|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 26 Aug 2009, 9:23 am | |
| Aida: Saya selesa tak berada dalam ‘limelight’ sangat...
Hubungan cinta Aida dan Joe masih utuh sejak bernikah pada tujuh tahun lalu.
JIKA tahun lepas aktres Aida Radzwill menyambut bulan puasa dengan mengerjakan umrah ke Mekah sambil menjalani pengambaran drama ‘Tetamu Allah dan ‘Kasih Nur Di Jabalrammah’ terbitan pelakon, pengarah dan penerbit Erma Fatima.
Tahun ini, Aida berkata dia akan menumpukan masa sepenuhnya untuk menjalani ibadat puasa di ibu kota.
“Kalau tiada pengambaran, saya akan mempunyai lebih banyak ruang untuk membuat ibadat wajib.
“Kadangkala tu, ada juga jemputan untuk menghadiri majlis berbuka puasa tetapi saya rasa mungkin sudah puas dan tak perlu lagi kerana saya lebih selesa tidak berada dalam ‘limelight’ sangat,” katanya yang sudah lebih 20 tahun berada dalam industri seni ini.
Walaupun tidak mahu diberikan publisiti dan tumpuan ramai, tidak bermakna isteri kepada pelakon dan penyanyi Joe Radzwill ini memberikan petanda yang dia sudah terfikir untuk bersara.
“Saya tak boleh cakap untuk bersara tetapi saya tak boleh elak jika perkara ini akan berlaku suatu hari nanti.
“Saya menganggap lakonan sebagai pekerjaan kerana kadangkala dalam hidup ini kita kena produktif dan tidak boleh terlalu duduk diam,” ujar pemilik nama sebenar Khalidah Adibah Ahmad ini.
Sudah setahun bertudung Joe memegang erat tangan isterinya, Aida setelah perkahwinan mereka disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada 12 Ogos lalu.
Melihat imej bertudung Aida, diam tak diam sudah setahun dia mengenakan tudung selepas terbuka hati untuk berbuat demikian pada bulan Rejab tahun lalu.
“Saya bertudung dan menutup aurat kerana Allah. Dari situ, kita akan rasa keberkatan hidup tetapi Allah akan sentiasa menguji keimanan kita.
“Kalau kita buat kerana Allah, insya-Allah (iman) kita akan kuat dan (apa yang dilakukan) berpanjangan, bukannya kerana sesuatu,” tutur Aida yang turut mendapat ujian ketika mula-mula bertudung dahulu.
Ceritanya, “Mula-mula dulu, saya menerima ujian untuk berlakon dan saya tolak apabila watak yang memerlukan saya membuka tudung.
“Alhamdulillah, selepas saya berjaya melalui beberapa cabaran itu, Allah tambahkan lagi rezeki untuk saya pelbagaikan lagi karier seni ini.
“Saya hanya berniat untuk versatilkan yang wanita bertudung boleh berlakon apa-apa watak.”
Bercerita mengenai kariernya sekarang, Aida berkata dia baru sahaja selesai pengambaran enam buah drama dan sebuah telefilem untuk raya.
“Saya baru selesai menjalani pengambaran drama Kasih Tercipta arahan Rashid Sibir. Dalam drama itu, saya memegang watak seorang ibu dan ahli korporat.
“Selain itu, saya juga berlakon dalam drama 40 episod ‘Sanggar Cinta Raudhah’ sebagai wanita yang bercinta dengan lelaki muda dan akhirnya kami berkahwin juga,” ujarnya.
Dalam pada itu, Aida juga menceritakan tentang kehidupannya dengan Joe yang dinikahinya sejak tujuh tahun lalu.
“Setelah tujuh tahun berumah tangga, kami juga mengalami ‘turun naik’ seperti orang biasa yang lain.
“Bila berlaku masalah, pandai-pandailah kami mengatasinya kerana kami masih berpegang kuat kepada kasih-sayang antara satu sama lain,” luahnya yang baru sahaja mengesahkan perkahwinan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada 12 Ogos lalu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 26 Aug 2009, 9:25 am | |
| Darling terkenang 'cinta Ramadan' dengan suami
Kali pertama menyambut Ramadan sebagai isteri memang membuatkan Darling cukup teruja
KEHADIRAN Ramadan tahun ini cukup istimewa buat Nasreen Ngasri yang mesra disapa Darling ini.
Kali pertama menyambut Ramadan sebagai isteri memang membuatkan dirinya cukup teruja dan memberikan satu pengalaman baru buat produser dan dramatis berusia 26 tahun ini.
Akui Darling, jika dulu, dia menyediakan juadah berbuka untuk dirinya dan keluara, tetapi kali ini, dia perlu mengambilkira juadah kegemaran si suami, Nur Azlin Rahmat, 34, pula.
"Memang rasa berbeza sungguh Ramadan kali ini sebab sebagai isteri, saya kena jaga pemakanan suami. Tapi, tidaklah sukar mana pun kerana sebelum berkahwin dulu, saya juga memang selalu bantu ibu menyediakan makanan untuk berbuka puasa.
"Nasib baik juga, suami bukanlah seorang yang cerewet tentang bab makan. Rasanya, saya yang lebih cerewet. Tapi, apapun, suami saya memang lebih suka saya memasak sendiri sebab katanya dia lebih suka 'air tangan' saya," ujar Darling dalam nada ceria.
Menurut Darling, dia akui tidak begitu hebat tentang masakan. Namun, tuturnya, sejak berkahwin kira-kira tiga bulan lalu, dia memang cukup berminat mempelajari pelbagai jenis masakan.
"Sekarang ini banyak juga buku resipi yang saya beli. Seronok juga cuba masakan baru untuk suami," ujar Darling yang menambah, antara makanan kegemaran suaminya ialah sambal tempe.
Darling dan suami pada majlis perkahwinan mereka tidak lama dulu
Berbicara tentang bulan mulia ini, Darling sempat bercerita tentang kenangan Ramadan yang dilaluinya pada tahun lalu.
Ujarnya, bulan Ramadan tahun lepaslah yang telah menemukannya dengan suami tercinta.
"Saya berkenalan dengannya pada Ramadan lalu ketika sama-sama mengerjakan solat Terawih di Masjid Wilayah Persekutuan. Tapi waktu itu kami hanyalah berkawan biasa saja.
"Memang kami sering bertemu di masjid itu setiap kali melakukan Terawih. Tak sangka pula dari situ, hubungan kami terus berlanjutan hingga ke alam perkahwinan," ujarnya yang juga mengimpikan untuk menimang cahaya mata sendiri.
Darling dan Nur Azlin selamat diijabkabulkan pada 30 Mei lalu. Pada majlis itu, Darling menerima mas kahwin RM80, wang hantaran sebanyak RM22,222.22 serta sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihaknya.
Ditanya tentang perkembangan seninya, kata Darling, dia baru saja selesai menjalani penggambaran telemovie berjudul Gabra yang akan disiarkan di RTM1 pada Hari Raya nanti.
Darling juga sibuk menguruskan produksi miliknya dan pada masa yang sama, aktif dengan Pergerakan Puteri Umno. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 26 Aug 2009, 12:08 pm | |
| Sari Yanti, cuba jadi suri rumah terbaik Melihatkan bentuk fizikalnya siapa, sangka Sari Yanti Mohamad Nazari kini sudah mencecah usia 25 Tahun. namun kerana wajah keanak-anakannya, dia sering ditawarkan dengan watak-watak remaja. Wataknya yang paling menyerlah dan meninggalkan ‘bekas’ di hati peminat terutama peminat cilik sudah tentulah wataknya sebagai kaisara dalam “kisah kaisara” yang ditayangkan di TV3. watak murid sekolah yang dilakonkannya dalam drama tersebut benar-benar memberi impak kepada semua peminat.
Buat pelakon yang sudah pun bergelar seorang isteri pada tanggal 16 Januari lalu, dia meng akui bahawa sejak memegang s tatus ter sebut, para produser drama telah mula memberi peluang ke padanya untuk melakon kan watak-watak yang lebih dewasa. Malah tidak dapat dinafikan pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Sari ini kini antara nama yang sedang meniti di bibir peminat. Banyak drama lakonannya diterima dan diminati ramai.
Dalam pada itu Sari Yanti juga mengorak langkah dalam bidang pengacaraan bila mengacara program Chopp! Di TV9. Program yang dihoskan secara langsung bersama pelakon Iqram Dinzly itu disiarkan setiap hari pada pukul 8.30 malam selama lima minit. Isteri kepada Eddy Casmadi H ussin bagaimanapun menjelaskan walaupun menerima banyak tawaran dalam bidang seni dia sebenarnya amat berhati-hati memilih watak yang akan dilakonkan demi menjaga nama baik suami. Malah dia lebih selesa berbincang dengan suami sebelum membuat keputusan menerima sesuatu watak.
“Walau pun suami Sari bukanlah jenis yang cerewet tetapi Sari sendiri yang ambil kisah terutama apabila memerlukan Sari pulang lewat. Bagi Sari sebagai seorang isteri adalah menjadi tanggungjawab Sari untuk berbincang dengan suami sebelum membuat sebarang keputusan demi menjaga kerukunan rumah tangga.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana walau pun sudah berkahwin, rezeki saya dalam bidang ini tidak pernah putus. Saya percaya bahawa jika kita ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan, nescaya rezeki akan datang melimpah ruah kepada kita. Malah jika sesetengah pendapat mengatakan bahawa status sebagai isteri menyebabkan hilang populariti tidak tepat kerana masyarakat dan peminat kita hari ini semakin bersikap terbuka,” ujarnya.
Tawaran makin banyak lepas berkahwin
Pelakon ini juga meluahkan rasa gembiranya bila selepas bergelar isteri dia mula diberi peluang untuk mempelbagaikan watak. “Sari sudah mula ditawarkan dengan watak wanita malang dan sebagainya. Bagi Sari ia merupakan satu perkembangan yang baik kerana daripada kepelbagaian watak yang dilakonkan, Sari dapat memperbaiki mutu lakonan.
“Selain tawaran berlakon drama yang tidak pernah putus, Sari juga turut menerima tawaran untuk berlakon filem tetapi Sari masih belum membuat sebarang keputusan kerana ianya bergantung kepada faktor kesesuaian masa. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 26 Aug 2009, 12:09 pm | |
| Syigim & Yvonne - Sama Cantik Sama Padan
Sudah empat tahun sebenarnya MIDI cuba mempotretkan wanita ini sebagai penghias muka depan. Setiap kali dihubungi, dia akan menolak lembut. Katanya,”Zaman glamor akak dah berlalu, dik. Bagilah peluang pada orang lain pulak.”
Namun ia tidak langsung mematahkan semangat saya untuk terus memujuknya. Sehinggalah pada satu hari saya melihat kelibatnya dalam sebuah pertunjukan peragaan pentas. Di situ kami bertemu secara empat mata buat pertama kali. Dan kali ini, dia tidak mampu menolak lagi! Tidak berseorangan, saya minta beberapa lagi nama popular menemaninya untuk fotografi ini. Namun atas halangan yang menimpa pada saat-saat akhir, hanya Yvonne Gabriel yang berkesempatan bersamanya pagi itu. Tak kisahlah, janji hasrat MIDI untuk berkongsi cerita bersama dua model hebat pada zaman mereka dulu jadi kenyataan. Berbekalkan pengalaman bertahun-tahun yang mereka miliki, sesi fotografi berlangsung dengan lancar. Ternyata, pesona mereka belum pudar lagi.
Shigim lupakan pentas glamor kerana keluarga
Sudah lebih 15 tahun sebenarnya Shigim menyepikan diri daripada bidang peragaan tanah air. Selama itu jugalah dia menghabiskan masa untuk bersama keluarga tersayang. Kata Shigim, terlalu banyak masanya sebelum ini dihabiskan di pentas peragaan. Jadi sudah tiba waktunya untuk dia membayar ‘hutang-hutangnya’ itu “Begitupun tidak bermakna yang saya hanya bergoyang kaki di rumah.
Selain sibuk menguruskan keperluan suami dan anak-anak, saya kembali menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Tapi tidaklah secara besarbesaran, sekadar memenuhi ruang masa yang ada,” kata pemilik nama sebenar Nor Shigim M.Amin ini. Seiring dengan perubahan dirinya kini, Shigim mula berjinak-jinak dalam perniagaan busana Muslimah. Menggunakan namanya sendiri sebagai label, Shigim memberi penekanan terhadap rekaan tudung dan jubah yang dihasilkan, untuk memberi perbezaan pada rekaan sentuhan eksklusif yang dihasilkannya sendiri.
“Bukan niat asal saya untuk memiliki koleksi Muslimah seperti ini. Tapi apabila saya sendiri sebelum ini agak payah mencari pakaian yang sesuai dengan cita rasa saya, peluang tersebut saya gunakan untuk mereka cipta baju sendiri. Hasilnya ramai yang kagum dengan rekaan tersebut, sekali gus memberikan saya semangat untuk menghasilkan koleksi sendiri. Begitu juga dengan tudungnya” ceritanya dalam nada ceria.
Gembira terus diingati
Tidak mahu bercerita banyak mengenai kenangan lampaunya sebagai seorang model, yang ingin dikongsikan oleh ibu kepada Megat Haziq (20), Muhammad Nazriq Shah (12), Nur Eliesha (11) dan Muhammad Zariq Shah (5), hanyalah mengenai kebahagiaan yang dimilikinya kini. Meski pernah menempuh kegagalan dalam rumah tangganya yang pertama, bukan noktah untuk Shigim mencubanya melalui perkahwinan kali kedua.
Nyata percaturan Shigim untuk melupakan kerjaya glamor dan beri sepenuh tumpuan terhadap rumah tangga tidak sia-sia. Biarpun dia tidak mendapat halangan daripada suami tersayang, sudah cukup untuk mengingatkan Shigim akan pengorbanan keluarganya sebelum ini, lebih-lebih lagi anak-anaknya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 26 Aug 2009, 12:11 pm | |
| Dynas mahu anak lagi Menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai ujian dan takdir yang telah tertulis buatnya, pelakon tinggi lampai yang cukup sinonim dengan drama Susuk ini, tidak pernah menjadikannya sebagai beban atau tekanan buat dirinya. “Tipulah kalau saya kata, kami tidak kecewa. Tetapi Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buat saya dan suami. Saya menerima apa yang berlaku ini dengan hati yang terbuka. Apa pun, kami tidak pernah berputus asa dan akan terus berusaha untuk mendapatkan anak. Insya-Allah, kalau ada rezeki tidak ke mana. “Cuma dalam hal ini, saya merasa diri sangat bertuah kerana dikurniakan suami dan keluarga yang sangat memahami. Mereka tidak pernah memberikan tekanan mahupun mendesak saya dalam soal ini (mendapatkan anak). Malah, sentiasa memberikan sokongan dan semangat buat saya,” ujar Dynas yang semakin menawan itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 26 Aug 2009, 12:11 pm | |
| Keluarga restu lelaki matang – Zarina AF Lebih malangnya kehidupan Zarina dikatakan ditaja oleh VIP tersebut bukan sahaja dari segi perbelanjaan malah turut ditaja dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. “Saya pun dah malas nak layan perkara sebegini. Rasanya dah lali dengan gosip tu. Pelik juga apabila kita mewah sedikit pasti akan dikata ditaja seseorang. Saya sendiri tak tahu apa orang dah cakap tentang saya di luar sana. Jika betul ada VIP yang menaja saya, suruh VIP tu jumpa saya dan umumkan yang saya ada hubungan dengannya. “Kadang-kadang saya pekakkan telinga dan buat kerja saya sahaja. Asalkan saya sendiri tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Tapi saya tidak dinafikan kerja saya ni banyak berjumpa dengan orang ramai. Kadang-kadang kami berjumpa di lobi-lobi hotel untuk bincangkan hal kerja terutamanya dalam bidang lakonan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 26 Aug 2009, 12:13 pm | |
| “Aleesya jadikan lebaran kami kali ini lebih bermakna” – Erra & Emran Bicara Ramadan, Kerjaya & Cinta barunya Walau risau tentang berat badannya yang semakin naik ketika itu, Erra tetap berselera menjamah makanan. Satu demi satu dicubanya. Ibu mentuanya pula sekadar tersenyum dan sempat memberitahu, untuk rasa sedikit apa salahnya. Dan apabila ingin dirakam gambar mereka berdua, Erra menolak. Tidak bersedia katanya. Memang badannya agak besar ketika itu. Malah doktor turut menasihati agar mengurangkan makan nasi. Mac 2009, Erra selamat melahirkan anak perempuan yang dinamakan Engku Aleesya. Namun pihak media tidak dibenarkan merakam gambar mereka berdua. Walau apa sekali pun alasan pihak media massa, Erra dan Emran mahu privasi mereka dihormati. Sehinggalah majlis cukur jambul, ketika itulah wajah comel Aleesya dapat dirakamkan. Dan untuk NONA, Emran dan Erra sekali lagi sudi menjadi penghias wajah hadapan. Terima Kasih kami ucapkan. Mencari tarikh untuk sesi fotografi membuatkan saya berasa amat risau kerana Erra sudah mula sibuk dengan jadual shooting bersama Astro. Terima kasih kepada Intan Zabidin yang turut sama ‘memujuk’ Emran dan Erra. Hari Minggu, 19 Julai lalu, hanya tarikh itu yang diberikan kepada kami. Faham dengan kesibukan kedua-duanya, kami akur. Berkerja di hujung minggu bukanlah sesuatu yang luar biasa. Dan ketika Erra dan Emran sekeluarga hadir, saya teruja melihat Aleesya. Wajahnya cukup comel dan badanya yang padat berisi membuatkan saya geram. Sesi fotografi kami bermula lancar. Dan kami semua yang hadir masing-masing membuat pelbagai rupa bagi membuatkan Aleesya ketawa dan memandang ke arah kamera. Seketika kami ketawa besar kerana geli hati dengan aksi diri sendiri yang lebih over hingga membuatkan Aleesya keliru mahu memandang ke arah siapa. Panas lighting juga membuatkan sicomel itu mula resah gelisah. Sesekali mukanya berkerut dan mula ingin menangis. Sedang seronok merakam gambar mereka, tiba-tiba Alessya menguap… kami ketawa kerana dia menunjukkan tanda-tanda mahu tidur. Itu juga tandanya, sesi fotografi kami tidak boleh diteruskan. Seketika dalam pangkuan Erra, Aleesya terus lena dengan nyenyaknya. Kami terdiam. Belum puas rasanya merakam aksi si kecil ini. Itu baru satu baju. Hafiz, pembantu Erra berseloroh mengatakan Aleesya seorang yang professional. Tahu waktu bekerjanya. Kami ketawa lagi. Erra lalu memberitahu, Aleesya tidak akan tidur lama. Ketika itu pula, sudah tiba waktu tidurnya. Menanti Aleesya bangun, kami teruskan sesi fotografi bersama Erra dan Emran dengan baju kedua. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 26 Aug 2009, 12:17 pm | |
| "Lelaki Berlagak Menjengkelkan" - Ayu Damit
Gadis petite ini mempunyai wawasan besar untuk melakar sejarah sebagai seorang penghibur berjaya tanah air. Memiliki kelunakan suara yang bisa membuatkan bulu roma tegak berdiri. Bermula dengan episod yang penuh cabaran, Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit (20), kini boleh mendabik dada. Kemenangannya di Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 baru-baru ini untuk Vokal Terbaik Dalam Lagu bagi kategori Wanita membuktikan bakatnya diterima walaupun masih ada sesetengah pihak yang meragui kehebatan vokalnya.
Gadis berkulit hitam manis yang berasal dari Putatan, Sabah ini mula dikenali menerusi One In A Million musim kedua. Bagi Ayu, kemenangannya dalam program realiti itu menjadi titik tolak karier seninya. Berbekalkan kemantapan vokal yang lantang, bintang baru berbakat besar yang popular dengan lagu “Hanya di Mercu” ini terus mengorak langkah demi langkah mencipta nama dalam industri seni Malaysia.
Berada di bawah naungan syarikat rakaman Monkey Bone dan pengurusan 8 Unit, Ayu berdiri dan tampil dengan prinsipnya tersendiri. Ayu yang diberi jolokan Oprah Winfrey Malaysia lantaran stail rambutnya itu mula tersenyum lebar dan kesibukan karier terus terasa kerana album berjudul ‘Inspirasi’ sudah berada di pasaran.
Menurut Ayu, setiap minggu dia akan turun padang untuk mempromosikan album sulungnya itu. Dia menarik nafas lega, biarpun albumnya dilancarkan ketika keadaan ekonomi tidak menentu, namun penerimaan peminat terhadap album itu sungguh memberangsangkan. Ia sebagai satu sokongan kepada Ayu untuk terus berjaya di bidang ini.
Ikuti pandangan Ayu mengenai lelaki dalam ruangan Wanita Pilihan kali ini.
Pandangan anda mengenai lelaki berduit menggunakan kemewahan untuk memikat hati wanita. Ayu: Pada Ayu lelaki sebegini tidak ikhlas dan hanya sekadar mahu menunjuk-nunjuk kepada wanita. Namun ada juga lelaki yang tidak tahu cara bagaimana memikat dan mereka gunakan kemewahan itu untuk memenangi hati wanita.
Apakah komen anda, kehidupan wanita perlu ada lelaki. Ayu: Pada zaman sekarang, wanita lebih berdikari dan ada yang lebih berjaya daripada lelaki. Jadi bagi Ayu, wanita sekarang tidak begitu mementingkan adanya lelaki di samping mereka. Walau bagaimanapun setiap wanita menginginkan teman hidup yang boleh berkongsi segala suka dan duka.
Seseorang lelaki akan dipandang menjengkelkan apabila dia...? Ayu: Ayu tidak suka lelaki yang bersikap menunjuk-nunjuk atau berlagak apabila bersama rakan-rakan. Lelaki sebegini hanya mahu mendapatkan perhatian orang sekelilingnya. Memang menjengkelkan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 26 Aug 2009, 12:19 pm | |
| LEDAKAN ZAHIRIL PENUH KESUNGGUHAN “Tahu apa yang saya buat!” – Zahiril
Zahiril Adzim Mohd Mukhtar, itulah empunya nama bakat baru yang semakin meledak di dalam industri hiburan tempatan. Sementelah wajahnya juga semakin banyak menghiasi teledrama dan drama bersiri di kaca TV termasuklah pementasan teater dan filem-filem di layar perak mahu pun lapangan indie. Lakonannya cukup memberangsangkan. Bakat yang ada pada dirinya itulah menjadikan anak kelahiran Taiping, Perak, ini semakin banyak menerima tawaran dari pembikin filem mahu pun drama. Berikan sedikit masa kepadanya, pasti namanya mampu duduk sebaris dengan aktor handalan dan yang lebih senior. Buktinya dia telah dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM).
Pertama kali bertemu dengannya ketika mengadakan sesi fotografi ini, dia cukup senang memberikan kerjasama. Seorang yang ramah, sempoi dan kerap kali gelagatnya mengundang gelak tawa kami. Apatah lagi ketika kami merakamkan aksinya di tengah jalan raya. “Malunya kak, ramai orang tengok,” ujarnya yang lebih mesra disapa dengan panggilan Bob. Zahiril juga tidak kisah apabila ada yang mengatakan dia seiras dengan pelakon Iqram Dinzly dan ada juga yang menyamakan dia dengan Ariel Peterpan!
PELAKON PERLU ADA ILMU
Bercerita tentang kewujudannya dalam industri hiburan tempatan, umum mengetahui dia masih terlalu hijau di dalam dunia lakonan, tetapi hasil persembahannya tidak mengecewakan. Nah! Inilah aktor muda yang dicari-cari, penuh bakat dan kesungguhan. Di saat industri hiburan terutamanya perfileman ketandusan karyawan generasi baru yang benar-benar berbakat, Zahiril muncul di persada mempertaruhkan kurniaan bakat dari Yang Maha Esa.
Bagaimana bidang lakonan menambat hati anda?
Z: Tercetusnya cita–cita atau impian saya untuk menjadi seorang pelakon, ialah apabila saya menonton lakonan Allahyarham Sudirman menerusi filem “Kami”. Satu adegan, di mana beliau termenung di dalam bas. Mutu lakonan Allahyarham terutamanya untuk babak itu telah benar-benar memberi kesan pada saya. Dari situ terdetiknya minat untuk berlakon. Kemudian selepas tamat alam persekolahan, saya menyambung pengajian 3 tahun di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Di situlah pertama kali saya berlakon, iaitu di pentas teater yang memerlukan lontaran suara dan ekspresi yang agak besar. Sepanjang pengajian, saya menerima pelbagai tawaran berlakon, tetapi saya tolak kerana takut akan hanyut dan saya juga mahu fokus pada pembelajaran dahulu. Setelah tamat belajar, saya mula berlakon untuk “KAMI The Series”.
Bintang anda sebagai anak seni semakin bergemerlapan. Anda semakin menjadi perhatian ramai. Jadi bagaimana hendak memastikan langkah yang anda ambil ini tidak sumbang dan segala-galanya berjalan dengan lancar demi memastikan impian anda berjaya direalisasikan.
Z: Pada saya yang paling penting, satu saja iaitu tujuan dan niat sebenar kita memilih untuk masuk ke dalam industri ini. Tujuan biarlah betul untuk menjadi seorang pelakon dan bukan untuk glamor, populariti dan kemewahan semata–mata tanpa memikirkan tentang kualiti hasil kerja. Kemudian, kita fahami tujuan itu. Bila kita betul–betul tahu apa, kenapa dan mengapa, insya’Allah, kita akan sentiasa dapat meningkatkan mutu disamping mengejar impian untuk direalisasikan. Saya sangat cintakan seni termasuklah seni lakon. Saya sentiasa berpegang pada akar, dari mana saya datang. Dengan itu, saya percaya dapat mengingatkan diri setiap masa untuk berjaga-jaga agar langkah yang saya ambil tidak sumbang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 26 Aug 2009, 12:23 pm | |
| Finaz Pilih Ketupat & Rendang Sempena Lebaran
Wajah manisnya pernah menghiasi berita utama di TV9. Tutur kata yang lembut dan perwatakan ceria menjadikan Syafi naz Yunus mudah didekati. Namun, siapa sangka di sebalik kelembutan yang dimilikinya, Syafi naz atau lebih mesra dengan panggilan Finaz ini adalah seorang gadis yang lasak dan tidak boleh duduk diam. Kerjayanya sebagai wartawan berita di TV9 menuntut Finaz sentiasa bergerak aktif dan melakukan kerja secepat mungkin bagi menepati ‘dateline’ yang telah ditetapkan.
Dara.com: Perasaan Finaz apabila terpilih menjadi Covergirl Dara.com Finaz: Alhamdulillah, terharu diberi peluang untuk menghiasi cover untuk edisi hari raya. Finaz tak pernah terfi kir akan diberi peluang ini. Namun tetap berbangga dengan peluang yang diberikan yang sememangnya dinantikan oleh semua personaliti dan gadis bertudung memandangkan Dara.com adalah majalah pilihan no.1 bagi gadis muslimah yang bertudung di Malaysia. Malah, Dara. com menjadi bahan bacaan Finaz sejak belajar di kolej dahulu iaitu dalam tahun 2003.
Dara.com: Boleh Finaz ceritakan tentang kerjaya sekarang. Kenapa memilih bidang penyiaran dan kewartawanan? Finaz: Sebenarnya, ibu saudara Finaz yang mencadangkan agar Finaz sambung belajar di Akademi TV3 memandangkan Finaz dilihat lebih gemar beraksi di depan kamera sejak zaman sekolah lagi. Jadi setelah belajar selama dua tahun setengah dan mendapat tawaran bekerja di NTV7 sebagai wartawan, Finaz mula jatuh cinta dengan bidang ini.
Dara com: Boleh Finaz kongsi pengalaman pahit dan manis sepanjang bergelar wartawan. Apakah kenangan yang paling tidak dapat dilupakan? Finaz: Memang tidak dinafikan kerjaya sebagai wartawan memang tidak boleh terlepas daripada perkara pahit dan manis. Namun bagi Finaz, setiap yang pahit itu ada manis di sebaliknya. Ditegur dan dimarahi oleh penerbit adalah cabaran bagi Finaz.
Dara.com: Siapakah idola Finaz dalam bidang penyiaran? Finaz: Finaz amat mengagumi Wan Zaleha Radzi dan Zakiah Anas. Finaz kagum akan bakat mengacara dan membaca berita yang dimiliki oleh mereka. Wan Zaleha Radzi. Mempunyai gaya yang tersendiri dalam menyampaikan dan ia membuatkan kita yakin dengan setiap maklumat yang disampaikan. Manakala Zakiah Anas pula seorang yang begitu merendah diri dan tidak lokek berkongsi pengalaman dengan wartawanwaratwan muda seperti Finaz dan sebab itulah Finaz menghormati mereka.
Dara.com: Lebaran bakal menjelma. Bagaimanakah persiapan hari raya Finaz pada tahun ini dan lokasi manakah yang menjadi pilihan Finaz untuk membeli-belah? Finaz: Setiap kali hari raya, Finaz akan menyediakan dua pasang baju raya. Tahun ini Finaz memilih warna ungu dan keemasan. Biasanya Finaz akan membeli-belah di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, kerana segalagalanya ada di sana.
Dara.com: Tahun ini beraya di mana dan apakah juadah kegemaran Finaz pada pagi raya? Finaz: Alhamdulillah, tahun ni Finaz beraya di Melaka. Tahun ni dapat cuti memandangkan tahun lepas dah bekerja. Makanan kegemaran Finaz semestinya nasi impit dan kuah kacang bersama rendang ayam pedas. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 26 Aug 2009, 12:24 pm | |
| Erni juaran Bintang RTM ingin cemerlang dalam SPM
Kecil molek, tapi cukup berbakat. Nur Ernie Shahirah Zakri, 17, mungkin masih asing dan tidak sepopular penyanyi lain. Namun juara Bintang RTM (BRTM) ini mempunyai aura yang tersendiri. Biarpun Erni merupakan peserta paling muda dalam pertandingan tersebut, namun usia bukanlah penghalang sebaliknya bakat yang dimiliki ternyata mendapat perhatian juri seterusnya menobatkan Erni sebagai juara dan berjaya membawa pulang hadiah lumayan termasuk wang tunai sebanyak RM20, 000.
Biarpun sibuk kerana masih belajar dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, namun Erni tidak sekali-kali menghampakan permintaan penulis untuk menemubualnya. Biarpun waktu agak singkat, namun gadis yang berperwatakan ceria ini ‘mesra’ kamera dan ia memudahkan lagi tugas penulis. Jom kita berkenalan lebih lanjut dengan Erni yang juga merupakan anak bongsu daripada dua beradik.
Apa khabar Erni? Boleh ceritakan tentang kerjaya dan kehidupan sekarang. Apakah perbezaan sebelum dan selepas menjadi artis. Erni: Sihat. Terima kasih kepada Dara.com kerana sudi menemubual Erni. Perbezaannya memang banyak. Selepas bergelar juara BRTM dan menjadi artis, saya mula dikenali dan sibuk mengadakan persembahan dan juga sesi fotografi .
Boleh Erni kongsi pengalaman pahit dan manis atau berharga ketika menyertai Pertandingan Bintang RTM. Erni: Pengalaman pahit yang saya alami ialah sewaktu pertandingan suku akhir saya mendapat sakit tekak yang amat sangat.Tapi alhamdulillah saya dapat mara ke peringkat seterusnya. Manakala pengalaman manis pula apabila dapat menimba ilmu dari guru vokal, penyanyi Dia Fadilla dan juga guru seni persembahan Cikgu Fathi (EE) sekaligus mendapat gelaran juara di BRTM 2009.
Apakah hobi Erni dan kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang Erni: Pada waktu lapang, biasanya saya akan berlatih vokal dan juga membuat persiapan diri untuk menghadapi SPM. Manakala hobi saya pula ialah menyanyi dan membaca novel. Menyanyi adalah minat saya dan membaca novel pula dapat menambahkan lagi pengetahuan am saya.
Siapakah idola Erni dalam bidang seni, kenapa memilih beliau sebagai idola? Erni: Idola saya ialah Dato’ Khatijah Ibrahim dan Tina Turner. Saya memilih kedua selebriti ini kerana mereka mempunyai ‘stage’ present yang mengagumkan.
Pernahkah Erni menyertai mana-mana ujibakat sebelum memasuki BRTM. Boleh ceritakan sedikit. Erni: Saya pernah menyertai ujubakat OIAM tetapi tak sempat bertemu dengan Syafinaz dan juga Paul Moss kerana terkandas di ‘stage’ yang kedua. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 26 Aug 2009, 4:07 pm | |
| Puas jadi hitam legam Almy buktikan boleh terima pelbagai watak untuk perkukuh kerjaya lakonan KIRA-KIRA 34 tahun lalu, Datuk Jamil Sulong mengarahkan filem Dayang Senandong dengan membariskan pelakon seperti Datuk Ahmad Mahmud, Datuk Sarimah Ahmad, Malik Sutan Muda, Haji Mahadi dan Ibrahim Pendek. Watak jahatnya disandang dan dimainkan dengan cukup berkesan oleh Salleh Kamil. Dalam filem itu, Dayang adalah seorang Puteri Raja yang berkulit hitam akibat satu sumpahan. Untuk menghilangkan sumpahan itu, beliau harus jauh dari istana. Bermulalah detik di mana Dayang berkahwin tetapi mendapat penghinaan dan seksaan daripada ibu mentuanya yang berdarah raja. Jalan cerita, watak dan perwatakan filem Dayang Senandong yang dikeluarkan pada tahun 1965 hampir sama dengan Senandung Si Dayang. Tidak dinafikan drama bersiri ini memang diadaptasi daripada filem itu. Watak Puteri dalam drama Senandung Si Dayang dipegangnya oleh Almy. Sama seperti Sarimah, dia juga perlu ‘dihitamkan’ seluruh tubuhnya seperti yang dikehendaki oleh skrip. Dan ia memang satu cabaran buat kepada pelakon muda ini. “Karakter ini lain sedikit daripada watak yang selalu saya bawakan. Sangat luar biasa dan bukan calang orang yang mampu menahan seksaan berada dalam solekan hitam legam di kulit. Tapi saya percaya setiap seksaan itu membawa hasil yang lebih bagus. “Biarpun berdepan dengan masalah kulit yang sensitif terutama terhadap solekan, saya mencabar diri untuk menerima watak ini. Kerana watak ini juga kulit muka dan badan jadi gatal. Tapi itu bukan alasan untuk tidak memberikan persembahan terbaik untuk watak ini. “Sekurang-kurangnya, saya mungkin dapat merasai pengalaman yang sama pernah dilalui Datuk Sarimah (Ahmad). Watak ini memang terlalu mencabar terutama dalam melahirkan emosi dan ekspresi tertentu dalam keadaan wajah hitam legam. Kalau nak menangis, saya kena keluarkan dari hati,” katanya yang sudah empat tahun berkecimpung dalam bidang seni. Demi watak Puteri dalam Senandung Si Dayang, Almy Nadia seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan krew gara-gara solekan hitam dengan tidak menyentuh sebarang objek kerana tidak mahu ia boleh meninggalkan kesan kurang memuaskan. “Setiap apa yang saya sentuh, pasti akan meninggalkan kesan pada warna hitam. Jadi saya kena berhati-hati. Lalu, tidak hairanlah, ada kalanya, saya jadi segan kerana dilayan macam anak raja,” jelasnya. ALMY (tengah) bersama Elly Mazlien (kanan) disolek hitam legam untuk menepati cerita dalam Senandung si Dayang. Namun, katanya, dia sememangnya jarang bercakap ketika berada di lokasi penggambaran kerana mahu memberikan tumpuan terhadap watak yang dipegangnya. “Selalunya, sebelum ke lokasi saya membeli roti dan air kerana malas nak keluar dari set penggambaran apatah lagi solekan di kulit perlu dijaga dengan baik. “Tapi saya tetap berpuas hati. Watak Puteri sebagai bukti untuk saya mampu dan bersedia melakonkan apa saja watak dengan baik. Saya boleh mempelbagai karektor. Tidak terhad dengan peranan gadis yang terkinja-kinja, penggoda atau perampas suami orang,” jelasnya. Anak sulung daripada empat beradik ini agak keberatan untuk bercakap soal peribadi, lebih-lebih lagi mengenai hubungannya dengan Fizz Fairuz. Malahan, pelakon muda ini seperti terpinga-pinga apabila ditanya sejauh mana kebenaran dengan desas-desus yang mengatakan dia sudah bertunang dengan Fizz. Menafikan perkara itu, Almy berkata, mereka sebelum belum ada perancangan untuk mengikat tali pertunangan. “Kalau ada ura-ura perkara ini, saya akan maklumlah kepada rakan media. Tapi buat masa ini, kami belum berbincang mengenai soal bertunang atau kahwin,” katanya. Menurutnya, perkara penting yang sedang diutamakan sekarang ialah terus merebut peluang berlakon. Kebetulan pula mereka kini sibuk menghabiskan masa di lokasi penggambaran kerana masing-masing ada kerja yang perlu dilakukan. “Apabila kami berada di lokasi penggambaran berasingan kerana masing-masing ada kerja, timbul cerita kononnya kami sudah berpisah. Ketika itu Fizz sibuk dengan drama Nur Kasih, saya pula terbabit dengan drama Senandung Si Dayang. “Lebih baik kami sibuk dan tidak selalu dilihat bersama. Kami mahu tumpu perhatian kepada kerjaya dan cari duit untuk masa depan yang lebih terjamin. Jika kami boleh pikul tanggungjawab dengan lebih jauh, pastinya kami akan duduk berbincang. Bertunang dan berkahwin bukanlah perkara mudah,” jelasnya lagi. Almy yang sudah tiga tahun menjalin hubungan dengan Fizz, berkata, seperti wanita lain, dia juga ada keinginan untuk berkahwin dan berkeluarga tetapi ia perlu difikirkan pada masa sesuai. “Saya tahu sampai bila hendak kata ‘tak bersedia’. Tapi tiba masanya, kami akan memikirkan dengan serius mengenai perkara ini. Buat masa ini, hubungan kami berjalan dengan baik. Soal berkahwin itu biarlah ia timbul secara bersahaja,” katanya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 26 Aug 2009, 4:36 pm | |
| OGY rela hidup bersendirian demi Nuraminah Aishah. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 26 Aug 2009, 4:46 pm | |
| Dengarnya... Rezeki Nabil di bulan puasa SEWAKTU kawan Cik Normah berkunjung ke sebuah kedai peralatan elektrik baru-baru ini, tiba-tiba dia ternampak wajah Bintang Paling Popular ABPBH2008, Nabil bergantungan di premis itu. Melihat kepada cara gambar itu digantung, nampaknya buah hati pengarang jantung pelakon Irma Hasmie ini sedang mempromosikan barangan elektrik itu. Disebabkan kawan Cik Normah itu memang ringan mulut orangnya, jadi dia pun bertanyakan hal itu kepada pekerja di premis itu. Tepat seperti yang diduga, Nabil memang dipilih syarikat peralatan elektrik itu untuk menjadi jurucakap kepada produknya. Amboi! Bertuah sungguh Nabil ya. Dalam dia, dilamar jadi duta kepada produk elektrik yang memang popular ini. Tapi kenapa perkara ini tidak diwar-warkan? Nabil pun sewaktu ditemubual rakan sepejabat Cik Normah sebelum bulan puasa hari itu, tak pula memaklumkan perkara ini kepadanya. Mungkin Nabil sengaja tidak mahu menghebohkan perkara ini. Tapi tak mengapa, kawan Cik Normah tadi pun bertanya dengan lebih lanjut berapa tempoh kontrak dan berapakah bayaran yang diterima. Berdasarkan maklumat yang diberi, Nabil hanya menjadi duta untuk tempoh dua bulan saja iaitu sempena bulan Ramadan dan juga musim perayaan. Dan yang lebih penting, untuk tempoh dua bulan itu saja, bayaran yang diterima Nabil memang lumayan. Berapa harganya? Biarlah rahsia. Pendek kata, raya sakanlah Nabil dan keluarganya tahun ini. Itulah yang di namakan rezeki dan Cik Normah harap, dengan kurniaan rezeki itu, Nabil akan bertambah merendah diri dan tidak mudah lupa pada mereka yang sentiasa menyokong kerjaya seninya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 26 Aug 2009, 4:50 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 26 Aug 2009, 5:17 pm | |
| Sharifah Zarina dan Anaknya, El-Athina Deena Bagi yang tak kenal artis ni, dia ni penyanyi hits suatu waktu dulu dengan lagu langit ketujuh. Inilah dia penyanyi Sharifah Zarina yang suatu masa dulu pernah kotroversi kerana merahsiakan statusnya yang sudah berkahwin semasa mula² menjadi artis. Anak yang comel tersebut adalah anak pertamanya, El-Athina Deena, 6 tahun! Anak kedua, Ariana Deena, 1 tahun. (tiada dalam gambar. tido kut..) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 9:15 am | |
| Fara Fauzana pernah ponteng puasa 25 hari APABILA Ramadan tiba pastinya akan ada yang terkenang pada kenangan lalu ketika menyambut ramadan pada zaman remaja. Tidak ketinggalan juga buat penyampai radio HotFm, Fara Fauzana yang berkongsi kenangan ramadannya ketika di bangku sekolah. Fara Fauzana bergambar setelah selesai majlis berbuka puasa bersama media dan Rumah Anak Yatim Baitul Kasih, Sungai Buloh, yang diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Petaling jaya, anjuran HotFm dan FlyFm pada 25 Ogos 2009. - foto mStar Online Fara sendiri menceritakan kenangannya berpuasa hanya lima hari ketika di tingkatan dua sewaktu bersekolah di Sungai Petani. "Kenangan saya ni masa di tingkatan dua. Saya puasa lima hari je, lagi 25 hari tu saya dah tak larat dah. Waktu tu saya sekolah di Sungai Petani dan tak lama pun saya di sana, setahun je lepas tu saya pindah. "Saya tak tahan dengan persekitaran dia... lagipun sekolah tu sekolah budak-budak nakal. "Waktu zaman saya, tak macam budak-budak tingkatan dua sekarang... kebanyakkan mereka dah matang. Masa zaman saya semuanya pemikiran budak-budak lagi. "Bila nak kena ganti puasa tu, mulalah rasa malas... yelah, 25 hari banyak tu nak ganti. Kadang-kadang saya terfikir, saya tergelak jugak," kata Fara sambil ketawa. Namun Fara mengatakan dia bukan sengaja meninggalkan puasa, sebaliknya tidak tahan dengan persekitaran sekolah tersebut yang berhadapan dengan sebuah kilang papan. "Cuba bayangkan, persekitaran sekolah tu yang dekat dengan kilang papan. Waktu kemuncak kilang tu beroperasi pulak tengahari, kita yang berpuasa bila kena habuk-habuk papan tu boleh jadi lagi sesak nafas la. "Sebab itu lima hari saja saya puasa dan ramai jugak lah pelajar-pelajar kat sana yang tak berpuasa macam saya," katanya lagi. Bulan ramadan tahun ini juga agak sibuk buat Fara dengan tugas d konti, promosi filem terbaru lakonannya 'Jin Notti', terlibat dengan majlis berbuka puasa dan Fara juga akan terlibat untuk berniaga kuih raya mulai minggu hadapan di Plaza Damas. "Minggu depan saya akan berniaga kuih raya di Plaza Damas. Kuih-kuih tersebut adalah buatan saya sendiri bersama ibu saya, Faridah Abdul Jalil dan juga ibu saudara, Fauziah. "Bila nama kedua-dua mereka digabungkan, jadilah 'Fafau'. Ada berbagai jenis kuih yang akan dijual seperti Biskut Coklat Chip, Biskut Arab dan banyak lagi. "Semuanya akan dijual dengan harga yang berpatutan dan jika ada yang tidak berpuas hati, wang anda akan dikembalikan semula. "Tetapi saya akan berada di gerai tersebut mungkin selepas waktu berbuka puasa kerana pagi saya sibuk dengan tugasan," kata Fara yang ditemui pada majlis berbuka puasa bersama media dan anak-anak yatim anjuran HotFm dan FlyFm yang bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Petaling Jaya. Fara sakit ketika berada di JakartaBeberapa minggu sebelum puasa, Fara telah pun ke Jakarta bagi bercuti bersama-sama pemenang peraduan 'Bercuti bersama HotFm' anjuran Sony. Namun sewaktu di sana Fara telah jatuh sakit dimana Fara telah muntah-muntah, cirit-birit, selesema dan sakit badan. "Di Jakarta Fara sakit, Fara kena muntah-muntah, cirit-birit, selesema dan sakit badan. Masa kat sana Fara kena pakai 'mask' bagi mengelak sebarang jangkitan yang tidak diingini. "Tetapi berbezanya kat sana, bila kita pakai 'mask' akan ada orang yang kita tidak kenal datang tegur kita dan bertanya "Awak sakit ke?". "Saya pun macam takut jugak, sebab kat Malaysia bagi kita pakai 'mask' tu perkara biasa," kata Fara yang juga merupakan pengacara Melodi. Bagaimanapun Fara merasakan bulan puasa tahun ini dia agak rileks kerana sebaik sahaja pulang dari Jakarta Fara telah bercuti selama seminggu dan ketika di konti, setelah ke udara Fara sudah boleh pulang ke rumah untuk berehat. Fara yang juga dikenali kenakalannya dalam mengenakan pendengar dalam segmen 'Panggilan Hangit' mengatakan biarpun pada bulan puasa segmen ini akan terus dijalankan dan kali ini pendengar yang dikenakan panggilan hangit akan menerima hadiah. "Mulai minggu depan, pendengar yang dikenakan panggilan hangit akan diberi hadiah berupa baucer RM 300 yang ditaja oleh SSF Home Deco Mart. "Jadi sempena ramadan ni panggilan hangit special sikit lah," jelas Fara. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 9:17 am | |
| Putri Mardiana: Kalau ada orang ketiga, biar orang sana yang fikir..
Nana enggan mengiyakan mahupun menidakkan wujudnya orang ketiga yang dikaitkan dengan isu penceraiannya.
WAJAHNYA tenang dan hanya tersenyum saat disapa namun dalam hati yang digelodak perasaan sedih dan pilu, siapa yang tahu.
Bagi aktres baru, Putri Mardiana Zainal Abidin, 28, atau lebih mesra dengan panggilan Nana ini, biarlah segala cerita antara dia dan bekas suami, Shahnaz Norwawi, 32, yang sepatutnya disimpan menjadi rahsia antara mereka berdua.
Mardiana dan Shahnaz telah sah bercerai talak satu selepas diputuskan oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selasa lalu.
Lantas, apabila alasan wujudnya orang ketiga dikaitkan dengan isu penceraian mereka, Mardiana enggan mengiyakan mahupun menidakkan.
Katanya, “Saya tak nak aibkan sesiapa. Kalau ada orang ketiga, biar orang sana (Shahnaz) yang fikir dan samada ada atau tidak biar kami berdua saja yang tahu.
“Saya tak nak buka pekung di dada.”
Jika dalam laporan media semalam, Mardiana dilihat kurang bercakap kerana menurutnya dia tidak mahu memanjangkan cerita dan hanya inginkan kes penceraian ini berakhir dengan cepat.
“Lafaz taklik dia ada niat lain tetapi saya lebih suka berdiam diri dalam mahkamah.
“Saya hanya berserah kepada Allah. Saya tiada peguam kerana tak nak kes ini berpanjangan dan aibkan kedua-dua pihak,” ujarnya.
Tambah Mardiana, “Perkara ini sekejap sahaja berlaku, macam baru semalam sahaja dia melafazkan taklik dan perkara ini mengambil masa juga untuk saya tempuhi tetapi dalam hati siapa yang tahu.
“Sebelum saya membuat keputusan ini, saya hanya berserah kepada Allah dan mendapatkan sokongan orang tua dan saudara-mara.
“Perpisahan ini bukan atas paksaan sesiapa tetapi atas kerelaan hati sebab dah lama saya pendam.”
Dalam nada kecewa, ibu kepada tiga orang cahayamata ini menjelaskan sedikit-sebanyak tentang situasi sebenar yang berlaku.
“Enam bulan tahun lalu bukannya saya tak balik langsung kerana saya ada juga melawat dan jaga anak.
“Selepas itu, saya nak balik kepada dia demi anak-anak dengan cuba perbaiki hubungan kami tetapi selepas itu tak baik juga. Jadi, lebih baik putuskan hubungan ini.
“Dalam masa dua bulan itu, dia langsung tiada inisiatif untuk berbaik dan kami juga tidak berkomunikasi.
“Kami bercerai pun sebab pertengkaran kecil dalam sebulan lebih. Semasa malam selepas dia melafazkan cerai taklik (1 Jun 2009), ibu saya tak masuk campur dalam hal itu tetapi sebab kebetulan dia berada di Kuala Lumpur.
“Dia cuba berbaik dengan saya pada malam tu dan pagi esoknya saya berbaik dengan dia pun hanya lakonan semata-mata.
“Perkara itu berlaku semasa saya sedang menjalani pengambaran filem ‘Santau’.
“Macam mana saya nak bekerja sedangkan saya buat semua ini untuk bantu kewangan dan anak-anak tetapi disalahertikan.
“Saya minta izin dia dan dia izinkan dengan beberapa syarat yang dipersetujui bersama.”
Anak-anaknya iaitu Alia Wirdani, 6, Amir Firman, 4, dan , Airell Zuhair, 3, kini berada dalam jagaan bekas suaminya.
Menurut Mardiana, dia akan berhubung dengan Shahnaz melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) jika mahu berjumpa dengan anak-anaknya.
“Mengenai penjagaan anak-anak, saya belum bincang lagi dengannya dan saya akan berbincang secara baik dengannya di luar (mahkamah) nanti,” kata wakil tunggal negara yang memenangi pingat emas dalam kategori lakonan di Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) di Hollywood, California, Amerika Syarikat ini.
Bercerita tentang perancangan masa depannya, Mardiana berkata dia akan menumpukan kepada karier lakonan yang baru diceburinya pada tahun ini.
“Alhamdulillah, banyak rezeki yang saya dapat sekarang ini. Sekarang, saya sedang berlakon drama ’43 Karat’ untuk slot Samarenda di TV3 dan selepas ini akan sambung dengan drama ‘Mama Murai’ untuk Astro Warna.
“Saya juga terlibat dengan pengambaran telefilem raya ‘Uda Dan Dara’,” jawabnya yang pertama kali berlakon menerusi filem ‘Santau’ yang akan ditayangkan pada 10 Disember depan di pawagam.
Baru sahaja menceburi bidang ini, isu penceraiannya telah memberikan kesan kepadanya dalam industri seni hiburan tanah air.
Jelas Mardiana, “Ada perkara baik dan buruk yang menimpa diri saya tetapi saya masih mampu untuk mengawal situasi yang dihadapi sekarang.
“Isu menyesal tak pernah ada kerana setiap keputusan yang saya lakukan menggunakan akal yang waras dan sesuai dengan prinsip.
“Kepada semua, jangan ‘judge’ saya melalui kehidupan peribadi sebab setiap orang ada kehidupan masing-masing.
“Saya sudah menerima pengajarannya dan berharap mereka mengambil yang positif seperti kerjaya dan mengkritik lakonan saya.
“Isu ini baru sahaja berlaku dan lama-lama orang akan letih juga tetapi saya tak mampu nak tutup mulut orang dari bercakap perkara buruk tentang saya.”
Bercerita mengenai drama ‘Mama Murai’ Mardiana akan melakonkan watak Liza, anak sulung Mama Murai atau Saodah lakonan Kartina Aziz.
Liza berusia hujung 20-an, nampak lembut dan baik hati tetapi hipokrit dan mengadakan hubungan sulit dengan bos sendiri.
Ditanya tidakkah kes cerainya memberikan kesan kepada lakonannya nanti, Mardiana menjawab:
“Kes ini memang memberikan kesan dalam diri saya seperti badan kurus dan makan hati. Sekarang mungkin orang tak nampak sebab saya berada bersama orang lain tetapi kesan itu akan mengganggu apabila saya duduk seorang diri.
“Tetapi untuk lakonan, ia tidak menganggu konsentrasi saya kerana saya apabila di lokasi secara automatik saya akan tumpukan pada mood lakonan.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 9:18 am | |
| Avaa nekad kumpul duit sambung belajar di Los Angeles
PUAS hos dan aktres Avaa Vanja Ramli menunggu pihak Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) meluluskan pinjamannya untuk menyambung pelajaran di New York Film Academy (NYFA), Los Angeles dalam jurusan ‘Screen Acting’ sejak setahun lalu.
Semasa terlibat dengan teater Muzikal Ibu Zain pada Ogos 2008, wanita yang menggelarkan dirinya Avaa, 29, ini pernah memberitahu yang dia akan menyambung pelajaran ke luar negara.
Ingatkan dia sedang sibuk menelaah pelajaran di sana sekarang, rupa-rupanya pelakon filem ‘Kala Malam Bulan Mengambang’ ini masih di Malaysia.
Ini kerana selepas muncul menerusi teater Muzikal Ibu Zain, Avaa menyepi dari industri hiburan ini sehinggalah baru-baru ini dia kembali aktif berlakon melalui teater ‘Muzikal Gamat’ yang akan dipentaskan pada 2 hingga 8 Oktober depan di Istana Budaya.
Namun begitu, ia tidak melunturkan semangat Avaa untuk terus berusaha keras mencari wang demi melanjutkan pelajaran ke menara gading.
“Ikutkan saya dah layak untuk sambung belajar ke NYFA selepas mendapat tawaran untuk belajar dan menyertai bengkel dalam kursus sarjana ‘Screen Acting’ pada Ogos tahun lepas. Saya kecewa sebab pihak KeKKWa (sekarang KPKKW) tak luluskan geran itu.
“Jadi, sekarang ni saya nak mengumpul duit sendiri tetapi ia perlu mengambil masa yang agak panjang,” katanya yang pada mulanya memohon kursus sarjana ‘Film Production’ di institusi yang sama.
Ditanya tidakkah dia melakukan inisiatif lain seperti meminta bantuan kewangan daripada ahli keluarga yang lain, Avaa menjawab:
“Dari kecil saya sangat berdikari dan tak terlalu bergantung dengan keluarga.
“Cuma kali ini saya nak restu dan sokongan daripada mak dan semua kerana itu yang membakar semangat saya untuk lebih maju ke hadapan,” katanya yang sentiasa berpegang kepada prinsip hidup ‘selalu mencapai yang terbaik dan setiap kemahuan dilakukan atas usaha sendiri’.
Bagaimanapun, wanita bekerjaya ini berkata niat untuk menyambung pelajaran itu merupakan matlamatnya yang kedua.
“Saya jenis seorang yang mementingkan karier dan kalau boleh saya nak capai karier sebagai produser, pengarah dan bisnes perfileman terlebih dahulu.
“Saya nak sambung belajar pun sebagai bekalan untuk masa depan sebab dalam masa lima tahun akan datang, saya bercita-cita untuk membuka kelas lakonan,” jelas pemilik Ijazah Sarjana Muda Rekaan Fesyen dan Diploma dalam jurusan yang sama di International Fashion Academy (IFA) Paris.
Menyentuh tentang kariernya sekarang, selain berteater bekas pengacara ‘Pop TV’ ini sedang sibuk melakukan rakaman program animasi 3D, ‘Ibn Battuta’ sebanyak 20 episod untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
“Saya menjadi ‘voice director’ dan dalam masa yang sama saya merupakan produser untuk ‘Ibn Battuta’.
“Pada mulanya, kita ingin pasarkan ‘Ibn Battuta’ ke pasaran antarabangsa tetapi apabila RTM berminat, jadi kita perlu alih suara ke bahasa Melayu.
“Saya juga lebih banyak mengendalikan proses suntingan, pembangunan konsep dan lesen sesebuah program itu,” ujarnya yang telah tiga tahun bekerja sebagai produser secara sepenuh masa di Go Fushion Sdn. Bhd., Subang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 9:20 am | |
| Tomok rindu nak balas kad raya peminat JUARA One In A Million (OIAM) musim ketiga ini pernah meniti zaman kegemilangannya ketika popular bersama kumpulan New Boyz. Malah dia juga pernah jatuh dari zaman popularnya sehinggakan dia menyepi dari dunia hiburan dalam masa yang agak lama. Tomok semasa sidang akhbar TOP 3 OIAM menjelang final di Grand Millennium Hotel, pada 27 April lalu. - foto THE STAR oleh GLENN GUAN Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan yang ditemui ketika majlis berbuka puasa bersama media dan anak-anak yatim dari Baitul Kasih, Sungai Buloh anjuran HotFm dan FlyFm di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Petaling Jaya, menceritakan kenangan manisnya ketika menyambut ramadan dan raya sewaktu mula menjadi artis. "Sewaktu mula-mula Tomok jadi artis itulah kenangan paling manis semasa sambut ramadan dan raya. "Boleh dikatakan kad raya berguni-guni Tomok dapat dari peminat-peminat dan siap dapat baju raya dari peminat lagi. Kira berjimat jugak la... "Tapi sekarang ni suasana tu dah tak ada... yela, orang sekarang dah tak main hantar kad raya, semuanya pakai emel, sms dan facebook. "Kalau dulu, Tomok balas kesemua kad raya tu dengan cara Tomok fotostat semua, kemudian Tomok akan tandatangan dan pos semula kepada peminat. "Kalau nak balas satu-satu, tak menang tangan Tomok. Tapi sekarang dah senang, boleh balas pakai emel, sms dan facebook, cuma dah tak rasa suasana balas kad raya je," kata selebriti yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan ini. Bagaimanapun Tomok turut merasakan perubahan yang terdapat pada peminatnya yang dirasakannya semakin matang dan berubah mengikut peredaran waktu. Tomok juga bangga apabila kini peminat-peminatnya bukan sahaja terdiri daripada bangsa Melayu, malah peminat dari bangsa Cina dan India juga sudah mengenali dan meminati Tomok. "Kalau masa zaman sekolah-sekolah dulu peminat Tomok kebanyakkannya bila tengok buat persembahan mereka macam teruja, suka, tapi sekarang Tomok lihat mereka dah matang, kalau mereka jumpa Tomok pun mereka cuma kata nak minta tandatangan je. "Tapi selepas Tomok masuk OIAM, peminat Tomok juga sudah bertambah dan berubah. Kini kebanyakan peminat Tomok terdiri daripada golongan yang bekerjaya. "Malah hinggakan bangsa Cina dan India juga sudah mengenali dan meminati Tomok," jelas penyanyi ini yang sibuk berada di studio rakaman pada bulan puasa ini. Menyentuh mengenai album solonya, Tomok sedang di dalam proses rakaman lagu untuk albumnya yang mungkin akan dikeluarkan sebelum tahun depan. Malah single kedua selepas single 'Rinduku Terhenti' juga akan dikeluarkan pada bulan sembilan atau 10 ini. "Album solo Tomok mungkin akan keluar dalam tujuh atau 10 lagu, tetapi sekarang ni baru dua lagu dah di rakam. Konsep dalam album Tomok nanti konsep Pop Rock, sama macam yang Tomok bawa masa dalam OIAM. "Antara komposer yang terlibat Aubrey Suwito, Shazzy dan ada satu lagu disumbangkan oleh gitaris kumpulan New Boyz, Afiez. "Album ini mungkin akan keluar sebelum tahun depan dan single kedua Tomok juga akan keluar pada bulan sembilan atau 10 tetapi tajuk lagu masih belum di fikirkan lagi," kata Tomok yang turut sibuk dengan menghadiri jemputan majlis berbuka puasa setiap hari. Ditanya harapannya pada album solonya nanti, Tomok mengatakan dia berharap dapat mengeluarkan 10 lagu di dalam albumnya, namun dia hanya bergantung kepada pasaran kelak. "Harapan Tomok kalau boleh nak semua 10 lagu tersebut dikeluarkan dalam satu album, tapi Tomok hanya bergantung kepada pasaran dan kalau boleh jika keluar 10 lagu tu, biarlah semuanya berkualiti. "Ini merupakan projek solo Tomok selepas OIAM, apa yag Tomok lihat orang ramai inginkan sesuatu yang berlainan, jadi Tomok harap akan berjaya," katanya. Bagi Tomok yang pernah menyepikan diri ketika mengalami zaman kejatuhannya, juga pernah berniaga kecil-kecilan di Banadr Tun Razak bagi mengisi kekosongan masanya. "Saya pernah berniaga jual ayam goreng berempah di Bandar Tun Razak, saya yang memulakan perniagaan tersebut, tapi kini tiada siapa nak menyambung perniagaan tersebut sebab Tomok pun semakin sibuk. "Tapi Tomok rasa seronok sangat sebab Tomok pernah merasa berada di atas, kemudian Tomok jatuh dan Alhamdulillah kini Tomok bangkit semula. "Tomok harap biarlah kali ini ianya berterusan," jelas Tomok yang akan beraya di kampungnya di Rembau, Negeri Sembilan pada tahun ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 9:23 am | |
| Noraniza mohon mahkamah arah bank dedah status rumah Fareez
Noraniza berbincang sesuatu dengan peguambelanya, Zuri di luar mahkamah. -foto MSTAR
KUALA LUMPUR: Ratu Lagu Etnik, Noraniza Idris hari ini memohon perintah sementara mahkamah agar meminta pihak bank memberikan informasi tentang pinjaman dan status rumah yang dituntut daripada bekas suaminya, Mohammad Fauzi Ahmad Tajuddin atau Fareez (defendan).
Noraniza (Plaintif) berkata, ini kerana rumah itu adalah 100 peratus atas nama Fareez dan pihak bank tidak dapat memberikan maklumat tersebut kepadanya.
"Untuk semakan status rumah dan pembiayaannya, saya kena minta perintah mahkamah dalam tempoh seminggu ini. Dia (Fareez) dah jual tapi tak bayar ansuran sejak 2006... jadi saya nak tahu status sama ada telah dilelong atau dijual," kata Noraniza ketika ditemui selepas prosiding selesai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.
Tuntutan harta sepencarian tersebut melibatkan rumah kediaman di Seksyen 6, sebuah rumah kedai tiga tingkat di Seksyen 1, Wangsa Maju serta barangan salun dan butik yang dianggarkan bernilai RM10,000.
Namun begitu, Noraniza tidak akan menuntut barangan salun dan butik sekiranya tuntutan rumah itu berjalan lancar. "Jika tidak beres (tuntutan rumah), baru saya tuntutnya (salun dan butik)," katanya.
Mahkamah hari ini sepatutnya merekodkan persetujuan kedua-dua pihak iaitu plaintif dan defendan berhubung dengan tuntutan milik rumah dan bangunan kedai di Wangsa Maju itu.
Bagaimanapun, kes tuntutan harta sepencarian Noraniza terhadap Fareez belum dapat diselesaikan.
Peguambela Noraniza, Zuri Zabidin Budiman memberitahu Hakim Syarie, Mohamad Shakir Abdul Hamid bahawa ini ekoran kedua-dua pihak plaintif dan defendan masih meneliti beberapa butiran seperti cara pembahagian harta dan kaedah pembayaran.
"Pihak kami telah berbincang dengan defendan (Fareez) dan menerusi hasil perbincangan itu, kami mendapati perlu meneliti beberapa perkara.
"Dengan itu, saya ingin mohon satu perintah mahkamah mengarahkan pihak bank memberikan informasi kepada plaintif (Noraniza) kerana dia perlu memeriksa pembiayaan (pinjaman) dan status rumah tersebut," kata Zuri semasa prosiding berlangsung.
Menurut Zuri, rumah tersebut adalah atas nama pihak defendan Fareez dan hasil perbincangan tersebut antara Fareez dan Noraniza mendapati Fareez telah tidak membayar ansuran rumah tersebut sejak 2006.
"Apabila tulis surat kepada bank Maybank cawangan Setapak, tidak ada nama Noraniza (sebagai pemilik rumah tersebut). Oleh itu, pihak bank tidak dapat memberikan maklumat tentang rumah tersebut.
"Kami tidak ada keputusan hari ini kecuali mendapatkan perintah sementara mahkamah," jelas Zuri.
Kata Zuri, pihaknya akan menyediakan draf perintah sementara mahkamah itu dalam tempoh masa seminggu ini agar pihak mahkamah dapat mengeluarkan arahan tersebut.
Difahamkan bank tidak boleh mendedahkan maklumat-maklumat pelanggannya kepada pihak ketiga kerana tertakluk dengan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989.
Zuri meminta satu tarikh selepas Hari Raya dan pihak mahkamah telah menetapkan 8 Oktober ini untuk sebutan akhir perekodan persetujuan berhubung tuntutan milik rumah dan kedai tersebut.
Hakim Syarie, Mohamad Shakir berkata, perbicaraan akan disambung semula sekiranya kedua-dua pihak masih gagal mencari jalan penyelesaian pada tarikh tersebut.
Noraniza yang bertudung jingga dan berbaju kurung hitam dengan corak flora hadir seorang diri ke prosiding hari ini. Fareez tidak hadir.
Pada 12 Ogos lalu, Fareez memberitahu mahkamah bahawa dia sanggup memenuhi tuntutan hak milik dua hartanah oleh bekas isterinya itu.
Tuntutan sebanyak 50 peratus harta tersebut dibuat ke atas rumah kediaman di Seksyen 6 dan sebuah rumah kedai tingkat di Seksyen 1, Wangsa Maju.
Dalam perbicaraan itu, secara tiba-tiba Fareez mengumumkan dia sanggup menyerahkan milikan 50 peratus terhadap rumah itu dan 50 peratus lagi terhadap bangunan rumah kedai yang kedua-duanya terletak di Wangsa Maju.
Sehubungan dengan itu, Hakim Syarie Mohamad Shakir Abdul Hamid menetapkan 26 Ogos jam 9 pagi di mahkamah yang sama untuk merekodkan persetujuan kedua-dua pihak - plaintif dan defendan - berhubung dengan tuntutan milik rumah dan bangunan kedai di Wangsa Maju itu.
Noraniza berkahwin dengan Fareez, 40, pada 31 Mac 1988 sebelum berpisah pada 7 April 2006 dengan talak satu.
Hasil perkongsian hidup Noraniza dan Fareez yang bernikah pada 31 Mac 1988 mengurniakan Mohammad Aliff Haiqal, 20, dan Mohd. Alfeeq Haiqal, 16. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 9:25 am | |
| Hans tak menang tangan antara 'Jalan Lama' dan 'Muzikal Cuci'
BIARPUN sedang sibuk dalam menguruskan pementasan teater 'Cuci the Musical', pelakon dan pengarah, Hans Isaac, masih sempat untuk menjayakan penggambaran filem arahan Afdlin Shauki, yang telah bermula sejak minggu lepas.
Filem yang berjudul 'Jalan Lama' ini akan tamat penggambarannya pada 7 September ini ekoran Hans dan Afdlin yang terlibat di dalam pementasan 'Cuci the Musical' akan mengadakan sebuah raptai untuk teater ini bersama artis-artis yang terlibat pada 8 September nanti di Istana Budaya
"Penggambaran ini perlu dijalankan segera kerana saya dan Afdlin terlibat dalam 'Cuci the Musical' dan kami kena adakan raptai pada 8 September ini bersama semua artis yang terlibat dalam pementasan ini.
"Jadi 7 September tu adalah hari terakhir kami 'shooting' untuk filem ini dan selepas itu baru boleh tumpukan semula pada pementasan teater itu nanti," katanya ketika dihubungi mStar online.
Hans turut menceritakan sedikit sebanyak berkenaan filem terbaru lakonannya ini yang turut menampilkan pelakon-pelakon handalan seperti Afdlin Shauki, Que Haidar, Vanidah Imran, Marion Caunter dan Datuk Tarmimi Siregar.
"'Jalan Lama' menceritakan tentang dua adik beradik, pada ketika itu si abang membawa adiknya pulang ke kampung mengikut jalan lama. Pada masa itu lah berbagai-bagai kejadian berlaku.
"Filem ini sebuah filem drama/thriller. Dia ala-ala cerita hantu dan dimasukkan sedikit elemen cerita 'Lord of the Ring' di mana ada berbagai-bagai mahkluk dan bunian dala filem ini," jelas Hans tentang filem yang menjalani penggambaran di Perak dan Kuala Lumpur.
Ditanya mengenai perkembangan terbaru teater 'Cuci the Musical' Hans mengatakan, penjualan tiket telah pun dimulakan pada dua minggu lepas namun promosi dan iklan masih belum sempat dijalankan.
"Kita dah buka penjualan tiket dua minggu lepas, tapi kami baru iklankan di Facebook sahaja. Selepas raya nanti mungkin iklan dan promosi akan dibuat di surat khabar, radio, televisyen dan banyak lagi.
"Saya pun masih sibuk dengan 'shooting' jadi masih belum sempat untuk periksa jumlah jualan tiket, tapi apa yang saya tahu pada hari pertama dibuka, 1000 tiket telah berjaya dijual," kata pemilik syarikat produksi Tall Order Productions Sdn Bhd (TOPSB) ini.
Selain Hans dan Afdlin, turut membintangi teater ini ialah Awie, A.C Mizal, Adibah Noor, Vanidah Imran, Harith Iskandar dan ramai lagi.
Hans juga memberitahu bahawa syarikatnya juga telah menerbitkan sebuah drama yang akan ditayangkan pada 11 septermber ini di TV9. Drama yang brjudul 'Biru Cinta Laguna' itu juga turut menampilkan Hans Isaac sebagai pelakonnya.
'Cuci the series' juga bakal ditayangkan pada bulan 11 nanti di RTM2 setelah tamat pementasan 'Cuci the Musical'.
Kepada peminat-peminat Hans Isaac yang ingin menyaksikan teater 'Cuci the Musical' ini tiket boleh didapati dalam lapan harga yang berbeza bermula dari RM 30 hingga RM 200. Peminat yang membeli tiket tersebut dengan segera akan mendapat diskaun Hari Raya.
Tayangan ini akan diadakan di Istana Budaya pada 23 Oktober 2009 bermula jam 8.30 malam. Pembelian tiket boleh dilakukan dengan melayari www.axcess.com.my atau menelefon ke nombor 03-77115000. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 9:27 am | |
| Posh tidak mahu anak lagi Victoria bersama dengan suaminya David Beckham ketika tiba di lapangan terbang Heathrow, London. foto-AP
VICTORIA Beckham mengatakan dia kini tidak mahu mempunyai anak lagi.
Bekas anggota kumpulan Spice Girl itu kini mempunyai tiga orang anak, Brooklyn, 10, Romeo, 6. dan Cruz, 4, dengan suaminya bintang bola sepak terkenal David Beckham. "Saya bangun awal setiap pagi untuk sediakan sarapan kepada anak-anak dan hantar mereka ke sekolah.
"Ketika mereka berada disekolah sajalah baru saya boleh melakukan kerja saya dan saya mesti habiskan semuanya sebelum pukul 3 petang kerana terpaksa mengambil mereka pula," katanya dalam satu temu bual radio dengan Ryan Seacrest.
Ia merupakan suatu pendedahan yang memerenjatkan kerana sebelum ini dia pernah mengatakan bahawa mahukan seorang anak perempuan.
"Saya tidak kisah mempunyai anak lagi dan saya mahukan seorang anak perempuan," katanya kepada sebuah majalah Sepanyol sebelum ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 9:30 am | |
| Nak gaduh biar ada kelas
TIGA pendukung utama drama Kasih Tercipta, Nasha Aziz, Aaron Aziz dan Erra Fazira. BAYANGKAN apabila dua nama besar di gelanggang seni tanah air, Nasha Aziz dan Erra Fazira digandingkan bersama dalam sebuah karya. Benar, bukan mudah untuk membariskan dua aktres yang sama tinggi darjat pesona dan bakatnya dalam sebuah drama atau filem.
Lantaran itu, wujud persoalan yang satu ini. Kalau kedua-duanya sudah sama bagus, situasi ingin bersaing lakonan siapa yang lebih bagus barangkali boleh berlaku dengan mudah bila disatukan dalam sebuah produksi sama.
Bukan sengaja ingin menimbulkan isu di sini. Sebaliknya perihal pelakon yang hendak tunjuk 'kuasa' siapa lebih bagus sudah lama berlaku di lokasi penggambaran. Baik dalam dunia lakonan mahupun nyanyian, ia bagaikan biasa didengar dan belum dinoktahkan lagi.
Penyatuan dua bintang besar, Nasha dan Erra menerusi drama bersiri, Kasih Tercipta arahan sutradara Rashid Sibir bagaimanapun menolak tanggapan negatif umum sebelum ini tentang persaingan.
Lagipun, bukanlah taraf Nasha atau Erra untuk menunjukkan siapakah paling menonjol kerana putaran kemasyhuran tidak henti-henti terarah kepada diri kedua-dua nama itu sejak sedekad lalu.
Nasha yang ditemui pada pelancaran drama berkenaan di Damansara Heights, Kuala Lumpur minggu lalu menjelaskan, setiap pelakon baik yang baru mahupun senior tidak boleh memiliki perasaan negatif kepada orang lain.
"Semua bergantung kepada watak yang ditawarkan oleh pengarah apabila berbicara tentang isu ini. Kalau tuntutan watak sendiri memerlukan kita lebih menonjol apatah lagi ada banyak babak, maka saya tidak anggap ia menjadi persaingan.
"Saya sudah berlakon dengan banyak pelakon besar seperti Umie Aida dan Erra sendiri. Seharusnya tidak timbul perasaan untuk berlawan sesama pelakon. Saya rasa seorang pelakon yang profesional tidak boleh ada fikiran untuk menutup bayang pelakon yang diganding dengannya.
"Kalau sudah berlakon sekali dalam sebuah produksi sama maka hal peribadi tidak boleh dicampuradukkan dengan kerja yang ingin dilakukan.
"Saya yang mula menggiatkan diri dalam bidang seni sebagai model awal-awal lagi sudah dilatih untuk bekerja dalam senario yang sentiasa positif.
"Malah saya masih bertegur sapa dan berbual seperti biasa dengan rakan peragawati lain yang kini sudah menjadi aktres. Kami diajar untuk mengekalkan sistem ini dalam apa jua keadaan sekalipun," katanya berterus-terang.
ERRA FAZIRA Drama 26 episod yang bakal bersiaran di Astro Prima (saluran 105) setiap Selasa, pukul 10 malam mulai 1 September nanti itu, menyaksikan Erra memegang peranan sebagai Lisa terpaksa berdepan konflik dan bermusuhan dengan Nasha (Tona) yang dalam diam menyintai tunangnya, Aaron Aziz (Shark).
Sambung wanita berusia 39 tahun itu, perbincangan terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu dengan rakan artis yang disatukan dalam sesebuah drama mahupun filem bagi mengelakkan perasaan tidak puas hati.
"Tanpa ada perancangan awal maka sudah pastilah bakal berlaku situasi yang tidak diingini kelak. Sebab itulah diskusi penting dalam setiap kerja kita.
"Contohnya adegan tarik rambut, menampar atau memukul gandingan kita. Ia perlu dibuat dengan berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan di lokasi sekali gus menjadi pertelingkahan sesama rakan pelakon lain.
"Kalau peminat perasan, saya tidak pernah berdepan dengan perkara yang melibatkan lebam pada anggota badan walaupun melakukan babak yang ekstrem.
"Alhamdulillah, sikap yang saya amalkan selama ini apabila berlakon dengan mana-mana pelakon dan melakukan aksi merbahaya dilihat tidak pernah menyusahkan orang lain," jelas Nasha.
Paling penting, kata wanita yang punya sosok tubuh tinggi lampai itu, babak yang melibatkan pergaduhan baik kecil mahupun besar harus dipantau oleh kareografer.
"Terutama adegan yang melibatkan fizikal, ia perlu mendapat tunjuk ajar daripada orang berpengalaman dahulu.
"Saya okey saja semasa berlakon dalam filem Bara dan Gerak Khas The Movie tanpa berdepan dengan pengalaman pahit. Walaupun sekadar berlakon, namun kita tetap tonjolkan sesebuah babak ini kelihatan semula jadi," ungkapnya bersungguh-sungguh.
Bercerita tentang wataknya dalam Kasih Tercipta sebagai Tona, Nasha berkata, Tona ada persamaan dengan wataknya dalam Laila Isabella.
"Masih wujud lumrah kemanusiaan walaupun wataknya dilihat kelam-kabut. Tona cukup manja namun dia tidak mengenali apa itu cinta disebabkan latar belakang keluarganya yang bercerai-berai.
"Babak saya bergaduh dengan Lisa bermula sewaktu episod ke 13 dan ke atas. Saya sering mendapat amaran daripada Lisa agar menjauhi Shark.
"Saya dan Erra sudah berbincang awal-awal lagi agar pergaduhan kami ini dilakukan dalam suasana yang nampak kelas. Bukan klise macam tarik-tarik rambut atau buat perkara bodoh lain," terang Nasha.
Teruja berlakon dengan Nasha
PELAKON drama Kasih Tercipta Nasha, Erra Fazira, Dee dan Aaron bersama dengan pengarah drama itu, Rashid Sibir dan Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani (tiga dari kiri) dalama sidang media di Damansara Height baru-baru ini. Wanita jelita yang terkenal dengan jolokan primadona filem Melayu moden, Erra turut juga tidak mampu menyembunyikan perasaan teruja dapat berlakon bersama Nasha.
"Ini merupakan kali kedua saya berlakon dengan Nasha. Kali pertama kami bergandingan menerusi filem Gerak Khas The Movie pada tahun 2001.
"Apabila diberitahu Rashid bahawa saya akan berlakon dengan Nasha dalam Kasih Tercipta maka sudah tentulah saya gembira.
"Kami sering berbincang antara satu sama lain bagi memperlihatkan babak yang melibatkan kami berdua terutama pergaduhan kelihatan semula jadi.
"Saya memainkan watak gelap manakala Nasha pula dengan karakternya sendiri dalam drama ini. Ia melibatkan dua jenis wanita yang berlainan sikap dan pendirian.
"Saya berasa seronok dapat berlakon dengan Nasha kerana kami sudah lama tidak berlakon sekali apatah lagi dengan bergandingan Aaron.
"Dua-dua pelakon ini ada magnet untuk membuatkan saya turut serta dalam drama ini," tuturnya penuh mesra.
Berbicara lebih lanjut tentang wataknya dalam Kasih Tercipta, Erra memberitahu, dia membawakan watak sebagai Lisa yang merupakan tunangan orang dan berniat jahat kerana mahu membolot harta tunangnya.
"Sebelum saya mendapat watak ini, terlebih dulu saya bertemu Rashid. Dia memberitahu bahawa saya memegang watak gelap dalam drama terbarunya ini.
"Saya terus kata Allah. Tidak tahu saya boleh buat atau tidak. Saya juga takut sebab tidak pernah mencuba. Tetapi selepas itu, saya mula memberanikan diri apabila Rashid meyakinkan yang watak jahat ini bersebab," jelas isteri kepada Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin itu.
Erra pantas berkata, hakikatnya bukan mudah untuk membawakan watak ini kerana cabarannya tetap ada walaupun dia mendapat sokongan daripada semua pihak yang terlibat dalam Kasih Tercipta.
"Untuk membawakan watak ini, saya perlu berlawan dengan diri. Malah saya juga banyak bertanya pendapat orang lain sama ada lakonan saya cukup jahat ataupun tidak.
"Dalam waktu sama, Rashid suka mencabar saya untuk menjayakan watak gelap ini. Jadi saya mengambil setiap cabarannya ini untuk diterjemahkan ke dalam diri Lisa," spontan jawab Erra sambil tertawa kecil. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 9:36 am | |
| Rosyam minta tutup buku
KASIHAN Marilyn lihat juara program realiti, Pilih Kasih, Iqbal yang baru mahu bertatih dalam industri seni. Selepas tamatnya program itu, macam-macam cerita keluar tentangnya. Ada yang kata, mentornya, Rosyam Nor, pilih kasih dan sengaja mahu Iqbal menang dalam pertandingan itu. Ada juga berkata, Iqbal tidak layak memenangi gelaran juara program berkenaan. Tidak cukup dengan itu, Rosyam turut terkena 'peluru' cakap-cakap nakal sesetengah orang yang mengatakan dia mengamuk pada final Pilih Kasih. Malah, ada akhbar melaporkan, Rosyam bukan sahaja mengamuk bahkan, menendang kerusi dan meja kerana acara tersebut tidak berjalan dengan lancar. Peliknya, dalam satu laporan lain, pengacara program tersebut, Raja Azura memberi kenyataan berbeza apabila mengatakan Rosyam tidak pula mengamuk seperti yang dihebohkan. Seorang teman Marilyn yang semakin cantik macam Marilyn pun telefon la Rosyam nak tak tanyakan kesahihan cerita itu. Rosyam enggan mengulas lanjut sebab katanya program itu pun dah selesai tidak perlu lagi diciptakan kontroversi. Marilyn pun setuju dengan Rosyam sudah-sudah lah kot. Masa program tu tengah main, tak banyak la pulak orang nak bercakap. Bila dah habis, banyak pulak kisahnya, Rosyam mengamuklah, juara tak layak lah, pengacara teruklah dan macam-macam lagi. Yang penting, biarlah Iqbal memulakan kariernya dengan hati yang tenang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 9:38 am | |
| Hukuman Sebat Kartika Model Minum Arak Ditangguhkan
Van JAIP yang membawa Kartika ke Penjara Wanita Kajang berpatah balik selepas bergerak 200 meter, kerana menerima arahan penangguhan hukuman sebat daripada pihak atasan. Alasan ‘menghormati bulan Ramadhan’ diberikan kepada keluarga Kartika, telah menyebab’kan satu keluarga Kartika agak berang kerana mereka telah bersedia dari segi mental & fizikal untuk menerima hukuman 6 kali sebatan rotan. Kartika merupakan wanita pertama yang disebat akibat kesalahan meminum arak. Kartika yang ditemuramah agak sebak dengan dugaan yang menimpa diri’nya, bukan apa, dia sangat bersedia untuk menerima hukuman tersebut. Kami rasa kagum kerana bukan calang-calang orang yang redha menerima hukuman sebat, kalau orang lain, kami pasti mereka sudah larikan diri. Ramai pihak yang merasakan hukuman sebat itu agak keterlaluan, tetapi Kartika enggan membuat rayuan, lebih berani dia memohon daripada pihak mahkamah untuk mempercepatkan hukuman. Apa pun, ini semua takdir tuhan, di bulan Ramadhan, macam-macam keajaiban akan berlaku. Maklum lah, bulan paling mulia buat umat Islam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 9:40 am | |
| 'Jangan sensasikan kes anak saya'
SHUKARNOR menerangkan nasib yang menimpa anaknya kepada Halim (kiri) di rumahnya di Kampung Jawang, Sungai Siput semalam.
SUNGAI SIPUT - Kontroversi hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor semakin tidak menyenangkan bapa kepada model sambilan itu, Shukarnor Abdul Mutalib dengan menganggap ia tidak sepatutnya dibiar berpanjangan.
Shukarnor berkata, apa yang berlaku sekarang sedikit sebanyak telah menjejaskan kredibiliti institusi kehakiman syariah.
"Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan tidak wajar dibincangkan apatah lagi disensasikan.
"Keputusan hakim adalah muktamad dan sebaik-baiknya tidak dipersoal. Saya mohon kerjasama semua pihak bagi memastikan isu ini diselesaikan dengan baik,'' kata Shukarnor kepada wartawan di rumahnya di Kampung Jawang, di sini semalam.
Beliau semalam menerima kunjungan Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Akidah), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Halim Ahmad yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 10:00 am | |
| Maizawati Akui Kahwin 2 Kali Ketika ini, masyarakat terus memperkatakan tentang perceraian Akhil Hayy, 40, dan bekas isterinya, Maizawati Zainal, 33, serta perkahwinan terbaru Akhil dengan penyanyi Waheeda, 31. Pelbagai komen dan kritikan telah dilemparkan. Dan ada di antaranya turut menuduh Maizawati yang dulu pernah berkahwin dengan seseorang, telah meninggalkan suaminya itu semata-mata untuk menjadi isteri Akhil! "Saya perlu bersuara kerana tuduhan saya pernah meninggalkan suami pertama demi untuk hidup bersama Akhil tidak benar sama sekali. Saya tidak tahu dari mana datangnya cerita-cerita karut dan keterlaluan seperti ini. Memang saya sendiri ada terbaca dalam internet tentang gosip ini. "Sebenarnya, perkahwinan pertama saya dulu berlaku pada usia 17 tahun. Ketika itu, pemikiran saya masih mentah lagi dan saya berkahwin bukan atas kerelaan sendiri tapi atas kehendak keluarga. Apabila perkahwinan itu tidak terjadi atas kerelaan hati, banyak masalah mulai timbul. Akhirnya selepas 3 tahun mendirikan rumahtangga iaitu pada usia saya masuk 20 tahun, kami pun mengambil keputusan untuk berpisah. Hasil perkongsian hidup itu, saya dikurniakan 2 anak yang kini tinggal bersama saya. "Kebetulan, ketika saya dalam proses hendak berpisah dengan bekas suami pertama itu, secara tidak sengaja, saya dan Akhil telah berjumpa. Pertemuan itu berlaku di sebuah kedai makan. Sebenarnya, saya sudah lama mengenali Akil iaitu sejak dari zaman persekolahan lagi. "Pada pertemuan itu, Akil kebetulan sedang mencari calon isteri untuk berumah tangga dan saya pula berpisah dengan suami. Selepas bertemu semula, Allah telah membuka hati kami sehinggalah kami mengambil keputusan untuk berkahwin," jelas Maizawati. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 10:02 am | |
| Scha, Fahrin Swimming Bersama Artis dua sejoli nie, memang pasangan yang berani mendedahkan cinta masing-masing. Tidak kira langsung mahupun tak langsung. Yang terbaru bila pergi swimming bersama-sama. Siap pakai baju renang lagi tue. Sebenarnya masa ni scha dalam sesi latihan belajar berenang bersama Fahrin. Suasana pada itu agak kecoh juga lah, apabila babak scha terlepas dari pautan dan hampir lemas dan bernasib baik kerana ada abang Fahrin |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 10:03 am | |
| Kedai Butik Rini AF7 Rini atau nama sebenarnya Zuzafrini Zulkifli sekarang sudah bergelar usahawan muda. Rini sedang sibuk menguruskan jualan baju wanita khususnya untuk mereka yang bertudung secara online pula. Amboi nak saingi Kak Mazkiawati pula ke? Eloklah tu. Untuk perniagaan ini, Rini telah menamakannya sebagai Nona Cantek. Yang penting, diberitahu setiap baju yang dijualnya ini adalah rekaan pilihan Rini sendiri. Dalam erti kata lain, taste Rini sendirilah. Malah, Rini juga selalu menggayakan rekaan contoh fesyen itu ke beberapa majlis rasmi. Dalam hal ini, pemeniat mesti berbangga dengan Rini masih muda tetapi ada visi menjadi usahawan. Jadi, bagi sesiapa yang mahu meninjau koleksi fesyen Rini itu, anda bolehlah melayari nonacantek.webs.com kerana ia mempunyai segala info tentang bisnes dan rekaan fesyen yang ditawarkan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 10:07 am | |
| Ahmad Fedtri [MHI TV3] Syok Sendiri Maaf la yea encik Ahmad Fedtri Yahya, saya bukak benang ni sbb telinga dah sebel sangat dah, ni nak bgtau kat sini, ahmad fetri ni dah jadi penerbit MHI tv3, kalau tak dia, ally iskandar kekadang, kalau si ahmad fetri ni punya turn, dia akan sentiasa putarkan lagu2 ciptaan dia - lagu aiman si budak akademi nasyid tu dan lagu nora, adoii laa.. dia ni nasib baik la bkn penerbit radio,agaknya kalau dia penerbit radio sekaligus pencipta lagu, rasanya semua lagu2 dia akan di putarkan setiap masa kot.. Bukan aku nak jeles, tp telinga dah sengal,mata dah buhsan,hampir setiap hari, tolong lah okeyh! lagu2 org lain byk lagi yg bagus2 kalau bertemakan palestine, kemerdekaan, takkan setiap waktu masa hari encik fetri nak putarkan lagu2 ciptaan sendiri @ artis kegemaran sendiri? owhh.. pls sedarlah! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 10:16 am | |
| (Gambar) Farid Kamil & Diana Danielle Layan Paintball Bersama
Diana Danielle sebelum ini mengakui yang beliau memang sedang berkawan rapat dengan Farid Kamil & gambar di’atas menceritakan segalanya.
Gambar di’atas adalah milik peribadi Diana Danielle & tidak dapat di’pastikan bilakah mereka pergi bermain paintball bersama.
Namun kemesraan dari pihak Farid Kamil memang terserlah. Kita tunggu sahaja perkembangan hubungan mereka. Jangan tumbuk Diana ya Farid? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 10:39 am | |
| Gambar Terbaru Jasmin Hamid Makin cantik si Jasmin ni Bagi aku, Jasmin Hamid ni antara pelakon yang bukan saja cantik, tapi mempunyai bakat dan mampu melakonkan semua watak yang diberikan kepada beliau dengan mantap dan berkesan. Jauh beza ler dengan kebanyakkan pelakon-pelakon sekarang yang harap muka jer lawa, tapi bila berlakon kaku baca script macam patung. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 11:45 am | |
| (GAMBAR) Terkini Remy Ishak dan Tiq Zaqyah Kehadiran drama 26 episod arahan Kabir Bhatia, lakonan Remy Ishak dan Tiq Zaqyah melonjakkan nama kedua-dua pelakon ini. Rezeki Tiz untuk menyerlah hanya pada tahun ini selepas berlakon drama Nur Kasih biarpun dia sudah membabitkan diri dalam bidang seni sejak 2005. Jodoh Remy dan Tiz berlakon sebagai pasangan suami isteri terus berlarutan daripada telefilem Bernafas Dalam Lumpur hingga ke drama Nur Kasih. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 11:47 am | |
| (PANAS) Eja dibayar RM15,000 Sehari Berlakon Iklan
Mak oiii! betul ke ni Eja atau nama sebenarnya Siti Sharizah Saifuddin, 37 dikatakan dibayar RM15,000 untuk muncul selama sehari bagi penggambaran iklan televisyen. Ish..ish kalu macam ni pakcik kayo ni..
Eja sekarang makin cantik dan slim, kalau bagi kami tak kisah nak bayar berapa pun asalkan produk yg dia jadi model tu dapat jualan lumayan.. Kami compun setelah Eja jadi model iklan produk Nivea Visage ni, pasti dah ramai beli.. Tak gitu..
Baca lagi pasal citer Eja dibayar RM 5k untuk satu iklan hanya
KUALA LUMPUR 13 Ogos – Seorang pengurus akaun memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa pelakon Eja pernah dibayar RM15,000 untuk muncul selama sehari bagi penggambaran iklan televisyen dan cetak serta siaran akhbar bagi salah satu produk Nivea Visage.
Seorang pengarah urusan agensi pengiklanan pula dalam keterangannya memberitahu Eja atau nama sebenarnya Siti Sharizah Saifuddin, 37 dibayar sebanyak RM100,000 selepas dilantik menjadi duta produk Forest Secret selama setahun.
Saksi-saksi tersebut memberikan keterangan dalam perbicaraan kes saman Eja terhadap syarikat tekstil, Gulatis Exclusive Sdn. Bhd. (Gulatis).
Pelakon tersebut menuntut ganti rugi RM240,000 atas dakwaan syarikat itu mengingkari perjanjian lisan apabila menggunakan gambarnya pada papan iklan, poster dan banner. – Utusan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 11:53 am | |
| (GAMBAR TERKINI) Diana Amir Bersama Pakwe? Korang pasti kenal ngan Diana Amir atau Nurdiyana Amir Hashim berusia 22, seorang pelakon baru yg tampil memegang watak Aleeya, watak utama untuk Drama Impian disamping pelakon Kamal Adli, Ashraf Muslim, Wardina dan arahan Syamil dan Su Mei. Kami dengar khabar Diana Amir digosipkan yg Diana Amir bersama ngan Pakwen @ Boyfriendnya dalam gambar tersebut, kami sendiri tak pasti kebenaran gosip ni. Tapi korang tengok gambar2 Diana Amir semasa menonton perlawanan Manchester United bersama dengan lelaki ni. Kita tunggu biar Diana Amir sendiri menjelaskan kebenaran gosip ni. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 12:08 pm | |
| (GAMBAR PANAS) Tudung Siti Nurhaliza makin kecil ? Akhirnya fesyen tudung Siti Nurhaliza telah bertukar wajah, dulu semasa mula berjinak2 dgn penampilan fesyen bertudung, Siti Nurhaliza amat kemas dan rapi. Tapi sekarang anda tengok sendiri fesyen bertudung Siti Nurhaliza telah bertukar kepada menyanggul sahaja rambutnya. Kami rasa Puan Siti Nurhaliza kita nie rimas coz pakai macam perjumpaannya dgn Tok Guru Nik Aziz..hu hu. Seriuosly kami rasa kalau Siti Nurhaliza berpenampilan seperti jumpa menteri besar kelantan lagi kemas dan cute.. Anda fikir2 la..ya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 27 Aug 2009, 1:43 pm | |
| Siti tak mahu 'syok sendiri'
ISTIMEWA sempena meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-52, penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza diberikan penghormatan oleh Astro dengan menampilkan saluran khas 'SITI' yang boleh disaksikan secara percuma di saluran 188. Selama dua hari tanpa henti bermula 30 Ogos ini pada pukul 8 malam sehingga 31 Ogos, jam 11.59 malam, saluran istimewa SITI ini bakal menyiarkan rakaman konsert Satu Datuk Siti Nurhaliza yang telah diadakan di Istana Budaya pada Jun lalu sebagai siaran utamanya. Turut akan ditayangkan menerusi saluran itu ialah Konsert Siti Nurhaliza Fantasia dan video muzik penyanyi tersohor itu. "Saya memang terharu sangat kerana dalam ramai-ramai artis, saya yang dipilih oleh Astro untuk bekerjasama bagi menghasilkan saluran SITI ini. Bagi saya, saluran ini memang amat istimewa kerana buat pertama kalinya, konsert Satu akan ditayangkan di televisyen. "Bagi saya, konsert itu memang 'kena' dan bersesuaian dengan Hari Kemerdekaan kerana sedikit sebanyak ia turut menyahut seruan 1Malaysia. "Apapun, saya memang bersyukur kerana ini merupakan satu penghargaan dan pencapaian yang baik dalam karier saya," kata Siti pada satu temubual khas bersama media di Astro, semalam. Menurut Siti, walaupun saluran istimewa itu hanya menemui penonton selama dua hari, namun, katanya, ia sedikit sebanyak mampu menjadi platform yang baik untuk sebarang perancangan lain pada masa depan. "Kalau ikutkan, memang syok ada saluran sendiri sepanjang masa. Tapi macam syok sendirilah pulak...Tapi kalau ada tawaran, apa salahnya kan. Bukannya apa, kalau ada saluran sendiri, banyak yang boleh dikongsi dengan penonton. "Lagipun saya sendiri ada menerbitkan program sendiri, mungkin boleh buat 'gameshow'...macam-macamlah. Apapun, saya sudah cukup gembira dengan saluran khas selama dua hari ini. "Bagi saya, ini adalah satu permulaan," tutur Siti yang menambah, kandungan program di dalam saluran itu merupakan perbincangan bersama antara dia dan pihak Astro. Sementara itu, Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, idea untuk menghasilkan saluran istimewa itu tercetus kerana merasakan ia bersesuaian dengan bulan kemerdekaan. "Kita memang dari awal lagi memilih Siti setelah melihat kejayaan konsert SATU tidak lama dulu. Dan konsert itulah yang akan menjadi siaran utama dalam saluran ini selain program-program lain. "Memandangkan juga Hari Kemerdekaan disambut dalam bulan Ramadan, kami kena mengambilkira banyak perkara. "Kami merasakan saluran SITI ini memang sesuai untuk Ramadan kerana masa siarannya juga fleksibel untuk penonton pilih. "Malah, selain konsert SATU, kami juga akan menyiarkan Konsert Fantasia Tour Siti di Bukit Jalil pada tahun 2004 di samping video muziknya berselang-seli secara bonus. "Ini adalah hadiah istimewa Astro kepada pelanggan-pelanggan setia kami," kata Khairul yang menambah, program-program dalam saluran itu akan diulangtayang mengikut jadual yang ditentukan. Ditanya sama ada idea ini mungkin akan diteruskan dengan membabitkan artis-artis lain pula kelak, kata Khairul, semuanya bergantung kepada acara dan artis itu sendiri. "Kita kena lihat kepada kapasiti yang kita ada...bergantung kepada artis dan acara itu sendiri. Jika kita merasakan ia sesuai, kita akan ketengahkah," tambahnya lagi. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:13 pm | |
| Apabila Noryn bertudung |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:16 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:18 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:20 pm | |
| Gambar ini diambil pada majalah URTV keluaran 15-30 November 1999, 10 tahun sudah berlalu. Ameng Spring dan A.Aida pun kini sudah bercerai. Ketika ini, mereka sedang sibuk menghias rumah mereka hasil daripada gaji A.Aida sebanyak RM80 ribu berlakon dalam sitcom Bunga Raya terbitan Astro. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:21 pm | |
| Flashback: Afdlin Shauki, 10 tahun lepas Mungkin ramai diantara kita tidak tahu atau tidak pernah lihat gambar Afdlin Shauki ketika kurus. Well, walaupun masih berisi gambar di’atas ni tapi masih kuruskan berbanding sekarang? Hahaha.. Sekali pandang macam muka adik Zizie Izzette tu |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:22 pm | |
| Flashback: Bintang Sabun Lux tahun 1989 Pada tahun 1989 ini, Lux telah membuat pelancaran rumusan terbarunya. Lever Brothers telah memilih empat bintang baru ketika itu dari kiri, Liza Othman, Raja Ema, Evon Low dan Sheila Majid. Penulis hanya mengenali Raja Ema dan Sheila Majid sahaja |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:25 pm | |
| Flashback: Fesyen Hari Raya 1989 Pada bulan Mei 1989, artis-artis seperti Ramlah Ram, Awie, Wann, Edika dan Salwa (kini bergelar Datuk) telah menggayakan pakaian fesyen Raya ketika itu. Kurus juga ya Ramlah Ram ketika itu, masih tidak nampak lagi kemontokkan nyum nyumnya seperti sekarang. Haha! Wow! Awie bersongkok sambil berambut panjang?! Pastinya ketika itu masih lagi mengikuti trend. Edika Yusof yang ketika itu mantap bergaya, biasalah asalnya seorang model sebelum ke dunia filem (lihat wajahnya sekarang, dah botak tapi masih hensem). Wann, dulunya seksi & cantik. Kemana agaknya dia sekarang, ya? Salwa pula, Opss!! Datuk Salwa lah! You taktau ke I dah bergelar Datuk? I`m sorry Datuk! Lihat pada gambar kedua.. Tak banyak beza dengan sekarang, cuma sekarang kedutan di muka dan badan dah lebih banyak. Hahaha! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:27 pm | |
| Flashback: Gambar Perkahwinan Zainal Abidin Berikut adalah gambar perkahwinan Zainal Abidin dan isterinya, Natasya Gabriel Abdullah. Namun mereka bukan berumahtangga pada 1989, mereka telah berumahtangga sejak 1986. Penulis tidak pasti sama ada mereka masih lagi bergelar suami isteri. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:28 pm | |
| Gambar diambil sekitar 1989, ketika ini Nabila Huda baru berumur 5 tahun. Wow, sekarang Nabila sudah pun berkahwin. 20 tahun sudah berlalu rupanya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:30 pm | |
| Gambar Keluarga Datuk Yusof Haslam Cuba teka mana satu Syamsul Yusof? Haha dia yang paling kiri sekali. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:31 pm | |
| Gambar seksi Suhaina Pada tahun 1989, Suhaina merupakan isteri kepada pemuzik terkenal Nasir Daud (— pemain gitar bass kumpulan Search). Seronok apabila melihat majalah-majalah lama ni. Gambar ini diambil dari majalah Pesta (— Sekarang sudah tiada). Suhaina ini kalau anda perasan, biasa melakonkan watak-watak ibu dalam drama-drama sekarang |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:32 pm | |
| Siti Nordiana confirm mohon cerai Baru sahaja penulis meletakkan gambar kebahagiaan mereka pada bulan Jun yang lepas, hari ini kita dengar pula Siti Nordiana atau dulu popular Nana bola-bola api memohon perceraian ke atas suaminya. Ikuti perkembangannya di’bawah KUALA LUMPUR: Rumah tangga pasangan selebriti muda, Siti Nordiana Alias, 25, atau mesra dengan panggilan Nana dan Mohd Faizal Yusup, 31, kini dilaporkan retak menanti belah apabila Nana dikatakan sudah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai suaminya, baru-baru ini. Tindakan itu dipercayai diambil Nana selepas suaminya dikatakan melafazkan perkataan yang membuatkannya curiga dengan statusnya sebagai isteri. Ketika dihubungi, Nana tidak mengia atau menafikan dakwaan itu, bagaimanapun mengakui sejak sebulan lalu rumah tangga mereka menghadapi masalah. “Saya bukan hendak sorok kerana lambat-laun cerita ini pasti orang tahu. Cuma saya rasa sekarang bukan masa sesuai untuk saya membuat komen berikutan kes (prosiding mahkamah) belum berjalan. “Apa yang boleh saya katakan, rumah tangga kami menghadapi masalah sehingga memaksa saya merujuk mahkamah syariah. “Selebihnya, saya tak boleh beri komen kerana dinasihatkan untuk tidak membuat kenyataan,” katanya. Ditanya, sama ada benar suaminya ‘melafazkan’ sesuatu yang membuatkan dia curiga akan statusnya sebagai isteri, Nana menjawab ringkas: ‘Lebih kuranglah’. Nana juga tidak menafikan mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu. “Saya reda apa juga keputusan ditetapkan mahkamah nanti. Kalau masih ada ruang untuk menyelamatkan rumah tangga, saya akan cuba sedaya-upaya,” katanya. Nana dan Faizal bernikah pada 28 April 2006 di Masjid Kariah Sendayan, Seremban dan sepanjang tiga tahun melayari bahtera rumah tangga, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Rayyan Nakhaie yang kini berusia 17 bulan. Sejak bergelar isteri dan ibu, Nana seakan menyepi daripada dunia nyanyian kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga. Namanya kembali diperkatakan sejak tersebar isu keretakan rumah tangganya, hujung minggu lalu. Difahamkan, sejak tujuh bulan lalu dia bekerja sepenuh masa di Kolej Antarabangsa Unity sebagai kaunselor pendidikan |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 3 of 11 | Go to page : 1, 2, 3, 4 ... 9, 10, 11 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |