|
| BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 12:48 pm | |
| Azmir Arif: Akhirnya impian tercapai
Sudah lama Azmir Arif mengidam memiliki album sendiri. Dia sedar kekurangan dirinya, namun menyedari ada bakat dan keupayaan Azmir nekad merakam lagu dengan kos sendiri.
Lagu Misteri Cinta Sakti ciptaan sepenuhnya Adnan Abu Hassan dirakam menggunakan wang sendiri. Ada beberapa stesen radio memutarkan lagu itu. Namun keupayaan Azmir belum lagi dipandang.
Kini penyanyi itu boleh menarik nafas lega apabila ada syarikat yang memberi kepercayaan untuk memasarkan albumnya.
Album mini berjudul Kurniaaan itu berjaya diterbitkan hasil kerjasama Azmir dengan Kriss Managemement, sebuah syarikat pengurusan dari Singapura.
"Saya sangat terharu kerana impian saya sudah menjadi kenyataan. Saya rasa macam tak percaya apabila saya sudah memiliki album sendiri.
"Saya akan bekerja keras untuk menempatkan diri saya sebaris dengan penyanyi popular lain," kata Azmir.
Albumnya memuatkan lagu-lagu Cinta Jasmin, Maafkan Aku, Bila Kau Jauh, Misteri Cinta Sakti dan sebuah lagu berentak tradisional, Zapin Kelana. Turut dimuatkan lagu Cinta Jasmin versi remix serta empat lagu minus one. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 12:50 pm | |
| 'Bebaskan' Hadiah Hari Lahir Shila
"Sememangnya pelancaran album sulung adalah hadiah yang paling bermakna sempena birthday Shila yang ke-19 pada hari ini," ujar Shila yang menerima G10 Canon Semi SLR daripada bapanya, ND Lala sempena hadiah hari lahirnya yang jatuh pada 13 Ogos. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 12:51 pm | |
| Taufik Lelaki Idaman Ezlynn "Bohonglah kalau saya cakap tak suka lelaki yang kacak dan talented macam Taufik. Memang suka dan surprise bila Taufik tujukan lagu yang dia kompose sendiri untuk saya. "Kali terakhir kami berjumpa pun dua tahun lepas di Desaru Johor Bahru semasa buat show bersama," kata Ezlynn. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 12:53 pm | |
| Siti, keluarga syahdu tanpa Abah
Tahun ini keluarga Datuk SIti Nurhaliza menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa arwah bapanya yang kini sudah tiada. Mereka membayangkan suasana syahdu pada hari raya nanti, khususnya apabila terkenangkan gelagat arwah setiap kali menyambut hari raya.
"Memang Siti terasa sayu dan rindukan saat manis bersama awrah abah. Bulan puasa juga banyak kenangan Siti bersama arwah abah," kata Siti kepada wartawan majalah Harmoni edisi istimewa Aidilfitri yang kini sudah ada di pasaran.
Siti bersama ibu, Siti Salmah Bachik, kakak, Saida dan adiknya Saerah menjadi penghias majalah berteraskan isu wanita yang semakin hari semakin hangat di pasaran itu.
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kisah Siti dan keluarga jangan lupa dapatkan di pasaran. Edisi istimew setebal 148 mukasurat dijual dengan harga RM7.00.
Selain kisah Siti, ada juga kisah keseronokan pasangan yang baru bergelar suami isteri menyambut hari raya bersama seperti Mawi-Ikin, Darling-Azlin, Catriona-Shaharuddin serta pasangan Yatt-Taib.
"Hari raya tahun ini tentulah Siti rindu nak bersalam dan bermaaf-maafan dengan abah. Tapi semua itu hanya tinggal kenangan," katanya yang merancang menyambut 1 Syawal di Kuala Lipis tahun ini.
Ibunya juga berharap tahun ini anak-anak dapat berkumpul di kampung menjelang hari raya. Dia berusaha menguatkan semangat walaupun sedih mengenangkan kenangan manis semasa bersama yang kini telah tiada.
Saida pula terkenang gurau senda arwah abahnya kerana dia dan arwah kerap bergurau.
"Abah sendiri gelar Ida `yang goreng' kerana mulut banyak cakap. Ida bersykur sebab abah sempat beri restu untuk Ida menjadi artis," katanya.
Saerah pula meluahkan rasa terkilan sebab abahnya tidak sempat melihat dia berkahwin.
"Bila anak bongsu perempuan abah nak kahwin? Kalau boleh abah nak jadi wali masa Erah kahwin nanti," kata Saerah terkenang kembali kata-kata abahnya.
Kalau nak tahu lebih lanjut cerita keluarga Siti menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, jangan lupa dapatkan majalah Harmoni terbitan Utusan Karya di pasaran. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 12:57 pm | |
| "I Love Women" - Taufik
"I love women, but I'm not a player," kata Taufik Batisah penuh makna sambil ketawa.
Itu kata Taufik apabila ditanya mengapa dia belum lagi memiliki cinta. Yalah orang tampan macam Tauifik takkan payah nak dapatkan cinta.
"I love women dan bukan bila saya tak bercinta bermakna saya songsang. Cuma belum masanya untuk semua itu. Saya lebih senang fokus kepada karier.
"Biasalah, kita kena keluar dengan seseorang untuk lebih mengenali hati budi. Kalau sesuai why not teruskan.
"Memang saya akui ada keluar berduaan namun tak semestinya saya bercinta dengan mereka.
"Bukan mudah ucapkan I love you, biarlah saya bercinta dengan karier dulu," Taufik mengakui hakikat susah untuk melupakan cinta pertama yang pernah singgah dalam hidupnya sewaktu di Politeknik Singapura.
Sebab itu dia cuba menjarakkan diri apabila perasaan cinta timbul kerana bimbang dilukai buat kali kedua.
Taufik Batisah ditemui ketika majlis pelancaran album terbaru berjudul Suria Hatiku di Red Box Ria, Sogo.
Album yang memuatkan 10 buah lagu bakal menampilkan hit seperti Suria Hatiku dan Nafasku.
Ada apa-apa dengan Ezlyn?
Rakan artis, Ezlyn turut hadir memberi sokongan kepada Taufik. Ada apa-apa ke?
"Setiap lelaki harus sayang wanita, kalau jodoh tertulis Taufik dengan Ezlyn, Taufik terima cuma kami belum kenal dengan mendalam setakat ini,"
"Saya akui ciri-ciri wanita idaman ada pada Ezlyn," jelasnya tanpa berselindung.
Album keempat ini menyaksikan kolaborasi pertama antara Taufik Batisah dengan Suria Records sebagai syarikat yang bertanggungjawab mengedarkan album itu di Malaysia.
Album itu juga mendapat sentuhan M.Nasir menerusi lagu Hey dan Citra Suria. Bagi peminat Taufik, jangan lupa dapatkan album ini di pasaran dan pastinya anda akan terhibur dengan alunan muzik yang penuh emosi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 1:21 pm | |
| Ratu Solo Wangi
SOFIA JANE sebagai Ratu Solo Wangi.
Berikan apa saja watak kepada Sofia Jane, dia tidak pernah menghampakan
SOFIA Jane Hisham bukan nama asing di persada seni. Malah sejak 90-an lagi, aktres jelita kepada tiga orang anak ini antara penyeri di layar perak. Siapa boleh lupa watak panas sebagai Zaleha yang pernah dipegangnya menerusi filem penuh kontroversi, Perempuan, Isteri dan ......
Begitu juga wataknya sebagai gadis kasar dalam filem Cinta Kita di sisi aktor, Arman Graseka. Paling tidak pun sebagai Tun Teja dengan pesona wajah yang cukup jelita dengan warna bibir merah menyala di dalam Puteri Gunung Ledang.
Tak dilupakan watak Mona, wanita yang cukup taksub dengan kecantikan di dalam filem Susuk yang ditayangkan tahun lalu.
Memulakan kerjaya lakonan seawal usia belasan tahun hingga kini hampir ke ambang 40-an, isteri kepada Meor Zain Azman ini pernah melakar kejayaan dalam Anugerah Skrin 2007.
Ketika itu, Sofia dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik selepas melakonkan watak isteri yang teraniaya dalam drama terbitan JS Pictures (milik Sheila Rusly dan suaminya, Jinggo) berjudul Sebuah Ijtihad. Ternyata percaturan Sofia melakukan come back membuahkan hasil apabila pelawaan Sheila Rusly diterimanya.
SOFIA JANE merasmikan pembukaan butik Bahari Asyek di Plaza Shah Alam, baru-baru ini.
Bagaimanapun, hakikatnya selepas mendirikan rumah tangga pada 1995 dan memikul tugas sebagai suri rumah, dalam setahun kemunculannya di kaca TV dan filem agak terbatas dan boleh dikira dengan jari saja kemunculannya sebagai pelakon. Bukan kerana terlalu selektif atau mewujudkan nilai eksklusif, sebaliknya Sofia mempunyai alasannya sendiri.
"Bukan tiada tawaran berlakon yang datang, cuma faktor masa yang tidak bersesuaian. Bayangkan tawaran yang diterima datang dalam tempoh yang dekat seperti contoh penggambaran akan dilakukan minggu depan tanpa memberikan skrip terlebih dulu sedangkan saya lebih suka benda yang teratur.
"Sebagai contoh, dulu, skrip filem akan dapat dua bulan sebelum memulakan penggambaran. Berbeza sekarang, skrip itu boleh datang pada saat akhir. Saya akui bukan jenis kategori pelakon yang spontan, hari ini dapat skrip, esok lusa juga boleh terus berlakon. Saya lebih suka mengkaji watak dan mendalami dulu tuntutan skrip.
"Tapi ada juga pelakon yang dalam kategori spontan. Sebab itu, saya senang bekerjasama dengan mereka yang memahami cara bagaimana saya bekerja. Setidak-tidaknya apabila sebati dengan karakter, ia akan memudahkan saya memulakan tanggungjawab sebagai pelakon di lokasi," katanya yang ditemui Hip sewaktu melancarkan butik Bahari Asyek di Plaza Shah Alam baru-baru ini.
Sesekali muncul di kaca TV atau skrin lebar, lalu tanggungjawab lebih besar untuk memastikan hasil dan mutu lakonannya pada tahap yang mampu memuaskan hati pengarah di samping menunggu reaksi penonton yakni penggemar bakat lakonannya.
"Kalau saya meletakkan diri saya sebagai peminat pun, nescaya saya mengharapkan pelakon kegemaran akan memberikan prestasi yang baik dan kelainan dalam setiap watak yang diamanahkan. Sebagaimana saya mengharapkan kejutan terhadap lakonan pelakon kegemaran, saya sendiri pun mahu menampilkan sisi watak lain yang boleh ditonjolkan kepada penonton.
"Saya sendiri sukakan kejutan dan ingin melihat sejauh mana mampu saya tawarkan variasi lakonan yang ada. Ia seperti menguji diri sendiri sama ada saya dapat menuju ke arah yang diharapkan. Kita sendiri sebagai pelakon tidak akan tahu jangkaan penonton. Bimbang juga penonton akan muak dengan lakonan saya atau terus menyukai persembahan saya," katanya..
Tahun ini, sekali lagi Sofia menerima tawaran Sheila Rusly membintangi drama 20 episod arahan Azman Yahaya atau Jinggo berjudul Cucu Betong yang dijangka siarannya di TV3 pada hujung tahun ini. Tidak sia-sia usaha Sheila menawarkan watak bunian kepadanya hingga membuka hati Sofia lagi.
Cucu Betong adalah sambungan kepada Anak Betong yang pernah disiarkan di TV3 sebelum ini. Memegang watak sebagai Ratu Solo Wangi, Sofia berkata, watak fantasi sebegitu memang cukup diminatinya. Apatah lagi sejak kecil, golongan sepertinya cukup menggemari ceritera dongeng seperti Cinderella, Snow White atau apa saja watak seperti bergelar puteri. Watak itu seperti membawanya ke zaman kanak-kanak.
"Gara-gara solekan yang dikenakan untuk watak itu, anak-anak saya pun terkejut dan melihat saya bukan seperti Mama mereka. Selalunya, saya pulang ke rumah tanpa menanggalkan solekan dan lebih selesa mencucinya di rumah. Sampai di rumah, secara tidak langsung mereka berpeluang melihat wajah saya dengan solekan di wajah.
"Di sini, saya melihat aspek solekan dan kostum memainkan peranan penting untuk mengubah mood dan karakter pelakon. Ia secara tidak langsung memberi perasaan berbeza kepada saya. Untuk watak ini juga saya berbahasa baku. Saya senang bekerja dengan produksi Sheila dan sebab itu saya menerima tawaran ini," katanya.
Terpikat cara Kabir Bhatia
IBU kepada Arissa (13), Khadija (9) dan Soraya (6) ini tanpa berselindung memberitahu drama yang sedang ditontonnya kini ialah Nur Kasih. Sambil berseloroh, Sofia memberitahu jangan sesekali mengganggunya pada Jumaat jam 9 malam kerana ketika itu tumpuan penuh diluangkan untuk menonton drama terbabit.
Menurut Sofia, dia turut akan menonton drama atau filem yang membabitkan lakonan rakannya seperti Vanidah Imran. Malah menerusi drama Nur Kasih arahan Kabir Bhatia itu juga pelakon kegemarannya, Liza Othman turut berlakon.
"Bagi saya drama itu mempunyai jalan cerita yang bagus dan Kabir berjaya mengubah sisi lain yang ada pada pelakonnya. Sebagai contoh, saya melihat lakonan Abang Jalal (merujuk kepada Datuk Jalaluddin Hassan) seperti sewaktu awal kemunculannya hingga berjaya membuatkan saya menitiskan air mata.
"Begitu juga dengan kemunculan beberapa pelakon lain termasuk Remy Ishak. Sebelum ini sewaktu dia berlakon filem Anak Halal, saya tidak melihat impak kehadirannya. Tetapi ia berbeza dengan lakonannya dalam drama ini. Sinematografi sentuhan Kabir juga berjaya menggamit perhatian penonton.
"Kabir termasuk pengarah fotografinya bijak menangkap emosi penonton dengan warna dan objek yang indah dalam setiap karyanya. Kita seolah-olah boleh merasai apa yang ingin ditonjolkan. Setakat ini, saya baru saja ketinggalan menonton tiga episod drama ini kerana mengikut suami bercuti ke Hawaii," katanya yang secara kebetulan kerap berlakon dengan pelakon yang seangkatan dengannya berbanding generasi baru. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 1:25 pm | |
| Jawablah!: 'Tak mungkin tutup periuk nasi sendiri'
FAHRIN terkilan dengan dakwaan dia seorang pelakon yang tidak berdisiplin.
SEBELUM ini, Fahrin Ahmad pernah dilabelkan sebagai pelakon tidak berdisiplin. Kononnya dia pernah menghadapi masalah dengan produksi program Gadis Melayu musim pertama di TV9 sehingga tersebar cerita terpaksa disingkirkan disebabkan masalah disiplinnya itu.
Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Fahrin. Senyap sekejap cerita panas mengenai Fahrin. Kalau ada pun, hanyalah berkisar mengenai kisah putus cinta atau bertemu teman baru yang boleh dikatakan menjadi sebahagian dari kehidupannya.
Terbaru, cerita yang sama dibangkitkan kembali. Fahrin dikatakan kembali ke perangai lamanya iaitu tidak berdisiplin apabila sering menyusahkan petugas dan pelakon di lokasi penggambaran apabila dikatakan sering datang lewat.
Sudahlah datang lambat sehingga menyebabkan jadual penggambaran terpaksa ditangguh atau bercelaru, kemudian nak pulang awal pula kerana terikat dengan tugasan lain. Pendek kata sikap suka menyusahkan orang ini menyebabkan ada produksi yang sudah serik untuk bekerjasama dengan pelakon ini. Iyalah, disebabkan nila setitik, rosak sebelanga. Hanya kerana seorang pelakon buat hal, satu produksi dilanda masalah.
Namub begitu, benarkah Fahrin pelakon bermasalah? Adakah ini khabar angin yang sengaja disebarkan oleh mereka yang kurang senang melihat kejayaannya? Hip mendapatkan penjelasan daripada Fahrin apakah benar dia pelakon tidak berdisiplin seperti yang digembar-gemburkan. Reaksi yang diterima sebaik saja diajukan pertanyaan berhubung perkara ini, Fahrin berkata, dia cukup terkilan kerana cerita yang dipaparkan dalam artikel itu adalah tidak benar.
Hip: Adakah benar Fahrin bersikap seperti yang digambarkan dalam artikel itu?
Fahrin: Terlebih dulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar. Sebaik saja membaca artikel itu, saya sudah dapat mengagak produksi mana yang diceritakan. Saya masih ingat peristiwa itu berlaku pada 9 Ogos dan ia terjadi kira-kira jam 2 hingga 5 petang di lokasi filem Andartu Terlampau. Saya akui, memang datang lewat dan nak balik cepat pada masa itu. Untuk pengetahuan semua, saya berbuat begitu kerana saya mendapat keizinan daripada penolong pengarah dan juga pengurus produksi. Sejak awal lagi saya sudah berunding dengan mereka mengenai hal ini dan mereka memang mengizinkannya. Jadi apabila cerita seperti ini timbul, saya jadi hairan kerana apa yang ditulis dalam artikel itu kebanyakannya tidak benar.
Hip: Fahrin ada bersemuka dengan pihak produksi untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu ini?
Fahrin: Sebaik saja saya membaca artikel itu, memang saya ada bertemu dengan penolong pengarah dan pengurus produksi untuk membincangkan hal ini. Sebenarnya saya rasa terkilan dengan artikel itu kerana cara penulisannya seolah-olah menggambarkan yang saya memang seorang yang tidak berdisiplin. Walhal hakikatnya tidak sebegitu. Apabila kami lihat kembali artikel itu, rasa lucu juga kerana memikirkan macam mana cerita seperti itu boleh tersebar dan yang lebih penting, apa yang ditulis tidak benar sama sekali. Bagaimanapun, saya anggap setiap orang mempunyai sudut pandangan tersendiri dalam hal ini. Mungkin orang yang menyampaikan cerita itu kepada wartawan berkenaan tidak mengetahui perkara sebenar.
Hip: Mungkin orang yang menyebarkan fitnah itu bertujuan untuk mensabotaj kerjaya lakonan Fahrin?
Fahrin: Saya tidak mahu menuduh. Cuma seperti saya katakan setiap orang sudut pandangan berbeza dalam hal ini. Namun saya tak nafikan, dakwaan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi saya sebagai pelakon. Mana mungkin saya hendak melakukan perkara yang boleh menutup periuk nasi sendiri. Saya rasa sudah matang untuk menyusun jadual sendiri dan tak perlu hendak terkejar-kejar kerana itu bukan saja menyusahkan banyak pihak tetapi juga diri sendiri. Lagipun sebelum ini bukan saya tidak pernah berada di situasi yang berbeza iaitu menjadi pelakon yang terpaksa menunggu artis lain. Tapi, saya tidak merungut kerana saya tahu mereka ada alasan sendiri mengapa lewat. Bagi saya, dalam hal ini kita kena bertolak ansur dan jangan terlalu mementingkan diri sendiri.
Hip: Dari segi tawaran macam mana? Apakah Fahrin masih lagi mengambil banyak tawaran dalam satu masa?
Fahrin: Setakat ini alhamdulillah, rezeki itu ada. Malah menjelang puasa, semakin banyak tawaran yang datang. Saya bercadang untuk rehat seketika pada bulan puasa ini tetapi nampaknya rancangan terpaksa difikirkan semula. Dulu, mungkin saya baru dalam bidang ini. Jadi selagi ada tawaran, selagi itulah saya terima. Tapi kini saya sudah tahu bagaimana hendak menguruskan jadual dan berurusan dengan mereka yang terbabit di bidang ini. Saya banyak belajar dan tidak mungkin saya ulangi kesilapan yang sama.
Hip: Kalau kita lihat, nama Fahrin sering dikaitkan dengan dua perkara ini. Masalah disiplin dan juga teman wanita. Komen sikit?
Fahrin: Itulah! Saya perasan juga perkara ini. Tapi nak buat macam mana. Itu adalah asam garam mereka yang bergelar artis. Bagi saya sendiri, setiap kali cerita seperti ini timbul, saya lihat dari sudut positif. Biarlah orang hendak kata apa pun kerana yang penting, kita tahu apa yang kita lakukan. Tak perlu nak pening memikirkan hal seperti ini. Kita kena cool sentiasa.
Hip: Pertanyaan ini tak ada kena mengena dengan cerita tadi. Bila Fahrin dan Scha nak ada ikatan?
Fahrin: Kalau ikutkan, saya sendiri memang sudah bersedia tetapi tunggulah, saya serahkan semua ini kepada Tuhan. Kalau ada jodoh, adalah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 1:36 pm | |
| Ekuin rancang nikahi Fasha KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai identiti jejaka misteri yang bertakhta di hati pelakon dan model iklan, Fasha Sandha terlerai apabila seorang ekuin negara yang sebelum ini disebut-sebut menjalinkan hubungan istimewa itu mengesahkan perkara berkenaan, semalam. Ekuin negara itu yang enggan namanya didedahkan kepada umum, menjelaskan status hubungannya dengan pelakon jelita berkenaan selepas berita mengenai mereka heboh diperkatakan dalam Internet sejak kebelakangan ini. Malah, ekuin berkenaan turut tidak menafikan hubungan dengan Fasha Sandha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan sudah terjalin sejak setahun lalu dan difahamkan mereka bakal disatukan awal Januari depan. “Saya sudah mengenali Fasha sejak setahun lalu, tapi tidak mahu perkara ini diperbesarkan. Tunggu bulan depan, nanti saya akan membuat pengumuman. “Saya tak mahu perkara ini diperbesar-besarkan dan kalau boleh biar saya bersikap diam diri. Saya tidak mahu apabila perkara ini dihebahkan, tumpuan saya pada kejohanan akan datang terjejas. “Sekarang masih banyak masa, jadi kalau boleh saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan. Apabila keadaan mengizinkan, saya akan memberi penjelasan kepada anda (wartawan) semua,” kata ekuin tersohor itu ketika dihubungi di sini, semalam. Menjelaskan lebih lanjut, dia berkata perkara itu terlalu peribadi berikutan banyak perkara perlu diselesaikan dalam tempoh terdekat. Ekuin berusia 29 tahun, anak kedua daripada tiga beradik, mula berjinak dengan sukan berkuda sejak berusia 15 tahun dan pernah membantu skuad negara meraih gangsa pada acara Showjumping pada Sukan Asia Doha 2006. Sementara itu, Fasha ketika dihubungi turut mengesahkan dia berkawan rapat dengan penunggang kuda negara itu. “Terus terang, dia lelaki yang paling rapat dalam hidup saya setakat ini. Bukan saya sengaja merahsiakan hubungan dengannya, cuma saya tidak boleh memberitahu kepada peminat kerana masanya belum sesuai. “Tapi, saya tidak akan menolak jika kami ditakdirkan bertemu jodoh bila tiba masanya nanti. Kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang akan menentukannya segala-galanya,” katanya. Mengulas mengenai pertemuannya dengan jejaka bujang berusia 29 tahun itu, Fasha yang baru selesai penggambaran sebagai model barangan kemas Habib Jewel, berkata mereka dipertemukan pada satu majlis makan malam kira-kira setahun lalu. “Pertemuan kami unik. Setakat ini, kami sudah pun berkawan rapat lebih setahun. Saya selesa berkawan dengannya kerana dia percaya pada saya. “Ketika saya berhadapan kontroversi sebelum ini, dia ada di sisi saya kerana dia tahu industri seni banyak dugaan,” katanya. Justeru, kata Fasha, dia berharap pengakuan ini akan menepis segala gosip dan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan bekas suami pelakon Nora Danish, Rizal Ashram Ramli seperti heboh diperkatakan sebelum ini. “Gosip saya dengan Rizal termasuk rancangan kami berkahwin adalah fitnah. Sebab itu saya tidak kisah apa yang orang cakap mengenai saya selama ini kerana saya percaya Tuhan akan menunjukkan kebenarannya nanti,” katanya. Apapun, kata Fasha, dia belum bersedia mengulas lebih lanjut hubungan mereka termasuk rancangan untuk berumah tangga. “Maaf, saya tak berani komen lebih-lebih mengenai hubungan kami kerana masanya belum sesuai. Maklumlah, hubungan kami masih di tahap permulaan,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 1:38 pm | |
| (Gambar)Fasha & Rizal Sedondon Berbaju Putih Peluk Lagak Kekasih... Kami dengar cerita yang Fasha Sandha mengumum択an di Facebook bahawa dia bakal mengahwini Qabil, si penunggang kuda pada Januari tahun depan. Namun, agak janggal juga kerana sehingga sekarang masih tidak kelihatan sebarang gambar bersama antara Fasha & juga Qabil. Yang jelas & nyata, Fasha Sandha kerap bersama Rizal dalam segala apa upacara rasmi atau pun sosial. Mungkin juga Fasha ingin menjadi択an Rizal sebagai teman skandal, manakala Qabil sebagai bakal suami yang hanya boleh duduk diam-diam di?rumah Skandal Fasha & Rizal makin jelas bila rakan blog kami, Ohartis berjaya mendapat択an beberapa set gambar yang menampil択an aksi romantik, peluk-peluk antara mereka berdua. Seperti berada di majlis hari jadi, mungkin juga ini adalah hari jadi Rizal yang ke-33, tidak pula kelihatan bekas isteri抧ya, Nora Danish di situ. Tapi apa kisah, muka tak hensem, tapi duit hensem, semua benda pun jalan jer?br /> p/s: Memasang cita-cita menjadi seorang Rizal. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 1:38 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 19 Aug 2009, 1:42 pm | |
| |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 12 of 12 | Go to page : 1, 2, 3 ... 10, 11, 12 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |