|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 10:55 am | |
| Nor Khadijah Hashim secara simbolik mewakili adiknya (Mohd Shadan Hashim) telah menyarungkan cincin pada jari manis Puteri Suraya. KELUARGA BAHAGIA: (dari kiri) Megat Deli, Raja Azmi, Puteri Suraya, Mohd Jalani dan Puteri Suaida. TIGA GENERASI: (dari kiri) Raja Azmi dan ibunya, Laliah Abdullah serta Puteri Suraya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 10:56 am | |
| Hans Isaac diganggu pemanggil misteri HANS ISAAC PADA bulan puasa yang mulia ini kebanyakan artis merehatkan jadual seni mereka tetapi lain pula dengan pelakon dan penerbit Hans Isaac yang nampaknya semakin ligat bekerja. Walaupun Hans bukan beragama Islam tetapi dia dikeliling rakan-rakan selebriti beragama Islam dan secara tidak langsung dia turut mencari barakah Ramadan. Malah, jika ada kelapangan dia turut berbuka bersama rakan-rakannya, selain turut mengambil peluang belajar berpuasa. Tetapi itu bukan cerita panas yang Marilyn nak beritahu, ini tentang Hans yang sudah pening kepala diganggu seorang pemanggil misteri. Kisahnya begini, kata Hans sudah beberapa bulan dia menerima panggilan misteri dan adakalanya menerima hingga 30 mesej sekali gus. "Itu yang buat saya pening, saya tidak tahu siapa dia dan macam mana dia dapat nombor telefon saya. Katanya mahu berkawan dengan saya. "Saya tidak berani sebab saya tidak tahu niat orang 'misteri' itu. Kalau saya fikir baik mungkin dia ada niat jahat. Saya tidak pernah kenal dan tidak pernah tahu macam mana rupa dia," kata Hans ketika ditemui baru-baru ini. Tambah Hans, sejak itu, dia takut untuk mengangkat panggilan telefon yang tidak dikenali. "Sebab itu bila keluar saja nombor yang tidak ada dalam senarai telefon, saya tidak angkat. Kalau nak tukar nombor sayang pula sebab ramai yang tahu nombor ni," keluh Hans. Sabar jelah Hans ye, itu bayarannya kalau jadi artis. Tetapi kalau diganggu kerap sangat dan menakutkan diri, lebih baik buat saja laporan polis, habis cerita. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 10:57 am | |
| Konsert SS501 di Malaysia KUMPULAN SS501 dari Korea. KHABAR gembira buat peminat kumpulan pop terkenal Korea SS501 kerana secara rasminya Malaysia telah termasuk dalam senarai salah sebuah lokasi dalam konsert jelajah mereka Persona Asian Tour. SS501 telah berkunjung ke Malaysia minggu lalu untuk bertemu dan beramah mesra dengan peminat dijangka mengadakan konsert di Malaysia pada hujung 2009 atau Januari depan. Mereka yang baru selesai dengan sesi fotografi di Sabah juga menjawab, mungkinkah mereka berlima akan berlakon bersama dalam sebuah drama setelah ketua kumpulan mereka iaitu Kim Hyun Joong meningkatkan populariti kumpulan tersebut setelah terlibat dalam drama popular Boys over Flowers. "Terima kasih kerana menyokong Kim dan juga kami semua. Baru-baru ini kami semua mendapat tawaran lakonan dan sekarang kami sibuk membaca skrip. "Cuma tahun hadapan baru kami akan memberi fokus dalam bidang lakonan dan rakaman album, tahun ini kami sibuk dengan konsert jelajah," kata Park Jung Min, salah seorang anggota SS501. Mereka turut disoal tentang perkembangan kumpulan pop DBSK yang kini di ambang perpecahan setelah mempunyai krisis dengan syarikat pengurusan SM Entertainment. Bagaimanapun mereka berlima tidak memberi banyak respons terhadap isu perpecahan DBSK dan mengharapkan peminat tetap menyokong kumpulan dari Korea. "Sebenarnya kami hanya memberi fokus kepada kerja kami sahaja. Itu adalah isu yang sangat rumit dan kami tidak boleh menjawabnya. "Tambahan, kami dari syarikat pengurusan yang berbeza tetapi tetap menyokong satu sama lain. Saya harap isu itu boleh diselesaikan secara baik," ujar ketua SS501, Kim. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 11:01 am | |
| Zahida tidak hebahkan 'Friends Ukhuwah' kerana tidak mahu menunjuk
RAMADAN yang mulia ini akan lebih sempurna apabila ramai orang melakukan amal jariah termasuk pelakon yang mendapat anugerah PJK daripada Sultan Selangor, Zahida Rafik.
Atas usaha amal yang dilakukan, Zahida telah pun menubuhkan pasukan amal sendiri yang diberi nama ‘Friends Ukhuwah’ mulai tahun ini.
Bagi Zahida, dia sengaja tidak mewar-warkan hal ini kepada media kerana enggan dilabel sebagai seorang yang suka menunjuk-nunjuk apabila melakukan kerja kebajikan.
Namun, setelah ditanya tentang aktiviti yang dilakukan olehnya sepanjang bulan puasa ini barulah Zahida bersedia untuk berkongsi cerita.
“Alhamdulillah, banyak aktiviti amal yang saya lakukan sepanjang bulan puasa ini. Misalnya, baru-baru ini saya meraikan anak-anak yatim di Jalan Gurney, pada Sabtu lalu kami mengadakan aktiviti memotong rambut anak-anak yatim secara percuma dan pada 15 September ini kami akan membuat majlis berbuka puasa di Amcorp Mall serta beberapa majlis lagi.
“Kita juga turut menjemput menteri dan rakan-rakan artis seperti Umie Aida, Fazley Zainal, kumpulan nasyid Unic, Erma Fatima dan ramai lagi.
Zahida ketika lelongan amal dalam program ‘Doa Buatmu Palestin’ yang dianjurkan oleh Yayasan Karya Seni Prihatin dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
“Saya memang suka kerana dari dulu lagi saya dah bercita-cita untuk mempunyai team sendiri.
“Semuanya cukup bagus dan berjalan dengan lancar sebab kami juga mendapat bantuan daripada pihak lain seperti Ika Fancy, Sofia Bee (dekorasi) dan Izat Artistic serta kakak saya, Kak Syima dan Hasina,” kata wanita yang berusia 34 tahun ini.
Jelasnya, dia bukan sahaja gembira apabila dapat melakukan kerja ini malah merasai suatu perasaan yang tidak dapat diluahkan.
“Saya rasa lega..ya Allah macam cita-cita tercapai apabila melihat anak yatim dan mangsa HIV seronok dan gembira.
“Saya bangga dengan rakan-rakan yang banyak membantu. Walaupun AJK hanya dalam lima orang tetapi saya tak sangka yang kami boleh membuatnya,” luahnya yang melakukan kerja amal tanpa mengambil apa-apa keuntungan.
Sementara modal pula keluar dari duit sendiri dan sumbangan penaja tertentu.
Misalnya, duit yang dikumpul hasil jualan amal dari majlis jualan amal Palestin yang dianjurkan oleh pelakon dan pengarah Erma Fatima.
Lantas idea untuk menubuhkan Friends Ukhuwah juga terhasil daripada kerja amal itu.
Menyentuh tentang perancangan yang akan dilakukan pada masa akan datang, Zahida berkata dia bercita-cita menubuhkan ‘Rumah Friends Ukhuwah’ untuk menempatkan mangsa Aids dan anak-anak yatim.
“Ikutkan saya memang ada banyak cita-cita tetapi yang sedang saya rancang sekarang ini adalah menubuhkan Rumah Friends Ukhuwah jika berjaya mengutip dana.
“Selain itu, ada banyak lagi perancangan yang kita lakukan tetapi tak hebahkan,” tuturnya yang setakat ini melakukan kerja amal di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.
Lupa niat kahwin
Diusik tentang kahwin, Zahida yang sebelum ini menafikan dia akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini berkata masih menantikan saat-saat itu.
“Kalau ada jodoh, saya bersedia untuk berkahwin kerana sudah ramai kawan yang sudah berkahwin dan selepas ini Umie Aida pula.
“Tetapi saya nak capai cita-cita dahulu untuk menolong orang-orang yang memerlukan,” katanya yang turut menubuhkan produksi, Nameera Production Sdn. Bhd bersama Erma Fatima baru tahun ini.
Ujarnya, dia yang sepatutnya membikin drama di bawah produksi itu terpaksa melupakan niat itu kerana kedua-duanya sibuk dengan hal tersendiri.
“Kalau ada peluang memang saya nak berlakon dan ikutkan memang saya ada mendapat job sebelum puasa tetapi saya terpaksa tolak sebab sibuk dengan kerja amal,” katanya.
Tidak buat hamper raya tahun ini
Disebabkan faktor sibuk membuat kerja amal, Zahida tidak berkesempatan untuk melakukan bisnes hamper raya yang biasa dilakukan semasa bulan puasa tahun lepas.
Jika sebelum ini, Zahida akan menggunakan hasil jualan hamper raya untuk didermakan kepada mereka yang memerlukan.
Menyentuh tentang persiapan raya pula, Zahida yang akan beraya di Kuala Lumpur berkata dia tidak perlu risau kerana sudah menempah enam hingga lapan pasang baju raya dengan pereka fesyen kegemaran iaitu Michael Ong, Rizman Ruzaini, Rizalman, Syaiful Bahrim, Albert King dan John Paris yang memiliki butik di Amcorp Mall, Conteng Boutique. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 11:01 am | |
| Empat sekawan cuci di Istana Budaya AWIE, HANS dan Afdlin menjadi tonggak utama teater Cuci The Musical yang akan dipentaskan di Istana Budaya. SELEPAS muncul dengan filem Cuci, kini penerbit dan pelakon Hans Isaac melahirkan pula Cuci The Musical yang bakal di pentaskan di Istana Budaya bermula pada 23 Oktober depan. Meskipun tidak menyatakan jumlah sebenar kos pembikinan teater itu tetapi menurut Hans berjuta-juta ringgit telah dilaburkan demi memastikan Cuci The Musical berdiri di kelas tersendiri. "Siapa kata buat teater ini mudah, lebih banyak wang yang harus dikeluarkan daripada bikin filem. Memang berjuta-juta juga kerana set di pentas sahaja saya telah habiskan wang sebanyak setengah juta. "Mahal sebab saya inginkan yang terbaik untuk penonton dan semua pelakon yang terlibat dalam produksi ini," ujarnya. Walaupun menelan belanja yang besar tetapi Hans tetap mahu mempersembahkan juga naskhah Cuci The Musical kerana ia merupakan impiannya untuk melihat karya itu bergema di atas pentas teater. "Selepas habis penggambaran filem Cuci memang saya ingin buat teater terus tetapi disebabkan bajet yang terhad saya terpaksa menunggu waktu yang sesuai. "Tambah pula, untuk persembahan teater di Istana Budaya, saya harus tempah tarikh persembahan setahun lebih awal. Sebab itu, rancangan untuk teater ini mengambil masa yang agak lama," tuturnya. Cuci The Musical masih pertaruhkan watak-watak yang sama seperti dalam filem antaranya Khai (Hans Isaac), Fairil (Afdlin Shauki), Jojo (Awie) dan C'Tan (Ac Mizal). Cuma beberapa watak terdapat perubahan pelakon. VANIDA dan Adibah turut menjayakan teater Cuci The Musical. HARITH ISKANDAR Antaranya watak Wira digantikan oleh Harith Iskandar, watak CJ yang sebelum ini dibawakan oleh Erra Fazira dijayakan Vanida Imran, manakala watak Farah yang dipikul oleh Umie Aida bakal dibawakan oleh Adibah Noor. Bercakap mengenai perubahan watak Hans menegaskan dia yang memilih kesemua pelakon untuk teater ini. "Watak kami berempat sebagai tukang cuci masih sama, cuma watak wanita CJ dan Farah berubah. Saya pilih mereka kerana mereka seorang pelakon yang mempunyai hati yang baik dan saya merupakan peminat kepada Vanida. "Adibah pula, kita tahu suaranya cukup bagus dan apabila digandingan sebagai pasangan Awie dalam teater ini memang sangat menarik. Tidak perlu lihat, cuba bayangkan sahaja dalam fikiran kekasih Awie adalah Adibah, macam mana mereka bercinta," tuturnya dalam tawa. Boleh dikatakan seluruh produksi Hans kali ini dikelilingi oleh rakan-rakannya, Hans bagaimanapun menolak dakwaan itu dengan mengatakan 60 peratus krew produksi dalam teater ini adalah orang yang baru dikenalinya. "Semua rakan saya menyokong apa yang saya lakukan. Saya cakap di sini, orang yang paling percaya dalam hidup saya adalah Awie dan Afdlin. Mereka orang rujukan saya. Jadi apa salahnya bekerja dengan rakan-rakan sendiri, lagipun watak mereka ada kaitan dengan filem Cuci. "Bila kita bekerja dalam satu pasukan yang saling faham antara satu sama lain, perkara sukar menjadi mudah. Kalau timbul masalah kita tidak akan berperang sebaliknya duduk berbincang. Itu sebab saya memilih orang yang bekerja dengan saya," katanya lagi. Pengarah teater ini Datuk Zahim Albakri dan Harith Iskandar juga menyatakan teater muzikal sudah pasti berlainan dengan filem. Sudah pasti beban berat yang dipikul mereka berdua kerana ramai bakal membandingkan teater arahan mereka dengan teater Puteri Gunung Ledang (PGL). "PGL berbeza kerana ia sebuah teater epik tetapi kalau sudah dipentaskan sebagai teater sudah pasti tidak dapat lari daripada nyanyian dan tarian. "Saya cuba yang terbaik kerana saya dapat semua pelakon yang bagus dan menariknya dalam teater ini kebanyakan pelakon bukanlah seorang penari. "Satu cabaran untuk mereka dan juga saya untuk membentuk mereka seperti mana yang dikendaki skrip. Selain itu, cabarannya juga adalah set pentas kerana kami mahu membina semula gendola tempat mereka berdiri untuk mencuci bangunan," ujar Harith. Semua pelakon telah berlatih selama sebulan bakal membuat sebanyak 18 persembahan. Hans menjanjikan penonton tidak akan pulang dalam perasaan yang hampa. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 11:13 am | |
| slot Wanita Hari Ini yang diacarakan oleh Norish Karman dan Azizah Ariffin |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 11:14 am | |
| Dua orang personaliti TV3 terkenal, Sasha Bashir dan Nor Azlina Redzuan- pengacara Majalah 3. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 11:15 am | |
| Ady Putra pun ada. Jangan lupa tonton drama Salam Terakhir lakonan Adi Putra pada malam menjelang Raya, 9.30malam. Ako Mustapha |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 11:18 am | |
| Gambar Lisa Surihani di Majlis Berbuka ASTRO Tak sah kalau Majlis Berbuka anjuran ASTRO ini kalau tidak ada kelibat gadis ayu lagi menawan ini… Lisa Surihani. Hadir berselendang hijau dipadankan dengan busana labuh berwarna hijau daun pisang, Lisa Surihani dah tentu nampak comel dan manja. Sentiasa ditemani oleh ibu dan familinya. Nak tahu, Lisa Surihani rupanya pandai nyanyi. Sempena kehadiran Syawal nanti, Lisa Surihani akan menyumbang suara emasnya untuk Mega Raya Astro di mana Lisa Surihani bergandingan dengan duta Astro yang lain menyanyikan lagu-lagu raya. Antaranya, Suasana Hari Raya (Farid dan Lisa) dan Seloka Hari Raya (Sarimah, Lisa, Zoey, Farid dan Aaron)… mmm berduet dengan kawannya Farid yang sedang galak kena gosip bercinta dengan Diana Danielle. Pada mulanya, memang Lisa Surihani takut jugak untuk menyanyi. Tapi sekadar suka-suka tu, okay gak la. Lagi pun itu, lagu raya, taklah susah sangat. Tiap-tiap tahun dengar lagu nostalgia hari raya. Lepas puas kena pujuk barulah Lisa Surihani bersetuju. Budiey cuma tak sabar nak nonton flem terbaru Lisa Surihani iaitu Kapoww, Semerah Cinta Stileto dan juga Zoo. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 11:20 am | |
| Konsert Lelaki Ini Anuar Zain di Hari Raya Ini Istimewanya menyusul Konsert Lelaki Ini Anuar Zain di Istana Budaya pada 1 dan 2 Julai 2009 lalu yang mendapat sambutan yang amat hangat dan untuk pertama kali semua tiket habis dijual. Apatahlagi Anuar Zain memiliki tarikan tersendiri dan peminat yang amat ramai. Menerusi konsert ini, Anuar menyampaikan 21 buah lagu sepanjang kira-kira 2 jam konsert berlangsung antaranya lagu-lagu retro seperti Penantian yang dipopularkan oleh Harmoni, Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (Flybaits) dan Berdiri Seorang Perindu (Ibnor Riza). Selain lagu hitsnya Sesuci Cintamu, Mungkin, Kain Pelekat, Bila Resah, Lelaki Ini, Keabadian Cinta, Kau Bunga Cintaku, Teman Terulung, Permata, Ketulusan Hati, Perpisahan. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 11:25 am | |
| Boyfriend Michelle Wee Siapa tak kenal Michelle memang betul-betul katak di’bawah tempurung. Rasa-rasa Michelle Wee akan convert Islam ke kalau dia berkahwin dengan Tengku Naharuddin ni atau dia couple just for fun? Apa yang menarik, artis wanita Cina beriya mencari teman lelaki berbangsa Melayu tetapi artis wanita Melayu beriya mengejar teman lelaki berbangsa asing |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 11:26 am | |
| Nashrin Mystarz LG dengan Kekasih Kenal finalist MyStarz LG musim ke-2 yang lalu lagi tak?. Mesti kenal lagi kan, kalau tak kenal, buat-buat kenal jerk ler. Hehe. Disini tiada perkembangan kerjaya nya yang boleh dikongsi, namun ‘kerjaya’ percintaannya mungkin boleh dikongsi sedikit. Di bawah ni kononnya dikatakan Nashrin bersama kekasihnya, mungkin orang Penang juga lah tue kot. Gambar tidak lah semesra yang disangka, cuma berdekat-dekatan jerk possing amik gambar. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 1:40 pm | |
| Nora Sibuk Dengan Secukup Rasa
Mungkin ramai yang tidak tahu sudah tujuh tahun Nora mengusahakan perniagaan biskut dan kek sempena dengan Hari Raya. Penyanyi yang popular dengan lagu “Di Persimpangan Dilema” ini menamakan produk jualannya itu sebagai ‘Secukup Rasa’. Jika tahun-tahun terdahulu Nora menjual produk buatan sendiri ini secara kecil-kecilan, tetapi tahun ini dia meluaskan pasarannya dengan mempromosikan perniagaannya itu melalui internet iaitu www.secukuprasa.com.my. Lebih efisien lagi, pelanggan boleh membuat tempahan secara online. “Setiap kali Ramadhan tiba, pasti saya sibuk dengan perniagaan saya ini. Pada yang tidak tahu, saya ada menjual pelbagai jenis kek dan biskut raya. Sejak mempromosikan perniagaan ini secara online, saya menerima banyak tempahan termasuklah dari luar negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Tempahan dari luar negara ini sebenarnya adalah daripada rakyat Malaysia yang menetap di sana dan mereka buat tempahan untuk dihadiahkan kepada keluarga yang berada di Malaysia. “Pelanggan boleh membuat tempahan secara berasingan ataupun dalam bentuk hamper. Hamper-hamper raya dijual pada harga RM50 hingga RM500 manakala biskut dijual pada harga RM15 untuk 30 biji, RM20 (50 biji) dan RM55 (100 biji). Jangan risau tentang rasanya, ini kerana saya jamin ia memang sedap. Kalau ada yang ragu, saya boleh hantarkan sampel biskut yang ingin dibeli secara percuma ke rumah,” ujar Nora kepada GUA. Terdapat 15 jenis biskut yang dijual oleh Nora dan yang paling popular di pasaran adalah seperti Chocolate Shortbread, Tat Nenas, Semperit, Cip Coklat, dan Biskut Arab. Kepada yang berminat, anda masih lagi boleh membuat tempahan secara online. Sekiranya anda ingin melihat produk-produk ini dengan lebih dekat, anda boleh ke Secukup Rasa Corner yang dibuka di Restoran Salero Negori, Tingkat 2, Amcorp Mall, Petaling Jaya. Selain itu, anda juga boleh menghubungi Nik Hazwan di talian 016-9299421 untuk keterangan lanjut. Bagaimana pula dengan karier Nora sebagai seorang penyanyi? Pasti ramai yang ingin tahu bukan? Maklumlah sudah agak lama Nora tidak muncul dengan album baru. Ha! Ini ada berita baik untuk semua peminat Nora di luar sana. Dalam minggu ini Nora akan merakamkan single terbaru yang berjudul “Pedoman”. Lagu bercorak kerohanian itu dicipta oleh suaminya sendiri iaitu, Johan Nawawi sementara liriknya ditulis oleh anggota kumpulan Mirwana. “Sebenarnya lagu ini sudah lama disiapkan, cuma baru sekarang saya ingin rakamkannya. Walaupun ia lagu kerohanian tetapi ia bukanlah lagu nasyid. Masih membawakan genre balada dan liriknya membawa mesej yang cukup berguna,” cerita Nora lagi. Ditanya tentang album terbaru pula, ini jawapan yang diberikan oleh Nora: “Bukan saya tidak mahu merakamkan album baru, tetapi saya menunggu waktu yang sesuai. Dengan keadaan ekonomi sekarang ini, tidak perlu rasanya tergesa-gesa dalam menghasilkan album penuh. Paling penting, perlu ada material yang cukup kuat dahulu. “Mengikut perancangan, saya akan muncul dengan album baru pada awal tahun hadapan. Jadi, sekarang ini saya tengah mengumpul material. Ada satu lagu baru yang saya buat sendiri iaitu “Puisi Hidup”. Liriknya ditulis oleh abang Johan dan ia berkisar tentang kehidupan. “Untuk projek terbaru ini, mungkin saya akan berduet dengan suami saya untuk satu lagu. Memang sudah lama saya menyimpan keinginan ini. Malah, ramai juga kawan-kawan dan peminat yang bertanyakan hal ini kepada saya. Kalau nak tahu, abang Johan juga boleh menyanyi!” sambung Nora bersemangat. Menyentuh tentang persiapan raya pula, Nora memberitahu yang dia hanya buat persiapan secara sederhana. Semua keperluan untuk anak-anak sudah dibeli dan untuk dirinya sendiri, Nora telah menempah empat pasang baju pada pereka kegemarannya, Saiful Bahrim dan Rizalman. Tahun ini, Nora sekeluarga akan beraya di Kelantan selama dua atau tiga hari. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 1:42 pm | |
| Maizawati Ingin Anak-Anak Bahagia Di Hari Raya
“Biasanya di bulan puasa, dia (Akhil Hayy) akan cuti sebulan. Khas untuk sebulan itu, dia akan habiskan masa bersama keluarga, terutamanya anak-anak, bersahur dan berbuka bersama, dan amal ibadah,” cerita Maizawati Zainal pada GUA yang ditemui tengah hari tadi selepas siaran ‘Wanita Hari Ini’. Tetapi semenjak bermulanya Ramadhan, bekas suaminya itu belum lagi meluangkan masa untuk berbuka bersama kedua anak bongsunya, yang berusia lapan dan dua setengah tahun (dua anak sulung mereka kini di bawah jagaan Akhil). Tiada juga panggilan telefon untuk bertanyakan khabar. “Alhamdullilah, mereka okay. Sebenarnya, mereka dah lali,” jawab Maizawati bila ditanya tentang keadaan anak-anak. “Ini bukan sesuatu yang baru bagi mereka. Mereka sudah biasa ditinggalkan ayah. Mereka-lah yang paling faham dengan apa yang berlaku, susah senang yang dilalui keluarga ini. Mereka faham ayah mereka sudah berkahwin lain dan ada keluarganya sendiri. Hanya tinggal saya sebagai ibu dan ayah mereka.” Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Walaupun ibunya banyak membantu, tetapi bagi Maizawati, tidak terasa beban yang dipikul apabila melihat anak-anak begitu memahami keadaannya. Bukan cari glamor tapi rezeki Sejak kembali solo, Maizawati giat menguruskan perniagaannya yang baru saja bertapak. Hilang sudah tempat bergantung, ibu tunggal beranak enam ini terpaksa berdikari bagi mencari nafkah hidup untuk menanggung ibu bapa serta anak-anaknya. Duit belanja dua orang anak sebanyak RM500 sebulan dari Akhil tidak mencukupi untuk menguruskan seluruh keluarga. Selain dari jubah arbaya, juga dijual kek cokelat, madu, makanan kesihatan serta biskut hantaran. Bagi mereka yang berminat membuat tempahan atau teringin menjadi agen pengedar, anda boleh hubungi Maizawati di 019-6450814 atau emel maiza_collection75@yahoo.com. Bidang perniagaan bukan sesuatu yang asing baginya. Cuma dua tahun kebelakangan ini kerana berhadapan dengan kemelut yang melanda rumahtangga, perniagaannya terpaksa ditinggalkan. Meskipun punca pendapatannya datang dari bisnes yang diusahakan, Maizawati tidak menolak tawaran lain seperti menyanyi (single pertamanya, “Ketentuan” akan diterbitkan pada pertengahan Oktober ini sementara lagu rayanya kini dijual sebagai ‘caller ringtone’ melalui Celcom), berlakon (“mungkin pada penghujung tahun ini”) dan menjadi model iklan (untuk biskut raya D’Haiz). Namun tegasnya, bukan glamor yang dikejarkan tetapi rezeki halal untuk menampung hidup keluarga. “Pendapatan utama saya adalah dari bisnes. Menyanyi, berlakon … semua itu dilakukan secara sampingan. Saya bukan nak jadi artis. Saya melihat tawaran ini sebagai sebahagian dari pakej perniagaan yang saya usahakan.” Persiapan Raya lebih sederhanaUntuk Raya tahun ini, kongsi Maizawati, persiapannya lebih sederhana. Dan jika sebelum ini sambutan Hari Raya biasanya lebih kepada keluarga Akhil, tahun ini dia dan anak-anak akan menyambut Hari Lebaran bersama keluarganya. Katanya lagi, pada Hari Raya pertama akan dihantar kedua anak bongsunya ke rumah ibu bapa Akhil agar mereka dapat bersama kakak dan abang mereka. “Harapan saya untuk Raya tahun ini agar anak-anak lebih ceria, bahagia. Saya tak mahu lagi melihat mereka sedih. Saya nak mereka gembira. Sebab itu apa yang saya usahakan hari ini adalah untuk mereka.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 1:43 pm | |
| Siti Nordiana Nekad Cerai
Tiada sebarang gosip mengenai pergolakan rumahtangga mereka, penyanyi yang pernah popular dengan lagu “Bola-bola Api”, Siti Nordiana nekad memfailkan penceraiannya bersama suami, pelakon ‘Manjalara’, Faizal Yusof minggu depan. Menurutnya, perbezaan pendapat serta tiada lagi persefahaman menjadi sebab utama kepada perceraian mereka. Malah, Siti Nordiana yang lebih dikenali sebagai Nana, mengganggap sudah tiada jodoh antara mereka serta menolak untuk berbaik semula. Nana ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Noraniza Idris Production Ventures (NIPV), mengakui Faizal melafazkan cerai sebanyak dua kali. “Kali pertama dia melafazkannya pada awal Ogos lalu, kali kedua pada 26 Ogos. Tetapi ketika melafazkan cerai kali kedua, dia menjatuhkan talak dua ke atas saya, semuanya menerusi perbualan telefon. Saya sudah bertanya kepada pejabat agama, menurut mereka, saya kini sudah diceraikan talak tiga. Apapun, semua keputusan akan diketahui selepas saya membawa perkara ini ke mahkamah minggu depan,” jelasnya. Enggan bercerita mengenai punca sebenar perceraian mereka, penyanyi yang berasal dari Labu, Negeri Sembilan ini mengakui agak sukar untuknya berterus terang kerana ianya terlalu peribadi untuk diceritakan. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Nakhaie, 1 tahun lima bulan, yang kini dijaga bersama oleh Nana dan suami secara bergilir. “Alhamdulillah, Rayyan seorang anak yang tidak banyak ragam. Malah, sejak bapanya berpindah keluar dari rumah kami, dia sering sahaja menggembirakan hati saya. Dia juga bijak menghiburkan hati saya. Untuk lebih adil, Rayyan akan bersama saya tiga hari dan dua hari dia akan bersama bapanya. Setakat ini tiada masalah untuk saya dan Faizal menjaga Rayyan,” akui Nana yang akan membuat comeback selepas bergelar ibu tunggal. Walau sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu, Nana mengakui Faizal tidak pernah alpa tanggungjawab sebagai bapa dan tidak pernah lupa memberi wang perbelanjaan. Nana sendiri kelihatan ceria dan cekal, ditemani ibunya ketika menghadiri majlis berbuka puasa itu. “Jangan ingat saya ceria kerana gembira dengan perceraian ini. Saya sudah cukup menderita sejak mula-mula masalah antara kami timbul, dua minggu saya tidak boleh bersemuka dengan Faizal kerana terlalu memarahinya. Sudah banyak air mata yang mengalir, sekarang tiba masanya untuk saya bangkit dan berdikari serta menjelaskan perkara sebenar,” tambahnya. Tidak pernah menyesali dengan perkahwinan mereka, Nana menganggap pengalaman tiga tahun menjadi isteri Faizal banyak mengajarnya erti kehidupan. “Faizal bukanlah suami yang bermasalah. Dalam kelemahannya, ada juga kebaikan. Dia juga banyak mengajar saya serta tidak mengongkong. Mungkin kerana kurang komunikasi antara kami menjadi penyumbang kepada perceraian ini. Saya tidak menolak, kesibukan Faizal kadangkala membuatkan saya tertekan dan hilang tempat untuk bercerita,” katanya. Syawal yang semakin menjelang sedikit sebanyak menyentuh perasaannya, namun dia redha dan tabah dengan ketentuan Illahi terhadapnya. Sempena Adilfitri juga, baik Nana mahupun Faizal bersetuju untuk bergilir-gilir menyambutnya bersama anak tunggal mereka. Pada raya pertama dan kedua Rayyan akan menyambutnya bersama Nana dan Faizal akan menyusulinya kemudian. Yakin dengan masa depannya dalam bidang nyanyian, Nana mahu membina semula kerjaya yang dibinanya sejak 10 tahun dulu. Selain nyanyian, penyanyi yang selalu digandingkan bersama Achik Spin ini sudah mempunyai kerjaya tetap sebagai kaunselor pengajian di sebuah kolej swasta. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 1:45 pm | |
| One Nation Emcees Bersederhana
Kedatangan Ramadhan seringkali ditunggu umat Islam, tidak kira kanak-kanak atau dewasa. Bagi yang baru mula belajar berpuasa, pastinya teruja berpuasa apatah lagi apabila dijanjikan habuan duit raya sekiranya ibadat berpuasa berjaya dilaksanakan. Bagi yang dewasa pula, sudah menjadi tanggungjawab melaksanakan rukun Islam ketiga ini.
Bagi juara Gangstarz musim kedua One Nation Emcees (ONE), berpuasa tidak membataskan perjalanan karier mereka. Malah, ONE yang dianggotai Shamimi Amalina Norhisham (Mimifly), 23, Muhamed Fareezan Muhamed Murtaza (Kozae), 27, Mohd Norzaidi Edris Jekeria (Zydee), 27, dan Nur Hasan Baias (Jojoe), 34, tahun ini merupakan tahun kedua mereka berpuasa sebagai artis dan kehadiran Ramadhan menguatkan semangat mereka untuk terus bekerja keras demi memastikan misi mereka dilaksanakan sebaik mungkin.
Walaupun sibuk, ONE tidak menghampakan permintaan GUA apabila sudi menerima jemputan berbuka puasa di Hotel Parkroyal, Kuala Lumpur. Sebelum berbuka puasa bersama, ONE berada di Seremban atas urusan kerja. Khabarnya ONE tidak mahu membataskan bakat yang mereka ada apabila kini melebarkan sayap sebagai pengurus acara pula.
“Kami tidak mahu hanya dikenali sebagai kumpulan muzik semata-mata. Memandangkan syarikat kami, O.N.E Nation Emcees Sdn Bhd mempunyai lesen hiburan, kami cuba melaksanakan apa yang termampu. Tapi kami masih baru, banyak lagi yang perlu dipelajari. Malah kami juga mempunyai lesen untuk penerbitan drama dan filem,” jelas Mimi mewakili ONE.
Sepanjang Ramadhan, ONE banyak menghabiskan masa di studio, tidak kiralah samada menyediakan bahan untuk single terbaru atau sekadar berlatih. Selain itu mereka juga sibuk dengan rakaman rancangan Aidilfitri dan undangan berbuka puasa.
Keempat-empat anak muda ini mengakui, banyak perbezaan yang telah mereka lalui sepanjang hampir dua tahun berkecimpung dalam dunia seni. Kisah suka dan duka menjadi sebahagian daripada rencah kehidupan mereka kini.
Zydee, Jojoe dan Kozae misalnya, merasai perubahan itu terutamanya sepanjang Ramadhan dan Aidilfitri kerana sejak dikenali, ramai pula yang ingin menghulurkan salam persaudaraan.
“Sebelum ini tidak ramai saudara-mara yang kami kenali. Sejak menang Gangstarz, rumah kami didatangi saudara-mara yang tidak pernah kami temui. Takpelah, inikan bagus untuk mengeratkan silraturrahim,” akui, Jojoe dan dipersetujui Zydee dan Kozae.
Memandangkan Mimi berasal dari Semenanjung, sekiranya mempunyai masa terluang dia akan menghabiskan masa bersama keluarga di Kelana Jaya.
Namun bagi anak rantau seperti Jojoe, Zydee dan Kozae, Ramadhan menggamit kerinduan terhadap keluarga di Kota Kinabalu, Sabah. Menjadi anak bujang, tidak banyak kerenah dalam menyediakan juadah berbuka puasa dan bersahur. Kebetulan mereka tinggal serumah, jadi banyak masa dihabiskan bersama.
“Sekiranya tidak menerima sebarang jemputan, kami bertiga akan ke bazaar Ramadhan berdekatan untuk membeli juadah. Memang seronok, lebih-lebih lagi banyak makanan kegemaran kami dijual di sana,” kata Zydee yang merindui masakan tunangnya, macaroni cheese yang sering menjadi hidangan wajib setiap kali dia pulang ke Sabah.
Jangan ingat anak bujang tidak tahu memasak. Bagi Zydee dan Jojoe, mereka bertuah apabila rakan serumah mereka, Kozae, bukan sahaja rajin, malah cekap memasak. GUA sendiri tidak menyangka, Kozae yang pada mulanya nampak pendiam, seorang yang pandai memasak dan gemar bergurau.
“Ilmu memasak diperturunkan oleh nenek ketika saya menjaganya waktu dia sakit. Apabila berada jauh dari keluarga tidaklah kekok sangat, sekurang-kurangya saya mampu memasak sendiri. Malah ketika di Sabah, roti prata menjadi hidangan wajib keluarga ketika bersahur kerana bapa berketurunan Pakistan. Menu rumah terbuka pula biasanya saya menyediakan beriani kambing, ketupat nasi, rendang dan lamb chop,” akui Kozae yang juga berketurunan Cina sebelah ibunya.
Sempena Ramadhan dan Aidilfitri, ONE bercuti selama dua minggu daripada sebarang aktiviti kerana ingin meraikan Syawal bersama keluarga dan sahabat-handai di Sabah. Mimi pula akan menyambut Syawal bersama keluarga di Alor Setar, Kedah.
‘Dendangkan’ sesuai jiwa Selepas popular dengan “Bisikan Cinta” dan “Raja Gelek” kini mereka sedang bekerja keras untuk single seterusnya, “Dendangkan”, yang akan menemui peminat sekitar Disember atau Januari.
“Dendangkan” sepatutnya menjadi single pertama sebelum “Raja Gelek” kerana lagu ini lebih menggambarkan ONE. Namun tiada rezeki apabila lagu lain diangkat sebagai single popular.
Sedang penyanyi lain berlumba-lumba mengeluarkan album, ONE selesa mengeluarkan single demi single. Bukan tidak minat, lebih-lebih lagi RIM sudah mengiktiraf kompilasi lima lagu sebagai sebuah album, tetapi ONE mahu memantapkan lagu sedia ada sebelum bersedia tampil dengan album penuh.
“Untuk tampil dengan album penuh, mungkin lama lagi. Biarlah kami berdikit-dikit dengan lagu sedia ada dan pastikan penerimaannya betul-betul menggembirakan peminat kami. Kami tidak kisah andai album penuh memakan masa dua tahun untuk diterbitkan,” jelas Mimi |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 1:49 pm | |
| Gambar Lisdawati dan Anaknya Farhana |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 1:52 pm | |
| Noryn Aziz, Erra FAzira DAn Acha |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 3:18 pm | |
| Biskut 'Dayang Sayang Kamu' istimewa untuk peminat Dayang
Dayang Nurfaizah menjual biskut 'Dayang Sayang Kamu' pada gerai jualan JuzJUMBO Suria FM di Kampung Baru baru-baru ini. -foto THE STAR oleh RAJA FAISAL HISHAN
SEDIKIT tanda ingat, banyak tanda ada...dan ganjaran amal jariah di bulan Ramadan berlipat ganda. Bagi mereka yang menghayati tujuan amalan di bulan mulia ini, peluang ini tidak mungkin akan dilepaskan begitu saja.
Dan tuntutan membuat kebajikan di bulan penuh berakah ini telah menggamit penyanyi genit berkulit hitam manis Dayang Nurfaizah Awang Dowty untuk turut serta di gerai SuriaFM.
Dayang sanggup meredah kesesakan jalan di Kampung Baru dan berpanas terik untuk melunaskan niat yang murni ini.
Dayang, yang tampil dengan kemeja-T dan seluar berwarna hitam, kelihatan santai ketika ditemui menjaja biskut 'Dayang Sayang Kamu' di gerai jualan JuzJUMBO Suria FM di Kampung Baru baru-baru ini.
Biskut yang dijaja dinamakan 'Dayang Sayang Kamu' mengambil sempena kejayaan album keempatnya yang juga berjudul "Dayang Sayang Kamu" pada 31 Oktober 2004.
Tiga jenis biskut iaitu perisa Almond Snow, Jam Tart dan Choc Chips, dijual dengan harga RM30 sekotak. Sebahagian hasil jualan biskut tersebut akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan. Dan ini bukan kali pertama biskut-biskut ini dijual.
"Istimewanya biskut-biskut 'Dayang Sayang Kamu' ialah ia hanya dijual pada bulan Ramadan. Tahun-tahun sebelumnya, saya terima pesanan para peminat menerusi Facebook atau emel.
"Ini adalah kali pertama saya melakukan jualan langsung biskut-biskut tersebut di gerai SuriaFM hari ini," kata bekas peserta Top 4 One In A Million musim pertama pada tahun 2006/7.
Eksekutif kanan, perhubungan awam dan media Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih mesra dipanggil Dj Lin (tengah) mempromosikan minuman JuzJUMBO dan Dayang Nurfaizah (paling kanan) menjual biskut sementara seorang kru Suria FM cuba menarik perhatian orang ramai.
Bagi Dayang, amalan berpuasa selama sebulan juga bertujuan menyedarkan kita agar sentiasa mengingati golongan yang kurang bernasib baik.
Kesedaran ini membuat penyanyi genre pop, R&B dan hip hop itu terpanggil untuk berbuka puasa bersama anak-anak yatim, orang-orang kurang upaya selain melakukan kerja-kerja amal.
"Baru minggu lepas, saya berbuka puasa dengan lebih 100 anak yatim piatu di Bangsar Seafood. Saya juga akan menghadiri beberapa rumah terbuka lagi sebelum pulang berhari raya di Kuching dalam beberapa hari ini," kata Dayang Nurfaizah yang berasal dari Kuching, Sarawak.
"Saya jarang dapat balik ke rumah. Setiap kali Raya, saya akan balik dua atau tiga hari sebelum Hari Raya. Kali ini saya balik dua minggu lebih awal untuk berjumpa dengan keluarga.
"Maklumlah setahun sekali saya dapat berjumpa sanak-saudara. Saya hanya ingin "lepak" bersama mereka pada masa itu," kata Dayang Nurfaizah yang telah mengambil cuti tahunan awal-awal lagi.
Mengenai perkembangan kerjaya nyanyiannya, Dayang Nurfaizah memberitahu dia telah habis merakamkan single 'Kutemu Cahaya' ciptaan Yassin baru-baru ini.
"Insya Allah... tahun depan boleh keluar album dan single itu adalah salah satu lagu album tersebut," kata Dayang Nurfaizah yang telah aktif menyanyi sejak 1996 lagi.
Pegawai Perhubungan Awam, ISTANA BUDAYA, Kassim Lee membeli biskut 'Dayang Sayang Kamu'.
Dayang Nurfaizah menghasilkan album pertamanya berjudul 'Dayang Nurfaizah' pada Mei 1999. Kebanyakan lagu dalam album tersebut adalah bergenre pop dan R&B.
Single pertama album tersebut 'Hakikat Cinta' berjaya melonjakkan nama 'Dayang Nurfaizah' dalam industri muzik.
Sepanjang 10 tahun pembabitannya dalam industri muzik, Dayang selalu menantikan kedatangan Ramadhan.
Dan dia cukup senang melihat dirinya melakukan sesuatu ke arah kebaikan. Namun dalam soal bertudung, secara jujur Dayang mengaku dia belum bersedia.
Namun, tidak seperti sesetengah artis yang kelihatan bertudung litup hanya di bulan puasa, Dayang mempunyai pendiriannya tersendiri.
"Taklah bila Ramadan datang baru terpanggil untuk memakai tudung. Ia boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Ini terpulang pada hati atau niat seseorang itu (untuk memakai tudung).
"Kalau sebab berfesyen, tak payahlah. Ini kerana apabila seseorang Muslim itu memakai tudung nanti dia bukan pakai sehari dua. Seseorang itu akan memakai tudung sampai bila-bila.
"Dayang susah nak cakap soal ini (dalam bab pakai tudung). Benda ini mungkin besok, lusa dan saya sendiri tak pasti lagi. Ini berhubung dengan bila seseorang itu menjawab panggilan Yang Esa. Bila saya dah bersedia, saya akan memakainya...," kata Dayang secara terus-terang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 3:18 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 3:23 pm | |
| Aizat bujang sampai umur 30
BIARPUN dititipkan syarat oleh ayahanda tercinta Datuk Amdan Mat Din, Aizat hanya boleh menempuh alam rumah tangga pada usia 30 tahun, penyanyi berbakat besar itu bagaimanapun tidak berasa tertekan atau memberontak dengan syarat orang tuanya itu.
Bahkan, bukan Aizat atau nama lengkapnya Muhammad Aizat Amdan sahaja yang terikat dengan syarat tersebut, tetapi ia turut dikenakan ke atas adik-beradiknya yang lain.
Lima adik-beradik kesayangan Aizat ialah Muhammad Amir, 29, Muhammad Amar, 27, Nur Ilizuhair, 25, Muhammad Anas, 23 dan Muhammad Aliff, 18.
Aizat memberitahu dia terbuka dengan permintaan bapanya itu kerana sebagai orang tua yang lebih makan banyak garam, nasihat tersebut mungkin ada kebaikannya.
Aizat yang baru menjengah umur 20 tahun tanpa berselindung bagaimanapun jujur mengakui pada permulaannya, dia sedikit sulit menerima syarat keras itu.
"Setelah difikirkan semula, apa yang ayah saya cakap ini memang ada benarnya. Sebenarnya ayah hendak tengok saya dan adik-beradik saya yang lain matang dari segi mental dan fizikal dahulu sebelum menempuh gerbang perkahwinan.
"Biarpun dikenakan syarat ini, hakikatnya saya cukup bersyukur kerana ahli keluarga tidak pernah mengongkong kehidupan saya. Malah, mereka menggalakkan saya berkawan dengan ramai orang.
"Saya juga bebas memilih dengan siapa yang saya hendak berkawan termasuklah dalam soal mencari teman wanita. Keluarga saya memang bersikap terbuka dalam perkara ini," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa yang diadakan Aizat dan keluarga di Masjid Asy-Syakirin, Kuala Lumpur minggu lalu.
Selain disyaratkan tidak mendirikan rumah tangga pada usia terlalu muda, bapa Aizat turut memberikan beberapa nasihat lain buat anaknya, apatah lagi skop kerjaya Aizat yang dilihat bergelumang dengan dunia glamor sering diuji dengan pelbagai dugaan.
Amdan yang juga Pengarah Eksekutif Kasi Gegar Entertainment Sdn. Bhd. sempat melontarkan teguran kepada anak bujangnya itu agar tidak terlalu leka serta hanyut dengan dunia seni yang cahaya indah hanya untuk tempoh seketika.
Tinggi melangit sebenarnya impian Amdan terhadap Aizat yang bakatnya mula dicungkil menerusi rancangan realiti terkenal, Akademi Fantasia musim kelima (A5).
Tidak mahu ditonjolkan sebagai penyanyi biasa sahaja, Amdan mahu mengetengahkan Aizat sehingga tahap tertinggi bergelar seorang penghibur.
"Saya ada misi tersendiri tentang kerjaya seni Aizat. Saya mahu dia jadi macam Allahyarham Datuk Sudirman Arshad yang mampu menarik minat semua golongan masyarakat termasuk peminat bukan Melayu.
"Bahkan, saya tidak kisah memperuntukkan perbelanjaan besar andai Aizat mahu menyambung pelajaran di luar negara demi mencari ilmu dalam bidang muzik.
"Kerana itu, saya minta dia berkahwin selepas usia 30 tahun. Kalau awal, dia tidak akan mendapat izin daripada saya. Bukan saya sengaja meletakkan syarat yang bukan-bukan kepada dia dan anak lain. Saya sebenarnya melakukan perkara ini dengan niat tertentu.
"Padaumur 30 tahun, saya percaya mereka (anak-anak) sudah ada sumber kewangan yang kukuh dan ada perlindungan untuk diri dan keluarga yang dibina kelak.
"Lagipun kalau berkahwin terlalu muda, saya bimbang terjadinya hal yang melibatkan penceraian. Saya tidak mahu perkara sama berlaku kepada saya sebelum ini menimpa anak-anak," jelasnya yang sudah 11 tahun berpisah dengan bekas isterinya yang juga merupakan ibu Aizat, Fina Nurhizah Baharu Zaman, 52.
Fina kini sudah mendirikan rumah tangga dengan Syed Abdul Rahim Syed Jaafar, 53 dan tidak mempunyai cahaya mata. Adik-beradik Aizat yang menggelarkan Syed Abdul Rahim sebagai Uncle turut rapat dengan ahli keluarga baru mereka itu.
Walaupun Aizat berdiri sekitar dua atau tiga meter dari ayahnya sewaktu Amdan ditemubual wartawan, dia yang kelihatan segak menyarung jubah putih sempat mencuri dengar perbualan.
Malah, Aizat yang asyik tersengeh-sengeh, sesekali sempat menyampuk perbualan jika terdapat butir bicara ayahnya yang dirasakan kurang dipersetujui. Begitulah akrabnya hubungan antara Aizat dan Amdan!
Muncul dengan lagu kerohanian
Bercakap tentang majlis berbuka puasa dan doa selamat yang diadakan baru-baru ini, beritahu Aizat, acara itu sebenarnya sudah dibuat sejak tahun lepas lagi di Kompleks Dayabumi di ibu negara.
Cuma pada tahun ini, Aizat dan keluarga memberikan sedikit kelainan dengan mengadakan majlis berbuka puasa, doa selamat dan sembahyang tarawih dalam saiz jemputan yang lebih besar. Tidak ketinggalan, Aizat dan keluarganya turut memberikan sumbangan kepada 40 orang anak yatim Rumah Dibela, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
"Tahun ini kami buat lagi besar dan meriah sebab dimurahkan rezeki oleh Allah. Ia juga memperlihatkan tanda kesyukuran kami sekeluarga sekali gus menyampaikan sumbangan kepada insan-insan yang memerlukan.
"Selain itu, sesiapa yang datang pada majlis ini turut membawa pulang cenderamata seperti surah Yasin dan single kerohanian saya yang terbaru, Erti Hari Ini," luah Aizat sambil tersenyum puas.
Berbahas panjang lebar tentang lagu berkenaan, Aizat memberitahu, ia punya signifikan tersendiri apatah lagi ia dicipta bersama abang yang cukup rapat dengannya, Anas.
"Lagu ini dihasilkan pada tahun ini juga sebelum menjelangnya bulan Ramadan. Idea untuk menghasilkan lagu kerohanian ini muncul setelah menyaksikan penderitaan yang dialami oleh penduduk di Semenanjung Gaza.
"Saya dan abang tengok berita di televisyen sambil melihat kanak-kanak kecil yang terkorban dan hidup dalam kesukaran. Sepantas kilat ilham untuk menghasilkan lagu ini timbul dan ditujukan kepada mereka.
"Ia disudahkan dan dirakam dalam tempoh satu hari saja. Lagu ini diselitkan dalam album kedua saya yang bakal muncul sama ada penghujung tahun ini atau awal 2010," jelas Aizat yang memang punya keserasian dengan Anas. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 3:24 pm | |
| AIZAT bersama ayahnya, Amdan memberikan duit raya dan cenderamata kepada anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa anjurannya di Masjid Asy-Syakirin, Kuala Lumpur AIZAT bersama keluarganya. Belakang dari kiri: Amir, Amar, Fina, Ilizuhair, Amdan dan Anas. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 3:27 pm | |
| Ruffedge bawa haluan sendiri
SENTUHAN kumpulan baru mengenengahkan irama alternatif rock seperti Hujan dan Meet Uncle Hussain (MUH) memang tidak dapat dinafikan tetapi kumpulan vokalis lebih awal menempa nama, Ruffedge cekal bertahan dalam persada muzik tanah air. Sekalipun selera muda lebih kepada muzik lebih pantas dan rancak sejak tiga tahun lalu, gandingan anggota kumpulan itu tidak patah semangat mengekalkan reputasi mereka sekalipun populariti mereka sedikit tenggelam. Sekalipun lima kali bertukar anggota sepanjang 11 tahun, kumpulan empat vokalis itu berkonsep hip hop itu, popular melalui lagu Bila Rindu dan Lemas, tidak gentar berdepan dugaan dan cabaran perubahan masa menguji kemampuan. Kekurangan kumpulan baru memperjuangkan hip hop serta bayangan MUH dan Estranged, mencipta kejayaan menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL), turut memberi peringatan kepada mereka untuk mencari pendekatan baru. Mengikut ketua kumpulan Azan, buat masa ini, Ruffedge lebih banyak memenuhi undangan majlis korporat kerana tidak begitu kerap mendapat undangan membuat persembahan pentas seperti mana awal karier. Kini, aksi Ruffedge hanya sekali sekala dilihat melalui karnival dan rakaman studio. Selain Azan, anggota kumpulan Ruffedge sekarang diwakili oleh Nine (Mior Zulkarnain Mohd Zamhuri), 27, Zain (Mohd Kamaruzaman Zain Abdul Hamid), 31 dan Iwan (Irwan Iskandar Abidin), 34. Ruffedge membintangi filem pertama mereka, Tipah Tertipu arahan Ahmad Idham pada 2006. Lima vokalis pernah mewakili Ruffedge sebelum ini, Azim, Mode, Sein, Amer sementara Cat, bersama Fabulous Cats. Azan berkata, kekurangan vokalis kumpulan kebelakangan ini, menjejaskan kemeriahan muzik hip hop. "Mungkin kumpulan vokalis membawa irama hip hop sudah berusia 15 tahun sejak 4U2C atau Poetic Ammo tetapi kekurangan kuantiti pengganti merencatkan pertumbuhannya. "Saya faham selera peminat tetapi tidak ceria jika hanya orang hanya melihat dan mendengar Ruffedge sahaja. "Ruffedge dapat bertahan walaupun kumpulan sezaman atau lebih awal tidak lagi aktif. Jika ada pun, tidak menonjol kerana keadaan semasa memaksa mereka cari cara lain meneruskan karier atau terpaksa melupakan impian kerana tiada permintaan. "Persembahan vokalis kumpulan jika ada pun, boleh dikira," kata Azan, mengendalikan perniagaan pakaian streetwear di Shah Alam sejak lima bulan lalu. Buat masa ini, Ruffedge sedang menjayakan promosi lagu soundtrack digunakan dalam filem Jin Notti, bertajuk Pemuja dari Jauh dan kedua selepas Tipah Tertipu tiga tahun lalu. Mereka bercadang meluaskan promosi lagu filem itu, produksi keempat KRU Studios ke beberapa negeri selepas Hari Raya Aidil Fitri. "Sewaktu Ruffedge diwujudkan pada 1998, terdapat kumpulan Innuendo berjuang bersama kami menceriakan vokalis kumpulan tetapi mereka juga tidak aktif selepas 2002. Poetic Ammo atau Too Phat juga tidak kelihatan sekarang. "Bagi kami, ia tidak sihat kerana orang cepat bosan jika keadaan berterusan. Bagi saya, lebih banyak lebih baik kerana masing-masing ada identiti dan mesej sendiri bagi memuaskan selera peminat yang semakin bijak menilai hasil karya. "Bagaimanapun, trend beralih kepada irama alternatif rock oleh kumpulan indie bukan penyebab kerana kumpulan vokalis memiliki tarikan tersendiri," kata Azan, 35, pengasas awal Ruffedge sejak ditubuhkan pada 1998. Selain itu, penampilan pertama Ruffedge dalam senario hip hop adalah melalui single pertama "Too Phat Baby" dalam album Whutadilly Too Phat pada penghujung 90-an. Mengenai populariti, Azan berkata, kekurangan persembahan menjejaskan pendapatan kumpulan. Sebagai jalan penyelesaian, mereka ambil keputusan bawa haluan sendiri. "Zaman sekarang, ramai artis tidak dapat bayaran setimpal. Mentaliti mahu potongan harga dan persembahan percuma menyebabkan pendapatan serta imej artis terjejas. Mereka tidak boleh bergantung harap royalti semata-mata. "Jika sumbangan artis dipandang ringan, semangat mereka luntur. Nilai seni akan susut jika pendekatan persembahan percuma atau bayaran separuh harga dikenakan setiap kali artis menghiburkan mereka," kata Azan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 3:29 pm | |
| Pintu Hati Sudah Tertutup Untuk Faizal - Siti Nurdiana
Tiada setitik pun airmatanya tumpah ketika disoal mengenai mahligai yang dibina tiga tahun, runtuh sekelip mata. Ketabahan dan kekuatan yang ada padanya untuk menguraikan persoalan demi persoalan menunjukkan kematangan wanita tersebut dalam kehidupannya.
"Bukan niat membuka pekung di dada, namun Nana ingin jelaskan apa sebenarnya yang berlaku agar tiada fitnah timbul," ujar Siti Nurdiana yang lebih mesra disapa dengan nama Nana.
Siti Nurdiana, 25, kini sedang menunggu keputusan mahkamah berikutan lafaz cerai talak dua yang dilafazkan suaminya, Mohd Faizal, menerusi telefon.
"Memang dia sebut nama Nana semasa lafazkan cerai talak dua. Sebelum ini, pada bulan yang sama juga, dia pernah melafazkan untuk melepaskan Nana tapi kami berbincang dan memutuskan untuk berbaik kembali. Tapi selepas difikirkan kembali kami memang tidak boleh bersama kerana tiada persefahaman lagi maka terucaplah kata-kata keramat tersebut.
"Masalah ini mula Nana hidu sejak bulan lima tahun ini juga namun Nana kuatkan hati kerana sayangkan keluarga kami. Sudah sebulan tidak sebumbung dan akhirnya kami sepakat mencapai kata putus. Memang banyak Nana dengar gosip mengenai orang ketiga dalam rumahtangga kami namun ia tidak benar sama sekali. Nana banyak kali buat solat meminta petunjuk dan bayangan yang diterima tetap sama. Dia semakin jauh daripada Nana.
"Dia terlalu sibuk dengan shooting dan apabila balik, Nana dan Rayyan sudah pun tidur so kurang komunikasi di situ. Sejak awal perkahwinan kami memang selalu berbalah dari segi pendapat namun kami tetap berusaha menjaga keutuhan hubungan ini. Memang orang kata tahun ketiga perkahwinan banyak dugaannya, namun Nana serahkan semuanya pada takdir atas apa yang berlaku," katanya yang memfailkan cerai di Seremban.
Memegang gelaran janda pada usia muda bukannya mudah, apatah lagi dengan tanggungjawab sebagai ibu tunggal yang bakal digalasnya kini.
"Nana kuatkan diri untuk berdepan dengan orang ramai kerana Nana tahu mereka akan bertanya apa yang berlaku. Sebelum ini mungkin Nana akan menangis, namun sekarang Nana lebih kuat dan tenang menghadapinya. Rayyan juga pandai menghiburkan hati Nana hingga membuatkan terlupa dengan dugaan yang melanda.
"Faizal juga banyak mengajar Nana erti kehidupan yang sebenar dan Nana tak pernah menyesal berkahwin dengannya. Nana juga bersyukur dia sangat memahami apabila membenarkan Nana menjaga Rayyan.
"Buat masa ini memang Nana trauma untuk berkahwin lagi namun Nana tahu bukan semua lelaki jahat dan tidak menghargai wanita. Kawan-kawan banyak beri sokongan sehingga datang kekuatan dalam diri. Nampak Nana tenang, namun di dalam hati hanya tuhan yang tahu," katanya yang banyak meluahkan perasaan kepada ibunya mengenai apa yang berlaku.
Buat Comeback Walaupun telah mempunyai pekerjaan tetap di Kolej Unity sebagai Kaunselor Pendidikan, namun Nana menjelaskan dirinya akan membuat kemunculan semula setelah lebih dua tahun menyepikan diri.
"Selama tak aktif, Nana sebenarnya banyak memenuhi undangan nyanyian pada hujung minggu dan nampaknya kontrak Nana bersama FMC masih ada so tak salah sekiranya Nana buat comeback. Mengikut perancangan, mungkin Nana akan berduet dengan Achik untuk lagu terbaru," ujarnya yang akan menyambut Aidilfitri bersama anak di Seremban. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 4:00 pm | |
| Awal tak menang tangan
BAKAT seni pemuda kelahiran Kuala Lumpur, Awal Ashaari, 28, tidak perlu disangkal lagi. Disebabkan itu juga dia sentiasa menjadi antara individu pilihan pengarah, produksi dan televisyen tempatan bagi menjayakan program mereka.
Tidak dinafikan pelakon, model dan pengacara kacak ini turut menjadi kegilaan ramai peminat khususnya golongan wanita.
Menurut Awal minat utamanya adalah dalam bidang pengacaraan biarpun mula terbabit dalam lakonan. Sehingga kini dia sibuk mengendalikan beberapa program berbentuk majalah dan bual bicara.
Dia mengendalikan program Rentak Bollywood yang disiarkan menerusi saluran B4U Astro setiap Jumaat jam 7 malam selain mengendalikan empat musim program Generasi Y yang disiarkan setiap Sabtu jam 3 petang di TV1. Malah, diberi kepercayaan mengendalikan program Sehati Berdansa musim ketiga.
Ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa baru-baru ini, Awal memaklumkan aktiviti seninya sepanjang Ramadan dipenuhi dengan jemputan berbuka selain memperkembangkan perniagaannya.
"Aktiviti sepanjang puasa agak sibuk dengan memenuhi undangan berbuka puasa dan pengacaraan. Di samping itu, saya turut memperkembangkan perniagaan dengan membuka gerai dikongsi bersama adik yang menjual pelbagai jenis selipar di The Curve, Damansara.
"Setakat ini saya sudah mempunyai dua perniagaan iaitu membabitkan pakaian yang dikongsi bersama rakan artis, Dynaz di Sri Hartamas. Alhamdulillah sambutan semakin menggalakkan," katanya.
Dia juga baru selesai menjalani penggambaran filem seram, Nyang Rapik arahan Ahmad Idham yang berlangsung di sekitar Tasik Kenyir dan Lembah Klang bulan lalu. Biarpun sibuk dengan aktiviti seni, namun dia berkesempatan untuk menguruskan perniagaan disebabkan mempunyai rakan kongsi yang baik.
Mengulas mengenai kisah cinta pula, Awal memaklumkan sejak tiga tahun lalu, pintu hatinya tertutup seketika untuk menerima mana-mana wanita sebagai kekasih selepas cintanya tidak kesampaian. Begitupun sejak akhir-akhir ini dia seperti sedang dilamun cinta dan dalam proses mengenali hati budi seorang gadis yang berjaya menawan hatinya.
"Kami sudah berkenalan agak lama. Saya pernah menguratnya tapi tak dapat. Namun, saya sendiri tidak menyangka dapat bertemunya kembali. Sekarang kami menjadi semakin rapat. Syukurlah kerana dia sudi membuka pintu hatinya dan peluang kepada saya," kata Awal tersenyum tersipu-sipu.
Biarpun enggan mendedahkan identiti sebenar pasangannya itu, Awal berkata perasaan yang lahir secara semula jadi itu disifatkan datang tepat pada waktunya, tatkala dia sedang mencari insan istimewa untuk bertakhta di hati.
Awal berkata, wanita yang 2 tahun lebih muda daripada usianya itu memenuhi cita rasa dan kriterianya seorang wanita idaman.
"Dia seorang yang pandai berdikari. Dia tidak pernah tunjuk perasaan sayangnya secara terang-terang, tapi saya tahu perasaan kami semakin mendalam. Saya juga sukakan dia sebab dia tak mengada-ngada," katanya yang merancang menamatkan zaman solo selepas 30 tahun. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 4:03 pm | |
| Elyana Sudah Pilih Nama Anak
"Saya belum fikirkan lagi berapa bilangan anak yang dirancang, namun telah memilih nama yang ingin diberikan," ujar Elyana sambil ketawa.
Bakal mendirikan mahligai tahun depan bersama jejaka pilihan, Khairul Anuar Haji Husin, menurut Elyana, beliau ingin majlis perkahwinan yang sederhana, namun hanya menurut apa yang ditetapkan oleh kaum keluarganya.
"Saya nak yang simple tapi bila ramai sangat yang campur tangan, tak tahulah akan jadi macam mana. Grand kot.
"Ikutkan hati kami merancang untuk bernikah awal tahun depan, namun tak sempat kerana masing-masing sibuk. Tapi majlis tetap akan diadakan tahun depan cuma tarikh belum ditetapkan lagi. Apa yang penting, saya nak semua ahli keluarga dan sanak saudara ada masa perkahwinan saya," ujar pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal ini.
Berat Naik 57kg
Melihatkan penampilan terbaru yang agak berisi berbanding sebelumnya membuktikan dia sedang bahagia menyulam cinta bersama tunang tersayang.
"Memang tunang suka bila saya kuat makan. Kami sama-sama makan banyak tapi badan dia tetap maintain, badan saya pula yang naik. Tambahan pula, sekarang saya sibuk dengan shooting, so bila penat saya akan makan sebanyak yang boleh," ujar Elyana yang popular dengan lagu Kalis Rindu.
Menyingkap kembali pertemuan dengan tunangnya, Elyana menjelaskan pada mulanya mereka tidak menyukai antara satu sama lain dan sering bertengkar.
"Saya pun tak sedar bila kami mula rapat kerana permulaan perkenalan tidak begitu baik. Mungkin kerana dia seorang yang matang dan cool membuatkan hati jatuh cinta kepadanya.
"Dia memilih saya sebagai seorang insan biasa, bukan sebagai seorang artis. Kami menerima seadanya kebaikan dan keburukan masing-masing," ujarnya yang akan menyambut Aidilfitri bersama tunang di Lanchang, Pahang.
Walaupun berita perceraian menjadi-jadi tersebar di dada akhbar, namun bagi Elyana semuanya sudah ditakdirkan dan terkandung hikmah di sebaliknya.
"Bagi saya sendiri, jika kita takut dengan apa yang dilihat saban hari mengenai keretakan rumahtangga orang, sampai bila pun kita tak akan berkahwin. Ibu bapa saya telah pun merestui hubungan ini jadi kami akan meneruskan apa yang telah dirancang.
"Saya telah berkawan dengan ramai orang dan telah melalui pelbagai karenah. Namun tunang saya sekarang adalah yang terbaik pernah saya kenali untuk dijadikan suami dan peneman hidup," tambah Elyana yang akan mengeluarkan album terbaru hasil sentuhan Aidit Alfian. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 4:07 pm | |
| [b]Isma tak terkilan tak popular MESKIPUN sudah hampir dua tahun berkecimpung dalam dunia seni, namun nama Isma Hanum masih belum berjaya melekat di hati orang ramai.
Entah mana silapnya dia tidak seberapa dikenali.
Andai mahu dikata dia tidak punya pakej, Isma punya pakej yang setara dengan pelakon muda sekarang.
Muda, cantik, bujang, berbakat, bijak, berani mencuba dan mesra, namun namanya tidak segah artis-artis muda yang seangkatannya.
Pelakon drama Ghost ini tetap optimis dengan apa yang berlaku dengannya dan percaya perjalanannya yang sedikit jauh berbanding rakan seangkatannya yang lain akan membuahkan hasil pada suatu hari nanti.
Bahkan, Isma juga percaya, setiap artis ditentukan perjalanan kerjayanya sendiri.
"Ada yang bertahun-tahun walau berbakat masih belum dikenali kerana nasib masih belum menyebelahi.
"Kalau nak kata orang tak kenal saya, tidak juga. Kalau saya berjalan-jalan ada yang kenal nama saya Isma, ada yang panggil hantu sebab lakonan saya dalam drama bersiri Ghost di 8TV malah ada yang masih ingat saya ketika berlakon 5 Jingga dahulu.
"Seperti saya, sepanjang dua tahun ini, saya selesa dengan apa yang saya lakukan kerana saya mahu dikenali kerana bakat lakonan, bukan populariti semata-mata," ujar Isma ketika ditemui di satu majlis meraikan anak-anak yatim dari Baitul Kasih di The Curve, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Isma pernah membintangi drama 5 Jingga di 8TV, drama bersiri Ghost, muncul dalam drama Kekasihku Seru dan aktif dalam lakonan teater dan filem indie.
Terbaru, dia bakal muncul dalam telefilem Nasi Telur Kicap yang akan disiarkan di TV2 selepas raya bersama Riezman Khuzaimi dan Tanya Zara.
Nasi Telur Kicap mengisahkan seorang duda yang mengahwini seorang gadis yang seusia anak perempuannya.
Isteri dan anaknya kemudian sama-sama menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Isma yang kini mengikuti pengajian jarak jauh dalam bidang Pengajian Teater di Universiti Manchester berkata, pengajiannya itu juga menyebabkan dia terpaksa mengurangkan aktiviti lakonan.
Bagi Isma, pelajaran adalah amat penting dan masih banyak lagi yang dia perlu belajar dalam bidang lakonan, sebab itulah dia menyambung pembelajarannya dalam bidang lakonan.
Dia yang juga bermula sebagai pelajar di kelas teater di Pusat Persembahan Seni Kuala Lumpur (KLpac) di bawah tunjuk ajar Joe Hafsham berkata, teater mengajar Isma banyak benda terutamanya disiplin.
Hasil pembelajarannya dalam bidang teater juga membuatkan dia lebih selektif dalam menerima tawaran berlakon.
"Sebagai pelakon baru mestilah kita mahu dikenali tapi saya ingin dikenali dalam memberi lakonan yang terbaik.
"Saya tak mahu dilabel sebagai artis yang sanggup menerima apa sahaja tawaran tanpa menimbang watak yang diberikan hanya kerana ingin cepat dikenali," ujar gadis berusia 24 tahun ini.
Tambahnya, dia pernah mendapat tawaran berlakon drama bersiri yang kemudiannya agak terkenal di stesen televisyen tempatan namun terpaksa menolaknya kerana sibuk dengan kelas.
Pada mulanya dia agak terkilan kerana berasa ia mungkin peluang untuk dia dikenali dengan lebih cepat.
"Namun setelah seketika saya berasa ada hikmahnya saya menolak tawaran itu kerana ilmu yang dicari saya sekarang lebih penting untuk masa hadapan saya juga, tambahnya," ujarnya lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 4:10 pm | |
| 'Di sini baik-baik saja'
TAHUN ini kali kedua pelakon berwajah comel, Acha Septriasa, 20, menetap di Malaysia. Di sini, kehidupan Acha bebas daripada limpahan populariti dan mampu menjalani hari-harinya sebagai pelajar Komunikasi Massa Multimedia & Penyiaran di Universiti Limkokwing, Cyberjaya, dengan tenang.
"Senang sekali belajar di sini, saya boleh ke kuliah dan melakukan tugasan sama seperti pelajar yang lain. Tiada layanan istimewa, tetapi saya tidak menafikan ada juga teman-teman mengusik dan minta bergambar.
"Tetapi tidaklah sampai saya berasa lemas atau tidak selesa. Bahkan, mereka baik sekali pada saya dan tidak lokek membantu.
"Pihak media di sini, kalau ada yang mahu mengaturkan sesi fotografi, mereka gunakan saluran yang betul misalnya berhubung dengan pihak pengurusan dan label yang mengedarkan album saya di sini untuk mengadakan temu janji.
"Bukan main serbu-serbu, ambil gambar curi dari jauh atau erti kata lain berlagak seperti paparazzi. Semuanya amat menyenangkan sekali," katanya.
Akui Acha, walaupun ada sedikit perbezaan dari segi loghat bahasa dan budaya, dia tidak kekok atau berasa sunyi kerana orang tuanya juga menetap di Kuala Lumpur memandangkan bapanya bekerja dengan Petronas.
Khabarnya, di sini juga Acha bertemu cinta baru selepas hubungannya dengan Irwansyah berakhir tahun lalu. Jejaka bertuah itu dipercayai anak orang kenamaan di Malaysia.
"Tidak dinafikan ada yang berusaha mencuri hati saya. Malah saya juga punya teman lelaki yang rapat. Status anak pembesar negeri atau anak kenamaan bukanlah perkara yang saya kejarkan.
"Saya ikhlas bersahabat dengan sesiapa pun dan dalam hal teman lelaki saya lebih senang menganggap hubungan sebagai sahabat.
"Apatah lagi, saya ke Malaysia untuk mengejar cita-cita jadi saya tidak mahu cinta menjadi satu hal yang sulit untuk saya mendapatkan apa yang saya impikan.
"Namun, satu hal yang saya percaya kalau sudah tertulis jodoh saya dengan orang Malaysia saya tidak akan menolaknya," katanya.
Pertemuan dengan Acha diaturkan Pegawai Perhubungan Awam (PRO) syariat rakaman Suria Records (SRC), Bahanordin Deraman sempena pelancaran album Sinar Lebaran & Buka puasa bersama artis SRC, baru-baru ini di Maytower Hotel & Services Residence.
Kedatangannya ke sini selama tiga hari mulai 27 Ogos lalu turut dimanfaat untuk mempromosikan album mini solo pertamanya, Keputusan Hati. Album ini, menurut Acha sebuah bingkisan yang cukup peribadi, namun sedia dikongsi bersama peminat.
Melaluinya, Acha membuat pendedahan secara jujur mengenai pengalaman putus cinta dengan Irwansyah yang digandingkan dengannya melalui filem Heart.
"Semua melodi serta lirik keempat-empat lagu di dalam album ini saya sendiri yang hasilkan selain sebagai produser.
"Keputusan Hati bukan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi lebih kepada menghargai sebuah perpisahan dan persahabatan. Saya dan Irwan tidak pernah bersengketa dan kami berpisah secara damai.
"Selalu berjauhan antara sebab mengapa saya mengambil keputusan berpisah kerana enggan faktor ini membuatkan hubungan kami menjadi sulit yang akhirnya membawa pertengkaran.
"Kepada peminat yang selalu bertanya dan ingin tahu mengapa saya memutuskan hubungan, segala luahan ada di dalam album ini. Lebih daripada itu, sebenarnya album ini bukan saja memberi cabaran besar kepada saya apabila perlu mempersiapkan diri sebagai penyanyi solo, tetapi juga menghasilkan karya sendiri," katanya.
Acha kini dinaungi syarikat rakaman Limaduabelas Muzik yang dimiliki penyanyi Rossa sebaik kontraknya dengan Warner Music tamat. Album Keputusan Hati sudah menembusi pasaran Indonesia pada 15 Ogos lalu.
Tidak menolak akan kembali berduet bersama Irwan satu hari nanti, akui Acha dia masih menyayangi bekas teman lelakinya itu. Malah sehingga kini belum menemui jejaka yang mampu menandingi kemuliaan hati Irwansyah.
Acha juga tidak keberatan mengulas gosip percintaannya dengan vokalis kumpulan Ungu, Pasha. Gadis yang melonjak menerusi filem Heart ini memaklumkan, gosip itu timbul kerana 'serkap jarang' segelintir pihak.
"Kalau di Indonesia, asal rapat atau keluar dengan artis lelaki saja, sudah dibilang bercinta. Pasha itu sudah saya anggap seperti abang kerana dia artis, 'senior' jauh sekali mahu bercinta," katanya.
Acha kini berada di Jakarta untuk menjalani penggambaran sinetron 200 episod, Salwa yang dijangka selesai penghujung September ini. Pada 1 Oktober nanti, Acha terbabit dalam satu lagi projek, tetapi kali ini akan kembali ke set penggambaran filem komedi yang masih dirahsiakan judulnya.
"Ramadan kali ini sibuk sekali kerana selain terikat dengan penggambaran drama dan filem, saya juga sibuk mempromosikan album Keputusan Hati.
"Agak aneh ya kerana selalunya Ramadan yang lepas-lepas, saya mengurangkan aktiviti berlakon atau menyanyi kerana sebelum Ramadan sibuk dengan pelbagai acara selain mahu manfaatkan bulan mulia bersama keluarga dan beribadah.
"Namun, memandangkan sejak kembali ke kuliah, banyak tawaran terpaksa saya tolak. Justeru, pada cuti semester sajalah dapat saya manfaatkan peluang. Apatah lagi, produser dan pengarah di sana tidak pernah melupakan saya.
"Ini pun saya terpaksa menangguhkan 1 semester kerana mahu memberi tumpuan pada promosi album dan penggambaran. Tidak dinafikan, berlakon dan pada masa sama menjalani ibadah puasa memang memenatkan.
"Alhamdulillah, saya tidak tergoda dengan ujian meskipun terpaksa melihat segelintir kru di set penggambaran tidak segan silu minum di khalayak ramai.
"Puasa kali ini juga jarang sekali dapat makan masakan ibu kerana terlalu sibuk di set, kebetulan pula ibu berada di Malaysia menemani ayah. Bukan itu saja, Tarawih baru sekali sempat saya kerjakan," katanya.
>Profil
NAMA SEBENAR: Jelita Septriasa Sagitta Ahimsha.
TARIKH LAHIR: 1 September 1989
ASAL: Jakarta
KELUARGA: Anak ketiga daripada enam beradik
PENDIDIKAN: Komunikasi Massa Multimedia & Penyiaran, Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya (tahun kedua, semester pertama).
FILEM: Heart, Love Is Cinta, In The Name Of Love, Apa Ertinya Cinta? dan Love.
DRAMA: Andai Ku Tahu, Sakinah dan Salwa.
ALBUM RUNUT BUNYI: Heart (2006), Love Is Cinta (2007) dan In The Name Of Love (2008).
ALBUM MINI: Hikayah Ramadan (2007) dan Keputusan Hati (terbaru)
LAGU TERBARU: Tentang Kita, Maunya Apa Lagi?, Keputusan Hati, Salahku Kau Selingkuh. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 4:12 pm | |
| Noraniza Beraya Tanpa Anak Di Sisi "Anak-anak Kak Ani akan beraya bersama keluarga sebelah ayahnya dan setiap tahun pun begitu sejak kami berpisah. Kak Ani mengalah kerana merasakan mereka akan lebih menikmati suasana raya di sana.
"Jika dengan Kak Ani, tiada apa yang ingin diraikan kerana Kak Ani sentiasa sibuk dengan aktiviti seni. Jika dulu mungkin Kak Ani terasa sangat kehilangan mereka namun lama kelamaan, Kak Ani lebih tenang kerana fikirkan mereka berada di tempat yang selamat," ujar Noraniza Idris ketika ditemui pada Majlis Meraikan Anak-Anak Yatim dan Wartawan di Hotel De Palma Ampang.
Bersendirian di Aidilfitri tidak memberikan kesan kepadanya kerana beliau akan berusaha membiarkan diri dihujani pelbagai aktiviti dan undangan nyanyian. Namun katanya, setiap hujung minggu, janji temu dengan anak-anak adalah kemestian yang harus dilakukan.
"Bila hidup bersendirian, Kak Ani jadi lebih yakin untuk membuat keputusan mengenai sesuatu perkara. Kak Ani mampu berdikari tanpa bantuan sesiapa kerana hampir semua masalah akan diselesaikan sendiri termasuk tekanan hidup.
"Tidak dinafikan ramai yang cuba mendekati, tapi buat masa ini, Kak Ani lebih selesa bersendirian. Yang Kak Ani dapat lihat lelaki yang nak mendekati ada agenda mereka sendiri dan Kak Ani tak dapat rasa keikhlasan mereka. Mungkin mereka hanya ingin merasakan bagaimana rasanya apabila berdampingan dengan artis.
"Namun jodoh atas ketentuan Tuhan. Hati Kak Ani hanya kepada insan yang sesuai dan cukuplah jika dia seorang yang mengambil berat dan boleh membimbing di dalam kerjaya dan agama," luah Kak Ani setelah mahligai selama 18 tahun yang dibina berkecai tiga tahun lalu.
Walaupun kini telahpun memakai tudung, namun masih terdapat suara-suara nakal yang menyentuh soal pemakaiannnya yang dilihat tidak sesuai dengan imej bertudung.
"Pernah berlaku dalam satu persembahan live di salah sebuah stesen tv di mana baju yang perlu dipakai Kak Ani mengecut selepas dihantar ke dobi. Nak tak nak, Kak Ani kena pakai baju tersebut dan Kak Ani sendiri sedar macam balut nangka ketika itu. Tahan malu sajalah.
"Kak Ani sangat menghargai mereka yang menegur dan Kak Ani juga perlukan teguran agar tak tersasar dari landasan. Pakaian yang Kak Ani pakai hanyalah mengikut kesesuaian persembahan di atas pentas dan perlu menyanyi dan menari dalam masa yang sama. Lagipun Kak Ani adalah penyanyi etnik dan bukannya penyanyi nasyid," ujar penyanyi berusia 41 tahun ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 4:16 pm | |
| Cuci The Muzikal Tanpa Penaja
"Kami tidak mempunyai penaja utama dalam teater ini namun segalanya terjadi berkat usaha dan kesungguhan untuk menjadikannya realiti," ujar Hans mengakui kesukaran mendapatkan penaja untuk pementasan teater tempatan.
Walaupun terpaksa menunggu setahun untuk membawa Cuci ke Istana Budaya, namun bagi Hans Isac ia bukanlah penghalang untuk meneruskan hasrat membawa filem tersebut ke satu tahap yang lebih tinggi. Menjanjikan persembahan yang menarik dan di luar jangkaan sememangnya amat bertepatan apabila menggandingkan empat personaliti hebat, Afdlin Shauki, Hans Isac, AC Mizal dan Awie.
"Ini kali pertama saya berlakon teater. Selama ini hanya menyanyi secara live tapi sekarang kena hafal skrip, menyanyi dan menari di atas pentas," ujar Awie yang membawakan watak Jojo dalam teater terbitan Tall Order Productions Sdn Bhd.
Gabungan keempat-empat bintang ini sememangnya berjaya menggamatkan panggung dalam filem Baik Punya Cilok dan Cuci dan kini ianya akan dibawa secara langsung dari Istana Budaya. Yang menariknya, persembahan kali ini menyajikan lakonan, nyanyian dan juga tarian. Lagu Janji Pada Umi bakal menjadi penyeri pada malam teater di mana Hans julung kalinya akan menyumbangkan suaranya dalam lagu yang digubah oleh Douglas Lim dan Pacai.
Sementara itu, bagi pengarah teater ini, Datuk Zahim Albakri menyifatkannya amat berbeza dengan teater Puteri Gunung Ledang yang pernah dikemudi beberapa tahun lalu.
"Ini adalah muzikal komedi so we try to find how to make it funny. Gandingan Adibah Noor juga sangat serasi dengan karektor empat pelakon lelaki. Apa yang dapat saya lihat, mereka sangat komited dengan apa yang dilakukan," jelas beliau.
Tidak banyak perubahan dilakukan berbanding filem asal, namun terdapat pertukaran pelakon di mana watak CJ akan dimainkan oleh Vanidah Imran manakala watak Farah dibawa oleh Adibah Noor. Pelakon asal adalah Erra Fazira dan Umie Aida. Jalan cerita masih mengikut skrip yang asal cuma bentuk persembahan dan latar akan membawakan banyak perubahan besar.
Cuci The Muzikal berkisahkan empat adik beradik, Fairil (Afdlin Shauki), Khai (Hans Isac), Jojo (Awie) dan C'tan (AC Mizal) yang menjalankan sebuah perniagaan Cuci-cuci Service, sebuah syarikat kecil yang mengendalikan perkhidmatan cuci tingkap dengan harapan diberi peluang berkhidmat kepada Menara Berkembar Petronas, KLCC. Teater ini akan mula dipentaskan pada 23 Oktober 2009.
Untuk sebarang maklumat lanjut atau tempahan tiket, boleh menghubungi 03-7711 5000 atau layari www.axcess.com.my |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 4:35 pm | |
| Aidilfitri Nabila Meriah dan Kecoh
MenaTap LaMa seraUT WaJah MiLiK naBiLa hUda sUhaiMi MeMBUaTKan sesiapa sahaJa MengaKUi yang dia MeWarisi sepasang MaTa TaJaM dan seULas BiBir seKsi Bapanya iKOn rOCK negara, aMy searCh. BUKan iTU sahaJa, dia seBenarnya MeWarisi siFaT KeperiBadian sederhana dan KOMiTed Terhadap KerJaya seBagaiMana Orang TUanya iTU.
Bakat lakonannya yang telah digilap seawal usia 9 tahun menerusi drama Air Mata Aida terus mematangkan dirinya dalam seni lakon. Selepas berjinakjinak dalam lakonan VCD berjudul Blok 404 ketika berusia 15 tahun, namanya terus meniti laju di kalangan pengarah tanah air.
Kini dalam usia 25 tahun, dirinya telah pun membintangi puluhan drama; Impak Maksima, Di Luar Itu Bukan Syurga, Diari Dewi, Serkam Cinta, Cinta Untuk Ain dan beberapa buah fi lem; Rock, Bohsia, Akhirat dan yang bakal ditayangkan di pawagam Duhai Si Pari-pari. Bukan mudah untuk mendapatkan waktu Nabila bagi membolehkan MW memotret wajahnya menghiasi muka depan majalah untuk bulan Ramadan ini.
Jadualnya begitu padat dengan penggambaran drama Sari Maya 2 dan tugas pengacaraan 1,2 Jus! Dan Hits 1. Katanya, kerja-kerja penggambarannya itu hanya akan berakhir seminggu sebelum ketibaan Syawal nanti. “Dekat-dekat nak raya nanti barulah saya akan fi kirkan tentang persiapan raya. Sejak dari dahulu lagi, saya ini jenis yang ‘last minute’. Masa itu, saya cari baju yang dah siap dijahit sahaja.
Coraknya pula tidak terlalu penuh, ringkas dan selesa. Lagipun, saya ini seorang yang ringkas. “Tahun ini saya akan sambut A idilfi tri di Kuala Lumpur sahaja di rumah ayah. Memandangkan beberapa hari sebelum sambut Syawal saya bakal menerima adik baru. Selalunya pagi raya kami akan bermaaf-maafan dan saya tak akan lepaskan peluang main bunga api dan mercun.
Semasa sambut Aidilfi tri di Johor Bahru dahulu pun saya tak lepaskan peluang untuk bermain m ercun. “Aidilfi tri saya setiap tahun pasti meriah dan kecoh. Tambahan pula saya perlu melayan adik-adik saya, Alexander Zulkarnain dan Sania Samara. Pernah juga saya menyakat makcik-makcik saya agar memberikan duit raya kepada saya. Waktu itu saya masih bujang lagi. Masing-masing enggan beri sebab saya sudah bekerja.
“Tapi tradisi keluarga kami, sesiapa yang bujang layak menerima duit raya. Akhirnya saya dapat duit raya daripada mereka. Tahun ini, sayalah yang kena beri duit raya. Saya tak sediakan jumlah-jumlah tertentu, mana yang ada itulah yang akan saya beri,” ceritanya jujur. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 4:54 pm | |
| Profil Ashraf NAMA: Ashraf Muslim LAHIR: 19 September 1981 di Teluk Mas, Melaka TINGGI: 180 sm BERAT: 67 kg KELUARGA: Anak sulung daripada tujuh beradik PENDIDIKAN: Diploma Pentadbiran Perniagaan (Kuala Lumpur Infrastructure University College) KERJAYA: Ahli perniagaan dan pelakon DRAMA: Impian Illyana, Manjalara, Impak Maksima, Lagu Cinta Kita, Anumerta, UP: Hati dan Rumah Depan Sebelah Kedai Profil SherryNAMA: Sherry Ibrahim LAHIR: 3 April 1983 di Petaling Jaya TINGGI: 160sm BERAT: 45 kilogram KELUARGA: Anak sulung daripada tiga beradik KERJAYA: Pelakon dan model DRAMA: Dunia Baru musim ke-2, Cinta Tak Bertepi, Jelatang, Elly, Dunia Baru ke-3 dan Akademi Polis FILEM: Malaikat Maut |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 4:58 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 5:08 pm | |
| Barisan pelakon2 Kuih Goyang Seha |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 10 Sep 2009, 5:20 pm | |
| Julia - Habib Jewels Ad Shoot |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 13 Sep 2009, 8:55 am | |
| Anita Sarawak disamun, suami ditetak Suami biduanita, Anita Sarawak, Mahathir Abdullah, cedera di kepala dan tangan akibat ditetak dengan parang panjang dalam kejadian samun ketika hendak ke majlis berbuka puasa anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), semalam. Dalam kejadian di hadapan rumah ibu tiri Anita, Datin Umi Kalsum di Taman Melawati di sini, kira-kira jam 5.30 petang itu, Mahathir bergelut dan sempat mencekak leher seorang perompak terbabit sebelum terkena parang yang dilibas rakan penyamun terbabit |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 13 Sep 2009, 8:58 am | |
| Wajah Vanida Imran, filem terbaru Tolong isikan survery ini, mudah sahaja. Anda hanya perlu taip apa yang diisi di dalam kotak tersebut dan klik butang Submit Report. Isi borang ini. Dalam filem terbaru Afdlin Shauki iaitu Jalan Lama yang bakal ditayangkan tahun hadapan, Vanidah Imran telah dimake-up mukanya menjadi seperti seakan-akan terbakar, seram sejuk juga tengok mukanya, kan? Itu belum final touch-up lagi tu |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 13 Sep 2009, 9:00 am | |
| Jermaine mahu kubur Michael Jackson digali semula "Saya tidak begitu gembira dengan majlis pengebumian ini, saya sentiasa merasakan Michael lebih sesuai dikebumikan di Neverland," kata Jermaine Jackson. MICHAEL JACKSON mungkin tidak dapat berehat dengan tenang walaupun setelah dikebumikan di tanah perkuburan California apabila abangnya, Jermaine Jackson memberitahu bahawa dia ingin melihat kubur Michael di ubah ke tempat lain. "Saya tidak begitu gembira dengan majlis pengebumian ini, saya sentiasa merasakan Michael lebih sesuai dikebumikan di Neverland," katanya kepada satu sumber. Jermaine Jackson, 54, mengatakan dia bercadang untuk menggali semula subur adiknya dan membuat pengebumian seula di Neverland di mana tempat tersebut telah dibina oleh Michael Jackson. Michael Jackson mati pada 25 Jun lalu dan telah dikebumikan di Grand Mausoleum Forest Lawn Memorial Park pada 3 September. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 13 Sep 2009, 9:01 am | |
| Pengarah Osman Ali tidak jawab soalan panas Raja Azmi Puteri Suraya (tengah) bersama ibubapanya, Raja Azmi Raja Sulaiman dan Mohd Jalani Sidek semasa majlis pertunangan di rumah kediaman di Ukay Perdana, baru-baru ini. PENERBIT filem Raja Azmi Raja Sulaiman masih tidak dapat membuat keputusan siapa paling layak untuk mengarah filem kontroversinya, '... Dalam Botol'. Keputusan itu hanya akan diketahui selepas Hari Raya nanti, demikian menurut Raja Azmi ketika ditemui di majlis pertunangan anak sulung perempuannya Puteri Suraya dengan dengan pengarah filem, Mohd Shadan Hashim. Raja Azmi masih buntu memikirkan pengarah baru filemnya yang mendapat publisiti hangat itu ekoran bakal menantunya Shadan menarik diri di saat-saat akhir pembikinan tersebut. Antara dua nama besar yang disebut-sebut akan menggalas tanggungjawab sebagai sutradara ialah Osman Ali dan Nasir Jani. "Sekarang pun dah mood Raya. Lagipun saya tengah sibuk membuat persiapan perkahwinan anak sulungnya saya Puteri Suraya pada 20 Februari tahun depan," kata Raja Azmi. Isteri kepada bekas pemain beregu badminton itu ditemui pada majlis pertunangan anak perempuannya, Puteri Suraya Pengarah filem '... Dalam Botol. Raja Azmi juga berkata, tarikh sebenar penggambaran filem tersebut akan bermula juga masih belum dikenal pasti. "Saya masih tidak mempunyai tarikh lagi, tapi mungkin pada Disember 2009 sebab masa itu Arja Lee (yang berlakon sebagai Ruby dalam filem '... Dalam Botol') cuti semester, baru boleh buat penggambaran," katanya. Menurut Raja Azmi, setakat ini, beliau telah menghubungi Osman Ali dan sedang berbincang dengannya. Pilihan dua nama pengarah ini mempunyai sebabnya tersendiri. Mungkinkah pilihan pertama adalah untuk pengarah yang boleh menghayati atau menyelami jiwa seorang gay? Justru, Raja Azmi tidak teragak-agak bertanyakan soalan panas ini secara 'direct' kepada Osman Ali. "Semua orang katakan Osman Ali ialah gay (homoseksual). Jadi, untuk mendapatkan kepastian, saya telah menanyakan beliau tentang persoalan itu. "Namun, dia tidak menjawab ya ataupun tidak dan dia hanya tersenyum," katanya. Sementara itu, bagi pilihan pengarah Nasir Jani pula, Raja Azmi mengakui dia adalah pengarah yang baik tetapi menyepikan diri buat seketika. "Jadi saya lihat ini adalah peluang baik untuknya kembali mengarahkan filem, jika dia bersetuju mengarahkan filem ini," katanya yang akan menghubungi Nasir selepas hari lebaran ini. Dalam pada itu, Raja Azmi memberitahu, dia akan mengerjakan haji pada November ini. "Saya akan berada di Mekah untuk dua minggu. Balik dari Mekah, saya akan mulakan penggambaran filem '...Dalam Botol'," ujarnya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 13 Sep 2009, 9:03 am | |
| Kisah Haliza, si andartu terlampau... Haliza mengakui memang filem 'Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami' itu sedikit-sebanyak berkisarkan tentang dirinya sendiri. DIGELAR anak dara tua atau istilah popularnya, andartu, bukanlah satu masalah besar buat diri aktres dan produser ini. Ujar Haliza Misbun, asalkan dia bahagia menjalani kehidupan hariannya, dia tidak kisah dilabel sedemikian. Dalam nada ceria, wanita berusia 36 tahun ini akui, memang ramai yang bertanya sama ada dia takut atau tidak digelar andartu. Namun, Haliza memang cukup positif tentang perkara itu. "Saya tidak suka memikirkan sangat tentang hal itu. Yang penting, saya bahagia dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan. "Lagipun, saya tidak terfikir lagi ke arah itu (perkahwinan)," ujarnya, ringkas tatkala berbual tentang filem sulung terbitannya Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami di majlis pelancarannya baru-baru ini, yang diakui Haliza memang filem itu sedikit-sebanyak berkisarkan tentang dirinya sendiri. Ujar anak kedua daripada enam beradik ini, bertitik tolak dari kisah dirinya yang masih membujang sehingga kinilah, dia akhirnya tampil dengan jalan cerita untuk filem tersebut sambil dibantu oleh penulis skrip, Sofia J.Rhyland. Namun, ia bukan 100 peratus tentang dirinya, sebaliknya ada yang direka untuk dilihat lebih menarik. Filem yang menelan belanja kira-kira RM1.1 juta ini dibintangi oleh Haliza sendiri sebagai Nikki, Ari Wibowo, Awie, Azhar Sulaiman, Fahrin Ahmad, Fizo Omar, Abby Abadi, Datuk Jalaluddin Hassan, Maimon Talib, Fara Fauzana dan ramai lagi. Turut membuat penampilan istimewa ialah Datuk Rahim Razali dan Erra Fazira. Terus menyusuri pengalamannya menghasilkan filem terbitan syarikat miliknya sendiri, Big Productions Sdn Bhd, kata Haliza, dia amat berpuas hati dengan pembikinannya yang kini sedang di dalam proses suntingan. "Saya gembira dengan komitmen daripada semua yang terlibat dan saya optimis sambutan terhadap filem ini kelak memberangsangkan. Saya berharap, ia mampu memungut kutipan antara RM3 juta hingga RM5 juta. Penggambaran filem ini bermula pada 1 Ogos lalu di sekitar Kuala Lumpur dan tamat pada 18 Ogos lalu. "Saya yakin dengan kekuatan filem ini yang terletak pada pelakon dan jalan ceritanya. Saya memilih pelakon yang mampu membawakan watak masing-masing secara bersahaja. "Tidak timbul isu saya menggunakan sesiapa seperti mana yang diperkatakan ketika saya memilih Awie dan Erra berlakon. Malah, Ari Wibowo juga dipilih kerana dia adalah kawan baik saya dan kami serasi bila berlakon sama," kata Haliza yang akui lakonannya bersama Awie juga dapat membuktikan bahawa hubungannya dengan adik iparnya itu baik setelah sebelum ini dikatakan tegang gara-gara Awie mengahwini adiknya secara diam-diam. Secara ringkasnya, filem yang berkemungkinan akan ditayangkan pada Mac tahun depan ini mengisahkan tentang Nik Melati Sukma atau Nikki berusia lewat 30an yang tertekan gara-gara masih belum berkahwin. Pelbagai usaha dilakukan oleh kedua-dua orang tuanya iaitu Fatimah dan Nik Mat bagi membolehkannya bersetuju untuk berkahwin termasuklah mencarikannya jodoh yang dirasakan sesuai. Namun, Nikki nekad untuk mencari jodohnya sendiri. Pelbagai peristiwa lucu melingkari perjalanan Nikki dalam usahanya mencari calon suami apatah lagi ibunya, Fatimah, telah memberi kata dua agar membawa pulang calon suami dalam masa 21 hari. Jika tidak, Nikki tiada pilihan lain dan terpaksa berkahwin dengan lelaki pilihan ibubapanya. Menurut Haliza lagi, Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami adalah kemunculan semulanya di layar perak setelah kali terakhir muncul menerusi filem Scoop, arahan Aziz. M.Osman kira-kira 13 tahun lalu. "Salah satu sebab mengapa saya takut untuk berlakon filem lagi selepas itu ialah kerana filem tersebut tidak mendapat sambutan dan banyak pihak merasakan saya adalah penyumbang kepada kegagalan itu. "Ada yang berkata saya bukan artis komersial dan tidak sesuai berlakon filem... hanya sesuai untuk watak berat di dalam drama. Selepas muncul di dalam Scoop, memang ada tawaran berlakon filem yang saya dapat, tapi saya menolak kerana lebih berminat berlakon drama saja. "Tetapi kali ini, saya bersedia untuk tampil semula di layar perak. Dan jika dulu saya asyik bawakan watak serius, kali ini saya bawakan watak komedi pula," katanya. Filem ini mula menjalani penggambaran pada 1 Ogos lalu di sekitar Kuala Lumpur dan tamat pada 18 Ogos. Meskipun belum ditayangkan, tutur Haliza, dia sudah memikirkan perancangan untuk filem tersebut dan telah membayangkan sebuah sekuel yang akan menyusul kelak. "Saya memang ada perancangan untuk buat sekuel filem ini. Saya terfikirkan tentang perkara ini sejak 'shooting' filem ini. Saya lihat semua pelakon dan kru 'enjoy' sangat di set penggambaran dan sebab itu terdetik di hati saya untuk buat sekuel. "Tetapi saya tidak cakap pun pada sesiapa tentang idea saya itu, walaupun kepada pengarahnya. Tetapi bila sudah melihat promo filem ini, saya memang betul-betul teringin untuk buat. Insya-allah," ujarnya yang bagaimanapun akui belum berani untuk cuba mengarah filem atau drama sendiri. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 13 Sep 2009, 9:05 am | |
| Suami Anita Sarawak cedera dilibas perompak bersenjatakan parang Suami Anita Sarawak, Mahathir Abdullah menerima 10 jahitan akibat luka sepanjang lapan sentimeter di belakang kepalanya akibat dilibas parang oleh perompak di hadapan rumah ibu tiri isterinya, Datin Umi Kalthum di Taman Melawati, Hulu Klang semalam. KUALA LUMPUR: Suami penyanyi Anita Sarawak cedera di belakang kepala akibat dilibas parang oleh perompak di hadapan rumah ibu tiri isterinya di Taman Melawati, Hulu Klang Jumaat. Kejadian itu menyebabkan Mahathir Abdullah terpaksa menerima 10 jahitan akibat luka sepanjang lapan sentimeter di belakang kepalanya. Anita, 56, atau nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 5.30 petang ketika beliau dan suami serta pemandu mereka menunggu ibu tirinya yang juga pelakon veteran Datin Umi Kalthum di hadapan rumahnya untuk berbuka puasa di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang. "Pemandu kami yang ketika itu berada di luar pagar rumah untuk memanggil mummy, secara tiba-tiba didatangi empat lelaki bermotosikal dan mereka mengacukan parang ke arahnya. "Kejadian itu sebenarnya tidak disedari oleh saya dan suami hinggalah perompak terbabit mengarahkan pemandu kami untuk membuka bonet belakang, mungkin untuk mencari barangan berharga," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Perubatan Prince Court di Jalan Tun Razak di sini. Beliau berkata Mahathir kemudiannya keluar dari kereta setelah merasakan ada yang tidak kena dan bergelut dengan seorang daripada lelaki terbabit. "Mahathir juga sempat mencekak leher perompak terbabit sebelum dilibas dengan parang di kepala. Mahathir bagaimanapun tetap melawan dengan mengacukan kipas lipat milik saya yang disangka pistol oleh perompak terbabit. "Saya yang ketakutan cuba meleraikan pergelutan itu dan merayu kepada perompak terbabit agar tidak mencederakan Mahathir dengan menjerit 'adik jangan'. Mereka yang tergamam kemudiannya beredar sebaik melihat wajah saya," katanya. Anita berkata beliau hanya menyedari kepala suaminya itu berdarah sebaik beliau keluar dari kereta dan terus mengarahkan pemandu menghantarnya ke hospital. Sementara itu, Mahathir ketika ditemui pemberita selepas menerima rawatan, berkata apa yang difikirkannya ketika kejadian itu ialah untuk menyelamatkan isteri dan pemandunya. "Mujurlah, mummy tidak keluar rumah lagi ketika itu. Kalau tidak, tidak tahulah apa yang akan berlaku," katanya yang dirawat sebagai pesakit luar. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abd Jalil Hassan ketika dihubungi berkata pihaknya belum menerima laporan dari pasangan terkenal itu. BERNAMA |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 13 Sep 2009, 9:06 am | |
| Kes percubaan merompak Anita dan Mahathir: Polis ambil keterangan Mahathir (kiri) mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Prince Court semalam. Turut bersamanya ialah isteri Anita Sarawak (tengah). SELEBRITI Anita Sarawak mengesahkan bahawa pihak polis telah pun mengambil keterangan daripadanya dan juga suaminya Mahathir Abdullah ekoran kejadian percubaan merompak mereka di Taman Melawati, Hulu Klang pada petang Jumaat lalu. Kejadian itu menyebabkan Mahathir tercedera di belakang kepalanya dan terpaksa menerima 10 jahitan sepanjang lapan sentimeter. "Baru beberapa minit terdahulu, ASP Anas telah menghubungi saya untuk mendapatkan keterangan," kata Anita kepada mStar Online. Dalam kejadian di hadapan rumah ibu tiri Anita, Datin Umi Kalthum di Taman Melawati di sini, kira-kira jam 5.30 petang Jumaat itu, Mahathir bergelut dan sempat mencekik leher seorang perompak yang cuba menyamun pemandunya sebelum terkena parang yang dilibas rakan penyamun berkenaan. Anita, 56, atau nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib dan Mahathir ingin menjemput Umi untuk berbuka puasa di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang. Anita memberitahu, polis juga telah mengambil keterangan daripada ibu tirinya. Sementara itu, BERNAMA melaporkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan berkata pihaknya mengambil keterangan daripada Umi Kalthum serta daripada jiran pelakon itu 1 petang tadi bagi membantu siasatan. Ditanya mengenai keadaan suaminya Mahathir, Anita berkata: "Mahathir okey tetapi dia letih dan pucat selepas kehilangan darah yang banyak. Dan dia sedang berehat di rumah." "Saya bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana Mahathir selamat," katanya dalam nada tenang. TAKUT KEHILANGAN MAHATHIR SELAMA-LAMANYA Namun begitu, Anita tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbangnya apabila beliau berkata; “Sewaktu Mahathir dikejarkan ke Hospital Prince Court di Jalan Tun Razak dekat sini, saya bimbang apakah saya akan kehilangannya. "Dia mengalami pendarahan teruk semasa terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas kira-kira sejam dari Taman Melawati ke situ. Pemandu saya cuba memandu dengan cepat tetapi kereta kami terperangkap. Kain yang dibalut pada kepalanya dibasahi darah yang membuak-buak keluar dari kepalanya. Mahathir kini sedang berehat di rumah, menurut Anita. "Baju kurung, sofa dan semuanya berlumuran dengan darah. Wajahnya dah pucat dan pada masa itu, saya takut akan kehilangannya.”Menurut Anita, pada awalnya, ibu tirinya Umi Kalthum bercadang hendak memanggil ambulans. "Tetapi saya kata tiada masa untuk berbuat demikian. Masa itu, adalah masa puncak orang keluar dan bergesa-gesa balik ke rumah untuk berbuka puasa," kata Anita lagi. KRONOLOGI KES Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 5.30 petang ketika Anita dan suami serta pemandu mereka, Tan Ah Sing, 52, menunggu Datin Umi Kalthum di hadapan rumahnya untuk berbuka puasa di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang. Tan yang ketika itu berada di luar pagar rumah untuk memanggil Umi, secara tiba-tiba didatangi empat lelaki bermotosikal dan mereka mengacukan parang ke arahnya. Kejadian itu sebenarnya tidak disedari Anita dan Mahathir hinggalah perompak terbabit mengarahkan Tan untuk membuka bonet belakang kereta. Mahathir kemudiannya keluar dari kereta setelah merasakan ada yang tidak kena dan bergelut dengan seorang daripada perompak itu. Mahathir sempat mencekak leher perompak terbabit sebelum dilibas dari belakang dengan parang di kepala oleh seorang lagi perompak. Menurut Anita, Mahathir mempunyai sifat semulajadi suka membantu sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan. "Lebih-lebih lagi, Tan begitu dekat dengan kami. Kami menganggapnya sebagai sebahagian daripada keluarga," kata Anita sambil menambah Tan telah lama berkhidmat dengan mereka. Anita yang dalam ketakutan telah keluar dari kereta untuk cuba meleraikan pergelutan itu dan merayu kepada perompak terbabit agar tidak mencederakan Mahathir dengan menjerit 'adik jangan'. Mengenang kembali insiden malang tersebut, Anita berkata, dia tidak tahu apa yang menggerakkan hatinya untuk berani keluar dari kereta dan memujuk salah seorang perompak itu agar tidak mengapa-apakan mereka. Perompak terbabit tergamam seketika melihat wajah Anita dan Anita mengambil kesempatan itu berlari balik ke keretanya lalu menutup dan menguncikan pintu kereta. Perompak-perompak tersebut melarikan diri selepas jiran-jiran yang tinggal berdekatan menyedari insiden tersebut. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 13 Sep 2009, 9:08 am | |
| Liyana Jasmay, jurucakap Maybelline |
| | | bandot Super Senior
Number of posts : 511 Age : 74 Registration date : 28/08/2009
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 13 Sep 2009, 9:10 am | |
| - azwin wrote:
Nor Khadijah Hashim secara simbolik mewakili adiknya (Mohd Shadan Hashim) telah menyarungkan cincin pada jari manis Puteri Suraya.
KELUARGA BAHAGIA: (dari kiri) Megat Deli, Raja Azmi, Puteri Suraya, Mohd Jalani dan Puteri Suaida.
TIGA GENERASI: (dari kiri) Raja Azmi dan ibunya, Laliah Abdullah serta Puteri Suraya. baru nampak ade gmbo org kmpung n kwn mase sek rendah kt sini ... he..he... wong jowo juge dia nih |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 13 Sep 2009, 9:12 am | |
| Awal Ashaari Dah Ada Kekasih Salam Ramadan kepada semua pembaca, raya dah nak dekat, korang dah beli baju raya ke? Kalau dah beli, apa warna kegemaran korang? Untuk tahun ini, Budiey pilih warna ungu walaupun warna pebret Budiey ialah warna maroon. Tapi untuk pelakon popular macam Awal Ashaari, dia suka dengan warna putih. Tak percaya, tengok sahaja fesyen yang digayakan Awal Ashaari masa menghadiri Majlis Berbuka Anjuran Astro. Budiey ada siarkan trivia Sandal Putih Siapa? Mmm, dengan trivia dan pembayang yang Budiey berikan, ramai yang pandai meneka. Memang korang alert pasal artis~ Memang betul, dia ialah Awal Ashaari, antara hos yang terpilih untuk mengacara Program Sehati Berdansa musim baru nanti. Memang sekarang jiwa dan hati Tauke pakaian jenama D&A ini sedang dimiliki seseorang. Patutla masa Budiey jumpa Awal Ashaari hari tu, ceria semacam jek. Apa-apa pun, sekarang ni masih dalam peringkat mengenal hati budi. Pucuk dicita ulam mendatang, ibarat mengantuk disorongkan bantal… memang Awal Ashaari inginkan gadis itu bertakhta di hatinya. Diharap dengan terikatnya hubungan ini nanti akan tamatnya spekulasi dan gosip tentang kekeliruan status Awal Ashaari selama ini. Kenapa Awal suka sangat dengan gadis tu? Mmm… dia seorang yang pandai berdikari, bukan jenis yang gedik-gedik dan mengada-ngada dan yang paling penting, sikapnya memang kontra dengan karakter Awal yang manja. Patutlah, sebelum ni hati Awal terkunci kemas untuk menerima cinta si gadis. Sekarang jiwa terisi dan hatinya berbunga-bunga menerima sekalung cinta. Ini gambar fesyen baju Melayu Awal Ashaari. Nasib baik sampin pun tak putih, kalau tak sebijik macam orang nak pergi akad nikah. Okay, pada yang nak beli kasut cantik-cantik, jangan lupa singgah di gerai kasut Awal Ashaari - Wedgie Wedges kat The Curve~! Untung nasib, boleh jumpa Awal kat sana~! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 13 Sep 2009, 9:20 am | |
| Gambar Liyana Jasmay di Majlis Prebiu Filem PAPADOM Pada jam 4 petang tadi telah berlangsung Majlis Pra Tonton Filem PAPADOM, sebuah filem yang memenangi Filem Terbaik FFM22. Korang boleh tonton filem ini selepas raya nanti iaitu 8 Oktober 2009. Selesai sahaja menonton, tanpa disedari ada babak-babak yang menyentuh perasaan Budiey. Sesiapa sahaja yang dah tiada bapa, pasti akan merindui ayah anda masa menonton filem ini. Walaupun filem ini dalam genre Drama Komedi, tapi Budiey kira tema keibu-bapaan menjadi satu tema yang boleh mengundang air mata dari penonton. Budiey kira, filem ini begitu sarat dengan tema kasih sayang, ketabahan juga kegigihan seorang bapa dalam memastikan keselamatan dan kebahagiaan anaknya. Hubungan Saadom (lakonan Afdlin Shauki) dan Miasara (lakonan Liyana Jasmay) semacam real dan ada keserasian. Mereka adalah tonggak utama dalam filem ini yang membawa anda jauh merenung akan kasih sayang yang pernah dicurahkan oleh seorang bapa. Filem arahan Afdlin Shauki ini akan membuatkan korang rasa sakit perut sebab terlalu banyak ketawa dan akan merah mata sebab terlalu banyak menangis. Itu pun kalau korang terlalu cengeng. Filem yang menelan belanja RM1.4juta ini menampilkan Vanidah Imran (sebagai Prof. Balqis), Scha (Shasha - budak senior yang selalu buli dan berlagak), Chelsia Ng (kawan rapat Miasara), Que Haidar (sebagai Mat, jejaka yang suka dengan Miasara), Norkhiriah (sebagai ibu kepada Miasara) dan ramai lagi lah. Antara pelakon yang sampai awal ialah Liyana Jasmay… Budiey sempat ambil gambar ‘Miasara’ ni… mmm… solekan dan gaya rambut ni nampak mirip Fasha Sandha ke ni? Tapi memang Liyana nampak cantik dengan busana kuning cair nih. Baju cantik ini rekaan Anizam Yusoff. Liyana Jasmay akan bercuti selama seminggu sahaja untuk beraya di Kuala Lumpur dan tengahari raya pertama balik Melaka jap. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 13 Sep 2009, 9:20 am | |
| (Gossip) Haliza Misbun Tak Kisah Tayang "Aset" !!!!
Setelah 13 tahun tidak membintangi sebarang filem, akhirnya pelakon yang mula dikenali menerusi filem ‘Abang 92’ ini kembali mewarnai layar perak. Kalau dulu Haliza Misbun hanya ingin dikenali sebagai pelakon yang membawakan watak-watak serius atau berat, tapi penampilannya kali ini cukup berbeza. Ini kerana filem ‘Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Cinta’ ini bergenre komedi romantik. Haliza beraksi sebagai wanita berusia lewat 30an bernama Nik Melati Sukma yang terpaksa mencari pasangan untuk dijadikan suami kerana mendapat tekanan daripada kedua orang tuanya. Dia hanya mempunyai masa 21 hari untuk mencari calon suami yang sesuai. Kelmarin bertempat di Bora Asmara, Sungai Penchala, majlis pelancaran filem ini telah diadakan dan pihak media berpeluang menyaksikan sedutan filem ini buat kali pertamanya.
Satu perkara yang menarik minat pihak media ialah Haliza tampil ‘daring’ dalam filem ini. Boleh dikatakan dia kerap kali menayangkan ‘asetnya’ kepada penonton. Pendek kata, penonton akan puas melihat ‘lurah dendam’ pelakon yang masih tidak berumahtangga ini. Kesempatan bertemu dengan Haliza selepas majlis berakhir memberi peluang untuk bertanyakan perkara ini kepadanya. “Saya tahu pasti ada yang akan bertanyakan perkara ini kepada saya. Terus-terang saya katakan yang saya tidak kisah ‘tayang’ aset yang dimiliki kerana mereka yang ingin menonton filem ini di pawagam perlu membeli tiket untuk menyaksikannya. Jadi, apa salahnya saya berikan sesuatu yang tidak biasa dilihat ketika saya berlakon drama. “Kalau sama sahaja penampilan saya di dalam filem, macam tidak berbaloi pula harga tiket yang dibayar oleh penonton. Tidak kisahlah apa yang orang hendak kata, yang penting saya melakukan perkara yang mengikut kata hati saya. Mana mungkin saya boleh puaskan hati semua orang,” ulas Haliza tentang perkara ini.
Dalam masa yang sama Haliza turut diminta mengulas tentang watak komedi yang cuba dibawakan olehnya kali ini. Maklumlah sebelum ini Haliza memang mahu dikenali sebagai pelakon yang membawakan watak-watak berat sahaja. “Sebelum ini memang tidak nafikan yang saya hanya mahu bawakan watak-watak berat, tetapi sekarang ini saya sudah berubah fikiran. Bagi saya, seorang pelakon yang baik boleh menjayakan apa jua watak yang diberikan. Menerusi filem ini saya ingin buktikan yang saya juga boleh bawa watak komedi. Saya tidak mahu jadi sekadar aktress, saya mahu orang nampak sesuatu yang istimewa tentang diri saya. “Sebab itulah saya mengambil masa yang cukup lama untuk tampil semula dalam filem. Ini kerana filem terakhir saya, ‘Scoop’ tidak begitu berjaya dan ada pihak yang menyalahkan saya kerana berpendapat wajah saya tidak boleh dijual. Jadi, saya harap dengan filem terbaru ini, persepsi orang akan berubah. Filem ini adalah filem pertama di bawah syarikat saya, Big Productions Sdn Bhd. Jadi saya memang menaruh harapan yang cukup tinggi kepada filem ini,” ujar Heliza penuh semangat.
Diminta mengulas tentang kekuatan filem ini pula, Haliza menjelaskan dia merasakan pemilihan pelakon dan jalan cerita adalah kekuatan filem ini. “Saya mengatakan pemilihan pelakon kerana setiap pelakon yang dipilih diberi watak yang dekat dengan diri sendiri. Ini membolehkan setiap pelakon nampak bersahaja dalam lakonan. Jalan cerita filem ini pula berbeza dengan filem-filem komedi yang lain kerana penonton tidak boleh meramal apa yang akan terjadi selepas setiap adegan. Boleh dikatakan ada banyak adegan yang diluar dugaan,” jelas Haliza yang membayangkan filem ini akan ada sekuelnya nanti. Tidak percaya dengan perkahwinan Sama ada anda sedar atau tidak, ‘Andartu Terlampau.....21 Hari Mencari Cinta’ ini seolah-olah menceritakan kisah hidup Haliza sendiri. Maklumlah sekarang ini Haliza sudah pun berusia 36 tahun dan masih hidup membujang. Pendapat ini bagaimanapun disangkal oleh Haliza. “Dalam dunia realiti, saya bukan seperti Nik Melati Sukma. Saya tidak pernah berasa tertekan kerana masih tidak berkahwin sehingga ke hari ini. Memang saya sudah berumur 36 tahun tetapi saya tidak memandangkan isu ini sebagai masalah besar. Saya ada hidup saya sendiri dan anda perlu ingat bukan semua individu yang berkahwin menjalani kehidupan suami-isteri dalam suasana bahagia. Kalau tidak masakan ada yang bercerai-berai. “Kalau boleh saya mahukan lelaki yang boleh memberikan saya kebebasan selepas saya berkahwin dengannya. Ini kerana saya seorang yang ‘independent’.
Saya memang tidak boleh orang lain mengatur atau menyuruh itu dan ini dalam menjalani hidup seharian. “Terus-terang saya katakan yang saya sebenarnya tidak percaya dengan institusi perkahwinan. Tetapi sebagai seorang muslim saya tidak akan menolak jodoh yang datang sekiranya saya bertemu dengan seorang lelaki yang betul-betul baik dan menyayangi diri saya. Buat masa ini memang saya ada bertemu dengan seseorang, Tetapi saya hanya anggap dia sebagai kawan sahaja,” jelas Haliza tanpa berselindung. Sambut Raya sederhana “Seperti kebiasaan, tahun ini saya akan menyambut Raya secara sederhana. Baju raya pun saya tidak beli atau tempah. Kalau nak tahu, sudah hampir enam tahun saya tidak buat baju kurung untuk raya. Saya akan pakai apa yang ada sahaja. Tahun ini saya hanya beraya di rumah keluarga di Pantai Hillpark, Kuala Lumpur. Sebelum mengakhiri perbualan, Haliza sempat bercerita yang dia sangat sukakan kuih raya yang lama-lama. Antara kuih yang digemarinya ialah Kuih Samperit dan Kuih Siput. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 13 Sep 2009, 9:22 am | |
| Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta Jam sekarang dah pun 10.22 malam. Budiey baru sahaja pulang dari menghadiri Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta, sebuah album kerohanian Dato’ Siti Nurhaliza yang pertama. Budiey kira dah jadi satu sejarah besar dalam kerjaya penyanyi popular ini. Secara rasminya, album yang mengandungi 8 buah lagu ini dilancarkan semalam. Korang dah beli? Dah dengar semua lagu? Budiey ada dengar, ramai yang tercari-cari lagi album ini. Yea, mungkin album tu on da way kot. So, korang kena sabar ya. Tunggu. Yang penting, beli yang original ya~ Hanya RM29.90 sahaja. Budiey sekarang tengah dengar semua lagu. Memang ada sesuatu yang tersirap dalam jiwa halus. Ada impak dan kesan sebab suara Siti memang sesuai untuk lagu-lagu rohani. Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta yang diadakan di Teeq Brasserie, Rooftop Tingkat 8, Lot 10 Shopping Centre juga telah dihadiri oleh anak-anak yatim, artis SNP yang lain seperti Coda, Sairah dan Saida. Ini gambar close up~ Tampil bergaya dengan busana rekaan Rizman Ruzaini, Dato’ Siti Nurhaliza telah menyampaikan sebuah lagu yang dipetik dari album dan selebihnya berduet dengan Coda, Sairah dan Saida mendendangkan lagu raya iaitu Seloka Hari Raya dan Cahaya Aidilfitri yang pernah didendangkan oleh Black Dog Bone. Mmm… Budiey nampak Saida macam nak mengalirkan air mata je masa tengah nyanyi lagu nostalgia ni. Mungkin beliau teringat arwah ayah ataupun teringatkan nasib anak-anak yatim yang tidak berayah dan beribu. Okaylah, Budiey rasa nak ramai peminat yang ternantikan gambar Dato’ Siti Nurhaliza di majlis malam tadi. Kepada blogger lain yang nak ambil gambar ni, minta tolong sangat, kasi kredit kepada www.budiey.com Tq~ |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 13 Sep 2009, 9:23 am | |
| (Gambar) Transformasi Photoshop Farah Asyikin !!! Tadi baca paper ada iklan baru jam Roscani.Wah nmpak cantik dan muda model baru dia.Sekali terKejut nama dia FARAH ASYIKIN.Wah...lain giler muka dia..Thn lepas punya iklan ponyalah x lawa.Nmpak semua struktur kulit muka dia.Sekali hari ni..nmpak mcm remaja.Kulit muka licin cerah mulus.Apa rahsianya?Produk kecantikan ke overly-photoshopped?? |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 9 of 11 | Go to page : 1, 2, 3 ... 8, 9, 10, 11 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |