| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
|
|
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 2:58 pm | |
| Rezeki perkahwinan Atie SEKALIPUN bakatnya dicungkil menerusi program realiti berkonsep nyanyian, sinar karier Suriati Abu Bakar atau Atie, lebih cerah di pentas lakonan. Bahkan bekas bintang Akademi Fantasia musim pertama (AF1) itu menerima banyak tawaran berlakon.
Dengan tawaran yang tidak putus itu, ia juga menolak anggapan perkahwinan satu halangan untuk bergiat aktif. Atie mengakui rezekinya bertambah ‘murah’ selepas berumah tangga dan dia amat bersyukur ke hadrat Ilahi.
Atie juga membuktikan artis yang dihasilkan ‘kilang’ AF tidak semuanya ‘mi segera’ apabila ramai juga yang berjaya. Cuma, mereka perlu bijak mengenal pasti bakat dimiliki sama ada lebih kepada nyanyian atau lakonan. Justeru, baru buat pilihan.
“Macam diri saya, memang jelas bakat berlakon menyerlah daripada menyanyi. Sebab itu, lakonan diutamakan dan hasilnya walaupun tidak popular mana, namun tawaran berlakon tidak putus. Boleh dikatakan, setiap bulan saya terikat dengan jadual penggambaran.
“Oleh itu, bagi saya segalanya bergantung pada usaha. Dalam soal ini, saya tidak pernah malu untuk menghadiri setiap uji bakat lakonan diadakan. Semuanya kerana rezeki tidak datang bergolek dan saya juga tidak cerewet dalam pemilihan watak,” katanya.
Atie berkata dia tidak kisah sama ada watak yang diberikan kepadanya peranan utama atau pembantu. Akuinya, asal watak itu sesuai dengan statusnya sebagai isteri, dia terima. Padanya, apa yang penting pendapatan tetap ada dan dia mempunyai kerja untuk dibuat.
Bagaimanapun, kata Atie dia tetap berbincang dan men dapatkan pandangan suami, Saiful Annuar Baharim (Saiful) lebih dulu. Katanya, selaku isteri orang, pemilihan watak amat penting dan tidak mahu hati suami ‘terguris’, Atie akan membawa skrip drama diterima balik ke rumah.
“Ia untuk rujukan suami dan selepas mencapai kata sepakat, baru saya ambil watak berkenaan. Pada saya, sebaik bernikah bukan saja status seseorang wanita berubah tetapi apa saja yang dibuat perlu diketahui suami. Secara tidak langsung, tiada keraguan.
“Sekarang ini pun saya keluar bekerja atas izin suami. Jadi, memang sepatutnya apa yang dilakukan mendapat restunya untuk keberkatan dunia dan akhirat. Apapun, Alhamdulillah saya bertuah kerana suami cukup memahami serta sentiasa menyokong,” katanya.
Atie yang bernikah dengan Saiful pada 15 Disember tahun lalu berkenalan ketika belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 2001.
Katanya, ada kala dia turut membawa suami ke lokasi untuk menemani dan melihat cara kerja seorang pelakon.
“Walaupun tidak selalu tetapi jika Saiful bercuti atau ada masa terluang, saya pasti mengajaknya ke lokasi peng gambaran. Bukan untuk tayang suami, cuma sekadar teman. Lagipun, bukan satu kesalahan kerana kehadirannya tidak mengganggu.
“Biasanya, Saiful menunggu di kereta saja dan dia tidak pernah duduk berdekatan saya. Kalau dia tengok saya ber lakon pun dari jauh. Justeru, tiada sebab kalau hendak kata kemunculannya di lokasi penggambaran mendatangkan ma salah kepada saya.
“Bahkan, dia pernah menerima tawaran berlakon. Ketika itu, saya menjayakan satu drama dan pelakon tambahan diperlukan. Kebetulan, Saiful ada dan saya ditanya bolehkah watak itu diberi padanya memandangkan ia sesuai,” ka tanya.
Bagaimanapun, anak ke-12 daripada 13 beradik ini me ngakui dia sesekali tidak akan membenarkan suaminya menceburi bidang lakonan. Katanya, biarlah dia saja berlakon kerana kerjaya Saiful sebagai penolong juruaudit di Institut Terjemahan Negara sudah stabil.
Kata Atie, berlakon bukan perkara mudah dan ia cukup memenatkan. Oleh itu, katanya dia amat gembira jika sua minya sekadar hadir untuk menemani di lokasi dan bukan terbabit sama. Akui Atie, ia lebih baik buat mereka berdua.
Hampir tujuh bulan hidup bersama, pasangan bahagia ini masih menunggu rezeki untuk menimang cahaya mata. Kata anak kelahiran Kampung Sum Sum, Janda Baik, Bentong, Pahang itu dia dan suami tidak pernah merancang bila mahu memiliki anak.
“Melihatkan rakan dan saudara yang berkahwin selepas saya sudah mengandung, siapa yang tidak sedih. Tambah pula, kami tidak pernah membuat sebarang perancangan. Apapun, saya sedar anak itu rezeki Tuhan dan mungkin kami perlu bersabar lagi.
“Namun, saya sentiasa berdoa supaya suatu hari nanti diri ini diberi peluang ‘hamil’ seperti wanita lain. Baru, saya dapat rasakan hidup sudah sempurna. Ada suami dan anak yang melengkapkan rumah tangga yang dibina,” katanya tenang.
Berusia 26 tahun, hingga kini Atie sudah berlakon puluhan drama dan telefilem antaranya Miftahul Jamilah, Bara, De tektif, Fantasi Cinta Dobi, 2+1 (sitkom), Nori Nain, Ra ma-Rama Terkopak Sayapnya, Di Sana Masih Ada Cinta, Kepadamu Kekasih dan Dapur.
Menyentuh soal dia semakin ‘sepi’ di pentas seni, Atie berkata cerita mengenai dirinya memang kurang tersiar di akhbar atau majalah sekarang ini, namun dia masih aktif berlakon. Katanya dia setiap bulan dia pasti turun padang ke lokasi penggambaran.
Sementara itu, Saiful, 26, berkata isterinya bukan saja pandai berdikari tetapi bijak menjaga diri. Katanya kepercayaan yang dipupuk sejak berkawan di UiTM membuatkan dia sentiasa merestui Atie. Katanya keizinan suami paling utama.
“Justeru, saya sentiasa merestui kariernya. Alhamdulillah, setakat ini nampaknya semua berjalan lancar dan sedikit keraguan tidak pernah timbul di hati saya. Malah, saya bersyukur isteri bijak menjaga diri dan sentiasa tahu batasan pergaulan.
“Bukan itu saja, sikap hormat juga penting dalam rumah tangga. Memandangkan kami masih berdua, bukan saja saya mengikut Atie ke lokasi penggambaran tetapi, dia turut menemani saya di kampus,” katanya kini mengikuti pengajian di peringkat ijazah di UiTM.
Saiful berkata mereka senang saling bekerjasama. Ba gaimanapun, mengenai tawaran berlakon dia mengakui tiada bakat ke arah itu. Bahkan, dia akan menolaknya tanpa membuat pertimbangan. Bagi Saiful, dia hanya mahu menjadi pendorong isteri.
|
|
| |
eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 3:08 pm | |
| itula pasal sb kecik la aku cam xpuas tgok.huhuh |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| |
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 3:49 pm | |
| Rabecca bahagia jadi ibuSEKALIPUN belum bergelar 'isteri' dan berumah tangga, ia bukan halangan bagi pelakon jelita, Rabecca Nur Al-Islam Ahmad untuk mempunyai anak. Atas dasar perasaan kasih sayang yang meluap-luap di jiwanya, dia nekad membuat keputusan mengambil anak angkat.
Kini, Rabecca amat bahagia menjadi ibu kepada si kecil, Nor Adam Daniel, dua bulan. Ternyata, gadis manis berusia 22 tahun ini tulus dan ikhlas. Biarpun sekadar ibu angkat, layanan Rabecca terhadap jantung hatinya itu umpama anak sendiri.
Bahkan gayanya mendakap Nor Adam Daniel, persis se orang ibu penyayang. Tidak nampak kekok, apatah lagi membuatkan bayi comel itu menangis. Apa saja diperlakukan Rabecca diterimanya dan dia seakan mengerti diri me numpang kasih.
Rabecca berkata, Nor Adam Daniel diambil sebagai anaknya dalam usia lapan hari. Katanya, sebelum anak kecil itu 'ditemui', dia pernah berdoa ke hadrat Ilahi supaya suatu hari nanti dimakbulkan permintaannya untuk memiliki anak angkat.
“Saya sedih setiap kali menonton berita di televisyen atau membaca akhbar mengenai pembuangan bayi. Pada saya, si kecil itu tidak berdosa dan mengapa harus diperlakukan seburuk itu. Mereka (bayi) juga hamba Tuhan yang bernyawa dan amanah.
“Kenapa kehadiran anak kecil ini dipersiakan begitu mudah oleh individu tidak bertanggungjawab. Andai kata tidak mahu pun, apalah kiranya jika bayi itu diletakkan di hadapan rumah orang atau di masjid. Usahlah membunuh mereka begitu saja.
“Terus terang, saya kecewa apabila ada 'ibu' yang sanggup membuang anak dilahirkan di tong sampah atau mengepam ke dalam lubang tandas. Sebagai manusia, tidakkah terasa perbuatan itu amat menyakitkan lebih-lebih lagi bagi seorang bayi,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai Nor Adam Daniel kesayangannya itu, anak ketujuh daripada lapan beradik ini mengakui semuanya berlaku secara tiba-tiba. Katanya, dia tidak pernah menyangka hasrat murninya itu menjadi kenyataan dalam sekelip mata.
“Rezeki ini datang tanpa diduga. Segalanya bermula ketika saya dalam perjalanan balik ke rumah bersama pembantu peribadi, Carlos selepas penggambaran drama Selembut Sutera Kilauan Mutiara. Kami melalui Jalan Ampang dan waktu itu hujan lebat.
“Saya terpandang seorang nenek tua berjalan dalam hujan dengan payung usang. Nenek itu kelihatan mendukung sesuatu seperti bayi dan membuatkan saya terpanggil untuk membantunya. Tetapi tidak sangka tekaan saya tepat yang nenek itu membawa bayi. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 4:00 pm | |
| yatt ...semakin cintaMesti jawab! Kamu seorang yang… Kelakar, gilagila, happy go lucky! Great at talking! Hahahha!!! Panggilan manja... Yatt, Tie, Yati, Yatot, Tot Cita-cita kamu masa kecil dulu…Kenapa? Pilot sebab Yatt suka terbang bebas macam burung. Jatuh cinta pada gadis/jejaka… Kali pertama dengan my ex dulu dan cinta kedua adalah my fiancee sekarang ni… insya-Allah ini adalah cinta Yatt selamalamanya… Jika dihadiahkan RM1 juta, apakah 5 perkara yang kamu lakukan? • Bisnes yang berjaya, jadi duit tersebut akan terus beranak-pinak dan tak habis-habis. • Bina masjid & hospital • Bina rumah anak yatim dan namakan tempat tu sebagai Yatt Orphanage • Beli pulau kecil yang cantik! • Beli jet peribadi & kereta idaman yang semestinya Alphard warna hitam, Porsche Boxster dan evo 7! Yahoooo |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 4:03 pm | |
| Sarimah ganti Kieran di EraSOSEH SOSEH: Sarimah ganti Kieran di Era
PERSAINGAN antara stesen radio tempatan nampaknya semakin rancak.Pelbagai perubahan dari segi kandungan dan jadual dilakukan setiapstesen radio demi memancing pendengar mereka.
Terbaru, mengenai penyertaan pengacara cantik, Sarimah Ibrahimbersama Era FM. SS dimaklumkan Sarimah dijangka melalui proses latihan sepanjang minggu ini sebelum mula bersiaran atau bergandingan bersama penyampai di konti radio.
Kehadiran Sarimah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Mah Gali mungkin mengganti atau menampung tempat dikosongkan Kieran yang menyertai stesen radio Media Prima, Hot FM. SS difahamkan Sarimah juga akan melalui proses percubaan sebelum diputuskan untuk mengendalikan mana-mana slot siaran atau digandingkan dengan mana-mana penyampai radio di stesen itu.
SS percaya kehadiran Sarimah juga mampu memantapkan lagi stesen radio yang bernaung di bawah AMP Network itu.
Penyertaan Sarimah bersama stesen radio itu bukan sesuatu yang janggal bagi pihak pengurusan di AMP memandang Sarimah pernah tampil sebagai tetamu jemputan selain cukup terkenal mengacarakan program Fail Sulit dan Diari Akademi Fantasia terbitan Astro.
SS percaya kehadiran Sarimah dapat menarik jumlah pendengar baru untuk stesen radio yang turut melakukan beberapa rombakan bermula dengan pertukaran pengurusan atasan membabitkan Rostam Said menjawat jawatan Pengurus Program di Sinar FM manakala Nazri Noran menggantikan tempat Rostam sebagai Pengurus Program Era FM. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 4:11 pm | |
| Miss Malaysia Universe 2008 - Levy Li Su Lin |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 4:13 pm | |
| Kisah kapalterbang NurulMenceritakan pengalaman menaiki kapal terbang adalah sesuatu yang jarang dilakukan oleh artis. Tapi tidak bagi Nurul kerana pengalaman tersebut merupakan sesuatu yang berharga buat dirinya & harus dikongsi bersama. Menurut penyanyi kelahiran Pulau Pinang ni lagi, sejak dari dulu lagi dia memang suka menaiki kapal terbang. Dalam sebulan, dia akan terbang sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali ke destinasi tertentu, sama ada dalam mahupun luar negara. Selain bercuti, Nurul akan memilih untuk menaiki kapal terbang sekiranya aktiviti & undangan nyanyiannya dianjurkan di luar Bandar Kuala Lumpur.
“Nurul pilih naik kapal terbang sebab mudah & cepat. Lagipun kalau naik kapal terbang, Nurul dapat jimatkan banyak masa,” kata penyanyi yang sedang popular menerusi lagu “Tangis Syukur” ni. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 4:21 pm | |
| Pelakon Impian Illyana Lydia Ibtisam Bertunang?Pelakon comel yang membintangi drama episod Impian Ilyana dikatakan telah pun bertunang. Tunang Lydia Ibtisam tidak terbabit dalam dunia seni nyanyian mahu pun nyanyian. Apa-apa pun tahniah atas pertunangan ini! |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 4:29 pm | |
| Hans tidak boleh terima gosipMINGGU lalu Zubir menulis mengenai gosip cinta terbaru pelakon seksi, Zuliana Ab Aziz atau Jue Aziz yang baru-baru ini putus cinta dengan Jehan Miskin. Menerusi B*Pop terbitan 17 Ogos lalu, Zubir melaporkan Jue kini kononnya bermain cinta dengan aktor dan pengarah filem, Hans Isaac, malah Hans dilaporkan pernah pergi ke set penggambaran drama, Orang Minyak Naik Minyak yang turut dibintangi Jue, baru-baru ini. Ini sekadar gosip yang menarik perhatian Zubir.
Seperti biasa pagi Ahad itu, hos rancangan Kring Kring Astro Ria, Aznil Nawawi menghubungi artis berkenaan secara live untuk mengetahui sejauh mana kesahihan gosip berkenaan daripada mulut artis itu sendiri. Aznil berjaya menghubungi Hans yang ketika itu berada di Melbourne, Australia. Berikut adalah sebahagian jawapan Hans yang Zubir teliti daripada salinan DVD episod Kring Kring terbitan 17 Ogos.
揚endek cerita, saya rasa kenyataan daripada wartawan yang tulis ni tak ada kredibiliti langsung. Wartawan yang tulis artikel ni dah dua, tiga kali silap. Mencari bahan untuk saya saja. Buat topik yang faktanya tak betul. Tanyalah dia... Tanya Zubir tu, yang dulu Munira, pun silap dia tulis, saya tak jawab lagi tu,?kata Hans menjawab pertanyaan Aznil. Terima kasih atas segala dakwaan Hans itu. Namun, Zubir ingin jelaskan, gosip dari segi bahasa ialah desas-desus atau khabar angin yang mana kebenaran atau kepastian belum jelas kerana ia cuma menjadi buah mulut orang ramai. Gosip dari segi istilah Kamus Dewan pula bererti cakap-cakap yang mengisahkan khabar atau hal buruk. Dalam konteks ruangan hiburan menerusi media cetak di negara ini, gosip lebih kepada desas-desus atau `usik-usik yang mencubit' bertujuan memberitahu pembaca mengenai sesuatu atau menegur. Gosip dalam konteks zaman sekarang lebih kepada melaporkan apa wartawan dengar berdasarkan cakap-cakap yang belum ada kesahihannya. Ia bukannya berniat mencipta tuduhan atau memfitnah.
Bertolak daripada maksud gosip, Zubir mendapatkan komen daripada Jue untuk kepastian dan kesahihan apakah benar Jue kini bertakhta di hati Hans.
"Memang Hans ada bertemu saya di set penggambaran (Orang Minyak Naik Minyak), baru-baru ini. Saya akui, berkawan rapat dengan Hans selepas putus cinta dengan Jehan (Miskin). Saya selesa berkawan dengan Hans kerana dia seorang yang caring. Namun, perhubungan kami tidak lebih daripada seorang teman baik.
揟erus terang saya katakan, saya belum bersedia dengan cinta, berilah saya ruang waktu lagi sebelum bertemu cinta baru. Justeru, antara saya dan Hans sekadar kenalan rapat. Tidak ada hubungan istimewa antara kami,?terang Jue menerusi B*Pop terbitan 17 Ogos.
Kini, terpulanglah kepada pembaca membuat penilaian. Pun begitu, sekiranya Hans masih tak boleh terima gosip seperti ini, sebagai kawan dan wartawan, Zubir minta maaf. Bukan Hans saja yang Zubir gosip, malah setiap insan yang bergelar artis dan selebriti, tidak terlepas daripada teropong Zubir! |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 4:35 pm | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 4:37 pm | |
| Linda dan Fahrin Memang Tidak Sehati SELAMA ini ramai yang menyangkakan pasangan ini cukup profesional dalam menangani krisis yang pernah berlaku antara mereka berdua. Malah, sewaktu sidang media memperkenalkan peserta program realiti Sehati Berdansa suatu waktu dulu, pengacara program berkenaan, Linda Onn dan Fahrin Ahmad pernah berjanji bahawa mereka akan tetap profesional dalam menggalas tanggungjawab serta sanggup mengetepikan masalah peribadi.
Namun, cerita yang disebarkan menerusi e-mel yang diterima wartawan hiburan baru-baru ini jelas menunjukkan pasangan ini boleh diumpamakan sebagai cakap tak serupa bikin. Kononnya mengikut isi cerita e-mel itu, Linda dan Fahrin bertegang urat di lokasi program realiti Sehati Berdansa
Lebih memalukan apabila ‘drama sebabak’ itu turut disaksikan orang luar. Bukan saja mereka berpeluang melihat aksi yang tidak ingin dilihat itu tetapi mereka juga mendengar biji butir pergaduhan antara dua selebriti itu. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 4:47 pm | |
| DJ Azura Terima Lamaran...Selalunya kita hanya mendengar penyanyi beralih angin ke bidang pengacaraan. Lain pula dengan seorang penyampai radio yang akan terjun ke bidang nyanyian pula selepas ini. Adakah kerana beliau bosan dengan kerjayanya ketika ini dan pastinya peminat setia akan merindui celotehnya jika benar beliau akan meninggalkan Muzik FM. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Wed 19 Nov 2008, 4:48 pm | |
| Emma Akma Sah Bercerai!Emma Akma kini sah bergelar 'janda' sekali lagi setelah dia dan suaminya Mohd. Kamal Jaafar Sidek membuat persetujuan bersama untuk bercerai. Sebelum ini Emma Akma telah memfailkan permohonan fasakhnya setelah berlaku insiden ditumbuk oleh suaminya itu |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 8:06 am | |
| Rozita Che Wan teruja anak dapat 5A UPSR, Zahnita lebih utamakan rumah tanggaROZITA (kanan) dan Zahnita di samping 'James Bond' Melayu digayakan Saleh Nor. INFO: Zahnita Berkahwin dengan Abd Zackery Ghouse Abdul Gafoor, 30 tahun Dikurniakan seorang anak berusia dua tahun bernama Zahrafeena INFO: Rozita Che Wan Asal: Alor Star, Kedah Umur: 35 tahun Status: Ibu tunggal dua cahaya mata Drama: Antaranya Bara Yang Ku Genggam, Susuk, Ai Di Beijing, Diari Ramadan Raffique dan Ayyad Filem: Sepi, Dunia Baru The Movie, Kantoi, Jangan Tegur, Sifu & Tonga dan Misteri Balan-Balan The Movie. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 8:08 am | |
| Dengarnya...: Kereta Fizow kena pecahFizowALAHAI! Simpati Cik Normah dengar cerita pelakon dan adik tiri kepada Noniswara yang bernasib malang baru-baru ini. Malang memang selalu tak berbau dan nak dijadikan cerita ketika Fizow menjalani penggambaran drama Kau Curi Cintaku, kereta yang digunakannya dipecah oleh penyamun.
Kesian, bayangkan kalau barang berharga dan peribadi kita dicuri pasti tak senang duduk dibuatnya. Perkara yang sama terjadi kepada pelakon drama Puteri Salju ini. Tak semena-mena Fizow jadi ketar satu badan. Kalau benda yang sama terjadi kat Cik Normah, memang Cik Normah boleh tertekan. Macam-macam perasaan ada dalam Cik Norman.
Difahamkan hampir RM 10,000 barang milik Fizow seperti kamera, komputer riba serta barang kesayangannya seperti beg dan jam sudah dicuri. Memang betul-betul kasihan dengan Fizow. Kawan Cik Normah dihubungi Fizow dan dia berharap sangat jika dapat mendapat kembali barangan sekurang-kurangnya kamera dan komputer riba. Walaupun Cik Normah yakin kebarangkalian untuk mendapatnya kembali agak tipis |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| |
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| |
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 8:21 am | |
| BERBICARA TENTANG CINTA VS KAHWINTIDAK malu-malu, tanpa segan, jauh sekali menyorokkan kisah indah percintaan mereka.
Malah dek kemesraan yang semakin meranum, pasangan Zahid dan kekasihnya, penyanyi tinggi lampai Nita mempunyai hajat besar dimasa depan.
Mereka tidak mahu mensia-siakan hubungan istimewa yang terjalin semenjak setahun lalu.
Sudah menjadi kemestian meminta restu ibu bapa bagi setiap pasangan untuk memilih hidup bersama selamanya.
Begitu juga yang terjadi kepada pasangan ini yang tanpa malu-malu memberitahu hubungan mereka pada ketika ini tidak dihalang oleh mana-mana pihak termasuklah anggota keluarga masing-masing.
“Saya sudah jumpa keluarga Nita dan Nita sendiri sudah berjumpa dengan keluarga saya. Cuma kedua-dua orang tua kami belum kenal lagi antara mereka.
“Buat masa sekarang tiada masalah soal restu atau izin keluarga. Emak saya memang akan ambil tahu dengan siapa saya berkawan dan nampaknya masa saya memperkenalkan Nita kepadanya, tiada sebarang bantahan dan dia okey saja,” cerita Zahid. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 8:55 am | |
| KELUARGA AZURA AZIZ |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 9:27 am | |
| Gossip rumah tangga Siti - Datok Kay Sure korang dah dengar kabar-kabar "kabare" angin mengenai Dato' K kahwin lagi satu dengan seorang peramugari muda yg lagi lawa dari Siti Nurhaliza kononnyer. Betol ker ? Aku tak berapa follow sangat kisah nie sama ada dah keluar dlm melodi atau dlm surat khabar atau belum... sebok dua-tiga bulan sebelum nie... byk sangat kerja. Lagi pun aku cuma sambil-sambilan jer blogging nie.
Al-kisah bebaru nih jumpa member lama. Menurut member aku yg aku rasa soheh lah citer dia sebab nie ader informer yg bleh dipercayai yang bersedara atau kenalan atau lebih kurang cenggitu dengan kerabat kerabat ramai Dato' Siti kesanyangan korang tuh. AKu tak sayang Siti... sebab zaman tuh aku lenioh minat Ziana Zain.
Dipendekkan cerita. Soheh kata nyer. Soheh tu sah lah... Dato' K kita telah berkahwin dengan seorang peramugari muda. Setelah ditambah perencah.. citernyer sebab Siti tak dapat berikat zuriat katanyer... entah nyer ntah tidak member cik tam aku nie. Dato' K kan dah ramai anak, kenapa nak anak lagi dengan Siti ?
Diringkaskan lagi... Dato' K tak tahan orang kutuk dia... dah tua, dah tak power.. sebab tuh Siti tak mengandung lagi... so Dato' K nak buktikan dia masih power, dia kahwin lagi satu dan harap-harap dapat zuriat dengan bini muda dan segala kesalahan jatuh pada bahu Siti yg tak boleh beri zuriat (nak buktikan Dato' K masih power)...
sama ada korang percaya atau tak... terpulang lah... ini gosip jer tau. Kalau nak soheh lagi.. abg terjah... kasi terjah Dato Siti untuk kepastian peminatnyer.
jangan saman aku plak.... aku cuma kasi up kan jer citer nie. Bak kata Nabil, lu org ader otak, lu pikir lah sendiri...
sumber: malaywood.blogspot |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 9:50 am | |
| Datuk Siti terima orang ketiga?Wah, cerita mengenai Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah sunyi dalam industri hiburan sama ada mengenai karier mahupun peribadinya yang sentiasa menjadi perhatian media. Terbaru berita yang bertiup kencang kepada peciter mengenai Datuk Siti yang bakal menerima kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka mampu memberikan sinar bahagia kepada Datuk K.
Sumber memberitahu kepada peciter, Datuk Siti dan suaminya dilihat telah mengunjungi satu klinik di Klang yang dikhaskan untuk VVIP bagi membuat pemeriksaan kesihatan di situ. Dikatakan pasangan itu telah membuat perkara yang sama di klinik tersebut untuk membuat pemeriksaan pregant test bagi memastikan sama ada Siti mengandung atau tidak?
Hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan oleh pasangan itu tidaklah diketahui sama ada berjaya atau tidak? Tapi jika sudah sampai ke klinik itu pasti keputusannya positif ya? Jika benar mengenai perkara itu nampaknya sinar bahagia sedang menanti mereka sekeluarga tidak lama lagi dan perlulah tunggu berita gembira itu diumumkan oleh Siti sendiri.
Peciter: Janganlah rahsiakan berita gembira lagi... |
|
| |
eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 9:51 am | |
| weii sally betui ko rasa dato k kawin lagi. aku drg2 betui tau.. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 9:55 am | |
| KONTROVERSI: Lisdawati & Amyza Bermasam Muka Gara-Gara Sehati Berdansa!Insiden ini terjadi gara-gara rasa tidak puas hati salah seorang dari mereka. Kononnya adegan bermasam muka dan perli memperli serta buruk memburukkan antara satu sama lain kini semakin menular sehingga ke pihak penyokong |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 9:58 am | |
| - eira ariyana wrote:
- weii sally betui ko rasa dato k kawin lagi.
aku drg2 betui tau.. itu la.......aku dgq pun lagu tu la..... duk bc byk blog pun duk kata dato' k sahih kawin lain.. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 10:00 am | |
| "Apa status saya"- ShajiryShajiry merasakan dirinya sudah layak bergelar suami tetapi sehingga kini beliau masih ternanti-nanti jawapan daripada si dia. Menjalinkan hubungan selama enam tahun dan baru menghadapi krisis setahun yang lalu mampu mengugat dirinya sebagai seorang lelaki... |
|
| |
eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 10:03 am | |
| - sally_eiyna wrote:
- eira ariyana wrote:
- weii sally betui ko rasa dato k kawin lagi.
aku drg2 betui tau.. itu la.......aku dgq pun lagu tu la..... duk bc byk blog pun duk kata dato' k sahih kawin lain.. itu la depa ni pandai cover baik punya kan.. naya ar kalo betui mahu ci siti malu satu malaysia kan.... |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 10:05 am | |
| Saya Tahu Batas Diri - Yat Tetap menjadi tumpuan mata lelaki meskipun empunya diri sudah bergelar tunangan orang. Sedaya upaya Yat berharap agar dia tidak mudah lupa diri dan tidak tersalah langkah di dalam bidang seni. Harapannya agar dia pandai membawa diri dan tidak mahu digelar perempuan murahan yang acapkali jatuh ke tangan banyak lelaki. Setianya kepada tunang tidak berbelah bagi. Dia rela memilih seorang lelaki biasa kerana tidak percaya pada cinta harta benda. Meskipun datang lelaki golongan VVIP silih berganti, Yat tak pernah peduli. Dia tak mahu menjadi seperti sesetengah artis yang mudah dibeli. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 10:07 am | |
| - eira ariyana wrote:
- sally_eiyna wrote:
- eira ariyana wrote:
- weii sally betui ko rasa dato k kawin lagi.
aku drg2 betui tau.. itu la.......aku dgq pun lagu tu la..... duk bc byk blog pun duk kata dato' k sahih kawin lain.. itu la depa ni pandai cover baik punya kan.. naya ar kalo betui mahu ci siti malu satu malaysia kan.... a'aaa..tapi masing2 duk menafikan lagi..... biasa la jwpn : ''NO KOMEN''...cemuih dh kan... klu btui pun ape slhnye.......hbq jela..kann kann... :64: tkt populariti jatuh la kot.......itu yg xmo hbq.. |
|
| |
eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 10:09 am | |
| weii naya ar depa kalo p megaku kan, kang tak pasai2 jadi cam kish abby n norman kecoh satu malaysia dah .huhu tapi mmg sian la rasa popuan mcm terhinaya jekah.huhu |
|
| |
eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 10:11 am | |
| tapi yg heran aku bkn nak kata apa yg dato k tu tak ckup ke dah dpt siti comel yg kegilaan malaya tu.. duniawi camtu la( kurus pahala aku.hehe) |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 10:53 am | |
| Seksi? Saya Jadi Diri Sendiri - Aleeza Kasim Sebut sahaja nama Aleeza Kasim umum dengan mudah akan membayangkan bintang filem Susuk ini seorang yang berani mati dalam berpakaian. Dua puluh tahun mengabdikan diri di dalam bidang peragaan, Aleeza Kasim bagaikan sudah sebati dengan fesyen pakaiannya yang acapkali dilabelkan sebagai menjolok mata. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 10:55 am | |
| - eira ariyana wrote:
- tapi yg heran aku bkn nak kata apa yg dato k tu
tak ckup ke dah dpt siti comel yg kegilaan malaya tu.. duniawi camtu la( kurus pahala aku.hehe) klu dia x gatai.........kenapa dia kwin dgn ct dulu..... n ceraikan tengku zawiyah yg cantik jgk tu???? ini lah dasar LELAKI MATA KERANJANG... weiiiii...jgn saman aku dh la..... |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 10:56 am | |
| Seksi? Suami Merestuinya - Sazzy FalakOrangnya kecil molek sahaja. Mungkin Sazzy mewakili golongan artis abad ini yang sentiasa tampil moden dan ranggi dalam berpakaian. Mungkin bagi Sazzy imej yang sering ditampilkan olehnya biasa-biasa sahaja namun bagi kebanyakan orang ada kalanya pakaian Sazzy menjolok mata. Ada sesetengah peminat berpendapat bahawa bila Sazzy mengambil keputusan untuk berkahwin, maka Sazzy akan mengurangkan sedikit keseksiannya dalam berpakaian |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 11:18 am | |
| Sapa pelakon pakai stokin sebelah? lupe agaknyeeeee........ |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 11:35 am | |
| |
|
| |
eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 11:56 am | |
| - sally_eiyna wrote:
- eira ariyana wrote:
- tapi yg heran aku bkn nak kata apa yg dato k tu
tak ckup ke dah dpt siti comel yg kegilaan malaya tu.. duniawi camtu la( kurus pahala aku.hehe) klu dia x gatai.........kenapa dia kwin dgn ct dulu..... n ceraikan tengku zawiyah yg cantik jgk tu???? ini lah dasar LELAKI MATA KERANJANG... weiiiii...jgn saman aku dh la..... weii ko takan tk tahu ct tukan dulu top malaysia so sapa yg dpt dia kira bertuah so bila cinta dato k disambut oleh ct apalgi.. sapa taknak kan tu yg dato sgup p cerai bini dia.huhuh.. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 12:17 pm | |
| Kenapa Fahrin tengking Linda? (from utusan online harini)MINGGU lalu, Hits serta beberapa rakan media lain menerima kiriman e-mel daripada seorang pembaca yang menceritakan tentang insiden kekecohan di set rancangan Sehati Berdansa.
Emel bertajuk 慒ahrin Ahmad Tidak Profesional?itu berkisar mengenai apa yang berlaku membabitkan dua pengacaranya iaitu Fahrin Ahmad dan Linda Onn.
Menurut e-mel berkenaan, Fahrin didakwa telah menengking Linda ketika kedua-dua mereka menjalani sesi latihan untuk malam penyingkiran di Debaran Sehati Berdansa minggu kedua.
Insiden itu bukan sahaja disaksikan oleh krew penerbitan malah setiap pasangan yang menyertai rancangan hiburan tersebut.
Melihatkan dirinya dimalukan sedemikian, Linda dikatakan telah bertemu dengan produser rancangan terbabit supaya meminta Fahrin bersikap profesional.
Bagi mencari jawapan sebenar di sebalik kiriman e-mel dan insiden itu, Hits berkesempatan bertemu dengan Fahrin sebaik tamatnya siaran langsung Debaran Sehati Berdansa di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur Ahad lalu.
Agak tertekan tatkala membaca salinan e-mel yang diberikan kepadanya, Fahrin mengaku, berlakunya perselisihan faham antaranya dan Linda semasa sesi latihan Debaran Sehati Berdansa tersebut.
揗emang saya ada sebut perkataan-perkataan yang ditulis dalam e-mel itu tetapi dalam 憄ermainan?e-mel dan Internet, sesiapa pun boleh menokok tambah cerita.
揗engenai tindakan saya menengking pula, saya bukan jenis orang seperti itu.
揚erkara ini terjadi di set. Sebagai rakan sekerja, sememangnya ada perselisihan faham tetapi apa yang penting perjalanan rancangan itu berlangsung dengan baik,拻 katanya.
Fahrin dan Linda disatukan kembali untuk mengacara Sehati Berdansa musim kedua walaupun kedua-dua mereka jelas tidak sehaluan seperti dahulu sebagai 憈eman tapi mesra?
Biarpun hubungan mereka ibarat luka yang belum sembuh tetapi atas dasar profesional, mereka menerima tawaran untuk digandingkan sebagai pengacara program tersebut.
Jelas Fahrin, e-mel yang disebarkan itu dilihatnya sebagai serangan peribadi oleh orang yang mungkin berdendam atau tidak berapa setuju dengan segala tindakannya selama ini.
Meskipun mengambil tidak kisah atau enggan untuk melayan apa yang ditulis dalam e-mel tersebut, Fahrin mencabar penulis berkenaan tampil berdepan dengannya.
揝aya kenal siapa dia (penulis e-mel). Kalau dia berani, jumpa saya. Ini lebih kepada bersifat peribadi dan cubaan untuk membalas dendam. Walaupun digambarkan sedemikian, saya tahu siapa diri saya sebenarnya,拻 ujarnya.
Ditanya mengenai punca yang menyebabkannya berselisih faham dengan Linda di set Sehati Berdansa, Fahrin berkata, perkara tersebut tidak perlu dihebahkan.
揝aya rasa tidak perlulah saya jelaskan punca perselisihan. Sepanjang pengalaman, sampai satu tahap, saya memikirkan bahawa saya perlu bercakap apabila perlu sahaja,拻 katanya.
Banyak bersabar
Sementara itu, Fahrin memberitahu, selama ini, dirinya sudah banyak bersabar tetapi ramai yang tidak tahu menghargai kesabarannya.
Katanya, dia juga sudah banyak mengalah namun dengan 憇erangan demi serangan?yang dilakukan, ia sedikit sebanyak mencabar maruahnya.
揘ilailah sendiri tahap kesabaran saya melalui kenyataan-kenyataan yang saya buat di media-media.
揝aya akan bersabar selagi boleh tetapi andai ada yang seakan mencabar kerjaya, saya terpaksa menyuarakan isi hati,拻 jelasnya.
Menurut Fahrin, dirinya tidak kisah menerima apa jua kritikan dan kutukan andai ia bersifat membina.
Dalam pada itu, Fahrin turut ditanya mengenai kritikan dirinya sebagai tidak profesional yang digambarkan dalam e-mel berkenaan.
Ringkas menjawab persoalan, Fahrin meminta sesiapa yang menulis emel itu supaya merujuk kepada bosnya iaitu produser Sehati Berdansa.
揟anyalah sendiri bos saya. Tapi kalau hendak cakap tahap profesional Linda, dia memang profesional,拻 tambahnya. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 12:29 pm | |
| ni la adam salleh alamakkk...adam ni agak tua la...ahahahhahahahhaha. kaya ke adam ni? wartawan je kan? |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 12:31 pm | |
| Wajah Ekin tanpa solek! |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 12:34 pm | |
| Cinta Kerabat??? Bosanlah! - Fazura |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 1:02 pm | |
| |
|
| |
chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 1:18 pm | |
| lama tak masuk sini...mcm-mcm berita cik sally kite bawak... |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 2:11 pm | |
| - chitra77 wrote:
- lama tak masuk sini...mcm-mcm berita cik sally kite bawak...
lor.....pasaipa lame x msuk??? sally dh byk wt kuar citer panazzzzz lg snsasi dunia hiburan kte |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 2:17 pm | |
| Gambar Malam Gala Tayangan Histeriafr left: liyana jasmay, scha, yuhana, reana, talya (yg berlakon bong), norisnainy, ainul aishaherr aku surf2 kata yg tgh tu reana. apsal ada org kata tu liana shamsudin yg direct selamat pg cinta tu? |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 2:47 pm | |
| Semi Final Muzik Muzik TV3 (CALON-CALONNYA ADALAH:) CATEGORY ETNIK/KREATIF (9 malam, Jumaat 28 November)Doa Dalam Lagu (Mawi & Heliza) Lambaian (Fazli Zainal) Dusta Berkalang (Aiman) Persoalan Cinta (Farawahida) Songo (Amy Search) Panas (Ifa Raziah) Pujangga Merindu (Syura) Jarak Rindu (Azfar) Puteri Tarian Kasih (Anis Aneesa) Mengharap Sinar (Dior) CATEGORY BALADA (9 malam, Jumaat 5 Disember)Sampai Syurga (Faizal Tahir) Bila Nak Saksi (Spider) Dingin (Ziana Zain) Sejauh Ini (Dina) Teman Terulung (Anuar Zain) Hanya Di Mercu (Ayu) Ada Untukmu (Nubhan) Tanpa (6ixth Sense) Bila Terasa Rindu (Dafi) Cinta Terhalang (Bob) Cuba (Faizal Tahir) Lagu Kita (Aizat) CATEGORY POP ROCK (9 malam, Jumaat 12 Disember)Kalis Rindu (Elyana) Mila Bila Cinta (Mila) Separuh Masa (The Lima) Bukti (Fiq) Cinta Si Rama-Rama (Hattan) Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein) Yang Pernah (Estranged) Mabuk (Spider) Ku Merindu (Shah & Ella) Aku Lebih Tahu (Mila) Aku Stacy (Stacy) Rimas (The Fabulous Cats) |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 2:56 pm | |
| |
|
| |
eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 3:30 pm | |
| sally hang tempek lagi gambo2 artis yg top2 dah kawin k.heheh |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 3:48 pm | |
| - eira ariyana wrote:
- sally hang tempek lagi gambo2 artis
yg top2 dah kawin k.heheh yela...yela.....nnt aku tempek.....tp bkn hrni la k... aku nk kena cari bahan dulu....... |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 20 Nov 2008, 4:01 pm | |
| GAMBAR PERKAHWINAN ARTIS POPULARzul yahya & raihan Sharifah Aleya khai & rosma Ina Naim & Suhaimi Lisdawati & Fauzi |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 | |
| |
|
| |
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 | |
|