Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... , 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:25 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 39062712
Dah makin slim kan?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 39062713

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 39070510
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:26 am

Sharifah Shahirah Selamat Melahirkan Anak Pada 09.09.09 !!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Shira_10


PELAKON, pengacara dan pelawak, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 35, tidak terkira gembiranya setelah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada tarikh keramat 09.09.09.
Malah, bayi perempuan yang baru berusia dua hari ini menurut Shira adalah antara yang paling kecil dan comel.

Shira bersama suaminya, Zulkifli Azhari (Ijoy), telah memilih untuk menamakan bayi perempuan mereka itu Auddra.

Ditanya sama ada nama Auddra itu memberi sebarang makna, Shira mengatakan tidak mempunyai sebarang makna, sebaliknya memilih nama tersebut kerana 'simple'.

"Nama Auddra tiada sebarang makna, saya dan Ijoy pilih nama tersebut kerana 'simple' dan mudah... lagipun Auddra ni biasa sahaja.

"Saya tidak berapa pentingkan makna pada nama anak, saya tak kisahpun... yang penting saya menjaga dan didik mereka menjadi seorang anak yang baik," jelasnya.

Auddra telah selamat dilahirkan dengan berat 3.34kg di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada jam 9 pagi.

Shira yang dihubungi mStar online ditanya perasaannya apabila melahirkan Auddra pada tarikh 09.09.09 yang dianggap satu angka yang cantik.

"Saya rasa seronok... dan ini dikira nasib juga kerana sepatutnya saya akan bersalin pada 11 September, tetapi kami percepatkan proses tersebut.
"Semuanya berjalan lancar pada waktu itu, saya ingat dia (Auddra) akan keluar (lahir) pada pukul 5 pagi, sebab pukul 10 malam tu doktor dah mula masukkan ubat, tapi pukul 9 pagi jugak dia keluar.

"Saya bersalin secara 'normal' dan ini merupakan bayi pertama saya pada bulan ramadan," katanya.
Shira yang kini masih berada di hospital bersama Auddra, memberitahu bahawa dia dan anaknya dalam keadaan yang sihat dan akan keluar dari hospital mungkin pada tengahari esok.
Ditanya mengenai persiapan raya, Shira mengatakan dia bersama keluarga hanya akan beraya di rumah mereka di Taman Melawati dan segala persiapan sudahpun selesai dilakukan.

"Semua persiapan dah siap, kami hanya akan beraya di rumah sahaja... Saya pula akan pakai stokin dan duduk di rumah sahaja.

"Selepas ini saya akan mula tak tidur malam balik... kena jaga anak," kata Sharifah.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2003 setelah menjalin cinta ketika sama-sama menjayakan drama bersiri 'Mat Despatch' suatu ketika dahulu.
Hasil dari perkahwinan ini kedua-dua mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Allisya, 11, Airell, 5, Airra, 1 dan yang terbaru Auddra, berusia dua hari.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:26 am

Gambar Aksi Panas Aliff Aziz

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 39093010

Gempar satu Malaya bila gambar aksi panas terlampau penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz bercium dengan seorang wanita yang tidak dikenali yang jauh lebih tua dari Aliff.

Aliff Aziz telah mengakui gambar-gambar itu adalah dirinya dan dia berasa cukup menyesal dengan apa yang telah terjadi.

“Saya akui yang saya telah melakukan kesilapan yang cukup besar. Sejujurnya, saya berasa amat menyesal dengan apa yang telah terjadi. Memang sukar untuk saya gambarkan betapa menyesalnya saya dengan luahan kata-kata, tetapi saya amat berharap semua pihak yang tersinggung dapat memaafkan saya,” luah Aliff dengan nada cukup kesal.

Apabila ditanya tentang wanita di dalam gambar tersebut, Aliff enggan mengulas lebih lanjut.

“Sebenarnya saya tidak mahu menjelaskan perkara ini secara terperinci kerana saya tidak mahu panjang-panjangkannya. Siapa wanita dalam gambar itu tidak penting. Lagipun saya juga tidak begitu mengingati di mana dan bila gambar ini diambil. Mungkin dua atau tiga bulan lepas. Apa yang pasti ia berlaku di Singapura. Selain itu, saya juga tidak mahu menyalahkan sesiapa dengan penyebaran gambar-gambar itu. Saya tidak mahu cakap sama ada ini adalah sabotaj atau kerana sifat dengki seseorang. Saya yang bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang terjadi. Sebab itulah, saya benar-benar kesal dan mengharapkan peminat-peminat saya dapat memaafkan diri ini. Sebagai manusia biasa, saya juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Insiden ini pasti akan saya ingati sampai bila-bila. Saya akan jadikannya pengajaran dan pastikan perkara sebegini tidak akan berulang. Ini adalah yang pertama dan terakhir.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:28 am

(Gossip) Maiza patah semangat bila dikritik tidak boleh menyanyi !!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Maiza113


BELUM pun sempurna lagu single 'Ketentuan' dirakamkan, video rakaman lagu ini sudah tersebar luas. Malah, disebabkan pengedaran video itu juga, ramai yang menempelak dan mengkritik Maizawati Zainal kerana memilih bidang nyanyian sebagai sumber pendapatan.
“Memanglah suara itu aurat wanita tetapi niat saya hanya untuk beri nasihat dan berdakwah kepada orang yang senasib dengan saya,” ulas pelakon iklan, duta produk dan penyanyi Maizawati Zainal mengenai kritikan orang ramai yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan keputusannya memilih bidang nyanyian sebagai sumber pendapatan.

Bekas isteri penyanyi dan penceramah bebas Akhil Hayy yang mesra dengan panggilan Maiza ini baru selesai merakamkan dua buah lagu termasuk single ‘Ketentuan’ yang video rakaman lagu itu telah tersebar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Maiza yang tidak berpuas hati dengan perkara itu berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika orang itu meneruskan penyebaran video di laman web YouTube itu.
“Itu bukan yang sebenar! Lagu itu belum selesai diadun, tetapi orang telah menilai dan mengatakan Maiza sudah tidak dapat menyanyi dengan baik.

“Benda tu telah melemahkan semangat saya. Jadi jangan cepat sangat menilai. Apa-apa tunggu dulu lagu itu siap.

“Saya telah memberi amaran kepada orang itu (menyebarkan video) namun saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan keras terhadap sesiapa yang menyebarkan tanpa pengetahuan saya.

“Lagipun, video itu melibatkan rakaman vokal saya yang belum diadun menjadi sebuah lagu. Jadi, orang akan membuat pelbagai tanggapan apabila menonton video itu.

“Saya juga belum memutuskan untuk menjual lagu itu secara terbuka,” kata Maiza dalam nada tidak puas hati.

Kata Maiza, dia akan berbincang dengan peguamnya, Zulkifli Che Yong yang pernah mengendalikan kes cerainya dengan Akhil sebelum ini terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

Jelas ibu tunggal kepada enam orang anak ini, dia hanya baru bersetuju untuk merakamkan lagu raya, 'Tibanya Hari Raya' dan lagu ‘Ketentuan’ itu secara kebetulan setelah berbincang dengan pihak Yayasan Pembangunan Nurhikmah (YPN).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:30 am

(Gossip) Julfekar perit nak maafkan Farawahida !!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Jul211


Saat bahagia Julfekar (duduk dua dari kanan) dan Farawahida (berdiri dua dari kanan) ketika memenangi kategori Etnik Kreatif menerusi lagu 'Persoalan Cinta' dalam Anugerah Juara Lagu ke-23.

PADA bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, pemilik MillenniumArt Sdn. Bhd., Julfekar pernah terfikir untuk berhati lembut sekali gus memaafkan bekas artisnya Farawahida Razali.

"Bagaimanapun hati saya terlalu sakit, terlalu perit untuk saya maafkannya. Saya selalu berdoa dari Februari 2009 hingga kini agar dia disedarkan. Agar Allah membuka pintu hatinya. Mungkin dia terlalu keras hati, ego... saya tak pasti puncanya," kata Julfekar ketika dihubungi baru-baru ini.
Farawahida difahamkan melanggar kontrak dan meletak jawatan serta-merta sebagai artis MillenniumArt pada 9 Februari 2009.

Pada 27 Ogos lalu, Julfekar memfailkan saman tuntutan ganti rugi terhadap Farawahida.
Sebelum itu, ketegangan antara mereka dilihat semakin besar apabila Fara membuat pendedahan satu demi satu tentang 'kesengsaraan' yang dialaminya selama berada di bawah jagaan Julfekar.

Antaranya, Fara akui pernah dimaki dan dikasari Julfekar dan dia mempunyai alasan sendiri untuk keluar dari berada di bawah naungan syarikat itu. Isu Fara dan Julfekar tidak terhenti di situ apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan balas.

Julfekar antara lain mengaku dia dan Fara menjalinkan hubungan cinta dan penyanyi itu sendiri pernah mendesaknya untuk berkahwin. Namun, Fara pula menepis kenyataan komposer itu dan menegaskan hubungan mereka hanyalah atas dasar profesional.

Pergolakan antara mereka sampai ke kemuncaknya apabila Fara membuat empat laporan polis mendakwa Julfekar mengugutnya dan turut membuat ugutan bunuh.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:30 am

Gambar Anak Erra Fazira Engku Aleesya Dah Makin Besar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 39106010

Tak terasa masa berlalu begitu cepat, nampaknya dari sehari ke sehari, anak penyanyi Erra Fazira, Engku Aleesya dah makin membesar dengan sihatnya. Bertambah comel dan montel anak Engku Emran ni. Gambar ini dipetik dari blog Engku Emran di www.suriafm.com.my

Budiey doakan Erra Fazira dan anak serta famili sihat sejahtera menjelang Aidilfitri ini… dah beli baju raya untuk Engku Aleesya, kak Erra

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 39113810

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 39106011
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:32 am

Lufya AF

Cantikkan body figure Lufya ni, boleh join modelling macam Tunku Tiara. Tapi sayang, nama Ketiak Basah melekat pada dirinya sampai sekarang.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Lufya-10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:33 am

Reza ingin menyanyi semula

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Reza_i10

PENYAMPAI radio Era, Syaiful Reza Mohamed, 31, atau Reza kini meningkat popularitinya dalam bidang pengacaraan berbanding nyanyian yang telah lama diceburinya sebelum menyertai Akademi Fantasia lagi.

Sebelum menyertai Akademi Fantasia, Reza telah mencari pelbagai pengalaman dengan menyanyi di kelab malam. Dari New World Hotel, Kuala Lumpur, Reza telah merantau ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Port Dickson dan Labuan untuk mengasah bakatnya.


Reza ingin lebih menumpukan pada kariernya dan ingin abangnya berkahwin terlebih dahulu sebelum tiba gilirannya. - foto mStar Online

Malah, Reza yang ditemui pada majlis pelancaran album 'Drama Sebabak Raya' di Hotel Boulevard, Mid Valley, mengatakan dia teringin untuk menyanyi semula.

"Ikutkan saya memang nak menyanyi semula, saya teringin sangat... tetapi sehingga kini saya masih belum mendapat peluang tersebut.

"Kalau saya dapat menyanyi semula, mungkin saya tidak akan hasilkan sebuah album, mungkin hanya 'single' sahaja.

"Sekarang mungkin masa belum mengizinkan lagi... saya pun nak cari masa yang sesuai dulu, kalau boleh bila dah keluar 'single' nanti ianya akan diterima ramai dan dimainkan di semua stesen radio, saya tak nak lagu tu dimainkan kat radio Era je, sebab penyanyinya kerja kat Era," kata selebriti kelahiran Sibu, Sarawak ini.

Ditanya sama ada Reza sudah merasa puas dengan penglibatannya di dalam industri hiburan, Reza mengatakan dia tidak pernah puas sehingga kini kerana di dalam industri hiburan erti kepuasan tersebut begitu luas.

"Saya tidak akan pernah puas kerana bagi saya dalam industri hiburan erti kepuasan itu begitu meluas kerana banyak cabangnya.

"Sekarang saya bersyukur dengan pencapaian saya sebagai penyampai radio dan pengacara. Tiap-tiap hari saya akan perbaiki prestasi dan diri saya agar menjadi lebih baik," kata Reza yang juga merupakan pengacara bagi rancangan Kelab Pop dan Pilih Kasih.

Umurnya juga sudah mencecah 31 tahun, sempat ditanyakan kepada Reza sama ada dia sudah memiliki teman wanita atau bersedia untuk berkahwin.

"Saya belum bersedia lagi... saya ingin lebihkan kepada karier saya dulu dan bagi abang saya kahwin dulu.

"Buat masa inipun saya masih beum terfikir pasal cinta dan kahwin, kalau ada jodoh, kahwin lah saya nanti...

"Bukan sebab saya ni terlalu 'demand' dan memilih, memilih tu perlu, tapi berpada... kalau saya dah jumpa calon nanti pun, saya nak dia seorang yang pandai mengambil hati mak dan ayah saya, itu yang paling utama.

"Selain itu dia juga mesti pandai memasak dan pandai mengaji," katanya.

Seronok berbuka dengan keluarga

Tahun ini Reza berpeluang untuk berbuka bersama keluarganya di Ampang kerana dia hanya perlu berada di konti pada sebelah pagi dan ini memberikan sedikit kegembiraan buat Reza kerana dapat berbuka bersama keluarganya.

"Kalau dulu saya selalu kerja malam, jadi hanya berbuka di konti sahaja, tahun ini saya kerja pagi, bila dah selesai kerja saya boleh pulang ke rumah dan berbuka dengan keluarga saya.

"Itu yang membuatkan saya rasa seronok dan lain sangat puasa tahun ini.

"Dari segi kerja, tidak ada apa yang berubah, sama saja bagi saya, cuma saya kena bersahur, kalau tidak nanti saya jadi lembik dan tak larat.

"Satu lagi perangai saya adalah, bila pergi ke bazar ramadan, nafsu makan saya sentiasa diuji, saya akan beli macam-macam makanan dengan banyaknya, bila dah berbuka tak habispun makanan tu.

"Sekarang saya sedang cuba mengawal nafsu tersebut dan belajar dari pengalaman lalu, katanya.

Reza akan ke udara pada malam raya nanti pada jam 12 tengah malam hingga 6 agi bagi menjayakan sebuah program 'Perantan Ramadhan R&R (Ramadan dan Raya) di radio Era dengan kerjasama Murai.com.

Selain itu, pada raya pertama juga Reza akan muncul di Astro bagi rancangan 'Kelab Pop Rayalah Pulak' dengan menampilkan penyampai-penyampai dari SinarFm berentap bersama THR Gegar.

Malah Reza juga akan berlakon di dalam sebuah drama raya terbitan Astro 'Raya Kilang Berapi' dimana turut dibintangi oleh bintang-bintang AF7, tenaga pengajar AF dan ramai lagi
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:34 am

Ruffedge kini tinggal tiga orang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Ruffed10

Berikutan kekurangan mendapat persembahan dan vokalis kumpulan kian pupus, kumpulan Ruffedge kini bergerak bertiga sahaja. Kesian, suara mereka power tu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Ruffed11
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:34 am

Noraniza Idris pasrah sambut raya bersendirian

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Norani10

Noraniza Idris mengalah demi anak-anak dan memilih untuk beraya sendirian. - foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF

LAZIMNYA menjelang hari raya, pasti akan meriah dengan kehadiran sanak saudara, bagi yang bekerja pula pasti tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman menyiapkan segala kelengkapan untuk menyambutnya dengan meriah.

Namun berbeza dengan ratu etnik kreatif tanahair, Noraniza Idris atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani yang akan menyambutnya seorang diri.

Jelas Kak Ani lagi, dia tidak menambah atau membuat apa-apa persiapan untuk sambutan kali ini kerana hanya akan menyambutnya di Kuala Lumpur sahaja.

"Persiapan raya saya tahun ini sederhana saja... saya tidak sambut dengan meriah sebab saya beraya sendiri.

"Saya tidak tambah perabot atau tukar langsir baru... saya gunakan apa yang ada saja. Lagipun saya hanya beraya di Kuala Lumpur, mungkin akan balik Johor atau Sarawak, tengok pada hala tuju saya nanti sebab masih belum dirancang," jelasnya ketika dihubungi mStar Online.

Apabila ditanya sama ada dia akan beraya bersama anak-anaknya, Kak ani memberitahu bahawa mereka akan beraya dgn bekas suaminya, Fareez kerana keluarga Fareez mempunyai ramai saudara mara yang rapat dengan mereka.

"Saya mengalah untuk anak-anak, mereka akan beraya bersama keluarga Fareez kerana di sana mereka akan mempunyai kawan, keluarga Fareez ramai.

"Kalau saya bawa mereka balik ke kampung saya, nanti mereka bosan pula sebab tiada kawan di sana...

"Tetapi saya tetap percaya, bagaimanapun anak-anak tetap akan mencari ibu mereka kalau ada masalah dan biasanya saya akan bantu dengan apa yang patut seperti salurkan duit," katanya.

Kak Ani juga mengatakan dia sudah biasa beraya seorang diri dan lebih rela tidak pulang ke kampung kerana ianya akan membuatkan penyanyi ini lebih bersedih.

"Saya dah biasa beraya sendiri, kalau balik kampung lagi sedih, sebab adik beradik yang lain ada anak-anak... tetapi saya hanya beraya di kampung seorang diri.

"Lagipun saya kerja sendiri, jadi tak boleh nak cuti, kemana sahaja saya pergi, saya akan bawa laptop dan siapkan kerja saya.

"Keluarga saya pun dah faham... mereka tak paksa saya untuk balik kampung, mereka cuma akan 'call' dan tanya sama ada saya balik kampung atau tidak.

"Lagipun saya tak suka bila saya balik mereka akan buat persiapan macam-macam, buat makan-makan... saya tak nak susahkan mereka, biar saya sendiri di sini tak apa." kata Kak Ani.

Ditanya mengenai kehidupan dan perkembangan Kak ani sekarang, dia sangat bersyukur kerana segala onak dan duri yang berlaku dalam kehidupan telah mengajarnya untuk hidup berdikari dan lebih memahami erti kehidupan.

"Alhamdulillah saya kini dah boleh berdikari walaupun baru saja mengenali erti kehidupan yang sebenar... Masih terlalu awal untuk berdikari sendiri, tapi saya banyak belajar dari pengalaman setelah 4 tahun bercerai dan ini yang mematangkan saya.

Kak ani juga tidak mengelak bila diajukan soalan mengenai pasangan hidup, pada Kak Ani tidak mustahil untuk dirinya mencari teman hidup baru.

"Sebagai manusia kita memang inginkan teman, mahukan seseorang yang mengambil berat dan menyokong kita dari belakang... tapi sekarang ini mungkin masih belum sampai waktunya.

"Buat masa sekarang saya lebih tumpukan pada kerja saya di Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIVP) dan masih lagi meneropong seseorang yang sesuai," jelas ibu kepada Mohammad Aliff Haiqal, 20, dan Mohd. Alfeeq Haiqal, 16, sambil ketawa.

Sibuk dengan projek 'Masyur 1Malaysia' dan 'Tabung Nuraina'

Kak Ani yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIVP) memerlukannya sibuk dalam memnguruskan hal kerja tambahan syarikatnya sedang dalam proses akhir menjalankan sebuah projek 'Masyur 1Malaysia'.

"Saya sekarang sedang sibuk dalam merangka dan menguruskan sebuah projek yang diberi tema 'Masyur 1Malaysia'.

"Syarikat saya akan hasilkan buku-buku, cakera padat (CD), cakera padat video (VCD), dokumentari, bengkel dan sebuah promosi jelajah.

"Acara yang terakhir mungkin akan diadakan sebuah konsert 'Masyur 1Malaysia' pada Oktober atau November ini.

"Saya masih lagi tengah mengatur segalanya, saya ingin berehat dahulu kerana baru selesai jalankan satu majlis berbuka puasa bersama Fantasia Music City (FMC) dan pada hari Ahad dan Isnin ini akan mula bekerja semula," katanya.

Menyentuh mengenai majlis berbuka puasa yang dianjurkannya Kak Ani mengatakan dia memang sudah beniat untuk menganjurkan majlis tersebut kerana sudahberniat dan mahu melakukan kerja sambil beramal.

"Majlis tersebut merupakan majlis pertama yang dianjurkan oleh NIPV dan selepas ini akan terus bergerak.

"Saya memang sudah berniat mahu mengadakan majlis untuk anak-anak yatim dan akhirnya saya dapat buat.

"Saya telah wujudkan sebuah tabung 'Nuraina' yang bermaksud cahaya mata dan segala kutipan yang dibuat akan disalurkan kepada anak-anak yatim, contohnya pada malam tersebut kami salurkan pada anak-anak yatim Ruamah Amal harmoni.

"Saya menggunakan nama Nuraina adalah kerana dahulu saya inginkan seorang anak perempuan, dan akan menamakannya Nuraina... tapi sampai sekarang tidak kesampaian, saya fikir tidak mengapalah, beri nama tersebut pada tabungpun tak apa," kata Kak Ani.

Mengakhiri perbualan, Kak Ani mengatakan mudah-mudahan kerja amal yang dilakukannya ini akan diberkati dan mahu segala masalah yang melandanya dapat diselesaikan dengan kadar yang segera.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:36 am

Bintang Korea mati muda

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Hi_11_10
JANG meninggal dunia akibat barah perut.

BINTANG Korea yang terkenal menerusi drama The Scent of Love dan Scent of Chrysanthemums, Jang Jin-young meninggal dunia awal September lalu kerana barah perut.

Pelakon jelita ini meninggal pada usia 35 tahun di Hospital Seoul St. Mary's, Korea selepas setahun menjadi rawatan.

Ironinya, dalam dua lakonan drama yang menaikkan namanya itu, Jang sebenarnya turut membawa watak wanita yang akhirnya meninggal dunia kerana menderita barah perut.

Kematian bekas ratu cantik Korea pada tahun 1993 itu meninggalkan kesan mendalam terhadap penggemar seni Korea kerana kebelakangan ini ramai bintang muda mereka meninggal dunia secara tragis.

Sebelum ini, model yang terkenal sebagai pelakon, Lee Eon mati kemalangan dan pelakon Choi Jin-Sil ditemui meninggal dunia kerana membunuh diri pada Oktober tahun lalu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:37 am

Nabil bergambar bersama Irma Hasmie

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Nabil-11

Semakin masyuk dan masyuk Nabil bergambar bersama Irma Hasmie, siap berpimpin tangan lagi tuh! Ngaumm! Harap-harap berkekalanlah ye. Tetapi pastinya berkekalan kerana kedua-duanya tidak mempunyai rekod buruk dalam dunia gossip artis.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Nabil-12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:38 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Nabil-13

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Nabil-14
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:38 am

Islamik cara Melly, Anto
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Hi_08_10

KETIKA Cinta Bertasbih tidak mempunyai banyak kekurangan berbanding filem-filem keislaman yang semakin menjadi trend di Indonesia. Ceritanya masih berkisar tentang cinta dari landasan Islam.

Bagaimanapun, mendengar runut bunyi yang dihasilkan oleh pasangan genius muzik Indonesia, Melly Goeslow dan Anto Hoed, keberanian mereka dalam menggarap lagu-lagu berunsur moden membuat album ini lain daripada runut bunyi Islamik yang lain. Kepakaran mereka menghasilkan melodi yang variasi menjadikan Ketika Cinta Bertasbih luar biasa.

Pasangan ini berani menggabungkan elemen futuristik dan irama padang pasir dengan lirik bercampur bahasa dalam karya mereka, Ya Habibi. Ini adalah sebuah lagu cinta. Lagu memuja yang diisi dengan bahasa Jepun, Cina, Indonesia dan kedengaran 'keluar carta' berbanding lagu Islamik biasa.

Menanti Cinta dendangan Kris Dayanti begitu menyentuh dengan liriknya yang sangat mengharapkan sebuah cinta dan itu dipohon daripada Tuhan - lirik cinta yang tidak tipikal seperti kebanyakan lagu cinta yang hanya merayu kepada pasangan kekasih untuk dicintai.

Sementara pada skor muzik untuk lagi Menanti Cinta, ia digarap dalam balutan string yang membuai. Hanya apa yang membuatkan album ini tidak begitu hebat adalah melodi yang dikitar semula Melly dan Anto seperti yang pernah ada dalam runut bunyinya seperti Heart.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:38 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Nabil-13

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Nabil-14
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:40 am

Reva mahu lelaki biasa

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Hi_07_10

REVALINA S TEMAT. Ramai yang tidak mengenali siapa gadis manis ini sehingga diperkenalkan sebagai pemain karakter Bawang Putih dalam drama atau sinetron Bawang Merah Bawang Putih.

Sinetron tersebut telah membuatkan anak ketiga daripada empat beradik ini membikin fenomena di Malaysia. Bawang Putih yang teraniaya begitu disayangi dan sehingga kini, Bawang Putih masih menjadi nama panggilan gadis ini.

"Saya tidak kisah digelar Bawang Putih. Saya tak sangka karakter dan sinetron tersebut cukup popular di Malaysia dan akhirnya saya jadi popular sama," luah Revalina yang senang disapa Reva, mengenang populariti yang dikecapnya saat drama tersebut ditayangkan dua tahun lalu.

Mengajak pelakon ini bercakap tentang lelaki dalam hidupnya, Reva akui lelaki amat dekat dengannya.

Profil sebagai gadis cantik sepertinya pernah diisi dengan percintaan bersama jejaka Arab bernama Kemal Idris dan anggota keluarga bangsawan, Panji Trihatmodjo, yang merupakan putera Bambang Trihatmodjo, seorang jutawan Indonesia. Bagaimanapun, hubungan kedua-duanya putus begitu sahaja.

Sebaliknya, Reva kini bahagia berkongsi kasih dengan seorang lelaki biasa, pelakon dan pelawak terkenal, Ringgo Agus Rahman. Katanya bukan harta atau ketampanan seorang jejaka yang dicari. Tetapi cukup dengan kesederhanaan dan perasaan menghormati antara satu sama lain.

"Saya menilai lelaki daripada personaliti mereka. Bukan wang ringgit atau rupa paras. Saya tidak akan memaksa diri saya untuk bercinta dengan lelaki kaya dan tampan tetapi hati saya kosong.

"Makanya, saya melihat keserasian bersama Ringgo," ucapnya yang sudah dua setengah tahun menjalin hubungan serius bersama lelaki itu.

Bagaimanapun, dia tidak menolak sikap materialistik seorang wanita itu wajar. "Tapi jangan berlebihan. Cukup sekadar seorang lelaki yang menjadi ketua keluarga kelak mampu menyediakan segalanya," tambah Reva.

Mengaku sudah lali digosip dengan pelbagai lelaki, Reva memberitahu gosip yang mendakwa dia sudah berkahwin dengan seorang kerabat diraja Malaysia pada tahun lalu paling tidak masuk akal.

"Saya tidak tahu bagaimana gosip itu muncul. Ya, saya kenal kerabat tersebut, malah anak dan isterinya juga. Tak mungkinlah saya akan bernikah dengan suami orang," tegasnya.

Menanti karakter psiko

Sudah mula berpuasa penuh sejak di sekolah rendah, kata Reva, hal yang paling disukai tentang Ramadan adalah ganjaran ibadat yang diperoleh pada bulan mulia ini.

Pahala berpuasa diperoleh. Nikmat menjamah juadah yang jarang ada pada bulan-bulan lain saat berbuka puasa juga diperoleh. Bonus ganjaran kemudian menjadi meningkat dengan bertarawih.

"Amalan-amalan ini yang lebih membekas di hati semakin saya dewasa. Saya semakin mengerti nikmat Ramadan yang sebenar," ujarnya yang wajib berbuka di rumah bersama keluarga pada Ramadan pertama dan terakhir.

Malah beritahunya lagi, aktiviti membeli pakaian baru untuk Aidilfitri tidak lagi mengujakan seperti zaman kanak-kanak. Sebaliknya, dia senang memakai pakaian yang sedia ada atau sekurang-kurangnya hanya membeli sehelai persalinan baru.

Kata Reva: "Apabila sudah dewasa, perkara yang saya pentingkan berbanding membeli pakaian adalah amal ibadat yang berjaya saya kumpulkan sepanjang Ramadan."

Ditanya tentang aktiviti seninya sepanjang Ramadan, menurut Reva yang lebih senang bekerja sewaktu Ramadan kerana mampu membuat mindanya terlupa tentang puasa: "Tahun ini, saya hanya memberi fokus terhadap lagu ketuhanannya yang berjudul Semua Kerena Mu dan lagu Taqwa yang didendangkan bersama Intan Nuraini dan Melanie Putria."

Pertama kali menyanyi, dia tidak percaya diri, tetapi mendengar pujian yang memberangsangkan tentang kebolehannya, dia teruja. "Tapi saya lebih suka berlakon ya. Mungkin sudah selesa," tegasnya.

Malah Reva menuturkan, usai Aidilfitri kelak, dia akan masuk ke lokasi penggambaran filem ketuhanan yang bakal menggandingkannya bersama Raffi Ahmad dan Sandra Dewi.

Katanya: "Saya mahu menjadi pelakon yang versatil. Bukan sekadar menjadi karakter baik, tapi juga mampu membawa karakter hitam. Saya menanti karakter psiko."
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:41 am

Hattan sakit hati

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Hi_03_14

MEMBERI respons terhadap pernyataan Armand, penyanyi senior, Hattan yang berasa kurang senang dengan cara media Indonesia membikin provokasi terhadap isu yang sudah diselesaikan di peringkat atasan itu berkata, hatinya sakit apabila orang luar memperlekeh kesenian negara.

HATTAN: Indonesia jangan ambil isu ini terlalu sensitif. Nak ajak perang kenapa? Saya rimas dengan isu yang kecil tetapi suka diperbesarkan oleh media Indonesia. Jujur sewaktu membaca kenyataan Armand, saya sakit hati dan marah kerana kami kenal antara satu sama lain dan sama-sama cari makan dalam industri.

Tapi bila Armand nafikan dia pernah mengeluarkan kenyataan begitu, saya okeylah. Cuma buat media Indonesia, jangan suka provokasi. Ingatlah jangan semarakkan isu yang tak ada dan sebagai anak seni, saya bercakap tentang isu ini demi menjaga maruah 1Malaysia.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:41 am

Khai-Rosma Beraya Dengan Danish

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Rosma10


Bagi pasangan artis yang lahir daripada program realiti ini, kehadiran Ramadhan dan Syawal tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan. Ini kerana mahligai yang dibina pada 26 April 2008 lalu telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Amzar Danish. Kehadiran ‘orang baru’ inilah yang memberi pengalaman baru kepada Khai dan Rosma dalam menjalani ibadah puasa tahun ini.

“Tahun ini berpuasa memang lain daripada yang lain. Kalau dulu masa berbuka tiada siapa yang nak kacau, tapi kali ini Danish mesti sibuk sekali. Tiap kali sampai waktu berbuka mesti dia bangun daripada tidur. Jadi, saya dengan Rosma kena bergilir-gilir jaga Danish. Mula-mula saya makan, kemudian barulah Rosma,” ujar Khai.

Satu lagi cabaran bulan puasa ini, Danish suka berjaga tengah-tengah malam. Pukul 12 tengah malam mesti dia bangun daripada tidur. Bila dia bangun, kami pun terpaksalah layan kerenah dia. Kadang-kadang tu kami tidak tidur sampailah waktu sahur. Sambil jaga Danish, saya akan masak atau panaskan lauk untuk bersahur,” sampuk Rosma pula.

Dalam masa yang sama pasangan ini turut mengakui Ramadhan ini mereka begitu teruja sekali ingin membeli-belah untuk raya. Semuanya kerana Danish.

“Maklumlah ini kali pertama kami beraya sebagai ayah dan ibu. Sebab itu teruja sangat. Dalam kepala ini sudah ada macam-macam benda yang hendak dibeli untuk Danish. Tapi tidaklah sehingga ingin membazir tidak tentu pasal. Untuk kami berdua pula, kami akan buat persiapan raya secara sederhana. Kami akan beli apa yang perlu sahaja,” cerita Khai dan Rosma yang akan beraya di Kuantan, Pahang bermula raya kedua nanti.

Lebaran Illahi Aidilfitri
Bercerita tentang perkembangan terbaru pasangan ini, Khai dan Rosma baru-baru ini telahpun melancarkan album Raya sempena Aidilfitri tahun ini. Album yang berjudul ‘Lebaran Illahi Aidilfitri’ ini memuatkan empat lagu raya terbaru dan dua lagu lama. Selain Khai dan Rosma, ia turut disertai oleh rakan seperjuangan mereka iaitu Sahri dan juga bekas guru vokal mereka, Cikgu Siti Hajar.

Istimewanya album ini kepada Khai ialah, selain daripada menjadi penyanyi, dia juga bertindak sebagai komposer. Malah, penerbitan album ini juga merupakan ideanya bersama Rosma dan Sahri. Bagimanapun, ia dibiayai sepenuhnya oleh Artiste Performing Arts Centre (APAC), sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti-aktiviti kesenian.

Ditanya mengapa dia memilih untuk menerbitkan album Raya berbanding album biasa, Khai memberitahu dia ingin mencuba sesuatu yang baru. Walaupun ada yang tidak yakin dengan album ini, tetapi Khai melihat perkara ini dari sudut berlainan.

“Mungkin ada yang berpendapat, dalam situasi sekarang ini tidak ramai yang ingin membeli album. Lebih-lebih lagi album lagu raya. Maklumlah lagu-lagu raya malar hijau masih menjadi kegemaran ramai orang. Tetapi saya berani mencuba kerana kalau tidak ada orang yang ingin hasilkan lagu-lagu raya yang baru, industri kita akan jadi lebih suram.

“Mungkin pada waktu ini ia tidak popular, tetapi saya percaya lama-lama nanti pasti akan ada yang menggemarinya. Contohnya lagu raya dendangan 4U2C dan Feminin. Awal-awal dulu tidak ramai yang menyukainya, tetapi sekarang sudah kerap dimainkan di radio.”

Sementara itu, Siti Hajar yang turut terlibat dengan album ini memberitahu yang dia setuju merakamkan suara untuk album raya ini kerana dia ingin menyokong usaha bekas anak-anak didiknya itu.

‘Mungkin ada yang akan berkata suara saya tidak sedap, tetapi saya tidak kisah dengan kritikan itu. Saya sedar umur saya sekarang bukannya muda lagi. Kalau 10 tahun dahulu, mungkin kualiti vokal saya lebih baik. Lagipun, saya tiada masa untuk praktis, dalam sehari saya menghabiskan masa 12 jam untuk mengajar,” ulas Siti Hajar mengenai penglibatannya.

Album ‘Lebaran Illahi Aidilfitri’ ini memuatkan lagu “Aildilfitri Mulia” (Khai, Rosma, Sahri dan Siti Hajar), “Gemersik Ilahi” (Sahri & Siti Hajar), “Gembira di Hari Raya” (Rosma), “Hari Raya Bersama” (Khai & Sahri), “Hari Raya Bahagia” (Khai dan Rosma) dan “Dendang Perantau” (Sahri).

Album ini boleh didapati di pasaran dengan harga RM19.90 setiap satu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:42 am

Lah Utamakan Anak Isteri

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Lah12


Kehadiran Syawal amat dirasai kini apatah lagi lagu raya sudah mula berkumandang di corong radio. Keseronokan makin dirasai apabila melihat keindahan lampu bergermerlapan di setiap ruang pusat beli-belah dan pelbagai biskut raya mula dijual.

Bagi yang sudah berkeluarga, pastinya Syawal meriah dengan persiapan anak-anak. Pasangan yang pertama kali menyambut Syawal bersama orang baru pula, pastinya teruja dengan kedatangan Aidilfitri ini.

Bagi Lah Ahmad, selepas dua kali menyambut Syawal berdua, kemeriahan Syawal ini lebih dirasai dengan kehadiran orang baru dalam hidup mereka suami isteri. Semenjak Amira Zaharah lahir hampir empat bulan lalu, kehidupannya dan isteri terasa lebih bermakna.

“Kehadiran Amira menjadi pelengkap keluarga kami. Malah sejak kehadirannya, saya lebih bersemangat dan seluruh usaha dan kerja keras hanyalah untuk anak isteri,” tambahnya.

Jika pasangan lain terpaksa membuat undian untuk menentukan lokasi menyambut Aidilfitri, Lah dan isteri, Puteri Yasrina Mohd Yusuff tidak perlu pening memikirkan untuk berlumba-lumba pulang ke kampung kerana mereka menyambutnya di Lembah Kelang sahaja memandangkan kedua ibu bapa masing-masing tinggal di Shah Alam dan Subang Jaya.

“Persiapan lebaran kali ini lebih tertumpu kepada Amira dan isteri. Persediaan untuk saya, ala kadar sahaja. Malah isteri saya juga menumpukan lebih perhatian kepada Amira dan banyak membeli pakaian baru untuknya. Amira juga sudah disediakan sepasang baju kurung,” tambah Lah.

Keterujaan bergelar bapa sangat dirasai Lah apabila setiap hari dia tidak sabar pulang ke rumah. Tambah Lah, melihat wajah Amira, hatinya ‘cair’ dengan kecomelan dan keletah anak sulungnya itu.

Selain pakaian raya, Lah tidak gusar dengan persiapan biskut dan juadah raya kerana dia sudahpun menempah melalui ibu mertuanya. Lagipun sebagai pasangan muda, sudah pastinya kunjungan saudara-mara tertumpu ke rumah ibu bapa berbanding rumah mereka.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:43 am

Saya tak suruh perang - Armand


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Hi_02_26

APABILA vokalis Gigi, Armand Maulana memberi pernyataan yang dianggap keras tentang isu tarian pendet, ramai yang tidak senang dengan jawapannya. Malah ada yang merasakan Armand telah terperangkap dalam kenyataan tulusnya itu.

Kononnya menurut Armand, Malaysia dari dulu suka memancing Indonesia, bermula dari kes kepulauan Ambalat dan sehingga isu tarian pendet. Armand melahirkan rasa sedih dengan keadaan itu dan menyatakan kerajaan negaranya sentiasa tidak tegas mengambil tindakan malah menutup telinga.

Tarian pendet yang digunakan dalam klip video promosi pelancongan Malaysia mencetuskan kontroversi kerana tarian itu dikatakan berasal dari Bali.

Lebih daripada itu, Armand bersuara lantang bahawa dia tidak kisah jika Malaysia memboikot muzik dari Indonesia kerana menurutnya tawaran mengadakan pertunjukan lebih banyak datang dari Indonesia.

Mendapatkan Armand untuk isu yang agak tegang ini, dia ternyata terkejut dengan permainan yang ditimbulkan media. Menganggap segala pernyataannya disalah interpretasi oleh wartawan Indonesia yang menemubualnya, Armand memberikan jawapan sebenar terhadap isu yang bertukar panas itu.

Pernahkah kamu ditemu ramah oleh wartawan Indonesia tentang Ambalat? Apa sebenarnya pendirian kamu?

ARMAND: Saya memang pernah diwawancara oleh wartawan Indonesia mengenai hal Ambalat tetapi jawapan saya tidak seperti yang ditulis di laman web. Jawapan saya seharusnya berbunyi begini - memang betul Indonesia dan Malaysia dari dulu selalu ada masalah kenegaraan mengenai hak dan sebagainya tapi itu adalah tugas pemerintah untuk menyelesaikannya. Pada saya, isu seperti Ambalat dan kebudayaan sepatutnya tidak diselesaikan melalui pihak perseorangan. Sebaliknya ia menjadi masalah negara.

Bahkan wartawan Indonesia yang mewawancara saya bertanya, 'Apa lebih baik kita berperang saja dengan Malaysia?'.

Saya terus menjawab mengapa kita harus berperang. Tidak mungkin penyelesaiannya hanya perang. Tidak bolehkah dibawa berbincang secara baik di peringkat negara kerana bagi saya perang tidak ada gunanya. Siapa pun yang menang atau kalah, akhirnya semua akan kalah kerana masyarakat akan menderita.

Bagaimana pula dengan komen kamu tentang tidak kisah jika diboikot oleh pihak Malaysia?

Jawapan saya bukan seperti yang ditulis. Apa yang saya maksudkan ialah jika artis Indonesia tidak boleh membuat persembahan di Malaysia gara-gara isu ini, kita tidak ada masalah. Biarlah keadaan sejuk dahulu supaya tidak berlaku masalah yang lebih besar.

Soalnya, sewaktu kita membuat persembahan di Pesta Malam Indonesia 3, ada wartawan Malaysia yang menulis keras tentang 'Patriotikkah kita berdiam diri ketika pemuzik Indonesia membuat persembahan besar di Malaysia?'

Pemuzik Indonesia eloknya jangan membuat persembahan di Malaysia dahulu kerana kalau dilihat dari sudut kuantiti persembahan di dua negara ini, pasti mereka lebih banyak mendapat tawaran persembahan di negara sendiri.

Begitu pernyataan saya dan bukannya untuk memboikot persembahan di Malaysia.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 9:44 am

Kahwin selepas Aidilfitri

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Hi_01_37
ALLY sudah tidak ada kriteria khas dalam memilih wanita.

ADA sebab anak bujang berusia 33 tahun ini tidak betah duduk di kampung lama-lama untuk berehat mahupun berhari raya. Tiga hari sudah cukup buatnya. Lebih daripada itu, 'kutu-kutu' resah mula merayapi dirinya.

Bukan tidak mahu tinggal lama di desa tercinta di Terengganu, tapi pemikiran sudah merewang ke kota. Maka hanya jasad yang berada di kampung.

"Ayah dan ibu saya sering ke Kuala Lumpur, jadi selalu saya bertemu dengan mereka," ujar personaliti TV3, Ally Iskandar. Dia merupakan anak kedua daripada tujuh adik-beradik.

"Bukan tidak mahu lama-lama. Pertama sekali, saya fikirkan kerja. Kedua, saya sangat dimanjakan di rumah hingga tidak tahu apa mahu dibuat dan ketiga, adalah pertanyaan berulang yang kerap ditanya kepada saya, bila nak kahwin?

"Itulah soalan wajib setiap tahun," ujarnya ketawa mengingatkan sambutan Aidilfitrinya saban tahun.

Bicara Ally lagi, suatu ketika, pernah dia ada jawapan wajib untuk soalan keramat itu. Dulu katanya, dia menunggu Datuk Siti Nurhaliza namun selepas penyanyi terkenal itu sudah pun bersuami, dia hilang akal.

Paling senang jawapan 'selepas raya' diberikan tetapi dia sendiri tidak tahu raya tahun bilakah statusnya akan bertukar.

Akui Ally, jarang-jarang sekali kakinya menjejak Gong Badak, Kuala Terengganu. Kalau bukan kerana menyambut Syawal, sekali dua sahaja dalam setahun dia menjengah negeri Pantai Timur tersebut.

"Tiap kali saya melangkah ke rumah, ibu saya akan tanya dua soalan. Pertama bertanyakan perjalanan saya dan kedua soalan wajibnya adalah 'Dah jumpa dah?' merujuk kepada menantu yang dinantikannya," tutur Ally yang kini sudah biasa dengan situasi tersebut.

Tunggu dipikat wanita

Mengaku sedikit tertekan dengan soalan yang berulang-ulang itu, malah melihatkan rakan-rakan dan sanak saudara sebaya yang sudah berkeluarga, dia mula terfikirkan hala tuju hidupnya.

Faktor lambat bertemu jodoh ini dirungkaikan. Katanya, mungkin kerana masa dan kerjaya.

"Orang bercakap tentang harapan dan cerewet. Bagi saya memang kita kena betul-betul bila membuat pilihan. Takut juga tersalah pilih," ujarnya yang juga gusar memikirkan takut nanti ada polemik peruntukan masa dan fokus terhadap teman wanita dengan kerjanya yang sibuk sekarang.

Maka, Ally berterus-terang dia masih solo dan sedang mencari lagi.

Ditanya soal kriteria wanita yang akan didampinginya, adakah ia berubah seiring usia, dia mengangguk. Kata Ally, kriteria gadis itu sentiasa berubah dan hingga satu puncak iaitu sekarang ia sudah menjadi tidak ada langsung kriteria untuk menjadi pasangannya.

"Saya menunggu si gadis yang berjaya mencuit hati ini dan jika berjaya saya akan berusaha mendapatkannya," ujarnya yang rela jika tiba-tiba si Hawa yang memulakan perkenalan.

"Kenapa perlu ada diskrimasi dalam bab dating atau mengajak keluar. Saya rasa itu adalah keberanian seseorang, jadi saya tidak kisah. Malah, jika ada wanita yang mahu memulakan dulu, itu terserah," senyum Ally.

Ada waktu sunyi yang menjentik seorang Ally Iskandar saat dia sendiri. Lihat di kaca televisyen, dia adalah antara jejaka yang sibuk mencari pendapatan ke sana sini malah semakin murah rezeki yang dilimpahkan kepadanya.

Namun, kesibukan itu mengundang sunyi malah menusuk dalam hati ketika dia seorang diri di rumah.

"Bila saya tidak keluar rumah dan bosan, mulalah saya rasa sunyi. Kawan-kawan juga tidak ada untuk keluar.

"Ditambah pula kalau saya keluar rumah seorang diri dan membeli barangan yang merepek-repek. Itu tandanya memang saya sedang dalam kesunyian," gelaknya yang membayangkan membeli figura aksi dan kemudian pulang hanya merenungnya di rumah.

Bagaimanapun, kesibukan kini adalah limpahan kerja kerasnya selama 10 tahun dalam bidang kewartawanan.

Menurut Ally lagi, hanya pada tahun kelapan dia menyedari bahawa banyak tawaran datang dan khalayak semakin sedar akan kelibatnya di kaca televisyen.

Dia adalah selebriti yang menjadi pujaan hati mak cik-mak cik yang tidak pernah terlepas menonton Ally baik di konsert Jom Heboh mahupun program Malaysia Hari Ini di TV3. Melihat dia disapa dengan senyuman dan gelak tawa kaum veteran, jelas dia adalah menantu pilihan ibu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 10:32 am

Bakal timang anak kedua

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Hi_04_36


KEBAHAGIAAN terpancar di riak wajah pelakon Lisdawati. Bakal menimang cahaya mata kedua pada bulan November kelak, ibu muda ini sudah berhenti seketika daripada menjalani sebarang penggambaran. Maka katanya, tidak ada cerita baru tentangnya kini.

Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi bernikah pada 9 September 2007 dan sejak itu menyimpul dan membina kebahagiaan walaupun dilanda pelbagai kontroversi.

Juara Sehati Berdansa musim kedua ini dilihat begitu senang menjaga anaknya, Nur Aini Farhana sewaktu program Berbuka Puasa Megadrama Astro. Sekali-sekala dia memanggil-manggil anaknya yang senang menyapa anak-anak yatim yang hadir ke majlis berbuka puasa tersebut.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 10:33 am

Usik Nora-Beego

BEEGO dan Nora sinonim dengan siri Puteri.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Dv_01_24



TEMAN Diva sempat bertemu pelakon dan penyanyi, Beego yang mempunyai kisah sedih dalam diri dan cerita cintanya baru-baru ini.

Namun, Beego masih datang menyapa teman-teman Diva dengan senyuman dan gelak tawa. Tapi dalam hati, mungkin dia masih berselubung duka, siapa tahu.

Sedang teman-teman Diva menemu ramah Beego yang mengambil masa setahun untuk 'merawat' lukanya itu, mereka didatangi Shamsul Ghau Ghau yang mengusik Beego.

Rupa-rupanya sudah ada usikan buat Beego untuk mencari bunga bagi menyerikan hatinya. Shamsul dan pihak produksi sebenarnya mengusik-usik Beego dengan pelakon cantik, Nora Danish.

Ujar mereka, Beego dan Nora nampak keserasian setelah lama berlakon bersama dalam siri Puteri. Masing-masing sudah mengenali diri antara satu sama lain. Tambah teman Diva lagi, mereka juga mempunyai kisah perceraian tragis yang hampir sama dalam lukanya.

Bila teman Diva mengusik si Beego, dia hanya tersenyum dan jawabnya, 'Apa salahnya? Nora pun memang cantik.' Sempat juga dia berlucu dengan teman-teman Diva yang lain. Beego khabarnya masih mencari siapa yang bakal menjadi pengganti bekas isterinya. Tapi Diva rasa okey juga kalau Nora dan Beego diusik-usik. Sama cantik, sama putih dan sama padan. Mungkin mereka memahami erti kesedihan, perpisahan dan hidup berdikari.

Diva: Tahniah buat Zizi Zulkifli atas kelahiran putera kedua. Pasti hebat namanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 10:35 am

Rima Melati keguguran

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Dv_03_13
KANDUNGAN Rima yang berusia dua bulan mengalami keguguran baru-baru ini.

SUDAH lama juga tidak mendengar cerita pasangan suami isteri Rima Melati dan Marcell Siahaan.

Terakhir yang Diva dengar Marcell menghormati Rima berpuasa pada bulan Ramadan.

Namun, baru-baru ini teman Diva yang datang dari Jakarta membuka mulut bahawa Rima Melati baru sahaja keguguran.

Kandungan Rima baru sahaja masuk bulan kedua. Mungkin kali ini bukan rezeki mereka berdua.

Untuk perkahwinan terdahulu masing-masing sudah pun ada cahaya mata sendiri. Marcell sebelum ini mempunyai seorang putera bernama Keenan Sidharta, 4, manakala Rima pula telah ada seorang buah hati bernama Edga, 2.

Sebelum ini, pasangan ini menyatakan keinginan untuk memiliki anak perempuan kerana kedua-duanya sudah pernah merasa menjaga seorang hero.

Diva dan teman-teman mendoakan semoga Rima kembali sembuh dan dikurniakan rezeki selepas ini. Mana tahu, rezeki bulan Syawal pula nanti.

Diva: Harap teman-teman Diva yang berbadan dua menjaga kesihatan baik-baik.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 10:41 am

Jangan mudah menghukum-Faizal

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Faizal13


"Jangan mudah menghukum kesalahan kepada sebelah pihak dengan hanya mendengar penjelasan Siti Nurdiana sahaja," kata pelakon Faizal Yusof pasal kes perceraian mereka sebelum Ramadan lalu.

Faizal menganggap semuanya berlaku kerana mereka tiada persefahaman dan enggan mengulas lanjut pasal kes tersebut. Dia sebaliknya mahu menjawab segala-galanya di mahkamah nanti.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Faizal14


"Saya tunggu masa di mahkamah untuk menjawabnya. Sekarang saya minta maaf sebab saya tidak bersedia untuk mengulas lanjut. Saya akui saya ada kesalahan dan dia (Siti Nurdiana) juga ada kesilapan. Nampaknya kami hanya sesuai menjadi sahabat sahaja.

"Kami tak bermusuhan, sebaliknya masih berkawan. Sekarang ini pun saya dalam perjalanan berjumpanya untuk berjumpa dan mengambil anak kami," kata Faizal lagi.

Faizal juga akui menerima banyak panggilan daripada pihak media, namun ada yang tidak dapat dilayani kerana kesibukannya menguruskan perkara lain.Dia sedia menerima apa sahaja kritikan yang bakal dilemparkan kepadanya.

"Mungkin ada yang akan mengatakan saya cuba mengelak daripada memberi kenyataan. Sebenarnya semasa mereka menghubungi saya itu, saya benar-benar ada urusan dan tidak boleh melayan. Sekarang ini (semasa Mangga Online hubungi) saya tidak sibuk, jadi saya sedia melayan, tapi saya minta maaf sebab tak banyak yang boleh saya ulas pasal perceraian kami," sambung Faizal.

Faizal juga meminta peminat dan sesiapa sahaja tidak mudah menjatuhkan hukuman dan meletakkan kesalahan di bahunya sahaja. Dia harap semua orang tidak melihat dari sudut pandangan sebelah pihak sahaja.

Faizal masih sibuk berlakon dan baru selesai penggambaran telefilem Suratan Takdir bergandingan dengan Amy Mastura.

"Memang betul-betul suratan takdir apa yang berlaku ini," gurau Faizal.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 7:17 pm

Kebenaran akan terbukti

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Mainp117

LIKU kehidupan mereka sering terpalit kemelut, ada saja cerita panas dan sensasi yang mengguris hati. Namun alah bisa tegal biasa, artis dan kontroversi sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Ironinya, kontroversi demi kontroversi yang menghimpit diri tidak pernah membuatkan penyanyi Farawahida dan Erema berpatah arang berkerat rotan, malah mereka enggan menoleh lagi. Apa yang berlalu dan sudah berlaku dijadikan pengajaran untuk lebih berhati-hati serta mematangkan mereka untuk menempuh masa depan.

Diakui, ada kalanya mereka cukup tersiksa dengan apa yang berlaku, ada masanya mereka rimas dengan kontroversi yang tidak menampakkan titik noktah. Namun prinsip mereka, biarlah anjing terus menyalak bukit. Suka atau tidak, mereka telan saja pahit getirnya. Biarpun dikeji, difitnah dan maruah mereka dicarik-carik, Farawahida dan Erema tidak mahu memikirkannya lagi. Mereka percaya, kebenaran akan terbukti juga suatu hari nanti.

Sudah tentu musim lebaran ini membawa pengertian bermakna buat Farawahida dan Erema. Mereka bukan saja terlepas daripada musibah menyiksakan bertahun-tahun lamanya, malah semakin bahagia dan ceria mengatur kehidupan baru. Biarpun banyak perkara yang masih belum selesai, mereka tenang dengan kehidupan yang dilalui hari ini.

Secara jujur, Farawahida akui: "Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa. Saya hanya berserah pada takdir kerana saya percaya kebenaran akan terbukti juga suatu ketika nanti, masa akan menentukan. Cuma cepat atau lambat saja. Saya enggan memikirkannya lagi dan saya juga malas nak mengulas panjang lebar.

"Cuma saya rasa ada ketikanya saya perlu tampil menjelaskan kebenaran demi mempertahankan maruah saya dan keluarga. Saya tidak mahu terus dipandang serong sedangkan apa yang diperkatakan oleh pihak tertentu adalah fitnah dan cubaan untuk menghancurkan kerjaya nyanyian saya. Alhamdullilah, semakin banyak ujian diterima, semakin melimpah ruah rezeki saya, malah lebih menguatkan hati saya apabila keluarga dan peminat sentiasa memberikan semangat.

"Saya pelik dengan tuduhan bekas pengurus, Julfekar Ahmad Shah yang mengatakan saya memfitnah dan mengaibkannya sedangkan selama ini, saya lebih banyak mendiamkan diri, cuma hanya sekali saya mengeluarkan kenyataan mendedahkan segala-galanya menerusi B*Pop tidak lama dulu. Itupun kerana saya sudah tidak tahan dengan cerita buruk yang dijaja. Bukan saya tidak tahu apa yang diceritakan pada wartawan.

"Bukan seorang dua wartawan yang bertemu saya bertanyakan kepastian cerita yang disebarkan Julfekar. Bukan saya tidak tahu selagi ada manusia dan wartawan yang ditemui, Julfekar akan menjaja keburukan dan mereka-reka cerita dalam kain yang mengaibkan. Semua cerita itu sampai semula pada saya.

"Mereka (wartawan) simpati pada saya dan tidak sanggup menulis fitnah yang disebarkan Julfekar, malah ada yang tidak percaya. Saya sebenarnya malas nak melayan kerenahnya, buang masa saja melayan orang pendek akal tetapi apabila keluar kenyataan yang keterlaluan dalam media massa baru-baru ini, saya tidak boleh berdiam diri lagi.

"Saya pelik siapa sebenarnya yang menyebarkan fitnah? Siapa pula yang mengaibkan siapa? Apa lagi yang dia (Julfekar) mahukan, kalau setakat menagih publisiti murahan dengan mendedahkan cerita kami pernah menjalinkan hubungan, apa agaknya yang dia dapat? Di situ sudah nampak niat jahat Julfekar mahu menjatuhkan saya sedangkan isu perbalahan kami semakin reda. Namun biarlah kalau itu dapat membahagiakan dirinya.

"Bagaimanapun, saya nak tegaskan sekali lagi, saya bukan kekasihnya, saya juga tidak pernah menyimpan sekelumit perasaan padanya. Saya kini bahagia dengan pilihan hati saya, seorang yang bekerjaya dan paling penting, bukan suami orang atau lelaki yang seusia dengan bapa saya," katanya yang akan muncul dalam teater Sinbad di Istana Budaya, hujung tahun ini.

Mengulas mengenai cinta hatinya itu, Farawahida berkata cukuplah menamakannya sebagai `A' saja, belum masanya mendedahkan identiti jejaka yang berjaya mengetuk pintu hatinya itu.

Dengan wajah berseri-seri, Farawahida akui: "Kami sudah lama berkenalan cuma hubungan kami sekejap berhubung, sekejap terputus. Kami bertemu semula selepas saya keluar dari kepompong permasalahan saya. Saya lihat A ikhlas berkawan dengan saya, sejak dulu juga, dia tahu masalah yang saya hadapi, jadi apabila kecoh cerita yang bukan-bukan, A tahu sejauh manakah kebenarannya. Hubungan kami masih dalam proses mengenali hati budi, bagaimanapun saya tidak menolak jika takdir menentukan kami hidup bersama suatu hari nanti.

Farawahida nak beli kereta

"Saya terpikat dengan sikap A yang penyabar, ambil berat dan sanggup susah senang bersama saya, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, A banyak memberi sokongan kepada saya. Dia tidak pernah mengongkong dan percaya pada kejujuran saya. Paling penting, saya sukakan pada lelaki yang bekerjaya dan tidak mengharapkan hasil titik peluh orang perempuan," katanya yang merancang muncul dengan sebuah lagu single tidak lama lagi.

Gadis kacukan Melayu-Pakistan itu berkata, dia juga tidak sabar-sabar menyambut 1 Syawal tidak lama lagi memandangkan selama lima tahun bernaung di bawah syarikat Millenium Arts Sdn Bhd, dirinya jarang dapat meluangkan masa yang lama dengan keluarga dan sanak-saudara.

Sambil tersenyum, Farawahida berkata, dia sudah memiliki lesen memandu sejak beberapa bulan lalu dan kini sedang mengumpul wang untuk membeli kereta bagi memudahkan pergerakannya.

"Persiapan raya agak istimewa tahun ini, saya bercuti selama sebulan dan meraikan Syawal di Taiping, Perak. Saya merancang nak bawa keluarga beraya di rumah sanak-saudara yang jauh. Bertahun-tahun saya tidak bertemu mereka, jadi apabila ada kesempatan begini dan saya pula sudah punya lesen, bolehlah saya pusing seluruh Malaysia.

"Dulu, masa saya agak terhad, habis lama pun saya boleh beraya selama tiga atau empat hari saja, jadi jarang saya dapat mengunjungi rumah sanak-saudara sampaikan ada yang menganggap saya sombong apabila bergelar artis," katanya yang akan pulang ke kampung halaman seminggu sebelum menyambut Aidilfitri nanti.

Erema digantung tak bertali

Bagi Erema, nasibnya lebih malang berbanding Farawahida memandangkan sudah terlanjur berkahwin dengan penulis lirik terkenal, Seri Bayu. Sehingga kini, kes tuntutan cerai masih belum selesai dan dirinya digantung tak bertali.

Dengan linangan air mata, Erema akui: "Tak guna menyesali apa yang berlaku, tetapi saya kesal dengan sikap Seri Bayu yang tidak mahu berubah. Dia masih ego walaupun dalam keadaan sakit. Dia seolah-olah tidak menghargai pengorbanan saya, takkan tiada sedikitpun pun kebaikan saya selama ini. Dia tak habis-habis menuduh saya curang dan isteri tidak berguna, malah dalam kenyataannya di dada akhbar dan program TV, Seri Bayu tetap mengungkit perkara sama.

"Buktikan jika saya curang, bukan saya tidak tahu Seri Bayu meminta jiran kami dulu mengintip pergerakan saya. Sudah namanya menyanyi di kelab, saya perlu menghiburkan pengunjung dan adakah menjadi kesalahan jika saya berbual-bual dengan pelanggan tetap kelab.

"Memandangkan saya tiada kenderaan, ada kalanya saya pulang ke rumah menumpang kawan-kawan tetapi saya dianggap curang. Bayangkan, jika jam 2 pagi atau 3 pagi, saya nak balik dengan apa? Saya mencari rezeki untuk menanggung dan membayar hutang Seri Bayu. Bukan semua tidak tahu penipuan demi penipuan yang dilakukan, ada kala hutangnya saya kena bayar sedikit demi sedikit.

"Kami tidak boleh hidup bersama lagi, malah bila bercakap kami akan bergaduh besar. Sejak tahu tembelangnya suka menipu orang, saya jadi tawar hati. Saya malu berdepan dengan orang yang dianiaya, bukan sedikit wang yang ditipu, ada yang mencecah puluhan ribu ringgit.

"Kalau boleh Seri Bayu mahu saya duduk rumah dan menghadap mukanya setiap hari tetapi apa yang kami nak makan? Jika rumah sewa sudah tidak mampu dibayar, kereta pula ditarik pihak bank, bolehkah saya duduk berdiam diri lagi? Saya malu nak menagih simpati dan ihsan duit orang sedangkan saya masih ada tulang empat kerat untuk bekerja."

Akuinya, ada kalanya malu mahu keluar rumah apabila Seri Bayu mengeluarkan kenyataan bukan-bukan hinggakan dirinya sanggup berhenti kerja kelab malam disebabkan tidak sanggup mendengar cacian orang.

"Saya dituduh isteri curang, perempuan sun.... dan macam-macam lagi. Saya jadi patah semangat. Biarpun hampir setahun berpisah, saya malu nak berdepan dengan masyarakat. Bukan saya melarikan diri sebaliknya saya belum cukup kuat untuk berdepan dengan soalan cepu emas.

Mahu bahagiakan hati orang tua

"Saya juga tidak mahu mengaibkan Seri Bayu, saya perlu bercakap benar jika ada yang bertanya, jadi banyaklah keburukan dan kesilapan lampau yang dilakukan akan terbongkar. Saya masih mahu menjaga air mukanya, tetapi ramai yang salah anggap, menyangka saya curang disebabkan suami sudah tiada upaya. Saya berkahwin dengan Seri Bayu ketika dia sudah jatuh sakit, soal kahwin bukan perkara main-main. Saya boleh meninggalkannya ketika dia sakit, tetapi saya jujur dan ikhlas nak hidup bersamanya dulu.

"Tetapi apa yang saya dapat? Saya sebaliknya ditipu. Secara peribadi, saya akui melakukan kesilapan besar berkahwin dengan Seri Bayu. Saya hanya berharap kes perceraian dapat diselesaikan secepat mungkin. Saya ingin hidup seperti insan lain, ada keluarga dan anak sendiri," katanya yang kini sibuk memenuhi undangan nyanyian korporat.

Mengulas desas-desus dirinya sudah memiliki seorang anak dengan Seri Bayu, Erema hanya tersenyum. Dia mengakui sebelum berkahwin dengan Seri Bayu lagi, soal anak sudah ditimbulkan.

"Dulu saya sering membawa anak bongsu Seri Bayu hasil perkahwinan dengan isteri pertama keluar berjalan-jalan, jadi ada yang terserempak dengan kami. Sejak itu, timbul cerita saya dengan Seri Bayu sudah ada anak. Bagaimanapun, saya sudah lama tidak berjumpa dengan anak-anaknya, mereka tinggal dengan bekas isteri Seri Bayu," katanya yang akan masuk studio untuk rakaman lagu single selepas Aidilfitri nanti.

Erema berkata, dia juga akan pulang berhari raya di Kuching pada hari raya nanti. Dan kesempatan bercuti panjang, dirinya mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga dan melakukan aktiviti yang tidak dapat dilakukan selama berkahwin dengan komposer itu.

"Saya hanya beraya ala kadar, cukuplah ada baju sepasang dua, cuma tahun ini mungkin berlainan dengan rutin saya sebelum ini. Dulu ada kalanya saya tidak pulang berhari raya kerana mengikut Seri Bayu, tetapi saya tetap sabar. Macam mana saya rindukan ibu, saya pendam saja dan menangis sendirian. Kini, saya bebas dan mahu menebus kesilapan lalu dengan membahagiakan hati orang tua saya," katanya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 7:19 pm

Info Farawahida

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Mainp118

NAMA: Farawahida Razali

USIA: 24 tahun

TARIKH LAHIR: 19 Mac 1985

TEMPAT LAHIR: Taiping, Perak

ZODIAK: Pisces

PENCAPAIAN: Artis Baru Wanita Popular - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 & Juara Etnik Kreatif AJL23 menerusi lagu Persoalan Cinta

ALBUM: Farawahida, Tanpamu, Semuanya Ada Di Sini & Farawahida 2009

Info Erema

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Mainp119

NAMA SEBENAR: Dayang Zaira Erema Awang Moshdad

NAMA KOMERSIAL: Erema

USIA: 25 Tahun

TARIKH LAHIR: 28 September 1983

ASAL: Kuching, Sarawak

KELUARGA: Anak sulung daripada empat beradik

ALBUM: Pelita Di Bawah Purnama.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 7:20 pm

Sepah buat hal lagi


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Mainp120
Sepah



SEBELUM ini banyak juga rungutan yang Kak Pora dengar mengenai juara Raja Lawak musim ketiga, Sepah. Ada saja gelagat yang mencalar perasaan pihak media yang berurusan dengan mereka. Tapi semua itu Kak Pora tak pedulikan dan memberi mereka peluang kerana sedar Sepah masih baru. Mungkin mereka belum faham selok belok kerja wartawan.

Tapi, cerita terbaru pasal perangai mereka ni membuatkan Kak Pora naik angin jugalah. Awal Ramadan lalu, teman Kak Pora ada menjayakan sesi fotografi khas bersama mereka. Sangkaannya bekerja dengan artis macam Sepah mudah, rupa-rupanya tidak.

Sebaliknya dari awal kawan Kak Pora dan jurugambar tiba di lokasi dijanjikan, semacam kurang selesa bila Sepah dah mula tunjuk sikap tidak profesional. Apakan tidak, sudahlah lambat datang, sampai bab bergambar pula bermacam-macam kerenah yang dibuat. Sampai pening kepala jurugambar dibuatnya. Mula-mula jurugambar itu cuba menahan sabar.

Namun selepas melihat gelagat mereka yang tidak pandai menghormati kerja orang lain, akhirnya terkeluar juga daripada mulut jurugambar wanita itu bermacam perkataan kasar. Apa Sepah ingat kerja wartawan dan jurugambar hanya melayan mereka? Tahukah mereka sepanjang Ramadan ini, pihak media bagaikan ‘bersilat’ kerana banyak liputan majlis berbuka puasa dan sesi fiotografi sempena raya kena dibuat.

Sangka Kak Pora selepas insiden itu mereka akan berubah. Namun tidak! Lagi sekali mereka buat hal. Kali ini bukan datang lewat tetapi tidak tunjuk muka langsung pada sesi fotografi yang diaturkan. Berpeluh teman Kak Pora menanti di lokasi dijanjikan. Naik lenguh jari menekan punat telefon menghubungi mereka, namun hampeh! Langsung panggilan tidak berjawab. Sebelum ini ada juga beberapa teman sudah menasihatkan teman Kak Pora supaya bersedia menghadapi kemungkinan jika mereka buat hal lagi pada sesi fotografi itu.

Tetapi selepas diyakinkan pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), teman Kak Pora teruskan juga niatnya itu biarpun terbit sedikit perasaan sangsi. Teman Kak Pora yang pada mulanya berlagak ‘cool’ akhirnya naik darah kerana belum pernah dalam hidupnya sebagai wartawan dipermainkan artis baru seperti Sepah.

Cerita kawan setugas Kak Pora tu, Sepah memaklumkan mereka menarik diri daripada fotografi kerana seorang anggotanya, Jeff dimasukkan ke hospital kerana kurang sihat. Malah sampai bersumpah lagi mengatakan mereka dah memaklumkan perkara itu kepada pengurusan AESB. Peliknya tak seorang pun pengurusan AESB yang tahu hal itu. Malah mereka juga tidak menghubungi teman Kak Pora untuk memaklumkan mengenai pembatalan sesi fotografi itu.

Sebaliknya wakil pengurusan AESB pun ada bersama teman Kak Pora di lokasi fotografi menanti Sepah yang tak nampak bayang sampai ke sudah. Siapa yang main drama ni? Yang buat Kak Pora nak ketawa terbahak-bahak hingga hampir terlucut kain yang ketat dipakai apabila Sepah mengirimkan SMS memohon perkara itu tidak diperbesarkan. Siap merayu lagi kerana bimbang akan menjejaskan nama baik mereka. Hello, sendiri mau ingatlah!

Patutlah selama ini nama Sepah kurang mendapat tempat dalam media massa. Rupa-rupanya sikap sendiri yang merosakkan karier yang sedang mereka bina. Kak Pora tak marah kalau Sepah tak menghormati kerja mereka. Lantak merekalah. Tapi jangan sampai menyusahkan pihak lain yang ikhlas membantu kerana sebelum ini Sepah sendiri sering mengadu mereka kurang mendapat publisiti. Eh, rasa panjang pula Kak Pora tulis pasal Sepah ni. Rugi pula terasa kerana ini pun kira macam beri publisiti percuma kepada mereka juga. Kalau tak belajar lagi selepas ini, balik kampung sajalah...
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 7:23 pm

'Maaf, saya bersalah'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Mainp121
Zarina Zainoordin mengaku terpaksa tarik diri sertai Impak Maksima - The Musical

MINGGU lalu, Pengarah Urusan Global Network Entertainment, Zaharuddin Abdul Wahab atau Den Wahab, menuduh bintang AF2, Zarina Zainoordin mungkir janji dan bersikap tidak profesional apabila dia menarik diri pada saat-saat akhir daripada pementasan teater Impak Maksima - The Musical yang akan dipentaskan di The Esplanade, Singapura pada 17-18 Oktober ini.

Den Wahab yang juga Penerbit Eksekutif teater berkenaan mendakwa Zarina pernah menghadiri mesyuarat kedua Impak Maksima - The Musical di The Esplanade awal Januari lalu, selain pernah menyatakan kesanggupannya untuk menyertai teater muzikal blok kedua itu di Singapura. Pun begitu, Den terkejut apabila pada 27 Ogos lalu, Zarina mengirimkan SMS kepada Penyelaras Projek Impak Maksima - The Musical, Ayie, memaklumkan dia tidak dapat menyertai teater berkenaan atas alasan mempunyai komitmen lain.

Cubaan Den menghubungi Zarina menerusi panggilan telefon mahupun SMS menemui kegagalan apabila penyanyi dan pelakon itu dikatakan tidak memberi sebarang maklum balas. Den kesal dengan tindakan Zarina kerana secara tiba-tiba saja dia menarik diri tanpa sebarang perbincangan lebih awal dengannya, walhal tiket Impak Maksima - The Musical di Singapura sudah terjual 60 peratus.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Mainp122
Mardiana Alwi

Pun begitu, selepas pihak produksi menjalankan sesi uji bakat mencari pengganti Zarina apabila pihak Esplanade memerlukan pengganti dalam kadar segera, mereka akhirnya menemui Mardiana Alwi, 21, lepasan pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) untuk memegang watak utama sebagai Ika.

Selepas dipujuk, Zarina akhirnya bersetuju menemui B*Pop, Rabu lalu bagi memberi penjelasan mengapa dia bertindak begitu drastik meninggalkan Impak Maksima - The Musical, sekali gus mendiamkan diri apabila Den meminta penjelasannya. Selain meminta maaf secara terbuka kepada keseluruhan produksi, Zarina juga bercadang menemui Den dalam masa terdekat untuk meminta maaf secara peribadi.

"Apa saja keputusan untuk meninggalkan Impak Maksima - The Musical, tidak ada kena mengena dengan buah hati saya. Saya berfikir dengan masa yang lama untuk buat keputusan ini. Bertindak daripada gerak hati, saya buat keputusan meninggalkan Impak Maksima - The Musical. Sebab utama saya tarik diri ialah ada komitmen lain. Saya cari makan dengan berlakon dan menyanyi.

Saya mengaku mengirimkan SMS, memberitahu menarik diri dari Impak Maksima - The Musical. Saya memang tak menjawab panggilan Abang Den Wahab sebab tak tahu nak cakap macam mana dengan dia. Dia seorang saja yang menelefon saya berurusan perihal Impak Maksima - The Musical selama ini. Abang Den ada telefon banyak kali. Saya mengaku bersalah, tidak mampu memberi jawapan kepadanya mengapa saya tarik diri.

Saya juga pernah menghadiri mesyuarat Impak Maksima - The Musical di Singapura. Namun, pada 17 dan 18 Oktober nanti, saya memang ada komitmen lain membabitkan kerjaya lakonan dan nyanyian saya. Keputusan menarik diri pada saat akhir, saya mengaku melakukan kesilapan. Saya tak menjangka, keputusan saya buat ini boleh menimbulkan masalah sangat besar kepada pihak produksi.

Abang Den terlalu baik dengan saya, justeru saya tak tergamak memberitahunya bahawa saya menarik diri dari Impak Maksima - The Musical. Saya tidak terus hubungi atau mengirimkan SMS kepada Abang Den memaklumkannya saya tarik diri, itu memang kesilapan saya. Saya minta maaf atas semua perkara yang berlaku ekoran penarikan diri dari teater ini.

Seingat saya, saya tak pernah cakap ya atau tidak, saya akan datang latihan. Saya bersalah, saya tak sanggup berdepan Abang Den, tak tahu macam mana nak beritahu dia, saya nak tarik diri. Saya minta maaf sebab tak memaklumkan sejak awal nak tarik diri. Saya juga tak pernah berjanji menyertai teater ini, lainlah kalau ada perjanjian secara hitam putih. Ketika menghadiri mesyuarat di Singapura, saya dijemput, tapi tak pernah berjanji apa-apa berhubung pembabitan saya dalam teater berkenaan.

Saya juga tidak pernah mengeluarkan kata-kata seperti saya akan, saya pasti menyertai Impak Maksima - The Musical. Seandainya pihak produksi menganggap saya sanggup sertai Impak Maksima - The Musical selepas menyertai mesyuarat di Singapura itu, saya minta maaf. Nawaitu memang saya nak sertai teater berkenaan, tapi semuanya bergantung pada rezeki.

Saya dengan rasa rendah diri memohon maaf pada Abang Den apabila dia mendakwa saya mungkir janji. Tapi, saya tidak pernah berniat begitu. Saya sedar, Abang Den kecewa dengan tindakan saya, tolong maafkan saya. Dalam setiap pekerjaan, saya sentiasa menitik beratkan soal disiplin, ilmu dan komitmen. Apa yang berlaku dalam produksi Impak Maksima - The Musical, sama sekali saya tidak sangka, namun saya akan memastikan ia tak akan berulang lagi pada masa depan.

Tindakan saya amat menyusahkan pihak produksi, segala kesulitan yang dialami mereka terutama Abang Den, terletak di bahu saya, justeru maafkanlah saya. Jujurnya saya bukan mungkir janji, sebaliknya saya tidak dapat memenuhi harapan produksi Impak Maksima - The Musical untuk melihat saya bersama rakan artis lain beraksi di The Esplanade, Singapura, bulan depan. Sekali lagi, saya mohon kemaafan seadanya."
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 7:27 pm

Maya belum pasti

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Mainp123

HAMPIR sedekad bertapak dalam industri hiburan tempatan bermula sebagai hos rancangan kecantikan, Wavelength yang bersiaran menerusi TV3, Maya Karin Roelcke atau Maya Karin kini mampu tersenyum puas dengan pencapaian kariernya yang penuh warna-warni.
Aktres jelita yang menggenggam trofi Pelakon Wanita Terbaik Asia Pasifik pada 2003 ini semakin bijak mengurus jadual seninya selepas mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah tahun lalu.

Menurut bekas graduan Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing ini, meskipun berpuasa, rutin harian dan aktiviti seninya berjalan seperti biasa.

“Ramai beranggapan Ramadan bulan artis berehat kerana tiada penggambaran atau kurang aktiviti seni, namun saya terikat dengan undangan berbuka puasa yang dianjurkan untuk meraikan mana-mana pihak.

“Komitmen itu menuntut saya berdandan dan bersedia hampir setiap hari, tetapi saya gembira melakukannya kerana dapat berbuka bersama anak yatim dan warga emas. Setidak-tidaknya kehadiran saya dapat menggembirakan hati mereka.

“Cuma, saya kasihankan suami kerana terpaksa berbuka puasa sendirian di rumah. Mujur dia faham kerjaya saya dan tidak pernah merungut,” kata bekas hos Channel V ini.

Terasa seperti baru saja aktres jelita ini mendirikan rumah tangga, namun realitinya ia sudah setahun dan tahun ini kali kedua dia menyambut Ramadan bersama suami tercinta.

Menyaksikan senyum tawa anak kacukan Melayu-Jerman ini, jelas tergambar kebahagiaan dikecapinya. Bercerita lanjut rutin bulan penuh berkat ini, Maya berkata, dia dan suami memilih bersahur sebelum tidur dan andai tersedar sebelum waktu imsak dia akan menyediakan segelas Milo panas untuk suaminya.

“Nasib baik suami tidak cerewet dalam soal makan, kadangkala kami cuma jamah sandwic. Jika tidak terikat dengan kerja, saya akan masak juadah kegemaran suami, malah dia tidak kisah membantu saya di dapur,” katanya yang kini sibuk mengumpul material album ketiga yang berbeza daripada dua album terdahulu, Erti Cinta (2001) dan Bukan Qalamaya (2004).

Mengulas persiapan Aidilfitri, bintang utama filem Pontianak Harum Sundal Malam ini menyediakan baju dan kuih muih, namun belum memilih destinasi untuk menyambutnya.

“Saya belum pasti sama ada beraya di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur. Jika pulang ke kampung dapatlah saya bertemu keluarga sebelah ibu, tetapi beraya di sini pun tak kurang seronoknya. Inilah masa dapat menikmati hidup tenang kerana ramai penghuni kota pulang ke kampung.

“Jalan pun tak sesak, mudah nak ke mana-mana, malah pusat beli-belah pun lengang,” katanya yang akan menyediakan lontong sebagai juadah utama lebaran nanti.

Berbicara perkembangan terbarunya, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-21 ini berkata, dia kini sibuk meneliti beberapa skrip serta tawaran yang dijangka memberi impak positif kepada kembara seninya.

Selain itu dia tidak sabar-sabar menanti tayangan filem terbaru, Pisau Cukur yang bakal menemui penonton 5 November depan. Filem arahan Bernard Chauly ini turut membariskan beberapa nama besar seperti Fazura, Aaron Aziz dan Eizlan Yussof.

“Pisau Cukur berbeza daripada filem sedia ada, malah lakonan saya sebagai Bella, bekas pramugari yang suka menggoda, juga berlainan daripada karakter yang pernah saya pegang sebelum ini.

“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan lakonan kali ini dan seronok sepanjang di lokasi penggambaran. Saya berharap peminat dapat menilai persembahan saya,” katanya.

Masih setia dengan prinsip diri, Maya belum bersedia dikenali sebagai pelakon drama. Bukan mendabik dada, jauh sekali bersikap pilih bulu, tetapi bagi pelakon versatil ini setiap artis harus menjaga nilai eksklusif masing-masing bagi mengelak peminat jemu dengan usaha yang dipamerkan.

Kata duta Nescafe ini lagi, anak seni sepertinya perlu rasional dalam memilih tawaran jika mahu bertahan lama dalam industri.

“Saya sangat memilih dan sikap itu menyuntik lebih kepuasan, malah saya yakin peminat lebih teruja menonton lakonan saya setiap kali muncul di layar lebar,” katanya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 7:31 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Mainp124

HAMPIR tiga tahun menanti, Fauziah Latiff atau Jee mampu menarik nafas lega apabila harapannya untuk muncul dengan lagu baru bakal menjadi kenyataan.
Acap kali penyanyi yang kian menonjol dalam dunia lakonan ini disogok dengan pertanyaan bila akan kembali dengan album hingga penat menjawab.

Ketika menjayakan sesi fotografi bersama Selebriti di Balai Berita baru-baru ini, Jee memaklumkan akan merakam single terbaru dalam waktu terdekat.

Lagu ciptaan Ross Arifin itu sekali gus bakal mengakhiri segala persoalan, bahkan ia menjadi perkhabaran gembira buat peminat bintang jelita ini.

“Insya-Allah saya akan masuk studio secepat mungkin. Kalau boleh, biar proses rakaman siap sebelum raya dan jika semuanya berjalan lancar single ini akan menemui peminat tahun depan.

“Selama ini saya tidak mahu terkejar-kejar kerana mahu hasilkan karya terbaik. Lagipun bila bergerak sendiri, banyak perkara perlu diteliti.

“Ross tahu apa yang saya mahu dan saya berpuas hati dengan buah tangannya kali ini. Pertama kali mendengar melodinya saya terus jatuh cinta. Bagi saya ini karya terbaiknya dan berharap orang ramai suka dengan single yang belum diberi judul ini,” katanya yang tidak lekang dengan senyuman.

Menyingkap pembabitannya dalam dunia lakonan, ibu kepada Jeffri Joaquim, 11, dan Jeremy Jay, 9, ini mengaku kian selesa, malah bersyukur apabila drama bersiri, Gelora Di Hati Sara mendapat sambutan hangat.

“Alhamdulillah, Allah buka ruang kepada saya untuk mencuba perkara baru satu persatu. Daripada menyanyi, saya kemudian diundang menjayakan teater muzikal Rubiah arahan Ahmad Tarmimi Siregar, 10 tahun lalu.

“Pembabitan sebagai pelakon semakin serius apabila Rosyam Nor menawarkan saya membintangi telefilem Kudrat Iman dan drama Gelora Di Hati Sara. Terbaru, saya kembali ke pementasan teater menerusi Muzikal Tun Abdul Razak arahan Datuk Rahim Razali. Semua peluang itu saya jadikan pengalaman dan pelajaran baru.

“Selepas Aidilfitri saya akan kembali ke lokasi penggambaran Gelora Di Hati Sara musim kedua yang dijangka selesai awal tahun depan.

“Ada juga tawaran filem menyusul tapi saya belum bersedia kerana masih hijau dalam bidang ini. Insya-Allah jika ada rezeki selepas ini saya tidak menolak,” katanya.

Beralih ke topik lebaran yang kian menjelang, Jee memberitahu belum memutuskan sama ada beraya di Kuala Lumpur atau pulang ke pangkuan keluarga tercinta di Johor.

Katanya lembut, andai tidak pulang ke kampung halaman kemungkinan besar ibunya meraikan lebaran bersamanya di Kuala Lumpur.

“Soal di mana anak akan beraya, saya belum lagi berbincang dengan bekas suami. Biasanya kami bergilir, tengoklah pada keadaan. Apa pun keputusannya nanti, saya mahu anak gembira.

“Setakat ini saya belum belikan mereka baju Melayu, mungkin sehari dua lagi saya bawa mereka membeli-belah. Bab persiapan saya tidak cerewet, segala keperluan dilakukan ala kadar saja. Untuk diri sendiri, saya sediakan beberapa baju kurung kapas,” kata pelantun lagu Teratai Layu Di Tasik Madu ini.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeSun 13 Sep 2009, 7:33 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Mainp125
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeMon 14 Sep 2009, 11:10 am

Aznil tulis buku rakam kisah bersama selebriti tempatan dan luar negara

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Azb110
Aznil ialah pengacara, penyanyi, pelakon dan penyampai radio ERA FM.

KISAH suka dan duka selebriti tempatan dan luar negara sering menjadi tajuk hangat paparan media massa setiap hari. Namun kita perlu membelek majalah, surat khabar dan rakaman berita pada tarikh atau keluaran tertentu untuk membaca kisah-kisah ini.

Jika projek terbaru personaliti popular dan juga penyampai radio ERA FM, Aznil Haji Nawawi menjadi kenyataan pada tahun hadapan, kita akan dapat baca cerita artis-artis tempatan dan luar negara dalam sebuah buku sahaja.

"Buku kompilasi ini dijangka dikeluarkan pada tahun depan. Ia akan merakamkan kisah 20 tahun pembabitan saya dalam industri hiburan bersama artis-artis tempatan dan luar negara," kata Aznil ketika dihubungi baru-baru ini.

Aznil, 47, yang juga pengacara, penyanyi dan pelakon itu berkata, dia telah menulis kisah-kisah artis tersebut sejak Disember lalu dan masih menulis cerita-cerita artis pada waktu lapang.

"Misalnya, saya kenal Mawi dan Datuk Siti Nurhaliza. Yang terbaru ialah kisah perceraian Kris Dayanti atau KD dengan Anang. Apa cerita yang seronok dan sedih? Apa pula peristiwa melucukan tentang mereka?

"Saya akan tulis banyak cerita mengenai kenangan peribadi saya bersama artis-artis terbabit. Saya juga akan melontarkan pandangan saya terhadap mereka," kata Aznil yang pernah pernah menjadi wartawan siaran TV3 dan berguru dengan penulis-penulis seperti Abd Hadith dan Datuk Ahmad Taib di News Straits Times dulu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Aznil_10
Aznil sedang dalam proses merombak konsep program 'Tom Tom Bak Astro' kelolaannya.

Menurut Aznil, buku berkulit keras itu seboleh-bolehnya akan memuatkan lebih kurang 100 cerita tentang artis dan setiap bab menceritakan seorang artis yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Katanya, artis-artis tersebut akan disusun mengikut abjad nama selebriti tersebut untuk memudahkan pembaca.

"Saya tak nak berhenti menulis. Bila dah mula menulis, momentum itu perlu diteruskan. Apabila ada ruangan masa, saya akan menulis di suratkhabar," kata Aznil yang pernah menulis novel 'Yo! It's me', 'Fifi' dan 'Si Lembik'.

Aznil yang juga merupakan kolumnis Paknil di sebuah akhbar harian tempatan pernah memenangi pelbagai anugerah sepanjang kariernya.

Antaranya, Best Talk Show (Anugerah Skrin 2007); Best Talk Show (Asian Television Award 2005) dan Best TV Host (Anugerah Sri Angkasa 2005) di samping Best TV Show (Anugerah Sri Angkasa 2004).

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Aznil_11
Terbaru, album khas 'Drama Sebabak Raya' arahan Aznil yang menampilkan 10 buah sketsa istimewa bertemakan Hari Raya Aidilfitri dilancarkan.

Selain projek buku kompilasi artis-artis tempatan dan luar negara itu, Aznil berkata, dia sedang dalam proses merombak konsep program 'Tom Tom Bak Astro' kelolaannya.

"Saya ingin menyuntik lebih warna-warni dan melahirkan semangat baru serta idea baru. Lagipun, kerana telah empat tahun ia dimainkan.. Jadi tiba masanya untuk bagi satu pembaharuan," kata Aznil.

Tambahnya, rombakan itu masih dalam perbincangan dengan penerbit sebelum musim baru ke udara pada hujung tahun.

Mengenai musim perayaan ini, Aznil telah memohon cuti dari 19 September hingga 5 Oktober ini. Para pendengar program radio stesen Era "Riuh Pagi Era" mungkin terasa 'kehilangan' suara Aznil yang menyerikan setiap pagi mereka.

Aznil secara rendah diri memberitahu, para pendengar barangkali sudah muak mendengar suaranya berkumandang di corong-corong radio.

"Saya nak bercuti di Pulau Pinang..dan duduk kat rumah aje. Saya tidak melancong ke mana-mana tahun ini kerana ancaman H1N1 masih wujud di dalam dan luar negara," katanya.

Baru-baru ini, album khas 'Drama Sebabak Raya' arahan Aznil yang menampilkan 10 buah sketsa istimewa bertemakan Hari Raya Aidilfitri dilancarkan.

Selain penyampai bersama "Riuh Pagi Era", Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad, sketsa-sketsa itu turut diserikan oleh penyampai-penyampai popular ERA seperti Ray, Adi, Burn dan Nana.

Ia juga menampilkan bintang-bintang popular tanahair seperti Ifa Raziah dan Mawi.

Aznil mendendangkan lagu raya 'Fajar Di Pagi Raya' serta lagu nyanyian bersama penyampai-penyampai ERA yang berjudul 'Suasana Hari Raya'.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeMon 14 Sep 2009, 11:14 am

Maya idam timang cahaya mata tahun depan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 01361310
Luah Maya, dia juga menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata tahun depan. -foto The Star oleh AZHAR MAHFOF

BERBICARA dengan aktres dan penyanyi jelita ini memang cukup menyeronokkan. Ada saja topik yang muncul dari mulutnya untuk dijadikan modal berbual. Itulah Maya Karin - yang memang cukup terkenal dengan sikap ramahnya sehingga hari ini.

Tutur aktres dan penyanyi berusia 30 tahun ini, tidak banyak cerita baru yang ingin dikongsinya tatkala ini. Malah, sepanjang Ramadan, dia lebih banyak 'melepak' di rumah dan adakalanya, menghadiri majlis-majlis berbuka puasa atau sesi fotografi sempena Syawal.

Ujar Maya dalam nada ceria, sekurang-kurangnya, tempoh ini dapatlah dia meluangkan lebih masa dengan suami tercinta Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali yang mana ini adalah tahun kedua mereka menyambut Ramadan dan Syawal sebagai suami isteri.

"Sejak kebelakangan ini, memang saya tidak sesibuk dulu. Lagipun, memang saya berhasrat untuk tidak terlalu aktif dengan bidang seni tahun ini.

"Ada beberapa tawaran berlakon yang saya tolak kerana saya ingin jadikan tahun ini sebagai 'private year' untuk saya. Malah, kalau ada yang perasan, sejak awal tahun ini juga saya lebih banyak aktif dengan kerja-kerja berkaitan alam sekitar.

"Cuma mungkin selepas ini saya akan sibuk sedikit dengan promosi filem Pisau Cukur arahan Bernard Chauly yang dijangka akan ditayangkan pada 5 November depan.

"Jadi, buat masa ini, banyak juga masa diluangkan bersama suami. Terutamanya sepanjang Ramadan ini, jika saya tiada majlis-majlis di luar, kami akan berbuka dan bersahur sama-sama.

"Tetapi Steven tidak cerewet tentang juadah. Dia makan apa saja. Kami juga selalunya akan bersahur sebelum tidur dan kebiasaannya, memang kami tidak akan ambil makanan yang berat. Adakalanya roti saja sudah memadai," tutur anak kacukan Melayu-Jerman ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 01361311
Dan tatkala bercerita tentang kehidupannya bersama suami ketika ini, luah Maya sambil menguntum senyuman, dia juga menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata tahun depan.

"Saya juga sama seperti pasangan suami isteri yang lain, punya impian untuk memiliki anak sendiri. Jika boleh, saya merancang untuk ada cahaya mata tahun depan. Steven juga amat mengharapkan kami dikurniakan anak.

"Tapi, saya tidak mahu terlalu fikirkan sangat kerana saya tidak mahu rasa tertekan pula. Saya percaya, Allah telah tentukan takdir semua individu. Jika ditakdirkan saya memiliki keluarga yang besar, saya bersyukur.

"Namun, jika tidak pun, saya terima semua itu. Sebagai umat Islam, selain percaya pada takdir, kita juga kena berusaha ke arah itu," katanya yang mendirikan rumahtangga dengan suaminya itu pada 15 Ogos tahun lalu di Itali.

Ditanya tentang persiapannya menjelang Hari Raya tidak lama lagi, ujar Maya, seperti mana tahun-tahun sebelum ini, persiapannya hanya ala-kadar saja.

"Apa yang saya perasan, suasana menjelang raya tahun ini tidak begitu 'happening' kan? Mungkin kerana kegawatan ekonomi membuatkan masyarakat lebih selesa untuk sambut secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan.

"Saya sendiri memang suka buat persiapan ala-kadar saja. Selalunya, kami sekeluarga akan berhari raya di kampung sebelah ibu di Pulau Pinang dan juga di Kuala Lumpur. Tetapi mungkin tahun ini kami beraya di KL saja agaknya.

"Dan sebenarnya saya teringin nak sambut raya di rumah saya di Sungai Pencala, Selangor yang kini sedang di dalam proses 'renovation'. Tetapi nampaknya rumah itu belum habis diubahsuai, jadi tak merasalah nak sambut raya di rumah 'baru'," kata Maya.

Bercerita pula tentang perancangannya selepas Hari Raya nanti, ujar Maya, selain akan bersama-sama pelakon-pelakon filem Pisau Cukur seperti Fazura dan Aaron Aziz untuk mempromosikan filem itu, dia juga akan terus menyiapkan penghasilan album ketiganya sebelum kembali aktif berlakon pada tahun depan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 01361312
Maya ketika ditemubual oleh DJ Tuah di Suria FM baru-baru ini.

"Saya ada lebih kurang empat bulan saja untuk terus 'lepak'. Lepas ni, saya akan aktif semula berlakon. Tapi, dalam tempoh ini, saya masih bekerja termasuklah dengan aktiviti promosi Pisau Cukur, cuma seperti yang saya katakan tadi, tidaklah sesibuk sebelum ini.

"Album terbaru juga nampaknya masih dalam pembikinan. Memang ramai sudah bertanyakan pada saya, bila album tersebut akan keluar. Setakat ini, sudah 50 peratus disiapkan.

"Penerbit album, Audi Mok masih lagi di dalam proses untuk meneliti album itu sebaik mungkin," kata Maya yang memegang watak sebagai penggoda bernama Bella di dalam filem Pisau Cukur.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeMon 14 Sep 2009, 11:15 am

Ako akui selalu dapat nasihat dari datuk saudaranya Tun Mahathir

HUBUNGAN persaudaraan antara aktor Ako Mustapha dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah suatu rahsia.

Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha juga mengakui dia selalu bertemu dengan Mahathir bila ada majlis menghimpunkan seluruh keluarga dan sanak-saudara.

“Tun baik dengan saya tetapi tidaklah terlalu rapat kerana beliau merupakan datuk saudara saya,” kata Ako ketika ditemui baru-baru ini.

Ditanya mengenai perjalanan kes khalwatnya yang masih belum selesai, Ako berkata dia masih menunggu tarikh dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk mendengar keputusan hukuman yang bakal diterimanya nanti.

Ako sendiri berasa sedikit tertekan dengan kes itu dan takut dengan hukuman yang bakal diterimanya kerana sebolehnya dia enggan dipenjarakan.

“Mujurlah saya mempunyai seorang peguam yang bagus untuk memberi nasihat.

“Saya masih menjalankan kehidupan seperti biasa tetapi tetap ada sedikit tekanan sebab tak tahu apa akan berlaku nanti.....saya tak nak masuk penjara,” luahnya yang diwakili oleh peguam syarie Akhbardin Abdul Kadir.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Akos110
Ako dan isterinya, Kartina Shuaib Abdullah.

Dalam menghadapi tekanan perasaan yang melanda dirinya itu, Ako berkata dia sempat berkongsi masalah dengan meminta nasihat dan pandangan daripada Mahathir.

Pandangan itu tidak terfokus kepada kes khalwatnya semata-mata malahan Mahathir juga memberikan nasihat kepadanya tentang isu dia kehilangan kerja.

Namun, Ako berkata seminggu selepas media mewar-warkan tentang isu itu, dia terus ditawarkan kerja.

Antaranya adalah berlakon sebuah telefilem di bawah arahan Raja Ahmad Alauddin dan mengarah sebuah ‘game show’ bergenre komedi untuk disiarkan di Astro Warna.

“Semasa berjumpa dengan Tun, saya ada juga mendapatkan nasihat daripada beliau dan dia minta saya sabar dan tabah.

“Tetapi dalam keluarga saya bukannya jenis suka meminta-minta sebaliknya lebih suka berdiri atas kaki sendiri.

“Walaupun saya kenal Tun, tetapi saya tidak senang-senang untuk minta projek. Mula dari datuk dan bapa saya, kami lebih berdikari sehingga sekarang kerana masing-masing sudah diajar untuk berdikari.

“Jika apa yang dilakukan tidak menjadi, jangan salahkan sesiapa tetapi kita lebih bertanggungjawab dengan diri-sendiri..,” ulas Ako yang tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak sulungnya dengan Kartina Shuaib Abdullah pada Januari tahun depan.

Keterujaan Ako terpancar apabila dia sudah mula membeli barangan untuk bayi seperti lampin, buku tentang kehamilan dan bayi.

“Insya-Allah, doktor menjangkakan isteri saya akan bersalin pada tarikh ulang tahun pernikahan kami iaitu 17 Januari.

"Sekarang ini, isteri saya baru hamil lima bulan dan pada bulan November nanti kami akan membuat upacara melenggang perut di Kuala Lumpur.

“Jadi, kami akan beraya di Kuala Lumpur dengan keluarga saya dan mungkin selepas raya baru keluarga isteri akan datang sini dari Sabah,” ceritanya yang dijangka akan menimang anak perempuan.

Ditanya tentang pengalaman menyambut bulan Ramadan pertama kali sebagai suami isteri, Ako berkata setiap pagi dia tidak lepas untuk bersahur dengan isterinya.

“Saya tidak dapat makan lebih sebab dia kawal pemakanan saya. Saya ni jenis yang tak berdisiplin tentang makan.

“Jadi, apabila ada isteri, dia akan jaga pemakanan saya agar tidak terlebih makan..,” ujar Ako sambil tersenyum.

Ako yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan Anang Sagunting dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, 21 April lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad atas kes khalwat Ako dan dia dianggap telah menghina mahkamah setelah empat kali gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu.

Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20 pagi, pada 27 Jun 2007.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeMon 14 Sep 2009, 11:21 am

Erra tidak tertekan terima surat saman!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 01363710
Erra dan pelakon Umie Aida menjayakan acara 'Istimewa Bersama Erra Fazira dan Umie Aida D' Gerai Juz Jumbo Suria FM dari 5.30p.m. hingga 6.30p.m. di Kampung Baru, semalam.

BELUM pun sempat primadona Melayu, Erra Fazira melantik peguam menyiasat status dengan bekas rakan kongsi Ferra Kosmo Look, pihak terbabit telah terlebih dahulu mengemukakan surat saman terlebih dahulu.

"Saya baru buka mulut sahaja baru-baru ini, mereka dah nak saman saya. Saya baru menerima surat saman beberapa hari lepas dan saya tidak terkejut sama sekali kerana ini adalah permainan mereka.

"Dia orang nak saman, samanlah. Saya belum melantik peguam untuk menyiasat perkara ini. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dari segi perundangan. Jika saya boleh membela diri saya, saya akan membela diri saya.

"Saya tidak akan berasa tertekan ekoran saman tersebut," kata Erra ketika dihubungi mStar Online semalam.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 01363711
Erra dan Umie berjaya menarik ramai pelanggan ke gerai Suria FM untuk membeli air minuman perisa strawberi, laici, kiwi dan mangga.

Sebelum ini, Erra dan bekas rakan kongsinya pernah menjalankan usaha sama dengannya menghasilkan produk kecantikan dan penjagaan kulit di bawah jenama 'Ferra Kosmo Look'.

Menurut Erra, walaupun telah lebih setahun menarik diri daripada usaha sama tersebut, namanya masih lagi dipergunakan syarikat terbabit.

Difahamkan Erra telah mengemukakan surat permohonan untuk menarik diri daripada kolaborasi tersebut namun hingga ke hari ini Erra masih belum mendapat hitam putih mengenai status permohonannya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 01363712
Ketua Pegawai Operasi Suria FM itu, Engku Emran turut turun padang menjual minuman kepada para pelanggan Juz Jumbo Suria FM.

Dan produk itu juga masih dijual dan nama jenama tersebut tidak ditukar dan masih lagi menggunakan Ferra Kosmo Look. Erra dilaporkan bengang apabila pelanggan produk tersebut sering merujuk kepadanya apabila pihak terbabit membuat masalah.

Justeru, Erra bercadang untuk melantik seorang peguam untuk menyiasat perkara ini sama ada pihak terbabit sengaja mahu menjejaskan reputasinya.

Kata Erra, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, Erra ketika ditanya mengenai sambutan Hari Raya tahun ini berkata, familinya akan pulang ke Pulau Pinang sebelum Hari Raya untuk melawat ibu kepada nenek suaminya, Engku Emran.

"Selepas itu, kami akan menyambut Hari Raya Pertama di Kuala Terengganu, keluarga nenek Emran. Orang kata kesesakan jalan raya mungkin memakan masa selama lapan jam.

"Biar saya rasakannya tahun ini, jika jalan sesak teruk, kami akan terbang ke sana pula tahun depan, Insya-Allah. Hari ketiga, baru kami akan pulang berhari raya di rumah ibu saya di Rawang," katanya.

Ditanya mengenai persiapan untuk anak tersayangnya, Engku Aleesya, Erra berkata, dia tidak perlu membeli banyak pakaian untuk Aleesya kerana masih terdapat banyak baju bayi yang diberikan sanak-saudara dan kawan-kawan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 01363713
Selain air minuman Juz Jumbo Suria FM, Umie, Chef Zam (tengah) dan Erra juga menjual kuih-muih.

Apa yang pasti, hari lebaran tahun ini sangat bermakna kepada pasangan Erra-Emran dengan kehadiran puteri tersayang mereka.

"Aleesya sudah tahu ketawa kuat, 'baby talk' dan memusingkan badannya" ...semua ini menggambarkan betapa berbezanya makna Syawal tahun ini kepada Erra dan suami dengan kehadiran Aleesya.

Semalam, di Kampung Baru, Erra dan pelakon Umie Aida menjayakan acara 'Istimewa Bersama Erra Fazira dan Umie Aida D' Gerai Juz Jumbo Suria FM dari 5.30p.m. hingga 6.30p.m.

Kehadiran dua selebriti tersebut telah memecahkan rekod jualan minuman empat jenis perisa strawberi, laici, kiwi dan mangga.

Menurut Engku Emran yang turut hadir menjayakan acara tersebut, sebanyak 350 cawan dijual dalam tempoh sejam kehadiran isteri dan Umie tersebut.

"Orang ramai memberikan sambutan yang sangat menggalakkan hari ini sampai cawan dan air habis dijual," katanya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeMon 14 Sep 2009, 11:22 am

Pelawak Ahmad Busu kena serangan strok, kini di PPUM

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Ahmad_10
Ahmad Busu terkenal dengan watak Mat Deris dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu. -foto UTUSAN

PELAKON dan pelawak terkenal Ahmad Busu kini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setelah mengalami serangan strok dua hari lepas. Ahmad Busu yang terkenal dengan watak Mat Deris dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu tidak sangka keghairahannya memakan buah durian menyebabkan dirinya kini terlantar di hospital.

Ahmad Busu mula mengadu yang dia tidak boleh berjalan pada hari Jumaat apabila dia tidak boleh berjalan dan mengimbangi badannya.

Menurut anak keduanya, Mohd Afiq Ahmad, ayahnya sudah dua bulan mengadu sakit kepala setelah makan durian dengan kuantiti yang banyak.

Ahmad Busu yang mengidap sakit kencing manis, bagaimanapun enggan ke hospital kerana menganggap keadaan kesihatannya tidak serius.

Namun pada Jumaat lepas, Ahmad Busu langsung tidak boleh berjalan dan sakit kepalanya juga bertambah teruk. Akhirnya setelah puas dipujuk keluarga, barulah dia mahu ke hospital.

"Setelah melihat keadaan ayah yang tidak boleh berjalan dan terpaksa dipapah, akhirnya dia bersetuju untuk ke hospital. Jadi pagi semalam, saya dan ibu membawa ayah ke PPUM," kata Afiq.

Ahmad Busu dimasukkan ke Wad Neurosains, Tingkat 5. Ramai rakan artis termasuk rakan-rakan 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' sudah pun menziarahi Ahmad Busu.

Kata Afiq lagi, menurut doktor yang merawat ayahnya apa yang dialami oleh Ahmad Busu ialah 'strok tidak boleh timbang atau kawal badan.'

"Setelah melakukan CT scan ke atas ayah, doktor memberitahu ayah mendapat serangan strok. Mata ayah juga kabur dan kakinya masih kebas-kebas hingga sekarang.

"Ayah kini mendapat rawatan insulin untuk mengawal kencing manis dari lebih melarat," kata Afiq.

Ahmad Busu, 56 tahun, cukup sinonim dengan watak Mat Deris yang dibawanya dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang disiarkan di TV3. Sitkom ini merupakan terbitan dan arahan Hatta Azad Khan yang menceritakan mengenai kehidupan harian penduduk di Flat Seri Wangi.

Kisah ini juga telah dipentaskan sebagai pementasan muzikal pada tahun 2006 serta dijadikan siri komik strip mingguan di dalam akhbar Berita Minggu.

Ahmad Busu telah menderita penyakit kencing manis sejak 13 tahun lamanya. Menurut isterinya, Seri Binti Mohamad, biarpun kurang sihat beliau tetap gagahkan diri meneruskan kariernya dalam bidang lakonan bagi menyara empat orang anaknya - bapa kepada Nur Hamizah, 24, Mohd. Afiq, 23, Muhammad Luqman, 16, dan Nur Hanis, 5,

Akibat penyakit yang dialaminya, sedikit sebanyak telah menjejaskan perjalanan kerjayanya sebagai pelakon dan pelawak sepenuh masa.

Berat badan Ahmad Busu juga telah susut teruk lebih dari daripada 10 kilogram. Kalau dulu saiz pinggang seluarnya 40 inci tetapi sekarang ia telah susut kepada 36 inci.

Malah, ayah penyayang ini paling risau apabila mengenangkan nasib anak bongsu saya iaitu Nur Hanis yang baru berusia lima tahun.

"Dia selalu risau tentang anak-anaknya terutama Hanis. Anak-anak lain dia kurang risau kerana mereka sudah besar," jelas Seri yang setia menemani suaminya di hospital.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeMon 14 Sep 2009, 11:25 am

SKRIN RIANG RIA RAYA TV9

Ceplos Beraya - Raya Pertama, Ahad, 20 Sept, 10.36 mlm – 12.30 mlm

Ceplos kehilangan kuasanya kerana berada dalam bulan Ramadan dan ini memberi kesusahan kepadanya untuk membantu Ipin menyelesaikan masalahnya dengan kekasih hati. Ceplos cuba menjadi seperti orang Islam yang lain untuk berpuasa pada ramadan ini. Ceplos mengalami masalah pada hari pertama kerana dia xdapat menahan rasa laparnya. Ceplos sering ke dapur tetapi tiada makanan. Selepas Ipin memberitahu Ceplos akan mendapat ganjaran jika dia berjaya puasa penuh sebulan Ramadan ini seperti yang lain. Adakah Ceplos berjaya untuk berpuasa? Dan dapatkah dia menyambut Hari Raya seperti yang lain.

Enal - Raya Kedua, Isnin, 21 Sept, 1.00tgh – 3.00ptg

Zainal ialah anak lelaki tunggal Haji Kulup yang bekerja di Kuala Lumpur. Dia sudah lama tidak pulang ke kampung kerana bergaduh dengan ayahnya. Setelah bertahun lamanya, Haji Kulup rindukan anaknya begitu juga dengan Zainal yang rindukan menyambut hari raya di kampung. Oleh itu, zainal membuat keputusan pada tahun ini dia akan pulang beraya tetapi memerlukan pertolongan dari rakan karib dan kekasihnya untuk menemani dia pulang supaya tidak akan dimarahi oleh ayahnya. Barisan pelakon ialah Dato Ahmad Tamimi Saregar, Azizan Nin, Chelsia Ng dan Mahesh.

Semprit Tak Bergula - Raya Ketiga, Selasa, 22 Sept, 1.00 ptg – 2.30 ptg

Alang Bakri mengidap penyakit diabetis. Isterinya telah meninggal dunia dan sejak itu dia sentiasa mencari perhatian daripada semua orang terutama pada anak lelakinya, Ramadan. Ramadan yang tinggal di bandar mengambil keputusan untuk membawa ayahnya tinggal bersama-sama dengan dia kerana isterinya, Diah boleh menjaga bapanya.

Baju Raya Istimewa - Raya Keempat, Rabu, 23 Sept, 1.00tgh – 3.00ptg

Menceritakan mengenai kisah Hafiz dan keluarganya. Hafiz yang berkahwin dengan perempuan yang lebih tua darinya, Hamidah. Hamidah selalu cemburu dengan Hafiz akan usianya. Dia selalu memikirkan yang Hafiz ada hubungan sulit degan wanita lain. Anak-anak merekalah yang mendamaikan mereka.

Enot Rayalah Pulak– Raya Kelima, Khamis, 24 Sept, 1.00tgh – 3.00ptg

Onah sudah berkahwin dgn Jonet. Enot pula bertunang dgn Salleh. Oni masih tidak puas hati dan mahukan Salleh. Salleh membawa Enot ke kedai jahit untuk menempah baju pengantin bersama Abang Mas. Cik Odah pula sibuk menghantar jemputan kahwin anaknya kerana Enot akan berkahwin semasa Hari Raya Aidilfitri. Enot terkejut apabila ibunya tiba-tiba bertanya tentang Abang Gendut . Ini kerana Abang Gendut adalah abang sepupu kandung kepada Enot. Dan sejak kecil lagi, mereka amat rapat. Mereka terpisah sewaktu Abang Gendut pergi belayar atas kapal sebagai tukang masak. Salleh cemburu kerana Enot melayan Abang Gendut dgn mesra. Dalam masa yang sama Oni menghasut Abang Gendut dgn menyatakan Salleh menaruh perasaan dengan Oni. Adakah mereka akan dapat menyelsaikan kemelut ini?
Pelakon : Shamsul Ghau Ghau , Alizza Abdullah , Norlia Ghani , Sharifah Shahora , Sheila Rusly, Isma Aliff

Studio Nabil Beraya Di Perth - Raya Keempat & Kelima, 23 dan 24 Sept, 4.30 ptg

Mengisahkan Nabil mengajak Seri pergi bercuti ke Perth, Australia. Mereka berdua amat seronok dan mula berangan-angan ke mana mereka akan pergi semasa mereka di Perth nanti. Macam-macam yang mereka rancangkan sehingga mereka sanggup tidak tidur kerana tidak mahu melepaskan peluang bercuti di Perth.

Idola Kecil Cinderella Story - Raya Keenam & Ketujuh, 25 dan 26 Sept, 4.30 ptg

Drama yang mengisahkan tentang perjalanan hidup dua beradik (Wada dan Haqiem) yang tinggal bersama ibu dan adik-beradik tiri mereka walaupun mereka mewarisi harta yang banyak daripada arwah ayah mereka. Ketamakkan ibu dan adik-beradik tirinya itu telah membuatkan hidup mereka bertambah susah. Sehinggalah pada satu hari Wada berpeluang menunjukkan bakatnya dalam bidang nyanyian dan menjadi seorang penyanyi terkenal. Saksikan drama hebat gandingan Iffa Raziah, Zizan Raja Lawak, Wada (juara Idola Kecil 08) dan finalis-finalis Idola Kecil pada hari Raya pertama nanti.

Cerita Hantu Malam Raya - Raya kedua sehingga kelima, 21 – 24 Sept, 8.36 mlm

Drama bersiri yang akan disiarkan pada Hari Raya kedua sehingga Hari Raya kelima nanti. Drama bersiri ini mengisahkan tiga rakan yang telah lama tidak berjumpa dengan abang angkat mereka akan pulang berhari raya bersama–sama di kampung pada Aidilfitri kali ini. Bermulanya satu pertandingan apabila mereka terpaksa menceritakan pengalaman paling menyeramkan. Salah seorang daripada mereka akan dapat menunaikan segala permintaan yang dihajati sekiranya memenangi pertandingan tersebut. Drama komedi bersiri ini menampilkan lakonan mantap oleh Yus, Danny X-Factor, Munir Phyne Ballerz dan Bell Ngasri.

Abang Mak Panggil Balik - Raya Kedua, Isnin, 21 Sept, 9.00 mlm – 10.36 mlm

Sebuah drama komedi mengisahkan perjalanan Kassim untuk pulang ke kampung halaman. Sepanjang perjalanan dia menghadapi pelbagai halangan yang melambatkan perjalananya pulang ke rumah dengan tidak mengetahui bahawa ibunya telah pergi ke Kuala Lumpur untuk menyambut Hari Raya bersamanya.

Takbir Rindu - Raya Ketiga, Selasa, 22 Sept, 9.00 mlm – 10.36 mlm

Zamri telah ditempatkan di hospital mental selama tiga tahun. Dia dikeluarkan pada hari pertama Ramadan dan misi utamanya adalah mencari anaknya iaitu Adil. Bekas isterinya, Kay mendakwa Zamri ada penyakit mental kerana dia takut tidak akan mendapat hak penjagaan terhadap Adil. Walaubagaimanapun, Adil membesar dan ingin mengetahui ayah kandungnya. Zamri cuba mencari bekas isterinya dan Adil tetapi gagal. Suatu kemalangan pelik berlaku yang bakal meragut nyawa Zamri tetapi ia juga memberi peluang kepadanya untuk meluangkan masa bersatu dengan anaknya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya.

Madu Oh Madu - Raya Keempat, Rabu 23 Sept, 9.00 mlm – 10.36 mlm

Drama komedi yang melibatkan keceriaan seorang lelaki berkahwin dengan dua isteri dimana mereka tinggal di bawah satu bumbung. Kehidupan mereka seperti pasangan suami isteri yang biasa sehinggalah suatu hari ibu mertua bercadang untuk melawat mereka dan tinggal untuk beberapa hari. Si suami tidak dapat membuat keputusan untuk menyambut Hari Raya dimana.

Raya Sedondon - Raya Kelima, Khamis, 24 Sept, 9.00 mlm – 10.36 mlm

Drama yang membariskan pelakon hebat seperti Abby Abadi, Hasnol Rahmat, Kartina Aziz, Norlia Ghani & Zami Ismail. Ia mengisahkan tentang Imran dan Ratna yang telah lama bertunang tetapi masih belum berkahwin. Ini adalah kerana kedua-ibu mereka sedang berebutkan seorang lelaki bergelar “Datuk” tetapi tanpa disangka, “Datuk” yang mereka rebutkan itu sebenarnya hanyalah pemandu kepada “Datuk”.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeMon 14 Sep 2009, 2:44 pm

Putus kasih?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Mainpi15
Scha Alyahya akui malu dan mula rimas saat ditanya mengenai hubungannya dengan Fahrin Ahmad

MEMILIH laluan hidup sebagai selebriti ada kalanya ditafsirkan seperti mengizinkan segala sisi hidup dibentangkan kepada khalayak. Mahu atau tidak, ia seperti syarat yang harus dilalui tanpa prejudis. Tidak kuat semangat dan salah percaturan, ia seperti menempah 'maut'.

Biar ada selebriti yang tegar berahsia mengenai sesuatu perkara terutama kisah peribadi, pada akhirnya ia dapat juga dihidu dan tidak mampu berselindung lagi. Tak ramai artis yang bertuah mampu menyimpan erat rahsia peribadi dan ada juga yang memilih untuk bersikap jujur mendedahkan perihal sebenar.

Semuanya terpulang kepada empunya badan. Hubungan Fahrin Ahmad dan Scha Alyahya juga antara yang terus menjadi perhatian dan sentiasa menjadi bahan mengisi dada akhbar dan majalah. Bersikap terbuka mengenai status hubungan mereka juga bukan alasan yang mampu menyelamatkan diri sebaliknya ia seperti menjerat diri.

Dalam hal ini, tidak boleh dipersalahkan Scha mahupun Fahrin, cuma ada kalanya faktor keadaan yang menyebabkan sesuatu yang tidak diingini berlaku tanpa disedari. Hampir setiap temu bual yang membabitkan mereka, pastinya soalan ‘cinta’ dan bila hendak kahwin diaju.

Soalan sebegitu menjadi lumrah dan sentiasa menjadi modal untuk ditanya wartawan. Bijak menepis atau mengelak, mungkin sesekali boleh selamat. Tapi jika bersikap seperti Scha yang selamba dan tidak tahu berdiplomasi atau berselindung, niat jujur barangkali memberi natijah sebaliknya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Mainpi16

“Di laman sosial Facebook, peminat saya sudah mula bising apabila soal kahwin menjadi tajuk utama penulisan artikel mengenai saya. Scha faham tugas wartawan mereka hanya melaporkan apa yang ditulis. Cuma sejujurnya saya hairan dalam banyak-banyak isu, soal kahwin juga yang akan terpilih menjadi tajuk utama.

“Komen peminat saya di laman itu, mereka cakap saya tidak perlu memukul canang atau kecohkan soal kahwin. Saya faham niat mereka tapi mahu atau tidak, saya hanya menjawab persoalan yang diajukan wartawan. Peminat tak berkenan sedangkan hal itu di luar bidang kuasa saya,” katanya ketika ditemui dalam sesi fotografi sempena lebaran di butik Bahari Asyek di Plaza Shah Alam minggu lalu.

Kali terakhir Scha dikerumuni wartawan ialah ketika majlis berbuka puasa anjuran Astro dua minggu lalu. Bayangkan selepas itu, hampir kebanyakan surat khabar dan majalah mula bertali arus menyiarkan cerita hubungan mereka.

Difahamkan ketika itu, hubungan mereka sudah mula goyang biarpun Scha masih berlapik memberi jawapan selamat. Mungkin juga, masa itu tidak sesuai untuk menjelaskan apa yang terjadi. Secara baik juga, pelakon kelahiran Sungai Petani itu berharap supaya hubungan mereka tidak lagi digembar-gemburkan.

Biarpun sedikit keletihan kerana sedang rancak melunaskan penggambaran Awan Dania musim kedua, Scha masih bertahan meluangkan masa ke sesi fotografi ini. Dalam keadaan sepantas kilat, empat pasang busana milik butik Zahalina Ab Rahman itu digayakan dengan penuh pesona.

Sejurus selepas berbuka puasa dan sesi temu bual dijalankan, Scha harus kembali ke lokasi penggambaran drama Awan Dania 2. Temu bual santai yang diadakan sedikit sebanyak berjaya mendasari gejolak hati pemilik bernama penuh Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir itu.

“Kalau boleh saya tidak mahu terus-terusan dikaitkan dengan Fahrin lagi. Terus terang saya rimas dan lemas dengan kisah ini apabila terus menjadi tumpuan. Peritnya rasa seperti susah saya nak bernafas. Pergi ke mana-mana saja orang asyik tanyakan dia.

“Bayangkan dalam soal kerja pun ada yang mahu menggandingkan kami dalam drama atau telefilem. Ralat juga rasanya apabila kisah kerjaya ditenggelami soal peribadi. Lihat saja contoh hubungan Nicole Kidman dan Tom Cruise. Ketika mereka bersama, orang hanya nampak Nicole sebagai kekasih Tom bukannya bakat yang ada.

“Selepas mereka berpisah, Nicole melonjak naik. Saya sendiri harus memikirkan langkah ke depan. Apa juga keputusan yang diambil ini harapnya tidak akan menyinggung perasaan mana-mana pihak. Saya sendiri tidak tahu bila saya akan kahwin dan sampai bila sesebuah hubungan itu akan bertahan,” katanya sambil memberitahu mula naik malu apabila ramai yang bertanya soal kahwin.

Bagaimanapun 10 bulan mengenali Fahrin, Scha sedar banyak perkara baik yang dikenang sehingga kini. Kata Scha, lelaki berbadan sasa itu banyak mengajarnya banyak benda yang penting untuk terus dipraktikkan.

“Sebagai contohnya dalam soal bagaimana untuk berdepan dan mempertahankan diri dengan pihak yang bijak memanipulasi dan mencipta spekulasi. Dia turut mengajar Scha untuk sentiasa mempamerkan diri sebagai seorang yang tegas di depan orang. Malah soal menjaga pendapatan dan kemahiran hidup dan rumah tangga turut dikongsinya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, petang ini satu sidang media mengumumkan pengacara dan perunding tari Sehati Berdansa musim ketiga akan diadakan. Persoalan sama ada betul atau tidak telahan dan andaian orang bahawa Scha akan bergandingan dengan Fahrin hanya terjawab hari ini.

“Jika diberi mandat, saya kena mempersiapkan diri daripada aspek mental dan fizikal. Terpilih itu bermaksud saya kena cuba melakukan sehabis baik. Ke depan, atas paksi profesionalisme jika kami digandingkan dalam apa juga medium, saya akan bekerjasama. Saya pun ramai kawan artis yang boleh membantu,” katanya.

Dalam pada itu, Scha turut ditanya kononnya sudah mula berlagak diva di set penggambaran drama arahan Azizi ‘Chunk’ itu. Malah, yang paling lucu, duta produk Bio Essence dan Silky Shine itu dikatakan menjadi kesayangan pengarah itu.

“Saya tahu gosip ini sudah mula tersebar. Saya tidak melatah. Senang cakap, saya hanya lunaskan kerja yang diamanahkan dan orang lain pun harus melakukan perkara yang sama. Apa yang penting ialah komunikasi. Saya jenis yang akan cakap terus dengan elok apa-apa hal yang tidak puas hati contohnya soal solekan.

“Jika karakter Scha tidak memerlukan solekan tebal kenapa perlu berbuat demikian. Apabila saya mempersoalkan perkara itu, mulalah keluar cerita saya perasan hebat dan berangan diva. Kalau saya dikatakan diva, saya tak pernah lambat ke lokasi. Saya juga tidak mengarah orang buat itu dan ini kerana semuanya dilakukan pembantu peribadi,” katanya yang akan berehat seketika daripada menjalani penggambaran drama Awan Dania 2 untuk bercuti menyambut lebaran.

Insya-Allah, berkemungkinan besar, Scha akan kembali bekerja mulai raya kelima. Tahun ini, Scha beraya di Kuala Lumpur dan tidak pulang ke Sungai Petani kerana kebanyakan sanak saudara akan beraya di Kuala Lumpur.

Sedangkan lidah lagi tergigit

SEMENTARA itu, Fahrin yang dihubungi Hip untuk ditanya lanjut mengenai hubungannya dengan Scha memberitahu apa yang terjadi antaranya dengan pelakon itu sebagai resam hidup. Seperti kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita sesama manusia.

“Saya rasa situasi yang dihadapi ini boleh diaplikasikan kepada mana-mana pasangan. Lumrah dalam hubungan pasti ada fasa turun naik. Orang yang berkahwin pun boleh ‘bergelora’, inikan pula pasangan bercinta yang tidak mempunyai ikatan yang sah.

“Tipulah kalau saya cakap tiada masalah dalam hubungan kami. Normal perkara itu. Setakat tercuit atau tercubit sikit, semuanya turut dilalui pasangan lain juga. Dalam soal jodoh, saya tidak mampu menjangka sejauh mana hubungan itu akan pergi jauh,” katanya ringkas seperti melindungi sesuatu.

Dalam kenyataan Fahrin sebelum ini pun, jejaka tampan ini pernah berbicara mengenai soal kesediaan untuk bergelar suami apatah lagi usianya kini sudah mencecah 30 tahun. Persoalan di sini, siapa calon paling tepat yang bakal menjadi suri hatinya? Andai Scha yang terpilih bergandingan dengan Fahrin untuk Sehati Berdansa musim ketiga, apakah sejarah yang pernah terjadi pada musim kedua itu akan berulang kembali?
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeTue 15 Sep 2009, 9:50 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Rabban10

Rabbani ke UAE bersama perjuangan Ustaz Asri

Kumpulan Rabbani bergambar selepas selesai membuat persembahan pada majlis berbuka puasa di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. -foto mStar

KETIADAAN Allahyarham Ustaz Asri sebagai peneraju utama kumpulan nasyid terkemuka tanahair Rabbani kini membuatkan mereka lebih kuat dan berusaha untuk meneruskan perjuangan yang telah lama dibawa bersama.

Terbaru, Rabbani akan diterbangkan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2 Syawal yang bakal tiba bagi membuat persembahan pada satu Festival Nasyid di sana nanti.

Menurut salah seorang anggotanya, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, mengatakan Rabbani telah dijemput oleh pihak penganjur di sana untuk membuat persembahan pada majlis penutupan festival tersebut.

"Festival tersebut sebenarnya telah berlangsung selama sebulan sepanjang ramadan di sana, Rabbani telah dijemput untuk membuat persembahan penutup festoval tersebut pada 2 Syawal nanti.

"Perbincangan telah lama dibuat, sebelum puasa lagi pihak mereka telah datang dan berjumpa dengan Ustaz Asri bagi membincangkan perkara ini.

"Namun berikutan pemergian mengejut Ustaz Asri pada 13 Ogos lalu telah menyebabkan perbincangan ini terhenti seketika.

"Tidak lama selepas itu, mereka ada datang berjumpa kami sekali lagi dan menyuarakan hasrat mereka untuk tetap membawa kami ke sana, tetapi kami kata Ustaz Asri telah meninggal dunia dan mereka mengatakan mereka tahu tentang berita sedih tersebut malah mahu kami meneruskannya juga.

"Jadi kami pun memutuskan untuk membuat persembahan di sana dan kami sedang giat menjalani latihan," katanya yang ditemui selepas majlis berbuka puasa dan pelancaran Kembara Ilmu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

Menurut Asri juga, ketika di UAE nanti, Rabbani akan dijemput untuk menghadiri satu sesi temubual di dua stesyen televisyen di sana dan membuat persembahan.

"Di sana nanti, Rabbani akan menghadiri satu sesi temubual dan membuat persembahan di dua stesyen televisyen UAE.

"Tetapi kami masih belum dimaklumkan mengenai nama stesyen televisyen tersebut, apa yang kami tahu, ia hanya sebuah temubual dan persembahan tidak formal sahaja.

Selain itu, Asri turut memberitahu bahawa Rabbani akan cuba berbincang bersama Kedutaan Malaysia di UAE bagi menyusun aktiviti tambahan selama Rabbani di sana nanti.

"Kami merancang untuk menyambut raya di sana bersama rakyat Malaysia atau pelajar-pelajar Malaysia yang menetap di sana...tetapi semuanya bergantung pada waktu.

"Kami akan cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di sana dan berbincang mengenai perancangan kami ini.

"Biasanya semua akan diaturkan oleh pihak kedutaan, jadi kami hanya boleh menyuarakan idea kami dan selebihnya diserahkan kepada pihak kedutaan," jelasnya lagi.

Terlibat dalam program Kembara Ilmu

Rabbani juga akan bekerjasama dengan Al Bayan Corporation Sdn Bhd abgi menjayakan program Kembara Ilmu.

Kembara Ilmu merupakan program Insentif Bahasa Arab (KUIBA) yang akan dijalankan di Jordan, Lubnan dan Syria.

Rabbani akan menyertai peserta program ini membuat lawatan sambil belajar ke tiga buah negara Arab dan Rabbani akan membuat persembahan di beberapa buah universiti terpilih di sana nanti.

Menurut Pengarah Eksekutif Al Bayan Corporation Sdn Bhd, Dato' Mahamud Abdul, Rabbani dipilih bagi menjayakan program ini adalah kerana kredibiliti yang dimiliki Rabbani untuk menarik minat penduduk di sana mengenali masyarakat Melayu.

"Kami memilih Rabbani adalah kerana kami lihat Rabbani mempunyai kredibiliti dalam setiap kerja yang mereka lakukan.

"Objektif utama kami adalah untuk memperkenalkan masyarakat Melayu di sana dan melalui lagu-lagu Rabbani, diharap mampu untuk menarik minat mereka.

"Secara peribadi, saya pernah bekerjasama dengan Rabbani ketika saya mengendalikan sebuah rancangan agama di TV1 suatu ketika dahulu di mana lagu montaj rancangan tersebut telah dihasilkan oleh Rabbani.

"Jadi itu juga adalah antara faktor mengapa Rabbani dipilih untuk menjayakan program ini," katanya.

Rabbani akan membuat persembahan dengan menyanyikan beberapa buah lagu Arab, malah lagu nasyid melayu turut akan dinyanyikan dan terjemahan lagu tersebut dalam bahasa Arab akan diedarkan pada penonton di sana agar mereka dapat memahami maksud yang terdapat di dalam lagu nasyid Melayu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeTue 15 Sep 2009, 9:53 am

Umie Aida beraya di rumah kekasihnya, Datuk 'K'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 01363714

SAMBUTAN Hari Raya tahun ini agak istimewa buat aktres jelita, Umie Aida kerana beliau akan menyambut Hari Raya di rumah kekasihnya, Datuk K di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada hari kedua lebaran.

Menurut Umie, dia akan membawa bersama dua anak angkatnya, iaitu Mohd Daniel Firdaus, 16, serta Mohd Zulhilmy, 15 serta adiknya.

"Insya-Allah, jika tiada aral melintang, saya akan berhari raya di rumahnya (Datuk K). Ahli-ahli keluarganya baik-baik belaka.

"Sudah beberapa kali mereka ajak saya pergi tapi tak dapat pergi.. Jadi pada Hari Raya ini, saya akan pergi ke situ berhari raya," kata Umie sambil tersenyum manis.

Aktres yang mencipta nama dengan lakonan mantapnya dalam drama 'Salam Taj Mahal', 'Surah Terakhir' dan 'Selamat Hari Jadi Su' ditemui semasa dia dan selebriti Erra Fazira menjayakan acara 'Istimewa Bersama Erra Fazira dan Umie Aida D' Gerai Juz Jumbo Suria FM dari 5.30p.m. hingga 6.30p.m. Ahad lalu.

Kehadiran kedua-dua selebriti tersebut di gerai Suria FM menyebabkan orang ramai mengemuruni gerai itu sama ada untuk membeli air minuman, kuih samprit atau kuih tart nenas atau bergambar dengan Erra mahupun Umie.

Umie tidak kekok melayan para pelanggan kerana katanya, dia sudah biasa berniaga.

"Saya pernah menjalankan bisnes perniagaan restoran, kafe selain membantu abang saya menjual popiah. Saya sebenarnya seronok datang ke sini.

"Perbezaannya cuma di gerai bazar Ramadan, saya dan Erra dikerumuni para pelanggan. Tapi semua ini adalah pengalaman menarik bagi saya," kata Umie, 36.

Mengenai lawatannya ke rumah Datuk K nanti pula, Umie berkata, "Ini merupakan kali kedua saya pergi ke rumahnya tetapi kali pertama berhari raya di situ."

Bila ditanya bila tarikh pertunangannya dengan Datuk K, Umie secara berhemah berkata: "Tengah dalam proses persiapan".

Mungkinkah pertunangan itu berlangsung selepas Hari Raya, sekali lagi Umie tidak menolak ramalan tersebut.

"Saya benar-benar tidak tahu. Apa yang pasti saya akan memaklumkan kepada media apabila sampai masanya," kata Umie yang masih berteka teki tentang tarikh pertunangannya dengan Datuk K.

Umie sebelum ini memberikan bayangan dia mahu majlis pertunangan yang ringkas dengan lelaki idamannya yang lebih mesra dipanggil 'Abang K'.

Datuk K menurut Umie, adalah lelaki berkulit cerah, berwajah Cina dan sudah 15 tahun menduda serta mempunyai dua orang anak lelaki.

Eksekutif Perhubungan Awam Suria FM, Mohd Fahami Ghazali membawa poster untuk menarik perhatian orang ramai.

Pada 17 Mei lalu, majlis merisik antara Umie dan Datuk K - seorang tokoh perniagaan - telah diadakan dan ia dihadiri kaum keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, Umie adalah antara calon yang disebut-sebut memegang watak Natrah dalam teater 'Natrah' arahan kakaknya, Erma Fatima yang akan dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 17 November hingga 25 November ini.

"Saya tidak boleh cakap mengenai perkara itu. Biar IB yang umumkannya," kata Umie yang turut dicalonkan bersama nama-nama lain termasuk pelakon Diana Danielle dan Remy Ishak.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeTue 15 Sep 2009, 9:55 am

Jamal akan pentaskan muzikal lagu lagenda tahun depan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Jamal111
Jamal akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan anaknya, Osama Yamani.

NAMA Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah masih kuat untuk menarik para peminatnya hadir menyaksikan konsert muzikal ‘Jamal...Kembara Seniman’ sekitar Ogos lalu.

Walaupun tidak mendapat tajaan mana-mana pihak, nampaknya penyanyi terkenal menerusi lagu ‘Kekasih Awal dan Akhir’, ‘Azura’ dan ‘Gadis Melayu’ ini mampu merealisasikan konsert istimewanya itu.

Malah, Jamal pernah berkata yang dia sendiri tidak menganggap ini akan menjadi konset terakhirnya.

Dalam diam-diam, Jamal mengaku yang dia sedang merancang untuk mementaskan konsert untuk lagu-lagu lagenda pada tahun depan.

“Saya telah memikir untuk melakukan konsert untuk lagu-lagu lagenda di Istana Budaya pada tahun depan yang agak berlainan konsep daripada konsert sebelum ini.

“Lagu-lagu lagenda yang dimaksudkan adalah lagu popular dari dulu hingga sekarang seperti nyanyian Alleycats, P. Ramlee sebagai tribut.

“Insya-Allah, jika tiada aral kita akan laksanakan konsert itu lepas raya tahun depan,” ujarnya yang turut menanam impian untuk merakamkan semula lagu-lagu komposer terkenal Datuk Ahmad Nawab yang dinyanyikan oleh artis lain.

Kata Jamal, dia mahu mengumpulkan semua koleksi lagu-lagu Ahmad Nawab dalam sebuah album kompilasi.

“Saya nak rakam semula lagu-lagu Ahmad Nawab yang dinyanyikan oleh artis lain seperti Datuk DJ Dave dan Datuk Khadijah Ibrahim.

“Selain itu, saya juga akan memuatkan dalam sebuah atau dua buah lagu baru,” katanya yang memaklumkan sepatutnya merakamkan sebuah lagu raya tetapi disebabkan masalah tertentu Jamal tidak dapat berbuat demikian.

Jamal yang telah tampil dengan album terbarunya, ‘Tak Hilang Cinta’ turut mengakui yang album memuatkan 10 lagu seperti ‘Tak Hilang Cinta Di Dunia’, ‘Apa Lagi’ dan ‘Terpesona Dusta’ itu telah pun mendapat cakera emas iaitu dianggarkan lebih 10,000 unit album yang telah terjual.

Rai aidilfitri dengan Perdana Menteri dan ahli politik

Bercerita tentang kehidupan baru Jamal selepas bercerai dengan Fatimatuzahra Samat pada 4 Julai lalu, kini Jamal berkata bulan puasanya lebih fokus untuk membuat ibadat dan amal.

“Alhamdulillah, saya lebih senang dengan keadaan begini dan mudah-mudahan Allah akan beri rahmat untuk tahun-tahun seterusnya,” ujarnya yang akan menyambut Hari Raya pertama di Kuala Lumpur.

Menurut Jamal, dia akan meraikan Hari Raya nanti sempena majlis rumah terbuka di kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Sri Perdana, Putrajaya.

“Saya terlibat dengan persembahan di rumah PM pada hari raya pertama nanti. Anak saya, Osama Yamani juga akan mengikut saya nanti untuk beraya bersama-sama.

“Saya juga akan menghadiri majlis rumah terbuka beberapa ahli parlimen dan ahli politik seperti di Serian, Sarawak dan sekitar Kuala Lumpur yang kebanyakannya ingin meraikan pengundi-pengundi mereka,” kata Jamal.

Namun, dia bersifat berkecuali apabila diajukan tentang perancangan untuk bergelar ahli politik pada suatu hari nanti.

Jawab Jamal sambil tersenyum, “Sebagai artis, saya berada di tengah-tengah kerana parti pembangkang pun ada yang berminat dengan saya..”

Selepas selesai beraya di Kuala Lumpur, Jamal akan pulang ke kampungnya di Ipoh, Perak pada Hari Raya keempat.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeTue 15 Sep 2009, 9:56 am

Isu 'Facebook' Ashraf: Lebih ramai sokong dari benci saya di Indonesia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Ashraf10
Ashraf Sinclair (kiri) bersama isterinya, Bunga Citra Lestari. - foto THE STAR oleh VICTOR K.K.NG

KECOH juga apabila perselisihan yang berlaku di antara Malaysia dan Indonesia berikutan isu lagu kebangsaan 'Negaraku' yang dikatakan meniru rentak lagu Indonesia 'Terang Bulan' dan isu kontroversi tarian pendet.

Malah berikutan masalah itu juga, berita mengenai pelakon, Ashraf Sinclair, kononnya diusir dari negara Indonesia juga menjadi panas setelah disiarkan di laman web Facebook serta berita tersebut juga telah dikeluarkan oleh sebuah tabloid bahasa Inggeris semalam.

Ketika dihubungi mStar Online semalam bagi mendapatkan reaksinya berkenaan isu tersebut, Ashraf yang kini menetap di Indonesia bersama isterinya, aktres/penyanyi Bunga Citra Lestari, berkata keadaannya di Indonesia begitu baik malah tidak pernah menghadapi sebarang masalah di sana.

"Saya telahpun dimaklumkan mengenai berita yang dikeluarkan oleh akhbar tersebut dan saya ingin menjelaskan bahawa keadaan saya di sini sangat baik dan tidak menghadapi sebarang masalah.

"Saya memang bekerja dan mencari rezeki di sini (Indonesia), tetapi semuanya tiada masalah. Saya ada berlakon drama di sini yang berjudul 'Cinta dan Anugerah' dan apa yang membanggakan adalah semua penduduk Indonesia dapat menerima drama lakonan saya itu dengan baik.

"Rating drama tersebut berada di nombor dua sekarang, malah sudah hampir 100 episod pun drama tersebut ditayangkan," katanya.

Menurut Ashraf juga, isu yang disiarkan di Facebook itu juga tidak mendapat sambutan kerana pihak yang terlibat dalam memberi komen terhadap isu tersebut tidak ramai dan tidak aktif.

Ashraf juga menganggap semua ini adalah perbuatan sesetengah pihak yang anti atau tidak suka terhaadap dirinya.

"Saya merasakan semua itu adalah perbuatan sesetengah pihak yang anti terhadap saya... itu adalah perkara biasa, semua orang ada masalah begini, bukan saya sahaja.

"Artis-artis lain juga ada pihak yang anti terhadap mereka. Saya sudah periksa di Facebook, hanya terdapat 150 orang sahaja yang memberi komen pada isu tersebut.

"Dari 200 juta penduduk Indonesia, hanya 150 orang sahaja yang anti saya, ini tidak memberi apa-apa masalah pada saya.

"Di sini, lebih ramai yang menyokong saya dan semua mereka kenal dan minat dengan lakonan saya. Laman web Twitter saya juga sudah mempunyai 11 ribu orang pengikut dan sebahagiannya adalah peminat dari Indonesia.

"Semua itu sudah membuktikan betapa saya diterima di sini dan lebih ramai yang menyokong saya dari yang membenci saya," jelas Ashraf yang kini aktif berlakon di sana.

Ashraf juga menyatakan hasratnya agar peminatnya serta rakyat Malaysia tidak cepat melatah dengan masalah yang sedang berlaku kini kerana Ashraf tidak mahu keadaan antara Malaysia dan Indonesia bertambah buruk.

"Jadi saya ingin meminta semua peminat saya dan rakyat Malaysia tidak melatah dan naik angin dengan apa yang digembar-gemburkan terhadap saya. Saya tidak mahu anda semua fikir bahawa saya telah ditindas di sini.

"Alhamdulillah, keadaan saya baik... saya sangat diterima oleh orang-orang di sini dan tidak mahu keadaan antara Malaysia dan Indonesia menjadi bertambah buruk disebabkan isu seperti ini," katanya.

Sempat ditanya mengenai sambutan hari raya, Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohamed Sinclair, mengatakan dia sudah tidak sabar untuk pulang beraya ke Kuala Lumpur pada hari raya kedua nanti.

"Bercakap pasal raya, saya akan pulang beraya ke Kuala Lumpur pada raya ke dua dan saya rasa tak sabar untuk sambut raya.

"Baru dua malam lepas, saya sampai termimpi-mimpi beraya kat Malaysia dengan makan macam-macam makanan seperti lemang, rendang, nasi beriyani dan berbagai lagi.

"Saya akan beraya di Kuala Lumpur selama tiga hari... dan pada pagi 26 September saya akan bertolak ke Jakarta untuk sambung kerja semula," kata Ashraf.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeTue 15 Sep 2009, 6:46 pm

'Mood' berbeza

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Mainp126
Zed Zaidi tidak mahu berfikir soal cinta tetapi sebaliknya Ainul Aishah sedia untuk bercinta lagi

MEMILIH untuk berada di bawah sesebuah syarikat pengurusan artis ada kalanya menjadi percaturan yang akan menentukan turun naik kerjaya. Silap pertimbangan, ada sesetengah kerjaya artis yang menggunakan khidmat syarikat pengurusan bagaikan terus malap.

Tetapi tidak semua yang memilih untuk diuruskan agensi sebegini berakhir dengan kekecewaan. Lalu tidak hairanlah, Zed Zaidi dan Ainul Aishah turut memilih syarikat pengurusan Aquila Emas seperti rakan artis Zizan Nin, Yasmin Hani, Tony Eusoff, Airis Yasmin, Lana Nordin, Chelsia Ng dan Isma Hanum.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeTue 15 Sep 2009, 6:48 pm

Tak perlu jaga hati sesiapa

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Mainp127
LAN berjanji akan lebih komited dengan kerjaya seninya selepas ini.

KETEPIKAN seketika soal kontroversi yang sering dipalitkan padanya sebelum ini. Selepas meninggalkan kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) dan mengambil keputusan untuk bergerak secara solo, Lan yang kini mahu dikenali sebagai Azlan & The Typewriter mahu melupakan terus cerita panas yang banyak kali dikaitkan dengannya sebelum ini.

Jika Azlan atau lebih mesra disapa Lan ini sering dikatakan mempunyai masalah disiplin namun sejajar dengan kemunculannya sebagai artis solo, Lan berjanji untuk lebih komited dalam kerjayanya. Justeru, tidak hairanlah jika untuk kesinambungan kariernya kali ini, Lan lebih selesa bergerak secara solo kerana baginya itu lebih memudahkan dirinya.

“Apabila bergerak solo, saya lebih senang membuat keputusan sendiri dan lebih komited dalam kerjaya. Lagipun, apabila bergerak sendiri saya tak perlu nak jaga hati sesiapa. Kalau ada perkara yang tak kena di mana-mana, saya sendiri yang tanggung risiko.Malah, saya juga bebas untuk buat muzik sendiri,”kata Azlan ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbarunya berjudul Kelibat Si Penyair di sebuah hotel terkemuka di Hotel PJ Hilton, di Petaling Jaya baru-baru ini.

Dengan kenyataan itu apakah ini bermakna Lan memang seorang artis yang bermasalah seperti mana yang digembar-gemburkan sebelum ini. Bagaimanapun, ketika diajukan pertanyaan itu, Lan tidak memberi sebarang jawapan pasti berhubung isu itu.

“Entahlah, susah nak kata. Cuma apa yang penting, selepas ini Lan akan lebih komited pada kerjaya dan single terbaru ini menunjukkan Lan memang serius dalam bidang ini,” katanya yang turut mendendangkan dua buah lagu lain iaitu Mendaki Bumi dan Ada Jiwa.

Pun begitu, walaupun memang ada desas desus yang mengatakan Lan terpaksa menarik diri dari kumpulan MUH kerana tiada persefahaman, namun menurut Lan antara dia ahli kumpulan MUH yang lain masih lagi berhubung antara satu sama lain.

“Malah mereka juga banyak menyokong kerjaya saya dan menggalakkan saya untuk terus aktif dalam bidang ini. Mungkin ada yang mengatakan walaupun saya bergerak sendiri namun agak sukar untuk mengikis imej MUH dalam diri saya.

“Saya akui perkara itu namun bagi mereka yang peka dengan muzik MUH, mereka pasti akan dapat merasakan perbezaannya kerana Azlan & The Typewriter lebih kepada Alternatif Rock. Saya pasti, lambat laun peminat pasti akan dapat menerima muzik kami secara perlahan-lahan,” katanya yang diiringi tiga pemuzik undangan iaitu Din sebagai gitaris, Bakri (drum) dan Pak Ku (bass) sewaktu membuat persembahan pada petang itu.

Melihat kepada nama Azlan & The Typewriter tentu akan ada yang menyangkakan Lan kini sudah mempunyai kumpulan baru. Apatah lagi selepas ini, Lan akan sentiasa diiringi pemuzik yang sama dalam mana-mana undangan.Bagaimanapun, menurut Lan, The Typewriter hanyalah simbolik semata-mata.

“Perkataan Typewriter atau mesin taip itu sendiri menggambarkan sesuatu yang lama dan ini ada kena mengena dengan sentuhan muzik kami yang lebih bersifat old school. Selain itu, ia juga adalah lambang kepada karya yang saya hasilkan sendiri bersama seorang lagi rakan.

“Seperti yang saya katakan tadi, saya lebih senang bergerak sendirian kerana itu lebih mudah. Dan saya harap dengan nama baru itu dapat memberi semangat baru kepada saya,” katanya yang bakal muncul dengan album penuh berjudul Peta Minda penghujung tahun ini.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeTue 15 Sep 2009, 6:52 pm

Ramadan paling bahagia Yatt

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Hi_02_27
YATT tetap aktif berlakon pada bulan Ramadan walaupun ketika ini sedang hamil bayi pertama.


MENEMPUH alam rumah tangga sejak Mac lalu, bagi pelakon muda, Haryati Hamzah, 29, atau lebih mesra panggilan Yatt, tahun ini adalah tahun rezeki untuknya.

Memulakan kerjaya seni terlebih dahulu dalam bidang pengacaraan, Yatt yang aktif berlakon sejak dua tahun lalu bukan sahaja menerima limpahan tawaran lakonan lewat kebelakangan ini, bahkan rezeki lebih membahagiakan buat pelakon itu tahun ini apabila dia disahkan hamil.

Sudah mencecah empat bulan setengah usia kehamilannya, Yatt yang ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran majalah Eh! mengakui dia tetap sibuk di lokasi penggambaran termasuk pada bulan Ramadan ini.

"Ini kali pertama Yatt menempuh pengalaman baru untuk bergelar ibu, tetapi Yatt tidak boleh menolak tawaran berlakon kerana inilah punca rezeki Yatt.

"Kalau ikutkan memang penat sangat sebab macam pakej la pula, mana lagi hendak berlakon, berpuasa dan sedang hamil. Ia sememangnya banyak menduga, tetapi hakikatnya nikmat bergelar ibu lebih membahagiakan," luah permaisuri hati kepada jejaka bernama, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 29.

Memanjangkan pengalaman kerajayanya semasa mengandung ini, gadis yang petah bercakap seperti bertih jagung itu memberitahu bagaimanapun, dia telah menolak semua tawaran lakonan yang memerlukan dia menjadi wanita jahat atau terlalu tertekan.

"Saya mendapat nasihat doktor bagaimana untuk menjaga kandungan dan doktor nasihatkan agar saya tidak mengambil watak yang terlalu berat kerana bimbang berlaku komplikasi pada kandungan.

"Menurut doktor, walaupun saya hanya berlakon meraung-raung, menangis atau tertekan, tetapi bayi dalam kandungan mungkin tidak boleh membezakan antara lakonan dan realiti," kata Yatt lagi.

Membintangi banyak drama seperti Spa-Q dan Di Pintu Mahligai, Yatt yang mengenakan busana butik Jedan dan disolek cantik oleh Fiza Zainudin sewaktu tampil di majlis yang berlangsung di Hotel Nikko itu memberitahu, terbaru dia terpaksa menolak tawaran watak tomboi.

"Sedih jugalah terpaksa tolak tawaran watak tomboi baru-baru ini, sebab watak seperti itu memang makanan Yatt. Tapi nak buat macam mana, tak mahu ambil risiko," ujar Yatt yang kini sedang sibuk di lokasi drama Yang Terindah di samping pelakon Iqram Dinzly.

Luah graduan Sarjana Muda Komunikasi Massa Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu lagi, biarpun letih bekerja di lokasi penggambaran pada bulan Ramadan ini, tetapi emosinya sangat ceria dan gembira.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Hi_02_28

Akuinya, sebelum ini dia adakalanya akan melenting jika penggambaran dimulakan terlalu lewat atau jadual penggambaran salah diberikan kepadanya, tetapi emosi itu tidak lagi menerpanya sewaktu mengandung.

Bahkan, kerana sentiasa berada dalam mood baik dan gembira, Yatt memberitahu sangat sukar bila diminta melakukan babak sedih.

"Bila pengarah minta Yatt berlakon babak sedih memang ambil masa sikit sebab Yatt sentiasa akan ke set dengan mood gembira sejak kebelakangan ini.

"Mungkin pembawaan bayi," katanya.

Menyentuh mengenai pembawaan bayi, Yatt memang ketawa besar saat ditanya jika dia ada mengidam hidangan pelik sepanjang kehamilan itu.

Ceritanya, sebelum ini dia hanya mendengar cerita mengenai suami mengidam sewaktu isteri sedang mengandung, bagaimanapun situasi itu antara yang berlaku kepada Yatt dan Mutalib.

"Yatt memang tidak mengidam apa-apa langsung setakat ini. Cuma Yatt lebih berselera makan nasi sekarang. Kalau dulu Yatt makan dua atau tiga kali nasi seminggu, sekarang bersahur dan berbuka mesti makan nasi.

"Sebaliknya, Yatt nampak suami yang menunjukkan kecenderungan mengidam kerana tiba-tiba sentiasa mahu menikmati makanan Barat.

Kata orang, kalau bapa yang mengidam, anak bila besar mesti suka makan makanan itu. Kalau betullah cerita tu, nampaknya besarlah bajet kami nanti," ujar Yatt ketawa sambil memberitahu dia dijangka melahirkan bayinya pada 16 Februari depan.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeTue 15 Sep 2009, 6:55 pm

Bahagia bukan dibuat-buat

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Hi_01_38
KISAH pengacara tinggi lampai, Linda Onn tidak pernah habis. Ada sahaja suara-suara tidak senang hati yang akan bercerita mengenainya.

Tambah pula selepas Linda 'menayang' teman barunya, Salleh pada malam Parti Selebriti Kosmo! Jun lalu, ramai yang memberi reaksi yang tersendiri. Ada yang mengutuk, ada juga yang memuji.

Namun, ada juga mulut nakal mengatakan Linda sengaja mahu menunjukkan dirinya bahagia di sisi seseorang, memandangkan bekas kekasihnya, Fahrin Ahmad, juga sudah menemui penggantinya, Scha.

Bagi Linda, tidak pernah terlintas di fikiran mahu pura-pura bahagia di sisi Saleh Nor kepada umum.

"Bahagia saya bukan dibuat-buat. Entah, memang sekarang ini saya sedang gembira. Tak kira bila ada lelaki di sisi atau tidak, saya tetap gembira dan bahagia.

"Tak ada maknanya saya mahu bersedih. Pelik, bila orang kata saya sengaja mahu nampak bahagia. Padahal, macam-macam yang saya perlu fikirkan. Cuma sekarang ini saya memang runsing memikirkan untuk menghias rumah baru saya. Kalau benda lain yang nak dirunsingkan, sumpah tidak," tuturnya berterus-terang.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Hi_01_39
LINDA mencari lelaki yang baik, beriman dan tidak berpura-pura sebagai raja di hatinya.

Tambah Linda, biarpun bekas kekasihnya sudah menemui cinta baru, ia langsung tidak memberi tekanan kepadanya. Sebaliknya, hanya doa yang diberi agar Fahrin itu kekal bahagia.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeTue 15 Sep 2009, 6:57 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Hi_01_40

LINDA bersama Saleh kini sedang mengenali hati budi masing-masing sebelum memanjangkan lagi hubungan erat mereka ke fasa lain.

Cinta? Pengacara jelita ini masih lagi memberi teka-teki mengenai Saleh. Mengiakan tidak, menafikan pun tidak.

"Setakat ini, perhubungan kami berjalan seperti biasa. Saya takut nak merancang, biarkan keadaan yang menentukan. Manalah tahu, kalau ada lelaki hadir esok dan dialah lelaki yang sesuai, walaupun saya tak berapa kenal, maka dialah orangnya.

"Tak perlu terburu-buru walaupun umur semakin meningkat kerana ia hanyalah angka. Saya paling takut dengan kes-kes yang baru kahwin, dah cerai pula. Nak kata berhati-hati, tidak juga. Cuma saya ni, biarkan lambat asalkan selamat.

"Apa pun, jika ditakdirkan sudah sampai seru untuk berkahwin, mungkin saya akan beritahu semua selepas saya bernikah," ujar Linda yang turut mengatakan keluarganya tidak pernah mmendesaknya dalam soal jodoh.

Dalam pada itu, beritahu Linda, ciri-ciri lelaki idaman yang diinginkan mudah sahaja, baik, beriman dan tidak berpura-pura. Ditanya, adakah Saleh jejaka bertuah itu, kata Linda:

"Ciri-ciri itu memang ada pada Saleh. Susah nak cakap, pihak media selalu tumpu pada dia seorang, walhal, ada lagi beberapa orang yang sedang saya berkawan dan menilai.

LINDA mengakui Saleh kini antara jejaka yang rapat dengannya.

"Kalau orang kata saya pilih bangsa, tidak juga. Tapi saya mahu lelaki itu seorang Islam. Kalau bukan Islam sekalipun, bila masuk agama kita, dia kena amalkan. Senang cerita, amalan Islam kena buat," tegas penyampai radio Sinar itu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeTue 15 Sep 2009, 7:00 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 27974910
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitimeTue 15 Sep 2009, 7:08 pm

Saya lebih bahagia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Mainp128

HAMPIR setahun Arbaeyah Abdul Manan, 31, atau Abby Abadi memegang status ibu tunggal dan barangkali ramai menyangka tahun ini kali pertama dia menyambut Aidilfitri tanpa ditemani suami, tetapi sebenarnya ia adalah kali kedua.
Pergolakan rumah tangga Abby dan bekas suami, Mohamed Nurhakim Zaidon (Norman Hakim), 33, bermula awal tahun lalu dan sejak itu kediaman mereka di Ukay Perdana, Ampang, bagaikan rumah kedua lelaki itu. Pulang apabila suka sehinggalah Abby mengandungkan dan melahirkan anak ketiga, Maria Danisha Hakim, pada 17 September 2008.

"Memanglah usia perceraian saya baru setahun dan orang ingat ini kali pertama akan berhari raya tanpa suami. Sebenarnya sebelum bercerai lagi saya dan anak sudah beraya tanpa Norman. Ini kerana raya tahun lalu pun Norman tidak balik rumah, hanya menjengah sekejap ketika saya mengadakan kenduri cukur jambul Danisha selepas raya.

"Jadi raya tahun ini saya tidak rasa kekurangan di mana-mana malah lebih membahagiakan. Danish (Mohamed Danish Hakim), 6 dan Dania (Marissa Dania Hakim), 4, memahami apa yang berlaku.

"Jika ditanya Danish mengenai papanya pada hari raya ini, dia pun tak kata apa kerana sudah biasa papanya tiada di rumah. Danisha pula anak yang sangat baik sejak dia berada dalam kandungan sampai sekarang. Ketika rumah tangga bergolak, hati tengah bersedih, kecewa dan hampa saya sedang mengandungkannya.

"Agaknya sebab itu dia sangat memahami apa yang saya lalui. Waktu masih bayi pun dia jarang meragam. Sampailah sudah berusia setahun jarang benar dia menangis. Allah itu Maha Kaya.

"Tidak kesal dengan apa yang berlaku. Bukan semuanya buruk ada juga kenangan manis dengan Norman. Apa yang penting sekarang mencari kebahagiaan sendiri dan rezeki untuk menyara anak.

"Saya sedang mencari rumah baru berhampiran rumah emak (Keramat) untuk berpindah selepas raya ini. Mungkin sekitar Wangsa Maju. Sebab itu rumah ini tidak berkemas kerana saya sedang mengumpul dan mengemas barang yang hendak dibawa," katanya.

Abby mengakui dulu hatinya runsing memikirkan sikap Norman dan lama juga dia melalui tempoh memeritkan itu. Kini segalanya sudah berlalu tiada apa yang perlu difikirkannya lagi. Semakin hari hatinya semakin terubat, lega dan dapat menerima apa yang berlaku.

"Sesekali Norman ada menghubungi saya bertanyakan anak. Walaupun saya cuba menidakkannya, tetapi dengan apa yang terjadi terasa benar diri ini dianiayai," katanya.

Terus memikirkan masa depannya bersama anak, Abby bersyukur kerana kerjaya seninya berjalan lancar. Pada musim perayaan ini juga dia berniaga kuih raya bersama abangnya, lepas tu baru raya dan akan terus mencari peluang perniagaan bagi memantapkan kedudukan ekonominya.

"Kuih raya itu buat sendiri di rumah emak dan sambutannya sangat baik. Pesanan sekitar Lembah Klang, saya akan hantar sendiri.

"Dengan berniaga sikit-sikit ini dapatlah menambah rezeki tahun ini dan mewahlah sikit berbelanja untuk kami empat beranak. Selain berniaga dengan abang ada juga perniagaan lain saya berkongsi dengan Zul (Zulkifli Ariffin). Kami masih berkawan seperti dulu," katanya.

Bercakap mengenai institusi perkahwinan, jelas Abby siapa yang tidak mahu mempunyai rumah tangga bahagia termasuk dirinya.

"Insya-Allah, kalau ada jodoh saya akan berkahwin lagi. Jika bertemu calon yang sesuai serta dapat menerima anak saya, apa salahnya. Kalau tak dapat buat majlis perkahwinan besar, yang kecil pun jadilah asalkan segala-galanya berlangsung dengan baik.

"Siapa calonnya belum tahu, tetapi buat masa ini Zul antara yang rapat dengan saya. Kawan kedua terbaik saya, Facebook (FB). Ia mendekatkan saya dengan peminat dan tempat meluahkan perasaan. Sehinggakan hendak mencari pembantu rumah dan mencari rumah baru pun saya masukkan dalam FB dan ia sangat membantu.

"Saya juga menjawab segala soalan peminat di FB dan ada lebih 16,000 lagi menunggu untuk menjadi rakan saya," katanya.

Dalam bidang lakonan pula Abby terus sibuk di lokasi drama Gerak Khas dan Jalan Merdeka arahan Khabir Bhatia. Penggambaran Hikayat Putera Shazlan musim ketiga akan dimulakan selepas Aidilfitri.

Untuk projek raya pula, Abby akan muncul dalam Trek Selebriti Raya dan baru saja selesai penggambaran filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami.

Meskipun tawaran berlakon tidak putus, kata Abby ada juga syarikat produksi tidak mahu mengambilnya berlakon kerana kes tangkap khalwat Norman dan Suhaiza Suhaimi (Memey).

"Pelik pula. Mereka yang ditangkap khalwat saya pun dibabitkan sama. Tak ada kena mengena langsung, tetapi saya tak kisah kerana sejak dulu dan kini memang saya tiada kaitan dengan apa yang mereka berdua lakukan. Insya-Allah masa akan membuktikan segalanya," katanya. Tahun lalu, Abby dilantik menjadi duta Ribena dan kontrak itu disambung setahun lagi tahun ini, tetapi mereka hanya menggunakan gambarnya saja.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 10 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 10 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3 ... , 9, 10, 11  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions