|
| BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 18 Aug 2009, 9:37 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 18 Aug 2009, 9:38 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 18 Aug 2009, 9:38 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 18 Aug 2009, 9:42 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 18 Aug 2009, 9:46 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 18 Aug 2009, 9:48 am | |
| Hafiz Af7 hampir dicium Perempuan Color your life with DellTM Studio 15 Panasnya keadaan nie, baru sahaja dah naik 'pangkat' jadi artis, dah mula nak tunjukkan bakat. Inilah yang terjadi kepada Hafiz Af7 yang berani membiarkan hampir dicium oleh seorang wanita yang kureng jelas identitinya. Memang ramai artis yang tidak berani membuat aksi sedemikian apatah lagi akan merosakkan kreadibilitinya sebagai seorang artis. Namun bagi Hafiz lain pula, dia menganggap apa yang terjadi cuma sekadar aksinya dengan perempuan berkenaan untuk satu video klip nyayiannya yang bertajuk Masih Jelas. Jadi korang/peminat Hafiz jangan salah sangka pulak erk |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 18 Aug 2009, 9:58 am | |
| Fara Fauzana dimarah ibu kerana rambut palsu merah
MUNGKIN ramai yang lebih mengenalinya sebagai seorang penyampai radio yang sentiasa mencuit hati pendengar dengan keletahnya yang menghiburkan. Namun, ketika melihat aksi di dalam filem terbaru lakonannya, kelihatan seperti dia mampu membawakan kesemua watak.
Penyampai radio Hotfm, Fara Fauzana, yang membintangi filem terbaru terbitan KRU Studios berjudul 'Jin Notti' membawakan watak Notti bergandingan dengan penyanyi yang mendapat gelaran Raja SMS, Mawi.
Fara yang ditemui pada sidang media tayangan perdana filem berkenaan yang telah diadakan di Cathay Cineplexes, Cineleisure Damansara meluahkan perasaan leganya setelah melihat lakonannya sendiri.
"Pada mulanya saya agak nervous jugak, tapi lepas selesai tayangan tadi saya dah rasa lega. Masa tayangan tadi memang saya ada berharap ada part yang orang akan ketawa dan saya lihat ada respon dari penonton tadi.
"Tapi saya rasa saya boleh perbaiki lagi lakonan saya sebab bidang lakonan ni sama dengan nyanyian, sentiasa perlu masa untuk diperbaiki," katanya.
Fara turut menceritakan dia dimarahi ibunya kerana isu rambut palsu. Salah satu watak yang dipegangnya sebagai Y'vonne, merupakan kekasih kepada ketua kumpulan kongsi gelap yang memerlukannya memakai rambut palsu warna merah.
"Masa tayangan tadi mak saya tegur saya, kenapa warnakan rambut merah, jadi saya terpaksa terangkan balik situasi sebenarnya.
"Saya katakan rambut tu rambut palsu dan itu bukan watak Notti, sebaliknya Notti berada di dalam tubuh Y'vonne tu je.
"Lepas saya terangkan situasi sebenarnya dengan detail, baru mak saya faham," kata Fara yang membawakan empat watak yang berlainan di dalam filem ini.
Ditanya berkenaan perasaanya menonton tayangan filem tersebut bersama ahli keluarganya, Fara mengatakan dia berasa sangat malu kerana keluarganya lebih mentertawakannya kerana gelagatnya di dalam filem tersebut.
"Malu gila saya, family saya lebih gelakkan saya sebab macam-macam gelagat yang saya buat dalam filem tu. Ye lah, lain watak, lain lah gelagat yang saya kena buat.
"Tapi ini pengalaman yang menyeronokkan buat saya dan keluarga saya," katanya.
Fara turut mengatakan dia gembira kerana berpeluang berlakon bersama pengarah filem terkenal, Aziz M. Osman yang turut berlakon di dalam filem ini.
"Saya sangat gembira dan ini merupakan peluang yang baik buat saya. Abang Aziz seorang yang bagus dalam lakonan dan dia seorang yang profesional dalam kerjanya.
"Saya tak pernah berlakon dengan abang Aziz, saya pernah berlakon di bawah arahan dia je.
"Saya lihat abang Aziz juga semasa berlakon filem ini, cara dia membawa diri dia tidak seperti seorang pengarah filem, tetapi sebagai seorang pelakon sama seperti yang lain dan abang Aziz lebih banyak menggunakan 'body language' dalam lakonannya," ujar Fara.
Ditanya mengenai watak yang paling sukar untuk dibawanya di dalam filem ini Fara mengatakan watak peguam yang dipegangnya adalah watak yang sukar untuk dibawa kerana perlu menjadi serius dan terpaksa menjadi orang lain.
"Fara membawakan empat watak dalam filem ini, watak yang paling susah adalah watak peguam, waktu tu Fara kena jadi serius dan 100 peratus Fara kena menjadi orang lain.
"Watak yang Fara rasa watak diri Fara sendiri adalah watak Notti," katanya.
Di dalam filem ini Fara yang memegang watak Notti merupakan seorang gadis jin yang sangat baik, lemah lembut dan jujur yang berusia 117 tahun.
Notti telah dihantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang melakukan perkara-perkara yang nakal.
Notti telah memasuki tiga tubuh manusia yang mempunyai sifat yang berbeza iaitu Ruby (seorang gadis remaja Punk), Y'vonne (kekasih kepada ketua kumpulan kongsi gelap) dan Sharifah (seorang peguam sofistikated yang sering membela penjenayah). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 18 Aug 2009, 10:41 am | |
| Rozita Che Wan pakai bulu mata palsu RM1 aja
Rozita Che Wan memang cantik lebih-lebih lagi tang mata dia yang lentik tu. memang kami pon tau dia pakai bulu mata palsu, tapi taktau pulak bulu mata tu RM1 aja!! Bagus lah Rozita Che Wan ni, tak perlu pakai mahal-mahal tapi boleh aje kelihatan cantik & menggoda.
Dia pon tak malu-malu nak mengaku yang bulu mata pakai buang tu hanya harga RM1 masa kena temuramah dalam Hot FM pagi ahad. Cuma kalau dia, RM1X30 hari = RM30 sebulan lah. Kalau kami, cuma RM1 untuk setahun sebab pakai time Hari Raya aje.
Lagi pengakuan yang dibuat oleh Rozita Che Wan ialah berat badan dia 50 kg. mak aih , ringannya, tu baru berat kepala ke perut kami tu. Tapi walaupun ringan gila, dia tetap makan nasi 2kali sehari. Wah memang menjadi idola idaman gadis Malaya. Bolehlah tiru macam Rozita Che Wan.
Cuma sampai sudah Rozita Che Wan tak ngaku pasal affair dia ngan Asrarudin. Bila kena tanya, dia cover ngan gelak “Hehehehhehe” yang agak seram kalau dengar masa tengahmalam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 18 Aug 2009, 10:43 am | |
| (TAKZIAH)Param Meninggal Dunia
Seorang lagi artis Malaysia meninggal dunia. Param, korang sure kenal kan, dia pelakon dan pelawak cerita lama-lama macam Badul, Anak Tunggal . Beliau meninggal pagi tadi kerana sakit jantung di Hospital Kuala Lumpur. Nama sebenar Param ialah P. Paramasivam, meninggal pada umur 55. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 18 Aug 2009, 10:50 am | |
| (Asri Rabbani) Perginya Tak Kembali..
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…
Inilah yang ditulis oleh Ustaz Asri dalam blognya. Penuh makna, terlalu menyayat hati lebih-lebih lagi bila dibaca selepas pemergian beliau. Ustaz Asri terlalu banyak berjasa, melalui lagu nasyid, penulisan, dan aktiviti beliau melalui dakwah dalam dunia hiburan.
Kawan-kawan artis yang lain pon amat menghormati allahyarham, dan beliau adalah tempat rujuk untuk banyak benda berkaitan hal-hal agama.
“Ustaz Asri merupakan seorang sahabat yang banyak memberi sentuhan rohani kepada semua. Saya tidak nampak sesuatu yang buruk dalam diri beliau baik dari segi pergaulan ataupun tingkah lakunya. – NASH
“Kita kehilangan seorang yang boleh dianggap sebagai ‘reference’. Kehebatan beliau ketika mengaji memang tidak boleh dipertikaikan dan bakat menyanyi memang sukar dicari diganti.-Ramli MS
Tetapi yang akan rasa kehilangan beliau tentulah keluarga. Tapi sejuk benar hati kami bila baca kisah malam terakhir allahyarham dengan isteri, Haliza.
“Sebelum ni, dia selalu sibuk dan tak ada masa, tapi malam semalam dia ‘call’ saya dia kata” Abi dah on the way balik, kita makan kat luar jom?.” Saya pun kata: “Ok lah, Ummi pun lapar…” “Masa tu dia kata: “Mintak apa saja”. Jadi kami pun makan di kedai, lepas balik makan malam tu, kami ’spend time’ tengok tv bersama… Malam tu ‘nice’ sangat,” kata Haliza dalam keadaan senyum namun masih ada kesedihan diraut wajahnya.
Sesungguhnya Allah dah berjanji bahawa Dia akan memberi penghabisan yang baik kepada Orang-ORang yang beriman.
Al-Fatihah
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 18 Aug 2009, 11:11 am | |
| Maizawati SMS, Akhil tak balas
Unik betul kes Maizawati ngan Akhil ni. Unik sebab deorang ni bersoal jawab macam main balas-balas surat cinta zaman sekolah dedulu, tapi ni guna suratkhabar. Hari tu (07/August) Akhil kata Maiza tak mintak izin dia untuk bekerja, seminggu lepas tu (14/Aug) , Maiza jawab persoalan Akhil tu.
Kata Maiza, dia dah SMS Akhil tapi macam biasalah Akhil tak reply. Busy kot, tak sempat nak reply cakap YES or NO. So ikut pemikiran lurus seorang yang berstatus J + 6 orang anak nak dikasik makan, maka Maiza terima tawaran jadi duta tudung, produk kek cokelat dan buat bisnes import baju dari Arab.
“Saya dah banyak kali menangis depan anak-anak tetapi sekarang saya dah sebulat hati kerana tiada apa yang nak dinangiskan sekarang.
Kami sokong Maiza, carilah rezeki halal dan bangkitlah dari kegagalan dulu, Cewah. Sesapa yang mahu menyokong Maiza, boleh beli tudung dia atau kalau nak bisnes jugak boleh jadi pengedar. Sila klik sini untuk info lanjut. |
| | | ezaino Ahli VVIP
Number of posts : 3314 Age : 47 Location : kulai --->seremban Registration date : 12/03/2009
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 18 Aug 2009, 12:05 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
da terang da....paham2 ajer ler.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 18 Aug 2009, 12:44 pm | |
| Fara Berpuasa Kerana 'Jin Notti'?
Gara-gara sebab terlalu gementar, maklumlah filem pertamanya ditambah pula memegang watak utama, Fara Fauzana terpaksa 'berpuasa' kerana tak lalu nak makan.
"Saya tak makan sejak semalam. Lapar sebenarnya tapi tunggulah selepas tayangan nanti," katanya bila ditemui sebelum bermulanya tayangan perdana filem 'Jin Notti' Jumaat lalu.
Kongsinya, dia bimbang memikirkan penerimaan penonton terhadap lakonannya. Lebih-lebih lagi di dalam 'Jin Notti' dia memainkan lima watak yang berbeza. Antaranya, seorang gadis 'punk', peguam dan kekasih seorang gengster.
"Layar perak juga berlainan dari TV di mana kesilapan yang kecil akan nampak jelas," tambahnya.
Ditemani rombongan seramai 15 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan baik dan para peminatnya yang juga ahli Fafau Entertainment, Fara memberitahu dia hanya sempat menonton beberapa babak dari filem 'Jin Notti'. Norman Abdul Halim tidak membenarkannya menonton kesemuanya kerana ingin "saya suspens malam ni".
Terang Fara, 'Jin Notti' sebuah filem yang ringan dan mampu menenangkan fikiran. Tidak perlu fikir terlalu mendalam tentang mesejnya, penonton hanya perlu gelak saja.
"Saya tidak mengharapkan semua orang akan menyukainya tetapi mereka perlulah cuba dulu. Sebagai seorang penggemar filem, saya faham apa yang di gemari sekumpulan penonton mungkin tidak di sukai orang lain.
"It's all very subjective. Tetapi sekurang-kurangnya mereka melihatnya secara positif. Saya seorang yang 'very open'. Saya dapat menerima kritikan. Bagi saya, kritikan mendorong saya untuk bekerja dengan lebih keras," katanya yang baru habis menjalani penggambaran untuk 'Andartu Terlampau ... 21 Hari Mencari Suami'.
Di sidang media yang diadakan selepas tamatnya tayangan 'Jin Notti', Fara mengadu digelak keluarganya.
"Mereka lebih menggelakkan saya. Malunya...," ceritanya sambil ketawa. "Ibu pula tanya kenapa saya asyik sentuh rambut saya. Sebenarnya Notti memasuki tubuh mereka, jadi dia tidak sepatutnya selesa di dalam tubuh itu.
"Tetapi, ia satu pengalaman yang menyeronokkan. Lega rasa selepas menontonnya. I have no regrets tapi saya akui banyak yang boleh diperbaiki."
Fara memberitahu di antara lima watak yang perlu dilakonkannya, watak peguam yang paling mencabar dirinya kerana ia berlainan sekali dari dirinya yang sebenar.
"Seorang peguam itu perlu serius. Cakap percakapannya juga perlu jelas. Tapi seronok dapat memainkan watak-watak yang berbeza."
Tentang pengalaman bekerja dengan Mawi, cerita Fara walaupun kekok pada awalnya, namun selepas beberapa hari penggambaran, semuanya okay. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 18 Aug 2009, 12:50 pm | |
| Mawi Puas Buat Stunt Sendiri
Banyak yang telah diperkatakan tentang populariti Raja SMS, Mawi yang dilihat semakin merudum. Namun, semua ini mungkin berubah apabila filem 'Jin Notti' menemui penonton di pawagam pada 20 September depan.
Digandingkan dengan Fara Fauzana, Mawi memainkan watak Aziz, seorang anggota polis yang menyamar sebagai kuncu Boboy (lakonan Adam Corrie Lee).
Berpeluang menghadiri tayangan perdana 'Jin Notti' Jumaat lalu, cukup jika GUA katakan percubaan pertama Mawi dalam bidang lakonan tidaklah seteruk yang mungkin disangkakan.
Watak Aziz tidak memerlukan Mawi terlalu banyak bermain dengan emosi. Wataknya agak 'straightforward'. Yang menjadi cabaran adalah adegan-adegan aksi.
Ketika sidang akhbar, Edry Abdul Halim mewakili KRU Studios mendedahkan kesemua aksi dilakukan penyanyi itu sendiri, menggunakan asas silat yang pernah dipelajari sebelum ini.
"Kepuasan," jawab Mawi bila ditanya mengapa dia menawarkan diri membuat aksi sendiri.
"Puas rasanya apabila menonton filem ini dan tahu aksi-aksi itu dibuat saya sendiri," dedahnya walaupun lututnya mengalami kecederaan akibat terhentak skru ketika aksi bergaduh di kelab malam.
"Luka sikit saja. Rehat 15 minit, saya buat balik. Rasanya, kita buat balik babak itu sebanyak empat kali."
Mengharapkan 'Jin Notti' "meletup" di box office, namun Mawi akur dengan apa jua penilaian penonton.
"Saya sebenarnya takut dengan reaksi orang sebab siapalah saya. Pengalaman pun takde tiba-tiba nak berlakon. Tetapi pengarah (Azhari Zain) banyak membantu. Saya cuba beri apa yang dia minta."
Selain 'Jin Notti', Mawi bakal tampil di dalam sebuah muzikal untuk Astro Ria bertajuk 'Habibi Raya Mawi'.
Memegang watak Ahmad, ceritanya berkisarkan tentang Ahmad yang meninggalkan kampung untuk merealisasikan cita-citanya menjadi seorang pemuzik. Dalam mengejar impiannya, sudah tiga tahun dia tidak pulang ke kampung.
Stacy, Hairi (juara 'Anak Wayang') dan Riz, antara mereka yang akan ditampilkan dalam muzikal tersebut.
Untuk Astro Prima pula, Mawi bergandingan dengan isteri tersayang, Ekin untuk menyajikan 'Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya', terbitan syarikat produksinya sendiri. Bob Kuman memainkan orang gaji mereka yang menghuru-harakan keadaan.
Tak lupa juga filem keduanya, 'Magika' yang akan menemui penonton pada Februari tahun depan.
Dan pada 19 Ogos ini, dia akan berangkat ke India untuk menjalani penggambaran musim kedua 'Langkah Mawi' selama seminggu.
Bagaimana pula dengan filem 'Aduh Saliha'? Mawi memberitahu ia masih menjadi tanda tanya.
"Kami hanya sempat menyiapkan 30% filem itu. Kesian jika dibiarkan begitu saja kerana ceritanya memang menarik."
Memandangkan rezeki berlakonnya semakin murah, mungkinkah selepas ini bakat kelahiran Akademi Fantasia ini bertukar angin dan bergelar pelakon pula?
"Bidang nyanyian tetap pilihan No.1 saya. Saya tak pernah berhenti menyanyi. Saya baru habis merakamkan sebuah lagu karya Aidit Alfian yang akan diperdengarkan di Astro Ria untuk sebuah program Raya nanti.
"Tetapi saya memang suka dan minat berlakon sejak di bangku sekolah lagi. Malah, masa saya kerja di Carrefour dulu, saya ada juga berlakon di majlis tahunan syarikat." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 18 Aug 2009, 1:38 pm | |
| Hidup Saya Sudah Lengkap - Datuk Khaty Ibrahim
Darah seni yang mengalir
Suatu ketika dahulu Datuk Khaty Ibrahim pernah berhijrah ke New Zealand sehingga memperolehi taraf sebagai penduduk tetap sepanjang 12 tahun di sana. Kehadirannya di sana untuk mengusahakan sebuah restoran yang berkonsepkan makanan Melayu. Kini fokus utama tertumpu kepada ‘Khadija’s Kitchen’ yang beroperasi di Petaling Jaya.
“Sebenarnya restoran saya di sini tiada bezanya dengan restoran saya dahulu di New Zealand, masih berkonsepkan makanan Melayu dan halal. Dan ramai yang tidak tahu sebenarnya sebelum saya membuka restoran di Petaling Jaya ini saya berhasrat untuk membuka Khadija’s Kitchen di New York dengan konsep dan sajian makanan yang sama. Tetapi, jika sudah tersurat bukan rezeki saya, dua hari sebelum saya sign kontrak, terjadi peristiwa yang melakar sejarah dunia iaitu dengan runtuhnya bangunan World Trade Centre, 11 September.
Berbalik semula kepada restoran saya di Petaling Jaya selain sajian makanan seperti masakan ibu, restoran ini juga mempunyai sebuah pentas yang boleh digunakan untuk mengasah bakat nyanyian,” ujarnya yang berhasrat mahu memperkenalkan makanan Melayu ke peringkat antara bangsa. Sewaktu saya ajukan soalan dunia manakah yang paling dicintainya antara dunia nyanyian, hiasan dalaman dan pengusaha makanan, nyata tiada jawapan yang saya perolehi. “Saya terlalu cintakan ketiga-tiga bidang ini tanpa belah bahagi. Ketiga-tiganya merupakan cabang seni yang berbeza yang saya perolehi dari ibu dan bapa saya,” ujar anak kesebelas daripada 12 orang adik beradik ini.
Hala tuju industri muzik tanah air
Memang seronok tatkala berbual tentang perkembangan industri muzik tanah air dengan anak seni yang sudah hampir 31 tahun bergelumang dengan pahit maung dalam industri glamor ini. Walaupun dalam usia penglibatan yang boleh dikatakan matang itu tetapi Khaty tidak mendabik dada, “saya masih lagi menerima undangan menyanyi dan jika boleh saya mahu berkongsi segala apa yang telah saya harungi sepanjang penglibatan saya dalam bidang seni ini.
Penglibatan saya sebagai juri tetap di dalam Akedemi Fantasi 7 juga salah satu perkongsian saya terhadap golongan anak muda. Di kesempatan yang sedikit itu saya cuba sebaik mungkin memberi tip-tip yang berguna kepada mereka untuk menceburi bidang yang serba mencabar ini. Sebenarnya anak-anak muda ini terlalu minat dalam bidang muzik tetapi tiada arah tuju. Saluran yang mereka pilih dengan memasuki Reality Show adalah paling tepat.
Apa yang saya perhatikan dari dahulu sehingga kini sebenarnya tiada sesiapa yang benar-benar mengambil berat tentang industri muzik ini. Jika dahulu saya boleh sama-sama berjuang dengan pelbagai bangsa tetapi kenapa kini bagai ada jurang pemisah. Program reality show juga kini wujud mengikut bangsa, bagaimana boleh terjadi begitu?” ujarnya bersemangat dan mengimbau kenangan sewaktu sama-sama menyanyi dengan penyanyi kumpulan Alleycat, Datuk David Arumugam.
Bahagia dengan kehidupannya kini
Bahagia kini dengan kehadiran dua orang cucu bersama-sama dua orang anaknya membuatkan dirinya benar-benar diulit kesibukan di samping bidang nyanyian dan restoran yang dikendalikannya. Tatkala saya mengajukan soalan tentang kehidupan solonya, nyata Khaty positif dan mahu menjalani kehidupan secara sederhana. “Kehidupan saya sudah lengkap kini dengan karier dan keluarga yang benar-benar memahami. Saya juga mempunyai anak-anak angkat yang bekerja di restoran saya,” ujarnya yang suatu ketika dahulu pernah mencuba bakat lakonannya dalam filem Kembara…Seniman Jalanan dan Mr. Cinderella. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 18 Aug 2009, 1:47 pm | |
| Hantaran hati Norman buat Shireen
Pandai Norman menyimpan rahsia sehinggakan tiada siapa pun yang mengetahui tentang percintaannya dengan Shireen yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios International ini. Tahu-tahu sahaja, Norman umumkan tarikh nikah. Walaupun pada mulanya Norman dan Shireen berhajat mahu mengadakan majlis pernikahan mereka di Sydney, Australia untuk mengelakkan majlis mereka itu terlalu digembar-gemburkan, pasangan ini kemudiannya membatalkan hasrat itu. Demi keluarga dan rakan-taulan terdekat, mereka akhirnya memilih Masjid Saidina Umar Al-Khattab sebagai lokasi majlis bersejarah mereka berdua itu.
Dengan hanya sekali lafaz, Norman, 37, sah menjadi suami kepada kepada Shireen, 44, disaksikan oleh kedua ibu bapa Norman, adik-beradiknya serta ahli keluarga Shireen, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Tiada majlis resepsi
Walaupun majlis tersebut diraikan dalam suasana yang cukup ringkas, Norman dan Shireen yang ditemui sejurus selepas majlis selesai memanjatkan rasa syukur mereka di atas kelancaran majlis tersebut. “Memang ini yang kami berdua mahukan (majlis ringkas). Kami kalau boleh mahu buat apa yang wajib dalam agama sahaja. Saya tak mahu buat majlis besar-besar yang akhirnya akan buat saya sendiri sakit kepala. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 18 Aug 2009, 1:48 pm | |
| PA silih berganti,“Saya ada hak untuk bersuara” – Zed Zaidi
Di sebalik kejayaan yang dikecapi jejaka kelahiran Kuala Lumpur ini, timbul beberapa cerita kurang enak mengenainya. Perihal dia yang beberapa kali bertukar Pembantu Peribadi (PA) dikatakan punya kaitan dengan masalah dalaman dari pihak Zed sendiri. Penulis diberitahu, Zed meletakkan beberapa syarat yang dikatakan tidak masuk akal seperti PA tidak boleh berbual panjang dengan wanita.
“Ketika bekerja saya memang akan serius dan garang dengan PA. Itu juga yang saya belajar ketika bekerja dengan Datuk Yusof sebelum ini. Pada saya, hal ini bukan menjadi satu isu sebab bekerja dimana sekalipun, kalau kita buat silap pasti kena marah. “Lagi pun, takkan masa kerja kita nak sibuk mengurat atau bercinta pula. Saya juga tak letakkan syarat seperti yang diperkatakan. Terpulang apa yang mereka nak lakukan tapi biarlah selepas waktu kerja. |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 18 Aug 2009, 4:58 pm | |
| hai sally..bayk tul cite2 hangatkan.. meraih tahun ni org kawin.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 18 Aug 2009, 5:06 pm | |
| - eira ariyana wrote:
- hai sally..bayk tul cite2 hangatkan..
meraih tahun ni org kawin.. btuii..meriah dgn org kwin.. pastu meriah gk dgn org cerai berai.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 11:02 am | |
| Maiza cari ejen, sibukkan diri berniaga produk muslim
Bagi Maiza, bulan puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi bukan sahaja dijalani dengan kesibukan menjalankan bisnes malah akan diseimbangkan untuk memfokuskan diri dengan amal ibadah. -foto The Star oleh DARRAN TAN
BULAN Ramadhan hampir tiba dan waktu itu ramailah peniaga yang mengambil peluang untuk mencari rezeki lebih untuk dibuat ‘duit raya’.
Sama seperti Maizawati Zainal, yang giat mengembangkan perniagaannya dengan produk muslim yang sememangnya halal dan toiyibah.
Maiza menunjukkan antara koleksi jubah abaya Myza yang dijual olehnya.
Tiga tahun lalu, wanita yang mesra dengan panggilan Maiza ini mendedahkan dirinya dengan bisnes menjual peralatan solat seperti telekung, sejadah, songkok dan al-Quran.
April lalu, dia ‘dilamar’ menjadi duta BondaMama dan baru-baru ini pula dilantik sebagai duta Koleksi Tudung Myza yang diusahakan di bawah Yayasan Pembangunan Nurhikmah (YPN).
Kini, Maiza semakin menyibukkan dirinya untuk mengembangkan bisnes yang ada dengan meniaga kek dan jubah abaya dengan jenama ‘Myza’.
Bagi Maiza, bulan puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi bukan sahaja dijalani dengan kesibukan menjalankan bisnes malah akan diseimbangkan untuk memfokuskan diri dengan amal ibadah.
“Saya mungkin lebih tabah, teruja dan sibukkan diri dengan amal ibadah serta kebajikan yang dilakukan oleh YPN,” ulasnya dalam satu sesi fotografi di Menara Star baru-baru ini.
Menurut Maiza, dia menyertai perniagaan ini kerana merasakan ia sesuatu kerja yang berbaloi lebih-lebih lagi dia perlu menyara anak-anak dan ibunya selepas bercerai dengan penyanyi dan penceramah bebas Akhil Hayy yang baru mendirikan rumah tangga pada Ahad lalu.
“Dengan peluang yang ada, saya akan cuba menceburi dan mengembangkan bidang ini kerana saya patut melakukannya untuk lebih meyakinkan pengguna yang beragama Islam dan semestinya mementingkan produk halal dan toiyibah.
“Saya juga bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang dikurniakan ini. Mungkin ini hikmah yang diberikan Tuhan berkat kesabaran saya selama ini,” luahnya.
Menyentuh tentang produk kek yang sedang menjalani proses pemasaran itu, Maiza berpendapat bisnes kek biasanya dimonopoli oleh peniaga bukan Islam.
“Saya ingin mengenengahkan produk-produk yang halal dan toiyibah.
“Sekurang-kurangnya pengguna ada alternatif untuk memilih produk yang mereka inginkan,” jelasnya.
Tambah ibu kepada enam orang anak ini, dia juga merasakan bisnes ini tepat pada masa sekarang ini memandangkan umat Islam akan meraikan Hari Raya Puasa pada bulan hadapan.
“Saya menggunakan peluang sekarang ini sebab dah nak dekat raya dan juga membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pembekal kek Myza,” ujarnya yang hadir bersama rakan baiknya, Adlina Ismail.
Menurut Maiza, dia juga menjual tepung ‘premix’ dalam 300gm untuk membuat kek selain kek yang sedia ada yang berharga RM15 ke atas.
Sambil bercerita tentang kek, rakannya, Adlina sempat mengusik Maiza yang dikatakan hebat dalam bidang masakan terutama masakan Thai.
Maiza hanya tersenyum mendengar kenyataan itu dan berkata dia akan mengusahakan program Mangkuk Tingkat iaitu memasak untuk dihantar ke rumah-rumah yang dikelolakan oleh YPN.
Adlina juga merupakan ibu tunggal yang menjalankan perniagaan seperti Maiza namun dia sempat mengeluh tentang masalah yang menimpa bisnesnya sekarang.
“Saya membuat banyak pinjaman tetapi tidak dapat kerana terdapat halangan.
”Jadi, saya perlukan sokongan pihak berkenaan untuk memudahkan proses. Sepatutnya dana itu diberikan tetapi tak dapat,” luahnya dalam nada kesal yang telah beberapa kali tampil untuk mendapatkan hak pinjaman namun gagal.
Maiza minat jadi hos program masakan
Maiza yang meminati program masakan juga ditanya sama ada berminat atau tidak untuk menjadi hos program masakan jika dilamar oleh mana-mana pihak produksi.
Maiza yang menggayakan tiga pasang jubah abaya yang berlainan corak dan rekaan itu hanya mengangguk setuju.
Sementara itu, jubah abaya Myza yang turut dijual oleh wanita jelita ini menampilkan 30 jenis rekaan yang didatangkan khas dari Dubai dengan harga minimum RM300.
“Jubah abaya yang saya jual ini didatangkan secara eksklusif dengan corak dan bermutu tinggi, sesuai untuk semua acara sama ada formal atau tidak.
Bagi yang berminat untuk menjadi pembekal dan ejen kek Myza dan jubah abaya Myza, sila hubungi Tasya di talian 019-5425363 atau berhubung melalui faks di talian 05-5472235.
“Insya-Allah, saya akan keluarkan lebih banyak corak lagi jika permintaan tinggi.
“Sekarang, saya masih mencari pembekal dari setiap negeri,” tutur Maiza.
Harapan Maiza, semoga pihak tertentu akan menyalurkan dana dan geran untuk membantunya mengembangkan perniagaan yang cuba dijalankan ini kerana dia akui perniagaan yang diceburinya ini memerlukan modal yang banyak.
Bagi yang berminat untuk menjadi pembekal dan ejen kek Myza dan jubah abaya Myza, sila hubungi Tasya di talian 019-5425363 atau berhubung melalui faks di talian 05-5472235.
Selain menjalankan bisnesnya sendiri, dia juga akan terlibat dengan ‘road tour’ untuk mempromosikan tudung Myza di seluruh Malaysia bermula bulan ini atau paling lewat pada bulan depan di mana destinasi pertamanya adalah Johor Bharu.
Dia juga akan melibatkan diri selaku penceramah untuk program motivasi dan remaja selepas raya nanti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 11:03 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 11:04 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 11:11 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 11:19 am | |
| Almy tanggung azab demi Senandung Si Dayang EMPAT tahun mengharungi hidup sebagai pelakon, Almy Nadia akui, masih banyak pihak sebenarnya yang ragu-ragu dengan kemampuannya membawakan pelbagai jenis watak. Bukan merasakan diri sudah hebat, tetapi bagi pelakon berusia 23 tahun ini, dia tidak mahu lagi mendengar suara-suara sumbang yang sering merasakan dia hanya sesuai meneruskan watak sebagai perempuan 'gedik', sedangkan Almy sendiri yakin dia boleh melakukan lebih daripada itu. Ternyata tawaran membawakan watak Puteri di dalam drama bersiri Senandung Si Dayang, sebuah kisah yang diadaptasikan daripada cerita rakyat popular Dayang Senandung, diibaratkan seperti 'orang mengantuk disorongkan bantal' buat Almy. Memegang watak gadis yang hitam legam seluruh wajah dan tubuhnya akibat terkena sumpahan sememangnya satu karektor yang disifatkan oleh Almy sebagai 'luar biasa'. Almy berwajah hitam legam menerusi watak Puteri dalam Senandung Si Dayang "Sejujurnya, salah satu sebab saya ambil cabaran memegang watak ini adalah untuk buktikan kepada orang bahawa saya juga mampu melakonkan pelbagai watak lain. Maklumlah, orang asyik cakap saya selalu bawa watak gedik-gedik saja. "Jadi, inilah masanya saya tonjolkan kemampuan saya dengan karektor yang lain pula. Memang cukup seksa sebenarnya bawakan watak Puteri ini...seksa kerana solekan hitam yang perlu dibuat di wajah dan tubuh. "Sudahlah wajah hitam legam, nak berdialog juga amat sukar kerana reaksi muka dan emosi sukar untuk dilihat disebabkan wajah yang begitu gelap. Tapi, segala 'seksaan' itu sebenarnya membuahkan hasil juga," tutur Almy yang ditemui pada majlis pelancaran drama terbitan syarikat pelakon Rozie Othman, SRS Production, di Ampang, baru-baru ini. Turut membintangi drama 20 episod arahan Haris Kadir itu antaranya ialah Elly Mazlein, Aqasha, Azza AF, Mas Anizan, Khairil Anwar, Buzen, Latif Borgiba, Liza Zain dan Allahyarham Khairil Khamis, yang merupakan lakonan terakhirnya sebelum meninggal dunia pada 17 Julai lalu. Drama yang akan disiarkan di slot Lagenda di TV3 bermula 25 Ogos, setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 4.30 petang ini menampilkan tiga generasi sumpahan tersebut iaitu di zaman purba, 80an dan moden yang terkena pada tiga gadis lakonan Elly, Azza dan Almy. Secara ringkasnya, kisah Senandung Si Dayang bermula dengan kelahiran Megasari, anak perempuan kepada Wanggalara yang terkenal dengan kehebatan ilmu hitamnya. Akibat penyelewengan kuasa ilmu hitamnya, Megasari dilahirkan dalam keadaan hitam legam seluruh tubuh dan mukanya. Apabila dewasa, Megasari jatuh hati dengan Putera Aduka, tetapi kecewa apabila cintanya ditolak dan turut dicemuh jejaka itu. Megasari kemudiannya membunuh diri kerana tidak tahan dicemuh dan dimaki. Wanggalara tekad membalas dendam terhadap Putera Aduka namun dia tewas. Wanggalara bagaimanapun sempat bersumpah bahawa keturunan Putera Aduka akan ada yang berkulit hitam dan hodoh, lebih dahsyat daripada Megasari. Setelah berkurun lamanya, sumpahan Wanggalara menjadi kenyataan apabila Tengku Syed Idrus dan Tengku Sarimah dikurniakan anak perempuan, Puteri, yang hitam bagaikan arang seluruh tubuhnya. Walaupun Puteri dibesarkan dengan penuh kasih sayang, namun kezaliman realiti hidup tidak dapat ditepis jauh meskipun keluarga Puteri cuba melindungi dirinya dari dilukai. Keadaan menjadi bertambah rumit apabila Puteri telah jatuh hati dengan seorang pemuda kacak bernama Aidid, yang juga menaruh perasaan terhadap Puteri meskipun hanya mendengar suaranya saja selama perkenalan mereka. Bercerita lanjut tentang karektor gadis berwajah hitam itu, kata Almy, walaupun perit menahan kesan akibat solekan itu, namun dia tidak merasakan itu satu halangan untuk dia melakukan yang terbaik untuk watak tersebut. "Dua tiga kali juga muka saya gatal-gatal dan ada ruam sebab tak tahan dengan solekan. Saya tidak tahulah sama ada Elly dan Azza turut alami perkara yang sama seperti saya. "Lagipun kulit saya memang sangat sensitif. Selalunya selepas disolek, memang saya tidak boleh sentuh apa-apa, sebab akan tinggalkan kesan hitam pada barang-barang. Nak makan pun adakalanya susah. "Tapi, benda-benda macam tu tidaklah membebankan pun. Saya anggap itu adalah cabaran. Dan sebab itu juga saya terima watak ini sebab saya ingin juga rasa macam mana seniwati Datuk Sarimah Ahmad dulu pegang watak macam ni," ujarnya. "Belum rancang bertunang"Macam-macam cerita tentang hubungannya dengan aktor Fizz Fairuz didengari sejak kebelakangan ini. Ada yang mengatakan hubungan cinta yang terjalin lebih tiga tahun itu telah pun retak, namun kisah terbaru ada pula yang mengatakan Fizz dan Almy sebenarnya telah bertunang sejak tahun lalu. Almy hanya tersenyum tatkala diajukan tentang perkara itu. "Mana ada kami sudah bertunang. Tidak ada perancangan apa-apa pun. Ketika cerita kami kononnya sudah bertunanglah...berpisahlah, masing-masing ketika itu sedang sibuk dengan kerja sendiri. "Bagi kami, eloklah jika kami fokus dulu pada karier. Bila sudah bersedia nanti, barulah kami fikirkan untuk bawa hubungan kami ke fasa seterusnya. "Jika ditanya sama ada saya sudah bersedia atau tidak, memanglah belum. Tapi sampai bila nak kata tidak. Nak tak nak, saya kena bersedia juga andai jodoh itu sudah tiba," kata Almy. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 11:21 am | |
| “Saya bukan gay...” - Azwan Ali
Azwan Ali bersikap tenang menghadapi semua gosip liar yang melabelkan dirinya homoseksual
SELEBRITI Azwan Haji Ali tiba-tiba mendapati dirinya berada di tengah-tengah kontroversi apabila sesetengah pihak mula mempersoalkan kecenderungan seksualnya dan melabelkannya sebagai seorang homoseksual - gara-gara tulisan bersahaja dan ‘berterus-terang’ yang dimuat-naikkan di dalam blog peribadinya “silaserazwanali.blogspot.com”.
"Ia bukan untuk saya menjawab sama ada saya gay (lelaki homoseksual) atau tidak. Hanya Tuhan dan ibu saya sahaja yang tahu mengenai seksualiti saya. Siapa anda untuk bercakap ini dan itu. Ini melibatkan maruah seseorang," kata Azwan ketika dihubungi mStar Online, semalam.
Azwan telah ditanya secara terus terang tentang kecenderungan seksualitinya ekoran tulisan-tulisan beliau yang berbaur “gay” di laman blog pribadinya itu yang menurut dakwaannya sendiri telah dikunjungi oleh berjuta peminat dan merupakan blog hiburan dan gosip paling sensasi tanahair.
Di dalam blognya itu juga disamping membahasakan dirinya sebagai Azwan Ali, beliau juga turut membahasakan dirinya dengan nama “Mak Hayam Gebusss” dan “Azwana Alia”.
Ketika menjawab semua persoalan yang dilontarkan kepadanya itu oleh wartawan mStar Online, Azwan menegaskan bahawa beliau tidak perlu memberikan reaksi kepada semua gosip liar tersebut.
"Kenapa saya perlu melompat-lompat kerana diserang oleh penyebar gosip tersebut? Apa yang mereka (mahu) termasuk editor tertentu adalah suatu pembalasan semata-mata.
"Mereka dah kehabisan isu untuk 'menyerang saya'. Apakah jenis insan anda ini jika anda mempercayai gosip liar itu. Anda boleh bercakap orang ini gay atau tidak tetapi anda sendiri tidak melihat wajah anda di cermin," ujar Azwan.
Walaupun dilabel sebagai homoseksual, personaliti televisyen yang bersifat terus-terang itu mengamalkan sikap tenang menghadapi isu tersebut.
Azwan menyangkal dakwaan sesetengah media bahawa dia adalah homoseksual berdasarkan komen kontroversi di blognya.
Jelas Azwan, beliau hanya menulis karektor imaginasinya dalam blognya itu. "Blog peribadi saya mengetengahkan dua karektor yang jelas berbeza iaitu personaliti sebenar saya dan satu lagi karektor atau personaliti imaginasi....itu saja."
Tambah Azwan, sama seperti sebarang buku, majalah malah suratkhabar, dia turut mewujudkan karektor misteri tertentu seperti Cik Bunga atau Cik Gajah.
Selain daripada isu-isu kontroversi yang dibangkitkan, sesetengah komen Azwan mendapat maklum balas negatif daripada komen daripada pembaca kerana ia "hard-hitting" dan "to the face".
Sehubungan itu, Azwan berkata, dakwaan sesetengah media bahawa dia adalah homoseksual berdasarkan komen di blognya adalah tidak benar sama sekali. "Sebagai pembaca blog saya, mereka perlu dapat membezakan apa yang benar dan yang dilebih-lebihkan. Blog saya penuh berwarna-warni. Hanya mereka yang ikhlas dapat membezakan apa-apa yang benar dan apa yang imaginasi," katanya.
"Jika anda kata saya gay, anda perlu membuktikannya. Apakah tarikh dan masanya? Malah, mereka boleh ikut saya ke hotel, bilik dan katil. Dan saya akan buktikan sama ada saya gay atau tidak," tegasnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 11:22 am | |
| Aditya: Artis perlu percikan iman yang kuat
Rabecca Nur Islam.
PABILA Safura mendakwa (laporan dari sebuah akhbar perdana) namanya digugurkan daripada menjayakan beberapa buah drama untuk sebuah siaran stesen televisyen, hanya berlandaskan alasan perempuan itu menutup aurat, isu ini seharusnya dipandang serius oleh masyarakat industri hiburan khasnya dan masyarakat pemerhati amnya.
Laporan itu juga menyebut nama penyanyi 'Sedalam Mana Cintamu' itu hampir dibuang daripada senarai penyanyi yang akan menjayakan sebuah siri konsert untuk stesen yang sama. Alasannya sama – Safura bertudung!
Astaghfirullah, apa sudah jadi dengan warga penerbitan kita hari ini? Mereka yang sepatutnya lebih menggalakkan ke arah insan Hadhari serta Islamiah dan sepatutnya juga mereka menggalakkan ‘keinsafan’ ini berlaku. Mereka seharusnya lebih maklum yang artis dipandang sebagai role model, jadi seharusnya kerelaan wanita seperti Safura bertudung lebih digalakkan supaya menjadi cerminan kepada masyarakat di luar sana.
Bagaimanapun, alhamdulillah isteri kepada pelakon Shahronizam Noor, itu tidak alah dengan tekanan tersebut hanya kerana ingin mencari rezeki. Rezeki di tangan Tuhan, Pencipta kita yang menentukan dalam perjalanan kehidupan seharian makhlukNya. Mungkin juga Dia sekadar mahu menduga manusia, ingin melihat sejauh mana keyakinan dan kesabarannya.
Bukan pemerhati industri seni tidak tahu, ramai juga yang ‘mengalah’ dengan tuntutan kehendak dunia hiburan. Sama ada tuntutan atau keperluan sebenar atau sekadar paparan kosmetik industri semata-mata. Artis kita boleh pilih, mahu menjadi diri sendiri dan memperjuangkan bakat atau lebih senang menjadi orang lain dan hipokrit. Alah, perkataan hipokrit bukannya tak biasa kita dengar yang sekian lama menjadi virus yang melekat kepada artis.
Aditya sendiri, walaupun sudah lama memerhati gelagat pentas opera hiburan Malaysia, ada kalanya terkejut beruk juga dengan ‘gimik’ dan perangai artis tempatan. Seperti yang berlaku kepada seorang dua artis wanita yang kini semakin seksi selepas kepalanya ‘panas’ dengan tudung tutup lingkup. Dakwanya, rezekinya semakin sempit sejak bertudung. Lalu untuk meluaskan lubang rezeki itu, tutup kepala dibiarkan terbang bersama cita-citanya. Harapnya lubang itu semakin besar dan harapnya juga dia ingatkan lubang liang lahad yang tidak sebesar mana itu.
Secara peribadi, Aditya pening kepala dengan situasi hari ini. Yang seharusnya dipandang tak elok disanjung tinggi tetapi yang cuba mendekatkan lagi dengan hukum-hakam agama, ditolak ketepi dan dibuang jauh-jauh. Hairan sungguh apabila mata mereka (pihak stesen televisyen berbukit ini) bagaikan tidak melihat komersial melalui penampilan artis yang lebih sopan.
Aditya bukanlah ulama yang pakar dalam soal agama tetapi diri ini terasa bertanggungjawab melihat perkembangan yang semakin tidak sihat ini dibiarkan tanpa sebarang pembelaan.
Bukan kita tidak tahu dengan gejala sosial yang sudah melampaui batas kemanusiaan dan mencalar maruah Islam. Anak muda berpeleseran, bergaul bebas biarpun bukan muhrim sehingga kejadian membuang bayi bagaikan satu situasi biasa di negara kita.
Saban hari, ada saja berita yang dilaporkan tentang bayi dibuang, bayi mati di dalam mangkuk tandas dan tidak terkecuali murid sekolah yang terberanak di sekolah ketika kemas berpakaian seragam sekolah. Apa sudah jadi?
Perkembangan ini mungkin kita boleh pandang secara umum kerana ia melibatkan manusia awam tetapi apakah ia tidak terjadi di kalangan selebriti kita? Aditya tidak mahu menuduh tetapi bersekedudukan adalah fenomena biasa di kalangan manusia popular dan anak seni. Nak Aditya namakan?
Gejala sosial juga tidak terkecuali di kalangan manusia popular Melayu dan Islam. Tidak banyak yang dilaporkan tentang mereka tetapi berita sipi-sipi kadang-kadang dikhabarkan menerusi ruang gosip yang sering dianggap remeh dan temeh itu.
Tidak perlu menggali lebih dalam, cukuplah rasanya Aditya mengaitkan di ruangan ini dengan cara penampilan artis kita. Itu yang lebih ketara kerana pandangan pertama selalu membayangkan pandangan seterusnya. Biarpun orang kata 'don't judge the book by it's cover' namun ada ketikanya 'cover' itu mampu membuka pekung yang lebih jelas.
Dalam soal berpakaian, sesuai dengan pembuka artikel ini, Aditya yang tidak sepatutnya merasa terkilan dengan keberanian pelakon baru, Rabecca Nur Islam mengenakan busana putih mendedahkan belakangnya dalam satu majlis beberapa minggu lalu.
Pun begitu, hati tidak menafikan untuk terus berkata tentang keberanian perempuan yang mempunyai seorang anak angkat itu yang 'salah'. Keberanian yang salah! Cantik ada perspektifnya dan cukup subjektif tetapi alangkah lebih cantik sekiranya kecantikan tersebut dipadankan dengan namanya yang indah itu. Nur Islam - cahaya Islam, tidakkah Rabecca berasa janggal dengan ironinya fesyen dan nama itu?
Apakah salah Aditya membawa gadis berkulit putih itu sebagai contoh kepada cerminan artis kita hari ini? Sah bukan semua artis begitu tetapi situasi ini memudahkan lagi masyarakat memandang serong kepada golongan anak seni yang selama ini kita sedia maklum, seni selalu dilihat sebagai sumber yang menjurus kepada kemaksiatan!
Biarpun hanya 'jenayah yang dibenarkan dalam industri hiburan' itu yang dilakukan Rabecca, sebenarnya dia sudah berjaya memahat nama dalam sejarah 'yang sentiasa orang akan ingat' apabila bercakap pasal fesyen. Kalau itu yang Rabecca cari, dia sudah berjaya. Tahniah! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 11:25 am | |
| Jee: Saya bukan perahsia atau bencikan lelaki!
Fauziah Latiff mempunyai sebab mengapa dia lebih banyak mendiamkan diri dalam industri hiburan. -foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN
MUNGKIN ramai yang menyangka penyanyi dan pelakon Fauziah Latiff adalah seorang yang perahsia kerana dia bukanlah seorang yang terlalu gemar menonjolkan diri dengan aktiviti yang dilakukan.
Bukan juga kerana dia seorang yang tidak gemar berkongsi cerita dengan khalayak khasnya peminat yang sentiasa menantikan cerita terbaru tentangnya.
Bagi wanita yang mesra dengan panggilan Jee ini, dia mempunyai sebab mengapa dia lebih banyak mendiamkan diri dalam industri ini.
“Saya bukanlah seorang yang perahsia tetapi sebab saya tidak ada cerita pasal album dan dalam masa yang sama saya hanya menjalanikehidupan seperti biasa.
“Nanti kalau ada lagu baru, saya akan beritahu,” jelasnya ketika ditemui di pementasan teater ‘Muzikal Tun Razak’ di Istana Budaya, baru-baru ini.
Sejak membina kehidupan solo dua tahun lalu selepas bercerai dengan bekas suaminya, Johan Indot, Jee sepi tanpa cerita cinta.
Pernah tersebar gosip mengatakan dia dengan pelakon Hans Isaac bercinta pada suatu ketika dahulu namun kedua-duanya menafikannya.
Sehingga kini, tidak kedengaran lagi cerita tentang Jee dengan mana-mana lelaki.
Jee memegang watak Toh Puan Rahah Mohd Noah, ibu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam teater muzikal Tun Abdul Razak yang akan diadakan di Istana Budaya pada 16-20 Ogos ini.
Dia pernah mengaku tidak mahu memikirkan tentang teman hidup mahupun teman lelaki buat masa ini. Namun sejauh mana Jee hendak mengunci mulutnya? Biar masa yang menentukannya.
Bagi Jee, tidak memikirkan tentang ‘cinta’ tidak bermakna dia sudah tidak percaya atau bencikan lelaki.
“Saya masih mencari dan ‘live it open’. Apabila tiba masanya, insya-Allah..sekarang saya masih ‘single’.
“Saya percaya setiap insan perlu ada pasangan dan kalau ada alhamdulillah tetapi sekarang nanti dulu,” ujarnya yang berlakondengan penuh perasaan sebagai Tun Rahah dalam muzikal itu.
Bercerita lanjut tentang pementasan itu, menurut Jee, perlu untuk dia melontarkan seluruh jiwa dan raganya lebih-lebih lagi semasa babak Tun Razak mahu ke London sebelum meninggal dunia di sana.
“Jalan ceritanya mungkin orang akan anggap klise tetapi saya perlu menjiwai kerana merasakan sedih apabila suami kita hendak meninggalkan kita.
“Saya harap penonton dapat merasai apa yang saya cuba sampaikan,” ceritanya yang turut dilihat bergenang air mata ketika melakonkanbabak itu di samping Rashidi Ishak sebagai Tun Razak.
Lakonan Jee dilihat mendapat perhatian ramai dan sejurus selepas dia melontarkan nyanyiannya, terus penonton bersorak riang.
Melihat reaksi positif ini, tidakkah Jee teringin untuk berlakon teater lagi selepas ini?
Sambil tertawa Jee menjawab, “Insya-Allah, saya suka untuk membuat kerja satu persatu.
“Setiap hari, saya akan membuat kerja satu persatu baik dalam kehidupan dan kerja saya.
“Insya-Allah, kalau ada yang sudi, kita boleh bincang nanti. Bagi saya, lakonan ini merupakan satu tanggungjawab yang besar.
“Sekali saya sudah terima, saya akan cuba untuk melakukan yang terbaik kerana saya masih belajar.
“Jadi,saya perlu tengok skrip dulu. Bukan apa, saya takut tak terbawa kerana ini tanggungjawab dan saya tak mahu kecewakan orang lain.”
Mungkin tidak ramai yang tahu, Jee sendiri meluahkan betapa takutnya dia ketika melakukan pementasan itu walaupun pada hakikatnya ini merupakan teater keduanya selepas teater ‘Rubiah’ pada 10 tahun lalu.
“Saya ada ketakutan dan banyak kelemahan kerana saya selalu ingin buat yang terbaik. Saya malu juga tapi saya perlu kawal diri-sendiri untuk kebaikan diri,” ulasnya yang turut bergelar duta produk kecantikanSKII selama 11 tahun berturut-turut.
Setia 11 tahun dengan SKII
Dalam pada itu, Jee turut berkongsi rahsia kecantikannya yang diamalkan sehingga hari ini. Menurut Jee, dia menggunakan produk yang diperlukan bagi kulitnya yang antaranya adalah ‘miracle water’, ‘skinrefining treatment’, ‘mask’ dan ‘UV protection’.
Seperti SKII yang setia memilih Jee sebagai duta, Jee juga berkata dia akan setia dengan produk itu sampai bila-bila.
Wajah jelita Jee.
“Alhamdulillah, produk ini memang bagus, bukan sebab saya sebahagian dari SKII tetapi sebab 11 tahun lepas saya memang tak tahu apa-apa tentang produk ini.
“Mereka pun tak cakap apa-apa tentang produk ini. Saya hanya mencuba produk itu terlebih dahulu dan selepas itu melihat satu keajaiban berlaku.
“Waktu tu saya berusia 15 tahun tetapi saya tidaklah mempunyai masalah kulit yang terlalu ‘major’.
“Sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan masalah kulit yang biasaberlaku kepada remaja,” ceritanya yang akan menyambung penggambaran drama ‘Gelora Di Hati Sara’ pada Oktober nanti.
Jadi, dalam bulan puasa nanti Jee berkata dia akan menjalani proses ‘script reading’.
Jee akan melakonkan drama itu di samping pelakon popular Rosyam Nor dan Datuk Rahim Razali. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 11:28 am | |
| 'Duta Ariani' Ekin tidak tercabar dengan pesaing lain
PASANGAN BAHAGIA... Ekin dan Mawi SEJAK kemunculan tudung Ariani di mana pelakon dan model Ekin sebagai dutanya, kini semakin banyak lambakan tudung jenama lain seperti Ratu, Myza, Hajaba dan banyak lagi. Walaupun lambakan jenama pelbagai jenis tudung yang tidak banyak bezanya itu memberikan saingan yang tinggi kepada Ariani, namun bagi Ekin atau nama sebenarnya Nora'asikin Rahmat lebih memandang hal itu sebagai suatu fenomena yang positif. “Saya tak rasa tercabar malah lebih suka dengan saingan ini kerana sekurang-kurangnya kita menggalakkan lebih ramai wanita memakai tudung. “Saya juga kagum dengan rekaan tudung daripada jenama lain yang pelbagai,” kata Ekin ketika ditemui semasa majlis malam gala tayangan filem ‘Jin Notti’ baru-baru ini di Petaling Jaya. Filem ini dilakonkan oleh suaminya, Mawi sebagai Aziz yang akan ditayangkan pada Hari Raya pertama nanti di seluruh pawagam tanah air. Ekin juga secara berseloroh memberitahu yang disebabkan semakin ‘berisi’, dia sudah tidak muat untuk mengenakan tudung Ariani bersaiz ‘S’ yang sebelum ini selalu dipakai olehnya. Namun, Ekin menafikan tubuhnya ‘berisi’ kerana dia sedang mengandung. “Belum lagi..belum ada rezeki..,” ujarnya ringkas sambil tersenyum. Dalam nada sopan, Ekin akui yang dirinya kini jauh berubah setelah mendirikan rumah tangga lebih tujuh bulan dengan penyanyi popular itu. “Sekarang, saya sudah tidak boleh fikir untuk berseronok sahaja kerana saya sudah menjadi seorang isteri..umur pun dah 30 tahun. “Alhamdulillah, hubungan kami ‘ok’ dan hanya menanti rezeki anak,” luah Ekin dalam nada teruja dan gembira. Jelas menampakkan pipinya yang tembam disambut dengan kebahagian yang sedang ditempuhi dalam hidupnya sekarang. Bercerita tentang kehidupan berumah tangga, duta R&Z Cosmetics ini juga menjawab tentang soalan yang dikemukakan olehnya kepada Mawi sehingga membuatkan suaminya pucat dan terkedu semasa program ‘AC?’ yang dihoskan oleh AC Mizal. Ekin hanya bertanya soalan sama ada Mawi pernah berasa tidak puas hati dengannya selama mereka berkahwin. “Waktu itu, saya diberi peluang untuk bertanya soalan kepadanya di Kaunter AC. “Tiba-tiba ada salah seorang penonton yang turut berbaris untuk bertanya soalan selepas itu memberikan idea kepada saya untuk bertanya soalan itu. “Serius, saya memang tak terfikir pun untuk bertanya dengannya sebelum ini. Muka dia pucat selepas itu mungkin sebab terkejut dengan soalan itu tetapi saya tahu selepas itu dia ‘ok’..,” jelas Ekin. Menyentuh tentang karier, Ekin juga memberitahu dia lebih banyak melakukan kerja dalam bidang peragaan berbanding lakonan. “Dulu, saya hanya ikut kembar saya, Aein untuk berlakon. Jadi, sebab itu saya hanya muncul dalam sebuah drama iaitu ‘Kawan’. “Terus-terang saya katakan, saya tidaklah terlalu rindu untuk berlakon kerana saya lebih minat untuk buat ‘modelling’ busana muslimah. “Tetapi lepas menemani Mawi berlakon, seronok pula saya rasa,” jawabnya yang turut muncul dalam sebuah telefilem ‘Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya’ terbitan syarikat suaminya, MW Entertainment Sdn. Bhd yang akan disiarkan pada Hari Raya nanti. Namun, Ekin tidak menafikan yang dia bersedia untuk menerima tawaran berlakon sekiranya kena dengan skrip dan wataknya. “Saya tak minat tak semestinya saya tidak mahu berlakon langsung. Kalau ada tawaran, apa salahnya..saya terima kalau kena caranya,” beritahu Ekin. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 11:31 am | |
| TV3 terbitkan program “Ustaz Asri Dalam Kenangan”
Ustaz Asri meninggal dunia pada 13 Ogos lalu. -foto dari blog Ustaz Asri
PEMERGIAN Mohd Asri Ibrahim atau mesra disapa Ustaz Asri meninggalkan kesan yang mendalam di dalam industri muzik tanah air.
Perjuangan Ustaz Asri di dalam kumpulan Rabbani yang mula ditubuhkan pada 1 Mac 1997 berjaya mendapat sambutan peminat dengan aluan zikir dan menyebarkan dakwah melalui irama nasyid yang diperjuangkan.
Sebagai mengenang perjuangan Allahyarham, TV3 menerbitkan program “Ustaz Asri Dalam Kenangan” selama satu jam pada hari Jumaat, 21 Ogos 2009, jam 6.00 petang.
Program ini akan memaparkan kompilasi persembahan kumpulan Rabbani di konsert-konsert yang pernah dirakamkan oleh TV3 sewaktu Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1428H (2007) & Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1430H (2009) termasuk persembahan duet kumpulan Rabbani bersama artis tanah air iaitu Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search dan Mawi.
Penonton juga akan dapat menyaksikan sedutan visual sewaktu pengkebumian Allahyarham serta wawancara bersama ahli Rabbani yang lain.
Di samping itu, penonton di rumah boleh menghantar ucapan takziah yang akan dipaparkan melalui 'crawler' ketika program ini disiarkan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 11:38 am | |
| Bujang Liza ada 'harga'
TIDAK kisah terus membujang meskipun usia Haliza Misbun sudah mencecah 36 tahun. Banyak perkara yang perlu dilakukannya daripada asyik memikirkan jodoh yang entah bila akan kunjung tiba.
Pun begitu kata Haliza, dia sedikit pun tidak tertekan dengan keadaan itu tetapi orang di sekeliling pula sibuk bertanya bila dia hendak naik pelamin.
"Saya ok je. Bukan tak mahu berkahwin tetapi belum ada jodoh tetapi saya tak kisah kerana saya percaya ajal, maut dan jodoh semuanya ketentuan Allah SWT. Tetapi saya tengok orang di sekeliling pula nampak lebih tertekan daripada saya dan tak jemu bertanya bila hendak makan nasi minyak.
"Apa yang saya alami ini pasti turut dirasai wanita yang berusia lanjut macam saya di luar sana. Selalu dihimpit persoalan sama saban waktu. Walaupun saya tidak kisah mengenai status diri yang masih membujang tetapi adakala rimas juga.
"Selain belum ada jodoh, saya belum bersedia untuk menamatkan zaman solo kerana banyak perkara sedang dirancang terutama membabitkan kerjaya. Saya percaya wanita di luar sana juga ada sebab tersendiri mengapa mereka lebih senang hidup sendiri," katanya.
Sebagai meluahkan isi hati mewakili mereka yang sudah termasuk dalam golongan andartu, syarikat produksinya, Big Productions Sdn Bhd menerbitkan filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami arahan Din CJ.
Filem sulung Big Productions itu dijayakan Haliza yang memegang watak utama bersama Ari Wibowo, Abby Abadi, Erra Fazira, Fizo Omar, Abon, Maimun Talib, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali dan Fahrin Ahmad.
Kata Haliza, filem ini mengisahkan masalah andartu yang selalu dipandang rendah masyarakat. Haliza mahu masyarakat lebih bersikap terbuka selepas menonton filem ini dan tidak mahu lagi golongan andartu berasa rendah diri dan malu kerana masih solo pada usia agak lewat.
"Pada saya tidak ada malunya hidup solo kerana kebahagiaan itu terletak pada hati kita sendiri, bukannya daripada orang di sekeliling kita. Ada kawan sanggup berkahwin tanpa rela kerana 'termakan' cakap orang. Akhirnya usia perkahwinan baru setahun jagung sudah bercerai-berai.
"Keluarga dan masyarakat perlu menghormati hak orang lain, jangan dipaksa jika tidak suka. Tentu seseorang itu ada sebab sendiri kenapa dia tidak mahu berkahwin. Tidak semestinya kebahagiaan hanya boleh dimiliki apabila bersuami.
"Jika dipertemukan dengan lelaki yang baik, syukur ke hadrat Allah SWT, Jika sebaliknya lebih baik membujang sampai tua, apatah lagi wanita yang sudah mempunyai kerjaya bagus," katanya.
Untuk filem ini, sekali lagi Haliza mempelawa Ari berlakon dengannya memegang watak Dr Ryan Diprojo kerana baginya, pelakon terkenal Indonesia itu sangat memahami cita-citanya dalam dunia seni. Mereka pernah bekerjasama dalam VCD Rohaya Roy, lima tahun lalu terbitan Halle Pictures Sdn Bhd, juga milik Haliza.
"Selepas siap pembikinan Rohaya Roy, saya terus terfikir hendak menerbitkan filem dan Ari sentiasa memberikan sokongan serta percaya saya boleh melakukannya. Meskipun dia jauh di seberang, kami selalu berhubung antara satu sama lain.
"Saya tahu ramai mentertawakan saya apabila menyuarakan hasrat hati menerbitkan filem tetapi impian itu menjadi kenyataan juga akhirnya.
"Senang bekerja dengan Ari kerana dia pelakon yang bagus, saling memberi dan menerima. Sifat Ari yang berdiplomasi dan menggunakan pendekatan psikologi apabila bercakap juga membuatkan saya yang keras kepala ini boleh mendengar cakapnya. Dia juga tidak pernah memperlekehkan cita-cita saya," katanya.
Haliza akui agak gementar kembali ke lokasi filem kerana kali terakhir beraksi di layar perak melalui filem Scoop arahan Aziz M Osman yang diterbitkan 13 tahun lalu.
"Untuk berlakon filem semula membuatkan saya gementar. Tetapi Ari menyakinkan saya boleh melakukannya. Bagaimanapun, sebelum melangkah semula ke layar lebar, saya banyak berlakon drama kerana menganggap ia kolej terbaik untuk belajar menjadi pelakon filem berkarisma.
"Berlakon filem untuk tayangan di skrin besar lebih sukar berbanding drama kerana segala kecacatan dalam lakonan akan terserlah," katanya.
Dalam satu babak filem itu, Haliza mandi bunga untuk mencari jodoh yang diatur ibunya, lakonan Maimon. Lokasi diadakan di Kem Isi Rimba Ulu Kemensah, baru-baru ini. Haliza juga tidak kisah tampil berkemban untuk babak itu.
Mengenai pemilihan Din CJ sebagai pengarah, kata Haliza, pengarah filem Mr Cinderella 2 itu antara pengarah yang serasi bekerja dengannya sejak bekerjasama menjayakan drama Cinderella. Disebabkan persefahaman itu juga, Din CJ dipilih mengarahkan Rohaya Roy.
"Abang Din banyak menyokong perjuangan saya dalam bidang seni dan memahami siapa sebenarnya Haliza Misbun. Dia tahu angin saya macam mana dan tahu hendak 'menghentikan' ribut taufan yang datang," katanya.
Menyentuh sikapnya yang baran itu, ramai dikatakan tidak suka bekerja dengannya. Haliza mengakui agak baran tetapi katanya, marahnya mesti bersebab.
"Orang yang marah tanpa tujuan, gila namanya. Takkan orang buat perkara betul, saya hendak marah. Apatah lagi ia membabitkan syarikat sendiri. Bukan murah hendak hasilkan drama atau filem, jadi kerja mesti serius. Sebelum datang ke lokasi, buat persediaan terlebih dulu.
"Buktinya, saya tiada masalah bekerja dengan Erra dan Abby. Ini kerana mereka sangat profesional. Tak adalah pula berlaku kejadian bertarik rambut di lokasi. Buat kerja apa pun kita mesti bersedia supaya tidak membazirkan masa, wang dan tenaga.
"Jika tiba di lokasi, baru hendak hafal skrip dan memahami watak, siapa yang tak marah. Pengarah pun naik hantu. Saya perlu tegas ketika bekerja bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Seperti juga dalam hubungan suami isteri, jika si suami tidak mencetuskan onar dalam rumah tangga, takkan isteri hendak marah membuta tuli.
"Apatah ini adalah filem sulung saya yang diterbit menggunakan wang yang disimpan sekian lama tentu saya mengharapkan segalanya berjalan lancar.
"Demi kepuasan peribadi juga, lebih baik saya terbitkan drama dan filem sendiri. Boleh buat cerita yang saya suka dan pilih hendak pegang watak apa serta mengambil pengarah kesukaan.
"Insya-Allah jika filem ini mendapat sambutan, saya merancang untuk menghasilkan filem seterusnya. Untuk menjadi ahli perniagaan berjaya, saya perlu bersedia dengan pelbagai projek," katanya.
Dalam filem itu, Erra pegang watak Markonah dan pasti peminatnya tidak sabar hendak menonton kelainan lakonannya kali ini. Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami juga lakonan filem pertama Erra selepas bergelar isteri dan ibu.
"Filem ini akan ditayangkan tahun depan, namun saya percaya ramai tak sabar hendak menyaksikan penampilan Erra. Oleh itu, saya bercadang selepas filem ini siap, saya akan mengadakan tiga tayangan perdana istimewa di KL (Kuala Lumpur) dan Brunei.
"Kepada mereka yang ingin menjadi penonton pertama filem itu, kena beli meja dan sebahagian daripada wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada tabung amal Pernim (Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/Aids Nurul Iman Malaysia).
"Oleh kerana Ari berlakon sama, saya juga berhasrat menayangkan filem ini di Indonesia dan saya harap Ari boleh bantu memasarkan filem ini di negaranya. Ari juga sudah tiga tahun tidak berlakon, pasti peminat merindui kelibatnya di pawagam," katanya.
>Profil
NAMA: Haliza Misbun
USIA: 36 tahun
TARIKH LAHIR: 14 Mei 1973
TEMPAT LAHIR: Kuala Lipis, Pahang tetapi dibesarkan di Bangsar, Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak kedua daripada enam beradik
STATUS: Solo
KERJAYA: Pelakon, produser dan pengarah (dokumentari)
DRAMA:
MAKANAN KEGEMARAN: Masakan ibu dan makanan Barat
MINUMAN KEGEMARAN: Air kosong
DRAMA: Cinderella, Rohaya Roy, Gris & Gucci, Karmila, Jernih Kasih Myra, Kembalikan Amanda, Roy... Catatan Andartu
FILEM: Abang 92, Scoop, Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Cinta
ANUGERAH: Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Skrin (ASK) 1997/1998 menerusi drama Cinderalla; Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ASK 1997/1998 (Air Mata Ibu) dan Pelakon Wanita Terbaik ASK 1997/1998 (Odisi), Pelakon wanita Terbaik Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2004 menerusi drama Sumayah dan trofi Aktres Telefilem Pilihan Juri (telefilem Schizoid) Anugerah Oskar |
| | | lina_nuar Enterpreneur
Number of posts : 5147 Age : 55 Location : Klang,Port Klang,Shah Alam,Nilai Registration date : 10/04/2009
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 11:38 am | |
| akak ni punyalah minat si akil hay ni sampai si awish pun akak simpankan rambut panjang mcm dia... tp tu dulu la... now bila tau dia kawin ngan waheeda... akak potong rambut awish jadi pendek... almarhum uztaz rabbani pulak... sejuk telinga kalau dengar dia azan n baca doa2 dlm astro... alfatihah... jee pulak kawan akak tiusyen masa drjh 5 dulu.. x sangka lak dia cantik mcm ni now.. dulu selekeh jer... dulu sifir 5 pun x hafal.. la dah asik speaking jer... nasib n tuah badan..... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 11:39 am | |
| 'Saya mahu jadi contoh'
BERTITIK tolak dari tarikh 22 Februari lalu yang menjulang namanya sebagai juara My Starz LG musim kedua, Noriezuana Syed Shafudin, 22, atau Wana sedar mahu atau tidak, dia harus bersedia menghadapi cabaran sebagai anak seni.
Kejayaan itu baginya adalah kepercayaan semua pihak yang menyokong dirinya selama ini terutama keluarga dan peminat.
"Justeru, payah ataupun sukar sekalipun perjalanan anak seni itu, saya perlu tabah dan cekal menghadapi cabaran yang bakal mendatang.
"Berbekalkan semangat mereka juga, buat saya semakin kuat berusaha membina nama sebagai penyanyi dan penghibur yang dihormati, mudah-mudahan dapat menjadi contoh kepada remaja lain," katanya.
Pada 11 Ogos lalu, Wana selamat melancarkan album sulungnya berjudul Siapa yang mula berada di pasaran sejak semalam (18 Ogos).
Bersesuaian dengan usia tuan empunya diri, Siapa menjurus ke arah konsep segar dan bertenaga, sesuai untuk semua peringkat terutama golongan muda.
Menampilkan komposer seperti Zaf VE dan Audi Mok, album memuatkan lima lagu berkonsepkan pop itu diadun elemen balada serta raggae, cuma mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.
"Kalau ikutkan perancangan asal, album ini sepatutnya keluar tiga bulan selepas kemenangan saya di My Starz LG. Namun, disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, misalnya kesukaran mencari lagu bersesuaian vokal saya termasuk hal lain menyebabkan proses rakaman terpaksa dilewatkan.
"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana album ini dapat juga dilancarkan. Terasa seperti sedang bermimpi pula, meskipun sejak dari kecil saya memang suka menyanyi tetapi tidaklah pula terfikir suatu hari nanti akan memiliki album sendiri.
"Apapun, saya berharap peminat menyukai lagu dalam album ini kerana ia cukup istimewa dan mampu memenuhi kehendak semua pendengar, tidak kira yang muda mahupun tua," katanya.
Untuk single pertama, Wana memilih lagu Orang Biasa berentak pop reggae manakala lagu yang dijangka menjadi tumpuan pendengar, Siapa Orangnya dan Ingin Bersama Kembali, sebuah lagu duet bersama teman seperjuangan menerusi MyStarz LG yang juga pemenang tempat kedua, Nashrin.
Mengenai pemilihan Nashrin sebagai pasangan duet, Wana berkata, keserasian menyatukan mereka untuk bekerjasama dalam album ini.
"Syarikat rakaman Warner Music Malaysia mahu mencipta pasangan duet daripada artis baru. Lagipun, kami terbabit dalam program sama dan sudah lama kenal. Justeru, antara saya dan Nashrin sebenarnya ada keserasian dalam nyanyian," katanya.
Mengakui Gerhana, satu-satunya lagu paling sukar untuk disampaikan kerana ia berentak balada, namun Wana akur untuk mengatakan lagu itulah yang paling disukainya.
"Sejak dulu lagi saya memang jarang menyampaikan lagu balada dan kerana itu, saat merakamkan Gerhana terasa begitu payah sekali. Namun, kesukaran itulah membuatkan saya begitu menyukai Gerhana dan saya sendiri percaya akhirnya berjaya juga menyempurnakan lagu itu," katanya.
Dengan lambakan ramai penyanyi berbakat besar termasuk saingan daripada bintang realiti, Wana sedar dia perlu mempertingkatkan kebolehan dari semasa ke semasa dan tidak boleh berasa selesa dengan apa yang dimilikinya sekarang.
Gadis yang sentiasa tersenyum ini juga berharap, dia tidak leka dengan pujian dan mahu menjadi artis yang dikenali dengan sikap merendah diri.
"Dekat sekolah dulu orang menggelarkan saya 'kerang busuk' kerana suka tersenyum tidak kira dengan siapapun dan disebabkan sikap itu, saya memperoleh ramai kawan. Saya harap setinggi manapun kejayaan saya nanti, saya tetap kekal dengan sifat bersederhana dan merendah diri," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 11:43 am | |
| - lina_nuar wrote:
- akak ni punyalah minat si akil hay ni sampai si awish pun akak simpankan rambut panjang mcm dia... tp tu dulu la... now bila tau dia kawin ngan waheeda... akak potong rambut awish jadi pendek...
almarhum uztaz rabbani pulak... sejuk telinga kalau dengar dia azan n baca doa2 dlm astro... alfatihah...
jee pulak kawan akak tiusyen masa drjh 5 dulu.. x sangka lak dia cantik mcm ni now.. dulu selekeh jer... dulu sifir 5 pun x hafal.. la dah asik speaking jer... nasib n tuah badan..... sama la kak lina..dulu masa ustaz ahkil hayy nyani la kembara di tanah gersang mekna minat sgt2 kt dia..tp skng mnt mf bebyk la xminat dh.. sama la dgn waheeda dulu ikon artis bertudung..skng tgk ape dh jd.. dia kata JODOH-JODOH JODOH..Allah yg tentukan..tp klu dia xcari..xkan jd lagu ni... pasai ustaz asri..mekna minat sgt2 dgq lagu nasyid beliau.. tp skng dia dh xde...jd nostalgia je la.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 11:49 am | |
| Takdir satukan kami
SELEPAS hampir empat bulan dibelenggu pelbagai kontroversi serta tanda tanya mengenai status hubungan mereka, akhirnya penyanyi, pengacara dan penceramah bebas, Akhil Hayy mengambil langkah menutup mulut semua pihak dengan memilih penyanyi Waheeda sebagai teman hidupnya.
Bertempat di Majlis Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu, kelmarin dengan sekali lafaz, Waheeda atau nama sebenar Norwahidah Abdul Wahab, 31, sah sebagai isteri penyanyi yang mendapat gelaran Ustaz Rock itu.
Tiada wang hantaran diberikan sebaliknya keluarga Waheeda hanya meminta senaskhah al-Quran dan ia dilengkapi hantaran tujuh dulang dan dibalas 11 dulang oleh pihak pengantin perempuan manakala mas kahwin pula sebanyak RM80.
Pasangan itu memilih tarikh 31 Oktober ini untuk majlis persandingan masing-masing di Dewan Orang Ramai Bukit Jelutong, Shah Alam dan di tempat asal Akhil di Gopeng, Perak seminggu kemudian.
Tidak dapat tidak, soalan sama ada pernikahan itu disebabkan 'desakan' gosip, Akhil atau nama sebenar, Akhil Abdul Hai, 40, lebih selesa menganggap semuanya adalah takdir Allah.
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun banyak perkara sudah berlaku...ana harap semua kemelut dan gosip ditamatkan dengan majlis ijab kabul ini.
"Ana mengakui senang dengan sikap Waheeda dan mustahillah jika pernikahan tiada rasa cinta...ini bukan satu kebetulan, tetapi perancangan yang sudah ditentukan Allah," katanya.
Kehadiran pasangan yang memakai pakaian putih sedondon itu juga menarik perhatian penduduk setempat yang kebetulan berada berhampiran sehingga menyebabkan ruang masjid dipenuhi orang ramai selain anggota terdekat pasangan mempelai.
Akhil menjelaskan pada mulanya pihaknya merancang untuk mengadakan majlis secara kecil-kecilan dan tidak sangka ramai yang hadir termasuk wartawan serta jurugambar.
"Rancangan awal kami mahu melangsungkan majlis pernikahan pada 21 Ogos bagi mendapat keberkatan Ramadan, tetapi keluarga mahu ia diawalkan. Seorang rakan yang mencadangkan supaya diadakan di masjid ini," katanya.
Turut hadir pada majlis itu bapa Waheeda, Abdul Wahab Yusuf, 58, ibunya, Asri Othman, 58, ibu Akhil, Azizah Daud, 72, dua anak Akhil, Siti Nur Maisarah, 12, Mohd Syarif Idayatullah, 11 dan kira-kira 100 ahli keluarga terdekat.
Seperti Akhil, Waheeda juga enggan memberi sebarang komen panjang mengenai kontroversi yang melanda mereka selama ini sebaliknya mahu memulakan hidup baru bersama keluarga.
"Biarlah apa orang hendak cakap kerana banyak perkara lebih penting dalam hidup ini. Selepas ini, saya mahu bersara dari bidang seni atas kehendak saya sendiri dan menumpukan kepada keluarga.
"Apa yang berlaku kepada kami umpama ribut dan kami mahu membina semula rumah yang rosak akibat ribut itu," katanya.
Penyanyi yang terkenal dengan genre lagu 'world music' itu turut menafikan cuba merahsiakan hari bahagia berkenaan sebaliknya dimaklumkan kepada kenalan terdekat.
"Kami menjemput ahli keluarga dan kenalan terdekat, tetapi tidak sangka ramai yang hadir pada hari ini," katanya.
Pada majlis itu, suasana hiba turut terasa apabila ibu Waheeda menyampaikan pesan kepada anaknya sehingga anak beranak itu dilihat menitiskan air mata selepas selamat diijabkabulkan.
Ibunya, Asri berkata, dia sebenarnya sudah lali dengan semua tohmahan serta gosip dilemparkan terhadap anaknya selama ini.
"Apa yang saya harap sekarang, dia akan menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suami.
"Saya mahu dia menjadi isteri yang terbaik dan mudah-mudahan kedatangan Ramadan nanti akan memberi keberkatan kepada mereka," katanya.
Anak Akhil, Siti Nur Maisarah juga menyatakan rasa gembira apabila bapanya selamat diijab kabul dengan Waheeda yang lebih mesra dengan panggilan Auntie Wawa.
"Saya sebenarnya sudah lama mengenali Auntie Wawa dan berharap dia dapat menjaga dan melayan kami dengan baik seperti sebelum ini," katanya.
Kronologi gosip Akhil dan Waheeda sehingga diijab kabul
•6 Mei 2008
WAHEEDA memberi kenyataan untuk meninggalkan dunia hiburan walaupun baru memenangi Anugerah Industri Muzik Malaysia ke15 (AIM15) menerusi kategori Album Pop Etnik Terbaik menyebabkan spekulasi perkahwinannya dengan Akhil Hayy semakin kuat. Waheeda bagaimanapun tegas menafikannya.
•11 Januari 2009
WALAUPUN masing-masing menafikan mempunyai sebarang hubungan, laporan Akhil Hayy dan Waheeda dilihat menonton wayang bersama pada lewat malam di Petaling Jaya mencetuskan semula gosip mereka.
•5 Mac 2009
WAHEEDA mengakui suka bersama Akhil Hayy, tetapi menafikan mereka bercinta.
•1 Mei 2009
AKHIL menafikan sudah berkahwin dengan Waheeda sebaliknya penyanyi itu hanya 'isteri' dalam program Cafe Akhil Hayy musim kedua saja.
•9 Mei 2009
AKHIL enggan mengulas mengenai penyebaran gambarnya di Internet bersama Waheeda ketika berada di pantai Port Dickson.
•24 Mei 2009
BEKAS isteri Akhil, Maizawati Zainal muncul buat kali pertama di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 mendedahkan kemelut rumah tangganya.
•27 Mei 2009
MAIZAWATI sekali lagi muncul di dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 dengan mengibaratkan dirinya seperti 'bom jangka' berhubung gosip suaminya dengan Waheeda.
•31 Mei 2009
AKHIL mengakui terkilan dengan tindakan Maizawati yang menghebahkan masalah rumah tangga mereka kepada media massa.
•3 Jun 2009
MAHKAMAH Rendah Syariah Ipoh, Perak membenarkan penangguhan kes Akhil dan Maizawati selepas kedua-dua pihak bersetuju berunding dan menyelesaikan kes tuntutan cerai secara baik dalam tempoh hingga 15 Julai.
•16 Julai 2009
AKHIL sah bercerai talak satu dengan Maizawati di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.
•23 Julai 2009
AKHIL memberi kenyataan jika mempunyai jodoh, dia menerima sesiapa saja.
•16 Ogos 2009
AKHIL selamat diijabkabulkan dengan Waheeda di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 11:54 am | |
| Jualan amal tetap meriah
WALAUPUN sambutan terhadap Karya1 Malaysia Bazar Amal yang dianjurkan Persatuan Karyawan di Kompleks Amcorp Mall, Petaling Jaya, kelmarin berlangsung sederhana disebabkan mungkin ramai yang takut keluar rumah kerana penularan wabak H1N1, ia tetap meriah dengan kehadiran artis menjual barangan peribadi.
Lebih 25 artis menjayakan jualan amal itu menjual barang peribadi seperti pakaian, kasut dan aksesori yang pernah dipakai ketika membuat persembahan dan ada juga yang menjual kuih dan kek seperti Aizat (AF).
Bagi Presiden Karyawan, Freddie Fernandez, pihaknya menganjurkan majlis amal untuk mengisi tabung Yayasan Aids Malaysia (YAM) itu sebagai membalas sokongan masyarakat terhadap penggiat seni tanah air.
Katanya, biarpun sambutan pada hari itu sederhana, pihaknya tetap berpuas hati dengan pembabitan artis dan juga sambutan orang ramai.
"Meskipun kedatangan orang ramai tidak seperti dijangkakan, saya bangga sokongan padu mereka dengan membeli barangan artis yang mereka minati. Saya yakin jika tidak kerana wabak H1N1 yang semakin menunjukkan peningkatan serius dan setiap hari ada kematian, jualan bazar ini akan lebih meriah.
"Semua wang hasil jualan akan diserahkan kepada YAM. Bagaimanapunm, saya belum terima jumlah kutipan yang kita dapat pada hari itu. Paling membanggakan, bazar itu dianjurkan Biro Karyawan Muda diketuai Dayang Nurfaizah. Saya lihat Dayang dan pasukannya bertungkus-lumus untuk memastikan acara ini berjaya.
"Karyawan menerusi Biro Karyawan Muda selepas ini akan mengadakan lebih banyak aktiviti amal seperti ini untuk membantu meningkatkan kesedaran di kalangan artis muda mengurangkan beban mereka yang kurang bernasib baik.
"Kumpulan indie pun turut serta dalam acara itu. Aktiviti ini juga secara tidak langsung menyatukan semua artis dalam pelbagai cabaran hiburan.
"Pada masa sama, aktiviti seperti ini dapat meningkatkan imej artis tempatan di mata masyarakat yang selama ini menyokong kerjaya seni mereka. Inilah masa terbaik untuk membalas semula sokongan peminat. Ia juga secara tidak langsung menaikkan imej Karyawan," katanya.
Tambahnya, acara amal itu akan terus diadakan dari semasa ke semasa dengan pembabitan ramai artis muda.
"Pada Ramadan ini, kami akan melawat rumah anak yatim dan mengharapkan penyertaan ramai artis muda. Artis veteran sudah lama melakukan kerja amal dan sekarang giliran artis muda mula.
"Biasanya artis muda kurang begitu berminat turun padang untuk mendekati masyarakat. Oleh itu saya rasa bertanggungjawab memupuk kesedaran itu di kalangan artis muda kerana tanpa sokongan masyarakat siapalah mereka.
"Mereka juga generasi yang bertanggungjawab untuk memainkan peranan penting dalam Karyawan kerana mereka bakal memimpin dan menjadi tonggak utama persatuan ini suatu hari nanti," katanya.
Dayang Nurfaizah pula berkata, kerja amal sudah sebati dengan dirinya sejak dia mula menjadi artis lagi.
"Sebagai Ketua Biro Karyawan Muda, lagi mudah untuk saya aktif melakukan kerja amal dan harap apa saja aktiviti yang bakal diadakan selepas ini mendapat sokongan artis muda lain.
"Hari ini (kelmarin), saya melelong koleksi kesayangan termasuk pakaian yang dipakai ketika persembahan, fotografi dan pakaian harian saya. Selain itu, saya juga melelong barangan lain seperti aksesori, kaca mata Levis, kasut, novel dan yang paling mahal adalah diri saya untuk makan malam bersama ditaja Hard Rock Cafe.
"Menerusi lelongan itu, saya berjaya mengumpul lebih RM1,000 yang semuanya akan diserahkan kepada YAM. Biasanya orang menjemput saya menyertai aktiviti amal yang mereka lakukan tetapi kali ini, saya pula bertindak selaku penganjur.
"Memang penat tetapi seronok kerana dapat membantu orang lain. Sebenarnya, ini aktiviti keempat anjuran Biro Karyawan Muda selepas mengadakan Let's Jammed di Planet Hollywood dan Orange Club serta Let's Chat," katanya.
Dayang berterima kasih kepada artis yang datang memeriahkan acara lelong itu termasuk Amelia (AF), Ifa Raziah, Aizat, Faizal AF, Ikhwal, Stacy, Dafi, Angeline Wong, Andrew Tan, Sivakumar, Boy Iman, Syahrul, Ratu Cantik Malaysia/Universe 2009, Joannabelle Ng dan ramai lagi.
Pada 3 September ini, Dayang akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Bangsar Seafood. Diikuti majlis berbuka bersama anak yatim di pusat beli-belah Mid Valley.
"Pada hari itu nanti, mereka akan dibawa menggunting rambut dan membeli-belah di sana serta berbuka puasa. Ia diadakan pada 9 September dan satu lagi majlis meraikan anak yatim di Hotel Crown Plaza. Bagaimanapun, saya belum dapat tarikhnya.
"Kerja amal itu bukan saja dilakukan pada bulan Ramadan, malah pada hari lain pun. Untuk sambutan Aidilfitri pula, saya bercadang menjual biskut raya diberi nama Dayang Sayang Kamu. Ia diadun dengan resipi istimewa perisa strawberi dan cornflakes dibuat kakak pengurus saya.
"Saya akan mula menjualnya mulai satu Ramadan ini. Hendak cuba jadi usahawan jual biskut raya pula," katanya.
Aizat atau Mohd Aizat Amdan pula menjual kek cawan yang dibuat sepupunya.
"Setiap sen yang dikumpul pada acara lelong ini diserahkan kepada YAM, tetapi saya tak tahu lagi berapa jumlah hasil jualan kek cawan itu.
"Seronok dapat melakukan kerja amal ini, tambahan Ramadan akan menjelma hanya beberapa hari saja lagi. Saya gembira tengok orang lain bahagia. Sebagai artis, kita tidak boleh melupakan sokongan masyarakat kepada kita. Tambahan pula, seperti saya yang bermula daripada program realiti AF (Akademi Fantasia).
"Entah berapa banyak mereka berhabis duit mengundi ketika saya di AF dulu. Tidak terbalas dengan wang ringgit. Jadi ini sajalah yang dapat saya buat untuk membalas jasa peminat dan penyokong saya," katanya yang akan mengadakan kenduri kesyukuran menyambut kedatangan Ramadan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 11:57 am | |
| Yasmin inspirasi Aizat MANA-mana artis atau selebriti pernah bekerjasama dengan seseorang pengarah filem memiliki reputasi tinggi dan meraih pelbagai anugerah perfileman pasti membuatkan mereka bersemangat untuk terus maju. Bagi penyanyi dan komposer muda, Aizat, menimba ilmu bersama Yasmin Ahmad pada usia muda adalah pengalaman terbaik dan jarang dimiliki. Bagaimanapun, Aizat tidak menyangka filem Talentime adalah kali terakhir dia menimba pengalaman bersama pengarah kreatif itu yang popular melalui iklan komersil dan filem mengenengahkan mesej perpaduan kaum dan masyarakat majmuk di Malaysia. Sumbangan dua lagu runut nyanyian Aizat, 'Just One Boy' dan 'I Go' hasil ciptaan dan penulis lirik, Pete Teo dalam filem keenam Yasmin itu, begitu membanggakan penyanyi dan komposer muda itu berikutan kejayaan dipilih selaku Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM 22) di Kota Kinabalu, baru-baru ini. Penyanyi kelahiran Raub, Pahang atau nama sebenar, Muhammad Aizat Amdan, bekas pelajar Akademi Fantasia 5 itu menyifatkan banyak perkara boleh dipelajari untuk mengembangkan bakatnya, sejak lagu itu digunakan dalam filem Talentime. Hingga ke saat ini, Aizat harap dapat mengikut jejak Yasmin kerana filemnya pernah ditayangkan di pentas antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes, membuktikan kerja-kerasnya mendapat pengiktirafan. Sumbangan dua lagu itu membuat Aizat terharu kerana arwah sentiasa ada mesej tertentu dalam filem arahannya. Semangat dedikasi dan keikhlasan Yasmin dapat dilihat kerana beliau berminat tinggi terhadap sesuatu dilakukannya. "Sebaik menerima tawaran lagu saya akan digunakan, saya sangat gembira kerana arwah mahu saya menyumbang nyanyian saya dalam filem Talentime. Hingga sekarang, saya masih dapat merasai sentuhan tersendiri dimiliki oleh Yasmin dan beliau menjadi rujukan inspirasi dan banyak filem dihasilkan membuktikan bakat beliau sebagai seorang insan seni yang kreatif. "Berada di lokasi filem bersama Yasmin membuatkan saya yakin. Saya mahu mengikut jejaknya mencapai tahap terbaik dalam bidang saya ceburi sekarang. Kini saya faham perangai, perwatakan dan semangat dimilikinya. "Paling menyeronokkan, arwah mudah didekati, tidak rumit, tidak mengikut emosi, berfikiran terbuka dan suka berbincang mengatasi masalah wujud bagi mendapatkan keputusan terbaik. "Bagaimanapun, saya terharu kerana ia kerjasama pertama dan terakhir dan kelibat beliau tiada lagi dalam industri filem kita sekarang," kata Aizat sewaktu rakaman Akustika Raya di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, baru-baru ini. Filem Talentime memaparkan kejayaan dan kepayahan, harapan dan putus asa dan mengandungi beberapa lagu yang mempunyai skor serta lirik ditulis dengan baik serta menampilkan banyak perwatakan berkualiti tinggi dan warna-warni. Aizat, popular melalui lagu ciptaan sendiri, 'Lagu Kita' tidak mahu pernah putus asa dengan apa mahu dilakukannya. Penyanyi memiliki syarikat produksi sendiri, Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd berkata: "Filem arahan Yasmin sentiasa menarik ditonton dan diketahui kerana sentiasa berbeza dengan yang lain. Ia mengajar erti kemanusiaan dan realiti persekitaran kita." "Saya harap dapat terus meningkatkan aksi dan pencapaian dalam bidang saya seperti Yasmin. Lebih membanggakan, beliau tidak mencipta kejayaan bagi tujuan menjadikannya diri popular sebaliknya mahu memberi sumbangan kepada masyarakat. Perkara seperti ini patut dicontohi. "Beliau tidak lokek ilmu dan sentiasa mencari pembaharuan terhadap sesuatu mahu diketengahkan," kata Aizat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 12:02 pm | |
| Penangan badan besi
"MANA badan besi," ujar seorang kakitangan New Straits Times Press (Malaysia) Berhad kepada pelakon kacak, Kamal Adli, 23, sewaktu mereka bertembung di dalam lif. Dengan wajah tersipu-sipu, Kamal yang mengunjungi Balai Berita, baru-baru ini untuk sesi fotografi khas bersama Rap Harian Metro menjawab: "Hari ini tak pakai la abang, tak ada shooting." Pertanyaan sebegini barangkali jelik bagi kita mendengarnya tetapi tidak bagi Kamal kerana sejak membintangi drama bersiri Bio-Nik, acap kali dia disapa dengan soalan sedemikian rupa. Situasi sebegini jelas memberikan petanda, lakonannya sebagai Nik menerusi siri terbitan KRU Studio's itu benar-benar menjadi. "Sudah selalu sangat orang menyapa saya sebegitu. Malah, mereka lebih mengenali watak daripada nama saya sendiri. "Baru-baru ini, misalnya, sewaktu mengikuti karnival Jomheboh, ada segelintir peminat mahu bergambar tetapi mereka menegur saya dengan panggilan Nik, malah ada juga memanggil Bio-Nik. "Lucu mengenangkan keadaan itu. Tetapi tidak mengapalah walaupun ramai yang tidak tahu nama sebenar saya, sekurang-kurangnya ini membuktikan mereka menghargai lakonan saya sehingga watak Nik melekat dalam ingatan mereka. "Paling tidak dapat dilupakan, pernah beberapa peminat bukan kanak-kanak saja tetapi yang dewasa juga minta saya berlari kerana mahu melihat apakah larian saya sepantas dalam drama Bio-Nik," katanya sambil mengukir senyuman. Tambahnya, penceritaan yang dipaparkan musim kedua Bio-Nik lebih menarik dengan pelbagai konflik diperkembangkan selain mempamerkan lebih banyak aksi lagak ngeri. "Kalau musim pertama lalu, Nik dikesan mempunyai kuasa luar biasa dan tidak bertopeng tetapi untuk musim kedua ini, wataknya ditampilkan dengan kostum lengkap. "Skop penceritaannya juga lebih luas. Jika musim terdahulu tertumpu pada permasalahan dalam kolej, sekarang Bio-Nik harus menyelesaikan kegiatan jahat yang berlaku di luar," katanya. Akui Kamal, menjayakan watak 'superhero' menjadi keinginannya sekian lama, apatah lagi sejak kecil, dia mula terdedah dengan siri Superman termasuk menjadi peminat tegar filem Spiderman. Namun, Kamal sama sekali tidak menyangka peluang yang diperoleh sepantas ini. Bayangkan, pembabitannya dalam bidang seni baru menjangkau 10 bulan dan tidak seperti kebanyakan aktor dan aktres yang perlu menunggu lama untuk meraih watak idaman, Kamal sudah pun diuji dengan pelbagai watak daripada pemuda budiman, jejaka 'playboy' sehinggalah peranan mencabar 'superhero' serta menjadi mawas. Terbaru, khabarnya pemuda kelahiran Pekan, Pahang, yang sedang sibuk menjalani penggambaran musim kedua drama bersiri, Impian ditawarkan pula satu tugasan menarik iaitu membintangi teater muzikal Impak Maksima di Singapura. Teater muzikal yang pernah dipentaskan di Istana Budaya, hujung tahun lalu bakal dipentaskan di Esplanade, pertengahan Oktober depan. "Ia memang benar saya ada menerima tawaran itu tapi kalau boleh tidak mahu bercerita panjang mengenainya selagi latihan tidak dimulakan. "Apapun, saya amat berbesar hati menjayakan pementasan ini kerana saya memang meminati konsep teater muzikal yang memerlukan pelakon, berlakon sambil menyanyi. "Melaluinya, bukan saja kemampuan lakonan saya lebih teruji, malah boleh memanfaatkan minat menyanyi dalam pementasan ini. Tidaklah pandai sangat menyanyi, tapi bolehlah sikit-sikit. "Saya menerima tawaran abang Idham ini selepas terbabit dalam penggambaran filem arahannya, Niang Rapik The Movie dan saya antara salah seorang pelakon memegang watak utama. "Helmi, pemuda yang sifat luarannya nampak perkasa tetapi tidak pada dalaman kerana seorang yang sangat penakut. Ini juga satu lagi kelainan watak pernah saya lakonkan. "Penggambaran filem ini cukup mencabar kerana selama 10 hari bermula 8 hingga 18 Julai, kami menjalani penggambaran di atas bot," katanya. Seperti diketahui ramai, melalui drama bersiri Bio-Nik yang kini hangat bersiaran di TV3, Kamal bertemu cinta barunya selepas percintaan dengan personaliti TV3, Nur Syahirah Aiyob, 23, atau Shera, empat tahun lalu sewaktu masih menuntut di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM), Kuala Lumpur, terputus di tengah jalan. Gadis bertuah yang berjaya merawat kedukaan hati Kamal itu siapa lagi kalau bukan heroin dalam Bio-Nik sendiri, Intan Ladyana, 27, yang pernah menjalin hubungan dengan pakar pemakanan, Kevin Zahri. Bagaimanapun, timbul cerita kurang enak apabila Kamal dikatakan meninggalkan Sheera selepas bertemu Intan. "Saya tidak nafikan, ketika mengenali Intan, perhubungan saya dengan Shera sedang berhadapan dengan masalah yang terlalu peribadi untuk diceritakan. Tetapi ingin saya tegaskan di sini, waktu itu Intan cumalah teman biasa saja. "Usaha mempertahankan hubungan saya dengan Shera gagal kerana kami sudah tidak sehaluan lalu mengambil keputusan berpisah. Hanya selepas itu, hubungan saya dan Intan menjadi rapat," katanya. >Profil
NAMA PENUH: Ahmad Kamal Ahmad Adli
TARIKH LAHIR: 16 April 1986
ASAL: Pekan, Pahang
KELUARGA: Anak ketiga daripada tujuh beradik
PENCAPAIAN: Hero Remaja 2007/2008
PENGACARAAN: Pandanganku Ceritaku (Astro Ria) dan Rentak Juara (TV1)
KOMERSIAL: Kentucky Fried Chicken (KFC), Maxis dan Celcom
DRAMA: Impian Sunsilk, Renjis 2, Bio-Nik, Zati & Mawas dan Impian Sunsilk 2
FILEM: Niang Rapik The Movie
DUTA: Sony |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 12:04 pm | |
| Ajai mahu kembar lelaki
SIFAT lemah lembut dalam diri seorang gadis yang dikenali sejak tiga tahun lalu menambat hati komposer, penulis lirik dan penyanyi, Mohd Faizal Maas (Ajai), 35, untuk memilihnya sebagai isteri.
Cuma sekali lafaz di Dewan Syarahan Masjid Negeri Pulau Pinang, Ajai sah menjadi suami kepada Norliza (Liza) Mohd Illias, 37. Pernikahan Ajai dan Liza membersihkan pelbagai gosip liar dan kini kehidupan baru dibina bagi melayari hidup berumah tangga untuk hidup bersama sehidup dan semati.
Majlis akad nikah disempurnakan Naib Kadi merangkap Penolong Pendaftar Nikah Bandaraya, Mansor Taib sambil disaksikan Ali Hussin dan Abdul Rahim Aziz sebagai saksi.
Dengan mas kahwin RM1,001 dengan sebentuk cincin berlian di samping hantaran perkahwinan RM15,000 dengan pihak lelaki membawa tujuh dulang dan dibalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.
Ajai ketika ditemui selepas upacara akad nikah melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana hasrat untuk mendirikan rumah tangga akhirnya tercapai biarpun sebelum ini pelbagai dugaan dan cabaran ditempuhi termasuk gosip dikaitkan dengan beberapa wanita sebelum ini.
Kini segala-galanya sudah berakhir dan harap ia menjadi penamat dan kini kehidupan baru dibina bersama atas dasar cinta, kasih dan sayang sepenuh jiwa serta kekal selama-lamanya sungguhpun perancangan untuk berkahwin dilakukan sejak tiga tahun lalu dan pemilihan tarikh yang dibuat dianggap hadiah yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Lebih manis lagi majlis akad nikah dan perkahwinan itu turut dihadiri anak tunggal perempuan kesayangan Ajai, Ayu Nazirah, 11, dan kegembiraannya sukar digambarkan.
“Alhamdulillah ciri-ciri wanita yang ada pada Liza yang dipanggil Baby dan diri saya dipanggil Abang membuktikan pemilihan yang dibuat tidak silap dan apa yang pasti 98 peratus ciri wanita yang dicari ada pada dirinya,” kata Ajai.
Sementara itu, Liza berkata, jika dilihat sifat yang ada pada suaminya ramai yang berkata Ajai seorang yang serius, tetapi sebaliknya dia penyayang, bertanggungjawab dan yang paling penting dia seorang tukang masak yang handal.
Liza berkata, segala yang dicari selama ini sudah ditemui dan percintaan yang disemai selama ini akhirnya berakhir dengan perkahwinan dan berharap ia kekal untuk selama-lamanya.
“Saya juga sudah bersedia memikul tanggungjawab untuk menjadi isteri dan ibu kepada Ayu Nazirah dan akan membuat yang terbaik sebagai seorang isteri yang diamanahkan biarpun kini sibuk dengan tugas sebagai Pengurus Wake The Baby milik suami.
“Mengenai perancangan bulan madu saya dan suami akan melakukannya pada tahun depan disebabkan wabak Influenza A (H1N1) ketika ini. Ia ditangguhkan buat seketika dan Insya-Allah kami berdua akan pergi,” katanya.
Ajai ketika ditanya mengenai anak berkata, dia ingin anak kembar lelaki dan baginya berada di rumah setiap hari sudah memadai sebagai istilah berbulan madu buat mereka berdua untuk menyemai kasih sayang berbanding di pejabat apabila sibuk dengan tugas masing-masing.
Sementara itu, Ayu Nazirah ketika ditemui gembira apabila janji yang dibuat bapanya akhirnya tertunai sudah dan kini sudah mempunyai ibu baru yang dipanggil ‘mami’ dan berharap agar jodoh mereka berdua kekal.
Ayu berkata, dia diperkenalkan Liza oleh bapanya dan baginya apa yang disukai bapanya dan menggembirakan akan turut sama dirasai serta tiada sebarang bantahan mahupun halangan termasuk merestui perkahwinan mereka.
“Saya tidak mampu kata apa-apa, tapi yang pasti saya cukup gembira dengan perkahwinan papa dan mami biarpun sebelum ini tidak pernah termimpi akan memperoleh ibu baru,” katanya.
Majlis perkahwinan kedua-dua mempelai turut dihadiri ibu bapa Ajai - Maas Abd Rahim dan Ishah Abu Bakar serta ibu bapa Liza - Mohd Ilias Mohamad dan Asma Hashim. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 12:08 pm | |
| Bintang bersinar semula
KETIKA nama berada di puncak, Siti Sarah Raisuddin, 25, dirundung kontroversi lalu bintang yang bersinar terang itu pudar dan langsung hilang dari penglihatan. Pun begitu mereka yang tidak pernah berputus asa, pasti Allah SWT membuka jalan kepadanya untuk membina semula hidup baru.
Keputusan Sarah untuk menyertai program realiti One In A Million (OIAM) langkah tepat kerana peminat memberi sokongan semula kepadanya. Meskipun gagal meraih wang RM1 juta, namun kemunculan semula Sarah itu membuat lembaran baru kepada kerjaya seninya.
Hati Sarah amat bangga apabila dalam banyak bakat yang ada, dia dan Bob AF (Hasrizal Yusof) terpilih untuk mewakili negara ke pertandingan World Championships of Performing Arts (WCOPA ke-13) di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat, Julai lalu.
"Selesai saja OIAM, saya terus sibuk dengan aktiviti seni dan jadual bertambah padat sekembali dari Hollywood. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana penyertaan saya dalam kedua-dua pertandingan itu memberi sinar semula dalam kerjaya saya. Segala yang berlaku dijadikan iktibar dan panduan untuk menghadapi hari muka.
"Umur pun dah 25 tahun, membuatkan saya semakin matang dan banyak berfikir sebelum melakukan apa-apa perkara. Kedatangan Ramadan ini juga akan saya sambut dengan penuh kesyukuran dan berazam menghabiskan banyak masa bersama keluarga serta menambahkan amal ibadat.
"Jemputan berbuka puasa pun sudah banyak diterima dan mungkin tidak semua saya akan pergi kerana biasanya jika berbuka di luar, maka tipislah harapan untuk bersolat tarawih di masjid. Insya-Allah, saya sedang berusaha mengubah diri menjadi lebih baik," katanya.
Kesibukannya yang bertali arus juga membuatkan Sarah tidak sempat menempah baju raya.
"Ketika pergi ke Hollywood tempoh hari, ada juga membeli- belah tetapi baju biasa. Takkan hendak pakai gaun di pagi raya. Dengan tubuh yang kecil dan rendah, susah hendak beli baju kurung siap. Tengoklah macam mana nanti," katanya yang akan beraya bersama keluarga di Kuala Lumpur.
Dalam pemilihan teman hidup juga, Sarah semakin berhati-hati. Tanpa mengira calon suami bangsa apa, Sarah mahu lelaki yang beriman dan boleh membimbingnya ke jalan diredai Allah SWT.
"Pernah putus tunang tidak membuatkan saya fobia untuk bercinta lagi kerana ia perasaan paling indah. Bagaimanapun, kini saya lebih berhati-hati untuk mencari pasangan hidup.
"Emak pun tidak kisah siapa pilihan saya kerana yang penting saya bahagia. Selepas putus tunang, ada yang ingin berkawan rapat tetapi saya tak berkenan dan saya juga tidak mahu tergesa-gesa mencari pengganti," katanya.
Dalam perkembangan lain, Sarah sibuk di studio merakamkan lagu single ciptaan Aidit Alfian. Ada syarikat rakaman yang merisiknya bagi menghasilkan album penuh, namun semuanya masih dalam pertimbangan.
"Dengan keadaan pasaran album yang belum ada tanda hendak pulih, bimbang juga hendak menghasilkan album penuh tetapi apapun terpulang pada rezeki. Untuk sementara ini, biarlah saya keluarkan lagu single dulu untuk menguji pasaran dan selera peminat.
"Pendengar muzik sekarang juga lebih suka muat turun lagu daripada membeli CD. Mengikuti aliran baru itu, lagu single ini juga boleh dimuat turun," katanya.
Mengembangkan lagi kerjaya seninya, sempena Aidilfitri ini, Sarah berlakon dua drama komedi untuk siaran TV3 dan TV1.
"Watak yang diberikan tidak berat dan seronok berlakon dalam kedua-dua drama itu kerana ia berbentuk komedi," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 12:21 pm | |
| "Biarlah kali ini sampai mati"
kucupan daripada suami buat isteri tercinta.
TINGGALKAN spekulasi dan hindarkan daripada melemparkan dakwaan yang bukan-bukan. Sebaliknya, doakanlah kebahagiaan pasangan merpati sejoli ini yang baru saja bergelar suami isteri.
Itulah harapan yang dipanjatkan oleh komposer terkenal, Mohd. Faizal Maas atau Ajai yang memilih Norliza Mohamad Ilias atau Liza sebagai suri di hati.
Seluruh kerabat seni sebelum ini sedia maklum, Ajai dan Liza adalah pasangan kekasih.
Perkara itu bukan rahsia lagi, lebih-lebih lagi sejak setahun yang lalu, Ajai dan Liza sering dilihat berdua dalam pelbagai acara.
Selepas rumah tangga yang dibina dengan penyanyi terkenal, Nurul berakhir, Ajai pada awalnya pernah terfikir untuk melupakan hasrat untuk berkahwin lagi.
Ini kerana, pengalaman gagal dalam perkahwinan pertama seperti 'mimpi ngeri' buat komposer yang juga seorang penyanyi masyhur ini lagi.
Namun, kalau sudah namanya takdir, Ajai tidak mampu menolaknya, jauh sekali untuk bercakap takbur menghindar jodoh yang ditetapkan buatnya.
"Pada awalnya, saya bimbang akan gagal dan kecewa lagi, tetapi bila difikir-fikirkan, siapa saya untuk menghalang ketentuan Ilahi.
"Saya terima jodoh saya kali ini dan tentunya saya tidak lupa untuk memanjatkan doa kepada Allah agar perkahwinan saya kali ini kekal sampai mati," Ajai menyuarakan harapannya.
Kebetulan pula, jodoh kedua Ajai kali ini juga wanita yang berasal dari Pulau Mutiara, Pulau Pinang sama seperti negeri asal kelahiran bekas isteri terdahulu.
"Ini semua kerja Tuhan. Saya sendiri tidak menyangka jodoh saya kali ini juga dengan orang Pulau Pinang," kata Ajai sambil mengukir senyuman penuh makna.
Bertemu jodoh kali kedua pada usia 34 tahun, kata Ajai, dia percaya kematangan akan datang seiring dengan masa apatah lagi isterinya kali ini berbeza usia tiga tahun daripadanya.
Liza yang berusia 37 tahun dari kaca mata Ajai merupakan seorang wanita yang memiliki 98 peratus ciri-ciri yang dimilikinya untuk dijadikan calon isteri.
Paling utama personaliti kelahiran Johor itu menjelaskan, Liza yang juga Pengurus Acara dan Pengurusan Artis di syarikat rakaman milik Ajai, Wake The Baby Sdn. Bhd. turut disenangi anak tunggalnya, Ayu Nazirah, 11.
AYU NAZIRAH (kiri) di samping papanya, Ajai (tengah) dan mama barunya, Liza.
"Saya gembira kerana Liza faham kedudukan saya yang mempunyai seorang anak. Lebih membuatkan saya bersyukur ialah hubungan Liza dan Ayu sangat akrab.
"Ini membuatkan saya tidak teragak-agak untuk menamatkan zaman duda saya dengan Liza," ujar Ajai menceritakan hubungan akrab anaknya dengan isterinya itu.
Ajai dan Liza juga memilih untuk bernikah menjelang bulan Ramadan kerana itulah tarikh paling ideal buat mereka selepas semua kerja sudah dibereskan.
"Kalau ikutkan kami merancang awal tahun, lepas tu tunda pertengahan tahun. Semuanya tak jadi sebab banyak kerja yang perlu diuruskan.
"Alhamdulillah, akhirnya 15 Ogos merupakan tarikh yang paling ideal dan kerana itu kami memilih untuk melangsungkannya," kata Ajai menjelaskan persoalan banyak pihak yang tertanya-tanya bila mereka akan mendirikan masjid.
Dan kini, semuanya sudah berakhir. Ajai mahu mengajak isterinya memberi tumpuan pada kehidupan baru yang akan mereka lalui.
Sayang sekali, Ajai dan Liza tidak ada perancangan untuk berbulan madu memandangkan keadaan semasa yang tidak mengizinkan lebih-lebih lagi disebabkan penularan wabak H1N1 yang membimbangkan.
"Tinggalkan dulu bab bulan madu kerana yang penting ialah kami mahu melalui kehadiran bulan Ramadan bersama-sama," bersemangat Ajai menceritakan hasrat menyambut bulan puasa dengan isteri tercinta.
Sekali lafaz
SEMENTARA itu, Ajai dan Liza diijab kabul dalam satu majlis akad nikah yang diadakan cukup sederhana di Masjid Negeri, Pulau Pinang.
Ajai sah bergelar suami Liza dengan hanya sekali lafaz di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Bandaraya Pulau Pinang, Mansor Taib.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar," demikian reaksi Ajai pada wartawan sejurus selepas dinikahkan.
Pada majlis pernikahan itu, Ajai menghadiahkan Liza wang hantaran berjumlah RM15,000 serta mas kahwin berjumlah RM1,001.
Tidak ketinggalan sepasang kasut dan beg tangan berjenama Louis Vuitton serta hantaran-hantaran lain.
Sementara Liza pula menghadiahkan suaminya itu sebentuk cincin jenama Bulvgari, sebuah telefon bimbit Blackberry dan beberapa hantaran lain.
Liza yang tidak putus-putus mengukir senyuman selepas bergelar isteri Ajai juga memanjatkan kesyukuran kerana perkahwinan mereka berdua berjalan lancar.
"Insya-Allah saya akan cuba menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada Ayu (anak tirinya)," ikrar Liza.
Liza bagaimanapun, tidak akan sama sekali memisahkan hubungan Ayu dengan ibu kandungnya, Nurul.
Sebaliknya, Liza akan memikul tanggungjawab ketika Ayu berada bersama-samanya.
"Tidak sukar untuk mendidik Ayu kerana dia seorang anak yang baik dan mudah mendengar kata," kata Liza lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 12:22 pm | |
| "Biarlah kali ini sampai mati"
kucupan daripada suami buat isteri tercinta.
TINGGALKAN spekulasi dan hindarkan daripada melemparkan dakwaan yang bukan-bukan. Sebaliknya, doakanlah kebahagiaan pasangan merpati sejoli ini yang baru saja bergelar suami isteri.
Itulah harapan yang dipanjatkan oleh komposer terkenal, Mohd. Faizal Maas atau Ajai yang memilih Norliza Mohamad Ilias atau Liza sebagai suri di hati.
Seluruh kerabat seni sebelum ini sedia maklum, Ajai dan Liza adalah pasangan kekasih.
Perkara itu bukan rahsia lagi, lebih-lebih lagi sejak setahun yang lalu, Ajai dan Liza sering dilihat berdua dalam pelbagai acara.
Selepas rumah tangga yang dibina dengan penyanyi terkenal, Nurul berakhir, Ajai pada awalnya pernah terfikir untuk melupakan hasrat untuk berkahwin lagi.
Ini kerana, pengalaman gagal dalam perkahwinan pertama seperti 'mimpi ngeri' buat komposer yang juga seorang penyanyi masyhur ini lagi.
Namun, kalau sudah namanya takdir, Ajai tidak mampu menolaknya, jauh sekali untuk bercakap takbur menghindar jodoh yang ditetapkan buatnya.
"Pada awalnya, saya bimbang akan gagal dan kecewa lagi, tetapi bila difikir-fikirkan, siapa saya untuk menghalang ketentuan Ilahi.
"Saya terima jodoh saya kali ini dan tentunya saya tidak lupa untuk memanjatkan doa kepada Allah agar perkahwinan saya kali ini kekal sampai mati," Ajai menyuarakan harapannya.
Kebetulan pula, jodoh kedua Ajai kali ini juga wanita yang berasal dari Pulau Mutiara, Pulau Pinang sama seperti negeri asal kelahiran bekas isteri terdahulu.
"Ini semua kerja Tuhan. Saya sendiri tidak menyangka jodoh saya kali ini juga dengan orang Pulau Pinang," kata Ajai sambil mengukir senyuman penuh makna.
Bertemu jodoh kali kedua pada usia 34 tahun, kata Ajai, dia percaya kematangan akan datang seiring dengan masa apatah lagi isterinya kali ini berbeza usia tiga tahun daripadanya.
Liza yang berusia 37 tahun dari kaca mata Ajai merupakan seorang wanita yang memiliki 98 peratus ciri-ciri yang dimilikinya untuk dijadikan calon isteri.
Paling utama personaliti kelahiran Johor itu menjelaskan, Liza yang juga Pengurus Acara dan Pengurusan Artis di syarikat rakaman milik Ajai, Wake The Baby Sdn. Bhd. turut disenangi anak tunggalnya, Ayu Nazirah, 11.
AYU NAZIRAH (kiri) di samping papanya, Ajai (tengah) dan mama barunya, Liza.
"Saya gembira kerana Liza faham kedudukan saya yang mempunyai seorang anak. Lebih membuatkan saya bersyukur ialah hubungan Liza dan Ayu sangat akrab.
"Ini membuatkan saya tidak teragak-agak untuk menamatkan zaman duda saya dengan Liza," ujar Ajai menceritakan hubungan akrab anaknya dengan isterinya itu.
Ajai dan Liza juga memilih untuk bernikah menjelang bulan Ramadan kerana itulah tarikh paling ideal buat mereka selepas semua kerja sudah dibereskan.
"Kalau ikutkan kami merancang awal tahun, lepas tu tunda pertengahan tahun. Semuanya tak jadi sebab banyak kerja yang perlu diuruskan.
"Alhamdulillah, akhirnya 15 Ogos merupakan tarikh yang paling ideal dan kerana itu kami memilih untuk melangsungkannya," kata Ajai menjelaskan persoalan banyak pihak yang tertanya-tanya bila mereka akan mendirikan masjid.
Dan kini, semuanya sudah berakhir. Ajai mahu mengajak isterinya memberi tumpuan pada kehidupan baru yang akan mereka lalui.
Sayang sekali, Ajai dan Liza tidak ada perancangan untuk berbulan madu memandangkan keadaan semasa yang tidak mengizinkan lebih-lebih lagi disebabkan penularan wabak H1N1 yang membimbangkan.
"Tinggalkan dulu bab bulan madu kerana yang penting ialah kami mahu melalui kehadiran bulan Ramadan bersama-sama," bersemangat Ajai menceritakan hasrat menyambut bulan puasa dengan isteri tercinta.
Sekali lafaz
SEMENTARA itu, Ajai dan Liza diijab kabul dalam satu majlis akad nikah yang diadakan cukup sederhana di Masjid Negeri, Pulau Pinang.
Ajai sah bergelar suami Liza dengan hanya sekali lafaz di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Bandaraya Pulau Pinang, Mansor Taib.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar," demikian reaksi Ajai pada wartawan sejurus selepas dinikahkan.
Pada majlis pernikahan itu, Ajai menghadiahkan Liza wang hantaran berjumlah RM15,000 serta mas kahwin berjumlah RM1,001.
Tidak ketinggalan sepasang kasut dan beg tangan berjenama Louis Vuitton serta hantaran-hantaran lain.
Sementara Liza pula menghadiahkan suaminya itu sebentuk cincin jenama Bulvgari, sebuah telefon bimbit Blackberry dan beberapa hantaran lain.
Liza yang tidak putus-putus mengukir senyuman selepas bergelar isteri Ajai juga memanjatkan kesyukuran kerana perkahwinan mereka berdua berjalan lancar.
"Insya-Allah saya akan cuba menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada Ayu (anak tirinya)," ikrar Liza.
Liza bagaimanapun, tidak akan sama sekali memisahkan hubungan Ayu dengan ibu kandungnya, Nurul.
Sebaliknya, Liza akan memikul tanggungjawab ketika Ayu berada bersama-samanya.
"Tidak sukar untuk mendidik Ayu kerana dia seorang anak yang baik dan mudah mendengar kata," kata Liza lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 12:25 pm | |
| Judul filem, pengisian dan mentaliti penonton
SOFIA Jane dalam satu babak filem Perempuan, Isteri dan... ISU filem-filem kita yang menghadapi masalah bukanlah perkara baru. Sejak dari dulu lagi, filem-filem kita memang sudah ada macam-macam masalah. Daripada masalah yang remeh-temeh seperti judul filem sampailah kepada pengisian apa yang hendak kita 'sumbatkan' dalam sesebuah filem. Isu-isu seperti itu memang tidak pernah selesai sampailah sekarang. Suatu ketika dulu contohnya, pengarah U-Wei Haji Saari pernah tampil dengan filem arahannya yang berjudul Perempuan, Isteri dan Jalang. Isu judul filem beliau itu memang cukup sensasi. Namun, kerana perkataan 'jalang' yang dikatakan kurang sopan bunyinya itu, judulnya terpaksa dihadkan kepada Perempuan, Isteri dan ... Berapa ramai penonton yang membuat andaian seperti itu? Sampai sekarang kita tidak pasti. Adakah yang kata begitu orang kampung, orang bandar atau siapa mereka itu? Mungkin kita kenalah akur dengan pandangan pihak-pihak yang amat prihatin dalam isu-isu seperti itu. U-Wei pun mungkin sudah faham. Terbaru penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman juga dikatakan terpaksa menukar judul filem terbaru terbitannya yang pada asalnya berjudul Anu Dalam Botol kepada ... Dalam Botol. Judul-judul baru itu kedengaran lebih padat dan sensasi. Ini kerana, ... (titik-titik atau dot dot) itu sendiri boleh menimbulkan tandatanya kepada para penonton. Barangkali ada sedikit tarikan di situ. Tetapi penerbit dan pengarah seperti U-Wei dan Raja Azmi mungkin boleh sesak nafas dibuatnya. Apa yang penting, filem-filem mereka akhirnya mesti ditayangkan juga di pawagam-pawagam. Kalau tidak, rugilah keluar duit sampai RM1 juta untuk bikin filem. Secara tidak disedari keprihatinan kita itu mengundang persoalan yang lain pula. Kita seolah-olah masih bengap dalam menentukan mana lebih penting, soal judul filem atau 'apa yang ada' dalam sesebuah filem itu. Sebab itu tidak hairanlah, judul-judul filem kita mesti gempak atau hebat bunyi-bunyinya. Barulah boleh tarik ramai penonton ke pawagam. Soal cerita apa, itu perkara nombor dua. Apa yang penting ialah kutipan tiketnya mesti bertaraf box-office. Penerbit perlu untung. Para penonton memuji atau menyumpah seranah selepas keluar panggung, itu perkara nombor tiga. Dalam hal ini, kadang-kadang kita pelik juga macam mana filem-filem yang bagus jalan ceritanya seperti tidak kisah pula fasal judul-judul filem mereka. Misalnya filem dengan judul Taken, Sign, Unbreakable dan sebagainya. Oh! terlupa pula kita. Itu adalah filem-filem Hollywood yang kos pembikinannya menyamai atau melebihi bangunan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang terletak di Hulu Klang, Selangor. Namun, tidak dinafikan kita ada filem Melayu yang bagus daripada segi jalan cerita dan falsafahnya. Contohnya, filem berjudul Wayang arahan Dr. Hatta Azad Khan yang ditayangkan di pawagam seluruh negara sedikit waktu dulu. Sayangnya, filem itu dikatakan kurang mendapat sambutan ramai ketika tayangannya. Mungkin judul filem itu yang tidak sensasi antara penyebabnya. Selain isu judul-judul filem, penerbit dan pengarah filem kita juga selalu sahaja berdepan dengan masalah kecelaruan matlamat dalam menerbitkan sesebuah filem. Paling ketara soal pengisian dalam sesebuah filem. Ketika isu mat-mat rempit bermaharajalela di jalan-jalanraya, maka kita pun sibuklah menerbitkan filem tentang remaja yang berlumba haram. Kita kononnya mahu mengajar para penonton supaya menjauhi gejala-gelaja yang tidak sihat seperti bohsia, dadah atau pertaruhan haram terutamanya di kalangan remaja. Sedangkan tanpa disedari, babak yang dipaparkan dalam filem-filem sebegitu lebih mengajar golongan muda menjadi sebaliknya. Mungkin mereka akan menjadi 'lebih pandai' daripada sebelumnya. Ini kerana ramai remaja yang pada mulanya tidak tahu tentang gejala-gejala sosial seperti itu menjadi lebih hebat daripada apa yang telah dipaparkan menerusi filem. Jika benarlah para penerbit filem kita mahu mendidik golongan muda menjadi lebih baik, tumpuan sepatutnya ditujukan bukan kepada anak-anak muda, tetapi khusus buat kalangan ibu bapa. Sebabnya, ibu bapa merupakan pencetus utama dalam mencorak warna-warni kehidupan masa depan anak-anak mereka. Sama ada menjadi anak yang baik atau sebaliknya. Pendidikan seharusnya bermula sejak dari kecil di rumah dan bukannya di atas motosikal, kereta atau di jalan-jalanraya sesudah anak-anak dewasa. Tetapi sehingga kini, belum pun terdengar ada penerbit atau pengarah filem kita yang mahu menerbitkan filem-filem sebegitu. Soal siapa mahu mengajar siapa dalam medium perfileman juga tidak timbul. Para penonton masuk panggung kerana mereka mahu mencari hiburan atau menimba pengalaman baru. Tugas penerbit atau pengarah filem seharusnya memerah idea bagaimana mahu menghasilkan karya-karya yang bermutu. Para penonton mengambil iktibar atau sebaliknya, itu bukan kuasa penerbit mahupun pengarah filem. Isu judul filem atau perkara remeh-temeh yang lain sepatutnya sudah tidak timbul lagi. Kalaulah perkara-perkara seperti itu masih menjadi isu, maka kita mungkin boleh menyamakan mentaliti para pembikin filem kita lebih kurang sama dengan tahap pemikiran para penonton. Ini kerana, golongan yang dikategorikan sebagai salah satu trend setter dalam masyarakat, para penerbit dan pengarah filem kita sepatutnya melangkaui tahap pemikiran audiens mereka. Jika tidak, filem-filem kita bukan sahaja tidak akan pergi ke mana, jauh sekali ke persada dunia, malah para penonton juga akan terus membandingkan filem-filem kita dengan filem-filem dari luar negara. Sampai bila-bila. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 12:27 pm | |
| Siti pilih pemenang RM10,000
SITI NURHALIZA BUAT pertama kalinya, Datuk Siti Nurhaliza akan berada di konti Suria FM bagi menutup kempen Lagu Berduit Suria FM hari ini (Rabu). Siti Nurhaliza akan berada di konti Suria FM dari pukul 7.30 pagi hingga 10 pagi untuk menyanyikan lagu Biarlah Rahsia secara langsung. Menariknya, isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini juga akan memilih sendiri seorang pemenang bertuah untuk Lagu Berduit Ekstra yang bakal memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 daripada SMS yang dihantar oleh pendengar. Menerusi slot Breakfast@Suria itu juga, Siti akan ditemu ramah oleh pengacara Suria FM iaitu Tuah dan Zizi. Pendengar boleh mengemukakan soalan kepada Siti menerusi panggilan telefon ataupun SMS. Kempen Lagu Berduit Suria FM yang bermula sejak 20 Julai lalu berjaya mendapat perhatian dan sambutan paling hebat jika dibandingkan dengan kempen yang pernah dianjurkan Suria FM sebelum ini. Kempen yang ditaja oleh One Drop Perfumes ini menghadiahkan wang tunai RM100,000 kepada 66 orang pendengar Suria FM yang bertuah. Daripada jumlah itu, 30 orang berjaya memenangi RM500, 35 orang pula membawa pulang RM1,000 sementara Ida Sharihanim Shaari dari Kota Bharu, Kelantan merupakan pendengar bertuah yang memenangi hadiah RM50,000. Pemilihan Ida dibuat secara rambang daripada lebih 20,000 SMS yang diterima pagi Jumaat lalu (14 Ogos) menerusi segmen Breakfast@Suria. IDA Sharihanim Shaari (empat dari kanan) bersama replika cek RM50,000 yang disampaikan oleh Engku Emran Engku Zainal Abidin (tiga dari kanan). Sebaik saja diumumkan sebagai pemenang, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin bersama krew Breakfast@Suria, Tuah dan Zizi serta Kak V, membuat kejutan menuju ke rumah Ida untuk menyerahkan replika cek bernilai RM50,000. Menurut Ida, kemenangan ini umpama keajaiban dan pasti akan mengubah hidupnya selepas ini. "Jutaan terima kasih kepada Suria FM. Duit ini akan saya gunakan untuk menampung perbelanjaan pendidikan dua orang anak lelaki saya yang berumur 13 dan 7 tahun. "Saya akan terus mendengar Suria FM dan juga akan pastikan semua teman dan keluarga saya turut mendengar stesen yang dikenali dengan Muzik Terbaik Tanpa Henti ini," ujar ibu tunggal berusia 33 tahun ini. Menurut Engku Emran, dia berasa usaha mereka ini berbaloi kerana wang tunai RM50,000 yang mereka berikan ini dimenangi oleh insan yang sememangnya amat memerlukan untuk menampung kehidupannya. "Saya juga amat gembira apabila diberitahu Datuk Siti Nurhaliza juga turut mendengar Suria FM. "Tambahan pula kesudian beliau datang ke studio Suria FM untuk Lagu Berduit Ekstra yang bernilai RM10,000," ujarnya,"kata Emran. Selain itu, satu majlis penyerahan cek telahpun diadakan di Pejabat Suria FM yang menyaksikan 12 orang pemenang Lagu Berduit dari sekitar Lembah Kelang menerima cek masing-masing yang bernilai RM500. Manakala bagi pemenang luar dari Lembah Kelang, cek akan dikirimkan menerusi khidmat kurier dan yang pasti mereka akan menerimanya sebelum Hari Raya Aidilfitri ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 12:31 pm | |
| Pernikahan mereka menutup spekulasi
AKHIL dan Waheeda mengharapkan perkahwinan mereka akan menutup segala spekulasi negatif terhadap mereka. TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba industri hiburan tanah air 'dikejutkan' dengan berita pernikahan antara Akhil Hayy, 40, dan Waheeda, 30, yang berlangsung pagi Ahad lalu di Kuala Kubu Baru, Selangor. Memang sebelum ini berita tentang perhubungan mereka telah mendapat liputan yang cukup meluas sehingga mereka dikatakan sering main tarik-tali saat ditanyakan tentang hubungan mereka. Tidak cukup dengan itu, hubungan mereka yang penuh kontroversi itu juga dikatakan menjadi punca kepada perceraian Akhil dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal setelah 13 tahun melayari bahtera rumah tangga. Sejak muncul sebagai penyanyi nasyid dan pendakwah bebas dua tahun lalu, nama Akhil sememangnya cukup panas dan bara itu bertambah apabila namanya dikaitkan dengan Waheeda. Namun, Akhil tidak pernah menafikan bahawa dia mempunyai hubungan dengan penyanyi lagu Wassini itu kerana dia menegaskan berkali-kali bahawa hubungannya dengan Waheeda tidak lebih daripada seorang kawan. Lantas, apabila diajukan kepada Akhil tentang pernikahannya bersama Waheeda yang berlangsung dalam serba sederhana pagi Ahad lalu, Akhil memberitahu semuanya sudah ditentukan oleh Allah SWT. Malah, dia sendiri tidak pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan Waheeda biarpun mengakui dia rapat dengan wanita itu. Semuanya atas nama persahabatan. Kata Akhil atau nama sebenarnya Abdul Akhil Hai selain itu juga, dia mahu mempercepatkan perkahwinan mereka sebelum menjelangnya Ramadan pada 22 Ogos ini. Malah, berdasarkan perancangan awal, mereka sepatutnya berkahwin pada 21 Ogos. Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tarikh 16 Ogos menjadi pilihan mereka. "Alhamdulillah, apa yang saya harapkan dan rancang semuanya berjalan dengan lancar. Tiada apa yang saya mahukan melainkan segala kisah buruk tentang kami tidak lagi dijaja dan disebut-sebut. "Apa yang berlaku semuanya sudah berlalu. Bermula detik saya berjabat tangan sebagai tanda ijab dan kabul itu, saya tekad untuk melayari kehidupan saya dengan tenang. "Malah, saya mahu memulakan penghidupan yang baru bersama Waheeda dan anak-anak saya," katanya tenang sewaktu dihubungi Hits petang Ahad lalu. Bukan itu sahaja, Akhil turut memberitahu sebaik sahaja Waheeda sah menjadi isterinya, ia menandakan bahawa penyanyi dan pelakon itu sudah tidak lagi menjadi seorang artis. Akhil dan Waheeda atau nama sebenarnya, Nor Wahidah Abdul Wahab bernikah di Masjid Jamek Ar-Rahimah, di Kuala Kubu Baru dan dengan sekali lafaz sahaja, Waheeda sah menjadi milik Akhil. Majlis serba sederhana itu dihadiri lebih daripada 200 orang tetamu termasuk ahli keluarga serta teman rapat kedua belah pihak. Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Hulu Selangor, Ustaz Zulkhairi Zaid yang juga kawan karib Akhil. Ibu dan bapa Waheeda, Abdul Wahab Yusof dan Asri Othman selain ibu Akhil, Azizah Daud yang hadir memberikan restu untuk anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, anak pertama dan kedua Akhil iaitu Siti Numaisarah, 12 , dan Muhd. Sharif Hidayatullah, 11, turut hadir pada majlis itu meraikan perkahwinan kedua bapa mereka. Waheeda menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan senaskah al-Quran sebagai pengganti wang hantaran. Jelas Akhil, kitab suci itu dijadikan sebagai wang hantaran adalah atas permintaan kedua ibu bapa Waheeda sendiri. Akhil turut memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas oleh pihak Waheeda dengan sembilan dulang. Saat ditanya tentang majlis perkahwinan mereka yang diadakan secara mengejut dan sedikit tergesa-gesa itu, Akhil menjelaskan ia sememangnya dimahukan oleh kedua-dua belah pihak bagi meraikan keluarga dan teman rapat sahaja. Bagaimanapun pada majlis resepsi di Bukit Jelutong, Shah Alam pada 31 Oktober depan, mereka akan mengundang lebih ramai tetamu termasuk beberapa artis untuk menyanyi di majlis mereka. Akhil hanya mampu berdoa dan berharap agar pernikahannya dengan Waheeda akan menghapuskan segala kata-kata nista dan cercaan orang terhadap diri mereka berdua. Apa yang dimahukan agar masyarakat memandangnya dari sudut positif dan menghentikan segala kisah buruk yang mahu disimpan rapi dalam diari hidupnya. "Setidak-tidaknya ia melenyapkan spekulasi yang mengatakan kami ini sudah mendirikan rumah tangga sebelum ini. Jadi, pernikahan kami ini menjadi saksi bahawa kami tidak pernah bernikah sebelum ini," katanya penuh berhemah. Namun begitu, Akhil tetap dengan pendiriannya untuk berahsia bilakah bibit cintanya mula berputik dengan Waheeda sekali gus melamar wanita itu untuk menjadi suri hidupnya. "Pada saya, itu adalah satu yang privasi dan tidak harus dibincangkan kepada umum kerana ia merupakan satu perasaan dalaman. "Saya bersyukur kerana ditemukan dengan Waheeda dan sekarang adalah tanggungjawab saya untuk membimbingnya menjadi seorang isteri solehah," ujar hos rancangan Cafe Akhil Hayy yang ditayangkan di saluran Oasis (saluran 106, Astro) itu. Akhil yang juga bekas penyanyi rock itu mahu Waheeda menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga dan menjaga anak-anak mereka. Sementara itu, Waheeda ketika dihubungi pula berkata, dia tidak mahu ambil peduli dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya. Jelasnya, dia kini mempunyai kehidupan baru dan banyak lagi perkara penting untuk difikirkannya daripada memikirkan tentang kata-kata orang terhadap dirinya dan Akhil. "Kalau orang di luar sana mahu terus cakap kami berdua menipu, itu terpulanglah pada pandangan masing-masing. Saya sudah tidak kisah dan tidak mahu membebankan fikiran dengan benda yang tidak berfaedah. "Saya menganggap pernikahan ini sebagai satu rahmat besar Allah buat kami kerana secara tidak langsung, ia telah merapatkan lagi hubungan serta jalinan ukhuwah sesama keluarga yang renggang selama ini. "Tiada lebih yang saya minta melainkan berdoa dan berharap agar perkahwinan ini direstui dan dirahmati oleh Allah SWT," jelas penyanyi lagu Wassini ini dalam nada ceria. Menyentuh mengenai anak, ujar Waheeda, dia mahu memiliki zuriatnya sendiri bersama Akhil dan sudah bersedia sepenuhnya untuk menjadi seorang ibu memandangkan dia sudah bersara sepenuhnya menjadi seorang artis. Ditanya pula tentang perasaan cintanya terhadap Akhil, dia memberitahu perasaan itu baru timbul dalam dirinya dan kini dia meniti fasa percintaan dengan lelaki idamannya itu biarpun dakwaan mengatakan mereka sudah lama bercinta. "Kami memang saling mengambil berat antara satu sama lain sebagai seorang sahabat sebelum ini dan kerana itu jugalah, persahabatan kami dipandang serong oleh sesetengah pihak. "Jadi, kalau selepas ini ada lagi pihak yang masih mahu memperkatakan tentang hubungan kami, saya rasa tidaklah perlu berbuat demikian lagi. Doakanlah sahaja kebahagiaan kami kerana itulah yang terbaik untuk semua pihak," tuturnya penuh harapan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 12:32 pm | |
| Couple tidak tolak publisiti media BIAR tidak popular dan lagu-lagunya hanya diputarkan di radio-radio tertentu sahaja, Couple tidak pernah patah semangat dalam memperjuangkan muzik mereka. DITUBUHKAN sejak 1995, band indie bernama Couple sememangnya gigih dalam menempatkan diri di gelanggang hiburan tanah air. Membawakan konsep power pop, untuk tempoh 14 tahun ini, Couple tidak pernah berhenti melangkah biarpun telah beberapa kali bertukar ahli. Asalnya berdua, kini Couple dianggotai empat anak muda termasuk vokalis asal band terbabit, Mohd. Aidil Rusli atau Aidil. Selain Aidil, anggota Couple yang lain adalah Mohd. Shahrin Ismail (drum); Ariana Adnan (gitar) dan Awang Masrin Awang Mohd. Nor (bass). Membanggakan, meski tanpa publisiti di mana-mana media, Couple sejak ditubuhkan lagi sudah aktif mencipta dan merakamkan lagu mereka sendiri. Bermula 1996 dengan sembilan buah lagu, album pertama mereka hadir 10 tahun kemudiannya yang berjudul Top Of The Pop yang memuatkan 11 buah lagu. Dipasarkan menerusi internet melalui www.myspace.com/couple, teruja dengan sambutan yang menggalakkan daripada peminat, Couple kemudiannya muncul dengan album kedua pada tahun lalu iaitu Teenage Disc Fantastic. Dan, bersesuaian dengan lengkapnya keanggotaan mereka seramai empat orang, untuk tahun ini, Couple bakal muncul dengan album ketiga, Pop Tak Masuk Radio. Menurut Aidil, Pop Tak Masuk Radio merupakan album berbentuk sindiran terhadap sikap segelintir stesen radio tempatan yang dilihat Couple sebagai liat memutarkan lagu-lagu mereka. Walaupun enggan bernada kecewa dengan perkara tersebut, Aidil menjelaskan bahawa Couple tetap mampu berbangga kerana lagu-lagu mereka sudah pun berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Sebagai contoh, jelasnya, di bawah label indie di Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, Couple memperoleh peluang untuk mengembangkan pengaruh ke negara berkenaan. Pernah mengadakan persembahan di Bangkok, Singapura dan Indonesia, peluang membawa lagu-lagu ke AS dan Jepun kata Aidil, bermula dengan internet. "Kami mengirim lagu-lagu indie ke negara berkenaan dan ternyata mereka amat meminatinya. "Paling membanggakan, lagu Now I Can See telah digunakan sebagai lagu tema sebuah drama bersiri online di AS, Humanzee arahan James Gunn. "Couple juga pernah diiktiraf sebagai antara 25 band terbaik di dalam laman web MySpace oleh majalah muzik Rolling Stone,'' katanya ketika ditemui pada sesi fotografi di studio Utusan, baru-baru ini. Ujar Aidil, di kalangan penggemar lagu-lagu band indie, Couple sudah semakin dikenali dan sekarang fokus band itu adalah untuk menguatkan nama di persada muzik perdana. Dalam hal itu, menurutnya, Couple menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa band indie tidak memerlukan publisiti media untuk bertapak dalam industri muzik. "Memang ada orang beranggapan band indie tidak perlukan publisiti. Tetapi, bagi kami, Couple sentiasa ada usaha untuk mengembangkan sayap. "Oleh yang demikian, jika ada apa sahaja peluang untuk sesi fotografi dan publisiti, Couple tidak akan melepaskan peluang tersebut,'' ujarnya yang merupakan bekas graduan undang-undang di sebuah universiti di London. Persaingan dan perpecahan Sementara itu, Aidil yang diajukan persoalan tentang persaingan dengan band-band indie lain yang muncul bak 'cendawan tumbuh selepas hujan' berkata, istilah bersaing sebenarnya tidak wujud di dalam kamus setiap anggota Couple. Gagal meraih pengiktirafan di dalam Shout! Awards baru-baru ini, Aidil memberitahu bahawa sebagai band indie, sokong menyokong antara satu sama lain adalah penting untuk bersatu menaikkan muzik tanah air. "Memanglah antara band indie cuba untuk menaikkan nama masing-masing. ''Bagi Couple, kami tidak perlu bersaing. Apa yang penting adalah melakukan yang terbaik dalam apa sahaja peluang yang diberikan,'' jelasnya. Mengenai perihal perpecahan antara ahli, Aidil bagaimanapun melahirkan harapan agar Couple akan kekal selamanya. ''Saya akui kalangan ahli pun pernah berlaku pergaduhan. Tetapi pergaduhan itu berkisar soal kerja seperti penghasilan lirik dan lagu. ''Ia bukanlah serius tetapi kami jadikannya untuk menguatkan lagi muzik Couple. ''Kalau boleh, biarlah Couple kekal selamanya. Jika ada yang berkahwin sekalipun, insya-Allah kami akan tetap aktif berkarya,'' katanya penuh yakin. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 12:35 pm | |
| Farid, Lisa ikon romantik?
Pernah dikaitkan bercinta, Lisa dan Farid menafikan bahawa mereka punyai perasaan cinta antara satu sama lain.
DAHULUNYA, dua insan popular ini pernah dikaitkan sebagai pasangan yang sedang mengait buih-buih cinta. Sering dilihat bersama ketika menghadiri majlis-majlis tertentu, ia seakan menguatkan andaian pelbagai pihak yang mereka sebenarnya punyai perasaan cinta antara satu sama lain.
Meski pernah menafikan dakwaan demi dakwaan yang muncul, masih ada yang tidak percaya akan penafian yang dilakukan.
Sehingga pada satu ketika, dakwaan itu semakin meluas. Secara tiba-tiba, terbit cerita yang mengatakan mereka sudah putus cinta.
Begitulah tanggapan yang dilakukan terhadap pelakon Lisa Surihani dan Farid Kamil.
Masakan tidak, mereka sebelum ini pernah digandingkan dalam tiga buah filem yang sedikit sebanyak menguatkan lagi ‘fitnah cinta’ dua anak seni ini.
Tiga filem berkenaan ialah I’m Not Single dan Rempit V3, terbitan MIG Production Sdn. Bhd. (MIG) serta Lagenda Budak Setan (terbitan Tarantella Pictures).
Malah, mereka berdua juga pernah berlakon bersama menerusi drama bersiri Tiga Janda.
Terbaru, Lisa dan Farid sekali lagi digandingkan dalam filem ke-37 terbitan MIG berjudul Semerah Cinta Stileto.
Diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nadzri, menerusi filem komedi romantik itu, Farid yang memegang watak Leto manakala Lisa (Stila) terjebak dalam cinta antara dua darjat.
Gandingan ini pantas ditafsirkan oleh orang nombor satu dalam MIG iaitu David Teo sebagai gandingan yang cukup secocok.
Mahu menjadikan Lisa dan Farid sebagai ikon pasangan romantik, David menjelaskan bahawa mereka sememangnya serasi tatkala dilihat dalam filem.
Bak Ali Setan yang sehingga kini masih diingati dengan gandingan mantap Fauziah Ahmad Daud dan Azmil Mustapha, Lisa serta Farid bagaimanapun punyai alasan tersendiri mengapa mereka cukup serasi ketika beraksi di pentas lakonan.
Saya serasi dengan Lisa
Menurut Farid, seperkara positif yang dapat dilihatnya tatkala digandingkan dengan Lisa adalah antara kedua-dua mereka memang sudah ada keserasian.
Jelasnya, keserasian itu telah wujud sejak dia dan Lisa berlakon menerusi filem I’m Not Single lagi.
“Apa yang dilihat oleh David Teo adalah satu perkara yang biasa. Untuk filem komedi romantik, pemilihan pelakon adalah cukup penting.
“Pemilihan yang tepat akan memudahkan sesiapa sahaja mencapai matlamat yang diinginkan.
“Bagi saya, keserasian yang wujud dengan Lisa mampu memudahkan kerja dan saya tidak perlu bersusah payah untuk mencari keserasian. Hanya menggunakan keserasian sedia ada,’’
katanya ketika ditemui sejurus selepas majlis pelancaran Semerah Cinta Stileto yang diadakan di Restoran Lemon, Seri Kembangan, baru-baru ini.
Semerah Cinta Stileto yang memulakan pengambaran 12 Ogos menampilkan pelakon ternama seperti Nanu Baharudin, Cat Farish, Shaharudin Thamby, Datuk Jamali Shadat, Maimon Muttalib, Angah (Raja Lawak), Mie (Raja Lawak), Rama serta Kenchana Dewi.
Menyambung bicara, Farid berkata, Lisa juga telah menampakkan kematangan serta peningkatan dalam lakonan.
“Ia juga menjadi faktor yang mampu memudahkan kerja dan mewujudkan keserasian antara kami. Lisa telah banyak terlibat dengan pelakon-pelakon lain. Seperkara lagi, kami telah didik supaya bersikap profesional dan soal peribadi harus diketepikan,’’ katanya.
Ditanya mengenai wataknya dalam Semerah Cinta Stileto, Farid menjelaskan, bahawa filem itu meletakkannya sebagai seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana.
Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di rumah flat, pelbagai kejadian yang berlaku telah memberi kesempatan untuknya bertemu dengan Stila, seorang anak orang kaya yang tinggal di banglo berhadapan dengan rumah flatnya.
Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentang daripada keluarga Stila.
“Saya masih belum membuat kajian mengenai watak sebagai penjual ikan kerana terikat dengan projek di Astro.
“Insya-Allah, berdasarkan pembacaan skrip, saya yakin akan mampu membawa watak ini dengan berkesan,’’ kata Farid penuh yakin.
Lisa tidak kekok
Sementara itu, berbalik kepada persoalan mengenai ikon pasangan romantik paling ideal, di pihak Lisa pula, dia mengakui, tidak merasa kekok untuk bercinta dengan Farid.
Bukannya cinta seperti yang ditafsirkan oleh ramai pihak tetapi cinta tersebut jelas Lisa, adalah cinta di lokasi pengambaran membabitkan filem-filem atau drama berkaitan romantik.
“Kami pernah bekerja secara bersama lebih daripada sekali. Watak-watak sebelum ini pun ada kaitan dengan cinta.
“Justeru, perasaan kekok untuk bercinta dengan Farid di set lokasi sudah tidak ada. Kami cukup komited dengan kerja bagi menjayakan watak yang diberikan,’’ katanya.
Mengenai usaha David Teo yang mahu menjadikannya dan Farid sebagai ikon pasangan romantik, Lisa memberitahu, bahawa sebagai pelakon, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menjayakan apa sahaja perwatakan dalam lakonan.
“Saya pun masih lagi baru dan ada banyak lagi perkara yang harus dipelajari,’’ tambahnya.
Kepada soalan tentang rezekinya dalam lakonan, Lisa tidak lupa memanjatkan kesyukuran atas apa yang dinikmatinya sepanjang beberapa tahun bergelar pelakon ini.
Selain Semerah Cinta Stileto, ujar Lisa, dia terlibat dengan filem Zoo serta Kapoww. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 12:37 pm | |
| Kak Yong kecewa tiada rancangan kanak-kanak
Kak Yong BAGI kanak-kanak yang pernah membesar dengan rancangan Permintaan Apa Itu? yang ke udara di Rangkaian Nasional (RTM) setiap Sabtu pukul 9.30 pagi suatu ketika dahulu, nama Kak Yong tentu tidak asing lagi bagi mereka. Rancangan yang mula ke udara sejak tahun 1977 hingga 2002 itu begitu sinonim dengan Kak Yong dan kanak-kanak, biarpun pasangannya sering berubah namun Kak Yong tetap teguh berdiri di situ. Kini meskipun rancangan itu sudah 'dimatikan' tanpa kuburnya sejak tujuh tahun lalu, namun hingga saat ini ke mana sahaja juruhebah kecil molek ini pergi, nama Kak Yong menjadi panggilan. Sebab itu tidak hairanlah ketika temuramah dan sesi fotografi ini dilakukan di sebuah hotel lima bintang baru-baru ini, gadis menjual mutiara berusia awal 20-an tanpa ragu-ragu memanggil nama Kak Yong tatkala mendengar suara bekas juruhebah popular ini. Sesuatu yang amat memeranjatkan penulis tatkala ditanya kepada si gadis mutiara itu, jawapannya memang mudah; "Saya kenal suara Kak Yong, dulu selalu dengar Permintaan Apa Itu? di radio." Begitulah kuatnya pengaruh rancangan itu. Bukan sahaja ia mewarnai hidup Kak Yong atau nama sebenarnya Tengku Mariam Tengku Laksamana Nasir, 54, malah program ini juga banyak memberi informasi kepada kanak-kanak. "Sebenarnya Kak Yong pun tidak menduga kesan daripada rancangan yang diilhamkan oleh Noramin, sampai ke hari ini. Tetapi apa yang penting ketika mengendalikan rancangan itu, walaupun khas untuk kanak-kanak tetapi Kak Yong dan pasangan sentiasa membuat homework. "Kak Yong akan baca akhbar dan cuba mendapat bahan-bahan yang sesuai untuk program setengah jam itu. Sebabnya apa juga informasi yang diberikan akan menjadi panduan kepada kanak-kanak," cerita Kak Yong yang kini memenuhi masa lapang melayan anak adik-adiknya dan cucu kepada adik-adiknya. Kak Yong, anak sulung daripada empat beradik dan merupakan kerabat diraja Negeri Sembilan mula menjadi ahli keluarga RTM pada tahun 1977 sebagai pekerja sementara dan tetap sebelum mengambil keputusan berhenti pada tahun 2002. Permintaan Apa Itu? yang mulanya dikendalikan bersama Busu Noramin selama empat tahun sehingga 1980 merupakan satu-satunya rancangan radio yang dikhaskan untuk kanak-kanak. Ketika bersama Busu Noramin, Permintaan Apa Itu? yang bersiaran selama setengah jam akan menunaikan lagu-lagu permintaan yang bertemakan kanak-kanak ataupun dinyanyikan kanak-kanak sambil membaca surat yang dikirim. Ketika itu, lagu-lagu yang sentiasa memenuhi program itu ialah Sakit Gigi nyanyian Indra Shahril, Kain Pelikat (Anuar Zain dan Ellina) dan lagu-lagu nyanyian Andrian, Siti Musliha serta Gadis Melayu nyanyian Othman Hamzah. Bagaimanapun apabila Noramin ke Jepun kerana bekerja di NHK selama empat tahun, Kak Yong dipasangkan dengan Abang Chik@Zainal Abas. Ketika bersama Abang Chik, rancangan berkenaan ke udara selama 45 minit dengan mengekalkan konsep dan segmen yang sama. Tetapi pada tahun 1985, apabila Kak Yong bertukar 'pasangan' dan mengendalikan rancangan itu dengan Abang Bull@ Hasbullah Awang, konsepnya diubah sedikit. "Bersama Abang Bull, konsepnya lebih ceria dan very friendly. Selain surat menyurat, kami mengundang tetamu ke studio terdiri daripada personaliti untuk segmen soal jawab. "Selalunya kanak-kanak mengambil inisiatif menelefon personaliti untuk bertanya kemusykilan mereka. Jika doktor, mereka akan bertanya mengenai kesihatan begitu juga sukan. "Kak Yong memang berbangga kerana kanak-kanak turut mengambil bahagian dalam rancangan ini dan mereka tahu apa yang mereka mahukan daripada setiap personaliti yang kami bawa ke studio," cerita Kak Yong. Menurut Kak Yong, walaupun mulanya beliau berharap Abang Bull akan kekal dengannya tetapi selepas tiga tahun, Kak Yong terpaksa menerima kenyataan bahawa dia terpaksa berpasangan dengan juruhebah lain pula. Bersama Abang Salleh Abdul Rahman selama tiga tahun mulai 1989, Kak Yong terus mengendalikan rancangan yang diminati kanak-kanak itu. Namun masa berubah pada tahun 1992, Kak Yong ditugaskan sendirian mengendalikan program berkenaan. Lapan tahun lamanya Kak Yong mengendalikan Permintaan Apa Itu? sendirian dengan mengundang personaliti terdiri daripada ahli sukan seperti pemain boling negara, Shazlin dan artis seperti Syafinaz dan Kristal. Biarpun rancangan itu sudah lama, namun kepelbagaian segmen yang dibawakan memberi nafas baru kepada program khas untuk kanak-kanak itu. "Apabila kendalikan program ini secara solo Kak Yong cuba memberi nafas baru kerana selama sejam, macam-macam segmen diselitkan. "Sebab itu rancangan berinformasi dan memberi didikan kepada kanak-kanak ini selain tetamu yang merupakan personaliti, Kak Yong turut mengundang kanak-kanak sebagai hos bersama," cerita Kak Yong. Ketika itu, dua kanak-kanak yang menjadi hos bersama ialah Adibah Ali Rahman,9, dan Melissa Nurul Ashikin, 9, dengan Kak Yong sebagai anchor. "Sebagai anchor, Kak Yong membimbing mereka untuk mengendalikan bersama rancangan ini. Memang seronok bersama mereka sebab celoteh budak-budak, tapi yang penting mereka tidak tersasar jauh daripada konsep program ini," cerita Kak Yong yang pernah juga mengendalikan program Permintaan Wanita dan bertugas di konti. Menurut Kak Yong, sebagai pengendali program permintaan dan informasi untuk kanak-kanak yang paling lama, beliau tidak pernah merasa bosan atau jemu. Sebaliknya 25 tahun bersama Permintaan Apa Itu? membuatkan Kak Yong semakin dekat di hati kanak-kanak. "Cuma Kak Yong kesal, apabila Kak Yong tinggalkan RTM, tiada lagi rancangan khas untuk kanak-kanak di radio," kata Kak Yong. Menyentuh mengenai kehidupannya. Kak Yong yang pernah mendirikan rumah tangga bersama Sherkawi Jirim pada September 1978 hingga 1996 berkata: "Entahlah selepas rumah tangga Kak Yong runtuh, hati ini bagaikan tertutup untuk berkahwin lagi. Walaupun ada desas-desus mendakwa punca perceraian kami kerana anak, tetapi itu bukanlah sebabnya. "Bagi Kak Yong, apa juga yang terjadi sudah ditentukan oleh Allah. Kak Yong terima dengan reda. Walaupun kini Kak Yong lebih suka hidup di samping adik-adik dan anak saudara, tetapi jika suatu hari jodoh menemukan Kak Yong dengan seseorang, Kak Yong akan terima. "Buat masa ini Kak Yong bahagia begini, dan insya-Allah jika semuanya berjalan lancar, Kak Yong akan terlibat dalam bidang penerbitan bersama dengan adik Kak Yong. "Kak Yong dan adik kini sedang mencari peluang menerbitkan iklan komersial untuk televisyen," cerita Kak Yong yang pernah mengendalikan rancangan kanak-kanak untuk TV3. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 12:39 pm | |
| Hanya salah faham - Raja Azura
Apa yang berlaku sebenarnya bukanlah diri saya yang sebenarnya. Demi Allah saya tak buat pun seperti apa yang dilaporkan - Raja Azura
Sudah lama tidak mendengar kisah Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 37, tiba-tiba timbul isu panas lain pula. Sebelum ini Raja Azura atau lebih mesra dipanggil Kak Engku dikatakan mengkritik wartawan penyiaran menerusi segmen Madam Muah-Muah di Sinar FM.
Habis kisah itu, timbul pula cerita baru di Pentas Pilih Kasih baru-baru ini apabila dia dikatakan melarang beberapa penonton rancangan itu daripada menjamu selera makanan yang disediakan untuk artis dan krew.
Alasan kononnya dia bimbang makanan tidak mencukupi untuk mereka yang bertugas sekiranya pihak yang tidak berkenaan turut menjamu selera. Gara-gara insiden itu peminat tersebut telah mengadu perbuatan Kak Engku kepada pihak media sehinggalah dia dikritik kerana bersikap sedemikian.
Kak Engku yang ditemui menganggap kritikan berkenaan telah memalukan dirinya apatah lagi ia perkara kecil yang hanya membabitkan soal makan.
"Malu juga saya, sebab satu dunia baca cerita itu dan pastinya orang akan anggap serong kepada saya. Sehinggakan perkara itu mendapat reaksi mak mertua saya," katanya.
Gara-gara perkara itu ujar Kak Engku yang pernah membintangi filem Lurah Dendam dan Riang Tirana berjanji akan lebih berhati-hati dalam pertuturannya pada masa akan datang. Apa yang berlaku itu seperti membuatkan dia baru terjaga dari lena.
"Hal ini buat saya sedar dan lebih berhati-hati sekarang," sambungnya lagi.
Ibu kepada tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, 7, Megat Luqman Haqim, 6, dan Puteri Mia Maizura, 4, turut menganggap dirinya seperti teraniaya kerana kejadian berkenaan tidak sebagaimana yang dilaporkan.
"Demi Allah saya tidak berniat dan melakukan perkara sedemikian,'' ujarnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 12:42 pm | |
| Haliza & Ari Wibowo - Bukan kerana Cinta
Barisan pelakon Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami. Dari kiri Fara Fauzana, Ari Wibowo, Haliza Misbun dan Erra Fazira. Selama ini ramai yang tertanya-tanya sejauhmanakah hubungan cinta pelakon Haliza Misbun,36, dengan jejaka seberang, aktor Ari Wibobo,38. Walaupun Haliza menafikan mempunyai perasaan terhadap pelakon kacak itu namun ada yang berkata dia sebenarnya mempunyai perasaan tersemat terhadap Ari sejak sekian lama. Berkesempatan bertemu Ari ketika penggambaran filem komedi, Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami minggu lalu, Ari menjelaskan segalanya. Ari yang memegang watak sebagai pakar psikatari, Dr. Ryan Diprojo dalam filem sulung terbitan Big Production itu menjelaskan, keakrabannya dengan Haliza adalah kerana persahabatan yang terjalin sejak sekian lama. Dek kerana itulah Ari membuat keputusan menerima pelawaan Haliza untuk membintangi filem berkenaan walaupun bukan memegang watak utama. Ari mengakui dia juga ada mendengar kononnya dia dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon itu tetapi mereka sebenarnya tidak lebih daripada kawan biasa. "Ya... saya mengakui menyenangi Haliza. Saya pernah berlakon bersamanya dalam drama VCD, Rohaya Roy tidak lama dulu. Dari situlah hubungan kami baik," katanya. Jelas Ari lagi, dia mengetahui hajat Haliza sudah sekian lama untuk menghasilkan filem dari "air tangannya" sendiri dan menggalakkan Haliza meneruskan niat tersebut. Ketika menerima tawaran Haliza, Ari berkata dia tidak berfikir panjang sebaliknya terus menerima tawaran berkenaan dengan senang hati. "Saya datang kemari (Kuala Lumpur) meninggalkan keluarga semata-mata untuk berlakon dengan produksinya. Dia seorang yang profesional tetapi jangan disalah anggap pula, kami hanya teman biasa," katanya yang baru menerima cahayamata keduanya bernama Marco, dua bulan lalu. Anak pertama Ari bernama Kenzo kini berusia setahun enam bulan hasil perkahwinannya dengan Inge Anugerah kira-kira tiga tahun lalu. Jelas Ari, dia menerima lamaran Haliza untuk filem berkenaan bukan kerana cinta tetapi atas dasar persahabatan yang sudah lama terjalin. Dalam filem arahan Din CJ itu, Ari menjadi doktor yang bertanggungjawab menjaga kebajikan Nik Melati Sukma lakonan Haliza yang menghadapi konflik dalam memilih calon suami. Ari yang sudah 20 tahun terlibat di dalam dunia seni menjelaskan dia lebih senang memberi tumpuan terhadap keluarganya daripada sibuk mengejar wang untuk menjadi pelakon. Walaupun drama atau lakonannya agak kurang disiarkan di stesen televisyen di Indonesia bukan bermakna namanya semakin jatuh sebaliknya dia mahu melihat keluarganya bahagia tanpa sebarang masalah. "Saya cuba hadkan penglibatan saya dalam dunia lakonan kerana ketika bujang saya sudah banyak bekerja untuk mencari wang. Sekarang masa untuk keluarga. Sebab itulah saya menerima pelawaan Haliza kerana tempoh penggambaran tidak lama iaitu satu hari saja," katanya. Filem pertama Haliza ini dijangka siap sebelum bulan Ramadan ini yang menelan belanja kira-kira RM1.1 juta. Selain Ari dan Haliza sendiri, Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami turut menampilkan pelakon popular lain antaranya Fahrin Ahmad, Erra Fazira, Fara Fauzana dan Fizo Omar. Fara Fauzana yang memegang watak Mulan iaitu seorang penyambut tetamu sengau pula mahu mencuba watak yang berbeza berbanding penampilannya sebelum ini. Sebab itulah Fara menerima pelawaan Haliza walaupun dia hanya melakonkan dua adegan sahaja. Kata Fara dia bangga melihat lakonan Haliza dalam filem itu yang tidak mengambil banyak masa untuk menghayati watak yang diberikan. "Saya begitu kagum dengan kesungguhan Kak Haliza membawa watak. Dengan satu take sahaja dia dah boleh menyelesaikan watak dia dengan berkesan," katanya. Sementara Erra Fazira yang memegang peranan sebagai pembancuh teh bernama Markonah pula mempunyai pendapat serupa sebagai mana Fara Fauzana. Kata Erra, sebelum ini dia tidak pernah membawa karakter seperti itu dan mahu melakukan percubaan berani dalam filem tersebut. "Erra menjadi pembancuh teh yang mempunyai cita rasa tinggi dalam segala hal termasuklah memilih pasangan lelaki. Jadi dalam filem ini nanti orang akan dapat lihat watak berbeza Erra yang tidak pernah Erra bawa," katanya. Bagi Haliza, selepas 14 tahun menjadi pelakon, dia melihat filem komedi mempunyai daya tarikan tersendiri. Haliza juga bertuah kerana filem ini dibarisi pelakon-pelakon hebat yang diyakini mampu menarik perhatian penonton ke pawagam apabila ditayangkan nanti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 12:46 pm | |
| Kami Masih Bersama - Almy Nadia
"Saya pun tak nak ambil tahu apa orang cakap mengenai kami kerana yang penting kami masih bersama," nafi Almy mengenai keretakan hubungannya dengan Fizz Fairuz.
Walaupun telah bersama lebih daripada tiga tahun, namun Almy mengakui mereka belum lagi mempunyai perancangan untuk bertunang mahupun mendirikan rumahtangga.
"Memang kami tak plan apa-apa kerana takut tak menjadi nanti diri sendiri yang malu.
"Apa yang penting sekarang, saya nak cari duit dulu dan bila sudah sedia untuk pikul tanggungjawab, barulah saya akan fikirkan semua itu," ujar Almy yang lebih gemar membicarakan soal kariernya.
Almy kini sibuk di lokasi Senandung Si Dayang memegang watak utama sebagai Puteri. Cerita rakyat ini pernah dipopularkan Datuk Sarimah Ibrahim dan kini diversikan dalam bentuk moden.
"Saya memegang watak Puteri, seorang yang happy go lucky tetapi dikongkong oleh bapanya kerana bimbang dicemuh oleh masyarakat disebabkan kulitnya yang hitam bagaikan arang," kata Almy yang belum menerima sebarang tawaran berlakon filem selepas Skrip 7707 dan Rasukan Ablasa. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 11 of 12 | Go to page : 1, 2, 3 ... , 10, 11, 12 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |