Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : 1, 2, 3 ... 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 1:22 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tiga-b10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tiga-b11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tiga-b12
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 1:25 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Scha-r10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 1:28 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Khai-r10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 1:29 pm

Juliana Evans tidak mahu jadi bahan gosip media

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 01372110
Juliana Evans ialah pelakon, model dan pengacara Gadis Melayu musim kedua. -Foto THE STAR oleh UU BAN

DI kala umat Islam sibuk mengembara untuk mengunjungi sanak-saudara pada Hari Raya, Juliana Evans, 20, memilih berkampung sahaja di Bagan Datoh, Perak untuk mencari keheningan Syawal.

Pelakon, model dan pengacara Gadis Melayu musim kedua itu berkata, dia sangat sibuk belajar sambil bekerja dan saat-saat rayalah dia dapat "menjadi orang biasa".

Katanya, dia dapat mendengar desiran daun-daun pokok dan kicauan burung-burung di kampung halaman bagaikan satu simfoni berbanding bunyi hon kenderaan serta hiruk-pikuk kota.

"Berbaring berdekatan rumah api sambil ditiup angin laut ditambah pula melodi hempasan ombak adalah amat mendamaikan!

"Walaupun saya hanya dapat menghabiskan masa sebanyak lima hari, tetapi saya gembira dapat berjumpa dengan sepupu, pakcik, dan anak-anak saudara saya," kata Juliana atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans.

Beliau ditemui semasa sesi penggambaran selebriti bersama chef pastri Hotel Istana sempena penglibatan hotel tersebut dalam The 3rd Choc Cake Championship, baru-baru ini.

Juliana yang sedang belajar bidang komunikasi massa di Kolej Sunway berkata, dia baru selesai menjalani penggambaran filem 'Adik Manja Returns'.

"Minggu depan, saya akan berlakon dalam satu telemovie di bawah syarikat perfileman Visionworks. Tajuknya belum ditentukan lagi. Ia akan tukar.

Sesi gambar sempena penglibatan Hotel Istana di The 3rd Choc Cake Championship. Dari kiri: Raja Farah, Intan Ladyana, Diana Danielle dan Juliana Evans.

"Di antara acara-acara tersebut, saya akan terlibat dalam sesi fotografi atau perfileman," katanya.
Walaupun jadualnya padat dengan aktiviti kolej dan kerja-kerja, Juliana masih meluangkan masa untuk bercuti dengan kawan-kawan.

"Saya akan beriadah dengan kawan-kawan pada hari minggu.. Kalau di rumah, saya online.. Sekarang pun saya belajar main gitar," katanya yang juga suka bersukan.

Antara sukan kegemaran Juliana termasuk bola jaring, skateboarding dan futsal yang mana dulu dia merupakan wakil sekolah.

Ditanya mengenai kisah percintaannya dengan Sam, penyanyi utama kumpulan Bunkface, Juliana memilih menyimpan kemas perkara tersebut.
Para selebriti bersama Chef Kumaran Arumugam mempamerkan kek-kek yang bakal dipertandingkan pada 3 Oktober ini, dari 3p.m. hingga 5p.m., di Great Eastern Mall. Hasil jualan kek tersebut adalah untuk tujuan amal.

Umum mengetahui percintaan Juliana dan Sam bermula apabila Juliana digandingkan dengan Saleha iaitu adik kepada Sam dalam sebuah drama.

Bagi pengacara jelita ini, dia tidak ingin persahabtan dengan Sam menjadi bahan gosip oleh media. Lagipun, dia ingin menumpukan perhatian pada pelajarannya terlebih dahulu.

"Saya terpaksa menolak beberapa tawaran filem dan pengacaraan kerana masa tidak mengizinkan saya untuk belajar," katanya yang bercita-cita untuk bekerja dalam bidang penyiaran (broadcasting).

Menurut Juliana, dia menggunakan masa empat hari dalam seminggu untuk belajar dan selebihnya untuk penggambaran filem ataupun pengacaraan.

Gadis kacukan Melayu - British ini tidak letih menceburi bidang baru kerana ingin mendapatkan lebih banyak pengalaman serta pengetahuan, Misalnya, dia cuba menghos bidang fesyen dan muzik pula.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 1:30 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Abby-z10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 1:31 pm

Inul risau berat badan naik macam sumo

SETELAH melahirkan putrinya, berat badan Inul Daratista naik begitu mendadak sekali. Disebabkan berat badan yang begitu ketara, penyanyi dangdut terkenal dari Indonesia itu merasakan dirinya seperti seorang sumo hinggakan suaminya pun enggan mendekatinya.

"Sekarang sudah tidak segemuk pada mula-mula melahirkan. Waktu itu saya rasa seperti seorang sumo sampai Adam (suami)enggan dekat," ujar Inul ketika diwawancara oleh media Indonesia baru-baru ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Inul_i10
Berat badan Inul naik secara mendadak selepas melahirkan anak perempuannya.

Walaupun begitu, Inul tetap bersyukur kerana tawaran menyanyi tidak putus-putus datang. Malah, sebaik habis lebaran, dia terus mendapat 'offer' menyanyi di Jawa Timur.

Khabarnya juga, diam-diam Inul ke Malaysia untuk menghibur WNI Agustusan di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.

Inul Daratista yang baru saja berlibur di kampungnya Pasuruan, Jawa Timur amat teruja dengan lebaran tahun ini. Niat utama untuk bersedekah dengan warga kampung dan sanak saudara dapat ditunaikan sambil memperkenalkan puteranya, Yusuf Ivander Damares yang belum sempat melihat anaknya sejak dilahirkan.

"Kalau di Jakarta beramal dengan Rp 100 juta tidak kelihatan. Tapi di kampung banyak bermanfaat untuk ramai orang," jelasInul Daratista dan suaminya yang berkumis tebal, Adam Suseno. Pasangan ini ternyata begitu bahagia seklai sejak kehadirannya anak sulung mereka setelah menanti 13 tahun lamanya.

Walaupun kurang tidur, kebahagiaan hadirnya, anak tabung uji yang dibayar begitu mahal sekali ternyata membuahkan bahagia yang tidak terucap dengan kata-kata.

"Memanglah penat dan sekarangpun bayi saya bisa bangun bila-bila saja. Gara-garanya, saya juga terjejas pola tidurnya tapi saya ikhlas dan senang saja kerana ini kurnia,"kata Inul yang sudang berusaha keras untuk menguruskan badannya yang nampak montel sekarang.

Inul Daratista juga sangat hati-hati menjaga putera pertamanya, Yusuf Ivander Damares yang dikurniakan Allah melalui proses panjang dan mahal.

Walaupun menggunakan khidmat pengasuh anak untuk menjaga anaknya yang dilahirkan melalui proses panjang dan mahal, yang pasti Yusuf tetap dalam pengawasannya.

"Pengasuh hanya menjaga seperlunya dan hanya sampai jam 9 malam saja. Tetap yang utama ialah saya. Saya kan, ibunya. Saya menyusuinya," kata Inul.

Inul rela menghabiskan seluruh waktunya untuk putera pertamanya. "Konsentrasi, kewajiban dan tanggung jawab sebagai seorang ibu makanya saya belum kepingin nambah lagi. kalau pun mahu tambah, mungkin 6 bulan lagi," kata penyanyi yang sering mencetus kontroversi dengan aksi dangdutnya yang seksi.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 1:32 pm

Single pertama uji bakat nyanyian Diana Danielle

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 3_imag10
Diana Danielle ingin single pertamanya dihasikan secepat mungkin sebelum hujung tahun ini. - foto THE STAR oleh UU BAN

PENGLIBATANNYA dalam bidang lakonan telah memberi satu kejayaan buat pelakon muda berusia 18 tahun ini. Namun pelakon jelita yang bernama Diana Danielle ini sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru dalam industri hiburan tanah air.

Diana turut terlibat dalam pementasan teater Natrah yang merupakan lakonan pertamanya dalam bidang teater, malah pelakon ini juga pernah menyanyi bersama Imran Ajmain dalam sebuah lagu berjudul 'Hanya Di Radio'.

Diana yang ditemui pada sesi penggambaran selebriti bersama chef pastri Hotel Istana sempena penglibatan hotel tersebut dalam The 3rd Choc Cake Championship, baru-baru ini memberitahu dia kini sedang dalam perbincangan untuk menghasilkan single pertamanya secepat mungkin.

"Sebenarnya sejak dari kecil saya memang minat menyanyi, tetapi saya tidak tahu macam mana saya boleh berada dalam bidang lakonan.

"Pada awalnya saya fikir, jadi pelakon mungkin dapat memudahkan niat saya untuk jadi penyanyi bila dapat kenal ramai orang... tapi lama kelamaan saya rasa seronok pula berlakon.

"Bagaimanapun saya masih lagi dalam perbincangan untuk menghasilkan single pertama saya dan kalau boleh saya nak ianya dihasilkan secepat mungkin sebelum hujung tahun ini.

"Saya berminat untuk menyanyikan lagu yang berentak jazz dan saya bersama pihak yang terlibat akan cuba sesuatu untuk mencari kesesuaian dengan suara saya," kata Diana yang begitu meminati penyanyi Norah Jones.

Diana turut diajukan soalan sama ada dia ingin terus serius di dalam bidang nyanyian dan dia mengatakan ingin menjadikan single pertamanya ini nanti sebagai satu percubaan terlebih dahulu sebelum melangkah lebih jauh.

"Kalau boleh, saya ingin lihat sambutan dari para peminat terhadap single saya yang akan dikeluarkan nanti terlebih dahulu sebelum melangkah lebih jauh dalam bidang nyanyian. "Saya jadikan single ini satu percubaan buat saya dan jika sambutan yang diterima baik, saya akan mula memikirkan untuk serius dalam bidang nyanyian atau tidak.

"Sebelum itu, saya nak karier saya dalam lakonan lancar terlebih dahulu sebelum saya lompat ke bidang yang lain," jelas Diana yang tidak mahu mengulas lanjut tentang singlenya kerana masih dalam proses perbincangan.

Ditanya mengenai perkembangannya di dalam teater Natrah, Diana mengatakan dia sedang giat membuat kajian terhadap watak Natrah yang dipegangnya dengan membaca buku-buku sejarah menceritakan tentang Natrah.

"Sekarang saya sedang sibuk membuat kajian terhadap watak Natrah kerana bagi saya bukan mudah untuk membawakan watak ini.

"Saya bernasib baik kerana dapat banyak buku-buku tentang Natrah yang mempunyai banyak maklumat dan ada ramai penulis yang sudah menulis tentang Natrah.

"Jadi ini memudahkan saya untuk faham dan mendalami watak Natrah ini," jelasnya yang percaya mampu membawakan watak Natrah setelah mendapat kepercayaan dari pengarah tersohor, Erma Fatima.

Diminta mengulas mengenai sikap Erma Fatima yang tegas dan garang Diana mengatakan dia tidak merasa takut kerana sudah mengenali sikap Erma Fatima dan sudah biasa bekerja di bawah pengarah tersebut.

"Saya tak takut... saya dah lama kenal dengan dia dan nasihat saya kepada sesiapa yang tidak mengenali Erma Fatima, janganlah ambil hati bila dengar apa yang dia kata, tegur atau marah.

"Memang dia agak 'laser' bila berkata-kata... tetapi hati dia baik sangat dan sayapun memang rapat dengan dia jadi tidak ada masalah bekerja dengan dia," kata Diana yang juga merupakan penuntut jurusan biosains di Universiti Nottingham cawangan Semenyih ini.

Diana juga akan muncul dalam slot seram di TV3 bermula 1 Oktober nanti dalam drama bersiri 'Gondo Ruwo' yang menampilkannya sebagai pelakon utama.

Dalam drama tersebut Diana memiliki saka keturunan yang membolehkannya membunuh setiap orang dengan hanya berkata-kata sahaja.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 1:34 pm

Norlia Ghani harap pencuri sebabkan kematian anaknya insaf

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Rusidi10
Pelakon Rusdi Ramli, 39, (dua, kiri) bersama ayahnya, Ramli Ismail, 68, (dua, kanan) menunggu jenazah Edi Rezal Ramli, 33, di luar Bilik Mayat Hospital Besar Kuala Lumpur di sini, hari ini. Turut serta adik beradiknya, Emi Atkashina Ramli, 26, dan Romiza Ramli, 36. Mangsa yang juga adik Rusdi dikatakan terjatuh dari tingkat tujuh Pangsapuri Murni Titiwangsa, Keramat di sini, apabila cuba menangkap pencuri yang menceroboh masuk ke sebuah rumah di tingkat berkenaan. - foto BERNAMA

SENIWATI popular Norlia Ghani tidak mampu menolak takdir Ilahi apabila anak keempatnya, Edi Rizal Ramli, 31, telah meninggal dunia semalam.

Adik kepada pelakon popular Rusdi Ramli ini meninggal akibat kecederaan yang teruk di bahagian kepala setelah terjatuh dari tingkat tujuh Pangsapuri Murni Titiwangsa, Keramat di Kuala Lumpur sekitar pukul 12 tengah hari ketika cuba menangkap pencuri yang menceroboh salah sebuah unit di tingkat yang sama.

“Jenazah anak saya sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Keramat selepas Isyak.

“Arwah meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur pada pukul 12 lebih tadi (semalam).

“Doktor kata dia tidak dapat selamatkan anak saya kerana dia cedera teruk di kepala,” kata Norlia dalam nada terisak-isak dan tidak mampu membendung kesedihannya.

Bercerita mengenai keadaannya sewaktu anaknya berada di tempat kejadian, Norlia berkata dia berada di rumah anak perempuannya di Ampang.

“Semalam (dua hari lalu), saya tidur di rumah kakaknya di Ampang. Jadi, saya mendapat maklumat daripada abangnya, Romiza yang dia jatuh bangunan. Saya terus balik dan ke hospital.

“Saya sempat jumpa dia semalam tetapi hari ini (semalam) tak sempat jumpa.

“Saya macam tak percaya sebab dia cepat sangat pergi. Dia jatuh dan terus meninggal.

“Pada mulanya memang saya tak boleh terima tetapi memang dah ajal dia nak buat macam mana. Alhamdulillah semuanya dah selamat,” ujarnya.

Menurut pelakon yang lebih dikenali menerusi drama komedi ini, anak bujangnya itu tinggal bersamanya di pangsapuri itu.

Kiranya, Syawal yang diraikan kali ini agak meruntun hatinya namun dalam berduka, pelakon yang dikenali dengan nama Joyah ini tidak lepas mendoakan agar pencuri itu berubah dan mengambil iktibar daripada kemalangan yang berlaku kepada anaknya.

“Arwah cuba menangkap pencuri yang masuk ke rumah orang lain tetapi selepas itu dia terjatuh.

“Ramai orang nampak dia jatuh dan saya pun tak pasti samada pencuri tu berjaya ditangkap atau tak sebab orang lain lebih menumpukan kepada anak saya yang jatuh.

“Saya harap pencuri itu insaf sebab anak saya pun dah meninggal..

“Saya terkejut kerana ia berlaku semasa kita seronok beraya dan tak sangka yang tahun ini merupakan tahun terakhir dia sambut raya dengan saya dan ahli keluarga yang lain.

“Masa raya baru-baru ini, kami sempat juga raya bersama dan mak saudara dia pun ada datang dari Amerika. Jadi, kami dapat beraya beramai-ramai.

“Di sini, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menolong anak saya dan yang mengucapkan takziah,” luah pelakon drama ‘Opah’, filem ‘Kanchan Tirana’ dan ‘Sikit Punya Gila’ ini.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 1:40 pm

(Gossip) Adakah Hairul Azreen Anak Ponti Remaja Bermesra Dengan Faralyna?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 N5215410
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 1:43 pm

Rindukan Scha? Tonton Awan Dania Musim Kedua Malam Ini!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Pelako10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 3:47 pm

Alfatihah untuk anak Norlia Ghani

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Ediriz10


Terkejut kami bila baca berita tentang anak Norlia Ghani yang meninggal dunia kerana jatuh dari tingkat 7 pangsapuri yang dia tinggal bersama dengan Norlia Ghani.

Sedih, rasa macam dalam cerita drama swasta pon ada. Sebabnya, allahyarham Edi Rizal Ramli ni jatuh disebabkan allahyarham cuba menangkap pencuri yang masuk ke rumah jiran. Sebulan sebelum kes ni, allahyarham kena samun, jadi mungkin sebab tu dia geram dan nekad nak tangkap pencuri tu..

allahyarham meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital sebab cedera teruk di kepala. Alfatihah untuk Edi Rizal Ramli, yang juga adik kepada Rusdi Ramli.Cuma kami agak kompius bila TheStar kata anak Norlia Ghani ni umur 23, Mstar pulak kata umur 31. Dua-dua ni suratkhabar satu kampeni nih, camna boleh lain-lain infonya.
harap-harap pencuri tu baca kisah ni dan menyesal.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 3:54 pm

Nabil dan Irma Di Hari Raya

Alibaba.com - The world's largest online B2B marketplace. Pasangan merpati dua sejoli ni memang makin hari makin intim, tengok sahaja baru-baru ini, semua filem/drama mereka sudah digandingkan bersama. Kononnya nak ikut cara Erra Fazira dahulu dengan si tuttz. Pasangan kekasih ini juga, Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 26, dan Irma Hasmie Ibrahim, 27, sempat bergambar Raya bersama tanda mereka tidak boleh diganggu dan mereka memohon hajat besar supaya mereka jangan dipisahkan antara satu sama lain. Ewah romatis sungguh.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Nabil_10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Nabil_11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Nabil_12
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 6:05 pm

Datuk Paduka Khairuddin Bakal Tunang Umie

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 91820010

KUALA LUMPUR, 26 SEPTEMBER 2009: Dikenal sudah, dirisik sudah, masanya telah tiba untuk pelakon Umie Aida mengikat tali pertunangan dengan lelaki idamannya, Selasa depan.

Dalam undangan SMS yang dihantar kepada murai.com.my kelmarin, Umie berkata majlis pertunanganya dengan usahawan yang difahamkan bernama Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan itu akan diadakan pada 29 September ini, di I-Zen, Mont Kiara 1, Kuala Lumpur.

Dalam SMS berbahasa Inggerisnya itu, Umie mengundang... "The most precious moment of her life... Khairuddin asked Umie to be his wife! Please join us in celebrating the engagement of Khairuddin and Umie Aida...".

Undangan secara SMS itu sekaligus berjaya menamatkan segala spekulasi tentang khabar angin yang mengatakan bahawa Umie akan menikah selepas raya ini.

Apa yang menarik, majlis pertunangan itu khabarnya akan dibuat di salah sebuah unit kondo mewah di I-Zen, Mont Kiara 1 yang telah dihadiahkan bakal tunanganya itu.

Umie ketika dihubungi murai.com.my sebentar tadi telah mengesahkan perkara ini.

"Ya, majlis pertunangan itu akan dibuat di kondo yang dihadiahkan oleh Abang (panggilan Umie buat Khairuddin) kepada saya dan mungkin ramai yang terkejut apabila mendapat tahu saya akan mengadakan majlis pertunangan dan bukan majlis perkahwinan seperti yang dijangkakan.

"Saya kira lebih baiklah begini dulu. Sesuatu perkara yang kita hendak buat mestilah dilakukan secara perlahan-lahan. Sebelum kahwin, bertunang. Kenalah ikut step yang pertama dulu," katanya yang agak keberatan mengulas lebih lanjut tentang pemberian hadiah berkenaan.

Adik kepada produser filem dan pengarah Erma Fatima ini juga masih belum bersedia untuk memaklumkan tentang tarikh pernikahannya dengan Khairuddin.

"Apa yang boleh saya nyatakan di sini. Tunggu Sajalah. Mungkin perkara ini akan diketahui pada majlis pertunangan ini nanti. Tapi buat masa ini saya memang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan saya," katanya yang masih lagi sibuk shopping membeli fabrik.

Umie atau nama sebenarnya, Umi Khalsum Rahmd Ali, 36, telah lama berkenalan dengan Khairuddin, seorang usahawan berjaya yang berusia pertengahan 40-an dan berasal dari Utara Semenanjung.
Khairuddin mempunyai 2 anak hasil perkahwinan terdahulu manakala Umie pula mempunyai 2 anak angkat, Daniel, 16, dan Helmi, 15. Kata Umie, kedua-dua anaknya itu turut menerima kehadiran Khairuddin sebagai bakal ayah mereka.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 6:06 pm

Rakan Sekumpulan Khairul Hasut Jac?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 91820011

KUALA LUMPUR, 22 SEPTEMBER 2009: Penyertaan Khairul Najmudin Abu Samah atau Khairul, 18, dalam program nyanyian Mentor TV3 sedikit sebanyak membuka mata dan telinga anak muda berbakat itu. Khairul yang menganggotai kumpulan Evo bersama Sani merupakan protege kepada penyanyi suara lantang Jaclyn Victor atau Jac.

Bagi yang mengikuti perkembangan mereka dalam program tersebut, ramai tahu ada pertelingkahan telah berlaku antara Evo dan Jac. Malah, dalam situasi demikian Khairul menjadi mangsa keadaan di mana ramai menyalahkannya.

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan, Khairul mulai sedar bahawa dia tidak boleh mendiamkan diri dan mahu ke depan untuk memberitahu hal sebenar.

Khairul berkata, pada mulanya dia malas untuk memberitahukan perkara ini kepada pihak media memandangkan kontraknya bersama akan tamat pada Oktober ini. Pun begitu, Khairul sudah tidak sabar lagi dirinya diperkotak-katikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Hubungan saya dengan Jac pada awalnya berjalan lancar tapi disebabkan insiden tersebut, ia mula tegang. Saya hairan Jac sendiri dah mula berubah. Sekarang baru saya sedar, semua ini berpunca dari pihak tertentu yang suka membodek Jac dan cakap-cakap belakang tentang saya," ujarnya kepada murai.com.my.

Siapa orang ketiga tu? Adakah dia rakan dalam kumpulannya sendiri?

"Saya bukan hendak memburukkan sesiapa. Cuma saya nak bagi tahu kebenarannya. Siapa makan cili dialah akan rasa pedas. Jadi fikir-fikirkanlah sendiri.

"Saya kesal orang yang saya sangka kawan ini suka bawa mulut tidak tentu pasal. Kadang-kadang tu, perkara remeh pun dia nak besar-besarkan. Sampaikan sesi fotografi melibatkan Evo pun saya tidak diberitahu.

"Saya selalu SMS untuk tanya sebarang perkembangan tapi tidak dapat respon. Kalau tidak sebulu lagi, lebih baik saja berpisah," ujarnya dengan kesal.

Siapakah yang dulunya membentuk kumpulan Evo?

“Semuanya keputusan Jac untuk gandingkan kami berdua. Tapi saya sedih kalau Jac boleh termakan cakap. Saya jenis orang yang tidak kisah tapi kalau dah sampai tahap macam gini, saya dah tak tahan lagi.

“Buat masa ini Jac tidak tahu apa yang telah berlaku antara kami. Tapi saya dah buat keputusan tak mahu lagi dikaitkan dengan Evo. Saya juga mahu minta maaf pada Jac. Tapi janganlah ada prasangka buruk terhadap saya," katanya.
Disebabkan perkara ini, jejaka yang juga adik kepada anggota kumpulan In-Heart terus yakin dan merancang untuk menjadi artis naungan Cat Farish. Menurut Khairul, dia sudah berjumpa dengan Cat tapi masih lagi dalam proses pembikinan single lagi.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 6:07 pm

Yazid, Zizi Nafi Sudah Diikat

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 91720010

Hubungan mesra bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Yazid dan Zizi telah menimbulkan banyak spekulasi di mana ada yang menganggap hubungan mereka lebih dari sekadar teman baik.

Baru-baru ini ada pula pihak mendakwa mereka sudah bertunang pada hari raya ke-4 lalu. Bagaimanapun, ketika portal murai.com.my menghubungi Yazid, dia terus menafikannya.

"Mana ada kami bertunang. Siapa pula yang pandai-pandai bergosip tu. Yang Yazid dengar, memang ada menunggu seseorang pada pagi raya ini. Tapi orang yang dimaksudkan itu bukannya Yazid.

"Majlis bertunang tak pernah wujud, yang ada hanya majlis rumah terbuka untuk saudara mara dan kawan-kawan Yazid," jelasnya.

Yazid sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa hubungannya dengan Zizi tidak lebih daripada teman seperjuangan yang rapat. Walaubagaimanapun, Yazid mengakui sedang mengenali lebih rapat hati budi Zizi.

"Kami belum serius lagi. Malah kami juga tidak pernah pun bercinta apa lagi hendak bertunang," katanya.

Sementara itu, ini tahun pertama Yazid beraya sebagai artis selain menyambutnya bersama 'ibu baru'.

"Yazid masih belum biasa lagu dengan makcik. Semuanya masih baru. pun begitu, Yazid tetap hormat dia seperti ibu kandung," kata Yazid.

Zizi pula gembira kerana dia sempat menganjurkan majlis berbuka puasa bersama kelab peminatnya, baru-baru ini dan kini sedang bercuti selama 2 minggu disebabkan sudah 3 bulan tidak pulang ke kampung halaman.

"Zizi memang cuti lama sedikit. Lepas raya, Zizi akan pergi ke Singapura kerana terlibat dengan teater muzikal Impak Maksima," ujar Zizi.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 6:10 pm

Raya Tahun Ini Lebih Meriah Buat Hairi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 91720012

KUALA LUMPUR, 23 SEPTEMBER 2009: Sejak menjuarai program Anak Wayang di Astro Ria pada Ogos lalu, segala-galanya sudah mula berubah buat anak jati kelahiran Alor Star, Kedah, Mohd Hairi Safwan Aznan, 21.

"Dulu hanya kawan-kawan saja yang kenal saya. Sekarang ini, masyarakat pula kenal saya. Awalnya rasa segan dan kekok sebab saya dulu seorang low-profile. Saya banyak mendapat ucapan daripada rakan-rakan serta tenaga pengajar di ASWARA sebab secara tidak langsung, mereka cakap saya telah menaikkan nama pusat pengajian itu.

"Dari segi pemakaian pula, saya telah dinasihatkan tidak terlalu ringkas seperti mana dulu. Sekarang apa kita buat orang mula perhatikan. Dulu, manalah kita tahu semua inii sebab tidak ada orang yang hendak beri tunjuk ajar pun.

"Banyak lagi nasihat yang saya terima untuk menjadi anak seni secara serius. Kebanyakannya daripada mereka yang sudah mempunyai banyak pengalaman tapi, biarlah perubahan itu berlaku secara perlahan-lahan," katanya.

Bercakap tentang raya tahun ini, Hairi menyambutnya di kampung halamannya, Alor Setar selama 2 minggu.

"Kalau dulu sambutan raya saya ringkas saja, sekarang agak berbeza sedikit. Selain mengadakan rumah terbuka saya juga hendak buat kenduri doa kesyukuran atas kemenangan saya sebagai Anak Wayang.

"Saya pun ada beli banyak kuih raya terutama sekali Almond London kegemaran saya. Tentang baju raya pula, saya sudah ada 3 pasang yang saya sediakan untuk menghadiri acara rasmi. Ada juga butik sudi menaja seperti Butik Seri Jemari Songket yang menaja 2 pasang baju Melayu untuk saya. Tak sangka juga, orang kulit gelap macam saya masih ingin ditaja," katanya yang pernah berguru Silat Gayung Patani dengan pelakon Eman Manan.

Hairi bebas berlakon di mana-mana stesyen TV

Hairi yang turut meminati tarian breakdance muncul dengan beberapa program raya termasuk drama muzikal Habeebi Mawi Aidilfitri pada hari raya pertama di Astro Ria.

"Inilah pertama kali saya bekerja dengan Mawi. Ia satu pengalaman yang menyeronokkan sebab ia berbentuk muzikal. Selain itu saya juga muncul pada malam raya lalu menerusi telemovie Takbir Terakhir arahan Rashid Sibir.

"Dalam telemovie itu, saya jadi anak kepada Fauziah Nawi bersama Sahronizam. Ia sebuah cerita yang cukup menyedihkan. Selain itu, saya juga dapat beberapa tawaran berlakon dari RTM tetapi ia tepaksa ditolak kerana kesibukan saya memenuhi pelbagai undangan berbuka puasa termasuklah bersama anak-anak yatim," katanya.

Memperkatakan tentang kontraknya bersama Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Hairi berkata, mengikut perjanjian tersebut, dia dibolehkan untuk berlakon dalam mana-mana stesen TV lain.

"Tetapi keutamaan haruslah diberikan Astro. Saya terpaksa menjelaskan hal ini sebab ada orang ingat saya hanya terikat dengan Astro saja. Saya harap dengan penjelasan ini, banyak pihak yang akan faham." katanya yang bercita-cita untuk menghantar ayah dan ibunya ke Tanah Suci.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 6:13 pm

Liza Pulang Beraya Ke Kampung Ajai

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 81720011

KUALA LUMPUR, 25 SEPTEMBER 2009: Dulu seorang, sekarang dah berdua. Itulah Ajai dan isterinya Norliza Mohamad Ilias yang tahun ini beraya sebagai pasangan suami isteri.

Setelah mendirikan berumah tangga, Liza kini mendambakan hidup kepada suaminya malah untuk sambutan hari raya pertama mereka tahun ini, mereka telah pulang beraya di kampung halaman Ajai di Larkin, Johor.

Sejak hari raya pertama sehingga Syawal ke-3, Liza pertama kali menyambut raya bersama mertuanya di Selatan Semenanjung dan kemudian barulah pulang bertemu ayah dan ibunya di Ayer Itam, Pulau Pinang.

"Berdebar jugalah pulang beraya di rumah mertua. Maklumlah kalau bersama mereka, serba serbi akan diperhatikan termasuk cara masakan kita. Maklum sajalah kalau di Penang, juadah raya biasanya adalah Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Daging Masak Kicap, Dalca dan Laksa Penang tapi di Johor pula cukup popular dengan Laksa Johor dan Lontong. "Jadi saya kenalah mengambil tahu sedikit sebanyak penyediaan resipi hidangan hari raya di Johor," kata Liza kepada portal murai.com.my.

Liza dan Ajai telah selamat diijabkabulkan pada 15 Ogos lalu di Masjid Negeri, Pulau Pinang, iaitu sebelum Ramadan menjelma. Mereka juga pertama kali berpuasa bersama dan ia menjadi satu kenangan yang sangat menggembirakan.

Selain Ajai, Liza juga tidak kesunyian kerana dia juga rapat dengan anak Ajai, Ayu Nazirah, 11, hasil perkongsian hidup dengan Nurul Abd Wahab dulu. Kata Liza, dia sentiasa memberikan perhatian kepada Ayu yang dianggap sebagai anak kandungnya sendiri apatah lagu Ayu seorang kanak-kanak yang sangat cerdik dan pandai berdikari.

"Cakap pasal persiapan raya, Ajai agak jarang tempah Baju Melayu. Kalau beli pun yang dah siap tapi Ajai memang ada banyak pasang Baju Melayu. Tapi untuk Ayu, sebelum kami bernikah lagi, kami sama-sama telah beli beberapa pasang Baju Kurung untuk Ayu.

"Dan sepanjang bulan Ramadan lalu, saya dan Ayu kerap berbuka puasa dan bersahur di rumah sebab ayahnya selalu sibuk di studio. Tapi ada masanya, kami bertiga sempat juga bertarawikh bersama-sama di Damansara," kata Liza.

Pada kesempatan yang indah ini, Liza bagi pihak Ajai dan Ayu turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam tidak kira di mana jua berada.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 6:18 pm

Tengku Ahmad Irfan Bakal Buat Kejutan!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 92320010
KUALA LUMPUR, 24 SEPTEMBER 2009: Sebut nama Tengku Ahmad Ifran Tengku Ahmad Shahrizal, mungkin ramai masih tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik nama itu.

Namun di kalangan pemuzik klasikal di negara ini, kanak-kanak berusia 11 tahun yang comel itu mula mendapat perhatian kerana mempunyai bakat yang sangat luar biasa khususnya dalam permainan alat muzik piano.

Mana tidaknya, Tengku Ahmad Irfan akan membuat kejutan dengan beraksi solo dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) pimpinan Claus Peter Flor, dalam memperdengarkan mahakarya (masterpiece) Beethoven seperti Overture: Coriolan, Symphony No.5 dan Piano Concerto in E Flat.

Eksekutif Perhubungan Media, Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Hisham Abdul Jalil atau Harry, berkata persembahan hebat itu akan berlangsung di DFP, KLCC pada 3 Oktober ini, jam 8.30 malam (Malam Gala untuk jemputan khas), diikuti persembahan umum bertiket pada Ahad, 4 Oktober jam 3 petang.

"Tengku Ahmad Irfan telah menunjukkan bakat semulajadi dalam bidang muzik seawal usia 7 tahun. Dalam masa 2 tahun, dia telah dianugerahkan sijil cemerlang dari Trinity Guildhall untuk piano solo Gred 5 sebelum menerima kepujian untuk Gred 8.

"Pada awal penglibatannya dalam seni, Tengku Ahmad Irfan telah berjaya mengalunkan repertoire yang hebat tanpa sebarang bimbingan khusus, menyerlahkan bakat terpendam yang cukup besar. Bakatnya telah menarik perhatian ramai hingga diundang membuat persembahan di televisyen dan terlibat dalam Program Pendidikan & Luaran MPO.

"Beliau pernah menghadiri masterclass di bawah bimbingan Professor Dr Arbo Valdma dan kini berada di bawah bimbingan Professor Snezana Panovska," kata Harry kepada murai.com my.

Katanya, Tengku Ahmad Irfan juga telah menunjukkan bakat mencipta simfoni pada usia 6 tahun dengan mencipta sebuah piano sonata berdurasi panjang dan persembahannya dengan MPO ini akan menyaksikan beliau mempamerkan cadenza piano ciptaannya sendiri.

Apa yang menarik kata Harry, untuk Malam Gala, DFP telah mengundang ramai penghibur dan selebriti tanah air untuk menyaksikan kehebatan Tengku Ahmad Irfan.

Mereka yang diundang termasuklah Dato Sheila Majid, Dato' Siti Nurhaliza, Anita Sarawak, Senator Tan Sri Jins Shamsuddin, Ramli MS, Ning Baizura, Maya Karin Roelcke, Lisa Surihani, Diana Danielle, Eizlan Yusof, Deborah Henry, Fauziah Latiff, Dato' Mustaffa Maarof, Khadijah Ibrahim, Fatimah Abu Bakar, Helen Yap, Fairuz Hussein, Salamiah Hassan, Atilia, Azharina, Yasin, Datuk Ahmad Nawab, Awal Ashaari, Yasmin Hani, Dato' Ahmad Jais dan ramai lagi.

Pendek kata, ia bakal menjadi malam bintang-bintang terkenal datang memberikan sokongan kepada Tengku Ahmad Irfan sambil menonton petikan piano daripada jari-jemari emasnya itu.
Bagi anda yang berminat menyaksikan persembahan Tengku Ahmad Irfan pada hari Ahad, sila buat tempahan tiket berharga RM20, RM40, RM65 dan RM85 menerusi Box Office (03-20517007/ faks 03-20517077 atau e-mel dfp_boxoffice@petronas.com.my) sekarang.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeMon 28 Sep 2009, 6:23 pm

Ayah Diddy Hirdy Meninggal Dunia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 91720013

PASIR GUDANG, 17 SEPTEMBER 2009: Penyanyi Diddy Hirdy masih bersedih dan berkabung dengan kematian ayahnya, Allahyarham Muhid Liman, 62, yang meninggal dunia malam tadi bersamaan 27 Ramadan 1430H.

Allahyarham yang berusia 62 telah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Pasir Gudang, Johor, kira-kira jam 7.45 malam tadi. Beliau menghidap penyakit jantung dan buah pinggang.

Pengurus peribadi Diddy, Badrul Hisham (Abang Botak) yang dihubungi pagi tadi berkata, jenazah Allahyarham sudah pun selamat dikebumikan di kampung asal Diddy pada jam 11 pagi tadi, Khamis.

"Sekarang ini, Diddy masih bersama adik-beradiknya di kampung. Allahyarham memang sudah lama sakit. Sebelum Diddy bawa pulang Allahyarham ke kampung pada Sabtu lalu, Allahyarham sudah pun 12 hari ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Buat sementara waktu ini, Diddy akan bersama keluarga dan telah membatalkan segala persembahan hari raya yang melibatkan dirinya," ujar Badrul dalam nada sedih.

Takziah dari warga murai.com.my buat Diddy sekeluarga, semoga roh Allahyarham ditempat bersama golongan yang beriman. Al-Fatihah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 11:28 am

Rozita terkenang suasana di Mekah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Hi_02103
Rozita sibuk urus kelengkapan anak berhari raya.


TATKALA dihubungi, si jelita bermata cantik ini sedang sibuk berurus niaga di sebuah pusat membeli belah terkemuka negara sebagai memenuhi persiapan akhir berhari raya.

Namun, di hujung talian dia masih sempat meluangkan masa untuk ditemu bual.

Berstatus ibu tunggal, seperti ibu-ibu lain, persiapan berhari raya untuk anak-anak menjadi perkara wajib saban tahun bagi pemilik nama sebenar Rozita Che Wan ini.

Berhari raya di kampungnya di Alor Setar, Kedah, kata Rozita, itulah itulah sahaja kesempatan yang ada untuknya setelah sibuk menjalani pengambaran untuk sebuah telemovie raya, Gondoruwo yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi.

Biarpun teruja dan gembira kerana berkesempatan membeli belah untuk anak-anaknya namun, jauh di sudut hati jelitawan ini masih terkenangkan Tanah Suci Mekah yang dikunjunginya menerusi ibadah Umrah pada 29 Ogos lalu.

Malah katanya, itulah kali pertama dia berpeluang merasai nikmat menjalani ibadah puasa di sana.

Perasaan seronok dan gembiranya bertambah apabila dia dapat berkongsi suasana berpuasa di tanah suci bersama ibu tercinta, Zabedah Saad.

"Syukur, dapat juga saya merasai nikmat berpuasa di Tanah Suci. Saya dengar daripada kawan-kawan berpuasa di Mekah lain suasananya berbanding di negara ini.

"Sebab itu saya cuba juga dapatkan cuti dan rancang sebaik mungkin membawa mak untuk menunaikan Umrah sekali gus merasai nikmat berpuasa di sana," kata Rozita.

Menurut Rozita, tahun lalu dia pernah merancang untuk menunaikan Umrah pada bulan Ramadan, namun kesibukan serta jadual kerja yang tidak menentu mengekang hasratnya itu.

Masih tidak mahu mengalah, sekali lagi dia merancang untuk menunaikan umrah sambil menjalani ibadah puasa di Tanah Suci.

Bezanya kali ini dia merancang awal sejak bulan April lagi.

"Alhamdulillah kesempatan itu dapat saya penuhi dengan menjalani pelbagai ibadah. Malah, masa yang terluang saya cuba isi dengan pelbagai ibadah sunat.

"Tambah menggembirakan, pengalaman berharga itu dapat saya kongsi bersama mak saya," kata Rozita yang mengakhiri ibadah Umrah pada 11 September lalu.

Bercerita lanjut tentang suasana Ramadan di tanah suci, kata Rozita, biarpun cuaca panas mencecah 48 darjah celcius, namun kerana keterujaan berada di Tanah Suci membataskan kesukaran yang dilaluinya.

"Masa berpuasa di sana memang lain dari Malaysia. Di sana pada pukul 4.30 pagi sudah masuk waktu subuh sementara berbuka pula lebih kurang pukul 6.30 petang.

"Menariknya, saya sama seperti orang lain di sana dapat berbuka puasa beramai-ramai di masjid sambil makan nasi dan roti Arab," cerita Rozita dengan nada ceria.

Kali pertama Rozita menunaikan Umrah bersama bekas suaminya enam tahun lalu.

Berhari raya di kampung

Seperti tahun-tahun lalu, kali ini Rozita meneruskan lagi tradisi berhari raya di kampung halamannya.

Tiada beza dengan sambutan lalu, apa yang paling dinanti-nantikan olehnya ialah peluang berkumpul bersama adik-beradik sambil menganyam ketupat palas yang menjadi juadah wajib keluarganya di hari lebaran.

Tahun ini, Rozita turut merancang perbelanjaan untuk menjamu peminatnya pada hari raya ketiga di kampungnya.

Oktober ini, Rozita bakal memulakan sesi pengambaran drama 26 episod untuk slot Akasia di TV3 iaitu Na-Omei.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 11:31 am

Umie Aida bertunang Selasa ini

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Hi_01181
Umie Aida


SEMUA tahu yang Umie Aida kini sudah berpunya. Di jari manisnya juga sudah tersarung cincin belah rotan daripada emas putih jenama Chopard sebagai tanda sudah dirisik.

Tarikh 17 Mei lalu menjadi saksi bahawa dirinya sudah disunting ahli perniagaan yang berkulit mulus dan mempunyai senyuman manis itu.

Kini selepas hanya lima bulan menjalinkan hubungan cinta, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-16 menerusi filem Embun ini semakin pasti dengan pilihan hatinya.

Justeru, selepas berbincang dengan kedua-dua belah pihak, Umie mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan lelaki impiannya.

Tarikh 29 September 2009 ini menjadi detik bersejarah buat Umie dan cinta hatinya yang dipanggil Abang itu. Bersyukur dipertemukan dengan lelaki tersebut, Umie menganggap duda beranak dua itu adalah jodoh terbaiknya.

“Alhamdulillah... ” kata Umie ringkas namun penuh makna. “Saya akhirnya menemui seseorang yang dapat menerima diri saya seadanya,” tambahnya sambil tersenyum manja.

Mungkin ramai menganggap alasannya itu terlalu klise namun tegas Umie bukan mudah bagi seseorang lelaki untuk menerima dirinya.

Bukan sahaja kerana bergelar seorang artis popular tetapi yang lebih penting dapat menerima kehadiran dua anak angkat kesayangannya.

Dan sebagai wanita, biar semoden manapun dia, Umie amat mengambil berat, menghormati dan menyayangi ahli keluarganya.

“Anak-anak dan keluarga penting dalam kehidupan saya. Orang yang menginginkan saya perlu untuk menerima hakikat tersebut.

“Dia menerima saya, anak-anak saya dan keluarga saya. Sebab itu saya katakan dia jodoh terbaik saya,” ujar Umie.

Melimpahkan rasa syukur dipertemukan dengan lelaki tersebut, Umie juga mengharapkan sikap dan sifat bakal tunang yang begitu menghormati pendiriannya terhadap anak dan keluarga akan terus berkekalan.

Malah Umie mengakui kerana sifat dan sikap itulah juga yang membuatkan pintu hatinya yang selama ini tertutup akhirnya terbuka dan bersedia untuk menerima kehadiran seorang lelaki bernama suami.

Mengambil keberkatan bulan mulia ini untuk menzahirkan sebuah komitmen dalam perhubungan dua hati, Umie tidak menyangka yang semuanya berlaku dengan pantas.

Masakan tidak, berkenalan bulan April lalu dengan ahli perniagaan bertaraf jutawan dan bergelar Datuk itu, hari ini dia sudah hampir menamatkan zaman solonya.

“Ya, saya bersyukur Syawal yang mulia ini saya menjadi tunangan orang, insya- Allah,” katanya sambil melirik senyuman.

Syawal berbeza

Umie mengakui Ramadan dan Syawal kali ini memberi erti yang amat bermakna dalam kehidupannya.

Teruja melalui bulan Ramadan, Syawal juga dirai dengan suasana sedikit berbeza. Masakan tidak, sempena Lebaran ini, Umie turut menziarah keluarga bakal mertuanya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Beraya ke sana pada hari kedua Syawal, Umie menziarah bersama anak-anak kesayangan, Mohd. Daniel Firdaus, 15 dan Mohd. Dzulhelmy, 14 serta adik beradiknya.

Menganggap dirinya bertuah kerana disayangi lelaki impian, Umie juga mengakui beruntung kerana mendapat bakal keluarga mertua yang menerima serta melayan dirinya dengan sangat baik.

Bukan itu sahaja, kehadiran lelaki berkumis itu juga memberikan satu kesan mendalam kepada diri Umie dan membuatkan hatinya tersentuh.

“Selalunya saya melalui kehidupan saya sendiri. Saya buat semua perkara dari A sampai Z. Hendak-hendaknya apabila menjelang raya.

“Tapi tahun ini berbeza kerana Abang tanpa diminta menguruskan segala persiapan terutama untuk anak-anak,” kata Umie.

Bukan sahaja yang melibatkan persiapan menjelang Hari Raya malah dia juga amat peka kepada kehendak dan persekitaran anak-anak bakal isterinya.

Tanggungjawab Umie selama ini kepada diri dan anak-anak digalas tanpa berkira. Dia, kata Umie, sangat mengambil berat dan mengambil tahu mengenai diri dan anak-anaknya.

“Dia rapat dengan anak-anak. Itu amat menyenangkan. Malah kadang kala dia melakukan aktiviti dengan mereka tanpa saya.”

Biarpun bakal bertunang Selasa ini, Umie masih belum mahu memperkenalkan buah hati kesayangannya.

Dia hanya menjelaskan bahawa lelaki yang dipanggilnya Abang itu adalah seorang yang sangat low profile dan simple.

Pun begitu dalam keterujaan meraikan Syawal bersama lelaki idaman, jauh di sudut hatinya tetap merindui seorang lelaki yang paling disayanginya, arwah ayahnya, Rahmad Ali yang telah meninggal dunia Mac tahun lalu.

“Ya, dia insan yang saya paling sayangi dalam dunia.”

Cincin Chopard dan dupleks

Bakal mengadakan majlis pertunangannya pada sebelah malam Selasa ini, Umie memilih tema biru firus+putih untuk persalinan di pihak perempuan manakala kelabu di pihak lelaki.

Disolek oleh Khir Khalid, persalinan Umie direka oleh Bill Keith dan dekorasi serta hiasan dalaman, pelamin dan khemah disediakan oleh Kem Salleh daripada Kapas.

Teruja menempuh hari-hari bahagianya, nyata keserian terpancar di wajah aktres bernama penuh Umi Kalsom Rahmad ini.

Jelas sekali kebahagiaan yang sedang dirasai apatah lagi impian bergelar isteri bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

“Insya-Allah secepat mungkin,” demikian katanya kala ditanya mengenai tarikh perkahwinan.

Sibuk merancang majlis pertunangannya sepanjang Ramadan lalu, Umie bakal disarungkan cincin pertunangan oleh bakal ibu mertuanya.

Cincin tunang bertatah berlian daripada koleksi jenama mewah kegemarannya, Chopard menjadi pilihan dan Umie juga menerima sebuah kondominium dupleks sebagai hadiah perkahwinan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 11:33 am

Watie, Farah dan Atilia kongsi kisah raya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Hi_01182
CERIA... 'bersendiri' bukan penghalang bagi tiga wanita ini meneruskan kehidupan


KETIGA-TIGA wanita ini sentiasa ceria sepanjang sesi fotografi dijalankan. Deraian ketawa dan senyuman yang tidak pernah lekang langsung tidak mencerminkan yang ketiga-tiga mereka pernah menyimpan kisah duka di alam rumah tangga sedikit waktu dahulu.

Cantik, ramah berbicara dan bersaiz kecil molek antara aset ketiga-tiga jelitawan ini ternyata mudah didekati.

Realitinya Watie, Atilia mahupun Farah Asyikin sendiri adalah janda muda.

Menggenggam gelaran tersebut pada usia muda ternyata tidak mematahkan semangat dan langkah mereka terutamanya mengharungi dunia glamor yang penuh mencabar.

Meraikan Aidilfitri tanpa insan bergelar suami bukan sesuatu yang begitu memeritkan bagi mereka.

Redha dengan ketentuan Ilahi, segalanya ditempuhi sebaik mungkin demi peminat setia mereka.

Bukan semua artis ingin disatukan untuk sesi fotografi yang hanya melibatkan mereka yang 'solo' setelah terkandas di alam rumah tangga.

Namun, demi peminat setia, mereka bersetuju disatukan khas buat tatapan pembaca setia Hits lebaran ini.

Ketiga-tiga wanita tabah ini masih mampu meneruskan hidup dengan penuh gembira tambahan pula apabila meraikan Aidilfitri ditemani keluarga, sahabat handai dan rakan taulan.

Bagi Watie, Atilia dan Farah, mereka cukup bersyukur kerana dikurniakan ahli keluarga dan teman-teman yang sentiasa memberikan semangat dalam kehidupan mereka terutamanya apabila menjelangnya hari raya.

Jika sebelum ini mereka pernah mengenakan pakaian sedondon, sepadan bersama suami masing-masing bertandang ke rumah saudara-mara, kini semua itu hanya tinggal kenangan.

Masa berlalu, lebaran kali ini membawa kegembiraan yang bukan sedikit buat Watie mahupun Farah kerana masing-masing sudah pun memiliki insan teristimewa.

Watie bertandang ke rumah kekasih

Bagi bekas ahli kumpulan Elite ini, dia lebih terbuka bercerita tentang kegirangan hatinya kini yang sedang berputik cinta dengan jejaka yang jauh lebih muda daripadanya.

Lima tahun menjanda ternyata tidak membuatkan dia hilang punca, malah lebih mematangkannya untuk mencari yang terbaik demi anak kesayangan, Ahmad Afif Danial, 5.

Bagi Watie, walaupun pilihannya kali ini lebih muda, namun kematangan dan kemesraan kekasih hati terhadap anaknya membuatkan dirinya berasa dialah jodoh yang tepat buat dirinya.

Kini, dia bersedia memperkenalkan diri dengan bertandang ke rumah keluarga kekasih hatinya itu pada hari raya nanti.

"Saya dan kekasih saya masih dalam tempoh perkenalan namun kami ada merancang untuk ke rumah keluarganya dan memperkenalkan diri pada hari raya ini.

"Keluarga saya dah kenal dengan dia dan menyukainya. Afif pun sudah sangat mesra dengannya.

"Sifatnya yang lebih matang daripada usia dan sangat bertanggungjawab membuatkan saya tertawan dengannya.

"Lagipun kami bermula sebagai kawan dan sudah saling kenal hati budi masing-masing," ujar wanita yang mesra dan menjadi penghidup suasana terutamanya ketika sesi fotografi ini.

Ditanya tidakkah sunyi bersendirian dalam membesarkan Afif selama lima tahun, kata wanita berusia 33 tahun itu, dia sudah bersedia mengakhiri zaman solonya demi anaknya itu.

Ujarnya, sementelah dalam tempoh mengenal hati budi mereka juga sedang mengumpul harta untuk masa hadapan bersama.

"Saya kasihan dengan anak saya kerana dia tidak pernah mendapat kasih sayang yang sebenarnya daripada seorang bapa.

"Saya juga berasa sunyi kerana setiap kali menjelang hari raya saya hanya meraikan di rumah ahli keluarga saya. Teringin juga hendak menjadi seperti orang lain, beraya bersama keluarga sendiri, pakai baju sedondon," katanya sayu dalam nada perlahan.

Pada hari raya kelima ini, Watie bakal bergabung dengan ahli kumpulan Elite yang lain membuat persembahan dalam rancangan Memori Idola yang turut menggabungkan kumpulan-kumpulan lain seperti Senario, Indigo dan A To Z.

Farah akui ada kekasih

Bagi penyanyi genit yang terkenal dengan lagu Hello dan ERT ini, pengalaman melayari bahtera perkahwinan sebelum ini banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam soal pilihan hidup.

Malah, dia kalau boleh tidak mahu tergesa-gesa mendedahkan soal peribadi terutama perihal status kini kepada umum.

Tidak menafikan yang dia sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka dari Singapura, bagaimanapun, bagi Farah biarlah segalanya menjadi rahsia sehingga dia benar-benar bersedia.

Seakan dihimpit kontroversi, Farah lebih gemar mengambil sikap berdiam diri agar tidak canggung di mata masyarakat.

Apatah lagi, dia cukup gusar andai ada kata-kata nista yang timbul di kemudian hari bakal melukakan hati keluarganya.

"Saya sudah memegang gelaran janda sejak setahun lalu dan rasanya tidak salah untuk saya berkenalan dengan orang baru untuk masa hadapan saya.

"Namun, bagai sudah menjadi lumrah, masyarakat terlalu skeptikal terhadap golongan janda seperti kami membuatkan saya perlu lebih berhati-hati.

"Itu membuatkan saya enggan mendedahkan perihal hubungan saya berlebihan.

"Tetapi semuanya masih baru lagi. Kalau ada jodoh, adalah. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali," ujarnya yang bakal muncul dengan lakonan pertamanya, Satu Hari Di Hari Raya yang bakal bersiaran pada hari raya kedua di TV9.

Memegang watak utama, ia mengisahkan tentang Serina, seorang penerbit rancangan yang sombong dan tidak percaya pada cinta.

Turut bergandingan ialah Adibah Noor, Nubhan, Zizan Nin dan Cheryl Samad.

Berbicara tantang sambutan raya, kata Farah suasana pagi 1 Syawal adalah detik yang tidak ternilai buat dirinya. "Saya datang dari keluarga yang besar dan hubungan kami semua rapat dan saya merupakan sepupu yang paling tua.

"Pasti suasana akan meriah dan pastinya saya akan berhabis banyak terutama duit raya untuk diberikan kepada sepupu dan anak-anak saudara," ujarnya berseloroh.

Atilia beraya dengan bekas suami


Bagi penyanyi genit ini, Atilia, penceraian ternyata tidak langsung memutuskan silaturrahim dengan bekas suaminya, Ariff Johan Abdul Aziz serta keluarga mertuanya.

Walaupun sudah setahun Atilia melayari hidup bersendirian, dia dan Ariff masih lagi berkawan baik.

Baginya tiada dendam di hati kerana sebelum ini mereka pernah menjalinkan ikatan perkahwinan selama 10 tahun.

"Kami akan tetap berjumpa dan saya akan turut beraya di rumah keluarganya memandangkan kami pernah bersama selama 10 tahun dan hubungan saya pun baik dengan keluarganya.

"Saya masih belum merancang bila akan menziarahi mereka di Petaling Jaya tetapi pada raya pertama saya akan bersama keluarga bapa saya di Shah Alam dan bersama emak saya di Selayang.

"Sudah tiga tahun saya meraikan bersama emak pada malam raya dan emak akan membawa bersama hidangan raya pada malam itu.

"Kira tidaklah sunyi kerana saya masih dikelilingi orang yang saya sayang," ujar Atilia yang menggemari hidangan raya Rendang Daging Dan Pulut Kuning.

Berbeza dengan Farah dan Watie, Atilia masih solo dan belum lagi mempunyai calon yang sesuai untuk dijadikan teman hidup.

"Kawan memang ramai tetapi tiada yang serius. Lagipun baru-baru ini saya sibuk dengan kerjaya saya, dengan album kedua dan konsert Malam Nada Biru yang kedua nanti.

"Kalau boleh saya nak akhiri zaman solo saya secepat mungkin kerana saya sudahpun berusia 35 tahun pada tahun ini dan mestilah saya hendak anak. Tetapi semuanya terpulang kepada jodoh.

"Kalau saya dah temui seseorang nanti, janganlah risau kerana saya akan khabarkan berita gembira itu," ujarnya penuh ceria.

Atilia yang komited dengan kerjayanya berkata, dia hanya akan berehat selama tiga hari pada hari raya dan kembali sibuk dengan penggambaran telefilem keduanya bertajuk Handphone Kedua pada raya keempat lalu .
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 11:35 am

Gelaran Datuk iktiraf golongan pelawak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Hi_07_12


SITKOM Santan Berlada pada tahun 1980-an bertanggungjawab meletakkan nama Ali Mamak sebagai salah seorang pelawak dalam persada seni hiburan tanah air hingga kini.

PERANAN dan sumbangan pelawak yang merupakan sebahagian daripada penggiat dalam memeriahkan lagi persada seni dan hiburan tanah air semakin mendapat pengiktirafan daripada banyak pihak termasuklah kerajaan.

Pelawak Ali Mamak misalnya, banyak menyelitkan mesej berunsur kritikan sosial serta nasihat dalam kebanyakkan lawak jenaka yang dipersembahkannya sejak terbabit dalam bidang seni kira-kira 20 tahun lalu.

Atas sumbangannya itu, ramai yang tidak tahu bahawa pelawak berusia 58 tahun ini telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun lalu yang membawa gelaran Datuk.

Menurut Ali atau nama sebenarnya Jantan Osman, gelaran tersebut secara tidak langsung memberi pengiktirafan terhadap bidang lawak jenaka yang diceburinya di mana ia juga mewakili golongan pelawak yang lain.

"Sebenarnya pelawak lebih banyak memainkan peranan yang besar dalam mengetengahkan isu-isu masyarakat dalam persembahan mereka jika dibandingkan dengan penyanyi yang hanya berbekalkan dengan lirik lagu.

"Pelawak terpaksa mengetengahkan isu-isu yang berbeza dalam lawak jenaka mereka sedangkan penyanyi hanya menyanyi dengan menggunakan lirik lagu yang sama pada setiap persembahan mereka. Berlawak kena banyak bercakap.

"Daripada situlah kita boleh menyampaikan mesej yang berguna kepada masyarakat. Jadi saya anggap anugerah ini sebagai salah satu pengiktirafan buat golongan pelawak di negara ini," katanya ketika ditemui Hits baru-baru ini.

Jelas anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka ini, isu yang diketengahkan oleh para pelawak juga meliputi topik yang luas termasuklah soal kasih sayang, rumah tangga sehinggalah kepada isu-isu negara.

Justeru, Ali menyifatkan tugas atau peranan pelawak bukan sahaja berat tetapi ia juga seharusnya mendapat perhatian dan penghargaan daripada semua pihak terutamanya penganjur pertunjukkan pentas.

"Selama ini, apabila ada sesuatu pertunjukkan pentas penganjur lebih mengutamakan penyanyi yang glamor sedangkan golongan pelawak adakalanya diberi layanan kelas kedua. Sedangkan ramai yang tidak menyedari pentingnya pelawak.

"Malah, biasanya pelawaklah yang menceria atau menghidupkan sesuatu persembahan pentas. Saya bangga dan bersyukur dengan anugerah ini kerana ia membuktikan golongan pelawak kini semakin dihargai sumbangan mereka.

"Bukan saya seorang sahaja yang telah menerima gelaran Datuk, tetapi ramai lagi pelawak seperti Jamali Shadat dan Yahaya Sulong yang juga mendapat penghargaan tersebut," ujarnya yang mula mencipta nama melalui sitkom Santan Berlada di TV1 pada awal tahun 1980-an.

Pecah kepala

Selain penghargaan, Ali juga melahirkan rasa kesalnya kerana golongan pelawak sering dianaktirikan dalam soal bayaran di mana bayaran persembahan pentas yang mereka terima jumlahnya agak kecil berbanding penyanyi.

Sehubungan itu, beliau meminta agar pihak penganjur pertunjukkan pentas memahami beban tugas yang terpaksa dipikul oleh golongan pelawak dalam menjayakan sesuatu persembahan tanpa adanya unsur diskriminasi.

"Bukannya senang mahu mencari bahan lawak. Kami terpaksa 'pecah kepala' mencari idea sebelum mengadakan sesebuah persembahan. Tidak seperti penyanyi yang hanya mengulang-ulang lirik lagu-lagu yang sama.

"Biasanya selain berlawak, kami juga diamanahkan melakukan tugas-tugas lain sebagai pengacara majlis dan turut menyanyi. Sebab itu, adalah tidak patut kalau bayaran yang diterima oleh pelawak terlalu kecil jumlahnya.

"Kami bukannya mahu meletakkan harga bayaran yang tinggi tetapi biarlah ia setimpal dengan peranan kami di atas pentas. Ia juga sebagai salah satu cara kita mengiktiraf sumbangan pelawak dalam bidang seni," katanya.

Di samping berlawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang tidak asing lagi dengan pelbagai rentak dan lagunya pula sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa yang berlaku di negara ini.

Terimalah Seadanya merupakan album terbaru Ali Mamak yang diterbitkan oleh komposer Amir Atan menerusi syarikat Rentak Mutiara. Album ketiganya ini yang mengandungi 10 buah lagu itu akan berada di pasaran tidak lama lagi.

"Pada masa sama, saya juga mengadakan persembahan di atas bot River Cruise di Sungai Melaka pada setiap hari Ahad. Saya akan berlawak dan menyanyi bagi menghiburkan mereka yang berada di situ," ujarnya lagi.

Selain 10 lagu dalam Terimalah Seadanya, album pop bergenrekan komedi itu turut memuatkan dua lagu bonus berjudul Allah Selamatkan Kamu dan Selamat Hari Jadi atas sokongan para peminat beliau sejak lebih dua dekad lalu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 11:37 am

Scha sudah bersedia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mainp411
MAMPUKAH Scha dan Fahrin mengacarakan program ini biarpun mereka dikatakan sudah berpisah.


Sehati Berdansa masih kekalkan Fahrin, Awal

SCHA AlYahya mengakui sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima tanggungjawab sebagai hos program Sehati Berdansa musim baru apabila Astro memilihnya sebagai menggantikan tempat Linda Onn.

“Saya berterima kasih kepada pihak Astro yang memberi peluang untuk ini. Ketika ini, saya menonton ulangan program Sehati Berdansa musim lalu. Saya banyak melihat konsep dan cara kendalian program ini berlangsung dalam skala penonton secara langsung.

“Linda Onn sudah menjalankan tugasnya dengan baik. Linda seorang hos yang bagus dan saya menjadikannya idola dalam perihal pengacaraan. Saya sudah bersiap sedia secara mental dan fizikal kerana soal dibandingkan dengan Linda akan berlaku,” kata Scha yang akan muncul dengan drama Awan Dania musim kedua tak lama lagi.

Pengumuman Scha sebagai hos Sehati Berdansa musim dilakukan oleh Astro Ria pada sidang media pada 14 September lalu. Selain Fahrin, turut dikekalkan ialah Awal Ashaari yang ditugaskan untuk mengacarakan segmen Debaran Sehati Berdansa.

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan berkata, pemilihan pelakon itu bukanlah bermakna Linda Onn gagal memainkan peranannya sebagai hos Sehati Berdansa selama dua musim berturut-turut.

“Tiada kurangnya Linda kerana dia menunaikan tanggung jawabnya dengan baik. Scha seperti tenaga baru yang diharap mampu menjana dengan baik sekali gus meneruskan kelangsungan program ini. Kita masih mengekalkan Fahrin dan Awal.

“Selain Scha, kita juga memperkenalkan perunding tarian dan persembahan mingguan yang baru menggantikan Mat Kasan iaitu Farah Sulaiman. Farah ialah pengasas Sayang Academy of Dancing dan berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang tarian” kata Khairul lagi.

Sementara itu, Fahrin yang ditemui di majlis ini berkata, tanggungjawabnya sebagai hos Sehati Berdansa tetap disempurnakan sebaik mungkin tanpa mengira siapa pun gandingannya.

“Menjadi pelakon dan sebagai pengacara program TV sudah menjadi rezeki saya. Saya tidak boleh merungut dengan kerja yang diberi. Pada peringkat awal pun saya sendiri tidak tahu menahu akan digandingkan dengan Scha,” katanya.

Mahu bersikap profesional, Fahrin juga menjelaskan, dia tidak menghadapi masalah untuk berkongsi pengalaman dengan Scha bagi mewujudkan keserasian ketika menjadi hos bersama program Sehati Berdansa musim terbaru.

Manakala Awal pula mengakui tanggungjawabnya kini bertambah apabila ditugaskan untuk mengacarakan segmen Debaran Sehati Berdansa yang bakal mengumumkan peserta yang akan tersingkir.

“Dua musim terdahulu, Debaran Sehati Berdansa dikendalikan oleh hos utama. Saya hargai peluang ini dan mungkin juga selepas bekerjasama dengan Astro selama ini, mereka senang bekerjasama dengan saya,” katanya yang turut mengacarakan Rentak Bolly di saluran berbayar Astro, B4U.

INFO: Sehati Berdansa

•Di adaptasi daripada format program hiburan popular antara bangsa. Sama seperti musim-musim terdahulu, pasangan selebriti yang terbabit akan menari untuk membantu mengumpul dana bagi badan kebajikan terpilih.

•Persembahan pasangan selebriti ini akan diadili dengan sistem pemarkahan sebanyak 50 peratus oleh juri profesional dan 50 peratus lagi daripada undian penonton.

•Sehati Berdansa sebelum ini telah menyaksikan pasangan Rashidi Ishak dan Vanidah Imran muncul sebagai juara musim pertama diikuti dengan pasangan Fauzi Nawawi dan Lisdawati yang tampil sebagai juara musim kedua.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 11:38 am

Serasi bersama

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mainp412
Nora Danish dan Ryzal makin bersefahaman sejak digandingkan dalam Sumpah Bunian

SESI fotografi membabitkan dua pelakon, Ryzal dan Nora Danish, berlangsung dalam suasana cukup ceria. Kedua-duanya bukan saja mudah memberikan kerjasama, sebaliknya mereka sendiri begitu akrab. Keadaan itu membolehkan situasi lebih spontan dapat dirakam.

Kononnya, dalam drama sebabak mereka petang itu, Nora teringin sekali menikmati suasana Aidilfitri di kampung pada tahun ini. Menyedari impian Nora, Ryzal yang berasal dari Alor Star, Kedah, tanpa ragu-ragu mengundang rakannya beraya bersama keluarganya di sana.

Pelakon drama bersiri Puteri itu juga terpikat dengan jemputan berkenaan, lalu bersiap sedia untuk berangkat dengan keretanya ke kampung halaman Ryzal.

Pada hakikatnya, Nora hanyalah menyambut 1 Syawal lalu bersama keluarga serta anak lelakinya, Putera Raiqal Ramli di Kuala Lumpur.

"Sebenarnya raya ini, saya tidak ke mana-mana. Kami anak-beranak duduk di rumah saja. Apatah lagi inilah kali pertama kami beraya bersama Raiqal. Dia cucu pertama keluarga bekas suami. Jadi, masing-masing hendak meluangkan masa bersamanya nanti," kata Nora tersenyum.

Sambung wanita berusia 27 tahun itu, lagipun, ketika ini wabak H1N1 masih lagi berleluasa. Justeru, dia berasakan lebih baik mereka beraya di rumah.

Begitupun, akui Nora, Aidilfitri tahun ini tentu paling menyeronokkan apabila kehadiran Raiqal membawa sejuta kebahagiaan kepada dirinya sekeluarga. Kata Nora, dia insan yang amat beruntung apabila dikurniakan oleh Tuhan seorang anak lelaki yang begitu disayangi ramai.

"Paling tidak, sepanjang Hari Raya, tidak syak lagi Raiqal orang yang mempunyai paling banyak baju raya kerana semua orang berebut-rebut membelikan pakaian baru untuknya," cerita Nora yang rapat dengan keluarga sebelah bekas mentua.

Keseronokan serupa turut dirasa Ryzal apabila dia pulang beraya di Alor Star kerana pada tahun ini, bilangan anggota keluarganya bertambah iaitu dengan kehadiran cahaya mata adik lelakinya. Bayi berkenaan juga muncul anak saudara pertama Ryzal.

"Tahun ini kali keempat saya beraya sebagai artis. Namun, ia lebih bermakna apabila pada Syawal tahun ini kami beraya bersama anak saudara pertama dalam keluarga. Jadi, suasananya tentulah sedikit berbeza dengan kehadiran si kecil yang menjadi penyeri Aidilfitri ini. Apatah lagi apabila kami juga beriya-iya menyediakan pakaian raya yang comel untuknya.

Sebagai anak sulung, Ryzal sememangnya tidak lupa membelikan persalinan baru untuk kedua-dua ibu bapa, selain sudah menyediakan sedikit peruntukan untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama keluarganya.

Nora seronok jadi wanita bunian


BERMULA 29 September ini, peminat akan dapat menonton siri lakonan Ryzal dan Nora dalam siri berjudul Sumpah Bunian. Drama itu turut dibintangi Elly Mazlein, Dian P Ramlee, Qazem Nor, Mubarak Majid dan Mahmud Ali Basah.

Antara lain, drama arahan Adam Hamid itu mengisahkan Hawa (Nora) seorang gadis bunian yang sejak dari kecil mencintai Adam (Ryzal). Namun, mereka terpisah apabila Adam berpindah ke Kuala Lumpur. Hanya selepas 18 tahun, kedua-duanya bertemu semula.

Bagaimanapun, tidak seperti mana Hawa yang dapat melihatnya, Adam pula sebaliknya tidak boleh melihat gadis bunian berkenaan.

Lalu, apabila Hawa tiba-tiba bertemu semula lelaki impiannya, dia sanggup mengejar lelaki itu walaupun akhirnya terpaksa melupakan keluarga sendiri. Namun begitu, Hawa mula sedar, apabila dia memasuki alam manusia, dunia yang disangkanya indah bukanlah seperti yang diimpikan. Kehidupan Hawa di alam nyata mula berubah wajah.

"Inilah pengalaman pertama bergandingan dengan Nora. Bekerja dengannya amat menyeronokkan. Namun, ketika menjayakan drama ini tidak terlepas daripada cabaran. Kami baru saja menamatkan penggambaran yang mengambil masa lebih dua bulan lebih.

"Apabila penggambaran sebanyak 19 episod ini memasuki bulan puasa, cabarannya makin hebat. Lebih-lebih lagi, watak yang saya bawa itu agak berat. Pada satu aksi, saya dikehendaki melakonkan babak menangis," cerita Ryzal sambil memberitahu, dalam siri berkenaan, watak Adam lakonannya mempunyai dua isteri apabila isteri pertama gagal melahirkan zuriat.

Nora pula memberitahu, sebagai Hawa, dia diperlukan untuk memakai tudung dalam drama yang bersiaran selama sejam setiap minggu itu.

"Saya memang suka watak bertudung kerana ia lebih memudahkan. Iyalah, paling tidak, banyak masa boleh dijimatkan kerana saya tidak perlu mendandan rambut," katanya yang mendapat tajaan butik Ratu bagi koleksi tudung dipakainya dalam drama berkenaan.

Selain fesyen tudung serkup pelbagai warna yang mudah digayakan, Nora juga turut memakai tudung ala Datuk Siti Nurhaliza dalam drama terbabit.

Selain mulai kembali sibuk di lokasi penggambaran, Nora kini turut bergelar pengacara apabila dilamar mengendalikan program Bolly 10 untuk saluran Astro B4U. Episod pertama rancangan berkenaan ditayangkan pada musim perayaan ini.

"Program berbentuk carta lagu popular Hindustan ini muncul pengalaman pertama saya sebagai hos. Nasib baiklah saya memang peminat lagu Hindi. Cuma, lagu terkini saja kurang saya ikuti, berbanding lagu malar hijau mereka daripada tahun-tahun terdahulu. Jadi, peluang ini membolehkan saya kembali mendekati irama popular dari negara berkenaan," ujar Nora yang mendakwa, tugas sebagai pengacara agak mencabar buat orang baru sepertinya.

Selain Sumpah Bunian, Nora juga membintangi telefilem Bila Mama Pakai Celana untuk TV3 dan siri Tiga Serumah tayangan Astro Mustika, selepas kembali aktif di bidang lakonan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 11:41 am

INFO: Ryzal

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mainp413

•Nama: Mohd Shahrizal Jaafar

•Tarikh Lahir: 2 Januari 1982

•Tempat Lahir: Alor Star, Kedah

•Pendidikan: Diploma Komunikasi Visual dari MIIM

•Profesion: Pelakon, Pengacara, Model

•Drama: Jelatang, Dunia Baru, Sumpah Bunian, Platun Satria, Issandra, Bara Yang Ku Genggam

•Filem: CE1

INFO: Nora Danish

•Nama: Nora Danish Mohd Hanif

•Tarikh Lahir: 7 Mac 1982

•Tempat Lahir: Kuala Terengganu, Terengganu

•Pendidikan: SPM (Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Kajang)

•Profesion: Pelakon, Pengacara, Model

•Drama: Puteri, Pendekar 5, Ejen 016, Gadis Cuci, Bila Mama Pakai Celana, Tiga Serumah

•Filem: Gila-Gila Pengantin Popular, Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 11:43 am

Norman, David Teo bertelagah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mainp415
NORMAN menegaskan pungutan pecah panggung seharusnya dilihat kepada kutipan di Malaysia saja kerana ia dikawal selia Finas.


Pengedar filem Momok The Movie salahkan laporan media

APABILA dua filem Melayu ditayangkan serentak pada musim perayaan, sudah tentulah wujud persaingan antara kedua-duanya. Peminat filem tempatan mempunyai pilihan, tetapi ada juga yang menonton kedua-duanya sekali!

Pada Aidilfitri tahun ini, filem Momok the Movie dan Jin Notti ditayangkan sejak 20 September lalu. Menampilkan genre seram komedi, Momok terbitan Galaksi Seni diarahkan M Jamil, manakala Jin Notti arahan Azhari Zain pula mempertaruhkan bentuk cerita fantasi komedi.

Persaingan berebutkan penonton cukup terasa antara kedua-dua filem ini apabila beberapa akhbar mula menyiarkan artikel berhubung sambutan terhadap filem Jin Notti pada 22 September lalu.

Antara lain, berita yang disiarkan pada Hari Raya ketiga itu mengatakan hampir sejuta penonton sudah pun menonton filem Jin Notti. Ia tentu sekali publisiti yang menggerakkan lagi keinginan orang ramai berkunjung ke panggung menonton filem terbitan KRU Studios itu.

Berita itu mungkin disalah tafsirkan apabila angka sejuta sebenarnya hanyalah jumlah sasaran penerbit bagi filem keluarannya itu untuk tempoh tayangannya pada musim perayaan ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mainp414


DAVID menegaskan, Momok The Movie berjaya mengatasi pencapaian Jin Notti.
Namun, laporan berita itu membuatkan Pengarah Urusan Metrowealth Movies Productions, iaitu pengedar filem Momok, David Teo, membuka mulut. Tegas produser berkenaan, media seharusnya lebih peka sebelum menyiarkan berita sedemikian. David menyatakan rasa tidak puas hati terhadap penyiaran berita itu.

Ini kerana purata penonton filem Melayu iaitu sekitar 300,000 hingga 400,000 saja. Jadi, bagaimana hampir sejuta penonton boleh ke panggung pada hari pertama tayangan Jin Notti?

Apabila ditanya sambutan penonton terhadap filem edarannya Rabu lalu, produser itu mendakwa kutipan filem Momok The Movie mengatasi Jin Notti. Tanpa memberikan jumlah kutipan sebenar, David berkata, maklumat itu diperoleh secara fakta.

Apabila kenyataannya disiarkan oleh Hip sisipan Berita Harian pada 25 September lalu, produser Jin Notti, Norman Abdul Halim terus memberikan reaksi kurang senang.

"Dakwaan David Teo yang mengatakan Momok mengatasi kutipan Jin Notti dalam Gala TV di Awani dan Berita Harian semalam (25 September) adalah mengelirukan. Daripada maklumat yang KRU Studios terima, kutipan Jin Notti melebihi Momok dengan anggaran 20 peratus," kata Norman dalam kenyataan yang dikeluarkan Sabtu lalu.

Menurutnya, bukan dia ingin menjatuhkan filem pesaing, namun kenyataan David itu seolah-oleh Momok lebih berjaya daripada Jin Notti, sedangkan maklumat yang diperolehnya adalah berbeza.

"Bagi mendapatkan pengesahan mengenai filem mana yang lebih berjaya di pawagam setakat semalam (25 September), saya mencabar David agar kutipan box office filem edarannya dan filem kami diaudit oleh juruaudit bertauliah," kata Norman yang turut berharap pihak media mendapatkan pengesahan sekurang-kurangnya daripada Finas sebelum menyebarkan sebarang maklumat berhubung kejayaan sesebuah filem dari segi kutipan di pawagam pada masa akan datang.

Sementara itu, daripada senarai carta filem pecah panggung yang dikeluarkan Fox, filem Momok dianggarkan berada satu anak tangga lebih tinggi daripada Jin Notti bagi tempoh tayangan hujung minggu 18 - 20 September.

Filem Momok berada pada kedudukan kelapan, manakala Jin Notti pula pada anak tangga kesembilan. Juara carta hujung minggu terbabit ialah filem aksi pengembaraan G-Force.

Begitupun, kedudukan dua filem berkenaan adalah dalam bentuk anggaran saja. Ia juga bagi tempoh tiga hari bermula Khamis hingga Ahad, sedangkan kedua-dua filem Melayu itu hanya mula ditayangkan kepada umum pada Ahad, 20 September.

Ketika dihubungi sekembalinya daripada mengadakan persembahan di Brunei, Ahad lalu, Norman berkata, setakat ini pungutan filem terbitannya itu sudah pun bergerak menghampiri angka RM2 juta.

Sebelum itu David dilaporkan berkata, selepas lima hari tayangan, kutipan Momok mencecah RM1.25 juta berbanding Jin Notti, RM1.1 juta.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak bagi apa-apa angka lagi sebab saya tahu, David akan memberikan angka yang lebih tinggi daripada apa yang kami keluarkan. Justeru, lebih baik saya serahkan kepada Finas untuk mengumumkan jumlahnya.

"Saya sendiri tidak tahu, macam mana perkiraan yang dilakukan David dalam menentukan jumlah pungutan filem edarannya. Mungkinkah ia dicampur sekali dengan jumlah lain seperti hak penyiaran di televisyen dan sebagainya. Itulah yang membuat kita keliru," ujar Norman menganggap persaingan antara kedua-dua filem itu amat sihat, asalkan tidak diganggu dengan taktik kotor.

Pada ketika dia mengharapkan kejayaan Jin Notti, Norman berkata, dia sedikit pun tidak mengharapkan kegagalan Momok kerana kejayaan kedua-dua filem itu bermakna perkembangan sihat untuk industri perfileman tempatan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 11:44 am

Diana Danielle jadi Natrah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mainp416
Diana Danielle


Erma cabar kemampuan pelakon muda dalam pementasan pada November nanti

ERMA Fatimah mengesahkan Dania Danielle adalah calon paling sesuai untuk memikul tanggungjawab sebagai Nadra Maarof dalam teater arahannya berjudul Natrah yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) selama sembilan hari bermula 17 November depan.

Katanya, beliau yang pernah berkerja dengan pelakon itu menerusi drama Cinta Bulan & Matahari menyedari potensi Diana untuk pergi jauh dalam dunia lakonan.

“Dia boleh berlakon dan dia bagus. Saya pernah mengarah Diana dalam sebuah drama dan pernah juga menonton beberapa program televisyen membabitkan dirinya. Dari situ saya melihat bakatnya boleh dikembangkan dan saya mengambil kesempatan dalam teater Natrah ini untuk melihat sampai mana tahap dia.

“Apakah dia akan menjadi pelakon yang sangat hebat atau tidak. Bagaimanapun, saya yakin dia boleh buat,” katanya yang sudah lama mengidamkan untuk mengarahkan kisah mengenai Natrah.

Bagaimanapun kata Erma, apa yang ingin ditonjolkan dalam pementasan itu bukan kisah klise mengenai kesedihan ibu yang kehilangan anak sebaliknya ingin tonjolkan kesakitan serta kebangkitan orang Islam dengan kehilangan Natrah.

Skrip teater yang berdurasi selama satu jam 45 minit itu adalah nukilan Al Jefrey yang pernah menghasilkan skrip untuk teater muzikal P Ramlee dan juga filem Dukun.

Oleh kerana kisah Natrah pernah mencetuskan rusuhan dan dianggap sebagai isu sensitif, skrip pementasan itu akan diolah dengan lembut supaya tidak timbul lagi sebarang kontroversi. Erma yang pernah mendapat jolokan pengarah kontroversi, berkata, dirinya sudah tidak larat berdepan kontroversi justeru perlu bijak mengolah kisah berkenaan.

Selain Diana, turut beraksi dalam teater mengenai wanita yang nama asalnya Bertha Hertogh yang pernah mencetuskan Rusuhan Natrah di Singapura pada 1950 ialah Umie Aida, memegang watak ibu angkat Natrah, Che Aminah Mohamad serta jejaka yang semakin mendapat perhatian dalam dunia lakonan, Remy Ishak yang diberi kepercayaan membawakan watak suami Natrah, Cikgu Mansor Adabi.

Setakat ini, hanya tiga pelakon utama saja yang dipilih oleh Erma dan IB, manakala barisan pelakon lain masih lagi dalam pencarian.

Kena bijak atur masa

Bergelar penuntut di Universiti Nottingham dan pada waktu sama menjadi pelakon menyebabkan Diana Danielle perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya dan juga pelajaran. Dia yang diberi kepercayaan oleh Erma untuk membawakan watak Natrah berkata, tidak berdepan masalah untuk mencari ruang menjalani latihan kerana ia akan diadakan pada sebelah malam.

Menurut gadis ini lagi, walaupun dibebani dengan tanggungjawabnya sebagai mahasiswa, dia tidak sanggup melepaskan kerjaya dalam bidang lakonan memandangkan rezekinya sekarang sedang murah apatah lagi dia menceburi bidang itu kerana minat.

“Kalau ada perkara yang kita suka kenapa perlu kita lepaskan. Saya tiada masalah untuk membahagikan masa antara pelajaran dan latihan sebagai persiapan untuk pementasan ini kerana pihak produksi memahami status saya sebagai pelajar. Erma pun ada beritahu latihan tidak akan dibuat hingga pagi.

“Bagaimanapun sebelum menerima tawaran Erma, saya mengaku mengambil sedikit masa mempertimbangkan untuk menerima tawaran ini memandangkan ini pertama kali saya berlakon teater. Lagipun saya melihat peluang ini sesuatu yang bagus jadi kenapa perlu saya menolaknya.

“Saya tahu kisah Natrah tetapi tidaklah secara mendalam tetapi saya dan Remy Ishak sudah berjanji akan membuat kajian mengenai kisah ini bersama-sama. Ibu saudara turut membantu meminjamkan buku mengenai kisah Natrah kepada saya yang boleh dijadikan rujukan,” katanya yang mengakui gementar kerana kali pertama bakal beraksi di pentas teater.

Sementara itu, Umie Aida menegaskan pemilihannya sebagai antara pelakon utama dalam teater itu bukan disebabkan kakaknya, Erma sebagai pengarah, sebaliknya, pelawaan itu dibuat sendiri oleh Pengarah IB sendiri, Mohamed Juhari Shaarani.

“Saya sukakan benda yang mencabar lebih-lebih lagi berkaitan sejarah. Saya percaya pementasan ini menarik, kerana itu saya tidak fikir panjang untuk menerima tawaran daripada Juhari. Sudah beberapa kali Juhari undang saya untuk pementasan di IB tetapi masalah masa menyebabkan saya terpaksa menolak tetapi kali ini apabila mengenai Natrah, saya memang tidak dapat nak tolak.

“Buat masa ini saya masih belum menerima skrip pementasan ini, jadi saya masih belum dapat membuat kajian mengenai Natrah. Kajian yang akan saya lakukan nanti mungkin lebih kepada karakter peribadi Che Aminah, bagi mendapatkan karakter itu saya harus berbincang dengan pengarah dan penulis apa yang mereka mahukan,” katanya yang tidak menghadapi masalah bergandingan dengan Diana Danielle.

Biarpun sudah berpuluh tahun terbabit dalam lakonan, Umie berkata lakonan di televisyen dan teater mempunyai perbezaan yang besar. Justeru, dia amat gementar untuk muncul di pentas teater memandangkan sudah lama meninggalkan pentas itu kira-kira empat hingga lima tahun yang lalu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 11:50 am

Balkish dapat anak perempuan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mainp417
Balkish Semundur Khan


SELAIN pelakon Eja melahirkan anak pada Ramadan lalu, seorang lagi pelakon Balkish Semundur Khan atau Kiss pun selamat bersalin anak perempuan pada 5 September baru-baru ini. Bayi itu dilahirkan pada jam 3.45 pagi ketika umat Islam sedang sibuk untuk bersahur.

Kawan sepejabat Cik Normah beritahu nama bayi itu ialah Nur Qalesyh. Bayi itu adalah hasil perkongsian hidupnya selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohd Aizat Rosli. Tak silap Cik Normah, suami Kiss bekerja di belakang tabir di sebuah syarikat produksi.

Alhamdulillah, sebelum ini pun Kiss dan suaminya sudah berusaha untuk mendapatkan anak bagi memberi cahaya kepada perkahwinan mereka. Cuma sebelum ini, Kiss ada berharap untuk mendapatkan anak lelaki kerana diharapkan dapat menjadi tulang belakang keluarga mereka. Tapi rezeki Kiss lebih cenderung untuk mendapat anak perempuan. Bersyukurlah.

Bagi yang tidak mengenali Kiss, drama lakonannya Klon Teja sedang disiarkan di Astro Prima ketika ini. Sebelum ini Kiss pernah muncul dengan filem Diva, Cinta Fotokopi dan Tak Ori Tapi Oke. Buat Kiss, Cik Normah doakan semoga apa yang dimiliki kini akan terus membahagiakan hidupnya dan suami.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 11:52 am

Emelda nak timang anak dua tahun lagi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mel710
Emelda dan Adlin diijabkabulkan pada 23 Mei lalu di Ipoh, Perak.


AGENDA tahun 2009 ini bukanlah untuk menimang cahaya mata bagi aktres cantik Emelda Rosmila Abdul Hamid namun dia tidak menolak takdir andai rezeki anak itu tiba lebih awal.

Selepas diijabkabulkan pada 23 Mei lalu, isteri kepada pelakon dan pengarah Adlin Aman Ramli ini belum menunjukkan tanda-tanda hamil sekaligus menafikan dakwaan yang menyangka wanita mesra dengan panggilan Mel ini telah hamil.

Emelda yang ceria dihujung talian berkata: “Tunggulah dulu..lagi dua tahun baru saya bersedia dan merancang untuk menimang cahaya mata.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki...sekarang saya pula sibuk dengan lakonan kerana tahun 2009 ini jadual kerja saya memang penuh.”

Jelas Emelda, selepas berkahwin aktiviti hariannya lebih sibuk berbanding sebelumnya sehingga nak buat sesi fotografi pun tak sempat.

“Mungkin sebab tu orang tak tau tentang cerita terbaru saya kerana jadual saya memang sangat padat.

“Sekarang saya terlibat dengan pengambaran drama bersiri 25 episod ‘Nigina’ untuk slot Samarenda untuk TV3 dan drama bersiri 26 episod ‘Jongkang Jongkit’ yang telah pun disiarkan di Astro Warna pada setiap hari Jumaat.

“Selain itu, drama bersiri 26 episod ‘Labu Labi’. Cerita ini dibuat hasil telefilem ‘Nasib Si Labu Labi’ yang pernah disiarkan di Astro sebelum ini.

“Pengambarannya telah selesai separuh semasa bulan puasa lalu dan akan disambung selepas November nanti.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 00946011


“Saya juga berlakon dalam drama bersiri 13 episod ‘Jodoh.Com.My’ untuk siaran Astro,” ujarnya yang turut puas menjawab pertanyaan orang lain tentang anak.

Kata Emelda, sudah menjadi adat, kalau sebelum kahwin orang akan sibuk tanya tentang bila nak kahwin tetapi selepas kahwin orang akan tanya tentang anak pula.

“Perasaan saya berbelah bagi samada hendak ada anak atau tidak. Kalau dah ada anak, komitmen saya akan berubah.

“Sekarang saya mahu kumpul duit dulu untuk masa depan. Apabila sampai sasarannya dan kalau saya ada anak, saya akan fikirkan untuk berehat selama dua tahun.

“Saya ni bukannya jenis tahan bercuti panjang dan paling lama pun dalam seminggu hingga dua minggu sahaja sebab saya tak tau nak buat apa,” tutur pelakon popular menerusi drama bersiri ‘Manjalara’ ini.

Luah adik kepada pelakon Emylia Rosnaida ini, dia akan pastikan membuat keputusan yang tepat selepas mempunyai cahaya mata tetapi dalam masa yang sama dia tidak mahu meninggalkan terus dunia lakonan ini.

“Kalau boleh saya tak nak berhenti berlakon sebab ini kerja saya..,” ujarnya yang akan memasak lauk kegemaran suaminya apabila ada masa terluang.

Emelda berkata Adlin suka makan di rumah dan suaminya akan menjemput rakan-rakannya sekali untuk bertandang ke rumah.

“Dia suka makan asam pedas dan gulai lemak cili api,” katanya ringkas yang menyambut Hari Raya pertama di kampungnya di Ipoh, Perak bersama suami dan keluarganya.

Sambutan raya kali ini memberikan sedikit kelainan kepada Emelda memandangkan dia beraya sebagai seorang isteri.

“Tahun ni balik kampung saya dan tahun depan saya dan suami akan beraya di kampung dia pula. Tetapi kami tetap akan balik kampung saya.

“Raya tahun ni lebih meriah kerana semua adik-beradik dan saudara-mara turun Ipoh. Kak Emylia dan abang ipar saya, AC Mizal pun ada. Kami buat rumah terbuka secara besar-besaran,” ujarnya yang mengambil masa seminggu untuk pulang bercuti raya.

Tak masuk campur masalah Faizal-Nana

Seperti yang diketahui Emelda berkawan baik dengan pelakon Faizal Yusup yang telah bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana pada 14 September lalu.

Hubungan persahabatan antara Emelda dan Faizal terjalin memandangkan mereka pernah bergandingan dalam beberapa drama seperti ‘Manjalara’ dan terbaru ‘Jongkang Jongkit’.

Walaupun begitu, tidak bermakna Faizal dan Emelda akan berkongsi masalah antara satu sama lain.

“Saya tak ‘interfere’ dengan masalah dia. Setakat ini dah lama saya tak jumpa dia dan saya tak nak kacau isu dia.

“Sebelum ini kami banyak berjumpa di lokasi pengambaran. Saya terkejut juga apabila mendengar isu tu tapi itulah rumah tangga dia,” akhirinya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 11:54 am

Siti: Datuk K hanya untuk saya..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sitia10
Siti tidak kisah tentang nama Datuk K yang turut digunakan untuk gelaran bakal suami Umie Aida
.


GEMBAR-GEMBUR tentang pertunangan pelakon Umie Aida dan Datuk K mungkin membuatkan ramai yang keliru kerana gelaran itu biasanya hanya popular untuk suami penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Namun, setelah berita itu dikeluarkan, Siti sendiri akui dia tidak pernah menerima apa-apa panggilan yang bertanya tentang hal itu.

Biarpun orang ramai masih tertanya-tanya tentang hal itu, akhirnya terjawab jua yang Datuk K yang dimaksudkan bukanlah suami Siti sebaliknya Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Terpulanglah apa orang nak kata. Yang penting Datuk K yang akan bertunang dengan Umie adalah berbeza dengan Datuk K saya,” kata Siti sambil tergelak kecil.

Ditanya adakah ini bermakna Datuk K hanya layak untuk Siti seorang? Dalam nada seloroh, Siti menjawab:

“Ya, memang Datuk K hanya untuk saya. Yang Datuk K seorang lagi tu kita guna nama Datuk KD agar orang lain tak keliru.

“Saya rasa orang lain pun dah tahu Datuk K yang Umie nak kahwin tu adalah Datuk K lain,” ujar Siti lagi yang baru pulang daripada mengerjakan umrah bersama suami dan kawan-kawannya pada hujung Ramadan lalu.

Siti berkata selain kesejahteraan keluarganya, Siti tidak lupa mendoakan tentang anak.

“Saya doakan tentang segala-galanya. Doa saya tiada yang lebih dan tiada yang kurang di depan Kaabah kerana waktu itu merupakan peluang untuk saya doakan semua sekali.

“Saya juga mendoakan supaya untuk datang lagi ke Mekah pada tahun-tahun akan datang. Biar saya dan suami dapat pergi setiap tahun,” ceritanya yang seronok menyambut Hari Raya di kampungnya, Kuala Lipis serta kampung suaminya di Kedah dan Pulau Pinang.

Siti berkata jika sebelum ini dia sempat berkunjung ke tanah suci untuk menunaikan umrah pada awal dan pertengahan Ramadan.

Tetapi kali ini berlainan sedikit kerana Siti mengerjakan umrah pada hujung Ramadan selama lima hari.

“Saya rasa puas dan seronok apabila dapat pergi ke Mekah pada penghujung Ramadan sebab di sana kita dapat menikmati malam Lailatul Qadar, malam khatam al-Quran, berdoa dan menumpukan ibadat lain.

“Saya juga dapat merasai ketenangan daripada ibadat yang dilakukan dengan bimbingan ustaz kiyai Sheikh Radzi yang sudah lebih 20 tahun tinggal di Mekah dan tahu banyak rahsia tentang Mekah,” tutur Siti.

Menyentuh tentang perkembangan karier seninya, Siti yang sedang dalam perangkaan promosi album terbarunya, ‘Tahajjud Cinta’ berkata albumnya itu telah mencecah jualan lebih 5,000 unit dan diulang cetak lagi atas permintaan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan jualan album ‘Tahajjud Cinta’ yang dibuat atas nawaitu sebab Allah.

“Saya berpuas hati dengan berapa banyak pun jualan album itu,” ujarnya yang turut akan mengeluarkan album duet dengan penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti (KD).

Sebelum ini, Siti pernah memaklumkan yang dia akan menyanyikan sebuah lagu duet dengan KD yang dicipta oleh Anang.

Namun, setelah Anang dan KD bercerai, Anang pernah berkata yang dia melarang KD daripada menyanyikan lagu-lagu ciptaannya.

Lantas ditanya kepada Siti tentang persoalan itu, penyanyi lagu ‘Di Taman Teman’ dan ‘Ku Percaya Ada Cinta’ ini menjawab:

“Saya tiada masalah tentang itu dan setakat berurusan dengan KD, semuanya berjalan dengan baik.

“Mungkin kita akan bincang semula tentang isu Anang tidak mahu KD menyanyikan lagunya.

“Kalau Anang tidak selesa juga, kita boleh dapatkan lagu daripada komposer lain,” jelasnya yang turut terlibat menjayakan majlis makan malam yang dianjurkan oleh pihak syarikat korporat.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 11:57 am

KD tuntut hak penjagaan kedua anaknya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Kris10
Kris Dayanti tidak berhasrat untuk berpisah dengan dua orang anaknya iaitu Auriel dan Azriel. - foto THE STAR oleh SAMUEL ONG


AKHIRNYA penyanyi terkenal Krisdayanti (KD) memilih tarikh semalam, Isnin, 29 September, untuk mendaftarkan tuntutan cerainya.

Namun demikian, kelibat KD tidak kelihatan dan pendaftaran cerai hanya dilakukan oleh Harry S Marpaung di Jakarta Selatan.

"Krisdayanti tak perlu hadir. Inikan daftar saja. Yang jelas, mereka berdua sudah bersepakat untuk bercerai," kata Harry sewaktu diwawancara selesai proses pendaftaran cerai.

Sementara itu, peguam KD Elsie Lontoh, berkata pihaknya sedang berusaha agar proses penceraian itu dilakukan dalam satu sidang sahaja.

"Ini adalah kerana sudah ada kesepakatan bercerai di antara keduanya," katanya. Namun, Elsie tidak dapat memberi jaminan samada kedua-duanya akan hadir atau tidak pada sidang itu nanti.

"Kalau untuk menghadirkan kedua belah pihak dalam persidangan nanti memang harus ada koordinasi terlebih dahulu," ujarnya.

Menurut Elsie, KD pernah memberitahunya dia ingin hadir pada persidangan itu kerana ianya sangat penting dalam kehidupan dia selama 13 tahun pernikahan bersama Anang.

Ketika ditanya tentang pendaftaran perceraian, Elsie menegaskan hal tersebut bukanlah hal yang penting.

"Sebelum pendaftaran cerai ini, kedua mereka sudah adakan pertemuan dan sepakat pendafatran cerai atas nama Krisdayanti," jelas Elsie.

Meskipun baru mendaftarkan cerai, dari segi ugama status hubungan suami istri Anang dan KD sudah pun berakhir. Mereka bercerai setelah Anang menjatuhkan talak tiga hari sebelum Ramadan baru ini.

Antara sebab kenapa perceraian berlaku adalah kerana KD, ibu dari Auriel (12) dan Azriel (10), dituduh berselingkuh dengan salah satu pengusaha asal Timor Leste, yang disapa Amor (cinta) oleh KD.

Walaupun sudah tiada ikatan lagi dengan Anang Hermansyah, KD tidak berhasrat untuk berpisah dengan dua buah hatinya, Auriel dan Azriel.

Untuk tujuan itu, KD ingin membuat tuntutan pembagian hak pengasuhan kedua anaknya itu.

"Masalah perceraian, kedua mereka sudah sepakat. Sekarang, KD menitikberatkan kepada masalah anak," kata peguamnya.

"KD akan mengajukan kepada hakim mengenai hak pengasuhan anak kerana ia juga ingin memenuhi peranannya sebagai ibu. Soal pengajuan pembagian waktu bersama anak-anak akan terjawab setelah proses pembuktian nanti," kata peguamnya.

Sejak Anang Hermanysah menjatuhkan talak kepada KD Ogos lalu, kedua anak mereka memilih tinggal bersama Anang di studio rakaman/kantor KD Production di Jalan Radio Dalam, Jakarta Selatan.

Menurut laporan, Anang belum lagi memberi izin kepada KD untuk bertemu dengan anak-anaknya disebabkan secara psikologi, anak-anak masih menyimpan marah terhadap KD. Meskipun begitu, KD tetap berharap mendapatkan izin untuk mengunjungi dan memberikan kasih sayang sebagai seorang ibu.

"Di manapun dan bila-bilapun, mereka memerlukan saya sebagai ibu kandungnya," ujar KD.

Sebutan kes cerai KD-Anang telah dijadualkan pada 8 Oktober. Namun butiran lanjut tentang apa akan dibicarakan nanti masih menjadi rahsia.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 11:59 am

Jee tak sabar rakam single baru

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Jee1110
SUDAH tiga tahun penyanyi yang pernah popular dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu ini tidak tampil dengan album baru.


Malah, dalam tempoh itu, setiap kali ditanya tentang karier nyanyiannya, Fauziah Latiff yang mesra disapa Jee ini hanya berkata ingin 'berehat' seketika daripada bidang tersebut dan memberikan tumpuan terhadap perkara lain.

Namun, penyanyi berusia 37 tahun ini bijak merencanakan karier seninya. Tatkala mengambil keputusan untuk bergerak 'perlahan' di dalam bidang nyanyian, Jee cuba membabitkan diri di dalam bidang lakonan pula


Jee akan tampil dengan single baru ciptaan Ross Arifin

Telefilem Kudrat Iman dan drama bersiri Gelora Di Hati Sara menyaksikan kemampuan ibu kepada dua orang anak ini bergelar pelakon. Dan ternyata, percaturannya itu membuahkan hasil apabila lakonan Jee turut mendapat respon baik.

Jee juga diberikan tanggungjawab besar memegang watak Tun Rahah di dalam teater muzikal Tun Abdul Razak yang dipentaskan di Istana Budaya pada 16 hingga 20 Ogos lalu.

Meskipun semakin selesa dengan bidang lakonan, Jee akui, minatnya terhadap bidang nyanyian masih menebal. Malah, dia sendiri amat rindu untuk kembali 'aktif' dan mempunyai album baru.

Impian tersebut akhirnya tercapai jua apabila penyanyi jelita ini bakal muncul dengan sebuah single baru berkemungkinan awal tahun depan. Dalam nada ceria, Jee akui, tidak sabar untuk kembali ke studio setelah lama tidak berbuat demikian.

"Memang sangat gembira, tetapi pada masa yang sama, saya agak gementar juga. Lama betul saya tidak masuk studio rakamkan lagu.

"Kalau ikutkan, memang sudah lama saya rancang untuk buat single baru, apatah lagi peminat-peminat sering bertanya bila saya akan tampil dengan album baru. Tapi ketika itu, saya tidak mahu terburu-buru.

"Sekarang, saya rasa masanya sudah tiba. Kebetulan pula saya sudah jumpa lagu yang sesuai dan saya rasa 'kena' dengan jiwa saya.

"Saya tidak mahu mengatakan ini adalah 'comeback' saya dalam bidang nyanyian kerana saya sentiasa ada...malah banyak juga undangan menjayakan persembahan sering saya terima. Cuma tidak ada album baru saja," kata Jee.

Menurutnya, lagu tersebut merupakan ciptaan Ross Arifin. Kata Jee lagi, lagu yang berkonsepkan pop komersial itu juga agak istimewa kerana dia berbeza dengan lagu-lagu yang pernah dibawanya sebelum ini.

"Setakat ini, lagunya hampir siap. Cuma liriknya belum ada lagi. Tapi saya tertarik dengan melodi lagu ini yang ada menyelitkan elemen muzik Korea dan Sepanyol.

"Memang ini sesuatu yang baru bagi saya dan harap-harap, peminat juga akan suka. Tetapi saya percaya dengan kredibiliti Ross. Saya pernah bekerja dengan dia sebelum ini dan saya akui, dia adalah antara komposer hebat yang saya pernah bekerjasama.

"Insya-allah, saya ingin lihat dulu bagaimana respon terhadap single saya ini sebelum terus hasilkan album penuh kelak," kata Jee.

Ditanya tentang bidang lakonan pula, ujar Jee, dia akan memulakan penggambaran bagi musim kedua Gelora Di Hati Sara pada bulan depan bersama barisan pelakon drama itu seperti Rosyam Nor dan Datuk Rahim Razali.

"Sejujurnya, saya memang tidak sangka drama ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton. Bila dapat tahu drama ini akan diteruskan, saya memang sangat gembira kerana dapat berpeluang lagi bekerja dengan nama-nama besar.

"Apa yang pasti, bila bermulanya penggambaran nanti, saya akan kembali sibuk di lokasi sehinggalah Januari tahun depan," tutur Jee tentang drama bersiri 26 episod terbitan Suhan Movies itu.

Mengimbas kembali drama yang pernah menemui penonton di RTM1 itu, secara ringkasnya, ia berkisarkan tentang Sara (Jee) dan Asrul (Rosyam) yang berkahwin secara rahsia ketika sama-sama belajar di luar negara.

Pelbagai cabaran perlu diharungi pasangan ini ketika mereka pulang ke Malaysia dan terpaksa merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarga masing-masing.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 12:00 pm

Azizah Mahzan: Raya saya macam tak raya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Azizah15


KESERONOKAN menyambut raya tidak pernah diendahkan oleh pelakon Azizah Mahzan kerana sambutan Hari Raya tidak pernah menjadi agenda utama dalam hidupnya sejak kecil lagi.

Jika ada pun, hanya semasa Hari Raya Pertama di mana dia akan berkunjung ke kubur abang, datuk dan saudara-maranya yang telah meninggal dunia.

Bagi aktres yang pernah dilanda kontroversi akibat isu gambar intim dengan seorang pelakon lelaki ini, memandangkan dia lahir daripada keluarga yang bersaiz kecil dan tidak menggalakkan dia keluar beraya ke rumah orang lain sewaktu kecil yang menyebabkan raya bukanlah isu utama baginya kala usia mencecah 45 tahun kini.

“Raya tahun ini, saya hanya menghabiskan masa bersiar-siar di Kuala Lumpur dan Melaka dengan ibu saya tetapi saya ada juga pergi melawat saudara-mara yang masih ada di kampung di Johor Bharu.

“Kalau dulu ada atuk-atuk boleh juga saya melawat di Muar tetapi sekarang mereka dah meninggal.

“Anak saya pula tidak pulang kerana belajar di luar negara dan ramai juga adik-beradik dan saudara mara saya yang beraya di luar negara seperti abang saya di London.

“Saya tak sambut sangat raya kerana dah tak ramai saudara-mara dan kaum keluarga. Jadi, saya tak tahu nak pergi mana.

“Bila tiba Hari Raya mesti saya rasa sedih sebab dari kecil saya macam tak beraya. Keluarga saya jenis tak galakkan saya bertandang ke rumah orang lain walaupun kawan-kawan jadi sebab itu sampai sekarang tak reti nak beraya ke rumah orang.

“Tetapi, kalau orang datang rumah kita tak apa. Bagi saya, ‘raya is just first day of raya’,” ujar pelakon hebat menerusi drama, filem dan teater ini.

Antaranya adalah drama ‘Spa Q’, drama ‘Susuk’, drama ‘Datin Diaries’, filem ‘Anak’, filem ‘Impak Maksima’, filem ‘I’m Not Single’, teater ‘Mana Setangginya’ dan teater ‘Mahsuri’ ini.

Bercerita mengenai pengalaman ketika menyambut Hari Raya lalu, Azizah sempat berkongsi kisah lucu semasa dia dan ibunya ke Port Dickson, Negeri Sembilan semasa Hari Raya kedua lalu.

“Masa ke Port Dickson pada Hari Raya kedua lepas, saya hendak makan-makan di situ sambil berjalan-jalan dengan mak saya tetapi tengok-tengok orang tak buka kedai sebab semua orang masih dalam mood raya.

“Akhirnya, kami pergi ke kedai runcit yang ada dan setakat makan mi segera sahaja,” ceritanya sambil ketawa.

Seronok berpuasa di Jakarta, Indonesia

Sepanjang hidupnya, Azizah tidak pernah merasa keseronokan menyambut bulan puasa seperti di Jakarta, Indonesia.

Menurut Azizah, sambutan puasa di sana lebih meriah dan menakjubkan berbanding di Malaysia di mana dia lebih merasakan suasana dan ‘mood’ Ramadan itu.

Azizah dan segerombolan pelakon tempatan diterbangkan ke Jakarta untuk menjalani pengambaran drama muzikal ‘Kau Dan Aku’ yang merupakan terbitan Astro dan kerjasama produser dari Indonesia.

“Saya rasa tempat itu seperti Mini Mekah kerana setiap hari kita akan lihat orang Islam ramai berada di Masjid untuk meraikan Ramadan, drama di televisyen juga berubah kepada mood Ramadan manakala di pusat membeli-belahnya akan berkumandang azan apabila masuk waktu dalam satu bangunan itu.

“Saya rasa ‘best’ sangat. Waktu petang apabila saya tidak mempunyai pengambaran, saya akan tunggu di lobi pusat membeli-belah itu kerana di situ juga boleh kedengaran lagu-lagu penyejuk jiwa dan berunsur ketuhanan.

“Suasananya berbeza dengan di sini kerana kita sudah dengar orang pasang lagu raya semasa menjelang puasa,” ujarnya yang pertama kali berpuasa di luar negara.

Nasib baiklah dia tidak mempunyai masalah untuk menikmati makanan di sana walaupun pada dasarnya dia hanya mampu makan menu nasi padang, nasi sunda dan makanan Jawa.

“Insya-Allah, kalau saya tidak mempunyai apa-apa halangan tahun depan saya mahu berpuasa di sana lagi kerana terpikat dengan aktiviti orang sana ketika menyambut puasa.

“Saya mungkin akan mengajak mak dan pembantu peribadi saya. Lagipun saya mempunyai ibu saudara di Bandung,” katanya yang turut menyukai persekitaran hotel apartment Puri Casablanca di Jakarta Selatan.

Katanya, jiwanya berasa aman dan tenang ketika berada di kawasan Puri Casablanca yang berdekatan dengan tanah perkuburan dan pusat membeli-belah itu.

“Tempat itu memang ada ramai orang tetapi agak senyap,” katanya yang menghabiskan masa selama sebulan di sana.

Selepas selesai pengambaran drama ‘Kau Dan Aku’, Azizah belum membuat apa-apa keputusan untuk menerima beberapa tawaran lakonan seperti sebuah drama bersiri arahan Zulkifli M. Osman dan drama ‘Spa Q 3’.

Namun, Azizah pernah memaklumkan yang dia sebolehnya ingin menolak tawaran drama ‘Spa Q 3’.

Azizah juga memberitahu yang dia baru sahaja menolak tawaran cerita seram daripada produser Ziela Jalil.

Jelasnya, dia serik untuk berlakon genre seram setelah merasai pengalaman seram ketika berlakon filem ‘Anak’.

“Selepas berlakon filem ‘Anak’, suara saya tak keluar selepas siap ‘dubbing’ suara. Lepas tu, CD mentera dari Kemboja yang saya bawa pulang ke rumah tiba-tiba terpasang sendiri..Saya rasa cukuplah untuk berlakon cerita seram lagi,” akhirinya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 12:01 pm

Madonna mahu berkahwin dengan kekasihnya hujung tahun ini

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Madonn11
Madonna bersama-sama dengan kekasihnya Jesus Luz ketika membuat lawatan di Safed, utara Israel. foto-AP


MADONNA dilaporkan sedang dalam rancangan untuk berkahwin dengan pasangannya dari Brazil, Jesus Luz hujung tahun ini.

Penulis biografinya Randy Taraborrelli turut mengesahkan yang Ratu pop itu memang sudah bercadang untuk menjadikan Jesus Luz sebagai suami ketiganya.

"Dia sangat menarik. Saya selalu terbayang-bayang berkahwin dengannya," kata Madonna sambil menambah perbezaan umur bukan halangan.

Sebelum ini Madonna pernah berkahwin dengan pelakon Sean Penn dan pengarah Guy Ritchie. Beliau mula keluar bersama dengan Jesus Luz sejak mereka kali pertama berjumpa dalam satu sesi fotografi pada bulan Januari tahun ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 12:03 pm

Fasha Sanda sudah berkahwin dengan Rizal Ashram?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sundal10


Petikan diambil dari Harian Metro

WALAUPUN seminggu ruangan kegemaran ramai ini bercuti panjang sempena menyambut Aidilfitri yang mulia, SS tetap pasang telinga setiap kali berkunjung ke rumah sahabat handai untuk mengetahui cerita sensasi artis tanah air.

Maklumlah, apabila kembali bertugas, memang tidak menang tangan SS menyediakan bahan untuk ruangan ini. Baru-baru ini, SS dengar cerita sensasi
mengenai Fasha Sandha.

Walaupun berita mengenai perkembangan kerjayanya kurang mendapat perhatian media, tapi cerita peribadinya tetap menjadi tumpuan.
Khabarya dia sudah menamatkan zaman solonya dengan duda beranak satu.
Mati-mati SS tidak percaya dengan cerita itu. Iyalah, baru-baru ini SS dimaklumkan cerita artis ini bakal mengakhiri zaman solonya dengan anak
muda yang aktif dalam sukan dan tarikhnya juga sudah dipilih 10.1.2010.

Tapi sekarang dengan duda anak satu pulak. Mana satu yang betul ni, dulu cerita lain, sekarang sudah ada cerita yang lebih ‘baru’ pula. Bila renung-renung semula, SS tidaklah hairan juga sebab memang selama ini kecoh cerita mengenai hubungan Fasha dengan duda anak satu ini.

Tambah menguatkan lagi kata-kata SS, dulu dikatakan Fasha bakal mengumumkan berita baik perkahwinannya dalam satu sidang media selepas Aidiltitri, tapi cerita terbaru yang SS dengar, pengumuman itu bakal dilakukan selepas Krismas pula. Maknanya akhir tahun.

Tidak tahulah bila 2010 menjelma nanti, dikatakan pula nak umum lepas Tahun Baru Cina. Apa-apa sajalah. Tapi menurut cerita rakan SS ini, dia mendapat tahu mengenai cerita terbaru itu daripada seorang teman.

Katanya, cerita itu timbul apabila duda itu mabuk di satu kelab. Faham-faham sajalah, katanya, kalau sudah mabuk mesti tak ingat dunia.

Dulu kata antara mereka tiada apa-apa hubungan, sekarang berubah pula.

Dalam keadaan mabuk, si duda ito meminta rakannya menghubungi artis itu untuk menjemputnya balik ke rumah. Dia juga mengakui mereka sudah berkahwin. Maknanya, jadi suami isteri yang sahlah.

Hendak menguatkan lagi cerita, kata teman SS, sebaik dihubungi memang artis wanita itu datang ke kelab terbabit untuk menjemput kekasih hatinya.
Justeru, sesiapa yang ada di situ ketika itu, tercengang dibuatnya.

Apapun, jika cerita yang SS dengar ini tidak benar, SS minta maaf banyak-banyak. SS sekadar mencuit mesra dan tiada niat untuk memperli sesiapa.

Pada SS, soal jodoh sukar untuk dipersoalkan kerana Tuhan menentukan dan lebih tahu. Andai itu yang terbaik buat mereka, SS sentiasa doakan
kebahagiaan mereka.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 12:06 pm

Gambar Faradhiya bersama ibunya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Faradh10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 12:07 pm

Gambar Raya Noraniza Idris DAn Ramlah Ram

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Ramlah15
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 12:09 pm

Zarina Dan Anak-Anak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Zarina14
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 12:11 pm

Erra Fazira, suami dan anak berbaju ungu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Erra110

Erra Fazira, Engku Emran dan puterinya Engku Aleesya berbaju raya warna ungu. Sangat cantik dan sepadan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Erra211

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Erra311
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 12:14 pm

Nurul

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Nurul10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 12:19 pm

Gambar Terkini Nora

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 254

Gambar terbaru Nora bersama keluarganya. Dah besar anak-anaknya. Bila Nora nak keluarkan album baru?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 348

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 1115
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 12:22 pm

Gambar Raya Mawi dan Fara Fauzana

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mawi-f10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 12:23 pm

Marlia Musa Dan Suaminya M.NAsir

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mnasir10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 12:24 pm

Isma Af7

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Isma-a10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 12:25 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Noryn-10

Noryn Aziz
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 12:26 pm

Gambar Amyza Adnan sekeluarga yang diupload di facebooknya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Amiza-10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 12:27 pm

Akma AF.. kini tidak nampak lurah dendamnya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Akma-a10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 12:29 pm

Gambar Eizlan Yusof sekeluarga yang telah diupload isterinya, Vie Shanti di facebooknya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Eizlan10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitimeTue 29 Sep 2009, 1:00 pm

Akim AF memakai baju Melayu cekak musang. Bukankah dia bangsa Johor?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Akim-a10
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 12Go to page : 1, 2, 3 ... 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions