Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 7, 8, 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 1:25 pm

Kontroversi Menjelang Pengkebumian MJ

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 76200911


LOS ANGELES: Dunia ketika ini menantikan Selasa ini, (Rabu, kira-kira jam 1 pagi, waktu Malaysia) untuk melihat gambar dan paparan visual majlis pengkebumian King of Pop, Michael Jackson.

Laporan media di sini menyebut upacara pengkebumian secara tertutup itu akan dibuat di Forest Lawn Memorial-Parks & Mortuaries, Hollywood dan bukan di kediaman Michael, Neverland Ranch selepas permohonan keluarganya ditolak.

Pelbagai khabar angin dan spekulasi telah tersebar berhubung pengkebumian itu. Setakat hari ini, ia dilaporkan akan dihadiri oleh tetamu ekskslusif, beberapa orang kenamaan selain keluarga terdekat Michael. Di samping itu, kira-kira 11,000 peminat Michael yang telah dipilih secara rambang akan turut diberi peluang hadir memberikan penghormatan terakhir di Staples Centre, selepas 1.6 juta permohonan peminat diterima.

Upacara itu akan dimulai di Staples Center dengan lintas langsung ke Forest Lawn. Difahamkan, penyanyi dan rakan baik Michael, Stevie Wonder akan menyanyi di upacara itu sebagai memberikan penghormatan terakhir.

Sementara itu, jutaan peminat terus tertanya-tanya status Michael - adakah dia telah memeluk Islam dan mungkinkan pengkebumiannya juga akan mengikut cara Islam? Perkara ini terus menjadi misteri dan diperdebatkan oleh pelbagai pihak kerana tiada pengesahan yang kukuh, sebaliknya hanya gambaran yang ditunjukkan abangnya, Jermaine Jackson, pada hari kematian 25 Jun lalu.

Pertelagahan turut dilaporkan berlaku sesama anggota keluarga Michael berhubung tempat pengkebumian dan perlukah mereka membuka penutup keranda bagi tatapan peminat. Keluarganya dilaporkan menempah keranda bersalut emas berharga RM87,000 untuk upacara itu dan akan mengabadikan sekali sarung tangan bersulam labuci yang sering dipakai ketika hayatnya dulu.

Dalam laporan lain yang lebih menggemparkan, penyanyi itu dikatakan akan dikebumikan tanpa otak kerana pihak Pejabat Koroner Los Angeles masih menyimpan otak Michael itu bagi ujian neurologi untuk menyiasat jenis ubat yang telah diambilnya sebelum meninggal dunia.

Daripada menunggu keputusan yang terlalu lama itu, keluarga Michael mengambil keputusan untuk meneruskan pengkebumian Michael tanpa otaknya. Kata pakar perubatan, ujian itu amat penting bagi menyiasat punca jenayah terhadap kematian Michael.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 1:28 pm

Harta Amelina dilelong

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Mainp251


SHAH ALAM: Permohonan bekas ratu dangdut, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharifuddin, 35, untuk mengetepikan proses pelaksanaan lelong barang miliknya yang ditinggalkan di rumah sewa ditolak Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Sharifah Norazlita Syed Salim Idid membuat keputusan itu selepas meneliti afidavit dikemukakan peguam Hairul Nizam Omar yang mewakili penyanyi terbabit dan suaminya, Reduan Mahamood, 45, selaku defendan.

Dalam prosiding semalam, Hairul Nizam memberitahu anak guamnya tidak berniat melambatkan pembayaran sewa rumah berjumlah RM2,700 sebulan.

Menurutnya, anak guamnya sudah membayar RM880 kepada pemilik rumah selepas menolak kos membaiki kerosakan kira-kira RM1,800.00

Hairul Nizam ketika ditemui di luar mahkamah berkata, berkemungkinan Amelina dan suaminya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik rumah itu kerana beberapa fakta yang disiarkan media sebelum ini tidak tepat dan bercanggah.

“Pasangan itu terpaksa menggunakan mahkamah dan akan membuat laporan polis kerana menjatuhkan maruah mereka.

Pemilik rumah selaku plaintif, K Madhavankutty, 47, diwakili peguam Arnold Andrew.

Pada prosiding semalam, Madhavankutty dan pasangan terbabit tidak kelihatan di mahkamah.

Selepas keputusan itu dibuat, beberapa kakitangan mahkamah pergi ke rumah sewa pasangan terbabit di Kota Kemuning di sini, untuk meneruskan proses lelongan dan menampal bailif serta tindakan lain.

Bagaimanapun, proses melelong yang sepatutnya diadakan jam 10.30 pagi terpaksa ditunda selepas rumah yang disewa pasangan itu berkunci.

Dua minggu lalu, mahkamah sama mengeluarkan perintah pelaksanaan lelong itu bagi menjelaskan sewa rumah tertunggak yang tidak dibayar pasangan terbabit.

Beberapa barangan peribadi Amelina termasuk set sofa kayu jati dan beberapa perabot lain dilelong.

Tinjauan Harian Metro semalam ke rumah penyanyi itu mendapati kediaman itu tidak berpenghuni.

Sementara itu, K Madhavankutty, 47, yang ditemui di luar rumah berkenaan, berkata dia akan meminta peguamnya mendapat perintah mahkamah bagi membolehkannya masuk ke banglo berkembar dua tingkat itu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 1:36 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Hi_01_10
AIZAT, Stacy dan Faizal Tahir berpeluang menunjukkan aura dan bakat menerusi APM 2009 yang berlangsung di Jakarta
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 4:22 pm

Masalah perempuan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Mainp252


SEJAK berjuang dalam bidang muzik empat tahun lalu, perkembangan kumpulan The Fabulous Cats bukan hanya tertumpu pada kemunculan album baru semata-mata.
Malah, apa yang turut menarik perhatian peminat adalah kisah kontroversi yang membabitkan anggota kumpulan ini.

Merujuk kepada peranan anggota wanita yang dianggap penyeri pada persembahan kumpulan ini, ia bagaikan 'malapetaka' yang menimpa mereka.

Hakikatnya, sudah lima anggota wanita bersilih ganti dan tentunya persoalan terus bermain di fikiran peminat ialah apa sebenarnya masalah yang membelenggu kumpulan ini.

Selaku ketua kumpulan, Cat Farish menyatakan apa yang berlaku sebenarnya adalah bersifat peribadi dan keputusan untuk keluar dari kumpulan ini atas kehendak bekas anggota wanita mereka.

Ingin membersihkan nama kumpulan ini daripada persepsi negatif yang dilemparkan, The Fabulous Cats masih meneruskan minat menyanyi dan menghasilkan album baru.

"Kumpulan ini masih wujud. Ketiadaan Ana (Farhana Razali) bersama kumpulan ini kerana dia tidak sambung kontrak bersama kami.

"Lalu, dia ambil keputusan undur diri selain dia mempunyai masalah peribadi dan komitmen lain.

"Sebolehnya, saya sendiri tidak mahu peminat melihat kumpulan ini sering bermasalah.

"Saya nafi hubungan antara kami mempunyai masalah hingga anggota wanita ambil keputusan meninggalkan kumpulan ini. Walaupun hanya saya bersama Adib sebagai anggota asal yang masih tinggal, kami masih mahukan penyanyi wanita untuk mengisi kekosongan.







"Pada kami, kehadiran penyanyi wanita dalam kumpulan penting dan memberi impak yang besar pada perjalanan karier seni yang ditempuh.





"Namun, antara anggota dalam kumpulan ini, kami berpandukan kontrak yang diperbaharui dari semasa ke semasa.

"Kami terbuka dan beri pilihan pada setiap anggota untuk beri komitmen kepada kumpulan. Jika tidak, mereka juga boleh meninggalkan kumpulan ini bila kontrak tamat," katanya.

Menggantikan tempat Ana, penyertaan anggota baru iaitu Wangi sejak 14 Februari lalu memberikan semangat baru pada kumpulan ini.

Menariknya, kemunculan Wangi tidak keseorangan, tetapi turut disertai seorang lagi anggota wanita iaitu Zizie.

Sebelum ini, anggota wanita yang pernah menyertai kumpulan ini adalah Ellie (2005 hingga 2006), Alyah (2006-2007), Ochi (2007) dan Ana (2007-2008).

"Pemilihan Wangi juga menjadi strategi untuk kami menembusi pasaran muzik Indonesia. Buat masa ini, kami masih mempromosikan album kedua, Hyper Cosmic yang sudah berada di pasaran sejak Julai lalu.

"Sambutan peminat pada album ini menggalakkan walaupun ketika ini peminat gemar mendapatkan lagu dalam format digital.

"Bagaimanapun, kami masih dalam proses menyiapkan album baru, Fabulous City yang dijangka berada di pasaran pada penghujung tahun ini.

"Dalam pada itu, kami ingin memperkenalkan Wangi dan Zizie menerusi persembahan pentas dan album baru. Mereka akan menandatangani kontrak bersama kami bermula Julai selama setahun.

"Selepas tempoh itu, kami beri pilihan kepada mereka sama ada terus bersama kami hasilkan album baru atau muncul dengan album solo.

"Saya berpandangan kumpulan ini suatu unik kerana tidak menyekat setiap anggota untuk mencari pendapatan sampingan lain seperti saya turut berlakon dan mereka juga boleh hasilkan album solo asalkan tidak mengganggu komitmen asal pada kumpulan," katanya.

Kata Adib, pengunduran Ana nyata menjejaskan perjalanan The Fabulous Cats, apatah lagi peminat terus bertanya untuk mendapat cerita sebenar.

Namun, kehadiran Wangi mampu menarik perhatian peminat Indonesia yang menetap di sini manakala Zizie mempunyai kelompok peminat baru selepas dia keluar dari program Akademi Fantasia 7 (AF7).

Di sebalik kontroversi anggota wanita, Cat melontarkan persoalan mengapa lagu mereka tidak tercalon pada kebanyakan majlis anugerah seperti Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Anugerah Planet Muzik (APM). Katanya, The Fabulous Cats berusaha membawa lagu berkualiti dan menariknya, mereka membawa kerjasama tiga negara antara anggota kumpulan.

"Kami bukan marah, tetapi tertanya mengapa perkara ini boleh menimpa kumpulan kami. Apa yang berlaku, lagu kami bukan saja tidak tersenarai, tetapi langsung tidak termasuk dalam penjurian awal.

"Apakah kerana lagu kami atas alasan diterbitkan secara independent (bebas), tetapi bagaimana lagu bebas lain boleh bertanding.

"Biarpun ini memberi cabaran besar, kami tetap bersemangat dan hasilkan album yang lebih berkualiti.

"Untuk perancangan seterusnya, kami akan promosi single terbaru, Lari yang turut menampilkan penyanyi bersama, kumpulan Combat Pilgrims sebelum puasa bermula. Kami juga ingin mengadakan promosi jelajah ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Jika boleh, kami juga ingin bekerjasama dengan stesen radio dan televisyen dalam usaha mendekati peminat.

"Selepas Cat Presents Productions bernaung di bawah syarikat rakaman, Metadome setahun lalu, kami bercadang untuk menghasilkan album baru penyanyi lain di bawah produksi Purr Records.

"Antara penyanyi yang dijangka terbabit adalah bekas peserta Akademi Fantasia seperti Diddy dan Marsha serta penyanyi berpengalaman, Hail Amir dan Latif Ibrahim," katanya.

Bagi Wangi, dia tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan The Fabulous Cats.

Biarpun mempunyai perasaan bimbang mengenai sambutan peminat, dia gembira apabila setiap anggota kumpulan memberikan sokongan.

Wangi antara 12 calon yang hadir pada uji bakat untuk mencari penyanyi wanita The Fabulous Cats yang diadakan di Jakarta pada Januari lalu.

Kata Wangi, dia minat pada nyanyian sejak usia empat tahun hingga aktif menyertai pelbagai pertandingan nyanyi sejak usia tujuh tahun.

Ketika itu, dia berpeluang menghasilkan album solo, Dibohongi.

"Saya terkejut apabila peminat di sini boleh menerima kehadiran saya. Cat dan Adib bekerja secara profesional. Ketika bekerja, kami serius. Apabila tidak bekerja, kami juga berhibur sama.

"Namun, saya tidak terlalu bimbang jika saya jadi 'mangsa' selepas ini. Selepas enam bulan bersama mereka, saya percaya kebolehan mereka untuk teruskan karier nyanyian," katanya.

Zizie pula berkata dia bertuah apabila menerima tawaran daripada Cat untuk menyertai kumpulan ini. Katanya, selepas menimba pengalaman bersama AF7, dia turut mencari peluang untuk mengembang bakat dalam bidang nyanyian.

"Saya seperti tidak percaya apabila Cat menghubungi saya lalu mengajak saya untuk menyertai kumpulan ini. Menerusi AF7 sebelum ini, saya banyak belajar aspek vokal dan tarian.

"Namun, apabila bersama kumpulan ini, ia memberi peluang pada saya untuk mencari pengalaman yang lebih luas.

"Saya yakin dengan kelebihan dan pengalaman yang dimiliki Cat dan Adib mampu menjadikan kumpulan ini lebih berjaya pada masa akan datang," katanya.

Cat Farish

NAMA: Farish Ramli

NAMA KOMERSIAL: Cat Farish

TARIKH LAHIR: 12 Julai 1974

UMUR: 34 tahun

ASAL: Teluk Intan, Perak

KERJAYA: Penyanyi, komposer dan pelakon

ISTERI: Hartini Ramly

ANAK: Nia Karlyssa, setahun tiga bulan

Adib

NAMA: Abdul Mutalib Nahar

NAMA KOMERSIAL: Adib

TARIKH LAHIR: 29 September 1978

UMUR: 30 tahun

ASAL: Singapura

KERJAYA: Penyanyi

Wangi

NAMA: Wangi Julianda Indra Meida

NAMA KOMERSIAL: Wangi

TARIKH LAHIR: 22 Disember 1989

UMUR: 19 tahun

ASAL: Bandung, Indonesia

KERJAYA: Penyanyi

PENCAPAIAN: Indonesian Idol



Zizie

NAMA: Nurfazelah @ Zizie Md Tahir

NAMA KOMERSIAL: Zizie

TARIKH LAHIR: 23 Januari 1985

UMUR: 24 tahun

ASAL: Samporna, Sabah

KERJAYA: Penyanyi

PENCAPAIAN: Akademi Fantasia 7
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 4:26 pm

Pembawa budak...Linda semakin rajin beramal

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Jasmin12
Linda Jasmine dan suaminya, Que Haidar.


UMUM mengenalinya sebagai koreografer, namun mungkin ramai yang tidak mengetahui Linda Jasmine juga bergiat dalam kerja-kerja amal.

Pemilik nama Linda Jasmine Hashim ini menyertai pertubuhan khidmat masyarakat seluruh dunia, Soroptimist Antarabangsa (SI) di Ampang.

Walaupun sedang sarat mengandung empat bulan, isteri kepada aktor Que Haidar ini masih melakukan aktiviti yang dilakukan sejak dua tahun lalu.

“Apa salahnya saya membuat kerja ini kerana saya memang sudah lama teringin untuk membuat kerja amal sebelum ini lagi.

“Cuma dalam tiga bulan pertama semasa mula mengandung dulu, saya tidak dapat buat apa-apa sebab mabuk.

“Saya rasa bersalah pula sebab banyak kerja yang saya tak buat. Nak jawab telefon pun saya tak larat.

“Sekarang, saya aktif menghadiri program seperti ini sahaja tetapi tidak aktif secara fizikal.

“Kerja-kerja seperti ini saya boleh lakukan tetapi jika hendak melompat dan menari memang tidak boleh,” ujar Linda dalam nada berseloroh ketika menghadiri majlis penyerahan cek oleh pihak SI Ampang kepada PRIDE Malaysia di Alexis, Great Eastern (GE) Mall semalam.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 01317710
Linda sedang hamil empat bulan. -foto The Star oleh RICKY LAI


Sebanyak RM18,000 yang diserahkan kepada Pengerusi PRIDE, Datin Azrene Abdullah bagi menunjukkan usaha mereka dalam meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara.

Wang tersebut dikutip menerusi inisiatif Bazar Amal SI Ampang yang dianjurkan di GE Mall sekitar Februari lalu.

Jelas Linda, niatnya hanyalah untuk membantu sesiapa yang memerlukan lantas langsung tidak terdetik untuk menghebahkan tentang kerja yang dilakukan selama ini kepada umum.

“Banyak orang yang tidak tahu saya buat kerja ini sebab saya tak senang-senang saja hendak panggil media.

“Misalnya, apabila saya pergi melawat kanak-kanak yang menghidap kanser dan memerlukan bantuan, saya tidak pernah meuar-uarkan kepada media kerana saya bukan nak promosi diri-sendiri tetapi lebih untuk menolong orang.

“Tetapi berlainan pula dengan hari ini sebab saya dan anggota SI yang lain mahu menyedarkan orang lain tentang kanser,” kata ibu kepada Qalif Khan ini.

Bercerita tentang tugasnya dalam SI Ampang, Linda berkata dia membantu mengikut kemampuan masa dan tenaganya kerana semua aktiviti yang dilakukan tidak semestinya dia ‘wajib’ lakukan.

“SI Ampang dianggotai oleh 18 wanita. Hanya mereka yang mempunyai masa lapang akan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kerana antara kami ada yang bekerja dan ada juga yang surirumah.

“Masa saya mula-mula masuk dulu, saya takut jika tiada masa terluang untuk sertai aktiviti yang dilakukan tetapi lama-lama saya komited juga.

“Semua wanita dalam pertubuhan ini mempunyai kekuatan tersendiri mengikut latar belakang dan kerja yang berlainan.

“Contohnya, saya berada dalam bidang seni dan boleh berhubung dengan orang seni. Selain itu, ada yang bekerja di syarikat Maxis, berkelulusan ijazah dan berpengalaman dalam kerja amal. Jadi, masing-masing mempunyai pelbagai pengaruh.

“Minggu depan, saya akan berjumpa dengan kanak-kanak yang menghidap kanser di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jadi, tugas saya biasanya untuk menghubungi selebriti yang mahu menyertai kami.

“Antara selebriti yang saya lihat betul-betul berminat menyertai kami seperti Vanida Imran, Rashidi Ishak, Dafi dan Amylea,” cerita Linda yang semakin berseri-seri mengandung bayi perempuan.

Selain itu, SI Ampang turut melawat kanak-kanak dan wanita yang tidak bernasib baik di penjara seperti Penjara Kajang, mangsa banjir, dan anak-anak yatim

“Misalnya, kami akan melawat kanak-kanak di hospital dan penjara untuk melihat bagaimana keadaan orang yang susah dan bagaimana kita boleh membantu mereka.

“Macam-macam bantuan yang kami berikan seperti kewangan dan ubat.

“Walaupun kami berpusat di Ampang tetapi kami turut ‘cover’ banyak kawasan dan boleh dikatakan kami cuba buat banyak perkara dan tempat,” tambah Linda.

Cerita Linda lagi, dia mula menyertai pertubuhan ini menerusi seorang rakan iaitu Presiden SI Ampang, Tengku Loreta Tengku Datuk Setia Ramli yang dikenalinya semasa dia bergelar koreografer Akademi Fantasia musim keempat.

“Sebelum turut serta, saya sudah berhajat untuk membuat kerja amal tetapi saya tidak tahu bagaimana caranya sehinggalah saya berjumpa dengan kawan, Tengku Loreta.

“Saya sangat gembira kerana dapat menyertai kumpulan ini dan dapat melakukan serta mengetahui banyak perkara.

“Misalnya, saya dapat belajar bagaimana hendak buat kanak-kanak yang mengalami kanser gembira sementara mereka masih hidup.

“Apa yang saya rasa selepas itu, bukan senang nak tolong orang sebab hidup kita bermasyarakat.

“Kadangkala saya terfikir bagaimana kita nak tolong orang selama-lamanya. Yang pasti, kita tak boleh buat kerja seorang diri dan mesti bantu-membantu antara satu sama lain,” akhirinya.

Linda berhasrat untuk meneruskan kerja amal ini sampai bila-bila dan cuba untuk mempelajari serta mengenali cara yang lebih mudah untuk membantu mereka yang memerlukan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 4:29 pm

Mahkamah tolak permohonan Amelina ketepikan perintah lelongan


SHAH ALAM 6 Julai: Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini menolak permohonan penyanyi dangdut Amelina dan suaminya Reduan Mahmood untuk mengenepikan perintah lelongan harta mereka berikutan tidak mempunyai asas yang kukuh.

Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid menolak permohonan dari pihak defendan (Amelina) atas alasan tidak mempunyai asas dan sebab yang kukuh serta perintah lelongan harta tersebut telah dikeluarkan lebih awal.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Rumah10
Rumah sewa Amelina di Kota Kemuning, Shah Alam. -foto Utusan


Proses lelongan harta pasangan Amelina-Reduan akan tetap diteruskan.

Menurut pemilik rumah K. Madhavankutty (Ravi) proses lelongan harta tersebut bagaimanapun tidak dapat dijalankan hari ini berikutan Amelina dan suaminya telah memangga pagar dan mengunci pintu rumah tersebut.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Tuan_u10
Pemilik rumah, K. Madhavankutty.


"Beberapa orang pegawai mahkamah telah pergi ke rumah tersebut untuk menjalankan proses lelongan harta mereka namun apabila tiba, pagar dan rumah tersebut bermangga dan dikunci.

"Saya dan peguam saya akan dapatkan perintah 'break entry' iaitu pecah masuk ke rumah tersebut di mahkamah dan saya akan tuntut ganti rugi dari mereka untuk yuran guaman saya kerana mereka sudah menyusahkan saya dengan melambatkan proses ini (lelongan harta), " kata Madhavankutty.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Notis13
Notis melelong perabot milik Amelina ditampal pada pagar di rumah sewanya.


Bagaimanapun peguam yang mewakili Ravi, Arnold Andrew ketika ditemubual mStar online berkata, dia akan memfailkan permohonan (perintah pecah masuk) itu esok dan paling lewat perintah itu akan diberi dalam minggu ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 00113810
Amelina dan suaminya, Reduan Mahamood (menutup muka) berjalan keluar dari Jabatan Agama Islam Perlis selepas membayar denda di Kangar pada tahun 2000 lalu.


Amelina dan suami tidak hadir pada perbicaraan hari ini dan hanya diwakili peguam mereka.

Peguam yang mewakili Amelina, Hairul Nizam Omar bagaimanapun gagal dihubungi bagi mendapatkan keterangan lanjut dari pihaknya.

SOROTAN KEJADIAN dan BERITA TERDAHULU

Pada 22 Jun, tiba-tiba kawasan kediaman di Kota Kemuning, Shah Alam menjadi kecoh apabila seorang pemilik rumah hadir bersama para pegawai mahkamah untuk mengusir penyewanya pada Jun yang lepas.

Yang menyebabkan peristiwa ini menjadi lebih menarik apabila, penyewa yang dimaksudkan itu adalah bekas penyanyi dangdut Amelina dan suaminya.

Pemilik rumah tersebut, K. Madhavankutty telah mendapatkan perintah dari Mahkamah Majistret Shah Alam untuk mengusir Amelina dan suaminya setelah tidak membayar sewa rumah banglo lengkap berperabot tersebut selama dua bulan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 4:31 pm

Haleeda tidak mengharap ‘buah hati kekasih orang’

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Haleed10CERITA aktres Haleeda yang dikhabarkan bercinta dengan seorang pelakon berstatuskan suami orang semakin reda dan tidak lagi menjadi bahan bualan orang ramai.


Pelakon yang dimaksudkan itu adalah bekas pengurus produksi (PM) drama bersiri ‘Kecuali Cintamu’ iaitu Shah Hassan, 37.

‘Kemarau’ yang melanda kehidupannya tiga minggu lalu kini sudah beransur pulih memandangkan Haleeda atau nama sebenarnya Halida Mazlin Badaruddin, 37, semakin bermuhasabah diri dan menimba pengajaran dari pengalaman lalu.

Menurut Haleeda, walaupun dia menganggap perkara yang dilaluinya ini agak peribadi untuk dikongsikan bersama namun dia masih sudi menghebahkan lumrah alam yang mungkin dilalui oleh wanita di luar sana.

“Apa yang saya cakapkan ini mungkin akan membuatkan sesetengah wanita di luar sana marah dan tidak bersetuju dengan saya namun inilah hakikat yang perlu saya terima kerana apa yang telah terjadi bagaikan sudah diatur olehNya.

“Bila semua ini dah berlaku, saya tak nak fikir lagi. Saya selesa macam ni. Buat masa ni, biarlah hubungan kami macam ni. Apa yang saya nak fikirkan sekarang adalah kerja, kerja dan kerja untuk mencari nafkah. Lagipun sebelum ni bukannya saya berkejar nak kahwin dan sebolehnya tidak mahu semua ini ‘kecoh’.

“Bila saya fikir balik, saya nak buat benda yang saya faham baik dan betul tetapi orang tidak fikir dan terima benda ni seperti kita walaupun (poligami) dah termaktub dihalalkan dalam agama.

“Saya ingatkan apabila saya sudah berterus-terang, hal ini akan jadi lebih baik tetapi lain pula halnya.

“Saya sudah bersemuka dengan isteri pelakon itu dan dia telah bersetuju dan sudi menerima saya (bermadu) tetapi baru-baru ini lain pula jadinya,” jelasnya yang dalam masa yang sama bertanya sama ada dia berada di pihak yang benar atau tidak.

Apabila isteri pelakon itu enggan ‘bermadu’, jadi aktres yang sedang popular menerusi drama ‘Kecuali Cintamu’ ini secara dasarnya terpaksa akur dengan keputusan itu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang.

“Saya kena hormati keputusan itu tetapi dalam masa yang sama timbul kesal dalam hati. Biar sahaja ia berlalu dan saya tak harapkan apa-apa. Saya tak mahu terlalu berharap

“Nampak macam mudah tetapi dalam masa yang sama saya tak nak rasa kecewa dan sedih kerana keutamaan (kerja dan keluarga) saya kena jaga. Saya tak nak ia diganggu-gugat oleh benda yang remeh seperti ini,” ujarnya yang sedang sibuk menjalani pengambaran drama ‘Kecuali Cintamu’ dan dijangka berakhir pada hujung Julai ini.

Jelas Haleeda, dia faham bahawa orang akan melabelkan dirinya sebagai ‘perampas’ walhal orang lain juga perlu tahu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum bersetuju untuk berkahwin dengan pelakon itu.

Tambahan pula, Haleeda lebih menekankan aspek ‘perkongsian’ hidup.

“Susah juga kalau saya nak katakan yang dia benar-benar jodoh saya. Tetapi setelah melihat kesungguhannya membawa saya berjumpa dengan isterinya, mulalah saya fikirkan yang dia benar-benar ingin peristerikan saya.

“Saya juga tertarik dengan hati, pemikiran dan pendiriannya.

“Tetapi mungkin ada kekurangan ‘dalaman’ yang masing-masing perlu bermuhasabah diri. Apabila diingatkan hal itu, saya rasa seperti sudah tawar hati. Kami pun sudah jarang berjumpa disebabkan masing-masing sibuk dengan kerja sendiri.

“Kalau berhubung pun mengenai soal kerja sahaja. Saya hanya ‘just go with the flow’. Kalau ia tak menjadi, saya tak salahkan sesiapa dan kalau ia menjadi pun saya bersedia dengan apa jua keadaan,” luahnya.

Mengimbas kembali detik perkenalannya dengan Shah sejak awal tahun lalu, Haleeda merasakan hubungan mereka berlangsung begitu pantas berlaku di mana sejak dari itu mereka mula serius kira-kira tiga bulan lalu.

Haleeda mengungkapkan hubungan itu ibarat suatu hubungan yang tidak terduga kerana mereka pada mulanya hanya berkenalan sebagai rakan sekerja sehinggalah sebelum dia mula terikat dengan drama Kecuali Cintamu, Shah membawanya berjumpa dengan isterinya.

Dalam suasana kecoh yang sehingga berlaku insiden tampar-menampar itu, nama Haleeda turut dikaitkan dengan seorang lelaki berstatus ‘Datuk’.

Bagaimanapun, Haleeda enggan memanjangkan cerita tentang ‘Datuk’ itu.

“Saya tak nak campur pasal Datuk. Bukan saya nak sorok tapi susah nak cakap. Apa yang saya boleh sentuh, saya cakap.

“Saya memandang semua ini sebagai suatu hikmah dan sekarang ini saya menjalani hidup seperti biasa dengan anak dan lakonan.

“Kalau boleh saya tak nak cakap banyak sebab takut nanti salah pula penerimaan orang lain, jadi lebih baik diam.

“Tetapi moral sebalik kisah ini, janganlah ikut hati dengan dendam dan prasangka. Saya tidak mungkin melupakan perkara ini sampai bila-bila,” ujarnya yang pernah bergelar penyanyi.

Haleeda memulakan karier seninya sebagai penyanyi sejak berusia 17 tahun dan memiliki album Setia Kasih (1992) dan Terkilan (1993) yang diedarkan oleh EMI.

Mulai tahun 2006, barulah dia berjinak-jinak dalam seni lakonan dan menjayakan banyak drama seperti Mengejar Pelangi, Naskhah Latifah, Di Batasan Hati, dan Ladang Pak Awang.

Ujar Haleeda, itupun dengan hasil galakan orang ramai termasuk aktres terkenal Hamidah Wahab yang meyakinkan dia boleh berlakon.

“Saya tidak berlakon secara berpanjangan kerana kadangkala saya akan berehat juga. Apabila mendapat tawaran dan skrip yang bagus, baru saya menerima untuk berlakon.

“Sebelum saya aktif berlakon semula pada awal tahun lalu, saya mengambil masa rehat selama dua tahun.

“Masa tu, banyak perkara yang saya uruskan dan menghabiskan masa dengan anak perempuan saya. Kadangkala apabila terlalu sibuk bekerja, saya langsung tiada masa hendak bercakap dengannya kerana masa yang tidak menentu. Bila saya balik, dia dah tidur.

“Mujurlah saya mempunyai ibu dan adik yang boleh tolong tengok-tengokkan anak saya,” cerita Haleeda yang mendapat beberapa tawaran berlakon lagi selepas selesai berlakon drama untuk program realiti ‘Anak Wayang’ itu.

Tambah Haleeda, dia sebolehnya mahu menyelesaikan kerjanya secara satu-persatu kerana masih lagi dalam proses pembelajaran dalam bidang lakonan.

Jika sebelum ini dia lebih banyak mendapat watak wanita teraniaya dan sedih tetapi kali ini dia lebih gemarkan watak wanita ‘daring’ dan ‘straight forward’ seperti yang dilakonkannya dalam drama Kecuali Cintamu.

Haleeda pernah bernikah dengan bekas pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan dan Selangor, Azman Adnan pada 1995 dan berpisah secara rasmi pada 9 Oktober 2003. Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Amirah Amani Azman, 14.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 4:33 pm

Iqram dua kali hampir putus asa jadi anak seni

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 01315916

"Itu semua fitnah. Saya tidak pernah berbuat demikian. Malah, saya tidak pernah 'demand' dan minta yang bukan-bukan, kata Iqram. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT


EMPAT tahun berkecimpung di dalam bidang lakonan, Iqram Dinzly akui, pernah patah semangat gara-gara tidak tahan dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya.

Tutur aktor kacak ini, dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya menjadi 'mangsa' kritikan ramai sedangkan tujuannya menceburi bidang ini adalah kerana minat yang mendalam, bukan untuk memusuhi mana-mana pihak.

Bukan sekali dua kisah negatif tentang pelakon ini diperkatakan. Iqram dikatakan sudah pandai 'demand' tentang bayaran dan pernah juga timbul cerita tentang dirinya tidak berpuas hati dengan cadangan harga oleh sebuah produksi sehingga dia dikatakan telah meninggikan suara kepada pihak tersebut.

"Itu semua fitnah. Saya tidak pernah berbuat demikian. Malah, saya tidak pernah 'demand' dan minta yang bukan-bukan.

"Cuma saya tidak nafikan, sebagai pelakon, saya perlu pertimbangkan banyak aspek, sebagai contoh sama ada tawaran itu adalah drama atau filem. Dan jika filem, saya perlu lihat juga sama ada ia adalah sekuel atau kesinambungan filem terdahulu.

"Saya rasa, saya ada hak untuk minta bayaran yang berbaloi untuk tawaran itu. Tapi saya tidak pernah pula 'demand' yang tinggi-tinggi," kata Iqram yang ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Puteri Aurora Beradu di Kuang, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Iqram, sudah terlalu banyak kisah yang didengari tentang dirinya sehingga dia pernah berasa putus asa untuk meneruskan karier seninya ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 01315915


"Dua kali saya pernah rasa putus asa untuk meneruskan karier dalam bidang ini. Saya tak faham...saya tidak pernah 'kacau' orang, tapi orang 'kacau' saya.

"Saya minta maaf jika selama ini ada pihak yang mungkin terasa dengan sikap atau kata-kata saya.

"Apa yang boleh saya katakan, saya dididik untuk tidak menjadi seorang yang hipokrit," tutur Iqram dalam nada perlahan.

Katanya, setiap kali dia berasa tertekan dan patah semangat dengan kisah negatif yang dilemparkan kepada dirinya, dia akan pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak untuk bertemu keluarga dan menziarahi kubur arwah kakaknya.

"Saya akan lebih tenang dapat bertemu dengan keluarga, kawan-kawan lama...dan selalunya saya akan ke kubur kakak dan menangis di situ. Itulah cara saya kuatkan diri semula.

"Dan saya bersyukur, walaupun macam-macam cerita yang kurang enak timbul dan menjejaskan reputasi, rezeki saya nampaknya masih tidak putus," ujar Iqram.

Beralih topik kepada perkembangan karier lakonannya, kata Iqram, drama bersiri lakonannya, 'Puteri Aurora Beradu' akan mula ditayangkan di TV3 dan TV9 tidak lama lagi.

Drama arahan Fairuz Loy yang diinspirasikan dari kisah Sleeping Beauty itu turut menyaksikannya bergandingan dengan pelakon-pelakon seperti Memey, Eizlan Yusof, Rozita Che Wan dan Norish Karman.

"Dalam drama ini, saya membawakan watak Hakimi, yang jatuh cinta dengan Puteri Aurora lakonan Memey. Tetapi masing-masing tidak berkesempatan meluahkan perasaan kerana Aurora sering dikawal ketat oleh tiga orang dayangnya.

"Hanya setelah Aurora berada dalam keadaan koma, barulah kami bertemu di dalam mimpi dan bercakap tentang hati dan perasaan kami," kata Iqram yang juga akan muncul di dalam cerekarama 'Novelist Babysitter' di TV3 tidak lama lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 4:36 pm

Akma Hisyam yang terlebih seksi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Akma_110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Akma_210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Akma_n10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 4:37 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Akma_n11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Akma_n12

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Akma-f10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 4:42 pm

(Gambar) Shasha Elite Perut Macam Bola

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Shasha10

Hehehe. Lama tak dengar perkembangan Shasha bekas kumpulan Elite ni ya? Semenjak berkahwin dan menetap di luar negara, langsung tak dengar cerita mengenai dia lagi. Tapi tak mengapalah, dengar cerita Shasha kini sedang sarat mengandung. Tak sabar nak lihat cahaya mata yang akan lahir nanti kan? Mesti comel wajah pancake macam ibu’nya. Hehe. Eh, Pan Asia. Pancake amendanya. Itu lempeng. Hehehe.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Shasha11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Shasha12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 4:45 pm

(CONFIRM)MUH Berpecah 5 Julai Lalu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Untitl64


5 Julai yang lalu di Hard Rock Cafe menjadi satu noktah hitam bukan saja buat kumpulan Meet Uncle Hussain(MUH) tapi juga buat industri muzik Malaysia. Secara rasminya Lan MUH telah keluar dari kumpulan tersebut setelah habisnya konsert mini mereka bersama yang terakhir.

Kami di sini memang sedih. Bukan apa, MUH nie memang berbakat besar, lagu sedap didengar dan yang penting boleh pergi jauh. Bukan senang nak carik vokalis suara sesedap Lan. Kurang lagi satu band best kat Malaysia nie.

Ada gosip yang kami dengar menyatakan sebenarnya punca pergaduhan Lan ialah sebab ada salah seorang ahli MUH nie songlap duit. Betul atau tidak tak dapatlah nak kami sahihkan. Orang yang dikatakan songlap nielah yang paling banyak bercakap buat anggota kumpulan MUH.

Buat Lan, semoga terus maju jaya. Buat ahli-ahli MUH yang lain, teruskan usaha anda
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 4:47 pm

Pengkebumian Michael Jackson Dilakukan Secara Islam

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Untitl65


Alhamdulillah. Selaku sedara seIslam, kami bersyukur sebab akhirnya Michael Jackson akan dikebumikan secara Islam. Tapi sayangnya sebelum tue akan diadakan macam satu majlis penghargaan dengan jenazah Michael Jackson akan diraikan di satu pesta.

Kesian kami kat MJ. Bukan apa dah dekat seminggu tapi mayat tak tanam-tanam lagi. Mungkin itu harga yang dibayar bila anda menjadi seorang King Of Pop. Everyone wants a piece of you. Kesian kat mayat MJ yang terseksa.

Upacara pengkebumian Michael Jackson secara Islam hanya akan dihadiri oleh ahli-ahli keluarga dan rakan terapat sahaja. Tapi untuk upacara meraikan mayat Michael Jackson, khabarnya hampir 2.5 billion manusia akan tercongok depan TV untuk menonton secara live. Wow, memang satu angka yang besar gile!!!

Perasan tak kalau anda cuba cari info pasal funeral Michael Jackson kat Internet, tak ramai media Barat yang bagitau pasal nie. Bayangkan betapa besarnya impak kalau berjuta rakyat dunia nie tau dan dapat saksikan jenazah Michael Jackson disembahyangkan di kaca TV. Kiranya macam publisiti percuma untuk Islam.

Apa-apapun semoga roh Michael Jackson dirahmati di akhirat kelak
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 4:58 pm

Gambar Remy Ishak di Karnival Inspirasi TV3

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 36535010


Masa bertamu di Karnival dan Konsert Inspirasi TV3 Sabtu lalu, Budiey ada bertemu dengan pelakon yang pernah digandingkan dengan Ummi Nazeera dalam drama Awan Dania, Remy Ishak.

Dikatakan dulunya, Remy Ishak dah pun putus cinta dengan Ummu Nazeera selepas digosipkan hangat bercinta. Namun pada masa yang sama, Remy Ishak juga ber’kawan baik’ dengan Nurul Huda Hamidon semenjak mereka bekerja di hotel Mandarin Oriental. Kalau nak tahu, Remy pernah kerja di bahagian room service dan Nurul ni pula bekerja di front office di hotel yang sama. Ikut pada ceritanya, pelakon Nur Kasih ni bercinta dua wanita dalam pada masa yang sama. Takkan nak bercinta dua orang sekaligus, jadi timbul citer dikatakan Remy Ishak ni curang dengan kekasihnya, Nurul Huda.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 36535011


Padahal, mengikut kata Remy, masa tu, dia dan Nurul dalam peringkat nak kenal hati budi sahaja. Belum lagi bercinta.

Itu cerita lama. Citer terbaru, korang jangan lupa untuk tonton Remy Ishak dalam drama Nur Kasih. Dalam drama arahan Khabir Bhatia ni, Remy Ishak berpeluang untuk terbang ke empat buah negara Arab Saudi, Indonesia, Australia dan India untuk sesi pengambaran. Memang seronok sebab ini pertama kali Remu Ishak dapat lihat negara orang.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 36535012
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 5:02 pm

Penyanyi naik pentas dedah kisah ditipu penganjur

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Ne_01_15
SEBAHAGIAN daripada penonton konsert hiburan Karnival Sinar Usahawan 2009 yang menjadi mangsa konsert dibatalkan di Taiping malam kelmarin.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Ne_01_16
Fazli Zainal

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Ne_01_17
Ifa Raziah


KUALA LUMPUR - Kira-kira 500 penonton konsert sempena Karnival Sinar Usahawan 2009 di Taiping malam kelmarin akan mengingati program malam itu bukan disebabkan kehebatan persembahan tetapi kerana pendedahan artis mengenai kisah dianiayai penganjur.

Insiden itu berlaku tatkala para penonton semakin hilang sabar apabila penyanyi yang terkenal dengan lagu Panas, Ifa Raziah bersama artis lain seperti Fazli Zainal dan Roslan Shah masih tidak muncul untuk persembahan sehingga pukul 10 malam di pekarangan tempat letak kereta pasar raya Giant, Taiping.

Apa yang mereka tidak tahu ialah sepanjang waktu itu artis-artis tersebut menunggu di dalam kereta kerana penganjur konsert gagal muncul bersama bayaran selain mereka berhadapan dengan pihak yang menuntut bayaran bilik hotel berjumlah RM3,000.

Akhirnya, Ifa yang tidak mahu penonton menyalahkan mereka naik ke pentas memberitahu cerita sebenar.

"Saya minta maaf pada mereka (penonton) dengan kata persembahan malam itu tak jadi sebab ada masalah kewangan antara penganjur dengan kami, mujurlah penonton faham,'' kata Ifa kepada Kosmo! semalam.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 5:04 pm

Bimbang diketawakan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Hi_01114


PERASAAN gembira bekas juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Stacy, gembira bukan kepalang saat mendapat tahu dirinya tercalon dalam Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) buat pertama kali menerusi dua kategori iaitu Artis Paling Popular dan Artis Serantau Paling Popular.

Apalagi anak kelahiran Sabah ini diberi peluang untuk menunjukkan kehebatannya di atas pentas APM2009 dengan membawakan lagu medley dari albumnya sendiri.

Namun rasa teruja itu terbantut pula apabila mendapat tahu persembahan rancak Stacy itu akan diadakan tanpa penari-penarinya.

Pemilik nama sebenar Stracie Angie Anam ini terpaksa membuat keputusan sama ada menyanyi tanpa penari ataupun menyanyi dengan iringan penari-penari dari seberang.

"Saya faham, untuk membawa artis-artis Malaysia, kami dikehendaki membuat permit dahulu dan membawa penari-penari saya yang ramai mungkin akan meningkatkan kos.

"Saya ada masa sebelas hari lagi dan dari segi persembahan tarian, saya masih di jalan yang buntu.

"Sebelum ini, apa-apa persembahan sekalipun, saya tetap akan membawa penari-penari saya kerana kami sudah mempunyai keserasian bersama.

"Tidak untuk kali ini. Saya kena bertindak pantas dan fikirkan cara terbaik untuk buat latihan bersama penari-penari dari seberang kerana saya akan tiba di sana dua hari sebelum APM 2009.

"Dah tentu kami tidak punyai masa yang banyak. Ada yang bercelaru pula persembahan saya, tak fasal-fasal saya merosakkan imej negara kita," ujarnya.

Beritahu Stacy lagi, jika nyanyiannya dipersembahkan tanpa penari-penari, ia akan mencacatkan persembahannya memandangkan lagu-lagu yang dibawakan penyanyi genit ini rancak.

Tambah pula, gadis ini mahu menunjukkan artis-artis Malaysia juga mampu bernyanyi sambil memberikan persembahan yang energetik.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Hi_01113
BIARPUN meraih dua pencalonan pada APM 2009 dan diberi peluang membuat persembahan, Stacy bagaimanapun dihimpit dilema.

Justeru, dia terpaksa merancang sesuatu agar persembahannya berjalan lancar seperti biasa.

"Mahu atau tidak, saya perlu membuat persembahan bersama penari-penari di sana. Jadi saya mengambil inisiatif untuk merakamkan step tarian yang lengkap mengikut susunan lagu yang dibuat dan hantarkan kepada penari-penari sana.

"Rasanya itu sahaja jalan yang terbaik. Sebab dengan ketibaan saya yang begitu dekat dengan tarikh anugerah itu, saya tak mahu membuat persiapan di saat-saat akhir.

"Takut juga jika diketawakan nanti. Dari segi persembahan tarian, saya mungkin akan memasukkan elemen step lama dan baru," katanya.

Tidak mungkin seperti Agnes

Semua tahu, kelincahannya menari sambil menyanyi di atas pentas jarang dilakukan oleh penyanyi-penyanyi tempatan lain.

Oleh kerana itu penyanyi berusia 19 tahun ini dilabel sebagai sebagai 'Agnes Monica Malaysia'.

Namun, adakah gelaran itu akan dikatakan pula oleh masyarakat Indonesia dan adakah gelaran itu lebih kebaikan atau kritikan?

Sukar mahu mengagak. Bagaimanapun, Stacy sudah bersedia dengan penerimaan masyarakat seberang terhadap persembahannya.

"Kalau di sini (Malaysia), saya tak kisah dengan gelaran itu. Tapi resah juga kalau orang di sana ingat saya cuba meniru-niruu aksi Agnes.

"Tapi jika benarlah mereka juga menggelarkan saya seperti penyanyi itu, saya tidak boleh nak buat apa-apa. Biasalah kalau penyanyi yang ligat di atas pentas, peminat-peminat suka menyamakan dengan artis-artis lain.

"Padahal sebenarnya, konsep yang dibawakan sahaja yang sama, iaitu menyanyi sambil menari. Sama juga seperti Britney Spears atau Madonna, mereka menggunakan konsep yang sama seperti saya mahupun Agnes.

"Cuma gaya tarian sahaja yang berbeza jika diperhatikan betul-betul. Bagaimanapun ia satu cabaran untuk saya dan yang penting persembahan pada malam itu akan saya buat yang terbaik untuk menunjukkan penyanyi Malaysia juga mampu lincah di atas pentas," tuturnya yang bakal berduet bersama Adam AF menerusi lagu Menggegar Dunia.

Merujuk kepada percakapannya itu, jelas Stacy begitu teruja dengan persiapan menjelang APM nanti.

Manakan tidak, inilah kali pertama Stacy menunjukkan bakat kepada masyarakat di luar Malaysia. dan baginya ia satu peluang yang amat besar yang tidak mungkin akan dilepaskan.

"Biasalah setiap acara-acara besar pasti ada sedikit masalah-masalah kecil. Semua itu tidak akan melunturkan semangat saya.

"Pencalonan dalam dua kategori juga benar-benar mengejutkan saya. Apalagi selain saingan terdekat saya dari Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Hujan dan Meet Uncle Hussain, saya juga perlu bersaing dengan penyanyi-penyanyi Singapura serta Indonesia.

"Apa pun, saya tidak mengharapkan kemenangan. Cukuplah jika masyarakat luar dapat memandang bakat saya serta penyanyi-penyanyi tempatan lain," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 5:07 pm

Jacko dikebumi tanpa otak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Du_01_10
PEMINAT-PEMINAT Jacko kelmarin berdiri di Forest Lawn Memorial Park. Los Angeles iaitu tempat penyanyi itu akan dikebumikan pada Selasa ini.


LOS ANGELES - Jenazah penyanyi terkenal, Michael Jackson akan dikebumikan pada Selasa ini tanpa otaknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Keluarga Michael terpaksa mengebumikan penyanyi itu tanpa otaknya kerana ia cuma boleh dikembalikan dalam tempoh tiga minggu lagi selepas ujian dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Jurucakap pihak berkuasa di Los Angeles, Craig Harvey mengesahkan ujian neuropatologi akan dilakukan bagi mencari petunjuk yang menyebabkan kematiannya.

Namun, ujian itu tidak dapat dilakukan dengan segera.

Ujian itu perlu dilakukan dua minggu selepas kematian Michael pada 25 Jun lalu.

Michael yang mesra dengan panggilan Jacko meninggal dunia di rumah sewanya di Beverly Hills selepas degupan jantungnya berhenti.

Sumber-sumber di pejabat koroner menyatakan otaknya sudah dikeluarkan sebelum mayatnya dihantar kepada keluarganya.

Seorang anggota forensik akan menguji otak Jacko bagi mengetahui tahap penggunaan ubat-ubatan.

Ujian itu boleh menunjukkan sebarang penggunaan alkohol dan penyakit yang dihidapi oleh Jacko.

Menurut bekas koroner dan salah seorang tokoh forensik patologi iaitu Dr. Cyril Wecht, otak tidak boleh diperiksa ketika bedah siasat dilakukan.

"Anda tidak boleh membuat ujian jika otak itu berada dalam tubuh. Justeru, ia perlu dikeluarkan," katanya.

Pada kebiasaannya, otak itu akan diletakkan di dalam sebuah bekas plastik yang dicampurkan dengan bahan pengawet iaitu cecair formaldehid sebelum diletakkan di dalam peti sejuk. - Agensi
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 5:09 pm

Que, Linda bakal timang anak perempuan?


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Hi_01115


USIA kandungan yang mencecah empat bulan, sedar tak sedar dalam masa lima bulan lagi pasangan selebriti terkenal, Que Haidar dan Linda Jasmine bakal menimang cahaya mata sulung mereka.

Bertemu Que dan Linda pada majlis meraikan para pemenang Anugerah Bintang Popular (ABP), anjuran Rafflesia di Hotel Park Royal baru-baru ini, pasangan romantis ini tampil sedondon serba hitam.

Mesra menyambut sapaan penulis, Que dan Linda sedia ditemubual.

Menyingkap khabar kandungan berusia empat bulan itu, wajah kedua-duanya cukup berseri berkongsi pengalaman dan keterujaan mereka sementelah menanti kehadiran 'orang' baru.

Biarpun ini bukanlah pengalaman pertama mengandung, namun menurut Linda, jarak masa sembilan tahun selepas melahirkan anak pertamanya, Qalif Khan, 8, membuatkan dirinya berasa seperti pertama kali mengandung.

Apatah lagi, rasa mual dan morning sickness yang dialaminya pada peringkat awal kandungan membuatkan dia tiada upaya menggagahkan diri untuk bangun sebaliknya lebih banyak berbaring dan berehat.

Bukan sahaja Linda, malah, Que sendiri tidak terlepas dari terkena tempiasnya. Turut mengalami loya dan muntah-muntah.

Berbanding Linda, pengalaman pertama berhadapan situasi tersebut membuatkan Que sedikit kelam kabut.

Malah, melayani kerenah isteri yang mengidam itu dan ini menjadikannya memahami erti kesabaran dengan lebih mendalam.

"Berhadapan situasi begini memang rasa susah juga sebab Linda secara total menjadi orang lain. Dia 'berubah' dari segi emosi dan karakter. Malah, nafsu makannya juga turut berubah.

"Kadang-kadang ada benda yang dia minta yang mengejutkan saya, tetapi alhamdulillah, saya gembira. Segala-galanya berjalan dengan mudah sedari awal mengahwini Linda sehingga kini bakal menimang cahaya mata," kata pelakon filem Cinta itu.

Bercerita pengalaman lalu, Que sedikit kelam kabut apabila diminta oleh isterinya untuk membelikan Chee Cheong Fun.

"Pernah suatu masa, ketika Linda mula-mula mengandung dulu, dia minta saya belikan Chee Cheong Fun.

"Masalahnya, saya tak tahu Chee Cheong Fun tu apa, tetapi nasib baik saya ada kawan-kawan berbangsa Cina dan saya minta pertolongan daripada mereka.

"Mereka cakap, Chee Cheong Fun tu sejenis mee masakan Cina yang dibuat untuk sarapan pagi dan hanya ada dijual di food court KLCC sahaja.

"Walaupun terlewat beberapa hari namun, nasib baik saya dapat belikan juga untuk dia," cerita Que sambil ketawa kecil memandang isterinya.

Que, Linda tak tahan tengok barangan bayi. Bagi setiap pasangan yang menanti hadiran insan kecil yang bakal melengkapkan kehidupan berkeluarga, momen-momen menyediakan barangan si kecil tentu sahaja menjadi antara detik terindah buat mereka. Begitulah juga dengan Que dan Linda.

Linda sorok barangan anak


Biarpun usia kandungan Linda baru mencecah empat bulan, namun pasangan tersebut nampaknya sudah tidak sabar menyambut kelahiran permata hati perkongsian mereka.

"Kami memang sudah mula buat persiapan sikit-sikit untuk bayi," kata Linda. Sempat mencelah, kata Que: "Sebab kami tak tahan tengok barangan bayi dekat kedai. Semuanya comel-comel, sebab itu bila nampak sahaja barang bayi kami rasa nak beli," katanya sambil ketawa.

Biarpun teruja membuat persiapan, namun, Linda masih berpegang pada pesanan orang tuanya.

"Kata mak saya tak elok buat persiapan awal jadi, apabila teringatkan pesanan itu barang-barang yang telah saya beli semuanya saya sorok dalam almari," katanya.

Sebelum ini, Que lebih banyak berangan-angan untuk menimang anak perempuan. Berbeza dengan Qalif, kata Linda, dia mahukan adik lelaki sebagai teman bermain.

"Mula-mula Qalif kata tak nak adik, tetapi bila saya dah mengandung dia (Qalif) kata nak adik lelaki. Tetapi, akhirnya dapat tau dia akan dapat adik perempuan pula," kata guru tari itu lagi.

Biarpun keputusan ujian imbasan (scan) bayinya lebih condong menyatakan dia bakal menimang anak perempuan namun bagi Linda dan Que, asalkan bayinya sihat mereka tidak mahu terlalu memikirkan tentang jantina anak yang bakal dilahirkan nanti.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 5:10 pm

Hujan perbaiki kesilapan lalu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Hi_02_77


DILABEL dengan pelbagai tanggapan negatif sewaktu mula-mula menyerap masuk ke dalam muzik arus perdana, Hujan kini semakin matang melalui liku-liku industri muzik tanah air.

TATKALA nama dan lagunya mula menyerap ke dalam muzik arus perdana sekitar 2006, band indie yang popular menerusi lagu Bila Aku Sudah Tiada dan Pagi Yang Gelap ini tidak terlepas daripada dilabel dengan pelbagai ungkapan negatif.

Dituduh sombong dan kurang teliti dalam soal berkomunikasi, begitulah yang diperkata orang tentang mereka ketika ini.

Di sudut lain, mereka juga dilihat seakan kurang menyenangi dengan kehadiran media apabila mengambil pendekatan 'acuh tak acuh' dalam melayani sebarang persoalan wartawan.

Tidak cukup diperkata sedemikian, lagu-lagu mereka yang dimuatkan di dalam album pertama dan dipasarkan pada 1 Ogos lalu turut dicap sebagai 'tangkap muat'.

Ini kerana, menurut sesetengah pencinta muzik tanah air, proses rakaman membabitkan lagu-lagu itu seperti tidak dilakukan dengan sebaiknya.

Berganti masa dan ketika, bagaimanapun, band indie bernama Hujan itu kini pantas memperbetulkan keadaan bagi membolehkan perjuangan muzik mereka dapat diterima ramai.

Mengakui kesilapan yang lalu, Hujan yang dianggotai Mohammad Noh Salleh (Noh); Mohd. Hezry Mohd. Hafidz (AG Coco); Azhar Imran Ahmad Zulkeflee (Jaja) dan Azham Ahmad (Am) tidak mahu melepaskan peluang yang ada untuk melakukan perubahan.

"Ya, dahulu kami memang sombong. Berhadapan dengan media pada waktu itu juga merupakan satu kejutan buat Hujan.

"Sekarang, kami sudah berubah dan bersikap profesional,'' kata Noh selaku vokalis Hujan ketika ditemui pada sidang media mengumumkan persembahan band indie tersebut pada sambutan ulang tahun ketiga Restoran Kunang-Kunang di Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Hadir sama pada sidang media itu, Pengarah Urusan Restoran Kunang-Kunang, Syamsul Hisham Nordin.

Ujar Noh, Hujan tidak pernah menyesal memasuki muzik arus perdana atau mainstream meski ia membawa kepada pelbagai tanggapan negatif kepada mereka.

Jelasnya, menyerap ke dalam dunia muzik arus perdana membolehkan Hujan mengecap populariti yang meluas.

"Kalau dahulu, Hujan hanya popular di kalangan underground sahaja. Dengan menyerap ke dalam mainstream, ramai yang mampu menikmati muzik Hujan.

Mencari Konklusi


"Tetapi, selepas melangkah masuk ke muzik arus perdana dengan pengedaran album diuruskan oleh FMC Music, ramai yang sudah salah faham dengan konsep indie Hujan.

"Mereka kata Hujan sudah tidak indie kerana 'bernaung' di bawah FMC. FMC hanyalah bertindak sebagai pengedar album Hujan. Kami masih indie,'' tegas Noh.

Ditanya mengenai istilah 'tangkap muat' yang dilabelkan terhadap lagu-lagu Hujan yang dimuatkan dalam album pertama mereka berjudul Hujan, Noh berkata, Hujan sedari awal lagi menceburi dunia muzik adalah untuk hiburan sendiri.

Sebaik mendapat sambutan di kalangan pendengar, jelasnya, lagu-lagu Hujan dimuatkan dalam album sebagai pasport untuk pergi lebih jauh dalam industri muzik.

"Kini kami sedang dalam proses menyiapkan album kedua berjudul Mencari Konklusi. Setakat ini, tujuh buah lagu sudah siap dirakam. Mungkin album itu akan memuatkan lapan buah lagu.

"Single berjudul Mencari Konklusi sudah pun disiarkan di radio-radio. Insya -Allah, hujung bulan ini, album tersebut akan dipasarkan.

"Kali ini, penghasilan Mencari Konklusi membabitkan idea semua anggota Hujan. Ia menjalani proses rakaman yang baik berbanding album pertama,'' kata Noh penuh yakin.

Ujarnya, bagi Mencari Konklusi, Hujan mengharapkan agar pengedarannya akan dilakukan dengan lebih bagus daripada dahulu.

"Namun, kita rasa bersyukur kerana walaupun album pertama Hujan dipasarkan tanpa melibatkan aktiviti promosi, penjualannya amat memberangsangkan.

"Album itu juga sudah dibawa ke Indonesia sewaktu Hujan terlibat dalam siri jelajah ke negara berkenaan, Mac lalu.

"Sambutan terhadap Hujan di sana tidaklah mengecewakan. Kami terlibat dengan beberapa sesi temu bual bersama stesen radio dan televisyen termasuk persembahan di Hard Rock Cafe di Jakarta,'' katanya.

Sedih kemelut MUH


Mengalih bicara terhadap kemelut yang melanda band sealiran Hujan iaitu Meet Uncle Hussain (MUH) mengenai tindakan vokalisnya, Lan, bertindak keluar daripada MUH, Noh menjelaskan bahawa ia sesuatu yang menyedihkan.

"Kami sama-sama naik meniti dunia muzik tanah air. Saya sendiri cukup sedih dengana apa yang berlaku.

"Harapan saya dan Hujan agar MUH akan terus bertahan sampai bila-bila,'' ujarnya.

Kata Noh, apa yang berlaku ada hikmahnya dan ia juga memberi teladan kepada Hujan agar sentiasa menjaga hubungan antara anggota kumpulan.

Persembahan Hujan di Kunang-Kunang

Sementara itu, Hujan bakal mengadakan persembahan sempena sambutan ulang tahun ketiga Restoran Kunang-Kunang pada 24 Julai ini bertempat di restoran terbabit.

Dengan bayaran sebanyak RM38, tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan itu sudah mula dijual di Restoran Kunang-Kunang dan Acoustic Music Station di Pertama Complex.

Persembahan selama satu jam setengah itu akan menyelitkan pelbagai lagu-lagu popular Hujan.

Bagi yang berminat, maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Fida Sakdin (019-6699427) atau Juria Banding (013-2633938).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 5:11 pm

Kemuncak karier lelaki ini

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Hi_01116


Kredibiliti Anuar bukanlah sembarangan. Dia cukup hebat di pentas. Vokal yang ampuh dan bertenaga serta ditambah dengan karisma serta pesonanya menjadikan Anuar berada dalam liga dan kelasnya tersendiri

SUDAH lama Anuar Zain menyimpan hasrat untuk beraksi dalam sebuah konsert berskala besar untuk melunaskan impiannya sebagai seorang penghibur.Sekurang-kurangnya sebuah konsert yang mampu dikenang oleh tuan punya badan serta peminat setianya yang tidak pernah jemu menyokongnya sebaik bergelar penyanyi solo pada tahun 1998.

Sebelum ini, dia kerap mengadakan persembahan eksklusif untuk hari-hari tertentu yang membataskan bilangan penonton.Namun, mengenangkan sikap dan kerenah birokrasi syarikat korporat di negara ini yang skeptikal dengan kemampuan artis tempatan, hasrat Anuar dipendam sahaja meskipun pernah mengetuk pintu mereka untuk memohon penajaan dalam menganjurkan sebuah konsert.

Kredibiliti Anuar bukanlah sembarangan. Dia cukup hebat di pentas. Vokal yang ampuh dan bertenaga serta ditambah dengan karisma serta pesonanya menjadikan Anuar berada dalam liga dan kelasnya tersendiri.

Dengan iltizam serta berkat kesabaran dan ketabahannya, doa Anuar dimakbulkan apabila dia berpeluang beraksi untuk pertama kalinya menerusi konsert sulungnya selama dua malam berturut-turut di Panggung Sari, Istana Budaya minggu lalu.Apabila peluang itu datang, sudah pasti Anuar menjanjikan persembahan hebat dan mantap sepanjang dua malam vokal hebatnya bergema di pentas bertaraf dunia itu.

Dan kini, Anuar boleh tersenyum bangga dan puas apabila namanya kini sebaris dengan Datuk Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, M. Nasir dan Black Dog Bone yang pernah beraksi di pentas yang sama.Konsert Lelaki Ini Anuar Zain dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2009.

Apa yang membanggakan, konsert Anuar itu adalah persembahan pembukaan untuk festival muzik yang cukup berprestij itu.Berbalik kepada persembahan Anuar tempoh hari, sepanjang lebih daripada dua jam beraksi di atas pentas, hanya satu perkataan yang mampu menggambarkan Anuar - hebat!Mungkin sedar, peluang yang entah bila akan datang lagi kepadanya untuk beraksi dalam sebuah konsert besar seperti itu, Anuar telah memberikan persembahan memukau yang lahir dari vokal magisnya itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 5:15 pm

Tuhan tahu!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Mainp255


"DIA (Farawahida) sebenarnya mahu mengalihkan isu sebenar," demikian tegas Julfekar berhubung kontroversi dengan penyanyi asuhannya, Farawahida.

“Kenyataannya banyak menyentuh soal peribadi tetapi soal tindakan dia melanggar kontrak yang menjadi isu sebenar tidak disentuh sepenuhnya,” sambungnya lagi.

Julfekar berkata, dia tetap bertegas untuk menuntut ganti rugi daripada Farawahida berjumlah lebih RM400,000 sebagai memenuhi tuntutan penyanyi ini yang meminta dibebaskan daripada syarikat rakaman Millineum Art Sdn Bhd.

“Dia boleh bercakap apa saja termasuk membesar-besarkan cerita peribadi. Memang dia ada memohon daripada saya untuk minta dibebaskan. Saya memenuhi permintaannya tetapi dengan bersyarat iaitu dia mesti menjelaskan ganti rugi yang saya tanggung terlebih dulu.

“Sebelum dia menghilangkan diri begitu saja, saya sebenarnya sudah membuat pelbagai perancangan untuk kerjayanya seperti pembikinan album terbarunya iaitu Farawahida 09, kos pembikinan klip video, urusan promosi di Indonesia dan kos promosi lain untuk albumnya di Indonesia,” kata Julfekar kepada Hip.

Dalam pertemuan ini, Julfekar menunjukkan lampiran senarai tuntutannya dalam surat kepada pelepasan secara bersyarat kepada Fawahida.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Mainp254


Farawahida menjadi artis rakaman di bawah naungan MilleniumArt Sdn Bhd (MASB) selama lima tahun berkuat kuasa daripada tarikh dia menandatangani kontrak iaitu pada 19 Februari 2004. Kontrak ini ditandatangani oleh Farawahida dengan Julfekar dari pihak MASB dengan disaksikan ibu penyanyi itu, Nurmah Omar dan peguam yang dilantik.

Mengikut kontrak itu, selepas tempoh lima tahun, kontrak Farawahida boleh disambung lagi secara automatik seperti terdapat pada perkara ketujuh kontraknya.

Jelas Julfekar, mengikut Perkara Satu kontrak itu, Farawahida mempunyai kontrak dengan syarikat untuk tempoh lima tahun dari tarikh perjanjian dengan pilihan untuk sambungan kontrak selama setahun di tangan syarikat. Ini diperjelaskan lagi mengikut Perkara Kesembilan pula, pilihan setahun adalah hak syarikat untuk sambung (kontrak).

“Dan mengikut Perkara ke-12 kontrak itu, dengan jelas dia (Farawahida) kena membayar ganti rugi di atas segala kerugian, kos dan kesusahan yang diterima syarikat termasuk bayaran peguam akibat melanggar kontrak dan penamatan perjanjian ini,” katanya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Mainp253
SAAT-SAAT manis bersama.


Sedih dan kecewa

SELAIN ganti rugi lebih RM400,000 sebagai syarat pelepasan, Julfekar juga turut membuat tuntutan ganti rugi pengurusan yang dianggarkan sebanyak RM180,000.

“Dia juga harus menerima hakikat, syarikat pengurusan sudah menanggung kos kehidupannya selama lima tahun yang dianggarkan RM180,000 membabitkan sewa rumah, perbelanjaan dapur, perbelanjaan peribadi, bil-bil, Astro dan perbelanjaan tambahan lain seperti membeli belah.

“Dalam masa tiga tahun pertama pembabitannya dalam dunia nyanyian, dia tidak ada pendapatan dan semua kos kehidupannya ditanggung oleh syarikat pengurusan. Inikah cara Farawahida membalas pengorbanan, jasa dan budi saya? Kenapa perlu saya dianiaya dan dizalimi seperti ini? Sekurang-kurangnya bagilah ucapan terima kasih yang tulus dan ikhlas,” katanya

Julfekar berkata, dalam keadaan sekarang dia sangat kesal dan sedih dengan keadaan yang berlaku sekarang kerana ia tidak sepatutnya berlaku kalau semua pihak bersedia berbincang dengan baik.

“Perkara ini tidak akan terjadi kalau dia dan keluarganya boleh berbincang. Persoalan utama di sini ialah mengenai kontrak. Kenapa perlu mengheret hal peribadi yang boleh mengaibkan saya dan kredibiliti saya. Malahan dia dan anggota keluarganya juga,” jelasnya.

Menurutnya, jika Farawahida sudah tidak suka sekalipun, penyanyi itu tidak boleh bertindak dengan cara melulu seperti menghilangkan diri dan enggan tampil untuk berbincang terutama berkaitan dengan kontraknya bersama MASB.

“Kalau pun tidak suka, jangan buat begini. Sekurang-kurangnya ingatlah juga kebaikan saya selama ini. Semua albumnya rugi tetapi saya masih buat lagi untuk albumnya Farawahida 09.

“Itu semua untuk siapa? Untuk dia juga. Sebab saya sudah merancang tahun ini untuk menjadikan Farawahida di tempat teratas. Kerana saya faham, shownya sebelum ini dibayar sedikit kerana dia belum cukup popular. Jadi tahun ini adalah tahun dia menyimpan duit tapi nampaknya tidak kesampaian,” katanya.

Julfekar mengakui selama lima tahun menguruskan Farawahida, penyanyi itu sebenarnya masih belum cukup bagus untuk menerima persembahan anjuran syarikat korporat dan seterusnya menerima bayaran lumayan.

“Dia (Farawahida) juga harus mengakui kesilapannya kenapa dia dibayar sedikit (oleh penganjur persembahan). Pertama, dia tidak cukup popular dan kedua, dia tidak boleh menyanyi lagu Inggeris dengan baik. Malahan dia hanya boleh menghafal 25 lagu berbahasa Melayu.

“Apabila penganjur minta dia nyanyi lagu empat hingga lima lagu Inggeris, saya tidak dapat ambil tawaran itu sebab saya tahu Farawahida hanya boleh hafal satu lagu Inggeris saja,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Farawahida yang mendakwa dirinya terseksa sepanjang bersama MASB, Julfekar berkata, ia sebenarnya akan menimbulkan banyak tanda tanya kerana penyanyi itu tidak bercakap benar.

“Saya tidak mahu cakap Farawahida menipu, cuma kenapa dalam banyak perkara dia tidak bercakap benar,” katanya.

Farawahida menerusi kenyataannya dalam B*pop pada 5 Julai lalu mendakwa dirinya sebagai cukup terseksa sepanjang lima tahun bersama Julfekar. Penyanyi ini tampil mempertahankan diri sambil mendakwa dirinya didera mental dan fizikal. Malahan Farawahida juga menegaskan Julfekar bukanlah kekasihnya, sebaliknya hubungan mereka tidak lebih daripada pengurus dan artis.

“Saya tak pernah berbohong malah saya bercakap perkara yang sama jika ada yang bertanya sejak dulu lagi. Julfekar hanya pengurus saya, bukan kekasih!,” jelas Farawahida.

Biarlah Tuhan saja yang tahu

JULFEKAR berkata, dia tidak perlu bercakap panjang lebar pasal cinta kerana mengetahui Farawahida akan terus menafikannya.

“Nanti nampak sangat saya yang terhegeh-hegeh. Biarlah Tuhan saja yang mengetahui sejauh mana hubungan kami selama enam tahun.

“Walaupun begitu, pada hakikatnya, saya boleh berikan nama individu yang boleh menilai dan mengesahkan sejauh mana keakraban hubungan kami, terutama selama kami berulang alik ke Indonesia.

“Ketika di Indonesia, dengan siapa sebenarnya sepanjang di sana? Saya menerima satu SMS daripada Farawahida, ayatnya ialah, “Kamu ingat Fara tak curi-curi video kamu? Jangan anggap Fara bodoh... Masa di Indonesia, Fara ambil (video) tanpa pengetahuan kamu”.

“Sebenarnya dengan ayat SMS itu sendiri sudah membuatkan kita boleh terfikir dia berada di mana. Dalam bilik hotel? Takkan dalam reban ayam?” jelasnya.

Jahil sangatkah saya?

KOMPOSER itu berkata dia amat kecewa dan terkilan dengan dakwaan Farawahida kononnya tidak membenarkan bersolat.

“Apakah saya jahil sangat dalam hal agama? Sebenarnya Fara mula ‘mengenal’ agama dan sembahyang sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Oleh kerana prihatin dengan kesedarannya, saya membelikan dua telekung dan dua sejadah dan beberapa kitab agama untuk dia mentelaah dan memahami mengenai Islam.

“Jadi, bagaimana dia boleh kata saya memarahi dia pasal sembahyang? Malahan saya cuba membimbing ke arah Islam, tetapi kenapa dia memutarbelit cerita ini. Kenapa gunakan agama untuk memburukkan saya, pada hal saya cuba berusaha membimbing dia.

“Malahan apabila dia melarikan diri ke Taiping, semua sejadah dan telekung dan kitab dibawa juga. Saya fikir dia sudah sedar, tetapi hakikatnya pada saat ini dia belum berubah,” kata Julfekar.

Tak pernah marah keluarga Fara

“SAYA tidak pernah memaki hamun keluarganya. Saya mengaku ada memarahi Fara. Ini kerana saya tertekan dengan tindakan Fara yang menghilangkan diri tanpa memikirkan pelbagai kesan yang saya tanggung. Lagipun dia degil. Tapi semua SMS itu antara saya dan dia (Farawahida), bukan kepada mana-mana anggota keluarganya.

“Dia sengaja membesar-besarkan perkara itu dengan mengheret sekali keluarganya yang tidak ada sebarang kaitan dalam hal ini. SMS itu adalah luahan masalah antara saya dan dia,” jelas Julfekar.

Julfekar juga menegaskan dia tidak pernah sama sekali menghalang Farawahida daripada menemui keluarganya di kampung di Taiping kecuali apabila ada perlu menghadiri persembahan, rakaman TV atau aktiviti publisiti dan promosi membabitkan dirinya.

“Saya tidak bagi balik (kampung) sebab ketika itu dia perlu hadir menyertai acara-acara yang sudah ditetapkan. Waktu itu saya memang tak lepaskan. Dia pun tahu perkara ini. Selalunya dia balik dengan emak atau bapa saudaranya. Malahan, kalau tidak ada apa-apa, biasanya saya sendiri hantar dia balik ke kampung,” katanya.

Tak masuk akal pukul di hadapan khalayak

DAKWAAN Farawahida bahawa dia pernah dipukul di hadapan ibu dan orang ramai dianggap oleh Julfekar sebagai melampau.

“Kenyataan itu sangat keterlaluan dan amat tidak berasas sama sekali. Gila ke saya ni? Masuk akal ke, pukul dia depan ibunya, apa lagi di hadapan orang ramai? Kenapa saya hendak buat tindakan bodoh di depan orang ramai.

“Bodohlah kalau saya buat tindakan macam itu kerana ia boleh mencemarkan maruah saya,” tegas Julfekar.

Julfekar juga menjelaskan, sebagai manusia yang pernah berkeluarga, dia tidak menghalang Farawahida bersuka ria dengan keluarganya.

“Saya pun ada keluarga. Saya faham. Tetapi masalahnya dia sudah berjanji akan membahagikan masa antara keluarga dan kerja. Selama lima tahun jadi artis rakaman, bayangkan dia hanya tahu satu lagu Inggeris saja untuk dinyanyikan dalam sesuatu persembahan.

“Dan hanya 25 lagu Melayu popular yang boleh hafal. Lagu itu sajalah yang diulang dalam mana-mana persembahan selama lima tahun. Sedangkan saya sudah berikan banyak minus one dan VCD karaoke lagu Inggeris, beli di Malaysia dan Indonesia, tetapi tiada satu lagu yang dia hafal. Begitu juga dengan lagu Melayu yang lain.

“Saya mahu dia berlatih untuk kebaikannya supaya jangan asyik pada lagu sama saja berulang kali. Tapi dia gagal. Jadi macam mana saya tak membebel kepada dia,” kata Julfekar.

Menurutnya, dia juga tertanya-tanya dengan dakwaan Farawahida yang mahu keluar dengan keluarganya kerana hendak membeli barang perkahwinan keluarganya.

“Pada hakikatnya dia keluar waktu malam dengan orang lain yang saya tak kenal selain ditemani ibunya. Tapi katanya, dia bersama keluarga dengan bapa dan ibu saudaranya. Lepas tu dia cakap, ambil gambar MMS curi-curi. Pelik. Kalau sudah itu bapa dan ibu saudaranya kenapa hendak ambil gambar curi-curi. Apa masalah dia kalau ambil gambar bapa dan ibu saudaranya tanpa pengetahuan mereka?

“Saya jadi syak, sebab dia tidak bercakap benar. Kenapa dia boleh MMS gambar dia, tetapi dia tidak MMS gambar orang depan walaupun ambil gambar curi-curi.

“Saya bukan cemburu, tetapi saya juga hendak tahu siapa orang itu. Ini tanggungjawab saya. Walaupun bersama emaknya, tetapi mereka perempuan. Adakah waktu itu dia keluar dengan lelaki lain barunya? Saya tidak menuduh, tapi kemungkinan saja,” katanya.

Mengenai dakwaan Farawahida kononnya dihalang daripada meraikan kemenangannya di AJL23 bersama keluarganya, Julfekar menjelaskan, itu satu lagi kenyataan tidak betul kerana selepas menang, dia (Julfekar) tidak lagi menemui penyanyi itu selama dua minggu.

“Saya bagi pelepasan selama dua minggu. Ini memberi ruang kepada Fara untuk bertemu keluarganya di rumah Fara di Wangsa Maju.

“Di situ semua anggota keluarganya ada. Jadi, kenapa timbul saya menghalangnya daripada meraikan kemenangan bersama keluarga. Dua minggu saya tidak menemuinya selepas menang AJL23,” katanya.

Desakan kahwin

BERHUBUNG dengan soal kahwin, Julfekar berkata dia tidak pernah merancang untuk kahwin lari seperti yang didakwa oleh Farawahida, terutama ketika siri penjelajahan di Indonesia.

“Bagaimana dia boleh beri kenyataan saya merancang nak kahwin lari seminggu sebelum konsert jelajah Indonesia sedangkan acara itu dibuat pada Mac. Kenyataannya waktu itu dia berada di Taiping. Dia menghilangkan diri dan bersama-sama keluarganya sejak Februari sampai sekarang. Ertinya waktu itu dia sudah lari.

“Isu kahwin lari tak timbul langsung. Soal kahwin memang pernah ada dibincangkan, tapi saya minta ini ditangguhkan dulu kerana saya mahu dia memberi tumpuan kepada kerjanya terlebih dulu.

“Tapi sekarang saya malas nak cerita pasal kahwin lagi. Sudah tentu Fara akan menafikannya, lagipun dia mungkin sudah ada teman lelaki baru. Jadi malulah kalau dia hendak bercerita mengenai bekas teman lelakinya pula,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 5:19 pm

Selamatkan artis Malaysia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Mainp258
DARI kiri; Engku Emran, Faizal, Tacy, Aizat dan Amin pada sidang media mengenai APM 2009.


Undian Artis Serantau Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik kian merosot

PELUANG artis Malaysia untuk terus mengungguli kategori Artis Serantau Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik (APM) semakin tipis apabila jumlah undian tidak langsung memihak kepada artis tempatan.

Jika sebelum ini selama lapan tahun berturut-turut, trofi itu digenggam oleh Datuk Siti Nurhaliza tetapi nampak gayanya ia mungkin menjadi milik kumpulan Indonesia, ST12. Antara nama artis tempatan yang turut bersaing dalam kategori itu tahun ini di samping nama Siti adalah Faizal Tahir, Meet Uncle Hussain (MUH) dan Hujan.

Pengarah Urusan Beyond Events Sdn Bhd (BESB), Amin Hussen, berkata undian artis Malaysia untuk kategori itu sudah mula terkebelakang dan pantas dipintas artis Indonesia terutama kumpulan ST12.

Katanya, sikap terleka, mudah selesa dan terlepas pandang daripada terus mengundi artis pilihan mungkin akan menyebabkan kegagalan artis Malaysia untuk terus mengekalkan takhta.

Justeru, peminat dan penyokong setia muzik tempatan digesa memperhebatkan undian jika mahu terus melihat wakil calon artis negara kita terus unggul bagi kategori terbabit.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Mainp257
MAMPUKAH Hujan mencipta kejutan pada APM 2009?


Undian di Malaysia bagi beberapa kategori popular dimulakan sejak 18 Jun lalu dan masih berjalan. Acara kemuncak APM 2009 diadakan buat pertama kali di Jakarta Indonesia pada 18 Julai ini.

Situasi itu antara alasan yang membuatkan BESB terpanggil untuk mengadakan sidang media 2 Julai lalu dengan mengundang rakan media untuk terus memainkan peranan menghebahkan kepada masyarakat untuk mengundi artis Malaysia yang dicalonkan dalam kategori popular itu.

“Untuk kategori terbaik, kita tidak dapat mengubah keputusan yang bakal diumumkan nanti. Hanya kategori popular saja yang boleh diubah dan semuanya terpulang kepada undian peminat tiga rantau, Malaysia, Indonesia dan Singapura.

“Maka untuk memastikan kejayaan yang pernah diraih Malaysia menerusi kemenangan Siti, peminat perlu sepakat mengundi empat calon akhir - Siti Nurhaliza, Hujan, Faizal Tahir dan MUH - yang sudah disenaraikan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Mainp256
APAKAH Datuk Siti Nurhaliza akan terus memegang rekod pemenang Artis Serantau Paling Popular yang dipegangnya lapan tahun berturut-turut?


“Penggemar muzik Malaysia tak sepatutnya membiarkan kategori itu beralih tangan ke negara lain. Kemenangan Malaysia bagi kategori itu penting kerana dianggap sebagai batu loncatan untuk memastikan karya tanah air mendapat perhatian di negara orang. Setiap undian anda cukup bermakna, bagaimanapun ia bergantung kepada penetapan kuota peratusan maksimum sebanyak 3.33 peratus bagi tiga negara terbabit.

“Semuanya terletak kepada undian anda dan setakat ini (ketika artikel ini ditulis), Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir antara senarai artis Malaysia yang mendahului bagi kategori Artis Serantau Paling Popular. Bagaimanapun ia bukan lagi kedudukan yang selesa kerana sudah ada artis Indonesia yang memintas,” katanya sambil berharap supaya peminat muzik tempatan tidak akan berhenti mengundi bimbang undian akan terus statik.

Kata Amin lagi, peningkatan undian mendadak di Indonesia yang bermula 28 Jun lalu barangkali didorongi faktor keghairahan rakyat Indonesia yang pertama kali menjadi tuan rumah acara gilang-gemilang itu.

“Ketika pihak kami mengadakan majlis sidang media mengenai acara ini di APM 2009, lebih 100 media dari sana yang turun padang untuk membuat liputan. Gambaran itu secara jelas menunjukkan keterujaan orang Indonesia yang tidak sabar menanti acara ini singgah ke negara mereka,” katanya.

Ditanya tidakkah fungsi beberapa media rasmi yang sudah dilantik menjadi tulang belakang kepada APM 2009 membantu dalam terus memastikan hebahan mengenai perkembangan acara itu terus bergerak, Amin mewakili BESB mempunyai jawapannya sendiri.

Katanya seiring dengan peredaran masa, hak eksklusif yang diperoleh media tertentu mungkin tidak lagi relevan pada masa mendatang.

“Pada awal kemunculan acara ini, mungkin kita perlu media rasmi dalam mencipta jenama pertandingan itu sendiri. Kami mula terfikir untuk menggugurkan hak eksklusif itu tahun depan kerana mahu menarik lebih ramai rakan media untuk bekerjasama. Tak saya nafikan apabila wujud hak sebegini, ada keterbatasan yang dialami sesetengah media yang bukan media rasmi.

“Di Indonesia sendiri, ada empat radio berbeza profil pendengar, namun mereka bersatu untuk memberi sokongan padu dalam acara ini. Akhirnya kami mula sedar, kita semua patut bersatu dan tidak kisah daripada media mana kita berada. Kita juga boleh buat dan sebab itu, kami terus mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menjayakan dan menghebahkan perkembangan APM 2009,” katanya.

Suria FM tawar tiket saksi APM di Jakarta

SEMENTARA itu, selain mengumumkan kedudukan undian artis Malaysia bagi kategori popular dan artis yang bakal membuat persembahan, sidang media yang sama turut disertai stesen radio Suria FM yang menyatakan kesudian demi membantu mempromosikan APM 2009. Ia diwakili Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Zainal Abidin.

“Dua hari sebelum sidang media ini berlangsung, saya ada menghubungi Amin untuk bertanyakan perkembangan APM 2009. Amin ada memberitahu saya mengenai undian SMS artis negara kita yang semakin ketinggalan. Lalu, apa yang dilakukan kami ini sebagai tanda sokongan dalam usaha memeriahkan lagi acara terbabit.

“Selepas persetujuan termeterai, kami berharap usaha untuk memanjangkan promosi APM 2009 sedikit sebanyak dapat membantu kelancaran APM 2009 nanti. Kami juga akan membeli 10 tiket untuk dihadiahkan kepada lima pendengar bertuah Suria FM yang menjawab soalan berkenaan APM 2009 dengan tepat. Istimewanya mereka dapat membawa pasangan masing-masing.

“Kami akan membiayai kos tiket dan tempat tinggal mereka di sana. Peraduan itu akan bermula pada hari ini hingga Jumaat. Setiap hari akan diumumkan satu pemenang saja. Jadi pastikan anda mendengar frekuensi radio kami untuk memenangi tiket itu. Penyampai radio kami juga akan menggunakan pelbagai cara untuk memastikan undian kategori popular terus meningkat,” katanya sambil memberitahu segala status terkini mengenai APM 2009 boleh diketahui dengan melayari www.suriafm.com.my

Tambah suami kepada Erra Fazira itu lagi, apa yang dilakukan stesen radio itu adalah sebagai tanggungjawab sosial terhadap industri seni.

“Saya rasa bukan untuk acara ini saja, untuk acara berprestij lain juga lebih bagus kalau tiada media rasmi. Hak eksklusif itu tidak perlu diwujudkan lagi kerana saya yakin banyak media yang bersedia untuk mempromosikan acara hiburan sebegini dalam usaha memartabatkan dunia seni tanah air,” kata Engku Emran.

INFO: APM 2009

Berminat untuk mengetahui perkembangan terkini APM 2009 boleh ke laman sosial, Facebook dengan menaip Anugerah Planet Muzik 2009. Ia dibuat sejak dua minggu lalu.

Secara lisannya, untuk kategori Artis Paling Popular Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza, Stacy, Faizal Tahir dan Aizat berada di kedudukan selesa.

Manakala untuk Artis Serantau Paling Popular, ST 12 mendahului di negara Indonesia, Taufik Batisah (Singapura), Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir (Malaysia).

Bersiaran buat kali pertama dari Indonesia di Balai Sidang,

Pusat Konvensyen Jakarta, Senayan pada 18 Julai ini.

Senarai artis yang bakal membuat persembahan malam kemuncak APM 2009

Malaysia: Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Reshmonu, Stacy, Dafi, Aizat, Hujan dan Ayu

Singapura: Taufik Batisah, Didicazly, Nana dan Hady Mirza

Indonesia: Afgan, Dewi Sandra, Bunga Citra Lestari, Kotak, Yovie & Nuno, Nidji, Kuburan dan ST12

Cara mengundi

Bagi kategori Artis Paling Popular Malaysia, caranya, taip, APM(kod artis) dan hantar ke 33660

Kod artis dan calon: Aizat (MY1), Anuar Zain (MY2), Bunkface (MY3), Estranged (MY4), Faizal Tahir (MY5), Hujan (MY6), Mawi (MY7), Meet Uncle Hussain (MY8), Misha Omar (MY9), Datuk Siti Nurhaliza (MY10), Stacy (MY11) dan Yuna (MY12)

Bagi undian kategori Artis Serantau Paling Popular, taip APM(kod artis) dan hantar ke 33660

Kod artis dan calon: Faizal Tahir (AS5), Hujan (AS6), Meet Uncle Hussain (AS7) dan Datuk Siti Nurhaliza (AS8).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 5:20 pm

FAUZIAH AHMAD DAUD (tengah), Norzizi Zulkifli (kanan) dan Mardiana Alwi (kiri), menguatkan lagi persembahan teater Intan Yang Tercanai.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Mainp259
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 5:22 pm

Dengarnya... Mila ligat berniaga tetapi tak lupa menyanyi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Mainp260
Mila


SUDAH lama Cik Normah tak dengar cerita terbaru mengenai juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Mila. Tapi Cik Normah diberitahu biarpun jarang muncul di kaca TV dan media, anak kelahiran Pulau Mutiara itu cukup ligat dengan bidang perniagaan produk kecantikan yang diceburinya.

Cik Normah diberitahu Mila baru saja pulang dari Jakarta kerana merakamkan sebuah lagu single terbaru yang berentak balada. Belum pun hilang penat, khabarnya Mila akan ke Jakarta lagi. Kali ini agak lama, dengar cerita dua bulan kerana terbabit dalam penggambaran sinetron.

Biarpun sibuk sebagai ahli perniagaan, bidang nyanyian tidak sesekali diabaikan. Kalau ada yang masih ingat, Mila mula menerjah persada seni dengan lagu berentak perlahan berjudul Persis Mutiara. Lagu itu dinyanyikan Mila sewaktu pertandingan akhir AF5. Selain itu, Mila turut dikenali dengan lagu rancak seperti Mila, Bila Cinta. Mungkin sebab sudah lama tak muncul dengan lagu balada menyebabkan penyanyi genit itu merakamkan kembali lagu bergenre sebegitu. Single itu khabarnya akan diputar di corong radio beberapa minggu lagi.

Mila ke Jakarta beberapa minggu lalu dan lagu berjudul Siapa Tak Perlu Cinta itu dicipta komposer dari sana juga bernama Richard Kyoto. Liriknya pula ilham Dhenda SR. Mila juga mengikut trend artis sekarang ini yang lebih cenderung merakamkan single demi single. Iyalah dengan keadaan pasaran sekarang membikin album penuh bukan alternatif terbaik.

Cik Normah difahamkan Mila mungkin akan membikin klip video lagu terbabit dan album penuh di sana juga. Tak silap Cik Normah, Mila mungkin ambil tiga lagu dari seberang dan selebihnya daripada komposer tempatan. Sebelum ini pun menerusi album sulungnya, Mila pernah merakamkan klip video beberapa lagu di sana. Ada yang cakap buat klip video di sana murah dan cantik.

Untuk pengetahuan semua, apa yang dilakukan Mila sekarang ini membikin single dibiayai sendiri olehnya. Kalau sebelum ini, Mila tak terlepas diterjah gosip kononnya album sulung itu ditaja ‘sugar daddy’. Nama pun gosip, sedangkan lelaki Cina yang dikatakan sugar daddy itu hanyalah rakan perniagaan Mila. Kepada Mila, semoga terus sukses.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeTue 07 Jul 2009, 5:24 pm

Semakin sibuk cari pengaruh

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Mainp261
RIAN (tengah) selaku vokalis bersama anggota D'Masiv.

D'Masiv tidak menyifatkan kehadiran artis Indonesia sebagai pemusnah pemuzik Malaysia


LAGU 'berhantu' kumpulan dari negara seberang, D'Masiv berjudul Cinta Ini Membunuhku sudah mula diputarkan di corong radio negara kita sejak tahun lalu. Saban hari ia mula menjadi siulan dan kegemaran penikmat muzik tempatan.

Saat isu kebanjiran muzik luar menguasai pasaran tempatan diperkatakan, ia sesekali tidak menjadi penghalang kepada individu di negara kita yang cukup menghargai entiti muzik untuk menikmati jalur muzik kumpulan ini tanpa batasan.

“Kami tidak melihat kemasukan muzik kami ke Malaysia sebagai pemusnah kewujudan pemuzik dan artis tempatan. Bagi saya, ia berbalik kepada soal rezeki dan bergantung kepada lagu yang dipilih. Jika lagu itu bagus dan mampu menghiburkan orang, ia tetap akan diterima dan menjadi hit.

“Datuk Siti Nurhaliza antara contoh terbaik yang mendapat sambutan hebat di negara kami. Vokal dan lagu dendangan beliau sudah meruntun jiwa dan penikmat muzik sudah tahu menilai lagu mana yang sedap atau sebaliknya,” kata vokalis D’Masiv, Rian atau nama penuhnya Rian Ekky Pradipta pada sidang pelancaran album kumpulan itu yang dilakukan di Hard Rock Cafe, baru-baru ini.

Mula dibentuk 30 Mac 2003, D’Masiv yang dianggotai lima anak muda berbakat besar mengikuti jejak senior mereka seperti Sheila On 7, Ungu, Peterpan dan Dewa untuk melebarkan sayap ke Malaysia.

Tahun 2008 menjadi tahun paling sibuk mereka memenuhi jadual seni dan komitmen yang sudah diatur. Malah, ia berlanjutan ke tahun ini. Lalu, tidak hairanlah perancangan membawa kumpulan ini Mac lepas hanya dapat direalisasikan Jun lalu.

Di Malaysia album sulung berjudul Perubahan itu dilancarkan April lalu. Kesempatan berada di Malaysia turut membolehkan kumpulan ini mengikuti siri Jelajah 11 Era di Johor Bahru. Diedarkan Universal Music Malaysia dan rentetan kejayaan muat turun lagu Cinta Ini Membunuhku mencecah enam juta di Jakarta, Indonesia antara faktor yang menarik minat syarikat rakaman terbabit untuk bekerjasama dengan label kumpulan itu, Musica Studio’s.

“Dengan kerjasama dua syarikat itu, ia sekali gus menjadikan impian kami menjadi kenyataan untuk melancarkan album sulung di Malaysia. Kesempatan berada dalam kelompok artis bersempena Jelajah 11 Era juga sudah mampu membuatkan kami tersenyum bangga apabila penonton yang hadir ada yang sudah menghafal lirik lagu Cinta Ini Membunuhku. Kami berharap ia satu permulaan yang baik dan penanda positif bahawa muzik kami diterima baik di sini,” kata Rian mewakili anggota yang lain.

“Kalau dikenang kembali perjuangan kami ketika zaman indie hingga ke peringkat sekarang, kami hampir menyerah kalah dan pernah berasa yang harapan untuk terus berjuang semakin menghakis hari demi hari. Tapi ternyata dengan sedikit sikap tidak putus asa yang masih menebal, kami mampu menggapai mimpi untuk mengecap keindahan yang sedang dinikmati kini.

“Muzik itu bersifat indah dan universal. Kami yakin lagu yang disampaikan di dalam album ini cukup dekat di hati. Apatah lagi, kesemua lagu yang dibikin saya berhubung kait dengan pengalaman saya sendiri ketika berdepan dengan kehidupan. Lagu Cinta Ini Membunuhku contohnya ia mengenai cinta saya di sekolah menengah yang ditolak bulat-bulat.

“Insya-Allah bulan ini, kami akan tampil dengan album mini yang berkonsepkan ketuhanan, kemanusiaan dan sesuai untuk sambutan Ramadan yang bakal menjelang tiba. November nanti pula, kami dalam proses perkiraan untuk melancarkan album kedua,” katanya yang masih belum berpunya malah anggota kumpulan ini berkawan baik dengan Winnie K yang sering bertemu mereka ketika berada di Indonesia. Ketika sidang media ini berlangsung, Winnie K turut hadir memberikan sokongan moral .

“Kami semua hanya berteman baik dengannya. Di Indonesia, label syarikat kami dan label syarikatnya (Triniti Optima) seperti bersaudara. Memang selalu kami berjumpa dengannya kalau dia ke sana,” kata Rian sambil tersenyum memberitahu dirinya masih mencari cinta.

Soalan terakhir yang ditujukan kepada kumpulan ini ialah mengenai jalur dan rentak muzik yang diperjuangkan mereka kononnya lebih cenderung menciplak atau memplagiat muzik kumpulan dari Barat seperti Muse dan Switch Foot. Tidak melenting, sebaliknya kumpulan ini mempunyai alasan dan pendapat tersendiri mengenai isu terbabit.

“Kami mengambil persoalan ini sebagai kritikan yang membangun dan punca untuk kami terus melakukan yang terbaik untuk album mendatang. Ia pengajaran terbaik untuk kami. Mungkin juga kami terpengaruh dengan konsep muzik sebegitu hingga ada yang melihat persamaan yang wujud. Senang saja, tidak semua sukakan kita. Dalam yang suka pasti ada yang sebaliknya.

“Setiap pemuzik pastinya akan terpengaruh dengan kumpulan tertentu yang menjadi idola masing-masing. Bukan saja muzik, bidang rekaan fesyen dan filem sekali juga sering mengambil ilham idea luar untuk berkembang. Saya sendiri menggemari kumpulan Queen dan sesekali terikut-ikut dengan gaya vokalisnya. Isu ini kami ambil sebagai positif dan tidak langsung menjadi kudis. Kita tidak boleh menutup mulut orang dan terpulang kepada orang yang menilai,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 11:04 am

Zaquan penyebab Ayu-Pekin berpisah?

KENYATAAN pelakon Ayu Raudhah yang mendakwa hubungannya dengan bekas kekasihnya, aktor Pekin sudah berakhir disebabkan tiada keserasian dan jodoh mungkin bersulam dengan alasan 'orang ketiga'.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Zaquan15
Penyerang bola sepak Kebangsaan bawah 23 tahun, Mohd Zaquan Adha dikawal rapi pertahanan pasukan Indonesia U-23, Rachmat Latif (kanan) pada perlawanan persahabatan kedua-dua negara di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 13 Jun 2009. -foto BERNAMA


Ini kerana Ayu kini dikhabarkan sedang menyulam cinta dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha yang bagaimanapun dinafikan oleh mereka.

Mungkinkah Zaquan penyebab hubungan Ayu dan Pekin yang dibina hampir enam tahun itu 'berkubur' begitu sahaja?

Menurut Pekin atau nama sebenarnya Mohd. Iznan @ Pekin Ibrahim, 27, dia dan Ayu secara rasminya telah berpisah sejak sebulan yang lalu bukan disebabkan Zaquan.

"Kami berpisah bukan disebabkan Zaquan kerana saya dan Ayu berpisah sebelum dia mengenali Zaquan lagi.

"Saya anggap kami sudah tiada jodoh. Dia (Ayu) yang pilih untuk berpisah lagipun salah saya juga.

"Saya yang bawa Ayu berlakon dan kami kenal sebelum dia bergelar pelakon lagi," kata Pekin ketika ditemui dalam sidang media filem Skrip 7707 di Cathay Cineleisure Damansara semalam.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Ayu_pe11
Ayu Raudhah Che Wan dan Pekin kelihatan membeli-belah di Pavillion Kuala Lumpur baru-baru ini
.

Namun begitu Pekin tidak pernah menyesal membawa Ayu dalam industri seni ini kerana sudah jodohnya untuk bergelar artis.

"Semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Mungkin saya boleh dapat yang lebih baik lagi selepas ni siapa tahu.

"Sekarang, apabila dia dikatakan ada hubungan dengan Zaquan, saya terima dengan terbuka kerana saya dengan Ayu sekarang hanya berkawan dan pintu hati saya sudah tertutup untuk Ayu," jelasnya.

Pekin memaklumkan hubungan mereka sudah mula 'bergoyang' semasa sama-sama berlakon drama bersiri 'Manjalara'.

"Waktu itu, kami terpaksa bekerja bersama tetapi masing-masing terpaksa 'berlakon' hubungan masih baik walaupun hubungan kami bermasalah," ulas Pekin yang mengaku masih belum menemui pengganti Ayu.

Imej selekeh sebab projek filem

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Ayu12
Ayu Raudhah


Memandangkan Pekin dan Ayu sudah tidak sehaluan lagi, nampaknya watak Khadijah yang sepatutnya disandang oleh Ayu terpaksa diganti pelakon lain.

"Projek filem Aku Dan Sesuatu dirancang dua tahun lepas dan akan mula dibuat pada tahun depan.

"Ikutkan Ayu akan berlakon sekali dengan watak Khadijah dan saya membawakan watak Husin yang diambil dari cerita kartunis Ayie, 'Aku Hidup Dalam Blues'.

"Saya menyimpan rambut panjang pun sebab perlu mengikut watak Husin yang berambut panjang," katanya yang terpaksa menolak tawaran berlakon apabila memerlukan dia memotong rambut.

Kata Pekin, sekarang syarikatnya, Indieworkshop Sdn. Bhd sedang sibuk menyiapkan beberapa buah filem pendek seperti Aku Dan Sesuatu yang mengambil masa .

Bibir dijahit dua kali

Menceritakan tentang pengalamannya berlakon dalam filem Skrip 7707 arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen ini, Pekin berkata bibirnya pecah dan keluar banyak darah sehingga dijahit sebanyak dua kali.

"Bibir saya terluka akibat memanjat palang kayu yang tinggi semasa menjenguk bilik misteri dalam filem tu.

"Ikutkan masa saya menjerit tu, darah keluar banyak tapi mungkin orang tak perasan," cerita Pekin.

Pekin melakonkan watak seorang pelajar yang menginap di hadapan sebuah bilik kosong yang sentiasa berasa curiga mengapa bilik di depannya dibiarkan kosong.

Tambahan pula, pelajar itu sering terdengar bunyi-bunyi pelik datang dari bilik kosong tersebut.

Ini membuatkan perasaan ingin tahunya menjadi semakin kuat.

Pelajar itu mengambil keputusan untuk menjenguk bilik itu lalu terkejut. Apakah yang telah dilihatnya? Apakah misteri disebalik bilik kosong itu?

Skrip 7707 menghimpunkan sembilan kisah seram dan bakal menghantui pawagam mulai 16 Julai ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 11:06 am

Aznil: Apa saya buat di luar akan pengaruhi rating program saya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 01318110
Aznil berposing ketika rakaman Macam-Macam Aznil musim ke lima semalam. - foto THE STAR NORAFIFI EHSAN


GELARAN Haji Aznil Haji Nawawi kini membuatkan hos, penyanyi dan penyampai radio ini merasakan dirinya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk digalas dalam menyampaikan sesuatu kepada masyarakat sama ada dari segi hiburan mahupun mesej yang diberi.

Aznil yang ditemui ketika rakaman Macam-Macam Aznil musim ke lima semalam banyak menjawab apa yang dipersoalkan mengenai statusnya sekarang yang mungkin akan memberi kelainan dalam kerjayanya.

"Pada saya tiada masalah dengan kerja saya, kerja saya bukan kerja hina atau terlarang. Cuma sekarang saya lebih berhati-hati dalam kerja saya dan saya lebih banyak memberi mesej dan saya sendiri mempunyai tanggungjawab yang besar dalam Macam-Macam Aznil kali ini.

"Tetapi saya juga tidak kurangkan pada elemen hiburan. Masih lagi ada kemeriahan dalam rancangan ini, ada mesej yang saya sampaikan kerana ini mungkin dapat mengimbangi kemeriahan dalam Macam-Macam Aznil selain diselit dengan hiburan kosong," kata hos Macam-Macam Aznil yang kini sudah masuk ke musim ke lima.

Aznil juga menyatakan yang dia juga berasa takut dengan statusnya sekarang dan harapan dari pihak pengurusan yang mana memerlukan dia menjaga kualiti dan etika kerjanya.

"Saya takut jugak, semua ini disebabkan tanggungjawab dan harapan. Harapan dari ASTRO terutamanya kerana ada mata yang sentiasa memerhati saya sama ada pihak pelanggan mahupun pengurusan.

"Jadi saya kena jaga kualiti dan etika kerja saya kerana di Malaysia agak berlainan, kita bukan saja diperhatikan ketika di kaca TV, malah ketika berada di luar juga kita sentiasa diperhatikan.

"Apa juga yang saya buat di luar mungkin akan pengaruhi kualiti kerja saya sekaligus akan pengaruhi rating rancangan ini." kata Aznil.

Bagaimanapun selebriti ini amat bersyukur apabila dia diberitahu yang rancangan Macam-Macam Aznil merupakan program bual bicara dari Malaysia yang tersenarai dalam 'Wikipedia' bersama program bual bicara lain dari seluruh dunia.

"Alhamdulillah, ini benda menarik kerana saya sendiri tidak tahu perkara ini. Program ini bergerak dalam Bahasa Melayu, bahasa kita ini bukan semua orang faham tetapi ini telah jadi satu kejayaan luar biasa dan saya tidak terfikir nama saya boleh berada di peta dunia.

"Mungkin melalui gerak badan, memek muka, lenggok pengacaranya yang membuatkan penonton di luar sana dapat faham," katanya dalam keadaan berseloroh.

Namun ketika disentuh mengenai isu Aznil dipersalahkan kerana meninggalkan majlis tanpa memberitahu pihak pihak penganjur, Anil berkata:

"Perkara ini masih jadi isu ke? Saya rasa masalah ini sudah selesai dan saya tidak terasa apa-apapun.

"Saya terlebih awal menolak undangan dari pihak ini untuk menjadi pengacara majlis sebab pada hari sama saya perlu ke Johor untuk menyertai Jelajah Era ke 11, tapi atas dasar kawan, saya pun terima dengan sayarat saya perlu dilepaskan pada pukul 11.

"Pihak pengajur pun bersetuju dan kata lepas pukul 11 akan ada orang gantikan saya. Tetapi aacra tu mula lewat hari itu dan masa atas pentas saya tengok jam dah pukul 11.30 jadi saya tanpa berlengah terus keluar kerana pemandu saya dah tunggu lama." jelas Aznil.

Tetapi masalah yang timbul adalah apabila Aznil bergegas untuk pulang giliran artis yang akan membuat persembahan selepas ini adalah Jay Jay dan Ramlah Ram dan nama mereka tidak dipanggil untuk tampil ke pentas.

"Saya tahu mereka kecil hati dengan saya, jadi saya sebagai adik kepada mereka (Jay Jay dan Ramlah Ram) masa dalam perjalanan itu jugak saya hantar SMS kepada mereka ceritakan keadaan sebenar dan meminta maaf berkali-kali.

"Semua ini bukan masalah bagi kami, kami dah berbaik pun. Abang Jay Jay dah maafkan saya begitu juga Ramlah Ram. Bagi saya ini bukan isu besar. tambah Aznil.

Bagi peminat Aznil, anda akan dapat saksikan rancangan Macam-Macam Aznil musim ke lima bermula pada 23 Ogos ini setiap ahad pada pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104) yang akan menampilkan lima segmen terbaru iaitu Pakaian beragam, Debat Kecoh, tangkap leleh, Cili padi dan Ribut taufan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 11:17 am

Ahmad Dhani Dan Fesyen Rambut Terbarunya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Ad110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Ad210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Ad310
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 11:19 am

Nabil Mentor & Ayu OIAM

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Nabil12

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Ayusg10

lain bebenor ropa nabil skrg ni..... rambut karat ekkk
ayu kata dia tak pakai jeans ngan tshirt skrg dah...pakai dress kekdahnya noks...leh cayer ker?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 73200911
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 12:00 pm

Fail notis pecah rumah Amelina

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Ne_07_13
MADHAVANKUTTY menunjukkan notis yang dikeluarkan oleh mahkamah untuk melelong perabot milik Amelina di Kota Kemuning, Shah Alam kelmarin.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Ne_07_14
KERATAN Kosmo! semalam.


SHAH ALAM - Pemilik rumah banglo berkembar dua tingkat di Kota Kemuning di sini yang disewa bekas ratu dangdut Amelina memfailkan notis pecah rumah dan menjual barang yang disita di Pejabat Pendaftar Mahkamah Majistret di sini semalam.

K. Madhavankutty melalui peguam Arnold Andrew turut memfailkan notis permohonan untuk mengambil semula rumah tersebut daripada Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharifuddin, 35, dan suaminya, Reduan Mahamood.

Arnold yang dihubungi berkata, tindakan itu diambil selepas pasangan itu tidak membuka mangga pada pagar rumah tersebut walaupun mahkamah menolak permohonan mereka untuk menghalang proses pelaksanaan lelongan terhadap barangan perabot di dalam rumah itu.

"Anak guam saya menunggu tarikh perbicaraan untuk masuk ke dalam rumah itu dan melaksanakan lelongan perabot sebagai bayaran sewa rumah yang tertunggak," kata beliau.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 12:11 pm

Imej Terbaru Ayu OIAM[/right]

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 76200911
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 12:25 pm

Minah bola

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Mainp262


MESKIPUN mula membina nama dalam bidang lakonan dari kecil, namun nama Rusdiana Rusdi belum sekukuh pelakon lain.

Pun begitu, anak bongsu daripada empat beradik ini tidak pernah berputus asa.

Akui Diana, pada awal bapanya tidak begitu berkenan dia membabitkan diri dalam bidang seni, apatah lagi sebagai anak bongsu dalam keluarga, dia masih dimanjakan orang tua.

Namun sekembalinya kakak Diana, Mawar dari Amerika Syarikat selepas menamatkan pengajian dalam bidang penyiaran dan bekerja dengan Wayang Tinggi, tanggapan bapanya terhadap dunia seni mula berubah.

Ketika itu, Mawar yang berjawatan penerbit eksekutif dan juga Ketua Bahagian Program Melayu, selalu mengundang Diana menjayakan daram diterbitkannya, tetapi hanya untuk watak tambahan.

Diana juga banyak menjayakan program dokumentari terbitan syarikat produksi berkenaan.

"Sejak itu tanggapan bapa terhadap dunia seni semakin berubah dan perlahan-lahan mula memahami minat saya serta merestui cita-cita saya menjadi pengacara dan pelakon kerana Mawar pun memilih bidang sama.

"Oleh itu, dia boleh mengawasi dan memberi panduan kepada saya.

"Sebenarnya, cinta pertama saya ialah bidang pengacaraan. Saya pernah mengacarakan rancangan kanak-kanak di ntv7. "Apabila peluang menjadi hos semakin kurang, baru saya beralih ke bidang lakonan. Alhamdulillah, walaupun berlakon minat kedua selepas mengacara, rezeki lebih ke arah itu.

"Bagaimanapun, saya benar-benar aktif berlakon selepas memperoleh diploma dalam jurusan pengiklanan dan pemasaran dari Kolej IACT, Damansara.

"Sejak itu juga, saya berani terima tawaran melakonkan watak berat.

"Pun begitu, saya perlu berusaha lebih gigih kerana kehadiran saya dalam persada seni belum begitu disedari," katanya.

Gadis yang dilahirkan di Belanda pada 26 Mei 1985 ini pernah berlakon dalam iklan komersial Petronas dan Parkson.

Meskipun Diana semakin suka berlakon, dia lebih selesa mengacara kerana masa kerjanya tidak panjang. Dek kerana kesibukannya di lokasi penggambaran drama, masanya untuk bersama keluarga semakin suntuk.

"Sejak banyak tawaran berlakon, saya jarang dapat berjumpa emak dan ayah meskipun kami tinggal serumah di Sunway Damansara.

"Ini kerana saya selalu balik lewat malam, mereka sudah tidur. Awal pagi dapat bercakap sepatah dua kata, saya hendak ke lokasi semula.

"Pernah juga emak dan ayah terasa hati dengan saya kerana tiada masa bersama mereka, tetapi hendak buat macam mana, kerja seni tidak menentu masanya.

"Sebenarnya saya bercita-cita untuk menyambung pengajian dalam jurusan perhubungan awam. Saya ingin mengikut jejak emak yang pernah bekerja sebagai pegawai perhubungan awam di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

"Saya selalu ikut emak ke majlis dikendalikannya. Sejak itu, saya suka dengan kerja perhubungan awam yang banyak berjumpa dan bergaul dengan orang ramai. Tetapi saya tidak tahu bila cita-cita itu akan terlaksana kerana apabila dah sibuk berlakon, susahlah sikit hendak membahagikan masa," katanya.

Kata Diana, kerana kesibukannya dan balik tidak tentu masa, dia pernah terfikir untuk pindah rumah dan tinggal bersendirian kerana tidak mahu mengganggu ibu dan ayahnya.

"Namun selagi belum berkahwin, mereka tidak mengizinkan saya tinggal berasingan kerana bimbangkan keselamatannya.

"Sekarang saya sedang mengenali hati budi seseorang, tetapi kami belum memikirkan untuk menuju ke gerbang perkahwinan. Dia bekerja di sebalik tabir dunia hiburan.

"Kami ingin berjaya dulu barulah memikirkan hala tuju hubungan kami. Insya-Allah, kalau ada jodoh kami akan berkahwin juga nanti," katanya.

Sebagai artis, Diana tidak terlepas daripada sasaran gosip, tetapi dia tidak terlalu memikirkannya.

Lagipun tiada apa yang patut dirisaukan kerana ibu bapanya lebih mengenali siapa dirinya daripada orang lain.

"Emak faham diri saya selalu menjadi perhatian masyarakat, tetapi beliau lebih kenal anaknya sendiri daripada orang lain. "Emak seorang yang berfikiran terbuka dan tidak cepat melenting. Emak selalu mengikuti perkembangan dunia artis dalam akhbar dan majalah, jadi dia faham rentak hidup anak seni," katanya.

Menyentuh harapan masa depannya, andai dia tidak diperlukan lagi dalam arena lakonan, dia ingin meneruskan minatnya mengacara dan impiannya untuk menghoskan rancangan sukan terutama bola sepak.

"Kalau boleh, saya ingin menjadi pengacara yang berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa seperti Maya Karin yang pernah menjadi hos Channel V.

"Jika diizinkan Allah s.w.t saya ingin muncul di ESPN menghoskan program sukan terutama bola sepak.

"Saya boleh lupa makan minum kalau dapat menonton perlawanan bola sepak. Saya sanggup keluar dengan kawan lelaki melepak di kedai mamak menonton bola sepak.

"Jangan tak percaya saya menangis kalau pasukan bola sepak kegemaran Manchester United dan Selangor kalah. Dek kerana terlalu minat bola sepak setiap bulan saya beli majalah sukan," katanya.

Menyentuh latar dirinya, Diana dilahirkan di Belanda kerana ketika itu bapanya berkhidmat sebagai diplomat di sana.

Bagaimanapun, Diana tidak sempat tinggal lama di sana kerana bapanya balik berkhidmat di tanah air.

"Abang dan kakak saya merasa lama tinggal di luar negara termasuk di Indonesia dan Eropah. Tetapi ketika saya berusia 12 tahun, kami sekeluarga bercuti di Belanda. Dapatlah saya tengok rumah lama kami di sana dan mengimbas semula kenangan ketika tinggal di sana.

"Belanda negara yang sangat cantik dan keindahannya semakin terasa apabila tiba musim bunga. Sayangnya tidak banyak yang saya ingat kerana ketika itu kecil lagi.

"Sekarang emak dan ayah dah pencen. Masa mereka banyak dihabiskan dengan menjaga cucu. Selain itu, ayah suka bermain golf dan apabila ayah bermain golf di luar negara, emak akan ikut sama berehat sambil membeli-belah," katanya.

PROFIL

NAMA: Rusdiana Rusdi

USIA: 24 tahun

TARIKH LAHIR: 26 Mei 1985

TEMPAT LAHIR: Belanda

KELUARGA: Anak bongsu daripada empat beradik

PENDIDIKAN: Diploma Pengiklanan dan Pemasaran

KERJAYA: Pelakon dan pengacara

TINGGI: 156 cm

BERAT: 48 kilogram

DRAMA: Dilema Wanita, Cinta Medik, Kasih Suci, Hartamas

IKLAN: Petronas, Parkson
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 12:27 pm

'Saya jahat sangat ke?'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Mainp263

SELEPAS puas 'bersembunyi' sejak Februari lalu, pendedahan dibuat penyanyi Farawahida Razali, 24, cukup menggemparkan.


Secara tiba-tiba, kemelut berlaku antaranya dengan komposer terkenal, Julfekar Ahmad Shah menjadi semakin panas.

Difahamkan Farawahida sudah membuat tiga laporan polis terhadap Julfekar, 45, sebelum ini. Ia dibuat di Balai Polis Klang pada 6 November tahun lalu, Taiping, Perak (9 Februari) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Rabu lalu.

Banyak perkara sudah didedahkan media berhubung kemelut pergaduhan mereka. Paling sensasi dilaporkan mengenai khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau ugutan.

Bukan sekadar 'ugutan' biasa, tetapi membawa kepada membunuh dan menyebarkan gambar serta video lucah penyanyi yang pernah popular dengan lagu Tanpamu itu. Apapun, kisah 'di sebaliknya', ia sudah menjadi kes besar membabitkan polis dan mahkamah.

Bagaimanapun, Julfekar sedia memberi kerjasama dengan polis berhubungan siasatan perkara itu. Malah, pemilik syarikat Millenium Art Sdn Bhd (MASB) yang dinaungi Farawahida selama lima tahun ini turut menyifatkan isu terbabit hanya pergaduhan peribadi, tetapi diperbesarkan.

Rentetan daripada kenyataan balas kedua-duanya yang menjadi topik hangat akhbar kebelakangan ini menyebabkan Julfekar dan Farawahida 'diburu' media untuk mendapatkan perkembangan terkini.

Ikuti temubual wartawan Harian Metro, Norhayati Nordin (yati@hmetro,com.my) bersama Julfekar.

SOALAN (S): Apakah status sebenar Farawahida dengan MASB?
JAWAPAN (J): Farawahida masih mempunyai satu tahun kontrak pilihan, namun dia gagal menyempurnakan perjanjian yang ditandatangani apabila menyepikan diri sejak Februari lalu.
Malah, dia juga pernah dua kali menghantar surat untuk keluar dari pengurusan MASB dalam tempoh 24 jam pada Februari dan awal Jun lalu.

Apapun, permintaan itu tidak dapat dilaksanakan berikutan kuasa untuk menamatkan kontrak pilihan adalah milik MASB dan bukan Farawahida, tetapi syarikat tidak menghalang jika dia mahu keluar dengan syarat bersedia membayar ganti rugi RM231,000 untuk keseluruhan produksi dan promosi album terbarunya, Farawahida '09.

S: Apakah ada ganti rugi lain yang turut dituntut?

J: Saya juga memohon ganti rugi RM200,000 atas segala kepayahan menaikkan namanya sepanjang tujuh tahun bergelar artis. Malah, setakat ini saya sudah melaburkan sejumlah besar wang untuk penerbitan album terbaru Farawahida termasuk menyiapkan klip video serta rangka promosi di Indonesia yang menelan belanja keseluruhan RM231,000.

Mengikut perancangan awal, album Farawahida '09 akan menemui peminat di negara jiran itu pada Mac lalu dan saya juga berjaya mendapatkan 10 persembahan untuknya di beberapa kota di sekitar Indonesia. Namun, Farawahida menghilangkan diri sejak 6 Februari lalu.

S: Tidak pernah bercadang untuk mengadakan perbincangan?
J: Dia (Farawahida) terus menghilang tanpa lebih dulu berbincang dengan saya dan pengurusan MASB. Malah, segala usaha untuk berbincang juga menjadi sia-sia apabila Farawahida dan keluarganya enggan bertemu sebaliknya mereka lebih senang berbicara menerusi SMS.

Jadi, bagaimana mahu mencari jalan penyelesaian jika mereka tidak mahu berhadapan dengan saya? SMS tidak akan menyelesaikan apa-apa.
Saya juga sudah terlalu banyak berlembut dengan Farawahida dan keluarganya. Kini, saya tiada pilihan lain kecuali mengambil tindakan undang-undang kepadanya kerana melanggar kontrak serta gagal menjalankan tanggungjawab sebagai artis di bawah syarikat MASB.

S: Apakah anda cukup terkilan dengan perbuatan Farawahida?
J: Saya terkilan kerana jasa sepanjang tujuh tahun berusaha mendidik dan menaikkan nama Farawahida dilupakan begitu saja.

Dia (Farawahida) juga membelakangkan kontrak dengan melakukan persembahan tanpa pengetahuan syarikat pengurusan.

Ia terlalu perit untuk diterima apatah lagi ini kali kedua saya menerima nasib yang sama. Tidak mahu nama baik tercemar, tindakan harus diambil supaya tiada pihak sewenang-wenangnya memijak kepala saya. Namun, saya tidak tahu apa masalah sebenar Farawahida.
Ini kerana dia tidak pernah mahu berbincang. Jika dikatakan saya sebagai pengurus tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik, itu tidak benar.
Malah, tiada apa yang perlu dipersoalkan kerana sejak 2004 saya menjaga Farawahida dengan baik hingga kerjaya nyanyiannya berada pada tahap selesa.

S: Bagaimana dengan SMS ugutan?
J: Ya Allah...kenapa sampai macam itu sekali. Macam saya ini jahat sangat. Perkara ini terlalu menyedihkan. Saya berasa sudah dizalimi, dikhianati dan dianiaya. Dia tidak fikir pengorbanan yang saya buat untuknya selama ini walaupun albumnya tidak pernah laku.
Saya sentiasa berusaha mahu menaikkan nama dia. Tetapi, adakah ini cara dia membalas jasa saya? Pergaduhan ini sebenarnya kecil, tetapi dia yang tidak mahu bawa berbincang sehinggalah kes ini jadi besar. Adakah semuanya ini sudah dirancang?

S: Mengenai laporan polis, apa yang berlaku?
J: Disebabkan laporan dibuat, saya berada di IPD Petaling Jaya selama lapan jam semalam (kelmarin) untuk disoal siasat. Telefon bimbit saya pun sudah diambil polis dan yang diguna sekarang ini baru dibeli. Jadi, semuanya kini diserahkan kepada pihak berkuasa.

S: Bagaimana dengan pendedahan Farawahida dalam Berita Minggu kelmarin?
J: Itu hanyalah untuk mengalih perhatian daripada perkara pokok iaitu kegagalannya membayar ganti rugi kepada MASB selain menagih simpati masyarakat. Semua tuduhan itu sebenarnya membuka pekung di dada sendiri serta memalukan keluarganya.
Dia tuduh saya pukul dia...tidak benarkan dia solat...halau keluar dari rumah sewa...ajak dia berkahwin dan yang paling serius membuat laporan polis mendakwa diugut untuk menyebar gambar serta video lucah.

Bagi saya, orang ramai boleh menilai sendiri, tidak mungkin saya memukulnya di khalayak ramai seperti didakwa.

S: Sebelum ini pun, anda bermasalah dengan Azharina dan sekarang, Farawahida. Bagaimana situasi seperti ini boleh berlaku kepada artis diuruskan MASB?

J: Saya tidak mahu menjawab soalan yang cuba menjatuhkan saya. Setakat ini, saya sudah memberikan banyak penjelasan kepada media. Semuanya sudah cukup dan tidak perlu diperkatakan lagi. Apa yang pasti, tolong fahami situasi saya.

S: Apa sebenarnya hubungan anda dengan Farawahida?
J: Saya juga tidak mahu menjawab soalan ini. Cukuplah sudah banyak kenyataan saya mengenai perkara ini di media.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 12:36 pm

Azza tunggu lamaran

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 13454210


BERUSIA 27 tahun, pelakon Azariah Suaymi atau Azza masih lagi bersendiri. Apakah dia begitu memilih atau bintang Akademi Fantasia musim pertama (AF1) itu masih mencari? Ternyata hanya Azza mempunyai jawapan terhadap kriteria pasangan dicintainya.

Enggan berselindung, Azza menjelaskan hatinya kini sudah pun dimiliki. Bahkan, siapa gerangan lelaki itu, biarlah ia tidak diuar-uarkan kerana 'jodohnya' belum sampai. Buat masa ini, baginya cukup sekadar mengakui diri mempunyai insan dicintai seperti wanita lain.

Azza berkata dia bersyukur perkenalannya dengan jejaka itu kira-kira dua tahun lalu berjalan lancar. Namun, mengakhirinya ke gerbang perkahwinan sukar untuk diperkatakan. Menurutnya, biarlah dia menunggu lamaran itu dihulurkan lebih dulu.

"Dalam soal ini (jodoh) saya tidak mahu terlalu mendesak. Kalau boleh, lamaran itu dibuat secara tulus atas dasar betul-betul sudah bersedia. Tidak dinafikan, saya juga mahu bergelar seorang isteri. Tetapi, apa hendak buat sebab jodoh belum ke arah itu (perkahwinan).

"Melihatkan ramai rakan di AF sudah menamatkan zaman solo, saya pun teringin membina keluarga. Namun, masanya tidak boleh cakap apa-apa lagi. Cuma, Alhamdulillah cinta saya masih kekal pada lelaki sama," katanya tenang.

Kata anak bongsu daripada empat beradik ini lagi, jodohnya dengan si dia bergantung pada ketentuan Tuhan. Apapun, akuinya dia tetap yakin kalau ada jodoh takkan ke mana. Malah, sekarang pun Azza aktif dengan tawaran dan aktiviti lakonan.

"Walaupun sedar saingan kini sengit, saya bersyukur masih lagi menerima tawaran berlakon setiap bulan. Itu yang penting kerana sekurang-kurangnya ada kerja hendak dibuat. Bagaimanapun, saya baru selesai menjayakan drama Senandung Si Dayang.

"Drama yang akan ditayangkan menerusi slot Lagenda di TV3 ini memberi peluang saya melakonkan watak utama sebagai Dayang. Apapun, jalan ceritanya kalau diamati tidak jauh beza seperti filem Dayang Senandung dan ia sangat menyeronokkan.

"Kisah berkisar pada sumpahan keturunan Dayang yang hitam legam. Semuanya, gara-gara bapa Dayang enggan berkahwin dengan Mega Sari, seorang gadis hodoh. Disebabkan marah, bapa Mega Sari yang juga bomoh membuat sumpahan," katanya.

Akibat sumpahan itu, keturunan Dayang juga hodoh seperti Mega Sari. Justeru, kata Azza menerangkan lebih jelas wataknya, Dayang perlu berkahwin dengan lelaki biasa yang mencintainya. Namun, malang jodoh Dayang terikat dengan anak raja yang menyamar diri.

"Disebabkan wajah hodoh, Dayang turut menjadi mangsa dera ibu mentuanya. Apapun, plot cerita Senandung Si Dayang ini mempunyai generasi yang mana Almy Nadia akan mendukung watak waris keturunan Dayang," katanya mengakui tidak minat menyanyi lagi.

Menurut Azza, sekarang dia lebih senang memberi fokus bidang lakonan. Katanya kerana seronok berlakon, dia tidak terfikir untuk menyanyi. Tetapi, manalah tahu mungkin suatu hari nanti minat itu muncul kembali.

"Terus terang, saya sebenarnya seorang pemalu. Jadi, kalau hendak bergelar penyanyi itu memang tidak sesuai rasanya. Apapun, itu tidak bermakna saya sudah padamkan hasrat untuk menyanyi. Cuma, sekarang bukan masanya.

"Saya tidak tahu bila minat menyanyi itu akan muncul semula walaupun masih ada pihak sudi memberi undangan persembahan. Bagi saya antara lakonan dan nyanyian, berlakon lebih sesuai. Namun, kena tunggu dan lihat sajalah," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 5:08 pm

Suasana pilu dan hiba selubungi upacara 'Memorial Jackson'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Mj-mem10
Keranda Michael Jackson yang diusung keluar ketika upacara memperingatinya diadakan di Staples Center. foto-AP


MICHAEL Jackson merupakan seorang penghibur luar biasa dan berjaya walaupun menghadapi pelbagai masalah peribadi. Persembahanya amat mempersonakan dan semua peminat-peminat terpaku apabila mendengar muzik yang dinyanyikanya. Kehilangan seorang legenda hebat seperti beliau amat dirasai oleh semua.

"Semenjak saya dilahirkan, ayahlah yang telah menjaga saya dengan baik. Saya sangat menyayangi ayah," kata anak Michael Jackson yang baru berusia 11 tahun, Paris-Michael.

Paris kelihatan begitu sedih dan tidak dapat menahan kesedihan dan ditenangkan oleh makciknya, Janet Jackson.

Upacara memperingati Michael merupakan saat-saat sedih sukar dilupakan oleh jutaan peminat Michael.

Siapa lagi yang boleh menanyi dan menari sepertinya dan berada pada tahap yang tertinggi dalam industri hiburan yang tidak pernah dikecapi oleh orang lain?

Berkawan pula dengan beruk 'Bubbles', memakai topeng untuk menyembunyikan pembedahan muka, berkongsi tempat tidur dengan kanak-kanak lelaki tetapi menafikan ada mencabul kehormatan mereka. Semua perkara ini akan tetap berlegar di dalam ingatan peminatnya di seluruh dunia.

Pengasas syarikat Motown, Berry Gordy menceritakan tentang Michael Jackson yang baru berusia 10 tahun ketika itu bukan sahaja 'Raja Pop' tetapi juga adalah "penghibur terbaik sepanjang zaman".

Bintang Bola Keranjang Los Angeles Lakers, Magic Johnson menceritakan yang beliau selalu pergi dan makan KFC di rumah Michael.

"Kami banyak persamaan, mungkin ini disebabkan kami mahu perhatian daripada orang ramai ketika masih muda," kata Johnson.

"Kami selalu bermain bersama ketika zaman kanak-kanak lagi... gelak ketawa dan senyuman Michael adalah perkara yang saya tidak dapat lupakan," kata pelakon Brooke Shields sambil menitiskan air mata kerana tidak dapat menahan kesedihan.

Keluarga Michael dan pihak yang menguruskan upacara memperingati Michael berkata upacara itu sedikit sebanyak dapat memulihkan imej Michael yang digambarkan begitu negatif sejak berdekad lamanya.

Beliau sebelum ini sering digambarkan dengan imej buruk seperti tuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak, kerap melakukan pembedahan muka, masalah saman dan berkelakuan pelik.

Hanya peminat Michael yang akan memperingati bagaimana Michael mempersonakan dunia dengan lagu "Thriller" kemudian mengegarkan lagi industri hiburan dengan lagu seperti "Rock With You" dan "Remember the Time,".

Upacara memperingati Michael pasti akan mengingatkan dunia tentang jasa dan sumbangan Michael Jackson.

Bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela mengucapkan takziah kepada keluara Michael dalam satu kenyataan yang dibaca oleh Lagenda Motown, Smokey Robinson.

Penyair terkenal, Maya Angelou juga turut sama menyampaikan ucapan takziah melalui kenyataan yang dibaca oleh penyanyi Queen Latifah.

"Ini merupakan saat yang tidak sanggup saya hadapi," kata kawan lama Michael, Stevie Wonder yang turut menyanyikan lagu "Never Dreamed You'd Leave in Summer," sebagai penghargaan kepada Michael.

Lionel Richie turut menyanyikan lagu kerohanian "Jesus is Love" dalam upacara itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 5:10 pm

Raisuddin, isteri dan bapa mertua diminta fail hujah 'faraq' nikah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 01256410
Raisuddin Hamzah.


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan pihak Raisuddin Hamzah, 52, dan isteri keduanya, Siti Fatimah Suberi, 22, serta bapa mertuanya, Suberi Abdullah diminta memfailkan hujah faraq nikah pada 8 September ini.

Selain itu, Suberi selaku perayu juga diminta untuk memfailkan hujah rayuan bertulis pada tarikh tersebut bilamana Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur tidak mempunyai kuasa untuk mendengar faraq nikah disebabkan kes ini melibatkan poligami.

Kedua-dua kes itu diputuskan oleh Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad di hadapan peguam syarie kedua-dua belah pihak iaitu Nor Azmi Mohd. Arif dan Roshdan Rafie.

Bagaimanapun, kedua-dua belah pihak tidak menghadirkan diri ke mahkamah.

Dalam pada itu, peguam syarie Nor Azmi yang mewakili pasangan suami isteri itu memaklumkan Fatimah telah memfailkan kes pengesahan dan pendaftaran nikah poligami di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 17 Jun lalu.

Pada 17 Jun lalu juga, mahkamah memutuskan Raisuddin 'faraq' perkahwinan (berpisah sementara) dengan Siti Fatimah.

Menurut Nor Azmi, kes faraq itu dipohon oleh Suberi kerana perkahwinan mereka diragui walaupun ia telah disahkan oleh pihak mahkamah.

Permohonan faraq ini menghalang Raisuddin dan Fatimah daripada melakukan hubungan suami isteri.

“Perkahwinan mereka sah tetapi bapa Fatimah yang kata tidak sah kerana dia tidak menjadi wali anaknya.

“Oleh itu, bapanya telah memfailkan rayuan untuk mengesahkan perkahwinan mereka pada 17 Mac lalu di mahkamah ini.

“Ikutkan, rayuan telah dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur tetapi disebabkan Hakim Syarie tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengendalikan kes ini, jadi kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah,” kata Nor Azmi.

Pada 7 April lalu, Fatimah secara sukarela mengaku bersalah kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar nikah di Songkhla, Thailand dengan Raisuddin pada 2 Januari 2007.

Pada 6 Februari lalu, hasrat Raisuddin untuk mengesahkan perkahwinannya dengan Siti Fatimah terbantut apabila mahkamah menolak permohonannya itu.

Raisuddin berkahwin dengan Siti Fatimah di Songkhla, Thailand dengan berwali hakim pada 2 Januari 2007.

Bapa Siti Fatimah, Suberi, 48, kemudiannya memfailkan permohonan untuk memfarakhkan perkahwinan pasangan itu mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 pada 26 Oktober 2007.

Beliau membuat permohonan itu dengan alasan Siti Fatimah bermastautin di Selangor dan dia sebagai wali mujbir langsung tidak dimaklumkan tentang perkahwinan itu.Sementara Raisuddin dan Siti Fatimah pula memfailkan permohonan balas bagi mengesahkan pernikahan mereka di mahkamah yang sama.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 5:13 pm

Album pertama pelengkap kerjaya seni Saifulapek

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Saiful11
Saifulapek bersama para penyanyi dalam album terbarunya. -foto THE STAR oleh ONG SOON HIN


SELEPAS 15 tahun menjaja seni dalam arena hiburan, Saifulapek atau nama sebenarnya, Mohd. Saiful Azam Mohammed Yusoff melengkapkan 'resume'nya dengan melancarkan album pertamanya, 'Saifulapek dan Famili' semalam.

Album dengan enam lagu tersebut membuktikan Saifulapek berdarah seni sebagai seorang pelakon, penyanyi, pemuzik, pengarah,penerbit, ahli peniaga, pengacara dan juruhebah.

Ia juga merealisasikan cita-cita Saifulapek untuk berkongsi kejayaannya selama lebih 15 tahun dalam arena seni dengan para peminatnya.

"Sejak 2001, saya sudah merancang untuk membuat album ini. Apa yang melambatkan niat saya itu adalah kerana saya membuat macam-macam benda.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Saiful10
Kalau saya penyanyi sahaja .. cepatlah.


"Itulah proses yang saya lalui dalam karier seni saya. Saya akui lebih mengutamakan lakonan berbentuk komedi," katanya pada majlis pelancaran Album Saifulapek dan Famili serta portal interaktif saifulapek.com.my di Borneo Baruk Club, Kuala Lumpur.

ENAM LAGU TERBAIK

Enam buah lagu terbaik yang bakal menjadi siulan semua peminat Saifulapek terdiri daripada 'Hua.. Hua.. Hua...' oleh komposer terkenal AJ 'Pop Shuvit' serta lirik oleh Filsuf; Hati Batu (AJ 'Pop Shuvit' / Filsuf) dan Joget Ikutkan Hati (Miss 3/Miss 3 dan Saifulapek).

Lain-lain lagu ialah Kalakian (lagu dan lirik oleh Azmeer); Kembalilah (CD naz / CD naz, D'Adza, Miss 3 dan Saiful Apek) dan Lagu Pantun Melayu (Kopi) (Ajin / Orang Melayu).

Ia bakal menggabungkan penyanyi seperti Yassin Yahya, Bob Kuman, CD naz, Kumpulan D'Adza, Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Mie Raja

Lawak dan Diarra

Mereka rata-ratanya adalah rakan-rakan seangkatan Saifulapek dalam industri hiburan dan ini turut menjelaskan nama albumnya, 'Saifulapek dan Famili'.

Menariknya, D'Adza pernah berlakon bersama Saifulapek dalam filem Lang Buana sementara Diarra ialah penyanyi soundtrack filem arahan pertama Saifulapek, 'Shh... Dia Datang'.

KELAINAN

Saifulapek yang menyanyi dengan suara serak-serak basah berkata, dia memilih sendiri komposer-komposer hebat seperti Azmeer, Miss3, Dali Ahli Fiqir dan AJ Pop Shavit untuk menghasilkan lagu-lagu berkualiti.

"Memandangkan tidak semua lagu di dalamnya berkonsepkan komedi, lagu-lagu album 'Saifulapek dan Famili' menjanjikan sesuatu kelainan dari segi genre, gubahan muzik, lirik serta pelbagai penyanyi.

"Penantian hampir lapan tahun adalah satu penyeksaan. Bagaimanapun, saya tak nak tangkap muat sahaja (pilih lagu untuk membuat album)," kata Saifulapek sambil menambah dia telah membelanjakan hampir RM30 ribu untuk menghasilkan album tersebut.

Tambahnya, dia memilih enam lagu terbaik kerana lebih mementingkan kualiti berbanding dengan kuantiti.

Mengenai perancangan mengeluarkan album solo kelak, Saifulapek berkata dia ingin mengeluarkannya dalam masa terdekat.

"Sebenarnya saya ingin meletakkan lagu 'Joget Ikutkan Hati' dalam album solo saya nanti. Bagaimanapun, saya letakkannya dalam album terbaru ini untuk dijadikan sekuel album solo saya kelak," kata Saifulapek.

Menerusi portal www.saifulapek.com.my , para peminat berpeluang berchatting dengan Saifulapek di bilik-bilik chat yang dipanggil Warung Mak Ton, Balairaya, Kaki Tembok dan Jeti. Laman forum turut disediakan.

Mereka juga boleh mendapatkan cenderamata eksklusif yang direka khas.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 5:20 pm

Zahnita

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 35284310

Gabungan hijau, kuning dan merah
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 5:21 pm

Irma Hasmie

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 31012810
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 5:34 pm

Nabila Huda Profile/Biodata:

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 61932410

Commercial Name: Nabila or Nabila Huda

Real Name: Nabila Huda binti Suhaimi

Age: 25 years old

Date of Birth: 2nd December 1984

Place of Birth: Sentosa Medical Center, Kuala Lumpur

Highest Education: Sijil Pendidikan Malaysia (SPM)

Status: Married

Drama: Near 50 drama, including Impak Maksima, Di Luar Itu Bukan Syurga, Golliwog, Diari Dewi, Serkam Cinta, Kerana Budi and Cinta Dia

Film: Rock, Cinta Terakhir, Cinta Yang Satu and Akhirat
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 5:36 pm

Misha Omar Biodata/Profile:

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 89241_10

Real Name: Samihah @ Aisah Bte Omar

Commercial Name: Misha Omar

Date of Birth: 6th January 1982

Place of Birth: Kota Bharu, Kelantan

Favorite Food: KFC.

Favorite Drink: Warm Water

Favorite Singer: Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah, Celine Dion, Mariah Carey, Toni Braxton, Whitney Houston.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 8:19 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 78200910

LOS ANGELES, 7 JULAI 2009: Suasana sangat beremosi menyelubungi Staples Center di sini, hari ini, apabila upacara memorial bagi pengkebumian superstar kesayangan dunia, Michael Joseph Jackson, 50, berlangsung awal pagi tadi (Rabu, 8 Julai, waktu Malaysia).

Sebelum pengkebumian secara tertutup itu berlangsung di Forest Lawn Memorial-Parks & Mortuaries, keranda Michael yang bersalut emas serta dihiasi jambangan bunga merah, diarak masuk ke dalam dewan bersejarah itu untuk ditatap buat kali terakhir oleh ribuan peminat selain jutaan lagi manusia di seluruh dunia yang menontonnya menerusi kaca TV. Ia turut dipancarkan secara langsung oleh Astro melalui Saluran CNN dan BBC.

Selain semua keluarga terdekat, anak-anak dan adik beradik Michael, upacara yang menghibakan itu turut dihadiri oleh rakan artis serta wakil kerajaan Amerika Syarikat (AS). Rakan penyanyi terkenal hadir membuat persembahan tribute seperti Mariah Carey, Lionel Richie, Stevie Wonder, Jennifer Hudson, Trey Lorenz, Shaheen Jafargholi, Usher dan abang kandung Michael, Jermaine Jackson.

Lagu-lagu Michael dan yang pernah diminati beliau berkumandang seperti I'll Be There, We Are The World, Heal The World, Will You Be There dan Smile. Stevie Wonder yang juga sangat rapat dengan Michael mengalunkan lagu khas, Never Dreamed You'd Leave In Summer.

Berselang seli dengan nyanyian, anggota keluarga, sahabat handai, ahli sukan serta tokoh politik muncul di pentas memberikan ucapan peribadi dan berkongsi kenangan manis mereka bersama Michael. Mereka termasuklah Brooke Shields, Queen Latifah, Smokey Robinson, anak-anak Martin Luther King Jr dan Jermaine sendiri.

Pengasas Motown Records, Berry Gordy, dalam ucapannya merasakan, gelaran King of Pop (Raja Pop) sebenarnya belum memadai untuk Michael, sebaliknya beliau layak digelar The Greatest Entertainer Ever Lived (Penghibur Terhebat Pernah Wujud).

"Dia mempunyai 2 personaliti. Di bawah pentas, dia seorang yang sangat pemalu tetapi di atas pentas, dialah raja persembahan," kata Berry yang bertanggungjawab menggilap bakat Michael bersama The Jackson 5 dulu.

Aktres jelita Brooke Shields, 44, yang satu ketika pernah digosipkan dengan Michael pula mendedahkan, mereka berdua banyak berkongsi saat indah dan masing-masing terpaksa menjadi matang dalam usia yang masih muda kerana telah memilih jalan sebagai artis. Lalu apabila bersama, mereka sering berkelakuan seperti budak-budak.

"Michael sangat suka diusik dan dimanjakan seperti seorang anak kecil. Kami berdua pernah menyelinap masuk ke bilik Elizabeth Taylor untuk melihat baju pengantin ketika dia (Elizabeth) hendak berkahwin. Walaupun orang selalu menggelarkan dia Raja (King) tapi bagi saya dia tetap seorang Putera Cilik (Little Prince) yang sungguh istimewa. Persahabatan kami kekal sampai bila-bila," kata Brooke yang turut sebak.

Paling mengharukan, ucapan anak sulung Michael, Paris Katherine Jackson, yang buat pertama kali berucap di depan khalayak umum. Paris dalam nada sayu berkata, sejak dia dilahirkan, dia merasakan Michael adalah seorang ayah yang terbaik dan dia amat menyayangi beliau. Selepas menangis teresak-esak, Paris terus dipeluk dan ditenangkan makciknya, Janet Jackson dan dibawa turun dari pentas.

Yang nyata, Michael Jackson tiada pengganti. Kehebatan bakat serta perjuangan seninya tanpa mengira warna kulit itu akan abadi dalam kenangan kita buat selama-lamanya. Heal the world...
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 8:22 pm

Hasil Bedah Siasat MJ Mengejutkan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 63020010

LOS ANGELES, 30 JUN 2009: Akhirnya, keputusan bedah siasat Raja Pop Dunia, Micheal Jackson (MJ) telah terbocor kepada pihak media di Barat dan ia menunjukkan hasil yang mengejutkan.

Antaranya, rambut MJ dikatakan hampir botak dan dia terpaksa memakai rambut palsu. Tubuhnya terlalu kurus dan perutnya hanya dipenuhi dengan pelbagai jenis pil yang sudah larut. Berat tubuhnya hanya 51.8 kilogram dan ia berada di bawah berat badan ideal bagi lelaki setinggi 180 sentimeter.

Selain itu, peha, pinggul dan bahu MJ dilaporkan dipenuhi banyak kesan jarum dipercayai akibat daripada suntikan ubat penahan sakit.

"Rambut beliau banyak yang sudah gugur dan badannya terlalu kurus. Sebelum mati, MJ tidak menjamah makanan langsung dan hanya makan pil saja," memetik kata sumber.

Difahamkan, ada 4 suntikan yang masih baru di sekitar jantungnya. Ia kemungkinan disebabkan doktor mahu mengepam adrenalin ke dalam jantungnya untuk menyelamatkan nyawa manakala 3 suntikan itu telah merosakkan dinding jantungnya.

Beberapa tulang rusuk MJ patah ketika usaha menyelamatkannya dan ada kesam lebam misteri di bahagian lutut dan tulang kering.

Kesan parut turut dikesan di bahagian telinga kirinya yang dipercayai kesan daripada kemalangan sewaktu dia membuat penggambaran iklan Pepsi pada 1984. Waktu itu rambut MJ pernah terbakar.

Terdapat 13 parut dikesan daripada pembedahan kosmetik. Namun pembedahan rawatan kanser kulit di dada MJ berjaya dan lukanya bebas jangkitan kuman.

Keluarga MJ dikatakan tidak berpuas hati dan meminta agar bedah siasat kedua dilakukan kerana bedah siasat pertama tidak menunjukkan tanda-tanda MJ meninggal dunia kerana perbuatan khianat.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 8:29 pm

Belum ada pengganti Lan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Hi_01_11

SEMBILAN tahun bersama kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH), akhirnya vokalisnya Lan atau nama sebenarnya Norazlan Roslee secara rasminya meninggalkan MUH pada malam Ahad lalu.

Pengundurannya saat nama MUH berada di puncak, saat lagu mereka menjadi siulan dan saat mereka menerima pelbagai anugerah penghargaan.

Namun, keputusan yang dibuat tidak mungkin ditarik balik oleh pemilik vokal unik ini. Bukan dia semakin bongkak dengan kelebihan suara yang dimiliki tetapi dia percaya hanya pengunduran diri merupakan jalan terbaik buatnya dan dua anggota MUH yang lain iaitu Taja dan Afat.

Menurut Lan, dia terlalu sayangkan MUH sehingga sukar buatnya untuk pergi meninggalkan pentas sebaik sahaja konsert terakhirnya bersama MUH iaitu Konsert Generasiku di Hard Rock Cafe Ahad lalu berakhir.

"Masa nak keluar dari pentas pun saya rasa susah sangat sebab ini konsert terakhir saya bersama MUH. Kami sudah lama bersama, jadi bila fikir selepas ini saya bukan lagi Lan MUH tiba-tiba saya jadi sebak," luahnya.

Tambah Lan, selepas berhempas-pulas selama bertahun-tahun dan kini kejayaan yang dinantikan MUH semakin kelihatan, pengunduran diri Lan daripada MUH memang satu perkara yang tidak dijangka.

"Saya pun tidak sangka saya akan keluar daripada MUH. Saya sayang sangat MUH sebab sebelum ini segala susah senang kami harungi bersama tetapi kalau tunggu lama pun keputusan yang sama akan saya ambil.

"Bezanya hanya cepat dan lambat. Sebelum keputusan ini dibuat saya telah berfikir lama dan meneliti baik buruknya buat MUH sebab keputusan yang dibuat bukan boleh main-main," ujarnya.

Tegas Lan lagi, apabila dia mengundurkan diri daripada MUH dan akan muncul dengan projek solonya iaitu Azlan & The Type Writer, dia sebenarnya telah memperjudikan nasibnya dalam industri seni tanah air.

"Saya tahu susah untuk saya berada di tahap sekarang, jadi bila saya keluar MUH saya akan kembali ke bawah dan cuba untuk masuk semula dalam industri.

"Saya juga tidak tahu apa akan jadi pada masa depan kerana saya cuba untuk membawa muzik saya sendiri dan terpulang kepada penerimaan orang di luar sana," katanya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 8:41 pm

Khadijah Ibrahim menyanyi di dapur?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Hi_02_10


KHADIJAH Ibrahim (tengah) bersama dari kiri Azri Abdul, Izham Mohammed, Rubiyah Jamil dan Chef Muluk pada pelancaran rancangan Resipi Nikmat Kehidupan di Theatrette, Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

SEPANJANG hampir 30 tahun bergelar penyanyi, para peminat tentunya hanya mendengar Khadijah Ibrahim menyanyi di persembahan-persembahan pentas, menerusi saluran-saluran televisyen (TV) ataupun radio.

Bagaimanapun, mulai 13 Julai ini, para peminat penyanyi yang popular dengan lagu popular Ku Pendam Sebuah Duka itu akan berpeluang pula menyaksikan beliau menyanyi sambil memasak di dapur.

Mulai tarikh itu, Khadijah akan memasak sambil menyanyi menerusi rancangan Resipi Nikmat Kehidupan Bersama Khadijah Ibrahim yang dihoskannya dan bersiaran di TV3 setiap Isnin hingga Khamis pukul 4.23 petang.

Melalui rancangan itu, penyanyi tinggi lampai ini bukan setakat menyanyi dan memasak, tetapi beliau juga akan memperkenalkan pelbagai resipi yang diadun daripada masakan kegemarannya bagi dikongsi bersama para penonton.

"Saya akan menyanyi secara spontan ketika memasak dalam rancangan ini dengan gaya saya sendiri supaya ia tidak nampak macam rancangan masak memasak yang biasa keluar di TV. Ini mungkin suatu kelainan dalam rancangan ini.

"Kebanyakan resipi pula adalah resipi saya sendiri dan juga gabungan daripada Chef Eksekutif Maggi, Chef Muluk yang kami gabungkan. Contohnya, nasi goreng paprik yang saya tambah perisanya dengan petai yang ala-ala kampung.

"Boleh dikatakan setiap resipi saya mesti ada cili padi. Saya pula memang suka masakan yang pedas. Mungkin saya boleh dapat gelaran Chili Padi Queen kut?" katanya sambil ketawa kecil pada sidang akhbar program itu di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Tambah menarik apabila rancangan 16 episod yang dihoskannya itu menampilkan penyanyi undangan yang berbeza-beza pada setiap episod yang bukan setakat membantunya di dapur, tetapi turut menyanyi bersama-samanya.

Menurut Khadijah, antara penyanyi yang telah menjayakan rakaman rancangan itu antaranya Datuk David Arumugam (Alleycats), Jay Jay dan Ramli Sarip dan kehadiran mereka menambahkan lagi tarikan rancangan tersebut.

"Semua artis jemputan yang diundang pada setiap episod rancangan ini adalah atas pilihan saya. Ini kerana saya bukan sahaja kenal lama dengan mereka, malah saya juga sering berduet dengan mereka sebelum ini.

"Contohnya Jay Jay yang selalu datang bersama keluarganya ke rumah saya dan saya sering memasak untuk mereka. Ia lebih memudahkan saya menjayakan rancangan ini kerana saya kenal rapat dengan mereka," ujarnya.

Selain memberi kelainan dalam rancangan masakan di kaca TV, adik kepada penyanyi Latif Ibrahim ini juga berasa puas apabila TV3 dengan penaja utama Maggi memberi kepercayaan kepadanya mengacarakan rancangan itu.

Kata Khadijah, ini kerana Resipi Nikmat Kehidupan Bersama Khadijah Ibrahim itu banyak memberi kebebasan kepadanya dalam menyerlahkan lagi bakatnya dalam bidang masakan bagi dikongsi bersama para peminatnya.

"Saya dapat kepuasan melalui rancangan ini. Saya juga dapat kebebasan kerana TV3 memberi kepercayaan kepada saya untuk memasak atau bercakap dengan gaya saya sendiri. Peminat juga tentunya akan tahu masakan kegemaran saya.

"Saya harap konsep baru dalam rancangan masakan seperti ini akan mendapat sambutan para penonton. Kalau dapat sambutan saya bersedia untuk menyambung rancangan ini untuk musim yang seterusnya," pintanya.

Sememangnya bidang masakan cukup dekat di hati Khadijah kerana selain aktif menyanyi beliau juga mengusahakan restorannya sendiri yang dikenali sebagai Khadijah's Kitchen di Petaling Jaya sejak setahun lalu.

Biarpun sibuk menyanyi tetapi penyanyi popular era tahun 1970-an ini tetap tidak lupa meluangkan masanya di Khadijah's Kitchen yang mempunyai 11 pekerja termasuklah menyedia serta memasak sendiri di restorannya itu.

"Pada 10 Julai ini saya akan ke Christchurch, New Zealand untuk mencari lokasi sesuai bagi pembukaan cawangan baru restoran saya di sana. Ini kerana di sana tidak banyak restoran yang menyediakan makanan halal.

"Khadijah's Kitchen merupakan restoran Melayu atau yang menyediakan masakan halal pertama pernah dibuka di Christchurch. Saya selalu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke sana bagi menguruskan restoran saya itu," katanya.

Dalam pada sibuk bercakap tentang dunia masakan, Khadijah tetap tidak melupakan bidang nyanyian yang menjadi sebahagian darah dagingnya menerusi album kompilasi terbarunya dengan Ramli Sarip yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Beliau juga gembira apabila album-album kompilasi lagu-lagu lamanya yang banyak diterbitkan semula sejak kebelakangan ini oleh syarikat rakaman seperti Warner Music Malaysia Sdn. Bhd., mendapat sambutan ramai.

"Saya pun tidak tahu bila mereka (syarikat rakaman) menerbitkan semula lagu-lagu lama saya untuk album kompilasi. Apa yang saya tahu, saya mendapat cek hasil daripada royalti album-album tersebut," tuturnya lagi sambil tersenyum.

Hadir sama pada majlis pelancaran rancangan itu ialah Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Pelanggan Rangkaian TV Media Prima Berhad, Azri Abdul, Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestle Products Sdn. Bhd., Izham Mohammed dan Pengurus Jenama Kumpulan Maggi, Rubiyah Jamil.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 8:44 pm

Tangisan Brooke Shields

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 69153610

Brooke Shields pernah dikaitkan menjalin hubungan istimewa dengan Raja Pop Michael Jackson yang kini selamat dikebumikan setelah meninggal dunia pada 26 Jun lalu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 8:48 pm

Ramlah Ram menangis kerana Aznil

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Ramlah10

Kesian Ramlah Ram... dia menangis di belakang pentas gara-gara pengacara paling popular Aznil Nawawi. Macam mana boleh jadi macam itu?


Macam ni ceritanya. Mereka dan ramai lagi artis mengadakan persembahan dalam satu majlis baru-baru ini.

Aznil bukanlah sengaja membuat kesilapan sehingga mengguris hati Ramlah dan dua artis lagi yang sama-sama membuat persembahan. Malah Aznil sudah meminta maaf kerana kesilapan itu.

Macam ni ceritanya. Ramlah dan dua lagi penyanyi seangkatannya sepatutnya muncul dalam persembahan terakhir majlis tersebut. Bermakna semasa mereka muncul Aznil sudah tamat kerjanya.

Tapi apabila Aznil mengumumkan tugasnya berakhir, dia terlupa mengumumkan persembahan sebenarnya masih ada.

Apabila Aznil melambai tangan dan turun pentas serta bersalam dengan tetamu yang duduk di meja hadapan, semua yang hadir ke majlis itu ingatkan majlis sudah selesai.

Penganjurlah yang terpinga-pinga kerana hanya mereka yang tahu masih ada artis yang akan muncul.

Ramlah dan rakan artis lain tersentaplah. Malah pada mulanya keberatan untuk naik ke pentas. Ramlah sudah meraung di belakang pentas kerana rasa terhina. Yalah pada masa itu orang sedang angkat kaki.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Ramlah11


Ibaratnya mereka menyanyi untuk mengiringi orang balik, bukannya menghiburkan. Itulah kisahnya.

Aznil mengakui dia terlupa untuk mengumumkan nama Ramlah dan penyanyi lain kerana terburu-buru untuk ke satu majlis lain.

Difahamkan penganjur juga sudah tahu yang Aznil harus meninggalkan majlis pada waktu tersebut. Akibat mengejar masa, Aznil sampai terlupa nak umukan nama mereka
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 8:52 pm

Ada apa pada suara?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Mainpi16

Biar ada yang masih meragui bakat mereka sebagai penyanyi, semuanya tidak menjadi kudis

NABILA Huda, 24, dan Liyana Jasmay, 21, bukan tidak berbakat dalam bidang lakonan. Malahan mereka antara nama yang terus menyemarakkan skrin kaca TV dan layar perak. Masing-masing mempunyai kekuatan dan aura tersendiri untuk terus utuh dalam arena seni.

Namun, alasan bergelar penyanyi kini bukan kerana sudah tidak mampu bertahan sebagai pelakon, sebaliknya mereka ada sebab berbuat demikian.

Jika Liyana menceburi bidang nyanyian kerana ingin mencuba pasaran berbeza, Nabila pula berkata, ia bermula hanya suka-suka. Apatah lagi, Nabila juga mewarisi bakat nyanyian daripada bapanya, rocker Amy Search. Mereka digandingkan kali ini dengan gaya berbeza dengan konsep 'suka-suka' diberi nama 'tribute to Hollywood'.

Ia dilakukan bersempena perlambangan imej yang ditonjolkan mereka iaitu pelakon yang bergelar penyanyi. Nabila bergaya bagaikan pelakon dan model seksi berwajah klasik, Dita Von Teese, manakala Liyana diberi kesempatan berada dalam 'tubuh' badan penyanyi Avril Lavigne, salah seorang penyanyi kesukaannya. Biar ada yang masih meragui bakat mereka sebagai penyanyi, semuanya tidak menjadi kudis buat mereka.

Perihal bergaya di depan kamera bukan satu masalah buat mereka dan semuanya direalisasikan dengan mudah. Tampak anggun dengan busana tajaan Nik Erwan Roseli, kolaborasi mereka bukan asing lagi kerana pernah berlakon bersama di dalam siri Sari Maya dan sebuah filem yang bakal menjengah pawagam, Duhai Si Pari-Pari. Ketika ini, perancangan sekuel Sari Maya bakal disambung tidak lama lagi.

Menyingkap sisi nyanyian, pastinya bait lirik berbunyi "Hey! Hey! Hey! Aku Tak Percaya Cinta" dan "Kau X-Raylah hatiku, Kau lihatlah bibit bibit cinta suciku" semakin menjadi siulan kebelakangan ini.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 8:54 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Mainpi17

Liyana


Nama: Liyana Jasmay.

Asal: Kuantan, Pahang.

Umur: 21 Tahun.

Tarikh Lahir: 28 Mac 1988.

Kerjaya: Pelakon & pelajar.

Pencapaian: Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-19.

Filem: Castello, Syaitan, Maut, Histeria, Kami The Movie, Papadom & Duhai Si Pari Pari.

NABILA HUDA

Nama sebenar: Nabila Huda Suhaimi.

Asal: Kuala Lumpur.

Anak: Sulung daripada tiga beradik

Antara drama: Mentari Jingga, Impak Maksima, Elly 1 & 2, Usia dan KL Menjerit The Series, Dari Mata Arisa, Sari Maya, Laila Majnun.

Filem: Akhirat, Rock, Cinta Yang Satu, Bujang Senang, Duhai Si Pari-Pari, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam

Kerjaya: Pelakon dan pengacara.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitimeWed 08 Jul 2009, 8:55 pm

Tiada agenda tersembunyi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Mainpi18

TIGA protege bersama mentor mereka sempat beraksi sebaik saja konsert berakhir.



Sejak Mentor mula bersiaran TV3 tidak pernah berjanji bilangan peserta yang layak ke akhir

MENGULANGI kembali keputusan yang pernah dibuat oleh pasukan produksi Mentor 2 sewaktu peringkat separuh akhir tiga tahun lalu, musim ketiga program realiti ini sekali lagi menyaksikan tiga peserta berentap di peringkat akhir untuk membawa gelaran juara Mentor 3 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dan kereta Kia Spectra 5 tajaan Oriva.

Jika sebelum ini Nieyl diterima masuk pada saat akhir, tetapi musim ini nasib nampaknya menyebelahi Camellus De’lelli Anam atau Chaq apabila diserap semula selepas mendapat markah undian paling rendah berbanding pesaingnya Black dan Fira.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 8 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 8 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 7, 8, 9, 10, 11  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions