|
| BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 10 Aug 2009, 1:32 pm | |
| 'Kakak buat filem bukan untuk anugerah'
Orked Ahmad (kiri) dan Yasmin Ahmad. JASADNYA kini aman bersemadi, namun dirinya akan terus diingati sebagai seorang insan seni yang berjasa dan menyumbang bakti kepada pembangunan industri perfileman tempatan. Dia hanya satu dan kehilangannya tidak mungkin ada pengganti. Sesungguhnya nama Allahyarham Yasmin Ahmad akan terus mekar dan memahat di hati penggemar dunia hiburan sebagai seorang pengkarya yang berjaya menyentuh hati sanubari masyarakat lewat garapannya yang kreatif. Andai empat tahun lalu, sentuhannya menerusi Sepet dijulang sebagai Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-18 (FFM18), namun gagal menobatkannya sebagai Pengarah Terbaik, FFM22 membawa trofi itu kembali kepadanya. Untuk kategori itu, Yasmin mengenepikan saingan terdekatnya, Afdlin Shauki menerusi garapannya dalam Papadom dan Bade Haji Azmi (Maut) selain Pierre Andre (Jangan Tegur) dan Ahmad Idham (Syurga Cinta). Kemenangan menerusi Talentime terbitan Grand Brilliance itu memberikan Yasmin trofi dan wang tunai RM20,000. Yasmin juga unggul apabila kembali meraih trofi Lakon Layar Terbaik, selain Talentime menambah dua lagi kemenangan menerusi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Mohd Shafie Naswip) dan Pelakon Harapan Wanita Terbaik (Jaclyn Victor). Talentime turut memenangi Anugerah Khas Juri - Membawa filem ke dimensi baru yang segar dan berkekalan. Suasana sebak dan mengharukan menyelubungi Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) ketika adiknya, Orked Ahmad memberikan ucapan sebaik arwah Yasmin diumumkan pengacara, Fahrin Ahmad dan Vanidah Imran sebagai pemenang. "Kakak mesti rasa sangat bersyukur dan gembira menerima anugerah ini, satu anugerah yang beliau impikan. Kakak saya membuat filem bukan meraih pujian atau anugerah, sebaliknya untuk menggembirakan hati ibu bapa kami serta menggambarkan suasana pahit manis kehidupan sebenar," katanya dalam sebak yang tertahan. Tambah Orked lagi, ketika hayatnya arwah Yasmin sebelum tidur akan memohon ampun daripada Tuhan serta memaafkan semua orang yang pernah menyentuh perasaannya. Justeru katanya, mereka sekeluarga juga berharap semua orang dapat memaafkan kesalahan arwah Yasmin serta mendoakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Terdahulu, FFM22 turut memberi penghormatan kepada pengarah itu dengan menayangkan klip video khas memaparkan petikan filem serta iklan arahan Allahyarham menampilkan penyanyi serta pelakon, Adibah Noor sebagai suara latar. Segmen itu turut diperkuatkan dengan kemunculan juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy membawakan lagu Angel selain Ray mempersembahkan Pergi sebagai mengenang pemergian Yasmin. Yasmin, 51, menghembuskan nafas terakhir pada 25 Julai lalu jam 11.25 malam selepas diserang strok dan mengalami pendarahan serius di bahagian otak. Kesempatan itu juga diambil Orked untuk berterima kasih kepada semua masyarakat Malaysia dan luar yang berada di sisi keluarga mereka ketika dibendung suasana kesedihan apabila kehilangan orang yang disayangi. Sebagai penghargaan terhadap sumbangan Allahyarham, Primeworks Studios bersama beberapa pengusaha pawagam bekerjasama dengan menayangkan kembali filem arahannya itu bermula 13 Ogos ini dalam jangka masa tertentu. Sesi tayangan itu diadakan di beberapa pawagam terpilih di seluruh negara dan setiap RM1 daripada penjualan tiket akan disalurkan kepada badan tertentu. "Yasmin ialah ikon industri perfileman dan kehilangannya akan terus dirindui semua. Ini adalah cara kami untuk menghargai segala hasil kerjanya serta memberi peluang kepada penonton untuk menikmati karyanya di layar lebar sekali lagi ," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan. INFO: Tayangan Talentime •GSC Cinemas di Mid Valley Megamall (Kuala Lumpur); Queensbay Mall, Pulau Pinang); Sunway Carnival, Prai; Dataran Pahlawan, Melaka dan Alamanda, Putrajaya •TGV Cinema di KLCC; Bukit Tinggi (Klang); Bukit Raja (Klang); Tebrau City (Johor); Cheras Selatan (Kuala Lumpur); IUtama (Petaling Jaya) •MBO CInemas di Ampang, Selangor; Batu Pahat Mall ; MBO Kluang dan MBO Skudai (Johor) •Pawagam persendirian di Growball, Kota Kinabalu dan The Mall (Brunei Darussalam) •Big Cinemas dan Lotus 5 Star di Taiping, Perak; Teruntum, Kuantan; Riverside, Kuching dan Alor Setar, Kedah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 11:25 am | |
| Kemenangan bersejarah Afdlin Dari kiri, Afdlin Shauki, Orked Ahmad, Liyana Jasmay, Salina Saibi, Syed Ahmad Faizal dan penerbit tayangan Unggul Sdn. Bhd., Gayatri Su-Lin Pillai.
PELAKON dan pengarah Afdlin Shauki merupakan finalis dalam Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) yang paling banyak menggondol anugerah pada malam kemuncak festival itu di Dewan Cancelor, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah malam Sabtu lalu.
Filem Papadom arahannya muncul pemenang kategori Filem Terbaik, Pelakon Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik dan Filem Komedi Terbaik.
Keseluruhannya filem itu meraih hadiah wang tunai RM100,000 menewaskan naskhah seperti Talentime arahan Allahyarham Yasmin Ahmad yang pada mulanya dikatakan mampu untuk mendominasi anugerah pada FFM22.
Dengan kemenangan Afdlin bagi kategori Filem Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik itu, beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM80,000.
Menurutnya, Papadom bukan sahaja membuat kejutan kepadanya tetapi ia juga mampu untuk menarik perhatian para penonton apabila ia akan ditayangkan tidak lama lagi.
"Papadom belum lagi ditayangkan kepada umum tetapi ia sudah mendapat perhatian para juri. Mungkin jalan ceritanya yang mengisahkan pengalaman hubungan antara seorang ayah dan anak perempuan yang sarat dengan nilai kasih sayang telah menambat hati para juri.
"Ini kali pertama filem arahan saya menang kategori Filem Terbaik. Sebelum ini saya pernah memenangi kategori anugerah Pelakon Terbaik melalui filem Suara Hati dan Buli.
"Saya dapati saingan terdekat saya dalam kategori ini ialah filem Talentime dan Setem," ujarnya yang akan mengarahkan filem Jalan Lama iaitu sebuah genre drama thriller dalam waktu terdekat ini.
Hadiah utama FFM22 disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Menteri Penerangan, Kominikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Turut serta ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Wong Kam Hoong dan Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim.
Ikhlas berlakon buahkan hasil
LIYANA Jasmay merupakan antara pelakon paling muda di kalangan finalis kategori Pelakon Wanita Terbaik pada FFM22 yang mengungguli kategori tersebut.
Pelakon berusia 21 tahun itu menewaskan empat lagi finalis kategori Pelakon Wanita Terbaik iaitu Nabila Huda menerusi filem Bohsia, Nadia Mustafa (Jangan Tegur), Sharifah Amani (Sayang U Can Dance) dan Heliza Helmi (Syurga Cinta).
Dia yang pertama kali memenangi anugerah menerusi festival filem itu tidak menafikan terpaksa bersaing dengan empat finalis itu yang disifatkannya mempunyai kelebihan masing-masing.
"Dalam kategori itu saya rasa pesaing saya yang paling dekat ialah Nabila Huda. Watak lakonanya berkesan. Bagaimanapun, ini adalah persaingan yang sihat.
"Sebelum ini iaitu pada Festival Filem Malaysia yang ke-19 saya pernah dicalonkan sebagai finalis kategori Pelakon Harapan tetapi tidak memang.
"Saya bersyukur dengan kemenangan ini biarpun berasa sedikit tertekan kerana saya rasa para penonton akan membayangkan lakonan saya selepas ini tentunya akan lebih bagus lagi," katanya.
Liyana tidak menafikan bekerja di bawah arahan Afdlin Shauki menerusi Papadom banyak memberikan pengalaman berharga buatnya sehingga dia berjaya mengungguli kategori tersebut.
Biarpun cara pengarah itu bekerja agak serius tetapi jelas Liyana, dia banyak menerima kebebasan daripada Afdlin yang cukup memahami tentang dunia lakonan.
"Saya senang bekerja dengan Afdlin atau Tayangan Unggul Sdn. Bhd. Saya dapati Afdlin seorang yang mempunyai keghairahan tinggi dalam bidang ini," akuinya.
Filem Castello lakonan Liyana tiga tahun lalu banyak membuka ruang yang luas kepadanya dalam bidang lakonan dan tidak sampai empat tahun dia sudah pun menggondol anugerah penting itu.
Cadang tubuh Yayasan Yasmin Ahmad
WALAUPUN Yasmin Ahmad telah meninggal dunia tetapi menurut adiknya, Datin Orked Ahmad, kakaknya Yasmin Ahmad tentu akan gembira apabila diangkat sebagai pemenang kategori Pengarah Terbaik pada FFM22 baru-baru ini.
Jelas Orked, kegembiraan itu antara lain kejayaan Talentime banyak dibantu oleh rakan-rakan Allahyarham termasuklah di Singapura, India, Thailand dan Jepun yang banyak menyokong filem-filemnya selama ini.
"Terima kasih atas sokongan semua rakyat Malaysia dan rakan-rakan kakak saya yang berada di luar negara yang berada di sisi kami ketika kami dibendung dengan suasana kesedihan.
"Kalau kakak saya masih ada, dia akan berasa amat bersyukur dan gembira kerana menerima anugerah ini. Apatah lagi ini adalah hadiah yang beliau impikan.
"Setiap malam sebelum tidur kakak saya akan minta ampun daripada Tuhan dan memaafkan semua orang. Saya harap semua orang dapat memaafkan kesilapan kakak saya. Doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman," katanya.
Orked mengucapkan ungkapan itu ketika memberi ucapan semasa menerima hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi bagi mewakili kakaknya itu.
Sementara itu, Orked turut mengumumkan, akan menggunakan duit hadiah kemenangan itu bagi menubuhkan Yayasan Yasmin Ahmad tidak lama lagi demi membantu insan-insan kurang bernasib baik.
"Duit ini akan dimasukkan dalam Yayasan Yasmin Ahmad supaya ia dapat disalurkan kepada tujuan-tujuan amal. Idea ini datangnya daripada banyak pihak termasuklah Datuk Seri Farid Ridzuan (Ketua Pegawai Ekskutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad).
"Ini adalah jalan terbaik kami bagi menghargai sumbangan Yasmin dalam bidang seni dan kasih sayangnya kepada semua orang. Penubuhan yayasan itu akan kami umumkan kelak," katanya lagi.
Hadiah Salina untuk anak
SEMENTARA itu, Salina Saibi yang memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Salina Saibi berkata, dia tidak menyangka akan memenangi anugerah itu dan menyifatkan sebagai rezeki anak sulungnya yang kini berusia empat bulan.
Kata pelakon berusia 27 tahun ini, dia akan menggunakan wang tunai RM10,000 yang dimenanginya itu untuk kegunaan anak perempuannya, Farahshakira Amir pada masa depan.
"Saya anggap ini adalah rezeki anak saya. Saya tidak sangka akan menang. Saya ingatkan pemenangnya ialah Vanidah Imran atau Norkhiriah. Lakonan mereka berdua amat hebat. Saya rasa macam dalam mimpi. Apa pun saya amat bersyukur dengan kemenangan ini," katanya.
Salina menyifatkan watak Amy yang dilakonkannya dalam filem Bohsia cukup berbaloi kerana ia merupakan watak yang mencabar bakatnya dalam bidang lakonan.
Malah, keberkesanan watak lakonannya itu turut diakui oleh suaminya, Azmir Osman, 46, dan juga ramai lagi kawan-kawan rapatnya termasuklah pelakon Dynaz.
"Suami saya kata, kalau juri lihat lakonan saya dalam filem itu mereka tentu akan suka. Ramai yang kata saya ada peluang memang kategori itu. Dynaz misalnya, awal-awal lagi sudah meramalkan saya boleh menang.
"Ternyata watak Amy seorang yang psiko, gila-gila dan kaki gaduh tidak sia-sia. Saya lakonkan watak itu dengan bersungguh-sungguh kerana ia merupakan filem pertama lakonan saya," ujarnya.
Malah, kemenangan Salina itu juga cukup berbaloi apabila ia turut dikongsi dengan ibu bapa dan keluarganya yang datang bersamanya dari Kuala Lumpur bagi memberi sokongan moral kepadanya.
Kemenangan itu tambahnya sebagai galakan dan doa kepadanya untuk lebih yakin dengan bakat lakonan yang dimilikinya dalam perjuangannya sebagai pelakon pada masa depan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 11:26 am | |
| Bijak sembunyi cinta
SAAT-SAAT manis buat Norman dan Shireen. DUA tahun lamanya mereka menganyam buih-buih cinta secara diam-diam, akhirnya, 7 Ogos lalu menjadi detik paling manis buat dua insan ini apabila disatukan dengan ikatan pernikahan. Berlangsung di Masjib Saidina Omar al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, tiada perkataan yang mampu diluahkan mengenai betapa gembiranya wajah mereka selepas sah bergelar suami isteri. Dan, semestinya pernikahan tersebut menjadi satu detik yang dinanti-nantikan oleh semua pihak terutama ahli keluarga si jejaka berusia 37 tahun itu. Masakan tidak, tatkala adik beradiknya yang lain sudah merasai alam perkahwinan, dia sebelum ini dilihat lebih selesa mendiamkan diri daripada berbicara tentang kehidupan berumah tangga. Begitulah empunya diri bernama Norman Abdul Halim yang baru sahaja bergelar suami kepada Ketua Pegawai Eksekutif KRU International, Dr. Shireen Mardziah Hashim, 44. Status Shireen selaku janda dan jarak usia antaranya dan Norman berbeza tujuh tahun bukanlah penghalang untuk mereka saling cinta mencintai serta mendirikan rumah tangga. Semuanya itu diketepikan Norman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KRU Berhad kerana kasihnya terhadap wanita yang menjadi tonggak di salah satu cabang usaha perniagaannya. Sudah tentu, paling gembira dengan pernikahan tersebut adalah Yusry dan Edry kerana abang sulungnya itu akhirnya menemui wanita sebagai peneman serta suri hidupnya. Tampak bergaya mengenakan baju Melayu berwarna putih, Norman yang ditemui sejurus selepas selesai majlis pernikahan tidak henti memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana apa yang dirancang sebelum ini berjalan dengan lancar. Dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Mohamed Hashim di hadapan Ketua Imam Masjid Saidina Omar al-Khattab, Mohamed Shukeri Yaaccob, dengan sekali lafaz, gelaran bujang yang sekian lama dipegangnya kini sudah mampu dilucutkan. Berwajah tenang tatkala mengucapkan lafaz nikah, Norman mengakui, dia memilih Shireen atas dasar kematangan yang dimiliki oleh wanita berkenaan. "Dia juga memahami kerjaya saya. Kematangan Shireen membuatkan saya berasa tenang bersamanya. "Selama 11 tahun kami berkenalan ketika Shireen dibawa masuk ke dalam KRU, dia amat mengenali diri saya dan menerima saya seadanya. "Bertahun lalu saya memang sudah buat keputusan untuk mengahwini wanita yang bukan kalangan insan hiburan. Atas pengalaman lalu, memang sukar kalau kita berkahwin sesama artis,'' katanya ketika ditemui sejurus selepas selesai majlis akad nikah. Ujar Norman, sepanjang 11 tahun perkenalan, dan mula serius bercinta selama dua tahun, pelbagai ujian tidak putus mendatang tetapi dia dan Shireen mampu hadapi segalanya dengan baik. "Dalam syarikat, saya memang seorang yang tegas tetapi Shireen mampu bertahan dengan cara kerja saya. "Ketika itu juga keserasian antara kami teruji. Dengan segala kematangan yang Shireen tunjukkan ketika itu, saya mula memikirkan bahawa dialah calon isteri yang saya cari-cari selama ini.'' jelasnya sambil menambah yang dia dan Shireen pernah merancang untuk melangsungkan pernikahan di Australia bagi menutup sebarang fitnah cinta atau spekulasi-spekulasi orang ramai berhubung kisah cintanya sebelum ini. Ketika ditanya mengenai soal wang hantaran dan majlis resepsi, Norman menjelaskan, dia dan isteri memilih untuk tidak menggembar-gemburkan kedua-dua perkara itu. "Cukuplah sekadar yang wajib sahaja. Mengenai wang hantaran pula, memang tidak ada. Hanya bersandarkan sekeping hati yang ikhlas,'' kata Norman. Pada majlis pernikahan yang dihadiri lebih 100 ahli keluarga terdekat tersebut, Shireen menerima lima dulang hantaran dan membalas tujuh dulang termasuk kain songket, jam tangan, baju Melayu, kemeja dan set wangian. Selain ahli keluarga, majlis diserikan dengan keberangkatan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan isteri, Cik Puan Muda Pahang, Cik Puan Julita Aishah. Tetamu lain antaranya Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob; Ketua Pegawai Operasi Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaluddin dan barisan artis seperti Maya Karin, pasangan Mawi serta Ekin. New Zealand lokasi bulan maduSementara itu, sehari selepas majlis akad nikah, Norman dan Shireen berlepas ke New Zealand untuk berbulan madu sehingga 15 Ogos ini. Lumrah bagi pasangan yang baru bernikah, pastinya mereka tidak terlepas daripada ditanya mengenai cahaya mata. Dan bagi Norman, jika diberikan rezeki, mereka suami isteri mahu segera memperoleh anak sebagai penyeri kehidupan berumah tangga. "Jika dapat anak nanti, saya lebih suka Shireen duduk di rumah sahaja. Biarlah saya seorang yang keluar mencari rezeki,'' jelasnya. Kepada persoalan tentang proses percintaan yang terjalin antara mereka berdua, Norman memberitahu, Shireen merupakan seorang wanita yang bijak menyimpan rahsia cinta. "Dia bukannya suka bercerita dengan sesiapa tentang hubungan ini. Kalau hendak berjumpa pun, kami akan ke tempat-tempat yang tidak popular dan mengelak daripada tempat-tempat ramai orang,'' ujar Norman sambil ketawa besar. Projek masa depan KRUDalam pada itu, Norman sempat menyambung perbualan mengenai karya berbentuk epik berbahasa Inggeris sepenuhnya iaitu The Chronicle Of Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios. Kata Norman, untuk filem itu, KRU Studios telah menandatangani satu perjanjian bersama Universal Pictures bagi membolehkan filem berkenaan dipasarkan ke luar negara. "Pihak Universal akan datang menonton filem itu nanti dan jika mereka berpuas hati, ia akan dibawa untuk tayangan luar. ''Insya-Allah, The Chronicle Of Merong Mahawangsa akan mula ditayangkan tahun depan. "Proses pengambaran juga sedang giat dijalankan,'' tambahnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:20 pm | |
| Peguam: Shafnie dan AC Mizal boleh hilang kelayakan penjagaan anak
Pelakon/pengacara dan penyanyi, AC Mizal tidak hadir ke mahkamah pada hari ini. SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan untuk mendengar permohonan pelakon/pengacara dan penyanyi AC Mizal yang melarang bekas isterinya Shafnie memberi kenyataan media berhubung hak penjagaan anak pada 7 Oktober ini. Dalam pada itu, kes ubah perintah hak penjagaan anak yang dipohon AC Mizal kerana dia mahu mengubah hak penjagaan anak yang sebelum ini berada di bawah penjagaan Shafnie akan didengar pada 24 Disember depan. Menurut peguam syarie Nor Azmi Mohd Arif mewakili Shafnie, sebelum ini kes hak penjagaan anak ini difailkan melalui sebelah pihak iaitu oleh AC Mizal namun hakim syarie mengarahkan dua belah pihak dibicarakan. Bekas isteri AC Mizal, Shafnie. -foto mStar oleh SITI AZIRA Shafnie dalam pembelaannya juga menafikan dakwaan AC Mizal yang mengatakan dia sukar berjumpa dan berhubung dengan anak-anak kerana pada bila-bila masa saja AC Mizal boleh berhubung dan berjumpa dengan anak-anak kerana dia tahu di mana mereka tinggal. Menurut Nor Azmi, terdapat syarat-syarat yang membolehkan Shafnie mahupun AC Mizal hilang kelayakan penjagaan anak-anak. Manakala peguam yang mewakili AC, Siti Aishah Din, mengatakan permohonan injuksi tersebut bukan sahaja melarang AC mahupun Shafnie daripada memberikan kenyataan media malah tidak membenarkan media mengeluarkan kenyataan berhubung kes yang tidak disebut dalam mahkamah. "Buat apa masing-masing nak aibkan diri mereka, lagipun kenyataan media berhubung kes yang berbaur negatif mampu menggugat reputasi AC diluar, Shafnie ketika berbincang dengan peguamnya, Nor Azmi. Kalau dia dah tiada kerja, macam mana dia nak beri nafkah kepada anak-anak...," jelas Siti Aishah. Siti Aishah juga memberitahu bahawa kes pada hari ini ditunda bukan disebabkan kerana AC tidak hadirkan diri, sebaliknya kerana kedua-dua responden perlu memfailkan afidavit jawapan sebelum perbicaraan kes pada 24 Disember nanti. Pasangan itu berkahwin pada 24 Jun 1995 dan mendapat dua cahaya mata, Muhammad Shafiq Iman, 12, dan Muhammad Shabil Iman, 9, sebelum bercerai pada 17 Oktober 2001. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:22 pm | |
| Qhaud redha terpaksa berpisah dengan kekasih Cerita Qhaud, walaupun sudah berpisah namun tidak bermakna dia serik untuk bercinta lagi. HATI mana yang tidak terasa sedih dan pilu apabila terpaksa berpisah dengan orang tersayang namun segala-galanya biarlah disimpan kemas dalam memori bekas alumni Akademi Fantasia (AF) 7, Qhaud. Mungkin juga tidak ramai yang mengetahui dirinya pernah mempunyai teman wanita sebelum ini. Bagi Qhaud, dia sebolehnya enggan menceritakan tentang kisah yang berbekas di hati itu namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus tabah menghadapi kehidupan ini. “Saya dengan teman wanita saya dah berpisah. Saya rasa tak perlulah cerita lebih lanjut kerana ia agak peribadi. “Perkara ini hanya diketahui antara mak, famili saya dan keluarga dia.. “Sekarang, masing-masing redha dengan perpisahan ini tetapi kami masih berkawan,” kata Qhaud atau nama sebenarnya Mohd Qhauhd Abdul Rashid sambil tersenyum. Difahamkan, Qhaud dijangka bertunang dengan gadis pilihannya itu namun mungkin jodoh mereka tidak panjang. Cerita Qhaud, walaupun sudah berpisah namun tidak bermakna dia serik untuk bercinta lagi. “Jika boleh, saya inginkan wanita yang mematuhi enam syarat ini iaitu jujur, ikhlas, sopan-santun, berbudi pekerti, amanah dan lemah-lembut. “Saya juga tak kisah sama ada dia bertudung atau tidak dan mak saya juga tidak menghalang sama ada gadis pilihan saya itu bertudung atau tidak,” ujarnya yang tampak ceria. Menyentuh tentang kariernya, Qhaud berkata dia dijangka akan merakamkan ‘single’ pertamanya pada minggu ini. “Saya telah mendapat banyak lagu seperti dari komposer Aidit Alfian, Lan (Azlan & The Type Writer) dan ramai lagi. “Saya memilih konsep nusantara ala-ala lagu M. Nasir..ia masih mempunyai elemen kerohanian tetapi bukan lebih kepada nasyid. “Saya lebih suka menjadi diri-sendiri. Jadi, sebab itu saya memilih konsep seperti itu sebab saya suka dengar lagu seperti itu yang mempunyai unsur kehidupan dan masyarakat,” kata Qhaud. Dengan pemilihan genre sebegini, Qhaud yakin dia mampu mengumpul kelompok pendengarnya sendiri. “Saya rasa yang akan mendengar itu (lagu bergenre nusantara) ramai kerana orang muda tak semestinya meminati lagu berentak indie rock sahaja selagi kita masih ada lagu yang berbeza,” katanya yang belum sempat mendengar lagu-lagu yang diberikan itu. Jadi sebab itu dia belum dapat mengesahkan tentang tajuk lagu dan komposer yang menjadi pilihannya. Dalam perkembangan lain, Qhaud juga baru sahaja disingkirkan daripada berlakon dalam sebuah drama muzikal ‘Kau Dan Aku’ di Jakarta yang turut dilakonkan oleh ramai lagi alumni AF seperti Akim, Aril dan Mila. Jelas Qhaud, pada mulanya dia ditawarkan untuk berlakon dalam drama itu namun kini tempatnya telah diganti oleh salah seorang peserta ‘Anak Wayang’. “Saya ada ditawarkan untuk ke Jakarta tetapi tak jadi. Walaubagaimanapun, saya tak kecewa kerana rezeki sudah diatur. “Sekurang-kurangnya, saya dapat merasa berbuka puasa dengan mak dan keluarga,” luahnya yang sudah empat tahun menyambut bulan puasa dan Hari Raya tanpa ayah tersayang. Ayah Qhaud telah meninggal pada tahun 2005 akibat penyakit leukimia. “Semasa bulan puasa, biasanya saya akan berniaga Nasi Beriani, Bubur Lambuk dan air dengan ayah di bazar Ramadhan,” katanya mengimbau sedikit pengalamannya semasa menyambut bulan puasa bersama arwah ayahnya. Tambahnya, walaupun tahun ini sudah masuk lima tahun pemergian arwah ayahnya, namun dia masih merasai kehilangan bapa yang dianggap sebagai idolanya itu. “Ayah saya best kerana dia boleh menyanyi, bertukang dan tak garang,” kata anak kedua dari empat beradik ini. Nampaknya, Qhaud mewarisi banyak kebolehan yang dimiliki oleh arwah ayahnya iaitu menyanyi dan berniaga. Selain menyanyi, Qhaud juga mempunyai perniagaan menjual aksesori kereta dengan menamakan kedai ‘Unstoppable’ di Damansara. Tetapi dia tetap merasakan yang dirinya tidak sehebat arwah ayahnya itu dengan berkata “Saya rasa banyak kekurangan dalam diri saya untuk menjadi sehebat ayah..” Qhaud juga ditawarkan untuk mengendalikan program ‘Riwayat Kamil’ dan sebuah lagi program keagamaan yang memerlukannya mengalunkan azan dan berzikir. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:22 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:24 pm | |
| Dua 'Alif' atur strategi untuk bangkit semula! KEDUA-DUANYA adalah produk kelahiran program realiti. Muhammad Alif Mohd Satar atau Alif merupakan pemenang tempat ketiga One In A Million musim pertama (OIAM) manakala bakat kelahiran Singapura, Aliff Aziz pula mula mengukir nama menerusi program Anugerah, yang cukup popular di negara itu. Masing-masing punya kemampuan mengumpul peminat tersendiri. Aliff Aziz berjaya mencuri tumpuan peminat-peminat di Malaysia menerusi lagu Sayang Sayang yang ternyata berjaya melonjakkan namanya kira-kira dua tahun lalu. Alif OIAM pula dilihat cukup menyerlah di dalam bidang pengacaraan seperti Remaja dan tidak lama lagi, Idola Kecil musim kedua pula akan menyaksikan anak muda berusia 19 tahun ini tampil sebagai hosnya. Meskipun 'tersasar' sedikit cabang seninya yang pada awalnya lebih ke arah bidang nyanyian, Alif tidak pernah kesal apatah lagi rezekinya dalam bidang pengacaraan menunjukkan petanda yang cukup positif. Namun, apa yang pasti, dua bintang muda ini mempunyai misi tersendiri untuk meneruskan minat mendalam mereka di dalam bidang seni. Akui dua 'Alif' ini, perjalanan mereka dalam arena ini masih jauh dan lantaran itu, mereka perlu bijak menyusun agenda untuk terus bertahan. Aliff hampir pernah putus asaLagu Sayang Sayang ternyata membawa tuah buat penyanyi berusia 18 tahun ini. Ditambah pula berada di bawah label Sony BMG Music Entertainment, Aliff bersyukur laluannya untuk menempa nama di negara ini tidak begitu berliku. Namun, tidak dinafikan, sebaik 'meletup' dengan single pertamanya itu, nama Aliff agak 'suram'. Sambil tersenyum, Aliff akui, sepanjang lebih kurang enam bulan lalu, dia memang tidak mempunyai undangan 'show' yang banyak. Malah, dalam nada perlahan, Aliff berkata, dia pernah hampir berputus asa dengan 'nasib' yang menimpa dirinya hampir setahun lalu. "Saya sendiri tidak pasti di mana silapnya. Syarikat pengurusan saya di Singapura mempunyai ramai artis dan mereka merasakan apa yang mereka buat untuk 'push' saya dalam bidang ini sudah mencukupi. "Saya memang kecewa ketika itu dan pernah putus asa, tetapi saya terfikir, mengapa perlu saya berbuat demikian. Jadi, sepanjang tempoh itu, saya memang benar-benar 'berehat'. "Akhirnya, setelah tamat kontrak baru-baru ini, saya nekad untuk keluar dan saya bertuah kerana kini berada sepenuhnya di bawah Sony BMG Music. Ketika ini, saya hanya berharap untuk buat yang terbaik demi karier saya," kata Aliff yang kini berada di Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan 'show'. Tambahnya lagi, dia dan Sony BMG Music juga sedang di dalam perancangan untuk menghasilkan album keduanya tidak lama lagi. "Buat masa ini, kami masih dalam proses perbincangan. Untuk album kedua nanti, mungkin konsepnya tetap akan dikekalkan, cuma kita akan selitkan lebih elemen moden. "Bagi saya, album pertama yang dikeluarkan dua tahun lalu adalah lebih kepada eksperimental. Dan saya tidak menyangka respon peminat terhadap lagu Sayang Sayang amat memberangsangkan. "Malah, lagu itu sebenarnya mula mendapat perhatian ramai sebelum peminat di Malaysia mengenali siapa Aliff Aziz. Sambutan terhadap nada dering lagu itu juga amat menggalakkan. "Saya tak nafikan, album saya itu mempunyai banyak lagu yang bagus, cuma mungkin Sayang Sayang lebih 'kuat'," katanya yang juga masih mempunyai pengikut tersendiri di Singapura. Ditanya sama ada dia terfikir untuk menetap di Kuala Lumpur selepas ini, apatah lagi kariernya kini diuruskan sepenuhnya oleh Sony BMG Music Entertainment, kata Aliff, ketika ini, dia belum merancang untuk berbuat demikian. "Saya kena melihat dulu bagaimana 'demand' untuk saya di sini. Mungkin saya akan berbuat demikian, tengoklah macam mana nanti. Buat masa ini, saya tidak kisah berulang-alik," kata Aliff yang bersemangat untuk menaikkan semula karier nyanyiannya. Alif mengharap magis album sulungLangkah awalnya di dalam arena ini ialah menerusi nyanyian. Namun, ternyata rezeki Alif sebaik menyertai OIAM nampaknya lebih berpihak pada bidang pengacaraan. 'Remaja' adalah salah satu program yang telah membuktikan kemampuan penyanyi ini sebagai pengacara. Meskipun pernah berada di bawah syarikat rakaman Power Records dan mempertaruhkan single Adikku Pandai Menari, namun tidak dinafikan karier pengacaraan Alif lebih menyerlah ketika itu. Sehinggalah muncul single Akan Tiba yang dinyanyikannya sebagai lagu tema drama bersiri Rona Roni Makaroni, nama Alif terus kembali 'naik' sebagai penyanyi. "Sewaktu berada dengan syarikat rakaman itu, saya masih lagi tercari-cari arah sebagai penyanyi. Dan sebab itu saya mencuba nasib dalam bidang pengacaraan. Saya akui, bidang itu juga memang menyeronokkan. "Bila muncul dengan single Akan Tiba ciptaan Amylea AF, memang saya gembira melihat respon ramai terhadap lagu itu. Pada awalnya, ketika Amylea minta bantuan saya untuk nyanyikan lagu itu sebagai lagu tema drama, saya hanya terima kerana sekadar membantu kawan. "Tetapi ramai pula yang menyukainya...mungkin kerana melodi lagu itu yang lain dari yang lain. Dalam hal ini, saya akui Amylea memang seorang komposer yang berbakat besar," kata Alif yang juga pernah berlakon di dalam sebuah drama bersiri. Alif yang kini juga mempertaruhkan single keduanya, Jangan Nakal, berkata, dia bakal tampil dengan album sulungnya sekitar September ini terbitan Sony BMG Music Entertainment. "Tinggal dua buah lagu saja yang belum dirakamkan. Album ini menampilkan konsep pop dan 'easy listening'. Audi Mok adalah salah seorang komposer yang turut menyumbang lagu dalam album ini. "Sejujurnya, memang saya amat 'excited' dengan album ini dan tidak sabar melihat respon ramai kelak," katanya. Ujar Alif lagi, dia juga tidak kisah dengan perkembangan karier nyanyiannya yang dilihat bergerak agak 'perlahan' berbanding penyanyi-penyanyi seangkatannya. "Bagi saya, ia adalah permulaan yang baik walaupun bermula dengan perlahan. Saya suka cara seperti ini. Buat apa nak terkejar-kejar kerana saya yakin, jika caranya betul, karier juga boleh dipertahankan," kata Alif yang masih ligat menerima undangan menjayakan persembahan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:25 pm | |
| Aliff Aziz (kiri) dan Alif (Oiam) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:26 pm | |
| Farid beri ruang untuk Diana kembangkan potensi diri Farid memegang Stiletto yang dipakai oleh Lisa. FARID Kamil sering menjadi pilihan produser-produser filem untuk membawa watak dalam filem atau komedi romantis. Wajah kacaknya, ditambah keserasiannya bergandingan dengan sesiapa aktres memudahkan kerja produser. Hakikatnya, sifat romantis jejaka berusia 27 tahun ini memudahkan dia menggarap sesuatu watak seterusnya menjiwai watak romantis tertentu dengan mudah. Sifat romantis Farid ini begitu teserlah apabila perspektifnya tentang cinta itu dikupas sedikit demi sedikit. Walau sering digosipkan dengan aktres Diana Danielle, Farid tetap tidak ingin menyentuh tentang soal cintanya dalam mana-mana temuramah. Cinta baru Farid sudah sahih ialah Diana Danielle yang baru-baru ini telah selesai menjalani Program Latihan Khidmat Negara bersama Aliff dan Suki. Jika boleh, skrip percintaannya dengan Diana Danielle hanya untuk tatapan peribadi saja. Sungguhpun bercinta, tidak bermakna Farid-Diana selalu berkepit dan sentiasa bersama 24 jam. Setiap individu yang bercinta harus memberi ruang untuk pasangannya mengembangkan potensi diri, baik dalam kerjaya mahupun pelajaran. "Saya memang menggalakkan dia (Diana) belajar, malah belajar setinggi yang mungkin. Kecemerlangan dalam pelajaran dapat menjamin masa depannya," kata Farid sambil cuba mengelak terpaan soalan panas itu. Bukankah itu romantis? Cinta itu tidak dilambangkan dengan jambakan bunga-bungaan serta hadiah cincin bertatah berlian. Yang penting bagi Farid ialah pasangannya berjaya dalam hidupnya kelak. Walaupun dipisahkan beribu-ribu batu sekalipun oleh samudera terbentang luas, Farid percaya hatinya tetap bertaut dengan Diana sekiranya masing-masing dijodohkan bersama. Sifat romantis Farid amat jelas dizahirkan semasa pelancaran filem 'Semerah Cinta Stilleto' di Restoran Lemon, Mines Shopping Centre, semalam. Bukan sebab dia memegang watak lelaki, 'Leto' dalam filem genre romantik komedi ini, tetapi pandangan tersendirinya terhadap isu cinta. Filem 'Semerah Cinta Stilleto' adalah filem ke-37 terbitan Metrowealth (MIG). Malah Farid cukup profesional dalam kerja-kerja lakonan walaupun dia pernah dikaitkan berpacaran dengan pelakon wanita filem yang sama, Lisa Surihani. Kesemua itu ditepiskannya kerana Farid beranggapan gandingannya bersama Lisa adalah bagi mewujudkan 'chemistry' (keserasian) dalam waktu singkat oleh produser filem. "Ia adalah chemistry baru yang cuba diketengahkan pengarah filem, David Teo. Saya serasi berlakon dengannya (Lisa). Ia adalah gandingan biasa oleh mana-mana produser untuk capai box office," katanya. Farid berkata, dia telah bergandingan dengan Lisa buat kali keempat dan filem yang ketiga bersama-sama. SINOPSIS Barisan pelakon dan kru semasa pelancaran filem 'Semerah Cinta Stilleto' di Restoran Lemon, Mines Shopping Centre, semalam. Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota. Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila. Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan. Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja. Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish). Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual. Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto. Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu. Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang. Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih. Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto. Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula? Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto? Segalanya terjawab dalam filem "Semerah Cinta Stiletto" terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:27 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:30 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:30 pm | |
| AGAK lama juga pengacara terkenal AC Mizal hendak mencuri peluang untuk menjadikan program bual bicaranya, ‘AC Di sini’ seperti programnya sendiri.
Kini, setelah memasuki musim ke-6, barulah AC mendapat peluang untuk menukar konsep dan menggarap idea mengikut kehendaknya.
Maka, lahirlah program ‘AC?’ yang merupakan kesinambungan daripada program ‘AC Di sini’ dan tagline ‘sempoi’ masih dikekalkan sesuai dengan ‘trademark’ yang sinonim dengan dirinya.
Lantas AC melabelkan program musim terbaru ini lebih kepada dirinya kerana produksi sendiri memberikan kebebasan kepadanya untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendak sendiri.
“Saya hanya fikir untuk mencipta suatu keseronokan supaya ramai penonton dan tetamu faham dengan program ini serta tidak takut lagi apabila kami panggil untuk turut serta.
“Sekarang, saya baru diberi peluang dan saya takkan buat apa yang saya tak boleh buat.
“Saya bebas untuk melontarkan idea dan bakat yang terpendam.
“Saya suka tengok program Oprah Winfrey yang sudah bertahun-tahun sehingga orang dah tahu sangat tentang dia,” jelasnya yang sebolehnya ingin menghiburkan orang ramai dengan karektornya yang lucu.
AC mudah membuatkan orang ketawa tetapi kadangkala mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang karektor yang tersembunyi di dalam dirinya.
Begitu juga dengan dirinya yang ingin menyingkap cerita di sebalik tabir seseorang selebriti atau tetamu yang hadir ke program ‘AC?’.
Sesuai dengan nama ‘AC?’ yang menurut penerbitnya, Azwin Kamarul Zaman bermaksud ‘Apa Cerita?’ selain merupakan nama AC sendiri.
Kamal, Fizow dan Alyah antara tetamu jemputan program 'AC?'.
“Kita sediakan Kaunter AC yang membolehkan sesiapa sahaja untuk bertanyakan soalan kepada tetamu jemputan tetapi soalan ditapis terlebih dahulu bagi mengira sensitiviti semua pihak.
“Misalnya, Ekin pernah bertanya kepada suaminya, Mawi sehingga pucat dan tidak terkata Mawi hendak menjawabnya.
“Waktu itu Ekin hanya tanya soalan ada tak perkara yang Mawi tidak puas hati dengannya selama mereka berkahwin.
“Jadi, segmen Kaunter AC memberikan sesuatu perkara yang baru yang orang tak pernah buat,” ujarnya mengenai kelainan yang ditonjolkan dalam program itu.
Selain itu, penonton juga akan dihidangkan dengan segmen Garaj AC yang diletakkan di akhir program.
Yang menariknya, segmen itu akan memberi peluang kepada para artis dan selebriti untuk melelong barang-barangan mereka yang mempunyai nilai-nilai sentimental kepada tetamu di luar mahupun di luar studio.
“Garaj ini kita sengaja cipta agar tak nampak terlalu formal seperti sebuah galeri yang menyimpan pemberian artis atau selebriti.
“Misalnya, Faizal Tahir memberi gincu yang digunakan semasa dia menulis huruf ‘S’ di dadanya sehingga ‘diband’, Chef Wan beri seluar dalamnya, Adibah Noor beri gigi palsu dan ramai lagi selebriti yang memberikan pemberian yang unik.
“Barang-barang itu akan dilelong pada suatu masa nanti dan akan didermakan kepada badan amal,” cerita AC.
Selain itu, segmen lain yang turut dihidangkan dalam program ini adalah Carta AC dan Teropong.
Carta AC akan menyaksikan AC berkongsi lima topik pilihan paling hangat pada minggu itu bersama para penonton.
Sementara segmen Teropong akan melihat AC bersama pengacara sampingan, Sobri keluar bertemu khalayak ramai sebagai dua pasangan yang mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain bagi mengenal pasti tempat-tempat menarik untuk dikongsi bersama orang ramai.
Segmen Borak AC pula bakal melihat dua hingga tiga orang artis jemputan untuk berkongsi pengalaman hidup sama ada suka ataupun duka bersama AC dan para penonton studio.
Tambah menarik apabila seorang tetamu studio yang ‘sporting’ dan secara kebetulan mempunyai iras muka artis akan dijemput untuk memeriahkan suasana.
Segmen Gelak Geli AC bakal menyaksikan AC melakonkan komedi spontan yang dipetik dari filem-filem dan ia menjadi lebih istimewa apabila turut disertai oleh artis jemputan.
Segmen ke-4 iaitu Wow akan menampilkan personaliti atau individu yang berjaya mengharumkan nama negara atau pun mereka yang mempunyai bakat luar biasa untuk berkongsi pengalaman dengan para penonton.
Menurut penerbitnya, Azwin, segmen ini diadakan bagi menonjolkan bakat tempatan yang terbaik di Malaysia tetapi diketahui ramai.
“Kita buat kajian secara sendiri dan memanggil pakar belut, Raja Ular, pemain drum termuda dan ramai lagi,” katanya mengenai program yang akan dirakam sebanyak 26 episod sejak 30 Julai lalu hingga 19 Ogos ini.
Menariknya, segmen Wow ini kadangkala menjemput tetamu yang AC sendiri tidak mengetahuinya dan tahu-tahu sahaja tetamu yang akan tampil itu akan membawa ‘benda’ yang ditakutinya seperti ular.
Menyentuh tentang artis dan selebriti jemputan, mereka terdiri daripada artis yang baru dan lama dalam industri termasuk selebriti terkenal seperti adik Adi Putra yang bijak dalam Matematik dan Angkasawan Negara Sheikh Muszaphar Shukor.
Tiada lagi tagline AC Di Sini dan Che Mat Poi
Tambah Azwin, tagline AC Di Sini sudah tidak dipraktikkan lagi dalam program ini setelah mereka melakukan perubahan baru itu.
“Cuma kita kekalkan dengan tagline AC Sempoi dan kita mahukan biar penonton yang menyebutnya.
“Program kali ini lebih santai dan lawak serta ada sedikit elemen soalan panas yang pelbagai warna kerana kita mahukan penonton lebih relaks apabila menonton.
“Kita tidak mahu gosip yang sama kerana ingin nampak program yang diulang nanti sentiasa ‘fresh’.
“Setiap episod juga akan dikaitkan dengan rakaman video yang mempunyai kaitan dengan topik semasa. Misalnya, isu artis kena rasuk.
“Bajet yang kita gunakan lebih banyak dari sebelum ini kerana banyak melakukan pengambaran di luar.
"Kita juga menukar elemen ‘live band’ dalam studio kerana telah banyak ‘talk show’ yang menggunakan ‘live band’. Jadi, kita selaraskan muzik dengan menjemput DJ Click,” tuturnya.
Ditanya tentang Che Mat Poi yang sebelum ini turut sinonim dengannya, AC berkata bukan dia tidak mahu karektor itu tetapi disebabkan perubahan yang dilakukan.
“Che Mat Poi amat dekat dengan saya dan saya sedih apabila ia sudah tidak ada dalam program ini,” ujarnya yang kelihatan begitu ranggi dan santai dalam penampilan terbarunya itu.
Ia sesuai dengan konsep ‘AC?’ yang menggunakan set studio baru bertemakan warna jingga dengan berlatar belakangkan tema kelab malam yang berkelipan bagi menimbulkan suasana glamor.
Perhiasan di sekeliling set studio juga dihiasi dengan sudut yang diberi nama Garaj AC dan Kaunter AC di samping sudut muzik yang akan dimainkan secara langsung.
Saksikan ‘AC?’ yang akan disiarkan pada setiap Jumaat, mulai 7 Ogos pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:33 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:36 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:38 pm | |
| Kes Norish ditunda 20 Ogos
Norish akur dengan keputusan mahkamah yang terpaksa menunda kesnya pada 20 Ogos depan. SHAH ALAM: Aktres Norish Karman hari ini akur dengan Mahkamah Tinggi Syariah di sini yang menunda keputusan ke atas tiga permohonan yang telah difailkan olehnya terhadap bekas suami, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir ke tarikh 20 Ogos depan. Tiga permohonan tersebut adalah permohonan mendapatkan nafkah sementara untuk anak-anak mereka dan mendapatkan perintah ex-parte bagi membekukan sebahagian harta bekas suaminya sementara menunggu keputusan kes harta sepencarian selesai. Manakala permohonan ke tiga adalah permohonan mengenepikan perintah ex-parte yang diperoleh bekas suami Norish Karman yang menghalang artis itu membawa anak-anaknya berjumpa kekasihnya, Mohd Luqman Mohd Amin. Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad sebelum ini telah menetapkan hari ini sebagai tarikh keputusan, namun telah menangguhkan ke tarikh 20 Ogos depan kerana masih belum bersedia untuk membuat keputusan. Sementara itu, Norish atau nama sebenarnya Nor'Asikin Karman berkata, jika ikutkan hati, sememangnya semua mahukan jawapan dan penyelesaian. “Tetapi saya nak buat macam mana kerana ia terpaksa ditunda ke 20 Ogos ini. Bekas suami Norish, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir. “Hakim Syarie pun sudah meminta maaf sebab tidak dapat membuat keputusan..mungkin kerana dia inginkan keputusan yang terbaik dan memberikan jawapan sekaligus. “Saya juga berharap keputusan yang terbaik lagipun sudah nak masuk Ramadhan,” komennya mengenai tiga kes yang sepatutnya berakhir pada hari ini. Norish juga berjanji untuk hadir pada 20 Ogos ini dan walaupun tidak sihat pada hari ini dia masih hadir ke mahkamah sebagai tanda hormat. “Saya mesti datang sebab saya tak nak hina mahkamah..ini kehidupan saya. Jadi, jika saya ada kerja pada tarikh itu, saya terpaksa lepaskanlah,” tambahnya. Dalam pada itu, peguam yang mewakili Norish , Akbardin Abdul Kader, permohonan untuk mengenepikan perintah ex-parte ini dibuat kerana perkara tersebut bukanlah perkara utama dan tiada kena mengena di dalam kes ini. "Kami ingin mengenepikan perintah ex-parte yang diperoleh bekas suami Norish yang menghalang dia membawa anak-anaknya berjumpa Luqman. "Ini kerana tiada sebarang asas untuk perintah itu dan tiada kena mengena langsung di dalam kes ini," katanya yang ditemui di luar bilik perbicaraan. Akbardin juga turut meminta agar semua pihak media melaporkan perkara yang sebenarnya kerana menurutnya, ada berita yang salah dalam isu anak guamnya ini telah disiarkan di dalam akhbar. "Misalnya, saya ada baca di dalam akhbar mengatakan Norish menuntut kelima-lima kereta sedangkan sebenarnya dia hanya menuntut satu sahaja. "Perkara ini sedikit sebanyak menganggu fikiran anak guam saya, jadi saya minta agar cerita yang benar dapat dilaporkan," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:39 pm | |
| Mawi pasrah jadi bintang belakang tabir Mawi suka buat kerja belakang tabir sekarang ini sebab katanya, 'tak payah ‘expose’ sangat dan lebih relaks SEJAK kebelakangan ini, penyanyi dan pelakon Asmawi Ani atau lebih dikenali dengan nama Mawi gemar melakukan kerja di belakang tabir. Kini, Mawi kerap mengerah ideanya untuk menghasilkan skrip drama, telefilem termasuk lirik lagu. Menyelami jiwa baru yang dilakukannya sekarang, Mawi berkata dia selesa dan gembira apatah lagi tugas ini kurang mendatangkan kesibukan kepadanya. "Saya suka buat kerja belakang tabir sekarang ini sebab tak payah ‘expose’ sangat dan lebih relaks," jawabnya jujur. Di bawah syarikatnya, MW Entertainment Sdn. Bhd, Mawi sedang dalam rangkaan untuk menerbitkan beberapa drama dan telefilem yang bakal disiarkan di kaca televisyen. Malah salah sebuah telefilem yang telah dihasilkan oleh syarikatnya itu turut dilakonkan olehnya. "Saya telah berlakon dalam telefilem yang akan disiarkan pada Hari Raya nanti iaitu ‘Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya’. "Dalam telefilem ini, saya berlakon dengan Ekin dan ramai lagi pelakon lain. Masing-masing menggunakan nama sendiri iaitu Ekin menggunakan nama Ekin dan saya menggunakan nama Mawi. "Cerita ini tentang sebuah keluarga yang kecoh kerana lambat nak buat rumah terbuka dan menunjukkan tentang bagaimana adab artis melayan tetamu yang datang beraya ke rumah," kata Mawi mengenai telefilem yang diarahkan oleh Laila Ali itu. Ditanya tentang pengalamannya ketika berlakon dengan isteri sendiri, sambil tersenyum dia berkata mereka tiada masalah untuk bergandingan antara satu sama lain dan teringin untuk berlakon bersama lagi pada masa akan datang. "Saya dan Ekin berlakon dengan membuat seperti biasa sahaja tanpa merasakan yang kami sedang berlakon. "Jadi, ia memudahkan kami untuk bekerja antara satu sama lain. Cuma masing-masing perlu terikat dengan skrip yang disediakan. "Selepas ini, saya mengalu-alukan sesiapa yang ingin mengambil kami berlakon sekali kerana saya pun tak kisah untuk Ekin berlakon dengan saya asalkan bersesuaian dengan watak dan cerita serta bayaran yang ‘masyuk’," jelasnya dalam nada berseloroh. Tambah Mawi, dalam telefilem Raya selama satu jam 30 minit itu, dia juga akan menyanyikan dua buah lagu Raya iaitu ‘Ayah’ dan ‘Ku Pohon Restu Ayah Bonda’. Selepas Raya nanti, syarikatnya akan menghasilkan sebuah lagi telefilem berbentuk drama kemasyarakatan, ‘Jiwa Kacau’. "Idea cerita ‘Jiwa Kacau’ adalah daripada saya dan skripnya ditulis oleh Ad Samad. "Cerita ini berkisarkan tentang dadah dan semua cerita yang diolah dalam telefilem itu merupakan imaginasi saya semata-mata. "Selepas telefilem ini, kami sedang berusaha untuk menerbitkan sebuah drama berepisod," tuturnya yang belum bersedia untuk bercerita lebih lanjut tentang perancangan yang sudah dirangka oleh syarikatnya itu. Dalam perkembangan lain, Mawi berkata dia dijangka akan merakamkan lagu Raya namun sehingga sekarang dia belum mendapat apa-apa khabar berita tentang itu. "Saya tak pasti lagi sama ada akan ada lagu Raya yang terbaru atau tidak kerana saya mendapat tahu akan merakam lagu Raya dalam minggu hadapan (minggu ini) tetapi setakat hari ini (minggu lalu) masih senyap," jawabnya yang dijangka akan menyambut Hari Raya di Johor nanti. Mawi juga sedang menantikan tayangan dua buah filem lakonannya iaitu ‘Jin Notti’ dan ‘Magika’. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:40 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:41 pm | |
| Norman KRU: Saya ingin cepat dapat anak
BAHAGIA... Norman KRU dan isteri, Shireen Mardziah Hashim. -foto THE STAR oleh GLENN GUAN TERSENYUM abang sulung kumpulan KRU ini apabila diusik tentang gelaranbujang yang tidak lagi dipegangnya kini. Dalam nada ceria, Norman Abdul Halim akui dia amat bersyukur kerana akhirnya dipertemukan dengan seorang wanita yang cukup memahami dan matang untuk menjadi suri hidupnya. Meskipun Shireen Mardziah Hashim, 44, lebih berusia daripada Norman, namun penyanyi, pelakon dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios ini tidak pernah melihat faktor usia sebagai penghalang untuknya menjadikan Shireen sebagai isteri. Malah, selebriti berusia 37 tahun ini akui, dia banyak mengambil pengajaran dari pengalaman lalu. Dan ternyata, setelah bertahun-tahun mencari cinta 'sejati', dia yakin wanita yang bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KRU International itu memenuhi kriterianya. Akhirnya, setelah kira-kira dua tahun menyulam cinta, pasangan ini selamat diijabkabulkan pada tanggal 7 Ogos lalu di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, dengan hanya sekali lafaz. Menurut Norman, dia beruntung kerana sepanjang tempoh percintaanya dengan Shireen, wanita itu amat pandai 'menyimpan' kisah cinta mereka. "Dia pandai simpan rahsia. Dia memang tidak bercerita sangat pada kawan-kawannya. Selalunya, kalau orang yang bercinta dengan golongan artis khususnya, ada sesetengahnya seperti menunjuk-nunjuk. Tetapi Shireen bukan seperti itu. "Sepanjang tempoh itu, kami kalau pergi 'dating' pun bukan di tempat yang ramai orang. Bukan nak lari dari kebenaran, tapi kami tak nak ada tekanan disebabkan gosip atau sebagainya. Benda-benda macam ni sebenarnya boleh meretakkan hubungan," kata Norman yang ditemui sejurus majlis pernikahannya, Jumaat lalu. Malah, kata Norman, jika diikutkan, majlis pernikahan mereka juga sepatutnya ingin dibuat secara 'low-profile' di Sydney, Australia. Namun, untuk tidak mengecilkan hati banyak pihak, dia terpaksa membatalkan hasratnya itu. "Memang kami ingin buat majlis ini di Australia kerana tempat itu cukup tenang dan kami tidak mahu tekanan. Tapi setelah saya fikir semula, saya tidak boleh 'lari' dan kena lakukannya di sini juga. "Saya tidak mahu gahkan majlis kahwin saya kerana saya suka cara tersendiri. Perkahwinan adalah perkara peribadi buat saya. Bukan saja saya, isteri juga berfikiran sama dengan saya. Saya juga belajar dari kesilapan yang dilalui oleh orang lain. Dan kami memutuskan untuk buat secara sederhana saja. Saya ingin minta maaf pada pihak-pihak yang tidak sempat saya jemput kerana majlis ini dibuat secara kecil-kecilan. "Memang sudah lama kami fikirkan tarikh ini untuk bernikah dan saya memang inginkan majlis ini dibuat pada hari Jumaat. Kami juga tidak ada perancangan untuk buat sebarang resepsi. "Bagi saya, ada cara lain lagi saya boleh perkenalkan isteri seperti bawa dia ke majlis-majlis yang saya hadiri," tutur Norman yang berangkat ke New Zealand bersama Shireen keesokan harinya untuk berbulan madu selama seminggu. Mengimbas detik perkenalan pasangan ini, Norman mula mengenali Shireen di majlis pernikahan adiknya, Edry dan isteri, Milia kira-kira 11 tahun yang lalu. Milia merupakan sepupu kepada Shireen. Namun, hubungan mereka hanya benar-benar serius sejak dua tahun lalu. Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Shireen. Dia bagaimanapun tidak mempunyai cahaya mata menerusi dua perkahwinan terdahulu. Ujar Norman, untuk melihat keserasian di antara mereka di peringkat awal hubungan, dia mengambil keputusan untuk membawa Shireen bertugas di syarikatnya. "Itu adalah ujian untuk melihat sama ada kami serasi atau tidak. Kalau orang-orang barat, mereka akan tinggal serumah untuk lihat keserasian, tetapi cara kita orang timur adalah berbeza. "Setelah berbincang dengan adik-beradik saya, akhirnya saya bawa Shireen sertai syarikat kami. Lagipun, dia memang berkelayakan dan pernah bertugas di syarikat besar sebelum ini. "Dan dia nampaknya amat memahami saya kerana saya memang seorang yang tegas ketika di pejabat," kata Norman. Ditanya mengenai perancangan cahaya mata, dalam nada ceria, Norman akui, dia teringin untuk menimang cahaya mata secepat mungkin. "Kalau boleh, saya memang ingin cepat dapat anak. Malah, salah satu sebab saya ingin berkahwin juga adalah kerana inginkan zuriat. "Insya-allah, jika dikurniakan anak nanti, saya lebih suka lihat Shireen duduk di rumah saja dan menjaga anak. Saya melihat contoh yang dibuat oleh Edry dan isterinya. "Lagipun, tanggungjawab suami adalah untuk mencari harta dan nafkah untuk isteri dan anak-anak," ujar Norman. Pada majlis pernikahan mereka, selain ahli-keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat, turut hadir ialah Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan isteri Cik Puan Muda Julita Aishah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta rakan-rakan artis seperti Mawi, Ekin, Maya Karin dan Datuk Shake. Norman dinikahkan sendiri oleh bapa Shireen, Datuk Mohamed Hashim di hadapan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Mohamad Shukeri Yaacob. Shireen menerima mas kahwin RM3,000 serta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihaknya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:43 pm | |
| Sheila Majid: Orang tak muak dengar lagu saya
Sheila Majid mengaku sejak balik Haji, dia sudah tinggalkan pakaian yang terlalu mendedahkan
DALAM setiap persembahannya, penyanyi Datuk Sheila Majid tidak malu untuk mendendangkan lagu-lagunya yang ‘evergreen’ dari album-album terdahulu seperti Legenda XV XX (2006), Cinta Kita (2004), Ku Mohon (1999), Ratu (1996), Legenda (1990), Warna (1988), Emosi (1986) dan Dimensi Baru (1985).
Masakan tidak, Sheila kini tidak mempunyai lagu baru untuk dinyanyikan setelah dia mempunyai masalah dengan fenomena muzik tempatan yang semakin merudum akibat muat turun lagu secara ‘haram’ di internet.
Namun begitu, Sheila tidak pernah bersungut untuk menyanyikan lagu-lagunya dari album terdahulu seperti ‘Inikah Cinta’, ‘Kerinduan’, ‘Kau’, ‘Ku Mohon’, ‘Percayalah’, ‘Bebaskan’, ‘Jatuh Cinta’, ‘Warna’, ‘Sinaran’, ‘Antara Anyir Dan Jakarta’ dan ‘Ratu’.
“Dalam minggu ini, saya akan melakukan ‘private show’ di Perlis. Saya hanya menyanyikan lagu-lagu dari album terdahulu kerana orang nak dengar lagu-lagu itu sahaja.
“Saya tak pernah ‘complain’. Lagipun, orang tak muak dengar lagu saya,” kata Sheila sambil tersenyum.
Sejak dia menyedari yang album penyanyi tempatan agak susah untuk dijual pada dua tahun lalu, kini Sheila seakan-akan ‘merajuk’ dan enggan menghasilkan sesuatu produk yang tidak menguntungkan.
“Saya sebenarnya ada lagu dalam rekod simpanan tetapi dengan suasana hari ini, semua orang nak percuma.
Sheila yang ditemui ketika menjayakan rakaman program dakwah hiburan, ‘1001 Inspirasi Raikan Kemenangan’ yang akan disiarkan di saluran Astro Oasis pada 20 September nanti
“Saya tak nak buat sesuatu yang ala kadar sahaja..tetapi kualiti yang baik dengan bayaran.
“Itu kita punya periuk nasi. Kita ‘giving’ tapi orang ‘keep taking’. Saya tengah fikir, macamana nak pulang modal,” kata Sheila dalam nada kesal.
Tambahnya, sekurang-kurangnya untuk menghasilkan sebuah album memerlukan RM30,000 dan dia sendiri enggan menghasilkan album selagi pembeli ‘tidak menghargai’ muzik tempatan.
“Lepas tu mereka kata lagu kita (lagu tempatan) tak sedap tapi mereka (pendengar) yang ambil bahagian untuk kita (penyanyi tempatan) jadi macam tu.
“Sebab itu muzik kita sedang merudum. Sepatutnya, kita kena beri sokongan seperti zaman lewat 80-an dulu kerana waktu itu keadaan muzik kita sangat baik,” kata isteri kepada pemuzik Acis ini.
Minat program dan buku dakwah
Sheila yang ditemui ketika menjayakan rakaman program dakwah hiburan, ‘1001 Inspirasi Raikan Kemenangan’ yang akan disiarkan di saluran Astro Oasis pada 20 September nanti.
Setiap orang pastinya inginkan pembaharuan dan perubahan berlaku dalam diri mereka begitu juga dengan Sheila.
Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa Sheila meminati rancangan-rancangan dakwah di saluran Astro Oasis.
“Saya minat dengan program seperti ‘Ar-Rayyan’ dan ‘Anjakan Paradigma’ kerana sangat berinformatif untuk pengetahuan dan baik untuk diri kita.
“Jadi, apabila mendapat tawaran ini, saya terus bersetuju dan memilih untuk menyanyikan lagu ‘Ku Mohon’ kerana ia paling best.
“Sebelum ini, saya tak pernah buat program seperti ini. Jadi, apabila saya tonton program ini di rumah, jiwa saya rasa lebih tenang,” ujarnya sambil tersenyum.
Perubahan diri Sheila nampak ketara sejak dia pulang dari menunaikan Haji dan perubahan itu juga dilunaskan kepada penampilan pakaiannya.
“Sejak saya balik Haji, saya dah tinggalkan pakaian yang terlalu mendedahkan,” tuturnya.
Ketika menghadiri program ini, Sheila kelihatan cantik dan manis bertudung litup dan bejubah putih.
Ditanya bilakah dia akan bertudung, Sheila menjawab: “Saya tak boleh kata bila sebab Tuhan punya ketentuan.
“Tetapi sekarang ini sedikit demi sedikit saya suka membaca buku berkaitan dengan keagamaan.”
Bercerita tentang karier lain yang diusahakan oleh Ratu Jazz ini, dia sedang mengusahakan bisnes spa di Jentayu Spa di Jalan Gelenggang, Damansara Heights dan membuka sebuah studio muzik iaitu Studio Akarkarya di Jalan SS21/1A Damansara Utama.
“Alhamdulillah, bisnes semuanya dalam keadaan baik. Saya selalu live in the business yang berkembang in more interest..
“Untuk perniagaan spa, kami telah pun berunding dengan sebuah syarikat dari Indonesia untuk mengembangkan pasaran di sana,” akhirinya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:46 pm | |
| Farid, Lisa: Senang bercinta
Pelakon Farid Kamil dan Lisa Surihani dilihat sebagai pasangan paling serasi di larar perak dan juga di dalam drama televisyen masa kini. Satu demi satu judul filem menggandingkan mereka. Pasangan serasi terkini nampaknya, walaupun menafikan wujud hubungan cinta.
Mereka bakal berganding lagi untuk edisi ke empat di layar perak melalui fiem Semerah Cinta Stilletto arahan Ahmad Idham. Filem terbitan MIG Production itu bakal memulakan penggambaran dalam waktu terdekat.
Farid dan Lisa akui mereka serasi apabila digandingkan sebagai pasangan bercinta di dalam filem atau drama. Maknanya mereka rasa mudah apabila diminta bercinta. Pemilihan mereka juga setelah pihak produksi berasakan mereka sebagai pasangan yang paling secocok untuk watak masing-masing.
"Saya rasa memang serasi apabila diganding bersama. Kalau penerbit berpandangan serupa... saya setujulah. Apabila wujudnya keserasian di antara kami, pastinya saya akan rasa lebih mudah untuk menghayati watak.
"Keserasian yang sedia ada itu kalau digunakan oleh penerbit untuk melariskan filem, saya rasa ia tidak salah," kata Farid ketika ditemui pada majlis pelancaran filem tersebut di Restoran Lemon, The Mines, Seri Kembangan semalam.
Ikon pasangan cinta
Farid juga tidak kisah sekiranya mereka digelar sebagai pasangan idola remaja sebagaimana pasangaan lain dalam filem-filem sebelum ini. Ia memberi kelebihan kepada mereka.
Dulu pasangan Erra Fazira dan Awie melariskan filem yang menggandingkan mereka. Fauziah Ahmad Daud pula sangat serasi dengan Eman Manan dalam filem era mereka. Malah era P. Ramlee pun kita sering saksikan gandingan serasi hero dan heroin yang berganding dalam beberapa buah filem.
Lisa pula menganggap dia masih baru dari hitungan pengalaman berbanding Farid. Namun Lisa menganggap adanya chemistry di antara mereka sebagai tanggungjawab menjalankan tugas sebagai pelakon.
"Pasangan yang ada chemistry membolehkan kita menghayati watak dengan lebih berkesan. Saya nampak ada keserasian di antara saya dan Farid, jadi tak payah untuk bercinta dengannya dalam filem," kata Lisa. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:48 pm | |
| Kamal Adli ganti Zulhuzaimy
Teater Impak Maksima The Musical akan dipentaskan di Singapura selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Tapi nampaknya untuk pementasan itu, barisan pelakonnya bertukar.
Dengar-dengarnya bukanlah kehendak produksi di sini, sebaliknya pemilihan oleh pihak di Singapura yang mahu menukar beberapa pelakon untuk kesesuaian dengan kehendak mereka. Antara nama popular yang digugurkan ialah Zulhuzaimy dan Dynas.
Mangga Muda dengar pengarahnya jadi serba salah untuk memberitahu sendiri pelakon-pelakonnya. Takut mereka terguris. Tapi apa nak buat, pementasan di sana bukanlah terbitan mereka sebaliknya pihak sana yang mahu mementaskannya. Malah ia juga turut melibatkan pelakon negara seberang tambak itu.
Tempat Zul akan digantikan dengan pelakon baru yang sedang hangat Kamal Adli dan tempat Dynas pula bakal diisi oleh Wangi The Fabulours Cat. Antara punca mereka tidak dapat beraksi di sana ialah pihak di sana mahukan pelakon yang ada kelebihan dalam nyanyian sesuai dengan konsepnya, teater muzikal. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:49 pm | |
| Zamani belum kahwinlah
Dulu heboh juga orang bercakap pasal penyanyi Zamani Slam sudah bernikah dengan seorang gadis yang berasal dari Kelantan. Selepas ia diperkatakan, Zamani menghilangkan diri beberapa bulan. Ia semacam mengesahkan khabar itu sebagai ada kebenarannya. Tapi baru-baru ini Mangga Muda ada berjumpa dengan orang yang rapat dengan Zamani. Katanya Zamani masih membujang dan baru jumpa penyanyi itu beberapa minggu lalu. Macam mana timbulnya cerita dia sudah kahwin. "Saya ada juga dengar pihak wanita itu sendiri yang menyampaikan cerita kepada pihak tertentu pasal pernikahannya dengan Zamani. Sejak itulah berita itu mula tersebar. Semasa Zamani hilang tu... dia sebenarnya cuba menghindari gangguan wanita tersebut. "Memang ada juga wanita itu ikut Zamani ke beberapa majlis tidak lama dulu, tapi saya tak tahulah sejauh mana hubungan mereka," kata sumber itu kepada Mangga Muda. Macam tahu pula kisah Zamani dan pernikahan dibualkan, tiba-tiba telefon bimbit sumber itu menerima satu mesej. Antara lain mesejnya berbunyi macam ini: "You tahu ke Zamani dan gadis bernama J nak kahwin hujung tahun ini." Eh! bila senyap gosip sudah berkahwin, timbul pula gosip bakal kahwin pula. Tak tahulah siapa pula yang sebarkan gosip itu. Agaknya dia mahu isu itu kembali hangat kut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:50 pm | |
| Jamal memang hebat
Jamal Abdillah sudah melunaskan janjinya mengadakan konsert istimewa, Jamal... Kembara Seniman selama lima malam berturut-turut mulai 5 Ogos lalu di Istana Budaya. Saya sempat menonton salah satu malam persembahannya.
Semasa melangkah masuk, saya sudah dapat info mengatakan segmen pertama sedikit boring daripada penonton lain yang menonton pada malam-malam sebelumnya. Jadi saya sudah bersedia dengan amaran kebosanan pasa segmen awalnya.
Bosan itu katanya kerana segmen tersebut memuatkan lakonan dan nyanyian perjalanan Jamal sebagai penghibur yang bermula dengan zaman bayinya yang suka menangis dan akan diam apabila diulit dengan lagu sehingga dia bergelar Juara Bintang RTM 1979.
Saya duduk menonton segmen pertama dengan khusyuk dan nyata saya terhibur dengan apa yang dipersembahkan. Saya ingatkan masih panjang lagi segmen pertama kerana saya belum rasa bosan menontonnya.
Malah penonton lain juga terpaku dengan persembahannya. Tiba-tiba diumumkan segmen pertama tamat dan persembahan berhenti rehat. Nampaknya persembahan itu tidak membosankan saya.
Semasa waktu rekat, saya mendekati pegawai Istana Budaya bertanyakan kalau-kalau persembahan pada malam itu berbeza dengan persembahan malam-malam sebelumnya kerana saya tak berasa bosan sedikit pun.
Katanya itulah juga persembahan yang dilakukan oleh Jamal pada malam-malam yang lain. Nampaknya persepsi yang diberi oleh penonton lain pasal persembahan Jamal meleset sama sekali.
Mungkin rakan itu menonton semasa dirinya berada dalam situasi yang membuatkan dia tidak boleh menghayati hiburan yang dipersembahkan. Itu kata hati sayalah.
Vokal sangat bertenaga
Kelebihan utama konsert solo Jamal ialah vokalnya yang sangat hebat dan memiliki himpunan lagu popular yang tidak pernah pudar. Lagu-lagu Kau Lupa Janji, Seniman Menangis, Lancang Kuning, Suratan Nasib, Kabus Di Wajahmu, Sandarkan Pada Kenangan dan banyak lagi tidak pernah dilupakan.
Rata-raya penonton terpaku mendengar suara Jamal sepanjang konsert berlangsung. Malah mereka tidak mahu berganjak pulang walaupun konsert berakhir sehingga memaksa Jamal meneruskan persembahan.
Album lagu-lagu baru dan lama yang dijual di luar panggung juga laris bak goreng pisang panas. Peminat tidak mahu melepaskan peluang memiliki albumnya semula. Apatah lagi mereka berpeluang mendapatkan tandatangan Jamal pada sampul album selepas itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:51 pm | |
| Cheb Ali, Azura menetap di Mesir Bulan April lalu, penyanyi Azura Aziz dan suami Cheb Ali menjual barang-barang rumah sewa mereka untuk berpindah ke Mesir. Suaminya memang berasal dari Mesir. Kebetulan anak sulung mereka Bubu sudah mula bersekolah. "Memang kami akan menetap di Mesir dan akan pulang ke Malaysia dalam tempoh yang singkat sahaja," kata Cheb Ali kepada Mangga Online dalam komunikasi melalui messenger. Apatah lagi dia sendiri mula banyak kerja di sana. Banyak projek yang diraihnya antaranya menyediakan dokumentari untuk Library of Alexandria. Dia terlibat secara langsung dalam penerbitannya. Mereka menerbitkan dokumentari pasal sejarah, kebudayaan, seni dan kraftangan. "Saya sekarang sedang menyunting filem pendek untuk dokumentari pasal kebudayaan dan sejarah Arab. "Memang kami akan lama di sini kerana Bubu sekarang sudah masuk Qurtuba Institute of Al-Azhar. Apabila musim cuti sekolah barulah boleh pulang ke Malaysia," katanya. Gambar-gambar ini dirakam semasa mereka bercuti ke perkampungan di Mesir pada hujung minggu. "Kami ke Fayoum Oasis. Di situ ada rumah rehat kampung yang cantik dan dibina dengan batu sepenuhnya. "Dari kolam renang rumah rehat di Fayoum Oasis tu kita dapat lihat Tasik Qarun di belakangnya. Banyak harta di bawahnya. "Kami juga melawat ladang di sekitar kawasan situ," kata Ali. Masih minat rakam laguDi samping kerja-kerja tetap itu, Ali masih mahu rakam album. Dia dalam proses menyiapkan lagu sebelum memulakan rakaman. Ali pernah memasarkan album di Malaysia dua tahun lalu. Dia juga terlibat dalam penerbitan album beberapa artis termasuk Betty Banafe. Azura pula sudah lama menyepi daripada dunia seni sejak berkahwin dengan Ali. Mereka kini memiliki dua anak lelaki, Bubu dan Totti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 4:52 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 5:00 pm | |
| Fizo Omar
Sesi fotografi bersama model dan pelakon yang semakin popular ini diatur sebaik sahaja dia mendapat kelepasan hari rehat. Kesempatan yang ada, kami gunakan untuk ‘merendam’nya di dalam air selari dengan konsep cover bulan ini. Hadir tepat pada masanya, walaupun malam sebelum itu terpaksa pulang lewat menghabiskan penggambaran drama, namun dia tetap segar.
Baru berusia setahun dalam industri seni tetapi telah popular lebih awal sebelum waktunya. Tetap mesra dan mudah bekerjasama. Ayuh kita lihat dengan lebih dekat diri Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar tentang karier dan perancangan masa hadapannya. Karier sebagai pemain bola sepak Jauh sebelum mula dikenali, Fizo Omar mempunyai perjalanan hidup yang berbeza dengan apa yang dilakukannya sekarang. Dia sebenarnya adalah pemain bola sepak profesional.
Sejak dari kecil lagi, dia sudah terlibat secara serius bermain bola sepak ke peringkat negeri dengan mewakili Kelantan. Kemudian terpilih juga dalam beberapa kejohanan peringkat umur sehinggalah berjaya mewakili Malaysia bawah 16 tahun dalam Kejohanan Piala Nike yang diadakan di Korea Selatan.
“Apabila menyambung pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, saya terpilih juga mewakili Perlis bagi skuad Piala Presiden dan Liga Super. Ia juga menjadi kenangan manis buat saya apabila berjaya memenangi Piala Malaysia pada tahun 2005.” Ujar Fizo yang bermain di posisi tengah dan pertahanan. Tamat pengajian, dia beralih angin ke Kuala Lumpur dan mewakili pasukan TNB dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang juga merupakan pasukan terakhirnya.
Kemudian dia tidak lagi bermain bola sepak. Mengapa ya? “Saya tidak lagi bermain bola sepak kerana secara tidak langsung sudah terlibat dalam bidang peragaan dan lakonan. Ini semua adalah kerana seorang rakan yang telah menghantar gambar saya ke agensi modeling dan kemudian mendapat banyak tawaran iklan komersil dan beberapa tawaran lakonan.
Juga dalam masa yang sama, saya telah menyertai pencarian Hero Remaja anjuran majalah Remaja terbitan Kumpulan Karangkraf.” Jelas Fizo yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu. Jelasnya, bukan dia tidak berminat lagi dengan bola sepak, tetapi memandang jauh akan masa hadapan supaya kehidupannya nanti lebih terjamin.
Tidak menafikan dengan bermain bola sepak boleh hidup mewah tetapi semua itu akan berakhir apabila seseorang pemain itu mendapat kecederaan yang serius dan tidak boleh bermain lagi. Oleh itu, Fizo mengambil keputusan untuk berhenti bermain bola sepak secara serius dan menumpukan kepada bidang seni yang semakin terbuka luas untuknya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 5:05 pm | |
| Tetap kejar impian
Bergaya anggun dengan rekaan Calvin Thoo ketika sesi fotografi ini, Farhan akui rezekinya sebagai anak seni masih ada SEKALI melangkah ke dalam dunia hiburan, setiap sisi baik mahu pun buruk yang bakal terjadi perlu diharungi dan diterima seadanya. Bukan masanya lagi untuk berundur ke belakang kerana kehidupan mendatang harus dilalui tanpa sebarang penyesalan di hati. Hampir empat tahun menongkah arus dunia seni, Farhan atau nama sebenarnya Nur Farhan Azizan, 25, selaku penyandang tempat ketiga Akademi Fantasia musim keempat masih tegar bertahan membuktikan bakatnya masih relevan hingga kini. Menyertai program realiti itu ibarat satu keajaiban dan tidak mungkin tanpa program itu dia masih berada di sini. Biarpun namanya kelihatan sayup kedengaran dan ada kalanya dipandang sepi di ruang publisiti, dia masih utuh memastikan jenamanya tidak terus lebur begitu saja. Anak pertama daripada lima beradik ini masih memenuhi undangan persembahan tertutup, malahan hampir setiap hujung minggu dia pasti tidak melekat di rumah kerana keluar mencari rezeki sebagai penyanyi. Pahit manis bergelar anak seni ditangani sebaik mungkin dan pada akhirnya ia bertimbal balik kepada cara kita mengendalikan apa juga kemungkinan situasi. “Tidak sepanjang masa kita sengsara mengenang episod duka, tidak semena-mena kebahagiaan itu pasti mendakap diri saya. Ia adalah satu cabaran yang terus mematangkan diri. Biarpun ekonomi tidak stabil, pintu rezeki masih terbentang luas dan pokok pangkalnya ia berbalik kepada usaha serta kesungguhan kita untuk meneruskan impian,” katanya ketika ditemui pertengahan Jun lalu di Butik Calvin Thoo untuk satu fotografi istimewa. Farhan juga antara pelanggan yang selalu berkunjung ke butik itu untuk menempah baju. Falsafah muzik yang menjadi pegangan diri terus digenggam erat. Bahkan kalau mahu diperdebatkan mengenai pasaran muzik semasa pun dia mampu memberi hujah serta pandangan panjang lebar mempertahankan pendiriannya. Penyanyi yang memiliki bibir menawan itu kalau diajak bicara, pendek kata sampai esok lusa pun belum tentu akan berakhir kata-katanya. Entiti muzik itu sendiri adalah imbasan kehidupannya. Ia bagai irama dan lagu yang berjalan seiringan, lalu, tiada salah satu daripadanya, maka pincang jadinya. Jika ada segelintir penyanyi tempatan yang mahu melebarkan sayap ke negara jiran seperti Indonesia sanggup menjadi seperti penyanyi di sana dengan merakamkan lagu mirip lagu seberang, dia pula selesa hadir dengan cara tersendiri. “Kalau mahu dibandingkan dengan negara luar, muzik kita sebenarnya sudah jauh berkembang pesat. Yang menjadi isu di sini, apabila sesetengah masyarakat dan penggemar muzik tempatan terlalu mengagungkan muzik luar tanpa menyedari kehebatan muzik di negara sendiri. “Saya ambil contoh jalur muzik jazz sendiri sudah mula ada dalam zaman Allahyarham Tan Sri P Ramlee, begitu juga dengan sekarang, kita ada Atilia dan Noryn Aziz. Namun, pada akhirnya muzik luar juga yang dihargai. Saya tahu isu muzik seberang mula membanjiri negara kita sudah lapuk dan basi untuk diperkatakan. Siapa harus dipersalahkan, masing-masing dengan agenda sendiri mempertahankan kepentingan sendiri. ISTILAH putus asa tidak pernah ada dalam kamus hidup Farhan. “Memang tidak adil apabila muzik luar mudah saja ‘mendarat’ ke negara kita tanpa sebarang sempadan. Tapi itulah yang masih berlaku. Bukan kita tiada album tempatan atau single baru penyanyi negara kita kerana pada akhirnya lagu luar juga yang mendominasi corong radio. Kadang-kadang penyanyi kita ibarat menjerat diri membikin album baru sedangkan usaha itu dihampakan pihak tertentu,” katanya yang turut membuktikan genre muzik tersendiri dan mengharapkan ia mampu diterima. Album sulung terbit selepas Aidilfitri TIGA tahun bergerak sendiri dengan menubuhkan syarikat Mezzaforte Records, pertaruhan sulungnya bakal menjadi kenyataan dijangka selepas musim Aidilfitri nanti. Album memuatkan lapan lagu itu dibikin dalam durasi masa hampir dua tahun. Kata Farhan, album itu dilakukan dalam tempoh yang dianggap lama kerana ia dibikin tanpa perasaan tergesa-gesa dan demi mencari material yang betul-betul berkualiti. “Album itu hanya menunggu masa diedarkan dan saya pasti ia akan berada di pasaran. Konsep album itu berentak retro dan mempunyai sentuhan ‘rhythmix soul’. Elemen seperti fusion, jazz, funky, soul dan pop turut diselitkan. “Album itu terhasil dengan duit sendiri dari A hingga Z dengan menelan belanja hampir RM80 ribu. Antara komposer yang terbabit ialah Sham Kamikaze, Sharon Paul dan Helen Yap. Untuk single pertama, Kelmarin ia dicipta komposer seberang, Shaharani dan menyusul sebagai single kedua ialah Bukan Mimpi,” katanya yang turut menyanyikan lagu tema program Pilih Kasih. Hakikatnya lumrah kehidupan ibarat putaran roda, sesekali kita berada dalam kedukaan dan sesekali ia berselang seli dengan kegembiraan. Pernah mencalar perasaan serta menyentapkan hatinya apabila teman seperjuangan yang disangka baik, rupa-rupanya menjadi gunting dalam lipatan selama ini. Kejadian itu berlaku tahun lalu hingga hampir separuh teman artis yang lain mula memulau. “Tapi sekarang permasalahan itu sudah mula berakhir dan memang ketika itu saya banyak makan hati berulam jantung. Mujur juga ia tidak menjejaskan kerjaya seni saya cuma ia memberi kesan dalam nilai persahabatan. “Apa yang saya lakukan ialah bersabar dan berdepan dengan tenang. Saya bersyukur kawan yang lain lebih kenal siapa Farhan. Sayang sekali, dia masih tidak sedar yang orang sudah mula tahu tembelangnya. Saya sendiri hairan kenapa masih ada manusia yang menikam belakang sesama sendiri sedangkan ruang lingkup dunia seni kita bukanlah besar mana pun,” katanya yang tidak mahu mendedahkan identiti artis yang dimaksudkan itu. Dalam sisi lain, Farhan kini sedang bahagia melalui fasa indah dalam percintaan. Sambil berseloroh, dia memberitahu hatinya kini sudah dimiliki. Namun diajak berbicara lanjut mengenai perancangan berkahwin, dia masih belum memikirkannya lagi. “Sekarang ini tumpuan saya hanya pada kerjaya dan keluarga. Secara peribadinya saya sudah membanggakan keluarga saya dengan bergelar anak seni, lalu, saya tidak mahu ia ternoktah begitu saja. Masih terlalu jauh perjalanan seni saya. Kisah peribadi jatuh ke tangga ketiga selepas kerjaya dan keluarga. Lagipun adik saya Nurul Ain yang melangkah bendul kerana akan berkahwin dulu sebelum saya,” katanya. PROFIL: Persepsi terhadap kecantikan dan wajah komersial yang dianggap penting dalam dunia seni Tidak menafikan dunia hiburan tempatan mementingkan aspek komersial dan rupa terutamanya dalam kecenderungan untuk menghiasi muka depan majalah mahupun akhbar. Pernah mendengar kata-kata sinikal yang menganggap dirinya tembam. Malah kini Farhan sudah berusaha untuk mengurangkan berat badannya. Usiknya, wajah yang kurang cantik sekalipun kalau dikenakan solekan akan cantik juga akhirnya. Kecantikan tidak akan menjamin sesuatu hala tuju atau misi yang ingin dicapai. Dia masih terkenang kata-kata Erra Fazira yang pernah bercakap, berlakon kalau sekadar jual rupa saja tanpa bakat pun pada akhirnya ia tidak memberi jaminan. Kalau ada bakat dan rupa sederhana sepertinya mungkin masih boleh dihargai lagi peminatnya. Katanya, paling memberi impak kepadanya ialah setiap kali membuat persembahan dan ada yang mula mengagumi suaranya. Katanya lagi, dia tidak menjual rupa sebaliknya suara. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 5:10 pm | |
| Mimi kerja keras
MENIMBA pengalaman lebih dua tahun dalam bidang lakonan banyak mengajar pelakon muda, Mimi Rahzia Tamin, 27, belajar kehidupan bergelar anak seni. Jika dihitung, dua tahun masih dianggap mentah untuk pelakon baru mencipta nama dan populariti. Bagi Mimi, perjalanan untuk menjadi pelakon berjaya dengan pengiktirafan menerusi anugerah masih jauh. Mimi yang berkesempatan hadir memeriahkan Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini merasakan dia bertuah kerana meraih pengalaman menarik menerusi majlis anugerah berprestij ini. Sebagai artis baru, peluang menghadiri majlis khusus meraikan karyawan filem tanah air, memberi kelebihan buatnya bukan hanya berkongsi kejayaan bersama pelakon yang mencatat kejayaan, sebaliknya menjadi platform terbaik untuk mempromosikan diri. Katanya, peluang ini tidak seharusnya dilepaskan, apatah lagi hadirannya sebagai tanda sokongan pada FFM22 dan persada perfileman tempatan secara keseluruhan. "Banyak kelebihan dan pengalaman baru yang saya lalui sepanjang berada lima hari di sini. Kemeriahan FFM22 bukan hanya terletak pada kemuncak Malam Anugerah tetapi pembabitan artis menerusi aktiviti sampingan yang dianjurkan turut menarik perhatian. "Saya berkesempatan melawat Rumah Kebajikan Bukit Harapan, Inanam dan terharu apabila bertemu dengan kanak-kanak istimewa yang tinggal di situ. Pada saya, aktiviti ini patut disertai ramai artis kerana mereka juga adalah peminat. "Dalam pada itu, saya juga meluangkan masa bertemu dengan ramai produser dan pengarah yang hadir. Pertemuan ini suatu yang penting untuk saya memperkenalkan diri dan ia secara tidak langsung menjadi promosi untuk diri sendiri. "Saya bersyukur apabila ditawarkan membintangi dua telefilem ketika berada di sini. Salah satunya berjudul Fatihah Buat Ibu dan penggambaran dijangka bermula penghujung bulan ini," katanya. Mengenai penganjuran FFM22, Mimi berpandangan acara ini berjaya dan meninggalkan kenangan manis buat semua khusus Sabah yang menjadi lokasi julung kali untuk acara ini. FFM22 meriah apabila Malam Augerah dipenuhi ramai penonton dan artis turut memberi kerjasama dengan baik. Bercerita mengenai perkembangan terbaru, pelakon Kala Hati dan Iris itu menyatakan dia baru selesai penggambaran telefilem Jiranku Cik Siti arahan Bob Singah. Bergandingan bersama Ridzuan Hashim sebagai pelakon utama, Mimi juga melakonkan karakter sebagai doktor yang kemudian jatuh cinta dengan jirannya. "Saya turut menanti filem baru saya, Momok The Movie arahan M Jamil yang bakal ditayangkan di pawagam pada Aidilfitri nanti. Menariknya, dalam filem ini saya memainkan watak hantu sampuk. "Sebenarnya watak ini suatu yang menarik untuk dilakonkan kerana memerlukan saya melakukan aksi lagak ngeri. Saya sanggup mengambil cabaran melakukan sendiri aksi lagak ngeri itu apabila perlu terbang daripada ketinggian menyamai rumah tiga tingkat. "Turut memberi cabaran, saya difahamkan lokasi penggambaran sebenarnya 'keras' dan watak saya dikatakan penduduk kampung di situ memang wujud," katanya. Antara filem mahupun drama, kata Mimi, tidak banyak beza dari aspek pengalaman di lokasi penggambaran. Cuma, menerusi filem, ia ditayangkan pada skrin besar dan setiap sudut dan pergerakan jelas kelihatan. "Bagi saya, tidak kisah walaupun seseorang pelakon itu terbabit dengan satu atau dua adegan tetapi yang penting, penonton tetap sedar kemunculannya. Sebenarnya, saya tidak kisah watak utama atau pembantu. Saya mahu lakonan di filem menjadi peluang lebih besar untuk mempromosi diri pada penonton," katanya. Bersama telefilem Jiranku Cik Siti dan Momok The Movie yang menantikan tayangan pada Aidilfitri, Mimi turut terbabit dengan drama Damak yang akan menemui penonton pada masa yang sama. Dalam drama arahan Zulkiflie M Osman ini, Mimi memainkan watak Puteri Kesuma Dewi iaitu puteri bunian. Drama ini turut dijayakan Abby Abadi, Mustapha Kamal dan Malik Nor. Mimi berkata, dia mahu bekerja lebih keras untuk memperkenalkan dirinya pada khalayak. Walaupun dia sudah banyak membintangi drama, Mimi percaya sokongan peminat amat penting untuk perkembangan kariernya. "Saya berpeluang untuk kembali mengacara program baru Rentak 80-an untuk RTM. Sebenarnya, saya rindu mengacara semula kerana nama saya mula dikenali dari bidang ini. "Namun, lakonan tetap jadi keutamaan saya. Jika ada kelapangan dan tawaran menarik, saya masih mahu meneruskan bidang mengacara ini pada masa akan datang. "Sebagai pelakon dan pengacara, saya merasakan masih banyak perkara baru yang harus saya belajar. Seperti di FFM22, saya rasa seperti diri kecil berbanding pelakon lain yang sudah banyak pengalaman berlakon. "Tanpa pengalaman dan ilmu yang cukup, saya merasakan diri belum cukup kuat untuk menang anugerah. Saya bangga dengan kejayaan pelakon baru, Liyana Jasmay yang menang Pelakon Wanita Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Papadom arahan Afdlin Shauki. "Begitu juga dengan kejayaan Zahiril Adzim untuk Pelakon Harapan Lelaki Terbaik menerusi filem Kami The Movie manakala Jaclyn Victor Pelakon Harapan Wanita Terbaik (Talentime). "Kejayaan mereka memberi semangat kepada saya untuk bekerja keras bagi menunjukkan lakonan berkesan, sekali gus mengikut jejak langkah mereka menggenggam trofi yang menjadi impian setiap pelakon. "Jika boleh, saya ingin mengembangkan bakat seni saya dalam bidang lain. Kini saya cuba mencipta lagu sendiri. Saya sudah cipta satu lagu, Kau Kekasihku Selamanya. "Saya berminat melakukan kerja belakang tabir seperti penciptaan lagu dan berharap bakat saya ini dapat diperluaskan lagi," katanya. PROFIL NAMA: Mimi Rahzia Tamin TARIKH LAHIR: 13 Januari 1982 ASAL: Brunei PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kewangan), University Techonology Of Sydney, Kolej Taylors, Subang Jaya KERJAYA: Model, pengacara dan pelakon FILEM: Momok The Movie DRAMA: Iris, Nek Nak 2, Elit, Tangisan Bulan Madu, Cinta Gila, Menantu Vs Mentua, Rozana, Julia Julis, Suria Kasandra, Kala Hati dan Jiranku Ck Siti PROGRAM TV: Teman (8TV), Kembara Khatulistiwa (RTM) dan Rentak 80an (RTM) TEATER: Lorong Blues (2007) IKLAN: Digi Idiot Brother, Nespray Cergs, TV3 Inspirasi Hidupku dan Sendayu Tinggi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 5:12 pm | |
| Keluarga segalanya
DI kala namanya memuncak di persada seni tanah air, Dayangku Intan memilih untuk berumah tangga. Ternyata, ia langkah tepat buatnya apabila perkahwinan dibina bersama Rosman Yahil kira-kira 26 tahun lalu masih kekal dan dikurniakan empat anak.
Sebagai penyanyi, isteri dan ibu, keutamaan Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid, 44, tetap pada keluarga. Justeru, dia sanggup 'berhenti' menyanyi demi menambah bilangan ahli keluarga selepas dua kali keguguran.
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Berpaut Di Dahan Cinta ini berkata, tindakan itu dilakukan selepas mendapat nasihat doktor. Ketika itu, kali pertama keguguran kandungannya berusia lima bulan dan kali kedua, enam bulan.
"Saya suka kanak-kanak dan impikan anak ramai. Jadi, menyedari menyanyi juga boleh menyebabkan tekanan teruk, saya dan suami setuju dengan nasihat doktor. Justeru, selepas berhenti menyanyi pada 1995, saya hamil anak ketiga dan keempat.
"Bagaimanapun, itu tidak bermakna saya 'berhenti' terus daripada menyanyi. Saya tetap aktif, cuma tidak merakamkan album saja. Namun, kerinduan itu (rakam album) tetap ada dan saya gembira apabila Warner Music berminat menerbitkan kompilasi Memori Hit Dayangku Intan.
"Memuatkan 29 lagu, inilah 'pengubat' rindu peminat kepada saya. Namun, dalam kompilasi ini saya tidak merakamkan satu pun lagu baru. Justeru, saya berharap suatu hari nanti dapat menghasilkan satu atau dua single baru untuk peminat," katanya.
Kini Dayangku Intan dan Rosman bangga dengan kehadiran anak-anak, Wanku Mohamad Syaifuldean, 26, Wanku Mohamad Rusyduddean, 18, Wanku Intan Syarafana, 12, dan Wanku Mohamad Ruknuddean, 11.
Dayangku Intan yang anggun bertudung, tetap peramah dan mesra apabila berbicara. Apatah lagi, dia kini aktif dengan persatuan dan menjadi penceramah motivasi untuk syarikatnya, Ummatul Ihsan Enterprise yang ditubuhkan kira-kira lima tahun lalu.
Menerusi Ummatul Ihsan Enterprise, Dayangku Intan mengendalikan beberapa program seperti Belia Elak Banteras Ancaman Sosial (BEBAS), Kita Insan Biasa, Mat-R dan Alumni yang mensasarkan golongan remaja. Objektifnya, memberi mereka panduan arah hidup betul serta mengeratkan silaturahim.
"Masalah remaja sekarang begitu banyak seperti Mat Rempit. Ia memang nampak negatif tetapi tahukah masyarakat bahawa remaja dianggap liar ini sebenarnya memiliki bakat tersendiri yang sewajarnya ditonjolkan.
"Maksudnya, bukan menggalakkan aktiviti 'merempit' itu tetapi menunjukkan mereka arah positif. Dalam soal ini, usia muda biasanya dikaitkan dengan 'darah panas' dan suka mencuba. Justeru, bimbingan yang betul itu penting untuk memperbaiki keadaan," katanya.
Malah, Dayangku Intan juga kini menjawat tugas sebagai Pengerusi Biro Bakti Pertiwi, Persatuan Bekas Polis Malaysia.
"Saya dengan Pertiwi sudah lama, cuma sekarang ini hendak mengaktifkannya dengan mengajak bekas polis wanita, isteri dan anak polis menyertainya. Menerusi Pertiwi, kami akan memberi perhatian kepada ahli seperti memberi motivasi, bantuan kesihatan, pendidikan dan tempat tinggal.
"Apapun, terima kasih saya ucapkan kepada Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Tuan Shafie Bakri yang memberi peluang mengendalikan Pertiwi. Saya akan berusaha memastikan objektif persatuan berjaya demi bangsa, agama dan negara.
"Setakat ini, keseluruhan jumlah ahli persatuan seramai 170,000 orang dengan 70,000 daripadanya di bawah Pertiwi. Disebabkan itu, saya perlu menggerakkan Pertiwi lebih aktif selain turut terbabit dengan Persatuan Kerabat Diraja Kedah," katanya.
Menyentuh soal peribadi, tanpa berselindung Dayangku Intan mengakui anak ketiganya, Wanku Intan Syarafana menghadapi masalah kesihatan. Sejak dilahirkan, anak perempuan tunggal dalam keluarganya itu disahkan tidak mempunyai hempedu.
"Dalam soal ini, tidak dinafikan anak perempuan kesayangan saya kurang sihat. Bagaimanapun, saya masih boleh mengurus rawatannya sendiri. Disebabkan itu, saya sekeluarga lebih senang tidak menceritakan keadaannya kerana kami masih mampu.
"Bukan apa, kalau ada pun yang mahu membantu, biarlah ia disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan daripada kami. Namun, bukan saya menolak rezeki tetapi selagi berasakan ia mampu ditangani, biarlah kami sekeluarga yang berusaha," katanya.
Kembali aktif di persada hiburan tanah air, Dayangku Intan yang diuruskan suaminya kini turut sibuk sebagai pengacara program televisyen. Mengikut perancangan, penyanyi yang pernah berduet dengan Jay Jay ini akan mengendalikan program Kasih Ramadan.
Bersandarkan sembilan episod, program terbitan Karya Bistari Sdn Bhd itu akan menemui penonton pada Ramadan ini di saluran Astro. Menurut Dayangku Intan, program dikendalikannya memang menarik dan sesuai dengan 'mood' Ramadan.
"Menerusi program ini, saya bersama Yayasan Basmi Kemuskinan (YBK) akan melawat ke beberapa rumah yang memerlukan bantuan. Bukan itu saja, saya juga turut melagukan hadis dalam program ini sebagai panduan untuk kita umat Islam," katanya.
Ditanya mengenai promosi album kompilasi Memori Hit Dayangku Intan, anak jati Kedah ini mengakui, dia tiada sebarang kontrak dengan Warner Music. Namun, katanya, dia akan mengikuti sesi promosi disediakan berikutan kompilasi itu diterbitkan kerana permintaan peminat.
PROFIL NAMA: Tengku Intan Tengku Abdul Hamid PANGGILAN KOMERSIAL: Dayangku Intan ASAL: Kedah USIA: 44 tahun KARIER: Penceramah motivasi, penyanyi, pelakon dan pengacara STATUS: Berkahwin SUAMI: Rosman Yahil ANAK: Wanku Mohamad Syaifuldean, 26, Wanku Mohamad Rusyduddean, 18, Wanku Intan Syarafana, 12, dan Wanku Mohamad Ruknuddean, 11 ALBUM: Pernah menghasilkan lebih 20 album termasuk kompilasi FILEM: Minah Manja, Ali Setan 2
Berpaut Di Dahan Cinta
Pasrah ku dalam penantian mengharapkan cinta mu Tenggelam lah aku dalam kesepian Yang tidak menentu Semua punah setelah hati terpanah Oleh asmara yang hangat membakar jiwa
Apa tujuan mu berselindung Di balik kata cinta Sedangkan kau tahu Cintamu tiada memberi makna
(*)
Terkubur kini Semua mimpi-mimpi Tapi ku masih Berpaut di dahan cinta
(**) Aku berpaut di dahan cinta Masih mengharap kehadirannya Aku berpaut di dahan cinta Masih mengharap kehadirannya
(Ulang Rangkap * dan ** )
(Penulis lagu & lirik: Suhaimi Roa ) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 11 Aug 2009, 5:25 pm | |
| (GAMBAR)Inikah Bakal Dewi Remaja?
“Inikah gambar bakal dewi remaja yang bakal menggantikan Scha Al- Yahya?“. Itulah tajuk email yang kami terima daripada seseorang. Terus menggelegak kepala kami dibuatnya. Secara peribadi memang bagai jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan wanita ini berbanding Scha. Oh ya, kalau anda tak tahu, Scha Al Yahya dulu adalah juara Dewi Remaja. Kami tak sempat nak cari info biodata gadis di atas ini. Tapi rasanya memang betullah kot dia masuk bertanding pertandingan Dewi Remaja nie. Kalau tak, macam mana plak gambar dia leh kuar muka depan Majalah Remaja kan? Kalau salah sila betulkan kami. Manalah tau anda sedara mara atau ahli keluarga gadis ini. Tapi bukan gambar di atas ini yang menyebabkan kami mengelegak kepala (saja wat ayat melampau sikit). Anda kena tengok dulu gambar-gambar gadis di atas dengan membaca artikel ini sepenuhnya untuk mengelegakkan kepala anda. Hehehe. (tapi mungkin bagi sesetengah manusia gambar dia nie biasa jer, so terpulanglah kepada pendapat peribadi). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 12 Aug 2009, 11:13 am | |
| Jawab, jangan tak jawab!: 'Takkanlah asyik nak berkepit'
PASANGAN ini sengaja tidak mempamerkan kebahagiaan mereka di luar kerana tidak mahu dikatakan menunjuk-nunjuk.
Ada gosip dakwa Aida dan suaminya, Joe Radzwill failkan perceraian di mahkamah
PASANGAN ini hanya tergelak besar apabila ada 'angin ribut' yang membawa perkhabaran rumah tangga mereka sekali lagi dilanda badai. Kali ini, ceritanya lebih hebat apabila mereka didakwa baru saja memfailkan perceraian mereka di mahkamah. Pun begitu, saat dihubungi Hip bagi mendapatkan kesahihan cerita itu, pasangan berkenaan, Aida Radzwill dan suaminya Joe Radzwil, berkata semua cerita itu hanyalah sekadar kisah dongeng semata-mata.
Sehingga kini, menurut pasangan itu, rumah tangga yang mereka sejak bina lapan tahun lalu masih utuh. Kasih sayang antara mereka masih menebal, sama seperti mula-mula mendirikan rumah tangga. Jelas Joe, ini bukanlah kali pertama cerita mengenai mahligai cinta mereka runtuh. Dua tahun lalu cerita yang sama juga turut tersebar apabila ada rakannya bertanya benarkah dia dan Aida sudah tidak sehaluan lagi.
Mungkin bagi sesetengah pasangan, kisah perceraian bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main kerana bimbang apa yang diperkatakan itu bertukar menjadi doa. Namun bagi Aida dan Joe, status artis yang mereka pegang membuatkan mereka tidak lepas daripada gosip liar seperti ini. Menyedari hakikat itu, mereka lebih senang membiarkan cerita mengarut itu berlalu begitu saja tanpa ada apa-apa membekas di hati.
Apa yang penting, kebahagiaan yang dibina sejak lapan tahun lalu masih menjadi milik mereka biar ada insan yang sebenarnya tidak senang melihat mereka berdua bahagia.
Hip: Ada khabar mengatakan yang Aida dan suami memfailkan perceraian hari ini. Betulkah?
AIDA anggap gosip bercerai sebagai asam garam kehidupan artis.
Aida: Cerita yang tersebar itu memang tidak benar sama sekali. Kami masih lagi suami isteri. Sekarang ini pun Abang Joe ada di rumah. Kalau tak percaya awak boleh bercakap dengan dia
(sambil memberikan gagang telefon kepada suaminya dan membiarkan suaminya bercakap seketika). Dari mana awak dengar cerita ini? (sambil ketawa). Apa pun, saya sendiri tidak terkejut dengan cerita ini kerana saya tahu memang ada orang yang suka menyebarkan cerita kurang elok mengenai kami berdua.
Hip: Maksud Aida, ada orang yang cuba mensabotaj kebahagiaan yang dibina selama ini?
Aida: Saya tak berani nak kata begitu takut ada yang terasa. Lagi pun itu satu tuduhan. Cuma saya melihat perkara itu dari sudut positif. Biasalah manusia, hati lain-lain. Kita tak tahu apa yang ada dalam hati mereka. Dan disebabkan itu, saya malas nak memikirkan sangat kerana saya sedar sebagai manusia, kita tidak sempurna.
Hip: Mungkin orang lihat Aida sering bersendirian membuatkan ramai yang membuat spekulasi hubungan kalian berdua dilanda masalah?
Aida: Memang betul, ada ketika saya kelihatan bersendirian kerana masing-masing ada tugas yang perlu dilaksanakan. Dia sibuk dengan kerja dia, saya dengan kerja saya. Takkanlah asyik nak berkepit sentiasa. Walaupun ada yang melihat kami tidak bersama tapi kami sering bertanya khabar dan berbalas SMS untuk bertanyakan perihal masing-masing. Pun begitu saya tak nafikan
sebagai pasangan suami isteri, pergeseran dalam rumah tangga adalah perkara biasa, tapi kita kena bijak menyelesaikannya. Biarpun masing-masing sibuk, kita kena cari masa untuk bersama pasangan kita. Bukan kuantiti tetapi kualiti masa yang perlu diutamakan.
Hip: Bagaimana Aida melihat Joe sebagai seorang suami?
Aida: Walaupun dia lebih muda tetapi dia cukup matang dari pelbagai sudut. Seorang yang amat mengambil berat terhadap diri saya. Rajin bertanya khabar jika berjauhan dan sangat bertanggungjawab. Selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, dia masih seperti dulu dan melayan saya dengan baik.
Tak mahu sakitkan hati sesiapa
Hip: Apa komen Joe sendiri apabila ada yang mengatakan kalian berdua sudah bercerai?
Joe: Macam manalah orang luar boleh lebih tahu hal kami berdua ya? Tak adalah. Kami masih bersama. Biasalah, mulut orang lebih-lebih lagi dalam dunia artis, memang kita tak boleh
lari dari gosip seperti. Lagi pun ini bukan perkara baru. Sebelum ini pun, kira-kira dua tahun lalu, saya pernah ditanyakan oleh seorang kawan apakah benar saya dan Aida sudah bercerai.
Hip: Mungkin sebab anda tidak selalu bersama pasangan anda membuatkan spekulasi kisah perceraian itu tersebar?
Joe: Sebenarnya dalam hal ini saya sendiri jadi serba salah. Bila kita tidak sering bersama, orang kata hubungan kita ada masalah. Kalau kita sering berdua di depan khalayak atau bergambar bersama di majalah atau akhbar, orang kata kita hendak menunjuk-nunjuk. Selepas berfikir masak-masak, kami rasa biarlah kami begini, tak payah nak tunjuk sangat kebahagiaan yang kami kecapi ini di mata khalayak. Saya tak mahu ada hati yang terluka apabila melihatnya dan saya tak mahu sakitkan hati sesiapa. Tak syok kalau itu berlaku. Biarlah hal peribadi kami, kami berdua saja yang tahu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 12 Aug 2009, 11:17 am | |
| 'Asyik orang sama menang'
AYU bangga dengan anugerah kemenangan yang diraihnya sewaktu Anugerah Planet 2009 di Jakarta, Julai lalu. Ayu Damit gembira Anugerah Planet Muzik iktiraf bakatnya SUARANYA pernah diiktiraf sebagai bernilai RM1 juta apabila dia memenangi pertandingan realiti One In A Million setahun lalu. Sejak itu, ramai yang mengagumi bakat semula jadi dan vokal milik penyanyi bernama Ayu Damit ini. Meskipun penyanyi di Malaysia tumbuh bagai cendawan selepas hujan, namun realitinya mereka yang benar-benar mempunyai mutu vokal yang mantap, bertenaga dan sedap didengar, boleh dibilang dengan jari. Salah seorang daripadanya adalah penyanyi yang berasal dari Putatan, Sabah ini. Biarpun ramai yang mempertikaikan imej dan rupa fizikalnya namun Ayu mempunyai kelebihan menerusi kekuatan vokalnya. Malah, setiap kali ada pertandingan yang membabitkan vokal, nama Ayu tidak pernah tercicir dari senarai finalis. Pun begitu, entah di mana silapnya, setiap kali nama Ayu tersenarai sebagai calon finalis, nasib tidak pernah menyebelahinya. Walaupun ada ketika terbit perasaan terkilan di hati, namun dia percaya satu hari nanti, kejayaan akan berpihak padanya. Nyata, doa penyanyi ini terjawab apabila gelaran vokal terbaik Artis Baru Wanita Anugerah Planet Muzik 2009 yang berlangsung di Jakarta baru-baru ini. Bertemu si pelantun Hanya Di Mercu ini pada satu majlis meraikan kemenangannya di Delicious, One Utama baru-baru ini, Ayu kelihatan cukup teruja menceritakan detik kemenangannya itu. Maklumlah, selepas dinobatkan sebagai pemenang OIAM musim kedua, Ayu bagaikan kontang dengan anugerah kemenangan. Sambil memegang anugerah kemenangan, Ayu berkata dia terharu kerana hasil usaha serta bakatnya itu akhirnya mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. “Sebelum ini, memang nama Ayu ada tersenarai sebagai finalis untuk kategori vokal terbaik dalam beberapa pertandingan. Namun, nasib nampaknya tidak berpihak pada Ayu. Pun begitu, Ayu tak kisah sangat cuma ada kala tertanya-tanya juga apakah Ayu tak cukup bagus? Dan apabila APM memilih Ayu sebagai pemenang untuk kategori vokal terbaik Artis Baru Wanita, Ayu gembira sangat kerana ada juga pihak yang nampak bakat dan kebolehan Ayu,” ujar penyanyi yang baru saja muncul dengan album sulung ini. Apabila Ayu berkata demikian, bukanlah bermaksud dia begitu mengharapkan kemenangan. Bagi Ayu cukuplah sekadar bakat yang dimilikinya itu dinilai dengan sewajarnya. “Bukanlah Ayu nak mempertikaikan keputusan sebelum ini cuma kadang-kadang Ayu terfikir juga, dari segi apakah yang mereka nilai? Bakat atau fizikal? Kadang-kadang asyik orang sama saja menang, apa salahnya jika berlaku perubahan sedikit, barulah industri kita ini penuh variasi,” kata Ayu yang kini semakin berani dan yakin dalam mengeluarkan pendapat. Bukan niat untuk mendabik dada atas kemenangan itu, Ayu berkata dia menaruh harapan semoga kemenangannya itu dapat membuka mata banyak pihak bahawa kehadirannya dalam industri ini bukanlah sekadar tempelan semata-mata. Dalam pertandingan anugerah peringkat serantau itu, Ayu yang mempertaruhkan lagu Hanya Di Mercu mendapat saingan Aura Kasih/Mari Bercinta Cinta, Laura/Oh Baby, Nana/Lafaz, Stacy/Aku Stacy dan Yuna/Dan Sebenarnya. Mengulas perkembangan dunia nyanyiannya, Ayu berkata ketika ini dia sedang sibuk dengan siri road show bagi mempromosikan album sulungnya itu. “Selain sesi bertemu peminat, Ayu juga kini dalam peringkat perancangan untuk menjalani penggambaran klip video untuk single kedua Ayu berjudul Inspirasi Abadi. Ayu gembira dengan apa yang Ayu lalui ketika ini. Harapan Ayu moga peminat Ayu akan terus menyokong kerjaya seni Ayu sampai bila-bila,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 12 Aug 2009, 11:19 am | |
| Bebas menjadi diri sendiri
WARGA kerja produksi Pop Kuiz musim 2009. SIAPA boleh lupa aksi gedik dan 'over' Aznil Nawawi ketika mengacarakan program Pop Kuiz di TV3 satu ketika dulu sehingga rancangan berkenaan muncul gameshow popular dan pernah menerima pengiktirafan Highly Commended Programme oleh Asia Television Awards 1996. Kebetulan juga sekitar 90-an, tidak banyak program gameshow berkaitan dunia hiburan tempatan dan antarabangsa diterbitkan seperti sekarang, terutama saingan stesen berbayar. Ketika Aznil mengacarakan program itu bersama Rina Khan, Pop Kuiz muncul program kegemaran ramai. Bagaimanapun tidak lama selepas itu wajah pengacaranya silih berganti, selepas paduan serasi Aznil dan Rina, ia dikendalikan pula oleh Amy Mastura, Maya Matahari, Intan Suraya dan Benjy sehinggalah program itu diberhentikan pada 2005. Selepas empat tahun menghilang, Pop Kuiz kini kembali merancakkan dunia hiburan tempatan. Program itu menyandarkan kepercayaan kepada dua nama iaitu Aidid Marcello dan Haryati Hamzah atau Yatt untuk melonjakkan kembali populariti program itu. Persoalannya mampukah Aidid dan Yatt mengembalikan kegemilangan Pop Kuiz? Adakah wujud ‘chemistry’ antara Aidid dan Yatt kerana kedua-duanya memiliki karakter berbeza. Bagaimanapun Aidid dan Yatt bukanlah orang baru dalam dunia pengacaraan. Aidid mula mengacara sejak usia belasan tahun lagi menerusi program Remaja. Dari program keremajaan itu, transisi bapa muda ini beralih kepada corak pengacaraan lebih serius apabila dia diserapkan sementara waktu ke program Majalah 3 menggantikan isterinya Norzie Pa’ Wan Cik yang mengandung ketika itu. Malah dia juga pernah mengacarakan dokumentari berunsur keislaman, As Salam. Dari pengacaraan serius, Aidid kini kembali ke program lebih ringan. Ditanya tidakkah dia merasa kredibilitinya sebagai pengacara melalui fasa kejatuhan, Aidid tidak pernah berasakan sedemikian. Sebaliknya dia mengakui lebih seronok mengendalikan program ringan yang membolehkan dia menjadi dirinya sendiri. Soal ‘chemistry’ dengan Yatt juga bukanlah masalah untuk Aidid. Sejak mereka digandingkan, Aidid tidak menghadapi sebarang masalah untuk membina keserasian sekali gus melancarkan keseluruhan penggambaran bagi musim pertama. “Saya lebih selesa mengendalikan program santai seperti pelancongan dan gaya hidup kerana saya tidak perlu menjadi orang lain. Saya bebas menjadi diri sendiri tanpa perlu terikat dengan protokol dan juga skrip. “Saya tak merasakan pembabitan saya dalam Pop Kuiz merendahkan martabat sebagai seorang pengacara. Saya sendiri bermula dengan program santai iaitu Remaja pada 1998, seterusnya RSB dan Remaja Sdn Bhd. Bagaimanapun ketika isteri mengandung, saya dikehendaki menggantikannya mengacarakan program Majalah 3 dan pernah juga mengendalikan As Salam. Tetapi jujur saya kurang berminat dengan program serius kerana jiwa saya lebih kepada program santai. “Apabila diberi tanggungjawab mengendalikan Pop Kuiz, saya berasa seronok kerana boleh menjadi diri sendiri. Tugas saya mungkin nampak mudah tetapi tanggungjawab yang dipikul bersama Yatt untuk mengembalikan kegemilangan program ini bukanlah mudah. Program ini cukup dikenali satu ketika dulu dan antara program hiburan yang popular pada waktu itu, jadi saya dan Yatt perlu berkerja keras supaya dapat menarik penonton untuk menonton Pop Kuiz,” kata Aidid. Jika Aidid bermula dengan program Remaja, Yatt juga memulakan langkahnya dalam dunia seni sebagai pengacara sebelum melangkah lebih jauh ke dunia lakonan. Program pertama dikendalikan wanita jelita ini ialah Joran, setelah itu pengacara berusia 29 tahun itu diberi kepercayaan mengendalikan program bual bicara Selamat Pagi Malaysia (SPM) diikuti Nasi Lemak Kopi di TV9. Karakter gila-gila wanita ini seterusnya memikat TV3 melamarnya mengendalikan Pop Kuiz kerana karakter itu amat sesuai untuk program ini, sama seperti karakter dimiliki Aznil hingga berjaya melonjakkan nama program berkenaan. “Kepercayaan diberikan TV3 saya gunakan sebaiknya. Memanglah tanggungjawabnya besar kerana program ini pernah dikendalikan pengacara yang hebat, kalau pun tidak mampu menjadi sehebat mereka, sekurang-kurangnya diletakkan setaraf dengan mereka pun sudah memadai. Saya terbuka kepada kritikan, jika ada yang tidak berpuas hati dengan cara kerja saya, tegurlah kerana saya sedia menerima teguran. INFO: •Pop Kuiz musim baru mula menemui penonton sejak 19 Julai lalu setiap Ahad jam 5.30 petang. Diterbitkan oleh Intan Suraya, program ini dibahagikan kepada tiga segmen iaitu Cepat Jawab, Action...Cut! dan Star Pop. * Pop Kuiz 2009 turut memecah tradisi apabila buat julang kalinya dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Pusingan Awal, Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir. •Segmen Cepat Jawab menguji sejauh mana pengetahuan peserta dalam dunia hiburan dalam dan luar negara. Peserta dikehendaki menjawab seberapa banyak soalan dalam masa tiga minit. Segmen Action...Cut! pula menguji kebolehan peserta berlakon secara spontan mengikut situasi yang diberi. Lakonan mereka dinilai oleh Khir Rahman untuk musim pertama dan Harun Salim Bachik pada musim kedua. •Segmen Star Pop pula mengundang penyanyi tanah air untuk menyanyikan dua buah lagu dalam masa dua minit. Tugas peserta adalah meneka soalan diajukan pengacara mengikut lagu yang dinyanyikan. Peserta yang berjaya ke peringkat akhir dan bergelar juara akan memenangi wang tunai bernilai RM 10,000 bersama hadiah sampingan lain. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 12 Aug 2009, 11:20 am | |
| Dengarnya... Kejutan Catriona buat suami tersayang
CAT bersama suami pada hari perkahwinan mereka Jun lalu.
CIK Normah seronok melihat kebahagiaan pasangan pengantin baru Catriona Ross dengan suaminya Shaharuddin Mokhtaruddin. Rumah tangga mereka bertambah bahagia apabila Cat bunting pelamin. Sebenarnya Cik Normah bukan nak bercerita fasal Cat yang dah mengandung tetapi mengenai betapa beruntungnya Shaharuddin dikurniakan isteri yang romantis seperti Cat ini.
Kata kawan Cik Normah, si Sakura Sepi tu, suami Cat bukan main seronok bercerita kepada teman-temannya bagaimana isterinya membuat kejutan untuk memberitahu yang dia sudah mengandung. Wajah Shaharuddin ketika bercerita kepada rakannya cukup berseri-seri.
Bayangkan baru balik dari kerja tiba-tiba si isteri mengeluarkan kotak dan memintanya membuka kotak berkenaan. Apabila dibuka sepasang stoking comel berada dalam kotak itu lalu terkejut beruk dan terpinga-pinga Shaharuddin dibuatnya apabila melihat stoking bayi berkenaan. Dia pun tak sabar-sabar bertanya apa tujuan Cat, lalu isterinya yang tersayang itu pun memberitahu yang dia sudah hamil.
Wah makin sayanglah Shaharuddin kepada Cat dengan kejutan sedemikian. Mungkin darah orang putih yang mengalir dalam diri Cat itu yang membuatkan dia menjadi begitu romantis sekali. Sebelum ini Cik Normah tak pernah dengar kawan-kawan Cik Normah buat begitu kepada suami mereka.
Nanti bolehlah Cik Normah tiru idea Cat sekiranya satu hari nanti Cik Normah dikurniakan cahaya mata. Maklumlah Cik Normah dah lama berkahwin, tapi sampai sekarang masih belum lagi ada rezeki nak menimang anak. Tengoklah ada rezeki, Cik Normah nak buat kejutan untuk suami Cik Normah seperti yang Cat lakukan. Tetapi Cik Normah mungkin akan letak benda lain macam baju ke, botol susu atau apa sajalah.
Oklah buat Cat dan Shaharuddin, Cik Normah doakan semoga perkahwinan mereka akan kekal ke akhir hayat dan semoga bayi yang bakal dilahirkan nanti comel seperti ibu bapanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 12 Aug 2009, 11:27 am | |
| Rozita: Saya tak 'sepah muka' sebab nak jaga ekslusiviti
JANGAN salah anggap 'kesombongan' aktres jelita Rozita Che Wan. Mungkin ramai yang beranggapan dia sombong, tidak mudah mesra dan jual mahal. Tapi sebenarnya Rozita masih berpegang kepada prinsip aktres lama-lama yang tidak suka menayangkan muka di tempat-tempat awam kerana menjaga eksklusiviti. Bagi aktres yang terkenal dengan sikapnya yang 'reserved' dan tidak mudah disapa ini, setiap artis dan selebriti perlu menjaga eksklusivitinya bagi mengelakkan nama mereka tercemar dek kerana terlalu suka berpeleseran. Bagi bekas peragawati ini, dia mempunyai sebab tertentu yang membuatkan dirinya jarang dilihat di tempat-tempat umum begitu juga dengan majlis-majlis keramaian. Tambahan lagi, nama Rozita kini agak dikenali dan duta beberapa produk kosmetik dan wanita. Sebagai artis dan selebriti, Rozita akui dia perlu menjaga nilai yang perlu ada dalam diri seseorang ‘public figure’ itu “Ya, memang saya menjaga eksklusiviti diri dan sebab itulah orang jarang nampak saya di luar. “Saya menjaga nilai eksklusiviti kerana mahu orang sentiasa teruja untuk melihat saya dalam jangka masa yang lama,” katanya yang semakin banyak menghiasi drama dan filem tempatan. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada pihak yang melabelkan dirinya sebagai seorang yang sombong namun, Rozita sendiri menjawab: “Eksklusif tu tak semestinya sombong.” Tambahnya, “Jika orang yang tak kenal saya, mungkin dia akan kata saya sombong. Bagi saya, eksklusiviti tu penting bagi setiap artis. “Saya sendiri memang meletakkan nilai itu dalam diri sendiri sejak bergelar artis lagi sebagai suatu ‘guideline’.” Jelas Rozita, disebabkan itu dia terpaksa menghadkan dirinya daripada menyertai majlis keraian secara sembarangan. “Saya perlu pilih juga majlis mana yang saya nak pergi. Ia bergantung kepada majlis itu. “Misalnya, kalau majlis tu memang benar-benar memerlukan saya di situ, saya akan pergi. “Saya tak boleh hentam keromo dan sesuka hati untuk pergi ke sesebuah majlis itu. “Saya tak nak jika setakat memeriahkan majlis kerana tak nak nampak terlalu ‘bersepah’. “Kalau saya tidak ada shooting, jarang orang lihat saya di luar. Saya memang hadkan penampilan saya di tempat awam,” jelas pelakon ‘Diari Ramadhan Rafique’ dan ‘Puteri Aurora Beradu’ ini. Menurut Rozita, masa lapangnya selalu diisi dengan menumpukan perhatian kepada anak-anaknya. “Lagipun, saya bukannya sempat untuk selalu keluar kerana sibuk dengan pengambaran,” jawab Rozita lagi. Atas nilai ‘mahal’ yang ada dalam dirinya, Rozita semakin mendapat tempat di kalangan syarikat-syarikat yang ingin melantiknya sebagai duta produk. Sebelum ini, Rozita pernah bergelar duta produk kecantikan Garnier dan Avon Jewellery. “Alhamdulillah, setakat ini memang banyak tawaran untuk ‘endorsement’ produk dan Insya-Allah pada hujung tahun ini saya akan ditawarkan sebagai duta dua produk,” tuturnya dalam nada gembira. Rozita menambah, disebabkan itu dia perlu sentiasa menjaga reputasinya sebagai seorang artis yang berimej bersih. Dan sebelum menamatkan perbualan, Rozita tetap menekankan perkataan .....‘saya tak boleh selalu bersepah’. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 12 Aug 2009, 11:32 am | |
| Umie Aida akan jadi tunangan orang minggu ini!
BAGI mereka yang mengenali aktres Umie Aida secara dekat, akan tumpang gembira dengan berita pertunangan dan perkahwinannya dengan ahli perniagaan berpangkat Datuk dan berstatus duda ini.
Ini kerana bukan sekali hati Umie dilukai oleh ramai jejaka termasuk aktor tampan yang tidak tahu letaknya nilai cinta suci wanita ini.
Namun aktres yang mencipta nama dengan lakonan mantapnya dalam drama Salam Taj Mahal, Surah Terakhir dan Selamat Hari Jadi Su ini bijak memendam erat segala kisah duka cinta dulu.
Dan hari ini, lembaran pahit itu sudah jadi lipatan sejarah. Kini hari-harinya silih berganti dengan senyuman dan ayat-ayat cinta bersama orang tersayang kerana hari bahagianya semakin hampir.
Kebetulan, gerak hati semakin kuat mengatakan aktres yang dilahirkan dengan nama Umi Khalsum Rahmad Ali, 36, akan bertunang pada minggu ini.
"Mungkin ya dalam minggu ni saya akan bertunang....namun, lokasi dan tarikh pertunangan itu belum ditetapkan lagi.
"Perkara baik saya tidak akan lupakan rakan media," jelas Umie yang tidak mahu berahsia lagi. Sementelah, semua rakan media sudah tahu lelaki mana yang berjaya mencuri hatinya.
Dengan pengesahan ini, Umie bagai mengiyakan desas-desus yang mengatakan dia akan bertunang dengan Datuk K sebelum bulan puasa.
"Memang ke arah itu dan insya-Allah, saya takkan sorok...," katanya yang akan bertunang di Kuala Lumpur sebagai lokasi pertunangan.
Ditanya tentang persiapan majlis pertunangan, Umie menjawab, "Saya mahu majlis yang lebih ringkas. Kalau nak tahu kena datang dan tengok sendiri."
Kata aktres jelita ini, pada mulanya dia ingin merahsiakan tentang hari bahagia yang bakal diraikan bersama dengan lelaki yang dipanggil 'abang' itu.
"Saya akan jemput kerana orang dah tahu. Ikutkan dari merisik hingga bertunang, saya nak buat senyap-senyap sahaja.
"Mungkin ini pertama kali saya boleh berkongsi untuk peminat kerana sebelum ini saya agak privasi," jelasnya yang masih enggan bercerita lanjut tentang siapa gerangan Datuk K yang dimaksudkan.
Namun, dia hanya memberitahu yang lelaki itu berkulit cerah dan berwajah Cina.
Ibu kepada dua orang anak iaitu Mohd Daniel Firdaus, 16, dan Mohd Zulhilmy, 15, ini juga memaklumkan yang Datuk K sudah 15 tahun menduda dan mempunyai dua orang anak lelaki.
Majlis merisik antara Umie dan 'Datuk K', tokoh perniagaan yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, telah selamat diadakan pada 17 Mei lalu dan dihadiri kaum keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Yang pasti, aktres yang cukup meminati warna putih dan apa saja yang 'pastel', redup dan damai telah memilih tema putih dan bunga mawar biru untuk menghiasi kamarnya nanti.
"Tengoklah sendiri. Saya tidak mahu 'spoil the surprise'," kata Umie di corong telefon semalam.
Ketika dijemput menyampaikan anugerah untuk Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke 22 bersama Izelan Yusof, Umi diusik bila agaknya gerangan hari perkahwinannya itu.
Secara berseloroh, Umie mengatakan 5 November. Tapi sebenarnya itu adalah tarikh filem terbarunya 'Pisau Cukur' akan diedarkan.
"Allah yang menentukan jodoh seseorang. Mungkin doa saya di Makkah untuk mendapat jodoh selama ini sudah dimakbulkan Tuhan. Saya tidak sangka ia akan berlaku dengan begitu cepat sekali.
"Tetapi sebagai hambaNya, saya terima dengan hati yang reda dan syukur," jelas anak ketiga daripada enam beradik dan adik kepada pengarah terkenal Erma Fatima ini.
Bagi Umie, perkenalannya dengan Datuk K atau 'abang' (sapaan Umie pada bakal suami) lebih kepada ikut riak hatinya.
"Abang seorang yang matang, penyayang dan lembut orangnya. Usianya juga sudah pertengahan 40-an. Dan saya akur perasaan saya padanya adalah kerana jodoh kami kuat.
"Hubungan ini adalah sangat istimewa kerana kami menemui cinta di usia kami begini," kata
Tidak seperti wanita lain yang mudah cari pengganti, aktres di sebalik filem-filem hebat seperti Mrs Cinderella, Embun, Gangster, Puaka Tebing Biru, Pisau Cukur dan Dukun ini sudah rasa bagaimana perit dan sukar untuk bertukar kasih.
"Kisah lalu biarlah berlalu. Saya sukar mencari cinta baru. Kalau dah sayang orang, setengah mati tapi semua itu ada hikmahnya," kata Umie yang tidak menafikan akan mengenakan busana ciptaan pereka terkenal Bill Keith di majlis pertunangan nanti.
"Buat apa saya nak sorok perkara baik," kata Umie yang masih berteka teki tentang venue majlis pertunangan itu akan diadakan.
Bagi resepsi perkahwinan pula, sejujurnya Umie mahu segalanya sederhana.
"Kalau boleh, saya hendak majlis akad nikah di masjid saja. Tapi saya ada keluarga dan saya perlu meminta pendapat mereka," kata Umie yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke 16 (2003). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 12 Aug 2009, 11:34 am | |
| Asri Rabbani: Saya nasihatkan Akhil Hayy supaya jauhkan cerita fitnah Kumpulan Rabbani bergambar selepas selesai memeterai perjanjian kerjasama untuk tahun yang ke-18 bersama Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. - foto THE STAR oleh YAP CHEE HONG BERPESAN-pesan untuk berbuat kebajikan adalah tanggungjawab bersama. Mungkin kesedaran tentang pentingnya pesanan 'amar makruf nahi mungkar' inilah maka kumpulan nasyid Rabbani tidak teragak-agak sering menitipkan nasihat sesama rakan artis. "Memang benar semua insan, tidak kira seseorang itu selebriti atau tidak, sentiasa akan menghadapi masalah dalam hidup, malah seorang ustaz juga sentiasa menghadapi masalah," jelas Ustaz Mohd Asri Ibrahim selaku penyanyi utama Rabbani. Ustaz Asri tanpa berselindung mengakui dia juga pernah menasihati sahabat baiknya sendiri, penceramah dan penyanyi Ustaz Akhil Hayy yang dilanda begitu banyak kontroversi di dalam rumah tangganya hingga membawa kepada penceraian. "Saya dengan dia (Akhil) memang rapat, cuma tidak semua hal-hal individu dia saya tahu lagipun dia sendiri tidak pernah ceritakan pada saya. "Saya tidak kisah jika dia nak bercerai ke, kahwin lagi atau tidak, tapi saya pernah nasihatkan dia supaya menjauhi perkara yang mendatangkan fitnah. "Saya dah cakap kat dia, kalau betul dia tidak buat semua perkara ni, jadi dia perlu jauhi benda-benda yang mendatangkan fitnah pada dia. "Tapi macam-macam cerita keluar pasal dia dekat surat khabar, jadi semua tu dah mendatangkan fitnahlah pada dia," kata Ustaz Asri yang agak sedih dengan cara hidup artis sekarang. Bagi Ustaz Asri sendiri dia tidak boleh mengulas lanjut dengan apa yang melanda sahabat baiknya itu kerana dia sendiri tidak mendapat pengakuan dari Ustaz Akhil sendiri. "Saya pun tak boleh cerita banyak, sebab Akhil sendiri tidak pernah membuat apa-apa pengakuan pada saya. "Bagi saya Akhil ada ilmunya sendiri, jadi dia lebih tahu bagaimana untuk menangani masalah dia sendiri dan biar peminat-peminat dia yang fikir nak sokong dia atau tidak," katanya. Ustaz Asri juga menjelaskan sebagai seorang yang beragama Islam, tidak kira seseorang itu selebriti atau tidak, kita haruslah sentiasa berpegang kembali kepada ajaran Allah s.w.t. "Dalam kehidupan kita, biar apapun terjadi yang penting kita harus berpegang teguh pada ajaran agama kita. Jika ada masalah, kita harus selesaikan mengikut ajaran agama kita. "Ini saya lihat kebanyakan mereka selesaikan masalah mengikut nafsu, ikut cara syaitan. Kita banyak dengar kes artis kahwin dan cerai, kita kena tengok pada diri kita juga samaada kita rajin sembahyang atau tidak. "Kalau kita rajin sembahyang, Insya-Allah semua masalah dalam rumah tangga dapat diselesaikan. Kita jangan terlalu ikutkan nafsu, yang paling penting kita harus kembali kepada Allah s.w.t," jelasnya lagi. Persembahan kali ke-18 di Hotel SinggahsanaUntuk kesekian kalinya, kumpulan nasyid popular Rabbani memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti. Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka. Menurut Ustas Asri selaku ketua kumpulan Rabbani, mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya. "Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya. Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 12 Aug 2009, 11:37 am | |
| Ada 'titik noktah' keserasian Farid dan Lisa?
Lisa Surihani lebih mementingkan kerjaya buat masa ini. -foto THE STAR oleh SAM THAM
GANDINGAN pelakon tampan Farid Kamil dan aktres kecil molek Lisa Surihani telah empat kali berjaya menambat hati peminat filem mahupun drama.
Keserasian mereka sudah terbukti apabila mereka berdua tetap menjadi pilihan produser.
Memetik kata-kata bos Metrowealth (MIG) David Teo, "Lisa dan Farid adalah paling serasi sebagai pasangan kekasih dalam filem. Begitu juga dalam konteks hubungan 'suami-isteri'.
"Saya menyokong dan tidak memberikan halangan sekiranya mereka muncul sebagai suami-isteri dalam filem saya. Saya anggap mereka sehati, sejiwa tetapi ini bukanlah pandangan mereka," tegas David tentang gandingan serasi ini.
Beliau ditemui bersama Farid dan Lisa semasa majlis pelancaran dan doa selamat filem 'Semerah Cinta Stilleto' di Restoran Lemon, The Mines, Seri Kembangan, semalam.
Stila (Lisa Surihani) menendang punggung Leto (Farid Kamil) sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya dalam filem Metrowealth (MIG) ini.
Bagaimanapun, keserasian mereka berdua sebagai pasangan kekasih hanya pada skrip filem mahupun drama. Setakat itu saja, tersimpulnya 'tanda noktah' persahabatan kedua-dua mereka.
Terbaru, Lisa dan Farid diketemukan lagi dalam filem ke-37 MIG 'Semerah Cinta Stilleto' sebagai pasangan bercinta.
Kata Lisa, "Kami hanya kawan baik dan tidak lebih daripada itu. Saya percaya gurau senda itu berlaku kerana kami sering digandingkan bersama."
Ungkapan Lisa sekali gus mengetepikan segala gosip liar mengaitkan mereka berdua kini berpacaran.
Menurutnya, produser mempunyai sebab tertentu menggandingkannya dengan Farid.
Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya.
Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota. Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto ekoran perbezaan darjat dan status masing-masing? Segalanya terjawab dalam filem
"Semerah Cinta Stiletto" terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham ini.
Lisa pilih sederhana dalam percintaan Menurut Lisa, watak Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan. "Stila berperawatakan baik. Dia bukannya "spoil brat".
"Dia gadis yang sangat baik dan berfikiran terbuka terhadap kehidupan," ujarnya.
"Ini adalah rentetan daripada ibu bapanya yang liberal. Pertemuan dengan Leto menyebabkannya dia (Stilla) melihat kehidupan dari pelbagai perspektif.
"Kehidupan Leto pula adalah lebih sederhana. Saya menerimanya tetapi ibu bapa Leto berasa skeptikal...," jelas Lisa.
Dari skrip filem ke skrip kehidupan sebenarnya, Lisa berkata, dia fokus kepada kerjayanya dan belum bersedia untuk dilamun cinta walaupun ombak gosip cinta menghempas tebing hatinya.
Ditanya sama ada dia sanggup menerima seseorang yang lebih rendah status daripadanya, Lisa mengiyakannya tetapi ia terbit daripada keserasian dan jodoh.
"Saya dengan sangat rendah hati sanggup menerimanya. Apa yang paling penting, dia perlulah menyayangi ahli-ahli keluarga saya dan baik hati... selalu berbuat baik dan okay...
"Keserasian itu juga penting walaupun dia tiada pangkat dan status, bukan satu masalah," luah hati jelitawan ini yang pernah membintangi Goodbye Boys, I'm not single, Jangan pandang belakang congkak, Cyber X - ancaman penggodam, Remp-It TV3, Kapoww dan Lagenda Budak Setan.
Dalam perkembangan terkini, Lisa berkata, dia telah hampir siap berlakon dalam filem Zoo.
Menurut Lisa, dia seronok "berkawan" dengan kakak tua dan memberi makanan kepada singa laut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 12 Aug 2009, 11:43 am | |
| Sudah dilamar
PENGALAMAN pahit dua kali putus cinta sebelum ini menjadikan pelakon Serina Redzuawan seolah-olah fobia untuk menjalinkan hubungan intim dengan mana-mana lelaki.
Malah, kata anak tukang masak terkenal Chef Wan ini, dia juga tidak terfikir untuk bercinta lagi dalam tempoh terdekat ini kerana bimbang ia akan putus di tengah jalan sama seperti hubungan terdahulu.
"Sebenarnya selepas putus cinta dengan pelakon Allahyarham Hani Mohsin dulu, saya juga menjalinkan hubungan yang serius dengan seorang jejaka Melayu yang bertugas sebagai jurutera selama dua tahun.
"Apabila si dia balik dari Amerika Syarikat, saya terus berjumpa dengannya dan bertanya sama ada dia bersedia untuk mengakhiri hubungan kami dengan perkahwinan, tetapi si dia memberitahu saya dia belum bersedia.
"Buat apa saya nak tunggu dia lagi kerana saya memang sudah lama bersedia untuk berkahwin dan ramai rakan sebaya juga sudahpun berumah tangga. Justeru, saya terus mengambil keputusan memutuskan hubungan itu," katanya.
Namun, pertemuan dengan jejaka Inggeris, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar, 33, yang juga Pengarah Urusan Football Focus Sdn Bhd setahun yang lalu ternyata mengubah segalanya.
"Kami bertemu di majlis hari jadi seorang rakan dan saya hanya menghubunginya seminggu selepas pertemuan itu dengan kad bisnes yang diberikan pada saya.
"Selepas berkawan selama enam bulan, Salahudin terus ingin menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan saya.
"Hati saya terbuka untuk menerima jejaka dari London itu dalam hidup saya kerana dia menunjukkan dirinya yang sebenar.
"Selain itu, kami berkongsi minat yang sama iaitu aktiviti bersukan. Dia memang suka bermain bola sepak dan saya pula memang menyukai aktiviti lasak seperti memanjat bukit, bermain badminton dan futsal," katanya.
Bagaimanapun, kata Serina, yang sibuk dengan penggambaran drama bercorak kepolisan, Akademi Polis musim ke-5 dan Roda-Roda Kuala Lumpur musim ke-3, dia berusaha meyakinkan bapanya terlebih dulu sebelum mendapat restunya untuk berkahwin.
"Pada peringkat awal, papa tidak setuju saya ingin berkahwin dengan Salahudin. Saya berusaha meyakinkannya bukan semua lelaki mat salih itu tidak betul.
"Saya juga meminta papa bertemu dengan Salahudin dan selepas itu menilainya sendiri. Selepas papa bertemu dengannya, dia terus merestui hubungan kami berdua.
"Sebagai anak, sangat penting, saya mendapat restu ibu bapa sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
"Apa yang saya harapkan sekarang, hubungan saya dan Salahudin akan berakhir ke jenjang pelamin seperti direncanakan," katanya.
Ditanya mengenai majlis pertunangan, Serina berkata, mungkin tiada majlis pertunangan kerana Salahuddin sudahpun melamarnya dengan memberikan cincin tanda, dua bulan lalu.
"Sehari sebelum majlis akad nikah, majlis berinai kecil akan diadakan di kediaman keluarga pada malam 31 Disember. Ia disusuli dengan majlis pernikahan kami yang akan berlangsung jam 5 petang di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada tanggal 1 Januari 2010.
"Majlis resepsi pula akan berlangsung pada keesokan harinya 2 Januari 2010 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada sebelah malamnya.
"Saya akan menggayakan baju rekaan Ridz untuk majlis akad nikah dan Radzwan Radziwil untuk majlis resepsi," katanya.
Serina ditemui di sidang akhbar The 3rd Chocolate Cake Championship di Alexis Bistro, Jalan Ampang, kelmarin. Hadir sama, bapanya, Chef Wan yang juga ketua juri pada pertandingan itu dan adiknya, Chef Riz.
Sementara itu, Chef Wan berkata, majlis perkahwinan Serina akan berlangsung secara sederhana, tetapi meriah.
"Saya tidak akan buat majlis besar-besaran atau Wedding of The Year kerana tidak ingin membazir atau menunjuk-nunjuk pada orang.
"Sebenarnya, ramai pihak yang berminat untuk menaja majlis perkahwinan Serina, tetapi saya menolaknya kerana saya masih mampu mengadakan majlis kahwin untuk anak sendiri.
"Saya tidak kisah orang nak kata saya kedekut kerana bagi saya kalau ada duit yang berlebihan itu lebih baik sedekah pada golongan yang lebih memerlukan di luar sana," katanya.
Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkata, setakat ini, persiapan majlis perkahwinan Serina baru siap sebanyak 30 peratus.
"Pihak kami akan mendapatkan khidmat kawan baik, Datuk Farida Hashim yang pernah menjadi perancang majlis perkahwinan penyanyi Ning Baizura.
"Konsep majlis resepsi ialah perkahwinan dalam taman kerana Serina dan Salahudin sangat mencintai alam semula jadi.
"Saya juga tidak mengundang ramai tetamu dan hanya kira-kira seramai 650 tetamu di majlis resepsi yang membabitkan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, rakan artis dan pihak media yang rapat saja nanti.
"Tiada tetamu kenamaan, tetapi saya turut mengundang golongan anak yatim untuk sama-sama meraikan majlis perkahwinan ini.
"Hasil perbincangan kedua-dua belah pihak juga, pihak lelaki akan menyerahkan wang hantaran sebanyak RM30,000 dengan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan oleh pihak perempuan pada majlis pernikahan nanti," katanya.
Mengenai Salahudin sebagai calon menantu, Chef Wan berkata, dia menerima Salahudin sebagai menantunya kerana dia berbudi bahasa, berpelajaran dan ahli perniagaan yang dinamik.
"Sebenarnya, saya tidak kisah siapapun pilihan anak saya termasuk pemandu teksi sekalipun kerana apa yang penting dia bahagia dengan pilihannya itu.
"Apa yang penting, Salahudin juga sudah memeluk Islam lebih awal sebelum Serina berkawan dengannya," katanya.
PROFIL
NAMA PENUH: Serina Redzuawan
TARIKH LAHIR: 1 Jun 1983
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
PENDIDIKAN: Sijil Pengurusan Hotel dan Pelancongan di Sekolah Antarabangsa Legend
STATUS: Bujang
PROFESION: Pengacara dan pelakon
PENGACARAAN: Tommy & Oscar, Top Bollywood, Jalan-Jalan Cari Makan Antarabangsa, Trek Kembara, Ala Bufet, Telebriti, Mango TV dan Galaksi.
TEATER: Teater Bangsawan Tengku Anum, Bangsawan Naga Chini dan Dejavu
DRAMA: Lebih 40 drama antaranya, Astana Idaman, Cinta Sempadan, Kasih Nurlisa, Skuad Elite, Cinta Gila, Nun Di Sana Cintaku, Rita & Raihan, Amukan Puaka, Kasih Di bawah Bayu, Janji Tinggal Janji, Tak Tercapai Akalmu, Zon 606, Akademi Polis, Roda-Roda Kuala Lumpur.
FILEM: Tujuh Perhentian, Hingga Hujung Nyawa, Potret Mistik, Tangkai Jering, Bujang Senang dan Mr Cinderella |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 12 Aug 2009, 11:49 am | |
| 'Pelakon baru mengada-ngada'
TAHUN ini sudah kali ke-22 Festival Filem Malaysia (FFM22) yang mengiktiraf hasil kerja karyawan industri filem dengan gelaran terbaik dianjurkan.
Dalam tempoh itu, ramai insan dan penggiat seni tanah air diakui bakat dan karya mereka. Apapun, bagaikan satu kejutan pada FFM22 tahun ini apabila malam kemuncaknya di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 8 Ogos ini menyaksikan barisan pelakon muda mendominasi kategori Pelakon Wanita Terbaik.
Daripada senarai top 5 untuk Pelakon Wanita Terbaik yang diumumkan Jumaat lalu, membariskan Sharifah Amani menerusi Sayang U Can Dance, Heliza Helmi (Syurga Cinta), Liyana Jasmay (Papadom), Nabila Huda (Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam) dan Nadia Mustafar (Jangan Tegur).
Amani pernah menang Pelakon Wanita Terbaik menerusi Gubra arahan Yasmin Ahmad pada FFM19, tetapi ketika itu Amani dicabar pelakon berpengalaman seperti Eja, Fazura, Erra Fazira dan Maya Karin.
Apabila bintang baru mendominasi pencalonan yang dianggap paling menjadi tumpuan itu, dari satu sudut ia dianggap positif kerana industri filem kini mempunyai barisan pelapis.
Dari satu sudut lain, mana perginya bintang terkenal seperti Erra Fazira, Ida Nerina, Nasha Aziz, Vanidah Imran, Amy Mastura dan Fazura?
Apakah faktor usia menyebabkan mereka kini tidak lagi mendapat tempat untuk memegang watak besar atau utama seterusnya layak dipertandingkan bagi kategori itu? Apakah ini masa yang sesuai untuk bakat baru mendapat pengiktirafan besar dengan ketiadaan nama-nama besar itu?
Ikuti temuramah wartawan Harian Metro (HM), Norhayati Nordin (yati@hmetro.com.my) dengan pelakon dan pengarah filem terkenal, Erma Fatima, 41, berhubung pandangannya mengenai industri perfileman tanah air serta pelakon baru yang mula mencipta nama.
Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmat pernah menang Pelakon Wanita Terbaik sebanyak dua kali menerusi Hati Bukan Kristal (FFM9) pada 1991 dan Bintang Malam (FFM10) manakala Pelakon Pembantu Wanita Terbaik juga dua kali menerusi Puteri (1987).
Aapabila usia semakin meningkat, Erma kini lebih lebih banyak bekerja di belakang tabir sebagai pengarah antaranya filem Perempuan Melayu Terakhir dan Embun.
SOALAN (S): Bagaimana anda melihat perkembangan industri perfileman tanah air sekarang?
JAWAPAN (J): Saya lihat keadaannya macam suram saja. Tidak banyak pengarah menghasilkan filem seperti dua tahun lalu.
Kalau dulu, mungkin sebulan sekali masyarakat boleh menonton filem baru karya pembikin tempatan ditayangkan di pawagam tanah air.
Sekarang ini saya dapati ia semakin berkurangan. Filem baru karya tempatan tidak banyak ditayangkan dan situasi itu perlu diperbaiki. Tambahan pula, kerajaan ada menyediakan peruntukan untuk buat filem, jadi gunakanlah ia sebaik-baiknya.
S: Sebagai pelakon yang pernah menang dua kali anugerah Pelakon Wanita Terbaik di FFM, apa komen Erma apabila tahun ini kategori itu didominasi pelakon baru.
J: Bagus. Ia menunjukkan pelakon baru tanah air kini ada peningkatan yang baik. Prestasi lakonan ditonjolkan semakin berkesan dan ia perkara baik untuk industri. Tidaklah sekadar dianggap penyeri yang memeriahkan persada hiburan semata-mata.
Bahkan, ia juga mampu memberi persaingan kepada pelakon sedia ada yang sudah mencipta nama. Secara tidak langsung menunjukkan sesiapa saja mampu membawa saingan dalam industri ini. Apa yang pasti, buat yang terbaik untuk lebih maju.
S: Daripada senarai top 5 untuk Pelakon Wanita Terbaik itu, siapa yang anda rasa berpeluang menang Sabtu ini?
J: Saya ramalkan Nabila kerana lakonannya sebagai gadis bohsia cukup menyerlah. Wataknya juga mencabar tapi pelakon lain juga bagus. Apapun kita tunggulah siapa yang menjadi pilihan juri nanti.
S: Apakah sudah tiba masanya industri perfileman tempatan diungguli generasi baru?
J: Bukan diungguli, tetapi sudah tiba masanya industri memerlukan orang baru untuk terus digilap bakat seni mereka.
Ia bagi memastikan sumbangan pada industri berterusan. Sampai bila mahu berharap dengan pelakon sedia ada saja hingga balik-balik muka sama memegang watak utama.
Dalam soal ini, tidak selamanya pelakon yang sudah ada nama itu sentiasa berada di atas. Sampai masa, akan ke bawah juga dan ketika itu sememangnya kemunculan pelakon baru diperlukan industri. Jadi, apa yang berlaku sekarang adalah persaingan sihat.
S: Sekarang ini, sudah ada pula program realiti TV mencari pelakon, pendapat anda?
J: Bagus, tetapi program ini masih baru. Banyak yang perlu di kemas kini lagi. Cuma, apabila pencarian itu dimuatkan dengan pemilihan secara khidmat pesanan ringkas (SMS), maka pastinya penonton akan menghantar undian kepada peserta diminati saja.
Jadi, secara tidak langsung kualiti yang dicari pihak produksi tidak sama. Bagaimanapun, mereka yang dipilih penonton itu masih boleh diberi peluang untuk bergelar pelakon. Tetapi, sama ada untuk menjadi terbaik, sukar untuk diperkatakan.
S: Dari dulu hingga sekarang, apa yang anda lihat masih kurang lagi dalam industri filem kita?
J: Terus terang, saya katakan industri filem tempatan masih kurang dari segi idea. Bahkan, penggiat seni dan pembikin filem tanah air juga kekurangan skrip dan jalan cerita yang bagus. Justeru, sukar untuk mereka menghasilkan karya terbaik.
Saya juga dapati, kita dalam industri ini sangat kekurangan skrip yang mempunyai tema utama untuk sesuatu filem. Malah, kita tidak banyak skrip yang menarik dan ia seharusnya diperbaiki. Jika tidak, selamanya industri kita akan berada pada takuk lama.
S: Bagi mendapatkan pelakon terbaik, apa kriteria diperlukan?
J: Pada pendapat saya, sekiranya seseorang pelakon itu berjaya membawakan wataknya dengan baik, bertanggungjawab pada karakter berkenaan, ia boleh dikatakan antara kriteria yang dicari untuk menjadi pelakon terbaik.
Tidak terkecuali, mampu menyampaikan mesej cerita menerusi lakonan mantapnya dan memiliki ketahanan fizikal serta kekuatan mental yang membolehkan mereka melakonkan apa saja watak diberi dengan baik, berkesan dan memberi kepuasan.
S: Kini terlalu ramai pendatang baru, apakah lebih baik untuk industri?
J: Memanglah tidak dinafikan jumlah pelakon baru sekarang cukup banyak, tetapi tidak semestinya mereka bagus. Pada saya, tetap yakin dalam bilangan yang ramai itu pasti ada terselit beberapa individu berbakat dan perlu diberi perhatian.
Selain itu, yang bagusnya juga kehadiran mereka ini (pelakon baru) memeriahkan lagi industri seni tanah air dengan pelbagai ragam. Malah, bagi saya mereka tetap boleh berlakon, tetapi untuk menjadi terbaik tidaklah semua dan hanya segelintir saja.
S: Apakah kelemahan yang anda lihat di kalangan pelakon muda sekarang?
J: Saya melihat kebanyakan pelakon muda kini lebih gemar mengambil jalan pintas untuk cepat popular. Malas untuk memperbaiki kelemahan diri berbanding pelakon berpengalaman seperti Ida Nerina kerana cukup bersedia apabila hendak ke set penggambaran.
Selalunya, pelakon yang sudah lama ini berpengetahuan lengkap terhadap watak akan dibawa kerana lebih dulu mengkaji peranan itu. Selain itu, mereka (pelakon lama) juga pandai menjaga konti dan tahu apa sebenarnya yang diperlukan watak.
Bukan itu saja, pelakon muda sekarang juga ramai yang mengada-ngada. Saya lihat ramai antara mereka gunakan bidang hiburan ini untuk popular dan dapatkan apa saja dengan mudah. Berteman dengan orang kenamaan dan tidak jujur dalam seni.
S: Pesanan anda pada pelakon baru?
J: Pesanan saya senang saja. Apa juga bidang diceburi, seseorang individu itu mesti ikhlas. Saya percaya dengan keikhlasan diri, apa yang dilakukan dalam hidup pasti berjaya. Selagi niat hati bersih, maka semua kejayaan itu akan datang juga akhirnya.
Biarpun industri seni ini sering dipandang hina oleh masyarakat, tetapi jika individu yang menceburinya benar-benar ikhlas, saya yakin ia pasti nampak cantik. Malah, setiap rezeki juga jadi 'halal' sekiranya melakukan sesuatu kerja itu dengan seikhlas hati.
S: Harapan anda terhadap industri filem negara?
J: Saya cuma boleh kata, pada suatu ketika dulu industri filem dan drama tempatan pernah jatuh disebabkan suasana yang muram. Bahkan, orang Malaysia ini berhati mulia apabila membuka peluang kepada filem dan drama luar untuk tayangan panggung serta televisyen tempatan.
Jadi, saya harap jangan sampai masyarakat kita terlalu mengagungkan filem dan drama luar sehingga karya penggiat seni tanah air di anak tiri.
Sokong karya tempatan dan stesen televisyen juga janganlah terlalu sibuk menyogok masyarakat dengan filem dan drama dari luar negara untuk ditonton. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 12 Aug 2009, 12:39 pm | |
| Zaiton Sameon dibayar RM10 untuk satu lagu
LUMRAH dunia seni, ketika muda dipuja, waktu senja disisihkan masyarakat. Bukan mahu membuka pekung di dada, namun begitulah hakikat yang dilalui warga seni seperti penyanyi yang popular dengan lagu Menaruh Harapan, Kabut Serangkai Mawar dan Berendam Air Mata, Zaiton Sameon, 53.
Sejak terbabit dalam kemalangan pada 21 Februari 1989 hingga mengorbankan anak tunggalnya, Azrilwan Abu Bakar, pelbagai dugaan dilalui anak jati kelahiran Rembau, Negeri Sembilan ini.
Begitupun, Zaiton terus menaruh harapan kembali pulih seperti sediakala agar dapat meneruskan kerjaya seni.
Tidak cukup dengan itu, Zaiton terus diuji dengan kehilangan ibunnya, Kamariah Abdul Manaf diikuti bapa dan abang yang pergi menyambut seruan Ilahi.
Tiada lagi tempat mengadu sebaliknya mengharapkan ihsan daripada orang ramai dan persatuan untuk meneruskan perjalanan hidup yang penuh berliku.
Tutur katanya jujur dan penuh makna. Dalam jiwa Zaiton sentiasa berdetik andai waktu boleh berubah, dia mahu kembali aktif menyanyi dan popular seperti zaman kemuncaknya suatu ketika dulu.
Katanya, dia merancang membuat kemunculan semula dan kembali menyanyi seperti dulu.
Malah, dirinya masih aktif mengadakan persembahan di beberapa majlis tertutup termasuk kenduri kahwin.
"Begitupun, masih ramai yang tidak yakin saya masih boleh menyanyi disebabkan sudah lama tidak melihat persembahan dan penampilan saya di televisyen.
"Saya masih boleh menyanyi. Malah, dengan bantuan pengurus, saya banyak mendapat peluang menjayakan persembahan di majlis tertentu.
"Setiap kali menjayakan persembahan, lagu Menaruh Harapan kerap menjadi permintaan sehingga pada suatu ketika saya terpaksa menyanyikannya sebanyak empat kali dalam satu majlis," katanya ketika ditemui pada majlis rakaman khas Nona di Hotel Concorde, Shah Alam, Ahad lalu.
Menurut Zaiton, sepanjang pembabitannya dalam dunia seni suara dia pernah bernaung dengan syarikat rakaman seperti BMG dan Music Land.
Namun, dia kini bebas tanpa apa-apa ikatan dengan mana-mana syarikat rakaman. Malah, segala urusan berkaitan aktiviti seni diuruskan pengurusnya, Rahim Adam. Biarpun jarang diberi peluang menyanyi, Zaiton tetap mengasah bakat seninya apabila kerap meluangkan masa menyanyi di karaoke.
Ada pihak menyatakan minat untuk menaja Zaiton menghasilkan album, tetapi segalanya masih dalam perbincangan. Mungkin Zaiton tampil dengan lagu single terlebih dahulu sebagaimana trend kini.
Selain album, ada juga perancangan menghasilkan filem mengisahkan hidup Zaiton, tetapi tertunda disebabkan beberapa perkara.
Apa yang dikesalkan, dalam keadaannya sekarang, masih ada yang cuba mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan dengan jalan singkat.
Kata Rahim, dia kini mengambil tanggungjawab menguruskan perjalanan seni Zaiton atas amanat keluarga kerana ada yang tawarkan Zaiton sebagai artis dan menjayakan persembahan.
"Ramai yang tidak tahu bagaimana untuk menyalurkan tawaran itu. Di sinilah peranan saya. Bahkan, ada yang mengambil kesempatan dengan mengundang Zaiton menyanyi 10 lagu, tetapi hanya memberi bayaran RM200.
"Ada juga membabitkan penyelewengan wang bantuan daripada persatuan.
"Itu belum lagi soal royalti yang tidak diperolehnya. Justeru, saya tidak mahu perkara ini berlaku kepadanya," katanya.
Zaiton yang menyambut hari lahir yang ke-53 pada 2 Julai lalu kini menetap di Beranang, Selangor dan kadangkala pulang ke Johor Bharu, Johor melawat saudara-mara di sana.
Sempena Aidilfitri tahun ini, Nona menghasilkan program khas mengenang artis lama seperti Zaiton, Azean Irdawaty dan Karim Latiff.
Pada majlis rakamannya itu, Zaiton turut memperdengarkan suaranya melalui beberapa lagu popularnya. Ternyata vokal lantang mengimbau nostalgia ketika zaman kemuncaknya.
Kejutan itu turut membuatkan teman rapat yang diundang menjayakan rakaman sayu dan terharu. Majlis ringkas itu cukup bermakna dan meninggalkan memori yang cukup indah kepada mereka yang hadir.
Apa yang nyata, kegembiraan jelas terbayang di wajah Zaiton kerana dapat mengubat kerinduan dan impiannya bertemu rakan seangkatan.
"Saya tidak sangka diraikan pada majlis seperti ini. Apatah lagi bertemu rakan-rakan lama seperti Datuk Sharifah Aini. Saya sungguh terharu dan berterima kasih kepada pihak TV3," katanya sebak.
Turut hadir, Presiden Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez, Datuk Yusni Hamid, Zur Eda, Amyza Adnan dan wakil kumpulan Kawan, Aspalela Abdullah serta rakan rapat.
Freddie berkata, dia mengagumi sikap yang ditunjukkan Zaiton yang terus tabah selepas melalui beberapa cabaran besar dalam hidupnya.
"Beliau dikenali dengan sikapnya yang gigih. Saya mewakili persatuan berharap masyarakat memberi galakan kepada beliau untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang seni," katanya.
Zaiton juga antara penerima skim pencen karyawan sejak tiga tahun lalu daripada senarai 27 orang artis.
"Bukan mudah untuk kami mencari dana, tetapi ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk menggalakkan dan terus memberi harapan kepada insan seni seperti Zaiton.
"Kami harap beliau dapat meneruskan aktiviti seni sejauh yang mungkin. Kami juga berharap orang ramai dapat membantu dan meniup semangat beliau untuk terus aktif dalam dunia seni," katanya.
Bagi Sharifah Aini yang mesra dengan panggilan Kak Pah, dia sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti seni Zaiton sejak sama-sama mula mencipta nama dalam dunia seni tanah air suatu masa dulu.
"Zaiton antara penyanyi berbakat dan mempunyai tarikan tersendiri. Ketika zaman kemuncaknya, beliau antara penyanyi yang perlu dicontohi dan cukup diminati ramai. "Saya berkenalan dengannya sejak kami sama-sama gigih mencipta nama dalam dunia seni tanah air berpuluh tahun dulu.
"Malah, sehinggakan musibah yang menimpa dirinya ketika kemalangan turut merapat silaturahim antara kami. "Boleh dikatakan hampir setiap hari saya ingin mengikuti perkembangan keadaannya ketika menjalani rawatan di hospital dulu.
"Begitupun, saya bersyukur kerana Tuhan masih memanjangkan hayatnya. Bertitik tolak daripada kejadian yang dialami beliau, keakraban kami juga kekal sehingga ke hari ini," katanya.
Sementara itu, pengacara Nona, Siti Hasfizza Aswaty Sab atau Fiza turut berkongsi air mata kegembiraan kerana dapat bersama-sama memenuhi hajat penyanyi berkenaan bertemu rakan-rakannya.
Dalam pada itu, kejutan pada majlis rakaman khas Nona Aidilfitri bersama Zaiton memberi dimensi baru dalam penyiaran program majalah wanita itu.
Program yang diadakan julung kalinya tahun ini menampilkan kelainan memandangkan Nona yang disiarkan setiap Ahad, jam 2 petang di TV3 kerap mengetengahkan perjuangan golongan wanita.
Penerbitnya, Syarida Sharif berkata, ilham mengadakan majlis kejutan itu timbul ketika mengadakan temubual bersama penyanyi berkenaan.
Justeru apabila penyanyi berkenaan menyatakan hasratnya untuk bertemu kembali dengan rakan artis, TV3 bersetuju menerbitkan program khas untuknya.
"Idea menghasilkan program ini datang secara tidak langsung ketika mewawancara beliau beberapa minggu lalu. "Pada asalnya kami cuba memaparkan kembali bagaimana kehidupan dilalui Zaiton sebelum dan selepas kemalangan.
"Malah, menemubual individu yang terbabit seperti doktor yang mengendalikan kes kemalangan dan wakil media yang membuat liputan dan sama-sama mengikuti perkembangan Zaiton.
"Memang kami berpakat dengan pengurusnya (Rahim Adam) untuk melakukan kejutan menerusi rakaman ini. "Kami langsung tidak memaklumkan apa-apa mengenai majlis ini sebaliknya untuk menarik kehadiran beliau ke majlis itu, pengurusnya terpaksa berpura-pura memberitahu kepada Zaiton akan terbabit dalam satu sesi fotografi.
"Begitupun, kami bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dan majlis kejutan seperti ini dapat memenuhi impian beliau untuk bertemu dengan rakan seangkatan dengannya," katanya.
Program khas selama satu jam ini akan disiarkan pada 20 September ini bersama dua artis veteran lain, Azean dan Karim.
Menurut Syarida, program berkenaan adalah sebahagian daripada usaha pihaknya menampilkan kelainan di samping menghargai sumbangan artis seperti Zaiton.
"Konsep seperti ini memang tidak pernah dilakukan dalam program Nona sebelum ini.
"Kami cuba membawa kelainan daripada setiap program yang disiarkan memandangkan TV3 juga mempunyai beberapa program majalah yang sentiasa mendapat perhatian daripada penonton.
"Kami cuba keluar daripada konsep biasa yang kebanyakannya mengadakan tribute untuk golongan artis yang sudah tiada.
"Kami anggap program yang membuat kejutan kepada artis ini sebagai satu penghargaan kepada mereka.
"Untuk segmen Zaiton, pelbagai paparan membabitkan perjalanan seni serta kehidupan yang dilalui Zaiton dapat disaksikan penonton.
"Sepanjang menjalani penggambaran dan menemubual beliau, saya melalui pengalaman yang cukup menarik. Penonton juga dapat melihat bagaimana kehidupannya kini dan mengenali diri Zaiton," katanya.
Anggun bergaya mengenakan pakaian tajaan Riezman Ruzaimi bernilai RM4,000, Zaiton turut menerima sumbangan set penjagaan akupuntur dari Akulife, barangan Alfio Raldo, masing-masing bernilai RM1,000, barangan Avon, baju kurung tajaan First Lady dan wang tunai RM1,000 daripada TV3.
Pada majlis itu, mereka yang hadir turut diraikan dengan persembahan artistik pantomin dari Fakulti Seni Persembahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan nyanyian dari Azharina, Nita, Juwita, Esther (One In A Million) dan Atilia. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 12 Aug 2009, 12:42 pm | |
| Bertudung: Dato Sheila Enggan Berjanji
Kemunculan Dato' Sheila Majid dengan imej bertudung dan berjubah ketika rakaman khas program Astro Oasis baru-baru ini telah mengejutkan ramai peminat dan wartawan.
Sheila tampil menyanyikan lagu untuk rancangan yang diberi nama 1001 Inspirasi Raikan Kemenangan yang bakal ditayangkan pada hari raya pertama nanti.
Apabila disoal tentang perubahan imej itu, Sheila berkata, hatinya makin tergerak ke arah itu tetapi enggan berjanji atau meletakkan tarikh yang khusus bila beliau akan berbuat demikian. Dengan erti kata lain biarlah hatinya benar-benar terbuka untuk berimej muslimah.
"Alhamdulillah saya akan cuba berubah sedikit demi sedikit. Tapi saya tidak mahu berjanji pada satu tarikh tertentu dan biarlah ia datang dengan kerelaan hati. Sebenarnya, kalau anda sedar, saya tidak lagi gemar mengenakan fesyen yang dedah bahu dan paras ketiak akhir-akhir ini. Mungkin masanya hampir tiba ke arah itu (bertudung)," kata penyanyi lagu Sinaran ini.
Kata Sheila, dengan masa yang terluang di rumah sekarang, hatinya lebih gemar membaca buku-buku bercorak ilmiah dan keagamaan.
"Biarlah perkara itu tidak diperkatakan dengan terperinci. Saya tidak mahu cakap lebih-lebih kerana nanti disalahanggap pula," ujarnya dengan lembut.
Bercerita tentang aktiviti terbarunya, isteri kepada penggubah muzik Acis itu berkata dia masih sibuk memenuhi undangan nyanyian di majlis-majlis tertentu sahaja. "Saya masih ikuti perkembangan muzik cuma bezanya, sekarang saya hanya sempat mendengar radio atau lagu apabila di dalam kereta sahaja. Kalau di rumah, saya selalu sibuk menjaga anak-anak dan suami.
Sedih melihat perkembangan muzik semasa
Kata penghibur yang telah sekian lama berjaya di Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina dan Jepun itu, akibat kemajuan dan kecanggihan teknologi, dunia hiburan tempatan turut merasai tempiasnya kesan yang kurang memberangsangkan.
"Sekarang semua orang boleh download lagu dengan percuma. Macam mana artis, komposer, penulis lirik dan syarikat rakaman hendak cari makan? Sebab inilah juga saya belum terbuka hati hendak merakamkan lagu baru walaupun dah ada material yang bagus. Lagu yang sedia ada pun dah banyak kena download dan mujurlah ketika kemunculan saya dulu, semua ini belum berlaku.
"Saya sedar setiap penyanyi selalu cuba memberikan benda baru tetapi orang lain senang-senang 'mencurinya'. Jadi penat lelah itu tidak akan berbaloi kerana ia berkaitan dengan periuk nasi artis dan karyawan seni. Kadangkala orang cakap artis kita tak bagus - macam mana nak bagus kalau teknologi telah digunakan oleh masyarakat yang bertindak melemahkan semangat artis," katanya Sheila bersungguh-sungguh. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 12 Aug 2009, 12:43 pm | |
| Obri Mangsa Curi, Hafiz Sakit Teruk!
Sewaktu kawan Murai Batu terlibat dengan rakaman program raya bersama bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), dia mendapat tahu bahawa bekas pelajar yang berasal dari Selatan, Obri, telah mengalami satu insiden yang menyedihkan.
Katanya, Obri yang sinonim dengan lagu Abang Beca telah menjadi mangsa kecurian apabila keempat-empat tayar keretanya telah disonglap oleh pencuri! Hai memang hadap betul. Tak dapat curi badan kereta, tayar pun jadilah.
Murai Batu dimaklumkan kejadian tersebut berlaku di kawasan tempat tinggal Obri di Seri Kembangan, Selangor. Khabarnya ketika kejadian itu, Obri berada dalam rumahnya dan cuma menyedari perkara itu apabila hendak keluar dari rumahnya untuk menjayakan persembahan.
Selain kisah Obri, kawan Murai juga bercerita pasal Juara AF7, Hafiz. Bukan kena curi, tapi Hafiz kena serang. Hah, serangan apa? Kalau nak tahu serangan virus demam panas sampai tekaknya bengkak dan hampir berdarah. Hai, serius tu. Kerana serius, doktor menasihati Hafiz supaya berehat seminggu. Eloklah tu jangan H1N1 sudahlah. Dengar kata, Hafiz mendapat sakit ini akibat cuaca berjerebu sekarang dan bekerja keras sangat. Bagaimanapun, pihak pengurusan Hafiz memberitahu keadaan Hafiz kembali terkawal dan dia akan ikut nasihat doktor. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 12 Aug 2009, 12:46 pm | |
| Astro Ria Siar Klip Video Bintang AF
Khas buat peminat hiburan, Astro Ria akan akan menyiarkan 4 klip video lagu terbaru yang menampilkan 4 bintang Akademi Fantasia (AF) iaitu Hafiz, Akim, Mawi dan Stacy melalui Tayangan Perdana Video Muzik Terkini pada 14 Ogos ini, mulai jam 10 malam.
Apa yang menariknya, 4 klip video itu - Masih Jelas nyanyian Hafiz, Bengang (Akim), Sujud (Mawi) dan Pakai Buang (Stacy) - juga boleh dimuat turun sebagai caller ringtone, true tone dan koleksi video ke telefon bimbit anda pada bila-bila masa.
Bukan itu sahaja, pada jam 10.30 malam pada hari yang sama, Astro Ria juga akan menyiarkan Konsert Akhir AF7 untuk tatapan peminat. Ia juga boleh didapati dalam bentuk caller ringtone, true tone dan juga koleksi video hanya secara muat turun. Untuk muat turun, sila ikuti arahan berikut:
Masih Jelas (Hafiz)
Caller Ringtone (Pengguna Maxis sahaja) Contoh: Dial *131*137344# dan hantar 137344 – Masih Jelas (Rangkap) 137334 – Masih Jelas (Korus)
Truetone Contoh : GET116907983 dan hantar ke 32323 GET116907983 (Lagu penuh)
Video GET109800145 dan hantar ke 32323
Bengang (Akim)
Caller Ringtone (Pengguna Maxis sahaja) Contoh: Dial *131*137342# dan hantar. 137342 - Bengang (Rangkap) 137338 – Bengang (Korus)
Truetone Contoh : GET116907985 dan hantar ke 32323 GET116907985 (Lagu penuh) GET116907986 (Muzik)
Video GET109800143 dan hantar ke 32323
Kasidah Cinta (Yazid)
Caller Ringtone (Pengguna Maxis sahaja) Dial *131*133189# dan hantar
Kasih Tak Sampai (Aril)
Caller Ringtone (Untuk pelanggan Maxis Shj) Dail *131*133188# dan hantar
Awan Nano (Hafiz)
Caller Ringtone (Untuk pelanggan Maxis sahaja): Dail *131*139193# dan hantar True tone: GET116908191 dan hantar ke 32323
Ku Akui (Hafiz)
Caller Ringtone (Untuk pelanggan Maxis sahaja): Dail *131*139196# dan hantar True tone: GET116908192 dan hantar ke 32323
Noktah Cinta (Hafiz)
Caller Ringtone (Untuk pelanggan Maxis sahaja): Dail *131*139198# dan hantar True tone: GET116908193 dan hantar ke 32323
Watak (Hafiz)
Caller Ringtone (Untuk pelanggan Maxis sahaja): Dail *131*139200# dan hantar True tone: GET116908194 dan hantar ke 32323
Toksik (Aril)
Caller Ringtone: Dail *131*137370# dan hantar True tone: GET116908024 dan hantar ke 32323 Video: GET109800144 dan hantar ke 32323
Bisikan... Godaan (Isma)
Caller Ringtone: Dail *131*137337# dan hantar True tone: GET116907984 dan hantar ke 32323 Video: GET109800146 dan hantar ke 32323
Ya Papa (Yazid)
Caller Ringtone: Dail *131*137369# dan hantar True tone: GET116907982 dan hantar ke 32323 Video: GET109800147 dan hantar ke 32323 |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 12 Aug 2009, 1:04 pm | |
| Fara Fauzana Mandrem Mawi
Zaman moden ini, masih ada pihak yang suka mandrem dan suka main ilmu hitam. Miss Propa dengar khabar terbaru mengatakan pengacara Fara Fauzana telah mandrem penyanyi lelaki terkenal Mawi. Difahamkan, dengan menggunakan menggunakan ilmu jin, Fara melakukan perkara itu ke atas Mawi. Kenapakah Fara sanggup berbuat demikian? Jawapan itu ada dalam filem komedi aksi, Jin Notti yang dibintangi oleh Mawi dan Fara. Ia akan ditayangkan pada 20 September ini iaitu pada Hari Raya Aidilfitri kelak. Tapi sebelum itu, Tayangan Perdana Jin Notti akan berlangusung pada 14 Ogos ini di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara. Selain artis, peminat bertuah juga akan turut diundang. Miss Propa harap filem itu nanti akan mendapat sambutan dan mendedahkan bakat lakonan Mawi khususnya yang -pertama kalu berlakon selepas fpembikinan ilem pertamanya, Aduh Saliha ,tertangguh. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 12 Aug 2009, 1:09 pm | |
| Azira Tak Kecil Hati Dengan Erra Fazira
Gara-gara muncul dan kerap dimarahi oleh Erra Fazira dalam program realiti terkenal, GuguGAGA ERRA di Astro Ria, pembantu peribadi (PA) primadona itu, Nor Azira Zakaria, 22, kini menjadi semakin popular.
Macam-macam komen diberikan kepada Azira. Ada yang cakap dia lembab, kurang efisyen tetapi tidak kurang yang bersimpati dengannya dan menganggap dia mangsa buli Erra dan juga pengurus Erra, Vernon Kedit. Bagi Azira, dia tidak pernah menyesal apa lagi mahu menarik diri. Pujian harus diberikan kepada Azira yang juga pemegang Diploma Seni Lukis dan Seni Reka Fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini kerana dia bersikap positif dan menerima teguran penonton dengan hati yang terbuka.
"Apa terjadi, saya tidak akan berpatah balik. Sejak kecil lagi saya sudah bercita-cita menjadi PA kepada mana-mana selebriti terkenal dan saya akan mempertahankan gelaran itu.
"Saya sudah terima jawatan PA Kak Erra sejak 3 bulan lalu dan saya akan teruskan tugas ini dengan tabah dan dengan niat untuk belajar. Ya, saya tahu, satu Malaysia sedang mengutuk saya. Ada cakap saya lembab, bengap dan kalau boleh mahu saya ditukarkan dengan PA lain. Tapi tak mengapa, saya terima ini sebagai satu cabaran dan tidak berkecil hati pun," kata Azira kepada murai.com.my.
Dia berkata, dia faham sebagai bos, Erra punya hak untuk menegur kesilapannya dan dia menerima teguran itu dengan positif.
"Cuma saya harap kalau boleh tu, janganlah label saya bodoh atau bengap kerana saya budak baru belajar. Awalnya saya agak gelabah kerana perbuatan saya sentiasa dirakamkan oleh kamera yang mengekori kami. Kekok pun ada, segan pun ada, tapi lama kelamaan saya dah tak peduli semua itu lagi," katanya.
"Tapi saya tak sangka apa yang dipaparkan itu menjadi buah mulut orang sebab fokus sebenar adalah pada Kak Erra, Aleesya dan Abang Emran. Terus terang, tindakan Kak Erra memarahi saya itu adalah betul. Malah maklum balas saya setelah dimarahi Kak Erra juga adalah betul. Kalau ada pun, hanyalah sedikit tokok tambah drama supaya ada kesinambungan," katanya lagi.
Akui Azira, dia sebenarnya cukup seronok bekerja dengan Erra walaupun tugas itu banyak cabarannya.
"Saya kenal siapa Kak Erra, dia sebenarnya seorang yang tegas dan sukakan sistematik dalam soal kerja. Saya kenal Kak Erra sejak usia saya 10 tahun lagi. Ketika itu saya adalah peminatnya. Ke mana saja Kak Erra pergi mesti saya mahu ambil tahu.
"Tapi sekarang berbeza kerana saya sudah bekerja di bawahnya. Saya tak boleh meletakkan diri saya sebagai peminat lagi. Segala-galanya sudah berbeza sekarang dan saya kena profesional.
"Apa yang penting sekarang ialah Kak Erra lebih kenal siapa diri saya dan bagaimana cara saya bekerja. Kepada orang luar yang tak kenal saya, mereka boleh cakap apa saja dan saya terima dengan hati yang terbuka," ujarnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 12 Aug 2009, 1:11 pm | |
| Isma Kesal Bowling FC Kena Sabotaj!
Bintang Akademi Fantasia 7 (AF7) Isma, kesal kerana ada pihak cuba mensabotaj aktiviti riadah berbentuk kejohanan bowling persahabatan yang dianjurkan untuk kelab peminat bintang AF yang akan berlangsung Ahad ini, 9 Ogos.
Mengikut perancangan penyanyi lagu Bisikan... Godaan itu akan menganjurkan pertandingan bowling persahabatan antara kelab-kelab peminat (FC) bintang AF di U-Bowl, One Utama, Damansara namun ada pihak telah menyebarkan e-mel mengatakan ia telah dibatalkan.
"Pembatalan itu tidak benar dan acara itu akan tetap berlangsung di lokasi terbabit mulai jam 9 pagi. Isma kesal kerana ada pihak yang tidak dikenali telah menghantar e-mel palsu mengatakan program ini dibatalkan. Malah, pihak tersebut dengan beraninya telah menyamar sebagai AJK FC Isma dan membatalkannya dengan pemilik kejohanan itu.
"Isma terkejut sebab tiba-tiba saja Isma sendiri mendapat e-mel tentang berita palsu ini. Bukan Isma sorang saja yang dapat e-mel tersebut tetapi semua AJK FC yang terbabit. Semua itu hanyalah fitnah dan pertandingan ini tetap dijalankan seperti yang telah dicadangkan," tegas Isma kepada murai.com.my.
Mengulas lanjut mengenai suspek yang cuba buat hal itu Isma berkata dia tidak mengenali orang tersebut dan sama sekali tidak tahu sebab musabab orang tersebut melakukan sedemikian.
"Setakat ini, kami sedang mengesan siapakah orang yang cuba buat hal itu. Sekiranya orang tersebut tidak menghentikan perbuatan ini, kami tidak akan teragak-agak melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa kerana ia boleh menjejaskan nama baik penganjur," jelasnya.
Sementara itu, pertandingan itu bukan saja melibatkan FC bintang AF7 sahaja tetapi turut membabitkan FC Shawal, Saida dan Nubhan.
"Insya-Allah, mengikut perancangan Isma dan Tomok akan turun padang dan bermain bersama peminat. Rakan-rakan AF7 seperti Yazid, Obri, Zizi, Aishah dan Rubisa juga akan turun sama ke gelanggang.
"Selain bermesra dan bermain, kami juga akan mengadakan sesi perasmian kelab peminat Isma sendiri. Jadi datanglah beramai-ramai memberikan sokongan," ujarnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 12 Aug 2009, 1:15 pm | |
| Anak Wayang-Mekanik
|
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 9 of 12 | Go to page : 1, 2, 3 ... 8, 9, 10, 11, 12 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |