Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - 10

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 9, 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeWed 12 Aug 2009, 1:16 pm

Anak Wayang-Pembantu Peribadi

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 83200912
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeWed 12 Aug 2009, 1:19 pm

Akhil Kurang Setuju Tindakan Maizawati

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 87200912


Selepas bercerai, Akhil Hayy, 40, dan bekas isterinya, Maizawati Zainal, 33, membawa haluan masing-masing. Akhil meneruskan cita-citanya sebagai penyanyi dan pendakwah bebas manakala Maizawati pula aktif dalam pertubuhan wanita serta menjadi duta produk.

Ketika muncul dalam program raya khas terbitan Astro Oasis, baru-baru ini, Murai Batu dimaklumkan bahawa Akhil sebenarnya kurang bersetuju apabila Maizawati dilantik menjadi duta produk.

Katanya, ketika mereka berkahwin dulu, beberapa tawaran telah datang tetapi dia menolaknya kerana tidak mahu Maizawati terdedah kepada masyarakat. Jadi sebagai isteri, Maizawati pun akur dengan kehendak suaminya itu.

Namun sebaik sahaja mereka bercerai, Maizawati telah dilamar beberapa pihak termasuk pertubuhan wanita untuk menjadi jurucakap mereka. Akhil berkata, bekas isterinya itu patut memaklumkan tawaran itu kepadanya terlebih dulu kerana mereka masih lagi dalam edah.

Tapi dari sudut lain, Akhil faham Maizawati mahu mencari rezeki untuk dirinya serta anak-anak dan berharap Maizawati akan bahagia dengan jalan yang telah dipilihnya itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeWed 12 Aug 2009, 1:21 pm

Produser Puji Bakat Lakonan Adila

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 87200913


Selepas penggambaran drama muzikal Rumah Terbuka AF7- Raya Kilang Berapi, Nas Adila Mohd Dan atau Adila terus menjadi pilihan produser sebagai bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), paling menyerlah lakonannya.

Ironinya, ketika mula-mula mendapat tawaran watak sebagai perempuan gedik mulut berbau yang dibenci oleh semua orang, Adila rasa macam hendak menangis kerana tertekan dengan peranan itu.

"Masa mula-mula Adila dapat skrip Adila rasa macam hendak menangis. Cemburu pula dengan rakan-rakan AF7 lain yang mendapat peranan sempoi-sempoi malah ada yang dapat jadi diri sendiri.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 87200914


"Maklum sajalah watak lakonan Adila itu tidak digemari oleh semua orang dalam drama muzikal itu. Kemudian selepas mendapat nasihat penulis skrip, pengarah dan produser, barulah Adila bersemangat untuk melakonkannya.

"Adila juga ada buat kajian dengan melihat lakonan pelakon lain seperti filem Mami Jarum yang dibintangi Kartina Aziz dan Rita Rudaini. Bagaimanapun, Adila tidaklah tiru bulat-bulat," ujarnya.

Gediknya Adila menggoda Aril

Selain membawakan perawatakan yang perempuan gedik, Adila juga diberi tugasan untuk menggoda Aril yang menjadi kegilaan ramai gadis di kampung tersebut.

"Luculah bila kena goda Aril. Tapi berlakon dengan Aril tak ada masalah sebab kami rapat. Jadi, Adila tak rasa kekok pun," katanya yang menafikan ada menyimpan perasaan terhadap Aril.

Selepas lakonannya dipuji oleh produser, Adila rasa tambah bersemangat untuk berlakon. Baginya drama muzikal raya bersama bekas pelajar AF7 itu satu peluang untuk menonjolkan bakat terpendam.

"Fokus utama pada nyanyian, kalau ada tawaran lain, Adila akan mempertimbangkannya," kata Adila meminati lakonan Lisdawati dan Rita Rudaini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeWed 12 Aug 2009, 1:24 pm

Eira, pilih karier lupakan soal cinta

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Hibura11


Jika dulu tiada siapa yang mahu mengambil tahu apa yang dilakukan Eira Syazira, kini situasinya berbeza sekali. Sejak mula diperkenalkan melalui drama Meniti Bara terbitan Skop Production dan kemudiannya dikenali ramai melalui drama bersiri Ku Milikmu, pelakon cantik ini mula merasakan bahangnya.

Kesal dituduh perampas

Malah Eira pernah dituduh sebagai perampas suami salah seorang pelakon. “Bila gossip ini keluar, saya terus berjumpa dengan pelakon tersebut dan menjelaskan situasi sebenar. Saya tidak mahu dia salah faham atau percaya dengan gosip ini. Bila saya tengok dia okay dan faham situasi sebenarnya, barulah saya lega,” luahnya kesal.

Menurut pelakon yang telah beraksi dalam lebih 40 buah drama dalam tempoh lima tahun ini, soal cinta dan rumahtangga bukan dalam perkiraannya saat ini. Mengakui melalui jalan yang sukar untuk mencari tapak dalam bidang seni, Eira tidak mahu mensia-siakan apa yang diperolehinya kini.

Tidak mencari cinta

Saya baru bermula. Cita-cita saya masih jauh lagi untuk digapai. Justeru, saat orang membuka peluang kepada saya untuk mengejar cita-cita itu, tentu sahaja saya tidak akan menolaknya. Jadi, perkara-perkara lain (cinta) bukan menjadi keutamaan saya buat masa ini. Saya tidak mengejar mana-mana lelaki, suami orang apatah lagi. Apa yang saya kejar saat ini ialah peluang yang berterusan untuk kembangkan bakat lakonan saya. Jika peluang itu terhenti, susahlah saya untuk meneruskan kerjaya yang cukup saya senangi ini,” katanya yang ditemui di majlis pelancaran drama rantaian Embun dan Mutiara di Restoran Lemon baru-baru ini.

Buka kedai makan

Selain aktif dalam bidang lakonan, anak kedua dari enam beradik ini mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Bermodalkan wang hasil titik peluhnya dalam bidang lakonan, Eira dan keluarga bersepakat untuk mengusahakan kedai makan di sebuah pusat membeli belah terkenal di Putrajaya. Industri seni ini kan ada pasang surutnya, jadi itu persiapan Eira untuk masa depan. Kedai makan itu yang berkonsepkan masakan Kelantan itu diusahakan bersama keluarga dan ibu Eira sendiri yang bertindak sebagai tukang masaknya. Alhamdulilah, setakat ini sambutannya cukup baik sekali dan Eira harap ia menjadi permulaan untuk kami melangkah lebih jauh lagi dalam bidang ini,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeWed 12 Aug 2009, 1:26 pm

Rini & Rina kembar yang kreatif

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Kulit110


Jika keluaran lalu, Dara.com menggabungkan Aida dan Fida sebagai penghias muka depan, kali ini giliran Rini bersama kembarnya Rina. Siapa yang tidak kenal dengan Rini. Namanya mula menjadi sebutan apabila dia menyertai Akademi Fantasia 7 (Af7). Walaupun Rini antara peserta paling awal tersingkir, namun ia bukanlah penamat kepada karier anak kelahiran Selangor ini. Minat yang mendalam, Rini bangkit daripada kegagalan tersebut. Bagi Rini, kegagalan tersebut bukanlah untuk selamanya. Apa kata kita berkenalan dengan kembar seiras yang sama-sama cantik ini.

Apakah perasaan Rini dan Rina apabila terpilih sebagai Cover Girl Dara.com.?

Rini: Rasa sungguh gembira apatah lagi apabila digandingkan dengan Rina, kembar seiras saya yang tercinta. Setinggi- tinggi ucapan terima kasih buat Dara. com!
Rina: Pertama sekali saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan saya rezeki yang tak terhingga. Saya amat terharu kerana diberi peluang untuk menjadi penghias muka depan kepada majalah kesayangan saya ini. Saya suka membaca majalah Dara.com sejak masih menuntut lagi dan pernah menghantar borang penyertaan untuk menjadi cover girl tetapi tidak berjaya. Tetapi akhirnya saya diberi peluang juga dan ia membuatkan saya berasa amat terharu rasanya.Terima kasih Dara.com!

Sejak bila Rini dan Rina membaca majalah Dara.com.

Rini: Sejak umur saya belasan tahun lagi, rasanya semasa umur saya 18 atau 19 tahun. Rina sendiri pernah menghantar penyertaan untuk pencarian cover girl Dara.com. Tak sangka akhirnya saya dan Rina terpilih. Tercapai juga impian kami. Alhamdulillah...
Rina: Sejak menuntut di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Ceritakan tentang kerjaya Rini dan Rina sekarang.

Rini: Di samping menyanyi, saya juga mengikuti kelas pengacaraan bersama Aznil Hj. Nawawi. Alhamdulillah, syabas dan tahniah buat Paknil dan Astro kerana membuka peluang kepada kami untuk mempelbagaikan lagi kebolehan yang ada. Namun, minat saya dalam bidang perniagaan juga tak pernah lentur. Setelah tamat pembelajaran saya di AF, saya telah mengambil langkah untuk membuka perniagaan secara online, www.nonacantek.webs.com.
Rina: Selain bidang muzik saya juga amat minat dalam bidang perniagaan pakaian dan aksesori. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan. Memandangkan saya minat berfesyen, saya kini menjual pakaian yang terpilih khas mengikut citarasa saya dan fesyen remaja masa kini.

Apakah hobi dan kegiatan yang Rini dan Rina lakukan pada waktu lapang?

Rini: Hobi saya adalah menyanyi. Sebagai penyanyi, saya perlu banyak berlatih untuk memantapkan lagi persembahan saya. Saya juga suka meluangkan masa dengan keluarga, jika ada masa dan rezeki lebih, saya akan bawa keluarga khususnya adik- adik saya menonton wayang, membeli-belah dan makan di luar. Kegiatan yang paling kerap saya lakukan adalah bermain dengan kucing kesayangan saya yang bernama KUPOK.
Rina: Saya amat meminati muzik. Apabila ada masa lapang saya akan keluar berkaraoke bersama kawan-kawan. Selain menyanyi, saya juga meluangkan masa bermain futsal.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeWed 12 Aug 2009, 1:31 pm

Noorkhiriah yang sarat..

TAMPAK manis bertudung, usia kandungan Noorkhiriah kini mencecah enam bulan dan dijangka melahirkan anak sulungnya pada November ini.

takyah nak bermekap bagai...seri ibu peknen katanya..
katanya lagi nak pakai tudung pasni...tapi jgn sekadar janji tgl janji cam mek sorang tu

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Norg10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeWed 12 Aug 2009, 1:32 pm

Noorkhiriah rindu ke lokasi


KETIKA ini, usia kandungan aktres berbakat besar dalam dunia lakonan, Noorkhiriah atau nama sebenarnya Norkhiriah Ahmad Shafie sudah pun mencecah enam bulan.

Berehat sementara daripada segala aktiviti seni, ia memberi ruang sepenuhnya kepada Noorkhiriah untuk menjaga kandungan sementelah dia pernah melalui trauma ekoran keguguran dua tahun lalu.

Dijangka melahirkan anak sulungnya sekitar November depan, keadaannya kini cukup stabil selepas melalui saat genting tatkala tiga bulan pertama kehamilan.

Sungguhpun begitu, biar diselubungi ujian demi ujian, Noorkhiriah tidak henti memanjatkan kesyukuran kerana semuanya itu ditempuhi dengan penuh rasa sabar.

"Tiga bulan pertama hamil, saya alami alahan dan hampir pengsan. Semuanya itu dugaan. Tetapi selepas itu Alhamdulillah segalanya sudah okey.

"Kini saya berehat sahaja di rumah. Tiada pengambaran. Hajat di hati ingin ke FFM (Festival Filem Malaysia ke-22) pun tak dapat,'' katanya ketika ditemui pada majlis doa selamat Renda Ramadan TV3 dan Ramadan@9 di Masjid al-Bukhary, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujar Noorkhiriah, dalam proses merehatkan diri sementara menunggu tarikh bersalin, dia rindu untuk ke lokasi pengambaran.

Jelasnya, meskipun sarat hamil, dia masih lagi mampu untuk menjalani pengambaran.

Bagaimanapun, katanya, semuanya itu bergantung atas kebenaran suaminya, Azfaidzul Antan.

"Kalau ada yang panggil untuk pengambaran filem atau drama, saya okey sahaja. Tapi, itupun kalau suami benarkan.

"Saya bukanlah mengejar duit sangat untuk berlakon dalam keadaan begini. Cuma saya rasa rindu dan seronok jika berada dalam suasana di set pengambaran,'' ujar Noorkhiriah yang manis mengenakan tudung pada majlis berkenaan.

Senarai nama

Noorkhiriah bertemu jodoh dengan Azfaidzul atau Faizul pada 11 November 2006.

Pelakon berasal dari Raub, Pahang itu mengalami keguguran selepas lima bulan berkahwin.

Dua tahun berlalu, sinar kebahagiaan terbit semula di wajah Noorkhiriah apabila disahkan mengandung sekali lagi.

Menurutnya, dalam meniti detik November ini, dia dan suami sudah pun mempunyai senarai nama untuk anak sulungnya itu.

Diajukan persoalan tentang jantina bayi sulungnya itu, Noorkhiriah bagaimanapun enggan untuk berkongsi dengan semua pihak mengenai perkara tersebut.

"Memang saya sudah periksa (jantina bayi) tetapi biarlah rahsia,'' katanya yang akan merancang untuk bersalin di Hospital Pakar Damansara dan menjalani proses pantang di kampung halamannya di Raub, Pahang.

Apa yang menariknya, biarpun belum habis berpantang, pelakon berusia 33 tahun ini sudah pun dilamar produksi yang mahu mengambilnya berlakon.

"Memang sudah ada tawaran tapi hanya cakap mulut sahaja. Belum ada hitam putih. Saya akan lihat dahulu bagaimana tawaran tersebut. Sudah pasti, ketika itu saya akan tumpukan sepenuhnya kepada anak,'' katanya yang berazam untuk berpuasa penuh di bulan Ramadan nanti.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeWed 12 Aug 2009, 1:38 pm

PELUK MESRANYA MEMEY DGN SARI YANTI..ADA APA2 KER???

Memey dan Norman di mahkamah masih lagi dalam proses dan belum lagi menemukan lagi jawapannya. Tapi lain pula ceritanya di sebalik cover surat khabar B'Pop. Memey berpeluk mesra dengan Sari Yanti (bini orang) dalam cover berkenaan. Motifnya pulak kurang jelas, mungkin hanya sebagai gimik untuk melariskan jualan itu jerk kot

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Mainp350

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Mainp351

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Memeyc10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeWed 12 Aug 2009, 1:42 pm

Maiza: ustaz tinggalkan rumah 2 tahun...

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Maizaw10
Maizawati mengaku sukar hidup bersendirian tanpa teman.


BEKAS isteri penyanyi dan penceramah Akhil Hayy, Maizawati Zainal tidak menolak sekiranya jodoh datang lebih awal.

Maizawatiyang lebih mesra dengan sapaan Maiza berkata, sukar untuk hidupbersendirian tanpa teman. Tambahan pula dia ada ramai tanggungan iaituibunya dan dua orang anaknya dengan suami pertama.

"Perniagaan kecil-kecilan saya juga agak terjejas setelah saya mengalami masalah rumahtangga sebab tak dapat beri tumpuan.

"Malahselama 6 bulan lamanya perniagaannya agak 'slow' kerana tidak dapatfokus dan 'down'. Jadi saya terpaksa tutup saja. Ini membuatkan sayaterbeban dengan hutang.

"Kalau saya buka perniagaan pun, hatisaya tidak ada di situ. Apa lagi saya perlu jaga hati pelanggan yangdatang," jelas Maiza berterus terang.

Maiza yang baru-baru ini dilantik menjadi Duta Koleksi Tudung Myza berharap sinar baru akan datang menjengahnya tak lama lagi.
"Tak kisahlah siapa yang masuk meminang dulu. Saya akan timbangkan dan menerima," jelas Maiza.

Menurutcerita yang disampaikan dari sumber terdekat, jodoh Maiza dengan Akhiljuga berlangsung begitu rupa. Sebaik dia habis edah dengan suamipertama, Akhil terus masuk meminang Maiza.

Ketika itu, Maizaadalah janda beranak dua. Tapi kini, ibu jelita ini terpaksa menongkaharus dan pasrah dengan satu lagi perceraian.

Setelah 13 tahunmendirikan rumahtangga dengan penceramah bebas dan pakar motivasi jugadikenali dengan Ustaz Rock, pasangan ini terpaksa akur yang jodohmereka setakat ini saja. "Sebenarnya dan ustaz telah tinggalkan rumahselama 2 tahunbukannya 3 bulan seperti yang digembar gemburkan.Dua tahun itu juga, hidup saya merana dan terabai.

"Dugaan itujuga menyebabkan saya disindir dan diperli oleh orang sekeliling.Kesusahan itu jugalah membuat saya terpanggil untuk mencari sumberrezeki untuk menampung perbelanjaan anak-anak.

"Sebab itulah saya terima saja bila ada tawaran untuk menjadi duta," kata Maiza dengan suara yang tenang.

Maizatelah diceraikan pada 15 Julai dan hanya menerima sebanyak RM2 ribusebulan bagi nafkah edahnya. Dan hanya seorang saja anak Maiza, yangbongsu berusia 2 tahun berada di bawah jagaannya. Untuk itu diamenerima RM250 saja.

Tiga lagi anak Maiza berada dalam jagaan Ustaz Akhil.

Maiza kini tekad seandainya jodoh datang menyapa, dia akan lebih berhati-hati.

"Biarlahorang itu nanti lebih sayang saya. Dan kalau boleh tidak ada apa-apahalangan. Jika semuanya berjalan lancar, saya akan terima lamaran itu,"kata wanita berusia 33 tahun ini.

Jelasnya,"Saya bukan jenismemilih asal orang itu sayang saya dan betul-betul hargai diri saya dananak-anak, saya akan terima. Kerja apapun saya tak kisah."

"Bila sampai jodoh itu, memang Allah akan bukakan pintu hati dan tiada halangan dari mana-mana pihak."

Pintu hati Maiza terus tertutup dengan sikap bekas suaminya.

"Walaupun dia hendak rujuk, saya tak mahu," kata Maiza.

Kinisetelah kemelut rumahtangganya sudah selesai, Maiza bangkit semulauntuk menyambung perniagaannya yang terbengkalai selama 6 bulan.

Perniagaanyang diasaskan oleh Maiza sudah berusia 3 tahun dan menjualbarang-barang seperti telekung, sejadah, tudung Myza, songkok danal-Quran.

Sesiapa yang berminat boleh terus hubungi Maiza di talian 0195425363 (Tasya).
Back to top Go down
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeWed 12 Aug 2009, 1:45 pm

sally_eiyna wrote:
(GAMBAR)Terbaru Linda Jasmine Sarat Mengandung

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Lindaj10

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Lindaj11


Wah, wah, wah. Makin membesar nampaknya saiz badan Linda Jasmine sejak mengandung nie. Tapi still maintain cun dan meletop. Oh ye, gambar terkini Linda Jasmin sedang mengandung nie diambik masa Festival Filem Malaysia yang ke 22 baru-baru nie.

Seksi atau tidak pakaian yang Linda Jasmine pakai nie mungkin berbeza dari persepsi setiap orang. Tapi mungkin jugaklah Linda Jasmine tak sangka badan dia akan membesar sebegini rupa. Jadi tak sempat nak beli baju baru yang cukup kain untuk dipakai masa malam FFM22 tue. Tue yang terkeluar apa yang tak patut dikeluarkan.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Lindaj12

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Lindaj13

uitt dasyat al linda ni kan agak2 la pakai camni bukan OVC.
laki dia xkisa ke.mcm da nak terkuar.hahaah
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeWed 12 Aug 2009, 3:23 pm

(Gambar) Azura Abu Samah Pengacara Tv9, Alahai Ayunya…

Buat pertama kali’nya kami memapar’kan kisah Azura Abu Samah, seorang pengacara TV9 yang kerap tampil dalam rancangan berbentuk kekeluargaan, seperti Kes Syariah. Berbekal’kan pakej kecantikan & petah berbicara, kami tidak sangkalkan nama’nya bakal meningkat popular tidak lama lagi. Pendek cerita, kami hidang’kan beberapa set gambar peribadi’nya untuk tatapan anda.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 N1065910

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 N1065911
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeWed 12 Aug 2009, 3:30 pm

Sabrina Anak Dan Suami Bahagia !!!!

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Sabrin10

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Sabrin11


Memang Jarang kita dengar gossip dan konterversi artis bernama Sabrina ini
HAri ni zoom nak share gambar Sabrina dengan anaknyer..Zoom boring giler duk rumah.Air tak der,Kena Mandi Kat Surau La jawab nyer..Hari ni kena UL sbb tak der air hahahahahahhahaah lucu tapi benar..dah lupakkan je la !!! Sabrina ni kalau berlakon mmg tabik spring kat Dia..Kebanyakan lakonan yang di pegangnya memang menjadi.

Baru Zoom TAu sabrina ni anak BUah Dato Yusof Haslam,berikut temubual wartawan dengan sabrina:,

"Impian saya untuk menjadi penari profesional, tetapi tidak kesampaian jadi apabila mama membenarkan menceburi dunia lakonan, saya perlu menjaga kepercayaan diberikan mama dengan baik.

"Mulanya mama menemani saya ke lokasi, lama-kelamaan dia tak larat menunggu saya habis berlakon sehingga dinihari.

"Mama pun tengok saya tidak menyalahgunakan peluang yang diberi dan sudah faham jadual kerja saya, barulah mama berani melepaskan saya bersendirian. Selain menjaga nama baik mama, saya juga perlu menjaga nama baik bapa saudara yang juga adik mama, Datuk Yusof Haslam.

Kini selepas bergelar isteri, kehidupannya tambah bahagia dengan kelahiran cahaya mata sulung, Ariyana, 2. Berumah tangga membuatkan Sabrina sibuk menguruskan suami dan anak serta terus terhindar daripada cerita yang tidak baik.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeWed 12 Aug 2009, 3:31 pm

(Gambar) Anak Velvet Dan Rich

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Anakve10

Ini la Joshia Anak Velvet Dan Rich Artis Akademi Fantasia.
Zoom rasa dalam blog ni belum ada lagie gambar ni..
Comel Tak anak Velvet ni ....memang comel n tembam macam ibunyer..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 13 Aug 2009, 10:43 am

Cinta Suami

‘hantaran’ paling istimewa buat Noniswara


jODOh, AjAL DAN MAuT SEMuANyA KETENTuAN ILAhI. BIARPuN TIDAK BERjAyA DI DALAM PEKAhWINAN PERTAMA, NAMuN TIDAK BERMAKNA TIADA SINAR BAhAgIA MENANTI BuAT AKTRES jELITA TANAh AIR, DATIN NONISWARA BAhARuDDIN, 39 TAhuN.
PERKENALANNyA DENgAN PENgERuSI u MOBILE, DATuK ROSMAN RIDZWAN, MEMBuKA KEMBALI PINTu hATINyA uNTuK MENERIMA cINTA DAN KASIh SAyANg SEORANg SuAMI.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Terkin32


Tanggal 31 Julai 2009, pasti menjadi detik terindah buat kedua pasangan mempelai ini. Dengan sekali lafaz, keduanya selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri di Masjid Wilayah, Jalan Duta, di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdul Malik Salleh dan diwalikan oleh adik Noniswara sendiri, Bani Uzair Baharudin.

Indah berbusana pengantin rekaan Amir Luqman, Noniswara yang mesra dengan sapaan Nonis tampil menawan sementara pasangannya, Datuk Rosman kelihatan tampan bergaya dengan pakaian baju Melayu putih berwarna senada. Pihak lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 317 bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan oleh pihak perempuan.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Terkin31


Namun, kedua-dua pasangan ini sepakat merahsiakan jumlah hantaran perkahwinan. Malah, Nonis memandang dengan lirikan mata dan senyuman kepada suaminya sambil menjawab bahawa cinta suaminyalah hantaran perkahwinan buatnya. Katanya, biarlah jumlah hantaran tersebut hanya mereka sahaja yang ketahuinya.

Hantaran tujuh dulang dari pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan berupa cincin, beg tangan (Channel), kasut (Jimmy Choo), kek, coklat dan sireh junjung dan alat kosmetik, manakala hantaran pihak pengantin perempuan kepada pihak pengantin lelaki berupa a l- Quran, set wangian, kemeja, cincin, kasut, jam tangan, sireh junjung, coklat dan kek.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Terkin30


Pasangan pengantin ini juga turut diraikan di sebuah majlis resepsi pada malam berikutnya di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Kedua-duanya berpakaian sedondon dengan rona putih kelihatan sama cantik, sama padan. Tampil anggun dengan rekaan pakaian Butik Cosry, Nonis memukau setiap mata yang memandang.

Antara tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis pada malam tersebut adalah Freddie Fernandez, Raja Alawiyah, Datin Nina Juren dan suami, Mas Omar dan lain-lain lagi. Turut hadir menghiburkan tetamu pada malam itu adalah Liza Aziz, Farahdhiya dan kumpulan Luscious.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 13 Aug 2009, 10:48 am

Aizat Tak Besar Kepala

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Artist13


Walaupun tak menjadi juara dalam program realiti tv “Akademi Fantasia”, namanya kini mendapat tempat di hati peminat² muzik tanah air. Dengar orang kata, Aizat ni besar diri? Betul ke? Jom kita tanya Aizat!

Aizat yang berjaya dengan album pertamanya tu bakal muncul dengan album keduanya mungkin hujung tahun ni ataupun awal tahun depan. Dalam album kedua nanti, Aizat akan memuatkan lagu² ciptaannya sendiri bersama abang kandungnya. Setakat ni, lagu² yang terkumpul untuk album Aizat tu ada enam buah lagu sepenuhnya.

Bila ditanya mengapa Aizat tak menggunakan khidmat komposer yang sedia ada, kata Aizat, dia mahukan kelainan untuk album kedua ni & dia percaya apabila seseorang yang menulis lagu itu menyanyikan lagunya sendiri, mesej dalam lagu tu mungkin akan lebih mudah untuk disampaikan.

Ada mulut² yang mengatakan Aizat ni dah besar diri. Betul ke? Kata Aizat, dia tak pernah merasakan dirinya dah cukup bagus malah banyak lagi yang dia perlu pelajari. Sejak kecil lagi, dia telah diajar oleh keluarganya untuk bersikap rendah diri. Jika ada sikap² Aizat yang kurang menyenangkan keluarganya, dorang akan menegur Aizat. Bila ada yang berkata Aizat sombong dengan peminat², Aizat menafikan se-keras²nya kenyataan tu kerana bagi Aizat peminat adalah tulang belakang kariernya. Kata Aizat, tanpa peminat² yang menyokong dirinya sejak di “Akademi Fantasia” lagi, Aizat mungkin takkan berjaya seperti sekarang. Bahkan, Aizat berterima kasih sangat dengan peminat²nya.
Back to top Go down
patzie_girl
Super Senior
Super Senior
patzie_girl

Number of posts : 767
Age : 43
Location : keramat wangsa
Registration date : 09/08/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 13 Aug 2009, 2:57 pm

lama dah tak masuk rumah sally ni...tahniah kat sally...sumenye hot...hot... bagus...bagus..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 13 Aug 2009, 3:36 pm

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 01340811


Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama anggota Rabbani yang lain pada dua hari lalu ketika majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti. -foto The Star

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Sekarang, jenazah sedang dimandikan dan dikafankan di hospital itu sebelum dibawa ke rumah arwah di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan sebelum Asar.

Balu arwah, Haliza Shahadan turut hadir ke hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.

Pada dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.

Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.

Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.

Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.

"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan.

Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada.

Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid.

Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.

Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.

Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.

Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 13 Aug 2009, 3:40 pm

Rozita bimbang lakonan bomoh ‘susuk’ undang kontroversi

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Rozita22


TANYALAH kepada mana-mana pelakon, pasti mereka teringin berlakon apa-apa watak yang memberikan kelainan dalam diri.

Begitu juga dengan aktres jelita Rozita Che Wan yang gemarkan cabaran dalam setiap watak yang dilakonkan.

Terbaru, Rozita mencari kelainan dengan mencuba watak seorang bomoh ‘susuk’ moden menerusi telefilem ‘Gondoruwor’ arahan Yeop Hitler.

“Saya akan berlakon sebuah telefilem bergenre seram berjudul ‘Gondoruwor’ yang akan dimuatkan dalam slot Cerekarama di TV3.

“Saya melakonkan watak seorang bomoh ‘susuk’ moden yang kononnya membuka sebuah salon tetapi dalam masa yang sama saya membuat kerja lain.

“Saya berasa risau juga jika lakonan saya ini akan mengundang kontroversi.

“Tetapi saya terima juga sebab saya nak pelbagaikan watak,” beritahunya yang sedang menyelesaikan pengambaran filem ‘Adik Manja’.

Menurut kakak kepada aktres Ayu Raudhah ini, dia akan memulakan pengambaran telefilem bergenre seram itu pada 20 Ogos ini di sekitar Kuala Lumpur.

Selain itu, wajah Rozita juga boleh ditonton di kaca TV menerusi drama bersiri ‘Bara Ku Genggam’, ‘Diari Ramadhan Rafique’ dan ‘Puteri Aurora Beradu’.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 13 Aug 2009, 3:43 pm

Wajah Terkini Joe & Aida Radzwill

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 19442710

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 23336010

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 48273710

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 49864910
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 13 Aug 2009, 3:44 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 53659710

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 90980210

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 97174310
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 13 Aug 2009, 3:54 pm

(Gambar) Datin Norjuma Habib Semakin Menawan

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Gambar23

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Gambar24

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Gambar25

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Gambar26

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Gambar27


Wanitaini pernah menjadi kegilaan ramai lelaki di luar sana semasa menjadipengacara di saluran TV3 suatu ketika dulu. Namun semuanya hanya mampumelelehkan air mata darah kekecewaan apabila gadis bernama NorjumaHabib ini bernikah dengan seorang datuk VVIP (adik kepada Datuk SeriNajib Tun Razak).


Kemudian gempar satu Malaysia akan penyebaran gambar Norjuma selepasmelahirkan anak yang pertama. Norjuma kelihatan 2 atau 3 kali gandadari badan sebelumnya. Alah, biasalah perempuan lepas bersalin kan?Hehehe. Tapi sememangnya gambar tersebut kelihatan menarik keranasebelum ini gambar Norjuma sentiasa cantik dan vogue. Jom kita refreshbalik memory dengan satu gambar di bawah ini atau anda boleh referartikel berikut.

Dan kali ini, kami akan menghiasi website Oh! Artisini dengan keindahan gambar-gambar terbaru Datin Norjuma Habib Mohammedsemasa menghadiri majlis perkahwinan Kerabat Diraja Perlis pada 2 Ogos2009 lalu bertempat di Hotel Sheraton, Subang. Selamat berbahagiadiucapkan kepada Norjuma Habib dan suami serta Shila & Izam,mempelai Kerabat Diraja Perlis tersebut. Amin.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 13 Aug 2009, 3:59 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Gambar28

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Gambar29

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Gambar30

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Gambar31
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 13 Aug 2009, 4:09 pm

Haliza Jamu Ari Wibowo Satay Kajang!

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 81220010


Murai Batu rasa ramai yang dah tahu tentang tindakan Haliza Misbun mengundang aktor Indonesia, Ari Wibowo berlakon dalam filem terbitan sulungnya, Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Cinta!

Dan ini bukanlah kali pertama Haliza mengundang Ari berlakon dalam produksinya iaitu Layar Pictures Sdn Bhd. Kali pertama dulu adalah menerusi telemovie, Rohaya Roy. Sekarang ini di layar besar pula.

Tetapi, apa yang hendak Murai Batu ceritakan di sini, tidak ramai yang tahu Ari berada di Kuala Lumpur sejak semalam lalu untuk menyiapkan 10 babak bagi penggambaran filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Cinta.

Haliza sendiri pun tidak mahu heboh-hebohkan kedatangan Ari. Sebaliknya, dia cuma beritahu pihak media menerusi khidmat pesanan SMS bahawa sesi wawancara bersama Ari akan diadakan. SMS itu pula dihantar sehari sebelum kedatangan Ari ke sini.

Murai Batu dapat tahu Haliza sengaja buat begitu kerana mahu menimbulkan kejutan buat filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Cinta yang turut menampilkannya sebagai teraju utama. Mungkin dia tahu banyak pihak yang akan membuat pelbagai spekulasi jika awal-awal lagi sudah mengumumkan kedatangan Ari. Maklumlah, dulu Haliza pernah digosip syok pada Ari.

Memandangkan Ari dah pun berumahtangga dan keluarganya, sudah tentulah dia tidak mahu cerita-cerita kurang enak timbul di antara dia dan Ari. Haliza dan Ari memang tetap bersahabat baik dan setiap kali bertandang ke Jakarta, Haliza pasti akan melawat Ari serta isterinya.

Hal yang sama turut berlaku apabila Ari berada di sini. Murai Batu dengar Ari suka sangat makan Satay Kajang. Jadi, Haliza selalu carikan Satay Kajang untuk Ari dan menjamunya makan puas-puas!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 13 Aug 2009, 4:12 pm

AC Mizal Tidak Sertai Sehati Berdansa 3

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 81120011


Sebelum ini, penyanyi Ning Baizura dengan baiknya telah menolak tawaran produksi program realiti tarian Sehati Berdansa musim ke-3 yang mahu mengundang beliau dan suaminya, Omar Sharif, sebagai peserta.

Rentetan daripada itu murai.com.my mendengar desas-desus mengatakan pengacara popular, AC Mizal dan isterinya, Emylia Rosnaida pula dirisik.

Bagi mengesahkan khabar angin itu, murai.com.my telah bertemu Emylia sewaktu penggambaran program AC?, di Bukit Jalil, baru-baru ini. Emylia juga adalah pengurus dan PA kepada suaminya, AC.

"Setakat ini kami tidak pernah mendapat tawaran menyertai Sehati Berdansa musim baru. Malah kalau dapat tawaran pun, terus terang saya sendiri takut untuk menyertainya. Maklum sajalah, ia adalah program berbentuk tarian dan bukan sesuatu yang senang kalau tidak ada stamina dan minat menari.

"Lagipun AC masih menjadi hos program AC? (dulu AC Di Sini). Mana mungkin dia boleh memberikan komitmen kepada 2 program serentak, apatah lagi jadual Sehati Berdansa cukup padat. Kami tidak mahu menimbulkan masalah tetapi kalau diminta menyokongnya, itu bukan masalah," kata Emylia.

Bagaimanapun, Emylia tidak menafikan bahawa AC ada menunjukkan minat untuk menyertai program ini. Ia bukan satu yang sukar kerana AC sememangnya boleh menari dan bekas anggota kumpulan hip hop 4U2C.

"Mungkin kalau AC tidak mempunyai kontrak kami masih boleh berfikir dan berusaha untuk menyertainya tapi, buat masa sekarang, jawapannya adalah tidak.

"Sebenarnya, ketika musim pertama Sehati Berdansa lagi, kami adalah pasangan pertama yang ditawarkan untuk menyertainya. Ketika itu saya baru saja disahkan mengandung.

"Bagaimanapun, masa tu AC teruja sangat memandangkan dia memang pandai menari. Terus-terang kami memang suka tonton Sehati Berdansa sebab suka melihat bakat rakan-rakan artis menari," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 13 Aug 2009, 4:16 pm

Ajai, Liza Lebih Suka Cara Sederhana

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 85200910


Bukan satu rahsia lagi Ajai dan kekasihnya, Norliza Mohamad Ilias akan bernikah di Pulau Pinang pada 15 Ogos ini sekaligus ingin mengambil berkat Ramadan tidak lama lagi untuk berpuasa bersama-sama sebagai pasangan suami-isteri. Dan lepas puasa, tentu mereka boleh sambut hari raya juga bersama-sama, insya-Allah.


Buat masa ini mereka berdua sudah mula sibuk menghantar kad undangan perkahwinan yang Murai perhatikan memang simple tetapi menarik. Ia tertera gambar tapak sulaiman di atas riben turquoise, putih dan kuning.


Majlis akan nikah mereka akan berlangsung di Masjid Negeri Pulau Pinang pada sebelah pagi dan kemudian disusuli majlis kenduri doa selamat di Jalan Pisang Raja, Kampung Melayu, Penang pada waktu tengah hari hingga petang.

Yang nyata, Ajai dan Liza tidak akan bersanding dan sekadar bergambar biasa dengan fesyen pengantin rekaan Rizalman Ibrahim yang juga akan mendandan Liza pada hari berbahagia itu.


Bagi Murai Batu, memang baguslah membuat majlis yang sederhana tetapi biar sempurna. Rasanya yang berkahwin secara sederhana sebelum ini adalah Rusdi Ramli & Sharon Paul serta penulis lirik Ad Samad & Dang Suria Zainordin. Bila Murai Batu tanya juga berapa hantaran belanja, pihak Liza berkata, tunggu nanti pada hari pernikahan kelak.


Dengar kata, Ajai & Liza awalnya mereka hendak berkahwin beberapa bulan lalu tetapi Ajai begitu sibuk dengan tugasnya terutama untuk Mentor di TV3. Jadi sekarang khabarnya adalah masa yang terbaik dan Murai Baru doakan agar perancangan majlis perkahwinan itu nanti akan berjalan lancar.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 13 Aug 2009, 4:24 pm

Wana Bersyukur Walau Lima Lagu

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Wana11


Kehadiran penyanyi baru yang muncul melalui program realiti ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang mampu bertahan lama, ada yang singgah sebentar sebelum hilang untuk selamanya.

Inilah asam garam dunia hiburan yang harus ditempuh setiap insan yang ingin bergelumang di dalamnya. Apatah lagi dengan kehadiran program realiti yang kebanyakannya mementingkan sudut keuntungan wang ringgit semata, soal bakat diketepikan. Jadi tidak hairanlah andai pemenang dan peserta rancangan realiti sukar mencari tapak dalam industri.

Bagi Noriezwana Syed Shafudin atau Wana, saat diumumkan sebagai juara MyStarz LG musim kedua Februari lalu, impian dan cita-citanya untuk bergelar penyanyi profesional sudah separuh terlaksana. Kini, impian itu menghampiri sasarannya apabila muncul dengan album pertama berjudul ‘Siapa?’

Walau hadir dengan lima lagu dalam satu album, Wana tidak kecewa dan berkecil hati. Malah dia tetap bersyukur diberikan peluang merakam lagu dan bergelar artis.

“Saya tidak pernah terfikir untuk berada di persada hiburan tanahair apatah lagi hadir dengan album sendiri. Tapi apa yang saya tahu, sejak dulu lagi impian dan cita-cita saya ialah bergelar penyanyi. Kini peluang itu di depan mata, saya harus berusaha dan bekerja keras untuk buat yang terbaik,” akui gadis Johor Bahru ini ketika majlis pelancaran albumnya baru-baru ini.

Album sulung Wana mendapat sentuhan penerbit popular seperti Lah VE, Ashraf, Rudi dan Audi Mok. Sebuah lagu balada dipertaruhkan bertajuk “Gerhana…Sebuah Percintaan” menguji vokal gadis 23 tahun ini. Empat lagu berentak rancak dengan “Orang Biasa” merupakan single taruhan yang kini sudah mula berkumandang di corong radio.

“Secara peribadi saya meminati genre pop. Untuk album ‘Siapa’, saya menggemari lagu “Gerhana…Sebuah Percintaan” kerana melodinya dan lagu itu menguji kekuatan vokal. Maklumlah lagu berentak balada memerlukan penguasaan vokal yang berhati-hati dan ketika menyanyikannya tidak boleh terburu-buru, bimbang tergelincir,” akuinya.

Wana tidak bersendirian untuk album pertamanya ini apabila turut mengundang pemenang kedua, Wan Nashrinie Zafri atau Nashrin berduet bersama melalui lagu “Ingin Bersama Kembali”.

“Bukan mudah sebenarnya pertama kali merakamkan lagu duet, terdapat kekeliruan ketika di studio apabila saya dan Nashrin tersalah key vokal. Dari situ kami belajar agar lebih berhati-hati dan peka dengan melodi dan bahagian masing-masing,” tambahnya.

Walau lima lagu, album pertama ini dijual dengan harga RM19.90, satu harga yang dirasakan tinggi lebih-lebih lagi pasaran album tempatan tidak semeriah dulu.

“Memanglah harga begitu dirasakan mahal lebih-lebih lagi pendengar hari ini kurang berminat membeli album. Namun itu semua terpulang kepada individu, sekiranya harga yang dijual terlalu mahal, mereka boleh memuat turun lagu-lagu ini melalui telefon dan harganya jauh lebih murah,” jelas Wana.

Mengambil Anita Sarawak dan Janet Jackson sebagai idola, Wana sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai penyanyi yang akan mewarnai dunia seni tempatan. Malah dia juga tidak gentar bersaing secara positif dan enggan berundur dari bidang seni yang sangat diminatinya sejak kecil.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 13 Aug 2009, 4:26 pm

Jac Tak Nak Berlakon Lagi?

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Mppb_126


Percubaan pertamanya dalam dunia lakonan ternyata membuahkan hasil apabila Jaclyn Victor dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Harapan menerusi filem ‘Talentime’ di Festival Filem Malaysia ke 22 baru-baru ini. Jac yang membawakan watak Bhavani dalam filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad itu menumpaskan Heliza Helmi (‘Syurga Cinta’), Zalina (‘Jin Hutan’), Yasmin Khaniff (‘Jalang’) dan Yuhana Yahya (‘Histeria’).

Kemenangan julung-julung kalinya itu membuatkan ramai pihak yang mula berkira-kira pelakon ini bakal membintangi banyak filem selepas ini. Tetapi lain pula ceritanya dengan Jac. Menurut juara Malaysian Idol musim pertama ini dia mungkin tidak akan berlakon lagi. Dia mahukan fokus kepada karier nyanyiannya.

“Terus-terang saya katakan buat masa ini saya langsung tidak terfikir untuk berlakon lagi. Saya mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada nyanyian. Tetapi, ini bukanlah keputusan muktamad. Mungkin saya akan berlakon semula sekiranya dapat tawaran yang benar-benar bagus. Tetapi saya akan fikirkan semasak-masaknya dan tengok sama ada berbaloi atau tidak. Cuma buat masa sekarang ini memang tidak mahu berlakon. Rasanya untuk tempoh yang lama juga,” ujar Jac sambil menarik nafas dalam-dalam.

Kenyataan ini membuatkan pihak media agak terkejut, lantas ramai yang menyangka Jac bersedih atas kehilangan Allahyarham Yasmin Ahmad dan dia hanya mahu berlakon dalam filem arahan Yasmin. Bagaimanapun, pandangan ini disangkal oleh Jac.

“Memang saya bersedih dengan kehilangan Allahyarham Yasmin tetapi itu bukanlah sebab saya tidak mahu berlakon. Seperti yang saya katakan tadi, saya mahu fokus pada nyanyian. Sangkaan yang saya hanya mahu berlakon di bawah arahan Yasmin juga tidak betul. Kalau saya ambil keputusan begitu, ia merugikan diri saya sendiri kerana Yasmin tidak akan kembali lagi. Sebenarnya masih ramai pengarah tempatan lain yang berbakat besar. Kalau ditanya siapa pengarah yang saya teringin berkerjasama, saya akan katakan Afdlin Shauki, Shuhaimi Baba dan Ahmad Idham,” sambung Jac lagi.

Ditanya apakah pengalaman yang diperolehi daripada ‘Talentime’, Jac memberitahu Allahyarham Yasmin banyak memberi tunjuk ajar kepadanya tentang ilmu lakonan.

“Ilmu yang diberikan oleh Yasmin cukup berharga kerana dengan berlakon dalam ‘Talentime’, saya sudah tahu bagaimana membawa diri ke dalam sesuatu situasi. Ilmu ini memang berguna kerana ia turut membantu saya lebih menghayati lagu-lagu yang ingin dibawakan dan ilmu ini saya praktikkan ketika proses rakaman album terbaru beberapa bulan lepas,” ulas Jac yang ditemui semasa sesi pra-dengar album terbaru di Sony Music Malaysia pagi semalam.

Album baru lebih ‘muda’

Bercerita tentang album terbaru penyanyi ini, kini selepas tiga tahun tidak hadir dengan album, Jac muncul dengan album ketiganya yang berjudul ‘Jaclyn Victor III’. Album yang memuatkan lagu-lagu berkonsepkan pop balada ini rata-ratanya mendapat sentuhan hebat daripada komposer, penulis lirik dan produser terkenal negara seperti Aubrey Suwito, Sharon Paul dan Nai Kong.

Malah, bagi menyuntik elemen baru yang segar, Jac juga berkerjasama dengan penerbit-penerbit baru seperti Anjang Jinbara, Gjie 6ixth Sense, dan Syed Nitrus. Pasti anda pernah mendengar lagu “Bertamu di Kalbu” yang digubah dan ditulis oleh Anjang Jinbara. Lagu yang menonjolkan elemen rock ini sangat berbeza dengan lagu-lagu yang pernah didendangkan oleh Jac sebelum ini. Satu percubaan yang cukup berani dan siapa sangka ia menjadi single pertama mendapat tempat di hati peminat.

“Saya mahu album saya kali ini berbeza dengan album saya yang terdahulu. Sebab itu saya cuba bekerjasama dengan beberapa ‘orang baru’ bagi mendapatkan apa yang saya mahukan. Secara keseluruhan, saya memang berpuas hati dengan album ini dan merasakan album ini lebih muda daripada segi susunan muziknya. Saya bukan sahaja fokus kepada lagu balada, tetapi ada juga lagu fast and catchy seperti “Jatuh Cinta” dan “Tentangmu”,” jelas Jac.

Satu lagi keistimewaan album ini ialah ia memuatkan sebuah lagu yang menghimpunkan 24 buah lagu yang pernah dipopularkan oleh artis-artis ternama Malaysia suatu ketika dahulu seperti “Kau Ilhamku”, “Kamelia”, “Sekadar Di Pinggiran”, “Menaruh Harapan” dan “Gadis Melayu”. Lagu yang dimulai dan diakhiri dengan lagu “Gemilang” ini disusun semula oleh komposer terkenal Nai Kong dan dipendekkan menjadi 10 minit, lalu diberi nafas baru dan tersendiri oleh Jac.

Album ini mengandungi lapan buah lagu keseluruhannya dan ia akan berada di pasaran pada 20 Ogos hadapan pada harga RM31.90. Bagaimanapun, istimewa kepada mereka yang mahukan album ini lebih awal, album ini boleh dibeli secara online di www.sonymusic.com.my bermula 11 Ogos ini dengan harga pengenalan iaitu RM29.90 sahaja.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 13 Aug 2009, 4:30 pm

Rozita Che Wan

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Mppb_127
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 13 Aug 2009, 4:55 pm

Ako Mustafa Dan Isteri KArtina

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Mppb_129
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 13 Aug 2009, 4:56 pm

2 Couple Romantik

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Mppb_130
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 13 Aug 2009, 5:01 pm

Noryn Aziz Langsing Dengan Terapi Liposonik

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Noryn12


Melihatkan penampilan Noryn Aziz yang semakin langsing dan menawan, pasti ramai wanita di luar sana yang mencemburinya. Maklumlah, bukan mudah mengekalkan bentuk badan menawan apabila usia mencecah 30-an.

Malah, ada yang bersenam saban hari pun masih tidak dapat bentuk badan yang diidamkan. Menahan selera makan? Itu jangan cerita. Ini perkara biasa kerana ramai wanita di luar sana sanggup melakukan apa sahaja untuk tampil langsing.

Kecewa dengan situasi ini? Jangan cepat mengalah. Ini ada berita baik untuk anda yang ingin langsing dengan mudah. Tidak perlu berlapar, bersenam mahupun menjalani pembedahan. Apa yang perlu anda lakukan ialah menjalani rawatan pelangsingan badan di Marie France Bodyline seperti yang dilakukan oleh Noryn.

Kini Marie France Bodyline telah memperkenalkan satu rawatan baru yang cukup efektif untuk memecahkan lemak dan sekaligus menegangkan kulit. Rawatan yang dikenali sebagai Terapi Liposonik ini adalah inovasi unik, tidak renyah dan tanpa kesakitan ke atas lemak tisu di bawah kulit dan selulit di sekitar kawasan seperti perut, depan dan belakang paha, pinggul, punggung serta lengan dengan menggunakan teknik ultrasound berfrekuensi rendah.

Jangan risau, tiada sebarang kesan sampingan yang merbahaya. Kalau ada, pasti Noryn enggan menjadi duta atau jurucakap kepada pusat pelangsingan ini. Bercerita tentang pengalaman Noryn menjalani rawatan Terapi Liposonic ini, dia memberitahu yang dia amat gembira dengan kesan rawatan ini dan bercadang untuk menjadikannya sebagai program mengekalkan berat badan yang rutin untuk dirinya.

“Terapi Liposonik ini memang bagus kerana selain daripada memecahkan lemak dan menegangkan kulit ia juga meningkatkan metabolisme badan. Saya suka dengan rawatan ini kerana saya tidak perlu terlalu mengawal selera makan. Saya akan makan apa sahaja makanan yang saya gemari tetapi tidaklah dalam jumlah yang banyak. Antara kebaikan rawatan ini ialah hasilnya boleh dilihat walaupun baru pertama kali dirawat. Selain itu, ia juga tahan sehingga 72 jam.

“Sebenarnya untuk mendapatkan bentuk badan begini saya bukan sahaja melakukan Terapi Liposonik, tetapi saya juga mengikuti satu program pelangsingan khusus termasuk Marie France Bodyline’s Body Tech™ Perfectionist System yang digunakan untuk melangsing dan membentuk kembali tubuh badan sehingga saya memiliki bentuk badan yang diidamkan,” cerita Noryn berkongsi pengalaman.

Menurut Noryn lagi, setelah hampir enam bulan menjalani rawatan, dia kini tampil lebih yakin dengan berat badan 46 kilogram. Ini kerana dia sudah boleh menyarungkan apa sahaja fesyen baju yang digemari. Sebelum ini Noryn mempunyai berat badan 56 kilogram.

Info Terapi Liposonik
Terapi Liposonik MF gelombang frekuensi rendah 50kHz digunakan bagi menghasilkan kesan liposonik di mana gelombang tenaga tinggi itu menghasilkan gelembung wap halus dalam cecair tisu. Gelembung ultrasobik ini secara berkesan mencairkan lemak dengan menyingkirkan asid-asid lemak dari sel lemak di bawah kulit.

Kesan Liposonik (40kHz)
- Kesan liposonik berlaku apabila cecair menjadi subjek kepada tahap bunyi yang tinggi atau ultrasound (frekuensi antara 20kHz ke 10 MHz).

- Apabila bunyi melalui cecair itu, ia menghasilkan formasi, pertumbuhan dan pertukaran tahap mampat gelembung mikro.

- Mencetuskan ‘Gelombang Ultrasonik’ yang mempunyai tahap tenaga tinggi.

- Selepas ia berlaku, asid lemak akan terurai ke dalam aliran darah.

- Lemak ini akan disalurkan ke hati dan ia akan dimetabolismekan.

- Lemak ini juga akan dihapuskan menerusi sistem perkumuhan dan limpatik.

- Gelombang liposonik amat tepat ke sasaran yang dikehendaki iaitu tisu lemak di bawah kulit. Tiada tisu lain akan terjejas serta tidak memudaratkan salur darah, saraf atau organ lain.

Kesan serta-merta
- Kulit berasa lebih panas dan kemerah-merahan
- Kulit berasa lebih tegang
- Aktiviti pemecahan lemak berlarutan sehingga 72 jam
Back to top Go down
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeThu 13 Aug 2009, 6:04 pm

cantiknya nurjuma tu suka pandang muka dia natural jek..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeSun 16 Aug 2009, 10:55 am

Seri Bintang Warnai Kemuncak FFM22

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 81220011
Dynas yakin dengan penampilannya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeSun 16 Aug 2009, 10:56 am

Liyana Jasmay, Pelakon Wanita Terbaik.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 81220012
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeSun 16 Aug 2009, 10:57 am

Sazzy Falak dan suaminya, Nazril.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 81220013
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeSun 16 Aug 2009, 11:13 am

Siapa kata gadis bertudung tidak boleh bergaya? Inilah Heliza Helmi.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 81220014
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeSun 16 Aug 2009, 11:14 am

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 81220015

Scha Al-Yahya tidak ketinggalan hadir apabila dicalonkan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeSun 16 Aug 2009, 12:46 pm

'Saya tak pernah kawin dgn ozlynn'-farid kamil....

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Farid10


AKTOR tinggi lampai, Farid Kamil, 28, bukan saja sentiasa meraih perhatian pengarah drama ataupun filem untuk jayakan sesuatu watak malah penampilannya di persada lakonan tempatan amat dinantikan oleh seluruh peminat setianya. Berbekalkan wajah kacak persis pelakon Korea, bakat serta kredibilitinya sebagai pelakon sukar dipertikaikan lagi.

Melihat sekali imbas pembabitannya sebagai insan seni, pelbagai watak sudah dilakonkan Farid seperti babak serius, romantik malah komedi juga tidak terkecuali. Sebagai pelakon, sudah tentu Farid boleh tersenyum bangga dengan pencapaiannya itu.

Namun, bagi seorang yang tidak pernah meletakkan kata noktah terhadap penerokaan ilmu, kata Farid, dia akan terus mencungkil pengetahuan dalam arena berkenaan agar menjadi pelakon disegani suatu hari nanti. Bagi Farid, sebagai seorang pelakon, tanda kepuasan itu perlu sentiasa dipertingkatkan setiap masa untuk membaiki kualiti lakonan.

Bagaimanapun, di kala namanya meraih perhatian, dia dihambat pula dengan permainan kontroversi yang berupaya menggugat kariernya sebagai pelakon.

Apatah lagi, belum selesai dengan isu rayuan filem arahan sulungnya, Remp-It V3 untuk menunggu kelulusan ditayangkan, Farid dikatakan pula pernah berkahwin sebelum ini dengan pelakon Ozlyn. Hasil dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki.

Kedua pihak tampil ke depan menafikan penularan gosip itu. Namun, ia kembali hangat selepas laporan RAP Harian Metro 28 Julai lalu, di mana Ozlyn ingin membetulkan kenyataan yang dia tidak pernah berkahwin dan tidak mahu mengulas lanjut berkaitan kehadiran budak lelaki berumur 5 tahun itu di sampingnya.

Berikutan itu, pelbagai spekulasi timbul apatah lagi dikatakan pula wajah anak lelaki itu persis rupa Farid. Ketika ditemui selepas majlis pelancaran dan doa selamat filem Semerah Cinta Stilleto, Farid tenang menjawab persoalan kontroversi itu biarpun ia sedikit sebanyak mencalar kredibilitinya sebagai pelakon.

"Semua berita yang tersebar di internet sama ada di blog atau sebagainya berkaitan dengan isu itu, saya tegaskan sekali lagi ia sama sekali tidak benar. Kalau dikatakan budak lelaki itu anak saya berdasarkan ciri wajah, langsung tidak boleh diterima akal.

"Bukankah dalam dunia ini, ada tujuh orang yang menyerupai kita? Jadi, mungkin budak lelaki itu adalah salah seorang yang mempunyai persis muka seperti saya.

Itu bukanlah satu perkara ganjil cuma ia digembar-gemburkan oleh pihak tertentu yang sengaja bertujuan menjatuhkan maruah serta kerjaya saya.

"Lagipun, saya tidak pernah berkahwin dengan sesiapa sebelum ini. Justeru, saya harap penjelasan kali ini akan menoktahkan segala tohmahan terhadap saya. Cukuplah dengan kebimbangan saya terhadap nasib Remp-It V3 dan tidak mahu merunsingkan pemikiran dengan perkara remeh begini.

"Sekiranya masih ada pihak yang mempertikaikan lagi, saya mahu mereka tampil dengan bukti kukuh dan bukan cuma kata kosong. Lagipun, Ozlyn sudah berkahwin dan meniti hidup bahagia bersama suaminya itu. Jadi, tidak eloklah disensasikan lagi cerita itu, cukuplah," jelas Farid.

Menyentuh mengenai nasib filem arahan sulungnya, beritahu Farid, ketika ini dia menunggu keputusan penuh dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas dua kali rayuannya kepada pihak Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) untuk dinilai ditolak.

Difahamkan hampir 60 peratus babak di dalam filem Remp-It V3 yang diterbitkan Metrowealth International Group (MIG) memaparkan aksi lumba haram dan samseng jalanan.

"Terkejut juga bila diberitahu Remp-It V3 diserahkan kepada KDN untuk dipantau dan membuat keputusan. Namun, saya akur dan jauh dari sudut hati mengharapkan ia dilepaskan pada suatu hari nanti. Lagipun, filem ini mempunyai mesej tersendiri yang memberi kesedaran bukan sahaja kepada pelumba haram tetapi juga pihak lain," katanya.

Berbalik kepada filem Semerah Cinta Stilleto, arahan Ahmad Idham, Farid diberi kepercayaan menjayakan watak Leto dan sekali lagi bergandingan dengan Lisa Surihani (Stila).

Filem ke-37 terbitan Metrowealth (MIG), mengenengahkan genre komedi romantik yang mengisahkan kehidupan antara dua keluarga berlainan status di mana Leto dibesarkan dalam keluarga serba sederhana manakala Stila hidup dengan penuh kemewahan.

Beritahu Farid, dia sudah bergandingan dengan Lisa buat kali keempat iaitu I'M Not Single, Remp-It V3, 3 Janda dan Lagenda Budak Setan. Justeru, kata Farid ia secara tidak langsung memudahkan corak kerja mereka.

"Saya sudah mengenali karakter Lisa dan suka bekerja dengannya. Bagi saya, dia seorang yang mudah memberi kerjasama dan tidak malu bertanya sekiranya tidak memahami sesuatu perkara. Rasa kekok pun sudah tiada dan ini amat menyenangkan bukan saja pada kami malah produksi," beritahu Farid.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeSun 16 Aug 2009, 4:47 pm

Akhil - Waheeda selamat diijabkabul

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 157
Akhil Hayy dan Waheeda selamat diijabkabulkan. foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN


HULU SELANGOR: Setelah lebih dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30,akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid.sekitar pukul 12 tengah hari. Pada majlis itu, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 344


Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak lebih dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.

Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidupbermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusimedia.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 01344110


Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.


Last edited by sally_eiyna on Mon 17 Aug 2009, 10:44 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeMon 17 Aug 2009, 10:06 am

uit utz akhil betul ek da kawin gan waheda ni..
bila ni mekna diorg kawin smlm ek?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeMon 17 Aug 2009, 12:44 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 529
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeTue 18 Aug 2009, 9:22 am

Takdir cinta Akhil-Waheeda

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 01344114
Akhil Hayy dan Waheeda selamat diijabkabulkan. foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN[/center
]


PERKAHWINAN bukan untuk dicerca, sebaliknya diharap oleh mana-mana pasangan agar direstui oleh semua pihak. Itulah juga yang tersemat di hati penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan Waheeda, 30, yang selamat dinikahkan semalam, di Masjid Ar Rahimah Kuala Kubu Baru.

Segala spekulasi dan kontroversi yang melanda mereka selama dua tahun ini diharapkan oleh pasangan ini akan berakhir jua setelah mereka diijabkabulkan. Namun, siapalah mereka untuk menutup mulut orang jika pelbagai tohmahan akan terus menyusul biarpun kedua-duanya kini sudah sah bergelar suami isteri.

Waheeda sendiri yang ditemui sehari sebelum berlangsungnya majlis pernikahan mereka, tersenyum lesu tatkala subjek ini diutarakan. Tuturnya, biarkan saja persepsi negatif terus dilemparkan kepada dirinya dan Akhil andai itu yang mereka mahukan.

Bagi penyanyi dan pelakon berusia 30 tahun ini, dia sudah tidak mahu memikirkan tentang semua kontroversi yang singgah terhadapnya selama ini. Tidak perlu dia tampil membuat pelbagai pendedahan kerana kata Waheeda, apa saja penjelasan pasti akan disalahertikan oleh sesetengah pihak.
[center]
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 01344113


"Saya ingin memikirkan masa depan saya selepas ini. Saya sudah tidak terlibat lagi dalam dunia seni dan setelah bergelar isteri, saya ingin tumpukan sepenuh perhatian pada keluarga," ujar pemilik nama NorWahidah Abd Wahab ini, sambil mengukir senyuman manis.

Akhirnya, tanggal 16 Ogos menyaksikan pasangan ini selamat disatukan dengan ikatan perkahwinan. Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada Waheeda.

Kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak hadir menyerikan majlis bersejarah mereka itu. Malah, dua anak Akhil iaitu Siti Nur Maisarah, 12 dan Mohd Syarif Idayatullah, 11, turut hadir menyaksikan hari bahagia bapa mereka dan 'Aunty Wawa'.

"Seronok lihat Abah kahwin dengan Aunty Wawa hari ini," luah anak sulung Akhil, Maisarah yang kelihatan cukup ceria menerima kehadiran Waheeda di dalam keluarganya.

Bukan saja anak-anak Akhil, malah perasaan gembira turut lahir dalam diri ibu Waheeda, Asri Othman, 58, yang kelihatan cukup sebak dan gagal menahan tangisan ketika memberikan ucapan buat anak perempuannya itu setelah selamat diijabkabulkan.

"Saya doakan semoga dia bahagia, panjang jodohnya dan kekal abadi hingga akhir hayat. Segala gosip yang berlaku, bukan ditentukan oleh kita. Setiap hari, saya mendoakan yang terbaik untuknya.

"Saya selalu berdoa, 'jika jodohnya memang dengan Akhil, biarlah penamatnya seperti ini (perkahwinan)'. Dan nampaknya, memang sudah ditakdirkan jodohnya dengan Akhil," katanya.

Pada majlis tersebut, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya. Tiada wang hantaran diberikan, sebaliknya Waheeda dan ibubapanya hanya meminta senaskhah Al-Quran daripada pihak lelaki.

"Ini memang permintaan bapa saya juga. Lagipun, saya tidak mahu perkahwinan ini membebankan sesiapa. Malah, saya rasa ia lebih afdal kerana Al-Quran adalah pelengkap segala-galanya," katanya.

Senyuman manis terukir di bibir Waheeda ketika satu demi satu tetamu datang memberikan ucapan tahniah. Baginya, bukan masa untuk memandang ke belakang lagi. Malah, tutur Waheeda, dia berharap perkahwinan ini juga akan lebih merapatkan hubungan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Saya mengambil nasihat Dr.Fadzilah Kamsah yang pernah cakap pada saya, cabaran yang dilalui sebenarnya akan diberikan ganjaran yang besar kelak.

"Saya dan Akhil juga tidak merancang untuk pergi berbulan madu, tetapi ingin menggunakan masa yang ada untuk melawat saudara-mara dan eratkan lagi silaturrahim," katanya yang menambah majlis itu bukan dibuat secara 'rahsia'.

Tambahnya, lokasi tersebut dipilih kerana rakan baik Akhil di situ ingin menikahkan mereka sendiri dan bukannya dengan niat untuk mengelak daripada diketahui ramai.


(dari kiri)Abdul Wahab Yusof (bapa Waheeda), Asri Othman (ibu Waheeda) Akhil, Waheeda dan ibu Akhil, Azizah Daud.

"Insya-allah, kami akan adakan sebuah resepsi pada 31 Oktober nanti di Dewan Bukit Jelutong, Shah Alam dan akan jemput lebih ramai tetamu," katanya yang turut teruja untuk menjadi ibu kepada anak-anak Akhil dan pada masa yang sama, bersedia untuk menimang cahayamata andai dikurniakan rezeki.

Akhil, menerusi perkahwinan dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal, telah dikurniakan empat orang anak. Siti Nur Maisarah dan Mohd Syarif Idayatullah yang merupakan anak sulung dan anak kedua tinggal bersama Akhil setelah pasangan itu bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Meskipun baru sebulan bercerai, Akhil bagaimanapun mempunyai alasan tersendiri jika ada yang mempersoalkan mengapa terlalu cepat dia kembali mendirikan rumahtangga.

"Ini adalah jodoh. Kita tak boleh ramal apa yang akan terjadi. Jodoh dan pertemuan adalah urusan Allah. Sebelum ini pun, terlalu ramai yang bertanya bila kami akan berkahwin. Jadi hari ini, kami buktikan dan berharap ia dapat menutup segala spekulasi.

"Selebihnya, terserahlah kepada masyarakat kerana manusia boleh bercakap apa saja. Apa yang boleh saya katakan, ini bukan secara kebetulan dan bukan juga satu perancangan sangat pun," kata Akhil.

Bercerita bagaimana terbitnya perasaan cinta terhadap penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu, kata Akhil:

"Sebelum ini, memang saya bercakap pada media bahawa saya senang dengan Waheeda. Cuma, untuk menggerakkannya ke arah itu (cinta), saya hanya serahkan kepada Allah.

"Tetapi, mustahil lah perkahwinan ini terjadi kalau bukan kerana cinta. Allah bukakan hati saya untuk menerima Waheeda dan dia ditakdirkan menjadi isteri saya," ujarnya yang menambah, pada awalnya mereka merancang untuk bernikah pada 21 Ogos, sehari sebelum Ramadan.

Mengimbas semula kontroversi yang melanda mereka sejak dua tahun lalu, mereka pada awalnya dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.

Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangganya dan Akhil. Malah, Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.

Maizawati kemudiannya nekad untuk bercerai dan mereka akhirnya sah bercerai bulan lalu.

Ditanya sama ada bekas isterinya itu turut mengetahui tentang perkahwinannya dengan Waheeda, kata Akhil:

"Saya tidak mahu komen. Dia tidak ada kena-mengena."
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeTue 18 Aug 2009, 9:23 am

Maiza tak jangka Akhil-Waheeda bernikah secepat ini

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Maiza10
Maiza menerima berita perkahwinan Akhil dan Waheeda dengan tenang. -foto The Star oleh DARRAN TAN


SUKAR untuk menelah apa yang sedang bermain di fikiran semua apabila mendapat tahu penceramah bebas dan penyanyi Akhil Hayy kini sudah sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon Waheeda.

Bagi sesetengah pihak, berita perkahwinan mereka ini sekaligus mungkin telah menjawab segala persoalan yang bertamu dalam diri masing-masing.

Tidak kurang juga mungkin yang rasa 'tertipu' apabila mendengar berita ini lebih-lebih lagi apabila kedua-duanya pernah menafikan cerita mereka sedang bercinta dan mendakwa hubungan mereka sekadar teman biasa.

Namun, ketepikan seketika isu itu kerana baik Akhil mahupun Waheeda mungkin mempunyai alasan tertentu 'merahsiakan' tentang hubungan mereka.

Apapun, cuba menyelami hati bekas isteri Akhil, Maizawati Zainal, yang bercerai dengn penyanyi itu pada 15 Julai lalu, dia sendiri akui memang sudah lama mengetahui tentang hubungan cinta antara bekas suaminya dan penyanyi lagu-lagu ‘World Music’ itu.

Bahkan, Maiza pernah memberitahu yang Akhil pernah meminta izin darinya untuk menikahi Waheeda pada Februari lalu. Namun, selepas itu Akhil dilaporkan terus senyap dan meninggalkan rumah tanpa ada khabarberita untuk berkahwin dengan sang kekasih.

Ditanya kepada Maiza mengenai perkahwinan Akhil dan Waheeda pada hari ini, dalam wajah yang tenang Maiza menjawab dia positif dengan apa yang berlaku.

“Apa pun, saya dah tahu mereka memang mempunyai hubungan sebelum ini dan masyarakat boleh menilai dari awal cerita sehingga hari ini iaitu bermula dari gosip sehingga ke jinjang pelamin.

“Saya tak mahu memberikan komen lanjut tentang hal ini cuma yang saya boleh katakan apa yang digembar-gemburkan selama ini adalah benar,” jawab Maiza ketika melakukan sesi fotografi di Menara Star, semalam.

Biar apa pun orang kata, semuanya sudah berlalu dan Maiza sendiri tidak mahu berpaling ke belakang lagi.

Pedih bagaimanapun perasaan yang dirasai sekarang, tidak perlulah dihebahkan kepada semua namun tekadnya lebih untuk menguatkan semangat untuk menghadapi hari muka.

“Saya tak jangka mereka akan bernikah dalam masa terdekat ini. Apa-apapun saya berserah dan berbalik kepada Allah.

“Yang baik itu selalu datang daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan saya sendiri..,” luahnya yang tidak lekang dengan senyuman.

Sekarang, Maiza berkata dia hanya berserah kepada Tuhan untuk menemukan jodohnya dengan sesiapa sahaja.

Dalam perkembangan yang lain, Maiza juga sedang sibuk melakukan perniagaan terbarunya iaitu menjual tudung, jubah abaya dan kek yang semuanya dipasarkan menggunakan nama ‘Myza’.

Ibu kepada enam orang anak ini juga masih lagi mengusahakan perniagaan yang diasaskan olehnya sejak 3 tahun lalu yang menjual barang-barang seperti telekung, sejadah, tudung Myza, songkok dan al-Quran.

Menurut Maiza, bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen jubah abaya dan kek, bolehlah menghubungi Tasya di talian 019-5425363.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeTue 18 Aug 2009, 9:24 am

Mawi cedera ketika buat aksi 'stunt' sendiri

[url=https://servimg.com/view/13013044/10623]BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Mawi1111[/url
]


JIKA sebelum ini filem 'Aduh Saliha' yang membariskan Mawi sebagai pelakon utamanya sepi tanpa berita, kini Mawi muncul dengan filem pertama lakonannya 'Jin Notti' terbitan KRU Studios yang akan ditayangkan pada hari raya pertama nanti.

Mawi yang memegang watak sebagai Aziz, seorang pegawai polis di dalam filem ini turut melakukan aksi 'stunt'nya sendiri tanpa sebarang bantuan daripada pelakon lagak ngeri profesional.

Namun ketika melakukan aksi dalam sebuah babak, Mawi telah mengalami kecederaan di bahagian lutut kanannya dan sedikit luka.

"Masa kejadian tu, babak pergaduhan di dalam kelab malam, saya waktu tu pakai kasut yang ada rantai. Masa saya nak melompat, rantai tu tersangkut pada satu skru meja yang telah dicabut, kemudiannya saya terus jatuh dan lutut saya terkena pada skru yang satu lagi di kawasan yang sama.

"Tapi kecederaan yang saya alami tidaklah begitu teruk, cuma sengal-sengal pada lutut saja. Waktu tu saya cuma berehat untuk 15 minit, selepas tu saya sambung penggambaran semula.

"Masa tu Ekin berada di set lokasi penggambaran, dia risau juga pada mulanya, tapi saya kata pada dia saya yakin dan dia tak perlu risau," kata Mawi yang juga memberitahu ketika kejadian itu dia dan Ekin masih belum berkahwin.

Mawi turut menyatakan kepuasan yang diterimanya setelah berjaya membuat aksi 'stunt'nya sendiri walaupun ini adalah lakonan pertama Mawi.

"Semua aksi 'stunt' saya buat sendiri dan itu satu kepuasan bagi saya sebab kalau ada 'stuntman' yang lakonkan macam tak 'best', kita tak dapat rasa sendiri.

"Lagipun dulu-dulu saya adalah belajar silat sikit-sikit... Tapi dalam filem ni kita tak tunjuk silat sangat, dia campur-campur sikit aksi berlawan tu.

"Saya akan terus buat 'stunt' sendiri jika ada peluang untuk berlakon lagi, tapi tengok pada aksi jugak, kalau aksi yang agak bahaya, saya akan serahkan pada yang pakar," jelas Mawi yang sudah mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan sejak zaman sekolah lagi.

Ditanya perasaannya setelah menyaksikan sendiri filem lakonannya pada sesi prebiu baru-baru ini, Mawi mengatakan dia agak lega tetapi masih takut dengan reaksi orang ramai nanti.

"Sebenarnya saya agak takut, takut dengan reaksi orang ramai bila mereka tonton filem ini nanti.

"Maklumlah, tidak pernah-pernah saya berlakon, tiba-tiba saya berlakon dengan tiada pengalaman langsung.

"Tapi saya banyak mendapat tunjuk ajar daripada Azhari yang mengarah filem ini dan saya rasa dia dapat apa yang dia mahukan dari semua pelakon," kata Mawi yang mengharapkan filem ini akan meletup di pawagam.

Mawi bagaimanapun masih tidak tahu perkembangan filem 'Aduh Saliha' yang sehingga hari ini masih menjadi tanda tanya buat Mawi.

Pada bulan ramadan nanti, Mawi akan ke India untuk penggambaran rancangan 'Langkah Mawi' musim ke dua yang diterbitkan oleh syarikatnya MW Entertainment Sdn. Bhd dan Mawi akan menyambut ramadan di sana.

Malah dia turut akan berlakon dalam sebuah telemovie terbitan syarikatnya yang berjudul ‘Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya’ yang akan disiarkan pada Hari Raya nanti.

Turut membintangi telemovie tersebut adalah isterinya, Ekin, Bob Kuman dan ramai lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeTue 18 Aug 2009, 9:26 am

Siti, Faizal saling mengagumi

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 159
'Lentera Aidilfitri Dato' Siti' akan disiarkan pada Hari Raya kedua, pukul 4 petang di Astro Ria. -foto The Star oleh CHAN TAK KONG


VOKAL mantap penyanyi Faizal Tahir, 31 bukan sahaja dikagumi oleh ramai pendengar malah turut menarik perhatian penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 30.

Atas kekaguman itu, wanita yang selesa disapa Siti ini menjemput Faizal untuk menjayakan rakaman program ‘Lentera Aidilfitri Dato’ Siti’ sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

Selain Faizal, Siti turut mengundang pelawak, pelakon, pengarah dan penyanyi Saiful Apek.

Bagi Siti, dia tiada masalah untuk bekerjasama dengan lelaki yang popular dengan panggilan Apek itu memandangkan mereka telah bekerjasama sejak lima tahun lalu.

Malahan Siti juga mengakui yang dia juga tiada masalah untuk bekerjasama dengan Faizal pada masa akan datang.

Siti dan Faizal juga dilihat mempunyai ‘chemistry’ yang baik ketika mempersembahkan lagu ‘Lucky’, medley ‘Mahakarya Cinta’ dan ‘Dialah Dihati’ secara duet serta ‘Suratan Atau Kebetulan’ dan ‘Menjelang Hari Raya’ yang dinyanyikan secara trio bersama Apek.

Sehinggakan dalam sidang media yang berlangsung itu, Siti dan Faizal bagaikan saling memuji dan mengagumi antara satu sama lain.

“Alhamdulillah, saya terkejut masa diberitahu saya dijemput untuk menyanyikan beberapa buah lagu untuk program dia (Siti).

Siti ketika berduet lagu 'Mahakarya Cinta' dan 'Dialah Di Hati' dengan Faizal Tahir.

“Tetapi selepas saya dapat tahu dapat berduet dengan dia, lagi saya terkejut.

“Menjadi Faizal Tahir mesti ada rasa ‘nervous’ dan gementar kerana tak percaya dapat berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza.

“Saya harap Siti tak serik untuk mengambil saya berduet lagi. Syukur alhamdulillah, hati saya lebih kecil.

“Saya rasa tak terfikir untuk berduet dengan Siti kerana saya rasa diri saya ‘rendah’ daripadanya,” jawab Faizal.

Faizal tanpa berselindung terlebih dahulu mengakui dia memang meminati vokal dan nyanyian Siti sejak penyanyi ini popular dengan lagu ‘Jerat Percintaan’ lagi.

“Sebelum ini, saya kagumi karier Siti dan saya masih ingat lagi waktu itu tahun 1995 saya meminatinya masa dia popular dengan lagu ‘Jerat Percintaan’. Saya memang suka..,” luah penyanyi yang terkenal dengan gelaran ‘Superman’ ini.

Selepas itu, Siti menyambut kenyataan Faizal dengan ucapan ‘terima kasih’.

“Memang tinggi sangat pujian dia tu tapi saya hanya buat semampunya. ‘Feel’ datang ikut kemampuan,” jawab Siti mengenai pujian bapa kepada tiga orang anak ini.

Siti pula membalas pujian itu dengan pujian jua dengan melabelkan Faizal seorang penyanyi yang mampu bertahan lama lebih-lebih lagi mendapat lagu yang hebat.

Siti, Faizal dan Apek turut berpadu suara ketika menyanyikan lagu 'Suratan Atau Kebetulan'.

“Saya memang menyukai lagu 'Mahakarya Cinta' dan 'Sampai Syurga'. Tak semua orang boleh menyanyikan lagu yang hebat dengan bakat yang ada.

“Itu yang membuatkan seseorang itu boleh bertahan,” kata Siti.

Kemudian, Faizal yang turut mempersembahkan lagu ‘Bencinta’ secara solo kembali mengucapkan terima kasih kepada Siti.

Dalam pada itu, Apek pula menganggap penglibatannya dalam persembahan itu sebagai suatu langkah untuk lebih serius dalam bidang nyanyian.

“Saya tak pernah tolak pelawaan Siti untuk bekerjasama dengannya,” ujarnya yang turut mendendangkan lagu ‘Engkau Laksana Bulan’ secara solo.

Setuju konsep glamor

Selain mendendangkan lagu duet dan trio dengan penyanyi jemputan, Siti turut menyanyikan lagu ‘Ku Mahu’, ‘Pastikan’, medley ‘Apa Guna Berjanji & Bosanova’, ‘Cintamu’ dan ‘Di Taman Teman’ secara solo.

Dengan konsep glamor dari segi hiasan pentas dan penampilan Siti, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini berkata dia hanya menurut perintah pihak Astro selaku penerbit program itu.

“Konsep glamor ini memang ditentukan oleh pihak Astro di mana mereka memang inginkan saya mengenakan sut dan tali leher.

Selain menyanyi, mereka turut berbual sesama sendiri.

“Kami hanya menurut perintah dan mengikut lagu yang dipilih. Saya tak rasa ia menjadi halangan untuk penonton kerana sebelum ini saya sudah tonjolkan konsep kemelayuan.

“Jadi, kali ini Astro inginkan suatu yang berbeza untuk dipertontonkan,” jelas Siti mengenai pemilihan konsep itu.

Selain program ini, Siti juga berkata dia telah menjayakan rakaman program ‘Jangan Lupa Lirik’ khas untuk Raya.

Majlis doa selamat rai ulang tahun perkahwinan ke-3

Mengulas mengenai ulang tahun perkahwinannya yang ke-3 pada 21 Ogos ini, Siti berkata dia dan suami akan membuat majlis doa selamat kerana pada esoknya sudah bulan puasa.

Siti juga menganggap usia perkahwinannya selama tiga tahun ini berjalan begitu pantas.

“Alhamdulillah, masa terlalu sekejap. Kami semakin memahami karektor masing-masing dan rumah tangga berjalan dengan baik,” katanya sambil tersenyum namun dalam masa yang sama berasa sedih kerana akan menyambut Ramadhan tanpa ayahanda tersayang, Tarudin Ismail.

Siti turut memberitahu yang dia dan suami akan menjalani ibadah puasa selama seminggu di Melbourne, Australia kerana menghantar anak ke-3 belajar di sana dan sekali-sekala akan pulang berbuka puasa bersama ibunda tercinta, Siti Salmah Bachik di Kuala Lipis, Pahang.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeTue 18 Aug 2009, 9:27 am

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 250

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 345

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 439
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeTue 18 Aug 2009, 9:30 am

Ajai-Liza kini sah suami isteri

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Ajai1_10
Ajai dan Liza telah selamat diijabkabulkan hari ini setelah hampir dua tahun pertahankan cinta mereka. - foto GOH GAIK LEE


PETALING JAYA: Komposer dan penyanyi, Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas, hari ini selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya Norliza Ilyas, yang merupakan bekas pegawai kanan Maestro Talent Management.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-Nikah Pejabat Agama Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Ustaz Hj Mansur dengan hanya sekali lafaz dari Ajai, kira-kira pukul 11 pagi tadi di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Norliza diwalikan oleh bapanya, Ilyas Muhammad.

Mas kahwin bagi perkahwinan mereka adalah sebanyak RM 1001 manakala jumlah wang hantaran pula adalah RM 15 ribu.

Menurut Norliza yang ditemubual mStar Online selepas majlis akad nikah tersebut menyatakan kesyukurannya kerana majlis tersebut berlangsung dengan selamat seperti yang dirancang.

"Alhamdulillah, majlis hari ini berjalan seperti yang dirancang dan berjalan dengan selamat.

"Malah semua ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara tidak kira yang dekat dan jauh hadir ke majlis hari ini untuk meraikan saya dan Ajai," kata Norliza.

Ditanya mengenai perancangan berbulan madu, Norliza berkata, dia dan Ajai masih belum membuat perancangan itu kerana lebih 'excited' untuk menyambut bulan Ramadan bersama.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Ajai2_10


"Buat masa ini, belum ada perancangan untuk berbulan madu lagi kerana kami lebih 'excited' untuk sambut puasa bersama-sama.

"Lagipun kami masing-masing ada komitmen dengan kerja, jadi mungkin untuk bulan madu kami akan tangguh dulu hingga hujung tahun ini," jelas Norliza yang agak sibuk melayan tetamu yang hadir ketika itu.

Norliza turut menyatakan harapannya terhadap perkahwinan bersama Ajai setelah hampir dua tahun menjalin hubungan cinta dan pernah dilanda kisah panas yang menguji keutuhan cinta mereka.

"Sama seperti semua pasangan yang baru berkahwin, saya berharap perkahwinan kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan dapat membina sebuah keluarga yang bahagia.

"Saya juga tidak sabar untuk mulakan sebuah keluarga dengan Ajai," katanya.

Ditanya mengenai bilangan cahaya mata yang diinginkannya, Norliza berkata: "Berkenaan anak, kami terima je apa yang Tuhan bagi. Kami pun belum ada perancangan lagi.

"Tapi mungkin saya nak anak dalam tiga atau empat orang anak," katanya sambil ketawa.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Ajai3_10
Anggun dan berseri, kedua-dua pasangan pengantin ini menggayakan busana pengantin yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Rizalman.


Pihak lelaki menghantar tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada mas kahwin, sebentuk cincin, sepasang kasut, sebuah beg tangan, satu set solekan, kek dan juga tepak sireh.

Manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada senaskhah al-Quran, sebentuk cincin, satu set tali pinggang dan dompet, satu set pakaian, sepasang kasut, kek yang dihiasi dengan nota muzik, tepak sireh, satu set wangian dan sebuah telefon bimbit jenis Blackberry.

Pada majlis akad nikah itu, pasangan tersebut menggayakan busana pengantin yang direka oleh pereka fesyen terkenal, Rizalman.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeTue 18 Aug 2009, 9:33 am

Lagi Gambar Akhil Hayy, Waheeda Kahwin

Color your life with DellTM Studio 15 Tahniah diucapkan pada Akhil Hayy dan Waheeda yang selamat diijabkabulkan pagi tadi (16/Cool bertempat di Masjid Jamek Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, Selangor. Waheeda menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan tujuh dulang hantaran berbalas 11 buat pihak lelaki. Turut hadir di majlis itu, dua anak sulung Akhil Hayy, Siti Numaisarah, 12 dan Sharif Hidayatullah, 11. Jadi pasni tiada lagi spikulasi antara mereka berdua, dan gossip2 sebelum ni adalah kebenaran yang benar. Dasyat sungguh drama mereka berdua

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 01344115

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 01344116

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 01344117
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeTue 18 Aug 2009, 9:35 am

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 01344118

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 01344119

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 01344120
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitimeTue 18 Aug 2009, 9:36 am

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 01344121

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 01344122

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 01344123
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 10 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - 10

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 10 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 9, 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions