|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 03 Feb 2009, 3:10 pm | |
| 12,000 Pengunjung Banjiri Astro Fest 2009 KUALA LUMPUR, 2 FEB 2008: Biarpun awalnya dibasahi hujan namun ia tidak pernah menghalang lebih 12,000 pengunjung untuk bertali arus membanjiri Astro Fest 2009 yang diadakan di perkarangan Pusat Penyiaran Asia (ABC), Bukit Jalil, semalam. Sejak awal petang lagi, Astro Fest 2009 yang diadakan khusus buat kakitangan serta ahli keluarga Astro telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan artis Melayu, Cina dan India tempatan popular seperti Faizal Tahir, Meet Uncle Hussein, Bunkface, Aizat, Elyana, Stacy, Dafi, Christy serta Darshini. Namun, kemunculan Faizal Tahir, Meet Uncle Hussein, Bunkface serta Aizat sememangnya ditunggu-tunggu kerana sebaik saja mereka membuat persembahan, ruang pentas mula dipenuhi peminat mereka yang turut sama-sama menyanyikan lagu hits mereka. Selain itu, pelbagai permainan ala karnival dan funfair disediakan untuk golongan dewasa dan kanak-kanak seperti go-kart, checker board, dart throw, bowling strike out, chopstick game, electric maze, hoop the hook, gold putting, hot wheels, coconut bowling, air hockey, tumbling tower serta Thomas Cup. Bukan setakat itu saja, pengunjung juga berpeluang meluangkan masa mereka dengan melakukan pelbagai aktiviti lain seperti membuat urutan refleksologi, handwax, lakaran karikatur, tatu sementara, mencorak wajah, mewarna kuku serta neumorology nombor kelahiran. Bagi yang terasa lapar dan dahaga, juadah dan minuman disediakan secara percuma di beberapa gerai. Antara juadah itu ialah nasi ayam, nasi tomato, mi udang, char kuey teow, satay, kambing panggang, hotdog, roti John, puri, putu mayam, otak-otak, bubur, waffle dan ais krim serta minuman panas dan sejuk. Lebih menarik lagi apabila Astro Fest 2009 menyediakan gerai Artistes Corner dengan kerjasama pihak Maestro Talent & Management, Tayangan Unggul Sdn Bhd, Program Cina, Program India, Astro Talent serta portal murai.com.my. Antara artis yang sempat bertemu peminat adalah Raja Farah, Tam, Alyah, Reza Era, Sarimah Ibrahim, Aaron Aziz, Ainul Aishah, Sabrina Hassan, Yana, Haziq, Sham Kamikaze, peserta Raja Lawak 3 - Talam dan Syem, Gan Jiang Han, Long Mun Ming, Ratnagowri, Kanna Simmathiri, Mun Ming, Sothirajen serta Sushmeetha. Selain sibuk beramah mesra dengan peminat, kesemua artis itu sempat bergambar serta menandatangi poster dan autograf. Antara deejay yang bertugas adalah Adi Fashla dan Ray dari Era FM Alyah berkata dia tidak menyangka sama sekali bahawa Astro Fest 2009 cukup meriah dan menyeronokkan. "Inilah kali pertama saya datang ke Astro Fest. Saya rasa seronok dan teruja sekali sebab macam-macam aktiviti disediakan dengan teratur termasuklah rawatan urut refleksologi. "Melihat penganjuran Astro Fest ini saya terfikir Astro boleh mengadakannya secara terbuka kepada orang ramai. Saya harap Astro akan mempertimbangkannya. Saya rasa, kalau ia dibuat secara terbuka, pasti sambutannya akan lebih luar biasa lagi," katanya yang popular dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang. Raja Farah pula antara artis yang datang paling awal ke Artistes Corner selain Reza Era. Mereka berdua terus diserbu untuk bergambar dan tidak putus-putus melayan setiap permintaan peminat. Pelakon siri Gaia dan drama Takbir Suci, Tam Suhaimi juga tidak kurang popularnya apabila ramai peminat mahu bergambar dengannya. "Macam-macam ada... hiburan, informasi, makan minum dan paling penting peluang untuk bermesra dengan peminat saya," kata Tam. Astro Fest 2009 turut dimeriahkan dengan tarian naga, aksi badut, akrobatik api serta kemunculan beberapa karektor kartun dan superhero |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 03 Feb 2009, 3:18 pm | |
| Aizat, Liyana Jasmay Tengah Bercinta?Sudah beberapa kali Liyana Jasmay dan Aizat muncul dalam majlis keramaian yang sama. Ketika preview filem Maut lakonan Liyana, Aizat kelihatan datang menonton. Baru-baru ini, Liyana juga ada pada majlis ulang tahun hari jadi Aizat. Tambah gempak, Liyana yang lambat sampai berpakaian sedondon dengan Aizat! Dapat diperhatikan, sebelum Liyana sampai, Aizat seakan-akan gelisah dan banyak kali menelefon Liyana menanyakan di manakah dia berada. Menjawab gosip ini, Liyana atau Nana akui Aizat memang banyak kali menelefonnya sebelum dia sampai ke majlis itu. "Sebenarnya, Nana baru saja habis fotografi majalah EH!. Sebab tu Nana lambat. Kesian, Nana tak sempat beli hadiah untuk Aizat. Nana pun tak tahu lagi nak kasi hadiah apa. Nana ingatkan nak belikan Aizat kasut, tapi tak tahulah Aizat suka ke tak? Mungkin Nana nak tanya Aizat sendiri apa yang dia nak," kata Liyana dengan manja. Sementara itu, Liyana turut menjelaskan bagaimana cerita mereka 'bercinta' boleh timbul. "Kami berjumpa tahun lepas sewaktu sesi fotografi dengan Berita Harian. Kami mula jadi rapat 2, 3 bulan lalu semasa Aizat menghadiri majlis perkahwinan abang Nana. Kemudian kami ditemuramah pula oleh majalah Hai. "Tapi Nana nak cakap di sini yang kami tak ada apa-apa hubungan kekasih. Sekadar kawan baik saja. Nana sayang Aizat sebagai kawan saja. Nana tak percaya pada declare. Nana rasa lebih bagus berkawan daripada bercinta sebab kami pun masih muda lagi," kata Liyana yang juga pelakon filem Histeria. Aizat pun akui sayang Liyana!Menyokong pendapat Liyana, Aizat yang turut mencipta lagu untuk album solo Liyana menjelaskan hubungan mesra yang telah terjalin antara mereka. "Nana ada cakap dengan Aizat. Dia perlukan bahan untuk cukupkan koleksi lagu untuk albumnya. Jadi, Aizat rasa tak salah mencuba. Kemudian Abang Ajai cakap lagu ini sesuai untuk kami berduet. "Aizat sayang Nana sebagai kawan. Aizat pun tak sangka boleh get along dengan Nana dan kongsi satu kepala. Kalau cinta nak datang, datanglah... Buat masa ini kami cuma kawan dan keluarga kami pun tahu tentang perkara ini," jelas Aizat yang memberikan persembahan istimewa dalam Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23), baru-baru ini. Jadi terserahlah kepada peminat untuk menilai sendiri hubungan mereka berdua itu yang sungguh kelihatan comel. Mungkin juga cinta monyet atau puppy love... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 03 Feb 2009, 3:19 pm | |
| Persembahan Terakhir Gusti PutriMungkin ada sesetengah pihak agak skeptikal dengan pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) buat musim ke-3 yang akan kembali ke Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur bermula 6 sehingga 21 Februari ini. Jika masih ada keraguan, hentikanlah rasa itu kerana PGLM kali ini menjanjikan sesuatu yang lebih hebat dan serba-serbinya baru berbanding 2 musim lalu. Dengan erti kata lain, ia menonjolkan lebih banyak elemen magikal serta padat dari segi lakonan, nyanyian dan susunan muzik. Ketika ditemui portal hiburan murai.com.my, Produser Eksekutif dan pelakon utamanya, Datin Seri Tiara Jacquelina, berkata itulah antara perubahan ketara yang dapat disaksikan pada pementasan kali ini sebelum dia mengundur diri yakni melepaskan watak itu kepada orang lain. "Selepas kami berehat daripada pementasan lalu dan terbabit dengan muzikal P Ramlee, kita mendapat banyak ilham baru untuk memantapkan lagi PGLM. Ya, memang ini pementasan terakhir saya untuk PGLM dan sebelum saya melepaskan watak Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah kepada orang lain. Jadi saya mahu tinggalkan satu persembahan yang berkesan," katanya. Tiara ditemui ketika majlis bertemu peminat sempena sesi demonstrasi teknik solekan di kaunter jenama kosmetik terkenal, MAC, pusat beli-belah Mid Valley Megamall, baru-baru ini. Tiara yang disolek oleh Shahida pada petang itu, berkata dia membuat pelbagai persiapan rapi termasuk berdiet kembali dan mengasah kembali tarian Jawa dengan pakar tari yang diterbangkan dari dari Jawa Timur. Lebih 160 tenaga profesional terbabit dengan pementasan yang menelan kos jutaan ringgit ini. Selain Tiara, PGLM masih didukung oleh Stephen Rahman-Hughes sebagai Hang Tuah, Adlin Aman Ramlie (Sultan Melaka)dan AC Mizal (Gustri Adipati Handaya Ningrat). Tiket berharga RM353, RM253, RM233, RM203, RM183, RM153, RM123, RM83, RM33 boleh ditempah di www.axcess.com.my atau talian 03-7711-5000. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 03 Feb 2009, 3:41 pm | |
| Dengarnya...: Biar kurang berada tapi kaya budi bahasa Oleh Normah Becok
CIK Normah nak cakap pun salah, tak cakap pun salah apabila ada pihak datang mengadu mengenai perangai pelakon ini.
Pelakon ini masih muda dan ada rupa yang boleh tahan. Tuahnya dalam dunia lakonan cukup baik kerana tidak perlu bekerja kuat kerana pernah diberikan watak utama dalam produksi lakonannya.
Walaupun masih baru, pelakon juga sering mendapat perhatian media cetak. Jadi, glamor juga pelakon ini kalau Cik Normah sebutnamanya. Namun, disebabkan dia datang daripada keluarga kelas atasan,jadi pelakon ini memandang rakan pelakon lain sebagai tiada kelas atau tidak setaraf dengan dirinya. Kalau bercampur pun macam terpaksa saja.Mungkin keutamaan pada dirinya adalah kalangan pelakon yang setaraf dengan dirinya. Sedihnya bila Cik Normah dengar cerita macam ini.Dalam dunia seni ini, untuk bertahan lama bukan ditentukan oleh latarbelakang keluarga berada atau sebaliknya. Tetapi orang tengok macammana seseorang itu menggilap bakatnya sendiri membawa dirinya. Hubungan sesama sendiri dalam dunia seni ini juga pentingkerana daripada cara inilah boleh bertukar-tukar maklumat mengenaipeluang dan cara meningkatkan kerjaya seni masing-masing.
Tapi mungkin disebabkan keluarganya orang berada jadi pelakon ini pun tak kisah sebab kalau tidak ada peluang, keluarganya boleh keluarkan duit terbitkan drama atau filem sendiri dan dia pula menjadi antara pelakon utamanya. Sebenarnya di Malaysia ada juga pelakon yang dilahirkan dalam keluarga berada, tapi tetap pandai berbudi bahasa dan tak pula nak berlagak tak tentu fasal.
Entahlah Cik Normah pun sudah tak kuasa nak dengar cerita pelakon ini. Cik Normah dengar dia ada hati dekat seorang pelakon kacak yang pernah berlakon dengannya dalam sebuah drama. Amboi! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 03 Feb 2009, 4:06 pm | |
| Filem Sifu dan Tonga mengecewakan ???AGAK mengecewakan! - Itulah yang dapat diperkatakan mengenaifilem Sifu dan Tonga hasil karya terbaru pengarah prolifik negara,Prof. Madya Razak Mohaidden. Bukan untuk menidakkan kredibiliti pengarahnya namun naratif dan jalan cerita yang agak membosankan akan mematikan mood penonton. Sudah berkali-kali Razak menghasilkan filem komedi namun apa yang dapat dilihat, semuanya masih berlandaskan sentuhan yang sama. Deretan filem komedi seperti Anak Mami The Movie, Mami Jarum, MamiJarum Junior, Nana Tanjung, Nana Tanjung 2, semuanya sudah dihasilkanbiarpun filemnya sering mencapai kutipan box office namun pengisiannyadari aspek jalan ceritanya masih lagi kurang. Selepas 10 minit tayangan bermula, hati penulis mula gelisah,perasaan teruja sebelum ini bertukar hampa. Sebaliknya penulis dapatmerasakan bagai ada yang tidak kena dalam filem ini. Jalan cerita yangcuba dipaparkan juga kurang pengisiannya. Menyentuh mengenai pelakonnya, lakonan primadona filem Melayu masakini, Erra Fazira dan peserta Audition musim ke-2, Azad Jasmin kurangmemberi impak kepada filem ini. Watak yang dibawa tidak terlalumeninggalkan kesan. Apek yang membawakan watak utama sebagai Sifu juga agak hambarsekalipun wataknya sering mencuit hati penonton. Rasanya, Apek mampumenampilkan karekter lakonan lebih baik daripada biasa. Sifu dan Tongga mengisahkan cerita mengenai dua orang wartawan dariKuala Lumpur melakukan pengembaraan mencari suku sakat kaum Watson(Orang Asli) yang hampir pupus ditelan zaman. Namun apabila mereka dapat menemui kaum ini, seorang daripadamereka, iaitu Mama Tammy (Erra) menculik Mila, anak kepada ketuakampung itu, lalu dibawanya ke Kuala Lumpur. Di sini lah bermulanya pengembaraan Sifu dan Tongga apabila mereka menawarkan diri untuk ke Kuala Lumpur dan mencari Mila. Melihat kepada jalan ceritannya, sememangnya penulis dapatmembayangkan pengembaraan Sifu dan Tonga ke kota besar akan menggeletekhati penonton. Bermacam-macam imginasi dan aksi yang dipaparkan semasa mereka (Sifudan Tonga) keluar daripada kampung menuju ke kota mampu membuatkanpenonton ketawa. Kerana tinggal lama di hutan, Sifu dan Tonga tidak pernah melihatkerusi, kereta, komputer, motor, tandas dan pelbagai alatan canggihyang telah tercipta pada zaman ini membawa kepada elemen kelucuan dalamfilem ini. Pendek kata, apa yang dilakukan mereka pastinya serba tidak kena danmelucukan, inilah yang boleh dikatakan sebagai penyelamat filem inikerana visual yang dipaparkan kurang memuaskan. Namun babak Sifu berkomunikasi dengan makhluk halus wajar diberipujian. Menerusi humor dan interaksi bersama makhluk halus itu sedikitsebanyak menghiburkan. Begitupun, setakat mahu berhibur, Sifu dan Tongga masih lagi bolehditonton oleh seisi keluarga. Tidak semua bahagian dalam filem inimenghampakan, lebih-lebih lagi aksi Apek dan Nabil yang sentiasamelucukan. Nabil yang pertama kali berlakon dalam filem ini nampak natural dengan membawakan watak Tonga. Sifu & Tongga dibarisi pelakon popular dan meningkat naik,mempertemukan buat pertama kali dua raja lawak iaitu Saiful Apek danNabil, juara Raja Lawak musim kedua. Filem ini juga turut dibarisi dengan barisan pelakon yang bukan sajaberbakat, malah ada nilai komersil sebagai rencah bagi menarik penontonseperti Erra Fazira, Pak Piee dan bakat baru, Fouziah Gous. Apatah lagi ditambah dengan penampilan khas nama-nama besar dalamindustri filem di negara ini seperti, Datuk Jalaluddin Hassan, AzwanAli, Zainal Alam Kadir, Rozita Che Wan, Along Raja Lawak, Din Beramboi,Shamsul Ghau Ghau, Ruminah Sidek dan Mak Jah. Jangan lupa saksikan filem Sifu dan Tonga dipawagam bermula pada 29 Januari ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 03 Feb 2009, 4:06 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 03 Feb 2009, 4:07 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 03 Feb 2009, 4:07 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 03 Feb 2009, 4:08 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 03 Feb 2009, 4:11 pm | |
| Lydia...is back........SELEPAS hampir enam tahun menyepi dari dunia lakonan, aktres Lydiawati akhirnya tidak mampu lagi membendung rasa rindunya untuk kembali ke gelanggang lakonan. Dan kerana itu, dia bersedia menerima pelbagai tawaran yang datang kepadanya sejak beberapa bulan lalu. “Kalau sudah namanya pelakon, rasa cinta dan minat sukar untuk dihalang lagi. Selepas berfikir dan mendapat restu suami, saya akhirnya kembali aktif berlakon,” katanya dalam satu temu bual baru-baru ini. Kemunculan sulung Lydiawati atau mesra dikenali sebagai Lydia, selepas lama menyepi dapat disaksikan penonton malam ini menerusi cerekarama Bisikan Subuh menerusi TV3 bermula pukul 10 malam. Dalam drama arahan Murali Abdullah, Lydia memegang karakter sebagai seorang datin yang terlalu mengejar kebendaan hingga lupa tanggungjawab terhadap anak dan keluarga. Meskipun bertudung tapi dia mengabaikan amalan dan suruhan Yang Maha Esa. Sebaliknya, imej bertudung Lydia dalam drama berkenaan semata-mata untuk membantu suaminya mendapatkan projek untuk kemajuan perniagaan mereka. Pada masa yang sama, dia dan suaminya tidak sedar yang anak mereka tersesat dengan ajaran golongan black metal. Selain Lydia, turut membintangi drama terbitan Zeel Productions (M) Sdn. Bhd., ini ialah Datuk Jalaluddin Hassan, Wan Maimunah, Fizow Omar, Balkish, Shaharuddin Thamby dan Remy Ishak. Menurut Lydia juga, dia cukup tertarik dengan jalan cerita Bisikan Subuh, selain mudah bekerjasama dengan pengarah drama berkenaan yang disifatkannya sebagai seorang yang berpengalaman. Ketika ini, Lydia juga sibuk di lokasi penggambaran sebuah drama lain selain bakal membintangi sebuah filem tidak lama lagi. “Alhamdulillah rezeki saya masih lagi ada dalam bidang lakonan dan saya tidak mampu untuk menolaknya,” ujar Lydia yang kini bahagia di samping suami dan dua orang anaknya. Lydia yang kini selesa dengan imej bertudung ketika ditanya mengenai aktivitinya sepanjang hampir enam tahun ‘membawa diri’ dari dunia lakonan berkata, selama tempoh ‘bertapa’ itu dia banyak memberi tumpuan kepada usaha membekalkan dirinya dengan ilmu akhirat. “Banyak manfaat yang saya peroleh selain ketenangan yang sukar diceritakan dengan kata-kata. Kehidupan yang saya lalui pada tempoh itu sangat menyeronokkan saya,” jelas aktres yang berusia 43 tahun itu lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 03 Feb 2009, 4:20 pm | |
| Update...! Abby Naik Pangkat...( Selepas Bercuti Ke Luar Negara ) Sekarang ini orang dah mula bercakap mengenai keintiman hubungan Abby Abadi,31, dengan pelakon baru Zulkifli Ariffin, 23. Cakap-cakap itu tentulah perkara yang tak elok. Antara tohmahan yang dilemparkan, belum pun lepas edah, Abby seperti dah angau semacam terhadap Zul. Lebih buruk lagi ada juga peminat yang membuat pelbagai andaian selepas Melodi pada Ahad lalu merakamkan gambar mereka di Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang, Selangor yang baru pulang dari Guangzhou, China. Seperti yang dijelaskan Abby sebelum ini, dia pergi ke negara itu (pada 16 hingga 22 Januari lalu) atas urusan perniagaan yang turut ditemani dua lagi rakan mereka. Cuma pada hari kejadian Abby dan Zul terpaksa pulang bersama kerana rakan mereka itu meneruskan perjalanan ke Beijing dan Hong Kong untuk meninjau peluang perniagaan di bandar raya itu. Dalam masa yang sama ada juga beberapa pihak berpendapat, Abby sebenarnya terlupa, Zul cuba menggunakan populariti Abby itu untuk mendapat tempat dalam dunia seni. Sebagai pelakon baru, Zul perlu mencari tapak untuk berjaya dan menjadikan Abby sebagai batu loncatan. Antara contoh, Zul diterima oleh Skop Production memegang watak Inspektor Ashraff dalam drama bersiri Gerak Khas selepas Abby memperkenalkannya kepada produser Yusof Haslam. Malam Rabu lalu saya bersembang panjang dengan Abby berhubung perkara itu. “Saya harap peminat diluar sana jangan terus mengeruhkan suasana,” kata Abby. Malam berikutnya pula saya cuba mendapatkan Zul dan dia menolak persahabatannya dengan Abby kerana ada tujuan lain. “Saya tidak menggunakan Abby untuk kepentingan saya,” kata Zul. Kepada wartawan NIEZAM ABDULLAH mereka meluahkan persoalan sebenar. Sebelum saya nak Abby tolong jawab beberapa soalan panas, saya nak minta komen sikit kemunculan Abby dalam Gerak Khas.ABBY ABADI: Masa watak saya ditamatkan dulu, saya kononnya ikut suami berpindah luar Kuala Lumpur. Tapi kali ini saya muncul semula dengan memegang watak Asisten Supritendan (ASP) Aleeza. Naik satu pangkat lagi. Bagaimana dengan Zul dalam drama ni?Dia jadi Inspektor Ashraff. Dalam drama Gerak Khas ni Zul kiranya staf sayalah. Bagaimana untuk masa akan datang Norman tiba-tiba dipertemukan dengan Abby dalam drama ini. Boleh terima?Tak berani nak cakap. Ini bukan soal professional atau tak? Apa yang jadi antara saya dengan dia benda yang serius. Benda ini sangat-sangat memberi kesan kepada kehidupan saya. Saya tak tahulah apa yang akan berlaku kalaulah kami dipertemukan dalam drama. Sekarang ini orang macam dah pandang serong pada Abby gara-gara buat kenyataan berkawan dengan Zul. Abby tak fikir apa-apa?Saya tak rasa pun orang pandang macam tu. Sebab saya bukan buat kesalahan besar pun. Saya tak perlu risau. Tapi kalau mana-mana pihak rasa ia kesilapan saya, saya minta maaf. Apa yang boleh saya kata, saya dapat sokongan yang baik daripada orang di belakang saya. Dalam masa yang sama ada juga orang bercakap Zul kononnya nak ambil kesempatan pada Abby. Abby saja yang tak sedar. Apa komen Abby?Saya sebenarnya nak bantu dia. Nak tolong dia sebab dia minat sangat dalam bidang lakonan. Saya nampak kesungguhan dia untuk berdikari. Bakat berlakon itu ada pada dia. Kalau betul Zul nak gunakan saya, saya harap benda itu tak berlaku. Orang semakin pandang serong pada Abby. Kononnya belum habis edah, dah over? Saya tak menafikan pandangan orang macam tu memang ada. Kalau boleh saya tak nak benda- benda ini semua, orang akan pandang sinis pada saya. Ada juga yang nak saya kahwin saja dengan Zul kerana gosip kami tu. Macam-macam reaksilah. Apa kata Zul pula?Itu kena tanya dialah. Tapi terus terang kata Zul dia tak selesa dengan keadaan itu. Saya minta semua pihak tak jodoh-jodohkan kami. Mula-mula dulu kami anggap situasi ini biasa saja tapi sekarang dah jadi yang tak seronok. Dia baru nak berkembang. Ada keluarga. Banyak hati kena jaga. Kisah Abby balik dari China dengan Zul berdua pada 22 Januari lalu jadi kontroversi. Kononnya sampai menyorok di balai ketibaan takut dengan wartawan.Saya harap tak ada orang yang nak tokok tambah cerita. Kami pergi China empat orang. Jangan nak pandang yang tak elok. Penerbangan kami tertunda. Sampai pukul 1.30 petang, kira-kira pukul 2 petang kami keluarlah. Tak ada pun nak menyorok. Ada laporan kata kami dihalau baru nak keluar itu tak betul. Ada yang kata kami berpegang-pegangan tangan, itu pun merepek. Saya tak akan buat macam itu. Kalau nak buat laporan pun berpada-padalah. Ada benda boleh buat gurau, ada benda yang tak boleh. Orang selalunya beranggapan yang tak baik. Apatah lagi soal hubungan Abby dengan Zul. Apa komen Abby?Kadang-kadang saya fikir juga. Dalam apa juga situasi orang akan tetap cari salah saya. Saya kata saya tak ada apa-apa (hubungan dengan Zul), orang akan tetap kata kami ada hubungan. Susah macam ini. Apa Abby rasa bila dikatakan hubungan Abby dengan Zul ditahap serius?Kita orang kawan. Saya tak berani nak komen apa-apa. Jangan nak jodoh-jodohkan kami. Ia tak akan berlaku. Kami tak ada apa-apa. Bila jadi macam ini, kami rasa tak seronok sampaikan kami pernah bertikam lidah sebab orang nak “jodohkan” kami. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 03 Feb 2009, 4:26 pm | |
| Salahkah saya guna kereta Abby?
POPULARITI yang diraih pendatang baru, Zulkifli Ariffin, 23, atau Zul dilihat cukup singkat, semuanya gara-gara dia dikatakan berkawan rapat dengan bekas isteri pelakon popular Norman Hakim, iaitu Abby Abadi.
Namanya mula dikaitkan dengan Abby apabila dia dilihat menghadiri prosiding penceraian Abby dan Norman pada 18 Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, ketika itu dia menjelaskan, kehadirannya tidak lebih sekadar memberi sokongan kepada seorang kawan, sementelah dia dan Abby sama-sama terlibat dalam drama bersiri popular Gerak Khas selepas nama Norman direhatkan. Namun, namanya kembali panas apabila Zul mengakui baru-baru ini dia dan Abby pergi bercuti ke China. Zul tampil dengan kenyataan bahawa pemergiannya ke Guangzhou, China selama enam hari minggu lalu hanya kerana urusan perniagaan.
Bagi mendapat penjelasan lanjut mengenai hubungannya dengan Abby, Kosmo! menemubual Zul. Ikuti temu bual bersamanya.
Kononnya tidak lebih daripada kawan, kalau kawan biasa mengapa pergi berdua sehingga ke China?
Kami bukan pergi bercuti seperti yang didakwa ataupun pergi berdua. Itu tak betul! Saya pergi bersama rakan yang lain termasuk Abby sekali. Lagi pun tujuan kami ke sana untuk meninjau peluang perniagaan fabrik, jadi jangan fikir yang bukan-bukan.
Ini bermakna kalian merancang membuka perniagaan bersama?
Ya, memang ada perancangan, tetapi masih peringkat perbincangan lagi. Saya tidak berani nak cakap habis, takut tak jadi pula.
Nampak sangat hubungan sudah sangat rapat, ialah, sampai buka bisnes. Tidak takut akan spekulasi hangat lagi?
Buat apa nak takut, saya rasa biasa saja rakan artis bekerjasama dalam perniagaan, ramai juga artis lain yang jadi rakan kongsi perniagaan. Begitu juga saya dan Abby. Kalau nak dengar cakap orang sampai bila pun saya tidak maju. Saya bukannya buat perkara tidak elok, ini untuk tambah rezeki, tolong jangan anggap yang buruk tentang kami. Saya dan dia hanya kawan saja.
Tetapi sejak penceraian Abby, Zul dilihat sering saja mendampingi Abby, malah Zul juga kerap memandu kereta milik Abby, itu sudah memperlihat sisi lain dalam hubungan kalian.
(Ketawa) Mana ada hubungan seperti yang dimaksudkan. Saya dan Abby berlakon dalam drama Gerak Khas, pergi lokasi penggambaran dia dan saya ada. Jadi, mungkin sebab itu orang nampak kami selalu bersama. Tentang memandu keretanya, itu hal kecil yang tidak perlu diperbesarkan.
Kalau sudah bagi pakai kereta, maknanya intimlah tu ya?
Kalau ada kawan yang nak pinjam kereta, sayapun akan bagi juga. Bila-bila masa saja, asalkan jangan rosak sudahlah. Jadi apa masalahnya?
Baru saja berlakon beberapa drama sudah ditawarkan watak dalam filem Evolusi KL Drift 2, senang sungguh perjalanan kerjaya Zul. Orang di luar sana menganggap Zul mempergunakan kesempatan yang ada pada Abby untuk popular. Komen?
Saya memang lama minat dalam lakonan sejak jadi model lagi. Kebetulan ketika saya baru memulakan kerjaya lakonan semua hal ini terjadi. Bukan saya yang pinta untuk berada dalam situasi begini. Ia terjadi dengan sendirinya. Saya hanya menganggap semua tawaran yang datang sebagai rezeki. Saya tidak mempergunakan Abby, tetapi saya akui kerana dia saya lebih dikenali ramai. Ingin saya tegaskan saya tidak pernah mengharapkan populariti dengan cara begini.
Tumpuan khalayak lebih kepada Memey yang dikatakan punca perceraian Norman Hakim dan Abby. Adakah Zul berasa lega bila orang tak babitkan Zul juga sebahagian dari puncanya?
Secara jujur, mula-mula nama saya dikaitkan dengan Abby, saya sedikit tertekan kerana masih baru dalam dunia lakonan. Alhamdulillah, sekarang ini saya sudah mula faham dengan asam garam dunia seni dan menerima segala berita negatif atau positif dengan tenang hati. Apa yang penting niat saya menceburi bidang seni kerana ingin cari pengalaman dan rezeki, bukannya populariti murahan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 03 Feb 2009, 4:31 pm | |
| Nabil peningkan pengarah FILEM komedi Sifu & Tongga yang menggabungkan dua pelawak popular tanah air, Saiful Apek dan Nabil, merupakan percubaan ke-26 Prof. Madya A. Razak Mohaideen dalam genre filem sebegitu. Mungkinkah karyanya kali ini berbeza dengan yang terdahulu? Kali ini, Razak yang bertindak sebagai pengarah filem itu menyatukan elemen pengembaraan dan komedi. Menyahut cabaran dengan membikin filem mengenai Orang Asli yang hidup di gua semenjak melarikan diri daripada tentera Jepun pada tahun 1940-an, Sifu & Tongga memaparkan pelbagai aksi komedi Apek sebagai Sifu dan Nabil yang menghidupkan watak Tongga. Mereka berdua telah mengembara ke Kuala Lumpur dalam misi menyelamatkan Mila (lakonan Fouziah Ghous) yang diculik oleh Tammy, watak antagonis lakonan Erra Fazira. Sepatutnya dengan kombinasi kedua-dua pelakon komedi popular itu filem yang bakal ditayangkan pada 29 Januari ini boleh menjadi lebih berkualiti. Namun, entah di mana silapnya, komedi dan lawak yang disampaikan tidak berjaya menyentuh dasar hati audiens. Mungkin ada babak yang kelakar tetapi secara keseluruhan, filem itu boleh diperbaiki lagi. Namun, jika mahukan hiburan ringan bersama Apek dan Nabil, filem Sifu dan Tongga adalah pilihan tepat. Lagipun, ia merupakan filem pertama yang melihatkan gabungan Apek dan Nabil di layar perak. "Pertama kali digandingkan dengan Nabil adalah satu cabaran yang sukar. Namun, Nabil menyertai produksi ini bukan untuk mencabar sesiapa. "Ini adalah kombinasi baru yang kami tonjolkan supaya dapat melahirkan kelainan kepada penonton," kata Apek yang ditemui selepas tayangan perdana filem itu di Kuala Lumpur baru-baru ini. Menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan salah sebuah gua di Lenggong, Perak, Sifu & Tongga yang menelan bajet RM1.6 juta termasuk kos promosi, ditulis skripnya oleh Shukor Mohaideen. Menyampaikan mesej kekejaman manusia, penggambaran filem itu berjalan selama 25 hari. Namun, penggambaran di gua Lenggong hanya mengambil masa selama lima hari. Masa selama lima bulan pula diperlukan untuk proses pascaproduksi. "Gua itu sebenarnya kosong dan kami telah menyiapkan gua itu tiga minggu sebelum penggambaran. Kami perlu membina gua itu bagaikan sebuah kawasan penempatan," jelas Razak mengenai filem tersebut. NABIL berpuas hati dengan filem pertama lakonannya. Sudah biasa mengarahkan Apek dalam filem-filemnya sebelum ini, Razak mengakui dia pening dengan gelagat Nabil yang selalu berlakon di luar rangka filem. Namun, baginya, Nabil seorang yang cepat belajar dan turut memberikan idea untuk mengembangkan jalan cerita. "Kami selalu berbincang mengenai skrip kerana saya mengamalkan sikap terbuka dengan pelakon saya. Ia memperbaiki filem ini kerana ada kalanya idea mereka amat bagus," tambahnya. Bagi Nabil yang pertama kali melihat dirinya di skrin lebar pula, dia berterus terang mengakui berasa gementar kerana tidak tahu apa yang dijangkakan oleh penonton. Menegaskan dirinya masih perlu banyak belajar, Nabil berpuas hati dengan lakonannya kali ini. KEMUNCULAN FOUZIAH menerusi watak Mila menjadi daya tarikan tambahan filem Sifu & Tongga. "Ini ialah filem pertama saya selepas keluar daripada program Raja Lawak pada bulan Mac 2008. Ada beberapa babak yang sukar bagi saya tetapi Apek dan Razak banyak membantu saya. "Apek dan saya banyak ketawa semasa berlakon. Pengalaman itu amat menyeronokkan," ujar Nabil yang juga bakal muncul dalam filem Pisau Cukur dan Kecoh Betul. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 03 Feb 2009, 4:35 pm | |
| Nurul Ex-Ajai Dah Beli Kuda Sudah hampir 2 tahun penyanyi hitam manis, Nurul dan bekas suaminya, Ajai bercerai. Pun begitu mereka berdua tidak habis-habis terkena tempias berpacaran dengan kekasih baru, maklumlah dua-dua pun popular dan kembali hidup solo. Ramai peminat tahu tentang cerita Ajai yang sedang hangat bercinta dengan orang kuat Maestro Talent, Liza Illias malah mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga sekitar Julai ini. Berita itu bagaimanapun disambut baik oleh Nurul kerana beranggapan Liza paling layak menjaga anak mereka, Ayu. Ayu sendiri dapat menerima kehadiran Liza sebagai bakal ibu keduanya. Bagaimanapun, akhir-akhir ini Nurul dikhabarkan menjalin hubungan intim dengan seseorang dan beliau adalah anak kepada seorang wanita yang berpengaruh. Teman baru Nurul itu memang kacak orangnya. Sejak hidup sendirian juga Nurul turut menceburi bidang sukan berkuda dan khabarnya sudah membeli seekor kuda berbaka baik. Itulah perkembangan Nurul yang popular dengan lagu Tangis Syukur. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Tue 03 Feb 2009, 4:37 pm | |
| Sharifah Zarina kini tokey restoren Sharifah Zarina kini beralih arah ke dalam bidang perniagaan makanan dengan membuka Restoran Baso: Indonesian Cuisine yang terletak di Plaza Mentari, bandar Sunway. Moga dia berjaya dengan bidang barunya ini |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 8:05 am | |
| Maya Nyanyi Semula MatahariMENYANYI dan berlakon dua cabang seni yang dicintainya sejak dulu. Malah, bagi penyanyi yang sinonim dengan nama Maya Matahari ini, dia inginkan kedua-dua cabang seni itu bergerak seiringan. Justeru, tidak hairanlah selepas album terakhirnya, Sinar Cinta pada 1998, Maya, 33, atau nama sebenarnya, Meyanaliza Rusli, kembali lagi dengan mempertaruhkan dua single terbarunya yang berentak moderate, Mata dan Bersalah yang masing-masing ciptaan komposer Cat Farish. “Dua single ini sudah siap dirakamkan dan kini hanya tinggal proses mastering dan buat kulit album saja. Jika tiada aral, ia akan diputarkan di stesen radio tempatan pada pertengahan Februari nanti. “Saya memang tidak merancang buat album penuh dalam kegawatan ekonomi dan pasaran album sekarang. Mungkin saya akan buat album mini saja dan antara lagu yang dimuatkan ialah lagu Matahari yang akan digubah semula dalam konsep yang baru bagi memenuhi permintaan peminat,” katanya. Maya berkata, dia buat single baru itu sebagai penghargaan kepada peminat setianya sejak dulu. Akuinya, menerusi laman web Frienster.com ramai peminat yang bertanya bila dia akan buat lagu baru. “Mereka juga minta saya rakamkan semula lagu Matahari dalam album baru. Pada masa sama, saya buat single baru ini untuk membetulkan tanggapan orang yang menganggap saya pelakon dan bukan penyanyi. “Setiap kali saya buat persembahan untuk majlis makan malam korporat dan persendirian, itulah soalan sama yang saya dengar daripada mereka. Hakikatnya, saya bermula sebagai penyanyi dan berlakon pula sekadar minat sejak lebih 12 tahun lalu. “Saya sedar untuk terus bertahan dalam bidang seni juga tidak mudah kerana memerlukan komitmen dan kerja keras. Itulah prinsip yang saya pegang dari dulu sampai sekarang,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama Anak Betong arahan Azman Yahya atau Jinggo, baru-baru ini. Selain nyanyian, Maya juga masih aktif berlakon sampai sekarang. Antara drama lakonannya tahun ini ialah drama Ta’in 3T, drama bersiri Senario dan terbaru Anak Betong. “Dalam banyak drama yang saya lakonkan, watak Naya dalam drama bersiri Anak Betong paling memberi kepuasan kepada saya. Saya dapat bawa banyak karakter dalam cerita ini iaitu wanita bisu, kelakar, jahat dan turut menyanyi. “Ini kali kedua saya berlakon di bawah produksi JS Pictures selepas drama Ta’in 3T. Pada mulanya, saya terperanjat apabila berlakon dalam produksi mereka kerana mempunyai banyak peraturan yang perlu dipatuhi pelakon. Jinggo dan isterinya yang juga pelakon Sheila Rusly juga akan berterus terang mengenai peraturan yang ditetapkan itu sebelum penggambaran dimulakan. “‘Apa yang penting, pelakon perlu berdisiplin untuk memudahkan proses penggambaran di lokasi. Sebagai pelakon berpengalaman saya tidak ada masalah mematuhi peraturan ditetapkan demi kejayaan drama itu sendiri. “Bagi menjiwai watak, saya sudah dapat skrip sejak sebulan sebelum penggambaran dan apa yang penting ‘kerja rumah’ yang perlu dibuat termasuk meneliti skrip dan watak diserahkan sebelum ke lokasi penggambaran,” katanya. Mengenai perancangannya untuk berkahwin pula, Maya lebih suka menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan. Hubungan Maya dan kekasihnya yang juga ahli perniagaan berjaya itu sudah mencecah tiga tahun. “Jika nak diikutkan, saya memang merancang untuk berkahwin tahun ini. Namun, saya belum boleh beritahu secara terperinci mengenainya buat masa ini terutama tarikh hari bersejarah itu kerana ada perkara penting yang perlu kami selesaikan terlebih dulu. “Malah, fokus saya sekarang adalah kepada dua single baru saya ini. Jika sudah sampai saatnya nanti, pasti saya akan menguar-uarkan kepada media dan peminat berita baik itu kerana mendirikan masjid ini perkara dituntut agama serta tidak perlu dirahsiakan,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 8:21 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 8:43 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 9:26 am | |
| Shamsul Ghau Ghau bersyukur rezeki masih ada SIAPA sangka rezeki hos dan pelakon Shamsul Ghau Ghau akan melimpah ruah sehingga kini selepas menjuarai Sinaran... Pasport Kegemilangan yang pertama pada tahun 1994. Hampir 15 tahun beraksi di dalam arena seni tempatan, perjuangannya masih diteruskan sehingga sekarang memandangkan tawaran kerja yang tidak putus-putus. Seawal penglibatan beliau di dalam industri seni ini lebih menampakkan kecenderungannya di dalam bidang nyanyian dan lakonan, kini pemilik nama Shamsul Azhar Alidin, 41, semakin serasi memonopoli bidang pengacaraan pula. Selain tiga tahun bergelar hos program Apa-Apa Aje di TV3 bersama penyanyi dan pelakon Amy Mastura, terbaru Shamsul ditugaskan untuk mengendalikan program Apa Ke Halnya di TV9 bersama pelawak Din Beramboi, aktor Os dan Juara Gadis Melayu, Khairul Noormaidah Zali atau Aida. Kedua-dua program tersebut disiarkan secara langsung di mana Apa-Apa Aje pada setiap Isnin dan Khamis manakala Apa Ke Halnya pada Jumaat, Sabtu dan Ahad. “Pada tahun 2009 ini, saya ditugaskan untuk mengendalikan dua program oleh Media Prima iaitu Apa-Apa Aje dan Apa Ke Halnya sekaligus memberikan lebih cabaran kepada saya. Shamsul mengacarakan program Apa-Apa Aje bersama Amy Mastura. -foto TV3 “Program Apa Ke Halnya merupakan program bual bicara yang membincangkan isu semasa secara serius tetapi diberi sentuhan santai dan bersahaja. “Di dalam program itu, masing-masing mempunyai karektor tersendiri. Misalnya, saya membawakan karektor orang kelas bawahan yang pandai serba-serbi tetapi berlagak pandai. “Kami tidak diberikan skrip tetapi apabila diberikan topik perbincangan, kami diberi peluang untuk bercakap mengikut kreativiti masing-masing. “Misalnya, kalau kita jemput Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kami akan bertanyakan tentang bagaimana beliau menjaga pemakanan di mana kami menggunakan format persembahan di luar daripada bahasa pengacaraan,” tuturnya. Sebelum ini, Shamsul juga pernah mengacarakan program Mister Potato Gila-Gila bersama Din Beramboi dan penyanyi Maya dan Shamsul At Bazar Ramadan sempena bulan Ramadan pada tahun lalu,” jelas suami kepada Sharifah Azrinah Syed Ibrahim, 35, ini. Bapa kepada Megat Ummar Azhar, 4, ini turut muncul dalam beberapa buah drama bersiri seperti Sari Maya (26 episod), Romeo (13 Episod) dan terbaru Kasut Tumit Tinggi manakala sebilangan filem iaitu Sara, 9 September, Senario The Movie: Episode 1 dan terbaru Sifu & Tongga. Menurut penyanyi yang pernah hits dengan lagu Selamat Jalan Romeo dan Lagu Hit Buatmu ini, beliau bersyukur kerana perjalanan karier seninya masih diteruskan sehingga sekarang. “Alhamdulillah, sehingga tahun 2009 ini rezeki saya masih ada lagi. Saya akan tetap meneruskan karier seni saya mengikut kemampuan saya. “Walaupun sekarang saya agak sibuk dengan pengacaraan, namun tidak bermakna saya akan menolak tawaran untuk berlakon. “Saya akan cuba meluangkan masa untuk pengambaran di sekitar Melaka dan Kuala Lumpur sahaja. “Kadangkala, tawaran untuk berlakon tu ada tetapi disebabkan pertembungan waktu dengan masa saya mengacarakan program tv, jadi terpaksalah saya tolak. “Bukan apa, takut nanti terkejar-kejar pula,” ujar Shamsul yang turut bergelar juri tetap Raja Lawak Astro musim ketiga yang sedang disiarkan di Astro Prima (saluran 105). Selain itu, jika ada masa terluang, Shamsul akan menghabiskan masanya di Restoran Selera Bonda Apa-Apa Aje di Jalan Reko, Bangi milik beliau sekeluarga. Sepanjang restoran tersebut beroperasi kira-kira 10 bulan lalu, Shamsul bersyukur kerana perniagaannya agak memberangsangkan sehingga mampu mengumpul pelanggan tetap terutama waktu tengah hari dan petang. Sebelum ini, Shamsul juga pernah menjadi artis Warner Music selama lima tahun dan muncul dengan dua album, Beza Berbeza dan Oh Ya Ya. Namun, dengan arus perkembangan dunia nyanyian tempatan yang agak merosot sekarang, penyanyi kelahiran Kubu Gajah, Perak ini belum lagi berkesempatan untuk meneruskan agendanya untuk membuat album tetapi sekadar memenuhi undangan persembahan ‘show’. “Sekarang kalau saya nak buat album, saya perlu mengikut arus dan melihat kepada bajet. “Buat masa ini, saya banyak menyertai ‘dinner show’ di mana saya mengacara, menyanyi dan berlawak jenaka. “Kiranya semua ini bonus bagi saya sebab tahun lepas saya susah dan kurang mendapat tawaran ‘show’,” kata Shamsul |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 9:48 am | |
| Gambar Ibu Fouziah Gous Pelakon Sifu & Tongga“Syurga itu di bawah telapak kaki ibu…” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 9:49 am | |
| Gambar Nasha Aziz Majlis Sambutan Tahun Baru Cina RafflesiaNasha Aziz turut hadir di majlis sambutan Tahun Baru Cina yang berlangsung di Le Meridien Kuala Lumpur anjuran Rafflesia dan Mandalay pada 1 Februari lalu. Nasha Aziz yang kini hangat bercinta dengan Nur Iman Tang atau nama sebenarnya Tang Wing Poh yang bekerja sebagai promoter yang selalu bawa artis Indonesia ke Malaysia. Nur Iman telah memeluk Islam pada minggu kedua Ramadan lalu. “Saya menyokongnya untuk menjadi saudara Islam. Yang mana dia sendiri sudah sekian lama berbangga dengan budaya masyarakat Melayu Muslim yang sentiasa menjaga kebersihan, sopan santun dan mempunyai sikap tidak bermegah-megah. Keindahan Islam itu sendiri yang membuatkan hatinya terbuka untuk memeluk agama ini.” Terbaru, Nasha akah berlakon sebagai Puteri Maya Sakti dalam filem epik purba BUNIAN terbitan Adnan Abu Hassan. Pasti mantap dan padu! Good luck Nasha! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 9:52 am | |
| Kekasih Irma Hasmie, Nabil Jadi Pengacara Pondok-Pondok, Studio NabilSelepas dapat jadi pengacara Ewah-Ewah bergandingan dengan Raja Azura, Juara Raja Lawak Nabil akan menjadi pengacara program terbaru di TV9 iaitu Pondok-Pondok dan Studio Nabil. Pelakon Filem Sifu dan Tongga ini akan menghadiri satu sidang media pengenalan program fresh TV9 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Budiey dapat tahu Nabil semakin laris dan ligat berlakon sekarang. Tak cukup dengan filem Kecoh Betul berlakon bersama Diana Danielle, Nabil sekarang sedang menjalani penggambaran filem, Momok The Movie di Temerloh, Pahang. Koleksi Gosip Cinta Nabil & Irma Hasmie:*Ada peminat nampak Nabil dan Irma bersama seorang bayi sedang makan malam di Mutiara Damansara, Irma tidak menafikan perkara itu sebaliknya memberitahu, Nabil menolak kereta sorong bayi, anak angkat perempuannya apabila mereka makan malam di The Curve. *Irma dikatakan menjadi orang ketiga dan menyebabkan cinta Nabil dengan gadis bernama Myra seorang pelajar Universiti Limkokwing, Cyberjaya tergendala. *Padahal, mengikut Nabil, hubungannya dengan Myra dan juga Irma hanya kawan sahaja. Orang bujang, jadi bebas nak kawan dengan sesiapa sahaja. *Irma juga dikatakan pernah berada di dalam kereta Nabil apabila dia menemani pelawak popular itu di lokasi penggambaran filem terbaru lakonannya, Kecoh Betul, baru-baru ini. *Irma pernah dilihat memandu kereta Nabil memasuki perkarangan Sri Pentas TV3, tidak lama dulu. Apabila ditanya, Irma mengaku yang dia ada memandu kereta Nabil. Nabil mengaku yang dia memang rapat dengan pelakon Irma Hasmie. Sekarang masih di peringkat permulaan. Rapat tak semestinya bercinta, kan? Apa-apa pun, Nabil katanya dah mulai sayang kat Irma Hasmie. Lepas sayang, barulah rasa cinta tu akan datang, tak gitu, Nabil? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 10:20 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 11:07 am | |
| Belinda Chee is Getting Married to JoeBelinda Chee, host of 8TV’s quickie will be getting married to Joe Eng Yeow on 10 October this year. Both met while studying at Taylor’s College in Subang Jaya, Selangor. Joe proposed to Belinda on 17 May last year. All the best to Belinda and Joe. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 11:11 am | |
| Belinda Chee in Dubai… Bertudung! BELINDA CHEE IN TUDUNG Belinda Chee looks sweet in tudung. Belinda was in Dubai recently where she was invited to emcee an event. BELINDA CHEE has been impressive on 8TV’s Quickie and practically everyone loves her.. Just hope she stays on the show.. One thing that I want to ask her if I ever get the chance to meet her is “How to overcome KEPUTIHAN??” Hahahahaha.. I guess she must be the expert now that she keeps appearing on TV talking about the subject! BELINDA CHEE IN KEBAYA BELINDA CHEE IN TIGHT SPORTS KIT |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 11:40 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 11:42 am | |
| Jamal Dan Anaknya |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 11:43 am | |
| Amy MasturaAmy bawa anak dia masa pertandingan boling inter fan club |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 11:44 am | |
| Sharifah Shahira N Family |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 11:46 am | |
| Dr.Fazley n Wife bawa baby dkt jualan lelong amal... |
| | | meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 12:01 pm | |
| dah nak roboh dah ni sally...karang bising lak awin....hehehe.... sally leh cari gambo anak nora danish x?... teringin nak tgk..... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 12:14 pm | |
| Eira Syazira mahu cari lelaki MaskulinNama pelakon ini sudah mula meniti di bibir peminat drama-drama tempatan dewasa ini. Selepas drama bersiri “Sindarela”, “Ku Milikmu” pula menyerlahkan lagi bakat lakonaan yang terdapat dalam dirinya. Tidak menyangka menjadi popular seperti yang dilihat pada hari ini, di peringkat awal penglibatannya sekadar mengikut rakan-rakan menjadi pelakon tambahan. Hadir ke studio untuk sesi fotografi. Wanita Pilihan isu Februari, Maskulin menemukan anda semua bersama pelakon yang memiliki karakternya tersendiri, SYAZIRA SHUHAIMI atau lebih dikenali sebagai Eira Syazira, 24. Anak kedua daripada enam adik beradik ini mula menjinakkan diri dalam dunia lakonan selepas tamat persekolahan. Terkenal di sekolah kerana sering bersama kakak yang beza usia setahun sahaja daripadanya. Mereka antara yang dikategorikan pelajar-pelajar cantik, maka tidak hairanlah ia sering menjadi pilihan ramai lelaki untuk berkenalan atau mengusik manja. Semua sudah maklum akan karier lakonannya yang semakin cerah, ayuh kita lihat Eira Syazira dari sudut yang berbeza pula. Pandangan anda tentang lelaki Malaysia kini… Agak sukar untuk mencari lelaki yang berkualiti sekarang. Sebelum mengenali, mereka tampak seakan memiliki kriteria-kriteria lelaki sejati, namun setelah mengenali dengan lebih dekat, mereka tidaklah menepati ciri-ciri itu. Ada yang seakan kelihatan macho tetapi sebenarnya homoseksual. Begitulah yang berlaku sekarang… Pandangan anda tentang lelaki dari luar negara…Saya mempunyai seorang sepupu yang tinggal di Los Angeles. Sekali sekala pulang dia ada membawa rakan lelakinya. Mereka mempunyai karakter yang tersendiri dan begitu nampak terpelajar. Ini termasuk dari segi gaya dan percakapan. Mereka tidak bercakap perkara yang bukan-bukan. Sifat lelaki yang membuatkan anda jatuh cinta?Saya suka lelaki yang kelakar dan sentiasa tenang menghadapi dugaan. Selain itu, kebijaksanaan menangani masalah akan meyerlahkan lagi kelakiannya yang juga boleh membuat saya tertarik. Selain itu, dia mestilah seorang yang pembersih dan wangi! Jika melihat dari paras rupa saya suka yang berwajah menarik ala-ala Cina dan rambut bergaya ala-ala David Beckham. Badan pula mesti tinggi dan tegap. Tetapi bukan umpama ahli bina badan… Sifat lelaki yang anda tidak suka?Saya tidak menyukai lelaki yang pengotor, cakap tak serupa bikin, poyo, cuba berlagak cool dan perasan bagus. Golongan begini Eira akan hindari. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 12:20 pm | |
| Linda Jasmine :“Que terima cerewet luar biasa…” Linda Jasmine menarik nafas panjang lalu merebahkan pinggulnya di kerusi malas, sedia untuk didandan sebelum sesi fotografi bermula. Anak kecilnya, Qalif Khan yang hadir bersama masih merengek dengan suara manja kerana pergelangan tangannya dikatakan masih sakit akibat bermain di rumah. Namun sesekali, Qalif menerpa ibunya lalu memeluk dan melafazkan I love you mom! Begitulah eratnya jalinan kasih sayang antara ibu dan anak, biarpun Linda agak tegas membesarkan Qalif. Kini Qalif bakal menerima ayah baru dalam hidupnya dan bila ditanya dengan persoalan tersebut, jawapan Qalif ringkas ‘Well he’s ok!’ Benarlah kata Linda, “Qalif senang sekali untuk serasi dengan sesiapa sahaja dan dia seolah-olah sudah punya naluri awal bahawa ibunya akan mengahwini Que. Antara saya dan Qalif terlalu rapat, jika saya ke kiri, ke kiri jugalah dia,” jelas Linda yang cukup senang hatinya bila Que dapat meluangkan masa bersama Qalif jika dia benar-benar sibuk. Buang sifat cerewetSejak Linda berpisah dengan bekas suaminya hampir 3 tahun, Qalif adalah segalagalanya dan kini Que hadir membuka lembaran baru. Bertuah, kini ratu tari mempunyai dua orang Q dalam hidupnya. Menyingkap kisah Linda dan Que, hubungan itu mula terjalin dan rapat sejak di hujung AF6. “Pada awalnya kami hanya kenalan biasa, Que seorang yang bersahaja, peramah dan senang didekati. Bila berjumpa, dia banyak bercerita tentang kisah hidup dan aktiviti hariannya. Sehinggalah satu hari sebelum masuknya bulan puasa dia asyik bercerita tentang ciri-ciri wanita pilihannya dan saya berkata semuanya itu seperti yang ada pada saya sahaja (sambil ketawa dalam nada gurauan) Ya! Itulah yang dimaksudkannya, lalu bertanya sama ada saya ingin berkahwin? Pantas sekali saya menjawab... Ya! Tetapi saya ingat itu sekadar gurauan. Rupanya Que melamar saya untuk menjadi isterinya. Setelah beberapa kali menyoal, barulah saya setuju” cerita Linda mengimbas saat-saat mula beliau dilamar. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 12:27 pm | |
| Pakai baju jarang di AJL Bukan sengaja nak tayang badan - Akma GARA-GARA baju hitam yang digayakan ketika menghadiri Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) baru-baru ini, nama Akma AF tiba-tiba menjadi bualan ramai. Apa tidaknya, baju hitam dari koleksi peribadinya itu jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya dengan jelas. Malah, dek kerana terkena pancaran ‘flash’ kamera juga, baju tersebut turut menampakkan sebahagian daripada pakaian dalamnya. Rentetan daripada itu, gambar yang diambil ketika sesi Karpet Merah sebelum majlis AJL23 itu mula tersebar di internet. Imej sopan yang ditonjolkan oleh Akma sebelum ini mula dipertikaikan. Lebih teruk lagi, penyanyi tinggi lampai ini dikecam hebat kononnya sengaja untuk tampil dengan pakaian yang sebegitu untuk menarik perhatian peminat umumnya. Ketika dihubungi BACARIA untuk meminta penjelasan, Akma atau nama penuhnya Asiahtun Akma ini melahirkan rasa terkejut. Mengakui tidak tahu-menahu dengan keadaan baju tersebut ketika di bawah pancaran ‘fl ash’ kamera yang kemudiannya menjadi bahan bualan ramai, Akma menyatakan rasa kesalnya. “Saya minta maaf kepada semua peminat jika kejadian itu menimbulkan rasa kurang senang pada mereka. Secara jujurnya, saya langsung tidak perasaan baju itu begitu jarang di bawah cahaya yang terang. Kalau saya tahu, tak mungkin saya akan memakainya. “Baju itu dari koleksi peribadi saya dan sudah pernah pakai. Tak sangka pula bila pakai di AJL, jadi macam ini pula. Lagipun sebelum tampil di Karpet Merah itu, tiada siapa pun yang tegur. Jadi, saya berasakan baju itu tidak ada masalah,” luahnya terus-terang. Begitu pun kata anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga, apa yang berlaku ini akan dijadikan pengajaran buatnya di masa depan dan selepas ini akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian. “Saya bukanlah seorang yang gemar memakai pakaian yang terdedah sana-sini. Selama ini pun, saya lebih selesa dengan imej yang sopan walaupun gemar mengikuti fesyen semasa. Tambahan pula, keluarga saya juga suka menegur saya kalau mereka merasakan pakaian yang saya pakai itu tidak sesuai untuk saya. “Apa pun, perkara sudah berlaku dan tidak boleh ditarik balik. Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini, saya bukan dengan sengaja memakai pakaian itu semata-mata mahu menarik perhatian orang lain. Saya amat berharap, agar gambar tersebut tidak terus disebarkan apatah lagi disensasikan,” pohonnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 12:30 pm | |
| Fitnah Elyana hamil! Ibu mohon jangan keruhkan keadaan“SAYA tahu bukan semua orang sukakan anak saya, tetapi kalau tidak suka sekalipun, janganlah memfitnah dia sampai begitu sekali. Saya sebagai ibu rasa sangat terpukul dengan fi tnah yang langsung tidak masuk akal itu.” 2 bulan Elyana sakit misteri Jangan fi tnah anak saya - Ibu“DIA (Elyana) sering mengadu sakit pada saya. Sakit perut dan sakit kepala sampai kadangkadang satu hari tak boleh bangun. Badannya juga sentiasa panas walaupun tak demam. Apabila saya bawa jumpa doktor untuk buat pemeriksaan, doktor kata dia hanya sakit biasa. Tapi saya peliklah, kalau sakit biasa takkanlah sampai macam itu sekali. “Jadi, saya bawa dia untuk berubat secara tradisional. Mulanya dia menolak kerana tak percaya dengan benda-benda misteri tetapi agaknya sebab sudah tak tahan dengan apa yang dia lalui, akhirnya dia bersetuju. Agak mengejutkan bila pengamal perubatan tradisional itu memberitahu anak saya terkena buatan orang,” akui Shamsidar Alias, 46, ibu kepada penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu, Elyana ketika dihubungi BACARIA. Sejak Disember lalu, penyanyi yang cukup terkenal dengan imej tanpa sepatu ini dikatakan sering sakit-sakit dan berada dalam keadaan emosi yang tidak menentu. Menurut ibunya lagi, keadaan itu semakin ketara apabila Elyana terlibat dengan majlis-majlis besar atau aktiviti-aktiviti penting. Tidak mahu bersangka buruk apatah lagi menuduh sembarangan, ibu penyanyi berkenaan menyedari sebagai seorang artis, sememangnya anaknya itu tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Mengakui mungkin ada yang merasa kurang senang dengan anaknya tetapi tidak terfi kir sejauh itu perkara ini boleh terjadi. “Saya kasihan melihat keadaan anak saya yang menderita sakit. Dia pula jenis yang tidak suka susahkan orang. Dia sakit, tetapi dia tetap pergi kerja. Waktu dia menjalani penggambaran Renjis 2, dia terpaksa beberapa kali berjumpa doktor untuk mendapatkan suntikan tahan sakit sebab tidak mahu cuti. “Sebagai seorang ibu, tentulah saya tak sampai hati melihat keadaannya itu dan cuba mencari ikhtiar dengan berubat secara tradisional. Alhamdulillah, selepas berubat dia semakin pulih walaupun tidak sepenuhnya. Itu yang badan dia sekarang ni dah makin naik dan agak berisi berbanding dulu,”ujarnya lega. Bagaimanapun, lain yang berlaku lain pula cerita yang tersebar di internet. Kecoh seketika apabila Elyana difi tnah kononnya kini semakin berisi kerana telah hamil. Mengakui begitu kecewa dengan fi tnah yang dilemparkan itu, ibu Elyana memohon agar ia dihentikan segera. “Saya tahu bukan semua orang sukakan anak saya, tetapi kalau tidak suka sekalipun, janganlah memfi tnah dia sampai begitu sekali. Saya sebagai ibu rasa sangat terpukul dengan fi tnah yang langsung tidak masuk akal itu. “Dalam masa yang sama, saya juga kasihan dengan dia. Sudahlah sakit, difi tnah pula dengan benda yang macam ini. Bukankah lebih baik kalau kita doakan agar kesihatannya kembali pulih dan dapat bekerja seperti biasa,” ujarnya dengan nada yang kesal. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 12:32 pm | |
| Nabil Masih Seperti DuluBerjaya sebagai pelawak bukanlah sesuatu yang perlu di-megah² @ di-bangga²kan oleh Ahmad Nabil Ahmad. Gelaran “Raja Lawak” musim kedua yang dinobatkan kepadanya adalah satu tanggungjawab besar yang harus dipikulnya dalam membuktikan dia seorang Raja Lawak yang betul² lawak. Jadual PadatKala ini, selain terkenal sebagai seorang pelawak yang disegani, Nabil juga giat menjadi pengacara bagi beberapa program antaranya “Melodi”, “Lu Pikir La Sendiri Nabil” & yang terbaru “Pondok- Pondok” iaitu sebuah rancangan kanak². Seperkara lagi yang tak perlu nak dinyatakan secara mendalam, Nabil turut menjadi rebutan penerbit & pengarah² fi lem tempatan. “Saya bersyukur kerana banyak juga saya dapat tawaran mengacara beberapa majlis, walaupun saya sedikit sibuk dengan penggambaran fi lem. Antara filem² yang saya terlibat seperti “Lu Pikirlah Sendiri De Movie”, “Sifu & Tongga”, “Jin Notti”, “e-Hantu”, “Pisau Cukur”, “Kecoh Betul” & “Momok”. Tak hanya tertumpu pada fi lem, saya ada juga berlakon drama & telefilem. Saya akui memang jadual saya padat tapi saya perlu uruskan masa dengan baik agar tak berlaku pertindihan,” ujar Nabil sambil tak henti² berterima kasih kepada keluarga yang banyak memberinya sokongan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 12:34 pm | |
| Miliki Resort: Puan Sri Zu Ghairi capai impian Kepenatan memandu dari Shah Alam ke Dungun, Terengganu selama lima jam diiringi hujan lebat sebaik memasuki Cherating seakan terubat kala tiba ke destinasi kami. Dari Cherating kami melalui beberapa daerah lain seperti Kemaman, Cukai & Kerteh sebelum memasuki Dungun. Ketika kereta yang dipandu membelok ke UiTM Dungun terpesona melihat pemandangan laut Cina Selatan. Walaupun hujan lebat dan ombak besar menghempas pantai, ia langsung tidak mencacatkan pemandangan. Lebih kurang satu kilometer dari UITM Dungun, saya dan jurugambar tiba di hadapan ruang legar Ulek Beach Resort. Sebaik kaki melangkah keluar mata saya tertumpu kepada seorang wanita sedang berdiri di sudut ruang legar dengan pakaiannya yang begitu simple, berseluar jeans dan blaus putih dengan rambut melepasi bahu. Kemunculannya sebagai penyanyi dan pelakon di awal tahun 80-an hanya untuk beberapa ketika sahaja sebelum terus menghilangkan diri tanpa sebarang berita. Pada bulan Oktober 2008 MIDI diberitahu bahawa dia kini berada di Dungun Terengganu menjalankan perniagaannya sendiri. Lalu MIDI menghubunginya dan dengan ramah menjemput kami ke sana. Setelah beberapa kali tertunda akhirnya pada penguhujung Disember barulah saya berpeluang menemui Puan Sri Zubaidah bt Mohd Ghairi atau lebih di kenali dengan nama komersialnya Zu Ghairi. Wajahnya tidak banyak berubah walaupun sudah lama meninggalkan dunia hiburan. Matanya asyik memerhatikan tetamu yang datang. Tanpa menunggu lama saya berjalan ke arahnya lalu memperkenalkan diri. Dia kelihatan agak terkejut, mungkin tidak sangka saya akan tiba awal dari waktu yang sepatutnya. Dengan spontan dia memanggil Zura iaitu pegawai perhubungan korporat memperkenalkan kami berdua. Sejurus kemudian kami dihidangkan minuman sebagai tanda selamat datang kepada tetamu yang ingin menginap di situ. Berfikiran terbuka, pintar, punya semangat yang tinggi, tidak mudah berputus asa, mempunyai keazaman yang kuat dan agak degil. Walaupun punya gelaran namun itu tidak menjadikan dirinya sombong dan berlagak dan walaupun agak degil tetapi mahu menerima pendapat orang lain sekiranya pendapat yang dikemukakan benarbenar berasas dan logik. Dia juga pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan dan pandai ‘bawa diri’. Itulah yang dapat saya katakan setelah menghabiskan masa berjam-jam berbual-bual dengan wanita yang dilahirkan pada bulan Julai ini. Pelbagai topik kami bicarakan, dari hal yang remeh-temeh hinggalah hal-hal yang serius.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 12:41 pm | |
| Nabil, Irma Tengah Main-Main Cinta!KL, 3 FEB 2009: Amboi... bukan main asyik lagi si Nabil Raja Lawak 2 dan pelakon cantik Irma Hasmie berdating ekkk... Murai Batu dah tahu kat mana port mereka suka lepak-lepak, berbual dan bermain mata. Kalau dah masing-masing tinggal berjiran di kawasan Damansara, maka The Curvelah tempat mereka selalu memadu cinta. Haaa, kantoi.. Rasanya, ketika ini ramai wartawan dan peminat dah tahu mereka semakin intim. Intim bersahabat ke atau bercinta? "Buat masa ini saya tidak mahu declare apa-apa lagi. Terlalu awal nak panggil diri kami lovers. Kami berdua kena study lagi diri dan hati budi masing-masing apabila dah sesuai, kami akan declare," akui Nabil kepada rakan baik Murai Batu, malam tadi. Soalan cepumas atau 'Slumdog Millionaire' - adakah ibu bapa Irma dah berjumpa dengan Nabil yang tengah meletup-letup dengan filem Sifu & Tongga yang laris iteww? "Aiii, itu pun belum lagi. Macam saya cakap tadi, kami hanya berkawan dan lebih banyak bergayut dalam telefon. Saya suka Irma sebab dia boleh layan jokes saya. Irma pun kelakar dan suka buat lawak," kata Nabil pada kawan Murai Batu itu lagi. Hah, yang pasti itulah bunga-bunga cinta pasangan yang tengah popular ketika ini. Nabil, 26, dulu pernah rapat dengan seorang gadis dari Universiti LimKokWing bernama Mira manakala Irma, 27, pula pernah putus cinta dengan Farid Kamil. Murai Batu harap, Nabil dan Irma akan siramkan putik kasih mereka menjadi bunga-bunga cinta. Mana tahu tahun ini kita akan melihat satu lagi pertunangan atau perkahwinan yang romantis. Auuuuw, Murai Batu jugak yang janda macam Mak Minah Lodging! |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 1:06 pm | |
| sally, ada news kt atas 2 yg akak dh post b4 thiz... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 2:15 pm | |
| Romantika Mawi-Ekin-------------------------------------------------------------------------------- SIKAP skeptikal sesetengah pihak yang melabelkan golongan artis yang telah mendirikan rumah tangga akan hilang populariti seharusnta dibuang ke tepi. Buktinya, kemunculan Mawi dan isterinya Ekin pada karnival amal mengumpul dana untuk rakyat Palestin yang diadakan di Amcorp Mall, Petaling Jaya, Sabtu lalu, terus mendapat perhatian peminat. Aura anak seni yang popular dengan lagu Aduh Saleha itu dilihat terus terpancar tanpa ada pudarnya walaupun Mawi sudah menjadi suami orang pada 20 Disember tahun lalu. Mawi dan isteri tidak menang tangan melayan peminat yang mengerumuni gerai aiskrim bagi mengutip dana buat rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang menderita akibat sikap tidak berperikemanusiaan Israel. Bukan itu sahaja, peminat turut berebut-rebut untuk bergambar dengan pasangan merpati dua sejoli itu walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM10 bagi disalurkan ke tabung kebajikan Palestin. Mawi yang muncul buat pertama kalinya di khalayak ramai setelah bercuti panjang berbulan madu mengakui terharu dengan sambutan yang ditunjukkan peminat. "Memang berdebar jugalah pada mulanya lebih-lebih lagi ini merupakan pertama kali saya muncul sebagai seorang suami serta ditemani isteri. "Sebelum ini memang ada yang berkata biasanya selepas artis berkahwin mereka akan kehilangan aura dan peminat pula mulai hilang sedikit demi sedikit. "Dalam soal ini, ternyata ia tidak berlaku. Saya cukup bersyukur dengan peminat yang masih menyokong kerjaya seni saya," bicaranya sambil memanjatkan sepenuh kesyukuran dengan rezeki yang berpihak kepada dirinya. Hanya kegembiraan yang terlukis pada wajah anak kelahiran Felda Taib Andak, Johor Bahru itu apabila gerai aiskrim yang mereka 'usahakan' di Amcorp Mall mendapat sambutan di luar dugaan. "Banyak juga aiskrim yang berjaya dijual. Boleh dikatakan berkotak-kotak hingga tidak cukup tangan saya dan isteri dibuatnya. "Mungkin faktor harga yang murah, tiga kotak dijual pada harga RM10, membuatkan orang ramai berpusu-pusu membeli. "Situasi seumpama ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus melakukan kerja amal," kata Mawi yang turut terlibat dalam konsert khas di Istana Budaya pada malam Sabtu lalu. Mawi juga tidak ketinggalan melelong seluar denim jenama Guess miliknya yang masih belum disarungkan dan kasut buatan pereka tersohor antarabangsa, Salvatore Ferragamo. Mawi dan Ekin sebenarnya baru sahaja melangkah kaki kembali ke tanah air pada 22 Januari lalu setelah berbulan madu selama seminggu di Korea. Sebaik pulang ke Malaysia, Mawi dan Ekin bercuti di Tanjung Sedili selama seminggu bagi menghabiskan sisa-sisa percutian panjang mereka setelah diijabkabulkan. Momen romantis di KoreaBercerita lebih lanjut tentang percutian indah di Korea, Mawi berkata, mereka menuju ke destinasi romantis, Nami Island. "Kami sempat menyaksikan beberapa persembahan menarik di sana. Kenangan berada di Nami Island sambil berbulan madu memang tidak dapat dilupakan," beritahu Mawi sambil mengerling manja Ekin yang berada di sisinya. MEMORI indah. Mawi kembali membawa Ekin ke tempat dia mula-mula melamar isterinya itu. -------------------------------------------------------------------------------- Si isteri yang jelita dan ayu bertudung, yang pada awalnya hanya terdiam, mula membuka mulut. Menurut Ekin yang berpakaian sedondon kelabu sama dengan Mawi, dia cukup seronok dapat melawat Korea. "Kalau sudah namanya pergi berbulan madu, mestilah saya gembira ditambah dapat melihat keindahan negara orang. "Sambil itu saya turut terkenangkan saat dilamar Mawi yang ketika itu berada di Korea. "Kiranya percutian kami ke Korea menjadi pengalaman paling manis sepanjang hidup saya," akui Ekin, 29, sambil tertawa manja. Puas sudah bercuti selama dua minggu, jadual kerja Mawi yang padat semasa zaman bujangnya sebelum ini tidak menampakkan perubahan walaupun sudah bergelar suami. Sebaik sahaja tamat agenda di karnival amal, pemuda berusia 27 tahun itu terus berkejar ke Istana Budaya, Kuala Lumpur bagi menjayakan Rayuan Dana Atas Nama Kemanusiaan yang dinaungi oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Difahamkan, Mawi tidak berapa sihat dan sedikit kepenatan berkejaran ke sana ke mari. Demi tidak menghampakan jemputan yang mengkehendaki dia berada di tempat berlainan, Mawi terus menggagahkan diri. Itulah tanda Mawi masih diperlukan masyarakat meskipun terdapat suara-suara jahat mengaitkan penyanyi bersuara jantan itu akan hilang bintangnya selepas mendirikan rumah tangga. Tampil berbaju putih, Mawi menyampaikan sebuah lagu yang berjudul Allah Habibi dalam majlis yang turut diserikan oleh Misha Omar, Jaclyn Victor, Ramli Sarip dan ramai lagi. Persembahan Mawi di Istana Budaya bagaimanapun tidak mengecewakan kerana dia yang terkenal mendendangkan lagu-lagu berirama tradisional kontemporari dan nasyid berupaya menzahirkan perasaan simpatinya dalam lagu tersebut. BUKTI masih popular. Mawi dan Ekin meraih sambutan hangat peminat yang hadir pada karnival amal bagi mengumpul dana untuk rakyat Palestin di Petaling Jaya baru-baru ini. -------------------------------------------------------------------------------- Audiens yang hadir seolah-olah terpukau mendengar rintihan dan vokal Mawi pada majlis itu sambil diiringi penari latar. Yang di-Pertuan Agong turut berangkat ke majlis itu. Turut hadir ialah Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun. Paling menggembirakan, kutipan Rayuan Dana Atas Nama Kemanusiaan bagi membantu meringankan beban dan penderitaan rakyat Palestin berjaya mengumpulkan sebanyak RM10.7 juta sejak ia dilancarkan pada 15 Januari lalu. Kumpulan Utusan turut menghulurkan sumbangan sebanyak RM100,000 menerusi Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 2:18 pm | |
| Amaran Audi Mok AUDI Mok (kiri) dan Faizal Tahir bersama trofi kemenangan mereka menerusi lagu Sampai Syurga pada AJL23 lalu. RASANYA belum terlewat untuk Papa ucapkan tahniah kepada Audi Mok di atas kemenangannya menjuarai kategori Balada pada Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) yang baru lalu. Walaupun tidak menjulang gelaran juara, memang tidak dapat dinafikan lagu Sampai Syurga cukup hebat dan berhantu serta meresap di jiwa. Adatlah apabila hasil kerja seseorang komposer itu diiktiraf, mulalah namanya akan menjadi pilihan para penyanyi yang mahu menyanyikan lagu mereka. Begitu juga yang dialami Audi kini apabila mula menjadi rebutan penyanyi yang mahukan sentuhan magisnya sehingga Audi tidak menang tangan dibuatnya. Tetapi, harus diingat. Awal-awal lagi, Audi sudah memberikan amaran. Kalau mahukan lagunya, penyanyi itu tidak boleh menyuruhnya mencipta lagu sama seperti lagu yang sudah diciptanya sebelum ini seperti lagu Drama nyanyian Ning Baizura, Nikki dan Yanie, Malu Tapi Mahu (Dina) serta Caramu (Nikki dan Zahid). Bagus juga kalau Audi buat begitu kerana pada Papa, tidaklah nanti kedengaran lagu-lagu yang dihasilkan semuanya sama. Bukanlah tujuan Audi mahu berlagak mahupun sombong, tetapi itu tidak akan mencabar kreativitinya sebagai seorang komposer. Papa dengar juga ada seorang penyanyi lelaki yang sudah pun menyampaikan hajatnya kepada Audi untuk mencipta sebuah lagu yang ada sentuhan seperti Sampai Syurga. Nampaknya, penyanyi itu kenalah lupakan hasratnya kerana Audi tidak akan kitar semula lagu-lagunya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 2:19 pm | |
| Teguhnya cinta Ning - OmarKENANGAN indah di majlis pernikahan Ning dan Omar di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur, tahun lalu. TANGGAL 31 Januari lalu, 'pelayaran bahtera' perkahwinan penyanyi Ning Baizura bersama suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton genap mencecah usia setahun. Pejam celik, pejam celik, tanpa disedari, masa berlalu pantas dan bagaikan baru semalam rasanya mereka melangsungkan perkahwinan. Menyorot kembali ke detik 31 Januari 2008, hubungan cinta mereka termeterai akhirnya dengan ikatan pernikahan selepas lebih setahun mengenali hati budi masing-masing. Omar dikenali Ning tatkala penyanyi yang cukup popular dengan lagu Awan Yang Terpilu itu menghadiri majlis perkahwinan rakannya di Bali, Indonesia pada awal September 2006. Ketika itulah hubungan mereka mula terjalin dan tanpa disangka ia terus terikat bagaikan tali bersimpul mati. Omar kemudiannya memeluk Islam pada 7 Julai 2007 di Islamic Outreach, Jalan U-Thant, Ampang lantaran hatinya terbuka untuk menerima Islam. Kini, selepas setahun berlalu, ikatan kasih serta cinta Omar terhadap Ning dan begitu juga Ning kepada Omar tetap utuh. Sebagai mengukuhkan lagi kasih dan cinta mereka, baru-baru ini, Ning dan Omar sempat menghabiskan masa bercuti ke bandar Melaka. Selain menenangkan fikiran dan melarikan diri sejenak daripada hiruk pikuk kesibukan kotaraya Kuala Lumpur, ia juga adalah untuk meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Melawat lokasi-lokasi yang mempunyai nilai sejarah dan klasik, Ning serta Omar tidak lupa menghubungi beberapa nama dan kenalan sebagai ungkapan terhutang budi atas bantuan yang dihulurkan ketika berlangsungnya majlis pernikahan mereka. "Ketika di Melaka, kami menetap di sebuah hotel yang cukup klasik. Jalan-jalan, lihat tempat bersejarah dan pergi spa. "Masa berlalu pantas dan rasa seperti baru semalam kami berkahwin," ujar Ning ketika ditemui di majlis Rafflesia & Mandalay Chinese New Year Gala Dinner di Hotel Le Meridien, hujung minggu lalu. Pada majlis itu, Ning yang ditemani Omar mengenakan pakaian rekaan Bill Keith di samping memperagakan koleksi gelang jed Mandalay sempena Tahun Baru Cina bernilai RM388,000. Ning dan Omar bernikah pada 31 Januari tahun lalu di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur. Dengan wang hantaran sebanyak RM66,666.66, Ning turut menerima mas kahwin berjumlah RM80 daripada Omar. Menyambung cerita setahun usia perkahwinan, Ning berkata, walaupun tidak dihadiahkan barangan mewah, hatinya terharu dan terusik dengan apa yang telah dilakukan oleh suaminya. "Dia (Omar) telah membuat sendiri sebuah album gambar setebal 20 muka surat yang mengandungi gambar-gambar kenangan kami sejak mula berkenalan sehingga kahwin. "Album itu cukup lengkap dengan kapsyen. Tatkala menerimanya, saya menangis dan tidak tahu bila masanya dia menghasilkan album berkenaan. "Hadiah ini tidaklah mahal tetapi ia cukup bermakna dalam hidup saya. Keluarganya pun ikut sama bantu buat album itu,'' jelas Ning. Menurutnya, ulang tahun pernikahannya dan Omar bertambah seri apabila mereka menerima hadiah berupa anting-anting, cincin, rantai dan kafling mutiara Rafflesia daripada Pengarah Urusan Jewellery Circles Sdn. Bhd., Winnie Sin. "Terharu rasanya dapat hadiah ini. Saya amat berterima kasih kepada Winnie dan suaminya,'' katanya. Ditanya mengenai cahaya mata, Ning yang kini berjinak-jinak dengan perniagaan pakaian lelaki berkata, ia adalah impian bagi setiap pasangan yang berkahwin. "Kalau ada rezeki tahun ini, alhamdulillah," jawabnya ringkas. Perkembangan terbaru Ning Sementara itu, menjawab soalan tentang perkembangan kariernya, Ning memberitahu bahawa single terbarunya iaitu Mimpi dan Embunan Bersinar semakin mendapat tempat di hati peminat. Katanya, kedua-dua buah lagu terbabit boleh didengari di laman webnya iaitu www.ning-baizura.com. "Saya juga akan menjalani penggambaran untuk filem terbaru terbitan KRU Studios berjudul Magika. "Dalam filem tersebut, saya memegang watak Puteri Gunung Ledang. Magika adalah sebuah filem muzikal dan menampilkan banyak pelakon ternama lain,'' ujarnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 2:24 pm | |
| Wadah baru Remaja SHERINA NORDIN (dua dari kanan) bersama tiga hos baru Remaja (dari kiri), E'One, Azura dan Deq' Wan. Program itu muncul dengan wajah dan konsep baru bermula semalam. SETELAH menjangkau usia 16 tahun rancangan televisyen popular khusus untuk golongan belia, Remaja sekali lagi mengalami transformasi apabila tampil dengan wadah dan wajah baru bermula 1 Februari lalu. Mula diperkenalkan pada Mei 1993 dengan nama Remaja Serba Boleh (RSB), program itu telah diubah suai formatnya kepada bentuk infotainment. Kini, Remaja lebih memberikan fokus kepada keperluan remaja masa kini, sejajar dengan peredaran zaman. Tambahan pula, usia rancangan berbentuk majalah itu telah lama, memerlukan ia memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjalankan tanggungjawab sosial khususnya dalam komuniti remaja tempatan. Baru-baru ini pelancaran musim baru Remaja telah diadakan dan apa yang pasti pembaharuan Remaja dapat dilihat daripada segi konsep baru yang sesuai dengan aspirasi dan trend masa kini, sentuhan montaj dan grafik yang lebih ceria dan bertenaga. Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Sherina Nordin optimis Remaja musim baru mampu menarik lebih ramai penonton khususnya di kalangan remaja yang berumur 13 hingga 21 tahun. Seiring dengan musim terbaru ini, pengisian Remaja katanya, turut diperbaharui bagi menepati kehendak dan cita rasa remaja masa kini. Turut menyelitkan elemen hiburan, pengisian segmen Remaja lebih menarik, berkonsepkan aktif, menyeronokkan serta bertenaga. Paparan yang bakal diketengahkan juga meliputi gaya hidup, aktiviti fesyen, muzik, sukan, isu semasa dan banyak lagi. Segmen terbaru, Remaja Open-Mic pula memberikan peluang kepada semua remaja yang berbakat dalam bidang muzik dan nyanyian atau lebih dikenali indie band. Muzik indie diberi peluang memandangkan ia semakin mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan. Remaja melalui segmen ini ingin menyediakan platform kepada kumpulan remaja indie untuk menonjolkan bakat mereka sambil menghiburkan penonton remaja. Satu lagi segmen terbaru ialah Career @ Remaja. Segmen ini memfokuskan remaja dan kerjaya. Melalui segmen ini, Remaja memberi inspirasi kepada golongan penonton remaja mengenai bidang kerjaya yang ingin diceburi. Career @ Remaja ini boleh dijadikan panduan terutamanya remaja yang ingin atau masih tercari-cari kerjaya idaman mereka. Refleksi yang merupakan segmen bual bicara santai akan terus berfungsi membincangkan isu-isu semasa mengenai pergolakan dalam dunia remaja sama ada melibatkan perkara positif mahupun sebaliknya. Segmen ini merupakan kepekaan dan keprihatinan krew Remaja dalam berkongsi idea dan saranan untuk bersama-sama memimpin remaja dalam mengharungi cabaran arus globalisasi. Tidak hanya bertumpu kepada studio, ada kalanya Refleksi juga akan melibatkan aktiviti luar studio seperti kem motivasi dan sebagainya. Selain itu, segmen Hot, Happening & Stylo akan membincangkan perkara berkenaan gaya hidup remaja sekarang, selain daripada fesyen dan aksesori terkini yang menjadi kegilaan remaja. Tidak hanya bertumpu kepada penampilan fizikal semata, panduan dalam memilih fesyen dan aksesori yang bersesuaian dengan dengan gaya penampilan selain turut membawa penonton ke aktiviti, majlis atau tempat-tempat menarik yang menjadi tumpuan golongan muda-mudi. Bagi peminat teknologi, Gadgets terus menemui peminat dengan meneliti dan memperkenalkan peralatan terkini yang terdapat di pasaran. Ia juga meliputi fungsi dan keistimewaan alatan tersebut. Tidak ketinggalan, segmen Buletin yang akan terus melaporkan berita-berita yang berkaitan dengan remaja dari semua aspek. Muka baru hos Remaja Selaras dengan pembaharuan Remaja, pengacaranya juga turut berubah. Melibatkan orang yang berbeza, E'One, Azura dan Deq'Wan sebagai pengacara baru, sekali gus menjadi koleksi pengacara Remaja. Sebelum ini, Remaja pernah dikemudi oleh Kamarul Bahrin, Intan Hamzah, Aidid, peserta Mentor musim pertama, Nabil dan yang terbaru Juliana Evans yang bergandingan dengan Aliff. Namun, kelainan pengacara Remaja pada musim baru ini juga terletak pada wajah tiga anak muda iaitu E'One, Azura dan Deq'Wan. Ketiga-tiga mereka akan membawa penonton mendalami topik perbincangan dengan melibatkan diri secara langsung dalam mencari bahan dan melakukan tugas pengacaraan dengan cara mereka sendiri. Menurut Penerbit Eksekutif Remaja, Azura Karim, pembaharuan fungsi pengacara tersebut yang lebih berfungsi sebagai wartawan penyiaran dilihat perlu bagi mendekatkan diri pengacara kepada penonton dan orang ramai. "Apabila mereka (pengacara) turun padang, melakukan kajian serta melakukan sesuatu perkara sendiri akan menyediakan mereka untuk mengupas tentang topik yang hendak diketengahkan dengan lebih baik lagi. "Ini sekali gus dapat meningkatkan kualiti kerja program Remaja," katanya. Bermula semalam, penonton TV3 berpeluang menonton dimensi baru Remaja yang akan disiarkan pada setiap hari Ahad pukul 7 malam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 2:29 pm | |
| Erra belajar kelas skrip Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menganjurkan kursus penulisan skrip baru-baru ini. Nampaknya kelas tersebut turut diminati oleh pelakon popular antaranya Erra Fazira, Sofia Jane dan Vanidah Imran. Erra yang kini sedang sarat mengandung tak reti duduk diam. Daripada dia duduk di rumah menghabiskan masa lebih baik dipenuhi dengan aktiviti yang boleh memangkin kerjayanya sebagai pelakon. Mungkin dalam kepala mereka ada banyak cerita yang boleh dijadikan skrip filem yang baik. Tunggulan Erra, Sofia atau Vanidah berlakon watak yang diilhamkan oleh mereka sendiri. Selama ini mereka melakonkan watak yanag dicipta oleh penulis lain. Apabila ada kepandaian sendiri, mereka boleh menulis watak yang ingin dibawakan. Pasti lakonan mereka lebih berkesan kerana watak yang dibawakan itu ilham sendiri. Tunggulah nanti ya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 2:31 pm | |
| Dynas mahu berehatKEHIDUPAN Dynas dan suaminya, Hafizy akan bertambah seri dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka Julai nanti. Enggan terima tawaran berlakon kerana tidak mahu susahkan pelakon lain dan kru penerbitan MULAI 7 Februari ini, pelakon, model dan usahawan, Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar mahu melupakan seketika dunia lakonan kerana ingin memberi tumpuan kepada kandungan bayinya. Ini kerana, biarpun berbadan dua dan kerana rezeki bayi yang dikandungnya, Dynas masih kencang menerima tawaran berlakon serta mengacara. Namun, demi kesihatan dirinya dan kandungannya yang berusia empat bulan, Dynas berasakan lebih berehat terlebih dahulu daripada terus menerima jemputan berlakon. Bagaimanapun, Dynas buat sementara waktu, dia perlu harus melangsaikan dua perkara iaitu lakonannya di dalam drama Jula Juli yang bakal menghiasi slot Lagenda TV3 dan TV9 serta mengacarakan program kecantikan dan kesihatan, Suara Pesona. Drama arahan Adam Hamid dan Jet Li ini sudah selesai penggambarannya baru-baru ini. Drama ini turut menampilkan Misha Omar dan Nik Sayyidah (Mek). TERPANCAR riak bahagia pada wajah Dynas ketika ditemui di Istana Budaya, baru-baru ini. elain berehat menjaga kandungannya, Dynas juga akan memberi tumpuan menguruskan butik D&A Celebrity Style di Hartamas yang diusahakan bersama rakan kongsinya, Awal Ashaari sejak empat bulan lalu. Pelakon tinggi lampai ini mengakui, sejak mengandung dia mudah berasa penat hingga angin di badan naik ke kepala menyebabkan ‘mood’nya dalam keadaan tidak menentu. Ini menyebabkan dia sering menimbulkan masalah di set penggambaran drama Jula Juli. Malah, ia turut terpalit kepada pelakon yang terbabit hingga mengganggu jadual kerja mereka. “Mood saja saya baik, sekejap tidak. Saya selalu cepat hilang sabar. Zed Zaidi antara pelakon yang turut berlakon dan dialah yang selalu jadi mangsa kemarahan saya. Mujurlah dia antara kawan baik saya dan memahami situasi saya dan boleh bersabar. “Saya sedar dan tahu, memang saya sudah menyusahkan ramai orang di set penggambaran tapi saya tidak bermaksud nak berbuat sedemikian. Mujurlah pengarah sangat bersabar. Saya minta maaf kepada pelakon atau krew yang terasa hati dengan tingkah laku saya. “Oleh kerana hal ini juga saya sudah terpaksa menolak tawaran berlakon dua filem dan beberapa siri drama serta tele filem,” katanya yang turut ditawarkan berlakon drama Hartamas yang diarahkan Kabir Bhatia bagi siaran ntv7. Mengikut perancangan, Dynas dijangka melahirkan bayi sulungnya pada 4 Julai ini. Bagi pelakon drama Susuk ini, dia tidak kisah apa pun jantina bakal anaknya nanti namun suaminya mengimpikan anak lelaki. Hingga saat ini, Dynas masih belum membeli barangan bayi untuk bakal anaknya nanti. Di kala ini, Dynas cukup bertuah kerana suaminya sangat menyokong dan memberikan tumpuan lebih kepadanya. Mujur juga Dynas tidak mengidam yang bukan-bukan. “Saya makan apa saja yang orang lain makan dan tiada makanan tertentu. Paling saya suka ialah pencuci mulut yang manis seperti puding dan buah. Saya jarang makan nasi. Kalau teringin nak makan banyak makanan sekalipun, saya akan makan dalam kuantiti yang sikit. “Saya akan cepat risau kalau dapat tahu mengenai pantang larang yang perlu dijaga dan dikawal. Tapi nak tak nak, saya kena lalui dan tidak boleh elak. Kalau dulu sebelum mengandung, saya suka makan banyak ubat termasuk vitamin hingga membuatkan suami saya naik panik demi kecantikan dan kesihatan. Tapi sekarang ini, emak selalu berpesan supaya mengurangkan ubat dan saya hanya melebihkan satu dua makanan tambahan. “Saya pun tidak mengambil minuman sejuk bimbang urat di dalam badan akan mengembang. Malah kalau minum pun akan membuatkan saya pening. Saya juga baru membeli rantai leher daripada ibu Julia Ziegler diperbuat daripada batu gunung berapi dan tanah liat putih untuk mengurangkan rasa letih,” katanya yang ketika ini sudah terbiasa memakai baju dan seluar labuh milik suaminya kerana tidak banyak pakaian bersaiz besar dimilikinya hingga membuatkan suaminya sering mengusik baju kehabisan untuk dipakai. Dynas ditemui Hip pada malam 1 Februari lalu sewaktu sama-sama terbabit menjual barang di karnival Doamu Untuk Palestin di perkarangan Istana Budaya anjuran Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW). Menurutnya, jika tiada aral melintang, selepas bersalin, dia sekali lagi terbabit dengan persembahan teater muzikal Impak Maksima yang akan dipentaskan di Singapura. “Selain itu, drama Susuk yang pernah melonjakkan nama saya juga akan disambung ke musim ketiga. Tawaran sudah diterima cuma saya belum pasti bila penggambarannya bakal bermula. Jika produksi drama ini tidak dapat menunggu saya hingga selesai berpantang, saya tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya. PROFIL Dynas
Nama Penuh: Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar
Tarikh Lahir: 8 Mac 1983
Asal: Petaling Jaya, Selangor
Pendidikan: Diploma Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor
Pencapaian: Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007
Suami: Mohd Hafizy Hafiz, 37 (Kahwin pada pada 15 Mac 2008)
Drama: Di Bawah Ketiak Isteri, Ezora, Ai Di Beijing
Filem: Impak Maksima, Haru Biru, Kayangan, Apa Kata Hati
Laman web D&A Celebrity Style: www.dna.com.my (juga boleh dibeli secara online). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 2:55 pm | |
| BCL dah hamil ke? Apa agaknya cerita terbaru pasangan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari (BCL) ya? Sudah hamilkah Bunga? Mereka jauh di Jakarta, Indonesia jadi susahlah nak hidu cerita mereka. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) Wed 04 Feb 2009, 2:58 pm | |
| Ekin jadi pengurus Mawi? Ekin jadi pengurus Mawi? Betul ke selepas bergelar isteri, Ekin sekarang jadi pengurus kepada Mawi pula? Tak tahulah benar atau tidak. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 17 of 20 | Go to page : 1 ... 10 ... 16, 17, 18, 19, 20 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |