|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 10:21 am | |
| layannnnnn |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 10:22 am | |
| SITI FAIRUZ AKAN KEMBALIMungkin ada yang tak kenal dengan penyanyi ini. Sebenarnya lagu nyanyiannya sejak dulu sampai sekarang masih popular. Pasti pernah dengar lagu Bila Rindu Kusebut Namamu yang mempopularkan nama Siti Fairuz.
Inilah wajah baru Siti Fairuz. Selama 21 tahun Siti Fairuz Sheikh Mohamad berhenti menyanyi. Kini dia sedar minatnya masih ada dan sedia kembali. Itupun selepas anak-anaknya semakin besar dan dewasa. Siti Fairuz, 44, memiliki lima anak yang berusia antara 9 hingga 19 tahun. Anak-anaknya tidak didedahkan kepada dunia seni sebab dia sendiri jauh daripada dunia seni selepas berkahwin, 21 tahun lalu.
"Kakak kembali menyanyi selepas anak-anak dah besar. Mereka juga tidak keberatan apabila kakak kembali ke pentas. Dulu kakak memang berhenti sebab mahu tumpukan kepada rumah tangga dan anak-anak sepenuhnya. Kakak tolak peluang rakam album ketiga sebab kakak mahu tumpu kepada keluarga," kata Siti Fairuz yang pernah menghasilkan dua buah album.
Antara lagu popularnya termasuk Wajah Cinta, Sebutan Tak Bermakna, Usah Bertanya Lagi, Cinta Padamu, Air Mata Cinta, Liku-liku Hidupku, Kau Yang Melukakan, Kenanganku dan banyak lagi. Siti Fairuz sudah mula menyanyi dan menghadiri majlis-majlis membabitkan artis. Dia turut hadir memeriahkan majlis Anugerah Bintang Popular baru-baru ini.
"Sebenarnya dulu kakak memang tidak menghubungi rakan-rakan artis sebab kakak takut terbuka hati untuk kembali. Tapi kakak akhirnya terjumpa Mas Omar (pengurus artis) secara kebetulan dan daripada situlah mula bercakap pasal menyanyi semula.
"Selepas itu timbul hasrat nak kembali aktif. Kakak pun terkejut apabila masih ada yang mengenali dan meminati kakak apabila kakak mengadakan persembahan baru-baru ini. Mereka kata suara kakak masih sama macam dulu," kata Siti Fairuz lagi.Siti Fairuz seronok dapat jumpa kawan artis lama. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 10:28 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 10:34 am | |
| Kanak-kanak 3 tahun saman Amy Search Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hari ini menyaman penyanyi Amy Search selaku pemilik Restoran Laksamana Cheng Ho kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badannya melecur akibat terkena tumpahan kuah tomyam panas. Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir yang memfailkan saman itu melalui bapanya, Nik Zahir Nik Mohd. Idris, 31, bagaimanapun tidak menetapkan jumlah ganti rugi yang dituntut. Nik Zahir Nik Mohd. Idris menunjukkan kesan luka Nik Muhammad Zakwan yang terkena tomyam panas di Mahkamah Jalan Duta, Kuala LumpurSaman tersebut yang menamakan Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman selaku defendan, difailkan melalui firma guaman, Tetuan Adnan Seman & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Sivil di sini. Plaintif turut hadir bersama bapa dan ibunya, Nur Maya Abdul Rahman, 29, serta peguam Adenan Seman @ Abdullah. Kes itu dijadualkan untuk sebutan pada 26 November ini di hadapan hakim Unaizah Mohd. Dalam pernyataan tuntutannya, Nik Muhammad Zakwan selaku plaintif menyatakan dia sekeluarga dan saudara mara mengunjungi restoran itu di Wangsa Maju pada 17 Jun lalu bagi meraikan sambutan kelahiran ahli keluarga baru mereka. Semasa mereka sedang berbual-bual dan menunggu makanan disediakan, dakwanya, seorang pekerja defendan telah membawa sebuah dulang makanan mengandungi semangkuk besar tomyam panas, masakan ikan siakap dan sayur tauhu dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Sewaktu menghampiri meja mereka, dakwa plaintif, pekerja itu telah gagal mengimbangi dulang itu yang berada di atas kepala plaintif menyebabkan tomyam panas dan ikan siakap tertumpah dan mengenai badannya serta percikan kuah tomyam itu mengenai mata bapanya. Dakwa plaintif yang merupakan anak tunggal, keadaan menjadi kecoh apabila dia yang berusia tiga tahun lima bulan ketika itu meraung kesakitan dan didapati bahagian badannya telah melecur dengan teruk. Plaintif yang dibawa ke sebuah klinik berhampiran sebelum ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kemudiannya disahkan telah mengalami kesan melecur tahap satu dan dua di badan dan beberapa tempat lain serta perlu mendapat rawatan susulan. Ekoran kejadian itu, ayah plaintif telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati pada hari yang sama. Keluarga plaintif mendakwa merasa amat kecewa kerana ketika kejadian itu berlaku, pekerja terbabit mahupun pekerja-pekerja lain di restoran itu tidak tampil membantu mangsa serta memohon maaf. Dakwa plaintif lagi, kejadian itu telah dilaporkan dalam sisipan Pancaindera di akhbar Mingguan Malaysia pada 29 Jun lalu dan bapanya turut meninggalkan nombor telefon tetapi tiada sesiapa daripada restoran itu menghubunginya untuk menyelesaikan perkara itu. |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 10:35 am | |
| lagi...lagii..caya la sally hang mmeg hebat la sume artis hang tahu perkembangn no. aku pun dok syokk je layaan..heheheh pas ni k.awin kena pancen ye.hahaah |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 10:41 am | |
| Betul ke Rusdiana nak tunjuk hebat? Apabila drama bersiri Ampang Medikal disiarkan di NTV7 bermula malam Khamis lalu, banyak juga respons yang Niezam dapat daripada penonton. Kebanyakannya memuji drama itu. Hebat dan bagus sekali kata mereka.
Selain kata-kata pujian tinggi melangit, Niezam terdengar juga rungutan daripada beberapa pihak yang mengkritik pelakon baru Rusdiana Rusdi atau nama glamornya Diana Rus.
Kata sumber itu walaupun Diana ni cantik tapi ada di antara krew drama itu khabarnya mula tak suka dengan sikap Diana.
Menurut ceritanya mereka tak kuasa apabila Diana yang baru setahun jagung dalam bidang lakonan dah macam nak tunjuk pandai mengarahkan orang. Lebih dari itu dia sanggup membetulkan lakonan pelakon yang lebih senior daripadanya.
“Tak dinafikan dia ada bakat tapi yang penatnya bila dia rasa dia hebat. Kononnya lakonan dia paling bagus. Bayangkanlah, lakonan pelakon senior pun dia boleh komen,’’ kata sumber itu.
Niezam tak nak cakap apa-apa sebab tak tengok benda ni depan mata.
Tapi mengikut kata sumber itu, masa produksi berhenti rehat, Diana khabarnya tak mahu makan makanan dari katering yang disediakan.
Sebaliknya dia sudah mengarahkan krew produksi bungkus makanan lain yang dijual di kedai.
Hai... betul ke ni Diana? Kalau cerita ni betul, Diana kenalah ubah perangai. Mungkin niat Diana jujur tetapi telah disalahertikan oleh orang lain.
Yang penting sebagai pendatang baru, Diana perlulah merendah diri. Lagi orang suka, lagi senang nak buat kerja.
Kepada peminat Diana jangan lupa tonton bakatnya dalam Ampang Medikal bersama Julia Ziegler, Nur Aliah Lee, Azhar Sulaiman, Ngasrizal Ngasri dan Louisa Chong di NTV7 setiap hari Khamis, 8.30 malam.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 10:42 am | |
| |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 10:51 am | |
| |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 10:52 am | |
| sally apa cite ci abby ek.heheh |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 10:57 am | |
| Lirik lagu Sheila On 7 - Yang Terlewatkan
Kemana kau s’lama ini Hingga kalian kunanti Kenapa baru sekarang Kita dipertemukan
Sesal tak ‘kan ada arti Karna semua t’lah terjadi Ini set’lah menjalani Sisa hidup dengannya
Reff: Mungkin salahku… Melewatkanmu… Tak mencarimu… Sepenuh hati… Maafkan aku… [Lirik lagu Yang Terlewatkan on http://mp3.PORTAL007.net/ ]
Kesalahanku… Melewatkanmu… Hingga kau kini… Dengan yang lain… Maafkan aku…
Jika berulang kembali Kau tak akan terlewati Segenap hati kucari Dimana kau berada
Walau ku terlambat Kau tetap yang terhebat Melihatmu… Mendengarmu… Kaulah yang terhebat [Lirik lagu Yang Terlewatkan on http://mp3.PORTAL007.net/ ]
Muzik Video Sheila On |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 11:04 am | |
| Abby Abadi Tidak Kisah Jika Norman Nak Kahwin Dengan MemeyMungkin hati Abby dah remuk berkecai, mungkin Abby rasa sudah tidak ada harapan lagi untuk dipertaruhkan. Walaupun hati masih berkata sayang, walau jiwa masih lagi fikirkan soal masa depan anak-anak, tetapi hubungan bersama Norman Hakim sudah tidak ada makna dan erti lagi buat Abby Abadi untuk diteruskan.
Abby cakap dia tak kisah pun kalau Norman Hakim nak kahwin dengan Memey. Nak kahwin, kahwinlah… peduli apa kan? Doakan aje Norman bahagia dengan Memey. Mungkin itu pilihan terbaik buat Norman. Tetapi Budiey rasa Norman memang patut berikan ruang kepada Abby untuk terus bernafas dan lepaskanlaaahhh… Lagu Harapan nyanyian Fazli Zainal mungkin sesuai untuk dijadikan lagu latar bagi drama ini. Doaku agar kaukan selalu bahagia, Agar kau temui insan tulus menyayangimu, Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu, Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa, Ku tinggalkan memori bersamamu, Kuundur diri bersama harapan. Chorus : Tidak kesampaian cinta kita, Kubawa harapan kupendam rahsia, Ku dikejauhan mendoakan, Agar kau bahgia tiada lagi duka. Daku rela mengundur diri, Ku pasti dikaukan fahami … Tiada penyesalan kasihku korbankan Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta, Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku, Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku… |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 11:11 am | |
| Abby: Tuntutan minta cerai tetap diteruskan“Saya tidak berminat untuk tahu apa jadi dengan mereka. Nak kahwin, kahwinlah.” Demikian luah aktres popular Abby Abadi (gambar) ketika ditanya perasaannya berhubung kenyataan Norman Hakim bahawa dia tidak menolak untuk menjadikan Memey sebagai isteri keduanya.
Tegas aktres berusia 30 tahun itu, apapun yang terjadi, dia tetap akan meneruskan tuntutan cerai daripada suaminya itu secepat mungkin.
“Saya sudah nekad dan rasanya itu adalah keputusan yang tepat. Saya tidak mahu komen apa pun tentang hubungannya dengan Memey atau sebarang perancangannya.
“Yang penting, saya ingin dapatkan dokumen perceraian yang saya serahkan kepadanya kelmarin secepat mungkin. Saya tahu dia memang ‘liat’ sikit nak serahkan kembali kepada saya, tetapi saya akan tetap usaha dapatkan semula daripada dia,” tegas Abby yang akui sudah kembali tenang sejak adegan ’serang’ suaminya di lokasi penggambaran drama Gerak Khas di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin.
Kata ibu kepada tiga orang anak ini, dia akui kurang bersikap rasional pada hari kejadian, namun sebagai seorang isteri, kata Abby, tahap kesabarannya memang benar-benar tercabar dan turut tersinggung dengan kata-kata yang dikeluarkan Norman.
“Saya tidak mampu tahan emosi saya hari itu. Saya minta maaf, saya memang rasa bersalah.
“Tetapi perasaan bersalah itu untuk diri saya, bukan untuk dia (Norman). Apa yang saya luahkan hari itu sudah lama saya pendam dalam hati. Keluarga dan teman-teman rapat juga menyokong saya untuk teruskan niat saya ini. Saya cuma harap dia berikan kerjasama yang baik untuk selesaikan segera proses perceraian ini. Saya sudah tidak larat nak hadapi semua ini lagi,” kata Abby.
Dalam kenyataan terbaru kepada media, Norman akui tidak menolak ketentuan Allah jika ditakdirkan dia dan Memey bertemu jodoh dan sanggup menjadikan pelakon baru itu sebagai isteri keduanya.
Namun begitu, tegas pelakon berusia 32 tahun itu, dia sememangnya ketika ini masih menyayangi isterinya, Abby dan sentiasa berdoa agar rumahtangganya masih dapat diselamatkan.
Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan gagal memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Isnin lalu setelah dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, antaranya termasuklah alamat tempat tinggal Norman bagi memudahkan urusan surat-menyurat mahkamah.
Pergolakan rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian ramai apabila tidak lama dulu Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.
Namun, aktor itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya kira-kira dua minggu yang lalu dan menegaskan bahawa dia tidak pulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Aidilfitri pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua.
Norman juga ketika itu turut menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand tidak lama dulu dan wanita itu dikatakan adalah Memey.
Lebih memburukkan keadaan rumah tangga mereka ialah apabila Norman ditangkap khalwat bersama pelakon baru Memey pada awal Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 11:14 am | |
| Kisah gaun berlubang Vanida Kecoh betul Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC) minggu lalu.
Bukan saja kecoh acara tu jadi caca marba macam rojak mamak tapi ada orang kata FFM21 seperti hampeh.
Hampeh dalam kamus memang tak ada tapi dalam bahasa orang sekarang ni lebih kurang macam hampas la.Inilah gaun dipakai Vanida yang terkena percikan bunga api.Kalau dah jadi hampas, layak bagi makan ayam, itik. Itupun kalau haiwan tu nak makan sebab ayam itik sekarang ni pun dah pandai pilih makan. Kalau letak hampas kelapa dengan ‘steak’ mesti ‘steak’ dulu dipatuknya.
Di sebalik kecoh acara tu, Niezam nak bercerita sikit nasib malang yang menimpa pelakon Vanida Imran.
Gara-gara FFM21 punya pasal, dia terima padah apabila gaun yang dipakainya sudah terkena percikan bunga api.
Al-kisahnya Vanida bersama beberapa artis popular lain duduk barisan depan berdekatan dengan pentas.
Masa persembahan pembukaan, percikan bunga api itu sudah melantun dan terjatuh atas gaun Vanida serta Zahida Rafik.
Nasib Zahida agak baik sebab bunga api tu tak ‘makan’ baju dia tapi Vanida yang kena habuannya.
Niezam bayangkan kalaulah diletakkan bom untuk aksi letup-meletup, mesti ada artis yang hangit macam ikan bakar.
Selepas percikan tu kata Vanida dia tengok lengan kanan bajunya sudah berlubang-lubang macam tikus gigit sarung bantal. Memang dia agak terperanjat.
‘‘Mula-mula saya tak perasan tapi lepas percikan tu baru saya nampak memang baju saya rosak,’’ katanya.
Sekarang ni Vanida tengah pening kepala macam mana dia nak bayar dekat pereka fesyen yang buat baju tu?
Bukannya murah. Harga gaun tu lebih kurang RM3,000 hingga RM4,000 juga.
Sekarang ni kata Vanida dia nak berbincang dengan syarikat yang menerbitkan acara tu mungkin dia orang boleh bertanggungjawab.
Harap-harap apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada semua penganjur persembahan hiburan supaya memikirkan risiko kalau nak buat apa-apa kejutan.
Yalah memang kita tak tahu masalah nak berlaku tapi harap-harap kita dapat belajar dengan setiap kejadian yang berlaku.
|
| | | syamim Newbie
Number of posts : 6 Age : 49 Location : Johor Bahru Registration date : 14/11/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 11:14 am | |
| Sally.. sempat lagi letak lirik lagu...klulah si Abby bc mesti tkp shahdu nye... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 11:17 am | |
| Benarkah Susuk menyesatkan? Susuk ditunggu-tunggu masuk ke panggung kerana beberapa faktor. Antaranya filem ini diarahkan oleh pengarah kontroversi, Amir Muhammad bersama pengarah Iran, Naeim Ghalil. Amir kontroversi kerana beberapa filemnya yang mengambil subjek yang juga kontroversi seperti Lelaki Komunis Terakhir, Big Durian dan The Year of Living Vicariuosly. Penantian yang agak panjang juga membuatkan penonton menjangkakan suatu yang luar biasa seramnya.
Susuk memang sebuah filem seram, walaupun amalan memakai susuk oleh segelintir orang bukanlah suatu yang menyeramkan. Cerita tentang susuk boleh jadi sebuah filem komidi atau melodrama. Tetapi barangkali kerana pasaran filem kita didominasi oleh filem seram, maka Susuk juga dibawa bergerak pada jurus seram. Lalu Susuk menjadi sebuah filem seram yang menganggu penonton.
Tetapi yang menarik tentang Susuk bukanlah amalan memakai susuk untuk kelihatan cantik dan membuatkan orang terpesona. Kalau itu yang dicari, lebih baik menonton Majalah 3 yang pernah menyelongkar tentang susuk. Begitu juga kehadiran Susuk sebagai sebuah filem seram, sudut ini bukanlah satu yang sangat menarik sekali pun kedua-dua pengarah dan penulis lakon layar berjaya mencipta seram kepada penonton. Suatu yang paling menarik tentang Susuk tentulah pendekatan membina naratif yang jarang dibuat oleh filem-filem kita yang lain.
Pembinaan naratif telah membezakan sekaligus menjadikan Susuk begitu unik. Sesetengah filem membentangkan naratif kepada penonton dan penonton pun mendapat laluan dengan mudah. Ini diceritakan kepada rakan-rakan dan rakan-rakan tidak perlu lagi menonton filem berkenaan kerana semua sudah jelas. Tetapi Susuk tidak membentangkan naratif mudah kepada penonton, Susuk membawa penonton bersama-sama dalam jaringan naratif yang sesetengah orang menganggap sebagai sangat kompleks.
Permainan inilah yang mengangkat Susuk menjadi suatu yang baru dalam filem kita. Susuk digerakkan secara tidak linear atau tidak mengikut susun atur biasa. Penulis lakon layar filem ini mengerakkan Susuk secara bertentangan dengan kebiasaan. Maka sekiranya penonton melihat tanpa persiapan fikiran yang sedikit dalam, mereka pasti tersesat di dalam manipulasi Susuk. Sebagai sebuah naratif yang dibina secara bukan linear, sememangnya Susuk kelihatan agak menyukarkan kepada penonton yang mencari hujung dan pangkal secara teratur. Malah tanpa penumpuan yang khusus, terlepas tanda-tanda atau clue, penonton juga pasti akan terus hilang pertalian naratif yang dibina dalam filem ini. Pengarah memberikan banyak “papan tanda” supaya penonton tidak tersesat jalan, sama ada dalam dialog dan juga visual.
Kerana itu saya tidak merasakan Susuk menarik sebagai sebuah filem seram. Sekiranya Susuk dilihat keseramannya, tidak ada bezanya dengan sekian banyak filem seram yang ada. Mujur juga Susuk bukan kelas sivik yang mendidik penonton supaya jangan pakai susuk. Pesanan itu ada tetapi tidak seperti sekeping telegram yang disampaikan secara langsung dan paling tidak menarik. Susuk ada kenyataan sosialnya tentang amalan buruk ini tetapi yang lebih besar bukanlah susuk, sebaliknya bagaimana susuk yang meneroka dan membawa penonton bersama-sama.
Susuk memaparkan satu filem yang mempunyai dua plot utama. Plot ini dibina supaya bergerak secara berasingan antara satu dengan lain dan ditemukan pada satu titik penyelesaian yang sangat dramatik. Ada filem mengemukakan dua plot selari tetapi Susuk kedua-dua plot ini tidak selari kerana masing-masing mewakili zaman yang lain. Susuk membawa penonton menyusuri watak Soraya (lakonan Diana Rafar) seorang jururawat pelatih yang tidak begitu meminati profesion itu. Soraya terpukau dengan dunia selebriti yang gemerlapan yang dianggapnya satu realiti yang sangat indah.
Soraya meminati penyanyi Mona (Sofea Jane) dan Rozana (Aleeza Kassim), dia bercita-cita menjadi penyanyi. Tetapi daripada Rozana, Soraya mendapat tahu memakai susuk adalah kemestian supaya dapat melonjakkan diri dalam dunia yang penuh gemerlapan itu. Semasa menjadi jururawat pelatih, Soraya tinggal serumah dengan Mastura (lakonan Norkhiriah) dan Shasha. Ini jalur plot pertama yang berlaku pada suatu masa dulu.
Plot utama kedua ialah Suzana (lakonan Ida Nerina) penyanyi terkenal yang dibayangi oleh Dukun Dewanga secara halimunan. Suzana memakai susuk keramat tetapi susuk itu juga membuatkan semua ahli keluarganya jadi korban. Suzana terpaksa memakan gading manusia untuk menjadikan dirinya kelihatan cantik mempesona.
Suzana dan Soraya adalah orang yang sama, Soraya daripada jururawat pelatih menjadi Suzana selepas memakai susuk. Sebab itu semasa bertemu Mastura (lakonan Norkhiriah) Suzana berkata, dia hendak gembira seperti masa dulu. Tetapi Mastura tidak tahu Suzana adalah Soraya rakan serumahnya suatu masa dulu selepas roh Soraya masuk ke dalam Suzana. Adegan yang melibatkan Suzana adalah masa kini, dan yang ada Soraya adalah masa lampau. Ini bukan imbas kembali tetapi kedua-dua plot ini bergerak bersama secara tidak linear. Cuma adegan tauke syarikat rakaman yang gatal dan menggoda penyanyi muda kelihatan sangat klise. Adegan begini menjadi kemestian dalam sekian banyak drama Melayu di televisyen kita. Mungkin adegan ini tidak diperlukan kerana watak lakonan Jalaluddin Hassan hilang begitu saja.
Kebijaksanaan memanipulasikan antara dua zaman yang berbeza dan digerakkan secara bersama memang menarik tetapi ada potensi untuk penonton sesat. Ini pasti berlaku sekiranya penonton tidak mengesani dua plot pada dua zaman yang berbeza itu. Cabaran ini sebenarnya suatu yang sangat menghiburkan.
Pengarah membina elemen-elemen seram daripada olahan sinematografi. Lihat saja bagaimana point of view (POV) kamera yang menjadi POV sang pembunuh. Semua ini memberikan kesan getaran yang sangat kuat kepada penonton. Hinggakan teman lelaki Soraya mengekori Soraya ke dalam lif pun dirasakan sang pembunuh mahu mengerjakan Soraya.
Amir mengemukakan banyak pelakon-pelakon ternama dan hebat dalam filem ini. Tetapi pelakon hebat yang banyak bukan semestinya mempunyai peluang untuk menunjukkan kehebatan sekiranya watak tidak berkembang. Pelakon seperti Aleeza Kassim tidak banyak membantu kerana wataknya tidak berkembang. Aleeza mungkin hanya akan diingati kerana berbikini di kolam renang daripada adegan dia yang lain dalam filem ini.
Diana Rafar memberikan lakonan yang cemerlang. Tranformasi semasa menjadi jururawat pelatih dan selepas memakai susuk begitu ketara. Diana mengisi tuntutan wataknya, perubahan bukan saja pada imej tetapi perlakuan dan riak wajah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 11:18 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 11:32 am | |
| Fara Fauzana bukan anak emasBUKAN macam deejay radio lain, saya lihat Fara Fauzana seorang selebriti yang tidak pernah duduk diam. Maksud saya banyak yang dia lakukan dalam satu-satu masa. Bukan hanya berulang alik ke konti radio Hot FM setiap hari sebaliknya aktif berlakon dan menjadi pengacara.
Dari pandangan mata kasar, nampak benar dia sibuk untuk mengejar cita-citanya yang kadang kala macam tak terkejar. Percaya atau tidak saya mengambil masa kira-kira setengah tahun untuk mengaturkan sesi fotografi dengannya.
Betul seperti kata orang bukannya mudah untuk mendapatkan Fara Fauzana. Benar sungguh. Setengah tahun. Bayangkanlah. Sehinggalah pada suatu hari saya mendapat kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pegawai perhubungan awam Hot FM, Ryn untuk memberitahu jadual terbaru Fara selepas beberapa kali diubah.
Anak emas? Taklah
Ada yang berkata hari ini Fara Fauzana merupakan anak emas di stesen Media Prima. Kononnya Fara dikatakan penyumbang ‘rating’ tinggi beberapa rancangan di stesen radio dan televisyen milik syarikat tersebut.
Kerana kedudukan itu, khabarnya Fara diberikan sebuah kereta syarikat iaitu layanan istimewa yang tidak diperoleh oleh individu-individu lain melainkan boss-boss besar sahaja. Saat ditanya persoalan itu, kelihatan dahi Fara agak berkerut.
Jawapan yang keluar daripada mulutnya, tiada istilah anak emas di stesen radio itu. Kalau ada pun anak emas seperti yang diperkatakan mungkin itu sesuai ditujukan kepada bossnya iaitu Seelan Paul kerana kerja kuat Seelan menjadikan Hot FM sebagai stesen ternama.
Dan bagi Fara sendiri dia macam budak-budak dan deejay lain yang dilayan seperti biasa.
“Kalau saya anak emas, mungkin saya akan dapat layanan lebih dan buat kerja sikit-sikit saja. Itu istilah anak emas dalam diri saya.
“Tapi layanan majikan terhadap saya biasa saja. Mana ada kereta syarikat yang diberi? Saya beli kereta guna duit saya.
“Untuk nak jadi Fara Fauzana hari ini saya bekerja kuat. Kerana prinsip saya, kalau nak sesuatu saya perlu meraihnya dengan ada usaha gigih. Itu sebenarnya pendirian saya,” katanya.
l Gadis Dan Cuci
Mengembangkan lagi bakat dan mencuba perniagaan baru, Fara bersama rakan baiknya Darling Ngasri berkerjasama menerbitkan drama bersiri Gadis Dan Cuci. Berperanan sebagai Penerbit Eksekutif ujar Fara, drama itu mengisahkan empat wanita yang bekerja sebagai gadis pencuci kereta lakonan dia sendiri, Darling, Nora Danish dan Anne Ngasri.
Bagaimanapun selepas Darling terlibat dengan kemalangan tidak lama dulu, penggambaran drama itu terpaksa dihentikan seketika.
Tetapi jujurnya Fara benar-benar terharu melihat kesungguhan Darling yang begitu mengambil berat mengenai pembikinan drama itu walaupun dalam keadaan dia sakit.
Dan harapan Fara, projek itu akan membuahkan hasil kerana sudah menjadi keinginannya untuk bergiat dengan lebih mendalam dalam bidang seni.
“Saya tidak hanya mengharapkan berlakon tetapi berusaha untuk bekerja di belakang tabir juga. Yalah, sementara masih muda dan ada tenaga ini, kita perlu bekerja kuat,” ujarnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 11:46 am | |
| WAHEEDA INGIN BERSARA KERANA DAKWAH?Penyanyi lagu rentak padang pasir, Waheeda mahu mengundur diri secara 'berperingkat - peringkat' daripada dunia seni bagi mendekatkan diri kepada aktiviti keagamaan.
Malah beliau juga mahu menjadikan bekas pelakon dan penyanyi terkenal era 1980-an, Norkumalasari sebagai contoh.
"Masanya semakin hampir untuk saya melupakan aktiviti seni seperti bidang lakonan mahupun nyanyian, saya mahu beri lebih masa untuk diri sendiri,'' katanya yang ditemui selepas sidang media sitkom 'Anak Mami' di Seri Pentas semalam.
Menurut Waheeda, kesibukan sepanjang penglibatannya dalam dunia seni menyebabkan beliau jarang ada masa untuk diri sendiri
GS: Benarkah Waheeda Ingin Bersara Kerana Dakwah Ust. Akil Hayy? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 11:52 am | |
| |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 11:53 am | |
| - syamim wrote:
- Sally..
sempat lagi letak lirik lagu...klulah si Abby bc mesti tkp shahdu nye... sally.. mekacih bebayk2 ko tempek kisah abby tu.. aduhh siap ade lirik lagu lagii..mmg tangkap leleh.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 12:15 pm | |
| 'Norman Melebihi Batasan Sebagai Suami’ PERTEMUAN dengan Abby Abadi, 30, di The Curve, Damansara, petang Khamis lalu, berlangsung dalam suasana santai tanpa setitik air mata pun gugur dari kelopak matanya.
Wajahnya nampak lebih tenang dan ceria. Ibu kepada tiga cahaya mata itu sudah nekad untuk mengikis kenangan silam.
Selama tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim, 32, suka duka silih berganti. Baginya, jika setakat itu saja jodoh di antara mereka, dia reda menerima ketentuan Yang Maha Esa.
Bukan bermakna dia tidak sayangkan rumah tangga yang dibina, namun dugaan yang datang terlalu berat untuk dipikul. Hati isteri mana tidak terusik jika si suami sentiasa melebihkan wanita lain daripadanya.
Melihat susuk tubuhya yang kembali langsing walhal baru sebulan lebih melahirkan anak ketiganya, Maria Danisha Hakim, jelas Abby, dia tidak berasa hendak makan nasi.
“Sebelum ini selepas melahirkan Danish (Mohamed Danish Hakim, 5) dan Marissa (Marissa Dania Hakim, 3) memang susah hendak kurus.
“Waktu itu hidup saya masih bahagia dan makan pun berselera. Namun dengan apa terjadi sekarang menghilangkan selera makan saya,” katanya.
Bagaimanapun, kata Abby, dia tidaklah terlalu memikirkan mengenai kes tangkap khalwat suaminya dengan pelakon baru, Suhaiza Suhaimi atau dikenali sebagai Memey, 20.
“Perkara itu biar mereka yang selesaikan. Yang lebih penting sekarang saya perlu fikirkan diri sendiri dan anak. Selama ini apabila saya bertanya mengenai hubungannya dengan perempuan lain, Norman selalu menafikannya. Sekarang dengan kes tangkap khalwatnya, segala-galanya sudah jelas.
“Jika dia tidak mahukan saya lagi, ‘lepaskan’ saya dengan cara baik. Jangan memburuk-burukkan saya lagi. Cukuplah dengan apa yang berlaku. Baru-baru ini dia mengirim SMS memujuk saya berbaik semula.
“Antara kata pujukannya pada saya, jika mahu berbaik semula, apa saja saya minta dia akan berikan, termasuk membelikan ‘Kota London’ untuk saya. Segala impian dan harapan saya sudah musnah, tidak perlu dia memujuk saya lagi,” katanya.
Tangkap khalwat yang berlaku 30 Oktober lalu bukan kes pertama yang memporak-perandakan rumah tangga mereka. Pada Mei 2006 pasangan popular ini bercerai sekejap gara-gara kehadiran ‘orang ketiga’. Namun waktu itu Abby sanggup mempertahankan rumah tangganya kerana kasihnya pada Norman begitu menebal.
Bagaimanapun, kejadian kedua menutup terus pintu kasihnya kepada jejaka berasal dari Kuantan, Pahang itu.
“Mungkin ada yang bertanya kenapa saya sanggup mempertahankan rumah tangga saya yang pernah bergelora dua tahun lalu. Waktu itu saya terlalu kasihkan Norman dan dengan harapan apa yang terjadi tidak berulang.
“Namun selepas itu saya tengok tidak banyak yang berubah dan kebanyakan perbuatan Norman hanya melukakan hati. Saya masih sayangkan rumah tangga dan bukan senang seorang wanita ingin mengambil keputusan hendak bercerai melainkan apa yang berlaku sangat melukakan hatinya.
“Selepas kes khalwat itu, Norman langsung tidak bertanya khabar mengenai anak. Percakapan Norman tidak seiring dengan perbuatannya.
“Danish sudah boleh membaca dan dia bertanya saya kenapa papa kena tangkap. Saya jawab dalam nada bergurau, ‘papa jahat’.
“Biasanya waktu lapang saya akan membaca akhbar bersama Danish tetapi sejak kes itu berlaku, saya tidak sempat memantau bahan bacaannya,” katanya.
Satu ketika dulu, kata Abby, Norman bolehlah memperbodohkan dirinya. Sekarang tidak lagi. Abby juga membalas kenyataan Norman yang mengatakannya garang.
“Mestilah saya marah kalau dia selalu sangat buat perangai. Selepas kejadian itu saya pergi berjumpa dengannya kerana kasihan, tetapi dia masih ‘berani’ minta saya ‘tolong selamatkan dia dan Memey’. Cuba bayangkan perasaan saya ketika itu.
“Saya juga tidak pernah terlintas hendak menyerang sesiapa, tetapi kenyataannya ketika berjumpa di lokasi Gerak Khas itu menggugat kesabaran saya. Itupun saya datang cara baik. Hanya selepas dia asyik menyebelahi perempuan itu (Memey) baru saya ‘naik angin’.
“Waktu kes dengan Farahdhiya dulu, hanya saya tahu apa yang berlaku tetapi tidak boleh cerita kerana ia membabitkan maruah. Ia bukan tuduhan, tetapi kenyataan.
“Dalam hidup berumah tangga, sepatutnya masing-masing tahu batas dan tanggungjawab, tetapi nampaknya Norman melebihi batasan yang sepatutnya sebagai suami.
“Saya berhati-hati menguruskan rumah tangga supaya perkara buruk tidak berlaku lagi, tetapi jadi juga. Dia terlalu leka dengan dunia luar daripada keluarga sendiri.
“Sehingga pada satu peringkat, saya tidak boleh menerimanya lagi. Sebenarnya saya tidak mahu menangis lagi kerana tidak berbaloi langsung.
“Namun air mata ini gugur juga dengan apa yang berlaku kerana saya tidak mampu menipu diri yang saya masih sayangkan dia. Dia juga adalah bapa kepada anak saya.
“Kepada sesiapa, tolong sedarkan Norman kerana saya tengok dia sekarang bukan diri dia lagi. Apa yang berlaku sangat berat untuk ditelan kerana saya menggantung harapan terlalu tinggi terhadap rumah tangga kami. Kini semuanya hancur.
“Jika dulu yang berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing, kini pikullah beban masing-masing. Saya tahu punca pendapatan dia yang mengharapkan kepada berlakon saja dan dia ada banyak tanggungan. Saya juga tidak mahu ambil tahu lagi mengenai syarikat yang kami usahakan bersama.
“Walaupun Norman berkeras tidak mahu ceraikan saya, saya akan pastikan saya memenangi kes perceraian itu. Buat masa ini saya tidak mahu menggunakan khidmat peguam kerana kosnya tinggi. Saya mencari rezeki untuk anak dan tidak boleh membazir begitu saja.
“Saya mahu rakyat negara ini mengadili kes kami. Apabila keadaan terlalu mendesak, baru saya akan fikir menggunakan khidmat peguam atau tidak.
“Apa juga perkongsian saya dengan Norman selama kami menjadi suami isteri, saya akan tuntut semuanya, termasuk syer syarikat.
“Kes tangkap khalwat itu sangat memalukan saya kerana dia suami saya,” katanya.
Abby tidak nafikan emosinya terganggu mengingatkan semua yang berlaku dan sedikit sebanyak menjejaskan tumpuannya di lokasi penggambaran drama. Namun pengarah mengerti hatinya dan memberi kerjasama kepadanya.
Seperti kenyataan Penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, yang sudi menerima kehadiran Abby dalam drama Gerak Khas, Abby juga tidak keberatan untuk kembali beraksi dalam drama kepolisan itu.
“Saya boleh berlakon dengan sesiapa saja dalam Gerak Khas, termasuk Norman (yang memegang watak Inspektor Haris) tetapi sanggupkah dia berdepan dengan saya,” katanya.
Barangkali ada yang berkata, tidak mustahil satu hari nanti itu mereka berbaik semula demi anak. Namun jelas Abby, tidak mungkin dia kembali semula ke pangkuan Norman.
Pinta Abby kepada Allah SWT, kuatkan hatinya berdepan segala kemungkinan yang bakal terjadi pada masa depan dan pada Norman, jangan risau pasal anak.
Abby juga menitipkan pesanan buat Norman yang dia tidak dapat lagi menghulurkan tangan untuk membantu suaminya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 12:16 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 12:25 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 12:31 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 12:47 pm | |
| Sukar kikis imej seksi - ZilaSELEPAS memegang status isteri pun, dramatis yang si nonim dengan watak penggoda dan antagonis, Zila Bakarin mengakui masih sukar untuk mengikis imej seksinya.
Malah, kata Zila, 33, yang baru lima bulan bergelar isteri kepada jurukamera syarikat produksi, Azri Izhar, itulah imejnya dari dulu sampai sekarang.
“Saya tidak suka hipokrit dalam soal ini. Saya sendiri yang ingin tampil dengan imej seksi sebab itu saya tidak salahkan orang bila meletakkan diri saya sebagai pelakon seksi.
“Tapi bila berimej seksi, bukanlah bermaksud orang layan saya sebagai wanita murahan kerana saya ada maruah dan harga diri,” katanya.
Namun, kata Zila, bila sudah berkahwin, semua pelakon, pengarah dan kru di lokasi penggambaran juga meng hormatinya sebagai pelakon yang sudah berkahwin.
“Sebenarnya, saya pernah dihina dengan imej seksi ini. Tapi bagi saya, selagi kata-kata itu tidak keluar dari mulut ibu bapa dan suami, saya tetap mengekalkan imej sedia ada. Mak lumlah, saya cari makan dalam bidang seni,” katanya.
Zila berkata, dia beruntung kerana keluarga mentua cukup memahami dirinya sebagai anak seni.
“Menurut suami, pakaian luaran bukanlah pengukur hati budi seseorang. Apa yang penting, saya ingin menjadi isteri yang setia dan dan baik. Pada masa sama, bijak menjaga maruah sebagai isteri, nama baik suami dan keluarga.
“Saya pun bukannya muda lagi dan dalam usia ini saya sudah cukup matang menilai mana yang baik dan buruk,” katanya.
Rutin hidup Zila juga berubah selepas berkahwin
more...
“Jika dulu saya tidak kisah pulang lewat malam selepas tamat penggambaran drama tapi kini tidak lagi.
“Saya pastikan terus pulang ke rumah bila habis sesuatu penggambaran. Maklumlah, kini ada suami yang menanti.
“Saya beruntung kerana dikurniakan suami cukup me mahami, tidak mengongkong dan merestui minat saya yang mendalam pada bidang lakonan. Kami juga dipertemukan di lokasi penggambaran,” katanya.
Sebagai pelakon yang sudah masak dengan asam garam dunia seni sejak berkecimpung dalam bidang ini, sebelas tahun lalu,
Zila berkata, dia juga tidak ada masalah untuk buat babak panas atau ranjang selepas berkahwin.
“Bagi saya, apalah sangat babak panas yang kita boleh buat di sini berbanding di Hollywood ?
“Tapi sebelum buat babak itu saya akan bertanya pengarah, babak itu tidak akan dipotong Lembaga Penapisan Filem (LPF) atau tidak? Jika tidak dipotong, saya tidak ada masalah untuk melakukannya demi menghidupkan lagi jalan cerita,” katanya.
Zila ditemui ketika sesi memperkenalkan pelakon siri komedi Romeo, di Long Bar, Hotel One World, Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Zila berkata, dia memohon berbanyak kemaafan kerana tidak menjemput pihak media membuat liputan majlis pernikahannya pada 11 Januari lalu.
“Majlis pernikahan kami sangat ringkas kerana kami hanya buat perkara yang wajib dulu. Pada majlis akad nikah itu, saya menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 dan mas kahwin RM1,000 saja.
“Maklumlah, kami sudah kenal lama dan berkawan selama lapan tahun. Justeru, biarlah ia diakhiri dengan ikatan perkahwinan yang sah. Saya juga tidak berkahwin dengan orang kaya sebab itu kami lebih suka buat majlis mengikut kemampuan kami.
“Kami hanya bernikah dan selepas itu ada jamuan ringkas buat keluarga terdekat saja. Sepatutnya, akad nikah pada Mac tapi semua tak menjadi kerana ada masalah tidak dapat dielakkan.
“Selain ibu bapa tidak sihat kami juga baru berpindah ke rumah baru untuk memulakan kehidupan berkelamin.
“Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya akan buat majlis khas untuk menjamu pihak media nanti sempena majlis per nikahan ini,” katanya.
Zila berkata, dia dan suami lebih suka hidup dalam serba sederhana.
“Kami tidak hidup mewah. Maklumlah, saya bukanlah artis yang dapat tawaran berlakon mencurah-curah dan dibayar puluhan ribu ringgit.
“Sekalipun serba sederhana, kami tetap hidup bahagia. Saya masih mampu cari duit, cukup makan, pakai, bayar semua bil dan baju pun bertukar seperti orang lain.
“Alhamdulillah, selepas berkahwin rezeki dalam bidang lakonan tetap ada,” katanya.
Zila berkata, dia juga berdoa semoga perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu kekal hingga ke akhir hayat.
“Saya buat solat hajat untuk memastikan sama ada Azri adalah jodoh yang ditentukan tuhan buat saya ataupun sebaliknya. Maklumlah, terlalu banyak dugaan kami hadapi sebelum selamat diijabkabulkan.
“Justeru, saya juga berusaha untuk mengekalkan keba hagiaan dikecapi ketika ini.
“Jika dulu saya tidak pandai memasak, kini saya sanggup belajar memasak makanan kegemaran suami seperti singgang Kelantan.
“Suami pula tidak cerewet dan terima diri saya seadanya. Selalunya, saya cuma masak nasi dan lauk pauk pula dibeli di luar. Itu lebih mudah kerana kami hanya tinggal berdua saja,” katanya.
Ketika ditanya, sama ada dia sudah bersedia menerima kehadiran orang ketiga dalam hidupnya, Zila berkata, dia dan suami memang tidak kisah dikurniakan anak secepat mung kin.
“Dalam usia ini, saya tidak boleh menunggu lama untuk mempunyai anak. Kalau dapat seorang anak pun jadilah untuk menyerikan keluarga kami dan mengukuhkan lagi ikatan perkahwinan sedia ada,” katanya.
Selain drama bersiri Romeo, Zila juga beraksi dalam telefilem Aash & Aeri untuk saluran TV1 yang masih dalam proses penggambaran di Kuala Selangor. Pada masa sama, dia masih mempertimbangkan beberapa lagi tawaran berlakon drama terbitan produksi tempatan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 12:51 pm | |
| Haliza dengan lelaki mana pula?Dengar cerita pelakon Haliza Misbun bercinta dengan lelaki mat salih. Yalah sebab taste Liza memang mat salih pun sejak dulu. Tapi yang Joyah nak tanya Haliza sikit ni mat salih mana satu dia bercinta?
Bukan apa, khabar terbaru yang singgah ke telinga Joyah mengatakan Haliza pernah bercinta dengan seorang pensyarah di sebuah universiti.
Mat salih yang dimaksudkan itu dengar ceritanya orang Amerika dan telah memeluk Islam kerana nak kahwin dengan Haliza. Tapi sayangnya Haliza dikatakan menolak cinta lelaki itu selepas beberapa bulan mereka kenal.
more...
“Aku dapat tahu mat salih itu seorang duda. Dia memang cinta habis dengan Haliza dan siap rancang nak kahwin. Tapi sayangnya Liza dah tinggalkan dia. Kenapa ni Joyah?”
Tanya Joyah pula? Manalah Joyah tahu. Joyah bukannya pengurus Liza. Tapi daripada sumber-sumber Joyah, mat salih yang dimaksudkan itu semakin angau jadinya.
Mana tidaknya dia telefon Haliza tak angkat. Hantar SMS pula tak dijawab. Sekarang ini si mat salih cuma nak tahu Haliza menyintainya lagi ataupun tidak?
“Kau beritahu Haliza tu Joyah, jangan buat orang tertanya-tanya pula perasaan dia sebenar. Dia nak ke tak kat mat salih tu,” tanya sumber Joyah. Entahlah. Joyah pun tak boleh nak jawab. Cuma ada pula orang tanya, betulkah mat salih tu angau? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 12:54 pm | |
| Fara Fauzana Jadi Penerbit DramaSelepas berjaya menjadi penyampai radio, pengacara dan pelakon, nampaknya Fara Fauzana kini melangkah setapak lagi dengan menjadi penerbit drama. Drama pertama yang diterbitkannya adalah ‘Gadis Cuci’ yang dilakonkan oleh Darling dan Anne Ngasri, Nora Danish, Ryzal dan dirinya sendiri.
“Jangan salah faham, saya cuma jadi penerbit bersama untuk drama tersebut bersama Darling Ngasri. Sebabnya memang daripada dulu, saya bercita-cita untuk jadi penerbit dan baru kini peluang tersebut muncul,” ujar Fara yang sememangnya bersahabat dengan Darling Ngasri.
Katanya apa yang dimiliki oleh rakan baiknya itu, adalah apa yang diimpi-impikannya selama ini. Cuma dia masih belum mempunyai peluang serta keyakinan untuk menceburkan diri dalam bidang penerbitan kerana sedar pengetahuan serta pengalamannya dalam bidang itu masih cetek.
“Sekarang bila dah menjadi penerbit bersama, barulah saya tahu bukan mudah untuk menghasilkan sesebuah drama atau filem. Banyak benda yang perlu difikirkan agar segalanya berjalan lancar. Saya kagum dengan Darling kerana walaupun umurnya masih muda tetapi dia cukup berjaya sebagai seorang pelakon dan penerbit. Dia sentiasa memikirkan rancangan-rancangan baru yang menarik,” ujar Fara ceria.
Mendengar cerita Fara, GUA pun tumpang rasa seronok sebab cita-cita besarnya itu kini sudah berjaya direalisasikan. Walaupun menjadi penerbit bersama namun itu merupakan langkah pertama yang bijak. Maklumlah Fara yang GUA kenali memang seorang yang kuat bekerja dan tidak mudah mengaku kalah. Apatah lagi dia mempunyai seorang sahabat baik seperti Darling yang sentiasa memberikan sokongan asalkan dia serius dengan apa yang dilakukannya. Tahniah Fara! |
| | | syamim Newbie
Number of posts : 6 Age : 49 Location : Johor Bahru Registration date : 14/11/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 1:46 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:07 pm | |
| PERHATIAN!!!!!!
kpd adik2...kakak2...abg2 (kalo ade ler ) dan mamarazzi sekelian.........
mane2 posting yg citer berulang atau berita2 yg dah ade awin...dah hapus untuk tdk menyesakkan umah yeekkk... harap maklum!!!!! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:17 pm | |
| - azwin wrote:
- PERHATIAN!!!!!!
kpd adik2...kakak2...abg2 (kalo ade ler ) dan mamarazzi sekelian.........
mane2 posting yg citer berulang atau berita2 yg dah ade awin...dah hapus untuk tdk menyesakkan umah yeekkk... harap maklum!!!!! btui..btui........sokong!! sokong! tima kasih ade keprihatinan sifu kt umah ni...... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:24 pm | |
| Darling bertunang dengan Adam Salleh MetroBijak Darling Ngasri dan tunangnya menyembunyikan hari-hari bahagia mereka tidak lama lagi. Peciter dapat tahu, Darling telah bertunang dengan kekasih hatinya iaitu seorang editor hiburan. Namun, pertunangan mereka itu dapat juga dihidu oleh Jomstar.com... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:30 pm | |
| Datuk Siti bakal terima orang ketiga?Datuk Siti dan suami bakal menerima orang ketiga dalam kehidupan mereka. Berita yang bertiup kencang mengenai rumah tangga mereka selama ini mungkin benar dengan dakwaan orang ketiga tersebut...kite tunggu dan lihat... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:31 pm | |
| Apa Hubungan Pija & Naufara Dengan Datuk Wah Idris?Setelah lama menyepi, kini Naufara dan Pija Mentor kembali lagi. Kali ini mereka tidak bersendirian sebaliknya ditemani Datuk Wah Idris! Siapa Datuk Wah Idris dalam hidup mereka? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:33 pm | |
| Jawapan Fahrin Ahmad hubungan intim bersama SchaApa yang pernah berlaku kepada Fahrin Ahmad mengenai perhubungan ‘teman tapi mesra’ itu telah lama dilupakan. Beliau mengharapkan sinar bahagia akan berpihak kepadanya jua satu hari nanti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:34 pm | |
| Noryn Aziz Wajah Baru Marie France Bodyline Penyanyi cantik Noryn Aziz telah dilantik oleh Marie France Bodyline untuk menjadi jurucakap produk pelangsingan badan itu. Perlantikan Noryn Aziz menjadikan dia sebagai artis kedua Melayu dilantik bagi mewakili produk Marie France Bodyline selepas Datin Normala Shamsudin. |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:36 pm | |
| - azwin wrote:
- PERHATIAN!!!!!!
kpd adik2...kakak2...abg2 (kalo ade ler ) dan mamarazzi sekelian.........
mane2 posting yg citer berulang atau berita2 yg dah ade awin...dah hapus untuk tdk menyesakkan umah yeekkk... harap maklum!!!!! alamak CEO dah timboi la.heheh kasi arahan lagi..arap maklum.. sokong2 kita hapuskan apa yg dah ade tu.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:36 pm | |
| Hans Isaac tidak dibayangi...Hans Isaac merasakan dirinya langsung tidak dibayangi oleh sesiapa termasuk Adlin Aman Ramli. Beliau seboleh mungkin cuba memberikan sepenuh komitmen terhadap kariernya walaupun peribadinya masih menjadi bualan ramai. Tetapi atas sikap profesional, beliau tetap menjayakan Los dan Faun yang akan menemui penonton di pawagam bermula 4 Disember ini. |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:38 pm | |
| weii sally hang rajin2 la mai umah aku kat sana noo. leh kongsi2 idea.hehheh |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:41 pm | |
| Tragedi Cinta Achik NanaPeminat pasti merindui paduan suara Achik Nana yang kali terakhir bergandingan pada tahun 2006. Kini, segalanya telah berubah apabila masing-masing mempunyai kehidupan sendiri. Mampukah mereka mengubati rindu peminat selepas masing-masing mempunyai kehidupan sendiri? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:41 pm | |
| - eira ariyana wrote:
- weii sally hang rajin2 la mai umah
aku kat sana noo. leh kongsi2 idea.hehheh ok xde hal punyeeeeee.... aku selalu jer jenguk umah hang!!!!! tp kdg tuan umah xde aku lalu jer la....hahahaa |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:42 pm | |
| sally hang cari gambar nana n anak dia tu nt k. mekacih.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:44 pm | |
| Kembali berlakon bersyarat - ZarinaSelalu artis yang membuat kemunculan semula pasti disebaliknya mereka menghadapi masalah rumah tangga berlainan pula dengan Zarina Zainuddin yang masih seperti dahulu. Kemunculan semula beliau selepas 10 tahun mampu membuatkan peminat yang merindui lakonannya tersenyum. Selepas dilanda satu kontroversi ketika namanya di puncak mampu memusnahkan bakat yang ada dalam dirinya. Bergelar anak seni pasti membuatkan beliau menanam impian untuk kembali semula satu hari nanti dan ianya telah dibuktikan kini. Walau bagaimanapun, kemunculan semula itu bukan bebas seperti dahulu kerana ianya masih mempunyai syarat yang perlu dipatuhi. Zarina seboleh mungkin cuba memenuhi syarat yang telah ditetapkan itu agar ianya tidak akan menyinggung perasaan insan tersayang. "Tiada lafaz yang lebih baik selain daripada bersyukur kerana diberikan peluang ini kepada saya. Suami telah memberikan keizinan untuk meneruskan minat dalam bidang seni tetapi jangan sampai saya mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada empat orang anak. "Ketika ini saya seboleh mungkin menjadikan bidang lakonan itu hanya sebagai hobi sahaja agar ianya tidak menganggu kehidupan peribadi saya sebelum ini. Sebelum menerima tawaran daripada mana-mana pihak, saya akan memastikan berapa lama akan meninggalkan rumah, penggambaran dijalankan di mana dan sebagainya terutama yang melibatkan scene pada waktu malam. "Saya juga berharap peluang yang telah diberikan oleh suami itu tidak disalah gunakan oleh saya kerana sebagai manusia biasa kadang-kala kita mula alpa dan lalai. Seboleh mungkin saya akan memegang janji itu agar rumah tangga saya masih terurus dan bahagia,"katanya. Zarina mengakui minatnya memaksa beliau ingin kembali aktif tetapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan keluarga, perniagaan dan bahagia dengan kehidupannya kini. "Saya bahagia dengan kehidupan sekarang dan berharap ianya akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Bukan bermakna kemunculan semula ini kerana mahukan glamour semata-mata, saya sebenarnya sudah puas dengan dunia glamour tetapi apabila saya berlakon ianya mampu memberikan inspirasi kepada saya untuk memberikan yang terbaik kepada semua pihak. "Walaupun suami kurang memberikan galakan, saya masih mampu tersenyum kerana sekurang-kurangnya dia masih memahami minat saya dalam bidang ini,"ujarnya. Ketika ditemui, Zarina yang berada di lokasi penggambaran untuk hari terakhir drama lapan episod yang bertajuk 'Gadis Merah Jambu' yang membawa watak Maksu Rina seorang anak dara tua yang cukup sensitif tetapi kuat semangat. Makcik kepada Zahrah zarin ini seboleh mungkin berusaha untuk menjadikan anak buahnya itu berjaya. Untuk mengetahui keberkesanan watak yang dibawakan oleh Zarina ini, jangan lupakan saksikan drama Gadis Merah Jambu arahan pengarah muda, Osman Ali dan terbitan oleh Nuansa Sdn. Bhd yang akan ditayangkan di TV 9 pada bulan depan. |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:44 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- eira ariyana wrote:
- weii sally hang rajin2 la mai umah
aku kat sana noo. leh kongsi2 idea.hehheh ok xde hal punyeeeeee.... aku selalu jer jenguk umah hang!!!!! tp kdg tuan umah xde aku lalu jer la....hahahaa mana taknya tuan umah bila tgok takde org mai pun, dia pun wat dek jelah.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:45 pm | |
| - eira ariyana wrote:
- sally hang cari gambar nana n anak dia tu
nt k. mekacih.. hang try buke part 2....... aku dh tempek muka fmaly depa... rase2 part 2 la......tp hang kena buke blik la........ |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:47 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- eira ariyana wrote:
- sally hang cari gambar nana n anak dia tu
nt k. mekacih.. hang try buke part 2....... aku dh tempek muka fmaly depa... rase2 part 2 la......tp hang kena buke blik la........ owh gambr tu aku ade pasan. takpe lah... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:54 pm | |
| Cinta Tam Ditolak Kerana Duda?Siapakah menolak cinta Tam Spider hanya kerana dia berstatus duda? Apakah perasaan anak bujang Tam, Aliff mengenai Tam yang masih sendiri sehingga ke hari ini? Ikuti kisah Tam dan suka duka bergelar anak seni... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:54 pm | |
| |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 6 of 12 | Go to page : 1, 2, 3 ... 5, 6, 7 ... 10, 11, 12 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |