Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 12 ... 20  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 11:06 am

"Den Kawan-Kawan Jo" - Nabil

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Interv10

Nabil, ketika ditemui Jomstar.com di studio rakaman baru-baru ini. Nabil memberitahu bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya apabila usianya menjangkau 30 tahun...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 11:27 am

‘Jadilah Diri Sendiri’

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Mainpi66
BAKAT seni yang dimiliki Faizal turut menyemarakkan industri hiburan tempatan.


Pesanan Faizal Tahir, Suki, Ayu dan Shila kepada peserta One In A Million

BARANGKALI ramai pernah meragui kemampuan sebenar bintang yang dicungkil menerusi program realiti terutama apabila melihat populariti pantas yang dicipta namun akhirnya tenggelam lantaran tidak mampu membawa gelombang baru dalam industri hiburan.

Bagaimanapun, pandangan sempit itu kian terhakis apabila satu demi satu bintang yang dicungkil menerusi pertandingan itu bangun membuktikan kemampuan mereka.

Kemaraan mereka juga menyemarakkan industri muzik yang lesu apabila menebarkan pelbagai idea segar, sekali gus menyuntik harapan dengan membina platform baru yang mengesankan.

Antara contoh paling jelas ialah kebangkitan Faizal Tahir. Mengakhiri perjuangan dalam One In A Million (OIAM) musim pertama dengan meraih tempat kedua, namun hari ini namanya mara ke puncak dengan pelbagai pengiktirafan.

Merentas pelbagai cabaran, malah saat namanya mula mendaki populariti dia diuji dengan dugaan hebat namun semua pengalaman itu dibayar dengan pengiktirafan yang membanggakan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Mainpi67
Suki


Berkongsi pengalaman dengan tiga lagi bintang yang juga dicungkil menerusi OIAM iaitu Ayu, Suki dan Shila, sesi fotografi yang diatur khas oleh 8TV mengajak khalayak mendekati semula laluan awal mereka.

Kata Faizal, perkara asas yang akan membuat khalayak tertarik adalah keupayaan seseorang peserta menjadi penghibur apabila beraksi di pentas, bukan hanya penyanyi semata-mata.

Baginya ramai penyanyi di luar, namun untuk mencari mereka yang mempunyai karisma atau aura yang boleh memancing perhatian peminat adalah sesuatu yang sukar terutama dalam bidang seni suara.

“Peminat sentiasa dahagakan sesuatu yang berbeza dan itu yang perlu kita berikan. Di luar lebih ramai penyanyi yang mempunyai mutu suara jauh lebih baik berbanding saya, namun apa yang ingin peminat saksikan ialah keberanian.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Mainpi68
SHILA (kiri) dan Ayu.


“Itu yang saya cuba berikan dan hari ini, saya melihat semangat itu turut dibawa oleh kumpulan seperti Hujan, Meet Uncle Hussain dan Bunkface selain Aizat. Keberanian membawa mereka melangkah jauh dalam industri.

“Pesan saya, peserta cuma perlu menjadi diri sendiri dan usaha mencuba terlalu keras untuk menarik perhatian khalayak. Itu penting untuk mendapat tempat di hati peminat,” katanya menitip pesanan kepada peserta OIAM yang bakal berentap bermula pertengahan Februari ini.

Dua tahun dalam industri, Faizal dilihat meniti laluan yang cukup selesa namun baginya, situasi itu tidak sesekali membuatkan dia pantas berasa sudah mencapai segala yang diimpikan.

Ruang selesa yang dinikmati tidak sesekali melekakannya bahkan kata Faizal, kejayaan dikecapi mendorong dirinya untuk terus berusaha melakukan pembaharuan dan tampil dengan idea mantap.

“Penghargaan diterima adalah dorongan dan bukan meletakkan diri seseorang itu pada kedudukan stabil atau selesa. Saya sebenarnya membawa tanggungjawab lebih besar dalam industri, membuatkan saya ingin mencuba dan terus mencuba kerana pada dasarnya saya belum berjaya sepenuhnya.

“Dalam nyanyian mungkin khalayak sudah mengenali siapa Faizal Tahir namun saya harus berani untuk lebih meneroka.

“Atas sebab itu, saya mahu terus mendalami aspek penciptaan lagu kerana dalam produksi album kedua nanti saya mahu lebih terbabit dan fokus,” katanya.

PROFIL: Faizal Tahir
Nama Penuh: Ahmad Faizal Mohammad Tahir
Tarikh Lahir: 26 Oktober 1978
Profesion: Penyanyi, penulis lagu dan pengacara
Album: Aku.Muzik.Kamu
Pencapaian: Anugerah Planet Muzik 2008: Artis Lelaki Baru Terbaik dan Artis Lelaki Paling Popular; Anugerah Industri Muzik 15: Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Lelaki), Artis Baru Terbaik, Album Rock Terbaik dan Album Terbaik dan Anugerah Juara Lagu 23: Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Juara Kategori Balada untuk lagu Sampai Syurga.

Suki kejar masa

MASIH di bangku sekolah ketika menyertai OIAM, meletakkan Suki dalam kekalutan dan itu memberikan cabaran yang sangat besar kepadanya.

Setiap hari, masa seakan mengejar membuatkan gadis kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini perlu bijak mengatur jadual.

“Tekanannya cukup hebat namun semua itu akan dapat diatasi jika kita fokus dan mempunyai disiplin yang tinggi. Sehingga sekarang saya terus diburu masa, terutama selepas kembali belajar secara online di Kolej Muzik Berklee,” kata Suki yang tidak berhenti mengejar cita-citanya selepas muncul juara pertama OIAM.

Paling penting kata Suki atau nama sebenarnya, Low Sook Yee, adalah jangan membiarkan diri terganggu dengan apa yang berlaku di persekitaran.

“Saban minggu melihat rakan kita tersingkir membuatkan kita berada dalam tekanan. Namun, peserta perlu kuatkan semangat dan bertanya diri, untuk apa berdiri di pentas OIAM?

“Saya dulu pernah terbawa dengan apa yang saya baca di internet membuatkan saya tidak dapat memberikan persembahan terbaik. Ketika itu saya cukup tertekan namun apabila difikirkan semula, saya sebenarnya tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

“Daripada situ, saya berusaha mengatasi kelemahan dan belajar menerima segala kritikan,” katanya.

PROFIL: Suki
Nama Penuh: Low Sook Yee
Nama Komersial: Suki
Tarikh Lahir: 11 Disember 1989
Asal: Seremban, Negeri Sembilan
Album: Finally/Akhirnya
Pencapaian: Juara musim pertama OIAM dan Artis Harapan, Anugerah Industri Muzik Ke-15.

OIAM bina keyakinan diri Ayu

PANDANGAN yang sama juga diluahkan Norayu Damit atau Ayu yang melihat perjalanan sepanjang OIAM membina keyakinan dirinya, malah mematangkan dirinya menempuh kehidupan.

Gadis berusia 19 tahun dari Putatan, Sabah ini mengakui, ketika pertandingan dia tidak meletak harapan tinggi untuk menang sebaliknya cuma berusaha memberikan yang terbaik untuk dinilai penonton.

“OIAM banyak mengubah pemikiran Ayu yang dulu langsung tidak mempunyai keyakinan akan mampu menempuh hidup sebagai anak seni.

“Memang pada awal Ayu terasa hati dengan teguran dan kritikan namun Ayu cekalkan diri kerana kejayaan tidak akan datang bergolek. Alhamdulillah, keberanian Ayu menerjah segala halangan itu memberikan ruang yang semakin selesa dalam bidang nyanyian,” katanya.

Nasihat Ayu, apa juga kritikan diberikan perlu diterima dengan terbuka dan paling penting, sentiasa berusaha mengatasi kelemahan dan tidak mengulangi kesilapan.

“Kritikan diberi kerana mereka mahu kita menjadi lebih baik, jadi untuk apa perlu berkecil hati? Andai dalam pertandingan jiwa tidak kuat, bagaimana mahu menempuh gelombang di luar yang lebih besar dan kejam?

“Prinsip itu yang sentiasa Ayu sematkan dalam diri dan ia membuat Ayu semakin kuat,” katanya.

Lebih penting kata penyanyi yang sinonim dengan lagu Hanya Di Mercu, adalah disiplin kerana ia memainkan peranan besar dalam menentukan kejayaan seseorang.

Transformasi Shila

MEMULAKAN langkah sebagai penyanyi pada usia sembilan tahun membuatkan Nur Shahila Amir Hamzah atau Shila agak pasif dan kurang berkeyakinan untuk bergaul kerana semuanya ditentukan mereka yang lebih berpengalaman.

Namun segala keistimewaan itu seakan dibawa pergi apabila Shila menyertai OIAM, membuatkan dia terpaksa berdikari mengatur laluan yang ingin dituju.

“Untuk menggali ilmu, kita perlu berani membuatkan Shila tidak gentar untuk melakukan kesilapan kerana dari situ, Shila memperbaiki kelemahan dan berusaha mengatasinya.

“Apa saja kritikan yang dilemparkan, Shila letakkan di tepi kerana jika terlalu memikirkan ia hanya akan merosakkan langkah. Shila cuba fokus sepanjang pertandingan, membuang segala perasaan negatif dan alhamdulillah, kepuasan akan terserlah apabila kita mampu memberikan sesuatu yang di luar jangkauan,” katanya.

OIAM kata Shila, sebenarnya membuka ruang kepadanya untuk meluahkan ekpresi diri dengan cara tersendiri tanpa perlu takut kritikan.

Keberanian itu juga kata gadis berusia 18 tahun, membuatkan otaknya sentiasa ligat berfikir kerana tidak mahu terus berada pada liga selesa.

“Mungkin dulu Shila lebih teragak-agak untuk melakukan sesuatu, sentiasa berfikir apakah apa yang dibuat akan diterima tetapi sekarang Shila semakin berani mengambil risiko.

“Satu yang Shila pegang, buang sifat cemburu kerana rezeki setiap kita sudah tertulis. Apa yang penting adalah berusaha dan jangan hanya berserah kepada takdir kerana itu tidak akan membawa kita ke mana-mana,” katanya.

PROFIL Shila
Nama Penuh: Nur Shahila Amir Hamzah

Tarikh Lahir: 13 Ogos 1990
Asal: Kuala Lumpur
Album: Sha-hila dan runut bunyi 5 Jingga
Anugerah: Tempat kedua Anugerah Bintang Kecil

Tempat Kedua, tempat kedua One In A Million Musim ke- 2 dan Anugerah Emas dan Lagu Terbaik pada Penang Shanghai World Star Quest 2008.

PROFIL: Ayu
Nama Penuh: Norayu Damit
Nama Komersial: Ayu
Tarikh Lahir: 12 Julai 1989
Asal: Putatan, Sabah
Pencapaian: Juara musim kedua OIAM
Lagu: Hanya Di Mercu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 11:40 am

Peminat fanatik ceroboh rumah Celine Dion

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Cd210
Peminat fanatik menceroboh kediaman Celien Dion tapi dapat ditahan oleh pengawal ekselamatan.

DEK terlalu minat, seorang peminat fanatik berusia 41 tahun sanggup menceroboh rumah penyanyi terkenal Celine Dion untuk mengendap penyanyi kesayangannya itu.

Peminat itu telah ditahan di kediaman Celine di Canada setelah dia berkeras ingin dibenarkan berjumpa dengan Celine atau suaminya, Rene Angelil.

Pengawal keselamatan cuba meredakan peminat itu dan memberitahunya amat mustahil untuk berjumpa Celine.

Tetapi setelah lama bersabar dan peminat itu masih berdegil juga, pengawal keselamatan itu terpaksa menghubungi pihak polis.

Polis telah datang tidak berapa lama kemudian dan membawanya ke hospital.

Beliau kini sedang diberi rawatan psikiatri dan akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menceroboh.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 11:43 am

Fauziah Nawi 'seram sejuk' bicara kisah Mahsuri

ADA sesuatu pada kisah lagenda Mahsuri yang membuatkan aktivis teater dan pelakon tersohor, Fauziah Nawi berminat untuk menerima tawaran Istana Budaya (IB) bagi menghasilkannya di dalam bentuk teater.

Walaupun pada awalnya Fauziah sendiri kurang pasti dengan kemampuannya untuk mengarah teater yang bakal dipersembahkan di pentas gah itu, namun apabila idea kisah Mahsuri itu dilontarkan oleh Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, dia nekad untuk mengambil peluang itu.

Meskipun pentas teater bukanlah perkara asing buat pengasas Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani) ini, namun ini adalah kali pertama dia diberi pengiktirafan oleh IB untuk menjadi pengarah teater wanita keenam di pentas itu.

Satu tanggungjawab dan kepercayaan yang cukup berat dipikul oleh Fauziah. Namun, cabaran itu sanggup digalas olehnya apatah lagi subjek yang mengangkat kisah lagenda popular masyarakat Melayu ini memang begitu 'istimewa' di matanya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Mahsur10
Fauziah Nawi akan mengarah teater Mahsuri pertama kali di Istana Budaya - foto THE STAR oleh KAMARUL ARIFFIN


"Memang saya cukup beremosi untuk teater ini. Dari tempat kecil, kini saya akan arah teater di tempat besar pula. Sebenarnya, ramai yang pernah tanya pada saya, kenapa saya tidak pernah mengarah teater di IB.

"Saya sebenarnya rasa diri saya ini tidak layak apatah lagi saya tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk mementaskan karya saya di IB.

"Tetapi awal 2009 lalu, apabila Juhari minta saya untuk mengarahkan teater Mahsuri, memang saya cukup teruja. Sejujurnya, saya memang amat berminat dengan kisah Mahsuri.

"Pertama kali saya menjejakkan kaki di Langkawi pada tahun 1992 untuk sebuah telefilem, saya memang terasa 'sesuatu' tentang Mahsuri. Bila berbicara tentang kisah Mahsuri, saya pasti rasa 'seram sejuk' dan sukar untuk gambarkan perasaan itu," ujar Fauziah pada sidang media teater tersebut di IB, baru-baru ini.

Teater Mahsuri ini akan dipentaskan di Panggung Sari IB bermula 24 hingga 30 April depan. Selain Fauziah yang bertindak selaku pengarah, teater ini juga dibarisi oleh Rahimidin Zahari sebagai penulis skrip dan lirik, Irwan Ismadi selaku Pengarah Artistik, Mohd Yazid Zakaria sebagai Pengarah Muzik dan Iryanda Mulia Irwadi sebagai komposer.

Mengulas lanjut tentang teater itu, kata Fauziah, garapan jalan cerita tetap akan dikekalkan seperti mana kisah yang pernah didengar khalayak, namun ia dibuat dengan pendekatan berbeza iaitu menerusi kaca mata suami Mahsuri, Wan Darus.

"Selama ini, ramai yang hanya mengetahui kisah Mahsuri dibunuh dan sumpahannya, tetapi kita tidak tahu kehidupan suaminya Wan Darus selepas itu yang meneruskan hidup dalam keadaan tragis.

"Memang kita ada membuat kajian tentang perkara itu dan setakat ini, tiga buah draf skrip sudah disediakan yang mana kita akan teliti semula draf-draf tersebut dalam masa terdekat ini," kata Fauziah yang menambah teater ini akan turut diselitkan dengan elemen muzikal dan tarian walaupun tidak dipersembahkan dalam bentuk teater muzikal.

Dalam pada itu, kata Juhari pula, Mahsuri memang sudah dislotkan oleh IB untuk dipentaskan di sana pada tahun ini. Dan Fauziah dilihat cukup sesuai mengarahkan teater ini memandangkan subjek tersebut adalah tentang wanita.

"Sebenarnya, Mahsuri ini adalah cetusan idea daripada isteri Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sendiri iaitu Datin Seri Shuryani yang ingin lihat kisah ini dijadikan dalam bentuk teater. Saya pernah juga terdengar bahawa Datin Seri Tiara Jacquelina pernah terfikir untuk menghasilkan filem dan teater Mahsuri.

"Apapun, setelah idea itu dibangkitkan, memang secara peribadi, saya merasakan Fauziah adalah yang paling sesuai untuk mengarah teater ini. Tak sangka pula, memang sudah lama sebenarnya dia menunggu peluang seperti ini.

"Kita sudah mulakan perbincangan, hanya tinggal pemilihan pelakon saja yang belum dibuat. Satu ujibakat akan diadakan di IB pada 21 dan 22 Februari ini untuk memilih pelakon bagi watak Mahsuri serta watak-watak lain seperti Wan Darus, Wan Mahura dan Datuk Pekerma Jaya," kata Juhari.

Ujibakat tersebut akan bermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang dan kriteria penting yang diambilkira ialah kebolehan berlakon, menari dan menyanyi. Peserta yang boleh bersilat juga digalakkan hadir ke sesi ujibakat itu.

Ditanya tentang pelakon yang dilihat cukup sesuai memegang watak Mahsuri itu, kata Fauziah, dia hanya mampu membayangkan aktres popular Vanidah Imran atau Vee yang menepati kriterianya untuk watak tersebut.

"Saya membayangkan Mahsuri itu adalah seorang yang berkulit hitam manis selain berpewatakan lemah-lembut. Memang saya nampak Vee paling 'dekat' dengan watak Mahsuri itu.

"Lagipun Vee sudah biasa dengan dunia teater dan saya tahu, dia adalah seorang yang komited pada kerja.

"Saya sudah pula bercakap dengan dia sendiri. Memang dia berminat tetapi dengan komitmennya pada kerja yang lain, dia tidak dapat beri kata putus lagi," kata Fauziah.

Tambahnya lagi, dia bagaimanapun tidak kisah menggunakan khidmat bakat-bakat baru untuk teater ini asalkan mereka mempunyai bakat yang boleh digilap.

"Bagi saya, jika mereka ini datang dengan bakat yang baik, dan jika dibentuk hari-hari tidak mustahil mereka mampu menjadi pelakon yang hebat," kata Fauziah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 12:02 pm

Pelakon veteran 'beralah' soal bayaran dengan artis muda

JIKA di Hollywood, masalah bayaran pelakon mungkin tidak menjadi masalah memandangkan semakin tua pelakon itu, semakin tinggi bayaran yang diberikan kepada mereka.

Terbalik pula dengan situasi yang berlaku di kalangan artis veteran tempatan bilamana mereka seolah-olah dipinggirkan dari segi bayaran.

Menurut maklumbalas daripada tiga aktres veteran iaitu seniwati Mariani, Norlia Ghani dan Wan Maimunah, setakat ini mereka memang bersyukur kerana produser masih memerlukan khidmat mereka untuk berlakon di dalam mana-mana drama dan telefilem serta tidak kurang juga yang ditawarkan berlakon filem.

Namun, apabila disoal tentang bayaran, terdetik juga rasa tidak puas hati dikalangan mereka apabila bayaran sengaja dilebih-lebihkan kepada pelakon muda.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 01217911
Norlia Ghani (kiri), Mariani dan Wan Maimunah antara pelakon lama yang dipinggirkan dari segi bayaran.


Sebelum ini, di sebuah akhbar perdana, pelakon Rubiah Suparman pernah berkata: “Sebagai pelakon berapa sangatlah pendapatannya, terutama pelakon veteran macam saya.

"Kita bukan di Hollywood yang menilai artis menerusi bakat, industri kita masih belum terbuka, hakikatnya lebih muda, segak dan popular lebih mahal bayarannya.”

Kini, Rubiah Suparman sudah bersara dari dunia lakonan dan memilih untuk mengendalikan Restoran Puteri hasil titik peluhnya bersama penulis lirik dan produser terkenal, Habsah Hassan.

Mariani tidak pernah berkira tentang bayaran

Dalam pada itu, Mariani berkata bayaran lakonan yang diterima bergantung kepada rezekinya di mana bayaran paling tinggi yang diterimanya setakat ini adalah RM1,000 untuk sehari.

"Saya tak pernah berkira tentang harga. Saya sudah 59 tahun di dalam industri ini, jadi saya hendak orang mempertimbangkan harga yang harus dibayar kepada saya.

"Saya hanya akan bertanya tentang watak, jadual pengambaran dan pakaian.

"Saya tak kisah tentang harga hingga kadangkala ada yang bayar RM1,000 untuk empat hari.

"Saya pernah mendapat duit selepas tiga bulan berlakon dan ada yang tidak dapat langsung.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 01217910
Mariani masih gagah berlakon selagi diperlukan. -foto The Star oleh MOHD. SAHAR MISNI


"Ada juga yang minta untuk dikurangkan bayaran saya kepada RM200. Waktu itu, memang saya sedih dan menangis kerana merasakan diri saya ibarat ikan yang dijual di pasar," ujar Mariani yang membahasakan dirinya ‘mummy’.

Jelasnya, mulai tahun 1972, sejak Allahyarham P. Ramlee meminta setiap pelakon dibayar dengan harga RM500 pada setiap hari, barulah beliau merasai bayaran sebanyak itu.

"Zaman sekarang pun saya terima kalau mendapat RM500 untuk sehari," kata ibu kepada pelakon Melissa Saila ini.

Lebih membuatkan beliau terkilan, terdapat pihak stesen televisyen mengatakan beliau tidak layak untuk meminta bayaran royalti walaupun filem lakonannya ditayang berulang kali di televisyen.

"Jika selepas ini ada orang ingin berikan penghargaan, saya rasa memang dah terlambat.

"Bukan hanya pangkat Datuk, tetapi anugerah pun tak dapat lagi. Itupun adalah sekali saya terima daripada Berita Harian.

"Saya sudah berpesan dengan anak-anak, jika suatu hari nanti saya sudah ‘tutup mata’, saya minta mereka jangan menerima apa-apa yang diberikan.

"Sepatutnya mereka perlu memikirkan cara untuk menghargai perjuangan kita yang kais pagi makan pagi ini," beritahunya yang selesa berlakon bersama pengarah dan produser Rashid Sibir.

Kata Mariani, setakat bekerja dengan pengarah dan penerbit drama bersiri Keliwon ini, beliau tidak pernah dikecewakan.

"Rashid tak pernah berkira dengan kami malah selalu menolong dan bersimpati dengan artis veteran seperti kami. Kalau dengan dia, biasanya kami mendapat dalam RM800 sehari," luah Mariani yang melakonkan watak nenek di dalam drama slot Seram di TV3 itu.

Selain itu, Mariani baru selesai pengambaran drama rantaian Matahari terbitan Ziela Jalil serta akan berlakon di dalam drama rantaian ‘Anak Emak’ arahan Uwei Haji Shaari dan ‘Diari Mak Ayam’ arahan Rashid Sibir.

Norlia mahu persatuan bela nasib artis veteran

Sementara itu, Norlia Ghani yang membahasakan dirinya ‘mama’ ini berkata beliau turut mengalami nasib yang sama seperti Mariani di mana beliau terpaksa menerima setiap bayaran yang diberikan.

"Saya tak boleh berkira tentang hal bayaran. Hendak atau tidak, saya terpaksa menerimanya. Jika kita tidak ambil, nanti bagaimana hendak teruskan kehidupan?

"Saya tahu di mana duit yang banyak disalurkan jika tidak kepada pelakon muda. Tetapi, apabila saya bertanya kenapa bayaran terlalu sedikit, alasan bajet gawat yang diberikan.

"Sebab itu artis muda memandang rendah kepada kami..," ujar ibu kepada pelakon Rusdi Ramli ini.

Tegasnya, walaupun banyak persatuan yang terdapat di dalam industri hiburan tempatan, namun begitu nasib artis veteran masih tidak terbela.

"Sepatutnya persatuan yang banyak ini perlu memperjuangkan nasib artis veteran untuk menerima bayaran yang sama rata," katanya.

Apabila bertanya tentang bayaran yang diterima oleh Rashid Sibir, Norlia berkata dia bersyukur kerana produser itu tidak berkira dan memberikan bayaran yang berbaloi.

“Namun, saya tidak berpuas hati dengan sesetengah produksi itu yang memberikan tawaran tidak masuk akal di mana pelakon tambahan yang diberikan lebih berbanding pelakon utama.

“Misalnya, saya hanya mendapat RM500 sehari untuk watak utama. Ada juga yang memberikan RM200 untuk 20 babak.

“Yang memalukan, produksi itu agak besar dan terkenal,” luahnya dalam nada kecewa.Mengenai perkembangan seninya, Norlia berkata dia masih mendapat tawaran lakonan.

Terbaru, beliau melakonkan dua watak di dalam drama 'Keliwon' iaitu dukun dan mak andam.

Selain itu, Norlia juga baru selesai menjalani pengambaran telefilem 'Ayam Goreng Bersamamu' dan bakal berlakon di dalam telefilem 'Diari Mak Ayam' serta filem ‘Kapow’.

Wan Maimunah terima bayaran ikut nasib

Dalam pada itu, aktres yang terkenal dengan persembahan lakonan yang tidak mengecewakan, Wan Maimunah juga bersetuju dengan pendapat rakan-rakannya.

Beliau menyifatkan bayaran yang diterima bergantung kepada nasib seseorang pelakon itu.

"Sekarang, produksi lebih memandang kepada pelakon-pelakon muda. Memang saya mengalami sedikit masalah tentang bayaran dan hal itu amat menyedihkan," luah aktres yang menggelarkan dirinya sebagai ‘ibu’ ini dalam nada rajuk.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak setiap tawaran yang diberikan walaupun bayarannya tidaklah begitu banyak.

"Saya masih berlakon dan sebelum ini saya baru selesai pengambaran telefilem ‘Cucu Mat Salleh’, ‘Ayam Goreng Bersamamu’ dan ‘Bidadari Mimpi’.

"Memanglah kadangkala itu, saya dan Norlia akan berjumpa di dalam satu drama kerana secara tak langsung sesebuah produksi ini telah membantu kami," ujarnya.

Wan Maimunah pasti disebabkan artis muda sekarang terlalu meminta bayaran yang terlalu tinggi, artis veteran yang menjadi mangsa hingga mereka terpaksa menerima bayaran rendah.

"Saya tahu yang bayaran itu bukan ditetapkan oleh stesen televisyen tetapi seseorang artis itu yang meminta bayaran tinggi.

"Tetapi artis muda ini perlu beringat juga di mana jika mereka membuat kami seperti ini, tidak mustahil jika suatu hari nanti mereka akan mengalami nasib yang sama seperti kami," tegasnya yang sebolehnya menahan daripada bercakap banyak kerana bimbang akan ‘tergigit lidah’ suatu hari nanti.

Menyentuh tentang perkembang seninya sekarang, Wan Maimunah berkata dia sedang menunggu mana-mana tawaran lakonan setakat ini selepas berlakon di dalam drama bersiri 'Keliwon'.

Kata Wan Maimunah, beliau berlakon sebagai ‘hantu kopek’ yang memanggil kanak-kanak ketika bermain di padang pada waktu senja.

"Yang menariknya tentang siri ‘Hantu Kopek’ ini, saya akan menyuruh kanak-kanak di dalam cerita itu makan cacing dan mereka memang betul-betul memasukkan cacing ke dalam mulut masing-masing," ulas Wan Maimunah mengenai sedikit babak menarik yang perlu ditonton di dalam 'Keliwon'.

Drama bersiri 13 episod 'Keliwon' sedang disiarkan oleh TV3 pada setiap Khamis, pukul 9.30 malam.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 12:12 pm

Detik pilu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Mainpi71


Gurauan terakhir masih terngiang-ngiang di telinga menyebabkan Siti Nurhaliza amat terasa kehilangan bapanya

AIR matanya tidak putus-putus mengalir membasahi pipinya yang gebu. Kadang-kadang kelihatan seperti hilang punca. Begitulah keadaan Datuk Siti Nurhaliza kerana kehilangan bapanya, Tarudin Ismail, 67, yang meninggal dunia kerana sakit jantung.

Siti yang matanya agak kemerahan kerana digenangi air mata, pada mulanya seperti susah hendak mengeluarkan kata-kata. Bukan kerana tidak mahu ditemu bual tetapi mungkin kerana terlalu hiba.

Biar berdepan dengan situasi getir, sebelum pembedahan dijalankan, bapanya saling mengusik mereka sekeluarga seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku. Usikan dan gurauan itu masih segar dalam kenangan Siti.

“Seperti biasa, abah sempat bergurau sebelum dia ke bilik pembedahan. Malah abah ada cakap kepada Siti, dia belum mati lagi dan tak perlu menangis.

“Kami juga sempat mengusik sesama sendiri untuk mengajaknya pergi memancing selepas ini kerana abah memang gemar melakukan aktiviti itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Mainpi70


“Tapi Tuhan lebih sayangkannya dan kehilangan abah dalam sekelip mata, tiba-tiba. Itu yang sedikit sebanyak membuatkan Siti terkilan dan berasakan kehilangannya,” katanya dalam nada sebak sambil memberitahu mereka sempat berbisik ke telinga Allahyarham selepas menjalani pembedahan dan tidak sedarkan diri.

Apabila keadaan menjadi semakin tenang, penyanyi itu berkata, sebelum pembedahan dilakukan, bapa dan emaknya kelihatan berbelah bagi terutama apabila doktor yang merawatnya berterus terang bahawa peluang dan risiko yang diambil hanyalah lima peratus.

“Abah sendiri bertanyakan pendapat kami, malah selepas diyakinkan oleh doktor yang bertugas, dia sendiri yang menandatangani borang kebenaran melakukan pembedahan itu,” katanya.

Kata Siti, mereka juga ramai-ramai membacakan Yasin dan berselawat. Menurutnya, sepanjang hari kelmarin, ruang wad hospital dipenuhi dengan keluarga dan saudara maranya. Ketika bapanya berada di dalam keadaan kritikal, seluruh insan yang menyayanginya berada dekat untuk menatap wajahnya di tepi katil.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Mainpi69


Secara kebetulan pemergian bapa kandungnya itu ketika Siti masih berada dalam kedukaan kerana kira-kira tiga bulan sebelum itu, penyanyi itu kehilangan bapa mentuanya, Muhammad Jiwa Abdullah pada 22 November tahun lalu.

Tarudin Ismail meninggal dunia kerana jantung, komplikasi buah pinggang dan kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, pada Ahad lalu (15 Februari) kira-kira jam 11.50 pagi.

Ternyata sekebal mana pun hatinya, kali ini Siti tidak dapat menahan kepiluan sehingga air matanya tidak henti-henti mengalir kerana kehilangan orang yang disayanginya.

Air matanya jatuh bercucuran dan dalam keredaan serta akur dengan ketentuan Yang Maha Esa, terbit juga rasa terkilan di hati penyanyi yang baru saja melancarkan album baru berjudul Lentera Timur ini.

Malahan kali terakhir, Siti dilihat bersama arwah bapanya di mata umum ialah sewaktu melancarkan album terbarunya itu pada 14 Januari lalu. Tarudin meninggalkan seorang balu, Salmah Bachik, 57, dan enam anak.

Sementara itu, pengurus yang juga kakak ipar kepada Siti, Rozi Abdul Razak, sekitar jam 2 pagi lagi bapa mentuanya mula mengadu berasa ‘lain macam’, menyebabkan dia dibawa ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan lanjut. Mereka kembali ke rumah di Kuala Lipis kira-kira jam 4 pagi dan keadaan semakin tenat apabila Tarudin rebah di ruang tamu, akibat serangan jantung pertama jam 5 pagi.

Kata Rozi, ibu mentuanya menghubungi semua anak dan menantunya yang berada di Kuala Lumpur untuk memaklumkan keadaan bapa mereka.

Seterusnya, Siti dan suaminya, Datuk Mohamad Khalid menghubungi pihak hospital pakar di Ampang untuk ke Kuala Lipis mengambil Tarudin.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Lipis yang memakan masa lebih dua jam lebih akhirnya tiba kira-kira jam 11 pagi. Van itu tiba di pekarangan hospital pakar kira-kira jam 1 tengah hari.

Pada jam 7 malam, Tarudin menjalani pembedahan pintas biarpun terpaksa melalui pertimbangan risiko yang terlalu tipis.

Abah adalah Siti

SITI berkata, walaupun hampir semua adik- beradiknya menetap di Kuala Lumpur, tapi demi memenuhi permintaan emaknya, mereka bersepakat untuk mengebumikan jenazah bapa mereka di Kuala Lipis, Pahang.

Jenazah Tarudin dimandikan dan disembahyangkan di kediaman menantunya, Datuk K di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang sebelum di bawa ke Kuala Lipis untuk dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyang selepas solat Maghrib.

Menurut Siti, dia dan adik-beradik yang lain akan sama-sama menjaga ibunya sebaik mungkin dan pada saat genting ini, keputusan sama ada ibunya mahu tinggal di Kuala Lumpur atau Kuala Lipis masih dalam pertimbangan. Tapi jelas Siti, anak-anak lebih suka jika ibu mereka tinggal di sini.

Bagi Siti, terlalu banyak kenangan indah bersama Allahyarham yang masih diingati, bahkan kerjaya seni yang diperjuangkan Siti selama ini berkat dorongan dan sokongan ibu termasuk arwah bapanya.

Katanya, arwah bapanya yang gemar memancing ini adalah pembakar semangat kepada bakat seninya.

“Abah selalu cakap dekat Siti, abah adalah Siti dan Siti adalah abah. Maksudnya, abah mahu Siti jadi kuat menjalani kehidupan sepertinya. Mungkin juga selama ini Siti banyak mewarisi semangat yang ada di dalam dirinya.

“Walaupun orang mungkin nampak abah macam garang dan serius, tetapi sebenarnya abah sangat sensitif dan mudah menangis terutama perkara yang membabitkan anaknya.

“Kebelakangan ini terutama sejak dua bulan lalu, abah kerap datang ke Kuala Lumpur. Selain bertemu anak dan cucunya, abah gemar memancing. Bayangkan dua hari sebelum dia rebah kerana serangan jantung, dia masih lagi pergi memancing di Klang bersama abang Siti, Ayie,” katanya.

Sementara itu, Datuk K yang ditemui di kediamannya memberitahu kehilangan bapa mentuanya cukup dirasai apatah lagi selang tiga bulan sebelum ini bapa kandungnya juga kembali ke rahmatullah.

Akur dengan suratan Ilahi, usahawan terkenal ini menyifatkan arwah bapa mentuanya sebagai seorang yang sangat kelakar, tetapi amat sensitif dan mudah terasa hati.

“Pernah satu hari, dia (Allahyarham) meminta bantuan saya untuk menggantikan tayar keretanya yang sudah lama. Lalu, saya bersedia menghantar pemandu membereskan hal itu. Bagaimanapun, pada hari yang dijanjikan untuk menunaikan permintaannya, saya ada hal pula hingga melambatkan bantuan yang ingin diberi.

“Alih-alih, dia sendiri yang menukar gantikan tayarnya di kedai. Ketika bertemunya kembali, mujur dia tidak sentap, cuma saya sendiri yang mula rasa tidak senang hati.

“Minggu lalu, saya dan Siti ada berjumpanya di Kuala Lipis. Ketika itu, gembiranya bukan kepalang dan kedatangan kami disambut dengan hidangan tiga ekor ikan paling sedap di sana. Ikan itu dimasak emak Siti dengan menu pelbagai seperti masakan kari, masak lemak tempoyak dan digoreng,” katanya.

Menurut Datuk K lagi, kalau ada masa terluang bersamanya, arwah suka bercerita mengenai anak-anaknya terutama Ayie kerana mereka selalu pergi memancing bersama.

“Memancing ibarat satu terapi keseronokan untuknya. Dia ada menyebut untuk membeli alatan memancing baru bersempena hari lahir Ayie, baru-baru ini. Lalu, Siti nak bagi duit tetapi ditolak, tetapi Siti tetap berkeras dengan tindakannya. Keesokan harinya, mereka pergi membeli alatan memancing itu dan hasilnya ketika memancing di Klang, tangkapan yang diperoleh cukup banyak,” kata Datuk K yang menganggap Ayie seorang anak yang baik kerana mampu menjaga bapanya dengan baik sekali.

Terkilan tak penuhi hajat arwah

Datuk K juga memberitahu ada beberapa perkara yang yang belum dipenuhi hingga wujud perasaan terkilan kepada dirinya dan Siti. Katanya, arwah bapa mentuanya pernah meminta beliau membuka sebuah syarikat berasaskan pertanian di Kuala Lipis untuk bekalan isteri dan anak-anaknya pada masa depan.

“Permintaannya dapat dipenuhi dan kami menubuhkan syarikat itu yang dinamakan Saldin (singkatan Salmah dan Tarudin), cuma belum sempat untuk beroperasi.

“Allahyarham gembira dengan usaha ini dan saya akan teruskan juga sebagai janji saya kepadanya. Selain itu, niat Siti dan Ayie untuk membawa Allahyarham ke tanah suci tidak dapat dipenuhi. Perkahwinan kami juga belum mampu untuk memberikan cucu kepadanya. “Allahyarham memang sudah lama menantikan cucu daripada kami, tapi belum rezeki lagi. Malah, Allahyarham pernah memasang ikhtiar untuk membantu Siti berusaha mendapatkan anak kerana simpati dengan nasib, Siti terutama apabila membaca artikel di akhbar atau majalah yang mempersoalkan isu ini,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 12:23 pm

Sazzy & Aishah idam cahaya mata

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Mainpi10
Kedua-dua selebriti popular ini dilihat serasi kerana banyak persamaan dikongsi bersama


"BAGI semua pasangan berkahwin, tentunya mereka menginginkan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang dibina tetapi mungkin belum rezeki kami lagi agaknya," demikian luahan dua sahabat baik, Sazzy Falak dan Aishah Sinclair dalam pertemuan bersama B*Pop baru-baru ini.

Diakui, kedua-dua selebriti popular ini mempunyai banyak persamaan. Mereka bukan saja berkahwin pada usia muda, malah belum menimang cahaya mata hingga kini walaupun usia perkahwinan mereka ada yang sudah mencecah tiga tahun.

"Kami berserah pada Allah.

Sebagai hamba-Nya, kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan segala-galanya.

Lagipun, baik saya atau Aishah, kami tidak begitu terdesak untuk menimang anak. Kami tidak pernah merancang tetapi apa boleh buat... Dia belum mahu bagi," katanya.

Pandangan Sazzy turut dipersetujui oleh Aishah yang berterima kasih kepada suaminya, begitu juga keluarga mentua yang memahami keadaan, selain memberikan sokongan moral kepadanya dalam mengendalikan isu itu.

"Saya dan suami bersikap terbuka berhubung isu anak ini, masing-masing tidak pernah merasa tertekan walaupun sudah lama berkahwin. Kami bahagia dan tetap meneruskan kehidupan seperti biasa. Apa yang boleh saya katakan... no pressure at all.

"Justeru, saya bersyukur kerana memiliki suami dan keluarga yang memahami. Lagipun, soal anak, rezeki, jodoh dan maut, semuanya tuhan yang tentukan.

Begitu hebat macam mana sekalipun kita berusaha, kalau Dia kata belum tiba masanya, masih tetap tidak menjadi juga," katanya.

Sazzy dan Aishah tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak kononnya bergelar isteri pada usia muda, termasuk bakal bergelar ibu suatu hari nanti, sebagai penghalang kepada wanita membina kerjaya cemerlang, lebih-lebih lagi dalam industri hiburan.

"Kita seharusnya bersikap terbuka jika mahu terus maju ke depan, bukannya berfikiran skeptikal.

Rasionalnya, ramai wanita sama ada di dalam atau luar negara berjaya dalam lapangan diceburi mereka walaupun sudah bergelar isteri dan ibu.

"Dalam industri hiburan kita pun, ramai artis dan selebriti masih lagi popular dan menerima pelbagai tawaran walaupun sudah berkahwin dan berkeluarga.

Justeru, tidak benarlah tanggapan kononnya gelaran isteri dan ibu sebagai halangan untuk membina kerjaya yang cemerlang," katanya.

Bagaimanapun, mereka sependapat bahawa bukan mudah untuk melaksanakan tiga tugas iaitu sebagai isteri, ibu dan wanita berkerjaya pada satu masa, sebaliknya ia memerlukan kebijaksanaan dalam membahagikan masa dan komitmen.

"Ini bukan tugas mudah dan memang banyak cabarannya.

Dalam konteks ini, aspek pengurusan yang paling penting, khusus dalam membahagikan masa dan komitmen. Pada masa yang sama, persefahaman antara pasangan masing-masing juga penting," katanya.

Mengakui komunikasi antara elemen yang penting dalam menguruskan sebuah rumah tangga yang baik terutama bagi pasangan yang sibuk seperti mereka, Sazzy dan Aishah juga memberitahu sentiasa mengambil peluang mengeratkan hubungan dengan pasangan masing-masing.

"Biasanya, kami akan keluar bersama, termasuk suami masing-masing menikmati makan malam. Sebenarnya, bukan kami saja berkawan rapat, malah suami pun sama. Sambil makan, kami akan berkongsi kisah suka duka, berbincang dan sebagainya.

"Justeru, bergantung kepada suami isteri untuk menceriakan kehidupan rumah tangga masing-masing. Tidak bermakna kalau tiada cahaya mata, rumah tangga kita tidak bahagia," katanya.

Bergabung tubuh syarikat sendiri Bernaung di bawah syarikat pengurusan yang sama, Beyond Events Sdn Bhd, hubungan antara kedua-dua selebriti ini memang rapat, malah mereka dilihat bukan sekadar rakan karib, sebaliknya bagaikan adik-beradik.

Hubungan rapat yang terjalin itu jugalah yang mendorong mereka berkongsi modal membuka syarikat sendiri, SinclairFalak Sdn Bhd, yang dinamakan sedemikian sebagai penghormatan kepada bapa masing-masing.

Selain mereka, pemegang saham lain dalam syarikat yang aktif menganjurkan bengkel dan seminar motivasi itu termasuk abang sulung Aishah, Asraff yang kini bermastautin di Jakarta selepas berkahwin dengan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Cinta Lestari baru-baru ini.

Sazzy berkata, perniagaan mereka ketika ini lebih bertumpu kepada penganjuran bengkel dan seminar untuk membina keyakinan diri melalui bidang lakonan yang dinamakan Acting Saved My Life! Success Series Workshop.

"Itulah perniagaan teras kami dan program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan di kalangan orang ramai sejak dilancarkan.

Kami merancang untuk mempelbagaikan perniagaan syarikat ini pada masa depan, terutama dalam pengurusan kewangan, pemasaran dan perhubungan awam," katanya.

Aishah pula menjelaskan pembabitan mereka dalam bidang perniagaan turut mendapat sokongan suami kerana masing-masing turut mence buribidang perniagaan.

"Sebenarnya, kami banyak mempelajari selok-belok perniagaan daripada suami masing-masing. Sebenarnya, kami membuka syarikat ini pun sebagai persediaan masa depan, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

"Malah, industri hiburan kita turut terkena tempiasnya, dengan tawaran diterima semakin berkurangan berikutan langkah berjimat cermat yang diambil pengusaha stesen tv, begitu juga syarikat produksi, agensi pengiklanan dan sebagainya untuk menempuh situasi sukar ini," katanya.

Justeru, apabila mempunyai syarikat sendiri, katanya, mereka masih mempunyai sumber pendapatan lain untuk meneruskan kehidupan.

"Walaupun sudah berkahwin... mempunyai suami yang berkemampuan untuk menyara kami berdua, kami lebih suka bekerja dan mencari pendapatan sendiri. Baik saya, begitu juga Sazzy, kami adalah wanita yang mahu berdikari, yang tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada suami," katanya.

Azam buka cawangan serantau Selain mempelbagaikan jenis perniagaan, Sazzy dan Aishah berharap syarikat milik mereka itu dapat meluaskan empayarnya ke peringkat serantau, malah pelbagai perancangan sedang disusun bagi memastikan impian itu menjadi satu kenyataan.

"Di peringkat awal ini, tumpuan kami lebih kepada pembukaan cawangan di Jakarta, Indonesia. Kebetulan Ashraff berada di sana dan peluang itu perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membuka cawangan di negara itu.

"Difahamkan, beliau sudah membuat persiapan sepatutnya untuk tujuan itu. Sebenarnya, kami memang tidak sabar-sabar melihat pembukaan pejabat SinclairFalak Sdn Bhd di sana," katanya.

Mereka juga bersikap optimis, malah yakin pembukaan cawangan syarikat itu di Indonesia bakal menjanjikan pulangan lumayan berikutan pasaran yang meluas, selain permintaan tinggi ke atas penganjuran seminar atau bengkel membina keyakinan diri di sana.

"Kami percaya pada prinsip peluang ada di mana-mana cuma kita hanya perlu berusaha untuk mencarinya.

Memang banyak perancangan yang dilakukan untuk mengembangkan syarikat termasuk mahu menjadikannya sebagai syarikat penerbitan drama dan filem.

"Memang menjadi inspirasi kami untuk menjadikan SinclairFalak sebagai syarikat hiburan nombor satu di Asia Tenggara sekali gus menaikkan standard industri hiburan tempatan," katanya.

Walaupun menyedari bukan mudah mengendalikan syarikat dan dalam masa yang sama sibuk dengan dunia seni, namun kedua-duanya tidak akan mudah mengalah.

"Beban kerja memanglah bertambah sikit tetapi kami percaya, ia akan membuatkan kami menjadi lebih matang dan lebih kuat dalam mengendalikan diri," kata mereka.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 12:29 pm

Cinta Fizz, Almy makin hangat

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Mainpi73


WAJAH mereka semakin laris di kaca TV mahupun layar perak. Tidak mustahil suatu hari nanti Fizz Fairuz mahupun Almy Nadia menjadi pelapis baru untuk bergelar hero dan heroin filem Melayu dan bakal menggantikan pelakon handalan seperti Rosyam Nor, Saiful Apek, Erra Fazira, Maya Karin mahupun Umie Aida dalam pentas persada seni tanah air.

Walaupun sudah hampir sembilan tahun bergelar anak seni, kerjaya lakonan Fizz mula melonjak sejak dua atau tiga tahun kebelakangan ini selepas membintangi lebih 100 drama, termasuk telemovie dan drama bersiri, selain beberapa filem seperti Gerak Khas The Movie, Orang Minyak, Anak Halal dan terbaru, Syurga Cinta.

Almy pula mula diperkenalkan menerusi drama bersiri Dunia Baru dan kemudiannya ke layar perak, Dunia Baru The Movie. Anak kelahiran Ipoh, Perak itu yang bakatnya dicungkil oleh Profesor Madya Razak Mohaideen itu banyak menimba pengalaman dengan pengarah berpengaruh itu. Kini selepas tiga tahun, Almy semakin selesa bergelar pelakon selepas menjadi buruan pengarah untuk filem dan drama terbitan mereka.

Pertemuan pada majlis tayangan Media Prima kira-kira tiga tahun lalu merapatkan dua pelakon yang kian melonjak itu. Tak kenal maka tak cinta. Mulanya benci akhirnya timbul bibit cinta antara Almy dan Fizz. Benar sesetengah pendapat, perasaan benci itulah akan bertukar menjadi sayang.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Mainpi72


Dengan nada perlahan, Almy akui: “Saya masih hijau lagi jika dibandingkan dengan pelakon lain. Banyak lagi watak yang diimpikan yang belum diterokai. Bagaimanapun saya juga puas merasai sepak terajang dalam dunia seni. Apa tidaknya, dalam tempoh tak sampai dua, tiga tahun, apa yang tak pernah saya terima, sebut saja tohmahan dan segala macam yang begitu memberi aib pada diri saya.

“Suka atau tidak, saya telan juga demi mengejar impian bergelar pelakon beraksi di pentas hebat. Saya juga bernasib baik ketika saya jatuh, tersepit dan dilemparkan segala macam tohmahan, Fizz banyak memberi semangat dan ingin saya terus berjuang dalam bidang seni.

“Hidup memang penuh pancaroba. Saya bersyukur berbekalkan bakat dan sedikit demi sedikit pengalaman yang dikutip, rezeki saya tak pernah putus-putus meskipun sebelum ini, saya juga pernah dilanda ujian besar, termasuk `dikenakan' orang sehingga berbulan-bulan terlantar sakit akibat perbuatan khianat. Alhamdullilah, Tuhan masih sayangkan saya.”

Bapa pernah halang jadi pelakon

Bagi Fizz, kerjayanya mula menampakkan sinar sejak tiga tahun lalu. Dulu pelakon drama bersiri Anak Buluh Betong itu tidak mendapat restu arwah bapa, Zainal Abidin Akih yang menghembuskan nafas terakhir tahun lalu akibat serangan jantung dan sakit buah pinggang.

Dengan nada perlahan, Fizz akui: “Mulanya dulu arwah bapa tak merestui saya terbabit dalam dunia lakonan. Anak seni tiada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kalau sakit susah tiada simpanan untuk hari tua. Arwah juga bimbang saya tiada pekerjaan tetap.

“Dulu saya sanggup berhenti kerja tetap demi mengejar minat dalam bidang lakonan. Sebenarnya berlakon bukanlah cita-cita saya, sebaliknya saya mengejar impian bergelar pemain bola sepak. Dulu saya mewakili banyak kelab kecil sekitar Pahang tetapi saya terpaksa melupakan impian itu selepas tercedera. Saya minta kerja kerajaan tetapi hanya bertahan enam bulan selepas saya dapat tawaran berlakon drama Mentari Production.

“Sejak itu, saya mula seronok berlakon dan nekad membuktikan pada arwah bapa dan keluarga, berlakon juga kerjaya yang cemerlang. Alhamdullilah, arwah mula merestui saya bila melihat saya kerap keluar TV dan wajah saya terpampang di dada akhbar dan majalah. Tiada lagi kelihatan kebimbangan di wajahnya sehinggalah arwah menghembuskan nafas yang terakhir.

Mahu raih trofi untuk bapa

“Saya mahu berusaha lebih bersungguh-sungguh, impian saya hanya saya - mahu menggenggam sebuah trofi tak kira popular mahupun terbaik sebagai dedikasi buat arwah bapa. Saya terkilan tidak bersama arwah pada saat dirinya dijemput Ilahi. Hanya beberapa saat sebelum saya tiba, arwah sudah tiada.”

Bagaimanapun, katanya, sebagai anak, dirinya berbangga dapat berbakti kepada orang tua. Dengan hasil kerja sebagai anak seni, Fizz menanggung segala perbelanjaan rawatan hinggalah kelengkapan pengebumian dan kenduri arwah. Dirinya tidak mahu sesen pun duit keluarga digunakan demi menabur jasa pada ibu bapanya.

Tak mampu lagi menahan tangis, Fizz akui: “Susah saya nak terima hakikat bapa sudah tiada ketika itu. Saya tak sangka secepat itu bapa meninggalkan kami. Belumpun sempat arwah mengecapi kejayaan bersama saya, beliau sudah menutup mata. Apa yang saya kesalkan, saya tak berada di sisinya ketika arwah nazak. Ketika saya menjalani penggambaran di Kuantan, saya menerima panggilan arwah nazak.

“Saya ambil teksi ke Bentong dan adik saya menunggu. Dalam perjalanan saya bertalu-talu menerima panggilan minta cepat kerana arwah sedang nazak. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana ‘gilanya’ saya memandu ketika itu, rasa seperti tak cecah bumi. Bagaimanapun sebaik pintu lif terbuka, saya tengok adik beradik lain sudah menangis, ibu datang memeluk saya dan beritahu bapa sudah tiada.”

Belum rancang berkahwin

Hubungan Almy dan Fizz bukan lagi rahsia, malah merpati dua sejoli itu semakin terbuka berbicara soal cinta biarpun mereka tiada perancangan mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini. Bukan mengejar kemewahan, bukan juga mengejar populariti hingga mereka sanggup mengetepikan soal rumah tangga sebaliknya Almy dan Fizz mahu betul-betul bersedia sebelum memasuki fasa baru dalam kehidupan iaitu alam rumah tangga.

Almy akui rumah tangga mana yang tidak dilandai badai, perhubungan mana yang tiada pasang surutnya. Bagaimanapun, dia mahupun Fizz berserah pada kuasa Tuhan, kalau ada jodoh tidak ke mana.

“Bukan saja dalam perkahwinan, dalam perhubungan juga saya banyak mengalah. Memang banyak onak dan durinya apabila berkawan dengan Fizz, dia makin popular. Ramailah gadis dan wanita yang ingin mendekatinya, tetapi saya percaya Fizz setia pada yang satu.

“Saya dan Fizz juga tak menjadikan hal yang remeh temeh untuk bergaduh, bermasam muka. Lagi pun kami jarang bertemu, dua atau tiga minggu sekali pun susah. Kami jarang mempunyai masa terluang, sentiasa sibuk dengan di lokasi penggambaran. Dulu apa yang tak orang bercakap mengenai Fizz, kaki clubbing dan hidup tak tentu hala tetapi selepas kami bersama, Fizz banyak berubah. Saya terima Fizz seadanya,” kata gadis kelahiran Perak itu.

INFO: Almy

Nama: Almy Nadia Aminuddin Shah

Tarikh Lahir: 27 April 1986

Usia: 23 Tahun

Asal: Ipoh, Perak

Drama: Lebih 30 drama termasuklah Janji Kekasih, Dunia Baru, Minah Karipap, Akukah Tanggang?, Rumah Mak, 25 Hari Menghitung Duka

Filem: Nana Tanjung, Dunia Baru The Movie, Bisikan Ablasa, Skrip 7707 dan Jangan Tegur.

INFO: Fizz

Nama: Mohd Fairuz Zainal Abidin

Tarikh Lahir: 22 Oktober 1979

Usia: 30 Tahun
Asal: Raub, Pahang

Drama: Lebih 100 drama termasuklah Puteri, Dua Hati, Kaizer, Kaber Hero Kaber Zero, Impak Maksima The Series, A.D.A.M, Kekasihku Seru, Khilaf, Anak Buluh Betong, Mabuk Estrogen.

Filem: Gerak Khas The Movie, Orang Minyak, Anak Halal dan Syurga Cinta.

Solekan & Dandanan: Fahmee (012-2280178).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 12:31 pm

Darling pilih usahawan Melaka sebagai suami?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Mainpi74
Darling (kanan) bersama Memey.


Selepas putus kasih, produser dan aktres dikatakan temui pengganti pilihan ibu

SEKEMBALINYA bertugas Khamis lalu selepas seminggu bercuti bersama keluarga di Bali, fikiran Zubir segar dan semakin bersemangat memulakan rutin harian. Pun begitu, sebalik saja menjejakkan kaki di lapangan terbang, Zubir menerima panggilan telefon memberitahu, bintang Akademi Fantasia 2 (AF2), Mas atau Asma Ghani, 28, kini ditempatkan di Wad Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disyaki mengalami tekanan perasaan yang keterlaluan!

Tidak lama selepas itu, Zubir turut menerima panggilan telefon daripada seseorang, memaklumkan produser dan aktres popular, Darling Ngasri yang baru-baru ini mencuri tumpuan ramai gara-gara kisah putus cintanya dengan editor hiburan akhbar harian tabloid, kini sudah pun menemui kekasih baru, seorang ahli perniagaan berjaya dari Melaka! Sebelum meneruskan cerita Darling, Zubir ingin berkongsi perihal aktres jelita, Rita Rudaini.

Ketika Zubir masih bercuti, Zubir menerima kiriman SMS daripada Rita yang seolah-olah merajuk dengan Zubir. Zubir tak balas pun kerana terlalu sibuk berhibur. Berikut adalah SMS daripada Rita: “Abang Zubir sudahlah tu. Disebabkan Rita tak jumpa Abang Zubir dulu, Abang Zubir terus buat personal attack kat Rita. Tapi tak mengapa, terima kasih, hanya Allah saja dapat membalas jasa Abang. Kalau benda yang tak betul Abang tulis, berdosa Abang. Abang tak tahu apa cerita yang betul, jangan terus tulis. Rezeki Abang menulis, anak bini Abang pun makan juga, terima kasih Abang.”

Hello Rita, no such thing personal attack! Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Nasihat Zubir, lebih baik Rita tutup mulut kerana apa yang Zubir tulis mengenai kisah kahwin lari dengan Aidil dan tak mendapat kemaafan keluarga mentua, adalah fakta! Seperkara lagi, jangan babitkan keluarga dalam kerjaya kita. Ini sekadar teguran ikhlas, kalau Rita terasa hati, Abang Zubir minta maaflah...

Zubir juga berkesempatan melawat Mas di Wad Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur, namun Zubir bersama teman wartawan lain hampa kerana pihak hospital tidak membenarkan pihak media massa menemui Mas yang masih ‘dikurung’ dalam wad berkenaan. Begitu juga dengan Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent and Management (Maestro), Freddie Fernandez juga gagal menemui Mas.

Namun, Freddie sempat menghubungi Zubir, memberitahu sekali pun Mas sudah tidak ada ikatan kontrak dengan Maestro, pihaknya masih bersedia menyiapkan album mini Mas atas dasar simpati kepada penyanyi kelahiran AF2 itu. Penerbit album berkenaan ialah Joe Wings.

“Mas bukan artis kami lagi, kontraknya sudah tamat. Tapi, Mas menangis dan merayu minta dia tidak dilepaskan. Sekalipun dia bukan di bawah pengurusan Maestro, tapi atas ihsan, kami sedia menyiapkan albumnya. Saya juga akan membawa bapa Mas dari Tawau ke Kuala Lumpur Sabtu ini (semalam) dan menanggung segala perbelanjaan. “Sekiranya Mas dikeluarkan dari hospital dan ingin kembali ke Tawau, kami sedia menampung pembiayaannya,” kata Freddie yang ternyata simpati dengan nasib Mas sekalipun dia bukan lagi majikan artis berkenaan.

Difahamkan, Mas mengalami tekanan perasaan kerana albumnya mengambil masa yang lama untuk disiapkan, namun ada desas-desus mendakwa, Mas jadi begitu kerana isu peribadi gara-gara percintaannya dengan seorang pemuda yang dikenali sebagai Rock, berdepan masalah. Entahlah, hanya Mas sendiri yang tahu kisah sebenar. Zubir doakan Mas segera sembuh dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Berbalik kisah Darling, Zubir difahamkan, dia akan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pilihan ibunya sendiri, Habibah Jaafar. Khabarnya selepas Darling mendirikan rumah tangga dengan pilihan ibunya itu, dia perlu tinggal bersama keluarganya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Mungkin ibunya ingin Darling dekat dengan keluarga sekalipun sudah berkahwin nanti.

kata sumber, Darling kini sedang sibuk dengan persiapan perkahwinannya termasuk memilih gaun pengantin. Sekiranya menjadi kenyataan, baguslah. Anak saudara Darling, Memey juga dikatakan akan berkahwin dengan Norman Hakim. Andai kata dua-dua naik pelamin sekali gus tahun ini, satu lagi sejarah perkahwinan akan tercipta!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 12:36 pm

Tak rugi buat filem Senario

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Mainpi11
WAHID, Azlee dan Lan teraju utama Senario.


David belanja besar untuk sambungan filem Senario The Movie Episode 2

KEJAYAAN membuat kutipan kasar sebanyak RM4.5 juta tahun lalu ditambah perjanjian awal untuk menerbitkan filem Senario sebanyak tiga episod mendorong Metrowealth Movie Production (MMP) menerbitkan sebuah lagi filem sekuel iaitu Senario The Movie Episode 2: Beach Boys. Biarpun sebelum ini ramai yang mempertikaikan apakah kumpulan trio ini masih lagi mempunyai taring kerana sudah lebih sedekad mereka berada dalam bidang anak seni, namun kejayaan filem itu mencapai tahap pecah panggung membuktikan Senario masih belum ada pencabarnya.

Malahan kejayaan itu membuatkan kepercayaan penerbit filem ini, David Teo terhadap kumpulan Senario terus kukuh sehingga sanggup berkorban wang ringgit demi kumpulan ini. Buktinya, untuk filem terbaru yang diarahkan Ahmad Idham ini, David sanggup mengeluarkan belanja yang agak besar.

Bukan kenyataan sembarangan tetapi perkara ini diakui sendiri David pada majlis pelancaran filem Senario The Movie Episode 2:Beach Boys, di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

“Untuk filem ini kita mengeluarkan belanja yang agak besar berbanding terdahulu. Jika filem pertama bajet kita RM1.5 juta, kali ini jumlahnya meningkat menjadi RM1.7 juta. Ini kerana dalam filem ini kita juga menampilkan tiga pelakon wanita yang menjadi pasangan kepada Senario.

“Menambah bilangan pelakon, selain watak utama sudah pasti sedikit sebanyak turut meningkatkan kos. Tapi tak apa, kerana saya percaya untuk hasilkan filem yang baik, kita tidak perlu terlalu berkira,” kata David.

Tambahnya, walaupun keadaan ekonomi tidak begitu memberangsangkan ketika ini, namun perkara itu bukanlah persoalan utama untuk dia mengurangkan perbelanjaan bagi pembikinan filem ini.

“Bagi saya filem Senario Episod 1 sudah meletakkan satu tanda aras cukup tinggi dan mencapai kutipan tahap pecah panggung. Jadi sebagai penerbit, saya harus meningkatkan lagi kualiti sedia ada atau sekurang-kurangnya kekalkan apa yang sudah kita sajikan kepada penonton.

“Jadi sebab itu saya tidak kisah mengeluarkan peruntukan lebih untuk filem ini kerana kita tidak mahu peminat kecewa apabila hanya filem pertama saja yang bagus manakala untuk bahagian berikutnya, kita buat ala kadar saja. Saya mahu jadi seorang produser yang bertanggungjawab,” jelas David memperlihatkan kesungguhannya.

Selain Datuk Jamali Shadat, Azlee, Wahid dan Lan Pet Pet memegang watak utama, filem ini juga turut didukung oleh Maria Farida, Marsha, Nik Sayyidah, Riezman Khuzaimi dan Munir.

Ditanya apakah ada potensi untuk filem Senario akan disambung lagi sekiranya filem ini terus mendapat sambutan menggalakkan, David berkata sebagai penerbit filem, dia tidak menghadapi masalah untuk meneruskan kerjasama itu namun bersyarat.

“”Dalam kontrak kita cuma ada tiga episod. Namun kalau selepas ini hendak buat sampai 10 episod pun saya tak kisah asalkan mereka kekal dengan keadaan sikap seperti sekarang, tak buat perangai dan boleh terus beri kerjasama dengan produksi saya,’ tegasnya.

Mengenai kemunculan Senario dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak terbitan MIG yang dilihat boleh memberi kesan kepada jenama filem Senario itu sendiri, David tidak melihat perkara itu sedemikian.

“Dalam filem ini, kami mengundang Azlee dan Lan Pet Pet saja untuk berlakon. Jadi saya tidak rasa ia boleh mengelirukan penonton di kemudian hari,” katanya.

Mengulas lanjut tema filem ini, Ahmad berkata untuk Senario Episod 2, dia mengetengahkan tema pengembaraan cinta yang sebelum in i jarang diketengahkan dalam filem tempatan.

“Jika sebelum ini kami memaparkan mengenai biografi kumpulan Senario sebelum mereka menjadi terkenal seperti sekarang, kali ini kita bawakan kisah percutian mereka di sebuah pulau yang akhirnya membawa kepada tragedi.

“Dalam filem ini nanti, mereka akan mempunyai pasangan masing-masing. Di situlah nanti akan berlaku konflik dan pelbagai kejadian lucu terjadi,” katanya sambil memberitahu filem ini menjalani penggambaran sebanyak 95 peratus di Pulau Pangkor, Perak.

Program diiktiraf MBOR

LEBIH sedekad mengharungi hidup sebagai anak seni, nampaknya bintang kumpulan yang dicungkil bakatnya menerusi program Sinaran Pasport Kegemilangan terus mengerdip sehingga kini. Pelbagai kumpulan lawak seperti mereka, datang dan pergi namun Senario masih kekal di situ tanpa sebarang pengganti.

Malahan, populariti mereka tetap utuh di kalangan kanak-kanak hinggalah yang sudah berumur. Program televisyen mereka juga masih bertahan sehingga kini.

“Kami bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kami. Kami harap, Senario akan terus bertahan sampai bila-bila. Mungkin apabila kami sudah tiada lagi, kami harap peminat terus ingat seperti mana mereka mengenang Bujang Lapok. Kami mahu menjadi lagenda dalam industri seni,” ujar Azlee.

Bukan mahu mendabik dada, sebaliknya Azlee berkata dia terharu kerana ketika ini masih ada insan yang menghargai bakat dan usaha mereka sebagai anak seni apabila program Senario yang disiarkan di TV3 sejak 12 tahun lalu bakal mendapat pengiktirafan.

“Saya dapat tahu program Senario itu bakal dimasukkan dalam Malaysian Books Of Records (MBOR) sebagai program paling lama ditayangkan di Malaysia. Pengiktirafan itu sudah cukup bermakna buat kami,” katanya yang akan menampilkan komedi lebih matang dalam filem ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 12:43 pm

Betty nyaris ditembak di Colombo

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Mainpi75
Betty mengalami pengalaman pahit manis di Colombo.


Terkejut diacukan senjata selepas merakam gambar anggota keselamatan

HAMPIR terhenti seketika dengupan jantungnya apabila diacukan senjata oleh pihak berkuasa ketika mengunjungi Colombo, Sri Lanka, baru-baru ini. Penyanyi dan pelakon Betty Banafe tidak menyangka hasratnya merakam gambar anggota keselamatan yang lengkap berpakaian dan bersenjata menjadi satu kesalahan.

Mujurlah pemandu pelancong yang bersama Betty sempat memberitahu pihak berkuasa terbabbit bahawa Betty dan pengurusnya, Raja Mazwin adalah pelancong. Itu adalah sebahagian pengalaman pahit Betty ketika berkunjung ke Colombo bagi menjayakan persembahan korporat. Bagaimanapun, persembahan Betty dibatalkan saat akhir selepas berlakunya peralihan kuasa di negara itu.

Secara jujur, Betty akui: "Sukar nak gambarkan perasaan saya ketika itu. Bayangkan anggota keselamatan itu hampir mengacukan senjatanya pada saya selepas melihat saya merakamkan gambarnya. Nasiblah pemandu pelancong menerangkan kami adalah pelancong dan tidak tahu menjadi kesalahan mengambil gambar mereka.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Mainpi76
Turut berkunjung ke tempat yang pernah dibom.


"Bagaimanapun, selepas mengetahui kami adalah pelancong, keadaan yang mulanya tegang menjadi baik, malah anggota keselamatan itu memberitahu apa yang boleh dilakukan dan sebaliknya. Mereka mohon saya tidak mengulanginya lagi atas langkah keselamatan. Keadaan di Colombo agak meruncing pada tempoh peralihan kuasa ketika ini.

"Saya diberitahu, setiap menterinya hanya mampu bertahan seketika, kemudian mati ditembak atau dibom. Memang ngeri mendengar cerita teman-teman di sana tetapi Colombo masih selamat. Saya sukakan Colombo kerana tempatnya bersih cuma mungkin kita tidak selesa apabila di mana saja berada pasti anggota keselamatan mereka muncul. Malah saya perlu membawa ke mana saja pasport walaupun mahu membeli-belah di kaki lima."

Penyanyi dan pelakon kacukan Melayu-Arab-Jawa itu berkata, persembahannya dibatalkan sejurus dirinya dan pengurus tiba di Colombo pada 18 Januari lalu. Ia berikutan kenamaan yang sepatutnya merasmikan majlis usaha sama Malaysia-Sri Lanka tidak dapat hadir. Bagaimanapun, Betty tetap dilayan baik dan diberi penginapan serta kemudahan selama tiga hari berada di negara itu.

"Selepas diberitahu majlis berkenaan dibatalkan, saya anggap kunjungan saya adalah bercuti, lagi pun sudah lama saya tidak bercuti ke luar negara. Dulu saya berkunjung ke Colombo kerana terbabit dalam penggambaran drama bersiri, Kiranya Ku Tahu arahan Erma Fatima pada 2000. Saya memang tahu bahaya menanti kerana banyak kejadian pengeboman berlaku.

"Bagaimanapun, ia bukanlah berlaku di Colombo sebaliknya daerah berdekatan dengan Colombo. Bagaimanapun keadaan di Colombo memang tak selamat, manalah tahu kalau nasib tak baik militan menyerang Colombo. Itulah yang saya bimbangkan. Bagaimanapun, Alhamdullilah saya selamat pulang ke tanah air pada 21 Januari lalu.

"Dulu, keadaannya lagi teruk apabila daerah sekitar Colombo kerap diserang, kami sentiasa dalam ketakutan ketika itu. Bagaimanapun, saya lihat keadaan sudah banyak berubah dan untuk memasuki Colombo, setiap pelancong diperiksa satu persatu. Keadaan kawalan keselamatannya juga ketat. Bayangkan saya hanya boleh melihat pantai saja, penduduk dan pelancong tidak dibenarkan berada di kawasan pantai. Anggota keselamatannya juga ramai.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Mainpi77
Ditemani pemandu pelancong ketika bersiar-siar.


“Di sana terlalu banyak kuil-kuil besar dan tempat membeli-belahnya juga tak kurang hebatnya. Jadi kesempatan yang ada saya gunakan untuk lawatan ke tempat yang pernah dibom suatu ketika dulu," kata penyanyi yang mendendangkan lagu berentak Timur Tengah itu.

Betty juga sedih melihat penghidupan masyarakat di Colombo. Fakir miskin dan kanak-kanak peminta sedekah yang hidup melarat membuatnya bersyukur dilahirkan sebagai anak Malaysia.

"Setiap kali berkunjung ke negara miskin, saya sentiasa mengucap syukur dilahirkan di negara maju dan moden. Saya juga bersyukur rakyat Malaysia tidak hidup melarat seperti mereka. Walaupun rasa simpati yang menebal tetapi saya sudah diberi amaran tidak memberikan sedekah kerana bimbang saya dikejar ratusan peminta sedekah lain," katanya yang kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri, Kejar arahan Bade Azmi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 12:46 pm

"Saya Tak Pernah Demand"

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Dafi12
Dafi


Dafi nafi minta RM40,000 untuk berlakon filem

KONTROVERSI menjadi asam garam buat anak seni. Isu penyanyi dan pelakon, Dafi yang didakwa meletak harga RM40,000 untuk berlakon dalam sebuah filem sedikit sebanyak mencalar kredibiliti artis baru yang semakin melonjak nama itu.

Minggu lalu, menerusi ruangan Al-Kisah dalam B*Pop mendedahkan Dafi letak harga RM40,000 untuk berlakon dalam sebuah filem sedangkan bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) itu baru saja dipanggil untuk menjalani uji bakat. Pihak pengurusan produksi khabarnya terkejut dengan harga yang ditawarkan.

Dafi berkata, beliau sendiri terkejut dengan berita yang didedahkan itu, sedikit sebanyak ia mencalar kredibilitinya sebagai pendatang baru dalam dunia persada seni tanah air.

“Saya terkejut, tiada angin tiada ribut saya dianggap semakin demand. Saya tak pasti apa silapnya, daripada mana cerita ini tersebar dan tujuan penyebar? Dulu pada awal kemunculan, saya dituduh letak harga untuk persembahan sedangkan saya tak pernah berurusan dengan sesiapa untuk tujuan persembahan.

“Semua urusan membabitkan kerjaya saya diuruskan KRU Studios atau Maestro Talent Dan Management. Saya tidak pernah terbabit dalam perbincangan menerima tawaran atau kontrak dengan mana-mana pihak yang mahu mendapatkan khidmat saya. Malah, urusan fotografi dengan media massa sekalipun mesti melalui pihak pengurusan yang mewakili saya.

“Jadi apabila ada pihak tampil buat kenyataan, saya letak harga RM40,000 untuk berlakon sebuah filem, itu sudah melampau. Saya hanya diberi panduan dan maklumat supaya bersedia jika ada persembahan atau majlis yang perlu dihadiri. Harga bukan saya yang tentukan.

Jadi isu letak harga RM40,000 bukan salah saya.

“Soal bayaran yang diterima ada kalanya sensitif untuk diperbahaskan. Ia juga tidak boleh dibincangkan secara terbuka melainkan dipersetujui dan lengkap dengan perjanjian hitam putih. Selalunya harga bukan menjadi keutamaan sebaliknya kualiti dan kepuasan pelanggan diutamakan,” kata Dafi yang kini muncul dengan album pertama, Seumur Hidup..

Ketua Pengurus Artis & Promosi KRU Studios, Acmal Ibrahim tidak menolak kemungkinan ada pihak ketiga yang menimbulkan cerita tidak berasas atau ia hanyalah spekulasi yang sengaja ditimbulkan media massa?

Katanya, isu itu sebenarnya kabur dan menjadi tanda tanya kepada Dafi dan KRU Studios.

“Dulu, Dafi pernah terkena tempias meletakkan harga yang tinggi untuk bayaran persembahan, kini isu letak harga dalam berlakon filem pula. Kenapa? Logiknya, Dafi menjadi mangsa keadaan, ada pihak yang tak puas hati kerana Dafi antara artis baru yang menonjol. Dafi memiliki pakej dari segi rupa, bakat, imej, latar belakang keluarga dan keperibadian yang disenangi. Tidak pernah timbul cerita Dafi menyombong atau membanggakan diri dengan apa yang dimiliki.

“Sebab itulah Dafi menjadi pilihan peminat hingga dinobatkan Artis Baru Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian, tahun lalu. Lebih membanggakan, album pertamanya, Seumur Hidup berada di pasaran pada 20 Disember lalu dan dilancarkan sempena sambutan hari ulang tahunnya ke-20.

“Mengikut rekod, Dafi jadi rebutan jurucakap produk seperti Walls, Brends, Silky For Men dan terbaru, Dafi bakal menjadi jurucakap untuk dua produk gergasi,” katanya.

Acmal berkata, Dafi tidak pernah terbabit dalam perbincangan menerima dengan pihak yang mahu mendapatkan khidmatnya, bagaimanapun penyanyi lagu Bila Terasa Rindu itu hanya diberi panduan dan maklumat untuk lebih bersedia.

“Isu RM40,000 tak masuk akal, kemungkinan ada pihak yang berbincang mengenai bayaran penajaan kerana kontrak penajaan ambil masa dan membabitkan banyak perkara. Nilai artis juga dikira daripada populariti dan konsumer. Sebab itulah kadang kala penajaan akan menelan belanja jutaan ringgit.

“Lakonan adalah dunia baru buat Dafi dan perlu diingat KRU juga pengeluar dan penerbit filem yang aktif. Kami tahu selok belok industri termasuk soal bayaran artis untuk sesebuah filem. Adalah sangat tidak logik meletakkan harga yang tinggi dan ia perlu mengikut standard seseorang artis.

“Ikutkan Dafi hanya berlakon satu filem, Sayang You Can Dance. Bagaimanapun Dafi ada menjalani beberapa uji bakat filem tetapi belum ada kata putus. Dulu Dafi terpaksa menolak tawaran dua filem kerana bertembung dengan jadualnya bukan hanya seorang penyanyi tetapi penuntut di Universiti LimKokWing,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 12:49 pm

Maestro edar tiga lagu untuk Mas

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Mainpi12
MAS masih di Tawau untuk bersama keluarga bagi menenangkan diri.

Langkah ini dibuat kerana bersimpati dengan nasib yang menimpa penyanyi kelahiran Tawau

BAGI mengakhiri segala kemelut dan kekeliruan membabitkan bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Asma Ghani atau Mas, Maestro Records nekad mengedarkan tiga lagu yang dirakamkan penyanyi itu sebagai single.

Ketua Pegawai Eksekutif Maestro Records, Freddie Fernandez berkata, mereka bersimpati dengan apa yang berlaku kepada penyanyi kelahiran Tawau, Sabah itu dan mengedarkan tiga lagu sebagai single adalah jalan terbaik untuk membantunya.

Dia berharap, usaha mereka dapat membantu penyanyi yang sebelum ini ditahan enam hari di Wad Psikiatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami tekanan emosi meneruskan kerjaya nyanyiannya.

Bagi Freddie, biarpun Mas tidak lagi berada di bawah pengurusan Maestro selepas kontraknya tamat pada tahun 2007, namun mereka melakukannya sebagai tanda simpati.

Dia menjelaskan, selepas dibebaskan, penyanyi itu membuat rayuan supaya diberikan ruang lalu mereka berlembut hati dengan bersetuju menghasilkan album mini yang memuatkan lima lagu.

Untuk tujuan itu, Maestro melaburkan lebih RM20,000 bagi rakaman tiga lagu baru serta pembikinan kulit album. Maestro juga menyediakan sebuah lagu duet Mas dan Shamrin Fotograf supaya album yang diterbitkan memberi kepuasan apabila diedarkan nanti.

Bagaimanapun, pembikinan lagu itu tidak kesampaian apabila Mas ditahan polis lalu dibawa ke HKL untuk menjalani rawatan selepas bertindak agresif ketika di balai polis untuk membuat laporan.

Disebabkan itu, Freddie berkata, mereka kesal apabila Mas menuduh Maestro gagal menyiapkan pembikinan albumnya sedangkan banyak wang sudah dikeluarkan.

Lebih melukakan hati Freddie apabila Mas mendakwa, Maestro menyalahgunakan peruntukan yang dikeluarkannya sendiri hingga menyebabkan pembikinan album itu tertangguh.

Bagi membersihkan nama Maestro yang menurut Freddie tercemar dengan tuduhan tidak berasas itu, mereka akhirnya sepakat untuk mengedarkan saja tiga single yang sudah dirakamkan Mas.

“Kenyataan Mas mengatakan dia melabur RM20,000 untuk album mini ini tidak betul. Maestro yang mengeluarkan peruntukan untuk tujuan itu. Kami lakukan kerana simpati dengan nasibnya walaupun menyedari peluang untuk dapatkan semula modal yang dilaburkan agak tipis.

“Kami tidak faham apa situasi sebenar yang dihadapi Mas. Susah untuk kami memahami kerana segala perancangan sudah diterangkan secara terperinci kepadanya,” kata Freddie di sidang media khas di pejabatnya, petang Khamis lalu.

Justeru, kata Freddie, untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan selain membantu Mas mencari rezeki sebagai anak seni, Maestro bersedia mengedarkan tiga lagu yang dirakamkan sebagai single untuk diputarkan stesen radio.

Tiga lagu itu akan mula berkumandang dalam tempoh dua minggu lagi dan diharap usaha mereka akan membuka peluang kepada Mas untuk terus aktif dalam bidang nyanyian.

“Kami tidak mahu tangguhkan lagi kerana Mas sendiri sudah lama menanti. Daripada disimpan begitu saja, ada baiknya kami edarkan sebagai single kerana ia boleh membantu Mas untuk mencari pendapatan.

“Dalam situasi pasaran album fizikal yang menjunam, kami berpendapat mengedarkan single adalah jalan terbaik untuk membantu langkah Mas sebagai penyanyi,” katanya.

Ditanya mengenai proses pembikinan album mini yang mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan, Freddie berkata, banyak keadaan menyebabkan pembuatan album itu tertangguh.

“Antaranya adalah kelemahan Mas sendiri. Mas menghadapi masalah untuk menghayati serta memahami lagu yang diberikan membuatkan rakaman pernah memakan masa hingga 40 jam,” kata Freddie.

Tidak pernah aniaya

MAS dalam kenyataannya sebelum ini mengakui dia ke Balai Polis Ampang Jaya atas nasihat temannya, Rock bagi membuat laporan selepas pembikinan album sulungnya lama tertangguh.

Kata Mas yang kini berehat bersama keluarganya di Tawau, lebih membuatkan dia geram apabila sudah melaburkan RM20,000 namun hasil yang dinanti belum menjelma di depan mata.

Bagaimanapun, Freddie berkata, mengapa perkara itu dibangkitkan kerana tiga hari sebelum ditahan, Mas ada bertemu penerbit albumnya, Joe Wings dan Pengurus Artis & Repertoire Maestro Records, Othman Mahmood untuk membincangkan lagu terakhir yang bakal dirakamkan.

“Ketika penjelasan diberikan, Mas tenang serta memahami apa yang kami rancang. Dia puas hati dengan perjalanan pembikinan album itu.

“Itu yang buat kami tidak faham mengapa perkara ini tiba-tiba meletus. Maestro tidak pernah mencampuri urusan peribadi Mas.

“Ketika Othman menghubungi Mas selepas dibenarkan keluar, dia salahkan Rock atas segala yang berlaku. Mas mengaku berbuat silap kerana terlalu mengikut kata Rock. Tetapi apabila membaca laporan akhbar, lain pula jadinya,” kata Freddie.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 3:23 pm

Leya-Ashraf gembira bakal dapat bayi kembar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Leya110
Leya bersama anak saudara Ashraf.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Leya2s10


Kegembiraan aktres dan penyampai radio Hot FM Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau Leya, 26, makin bertambah apabila mengetahui dia dan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 29, dijangka bakal menimang cahaya mata kembar pada Ogos ini.

Leya yang kini sedang hamil 15 minggu berkata doktor yang merawatnya mengesahkan dia mengandung bayi kembar kira-kira seminggu lalu.

“Waktu itu, saya berjumpa doktor dengan ditemani oleh Amani. Apabila mendapat tahu berita itu, saya berasa teruja lebih-lebih lagi sedang mengandungkan bayi pertama dan boleh dapat dua orang lagi.

“Memang gembira tidak terkata. Lepas itu, terus saya beritahu suami dan keluarga.

Apabila saya menyampaikan berita ini kepada suami, terus dia macam tak percaya dan terkedu seketika. Kemudian, dia tanya, serius ke? Selepas saya yakinkan dia, barulah dia gembira dan teruja.

“Keluarga saya juga sangat gembira termasuk nenek kami berdua, ibu saya dan ibu mertua. Mereka sangat teruja,” ulas Leya mengenai reaksinya dan keluarga apabila mengetahui berita gembira itu.

Ditanya tentang gen kembar yang dikurniakan kepada pasangan ini, Leya berkata gen tersebut diwarisi oleh keluarga sebelah suaminya.

“Di dalam keluarga sebelah suami saya memang ada keturunan kembar. Untuk bayi kami ini, kami belum tahu lagi sama ada bayi lelaki atau perempuan.

“Kami tak kisah jantina bayi ini asalkan mereka sihat dan dilahirkan dalam keadaan selamat, itu sudah memadai dan kami bersyukur seadanya,” ujar pelakon filem Mukhsin, Idola dan terbaru, Magika ini.

Bertanya mengenai keadaannya, Leya berkata dia tidak mengalami alahan namun berasa sedikit kurang selera makan.

“Alhamdulillah, saya tidak mengalami alahan, cuma tak lalu makan. Kalau dulu saya akan makan nasi hingga tambah dua kali tetapi sekarang makan nasi sepinggan pun tak boleh habis.

“Jadi, saya banyak meminum susu sama ada susu coklat, strawberi dan pelbagai perisa termasuk susu soya untuk menambah kalsium. Dalam masa yang sama, saya turut mengambil vitamin.

“Saya masih melakukan kerja seperti biasa. Malah kerja saya makin bertambah apabila saya perlu menggantikan tempat Tinie mengendalikan slot bersama Azura kerana dia bakal melangsungkan perkahwinannya pada 22 Februari ini.

“Namun, doktor kata apabila mengandung kembar, mood seorang wanita itu tidak menentu dan kesannya akan menjadi dua kali ganda lebih daripada biasa.

“Oleh sebab itu, suami saya terpaksa menahan karenah saya yang kadangkala boleh menjadi manja ini.

“Apabila membeli barang, suami juga sentiasa membuat pengiraan tentang apa yang perlu dan tidak untuk kandungan saya sekarang,” cerita Leya yang melabelkan kehidupannya bersama suami sebagai ‘very the lepak’.

Jelas Leya, dia tidak mahu terlalu memanjakan diri dan dua bayi yang dikandungkan. Oleh itu, Leya sentiasa belajar ‘survive’ dan mengetahui tentang apa yang terbaik untuk bayi-bayinya.

“Kami berdua sentiasa menyayangi antara satu sama lain namun tidak pernah lepas daripada bergurau secara kasar sekalipun.

“Bagaimanapun, saya sentiasa ingatkan diri sendiri di mana badan saya kini turut menjadi ‘rumah’ untuk dua orang.

“Jadi, saya mengambil langkah untuk kurang aktif. Namun, kadangkala sukar juga untuk sesuaikan diri dengan keadaan seperti ini misalnya apabila saya bangun daripada tidur, saya terlupa,” kata Leya.

Leya memilih untuk bersalin di Kuala Lumpur tetapi belum fikirkan di hospital mana.

Leya dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada Disember 2007.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 4:08 pm

Naz- kehilangan masih terasa.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Mainpi78

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 26633610


KEGEMBIRAAN pengacara The Breakfast Show, Nazruddin Habibur Rahman (Naz) dan isterinya, Sheahnee Iman Lee (Sheahnee) menantikan kehadiran cahaya mata pertama bertukar sebaliknya apabila doktor mengesahkan bayi kembar mereka yang berusia tiga bulan itu meninggal dunia dalam kandungan.
Naz, 30, berkata, semuanya bermula bila doktor memberitahu kandungan Sheahnee, 29, mempunyai komplikasi pada pemeriksaan kandungan kali ketiga di Hospital Gleneagles, Ampang.

"Hasil pemeriksaan kandungan, doktor mengesahkan degupan jantung bayi kembar kami lemah. Kami terpaksa membuat pemeriksaan lebih kerap untuk menyelamatkan bayi kami itu. Namun, Tuhan lebih menyayanginya dan kami terpaksa reda bila doktor memberitahu bayi kembar kami itu sudah meninggal dunia dalam kandungan.

"Sheahnee terpaksa menjalani pembedahan untuk membersihkan rahimnya kerana mengalami keguguran itu dan dia terpaksa berpantang dua minggu sebelum pulih seperti biasa," katanya.

Naz berkata, Sheahnee dan keluarganya yang paling sedih dengan kehilangan bayi kembar mereka itu. Maklumlah, mereka dianugerahkan berita Sheahnee mengandung bayi kembar selepas kira-kira tiga bulan berkahwin.

"Sheahnee memberitahu saya, dia mengandung selepas kembali dari menjayakan tugasan selama sebulan di Amerika Syarikat, Oktober lalu.

"Kami menyambut berita itu dengan gembira terutama Sheahnee dan keluarganya yang tidak sabar menantikan kehadiran bayi kembar itu. Maklumlah, dalam sejarah keluarga kami berdua tidak ada yang dapat anak kembar sebelum ini. Justeru, masing-masing begitu teruja menantikan kehadiran anggota baru dalam keluarga kami itu. "Mungkin, belum rezeki kami lagi untuk mendapat anak kembar itu," katanya.

Kini, selepas dua bulan cerita sedih itu berlaku, Naz berkata, dia dan Sheahnee masih merasai kehilangan bayi mereka itu sampai sekarang.

"Saya mungkin lebih tabah berbanding Sheahnee. Tapi sebagai suami, saya sentiasa berada di sisi isteri untuk memberi sokongan supaya dia tabah menghadapi ujian ini.

"Sheahnee juga tidak mahu duduk di rumah lama-lama kerana dia tidak mahu fikirannya asyik teringat kehilangan bayinya itu," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 4:10 pm

Toi-Sakit Tulang Belakang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 21320012
Khabarnya, seorang lagi pelajar AF6, Toi, dikhuaitiri mengidap sakit sama.


Mengesahkan berita ini, Toi yang sedang dalam proses penggambaran untuk cover lagu singlenya berkata: "Ya, setakat ini memang doktor cakap saya disyaki menghidap sakit itu. Tapi, semuanya masih kabur lagi. Ini kerana dalam surat berkenaan, doktor menulis penyakit saya ialah trauma tulang.

"Doktor menjelaskan penyakit ini berkenaan tulang yang menghadapi tekanan. Setakat ini, kaki saya masih lagi dalam keadaan baik dan saya tiada masalah untuk bergerak," jelas Toi.

Menjelaskan punca sebenar penyakit ini, Toi berkata ia mungkin berpunca daripada kecederaan.
"Awal Januari lalu, saya ada terjatuh ketika bermain streetboard. Baru sebulan saya bermain permainan itu. Kemalangan itu berlaku di kawasan rumah saya. Ketika menerima rawatan, doktor memberitahu saya sakit trauma tulang.

"Jadi doktor nasihatkan saya memgambil ubat dan kurangkan bergerak serta banyak berehat," ujar Toi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 4:11 pm

Syafinaz yang seksi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 78016610

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 79258610
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 4:13 pm

KEMUNCULAN FAIRUZ SELAMAT

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Untitl31

Mohd Fairus Selamat dilahirkan pada 23 Mei 1985. Artis berbintang Gemini ini memberanikan diri untuk kembali ke dunia seni selepas lama mendiamkan diri. Dahulunya beliau merupakan vokalis untuk kumpulan Q-FACE. Namun jodoh beliau dengan Q-FACE tidak panjang. Beliau meneruskan perjuangannya dengan kumpulan ANTZ pula. Kini beliau ingin dikenali sebagai FAIRUZ SELAMAT.

Muncul sebagai artis solo merupakan percubaan terbaru untuk beliau terus di kenali dalam dunia seni Malaysia ini. Harapan awal beliau ialah dapat dikenali dan kekalkan nama sebaris penyanyi solo yang sedia ada seperti Jamal Abdillah, Anuar Zain, Hazami, M.Nasir dan angkatan baru seperti Imran Ajmain, Aliff Aziz, Dafi, Aizat dan Faizal Tahir.

Single pertama Ku Undur Cinta ciptaan Joe Latif dan lirik oleh Norulhisyam. Single kedua iaitu Palsu adalah ciptaan Gnola dan lirik ditulis oleh Fedtri Yahya. Single kedua ini dijangka hits. Single ketiga ialah Alahai Sayang berentak Etnik Kreatif dan ia adalah edisi istimewa untuk album ini. Single terakhir ialah Cinta Tak Sehalun ciptaan Joe Latif dan lirik oleh Siso. Dirakam kembali dalam bentuk okestra.

Album ini dijangka keluar di pasaran pada akhir Februari atau awal Mac. Kepada mereka yang merindui kumpulan ANTZ dan Q-FACE bolehlah dapatkan album ini tak lama lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 4:21 pm

Aksi Elyana Pada Malam Anugerah Juara Lagu 23

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Elyana15

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Elyana16

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Elyana17

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Elyana18
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeTue 17 Feb 2009, 4:55 pm

Pertama sekali takziah kpd ct atas pemergian insan tercinta,harap beliau dan keluarga tabah menghadapi hari2 yang mendatang.

Kedua, di hollywood artis lama makin tinggi bayarannya tapi di sini orang lama seolah tenggelam dek barisan artis baru yang muda,comel,cantik dan seksi,di mesia ni klu artis tu berkedut je mulalah kurang pasaran...kenape ye..

Ketiga, la....awat si juri profesional one in a million jadi macam tu..takkan duk sebelah mat salleh yang bermulut lantang maka pakaian pun nak tunjuk dada sampai nampak tuttt.... sebelah...
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 8:37 am

Aksi Manja Diana Danielle

Lebih sebulan juga kisah Diana Danielle tidak kedengaran di dunia hiburan, kini beliau muncul kembali dengan aksi lebih manja yang bisa membuatkan jiwa Syamsul (bapa syamsul, mungkin) tidak keruan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Diana211


Jomstar menampilkan Diana Danielle sebagai cover wanita untuk bulan Februari serta menemuramah beliau mengenai kerjayanya dalam dunia lakonan.

Diana Danielle bakal muncul dalam 2 filem iaitu ‘Magika’ & ‘Bohsia’ yang pengambarannya masih lagi berjalan. Ironinya, filem ‘Bohsia’ sebenarnya di’arahkan oleh Syamsul Iskandar.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Diana312


Apabila di’tanya mengenai PLKN, Diana Danielle berkata yang beliau bakal menjalani PLKN pada bulan Mac di’kawasan Sepang. Sengaja di’uji mengenai ketahanan fizikalnya, penulis tidak sangka yang beliau merupakan bekas olahragawati sekolah, dan acara yang paling di’sukai adalah merentas desa (Kuat ni).

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Dianaf10


Diana Danielle juga bakal bergelar penyanyi dan albumnya masih di’rakam di Indonesia, serta di’cipta oleh komposer dari negara seberang. Penulis tidak sabar untuk mendengar nyanyian beliau, mungkinkah suaranya seindah wajahnya juga?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 8:40 am

Nabila, Que sukar wujudkan bibit cinta

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Nabila12
Nabila dan Que, bintang utama Cinta Untuk Ain

DUA pelakon hebat ini memang cukup sepadan bila digandingkan bersama. Perangai 'gila-gila' mereka membuatkan Que Haidar dan Nabila Huda akui tidak sukar untuk mencari keserasian antara mereka ketika berlakon.

Namun, apabila mereka digandingkan untuk drama bersiri 13 episod, Cinta Untuk Ain yang bakal menghiasi slot Lestary di TV3 bermula 24 Februari ini, kedua-duanya tidak menafikan wujud kesukaran untuk membawakan watak pasangan bercinta.

Masakan tidak, setiap kali bertemu di set penggambaran, masing-masing tidak henti-henti mengusik antara satu sama lain dan menjadikan suasana set cukup 'kecoh'.

Lantaran itu, adakalanya mereka perlu mengambil masa yang agak panjang untuk mengambil 'mood' bagi menghayati babak beremosi.

"Saya pernah berlakon cerita-cerita cinta, tetapi saya akui pada awalnya agak ragu-ragu juga untuk bawa karektor romantik dalam drama ini. Tambahan pula digandingkan dengan Nabila yang memang 'gila-gila' macam saya juga.

"Tetapi pengarah, Heykal Hanafiah dan Nabila sendiri banyak membantu. Malah, adakalanya seluruh krew tidak ketinggalan membantu kami. Memang 'happening' betul set ni!

"Disebabkan sikap 'spoting' semua yang terlibat, kami tidak ada masalah pun untuk bawakan watak kami. Rasa macam sekejap saja penggambaran yang kami jalankan walaupun memakan masa lebih sebulan," ujar pengantin baru, Que Haidar yang ditemui pada majlis ramah-mesra drama itu di Sri Pentas, semalam.

Nabila juga turut akui kesukaran untuk menghayati babak percintaan mereka pada awalnya, namun semua itu berjaya dilakukan dengan baik oleh anak rocker terkenal, Amy Search ini.

"Nasib baik watak Ain yang saya bawakan dalam drama ini tidak perlu tunjukkan sangat perasaan cinta itu. Que yang perlu banyak mendalami karektor Shahrul yang dipegangnya itu kerana dalam drama ini, dia perlu buat macam-macam untuk mencuri hati Ain.

"Cuma karektor masing-masing akan lebih mencabar selepas beberapa episod awal kerana kemudiannya akan timbul konflik dalam watak Ain," tutur Nabila.

Cinta Untuk Ain mengisahkan kehidupan Ain yang tidak seperti gadis remaja yang lain. Ibunya meninggal dunia sejak dia berusia 16 tahun dan dibesarkan oleh bapa tirinya, Kamal (Fauzi Nawawi).

Kamal seorang pemabuk dan kaki judi. Setelah kalah dalam perjudian dan tidak mempunyai wang untuk membayar hutang, Kamal menyerahkan Ain kepada Farid (Eizlan Yusof) yang kemudian merogolnya.

Kehidupan Ain bertambah sengsara apabila dia dijual di rumah pelacuran oleh Farid. Tekanan yang dilaluinya membuatkan Ain trauma dan jatuh sakit sehingga lupa tentang diri dan asal-usulnya.

Ain yang melarikan diri dari tempat tersebut telah dijaga oleh pasangan suami isteri sehingga dia berjaya dalam kerjayanya dan berkenalan dengan Shahrul yang sangat mencintainya.

Namun, konflik mula tercetus apabila keluarga baru Ain itu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya lima tahun lalu. Ain kecewa dan menyangka Shahrul tidak mampu menerima kisah silamnya. Lebih mengecewakan Ain ialah apabila dia mendapati bahawa Farid kini adalah suami kepada kakak Shahrul.

Berbicara tentang watak-wataknya kini yang lebih ke arah permainan emosi, kata Nabila, dia akui wataknya sudah pelbagai dan tidak lagi hanya tertumpu kepada watak gadis liar atau jahat saja.

"Selepas membintangi filem Bohsia tahun lalu, saya terfikir untuk cuba bawa watak yang lebih beremosi. Drama Laila Majnun baru-baru ini adalah sebuah drama yang menyaksikan saya membawakan watak 'simpati' yang lain dari yang lain.

"Begitu juga dengan Cinta Untuk Ain. Bukan bermaksud saya tidak mahu lagi bawa watak-watak antagonis, saya bukannya memilih karektor. Jika selepas ini ada yang menawarkan watak jahat lagi, saya tidak ada masalah untuk menerimanya," kata Nabila.

Jika Nabila akui teruja dengan watak Ain yang dianggap berbeza dengan karektor terdahulu, perkara yang sama turut dirasai oleh suami kepada koreografer Linda Jasmine ini.

Watak 'mat jiwang' yang dibawanya dalam drama bersiri tersebut memang cukup istimewa bagi diri Que.

"Karektor Shahrul adalah seorang yang ceria. Banyak sebenarnya adegan menarik, aksi-aksi 'comel' seperti bagaimana saya ingin 'tackle' Ain. Bagi saya, babak itu tidaklah 'over', memang kena dengan jalan ceritanya," kata Que.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 9:55 am

(Gambar) Sharon Paul, Isteri Rusdi Ramli Mengandung

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 3211
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 9:57 am

Gambar Dato' Siti Nurhaliza & Datuk K

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Siti-n10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 9:59 am

(Gambar) Natasha Hudson Sudah Kurus!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 2610
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 10:05 am

(Gambar) Nora Danish Mengandung

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Nora-d10

Walaupun sekarang Nora Danish telah selamat melahirkan anak. Namun saya menerima email dari peminat berikutan gambar-gambarnya mengandung yang ingin di’kongsi bersama..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Nora-d11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Nora-d12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 10:12 am

3 tahun bukan mudah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Hi_02_20
HOT FM kini sudah berusia tiga tahun.


SELAMA tiga tahun menjalankan tugas menghiburkan pendengar, stesen radio Hot FM yang bernaung di bawah Media Prima tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk meletakkan mereka di tangga nombor satu negara.

Walaupun belum menjadi stesen nombor satu secara keseluruhan, Hot FM boleh berbangga dengan pencapaian sebagai stesen radio nombor satu bagu pendengar secara purata dalam satu kajian yang dikendalikan oleh AC Nielsen untuk jangkamasa 4 Ogos 2008 hingga 17 Ogos 2008.

Pendengar secara purata bermaksud jumlah pendengar setia stesen itu dan bukannya jumlah pendengar yang mendengar stesen itu sepintas lalu. Namun, akui Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul, tiga tahun perjalanan yang mereka lalui bukan mudah.

"Kita bermula dari bawah dan kosong. Kini stesen kami sudah ada pencapaian tetapi kami berdepan dengan pelbagai cabaran selama tiga tahun ini. Negara kita mempunyai lebih 50 buah stesen radio. Daripada jumlah itu, 18 daripadanya adalah stesen Bahasa Malaysia.

"Maka, saingannya amat sengit. Buat masa ini kami merupakan stesen radio nombor satu bagi pendengar secara purata dan juga nombor satu bagi skop pendengar berusia 10 hingga 34 tahun. Apa pun, kami tidak akan berhenti daripada memberikan yang terbaik kepada pendengar kami."

Ditemui pada sidang media Hot FM Big Jam 2009, konsert tahunan itu diadakan secara percuma sebagai tanda penghargaan kepada pendengar yang menyokong Hot FM selama ini. Bakal berlangsung pada 1 Mac, lokasi kali ini telah jauh berbanding konsert kali pertama dan kedua iaitu di Shah Alam dan Petaling Jaya.

Kali ini, Hot FM telah membuat keputusan untuk menemui pendengar mereka di bahagian Selatan dan lokasi yang dipilih adalah Danga Bay, Johor Bahru. "Danga Bay adalah kawasan yang strategik untuk konsert dan kami menyasarkan lebih 30,000 peminat akan hadir pada hari itu," tambah Seelan.

Bermula dari pukul 10 pagi sehingga lewat malam, pelbagai aktiviti menarik seperti sesi ramah mesra bersama penyampai Hot FM akan diadakan sebelum konsert bermula pada pukul 4 petang. Kira-kira 28 penyanyi akan beraksi sempena konsert sambutan ulang tahun ketiga Hot FM.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Hi_02_21
KUMPULAN Modread yang bakal membuat persembahan pada 1 Mac ini.


Antaranya, Mawi, Adam, Nubhan, Aizat, Stacy, Ayu, Suki, Misha Omar, Fabulous Cat, Azharina dan Faizal Tahir. Tidak ketinggalan juga pembabitan band Indie seperti Meet Uncle Hussin, Estranged, Bunkface, One Buck Short, Bau, Pesawat, Maximus, The Divine Master serta dua band baru, Modread dan Pardond Me.

Namun, Hot FM tahun ini tidak akan mempersembahkan artis dari Indonesia seperti dua tahun sebelumnya.

"Tahun pertama kami menjemput kumpulan Sheila On 7 dan tahun kedua pula kumpulan Ungu menyertai konsert kami. Ada dua sebab kami membuat keputusan untuk tidak membabitkan penyanyi dari Indonesia. Satu daripadanya adalah masalah bajet.

"Satu lagi kami berpendapat senarai penyanyi yang terlibat sudah cukup kuat. Kami juga ada memberi peluang kepada dua band yang dicungkil melalui pertandingan Hot FM Twisties Bingit untuk membuat persembahan," kata Seelan mengenai konsert yang akan dirakamkan oleh TV3.

Mempertaruhkan 12 band, penyanyi solo dan berkumpulan akan mengadakan persembahan secara selang-seli bagi memudahkan persiapan penyanyi berkumpulan tanpa perlu membuatkan pendengar tertunggu lama. Pihak Hot FM juga mengadakan pertemuan dengan barisan penyanyi bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

"Kami yakin artis kita tahu peraturan ketika menjalankan persembahan di atas pentas. Namun, sebelum persembahan berlangsung, kami akan mengadakan perbincangan teknikal bagi mengelakkan sebarang kesukaran. Lagipun konsert itu akan disiarkan menerusi laman web kami, www.hotfm.com.my. Jadi kami juga perlu pastikan semuanya berjalan lancar," jelas Seelan.

SELAMA tiga tahun menjalankan tugas menghiburkan pendengar, stesen radio Hot FM yang bernaung di bawah Media Prima tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk meletakkan mereka di tangga nombor satu negara.

Walaupun belum menjadi stesen nombor satu secara keseluruhan, Hot FM boleh berbangga dengan pencapaian sebagai stesen radio nombor satu bagu pendengar secara purata dalam satu kajian yang dikendalikan oleh AC Nielsen untuk jangkamasa 4 Ogos 2008 hingga 17 Ogos 2008.

Pendengar secara purata bermaksud jumlah pendengar setia stesen itu dan bukannya jumlah pendengar yang mendengar stesen itu sepintas lalu. Namun, akui Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul, tiga tahun perjalanan yang mereka lalui bukan mudah.

"Kita bermula dari bawah dan kosong. Kini stesen kami sudah ada pencapaian tetapi kami berdepan dengan pelbagai cabaran selama tiga tahun ini. Negara kita mempunyai lebih 50 buah stesen radio. Daripada jumlah itu, 18 daripadanya adalah stesen Bahasa Malaysia.

"Maka, saingannya amat sengit. Buat masa ini kami merupakan stesen radio nombor satu bagi pendengar secara purata dan juga nombor satu bagi skop pendengar berusia 10 hingga 34 tahun. Apa pun, kami tidak akan berhenti daripada memberikan yang terbaik kepada pendengar kami."

Ditemui pada sidang media Hot FM Big Jam 2009, konsert tahunan itu diadakan secara percuma sebagai tanda penghargaan kepada pendengar yang menyokong Hot FM selama ini. Bakal berlangsung pada 1 Mac, lokasi kali ini telah jauh berbanding konsert kali pertama dan kedua iaitu di Shah Alam dan Petaling Jaya.

Kali ini, Hot FM telah membuat keputusan untuk menemui pendengar mereka di bahagian selatan dan lokasi yang dipilih adalah Danga Bay, Johor Bahru. "Danga Bay adalah kawasan yang strategik untuk konsert dan kami menyasarkan lebih 30,000 peminat akan hadir pada hari itu," tambah Seelan.

Bermula dari pukul 10 pagi sehingga lewat malam, pelbagai aktiviti menarik seperti sesi ramah mesra bersama penyampai Hot FM akan diadakan sebelum konsert bermula pada pukul 4 petang. Kira-kira 28 penyanyi akan beraksi sempena konsert sambutan ulang tahun ketiga Hot FM.

Antaranya, Mawi, Adam, Nubhan, Aizat, Stacy, Ayu, Suki, Misha Omar, Fabulous Cat, Azharina dan Faizal Tahir. Tidak ketinggalan juga pembabitan band Indie seperti Meet Uncle Hussain, Estranged, Bunkface, One Buck Short, Bau, Pesawat, Maximus, The Divine Master serta dua band baru, Modread dan Pardond Me.

Namun, Hot FM tahun ini tidak akan mempersembahkan artis dari Indonesia seperti dua tahun sebelumnya.

"Tahun pertama kami menjemput kumpulan Sheila On 7 dan tahun kedua pula kumpulan Ungu menyertai konsert kami. Ada dua sebab kami membuat keputusan untuk tidak membabitkan penyanyi dari Indonesia. Satu daripadanya adalah masalah bajet.

"Satu lagi kami berpendapat senarai penyanyi yang terlibat sudah cukup kuat. Kami juga ada memberi peluang kepada dua band yang dicungkil melalui pertandingan Hot FM Twisties Bingit untuk membuat persembahan," kata Seelan mengenai konsert yang akan dirakamkan oleh TV3.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Hi_02_22
PENYAMPAI Hot FM (dari kiri) Tini, Anne, Faizal, Ikhwa, Leya bersama Seelan pada sidang media Big Jam 2009.


Mempertaruhkan 12 band, penyanyi solo dan berkumpulan akan mengadakan persembahan secara selang-seli bagi memudahkan persiapan penyanyi berkumpulan tanpa perlu membuatkan pendengar tertunggu lama. Pihak Hot FM juga mengadakan pertemuan dengan barisan penyanyi bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

"Kami yakin artis kita tahu peraturan ketika menjalankan persembahan di atas pentas. Namun, sebelum persembahan berlangsung, kami akan mengadakan perbincangan teknikal bagi mengelakkan sebarang kesukaran. Lagipun konsert itu akan disiarkan menerusi laman web kami, www.hotfm.com.my. Jadi kami juga perlu pastikan semuanya berjalan lancar," jelas Seelan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 10:17 am

Bakal pengkritik tetap AF7?

"Saya tidak meletakkan sepenuh keyakinan tentang gosip ini, sebaliknya saya sedar ada lagi karyawan seni lain yang boleh menjadi pengkritik, selain saya sendiri" – NURUL

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Hi_01_29


GOSIP penyanyi berkulit hitam manis, Nurul Huda Ab. Wahab atau lebih dikenali sebagai Nurul, bakal dilantik menjadi pengkritik tetap rancangan realiti, Akademi Fantasia 7 (AF7), kini semakin hangat diperkatakan.

Begitupun, tuan empunya badan hanya mampu tertawa kecil saat mendengar khabar angin, bakal duduk di kerusi 'panas' pengkritik tetap rancangan AF7.

Tidak dinafikan, ada riak terkejut pada mulanya apabila kisah itu dibentangkan. Namun Nurul pantas bertukar riak selamba semula, sambil bersikap profesional dengan gosip yang terus dijaja oleh peminat dan individu tertentu dalam lapangan seni.

Bagi Nurul sendiri, kalau ada kebenarannya tentang gosip dia bakal menjadi pengkritik tetap AF7, maka sudah pastilah dia menjadi orang pertama paling teruja.

"Kalau dapat, saya bersyukur sangat," sahut Nurul tergelak kecil semasa ditemui pada sesi merakam lagu terbarunya di Execellent Studio milik Sharon Paul di Taman Tun Dr. Ismail, Damansara, Petaling Jaya minggu lalu.

Beritahu Nurul, dia bagaimanapun tidak menganggap gosip bakal dilantik sebagai pengkritik tetap AF7, menjadi satu masalah besar untuk dirinya.

"Saya suka sangat apatah lagi dapat bekerjasama dengan pihak produksi AF7 di empat buah lokasi yang berbeza di seluruh negara baru-baru ini.

"Saya dipilih untuk menjadi juri dan membuat tapisan para peserta di beberapa buah tempat antaranya adalah Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Sabah.

"Penerbit dan seluruh warga kerja AF7 kelihatan komited dalam melaksanakan tugas masing-masing demi mahu mencari bakat baru untuk diketengahkan dalam industri.

"Secara jujurnya, boleh dikatakan hampir keseluruhan warga kerja AF7 merupakan orang-orang yang berbeza, kalau ingin dibandingkan dengan enam musim sebelum ini.

"Rasa seronok dapat kerja dengan mereka yang bersifat gila-gila, namun mereka tetap bersungguh-sungguh menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak Astro.

"Mereka mengetahui apa yang dimahukan termasuk mencari bakat-bakat baru di seluruh negara, malah mereka sentiasa berahsia dalam segala hal yang berkaitan AF7, supaya tidak diketahui umum.

"Itulah yang membuatkan saya jatuh cinta dengan sikap warga kerja AF7," luah Nurul tanpa berselindung.

Penyanyi berusia 32 tahun itu berkata lagi, setelah gosip yang bertiup kencang mula menerima perhatian masyarakat, namun seluruh warga kerja AF7 tidak sesekali mendedahkan apa jua maklumat.

"Mereka buat tidak tahu, malah berdiam diri sahaja tentang gosip saya bakal dilantik menjadi pengkritik tetap AF7.

"Saya tidak meletakkan sepenuh keyakinan tentang gosip ini, sebaliknya saya sedar ada lagi karyawan seni lain yang boleh menjadi pengkritik, selain saya sendiri," tambah Nurul dalam lontaran suara cukup merendah diri.

Barangkali, ada sesetengah pihak yang bersikap skeptikal tentang kredibiliti dan bakat Nurul untuk menjadi seorang pengkritik.

Mungkin ada yang berpendapat Nurul ibarat penyanyi hingusan, yang belum selayaknya untuk berada di tempat pengkritik tetap AF7.

Satu persoalan lain, mampukah Nurul bertukar karakter menjadi lebih celupar berbanding sebelumnya? Kita maklum sahaja, kebanyakan juri tetap AF sebelum ini agak 'keras' dan boleh dikatakan agak celupar bila membuat kritikan memandangkan mereka telah diamanahkan untuk berlaku 'sejujur' mungkin dengan peserta.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Hi_01_30
NURUL mungkin kelihatan naif, namun itu bukan bermakna dirinya boleh diperkotak-katikkan.


Dalam nada tenang Nurul menyampuk, dia mahu masyarakat menilai pengalaman yang dimilikinya dalam bidang seni suara selama 15 tahun, sebagai medium utama untuk dia berkongsi dengan bakat-bakat baru.

"Secara tidak langsung, ia menjadi motivasi dan perangsang untuk saya. Tambahan pula dengan proses yang pernah saya lalui sepanjang tempoh melebihi satu dekad berstatus anak seni.

"Banyak kenangan yang pernah saya jalani dalam hidup. Saya menerima banyak nasihat daripada peminat yang sebelum ini terserempak dengan saya, semasa berada di tempat awam.

"Bukan itu sahaja, hidup bersama bekas suami, Ajai selama 10 tahun sebenarnya sudah banyak mematangkan saya mendalami selok-belok dalam kehidupan dan bidang seni.

"Saya merupakan seorang wanita yang tidak gentar apabila dicabar. Kalau dicabar, lantas saya akan pastikan untuk melawan semula demi membuktikan kebolehan diri.

"Kerana itu saya lihat proses pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini indah, lantas dapat dikongsi bersama orang lain," ungkap Nurul yang kelihatannya naif, namun ia tidak bererti dirinya boleh diperkotak-katikkan oleh orang lain.

Jika selepas ini, masih lagi ada pihak menidakkan kemampuan dirinya, yang bergelar seorang penyanyi, maka ringkas sahaja ucap Nurul: "Saya anggap kata-kata ini sebagai cabaran."

Muncul dengan album baru

Tutup kisah yang mengaitkan Nurul diuar-uarkan bergelar pengkritik tetap AF7 yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

Nurul sebaliknya lebih teruja bercerita tentang proses pembikinan album studio, yang bakal menemui peminat pada Mac nanti.

Sebelum episod manis tentang albumnya dibicarakan, Nurul mengakui, berdepan dengan pelbagai masalah yang tidak dinafikan mengguris sedikit jiwanya, yang selama ini bersifat kental.

Tambah Nurul, pengalaman yang pernah dilaluinya memberi semangat untuk meneruskan kerjaya seni.

Meskipun pembikinan album solonya sebelum ini tertangguh hampir tiga tahun lamanya, namun kini segala yang diinginkan oleh Nurul, semakin hampir menjadi kenyataan.

"Pembikinan album terbaru ini sebenarnya sudah pun lama dirancangkan. Cuma kerana sebab-sebab yang tertentu, ia akhirnya tertangguh, hingga saya menemui Metadome Sdn. Bhd.

"Saya merupakan individu yang komited semasa bekerja, apatah lagi mahu melahirkan album baru. Malah saya juga mahukan orang yang bekerja dengan saya, harus komited sama.

"Tidak dinafikan, sebelum ini saya kurang yakin dengan syarikat lain daripada segi kemampuan bekerja.

"Apabila Metadome memberi peluang untuk saya bergelar artis rakaman mereka, saya terus setuju tanpa mahu fikir panjang.

"Pekerjanya juga terdiri daripada orang-orang kuat industri seni yang bersungguh-sungguh melaksanakan kerja sendiri.

"Disebabkan percaya dengan kredibiliti yang telah mereka perlihatkan, maka saya menerima tawaran Metadome pada bulan Disember tahun lalu.

"Saya harap album baru ini dapat memenuhi syarat yang ditetapkan dan hasilnya juga berkualiti," ujar Nurul.

Kerjasama dengan Sharon

Tidak ketinggalan, Nurul juga menjalinkan kerjasama dengan komposer terkenal yang juga merupakan isteri kepada aktor, Rusdi Ramli iaitu Sharon Paul.

"Sudah lama saya berkeinginan untuk bekerja dengan Sharon, cuma baru kali ini ia tercapai.

"Sharon seorang yang serius apabila bekerja, tetapi dia tetap terbuka menerima pendapat orang lain.

"Boleh dikatakan, Sharon merupakan orang baru dalam dunia seni, jadi ideanya lebih segar serta mengikut peredaran masa.

"Saya juga tidak mampu untuk menidakkan kebolehan komposer lain, cuma kali ini saya mahu cuba sesuatu yang baru, untuk penjenamaan semula diri saya.

"Paling mengujakan, saya dan Sharon mempunyai keserasian semasa bekerja, hingga ia menjadi faktor terpenting untuk menghasilkan sesuatu karya yang baik," kata anak kelahiran Pulau Pinang itu teruja.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Hi_01_31


Bercerita mengenai albumnya, sebanyak tujuh lagu dimuatkan. Terdapat lima buah lagu baru manakala dua lagu lama, menjadi bonus buat peminat.

"Sewaktu sesi pemilihan lagu, saya diberikan sebanyak 15 lagu untuk dipilih dan semuanya sedap didengar serta berkualiti.

"Saya mendengar keseluruhan lagu ini semasa memandu. Kerana tidak tahu lagu yang mana satu mahu dipilih, saya menyerahkan kepada Metadome untuk buat keputusan.

"Akhirnya sebanyak lima lagu terpilih. Antaranya adalah Sepenuh Jiwa, Kala Hati dan Jadikan Aku Bintang.

"Manakala dua lagu yang menjadi bonus dalam album ini adalah lagu saya yang dirakam tahun lalu.

"Buat masa ini, dua lagu lain masih belum mempunyai judul yang bersesuaian.

"Insya-Allah, album yang berbeza daripada apa yang peminat dengar sebelum ini, bakal dipasarkan pada pertengahan bulan depan.

"Dengan kelahiran album genre pop ini, saya percaya peminat dapat melihat kelainan di antara Nurul dahulu dan sekarang," akhiri duta Power Root itu sambil ketawa mengekeh.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 10:18 am

Winslet anjur parti Oscar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Hi_04_10


Menang atau kalah, calon Oscar pada tahun ini, Kate Winslet tetap akan membuat parti keraian.

Winslet yang kini berdebar-debar menunggu 22 Februari ini iaitu tarikh berlangsungnya majlis anugerah Academy ke-89 yang menyaksikan dia bertanding merebut Anugerah Aktres Terbaik bersaing dengan Angelina Jolie, Anne Hathaway, Mellisa Leo, dan Meryl Streep.

Aktres berusia 33 tahun itu tercalon hasil lakonannya menerusi filem, The Reader. Ia merupakan kali keenam dia meraih pencalonan Oscar.

Beritahunya kepada Contactmusic: "Saya tidak tahu apa keputusannya nanti. Tapi ia merupakan kali keenam saya meraih pencalonan (Oscar).

"Ia bakal menjadi majlis Anugerah Academy keenam yang saya hadiri, jadi menang atau kalah saya tetap akan menganjurkan parti meraikannya bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat."
Back to top Go down
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 10:50 am

sally_eiyna wrote:
Syafinaz yang seksi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 78016610

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 79258610

eii giler la dia berani pakai camni kan.ishk22
rasa dah mcm nak terkuar.hahah
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 10:51 am

Gambar Fouziah Gous di Pra Tonton Filem Rasukan Ablasa

Budiey ikut gelak besar apabila menonton adegan Fouziah Gous melakonkan watak Kim dalam filem Rasukan Ablasa. Apa tidaknya, masa satu scene dalam sel penjara, Kim yang sememangnya penakut telah terkencing dalam seluar selepas melihat hantu di hadapannya. Mengigil ketakutan. Tapi rasanya, biasalah memang realitinya perempuan akan terkencing apabila terlalu takut. Alah, kalau kena pada lelaki pun, mungkin akan terkencing jugak!

Budiey sempat berborak dengan Fouziah pasal bidang lakonannya. Menurut pelakon yang berkawan rapat dengan Iqram Dinzly ni, beliau baru sahaja habis shoot Roda Impian bersama Kieran. Sekarang tengah sibuk berlakon drama Nana Tanjung di mana Saiful Apek juga turut ada dalam drama TV9 ini. Pada 27 dan 28 Februari ini, Fouziah Gous akan turut menjayakan Karnival Jomheboh di Melaka.

Khabarnya, Fouziah sekarang sedang mencari pengurus yang profesional untuk mengurus jadual kariernya agar lebih terurus. Budiey pun respect dengan sesetengah artis yang sibuk macam Fouziah Gous dapat mengatur jadual hariannya sendirian. Biasanya kalau ada pengurus ni, ada pro dan kontranya jugak. Kalau kita bernasib baik dapat pengurus yang bijak, seseorang artis tu dapat laris dan berjaya mengekalkan namanya dalam industri

Terlalu sibuk sangat berlakon sehingga Fouziah Gous terpaksa tolak tawaran filem Momok, Rempit dan beberapa filem lain.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 F17 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 F211

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 F310 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 F410
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 10:54 am

Gambar Almy Nadia di Pra Tonton Filem Rasukan Ablasa

Pada jam 2.30 petang tadi, prebiu filem Rasukan Ablasa telah diadakan di Cathay Cineplex, Cineleisure, Damansara Utama. Antara pelakon utama yang hadir ialah Almy Nadia, pelakon yang suatu masa pernah dilanda kontroversi atas kehilangannya seketika dalam dunia hiburan kerana telah dilanda penyakit misteri hasil buatan orang.

Budiey sempat mendengar cerita dari mulut Almy Nadia tentang pengalaman seramnya melakonkan watak gadis bernama Kim dalam filem arahan Prof. Razak Mohaideen. Ketika di lokasi pengambaran di sebuah hutan, Almy Nadia dipukau dan tiba-tiba berada di pejabatnya. Cabaran bagi Almy Nadia untuk filem pertama lakonannnya ini ialah Almy terpaksa melakonkan watak perempuan penggoda untuk adegan panas dalam penjara dan juga scene dalam lif di mana Almy Nadia menggoda Yusri KRU. Sedangkan yang kita tahu, Almy Nadia seorang yang gadis pemalu. Tapi dalam filem ini, Almy Nadia kena seksi dan daring sikit.

Lakonan Almy untuk filem ini boleh dipertingkatkan lagi. Tidak adil rasanya untuk menilai kerana Almy pada masa itu masih mentah, namun dengan kelas lakonan bimbingan Prof Razak dari Line Clear, lakonan Almy Nadia masih dapat dipertingkatkan pada masa hadapan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 A53 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 A210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 A310 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 A410
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 11:17 am

Sinopsis Filem Rasukan Ablasa Lakonan Mohd Hafiz & Gambit Saifullah

Filem Rasukan Ablasa bergenre seram ini terbitan Line Clear, arahan pengarah paling prolifik tanah air iaitu Prof A. Razak Mohaideen. Filem ini pada awalnya hanya berjudul Ablasa yang mengikut kata Prof dan Azhari Zain bermaksud ‘The Broken Spirit’ atau juga ‘The root of evil’ namun ditambahkan perkataan rasukan di hadapannya supaya tajuknya lebih dekat dengan idea filem iaitu yang mempunyai unsur-unsur ‘kerasukan’. Filem ini mengetengahkan bakat-bakat baru dan pertama kalinya kita dapat tonton lakonan Mohd Hafiz (’Kembar’ Saiful Apek) mendapat tanggungjawab memegang watak pelakon utama.

Filem ini akan menemui penonton pada 26 Februari 2009. Majlis prebiu filem ini akan diadakan pada 17 Februari ini di Cathay Cineplex, Damansara Utama.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 A54
Poster Filem Rasukan Ablasa

Penerbit:
Latiff Mohaideen

Penerbit Eksekutif
Puad Onah

Pengarah:
Prof Madya A. Razak Mohaideen

Penulis Cerita Asal dan Lakon Layar:
Prof Madya A. Razak Mohaideen

Pelakon:
Fouziah Ghous
Gambit Saifullah
Almy Nadia
Mohd Hafiz
Fairul
Yusry KRU
Datuk Jalaluddin Hasan
Eric Fuzi

Krew:
Faizul A. Rashid : (Penyunting)
Azhari Mohd Zain : (Penyunting)
Irwan Mazwan : (Pengarah Seni)
Iqbal Mydin : (Pengurus Produksi)
Adzrey : (Muzik)


Sinopsis Filem Rasukan Ablasa

Kisah ini menceritakan tentang kejahatan yang terbentuk di masa silam tentang Omar yang memuja iblis untuk mendapatkan ketaatan isterinya Laila. Namun pemujaanya hanya menyebabkan isterinya menjadi curang. Satu hari Omar telah ternampak Laila sedang berasmara dengan Nordin. Dalam keadaan marah, Omar memancung kepala Laila dan Nordin. Orang kampung telah mengetahui tentang kejadian itu lalu membakar Omar beserta rumahnya. 50 tahun kemudian, Asyraf, anak cucu Omar, kembali ke tanah lapang di Kampung Bukit Gemuruh, tempat kejadian ngeri itu. Iblis yang tertanam di bumi hidup semula dengan kehadiran Ashraf. dan kawan-kawanya Jimmy, Kim,Elly Ad, dan GG telah terjumpa peti pemujaan Omar yang mana terdapat alat muzik yang mengeluarkan bunyi aneh. Setelah membawa pulang peti tersebut, kehidupan mereka terganggu oleh kejahatan yang terbebas itu. Ashraf mencari jalan keluar untuk menentang kejahatan. Inilah kisah ABLASA…

Antara adegan dalam filem Rasukan Ablasa:

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 B35

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 C25

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 D19
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 12:33 pm

Zeyna terhutang budi dengan Sazzy Falak

PEMBABITANNYA dalam bidang seni hanya secara kebetulan. Jika tidak kerana sepupunya, pelakon dan pengacara Sazzy Falak yang membawanya ke arena lakonan, Zeyna Ibrahim tidak pasti sama ada dirinya sendiri sememangnya mempunyai bakat sebagai pelakon.

Zeyna atau nama sebenarnya Ani Zayanah Ibrahim tidak pernah menjangka percubaan pertamanya di dalam drama bersiri Kami dan Kami The Movie tidak lama dulu menjadi permulaan yang cukup baik dalam perjalanan seninya.

"Sazzy yang ajak saya untuk cuba nasib dalam drama bersiri Kami memandangkan dia memang rapat dengan mereka di Red Communications. Kebetulan pula ketika itu pengajian saya di Kolej Damansara Utama hampir tamat, jadi saya fikir tidak salah untuk mencuba.

"Tidak sangka pula, dari drama bersiri, saya turut ditawarkan juga untuk membintangi Kami The Movie pula. Itu adalah titik permulaan saya dalam bidang lakonan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Zeyna110
Zeyna bersama Iqram Dinzly yang menjadi tunggak utama Rempit vs Impak Maksima


"Selepas itu, saya ditawarkan pula untuk menjayakan drama Rocky & Geri yang berkemungkinan akan mula ditayangkan di NTV7 tidak lama lagi," ujar Zeyna menceritakan perjalanan awal bidang seninya.

Meskipun populariti yang diraih Zeyna tidak sebesar artis-artis baru seangkatannya, namun anak keempat daripada tujuh beradik ini mempunyai pendirian tersendiri dalam bidang ini.

Bagi Zeyna, dia sudah cukup gembira dengan kepercayaan produser yang mula nampak kemampuan dirinya di dalam bidang lakonan ini.

Terbaru, gadis berusia 23 tahun ini diberi tanggungjawab besar oleh pengarah tersohor Ahmad Idham untuk memegang watak 'heroin' di dalam drama bersiri 13 episod, Rempit vs Impak Maksima yang sudah pun mula ditayangkan di TV3 pada 16 Februari lalu.

Membawakan watak sebagai Farhana, seorang gadis yang hebat di litar 'drift' dan cuba memartabatkan perlumbaan motosikal haram ke arah perlumbaan yang berprestij, Zeyna akui terpaksa berdepan dengan kesukaran pada awalnya apatah lagi dia sendiri tidak pandai memandu kereta.

"Awal-awal lagi saya sudah beritahu Idham bahawa saya tidak pandai memandu. Memang saya tidak ada lesen memandu pun. Tetapi Idham yakinkan saya dan tidak perlu risau kerana mereka menggunakan khidmat 'stuntman'.

"Sebab itu saya tidak risau sangat. Saya hanya fokus kepada watak saya," kata Zeyna yang menambah dia menerima tawaran tersebut sehari sebelum mengikat kontrak dengan produksi terbabit, Excellent Pictures.

Drama bersiri arahan bersama Idham dan Ismail Bob Hasim ini mengisahkan tentang Farhana, ahli korporat yang mengendalikan perniagaan kejuruteraan permotoran dan merupakan anak tunggal kepada Datuk Razali dan Datin Azizah.

Pembabitannya di dalam perniagaan ini secara tidak langsung menjadikan Farhana sendiri dekat dengan dunia permotoran dan sukan drift.

Pada masa yang sama, Farhana berjanji akan mengahwini lelaki pilihan keluarganya tetapi dengan syarat misinya untuk sukan permotoran motosikal dapat dilihat setaraf dengan sukan drift, sekaligus melenyapkan imej negatif Mat Rempit.

Pertemuan dengan Ijai, mekanik motosikal seolah-olah membenarkan hasratnya itu tercapai.

Selain Zeyna, antara pelakon lain yang turut menjayakan drama ini ialah Iqram Dinzly, Zed Zaidi, Nas-T, Puteri Fatin Nasuha, Dina Malaysian Idol dan Siti Elizad.

Mengulas lanjut tentang watak tersebut, kata Zeyna, walaupun agak mencabar, dia cukup menyukai sifat Farhana yang dirasakannya mempunyai sedikit persamaan dengan dirinya sendiri.

"Mungkin tidak sebanyak karektor saya di dalam 'Kami', tetapi watak Farhana ini tetap tidak jauh bezanya dengan sifat saya yang sebenar. Cuma dalam drama ini karektor Farhana lebih mendalam, tidak seperti dalam 'Kami'.

"Tetapi, saya tidak dapat menyangkal perasaan gementar berlakon dalam drama ini kerana inilah kali pertama saya diberi peranan utama. Saya sedar peluang ini bukan mudah untuk saya dapat.

"Banyak juga pengalaman dan ilmu baru yang saya kutip sepanjang penggambaran drama bersiri ini, terutamanya tentang lakonan kita yang perlu dilihat lebih dramatik untuk drama-drama Melayu seperti ini," kata Zeyna.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 12:42 pm

Isu gambar intim: “Kak Zi macam kakak, saya terlupa tentang batasan."

[SEMASA] GAMBAR intim antara dua pelakon Spa Q 2, Zaefrul Nordin dan Azizah Mahzan yang tersebar di internet tentunya menjadi bualan hangat di dalam industri hiburan kini.

Bayangkan, gambar tersebut boleh menimbulkan salah faham ke atas sesiapa yang melihatnya kerana tidak wujud langsung batasan di antara kedua-duanya.

Disebuah akhbar mingguan baru-baru ini, Azizah telah menjelaskan tentang isu gambar tersebut di mana dia berkata hubungannya dengan Zaefrul ibarat adik dan kakak.

Sementara itu, mStar Online cuba mendapatkan Zaefrul untuk bertanya reaksi dan meminta penjelasannya mengenai gambar tersebut.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Zz210
Zaefrul ketika majlis sidang media teater muzikal Ibu Zain baru-baru ini.


Menurut Zaefrul atau nama sebenarnya Zaefrul Nadzarine Nordin, punca belasan keping gambar intimnya dengan Azizah tersebar adalah kerana Azizah meletakkan gambar tersebut di laman web popular, FaceBook.

"Saya baru melihat gambar-gambar itu semalam selepas diberitahu oleh isteri saya. Itupun selepas kawannya memberikan gambar itu kepada isteri saya.

"Pada Khamis lepas, Kak Zi (Azizah Mahzan) ada memberitahu kepada saya tentang hal itu. Tetapi, saya fikir mungkin orang lain termasuk pihak media tidak akan bercerita lebih-lebih tentang gambar itu.

"Jadi, apabila melihat gambar itu, saya tak marah tetapi hanya tergelak kerana saya dan Kak Zi adalah ‘family friends’.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Azizah12
Azizah Mahzan berlakon sebagai isteri Zaefrul di dalam drama rantaian Spa Q 2.


"Saya tidak kisah kerana dia ibarat kakak saya. Demi Allah, hubungan kami tidak lebih daripada itu.

"Lagipun, isteri saya juga mengetahui tentang hubungan saya dan Kak Zi iaitu hanya berkawan baik seperti kakak dan adik.

"Isteri saya memahami dan saya jelaskan kepadanya supaya tidak risau kerana kami hanya berkawan rapat dan anggap Kak Zi seperti kakak saya," terang Zaefrul berulang kali mengenai hubungan antaranya dengan Azizah berdasarkan gambar mesra mereka yang dirakamkan di Langkawi itu ketika menjalani pengambaran drama rantaian Spa Q 2.

Jelas Zaefrul, dia memahami yang orang ramai mungkin keliru dengan aksi yang mereka lakukan di dalam gambar tersebut lebih-lebih lagi mereka merupakan selebriti.

Dalam masa yang sama, dia juga mengakui kesalahannya bergambar mesra dengan wanita lain tanpa batasan.

"Kami pun salah juga kerana lainlah kalau dia mahram saya. Tetapi, memang Kak Zi jenis yang mesra dengan semua orang begitu juga apabila bergambar.

"Maksudnya, dia bukan sahaja beraksi mesra dengan saya malah juga dengan orang lain yang rapat dengannya.

"Disebabkan saya menganggapnya sebagai kakak, jadi saya terlupa tentang batasan.

"Namun, batasan itu tetap ada di dalam industri ini di mana tidak semua orang saya mudah mesra seperti itu.

"Lainlah kalau saya bergambar seperti itu dengan artis yang lebih muda, mesti nampak tidak manis," ulas Zaefrul lagi.

Antara banyak-banyak gambar yang disebarkan itu, terdapat sekeping gambar yang menunjukkan botol minuman keras.

Menjelaskan tentang gambar itu pula, Zaefrul berkata: "Bagaimana saya ‘minum’, sedangkan ramai lagi orang lain di situ.

"Kalau saya nak minum, takkan saya minum depan orang ramai seperti itu. Mungkin orang lain tidak tahu bagaimana keadaan sebenar kami di sana.

"Memang ramai yang mengambil gambar saya dan Kak Zi di mana saya bukan sahaja bergambar dengannya tetapi juga dengan orang lain.

"Tetapi saya tak faham kenapa orang tumpukan kepada gambar saya dan dia.

"Lagipun, gambar itu diambil oleh artis lain dan penolong pengarah drama Spa Q. Kebetulan, di dalam drama itu, saya melakonkan watak suami kepada Kak Zi. Mungkin sebab itu ia menjadi hangat."

Ulas Zaefrul, dia akui rapat dengan Azizah sejak sebelum bergelar artis lagi.

Kata bapa kepada tiga orang anak ini, dia mula berkecimpung di dalam industri lakonan ini pun melalui bantuan Azizah iaitu kira-kira dua tahun lalu.

"Saya kenal Kak Zi dah lama iaitu sebelum saya berlakon lagi. Dia yang banyak memberi dorongan untuk saya berlakon.

"Kami bukan sahaja berurusan semasa kerja, malah saya sekeluarga juga pernah keluar makan malam bersama Kak Zi dan anak-anaknya.

"Isteri saya pun rapat dengannya. Isteri saya tahu dengan siapa saya berkawan dan dia menyokong setiap perkara yang saya lakukan," ujar Zaefrul.

Menurut Zaefrul, dia dan isterinya, Adelina Datuk Ridzuan bekerja sebagai Ketua Perbankan Internet juga rapat seperti seorang kawan selain bergelar pasangan suami dan isteri.

Namun, disebalik gosip yang timbul ini, Zaefrul berkata isterinya mempunyai sedikit perasaan gusar sekiranya isu ini akan menjadi besar dan timbul salah faham.

"Asalkan saya dan isteri tahu gosip mengatakan saya dan Kak Zi mempunyai hubungan intim adalah tidak benar, itu sudah mencukupi.

"Jadi, saya harap orang lain yang menerima gambar yang disebarkan itu memahami apa yang saya perjelaskan ini," jelasnya.

Dalam masa yang sama, Zaefrul bersyukur kerana rezekinya di dalam bidang lakonan semakin bertambah selepas berlakon di dalam filem pertamanya, 1957: Hati Malaya terbitan Pesona Pictures.

"Alhamdulillah, karier saya berjalan dengan baik, semua pelakon dan pengarah juga menyenangi persembahan saya. Saya berasa sangat bernasib baik jika dibandingkan dengan pelakon lain.

"Sekarang, barulah saya boleh berehat panjang selepas sibuk dengan lakonan dalam satu setengah tahun ini.

"Selepas ini, saya akan meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak untuk bercuti ke Jakarta selama empat hari. Saya akan bercuti seketika daripada lakonan dalam dua minggu," kata Zaefrul yang terpaksa menolak tawaran berlakon seperti teater muzikal Ibu Zain, beberapa drama dan dua buah filem.

Melalui perkahwinan Zaefrul dan Adelina, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Aliyana Elina, Adam Farhan dan Puteri Iman.
Back to top Go down
halytobe
Ahli VVIP
Ahli VVIP
halytobe

Number of posts : 3065
Age : 48
Registration date : 29/10/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 1:13 pm

apsal penyanyi kesukaan ku syafinaz camtu skali seksinye, mmg dh nmpk tekuar cikit...sape duk sblh dia mmg julingla
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 2:23 pm

Dengarnya...: Pelakon stres masuk hospital

TAK habis-habis Cik Normah dengar cerita mengenai seorang pelakon ini yang nampaknya semakin merudum popularitinya. Selepas dikatakan cuba bermain api dengan mengaitkan gosip cintanya dengan seorang lagi pelakon, Cik Normah diberitahu oleh rakan setugas mengatakan pelakon ini yang dianggap 'psiko' itu akhirnya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan gara-gara tekanan perasaan yang amat berat.

Isyyh! Biar betul. Apa tidaknya, Cik Normah perhatikan pelakon itu nampak biasa saja. Cik Normah berulang kali tanya kawan Cik Normah tadi. Katanya, memang betul pun sebab dia mengalami tekanan perasaan agak teruk disebabkan lelaki yang dianggap sebagai kekasihnya tak mahu melayannya beberapa hari.

Ini menyebabkan pelakon ini berasa sangat kecewa sehingga jiwanya terganggu dan terpaksa dimasukkan ke wad hospital.

Sebelum ini, kawan Cik Normah cakap pelakon itu pernah membuat cubaan nak terjun dari tingkap sebab ada lelaki berpangkat (bukan kekasih yang dimaksudkan tadi) ingin meninggalkannya. Kasihan p**a Cik Normah dengar cerita ini, silap hari bulan jadi ‘gila’.

Cik Normah harap pelakon ini boleh bertenang. Jangan ikutkan perasaan. Cik Normah minta mudah-mudahan tekanan yang dihadapi oleh pelakon itu tidaklah sampai menyebabkan dia jadi gila.

Itulah siapa suruh kacau rumah tangga orang, nanti ramai yang benci dan Tuhan itu maha adil, tak payah tunggu hari pembalasan, sekarang ini pun tanpa disedari boleh dirasai balasannya.

Buat pelakon itu, Cik Normah harap cepat-cepatlah insaf. Tidak semua lelaki berpangkat besar atau berduit boleh memberikan kebahagiaan berkekalan. Suami Cik Normah tu, orangnya biasa saja, tidak berpangkat dan sederhana saja, tapi hati dan kehidupan Cik Normah sentiasa bahagia dan ceria.

Oh ya, terlanjur bercakap fasal pelakon ini, Cik Normah dapat tahu, dia masih lagi diberi peranan oleh sebuah stesen TV. Maknanya permintaan untuk pelakon ini berlakon masih ada. Cuma, ia tidaklah lagi sekencang waktu kemuncaknya.

Baguslah, sekurang-kurangnya peminat yang kalau masih ada menyokongnya tetap boleh tatap wajah aktres itu di dalam TV. Tapi sayangkan ketika nama sedang meniti bibir ramai orang, buat hal p**a. Siapa yang rugi, you juga yang terkontang-kanting.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 2:25 pm

POSING MAUT...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Rita-210
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 2:31 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Couple10

Lisa,Zed Zaidi,Zizan &
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 2:40 pm

Pilih la yang mana satu idaman kalbu...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 119

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 222

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 319

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 417
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 2:50 pm

Almy Nadia Malu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Image11


Ini semua gara-gara adegan panasnya dalam filem terbaru, Rasukan Ablasa yang telah dipertontonkan buat para media tengah hari tadi. Memainkan watak Kim seorang gadis happy-go-lucky yang personalitinya berubah menjadi penggoda selepas dirasuk. Disebabkan berjaya membawa watak penggodanya dengan begitu meyakinkan sekali, Almy mengakui yang dia ingin menyorokkan mukanya.

Di dalam baju, beg ada juga terasa nak lari. Masa buat tu, Almy tak nampak boleh buat. Tapi melihat adegan-adegan itu hari ini, memang malu menyelubungi diri saya. Tapi rasanya saya berjaya menjiwai watak penggoda walaupun saya bukan begitu orangnya,katanya sambil ketawa.

Tambahnya, dia tidak merancang untuk menghadiri tayangan perdana dan sidang akhbar hari ini kerana malu dan takut dikritik. Tapi telah dinasihatkan ibu supaya kuatkan semangat dan terima kritikan yang diberi dengan positif kerana ia filem pertamanya.

Bagaimana agaknya reaksi keluarga dan teman lelaki, Fizz Fairuz, bila menonton filem ini nanti?
Itulah, Almy tak tahu nak bawa ibu tengok ke tak. Takut dia tak boleh terima. (mimik ibunya) Alamak, kakak, kau ke ni??Takut juga dia pengsan atau sakit jantung. Ibu tahu yang Almy main watak penggoda cuma dia tak tahu macam mana Almy bawakan watak itu.

Sepatutnya teman lelaki Almy hadir hari ini tetapi dia sibuk dengan penggambaran. Nasib baik. Takut juga tapi saya tahu dia open-minded. Lagipun ini kerjaya saya, cara saya cari makan. Rasanya, saya akan beritahu dia terlebih dahulu sebelum dia menontonnya. Hopefully dia dapat menerimanya."

Babak-babak panas tersebut, menurut Almy, tidak susah untuk dilakonkan, hanya dua take yang diperlukan. Jelasnya, bila sudah masuk set, dia bukan lagi Almy Nadia tapi watak yang dimainkannya. Tambahnya lagi, rujukan untuk watak Kim adalah hasil daripada pemerhatian orang-orang disekelilingnya.

Bercerita tentang adegan panas dengan Yusry KRU, Almy memberitahu pada mulanya dia tidak percaya bila dimaklumkan pihak produksi dia akan digandingkan dengan Yusry. Tapi sehari sebelum shooting, Yusry telah singgah di lokasi.

Dia datang, sembang dengan Almy, macam takde apa-apa. Almy pulak jadi nervous sebab dia dah ada nama kan dan Almy orang baru. Tiba hari nak shoot scene tu, lagi gementar lah Almy kerana tak tau macam nak goda dia. Jantung Almy macam nak jatuh dah. Tambahan pulak krew dan cast yang tidak terlibat dengan scene tu sanggup datang untuk tengok Almy goda Yusry. Almy minta mereka, Tolong lah balik?tapi mereka taknak. Nasib baik bila Almy on set, Almy secara automatik jadi Kim.?

Ditanya jika selepas ini dia akan menerima lagi watak penggoda, Almy memberitahu dia tidak akan menolak tetapi semuanya bergantung pada skrip. Jika boleh, dia ingin watak yang ditawarkan itu berlainan dengan wataknya dalam Rasukan Albasa? Perlu dilihat juga tahap godaan yang perlu dilakonkannya. Jika ia boleh menjatuhkan maruah, dia tidak akan mengambilnya.

Tak takut dilabel penggoda? Sekarang ni pun Almy sudah dilabel jahat kerana watak-watak antagonis yang dimainkan. Sebenarnya, lagi puas memainkan watak jahat kerana jika watak baik kena control, kena membuat orang kesian pada watak itu, sementara watak jahat pula Almy puas kerana boleh pergi 'all out'.

Selain Rasukan Ablasa projek lakonan Almy yang bakal menemui penonton termasuk filem seram 慗angan Tegur dengan rakannya Pierre Andre dan Skrip 7707 arahan Prof. A Razak, serta drama bersiri Jangan Pandang Belakang dan musim kedua Menantu vs Mertua.

Menjawab persoalan mengapa semuanya cerita hantu saja terutamanya bila setiap kali ada insiden dia tidak sedarkan diri, jelas Almy,揜ezeki, Almy terima je tapi Almy tak serik sebaliknya rasa seronok. Dan memang Almy selalu ada kes meracau atau tak sedar diri bila berlakon dalam filem seram tapi Almy nak lawan benda itu. Makhluk halus juga makhluk Allah juga, jadi Almy kuatkan iman kerana tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Pada Almy, biar badan sakit tapi puas bawa watak.

'Rasukan Ablasa' mengisahkan sekumpulan kawan yang dirasuk iblis selepas menemui sebuah peti misteri di dalam hutan. Filem arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen dan dibintangi Gambit Saifullah, Fouziah Gous, Hafiz dan Ahmad Sakhee ini bakal menemui penonton di pawagam bermula 26 Februari.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 3:01 pm

Artis mana takut turun kereta?

Wah... wah... wah... cap jari jadi artis pun belum kering dah berangan besar ya? Kisah yang nak disampaikan ni mengenai seorang penyanyi lelaki yang kacak-kacak juga orangnya.

Penyanyi ini adalah artis dari sebuah program realiti TV. Tak ada album pun. Buat persembahan asyik menyanyi lagu orang lain je.

Ceritanya begini. Pada suatu hari artis ini keluarlah dengan ayah, mak dan adik beradik dia naik kereta bersama pusing-pusing sekitar Kuala Lumpur.

Sampai di satu kawasan tempat makan, keluarga artis ini kebetulan pula kelaparan dan dia orang singgahlah di sebuah restoran.

Bila ayah dan adik beradik dia yang lain dah turun kereta, penyanyi ni seorang saja yang tak nak turun tetapi sanggup duduk dalam kereta itu.

Bila ayah dia tanya tak nak pergi makan ke? Yalah, dia orang semua dah lapar dah.

Nak tahu tak apa si artis ni jawab? Dia bagi alasan dia tak boleh turun kereta takut nanti kena serbu dengan peminat.

Kih... kih... kih... nak tergelak macam kuda kena geletek pula. Perasan betullah dia ni. Helo dik? Selama ni ada ke orang serbu sampai nak turun kereta pun tak sanggup? Kasihan mak ayah tu nak tumpang glamor anak pun tak boleh.

Kerana takut kena serbu punya pasal, dia duduklah seorang diri dalam kereta walaupun perut dah berkeroncong kebuluran.

Ni Malaysia la. Tak ada orang nak serbu-serbu sampai macam tu sekali. Kalau Along kutip hutang tu mungkin betul dia nak serbu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 3:44 pm

Mula-mula Baju, Sekarang Kuku

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 1-1010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Faizal15


Walau pun AJL 23 sudag lama meninggalkan kita, namun cerita tentang Superman ni tak habis-habis. Sudahlah ada suara-suara sumbang mengatakan Faizal Tahir langsung tidak layak memenangi satu pun anugerah pada AJL 23 yang lalu. Mengapa sampai begitu? Pendapat MM lah, kalau kita tak minat seseorang itu (dengan apa jua alasan, jealous sebagai contohnya) tak payahlah kutuk atau hina seseorang itu sebegitu. Rezekinya hanya menang tiga anugerah dan bukan anugerah Juara Lagu, hendak buat macam mana?

Sebenarnya pada MM lah, cerita-cerita sebegini hanya datang dari mulut-mulut yang tak senang dengan kemenangan Faizal malam itu. Sudahlah dengan pelbagai andaian diperkatakan apabila Faizal Tahir menyuarakan hasratnya mahu berehat seketika. Ada yang kata sebab dia kecil hati tak menanglah, dia dah bosanlah dan macam-macam lagi. Sedangkan terang-terangan Faizal akui dia mahu luangkan lebih masa dengan keluarganya sebab itulah dia mahu Cuba letakkan diri kita di tempatnya.

Pernahkah kita dengar Faizal ni takde aktiviti semenjak selepas One in a Million? Bukan sekadar menjadi penyanyi dan penghibur, Faizal juga berkebolehan menjadi pengacara dan sebab petahnya dia berkata-kata dia menjadi salah seorang pengacara Gangstarz. Jadi, berilah dia peluang berehat.

Belum pun reda cerita AJL, nah timbul pula cerita Faizal mengenakan pewarna kuku bewarna hitam di tangan kirinya sewaktu membuat persembahan final AJL 23.

Dulu dia digam kerana tindakannya membuka baju, sekarang pasal dia guna pewarna kuku hitam.

Akan tetapi, jika artis wanita berpakaian mendedahkan dada keterlaluan, artis wanita bertudung posing menonggeng, artis wanita dengan aksi tarian mengghairahkan, tidak pula ada yang bersuara!

Adakah yang bersuara dalam kes Faizal ini orang yang dengki dengan kesenangan dan rezeki miliknya? Atau adakah kerana jika artis wanita melakukannya ianya mempunyai nilai komersil? Renung-renungkanlah!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeWed 18 Feb 2009, 3:49 pm

Kenapa Faizal pakai pewarna kuku?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Mainpi79
Faizal Tahir


BANYAKBanyak juga e-mel yang Kak Pora terima daripada pembaca memberitahukekaguman mereka terhadap persembahan cemerlang 'Superman Malaysia',Faizal Tahir, pada Malam Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) di StadiumPutra, Bukit Jalil hujung minggu lalu. Kak Pora sendiri turut mengagumikonsep persembahannya ketika menyanyikan lagu Sampai Syurga,seolah-olah beliau sedang menjalani penggambaran video klip, lengkapdengan kehadiran perunding imej, pereka fesyen, pendandan rambut dankrew produksi, termasuk pengarah seninya.

Belum pernah Kak Pora melihat konsep persembahan sebegituditampilkan dalam mana-mana anugerah muzik tempatan mahupunantarabangsa sebelum ini. Tak hairanlah persembahannya dipilih sebagaipersembahan terbaik pada malam itu, walaupun kalau ikutkan cita rasaKak Pora, Kak Pora sebenarnya lebih suka kalau persembahan Stacy yangmenang.

Tahniah kepada Faizal. Begitu juga tenaga kerja kreatifnyayang merekabentuk konsep persembahan menarik itu. Tidak lupa jugakepada komposer lagu berkenaan, Audi Mok dan Ahmad Izham Omar apabilaSampai Syurga yang menjuarai kategori Balada, selain dinobatkan sebagaiPersembahan Vokal Terbaik AJL23.
Cuma, Kak Pora tersentak melihat Faizalmemakai pewarna kuku berwarna hitam pada tiga jari tangan kirinyaketika menyanyikan satu lagi lagu popularnya, Cuba, yang turutdipertandingkan pada malam itu. Mungkin, Faizal sekadar mahumenampilkan imej unik tetapi tidak kena pada dirinya sebagai lelakiIslam, seorang ayah dan golongan terpelajar. Sebenarnya, bukan Kak Porasaja yang kurang senang dengan imeh digayakan beliau itu tetapi ramaipeminatnya.
Hinggakan, ada yang beranggapan beliau sengaja membuka ruang untukorang ramai menghentamnya. Apakah Faizal sudah lupa kontroversinyamembuka baju dan melukis logo 'Superman' pada dadanya dalam satukonsert tidak lama dulu. Kak Pora masih ingat lagi Faizal 'dibantai'teruk ketika itu, termasuk oleh tokoh agama kerana tindakannyabercanggah dengan tatasusila masyarakat timur. Akhirnya, beliaudilarang mengadakan persembahan dan program TV, termasuk program TV dandiarahkan melakukan kerja amal.

Faizal perlu peka terhadap benda-benda macam itu, lebih-lebihlagi beliau mempunyai background nasyid. Sedangkan wanita Islam pundilarang memakai pewarna kuku (kecuali ketika uzur), inikan pula lelakiIslam! Kak Pora berharap Faizal tidak berkecil hati dengan teguran ini.Percayalah, walaupun teguran ini nampak remeh, apa yang dibuat Faizalitu impaknya cukup besar.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 8:34 am

Dengarnya...: Kasihan penyanyi muda berserabut

CIKNormah sedih melihat keadaan seorang penyanyi ini selepas tidak lagi bersama ahli kumpulannya. Mana tidaknya, dulu ketika hebat di pentas menyanyi, ramai yang memuja suaranya lunak seperti buluh perindu. Diajuga dilihat tidak kekok apabila berhadapan dengan kamera dalam beberapa filem yang dilakonkannya.

Maklumlah, penyanyi muda ini bukan saja dikenali sebagaipenyanyi tetapi juga pelakon untuk beberapa filem. Walaupun hanyamuncul dalam beberapa babak, tetapi lakonannya tetap meninggalkaningatan kepada penonton.

Namun itu semuanya dulu. Sekarang cerita mengenai kehebatannya sudah tidak kedengaran. Kawan-kawannya mengambil keputusan untuk menggugurkan namanya daripada kumpulan yang kini sudah mendapat pengganti.

Dengar kata masalah disiplin sudah menjadimakanan penyanyi ini. Itu yang menyebabkan anggota kumpulannya juga sudah muak untuk menelan masalah yang sudah memakan masa bertahun-tahun lamanya, namun tidak nampak perubahan.

Berbalik kepada kesedihan yang Cik Normah nak ceritakan itu,suatu malam ketika Cik Normah mahu pulang dari pejabat, tiba-tiba perutini terasa lapar sangat, lalu Cik Normah pun singgah di sebuah gerai nasi lemak. Terlihat kelibat penyanyi ini yang sedang beratur untuk membeli nasi lemak bungkus sama seperti yang dipesan oleh Cik Normah.

Kebetulan di sisinya ada seorang remaja lelaki yang juga sedang beratur di depan penyanyi ini. Lalu terdengar perbualan singkat seolah-olah sedang berkenalan. Mereka pun bertukar-tukar nombor telefon. Apa yang peliknya remaja ini tidak mengenali langsung penyanyiini disebabkan penampilan penyanyi ini nampak kusut masai dan berserabut. Lalu remaja ini bertanyakan nama penyanyi ini untuk disimpan di dalam telefonnya. Akhirnya remaja ini terus berlalu tanpapersoalan lanjut.

KasihanCik Normah melihat reaksi muka penyanyi ini seolah-olah tiada yang mengenalinya lagi. Cik Normah juga nak nasihat kepada penyanyi, pelakon atau mana-mana bakat baru supaya sentiasa menjaga disiplin diri jikamahu terus berada dalam industri ini, selain sentiasa bersyukur dengan nikmat yang pernah dikurniakan-Nya. Ingatlah, semuanya boleh diambil kembali sekiranya kita terleka dengan nikmat dunia.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 8:36 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Zaefru11
Zaefrul bersama anak-anak dan isterinya ketika menyambut Hari Raya. -foto koleksi Zaefrul

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Zaefru10
Isteri Zaefrul, Adelina (tengah) sentiasa memberikan sokongan kepada suaminya dan tidak cepat melatah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 8:39 am

Pelakon Cun Bertunang Senyap-Senyap?

KL, 18 FEB 2009: Dunia hiburan tidak pernah sunyi daripada gosip. Baru-baru ini pula, ketika Murai Batu sedang sibuk membantu seorang rakan yang hendak berkahwin, terdengar pula cerita gosip tentang seorang pelakon cun sebuah drama bersiri popular.

Dia khabarnya telah pun bertunang senyap-senyap tetapi ada menjemput rakan-rakan yang terdekat. Pada mulanya rakan-rakan pelakon itu ingat dia bertunang dengan teman sekolejnya, rupanya tidak.

Majlis pertunangan itu telah dibuat di luar Kuala Lumpur kerana artis itu tidak mahu heboh-heboh. Mungkin hendak lari dari wartawan kot? Siapa tahu ada sesuatu cuba disembunyikan oleh pelakon cun itu.

Apa kes pun, Murai Batu berharap pelakon terbabit akan bertemu jodoh dengan tunangnya itu kelak. Murai Batu doakan agar jodoh mereka berkekalan sampai ke jinjang pelamin.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 8:44 am

Dengarnya...: Pernikahan Rita, Zafuan belum didaftar?

BUKAN niat Cik Normah untuk mengeruhkan lagi keadaan yang menimpa pasangan suami isteri, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan apabila membangkitkan perkara yang satu ini. Cik Normah tak ada apa-apa perasaan tak puashati pun terhadap Rita. Malahan, Cik Normah sendiri rasa gembira sebab akhirnya, Rita dan suami berjaya juga disatukan selepas mengharungipelbagai episod duka.

Ini membuktikan yang cinta Zafuan terhadap Rita bukan main-main. Seperti kata pujangga, lautan api sanggup direnangi, asalkan dua hati menjadi satu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Rr-110


Tetapi yang menjadi kemusykilan sehingga hari ini adalah berkenaan status pernikahan pasangan ini yang menjadi bualan. Ada seseorang yang menyampaikan cerita ini kepada Cik Normah mengatakan pasangan ini sedang menghadapi masalah untuk mendaftarkan pernikahan mereka. Iyalah, sehingga kini tak ada pula dengan cerita yang pasangan ini sudah mendaftarkan pernikahan mereka di negara ini memandangkan mereka bernikah di luar negara.


Sudah menjadi prosedur untuk setiap pasangan yangbernikah di luar negara mendaftarkan perkahwinan di negara ini. Tapikalau betul mereka sudah mendaftar, baguslah. Tunjukkan buktinya supayatak adalah orang hendak mengata selepas ini.

Cik Normah bukannya hendak menyibuk dalam hal ini. Tapi CikNormah cakap ini selepas mendengar keluhan beberapa kawan yang bernikahdi luar negara, kemudian menghadapi masalah untuk didaftarkan di negarasendiri. Suka atau tidak, proses itu kena dilalui juga walaupunterpaksa menerima hukuman. Iyalah, undang-undang tetap undang-undang.

Cik Normah percaya Rita dan Aidil Zafuan tidak berniat hendakmelengahkan-lengahkan urusan pendaftaran pernikahan mereka itu.Bukanlah apa, kasihan kepada bakal anak itu nanti kalau ibu bapa merekatak daftarkan pernikahan mereka secara sah. Banyak masalah yang akantimbul kemudian hari.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 8:46 am

Memey tidak tahu punca Abby tarik diri

Inilah statement yang paling POYO dan HIPOKRIT pernah aku dengar. Perempuan ni patut disula atau direjam.

Rabu Februari 18, 2009
"Saya tidak tahu punca Abby tarik diri"

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Memey110


NAMPAKNYA kisah kontroversi yang melanda diri pelakon muda ini belum lagi reda. Belum pun habis isu khalwat yang melanda dirinya dan aktor Norman Hakim, kisah 'ketegangan' antara Memey dan aktres Abby Abadi nampaknya terus diperkatakan.

Setelah dituduh sebagai perampas dan pemusnah rumahtangga, kali ini Memey dikatakan menjadi punca utama bekas isteri Norman itu menarik diri dari membintangi filem arahan Eddie Pak atau nama Islamnya, Mohd Aliff Najmi Abdullah berjudul Dimensi Cinta.

Meskipun tiada sebarang perjanjian dibuat, Abby kononnya telah dilamar untuk menjayakan filem usahasama Harian Inovatif Sdn Bhd (HISB) dengan kerjasama Syarikat Sunday To Sunday Services Sdn Bhd (STSS) tahun lalu, namun setelah pihak produksi turut menawarkan satu watak untuk Memey di dalam filem itu, ia dikatakan menjadi antara salah satu punca yang membuatkan Abby tawar hati untuk menjayakan filem tersebut.

"Saya dapat tahu tentang dia ingin tarik dari hanya menerusi akhbar saja. Malah, saya tahu tentang tawaran yang diberikan kepadanya itu juga hanya menerusi laporan pihak media.

"Jadi, saya memang tidak tahu mengapa dia menolak tawaran ini. Hanya pihak produksi saja yang mungkin tahu perkara sebenar. Sejujurnya, saya tiada masalah bekerja dengan sesiapa pun," ujar Memey yang ditemui pada majlis pelancaran filem tersebut di Bukit Kiara, hari ini.

Pengarah filem itu, Eddie juga menyangkal isu kononnya Abby menarik diri daripada filem itu gara-gara kehadiran Memey yang turut diundang berlakon di dalam filem tersebut.

"Kita sebenarnya belum ikat kontrak secara rasmi dengan Abby. Sebenarnya, pada peringkat awal dulu, memang pihak produksi ada menawarkannya menjayakan filem ini setelah dia hadir pada majlis pra-pelancaran filem ini tahun lalu.

"Kami ada ajak dia menghadiri 'casting', tetapi dia tidak datang. Jadi perkara itu hilang begitu saja, bukan disebabkan perkara lain," kata Eddie.

Menurut Memey, dia ditawarkan untuk turut membintangi filem ini pada November tahun lalu, namun ketika itu dia tidak memberikan sebarang kata putus memandangkan sedang berdepan dengan 'episod hitam' yang melanda dirinya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Memey210


"Waktu itu, saya memang 'senyap' seketika kerana kes tersebut. Tetapi setelah perkara itu beransur surut dan mereka pula tidak henti-henti menghubungi saya, itu yang membuatkan saya terima tawaran itu.

"Lagipun, inilah peluang untuk saya beraksi buat pertama kalinya di layar perak. Sudah lama saya nantikan peluang ini sebenarnya.

"Mungkin ada yang beranggapan saya dipilih kerana kontroversi itu, tetapi saya lebih suka melihat perkara ini dari sudut positif. Saya tidak mahu mempersoalkan tujuan sebenar mereka mengambil saya.

"Saya anggap ini adalah rezeki," kata pelakon kelahiran Kota Tinggi, Johor ini.

Filem berkonsepkan cinta dan muzik yang bakal memulakan penggambaran pada 23 Februari ini mengenengahkan Fahrin Ahmad dan Catriona Ross sebagai tunggak utama.

Selain Memey, turut sama menjayakan filem ini ialah Adam AF, Zarina AF, Eman Manan, Awie dan Scha.

Kata Memey, pada mulanya dia hanya ditawarkan sebagai artis jemputan di dalam filem tersebut. Namun, tuah nampaknya menyebelahi anak ketiga daripada enam beradik ini apabila dia kemudiannya ditawarkan untuk menjadi antara pelakon dalam filem ini.

Walaupun hanya sebagai watak pembantu, dia tidak mempunyai masalah tentang perkara itu apatah lagi bukan senang untuk mendapat tawaran sedemikian.

"Saya sebenarnya baru saja melihat skripnya sebentar tadi. Berdasarkan fahaman saya, watak yang akan saya bawakan ialah sebagai seorang remaja yang lemah-lembut, tetapi saya berkawan dengan penari 'shuffle'.

"Saya akui agak gementar juga sebenarnya kerana banyak yang perlu saya pelajari. Tetapi dengan sedikit pengalaman yang saya dapat menerusi drama, saya akan gunakan sebaik mungkin dalam filem nanti," kata pelakon berusia 20 tahun ini.

Secara ringkasnya, Dimensi Cinta merupakan kisah benar dan berkisar tentang Raja Soffhilea (Catriona) yang sering didera oleh bekas suaminya, Redhuan (Eman).

Soffhilea yang mempunyai tiga orang anak akhirnya bangkit dari kesengsaraan itu setelah bercerai dengan Redhuan dan berjaya membentuk empayar perniagaannya sendiri atas bantuan Imran (Fahrin).

Saya tidak lagi tertekan

Beralih kepada kisah peribadinya yang sememangnya sentiasa diburu ramai, sambil tersenyum Memey akui hidupnya kini tidak lagi tertekan berbanding dulu.

"Saya tidak mahu fikirkan sangat tentang hal-hal dulu. Alhamdulillah, ada hikmah sebenarnya atas apa yang berlaku. Tawaran berlakon makin banyak saya terima sehingga jadual saya menjadi semakin padat.

"Ketika ini saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri Roda-Roda Kuala Lumpur. Selepas tamat dengan filem Dimensi Cinta ini, saya akan menjayakan sebuah drama bersiri untuk terbitan Astro pula," katanya.

Ditanya tentang hubungannya dengan Norman ketika ini, Memey akui dia dan Norman masih lagi mempunyai hubungan yang baik. Malah, aktor Gerak Khas itu disifatkan oleh Memey sebagai "lelaki yang paling rapat" dengannya sekarang ini.

"Saya tidak nafikan hal itu. Memang dia adalah lelaki yang paling rapat dengan saya sekarang. Dia banyak memberi panduan tentang dunia lakonan. Mengenai filem ini, saya juga ada minta pandangannya.

"Dia sentiasa menasihatkan saya agar buat yang terbaik dan pandai-pandailah menjaga diri," kata Memey yang juga tidak kisah untuk digandingkan bersama Norman untuk mana-mana sesi fotografi atau drama.

Ditanya tentang khabar angin yang mengatakan Memey sekali lagi membuat kunjungan ke rumah keluarga Norman di Kuantan baru-baru ini, Memey menangkis cerita tersebut.

"Tak adalah. Mungkin silap orang agaknya," katanya yang turut menafikan dirinya sudah merancang untuk berkahwin dengan Norman tidak lama lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitimeThu 19 Feb 2009, 9:12 am

Gambar Sari Yanti

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Sari11 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Sari210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Sari310 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Sari410
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 - Page 5 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 5 of 20Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 12 ... 20  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions