Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5 ... 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 13 Oct 2009, 3:30 pm

Hujan semakin mengganas

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Hujan310

HADIRNYA band indie seperti Hujan dalam arus perdana hiburan tanah air mencetuskan satu fenomena, mengisi ketandusan karya muzik tempatan sekali gus membuka laluan kepada lebih ramai penggiat muzik bebas untuk mencipta nama secara lebih meluas.

Namun, entah mengapa tindakan mereka itu seakan-akan memakan diri sendiri apabila Hujan dikatakan tidak lagi dihormati pengikut ‘underground’ yang masih terikat dengan pemikiran skeptikal dan menganggap muzik underground hanya berhak dinikmati golongan tertentu saja
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 13 Oct 2009, 3:31 pm

Sharifah Sofea dah nak kahwin, mendada gitu

Ishx3 Sharifah Sofia ni, dah nak kawin tapi posing ketika bergambar mendada gitu. Nasib baiklah dia pakai baju kurung kan, kalau pakai yang seksi sikit (macam gambar yang ni dan yang ni) ,pasti meleler air liuh komentar-komentar lelaki di Media Malaya ni. Wahaha!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 12112
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 13 Oct 2009, 3:32 pm

Nora Danish bertudung dalam Sumpah Bunian

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Nora-d12

Dah comel molek lah tu tengok Nora Danish bertudung dalam rancangan Sumpah Bunian ni. Dalam drama ini, Nora Danish memegang watak gadis bunian yang jatuh cinta dengan manusia biasa lakonan Rizal. Bila lagi kak Nora nak betul-betul bertudung pula dalam kehidupan sehari-hari?
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 13 Oct 2009, 3:33 pm

gambar Nadia AF6 di Metro Ahad lepas

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Nadia-10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 13 Oct 2009, 3:35 pm

Elaine Daly: Saya bukan pelakon lucah!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 01311410

"Saya lakukan aksi itu atas dasar profesional. Saya adalah seorang pelakon dan bagi saya, itu hanyalah sebahagian daripada seni," kata Elaine

"SAYA bukannya bodoh. Bukannya saya sengaja nak tayang 'body'. Saya bukannya pelakon lucah," luah aktres dan model, Elaine Daly ini dalam nada kesal setelah merasakan banyak pihak telah menyalahtafsir kenyataannya berhubung lakonan 'separuh bogel' yang dilakukannya di dalam filem Cahaya.
Menurut wanita berusia 32 tahun ini, dia sememangnya sudah lama bersedia dengan sebarang kutukan atau kritikan yang akan singgah dalam dirinya gara-gara babak 'panas' itu, namun dia tidak mahu masyarakat salah faham niat sebenarnya berbuat demikian.

"Saya sedih bila terbaca sebuah laporan di media baru-baru ini yang mengatakan saya pernah keluarkan kenyataan bahawa saya perlu berlakon seperti itu sebagai cara untuk menembusi pasaran luar.
"Bukan itu yang saya maksudkan. Apa yang saya cuba sampaikan ialah filem ini mempunyai jalan cerita yang menarik serta realistik dan mampu pergi jauh. Tetapi tidak sangka pula ada yang salah tafsir apa yang saya katakan.
"Saya lakukan aksi itu atas dasar profesional. Saya adalah seorang pelakon dan bagi saya, itu hanyalah sebahagian daripada seni," kata Elaine yang mengakui menerima banyak panggilan daripada rakan-rakannya selepas artikel tersebut disiarkan.
Ingin membetulkan persepsi masyarakat terhadap salah faham itu, ujar Elaine bagaimanapun, dia akui sukar untuknya membuat penjelasan ketika ini apatah lagi filem tempatan arahan Johan John itu masih belum ditayangkan di pawagam sebelum itu perlu melalui proses tapisan.

Filem yang turut menampilkan Khir Rahman sebagai pelakon itu mengisahkan tentang kehidupan dua individu berbeza. Seorang merupakan pakar refleksologi lelaki yang buta manakala seorang lagi adalah wanita cantik yang menjadi teman sosial.
Walaupun belum ditayangkan, filem ini hangat diperkatakan apabila 'teaser' daripada filem tersebut telah tersebar menerusi laman web YouTube yang mana ia antara lain memaparkan babak-babak Elaine dalam keadaan 'separuh bogel' dengan menunjukkan bahagian belakang badannya.
"Aksi itu menunjukkan bahagian belakang saja. Untuk babak-babak itu, saya sebenarnya menutup bahagian depan badan saya dan sudah tentu ia nampak seperti saya berbogel jika dilihat dari belakang.
"Saya pun tak sanggup senang-senang mendedahkan tubuh badan saya. Takkanlah saya nak musnah karier saya sendiri. Bukan disebabkan saya bukan Islam, jadi saya boleh suka-suka hati lakukannya kerana apapun, saya tetap menghormati budaya kita.

"Sebelum menerima tawaran tersebut, saya ada bertanya terlebih dahulu pada rakan-rakan.
"Saya juga awal-awal lagi sudah beritahu John, bahawa saya tidak akan lakukan adegan itu secara terbuka dan dia beritahu saya tidak perlu risau, boleh dilakukan dengan cara selamat.
"Ini bukanlah filem lucah. Ia mempunyai mesej yang bagus untuk penonton di penghujung ceritanya. Saya yakin, filem ini boleh menambat hati penonton, bukan disebabkan 'adegan-adegan' itu, tetapi lebih kepada mesej disebalik apa yang ingin disampaikan," katanya lagi.

Apapun, tutur Elaine, dia tetap bersedia dengan kritikan yang akan terus diterimanya apabila filem ini ditayangkan kelak.
"Saya bersedia untuk berdepan dengan apa saja kerana saya lakukannya atas dasar cinta kepada bidang ini. Bukan mahu mendabik dada, tetapi saya memang berpuas hati dengan hasilnya," kata Elaine.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 13 Oct 2009, 3:39 pm

Ashraf masih sayang Sherry

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 01380610
Ashraf dan Sherry telah berpisah sejak lebih tiga bulan lalu. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT

BAIK Sherry Ibrahim mahupun Ashraf Muslim, kedua-duanya boleh dikatakan sebagai pasangan pelakon yang berpisah secara baik selepas masing-masing bercinta selama lebih dua tahun.

Tiada perasaan untuk mengungkit kisah cinta antara satu sama lain sebaliknya hanya berserah kepada takdir Tuhan yang sememangnya mereka tidak ada jodoh untuk sampai ke jinjang pelamin.

Namun begitu, pasangan bekas kekasih ini masih lagi berhubung antara satu sama lain dan cukuplah lebih selesa menjalinkan hubungan sebagai kawan.

Sebelum ini, Sherry, 26, pernah mengaku walaupun dirinya sedang cuba membiasakan diri tanpa Ashraf di sisi, namun dia tidak nafikan, sukar untuk membohongi diri sendiri tentang 'kesunyian' yang melanda dirinya.

Begitu juga dengan Ashraf, 28, walaupun perpisahan mereka telah berlalu sejak lebih tiga bulan lalu, dia akui dirinya masih menyayangi bekas kekasihnya itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 01103010
Sherry dan Ashraf masih berkawan.

“Kadangkala diri kita tidak sempurna, jadi masing-masing buat keputusan untuk berpisah secara baik. Kami kena redha kerana cinta tidak boleh dipaksa.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 01380611
“Memang saya masih menyayanginya tetapi nak buat macamana kerana itu sahaja jalan penyelesaiannya.

“Bagaimanapun, kami masih berkawan dan baik dengan keluarga antara satu sama lain cuma tidak serapat dulu,” katanya yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa Hari Raya baru-baru ini.

Ditanya tentang perkara yang didoakan olehnya di sana, Ashraf menjawab:

“Macam-macam yang saya doakan termasuk doa untuk bertemu dengan pasangan hidup sampai akhir hayat.

“Saya harap pasangan saya itu adalah seorang yang ikhlas dan solehah dari segi iman dan hati. Itu yang penting dan selebihnya cukuplah jika perempuan itu penuh kesederhanaan dan memahami saya.”

Selepas pulang dari umrah, Ashraf masih lagi meneruskan ibadatnya di sini dan tidak putus-putus berdoa kepada Allah.

Hatinya sekarang hanya ingin memohon petunjuk dari Tuhan dan moga dipermudahkan kehidupannya pada masa akan datang.

Lantas apabila ditanya tentang pengganti Sherry, pelakon yang terkenal dengan watak ustaz ini berkata dia mahu lebih mengutamakan karier dan keluarganya berbanding pasangan hidup.

“Mula tahun ini, saya mula sedar tentang apa yang saya lakukan sebelum ini dan mahu lebih fokuskan untuk perbaiki diri-sendiri.

“Saya rasa dengan cara bersolat, mengaji dan bermuhasabah diri kepada Tuhan membuatkan kita lebih memahami tentang sebab musabab yang berlaku dalam diri kita.



“Semasa mengerja umrah pun, ketika di depan Kaabah, saya rasa seperti semua persoalan tentang kehidupan saya dan diri sendiri telah terjawab.

“Misalnya, kenapa kita hanya berbuka puasa dua minit di sana iaitu minum air zam zam dan makan kurma kemudian terus solat Maghrib.

“Bila saya fikir balik, dalam hidup ni kita tak boleh riyak kerana di sana kita semua sama sahaja. Bila saya faham, baru saya sedar.

“Saya juga menjadi lebih insaf apabila melihat orang cacat yang terengsot-engsot untuk masuk dan solat di masjid dan selepas itu menangis-nangis ketika berdoa dengan Tuhan.

“Jadi, apabila orang yang tak faham tentang gaduh-gaduh dan dengki-mendengki, pasti akan menemui petunjuk di sana,” ujar Ashraf dalam nada tenang dan lemah-lembut.

Menyentuh tentang karier seninya, Ashraf bakal muncul dengan drama 26 episod ‘Jangan Pandang Belakang 2’ dengan memegang watak utama iaitu Ustaz Shakir.

Cerita Ashraf, ramai watak baru akan diserap masuk dalam drama sekuel daripada ‘Jangan Pandang Belakang’ itu.

“Kelainan dalam musim kedua ini, banyak watak baru seperti Shaheizy Sam dan banyak konflik yang akan timbul.

“Saya juga berlakon sebagai pelakon jemputan dalam drama episod ‘Kala Malam Bulan Mengambang’,” katanya yang juga melakukan bisnes menternak kambing yang kini telah mencecah 700 hingga ke 800 ekor.

Dalam nada syukur, Ashraf berkata bisnesnya berada dalam keadaan baik dan dia akan pulang ke kampungnya di Melaka untuk memantau bisnes itu apabila ada masa lapang.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeWed 14 Oct 2009, 6:03 pm

Suami Ida Nerina lafaz cerai di Hari Raya kedua

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Ida1110
Shahrin dan Ida ketika 2007.

PETALING JAYA: Shahrin Razali, bekas pemain drum kumpulan Black Rose, yang juga suami kepada aktres terkenal Ida Nerina didakwa telah melafazkan cerai terhadap aktres veteran itu pada Hari Raya kedua baru-baru ini.

Ida Nerina Hussein, 45, kini sedang dirawat di PPUM, setelah cedera teruk di tulang belakang akibat terjatuh pada 21 Jun lalu di dalam rumahnya.

Episod penceraian itu dilaporkan berlaku akibat pergaduhan yang tidak berkesudahan dan berlanjutan sehingga suami Ida tidak mampu mengawal amarahnya sehingga melafazkan cerai terhadapnya.

Menurut sumber yang boleh dipercayai itu lagi, selepas Shahrin melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar meninggalkan rumah pelakon filem ‘Susuk’ itu.

"Pada Jumaat lepas, suami Ida telah datang ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk mengisi borang pengesahan lafaz cerai.

"Namun begitu, dia belum memfailkan kes cerai itu lagi," kata sumber itu.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 01217111
Dalam pada itu, Shahrin atau nama sebenarnya Sha'arin Mohammed Razali ketika diminta mengesahkan hal cerai itu bagaimanapun enggan ditemubual dengan memberikan alasan sedang sibuk.

"Saya tengah sibuklah..," jawab abang kepada bekas pemain drum kumpulan OAG dan pelakon Qushairi atau Qi ini ringkas ketika dihubungi dan terus memutuskan talian.

Sementara itu, ketika dihubungi untuk mengesahkan berita perceraian Ida, ibu saudara Ida iaitu pengarah Rohani Yusoff dalam nada marah-marah dan sinis enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

"Bagi saya, benda yang elok kita ceritakan dan yang tak elok kita diamkan..," ujarnya ringkas sebelum memutuskan talian.

Pada 21 Jun lalu, Ida Nerina yang juga bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ke-7 ini telah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terjatuh di rumahnya.

Kemalangan itu berlaku ketika menaiki tangga di ruang tamu dalam rumahnya yang terletak di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3 pagi.

Sebelum ini, pengurus peribadinya, Fizaruddin Harun atau Fizar menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh.

Fizar juga mendakwa Ida tidak mungkin terjatuh disebabkan hilang pertimbangan kerana 'mabuk' memandangkan aktres itu baru pulang dari umrah.

Katanya, Ida tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa.

Fizar juga turut menafikan yang Ida mungkin lumpuh akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya selepas insiden itu kerana sehingga kini doktor belum mengeluarkan laporan itu.

Ida, aktres kelahiran Middlesex, England, dan Shahrin telah berkahwin pada 2 Jun 2006. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan ini.

Pasangan ini tidak mempunyai anak manakala Shahrin mempunyai dua orang anak iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8, hasil perkahwinan pertamanya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeWed 14 Oct 2009, 6:05 pm

Isteri Malique, Melissa Maureen dirompak dicabul

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Meliss10
Kesian penulis mendengar nasib isteri Malique, Melissa Maureen ni. Dahla kena rompak, tak cukup dengan tu, kena cabul pulak. Malique yang cuba menghalang kena tetak dekat kepala. Syukur baby mereka selamat dari ditetak.

Apa yang penulis geram, tindakan polis yang sambil lewa seperti yang diterangkan Melissa di petikan dibawah, siap boleh tengok tv lagi tu masa ambil report. Tapi memang kes-kes kecil macam ni, polis-polis memang macam haram sikit.

Nak-nak kes kecurian, kalau rumah korang kena masuk pencuri, tak payah la buat report, polis ni bukan buat kerja pun, just ambil report lepas tu datang rumah ambil gambar sket2, lepas tu belah. Kalau boleh, terus berambus la kalau setakat ambil report tapi takde tindakan. Bodoh piang punya polis yang curi tulang ni.

Petikan diambil dari GUA

Kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu, jam 10 malam. Pelakon Melissa Maureen dan suami, Malique (bekas ahli Too Phat) bersama anak perempuan, Inca Medina, lima bulan, didekati empat orang lelaki yang menaiki dua buah motosikal, apabila sampai di rumah di Section 6, Kota Damansara. Dua daripada lelaki itu membawa sebilah parang seorang.

Tidak puas dengan mengambil dompet, telefon bimbit, rantai dan jam tangan mereka, dua dari perompak itu mula mencabul Melissa. Apabila Malique menolak tangan mereka, kepalanya ditetak sebelum perompak-perompak itu memecut pergi.

Dalam akhbar Malay Mail semalam, Melissa memberitahu keadaan Malique dan anaknya sudah okay. Walaupun kehilangan kira-kira RM5,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan, yang membuatkan Melissa paling terkilan ialah apabila kes mereka seakan tidak mendapat perhatian pihak polis.

Menurut Melissa, pihak polis hanya sampai di tempat kejadian 45 minit selepas panggilan dibuat. Selepas itu, disuruh Melissa dan suami ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan. Di sana, pegawai polis bertugas dikatakan mengambil masa satu jam untuk mengambil laporan mereka, sambil menonton TV dan dengan keadaan kepala Malique yang berdarah.

Tambah Melissa, pegawai berkenaan gagal memasukkan butir-butir seperti dirinya dicabul serta nombor plat motosikal perompak. Selepas itu, mereka diberikan nama seorang inspektor dari cawangan Mutiara Damansara untuk dihubungi tetapi tiada nombor telefon yang diberikan. Selang beberapa hari kemudian, apabila mereka berjaya mendapatkan nombor inspektor berkenaan, mereka dimaklumkan beliau sendiri bahawa dia sedang bercuti
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeThu 15 Oct 2009, 10:14 am

Rossa tawar diri pulihkan hubungan Malaysia-Indonesia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Rossa110

KEKERUHAN hubungan antara Malaysia dan Indonesia ketika ini, rentetan dari isu tarian pendet sememangnya turut dirasai oleh penyanyi popular Indonesia, Sri Rossa Roslaina Handiyani yang mesra dengan panggilan Rossa ini.

Bagi Rossa yang menganggap Malaysia adalah 'rumah' keduanya memandangkan dia sendiri turut mencipta nama di negara ini, dia sedar, isu itu masih belum habis diperkatakan.

Namun, tutur penyanyi berusia 31 tahun ini, sebagai individu yang 'mengenali' dua negara ini, dia turut mempunyai kesedaran untuk cuba 'memulihkan' ketegangan yang melanda dengan cara tersendiri atas nama sebagai seorang penyanyi.

"Sedih sekali jika perkara ini berlarutan atau semakin meruncing. Mengapa perlu bersengketa sedangkan kita bersaudara dan merupakan satu rumpun? Saya senang sekali dengan layanan yang diberikan oleh kenalan dan peminat-peminat Malaysia setiap kali saya berada di sana.

"Seboleh mungkin, saya juga ingin cuba memulihkan keadaan ini dan tidak salah untuk saya lakukannya menerusi muzik. Saya percaya, muzik boleh menyatukan bangsa.

"Insya-allah, ini hanyalah salah faham yang sebenarnya boleh dileraikan andai kata semua pihak di kedua-dua negara memainkan peranan masing-masing dengan baik.

"Apa yang penting, jangan ada yang mengambil kesempatan di atas keruncingan yang sedang berlaku ini," ujar Rossa ketika dihubungi di Jakarta, Indonesia, semalam.

Ditanya sama ada dia sendiri pernah berasa risau kemungkinan peminat-peminat di Malaysia akan turut memboikot artis-artis Indonesia termasuk dirinya gara-gara isu itu, kata penyanyi yang popular dengan lagu Atas Nama Cinta, Ayat-Ayat Cinta dan Hey Ladies ini, dia tidak pernah terfikir sedemikian.

"Sejujurnya, saya tidak pernah risau dan tidak pula terlintas tentang diboikot. Perkara ini boleh dibendung.

"Saya sendiri ada berkunjung ke Kuala Lumpur sewaktu bulan Ramadan yang lalu dan saya bersyukur, peminat-peminat di sana tetap menerima diri dan muzik saya walaupun ketika itu isu ini sedang 'hangat'.

"Begitu juga yang saya harapkan layanan sama turut diterima jika artis-artis Malaysia datang ke negara ini. Tidak perlu boikot-memboikot," kata wanita kelahiran Sumedang, Jawa Barat, Indonesia ini.

Menurut Rossa, dilantik sebagai duta pelancongan oleh Jakarta City Government Tourism & Culture Office (JTCO) juga memberikan platform yang bagus untuk dirinya sama-sama cuba menjernihkan keadaan yang melanda.

Malah, Rossa turut teruja apabila JTCO bersama dengan Explorer Tourism Network (ETN) menganjurkan peraduan 'Fly with Rossa to Jakarta' untuk kempen mempromosikan negara itu, yang mana seorang peminat bertuah di Malaysia akan memenangi dua tiket penerbangan pergi balik bagi kelas bisnes KLM Royal Dutch Airlines dengan ditemani oleh Rossa untuk bercuti bersama penyanyi itu di Jakarta selama 3 hari 2 malam pada 4 November nanti.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Rossa210
"Saya berharap dengan program ini, ia dapat memberi peluang kepada saya untuk memberikan imej yang baik tentang Indonesia. Bagi saya, program ini sebenarnya secara tidak langsung merupakan satu usaha yang baik tatkala kita berdepan dengan isu ini.

"Sejujurnya, saya memang tidak sabar untuk menyertai percutian ini bersama peminat bertuah itu nanti," ujar ibu kepada Muhammad Rizky Langit Ramadhan yang berusia dua setengah tahun ini.

Selain itu, pemenang bertuah akan memenangi penginapan tiga hari dua malam di hotel bertaraf lima bintang, baucer beli-belah bernilai USD300 (RM1000) dan jemputan menyaksikan 'showcase' Enjoy Jakarta Evening oleh Rossa.

Maklumat lanjut dan peraduan itu boleh disertai dengan melayari laman web www.etn.my

Bercerita tentang persembahan istimewanya, Enjoy Jakarta Evening yang merupakan salah satu program di dalam kempen itu, kata Rossa, persembahan yang akan berlangsung di Hard Rock Cafe pada 3 November depan itu lebih berkonsepkan 'intimasi'.

"Ia bukannya sebuah konsert yang besar, hanya sekitar 200 penonton akan diundang untuk menyaksikan persembahan itu. Seperti biasa, saya akan membawakan lagu-lagu popular saya dan akan turut menyanyikan lagu tema kempen ini, Enjoy Jakarta," ujar Rossa yang pernah mengadakan konsert mini di Kuala Lumpur pada Jun lalu.

Kata penyanyi ini lagi, dia juga rindu untuk sekali lagi beraksi di depan lebih ramai peminat-peminat di Malaysia dan akui Rossa, impiannya itu mungkin akan tercapai apabila dia dijangka akan mengadakan konsert solo di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur pada April depan.

"Setelah melihat konsert Datuk Siti Nurhaliza di IB tidak lama dulu, saya memang teringin sangat untuk turut adakan konsert di sana.

"Sekarang ini masih di dalam perancangan, dan saya yakin, isu ketegangan yang melanda ini tidak akan menjejaskan impian saya," kata Rossa.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeThu 15 Oct 2009, 10:15 am

Bunga Cinta Lestari stres berlakon sinetron

ISTERI kesayangan pelakon Ashraf Sinclair, Bunga Cinta Lestari (BCL) mengaku begitu stres kebelakangan ini hinggakan tidak ada masa untuk tumpukan kepada dunia muziknya.

Bagi Bunga, kesibukkan pengambaran filem dan kehidupan pribadi membuatnyanya rasa penat dan kini terpaksa berlakon pula dalam sinetron.

Hampir 4 tahun meninggalkan sinetron, bila saja BCL mendapat tawaran dan memulakan pengambaran, dia terus mengeluh.

"Kelmarin baru hari pertama shooting langsung stres dan pingsan," ujar BCL ketika diwawancara oleh pihak media di sana.

BCL kini sibuk menjalani pengambaran sinetron 'Bayu Cinta Luna' sebagai bintang utama.

Ternyata begitu sukar untuk mengatur urusan nyanyian, lakonan dan peribadi sekali gus. Dan bagi menjalani rutin seperti sebelum alam perkahwinan ternyata tidak mungkin.

BCL seperti tersepit membuat pilihan dan akhirnya memilih untuk bergiat aktif sinetron dan kurangkan kegiatan bernyanyinya.

"Memang saya dapat banyak tawaran untuk menyanyi dalam konsert. Tapi kini, agak sukar untuk penuhi tawaran itu. Nampaknya, saya terpaksa rehat sementara dari dunia musik," jelas BCL.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeThu 15 Oct 2009, 10:17 am

Bob Lokman: Kumpulan 'Sepah' tak boleh pergi jauh...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Bob22110
Bob Lokman mempunyai pengamatan tersendiri tentang semua Juara Raja Lawak di musim lepas

JURI baru 'Raja Lawak' musim ke-4, pelawak Bob Lokman mempunyai pengamatannya tersendiri tentang semua Juara-juara Lawak di musim lalu.

Bagi Bob, Juara-juara Raja Lawak seperti Nabil, Yus dan juga kumpulan Sepah hanya berjaya menjadi 'Raja Lawak' pada malam itu saja.

"Pelawak-pelawak ini berhadapan dengan masa depan 'yang tidak ada EPF' dan 'income'. Bagi saya, kumpulan Sepah tidak boleh pergi jauh sebab mereka berkumpulan. Yusri pula pada hakikatnya akan menghadapi kesukaran untuk 'survive' di dalam industri yang menitikberatkan kecantikan.

"Nabil boleh pergi jauh seandainya dia bijak memilih peluang dengan betul. Selepas Nabil menang Raja Lawak, dia tidak dapat mempamerkan kehebatannya. Saya tak salahkan dia. Semua ini sebab penerbit. Penerbitlah yang banyak menghancurkan pelawak-pelawak seperti Nabil.

Kata Bob, ramai penerbit hanya ghairah mengambil kesempatan atas Nabil, menyuruh dia melakukan apa yang pernah dia lakukan sebelum ini.

PELAWAK 'OVERUSED'

"Hakikatnya pelawak seperti Nabil akan 'overused'. Pelawak juga sama seperti pelakon. Bila tidak ada idea-idea baru, karektor baru atau input dari penerbit, habislah. Penerbit macam ni lah yang menjahanamkan bakat pelawak muda," kata Bob lagi.

Namun, ketika ditanya apa yang boleh dilakukan agar keadaan tersebut tidka akan berulang pada Juara Lawak musim baru, Bob berkata, ianya di luar bidang kuasanya.

"Cuma saya akan mengajar pelawak-pelawak baru ini bagaimana hendak buka mulut dan berbincang dengan pengarah dan menggunakan situasi untuk mendapatkan impak lawak yang maksima. Tanpa memahami situasi, pelawak akan 'fail'," kata Bob lagi.

TERUJA BERGANDINGAN DENGAN AFDLIN DAN DIN BERAMBOI

Menurut Bob lagi, dia agak teruja bergandingan dengan dua sahabatnya, Afdlin Shauki dan Din Beramboi di Raja Lawak musim baru ini.

"Kedua mereka ada kekuatan tersendiri. Afdlin bijak dan Din pula ada caranya yang boleh buat orang ketawa. Dan saya ada penampilan saya sendiri," kata Bob yang mula dikesan bakat lawaknya pada tahun 1995 sewaktu drama komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu.'

Kata Bob, dia banyak terhutang budi kepada pengarah komedi tersohor Othman Hafsham yang banyak membantunya.

"Dalam apa bidang sekalipun kita kena berguru. Guru yang akan mengajar kita teknik-teknik lawak yang betul. Walaupun kita boleh pukul orang, dalam keadaan tertentu kita perlu tahu hendak pukul macam mana. Teknik itu yang perlu kita belajar.

"Kadangkala dengan satu perkataan saja, kita akan buat orang ketawa selama beberapa saat. Tapi kadang kala bila kita buat lawak, orang langsung tidak ketawa. Ekspresi setiap ayat itu penting. Punchline itu yang akan membuat orang ketawa pada kita," kata pelawak senior yang berusia 45 tahun ini.

Bob berharap pencarian Raja Lawak kali ini akan membuahkan hasil yang positif.

Sebelum mengakhiri perbualan, Bob berpesan kepada semua peserta dan Juara Raja Lawak agar bijak memilih peluang "kerana implikasinya berat."

"Lihat saja Mawi. Bila tak betul atur strategi kariernya, perjalanan kariernya jatuh dengan cepat. Semua ni kerana pengurusan tak betul.

"Kalau dia yang menguruskan kariernya sendiri, maknanya dia tidak pandai. Kalau dia ada pengurusan maknanya pengurusan dia gagal,"kata Bob.

Kata Bob lagi, saat yang paling 'sedih' bagi setiap Juara apabila dijemput menjadi bintang undangan saja dan bukan sebagai 'the main star'.

"Saya ingin mencari pelawak yang spontan, boleh memenuhi selera orang ramai dan tahu reflek dalam apa jua keadaan dan situasi. Ini penting kerana dalam keadaan tertentu jika dia tidak kenal kita, dia tahu nak buat lawak macam mana," jelas ayah kepada lima orang anak ini.

Sambungnya lagi, pelawak hanya ada peluru tapi tak ada senjata.

"Penerbit lah yang sepatutnya bagi senjata itu. Maksudnya beri direction, skrip yang bagus. Jangan asyik ambil kesempatan tetapi tidak fikir implikasinya," kata Bob yang agak sibuk kebelakangan ini dengan aktiviti lakonan.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeThu 15 Oct 2009, 10:19 am

Awie: Saya bukan penjenayah!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Awie1110

Awie mengaku yang dia sedikit pun tidak berasa gentar jika dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan

PENYANYI rock dan pelakon terkenal Awie mengaku yang dia sedikit pun tidak berasa gentar jika dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Upper Penang Road pada bulan Julai tahun lalu.

Siasatan awal pihak polis mendapati punca pergaduhan di premis hiburan itu dipercayai akibat perselisihan faham antara Awie dan pengadu. Pengadu juga mendakwa Awie bersama sekumpulan lelaki telah membelasahnya.

Menurut polis lagi, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Ketika diminta memberi komen, Awie yang sedang berehat seketika selepas menjalani latihan 'Cuci The Musical' di Istana Budaya berkata, "Kenapalah ada manusia yang sakit hati sangat dengan saya?

Bagaimanapun, kata Awie, dia bersyukur kerana ada orang yang masih mengingatinya.

"Alhamdulillah, setidak-tidaknya ada juga orang ingat pada saya," katanya dalam nada separuh sinis.

Bila diasak bagaimana kejadian salahfaham itu boleh terjadi, Awie berkata, "Apa yang boleh saya cakap, perkara itu terjadi kerana saya terpaksa mempertahankan hak saya sebagai artis.

"Sebagai artis, saya juga ada hak. Bagaimana perasaan kalau diherdik, dihina dan dicaci. Saya hanya mempertahankan hak saya dan hak kawan-kawan saya.

"Macam nilah...kalau kita tidak suka dengar channel 1, tukar saja ke channel 2, habis cerita. Takkan saya hendak berdiam diri bila orang buat benda tak elok di depan saya," jelas Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 41,

Tapi apa yang Awie rasa sedikit terkilan bila tajuk di dada akhbar berbunyi..."Awie dipanggil, Awie dicari...".

"Apa kejadahnya buat tajuk macam tu? sambil merujuk tajuk 'Awie dikehendaki polis' seolah-olah saya ini dalam 'Wanted List' seperti penjenayah bahaya.

"Saya pun ada maruah dan harga diri. Yang hairannya bila saya yang dikaitkan, nama saya akan terpampang. Tapi kalau artis lain tidak pula. Macam ada orang yang sakit hati sangat dengan saya. Saya rasa ini tindakan yang keterlaluan dan melampau. Seolah-olah memberi gambaran yang saya ini dari geng penjenayah Kalimuthu atau Botak Chin," kata Awie.

Namun Awie juga sedar, semua ini adalah kerana impak namanya yang yang gah dan terkenal.

"Perkara ini jadi kecoh sebab banyak benda-benda yang berlaku dalam hidup saya. Mungkin sebab itu orang suka 'highlight' saya," kata pelakon yang jelas teruja dengan pementasan 'Cuci The Musical'. Sambungnya lagi, "Saya bukannya melarikan diri. Siapa-siapa nak jumpa saya, nak cari saya, datang saja ke IB. Saya berlatih kat sini tiap-tiap hari dari jam 2 petang hingga 12 malam kecuali Isnin.

"Dan pementasan pula bermula 23 Oktober hingga 8 November depan. Carilah saya....insya Allah saya ada kat sini," kata Awie yang membawa watak Jojo dalam teater muzikal ini.

Menurut Awie, dia sebenarnya tidak sabar untuk beraksi dalam teater ini kerana buat pertama kalinya dia mendapat cabaran untuk menyanyi, berlakon dan menghafal skrip sekali gus.

"Saya rasa pengalamannya cukup-cukup best. Tambahan pula jalan ceritanya ada yang ditukar, dibuang untuk menyedapkan lagi," kata Awie.

Untuk teater muzikal ini, Hans Isaac tidak lagi berada di kerusi pengarah tetapi hanya berlakon saja di samping Awie, Afdlin Shauki dan AC Mizal. Datuk Zahim Albakri dan Harith Iskander diberi tugas mengarah pementasan ini.

Beberapa pelakon asal versi filem seperti Erra Fazira, Umie Aida dan Datuk Rahim Razali pula digantikan dengan kehadiran Vanidah Imran, Adibah Noor dan Ramli Hassan.

"Memang 'happening'lah 'Cuci The Musical'. Saya memang alu-alukan sesiapa untuk datang menontonnya. Sesiapa yang dah lama mencari saya pun dijemput datang...," kata Awie dengan nada berseloroh sebelum mengakhiri perbualan.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeThu 15 Oct 2009, 10:23 am

Dakwah Siti menerusi Tahajjud Cinta

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Hi_01_47
TIADA lain yang diharapkan Siti melainkan album Tahajjud Cinta mampu dinikmati sepenuhnya oleh semua lapisan masyarakat.

BINGKISAN terbaru penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza ini ternyata memberi satu kelainan dan sentuhan yang cukup berbeza daripada senarai diskografinya sebelum ini.

Mana tidaknya, jika sebelum ini nuansa pop dan tradisional menjadi taruhan anak jati Pahang ini, tetapi kali ini Siti memilih lagu-lagu berunsurkan kerohanian pula.

Album yang menggunakan judul Tahajjud Cinta itu merupakan album solo Siti yang ke-14 dan ia juga percaturan pertama Siti dalam melagukan lagu-lagu sedemikian.

Ternyata, percubaan pertama Siti merakamkan lagu kerohanian memang wajar dipuji kerana emosi dan penghayatan Siti untuk kesemua lapan lagu yang terkandung dalam album ini berjaya meninggalkan impak.

Itulah kelebihan Siti yang dikurniakan Allah SWT kepadanya. Berilah apa sahaja lagu, dia akan menyampaikannya dengan bersungguh dan melunaskan tanggungjawabnya dengan cemerlang sekali.

Namun bagi pemilik suara emas ini, untuk merakamkan sebuah album Tahajjud Cinta bukanlah semudah yang disangka seperti mana rakaman album pop dan tradisional.

Jelas Siti, untuk lagu-lagu sebegini ia memerlukan penghayatan yang cukup mendalam kerana apa yang hendak dibayangkan bukannya berada di depan mata.

Sebaliknya, Siti harus menggunakan imaginasinya dengan meletakkan dirinya di dalam setiap lagu yang disampaikan sebaik mungkin untuk mendapatkan penghayatan.

Daripada situ, emosi Siti dicurahkan untuk memberikan hasil yang terbaik agar ia mampu meninggalkan impak yang besar kepada peminat mahupun pencinta muzik amnya.

"Jujurnya, merakamkan album Tahajjud Cinta memberikan kepuasan yang berbeza berbanding dengan album-album sebelum ini.

"Kepuasan itu dapat diukur dari sudut batiniah apabila menyampaikan lagu-lagu seperti Asma Ul Husna dan Selawat yang memberikan ketenangan yang cukup indah dan mendamaikan.

"Bukan itu sahaja, lagu-lagu sebegini juga mampu membawa kita merenung diri sambil memikirkan betapa besarnya kuasa Allah SWT dan mengenang betapa kerdilnya hidup kita ini.

"Inilah yang saya mahukan dan sampaikan kepada masyarakat dan peminat menerusi album ini kerana pada saya, tidak salah jika kita berkongsi bakat yang diberikan ke arah yang betul dan benar.

"Setidak-tidaknya, selepas ini saya tidak mempunyai masalah untuk menyanyikan lagu-lagu berunsur keagamaan jika dijemput ke majlis yang mengkehendaki saya menyanyi ritma ini," ulas Siti panjang lebar saat tentang album Tahajjud Cinta yang mula berada di pasaran sejak 9 September lalu.

Memetik kata Siti seperti mana yang terkandung dalam kulit album Tahajjud Cinta, album ini bukanlah satu hujah atau ceramah tetapi satu amanah.

Malah, Siti juga mencatatkan bahawa apa sahaja yang diperoleh daripada-Nya diharapkan akan bercambah menjadi sesuatu yang lebih baik serta melimpahkan sejuta rahmat dan memberi hikmah.

Ternyata impian dan harapan Siti cukup besar untuk album ini diterima dengan baik oleh semua lapisan masyarakat.

Dan, Siti kini mampu tersenyum puas dan bangga apabila Tahajjud Cinta sudah pun empat kali diulang cetak dan terus mendapat permintaan yang tinggi.

Bukan itu sahaja, respons yang diterima cukup positif terutama sekali terhadap lagu Ku Percaya Ada Cinta yang semakin rancak diputarkan di corong radio.

Selain lagu Asma Ul Husna, Selawat dan Ku Percaya Ada Cinta, Tahajjud Cinta turut memuatkan lima buah lagu lain iaitu Pintu Rindu, Tahajjud Cinta, Batasku Asaku, Ya Rasulullah dan Ketika Cinta.

Sungguhpun begitu, berkali-kali Siti menegaskan Tahajjud Cinta bukanlah album nasyid seperti yang dirakamkan oleh kumpulan serta artis nasyid lain.

Sebaliknya Siti mahu album ini dilabelkan sebagai album pop kerohanian memandangkan muzik pop menjadi teras kepada Tahajjud Cinta.

Seandainya ada pihak yang mengatakan Siti sekadar mengikut trend seperti mana yang dilakukan oleh artis nasyid sebelum ini, Siti meningkah dakwaan itu.

"Ini bukan soal mengikut trend kerana bagi saya, Tahajjud Cinta merupakan satu permulaan untuk saya dalam menyampaikan lagu-lagu yang berbeza daripada sebelum ini.

"Selain itu, kelahiran Tahajjud Cinta adalah juga untuk menyemarakkan industri hiburan tanah air dengan lagu-lagu sebegini dan saya hanya sekadar menyambung legasi lagu-lagu kerohanian ini.

Optimis

"Mungkin ramai yang tidak sedar selama ini pun lagu-lagu seperti ini pernah disampaikan oleh beberapa orang penyanyi dengan muzik pop moden seperti M. Nasir, Too Phat, Mawi dan Yasin Sulaiman.

"Saya juga mengambil masa yang lama untuk tampil dengan album ini kerana perlu memikirkan beberapa aspek terutama dari aspek kelancaran sebutan dan tajwid," kata Siti yang menggunakan khidmat anggota kumpulan Brothers, Salleh sebagai guru bahasa Arab untuk album ini.

Kerana itu juga, jelas Siti Tahajjud Cinta bukanlah album kerohanian pertama dan terakhir daripadanya dan dia akan meneruskan projek album sebegini selagi hayat dikandung badan.

Ditanya tentang kesediaannya untuk berdepan dengan kritikan daripada semua pihak terhadap album Tahajjud Cinta, Siti dengan penuh terbuka dan bersedia menghadapinya.

"Sejak dari album pertama lagi, saya sentiasa menerima pandangan, kritikan dan idea pendengar mahupun peminat untuk memperbaiki kelemahan saya dalam memberikan yang terbaik untuk mereka.

"Bukan itu sahaja, saya juga tidak kisah seandainya album ini tidak mendapat sambutan mahupun mencatatkan penjualan yang menggalakkan kerana apa yang penting adalah kesannya," ujarnya penuh rendah diri namun optimis.

Melihatkan Tahajjud Cinta yang hanya memuatkan lapan buah lagu sahaja, adakah ia memberi petanda bahawa artis hebat seperti Siti akhirnya tunduk kepada keadaan pasaran muzik semasa?

Bagi Siti, soal bilangan lagu bukanlah satu masalah dalam penerbitan album-albumnya kerana apa yang amat dititik beratkan oleh Siti adalah kualiti.

"Biarpun hanya lapan buah lagu dengan harga yang berpatutan, ia tidak menjadi masalah. Dalam keadaan pasaran muzik semasa sekarang, banyak cara untuk memasarkan muzik kita dan salah satunya adalah dengan cara muat turun.

"Lagipun, syarat untuk album yang layak bertanding dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) adalah sekurang-kurangnya lima buah lagu," ujarnya memberikan buah fikiran tentang industri muzik tempatan yang semakin didominasi dengan pasaran digital.

Melihatkan tahun 2009 sudah hampir melabuhkan tirainya, Siti turut ditanya tentang perancangannya untuk tiga bulan terakhir ini dan seterusnya untuk tahun 2010.

Kata Siti, dia gembira kerana sepanjang tahun 2009, banyak perkara manis yang tercatat dalam profil seninya seperti kejayaan konsert Satu dan keunggulannya meraih trofi dalam AIM, Anugerah Planet Muzik dan Anugerah Bintang Popular.

Untuk itu katanya, tahun 2009 akan ditutup dengan kelahiran album duetnya bersama Kris Dayanti yang akan dirakamkan sedikit masa lagi.

"Saya juga mengharapkan sinar kejayaan dan kecemerlangan akan berpihak kepada saya untuk tahun 2010 kerana saya juga akan terlibat dalam beberapa konsert besar. Semuanya akan diumumkan kelak," jelas Siti mengunci rapat mulutnya dan enggan berkongsi rahsia selagi semuanya belum disahkan.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeThu 15 Oct 2009, 10:28 am

Mila beli rumah RM300,000

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Hi_03_17
MILA

TEMAN baik Marilyn yang jelita, Fasha Clara baru-baru ini berjumpa dengan juara rancangan realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Mila yang datang ke Studio Utusan untuk melakukan sesi fotografi.

Dalam dok berborak tentang aktiviti seninya sejak dua bulan lalu di Indonesia kerana menjalankan penggambaran drama bersiri muzikal, Fasha Clara sempat mencungkil perkembangan terbaru Mila yang masih sarat dengan sifat peramah dan rendah diri.

"Kau nak tahu Marilyn, Mila akhirnya dah beli rumah di sekitar Puchong yang berharga lebih RM300,000 untuk memberi keselesaan kepada keluarganya.

"Selama ini Mila menyewa dengan orang tuanya di kawasan Damansara. Sah-sah sewa kat kawasan elit tu mencecah RM1,500 sebulan. Daripada menyewa dan bayar wang yang banyak, kata Mila, lebih baik dia beli terus rumah sebagai aset untuk masa depannya.

"Ditambah rezeki Mila yang bertambah selepas bergelar artis ni maka dia mengambil keputusan untuk beli sebuah kediaman bagi dijadikan tempat berteduh untuk ibu bapa dan dua adiknya.

"Aku bangga betul dengan si Mila tu. Dalam usia muda dan mentah, dia dah ada harta sendiri. Bahkan aku dapat tahu Mila ni sebenarnya seorang budak yang berjimat-cermat dan pandai menjaga kewangannya.

Kalau betullah apa yang dikatakan Fasha Clara tu, Marilyn juga tumpang bangga dengan Mila apabila dia dah ada aset sendiri kerana bijak mengumpul duit.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeThu 15 Oct 2009, 10:30 am

Pelat sudah sebati sejak kecil

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Hi_01_48
"Apa yang saya suka kalau dia temankan saya, dia akan berikan pendapat yang jujur tentang progresif kerja saya. Kadangkala dia kata lakonan saya tak cukup bagus dan suruh saya perbaiki pada masa itu juga" – LISA SURIHANI


NAMPAKNYA rezeki pelakon jelita Lisa Surihani semakin melimpah ruah. Baru dua tahun bergelar pelakon sudah berderet filem dan drama yang menggunakan khidmatnya.

Memang ramai yang mengakui, kini Lisa antara pelakon terhangat di pasaran. Dia boleh diibaratkan sebagai pelaris produk.

Namun, sebagai manusia biasa, Lisa juga ada kekurangan diri yang tidak boleh disembunyikan. Mungkin ramai yang tidak perasaan akan kekurangan pada diri gadis berusia 23 tahun itu di layar perak dan kaca TV tetapi sebenarnya Lisa mengalami kesukaran untuk menyebut huruf 'r' dengan betul.

Walaupun begitu, pemenang anugerah Pelakon Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-21 menerusi filem I'm Not Single itu langsung tidak terkejut dengan pertanyaan itu malah, mengakui pelat huruf 'r' memang sudah sebati dalam dirinya sejak kecil lagi.

Baginya itu bukanlah satu masalah yang besar kerana kebanyakan penerbit dan pengarah filem menganggap pelatnya itu bukan satu perkara yang besar kerana ramai lagi pelakon dan penyanyi turut menghadapi masalah yang sama.

"Saya tak terasa hati langsung dengan soalan itu. Ini pertama kali orang tanya. Saya juga tak terfikir pula untuk melakukan rawatan untuk mengubat pelat huruf 'r' ini.

"Saya tanamkan dalam diri yang pelat huruf 'r' ini bukannya perkara negatif mungkin ada boleh dijadikan sebagai identiti saya kerana ada juga pelakon yang mempunyai pelat 's'.

"Memang saya pernah maklumkan kepada pengarah tentang hal ini tetapi kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai masalah dengan sebutan saya dan belum pernah lagi saya mendapat komen negatif tentang itu," ujarnya.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Hi_01_49

Oleh itu, untuk menyebut setiap perkataan tanpa kesalahan di hadapan kamera, Lisa selalu melatih skrip yang mempunyai sebutan 'r'.

Bagaimanapun, Lisa menganggap semua komen negatif yang diterimanya sebagai satu motivasi diri yang perlu dipandang serius.

"Jika orang fikir pelat saya satu masalah yang besar, saya hormat pandangan mereka dan apa yang kurang saya akan perbaiki.

"Setiap individu ada hak untuk bercakap dan ia bergantung kepada saya untuk mengambil perkara itu sebagai menjatuhkan saya atau membina. Ramai peminat yang menyokong dan berpesan kepada saya supaya jangan berputus asa dengan mudah," ujarnya.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Hi_01_50
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeThu 15 Oct 2009, 10:37 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Mainp147
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeThu 15 Oct 2009, 10:44 am

Berdebar tunggu hari bahagia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Mainp148
SHARIFAH SOFEA ceria di sisi bakal suami, Syed Ismail.
Syarifah Sofea pilih Syed Ismail sebagai teman hidup, nikah 18 Oktober

KETIKA ini fikiran pelakon berdarah campuran yang bakal muncul dengan drama komedi Simpang Tiga bersiaran di TV3 mulai 13 Oktober lalu hanya tertumpu pada hari bahagianya. Pelakon berkulit putih gebu bernama lengkap Sharifah Sofea Syed Hussein ini bakal diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Syed Ismail Al Ali pada 18 Oktober ini di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur sekitar jam 11 pagi.

Seminggu selepas itu, pelakon yang wajahnya turut boleh ditatap menerusi drama Nur Kasih di stesen TV yang sama akan mengadakan majlis persandingan secara tertutup untuk keluarga terdekat dan kenalan rapat di sebuah hotel terkemuka di KL.

Memilih untuk berkahwin di usia muda, dia yang berusia 24 tahun yakin andai sudah tertulis jodohnya dengan lelaki kacukan Melayu, Jordan dan Arab itu, dia harus menerimanya dengan sepenuh hati dan terbuka. Perkenalan sejak zaman sekolah akhirnya membenihkan rasa cinta selepas mula bertemu sejak hampir tiga tahun lalu.

“Dia seorang usahawan berusia 31 tahun dan juga berkebolehan melakukan pelbagai kerja yang tidak terbatas kepada bidang itu saja. Semakin dekat hari nikah, memang saya tak nafikan rasa tanggung jawab untuk memikirkan status bergelar isteri itu sudah mula melingkari naluri kewanitaan saya.

“Kami kenal pun atas kawan. Kebetulan juga dia berkawan dengan kakak saya. Saya mula kenal dia pada usia 12 tahun. Selepas dia menyambung pelajaran ke Australia, hubungan kami pula terputus seketika. Tanpa diduga, kami bertemu kembali pada 2007 dalam sebuah majlis.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Mainp149
GAYA Syarifah Sofea
“Lucunya ketika itu, saya sebenarnya lebih berminat untuk mengenali temannya dari Singapura. Tapi dalam masa yang sama bakal suami saya lebih pantas ‘masuk daun’. Selepas itu kami sering keluar bersama hinggalah melekat. Akhirnya hubungan ini direstui keluarga masing-masing,” kata Sharifah Sofia ketika hadir ke majlis pelancaran drama Simpang Tiga di Media Prima minggu lalu.

Menurutnya lagi, pada mulanya dia berhasrat untuk tidak mengundang rakan media dan hanya mahu mengedarkan gambar hari perkahwinannya saja. Namun katanya kepada Hip, rakan media yang berminat untuk membuat liputan dijemput untuk berbuat demikian pada hari pernikahan kelak.

“Seboleh-bolehnya saya tidak mahu terlalu menggembar-gemburkan perkara ini. Bagaimanapun, saya sedar bergelar seorang selebriti, mahu atau tidak mungkin masyarakat di luar sana mahu mengambil tahu serba sedikit mengenai rencana hari bahagia. Saya tetap menerima kehadiran wartawan yang datang untuk menunaikan kerja mereka. Saya tidak begitu kejam hingga tidak akan melayan wartawan yang berminat untuk hadir nanti,” katanya sambil tersenyum.

Menurut pelakon filem Gong itu, konsep perkahwinannya tidak terikat dengan tema tertentu termasuklah aspek warna. Untuk majlis nikah, warna putih menjadi pilihan lazim pasangan pengantin seperti mereka. Tujuh dulang hantaran pengantin lelaki akan dibalas dengan sembilan dulang pihaknya.

“Untuk majlis nikah nanti, rona warna ceria pastinya akan terpancar daripada dulang hantaran. Untuk majlis sanding, saya akan melaram kebaya dengan sentuhan klasik rekaan Amir Luqman. Majlis bersanding lebih terarah kepada gabungan moden dan tradisi atau dalam kata lain lebih kontemporari,” katanya yang merancang untuk berbulan madu ke beberapa negara seperti Maldives, Switzerland atau New Zealand.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeThu 15 Oct 2009, 10:53 am

Tam Disangka Masih Bawah Umur!


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 10142010
KL, 14 OKTOBER 2009: Kata orang, kalau seseorang itu bertubuh kecil, mereka selalu lambat dimakan usia dan nampak awet muda. Tahu-tahu saja, sudah jadi bapak dan mak budak.

Salah seorang artis yang selalu disangka remaja adalah pelakon Tam Suhaimi. Murai Batu sudah banyak kali mendengar kisah peminat dan orang ramai selalu sangka usia Tam 20 tahun, padahal dah cecah 30 tahun pun!

Terbaru hujung minggu lalu, Tam disoal oleh penyambut tetamu Hard Rock Cafe (HRC) Penang apabila dia singgah sekejap di kelab hiburan francais itu yang tersergam megah di Batu Feringghi, bersama rakan-rakannya.

"Awak ni dah lepas umur 21 ke?" Itulah soalan yang memang sudah dijangka. Staf yang menjaga pintu itu memang kenal dengan Tam tetapi mereka perlu bertugas secara profesional.

Seperti biasa Tam hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Itu kira biasalah sebab ada sesetengah
tempat lain, Tam terpaksa membuka dompet dan menunjukkan MyKadnya sebagai pengesahan.

Apapun, kata Tam yang semakin popular dengan siri Bio-Nik, memang seronok bersantai di Pulau Pinang dan menginap di Kondominium Desa Pelangi di Jalan Logan. Hai siapa pula spedo (sponsor) Tam? Jeng... Jeng...Jeng...

Bila dah ada di Penang itu juga, Tam sempat singgah makan Mi Mamak Sotong di Padang Kota Lama dan shopping jeruk asam di Pasar Chowrasta. Yang lucunya, nyona jual jeruk pun kenal wajah Tam dan menyapa: "Lu ada main wayang TV lagi ka?"

Murai Batu difahamkan, sejak akhir-akhir ini Tam semakin sibuk menjayakan program Marhaban Di Astro serta Gempak Selebriti Astro dan Gempak Desa. Jangan tak tahu, pada 17 Oktober ini, Tam akan menjayakan Gempak Astro dengan tema lagu retro dan Tam akan berduet dengan Stacy AF6 dalam lagu Bercanda Di Pasiran Pantai. Maknanya, seorang kena jadi Anita, seorang lagi jadi Sudirmanlah.

Selain Tam dan Stacy, artis top lain pun ada iaitu Dato' Khadijah Ibrahim, Anuar Zain, Ning Baizura, bintang-bintang AF bersama hos tetap Zainal Alam Kadir.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeThu 15 Oct 2009, 10:55 am

Qabil Tak Jadi, Siapa Pula Selepas Ini?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 10142011
KL, 15 OKTOBER 2009: Kalau sebut tentang gosip cinta dan hubungan dengan lelaki, Fasha Sandha boleh dikira top of the list. Dari dulu sampai sekarang dah berderet-deret lelaki bujang, suami orang dan duda dikaitkan dengan Fasha tetapi semuanya masih belum menjadi.

Entahlah di mana silapnya tetapi semua ini juga berbalik kepada jodoh. Lihat saja perkembangan terbaru Fasha, 25, yang tidak jadi kahwin dengan jaguh sukan berkuda atau ekuin negara, Qabil Ambak, 29.

Baru-baru ini, Qabil sudah membuat pengakuan terbuka bahawa dia tak jadi kahwin dengan Fasha walaupun awalnya ada merancang ke arah itu. Qabil sebaliknya hanya mahu terus bersahabat dengan Fasha dan dia sudah mempunyai gadis lain untuk dijadikan isteri. Hai, frust menonggeng lagi Fasha tetapi sekurang-kurangnya dia masih mempunyai Rizal Ashram atau Jejai, bekas suami Nora Danish sebagai pengubat duka. Jangan Tak Lihat
Persoalannya di sini, dengan siapakah Fasha akan bernikah? Semua itu akan muncul dalam episod-episod gosip akan datang atau next change.

Yang jelas, Murai Batu lihat, Fasha juga telah kembali ke limelight media cetak terutama akhbar utama yang sudah memberikan liputan kepadanya seperti dulu. Tentunya hubungan dingin yang pernah tercetus dulu sudah berjaya dipulihkan dan Fasha juga kelihatan semakin ceria.

Dari segi lakonan, Fasha akan muncul dalam siri Spa Q musim ke-3 dan yang sensasinya dia akan berlakon dengan Nora Danish. Tapi sumber bercakap, Fasha bukan berjumpa dengan Nora dalam satu babak, tetapi hanya di set sahaja. Itu pun sudah cukup dan Murai akan teropong apa jadi dengan mereka apabila lama sudah tak bersua.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeThu 15 Oct 2009, 11:13 am

Iqram Terima Hadiah Daripada Fouziah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 10620010

KL, 8 OKTOBER 2009: Tempoh dingin antara mereka berdua sudah berakhir. Selepas berbaik semula, pasangan Iqram Dinzly dan Fouziah Gous dilihat semakin mesra semula. Selain menghadiri majlis keramaian, mereka juga keluar makan termasuklah di Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketika rakan Murai Batu terserempak dengan mereka tempoh hari, rupanya mereka baru saja meraikan majlis ulang tahun Iqram yang ke-28. Bukan saja makan-makan, Iqram juga menerima hadiah istimewa daripada Fouziah. Apapun Selamat Hari Jadi Murai Batu ucapkan kepada Iqram!

Khabarnya, walaupun tidak meraikannya secara besar-besaran, Iqram cukup menghargai tanda ingatan Fouziah pada hari bermakna itu. Kalau tidak, mana mungkin Iqram sanggup berkongsi cerita dan mengizinkan kawan Murai Batu mengambil gambarnya bersama hadiah daripada Fouziah.
Tapi, pelik pula, apabila hendak ambil gambar mereka bersama-sama, masing-masing segan pula. Hai, kalau dah berbaik, kenapa pula nak segan-segan? Harap-harap korang berdua tak lagi bermasam muka dan cemburu-cemburu macam dulu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeThu 15 Oct 2009, 11:18 am

Melissa Maureen Dirompak Dicabul Malique Ditetak
October 14th, 2009 | Category: Malique Too Phat, Melissa Maureen Rizal |
2 Comments »

Kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu, jam 10 malam. Pelakon Melissa Maureen dan suami, Malique (bekas ahli Too Phat) bersama anak perempuan, Inca Medina, lima bulan, didekati empat orang lelaki yang menaiki dua buah motosikal, apabila sampai di rumah di Section 6, Kota Damansara. Dua daripada lelaki itu membawa sebilah parang seorang.

Tidak puas dengan mengambil dompet, telefon bimbit, rantai dan jam tangan mereka, dua dari perompak itu mula mencabul Melissa. Apabila Malique menolak tangan mereka, kepalanya ditetak sebelum perompak-perompak itu memecut pergi.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 28497610

Melissa Maureen Rizal

Dalam akhbar Malay Mail semalam, Melissa memberitahu keadaan Malique dan anaknya sudah okay. Walaupun kehilangan kira-kira RM5,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan, yang membuatkan Melissa paling terkilan ialah apabila kes mereka seakan tidak mendapat perhatian pihak polis.

Menurut Melissa, pihak polis hanya sampai di tempat kejadian 45 minit selepas panggilan dibuat. Selepas itu, disuruh Melissa dan suami ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan. Di sana, pegawai polis bertugas dikatakan mengambil masa satu jam untuk mengambil laporan mereka, sambil menonton TV dan dengan keadaan kepala Malique yang berdarah.

Tambah Melissa, pegawai berkenaan gagal memasukkan butir-butir seperti dirinya dicabul serta nombor plat motosikal perompak. Selepas itu, mereka diberikan nama seorang inspektor dari cawangan Mutiara Damansara untuk dihubungi tetapi tiada nombor telefon yang diberikan. Selang beberapa hari kemudian, apabila mereka berjaya mendapatkan nombor inspektor berkenaan, mereka dimaklumkan beliau sendiri bahawa dia sedang bercuti.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeThu 15 Oct 2009, 11:21 am

Kelab Jeng Jeng, Cinta Balqis dan Nenek Kebaya di TV3

TV3 di bawah jenama women@tv3 kini memperkenalkan tiga lagi siri baru yang bakal mengisi tiga slot menarik khusus untuk wanita tidak lama lagi. Tiga siri tersebut yang bakal menemui penonton TV3 ialah drama komedi “Kelab Jeng Jeng” yang bakal mengisi slot Senda Pagi, “Cinta Balqis” yang bakal mengisi slot Akasia dan “Nenek Kebaya” yang bakal mengisi slot Lagenda.

“Kelab Jeng Jeng” mengisahkan sekumpulan wanita yang menubuhkan kelab yang dipanggil Kelab Jeng Jeng dengan matlamat untuk mengumpulkan wang untuk bercuti di China. Antara pelakon yang terlibat dalam siri ini termasuklah Fadilah Mansor, Didie Alias, Siti Fazurina, Norseha, Zila Bakarin, Ebi Yus dan Sabri Yunus.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40084310
Eira Syazira

Manakala, “Cinta Balqis” pula mengisahkan kisah cinta yang terhalang oleh keluarga. Siri ini dibintangi oleh Eira Syazira, Zamarul Hisham, Fezrul Khan, Memey Suhaiza, Mak Engku, Aripah Damanhuri, Hafidzudin, Hamidah Wahab, Aizad Jasmin dan Ainul Aisyah.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40076810
Ainul Aishah

Siri “Nenek Kebaya” pula mengisahkan seorang nenek, Shamsiah yang sentiasa muda, cantik dan misteri yang sentiasa berkebaya jika ke mana-mana. Siapakah Shamsiah dan apakah rahsianya? Siri ini menampilkan pelakon seperti Diana Rafar, Raisuddin Hamzah, Amyza Adnan, Zed Zaidi dan Mariani.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeThu 15 Oct 2009, 11:23 am

JELAJAH GEMPAK ASTRO RETRO 2009!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40100811

Barisan artis popular dijangka gegarkan Dataran Kluang
Bagi meneruskan kesinambungan dan inisiatif bagi mengeratkan jenama Astro di samping menawan hati para pelanggan, Astro terus gigih dalam ekspedisinya untuk terus mendekati para pelanggan melalui acara promosi bergerak Gempak Astro Retro 2009 yang akan diadakan pada 17 Oktober ini bermula seawal jam 10 pagi hingga jam 10 malam bertempat di Dataran Kluang, Johor

Acara promosi bergerak Gempak Astro Retro 2009 yang akan diadakan pada 17 Oktober ini bakal menerima kunjungan oleh artis dan selebriti terkenal seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Anuar Zain, Ning Baizura, Zainal Alam Kadir, Farish serta bintang-bintang Akademi Fantasia yang lain seperti Akim, Stacy, Akma, Yazer, Farah, Farhan, Idayu, Nadia, Toi, Zahid, Reza dan ramai lagi yang akan sama-sama turun padang bagi memeriahkan lagi acara.

Menurutnya lagi, ”Kami yakin program-program yang telah diaturkan ini akan menarik kunjungan orang ramai. Sebagai testimoni, acara promosi bergerak Gempak Selebriti Astro di Midvalley, KL dan Gempak Desa Astro di Felda Keratong, Pahang yang telah diadakan baru-baru ini masing-masing berjaya menarik lebih dari 3000 ke 6000 pengunjung di setiap lokasi. Kami percaya dengan kehadiran artis-artis terkenal seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Anuar Zain, Ning Baizura dan bintang-bintang AF seperti Akim, Stacy, Akma, Zahid, Farah dan ramai lagi di acara Gempak Astro Retro 2009 ini mampu menarik kunjungan orang ramai
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeThu 15 Oct 2009, 11:27 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40118610

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40110910

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40119210
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeThu 15 Oct 2009, 11:29 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40113210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40120910
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 6:19 pm

gambar Ammar Alfian Aziz naked

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 26857410
Fuh! Seminggu juga penulis tidak menyempat untuk menjenguk blog ini. Macam-macam cerita yang keluar sepanjang minggu lepas. Yang paling hot sekali ialah gambar bekas kekasih Puteri Sarah Liyana (Aduh Saliha) berpakaian naked yang tak berapa nak nampak. Tak kenal lelaki ni? Alah, dia bergambar bersama Puteri Sarah Liyana sewaktu bercuti di tempat percutian sambil peluk-peluk, cium-cium tu. Takkan tak ingat, Hehehe! Riuh 1Malaysia tuu masa tu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Ammara10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 6:31 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Nabil-11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Nabil-12

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Nabil-13
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 6:36 pm

Senarai Pemenang Maybelline New York Simply Fabulous


SHE’S SIMPLY FABULOUS!
Impian Pemenang Maybelline New York Simply Fabulous Akhirnya Bakal Realisasikan!
Perjalanan bagi sepuluh gadis yang menyertai rancangan realiti pertama Maybelline New York Simply Fabulous sudahpun berakhir. Pemenangnya telahpun diumumkan oleh pengacara Sarah Lian dan Henry Golding di dalam acara gilang-gemilang yang dibuat di Euphoria, Sunway Lagoon Resort malam kelmarin!

Nalinder Manoharan telah dipilih sebagai pemenang Maybelline New York Simply Fabulous! Keremejaan dan aura,keyakinan yang tinggi bersama kebijaksanaan memberi kelebihan pada dirinya bagi memenangi pertandingan ini. Panel hakim pada malam tadi di barisi oleh jurulatih dan tatarias artis dari Maybelline New York iaitu Kimberley Foo, pelakon dan pengacara TV, Sazzy Falak, jururias selebriti - Stevensunny dan Abhinav Sharma iaitu Direktor Pengurusan Strategik McCann Worldgroup.

“Pengalaman ini amat bermakna untuk Maybelline dan sepuluh peserta yang menjayakan rancangan ini! Tujuan utama rancangan Simply Fabulous ini ialah menyediakan platform kepada peserta-peserta bagi mencapai impian mereka. Saya bagi pihak Maybelline juga berharap agar penonton mendapat inspirasi dengan hanya menonton rancangan ini, kata Kua Theng Hong, Pengurus Besar, Maybelline New York di Malaysia. Ini adalah rancangan realiti online 8TV yang pertama dan kami sungguh teruja! Maybelline Simply Fabulous mementingkan keyakinan,kreativiti, semangat kerjasama dan lain-lain. Kami berharap rancangan ini dapat mendorong gadis-gadis Malaysia mencapai impian mereka”, komen Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim.

Rancangan Simply Fabulous memulakan pencarian gadis-gadis hebat yang berumur dari 18 hingga 30 tahun ini pada bulan Julai 2009 di seluruh pelusuk negeri. Rancangan ini mencari gadis-gadis yang bercita-cita tinggi yang ingin mencapai impian mereka seperti menyambung pelajaran, memulakan perniagaan atau membuat sesuatu yang diingini. Lebih dari 1,200 penyertaan diterima akan tetapi 100 peserta sahaja disenarai pendek dan dipanggil semula untuk sesi kedua ujibakat. Beberapa peringkat temuduga dibuat dan akhirnya hanya 10 peserta terbaik berpeluang meneruskan cabaran ke rancangan realiti online ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40154210
Sepuluh (10) peserta Simply Fabulous yang terpilih datang dari pelbagai latarbelakang dan mereka bersemangat memasuki pertandingan ini. Peserta-peserta Simply Fabulous adalah Calista Wei Fen Leah Liew (22), Kimberley Cham Siang Fen (24), Susilawati Mohd Ariff (23), Steffanie Vanessa Schubert (19), Nalinder Manoharan (27), Preeta Sharenia Nithianantham (21), Zhareen Anshary (18), Ng Bei Shan (22), Nik Syifa Unnur Nik Aziz (22) dan Nurdiana Ashraf Abu Bakar (25).

Di dalam pertandingan ini, peserta-peserta terpaksa melalui cabaran-cabaran seperti diuji skil menghias diri, pengetahuan mengenai fesyen, skil bersosial dan kemahiran berkomunikasi. Oleh kerana rancangan ini disiarkan menerusi khidmat online, peserta-peserta juga disarankan menggunakan teknologi siber internet untuk menjana popularti bagi meraih undian orang ramai. Peserta-peserta diminta mencipa laman sesawang sendiri untuk berkomunikasi dengan peminat seperti melalui Facebook, Youtube dan blog mereka kerana undian online merangkumi 30 peratus adri jumlah keseluruhan dan selebihnya iaitu 70 peratus lagi adalah melalui barisan panel hakim.

Pemenang Maybelline New York Simply Fabulous berpeluang memenangi hadiah lumayan berupa wang tunai yang ditaja sebanyak RM10,000, dan barangan produk bernilai lebih dari RM50,000. Selain itu juga, pemenang akan diterbangkan ke New York untuk menghadiri jemputan ke minggu fesyen New York dan berpeluang bertemu dengan juru tatarias terkemuka Maybelline.

Pada malam ini juga beberapa anugerah lain disampaikan kepada pemenang. Anugerah ‘Striking Confidence’ dimenangi oleh Calista Wei Fen Leah Liew. Anugerah ini dipilih oleh sekumpulan `bloggers’ yang telah mengikuti rancangan online ini dari awal lagi. Manakala Anugerah ‘So Gorgeous’ yang diadili oleh rangkaian penjual Maybelline New York di seluruh Malaysia dimenangi oleh Nurdiana Ashraf bt Abu Bakar. Setaip pemenang menerima produk-produk disamping bekas menyimpan peralatan produk Maybelline New York bernilai RM1,000.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40161811
Terdapat 18 mini webisodes Maybelline New York Simply Fabulous yang telah disiarkan di website 8TV selama 3 minggu. Rakaman rancangan pertandingan akhir ini akan disiar di 8TV pada 18 Oktober 2009 pada pukul 10.00 malam. Anda juga berpeluang menonton program ini secara online menerusi laman www.8tv.com.my/simplyfabulous.

Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 di Astro! Selain dari itu, anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

PENGHARGAAN KEPADA PENAJA

Twenty One Kitchen + Bar
Levi’s ®
Threesixty° Photography
JoJoba Spa
Maxis Communications
Cadbury
Le Ann Maxima

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40154211
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 6:38 pm

Separuh Akhir Muzik-Muzik 24
October 16th, 2009 | Category: Anugerah Juara Lagu |
2 Comments »

Berita Terkini~!

Pejam celik, pejam celik, Muzik-Muzik 24 dah pun menuju ke kemuncaknya apabila Separuh Akhir Muzik-Muzik bakal menghampiri bagi mengenal pasti 12 buah lagu yang bakal bertanding ke Anugerah Juara Lagu 24.

Apakah kelainan dan kejutan yang bakal diperlihatkan melalui Separuh Akhir Muzik-Muzik kali ini serta siapakah yang layak bertanding?

Budiey dapat tahu, satu sidang media bagi mengumumkan tema serta senarai 30 lagu-lagu dan artis yang bakal bertanding ke Separuh Akhir Muzik-Muzik akan diadakan tak lama lagi.

Budiey dapat tahu juga, di sidang media tersebut, TV3 turut akan memperkenalkan pihak penaja serta membuat cabutan giliran artis yang membuat persembahan. Jadi, sama-samalah kita tunggu siapa yang kenaaaa…!

Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan persembahan Black Mentor dan Meet Uncle Hussien.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 38788010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 37046410
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 6:47 pm

Show Amal Tabung Bencana Alam Kris Dayanti di Borneo Baruk Club

penyanyi terkenal dari Indonesia, Kris Dayanti akan merawat luka lara jiwanya ke Malaysia setelah bercerai dengan Anang.Tapi kedatangan ikon Indonesia ternama dan paling kaya ini bukan hanya merawat luka terpendam. Oh, pasti ada agendanya.

Kris Dayanti akan melancarkan album CD dan VCD Karaoke terbarunya di Borneo Baruk Club (Bbc), Jln Kia Peng, Kuala Lumpur tanggal 23 Oktober ini. Dan pada malam harinya juga, dalam jam 8.30 malam akan berlangsung persembahan amal bagi mengutip derma mangsa gempa bumi di Padang yang melanda negara kelahirannya.

Sikap prihatin dan belas kasihan KD sangatlah harus diberi perhatian. Apa-apa pun, beramal dan mendermalah secara ikhlas. Sebab ada yang tengah marah… tak nak menderma. Korang tahu lah pasal apa, kan?

Jualan tiket yang dikenakan berharga RM50 seorang akan disalurkan ke tabung bencana alam gempa bumi Padang yang dikelolakan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia. Persembahan amal ini adalah kerjasama kedutaan terbabit dengan Garuda Indonesia dan Borneo Baruk Club.

Persembahan ini juga antara perancangan Tropic Jaya Entertainment selaku pengedar album terbaru penyanyi itu yang berjudul Aku Wanita Biasa. Sambil beramal, syarikat terbabit juga mengambil peluang untuk mempromosikan album itu yang sudah pun berada di pasaran sejak 19 Oktober lalu.

Malangnya, walaupun diberi jemputan khas, Budiey tidak dapat hadir pada malam tersebut kerana terpaksa ke Singapura untuk menghadiri Majlis Anugerah Blog Asia Pasifik.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40153810
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 6:50 pm

Mila dan Akim Bercinta?

Ewah ewah, mesranya Mila dan Akim dalam gambar ni macam mereka berdua ni betul-betul bercinta. Jangan pasang gosip ya, ini hanya salah satu adegan dalam drama Kau dan Aku yang akan disiarkan di Astro Ria, setiap hari Sabtu jam 10 malam bermula 24 Oktober 2009.

Tapi kalau mereka benar-benar bercinta, apa salahnya. Peminat Mila dan Akim kasi ke?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40164710
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 6:52 pm

Erin Malek Berjaya Lulus Lesen Menyelam

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40179410

Semalam, dalam jam 3 petang, Budiey sempat hadir di Majlis Rumah Terbuka Persatuan Filem Malaysia yang diadakan di Menara Kuala Lumpur. Serentak dengan majlis itu, diadakan juga Majlis Penyampaian Anugerah Persatuan Filem Malaysia. Tahniah kepada pemenang~!

Tak ramai selebriti yang hadir sebab kebanyakan yang datang adalah pengeluar dan pengarah filem. Mungkin mereka sibuk dengan aktiviti seni mereka. Antara yang Budiey nampak di sana ialah Erin Malek, Syanie dan ibunya, Norman KRU, Aziz M. Osman dan Shuhaimi Baba.

Sempat berborak dengan pelakon yang semakin meningkat remaja, Erin Malek. Akan datang, Erin Malek akan berlakon drama Hati Yang Terpinggir terbitan Eurofine. Selepas selesai mengambil peperiksaan PMR, Erin Malek kini rasa lega sikit. Ada dekat 4-6 bulan juga, Erin berhenti berlakon. Jadi, masa yang terluang ini, banyaklah yang dirancang oleh Erin Malek termasuklah ingin melancong ke Korea bersama seorang kawannya.

Terbaru, Budiey nak ucap tahniah kepada Erin Malek sebab dia dah berjaya mendapat lesen menyelam di Pulau Perhentian. Erin Malek telah mendapat keizinan daripada mama dan abahnya untuk dapatkan lesen ni. Kira ini adalah hadiah hari jadi Erin yang sangat berharga. Memang bagus juga untuk Erin sebab ada kelebihan apabila ada drama yang mahukan pelakon yang boleh menyelam, jadi, Erin tentunya boleh buat.

Tahniah juga dari Budiey sebab Erin adalah pelakon kanak-kanak yang pertama di Malaysia berjaya lulus lesen menyelam.

Akan datang, Erin mahu cuba menyelam melihat kehidupan di dasar laut di Pulau Tioman pulak.

Gambar Terbaru Erin Malek di Majlis Rumah Terbuka Persatuan Filem Malaysia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40186910
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 6:54 pm

FOUZIAH GHOUS PEGANG WATAK IBU DALAM BERIKAN AKU KASIH DI TV2

Fauziah Ghous salah seorang artis dan model Malaysia yang boleh dikatakan mencipta nama dengan begitu cepat kerana bakat lakonan semulajadi yang dimilikinya. Malah kehadirannya dalam bidang lakonan bukan sahaja bersandarkan kepada kecantikan wajahnya semata-mata sebaliknya kerana kemampuannya menjayakan watak yang diberikan pengarah.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40184510

Anak kelahiran Kuala Lumpur berdarah campuran Pakistan dan Melayu sebelah bapanya dan Cina dari sebelah ibunya ini yang memiliki kelulusan Diploma Kesetiausahaan dari Kolej Sistematik, Kuala Lumpur terbaharu bakal muncul membintangi drama mengisi slot Citra, Berikan Aku Kasih disiarkan pada 23 Oktober 2009 (Jumaat), jam 8.35 malam di TV2 dengan menjayakan watak sebagai seorang ibu dan wanita teraniaya.

Menerusi Berikan Aku Kasih, pelakon tinggi lampai ini membawakan watak gadis bernama Kasih yang berkenalan, bercinta, berumahtangga dan bakal menimang cahayamata dengan suaminya Irfan tanpa menyedari ada rahsia yang tersimpan kemas di dalam diari hidup Irfan dan ibu mertuanya.

Berikan Aku Kasih mengisahkan Kasih yang telah dipisahkan dari anak tunggalnya, Rizal oleh ibu mertuanya, Mak Leha. Kasih adalah anak yatim piatu, diperkenalkan pada Ifran dan kemudian disunting menjadi isteri kepada Ifran. Kasih yang begitu mengenali karektor Irfan hanya mampu untuk mengetahui latar belakang Irfan melalui Mak Leha, ibu Irfan. Seringkali Kasih dikejutkan dengan mimpi-mimpi buruk Irfan di tengah malam, menyebabkan dia menjadi tertanya-tanya tentang rahsia yang disimpan Irfan.

Kasih melalui hidup sebagai suami-isteri seperti biasa dan sedang menantikan kelahiran bayi sulungnya Irfan. Mak Leha tumpang gembira dengan keadaan itu. Setelah melahirkan, Kasih dijaga oleh Mak Leha sepanjang berpantang. Mak Leha memberikan Kasih pelbagai ubat-ubatan herba dengan alasan supaya Kasih lekas sembuh, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Kasih menjadi semakin lemah dan tidak bermaya dan dia menjadi hairan dengan keadaan itu.

Kasih mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku dan tuduhannya berasas. Dia cuba mengadu pada Irfan tetapi Irfan mengatakan Kasih hanya beranggapan bukan-bukan. Kehadiran Salina telah membantu menjernihkan kekeruhan yang melanda rumahtangga Kasih dan Irfan. Kasih dan Irfan kemudiannya bersemuka dengan Mak Leha dan akhirnya kebenaran dapat diketahui. Mereka menghantar Mak Leha untuk mendapatkan rawatan.

Selain Fouziah Ghous, drama terbitan Gama Taktik Sdn Bhd ini turut dibintangi oleh Zulhuzaimy, Maimon Talib, Zulkifly Azari (Ijoy) dan Iris Yasmin. Untuk mengetahui kesudahannya, sama-sama kita saksikan Berikan Aku Kasih disiarkan pada 23 Oktober 2009 (Jumaat), jam 8.35 malam di TV2

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40184511

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40176910
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 6:59 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40205110

BERMATLAMAT menginjak kepada satu fasa transformasi yang besar dalam hidupnya, pelakon dan pengarah muda, Isma Yusoof kini nekad tidak lagi ingin dikenali dengan nama glamor itu. Dia kini mahu semua memanggilnya dengan nama Azma Aizal Yusoof. Melalui saat getir pada bulan Ramadan dan Syawal kali ini gara-gara terlalu percayakan rakan-rakan, Azma, 27, hampir tenggelam dalam dunia khayalan ganja. Pengaruh kurang sihat rakan-rakan seperjuangan juga membuatkan hidupnya berada dalam zon gelap buat seketika.

Pemilik nama sebenar Muhamad Ismaizal Yusoof ini tidak kesal melalui apa yang sudah ditakdirkan dalam lipatan perjalanan hidupnya. Kepada Kosmo! Ahad, dia menceritakan pengalaman berada di bawah pengaruh ganja dan dua minggu dia meneutralkan diri dalam semua aspek di sebuah pusat pemulihan di Sungai Besi, iaitu Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Daya Juang Abadi (Persada) atau yang kini dikenali sebagai Puspen.

Ia merupakan pusat serenti pertama yang melaksanakan modul terapi kekeluargaan. Buat masa sekarang, Azma menetap di kediaman ibunya di Bukit Beruntung dan diletakkan di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Bagaimana boleh terjebak dengan pengaruh ganja?

AZMA: Mula-mula dengan rokok dan kemudian semua berlaku sewaktu saya berlakon dalam drama Di Antara Garisan. Sewaktu itu saya betul-betul mendalami watak Hattan. Saya mula banyak bercakap tentang ketuhanan. Selepas tamat penggambaran waktu bulan puasa, saya mengambil keputusan untuk duduk di rumah sahaja. Ya, waktu itu saya bergelumang dengan ganja dan sebenarnya yang buat saya tertekan apabila kawan-kawan menuduh saya gila dan mengalami bipolar. Realitinya mereka juga yang mengajar saya mengenali ganja.

Kemudian?

Saya mengaku berada di bawah pengaruh ganja. Saya tidak mahu tuding nama siapa-siapa yang membawa saya ke arah itu tetapi yang lebih menyakitkan apabila mereka mula menelefon ibu saya dan memburuk-burukkan saya. ‘Kawan-kawan’ ini datang ke rumah saya dan kononnya mahu menasihati saya. Akhirnya ibu saya datang ke rumah dengan dua orang polis dan membawa saya ke hospital. Saya masuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selama tiga hari pada hari raya dan dimasukkan ke dalam wad psikiatri.

Khabarnya anda masuk ke Puspen dengan kerelaan sendiri?

Ya, saya mahu meyakinkan ibu saya, Hamidah Abdullah bahawa diri ini boleh sembuh. Saya memikirkan cara untuk menyenangkan hatinya dan selepas berbincang dengan Kak Nur, kakak sepupu saya yang merupakan seorang polis pengiring, saya masuk ke Puspen dengan kerelaan sendiri. Ibu dan keluarga yang menghantar saya ke sana. Saya mahu buat ibu dan keluarga bangga dengan tindakan saya. Dua minggu saya di sana dan baru keluar 12 Oktober yang lalu.

Apa yang anda pelajari di sana?

Saya belajar banyak perkara di sana. Saya tahu latar belakang penghuni di sana lebih ekstrem daripada saya tetapi mereka adalah abang-abang yang banyak mengajar saya. Malah, mereka adalah cermin saya. Di sana, saya banyak mengutip pengalaman mereka dan akan saya jadikan filem. Malah, saya berpeluang untuk mencintai dirisendiri dan keluarga dengan lebih mendalam lagi. Malah, dapat membezakan yang mana malaikat dan mana syaitan dalam kehidupan ini.

Saya dapat idea buat lagu di sana.

Maksudnya selepas ini anda akan hasilkan album dan jadi penyanyi?

Saya akan keluar dengan album saya yang berjudul, Aku Sayang Mak Aku. Saya bertanggungjawab menjadi penerbit, penyanyi dan penggubah lagu. Namun, saya akan turut memasukkan hasil kerja Pam Yuen, Audi Mok, Pacai, AwanBand dan AG Hujan. Semua lagu dalam album ini bakal menceritakan tentang kehidupan dan ketuhanan. Saya akan bergerak di bawah produksi saya sendiri iaitu PLUSS Records dengan motto, Plus The Plus, Minus The Minus.

Maksudnya anda akan terus berkarya dan tidak takut dengan pandangan orang selepas ini? Bagaimana pula dengan individu yang kononnya rakan-rakan anda itu?

Mereka kini bersembunyi kerana takutkan polis. Biarlah dan saya berani untuk berhadapan dengan ini semua. Saya mahu katakan yang saya benci dadah. Saya mengerti perasaan Jamal Abdillah dan Saleem kini. Saya boleh katakan semua ini ada hikmah di sebalik kejadian. Selain akan muncul dengan album, saya juga ditawarkan oleh pihak KRU untuk terlibat dalam produksi muzikal mereka, selain mengarah filem terbitan syarikat mereka.

Keadaan anda sekarang ini?

Saya lebih yakin dengan diri dan mahu bahagiakan keluarga. Dulu, saya terlalu percayakan rakan-rakan dan sanggup berkorban demi mereka. Kini tidak lagi. Tidak berdendam tetapi saya akan berkarya untuk siapa yang jujur malah siapa yang dapat menawarkan saya dengan harga yang bagus kerana menghargai bakat saya. Saya doakan semoga rakan-rakan saya itu akan menjadi manusia yang lebih baik. [sumber]
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 7:02 pm

Gambar Jamal Abdillah dan Nash Ubaidillah di Rumah Terbuka PENGASIH

Semalam, pada 17 Ocktober bersempena sambutan majlis hari raya di Rumah Pengasih, penyanyi Nash Ubaidillah telah bertemu dengan Jamal Abdillah & menyampaikan lagu terbarunya “Nur Abadi” khas buat Jamal & para peminatnya di Rumah Pengasih tersebut.



BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40206010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40213610
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 7:04 pm

Gambar Jasmine Michael Pelakon Filem ESTET

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40206310

Budiey kira, ramai tak kenal lagi dengan pelakon filem ESTET bergelar Jasmine Michael. Mungkin ramai pembaca yang tak selalu tengok drama Tamil. Tapi menjelang Tahun Baru Cina nanti, korang akan menonton lakonan Jasmine Michael dalam filem ESTET.

Masa hadir di Pelancaran Klip Muzik Video dan Novel Filem ESTET, Budiey sempat berkenalan dengan pelakon utama filem arahan Mamat Khalid ini. Orangnya sangat mesra, sangat cantik, suka tersenyum dan easy going.

Tak terlewat untuk Budiey ucapkan Salam Deepavali buat Jasmine, walaupun Budiey tahu, Deepavali kali ini tak berapa meriah sebab Jasmine masih lagi berkabung untuk memperingati kematian mendiang nenek tunangnya yang meninggal dunia November tahun lalu.

Tahun ini, Jasmine beraya di Puchong, Selangor. Cuti selama 2 hari itu, Jasmine sempat beraya di rumah kawan dan sanak saudara.

Untuk pengetahuan pembaca, gadis 30 tahun yang sekarang menetap di Petaling Jaya ini bukan sahaja seorang pelakon tetapi beliau juga seorang penari. Kalau tak percaya korang boleh tonton video klip filem ESTET. Kariernya bermula pada tahun 2002 dan mula mengenali tunangnya, KK Khanna, 33 sebelum menjadi pelakon lagi.

Jasmine memulakan karier seninya sejak 2002 dan bukan saja terbatas sebagai pelakon, dia turut meminati tarian klasik India dan terbabit dalam klip video. Tambah Jasmine, dia mula mengenali tunangnya, KK Khanna, 33 sebelum menjadi pelakon lagi. Pada 27 Oktober ini genaplah usia hubungan mereka sembilan tahun. Mereka bertunang sejak empat tahun lalu. Tunang Jasmine juga adalah orang seni juga dan bergelar sebagai pengarah, penyanyi dan editor untuk industri hiburan Tamil. Budiey dapat tahu, tunangnya banyak memberi sokongan dan galakan untuk Jasmine memilih bidang seni ini

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40213810
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 7:06 pm

Kuman KU2 Pelawak Bob Sakit Jantung Bengkak

Bob berada di ICU selama tiga hari baru-baru ini kerana jantung bengkak.
HUSNI Mohd Rawi atau lebih dikenali dengan nama Bob KU2 atau Kuman telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) selama tiga hari setelah doktor mendapati jantungnya bengkak akibat paru-parunya dimasuki air.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 35247210
Kuman KU2 dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak

Bob, 38, yang dihubungi semalam berkata, keadaannya kini sudah stabil dan dia sudah dimasukkan di wad biasa, namun masih di dalam pemerhatian doktor.

“Semuanya berpunca kerana saya tidak cukup rehat. Sejak pulang dari umrah beberapa hari sebelum Ramadan lalu, saya tidak cukup tidur ditambah pula dengan kerja yang banyak. Bila kurangnya tidur, macam-macam penyakit datang ’serang’. Saya diserang demam dan batuk-batuk selama seminggu. Isteri saya, Sri Hidayu akhirnya paksa saya ke klinik. Doktor kemudiannya suruh saya ke Hospital Pusrawi. Ikutkan saya, memang saya tidak mahu ke hospital, tetapi setelah isteri saya tetap memaksa, saya pergi juga. Di sana barulah saya tahu keadaan saya agak bahaya juga dan doktor cakap jantung saya bengkak kerana paru-paru saya dimasuki air. Saya berada di ICU selama tiga hari dan baru hari ini (Isnin) saya dimasukkan ke wad biasa pula. Insya-allah, bila air sudah kurang sikit dari badan, barulah saya dibenarkan pulang,” kata Bob yang sudah empat hari berada di hospital.

Kata pelakon dan penyanyi ini lagi, dia juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan artis seperti Zaibo dan Azwan Ali yang datang melawatnya ketika dia terlantar di ICU baru-baru ini.

“Saya ni jenis yang tidak suka nak heboh-hebohkan sangat tentang hal ini. Mana yang tahu, tahulah. Lagipun, sepanjang berada di hospital, saya dijaga dengan baik oleh isteri tercinta. Apapun, alhamdulillah, keadaan semakin baik. Harap-harap cepatlah saya sembuh untuk meneruskan karier saya seperti biasa,” kata Bob yang sepatutnya sedang di dalam penggambaran sitkom Senario yang baru
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 7:12 pm

Pelakon Dayana Kamal Rentung Maut Kemalangan di Kota Bahru

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40278810

Wan Nurdiyana Mohd Kamarul Zaman atau nama komersialnya, Dayana Kamal, salah seorang daripada tiga yang rentung dalam kemalangan ngeri di km 2 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai, Bunut Payung awal pagi semalam merupakan seorang pelakon filem dan drama.

Wan Nurdiyana, 22, pernah membintangi filem “Black Maria” dan beberapa drama tempatan iaitu “Rumah Itu Duniaku”, “Sumaiyyah”, “Raya Dengan Tok”, “Selamat Tinggal Noni”, “Ayah Kami” dan terbaru siri drama popular “Matahari”.

Ayah Wan Nurdiyana, Mohd Kamarul Zaman Mohd Nor, 44, berkata arwah anak sulung daripada empat beradik itu kini masih bercuti Aidilfitri dan sedang menunggu tawaran baru untuk berlakon.

“Pada bulan puasa lalu, arwah mahu memakai tudung untuk penampilan baru dan seminggu sebelum kejadian, arwah membaca al-Quran yang menyebabkan ibunya, Wan Norhayati Ismail, 47, rasa sebak dan hairan. Ini merupakan petanda yang Wan Nurdiyana akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumah datuk Wan Nurdiyana di Kampung Chempaka di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, selain Wan Nurdiyana yang terkorban, dua lagi adalah warga Amerika yang juga pekerja pelantar minyak di Terengganu Gonzalez Christopher, 30, dan Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25, dari Tanah Merah. Pemandu kereta jenis Proton Persona yang dinaiki mereka, Tengku Ahmad Nazim Tengku Azizan, 30, mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Wan Nurdiyana pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan The Times, Nataza Muhamad dan bercerai dua tahun lalu dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang anak perempuan Dayang Fatihah Amanda yang berusia empat tahun.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40278811
Jenazah Wan Nurdiyana dikebumikan petang semalam di Tanah Perkuburan Islam Mata Pasir, Kampung Chempaka. Lebih menyedihkan Mohd Kamarul Zaman, dua hari lagi genap setahun adik Wan Nurdiyana, Wan Ikmal Hisham, meninggal dunia juga kerana kemalangan jalan raya di Gua Musang.

“Hati mana tidak sedih kehilangan dua anak dalam kemalangan jalan raya dalam tempoh dua tahun berturut-turut,” katanya sayu.

Beliau berkata sehingga kini Dayang Fatihah Amanda masih tidak mengakui ibunya telah meninggal dunia kerana tidak percaya jenazah yang rentung itu adalah Wan Nurdiyana. Bercerita sebelum kemalangan, beliau berkata Wan Nurdiyana telah keluar rumah untuk minum bersama rakan-rakannya di Hotel Renaissance di sini pada pukul 11 malam.

“Saya dimaklumkan mereka berempat keluar untuk makan sup belut yang saya sendiri tidak tahu sehinggalah dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh salah seorang keluarga pada pukul 1 petang semalam,” katanya.

Ibu Allahyarham, Wan Norhayati berkata sebelum ini juga anaknya itu juga enggan mengenakan baju berwarna biru semasa sesi fotografi di Kuala Lumpur dan mahukan baju berwarna putih untuk dipakai.

“Hari terakhir bertemu Wan Nurdiyana seminggu sebelum ini dan tiga hari lalu dia meminta wang perbelanjaan,” katanya yang menetap di Lembah Keramat bersama keluarga yang lain
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 7:15 pm

IZ OIAM2 Duta Produk Toshiba dan Jam Tangan Nooka H5


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40256210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40263810
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 7:17 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40252910

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40260510
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 7:17 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40252911
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 7:19 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40238010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40238011

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40245610

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40245611
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 7:21 pm

Sasha Bashir dan Yani Hijjas Berkahwin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40271810

Bertemu dengan Sasha Bashir semalam di Majlis Rumah Terbuka Media Prima tidak pun dikhabarkan tentang berita penikahannya dengan kekasih hatinya, Yani Hijjas. Patutlah tak jemput wartawan, majlis kahwin tertutup rupanya. Mungkin Sasha gembira hingga tidak terucap tentang perkhabaran gembira itu.

Tahniah Sasha~! Semoga istana cinta rumahtangga yang dibina ini kekal hingga ke akhir hayat. Bahagia terpancar dari wajah kalian adalah simbol kepada penyatuan dua jiwa yang ceria dan secocok.

Personaliti TV3 dan pengacara program DANSA, Sasha Bashir dan Yani Hijjas telah selamat diijabkabulkan pada 18 Oktober, jam 11.30 pagi bertempat di kediaman ibu bapa pengantin perempuan.

Perkenalan lima tahun yang bermula di satu pameran seni berakhir juga di jinjang pelamin. Sasha yang tampil anggun dengan sepersalinan baju kebaya putih rekaan Jovian Mandagie, menerima antaranya, mas kahwin sebanyak 100g emas dan senaskah Al-Quran.

Acara tertutup itu di hadiri keluarga dan teman rapat kedua belah pengantin.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 7:24 pm

Radhi OAG tidak hadir bicara, mahkamah tak dapat sahkan lafaz cerai dengan Shazlin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Shazli10
Shazlin tiba di mahkamah dengan diiringi temannya. -Foto THE STAR oleh RAYMOND OOI

PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah hari ini tidak dapat membuat pengesahan lafaz cerai pelakon dan penyanyi kumpulan OAG, Mohd Radhi Razali dengan isterinya Shazlin Sharif kerana pelakon itu gagal hadir pada perbicaraan hari ini.

Hakim Syarie, Ghazali Ahmad berkata, ini kerana mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu permohonan lafaz cerai kedua oleh Shazlin yang didakwa dilafazkan suaminya melalui telefon pada 25 Februari lalu.

"Mahkamah perlu terlebih dahulu mengetahui berapa jumlah talak dan sama ada talak yang didakwa dilafazkan Mohd Radhi pada 25 Februari lalu jatuh atau tidak," kata Ghazali dalam prosiding mahkamah.

Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan 3 November ini untuk perbicaraan semula pengesahan penceraian Mohd Radhi dengan isterinya, Shazlin berhubung dengan lafaz cerai yang didakwa berlaku pada 25 Februari lalu.

Terdahulu, peguam kepada Shazlin, Rubiah Jaafar memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya dan Radhi telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan penceraian mereka secara baik.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 01389610
Shazlin tergesa-gesa memandu kereta keluar dari perkarangan mahkamah untuk mengelakkan media.

Difahamkan, Shazlin dan Radhi telah menurunkan tanda tangan pada dokumen penceraian.

"Hari ini mereka dah ada persetujuan bersama untuk bercerai dengan baik, tapi kedua-duanya tidak dapat hadir kerana masih dalam perjalanan datang ke mahkamah," kata Rubiah dalam prosiding mahkamah.

Shazlin memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai kedua yang didakwa dilafazkan suaminya melalui telefon pada 25 Februari lalu.

Ini adalah kali kedua Shazlin mengemukakan permohonan pengesahan cerai suaminya.

Sebelum ini, Shazlin mendakwa Mohd Radhi telah melafazkan cerai berbunyi 'Oklah, I ceraikan you. Talak 3, 2, 1?' pada September tahun lalu.

Bagaimanapun, selanjutnya, mahkamah dan hakim yang sama mensabitkan tidak berlaku talak antara mereka berikutan Radhi membuat lafaz sumpah penafian (sumpah Syarie) terhadap permohonan lafaz cerai oleh Shazlin.

Di luar kamar mahkamah, Shazlin Sharif yang juga aktres dan bekas penyanyi kumpulan Girls In Music (GIM) berlari keluar dari kamar Mahkamah Rendah Syariah sebaik sahaja perbicaraan ditangguhkan bagi mengelakkan diri daripada jurugambar dan wartawan.

Dalam keadaan tergesa-gesa 'melarikan diri', Shazlin yang telah memasuki kereta terkunci keretanya Octavia 1.8 berwarna gelap sehingga temannya tidak dapat masuk ke dalam kereta.

Shazlin tiba di mahkamah dengan berpakaian baju kurung berwarna jingga dan berselendang hitam bersama temannya ketika prosiding telah berlangsung.

Dia yang tiba lewat hanya sempat mendengar keputusan mahkamah dan berbincang sebentar bersama peguamnya sebelum "melarikan diri" daripada para wartawan.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 7:26 pm

Watak Natrah kini milik Maya Karin, Sofea Jane

PENGUMUMAN barisan pelakon utama teater Natrah arahan Erma Fatimah yang bakal dipentaskan di Istana Budaya (IB) sudah pun dilakukan sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Pelakon muda, Diana Danielle telah diberi kepercayaan untuk membawakan watak Natrah, gadis Belanda yang menjadi antara ibu angkat dan keluarga kandungnya sehingga mencetuskan 'Rusuhan Natrah' sekitar era 50an dulu, setelah masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa gadis itu akan dimurtadkan.

Turut membintangi teater yang dicetuskan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim ini ialah Remy Ishak memegang watak Mansor Adabi, suami kepada Natrah dan Umie Aida sebagai ibu angkat Natrah, Che Aminah.

Namun, timbul pula perkhabaran baru yang mengatakan Diana Danielle menuntut bayaran yang tinggi untuk watak Natrah.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Maya2010
Maya Karin dikatakan amat berminat untuk membawakan watak Natrah dan telah mengesahkan pembabitannya di dalam teater itu

Hal itu telah mencetuskan sedikit masalah dalam perjalanan produksi itu yang sepatutnya dipentaskan bulan depan.

Bukan saja pementasan itu dikatakan telah ditunda, malah, watak Diana juga mungkin akan diserahkan kepada pelakon lain.

Mengulas mengenai perkara ini, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani mengesahkan Diana tidak lagi membawakan watak tersebut dan tempat itu bakal digantikan oleh aktres popular Maya Karin dan Sofea Jane.

Maya akan membawakan watak Natrah ketika zaman remaja sekitar usia 13 tahun manakala Sofea akan memainkan peranan Natrah ketika tua.

"Perkara ini tidak berlaku kekecohan pun. Malah, pengunduran Diana juga dibuat secara baik. Pihak IB dan produksi tidak langsung mempunyai masalah dengannya tentang perkara ini.

"Apa yang boleh saya ulaskan, berlakon teater di Malaysian ini bayarannya memang sangat minima. Kita bayar pelakon mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan serta berdasarkan 'star rating' artis itu.

"Paling tinggi IB pernah bayar kepada pelakon ialah RM10,000. Sebelum ini, kita tidak pernah ada masalah tentang bayaran. Tapi kami faham, ini adalah kali pertama Diana berlakon teater dan mungkin dia 'terkejut' sedikit dengan perkara ini.

"Tetapi saya secara peribadi berharap agar dapat bekerjasama dengan Diana untuk projek-projek lain. Mungkin buat masa ini belum ada rezeki apatah lagi dia juga kena meletakkan komitmen yang tinggi sebagai pelajar," kata Juhari ketika dihubungi.

Malah kata Juhari lagi, pementasan yang sepatutnya berlangsung pada 17 hingga 25 November depan itu yang akhirnya terpaksa ditunda ke hujung tahun bukan disebabkan masalah penarikan diri Diana.

"Kita ubahkan tarikh pementasan kerana pada 14 November, sebuah program RTM iaitu peringkat akhir Penyampai Ikon akan diadakan di IB. Jadi kami tidak mahu timbul masalah pula.

"Disebabkan itu, kami memilih tarikh baru iaitu 30 November hingga 9 Disember depan untuk mementaskan teater ini dan pada masa yang sama, pelakon-pelakon mempunyai masa yang lebih untuk berlatih," katanya.

Ditanya tentang pemilihan Maya dan Sofea, ujar Juhari, dia sendiri tidak menyangka kedua-duanya berminat untuk membawakan watak Natrah apatah lagi mereka adalah antara nama besar di dalam industri ini.

"Pada awalnya, saya dan Erma hanya main-main saja tawarkan pada Maya baru-baru ini kerana sebelum ini, dia asyik menolak setiap kali kita tawarkan dia berlakon teater. Tak sangka pula dia begitu teruja dan dia tidak kisah tentang bayaran.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Sofea210
Sofea Jane diberikan kepercayaan membawakan watak Natrah ketika tua

"Kata Maya, sewaktu ada ura-ura IB akan mementaskan muzikal Natrah dalam bahasa Inggeris lima tahun lalu, dia memang berminat untuk berlakon. Nampaknya, watak Natrah itu memang sudah rezekinya.

"Secara peribadi, saya sendiri tidak percaya dia sudi jadi Natrah. Malah, ketika kami sampaikan perkara ini kepada penasihat teater ini, Datin Fatini Yaacob, dia juga merasakan karektor dan gaya bahasa Maya mirip Natrah.

"Tentang faktor fizikal seperti wajah, itu tidak ada masalah kerana kita boleh atasinya menerusi teknik solekan.

"Kami juga berbangga kerana Sofea Jane juga turut bersetuju menjadi Natrah setelah membaca skrip tersebut. Rasanya sudah lama juga dia tidak berlakon teater," kata Juhari.

Selain itu, Sharifah Sofea juga mungkin akan membawakan watak Adeline, ibu kandung kepada Natrah. Sidang media bagi mengumumkan Maya dan Sofea Jane sebagai Natrah juga diadakan pada hari ini di IB.

Dalam pada itu, Diana yang dihubungi semalam belum bersedia untuk mengulas lanjut tentang penarikan dirinya daripada membawakan watak Natrah.

"Saya rasa lebih elok perkara ini biar IB yang bercakap. Bila mereka sudah berikan penjelasan nanti, barulah saya rasa sesuai untuk saya mengulas.

"Lagipun, saya tidak mahu dilihat seperti tidak menghormati mana-mana pihak, apatah lagi ini adalah projek kerajaan," kata pelakon berusia 18 tahun ini.

Kisah Natrah pernah mencetuskan kontroversi yang membawa kepada rusuhan sehingga menyebabkan seramai 18 orang terbunuh dan lebih 200 orang cedera dalam pertempuran dengan tentera dan polis British.

Malah, 'kemenangan' yang diraih oleh British kerana berjaya dalam perebutan itu sebenarnya membuatkan masyarakat amat sedih dan simpati kerana impaknya adalah pada Natrah yang cukup menderita sepanjang hidupnya, sehinggalah dia meninggal dunia pada 8 Julai lalu diHuijbergen, Belanda, pada usia 72 tahun setelah menderita akibat penyakit leukemia.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 7:27 pm

Norish: Saya bukan seorang isteri yang mengikis harta suami

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 01389010
Norish diajukan pelbagai soalan oleh para wartawan selesainya prosiding mahkamah semalam. -Foto THE STAR oleh ABDUL RAHMAN SENIN

PELAKON Norish Karman mendakwa dia kini menganggur ekoran "disingkirkan" daripada memegang watak Qistina dalam drama 'Spa Q 3'.

Semua ini gara-gara watak tersebut telah diserahkan kepada pelakon lain walaupun Norish telah membuat berbagai persiapan untuk membawa watak itu bagi musim ketiga.

Antaranya, dia membeli baju baru berharga RM2,000 dan sudah membuat persediaan untuk mendalami watak Qistina selepas mendapat 'skrip Spa Q 3' sebelum raya lagi.

Bagaimanapun, hajat Norish tidak kesampaian kerana dia digugurkan untuk musim baru.

"Saya sekarang tengah break sebab tak ada tawaran kerja lagi," kata Norish ketika ditemui selepas prosiding mahkamah semalam.

"Sebab ramai produser dan para karyawan fikir saya terikat dengan SPA-Q. Sebenarnya saya free hingga akhir tahun ini.

"Jadi saya harap boleh war-warkan yang saya kini menganggur," kata Norish yang juga pengacara Whanita Hari Ini (WHI).

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam menolak ketiga-tiga permohonan artis Norish Karman, 34, berhubung tuntutan nafkah sementara dan pembekuan sebahagian harta sepencarian, terhadap bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 60.

Mahkamah turut menolak permohonan Norish atau nama sebenarnya, Nor'asikin Karman, 35, untuk mengetepikan perintah ex-parte (sebelah pihak) yang diperolehi Hashimuddin bagi menghalang Norish membawa anak-anaknya berjumpa dengan Mohd Luqman Mohd Amin yang didakwa sebagai kekasih pelakon itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 01389011
Bekas suami Norish, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir.

Keputusan itu yang kurang memihak kepadanya memberi satu tamparan hebat kepada Norish.

Ketika ditanya sama ada dia berpuas hati dengan keputusan mahkamah hari ini, Norish tanpa menyembunyikan perasaan kecewanya berkata:

"Saya rasa anda tahu jawapannya sebagai seorang wanita, pastinya ada sesuatu untuk saya dan anak-anak. Tapi, buat masa ini, kita akan ikut prosedur mahkamah dan saya akan failkan permohonan yang baru," kata Norish.

Jelas Norish, peguamnya Akhbardin Abdul Kader akan fail balik tuntutan nafkah yang lebih terperinci di Mahkamah Syariah Petaling Jaya kelak.

Mahkamah menolak tuntutan harta sepencarian Norish ekoran ia sepatutnya disertakan bukti-bukti pemilikan. Antara harta sepencarian termasuk kondominium, rumah, saham dan kereta.

"Saya bukan seorang isteri yang mengikis. Saya isteri yang terlalu mempercayai suami sehingga tidak ambil tahu tentang geran tanah dan rumah mana. Memang saya tidak ada semua dokumen itu.

"Jadi memang tak semak atau menyimpan dokumen-dokumen itu kerana saya tidak sangka satu hari nanti saya akan bercerai.

"Saya memang tak ada semua itu. Kalau meminta semua bukti itu, hampir mustahil untuk saya mendapatkannya," kata Norish.

Menurut pelakon drama 'Kasut Tumit Tinggi', apa yang dicarinya kini ialah suatu kehidupan yang sempurna bersama anak-anaknya.

Norish bernikah dengan Hashimuddin, 60, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 11 Januari 1998 di Perlis.

Mereka bercerai secara rasmi pada 15 Julai tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Haqiem Armany, 9; Hardy Amieran, 5; dan Putri Hanyz Amanda, 4.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeTue 20 Oct 2009, 7:29 pm

Tony: Saya tidak tergolong artis 'favourite' TV3!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Tonyeu10
Wajah tampan Tony sering menjadi buruan pengiklan dan produser filem dan drama. -Foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

MEMANG pelik situasi yang dihadapi oleh pelakon kacukan berbadan sasa, Tony Eusoff. Walaupun bukan beragama Islam, hampir semua tawaran yang diberikan kepadanya ialah watak orang Melayu beragama Islam.

Dan di usia 32 tahun, Tony yang nama sebenarnya ialah Anothony Joseph Gonzales masih bujang, tapi terpaksa membawa watak bapa atau orang yang sudah berkahwin.

"Saya tidak ada pilihan. Mungkin muka saya macam orang dah kahwin...Lagipun itu saja tawaran yang saya dapat. Jarang orang hendak bagi watak orang bujang. Tapi saya tak kisah. Apa saja tawaran yang datang, saya ambil," jelas aktor kacak yang berasal dari Kg Siburan, Kuching, Sarawak, ini.

Wajah tampan Tony, yang sering menjadi buruan pengiklan dan produser filem dan drama, kini sudah lama tidak kelihatan di siaran TV3.

"Sudah 2 tahun muka saya tak kelihatan dalam drama TV3. Saya pun hairan bila ramai produser yang ingin ambil saya untuk slot Samarinda, misalnya, memberitahu yang mereka 'pitched' (sebut) nama saya tapi pihak TV3 menolak.

"Mungkin saya bukan wajah TV3. Dan bukan juga dalam golongan artis favourite mereka. Saya bukannya ada skandal atau gosip. Rasanya saya lah pelakon yang paling kurang digosipkan. Kalau ada kes khalwat ke, berbaloi juga kalau 'diban'," jelas Tony separuh ketawa.

Tony yang baru selesai pengambaran drama 'Racun Cinta' bersama Wan Norazlin dan Marisa Yasmin berharap yang karier seninya akan terus berkembang walaupun keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.

"Saya sememangnya minat sangat bidang lakonan ini. Dan saya juga suka menyanyi tetapi memandangkan album pun tak berapa laku, saya lupakan hasrat untuk buat single," jelas model, aktor dan penyanyi yang mempunyai ijazah dalam bidang Sains Pembinaan di Univeristi Malaya ini.

Walau banyak mendapat tawaran berlakon, Tony kini terpaksa mengambil cuti khas beberapa hari untuk urusan pindah rumah. Tony, yang menetap di Segambut, akan berpindah ke sebuah kondominium mewah di bandar Manjalara.

"Saya baru hendak beli rumah....macam mana lah kahwin," kata Tony sebelum sempat ditanya soal perkahwinan.

Sebenarnya, kata Tony, dia membeli rumah untuk senang membawa ibunya dari Kuching datang bercuti.

"Mak saya tak betah duduk sini lama-lama sebab dia suka berkebun tanam padi dan jagung. Tapi bila dia datang dari Kuching, dia akan tinggal dengan saya. Dalam setahun, adalah 3 atau 4 kali mak datang," kata anak manja ini.

Menurut Tony, maknya Kristina Anak Jihap, senang menguruskan kebunnya seorang diri dan masih sihat meskipun sudah berusia 62 tahun.

"Adalah dalam 2 ekar kebun mak saya tu. Dia masih suka naik motosikal dan uruskan kebunnya. Nak kata senang tidak lah tapi lepaslah makan anak beranak...," kata anak sulung dari dua beradik ini.

Dalam bidang teater pula, Tony antara pelakon yang selalu mendapat pilihan pertama dari pengarah dan penerbit. Antara teater lakonannya ialah Bangsawan Naga Cini, Teater Muzikal Broken Bridges, The Girl From Ipoh dan Mana Setangginya.

"Semua watak yang diberikan pada saya setakat ini bukan lah permintaan saya. Kalau boleh saya suka watak yang mencabar. Kalau dapat watak nelayan atau petani, itu yang paling saya suka," kata artis yang kini di bawah pengurusan Aquila Emas Sdn Bhd bersama-sama Zizan Nin, Airis Yasmin dan Lana Nodin.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeWed 21 Oct 2009, 5:34 pm

gambar anak Fifi dan keluarganya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Fifi-k10

Pada 15 Jun yang lepas, Fifi dan suami, Feriz Omar telah dianugerahkan seorang anak laki-laki di hospital swasta, Prince Court. Anak lelaki mereka telah diberi nama, Fahd Al-Warith. Di bawah ini gambar anak pasangan ini yang sudah menjangkau 4 bulan. Sebiji muka ibunya, ya!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Fifi-a10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeWed 21 Oct 2009, 5:35 pm

Muka Anita Sarawak yang agak scary

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Hantu-10

Hantu opera cina bergambar dengan pontianak harum sundal malam. Pontianak harum sundal malam bila siang nampak cantik malam pula menyeramkan. Hantu opera cina pula siang malam menakutkan. Wahahaha
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitimeWed 21 Oct 2009, 5:39 pm

Radio HOT FM Kini Radio Nombor Satu Malaysia Keseluruhan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 29794910

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 40308910
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 4 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 4 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5 ... 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions