurora. "Dalam drama ini, kami memang tidak pernah berjumpa. Bicara cinta antara Hakimi dan Puteri Aurora berlangsung dalam mimpi dan bicara hati ke hati sahaja. "Ini kerana Puteri Aurora sukar untuk didekati kerana dia dijaga oleh tiga wanita," jelasnya lagi. Isu peribadi Memey Sementara itu, berlainan pula apa yang dihadapi oleh pelakon berperwatakan lembut, Memey Suhaiza yang kini berhadapan dengan tuduhan khalwat bersama pelakon Norman Hakim, tahun lalu. Sedikit sebanyak mengganggu kariernya sebagai pelakon, Memey sejujurnya mengharapkan agar semuanya selesai dengan baik. Bukan hanya terpaksa turun naik ke mahkamah, seperkara lagi yang sedikit sebanyak memberi tekanan kepada Memey adalah soal perkahwinan. Ramai yang bertanya dan menyuruh dirinya berkahwin sahaja dengan Norman agar kes itu dapat diselesaikan segera. "Ketika mula-mula didakwa di mahkamah, karier saya sedikit terganggu. Tetapi ia tidaklah teruk sangat. "Saya pernah lalui perkara yang lebih teruk daripada hal berkenaan. Ia membuatkan saya lebih bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran. "Namun saya bersyukur kerana tawaran berlakon yang saya terima tidak pernah putus. Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk berlakon,'' ujar Memey yang tidak lokek dengan senyuman. Mengenai kata-kata orang yang menyuruhnya berkahwin dengan Norman, Memey berkali-kali mengulangi kata-katanya sebelum ini bahawa ia bukanlah jalan penyelesaian dalam menutup kes terbabit. Katanya, antara dia dan Norman tidak pernah membincangkan soal perkahwinan biarpun persahabatan kedua-dua mereka cukup rapat. "Biarlah kes ini selesai dahulu. Masing-masing pun sibuk dengan kerja. Biarlah masa yang menentukan,'' tambahnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 12:13 pm | |
| Diana ada kekasih baru?
SELEPAS putus kasih dengan pelakon dan pengarah muda, Syamsul (anak kepada pengarah jutawan, Datuk Yusof Haslam), aktres jelita, Diana Danielle jarang sekali bercerita mengenai hal-hal yang melibatkan peribadinya.
Yang lebih menonjol mengenai Diana ialah kisah penglibatannya dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Penglibatan Diana dalam PLKN mendapat liputan meluas daripada media.
Baru-baru ini, ketika salah seorang teman wartawan mengadakan sesi fotografi dengan Diana, dia menyedari yang pelakon muda itu seperti sedang dilamun cinta.
Bukanlah teman Papa itu mahu menuduh, sebaliknya, dia dapat menjangka daripada bahasa tubuh Diana serta sifat Diana yang agak berbeza berbanding sebelum ini.
Cerita rakan wartawan itu, setiap kali menerima panggilan telefon, Diana akan pantas menjawabnya.
Bahkan, cara Diana berbual di telefon juga memperlihatkan dia seperti sedang leka melayan kekasih.
Rakan Papa yang matanya memang sentiasa liar juga dapat mendengar dari jauh perbualan-perbualan antara Diana dengan si pemanggil juga berbaur cinta.
Seronok pula Papa dengar cerita mengenai Diana.
Kalau sudah cantik, Diana tidak perlu menunggu lama untuk mengubat hatinya yang lara kerana ibarat dialog dalam filem Tiga Abdul.
Dalam filem itu, pelakon Sarimah Ahmad yang memegang watak Ghasidah menyindir Abdul Wahub (lakonan Allahyarham P. Ramlee) dengan kenyataan ini: "Sekali di sini petik, sepuluh yang datang tau..."
Tahniah buat Diana. Kalau boleh kongsilah dengan Papa siapa kekasih baru yang beraja di hati ya... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 12:16 pm | |
| Semangat baru Jamal
KONSERT Jamal… Kembara Seniman di Istana Budaya (IB) akan berkonsepkan teater muzikal. JIKA diselak helaian demi helaian diari hidup seniman yang satu ini, ia bisa menjadi satu naskhah yang cukup menarik untuk dizahirkan.
Masakan tidak , di atas pentas, dia adalah seorang figura yang memiliki aura, karisma serta vokal yang mampu membuatkan kita terbuai dan terlena.
Namun, di sebalik nama Jamal Abdlillah yang gah itu, tiada siapa yang mampu menebak serta menelah apa yang ditanggungnya selama 30 tahun menjadi anak seni.
Pahit, manis, suka dan duka - semuanya sudah dikecapinya dan apa yang membuatkan Jamal begitu istimewa adalah kredibilitinya yang membuatkannya mampu bertahan sehingga ke hari ini.
Biar pun dirinya sering kali diulit dengan kontroversi yang hampir memusnahkan karier seninya, tetapi vokal dan karisma yang dimilikinya itu membuatkan peminat-peminatnya terus sayang dan memberikan sokongan padu kepadanya.
Ya, 30 tahun bukan satu tempoh yang singkat dan pastinya anak seni sepertinya telah melalui perjalan seni yang jalannya bersimpang-siur.
Kerana itu jugalah, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali mengambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah konsert yang bakal menceritakan perjalanan seninya selama tiga dekad menjadi seorang penghibur sejak bergelar juara Bintang RTM 1979.
Kata Jamal, konsert Jamal…Kembara Seniman yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) selama lima malam berturut-turut bermula pada 5 Ogos depan bukanlah sembarangan konsert.
Sebaliknya, ia adalah sebuah konsert yang berkonsepkan teater muzikal yang bakal diarahkan oleh pelakon dan pengarah berkaliber, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy di samping Jamal sendiri sebagai pengarah persembahan.
Terbahagi kepada dua segmen yang memperlihatkan set pertama akan menonjolkan kepada jalan cerita perjalanan hidup Jamal yang kemudiannya akan dipanjangkan pula menerusi set kedua yang akan menyaksikan Jamal mempersembahkan rangkaian lagu-lagu popularnya.
Bukan itu sahaja, apa yang membanggakan dirinya adalah apabila konsert Jamal…Kembara Seniman itu merupakan terbitan syarikatnya sendiri iaitu Bintang Channel Sdn. Bhd., yang ditubuhkan sejak dua tahun yang lalu.
“Menariknya konsert ini kelak adalah apabila saya akan menceritakan pelbagai kisah yang selama ini tidak pernah diketahui oleh peminat-peminat saya baik dari masa sebelum, sewaktu dan selepas saya mencipta nama dalam bidang seni.
“Dari segi pemilihan lagu juga begitu. Saya akan menyanyi dan menampilkan lebih daripada 40 buah lagu secara penuh dan medley yang sebelum ini kurang mendapat perhatian untuk diselarikan dengan jalan ceritanya di samping lagu-lagu popular saya.
“Bukan apa. Saya mahu berkongsi dan mahu memberitahu mereka apa yang saya alami dan rasai di sebalik kerjaya saya sebagai seorang penghibur yang luarannya nampak indah.
“Sebaliknya, hati dan jiwa saya begitu kosong kerana tiada siapa yang menghiburkan saya. Ini semua akan saya tampilkan dalam konsert ini,” jelas Jamal ketika ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Kumpulan Utusan, Istana Budaya dan Bintang Channel yang berlangsung di IB, minggu lalu.
Sebelum ini, Jamal pernah beraksi di pentas bertaraf dunia itu selama empat malam berturut-turut menerusi konsert solonya, One Night Only With Jamal Abdillah yang telah mencatatkan kejayaan yang cukup membanggakan.
Dalam pada itu, Kumpulan Utusan telah diberi kepercayaan oleh Jamal yang memilih syarikat media itu sebagai media rasmi bagi membantu dari segi publisiti meluas sebelum dan selepas konsertnya berlangsung menerusi akhbar dan majalah terbitan syarikat itu.
Ini merupakan kali kedua Kumpulan Utusan dipilih sebagai media rasmi selepas kejayaan luar biasa Konsert Untukmu Ibu Black Dog Bone yang diadakan di IB pada bulan Mei lalu.
Dalam majlis itu, Istana Budaya diwakili Ketua Pengarahnya, Mohamed Juhari Shaarani, manakala Kumpulan Utusan diwakili oleh Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Pengarang Hiburan Utusan Malaysia, Saharudin Musthafa serta Jamal sendiri selaku Pengarah Urusan Bintang Channel.
Tambah anak kelahiran Teluk Intan, Perak ini lagi, kredibiliti dan kesungguhan Kumpulan Utusan dalam memartabatkan industri hiburan tanah air telah berjaya membuka hatinya untuk bekerjasama dengan syarikat media itu.
“Bukan itu sahaja, Kumpulan Utusan menerusi akhbar dan majalah terbitannya telah banyak membantu menaikkan nama saya sepanjang 30 tahun biarpun kedudukan saya ada naik dan turunnya.
“Lagipun, saya percaya dan yakin dengan kemampuan akhbar ini yang mampu membantu dari segi promosi untuk melancarkan lagi perjalanan konsert saya ini.
“Saya juga melihat ini sebagai rezeki kerana apabila ada pihak yang ingin membantu, tidak ada sebab bagi saya untuk menolaknya,” kata Jamal optimis.
Ujar pemilik vokal lagu Cinta Yang Terbiar dan Kekasih Awal dan Akhir itu lagi, dia juga sudah menjalani pemeriksaan kesihatan lengkap.
Apa yang menggembirakan dan membuatnya bersyukur saat keputusan perubatannya telah membuktikan dia bebas daripada sebarang penyakit berbahaya termasuk HIV.
Malah, sekarang ini juga dia sudah mula berjoging sekurang-kurangnya untuk satu kilometer setiap hari di sekitar Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) yang juga merupakan kediamannya kini sebagai langkah awal persiapan untuk konsertnya itu.
Mengenai pemilihan Ogy sebagai pengarah teater, jelas Jamal, saat dia menawarkan kepada Ogy tanpa berfikir panjang beliau bersetuju tetapi teater itu tidak akan ada adegan yang melibatkan mereka berdua.
Selain itu juga, Jamal turut menjelaskan, dia akan menyelitkan klip video temuramah bersama beberapa orang tokoh negara.
Jamal sememangnya mengharapkan produksi sulungnya ini akan mendapat sambutan serta menerima respons yang baik daripada penonton dan peminatnya.
Malah, dikhabarkan juga tiket-tiket kini mula menunjukkan penjualan yang cukup memberangsangkan.
Apatah lagi, Jamal sendiri mengakui bahawa dia mengeluarkan wang simpanannya sendiri untuk membiayai kos keseluruhan projek ini yang dianggarkan lebih daripada RM200,000.
Sayang sekali untuk bintang ternama seperti Jamal yang seolah-olah disisihkan apabila tiada syarikat korporat yang mahu berkerjasama dari segi penajaan.
Namun, kedukaan itu sedikit sebanyak dibaluti dengan bantuan yang diberikan oleh IB dari segi teknikal dan tenaga kerja.
“Perasaan terkilan itu adalah sikit tetapi saya sedar akan kedudukan diri saya. Mungkin mereka tidak mahu mencalarkan imej mereka sendiri kalau mereka mahu menaja konsert Jamal Abdillah.
“Jujurnya, saya sendiri sudah tidak mahu dikaitkan lagi dengan dadah dan saya mahu membuang perkara itu jauh dari kotak fikiran saya.
“Untuk itu, saya mahu memberikan yang terbaik untuk konsert ini bagi membuktikan Jamal Abdillah sekarang bukan seperti yang dahulu. Saya juga mahu membuktikan kepada masyarakat bahawa orang seperti saya masih lagi diberi peluang untuk membuat perkara yang memberikan kebaikan kepada semua,” tuturnya dalam nada tenang dan maksud yang mendalam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 12:21 pm | |
| NORZIE DAN ANAK-ANAK DALAM MAJALAH ANIQAH
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 12:46 pm | |
| BIODATA MARSHA LONDOH.. Birth Name : Marsha Lea Milan Londoh Commercial Name : Marsha Londoh Date of Birth : 6th December 1985 Place of Birth : Berrien Springs, Michigan USA Hometown : Tamparuli, Sabah Ethnicity : Kadazandusun Religion : Christian (Seventh Day Adventist) Weight : 43kg Height : 5’3’’ Education : Kolej Yayasan Sabah Seventh-Day Adventist School, Tamparuli Talent : Singing, Piano, Acting, Composing Musical Background : Church choir Classical Vocal (1st Soprano) Classical Piano (Grade Influences : Jordan Hill, Jim Brickman, Krisdayanti. Interests : Music, Cats, Wildlife, Nature. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 1:33 pm | |
| (Celebrity News) Gadis "Fahrin Ahmad"?
LANGKAH Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 26, atau mesra disapa Scha dalam dunia hiburan semakin laju. Mula dikenali menerusi watak Dania dalam drama bersiri Awan Dania, dia yang petah berbicara kini mendaki kariernya sebagai pengacara dan pelakon serentak.
Memberitahu Julai ini jadual kerjanya masih padat, kata ‘gadis Fahrin Ahmad’ ini, dia sibuk menjalani penggambaran filem Libas arahan Jurey Latif, bertarung karakter dengan Rosyam Nor.
Dalam masa yang sama, dia sibuk mempromosi saluran Mustika milik Astro yang baru memulakan pakej terbaru mereka.
Ditanya tentang pengundurannya daripada mengendalikan program Sehati Sejiwa terbitan RTM, kata Scha ia bukan kerana perselisihan faham.
“Tapi selepas dua musim, saya yang minta undur diri kerana tidak mahu membebankan mereka dengan komitmen saya,” kata Scha. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 1:36 pm | |
| Gambar Adam Corrie Dan Isteri.....
Alhamdulillah Semoga Anda BErdua Bahagia Sehinga Akhir Hayat..Lama Tak tengok Corie berlakon..Ada Filem Baru ker? korang tau tak Filem atau Drama apa ?
Comel Juga Isteri dia erk... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 1:38 pm | |
| Hari Jadi Dayang di Hard Rock Cafe !
Bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-28 pada 20 Julai ini Dayang akan 'menghadiahkan' peminatnya dengan sebuah 'showcase' dinamakan Rock Bersama Dayang@Hard Rock Cafe pada 19 Julai 2009, jam 11 malam.
Zoom Comment: Dayang nak raikan Hari Jadi Kat Hard Rock tue,Sape2 peminat fanatik dayang datang la,Cuma Zoom berharap jangan la terlalu sexy sangat..Dayang Makin Lama Makin singkat Kain...Jangan Tersalah Singkat dah la dayang..apa pun Zoom Ucapkan Selamat Menyambut Hari Jadi ( wish awal ) tapi nak tau yang ke berapa ? korang tau tak ?? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 1:39 pm | |
| (Gossip) Gambar Kuna Bertudung kembali?
Ntah La Beberapa BUlan kebelakangan ni zoom banyak dapat gambar artis pakai tudung...Tapi yang pelik nyer tak lama lepas tue tudung tak der ntah hilang gi mana..mungkin tersalah letak kot..Contohnya Dato CT kiter tue...tudung atau selendang kat kepala Ntah gi mana...KOrang Comment la Awek sorang ni k |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 1:40 pm | |
| (Gossip) Jo-Anna, Adam nafi bercinta!
Betul ker Adam Af ni bercinta dengan Jo-Anna Bintang RTM ni ? terkejut juga zoom baca paper hari ni..Last2 baca punya baca adam ni ada kekasih lain Mimie (finalis MyStarz LG2).Tak per la Adam Mimie Pun cantik apa,dah ada kekasih jangan buat curang.. Ermm.. tak tahulah betul atau tidak khabar yang disampaikan tetapi kalau fikir-fikir balik Adam dan Mimie sama-sama terlibat dalam drama sulung arahan Adam yang berjudul Wira Malam: Bisikan Naga yang telah disiarkan di Astro Ria. Mungkin daripada cinta lokasi membawa sehingga ke luar set penggambaran agaknya. Zoom pun tumpang gembira sebab dua-dua pun sama padan dan berbakat besar lagi! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 1:43 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 1:45 pm | |
| Rossa Solat Istiqarah !!
Untuk menyenangkan hati, selain sibuk dengan showbiz, Rossa melakukan solat istiqarah pada masa lapang. Malah beberapa bulan kebelakangan ini, penyanyi kelahiran Sumedang, Jawa Barat ini aktif mengikuti kegiatan kerohanian yang diadakan kumpulan dinamakan pengajian Orbit.
Difahamkan, kumpulan pengajian itu kerap bertemu, termasuk di kediaman ketua mereka, Muhammadiyah Prof Dr Din Syamsuddin, untuk mengadakan pengajian dan pengkajian ayat suci Al-Quran.
Dibanding penyanyi lain, Rossa boleh dikata mewah dengan lagu cinta yang menyentuh emosi. Bermula dengan Nada-Nada Cinta, membara dengan Perawan Cinta, Terlalu Cinta, Atas Nama Cinta dan Ayat-Ayat Cinta, fitrahnya kini penyanyi yang ramah ini seperti kehausan cinta sejati.
Zoom Comment: Kalau Dah sembahyang,lebih elok kalau Rossa terus menukar penampilan menjadi seorang ibu yang soleh,Mungkin Berkat perubahan Rossa akan diterima Olehnya.Seterusnya menyelamatkan Kekusutan yang Rossa Alami..Kesian Zoom Tengok Si Rossa Ni,Ditambah lagi dengan lagu-lagu cinta yang menyentuh emosi..Huhh. Bermula dengan Nada-Nada Cinta, membara dengan Perawan Cinta, Terlalu Cinta, Atas Nama Cinta dan Ayat-Ayat Cinta, fitrahnya kini penyanyi yang ramah ini seperti kehausan cinta sejati. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 1:47 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 1:48 pm | |
| Azmir semakin yakin !! NAMA Azmir Arif mungkin masih baru di halwa telinga peminat muzik tempatan. Pun begitu, pemuda berusia 25 tahun itu sebenarnya sudah mula berlegar di atmosfera industri muzik sejak dua tahun lalu selepas berpeluang tersenarai sebagai salah seorang daripada 20 peserta terbaik rancangan realiti One In A Million musim kedua. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 1:51 pm | |
| Lima anak pembuka pintu rezeki Andy !
Andy mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda iaitu 20 tahun manakala isterinya, Nurul Shafizan Othman atau lebih mesra dengan panggilan Baby ketika itu hanya berusia 19 tahun.
Baby juga sebenarnya adalah cinta dan kekasih Andy yang telah dikenalinya sejak kecil lagi dan usia perkahwinan mereka bakal mencecah 18 tahun pada 2 November ini.
Menghabiskan masa hampir setiap masa setiap hari dan juga bersekolah di sekolah yang sama, membuatkan kedua-duanya dinasihati keluarga untuk segera berkahwin.
"Biarpun usia kami muda, tetapi kami berjaya mengharungi segala rintangan dengan baik sekali dan jujurnya, saya tidak pernah menyesal kahwin dalam usia muda.
"Isteri dan anak-anak saya merupakan kekuatan dan pendokong utama dalam kerjaya seni saya," kata Andy yang kini berusia 38 tahun itu membuka bicaranya.
Hasil daripada ikatan suci mereka itu telah dikurniakan dengan dua putera dan tiga puteri iaitu Megat Daniel Ataullah, 17; Megat Zarul Mukhriz, 15; Puteri Adlin Natasya, 12; Puteri Adlin Syafinie, 11 dan si kecil, Puteri Adlin Syafinaz, enam.
Zoom Comment : Alhamdulillah Dah nak mencecah 18tahun Usia Perkahwinan Andy,Zoom Pun baru tahu yang usia perkahwinan Andy lama ni,Tahniah Buat Diucapkan kerana menjadi seorang suami yang pandai menjaga keluarga dengan sempurna.Kepada Artis-artis diluar sana contohilah Artis Moden Seperti Andy,Jangan Berkahwin Hanya Kerana Nafsu Semata-mata Ingatlah Anak dan isteri tersayang.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 1:55 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 1:57 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 3:17 pm | |
| TERLALU SIBUK UNTUK PUNYA CAHAYA MATA DIVA Bollywood, Aishwarya Rai, dikhabarkan terlalu sibuk dengan kerjayanya sehinggakan beliau tiada masa untuk mempunyai anak. Selama ini terdapat desas-desus bahawa pelakon jelita itu sedang hamil, tetapi sejauh ini semuanya hanya khabar angin belaka. Meskipun usianya telah mencecah 35 tahun, bekas Ratu Cantik Dunia (1994) itu masih lagi menikmati kerjaya sebagai pelakon Bollywood berbanding para pelakon lain dalam industri itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 3:44 pm | |
| Maya Takut Penceraian ? Maya Pun Takut Penceraian, Yerlah Saper la tak takut dengan penceraian.Insan mana yang nak bercerai ? Apa PUn Zoom Admin Mendoakan KEbahagian Maya Dengan Husband. Semenjak beberapa tahun ni artis gemar berkahwin dengan warga luar,dan kebanyakan perkahwinan tidak seperti yang di harapkan..Harapkan Hujan emas di negeri Orang Hujan Batu Di negeri Sendiri : ntah betul ke pepatah Zoom Ni sorry la kalau salah...alah zoom kan ada kahwin jer dengan Zoom... hehehehehehe cari mat salleh tue buat perr nak badan jer...Opss terlebih sudah...tak semua mat salleh macam tue...tapi mostly |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 3:48 pm | |
| Apek nafi berstatus duda !!
Selain berdebar menunggu filem arahannya yang pertama, Shh Dia Datang ditayangkan, Apek kini sedang sibuk di lokasi filem terbarunya, 4 Madu, arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen. Kali ini, Apek memegang watak sebagai adik beradik kembar, Azrul dan Azlan yang mana kedua-duanya beristeri empat. Saya masih suami orang dan tidak pernah bercerai atau berkahwin lain. Kehidupan saya dengan anak-isteri berlangsung seperti biasa dan tidak pernah ada masalah seperti mana yang digembar-gemburkan,� tegas Saiful Apek apabila diajukan persoalan tentang status sebenarnya dirinya yang didakwa kononnya telah hidup menduda setelah berpisah dengan isterinya. Menurut pelakon komedi itu lagi, gosip mengenai rumah tangganya itu telah menjadi bahan percakap sejak setahun yang lalu. Walaupun sudah beberapa kali penjelasan yang dibuat, namun cerita tidak benar itu masih lagi disebarkan. Mungkin sebab saya ni jarang menampilkan anak-isteri di media, orang mudah membuat spekulasi. Apatah lagi dengan kesibukan kerja saya yang berkejar- ke sana-sini dan kadangkala tidak sempat pulang ke rumah. Hakikatnya, dua bulan lepas di mana ketika itu saya benar benar ada sedikit kelapangan, saya telah membawa anak isteri bercuti di Bali. Kami menghabiskan masa beberapa hari di sana. Yang itu, orang tak nak pula bercerita.. Biarpun begitu, saya tak kisah kerana apapun cakap-cakap orang di luar sana, kehidupan kami tetap berjalan seperti biasa,katanya yang kini sedang sibuk menguruskan laman webnya, www.saifulapek.com.my khas buat peminat yang mahu mengikuti perkembangan terkini tentang dirinya. Apek yang sentiasa tenang dan bersahaja dalam menjawab soalan yang diajukan ini mengharapkan agar peminatnya di luar sana tidak mudah percaya dengan cerita tidak benar yang disiarkan tentang rumahtangganya itu. Kalau betul saya bercerai, pejabat agama dah tahu dululah. Benda macam ni mana boleh di sorok-sorok. Bab-bab kahwin cerai ni jangan dibuat main, katanya dalam nada yang tegas. Selain berdebar menunggu filem arahannya yang pertama, Shhhh Dia Datang ditayangkan, Apek kini sedang sibuk di lokasi filem terbarunya, 4 Madu, arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen. Kali ini, Apek memegang watak sebagai adik beradik kembar, Azrul dan Azlan yang mana kedua-duanya beristeri empat. Di acah dengan persoalan apakah dia juga berhasrat untuk berpoligami dalam kehidupan realitinya, pelakon dan pelawak yang terkenal dengan sikap merendah dirinya ini hanya ketawa besar. Setakat ini, saya tak pernah terfikir nak berpoligami. Tak sanggup tak sanggup Cukuplah saya berpoligami dalam filem saja. Satu isteri pun dah pening nak uruskan, apatah lagi kalau ada dua-tiga, ujarnya berseloroh. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Thu 09 Jul 2009, 4:13 pm | |
| |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 9 of 11 | Go to page : 1, 2, 3 ... 8, 9, 10, 11 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |