|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 10:51 am | |
| Tiara disebut-sebut Pengetua AF7 KUALA LUMPUR – Setelah penyanyi Datuk Sheila Majid, Norman KRU, Aznil Nawawi dan Anita Sarawak, kini penerbit dan pelakon, Datin Seri Tiara Jacquelina (gambar) disebut-sebut akan dilantik sebagai Pengetua Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7). Menurut sumber, nama Tiara sudah disenarai pendek oleh pengurusan Astro dan jika cerita itu bertukar realiti, beliau menjadi wanita pertama menerajui program realiti popular di negara ini. Pada musim-musim sebelum ini, AF dikuasai oleh pengetua lelaki iaitu Freddie Fernandez (AF1), Ramli MS (AF2 dan AF6), M. Nasir (AF3), Ramli Sarip (AF4) dan Roslan Aziz (AF5). Jika Tiara dipilih ia mengambil kira kemampuan aktres itu yang dipercayai mampu memberi nafas baru serta menawarkan transformasi yang menjadi tagline AF kali ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 10:55 am | |
| Nora enggan rujuk
MENGENALI sosok Nora Danish Hanif, dia memang wanita yang manis. Dia seorang yang agak memendam rasa, lemah lembut dan paling sukar melampiaskan kemarahannya di hadapan orang.
Maka saat hidupnya dilanda badai dan taufan menghempas kiri dan kanan, sewaktu rumah tangga yang dibina kurang sebulan merangkak usia dua tahun berkecai, pelakon yang terkenal menerusi drama Puteri ini masih berupaya tersenyum.
Waktu itu pula, dia diceraikan suaminya, Rizal Ashram Ramli dalam keadaan sedang mengandung anak sulung mereka yang kini berusia dua bulan, Putera Raiqal Ramli Rizal Ashram Ramli.
Punca perceraian, selain daripada kurang persefahaman, turut dikaitkan dengan kehadiran orang ketiga.
Semuanya bagai satu tsunami dalam hidup Nora. Pada usia 26 tahun kini dia telah melalui fasa-fasa sukar dalam kehidupan.
Namun setiap ribut yang melanda, kata Nora, disertakan bersama satu ketenangan. Hanya ketenangan tersebut masih belum diraih sepenuhnya.
Selepas sekian lama pelakon ini menyepi diri, pagi Jumaat lalu dia hadir dengan semangat baru. Semangat yang lebih kuat dan terserlah melalui setiap bicaranya. Banyak perancangan yang telah disusun dalam agenda hariannya pada masa hadapan.
Umpama seorang bayi yang baru dilahirkan, Nora berkongsi cerita lara dan bahagianya. Akuinya, pada awal dirinya memegang status janda beranak satu, dia malu kepada diri sendiri.
"Saya tak tahu apa pandangan masyarakat mengenai saya pada waktu itu. Lagi pula saya bercerai dalam usia yang muda dan mempunyai anak satu. Namun lama-kelamaan saya membiasakan diri untuk hidup sebagai seorang ibu tunggal dan tidak segan membawa status ini.
"Sebagai manusia, kita tidak pernah tahu nasib seseorang. Tapi percayalah, setiap yang terjadi, ada hikmah yang menanti," katanya positif.
Mengajak Nora menyelak lara diri sepanjang proses berhadapan dengan masalah rumah tangga dan kemudian bercerai, kata Nora, ia memberi kekuatan bagi dirinya dan paling penting, ada pelajaran paling bernilai untuk dia kutip dan jadikan panduan hidup.
Antaranya, kata wanita kacukan Myanmar dan Melayu ini, dia belajar untuk lebih berhati-hati, mengenal lelaki yang didampingi secara lebih dalam lagi dan jangan pantas menyayangi seseorang.
"Saya tak pernah salahkan apa yang telah berlaku. Saya percaya runtuhnya rumah tangga adalah mungkin kerana kesilapan saya sendiri. Begitu juga dengan pihak bekas suami.
"Mungkin sewaktu berkahwin saya tidak terfikir bahawa setiap detik manis itu tidak akan kekal selamanya.
"Dan saya juga tidak mempersiapkan diri dengan dugaan-dugaan seperti ini. Jadi apabila ia datang, saya tewas," katanya berbahasa.
Nora menarik nafas panjang sebelum menyambung. Katanya, kegagalan rumah tangga yang lalu membuat dia berasa fobia dengan makhluk bernama lelaki. Keperitannya masih berbekas. Lukanya dalam, tekan Nora lagi.
Justeru, katanya, untuk masa ini, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi. Membesarkan Raiqal adalah fokusnya.
Tegas Nora lagi, perkataan rujuk semula juga tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya walaupun dia disarankan rujuk kembali demi masa depan anak.
"Insya-Allah, saya tidak akan rujuk semula demi anak. Saya tak mahu mengheret semua perasaan curiga saya bila kami rujuk kembali dan rumah tangga jadi tidak harmoni.
"Lagipun saya bimbang jika seseorang itu pernah melakukan perbuatan itu sekali, mustahil dia tidak boleh melakukannya lagi.
"Cukuplah dengan perceraian lalu... saya masih fobia dengan lelaki. Nak kahwin lain, rasa macam serik. Tapi saya tak mahu takbur kerana siapalah saya untuk melawan takdir Tuhan jika esok lusa, saya ditakdirkan berkahwin semula.
"Saya rasa saya menipu untuk berkata saya tidak sunyi dan memerlukan lelaki dalam kehidupan saya. Hanya sekarang bukan waktu yang sesuai," katanya panjang lebar.
NORA kini juga kurang mempercayai wanita .
Lantas saya tanyakan lelaki bagaimana yang dirasakan mampu menjadi payung buat dia berteduh dengan aman. Nora tersenyum. Dia menolak untuk memberi jawapan klise - lelaki yang bertanggungjawab.
Kata Nora, siapa pun lelaki yang akan datang dalam hidupnya kelak, dia tidak memilih kekayaannya, darjatnya, pangkatnya atau statusnya, kerana dia yakin dengan belahan jiwa yang diberikan Tuhan buatnya.
Namun yang akan dititikberatkan adalah latar belakang lelaki tersebut - 'nakal' ataupun tidak.
Bahagia membesarkan Raiqal
Wajah Nora yang berasal dari Kuala Terengganu berbunga ceria saat topik bicara berkisar tentang lelaki yang kini bertakhta di dalam hatinya - Raiqal.
Bayi lelaki itulah yang membuat kolam hatinya banjir dengan kebahagiaan. Hari-harinya tidak akan lengkap tanpa Raiqal.
Biar mengakui kekok membesarkan Raiqal pada awalnya, kini seperti juga ibu lain, Nora betah meledani Raiqal tanpa jemu.
Jadual hariannya juga bertukar. Biar perlu bangun setiap empat jam pada waktu malam dan sesekali bimbang melihat Raiqal menangis, kata Nora, proses yang dilaluinya memberi sejuta makna.
"Saya pun tak sangka perjalanan hidup saya begitu laju. Berkahwin, bercerai dan kini mempunyai seorang anak lelaki. Alhamdulillah, bahagia saya membesarkan Raiqal begitu membuak-buak.
"Melihat dia tergelak, tidur, makan dan bermain membuatkan saya bahagia. Mujur juga keluarga saya dan bekas mertua begitu mengambil berat tentang Raiqal.
"Sekarang saya, mak saya dan mertua bergilir-gilir menjaga dia," katanya yang begitu bersyukur kerana hubungan akrab dengan mertua membuatkan kasih sayang keluarga Rizal Ashram terhadap Raiqal akan terus mengalir.
Bisnes bunga
Kini, selepas dua bulan berehat, Nora bersedia untuk kembali memeriahkan persada seni.
Akan memulakan penggambaran drama dengan beberapa produksi bermula April depan, kata Nora, kali ini dia harus lebih selektif terutama dari segi masa kerana tidak mahu masanya bersama Raiqal terabai.
Jelas Nora: "Saya harus memilih watak dan lokasi penggambaran yang hanya memerlukan saya berada di sekitar Kuala Lumpur.
"Buat masa ini saya bimbang dan tidak sanggup untuk berjauhan dengan Raiqal. Dia umpama udara saya untuk bernafas dan jantung saya untuk terus berdegup."
Selain akan mula aktif dalam bidang lakonan, satu impian besar yang ditanam tetapi tertangguh sejak tahun lalu ialah Nora ingin memiliki sebuah kedai bunga.
"Sekarang saya sedang mencari lokasi yang sesuai untuk memulakan perniagaan ini," katanya yang sudah memikirkan konsep penjualan dan penghantaran bunga yang akan dilakukannya.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 10:57 am | |
| Saya bukannya berzina!Ako mengaku banyak belajar daripada bekas kekasihRUMAH TANGGA Ako-Kartina yang baru dilayari dua bulan tidak tergugat dengan perbicaraan kes khalwat. SEKILAS pandang, Ako dan Kartina ialah pasangan yang santai. Sempoi bak kata anak muda. Dek kerana keserasian santai itu rumah tangga mereka tidak dilanda ribut walaupun Ako sedang didakwa di mahkamah kerana berkhalwat dengan seorang jurusolek, Anang Sagunting, 29. Sebelum ini Ako menjadi tumpuan selepas dia putus cinta dengan pelakon jelita, Jue Aziz. Baik Ako mahupun Tina, kedua-duanya sepakat untuk tidak mengenang lagi peristiwa dua tahun lalu. Dalam temu bual dengan SensasiBintang, Ako mencurahkan perasaannya. Baru sahaja mendirikan rumah tangga dua bulan lalu, kini kamu harus melalui satu proses mahkamah yang melibatkan wanita lain. Bagaimana rasanya?Saya okey sebab itu perkara yang telah berlalu. Isteri saya pun okey. Saya juga tidak pernah tanya tentang mantan kekasih dia. Kami langsung tidak tertekan dengan masalah ini. Lagipun saya hanya ditangkap khalwat, bukannya berzina. Bagaimana dengan keluarga masing-masing?Keluarga saya dan Tina okey. Mereka menjadi sangat membantu dalam hal ini. Apakah hikmah di sebalik kejadian itu?Ya, saya anggap ia satu ujian untuk saya dan isteri. Melihat bagaimana rapatnya kami selepas ujian itu, saya anggap ia satu ujian yang bagus. Kami lebih memahami antara satu sama lain. Kalau sebelum kahwin dulu kami sering bergaduh, kini tidak lagi. Karier kamu tidak terganggu dengan kisah-kisah silam?Alhamdulillah, boleh saya katakan bahawa saya mendapat semakin banyak tawaran berlakon. Tidak ada sesiapa yang memandang ia sebagai sesuatu yang negatif. Rezeki jadi murah selepas berkahwin dan saya dapat merasainya. Isteri saya juga telah menjadi pengurus saya. Kamu lebih senang diuruskan isteri?Ya, untuk saya dan untuk orang lain juga. Ramai orang kata lebih senang berurusan dengan saya selepas saya dijaga isteri. Dia serius sebagai seorang pengurus. Queen control (ketawa). Kamu sering dikaitkan dengan wanita sejak awal berlakon hingga kini. Apakah pandangan kamu tentang mereka?Saya gembira kerana pernah berjumpa mereka. Saya hargai setiap sumbangan mereka terhadap saya. Mereka memberi pengaruh yang besar kepada saya. Sebagai contoh, salah seorang bekas kekasih saya mengajar saya tentang bagaimana berkomunikasi dengan betul. Jika tidak ada skil itu, tak mungkin saya dapat memikat Tina, isteri saya sekarang. Setiap hubungan yang tidak menjadi, ada hikmahnya. Kini saya bertemu dengan wanita yang tepat. Apakah yang paling dikesalkan dalam satu-satu hubungan?Saya menyesal kerana saya seorang yang lambat belajar. Tapi itu semua pengalaman. Ia proses pembelajaran yang bagus untuk kehidupan saya. Bagaimanakah Tina pada mata kamu, sebagai isteri dan pengurus? Dia tidak pernah curang – TinaKARTINA tenang dalam menghadapi segala dugaan yang datang terhadap suaminya. Dalam nada yakin, dia berkata: “Saya yakin dengan Ako. Saya tahu dia akan dapat mengawal dan menghadapi dugaan ini. Saya sangat percayakan Ako.” Tina menyukai dan menyayangi Ako kerana dia seorang yang jujur. “Saya tidak pernah risau akan dirinya. Sewaktu bercinta dahulu juga begitu. “Jika saya tidak dapat menghubunginya walau dua hari pun, saya tahu dia tidak pernah curang,” ujar Tina yang juga baik dengan bekas kekasih Ako. Perihal kes mahkamah yang dihadapi Ako, kata Tina, keluarganya tenang menghadapinya. Malah Ako merupakan menantu kesayangan dan sangat pandai mengambil hati keluarga Tina. “Seperti juga Ako, saya sangat bahagia dan bersyukur bertemu jodoh dengannya. Saban hari sebelum tidur dia akan peluk saya dan mengucapkan terima kasih kerana menjadi isterinya,” katanya yang tidak pernah menganggap perempuan lain yang Ako kenali sebagai musuh. Satu-satu musuh dirinya hanyalah permainan video PS2 yang menjadi kegilaan Ako.Dia ialah seorang wanita yang hebat bagi saya. Tanpa gagal saya akan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mengahwini saya pada setiap hari. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 10:59 am | |
| Air mata jantan Farid Kamil
SELESA dengan peningkatan kariernya yang dilihat semakin eksklusif, Farid Kamil juga selesa dengan rambut yang disimpan panjang menggerbang.
Ia satu gaya yang dikhaskan Farid untuk penampilan sebagai drifter dalam filem Evolusi KL Drift 2.
Walaupun dikatakan selekeh, apa yang dibawanya itu mencerminkan keyakinan terhadap diri dan watak.
Momentum serta graf kerjaya anak kelahiran Kedah ini nampak semakin menaik. Bergelar pelakon sudah, begitu juga bakatnya menulis skrip.
Kini dia turut melonjakkan gaya dan suara sebagai pengarah.
Apa lagi baru-baru ini dia dikurniakan Anugerah Bakat Muda bagi kategori Seni Lakon pada Majlis Anugerah Seni Negara Ke-8.
Rezeki anak muda ini nampak semakin murah apabila kemudian dia menjadi bintang eksklusif Astro Megadrama bersama Lisa Surihani, seorang pelakon manis yang digosipkan dengannya. Lucu dengan gosip yang timbul tapi persahabatan Lisa dan Kamil tak tercela akibat usikan ramai.
Farid bakal muncul dengan sebuah telefilem pertama lakonannya untuk Astro yang bertajuk Lulu. Kemudian diikuti dengan drama 13 episod, Tiga Janda yang menemukannya dengan Lisa untuk kali kedua. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 11:00 am | |
| Langkah kanan Zeyna
JEJAK langkah yang tepat masa dapat mengubah perjalanan hidup seseorang. Itulah yang terjadi kepada Ani Zayannah Ibrahim atau kini dikenali sebagai Zeyna Ibrahim, 21.
Menyebut nama Zeyna mungkin kita perlu perkenalan seterusnya kerana dia baru menapak dalam dunia lakonan.
Jika disebut Zeyna yang pernah berlakon filem dan drama bersiri Kami, pasti ramai yang dapat membayangkan gadis tinggi lampai yang petah berkata-kata. Dia mula dikenali menerusi watak anak muda yang cintakan muzik.
Zeyna punya nasib yang baik. Tak sia-sia dia mengikut sepupunya, Sazzy Falak, yang sudah ada nama ke uji bakat drama bersiri tersebut.
Pegangan ‘tak salah untuk mencuba’ terus mengubah hidupnya. Kini dia bergelar pelakon. Bukan hanya untuk sebuah drama bersiri tetapi kini muncul tawaran yang lebih lumayan.
Farhana ialah percubaan utamanya. Ia watak seorang gadis yang hidup di litar drift yang kemudian cuba menaikkan martabat perlumbaan motosikal haram.
Menurut Zeyna, watak Farhana tidak jauh bezanya dengan sifat sebenar dirinya. Maka untuk melihat seorang Zeyna dalam Farhana, saksikan Rempit vs Impak Maksima yang dipertontonkan di saluran TV3 pada setiap hari Isnin pukul 9 malam. Ada jawapannya di situ.
Farhana ialah anak tunggal kepada Datuk Razali dan Datin Azizah. Bapanya ialah seorang ahli korporat yang mengendalikan perniagaan kejuruteraan pemotoran.
Orangnya bercita-cita besar dan tidak takut cabaran hidup. Maka didekatkan dirinya dengan dunia permotoran dan drift.
Zeyna gementar diberikan watak utama bercampur dengan realiti sebenar bahawa dia tidak tahu memandu. Namun untuk menyahut cabaran bergelar pelakon, dia melakukannya tanpa ragu.
Disambut pula dengan keyakinan pengarah Ahmad Idham yang yakin terhadap lakonan dan keberaniannya, Zeyna berkata:
“Banyak juga pengalaman dan ilmu baru yang saya kutip sepanjang penggambaran drama bersiri ini terutama tentang lakonan kita yang perlu dilihat lebih dramatik untuk drama-drama Melayu seperti ini.”
Membuat rujukan dengan menonton filem Fast and Furious, Zeyna mempunyai sebab kenapa dia belum memiliki lesen memandu.
Penggunaan pengangkutan awam terutama teksi lebih menyenangkan pergerakannya sebagai anak kota. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 11:02 am | |
| Kenapa Lisa Surihani selekeh? RAMAI teman yang mengadu tentang penampilan Lisa Surihani kebelakangan ini. Bukan mengata tapi Diva terperanjat dengan imejnya yang terlalu simple hingga boleh dikatakan selekeh. Selama ini ramai yang memuji-muji dirinya dan mengharapkan dia nampak cantik selalu, walaupun dalam keadaan simple. Kerana dia memang begitu. Tetapi sudah dua acara yang dihadirinya, Lisa tampil secara sangat sederhana. Alasan yang diberikan ialah baru selesai penggambaran atau sesi bacaan skrip. Ramai yang sayangkan Lisa, jadi banyak yang menegur. Semua selesa melihat wajahnya yang ayu manis itu tetapi mereka mahu ia seimbang dengan penampilan yang sedap mata memandang. Diva ada bertanyakan Lisa tentang perkara ini. Dia nyata terperanjat. "Saya sungguh terkejut bila isu ini timbul. Saya menghormati pendapat orang lain dan kena peka dengan pandangan sebegini. Selama ini saya tidak pernah ditegur tapi peringatan ini bagus untuk masa depan saya. "Agaknya mungkin kerana saya kurang pandai bergaya tapi saya akan cuba belajar. Kadang-kadang yang saya risaukan adalah over-dress. Adakalanya saya tak pasti mahu pakai apa." Ditanya adakah kesibukan yang membuatkan dirinya tidak sempat bersiap, terus Lisa menjawab: "Saya tak mahu menjadikan ia sebagai alasan. Kalau ikutkan untuk hari-hari biasa memang saya suka tampil sederhana. Saya minta maaf kalau dilihat selekeh." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 11:03 am | |
| Suka Amylea SAYA mahu mengucapkan syabas buat penyanyi Amylea yang berani memasuki pertandingan realiti lain. OIAM kali ini memberi peluang kepada Amylea, bekas peserta Akademi Fantasia, untuk terus menunjukkan bakat nyanyiannya. Saya lihat Amylea adalah antara penyanyi atau peserta yang bagus dalam pertandingan OIAM kali ini. Dia menyanyi dari hati dan tidak terlampau mencuba. Saya mengharapkan peminat seni suara Malaysia bijak menilai bakat dan mengundi peserta yang tepat. Nine pula ialah peserta lelaki yang menyanyi dengan bagus. Syabas untuk Nine. Semoga mereka terus maju dalam bidang nyanyian. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 11:16 am | |
| Kamaruddin, Zamzarina nafi khalwat KAMARUDDIN menunjukkan salinan laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Brickfields, semalam.
Lapor polis penyebaran fitnah
KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf dan pengacara televisyen, Zamzarina Zambri (gambar kecil) membuat laporan polis secara berasingan semalam berhubung penyebaran fitnah yang mendakwa mereka berkhalwat.
Kamaruddin tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 3.30 petang dengan menaiki kereta pacuan empat roda dan ditemani seorang pengawal peribadinya.
Sebelum itu, kira-kira jam 2 petang, Zamzarina datang berseorangan ke IPD sama untuk membuat laporan.
Bagaimanapun beliau tidak dapat ditemui wartawan selepas itu.
Kamaruddin ketika ditemui kemudian berkata, laporan itu bertujuan meminta polis menyiasat secara terperinci berkaitan fitnah yang dibuat terhadapnya.
"Saya sudah cukup dimalukan oleh penyebar fitnah ini dan berharap polis segera menyiasat mereka ini," katanya.
Ditanya tindakan susulan kes itu, Kamaruddin berkata, hasil siasatan itu bakal menentukan sama ada tindakan akan di ambil atau sebaliknya.
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, sebelum ini membidas seorang pemimpin pembangkang yang didakwa menyalahgunakan kebebasan Dewan Rakyat untuk menyebar fitnah seorang pegawai tinggi kementerian ditangkap khalwat bersama seorang pengacara televisyen.
Beliau menjelaskan berita itu adalah fitnah kerana pegawai dimaksudkan berada di London pada tarikh dimaklumkan pemimpin pembangkang berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima dua laporan itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 11:29 am | |
| Lamaran romantis AaronMenempuh gerbang perkahwinan pada usia yang muda, pelakon kacak berasal dari Singapura ini bahagia dengan isteri dan dua anak yang comel.BAGI Aaron, perkahwinan adalah satu hubungan suci yang harus dijaga bukan sahaja kerana cinta tetapi kerana ia daripada Allah s.w.t. Mencuri masa emas lelaki popular bernama Aaron Aziz bersama isteri, Diyana Halik untuk ditemubual, sebenarnya satu perjalanan yang agak panjang. Ada sahaja urusan mereka yang harus didahulukan menyebabkan niat untuk mengabadikan kisah mereka tertangguh berbulan lamanya. AARON, Diana dan sepasang cahaya mata penyeri hidup mereka. Nampak sahaja mereka santai dan tampil bersedia di depan umum tatkala ada majlis yang harus disertai tetapi di sebalik kemunculan itu, Aaron dan Diyana sebenarnya mengejar masa. Jadual mereka padat. Sekejap di Kuala Lumpur dan sekejap di Singapura. Berulang-alik dalam perjalanan yang meletihkan membuatkan Aaron nekad. Bukan meninggalkan Singapura jauh di hati tetapi keputusan berhijrah dan menetap di Kuala Lumpur (KL), Malaysia lebih memudahkan urusan karier dan keluarga. Singapura tetap menjadi tanah tumpah darah mereka kerana di sana ada bisnes perkongsian yang sedang beroperasi. "Alhamdulillah, sekarang kami sangat lega sebab dah tak perlu berulang-alik lagi. Sebelum ini, banyak masa yang tercicir dalam perjalanan. Sibuk macam- mana pun, anak-anak dah tak susah nak berjumpa dengan bapa mereka (Aaron)," jelas Diyana ramah. Sokong Aaron: "Sekarang kepala saya tidak berat memikirkan isteri dan anak-anak. Kalau orang tua saya mahu menjenguk kami, ia bukan lagi satu masalah." Melihat Aaron dan Diyana dari pandangan mata kasar, tentu tidak terbayang oleh semua tentang kesukaran yang pernah mereka alami. Percaya atau tidak, jalan berliku juga pernah diratapi Aaron dan Diyana demi bergelar seorang anak seni. "Apa yang saya capai sekarang ini, bukanlah sesuatu yang mudah. Masa mula-mula hendak jadi pelakon, ramai yang kata keputusan saya tidak tepat kerana di Singapura, lakonan hanyalah kerja sampingan. Tetapi saya mahu serius. "Bila saya kahwin, ada yang persoalkan kenapa kahwin awal. Saya jawab rezeki di tangan Tuhan. Saya mula ke KL pada tahun 2004. Walaupun dapat watak sampingan, saya tak kisah. Baru hendak menapak, isteri saya mengandung anak pertama. "Saya pilih untuk beri tumpuan kepada anak, lama juga saya balik ke Singapura. Buat kerja di sana, kemudian dapat tawaran lagi untuk datang ke KL. Semakin rancak dapat tawaran, isteri mengandung lagi anak kedua sekali gus memberi isyarat bahawa komitmen dan tanggungjawab saya semakin bertambah. Sehari selepas isteri melahirkan anak kedua, saya kena berada di KL kerana ada penggambaran yang harus diteruskan. Masa itulah hidup saya sengsara. "Walaupun Diyana kata dia faham dan boleh tanggung rindu seorang diri di sana, saya pula yang lebih teruk kerana menanggung rindu terhadap tiga orang iaitu isteri dan dua anak yang masih kecil," jelas Aaron sedikit terharu mengenangkan kisah lama. SALAH satu gambar Aaron dan Diyana pada sesi fotografi di Singapura untuk majlis perkahwinan mereka. Hari ini, banyak sebab untuk Aaron bersyukur dengan keluarga dan karier yang dimiliki. Kini juga, masa yang terbaik untuk Aaron membasuh segala kepayahan dan kesukaran dulu yang pernah mereka lalui. "Terlanjur bercakap tentang hidup. Saya lahir daripada keluarga yang tidak sempurna. Ibu bapa saya bercerai. Sebab itulah, kalau boleh saya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak, isteri serta orang tua saya. "Sebab itulah juga, apabila ramai yang bertanyakan tidak tergodakah saya dengan wanita-wanita cantik yang didampingi di lokasi, prinsip saya mudah. Tubuh saya ini kalau boleh dibahagi-bahagikan, sudah ada bahagian yang menjadi milik keluarga saya. Kena ingat, ini rezeki daripada Tuhan. Kalau tidak tahu mensyukuri nikmat-Nya sekelip mata sahaja rezeki ini boleh ditarik," luah Aaron sedikit berhujah. Beralih satu topik ke satu topik lain, kediaman baru di Sunway Damansara terkeluar dari bibir. Tinggal di kawasan kediaman itu menjadikan lokasi pusat membeli-belah One Utama, tempat tuju Diyana untuk mendapatkan apa juga keperluan. Cuma satu sahaja, sampai hari ini, wanita yang dianugerahkan sepasang cahaya mata itu tidak pernah memandu dan tidak dibenarkan memandu. "Saya sedang belajar memandu tetapi rasanya Aaron tak akan benarkan saya memandu bersama anak-anak. Alasan dia, saya jenis yang kelam-kabut dan agak cuai. Saya jarang tengok kiri dan kanan," getus Diyana separuh tergelak. Membetulkan kenyataan isterinya, kata Aaron, sekiranya Diyana lulus ujian memandu, sebuah kereta menjadi tawaran dan selama sebulan isterinya hanya layak memandu dari rumah ke One Utama sahaja. Lulus ujian kedua di mata Aaron barulah Diyana bebas berkereta ke sana dan ke sini. Lamaran dari pentas anugerahKemanisan detik lamaran si dia kadang-kadang boleh mengubah kesuraman di wajah tatkala dirundung duka. Apatah lagi lamaran itu menjadi detik pemula berputiknya sebuah perancangan untuk membina mahligai cinta. Setiap wanita pasti mengimpikan detik lamaran penuh romantis dan walaupun dianggap paling klise, lamaran bertemankan cahaya lilin di meja makan malam eksklusif tetap menjadi visual pertama yang terlintas saat cerita lamaran muncul mengisi perbualan. Bagi pasangan Aaron dan Diyana, lamaran yang memecahkan simpanan kata di gunung jiwa mereka enam tahun lalu adalah satu sejarah yang tidak ternilai mahalnya. Hati wanita muda, Diyana yang ketika itu baru berusia 21 tahun kembang berbunga, kemudian kuncup mendakap senyuman. Tanpa disangka, niat sekadar menemani Aaron ke majlis berkenaan menjadi saat paling bermakna dalam hidup Diyana. Ungkapan keramat dari mulut Aaron yang disaksikan seluruh tamu dan penonton di rumah dalam acara yang disiarkan secara langsung itu ternyata satu anugerah. "Dia lamar saya dari pentas sebuah majlis anugerah di Singapura. Ketika itu, dia diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Paling Popular dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. "Saya masih ingat lagi isi ucapan Aaron yang berbunyi 'saya dedikasikan anugerah ini untuk bakal isteri saya'. Saya sangat terkesan, itu ucapan luar biasa dan juga satu lamaran untuk saya kerana kami tidak pernah berbincang soal kahwin secara serius walaupun ada impian ke arah itu," luah Diyana mengagumi suaminya. Demi Diyana yang ingin dijadikan suri hidupnya serta tarikh perkahwinan yang sudah dirancang, Aaron tidak ragu-ragu menolak satu tawaran filem dari KL, Bicara Hati yang menamakan dirinya sebagai pelakon utama. "Itu tawaran pertama (filem) dari Malaysia yang datang kepada Aaron. Dia buktikan kepada saya bahawa dia bukan jenis yang terlalu mengejar karier dan populariti. Katanya 'kalau kita nak bina masjid dan buat benda baik, pasti banyak lagi benda baik yang akan datang kepada kita'. Sebab itu, saya tak perlu ragu dengan dia dan sekarang kata-katanya semakin menampakkan bukti," ujar Diyana yang tidak peduli dengan banyak sangkaan ramai bahawa bersuamikan insan popular dan tampan menyesakkan nafasnya sebagai isteri. Meminta Aaron menterjemahkan erti tempoh enam tahun perkahwinan yang telah dilalui, bapa kepada Danish Anaqi (5 tahun) dan Dwi Ariana (3 tahun) itu mula bermain kata. "Enam tahun ini masih terlalu awal, saya masih dalam proses menelaah. Ada masanya, saya terfikir sejenak sebelum menghidupkan enjin untuk balik ke rumah. Saya tenangkan diri dan tidak pulang dalam kondisi yang tertekan dan penat kerana ada anak-anak dan isteri menanti saya. "Hidup ini juga tidak ubah seperti pentas lakonan besar kerana di luar layar, saya juga perlu membawa pelbagai karakter dan watak, sebagai suami, bapa, anak dan masyarakat yang baik. Saya tak sanggup ada yang kecewa. Pernah dulu saya balik ke rumah dan kerana penat, saya memarahi anak saya yang cuba bermanja. Saya tak mahu perkara itu berulang," getus Aaron dalam visi dan emosi yang sarat menyimpan seribu pengertian. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 11:34 am | |
| Kisah Nana dan SyukriIndahkah kehidupan seorang anak yang ibu atau bapa mereka dikenali ramai? Nana dan Syukri berkongsi kisah hidup mereka.LAZIMNYA ramai beranggapan hidup sebagai anak orang kenamaan dan dikenali ramai sering dilimpahi kemewahan dan keseronokan. Malah, tidak kurang yang menganggap rakan-rakan yang mendampingi mereka juga dapat menumpang tuah. Namun, tidak kurang juga yang melabelkan segelintir anak-anak kenamaan bersikap hidung tinggi, sombong dan sukar didekati kerana perbezaan status. Adakah mereka begitu memilih dalam hubungan sosial sesama rakan? Bagaimana mereka membawa diri dalam masyarakat? Adakah mereka meletakkan darjat dan status dalam menentukan siapa individu yang layak didampingi mereka? "Saya bukan jenis orang yang terlalu memilih kawan. Saya jenis yang mudah mesra dan boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. "Pernah saya berkawan dengan seseorang, tetapi saya kecewa kerana dia bersikap tidak jujur, sebaliknya dia memandang pada kemewahan yang saya ada," ujar Noor Diyana Tan Sri Muhammad Muhd Taib ketika ditemui di rumah mertuanya di Mutiara Damansara, Damansara, baru-baru ini. Bagi Noor Diyana atau mesra dipanggil Nana, 25, bukan mudah untuk menjadi anak kenamaan seperti yang disangkakan. Ini kerana, banyak pihak yang cemburu dan cuba mengambil kesempatan. Tambahnya, disebabkan dia merupakan anak orang kenamaan, apa sahaja yang dia lakukan menjadi perhatian. "Semasa di sekolah, guru-guru memberi layanan yang baik kepada saya. Bagaimanapun, layanan baik guru itu tidak menjadikan saya sombong dan lupa diri. "Ayah sentiasa berpesan supaya tidak membangga diri. Saya sentiasa ingat kata-kata ayah itu," katanya yang pernah bersekolah di Sekolah Seri Subang Jaya, Sekolah Seri Aman, Sekolah Seri Hartamas sehingga melanjutkan pelajaran ke Kolej Bellerbys di United Kingdom. Anak kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu memberitahu, ayahnya pernah berpesan kepada guru sekolahnya agar melayan Nana sama seperti pelajar lain. Jika Nana melakukan kesalahan, dia berhak menerima hukuman. Melihat penampilannya yang bersahaja, tiada siapa menyangka wanita tersebut adalah anak kepada seorang bekas menteri besar. POTRET keluarga bersama ibu, bapa, adik beradik, ipar, anak saudara serta suami dan anak. Anak ketiga daripada lima adik-beradik itu mempunyai kawan baik yang terdiri daripada orang biasa. Setiap hujung minggu, Nana pasti akan menghabiskan masa bersama kawan-kawannya. Walaupun Nana sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata, dia tetap meluangkan masa untuk bersama enam teman baiknya. Enam teman baik Nana ialah Suraya Rawas, Nadirah Dali, Ilyana Azmi dan Arwin Rahman. Menariknya, tempat lepak pilihan Nana dan kawan-kawannya bukanlah tempat yang berkelas tinggi, tetapi hanya di gerai-gerai mamak di tepi jalan. Bagaimana dengan statusnya sebagai isteri dan ibu? Jelas wanita yang mendirikan rumah tangga pada usia muda itu: "Nana bertuah kerana memiliki suami yang baik dan bertanggungjawab iaitu Syed Hussein Syed Mustafa," katanya. Syed Hussein, 26, merupakan salah seorang anggota kumpulan Ruffage dan memiliki perniagaan perkapalan bersama abangnya. Selain itu, kehidupan Nana dan suami diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki iaitu Syed Taariq Al-Qudsy, 2. Nana kini sedang hamil anak perempuan yang bakal dilahirkan pada pertengahan April ini. Bagaimanakah karektor ayahnya pada pandangan Nana? "Ayah seorang penyayang dan lucu walaupun raut wajahnya kelihatan garang. "Nana sangat rapat dengan ayah. Ayah mudah dibawa berbincang dan banyak memberikan nasihat dan idea-idea yang bernas," kata Nana. BERSAMA bapa tersayang, Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Tambah Nana, bapanya tidak pernah menghalang Nana untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Apa yang penting, Nana tahu membezakan sama ada orang tersebut berniat baik atau sebaliknya. Walaupun bapanya sibuk dengan urusan kerja, tetapi beliau tetap akan meluangkan masa untuk bersama keluarga dengan membawa mereka sekeluarga bercuti. Selain Nana, dia mempunyai dua orang kakak iaitu Noor Fansyurina, 29, Noor Aini, 27 dan dua orang adik iaitu Ahmady Karimy, 22, dan Noor Alia, 11. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 11:36 am | |
| Sambungan...(KIsah Syukri) Seorang lagi anak orang terkenal berkata: "Dahulu, saya pernah berasa rendah diri disebabkan tidak dilahirkan dalam keluarga berada. Saya hanya anak seorang peneroka dan tinggal di rumah setinggan. "Kawan-kawan saya juga tidak ramai kerana masa saya banyak dihabiskan dengan menjaga adik-adik selepas pulang dari sekolah. "Tidak cukup dengan itu, saya juga membantu ibu menjual kacang goreng, jeruk dan kuih sagu bagi meringankan beban ayah. Bila difikirkan balik, itulah pengalaman yang tidak mungkin dapat saya lupakan sampai bila-bila dan disebabkan itulah, saya sentiasa beringat dan tidak pernah lupa diri walaupun kini saya telah mengecapi kesenangan hidup," ujar anak kedua pengasas Sendayu Tinggi, Alif Syukri Kamarulzaman memulakan ceritanya. SELAKU Ketua Pemasaran Sendayu Tinggi Sdn. Bhd., Syukri sering mengikuti program promosi produk di seluruh negara. SYUKRI ketika belajar di sekolah pondok di Pasir Tumbuh, Kelantan. Menurut Alif Syukri, 24, atau lebih mesra dengan panggilan Syukri, apa yang dikecapi pada hari ini adalah atas usaha dan penat jerih ibunya, Rozita Ibrahim yang banyak berkorban demi anak-anak. "Semua ini kerana ibu. Jika bukan kerana ibu, kebahagiaan yang dinikmati sekarang tidak akan saya rasai," katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di pejabat Sendayu Tinggi di Klang, Selangor, baru-baru ini. Adakah perubahan tersebut menyebabkan Ketua Bahagian Pemasaran Sendayu Tinggi Sdn. Bhd. itu lupa diri? "Saya tidak pernah lupa asal usul kami. Malah, kesusahan itu akan saya ingat sampai bila-bila," ujarnya. Syukri memberitahu, ibunya selalu berpesan agar pandai membawa diri dan menjaga nama baik keluarga. Dia juga dididik agar sentiasa bersederhana dalam segala hal. Malah, ibu sentiasa menerapkan nilai-nilai agama kepada anak-anaknya. Justeru, Syukri dihantar ke sekolah pondok. Alam persekolahannya bermula di Teluk Gadong, Klang. Dia kemudiannya dimasukkan ke sekolah pondok di Pasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama pada usia 14 hingga 16 tahun. Selepas ibunya berjaya menjadi usahawan, Syukri dimasukkan ke sekolah swasta Integrasi As-Syakirin di Seksyen 13, Shah Alam. Semasa itu, mereka berpindah ke Subang Jaya, Selangor. Ketika itu, jualan kosmetik Sendayu Tinggi sudah mula diterima orang ramai. Ia bermula dengan menjualnya kepada kawan-kawan dan jiran-jiran terdekat. Bagaimana dengan kehidupannya sekarang? Syukri memberitahu, dia sangat gembira lebih-lebih lagi selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Ammar Ahyan, 8 bulan. KIRI: BERGAMBAR bersama ibu tercinta, Rozita Ibrahim. KANAN: POTRET kenangan pada majlis perkahwinan Syukri dan Nur Shahida. BAWAH: BAWAH: KEHADIRAN cahaya mata menceriakan kehidupan Syukri sekeluarga. Syukri kini tinggal bersama isterinya, Nur Shahida Mohd Rashid, 23, dan keluarganya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 11:40 am | |
| Kekal kekasih atau tidak? JOHN MAYER dan Jennifer Aniston.
ANDA mahu penyanyi John Mayer kekal sebagai kekasih aktres Jennifer Aniston atau tidak? Anda kini boleh membuat undian di laman web Is John Mayer a Keeper? yang ditubuhkan oleh majalah People.
Menariknya, baru-baru ini Mayer sendiri mengakui dia telah memberikan reaksi peribadi kepada laman web yang dibina hanya untuk memastikan sama ada dia harus terus kekal sebagai kekasih Jennifer atau sebaliknya.
Mayer dalam tulisannya melalui blog Twitter berkata: "Saya baru mengundi dalam laman web Is John Mayer a Keeper? kelolaan majalah People. Saya mengundi untuk 'Love Him'. Ya, sudah semestilah saya mengundi untuk kekal bersama Jennifer. Kenapa tidak?" katanya.
Undian Mayer itu membawa maksud menyokong dirinya kekal sebagai kekasih Aniston.
Malangnya undian yang dibuat Mayer itu tidak membantu dirinya jauh sekali mengatasi undian orang ramai. Lebih banyak peminat mahukan supaya Aniston memutuskan hubungan dengan Mayer dengan jumlah undian mencecah 63 peratus.
Mayer dan Aniston membuat kemunculan bersama buat pertama kalinya pada majlis Anugerah Academy ke-81 baru-baru ini. |
| | | halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 11:45 am | |
| syok gak baca pasal artis, pic seksi2 takde ke sally? ahaha |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 12:00 pm | |
| Fasa baru Jue DIA bukan lagi wanita lemah yang sanggup menurut apa saja demi cinta terhadap insan bernama lelaki. Bagai dilahirkan semula, dia kini semakin kental mengharungi liku-liku hidup. Tiada lagi episod luka dalam kamus hidupnya. Segala memori silam dikuburkan bersama deraian air mata kekesalan. Jauh di sudut hati dia bersyukur kerana berpeluang membetulkan segala kelemahan diri. Cinta bukan lagi fokus utama, sebaliknya dia berusaha mendekatkan diri kepada Sang Pencipta, keluarga, karier dan jalan hidup yang lebih tenang. Akui Jue Aziz, dia dapat merasakan kelainan dalam dirinya. Berkat kemahuan diri yang kuat di samping dorongan keluarga yang tidak pernah putus, segala kelemahan berjaya diperbetulkan sedikit demi sedikit. Yang pasti, dia kini lebih bahagia dan tenang. “Kesedaran bermula bila Jue mendekatkan diri dengan Allah. Keikhlasan keluarga membantu Jue juga membuatkan Jue rasa bersalah dan mula sedar dengan segala kesilapan. “Daripada situ, Jue bangkit dan kembali bersemangat mengatur kehidupan yang lebih baik. Jue percaya perubahan boleh berlaku jika kita mahu dan bersungguh-sungguh. Jika kita berubah kerana orang lain, ia tidak bertahan lama. “Terus-terang jika diputarkan waktu, Jue tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Biar orang mengenali Jue kerana kerja Jue. Sepanjang dalam industri, kehidupan Jue tidak pernah sunyi dengan kontroversi. Ada saja yang diperkatakan orang sehingga melukakan hati keluarga Jue. “Apapun, Jue anggap ia sebagai pengalaman. Setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan ia terbukti apabila Jue kini semakin matang dan sedar kelemahan diri. “Kalau boleh, selepas ini Jue tidak mahu dikaitkan lagi dengan mana-mana lelaki atau gosip cinta. Jika bertemu yang sesuai, Jue akan terus kahwin,” katanya bersungguh-sungguh. Sambil menghela nafas panjang, Jue berkata, hatinya pedih setiap kali dikaitkan dengan tanggapan bukan-bukan mengenai dirinya, walhal penilaian itu dibuat berdasarkan pandangan luaran semata-mata. “Ramai cakap Jue ‘playgirl’ dan suka bertukar-tukar pasangan, sedangkan Jue jenis yang setia. Bila bercinta dengan seseorang, Jue akan setia dengannya, begitu juga dengan persahabatan. Jue tidak pandai berkawan dengan ramai orang dalam satu masa. “Orang bercakap berdasarkan pemerhatian mereka terhadap rupa dan fizikal Jue. Nampak saja muka Jue, terus cop Jue perempuan tak elok. Mungkin juga tanggapan negatif ini timbul bila Jue terlalu berterus-terang mengenai hubungan cinta Jue sebelum ini. “Ketika itu Jue fikir kenapa perlu berselindung jika benar Jue bercinta. Jue mahu bersikap telus, tetapi rupa-rupanya jalan yang Jue pilih memakan diri. Macam-macam orang cakap mengenai Jue hinggakan ada yang sanggup menokok tambah cerita. “Insiden itu menjadikan Jue lebih dewasa dan berhati-hati. Kalau bercakap jujur pun orang tetap menyalahkan kita, jadi lebih baik berdiam diri demi menjaga maruah diri,” katanya yang pernah bergelar kekasih aktor kacak, Ako Mustapha dan Jehan Miskin. Jika tidak terbabit dengan penggambaran, Jue banyak menghabiskan masa dengan keluarga. Bahkan hari-hari dilaluinya terasa lebih indah dengan kehadiran seorang anak kecil yang dinanti sekian lama. Bercerita lanjut mengenai insan istimewa itu, Jue berkata, sudah lama dia mengidamkan cahaya mata dan hasrat itu kesampaian apabila bertemu Nurfureena, 5, ketika sama-sama menjayakan drama Issandra. Hari pertama di lokasi, wanita jelita itu merasa keserasian antara mereka, bahkan si comel itu manja dengannya hingga meminta izin untuk tidur bersamanya. “Dia anggap Jue seperti ibunya sendiri dan memanggil Jue mama. Hati lebih terusik bila mengetahui dia dibesarkan oleh neneknya dan sangat dahagakan belaian seorang ibu. Sejak itu Jue menganggap Nurfureena sebagai anak Jue. “Andai tiada penggambaran, Jue bawa Nurfureena ke rumah. Jika berkumpul dengan keluarga pada hujung minggu, sama ada di rumah kakak atau ibu, Nurfureena pasti turut serta. “Bahkan sambutan Aidiladha lalu lebih meriah dengan adanya Nurfureena dan neneknya. Kini Jue menunggu seorang lagi bayi untuk dijadikan anak angkat,” katanya dalam nada bahagia. Jelas Jue, dia percaya kehadiran anak bukan saja melengkapkan dirinya sebagai wanita, malah amanah itu harta paling bernilai dan wajib dijaga sebaik mungkin. “Lelaki, baik suami atau teman lelaki, boleh meninggalkan kita bila-bila masa saja, tetapi anak akan terus setia di sisi jika kita memberi mereka didikan dunia dan akhirat sebaik-baiknya. “Ada juga yang bertanya, adakah Jue mengambil anak angkat kerana mahu mengubat luka di hati? Hakikatnya, ia tiada kena mengena langsung. Memang Jue bersedia memikul tanggungjawab sebagai ibu dan tidak merasakannya satu masalah atau bebanan. “Dewasa ini ramai wanita bekerjaya mengambil anak angkat walaupun belum bersuami. Soal jodoh, buat masa ini Jue ketepikan dulu. Kalau bertemu yang sesuai satu hari nanti, Jue terus berkahwin. Tak perlu bercinta lama-lama, buang masa saja,” katanya. Lebih dua tahun membina nama sebagai pelakon, aktres yang mencipta nama menerusi teater Naga Tasik Chini (NTC) ini berpuas hati apabila berpeluang membawa pelbagai watak. Dengan adanya kepelbagaian itu, banyak dipelajarinya dalam tempoh singkat. Ia secara tidak langsung memberi kelebihan kepadanya untuk lebih menonjol, seterusnya meraih banyak tawaran. “Alhamdulillah, kemunculan pertama Jue dalam pementasan NTC mendapat perhatian hingga ditawar melakonkan watak utama siri Dua Hati. Secara peribadi, Jue tidak menyangka bermula dengan watak utama meskipun masih mentah ketika itu. “Selepas Dua Hati, Jue mula mendapat kepercayaan ramai pengarah. Lebih gembira apabila mereka lihat bakat Jue dan bukan rupa yang menjadi sandaran. “Syukur, rezeki tidak pernah putus, malah Jue tidak sabar-sabar menunggu reaksi peminat terhadap persembahan Jue dalam telefilem Nurhidayah, Cikgu Vespa Merah, Kemboja Tiada Wangi dan Issandra,” katanya. Selain lokasi penggambaran sebagai ‘sekolah’ lakonannya, Jue menjadikan pelakon lebih berpengalaman sebagai rujukan. Tiada istilah malu bertanya dalam kamus hidupnya kerana saban hari dia mendambakan ilmu baru bagi memantapkan lagi mutu kerjanya. “Banyak lagi kelemahan yang Jue perlu perbaiki. Justeru, Jue kena melipatgandakan usaha. Selain bertanya pelakon senior, Jue banyak menonton filem dalam dan luar negara. “Jue juga sangat menitikberatkan pandangan orang sekeliling, malah tidak kisah dikritik jika ada kelemahan. Dari situ Jue akan perbaiki mana yang kurang dan berusaha memberi hasil kerja lebih baik. Jue akan bertanya sesiapa saja yang ada di lokasi, termasuk jurusolek dan kru teknikal,” katanya. Mengulas projek terbaru, kata Jue, kemungkinan besar dia terbabit dengan filem berskala besar yang menyingkap kembali sejarah penting negara berjudul Kapsul. “Tidak banyak yang boleh Jue kongsi kerana belum menandatangani kontrak. Pun begitu, menerusi beberapa perbincangan, Jue dimaklumkan filem ini ada banyak watak wanita dan produksi masih mempertimbangkan sama ada mahu Jue bawa semua karektor itu atau dua daripadanya. “Selain berlakon, Jue diminta menyanyikan lagu tema filem ini. Mula-mula terkejut juga, maklumlah Jue tidak pernah menyanyi. Kalau betul mereka mahu Jue menyanyi, nampak gayanya Jue kena masuk kelas vokal. “Sebenarnya Jue takut menyahut cabaran ini, tapi memandangkan projek ini besar, Jue kena positif. Jue yakin mereka pasti ada alasan tersendiri mengapa mahu pelakon menyanyikan lagu tema,” kata Jue yang menyifatkan wataknya sebagai peguam yang mengalami trauma akibat dirogol bapa tiri ketika zaman kanak-kanak menerusi telefilem Kemboja Tiada Wangi, arahan Norzizi Zulkifli, paling berat dibawanya setakat ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 12:01 pm | |
| - halytobe wrote:
- syok gak baca pasal artis, pic seksi2 takde ke sally? ahaha
amboi hang haly... nkk yg seksi2 jer ek... hang try belek page sblm2 ni la...ade la seksi.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 12:02 pm | |
| Impak Vee KETIKA ditawarkan beraksi dalam teater muzikal Islam, Sirah Junjungan Tahajud Cinta penghujung tahun lalu, hati kecilnya berlagu riang. Tidak ada alasan untuk dia menolak apatah lagi apabila diberi peluang membawakan watak isteri kesayangan Rasulullah SAW, Siti Khadijah yang pernah dilakonkan Norish Karman pada pementasan pertama dulu. Meskipun hanya terbabit dalam dua babak, Vanidah Imran (Vee) tetap teruja untuk turut serta dalam pementasan yang dibuat sempena sambutan Maulidur Rasul 1430H ini. “Saya berbesar hati apabila Erma Fatima menawarkan watak ini. Siti Khadijah bukan calang-calang wanita, beliau penting dalam perkembangan sejarah Islam malah penyokong kuat Rasulullah. “Antara cabaran dalam menghidupkan watak ini, saya hanya bergantung sepenuhnya kepada pengucapan dialog semata-mata dan bermain di belakang tabir. “Berlakon menggunakan suara lebih susah kerana lontaran dialog mesti sampai kepada penonton. Orang tidak nampak wajah saya, segala emosi digambarkan menerusi suara. Apa yang saya bimbangkan mesej yang dilontarkan itu tidak sampai kepada penonton. “Apapun, saya akan pastikan lakonan yang bakal diberikan nanti meninggalkan impak kepada penonton,” katanya memulakan latihan beberapa hari lalu. Mengulas babak yang bakal dijayakannya, Vee berkata ada dialog antara Siti Khadijah dan hambanya, Maisarah bercerita betapa hebatnya budi pekerti Rasulullah. “Cerita Maisarah mengenai pemuda bernama Muhammad yang dipayungi awan sepanjang perjalanan pergi balik dari Makkah ke Syria menambah minat Siti Khadijah untuk mengenali rasul akhir zaman itu. “Satu lagi dialog yang cukup menyentuh hati saya apabila Siti Khadijah mengutarakan hajat menjadi isteri kepada Nabi Muhammad kepada sahabatnya, Nufaizah binti Aliyah. Ia disusuli dengan babak pertunangan Rasulullah dengan Siti Khadijah. “Suara saya juga digunakan untuk babak Siti Khadijah melafazkan kalimah syahadah. Seperti yang kita ketahui beliau antara orang terawal memeluk Islam,” katanya yang melakonkan watak Mahsuri dalam filem Magika terbitan KRU Studios. Vee berharap pementasan kedua ini mendapat sambutan ramai kerana ia menjanjikan persembahan yang lebih menarik baik dari segi lakonan, koreografi, set dan muzik. “Bila bercakap pementasan Islam ramai fikir ia membosankan tetapi jangan membuat kesimpulan sebelum menontonnya terlebih dulu. Menerusi teater muzikal ini, orang ramai dapat mendalami betapa sukarnya Rasulullah mengembangkan ajaran Islam. “Penonton juga dapat melihat bagaimana para sahabat berjihad menegakkan syiar Islam,” katanya. Sirah Junjungan Tahajud Cinta yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula esok hingga 22 Mac ini turut dijayakan Ahmad Yatim, Syukor Ibrahim, Mazlan Tahir, Wong Sip Nen, Aman Graseka, Rabecca Nur Al-Islam Ahmad dan Shahronizam Noor. Ia turut dimantapkan lagi dengan kehadiran tiga nama besar, Datuk Siti Nurhaliza (pada 18 hingga 20 Mac), Mawi (21 Mac) dan Amy Search (22 Mac) sebagai penyanyi utama. Persembahan turut disokong kira-kira 300 pelakon tambahan, termasuklah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Silat dan Makrifat, Istana Budaya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 12:04 pm | |
| Dimensi baru Tiara
SATU demi satu mimpinya menjelma. Utopia seninya semakin membesar dan pemerhati hiburan tanah air sedia maklum dengan kejayaannya sebagai aktres dan produser.
Percubaannya sebagai penyanyi juga diterima ramai selepas lagu tema filem Puteri Gunung Ledang, Asmaradana mendaki carta radio utama negara. Bakat nyanyiannya dilebarkan lagi melalui pementasan Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLM) selama tiga musim.
Mimpinya untuk muncul sebagai artis rakaman menjadi nyata lagi. Lagu Katakan yang dipetik daripada muzikal terbesar Malaysia itu kini dibuat dalam format single bersama empat lagu lain — Di Puncak Tertinggi (duet bersama Stephen Rahman Hughes), Keranamu Kekasih (duet Stephen), Hadirmu Kerana Cinta dan Tinta Dewa.
Selesai PGLM baru-baru ini, single Katakan kini menjadi bahan bualan utama tatkala bersua dengan Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-50 ini. Seronoknya bukan main lagi kerana mimpi itu bukan lagi mimpi.
“Selepas mengumumkan saya tidak lagi menjadi Puteri dalam PGLM selepas enam tahun, single ini pula menjadi bahan baru saya untuk meneroka ke dimensi lain sebagai artis.
“Sejak dulu lagi saya suka menyanyi dan berangan untuk merakam album, tetapi saya kurang yakin ketika itu hinggalah saya merakam Asmaradana dan belajar menyanyi di dalam PGLM pada 2006,” katanya.
U2, Alanis Morissette, Sheryl Crow dan Don Henley antara yang mempengaruhi dunia muzik Tiara ketika remaja. Namun kini irama yang dibawa Daughtry, Fergie, Colbie Caillat dan Corinne Bailey Rae pula mendapat tempat di halwa telinganya.
Tidak ketinggalan muzik daripada pementasan muzikal seperti Phantom, Wicked, Miss Saigon dan LesMiserables yang banyak memberi inspirasi kepada isteri Datuk Seri Effendi Norwawi ini.
“Saya suka cara lagu muzikal ini ditulis yang mampu menyentuh hati dan memberi kesan kepada kita.
“Macam Katakan yang berirama pop rock dengan sentuhan etnik, ia gambaran ekspresi gaya dan genre yang dekat di hati saya. Saya harap satu hari nanti dapat merakam album penuh yang menampilkan etnik pop rock yang akan menjadi identiti muzik saya,” katanya yang kini belajar bermain gitar.
Katakan dicipta oleh Dick Lee dan lirik tulisan Adlin Aman Ramlie yang diterbitkan oleh Chong Lim. Menurut Tiara, idea untuk menjadikan lagu ini single muncul ketika dia bercuti sambil belajar bersama suaminya di Tasmania, Ogos lalu.
Kebetulan ketika itu mereka menonton Dancing with the Stars (DWTS) di Melbourne dan bertemu Pengarah Muzikal teater itu, Chong Lim, karyawan dan ahli muzik yang disegani di Australia.
“Daripada kad yang dia beri, tertera nama syarikatnya, Ipoh River Studios, baru kami tahu dia juga warga Malaysia. Dari situ kami berborak panjang mengenai muzik dan saya berbangga dengan pencapaiannya yang ‘besar’ di Australia.
“Chong berminat untuk bekerjasama merakam lagu dengan saya. Apa lagi, saya macam orang mengantuk disorongkan bantal,” katanya.
Selepas rakaman itu, Tiara merakam pula video muzik Katakan arahan Pierre Baroni yang dilakukan di Melbourne.
“Pierre seorang yang merendah diri tetapi mempunyai ketajaman mata untuk fotografi. Dia beritahu saya yang di Australia, mereka bekerja dalam pasukan produksi yang kecil.
“Saya ingat di Malaysia saja begitu!” kata Tiara yang berpuas hati dengan sambutan terhadap PGLM 3 baru-baru ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 12:10 pm | |
| Anggun datang lagi SEPI publisiti bagi seorang artis ternama, tidak bermakna namanya lekang di bibir peminat. Begitulah dengan penghibur Anggun C Sasmi, yang kali terakhir berkunjung ke Malaysia sepuluh tahun lalu bagi melancarkan album Anggun, namun popularitinya tetap mekar di persada seni tanah air. Kini Anggun, penghibur antarabangsa kelahiran Indonesia, dalam proses kembali ke Kuala Lumpur untuk melancarkan album terbarunya, Elevation yang dipasarkan pada 20 Mac ini. Selaras dengan pencapaiannya di Eropah, 'Elevation' daripada Anggun membawa membawa maksud memindahkan sesuatu yang berada di tahap rendah ke peringkat lebih tinggi. Ia sekali gus mencerminkan prestij dan perjuangan Anggun dalam industri muzik tanpa mengenal penat lelah dalam menghasilkan karya muzik yang terbaik. Satu usaha yang baik dalam melakukan eksplorasi tanpa meninggalkan jati dirinya. Justeru, tidak hairanlah album ini mempunyai satu daya tarikan dengan sensasinya yang sendiri. Untuk menjadikan album ini satu realiti, Anggun turut bekerjasama dengan Tefa & Masta, produser yang begitu sinonim dalam menghasilkan muzik 'urban'. Memuatkan 13 lagu, album ini turut menampilkan empat lagu bonus. Bagaimanapun, memilih Jadi Milik Mu/Crazy sebagai single pertama. Untuk single kedua, Anggun mempertaruhkan Stronger dengan menampilkan Big Ali yang sering bekerjasama dengan pemuzik serta penyanyi hip hop antarabangsa seperti Usher, Puff Diddy dan Nelly Furtado. Selaku Pengurus Besar Metadome Sdn Bhd, Aida Husin, berkata hasil usaha dan perhatian yang diberikan syarikatnya pada Anggun dan SonyMusic Indonesia membuahkan hasil yang bermakna apabila Anggun bersedia untuk hadir ke Malaysia bagi mempromosikan album terbarunya. "Sewaktu perbincangan untuk memasarkan album Elevation dengan pihak SonyMusic Indonesia, baru-baru ini, kami difahamkan Anggun begitu teruja dengan pelawaan berkenaan kerana sudah lama dia mengimpikan untuk kembali ke Malaysia. "Bukan saja peluang yang begitu dinantikan Anggun, bahkan pastinya acara yang bakal diadakan amat bermakna, sekali gus mengubat kerinduan peminat. "Metadome Sdn Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab mengedarkan album Anggun secara fizikal mahupun digital," katanya. Aida menambah, segala perancangan bagi mempromosikan album Elevation sudahpun diatur syarikat ini dengan sebaik mungkin dari 23 hingga 29 Mac ini. Kedatangan Anggun juga mendapat perhatian Hotel Istana Kuala Lumpur apabila sudi menaja penginapan dan lokasi pelancaran album pada 24 Mac di Songket Lounge, disusuli showcase pada 29 Mac ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 12:13 pm | |
| CAK: Rosyam Pilih Kasih SELEPAS bertahun kita lihat stesen TV swasta meletus dengan program realiti, kini tiba giliran stesen milik kerajaan, TV2 untuk mengikut jejak langkah menyiarkan program seumpama itu. Dengarnya lebih hebat dengan pelbagai perancangan. Pilih Kasih nama diberi dan orang kuat di balik perancangan ini adalah Rosyam Nor dan bekas kakitangan Astro yang pernah sama-sama menaikkan Akademi Fantasia sejak musim pertama, Adi Shamsul. Sebenarnya Rosyam ada memberitahu hal ini kepada CAK setahun lalu lagi. Kalau banyak program mencari pelapis dalam nyanyian, Rosyam pula memfokuskan kepada lakonan. Idea awalnya datang daripada Rosyam dan Bade Azmi ekoran daripada kesukaran mereka mencari muka baru dalam dunia lakonan baik filem, telefilem mahupun siri drama TV. Rosyam beruntung apabila pihak Telekom Malaysia (TM) sanggup melabur kira-kira RM4.5 juta untuk merealisasikan siri realiti yang bakal berlangsung selama empat bulan itu. Bagaimanapun, dengar-dengar juga, kos itu sebenarnya belum mencukupi dan difahamkan Rosyam mengintai penaja lain. Daripada cerita Rosyam, CAK nampak perancangan ini akan berjaya. Sebagai orang yang lama makan garam dalam industri ini, Rosyam bijak mengatur pelbagai strategi untuk memastikan Pilih Kasih berjaya. Seramai 20 peserta dipilih melalui uji bakat yang akan diadakan di seluruh negara, lima daripadanya akan ke final dan akan berlakon bersama Rosyam di dalam sebuah filem terbitan Suhan Movies, milik Rosyam sendiri. Bagaimanapun yang menariknya, pembabitan penonton dalam kiriman SMS nanti ‘membenarkan’ mereka membuang Rosyam daripada berlakon filem yang berjudul Kekasih itu. CAK tak boleh bercerita panjang lagi, tunggu saja pengumuman daripada pihak Rosyam mengenai Pilih Kasih! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 12:15 pm | |
| Zubir Ali bergurau pilih kubur PETALING JAYA: Komposer dan penulis lagu puisi, Zubir Ali, 60, meninggal dunia, semalam, di Hospital Pakar Damansara selepas seminggu dimasukkan ke sana untuk menjalani pembedahan pintasan jantung. Allahyarham yang turut menghidap diabetes menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.30 pagi di sisi semua ahli keluarganya. Isteri Allahyarham, Fauziah Ismail, 53, berkata selepas menjalani pembedahan pintasan, Allahyarham kelihatan sihat dan boleh berbual seperti biasa. “Namun, keadaan kembali teruk Isnin lalu dan melihat keadaannya itu, saya sudah bersedia dengan semua kemungkinan,” katanya yang ditemui di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, di sini, semalam. Menurutnya, walaupun Allahyarham sakit, suaminya masih mampu bergurau supaya mengebumikan dia di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. “Dia juga berpesan, kalau tempat itu sudah penuh, kebumikan dia di kampungnya di Alor Star, Kedah,” katanya. Dia berkata, walaupun sedih dengan kehilangan suami tercinta, namun dia amat berterima kasih dengan bantuan serta sokongan doktor sepanjang Allahyarham dirawat di hospital. Allahyarham meninggalkan tiga anak, Fauzul Azhan, 30, Badiatul Adawiyah, 25 dan Raihan Nurani, 23. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara petang semalam. Menurutnya, selain menulis lagu, Allahyarham juga bertugas sebagai pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan Universiti Malaya (UM). “Kebanyakan masanya pula dihabiskan bersama keluarga jadi hubungan kami memang rapat,” katanya. Allahyarham meninggalkan tiga anak, Fauzul Azhan, 30, Badiatul Adawiyah, 25 dan Raihan Nurani, 23. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara petang semalam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 12:16 pm | |
| Setem edisi khas ABPBH08KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya wajah pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08) bakal diabadikan pada setem edisi khas iaitu SetemKu. Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Operasi Hiburan Pos Malaysia, Datuk Abu Huraira Abu Yazid, berkata usaha berkenaan kerjasama antara Pos Malaysia dan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) sebagai tanda sokongan kepada penganjuran majlis anugerah itu. “Setem edisi khas berkenaan dikeluarkan sejak dua tahun dulu. Setem ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori korporat dan satu lagi untuk orang persendirian. “Setem khas yang mempamerkan wajah pemenang ABPBH ini termasuk dalam kategori kedua dan ini dilaksanakan sebagai satu pengiktirafan buat pemenang anugerah,” kata Abu Huraira pada sidang akhbar kerjasama antara Pos Malaysia dan BHSB yang berlangsung di Dewan Sri Pos, Pejabat Pos Besar, Bangunan Daya Bumi di ibu negara, semalam. Hadir sama, Pengarang Kumpulan BHSB, Datuk Manja Ismail dan Pengarang Hiburan Berita Harian merangkap Pengerusi Pengelola ABPBH08, Hanizam Abdullah serta lima finalis iaitu Aizat, Liyana Jasmay, Lisa Surihani, Fizo Omar dan Nubhan. Pada majlis itu, Pos Malaysia turut menyerahkan replika cek RM150,000 sebagai tajaan untuk acara tahunan itu. Menurut Abu Huraira, mungkin ada yang tertanya mengapa pihaknya menjalin kerjasama untuk menjayakan program berkenaan. “Jawapannya ringkas dan mudah, dalam proses menghantar borang undian sama ada membabitkan majalah dan akhbar, ia tidak dapat lari dari elemen surat ataupun setem dan secara tidak langsung ia ada kaitan dengan tugas Pos Malaysia. Dan kami melihat usaha itu sebagai satu pelaburan. “Justeru kami tidak keberatan dan mengalu-alukan kerjasama seperti ini termasuk bersama mana-mana sektor korporat yang berminat,” katanya. Bagi memudahkan proses penghantaran borang undian ABPBH08, Pos Malaysia menempatkan peti surat khas di 13 pejabat pos besar di seluruh negara. Kemuncak ABPBH08 yang menyaksikan persaingan 16 kategori dijadualkan berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 12 April ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 12:25 pm | |
| Bade arah drama Kejar DI SEBALIK kontroversi Spa Q, semangat Zaiton Mohd Jiwa tidak luntur untuk terus aktif menerbitkan drama. Sejak Februari, ketika peminat siri telenovela itu hangat dengan isu 'gambar panas' Zaefrul Nadzarine Nordin dan Azizah Mahzan, Zaiton meredakan gelisahnya dengan produk terbaru, Kejar. Jika Spa Q membara di TV3, Zaiton selaku Pengarah Urusan Global Station Sdn. Bhd., mengharapkan Kejar yang dihasilkan sebanyak 26 episod dapat menambat penonton RTM pertengahan tahun ini. Ketika ditemui, Zaiton berkata Kejar begitu istimewa bukan saja kerana dibarisi pelakon hebat seperti Nasir Bilal Khan, Mustafa Kamal, Betty Banafe, Zain Ruffedge, Farahdhiya dan Umie Aida, tetapi inilah kali pertama dia menggunakan khidmat Badaruddin (Bade) Azmi selaku pengarah. Sebelum ini, syarikatnya sudah menggunakan khidmat pengarah seperti Raja Ahmad Alauddin, Along Kamaruddin, Zulkiflee R Shad, Hitler Zami, Feroz Khan, Hanafiah Syarif dan Redza Fahmi Suib. Menurut Zaiton, bukan mudah untuk Bade mengarah drama kerana komitmennya lebih kepada filem. Namun Zaiton beruntung atas kerjasama Erma Fatima, akhirnya Bade lembut hati mengarahkan Kejar. "Lebih sepuluh tahun Global Station beroperasi, inilah kali pertama Bade mengarahkan drama terbitan syarikat saya. Bukan saya tidak berminat mengambilnya dulu, tetapi setiap kali terlintas untuk mendapat khidmatnya, hati saya pula berdetik apakah Bade sudi mengarahkan drama kami. "Kita sendiri maklum, Bade satu nama besar dalam arena perfileman tanah air. Apabila Bade bersetuju mengarahkan Kejar, saya berterima kasih kepada isterinya (Erma Fatima)," katanya. Bagai dijangka kata Zaiton, sekalipun sudah memberi lampu hijau, tetapi pada waktu sama Bade mahu meneliti skrip yang dihasilkan Eenaz Mokhtar. Sesudah puas hati, baru penggambaran bermula. "Bade ternyata sensitif pada skrip. Saya memberi kepercayaan penuh untuk dia memilih pelakon mengikut kesesuaian watak pada skrip. Rata-rata pelakon ini sudah biasa dengan Bade. "Setakat ini 70 peratus penggambaran drama ini sudah selesai. Pihak produksi memaklumkan pada saya, Kejar akan dapat disiapkan pada 26 Mac ini. Lokasi sekitar Lembah Klang tetapi banyak di Seri Kembangan dan saya berpuas hati kerana produksi belum berhadapan dengan masalah besar," katanya. Menurut Zaiton, berbanding Bade pihaknya kerap bekerjasama dengan Erma terutama siri Dilema Wanita untuk siaran RTM. Pihaknya juga dalam proses untuk Erma mengarahkan drama istimewa mengenai cinta lara dua insan seni, sebaik berakhir teater muzikal Islamik, Sirah Junjungan Tahajud Cinta. Sementara itu Bade ketika ditemui wartawan RAP di lokasi berkata, Kejar umpama medan untuk 'memanas badan' sebelum dia kembali mengarahkan filem yang ada kaitan dengan tuntutan harta pusaka. "Dalam Kejar, ada konflik keluarga mengenai pembahagian harta pusaka. Saya pula dalam proses mengarahkan filem bercorak begitu yang diberi judul Wasiat. "Komitmen pertama kali bersama Global Station diharap dapat menajamkan lagi kreativiti saya sebelum menggarap Wasiat," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 12:37 pm | |
| Bahagia dimanja suami SEPERTI bakal ibu lain, model dan pelakon jelita Dynas Mokhtar juga teruja menantikan detik kelahiran cahaya mata sulungnya pada 4 Julai nanti. Malah, kata Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 26, fokusnya dan suami, Mohd Hafizy Hafiz, 37, juga kepada penjagaan kesihatan anak dalam kandungannya yang kini berusia lima bulan serta persiapan untuk menyambut kehadiran orang baru dalam hidup mereka. "Jika nak diikutkan, saya sudah lama mengimpikan untuk mempunyai anak sendiri kerana selama ini kasih sayang saya banyak tercurah kepada anak saudara (sebelah suami) Tia Caliana, 5 tahun. Tia memang rapat dengan saya sejak kecil dan apabila ada kelapangan, saya sering menemaninya bermain pada waktu petang. Saya juga adalah mak cik kesayangannya. "Justeru, apabila disahkan mengandung, saya sekeluarga menyambut berita itu dengan gembira. Maklumlah, selain saya, kakak, Evelyne juga mengandung dan menunggu masa untuk melahirkan anaknya. Ibu yang paling gembira kerana dia akan mendapat dua cucu sekali gus tahun ini," katanya. Lebih bermakna, kata Dynas, hubungannya suami isteri semakin erat sejak dia disahkan mengandung. "Saya bertuah kerana mendapat suami yang penyayang dan sangat mengambil berat mengenai kesihatan saya dan anak dalam kandungan sejak awal kehamilan lagi. Sibuk macam mana sekalipun, dia tetap menghubungi saya untuk bertanya khabar. Saya cukup bahagia kerana amat dimanjakan suami. "Jika sebelum ini, suami sering bekerja di luar daerah, kini, apabila kandungan saya semakin membesar, dia mula memberi tumpuan kepada saya sepenuhnya. Setiap keinginan saya sedaya upaya dia memenuhinya. Cakaplah nak makan apa saja, semuanya akan diusahakannya," katanya. Bagi pelakon yang menempa nama menerusi drama bersiri Susuk ini, dia tidak kisah jantina anak yang bakal dilahirkannya nanti. "Sebenarnya, suami inginkan anak lelaki tetapi hasil pemeriksaan kandungan di Hospital Pantai, Bangsar, doktor memberitahu kami bakal menimang cahaya mata perempuan. "Setiap kali suami cuba membelek baju bayi lelaki, saya cepat-cepat mengingatkannya, kami akan dapat anak perempuan. Kini, suami sudah boleh terima kenyataan yang kami akan dapat bayi perempuan. "Apa yang penting, bagi saya, bayi yang dilahirkan nanti sihat dan sempurna. Setakat ini, hasil pemeriksaan bulanan doktor juga memberitahu kandungan saya sihat dan tidak ada sebarang masalah. "Pada masa sama, suami sudah ada nama untuk anak kami nanti tetapi saya perlu rahsiakannya dahulu buat masa ini," katanya. Berbanding pada awal kehamilan dulu iaitu ketika tempoh kandungannya berusia tiga hingga empat bulan, Dynas mengakui dia malas keluar rumah kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan. "Selain 'morning sickness', saya juga malas nak jumpa orang termasuk buat sesi fotografi ketika itu. Kini, ia berbeza apabila kandungan saya berusia lima bulan kerana saya berasa lebih sihat dan boleh keluar rumah pergi buat rambut atau menjayakan mana-mana majlis anjuran pihak tertentu," katanya. Mengenai persiapan barangan dan kelengkapan bayi pula, Dynas berkata, dia juga tidak ghairah beli baju bayi lagi buat masa ini. "Menurut ibu, saya perlu beli baju bayi apabila hampir tarikh nak bersalin. Saya juga memastikan makanan berkhasiat dengan mengambil vitamin, banyak makan buah-buahan seperti epal dan limau oren. Saya juga mengelak daripada makan kicap kerana bimbang kulit anak saya bertukar berwarna gelap nanti. "Selain keluarga, rakan kongsi perniagaan saya, pelakon dan pengacara Awal Ashaari (Awal) juga sering membelikan saya air kacang soya dan meletakkannya di butik kami tetapi saya pula sebaliknya tidak suka minuman itu," katanya. Dynas ditemui ketika sesi ramah mesra bersama pelakon drama bersiri Slot Lagenda TV3, Julia Juli di Gombak disini baru-baru ini. Kata Dynas yang juga pelakon utama Julia Juli, drama itu adalah lakonan terakhirnya sebelum berehat buat sementara waktu untuk melahirkan anak sulungnya itu. "Saya disahkan mengandung ketika penggambaran drama Julia Juli arahan Adam Hamid dan Jet Li yang berakhir bulan lalu. Selain drama itu, saya juga terbabit dengan penggambaran program kecantikan dan kesihatan, Suara Pesona," katanya. Kini, kata Dynas, dia banyak meluangkan masa untuk butik D&A Celebrity Style di Hartamas yang diusahakan bersama Awal, sejak Ogos tahun lalu. "Kalau tidak pergi ke butik pun, saya akan mengawasi perjalanan butik kami dari rumah saja dengan melayari Internet setiap hari untuk mengikuti perkembangan fesyen semasa. Apabila saya dan Awal sibuk kami juga mempunyai pembantu yang menjaga butik ini. "Sepanjang enam bulan perniagaan ini beroperasi, ia juga mendapat sambutan menggalakkan. "Saya juga mencari stok baju yang lembut dan sesuai digayakan wanita yang mengandung untuk dijual di butik ini sesuai dengan keadaan saya yang berbadan dua ini. "Sepanjang pemerhatian saya, baju mengandung yang dijual di pasaran juga mahal tapi tidak cantik untuk digayakan. "Justeru, baju yang dijual di butik saya ini alternatif lain untuk wanita mengandung berusia awal 20-an yang tercari-cari baju sesuai menepati cita rasa mereka. Ia juga boleh dibeli secara online, laman web D&A Celebrity Style: www.dna.com.my." katanya. >Profil
NAMA SEBENAR: Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar
TARIKH LAHIR: 8 Mac 1983
ASAL: Petaling Jaya, Selangor
PENDIDIKAN: Diploma Komunikasi Massa daripada Universiti Teknologi Mara
(UiTM), Shah Alam.
PENCAPAIAN: Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007.
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Mohd Hafizy Hafiz, 37, (Berkahwin pada 15 Mac 2008).
ANTARA DRAMA: Susuk, Gerak Khas, Di Bawah Ketiak Isteri, Ezora, Ai Di Beijing.
FILEM: Impak Maksima, Haru Biru, Kayangan, Apa Kata Hati. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 2:10 pm | |
| Rosyam kongsi ilmu BINTANG filem terkenal, Rosyam Nor akan mencurahkan pengalaman sebagai pelakon, pengarah dan penerbit kepada 150 peserta bengkel penulisan skrip drama TV dan filem yang akan berlangsung selama dua hari di Dewan Raja Lumu, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, bermula esok. Pelakon drama Rozanna yang sedang disiarkan menerusi slot Samarinda di TV3, bukan hanya diiktiraf melalui bakat dan populariti dalam lakonan. Malah Rosyam juga bertindak sebagai Penerbit dan Pengarah Urusan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Malah Rosyam membuktikan kemampuannya apabila tampil memegang watak utama dalam beberapa genre drama dan filem. Paling meninggalkan kesan karektor pelakon romantis seperti dalam Rozanna selain Gelora Di Hati Sara (RTM). Justeru, pengalaman luas dalam bidang seni sedikit sebanyak dapat membantu mencungkil bakat baru dalam dunia lakonan. Penerima Anugerah Karyawan Seni Filem (Pelakon) itu berkata, menerusi penganjuran program berkenaan ia sedikit sebanyak dapat memberi ruang kepadanya untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang seni. "Program ini sebahagian daripada hasrat saya selepas menerima anugerah itu. Saya harap ini akan menjadi asas untuk mengorak langkah memberi ceramah kepada pelajar sekolah dan universiti yang ingin tahu mengenai dunia lakonan kerana sudah ada pengiktirafan kerajaan," katanya. Sementara itu, Pengarah program, Fauziah Buyong berkata, selain Rosyam pihaknya turut mengundang Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim atau Mat London dan Setiausaha Persatuan Penulis Skrip Malaysia (SWAM), Ismail Ahmad sebagai fasilitator. "Ini adalah peluang keemasan kepada mereka yang berminat dalam bidang penulisan skrip drama TV atau filem, tidak kira sama ada yang baru hendak berjinak-jinak ataupun yang sudah ada pengalaman. "Kami bawakan kepada mereka tokoh yang sudah ada nama dan pengalaman luas dalam bidang ini untuk berkongsi ilmu pengetahuan secara langsung kepada mereka sebagai input yang paling berguna untuk mereka berkarya," katanya. Menurut Fauziah, pihaknya tidak meletakkan motif perniagaan untuk menganjurkan bengkel tersebut meskipun sedikit bayaran dikenakan bagi menampung kos penganjuran. Apa yang paling utama membantu golongan yang berminat untuk menjana pendapatan dengan menulis skrip drama TV dan filem. "Kami sekadar mahu berkongsi peluang dan menganggap ini adalah program ilmu yang berkonsep 'menang-menang'. Semua orang akan dapat manfaat dengan cuba mencari pendapatan dengan cara ini," katanya. Kelebihan bagi peserta bengkel selain peluang menimba pengalaman daripada tokoh lakonan terkenal, peserta diberikan sijil penyertaan yang diiktiraf FDAM dan SWAM. "Di samping itu, kami juga akan cuba menjadi perantara untuk menghubungkan peserta yang berminat dengan FDAM dan SWAM bagi mengetengahkan hasil karya mereka dalam bidang ini. "Kami akan tubuhkan bank skrip daripada karya peserta dan skrip yang berkualiti kami akan bawa kepada FDAM dan SWAM untuk dikomersialkan," katanya. Sesiapa yang berminat untuk menyertai bengkel ini hubungi Fauziah di talian 019 2047271. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 2:12 pm | |
| Deja masih boleh hamil MENJADI impian pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga mahu menimang cahaya mata. Bagi penyanyi Sharifah Hadijah Wan Moss atau Deja Moss, 36, kehidupan berkeluarga yang ditempuh sejak bergelar isteri pada 30 Ogos tahun lalu banyak mengajar dirinya supaya tabah menghadapi dugaan hidup. Sebelum ini, Deja berhadapan cabaran getir apabila disahkan doktor dia mengandung di luar rahim hingga kandungannya yang berusia enam minggu terpaksa dibuang menerusi pembedahan. Ketika itu, doktor menasihatinya menjalani pembedahan demi memastikan kesihatan tidak terjejas. Biarpun sedih kehilangan zuriat pertama hasil perkongsian hidup dengan Azfendy Azzuddin, Deja tetap bersyukur kerana mendapat sokongan suami. Katanya, suami sentiasa memberi sokongan dan semangat kepadanya untuk meneruskan kehidupan. Selepas enam bulan berkahwin, mereka makin bahagia menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri. Malah Deja, 36, yang kelihatan bertambah sihat tidak mahu duduk diam di rumah sebaliknya memenuhi masa dengan aktiviti seni. “Doktor memberi nasihat pada saya agar berehat hingga empat bulan sebelum bersedia kerja semula. Bagaimanapun, apabila saya rasa bertambah sihat, saya yakin untuk kembali bekerja. Buat masa ini, kesihatan saya makin baik. “Doktor juga mengatakan saya masih mempunyai berpeluang mengandung lagi selepas habis tempoh empat bulan saya berehat. Dalam pada itu, saya juga kerap berjumpa doktor sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk mendapatkan pemeriksaan lanjutan. “Bagi saya, apa yang saya lalui ini adalah ujian paling besar yang perlu saya tempuh dengan tabah dan banyak bersabar. Seperti pasangan suami isteri lain, saya juga masih berkeinginan untuk menimang cahaya mata. “Walaupun satu saluran tiub fallopia di sebelah kiri sudah dibuang, kami masih berharap saluran tiub satu lagi memberi peluang kepada kami untuk mendapatkan anak,” katanya. Mengenai aktiviti seni terbaru, penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini menyatakan dia kini sibuk dengan uji bakat Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) iaitu pertandingan mencungkil bakat peserta dalam bidang nyanyian, muzik dan peragaan yang diadakan setiap tahun di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat. Katanya, dia terbabit sebagai juri yang dipertanggungjawabkan menilai bakat peserta yang layak untuk diserap menyertai kontinjen negara tahun ini. Uji bakat itu diadakan menerusi sesi jelajah ke seluruh negara bermula 14 Februari lalu di City Square, Johor Bahru diikuti Queensbay Mall, Pulau Pinang (21 dan 22 Februari), Berjaya Times Square Kuala Lumpur (28 Februari dan 1 Mac), Eastcoast Mall Kuantan, The Spring Kuching Sarawak (7 dan 8 Mac) serta One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah (14 dan 15 Mac). “Pengalaman menjadi juri selama tiga musim untuk uji bakat Akademi Fantasia sejak 2006 memang berbeza dengan tanggungjawab menjadi juri WCOPA. Kali ini saya bersama beberapa selebriti lain seperti Hans Isaac, Tengku Norazura Tengku Awang (Tengku Azura) dan Dayang Mariana melaksanakan tugas sebagai juri. “Masing-masing mempunyai skop penjurian berbeza. Saya sendiri memberi fokus pada aspek nyanyian manakala Tengku Azura (peragaan) manakala Dayang Mariana (tarian). Untuk pertandingan ini, kami memilih peserta yang menunjukkan bakat yang boleh dipertandingkan di peringkat antarabangsa. “Kriteria pemilihan peserta memang tinggi namun, juri dari bidang lain juga boleh memberi komen sebelum mencapai kata sepakat sama ada peserta itu layak atau tidak. Dalam setiap uji bakat, lima juri terbabit merangkumi bidang nyanyian, peragaan, lakonan, muzik dan tarian. “Memang uji bakat ini membuatkan jadual seni saya makin sibuk dan agak meletihkan apabila diadakan di destinasi luar Kuala Lumpur. Sebelum ini, suami saya juga ikut menemani saya ketika uji bakat di Pulau Pinang,” katanya. Deja mengakui, pengalaman ditimba sepanjang mengikuti uji bakat WCOPA kali ini menyeronokkan apatah lagi dia pernah menang tiga pingat ketika menyertai pertandingan yang sama tiga tahun lalu. Untuk karier nyanyian, katanya peluang mengadakan persembahan masih ada tetapi kegawatan ekonomi yang kini melanda seluruh dunia turut memberi kesan apabila bayaran untuk persembahan terpaksa dikurangkan. “Kegawatan ekonomi sebenarnya memberi kesan kepada semua termasuk artis untuk cari makan. Dulu, ketika bujang pendapatan banyak bergantung sendiri tetapi bila sudah berkeluarga, suami banyak membantu. Buat masa ini, fokus saya pada nyanyian agak berkurangan kerana keluarga menjadi keutamaan. “Sebagai isteri, saya harus patuh pada cakap suami. Jika ada kerja di luar Kuala Lumpur hingga memakan masa yang panjang, saya perlu berbincang dengan suami. Namun, tidak bermakna saya ketepikan bidang nyanyian. “Saya sudah rakamkan single terbaru tetapi ditangguhkan dulu hingga masa yang sesuai untuk saya perkenalkan di pasaran. Mungkin saya pilih untuk lancarkan single ini pada Ogos dan ia bergantung pada kesesuaian ketika itu,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 2:13 pm | |
| Waheeda jadi isteri Akhil? WALAUPUN mengaku tertekan dengan kontroversi yang melanda dirinya dengan Akhil Hayy, penyanyi dan pelakon Norwahidah Abdul Wahab atau Waheeda, seperti mengundang masalah apabila dikatakan bakal berganding dengan Akhil dalam sitkom Kafe Akhil Hayy (Astro Oasis).
Malah lebih mengejutkan, Waheeda bakal melakonkan watak isteri Ustaz Akhil. Waheeda ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama barisan pelakon Nana Tanjung untuk TV9 berkata, watak sebagai isteri dalam sitkom berkenaan belum pasti memandangkan ia masih dalam peringkat perbincangan.
Katanya, tawaran itu juga hanya datang daripada Akhil sendiri dan bukan penerbit.
“Sepatutnya, saya tidak boleh memaklumkan perkara ini terlebih dulu kerana ia masih dalam peringkat perbincangan. Saya hanya dimaklumkan Akhil secara lisan,” katanya.
Dalam Harian Metro semalam, Waheeda mengakui tertekan dengan isu yang mengaitkan dirinya dengan penceramah bebas itu. Mereka juga dikatakan sudah berkahwin. Gadis kelahiran Johor Bahru, Johor itu mengakui cukup bahagia apabila bergaul dengan Akhil.
Mengulas perkembangan karier seninya, Waheeda dijangka sekali lagi bergandingan dengan Akhil untuk menjayakan persembahan sempena Maulidur Rasul di Stadium Merdeka, Isnin ini.
“Saya terima apa orang hendak bercakap mengenai kami. Walaupun kami tidak bercinta namun ramai yang kelihatan seperti suka menggandingkan kami.
“Saya akui walaupun berdepan pelbagai tohmahan daripada masyarakat dan kontroversi, namun hubungan kami tetap baik. Kami tetap berkawan dan meluangkan masa bersama terutama apabila membabitkan hal kerja,” katanya.
Waheeda turut memaklumkan mahu memberi tumpuan kepada penghasilan album solonya tahun ini. Apabila diajukan persoalan mengenai hasratnya sebelum ini untuk tidak berlakon lagi, Waheeda mengakui sebaliknya.
Katanya, hasrat itu terpaksa dilupakan buat sementara memandangkan sudah berjanji dengan Prof Madya A Razak Mohaideen untuk menjayakan drama bersiri terbaru arahannya.
“Cakap-cakap orang kadangkala membuatkan saya sakit. Apabila memaklumkan untuk berehat daripada dunia lakonan, ada saja tawaran yang datang.
“Memang selama ini saya merancang untuk berhenti berlakon sejak tahun lalu. Saya sendiri meletakkan sasaran setiap tawaran lakonan yang saya terima perlu bersesuaian,” katanya.
Mengulas karakter dalam Nana Tanjung, Waheeda berkata dia memegang watak seorang kakak (Ida) dalam sitkom keluarga itu. Di samping membimbing adik-adiknya, sitkom berkenaan turut menampilkan beberapa babak berunsur nasihat dan dakwah.
Katanya, memang mencabar membawakan watak ini tetapi mengakui seronok kerana dapat menjadi sebahagian daripada pelakon yang menjayakan sitkom yang diangkat daripada filem.
“Saya juga dapat berkenalan dengan pelakon baru dan seronok kerana dapat berlakon dengan Saiful Apek selain Pak Piee, Sheila Mambo dan Fouziah Gous,” katanya.
Drama 13 episod ini disiarkan di TV9 setiap Isnin, jam 10 malam bermula 2 Mac lalu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 2:16 pm | |
| Soseh Soseh: Nadia dapat anak lelaki
KETIKA ini memang ramai artis kita berbadan dua. Antaranya, Erra Fazira yang kini menanti hari menyambut kelahiran anak sulung. Begitu juga Dynas, Zila Bakarin, Ziana Zain, Rosma dan Anne Ngasri.
Terbaru, SS difahamkan, Nadia Mustafar, 33, selamat melahirkan anak lelaki pada 3 Mac lalu, jam 1 tengah hari. Bayi seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan secara normal di Hospital Pantai, Cheras. Bagaimanapun, bayi lelaki itu belum diberikan nama. Tahniah SS ucapkan kepada Nadia dan suami, Hazil Izham, 35.
SS difahamkan, ketika bertarung antara hidup dan mati untuk melahirkan anak sulungnya itu, Hazil sentiasa menemaninya. Nadia juga sempat melihat Hazil menangis tatkala menyambut kehadiran ahli keluarga baru mereka.
Selama dua bulan Nadia akan berpantang di rumahnya sendiri di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Mujurlah ibunya juga tinggal di Kuala Lumpur jadi sepanjang tempoh berpantang itu, Nadia akan dijaga emaknya.
Ceritanya kepada rakan SS, sebelum dia bercuti untuk bersalin, Nadia sempat berlakon drama Rozana dan Keliwon. Lepas ini, Nadia akan ligat semula di pentas lakonan kerana dia antara pelakon yang masih laris dan berjaya membawa apa saja watak.
Setahu SS, Nadia memang tak reti duduk diam kerana pada setiap Ramadan berniaga nasi ayam di Bazaar Ramadan. Pastinya, rumah tangga Nadia lebih ceria dengan kehadiran orang baru.
Tahniah juga SS ucapkan kepada penyampai Hot FM dan pengacara Roda Impian, Maskiran Jakiran atau Kieran kerana menimang anak lelaki yang diberi nama Mohammad Adam pada 26 Februari lalu. Isteri Kieran, Yang Azli Mohd Yunus melahirkan Adam di Pusat Perubatan Umrah, Seksyen 13, Shah Alam.
Semoga kehadiran cahaya mata akan menambahkan lagi kerukunan rumah tangga pasangan artis. Jika ada perbalahan, segeralah diselesaikan. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Banyakkan bersabar, Insya-Allah bahagia dunia dan akhirat.
Nak bercerai senang saja tetapi kesannya kepada anak sangat besar. Apabila dah berkeluarga, jangan terlalu memikirkan diri sendiri. Panjang pula ceramah SS. Bukannya apa, SS tumpang bahagia tengok artis hidup aman damai dengan keluarga masing-masing. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 2:27 pm | |
| Hayati tahajud cinta Teater muzikal Islam yang dipentaskan di Istana Budaya pertaruh nama besar industri hiburan tanah air ANTARA topik hangat diperkatakan dalam industri hiburan minggu ini ialah pementasan teater muzikal Islam, Sirah Junjungan II - Tahajud Cinta karya dan arahan Erma Fatima yang didakwa sukar mendapatkan tajaan korporat seperti kebanyakan teater yang pernah dipentaskan di Istana Budaya sebelum ini. Biarpun menghadapi pelbagai kesukaran, teater ala-Islam itu yang bakal membuka tirai pementasannya esok dikagumi kerana mampu mendapatkan khidmat beberapa nama besar dalam industri hiburan negara termasuk Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Amy Search, Jamal Abdillah, Vanidah Imran dan Mawi. Lebih mengejutkan ada khabar angin menyatakan Siti Nurhaliza tidak mengenakan sebarang bayaran sepanjang tiga malam beliau beraksi iaitu dari 18 hingga 20 Mac, dengan kutipan tiket disalurkan terus ke pertubuhan kebajikan yang diasaskannya bersama suami tercinta, Yayasan Nur Jiwa. Dalam pertemuan bersama B*Pop baru-baru ini, Siti Nurhaliza menjelaskan pembabitannya dalam pementasan itu lebih sebagai artis jemputan, selain memenuhi tuntutan agama memandangkan penganjurannya bersempena sambutan Maulidur Rasul esok. “Dalam Sirah Junjungan II - Tahajud Cinta, saya akan menyanyikan lima lagu yang berkisarkan kisah nabi, selain selawat. Sebenarnya, tidak sukar membuat persembahan sebegini kerana berpengalaman menyanyikan lagu nasyid sebelum ini. “Bezanya cuma kali ini banyak lagu Bahasa Arab. Sebenarnya, baru seminggu inilah saya dapat membuat persiapan untuk pementasan ini kerana baru kematian ayah. Ini juga sebahagian cabaran yang terpaksa saya hadapi dalam menjayakan pementasan ini,” katanya. Beliau mengakui sejak terbabit dalam pelbagai persembahan bercorak keagamaan, termasuk pementasan ini, mula wujud minat dalam dirinya menghasilkan album nasyid selepas puas mencuba pelbagai genre muzik sepanjang 15 tahun karier nyanyian sejak 1995. “Jika diikutkan, memang saya pernah merakamkan lagu nasyid dalam album sebelum ini, terutama gubahan Pak Ngah. Tapi, kalau album nasyid sepenuhnya belum pernah saya buat. Insya-Allah, jika ada peluang dan kelapangan, teringin juga saya merakamkan album nasyid. “Di Indonesia, kumpulan rock pun menghasilkan album kerohanian. Jika kita ada album raya, mereka buat album ketuhanan. Saya pernah juga buat program di Indonesia, nyanyi lagu kerohanian. Ini memang satu tanggungjawab, cuma tunggu masa sesuai,” katanya. Sementara itu, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, yang mengalami perubahan ketara sekembalinya dari umrah sebelum ini memberitahu betapa beliau teruja apabila ditawarkan beraksi dalam Sirah Junjungan II - Tahajud Cinta. “Bila ditawarkan beraksi dalam teater ini, memang saya tidak berfikir panjang menerimanya kerana menganggap saya boleh menyumbang kepada agama. Ini memang kali pertama saya beraksi dalam teater dan seronok untuk melakukannya. “Kepada semua peminat, saya mengharapkan kedatangan mereka ke Istana Budaya untuk merasai sendiri perbezaannya. Sebagai mana perubahan saya, peminat saya yang membesar bersama Search turut berubah dengan kehidupan lebih `kukuh’. Ini transformasi yang baik dalam kehidupan,” katanya. Sambil menyatakan beliau selesa dengan imej barunya itu, Amy turut memberitahu dia juga berpeluang membuat persembahan di hadapan Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu, baru-baru ini. “Sebenarnya, saya tidak menjangka pun persembahan itu disaksikannya. Bagi saya, ini satu pencapaian terbaik kerana persembahan saya disaksikan oleh seorang ulama,” katanya. Selepas berkolaborasi dengan Rabbani menyanyikan semula lagu popular Search, Mentari Merah Di Ufuk Timur yang mendapat sambutan menggalakkan sebelum ini, beliau kini merancang merakamkan semula sebuah lagi lagu, Meniti Titian Usang bersama Raihan menggunakan susunan muzik baru. “Bila saya sudah menukar imej dan menyanyikan lagu ini bersama kumpulan nasyid, barulah ramai yang sedar lagu kami (Search) dulu banyak yang bercirikan kerohanian dan ketuhanan. Padahal, semua lagi itu sudah lama dirakamkan. Seperti Menteri Merah Di Ufuk Timur, ia dirakamkan pada 1987. “Namun, saya melihat tranformasi itu dari sudut kebaikan. Jika apa yang saya lakukan ini boleh menarik peminat, terutama generasi muda ke arah kebaikan, mengapa usaha itu harus dihentikan setakat ini saja,” katanya. Vanidah Imran pula yang beraksi sebagai isteri pertama Rasulullah SAW, Siti Khadijah dalam pementasan itu menganggap watak berkenaan cukup sukar dilakonkannya walaupun berpengalaman luas dalam bidang lakonan, termasuk di pentas teater. “Dalam pementasan ini, penonton tidak akan dapat melihat saya kerana saya berlakon menggunakan suara. Bagaimanapun, mereka boleh melihat bayangan pergerakan saya di sebalik tabir sambil saya mengucapkan dialog. Ini yang susah sebab biasanya saya berlakon menggunakan ekspresi. “Ekspresi yang banyak membantu saya menjiwai sesuai watak sebelum ini. Namun, saya menganggap kesukaran itu sebagai cabaran. Bagi seseorang pelakon, bila sudah diberikan watak... menjadi amanahnya untuk menghidupkan watak itu dengan baik walau sesukar mana pun,” katanya. Cabaran lain yang terpaksa dihadapinya untuk memastikan tumpuan penonton kepada pementasan itu sehingga tirai dilabuhkan. “Biasanya, bila penonton tidak dapat melihat penonton di pentas, tumpuan mereka boleh terpesong ke arah lain. Bagaimana saya mahu menarik perhatian mereka... itulah cabarannya. Sebab itulah, kekuatan watak ini terletak pada pengucapan dialog. “Suara kena betul kerana watak itu menggambarkan wanita berusia 40 tahun. Memang susah melakonkan watak ini. Bayangkan, perlu memvisualkan suara saya supaya feel lakonan saya dapat dirasai oleh penonton sepanjang pementasan berlangsung,” katanya. Vanidah berkata, Sirah Junjungan II - Tahajud Cinta adalah pementasan pertamanya yang memerlukan beliau berlakon menggunakan suara. “Saya pernah berlakon dalam drama radio, juga menggunakan pendekatan yang sama tetapi suasananya berbeza. Bagi saya, teater lebih susah kerana ia memerlukan lebih penghayatan, selain persembahan dibuat secara langsung. “Lebih membimbangkan, ramai pelakon hebat turut beraksi sama termasuk idola saya, Ahmad Yatim. Setiap kali rehearsal, memang saya risau melihat kelibatnya. Maklumlah, beliau orang lama dalam teater... saya bimbang kalau feel saya tidak dapat dirasainya,” katanya. Beliau mengakui banyak merujuk kepada Erma yang juga penulis skrip Sirah Junjungan II - Tahajud Cinta dalam menghidupkan watak Siti Khadijah, selain melalui pembacaan untuk lebih mengenali kehebatan tokoh wanita Islam itu. Bagi Jamal Abdillah pula, peluang kedua beraksi dalam pementasan itu memang dinanti-nantikannya, malah beliau berterima kasih kepada penerbitnya, Erma Fatima kerana memberi peluang membuat persembahan selama enam malam berturut-turut mulai esok hingga 14 Mac. “Ini musim kedua saya beraksi dalam pementasan ini. Secara peribadi, saya menganggapnya satu konsep persembahan menarik yang jarang dianjurkan di negara ini. Justeru, saya mempelawa semua peminat untuk menontonnya,” katanya. Jika beliau selama ini dikenali sebagai penyanyi pop sehingga mendapat jolokan `Raja Pop Malaysia’, namun dalam pementasan itu, persembahannya lebih bertumpu kepada lagu-lagu kerohanian dan ketuhanan sesuai dengan penganjurannya bersempena sambutan Maulidur Rasul. Ia sekali gus memberi penampilan baru untuk dirinya, malah dijangkakan ramai peminat setianya tidak akan melepaskan peluang menyaksikan persembahannya yang julung kali dianjurkan itu. Info Judul: Sirah Junjungan II - Tahajud Cinta Konsep: Muzikal Islamik Tarikh Pementasan: 9 - 22 Mac 2009 Lokasi: Panggung Sari, Istana Budaya Penerbit: Yayasan Karya Seni Prihatin Malaysia Skrip/Arahan: Erma Fatima Pelakon: Ahmad Yatim, Vanidah Imran, Mazlan Tahir, Aman Graseka, Sahronizam Noor, Jesse Lim dan Rebecca Nur Islam Artis Undangan: Jamal Abdillah (9 - 14 Mac), Datuk Siti Nurhaliza Taruddin (18 - 20 Mac), Mawi (21 Mac) dan Amy Search (22 Mac) Pemuzik: Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) Tiket: RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150 Tempahan: 03-4149 8600/03-4142 8035 Laman web: www.yayasansenikarya.com Pakaian: Nik Erwan Roseli, Butik Qamilla (SACC Mall), Butik Cosry (Jalan Telawi, Bangsar) Lokasi: Istana Budaya, Kuala Lumpur (Terima Kasih: Ketua Pengarah Istana Budaya, Juhari Shaarani) Penghargaan: Yayasan Karya Seni Prihatin Malaysia |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 2:59 pm | |
| Kami Tak Anti Media - BunkFace Ditanya mengenai dakwaan sesetengah media yang mendakwa kumpulan ini dikatakan bersikap ‘kekwat’ dengan media massa, Paan, pemain gitar utama kumpulan Bunkface, menyangkal dakwaan berkenaan. “Mana ada kami sombong dengan media? Tak adalah. Kami mesra media apa?” “Janganlah sebab kami tak dapat penuhi jemputan pihak media untuk sesi fotografi, maka kami terus dicap sebagai anti media,” ujar Paan lagi. Tambah Youk, pemain bass bagi kumpulan ini, sebab utama mereka banyak menolak permintaan pihak media untuk mengadakan sesi fotografi dan temuramah adalah disebabkan jadual persembahan yang padat. “Kalau setiap hari kami ada show nak kena buat mana ada masa untuk sesi fotografi. Lagipun kami ini masih pelajar. Banyak assignment yang kena buat.” Ujar Youk. Kata Youk lagi mereka tidak kesah sama ada media memboikot kumpulan Bunkface, kerana baginya penerimaan peminat terhadap genre lagu mereka adalah lebih penting dari penerimaan pihak media. “Selama ini pun kami bermula tanpa ada sebarang liputan media. Jadi isu boikot oleh pihak media ini, kami tak ambil kesah.” “Kami sebenarnya masih baru dalam ‘mainstream’ ni, jadi kalau ada benda yang tersalah tu, kami mintak maaf banyak,” kata Youk |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 3:05 pm | |
| 'Saus Kacang' Popularkan Ashraf Di Indonesia Selepas mendirikan rumahtangga dengan penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari, Ashraf Sinclair mengambil keputusan untuk menetap di Indonesia. Selain untuk hidup bersama isteri tercinta, Ashraf yang sebelum ini popular melalui filem ‘Gol & Gincu’ mahu mencuba nasib sebagai pelakon di persada seni Indonesia. Penghijrahan Ashraf ternyata tidak sia-sia apabila kehadirannya di dalam dunia lakonan di Indonesia diterima baik oleh masyarakat di sana. Terbaru, dia bergandingan dengan isterinya melalui filem ‘Saus Kacang’ yang telah mencatat jualan tiket yang memberangsangkan. ‘Saus Kacang’ mencatat jualan tiket 285,000 penonton untuk tayangan selama lapan hari. Jumlah tersebut kini dilaporkan seramai 410,000 penonton. Penonton Malaysia turut berpeluang menyaksikan filem ini apabila ia bakal ditayangkan di pawagam tempatan pada 19 Mac depan. Selain Ashraf dan Bunga, filem yang menampilkan keindahan pulau Bali ini, turut mengetengahkan lakonan dan kehadiran sulung kumpulan Samsons di layar perak. ********************************************* sinopsis 'saus kacang'mengisahkan tentang perjalanan Dewi (Bunga Citra Lestari) yang bekerja sebagai chef de cuisine di sebuah hotel lima bintang di bandar peranginan Bali. Sebelum itu, Dewi telah mengalami pengalaman putus cinta akibat ditinggalkan oleh kekasihnya. Oleh sebab itu, Dewi memerlukan masa yang agak lama untuk mengubati luka di hati lalu memberi tumpuan dan komitmen terhadap kerjayanya. Selepas lima tahun, Dewi semakin matang dan mempunyai sikap yang lebih optimis untuk menghadapi hidup tetapi masih berhati-hati dalam soal percintaan. Sehingga satu hari, di hotel tempat Dewi bekerja muncul seorang tetamu dan pelancong dari Malaysia yang memiliki sikap resah, panas baran, kuat mengadu dan tidak mempedulikan hal ehwal orang sekeliling. Jejaka tersebut ialah Fredo (Ashraf Sinclair). Pertemuan pertama dengan Fredo menjadi igauan dan mimpi buruk bagi Dewi. Dewi mengibaratkan Fredo seperti 'seekor singa liar yang sukar untuk dijinakkan'. Setiap pekerja hotel yang pernah menjadi mangsa sikap panas baran Fredo berkonspirasi untuk memberi pengajaran kepadanya. Namun, apabila rancangan tersebut dilaksanakan, ianya ternyta menjadi sesuatu yang di luar kawalan. Fredo di biarkan berkeliaran seorang diri sewaktu sambutan malam Hari Raya Nyepi kaum masyarakat Bali. Dihantui perasaan bersalah maka Dewi mencari Fredo. Ketika keduanya bertemu, mereka ditahan kerana berada di luar rumah di Hari Raya Nyepi. Maka kedua-duanya terpaksa menjalani hukuman untuk membersihkan perkarangan kawasan bandar Bali selama beberapa hari. Pertembungan kedua pasangan ini yang pada mulanya diibaratkan seperti air dan minyak, semakin berubah. Perasaan saling membenci dengan perlahan-lahan bertukar menjadi sebuah percintaan. Dari seorang jejaka yang panas baran serta tidak mempedulikan perasaan orang disekelilingnya, Fredo berubah kepada seorang yang sabar dan tenang. Dalam kehebatan dan keasyikan percintaan yang bersemi di antara Fredo dan Dewi, tiba-tiba muncul bekas tunang Fredo yang pernah meninggalkannya dan berazam untuk memiliki semula hati Fredo. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 3:15 pm | |
| Amir Gagap ke Final Raja Lawak. Apa orang Malaysia dah buta seni? Alhamdulillah.. Setelah sehari down dengan masalah overloading akibat menerima ramai kemasukkan reader (terima kasih korang), akhirnya kami di OH! Artis dapat berpindah ke hosting baru yang lebih selesa iaitu di Fivio Hosting. Teruskan sokongan korang untuk Oh! Artis dengan mempromosi kami dengan cara mengambil gambar-gambar di sini, dan letakkan di mana-mana forums, blog atau website yang korang join. Hurm, sebut pasal Raja Lawak, ini mungkin cerita 3 hari lepas tapi apakan daya, baru hari ni berkesempatan untuk menulis tentang ni. Gadis bukan ape, cuma agak tidak puas hati dengan si Amir yang dapat pergi ke Final. Langsung tak patut. Orang malaysia ni dah buta ke ape pergi mendundi mamat tu? Ke si Amir tu topup RM1juta lepas tu vote untuk diri sendiri? Haha! What a shame!! Kerana si Amir yang gagap dan tak kelakar langsung, LNJ yang berbakat, terpaksa terkeluar. Hakikat paling bodoh yang terpaksa di terima dalam sesebuah rancangan realiti hiburan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 3:16 pm | |
| Kemanakah Lotter AF4 menghilang?Lama sudah Oh!Artis tidak mendengar perkembangan baru Lotter AF4.Apa Lotter AF4 sedang lakukan sekarang ni? Dengar khabar Lotter telah menubuhkan sebuah band sendiri yang diberi nama The Divine Master.. Ahli band Lotter ini terdiri tiga adiknya; Lister berusia 24 tahun, Luther, (23) dan Leill Petrus Edwin Edin (18) yang mempunyai skil bermain alat muzik untuk bergabung, lantas meredah onak cabang seni yang tidak berkesudahan manakala Lotter sebagai vokalis The Divine Master. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 3:22 pm | |
| [right] Artis Popular Hangatkan Sungai Petani! Dua finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Meet Uncle Hussain (MUH) dan pelawak popular, Nabil, menerima sambutan paling hangat daripada 5,000 peminat Utara tanah air khususnya Sungai Petani, Kedah, kelmarin. Kehadiran mereka itu bersempena siri pertama Jelajah ABPBH 2008, bersama-sama beberapa finalis anugerah berprestij berkenaan di pusat beli-belah Village Mall, di sini. Sambutan itu, sekali gus membuktikan kekuatan populariti kedua-dua artis berkenaan sepanjang tahun lalu, malah ada yang menyifatkan bahawa gelaran Artis Paling Popular tahun ini ternyata menjadi lebih sengit dengan kehadiran kedua-dua finalis berkenaan. Nabil umpamanya, tidak menang tangan melayani peminat dengan lawak spontannya. Malah menerusi kunjungannya itu, dia turut bertindak selaku pengacara yang turut dibantu oleh penyampai radio Isma Halil Hamzah. Perkarangan pusat beli-belah Village Mall, menjadi lebih hangat apabila perangkul Anugerah Juara Lagu ke-23, MUH mengambil tempat dengan menyampaikan 3 lagu popular mereka. Lebih menarik apabila klon MUH dari negeri berkenaan, Syamsyul Anuar Ismail, 22, turut diberi kesempatan membuat gimik pembukaan sebelum pemuzik indie berkenaan naik ke atas pentas. Menurut Pengurus Acara ABPBH 2008, Mas Ayie Mas Omar, siri Jelajah ABPBH 2008 yang bertujuan mendekatkan artis dan peminat, selain akhbar ini dengan pembacanya turut dirangka supaya berkonsepkan karnival keluarga, dengan mengambil kira kesesuaian semua peringkat umur. "Meneruskan tradisi musim lalu, kami masih mengekalkan aktiviti seperti bergambar kenangan bersama artis kerana ia mendapat sambutan menggalakkan. Hanya dalam acara sebegini, peminat berpeluang bergambar dan beramah mesra dengan artis pujaan masing-masing. "Selebihnya, segmen persembahan dan sesi jualan cenderahati edisi terhad ABPBH yang hanya dikeluarkan setahun sekali menjelang penganjuran majlis anugerah itu. Ia tidak boleh dibeli di tempat lain, kecuali dalam siri jelajah ini," katanya. Seorang lagi finalis ABPBH 2008, Kencana Dewi, turut mendapat sorakkan di luar jangkaan daripada peminat di lokasi berkenaan. Dia turut diberi kesempatan membuat sketsa pendek bersama-sama seorang lagi finalis yang juga pelakon, Ashraf Muslim. Siri jelajah itu turut disertai beberapa penyanyi dan pelakon yang sebahagiannya adalah calon ke peringkat akhir ABPBH 2008 seperti Mila AF, Sheila Abdul, Fazli Zainal, Farah Asyikin dan Syazliana. Pencarian Bintang Idola Bermula! Buat julung kalinya, Siri Jelajah ABPBH 2008 turut menganjurkan Bintang Idola Berita Harian (BIBH) iaitu sebuah pertandingan nyayian dengan penyertaan dibuka kepada 100 peserta di setiap lokasi persinggahan pada hari pertama sebelum disenarai pendek kepada 10 peserta menjelang hari kedua. Hanya seorang peserta dari setiap lokasi akan dipilih ke peringkat akhir di Klang Parade pada acara kemuncak siri jelajah ini untuk merebut pelbagai hadiah lumayan. Antaranya wang tunai RM2,000 berserta hamper dan sijil, selain peluang membuat persembahan pada Malam Kemuncak ABPBH 2008. Menerusi pencarian di Zon Utara yang diadakan di lokasi yang sama sejak hari pertama siri jelajah itu, seramai 90 peserta mengambil bahagian. Norlida Ab Raman, 27, telah dinobatkan sebagai juara BIBH dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM500 dan peluang bertanding di peringkat akhir yang akan diadakan di Klang Parade pada 3 dan 5 April datang. Kematapan vokal dengan lagu pilihannya, Saving All My Love nyanyian asal Whitney Houston telah memberi kelebihan untuknya dipilih sebagai juara. "Saya memang rasakan, lagu Inggeris berkenaan memang sesuai dengan vokal saya, walaupun pada awalnya saya bercadang memilih lagu Matahari. Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik pada peringkat akhir nanti," katanya yang masih menyanyi di Majlis Perbandaran Seberang Prai. Bintang Idola telah diadili oleh 3 juri professional, iaitu anggota kumpulan Sweet Charity, Rosli Mohalim; Editor murai.com.my, Haswari Ali dan diketuai Pengerusi Pengelola ABPBH 2008 yang juga editor hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah. Tempat kedua dimenangi, Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin, 19, dengan lagu Anggapanmu dendangan asal Ziana Zain dan ketiga, Syaifanna Mohamed Subri, 22 , (Ketentuan/ Ramlah Ram). ABPBH 2008 yang juga siri ke-22 sejak diperkenalkan pada 1987 dianjurkan oleh Berita Harian Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi) sebagai pengurus acara, selain TV3. Manakala, penajanya terdiri dari Genting Highlands (Lokasi Rasmi), Hotel Palace of Golden Horses (Hotel Rasmi), Pos Malaysia, Sinarmas Travel & Tours, Rafflesia The Pearl Centre, JVC dan Empire Hotels. Jadual Konsert Jelajah ABPBH2008 (3 petang - 7 malam)
# Sungai Petani (27 & 28 Februari) # Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor Bahru (7 & 8Mac) # Mydin Mall, Kuala Terengganu (13 & 14 Mac) # Kuantan Parade (21 & 22 Mac) # Batu Pahat Mall (28 & 29 Mac) # Klang Parade (3 & 5 April) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 3:32 pm | |
| Marcell: Rima Melati Isteri Yang Memahami Penyanyi Hanya Memuji, Marcell Siahaan, nampaknya begitu bahagia dengan perkahwinannya yang kedua bersama artis Singapura, Rima Melati Adams, pada Januari lalu. Malah, bekas suami Dewi Lestari ini tidak henti-henti memuji wanita yang baru saja dinikahinya itu sambil menyifatkan bahawa Rima bukan saja sangat mengerti tentang dirinya sebagai seorang pemuzik, suami serta ayah. "Rima seorang wanita yang sangat memahami. Mungkin kenyataan ini kedengaran begitu klise sekali tetapi hakikatnya begitulah. "Dia sangat memahami diri saya. Dia juga mengerti harapan pemikiran serta kemahuan saya. Hal itu yang membuatkan saya berasa lebih bersemangat untuk menjalani pekerjaan saya. Begitu juga dengan tugas saya sebagai seorang ayah serta suami," kata Marcell, 31. Sementara itu Rima, 28, pula berkata, sebagai isteri, adalah menjadi tanggungjawabnya menyokong apa saja yang dilakukan suaminya itu. "Dari dulu lagi, saya tahu apa matlamatnya. Kerana itulah saya sentiasa bersikap optimis dan sentiasa menyokongnya dari belakang. Saya juga sudah bersedia untuk memberikan komitmen yang sebaik mungkin untuk keluarga dan kalau boleh saya mahu melakukan yang terbaik," kata Rima yang pernah berkahwin dengan lelaki Cina-British, Davin James Cook. Kedua-dua mereka pernah bernikah sebelum ini dan mempunyai anak. Marcell mempunyai seorang lelaki, Keenan, 4 tahun dan Rima pula, Edga yang bakal mencecah usia 2 tahun. Mereka mula bertemu pada 2006 dan ia bermula sebagai rakan artis yang akhirnya berputik menjadi percintaan. Rima dan Marcell mula berpacaran sejak April 2008 yakni selepas masing-masing sudah berpisah dengan pasangan sebelumnya. Marcell dalam satu laporan sebuah akhbar di Singapura tidak lama dulu berkata, dia masih berkawan baik dengan bekas isterinya, Dewi, dan berbaik demi anak lelaki mereka, Keenan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 3:43 pm | |
| Rindu Siti belum terubat BERSAMA Aziah Jasmin selepas melancarkan buku The Pink Book tulisan bekas personaliti TV3 itu di MPH MidValley, baru-baru ini. TARIKH 15 Februari 2008 pastinya meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam diri penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza apabila lelaki yang menjadi pendokong kepada kejayaan seninya selama ini telah pergi buat selama-lamanya. Pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham Tarudin Ismail ke Rahmatullah akibat serangan jantung serta komplikasi buah pinggang dan kencing manis meninggalkan impak yang cukup besar dalam diri Siti. Namun, sebagai hamba Allah, seharusnya kita reda dan menerima ketentuan yang telah tertulis kerana yang hidup pastinya akan pergi jua. Meskipun hampir tiga minggu sudah berlalu, bagi Siti, dia masih lagi terasa kehilangan bapanya kerana pemergiannya adalah sesuatu yang mengejutkan. "Sehingga kini saya masih lagi teringatkan arwah abah dan saya memerlukan masa untuk pulih seperti sedia kala. Sedih memang sedih tetapi saya terima kerana inilah kehidupan. "Kita yang masih hidup ini perlu meneruskan kehidupan dan bagi mereka yang telah pergi, hanya doa dan ingatan sahaja yang mengiringi mereka," kata Siti dalam nada tenang. Penyanyi tersohor ini ditemui sejurus selepas majlis pelancaran buku The Pink Book hasil karya bekas personaliti TV3, Aziah Jasmin Azizul di MidValley, baru-baru ini. Kehadiran penyanyi yang kini cukup popular dengan lagu Di Taman Teman dan Pada Cintanya itu merupakan penampilan pertamanya di khalayak selepas pemergian bapanya. Malah selepas hampir tiga minggu berlalu, Siti juga kelihatan makin langsing. "Memang saya akui saya kurang selera untuk makan selepas apa yang berlaku," jawab Siti ringkas saat ditanya tentang penampilan dirinya itu. Ditanya mengenai keadaan ibunya, Siti Salmah Bachik pula, juara Bintang HMI 1995 ini memberitahu, mengenali ibunya, beliau bukan seorang yang suka menunjukkan kesedihannya di depan anak-anak. Sebaliknya kata Siti, ibunya seorang yang cukup tabah dan lebih suka berdiam diri kerana dia enggan menyusahkan anak-anak. "Saya juga ada mengajaknya untuk tinggal bersama saya tetapi biasalah, orang tua. Dia mahu tinggal di kampung dan mujurlah adik-beradik serta saudara-mara ada di kampung untuk menjaganya. "Selepas pengkebumian, saya tinggal bersamanya selama empat hari di kampung. Selepas menguruskan hal di Kuala Lumpur, saya pulang semula ke Kuala Lipis untuk bersama ibu sehingga semua hal diselesaikan," ujarnya. Anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang ini juga memberitahu, dia akan terus berkabung sehingga hari ke-40 dan selepas itu, akan meneruskan aktiviti seninya seperti sedia kala. "Memang banyak kerja yang telah menanti saya tetapi saya mahu berehat dulu. Buat masa ini, saya hanya akan menumpukan perhatian kepada persembahan yang berkonsepkan kerohanian dan ketuhanan. Yayasan Nurjiwa"Ini kerana ia juga sebagai salah satu cara untuk saya menghormati arwah bapa menerusi lagu-lagu yang saya sampaikan," jelasnya yang tetap jelita dengan solekan nipis. Siti berkata, dia terpaksa menolak beberapa undangan persembahan dan rakaman program televisyen seperti Jom Heboh, AC Di Sini, Kelab Pop dan juga Zoom In Bersama Siti Nurhaliza untuk RTM. Malam Sabtu lalu, Siti muncul dengan membuat persembahan sempena Malam Sinar Maulidur Rasul di Shah Alam bersama kumpulan Rabbani, Amy Search, Mawi dan Ustaz Akhil Hayy. Selain itu, isteri kepada usahawan ternama, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan terlibat dengan pementasan teater muzikal Islamik, Sirah Junjungan sebagai penyanyi undangan. Penglibatan Siti dalam teater arahan Erma Fatima itu juga jelas membuktikan penyanyi sehebat Siti tidak memikirkan tentang soal bayaran kerana apa yang lebih penting buat Siti adalah peranannya sebagai seorang penghibur dalam pementasan itu. "Ini juga tentang soal kebajikan dan sebahagian hasil daripada penjualan tiket Sirah Junjungan akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan oleh saya dan suami," ujarnya yang manis berpakaian putih dan merah jambu pada petang itu. Penyandang gelaran Vokal Terbaik Wanita Anugerah Industri Muzik sebanyak sembilan kali itu juga memberitahu, dia akan meneruskan hajat dan impian bapanya yang mahu menguruskan syarikat berteraskan pertanian seperti yang dirancang sebelum ini. "Sedih juga kerana tidak dapat melihat arwah abah menguruskan syarikat Saldin Sdn. Bhd. (singkatan nama bapa dan ibunya). Tetapi Insya Allah, kami sekeluarga akan melangsungkan rancangannya itu. Malah, kami juga sudah memohon sebidang tanah di Kuala Lipis bagi tujuan projek itu," kata Siti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 3:48 pm | |
| Memey masih tinggal di pejabat Norman? NORMAN dan Memey sewaktu keluar dari dewan bicara Mahkamah Syariah Gombak Timur. SUDAHlama sebenarnya Raja mendengar cerita kelibat Memey sering kelihatan dipejabat Norman Hakim di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang. Malah sekembalidari persembunyian selama dua bulan, Memey kini dikatakan kembali'menetap' tangga di pejabat kekasihnya itu. Dulu, memang Raja sukar nak percaya dengan desas desus itu,maklumlah mereka baru saja ditangkap khalwat, kes mereka pun belumhabis dibicarakan lagi, takkan mereka berani nak berdua-duaan, taktakut kena cekup lagi ke! Itu fikiran Raja dan teman-teman lain, tetapi mungkin tidakbagi Norman mahupun Memey. Khabarnya selepas buat kenyataan berani dantampil di khalayak umum, Memey buat hal lagi. Sumber dari kawasansekitar pejabat Norman itu beritahu Raja, kelibatnya sering kelihatandi pejabat Norman tak kira siang atau malam. Raja menerima kiriman e-mel sekembali daribercuti minggu lalu. Mulanya Raja buat tak tahu saja sebab malas nakambil pusing mengenai mereka, suka hatilah nak buat apa, kalau kenacekup lagi, sendiri mau ingatlah! Lagipun Raja sudah muak mendengarkisah mereka, naik kebas telinga dibuatnya. Bagaimanapun, panggilan sipengirim e-mel menyebabkan Raja terkedu seketika. Terdetik juga dalamhati, berani betul budak-budak ni... Sekadar membahasakan diri Adik, si pemanggil memberitahu Raja, diaadalah penduduk kawasan pejabat Norman itu. Dia dan kebanyakan jiransudah muak melihat perilaku Memey dan Norman. “Sejak perbicaraan kes mereka, saya lihat Memey kembalitinggal di pejabat Norman. Setiap hari, kami lihat kelibat Memey, malahdia semakin berani. Kalau dulu, Memey sering ubah penampilan, sekejapbertudung litup, sekejap pakai purdah, tapi sekarang dengan selamba,dia berjalan depan kami. Yang peliknya, Memey ni macam sudah tiadaperasaan bila terserempak dengan jiran tetangga, macam tiada apa-apayang berlaku. "Paling menyakitkan hati, jangan kata nak senyum, bilaterserempak dengan jiran siap buat muka toya lagi. Sebenarnya sudahlama saya memerhatikan Memey dan Norman ni, mereka hidup bagaikanpasangan suami isteri. Dan Memey juga sudah lama tinggal di pejabatNorman, sebelum Norman bercerai dengan Abby Abadi lagi. "Saya pernah melihat Abby menyerbu pejabat Norman, tetapisuaminya itu tak mahu buka pintu sebab Memey ada di dalam. Ketika itu,Abby sedang sarat mengandung, kasihan kami melihatnya. Dia terpaksamenumpang duduk di rumah jiran kami sebab tak tahan menunggu Normanagak lama mahu keluar. Bayangkan sampai tahap itu Norman boleh lakukanpada bekas isterinya dulu. Tiada rasa belas kasihan langsung pada Abby. "Sebagai jiran dan penduduk tetap di sini, takkan kami nakbiarkan saja Memey dan Norman terus buat maksiat. Kami tak berniat nakmasuk campur urusan mereka, malah saya pernah tanya pada seorang Ustaz,apakah benar tindakan jika dilaporkan pada Jabatan Agama Islam Selangor(Jais). Ustaz itu beritahu adalah wajib bagi kami melaporkannya keranakalau tidak, kami dikira bersubahat dan turut menanggung dosa atasperbuatan mereka. "Pada hujung minggu lalu, mata saya sekali lagi memandangMemey mengusung tilam dan bantal, saya sudah tak tahan lagi melihatperbuatan mereka. Saya tak tahu apa jenis Memey ni, mana letaknyamaruah diri?," dakwa Adik dalam e-melnya itu. Adik juga berkata, dia dan penduduk juga meluat dengan kenyataan Memeymengenai hubungannya dengan Norman. Sudahlah tak perlu terus menipu,kalau tiada hubungan istimewa masakan Memey sanggup buang perasaan maluuntuk terus tinggal di pejabat Norman. Mungkin dia sudah tak kisah apapun asalkan dapat bersama buah hatinya," dakwa e-mel itu lagi. Raja hanya catatkan luahan marah mereka yang mendakwa melihatkelibat Memey yang sering ke pejabat Norman. Entahlah, Raja tak pasti.Mungkin juga ada pihak sengaja nak burukkan lagi nama Memey atau memangMemey masih tinggal di pejabat Norman. Kalau tanya Memey dan Norman,tentu mereka menafikan sebab sebelum insiden tangkap khalwat, merekajuga dengan sekeras-kerasnya menafikan ada hubungan intim. Akhirnya,pecah tembelang.... Sementara itu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timurmenetapkan 7 April ini untuk memutuskan sama ada kes khalwat Normanbersama Memey diteruskan atau sebaliknya. Tunggu sajalah. RAJA: Selamat Pengantin Baru kepada pelakon, Nik Sayyidah dan Mohd Hariff yang bakal bernikah pada 15 Mac ini di Kelantan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 3:51 pm | |
| Foto aktres popular, duda VIP tersebar di internet AKTRES popular, duda VIP dijangka kahwin pertengahan tahun ini.
SUDAH gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Sudah terang lagi bersuluh! Dua peribahasa Melayu ini sudah cukup membuktikan perhubungan mesra dan intim yang terjalin antara aktres popular bersama jejaka berstatus duda VIP kerana sebelum ini aktres berkenaan bermati-matian mengakui hubungannya dengan duda VIP itu sekadar kenalan biasa dan taklebih daripada itu. Sekarang gambar dah ada, motif?
Sebelum ini pernah tersiar dalam beberapa ruangan gosip diakhbar dan majalah mahupun portal hiburan, ada peminat pernah terserempak aktres popular itu dengan duda VIP berkenaan berhibur dikelab hiburan, namun acap kali aktres itu membuat kenyataan, dia danduda VIP tidak ada apa-apa hubungan, namun sekarang gambar dah ada,agaknya apa lagi alasan yang hendak diberikan.
Mungkin ramai tidak tahu, suatu ketika dulu, aktres popularini pernah membuat pengakuan kepada Zubir, dia tidak ada nombor telefon bimbit duda berkenaan (ketika itu belum lagi duda), sekarang apa cerita?
Tidak dinafikan, dalam gambar dikirimkan kepada Zubir menerusi e-mel menunjukkan mereka berhibur di sebuah pusat hiburan bersama beberapa rakan, ada lelaki, ada perempuan. Aktrespopular dan duda VIP itu juga tidak duduk sebelah menyebelah, sebaliknya di tengah-tengah mereka ada ‘orang ketiga’, mungkin sekadar nak cover line. Namun, yang pasti gambar aktres popular dan duda VIP itu sama-sama berhibur sudah terlepas ke tangan media massa
Merujuk satu majalah berbentuk kekeluargaan, aktres berkenaan pernah membuat pengakuan dia kini sedang menghitung hari bahagia bersama kekasihnya, juga seorang duda apabila mereka dijangka melangsungkan perkahwinan sekitar pertengahan tahun ini. Mungkin duda VIP yang didalam gambar ini pilihan aktres berkenaan sebagai calon suaminya apabila sebelum ini beberapa kali kecundang di alam percintaan.
Jika semuanya menjadi kenyataan, selamat pengantin baru dan good luck!
ZUBIR: Pelakon dan penerbit drama popular khabarnya bakal ditahan polis atas tuduhan pecah amanah bernilai jutaan ringgit. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 3:52 pm | |
| Suki Bawa Diri Ke Taiwan?? Sudah banyak artis berbangsa Cina Malaysia berhijrah ke Taiwan ataupun Hong Kong bagi mengembangkan lagi karier mereka. Vince, Datuk Michelle Yeoh, Jasmine Leung Jingru, Nicholas Teo merupakan antara barisan artis Malaysia berbangsa Cina yang memilih untuk menetap di luar negara sebagai strategi memperluaskan bakat mereka. Dan terbaru, Jomtsar.com dikhabarkan bahawa Suki... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 3:53 pm | |
| Tuah anak angkat - Nadia Mustafar Tidak dapat digambarkan dengan perkataan tetapi secara jujurnya raut wajah pasangan suami isteri Nadia Mustafar, 33, dan Hazil Izham Ismail, 35, benar-benar gembira. Manakan tidak pada 3 Mac lalu, lahir seorang bayi lelaki, zuriat yang dinanti-nantikan mereka selama ini selepas dua tahun berusaha. Memanjatkan rasa syukur, kata Nadia akhirnya dia menjadi ibu pada hari yang sungguh bermakna apabila dia selamat bersalin kira-kira pukul 1.01 petang di Pusat Perubatan Pantai, Cheras, Kuala Lumpur. Malah pada detik itu Nadia sendiri merasai bagaimana sukarnya melahirkan seorang anak. Ketika itu juga dia terbayang betapa susahnya ibunya dahulu mengandung dan melahirkannya. Ketika ditemui di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri Cheras dua hari selepas bersalin, Nadia mengakui hatinya hiba saat melahirkan anak yang diberi nama Qaliff Izham. Sebabnya kata Nadia selama ini dia mengambil masa kira-kira dua tahun berusaha untuk mengandung tetapi tidak berhasil. Puas sudah melakukan pelbagai cara. Buat rawatan itu dan ini tetapi rezeki itu masih belum diizinkan Tuhan. Tetapi akhirnya pada tahun lalu ketika dia disahkan mengandung, Nadia mengakui hatinya amat gembira kerana ketika usianya sudah meningkat, dia memperoleh juga zuriat yang akan menjadi penyeri hidupnya sekeluarga. “Syukur sangat-sangat kerana saya ada juga anak walaupun dua tahun menaruh harapan untuk mengandung,” katanya. Tidak ramai yang tahu Nadia menjaga anak angkat bernama Mia Qaisara Hazil Izham yang kini berusia sembilan bulan. Bila difikir-fikirkan kata Nadia, rezekinya berjaya mengandung kerana berkat memelihara seorang anak angkat yang diambilnya melalui seorang kawan. “Saya mengambil Mia Qaisara selepas seorang kawan memberitahu ada keluarga yang mahu menyerahkan anak mereka kerana desakan hidup. “Kerana bimbang tak mengandung walaupun sudah dua tahun berkahwin, akhirnya saya mengambil anak itu untuk menjadi penyeri dalam keluarga kami. “Bagaimanapun selepas beberapa bulan kemudian, doktor mengesahkan saya mengandung. Masa tu memang bersyukur tak terkira. “Saya anggap rezeki saya dapat anak sendiri kerana tuah daripada anak angkat saya ini,” kata Nadia. Berdasarkan kepada pengalamannya menjaga Mia Qaisara, Nadia tidak lagi menghadapi masalah untuk menguruskan bayi kecilnya itu. Malah Nadia juga cekap untuk memakaikan lampin serta memandikan bayinya itu. Malah yang lebih istimewa lagi bayi yang dilahirkan dengan berat 3.2 kilogram itu sihat dan tidak banyak meragam. “Setiap hari saya tatap wajah dia. Saya impikan sebuah keluarga yang bahagia dan sporting macam mana akrabnya hubungan saya dan keluarga saya selama ini,” katanya. Bercerita detik sebelum melahirkan anaknya itu kata Nadia, dia sebenarnya teringin untuk menikmati makanan steamboat. Selepas keluar makan malam Nadia dan suami terus pulang ke rumah sambil menonton televisyen. Ketika itu dia terasa perutnya sakit dan terus dibawa ke hospital kira-kira pukul 4 pagi. Semasa di hospital doktor mengesahkan kandungannya sudah matang dan menanti untuk bersalin sehinggalah dia selamat melahirkan anak kira-kira sembilan jam kemudian. Ketika melahirkan bayi itu suaminya Hazil Izham turut berada bersamanya. Sewaktu doktor meletakkan bayi di atas perut, ketika itu dia merasakan amat gembira kerana memiliki anak sendiri. “Pada masa itu juga saya nampak suami saya menitiskan air mata. Terharu agaknya melihat macam mana saya bersalin selain memikirkan kami sudah ada anak,” kata Nadia yang bercuti rehat selama tiga bulan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 3:54 pm | |
| Realiti TV Lahirkan Pemuzik Tidak Berkualiti - Awie “Bila dengar pasal artis kaki perempuan, kaki pukul, kaki gaduh semuanya Awie” itulah yang diperkatakan oleh Awie satu ketika dulu ketika mengadakan sidang media tergempar mengenai samannya ke atas pekida. Itu bukan isu utama yang diketengahkan... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 3:55 pm | |
| 'Dari Mata Arisa' Kembali Di TV2Penstrukturan stesen televisyen kerajaan RTM memberi peluang kepada 'Dari Mata Arisa' untuk kembali menemui peminatnya. Kali ini drama bersiri yang pernah ditayangkan di RTM 1 itu tampil menemui peminatnya di saluran TV2 yang kini membawa tema Saluran Dunia Ria. Kesinambungan drama menarik 'Dari Mata Arisa' mempertaruhkankan... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 3:57 pm | |
| Azlina Aziz Buta I.T? "Saya terpaksa akur dengan perkembangan teknologi." "Walaubagaimanapun buat masa sekarang ni segala urusan berkenaan promosi yang melibatkan penggunaan komputer dan internet, saya akan serahkan kepada pihak syarikat rakaman saya." Azlina Aziz penyanyi dan pelakon yang cukup popular dengan lagu... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 4:02 pm | |
| pelakon wanita kaki mabuk...
INGATKANapabila usia dah masuk senja dan anak-anak pun sudah besar panjang,pelakon yang masih jelita ini sudah lama membuang tabiat suka bersosialdan meneguk arak, sebaliknya tekaan Raja meleset sama sekali.
Kadang kala Raja pelik juga apabila melihat golongan artisyang dianggap `rumah kata pergi, kubur kata mari' masih tak sedar dirilagi. Sebagai contoh yang jelas lagi nyata, bila terpampang gambarseorang dramatis berusia hampir 50-an yang kehidupannya mengalahkanorang muda. Sudahlah pakai baju tak cukup kain hingga menampakkan lurahdendam, berpeluk sakan dengan jantan bukan muhrim, rasa diri seksilahtu! Raja tengok macam orang mabuk adalah, memang menjolok mata.
Dulu, Raja minat juga pada pelakon ini, selalu pegang watakwanita baik-baik, memang cukup berkesan di hati, sebaliknya apa yangkita nampak dalam drama TV memang tak sama dengan realitinya. Memangbetullah dia berlakon saja. Persepsi masyarakat tentulah golonganselebriti hidup dalam huru hara, sedangkan tak semua selebriti macamtu. Kita tengok Azean Irdawaty, bila usia sudah menjengah senja, diasudah bertukar imej bertudung. Cantik Kak Yan bertudung.
Raja tak kuasa nak berceramah panjang lebarmengenai pelakon berkenaan. Bagaimanapun, kenyataannya seolah-olahmacam tiada pegangan agama. Teman Raja tak habis-habis mengutukkenyataan pelakon itu, hidup cara baratlah katakan, suami orang punboleh buat macam suami sendiri? Geli geleman Raja melihat aksi orangtua tu. Sampai bila agaknya orang macam itu hidup nak menongkat langit,tak ingat mati ke? Berbalik pada kisah seorang pelakon jelita yang masih menjadipengunjung setia pusat hiburan dan kaki mabuk itu, seorang teman Rajaterserempak dengannya di sebuah pusat hiburan terkemuka di ibu kota,baru-baru ini.
Terkejut badak teman Raja melihat gelagat si artis yangterkinja-kinja macam orang `mabuk todi' sambil memegang botol arakjenama popular. Pelakon berstatus ibu tunggal itu suatu ketika dulupernah menghilangkan diri selama bertahun-tahun, tetapi kembali aktifsejak akhir-akhir ini. Sudah tentu ramai yang dapat menjangka apabilaseseorang pelakon wanita kembali mewarnai dunia seni, mesti ada masalahrumah tangga. Dan jangkaan kami tepat sekali, apabila si pelakon dansuami bercerai.
Si pelakon bukan datang bersama teman-teman sebaliknyadilihat begitu mesra dengan seorang lelaki muda, khabarnya darikalangan golongan VIP. Yang tak eloknya apabila melihat penampilan sipelakon yang memakai baju blous buruk dan lusuh. Rambutnya yang keringdan kejang dibiarkan mengerbang macam tak dicuci. Memang buruk betulwajahnya jika nak dibandingkan dalam kaca TV.
"Aku nak termuntah melihatnya yang berlagak cantik sambilmenari terkinja-kinja. Aku rasa nak ambil gunting dan potong rambutnyayang kejung itu, kemudian syampu dan letak hot oil, buat steamingsekali. Tak padan tua, apalah agaknya perasaan anak-anak dia dapat tahuperangai ibunya yang tak senonoh itu, mesti mereka malu.
"Malam itu juga akan terserempak dengan seorang personalitiyang usianya sudah penghujung zaman. Dia juga minum arak dan menariterkangkang, tapi pakai kebaya cantik dan rambut pula disisir rapi,"katanya. Tak tahulah apa nak kata, mungkin mereka tak puas lagiberlibur sambil tonggang arak. Biarlah kubur lain-lain... Bila dahditegur, marah pula. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 4:30 pm | |
| STACY Fan Club VII : Pelancaran Album Sulung @ 1Borneo,KK 8 Mac 2009 NAMA PENUH : Stracie Angie Anam NAMA AF6 : Stacy NAMA TIMANGAN : Putet (atau teeeeeeet ) UMUR : 18 Tahun TARIKH LAHIR : 18 Ogos 1990 ASAL : Kg Tuavon, Penampang, SABAH BANGSA : Kadazan STATUS : Bujang TINGGI : 155 cm BERAT : 51kg HOBI : Menari, menyanyi* IDOLA : Christina Aguilera, Felix AF3* |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 4:32 pm | |
| (Gambar) Nana AF bercinta dengan orang kuat ERA?Mesranya Nana bersama Brian (Orang kuat di ERA) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 4:33 pm | |
| Leina Hangat akad nikah pagi iniPada malamnya, mereka bakal bersanding di Bora Ombak, Ampang yang berkonsepkan warna putih dan perak. Tidak ramai jemputan, kata Leina, sekitar 300 orang saja kenalan terdekat, termasuk keluarga kedua-dua pihak. Penyanyi Ceria Di Dalam Gundah ini pernah berkahwin dengan warga Perancis tetapi berpisah selepas dua tahun melayari bahtera rumah tangga. Selepas hampir enam tahun ‘solo’, Leina, 35, dipertemukan dengan Zaipul, 37, lebih kurang setahun lalu. Leina menerima sembilan dulang hantaran dan membalas 11 dulang untuk pihak lelaki. Ditanya mengapa tarikh 8 Mac dipilih, Leina mengakui mereka menyukai angka lapan. Kebetulan hari ini juga bersamaan 11 Rabiulawal 1430 Hijrah, kalau dicampur angka tahun itu bersamaan lapan. Semoga perkahwinan Leina kali ini berpanjangan ke nafas terakhir. Melihatkan Zaipul, CAK percaya lelaki berasal dari Terengganu ini mampu membawa kebahagiaan buat Leina yang cekal dalam hidup. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 4:34 pm | |
| (Gambar) Nadia Mustafar dengan anaknyaBahagia sungguh Nadia ketika SMS CAK mengenai kelahiran bayinya. Namun ketika itu belum diberi nama lagi. Esoknya baru CAK diberitahu yang Nadia dan suami, Hazil Izham memilih nama Qaliff Izham untuk ahli keluarga barunya. (— Ingin lihat binatang peliharaan Nadia? Tekan sini.) Nadia kini berehat sambil berpantang di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Namun bukan keseorangan kerana ibunya yang tinggal di Kuala Lumpur akan menjaganya sepanjang tempoh dua bulan itu. Tahniah! |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 7:29 pm | |
| |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 7:42 pm | |
| BIOGRAPHY JACKIE CHAN TARIKH LAHIR: 7 APRIL 1954
NAMA SEBENAR: CHAN KONG-sang (Bermakna Lahir di Hong Kong)
BERAT KETIKA LAHIR : 12 pounds
LAHIR dari keluarga miskin.
Pernah bekerja sebagai Ketua Tukang Masak ketika berusia 7 tahun di American embassy, Australia.
Di China Academy, Jackie berlakon pada usia 8 tahun dalam Cantonese movie "Seven Little Valiant Fighters: Big and Little Wong Tin Bar."
Jackie berkahwin dengan Lin Feng-Jiao pada 1982 dan mempunyai seorang anak lelaki, seorang pelakon dan penyanyi Jaycee Chan. |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Sun 08 Mar 2009, 7:44 pm | |
| sambungan... Awards and Achievements 2008 * Honorary Professor of the Performing Arts, The Savannah College of Art and Design * International Goodwill Ambassador for the Deaflympics * UNICEF's Champions for Children Award * Torch bearer, 2008 Beijing Summer Olympic Games * Goodwill Ambassador 2008 Beijing Olympics * Most Outstanding Chinese (Bringing Charm to the World) Award * Best Foreign Star Promoting Seoul Tourism * Achievement Award: Goodwill Ambassador 2008 Beijing Olympics * Achievement Award: Cultural Consultant * Returning Celebrity Cabinet Member, American Red Cross |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 16 of 20 | Go to page : 1 ... 9 ... 15, 16, 17, 18, 19, 20 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |