|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 3:20 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 3:21 pm | |
| |
| | | yummie_sue Ahli VIP
Number of posts : 1235 Age : 40 Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Fri 21 Aug 2009, 5:20 am | |
| Gambar Panas Sharifah Jasmine Soraya, Peserta Gadis Melayu Musim Ke-2 Bersosial! Rancangan Gadis Melayu musim pertama yang diadakan di TV9 yang lepas menyaksikan Khairul Noormaidah Zali atau Aida telah dinobatkan sebagai juara. Kini bermulalah pencarian Gadis Melayu untuk Musim ke-2. Hari Jumaat baru-baru ini telah diadakan sesi pengenalan 12 peserta Gadis Melayu musim kedua di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Kami cukup kagum dengan pemilihan kali ini, cun-cun belaka. Tetapi itu hanya luaran semata-mata, bagaimana pula dengan sikap dan perangai mereka? Adakah betul-betul menepati ciri-ciri Gadis Melayu yang dicari? Mereka yang terpilih untuk pencarian Gadis Melayu Musim Ke-2 ini ialah Raja Nur Juliana (Kuala Lumpur), Norfarizan Mohamad(Banting, Selangor), Shazfinaz Hashim (Shah Alam, Selangor), Hafiza Bustanul Ariffin (Kuala Lumpur), Hazlin Hussain (Kajang, Selangor) dan Sharifah Jasmine Soraya Syed A. Jalil Jamalullail (Shah Alam, Selangor). Dalam 12 peserta yang terpilih itu, salah seorang daripada mereka menarik perhatian kami di MyTalento kerana sikapnya yang agak hipokrit. Itu menurut email yang kami terima dari peminat MyTalento. Peserta yang dimaksudkan adalah Sharifah Jasmine Soraya yang berasal dari Shah Alam banya lg..tp rasenye kurang sesuai nk xpose sume..yg menarik perhatian nye.peserta ni ade wat statement yg berbaur hipokrit. "Walaupun saya berdarah kacukan Melayu dan Cina, saya Gadis Melayu sejati kerana saya memahami dan mempraktikkan budaya dan adat Melayu." Jika anda merasakan kenyataan Sharifah Jasmine itu, seolah-olah budaya dan adat Melayu memang dipraktikkan dalam hidup sehariannya, anda sebenarnya tertipu! Selepas melihat gambar-gambar di bawah, semestinya persepsi anda terhadap akan berubah! |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Fri 21 Aug 2009, 11:27 am | |
| wahh xsanga da part11, tahniah2 dgn usaha hang mekna |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 10:58 am | |
| Tiada yang sempurna - Aleeza
KISAH rumah tangganya terus diperkatakan. Tidak bahagia, itulah ungkapan yang kerap dilemparkan kepada perkahwinan aktres/model Aleeza Kassim dengan suaminya, Mohd. Fauzi Che Rus.
Sementelah selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga masih tiada tanda-tanda akan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri. Justeru ramai menganggap ketiadaan anak menjadi antara punca kerenggangan hubungan suami isteri ini.
Tidak menafikan adanya pasang surut dalam kehidupan berumah tangga namun Aleeza, menegaskan, ia tidaklah sehingga memusnahkan kesucian sebuah perkahwinan. Malah perceraian merupakan perkara terakhir yang mahu difikirkan seandainya melalui saat-saat getir hidup berdua.
“Asam garam berkeluarga. Rumah tangga tiada yang sempurna. Masalah mesti ada. Tapi (perceraian) adalah perkara yang paling saya dijauhi,” tegas Aleeza ketika dihubungi Jumaat lalu.
Dia yang baru pulang dari bercuti bersama suami di Itali mengakui bahawa ada mendengar tentang desas desus mengenai kisah kemelut keretakan rumah tangganya.
Sementelah statusnya sebagai artis memberikan banyak ruang dan peluang kepada khalayak untuk memikirkan sebarang kemungkinan kepada kehidupannya.
Justeru Aleeza tidak mahu cepat melatah dan sedaya mampu mengawal emosi untuk terus tertekan dengan gosip yang dijaja.
Cuma adakalanya dia kasihankan suaminya yang mungkin tidak biasa dengan segala bentuk tohmahan yang dilemparkan terhadap perkahwinannya.
Mulut orang, kata Aleeza, adakalanya boleh membuatkan kehidupan pasangan huru hara lebih-lebih lagi seperti suaminya yang bukan daripada kalangan selebriti.
“Rumah tangga ada pasang surutnya,” katanya tanpa berdolak dalih. “Tapi kalau boleh saya tidak mahu sehingga bercerai berai,” tambah Aleeza.
Kerana itu kata Aleeza, walau sesibuk mana pun dirinya dengan karier, dia memastikan mempunyai kelapangan untuk menghabiskan masa bersama suami tercinta. Dan bercuti bersama merupakan antara cara bagi Aleeza, 38 dan Fauzi, 45 untuk mengeratkan lagi perhubungan mereka.
Ini kerana, apabila bercuti ke luar negara, mereka bukan sekadar menikmati pemandangan indah.
“Tetapi juga berbicara tentang alam rumah tangga yang dibina. Dari situ kita dapat menilai semula diri dan perhubungan kita,” jelas Aleeza lagi.
*Mahu anak
Berkisah soal cahaya mata, pemilik agensi modelling Vogue@Work Sdn. Bhd. dan model produk Kopi Al-Habsyee itu berkata, bukan tiada perancangan ke arah itu.
Cuma pada saat ini, rezeki untuk menimang zuriat bersama masih belum kesampaian. Pun begitu, mereka tetap berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan cahaya mata impian.
“Siapa yang tak mahu anak. Sudah ramai yang bertanya. Apalagi bila usia perkahwinan sudah menjangkau tiga tahun.
“Tapi nak buat macam mana, rezeki belum ada. Apa yang boleh dilakukan ialah berusaha dan bertawakal kepada-Nya,” ujarnya.
Cuma adakalanya Aleeza mengakui sakit hati dengan kata-kata yang dilontarkan kepadanya yang menganggap dia sengaja tidak mahu melahirkan anak kerana takut bentuk badannya terjejas.
Sedangkan hakikatnya, tegas Aleeza, walau sebanyak mana pun dia makan, tubuhnya tetap kurus dan langsing.
“Kalau fikirkan kata orang memang makan hati. Jadi saya selalu cuba berfikiran positif dan matang dan sibukkan diri.
“Alhamdulillah, sejak berkahwin, rezeki saya bertambah dan walaupun tak nampak tetapi ia tak putus,” kata Aleeza.
*Kasih tercipta
Mengenai percutiannya Aleeza berkata, dia dan suaminya ke Itali selama lebih seminggu selepas selesai penggambaran drama terbarunya, Kasih Tercipta, arahan Rashid Sibir.
Menurut aktres yang juga model popular itu, dia memilih negara tersebut kerana ingin melawat menara condong Pisa selain ke Florence yang terkenal dengan pemandangannya yang indah.
Sebagai seorang pencinta fesyen, sudah pasti kota Milan turut dilawati namun kata Aleeza tidak banyak dia berbelanja di sana selain membeli beg tangan dan kasut yang tidak terdapat di negara ini.
“Saya memang mahu ke sana untuk percutian musim panas dan agenda membeli belah bukan perkara utama.
“Apa yang penting adalah untuk meluangkan masa bersama dan sememangnya percutian ini walaupun pendek tetapi memberi banyak makna dan kemanisan buat kami berdua,” jelasnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 11:00 am | |
| Sherry selepas kecewa
Bagi menjawab segala desas-desus itu, Sherry membuat pengakuan berani yang mereka sebenarnya sudah putus cinta
NAMANYA mungkin baru tetapi dia sebenarnya sudah mencipta satu empayar untuk berada kukuh dalam dunia lakonan. Itupun selepas membuat keputusan meninggalkan kerjaya sebagai pramugari dengan sistem Penerbangan Malaysia (MAS).
Sejak tiga tahun bergiat aktif untuk meletakkan dirinya sebaris dengan pelakon popular lain, pemilik nama Sherry Ibrahim ini berpegang kepada satu janji. Janji dia perlu membuktikan tindakannya melepaskan kerjaya sebagai pramugari tidak mendatangkan masalah.
Manakan tidak, selama ini dia mempunyai pendapatan tetap. Membuat keputusan menjadi pelakon mempunyai bahayanya kerana kerjaya ini tidak menjamin masa depan jika tidak bersungguh-sungguh.
Puas berfikir, akhirnya dia mengambil pendekatan berani untuk mencari rezeki dalam dunia ini. Janjinya, dia perlu bekerja keras untuk memastikan pendapatan sebagai pelakon adalah lebih baik dari kerjaya lamanya.
Kata Sherry, mula-mula dia bimbang. Takut tak ada ruang dalam dunia seni tetapi anggapan itu meleset sama sekali apabila dalam tempoh dua tahun perjalanan dunia seninya semakin luas.
Sherry berjaya melangkah setapak demi setapak untuk meletakkan namanya menjadi bintang ternama.
Walaupun cahayanya masih belum terang bak bulan purnama namun sudah ada kemilau kejayaan itu.
“Pada mulanya memang saya takut nak berhenti daripada menjadi pramugari tetapi saya nekad juga.
“Bukan mudah nak buat keputusan melepaskan kerjaya yang selama ini memberi pulangan lumayan tetapi atas dasar minat mendalam, saya cuba juga.
“Saya berjanji untuk bekerja keras apabila membuat keputusan itu. Selepas tiga tahun baru saya nampak rezeki saya dalam bidang ini,” kata Sherry.
Memahami persaingan dalam dunia lakonan sekarang amat sengit, Sherry awal-awal lagi mengakui bidang ini sekadar sambilan. Tidak berhasrat berlakon sampai tua tetapi dia sebenarnya mahu menjadi seorang suri rumah, punyai suami yang baik dan anak-anak yang berjaya.
Sebab itulah kalau sebut soal kahwin, wanita ini berkata kalau sudah sampai jodohnya, kenapa harus berfikir panjang. Terima saja. Tapi sayang, jodoh yang diimpikan itu tidak berakhir seperti yang diharapkan.
Mungkin ada tulah, selama ini setiap apa yang dirancang Sherry tidak pernah menjadi nyata. Dia tidak pernah bermimpi untuk menjadi pramugari tetapi kerjaya itulah yang membawa dia melihat dunia luar. Dia juga tidak pernah mahu untuk menjadi pelakon tetapi kerjaya itulah mendedahkannya terhadap kehidupan glamor.
“Selama ini apa yang saya rancang tak pernah menjadi kenyataan. Sebab itu saya tidak mahu rancang apa-apa. Semuanya bercanggah dengan apa yang saya fikirkan,” katanya.
Begitu juga apabila sebut soal berumahtangga, Sherry tidak mahu mengharapkan apa-apa kerana dia percaya mengenai “nasibnya” itu.
“Biarkan Aku Sendiri”
Saat hadir mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera Sherry memakai rantai tertulis leave me alone (biarkan aku sendiri). Mendalam maksud tiga perkataan itu. Ia menggambarkan Sherry tidak mahu diganggu.
Ia juga membayangkan hatinya bagaikan sudah robek dek kerana impian cinta yang hancur sudah.
Ketika ditanya sejauh manakah perkembangan hubungannya dengan pelakon kacak Ashraf Muslim, 28, tanpa mahu berselindung dia berkata; “Kami sudah tiada apa-apa”.
Ramai sudah tahu Sherry dan Ashraf mempunyai hubungan cinta sejak tiga tahun lalu. Satu hubungan yang boleh dikatakan matang tetapi apakan daya, ia berakhir dengan kekecewaan.
Bagi menjawab segala desas-desus itu, Sherry membuat pengakuan berani yang mereka sebenarnya sudah putus cinta.
Kenapa perpisahan itu terjadi? Jawapannya ringkas, hanya mereka berdua sahaja yang tahu puncanya tanpa mahu berkongsi dengan sesiapa.
Tetapi terus terang kata Sherry, pengakhiran hubungan itu adalah di atas persetujuan kedua belah pihak. Sama-sama yang membuat keputusan itu.
“Kami berpisah dengan rela hati. Yang penting kami tidak bermusuh,” katanya dengan linangan air mata.
Air mata itu menggambarkan Sherry sebenarnya sukar untuk menghadapi kenyataan tersebut. Sukar untuk dia mempercayai dia sudah tidak mempunyai seorang kekasih hati lagi. Tapi, seperti yang dikatakannya, manusia hanya merancang sebaliknya Tuhan itu lebih mengetahui segala-galanya.
Bukan kerana faktor orang ketiga, tetapi perpisahan itu disebabkan keadaan walaupun sebelum ini mereka pernah berjanji untuk menutup hubungan dengan ikatan yang sah.
“Saya tahu, dia (Ashraf) sedang meningkat naik. Kita kena faham situasi itu yang menyebabkan jodoh ini tidak panjang,” tambahnya.
Bukan wanita kuat
Bagaikan nak rebah tatkala berhadapan dengan kekecewaan ini. Bagaikan separuh mati apabila memikirkan cinta yang disemai tidak subur seperti yang diharapkan. Sherry mengakui dia bukan wanita yang kuat sebaliknya terlalu bersandarkan harapan kepada orang lain.
Apabila perpisahan ini terjadi, dia bagaikan hilang arah. Selama tiga tahun perhubungan itu, Sherry mengaku dia banyak bergantung dengan Ashraf dalam segala hal. Apabila lelaki itu tiada di sisinya, hampir separuh jiwanya musnah.
“Tapi saya bersyukur kerana ada kawan-kawan yang banyak beri semangat. Kalau tidak memang saya tak tahu apa akan jadi dengan hidup ini.
“Yang lebih penting kita kena mendekatkan diri kepada Allah dan saya banyak berdoa agar dilimpahkan kekuatan dalam menempuh ujian ini, katanya.
Hikmah terhadap apa yang berlaku, Sherry mengakui dia sebenarnya kuat. Malah kekecewaan itu mengajarnya untuk menjadi wanita berdikari dan boleh membuat segala keputusan tanpa bergantung kepada sesiapa.
Alhamdulillah, hasilnya dia dapat mengatur hidup dengan baik. Sudah beberapa bulan hidup tanpa si kekasih Sherry menjelaskan yang dia dan Ashraf masih lagi berkawan.
Mereka masih mengutus SMS untuk mengetahui perkembangan diri tetapi tidak pernah pula berjumpa selepas cinta itu terlerai. Bukan apa, buat masa ini lebih baik begitu keadaannya. Buat apa berjumpa jika hati masih sukar untuk menerima hakikat perpisahan itu.
Yalah, bak kata orang biar luka itu sembuh, mungkin tiada apa-apa masalah jika bertentang mata.
Tumpu beribadat
Menyambut Ramadan pada tahun ini kata Sherry dia mahu mengambil peluang untuk memperbanyakkan ibadat. Pada tahun lalu Sherry terlepas melakukan solat Terawih kerana sibuk dengan penggambaran drama tetapi pada tahun ini dia tidak mahu perkara seperti itu berlaku lagi.
Sherry cuba mengehadkan aktiviti seninya kerana ingin memastikan dapat melakukan Terawih sebulan penuh.
“Banyak tawaran yang datang kepada saya di bulan puasa ni tapi saya tak ambil semua. Saya mahu rebut peluang untuk melakukan ibadat,” ujarnya yang baru habis penggambaran drama Fotokopi dan Biru Cinta Laguna
Tidak ada yang berbeza tetapi kehadiran Ramadan tahun ini sama seperti tahun lalu. Cuma pada tahun ini dia akan mempunyai lebih masa bersama keluarga ketika berbuka puasa. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 11:01 am | |
| Apa cerita Akhil-Waheeda?
Akhil dan Waheeda
SAYA terpanggil untuk menulis dalam ruangan Bukan Nak Kata selepas mengetahui tentang pernikahan Akhil Hayy dan Waheeda. Sebagai saudara sesama Islam, saya mendoakan kebahagiaan mereka dan mengharapkan perkahwinan itu kekal hingga ke akhir hayat.
Saya tahu perihal jodoh maut itu ketentuan Allah cuma saya tertanya-tanya mengapa dulu sibuk menafikan mereka mempunyai hubungan?
Akhil sendiri nampaknya tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menamatkan zaman duda selepas bercerai dengan isterinya, Maizawati.
Jadi benarlah rupa-rupanya gosip yang keluar sebelum ini yang mengaitkan dirinya dengan penyanyi Waheeda itu?
Kerana bagi saya, pernikahan yang dilangsungkan selepas 30 hari bercerai itu telah menjawab segala persoalan terhadap gosip-gosip yang dilemparkan kepada mereka selama ini.
Apakah mereka menipu selama ini? Atau apakah perasaan cinta itu hanya datang selepas 30 hari bercerai? Saya tidak mahu mempersoalkan tentang itu kerana siapalah kita untuk menilai dan mengetahui hati dan perasaan mereka.
Cuma sebagai seorang Islam dengan pengetahuan agama yang tinggi (saya katakan begitu kerana, jika tidak, takkan Akhil dipanggil ustaz) saya anggap perbuatan mereka sebelum ini dengan segala bentuk penafian kurang manis. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 11:02 am | |
| Pekin lupakan soal cinta
Pekin
DALAM orang dok berteka teki tentang hubungannya dengan Ayu Raudhah rupa-rupanya Pekin ada projek lain. Lupakan soal cinta sebab Joyah dengar Pekin sekarang sibuk dengan kerja-kerjanya bersama syarikat sendiri, Indeworkshop yang dikongsi bersama rakannya.
Kumpul duit nak kahwin ke Pekin? Iyalah, Joyah dengar banyak betul perancangannya untuk syarikatnya itu.
Seorang kawan Joyah bertemu Pekin yang ketika itu baru selesai mengadakan persembahan teater di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sempatlah mereka berbual dan bertanya khabar dan kata Pekin, dia seronok berlakon teater walaupun ia teater pendek berdurasi 10 minit arahan Mamat Khalid berjudul Merdera Apa? kerana itu kali pertama Pekin ke pentas teater.
Dalam dok rancak berbual tentang pementasan yang dijayakan sempena Teater Anugerah Merdeka 2009 itu, teman Joyah turut bertanyakan khabar tentang dunia lakonan drama Pekin yang berwajah lembut ini.
Tak sangka rupa-rupanya dalam diam Pekin menjalankan perniagaan. Banyak yang sudah dilakukan.
Termasuk menerbitkan sebuah drama pendek berjudul Adiwira dan kini sedang dalam perancangan membikin filem Aku dan Sesuatu.
Khabarnya tahun depan filem ini akan memulakan penggambaran dan ketika ini Pekin sedang menanti skrip daripada pencetusnya, kartunis Aie.
Tak payah hingar bingar pun seperti orang lain. Tapi kerja jalan dan produk sudah ada. Tak seperti sesetengah orang yang bising-bising tapi hasil tak nampak apa.
Pun begitu, kata Pekin dia tidak akan meninggalkan bidang lakonan malah mahu terus berlakon.
Apa taknya, sehingga kini Joyah dengar banyak tawaran yang diterima. Baguslah begitu. Orang kata, mengapa mesti mensia-siakan bakat yang ada.
Tapi yang buat Joyah tabik kepada Pekin kerana Joyah dikhabarkan dalam diam Pekin mengembara ke Jogjakarta untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang seni.
Dua tahun jugalah dia belajar di sana dan dia terpaksa berkorban masa demi mendalami pengetahuan tentang selok belok kerja seni baik di depan dan di belakang kamera.
Dalam tempoh itu Joyah dengar Pekin berulang alik untuk meneruskan pengajian dan menerima tawaran berlakon.
Bukan senang melakukan dua kerja di dua buah negara tapi walaupun payah, Pekin tidak pernah mengeluh.
Apa yang penting dia mahu menimba ilmu tanpa menjejaskan peluang berlakon. Nampaknya selepas ini dapatlah kita tengok Pekin menjadi pengarah pula. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 11:03 am | |
| Ashraf nafi hubungan dengan Nabila
DRAMA bersiri, Cinta dan Anugerah menemukan dua bintang yang terkenal, Ashraf Sinclair dan Nabila Syakieb. Mereka membawa peranan penting dalam drama ini iaitu sebagai Reza dan Nabila.
Kerana drama inilah mereka digossipkan mempunyai hubungan yang lebih serius. Namun Ashraf menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Malah menurutnya dia hanya berbual dengan Nabila sebelum sesuatu babak dimulakan.
Baginya hubungannya dengan Nabila hanya sebagai teman sekerja dan ini adalah kali kedua mereka bekerjasama. Kedekatan mereka atas dasar profesional sebagai pelakon.
Bagi Ashraf dia di sini untuk bekerja dan mencari rezeki untuk isterinya Bunga Citra Lestari. Tidak mungkin dia akan mengotorkan tempatnya mencari rezeki.
Menurut Ashraf lagi, isterinya Bunga Citra Lestari juga sudah mengetahui hubungannya dengan Nabila dan memahami apa yang sebenarnya terjadi. Baginya Bunga tidak cemburu dan amat memahami kerana Bunga juga berada dalam dunia yang sama. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 11:06 am | |
| Tam tunang Aida
TAM dan Aida pada majlis pertunangan mereka di Pontian, 15 Ogos lalu.
DALAM diam-diam rupa-rupanya Tam Spider sudah pun menjadi tunangan kepada Aida Mustaffa, 28. Mereka mengadakan majlis pertunangan secara sederhana di Pontian, Johor pada 15 Ogos lalu.
Teman Diva terus menghubungi Tam sebaik saja menerima kiriman e-mel daripada seorang peminat Tam yang bertanyakan kesahihan berita itu.
Ujar Tam: "Bukan tak mahu beritahu pihak wartawan tapi kami mahu mengadakannya secara sederhana. Lagipun baru bertunang. Nanti kalau sudah mahu kahwin, baru boleh beritahu." Gembira saja suara Tam di hujung talian.
Menurut Tam, mereka akan bernikah selepas raya. Namun, tarikhnya belum ditetapkan.
Menurut penyanyi Rela Kupujuk tersebut, majlis persandingan akan diadakan di Pontian diikuti di Melaka iaitu di rumah keluarga sebelah ibu Tam.
Cerita Tam, dia sudah lama mengenali Aida tetapi hanya bertemu dua atau tiga kali dalam setahun. Baru tahun lepas mereka menjalinkan hubungan yang serius.
Kata Tam, sudah sampai masanya untuk dia memikirkan tentang tanggungjawab menjadi suami semula setelah 11 tahun menduda.
"Kalau ada pasangan, sakit pening ada orang jaga," ujarnya.
Ditanya tentang keistimewaan Aida, jawab Tam: "Dia mengikuti perkembangan saya dan memahami keadaan kerja saya.
"Waktu dating memang tak menentu sebab saya banyak terlibat dengan kerja-kerja studio tapi dia faham. Yang penting dia menerima anak dan keluarga saya," ujarnya berkongsi cerita.
Tambah Tam yang baru menubuhkan studio sendiri ini, di samping sibuk membuat persiapan kahwin, dia dan Spider juga sedang dalam proses mengeluarkan single terbaru yang bertajuk Ajaib. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 11:06 am | |
| Zizan dan gadis bertudung
ZIZAN TEMPOH hari teman Diva, Barrymore, lepak-lepak di Restoran Pelita di Bangsar. Dalam ramai-ramai orang yang datang makan di kedai mamak tersebut, dia ternampak dua pasangan duduk di sebuah meja. Diamati lama-lama rupa-rupanya Zizan dan temannya dengan pasangan masing-masing. Teman Diva kata dia nampak kemesraan antara Zizan dan wanita yang menemaninya malam itu. Lebih penting, teman wanita tersebut nampak manis dan ayu bertudung. Zizan pernah beritahu seorang teman Diva yang dia memang berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Mungkin itulah calon isteri pilihan Zizan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 11:07 am | |
| Ramadan tanpa gosip
Jejak Rasul antara pengisian terbaik Ramadan.
SAYA merupakan peminat setia drama-drama televisyen. Sempena bulan puasa ini saya harap pihak televisyen mahupun produksi akan mempamerkan produk-produk yang berkualiti dan membimbing ke jalan yang positif. Malah lebih afdal kalau banyakkan cerita tentang Nabi dan Islam.
Diharapkan janganlah menayangkan cerita yang sama yang pernah ditayangkan di tahun-tahun lepas.
Saya sebagai peminat industri tempatan juga berharapkan agar artis kita menjaga tingkah laku khususnya pada bulan yang mulia ini. Semoga kuranglah dengar gosip ataupun cerita-cerita yang kurang manis tentang selebriti tanah air. Selamat menyambut Ramadan al-mubarak. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 11:10 am | |
| Farah Ashikin Tak Tetapkan Kriteria
"Bukan bererti Farah tak memilih langsung, namun pengalaman lalu membuatkan Farah terfikir, cukuplah kalau lelaki yang bakal menjadi teman hidup Farah seorang yang matang.
"Farah dah pernah dapat lelaki yang memenuhi kriteria lelaki idaman, namun perhubungan kami tetap tak bertahan lama," ujarnya yang kini masih bersendirian sejak bercerai pada 2008.
Walaupun usia perkahwinannya tak kekal lama, namun menurut Farah, hubungannya dengan bekas keluarga mertua masih baik. Walaupun kini bergelar janda, namun Farah masih galak menjadi buruan jejaka yang ingin mengenalinya dengan lebih rapat. Farah juga pernah menjadi sasaran suara-suara nakal lantaran hubungan baiknya dengan salah seorang peserta One In A Million musim dua, Mark.
"Farah belum bersedia lagi untuk ada yang special dan Farah juga dah lama tak berhubung dengan Mark, lagipun dia sibuk dengan pengajian dekat UITM Shah Alam," katanya yang kini berusaha mengelakkan sebarang kontroversi daripada melanda.
Walaupun kini sepi tanpa insan tersayang, namun Aidilfitri Farah tetap dimeriahkan dengan kehadiran kaum keluarga yang sentiasa menjadi nadi perjalanan hidupnya.
"Tahun ini Farah akan beraya bersama keluarga, sama macam tahun lepas. Kami akan menyambut sederhana saja tahun ini," katanya yang bakal membintangi drama Satu Hari di Hari Raya bersama Nubhan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 11:12 am | |
| Farhan Ketepi Imej Tomboi
Perubahan imejnya makin ketara sejak memenangi Akademi Fantasia Musim Keempat. Jika dulu gadis lincah ini lebih gemar berpakaian ala tomboi dan kasar, namun segalanya ditolak ketepi kini.
"Farhan kenalah pandai jaga imej bila dah jadi artis, perangai kasar dan tomboi kenalah bertapis bila berhadapan dengan peminat dan orang yang lebih tua. Farhan masih tahu hormat orang lain," katanya yang kini sedang sibuk menguruskan syarikat rakamannya sendiri, Mezzoforte Records Sdn. Bhd.
Masih Solo
Walaupun sudah mencecah 25 tahun, namun Farhan masih mendiamkan diri apabila membicarakan soal jodoh. Baginya, apa yang penting untuk diutamakan adalah kesenangan keluarga dan pendidikan adik-adiknya.
"Mungkin jodoh Farhan tak sampai lagi tapi biarlah Farhan cakap yang Farhan still single but not available," ujar Farhan berteka-teki mengenai statusnya kini.
Walaupun pernah menerima tawaran berlakon, namun semuanya ditolak kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang nyanyian.
"Farhan terlampau minat menyanyi sejak kecil lagi dan kalau boleh Farhan nak menyanyi sampai puas," katanya sambil tersenyum.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 11:15 am | |
| Tak Mungkin Bekerjasama Lagi - Farawahida Biarpun pelbagai tohmahan dan tempias nakal mengenai dirinya tersebar, namun Farawahida tidak mudah melatah dan menganggap segala yang berlaku terkandung hikmah disebaliknya.
"Fara boleh maafkan dia dan hargai apa yang telah dilakukan untuk Fara selama ini tapi untuk bekerjasama semula mungkin tidak," ujarnya mengenai hubungan dengan Julfekar.
Kenyataan demi kenyataan yang keluar daripada mulut sebelah pihak membuatkan beliau mengambil keputusan enggan berdiam diri lagi. Maruah diri dan keluarga dicalar dan periuk nasi ditabur pasir oleh insan yang banyak membantunya sebelum ini menjadikannya nekad dengan keputusan yang diambil. Namun, Fara menegaskan tidak dapat memberikan sebarang penjelasan kerana masih dalam siasatan pihak berkuasa.
"Bayangkan setiap masa keluarga Fara diganggu dan diugut, kehidupan Fara sangat terganggu. Sebenarnya keadaan ini berlaku dah lama, dan untuk pengetahuan sudah lima laporan polis Fara buat sebab tak tahan dengan tekanan mental yang menimpa. Sebab utama dia ugut kerana Fara tak nak sambung kontrak dengan dia.
"Memang semua gambar yang dikatakan tak ada, Fara seorang Melayu dan Islam, tak kan nak buat perkara yang tak elok. Fara banyak habiskan masa di kampung masa keadaan tengah hangat dan syukur mereka memahami keadaan yang berlaku dan banyak memberi semangat," katanya menafikan hubungan mesra dengan bekas pengurusnya itu.
Fara kini sudahpun menubuhkan syarikatnya sendiri dan lebih gemar menguruskan perjalanan kariernya tanpa bantuan pengurus. Bukannya untuk menidakkan keperluan pengurus namun pengalaman yang lalu menjadikannya lebih berhati-hati menilai orang.
"Fara nasihatkan kepada artis yang baru mencipta nama, berwaspada dan kita harus tahu dengan siapa kita berurusan, jangan terlalu taksub untuk mengejar populariti," ujar gadis kelahiran Taiping Perak itu.
Fara kini mampu berdiri sendiri berkat usaha dan kesabaran yang tinggi menggunung.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 11:18 am | |
| 'Shazlin diperdaya' - Radhi
DRAMA suami isteri ini berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Julai lalu. DRAMA mahkamah pelakon, Shazlin Sharif dan penyanyi, Mohd. Radhi Razali berlaku lagi. Jika sebelumnya disebabkan kegagalan Radhi hadir ke mahkamah, namun munculnya Radhi telah membikin kecoh. Bertelagah di hadapan khalayak menunjukkan sisi tegang hubungan mereka sebagai suami isteri. Shazlin berkata dia mengaku mempunyai hubungan dengan lelaki lain hanya kerana mahu menyakiti hati Radhi. Habis insiden itu, gambar-gambar Shazlin sedang berfoya-foya dengan gadis lain pula bertebaran di Internet. Radhi mengaku semua ini datang dalam hidupnya secara serentak tetapi bersyukur dia sering diberi ruang untuk menebus kesilapan. Mahu bergelar manusia normal, sekarang Radhi mempunyai kerja dan tidak mengharapkan wang nyanyian semata-mata. Dia juga ingin berbaik-baik dengan si isteri demi kebaikan anak mereka, Mohd Rifdi Muslim, 4 tahun. Sibuk merancang mengeluarkan album solo, Radhi bakal memberikan royalti album tersebut buat isteri dan anaknya untuk keperluan masa depan. "Satu lagi hajat saya, jika bercerai, saya mahu mendapatkan hak penjagaan Rifdi. Walaupun hanya diberikan setahun, itu sudah memadai. "Saya mahu Rifdi mengenali bapanya," ujar Radhi yang ditemui pada majlis Makan Malam Radio Rosak di Kuala Lumpur tempoh hari. Bagaimana keadaan anda sekarang?Saya sudah menjadi manusia biasa. Selama 15 tahun menjadi penyanyi rock, saya tidak berkesempatan melalui kehidupan dan pekerjaan yang normal. Sekarang saya sudah ada kerja tetap di syarikat Malaysian Game Online Sdn. Bhd. Tugas saya di situ ialah membuat lagu-lagu runut permainan dalam talian iaitu untuk trailer, promosi dan muzik latar. Maksudnya sudah boleh bangun awal pagi?Saya bersyukur kerana syarikat ini memberi sedikit kelonggaran kepada saya. Saya masuk kerja pukul 11 pagi dan berazam untuk datang seawal 9 pagi selepas ini. Saya menerima pekerjaan ini kerana mahu memperbaiki segala kerosakan yang pernah berlaku dalam hidup saya terutama masalah rumah tangga. Saya mahu menjadi manusia normal yang berdisiplin. Dalam masa yang sama anda masih membuat album solo?Ya, saya merancang merakam single solo saya yang bertajuk Ambisi. Saya akan masuk studio rakaman sekitar bulan puasa dan harap single ini akan dapat dikeluarkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Setakat ini berapa peratus Radhi sudah berubah?Baru 10 peratus. 15 tahun saya hidup dalam keadaan yang sama dan untuk berubah tentulah mengambil masa. Saya tahu sekarang saya tidak boleh harapkan persembahan sahaja. Saya mahu tunjukkan diri saya seorang yang boleh diharap. Sebelum ini anda seakan-akan membuka pekung rumah tangga terlalu banyak di depan khalayak. Kenapa? Benda dah berlaku. Saya boleh katakan ini kerana sebelum ini saya sukar untuk bertemu dengan isteri saya, Shazlin. Telefon dan SMS tidak pernah dijawab. Jadi apabila dapat peluang, saya mahu berkomunikasi dengannya. Anda sudah lihat gambar-gambar panas Shazlin di Internet?Ya, saya tak boleh nak cakap apa. Saya sudah cuba menutup perkara tersebut. Shazlin telah mengaku salah dan minta maaf. Gambar itu diambil sekitar Julai lalu dan saya nasihatkan dia supaya berhati-hati. Saya rasa dia diperdaya. Perempuan dalam gambar itu yang perangkap dia. Tahun ini beraya dan berpuasa seorang diri?Sejak tahun lepas sebenarnya saya sudah beraya sendiri. Tahun ini saya akan berpuasa sebaik mungkin. Saya mahu Shazlin dan saya berbaik semula. Kalau bukan sebagai suami isteri setidak-tidaknya sebagai ibu dan ayah kepada Rifdi. Saya tidak mahu anak menjadi mangsa. Saya minta kepada Shazlin supaya kami sentiasa baik di depan Rifdi. Shazlin mahu berbaik selepas bercerai tetapi saya rasa elok kami berbaik sebelum berpisah. Mungkin sebagai kawan. Saya rasa kami boleh berkawan baik. Dalam masalah anda dan isteri, orang memang pandang anda dengan prinsip rock n roll anda?Kalau sebut pasal dadah, saya sudah mendedahkannya sejak tahun 2001 lagi. Saya mengaku mengambil dadah pada waktu itu. Tapi itu dulu. Sekarang adalah masalah rumah tangga yang berpunca daripada tidak duduk sebumbung dan tiada privasi. Saya rasa Shazlin memang tidak bersedia untuk menjadi isteri dan ibu. Shazlin patutnya bersyukur sebab saya bukan rock star yang kaki perempuan. Tapi adakah anda seorang yang sangat bergantung kepada wanita secara emosi?Secara terus-terang, ya terutama dalam bab masakan. Saya mahu air tangan seorang wanita. Saya kecewa sebab jarang dapat merasa masakan isteri. Shazlin pandai masak cuma dia tak praktikkan. Kalau dia masak telur pun, saya sudah rasa sedap. Saya memang perlukan wanita di samping saya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 11:21 am | |
| Petua Hafiz AF Jaga Rambut
"Kalau boleh syampu setiap hari, tapi Hafiz pakai produk syampu yang berbeza-beza. Tak tahu kenapa tapi memang menjadi untuk kekalkan rambut Hafiz macam sekarang," ujarnya sambil ketawa.
Hafiz AF sekarang tengah hangat macam goreng pisang panas. Apa sahaja yang dilakukannya mendapat perhatian peminat sampaikan petua menjaga rambut pun mereka nak tahu. Memang sesuai sangat sebagai seorang selebriti remaja. Bermacam gelagat peminat yang dilalui Hafiz selepas menjadi juara program realiti Akademi Fantasia Musim 7.
"Pernah juga Hafiz kena kejar dengan peminat tapi Hafiz layan dengan baik sebab itu kerja sebagai seorang selebriti. Alhamdulliah setakat ini semua beri respon yang baik kepada karier Hafiz," katanya yang merancang untuk menjadi komposer untuk albumnya yang akan datang.
Juara AF ini bagaimanapun mempunyai impian untuk membawa kedua orang tuanya mengerjakan umrah berbekalkan wang kemenangan sebagai penghargaan kerana banyak membantunya sepanjang perjalanan dalam industri ini.
"Makanan wajib yang mesti ada pada hari raya adalah bubur pedas, bubur ni memang famous kat Sarawak dan hijau akan jadi tema sambutan raya keluarga Hafiz pada tahun ini," ujarnya yang mengamalkan minum banyak mineral sewaktu bersahur untuk mengekalkan tenaga.
Hafiz akan meraikan sambutan Aidilfitri di Kuching bersama keluarga tercinta.
"Ini pengalaman pertama Hafiz berpuasa dan beraya sebagai selebriti. Kalau boleh Hafiz nak kenal peminat dengan lebih rapat lagi. Untuk semua, Hafiz akan mengadakan rumah terbuka di Kuching Sarawak dan Insyaallah open house di Semenanjung juga akan diadakan," katanya yang akan muncul pada rancangan Raya Wanita Hari Ini dan Nona terbitan TV3.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 11:23 am | |
| Diddy elak pakai topi
DIDDY HIRDY - begitu predikat komersial penyanyi yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia (AF) tiga tahun lalu.
"Saya mahu berdiri di atas kaki sendiri dengan mencicirkan brand lain. Jadi, saya memilih untuk membawa nama sendiri iaitu Diddy Hirdy," kata pemuda berusia 24 tahun ini tanpa mengetepikan rasa terima kasih terhadap AF kerana menjadi platform buat dia menjadi anak seni.
Muncul dengan single terbaru yang diberi nama Lelaki Atas Awan karya Bad Hisham dan lirik oleh Abie, kata Diddy lagu berentak balada ini mempunyai kaitan dengan kisah hidupnya yang sedang bahagia kerana kerjaya biar tidak segah artis lain.
"Saya juga masih bahagia bersama tunang saya," katanya yang sudah tiga tahun mengikat pertunangan dengan sahabat zaman persekolahannya.
Agenda seninya pada Ramadan ini diisi dengan rakaman dua buah lagu untuk melengkapkan albumnya yang dijangka dipasarkan pada hujung tahun termasuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 11:44 am | |
| Erra Fazira Rampas Kekasih Orang
KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2009: Agak jarang kita melihat Erra Fazira memegang peranan jahat. Kalau selama ini watak baik begitu sinonim dengan Erra, pelakon jelita itu akan cuba meraih kebencian penonton terhadap lakonannya dalam drama bersiri terbaru, Kasih Tercipta yang bakal ke udara di Astro Prima mulai 1 September ini.
Melalui drama arahan Rashid Sibir itu, Erra akan beraksi dengan 2 lagi bintang popular iaitu Nasha Aziz dan Aaron Aziz selama 26 episod.
Dalam Kasih Tercipta, Erra akan menjadi Lisa - perosak kebahagiaan atau perampas cinta dua pasangan kekasih iaitu, Shark lakonan Aaron dan Tona (Nasha). Lebih sensasi, Lisa sangat raskus untuk membolot harta tunangannya, Shark demi memuaskan segala keinginannya.
Bercakap kepada wartawan ketika sidang media drama bersiri itu, kelmarin, Erra berkata, sudah tiba masanya dia memegang watak jahat untuk menggilap bakat lakonannya itu.
"Apabila tahu Rashid mahu saya gang watak jahat, ia membuatkan saya takut. Tapi apa salahnya mencuba kerana ini cabaran baru buat saya selepas berbelas tahun berlakon," kata Erra. Sebelum ini, program realiti TV pertama Erra dengan Astro iaitu GuguGAGA Erra baru sahaja tamat bersiaran dan mendapat sambutan hangat.
Siri Kasih Tercipta akan ditayangkan setiap Selasa, jam 10 malam, bermula 1 September ini di Astro Prima (Saluran 105). Ia turut membariskan bintang popular lain seperti Fouziah Gous, Syed Ali, Aleeza Kassim, Ahmad Tamimi Siregar, Aida Rahim dan Norlia Ghani.
Erra berkata lagi, keberaniannya memegang watak jahat itu turut didorong untuk melihat reaksi peminat setianya yang sentiasa menyokong kerjaya seninya selama ini.
"Saya akui, penonton sekarang suka memberikan komen secara langsung seperti mana di portal, laman web dan blog. Mereka juga sudah bijak menilai. Bagi saya setiap respon itu saya hargai untuk meningkatkan diri saya. Lagipun, watak jahat itu hanyalah lakonan semata-mata. Kalau ada peluang, saya inginkan watak betul-betul jahat seperti pembunuh," kata Erra.
Sementara itu, Rashid berkata, Kasih Tercipta adalah fenomena terbaru dalam drama arahannya yang menjanjikan kelainan dan keistimewaan tersendiri kepada penggemar drama bersiri tempatan.
"Kasih Tercipta tidak terlalu moden dan tidak terlalu kekampungan. Tujuan utama saya ialah dalam memastikan penonton merasa tersentuh apabila menontonnya. Bagi saya, kemampuan semua pelakon banyak membantu drama menarik ini. Saya juga yakin nama Aaron, Erra dan Nasha boleh jual," katanya |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 11:46 am | |
| Program Cafe Akhil Hayy Akan Dihentikan
Rancangan Cafe Akhil Hayy yang ke udara di Astro Oasis akan dihentikan yakni tidak disambung siarannya untuk musim ketiga kerana berdepan dengan pergolakan yang melanda Ustaz Akhil Hayy selain seorang lagi pelakon pembantunya telah ditahan pihak berkuasa atas satu kesalahan, baru-baru ini.
Perkara ini disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, kepada murai.com.my.
Beliau berkata, pihak Astro Oasis sedang mengkaji impak daripada pergolakan yang melanda Akhil sejak akhir-akhir ini kerana ia turut menjejaskan imej Astro Oasis serta program itu selepas bercerai dengan isterinya, Maizawati Zainal dan kemudian bernikah pula dengan penyanyi dan pelakon Waheeda.
Katanya, sebagai stesen TV berbayar, pihaknya perlu mengambil kira maklum balas atau respon penonton yang rata-rata menunjukkan sentimen tidak puas hati terhadap pergolakan yang melanda Akhil sebagai ikon remaja muslim.
Ikuti soal murai.com.my jawab dengan Izelan, hari ini.
MURAI: Sebagai orang yang bertanggungjawab menguruskan Astro Oasis, apa komen anda terhadap kontroversi yang menimpa ikon Astro Oasis iaitu Akhil Hayy.
IZELAN: Segala yang berlaku itu adalah masalah peribadi Akhil. Kewujudan Astro Oasis adalah sebagai satu platform kepada penceramah seperti beliau memperkembangkan ilmu pengetahuan yang ada. Astro Oasis sekadar memberi ruang dan peluang, jadi pandai-pandailah penceramah termasuk Akhil membawa diri dan menjaga nama baik Oasis dan diri beliau sendiri. Tapi apabila berlaku pergolakan seperti sekarang, Akhil kenalah selesaikan masalah itu sendiri.
MURAI: Adakah kontroversi Akhil mencemarkan nama baik Oasis?
IZELAN: Sehingga kini, Oasis masih lagi berpegang kepada saluran yang memberi peluang untuk individu yang bergelar pendakwah mahupun penceramah. Kejayaan Astro Oasis tidak bergantung semata-mata kepada mana-mana individu seperti Akhil. Oasis merupakan saluran ilmiah dan niat kami baik. Jadi, kalau sudah terpilih sebagai ikon mereka perlulah jaga nama baik sendiri dan harus bertanggung jawab atas apa yang berlaku. Kita pun tidak tahu, esok lusa mungkin perkara sebegini boleh berlaku kepada orang lain pula. Adakah Astro Oasis perlu dipersalahkan? Kami bertugas di stesen TV berbayar dan kami juga harus akur dengan pendapat orang ramai atau penonton juga.
MURAI: Benarkah Astro Oasis sudah lama tahu segala cerita hangat tentang Akhil tapi mengambil sikap berdiam diri?
IZELAN: Kalau kami tahu, takkanlah kami teruskan program itu. Dulu ia hanyalah gosip yang belum ada kesahihannya. Kita tak boleh dengar gosip tanpa ada bahan bukti. Kita tidak ada hak untuk menghukum seseorang yakni perlu bersikap adil. Selepas konflik itu menjadi kes mahkamah dan telah diputuskan, barulah kami mengambil tindakan untuk tidak meneruskan Cafe Akhil Hayy.
MURAI: Bagaimana dengan kontrak Akhil sebagai ikon Astro Oasis?
IZELAN: Sebenarnya kami tak ada kontrak dengan Akhil. Semuanya berdasarkan tawaran program yang diberikan kepadanya. Selama ini pun, bahagian produksi yang menentukannya. Astro Oasis hanya memberikan pendapat. Lagi pun, pemilihan Akhil disebabkan dia ada ramai peminat di kalangan remaja.
MURAI: Adakah selepas ini Oasis lebih berhati-hati memilih ikon?
IZELAN: Sebenarnya kami sentiasa berhati-hati. Lagi pun, kami saluran yang banyak bekerjasama dengan persatuan tertentu seperti JAKIM.
MURAI: Sebelum berlaku kontroversi, apakah kelebihan Akhil sehingga dipilih sebagai ikon Astro Oasis?
IZELAN: Akhil dipilih disebabkan dia mempunyai ramai peminat lebih-lebih lagi di kalangan remaja. Alhamdulillah, dengan pemilihan Akhil, Astro Oasis semakin banyak ditonton oleh anak-anak remaja.
MURAI: Sudahkah ada pengganti Akhil?
IZELAN: Ketika ini, Oasis ada banyak lagi perkara penting yang perlu dititikberatkan. Banyak lagi agenda selepas ini. Kita tidak mengharapkan pada Akhil seorang saja. Ramai lagi individu boleh diberikan peluang. Buat masa sekarang, kami belum mengintai sesiapa dan belum ada keperluan lagi.
MURAI: Adakah Astro Oasis serik untuk mengambil Akhil?
IZELAN: Kita kena fikirkan semua ini dengan bijak. Takkanlah selama ini ceramah yang diberikan Akhil Hayy tidak mendatangkan faedah langsung. Sekali lagi, Oasis akan bersikap adil dan suka menyiasat dulu.
MURAI: Tidakkah terlintas untuk mengambil bekas isteri Akhil, Maizawati untuk mana-mana program Oasis?
IZELAN: Saya ingin tegaskan bahawa Oasis lebih tertumpu kepada penerbitan program dokumentari yang mengandungi ilmu Al-Quran dan Hadis. Kalau Maizawati sesuai dengan program sebegini, Insya-Allah kami akan ambil. Itu pun kalau ia sesuai dan penonton terima kehadirannya. Bagaimanapun, saya tak mahu mengiyakan atau menafikannya. Apapun, kami akan buat kajian dulu sebelum membuat pilihan atau memberikan tawaran. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 11:49 am | |
| Sabariah, Pilih Antara 2 - Qabil atau Jejai?
Cerita tentang Fasha Sandha dan teman-teman lelakinya muncul lagi. Awal dulu Fasha dikaitkan dengan ramai artis lelaki seperti Farid Kamil, Yusry KRU, Pierre Andre dan Hans Isaac. Kemudian gosipnya beralih pula kepada bekas suami Nora Danish, Jejai, diikuti Datuk S dan kemudian anak raja Johor yang tak menjadi itu.
Sebenarnya, dalam pada Fasha dan Jejai tengah digosipkan dulu lagi, Murai Batu dah lama dengar Fasha juga rapat dengan jaguh ekuestrian negara. Sumber memberitahu bahawa orang yang dimaksudkan adalah Qabil Ambak, ekuin berkulit sawo matang yang berusia 29 tahun dan telah banyak menaikkan nama Malaysia dalam sukan elit bertaraf antarabangsa itu.
Namun yang jadi persoalannya, kalau Fasha sedang bercinta dengan Qabil, si Jejai tu pula macam mana? Setahu Murai batu Jejai juga pada masa yang sama kawan rapat dengan Qabil sebab mereka dikatakan selalu main sukan polo bersama. Haa, macam skrip filem Sangam saja. Barulah Murai Batu nak nyanyi lagu Dost Dost Na Raha.
Jadi Murai Batu pun jadi keliru - Fasha ni sebenarnya cangkuk dengan siapa?
Ni haa.. ada pula Murai Batu terima secara e-mel gambar-gambar eksklusif party hari jadi untuk si Jejai yang ke-33 tahun, baru-baru ini. Dan siapa yang hadir dan begitu mesra dengan tema baju rona putih? Hai, siapa lagi kalau bukan Fasha Sandha! Haaa, tolonglah jawab wahai Fasha Sandha, mak letih dik!
Entahlah, ada teori cakap, hubungan Fasha dengan Qabil itu adalah untuk menutup atau mengaburi hubungannya dengan Jejai yang masih on and off. Adakah kawan cuba tolong kawan ke? Dan secara kebetulan, raut muka Jejai dan Qabil pun lebih kurang sama ajer.
Dan satu teori lain pula bergosip, Fasha tu sebenarnya nak geramkan hati Jejai, sebab itulah dia tayang Qabil depan Jejai dan sengaja gembar-gembur cerita. Hmm... main Anak Wayang betullah korang ni! Kalau Murai Batu jadi Mak Dara, sekarang juga Murai Batu nak tanya Fasha: "Sabariah, pilih antara 2 - Qabil atau Jejai?"
Murai Batu sebenarnya tak kisah pun dengan siapa Fasha nak tunang atau nak kahwin atau nak dating kerana itu hak mutlaknya tapi Murai Baru harap Fasha buatlah penjelasan sebenar tentang status cinta mahupun persahabatannya itu supaya wartawan dan orang ramai tak tersalah membuat spekulasi yang akhirnya memberi kesan kepada Fasha sendiri. Boleh ya Fasha? |
| | | azmiabu Newbie
Number of posts : 68 Age : 40 Registration date : 13/07/2009
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 11:51 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 1:22 pm | |
| Ziela Jalil nafi kahwin lagi
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Pelakon dan penerbit drama terkenal, Ziela Jalil menafikan spekulasi yang beliau sudah mendirikan rumah tangga kali kedua selepas kematian suaminya hampir dua tahun lalu.
Menurut isteri kedua bekas menteri Kabinet, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob itu, dakwaan kononnya beliau sudah menamatkan zaman janda adalah tidak berasas sama sekali.
Ziela atau nama sebenarnya Norzila Jalil, 39, yang kesal dengan berita yang tersebar luas itu memberitahu, semenjak beberapa hari lalu, beliau menerima banyak panggilan daripada saudara-mara dan kenalan bertanyakan kebenaran hal tersebut.
"Saya hairan bagaimana cerita tidak benar seperti ini boleh tersebar luas dan saya juga tertanya-tanya siapa yang berani menyebarkan dakwaan ini. Dakwaan ini benar-benar memalukan saya," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Selain ahli keluarganya, spekulasi mengenai berita perkahwinan kali kedua Ziela juga sampai ke pendengaran wartawan hiburan.
Suami Ziela, Allahyarham Megat Junid yang pernah menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna meninggal dunia 24 Januari tahun lalu akibat menghidap penyakit barah.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Puteri Julia Nabilah, 17, dan Megat Jufri Nasrullah, 15.
Menurut artis popular itu, buat masa ini hatinya belum terbuka untuk berkahwin lagi kerana ingatan beliau terhadap suaminya tidak pernah padam.
Pada masa sama, Ziela memberitahu, beliau harus memegang amanah Allahyarham suaminya yang memintanya jangan sesekali mengabaikan anak-anak.
"Kasih sayang saya pada arwah suami tidak pernah pudar apatah lagi ketika ini anak-anak saya sedang membesar dan masih belajar.
"Saya tidak boleh terlalu mementingkan diri untuk berkahwin lagi sehingga boleh mengabaikan tumpuan terhadap anak-anak. Amanah arwah suami masih terngiang-ngiang di telinga saya," ujar Ziela. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Sun 23 Aug 2009, 1:26 pm | |
| Konsert Afgan, Yuvi Nuno, Atilia, TAK LAKU! hanya 30 je dtg
STADIUM Indoor Arena Bukit Kiara yang boleh memuatkan 5,000 penonton hanya dihadiri 300 orang sahaja. Di sebalik nama-nama besar dari Indonesia, sistem audio dan visualyang bagus, konsert Illuminight - A Light Beat Of Love yang berlangsungdi Stadium Indoor Arena, Bukit Kiara Kuala Lumpur, Ahad lalu gagalmenarik peminat seni tanah air untuk menyaksikan konsertberkenaan. Hasilnya stadium yang boleh memuatkan penonton sehingga 5,000orang hanya dihadiri tidak lebih daripada 300 penonton sahaja!Walaupunartis-artis yang hebat membuat persembahan iaitu kumpulan pop soul,Maliq & D'Essentials; pemenang anugerah Artis Lelaki Terbaik danAlbum Terbaik Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009), Afgan Syahreza; Kumpulan Terbaik dan Artis Indonesia Paling Popular(APM 2009), Yovie& Nuno; dan Atilia, sayang sekali ia tidak berjaya mengajakpenonton untuk datang sama-sama berhibur dengan mereka. Menyaksikan konsert selama empat jam dengan artis dan lagu-lagu masakini, wartawan yang membuat liputan tertanya-tanya apa silapnya stadiumyang besar itu kelihatan sunyi dan sepi daripada penonton?Apakah keranaterlalu ramai artis dari seberang yang ditonjolkan atau publisiti yangkurang membuatkan peminat seni bagaikan lupa atau tidak minatmenyaksikan konsert berkenaan?Menurut wakil Aqsara 3 Persada Sdn. Bhd., Ade Dhena selaku penganjur konsert itu, mereka memang telah menjangkakehadiran penonton yang suram memandangkan pada malam itu terdapatbeberapa konsert percuma yang diadakan. "Kami memang sudah menjangkakerana terdapat konsert percuma pada malam ini iaitu MTV World StageLive In Malaysia 2009 di Sunway Lagoon Surf Beach dan konsert R & RSinar di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya. "Namun kami hanya mengetahui semua itu selepas urusan permit,kemasukan artis dan lain-lain sudah selesai. "Untuk menganjakkan tarikhkonsert akan membuatkan kos berlipat-ganda. Lagipun bukan senang kamihendak membawa artis-artis terkenal dari Indonesia ini kerana merekamemang sibuk dengan persembahan di sana," katanyaMenurut Ade, pihaknyasedia maklum artis-artis yang terlibat pasti terkilan dengan sambutandingin itu. "Walaupun penonton tidak ramai, tetapi mereka tetapmemberikan persembahan yang terbaik dan penonton juga kelihatanterhibur dengan persembahan mereka," ujarnya selepas konsert ituberakhir. Di sebalik sambutan yang dingin itu, memang tidak dapatdinafikan persembahan malam itu yang menampilkan Atilia, Afgan, Yuvie& Nuno dan Maliq & D'Essentials merupakan persembahan yanghebat dan bertenaga. Konsert dimulakan seawal pukul 8 malam denganmenampilkan Atilia sebagai pembuka tirai. Atilia yang kelihatan santai bergaun pendek, menyampaikan lagu-laguseperti Leka, Gelombang, Ranjau dan Selagi dengan suaranya yang lunakdan manja. Dia yang ada ketikanya kelihatan tidak bersemangatmemandangkan bilangan penonton yang hadir tidak memberangsangkankembali bertenaga apabila melihat mereka yang hadir terhibur dengannyanyiannya. Persembahan diteruskan dengan kemunculan Afgan yangmembuatkan penonton wanita menjerit seperti histeria. Afgan Syahreza Jejaka yang terkenal dengan lagu Terima Kasih Cinta menyampaikanlagu-lagu popularnya antaranya Bukan Cinta Biasa, Wajahmu MengalihDuniaku dan lagu yang menjadi kegilaan ramai, Terima Kasih Cinta. Disebalik suaranya yang lunak yang meruntun hati terutamanya kaum hawaitu, berlaku perkara yang kurang manis apabila Afgan memeluk, diciumdan mencium seorang penonton wanita yang dijemputnya naik ke pentas.Yuvi & Nuno juga tidak kurang hebatnya apabila memberikanpersembahan yang sungguh bertenaga dengan menyampaikan 10 buah lagu. Kumpulan yang dianggotai empat jejaka iaitu Yuvie, Dudie, Dikta danDiat memberikan persembahan bertenaga membuatkan penonton menaribersama. Antara lagu yang disampaikan ialah Bunga Jieaku, Dia Milikku,Sempat Termiliki dan Menjaga Hati yang sering kedengaran dicorong-corong radio. Konsert Illuminight - A Light Beat Of Lovediakhiri dengan persembahan dari Maliq & D'Essentials selama satujam. Penonton-penonton yang membeli tiket berharga RM153 ke bawahdibenarkan memenuhi hadapan pentas oleh penganjur untuk memeriahkanpersembahan penutup konsert itu. Hampir semua penonton bagaikan menunggu kemunculan mereka apabilakelihatan penonton yang hadir begitu menikmati muzik yang dibawa olehMaliq & D'Essentials. Keseluruhannya, konsert Illuminight - A LightBeat Of Love merupakan konsert yang berkualiti dari segi persembahanartis yang sungguh bertenaga, pemilihan lagu, permainan cahaya danbunyi yang baik serta ketepatan waktu persembahan. Sayangnya keranakehadiran penonton yang tidak memberangsangkan kerana kurangnyapublisiti dan dua konsert percuma yang diadakan pada hari yang samamembuatkan konsert ini suram. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Mon 24 Aug 2009, 3:29 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Mon 24 Aug 2009, 3:32 pm | |
| Tunang Serina Chef Wan minum arak? Siapa yang akan guide siapa nanti selepas berkahwin? |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Mon 24 Aug 2009, 3:33 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| | | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Mon 24 Aug 2009, 3:37 pm | |
| Suraya Bertunang (Anak Raja Azmi) Mengambil berkat bulan Ramadan yang mulia, produser sensasi Raja Azmi mengambil keputusan untuk melangsungkan pertunangan anak gadisnya, Puteri Suraya Mohd Jalani, 24, dengan pengarah filem Anu Dalam Botol, Mohd Shadan Hashim, 34. Tarikh yang dipilih untuk majlis pertunangan itu adalah pada 09.09.09 ini yang dilangsungkan selepas majlis berbuka puasa. Kebetulan, Raja Azmi pun hendak menunaikan ibadah haji pada tahun ini, lalu dia pun berhajat majlis itu dilaksanakan sebelum berangkat ke Tanah Suci. Baguslah… |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Mon 24 Aug 2009, 3:42 pm | |
| Kartika dibebaskan, 'hukuman sebat ditangguhkan sementara' DIBEBASKAN....Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, melambaikan tangan kepada keluarganya ketika dia di bawa oleh pegawai jabatan agama untuk menjalani hukuman sebat kerana kesalahan meminum arak. Bagaimanapun, dia dibebaskan 30 minit kemudian apabila pegawai jabatan agama yang membawanya, menghantar Kartika pulang ke kampung halamannya di Sg Siput. Mereka memberi alasan hukuman sebat tidak dapat dijalankan buat masa ini. Foto AP SUNGAI SIPUT: Model Kartika Sari Dewi Shukarno yang dijadulkan untuk menjalani hukuman sebat kerana meminum arak telah dibebaskan. Tiga pegawai dari jabatan agama datang ke rumahnya di Sungai Siput hari ini dan membawanya dalam van. Bagaimanapun menurut ayah Kartika, Shukarno Abdul Mutallib, 30 minit selepas itu Kartika dihantar pulang selepas pegawai tersebut meneriman arahan daripada 'pihak atasan' untuk membebaskanya. Pegawai dari jabatan agama tersebut mengatakan buat masa ini hukuman tersebut tidak boleh dijalankan. Sebelum ini Kartika, 32, dikatakan akan menjalani hukaman sebat keatasnya minggu ini tetapi tiada tarikh yang telah ditetapkan. Badan bebas antarabangsa, Amnesty International mengecam tindakan tersebut kerana ia akan menjejaskan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sederhana. Belum ada pengesahan sama ada Kartika akan dipenjarakan semula sebelum hukaman sebatan tersebut dijalankan. Menurut seorang pegawai dari Jabatan Islam tersebut, Badaruddin Ahmad Bustami, pegawai dari penjara enggan menerima Kartika atas sebab-sebab yang tidak diberitahu. "Kami tidak tahu apa yang patut dilakukan. Kami akan berbincang dengan mahkamah Syariah berhubung perkara ini sama ada hukuman tersebut telah ditarik balik," kata Badaruddin kepada Associated Press. Pegawai dari jabatan penjara tersebut gagal dihubungi. Shukarno berkata mereka akan membuat laporan polis selepas ini berhubung dengan pembebasan anaknya itu. Jelasnya dia sendiri tidak faham tentang apa yang berlaku dan bimbang sekiranya pegawai polis akan menuduh anaknya melarikan diri daripada hukuman tersebut. Sebelum ini Kartika ditangkap dalam satu serbuan yang di buat di sebuah hotel dan didapati bersalah kerana meminum arak. Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tersebut pada Julai lepas. Beliau tidak membuat rayuan sebaliknya mengatakan akur dengan keputusan tersebut. Ketika keluar dari rumahnya Kartika mengelak daripada memberi sebarang komen kepada media. AP |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 25 Aug 2009, 9:29 am | |
| Lisdawati sering 'moody' kerana 'baby' baru SUDAH cukup perit bebanan yang ditanggung oleh aktres ini gara-gara khabar angin yang pernah melanda rumahtangganya tidak lama dulu. Hati wanita mana yang tidak sedih apabila mahligai perkahwinan yang dibina dengan suami tercinta dikatakan sedang berantakan, sedangkan kedua-duanya tengah asyik diulit kebahagiaan. Hampir dua tahun Lisdawati dan pelakon Fauzi Nawawi mendirikan rumahtangga. Dan dalam tempoh itu, bukan sekali kisah membabitkan rumahtangganya diperkatakan. Ternyata, kehadiran cahaya mata sulung, Nur Aini Farhana, setahun setengah, diharap oleh pasangan ini mampu melenyapkan cerita-cerita negatif itu. Namun, masih lagi pelbagai gosip terus hadir dalam rumahtangga mereka. Mungkin kerana sudah lali dengan pelbagai cerita kurang enak itu, Lisda dan Fauzi mengambil langkah untuk mendiamkan diri dan cuba berfikiran positif tentang apa yang melanda mereka. Lebih menggembirakan pasangan ini adalah apabila Lisda disahkan hamil anak kedua yang kini kandungannya telah pun mencecah usia tujuh setengah bulan. Mungkin inilah rahmat atas kesabaran yang dilalui mereka. Lisda yang dihubungi baru-baru ini kedengaran cukup ceria tatkala menceritakan tentang kandungannya itu. "Sebenarnya, saya sendiri tidak sedar saya mengandung anak kedua. Hanya setelah usia kandungan mencecah lima bulan, barulah saya tahu. Yang peliknya, saya langsung tidak sedar tanda-tandanya "Badan pula makin susut waktu itu...mungkin kerana saya mengandung ketika masih menyusukan Aini. Saya memang cukup risau ketika dapat tahu saya mengandung, sebab saya amat aktif dalam tempoh lima bulan itu. "Risau sangat jika ada masalah pada kandungan. Tapi nasib baik setelah menjalani pemeriksaan doktor, kandungan saya tiada masalah," ujar Lis. Menurut pelakon berusia 30 tahun ini, dia sendiri tidak menyangka akan kembali mengandung 'secepat' ini, apatah lagi anak sulungnya juga masih kecil. "Saya ingatkan, mungkin dalam tahun depan ke...tapi alhamdulillah, inilah dinamakan rezeki. Saya pun dah pegi buat imbasan, tetapi doktor masih belum dapat tahu jantinanya lelaki atau perempuan. "Bagi saya dan Fauzi sendiri, tak kisahlah bayi ini lelaki atau perempuan. Kami hanya berharap dia sihat. Itu yang paling penting," katanya yang mungkin akan melahirkan anak keduanya itu sekitar akhir Oktober depan. Ujar Lis, ketika ini, dia terpaksa menolak banyak tawaran berlakon kerana ingin memberikan tumpuan terhadap kandungannya. Malah, simptom yang agak teruk dialaminya kali ini juga membataskan Lis untuk bergiat aktif. "Kali ini memang simptom pembawaan budak yang saya alami agak teruk. Saya asyik batuk saja. Selain itu, saya juga selalu 'moody'. Nasib baik juga suami memahami. "Jadi, buat masa sekarang, saya jadi suri rumah sepenuh masa saja. Dapatlah saya masak juadah berbuka puasa untuk suami sepanjang Ramadan ini," ujar Lis. Namun begitu, tutur Lis, dia sempat menjayakan beberapa buah telefilem untuk siaran sempena Ramadan dan Hari Raya nanti, seperti Raya Bersama Mawi untuk siaran Astro dan Ramadan (RTM1). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 25 Aug 2009, 9:33 am | |
| Pendedahan Fasha: Akui pernah dilamar 4 kali termasuk oleh Ally Iskandar, Rizal Ashram Dedah luahan perasaan dan pengakuan di laman web MySpace
Macam-macam cerita tentang Fasha Sandha sering diperkatakan, namun aktres berusia 25 tahun ini cukup 'kuat' mengharungi segala cabaran yang singgah
KISAH 'panas' tentang aktres popular ini nampaknya tidak pernah berakhir, terutamanya mengenai kisah cintanya. Macam-macam cerita tentang Fasha Sandha sering diperkatakan, namun aktres berusia 25 tahun ini cukup 'kuat' mengharungi segala cabaran yang singgah.
Setelah membuat pendedahan dirinya akan mengakhiri zaman solo selewat-lewatnya awal tahun depan dengan seorang jejaka, ramai yang menjangkakan lelaki yang akan bergelar suaminya itu ialah Rizal Ashram Ramli.
Walaupun Fasha sendiri menafikan tentang hubungannya dengan bekas suami Nora Danish itu, namun 'keintiman' yang sering dipamerkan mereka di khalayak membuatkan ramai yang yakin Rizal adalah 'pilihan' Fasha.
Namun, minggu lalu, sebuah akhbar tabloid melaporkan pendedahan ekuin negara terkenal yang mengesahkan tentang hubungannya dengan aktres itu yang terjalin sejak setahun lalu.
Ekuin negara yang tidak mahu namanya didedahkan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang hubungan mereka dan berkata dia akan membuat satu pengumuman pada bulan hadapan.
Akhbar tersebut turut mendapatkan maklumbalas daripada Fasha sendiri dan pelakon jelita itu tidak menafikan, jejaka berusia 29 tahun itu adalah lelaki yang paling rapat dengannya.
"Bukan saya sengaja merahsiakan hubungan dengannya, cuma saya tidak boleh memberitahu kepada peminat kerana masanya belum sesuai.
"Tapi, saya tidak akan menolak jika kami ditakdirkan bertemu jodoh bila tiba masanya nanti. Kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang akan menentukannya segala-galanya," katanya.
Pendedahan itu sedikit sebanyak meleraikan beberapa teka-teki yang bermain di fikiran ramai termasuklah siapa lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu . Namun, masih ada yang tidak berpuas hati dan merasakan Fasha sebenarnya masih terus 'bermain wayang'.
Malah, kewujudan ekuin negara itu di dalam hidup Fasha juga tidak disedari ramai memandangkan gosip yang sering melanda dirinya sebelum ini lebih berkisarkan tentang hubungannya dengan Rizal.
Enggan membiarkan spekulasi dan kontroversi terus menghantui dirinya, Fasha nampaknya telah membuat pendedahan tentang isi hatinya dan perkara sebenar menerusi laman web MySpace miliknya, semalam.
Buletin yang bertajuk 'luahan hatiku' yang ditulis oleh Fasha itu antara lain menjelaskan tentang hubungan sebenarnya dengan Rizal yang dipanggil dengan nama Jejai dan ekuin negara itu yang diakui oleh Fasha ialah Qabil Ambak.
Rizal lamar Fasha 3 Januari 2009
Rizal dan Nora bersama anak mereka, Putra Rayqal Ramli. Fasha pernah dikaitkan sebagai punca perceraian pasangan ini
"Memang saya pernah berkawan rapat dengan Rizal Ashram (Jejai). Saya mengenali Jejai sejak tahun 2005 sebelum dia berkahwin dengan Nora Danish. Harus saya jelaskan disini,memang saya tidak pernah bercinta dengan Jejai ketika dia masih suami Nora Danish.
"Saya dan Jejai menjadi rapat sejak Januari tahun ini iaitu enam bulan setelah Nora Danish bercerai. Dia adalah teman rapat saya pada ketika itu. Kami selalu berjumpa dan dia adalah lelaki yang istimewa untuk saya pada ketika itu.
"Memang betul, Jejai pernah melamar saya. Dia melamar saya pada tanggal 3 Januari 2009. Saya beritahu Mama dan keluarga tentang perkara ni tapi mereka menentang. Saya yakin keluarga Jejai juga tentu tidak suka dengan hubungan ini kerana Jejai sudah punyai seorang anak hasil perkahwinan dengan Nora.
"Tetapi itu semua kisah lama, kami sudah tidak rapat seperti dulu lagi kerana Mama saya menghalang saya terlalu rapat dengan Jejai di atas macam-macam sebab. Saya menghormati permintaan ibu saya kerana saya terlalu sayangkan Mama saya," luahnya dalam laman web itu.
Menurut Fasha lagi, dia sedih apabila dia dikaitkan sebagai punca perceraian Nora dan Rizal kerana ramai yang tidak tahu cerita sebenar yang berlaku.
Kata Fasha lagi, setelah hubungan mereka dihalang keluarga, dia dan Rizal tetap berhubung antara satu sama lain.
"Saya dan Jejai terus berhubung sehinggalah pada tanggal 11 Februari, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan apa-apa hubungan dengan Jejai lagi kerana terlalu tertekan.
"Saya terlalu tertekan kerana saya dipersalahkan sedangkan orang tidak tahu perkara sebenar. Kami tidak berhubung selama hampir sebulan sehinggalah pada 7 Mac, Jejai menghubungi saya dan merayu-rayu supaya memaafkannya.
"Ketika itu saya berada di Pasir Gudang, Johor. Jejai terus menghantar SMS dan menghubungi saya setiap hari selepas itu walaupun saya tidak peduli dengan rayuannya.
"Pernah juga Jejai menunggu di hadapan rumah saya selama 4 jam untuk bercakap dengan saya. Jejai tetap mahu saya berkawan dengannya walaupun tidak jadi seperti dulu. Saya setuju setelah berminggu-minggu dia memujuk saya," catat Fasha lagi.
Ekuin negara, Qabil Ambak dikatakan bakal menjadi suami kepada Fasha tidak lama lagi. Dia dijangka akan mengadakan satu pengumuman kelak
Ujar Fasha, dia dan Rizal tetap berkawan seperti biasa walaupun sudah tidak mempunyai hubungan istimewa ketika itu, namun tidak lagi berhubungan sejak 18 Ogos lalu.
"Di mata saya pada ketika itu, dia seorang lelaki yang baik, selalu mengambil berat tentang diri saya dan keluarga dan saya tahu dia perlukan saya dalam hidupnya sebagai seorang kawan.
"Walaupun ramai orang berprasangka yang tidak elok tentang dirinya, saya tetap berkawan dengan Jejai ketika itu. Pernah juga kami mencuba untuk kembali bersama selama beberapa kali tetapi gagal.
"Saya rasa masyarakat tidak harus menunding jari pada sesiapa tentang penceraian Jejai dan isterinya. Hanya mereka berdua yang tahu apa yang tidak kena pada rumahtangga mereka. Lagipun soal jodoh ditangan tuhan.
"Kesimpulan tentang hubungan saya dan Jejai, kami pernah menjalinkan hubungan istimewa sebelum ini,tetapi kami hanya berkawan selepas itu sehingga tarikh 18 Ogos 2009. Sekarang tidak berhubung lagi," katanya.
Fasha ambil pil tidur berlebihan, Qabil datang bantu di hospital
Tentang hubungannya dengan ekuin egara, Qabil Ambak, kata Fasha, dia mula mengenali jejaka itu pada Ogos tahun lalu di majlis gala makan malam anjuran Polo.
"Saya diperkenalkan oleh rakan saya yang bernama Faris. Faris yang menjemput saya ke majlis polo tersebut. Ketika pertama kali pertemuan kami, Jejai turut berada di sana.
"Saya ke majlis tersebut bersama kakak angkat saya iaitu Maria Farida. Selepas majlis tersebut, kami menjadi kawan dan berhubung melalui SMS. Dia sering bertanya khabar dan begitu juga saya. Saya pernah pergi ke rumah Qabil dan pernah berjumpa famili Qabil di rumah terbuka pada hari raya ke-3 tahun lepas," ujarnya.
Kata Fasha, hubungannya dengan Qabil semakin rapat selepas jejaka itu datang membantunya di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) dan Pusat Pakar Damansara pada 12 Februari lalu.
"Saya terpaksa ditahan selama 2 hari di hospital kerana mengambil pil tidur berlebihan. Saya mengalami insomnia pada ketika itu kerana tekanan perasaan yang saya hadapi menyebabkan saya sukar untuk tidur.
"Qabil adalah sahabat yang paling rapat dengan saya pada waktu itu sehingga ke hari ini. Kami pernah membincangkan bermacam-macam topik tentang kehidupan.
"Dia seorang yang positif dan mengajar saya untuk menjadi seorang yang positif. Kami berhubung setiap hari sekarang walaupun jarang berjumpa. Dia juga baik dengan keluarga saya.
Pengacara Ally Iskandar yang pernah digosipkan dengan Fasha sebelum ini diakui oleh aktres itu sendiri pernah melamarnya pada tahun 2007
"Dia adalah lelaki yang rajin bekerja dan seorang pendengar yang baik. Dia juga sering memberi nasihat pada saya supaya menjadi seorang yang lebih baik. Semoga persahabatan kami berkekalan," katanya yang tidak mengulas lanjut tentang hubungannya dengan Qabil dalam buletin itu.
Empat kali dilamar
Dalam buletin yang ditulis Fasha di laman web tersebut, dia turut mengakui pernah dilamar empat kali untuk dijadikan isteri dan juga sudah empat kali menerima cincin.
Lamaran pertama yang dibuat terhadapnya ialah oleh pengacara popular, Ally Iskandar pada tahun 2007.
"Saya menolak secara baik walaupun Mama dan keluarga sukakan Ally. Saya menolak kerana saya hanya menganggap dia sebagai seorang abang. Dia terlalu baik untuk saya.
"Lamaran kedua adalah daripada seorang VVIP yang sangat dikenali dari Brunei pada pertengahan 2007. Saya menolak kerana saya langsung tidak mengenali VVIP tersebut. Dia seorang peminat (tak mungkin saya ingin berkahwin dengan orang yang saya langsung tidak kenal).
"Lamaran ketiga adalah daripada Jejai pada Januari 2009. Saya mengambil masa yang panjang untuk berfikir tentang perkara tersebut kerana terlalu banyak masalah yang akan saya hadapi sekiranya saya berkahwin dengan Jejai," ujarnya.
Dan untuk lamaran keempat pula, kata Fasha, datangnya pada pertengahan Mac lalu.
"Siapa lelaki itu? Siapa lelaki yang akan menjadi suami saya? Insyaallah,saya akan umumkan pada hujung tahun ni. Saya cuma minta agar diberikan sedikit masa diatas sebab-sebab tertentu.
"Saya hanya menunggu masa yang sesuai. Doakan agar tidak ada aral yang akan mengganggu hubungan kami. Bukan saya tidak mahu berterus terang sekarang, saya khuatir jika saya beritahu sekarang, perkara lain pula akan jadi.
"Lebih elok saya umumkan apabila masa yang sebenar sudah hampir tiba," katanya di laman web http://www.myspace.com/angel_fasha |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 25 Aug 2009, 9:36 am | |
| Nasha: Iman Tang tetap kawan paling rapat dengan saya
Nasha Aziz bergambar selepas selesai sidang akhbar drama 'Kasih Tercipta'. MELIHAT penampilan aktres dan model Nasha Aziz sekarang, wajahnya tampak semakin berseri-seri mungkin kerana penangan cinta daripada kekasih hati, Nur Iman Tang. Namun, Nasha bagaikan mahu menempelak apabila diajukan soalan tentang Iman lebih-lebih lagi tentang bilakah dia dan pemuda cina yang telah menganut agama Islam pada Ramadhan tahun lalu itu akan disatukan dengan ikatan yang sah. Biarlah apa pun persoalan yang sedang bermain di fikiran sekarang, Nasha tetap enggan bercakap banyak kerana setiap soalan mengenai dia dan Iman Tang sepatutnya diajukan kepada pemuda itu jua. “Saya rasa tak adil untuk bercerita tentang matlamat kedua (perkahwinan) bagi pihaknya kerana sepatutnya kita kena bercakap soal ini dengan dia (Iman Tang),” jawab wanita berusia 39 tahun ini. Namun, Nasha akui yang dirinya sama seperti wanita lain yang menyimpan hasrat untuk berkahwin cuma belum tahu bila tarikh keramat itu akan berlangsung. “Hubungan saya dengan Iman Tang masih sama seperti dulu dan dia tetap kawan yang paling rapat dengan saya sekarang. “Kami juga mempunyai perasaan kasih sayang antara satu sama lain. Tetapi apabila bercakap tentang matlamat itu, saya tak pasti sangat. “Bagaimanapun, saya tetap menjadi salah seorang wanita yang berkeinginan untuk berkeluarga,” jelasnya yang turut mengakui dirinya sedikit-sebanyak seorang yang perahsia. Walaupun sukar berkongsi tentang semua perkara dalam dirinya, namun Nasha tidak menyorok hubungannya dengan Iman Tang malah mereka suka menghabiskan masa bersama di tempat-tempat awam. “Saya bukanlah seorang yang terlalu menjaga eksklusiviti kerana saya juga selalu keluar ke tempat awam. “Misalnya, saya dan Iman Tang suka berjumpa sambil berbual di kafe, berjalan-jalan di pusat membeli-belah dan menonton wayang,” kata Nasha. Tambah Nasha, Iman Tang bukan sahaja menjadi pendampingnya di kala senang malah lelaki itu juga banyak memberikan sokongan ketika dia sedang dilanda masalah atau kesusahan. Menurut Nasha, dia berasa terkilan apabila tidak dapat memfokuskan ibadat puasanya semata-mata pada bulan Ramadhan ini tetapi perasaan itu reda setelah mendapat nasihat Iman Tang. “Ibadat puasa saya pada tahun ini sedikit terganggu kerana sejak empat tahun lepas mesti saya akan berehat daripada melakukan aktiviti seni untuk menikmati bulan puasa ini. “Tetapi selepas seminggu baru saya mendapat tahu akan menjalani pengambaran drama ‘Awan Dania’ musim kedua. Jadi, perjalanan kehidupan saya sedikit berubah kerana saya perlu bekerja. “Ikutkan saya boleh tolak dulu tapi kali ini tidak sebab saya perlu bekerja untuk mencari pendapatan. “Bukan sebab saya tiada kerja tetapi sebab jadual kerja saya tidak tersusun dengan baik akibat kerja lain yang tidak habis pada masa yang sepatutnya. “Namun, saya tetap bersyukur kerana Iman banyak menyokong saya untuk bekerja,” ujarnya yang turut sibuk melakukan kerja dalam bidang peragaan. Selepas raya nanti, Nasha akan terlibat dengan persembahan fesyen Barbie yang berusia 50 tahun. Menurut Nasha, seramai lima pereka fesyen tempatan yang akan bertindak selaku pereka baju-baju Barbie yang akan diperagakan oleh model-model tempatan yang masih dirahsiakan. Menyentuh tentang karier lakonannya, Nasha yang baru selesai menjalani pengambaran drama ‘Kasih Tercipta’ berkata dia masih mencari watak-watak yang energetik dan lebih menggunakan fizikal. “Saya gemarkan watak yang lasak tetapi tidaklah sampai mencederakan diri kerana saya pernah cedera semasa menjalani pengambaran drama ‘Kasih Tercipta’. “Waktu tu, saya melakonkan babak saya merajuk dan kemudian naik ke atas bumbung rumah. Namun, lepas tu saya tergelincir lalu jatuh dan cedera di tangan sehingga kulit saya terkoyak. “Lepas tu memang saya dah tak tahan dan terus minta kepada Abang Rashid agar tiada lagi babak seperti itu lagi,” beritahunya sambil menunjukkan kesan parut akibat kecederaan itu. Nasha melakonkan watak Tona, seorang jurugambar yang mahu menjadi terbaik dalam kerjayanya dan meletakkan kerjayanya di tempat paling teratas. Tona juga merupakan seorang wanita yang keras kepala tetapi mempunyai hati yang baik. Tona berkawan baik dengan Shark (Aaron Aziz), yang juga merupakan seorang jurugambar yang bekerja keras kerana mahu membuktikan kepada keluarganya yang kaya yang dia mampu melakukan segalanya. Tona dan Shark mempunyai hubungan cinta-benci sehinggalah satu hari mereka menyedari bahawa mereka sebenarnya saling mencintai antara satu sama lain. Tona akhirnya mengalah dan mengikut kata hati untuk mencintai Shark tetapi dia mendapat tahu bahawa rupa-rupanya Shark telah bertunang dengan Lisa (Erra Fazira). “Watak Tona tidak banyak beza dengan watak Laila Isabela cuma watak Tona lebih berperikemanusiaan kerana mempunyai famili serta seorang yang sangat ‘protective’. “Pada episod 13 ke atas, saya selalu bergaduh dengan Lisa tetapi saya dan Erra selalu berbincang agar pergaduhan kami tidak melibatkan fizikal dan lebih kepada berlawan cakap,” beritahu Nasha yang menyifatkan pergaduhan mereka ada ‘kelas’. Saksikan Nasha, Erra dan Aaron, Fouziah Gous, Syed Ali, Aleeza Kassim, Datuk Tarmimi Siregar, Aida Radzwill, Dee dan Norlia Ramli dalam drama 26 episod ‘Kasih Tercipta’ di Astro Prima pada setiap Selasa, pukul 10 malam mulai 1 September ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 25 Aug 2009, 9:38 am | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 25 Aug 2009, 6:18 pm | |
| Nija AF1 sudah bertunang Pada tanggal 1 Ogos 2009, Nija telah pun selamat ditunangkan dengan jejaka senegeri dengannya yang bernama Zulkarnain. Tunangannya itu nuda setahun daripada Nija. Bertempat di kediaman Nija yang terletak di Bukit Saujana, Johor Bahru, majlis pertunangan secara sederhana telah pun berlangsung pada sebelah malamnya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 25 Aug 2009, 6:20 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 25 Aug 2009, 6:22 pm | |
| Lagu Kelibat Si Penyair Jadi Taruhan Azlan & The Typewriter Pada 20 Ogos lalu, jam 3 petang, satu majlis sidang media dan pelancaran album terbaru Azlan & The Typewriter telah diadakan di Uncle Chillis, Hotel PJ Hilton dengan dihadiri Lan, vokalis Meet Uncle Hussan serta bandnya yang baru~ Azlan atau nama penuhnya Norazlan Roslee baru-baru ini telah membuat kejutan kepada industri hiburan tanahair di mana sebagai vokalis, beliau telah membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan Meet Uncle Hussain. Pengunduran tersebut bukan untuk bersara tetapi untuk mengembangkan lagi karier beliau sebagai pejuang muzik sekaligus mewarnai dunia seni tanahair. Masih bernaung di bawah label yang sama, Satu Entertainment Sdn Bhd, beliau menggunakan nama “Azlan & The Typewriter” (ATT) sebagai taruhan perjuangan solo ini. Berjayakah Lan menyuntik populariti Meet Uncle Hussan ke jasad Azlan & The Typewriter? Segalanya terserah pada selera peminat. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 25 Aug 2009, 6:25 pm | |
| Gambar Aizat masa 2 tahun lepas |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 25 Aug 2009, 6:30 pm | |
| Faizah: Tuntutan RM50,000 Roslin tak munasabah! KUALA LUMPUR: Proses sulh (perbincangan) mengenai kes tuntutan ganti rugi perkahwinan lebih RM50,000 yang difailkan pemain badminton negara, Roslin Hashim terhadap bekas isterinya, Faizah Mohamad tidak menemui sebarang jalan penyelesaian setelah Faizah tidak bersetuju dengan tuntutan yang difailkan. Faizah yang ditemui setelah proses perbincangan tersebut selesai mengatakan tiada kata sepakat yang dapat dibuat pada hari ini dan dia merasakan tuntutan yang dilakukan Roslin adalah tidak munasabah dan dia perlu pertahankan haknya. “Tuntutan yang dibuat Roslin meliputi wang hantaran dan perbelanjaan kahwin. Tuntutan itu (lebih RM50,000). Pada saya tak munasabah kerana jika diikutkan wang hantaran hanya bernilai RM15,000. Bagaimanapun, saya tetap kena pertahankan hak saya,” komen Faizah selepas proses sulh dilakukan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pagi tadi. Roslin berbincang sesuatu dengan peguamnya, Roslizam Rahim. Bagi Faizah juga dia sudah dapat mengagak keputusan perbincangan hari ini akan berakhir dengan tiada kata sepakat dari kedua-dua belah pihak. "Hari ini saya rasa biasa saja, sebab saya memang dah tahu memang tidak akan ada penyelesaian dan persetujuan bersama dalam perbincangan hari ini. "Saya akan tunggu tarikh sebutan kes yang akan ditentukan mahkamah nanti dan saya yakin saya dapat pertahankan hak saya nanti bila kes ini sudah berjalan," katanya. Bekas isteri Roslin, Faizah Mohamad turut hadir dalam proses sulh hari ini. Roslin yang turut ditemui di luar mahkamah mengatakan pihaknya akan menunggu tarikh sebutan kes yang akan ditetapkan mahkamah nanti untuk meneruskan kes tuntutan ganti rugi yang telah difailkannya ini. "Setelah perbincangan hari ini tiada jalan penyelesaian, saya hanya akan menunggu tarikh sebutan kes yang akan ditetapkan mahkamah nanti. "Pihak dia (Faizah) pun tidak bersetuju dengan tuntutan yang saya buat jadi kes ini akan dibicarakan," jelas Roslin yang turut mengatakan proses perbincangan tersebut berjalan dengan baik. Roslin bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada dia yakin untuk menang di dalam kes ini kerana jumlah tuntutan yang dilakukannya agak besar nilainya. "Saya pun tak boleh nak komen banyak sebab kes ini belum lagi dibicarakan. Saya rasa elok kita tunggu sajalah bila kes ini dah berjalan nanti," katanya. Tarikh sebutan kes bagi kedua-dua pasangan bekas suami isteri ini belum ditentukan lagi oleh pihak mahkamah namun akan diketahui dalam masa sebulan lagi. Roslin memfailkan permohonan ganti rugi perkahwinan lebih RM50,000 terhadap Faizah pada 12 Ogos lalu dan dia menjelaskan tuntutan ganti rugi yang dibuatnya adalah meliputi seluruh wang hantaran dan perbelanjaan perkahwinannya bersama bekas isteri. Roslin dan Faizah mula berkenalan sejak Hari Raya Haji pada tahun 2005 di rumah produser Raja Azmi. Selepas ditunangkan pada 1 November tahun lalu, Faizah mula rapat dengan Roslin dan mula keluar berdua sebelum bernikah pada 30 Januari lalu. Perkahwinan Roslin dan Faizah telah menimbulkan kontroversi apabila Roslin mengaku melafazkan cerai terhadap isterinya selepas 12 hari mereka bernikah dan menyatakan tiada persetubuhan berlaku antara mereka berdua sepanjang perkahwinan. Berikutan itu, Faizah telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya manakala Roslin juga berbuat demikian di Mahkamah Rendah Syariah yang sama. Roslin dan Faizah telah bercerai secara talak 'Bain Sughra' dengan satu talak pada 12 Mei lalu. Talak 'Bain Sughra' adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali tetapi pasangan tidak boleh rujuk semula melainkan dengan pernikahan yang baru walaupun isterinya di dalam edah. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 25 Aug 2009, 6:34 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 25 Aug 2009, 6:39 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 25 Aug 2009, 6:40 pm | |
| Van JAIP yang membawa Kartika ke Penjara Wanita Kajang berpatah balik selepas bergerak 200 meter, kerana menerima arahan penangguhan hukuman sebat daripada pihak atasan. Alasan ‘menghormati bulan Ramadhan’ diberikan kepada keluarga Kartika, telah menyebab’kan satu keluarga Kartika agak berang kerana mereka telah bersedia dari segi mental & fizikal untuk menerima hukuman 6 kali sebatan rotan. Kartika merupakan wanita pertama yang disebat akibat kesalahan meminum arak. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 25 Aug 2009, 6:42 pm | |
| Bakat saja tak cukup Kalau tiada peluang, susah untuk buktikan kemampuan sebenar sebagai anak seni PERTEMUANNYA dengan penerbit filem, David Teo sewaktu menyertai pertandingan Road To Hollywood pada Mei lalu membuka ruang buat bakat baru, Putri Mardiana Zainal Abidin mencapai impian sebagai anak wayang. Selama ini hasratnya itu dipendamkan lantaran tidak bertemu sesiapa yang boleh memberi jalan dan peluang menyerlahkan bakatnya. Biarpun pada awalnya terkejut dengan tawaran yang tidak disangka-sangka itu, namun jauh di sudut hati, bercambah juga perasaan teruja. “Minat untuk berlakon sudah lama, tapi tak tahu macam mana nak dapatkan peluang itu. Bagaimanapun, selepas selesai Road To Hollywood, acara saringan untuk World Championships do Performing Arts 2009 (WCOPA) di Los Angeles, David datang bertemu saya dan menawarkan berlakon dalam filem terbaru terbitannya pada waktu itu berjudul Santau. “Selepas beberapa perbincangan, saya terima tawaran itu. Bukan sekadar untuk filem itu saja, tetapi juga menjadi artis residen Metrowealth selama lima tahun. Saya bersyukur kerana peluang yang dinantikan akhirnya tiba juga,” kata Mardiana atau lebih akrab disapa Nina. Apabila memilih untuk berada di bidang ini, wanita berusia 27 tahun ini akur dengan cabaran yang perlu dihadapinya. “Saya tahu bidang ini banyak cabarannya. Ramai kawan-kawan mengatakan begitu. Saya sedar kita takkan boleh lepas dari tempias gosip. Namun, kita harus bijak menanganinya. Namun, tujuan saya menceburkan diri dalam bidang ini kerana minat mendalam serta mahu mengetengahkan bakat yang ada,” kata pemenang tunggal kategori lakonan program World Stars Road To Hollywood. Berasal dari Sitiawan, Perak, Mardiana cukup komited dalam bidang yang diceburinya. Kesungguhan untuk mengukuhkan namanya dalam dunia lakonan terserlah. Dalam filem arahan Azhari Zain (Zack), dia sanggup makan ulat bagi memastikan wataknya sebagai isteri yang dirasuk benar-benar menjadi. “Watak sebagai Nina iaitu isteri kepada Esma Daniel memang susah. Untuk adegan kena rasuk, saya dikehendaki makan ulat sampah. Bukan ulat olok-olok tapi ulat betul. Memang geli dan hanyir sebab ulat itu dicampur dengan telur. Mahu atau tidak, saya harus melakukannya. “Adegan itu antara babak yang sukar untuk saya lakukan. Banyak kali ‘take’ sehingga pengarah hampir putus asa,” ceritanya sambil memberitahu beberapa hari selepas itu, dia tidak sentuh langsung telur walaupun ia makanan kegemarannya. Tidak setakat itu, Mardiana berkata dia juga melakonkan adegan lagak ngeri sendiri dalam filem yang disifatkannya sebagai paling mencabar. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 25 Aug 2009, 6:45 pm | |
| Siapa pelakon teater Natrah? Nama Diana Danielle disebut-sebut tetapi Erma enggan mengesahkannya TEKA-TEKI mengenai pelakon mana yang bakal terbabit dengan teater Natrah masih belum terjawab. Ini sedikit sebanyak menambahkan kehangatan teater yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 17 hingga 25 November depan. Bagaimanapun, ketika ini sudah mula tersebar beberapa pelakon seperti Diana Danielle yang dikatakan akan memikul tanggung jawab berat memegang watak Natrah. Begitu juga dengan Remy Ishak dan Umie Aida yang disebut turut sama terbabit. Namun seperti kata Erma Fatima yang diberi mandat untuk mengarahkan teater ini, beliau sendiri masih belum mampu memberikan jawapan pasti mengenai perihal pelakon dalam teater Natrah nanti. Pengumuman rasmi itu akan dibuat dalam masa tempoh Ramadan ini. Seperti mana debaran orang luar yang begitu memuncak menanti bagaimana naskhah teater ini bakal dipersembahkan, seperti itu juga debaran yang mula dirasai isteri kepada Bade Azmi ini. Bertemunya minggu lalu di IB, Erma dalam nada mempersoalkan apakah selepas ini kita akan kehilangan lebih ramai lagi Natrah yang lain? |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 25 Aug 2009, 6:46 pm | |
| Skrip teater Natrah yang ditulis Erma dan dipantau Fatini Yaacob selaku penasihat, diambil daripada kisah benar mengenai sisi hidup Nadra Maarof atau nama asalnya, Berta Hertogh yang pernah menimbulkan kontroversi apabila soal agama Islam mula diperkotak-katikkan. Malah hingga tercetus rusuhan berbaur sentimen agama dan warna kulit. "Teater ini terlaksana atas kehendak Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Saya diminta untuk mengarahkannya dan Natrah bukan hanya tercatat dalam lipatan sejarah, sebaliknya ia satu tanggung jawab dan beban besar buat saya. "Teater Natrah bukan sekadar cerita mengenai perjalanan hidup, konflik dan sisi cintanya saja, sebaliknya ada yang tersirat dan tersurat yang ingin ditonjolkan yang barang kali hanya diketahui secara dasar semata-mata. Ia juga membabitkan perspektif agama dan bangsa. "Saya tidak mahu teater ini dipentaskan seperti filem Jasmin yang pernah dihasilkan sekitar 1980-an. Saya mahu ia menjadi lain, yang langsung tidak difikirkan orang. Saya percaya Dr Rais pilih teater ini bukan sekadar mahu mengisi panggung IB saja, sebaliknya ada matlamat tersendiri," katanya yang ditemui dalam sidang media teater Natrah dan Konsert 1Malaysia di IB, baru-baru ini. Erma berkata, Natrah itu sendiri sudah berkait dengan kontroversi, lalu mahu atau tidak, beliau harus bersedia dengan sebarang kemungkinan terhadap risiko yang lebih besar dan menakutkan. "Kalau nak diikutkan banyak inti pati cerita yang boleh dipersembahkan mengenai Natrah. Namun, dengan tempoh masa tertentu, saya harus memastikan apa yang ingin diisi itu berbaloi dengan apa yang diharapkan. Nama Natrah itu sendiri sudah berdiri dengan cukup komersial, lalu saya rasa tidak perlu elemen lain lagi. "Malah, saya difahamkan kematian Natrah pada Julai lalu juga berakhir sebagai pemikir bebas. Natrah mati bukan sebagai Islam mahupun agama asal yang dianutinya. Saya sendiri dalam dilema dan runsing sama ada mahu menamatkan persembahan ini dengan mempamerkan kenyataan atau memenangkan agama kita. "Sejujurnya saya bukan pengikut perkembangan Natrah tapi tahu mengenainya cuma tidak secara mendalam. Namun kerana tanggung jawab yang dipikul kini, saya perlu ambil tahu. Dalam masa yang sama, saya juga memegang amanah yang paling berat kerana menggunakan duit kerajaan seperti mana pengalaman saya mengarahkan Embun," katanya sambil memberitahu sesi latihan teater ini akan bermula selepas raya. INFO: Erma Fatima dan teater Natrah Menimbulkan pertanyaan adakah naskhah teater ini sebagai pembakar semangat untuk menaikkan perjuangan orang Melayu dan Islam khususnya atau kita hanya menunggu dan terus membiarkan agama sendiri dipersendakan. Sering dilabelkan sebagai pengarah kontroversi kerana karyanya sebelum ini. Bagaimanapun untuk teater Natrah, Erma tidak mahu kontroversi itu diberi lagi kepadanya kerana teater itu sendiri berdiri dengan kontroversi. Menerima tawaran mengarah Natrah kerana melihat karya yang ringan tidak mencabar dirinya sebaliknya Natrah menuntut sisi lain kepadanya dan satu tugasan berat yang perlu disempurnakan. Tidak melihat aspek set, props atau kostum sebagai satu masalah atau kesulitan. Ini kerana Erma pernah mengarahkan filem Embun dan Jimi Asmara yang menggunakan latar masa yang sama. Malah, IB juga mempunyai pengalaman menerbitkan naskhah epik dan klasik. Jika pementasan ini dilakukan sendiri dengan inisiatifnya, mungkin Erma tak akan mempedulikan soal sensitiviti atau kontroversi yang akan timbul. Sebaliknya, apabila terikat dengan kementerian dan IB, Erma harus berhati-hati. Katanya, dua perkara lagi yang ingin dicapainya sebelum meninggalkan dunia dan selepas menjadi pelakon, pengarah dan penerbit ialah untuk menjadi srikandi seni menghasilkan karya yang dapat menaikkan martabat bangsa dan negara kerana dirinya tidak mudah berasa puas hati. Keduanya, untuk menjadi isteri dan ibu yang sempurna. Natrah akan dipentaskan menggunakan Bahasa Melayu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 25 Aug 2009, 6:49 pm | |
| Kasih Shake pada Malaysia Shake mengabadikan pemandangan di kota paris untuk tatapan para peminatnya. SETIAP kali mendengar lagu Umi diputarkan di radio, terbayang di mata kita seraut wajah penyanyi yang kaya dengan senyuman, Datuk Shake. Walaupun lagu berkenaan sudah berusia 25 tahun, namun bait-bait lirik luahan kasih sayang seorang anak terhadap ibunya bukan sahaja mencuri hati para pendengar malah ia menggambarkan betapa rapatnya penyanyi itu dengan ibunya. Lagu ciptaan komposer tidak asing lagi, Datuk Dr. Ahmad Nawab yang diterbitkan pada tahun 1984 bukan sahaja telah menaikkan nama Shake malah ia juga kenangan manis Shake buat uminya. Lalu tidak hairanlah pertama kali bertemu dengan Shake ketika pelancaran albumnya, bibirnya tidak lepas bercerita tentang isterinya, Datin Melina yang memberi sinar kebahagiaan dalam hidup dan kariernya. Tidak ketinggalan, beliau juga tidak meminggirkan ibunya, Allahyarham Sharifah Zaleha yang menjadi sumber inspirasi dan kekuatan untuknya berjuang dalam seni. Kini walaupun Sharifah Zaleha telah 23 tahun meninggal dunia, namun sebagai anak yang begitu rapat dengan ibunya, Shake tidak pernah lupa menziarahi pusaranya setiap kali balik ke Johor. "Saya sampai di Malaysia sudah lebih seminggu. Tetapi sebelum datang ke Kuala Lumpur, saya singgah di Johor menziarah pusara arwah umi," cerita Shake pada satu pertemuan di hotel penginapannya di Kuala Lumpur awal minggu lalu. Meskipun sudah lebih sedekad tidak bertemu dengan Shake yang kini menetap di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat, namun sesuatu yang membanggakan ingatan ayah kepada empat orang anak dan datuk kepada lima orang cucu ini terhadap penulis masih tidak padam, sambil berkata; "Masakan saya tidak kenal walaupun dah lama tak jumpa. Itulah indahnya orang Melayu, walaupun jauh di mata tetapi dekat di hati." [i] |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 25 Aug 2009, 6:50 pm | |
| Fasa hidup Eja kini berbeza EJA tetap mempertahankan prinsipnya yang dipegang selama 12 tahun menjadi pelakon. BARANGKALI berita kehamilan dramatis popular ini bukan lagi satu rahsia. Begitu juga dengan cerita perkahwinannya yang pada satu ketika merupakan berita yang cukup hangat diperdebatkan. Masyarakat dengan cukup mudah melemparkan tuduhan negatif terhadapnya. Pelbagai label dilekatkan kepada dirinya. Hipokrit dan penipu - itulah antara dua istilah yang diberikan kepadanya. Kata mereka lagi, apabila sudah mengandung, baru hendak beritahu satu dunia bahawa dirinya sudah menjadi seorang isteri. Memang benar. Orang di luar sana boleh berkata apa sahaja sedangkan tuan empunya diri mempunyai 1001 alasan untuk mendiamkan diri daripada terus melatah mahupun melenting. Bagi Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Eja, 37, sebagai manusia biasa, dia mempunyai hak untuk tidak menceritakan kepada umum dan masyarakat tentang status dirinya mahupun kehidupan peribadinya. Tegasnya, itulah prinsip hidupnya sejak mula menceburkan diri dalam dunia seni sejak 12 tahun lalu dan dia sendiri merupakan seorang yang cukup perahsia biarpun kepada ahli keluarganya sendiri. "Saya bukan seorang yang mudah bercerita dan berkongsi rahsia dengan sesiapa. Malah, bukan mudah juga untuk saya mempercayai sesiapa. "Selama ini pun, pihak media tahu bahawa saya sudah berkahwin namun atas permintaan saya sendiri, saya meminta dan tidak mahu kisah peribadi saya yang lebih ditonjolkan daripada kisah kerjaya. "Bagi saya, kerjaya dan peribadi tidak harus dicampuradukkan. Selama ini pun, saya tidak pernah menafikan mahupun mengiyakan tentang status diri saya," demikian luahan Eja sewaktu menjalani sesi fotografi di Hotel Shangri-La, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur minggu lalu. Selama ini pun jelasnya, peminat mahupun masyarakat sudah berkali-kali sedar akan kehadiran lelaki yang bernama Mohd. Silahuddin Jamaluddin, 49, yang sering kali menemaninya di majlis-majlis korporat. Katanya, apabila ada yang menegurnya di luar dan bertanyakan tentang Silahuddin, Eja tanpa segan-silu memberitahu bahawa lelaki itu adalah suaminya. Saya juga bertanyakan kepada Eja, seandainya dia tidak mengandung, adakah dia akan terus bersikap mendiamkan diri untuk tidak menghebahkan status dan kisah perkahwinannya. Sambil tersenyum manis, jawapan yang diberikan adalah dengan menganggukkan kepalanya sahaja. "Macam saya beritahu tadi. Ia adalah pegangan hidup saya sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke dunia seni. Saya berikrar saya mahu kisah kerjaya ditonjolkan berbanding peribadi. "Pada masa yang sama, saya harus menjaga nama baik suami serta menghormati imejnya sebagai seorang ahli korporat. Dia juga tidak mahu menonjolkan dirinya kerana baginya, biarlah saya seorang sahaja yang dalam dunia seni. "Kami mengamalkan sikap toleransi dan menghormati dunia serta karier masing-masing. Dia tidak pernah langsung menghalang karier saya. Disebabkan itu, saya tekad untuk tidak memperdagangkan kisah peribadi," ujarnya dalam nada penuh diplomasi. Kata Eja lagi, keputusannya untuk tidak bercerita tentang dunia perkahwinannya juga bukan bermakna dia menyembunyikan sesuatu yang negatif. Apatah lagi, dia mendirikan rumah tangga dengan Silahuddin selepas perkahwinan pertama suaminya itu bersama wanita berbangsa asing menemui titik noktah. Menerusi perkahwinan pertama, Silahuddin dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Khatijah Jamaluddin, 17, dan Shane Jacob Jamaluddin, 13, yang kini menetap di Sydney, Australia. "Maaf, saya bukan wanita seperti itu dan buangkan jauh-jauh pandangan skeptikal itu jika ada yang berfikiran demikian," tuturnya sambil memberitahu dia mempunyai hubungan yang sangat baik bersama dua anak tirinya itu. Rona bahagia dan gembira jelas terpancar di wajah Eja dan sudah cukup membuktikan bahawa dia sedang melalui serta meniti satu fasa baru dalam hidupnya kini. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 25 Aug 2009, 6:52 pm | |
| Jaclyn tidak mahu menjerit ALBUM ketiga Jac tampilkan kelainan dari segi vokal. ALBUM Gemilang dan Inilah Cinta yang dihasilkan sebelum ini menyaksikan kehebatan vokal penyanyi ini terutama dalam menyanyikan lagu bernada tinggi. Dan, disebabkan suara emas itulah maka Jac menerima laluan mudah untuk menggenggam gelaran juara Malaysian Idol musim pertama. Bagaimanapun, untuk album ketiga ini, tiada lagi jeritan atau "melalak' yang akan kedengaran. Kata Jac, untuk album terbarunya yang diberi judul Jaclyn Victor 111, dia tidak akan lagi berbuat demikian sejajar dengan perubahan muzik yang hendak ditonjolkannya. "Saya tidak mahu lagi menjerit. Cukuplah saya sudah membuktikan yang saya boleh menyanyi dalam nada yang tinggi dalam dua album sebelum ini. Jadi dalam album ketiga ini, saya akan menurunkan vokal supaya kedengaran lebih tenang dan selesa ketika menyanyi," katanya kepada media di majlis pra-dengar album terbarunya baru-baru ini. Jika sebelum ini Jac banyak bekerja dengan komposer ternama tapi kali ini, syarikat rakamannya, Sony Music menyuntik sedikit elemen pembaharuan dengan bergabung lebih ramai komposer muda. "Walaupun mereka komposer muda tapi saya berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Saya akui seronok bekerjasama dengan mereka. Apabila bekerja dengan komposer baru, perubahan muzik juga berlaku. Mungkin akan kedengaran sedikit kelainan tetapi hanya suara saja yang akan membuat peminat kenal itu adalah nyanyian dari Jaclyn Victor. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 25 Aug 2009, 6:56 pm | |
| Faralyana insaf KARAKTERNYA sebagai Hana dalam Kisah Kaisara memberi peluang kepada gadis manis ini untuk terus bergiat aktif di persada seni tanah air apabila drama bersiri popular itu berjaya melonjakkan namanya di mata peminat hiburan tanah air. Malah, pembabitan sulungnya dalam arena lakonan tempatan sebagai seorang pelajar sekolah menengah yang sangat nakal dan bersifat pembuli, meraih banyak pemerhatian sama ada komen berbaur positif mahupun negatif terhadap mutu lakonannya. Mungkin boleh dibanggakan apabila lakonan awalnya menjiwai watak pembuli dalam Kisah Kaisara nampak seperti betul dan tidak dibuat-buat. Namun, pada masa sama kedengaran pula lontaran suara menuduh tuan empunya badan, Faralyana Mohd Idris, 18, sememangnya nakal, jahat serta berperwatakan pembuli sejak di zaman persekolahan lagi. Justeru, kononnya tiada masalahlah bagi gadis kelahiran Taiping, Perak ini untuk menjayakan watak sedemikian dengan begitu terkesan sehingga membuatkan penonton setia drama berkisar kehidupan remaja masa kini itu meluat melihat adegannya yang gemar membuli Kaisara dan tidak suka mendengar kata guru. Ketika ditemui sewaktu fotografi Rap, baru-baru ini, anak kedua daripada tiga adik beradik ini mengakui gosip nakal itu membuatkannya sedikit tertekan pada waktu awal namun langsung tidak menjatuhkan semangatnya untuk terus berjuang mengukir nama sebagai pelakon berjaya. "Kelakar juga apabila mengenangkan semua ini. Bayangkanlah, gara-gara watak Hana, saya dikatakan nakal dan suka membuli ketika di zaman persekolahan lagi. "Rakan sekolah yang terbaca gosip itu menerusi Internet terus menghubungi saya dan mempertikaikan kewajaran informasi berkenaan. Tetapi, kami akhirnya ketawa bersama kerana sememangnya saya bukan berpesonaliti sedemikian. "Lagipun, saya yakin penularan gosip itu menandakan bahawa saya serius menjayakan sesuatu watak hingga berupaya menarik perhatian segelintir pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan informasi tidak betul," kata gadis ini yang menjadikan Nasha Aziz sebagai idolanya. Menyentuh mengenai perkembangan watak Hana dalam Kisah Kaisara musim ketiga yang disiarkan di saluran TV9, kata Faralyana, ia semakin menarik kerana menampilkan adegan yang dia akan berbaik dengan Kaisara. "Walaupun Hana akan berubah menjadi baik, berkawan dengan Kaisara serta tidak membuli orang lain, sebenarnya dia masih jahat lagi, tetapi tidaklah seperti sebelumnya. "Tetapi, pergaduhan mereka tidaklah teruk sangat seperti yang dipaparkan pada musim kedua," katanya. Berkaitan perkembangan terkini, kata Faralyana, dia baru saja balik dari Perak selepas selesai menjalani penggambaran telefilem Rambong arahan pelakon Zulhuzaimy yang bakal disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) nanti. Katanya, dia gembira mendapat tawaran ini kerana dapat bekerjasama dengan pelakon hebat, Eman Manan. Rambong, katanya, adalah sebuah cerita yang membawa penonton meninjau jauh di sebuah perkampungan yang masih mengamalkan adat tradisi iaitu mengadakan Pesta Songkran dan menggabungkan tarian yang dikenali sebagai Rambong. Ia berkisar kepada watak Memey (dijayakan olehnya) dirogol oleh Along Din yang dianggap seperti bapanya (Eman Manan) ketika dalam perjalanan untuk menari Rambong sempena pesta itu. Zulhuzaimy, selaku pengarah dan juga pelakon utama dalam cerita itu memegang watak sebagai Che Yem iaitu abang kepada Memey, menjejak segala misteri di sebalik kematian adiknya itu. "Biarpun babak lakonan dalam telefilem itu tidak banyak namun saya memperoleh pengetahuan dan pengalaman baru menerusi watak Memey. "Apatah lagi, aksi kena rogol dan dicampakkan ke dalam sungai, sememangnya suatu pengalaman yang sukar dinyatakan. "Ketika melakukan aksi rogol, kaki serta badan tercalar kerana terpaksa berlari dalam kawasan hutan. Kemudian dicampakkan pula ke dalam sungai, tetapi, babak yang paling tidak dapat saya lupakan ialah sewaktu dikehendaki memakai kain kapan dan dimasukkan dalam keranda. "Berada dalam keranda dan dikapankan, perasaan itu memang lain sangat. Rasa insaf menyelubungi diri dan mungkin ini antara pengajaran berharga yang saya peroleh menerusi lakonan itu," katanya. Bercerita mengenai aktiviti sepanjang Ramadan, kata Faralyana, dia seronok menanti kedatangan bulan mulia itu kerana suasana meriah tatkala berkunjung ke pasar Ramadan yang berdekatan dengan rumahnya. "Bagi saya Ramadan adalah masa untuk seluruh keluarga mengeratkan hubungan silaturahim. Mujurlah, saya cuma sibuk di lokasi penggambaran bermula awal September ini untuk jayakan telefilem Cinderella Blues arahan abang Haikal. "Jadi, dengan ada masa terluang, saya mengambil kesempatan berkunjung ke pasar Ramadan berdekatan rumah. Seronok melihat gelagat orang ramai yang bukan saja terdiri dari bangsa Melayu, malah Cina dan India juga ada sekali. "Melihat pelbagai juadah disediakan memang menarik, tetapi saya lebih suka membeli apa yang patut saja supaya tidak membazir," katanya. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 2 of 11 | Go to page : 1, 2, 3, ... 9, 10, 11 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |