|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:33 pm | |
| Shasha Elite selamat melahirkan anak lelaki Penulis mewakili blog Media Malaya mengucapkan tahniah kepada Sasha Elite dan suami, Salyo Priyanto atas kelahiran anak pertama mereka, Adam Aryasenna Notosoemarsono. Penulis tidak dapat bayangkan apabila Adam wtfnamapanjangdanpelik melalui kehidupannya sebagai anak Malaysia nanti. Nasib baik lelaki, kalau perempuan, mahu berpeluh bakal suami menyebut nama yang wtfnamapangjangdanpelik. Agak-agak apa pula nama anak Que Haidar dan Linda Jasmine nanti ya? Katanya hanya satu nama sahaja di dunia |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:38 pm | |
| Chef Wan Tetamu Khas Rancangan Oprah Winfrey, Bangga Seyh! Serius, bukan calang-calang orang berpeluang ditemuramah oleh satu-satu’nya pengacara yang paling terkenal di dunia, Oprah Winfrey. Lagi-lagi, Chef Wan juga meraih kejayaan dalam World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009 di Paris dengan menewaskan ramai tukang masak yang power dari seluruh dunia. Makin naik saham Chef Wan, tiada niat nak kahwin lagi ker? “Kejayaan saya itu telah dilaporkan dalam New York Times dan disiarkan melalui American Food Network. Mungkin inilah yang telah mendorong pihaknya untuk mengundang saya tampil bersama Oprah. Bagaimanapun masanya tidak tahu bila lagi kerana saya belum mendapat sebarang hitam putih. “Kalau jadi insya-Allah mungkin saya akan tampil dua kali iaitu pada hujung tahun ini atau awal tahun depan, bergantung kepada kesesuaian waktu. Tahu sajalah program itu sangat popular dan tetamu lain pun terpaksa berbaris panjang. Setakat ini kita masih berbincang. “Tunggulah nanti kalau segala-galanya sudah dipastikan saya akan memaklumkan berita gembira ini kepada murai.com.my dan rakan media lain juga,” katanya dengan teruja |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:39 pm | |
| (Gambar) Panas Datuk K Dikelilingi 11 Wanita Senyum lebar Datuk K dapat bergambar dengan 11 perempuan, gatal ye bang. Sekali imbas, tetap yang paling cantik ialah Siti Nurhaliza. Gambar ini ditangkap sempena taklimat pelancaran francais terbaru produk Simply Siti di The Zon Hotel, Kuala Lumpur. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:40 pm | |
| gambar Qabil Ambak & gadis misteri’nya |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:42 pm | |
| (Gambar) Qabil Ambak Equin Negara & Bakal Isteri’nya Ini dari sumber orang, aku tidak pula siasat dengan lebih mendalam. Lagipun, apa pula relationship‘nya aku & Qabil Ambak, satu apa pun tiada. Namun, gossip tetap gossip. Cerita yang aku terima, kata si penghantar email, gadis yang bersama Qabil Ambak merupakan bakal isterinya, juga seorang Ekuin dari negara Filipina. Gadis cantik ini akan tiba di Malaysia minggu hadapan. Romantik juga si Qabil dengan wanita di dalam gambar ini. Meraung’lah Fasha Sandha tengok gambar macam ni. Tidak apa Fasha, Zubir reporter tu kan masih ada… Apa pula jadi’nya dengan Fasha Sandha? Makin confuse aku dibuat’nya. Tidak lupa, Fasha Sandha sudah delete entry luahan hati’nya di Myspace. Sebab apa? Kami tidak tahu. Mungkin juga dia di’sergah oleh Ally Iskandar yang secara tiba-tiba menjadi perhatian |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:43 pm | |
| Nurul Syuhada & Faiz Masih Baik, Tidak Putus Cinta Beberapa hari yang lepas, kami ada paparkan artikel kisah putus cinta Nurul Syuhada & Mejar Faiz, yang diceritakan oleh forumer Cari. Al-kisahnya, semalam Nurul Syuhada menafikan dakwaan tersebut. Dia berasa terganggu dengan gosip yang memang tidak benar, apatah lagi disaat percintaan’nya masih berbunga-bunga. Lelaki yang bernama Raja Amir, hanya’lah kawan baik kepada Nurul Syuhada, tiada sebarang hubungan rapat antara mereka. So, komentaor sekalian, jangan harap’lah nak dapat’kan si Nurul ni, dia masih berpunya. Agak’nya, kau kena jadi angkasawan dulu. You can do it, I trust you bebeh! Bagus’lah Cik Syuhada atas hubungan yang masih kekal baik, kami tetap doakan yang terbaik sahaja. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:44 pm | |
| Maizawati Sudah Ada Kekasih Baru Akhil menegur dan mempersoalkan sikap bekas isterinya, Maizawati yang dianggapnya telah membuat sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi dalam masa tempoh edah penceraian mereka. Akhil dengan yakin mendakwa Maizawati sudah ada kekasih baru. “Ana tidak kisah kalau anda semua (wartawan) hendak tulis atau tidak. Ada sumber yang cakap pada Ana yang dia (Maizawati) sedang bercinta dengan seseorang lelaki sekarang. Perempuan yang telah bercerai dengan suaminya sepatutnya perlu menjaga maruah diri sepanjang tempoh edah. Tapi yang berlaku sekarang adalah sebaliknya,” kata Akhil. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:48 pm | |
| (Gambar) Anak Penyanyi Jay Jay Rupanya Yang Bercium Sisipan Bintang Popular (Rujuk : Anak penyanyi terkenal 80-an ketagih arak, amal seks bebas) pada bulan March lepas ada mengeluarkan kisah seorang anak penyanyi popular yang agak nakal, dengan selamba meletak gambar’nya bercium dengan teman lelaki. Al-kisahnya, sebentar tadi ada informer kami yang memberikan salinan gambar asli. Terkejut juga kami sebab anak perempuan penyanyi ini telah mencemarkan nama baik bapa’nya. KALAU tak tengok dengan mata kepala sendiri, memang susah Zubir nak percaya dengan kisah sensasi yang satu ini. Bayangkan, anak seorang penyanyi pop terkenal era 80-an dan masih aktif sehingga hari ini sebagai komposer bebas, rupa-rupanya mempunyai seorang anak dara yang bermasalah. Cukuplah Zubir memperkenalkannya sebagai Miss X saja. Miss X adalah anak sulung kepada penyanyi berkenaan. Kata cerita si pembawa mulut, kononnya Miss X adalah seorang gadis liar. Rokok, minuman keras, berparti dan seks bebas sudah menjadi rutin hariannya. Miss X juga bukan saja mengamalkan cara hidup sosial gadis Barat, malah sikap suka meminjam duit di kalangan kawan-kawan tidak disenangi kerana Miss X ini tahu meminjam saja, bila tiba masa nak pulangkan, punyalah payah, kadang-kadang setakat RM30, RM50, kira hangus! Lebih mengejutkan Zubir, Miss X juga mula berjinak-jinak dengan dadah. Sama ada benar atau tidak, dia pernah meniduri lelaki yang tidak dikenalinya semata-mata ingin mendapatkan RM100 untuk membeli dadah. Harap-harap bab cerita ini sekadar nasi tambah! Zubir juga kasihan pada penyanyi dan komposer berkenaan kerana Miss X sering tak pulang ke rumah. Apabila Miss X tak balik rumah, mulalah si ayah menelefon kawan-kawan terdekat Miss X bertanyakan di manakah gerangan Miss X sudah beberapa hari tidak tahu jalan pulang ke rumahnya. Yang paling hujung kanan sekali, itu la dia. Miss X ini juga adalah bekas pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mengikuti pengajian bidang seni. Khabarnya Miss X dibuang kolej kerana dipercayai mencuri! Nak tak nak, si ayah dan ibu terpaksa menebalkan muka datang tengah-tengah malam ke asrama Miss X untuk menyelesaikan masalah anak mereka. Begitulah kasih sayang ayah dan ibu kepada anaknya sekalipun anak perangai macam! Bukan itu saja yang Zubir dengar, khabarnya Miss X ini kalau tukar boyfriend macam tukar baju saja, tak pernah ada teman lelakinya yang kekal lama. Khabarnya gambar Miss X yang tengah ‘comulot’ (cium mulut) dengan lelaki itu adalah boyfriend terbarunya yang baru saja dikenali tak sampai sebulan. Zubir sebenarnya tumpang simpati dengan penyanyi terkenal itu dan seluruh keluarganya. Zubir memang kenal penyanyi berkenaan, dia seorang yang amat berbakat dan daripada riak air mukanya, dia mempunyai ciri-ciri seorang ayah yang baik. Tapi, malangnya dia dikurniakan seorang anak yang terlebih nakal. Zubir harap Miss X cepat-cepatlah berubah, peliharalah nama baik ayah awak yang pernah gah suatu ketika dulu dan masih dihormati hingga hari ini |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:49 pm | |
| Ainul Aishah temui cinta baru PERCUBAANNYA untuk terjun ke bidang nyanyian bukan kerana mengikut'trend' atau sekadar suka-suka. Menurut pelakon Ainul Aishah yangmesra dengan panggilan Ain ini, bergelar penyanyi adalah impiannyasejak kecil lagi. Namun, tuahnya dalam bidang seni nampaknya lebih memihak pada bidanglakonan. Tutur gadis berusia 24 tahun ini, dia sendiri tidak menyangkamelangkah di dalam arena ini sebagai pelakon, bukannya penyanyiseperti yang diimpikannya. Meskipun begitu, Ain tidak pernah berasa hampa. Bagi pelakon kelahiranKuala Lumpur ini, dia menganggap apa yang diraihnya sehingga hari iniadalah rezeki. Ternyata langkahnya di dalam bidang lakonan tidaksia-sia. Saban hari, tawaran berlakon yang diterima semakin lebat. Malah, akuiAin sendiri, tahun ini rezekinya semakin berlipat ganda berbandingtahun-tahun sebelumnya. Terbaru, anak kedua daripada empat beradik ini sedang menjalanipenggambaran drama bersiri 44 episod berjudul Cinta Balqish. "Alhamdulillah, tawaran berlakon tidak pernah putus. Inilah dinamakanrezeki. Selain Cinta Balqish, saya juga membintangi telemovie Zoey &Joey dan selepas Hari Raya nanti, drama bersiri Senja Rampai pula akanmenyusul untuk siaran di Astro Prima. "Tetapi sempena Ramadan ini, saya ambil keputusan untuk berehat duludan akan bersambung semula selepas Hari Raya nanti," ujar Ain yangditemui pada majlis berbuka puasa artis-artis Aquila Emas bersamaanak-anak yatim, baru-baru ini. Dalam pada itu, kata Ain, dia juga akan meneruskan hasratnya untukbergelar penyanyi dan sedang di dalam perancangan untuk menghasilkansingle sulungnya. "Buat permulaan, saya akan tampil dengan single dulu yang merupakanhasil ciptaan saya sendiri. Tapi akan ada orang yang tolong buat'arrangement' kelak. "Dan lagu itu nanti akan berkonsepkan 'pop country', satu genre yangrasanya belum pernah dibuat di negara ini," ujar pelakon yang muladiperkenalkan menerusi filem 'Nana Tanjung'. Dalam perkembangan lain, Ain juga kini berada di bawah naunganpengurusan Aquila Emas sejak Mei lalu bersama artis-artis sepertiZizan Nin, Yasmin Hani, Tony Eusoff, Zed Zaidi dan Airis Yasmin. "Seronok berada di bawah pengurusan syarikat ini. Perjalanan karierlebih teratur. Sekurang-kurangnya, ada pihak yang boleh membantu sayadalam industri ini," katanya dalam nada ceria. Sedang dibuai cinta Jika diikutkan tuan empunya diri, dia tidak mahu lagi terlalumendedahkan tentang kisah cinta. Bukan ingin terlalu berahsia, tetapibagi Ain, dia tidak mahu sering menonjol dengan kisah peribadi. Namun, berkali-kali dipujuk, gadis ini akhirnya gagal menolakpertanyaan tentang subjek cinta. Setelah hubungan yang terjalin selama kira-kira dua tahun denganseorang anggota kumpulan indie terputus awal tahun ini, Ain akui, diakini sudah menemui 'seseorang' dan sedang di dalam proses perkenalanlanjut dengan jejaka tersebut. "Baru sebulan mengenali dia. Kami mula bertemu di pejabat ayahnya,ketika itu saya terlibat dengan penggambaran di lokasi tersebut. Diajuga bekerja di sana. "Memang hubungan ini masih terlalu baru, jadi saya tidak mahu terlalubercakap tentang perkara ini," kata Ain tentang hubungannya denganahli perniagaan muda berusia 22 tahun itu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:50 pm | |
| Shahid warisi kemerduan suara Asri Rabbani MUNGKIN umum lebih mengenali Rabbani yang merupakan kumpulan nasyid popular sehingga kini, tetapi umum mungkin kurang mengenali anak muda yang bernama Abdul Shahid Mohd Zamiluddin ini. Senang disapa dengan panggilan Shahid, anak muda berusia 25 tahun ini sebenarnya merupakan anak didik atau protege kepada arwah Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang telah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung pada 14 Ogos lalu. Shahid ingin meneruskan perjuangan Ustaz Asri bersama Rabbani, namun bimbang untuk menyuarakan hasrat hatinya itu. - foto mStar Online Biarpun gayanya tidak seperti Ustaz Asri, tetapi vokal serta aura mentornya itu dapat dirasai melalui nyanyiannya ketika mendengar Shahid menyanyi bersama kumpulan Rabbani pada majlis berbuka puasa di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Kemerduan serta lenggok nyanyiannya tidak ubah seperti Asri yang merupakan penyanyi utama kumpulan Rabbani. Menurut Shahid, dia mengenali mentornya itu ketika sekolahnya menjemput Rabbani mengadakan konsert serta pernah menyertai kem motivasi bersama Ustaz Asri. "Saya mula mengenali Ustaz Asri ketika Rabbani dijemput untuk mengadakan konsert di sekolah Maahad Tahfiz Al-Futhail, Kelang. "Ketika itu saya baru berumur 17 tahun dan menghadiri satu sesi ujibakat bersama Rabbani ketika itu, semenjak itu saya sering dipanggil untuk menyanyi bersama Rabbani hingga kini. "Sejak itu juga saya mula rapat dengan Ustaz Asri dan belajar vokal dengan dia. Dia mengajar saya semua teknik nyanyian yang betul kepada saya dan saya memang betul-betul nak belajar kerana memang meminati Ustaz Asri," kata Shahid yang menggangap mentornya itu sebagai abangnya sendiri. Shahid turut berkongsi kenangannya bersama Asri ketika menyertai kem motivasi dan dapat berborak serta makan bersama-sama. "Kenangan kami bersama banyak, ketika saya sertai kem motivasi bersama Ustaz Asri, saya begitu gembira apabila dapat berborak-borak dengannya malah kami juga makan bersama pada ketika itu. "Selain tu, bila setiap kali Rabbani ada buat persembahan, saya akan pergi dan mesti Ustaz Asri akan panggil saya naik ke pentas untuk nyanyi sekali. "Ustaz Asri juga pernah telefon saya dan dia minta saya buat persembahan pada satu majlis sambutan ulangtahun Rabbani yang ke-10 pada waktu itu. "Dia juga pernah beritahu saya, dalam ramai-ramai orang yang dia jumpa, saya adalah antara orang yang boleh membawakan lagu-lagu Rabbani dengan baik dan sehingga kini jika ada persembahan, saya akan sentiasa nyanyikan lagu-lagu Rabbani. "Malah Ustaz Asri sangat menghargai orang yang boleh bantu dia dalam meneruskan perjuangan dakwah dan nasyid," ujar Shahid yang masih terasa dengan pemergian mentornya itu. Menurut Shahid yang memang begitu meminati Asri sejak bersama kumpulan Nada Murni lagi dia berhasrat untuk meneruskan perjuangan mentornya itu, namun dia bimbang untuk menyatakan hasratnya ingin menyertai Rabbani. "Ustaz Asri seorang yang sangat baik, warak dan tidak sombong dengan sesiapapun... Malah dia juga tidak kedekut ilmu yang dia ada untuk dikongsi bersama. "Saya mula meminati Ustaz Asri sejak dia bersama Nada Murni lagi, selepas dia keluar dan menubuhkan Rabbani saya lagi bertambah minat dengan dia. "Kalau boleh saya teringin sangat nak teruskan perjuangan ustaz Asri bersama Rabbani... bukan ingin mengejar glamour tetapi meneruskan perjuangan dia dengan bakat yang Allah s.w.t berikan kepada saya. "Jika Rabbani tawarkan peluang untuk saya menyertai mereka, saya akan terima dengan harapan yang besar dan gembira," katanya. Selain itu, anak muda yang bekerja di sebuah syarikat sound system iaitu Warisan Sound ini juga mempunyai perniagaannya sendiri yang dikenali sebagai B.I.G Sound. Shahid yang juga aktif menyanyi bakal mengeluarkan albumnya sendiri selepas raya nanti kerana masih lagi diperingkat mastering. "Saya tengah buat album sendiri... bersama kumpulan saya iaitu Soufies. Album ini mungkin akan keluar selepas raya nanti. "Album ini masih lagi dalam proses mastering dan tajuknya juga belum lagi diputuskan. "Lagu-lagu dalam album itu semuanya di cipta oleh Hafiz Hamidun manakala lirik pula dicipta oleh Ahmad Fedtri Yahya," jelas Shahid. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:53 pm | |
| Jual produk ‘Secukup Rasa’ menerusi online Dalam memikirkan karier seninya, Nora masih sempat melakukan bisnes produk raya yang diberi nama ‘Secukup Rasa’ yang diusahakan sejak tujuh tahun lalu. Jika sebelum ini, Nora menjual produk buatan sendiri ini secara kecil-kecilan atau talian telefon. Namun, pada tahun ini pelantun lagu ‘Di Persimpangan Dilema’ meluaskan pasaran produk-produk berasaskan makanan itu melalui internet atau online pula iaitu www.secukuprasa.com.my. “Setiap kali bulan puasa memang saya akan menjual produk seperti biskut, kek dan hamper tetapi tahun ini cara jualan berlainan sedikit sebab saya menggunakan kaedah online. “Saya mencuba cara ini sebab kita ingin kembangkan pasaran ke luar negara. Selain itu, kita cuba jual kepada pelajar-pelajar Melayu yang belajar di luar negara dan tidak dapat pulang beraya. “Jadi, mereka boleh menempah produk raya ini untuk dihadiahkan kepada keluarga mereka di sini (Malaysia) dan kita akan sediakan perkhidmatan penghantaran kepada keluarga mereka mengikut alamat yang diberikan. “Selain itu, kita juga telah memasuki pasaran Singapura, Timur Tengah, Sabah dan Sarawak,” jelasnya mengenai perniagaan yang dikendalikan di bawah syarikatnya, WNA Industries. Sebut tentang harga, Nora berkata hamper-hamper raya dijual pada harga RM50 hingga RM500 manakala biskut dijual pada harga RM15 untuk 30 biji, RM20 (50 biji) dan RM55 (100 biji). “Sebanyak 15 jenis biskut yang dijual dan yang paling ‘hot’ di pasaran dalam 12 jenis seperti Chocolate Shortbread, Tat Nenas, Coconut Almond, Biskut Arab dan Semperit. “Alhamdulillah, kita ada macam-macam biskut dan sekarang pelanggan sudah mula membuat ribuan tempahan. “Misalnya hamper kita lebih sasarkan kepada golongan korporat. Tetapi, tahun ni kita tak tahu lagi samada tempahannya lebih banyak dari tahun-tahun lepas atau tidak kerana masih awal. Kadangkala, ada juga pelanggan yang suka membuat tempahan pada saat-saat akhir,” cerita Nora penuh ceria. Tambah Nora, jika ada pelanggan ingin merasa sampel biskut pun dia akan menghantar ke rumah mereka. “Selain dijual secara online, produk ini juga ada dijual di Secukup Rasa Corner berdekatan Restoran Selera Negeri dalam Amcorp Mall, Petaling Jaya,” katanya yang turut menjual produk makanan segera seperti karipap, murtabak dan roti boom. Bagi yang berminat, boleh juga menghubungi Nik Hazwan di talian 016-9299421. Teringin ceburi perniagaan busana muslimah Dalam pada itu, dia juga menyatakan keinginannya untuk menjual busana muslimah tetapi bukan dalam masa terdekat ini. “Saya memang nak menjual pakaian seperti jubah, tudung dan sebagainya dan ada orang yang ‘offer’ tapi saya terpaksa tolak. “Saya rasa biar dulu kerana saya nak fokus kepada satu perkara sahaja dan biar dibuat satu-satu dulu. “Kalau ada peluang nanti, Insya-Allah..,” akhirinya yang manis dan cantik dengan bertudung litup di kepala sejak setahun lalu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:55 pm | |
| Info Aida NAMA: Khairul Noormaaidah Zali UMUR: 24 Tahun TARIKH LAHIR: 15 Ogos 1985 TEMPAT LAHIR: Kuantan, Pahang ADIK BERADIK: Anak ketiga daripada sembilan beradik PENDIDIKAN: Diploma Bahasa Arab & Tamadun Islam, Kolej Islam Pahang, Sultan Ahmad Shah & Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Universiti Utara Malaysia PENCAPAIAN: Juara Gadis Melayu 2008 Info Hairi NAMA: Mohd Hairi Safwan Azhan UMUR: 21 Tahun TARIKH LAHIR: 16 Januari 1988 TEMPAT LAHIR: Alor Setar, Kedah ADIK BERADIK: Anak kedua daripada enam beradik DRAMA/TELEMOVIE: Mawi Ya Habibi, Takbir Terakhir & Rendang Tok Wan (drama Radio Era) PENCAPAIAN: Juara Anak Wayang 2009 Info Iqbal NAMA: Muhammad Iqbal Mazlan UMUR: 20 Tahun TARIKH LAHIR: 26 September 1989 TEMPAT LAHIR: Bagio, Filipina ADIK BERADIK: Anak sulung daripada dua beradik DRAMA/TELEMOVIE: Sofea Zahra, Eologi Buat Cikgu, Panggilan Rayan, Selamat Pagi Sayang TEATER: Lorong Blues PENCAPAIAN: Juara Pilih Kasih 2009 |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 6:59 pm | |
| Peserta Gadis Melayu akui menyesal Foto sensasi Jasmine yang disebarkan dalam internet. Sharifah Jasmine Soraya mengakui foto aksi bercumbu sesama jenis adalah dirinya yang dirakam dua tahun lalu SHARIFAH Jasmine Soraya Syed A Jalil Jamalullail, 21, seorang daripada peserta program realiti TV9, Gadis Melayu bagi musim kedua tidak menafikan foto yang memaparkan aksi wanita sedang berseronok bersama teman sambil tangan memegang botol arak serta bercumbuan dengan rakan sesama jenis yang disebarkan di internet adalah gambar dirinya. Ditemui di studio Glenmarie, Shah Alam, sebaik selesai siaran langsung episod kedua program terbitan TV9, Khamis lalu, gadis kacukan Melayu - Cina itu tanpa berselindung mengaku ia adalah kesilapan lampau yang dilakukan dua tahun lalu kerana pengaruh ‘darah muda’. Senang membahasakan dirinya sebagai Jasmine, wanita kelahiran Kuala Lumpur ini mengaku menyesal dengan perbuatan silamnya itu. Malah, dia sudah meninggalkan kegiatan tidak bermoral berkenaan kerana fokusnya adalah untuk memberi tumpuan kepada kerjaya. Sharifah Jasmine Soraya Biarpun mendapat sokongan keluarga tatkala gambar yang mengaibkan itu tersebar di internet, Jasmine memberitahu, sehingga kini dia masih enggan menatap gambar berkenaan kerana tidak mahu emosinya terjejas. Walaupun zahirnya kelihatan tenang dengan dugaan yang mendatang apatah lagi ketika itu program Gadis Melayu musim kedua baru saja hendak menjengah kaca televisyen, jauh di dasar hati Jasmine sebenarnya kesal dengan tindakan sahabat sendiri sengaja mahu menjatuhkannya. Katanya, penyebaran gambar itu membuatkan dia mula merasai sedikit tempias populariti dan menyedari bukan mudah untuk menjadi orang yang dikenali ramai. “Saya tak nafikan memang itu gambar saya tetapi kini saya sudah berubah. Saya hanya mahu memandang ke depan kerana saya sudah menanam tekad dalam diri untuk memberikan fokus kepada kerjaya tahun ini. “Saya terkejut kerana perkara itu sudah lama berlalu tetapi kenapa baru sekarang ia disebarkan? Saya tahu ini perbuatan sahabat sendiri... tetapi sekarang saya sudah berubah. Lagipun ketika itu usia saya baru belasan tahun, masih lagi leka dengan keseronokan dunia. “Semua orang melakukan kesilapan tetapi bila difikir-fikirkan kembali sampai bila saya nak terus jadi begitu? Memanglah sedikit sebanyak gambar itu menjejaskan sedikit emosi saya, tetapi saya perlu kuat melawannya. Orang memang tidak senang melihat kita naik, bila kita cuba naik mereka sengaja nak menjatuhkan. “Saya juga tak nafikan apabila gambar itu tersebar, saya jadi takut memikirkan kedudukan dalam program ini. Tapi nampaknya TV9 memberi saya peluang untuk terus berada dalam program ini tanpa menghukum saya dengan sewenang-wenangnya. Saya juga berharap supaya orang di luar tidak terlalu mudah menilai saya hanya disebabkan tersebarnya gambar itu, sebaliknya berilah saya peluang dan lihat sendiri perubahan saya,” katanya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 7:01 pm | |
| Shazlin nafi amal seks songsang Foto Shazlin bersama beberapa teman wanita bersosial kini tersebar luas di internet. Isteri Radhi OAG akui gemar bersosial tetapi tak sampai ke tahap lesbian TERLANJUR perahu boleh diundur, terlanjur perbuatan badan binasa. Kebelakangan ini banyak foto panas golongan artis dan selebriti tersebar luas menerusi internet. Bukan sekadar gambar mereka bersosial bersama teman-teman, malah foto berkepit dengan buah hati masing-masing juga semakin mudah diperoleh menerusi internet. Zubir tabik spring dengan segelintir artis yang mengakui kesilapan mereka dan memohon maaf, berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang sama. Tapi, ada juga artis yang Zubir menyampah tahap ‘gaban’, sudahlah terang-terangan gambar bermesra dengan kekasih terpampang di internet, namun masih nak cover line, cakap mereka tak ada apa-apa hubungan istimewa, geli dan meloyakan! Antara artis yang menjadi mangsa akibat kecanggihan dunia teknologi maklumat apabila foto dirinya bersosial bersama teman-teman tersebar di internet ialah Shazlin Sharif, iaitu isteri Radhi OAG. Dua, tiga minggu kebelakangan ini, boleh dikatakan hampir setiap hari Zubir menerima kiriman e-mel foto yang sama, tak jemu-jemu mereka. Shazlin Shariff Masakan tidak, gambar berkenaan memang panas apabila memaparkan aksi cium dan peluk Shazlin dengan teman wanitanya. Justeru, timbul persoalan adakah isteri Radhi OAG itu bernafsu songsang atau boleh dilabel lesbian? Ramai yang tidak menyangka, Shazlin berkelakuan begitu, apatah lagi dia kini masih berstatus isteri dan sudah bergelar ibu! Keghairahannya berhibur dengan minuman keras terhidang di depan mata, turut mengundang persoalan. Ketika Zubir menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Tropicana Golf & Country Resort di Damansara, baru-baru ini, Zubir terpandang kelibat Shazlin ketika sedang mengambil juadah. Justeru, sebaik selesai berbuka puasa, Zubir terus menghampiri Shazlin dan bertanyakan kesahihan perkara berkenaan. “Saya akui gambar-gambar itu tersebar luas di internet kira-kira sebulan lalu. Gambar itu dirakamkan ketika saya menghadiri dua majlis berbeza sekitar pertengahan tahun ini. Pada ketika itu, saya sedang berdepan dengan masalah rumah tangga, turun naik mahkamah, Radhi pula ada ketikanya gagal menghadiri perbicaraan. “Jadi, untuk menghilangkan tekanan, kawan-kawan baik ajak saya berhibur. Tidak dinafikan, pada masa sama, saya memang gemar bersosial. Tapi, janganlah ingat perkara negatif saja. Maksud bersosial ialah berhibur, melepak bersama teman-teman di pusat hiburan, itu saja. Bukan bermakna saya melakukan perkara yang tak senonoh! “Namun, apabila tersebar foto saya bersosial dengan cara agak keterlaluan, selain aksi berpeluk dan bercium dengan rakan sesama jenis, saya mengakui, itu memang kesilapan saya kerana dalam keseronokan dan keghairahan saya berhibur itu, saya alpa dengan keadaan persekitaran sehingga lupa apa yang saya lakukan itu di luar batasan dan jangkaan saya. “Pun begitu, saya masih waras, tapi sebagai manusia, saya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, jadi tolonglah maafkan keterlanjuran perbuatan saya,” pinta Shazlin penuh keinsafan. Itu satu kes, sekarang bagaimana dengan dakwaan awak dituduh sebagai lesbian? “Saya menafikan sekeras-kerasnya, saya ‘lurus’, bukan ‘bengkang bengkok’! Gadis yang saya cium dan peluk itu adalah kawan baik saya yang sudah saya anggap seperti adik beradik sendiri. Bagi saya, itu perkara biasa, sekadar meluahkan perasaan kasih sayang dan bukannya kami mengamalkan cara hidup songsang atau boleh dilabel gadis lesbian! “Kawan baik saya pula perempuan, bukannya lelaki!,” kata Shazlin bersungguh-sungguh. Kata Shazlin lagi: “Cukup-cukuplah mengaibkan saya. Saya ada keluarga, tambahan pula saya tak pernah kacau kehidupan orang lain, jadi tolonglah jangan ganggu saya lagi. Apa yang sudah berlaku itu, sekali lagi saya mohon maaf.” Bagi Zubir, betul juga permintaan Shazlin itu, cukup-cukuplah menghentam dirinya menerusi alam siber. Lagipun sudah beberapa kali dia memohon kemaafan di atas kesilapan masa silamnya, elok rasanya kita beri Shazlin peluang kedua memperbaiki kesilapan lalu. Semoga Shazlin akan berubah dan tidak lagi mengulanginya |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 7:05 pm | |
| Cinta Datuk Umie Aida mengaku dalam proses mengenali hati budi lelaki yang juga tokoh korporat USIKAN media yang menemuinya ketika penggambaran program masakan, Citarasa Bersama Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini disambut dengan senyuman yang meleret manis di wajah ayu Umie Aida. Sesekali dia berseloroh dan tersipu malu, membalas semula gurauan yang ditujukan. Namun untuk membongkar segala isi hatinya bukan sesuatu yang mudah dilakukan. “Saya tidak akan sorok jika hari bahagia itu datang nanti,” janji Umie kepada media yang tidak putus menagih kepastian sejak berita dia dilamar ahli perniagaan berpangkat Datuk tersebar beberapa minggu lalu. Malah teka-teki mengenai siapakah gerangan ahli perniagaan itu mula menjadi bualan di kalangan pihak media dan peminat hiburan tanah air. Ada yang mendakwa sudah mengetahui identiti Datuk itu. Malah ada yang mengaku pernah terserempak dengan tokoh korporat itu bersama aktres yang kelihatan begitu anggun dalam busana baju kurung petang itu. Sebagai wanita, Umie juga mendambakan kehadiran lelaki bernama suami, malah tidak pernah sesekali menolak ketentuan yang ditakdirkan Tuhan. Malah aktres yang memberi lakonan berkesan menerusi filem Embun ini berkata, dia ingin sekali berkongsi detik bahagia itu bersama mereka yang sentiasa mendoakan kesejahteraan hidupnya. Cuma kata Umie, berikan dia sedikit ruang dan masa kerana segala perancangan ke arah itu masih dalam perbincangan. “Saya mendoakan supaya jodoh kami dipercepatkan untuk saya mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Perkenalan kami berlaku dalam waktu singkat dan percaya tidak, kami masih belum berkesempatan keluar berdua. “Dengan ada ikatan pertunangan, barangkali lebih mudah untuk kami saling mengenali hati masing-masing,” kata Umie yang agak pemalu apabila diajak berbicara mengenai hari bahagianya. Menjengah usia 36 tahun, Umie berpendapat, adalah lebih manis jika dia tidak terlalu menggembar-gemburkan berita itu. Tambahan pula, fasa yang dilaluinya ini bukan lagi sebuah episod cinta remaja, sebaliknya kata Umie, dia mendambakan sebuah perhubungan serius yang lebih terarah kepada membina keluarga. “Saya mendoakan sesuatu yang terbaik akan berlaku dalam kehidupan ini. Hanya itu yang dapat saya katakan. Saya reda dan terima jika sudah tertulis dia ialah jodoh saya,” katanya mengakui, tarikh hari bahagianya masih dalam perbincangan. Kata Umie, pesanan arwah bapanya supaya mencari lelaki yang ikhlas mencintai dirinya membuka pintu hatinya untuk melangkah ke alam berumah tangga. Umie percaya, keikhlasan dalam perhubungan akan membungakan bahagia sekali gus rumah tangga yang bakal dibinanya nanti juga berkekalan. “Ramai berpesan begitu dan saya cuma mampu berdoa kehadirannya akan membuat saya serta anak-anak bahagia,” katanya. Enggan menoleh episod cinta lama yang menjadi catatan sejarah yang tidak ingin dikenang lagi, Umie berkata, dia perlu memberi ruang kepada dirinya untuk mengenali bakal suaminya dengan lebih akrab lagi. Adik pelakon dan pengarah berkaliber, Erma Fatima ini mengakui, pengalaman menempuh kegagalan dalam percintaan terdahulu membuatkan dia lebih berhati-hati untuk membina hubungan baru. “Disebabkan terlalu berhati-hati membuatkan sampai satu peringkat saya sukar mencari pasangan baru. Saya akui tidak mudah untuk membina hubungan kerana saya bukan seorang yang senang jatuh cinta. “Tetapi apabila saya mencintai seseorang, saya akan menyayanginya sepenuh jiwa. Namun perasaan itu berbeza apabila saya berkenalan dengan si dia. “Gerak hati saya kuat mengatakan dia jodoh saya. Insya-Allah, Tuhan akan makbulkan. Tuhan menggerakkan semua ini tanpa saya sedari dan perlahan-lahan kami sedang melangkah ke satu tahap yang lebih serius,” katanya. Sekadar mendedahkan identiti bakal suaminya sebagai duda dua anak berusia pertengahan 40-an , Umie bagaimanapun tidak menafikan sudah melakukan sedikit persiapan menjelang hari bersejarah itu. Pereka senior, Bill Keith diberi tanggungjawab untuk menyempurnakan persalinan pada hari pertunangannya nanti. Tegas Umie lagi, perkahwinan baginya bukan sebuah perjudian, sebaliknya adalah matlamat. “Seandainya kita yakin, semua benda akan dihadapi dengan tenang dan Insya-Allah perceraian mampu dihindari,” katanya yang dirisik keluarga lelaki itu pada 17 Mei lalu. Anak mahu Umie bahagia DITANYA mengenai penerimaan dua anaknya, Daniel dan Helmi, Umie berkata, mereka menerima perkhabaran itu dengan hati terbuka kerana ingin melihat dia bahagia. Selepas sekian lama hidupnya diabadikan untuk membesarkan dua anak kesayangannya itu, sudah tiba masa mereka ingin melihat kebahagiaan ibu mereka. “Mereka sudah besar dan makin matang. Alhamdulillah tiada halangan daripada anak-anak dan saya dapat rasakan mereka juga ingin melihat ibu mereka bahagia,” katanya. Ditanya majlis perkahwinan impiannya, Umie berkata, dia lebih senang merencana sebuah majlis ringkas - sekadar acara pernikahan yang disempurnakan di masjid. “Sebolehnya saya tidak mahu bersanding kerana malu. Saya seorang yang ringkas, cukup sekadar nikah di masjid. Tetapi saya juga perlu menimbang dan menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya yang bakal membintangi telefilem, Aku Bukan Malaikat arahan Aziz M Osman. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 7:11 pm | |
| Ally enggan melatah - Pengakuan seorang aktres di MySpace tolak lamaran Ally "Perkara ini semakin tersebar di Internet. Saya enggan komen dan tak mahu cerita ini jadi panjang. Saya tahu apa yang berlaku" – ALLY TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba nama pengacara popular, Ally Iskandar Mohd. Mardzi hangat diperkatakan minggu lalu gara-gara pengakuan secara terbuka seorang pelakon wanita yang penuh dengan kontroversi. Dalam pengakuan berani dalam Internet itu aktres berkenaan menamakan Ally sebagai salah seorang lelaki yang pernah melamarnya. Pelakon itu turut mendedahkan satu persatu mengenai empat jejaka yang pernah melamarnya untuk dijadikan isteri di laman sosial MySpace dengan nama Ally disenaraikan sebagai lelaki yang pertama. Lebih mengejutkan, Ally yang dikatakan melamar aktres itu pada tahun 2007 turut menghadiahkan sebentuk cincin. Dalam blog MySpace pelakon yang pernah dikaitkan dengan selebriti lain seperti Farid Kamil, Pierre Andre, Yusry KRU dan Hans Isaac itu, dia memberitahu: "Saya menolak lamaran Ally secara baik walaupun Mama dan keluarga sukakan Ally. Saya menolak kerana saya hanya menganggap dia sebagai seorang abang. Dia terlalu baik untuk saya." Namun, ketika Kosmo! menghubungi Ally, pengacara itu awal-awal lagi seperti dapat meneka soalan-soalan yang bakal menerjah ke telinganya. Tidak mengiakan, ataupun menafikan, Ally lebih selesa jika tidak memberi sebarang kenyataan. "Perkara ini semakin tersebar di Internet. Saya enggan komen dan tak mahu cerita ini jadi panjang. Saya tahu apa yang berlaku. "Lagipun adakah dia telah membuat pengakuan bahawa dia yang menulis blog itu? Seperti yang semua tahu, laman-laman sosial seperti MySpace, Facebook mahupun Friendster, ia tidak semestinya dikendalikan oleh artis yang sebenar. "Mungkin orang lain yang mendaftar menggunakan nama pelakon itu," katanya. Ditanya pula mengenai reaksi pihak stesen TV3 mengenai isu tersebut, beritahu Ally setakat ini TV3 belum lagi memberi sebarang komen. Ditebak tentang perasaan selepas membaca pengakuan tersebut beritahu Ally, sukar untuknya menggambarkan perasaan waktu itu. Terkejut, marah ataupun sakit hati dengan pendedahan yang dikeluarkan, Ally mengakui tidak dapat menjelaskannya. "Saya tak tahu nak rasa macam mana. Bila nama dikaitkan dengan sesuatu perkara, kita terima tanpa perlu melatah. Langkah terbaik, saya tidak akan bagi sebarang reaksi. Lagipun, hidup perlu diteruskan bukan?" ujarnya yang sibuk dengan penggambaran program Singgah Sahur. Beralih cerita pula mengenai bulan Ramadan yang penuh dengan aktiviti kerjaya, Ally terpaksa berpuasa dan berbuka tanpa keluarga di sisi. Hajat untuk berbuka bersama sentiasa ada namun keinginan itu perlu ditolak ke tepi untuk menjalankan tanggungjawabnya dalam kerjaya. Katanya, setiap kali tibanya bulan puasa, kerjanya akan menjadi semakin banyak. Malah, kerana terlalu sibuk, masa juga berjalan begitu pantas. "Kadang-kadang saya tak sedar yang waktu berbuka sudah tiba. Walaupun tidak dapat menikmati berpuasa bersama keluarga di Terengganu, saya tetap menganggap bulan puasa adalah bulan yang menyeronokkan. "Bayangkan, untuk program Singgah Sahur, saya akan pergi ke rumah orang dan bersahur bersama. Ia satu pengalaman yang menyoronokkan. Saya akan bertemu dengan orang yang kita tidak sangka akan jumpa," katanya. Kehadirannya dalam bidang penyiaran boleh dikatakan agak lama dan boleh digelar sebagai senior oleh pengacara-pengacara baru yang muncul bak cendawan di TV3. Biarpun sudah matang dalam penyiaran, Ally dengan rendah diri mengakui masih banyak perkara yang perlu dipelajari. "Sebenarnya, lagi lama kita bekerja, lagi banyak ilmu yang kita mahu cari. Nak kata terganggu dengan saingan orang baru, tidak juga. "Untuk menjadi yang terbaik, kita tak boleh nak goyang kaki," tegasnya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 7:14 pm | |
| Tidak mampu menepis kesepian Selain sudah sampai seru untuk mendirikan rumah tangga dan menguruskan keluarga, Aenn juga membocorkan satu lagi 'rahsia' kenapa dia mahu bergelar isteri orang secepat mungkin. Aenn dan Ekin sangat akrab sehinga melakukan pelbagai aktiviti bersama sebelum Ekin berumah tangga. Tanpa sesekali mahu berselindung, Aenn mengaku dia sudah bosan hidup kesunyian setelah Ekin berkahwin dengan Mawi sejak Disember tahun lalu. "Bayangkan sebelum ini kami berdua ke mana saja tanpa berenggang. Kini saya berseorangan dan tidak punya kesempatan untuk selalu berjumpa dengan Ekin. "Kesunyian ini memang terasa apatah lagi kalau Ekin pergi ke luar negara dengan Mawi untuk tempoh seminggu atau lebih. "Masa saya banyak dihabiskan dengan melayari Internet menggunakan komputer riba sendiri. Tipulah kalau saya cakap saya tidak keluar rumah langsung. "Cuma saya rasa satu kelainan yang cukup mendalam dengan ketiadaan Ekin. Nasib baik Mawi sendiri jenis individu yang tidak kisah dan terbuka kalau saya hendak jumpa atau keluar dengan Ekin. "Kalau ada masa terluang terutama hujung minggu, saya akan datang ke rumah Ekin dan Mawi lepak sambil minum kopi. Adakalanya kami akan berbual sehingga larut pagi dan kemudian barulah saya akan pulang ke rumah. "Tetapi tetap ada bezanya situasi Ekin sebelum zaman bujangnya dengan Ekin yang sudah menjadi hak milik orang," jawab Aenn dalam lontaran suara sedikit beremosi. Sambutan Ramadan yang bermula 22 Ogos lalu dan perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang kurang tiga minggu lagi nampaknya lebih memilukan hati Aenn. Masakan tidak, sebagai adik-beradik kembar yang berkongsi segala-galanya dalam kehidupan, Aenn dan Ekin sudah terbiasa 'melekat' sambil melakukan aktiviti seharian bersama. "Masa saya dan Ekin tinggal bersama, kami masih keluar rumah untuk bersahur dalam pukul 2 atau 3 pagi. "Bahkan, kami pernah berdepan dengan pengalaman berbuka puasa dalam kereta semasa hendak pergi ke bazar Ramadan gara-gara terperangkap dengan kesesakan lalu lintas yang teruk. "Nampaknya tahun ini saya kena membeli-belah baju raya seorang diri sebab Ekin barangkali sibuk menguruskan rumah tangga dan jadual seni Mawi. "Sunyilah nampaknya berpuasa dan beraya tahun ini tanpa Ekin. Dia ialah kawan gaduh dan menangis saya," spontan luah Aenn yang hanya sekali bermalam di rumah Ekin dan Mawi di Bangi, Selangor sejak mereka berpindah ke situ. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 7:16 pm | |
| BELUM pun setahun usia perkahwinan kakak kembarnya, Nora' Asikin Rahmat, 30, dengan penyanyi kesayangan ramai, Mawi, si adik yang berwajah seiras, Aenn pula bakal mengikut jejak langkah untuk menamatkan zaman solo tidak lama lagi. Khabar gembira itu disahkan sendiri oleh pemilik nama lengkap Nora' Ain Rahmat kepada Kosmo! semasa majlis tayangan rancangan menarik untuk lima saluran di Astro sepanjang hari raya nanti di Taman Bukit Jalil, Kuala Lumpur Khamis lalu. Memang ada seri yang terpancar tatkala bertentangan mata dengan anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu. Tidak dinafikan, empunya diri pada mulanya seperti malu-malu untuk mengungkapkan perkara yang berkaitan mendirikan masjid kepada umum. Namum, disebabkan sikapnya yang terbuka dan profesional sepanjang perkenalan dengan penulis, Aenn akhirnya menguak satu-persatu lembaran tentang hari bahagianya pada penghujung September atau pun awal Oktober nanti. Kata Aenn: "Insya-Allah, jika tiada sebarang aral melintang saya akan bernikah selepas Hari Raya Aidilfitri. "Cuma saya mohon maaf sangat kerana saya tidak dapat mengulas lebih lanjut tentang lelaki pilihan hati ini. Harap orang di luar sana memahami pendirian saya. "Saya tidak mahu mendedahkan nama dan siapakah si dia sebelum kami benar-benar sah diikat sebagai pasangan suami isteri. "Apa yang saya boleh katakan dia ialah seorang duda yang mempunyai tiga orang cahaya mata, bekerja sebagai usahawan, berusia 41 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. "Saya akan melakukan majlis pernikahan yang sederhana dan santai. Ini kerana saya ingin melaksanakan perkara yang wajib terlebih dahulu. "Resepsi persandingan akan dibuat kemudian. Lagipun saya masih ada beberapa komitmen yang perlu disudahkan dahulu. Bimbang jugalah sebab tidak dapat beri sepenuh perhatian terhadap resepsi persandingan. "Tetapi saya sendiri mahukan ia berlangsung dalam waktu terdekat selepas majlis pernikahan," tutur Aenn sempat melayangkan senyuman manis tanda dirinya sedang dilamun prahara cinta dengan pria idaman. Bahkan sehingga ke saat ini, sebarang persiapan terutama untuk majlis akad nikahnya masih belum berjalan apatah lagi mahu memikirkan persediaan untuk menjalankan resepsi persandingan. Dalam pada itu, Aenn memberitahu, dia sebenarnya pernah membuat perancangan untuk bergelar isteri orang pada tarikh yang sama dengan majlis Ekin dan Mawi yakni pada 20 Disember lalu. "Tetapi saya melupakan niat ini kerana tidak mahu mengganggu majlis mereka yang mendapat liputan menyeluruh termasuk siaran langsung di kaca televisyen. "Lagipun emak (Fatimah Saad) memberitahu tidak digalakkan adik-beradik untuk berkahwin serentak dan bersanding di atas satu pelamin yang sama. "Saya sekadar mengikut nasihat emak dan menunda hari bersejarah saya ke tarikh lain yang bersesuaian tanpa ada sebarang bantahan," tuturnya. Ketika diminta menghuraikan bagaimana dua jiwa dengan satu cinta itu bertamu, Aenn memberitahu, dia mengenali lelaki itu kira-kira dua tahun lalu. "Saya mengenali dia pada tahun 2007 menerusi seorang kawan. Waktu itu kami hanya memulakan persahabatan seperti biasa sebelum menjadi semakin rapat dan selesa bersama. "Kami memiliki banyak persamaan antara satu sama lain. Saya percaya faktor inilah menyebabkan saya dan dia lekas serasi walaupun baru saja berkenalan. "Dia juga seorang lelaki penyayang dan matang sekali gus membuatkan saya cukup selesa apabila berdampingan dengannya," terang Aenn. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Tue 01 Sep 2009, 7:17 pm | |
| Kakak borek, adik rintik PROFIL: NAMA: Abhinaaz Jehan Amir Khan NAMA KOMERSIAL: Alliesha Amir TARIKH LAHIR: 6 November 1985 UMUR: 24 tahun ASAL: Kuala Lumpur FILEM: Qaisy & Laila, Skrip 7707 dan 4 Madu DRAMA: Bibah Meletup dan Impian L NAMA: Allanaaz Jehan Amir Khan NAMA KOMERSIAL: Allana Amir TARIKH LAHIR: 20 Jun 1991 UMUR: 18 tahun ASAL: Kuala Lumpur FILEM: Skrip 7707 dan 4 Madu DRAMA: Otai dan Impian L |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 9:00 am | |
| Anak Comel Sasha Elite Shasha selamat melahirkan anak lelaki bernama Adam Aryasennabaru-baru ini (tarikh sebenar tidak kami ketahui). Comel Juga anak Sasha dah Solyo ni erkk,Mana tak nyer kacuk demi kacuk maka menjadi la Adam Aryasenna.. Tang Senna yang tak tahan ..Teringat zoom Pengusti WWF tue... JOhn Seennaaa hehehe ..Apa2 pun tahniah di ucapkan.. Kepada pembaca yang belum kahwin tue nak kacuk dengan apa ? jangan NIger dah la...Nanti sure Hitam rambut kerinting :) fikir2kan la wahai bakal Ibu... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 9:01 am | |
| Erra Tak Sabar Nak Shopping!
Kalau sesetengah selebriti, kedatangan bulan Ramadhan memang dinanti-nanti kerana inilah masanya untuk mereka mengurangkan aktiviti seni. Malah, ada sesetengah itu langsung tidak mahu diganggu. Tetapi berbeza dengan Erra Fazira, pada bulan Ramadhan ini dia masih tidak dapat melarikan diri daripada jadual kerjanya. Hendak tahu apa yang disibukkan oleh ibu kepada Engku Aleesya ini?
Ditemui semasa majlis berbuka puasa anjuran Suria Records baru-baru ini Erra memberitahu yang dia sekarang ini sibuk dengan proses rakaman album terbarunya. Setakat ini dia sudah pun berjaya merakam tiga buah lagu. Menurut Erra, jika tiada sebarang masalah, albumnya itu akan berada di pasaran sebelum tahun hadapan.
“Selain sibuk dengan proses rakaman album, saya juga akan terlibat dengan penggambaran telemovie ‘Bonanza’ selama seminggu (jika mengikut perancangan, penggambaran sudahpun bermula pada 30 Ogos lalu). Dalam masa yang sama, seperti ibu-ibu yang lain, saya juga sibuk menguruskan rumahtangga. Tetapi setakat ini saya tidak menghadapi sebarang masalah dengan Aleesya. Bulan puasa ini pun ok sebab Aleesya tidak lagi bangun malam. Jadi, saya tidak ada masalah untuk bersahur. Waktu berbuka pun sama, selalunya Aleesya sedang tidur waktu itu,” cerita Erra kepada pihak media yang hadir.
Dalam masa yang sama Erra turut mengakui minggu pertama berpuasa pada tahun ini badannya terasa agak lemah sedikit.
“Mungkin kerana setelah melahirkan anak agaknya. Saya pun tidak tahu mengapa. Tetapi tidaklah sampai menjejaskan kesihatan saya. Cuma saya terasa perbezaannya setelah bergelar ibu. Selain daripada itu, pengalaman berpuasa saya tidak jauh bezanya dengan tahun-tahun terdahulu.
"Cuma sekarang ini saya tengah menahan nafsu daripada membeli-belah. Dalam kepala ini sudah terbayang-bayang macam-macam barangan keperluan Raya yang perlu dibeli. Bukan apa, saya teruja untuk membeli pakaian raya untuk Aleesya. Maklumlah, tahun ini kami akan beraya di banyak tempat, ” tambah Erra yang menggemari hidangan murtabak untuk berbuka puasa ini.
Berbalik kepada karier, pasti ramai yang sudah tahu yang Erra merupakan Wajah Eksklusif Astro dan dia tidak boleh muncul di mana-mana stesen televisyen yang bukan di bawah naungan Astro kecuali untuk menyanyi. Atas sebab itulah, untuk Aidilfitri ini, Erra hanya terlibat dengan program raya yang diterbitkan untuk Astro.
Dalam perkembangan lain, sekarang ini Erra sedang sibuk mengumpul bukti untuk menyelesaikan kemelut yang melanda di antara dirinya dengan pihak pengurusan Ferra Kosmolook. Menurut Erra, dia kini tidak lagi bersama jenama kosmetik itu walaupun mereka masih menggunakan namanya.
“Sudah hampir setahun saya tidak lagi bersama Ferra Kosmolook kerana masalah dalaman yang tidak boleh diselesaikan. Saya terpaksa ambil keputusan untuk tinggalkan jenama ini kerana banyak masalah yang terpaksa saya tanggung sendiri. Pihak yang satu lagi hanya pandai menunding jari kepada saya apabila sesuatu masalah terjadi. Selain itu, saya juga tidak mendapat bayaran yang dijanjikan.
“Jadi untuk tidak memeningkan kepala, saya ambil keputusan untuk tidak lagi bersama mereka. Saya pun dah minta mereka lepaskan saya secara baik. Tetapi setakat ini mereka tidak berbuat apa-apa dan saya menantikan waktu yang sesuai untuk mengambil tindakan yang seterusnya. Mungkin membawa kes ini ke mahkamah.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 9:02 am | |
| Ashraf Sinclair Kemalangan Di Indonesia
Gosip terkini mengenai Ashraf Sinclair yang mengalami kemalangan jalan raya. Kemalangan yang berlaku keatas Ashraf yang juga suami kepada Bunga Citra Lestari berlaku semasa Ashraf sedang berhubung dengan Bunga Citra Lestari mengunakan handphone.
"Saya lagi telepon istri saya. Tetapi tiba-tiba saya bilang awas ada mobil. Itu datang dari sebelah kanan," ungkap Ashraf kepada wartawan saat ditemui di Hotel Batavia, Jakarta, Rabu (26/8/2009)
Dalam kemalangan itu kereta Toyota Harrier milik Ashraf bernomor plat B 3 ME terguling di Jalan MH Thamrin depan gedung Bank Indonesia.
"Pas saya keluar dari mobil, saya cukup syok karena di luar banyak sekali kaca-kaca yang berserakan. Setelah itu, saya membereskan barang-barang saya," ujar Ashraf.
Bunga Citra Lestari menambah, saat ditelepon dia sedang shooting di Kota. Sementara Ashraf sedang shooting di Besari.
"Dia datang menuju tempat syuting saya, karena ingin menjemput saya. Saya ingin dijemput sama suami karena saya ingin berdua sama suami saya," kata Bunga Citra Lestari.
Ashraf juga bersyukur yang dia mahupun pemandunya selamat. Dia juga tidak perasan semasa keretanya terbalik kerana kejadian itu berlaku sangat cepat.
"Alhamdulillah, sopir dan saya selamat. Alhamdulillah semua yang ada di dalam mobil selamat. Saya masih bisa bersyukur karena saya masih diberikan nyawa, masih bisa memandang dunia ini, dan alhamdulillah saya selamat dari situasi yang mengerikan," tutur Ashraf yang tak berhenti mengucapkan syukur.
- alhamdullilah Ashraf dan semua penumpang selamat, kami harap Ashraf jadikan ini sebagai warning dengan apa yang telah Ashraf lakukan sebelum ini. - Ashraf ni dah lupa bahasa Malaysia ke? or wartawan indonesia yang translatekan ke bahasa Indonesia? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 9:05 am | |
| Tukang Sebat Syariah Dicari Untuk Kartika
Disebabkan Kartika merupakan pesalah wanita pertama yang dihukum sebat, maka jawatan kosong sebagai Tukang Sebat Syariah mula menjadi perhatian ramai. Adakah disebabkan tiada siapa yang memegang jawatan tersebut, sehingga hukuman dia yang sepatut’nya berlangsung kelmarin telah ditunda? Hurmm, masuk akal juga. Hukuman tersebut akan dilaksanakan selepas bulan puasa, aku yakin kau mempunyai masa yang cukup untuk menghantarkan resume kepada pihak Jabatan Penjara. Kes Kartika disebat mula menjadi kontroversi apabila terdapat’nya campur tangan dalaman yang menentang hukuman tersebut. Ramai pihak yang menasihatkan Kartika untuk merayu, namun dia enggan. Kami faham, Kartika sedang mengalami penyesalan tidak terhingga sehingga redha dengan ketentuan yang ditetapkan. Bagus juga ada hukuman macam ini, at least berikan pengajaran kepada puaka-puaka arak di luar sana. Kalau kau perasan, banyak gambar di Myspace yang memaparkan gadis melayu, tidak segan bergambar dengan minuman arak. Entah apa-apa, bajet cool. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 9:07 am | |
| Pengakuan Fasha Dalam Myspacenya
SalamRamadhan buat semua sahabat yang saya sayangi di Myspace. Terima kasihkerana masih sayangkan saya,masih ambil tahu tentang perkembangansaya,masih menghantar comments dan masih bertanya khabar mengenai sayasehingga ke hari ini. Maafkan saya,tak dapat balas semua. Insyaallahjika ada kelapangan saya akan balas dan approve semua friend request.Insyaallah esok jika ada kelapangan saya akan upload gambar2 terbaruya..
Saya sudah selesai shooting filem ‘4madu’ arahan profrazak, drama ‘lakar’ arahan aziz m osman dan drama ‘madu di tasikhempedu’ arahan murali. Drama bersiri ‘cuci2 the series’ akanditayangkan di rtm tak lama lagi. Jangan lupa tengok ya dear!!
Perkembanganterbaru,saya baru selesai pengambaran iklan Habib jewel. 25hb augustsaya akan mula shooting drama terbaru saya untuk tv3 yang bertajuk‘akulah perempuan itu’ arahan fairuz loy. Akhir September nanti sayaakan memulakan pengambaran filem terbaru saya yang bertajuk ‘langkawikamikaze’. Alhamdulillah,masih ada rezeki dalam bidang ni walau macam2 cerita tak enak tentang diri saya diperkatakan banyak pihak baru2 ni.
Sayadapat macam2 pertanyaan dari anda semua tentang hubungan saya denganrizal ashram(jejai) dan juga tentang perkahwinan saya dan ekuin Negaraqabil. Jadi,dengan kesempatan yang ada di buletin ni,biar saya jelaskankepada semua sahabat yang betul mengambil berat tentang diri saya.Terima kasih kerana bertanya pada saya,ini menunjukkan anda semua masihsayang dan ingin mengambil tahu tentang diri saya. Love u all myfriends!!
JEJAI
Saya amat terkejut dengan penyebarangambar2 saya bersama jejai di internet kebelakangan ini...saya tidaktahu apa motif penyebaran gambar saya dengan dia. Ya, Memang saya pernah berkawan rapat dengan rizal ashram(jejai). Saya mengenali jejai sejaktahun 2005 sebelum dia berkahwin dengan nora Danish. Harus sayajelaskan disini,memang saya tidak pernah bercinta dengan jejai ketikadia masih suami nora Danish.
Saya dan jejai menjadi rapat sejakjanuari tahun ini iaitu 6 bulan setelah Nora Danish bercerai. Diaadalah teman rapat saya pada ketika itu. Kami selalu berjumpa dan diaadalah lelaki yang istimewa utk saya pada ketika itu.
Memangbetul, jejai pernah melamar saya. Dia melamar saya pada tanggal 3january awal tahun 2009. Saya beritahu mama dan keluarga tentangperkara ni tapi mereka menentang. Saya yakin keluarga jejai juga tentutidak suka dengan hubungan ini kerana jejai sudah punyai seorang anakhasil perkahwinan dengan nora. Tetapi itu semua kisah lama,kami sudahtidak rapat seperti dulu lagi kerana mama saya menghalang saya terlalurapat dengan jejai diatas macam2 sebab. Saya menghormati permintaan ibusaya kerana saya terlalu sayangkan mama saya. Mama adalah nyawa saya.Saya sanggup mati demi mama.
Saya faham,sebagai seorang ibu,mama mahukan yang terbaik untuk masa depan saya. Mama sedih setiap kaliorang berkata yang tidak baik tentang diri saya. Orang menuduh sayapunca penceraian Nora dan jejai sedangkan orang tidak tahu cerita yangsebenar.. Walaupun hubungan kami dihalang, Saya dan jejai terusberhubung sehinggalah pada tanggal 11 feb, saya mengambil keputusanuntuk tidak mahu meneruskan apa2 hubungan dengan jejai lagi keranaterlalu tertekan. Saya terlalu tertekan kerana saya dipersalahkansedangkan orang tidak tahu perkara sebenar. Kami tidak berhubung selamahampir sebulan sehinggalah pada 7 march, jejai menghubungi saya danmerayu2 supaya memaafkannya. Ketika itu saya berada di PasirGudang,Johor.. Jejai terus menghantar sms dan menghubungi saya setiaphari selepas itu walaupun saya tidak peduli dengan rayuannya. Pernahjuga jejai menunggu dihadapan rumah saya selama 4 jam untuk bercakapdengan saya.Jejai tetap mahu saya berkawan dengannya walaupun tidakjadi seperti dulu. Saya setuju setelah berminggu-minggu dia memujuk saya.
Walaupunsudah tidak ada sebarang hubungan istimewa, saya dan jejai masihberkawan selepas itu. Di mata saya pada ketika itu,dia seorang lelakiyang baik ,selalu mengambil berat tentang diri saya dan keluarga dansaya tahu dia perlukan saya dalam hidupnya sebagai seorang kawan.Walaupun ramai org berprasangka yang tidak elok ttg dirinya .,sayatetap berkawan dengan jejai ketika itu. Pernah juga kami mencuba utkkembali bersama selama beberapa kali tetapi gagal. saya rasa masyarakattidak harus menunding jari pada sesiapa tentang penceraian Jejai danisterinya. Hanya mereka berdua yang tahu apa yang tidak kena padarumahtangga mereka. Lagipun soal jodoh,ditangan tuhan.
Tidak dinafikan,saya menjadi mangsa tuduhan,.seringdihina dan sering difitnah. Macam2 fitnah orang lemparkan pada sayatapi saya bersyukur pada yang maha Esa kerana keluarga, teman2 rapatsaya masih mempercayai saya kerana mereka tahu perkara sebenar yangberlaku antara saya dan jejai. Mereka adalah saksi saya.
Kesimpulantentang hubungan saya dan Jejai,kami pernah menjalinkan hubunganistimewa sebelum ini ,tetapi kami hanya berkawan selepas itu sehinggatarikh 18 August 2009. Sekarang tidak berhubung lagi. End.
QABIL AMBAK
Sayamengenali Qabil Ambak pada August 2008 di Polo Gala dinner. Sayadiperkenalkan oleh rakan saya yang bernama Faris. Faris yang menjemputsaya ke majlis polo tersebut.Ketika pertama kali pertemuankami,jejai turut berada di sana. Saya ke majlis tersebut bersama kakakangkat saya iaitu maria farida. Selepas majlis tersebut,kami menjadikawan dan berhubung melalui sms. Dia sering bertanya khabar dan begitujuga saya. Saya pernah pergi ke rumah Qabil dan pernah berjumpa familiQabil di open house pada hari raya ke3 tahun lepas. Kami menjadi kawanbaik dan lebih rapat selepas Qabil datang membantu saya di SJMC danDamansara specialist pada 12 feb 2009. Saya terpaksa ditahan selama 2hari di hospital kerana mengambil pil tidur berlebihan. Saya mengalamiinsomnia pada ketika itu kerana tekanan perasaan yang saya hadapimenyebabkan saya sukar untuk tidur. Qabil adalah sahabat yang palingrapat dengan saya pada waktu itu sehingga ke hari ini. Kami pernahmembincangkan bermacam2 topik tentang kehidupan. Dia seorang yangpositif dan mengajar saya untuk menjadi seorang yang positif. Kamiberhubung setiap hari sekarang walaupun jarang berjumpa. Dia juga baikdengan keluarga saya. Dia adalah lelaki yang rajin bekerja dan seorangpendengar yang baik. Dia juga sering memberi nasihat pada saya supayamenjadi seorang yang lebih baik. Semoga persahabatan kami berkekalan.
KAHWIN
Iniadalah pengakuan saya yang iklas. Sepanjang hidup saya,sudah 4 kalisaya dilamar untuk dijadikan isteri dan sudah 4 kali saya menerimacincin..
Lamaran pertama adalah pada tahun 2007 oleh AllyIskandar. Saya menolak secara baik walaupun mama dan keluarga sukakanAlly. Saya menolak kerana kerana saya hanya menganggap dia sebagaiseorang abang. Dia terlalu baik untuk saya.
Lamaran ke2 adalahdaripada seorang VVIP yg sangat dikenali dari Brunei pada pertengahan2007. Saya menolak kerana saya langsung tidak mengenali vvip tersebut.Dia seorang peminat (tak mungkin saya ingin berkahwin dengan orang yangsaya langsung tidak kenal).
Lamaran ke3 adalah daripada Jejaipada Januari 2009. Saya mengambil masa yang panjang untuk berfikirtentang perkara tersebut kerana terlalu banyak masalah yang akan sayahadapi sekiranya saya berkahwin dengan jejai.
Lamaran yang ke 4- pada pertengahan Mac. Siapa lelaki itu? Siapa lelaki yang akan menjadi suami saya? Insyaallah,sayaakan umumkan pada hujung tahun ni. Saya Cuma minta agar jangandiberikan sedikit masa diatas sebab2 tertentu. Saya hanya menunggu masayang sesuai . Doakan agar tidak ada aral yang akan menganggu hubungankami. Bukan saya tidak mahu berterus terang sekarang,..saya khuatir jika saya beritahu sekarang,perkaralain pula akan jadi. Lebih elok saya umumkan apabila masa yang sebenarsudah hampir tiba. Apapun,Kita hanya mampu merancang. Tuhan yangmenentukan
CINTA
Cinta saya adalah pada kerjaya saya,
keluarga saya iaitu mama,daddy,farra sandha,fasyina sandha,Daniel,elisya sandha,mahsuri,dani raiyan,amirul
Pengurus saya,Nik yasmin dan p.a saya iaitu Jane Thomas.
Sahabatkarib saya sejak dibangku sekolah lagi iaitu nana, kakak angkatsaya,Maria Farida.adik angkat saya iaitu Natasha dan jimbit, juga Kawanbaik saya saerah dan Hafiz.
Tak lupa,
Cinta sayapadaTeman2 saya di myspace yang selalu bagi semangat pada saya.Semogaketemu lagi. Salam ramadhan. Terima kasih kerana sudi mendengar luahanhati saya.
Terima kasih juga pada bloggers yang tidak jemu2menghentam saya. Menabur fitnah. Memburukkan saya. Selagi anda masihmenulis tentang saya (samada baik atau buruk),ianya membuktikan andamasih ingin ambil tahu tentang saya. Walaupun apa yang anda tulisadakalanya membuat saya menangis,saya tetap hargai.
Thanks again,
Nur Fasha Sandha http://www.myspace.com/angel_fasha |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 9:09 am | |
| (KOnterversi) Maria Tunku Sabri Tuntut Rm 5.5 Juta !!
HUh Rm5.5 Juta jumlah yang Maria tunku Sabri pengacara Jalan2 cari makan ni,Bukan sikit kalau zoom dapat rm 1 juta pun jadi la..Itulah nilai sebuah perkahwinan yang tidak jadi..yang dah jadi pulak RM 50,000 Jer yang baru berikat pulak dalam RM20,000 ini lah cerita artis kita hari ini..Macam-macam. PELIK TAPI BENAR |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 9:11 am | |
| (Gambar) Saida AF Beraksi Atas Sofa Tajuk je lain..Korang ni pantang tengok tajuk macam ni,Inilah wajah Saidah akak Dato Siti Nurhaliza,Makin lama makin bergaya Saidah ni.Tapi kenaapa Senyap Jer.Dengar2 Saidah Di bawah Siti Nurhaliza Productions ntah betul ker tak..!!! any news all ? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 9:12 am | |
| Radhi OAG Akur Pada Permintaan Isteri
Sebulan selepas 'drama' perang mulutnya dengan isteri, Shazlin Shariff di perkarangan mahkamah syariah - sehingga terkeluar kata-kata biadap dan berakhir dengan Shazlin pergi menitiskan air mata - kata Radhi, perhubungan mereka semakin pulih walaupun masih agak renggang.
Ceritanya, dia sedang menunggu peluang untuk berjumpa dan berbincang dengan Shazlin tentang kes mereka. Sudahpun merangka satu draf 'settlement', diharapnya proses penceraian mereka dapat dilakukan dengan betul dan secara aman.
"Saya harap dia dapat bersabar sehingga selepas Ramadhan nanti untuk teruskan tuntutan cerainya. Sebenarnya dia ada minta untuk diceraikan bulan ini tapi inikan bulan baik, saya taknak kecoh-kecoh. Dan dia pun bersetuju.
"Harapan saya, selepas semua ini selesai, kita masih dapat menjadi kawan dan berfungsi sebagai ibu bapa. Apa yang penting adalah kebahagiaan anak kami."
Namun, jelas dari nadanya, Radhi sebaiknya ingin bersatu kembali dengan Shazlin yang sudah dikenali selama 12 tahun sebelum diijabkabulkan pada tahun 2005. "Saya masih sayangkan perkahwinan kami. I hope it can still be fixed but we'll see," kongsi Radhi yang ditemui di rakaman 'Melodi Raya' Jumaat lalu di Sunway Lagoon Surf Beach. "Saya sudah cuba mempertahankannya (perkahwinan mereka) tapi …."
GUA masih ingat lagi di rakaman 'Melodi Raya' dua tahun lepas bertempat di Berjaya Times Square Hotel, Radhi telah hadir ke majlis bersama Shazlin dan jantung hati mereka, Mohd Rifdhi Muslim. Kebahagiaan hidup berumahtangga jelas terbayang di wajah pengasas kumpulan indie terawal negara, OAG ini.
Jauh berbeza bila dibandingkan dengan senarionya pada malam itu, dimana Radhi hanya bertemankan diri sendiri.
Tak mahu anak diabaikan Mengenai penerimaan Rifdhi terhadap kemelut yang melanda ibu bapanya, dedah Radhi, walaupun tidak memahami apa yang berlaku tetapi dapat dirasai anak kecil berusia empat tahun itu bahawa ada yang tak kena.
"I hope he'll understand. Sebab itu saya perlu bermula dari sekarang, berada di sisinya dan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah. Ibu bapa saya bercerai ketika saya masih kecil lagi. Saya tahu apa yang bakal dilaluinya. Jadi penting untuk saya membimbingnya."
Walau apa pun masalah yang wujud di antara mereka berdua, Radhi amat berterima kasih pada Shazlin kerana memberi akses penuh padanya untuk berjumpa dengan Rifdhi pada bila-bila masa. Sejak bermulanya puasa, tidak ketinggalan peluang untuk berbuka bersama anaknya.
"Selepas bercerai nanti, saya harap kami (dia dan Shazlin) masih dapat berkumpul bersama, for our son's sake, menyambut Hari Raya dan mana-mana perayaan."
Ezzat bukan 'gentleman' Ditanya tentang penafian Ezzat Mohd Tahir di Melodi baru-baru ini atas tuduhan mempunyai hubungan dengan Shazlin, jawab Radhi, "Sepatutnya dia datang berjumpa saya dulu untuk menceritakan hal ini dan bukannya media. Itu bukan perlakuan seorang 'gentleman'.
"Jika benar tiada apa-apa di antara mereka, jumpa dan beritahu saya. Atau mungkin dia tidak mahu berjumpa. Sebelum ini saya pernah cuba menelefon dan SMS-nya tapi tak berjawab. It's alright," ujarnya ringkas.
Bakal diriliskan 'pre-divorce album' Pergolakan rumahtangganya tidak pernah dijadikan alasan untuk menghentikan aktiviti seninya yang sudah diperjuangkan selama 17 tahun. Terbaru, Radhi mengumumkan akan tampil dengan karya solo. Lima single akan diriliskan secara online sementara lima lagu lagi akan dipasarkan melalui album. Karya solonya nanti mengetengahkan material yang lebih peribadi dan emosional.
"Saya pun sudah berusia 32 tahun. Saya nak lari sikit dari konsep lama OAG untuk menampilkan sesuatu yang lebih 'personal'. It's my pre-divorce album,” katanya yang dalam proses merakam lagu.
"Yang mendorong saya meneruskan perjuangan selain anak saya adalah peminat. Sejak album terakhir pada 2006, mereka selalu tanya, 'Mengapa senyap saja? Bila nak keluar album baru?' Sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka, inilah buah tangan saya. Selepas material solo saya, OAG akan kembali beraksi semula." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 9:16 am | |
| Zulkifli Pengganti Ustaz Asri '"Rabbani" Ini la wajah pengganti Ustaz Asri, Yang pergi Yang maha kuasa lebih menyayanginya,Semoga kedatangan Zulkifli akan dapat menyemarakan lagi industri nasyid Tanah Air.Zoom Pun tak sabar nak dengar Zulkifli ni menyanyi.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 9:24 am | |
| Anang ceraikan Krisdayanti talak tiga
KRISDAYANTI bersama suaminya, Anang. - Gambar fail KUALA LUMPUR - Suami artis popular Indonesia, Krisdayanti, 34, telah menjatuhkan talak tiga kepada penyanyi berkenaan pada 19 Ogos lalu, tiga hari sebelum umat Islam menyambut kehadiran Ramadan. Anang Hermansyah, 40 tahun, mengaku beliau telah melafaz cerai kepada penyanyi lagu Menghitung Hari itu setelah mempercayai penyanyi yang mesra dipanggil KD telah memiliki 'pujaan hati' yang lain. "Secara Islam, perceraian itu sudah sah tetapi kami masih dalam proses dengan jabatan agama," ujar Anang kepada beberapa media Indonesia seperti disiarkan. Menurut Anang, bagi menghormati bulan Ramadan, proses perceraian akan diselesaikan sepenuhnya selepas Aidilfitri ini. Beberapa media Indonesia juga menulis Anang mengetahui hubungan KD dengan lelaki berkenaan setelah diceritakan sendiri oleh anaknya, Titania Aurellie, 11. Anang mendakwa, perceraian itu dibuat atas persetujuan anak-anak mereka selain diminta oleh isterinya sendiri. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 9:27 am | |
| Aku bukan lagi pemimpin KD - Anang
MENUTUP muka surat terakhir buku My Life My Secret beberapa minggu lalu, saya mengakui sememangnya bukan sedikit pendedahan sensasi yang telah diluahkan diva popular Indonesia, Krisdayanti dalam buku catatan hatinya. Bukanlah menghairankan apabila ia menjadi antara naskhah terhangat di negara itu dua bulan lalu.
Pengakuan berani Krisdayanti mengenai pelbagai pembedahan plastik yang dijalaninya termasuk menegangkan payu dara selain persengketaannya dengan Edwin Gutawa, ternyata meraih perhatian khalayak pembaca.
Mengambil masa lebih seminggu untuk menghabiskan bacaan buku itu, bagaimanapun bagi saya, Mendayung Dua Hati yang menjadi salah satu bab buku My Life My Secret juga tidak kurang hebatnya.
KRISDAYANTI dan Anang menyulam cinta sejak zaman remaja.
Ia mencerita perjalanan kisah sebenar cinta dua jiwa Krisdayanti dan Anang Hermansyah sebelum bersatu menjadi suami isteri.
"Jauh daripada perkiraan banyak orang, sejarah percintaanku dengan Anang tidak dimulai ketika riak karierku sudah meletup-letup. Anang tidak pernah melayangkan cinta pada kebesaran karierku. Saat bertemu, kami sama-sama orang yang masih berlumuran keringat dan hidup susah."
Demikian nukil Krisdayanti, 34, yang disapa manja Mimi oleh Anang mengenang keajaiban cinta mereka yang dibina sejak zaman remaja, ketika kedua-duanya hidup miskin dan sewaktu mereka belum mengenali apa itu dunia glamor.
Menjadi permaisuri hati Anang pada tanggal 22 Ogos 1996, Krisdayanti mengakui dalam buku itu bahawa bukan sedikit ujian yang diterima mereka kerana bukan sahaja melayar bahtera rumah tangga pada usia yang muda tetapi juga saat Krisdayanti sedang mula menikmati puncak populariti.
Kesabaran Anang dan kasih sayang Krisdayanti berjaya menciptakan kebahagiaan rumah tangga mereka sehingga sering dirujuk sebagai pasangan paling sempurna media Indonesia. Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Titania Aurelie, 11 dan Azriel Akbar, 9.
Namun, tiga hari sebelum genap 13 tahun usia perkahwinan mereka dan tiga hari juga sebelum umat Islam menyambut Ramadan, rumah tangga Krisdayanti dan Anang sudah bertemu noktahnya.
Kelmarin, tanpa mahu berselindung dan tidak rela lagi menipu peminat tentang kebahagiaan rumah tangga mereka, Anang, 40, mengumumkan berita yang telah mengejutkan industri hiburan serantau.
"Aku memang sudah rasmi bercerai secara agama. Tepatnya, kira-kira setelah konsert Glow, Melly Goeslaw atau 19 Ogos lalu."
Demikian ungkap Anang kepada pemberita Indonesia di pejabat KD Production, Plaza Margaguna, Radio Dalam, Jakarta Selatan kelmarin. Premis itu juga kini menjadi rumah penginapan Anang bersama Aurelie dan Azriel selepas penyanyi dan komposer terkenal Indonesia itu mengakui mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak tiga minggu lalu.
Namun, antara kenyataan Anang yang paling menyayat hati kelmarin apabila dia dalam nada sedih memberitahu media :
"Aku bukan pemimpin dia lagi, kerana dia sudah memiliki pemimpin lain. Sekarang aku sudah tidak lagi peduli dengan hal dia. Dia mahu tunggang terbalik, dia mahu meloncat-loncat, silakan saja kerana aku sudah tidak peduli lagi dengan dia," kata Anang sambil mengakui perceraian mereka sudah dipanjangkan ke pejabat agama.
Bagaimanapun menghormati bulan Ramadan, Anang memberitahu proses perceraian akan dilanjutkannya selepas bulan puasa.
Ditebak dengan pelbagai persoalan punca perceraian itu, 13 tahun bergelar nakhoda keluarga bersama Krisdayanti atau KD, Anang pada mulanya enggan melanjutkan luahan.
Melalui butir bicaranya, media sudah boleh meneka kehadiran orang ketiga mungkin menjadi penyebab keretakan rumah tangga mereka.
Namun, Anang berkali-kali enggan menyebutkan siapakah yang dimaksudkan sebagai pemimpin baru KD. Bagaimanapun, dia mengakui dia mendapat tahu mengenai kehadiran orang ketiga dalam rumah tangganya bukan daripada orang lain tetapi anaknya sendiri.
"Anak-anak yang bercerita kepada aku. Aurelie mengadu tentang kelakuan Krisdayanti yang sudah tidak seperti dulu," ujar Anang perlahan.
"Aku sudah ingatkan berkali-kali, tetapi tetap saja dia bermain api. Kata cerai itu datang daripada dia (Krisdayanti)."
Tidak mahu menceritakan apakah yang diluahkan oleh puteri sulungnya, ujar Anang, Aurelie ada memberitahu satu peristiwa yang berlaku di Bali atau lebih tepat lagi di Hotel Sultan.
Dalam temu bual yang turut ditayangkan rancangan Kasak Kusuk SCTV kelmarin, Aurelie turut bersuara mengenai perpisahan orang tua.
"Mimi (Krisdayanti) sudah bohong sama Pipi (Anang)," ungkap Aurelie.
Biarpun Anang dan anak-anaknya tidak mendedahkan siapakah lelaki yang menjadi penyebabkan runtuhnya istana cinta mereka, namun media melaporkan pelantun suara lagu Menghitung Hari itu sedang bermain cinta dengan seorang ahli perniagaan kaya berasal dari Timor Leste.
Adik kepada penyanyi Yuni Shara itu juga dikatakan kerap memanggil lelaki itu dengan sebutan Amor atau maknanya cinta.
KEBAHAGIAAN pasangan ini sering mendapat pujian peminat.
Sebelum kehadiran ahli perniagaan itu, KD juga pernah digosip memiliki hubungan dengan beberapa jejaka. Bagaimanapun, hubungan itu tidak merobohkan rumah tangganya kerana sering diungkap KD sebagai sensasi media.
Antara jejaka yang pernah dikaitkan dengan KD termasuklah gitaris Tohpati, Ari Sigit pada pertengahan tahun 2003 selain dengan bintang popular, Dicky Wahyudi sekitar tahun 2007.
Menguatkan lagi dakwaan media mengenai keintiman KD dengan ahli perniagaan dari Timor Leste itu apabila usaha media menjejak bintang popular itu di Jakarta menemui kegagalan kerana KD mempunyai undangan persembahan sempena hari kemerdekaan Timor Leste.
Walaupun pengurus KD, Selby enggan memberi komen mengenai berita itu kerana menyatakan tidak berhak membuat ulasan, tetapi Penerbit KD Production, Hadi Sunyoto mengakui yang Anang sudah menjatuhkan talak kepada penyanyi yang pernah menjuarai rancangan Asia Bagus itu.
"Anang memberitahu aku yang dia sudah bercerai dengan KD. Secara agama sudah, tapi secara hukum belum. Kata Anang, semuanya akan diselesaikan selepas KD pulang dari luar negara termasuklah mengenai pembahagian harta," ujar Hadi.
Apa yang pasti, selepas 13 tahun KD dan Anang menyulam cinta, suka, duka dan air mata demi kebahagiaan rumah tangga dan kemasyhuran bersama, akhirnya gerhana yang tercipta membuatkan mereka kecundang juga.
"Hingga kini, aku dan anak-anak cuba untuk tegar," ungkap Anang dengan seraut wajah penyesalan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 9:29 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 9:31 am | |
| Tiz Zaqyah: Nilai Saya Pada Kerja Saya
Bila gambarnya bersama beberapa teman sedang berhibur di sebuah pusat hiburan tersebar di Internet baru-baru ini, hingga diperbesarkan menjadi isu tentang akhlaknya sebagai seorang Muslim, Tiz Zaqyah Razak hanya mampu tersenyum. Tidak faham mengapa baru sekarang dihebohkan tentang gambar-gambar lama yang diambil sebelum drama 'Nur Kasih'. Yang dapat disimpulkan, ada pihak cuba menjatuhkannya. "Apapun, saya minta maaf atas gambar-gambar tersebut. Selepas insiden ini, saya akan lebih berhati-hati dalam perlakuan saya. Sebelum ini saya tidak sedar yang setiap pergerakan saya diteliti oleh mereka di luar sana," luah gadis berusia 21 tahun ini yang tidak mahu memanjangkan lagi cerita tersebut. "Cuma saya pinta agar masyarakat jangan begitu mudah menilai seseorang. Jika ingin menilai saya, nilai pada kerja saya sebagai seorang pelakon. Saya tak perlukan publisiti seperti gosip tentang kehidupan peribadi saya untuk menaikkan nama saya." Bagi ibu bapanya, cerita Tiz, apa yang berlaku diterima sebagai asam garam hidup seorang anak seni. Jauh sekali untuk mereka ataupun Tiz melatah dengan apa yang berlaku, kritikan masyarakat diterima dengan hati terbuka dengan ruang untuk memperbaiki diri. Mencari watak baru Bagi kebanyakan orang, nama Tiz Zaqyah mungkin masih baru di dalam industri seni tetapi sebenarnya, anak kelahiran Kuala Lumpur ini sudah lima tahun berkecimpung di dalam bidang lakonan. Namun sebelum ini portfolionya hanya merangkumi drama bersiri 'Impian', dari musim pertama hingga ketiga. Dedah gadis jelita ini, tak pernah terlintas di fikirannya untuk mencari tawaran lakonan lain. Puas dengan hanya berlakon di dalam 'Impian', tambahnya, ketika itu belum dirasakan dirinya bersedia memberikan komitmen penuh pada lakonan. "Tetapi keluarga dan teman mula bertanya mengapa tidak cuba untuk mendapatkan watak yang lebih besar," katanya. Tuah nampaknya menyebelahi Tiz apabila ditawarkan watak utama, Nur Amina di dalam drama arahan Kabir Bhatia, 'Nur Kasih'. Tanpa diduga, namanya tiba-tiba melonjak naik. "Sekarang ni, bila saya keluar, ramai yang kenal. Tawaran berlakon juga semakin bertambah. Puasa tahun ni pun memang berbeza kerana banyak undangan berbuka." Tentang perancangannya selepas ini, kata Tiz, dia sedang mencari projek lakonan seterusnya. Namun bukan mudah untuk mendapatkan watak yang mampu menandingi Nur Amina. "I'm trying to choose the best, tak kisah jika ia watak sampingan pun asalkan ia ada 'substance'. Kabir pun ada menasihati saya jangan tergesa-gesa membuat pilihan. Pilih dengan betul. Kalau tak, semua usaha saya di dalam 'Nur Kasih' akan sia-sia." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 9:33 am | |
| Zed Zaidi: Tuhan Yang Bagi
Zed Zaidi is one busy man. Pernah sebelum ini GUA terlepas peluang untuk temuramahnya kerana beliau perlu bergegas ke tempat lain. Bertemunya semalam di jamuan berbuka puasa Aquila Emas dan Celeb Nexus, bertempat di SACC Convec, Shah Alam nyaris-nyaris terlepas peluang lagi apabila diberitahunya dia perlu berkejar ke USJ, Subang Jaya untuk menyambung penggambaran 'A.D.A.M 5'. Tetapi sudi diluangkan masa berbuka untuk berbual dengan GUA tentang perkembangan terkininya. Maklumlah, sudah lama rasanya tidak mendengar khabar dari aktor ini. Antara projek lakonannya, filem 'Niyang Rapik' dan 'Cinta Semerah Stileto' serta telemovie 'Pertama Raya Datang Lagi' dan 'Ku Ingin Di Samping Mu'. Di samping itu, latihan untuk 'Impak Maksima The Musical' yang bakal dipentaskan di Singapura pada 17 - 18 Oktober ini sedang giat dijalankan. "Tuhan yang bagi," katanya tentang rezekinya yang melimpah ruah itu. Kongsi anak muda berusia 29 tahun ini, misinya sebagai anak seni bukan untuk anugerah atau populariti. Sudah 10 tahun berkecimpung di dalam bidang seni, dia sedar kehidupan seorang artis bagai sebuah roda yang ada naik dan turunnya. Baginya, lebih baik jika dikekalkan apa yang dia ada sekarang ini. "Job selalu ada, orang pun kenal kita." "Tapi penat sikitlah puasa tahun ini sebab kerja. Selain penggambaran 'A.D.A.M 5', perlu juga berlatih untuk 'Impak Maksima', kena menyanyi, menari, berlakon dan menghafal dialog. Sebab ada kemasukan beberapa orang baru, risau juga. Teater berlainan dari drama. Di atas pentas, reaksi perlu cepat, spontan. Takde ruang untuk kesilapan. Untuk drama, jika silap boleh buat lagi." Kerja kuat untuk keluarga, anak-anak Di samping lakonan, anak jati KL ini juga sibuk menguruskan tiga buah syarikatnya yang diusahakan bersama rakan kongsi. ZED Resources syarikat pengurusan acara, DMB Kembara Sdn Bhd membekalkan peralatan saintifik sementara Bintang Dahlia Sdn Bhd mengendalikan urusan hartanah. Dalam perancangan, ingin dibuka sebuah francais tetapi enggan dikongsi apa francais itu. Dedah Zed, bukan rancangannya untuk menceburi bidang seni. Tetapi bila sudah diberikan peluang, dia pun tidak pandang belakang. Matlamat jangka panjangnya adalah bisnes. Namun secara tak langsung, kerjaya seninya membantu dalam perniagaannya. "Kerana lakonan, orang kenal Zed Zaidi. Jadi bila dah kenal, lebih senang untuk 'deal', untuk memohon pinjaman." Bila dicadangkan menumpukan saja perhatian pada perniagaannya, katanya, "Selagi orang nak saya, saya buat. Kita tak boleh tolak rezeki. Lagipun saya jenis yang tak menolak bila kawan meminta." Mengakui dirinya seorang 'workaholic', katanya pada usia muda-lah kita perlu bekerja kuat. Rezeki yang dikumpul adalah untuk keluarga dan anak-anaknya kelak. Tiada masa datingJika ada masa terluang, akan dihabiskannya melayan MySpace, Facebook dan blognya, zedzaidi.blogspot.com. Di sini dicurahkan perasaan, kritikan dan pendapatnya tentang industri seni serta digunakannya sebagai platform untuk memperjuangkan haknya bersama teman-teman lain sebagai artis. Angkara penulisannya di blog, tercetus sedikit kontroversi di antaranya dan pengarah muda Syamsul Yusof beberapa bulan lalu. Bagi Zed, perkara itu merupakan asam garam bila seseorang bergelar artis. "Sebenarnya masalah itu kecil saja, salah faham dari segi penulisan. Iya-lah saya pun baru bermula nak berjinak dengan dunia penulisan. Saya pun tulis 'straight' je, tiada koma, titik noktah ... jadi bila baca tu, ayat itu telah disalahertikan," jelasnya. Tambahnya, "Perhubungan saya dan Syamsul okay. Jika jumpa, saya akan tegur. Tapi belum berpeluang lagi sebab masing-masing pun sibuk. Biasanya kawan-kawan artis ni hanya berpeluang berjumpa jika ada 'function'." Dengan kerjaya seni, bisnes dan blognya, Zed akui tiada masa untuk berdating. Tetapi terus terang dinyatakan ramai gadis yang mendampinginya. "Kalau nak cari gadis untuk dijadikan isteri, itu kena cari betul-betul. Tapi buat masa ini, susah nak mencari seorang yang boleh menerima jadual saya yang padat dengan kerja dan selalu kena berkejar ke sana sini," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 9:37 am | |
| Tini, Kieran Seronok Puasa Dengan 'Orang Baru' Ramadhan tahun ini memberikan pengalaman baru kepada dua penyampai Hot FM iaitu Tini dan Kieran. Ini kerana masing-masing sudah mempunyai orang baru dalam hidup mereka. Kalau Tini ditemani oleh suaminya Nur Sulhi Jasmin, Kieran pula ditemani oleh isteri dan anaknya yang baru berusia enam bulan iaitu Muhammad Adam.
Ditemui semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Media dan Anak Yatim anjuran Rangkaian Radio Media Prima Hot FM dan Fly FM kelmarin, Tini memberitahu yang tahun ini dia berasa agak teruja untuk berpuasa kerana ini kali pertama dia berpuasa dengan suami tersayang.
“Ramadhan tahun ini memang cukup berbeza bagi Tini sebab ini kali pertama menyambut Ramadhan bersama suami. Rasa teruja pun ada. Yelah, dulu saya hanya berbuka bersama keluarga atau teman-teman, tapi sekarang ini bersama suami pula. Suasananya sudah sedikit berlainan.
“Buat masa ini saya masih belum sempat memasak juadah berbuka puasa untuk suami kerana dari hari pertama berpuasa hari itu kami berbuka di rumah keluarga saya di Bandar Utama. Berbuka ramai-ramai lebih seronok,” cerita Tini dengan ramah.
Berkongsi cerita tentang selera suaminya di bulan puasa, rupa-rupanya Tini cukup bertuah kerana suaminya tidak cerewet dalam soal makanan.
“Nasib baiklah suami saya tidak terlalu memilih atau ‘demand’ ketika mahu berbuka atau bersahur. Selalunya untuk berbuka, kami akan makan kuih-muih terlebih dahulu. Antara yang menjadi pilihan seperti kuih seri muka, keropok lekor, popiah basah atau murtabak. Selepas makan hidangan ini, barulah kami makan menu yang berat-berat. Satu lagi menu yang wajib ada ialah minuman kopi. Saya dan suami mesti nak minum kopi. Kalau tidak, mesti rasa tidak puas.
“Untuk bersahur pula, Tini akan panaskan lauk-lauk yang dimakan ketika berbuka sahaja. Bukan apa, tidak mahu membazir. Lagipun, lauk-lauk itu emak yang bekalkan. Maklumlah, kami sering berbuka di rumah keluarga,” jelas Tini yang ingin perbanyakkan sedekah pada bulan mulia ini.
Beralih kepada Kieran pula, penyampai yang bergandingan dengan AG dalam segmen Hot FM Jam ini nampaknya cukup seronok berpuasa tahun ini. Ini kerana sudah ada yang pandai ‘mengganggu’ apabila dia dan isteri ingin berbuka.
“Memandangkan saya bertugas dari jam 4 petang hingga 8 malam, jadi saya hanya berkesempatan berbuka di rumah kalau saya sedang bercuti. Nasib baik puasa pertama hari tu saya sempat berbuka bersama keluarga. Tengah sibuk-sibuk hendak berbuka, anak saya Adam pun sibuk hendak berbuka sama. Kalau boleh semua makanan yang saya dan isteri makan, dia pun hendak makan. Seronok juga melayan kerenah Adam ini. Barulah saya tahu macamana rasanya ada anak kecil.
“Malam pertama hendak berpuasa pula, Adam sudah tidak tidur. Jadi sampai ke waktu sahurlah saya dan isteri terpaksa berjaga. Ini antara cabaran yang terpaksa kami tempuhi sepanjang bulan puasa ini. Kalau masa saya bujang dulu lain pula ceritanya. Saya memang ‘liat’ hendak bersahur.
“Apa yang saya buat ialah saya akan letakkan sebotol minuman 100+ di tepi katil. Apabila terjaga, saya akan minum 100+ tu sampailah habis. Itu sahajalah menu sahur saya. Sekarang saya bangun sahur, tapi masih tidak boleh makan yang berat-berat. Jadi, saya hanya minum segelas air bersama beberapa keping biskut. Bolehlah tahan sehingga waktu berbuka,” cerita Kieran panjang lebar. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 9:43 am | |
| Tiada Lagi Iklan Yasmin - Adibah Noor
"Sebelum ini setiap kali menjelang bulan puasa, kami akan menjalani penggambaran iklan puasa dan raya. Inilah kali pertama kali bulan Ramadhan, tiada lagi hasil kreatif Yasmin Ahmad yang bakal kita tonton.
"Iklan raya terakhir yang kami lakukan bersama adalah Cokodok Monster dan proses penggambarannya penuh dengan gelak tawa dan memang sangat seronok," ujar Adibah Noor tatkala mengenang kembali kenangan bersama Allahyarham Yasmin Ahmad yang kembali ke rahmatullah pada Julai lepas.
Adibah menyifatkan Yasmin seorang yang pandai menilai hati budi seseorang dan akan membuatkan mereka yang baru mengenalinya selesa untuk berdamping. Yasmin juga tidak pernah mengamalkan sifat prejudis dan sifat kelakar yang ada pada dirinya membuatkan beliau disenangi ramai.
Adibah merupakan salah seorang teman rapat Yasmin yang kerap membintangi filem mahupun iklan yang diarahkan pengarah terkenal itu. Namun, kini beliau tidak lagi dibayangi nama besar tersebut. Cuba mencari kelaian dengan menceburi bidang teater yang pernah ditinggalkannya pada 2002.
Projek Terbaru
"Saya bakal melakonkan watak ikan pari dalam Teater Gamat dan yang terbaru, Cuci The Muzikal yang turut menampilkan Awie, Hans Isac, AC dan Afdlin. Selain teater, saya juga terlibat dengan filem Jin Notti, Hooperz dan Magika namun kesemuanya masih belum ditayangkan lagi," ujarnya ringkas mengenai perkembangan terbaru dirinya.
Walaupun berusaha memenuhi tawaran berlakon, namun Adibah masih lagi aktif membuat persembahan di majlis-majlis korporat. Jelas beliau, hatinya tetap dalam bidang nyanyian.
"Sebelum penghujung tahun ini, saya berikrar akan muncul dengan album terbaru dan ia akan terdiri daripada pelbagai rentak," katanya yang turut aktif melakukan kerja amal Kembara Terlalu Istimewa yang turut mendapat perhatian pasaraya The Store dan Islamic Relief Malaysia. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 9:58 am | |
| Tampil Solo Tamatkan Spekulasi Black Join MUH
Black Mentor 3 akan bergerak secara solo. Itulah yang ditekankan oleh Pengurus Label Monkey Bone, Edris Adrian pada Majlis Tandatangan Kontrak Black Mentor 3 bersama Monkey Bone Records.
Demikian, tamatlah segala spekulasi mengatakan Black bakal menggantikan Lan, bekas vokalis band indie, Meet Uncle Hussein (MUH).
"Memang sebelum ini pun Black tak terima apa-apa tawaran secara lisan daripada MUH untuk join mereka," ujar Black menegaskan tetap akan muncul sebagai penyanyi solo walaupun terdapat kemungkinan menerima tawaran untuk menganggotai MUH.
Edris menjelaskan semuanya bermula apabila mereka meminta lagu daripada Taja untuk dinyanyikan Black dan berlakulah desas desus bahawa Black akan menyertai MUH.
Beliau menekankan Black tidak sekali-kali akan menyertai MUH kerana Monkey Bone telah pun merencanakan perjalanannya sebagai artis solo dalam industri muzik tanah air. Namun, Edris menambah terdapat kemungkinan jika lagu Black turut menampilkan MUH sebagai artis undangan.
"Jika diberi peluang, saya ingin berduet dengan Amy Search dan ingin sekali bertemu dengannya. Selain itu, saya juga berhajat untuk menghantar kedua ibu bapa mengerjakan umrah dan kereta yang dimenangi juga akan diberikan untuk kegunaan harian mereka," ujar Black yang memenangi hadiah wang tunai RM100,000 beserta sebuah kereta Kia Spectra 5 tajaan Oriva.
Sementara itu, majlis yang turut dihadiri Mas Idayu, orang yang menjadi tulang belakang Black sepanjang Mentor 3 berlangsung mengakui beliau tiada sebarang masalah untuk memberikan kerjasama sekiranya diperlukan walaupun kini Black telah diserahkan sepenuhnya kepada Monkey Bone. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 10:22 am | |
| Erra Hanya Kisah Lampau - Awie
"Tak perlulah nak kaitkan nama Erra dengan saya apabila kami berdua digandingkan di set lokasi.
"Perkara itu sudah lapuk, tambahan pula sebelum ini kami pernah berlakon bersama dalam filem Cuci. Yang penting kini kami bahagia dengan haluan masing-masing," kata Awie ketika mengulas persoalan mengenai dirinya yang akan digandingkan dengan Erra Fazira dalam filem Andartu Terlampau.
"Dalam filem tersebut, saya hanya akan muncul dalam tiga scene sahaja dan menjadi salah satu calon suami yang dicari oleh Nikki lakonan Haliza Misbun," ujar Awie ringkas mengenai wataknya dalam filem tersebut.
Menolak tawaran melakonkan watak utama dalam Seri Dewi Malam dan Idola, Awie kini semakin kerap muncul dalam filem bergenre komedi dan menyifatkan dirinya belum bersedia untuk melakonkan kembali watak utama yang lebih bersifat serius. Beliau juga seboleh-bolehnya mengelakkan daripada terlibat dengan filem yang bertemakan cinta.
"Jika ada dua tawaran dalam satu masa, saya tentu akan memilih filem yang berunsur komedi kerana hati saya lebih ke arah itu. Pemilihan saya juga tak ada kena mengena untuk menjaga hati isteri kerana beliau sangat sporting dan faham kerjaya saya," ujarnya yang masih aktif menyanyi walaupun kini sepi tanpa album baru.
Selain muncul dalam filem terbitan Big Production milik Haliza Misbun, Awie juga bakal terlibat dengan teater Cuci The Muzikal yang akan dijayakan di Istana Budaya pada 23 Oktober hingga 8 November 2009.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 10:24 am | |
| Siti Idam Saluran Sendiri
"Kalau boleh memang Siti nak ada saluran sendiri tapi takut nanti orang kata syok sendiri.
"Bila ada saluran untuk Siti ketengahkan kerjaya dan nama Siti, secara tak langsung dapat dekatkan diri dengan peminat," demikian luah Datuk Siti Nurhaliza ketika ditemui di Astro mempromosikan Saluran Dedikasi Istimewa dari Astro sempena Hari Kemerdekaan.
Impian Siti bagaimanapun bakal terlaksana selama dua hari di saluran Astro sempena Hari Kemerdekaan yang ke-52 istimewa buat pelanggan Astro serta peminat setia Siti Nurhaliza dengan mempersembahkan saluran SITI (saluran 188).
"Saluran percuma ini sebagai medium untuk kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan sedia ada yang masih setia dengan Astro.
"Pemilihan Konsert Satu Datuk Siti Nurhaliza ini bertepatan dengan Kempen Negaraku, The Best of 1Malaysia yang dianjurkan, kami ingin meneruskan hasrat memaparkan program-program yang menceritakan kejayaan individu dalam mengharumkan nama dan sejarah negara.
"Apa yang menarik, konsert ini belum pernah ditayangkan di mana-mana medium dan untuk pertama kalinya ia akan disiarkan di saluran 188 Astro," ujar Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.
Saluran SITI bakal menyiarkan rakaman Konsert SATU Datuk Siti Nurhaliza yang telah diadakan di Istana Budaya pada Jun baru-baru ini. Konsert ini bakal ditayangkan bermula 30 Ogos pada jam 8.00 malam dan berterusan sehingga 31 Ogos 2009. Ia bakal diselang selikan dengan muzik video Siti Nurhaliza dan Konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour.
Bagi peminat yang tidak berpeluang menontonnya, boleh mendapatkan DVD Konsert SATU yang akan dipasarkan tidak lama lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 10:26 am | |
| Farah Ashikin Tak Tetapkan Kriteria
"Bukan bererti Farah tak memilih langsung, namun pengalaman lalu membuatkan Farah terfikir, cukuplah kalau lelaki yang bakal menjadi teman hidup Farah seorang yang matang.
"Farah dah pernah dapat lelaki yang memenuhi kriteria lelaki idaman, namun perhubungan kami tetap tak bertahan lama," ujarnya yang kini masih bersendirian sejak bercerai pada 2008.
Walaupun usia perkahwinannya tak kekal lama, namun menurut Farah, hubungannya dengan bekas keluarga mertua masih baik. Walaupun kini bergelar janda, namun Farah masih galak menjadi buruan jejaka yang ingin mengenalinya dengan lebih rapat. Farah juga pernah menjadi sasaran suara-suara nakal lantaran hubungan baiknya dengan salah seorang peserta One In A Million musim dua, Mark.
"Farah belum bersedia lagi untuk ada yang special dan Farah juga dah lama tak berhubung dengan Mark, lagipun dia sibuk dengan pengajian dekat UITM Shah Alam," katanya yang kini berusaha mengelakkan sebarang kontroversi daripada melanda.
Walaupun kini sepi tanpa insan tersayang, namun Aidilfitri Farah tetap dimeriahkan dengan kehadiran kaum keluarga yang sentiasa menjadi nadi perjalanan hidupnya.
"Tahun ini Farah akan beraya bersama keluarga, sama macam tahun lepas. Kami akan menyambut sederhana saja tahun ini," katanya yang bakal membintangi drama Satu Hari di Hari Raya bersama Nubhan.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 10:32 am | |
| Serina makin berisi Serina Redzuawan anak dara chef selebriti terkenal, Chef Wan nampaknya semakin berisi apabila semakin meningkat dewasa ni. Semasa zaman kanak-kanak dulu Serina memang gempal. Mungkin sekarang ni dia senang hati dengan kehidupan membuatkan susuk badannya makin segar. Apabila memakai dress berwarna terang dengan kain jenis lembut macam ni semakin ketara nampak susuk tubuh Serina yang sihat tu. Tapi Serina tetap kelihatan cantik dan pandai bergaya.
Last edited by sally_eiyna on Wed 02 Sep 2009, 11:04 am; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 11:00 am | |
| Bercerai bukan untuk raih populariti - Putri Mardiana DIUJI dengan perceraian, Putri Mardiana tidak patah semangat dan akan teruskan karier sebagai pelakon. BELUM pun lakonannya menerusi drama dan filem dapat disaksikan di kaca televisyen atau layar perak, namun tanpa diduga, pelakon yang baru hendak mencipta nama ini terpaksa melangkah ke dunia hiburan dengan 'populariti' kisah perceraiannya.
Disahkan bercerai secara taklik dengan talak satu, baru-baru ini, sana sini orang bertanyakan tentang dirinya itu lantaran masih belum dikenali oleh segenap pemerhati bidang seni tanah air.
Setakat yang diketahui, pemilik diri bernama Putri Mardiana Zainal Abidin ini merupakan pelakon utama filem Santau dan wakil tunggal negara yang menyertai Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) di Hollywood, California, Amerika Syarikat untuk kategori lakonan, Julai lepas.
Menerusi Santau terbitan MIG Production Sdn. Bhd. (MIG), Putri Mardiana bergandingan bersama Esma Daniel, Zul Handy Black, seniwati Mariani, Bob Lokman, Riezman Khuzaimi dan pelakon cilik, Farisya Fatin Faisal.
Ia akan ditayangkan di pawagam sekitar hujung tahun ini.
Bagaimanapun, di sebalik ujian yang melanda, Putri Mardiana seakan tercabar apabila dikatakan sengaja memilih waktu ini untuk bercerai dengan suaminya, Shahnaz Norwawi, bagi membantu menaikkan namanya.
Menafikan sekeras-kerasnya hal tersebut, Putri Mardiana yang nyata kesal dengan dakwaan itu bertindak menyuarakan perkara sebenar.
Bukan sengaja atau mahu 'mencipta' populariti murahan seperti yang dilemparkan, dia menjelaskan bahawa pergolakan rumah tangganya sudah berlaku sekian lama iaitu sebelum dirinya menceburi bidang seni.
"Berlakon bukanlah punca saya dan suami bercerai atau sudah tidak ada persefahaman. Sebelum berlakon lagi, kami sudah tidak ada komunikasi.
"Maaflah, saya bukannya sengaja atau memilih waktu ini dengan bercerai bagi meraih populariti. Bukannya saya yang hubungi wartawan untuk membuat liputan perceraian di mahkamah.
"Kalau boleh, saya sendiri mahu berita perceraian ini tidak dihebahkan,'' katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Mama Murai di Restoran Lemon, Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.
Selain Putri Mardiana, Mama Murai arahan Hashim Rejab membariskan pelakon seperti Kartina Aziz, Intan Ladyana, Sheila Mambo, Anne Abdullah, Mas Muharmi, Azad Jazmin, Bob Lokman dan Pekin.
Dalam drama berkenaan, Putri Mardiana memegang watak sebagai Liza, anak sulung Mama Murai (Kartina Aziz), yang nampak lembut dan baik hati tetapi sebaliknya adalah seorang hipokrit.
Pada 25 Ogos lalu, Putri Mardiana dan suami disahkan bercerai secara taklik dengan talak satu selepas Mahkamah Rendah Syariah Kajang mensabitkan talak yang dilafazkan melalui panggilan telefon.
Shahnaz, 32, selaku plaintif dalam keterangannya mengaku melafazkan kepada Putri Mardiana, 28, yang dinamakan sebagai defendan: "Kalau you keluar rumah tanpa izin atau tidak ada alasan yang munasabah, maka jatuhlah talak.''
Berkahwin sejak tahun 2003, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Aliawia Dani, 6, Amir Firman, 4 dan Airell Zuhair, 3.
Kehidupan baru Putri Mardiana
Menyambung bicara, Putri Mardiana memberitahu, selepas bercerai, dia kini terpaksa tabah dan bekerja keras bagi menampung kehidupan.
"Inilah permulaan hidup baru saya. Biarlah apa orang hendak kata, sekarang ini tumpuan saya adalah pada karier.
"Dahulu memang saya tidak bekerja. Kini saya amat bersyukur kerana ada pihak yang sudi menawarkan berlakon,'' katanya.
Ditanya mengenai soal anak-anak, Putri Mardiana berkata, ketiga-tiga mereka kini menetap bersama bekas suaminya.
"Kami akan berbincang secara baik. Walaupun mereka tinggal bersama bekas suami, saya mengharapkan agar dia memberi peluang agar saya dapat menemui anak-anak,'' jelasnya yang akan menyambut Aidilfitri bersama ahli keluarga di Sitiawan, Perak, nanti.
Ketika diajukan persoalan tentang punca pergolakan rumah tangga, Putri Mardiana bagaimanapun enggan untuk menceritakan segalanya.
"Saya tidak mahu aibkan sesiapa. Biarlah saya pendam sendiri. Apa yang penting, kehidupan perlu diteruskan,'' ujarnya.
Perkembangan karier
Selain Santau dan Mama Murai, Putri Mardiana kini sedang menjalani penggambaran drama Legasi 43 Karat serta sebuah telemovie berjudul Duda Dan Dara.
"Insya - Allah, selepas Aidilfitri nanti, saya akan terlibat dengan sebuah lagi drama bersiri,'' katanya.
Diajak berbicara soal Mama Murai, Putri Mardiana berkata, menerusi drama bersiri itu, dia terpaksa bercakap loghat utara khususnya Pulau Pinang.
"Walaupun saya orang Perak, tetapi agak sukar saya hendak berkomunikasi loghat Pulau Pinang. Sebelum terima tawaran ini pun saya sudah berterus-terang kepada pengarah mengenai hal tersebut.
"Namun, saya terima tawaran ini sebagai satu cabaran. Lama-kelamaan nanti saya pasti mampu untuk menutur loghat Pulau Pinang,'' tambahnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 11:10 am | |
| Mahu buka buku baru - Maizawati
ANGGUN...Maizawati menggayakan jubah yang dijual di bawah labelnya sendiri, Abaya Maiza. APA sahaja yang telah berlaku dalam hidupnya, dia reda dan pasrah dengan ketentuan Ilahi. Jauh sekali menyesal, sebaliknya Maizawati Zainal mahu bangkit semula bersama anak-anaknya untuk membina satu kehidupan baru. Kalau boleh, usah lagi disingkap kenangan lalu yang cukup memeritkan itu kerana bagi empunya diri, dia memperolehi semangat baru untuk meneruskan kehidupannya. Apatah lagi, bekas suaminya Akhil Hayy juga sudah memiliki kehidupan baru bersama isterinya, Waheeda yang dinikahi dua minggu lepas. Saat bertemu dengannya di lokasi penggambaran iklan komersial biskut raya jenama Haiz dan Dor di Batu 10, Cheras, Kuala Lumpur minggu lalu, raut wajahnya yang mulus itu sudah cukup menceritakan segala-galanya. Senyum manisnya menjawab setiap persoalan dengan tenang dan jelas membuktikan dia seorang wanita yang cukup tabah dan cekal. "Alhamdulillah, kehidupan saya kini semakin tenang dan saya memang tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Buat apa mahu difikirkan kenangan lalu. "Apa yang penting kini adalah untuk mencari rezeki halal demi masa depan saya dan anak-anak. Saya gembira segala duka lalu diganti dengan rezeki yang melimpah ruah," ungkapnya dalam nada tenang. Selama tiga tahun berdepan dengan kesulitan sehingga hidupnya terumbang-ambing, Maizawati atau lebih mesra disapa Maiza menjelaskan kehidupannya sekarang dan dahulu tiada bezanya. Malah kata Maiza, dia kini semakin optimis dengan setiap langkah yang diambilnya dan kekuatan yang diperolehi adalah daripada empat orang anak yang kini di bawah jagaannya. Menerusi perkahwinan pertamanya, Maiza memperoleh dua orang cahaya mata iaitu Deanna Sofea dan Daniel Ariff, masing-masing berusia 16 dan 15 tahun. Sementara itu, hasil perkahwinan keduanya dengan Akhil pula dikurniakan dengan empat orang anak iaitu Siti Nurmaisarah, 12, Muhammad Sharif Hidayatulloh, 11, Muhammad Shakir Hidayatulloh, 8 dan Muhammad Syathiri Hidayatulloh, dua setengah tahun. Hanya Siti Nurmaisarah dan Muhammad Sharif sahaja yang kini tinggal bersama Akhil, manakala yang lain tinggal bersamanya di Ipoh, Perak. "Saya bersyukur kerana anak-anak begitu memahami dengan situasi yang berlaku. Alhamdulillah, mereka kini pun dah mula menerima kenyataan hidup yang tertulis," jelas ibu tunggal berusia 34 tahun itu lagi. Mengenai tanggapan masyarakat terhadap dirinya yang dikatakan cuba menagih simpati dengan menceburi bidang seni, ternyata Maiza tidak cepat melatah mahupun melenting. Sebaliknya, dia mempunyai pandangan tersendiri dan memberikan jawapannya sebaik mungkin. "Memang susah untuk memuaskan hati semua pihak tetapi saya percaya hanya segelintir sahaja yang bersikap demikian. "Saya sudah terangkan dulu tidak pernah terlintas mahupun terdetik untuk saya berdepan dengan media dan menceritakan permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga saya ketika itu. "Apa yang saya lakukan adalah untuk memberikan penjelasan dan tidak juga untuk menuding jari pada sesiapa. Alhamdulillah, ramai yang memuji sikap saya yang berani berterus-terang dan mereka bijak untuk menilai," ujar Maiza panjang lebar. Mengenai penglibatan pertamanya untuk iklan komersial biskut raya yang kini sudah pun ditayangkan, Maiza tertarik dengan konsep 1Malaysia yang ditonjolkan dalam iklan tersebut. Apatah lagi, berlakon iklan komersial tidak memerlukan waktu yang panjang juga menjadikan Maiza tidak teragak-agak untuk menerimanya. "Lagipun produk ini adalah keluaran bumiputera dan setidak-tidaknya saya menyokong produk tempatan. Tetapi, jangan salah sangka pula ya. Saya bukan duta untuk produk ini," tuturnya lembut sambil mengukir senyuman manis. Iklan komersial berkenaan diterbitkan oleh penerbit drama terkenal, Yong Rahimah Mohd. Johari menerusi syarikatnya, Graphidex Resources Sdn. Bhd., dan diarahkan oleh Zulkiflee Salleh Ghani. Maiza juga tidak menafikan ada menerima beberapa tawaran berlakon untuk drama bersiri dan telemovie. TIDAK menolak tawaranDan, jelasnya, dia langsung tidak akan menolak tawaran yang datang kepadanya asalkan watak dan skripnya tidak bercanggah dengan penampilan serta perwatakan dirinya. "Bidang seni bukanlah satu bidang baru untuk saya kerana sejak kecil, saya sudah didedahkan oleh ayah saya yang banyak mengenali orang industri. "Cuma dia tidak menggalakkan anak-anaknya untuk berkecimpung dalam dunia seni," katanya lagi. Maiza yang peramah dan mudah mesra ini turut diusik dengan persoalan cinta dan jodoh. Sambil ketawa kecil, dia tidak mahu terlalu memikirkan soal itu buat masa ini kerana dia mahu mementingkan masa depan dirinya dan anak-anak terlebih dahulu. Tetapi jelasnya, dia tidak mampu menolak qada dan qadar seandainya sudah tertulis di loh mahfuz dia menemui jodoh dalam waktu terdekat ini. "Jujurnya, tiada siapa lagi yang bertakhta di hati saya tetapi saya tidak menafikan ramai yang cuba mendekati dan ingin berkenalan. "Saya tidak boleh berkata tidak kerana soal jodoh ini akan datang apabila sudah ditetapkan oleh Allah. Kalau terdetik dan terbuka pintu hati saya untuk seseorang, saya terima "Tetapi saya harus akui, pengalaman lalu sedikit-sebanyak membuatkan saya sedikit serik dan berhati-hati," katanya dengan maksud yang mendalam. Sementara itu, untuk menampung kehidupannya juga Maiza kini aktif menjalankan perniagaan pakaian muslimah dan jubah yang diimport dari Dubai. Apa yang membanggakan kesemuanya itu adalah di bawah labelnya sendiri, Abaya Maiza. "Perniagaan ini masih lagi baru dan saya pun sedang mencari agen dan wakil untuk perniagaan ini. Kalau ada yang berminat, boleh hubungi saya di talian 019-6450814," ujarnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 11:12 am | |
| Fenomena baru ciptaan Rashid RASHID Sibir (tiga dari kanan) bersama Nizam Sani (tiga dari kiri) dan barisan pelakon drama bersiri Kasih Tercipta di ibu negara, baru-baru ini.
TIDAK dinafikan, drama-drama arahan pengarah prolifik ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton.
Bukan itu sahaja, setiap karya yang dilahirkan sedikit sebanyak akan menjadi bualan dan perdebatan di kalangan masyarakat.
Sebetulnya, sentuhan sutradara bernama Rashid Sibir ini telah berjaya meninggalkan impak yang bukan sedikit di kalangan penonton.
Baik kritikan positif mahupun negatif, Rashid menerimanya dengan hati terbuka kerana hanya dengan kritikan, dia tahu kelemahan yang mampu diperbaiki.
Lihat sahaja kejayaan telemovie mahupun drama bersirinya seperti Pondok Buruk, Pondok Buruk 2, Dalam Hati Ada Cinta, Wali, Selimut Putih, Tanah Kubur, Nur Di Pintu Syurga, Rumah Di Tengah Sawah, Sekeras Kerikil dan Quran Buruk.
Malah, Rashid mendapat jolokan pengarah air mata berikutan kebanyakan dramanya mampu meruntun jiwa penonton dan sarat dengan mesej yang berguna kepada masyarakat.
Bukan sekadar intipati mesej di dalam dramanya, tetapi kelebihan drama-drama arahan Rashid juga terletak kepada kombinasi pelakon yang mewarnai karyanya itu.
Nama-nama seperti Rosyam Nor, Fauziah Nawi, Rusdi Ramli, Umie Aida, Nasha Aziz, Rita Rudaini, Ellie Suriaty dan Azean Irdawaty antara bintang handalan negara yang pernah berlakon di bawah arahannya.
Kini, Rashid sedia menggegarkan kaca televisyen menerusi karya terbarunya berjudul Kasih Tercipta yang ditayangkan bermula 1 September (hari ini) di Astro Prima (saluran 105, Astro).
Menariknya, drama sebanyak 26 episod itu buat julung kalinya menggandingkan dua aktres hebat tanah air, Nasha dan Erra Fazira yang sudah pasti merupakan umpan terbaik untuk menarik perhatian penonton.
Selain Nasha, aktor kacak yang semakin menempa nama, Aaron Aziz juga menerajui drama bersiri tersebut sebagai pelakon utamanya.
Sisi lain Erra
Saat bertemu dengan Rashid di majlis pelancaran drama berkenaan di Courtyard Garden, Damansara Heights, Kuala Lumpur baru-baru ini, dia teruja dan gembira kerana dapat menggandingkan dua aktres ternama negara dalam satu drama.
Apatah lagi, Kasih Tercipta juga merupakan kolaborasi pertama Rashid bersama Erra dan semuanya direalisasikan setelah pihak Astro mencadangkan nama bekas ratu cantik itu kepadanya.
"Selepas Astro memberikan nama Erra, saya terus memikirkan satu watak yang berbeza untuknya. Apa yang penting, saya mahu peminat melihat sisi lain Erra yang sebelum ini cukup dikenali dengan watak-watak baik.
"Watak Lisa yang dipegang Erra dalam drama ini telah dijayakan dengan baik olehnya dan wataknya juga bukanlah terlalu hitam dan jahat.
"Sebaliknya, saya menyifatkannya sebagai watak kelabu di mana penonton dapat melihat perkembangan watak Lisa itu dari mula hingga akhir dan akan faham mengapa Lisa bertindak demikian," ujarnya yang turut memuji profesionalisme Erra dan Nasha sewaktu di lokasi.
Turut hadir pada majlis pelancaran drama Kasih Tercipta ialah Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani dan barisan pelakon utama drama tersebut.
Menyambung bicara, Rashid juga melahirkan kepuasan yang tidak terhingga apabila dapat menggandingkan Erra dan Nasha dalam satu drama.
Malah, Rashid juga menyatakan kolaborasi Erra, Nasha dan Aaron juga sebagai menuntut kehendak dan peredaran masa selain memberi satu santapan baru kepada penonton.
"Bukanlah saya mengatakan gandingan pelakon terdahulu tidak bagus, tetapi saya mahu mencipta satu fenomena baru seperti mana yang terjadi dulu menerusi gandingan pelakon-pelakon saya," katanya yang mula mencipta nama menerusi filem Sutera Putih (1995) itu.
Rashid juga ditebak dengan persoalan tentang kualiti karyanya yang dilihat begitu stereotaip.
Sehingga penonton sudah dapat menjangka apakah yang berlaku seterusnya tanpa perlu menunggu pengakhirannya.
Menjawab persoalan itu, dengan tenang Rashid menjelaskan, dia sememangnya sudah mengubah stail dan cara pengarahan seiring dengan zaman.
Tetapi, dalam masa yang sama kata Rashid, sentuhannya masih lagi kekal dan seboleh-bolehnya dia tidak mahu menghilangkan identitinya.
"Dalam Kasih Tercipta, penonton dapat lihat perubahan itu kerana saya aplikasikan segala teknik mengikut arus pemodenan. Watak-wataknya juga bergerak sekali dengan jalan cerita.
"Malah, jalan ceritanya juga berbeza dengan apa yang saya lakukan sebelum ini biarpun ia berkisar tentang cinta, persahabatan dan keluarga," katanya yang mengharapkan Kasih Tercipta turut mencatat kejayaan yang membanggakan.
Kasih Tercipta yang bersiaran selama satu jam bermula pukul 10 malam itu turut menampilkan pelakon-pelakon lain seperti Fouziah Gous, Syed Ali, Aleeza Kassim, Dee, Ahmad Tarmimi Siregar, Dee dan Aida Radzwill.
Sementara itu, selaku penyiar Nizam sememangnya mengharapkan kejayaan akan berpihak kepada Kasih Tercipta dengan mencatatkan rating yang tinggi.
Sebelum ini, drama bersiri Mertua vs Menantu yang disiarkan menerusi saluran yang sama telah berjaya mencatatkan rating sebanyak 1 juta penonton.
"Kami mahu mengotakan janji kami kepada pelanggan dan penonton yang mendambakan karya berkualiti.
"Kasih Tercipta adalah sebahagian daripada karya yang menjanjikan kepuasan kepada penonton selain daripada drama-drama lain yang sedang menunggu giliran untuk ditayangkan," ujarnya penuh optimis. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 11:17 am | |
| Black tak mahu sertai MUH
BLACK bersama mentornya, Mas Idayu di samping kereta Kia Spectra 5 tajaan Oriva yang dimenanginya.
SEJAK dinobatkan sebagai Juara Menntor 3 pada Julai lalu, heboh cerita kononnya Black akan menganggotai kumpulan indie, Meet Uncle Hussain (MUH) bagi menggantikan penyanyi utama kumpulan itu, Lan.
KHABAR angin tersebut semakin menyakinkan kerana sejak tersebarnya cerita itu, Black tidak pernah memberi sebarang kenyataan sama ada menafikan atau mengiyakannya.
Bagaimanapun sewaktu ditemui pada majlis menandatangani kontrak Black Mentor 3 bersama Monkey Bone Records di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur minggu lalu, anak didik Mas Idayu ini menafikan khabar angin tersebut sambil berkata;
"Saya tidak akan menyertai kumpulan MUH walaupun ianya baik untuk mempromosikan diri saya sebagai artis baru.
"Bagi saya adalah lebih baik saya membina nama sendiri secara solo dahulu di bawah syarikat rakaman Monkey Bone Records."
Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah berkata, dia juga tidak pernah mendapat tawaran untuk menyertai MUH sama ada secara lisan mahupun hitam putih.
"Namun jika benar mereka ingin mengambil saya menjadi penyanyi mereka menggantikan bekas vokalis mereka, Lan, saya amat terharu dan rasa berbesar hati.
"Tetapi saya terpaksa menolaknya kerana saya ingin bergerak secara solo dahulu," ujar Black.
Sementara itu, Pengurus label Monkey Bone, Edris Adrian berkata, desas-desus lamaran MUH kepada Black mungkin timbul kerana mereka pernah meminta lagu daripada Taja untuk dinyanyikan oleh Black.
Edris menekankan Black tidak sekali-kali akan menyertai MUH kerana Monkey Bone telah pun merencanakan perjalanannya sebagai artis solo.
Namun, Edris menambah terdapat kemungkinan jika lagu Black turut menampilkan MUH sebagai artis undangan.
"Monkey Bone akan mengeluarkan album penuh Black pada November atau Disember tahun ini.
"Jika tiada aral melintang, album penuh akan dikeluarkan Disember ini. Kami berharap ianya sempat untuk dimasukkan dalam pencalonan Anugerah Industri Muzik (AIM)," kata Edris.
Menurut Edris, dia mengagumi vokal luar biasa Black yang lain daripada lain dari peringkat awal Mentor sehinggalah final.
"Vokal Black memang agak tinggi dan dia memang sesuai menyanyikan lagu berkonsepkan rock.
"Album pertama Black ini juga akan berkonsepkan genre rock secara amnya. "Namun, kami turut mempelbagaikannya dengan rock alternatif dan pop rock kerana Black juga suka menyanyikan lagu pop rock," tambah Edris.
Di majlis yang sama Juara Mentor 3 itu menerima cek RM100,000 dan kereta Kia Spectra 5 tajaan Oriva.
"Saya akan menghadiahkan kereta ini kepada ibu bapa saya. Saya juga berniat untuk menghantar mereka berdua mengerjakan ibadah Haji suatu hari nanti," tambahnya yang amat meminati Amy Search dan teringin berduet dengannya jika diberi peluang.
Selepas majlis Tandatangan Kontrak Black Mentor 3 itu, turut diadakan Sesi Rakaman Mentor 3 Raya yang melibatkan artis-artis terkenal dan peserta Mentor.
Berkonsepkan santai dan padat dengan elemen hiburan, rakaman khas episod Syawal kali ini turut membariskan gandingan sifu (mentor) dan protege musim ketiga.
Misalnya, Awie bersama Keena, Adibah Noor dan Thye, Lah dan anak didiknya Fira, komposer terkenal Ajai dan Chaq serta Black bergandingan dengan penyanyi dangdut popular, Mas Idayu mendendangkan lagu-lagu Raya.
Mentor 3 Raya yang akan bersiaran selama sejam ini bakal disiarkan pada 27 September ini pada pukul 9 malam di TV3. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 11:38 am | |
| Membentuk ikon bidang penyiaran
YUSANANI YUSHAK MELETAKKAN objektif untuk membentuk kerjaya generasi muda sebagai wartawan, penyampai berita dan pengacara yang mahir serta serba boleh, Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini mengorak langkah apabila menerbitkan sebuah rancangan realiti televisyen, Penyampai Ikon. Sudah pun bersiaran di TV2 bermula 22 Ogos lalu, seramai 17 finalis terpilih untuk meneruskan cabaran dalam merebut kejuaraan di samping jaminan kerjaya bersama RTM. Daripada 6,000 peserta yang menghadiri sesi uji bakat, mereka sebenarnya cukup bertuah kerana selain didedahkan dengan dunia glamor, latihan secara profesional disediakan sepanjang menjalani pembelajaran di mahligai gading dinamakan Kolej Penyampai Ikon. Latihan-latihan itu merangkumi etika kewartawanan, teknik berhadapan dengan kamera dan penyampaian berita serta latihan melaporkan berita dari lokasi secara langsung. Penggunaan pelbagai peralatan penerbitan dan cara penyesuaian diri dengan persekitaran studio juga diberikan di samping latihan vokal, teknik pembacaan skrip dan penghayatan serta pemahaman skrip. Bagi mendapatkan gambaran sebenar cabaran dunia kewartawanan, mereka turut berpeluang menemui tokoh-tokoh wartawan negara yang mempunyai pengalaman luar dalam bidang berkenaan. Finalis yang bertuah itu ialah Kamal Firmanshah Kamaluddin, 25; Norsila Talaha, 26; Siti Aisyah Baslie, 24; Cassandra Manja, 23; Noormadiana Kamaluddin, 23; Athikah Mohd. Naim, 23; Aina Suzaily M. Zailanny, 20; Mohamed Shahril Sarapudin, 21; dan Enzyfrido Abu Hasan, 24. Lapan lagi yang tersenarai sebagai finalis ialah, Nur 'Izaati Abul 'As, 22; Hazel Anak Desmond, 26; Mohd. Sharkawi Mohd. Sallehuddin, 23; Siti Fazurita Mohd. Famir, 25; Beatrice Krishnan, 23; Al Firdaus Shahrul Naing, 21; Khirjaa a/p Palanisamy, 27; serta Khairul Faizi Dalaiil, 23. Menurut Pengetua Kolej Penyampai Ikon, Yusanani Yushak, Penyampai Ikon cukup berbeza jika hendak dibandingkan dengan program realiti televisyen yang lain. Jelasnya, antara perbezaan itu ialah Penyampai Ikon tidak menggunakan medium undian secara khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam aspek penjurian. "Penjurian akan dilakukan oleh juri profesional sepenuhnya. Pada setiap dua minggu sekali, kesemua finalis akan berhadapan dengan juri profesional. "Juri-juri ini akan menilai kemampuan dan hasil kerja finalis sebelum mengumumkan siapa yang tersingkir untuk minggu tersebut. "Namun, apa yang menariknya, bagi yang tersingkir, mereka akan tetap diberikan peluang untuk meneruskan pembelajaran tetapi tidak terlibat lagi dalam aspek penjurian,'' katanya pada sidang akhbar penyerahan surat tawaran pengajian di Kolej Penyampai Ikon kepada finalis Penyampai Ikon di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini. YUSANANI (berdiri enam dari kanan) dan Misha bersama barisan finalis Penyampai Ikon. -------------------------------------------------------------------------------- Majlis penyerahan surat tawaran tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya. Penyampai Ikon yang akan bersiaran selama 13 episod itu menampilkan penyanyi Misha Omar selaku hos rancangan manakala Mohd. Yusni Mohamed Ali sebagai penerbit. Seramai lima peserta akan berentap pada Malam Anugerah Penyampai Ikon yang akan disiarkan secara langsung dari Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 14 November depan. Menurut Yusanani yang juga bekas pembaca berita, juri-juri yang terlibat dalam pengadilan Penyampai Ikon akan diumumkan kemudian tetapi ia bakal dianggotai kalangan wartawan tersohor, ahli akademik dan pengarah serta pelakon popular. Jelasnya, tugasan yang menanti setiap finalis cukup mencabar dengan meletakkan mereka ke dunia realiti sebenar bidang penyiaran. "Mereka akan ditugaskan untuk mencari berita, menulis berita dan menilai kesesuaian visual dengan skrip. "Pendek kata, apabila berakhir sahaja program ini, setiap mereka yang berada di dalam Penyampai Ikon sudah pun bersedia dan tahu apa yang harus dilakukan andai berpeluang menceburi bidang penyiaran,'' katanya. Yusanani turut memberitahu, sepanjang tempoh berada di dalam Penyampai Ikon, kesemua finalis akan ditempatkan di Wisma TV dan Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR), Angkasapuri untuk program latihan. Bagaimanapun, persoalan yang tidak dapat dinafikan ialah sejauh mana program ini dapat lari daripada elemen populariti? Menjawab soalan ini, Yusanani berkata: "Memanglah apabila berada di kaca televisyen, glamor itu akan dirasai. "Bagaimanapun, dari hari pertama lagi, mereka (finalis) telah diberi motivasi dan diingatkan agar tidak mengejar glamor. Itu bukanlah matlamat utama.'' Yusanani yang pernah muncul sebagai antara penyampai berita terbaik negara berkata, selain kualiti tugasan dan penyesuaian diri dalam persekitaran kerja, setiap finalis juga akan dinilai daripada segi budi bahasa. "Nilai-nilai melalui ucapan, pertuturan harian, perlakuan dan pergaulan juga akan diperhatikan. Mereka juga akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti jabatan yang berada di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. "Sebab itulah ia dinamakan ikon. Kami mahu mendidik mereka supaya mampu menjadi contoh satu hari nanti,'' tambahnya lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 4:47 pm | |
| Aein Bakal Kahwin Duda Anak Tiga Dengar-dengar Aein yang juga merupakan kembar kepada Ekin akan bernikah dengan seorang duda anak tiga berumur 41 tahun dalam perancangan selepas Hari Raya nanti. Menurut Aein (seorang model pakaian) lagi, dia dan bakal suaminya mempunyai banyak persamaan sekaligus menjadikan mereka serasi dan selesa bersama (konon ker nie, bukan kerana harta?). Walaubagaimanapun Aein tidak boleh memberitahu nama bakal suaminya itu kerana dia hanya mahu mendedahkan identiti duda itu pada hari bersejarahnya nanti. Lelaki itu juga dikenali atas perwatakkannya yang berasal anak kelahiran Kuala Lumpur dan merupakan seorang ahli perniagaan yang begitu sukses sekali. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 4:49 pm | |
| Bulan Ramadhan, Ekin dan Mawi Banyak kemanisan yang dilalui oleh pasangan suami isteri, Mawi dan Ekin sepanjang lapan bulan melalui kehidupan sebagai suami isteri. Kemanisan tambah berganda, apabila berpeluang meraikan kehadiran bulan penuh berkat Ramadan bersama-sama. Berbeza dengan kehidupan semasa solo, dahulunya Mawi khususnya semuanya dilakukannya bersendirian. Dan kini kemeriahannya lebih terasa apabila melakukannya berdua. Mana tidaknya, sekarang hendak bersahur dan berbuka pun kena fikir sajian yang sesuai untuk berdua, kemudian menunaikan terawih bersama. "Seronok dapat bersahur dan berbuka sambil ditemani isteri tercinta daripada berbuka seorang diri atau bersama kawan," ujar Mawi. Tambahnya, sepanjang minggu pertama puasa, hanya pada 27 Ogos lalu, baru pertama kali Mawi dapat bersahur di rumah bersama Ekin. Mawi juga berada di Sri Lanka selama seminggu mulai 19 Ogos lalu bagi menyelesaikan pengambaran Langkah Mawi dan mereka berdua melalui tiga hari pertama bulan Ramadan di sana. "Selama tiga hari di sana kami bersahur dan berbuka dengan masakan tempatan penduduk Sri Lanka," tambah Mawi lagi. -Utusan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 4:56 pm | |
| Juliana Evan dan Diana Danielle Apa kesitimewaan dua artis ni, Juliana Evan dan Diana Danielle? memang tidak dinafikan lagi, kedua-duanya sama cantik dan cun. Kalau nak ditengokkan gambar dibawah ni, mereka berdua nie seiras tapi lain mak dan bapak lah agaknya. Korang agaklah siapa lagi cun diantara mereka berdua nie? putih sama gebu, rambut sama emas, kekasih sama tutz.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 5:01 pm | |
| |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 4 of 11 | Go to page : 1, 2, 3, 4, 5 ... 9, 10, 11 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |