Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 8, 9, 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeSun 15 Nov 2009, 3:20 pm

Benarkah gadis seksi kakak Heliza?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Mainp162
Aksi mesra gadis seksi bersama pemuda masih menjadi tanda tanya, adakah dia kakak Heliza?
Imej bertudung bintang AF5 cuba dicemari penyebaran foto gadis seksi didakwa saudara kandung

AWAL minggu lalu, Zubir menerima kiriman emel daripada seseorang bertanyakan soalan: "Betul ke ni kakak Heliza AF5?", sekali gus menyertakan 15 keping gambar termasuk bintang Akademi Fantasia 5 (AF5), Nur Heliza Helmi atau Heliza, 24, bersama seorang gadis cantik yang didakwa sebagai kakak kandungnya.

Zubir sebenarnya tidak pernah bertemu atau mengenali kakak Heliza, namun suatu ketika dulu, pemenang tempat keempat konsert akhir AF5 itu memang pernah memaklumkan kepada Zubir, dia mempunyai seorang kakak yang bertugas sebagai pramugari bersama penerbangan AirAsia. Justeru, apabila Heliza bergambar bersama seorang gadis jelita yang lengkap berpakaian seragam pramugari AirAsia, rasanya mungkin itu kakak kandung Heliza yang pernah diceritakannya.

Pun begitu, di samping foto Heliza bersama kakak dan keluarganya, diselitkan juga beberapa keping gambar seorang gadis berpakaian seksi sedang bersantai di tepian pantai sambil ditemani seorang pemuda. Melihatkan kepada kemesraan gadis dan pemuda berkenaan, bolehlah melabel mereka sebagai pasangan kekasih. Namun, persoalannya sekarang, adakah gadis yang berpakaian menjolok mata itu kakak kandung Heliza?


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Mainp163
Heliza bersama pramugari AirAsia didakwa kakak kandungnya.

Entahlah Zubir tak berani jadi hakim. Telahan Zubir, mungkin pelanduk dua serupa. Namun, berdasarkan bentuk muka kakak Heliza yang bujur sirih bersama hidung mancungnya, dibandingkan pula bentuk wajah gadis seksi berkenaan, ia mempunyai sedikit persamaan. Tapi, zaman moden ini segala kemungkinan boleh berlaku, Zubir pula bukan pakar dalam bidang pengecaman wajah!

Sekiranya gadis seksi itu bukan kakak kandung Heliza, ternyata ada pihak yang cuba mencalar imej Heliza yang bertudung litup itu. Entah siapa-siapa yang mempunyai wajah persis kakak Heliza, kebetulan pula dia mengenakan pakaian seksi sedang bersantai bersama kekasih, terus saja mereka menuduh dan melabel itulah kakak Heliza yang sangat jauh cara penampilannya berbanding adik yang sentiasa menerapkan imej wanita muslimin.

Namun, sekiranya benar gadis berpakaian menjolok mata itu kakak Heliza, Zubir sekadar berkongsi rasa simpati kerana niat untuk mencalar nama baik Heliza sebagai penyanyi dan pelakon popular, akhirnya tercapai. Peminat pasti mengata, adik bertudung litup, sentiasa berpakaian sopan, tapi kakak, masya-Allah!

Justeru, nasihat Zubir, berhati-hatilah dengan setiap apa yang kita lakukan di luar sana, lebih-lebih lagi jika mempunyai anggota keluarga yang bergelar artis atau selebriti popular. Orang kata kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi, harapan Zubir biarlah isu gambar seksi itu hanyalah pelanduk dua serupa.

Pun begitu, Zubir mengharapkan penjelasan daripada Heliza yang kini mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi dan Kimia di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Adakah gadis seksi itu benar-benar kakak kandungnya? Atau mungkin juga gadis jelita berpakaian seragam AirAsia itu sekadar kenalan rapat Heliza, hanya kau yang mampu memberi jawapannya Heliza...

Namun, sekiranya Zubir tersilap percaturan mendakwa gadis berkenaan sebagai kakak Heliza, biarlah awal-awal lagi Zubir susun jari minta maaf!
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeMon 16 Nov 2009, 10:01 am

Sam Nafi Juliana Evans Punca Pengurus Bunkface 'Disingkirkan'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 01404910
Sam (kiri) ketika sidang media konsert Hypptunes Rock The World 2009.

TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba saja pengurus Bunkface, Zara Ismail dikhabarkan telah meninggalkan band indie tersebut.
Walhal Zara baru bersama Bunkface selama enam bulan. Kononnya, Zara 'disingkirkan' gara-gara aktres/pengacara Juliana Evans, 20, yang juga kekasih kepada vokalis band itu Sam.
Khabar angin mengatakan Zara dan Juliana memang tidak boleh 'berlaga angin'.

Ketika ditemui di konsert "Fly FM's 4th Fly-Anniversary" yang berlangsung di Central Park Avenue, 1 Utama, Bandar Utama minggu lepas, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar, 22, mengakui kumpulannya kini mempunyai pengurus baru sejak tiga bulan lalu.
"Zara sibuk dengan kerjanya dan syarikatnya dan kami pula mempunyai haluan sendiri. Jadi kita berpisah macam itulah....
"Itu juga atas permintaannya sendiri," katanya sambil menambah pengganti Zara ialah Peah, seorang kawan lamanya.

Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Paan (Ahmad Farhan Hashim, 22) dan Youk (Muhammad Farouk Jaafar, 20) sudah tiga tahun ditubuhkan.
Apabila ditanya sama ada Juliana merupakan faktor Zara berpisah dengan Bunkface, Sam agak keberatan memberi komen.

Ternyata, Sam kurang selesa dengan soalan itu.
"Itu dari mulut orang lain. Tidak ada kebenaran dengan gosip sebegitu. Saya tiada komen," jawab Sam secara ringkas menafikan gosip tersebut.
Malah katanya, Bunkface dan Zara masih menjalin perhubungan yang baik.
Ketika ditanya bila dia akan berkahwin, Sam tiba-tiba "menjerit": "Wow, ia di luar kotak fikiran saya sekarang.

"Saya masih muda lagi dan biarlah saya menguruskan karier dengan baik dulu sebelum berkahwin."
Sementara itu, Sam memberitahu Bunkface bakal mengeluarkan album baru yang memuatkan 10 buah lagu pada awal tahun depan.
Sam yang dilahirkan di Basildon, England berharap orang ramai dapat menghargai lagu-lagu ciptaan band indie.

Lagu-lagu popular Bunkface termasuk Bunk Anthem, Situasi, Silly Lily, High School Rocker, Tired Misson, Revolusi, Fine, Land Of Hope, Last Minute, Hyper Killer, Our Way, Prom Queen dan Through My Window.
Bunkface mengungguli Shout! Awards yang julung kali diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil dengan kemenangan 'hattrick' iaitu meraih anugerah Rockstar dan Break Out bagi kategori muzik selain anugerah The Ultimate Shout! Award.
Kemenangan besar Bunkface di Anugerah Shout! Award membuka mata pihak One Movement For Music Perth (OMFM) untuk menjemput mereka ke Perth.
Sekaligus undangan ini memberi ruang untuk Bunkface membuat persembahan selama 30 minit. Festival ini berlangsung dari 16 hingga 18 Oktober 2009 di Perth Australia.
"Itu adalah satu pengiktirafan yang tinggi untuk band indie tempatan terutamanya kepada Bunkface," kata Sam.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeMon 16 Nov 2009, 10:03 am

Rezeki Siti Buat Konsert Masih Belum Putus

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 01407610
REZEKI penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk membuat konsert masih belum putus.

Tahun ini sahaja, Siti telah menjayakan dua konsert besar iaitu Konsert Eksklusif ‘SATU’ dan Konsert Seribu Warna.

Tahun depan, isteri Datuk Khalid Mohd Jiwa ini akan menganjurkan dua buah konsert lagi iaitu konsert bersama penyanyi veteran, M. Nasir dan bersempena dengan ulangtahunnya ke-15 menjadi anak seni.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 01407611
Back to top Go down
dyana
Ahli VIP
Ahli VIP
dyana

Number of posts : 1832
Age : 44
Location : Puchong
Registration date : 02/11/2009

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeMon 16 Nov 2009, 2:00 pm

awin dyana ader dgr gosip awei n akil

update la awin
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeMon 16 Nov 2009, 2:03 pm

dyana wrote:
awin dyana ader dgr gosip awei n akil

update la awin

emmm...
gosip apa yekk????
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeMon 16 Nov 2009, 2:10 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Norlis10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeMon 16 Nov 2009, 2:11 pm

Mirnawan, Isteri Pula Tersingkir

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 11152010

KUALA LUMPUR, 15 NOVEMBER 2009: Jaguh sukan hoki, Mirnawan Nawawi, 38, dan isterinya, Noorah Binti Mokhsin, 30, terpaksa akur dengan keputusan pengundi dan juri pada minggu ini apabila mereka meletakkan pasangan itu di tangga tercorot dan sekali gus menjadi pasangan ketiga tersingkir di pentas Sehati Berdansa 3 (SB3).

Keputusan yang diumumkan pengacara Awal Ashaari melalui Malam Debaran Sehati Berdansa (SB3) yang bersiaran langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil, malam tadi nyata menjadi jangkaan semua pihak mengikuti jejak Anita Baharom dan Zainul pada minggu lepas.

Bagaimanapun Mirnawan dan Norah berjaya mengumpul RM4,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya, Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan. Cek disampaikan kepada wakil dari pertubuhan tersebut.

Selain Joseph Gonzales sebagai juri tetap, Lavinie dan Jaaffar Onn diundang menjadi juri jemputan pada minggu persembahan bertemakan Malam Muda Mudi yang bersiaran pada Malam Sehati Berdansa, Sabtu lalu. Ia dikendalikan oleh Scha Al Yahya dan Fahrin Ahmad.

Seramai 6 peserta bakal meneruskan saingan di minggu depan iaitu Sazzy Falak & Nazril Idrus; Isma AF7 & Zul 2 By 2; Dira & Ash; Oshin & Firdaus Shukor; Syed Hussein & Noor Diyana serta Didie Alias & Isham Ismail.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeMon 16 Nov 2009, 2:13 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 41072810

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 41072811
Back to top Go down
dyana
Ahli VIP
Ahli VIP
dyana

Number of posts : 1832
Age : 44
Location : Puchong
Registration date : 02/11/2009

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeMon 16 Nov 2009, 2:22 pm

azwin wrote:
dyana wrote:
awin dyana ader dgr gosip awei n akil

update la awin

emmm...
gosip apa yekk????


tu la dyana pun terlepas

awie ngata akhil kawin jugak dlm tak ngaku

n akhil bals dia kawin lepas cerai tpi awie dlm kawin dah kawin lagi

cam 2 la+ - bunyinye
Back to top Go down
ameiza
Enterpreneur
Enterpreneur
ameiza

Number of posts : 728
Age : 51
Registration date : 28/08/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeMon 16 Nov 2009, 2:28 pm

rasanya dua 2 pun serupe.....
Back to top Go down
http://ameiza-kitchenware.blogspot.com
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeTue 17 Nov 2009, 1:52 pm

ameiza wrote:
rasanya dua 2 pun serupe.....

betoi tu kak... ngeh3x
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeTue 17 Nov 2009, 1:54 pm

Tiket Untuk Konsert Noryn Aziz Terjual Hampir 70%

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Noryn210

PENYANYI jazz, Noryn Aziz akan menambat hati para peminatnya menerusi konsert “DFP Spotlight:Jazz” yang juga merupakan konsert jazz solo Noryn pada 12 Januari 2010.

Hampir 70% tiket sudah pun habis dijual untuk konsert yang dianjurkan oleh Dewan Filharmonik, Petronas, di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) khas untuk penyanyi-penyanyi Jazz tanah akhir.

Sebelum ini, penyanyi jazz, Mia Palencia adalah diantara penyanyi yang mengadakan konsert seumpama ini pada bulan Oktober lepas.

Tiketnya berharga RM30 untuk persembahan selama satu setengah jam.

Menurut penyanyi itu lagi, kelainan pada konsert ini adalah Noryn akan berada lebih dekat dengan penonton kerana dewan itu hanya boleh menempatkan 300 orang.

“Teknologi di dewan tersebut juga amat bagus dan konsert itu akan memaparkan semuanya mengenai Noryn Aziz.

“Konsert ini juga merupakan konsert solo saya setelah sekian lama,” jelas Noryn yang memiliki bentuk badan yang montok apabila dihubungi semalam.

Antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan pada malam itu adalah “Ladies Sing the Blues” dan “Misty.” Lagu-lagu daripada albumnya juga akan dinyanyikan oleh Noryn.

“Saya juga akan menyanyi beberapa buah lagu yang digubah oleh saya, lagu-lagu jazz serta latin dan dua buah lagu single baru,” jelas penyanyi itu. Muzik pada konsert itu akan dimainkan oleh bandnya sendiri.

“Ramai yang menyangka yang saya akan menyanyi bersama kumpulan okestra tetapi sebenarnya tidak,” kata penyanyi itu yang fasih berbahasa Inggeris.

Tambahnya lagi, sepanjang sepuluh tahun dalam bidang seni ini, suara dan genre muziknya telah banyak berubah dan kelainan itu oleh dilihat sendiri oleh peminat-peminat Noryn dalam konsert itu nanti.

Apabila ditanya apakah berbezaan diantara persembahannya sekarang dan yang terdahulu, penyanyi itu berkata persembahannya pada kali ini mempunyai elemen kejutan.

“Ini juga merupakan satu konsert yang agak kecil dan berada lebih dekat dengan penonton berbanding konsert-konsert saya yang terdahulu,” ujar Noryn.

Sementara itu, Noryn kini sibuk dengan singlenya yang bertajuk Izinkan Aku dan Kesungguhan Cinta, dijadualkan akan keluar pada awal bulan Disember ini.

“Saya ingin mengeluarkan album tetapi genarasi kini lebih suka memuat turun lagu-lagu menlalui Internet.

“Itu adalah salah satu sebab kenapa saya lebih suka mengeluarkan single saya dahulu sebelum album,” kata Noryn. Manakala albumnya pula yang keluar pada awal tahun hadapan.

Selain itu, penyanyi ini juga sibuk dengan banyak majlis-majlis korperat.

Apabila disoal mengenai rahsia kecantikannya, Noryn berkata beliau menjaga aspek pemakanannya dan mengelakkan makan pada waktu malam.

“Saya selaku jurucakap pusat pelansingan badan Marie France akan berkunjung ke pusat mereka sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

“Saya juga mengamalkan jamu dan mengambil suplemen saya setiap pagi selain berenang dua kali seminggu,” kata penyanyi itu lagi.

Walaupun menjaga makannya, Noryn tidak terlepas untuk menikmati makanan kegemarannya seperti kari, nasi lemak dan roti canai.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeTue 17 Nov 2009, 1:55 pm

Shila OIAM Ketepikan Cinta Demi Karier

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 01407110

Shila sanggup mengetepikan soal cinta demi kerjaya nyanyiannya. -Foto THE STAR oleh KEVIN TAN

NAIB juara musim kedua pertandingan nyanyian realiti One in a Million (OIAM), Nur Shahila Amir Hamzah, atau lebih dikenali sebagai Shila, 19, sanggup mengetepikan soal cinta demi kerjaya nyanyiannya.

Shila sedar belum sampai masanya dia bercinta lebih-lebih lagi kerjaya dunia hiburannya sedang mula berkembang.

"Biarlah saya fokus kepada kerjaya saya dulu. Memang ada di kalangan artis dan orang biasa yang ingin memikat saya.

"Tetapi saya lebih mengutamakan kedua-dua ibu bapa dan kerjaya saya," kata Shila yang enggan menamakan lelaki-lelaki tersebut.Shila ditemui selepas membuat persembahan di konsert "FLY FM's 4th FLY-NIVERSARY" yang berlangsung di Central Park Avenue, 1 Utama, Bandar Utama pada 14 November lalu.

Ditanya sama ada Datuk atau Tan Sri merupakan antara yang cuba menawan hatinya, Shila menafikannya sambil tersenyum.

Tidak menghairankan jika ramai lelaki cuba memikat Shila yang jelita ini. Selain bersuara lunak, anak kepada penyanyi terkenal bergelar ND Lala ini bernilai komersial.

Shila memberitahu dia terlibat dalam iklan TM Connect, Connectico, Clean & Clear, Hannah Montana untuk Disney Channel Malaysia.

Mengenai perkembangan terkininya, Shila berkata, dia akan menyertai konsert Everyone Connect TM pada 22 November ini.

"Dafi, Mila, Tomok dan Bunkface turut akan membuat persembahan pada konsert itu nanti," katanya yang baru mengeluarkan album ketiganya 'Bebaskanlah' oleh syarikat rakaman MonkeyBone pada 20 Ogos lalu.

Lain-lain album Shila termasuk Sha-hila (EMI, 2005) dan Ost 5 Jingga (EMI, 2008). Single Shila termasuk Saat Bahagia (2005), Kita Berdansa (Loco Loco) (2005), Yang Teristimewa (2005), E-Mel Darimu (2005), Memori Tercipta (2008), Bebaskanlah Alam's Story (2008), Tidak Minta Popular (2008), Berteman (2008) dan Remaja (2008).

Selain itu, Shila memberitahu dia akan berduet dengan satu kumpulan muzik dari Indonesia, RAN menerusi lagu berjudul 'Tunjukkan Cintamu".

"Saya akan menyanyi dalam Bahasa Indonesia. Sebenarnya, kalau dari segi sebutan, Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia hampir sama sahaja," katanya yang tidak menghadapi kesukaran untuk menyanyi dalam Bahasa Indonesia.

Shila juga telah berkolaborasi dengan Dafi dari Akademi Fantasia 5 dalam pembikinan lagu baru 'Rentak Optimis' akhir-akhir ini. Lagu baru ini dicipta khas oleh Coca-Cola sebagai lagu tema kempen iklan baru jenama gergasi itu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeTue 17 Nov 2009, 1:58 pm

Dato’ Siti Nurhaliza Catwalk di Mifa 2009

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 41109510

Dari 4 hingga 8 November lalu, sebanyak 99 pereka fesyen telah menyertai Malaysian International Fashion Week 2009 (M-IFW ‘09) di Pavillion KL. Kira lebih meriah dari tahun lepas dengan pertambahan lebih 50 orang pereka pada tahun ini.

Selain Anita Sarawak yang menggayakan fesyen Kapas Couture, penonton juga terpaku dengan kehadiran Dato Siti Nurhaliza catwalk di runway dengan menggayakan long sleeved dress dengan kolar yang punya ciri keanggunan moden dan tradisional. Sangat elegan dan anggun! Busana ini adalah rekaan Rizman Ruzaini
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeTue 17 Nov 2009, 2:01 pm

Seribu Warna Tutup Tirai 2009 Siti

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 11162010

KUALA LUMPUR, 16 NOVEMBER 2009: Penghibur tersohor, Dato' Siti Nurhaliza Tarudin menutup tirai 2009 dengan Konsert Seribu Warna Dato' Siti Nurhaliza yang telah berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, kelmarin.

Konsert sempena sambutan ulang tahun ke-17 Hai-O Marketing Sdn Bhd itu sekali lagi menyaksikan kehebatan Siti beraksi di hadapan 6,000 penonton dengan persembahan yang memuaskan.

Seperti yang dinyatakan Siti ketika di atas pentas, beliau berjanji akan tampil dengan 2 lagi konsert hebat pada 2010 bagi meraikan ulang tahun ke-15 pembabitannya dalam industri muzik tempatan.

"Satu konsert akan Siti adakan pada April tahun depan. Tapi paling hampir, ialah 1 Januari 2010 di mana Siti dan M. Nasir akan tampil dengan satu konsert besar di Esplanade, Singapura. Perbincangan masih dijalankan dan selepas malam ini Siti akan mula berfikir corak persembahan yang akan Siti persembahkan nanti. Terus terang memang Siti teruja," katanya yang ditemui pada sidang media selepas menyanyi.

Penyanyi lagu Jerat Percintaan itu berkata, dia akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik dalam setiap konsertnya. Bagi Siti, dia hanya akan berasa puas, jika dapat melihat penonton terhibur dengan nyanyiannya.

"Konsert Seribu Warna lebih santai jika mahu dibandingkan dengan Konsert Satu di Istana Budaya. Kerana dari segi pemilihan lagu, Siti banyak memilih lagu-lagu rancak. Siti juga banyak guna visual sebagai perantaraan kepada penonton. Insya-Allah selepas ini sesiapa saja yang ingin menaja konsert Siti, tentu Siti akan menerimanya dengan tangan terbuka," katanya.

Siti turut menghadiahkan peminatnya dengan variasi lagu popularnya seperti Ku Mahu, Nirmala, Di Taman Teman, Biarlah Rahsia, Bukan Cinta Biasa, Pendirianku, Seindah Biasa dan Ku Percaya Ada Cinta menerusi konsert selama 2 jam itu.

Menerusi persembahannya berkenaan, isteri Datuk Khalid Muhd Jiwa itu cukup berbangga apabila berupaya memberi peluang kepada 2 saudaranya, Saidah dan Saerah, untuk beraksi bersama-samanya buat pertama kali di pentas.

Saidah dan Saerah turut diberi penghormatan membuat persembahan pembukaan, sebelum Siti sendiri mengambil alih dengan gimik pembukaaan yang gah dan bertenaga menerusi lagu Ku Milikmu yang digubah dengan sususan lagu popular superstar Beyonce, Crazy In love.

"Siti berpuas hati dengan komitmen dan persembahan Saidah dan Saerah. Inilah platform yang terbaik untuk menampilkan bakat sebenar dan ujian yang perlu mereka lalui untuk bergelar penghibur. Secara keseluruhan, mereka lulus, bagaimanapun banyak yang masih perlu mereka perbaiki. Menariknya Siti memilih konsep pakaian yang sama dengan mereka," katanya yang memilih fesyen rekaan Hatta Dolmat.


Kagumi bakat Anuar Zain & Faizal Tahir

Konsert Seribu Warna bukan saja menyaksikan trademark Siti yang mampu menyanyi dan menari, tetapi juga menghadiahkan satu tribute kepada Anuar Zain dan Faizal Tahir.

Siti menyampaikan versinya terhadap lagu Lelaki Ini dan Mahakarya Cinta. Koleksi foto kedua-dua ikon berkenaan turut divisualkan sebagai latar belakang kala dia menyanyi.

Menurut Siti, selain memiliki kualiti vokal yang cukup baik serta lagu-lagu yang disukai ramai, kedua-dua penyanyi pujaannya itu punyai bakat cemerlang.

"Ini hanyalah rasa penghargaan Siti kepada kecemerlangan muzik mereka berdua. Lagipun Siti rasakan, cara seperti ini boleh dijadikan gimik dalam persembahan Siti.

"Siti akui, key nyanyian penyanyi lelaki kurang sesuai apabila dinyanyi penyanyi wanita. Sebab itu Siti pilih lagu yang sesuai untuk dinyanyikan mengikut suara Siti," katanya yang bergaya dengan gitar milik Faizal Tahir ketika mendendangjan lagu Mahakarya Cinta.


Antara dialog Siti di pentas...

"Lagu ini disusun semula, khas untuk peminat yang mengalami kemurungan, kesedihan yang tidak dapat melihat persembahan Beyonce. Jangan risau, Siti ada di sini untuk menghiburkan anda semua." – selepas menyanyi lagu Ku Milikmu yang digubah semula oleh Aubrey Suwito.

"Siti percaya, dalam hidup orang ada bermacam-macam warna yang dilalui. Sama juga dengan pekerja Hi-O. Pelbagai jalan dilalui sehingga bergelar jutawan,"

"Peminat saya ramai yang melaram. Ada yang datang nak tengok saya dekat-dekat. Ada yang nak tengok mata dan hidung saya. Ada yang geram sampai cubit pipi saya. Kalau sekali sekala (cubit) tu OK. Tapi jangan tiap-tiap hari."

"Sebagai artis, saya banyak mengembara dan berjumpa pelbagai jenis orang, kerjaya dan status berbeza. Tetapi saya tetap berbangga dapat berjumpa dengan peminat sendiri"

"Kami sama-sama terjerat dalam percintaan.. opps, sorry B (baby, panggilan mesra untuk Datuk K) "- ketika mengumumkan nama Anuar Zain sebelum menanyikan lagu Lelaki Ini.

"Kalau arwah ayah dengar lagu ini mesti dia nangis. Sebab hidup tak boleh bersendirian. Kita saling bantu-membantu dan memerlukan. Kepada peminat semua, terimalah Seindah Biasa." – mukadimah Siti bagi lagu Seindah Biasa.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeTue 17 Nov 2009, 2:02 pm

Amber Jadi Duta Produk Suntik Wajah


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 11162011
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeTue 17 Nov 2009, 2:04 pm

Sazzy Sindir Siapa Dalam Facebook?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 11162012

KL, 17 NOVEMBER 2009: Sudah 3 pasangan Sehati Berdansa 3 (SB3) tersingkir. Namun, Murai Batu masih belum dapat jangka siapa yang layak menjadi juara. Bukannya apa, Murai Batu lihat, setiap minggu, pasangan yang bertanding bertungkus-lumus untuk merebut gelaran tersebut sambil mengutip wang untuk badan kebajikan masing-masing.

Apa yang Murai Batu lihat, perang peminat sudah bermula dan semakin panas. Malah ada yang cakap hanya pasangan Sazzy dan Dira saja yang boleh mengejar Isma.

Menyentuh pula tentang pasangan Sazzy dan Dira, baru-baru ini Murai Batu dapat tahu ada salah faham telah berlaku antara Sazzy dan Dira dalam laman komuniti Facebook (FB). Betul ke Sazzy & Dira?

Murai Batu difahamkan, cerita ini bermula apabila Sazzy meletakkan di ruangan statusnya dengan soalan yang lebih kurang "Kenapa Undi Diri Sendiri?". Selepas melihat komen tersebut, Dira yang kebetulan menjadi kawan FB Sazzy terus memberi komen ala-ala tersentap dan terasa.

Kecoh jugalah FB Sazzy tu sebab selain Dira, ramai juga peminat mahupun kengkawan Sazzy memberikan pendapat. Bagaimapun, Murai Batu dapat tahu, Sazzy bukanlah meletakkan kata-kata itu dalam ruangan status tersebut sebagai program SB3 secara direct.

Dari pemahaman ramai dan Murai Batu, setakat ini mana ada program lain yang sedang berlangsung kecuali Penyampai Ikon yang dah ada pemenang serta Idola Kecil yang baru memulakan cabaran.

Adakah benar Sazzy kecewa dengan sesetengah peserta SB3 atau hanya sekadar pandangan umumnya? Atau adakah benar Dira pula yang selalu mengundi diri sendiri? Kenapa tiba-tiba Dira terasa dengan apa yang Sazzy katakan itu?

Apa kes pun, Murai Batu tak kisahlah siapa nak undi siapa. Nak undi diri sendiri pun kita tak kisah kalau memang duit banyak. Semua itu terpulanglah. Janji, orang yang menang itu sememangnya hebat dan berbaloi untuk diundi. Dan pesanan Murai batu juga, bertandingkan dengan semangat yang sihat.
Back to top Go down
dekfa
Enterpreneur
Enterpreneur


Number of posts : 108
Age : 44
Location : Rawang
Registration date : 05/06/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeTue 17 Nov 2009, 2:18 pm

suka tgk sazzy menari kat sb3. kemas nmpaknya
Back to top Go down
http://syaskitchenessetials.blogspot.com
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeTue 17 Nov 2009, 2:26 pm

lagipun sazzy tu comey laa...
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeWed 18 Nov 2009, 5:09 pm

Keputusan Tuntutan Saman Eja RM240,000 Ditangguhkan Ke 9 Disember

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Eja2110
Eja. -Foto THE STAR oleh KAMARUL ARIFFIN

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Sivil di sini hari ini menangguhkan keputusan kes tuntutan saman ganti rugi pelakon Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja, 36, sebanyak RM240,000 yang difailkan terhadap Gulatis Exclusive Sdn. Bhd. (Gulatis) ke tarikh 9 Disember ini.

Seorang pegawai mahkamah yang enggan dikenali memberitahu media hari ini mengenai penangguhan keputusan kes itu.

Dia tidak memberikan sebab-sebab kes itu ditangguhkan.

Eja menyaman Gulatis bagi menuntut ganti rugi atas dakwaan syarikat itu mengingkari perjanjian lisan apabila menggunakan gambarnya pada papan iklan, poster dan banner walaupun tempoh kontrak telah tamat.

Hakim Madihah Hairullah telah menetapkan hari ini untuk membuat keputusan semasa perbicaraan kes itu pada 26 Oktober lalu.

Eja dan peguamnya Aida Hassan serta wakil Gulatis dan peguamnya Rejinder Singh tidak hadir ke mahkamah hari ini.

Menurut prosiding kes sebelum ini, Eja mendakwa reputasinya sebagai selebriti tercemar dan pendapatannya terjejas ekoran tindakan syarikat Gulatis menggunakan gambar tanpa kebenarannya bagi tujuan promosi syarikat tersebut.

Eja dalam keterangannya juga berkata, beliau hanya bersetuju membenarkan gambarnya bersaiz kecil dipamer pada borang peraduan "Guess Who and Win" anjuran syarikat itu semasa perayaan Hari Raya 2005.

Bagaimanapun katanya, gambarnya itu telah dibesarkan dan digunakan pada poster, banner dan brosur yang dipamerkan di jalan-jalan raya di Malaysia serta siaran televisyen tanpa persetujuan beliau.

Katanya tindakan syarikat itu yang telah meluaskan penggunaan gambarnya "sebesar bangunan Gulatis" telah menjejaskan sumber pendapatannya.

Ini kerana katanya, agensi lain menganggap beliau sebagai duta Gulatis dan dengan itu tidak menawarkan beliau apa-apa kerja.

Dalam tempoh berkontrak dengan Gulatis, Eja memberitahu beliau diberi ganjaran belian kredit dan jahitan dengan tukang jahit di syarikat berkenaan bernilai RM1,500 kerana persetujuannya membenarkan gambarnya dipamerkan pada borang peraduan itu
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeWed 18 Nov 2009, 5:14 pm

Sehati Berdansa 3: Sazzy, Dira Jelas Isu Berbalah Tentang Undian

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 01407811
Sazzy dan suaminya Nazril. -Foto THE STAR oleh KEVIN TAN

BARU-BARU ini, kecoh mengenai dua peserta Sehati Berdansa musim ketiga iaitu Sazzy Falak dan Dira Abu Zahar yang berbalah tentang kedudukan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) mereka.

Difahamkan, Dira dan pasangannya Ash selalu mendapat markah undian SMS daripada penonton yang tertinggi berbanding Sazzy dan pasangannya Nazril.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 01407810
Dira dan Ash.

Pergaduhan itu semakin panas apabila peminat antara kedua-dua pasangan ini saling mengutuk antara satu sama lain di salah satu laman web.
Namun berlainan pula jawapan yang didengar daripada mulut kedua-dua pelakon ini.

Sazzy mahupun Dira yang nampak mesra antara satu sama lain berkata luahan yang dipamerkan dalam FaceBook dan blog masing-masing tiada kena-mengena dengan program itu mahupun menuduh antara mereka.

Jelas Sazzy, dia tidak pernah berdendam dengan sesiapa di dalam program itu melainkan menganggap semua peserta ibarat satu keluarga.
"Saya nak ‘fair game’, jadi kenapa korang (peminat) nak gaduh. Kami ‘ok’. Undian tinggi atau tidak, inilah program realiti.

"Saya nasihatkan peminat jangan terlalu stres dan lebih ‘have fun’. Saya rasa sedih bila ada orang reka ‘drama’ seperti ini," ulas Sazzy.
Dalam masa yang sama, Sazzy berharap kes ini dihentikan kerana dia enggan melihat peminat-peminatnya dan peminat-peminat Dira bergaduh di luar sana.

Bagi Sazzy, bukan mudah untuk berada di atas. Setiap minggu, dia dan Nazril selalu mendapat markah tertinggi daripada juri sehingga sudah dua kali mencapai 100 peratus. Tetapi minggu lalu, mereka merupakan antara pasangan yang mendapat undian SMS terendah.

"Apabila mendapat markah tinggi daripada juri, kami kena lebih bagus dari minggu lepas. Kami selalu memberikan 100 peratus komitmen setiap masa untuk meraih markah 50 peratus dari juri dan 50 peratus dari undian SMS penonton.
"Kami juga menerima dengan hati terbuka apabila berada di zon bahaya. Tetapi agak terkejut juga apabila pasangan Isma dan Zul juga berada di zon bahaya kerana mereka bagus," tambahnya lagi.
Sementara itu, Dira berkata dia langsung tidak menjangkakan dia berjaya meraih undian SMS penonton yang tinggi.

"Saya tahu dari minggu pertama lagi orang pelik dengan kedudukan saya dan suami. Tetapi saya hanya buat kerja saya dan cuba meraih rezeki dengan ikhlas.
"Antara semua peserta, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. Kami semua membuat untuk amal kebajikan dan saya rasa tidak seronok juga apabila mendengar kutukan daripada orang lain.

"Saya tak pernah memusuhi orang lain dan tidak mahu jatuhkan sesiapa," jelas Dira.
Sama seperti Sazzy, pelakon drama ‘Tower 13’ ini juga mengaku dia dan suaminya, Ash sentiasa berusaha untuk melakukan persembahan yang menarik.

"Apabila undian tinggi, harapan orang ramai juga sangat tinggi. Setiap minggu, kami akan melakukan yang termampu. Kadangkala, saya dan suami ‘bergaduh’ untuk ingat ‘step’ tarian,” ujarnya.
Dira juga berharap isu ini akan dihentikan dan tidak mahu semua orang stres kerana bergaduh.
"Bagi saya tak salah kalau semua orang saling menyokong antara kami tetapi jangan kutuk sesiapa," luahnya yang mesra berada antara Sazzy dan Ash. Sementara di sebelah kanan Sazzy adalah suaminya, Nazril.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeWed 18 Nov 2009, 5:17 pm

Saida Dan Saerah Mengaku 'Tumpang Populariti' Siti Dalam AC?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Accccc10

SEGMEN Borak AC yang akan ke udara sehari selepas hari Krismas di Astro RIA (Saluran 104), akan menampilkan tiga orang 'tetamu istimewa' iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Siti Nursaida dan Siti Nursaerah.
Rakaman program AC? yang diadakan kelmarin menyaksikan gelagat 'tiga' Siti diusik AC Mizal, disaksikan lebih kurang 90 orang penonton di Studio 2, Astro, Bukit Jalil.
Datuk Siti Nurhaliza kelihatan begitu jelita dan kasual dengan seluar jeans yang dipadankan bersama blaus longgar dan kain selendang sedondon berwarna merah dan oren.

Manakala kakak penyanyi Siti Nurhaliza, Siti Nursaida memakai blaus berwarna putih dan berseluar jeans. Siti Nursaerah pula tampil dengan imej ala "hip-hop" berwarna hitam.
Dalam perbincangan yang relaks dan spontan itu, Siti menjawab berbagai soalan dari topik album terbarunya 'Tahajjud Cinta' yang berkonsepkan kerohanian hinggalah ke isu menjadikan saudara sendiri sebagai artis rakaman dalam syarikat produksinya, iaitu SNP (Siti Nurhaliza Productions).

Saida dan Saerah juga secara terbuka berkongsi pengalaman mereka bernaung dibawah syarikat rakaman Siti Nurhaliza, sebagai penyanyi rakaman.
Tanpa berselindung, Saida mengaku yang sebenarnya beliau dan Siti Nursaerah menumpang populariti Siti Nurhaliza.
"Saya tahu kami dikenali kerana Siti Nurhaliza. Tetapi kami juga ingin merasa kesusahan yang pernah dialami olehnya dari bawah," jelas Siti Nursaida.

Menurut Saerah pula, sebab yang tidak seronok menjadi adik penyanyi nombor satu negara adalah dirinya selalu dibandingkan dengan kakaknya.
"Tetapi itu bukanlah sesuatu yang tidak baik. Itu membakar semangat saya untuk berusaha dengan lebih keras lagi," kata Saerah yang akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan Mei depan.

Saida, Siti dan Saerah turut menjawab lima soalan yang dikemukakan oleh penonton di studio.

Sementara itu, untuk segmen Wow! pula, kumpulan sorakan Emas mempersembahkan aksi mereka pada malam tadi.

Klimaks pada program rakamam itu adalah sedutan video bagaimana AC Mizal dikenakan oleh kru pembikinan program AC? sendiri sempena hari jadinya yang ke-38.
Bagi 'Segmen Garaj AC', Siti telah memberi sekeping gambar yang telah diautograf. Gambar itu diambil semasa beliau sedang disiapkan untuk maljis persandingannya dengan suaminya Datuk Khalid Muhamad Jiwa di KLCC pada tahun 2006.

Manakala kakaknya, Saida mendermakan sehelai jaket kulit dan Saerah pula menghadiahkan satu anak patung yang diberikan oleh kawan baiknya semasa menamatkan penggajian Diploma.
Tidak sah kalau tidak mendengar suara merdu dari Siti. Penyanyi tersohor itu telah menyampaikan sebuah lagu berjudul Ku Percaya Ada Cinta dari album terbarunya iaitu 'Tahajjud Cinta'.
Program AC mengandungi empat buah segmen lagi iaitu Carta AC dan Teropong, Gelak Geli AC, Wow!, dan Garaj AC. Pengacara untuk program ini ialah AC Mizal.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeWed 18 Nov 2009, 5:22 pm

Watak Jalang Yasmin Kurang 'Ummph'!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Y2110
BUKAN niat penulis ingin membuat perbandingan filem arahan NazirJamaluddin ini dengan filem kontroversi 'Perempuan, Isteri dan ...'lakonan Sofea Jane lebih 10 tahun lalu.

Namun, secara peribadi penulis merasakan filem Jalang tidak cukup 'kuat' berbanding filem arahan U-Wei itu sama ada dari segipenceritaan mahupun lakonan.
Memang tidak adil untuk membanding-bandingkan arahan sulung Nazir dilayar perak dengan hasil karya U-Wei itu apatah lagi jalan cerita dua filem ini berbeza.
Namun mahu atau tidak, pihak penerbit dan pengarah juga harus menerima hakikat bahawa penonton pasti sedikit-sebanyak akan membandingkan dua buah filem ini dari pelbagai aspek kerana kedua-duanya mempunyai satu persamaan iaitu dengan mengetengahkan perempuan 'jalang' sebagaisubjeknya.

Dan menerusi pengamatan penulis, 'kesilapan' terbesar syarikatpenerbitan, De Baron Sdn Bhd adalah kerana mempertaruhkan bintang baru, Yasmin Khanif sebagai 'jalang' di dalam filem yang bakalmemasuki pawagam pada 26 November ini.
Memang benar muka baru sepertinya amat diperlukan sebagai pelapis pelakon-pelakon yang sedia ada, malah difahamkan, nama-nama besar seperti Fazura dan Fasha Sandha juga 'kalah' di tangan pelakon baruini kerana merasakan Yasmin mampu membawakan wataknya dengan baik.

Namun tatkala menonton filem ini pada sesi prebiu baru-baru ini, penulis rasakan Yasmin belum nampak 'bersedia' untuk ditampilkan sebagai tunjang utama sesebuah filem.
Yasmin nampak 'kaku' dan lakonannya tidak 'natural', lantas menampakkan dirinya sebagai perempuang jalang yang kurang 'umph'berbanding watak jalang yang pernah dilakonkan oleh Sofea dulu.
Hanya mempertaruhkan aksi 'daring' dan seksi rasanya tidak cukupmemadai untuk Yasmin benar-benar menjiwai watak tersebut. Sempat juga penulis membayangkan nama-nama pelakon lain yang mungkin mampu menghidupkan watak itu.

Malah, Maria Farida yang membawakan watak sampingan sebagai seorang datin di dalam filem tersebut juga penulis rasakan lebih 'sesuai' untuk membawakan watak perempuan jalang itu.
Apapun, secara ringkasnya, Jalang mengisahkan tentang Maria, seorangPerunding Kanan di salah sebuah syarikat antarabangsa milik Tan Sri Jamaudi yang menjadikan tubuh badannya sebagai barang dagangan demi mendapatkan projek-projek besar di dalam dan luar negara.
Dia terperangkap dengan cinta lamanya, Ikram yang juga merupakan anak kepada Datuk Nahu, orang perantaraan yang menjadi ‘jambatan’ kepada kehidupan tidak bermoralnya.

Selepas dibuang buat kali yang kedua oleh kekasihnya Ikram, sebaik mendapat tahu tentang kehidupan sosialnya, Maria membawa diri ke kampung ibu angkatnya Mak Esah bagi muhasabah diri.
Dia diburu oleh teman baiknya Ben Adam yang dalam diam menyintainya walaupun sejak awal lagi sudah mengetahui tentang kisah buruknya.
Filem yang berklasifikasi 18PL namun bebas daripada potongan Lembaga Penapisan Filem (LPF) ini turut membariskan pelakon-pelakon seperti Hairi Othman, Maria Farida, Helmi Husaini, Kuswadinata, Fizow Omar,Yank Kasim, Norlia Ghani, Faizal Hussein dan Ridzuan Hashim.
Penulis juga ingin menyentuh sedikit tentang jalan cerita filem ini.Jelas, ia mempunyai mesej di sebalik apa yang dipamerkan.
Seorang wanita yang telah jauh tersasar hidupnya dan kemudian insaf memang sudah begitu klise di dalam drama mahupun filem.

Imran Ismail yang bertindak selaku penulis skrip filem ini mempunyai cara tersendiri dalam mengolahkan perjalanan cerita tersebut.
Cuma seperti yang dikatakan tadi, faktor pelakon juga perlu diambilkira jika ingin memastikan cerita yang disampaikan itu berkesan di hati penonton.
Jika kurang 'penjiwaan' watak itu, sehebat mana pun cerita tersebut, ia pasti sukar menambat hati mereka yang menonton.
Apapun, penulis memuji lakonan Hairi Othman, antara pelakon 'lama' yang membintangi filem ini.
Walaupun watak Ben Adam yang dibawanya nampak 'biasa-biasa' saja berbanding lakonan-lakonannya sebelum ini, namun tidak dinafikan Hairi tetap menyerlah di dalam filem tersebut.

Begitu juga dengan pelakon senior lain seperti Helmi Husaini. Malah, penampilan istimewa Faizal Hussein sebagai pengedar dadah juga meninggalkan impak walaupun babaknya hanya seketika.
Penulis tidak mahu meramalkan tentang kutipan yang bakal diraih oleh filem ini. Namun, penulis yakin, tajuk 'Jalang' itu sebenarnya sudah mampu membuatkan penonton teruja untuk menyaksikan filem ini.
Negatif mahupun positif kritikan yang diberikan itu, semuanya adalah lahir daripada pengamatan penulis. Malah penulis percaya, bakat Yasmin masih mampu digilap dengan baik!
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeWed 18 Nov 2009, 5:24 pm

Siti Minum Jus Lobak Merah Dan Epal Untuk Kekal Cantik

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Siti110
UNTUK kekal cantik, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza minum jus epal bersama lobak merah setiap pagi dengan sarapan.
“Minum jus atau makan buah-buah seperti belimbing atau nenas adalah satu kemestian buat saya,” kata Siti dalam sebuah temu bual selepas program rakaman AC? kelmarin.

Selain itu, Siti juga mengambil kapsul antioksiden, vitamin dan CQ10 untuk kekal sihat.
“Suami saya juga tidak pernah terlepas untuk makan suplemen pada setiap pagi. Beliau lebih berdisiplin mengambil pil-pil sebelum bersenam berbanding saya kerana sudah biasa,” kata Siti yang mendirikan rumah tangga dengan Datuk Khalid Muhamad Jiwa tiga tahun lalu.

Menurut Siti lagi, rahsianya untuk kekal cantik adalah dengan setiasa berfikiran positif dan cuba meleraikan segala kekusutan dalam minda.
“Pasti ada jalan untuk sebarang masalah dan tiada guna kita tertekan kerana masalah yang kita hadapi,” jelas penyanyi yang berumur 30 tahun ini.
Sementara itu, menyentuh mengenai soal anak, penyanyi ini hanya berserah kepada tuhan.

“Saya akan cuba sehingga saya dikurniakan anak dan berdoa. Tuhan tahu bila masa yang sesuai...,” ujar Siti lagi.
Tambah Siti, seorang wanita tidak lengkap selagi belum bergelar ibu tetapi sekarang beliau masih gembira.
“Sekarang ini pun tiada apa yang kurang kerana suami masih ‘manja’ dengan saya. Selagi tak ada anak kami akan berbulan madu,” kata penyanyi itu sambil tersenyum.

Menurut Siti, sebagai manusia kita hanya boleh merancang. Beliau sendiri walaupun pada mulanya ingin berundur dari dunia nyanyian selepas berkahwin pada tahun 2006, tetapi rezeki masih datang mencurah-curah.
“Saya akan terus aktif dalam bidang nyanyian sehingga ada rezeki(anak). Kalau dah ada, saya akan perlahankan aktiviti nyanyian,” jelas Siti.
Rumahnya tidak sunyi kerana ibu mertuanya tinggal bersama Siti serta suami. Malah anak-anak saudara sering menziarahinya.

Mengenai soal bertudung, Siti berkata biarlah beliau dengan caranya.
“Saya ada mendengar komen yang mengatakan cara saya menutup kepala saya tidak memenuhi tuntutan agama. Tetapi ini adalah diri saya yang sebenarnya dan saya selesa dengan berselendang,” jelas Siti.
Apabila ditanya apakah rancangannya untuk tahun 2010, penyanyi yang lunak suaranya berkata beliau ingin mencapai kejayaan yang lebih baik dari segala aspek.
“Saya ingin kesihatan dan kerjaya saya bertambah baik dan merancang untuk mengadakan konsert pada tahun hadapan,” tambah Siti.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeWed 18 Nov 2009, 5:37 pm

Selamat tinggal Era

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Hi_01_57

LIMA tahun berpayung di bawah stesen Radio Era sambil menjalani setiap momen manis dan emosi menggembirakan, penyampai radio terkenal, Nurul Hana Che Mahazan atau satu Malaysia mengenalinya sebagai Nana mengaku terbuka menerima perpindahannya ke tempat baru, X FM.

Tidak pernah sesekali berduka mahupun menangisi dengan mandat baru untuk berpindah ke stesen radio lain, wanita jelita berusia 26 tahun itu tetap akur dengan keputusan muktamad orang kuat Era, Nazri Noran dan pihak pengurusan AMP Radio Networks.

Benar, nampaknya selepas ini tiada lagi kedengaran suara dan keletah ceria Nana berkumandang menghiburkan hati yang rawan seperti peminat terbiasa dengar di Era bermula tahun 2004.

Mulai 23 November ini, Nana dengan dengan rasminya bergelar penyampai X FM sekali gus stesen radio yang disasarkan untuk golongan muda itu dilihat menjadi tempat berteduh baru untuknya selepas menabur jasa dan bakti yang tidak terbalas di Era.

Nana yang dihubungi Kosmo! kelmarin berkata berita pertukarannya daripada Era ke X FM disampaikan sendiri oleh Nazri pada 11 November lalu lantas dia harus mengucapkan salam perpisahan kepada seluruh pengikutnya pada Jumaat lalu.

"Pada waktu itu saya memang terkejut apabila dikhabarkan oleh Nazri tentang perpindahan saya ke X FM. Terus-terang, saya sedikit tergamam apatah lagi kalau diikutkan saya adalah penyampai paling senior di situ.

"Setelah dijelaskan tentang relevannya perkara ini, barulah saya faham dengan kedudukan sebenar dan niat baik pihak pengurusan yang inginkan saya mencipta lebih banyak kejayaan walaupun berada di stesen radio lain.

"Alhamdulillah, saya dapat menerima pertukaran ke tempat baru dengan rela hati tanpa sedikitpun membantah dengan apa yang sudah dirancangkan oleh AMP Radio Networks
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeThu 19 Nov 2009, 9:46 am

Aishah Kecewa Single Terbarunya Tidak Diputarkan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 01408410
Aishah kecewa kerana singlenya 'Yang Hanya Ada Kenangan' tidak dimainkan di kebanyakan stesen radio tempatan. -Foto THE STAR oleh RICKY LAI

PENYANYI popular 80-an dan 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah kecewa kerana singlenya 'Yang Hanya Ada Kenangan' yang dikeluarkan pada Januari lalu tidak dimainkan di kebanyakan stesen radio tempatan.

Walhal rekod prestasi Aishah cukup mengagumkan. Artis veteran ini mempunyai lebih 20 album termasuk kompilasinya, dalam tempoh kerjaya seninya yang menjangkau lebih 20 tahun.
"Single saya susah nak dapat radio 'air play' (lagu tidak diputarkan). Artis veteran seperti saya terpaksa mengeluh dalam situasi industri muzik sekarang kerana kami tidak mendapat sokongan stesen radio tempatan.

"Sampaikan kami (artis) dan syarikat record tertanya-tanya apa sebenarnya yang dikehendaki stesen radio hari ini. Anda mendengar lagu-lagu artis luar negara diputarkan secara kerap sampai kita hilang motivasi untuk membuat lagu baru," katanya.
Aishah ditemui di sidang media konsert istimewa 'Irama Warisan Kita' di Hotel Shangri-La baru-baru ini.

Dalam sidang media itu, Aishah diperkenalkan bersama komposer terkenal Lah Ahmad sebagai penyanyi pada konsert tersebut. Konsert 'Irama Warisan Kita' bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC pada 11-12 Disember 2009 pada pukul 8.30 malam dan 13 Disember 2009, 3 petang.
Dalam konsert itu, Aishah bakal menyanyikan dua buah lagu iaitu 'Bahtera Merdeka' (komposer: Kassim Masdor; lirik: S. Sudarmaji; penyanyi asal: Datuk Ahmad Jais dan arranger: Vivian Chua) dan 'Joget Kenangan Manis' (komposer: S. Atan; lirik: Haron Abdul Majid; penyanyi asal: Datuk Sudirman dan arranger: Ahmad Muriz Che Rose).

Setakat ini, Aishah mendakwa cuma stesen radio Sinar, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan SuriaFM pernah memutarkan singlenya, 'Yang Hanya Ada Kenangan'.
(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Filharmonik Petronas (DFP) / Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), Karina Ridzuan; Deborah Henry dan Awal Ashaari (hos); Aishah (penyanyi), Datuk Johari Salleh (konduktor) dan Lah Ahmad (penyanyi) semasa sidang akhbar konsert 'Irama Warisan Kita'.

Single 'Yang Hanya Ada Kenangan' dihasilkan oleh Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Kak Chah.
Sehubungan itu, Aishah memberitahu pihak berkuasa terbabit seharusnya mewujudkan dan mengenakan peraturan ataupun kuota berhubung jumlah lagu tempatan yang dimainkan oleh stesen-stesen radio tempatan.

Jelasnya, ini bagi memastikan stesen-stesen radio mempromosikan lagu-lagu tempatan.
"Kita mempunyai banyak bakat tempatan. Bila kita dengar lagu-lagu artis luar negara yang dimainkan, apalah yang sedap sangat. Bila saya tanya 'kenapalah?'.
"Bila saya tanya kenapa tak main single saya, jawapan yang biasa saya dengar ialah 'Kami rasa para pendengar tidak menyukainya."

"Saya tanya balik... 'Bagaimana kamu tahu para pendengar tidak menyukainya sedangkan stesen radio anda langsung tidak memainkan lagu tersebut?" kata Aishah yang pernah mengeluarkan album 'Aishah' pada 1990.
Album 'Aishah' memuatkan lagu-lagu hit seperti Janji Manismu, Camar Yang Pulang dan Bahtera Merdeka. Ia adalah antara album yang mencatat jualan tertinggi.
Tambah Aishah lagi, kajian yang dijalankan mendapati apa-apa lagu termasuk lagu 'Twinkle, Twinkle, Twinkle Little Star' akan menjadi lagu hit sekiranya kerap dimainkan.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeThu 19 Nov 2009, 9:47 am

Mawi Terbitkan Program Fesyen Untuk Ekin?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Mawi3110

SETELAH lebih empat tahun dirinya menapak di dalam industri hiburan, Asmawi Ani atau Mawi akhirnya berjaya mengumpulkan kekuatan untuk meluaskan empayarnya dan kali ini tampil sebagai penerbit pula selepas sukses dengan karier sebagai penyanyi dan baru-baru ini semakin ligat sebagai pelakon.

Menerusi syarikatnya MW Entertainment Sdn Bhd yang mula beroperasi sejak dua tahun lalu, Mawi mengorak langkah dengan percubaan sulungnya sebagai penerbit menerusi drama istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri lalu iaitu Bini Baru, Rumah Baru, Baru Raya yang telah disiarkan di Astro Prima dan turut dibintangi oleh dirinya dan isteri tercinta, Ekin.

Dan terbaru, MW Entertainment tampil dengan rancangan bercorak 'travelogue' iaitu Langkah Mawi World musim yang sebelum ini diterbitkan oleh Astro. Program 13 episod itu bakal ditayangkan di Astro Ria bermula 25 November ini pada pukul 7 malam.

"Rasanya sudah tiba masa untuk saya bergerak aktif dengan MW Entertainment yang sebelum ini mengambil masa secara berperingkat untuk dijalankan kerana kita turut melalui beberapa pengubahsuaian dan sebagainya.

"Alhamdulillah, syarikat ini berjaya juga hasilkan 'bayi sulung' iaitu drama sempena Hari Raya lalu dan sekarang ini akan diteruskan pula dengan Langkah Mawi World.

"Sejujurnya, saya memang sudah bersedia untuk bergelar penerbit. Dengan keadaan industri muzik tempatan yang semakin merudum ini, saya rasa inilah masanya untuk saya cuba aspek yang lain pula," kata Mawi yang ditemui pada majlis pelancaran syarikatnya itu dan program Langkah Mawi World di Palace of the Golden Horses, baru-baru ini.

Ia dilancarkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Menurut selebriti berusia 28 tahun ini, MW Entertainment bukan saja akan terbabit di dalam produksi, tetapi juga pengurusan acara, perhubungan awam dan pengurusan artis.

Setakat ini, kata Mawi yang bertindak selaku Pengarah Urusan MW Entertainment, syarikatnya mempunyai tujuh orang pekerja. Ekin bagaimanapun berkata, dia tidak terlibat di dalam perjalanan syarikat tersebut.
Mengulas lanjut tentang projek keduanya iaitu Langkah Mawi World musim baru ini, ujar Mawi, kali ini dia akan membawa penonton ke tiga buah destinasi iaitu di Melbourne, Sri Lanka dan Hong Kong.

Berbeza dengan musim pertama dulu, Langkah Mawi World yang diarahkan oleh Rahila Ali ini akan turut menampilkan Ekin di dalam segmen-segmen tertentu.
"Orang pun dah tahu saya sudah berkahwin dengan Ekin. Malah, dalam setiap episod, kita selitkan elemen 'bulan madu' yang merupakan kelainan pada musim ini.


Mawi kini bergelar seorang penerbit pula

"Ekin banyak membantu saya, terutamanya kalau saya terlupa sebarang informasi. Dia juga turut sama membuat kajian tentang destinasi yang kami lawati
"Apapun, saya memang selesa bekerja dengannya," kata Mawi yang menambah, penggambaran untuk program itu berlangsung selama lebih kurang sebulan dan berakhir baru-baru ini.

Ditanya tentang perasaannya setelah berjaya bergelar penerbit kini, kata Mawi, dia sememangnya puas kerana dapat melihat hasil usahanya sendiri.
"Saya akui, memang seronok dapat terbitkan program sendiri...lebih puas hati," katanya ringkas sambil menambah, program-program terbitannya kelak tidak hanya terhad untuk siaran di Astro sahaja.

Bercerita tentang perancangannya bersama MW Entertainment, kata Mawi, dia mempunyai beberapa projek untuk dibuat dan antaranya ialah sebuah telefilem berjudul Jiwa Kacau arahan Rahila Ali dan sebuah drama bersiri 13 episod tentang adik-beradik kembar.

"Jiwa Kacau akan memulakan penggambaran di Ipoh tidak lama lagi dan projek drama bersiri tentang pasangan kembar itu akan dibuat di Korea.

"Insya-allah, saya akan ke Korea pada bulan hadapan untuk melihat lokasi-lokasi yang bersesuaian di sana. Tajuk drama ini belum ditetapkan lagi tetapi mungkin saya akan membuat 'cameo' di dalamnya," tutur Mawi.
Juara Akademi Fantasia musim ketiga ini bagaimanapun menafikan bahawa Ekin dan kembarnya, Aein akan membintangi drama ini.
"Tidaklah. Kita akan cari pelakon lain, mungkin pelakon itu membawakan dua watak," katanya yang turut meletakkan sasaran untuk menerbitkan filem dalam masa lima tahun lagi

Ditanya tidakkah dia berminat untuk menerbitkan sebuah program untuk dihoskan oleh isterinya sendiri, sambil tersenyum Mawi menjawab:
"Itu memang idea yang menarik. Mungkin kalau saya buat pun, ia berkisarkan tentang program fesyen kerana minatnya cenderung kepada aspek itu.
"Lagipun, sebelum ini Ekin juga pernah menjadi hos untuk satu segmen fesyen di sebuah program tidak lama dulu."
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeThu 19 Nov 2009, 9:53 am

Gambar Stanley AF6 semakin gemuk

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Stanle10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeThu 19 Nov 2009, 9:55 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 63110

RUMAH LINDA ONN
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeThu 19 Nov 2009, 9:56 am

Auddra, anak Shira & Ijoy

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 27110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 27111

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 36110
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeThu 19 Nov 2009, 9:58 am

Lisa Surihani Tidak Sombong Seperti Yang Digosipkan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Mainp164

Korang pun tahu Lisa memang seorang yang low-profile tak ada pun heboh-heboh macam certain artis buat statement pelik-pelik. Tapi tuh pun nak ada gosip juga ke? M pernah terjumpa dengan Lisa dan dia tidaklah seperti yang disangka , mungkin korang terjumpa time tuh dia tengok sibuk kot?

Rileklah, jangan memburukkan nama artis yang sedang naik dan tiada masalah sosial or masalah cinta-cinta nih. Antara Lisa,Nora Danish dan Scha. M nak amik Khatumalai lah lagi baik. Haha!

Sedikit soal jawab antara Lisa dan Wartawan HIP di dalam*

TERKEJUT dan sedikit berubah air muka pelakon Lisa Surihani ketika diajukan pertanyaan kononnya dia kini semakin berlagak dan besar kepala selepas mengecapi populariti dan dunia glamor seorang artis.Bukan tuduhan kosong atau saja-saja mereka cerita, tetapi menyelak kembali kisah Lisa yang pernah ditulis media, ada yang mempertikaikan keperibadian gadis berwajah ayu ini yang kononnya tidak mesra dan sering bersikap acuh tak acuh ketika diwawancara.

Bukan saja pembawakan dirinya menjadi bahan pertikaian tetapi penampilan pelakon yang dikenali menerusi filem I’m Not Single ini juga pernah dikritik hanya kerana sering berpakaian ringkas serta tidak gemar bersolek dan berdandan. Memang sukar memuaskan hati semua pihak tetapi sebagai artis, Lisa tidak dapat lari dari menjadi perhatian. Dan sama ada dia suka ataupun tidak, Lisa harus akui, sebagai artis dia kena selalu tampil cantik dan bergaya di hadapan khalayak.

Pun begitu, biarpun dakwaan itu menurut Lisa tidak semuanya benar namun sedikitpun dia tidak melatah atau melenting.Sambil mengukir senyuman, Lisa dengan rendah diri memohon maaf jika ada yang tersinggung dengan sikapnya yang tidak disengajakan itu.

Katanya, sebagai orang baru dalam bidang ini, ada ketika dia sendiri keliru antara kehendak diri sendiri serta kepuasan orang yang berada di sekelilingnya.

Mungkin bagi Lisa, apa yang dilakukannya itu bukanlah satu kesalahan tetapi bagi pandangan orang lain, ia mungkin melukakan mereka. Justeru, enggan terus terperangkap dalam situasi yang tidak menyenangkan itu, tegas pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang ini,dia akan cuba memperbaiki kesilapannya dan berharap usaha itu dapat membersihkan kembali namanya yang sudah tercemar itu
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeThu 19 Nov 2009, 9:59 am

(Gambar) Apabila Dafi Menari Dengan Gadis Seksi…

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 55301310
Wah, seronok’nya Dafi menari dengan gadis cantik sampai lupa orang sekeliling, yeah!

Bukan apa Dafi, Mr.M tiada masalah dengan Dafi, cuma ada peminat Dafi ni yang sangat jeles melihat gambar Dafi menari dengan gadis seksi tersebut. Kata’nya, Dafi seorang lelaki yang mempunyai reputasi baik, tapi dia berasa amat kecewa apabila melihat gambar ini di’ Facebook Dafi. Kalau boleh, dia cuma ingin maklum’kan kepada Dafi supaya menjaga tatatertib ketika berseronok.

Aduhai, kesian kau Dafi, nak menari ketika show performance pun orang tegur. Nanti kalau ditolak pelawaan orang, wartawan kata Dafi kekwat pula.

Apa pun Dafi, Mr.M tahu Dafi memang baca artikel ini, diharapkan dapat memberikan penjelasan kepada si peminat Dafi ini. Boleh kan
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeThu 19 Nov 2009, 10:01 am

(Gambar) Sekitar Malam Muda Mudi Joe Flizzow & Rakan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 13363111

Seorang pembaca OHBULAN! berkongsi gambar Joe Flizzow bersama rakan’nya. Tiada apa yang kontroversi mengenai gambar beliau, cuma gambar seorang pemuda yang berjumpa rakan-rakan di malam minggu. Cuma, apa yang menarik perhatian M adalah, si penghantar email ini merupakan Vice Chairman untuk sebuah IPTA yang terkenal. Wow, bayangkan, dia yang sibuk pun masih mampu berkongsi bahan dengan OHBULAN!, takkan anda yang lain tidak boleh?
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeThu 19 Nov 2009, 10:02 am

(Gambar) Apa Motif Azwan Ali Dalam Kes Ceramah Dr.Asri?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Ghbgts10

Gambar di’atas di’ambil ketika bekas mufti Perlis, Dr.Asri tampil di’mahkamah mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi ceramah tanpa tauliah.

Tidak mengapalah, kes sebegitu kerja mahkamah untuk tentukan. Tapi, apa Azwan Ali buat tampil tiba-tiba memberi sokongan kepada Dr.Asri?

Kami memang tahu yang Azwan Ali baru sahaja pulang mengerjakan umrah & jika beliau ikhlas tampil memberi sokongan, maka bersyukurlah Azwan Ali semakin serius mendekati Islam sebenar
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeThu 19 Nov 2009, 10:04 am

(Gossip) Faizal AF4 Kena Tangkap Basah Di Terengganu?


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 42945610
Senyum sokmo!

Pertama sekali, berita ini tidak dapat di’sahkan kesahihannya dari mana-mana pihak di bahagian Faizal AF4.

Tetapi jika menurut clue yang di’beri penulis di Gua.com.my, Faizal AF4 adalah orang yang paling hampir untuk di’kaitkan dengan isu terbaru ini.

Menurut penulis tersebut, seorang juara realiti TV telah di’tangkap basah di kampung halamannya & artis ini pernah di’calonkan untuk menjadi belia contoh
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeThu 19 Nov 2009, 7:06 pm

Nana, Annahita Ke XFM... D Pula ke ERA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 11172010

KL 18 NOVEMBER 2009: Rombakan penyampai di ERA FM telah memperlihatkan beberapa pertukaran. Awalnya Ray telah bertukar ke XFM (dulu Xfresh FM) dan sekarang giliran Nana pula atau Norhana Che Mahzan.

Murai Batu difahamkan pertukaran Nana ke XFM telah dibuat ala 'sistem barter' di mana penyampai XFM iaitu Dina atau D mengambil alih tugas Nana di ERA FM.

Pun begitu, Murai Batu difahamkan ketika ini Nana masih lagi bercuti dan akan memulakan tugasan baru itu selepas menghabiskan cuti tahunannya. Manakala D pula sudah pun memulakan tugasnya dikonti ERA FM mulai Isnin lalu, 16 November.

Bagaimanapun, D dikatakan menukar namanya daripada Dina sebab ERA FM sudah ada penyampai popular iaitu Dina Malaysian Idol. D telah ditugaskan untuk memeriahkan slot jam 1 hingga 4 petang (slot Nana).

Selain dari itu, Murai Batu turut mendengar XFM kini ada penyampai wanita baru yang bakatnya dicungkil melalui pencarian Dewi Remaja iaitu Annahita Bakavoli. Malah, Annahita sudah pun memulakan tugasnya pada slot hujung minggu lalu di XFM.

Kelibat Annahita turut kelihatan sewaktu XFM menjalankan konsert GIG, baru-baru ini. Dalam pada itu, Murai Batu juga diberitahu, XFM yang sebelum ini tiada slot pagi akan beralih arah dengan mengadakan slot pagi bermula jam 7 pagi.

Slot pagi tersebut akan dikendalikan oleh Ray dan Hanif. Apa yang menarik, slot ini bakal dijalankan secara siaran luar sekali seminggu di mana ia mahu mendekatkan lagi XFM kepada pendengar.

Syabas Murai Batu ucapkan kepada barisan penyampai yang baru itu. Moga dengan penukaran ini akan mencetuskan anjakan paradigma dalam diri penyampai dan pendengar.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeThu 19 Nov 2009, 7:07 pm

Mawi Habiskan RM1 juta Untuk MWE!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 11182010

KUALA LUMPUR, 18 NOVEMBER 2009: Antara banyak-banyak tagline bintang Akademi Fantasia (AF), tagline yang dibawa juara AF3, Asmawi Ani atau Mawi adalah antara yang paling melekat dalam minda masyarakat Malaysia. Malah, World yang digunakan Mawi terus kekal walaupun kini beliau sudah bergelar suami kepada pelakon, Nora' Asikin Rahmat atau Ekin.

Sungguhpun nama Mawi kini tidak segah dulu, namun Mawi terus kental dan mengembangkan bakatnya dalam bidang seni sebagai penerbit drama dan program TV.

Penglibatan Mawi dalam bidang penerbitan mula disedari dengan program Langkah Mawi dan drama raya bertajuk Rumah Baru Isteri Baru Baru Raya. Hakikatnya, penghijrahan Mawi dalam bidang ini disebabkan dia sedari pasaran album dan industri muzik yang semakin merosot dan tidak lagi menentu.

Apa yang pasti, Mawi bertekad terus menyinari dunia seni tempatan melalui syarikatnya iaitu Mawi World Entertainment Sdn Bhd (MWE) yang dilancarkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razak Ibrahim, baru-baru ini.

Mawi yang bertindak selaku Pengarah Urusan MWE berkata, dia telah menghabiskan kos perbelanjaan lebih RM 1 juta untuk menyelenggara pejabat termasuk penerbitan beberapa program TV dan drama.

"Hari ini, saya lancarkan produk baru saya iaitu Langkah Mawi 2 yang sebelum ini diterbitkan Maestro. Kelainan pada kali ini di mana Ekin akan bersama saya kerana ia realiti kehidupan saya," ujarnya.

Selain program ini, MWE ada beberapa lagi projek yang bakal diuruskan bagi mengakhiri 2009 dan menyambut kunjungan 2010. Perancangan untuk ke Korea Selatan dalam melengkapkan misi penggambaran drama bersiri juga sedang rancak dijalankan.

Katanya, MWE juga mencari ruang untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak seperti stesen TV dan juga pihak-pihak produksi yang lain
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeThu 19 Nov 2009, 7:08 pm

Roslan Dituduh Skandal Dengan Razali!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 11182011

Selepas 9 tahun melibatkan diri dalam industri hiburan, pelbagai gosip liar menimpa Roslan Shah termasuklah dikatakan ditangkap melakukan perbuatan melampau dalam tandas, bercium dengan pelakon lelaki dan terbaru, ada skandal dengan aktor dan penyanyi kacak, Razali Hussein serta Aliff AF6.

Namun semua itu tidak mudah membuatkan Roslan melenting kerana sedar dia tidak boleh menutup mulut masyarakat dan semua itu adalah asam garam kerana dia seorang lelaki metroseksual.

"Semua itu hanya tanggapan orang semata-mata. Semua nama-nama yang disebutkan itu adalah kawan saya yang sama-sama cari makan dalam dunia hiburan. Orang hanya mudah membuat penilaian hanya berdasarkan penampilan saya, jadi apa yang boleh saya buat. Kalau saya jahat, semua orang sudah lama akan lari daripada saya.

"Tetapi tengoklah malam ini, ramai rakan artis, editor dan wartawan hiburan datang meraikan hari jadi saya. Saya amat terharu kerana kehadiran ini sangat memberikan makna kerana nilai persahabatan adalah lebih besar daripada wang ringgit," katanya merujuk kepada majlis hari jadinya di Restoran Cerana Seafood, Cheras, malam kelmarin.

Roslan yang pernah mendapat jolokan Sudirman Singapura nyata gembira kerana ramai wajah popular hadir ke majlis itu seperti Fazli Zainal, Alyah, Ifa Raziah, Ezad Exists, Enot, Shajiry, Chef Zam, Azza Elite, Erry Putra, Haiza selain Razali dan Aliff AF6 sendiri. Majlis bertemakan merah putih itu juga diserikan dengan kehadiran kerabat diraja Perak yang juga kakak angkat kepada Roslan.

Dalam memperkatakan lagi gosip liar itu, Roslan berharap jangan pihak terbabit terus membuat fitnah dan menyebarkan cerita yang tidak benar.

"Kita hidup nak cari seramai boleh kawan dan bukan mencipta musuh. Syukurlah kerana kawan-kawan saya sentiasa memberikan sokongan kepada saya," katanya yang terharu kerana sudah 7 tahun Restoran Cerana sudi menaja majlis hari jadinya itu dengan meriah.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeThu 19 Nov 2009, 7:11 pm

Wajah Pertama Eja Selepas Pantang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 11192010

KUALA LUMPUR, 19 NOVEMBER 2009: Inilah wajah terbaru pelakon terkenal Siti Shahrizah atau Eja selepas lebih 2 bulan bercuti panjang melahirkan bayi sulungnya, Nur Eishal.

Ditemui portal murai.com.my ketika pelancaran Islamic Fashion Festival (IFF) 2009 di Hotel JW Marriot, baru-baru ini, Eja berkata dia sekarang masih menjalani proses melangsingkaan badan yang mana beratnya kini sudah menyusut kepada 47 kilogram.

"Sebab itulah Eja pakai rekaan baju begini untuk selindung bentuk badan Eja yang belum kembali ideal," seloroh pelakon Seputeh Qaseh Ramadan itu yang mengenakan busana serba hitam ciptaan Khoon Hooi.
Kata Eja, bayinya yang berlesung pipt dan bermulu mata panjang itu yang kini sudah memasuki usia 2 bulan. Dia juga sudah pandai ketawa kalau diusik atau diacuh.

Malah sebagai ibu, Eja akui cukup teruja apabila mendapati buah hati pengarang jantungnya itu turut berminat dengan warna merah yang juga merupakan warna kegemarannya.

Yang pasti, Eja berjanji, dia tidak akan keberatan untuk memperkenalkan Nur Eishal kepada umum tidak lama lagi dalam satu majlis kecil-kecilan.

"Eja bukannya nak jadikan kelahiran Nur Eishal sebagai sesuatu yang terpinggir daripada liputan pihak media. Tapi faham sajalah kelahirannya lebih awal daripada jangkaan Eja. Lagipun pula kami sekeluarga baru saja berpindah ke rumah baru. Jadi semua agak kelam kabut ketika itu," katanya yang tetap bersuara lembut.


Peraga baju Khoon Hooi untuk IFF 2009

Sementara itu, bersempena IFF yang akan berlangsung pada 23 - 25 November ini, Eja tidak ketinggalan memberi sokongan padu kepada pereka fesyen kegemarannya Khoon Hooi untuk persembahan pada 24 November.
Eja berkata, Khoon Hooi adalah pereka fesyen yang telah banyak membantu kemunculannya pada acara permaidani merah dan mereka telah bersabahat untuk tempoh lebih 10 tahun.

Kata Eja, apa yang menariknya kali ini dia dikenakan dengan fesyen bertudung, sesuai dengan tema IFF sebagai landasan peragaan fesyen muslimah secara global.
"Eja memang sukakan rekaan Khoon Hooi sejak dulu lagi. Jadi bila dia menjemput Eja untuk terbabit di dalam IFF, sukar untuk Eja katakan tidak. Sebab secara peribadi Eja seronok membantunya. Kali ini, meskipun fesyen Eja adalah bertudung, rekaannya masih mengetengahkan ciri-ciri moden," katanya.

Ditanya, adakah bermakna dia akan lebih selesa dengan imej bertudung selepas ini?.
"Insya-Allah... semoga dibukakan pintu hati Eja ke arah itu. Kalau Eja bertudung, agaknya beginilah keadaannya,' ujarnya.
Menerusi IFF 20009, Khoon Hooi akan tampil dengan 8 koleksi terkini yang berteraskan unsur Timur Tengah dan Islamik, sesuai dengan tema festival fesyen berkenaan iaitu Ahlan Wasahlan.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeFri 20 Nov 2009, 3:01 pm

'Apa Yang Saya Angankan, Semua Sudah Tercapai' - Shawati


SEJAK kecil, wanita berusia 39 tahun ini memang suka memasang angan-angan yang tinggi. Namun, semua itu bukan hanya angan-angan kosong buat bekas personaliti TV3 ini yang juga sekarang ini merupakan seorang usahawan, pakar motivasi, perunding imej, pengacara dan penulis ini.

Bagi Sharifah Shawati Syed Mohd, dia bersyukur kerana angan-angan itu berjaya membawa dirinya berada di tahap sekarang - berkerjaya tinggi dan memiliki sebuah keluarga yang harmoni.
Bukan mahu mendabik dada terhadap apa yang dimiliki, namun hari ini, kata Shawati, dia sudah boleh tersenyum puas apabila mengenangkan usaha yang diletakkannya selama ini untuk menjadi seorang wanita yang berjaya di dalam apa saja yang diceburinya.

Laluan berliku yang dilaluinya dulu sudah boleh disimpan kemas di dalam dirinya setelah melihat hasil yang dikecapinya kini.

Bermula dengan salon Adamaya (gabungan nama dua orang anaknya, Adam Shafique, 11, dan Wan Maya Letisha, Cool yang dibukanya sekitar tahun 2003 setelah meninggalkan dunia penyiaran, Shawati mula meluaskan kariernya dengan pelbagai projek termasuklah dagangan, pemasaran, motivasi, seminar untuk membentuk imej mahupun penjenamaan, penulisan dan pada masa yang sama masih membabitkan diri sebagai pengacara di majlis-majlis korporat dan sebagainya.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Shawat10
"Bagi saya, walaupun hanya memasang angan-angan, ia tidak salah kerana ia akan mendorong kita ke arah itu dan membuatkan kita melakukan perkara itu tanpa kita sedari sebenarnya.

"Tetapi walau apapun, usaha itu amat penting. Setakat ini, saya bersyukur kerana apa yang saya angankan, semua sudah tercapai. Dan apa yang ingin saya lakukan kini ialah untuk beri semula yang termampu kepada masyarakat.

"Saya akan rasa puas bila dapat membawakan kejayaan kepada orang lain, tidak kiralah dari aspek motivasi yang saya berikan atau apa saja," kata Shawati yang juga telah menghasilkan buku Imej: Diri Anda Aset Anda dan dilancarkan pada April lalu.

Menambah pencapaian peribadinya, yang terbaru, Shawati bakal melancarkan produk yang juga menggunakan nama Adamaya sekitar Januari tahun depan. Produk edaran Adamaya Marketing Sdn Bhd ini meliputi produk penjagaan wajah, rambut, kesihatan, barangan keperluan rumah dan penjagaan kereta.

"Sudah lama saya impikan untuk hasilkan produk sendiri, malah sejak salon saya mula beroperasi dulu. Saya terfikir, apa lagi yang boleh saya buat sebagai bisnes untuk lebih menjana pendapatan.

"Bila saya mendapat idea untuk buat produk sendiri, masalah pula timbul kerana sukar untuk mencari rakan kongsi yang sesuai.

"Hanya pada penghujung tahun lepas saya bertemu dengan seseorang yang membuatkan saya yakin untuk mengambilnya sebagai rakan kongsi apatah lagi dia juga adalah seorang ahli kimia.

"Apa yang ingin saya tekankan di sini, saya sememangnya benar-benar serius dengan bisnes ini. Saya banyak membuat kajian kerana saya tahu, bisnes seperti ini memang mempunyai saingan yang kuat.

"Produk ini juga sudah disahkan oleh Kementerian Kesihatan dan kita juga akan cuba hasilkan produk-produk baru dari semasa ke semasa," kata anak kelahiran Kuala Terengganu ini.

Ujar Shawati, produk-produk tersebut mengambil masa sedikit untuk dilancarkan kerana masih belum mempunyai stokis yang mencukupi. Namun, jualan di internet sudah lama bermula.

Maklumat dan tempahan produk itu boleh dibuat dengan melayari laman web www.adamaya.com.my

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia masih menyimpan hasrat untuk kembali aktif di dalam bidang penyiaran, sambil tersenyum Shawati berkata, 'eranya' sudah lama berlalu.

"Saya sudah melaluinya selama bertahun-tahun dan kini masanya untuk saya curahkan ilmu dan pengalaman yang saya kutip di dalam bidang itu kepada penyampai-penyampai yang baru pula.

"Buat masa ini, saya sering dijemput untuk memberikan latihan kepada penyampai-penyampai berita TV3 dan saya seronok dapat berbuat demikian.

"Tetapi baru-baru ini, saya ada juga terlibat sebagai hos untuk program Gadis Melayu, namun program itu hanya 13 episod. Malah, saya masih aktif menjadi hos di majlis-majlis tertentu," ujarnya.

Ditanya pula bagaimana dia membahagikan masa sebaik mungkin antara karier dan keluarganya apatah lagi bila melihat kepada aktiviti hariannya yang padat dengan pelbagai urusan, kata Shawati, setakat ini dia tidak berdepan dengan masalah itu.

Walau sesibuk manapun, tuturnya, dia akan memastikan dirinya meluangkan masa secukupnya bersama suami, Wan Zuukefle Wan Ibrahim, 43, dan dua permata hati mereka.

"Kebiasaannya, saya akan meluangkan masa dengan mereka pada hujung minggu. Tetapi ada juga kadang-kadang saya perlu memberi motivasi atau menjadi hos mana-mana majlis pada hujung minggu.

"Namun, suami dan anak-anak amat memahami. Adam dan Maya faham bahawa apa yang saya lakukan hari ini akan 'diwarisi' oleh mereka juga satu hari nanti. Malah, dalam usia mereka sekarang ini saya juga sudah melatih mereka untuk berfikiran jauh.

"Sehinggakan suami saya pernah menegur saya kerana dia lihat saya seperti sedang memberikan motivasi ketika berbual dengan anak-anak.

"Apapun, saya lihat Adam banyak 'mewarisi' cara saya. Malah, dia amat menjaga ketrampilan diri dan adakalanya dia pula yang mengkritik saya andai kata ada yang dilihat tidak kena pada cara pemakaian saya dan sebagainya," kata Shawati.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeFri 20 Nov 2009, 3:03 pm

Rabecca Tidak Mahu Dilabel 'Artis Ambulans'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Becca_10

NAMA Rabecca Nur Al-Islam masih ‘hijau’ dalam industri lakonan, dia sudah mendapat gelaran ‘artis ambulans’.
Semuanya gara-gara dia didakwa beberapa kali jatuh pengsan di lokasi penggambaran sehingga pihak produksi perlu menyediakan ambulans.
“Saya baru dua kali jatuh di lokasi penggambaran dan terpaksa memanggil ambulans, bukannya banyak kali seperti yang didakwa.
“Orang bodoh je yang minta jatuh, tapi saya memang terjatuh...,” ujar Rabecca ketika diaju tentang perkara itu.

Menurut gadis yang mesra dengan panggilan Becca ini, dia mengaku jatuh di lokasi penggambaran drama ‘Jangan Tegur..Lagi’ di sekitar Hospital Sungai Buloh baru-baru ini.
“Dua minggu lepas, saya terjatuh dan belakang badan saya terkena besi ‘terpacak’ setelah duduk di atas kerusi yang tidak berskru. Waktu tu, saya tengah ‘touch up’ muka dan tidak sedar yang kerusi itu tidak berskru.

“Masa mula-mula duduk tu, ‘ok’ lagi tetapi apabila saya gerakkan sedikit kerusi itu, saya terus terjatuh selepas itu.
“Nasib baik ‘make up artist’ dapat pegang saya tetapi waktu itu tulang belakang saya dah rasa sakit dan tidak boleh bergerak.
“Sebab mereka bimbang untuk mengangkat saya, itu yang terpaksa panggil ambulans. Nasib baik lokasi penggambaran itu dekat dengan Hospital Sungai Buloh.

“Selepas itu, empat jam saya ditempatkan di wad kecemasan dan setelah di x-ray, doktor kata tulang belakang saya tak patah.
“Saya juga bernasib baik kerana tidak ditahan di hospital itu. Doktor hanya beri saya cuti sakit selama dua hari untuk berehat,” ujarnya di mana dalam masa yang sama mengakui mempunyai penyakit migrain.

Dalam empat atau lima tahun lalu, Becca berkata dia juga pernah mengalami kecederaan sehingga terpaksa menggunakan khidmat ambulans.
“Saya betul-betul terjatuh semasa melakonkan babak berlari dengan pelakon Fauzi Nawawi dalam sebuah drama arahan Feroz Khan. Saya tergelincir jatuh kerana terpijak kertas sehingga pengsan.
“Saya tidak teruk pun tetapi mereka (krew) takut nak angkat dan selepas itu mereka terpaksa memanggil ambulans,” cerita Becca.
Menyentuh mengenai lakonannya di dalam drama ‘Jangan Tegur’ yang turut dilakonkan di samping pelakon Eizlan Yusof, Becca berkata dia agak tercabar ketika melakonkan watak Natasya sehingga sakit-sakit badan.
“Watak ini agak berat sebab ia perlu bermain dengan emosi apabila melakonkan watak Natasya yang dirasuk setelah mengalami kemalangan.
"Insya-Allah, selepas berlakon drama ini saya akan mengambil cuti panjang pada bulan Disember ini,” tuturnya pelakon drama ‘Legasi 43 Karat’ ini lagi.
Drama ‘Jangan Tegur..Lagi’ diadaptasi dari filem ‘Jangan Tegur’ yang sebelum ini dilakonkan oleh pelakon Julia Ziegler dan Pierre Andre.
Diusik adakah dia bercuti kerana mempunyai ‘suatu’ yang istimewa seperti bertunang atau majlis lain?
“Bertunang? Lambat lagi..,” luahnya sambil tergelak kecil sebelum mengakhiri perbualan
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeFri 20 Nov 2009, 3:04 pm

Hans Sibuk Dengan 'Ramli' Jual Burger?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Hans1110

Setelah berjaya mengarah filem komedi romantik 'Cuci', Hans akan meneruskan tradisi mengarahkan filem bercorak sama dengan filem terbarunya, 'Ramli'
KETIKA ramai orang masih sibuk menceritakan kehebatan teater 'Cuci The Musical' yang dipentaskan di Istana Budaya baru-baru ini, pelakon dan pengarah Hans Isaac sudah berura-ura untuk menerbitkan filem keduanya.

Bagi aktor versatil ini, masa itu cukup berharga dan semua masa lapangnya terisi dengan padat, dipenuhi projek-projek baru dan rangka kerja yang menjangkau masa satu tahun.
"Untuk projek tahun hadapan, saya sudah mula merancang pada tahun ini," jelas aktor yang membawa watak Khai dalam teater 'Cuci The Musical'.
Kata Hans, rangka cerita serta olahan skrip sudah pun dilakukan dan kini hanya menunggu masa untuk membuat rombakan terakhir pada skrip saja.

Setelah berjaya mengarah filem komedi romantik 'Cuci', Hans akan meneruskan tradisi mengarahkan filem bercorak sama dengan filem terbarunya, 'Ramli' (working title)
Malah, filem bercorak romantik komedi adalah genre yang paling digemari pelakon kacak ini.
"Ceritanya simple saja, tentang seorang penjual burger bernama Ramli yang menyimpan impian dan memasang aspirasi semata-mata kerana seorang wanita. Tetapi aspirasinya turut berubah setelah dia mengecapi kesenangan.

"Filem ini adalah idea saya tetapi saya telah memberinya kepada Douglas untuk diolah buat skrip. Saya juga meminta pandangan beberapa sahabat saya yang lain.
"Saya inginkan filem yang dihasilkan itu, sesuatu yang mudah untuk dikongsi oleh semua orang," jelas pemuda berusia 38 tahun ini.

Malah barisan pelakon pun sudahpun ditentukan dan tiga nama selebriti popular yang sedang bermain di benak Hans ketika ini.
"Ada tiga nama yang saya sedang difikirkan tetapi belum lagi buat keputusan kerana ianya terpulang kepada selebriti itu, samada sanggup atau tidak memberi komitmen untuk filem ini," kata Hans yang ditemui baru-baru ini.

Khabarnya, antara dua selebriti tersebut ialah Vanida Imran dan Fauziah Latiff.
Kos untuk membuat filem 'Ramli' hanya sekitar RM1.3 juta, jumlah yang dianggap "kecil" jika dibandingkan dengan pementasan teater 'Cuci The Musical' yang menelan belanja sekitar RM3.6juta.

"Teater 'Cuci The Musical' benar-benar menguji saya. Bukan sahaja seluruh tenaga dan keringat saya habis, duit pun tinggal sikit saja sampai kawan-kawan pun kesian pada saya.
"Duit yang dibelanjakan untuk teater ini bukan sedikit. Saya sudah pun lakukan post-mortem untuk teater ini dan saya dapati ada beberapa kelemahan yang perlu dibaiki.

"Walaupun sakit dan penat seluruh anggota badan, semangat yang ditunjukkan oleh semua kawan-kawan saya cukup tinggi. Itulah yang buat saya begitu bangga sekali," kata Hans yang sanggup mengorban wang ringgit untuk dapat pulangan yang baik bagi teater tersebut.
Hans akui memang hadapai masalah teknikal sini dan sana tapi secara keseluruhan, pementasan teater itu tetap memberikan kepuasan yang maksima untuk dirinya dan seluruh team produksi 'Cuci'.

Apa yang menyentuh hati Hans hingga kini ialah keakraban yang dizahirkan antara dia, Awie, AC Mizal dan Afdlin.
"Apa yang dilihat di teater itu semuanya bukan lakonan semata. Kami dapat rasakan ikatan kekeluargaan dan kemesraan walaupun teater itu sudah tamat. Kami juga berjaya mewujudkan sebuah brand dengan nama 'Cuci' dan itu satu petanda yang baik.

"Ramai yang puas hati dan tidak sabar untuk melihat lagi teater ini, andaikata dipentaskan sekali lagi. Masih terlalu awal untuk dihebahkan tetapi kemungkinan ada berita gembira untuk peminat 'Cuci The Musical' di selatan tanah air," jelas Hans.
Ketika ditanya perselisihan faham antara dirinya dengan AC Mizal, Hans berkata, "ada perkara yang tidak perlu dihebahkan dan diperkatakan. Dan saya juga tidak pernah membiarkan perkara-perkara kecil menganggu perhubungan kami yang sudah seperti adik beradik."
"Biarlah apa orang nak kata. Yang penting, semuanya ok," kata Hans yang mengambil cuti lima hari utnuk melawat abangnya di Manila.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeFri 20 Nov 2009, 3:06 pm

Faizal Kecewa Gagal Beraksi Di Muzik-Muzik

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Peja1110

PETALING JAYA: Penyanyi popular, Faizal Tahir kecewa kerana gagal beraksi di pentas separuh akhir Muzik-Muzik malam ini apabila dia dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas mengadu sakit dada.
Faizal yang mempertaruhkan lagu berjudul Bencinta ciptaan Audi Mok dan lirik oleh dirinya sendiri dikatakan mengadu penat dan sakit dada sebelum dibawa ke hospital kelmarin untuk rawatan lanjut kerana mengalami muntah darah.
Lantaran itu, seorang penyanyi di bawah label Monkey Bone akan menggantikan Faizal pada persembahan separuh akhir Muzi- Muzik malam ini.

"Faizal memang sangat kecewa tidak dapat buat persembahan malam ini kerana dia memang sudah membuat persiapan.
"Namun begitu, dia ok kerana sekurang-kurangnya ada penyanyi yang akan menggantikannya menyanyikan lagu tersebut," kata Pengurus Label Monkey Bone, Edris Adrian ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, keadaan Faizal ketika ini stabil dan dia mungkin akan terus ditahan di hospital untuk beberapa hari lagi bagi pemeriksaan rapi dan ujian susulan.
Rawatan awal bagaimanapun mendapati penyanyi ini terkena jangkitan kuman pada paru-parunya.
Ditanya adakah Faizal akan kembali beraksi di Anugerah Juara Lagu ke-24 kelak andai kata lagu Bencinta itu layak ke peringkat akhir, kata Edris:

"Kita tidak tahu lagi macam mana. Jika rezeki memihak kepada lagu tersebut dan Faizal pula sudah kembali sembuh pada masa itu, kemungkinan besar dia sendiri yang akan membuat persembahan.
"Apapun, buat masa ini masih terlalu awal untuk cakap tentang perkara ini. Kami hanya berharap Faizal cepat sembuh," katanya yang enggan mendedahkan nama penyanyi yang menggantikan tempat Faizal itu.
Malam ini, lapan buah lagu akan berentap pada pusingan ketiga separuh akhir Muzik-Muzik iaitu nyanyian Faizal, Misha Omar, Jinbara, Hafiz AF, Tomok, Aizat, Estranged dan Bunkface sebelum 14 buah lagu yang layak ke peringkat akhir diumumkan terus selepas persembahan berakhir.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeFri 20 Nov 2009, 3:09 pm

Pengacara TV Ditangkap dan Didenda Khalwat

Seorang hos program mistik televisyen yang melarikan diri daripada pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan tubuh hanya dibalut kain langsir didenda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam setelah dia mengaku berkhalwat dengan tunangnya, seorang penolong penerbit TV, pada Jun lalu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 01378810

Hakim syarie, Ghazali Ahmad turut mengarahkan Hairi Shahrizal Mustafa, 25, dihukum penjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Tunangnya, Ziffa Zubir, 28, yang juga mengaku salah terhadap pertuduhan serupa turut didenda RM2,700 atau penjara tiga bulan.

Terdahulu, pasangan itu yang hadir di mahkamah bersama ahli keluarga semalam memohon jumlah denda itu dikurangkan selain mendakwa mereka bakal berkahwin dalam masa terdekat.
Ghazali ketika membacakan keputusan itu berkata, tindakan tertuduh itu melarikan diri dengan terjun ke balkoni rumah jiran sebelah adalah tindakan yang berbahaya.
“Nasib baik kamu tidak jatuh, fikir balik kita nak takut dengan siapa, pegawai JAIS cuma tangkap sedangkan benda-benda itu semua Allah telah rekodkan,” katanya sambil menasihatkan pasangan tertuduh itu tidak mengulangi kesilapan dan terus berkahwin jika ada keinginan
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeFri 20 Nov 2009, 3:14 pm

Fouziah tak janggal

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Mainp165
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeSun 22 Nov 2009, 9:36 am

Farawahida Bawa Watak Puteri Jasmin Dalam Teater 'Sinbad'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 01408910
Fara bakal memegang watak Puteri Jasmin dalam teater 'Sinbad'. -Foto THE STAR oleh ART CHEN

PENYANYI Farawahida Razali, 24, atau Fara bakal membawakan watak 'Puteri Jasmin' dalam teater bangsawan 'Sinbad' yang akan dipersembahkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada hujung tahun ini.
Fara bersyukur pengarah teater itu, Rosnan Nordin memberi kepercayaan kepadanya untuk membawa watak utama walaupun dia pertama kali berlakon dalam teater, drama, dan filem.
"Semestinya saya bimbang. Tapi saya berani mencuba untuk berlakon teater dan saya percaya ini adalah masa terbaik untuk berlakon teater.
"Saya berharap mendapat lebih banyak peluang berlakon dalam drama dan filem selepas ini," kata Fara ketika ditemui semasa sesi fotografi di Menara Star baru-baru ini.
Fara memberitahu, teater 'Sinbad' yang diterbitkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) itu akan dipentaskan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada tarikh yang belum ditentusahkan.
Katanya, terdapat tiga watak utama dalam teater itu iaitu Sinbad, Ratu Sheeba dan Puteri Jasmin.


Fara masih mencari bahan untk single yang akan dikeluarkan nanti.

"Ratu Sheeba ialah watak yang jahat. Dia telah mencuri batu permata milik bapa saya iaitu Dewa. Batu permata itu boleh menukar manusia menjadi binatang.
"Lepas itu, Sinbad kata nak bawa saya bersama-sama ke pulau Ratu Sheeba. Macam-macam tragedi akan berlaku atas kapal tersebut," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai jalan cerita teater tersebut.
Finalis akhir HITZ 1, RTM melalui lagu ‘Semuanya Ada Di Sini’ yang diadakan pada Mac 2008 ini berharap orang ramai akan menonton teater tersebut untuk mengetahui kesudahan teater itu.
Malah Fara tidak dapat mendedahkan pelakon-pelakon untuk watak Sinbad dan Ratu Sheeba.
Bagi memastikan lakonannya berkesan, Fara giat berlatih script-reading (membaca skrip) selepas waktu bekerja iaitu selepas pukul 8 malam.
"Saya kena mengikut jadual artis-artis yang lain. Bukan semua orang mempunyai masa lapang dan semua pelakon kena berlatih secara berpasukan," katanya.


Fara menceburi bidang lakonan, pengacaraan dan nyanyian.

Akibat sibuk berlatih dan membuat persembahan nyanyian, Fara berkata dia masih mencari bahan untk single yang akan dikeluarkan nanti.
"Saya tidak tergesa-gesa mengeluarkan single baru. Fara sekarang umpama dilahirkan semula," katanya.
Ternyata Fara ingin berjaya bukan sahaja dalam bidang lakonan dan nyanyian semata-mata. Fara mula menceburkan diri dalam bidang pengacaraan. Terbaru, Fara menjadi pengacara jemputan untuk rancangan Nona di TV3 pada Ahad lalu.
Biarpun terlibat dalam bidang lakonan dan pengacaraan, Fara akui prioritinya adalah tetap dalam bidang nyanyian.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeSun 22 Nov 2009, 9:37 am

Anang Sudah Mula Izinkan KD Bertemu Dengan Ariel

KRISDAYANTI (KD) kini boleh menarik nafas lega kerana bekas suaminya, Anang Hermansyah, sudah memberi kelonggaran kepadanya untuk bertemu dengan puteri sulungnya, Aurelia Titania Nurhermansyah (Aurel).
"Saya baru saja menjemput Princess (Aurel) pulang dari sekolah," jelas KD.
KD tidak mampu menyembunyikan rasa bahagianya kerana sudah bertemu dengan Aurel buat kali ketiga.
Kedua anak KD tidak tinggal lagi bersamanya, setelah perceraiannya dengan Anang.
Kata KD lagi, pertemuannya dengan Aurel kali ini atas izin Anang.
Kini KD sedar bahawa komunikasi baik dengan Anang, berjaya membuatnya bawa Aurel ke lokasi shooting klip video barunya.
"Kami saling menghormati... saya juga kan ibunya," ujarnya.
Penyanyi terkenal Indonesia itu sempat memanjatkan doa dan harapannya.
"Keluarga dan cinta, dua-dua pun sama penting. Tapi kalau Tuhan tidak mendorong cinta, itu akan sulit sekali tercapai," kata KD.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeSun 22 Nov 2009, 9:40 am

Misha Sahut Cabaran 'Berjuang' Dengan Artis Baru

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Misha110

KEKUATAN pada lirik dan melodi lagu Cinta Adam Dan Hawa membuatkan Misha Omar dari awal lagi yakin lagu ciptaan Azmeer dan lirik oleh Allahyarham Loloq itu mampu mendapat peluang untuk mara ke Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) yang akan berlangsung pada 10 Januari depan.

Namun, meskipun merasakan demikian, penyanyi berusia 27 tahun ini tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi apatah lagi setelah melihat saingan sengit daripada lagu-lagu lain yang bertanding di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ini.

Malah, sewaktu pengumuman 14 buah lagu yang layak ke AJL24 dibuat kelmarin, dia sudah bersedia untuk menerima hakikat andai kata lagu yang pernah memenangi Lagu Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM16) Mei lalu tidak terpilih.

"Semasa pengacara sudah umumkan separuh daripada lagu-lagu yang layak ke AJL24, saya hanya pasrah saja.

"Namun begitu, saya masih merasakan lagu ini boleh layak kerana kekuatannya dan memandangkan lagu ini juga pernah mencipta sejarah di AIM16.

"Lagu Cinta Adam Dan Hawa ini sebenarnya membawa kita kembali ke fitrah asal manusia. Ia mempunyai maksud yang cukup mendalam. Melodinya juga sangat unik dan susah untuk dilagukan," kata Misha.

Selain Cinta Adam Dan Hawa, turut mara ke AJL24 ialah ialah Aurora nyanyian Estranged ciptaan serta lirik oleh kumpulan itu sendiri, Bengang (Akim/Amir/Sheikh Qalam), Aku Skandal (Hujan/Noh), Tak Mungkin Kerana Sayang (Alyah/Ajai/Habsah Hassan), Masih Jelas (Hafiz/Aidit Alfian/Ad Samad), Pakai Buang (Stacy/Edry) dan Kau Aku (Aizat).

AJL24 yang akan bertanding tanpa kategori ini juga bakal menyaksikan saingan daripada lagu Bencinta nyanyian Shila OIAM menggantikan penyanyi asalnya Faizal Tahir ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Faizal sendiri, Aku Rindu Sayang Kamu (Black/Yuzai), Dan Sebenarnya (Yuna/Yuna, Paan, Efry dan Aidil), Situasi (Bunkface/Sam), Pergi (Aizat/Pete Teo/Amran Omar) dan Rindu Terhenti (Tomok/Aubrey Suwito/Tinta).

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Misha210

Empat belas buah lagu yang terpilih itu dibuat berdasarkan 30 peratus markah persembahan pada pusingan separuh akhir yang berlangsung di dalam tiga peringkat dan dicampur dengan 70 peratus markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan bagi mendapat markah keseluruhan.

Barisan juri profesional yang terlibat ialah Azlan Abu Hassan, Moharis Yaakub, Ahadiah Akashah, Helen Yap dan Azhar Borhan yang bertindak selaku ketua juri.

Ditanya tentang persembahan bersahajanya pada separuh akhir pusingan ketiga malam itu, kata Misha, gaya persembahan itu ditonjolkannya bukan disebabkan dirinya 'confident' akan mara ke peringkat akhir.

Namun, dari awal lagi, penyanyi ini sudah merancang untuk menampilkan persembahan yang 'selamba' sebagai kelainan.

"Saya tidak berasa tertekan. Saya menyanyi dalam cara yang 'menyamankan'. Bukan kerana 'confident' untuk mara, tetapi saya sengaja tampilkan persembahan seperti itu.

"Apapun, dapat beraksi di AJL24 nanti adalah satu tanggungjawab besar buat saya. Saya ingin tonjolkan sesuatu yang dapat meninggalkan lebih impak terhadap lagu ini," kata anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini.

Melihat kepada barisan penyanyi yang akan berentap pada malam kemuncak itu nanti, Misha dilihat adalah artis yang paling senior berbanding penyanyi-penyanyi lain yang rata-ratanya masih 'hijau' di dalam industri ini.

Namun begitu, kata Misha, dia tidak merasakan itu salah masalah besar buat dirinya. Malah, dia akui berasa gembira kerana dapat berada 'seiring' dengan muka-muka baru tersebut.

"Bagi saya, tidak perlu rasa gentar kerana saya percaya, diri kita tetap ada 'sesuatu' walaupun kita mungkin orang lama.

"Dan sejujurnya, saya bangga kerana di 'celah-celah' orang muda ini, saya turut terselit di antara mereka," ujarnya.

Menurut Misha lagi, walaupun kebanyakan lagu-lagu yang bertanding itu menampilkan genre baru dan segar, dia tetap yakin konsep pop balada masih boleh diterima ramai.

"Sebagai penyanyi yang memperjuangkan genre ini, saya kena ada jati diri yang kuat. Tetapi saya tidak nafikan, saya juga ada tampilkan peralihan dalam konsep balada yang saya bawa.

"Apa yang pasti, konsep balada yang saya bawakan kini tidak seperti yang pernah saya tonjolkan dulu," katanya lagi.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeSun 22 Nov 2009, 9:44 am

Siapa Kekasih Baru Nurul?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 41199510

Dua tiga hari lepas, Budiey terbaca status Facebook penyanyi berstatus janda seksi yang meletop ni, siapa lagi kalau bukan Nurul. Lain macam aje bunyinya. Tapi yang penting, status yang ditulisnya tu menggambarkan jiwanya yang bahagia. Yea, Nurul happy! Bagus tu, buat apa kita sedih-sedih kan?

Nurul katanya… dah tak sabar menunggu untuk mengumumkan the BIG DAY yang akan diumumkan pada bulan Disember depan. Budiey pun rasa tak sabar nak tunggu ni… apalah agaknya ya berita baik tu.

Dalam pada itu, bekas isteri Ajai ni tak lama lagi akan jadi duta dan jurucakap untuk produk pelangsingan badan. Dengarnya, nilai kontrak yang ditawarkan kepada Nurul, bukannya sikit… mahunya dekat berpuluh-puluh ribu… atau mungkin juga ratusan ribu! Siapa tahu kan?

Tapi itu rezeki Nurul… orang kata diam-diam ubi berisi. Alhamdulilah…

Dalam pada syok tengok penyanyi ni happy dengan kehidupannya. Budiey ada dengar gossip terbaru dari sumber yang boleh dipercayai… yang Nurul selalu kelihatan berada di kawasan Damansara… Buat apa kat sana? Menurut sumber tu, Nurul ke sana bukan berseorangan tapi… jeng jeng jeng… mestilah berdua. Aik, bila masa Nurul dapat teman baru ni?

Adakah berita happy, the big day tu ada kena mengena dengan gossip yang Nurul dating kat Damansara ni?… Apa-apa pun, Budiey harap, Nurul terus happy. Kalau nak buat majlis kenduri tu, jangan lupa jemput ya. Kalau betul ada orang baru… harap Nurul terus happy
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitimeSun 22 Nov 2009, 9:45 am

Senarai 14 Lagu Finalis Ke Anugerah Juara Lagu Ke-24

Berikut ini, senarai 14 buah lagu yang berjaya untuk ke Anugerah Juara Lagu ke-24:

Aku Skandal - Hujan

Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah

Aurora - Estranged

Bengang - Akim

Aku Rindu Sayang Kamu - Black

Dan Sebenarnya - Yuna

Rindu Terhenti - Tomok

Pakai Buang - Stacy

Kau Aku - Aizat

Pergi - Aizat

Situasi - Bunkface

Benchinta - Faizal Tahir

Adam dan Hawa - Misha Omar

Masih Jelas - Hafiz

Banyak juga lagu yg dinyanyikan oleh penyanyi yang lahir dari realiti TV telah terpilih. Mmm… macam tak biasa. Tapi ini pertandingan lagu, bukan pertandingan vokal penyanyi.
Seronok tengok finalis yang diberi peluang berucap. Jangan lupa terima kasih kalian pada Tuhan jugak.

Tahniah kepada semua finalis
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 9 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 9 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 8, 9, 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Create a forum on Forumotion | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions