Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 9, 10, 11
AuthorMessage
ellnashoppe
Enterpreneur
Enterpreneur
ellnashoppe

Number of posts : 102
Age : 36
Location : Cheras Kuala Lumpur
Registration date : 12/07/2009

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitimeWed 16 Sep 2009, 1:26 am

sally_eiyna wrote:
Zach 'X-Factor' tu islam ker?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Za310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Za710

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 28265210

He start his career in entertainment industry as a singer of a group X-Factor unber KRU label. Then he start acting in some dramas and movies. His handsome face really adorable. He has a muscular body but it's hard to get any of his shirtless pics. He is a Sarawakian native.

Full Name : Zachery Anak Francis Ubu
Place of birth : Kuching,Sarawak
Race : Others
Language : Malay
Career : Actor, Singer
Skill : Acting, Singing



HENSEMYE ZACK NI....
SEKARANG NI DIA TGAH POPULAR DENGAN CERITA
si CAPIK
Back to top Go down
http://www.ellnashoppe.blogspot.com
ellnashoppe
Enterpreneur
Enterpreneur
ellnashoppe

Number of posts : 102
Age : 36
Location : Cheras Kuala Lumpur
Registration date : 12/07/2009

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitimeWed 16 Sep 2009, 1:29 am

sally_eiyna wrote:
Tiz Zaqyah Heroin Nurkasih Bersosial

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 160

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 251

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 440

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 530

MAK OI TAK SANGKA DALAM NUR SOPAN GILA BAIK GILA TAPI
KAKI SOSIAL
Back to top Go down
http://www.ellnashoppe.blogspot.com
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitimeWed 16 Sep 2009, 4:54 pm

Hujan jelajah satu Malaysia untuk ‘Mencari Konklusi’


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Hujan210
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitimeWed 16 Sep 2009, 4:57 pm

Fizow Omar warisi kepakaran memasak dari Thailand

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Fizow110
Bukan saja hebat berbakat besar di dalam bidang lakonan, Fizow juga pandai dalam bidang memasak.

SEBAGAI model dan pelakon berbakat besar, Fizow Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar selesa berlakon di depan lensa kamera.

Namanya pula meniti bibir para peminat kerana kehebatan lakonannya dalam filem, drama dan telemovie.

Mungkin ramai tidak tahu Fizow turut selesa 'beraksi' di dapur. Kali ini bukan sekadar untuk rakaman filem, drama dan telemovie. Fizow sebenarnya suka memasak.

"Saya betul-betul suka masak. Saya bolehlah menghasilkan Tom Yam, kerabu menggunakan ikan bilis dan sotong dan macam-macam lagi yang membuat anda kecur liur.

"Biasanya, saya memasak untuk melayan ahli-ahli keluarga, kawan-kawan serta sanak saudara," kata Fizow, 24, ketika dihubungi baru-baru ini.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Fizow210
Pelakon drama bersiri 'Bionik' dan kawan baik pelakon Kamal Adli ini memberitahu dia mewarisi kemahiran memasak dan resipi rahsia makanan Siam itu daripada ibunya yang berasal dari Thailand.

Biarpun sibuk dengan lakonan, Fizow berharap dia dapat mempraktikkan ilmu masakan tersebut. Fizow sudah berkira-kira ingin menjalankan perniagaan makanan Thailand.

Fizow ingin menjadi chef dan memanfaatkan segala ilmu memasak itu. "Bukan sekarang. Saya betul-betul tak tahu bila.

"Tapi kesemua ini dalam perancangan saya untuk dua tahun akan datang," akui bekas pemain bola sepak ini sebelum mencipta nama dalam modeling dan seterusnya industri hiburan.

Untuk mevariasikan makanan yang dijual, Fizow bercadang untuk menyajikan makanan barat. Amboi, rupa-rupanya 'Chef' Fizow ini pandai membuat percaturan dalam bisnes!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Barangkali bakat masakannya yang terpendam itu dapat ditonjolkan sekali gus melonjakkan namanya segah nama Chef Wan.

Ini bagaimanapun tidak bermakna Fizow akan meninggalkan kerjaya lakonannya. Fizow memberi jaminan dia akan terus berlakon kerana darah seni lakonan masih mengalir dalam badannya.

"Saya memasang cita-cita untuk menjadi produser filem dan drama suatu hari nanti bila saya bersedia," kata anak kelahiran Pasir Putih, Kelantan Ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Fizow111
Fizow semasa sesi ramah mesra bersama bintang 'SPA Q' tahun lalu.

Ketika dihubungi, Fizow baru habis menjalani sesi penggambaran filem genre komedi romantik 'Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami!' dan telemovie 'Bonanza'.

"Saya memang sibuk kini kerana jadual kerja agak padat. Buat masa sekarang, Fizow menjalani penggambaran untuk drama 'Awan Dania 2' selain mengacarakan program 'Gen-X'.

"Lepas Raya pula, saya akan terlibat dalam drama 'Kau Laksana Bulan'. Setakat ini, penggambaran telah selesai sebanyak 40 peratus," kata Fizow yang akan mengadakan rumah terbuka Hari Raya di Kota Bharu pada hari raya keempat.

Fizow akan balik ke Haadyai dan Narathiwat untuk pulang berhari raya di kampung halaman ibunya. Bapanya berasal dari Kelantan.

Mengenai status terkininya, Fizow berkata, dia masih membujang walaupun sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon muda , Ainul Aishah Azizun, 24, atau lebih mesra digelar Ain menerusi drama bersiri komedi 'Anak Mami' dan filem 'Nana Tanjung'.

"Harap-harap saya dapat mendirikan rumahtangga sebelum mencecah umur 30 tahun," kata Fizow yang merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik.

Fizow mengakui dia pernah bercinta semasa belajar di Universiti Teknologi MARA tetapi ia tidak sampai ke jinjang pelamin.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna dia serik bercinta tetapi terlalu sibuk dengan penggambaran filem dan drama.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitimeWed 16 Sep 2009, 5:00 pm

Awal pikul tugas lebih berat dalam Sehati Berdansa 3

KREDIBILITI Awal Ashaari sebagai seorang pengacara memang tidak boleh disangkal lagi. Gayanya yang tersendiri membuatkan jejaka berusia 28 tahun ini dilihat antara pengacara muda yang mampu pergi jauh di dalam bidang ini.

Sudah banyak program yang menyaksikan pengacara yang juga seorang pelakon ini tampil sebagai hos. Bermula dengan Beat TV, Awal mengorak langkah dengan begitu baik di dalam bidang pengacaraan.

Dan kini, setelah bertahun-tahun menceburi bidang ini, Awal dilihat terus 'laku' menjadi rebutan untuk mengendalikan pelbagai program.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Scha2210
Awal (kanan) bersama Scha dan Fahrin akan bergandingan mengendalikan Sehati Berdansa musim ketiga

Terbaru, selain bertindak selaku hos rancangan Rentak Bolly di Astro B4U, Awal sekali lagi dipilih mengendalikan program realiti berbentuk tarian, Sehati Berdansa, yang akan memasuki musim ketiga tidak lama lagi.

Turut serta menjadi hos bagi program itu ialah Fahrin Ahmad yang juga masih kekal sebagai hos utama bergandingan dengan bintang muda, Scha yang dipilih menggantikan Linda Onn.

Berbeza dengan musim-musim sebelum ini, kata Awal, untuk musim terbaru, tugas yang bakal dipikul semakin mencabar.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Awal1110
"Kali ini, saya memang cukup teruja dengan tanggungjawab yang bakal saya galas kelak. Apa yang saya lihat, selama dua musim saya bersama Sehati Berdansa, tugas-tugas yang saya pikul semakin besar.

"Ini satu perkembangan positif untuk saya kerana diberi lebih kepercayaan setiap musim. Untuk musim pertama dulu, saya hanya mengendalikan segmen Di Sebalik Sehati Berdansa dan Detik Sehati Berdansa.

"Masuk musim kedua, tugas saya bertambah kerana saya juga perlu mengacarakan segmen Memori Sehati Berdansa dan Kenali Sehati Berdansa.

"Dan kali ini, tanggungjawab saya bertambah lagi kerana saya akan menghoskan Debaran Sehati Berdansa, iaitu malam 'result show' yang mana sebelum ini ia dikendalikan oleh dua hos utama," ujar Awal yang ditemui pada majlis pengumuman hos Sehati Berdansa musim ini, kelmarin.

Turut diumumkan pada majlis itu ialah perunding tarian bagi musim terbaru ini iaitu Farah Sulaiman.

Ujar Awal lagi, tanggungjawab yang semakin mencabar itu memang amat dinantikan setelah dua musim dia menjadi salah seorang hos program yang akan memulakan siaran di Astro Ria tidak lama lagi.

"Saya bersyukur kerana pihak produksi turut 'menarik' saya ke depan. Maklumlah, sebelum ini saya hanya mengacarakan untuk program-program belakang tabir.

"Memanglah kalau boleh, saya ingin berada di 'frontliner' untuk sesebuah program. Tetapi, dengan tugas baru yang saya akan pikul ini, bagi saya ia sudah dikira bagus," katanya dalam nada ceria.

Secara ringkasnya, Sehati Berdansa merupakan sebuah program realiti tarian yang diadaptasi daripada format program hiburan popular antarabanga.

Sama seperti musim-musim terdahulu, pasangan selebriti yang terlibat akan menari untuk membantu mengumpul dana bagi badan-badan kebajikan terpilih.

Persembahan pasangan selebriti ini akan diadili dengan sistem pemarkahan sebanyak 50 peratus oleh juri profesional dan 50 peratus lagi daripada undian penonton.

Sehati Berdansa sebelum ini telah menyaksikan pasangan Rashidi Ishak dan Vanidah Imran muncul sebagai juara musim pertama diikuti dengan pasangan Fauzi Nawawi dan Lisdawati yang tampil sebagai juara musim kedua.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitimeWed 16 Sep 2009, 5:01 pm

Anang akan maafkan Krisdayanti di hari lebaran

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Anang_10
Anang pasti akan memberi kemaafan atas kekhilafan isterinya, Kris Dayanti. - foto THE STAR oleh KAMARUL ARIFFIN

PINTU kemaafan tetap terbuka menjelang Syawal yang tinggal beberapa hari lagi.

Kemuliaan hari lebaran yang akan menjelang mungkin mampu memadamkan api kemarahan penyanyi Anang Hermansyah yang sebelum ini melarang Krisdayanti menemui kedua anaknya Aurel, 12 tahun, dan Azriel, 10 tahun.

Menurut laporan media di sana, di hari lebaran nanti Anang pasti akan memberi kemaafan atas kekhilafan isterinya, penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti (KD) yang meminta cerai beberapa hari sebelum Ramadan lalu.

Namun kemaafan itu tidak bermakna proses perceraian akan terhenti. Ini adalah kerana Anang sudah menjatuhkan talak tiga ke atas KD.

Mengikut perancangan, sehabis saja selesai lebaran, proses perceraian akan dipanjangkan ke pejabat agama.

Anang juga bercadang membawa anak-anaknya makan angin ke Bali pada hari raya nanti.

Kata Anang, anak-anak yang minta dibawa ke Bali dan akan berangkat ke sana pada 19 September ini dan akan menetap di pulau itu hingga awal Oktober.

"Saya dan anak-anak akan menyambut hari lebaran di sana," kata Anang yang berasal dari Jember, Jawa Timur ini.

Namun Anang tegas menafikan yang dia tidak memberi kesempatan untuk Krisdayanti bertemu kedua anak hasil perkahwinannya selama 13 tahun.

"Anak-anak sendiri yang tidak mau," jelas Anang.

Ketika ditanya kenapa ke Bali, Anang berkata dia harus memanjakan anak.

"Kalau bukan saya siapa lagi. Lagi pula antara Jember dan Bali dekat. Jadi Lebaran mungkin beberapa keluarga besar di Jember akan ikut ke Bali," katanya.

Dengan begitu, kata Anang, tradisi kumpul bersama keluarga untuk saling memaafkan tetap terjalin.

"Saya juga minta maaf, kerana banyak berbuat salah. Termasuk memberi maaf kepada Krisdayanti. Tidak mungkin tidak memaafkan," kata Anang.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitimeWed 16 Sep 2009, 5:02 pm

Wan Chik redha beraya tanpa M. Rajoli


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Wan20c10
Wan Chik Daud hanya menyempurnakan Hari Raya pertamanya dengan solat raya Aidilfitri. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

TUDUHAN mengatakan isteri kedua aktor veteran M. Rajoli, Wan Chik Daud tamak dan berpura-pura menjaga suaminya itu akhirnya membuatkan hubungan mereka terpisah.

Walaupun M. Rajoli dan Wan Chik masih lagi bergelar pasangan suami isteri, namun mereka secara zahirnya sudah tidak berhubung antara satu sama lain.

Masakan tidak, M. Rajoli yang sedang menjalani rawatan akibat menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak dua tahun lalu, dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.

Sebelum ini, sebuah akhbar mengeluarkan dakwaan mengatakan Hassimah yang selama ini bersusah payah menjaga makan minum, pakaian dan menjaga suaminya ketika sakit sebaliknya Wan Chik dikatakan hanya berpura-pura baik di depan orang terutama wartawan dan penggiat seni yang datang menziarah M Rajoli.

Walaupun puas orang mencerca dan inginkan kepastian daripada aktres veteran dan bekas pembaca berita RTM ini, dia hanya mendiamkan diri dengan alasan tidak mahu memburuk-burukkan keluarga isteri pertama suaminya itu.

Namun, ketika ditemui baru-baru ini, Wan Chik akui hubungannya dengan keluarga Hassimah tidak berapa baik tetapi dia enggan mengulas lanjut tentang isu itu.

“Saya tak nak kontroversi lagi..saya tak nak timbul masalah lain yang akan menjejaskan nama ‘uncle’,” katanya yang membahasakan nama M. Rajoli sebagai uncle.

Tambahnya, “Soal suami, saya tak nak cakap lagi dan biarlah saya berseorangan. Saya redha..”

Bagi Wan Chik, matlamatnya kini hanya ingin mencari ilmu akhirat dan sebolehnya tidak mahu dibelenggu dengan soal ‘berbagi suami’ lagi.

Dalam nada tenang, Wan Chik berkata, “Suami adalah pinjaman Allah. Saya nak siapkan diri dan perlu bersedia untuk mencari ilmu akhirat. Saya juga memaafkan sesiapa yang bersalah dengan saya.”

Menurut Wan Chik, sejak dia tidak perlu ‘menunaikan’ apa-apa tanggungjawab terhadap suaminya, kini dia banyak mengerjakan amal ibadat lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ini.

“Sekarang ini, saya banyak mengikuti tadarus al-Quran seperti yang dianjurkan oleh Muzium Kesenian Islam pada 15 Ogos hingga 12 September.

“Tetapi kadangkala tu, saya rindu juga untuk solat berjemaah dan berbuka puasa dengan suami,” ujarnya yang menganggap semuanya telah menjadi kenangan ibarat lagu ‘Tiada Lagi’ nyanyian ‘rocker’ Amy Search.

Jelas Wan Chik, dia menganggap setiap bait lirik lagu ‘Tiada Lagi’ mempunyai persamaan dengan kisah hidupnya.

Ditanya tentang statusnya yang masih bergelar isteri pelawak dan pelakon yang selalu membawakan watak orang warak itu, Wan Chik menjawab, “Kami tetap suami isteri sampai mati.”

Mula belajar hidup seorang diri

Menyentuh tentang aktiviti yang akan dilakukan pada Hari Raya nanti, Wan Chik berkata suasana rayanya pada tahun ini pasti lebih berlainan berbanding tahun-tahun lalu.

“Agenda saya pada Hari Raya pertama ini hanya solat raya Aidilfitri. Saya hanya beraya sendiri kerana anak-anak semuanya pulang beraya ke rumah keluarga sebelah suami dan isteri masing-masing di Singapura dan Amerika.

“Saya mula belajar hidup berseorangan,” katanya yang enggan menceritakan tentang kali terakhir dia melawat M. Rajoli.

Wan Chik lebih suka berkongsi tentang dia terkenangkan saat membawa suaminya melakukan rawatan fisioterapi sebanyak RM1500 sebulan dan kali terakhir dia menemani M. Rajoli adalah pada 27 Mac lalu.

Selain itu, Wan Chik berkata dia terlibat dengan rakaman suara untuk iklan radio dan tv produk jenama Baba’s.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitimeWed 16 Sep 2009, 5:04 pm

Rezeki selepas popular


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Hi_01_41

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Hi_01_42
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitimeWed 16 Sep 2009, 7:23 pm

Sederhana beraya
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Mainp129

SEKALIPUN kedua-duanya sibuk sebagai anak seni, namun ketibaan Aidilfitri sememangnya dinanti. Ini kerana, sempena meraikan Syawal yang mulia itu dapat juga berkumpul seisi keluarga. Maklumlah, selalunya masing-masing sibuk dengan tuntutan karier.

Justeru, bagi Aidilfitri ini, Farah Asyikin Zulkifli selesa menyambutnya secara sederhana. Begitu juga Tiz Zaqyah Abdul Razak yang mula mencipta nama sebagai pelakon. Namun, kedua-dua mereka memiliki cerita 'raya' yang menyeronokkan untuk dikongsi bersama.

Kata Farah Asyikin, walaupun kini usianya mencecah 30 tahun tetapi kenangan beraya pada zaman kanak-kanak tetap tidak dapat dilupakan.

Katanya, sebagai individu yang lahir dan dibesarkan di ibu kota, nyata sekali suasana hari raya diraikan itu sangat berbeza.

"Di ibu kota ini, suasana sambutannya tidak sehebat di kampung. Ini kerana, saya ingat lagi ketika beraya di kampung bapa di Pekan, Pahang masa kanak-kanak dulu. Memang seronok dan suasana berbeza sangat jika hendak dibandingkan di Kuala Lumpur ini.

"Jika di kampung, kalau mahu 'mencari' duit raya di rumah orang pun tidaklah malu sangat. Bahkan, pergi beraya pun secara berkumpulan dan ia merapatkan hubungan persaudaraan antara sepupu. Malah, berlumba-lumba siapa kumpul duit raya paling banyak.

"Kini, pengalaman itu hanya tinggal kenangan. Sampai bila-bila akan dikenang dan saya percaya semua orang ada memori indah di hari raya. Bagaimanapun, tidak terkecuali pengalaman pahit tetapi biarlah tidak dikongsi kerana ia adalah rahsia," katanya.

Setia meraikan Aidilfitri bersama keluarga setiap tahun, duta produk jam tangan jenama Roscani ini berkata, dia selesa memilih baju kurung kain kapas untuk digayakan.

Kata Farah lagi, dia memilih gaya ringkas dan sebab itu kain kapas menjadi pilihannya.

"Saya tahu tidak ramai orang yang suka bergaya dengan baju kurung kain kapas. Tetapi, pada saya, apa saja kain semuanya cantik dan menarik jika bijak digayakan. Bagi saya pula, memang sejak kecil lagi sukakan kain kapas kerana 'sedap' memakainya.

"Selain itu, apa yang pasti, saya sebenarnya berdebar menunggu reaksi peminat terhadap bakat lakonan yang mula diceburi. Pada Aidilfitri ini, saya akan muncul dengan telefilem Satu Hari Di Hari Raya yang akan disiarkan di TV9 pada raya kedua.

"Ia kemunculan pertama saya sebagai pelakon dan ditambah lagi diberi peluang berlakon watak utama. Tidak dinafikan, saya seronok membintangi telefilem itu dan diharap peminat dapat menerima bakat lakonan ditonjolkan seadanya," kata Farah Asyikin.

Kata penyanyi yang pernah popular dengan lagu 1,000 Penipuan dan Hello ini lagi, bukan saja dia berdebar memikirkan reaksi peminat tetapi juga keluarganya.

Kata Farah, tidak tahulah apa kritikan yang diberikan kepadanya nanti. Diharapkan semuanya baik.

Ditanya sama dia akan terus berlakon, Farah berkata, semuanya bergantung pada penerimaan peminat. Lagipun, katanya, hingga kini dia belum lagi menerima sebarang tawaran lain.

Mengenai album baru pula, Farah Asyikin memaklumkan pembikinannya ditangguhkan.

Menurut Farah Asyikin, seiring dengan keadaan pasaran album sekarang termasuk dia juga bertanggungjawab menguruskan perjalanan karier seninya sendiri, wanita cekal ini tidak mahu terburu-buru.

Katanya, dia perlu mengambil kira pelbagai aspek sebelum membuat keputusan.

Bagi Tiz Zaqyah pula, sejak kontroversi gambar aktiviti sosialnya bersama rakan tersebar di Internet, dia dinasihatkan keluarga supaya berhati-hati.

Menurut gadis manis ini, dia semakin mengenali kehidupan sebagai artis dan mengambilnya secara positif.

"Apa yang pasti, keluarga banyak memberi motivasi pada saya. Namun, boleh dikatakan individu di sekeliling saya sentiasa memberikan semangat. Yang sudah berlaku itu, biarlah berlalu dan berilah saya peluang untuk terus berkarier dalam bidang ini.

"Justeru, pada Aidilfitri ini, saya meluangkan sepenuh masa berkumpul bersama keluarga. Lagipun, keluarga kecil seramai empat beradik saja. Bahkan, sejak sibuk berlakon, masa saya dengan keluarga cukup terhad dan banyak di lokasi penggambaran.

"Jadi, Aidilfitri ini, saya mahu bermaafan seisi keluarga. Malah, paling seronok menikmati rendang ayam masakan ibu. Ini kerana, rendang ayam itu adalah menu 'wajib' kami sekeluarga. Bahkan, saya pun tiada pantang larang soal makanan," katanya.

Mengenai kuih raya pula, Tiz Zaqyah berkata, setiap tahun dia lebih senang membeli yang sudah siap dan elakkan pembaziran.

Katanya, dia sekeluarga hanya mahu meraikan Aidilfitri dengan meriah serta tidak merancang untuk mengadakan rumah terbuka.

Menyentuh mengenai karier lakonannya, Tiz Zaqyah berkata, sejak membintangi drama bersiri Nur Kasih arahan Kabir Bathia, memang namanya semakin dikenali ramai. Justeru, katanya, memang dia ada menerima tawaran berlakon lain tetapi dalam perbincangan.

"Selepas watak Nur Amina itu, saya kini sentiasa berhati-hati untuk menerima tawaran berlakon lain. Bukan apa, watak itu sudah cukup kuat dan jika saya tersilap buat pilihan, takut pula usaha selama ini sia-sia. Malah, saya pun tidak kisah dengan watak pembantu.

"Pada saya, watak utama atau pembantu bukan persoalannya. Tetapi, asalkan ia kuat dan penonton dapat merasai nilai lakonan itu, ia sudah cukup baik. Itulah yang saya mahu dan buat masa ini biarlah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan," katanya.

Kata gadis kelahiran Kuala Lumpur dan berusia 21 tahun ini, dia melihat bidang lakonan tanah air kini semakin berkembang. Menurut Tiz Zaqyah lagi, ramai pelakon baru yang muncul dan ia menjadikan persaingan antara mereka begitu sengit.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 1:17 pm

Fahrin & Scha, Sehati Berdansa Musim ketiga

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Fahrin11

Penulis difahamkan pada musim ketiga rancangan Sehati Berdansa ini, Fahrin Ahmad akan berganding dengan Scha Alyahya untuk bersama-sama menjayakan rancangan ini. Nampaknya Astro memandang Fahrin lebih penting dari juruhebah radio popular, Linda Onn itu sendiri. Tak apalah, lagipun Linda Onn sekarang pun sudah kaya-raya dan tak kisah jika dia tidak lagi dianggap penting. Hope Scha tidak gedik sangat macam Linda Onn masa mengendalikan rancangan ini nanti.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 11 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 11 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 9, 10, 11

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions