Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - 10

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3, ... 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 3:21 pm

'Surat saman untuk Farawahida bila-bila masa'

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainp289
Julfekar


Julfekar dakwa penyanyi berbohong

KEMELUT membabitkan komposer terkenal, Julfekar Ahmad, 45, dengan penyanyi popular yang juga anak didiknya, Farawahida Razali, 24, masih belum menemui noktah perdamaian, sebaliknya semakin tenat! Pertikaian isu kontrak, soal hati, dakwaan didera, maki hamun, lari dari rumah, laporan polis berkaitan ugutan bunuh dan penyebaran gambar serta video lucah akhirnya mengheret 'soal dalam kain' kedua-dua selebriti ini sehingga pembabitan pihak polis.

Terbaru, Julfekar memberitahu dia sudah memberikan kerjasama kepada pihak polis yang menjalankan siasatan terhadap semua dakwaan yang dilemparkan kepadanya. Telefon bimbit dan komputer riba miliknya kini diserahkan kepada polis untuk meneruskan siasatan. Pertemuan bersama Julfekar Selasa lalu diselubungi suasana pilu apabila dia tidak mampu menahan air mata mengenangkan anak-anaknya yang turut berasa kecewa.

“Kalau ikutkan hati, saya sudah malas nak bercerita mengenai permasalahan kami (Julfekar dan Farawahida). Masalah ini sebenarnya perkara terlalu kecil. Sekiranya ada pihak yang datang berbincang atau prihatin dengan perkara ini, masalah tak timbul. Perkara yang kecil sudah menjadi besar sehingga boleh menjatuhkan maruah masing-masing dan membocorkan rahsia semua pihak.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainp288
Farawahida


Kenapa kita tidak menggunakan cara Islam, sebagai orang Islam kita dinasihatkan supaya berfikir, cuba toleransi dan bersabar. Orang Melayu beradab, orang berbudi, kita berbahasa. Jika timbul masalah, datanglah berbincang, apa yang tak suka, kenapa tak suka dan kita sama-sama cari jalan untuk diperbaiki. Tapi, apabila sudah sampai peringkat tidak ada ruang untuk berbincang, tak mahu berhubung selama empat bulan, macam-macam boleh terjadi!

Kami tidak ada ruang berinteraksi. Akhirnya timbul masalah seperti hari ini. Farawahida tidak faham mengenai kontrak. Dia masih lagi mengatakan bahawa kontrak pilihan selama setahun itu harus dipersetujui bersama, sedangkan sudah jelas dalam kontrak berkenaan, kontrak pilihan selama setahun itu menjadi hak automatik syarikat, tanpa surat, tanpa pemberitahuan dan tanpa kebenaran.

Kini, dia mahu mengalihkan perhatian isu sebenar dengan melemparkan pelbagai dakwaan peribadi. Segala dakwaannya, saya tidak mahu menjawab kerana sudah menjadi perhatian pihak polis. Polis juga sudah memanggil saya pada 6 Julai lalu dan saya memberikan sepenuh kerjasama dalam pertemuan yang memakan masa hampir lapan jam. Polis menjalankan tugas mengikut prosedur biasa.

Maklumat saya sudah direkodkan, selain telefon bimbit dan komputer riba saya diambil polis sebagai bahan bukti. Saya serahkan kepada polis menjalankan siasatan mereka.

Apabila berlaku perkara seumpama ini, saya tahu dia (Farawahida) sudah mengkhianati, menzalimi, menganiaya, menjatuhkan maruah dan mengaibkan saya. Lazimnya kita akan berasa marah, tapi bagi saya tidak mengapalah kerana ini mungkin satu ujian bagi saya untuk mengawal perasaan. Walaupun pada hakikatnya saya sudah diaibkan dan difitnah, saya akan menyelesaikan perkara (peribadi) ini kemudian.

Persoalan pokok ialah kontrak dan ganti rugi syarikat. Peguam akan menyerahkan surat saman kepada Farawahida pada bila-bila masa. Isu yang lain tu, saya tunggu dan lihat seperti yang disarankan peguam. Sekarang sudah timbul dua perkara, kes sivil dan dan jenayah. Selesaikan kes sivil dulu. Biarlah polis selesaikan kes jenayah. Justeru, buat masa ini saya tidak mahu membuat sebarang laporan polis berhubung dakwaan Farawahida, saya akan berbincang dengan peguam dulu.”

Anak-anak tersinggung

"Selepas pihak polis selesai merakam kenyataan saya, mereka akan memaklumkan ada kes atau sebaliknya. Saya hanya berserah. Bagi saya, segala dakwaan Farawahida terhadap saya menerusi media massa selama ini, adalah tidak betul! Dia tidak bercakap benar! Perkara ini subjektif untuk dibuktikan kebenarannya. Farawahida sudah menganiaya saya.

Apabila saya dipanggil pihak berkuasa untuk diambil keterangan, saya balik ke rumah diikuti pihak berkuasa dan apabila saya kembali ke rumah, anak-anak saya menangis. Mereka menangis kerana mereka tahu sejauh mana hubungan saya dengan Farawahida. Mereka juga tidak pernah mengganggu saya dalam perhubungan itu. Anak-anak juga ada bukti yang mereka peroleh (hubungan dengan Farawahida).

Sejurus saya diaibkan, dipanggil pihak polis, anak-anak begitu tersinggung. Mereka juga sudah menerima kenyataan, saya sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan ibu mereka. Saya dan isteri sudah berpisah. Anak-anak bertanya, kenapa ayah mereka dianiaya? Anak-anak membaca surah Yassin. Saya cukup tersentuh apabila semua anak memeluk saya (mula menitiskan air mata). Saya tahu mereka terlalu menyayangi saya (menangis).

Mereka tak sanggup melihat ayah mereka yang sudah banyak berkorban, diperlakukan seperti ini, dimalukan dan diaibkan. Saya sebak melihat pengorbanan anak-anak. Seperti saya katakan tadi, anak-anak tahu hubungan saya dan Farawahida, tapi dia tak akan mengaku seperti kenyataannya menerusi media massa sebelum ini.

Mungkin dia malu mengakui ada bekas kekasih sebelum ini, mungkin dia mahu dikenali sebagai seseorang yang bersih, suci. Ketika ini biarlah peguam dan pihak polis menjalankan tanggung jawab mereka. Kalau boleh, selepas ini saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan akhbar berhubung isu berkenaan.

'Eloklah dia henti balas kenyataan'

Bagus jugalah sekiranya pihak Farawahida berhenti daripada membuat kenyataan balas kerana ia boleh mengganggu siasatan dan prosiding pihak berkuasa. Isu peribadi ini sudah terlalu jauh menyimpang daripada soal pokok. Sebenarnya masih ada jalan penyelesaian yang baik, namun semuanya terletak di tangan Farawahida. Saya tetap meneruskan saman terhadapnya mengikut prosedur biasa.

Pihak Farawahida juga boleh berbuat sesuatu supaya keadaan ini tidak menjadi terlalu keruh. Saya sudah melepaskan hati terhadapnya, begitu juga dengan syarikat, tapi dia perlu membayar ganti rugi seperti termaktub di dalam kontrak. Cerita sudah bersimpang siur dan apabila perkara ini terjadi, kita mungkin bercerita perkara yang benar dan sebaliknya. Lebih baik kita berhenti mengaibkan orang.

Namun, dalam perkara ini saya tidak mengaibkan Farawahida. Bukan saya yang membuka cerita, saya hanya menjawab segala dakwaannya. Selama ini saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan yang memalukannya, mengaibkan dirinya dan menjatuhkan maruahnya. Walaupun ada ketikanya kami bertengkar, namun belum pernah sampai ke pengetahuan masyarakat umum. Mengasarinya juga tak pernah.

Tak perlulah kita membuka pekung di dada kerana yang malu keluarga. Kenyataan Farawahida di media massa, kebanyakannya tidak benar. Saya tak boleh cakap dia menipu kerana ada juga kenyataannya yang betul, namun dikurangkan atau dilebihkan. Selagi belum selesai kes mahkamah, Farawahida masih artis Millennium Art Sdn Bhd, itu yang pasti. Segala urusan kerjaya atau show, harus menerusi syarikat saya."
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 3:23 pm


Faizal Tahir akui gaduh dengan isteri, bukan cerai

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainp290
Faizal dan Siti Raihanim pasangan bahagia.


MACAM-MACAM gosip artis sejak kebelakangan ini boleh membuatkan nafas kita sesak. Terbaru, ada laporan akhbar menyebut pengacara dan penyanyi, Faizal Tahir dan isterinya, Siti Raihanim Noran kini berdepan masalah rumah tangga!

Khabarnya, masalah dalaman itu dipercayai sudah lama berlaku, namun tidak berjaya dileraikan sehinggalah mereka terpaksa mencari ruang untuk membawa hal rumah tangga itu ke penyelesaian di peringkat Mahkamah Syariah. Kononnya, masing-masing sedang mencari peguam supaya permasalahan itu dapat diselesaikan segera.

Faizal yang juga naib juara One In A Million (OIAM) musim pertama (2006) ketika dihubungi petang Selasa lalu, ternyata tidak melenting, malah tenang saja apabila diajukan soalan mengenai rumah tangganya yang dikatakan sedang berantakan.

"Dari mula saya masuk OIAM lagi, orang kata saya nak bercerai, tapi sekarang dah masuk tiga tahun, terbukti rumah tangga kami aman bahagia. Apabila baru-baru ini keluar lagi gosip mengatakan rumah tangga kami dilanda masalah sehingga nak bercerai berai, masuk mahkamah, saya dan isteri hanya ketawa apabila menganggap cerita seumpama ini sebagai satu lawak jenaka!

"Hakikatnya, cerita kami bercerai itu tidak betul! Ketika gosip itu tersiar baru-baru ini, kebetulan pada hari itu saya sedang membawa isteri dan anak-anak pergi makan di luar. Kami terkejut!

Sebab itu saya katakan tadi, cerita itu sekadar lawak jenaka. Namun, saya tak nafikan, sebagai suami isteri, memanglah pada suatu ketika, kami pernah bergaduh, itu adat orang berumah tangga. Tapi, tidaklah sampai nak bercerai berai!

"Rasanya ada orang dengki dengan perkahwinan kami.

Apabila terdengar atau dapat tahu saya dan isteri pernah bertengkar, mulalah orang buat cerita, kami ada masalah rumah tangga, nak bercerai dan macam-macam lagi.

Terus-terang saya katakan, rumah tangga kami aman bahagia, doakanlah supaya jodoh kami berkekalan, insya-Allah," kata Faizal yang bernikah dengan Siti Raihanim pada 23 Julai 2004.

Pasangan itu kini dikurniakan tiga cahaya mata - Ahmad Mikaeel Zidane, 4; Siti Raudhah Nur Iman, 2; dan Ahmad Rifa'ie Zidane, empat bulan.

Justeru, Zubir sentiasa mendoakan rumah tangga Faizal tidak dilanda badai seperti digembar-gemburkan sebelum ini. Biasalah, penyanyi popular seperti Faizal, pasti ada ramai peminat termasuklah peminat wanita. Pandaipandailah Faizal melayari alam rumah tangga dan memelihara hati serta kebajikan isterinya.

ZUBIR: Khabarnya aktor muda, Fizo Omar sedang hangat bercinta dengan penyanyi popular dari Indonesia.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 3:26 pm

Elyana gembira tapi takut

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainp291
TANGGAL 11 Julai bukan saja menjadi detik manis buat Erneelya Elyana Emrizal (Elyana), 22, apabila meraikan hari lahirnya yang ke-22, tetapi lebih bermakna apabila turut dilamar sebagai tunangan orang.


Popular dengan lagu Kalis Rindu, Elyana disunting jejaka pilihan hati, Khairul Anuar Hussin, 34 sebagai pasangan hidup. Ingin abadikan tarikh lahirnya pada 5 Julai untuk majlis pertunangan, tetapi kerana oleh sebab tidak dapat dielakkan ia diadakan pada 11 Julai.

Elyana mengenali Khairul Anuar yang juga pengusaha restoran makanan Jepun di Bangsar tiga tahun lalu, tetapi menyifatkan hubungan itu seakan-akan 'ada dan tidak' antara mereka sebelum ini. Bagaimanapun, ia akhirnya membawa pertunangan apabila menyedari masing-masing mempunyai keserasian selepas tiga tahun mengenali hati budi masing-masing.

Majlis pertunangan berlangsung ringkas dan sederhana, tetapi apa yang penting perasaan luhur dan ikhlas Elyana. Manis menggayakan pakaian berkonsepkan tradisional kontemporari rekaan Zery Zamry, anak kedua daripada empat beradik itu mengakui perasaannya sangat gembira dan takut bakal bergelar isteri.

Katanya, dia gembira kerana masa yang ditunggu selama ini sudah tiba dan pada waktu sama takut atas sebab karier seninya.

"Sebagai penyanyi, saya akui sentiasa sibuk dengan tuntutan kerjaya. Justeru, apa yang ditakutkan adalah tidak dapat membuat terbaik untuk pasangan saya. Insya-Allah, saya akan berusaha ke arah itu demi memastikan kebahagiaan kami bersama.

"Bagaimanapun, saya sememangnya sudah bersedia untuk melangkah ke satu fasa baru dalam hidup iaitu berkahwin kerana sangat menginginkan keluarga. Saya tidak gusar dengan keputusan dibuat ini walaupun usia agak muda untuk bergelar isteri.

"Bahkan, seperti gadis lain saya akui bukan mudah membuat keputusan untuk bertunang. Pada saya, pertunangan bukan perkara yang boleh dibuat main-main dan sekadar ambil mudah saja. Saya yakinkan diri kalau ada jodoh tidak ke mana," katanya.

Berbicara lanjut mengenai lamaran diterima, pelakon drama Renjis ini tanpa berselindung memberitahu dia pun ada melamar Khairul Anuar. Kata Elyana, perkara paling indah dalam hidupnya itu berlaku pada tahun lalu selepas menyedari sesuatu.

"Sebenarnya, Khairul Anuar sudah lama melamar saya, tetapi ketika itu saya tidak berbuat apa-apa. Bagaimanapun, apabila tahu dia benar-benar serius, saya fikir perlu buat sesuatu. Jadi, saya mengambil keputusan melamar dia sebagai teman hidup.

"Apapun, dalam soal hubungan yang dijalin sudah pasti ada pasang dan surutnya. Justeru, kenalah bersabar. Namun, lumrah manusia yang tidak nampak ia berharga apabila di depan mata, tetapi apabila semakin jauh mula sedar dan tahu benar-benar apa diinginkan.

"Oleh itu, akhir tahun lalu saya buat keputusan menerima lamaran Khairul Anuar. Sebagai individu yang serius dalam percintaan, saya melihat Khairul Anuar pun serius ke arah itu. Jadi, apabila sama-sama sudah serius mengapa perlu ditangguhkan lagi?," katanya.

Pada majlis pertunangan yang diadakan di banglo Jeumpa D'ramo', Bangsar, pihak lelaki membawa tujuh hantaran berupa coklat, set alat solek, telekung, manisan, buah strawberi, sirih junjung dan cincin serta dibalas sembilan dulang daripada Elyana iaitu manisan, buah-buahan, sejadah, kemeja, al-Quran dan rehal, set wangian, tali pinggang, coklat serta sirih junjung.

Mengenai tarikh perkahwinan dan hantaran, Elyana berkata buat masa ini ia belum ditetapkan dan masih dalam perbincangan. Katanya, bergantung pada masa dan dia juga tidak memilih tarikh khas untuk majlis perkahwinan nanti.

Menyentuh soal 'Mr Right', dengan senyuman manis Elyana mengakui Khairul Anuar adalah lelaki yang diimpikannya selama ini. Katanya, kini pertama kali dia berasakan sudah menemui pasangan sejiwa kerana Khairul Anuar penyayang, mengambil berat, menerima dirinya seadanya serta sayang kepada keluarganya.

"Disebabkan itu, saya tertarik kepadanya. Namun, kalau hendak kata kacak, dia (Khairul Anuar) tidaklah sangat. Hendak kata baik pula, tidaklah terlalu baik. Cuma, apa yang boleh dikatakan semua yang dilakukannya depan mata saya sangat disenangi.

"Malah, paling penting keluarga dia menerima saya seadanya. Bagaimanapun, untuk majlis perkahwinan nanti saya sukakan yang ringkas dan memilih bersederhana. Justeru, semua itu masih dalam perancangan dan terlalu awal rasanya jika diberitahu," katanya.

Menyingkap rahsia perkenalan mereka, Elyana berkata dia menemani seorang rakannya yang baru mendapat pekerjaan di Bangsar. Dalam perkenalan itu, Elyana menyamar sebagai Farah Erlina yang menganggur dan hanya membantu ibu menjual barangan tupperware.

"Ketika itu, terus-terang dikatakan saya tidak menyukai Khairul Anuar kerana kami sering bertelingkah dan tidak serasi. Hinggalah suatu hari, saya, rakan dan dia pergi karaoke. Hendak dijadikan cerita, rakan itu pula memilih lagu saya untuk dinyanyikan.

"Khairul Anuar tanya, sayakah gadis dalam klip video itu dan masih tidak mengaku. Sejak itu, kami mula berkawan baik dan akhirnya dia dapat tahu juga siapa saya dan mula menjauhkan diri. Mungkin, baginya artis lebih mewah dan hebat," kata Elyana.

Sementara itu, Khairul Anuar yang hadir pada sesi sidang media berkata, di sebalik kegembiraan, dia juga berdebar. Menurutnya, diharapkan semua yang dirancang berjalan lancar sehingga dia dan Elyana disatukan sebagai suami isteri.

Katanya, dia melamar Elyana tiga kali. Kali pertama kira-kira dua tahun lalu manakala kedua dan ketiga, tahun lalu. Menurut pemuda dari Pahang ini, tidak sangka ia diterima akhirnya.

"Selain tidak sangka lamaran diterima, saya terkejut dan terharu kerana kesudian Elyana. Pada saya, dia (Elyana) seorang yang ikhlas, semula jadi dan tahu apa yang diinginkannya. Elyana ini jenis orang yang suka akan kata suka dan kalau tidak, dia mengaku tidak.

"Sikapnya itulah yang saya suka dan insya-Allah, saya juga sudah bersedia menjadi tunangan dan suami kepada seorang artis. Saya sedia hadapi apa saja kerana tidak fikirkan pandangan orang sangat dan hanya memikirkan soal kami berdua," katanya.

Ditanya bagaimana dengan karier seni Elyana selepas ini, Khairul Anuar berkata dia tidak pernah menghalang tunangnya itu terus menceburi nyanyian dan lakonan. Cuma, katanya, Elyana mesti bijak membahagikan masa antara karier dan peribadi. Apapun, semoga semua perancangan dibuat berjalan lancar.

Pada hari bersejarah dalam hidupnya itu, cincin pertunangan disarungkan kakal Khairul, Razieka Hussin ke jari manis Elyana. Mereka dijangka mengikat pertunangan selama setahun sebelum diijabkabulkan.

>Profil

Nama sebenar: Erneelya Elyana Emrizal

Tarikh lahir: 5 Julai 1987

Asal: Shah Alam, Selangor

Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik

Tarikh tunang: 11 Julai 2009

Nama tunang: Khairul Anuar Hussin

Kerjaya: Penyanyi dan pelakon

Album: Satu, Segalanya, Bicara Mata Ini dan Jadi Diriku

Drama: Dunia Baru, Renjis
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 3:28 pm

Sentuhan peribadi Cat

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainp292


BERTEMAKAN ‘Persandingan dalam Taman Inggeris’, majlis resepsi pelakon Catriona Ross dan pasangannya Shaharuddin Mokhtaruddin (Shaha) yang berlangsung di Bora Ombak, Ampang, malam kelmarin disemarakkan dengan kehadiran ramai selebriti popular tanah air.

Antara selebriti yang hadir dengan pasangan masing-masing ialah penyanyi popular Asmawi Ani (Mawi), Ekin,Wardina Safiyyah, Linda Onn, AC Mizal, Emilia Rosnaida, Arni Nazira, Ako Mustapha, Mustapha Kamal, Sarah Manen Ibrahim (Susan Menon), Riezman Khuzaimi, Kartina Ayob, Nadia Mustafar, Dang Suria Zainordin dan Ad Samad.

Selain itu, Rozita Che Wan, Emelda Rosmila, Aein (kembar Ekin), Serina Redzuawan, Ady Putra, Julie Dahlan, Hanny Harmi, Norlia Ghani, Radhi Khalid, Noniswara, Mahmud Ali Basha dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan, tetamu kenamaan, bekas personaliti TV3, Datin Seri Normala Samsudin dan suami yang juga bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Azmi Khalid.

Ketika ditemui selepas majlis berakhir pada malam itu, Catriona atau nama sebenarnya, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 29, berkata, majlis resepsi itu begitu bermakna buat dirinya kerana mendapat sentuhan peribadinya sendiri.

“Majis resepsi ini adalah projek peribadi saya sendiri kerana tidak menggunakan khidmat perancang perkahwinan seperti orang lain. Persiapan untuk majlis resepsi ini bermula sejak Disember lalu.

“Saya juga sudah lama mengimpikan majlis perkahwinan seperti dalam cerita dongeng dan nampaknya impian kami berdua itu menjadi kenyataan malam ini.

“Selain itu, gaun pengantin rekaan dari Faizell Azraff ini diberi sentuhan klasik khusus untuk majlis resepsi ini supaya saya boleh simpan gaun pengantin ini untuk diwarisi anak-anak kami kelak,” katanya.

Berbanding dengan dua majlis terdahulu, Catriona berkata, majlis resepsi itu khusus untuk meraikan rakan artis dan pihak media yang tidak dapat hadir ke majlis akad nikahnya yang berlangsung di kediaman keluarganya di Kota Bharu, Kelantan pada 26 Jun lalu.

“Majlis resepi ini juga bagi mereka yang tidak ada kelapangan untuk menghadiri majlis menyambut menantu di sebelah pihak lelaki di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 7 Julai lalu yang khusus untuk meraikan keluarga dan saudara mara sebelah Shaha,” katanya.

Catriona yang sudah dua minggu bergelar isteri berkata, dia juga akan berehat seketika sehingga hujung bulan ini sebelum kembali berlakon.

“Selepas majlis resepsi ini, kami sibuk membuat persiapan berpindah ke rumah baru di Jalan Duta. Dalam tempoh terdekat, kami akan berbulan madu di Pangkor Laut Resort. Menyusul selepas itu, kami akan ke Puncak Gunung Jerai, Kedah yang ditaja Hotel Regency, Alor Star pada pertengahan Ogos nanti.

“Pada masa sama, saya masih mempertimbangkan beberapa tawaran berlakon dari pelbagai pihak. Apapun, fokus saya adalah pada pada alam rumah tangga yang baru dibina ini,” katanya.

Sementara itu, Mawi yang tampil sedondon kostum merah hati bersama Ekin berkata, dia hadir ke majlis resepsi itu

kerana memenuhi undangan Shaha yang juga penerbit dan pengarah program di saluran Astro.

“Jika nak diikutkan agenda seni saya dan Ekin padat, namun kami tetap meluangkan masa untuk menghadiri majlis resepsi ini. Maklumlah, pada majlis perkahwinan kami dulu, Shaha adalah antara ‘orang penting’ yang terbabit dalam menguruskan majlis bersejarah kami itu.

“Justeru, kehadiran saya dan Ekin pada majlis ini bukan sekadar membalas budi Shaha dalam merealisasikan majlis perkahwinan kami dulu, malah untuk sama-sama berkongsi kebahagiaan yang dikecapi mereka pada malam ini.

“Sebagai pasangan artis kami juga sama-sama berdoa semoga kebahagiaan yang dikecapi pasangan sama padan ini berkekalan. Jika saya mengenali Shaha, Ekin pula lebih mengenali Cat sebagai rakan artis.

“Saya juga tidak membuat persembahan pada malam ini kerana Shaha mengundang kami sebagai tetamu untuk memeriahkan hari bahagia mereka,” katanya.

Arni yang anggun bertudung dan ditemani suami, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar pula berkata, dia juga tidak ingin melepaskan peluang menghadiri majlis resepsi Catriona pada malam itu.

“Sebenarnya, Cat turut mengundang saya dan suami untuk menghadiri majlis pernikahannya di Kota Bharu tetapi kami tidak ada kelapangan ketika itu. Maklumlah, buat masa ini, saya dan suami berulang alik dari Shah Alam ke Terengganu kerana urusan perniagaan. Justeru, kami memutuskan untuk menghadiri majlis resepsi Cat di Bora Ombak bersama rakan artis lain malam ini.

“Saya juga mengenali Cat ketika kami sama-sama terbabit dalam penggambaran drama Bonda yang juga drama terakhir lakonan saya sebelum berkahwin buat kali kedua ini. Sebagai rakan, saya dan suami mendoakan perkahwinan Cat dan Shaha kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 12:03 pm

'Tanyalah Fizz sendiri' - Almy

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Hi_01_13


TIDAK semena-mena, pendatang baru dalam dunia lakonan tanah air, Almy Nadia bikin kecoh beberapa minggu lalu.

Terdengar keluh-kesah empunya diri yang mendakwa sengsara akibat terkena buatan orang. Bukan itu sahaja, Almy turut dikatakan berpatah arang dengan teman lelakinya yang juga seorang pelakon berbakat besar, Fizz Fairuz.

Semua perkara yang kurang enak didengari oleh telinga itu terjadi kepada Almy. Dalam sekelip mata namanya dilagukan di sana-sini oleh masyarakat di luar sana termasuk beberapa teman artis yang bertanyakan kesahihan perkara sama.

Ada juga suara-suara nakal yang mendakwa isu gadis berusia 23 tahun itu dibuat orang secara halus sebenarnya cerita lama yang semakin dilupakan oleh peminat. Boleh dikatakan sudah basi jugalah cerita tersebut.

Paling dahsyat apabila ada yang berkata Almy sebenarnya mereka-reka cerita dia terkena buatan orang dan memperbesar-besarkan perihal tersebut kerana mempunyai agenda tertentu.

Kononnya Almy sengaja mahu meraih populariti sekali gus menempatkan dirinya dalam hierarki tertentu di gelanggang seni ditambah Fizz sudah mendaki setangga ke setangga dalam bidang sama. Sebagai individu paling rapat dengan lelaki itu, barangkali ada cemburu di hati Almy.

Pelbagai tuduhan negatif dilemparkan terhadap pelakon yang masih hijau dalam dunia hiburan itu.

Almy yang ditemui di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini sekadar menggelengkan kepala tanda terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang menabur pelbagai fitnah kepada dirinya yang tidak bersalah itu.

Dia kemudiannya terus beristigfar tatkala mendengar cerita tentang dia yang dikatakan sengaja mengada-ngadakan isu dirinya yang terkena buatan orang itu.

"Kalau ada yang kata saya kena buatan orang tidak betul, anda cubalah bertanya kepada Fizz sendiri tentang perkara ini
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 12:05 pm

Fizz enggan peduli

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Hi_01_14

Selain kisah terkena buatan orang, Almy tidak terkecuali dihambat gosip putus cinta dengan Fizz sejak sebulan lalu.

Beritahu Almy, dia turut terkejut kerana cerita ini disiarkan oleh media cetak dalam tempoh tiga minggu berturut-turut sekali gus seolah-olah mengiyakan pengkisahan tersebut.

"Saya segera menghubungi Fizz yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri di Jeddah pada waktu itu sambil memberitahu tentang gosip yang disebarkan.

"Fizz bagaimanapun enggan ambil pusing tentang cerita ini dan menganggap ia terlalu remeh-temeh untuk difikirkan.

"Baginya kisah percintaan kami hanya saya dan dia saja yang tahu manakala orang luar boleh bercakap apa jua yang mereka suka.

"Dia cakap dengan saya agar bersabar dan bijak berdepan dengan gosip yang menjadi permainan dalam dunia seni. Jangan terlalu menggelabah atau kelam-kabut jika ditanya pihak media.

"Fizz sudah sembilan tahun bergelumang dalam dunia glamor ini. Bahkan dia sudah punya banyak pengalaman sebelum ini.

"Oleh itu saya sekadar ikut pesanan Fizz bagi mengelakkan perkara ini menjadi lebih teruk," tutur Almy.


BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Hi_01_15

Meneruskan bicara, Almy mengatakan bahawa perhubungan yang terjalin selama empat tahun dengan Fizz masih berada dalam kondisi baik-baik belaka.

"Cuma kami tidaklah menunjukkan kemesraan di tempat awam atau berdua sepanjang masa bagi menghadiri mana-mana majlis yang berkait rapat dengan industri sendiri.

"Masing-masing sibuk dengan komitmen kerja sendiri. Ada waktunya saya akan muncul dalam satu-satu acara bersendirian kalau Fizz tidak lapang. Begitu juga dengan Fizz.

"Barangkali orang tersalah anggap dengan keadaan ini setelah melihat kami tidak berdua-duaan sejak kebelakangan ini.

"Biarpun begitu, kami masih bersama. Tidak benarlah kalau orang cakap hubungan kami sudah terputus," jawabnya bersungguh-sungguh.

Ditanya bilakah dia akan menamatkan zaman solonya dengan Fizz, Almy pantas memberitahu, tidak molek rasanya kalau dia sendiri yang menjaja kisah untuk mendirikan rumah tangga.

"Kena tanya Fizz sendiri sebab saya wanita. Saya tidak boleh cakap sesuka hati tentang sesuatu perkara yang belum pasti terutama melibatkan perkahwinan.

"Melainkan kalau si dia sudah ajak kahwin, barulah saya berani buka mulut menerangkan lebih lanjut soal kahwin kepada orang lain.

"Kalau ditanya tentang persediaan untuk bergelar isteri kelak, saya akui sudah bersedia," jawab Almy yang baru menamatkan penggambaran filem berjudul Empat Madu di bawah arahan Profesor Madya A. Razak Mohaideen.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 12:08 pm

Dafi raih peluang


BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Hi_02_13

DEBARAN Anugerah Planet Muzik 2009 (APM'09) yang akan berlangsung di Jakarta semakin panas dengan persoalan siapakah yang mungkin merangkul trofi terbanyak. Tidak kurang juga yang bakal mengadakan persembahan, perasaan gelisah turut terasa lebih-lebih lagi barisan penyanyi yang mewakili Malaysia seperti Aizat, Stacy, Dafi, Ayu, Hujan, Reshmonu dan Datuk Siti Nurhaliza.

Namun, di sebalik senarai nama penyanyi tempatan yang bakal mengadakan persembahan, ada yang mendakwa Dafi sebenarnya kurang sesuai atau belum bersedia untuk mengadakan persembahan pada majlis anugerah berprestij itu yang bakal disiarkan di Astro menerusi saluran Astro Ria (104) itu.

Malah, vokal Dafi turut dipertikaikan kerana dia dianggap masih baru dan banyak yang perlu diperbaiki sebelum menjejakkan kaki ke pentas APM.

Mengakui tentang kelemahan diri, Dafi menerima kritikan itu dengan positif. Pemergiannya ke pentas APM enggan dipersia-siakan, sebaliknya bekas pelajar Akademi Fantasia 5 (AF5) itu mahu memberikan yang terbaik pada malam itu.

"Sebenarnya sejak saya keluar AF lagi orang sudah persoalkan bakat saya dan saya ambilnya sebagai kritikan positif.

"Saya gembira sebab setiap hari saya akan memastikan mutu vokal saya lebih baik daripada hari sebelumnya.

"Memang ada juga yang mempertikaikan saya bila dapat tahu saya bakal membuat persembahan pada malam APM itu nanti. Bila saya diberi peluang untuk menyanyi di pentas APM, takkan saya nak menolak?

"Walaupun tidak tercalon dalam mana-mana kategori, ini satu peluang besar untuk saya memandangkan album saya bakal dipromosikan di sana (Jakarta).

"Bagaimanapun saya akan buat yang terbaik pada persembahan saya nanti dan tidak akan memalukan negara kita," katanya yang akan membawakan lagu Bila Terasa Rindu.

Tambah Dafi, dia sering berlatih menyanyi bagi memantapkan lagi persembahannya nanti
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 1:58 pm

Arni hamil dua bulan, mahu berehat dari industri seni

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 01321114
Arni bersama suaminya, Wan Mohd. Hazrie Wan Mokhtar ketika majlis resepsi perkahwinan Catriona Ross dan Shaharuddin Mokhtaruddin. -foto The Star oleh AZHAR MAHFOF


MELIHAT susuk tubuh aktres dan penyanyi Arni Nazira Anuar, 31, nampak semakin 'berisi' dan berseri-seri ditambah pula dengan kehamilannya yang kini mencecah usia dua bulan.

Arni hamil selepas lebih tiga bulan mendirikan rumah tangga dengan Wan Mohd. Hazrie Wan Mokhtar, 32.

Disebabkan faktor hamil dan masih baru membina keluarga bersama suaminya itu, Arni berkata dia telah membuat keputusan menutup buku buat sementara waktu untuk aktif dalam industri seni hiburan tempatan.

“Kini saya sedang hamil dua bulan dan menjalankan kehidupan sepenuhnya bersama keluarga seperti biasa.

“Sebenarnya, buat masa sekarang saya baru nak mulakan kehidupan sebagai seorang isteri selepas hampir tiga tahun bersendiri.

“Lagipun saya fikir hendak menyanyi dan berlakon perlukan banyak komitmen di luar.

“Tawaran berlakon tu memang ada tetapi saya terpaksa tolak dahulu. Nak berehat untuk selama-lamanya tu tak pasti lagi sebab selepas bersalin saya akan ada ‘baby’ dan sekarang pula saya akan menumpukan pada kandungan pula.

“Jadi, selepas anak dah besar sikit mungkin saya akan fikirkan semula sama ada betul-betul hendak berehat terus atau bagaimana bergantung kepada keadaan.

“Ikutkan, suami saya lagi suka saya menjadi suri rumah namun dia juga tidak menghalang saya untuk berlakon. Sejak berkahwin lagi saya sudah fikir untuk berehat,” kata Arni yang buat pertama kalinya tampil di majlis resepsi ketiga perkahwinan sahabatnya, aktres Catriona Ross dengan Shaharuddin Mokhtaruddin.

Dia dan Cat pernah bergandingan sekali menerusi drama ‘Bonda’ yang telah disiarkan di TV9.

Walaupun merindui kerjaya seninya, Arni bercerita dia gemar melepaskan gian menyanyi dengan berkaraoke di rumah.

“Selain rindu hendak menyanyi, saya juga rindu juga untuk berlakon tetapi biarlah dulu,” ujarnya yang kali terakhir berlakon melalui drama ‘Bonda’.

Merungkai tentang perkahwinannya sekarang, Arni berkata hidupnya lebih bermakna ditambah pula harapannya agar semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa kekhilafan lagi.

“Hidup saya lebih bermakna sekarang disebabkan saya banyak mempelajari dari pengalaman lalu. Jadi, saya harap perkahwinan kali kedua ini berada dalam keadaan baik.

“Walaupun dah lama bersendiri, tetapi saya rasa tidaklah terlalu kekok untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri.

“Sekarang, saya lebih suka berehat dan menumpukan kehidupan bersama suami dan anak-anak.

“Anak-anak akan datang berjumpa saya pada setiap hujung minggu dan selebihnya mereka akan bersama ayahnya,” kata Arni yang mengidam bayi lelaki pula selepas ini memandangkan dia sudah mempunyai dua orang puteri.

Mereka adalah Puteri Aleeya Antasha Ahmad Azhar, 9 dan Puteri Aleefa Antasha, 3, iaitu anak hasil perkongsian hidupnya dengan ‘rockers’ dan pelakon Awie.

Menurut Arni, selain daripada menguruskan hal ehwal rumah tangganya, dia turut menjalankan bisnes secara kecil-kecilan.

“Saya menjual tudung dan beg tangan secara kecil-kecilan sejak tahun 2001. Saya juga menjadi model tudung yang diasaskan oleh produk kecantikan, ‘Glowbeau’,” ujar Arni yang kelihatan cantik dan ayu bertudung litup.

Arni pernah berkata dia berpenampilan baru dengan mengenakan tudung sejak awal tahun 2008 bagi memenuhi tuntutan agama ke atas setiap wanita Islam.

Bercerita mengenai kandungannya, Arni bersyukur kerana dia tidak mempunyai apa-apa alahan.

“Saya rasa mengandung kali ini tiada beza dengan sebelum ini. Alhamdulillah, saya juga tidak mengalami alahan dan masalah lain,” beritahunya yang selalu berulang-alik dari Kuala Terengganu ke Shah Alam mengikut suaminya yang juga seorang ahli perniagaan
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 4:07 pm

Rosnah dan Suami Buat Fotografi Kahwin

Bukan menjadi rahsia lagi, perkahwinan pelakon drama sensasi, Rosnah Mat Aris, 54, bersama suaminya yang muda, Tajul Effendie Isa, 28. Tapi apa yang nak diceritakan di sini, kesungguhan pasangan ini terbang ke Jakarta, Indonesia untuk menjalani sesi fotografi gambar perkahwinan mereka. Meskipun hakikatnya, mereka sudahpun lama bernikah sejak tahun lalu lagi. Mungkin inilah yang dinamakan pasangan sehati dan sejiwa. Sama-sama setuju dan sama-sama sekepala.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Rosnah10


Dapat tahu, sesi fotografi itu dikatakan cukup istimewa apabila impian Rosnah untuk menjadi Ratu Nyai Roro Kidul atau Ratu Pantai Selatan yang cukup terkenal di Indonesia, akhirnya tercapai. Tapi ada juga yang peliknya, kenapa Rosnah mengambil masa yang terlalu lama untuk menjalani fotografi ini sedangkan mereka berdua sudah lama diijabkabulkan. Mungkin lewat honeymoon kot?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 4:08 pm

Diana Amir Layan Rokok

Apa nak jadi dengan artis sekarang nie, nak cari artis yang 100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat, memang agak susah dan sukar. Pelakon baru/iklan, Diana Amir, juga segelintir artis yang suka bersosial. Walaupun gayanya kureng menampakkan dirinya itu seorang sosial tetapi (jeng2), Diana Amir juga layan dengan benda-benda yang memang orang ramai tidak suka yakni rokok. Apatah lagi dia seorang perempuan, kaum perempuan ni mestilah dengan gaya lemah lembut dan sopan, tapi Diana Amir nampak lebih advance dalam dunia artis yang diceburinya

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Diana_11

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Diana_12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 4:10 pm

Skandal Elly Mazlein dengan Pengarah


Minggu lepas reporter terbaca komen di ruangan akhbar di Utusan mengatakan pelakon dan penyanyi Elly Mazlein bercinta dengan seorang VIP bergelar Datuk. Tut-tut dalam dua, tiga hari lepas ada seseorang berbisik di telinga reporter, Elly sebenarnya bukan bercinta dengan Datuk pun tapi orang lain. Wah... dengan siapa pula Elly? Ramai ke kekasih Elly ni agaknya ye? almaklumlah darah muda atau anak dara.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Datukm10


“Dia bercinta dengan seorang pengarah drama. Semua orang produksi dah tahu. Kalau nampak muka Elly dalam TV, tengok la syarikat mana yang ambil dia berlakon? Mesti syarikat yang dimiliki pengarah tu,” jelas orang produksi.
Khabarnya drama-drama arahan pengarah tersebut banyak disiarkan di stesen televisyen RTM. Sumber itu menjelaskan, pengarah yang dimaksudkan berumur 34 tahun dan sudah ada dua orang anak. Bila disiasat, rupa-rupanya pengarah itu sudah ada isteri. Maknanya kalau mereka jadi kahwin, si Elly akan jadi isteri nombor dualah atau dikenali sebagai madu.

Mengikut ceritanya juga, isteri pertama pengarah itu sudah dapat tahu percintaan Elly dengan suaminya. Itupun selepas si isteri “pasang kaki” nak intip dimana dia orang dating. Wow... kalau berlaku perang dunia ke-233, siapa nak jawab? Elly jawab Elly
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 4:21 pm

'Tak guna melatah'

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainp294


AWAL pembabitannya dalam bidang seni, Fouziah Gous, 26, diasak dengan pelbagai cerita panas termasuk dikatakan intim dengan seseorang yang berpengaruh dalam media penyiaran.
Puas Fouziah menepis segala tohmahan yang datang, namun apabila setiap tuduhan itu tiada disertakan dengan bukti nyata, lama-kelamaan segala cerita yang tidak berasas itu hilang begitu saja.

"Orang yang suka bercerita sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai hubungan intim dengan sesiapa. Mereka pandai berkata, tetapi sehingga sekarang tiada siapa yang nampak saya keluar dengan mana-mana VIP. Justeru supaya tidak terus makan hati, lebih baik saya mengambil sikap mendiamkan diri.

"Lagipun perkara itu tidak betul, jadi tiada gunanya saya melatah. Akhirnya orang pun berhenti bercerita mengenai saya kerana setiap apa yang diperkatakan itu tidak benar belaka.

"Orang pun dah bosan hendak 'kenakan' saya kerana selama ini mereka tidak pernah nampak saya keluar dengan mana-mana lelaki kecuali rakan baik, Iqram Dinzly. Tambahan pula sejak ada pengurus, ke mana pergi saya dengannya.

"Jika dulu hati saya selalu tidak tenang kerana banyak sangat cerita negatif, sekarang saya lebih relaks dan tawaran berlakon pun banyak. Elok tumpukan perhatian pada kerja daripada memikirkan perkara yang tidak berfaedah.

"Sekarang, segala perkara saya akan merujuk pada Amira (pengurus) dan kami bincang bersama. Alhamdulillah, tenang hati saya kerana masyarakat mula memandang bakat lakonan dan bukan lagi kisah kontroversi," katanya.

Fouziah baru saja selesai penggambaran sitkom Otai, yang dirakamkan di Taman Botani, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam untuk siaran TV9. Dia juga muncul dalam drama Si Tanggang untuk saluran baru di Astro Citra. Drama lapan episod itu kini disiarkan di saluran berkenaan.

"Sejak kecil saya suka mendengar dan membaca cerita lama yang banyak memberi pengajaran kepada kita semua. Waktu sama, risau membaca berita dalam akhbar anak sanggup menganiaya ibu bapa sendiri kerana tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia yang sangat indah ini.

"Sebanyak mana pun kesilapan orang tua kita sampai bila pun mereka tetap ibu bapa kita. Balasan Allah kepada anak derhaka itu akan datang bila-bila masa. Jika hari ini kita menderhaka kepada ibu bapa, anak kita nanti akan melakukan perkara sama kepada kita.

"Kisah dulu-dulu banyak memberi teladan untuk kita jadikan iktibar. Memang dunia semakin moden, namun jangan lupa tanggungjawab terhadap orang tua kita. Ke mana pun kita pergi tiada yang dapat menggantikan tempat mereka berdua.

"Kepada yang masih ada ibu bapa, jaga hati dan perasaan mereka kerana apabila ketiadaan mereka nanti tiada siapa yang dapat menggantikannya," katanya.

Pelakon berambut ikal ini juga baru selesai penggambaran drama Banding, Terlebih Sudah dan Berikan Aku Kasih. Ketiga-tiga drama itu untuk siaran TV2.

Terkini, Fouziah berada di lokasi drama 26 episod berjudul Lipstick. Penggambaran dibuat di Sungai Gabai, Hulu Langat. Drama arahan Rashid Sibir itu berkonsepkan komedi menyuntik elemen cinta dan kekeluargaan.

Ia turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Erra Fazira, Nasha Aziz, Aleeza Kassim, Aaron Aziz dan Syed Ali. Drama itu akan mula disiarkan di Astro Prima, pada 20 Julai ini.

Kata Fouziah, ini kali pertama dia berlakon dengan Nasha dan cukup teruja berlakon bersamanya. Dalam keterujaan itu, Fouziah juga tidak pasti penerimaan pelakon itu terhadapnya, tetapi selagi mereka tidak dipertemukan di lokasi, dia berasa cuak.

"Meskipun hati berdebar, saya gembira dapat berlakon dengan Nasha. Rupanya dia sangat baik dan tidak lokek memberikan tunjuk ajar. Kami berlakon sebagai adik-beradik dan dia banyak 'memberi' membuatkan lakonan kami nampak semula jadi. Dalam drama itu saya tiada masalah bermanja dengannya kerana kami dapat menyesuaikan diri dengan cepat.

"Nasha juga tidak kisah bergaul dengan pelakon lain, tetapi sebagai orang lama dalam bidang seni dan pernah menang anugerah Pelakon Terbaik, dia ada 'kelas' tersendiri. Di lokasi dia lebih banyak menghayati karakter.

"Pun begitu, dia tidak sombong dan bersedia bekerjasama. Bagaimanapun, sebelum itu tertanya-tanya juga macam mana hendak berlakon dengannya dan Nasha pun seolah-olah tahu gejolak hati saya. Sebab itu agaknya dia cuba menunjukkan aksi bersahaja depan saya untuk menghilangkan gemuruh di hati ini," katanya.

Katanya, dia tiada masalah bekerja dengan pelakon lain termasuk Erra. Ini kerana Fouziah pernah bergandingan dengan pelakon itu dalam filem arahan Profesor Madya A Razak Mohaidden, Sifu dan Tonga. Untuk raya puasa tahun ini, kemungkinan besar Fouziah akan kembali ke lokasi telefilem De'debab 2 iaitu sekuel De'debab satu yang disiarkan pada Aidilfitri lalu. Ia mengisahkan Fouziah menggunakan suara kakaknya untuk menjadi penyanyi terkenal sehinggalah rahsianya terbongkar pada hari pelancaran albumnya.

"Sambungan De'debab ini saya tidak tahu lagi macam mana jalan ceritanya. Julung kali saya berlakon sebagai penyanyi yang perasan bagus dan sombong padahal dia menggunakan suara orang lain," katanya. Tahun ini rezeki Fouziah dalam bidang lakonan begitu murah apabila baru saja menerima tawaran pegang watak utama dalam filem seram terbitan White Merpati, berjudul Rasuk. Penggambaran filem itu dijadual selepas Aidilfitri.

"Dalam Skrip 707 saya jadi setiausaha, tetapi dalam Rasuk, saya menjadi isteri yang selalu dirasuk roh jahat. Ia masih berkisar kepada kisah hantu, tetapi kelainan filem ini hantu itu tidak muncul.

"Watak ini berat kerana ia bergantung kepada lakonan saya. Penonton akan rasa suasana seram itu menerusi aksi saya. Selepas selesai semua penggambaran drama barulah saya akan tumpukan pada filem itu supaya dapat menghayati watak itu dengan sepenuhnya. Pelakon lain dan siapa yang akan menjadi suami saya dalam filem itu, belum tahu lagi.

"Saya tiada bermasalah berlakon filem seram. Ia bukan saja sebahagian daripada kerja, tetapi saya perlukan kelainan untuk terus bertahan dalam industri. Saya sudah membawakan pelbagai watak termasuk watak komedi seperti dalam drama bersiri Anak Mami.

"Mujur peminat dapat menerima perubahan itu dan mereka memberikan galakan. Untuk berjaya dan membuka mata masyarakat terhadap bakat saya, saya mesti berani mencuba apa saja watak diberikan. Jika selamanya saya membawa watak gadis cantik atau kerja di pejabat, penonton akan bosan dan sebagai pelakon saya gagal.

"Untuk filem Rajuk ini saya tawakal kepada Allah SWT. Harap ia berjaya dan diterima penonton," katanya.

Fouziah juga baru dilantik duta barangan Alfio Rado, pengeluar beg tangan dan kasut bermutu tinggi.

"Selepas ini kalau ada penggambaran untuk majalah, akhbar, drama atau filem, tak perlu pening lagi memikirkan kasut baru kerana boleh menggayakan barangan Alfio Raldo. Alhamdulillah, tahun ini rezeki saya melimpah ruah. Tengah laku ini saya berjimat cermat untuk masa depan," katanya.

>Profil

NAMA: Nor Fouziah Mohd Gous

PANGGILAN: Fouziah Gous

TARIKH LAHIR: 11 Disember 1982

TEMPAT LAHIR: Hospital Kuala Lumpur (HKL)

USIA: 26 tahun

TINGGI: 16cm

BERAT: 48kg

STATUS: Bujang

KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik

PENDIDIKAN: Diploma Kesetiausahaan (BSC), Kolej Systematic

KERJAYA: Model dan Pelakon

DRAMA: Enigma, Demi, Sangga Saadah, Qa'naah, Cinta Medik, Impak Maksima

The Series, Otai The Series, Pencak Akhir, Anak Mami, Kain Ketat dan SpaQ

2

FILEM: Bujang Senang, Malaikat Maut, Otai, Sifu dan Tongga, Rasukan

Ablasa, Skrip 707

PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Popular (Anugerah Shine Pantene) di

ASK2007
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 4:26 pm

Cikgu Heliza kini sibuk

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainp295


JIKA dalam filem Syurga Cinta terbitan MIG Production Sdn Bhd, dia membawa watak Cikgu Syuhadah, kini lakonan itu menjadi realiti dirinya. Bermula 5 Jun lalu, bintang Akademi Fantasia 5 (AF5), Nur Heliza Helmi atau Heliza bergelar guru pelatih.

Berusia 23 tahun, gadis asal Terengganu ini ditugaskan mengajar tiga mata pelajaran iaitu Biologi, Sains dan Pendidikan Moral kepada pelajar tingkatan tiga dan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan (P), Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Heliza berkata, dia akan menjalani sesi latihan sebagai guru di sekolah itu selama tiga bulan. Malah, dalam tempoh berkenaan dia tidak boleh aktif berlakon walaupun mengakui menerima beberapa tawaran. Katanya, buat masa ini dia terlalu sibuk mengajar.

"Saya memang tidak dapat buat (berlakon), jadi lebih baik ditolak saja. Sekarang ini pun, tumpuan saya lebih kepada mengajar kerana ia bukan kerja mudah. Ia perlu buat pelbagai persediaan terutama bagi mata pelajaran Pendidikan Moral.

"Maklumlah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), saya mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi dan Kimia saja. Apabila mengadakan latihan mengajar di sekolah, saya diberi mata pelajaran Pendidikan Moral.

"Sebelum mengajar orang, saya kenalah tahu dulu. Apapun, pengalaman sebagai guru sangat menyeronokkan. Bahkan, kehadiran saya pun diterima baik pelajar dan kakitangan sekolah. Lebih menggembirakan, apabila mereka tahu saya pelakon," katanya.

Menurut Heliza lagi, di sebalik debaran menjadi guru, dia amat gembira apabila pelajarnya bukan sekadar memberi salam, tetapi turut mencium tangan. Katanya, kalau dilihat memang geli hati, namun itu adalah cara mereka (pelajar) menghormati guru.

Akui Heliza, dia tidak kekok mengajar di sekolah perempuan kerana sebelum ini belajar di Convent St Ursula, Tawau, Sabah. Justeru, semestinya Heliza mampu menyesuaikan diri berdasarkan apa yang pernah dilaluinya dulu.

"Apapun, yang memenatkan saya apabila perlu membuat formula untuk pelajar. Ternyata, ia bukan kerja senang kerana menerusi setiap formula itu, mereka akan mengingat dengan mudah. Justeru, terus terang dikatakan tidur harian saya tidak cukup.

"Setiap hari, saya hanya tidur tiga jam saja iaitu dari jam 2 hingga 5 pagi. Tidak dinafikan, masa rehat itu kurang, tetapi apa yang penting saya puas. Cuma, setakat ini saya tidak tahu sama ada terus mengajar atau menyambung pengajian lagi.

"Bukan itu saja, saya juga tidak boleh meninggalkan aktiviti seni sesuka hati. Ini kerana saya meminati seni dan bersyukur apabila filem pertama mendapat sambutan memberangsangkan. Malah, saya juga ada berlakon satu telefilem, Doa Ibu," katanya.

Membawa peranan sebagai penjual sayur, Heliza berkata telefilem itu akan menemui penonton saluran Astro pada Ramadan ini. Malah, akuinya dia turut bergandingan dengan pelakon Jehan Miskin yang mengetengahkan jalan cerita daripada seorang nakal kepada baik.

Menyentuh soal pembikinan single baru pula, kata Heliza perancangan ke arah itu memang ada. Namun, buat masa ini dia tidak boleh membuat proses rakaman lagu. Oleh itu, setakat ini katanya dia hanya dikenali menerusi Doa Dalam Lagu yang dinyanyikan dengan Mawi.

"Bagaimanapun, saya akan tetap aktif dengan seni. Namun, bergantung pada keputusan penilaian praktikal itu nanti. Jika bagus, saya mungkin akan terus belajar atau menjadi guru. Tetapi, jika sebaliknya pula saya mempunyai perancangan lain," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 4:48 pm

Daripada terbuang jadi juara

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainp297
BLACK bersama Fira dan Chaq.


Mas Idayu berjaya gilap bakat Black yang sering disisihkan dalam uji bakat kerana 'tiada rupa'

JEJAKA ini pernah 'dibuang seperti sampah' ketika menghadiri uji bakat sebuah program realiti gara-gara sikap prejudis jurinya yang melihat seseorang berdasarkan rupa paras.

Namun kelmarin, siapa sangka nasib Black atau Hanifah Md Hanafiah, 22, berubah apabila dia diangkat sebagai juara Mentor musim ketiga. Biarpun kononnya orang kita sudah pandai menilai, apa yang berlaku jelas sebaliknya apabila rupa paras masih diberi keutamaan manakala bakat diketepikan.

Mujurlah penyanyi dangdut Mas Idayu dapat mengesan keunikan jejaka berasal dari Pantai Dalam, Kuala Lumpur ini ketika menghadiri uji bakat Mentor. Mas Idayu sudah menabur budi besar yang tidak sewajarnya dilupakan jejaka ini. Ketegasan mendidik Black selama tiga bulan secara percuma, biarpun ada yang menyifatkan cara mentornya itu sebagai melampau ternyata membuahkan hasil.

Kemenangan Black dalam Mentro Musim Ke-3 juga sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap penyanyi dangdut. Jika dibandingkan Black dengan dua juara Mentor sebelum ini, Pija dan Fiq, mereka lebih beruntung kerana mendapat bimbingan di bawah penyanyi hebat yang turut bergelar legenda.

Sedangkan Black pula mendapat bimbingan seorang penyanyi dangdut yang sebelum ini tidak begitu diberi perhatian oleh masyarakat.

“Jika selepas ini orang mula membuka mata dan memberi perhatian kepada saya kerana berjaya membimbing Black, saya amat bersyukur. Bagaimanapun, saya bukanlah penyanyi yang hanya boleh menyanyikan satu genre lagu saja, saya juga seorang penyanyi serba boleh, tetapi terjebak dengan genre dangdut kerana keadaan pasaran muzik ketika itu.

“Saya boleh menyanyikan pelbagai genre lagu dan saya juga mahu Black menjadi penyanyi sebegitu. Saya akan cuba sedaya upaya tidak akan membuang bakatnya, selepas kontraknya selama setahun bersama Monkey Bone tamat, saya akan kembali bersama Black,” kata Mas Idayu.

“Dia bukan tidak pernah pergi ke tempat lain untuk mencuba nasib, tetapi orang ‘buang dia seperti sampah’ kerana program realiti berkenaan memilih rupa. Ketika dia menghadiri uji bakat Mentor, saya tanya dia kenapa datang sini. Dia jawap kerana saya mencari penyanyi yang versatil, bila saya suruh dia menyanyi, Black pilih lagu Madah Berhelah milik Ziana Zain dan dia berjaya mencuit hati saya.

“Sejak itu, saya tanam azam, saya mahu buat dia berjaya hingga bergelar juara. Sebelum ini jika orang tanya, saya tidak berani berkata sedemikian kerana takut dikatakan sombong tetapi disebabkan Black sudah berjaya malam ini, barulah saya berani mengatakannya,” kata Mas Idayu..

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainp296
Black dan Mas Idayu bersama hadiah juara Mentor musim ketiga.


Tidak ada perasaan kecil hati

BIARPUN perit dirotan setiap kali melakukan kesalahan, Black tidak pernah sekali pun menaruh dendam terhadap mentornya yang dipanggil Mummy itu. Baginya jika itu jalan terbaik yang dapat mengajarnya, jejaka ini tidak kisah kerana dia sudah mendapat peluang keemasan sedangkan sebelum ini kehadirannya untuk mewarnai dunia seni tidak dipedulikan. Malah, dia sendiri sudah biasa dengan didikan sebegitu oleh keluarganya sendiri.

“Saya tidak pernah berdendam dengan Kak Mas walaupun dia mendidik saya dengan cara yang keras. Dalam paparan yang ditunjukkan tadi saya nampak macam bengang mungkin sebab ketika itu saya terlalu penat, tetapi sebenarnya ia tiada kena-mengena dengan rotan. Rotan itu sebenarnya yang membantu saya sampai ke tahap ini dan tidak mungkin dapat melupakan saat ini sepanjang hayat.

“Peluang yang diraih ini akan digunakan sebaiknya. Saya akan buat apa yang peminat suka. Kalau boleh hendak menjadi penyanyi yang versatil kerana kita semakin ketandusan penyanyi begitu. Memang kalau diikutkan bimbang juga melihat nasib yang melanda peserta program realiti lain tetapi yakin dengan bimbingan yang betul, insya- Allah bakat saya tidak akan dipersia-siakan,” katanya yang masih lagi belum terfikir apakah yang akan dilakukan dengan wang tunai berjumlah RM100,000.

Selain wang tunai, Black turut menerima sebuah kereta Kia Spectra 5, tajaan Oriva. Sementara mentornya, Mas Idayu juga menerima wang tunai dalam jumlah yang sama. Kemenangan jejaka ini sememangnya sudah dijangka sejak awal lagi.

Bukan setakat penonton di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (Wisma MBSA) yang terpukau mendengar kelantangan vokalnya, tiga juri profesional yang mengadili persembahan iaitu Acis, Zainal Abidin dan komposer juga penyanyi dari Singapura, Sheikh Haikal turut terpesona dengan nyanyiannya yang bersahaja ketika menyanyikan lagu medley Jeritan Batinku, Jangan Kau Mimpi dan Nakal.

Keterujaan ketiga-tiga juri ini semakin jelas apabila Black berduet bersama dua penyanyi rock, Shamrin Fotograf dan Mus May menerusi lagu Di Alam Fana Cinta dan Sinar. Biarpun digandingkan bersama dua otai, Black tidak tenggelam, sebaliknya menyerlah hingga mendapat tepukan gemuruh daripada penonton termasuk juri.

Dia yang turut mendendangkan sebuah lagu baru ciptaan Uzai, Aku Rindu Sayang Kamu. Bagaimanapun, dia tidak berjaya memikat juri awam yang hanya memberinya sebanyak 14 mata.

Ajai akui kekurangan Chaq

APAKAH juri awam juga bersikap prejudis dengan hanya menilai pada paras rupa bukannya bakat apabila Chaq protege Ajai memperoleh sebanyak 19 mata, walaupun vokalnya jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan vokal Black? Sementara Fira protege Lah pula hanya memperoleh 13 mata.

Bagaimanapun, markah juri profesional dan undian SMS berpihak kepada jejaka itu. Undian SMS dikutip Black meninggalkan jauh dua lagi protege, Black berjaya mengutip sebanyak 287,000 undian. Diikuti Chaq yang hanya mengumpul 57,000 undian dan Fira pula sebanyak 42,000 undian.

Nasib ternyata berpihak kepada Chaq atau nama sebenarnya Camellus De’lelli Anam apabila dia muncul tempat kedua walaupun sepatutnya disingkirkan minggu lalu. Ramai mengatakan kelantangan Ajai membidas kembali kenyataan yang dibuat juri profesional mempengaruhi undian Chaq. Jika tidak, mungkin tidak mustahil Chaq berpeluang bergelar juara.

Ajai bagaimanapun menjelaskan, dia bukan berniat untuk bersikap kurang ajar tetapi sebagai mentor, dia mengetahui kelebihan dan kekurangan protegenya.

“Saya bukan memberikan balasan negatif, kata-kata saya tidak kasar tetapi saya tahu di mana kedudukan Chaq. Saya tak mahu penonton nampak saya bodoh memberikan lagu yang tidak sesuai untuk Chaq sedangkan saya sudah menghasilkan beratus-ratus lagu,” katanya.

Walaupun vokalnya tidak begitu memberangsangkan, anak muda dari Penampang, Sabah ini menyerlah dengan kelainan yang sentiasa ditonjolkan dalam persembahannya. Peserta berusia 20 tahun ini mendendangkan lagu Tapi Bukan Aku dan Revolusi.

Chaq turut mendendangkan lagu baru ciptaan mentornya, Penjelasan 1 per 1 dan turut berduet dengan adiknya Stacy menerusi lagu Aku Cinta Aku Rindu, Jai Ho dan Boom Boom Pow. Chaq dan Ajai masing-masing berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000.

Sementara itu, Lah Ahmad berpuas hati kerana protegenya Fira berjaya melangkah ke final meskipun hanya berjaya menduduki tempat ketiga kerana kata penyanyi itu dia tidak menyangka mereka akan melangkah sehingga sejauh ini.

Pada pertandingan akhir itu, Fira menyanyikan lagu baru Bukan Niatku ciptaan Sharon Paul dan turut berduet dengan kumpulan One Nation Emcess (ONE) menerusi lagu Hurt, Spin Me Right Around dan Don’t Stop The Music, bagaimanapun kemunculan ONE menenggelamkan persembahan Fira.

Dia yang turut mendendangkan lagu Atas Nama Cinta, Mentera Semerah Padi dan Joget Berhibur bagaimanapun tetap membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 10,000 yang turut diterima oleh mentornya Lah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 4:51 pm

Semangat tak pudar

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainp299
Farah Diana Anuar anggap perjalanannya dalam bidang seni masih panjang


DIA antara bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) yang masih bertahan mengejar cita-cita dan impian bergelar anak seni. Biar banyak cabaran yang mendatang, namun Farah atau nama sebenarnya Farah Diana Anuar, 24, terus bersemangat melayari kehidupan dalam bidang seni dan berkongsi rezeki bersama keluarga tercinta.

Masa berputar begitu cepat sekali, namun bagi Farah bagaikan baru semalam saja dia menamatkan pengajian di AF2. Bersyukur mendapat peluang berkongsi dan mengasah bakat di situ, Farah tidak menafikan ia menjadi batu loncatan terbaik untuk memasarkan diri dalam persada seni.

Katanya lagi, dia sendiri tidak menyangka boleh sampai ke tahap sekarang ini selepas lima tahun menjadi anak seni.

“Lima tahun bukanlah tempoh yang lama kerana Farah selalu menganggap diri masih dalam peringkat belajar. Masih jauh lagi perjalanan Farah kerana banyak lagi yang perlu Farah timba untuk terus memantapkan kekurangan yang ada. Farah selalu melihat perjalanan artis terdahulu dalam pelbagai aspek.

“Artis dulu melalui keperitan yang lebih teruk berbanding artis generasi baru yang mendapat peluang melalui kemunculan pertandingan nyanyian,” katanya yang ditemui di majlis Together Gather Bersama Media anjuran Suria FM baru-baru ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainp298
AKIM berduet dengan Farah pada konsert keempat Akademi Fantasia 7.


Penyanyi yang pernah dikenali dengan tagline Breep Breep ini antara artis muda yang masih tebal dengan sikap merendah diri dan mesra wartawan. Seiring dengan pertambahan usianya, gadis petah berbicara ini mula menunjukkan sisi kematangannya.

Senyuman di bibir dan gelak manjanya masih seperti sewaktu awal pembabitannya. Yang berbeza cuma saiz badannya yang mula mengecil. Secara jelasnya juga kontrak pengurusannya akan tamat Ogos depan.

Bagaimanapun, selepas penutupan operasi syarikat Maestro dan kini diambil alih Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), duta produk Power Root dan barangan kecantikan jenama Syahirah itu masih berkira-kira sama ada untuk terus berada di bawah naungan syarikat itu atau memilih jalan untuk bergerak sendiri. Gara-gara Maestro gulung tikar, album keduanya yang dipasarkan April lalu turut tersadai tanpa promosi yang sepatutnya selepas bertukar tangan ke AESB.

“Farah masih berbincang dengan AESB dan jujurnya hingga kini Farah masih berbelah bagi sama ada untuk kekal di syarikat itu atau mencari haluan sendiri. Tapi ramai juga yang mengesyorkan Farah bergerak sendiri 100 peratus. Keputusan belum muktamad lagi, Farah menunggu apa yang mampu AESB tawarkan dalam pacuan kerjaya seni ini.

“Pertunjukan pentas masih ada dan promosi produk sebagai duta masih berjalan dengan baik. Farah cuma terkilan kerana album Farah keluar beberapa hari sebelum Maestro tutup. Bayangkan apa yang dirancang untuk memastikan kelangsungan album itu terbantut begitu saja. Farah juga masih mengacarakan program Rasa Halal Orient musim keempat dan baru saja pulang dari Kemboja.

“Kalau Farah mungkin bergerak sendiri selepas ini, usaha dan komitmen Farah harus berganda. Setiap kerja yang dilakukan perlu dilaksanakan dengan bijak dan lebih berganda. Farah kena terus menjalinkan hubungan baik dengan media, stesen radio dan TV. Artis senior daripada Farah pun ramai yang bergerak sendiri dengan menerbitkan single atau album tanpa bergantung kepada syarikat rakaman,” katanya yang pernah muncul sebagai cameo di dalam filem Man Laksa.

Selain mempunyai bakat menyanyi dan mengacara, Farah juga dilihat boleh berlakon. Malah, dia pernah muncul di dalam filem, drama dan telefilem. Kali terakhir, dia muncul di kaca TV ialah menerusi telefilem berjudul Popular. Bagaimanapun, akui Farah, dia tidak berasakan bahawa dia sebenarnya dilahirkan sebagai pelakon.

“Kalau boleh Farah nak fokus dalam dunia nyanyian dan pengacaraan. Mungkin juga jiwa Farah bukan dalam bidang lakonan. Jujur cakap Farah jenis cepat bosan dan tidak gembira berada di set penggambaran yang mengambil masa yang panjang. Berlainan dengan menyanyi, kalau ada pertunjukan pentas pun, sekejap saja masanya.

“Sebelum ini pun, Prof Razak A Mohaideen ada menghubungi abah untuk menawarkan watak kepada Farah. Tetapi minat Farah semakin menipis terhadap lakonan, ia ditolak begitu saja. Farah tak mahu menyusahkan orang jadi lebih baik ia tidak diterima awal lagi. Bagaimanapun, untuk berlakon dalam projek khas seperti hari raya atau acara tertentu, Farah mungkin terima,” katanya yang tak mungkin akan berlakon sepenuh masa.

Tidak selesa berbicara soal cinta


KETIKA ditanya mengenai kisah peribadi, Farah juga seperti gadis seusianya yang tidak dapat lari daripada berdepan dengan fasa indah dalam dunia percintaan.

Kalau ada yang masih ingat, Farah pernah digosipkan bercinta dengan Adam, bagaimanapun kisah itu berkubur begitu saja tanpa kesudahan. Bahkan, Adam kini juga sudah mempunyai pengganti. Apakah Farah juga sudah menemui penggantinya?

Seboleh-bolehnya, penyanyi lagu Gembira Hidup Ini tidak mahu mengulas lanjut mengenai rasa hatinya kerana ungkapnya kurang manis jika perempuan yang berlebih-lebih bercerita. Namun selepas puas dipujuk, Farah sudi berkongsi perasaannya namun masih dibiarkan bergantung.

Kata Farah, dia ada berkawan dengan seseorang yang seusia dengannya dan lelaki itu tidak terbabit dalam dunia seni.

“Kami mula kenal sejak empat tahun lalu. Abah Farah pun kenal dia. Kalau nak kata kami betul-betul bercinta pun, semua ini pada akhirnya berbalik kepada soal hati. Kalau kami keluar pun bukan berdua, sebaliknya keluar beramai-ramai dengan adik beradik Farah.

“Kami jadi semakin rapat sejak tiga tahun lalu. Dalam hubungan ini kami hanya mengikut aliran hidup. Tipulah kalau Farah cakap tak ada hati untuk disayangi atau menyayangi orang.

“Farah sudah bersedia untuk fasa ini dan dia pun memahami Farah seadanya. Lalu, tiada paksaan dalam hubungan kami. Insya-Allah, kalau betul-betul sudah ada pengesahan dan ada perancangan ke arah berkahwin, Farah akan beritahu. Jujur cakap, soal kahwin semua adalah ketentuan-Nya. Lagipun banyak benda lagi yang perlu Farah fikirkan dan beri keutamaan,” katanya sambil tersenyum malu.

INFO: Farah AF2

Nama sebenar: Farah Diana Anuar
Nama komersial: Farah
Umur: 24 tahun
Tarikh lahir: 25 Januari 1985
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Bilangan adik-beradik: Anak ketiga daripada enam beradik
Kerjaya: Penyanyi, pelakon, pengacara dan jurucakap produk
Album: Antara Dua dan album kedua sudah berada di pasaran namun terhenti seketika gara-gara penutupan Maestro.
Drama: Akademi, Popular
Filem: Man Laksa
Pencapaian: Artis Harapan Terbaik AIM12, Hadiah Penghargaan Top 10 New Singers Prize di Festival Muzik Asia, Shanghai 2005, Artis Baru Wanita Popular ABPBH05
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 4:53 pm

Rozita 'hidup bermadu'

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainp301
TENAGA produksi dan pelakon yang terbabit memastikan kelancaran penggambaran filem 4 Madu.


Terpaksa berkongsi kasih selepas suami mahu mempunyai empat isteri

TAHUN lalu, kalau ada yang masih ingat, Prof Madya Razak Mohaideen bersama tenaga produksi dan pelakon drama Enigma pernah memilih Gold Coast, Australia sebagai lokasi penggambaran drama itu.

Tahun ini, sekali lagi, Goldcoast dipilih sebagai lokasi utama penggambaran filem terbaru arahan beliau bertajuk 4 Madu.

Bagaimanapun Goldcoast kali ini perjalanannya boleh sampai dengan hanya mengikut jalan darat dan sama sekali tidak perlu menaiki kapal terbang. Perjalanan panjang ke sana buat pertama kali dengan memakan masa hampir dua jam akhirnya sampai juga ke destinasinya.

Goldcoast kali ini bukanlah Gold Coast yang terletak di Australia. Sebaliknya, Malaysia juga mempunyai tempat menggunakan nama yang sama, namun hanya terletak di Bagan Lalang di panggil Sepang Goldcoast. Tempat itu mendapat jolokan sebagai syurga pesisir pantai antara yang terpanjang di Asia.

Sebaik tiba di sini, kelihatan beberapa pelakon yang terbabit dalam filem 4 Madu sedang mundar-mandir. Antaranya seperti Rosnah Mat Aris, Rozita Che Wan, Ayu Raudhah, Bienda, Sazzy Falak, Almy Nadia dan Marsha yang kelihatan seolah-olah kepenatan apatah lagi memulakan penggambaran sejak pagi lagi. Mereka juga antara deretan jelitawan yang memegang watak sebagai madu.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainp300
ROZITA memegang watak madu dalam filem terbaru arahan Razak.


Filem ke-30 arahan Prof Razak itu memulakan penggambaran sejak awal Jun dan memakan masa sekitar 25 hari untuk disiapkan. Filem yang dijangka tayangannya awal tahun depan membabitkan kerjasama tiga syarikat iaitu Line Clear Motion Pictures, Primeworks Studios Sdn Bhd dan Berjaya Film Production.

Memakan kos keseluruhan sebanyak RM1.5 juta termasuk promosi, filem komedi situasi ini masih menggunakan resipi yang sama pernah dipraktikkan pengarah itu dengan menawarkan watak utama kepada pelawak popular tanah air Saiful Apek. Malahan, filem ini turut dibintangi Fasha Sandha yang pernah mencipta nama dan kutipan pecah panggung di bawah pengarahan Prof Razak.

“Filem ini berkisarkan isu poligami yang memerlukan Saiful Apek memegang dua watak sebagai adik beradik tiri yang mempunyai wajah seiras bernama Azlan dan Azrul. Kalau sebut mengenai filem yang menggunakan judul madu, kita juga pernah dihidangkan dengan filem terdahulu zaman hitam putih iaitu Tiga Madu.

“Hakikatnya kalau kita menyebut soal bermadu, penonton juga dapat tahu apakah isu yang ingin dibentangkan. Demi memberi kelainan kita tekankan juga mengenai perihal wasiat membabitkan pengagihan harta sesama keluarga. Selain itu, kita juga menggunakan pendekatan seperti program Amazing Race yang memerlukan watak Azlan dan Azrul memenuhi beberapa cabaran tertentu seperti mencari calon isteri dalam tempoh tiga bulan,” katanya.

Guna pelbagai bahasa daerah

ANTARA keistimewaan filem 4 Madu ialah menggunakan dialog daripada pelbagai loghat atau bahasa daerah yang digunakan oleh penduduk negara ini.

“Dalam filem ini juga kita paparkan komedi dalam satu Malaysia terutamanya dalam aspek bahasa. Ada pelbagai dialek bahasa seperti bahasa Sabah, Kelantan, loghat Utara dan slanga Mat salih celup bercakap bahasa Melayu,” katanya yang bakal mengarahkan filem komedi berjudul Kampung England sekitar November atau Disember ini.

Ditanya mengenai pemilihan Fasha Sandha yang turut memegang watak madu, Prof Razak mempunyai alasan kukuh kenapa menawarkan watak kepadanya. Umum juga tahu pelakon itu pernah mengejutkan industri hiburan apabila mewujudkan sengketa dengan wartawan. Bagaimanapun, atas dasar masih membuka peluang, Prof Razak bersikap profesional dengan mengundangnya berlakon.

“Berdasarkan kombinasi pelakon yang kita ambil, dia (Fasha) seperti sebelum ini sesuai berlakon menggunakan loghat Utara. Apa yang saya dapat katakan, kekuatan filem ini terletak kepada Saiful Apek dan lapan pelakon wanita yang memegang watak sebagai madu. Ia tidak bergantung kepada Fasha saja.

“Berdasarkan trek rekod filem arahan saya sebelum ini yang menggunakan dia di antara tujuh hingga kelapan buah filem, kebanyakan filem itu mencatat kutipan yang tinggi,” katanya yang sedang menanti tayangan Skrip 7707 (bermula Khamis ini) dan Dua Hati Satu Jiwa (di jangka hujung tahun ).

Sementara itu, Prof Razak memberitahu dia masih mempercayai kredibiliti Saiful Apek yang masih relevan untuk menarik penonton ke pawagam berhampiran.

“Ketika menghasilkan watak Azrul dan Azlan, yang terbayang di mata saya ialah Saiful Apek. Komedi yang saya mahu tampilkan ini, saya rasa tidak ramai pelawak yang boleh melakukannya sebaik dia. Walau apa tafsiran dan persepsi orang, dia tetap akan jadi evergreen.

“Dia masih ada peminat yang tersendiri yang akan menjadi pengikut setianya untuk berpusu-pusu ke pawagam. Dia masih relevan dan kebanyakan filem yang dilakonkannya memberi kehebatan berganda kerana selalu meletup,” katanya mengakhiri bicara kami pada malam itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 4:55 pm

Macam sudah lama berkawan

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainp302
NAS-T dan Qi mahu mencipta kejayaan gemilang di persada seni.


Walaupun baru ditemukan Qi dan Nas-T tidak ambil masa lama untuk serasi

SIRI Blogger Boy menemukan dua anak muda, Qi Razali dan Nas-T buat kali pertama di lokasi. Biarpun baru saja mengenali, namun kedua-duanya dengan mudah menjalinkan persahabatan, sebagaimana watak mereka dalam siri siaran 8TV berkenaan.

Kata Qi, dia yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam lakonan tentunya risau mengenangkan rakan lakon lain yang terlebih dulu makan garam di depan kamera.

Begitupun, Nas-T tidak kedekut ilmu dan sering memperturunkan petua kepada pengacara Destinasi Bajet itu. Akhirnya, keserasian antara mereka terserlah dan Qi sendiri mengakui keseronokannya apabila digandingkan dengan Nas-T.

Keakraban persahabatan antara mereka memang jelas kelihatan. Ini memudahkan lagi sesi fotografi di Balai Berita, baru-baru ini. Ada saja gelagat kedua-duanya yang menceriakan suasana. Bagai dua peserta akhir pertandingan realiti, Qi mahupun Nas-T berpura-pura saling memberikan gaya terbaik untuk muncul juara.

Ikuti cerita dan pandangan mereka terhadap aktiviti menulis blog, populariti, kontroversi dan sebagainya.

Qi tidak selesa jadi idola

BARU kali pertama berlakon, namun Qi sudah mula dikenali apabila menganggotai kumpulan OAG, seterusnya muncul di saluran 8TV sebagai pengacara Destinasi Bajet dan Field Trip! USA. Kini, saban minggu wajah dan aksinya sebagai Budi dalam siri yang kelakar, nakal dan romantik itu pula dapat disaksikan.

Biarpun mula diminati ramai, Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, seboleh-bolehnya mengelak daripada dijadikan idola. "Lebih baiklah saya melayan mereka sebagai rakan, berbanding seorang artis dengan peminat. Kekok rasanya apabila ada yang menyatakan minat mereka pada saya,” katanya.

Ditanya apakah ada kalangan peminat yang mula bertindak berlebih-lebihan sehingga mengganggu kehidupannya, jejaka peramah ini memberitahu, dia amat bersyukur kerana pengalaman sebegitu belum berlaku.

"Belum ada yang sampai mengikut setiap jejak ke mana saja saya melangkah. Paling tidak pun, mereka meminta nombor telefon. Saya memang tidak memberikan nombor peribadi. Jika hendak berbual, saya pelawa mereka ke acara yang saya sertai. Lebih selesa rasanya dengan berbuat demikian," kata jejaka berusia 32 tahun ini.

Qi turut berkongsi kegembiraan apabila dirinya dan dua program kendaliannya turut dicalonkan ke peringkat akhir Shout Awards, yang bakal dilangsungkan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 17 Julai ini.

Selain dicalonkan sebagai pengacara TV pilihan, Destinasi Bajet musim kedua dan Field Trip! USA turut ke final bagi kategori Program TV Pilihan dan Siri TV Baru Terbaik.

"Memang gembira apabila program saya dapat ke peringkat akhir dan saya sendiri turun dicalonkan. Namun, saya tidaklah berangan-angan tinggi kerana saya begitu baru jika hendak dibandingkan dengan calon lain. Siapa yang tidak kenal Naz dan Marion?” katanya merendah diri.

Menyentuh mengenai siri lakonannya yang makin diikuti ramai, pemuda ini memberitahu, musim kedua siri terbabit berkemungkinan besar dirakam pada Ogos nanti. Selain pengacaraan TV dan majlis, Qi juga ditawarkan berlakon dalam filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd. “Terjun ke filem ini memang menakutkan. Namun, saya sendiri kenalah berani mencuba. Seperti mula-mula berlakon Blogger Boy, lakonan bagai ada yang tak kena sehinggalah episod ke lapan dan seterusnya. Sejak itu, barulah nampak peningkatan. Walaupun ada perubahan, ia tidaklah sampai ke tahap boleh mencabar Que Haidar!

"Bagi saya, Que dan Zahiril Adzim (Kami) antara pelakon muda kesukaan saya. Mereka mewakili generasi pelakon muda. Kehebatan mereka membuatkan saya terfikir untuk menambahkan lagi ilmu seni lakon, dengan menyertai teater,” katanya.

Qi yang baru saja berjinak-jinak dalam bidang nyanyian dengan menyertai kelas vokal di Sri Hartamas seterusnya berkata, dia bukankah penulis blog setia. Biarpun watak Budi mempunyai blog, pada hakikatnya dia tidak mampu memberikan komitmen terhadap blognya sendiri.

“Kemahuan menulis blog memang ada, tetapi saya akui, saya tak berkemampuan untuk mengaktifkannya. Dulu rajin memasukkan gambar setiap kali mengembara. Kini, tuntutan kerja membuatkan masa agak terbatas," katanya yang lebih senang menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Twitter untuk mengemaskini perkembangan dirinya.

Nas-T elak kontroversi di alam maya

SEBAGAIMANA Qi, Nas-T juga mengaku tidak mampu memberikan komitmen terbaik dalam bab penulisan blog. Kata pemilik nama sebenar Nas Muammar Zar ini, minatnya ketika ini bukanlah pada penulisan blog.

“Saya suka baca blog orang lain, terutama blog berkenaan filem dan muzik," ujar jejaka berusia 25 tahun ini yang sering kali menggunakan internet bagi mencari maklumat berkenaan sesuatu perkara baru pada penglihatan, pendengaran dan pengamatannya.

Mengaku Internet memberikan kebaikan serta keburukan, Nas-T seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada dijadikan bahan cerita di alam maya. Begitupun, namanya diperkatakan apabila gambarnya di sebuah parti bersama adik perempuan kepada teman wanitanya tersiar.

Nas-T bagaimanapun tidak melatah. Dia amat mengerti, foto itu diambil bersama orang yang dekat dengan dirinya dan keluarga juga turut bersama. Baginya, tiada apa yang hendak diperkatakan mengenai gambar berkenaan.

"Suka atau tidak, sesetengah daripada kita memang mudah menghukum. Mereka akan tetap bercakap walaupun penjelasan sudah diberikan. Kami golongan artis memang mendedahkan diri untuk dihukum oleh masyarakat, sama ada kami suka atau sebaliknya," ujar Nas-T.

Menurut anak muda ini, dia seorang yang tidak suka berpura-pura. Bagaimana peminat melihatnya, begitulah dirinya yang sebenar.

“Agak menakutkan apabila hampir semua kehidupan saya diketahui orang. Namun, lebih baik begitu daripada berahsia,” kata pelakon Goodbye Boys dan Kami ini.

Mengenai karier seninya, Nas-T menegaskan, dia mahu memberikan tumpuan kepada membina semula karier muziknya.

Justeru, sebaik saja menamatkan penggambaran musim pertama Blogger Boy, dia mengatur langkah menghangatkan kembali sentuhannya sebagai DJ dan dunia muzik kumpulannya, Kugiran Malaya.

"Kami dalam proses hasilkan album baru. Single yang kami rakam tidak lama dulu, Epilog Cinta, juga menarik minat Red Communications untuk digunakan sebagai lagu tema siri Blogger Boy. Kami juga berhajat mengetengahkan lagu itu di radio serta Internet sedikit masa lagi.

"Ketika yang sama, kumpulan ini turut ada projek agak besar dalam masa terdekat. Ia pencapaian sungguh baik bagi sebuah kumpulan yang belum dikenali. Keupayaan kami bermain muzik nampaknya mendapat kepercayaan sesetengah pihak untuk menyumbangkan khidmat bagi produk mereka," katanya yang enggan mendedahkan dulu projek berkenaan.

Selain Nas-T yang bertindak sebagai DJ, kumpulan itu turut dianggotai Shazmyl (penyanyi / pemain gitar) dan Sham (dram).

Pelakon yang berpengalaman lapan tahun sebagai DJ itu tidak sabar menunggu tayangan filem lakonannya, Pisau Cukur pada Oktober atau November depan. Filem arahan Bernard Chauly itu turut dibintangi Maya Karin, Fazura, Umie Aida, Khatijah Tan dan Eizlan Yusoff.

Sebelum itu, siri Katrina Kamilia, yang dilakonkan bersama Elyana dan Nabil Mentor akan disiarkan Oktober ini di saluran Astro Prima.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 4:58 pm

Dengarnya...: Scha di sisi aktor Indonesia

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Untitl93


MURAH betul rezeki pelakon muda, Scha Alyahya. Ini kerana Cik Normah dapat tahu tawaran yang kunjung tiba dalam kerjaya seninya tak henti-henti. Scha baru saja selesai menjalani penggambaran filem Libas arahan Jurey Latif Rosli dengan pelakonnya seperti Rosyam Nor dan Beego. Filem Libas itu kalau tak silap Cik Normah berkaitan permainan sepak takraw.

Baru-baru ini kumpulan Hujan menawarkan peluang kepada Scha untuk muncul dalam klip video mereka. Cik Normah kurang pasti lagu apa. Ada kemungkinan lagu baru kumpulan itu. Khabarnya, klip video itu akan menjalani penggambaran di Bandung, Indonesia.

Cik Normah dapat tahu aktor Indonesia, Fauzi Baadila yang pernah berlakon 9 Naga, Love dan Tentang Dia dilaporkan menjadi hero untuk beraksi di sisi Scha dalam klip video itu nanti. Veejay Channel (V), Nicholas Saputra pun akan membuat liputan di sebalik pembikinan klip video itu.

Namun, hingga saat ini, Cik Normah belum pasti bila Scha akan ke Bandung. Mungkin dalam masa terdekat ini kot! Cik Normah rasa projek ini mungkin seperti yang pernah dilakukan Channel (V) terhadap kumpulan Bunkface apabila ketika menghasilkan klip video lagu Bunk Anthem. Kalau bukan, mungkin juga itu adalah sebahagian daripada perancangan kumpulan Hujan sendiri.

Cik Normah juga diberitahu yang Scha akan menjadi semakin sibuk apabila ada laporan mengatakan penggambaran drama bersiri Awan Dania musim kedua bermula tidak lama lagi.

Dalam sibuk bekerja, Cik Normah tertanya-tanya, macam mana hubungan Scha dengan Fahrin:? Betul ke, sudah ada perancangan untuk ‘mendirikan masjid’? Kalau betul, Cik Normah teringin nak merasai nasi minyak Scha dan Fahrin. Jangan lupa jemput Cik Normah!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 5:03 pm

Dengarnya...: Ogy tarik diri dari Konsert Jamal?

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Untitl94


ENTAH betul entahkan tidak, cerita yang Cik Normah dengar ini. Kalau betul nampaknya mahu pening Raja Pop, Jamal Abdillah kerana tinggal berapa hari saja lagi Konsert Jamal Kembara Seniman bakal berlangsung.

Konsert solonya itu akan diadakan dari 5 hingga 9 Ogos di Istana Budaya. Maknanya tinggal beberapa minggu lagi. Cerita yang tak sedap dengar pula, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Kak Ogy, iaitu pasangannya heroinnya ketika mereka berlakon dalam filem Azura dulu nak tarik diri dari konsertnya.

Biar betul? Kak Ogy ini seorang komited. Disiplinnya cukup baik. Jadi, apabila dengar khabar Ogy nak tarik diri ini, Cik Normah macam tak percaya.

Apa tidaknya, kalau tak silap Cik Normah, pada konsert itu nanti, kak Ogy dipilih oleh abang Jamal untuk mengarahkan teater muzikal yang menyingkap kisah hidup diri penyanyi itu dari kecil hingga dewasa.

Tapi, kalau betul, boleh jadi kelam-kabut konsert abang Jamal kita ini. Kasihan juga Cik Normah kepada abang Jamal. Kalau setakat satu dua pemuzik atau penari tarik diri tak apalah juga, ini pengarah yang bertanggungjawab untuk arahkan teater muzikal pula nak angkat kaki.

Bukan calang-calang peranan kak Ogy. Cik Normah tak pasti apa puncanya kak Ogy nak tarik diri. Cik Normah ada juga cuba merisik-risik, tapi sumber Cik Normah itu pun kurang pasti sebab apa.

Takkanlah berselisih pendapat kot? Kalau betul berselisih pendapat, tentu ada cara menyelesaikannya? Biarlah diselesaikan cara baik, maklumlah masing-masing sudah lama dalam dunia seni. Kalau betul juga kak Ogy tarik diri, terpaksalah abang Jamal cari pengganti.

Tak apalah nanti Cik Normah nak suruh teman-teman risikan kepada Kak Ogy yang peramah orangnya, itu betul ke cerita ini. Harap-harap ini hanyalah spekulasi untuk menarik orang ke konsert Jamal. Lagi pun Cik Normah tahu, abang Jamal dan kak Ogy adalah kawan lama. Pastinya mahu saling membantu untuk menghasilkan persembahan terbaik.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 5:04 pm

Musim baru siri Impian bermula di TV3 malam ini

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainp303
DIANA masih kekal memegang watak Aleeya untuk musim kedua drama Impian.


MASIH ingatkah anda lagi kepada watak Aleeya, gadis manis berusia 24 tahun yang baru 18 bulan berpindah ke Malaysia?

Aleeya graduan dari Universiti Undang-Undang Melbourne, Australia adalah adik tiri Kak Ju yang mempunyai keyakinan tinggi, sangat sukakan cabaran, sentiasa berfikiran positif dan memotivasikan dirinya.

Temui semula Aleeya dalam rancangan Impian musim kedua setiap Selasa, di TV3, bermula hari ini, jam 11 malam. Siri 26 episod ini mengetengahkan isu-isu persahabatan dan kekeluargaan yang lebih menyentuh perasaan.

Siri Impian musim baru ini akan menemui penonton selama 30 minit dan diterbitkan oleh Red Communications Sdn Bhd. Siri ini juga mendapat gabungan sentuhan pengarah Shamyl Othman dan Imri Nasution untuk mengangkatnya sebagai sitkom lain daripada yang lain.

Siri ini masih mengekalkan Diana Amir sebagai pelakon utama iaitu sebagai Aleeya yang turut dibantu oleh Wardina Saffiyah memegang watak Kak Ju.

Turut membantu dalam siri ini ialah ialah Kamal Adli (Johan), Esma Daniel (Azri), Al-Hafiz (Kay), Junad (Nik), Azwan (Kechik), Liyana Hisham (Tuti), Lufyah (Lily) dan Nadiya Nisaa (Rehan).

Dalam Impian musim terbaru ini, Aleeya mempunyai impian baru iaitu untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Dengan pengalamannya dalam bidang penulisan, minatnya yang mendalam kemahiran teknologi maklumat serta pembelajarannya sebagai hos dalam program TV ‘Life Can’t Wait’, Aleeya membuat keputusan untuk membuka syarikatnya sendiri, GangofGirls TV yang menghasilkan program khas untuk internet.

Bersama dengan Kay, Aleeya menghasilkan laman web Tentukan Hidup Anda dan program Layar Leeya yang mempamerkan isu dekat di hatinya, seperti kebersihan, alam sekitar, sindiket peminta sedekah dan soal hati! Menjayakan syarikat ini hanyalah salah satu daripada cabaran Aleeya musim ini. Dia juga menghadapi pelbagai cabaran dalam aspek hubungan barunya dengan teman lelakinya, Johan.

Apabila Rehan muncul bersama Johan, Aleeya menjadi kurang selesa dengan perhubungan mereka. Lebih-lebih lagi apabila Rehan kelihatan terlalu mesra dengan Johan dan semua kawan Aleeya berpendapat bahawa Rehan berniat untuk merampas Johan dari Aleeya.

Walaupun Aleeya mencuba sedaya upaya untuk berkenalan dengan Rehan, Aleeya masih merasakan yang Johan dan Rehan merahsiakan sesuatu daripadanya. Persoalannya, bolehkan Aleeya menerima persahabatan Rehan.

Kak Ju yang kini seorang ibu kepada dua anak kembar cuba menyesuaikan diri dalam kehidupan barunya, iaitu menjaga anak di rumah, sementara Azri mengendalikan perniagaan kafe salun mereka.

Konsep kafe salun itu dicetuskan oleh Azri sebagai usaha untuk memajukan rangka mereka. Kak Ju yang hampir kehilangan semangat disebabkan situasi yang dihadapi, akhirnya berjaya menangani masalahnya apabila mendapat idea bagaimana untuk mencapai kepuasan hidup yang diingini.

Tuti, sepupu Azri yang muncul secara tiba-tiba di rumah Azri mempunyai misterinya sendiri. Tuti seorang gadis yang amat meminati bidang perekaan fesyen, namun hilang keyakinan diri dan patah semangat untuk meneruskan usahanya demi mencapai impiannya itu apabila gagal dalam satu peraduan. Bolehkah Aleeya memulihkan semangat Tuti?

Menerusi siri ini, penonton sekali lagi diberi peluang menentukan pengakhiran setiap episod. Pada setiap episod, pengakhiran jalan ceritanya sengaja dibiarkan tergantung. Terserahlah kepada penonton untuk memberi pandangan apa sepatutnya berlaku pada babak yang tergantung itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 5:07 pm

"Masa untuk berseronok sudah berlalu"

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Hi_01131


<< SELESA melakukan satu kerja dalam satu-satu masa, Fazura tidak mahu menjadi seorang yang tamak.

NAKAL, liar, mengada-ngada atau apa sahaja pandangan yang berbaur negatif sudah lama melekat pada pelakon jelita ini.

Cerita pergaduhan dengan kaum sejenis sehingga mengheretnya ke muka pengadilan menjadikan kehidupan Fazura penuh warna-warni.

Di sisi lain kehidupan aktres ini, barangkali tidak ramai yang mengetahui, jiwa wanitanya sangat kental dengan nilai-nilai kasih sayang.

Bagaimanapun, lumrah hidup sebagai anak seni, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin tidak ketinggalan melalui fasa 'kurang bernasib baik' kerana dilabel dengan pandangan kurang manis itu.

Kerana itu, Fazura yang sedang mendaki usia 26 tahun mahu membuang jauh-jauh pengalaman-pengalaman pahit.

Ikrarnya, pada usia kedewasaan itu, beliau enggan lagi menoleh ke belakang. Sebaliknya, Fazura mahu meneruskan perjalanannya tanpa diganggu oleh mereka yang cuba menjahanamkan reputasinya sekali lagi.

Atas alasan itu juga, Fazura menegaskan, dia sudah menjadi lebih matang dan semakin bijak untuk menilai baik buruk dalam membentuk keperibadiannya sebagai seorang wanita.

Sewaktu menjalani sesi fotografi bersamanya baru-baru ini, kematangan anak kelahiran Pekan, Pahang ini cukup terserlah.

Setiap butir kata-katanya cukup berisi di samping perwatakannya yang lebih feminin berbanding dulu membuktikan memang benar Fazura telah jauh berubah.

"Saya harus akui yang saya semakin tua. Kehidupan bersuka-ria yang pernah mengisi diari hidup saya dulu kini semakin hari semakin jauh saya tinggalkan. Kadang-kala ia membuatkan saya terfikir sampai bila saya mahu berseronok.

"Kini, saya lebih selesa duduk di rumah menonton televisyen, DVD, membaca serta melakukan perkara-perkara yang membuatkan saya gembira. Kalau keluar dengan kawan-kawan pun, saya hanya akan berkunjung ke kedai mamak. Itulah kehidupan saya sekarang," ujar Fazura membuka bicaranya saat diajukan tentang kehidupannya kini.

Perbualan seterusnya dialihkan pula kepada soal cinta dan perkahwinan.

Daripada bahasa tubuhnya dan kata-katanya itu, cukup menyimpul seribu satu makna bahawa dia sedang menikmati musim-musim bahagia bersama yang tersayang.

Malah tanpa selindung, Fazura yang dilahirkan pada 27 September 1983 ini memberitahu, dia sebenarnya sudah bersedia untuk menjadi isteri orang.

Kata Fazura, walaupun sudah bersedia dari segenap aspek, namun Fazura menyerahkan urusan itu kepada Yang Maha Esa.

"Kalau ditanya pada saya kini, memang saya sudah bersedia untuk berumah tangga tetapi bila, saya sendiri tidak tahu.

"Apa yang boleh saya katakan adalah hubungan yang terjalin antara saya dan dia selama tiga tahun itu menjadikan kami lebih rapat.

"Bergaduh dan kemudiannya berbaik semula selepas beberapa ketika tidak berhubung ternyata mengeratkan hubungan kami. Dia adalah kawan baik saya yang berada di samping saya pada setiap ketika saya memerlukannya," katanya rancak bercerita tetapi enggan mendedahkan lelaki bertuah yang berjaya mencuri hatinya itu.

Lalu, persoalan demi persoalan cuba diajukan padanya.

Adakah sang arjuna yang berjaya memanah hatinya merupakan seorang kerabat raja dari sebuah negeri di selatan tanah air?

Malah dalam akhbar sisipan Pancaindera menerusi ruangan pojok Kring Kring kelolaan Niezam Abdullah dua minggu lalu melaporkan ada yang ternampak Fazura membawa dua biji kek dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru semata-mata untuk buah hati yang tersayang.

Sayang sekali, dengan memberikan 'jawapan selamat', berkali-kali Fazura menegaskan, apa yang pasti lelaki yang bertakhta di hatinya bukanlah dari istana.

Sebetulnya, Fazura secara peribadi, sangat bosan bila namanya sering dikaitkan dengan kerabat seolah-olah menggambarkan dia hanya selesa berada bersama kelompok itu sahaja.

"Saya berkawan dengan semua orang tidak kira pangkat, keturunan dan latar belakang. Apa yang penting adalah keikhlasan dan kejujuran," ujarnya panjang lebar.

Fazura dari kaca mata penggemar seni tanah air disifatkan seorang artis yang bertuah kerana hadir dengan pakej yang sungguh lengkap.

Berbakat dan jelita - telah berjaya meletakkan nama Fazura sebagai bintang pelapis yang mampu menjadi seorang primadona hebat satu hari nanti.

Wanita optimistik ini memulakan kariernya sebagai seorang pengacara menerusi rancangan Teen's World yang pernah disiarkan di TV2 seawal usia 19 tahun.

Namun, filem Bicara Hati yang menyaksikannya memegang watak utama merupakan permulaan segala-galanya bagi Fazura.

Filem arahan pelakon dan pengarah veteran, Datin Rosnani Jamil itu melonjakkan namanya sebagai seorang bintang baru yang mendapat perhatian.

Apatah lagi, selepas menjulang anugerah Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia Ke-17 pada tahun 2004, nama Fazura terus berada di puncak.

Sehingga kini, dia sudah membintangi sembilan buah filem termasuk filem Pisau Cukur dan Legenda Budak Setan yang akan ditayangkan di pawagam sebelum penghujung tahun ini.

Pisau Cukur menyaksikannya berganding bahu buat kali ketiga bersama Bernard Chauly yang merupakan pengarah filem dan drama bersiri Gol & Gincu.

Bukan itu sahaja, filem komedi itu juga menyaksikan Fazura digandingkan dengan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-21, Maya Karin.

"Saya sendiri tidak sabar menantikan tayangan Pisau Cukur pada 5 November ini atas beberapa sebab.

"Pertamanya, filem ini menyaksikan saya kembali bersama Bernard selepas berakhirnya Gol & Gincu. Keduanya, ia juga menonjolkan sisi lain lakonan saya yang lebih matang," katanya.

Jika hendak dibandingkan profil seninya dengan pelakon lain seusianya, harus diakui Fazura agak jauh ketinggalan.

Tetapi, saat diajukan pertanyaan itu kepadanya, dia melihatnya sebagai satu perkara yang cukup optimis.

Pemeran watak Putri dalam filem dan drama bersiri Gol & Gincu ini tanpa selindung memberitahu, dia sangat selektif dan sesekali tidak akan bertoleransi terutama dalam soal skrip dan watak.

Bukan mahu berlagak diva atau menunjukkan dirinya adalah terbaik tetapi jelasnya, itu semua adalah untuk kebaikan dirinya sendiri.

Pendirian tegasnya itu kata Fazura, semata-mata untuk menjaga karismanya sebagai anak wayang.

"Saya fikir tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru tetapi itu tidak bermakna saya akan merebut setiap peluang yang hadir.

"Biarlah apa orang nak cakap tentang saya kerana saya tahu apa yang saya lakukan. Ini adalah cara saya yang telah saya pegang sejak menceburi bidang lakonan," katanya yang memegang watak pelakon pembantu bernama Kate dalam filem Legenda Budak Setan arahan Sharad Sharan itu.

Dan untuk makluman semua juga, Fazura hanya akan bersedia kembali ke lokasi penggambaran sebaik sahaja tanggungjawabnya sebagai pengacara program realiti Anak Wayang berakhir pada 31 Julai ini.

Biarpun terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan yang menarik ketika sibuk mengendalikan Dialog Anak Wayang dan Sesi Anak Wayang, namun perasaan kesal mahupun kecewa langsung tidak terbit di dalam hatinya.

Fazura juga enggan menjadi pelakon yang tamak kerana dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya dia mahu memberikan fokus dan seterusnya menghasilkan mutu kerja yang baik.

Setiap tawaran dan kepercayaan yang diberikan oleh mana-mana sutradara atau syarikat produksi disifatkan Fazura tanggungjawab yang besar buatnya.

Untuk itu, dia wajar fokus dalam setiap tugasan yang diberikan dan sentiasa mengelak daripada menerima dua atau tiga tawaran dalam satu masa.

Paling penting, Fazura tidak mahu terkejar-kejar menerima banyak peluang berlakon dalam satu masa sehingga dia sendiri berasa letih dan sekali gus menjejaskan prestasi kerja.

"Menjadi pengacara dalam program Anak Wayang bukan satu kerja yang mudah dan ia amat berbeza dengan kerja pengacaraan yang pernah saya lakukan sebelum ini.

"Sudah menjadi adat dalam dunia seni apabila ada yang suka dan tidak kurang yang tidak suka dengan apa yang kita lakukan. Saya sentiasa berfikiran positif dan mengambil setiap kritikan itu sebagai satu dorongan untuk memberikan yang lebih baik," katanya yang bersimpati dengan rakan pengacaranya, Rusdi Ramli apabila dikecam hebat gara-gara tidak dapat melunaskan kerja pengacaraan dengan baik.

Dalam perkembangan lain, pelakon filem Kayangan ini turut menceburi bidang perniagaan yang masih dalam perbincangan.

"Perniagaan apa, saya tidak mahu memberitahunya kerana masih awal lagi untuk dikongsi.

"Apa yang pasti, ini adalah sebagai persiapan saya untuk masa depan. Sampai bila saya mahu berlakon sahaja," ujar Fazura yang turut tercalon dalam Shout! Awards yang akan diadakan pada 17 Julai ini.

Dalam anugerah yang julung kali diadakan itu, Fazura tercalon dalam kategori Hot Chick Award yang menyaksikannya bersaing hebat dengan empat jelitawan lain iaitu Andrea Fonseka, Daphne Iking, Marion Caunter dan Marsha Milan Londoh.

Untuk mengundi Fazura secara SMS, anda hanya perlu taip SHOUTP3 dan hantarkan kepada 33399. Undian juga boleh dilakukan secara online dengan melayari laman web rasmi Shout! Awards di www.shoutawards.com.my.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 5:08 pm

Norma tersurat, tersirat Ungku Anis

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Hi_04_26
PENUH KHUSYUK... mardiana alwi (bertudung) melakonkan watak Ungku Intan Anis dalam teater Intan yang tercanai yang dipentaskan di Dewan Bahasa dan Pustaka, kuala lumpur, baru-baru ini.


INTAN Yang Tercanai.Mendengarkan tajuknya sahaja sudah cukup simbolik. Keperibadian, ketulusan hati, kedewasaan yang mematangkan diri, kebijaksanaan, menawan tetapi sensitif antara watak yang tersembunyi dalam diri Ungku Intan Anis.

Segalanya tentang diri Ungku Anis yang digambarkan seperti sebutir permata yang cukup cantik bentuknya.

Ia tercanai indah dengan sifat terpuji yang begitu menarik dipandangan.

Naskhah ringkas luahan rasa Sasterawan Negara, Datuk Noordin Hassan itu ternyata bukan karya sembarangan. Ada maksud dan pengertian tersirat serta tersurat yang cuba disampaikan.

Bukan sahaja keperibadian dan kehidupan Ungku Anis malah, peristiwa keruntuhan Terowong Al-Mu'aysim, Mekah yang berlaku 19 tahun lalu turut dipaparkan.

Ilham Noordin sebaik mungkin cuba dihalusi dan diterjemahkan oleh pengarahnya A. Wahab Hamzah yang merungkai satu per satu kisah hidup rupawan itu, sejak zaman kanak-kanaknya sehingga menginjak dewasa.

Dalam percaturan hidup, yatim dibela oleh ibu tiri, Ungku Anis mengenali erti persahabatan juga mengenal rasa cinta terhadap sahabat baiknya sedari kecil, Danial Sundaram (lakonan Arwindran a/l Lalaivanan).

Kewibawaan tunggak utama, Mardiana Alwi yang melakonkan watak Ungku Anis sedikit demi sedikit berjaya mengupas apa yang berlaku sepanjang usia kedewasaan Ungku Anis.

Mimik muka yang kena dengan jalan cerita, ditambah dengan intonasi penceritaan memancing penonton untuk terus memberi fokus terhadap apa yang cuba disampaikan.

Pelakon lain yang turut terlibat ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud (Lembaga Suci 1), Norzizi Zulkifli (Lembaga Suci 2), Juhara Ayob (Lembaga Suci 3), Rusdi Daud (Ustaz Fadzil) dan Geethanjali Gausillia (Sandha).

Mendalami sepanjang hampir 90 minit pementasan, biarpun berpegang teguh pada ajaran Islam, naluri serta sikap perikemanusiaan yang begitu menebal dalam diri Ungku Anis membuatkan dia sanggup melibatkan diri bersama-sama misi Kristian membantu kerja-kerja sosial.

Malah, di hari Danial mengarak kavadi bagi memenuhi nazar ibunya pada perayaan Thaipusam, Ungku Anis tampil memberikan minuman kepadanya.

Ketulusan hati Ungku Anis begitu menyentuh hati lelaki Danial. Lantas dari situlah bermulanya rasa cinta di antara mereka.

Namun, di sisi lainnya pula, Ungku Anis berasa cukup bersalah. Bersalah kerana menolak jodoh yang dicarikan oleh ibu tiri buatnya. Sehinggalah ibu tirinya itu meninggal dunia, tiada langsung kesempatan untuk Ungku Anis memohon kemaafan.

Mencari ketenangan dan memuhasabah diri, bersama-sama abang dan kakak ipar, Ungku Anis ke tanah suci Mekah.

Namun, musibah melanda. Ungku Anis antara jemaah yang terlibat dalam tragedi Terowong Al-Mu'aysim sehingga mengorbankan seramai 1,426 jemaah haji.

Sementelah Danial dalam masa sama yang tersedia sebagai seorang yang tiada pegangan agama, mendapat hidayah lantas memeluk Islam.

Berita kehilangan Ungku Anis begitu meruntun hati nurani Danial sehingga memaksa dia terbang ke Mekah mencari Ungku Anis.

Hidup atau mati Ungku Anis, tiada siapa dapat memberi jawapan tetapi sejak peristiwa tersebut kelibat Ungku Anis tidak pernah ditemui.

Ketika ditemui selepas majlis pratonton teater tersebut di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini, Noordin memberitahu, pelbagai perkara dapat dilihat dan dikaitkan dengan maksud tersirat 'tercanai' dalam naskhah tersebut.

"Diri Ungku Anis itu sendiri adalah tercanai dengan pelbagai sifat-sifat yang indah. Manusia seperti Ungku Anis jika tidak tercanai ia sama seperti batu biasa.

"Begitu juga dengan Danial. Dia mempelajari agama perbandingan. Tercanai apabila bertemu dengan Ungku Anis dan sebab itu Danial boleh tahu bahawa dia bukan perempuan sembarangan.

"Bagi saya inilah hiburan, kita rasa terhibur dan terapkan pemahamannya pada pelakon," katanya.

Bagi A. Wahab pula, peluang mengarahkan karya Sasterawan Nagara itu tidak harus ditolak.

Biarpun mengalami kesukaran dalam menghayati pemikiran dan makna tersirat apa yang cuba disampaikan oleh Noordin, seboleh mungkin dia cuba merealisasikan dalam bentuk nyata.

"Hanya pengarang dapat membaca lapisan demi lapisan dalam cerita ini. Kisah ini penuh tafsiran. Ia sangat mudah difahami tetapi yang mudah itulah yang perlu diselami sebaik mungkin.

"Ayat-ayat yang digunakan oleh Cikgu Noordin mudah tetapi kerana ia mudah, kita perlu berfikir. Itu yang membuatkan karya ini begitu cantik," katanya.

Teater Intan Yang Tercanai dipentaskan di Balai Budaya, Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 8 hingga 12 Julai lalu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 5:12 pm

Anita Sarawak sahut cabaran Perang Kuali

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Anita310


Bidang pengacaraan bukan lagi asing bagi diva tersohor ini. Terbaru, Anita Sarawak boleh disaksikan menerusi program realiti masakan, Perang Kuali - foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF

KREDIBILITI diva tersohor ini sebagai pengacara memang tidak boleh disangkalkan lagi. Gelagat spontan dan kepetahannya berbicara tatkala mengendalikan program-program seperti Anita, Chef Diva dan Kwek Mambo Anita tidak lama dulu memang cukup menghiburkan.

Itulah keistimewaan selebriti bernama Anita Sarawak ini. Bukan saja hebat sebagai penghibur, malah bidang pengacaraan juga sudah tidak asing lagi di dalam kamus hidup wanita berusia 57 tahun ini.

Terbaru, wajah eksklusif Astro ini kembali mengendalikan sebuah program realiti masakan berkonsepkan 'game show' iaitu Perang Kuali yang bakal bersiaran di Astro Prima bermula 17 Julai ini, setiap Jumaat pada pukul 7.30 malam.

Menurut Anita yang mesra dengan panggilan Kak Nita ini, berbeza dengan program-program yang pernah dihoskannya sebelum ini, Perang Kuali cukup mencabar kerana selain tidak berpandukan sebarang skrip, dia juga perlu bijak menyuntik elemen keseronokan agar program ini nampak 'hidup'.

"Ini adalah kali pertama saya terlibat sebagai hos untuk program realiti. Saya akui, ia memang amat mencabar apatah lagi rakamannya bukan di buat di dalam studio, tetapi di tempat terbuka iaitu di Carrefour Ampang.

"Tetapi saya gembira kerana Astro memberi kebebasan idea kepada saya untuk menyuntik elemen 'excitement' di dalam program ini. Sebelum memulakan rakaman setiap episod, kami akan berkumpul untuk berbincang idea-idea menarik.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Anita110
Anita akui program kali ini lebih mencabar kemampuannya sebagai pengacara


"Apa yang pasti, program ini memang menyeronokkan," kata Anita yang ditemui pada sidang media program itu di Bukit Damansara, semalam.

Secara keseluruhannya, program 15 episod ini mengetengahkan pembabitan ahli keluarga yang mana pada setiap minggu, rancangan ini akan melihat dua buah pasukan yang terdiri daripada empat orang ahli keluarga bertanding bagi merebut 'kuali emas'.

Bermula di peringkat saringan selama lapan episod, si bapa ditugaskan untuk memasak dan si isteri pula hanya dibenarkan untuk membantu saja.

Dua orang anak akan ditugaskan untuk membeli keperluan barang-barang yang akan dimasak. Peserta-peserta yang bertanding tidak akan mengetahui menu yang perlu disediakan sehinggalah dimaklumkan oleh Anita dan artis undangan pada setiap minggu.

Antara selebriti yang diundang ialah Mawi, Ekin, Chef Ismail, Jasmin Hamid, Isma AF, Amber Chia, Anita Baharom, Zarina Zainuddin dan suami Anita sendiri, Mahathir.

Di peringkat suku akhir yang akan bermula dari episod sembilan hingga 12, tugasan memasak diberikan kepada si suami dan seorang anak manakala tugas untuk membeli barang-barang keperluan diberikan kepada ibu.

Kebebasan untuk mengagih-agihkan tugasan sama ada memasak, membantu dan membeli keperluan di antara ahli keluarga akan diberikan di peringkat separuh akhir iaitu episod 13 dan 14.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Anita210
Anita bersama artis undangan, Mawi dan Ekin dalam salah satu episod Perang Kuali


Pada setiap episod, satu kejutan akan diberikan di pertengahan rancangan apabila dua ahli keluarga iaitu anak-anak dikehendaki untuk menyertai permainan yang disediakan. Mereka yang memenangi permainan ini berpeluang untuk memperolehi satu lagi bahan yang dapat menambahkan lagi keenakan menu yang disediakan.

Di akhir rancangan, masakan mereka akan diadili oleh artis undangan dan Anita sendiri berdasarkan keenakan dan kreativiti masakan masing-masing.

Untuk pusingan akhir kelak, peserta perlu melalui empat buah permainan untuk memenangi 'troli emas'. Pada pusingan akhir itu, tugasan memasak akan diserahkan kepada pasangan suami isteri.

Menariknya, para peserta harus meneka menu dan bahan-bahan yang diperlukan berdasarkan arahan cara-cara untuk menyediakan hidangan itu. Sebanyak tiga jenis menu harus disediakan.

Menurut Anita lagi, walaupun dia pernah mengendalikan program masakan Chef Diva sebelum ini, tetapi Perang Kuali tampil dengan konsep yang berbeza dan dilihat turut menonjolkan mesej tersendiri.

"Ketika pertama kali melakukan sesi 'brainstorming', saya sudah rasakan bahawa program ini memang unik. Ada 'part' yang serius dan ada yang menghiburkan. Dan apa yang menariknya juga adalah ketika sesi penilaian masakan yang akan dibuat oleh saya dan artis undangan.

"Tetapi, apa yang saya lihat, program ini sekadar tidak langsung dapat menggalakkan anak-anak mahupun suami untuk turut ke dapur sekaligus mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan," kata diva yang juga bakal mengadakan konsert sulungnya di Singapura tidak lama lagi.

Dalam pada itu, mengulas lanjut tentang format program ini, kata Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, saluran tersebut sememangnya ingin menampilkan sebuah program masakan, namun kerana inginkan kelainan, konsep 'game show' seperti itu akhirnya diketengahkan.

"Astro Prima memang sudah mula menyiarkan program bercorak masakan seperti Warung Kita. Tetapi rasanya, ia akan lebih menarik jika ditampilkan dalam konsep yang berbeza dengan menyelitkan pelbagai aktiviti, selain memfokuskan kepada masakan saja.

"Program ini telah pun selesai menjalani rakaman sekitar penghujung Mei lalu. Dari segi peserta, kita telah mengadakan sesi ujibakat sebelum itu yang mana kita telah mengadakan ujian personaliti terhadap mereka untuk memastikan program itu mempunyai peserta-peserta yang dapat menceriakan suasana," kata Nizam.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 5:14 pm

LAGI GAMBAR SCHA

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 33944510

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 34088010
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 5:16 pm

Comelnya Elyana, selamat bertunang

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 37144310

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 37152510

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 37152511
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 5:21 pm

Surat Kepada Memey Suhaiza Dari Seorang Peminat

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Untitl95


Ke hadapan Memey Suhaiza,

Pagi Ahad adalah hari berehat saya. Saya memang suka beli sampai 2 3 suratkhabar hari Ahad sebab nak baca info-info tentang dunia hiburan. Selalunya hari Ahad mood saya memang baik. Maklumlah hari rehat. Otak pun tenang tak fikir pasal kerja semua.

Tapi sayangnya Ahad semalam otak saya jadi kacau dan serabut. Panas hati saya tengok gambar Memey jadi cover Pancaindera. Tersenyum manja, berbaju pink, dan berposing ngada-ngada. Menyampah sungguh saya melihatnya.

Oh ya lupa nak bagitau yang saya sememangnya anti dengan awak. Maklumla, saya pun dulu ada kisah luka dengan suami saya. Perempuan macam awakla yang menyebabkan saya sekarang memegang status J. Kalau boleh saya nak siat-siat pompuan macam awak bila kisah cerai Norman dan Abby bercerai keluar kat suratkhabar.

Saya kuatkan ati untuk membaca cerita pasal awak. Manala tau awak dah insaf. Tapi macam yang saya agak. Awak dah tak segan silu nak mengaku si Norman tue kekasih awak. Siap awak cakap awak lebih selesa keluar dengan si jantan tue sebab dia bukan suami orang lagi sekarang. Sesungguhnya kalau awak ada depan mata saya, akan saya lempang-lempang pipi awak sampai bengkak.

Oh ya dan satu lagi benda saya bengang. Awak cakap awak makin dapat banyak tawaran berlakon sebab bakat lakonan awak? Awak jangan nak wat lawak. Geli ketiak saya dengar. Awak tue pemes sebab awak perampas laki orang. Kalau tak sampai sekarang nie la awak jadi pembantu tambahan jer.

Kadang-kadang saya terpikir. Awak nie sengaja ke jadi orang ke 3 dalam cerita Norman dan Abby? Maklumla nak cari jalan singkat popular cepat. Kalau nak ikutkan bakat, sampai mati pun awak takkan popular kot.

Itu ajerla luahan hati ini. Cukupla sikit-sikit. Kang tertekan plak awak kalau kutuk lebih-lebih. Kata-kata terakhir dari saya ialah, nanti populariti dah jatuh jangan wat skandal ngan laki lain plak.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeTue 14 Jul 2009, 5:26 pm

Ida Nerina Kian Pulih, Jadi Juri

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 62220027


Keadaan pelakon Ida Nerina yang cedera tulang belakang selepas terjatuh di rumahnya, baru-baru ini kini semakin pulih dan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Demikian kata pengurusnya, Fizar Harun, ketika dihubungi murai.com.my pagi tadi.

Fizar berkata, Ida kembali bertugas dengan memikul tugasnya sebagai salah seorang juri bagi pertandingan filem pendek, BMW Shorties yang dianjurkan syarikat kereta terkemuka itu.

"Hari ini Ida harus menghadiri bengkel yang dikhususkan untuk juri-juri berkumpul serta berbincang tentang setiap filem pendek yang telah pun menyertai pertandingan yang dijadual berlangsung Ogos depan.

"Buat masa ini, Ida hanya terlibat dengan projek BMW Shorties sahaja. Tentang projek-projek lain yang lasak, ia masih lagi ditangguhkan buat seketika. Ida masih perlu berehat dan mendapatkan rehat secukupnya," kata Fizar.

Tentang spekulasi orang ramai terhadap kemalangan itu yang sebenarnya berpunca daripada terjatuh tangga, Fizar berkata, Ida kecewa dengan pelbagai laporan berita dan gosip yang dicetuskan beberapa pihak media.

"Macam-macam cerita tidak benar telah tersebar semata-mata melariskan jualan akhbar dan penerbitan mereka. Mereka telah mendengar daripada sumber yang tidak kukuh dan bukannya datang daripada mulut Ida sendiri.

"Sungguhpun begitu, Ida tetap tersentuh apabila mendapat tahu ramai [peminat sentiasa mendoakan kesihatannya. Malah yang menghantar hadiah pun ada. Berkat doa semua, Ida telah segera pulih," kata Fizar.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 9:14 am

Menanti penuh debaran

Selepas tiga tahun terperap, pelakon Skrip 7707 tidak sabar tunggu tayangan filem ini esok

TIGA tahun menunggu, baru sekarang Fouziah Gous dan Almy Nadia melihat hasil kerja mereka dalam filem Skrip 7707 apabila ia mula ditayangkan esok. Entah apa silapnya, sebelum ini bukan saja Skrip 7707, tetapi satu lagi filem lakonan mereka iaitu Rasukan Ablasa juga mengambil masa lama untuk ditayangkan. Filem Rasukan Ablasa sudah ditayang selepas dua tahun disiapkan.

Akibat terlalu lama ‘diperam’, Fouziah dan Almy bukan saja lupa siapa yang turut berlakon di sisi dan babak yang sudah dilakonkan malah lebih teruk apabila terlupa pada watak sendiri.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainpi30
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 9:15 am

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainpi31
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 9:17 am

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainpi32

AYU belajar cara komunikasi lebih berkesan daripada Fatimah Abu Bakar.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 9:18 am

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainpi33

DARI (kiri atas) Didie Alias, Sheila Mambo, Dian dan Ogy pada penggambaran drama untuk Astro Warna, Diva-diva Pencen di Pusat Jagaan Harian, Jalan Kampung Cheras Baru.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 9:20 am

Sibuk jadi pengacara, berlakon

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainpi34

Sazzy Falak mahu buktikan dirinya boleh beraksi dalam filem pelbagai genre

DIKURNIAKAN bakat dan pakej yang dilihat hampir sempurna, Sazzy Falak, 28, tampil dengan imej tersendiri kepada dunia seni. Malahan, 2006 menjadi bukti menyaksikan namanya terukir dalam sejarah Festival Filem Malaysia-19 sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Gol & Gincu.

Mengharapkan rezeki terus menyebelahinya, namun bagaikan badi yang sering diterima pelakon yang pertama kali menerima anugerah, tawaran berlakon mulai berkurangan. Kata pengacara program realiti nyanyian Oo La La siaran TV9, tidak wujud istilah bahawa dia mula memilih watak dan meletakkan harga tinggi hingga menakutkan penerbit sebaliknya peluang lebih terbuka luas untuknya terus mengacara.



“Cabaran bagi saya untuk membahagi masa di antara urusan kerja dan rumah tangga. Namun berkat sokongan suami, ia terus menjadi pembakar semangat untuk saya terus berkongsi bakat dan kelebihan yang ada. Kerjaya saya bukan setakat dunia lakonan, bahkan pengacaraan dan perniagaan syarikat SinclairFalak tetap datang seiring.

“Tahun lalu, saya tidak menang tangan kerana tawaran berlakon drama diterima tanpa henti. Jadual kerja juga begitu ketat, namun lelah yang dirasai itu akhirnya berbayar. Saya terbabit dengan drama online Kerana Karina, Goda dan Apa Itu Cinta.

“Pada masa yang sama, memikul tugas sebagai hos di samping Yasmin Hani,” katanya ketika ditemui di set penggambaran filem 4 Madu di Sepang Goldcoast, Bagan Lalang, Selangor, baru-baru ini.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 9:43 am

Minah bola

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainpi35

MESKIPUN mula membina nama dalam bidang lakonan dari kecil, namun nama Rusdiana Rusdi belum sekukuh pelakon lain.
Pun begitu, anak bongsu daripada empat beradik ini tidak pernah berputus asa.

Akui Diana, pada awal bapanya tidak begitu berkenan dia membabitkan diri dalam bidang seni, apatah lagi sebagai anak bongsu dalam keluarga, dia masih dimanjakan orang tua.

Namun sekembalinya kakak Diana, Mawar dari Amerika Syarikat selepas menamatkan pengajian dalam bidang penyiaran dan bekerja dengan Wayang Tinggi, tanggapan bapanya terhadap dunia seni mula berubah.

Ketika itu, Mawar yang berjawatan penerbit eksekutif dan juga Ketua Bahagian Program Melayu, selalu mengundang Diana menjayakan daram diterbitkannya, tetapi hanya untuk watak tambahan.

Diana juga banyak menjayakan program dokumentari terbitan syarikat produksi berkenaan.

"Sejak itu tanggapan bapa terhadap dunia seni semakin berubah dan perlahan-lahan mula memahami minat saya serta merestui cita-cita saya menjadi pengacara dan pelakon kerana Mawar pun memilih bidang sama.

"Oleh itu, dia boleh mengawasi dan memberi panduan kepada saya.

"Sebenarnya, cinta pertama saya ialah bidang pengacaraan. Saya pernah mengacarakan rancangan kanak-kanak di ntv7. "Apabila peluang menjadi hos semakin kurang, baru saya beralih ke bidang lakonan. Alhamdulillah, walaupun berlakon minat kedua selepas mengacara, rezeki lebih ke arah itu.

"Bagaimanapun, saya benar-benar aktif berlakon selepas memperoleh diploma dalam jurusan pengiklanan dan pemasaran dari Kolej IACT, Damansara.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 9:58 am

Aizat kena 'reject' dengan Jac?

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Aizat010


KETIKA muncul dengan album sulungnya, Percubaan Pertama, tahun lalu, Muhammad Aizat Amdan atau mesra dengan panggilan Aizat ini berjaya mempamerkan kemampuannya mencipta lagu sendiri. Jejaka berusia 20 tahun ini melakar sejarah tersendiri di dalam karier seninya apabila lagu ciptaannya, Lagu Kita berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu.

Apa yang pasti, tidak ramai penyanyi muda tempatan mampu melakukan apa yang dibuat oleh Aizat. Namun, bagi anak jati Kuala Lumpur ini, bakat yang dimiliki itu tidak pernah membuatkannya mendabik dada.

Malah, sejak kecil, itulah antara impian besarnya untuk tampil sebagai penyanyi yang bukan saya boleh menyanyi dengan baik, tetapi juga boleh menghasilkan lagu-lagu sendiri.

"Apa yang saya ingin cuba tonjolkan dalam industri ini ialah imej sebagai 'singer-songwriter'. Saya tidak nafikan, amat jarang penyanyi tempatan yang tampil dengan imej seperti ini, tidak seperti di peringkat antarabangsa.

"Sejujurnya, saya amat puas hati dapat menghasilkan lagu sendiri untuk album saya. Album pertama dulu hanya menampilkan empat buah lagu ciptaan saya serta bersama abang, Anas dan Insya-allah, untuk album kedua nanti, saya berharap dapat tampilkan semua lagu ciptaan kami sendiri.

"Apapun, ini bukan bermaksud saya akan sekat terus sumbangan lagu atau kolaborasi dengan pihak-pihak lain.

"Jika mereka ingin berbuat demikian, saya tetap akan menerima andai kata ia bersesuaian," kata Aizat pada sidang media sempena pelancaran album pembungkusan semula (repackage) Percubaan Pertama dan VCD Karaoke di Red Box The Gardens, semalam.

Menariknya, anak kelima daripada enam beradik ini bukan saja menghasilkan lagu untuk simpanan sendiri, malah Aizat juga sudah 'berani' untuk turut menyumbangkan karyanya kepada penyanyi tanahair.

"Saya ada menyumbangkan sebuah lagu kepada Jaclyn Victor. Tapi nampaknya, lagu tersebut tidak dipilih, mungkin kerana tidak sesuai dengan Jac. Saya tidaklah kecewa pun, kerana saya bukanlah benar-benar seorang komposer profesional.

"Lagipun, saya lebih suka hasilkan lagu yang memang mengikut citarasa dan jiwa saya. Jadi, terpulanglah kepada pihak tertentu sama ada untuk terima lagu saya itu atau pun tidak," kata pemenang Vokal Lelaki Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM16) ini.

Mengulas lanjut tentang album keduanya pula yang kini sedang di dalam proses pembikinan, kata Aizat, ketika ini, dia telah berjaya menyiapkan sebanyak enam buah lagu ciptaannya sendiri serta Anas.

"Saya tetap akan tampil dengan konsep yang sama iaitu pop rock. Tetapi, kali ini lagu-lagunya lebih 'upbeat', berbanding album pertama dulu yang lebih banyak lagu-lagu sedih.

"Dan kali ini, saya juga amat berharap agar dapat terbitkan sendiri album ini. Memang sudah lama saya simpan hasrat ini sebenarnya," kata Aizat yang turut menjadi artis tempatan yang paling banyak mendapat pencalonan di Anugerah Planet Muzik 2009 yang akan berlangsung di Jakarta, Sabtu ini, yang mana dia menerima empat nominasi menerusi album sulungnya itu.

Sementara menantikan album keduanya berada di pasaran sekitar akhir tahun ini atau awal tahun depan, peminat-peminat bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima ini boleh mendapatkan album Percubaan Pertama yang telah menjalani proses 'repackage' serta VCD karaoke yang diterbitkan oleh Universal Music Malaysia dengan kerjasama syarikat miliknya sendiri, Kasi Gegar Entertainment.

Album-album tersebut telah mula berada di pasaran sejak Jun lalu dan menampilkan 11 buah lagu hits Aizat seperti Lagu Kita, Hanya Kau Yang Mampu dan Fikirlah, termasuklah tiga lagu tambahan iaitu Kau Aku serta Pergi dan Itulah Dirimu yang menjadi dua buah lagu petikan dari filem Talentime.

Dalam pada itu, apabila diajak berbicara tentang pandangannya mengenai industri hiburan tanahair sebagai seorang pendatang baru, kata Aizat, dia gemar melihat senario industri ini dari sudut yang mampu memberikan perubahan kepada arena ini.

"Industri kita sebenarnya ada potensi untuk kembali gemilang seperti era Datuk Sheila Majid dan Zainal Abidin. Mereka dulu jika adakan konsert besar, pasti akan mendapat sambutan.

"Kita masih boleh lakukan perkara yang sama. Tetapi pokoknya, masyarakat perlulah menyokong artis-artis tanahair," ujar Aizat yang akui amat gemar berbicara tentang muzik.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 9:58 am

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Aizat011

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Aizat012
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 10:00 am

Filem "Kasih" iras-iras "Nang Nak"?

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Dsc03911


PERKARA pertama yang terlintas ketika menyelusuri jalan cerita filem 'Kasih' terbitan Graphidex Resources Sdn. Bhd. ialah "kesamaannya" dengan filem seram berbaur romantis 'Nang Nak'.

Bagaimanapun, menurut penerbit bersama filem 'Kasih', Muhamad Yusri Mat Yusof, permulaan dan pengakhiran filem 'Kasih' adalah jauh berbeza dengan filem 'Nang Nak'.

"Filem 'Kasih' lebih kepada misteri berbaur romantis dan menggunakan konsep berbeza. Ia menekankan konsep halusinasi sementara filem 'Nang Nak' menggunakan konsep hantu sebenar.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Dsc03910


"Terpulang kepada penonton untuk mentafsirkannya," kata Muhamad Yusri ketika ditemui di pejabatnya, Graphidex Resources Sdn. Bhd., Damai Complex, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Filem 'Nang Nak' (1999), arahan Nonzee Nimibutr adalah berdasarkan satu legenda dan ia menceritakan kisah seorang hantu isteri dan suaminya yang tidak menyedari isterinya telah meninggal dunia.

Filem 'Kasih' pula mengisahkan seorang krew kapal, Badrul (lakonan Saiful Redzuan bin Abu Bakar @ Waranja, 31) yang pulang untuk menemui isterinya.

Tanpa disedari Badrul, isterinya, Kasih (Jue Aziz) telah meninggal dunia ekoran diracun bekas kekasihnya, Murad (Azad Jazmin) yang iri hati.

Muhamad Yusri berkata, filem 'Kasih' akan ditayangkan semasa Valentine tahun depan di slot AstroPrima untuk menyemarakkan kisah cinta.

"Perasaan cinta itu haruslah menjadi kuat agar biar kita hidup atau mati, perasaan itu 'masih terasa'," jelasnya.

Untuk filem 'Kasih', Muhamad Yusri memberitahu, pihaknya mengadunkan tenaga pelakon lama dan baru.

Antara gandingan mantap ialah pelakon senior dan jugan penerbit filem, Kak Yong Rahimah membawa watak sebagai ibu Badrul; Elly Sarimah (adik Badrul, Asma) dan Aida Arill (Rozie).

"Pelakon berpengalaman seperti Kak Yong dan Jue Aziz dapat membantu Waranja dan Elly dalam lakonan," kata Muhamad Yusri.

Tambahnya, set penggambaran filem 'Kasih' telah bermula dari 24 Jun hingga 2 Julai lalu.

Katanya, lokasinya adalah di Batu Kurau, Perak. "90 peratusnya penggambaran dilakukan di situ.

Lain-lain kawasan termasuk pelabuhan di Taiping dan Butterworth," kata Muhamad Yusri yang juga sepupu kepada Kak Yong ini.

Pengambaran filem 'Kasih' melibatkan kos RM78,000 sementara penulis skripnya ialah Arman Yadi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 10:01 am

Diana Amir belum pasti untuk terus berlakon

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Diana110


KAREKTOR gadis comel ini di dalam drama bersiri Impian musim pertama dulu ternyata berjaya mencuri perhatian penonton yang sering mengikuti drama yang dibawakan oleh jenama penjagaan rambut Sunsilk itu.

Tidak dinafikan, bintang muda bernama Diana Amir ini mula dikenali menerusi drama tersebut. Meskipun namanya agak 'suram' sebaik drama itu melabuhkan tirai musim pertamanya tahun lalu, namun karier seni Diana sebenarnya masih lagi bertahan.

Diana pernah akui, bapanya dulu kurang bersetuju dia menceburi bidang ini. Namun, kata Diana, perkara itu sudah dapat diatasi.

"Saya hanya dapat ambil sikit saja tawaran kerana ketika Impian tamat, saya cukup sibuk dengan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia.

"Tawaran yang saya terima pun lebih kepada watak sampingan, termasuklah sebuah filem arahan Farid Kamil, Remp-It V3. Tetapi sekarang ini saya sudah berada di tahun akhir dan sedang menjalani praktikal di Bangsar.

"Kebetulan pula saya ditawarkan lagi memegang watak Aleeya dalam Impian musim kedua. Jadi saya ambil peluang ini walaupun adakalanya bertembung juga jadual penggambaran dengan rutin harian," kata Diana yang ditemui pada majlis pelancaran drama itu di The Curve, baru-baru ini.

Menurut pelakon berusia 23 tahun ini, dia bagaimanapun tidak terlalu mengejar tawaran, tambahan pula kata Diana, dia sendiri sebenarnya tidak pasti hala tujunya di dalam bidang seni ini.

"Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu apa yang saya ingin fokus selepas tamat pengajian nanti...sama ada untuk terus berlakon, sambung belajar atau bekerja dalam bidang yang saya pelajari.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Diana210


"Bukannya tidak minat berlakon, tetapi saya rasa saya tidak begitu selesa hidup tanpa privasi...ada orang yang suka kita dan ada yang tidak. Benda-benda macam ini pun adakalanya buatkan saya tidak tahan," kata pelakon kelahiran Birmingham, England.

Mengulas lanjut tentang wataknya di dalam Impian musim kedua, kata Diana, watak Aleeya kali ini tetap menampilkan karektor yang sama. Apa yang berbeza hanyalah dari segi kerjaya Aleeya.

"Saya amat menyukai Impian, bukan saja kerana ia adalah drama pertama lakonan saya, tetapi kerana krew dan pelakon yang banyak membantu.

"Malah, karektor Aleeya itu juga sudah saya rasakan sebati dalam diri saya," kata Diana dalam nada ceria.

Selain Diana, turut membintangi drama yang telah memulakan siarannya di TV3 semalam ialah Wardina, Esma Daniel, Kamal Adli, Nadiya Nisaa, Al-Hafiz, Junad, Azwan, Liyana Hisham dan Lufyah.

Untuk musim terbaru, Aleeya mempunyai impian baru, iaitu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Dengan pengalamannya dalam bidang penulisan, minatnya yang mendalam serta pembelajarannya sebagai hos dalam program TV ‘Life Can’t Wait’, Aleeya membuat keputusan untuk membuka syarikatnya sendiri, ‘GangofGirls TV’ yang menghasilkan program khas untuk internet.

Bersama dengan Kay, Aleeya menerbitkan program web berinspirasi ’Tentukan Hidup Anda’ dan program ’Layar Leeya’ yang mempamerkan isu-isu dekat di hatinya, yang merangkumi isu-isu seperti kebersihan alam sekitar, sindiket peminta sedekah dan isu soal hati.

Pada masa yang sama, dia juga menghadapi pelbagai cabaran dalam aspek hubungan barunya dengan teman lelaki, Johan.

Impian mula bersiaran semalam di TV3 selama setengah jam pada pukul 11 malam.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 10:35 am

Datin Azlin Sudah Sedia Jadi Ibu

HAMPIR SETAHUN DATIN NOR AZLINA DATUK REDZUAN MENDIRIKAN RUMAH TANGGA BERSAMA KETUA PEGAWAI KEWANGAN TM INTERNATIONAL, DATO’ YUSOF ANNUAR HJ YAACOB. SELAMA ITULAH HUBUNGAN PERKAHWINAN YANG DIBINA TERUS MEKAR MEWANGI SEPERTI BUNGA DI PAGI HARI.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Terkin26


Biarpun masing-masing sibuk dengan karier, namun itu bukanlah penghalang keduanya menyemai kasih dan cinta lebih mendalam. Masa yang ada dipergunakan sebaiknya, jadi tidak hairanlah jika penyampai berita TV3 ini selalu saja menemani suaminya ke luar negara bagi menguruskan hal perniagaannya.

“Biasanya saya akan tengok dahulu jadual sebelum buat keputusan untuk ikut suami ke luar negara. Lagipun kalau duduk rumah seorang diri pun bosan juga jadi dari tak ada apa nak buat baik saya teman dia. “Sebab itulah saya perlu siapkan kerja awal-awal dan rancang betul-betul. Setakat ini kami memang tak ada masalah walaupun masing-masing sibuk dengan kerja. Mungkin kerana itulah pentingnya kualiti masa bagi mengeratkan hubungan rumah tangga.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Terkin25


Ada kalanya saya perlu pandai curi masa untuk luangkan waktu bersamanya,” ujarnya ramah. Apabila ditanya apakah perubahan yang dirasai sejak berumah tangga, Alin dengan mudah mengakui tiada banyak perbezaan yang berlaku dalam hidupnya. Tapi yang pasti dia menyuarakan rasa bahagianya setelah bergelar isteri dan tentunya apa yang diucapkan itu terpancar jelas di wajahnya yang jelita.

“Bila dah berkahwin saya rasakan satu ketenangan yang sukar untuk diungkapkan. Namun begitu saya masih Alin yang dahulu cuma yang membezakan ialah gelaran ‘isteri’ yang di sandang. “Kini dalam pergaulan mahupun pekerja an, saya perlu lebih berhati-hati kerana membawa imej suami. Lagipun bila dah jadi isteri orang ni tak semua perkara yang kita pernah buat masa bujang dahulu boleh dilakukan.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Terkin24


Kena lalui banyak proses ‘tapisan’,” seloroh Alin dengan gembira. Dalam pada itu kata anak kelahiran n egeri Perlis Indera Kayangan ini dia sangat beruntung kerana dianugerahkan suami yang cukup memahami. Meskipun boleh dikatakan kebanyakan masa suami di luar negara namun masa untuk dirinya tetap ada.

“Saya gembira bekerja kerana suami memberi sokongan kuat untuk saya meneruskannya. Dia tak pernah paksa saya buat apa yang saya tak suka. Kami saling sokong menyokong karier masing- masing. Jadi tak timbul isu untuk saya berhenti kerja setelah berkahwin atau sebagainya,” katanya sambil memberitahu bahawa suaminya seorang yang tidak cerewet soal makanan. Apa yang dihidangkan itulah yang dimakan cuma yang menjadi kegemaran ialah masakan ibu dan sambal belacan
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 10:40 am

Ida Nerina Tak Gentar Cabaran

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Person21


Nama Ida Nerina sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi bagi peminat seni tanah air. Setiap kali memegang karakter baik dalam filem mahupun drama, kesungguhan dan karisma yang ditunjukkannya tidak dapat dinafikan lagi. Kemunculannya di persada seni cukup meninggalkan impak apatah lagi namanya mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Memiliki susuk tubuh kecil molek, kemunculan Ida di lokasi penggambaran sesi fotografi muka depan MIDI di gedung dekorasi SSF di Bandar Sri Damansara sememangnya dinanti-nantikan. Dalam kesibukan memenuhi jadual harian, Ida sempat meluangkan masa berkongsi cerita bersama pembaca MIDI terutama pengalaman paling berharga bergelar peserta untuk program The Amazing Race Asia musim ketiga.

Sememangnya wanita berusia 46 tahun ini sentiasa memastikan dirinya aktif dengan pelbagai aktiviti seharian. Ketika sesi penggambaran dilakukan, Ida sedang sibuk membintangi teater The Good Body arahan Susan Lancester. Teater itu turut dibintangi Joanna Bessey, Joanne Kam, Bella Rahim, Samantha Schubert dan Anrie Too.

Kemunculan Ida di arena seni lakon sekitar awal 1990-an menyaksikan bakat yang dimilikinya bakal mencorakkan lagi seni lakonan tanah air. Malah Ida boleh berbangga dengan mutu lakonan yang ditonjolkan di dalam filem Selubung arahan Suhaimi Baba sehingga melayakkan dirinya dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik untuk Festival Filem Malaysia ke-10. Malah filem Layar Lara juga arahan Suhaimi Bab pada tahun 1997 telah melayakkan Ida menggondol Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-13.

Watak sebagai Ena Manja Lara membolehkan filem itu mendapat pengiktirafan antarabangsa di Brussels Independent Film Festival 1997. Antara filem lakonan Ida yang mencuri tumpuan termasuklah Mimpi Moon, Pontianak Harum Sundal Malam, Sepet, Gubra, Anak dan Hati Malaya.

The Amazing Race Asia buka mata masyarakat Siapa sangka, pada usia mencecah 45 tahun, Ida terpilih sebagai peserta sebuah program realiti bertajuk The Amazing Race Asia musim ketiga. Pertandingan itu benar-benar membuktikan kemampuan Ida menempuh cabaran yang bukan sahaja menguji kecergasan fizikal, malah ia turut mencabar keupayaan mental pesertanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 10:43 am

Adila Tak Putus Asa

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Artist12

Nas Adila atau lebih selesa dengan panggilan Adila ni merupakan seorang penyanyi sebelum menyertai program realiti tv “Akademi Fantasia 7”. Dan kini, bintangnya makin menyerlah selepas je dia keluar dari “Akademi Fantasia”.

Dalam diam, rupa²nya gadis tinggi lampai ni telah mencuba nasib dalam bidang lakonan. Kata Adila, sebelum menyertai “Akademi Fantasia” lagi, dia ada cuba berlakon sikit² dalam babak² tertentu sebagai pelakon tambahan. Tapi selepas menyertai “Akademi Fantasia”, rezekinya makin bertambah & peluang berlakon tu ada jadi apa salahnya dia mencuba bakat lakonannya. Adila yang disifatkan sebagai seorang yang berlemah-lembut ni rupa²nya menyimpan impian untuk melakonkan watak yang berbeza dari perwatakan dirinya iaitu berlakon sebagai wanita yang agresif & hebat menentang musuh. Wah! Lepas ni mana² penerbit yang nak buat filem superwoman bolehlah hubungi Adila.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 10:48 am

Liyana Bukan Nyanyi Main-Main

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 78200911


Dari dunia lakonan, perlahan-lahan pelakon hebat filem Castello, Liyana Jasmay atau LJ mula mengalihkan tumpuan ke arah bidang nyanyian. Namun ia bukan sekadar kerja cuba-cuba atau terikut-ikut dengan trend semasa, sebaliknya gadis manja ini sudah lama teringin menjadi artis rakaman sekaligus mahu mengejar semula impian yang pernah tergendala.

Ia terbukti dengan kemunculan single pertamanya, Aku Tak Percaya Cinta ciptaan Ajai yang menyatukan elemen poppish gum rock yang ceria dan happening menerusi lirik santai seorang gadis yang tidak begitu taksub dengan cinta. Ia berjaya dipersembahkan dengan stail keremajaan dan manja.

Formula Ajai itu sangat kena dengan usia, suara, attitude serta penampilan Liyana sendiri yang sentiasa hiperaktif, happy-go-lucky, lincah dan menyenangkan.

Sewaktu LJ sedang dalam pembikinan untuk menyiapkan muzik video Aku Tak Percaya Cinta di Universiti Multimedia, Cyberjaya, baru-baru-baru ini, murai.com.my sempat bertemunya dengan lebih dekat.

Kali ini, LJ dia tidak lagi ditemani ibu, Puan Habsah seperti mana selalunya. Sebaliknya, 2 lagi kakak Liyana iaitu Faradilla Jasmay, 29, dan Andriana Jasmay, 27, berada di situ bagi membantu menguruskan pembikinan muzik video tersebut. Tidak sukar mengenali kakak-kakak LJ kerana wajah mereka mirip di antara satu sama lain.

Dalam kesibukan itu, LJ sempat berbicara tentang pembikinan konsep muzik video Aku Tak Percaya Cinta yang idea keseluruhannya telah dicetuskan pengarahnya, Ghaz Abu Bakar yang satu ketika dulu merupakan pensyarah kepada Andriana sendiri sewaktu menuntut di universiti tersebut.

"Kisah di sebalik muzik video Aku Tak Percaya Cinta itu berkaitan dengan 5 lelaki yang saya temui tapi kesemua mereka gagal membuat saya tertarik dengan mereka. Dengan kata lain, mereka bukan cinta saya.

"Dan di antara 5 lelaki yang saya tampilkan itu, salah seorang daripadanya adalah Ajai sendiri serta protegenya, Chaq. Sengaja saya buat begitu kerana mahu memberikan kelainan dan variasi dalam muzik video ini. Maksud saya, kesemua lelaki yang saya tampilkan ini mempunyai latar belakang usia yang berbeza-beza. Jadi, tidaklah nanti orang tengok hanya lelaki yang sama usia saja," kata LJ, 21.

Menurutnya, ini bukanlah kali pertama dia berkerja dengan Ghaz kerana sebelum ini dia pernah membintangi telemovie arahan Ghaz berjudul Pontianak Remaja pada awal tahun ini.

"Bagi saya, Ghaz bukan saja seorang pengarah yang kreatrif dan berbakat namun ada kesungguhan yang begitu mendalam terhadap bidang seni ini. Saya tahu dia akan memberikan yang terbaik untuk muzik video saya ini," katanya.

Sambung LJ lagi, dia sebetulnya tidak percaya dengan penerimaan pendengar terhadap kemunculan pertamanya menerusi Aku Tak Percaya Cinta itu.

"Ia satu permulaan yang cukup baik untuk saya meneruskan kerjaya seni ini secara lebih serius lagi dan pada masa yang sama saya mahu mendalami muzik dan belajar bermain instrumen muzik. Saya benar-benar mahu melakukan kerjaya seni ini secara profesional.

"Pertemuan dengan komposer Ajai bersama beberapa komposer dan pemuzik lain telah membuka satu dimensi baru dalam hidup saya dan untuk pengetahuan semua saya sekarang ini sudah mempunyai jurulatih vokal dan sedang belajar bermain piano.

"Buat masa ini, saya tidak berdepan dengan sebarang masalah untuk membahagikan masa di antara bidang nyanyian dan lakonan kerana nyanyian tidak perlu dilakukan setiap hari, kecuali pada hari Sabtu dan Ahad saja. Tapi, saya akui jadual saya memang sangat padat," katanya.

Bercerita pula tentang pembikinan album mini studio pertamanya, LJ berkata, album tersebut akan mengandungi 5 lagu dan kesemuanya sudah pun siap dirakamkan. Kini, Cuma tinggal proses untuk mastering saja.

"Kalau tiada sebarang aral, mini album tersebut akan dipasarkan selepas hari raya nanti. Tentang konsepnya pula, memang ia kedengaran sweet. Ada yang kata buble gum sweet dan macam-macam lagi. Apa yang ingin saya tonjolkan dalam album ini adalah personaliti diri saya. Seorang gadis muda yang mampu berdikari dan mampu membuat perubahan dalam hidupnya.

"Pada saya, apabila kita ingin menyampaikan sesebuah lagu itu, kita harus percaya dengan apa yang kita sampaikan dan menjadikan ia sebahagian daripada diri kita sendiri, barulah jiwa lagu itu akan dapat dirasai dan insya-Allah ia akan dapat menarik perhatian orang mendengar.

LJ yang menjadikan Miley Cyrus sebagai idolanya melahirkan rasa syukur kerana keluarga bukan saja memberikan sokongan tetapi memahami apa yang dia inginkan sebagai seorang penyanyi.

"Semua kredit harus diberikan kepada keluarga saya dan semua orang yang membantu serta percaya terhadap muzik saya termasuklah Ajai dan AG. Memandang kerjaya seni saya semakin berkembang, ibu tidak lagi bertindak sebagai pengurus saya.

"Sebaliknya, segala urusan tentang kerjaya seni lakonan dan muzik saya diuruskan oleh kakak saya, Andriana. Ibu hanya membantu dari belakang," katanya yang akan muncul dengan single kedua, Aku Jatuh Cinta yang dimuatkan dalam album runut bunyi filem Duhai Si Pari-Pari tidak lama lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 10:50 am

Nurul Jawab Isu Album, Seksi, Kekasih

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 71320010


Kemunculan album solo terbaru Nurul Wahab berjudul Tika Cinta yang dilancarkan minggu lalu, membuktikan bahawa janda kepada komposer Ajai ini masih bersemangat untuk terus menyanyi walaupun tidak lagi bersama bekas suaminya.

Selama ini ramai tahu Nurul sentiasa berkarya dengan Ajai tetapi selepas bercerai Nurul perlu mencari hala tuju sendiri untuk meneruskan kerjaya seninya itu.

Hasilnya selepas bernaung di bawah label Metadome Sdn Bhd, Nurul berkerjasama pula dengan komposer dan produser lain supaya imejnya tidak lagi dibayangi Ajai sekalipun mereka tetap berkawan baik dan tidak bermusuhan.

"Bagi Nurul semua ini satu peralihan angin dan pembaharuan yang Nurul perlu lakukan. Kali ini Nurul menggunakan khidmat komposer seperti Sharon Paul, Tam Spider dan M Nasir.

Nurul turut bekerjasama dengan penulis lirik seperti Abie Abdullah menerusi Kala Hati, Ahmad Fedtri Yahya (Sepenuh Jiwa), Sulu Sarawak (Tertutup Hati), Johar dan Johor Lucas (Jadikan Aku Bintang).

Single Tangis Syukur adalah ciptaan Tam Spider bersama Allahyarham Loloq) manakala lagu Bukan Cermin Di Hati menampilkan bakat Nurul sebagai komposer bersama Tam Spider dan M Nasir.

Ikuti wawancara seterusnya dengan Nurul...

Murai: Tahniah atas kelahiran Tika Cinta. Tapi mengapa 5 lagu saja?
Nurul:Pasaran muzik sekarang susah untuk dijangka. Kadang-kadang kalau kita keluar dengan album penuh, hanya 4 lagu saja yang akan disiarkan di radio. Jadi biarlah saya fokus pada kurang lagi tetapi berkualiti.

Murai: Apa istimewanya album ini di mata Nurul?
Nurul:Dari segi sound, ia sangat berbeza dengan album terdahulu. Maklum sajalah, aliran zaman sudah berbeza. Susunan lagu mengikut personaliti saya ketika ini. Terima kasih kepasa Sharon Paul yang begitu kreatif dan membawa gaya persembahan berbeza buat saya.

Murai: Nurul sangat berpuas hati dengan album ini?
Nurul: Ya, sangat berpuas hati kerana ia dibuat di bawah pengurusan team yang kreatif. Saya memberikan sepenuh kepercayaan kepada Metadome dan KC Ismail kerana mereka tahu apa yang sesuai buat saya.

Murai: Ada suara cakap, imej Nurul untuk kulit album ini terlalu seksi. Ye ke?
Nurul: Ia mungkin seksi pada sesetengah orang. Gambar itu pihak Metadome yang tetapkan dan pilih. Ia dirasakan pose yang paling sesuai dengan album saya itu.

Murai: Jadi adakah ini bermaksud Nurul akan menjadi semakin seksi?
Nurul: Oh itu seksi untuk sesi fotografi saja. Seksi biarlah bertempat dan kalau buat persembahan pentas atau di kaca TV, saya berpada-pada.

Murai: Bagaimana pula penerimaan anak Nurul, Ayu apabila melihat ibunya makin seksi?
Nurul: Ayu faham dengan kerjaya saya dan dia semakin dewasa. Asalkan kita jangan keterlaluan sudahlah.

Murai: Adakah Nurul seksi kerana dilamun cinta atau mahu memancing perhatian lelaki?

Nurul: Saya hanya menjadi diri saya dan tidak pernah memikirkan perkara seperti itu. Saya menjadi artis bukan kerana mahu memancing lelaki tapi disebabkan minat dan mahu tonjolkan bakat. Saya telah melalui episod suka-duka dan ia semua adalah hal peribadi yang saya tidak campuradukkan dengan karier. Saya percaya kita kena sayangi diri kita sendiri sebelum menyayangi orang atau meminta orang menyayangi kita.

Murai: Sampai bilakah Nurul akan terus keseorangan?
Murai: Buat masa ini biar dulu, tapi untuk masa depan saya tidak berani buat spekulasi. Kalau sampai masa, benda itu (perhubungan) akan berlaku dan saya akan terima sesiapa sahaja yang jujur dan ikhlas.

Murai: Adakah sejak bercerai Nurul pernah bercinta?
Murai: Memang dulu ada. Tapi apabila hubungan kami terdedah dan mendapat tentangan, dia terus undur diri. Itulah, tak semua orang faham kehidupan sebagai artis.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 10:52 am

WAJAH FOTOGENIK-NASHA AZIZ

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Untitl96
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 10:54 am

Ayu Damit @ BH today

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainp304
stoking kaberet tarak, nampak suda whooo
oprah malaysia


Jawablah!: Biarlah apa orang nak kata
Daripada melayan cerita tidak betul, Ayu Damit mahu beri tumpuan kepada album baru, Inspirasi


KERJAYA seni gadis dari Putatan, Sabah ini lebih banyak berlegar-legar dengan cerita kontroversi. Sejak menang One In A Million (OIAM) musim kedua tahun lalu, nama Ayu Damit cukup sinonim dengan cerita sensasi. Dari kisah suka berfoya-foya di kelab hiburan, dituduh mabuk, berimej minah rempit sehinggalah kepada sifat peribadinya yang lepas laku, Ayu tidak henti-henti menjadi sasaran media.

Buka saja akhbar atau majalah, ada saja cerita tidak manis mengenai gadis kecil molek itu dipaparkan. Bukan saja media cetak tetapi cerita sensasi mengenainya turut di jaja di laman forum.

Apakah perasaan Ayu apabila membaca cerita sebegitu? Apakah dia boleh menerimanya dengan hati terbuka ataupun terpaksa menjeruk rasa disebabkan tertekan dengan cerita yang tidak ada kebenarannya. Kesempatan bertemu penyanyi bersuara hebat itu di majlis pelancaran album terbarunya berjudul Inspirasi baru-baru ini memberi peluang bertanyakan kebenaran cerita yang tersebar itu kepada si empunya diri.

Biarpun soalan yang ditujukan padanya cukup panas, namun Ayu menjawabnya dengan senang hati. Ayu mengakui ada ketika gosip seperti itu cukup mengguris hatinya sehingga pernah terfikir untuk bersara saja dalam dunia seni. Namun, mengenangkan itulah cabaran dan harga yang perlu dibayar sebagai seorang anak seni, semuanya itu ditelan Ayu bulat-bulat.

Tekadnya, selepas kemunculan album Inspirasi, dia mahu terus memburu cita-cita tanpa perlu menoleh ke belakang lagi.

Hip: Terlalu banyak cerita tidak elok mengenai Ayu terutama kes mabuk dan sering kelihatan berfoya-foya di kelab hiburan. Boleh Ayu jelaskan sejauh manakah kebenaran cerita itu?

Ayu: Sebagai orang baru dalam industri ini, Ayu akur bahawa tak semua orang suka pada kita. Jadi bila orang tak suka kita, ada saja cerita yang tak betul mengenai diri kita disebarkan. Pada Ayu, cerita yang kononnya Ayu mabuk di pusat hiburan , itu semua tidak benar. Ayu tahu nak membezakan mana buruk dan yang mana baik. Takkanlah Ayu nak buat perkara yang tak elok dan mencemarkan imej sendiri. Lagipun Ayu ada keluarga, hati mereka perlu dijaga. Apapun, apa saja orang kata pasal Ayu, Ayu terima dengan hati yang terbuka.

Hip: Imej Ayu yang seperti minah rempit juga sering jadi bualan ramai. Sampai bila Ayu mahu menonjolkan imej seperti ini?

Ayu: Soal imej, Ayu sedar memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Macam Ayu sendiri, sebenarnya kalau hendak diikutkan Ayu lebih selesa mengenakan jeans dan kemeja T. Tapi apabila sudah bergelar artis, jadi secara tidak langsung, imej kenalah berubah. Sekarang Ayu sedang cuba membiasakan diri dengan pakaian yang bersesuaian. Apabila Ayu pakai macam ini, itu tidak bermakna atas paksaan sesiapa, tapi itu kehendak Ayu sendiri. Cuma Ayu lebih suka dengan sesuatu yang ringkas kerana ia buat Ayu lebih selesa.

Hip: Bagaimana pula dengan dakwaan kononnya Ayu adalah artis yang lepas laku dan suka cakap kasar?

Ayu: Tak dinafikan, secara peribadi gaya percakapan Ayu memang begitu tetapi biasanya Ayu hanya bercakap begitu dengan kawan-kawan rapat saja. Pun begitu kalau ada yang terasa dengan Ayu, Ayu mohon maaf daripada mereka. Sekarang ini pun Ayu sedang belajar berkomunikasi dengan Cikgu Fatimah Abu Bakar. Ayu sudah mula belajar dengan Cikgu Fatimah sejak tiga bulan lalu. Seminggu, tiga kali Ayu belajar dengan dia. Tujuan Ayu belajar adalah untuk memantapkan lagi cara berkomunikasi serta menambahkan lagi keyakinan diri apabila berhadapan media dan peminat.

Hip: Ayu, bila terlalu banyak sangat cerita negatif mengenai Ayu tersebar, bagaimana Ayu menerimanya?

Ayu: Ayu terima sapa saja kata orang dengan hati yang terbuka. Mulut orang mana boleh tutup, terpaksa reda saja. Tapi tak dinafikan sewaktu mula-mula keluar dari program OIAM dan terpaksa mendengar cerita seperti ini, Ayu memang tertekan. Rasa malu pada semua orang sehingga pernah terniat untuk berhenti saja dari bidang ini. Namun mengenangkan tujuan utama Ayu menceburi bidang seni kerana mahu membantu keluarga, Ayu biarkan saja. Lagipun Ayu mendapat sokongan daripada keluarga dan mereka faham situasi yang dialami Ayu saat itu. Mereka juga banyak menasihatkan Ayu supaya bersabar. Itu dulu, tapi sekarang kalau masih lagi ada cerita kontroversi mengenai Ayu, Ayu sudah boleh menerimanya.

Hip:Ada peminat mendakwa ternampak Ayu bersama lelaki di sebuah pusat membeli belah di pinggir kota. Apakah lelaki itu buah hati Ayu?

Ayu: Oh! Kalau lelaki itu yang dimaksudkan memang Ayu sedang berkawan dengannya. Sudah setengah tahun kami berkawan. Dia orang biasa dan berumur dalam lingkungan lebih 20-an.

Hip: Bercerita pasal album, Ayu rasa berbaloi ke album ini selepas lebih setahun menanti untuk disiapkan?

Ayu: Apa yang boleh Ayu katakan, album ini dibuat dengan penuh teliti. Ayu memang berpuas hati dengan penghasilan album ini kerana Ayu diberi peluang untuk bekerjasama dengan komposer hebat yang ada di negara ini. Dan setiap dari mereka, masing-masing ada kelebihan tersendiri. Walaupun mengambil masa setahun disiapkan tapi Ayu tak kisah asalkan hasilnya mengagumkan. Tajuk Inspirasi ini memang Ayu sendiri yang mahu, kerana album ini dihasilkan oleh mereka yang selama ini banyak memberikan inspirasi.

Hip: Setakat ini bagaimana dengan tawaran persembahan sebab ada yang berkata Ayu kurang mendapat undangan?

Ayu: Memang Ayu akui tawaran untuk buat show memang kurang. Bagaimanapun, pihak pengurusan Ayu tetap menyediakan pelbagai aktiviti untuk Ayu seperti persembahan di malam Shout Awards yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu ini. Mungkin selepas ini Ayu akan sibuk dengan promosi album.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 10:57 am

Kemesraan Ning Tak Pernah Pudar

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 79200910


Satu perkara yang tidak pernah hilang daripada Ning Baizura adalah kemesraan serta keramahan. Sama ada masih bujang atau berkahwin hinggalah kini menguruskan kerjaya seninya secara solo, Ning adalah seorang artis yang tidak pernah sombong dengan semua orang.

Walaupun sibuk dengan persembahan di sana sini dan menjadi duta produk Osim serta Instead Soft Cup, penyanyi Awan Yang Terpilu ini masih sempat menjenguk dan bertanya khabar rakan-rakan media murai.com.my.

Selain melepaskan rindu, Ning juga ingin mengenal lebih lanjut tentang portal hiburan Melayu No 1 di Malaysia itu. Lalu, baru-barun ini, Ning singgah di pejabat murai.com.my di Digital Five Sdn Bhd yang terletak di Taman Teknologi Malaysia (TPM), Bukit Jalil.

Keakrabannya mudah dirasai, terutama bagi mereka yang buat pertama kali bertemu Ning, misalnya buat Ketua Bahagian Produk: Hiburan & Gaya Hidup Digital Five, Kavitha Doraimanickam; Pengurus Pembangunan Solusi Digital Five, Norhana Mohd Natenan dan Pengarah Seni, Jafaris Mustafa.

Pada hari itu, Ning dibawa melawat dan mengenali warga kerja murai.com.my dan bergambar bersama. Kemudian, menjelang tengah hari, Ning mengajak warga murai.com.my makan-makan di Restoran Anggrek Kuring, Puchong. Murah rezeki Ning. Di situ, Ning bukan sahaja berkongsi cerita peribadinya tetap sempat melayan fotosesi gila-gila tanpa perlu control cantik! Itulah Ning...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 10:58 am

Pembaharuan Baru Macam-Macam Aznil

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 71420010


Kita sudah biasa melihat pelakon menitiskan airmata dalam drama TV, filem dan teater. Namun bagaimana keadaannya apabila pelakon melakukan perkara itu secara dalam rakaman live untuk program bual bicara?

Ia memang sukar tetapi itulah suntikan terbaru program hiburan bual bicara terbaik dan paling popular, Macam-Macam Aznil untuk musik ke-5 menerusi segmen Tangkap Leleh.

Selain itu, bagaimana situasinya apabila kanak-kanak kecil ditanya erti sesebuah simpulan bahasa atau kata bidalan lama? Jawapan mereka tentulah cukup kelakar kerana orang dewasa sendiri pun kadangkala masih kurang pasti apa maksud kata bidalan Melayu itu.

Jadi anda diajak menyaksikan semua itu dalam musim baru Macam-Macam Aznil selama 26 episod di Astro Ria bermula 23 Ogos ini, jam 9 malam.

Selaku hos, Hj Aznil Hj Nawawi atau Aznil sendiri akui kedua-dua segmen itu sangat menghiburkan dan unik.

"Di samping itu, kita juga mempunyai segmen debat yang menyaksikan 2 selebriti bersama pasangan penonton di studio berhujah tentang sesuatu isu hangat. Segmen debat ini juga menarik," kata Aznil.

Menurut Aznil atau Pak Nil, idea baru itu diperolehi sewaktu dia dan team produksinya mengadakan sesi brainstorming di Johor Bahru.

"Di sittulah kita mengkaji cara-cara untuk memperbaiki atau meningkatkan lagi isi kandungan program saya itu. Alhamdulillah, hasil yang diperolehi cukup baik sekali. Maklumlah sebelum ini macam-macam kritikan juga saya terima daripada pihak kerajaan, kedutaan, NGO, pengurusan, media massa dan masyarakat sendiri. "Ada yang kurang senang dengan isi kandungan program in seperti saya mengajak wanita yang telah berusia menari. Kata mereka ia sangat tidak sesuai dan nampak keterlaluan padahal ada di antara penonton itu sendiri yang teringin menari dengan saya.

"Bagi saya semuanya sekadar hiburan untuk melepaskan stress kita dan tetapi dari satu sudut, kritikan itu boleh menjejaskan kreativiti serta semangat saya. Tapi saya tetap sentiasa mencari jalan untuk memperbaikinya," kata Aznil.

Permintaan artis makin bertambah

Jelas Aznil lagi, dia berasa amat terharu dengan penyertaan yang diterima daripada kalangan selebriti mahupun peminat program itu sendiri.

"Ada artis yang telefon dan tanya, bila musim baru Macam-Macam Aznil akan disiarkan kerana mereka mahu sangat-sangat menyertainya. Bagi saya, ianya satu perkembangan yang cukup baik kerana ia membuktikan mereka berasa cukup selesa dengan program ini dan tidak perlu tertekan dengan soalan-soalan berbentuk kontroversi.

"Begitu juga dengan peminat-peminat program ini yang sentiasa teruja untuk tampil di dalam program ini. Mungkin konsep Macam-Macam Aznil yang berbentuk santai serta menghiburkan ini yang membuatkan mereka rasa terpanggil untuk menyertainya.

"Tiada sebarang syarat penyertaan dikenakan hanya mereka berani dan bersikap sporting. Saya sendiri tergelak apabila melihat aksi-aksi spontan mereka di atas pentas," katanya.

Tentang tayangan musim baru Macam-Macam Aznil yang telah berpindah semula ke saluran asalnya iaitu Astro Ria, Aznil berkata, perkara itu berlaku kerana konsep Macam-Macam Aznil sudah pun bertukar.

"Tak macam dulu, Macam-Macam Aznil dilihat lebih sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan disebabkan itu ia ditayangkan di Astro Prima. Tapi, apabila kita sudah mula menyuntik lebih elemen lebih ranggi dan keremajaan, ia dianggap sesuai untuk ditayangkan semula di Astro Ria," jelasnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 11:00 am

Deanna’s fine foods

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Deanna10


GRACEFUL beauty Deanna Yusoff is full of surprises. Firstly, the model-turned actress of movies like Selubung (in which she won Best Actress honours at the 10th Malaysia Film Festival in 1992), Ringgit Kassorga (1995) and Chermin (2007) proved to be more than a pretty face: she’s a race car driver who’s a regular at the Merdeka Millenium Race (an annual 12-hour race held at the Sepang International Circuit) and has had a go at go-kart and saloon car racing.

Then, came the revelation that she’s a competent singer/songwriter with two solo albums out (Divide & Continue and FIX) and another due out end of the year.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Chocol10

Now, Deanna divulges that she’s an ace cook – she can rustle up a 10-course meal, no sweat – and she’s a food entrepreneur too.

No, she hasn’t joined the long line of celebrities who have opened up their own eateries. Instead, through her fledgling company Artisanal Asia Sdn Bhd, Deanna plans to intoduce Malaysians to fine food.

“I’ve always wanted to do something related to food. People find it hard to believe that I am a good cook and that I make everything from scratch. My love for food comes from my family. Both my grandmothers are amazing cooks and they bake very well.

“Everything is made at home. At my mum’s place in Switzerland, we have an organic garden and we grow berries. My mum makes her own jams and my grandmother makes her own butter. I guess that’s how I got introduced to cooking,” shared the 42-year-old beauty.

Just launched a month ago, Artisanal Asia is starting small. Its making its debut with its first “fine” product: handmade swiss chocolates Grandjean Freres, which are made by award-winning patissiers, Marcel and André Grandjean from Givisiez, Switzerland.

“I first tasted the chocolates a few years ago while I was visiting my mum in Switzerland. They were laid out on the table and since we always have chocolate, I didn’t think much of it. Then I tasted them and I went, ‘Wow!’ I knew I had to bring them to Malaysia,” she recalled in a recent interview.

Looking at Deanna, it’s hard to believe her claims that she indulges in chocolates every day. But the slender actress stands by her claim.

“Everyone says to me: ‘I bet you don’t eat chocolates.’ But I have eaten chocolate every day, all my life. I moved to Switzerland when I was 12 and there, it’s normal to eat chocolates every day. Not a whole lot but a couple after a meal. It’s the same way with my mum. In the winter, we eat a bit more and in the summer, less.

“I don’t diet but I make sure I exercise,” said Deanna, who is also an avid tennis player.

The Grandjean Freres chocolates received an overwheming positive response from her friends and family in Malaysia. It encouraged Deanna to go ahead with her plan to sell the chocolates here. Incidentally, Malaysia is the only other location, other than the little Swiss bakery, where Grandjean Freres chocolates can be bought.

“I found that a lot of people have similar tastes (with me). I shared the chocolates with my friends and family here, and everyone who tasted it loved it. Not one person had anything negative to say about the chocolates. I started researching possibilities and in the middle of last year, I began selling the chocolates to friends. I didn’t advertise ... it was all through word of mouth that people heard about how good the chocolates were.”

A qualified accountant, Deanna was not daunted by the challenges of starting and running her own business. Rather, she found the task gratifying. “It was really exciting. I began reading up about chocolates ... how people use chocolates, what people are after ... all sorts of things. I need to know about chocolates if I am going to sell them, and eating them alone is not enough!

“I think this is a good time to introduce fine chocolates like the Grandjean Freres in Malaysia because people are ready for quality chocolates,” added Deanna, who recently launched Artisanal Asia and the Grandjean Freres chocolates at the Khoon Hooi boutique in Starhill, Kuala Lumpur.

What is it about the Grandjean Freres chocolates that seduced her?

“They are entirely handmade. I know a lot of chocolate brands claim to be handmade but many use preservatives and are made in part with machines. But Grandjean chocolates ... when you eat them, you can tell.

“The chocolates out of this world. The whisky truffle, for example, take just a bite – it’ll seem the world around you has stopped for a while. There are different layers of experiences in one cube. These are not chocolates you stuff yourselves silly with. These are little treats for the day ... they are very special,” she said.

“With all the bad news around us – death, viruses, war – we need something to perk up our lives. If a little thing like chocolate can lift your spirits even for a little while, why not?”

The “unique recipe” is classified information but basic ingredients include the highest quality chocolate, cream, butter and, of course, secret ingredients that give the truffles their extra goodness.

The Grandjean brothers started off as bakers, selling “artisanal” breads, cakes and patisseries from their little shop in Givisiez. In 1992, however, the duo decided to add chocolates to their mix, resulting in the Grandjean Frères whisky truffle. For a start, Artisanal Asia has brought in three varieties – the Whisky Truffle (made with the finest Scottish whisky), the non-alcoholic Mandarin Truffle and Raspberry Truffles, flavoured with exquisite mandarin and raspberry extracts respectively.

“I wanted to start small and maybe later, introduce a couple more,” she says, adding that the Grandjean brothers operate a very intimate home business and would thus be unable to cope with massive orders.

If everything goes according to plan, Deanna plans to bring in other gourmet food products under Artisanal.

Although she’s committed to getting Artisans Asia off the ground, Deanna has no plans on exiting the silver screen.

“I’ve just been so busy with this the past year. I did quite a lot (of acting) for many years and I think I’m at a point where I don’t want to work just to fill up my CV (curriculum vitae). I want to do (projects) that I want and I think I can afford to choose now. For example, Chermin attracted me right from the start.

“There was a role for TV, I was supposed to take on ... I can’t say much about it but it’s been put on hold for the moment,” she shared.

Apart from her hosting gigs (she emcees events quite a bit), Deanna is currently working on her third album – a jazz album – that is due out after Hari Raya.

Rather than being overwhelmed by the many hats she wears – actress, singer, entrepreneur, emcee – Deanna is grateful for the diversity it offers her.

“In Malaysia and the rest of Asia, you have to be versatile or else you’ll get burned out very quickly. But it’s fun to do different things.

“Who knows? Maybe one day I’ll direct a film,” said Deanna with a smile.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeWed 15 Jul 2009, 5:03 pm

Artis Malaysia Buat Persiapan Akhir




KUALA LUMPUR, 15 JULAI 2009: Delegasi Malaysia seramai 70 orang termasuk artis, krew dan wartawan bakal tiba di Kota Jakarta pada 17 Julai ini bagi menjayakan majlis berprestij, Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009).

Penganjur, Beyond Event yang mengesahkan senarai artis terlibat itu adalah termasuk nama-nama yang bakal membuat persembahan, calon-calon penerima anugerah dan juga sebagai penyeri karpet merah.

Calon penerima anugerah yang setakat ini disahkan kehadiran mereka adalah Aizat, Bunkface, Estranged, Faizal Tahir, Hujan, Mawi, Meet Uncle Hussain, Misha, Omar, Dato' Siti Nurhaliza, Stacy, Yuna. Hanya Anuar Zain dilaporkan tidak dapat bersama disebabkan terikat dengan komitmen lain.

Daripada senarai itu, Siti, Faizal Tahir, Stacy, Aizat, Hujan akan turut serta membuat persembahan bersama Dafi, Ayu dan Reshmonu. Antara nama-nama lain yang bakal tampil memberi sokongan terhadap calon-calon negara ialah Nikki, Yuna dan Joe Flizzow.

Wakil media tempatan termasuk portal hiburan murai.com.my sekurang-kurangnya 13 orang juga akan berlepas ke Jakarta bagi menyiarkan berita terkini dan gossip sensasi sepanjang berlangsungnya temasya di republik itu.

APM2009 buat julung kali pertamanya akan diadakan di Jakarta Convention Centre, Plenary Hall sekali lagi akan menjadi saksi pertembungan penyanyi terhebat dari 3 negara - Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Siapakah yang akan dinobatkan sebagai terbaik antara yang terbaik dan siapa pula yang akan membawa pulang gelaran paling popular? Semuanya akan terjawab pada 18 Julai ini secara langsung di Astro Ria mulai 9 malam. Majlis ini juga bakal dipancarkan secara langsung menerusi Global TV (Indonesia) dan Suria (Singapura).

Ia dihoskan oleh Hj Aznil Hj Nawawi, Aura Shai (Singapura) dan Nirina Zubir (Indonesia).


Senarai artis Malaysia yang disahkan hadir ke APM2009, Jakarta.


Calon Penerima Anugerah

Aizat
Anuar Zain
Bunkface
Estranged
Faizal Tahir
Hujan
Mawi
Meet Uncle Hussain
Misha Omar
Dato' Siti Nurhaliza
Stacy
Yuna


Artis Persembahan

Dato' Siti Nurhaliza
Faizal Tahir
Stacy
Aizat
Hujan
Dafi
Ayu
Reshmonu


Pengacara Majlis

Hj Aznil Hj Nawawi


Karpet Merah

Nikki
Yuna
Joe Flizzow
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeThu 16 Jul 2009, 10:29 am

Akhil Hayy Bercerai Talak Satu, Maizawati Tampil Bersahaja (Kool Habis)


BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Image010

IPOH 15 Julai – Penyanyi dan pendakwah, Akhil Hayy dan Maizawati Zainal sah bercerai talak satu selepas Akhil melafazkan talak di hadapan Hakim Mohd. Riduan Yusof, di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari. Akhil, 40, kelihatan tenang melafazkan cerai terhadap Maizawati, 33, selepas kedua-dua bersetuju untuk berpisah secara baik. Maizawati yang anggun berjubah biru berbunga-bunga dan bertudung hitam juga dilihat bersahaja sebaik mendengar lafaz itu dan sempat memohon kemaafan daripada suaminya sebelum cerai dilafazkan. Sejurus selepas itu, mahkamah memerintahkan Maizawati menjalani tempoh idah selama tiga kali suci bermula hari ini. – Utusan
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitimeThu 16 Jul 2009, 10:30 am

Tiada yang terzalim


BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Mainpi36

IPOH: “Inilah hakikatnya. Ana (saya) harap (mana-mana pihak) jangan mensensasikannya lagi. Yang dah selesai, selesai.

“Ana doakan yang terbaik untuk masa akan datang. Yang terbaik untuk keputusan hari ini, itulah (perceraian),” kata penyanyi, pengacara dan penceramah bebas, Akhil Hayy.

Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai, 40, meminta semua pihak tidak lagi memperkatakan mengenai hal peribadinya selepas krisis rumah tangganya berakhir semalam sebaik dia menceraikan isterinya, Maizawati Zainal, 33, dengan talak satu di depan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd Ridzuan Mohd Yusof.

Mengulas keputusan perceraiannya, bekas vokalis kumpulan rock D’Riyadh terbabit secara berseloroh menjawab: “Itu (kemenangan Pas) adalah keputusan pilihan raya kecil (Manek Urai) semalam (kelmarin). Hari ini (semalam) keputusan pilihan saya.

“Mengikut keputusan itu (perceraian), tidak ada pihak yang terzalim dalam hal ini,” katanya.

Bagaimanapun, ‘Ustaz Rock’ itu dengan lantang menafikan punca keretakan rumah tangganya sehingga membawa kepada perceraian berpunca daripada pembabitan pihak ketiga.

“Berkali-kali ana tegaskan, jangan babitkan perkara (punca perceraiannya) dengan pihak ketiga. Cukuplah, keluarga dan sesiapa yang terbabit dalam hal ini terzalim dan terkecewa secara tidak langsung selain kredibiliti ana yang tercalar cukup banyak.

“Tidak ada (pembabitan) pihak ketiga, ana dah ulang (perkara ini) sebanyak tiga kali. Ini (perceraiannya) adalah masalah peribadi ana dengan bekas isteri. Masalah peribadi belaka.

“Ramai yang mengaitkan spekulasi dan gosip yang mengatakan masalah ini timbul kerana ana terbabit semula dalam bidang seni dan mempersoalkan mengapa tidak berceramah macam dulu. Tapi, itulah ana, ini perjalanan saya,” kata

Mengulas mengenai pelbagai tuduhan dilemparkan terhadapnya dalam laman blog tertentu termasuk mengatakan dia ‘ustaz munafik’, Akhil berkata:

“Ana tengok tulisan (komen) dia orang (penulis blog) lebih hebat daripada ulama sekarang ini. Sebab menghentam ana dan macam-macam termasuk tuduhan ustaz munafik. Masalahnya ialah, inilah mentaliti masyarakat Malaysia, bila buka blog untuk (diberikan) ruang, mereka membuat (menulis) apa juga perkataan dan cacian cukup hebat.

“Sebenarnya benda-benda ini kita kena check (semak) balik. Kita tidak tahu siapa yang bercakap sedangkan kita (saya) ini menjadi tontonan orang ramai, orang melihat kita setiap inci. Yang paling penting, kita tiada ruang (mempertahankan diri),” katanya.

Mengenai perancangannya selepas ini, Akhil hanya berkata, buat masa sekarang beliau sedang membuat rakaman Tadarus Al-Quran dan meneruskan kehidupannya seperti biasa serta melaksanakan beberapa perkara yang dirancangkannya
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 2 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - 10

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 2 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3, ... 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions