Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 7, 8, 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 5:18 pm

Liyana henti lakon 3 bulan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Mainp402


JADUAL aktiviti seni bintang remaja, Liyana Jasmay sentiasa padat dengan pelbagai program. Begitupun pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Papadom pada Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) lalu mengurang aktiviti seni sepanjang bulan puasa dengan menghadiri jemputan berbuka dan menjayakan sesi fotografi.

Menurut pelakon filem Histeria itu, dia sekadar tampil dalam filem, Jalan Lama sebagai cameo (tanpa suara) yang menjalani penggambaran pada awal minggu Ramadan. Dalam pada itu dia juga mahu memberi tumpuan kepada persiapan album selepas menyambut Aidilfitri nanti.

"Saya banyak berehat pada bulan puasa kali ini. Selain itu saya juga mula menjalani latihan bersama kumpulan untuk persediaan pelancaran album mini selepas raya nanti. Setakat ini saya membayangkan untuk berehat daripada berlakon selama tiga bulan untuk memberi tumpuan kepada kumpulan (LJ & The Band).

"Untuk pelancaran mini album yang mengandungi empat lagu jika tiada aral album berkenaan akan dilancarkan pada Oktober ini," kata Liyana ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Astro di Pusat Konvensyen KLCC, baru-baru ini.

Bagaimanapun, peminat dapat melihat aksi lakonan Liyana menerusi layar perak bermula dengan tayangan Papadom yang dijadualkan pada Oktober ini. Menyusul selepas itu filem, Pisau Cukur dan Duhai Si Pari-Pari.

Biarpun mengakui berasa tertekan selepas memenangi anugerah itu, namun ia menjadikannya lebih berusaha dan mahu menampilkan yang terbaik dalam setiap penampilannya.

"Saya tidak rasa besar kepala selepas memenangi anugerah itu. Pada saya impak selepas memenangi anugerah itu biasa saja. Cuma buat masa ini saya mahu fokus kepada album. Soalan lakonan saya perlu lebih selektif memilih watak untuk memperkembangkan bakat lakonan.

"Sejak menjayakan watak Pim dalam Castello lagi, saya sudah mendapat nasihat daripada pelakon berpengalaman seperti Rosyam Nor dan Bade (pengarah) mengenai watak lakonan. Pemilihan watak lakonan juga memberi kesan kepada perjalanan seni. Sebenarnya kemenangan itu adalah untuk semua dan kemenangan berpasukan.

"Saya tidak mahu memenangi anugerah sendirian. Kalau boleh, usaha dalam setiap lakonan dapat menuai hasil yang baik apabila bukan hanya pelakon yang memenangi anugerah. Justeru pada masa sama pelakon, kru atau filem itu juga dapat mencatat kejayaan yang sama dalam mana-mana anugerah sekalipun.

"Lakonan sangat berbeza daripada nyanyian ia mengenai satu sama lain. Pada mulanya memang saya akui kemenangan ini membuat saya sedikit tertekan. Begitupun, ia ternyata satu sebab yang paling berkesan untuk menampilkan aksi yang lebih baik dalam setiap lakonan," katanya.

Liyana yang muncul menerusi single pertama, Aku Tak Percaya Cinta mula berlakon sejak berusia sembilan tahun berharap rakan dalam lakonan turut berkongsi kegembiraan dan berpeluang memenangi anugerah yang sama.

Di samping album mini, Liyana turut terbabit dalam projek merakamkan suara untuk produk kecantikan Maybelline New York. Liyana dengan kerjasama Reefa, Sasi The Don, Navin Kumar tampil menyanyikan lagu tema berbahasa Inggeris berjudul Simply Fabulous untuk program realiti, Simply Fabulous.

Lagu yang dihasilkan Sasi The Don dan Navin Kumar atau lebih dikenali sebagai D'Navigator ini berkonsepkan hip hop dan reggae.

Liyana yang dilantik jurucakap Maybelline sejak Mei lalu memaklumkan melalui pengalaman barunya kerana dapat bekerjasama dengan artis rap tempatan serta menyanyikan lagu berlainan genre.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 5:20 pm

Adibah yakin boleh!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Mainp403


IKUTKAN fizikal Adibah Noor, sukar membayangkan jika dia menjadi penari. Sebaliknya, penghibur berbakat ini sanggup menimba pengalaman baru walaupun fizikalnya tidak sesuai untuk menjadi penari.

Tarian adalah salah satu dua peranan dibawa selain menyanyi pada pementasan Cuci The Muzikal arahan Datuk Zahim Albkari dan Harith Iskander pada 23 Oktober hingga 8 November di Istana Budaya.

"Latihan sudah bermula awal bulan ini. Saya tidak tahu bagaimana membawa watak tarian, apatah lagi langsung tidak pernah mencuba bidang itu sepanjang 13 tahun terbabit di persada seni tanah air.

"Saya tidak tahu tarian apa bakal dibawa, namun saya yakin dapat melakukannya hasil bimbingan guru tari," katanya.

Cuci The Muzikal turut membabitkan lakonan Awie, AC Mizal, Afdlin Shauki, Hans Isaac, Vanidah Imran dan Ramli Hassan. Bagaimanapun, watak CJ dipegang Erra Fazira akan digantikan Vanidah.

Ia mengisahkan empat adik-beradik angkat, Jojo (Awie), Fairil (Afdlin Shauki), C'tan (AC Mizal) dan Khai (Hans Isaac), meninggalkan kampung mereka untuk berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menjalankan perniagaan cuci tingkap.

Fairil paling bercita-cita, mendapat ilham menyertai Olimpik Basuh Tingkap bagi merebut kontrak lumayan mencuci tingkap KLCC. Mereka turut berdepan tarikan penganjur, CJ (Erra Fazira) termasuk menyaingi juara dan pemegang kontrak, Wira (Khir Rahman) untuk memenanginya.

Filem komedi asal Cuci adalah arahan Hans Isaac, dihasilkan pada Januari 2008.

Menjelang Aidilfitri, Adibah terkilan kerana lagu Cahaya yang pernah dinyanyikannya tidak berkumandang di radio. Ia adunan baru walaupun pernah dipopularkan Normadiah, Azlina Aziz dan Ramlah Ram.

"Saya tidak tahu mengapa, mungkin kerana Cahaya menampilkan rentak latin jazz, tidak mencerminkan suasana Aidilfitri. Rakaman lagu diedar kepada kebanyakan stesen radio Mac lalu tetapi kurang diputarkan di radio," katanya yang bakal melancarkan album terbaru, Teman sebelum hujung tahun ini.

Sebelum ini ,Adibah membintangi lima filem memegang watak cikgu Adibah dalam Talentime, Mukhsin (2007) Gubra (2006), Sepet (2004).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 5:22 pm

Nabil & Irma raya lebih istimewa

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Cover115


‘Serasi bersama’… itulah yang boleh disimpulkan apabila melihat gelagat Nabil dan Irma Hasmie ketika menjalani sesi fotografi bersama MH. Nabil yang semenangnya terkenal dengan sikap selamba dan suka berjenaka itu tidak lekang mengusik Irma sehingga Irma dilihat seperti kehilangan kata-kata.

Walaupun hanya menggandingkan mereka berdua, tetapi fotografi yang berlangsung pada hari itu sangat meriah. Baik Nabil mahupun Irma, masing-masing tidak menyembunyikan perasaan cinta yang sedang berbunga di hati mereka. Malah, MH juga sempat merakamkan secara kandid aksi-aksi romantik mereka untuk dikongsikan bersama.

Jauhi cerita kontroversi

Kemunculan Ahmad Nabil Ahmad, 26, di bazaar Ramadan pada hari pertama puasa tahun lalu mengejutkan kebanyakan pengunjung bazaar berkenaan. Apa tidaknya, ketika sedang sibuk mencari juadah untuk berbuka, tiba-tiba kelibat juara Raja Lawak musim kedua itu muncul di tengah khalayak ramai. Pelbagai reaksi dapat dilihat pada wajah pengunjung bazar berkenaan sebaik ternampak kelibat Nabil. Ramai yang menegur, malah tagline kegemaran Nabil, ‘Lu Pikirlah Sendiri’ turut dilaungkan beberapa penjaja yang teruja.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 5:26 pm

Eja sedia bergelar ibu selepas pulang dari Makkah


jika Dulu pelakon jelita ini tiDak kisah Dengan anggapan tentang status Dirinya, namun setelah berbaDan Dua Dia seDar, segala tohmahan selama ini terhaDapnya harus Di tangkis. Dia tiDak mahu anak yang bakal Dilahirkan nanti akan terasa seolah-olah kehaDirannya tiDak Diterima.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Terkin41


“Saya sedar, sebelum ini ramai yang memperkatakan soal status saya, tetapi kini mungkin semua sudah mengetahui yang sebenarnya saya sudah berkahwin sejak 10 tahun lalu dengan Mohd Silahuddin Jamaluddin, seorang duda anak dua. Cuma saya tidak menghebahkan hal ini memandangkan saya tak suka soal peribadi bercampur dengan kerjaya,” ujar Eja atau nama penuhnya Siti Shahrizah Saifuddin.

“Kalau sebelum ini saya buat tak kisah apa orang kata pada diri saya sama ada positif atau negatif, tetapi bila melibatkan soal anak, saya cukup sensitif. Ini kerana, kata-kata orang sebenarnya ibarat satu doa. Sebab itu saya tampil memberitahu hal sebenar.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Terkin42


“Perkara pertama yang saya lakukan bila dapat tahu saya mengandung adalah pergi salun dan potong rambut. Memang dari awal saya dah cakap pada suami, kalau ditakdirkan saya mengandung, saya nak potong rambut. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan. Malah, saya tak sangka ia diperoleh dalam masa terdekat,” jelas Eja tatkala membuka bicara ketika di temu bual baru-baru ini.

Menurutnya perubahan yang berlaku pada dirinya bermula ketika menunaikan ibadah umrah November tahun lalu bersama suami. Saat itu dirinya rasa cukup sunyi dan kosong. Dalam masa yang sama, terdetik di hati sampai bila dia harus hidup begini. “Memang saya rasa lain sangat ketika menunaikan umrah. Jiwa saya seolah-olah kosong. Lalu, saya menadah tangan dan saya berdoa semoga Allah buka pintu hati untuk saya lihat apa yang kosong.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Terkin43


Ketika itu, saya terasa inilah masanya untuk saya bergelar ibu. Lantas, saya ceritakan pada suami. “Kemudian, bila pulang Malaysia, kami mencuba. Saya dan suami pergi bercuti dan tak sangka pulang dari bercuti saya rasa badan lain macam. Rupanya ketika itu, barulah saya tahu bahawa saya hamil.

Memang saya dan suami terkejut, tak sangka secepat itu,” jelas Eja sambil memberitahu penggambaran drama Tasbih Cinta tahun lalu di Tanah Suci Makkah merupakan hikmah buat dirinya sekali gus membuka pintu hatinya untuk bergelar ibu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 5:28 pm

Ras Adiba Bahagia Di Panggil Mummy

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Person25


SAAT personaliti televisyen saluran NTV7 ini hadir ke sesi penggambaran untuk ruangan Personaliti Cover di studio Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd, wajahnya kelihatan riang sahaja. Ras Adiba Radzi atau lebih mesra dipanggil Dib menyatakan kegembiraannya adalah kerana kehadiran anak angkat berusia dua tahun yang diberi nama Umar Ras Engel Abdullah.

“Siapa yang tidak gembira apabila dipanggil mummy? Sudah tentu saya bahagia kerana Umar ialah pelengkap kehidupan saya,” jelas Ras Adiba saat wajahnya disolek oleh Aim Azam. Apabila usia sudah mencapai 40-an pasti timbul keinginan memiliki anak sebagai pelengkap hidup. Perkahwinan 10 tahun lalu yang hanya bertahan selama setahun tidak mahu dikenang lagi oleh wanita ini. Justeru dia mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat malah disokong oleh keluarga sendiri.

Menurut Ras Adiba, tahun ini kali kedua dia menyambut puasa dan Syawal bersama Umar. Keperluan Aidilfitri masih belum dibeli lagi kerana Ras Adiba memilih saat-saat akhir untuk membeli-belah. Apabila ditanya mengenai proses membeli-belah bersama anak angkatnya, dengan bersahaja Ras Adiba menjawab, “Saya tiada masalah untuk keluar membeli-belah bersama Umar. Sebagai orang kurang upaya (OKU), saya tidak memanjakan diri atau terlalu mengharapkan bantuan orang lain. Saya cuba lakukan sedaya upaya mendukung Umar menggunakan beg pendukung. Bagi saya golongan OKU juga perlu belajar berdikari.”

Kebahagiaan Ras Adiba juga jelas apabila wanita bersemangat tinggi ini sanggup mengambil pil perangsang susu badan bagi menyusukan anak angkatnya ini. Selepas tiga bulan bergelar ibu angkat, Ras Adiba berjaya menyusukan Umar. Namun jumlah susu yang terhasil melalui proses makan pil ini tidaklah sebanyak susu yang keluar secara semula jadi seperti mana ibu-ibu yang melahirkan anak sendiri. Seperkara yang melucukan bagi Ras Adiba ialah apabila Umar mengatakan bahawa mummy bergerak lebih laju daripada orang lain kerana mummy guna kerusi roda!

Kejayaan demi kejayaan
Umum sudah mengetahui kisah Ras Adiba yang mengalami hari malang sehingga meragut keupayaan kakinya. Kejadian diserang lelaki tidak dikenali di hadapan rumah ibunya pada 2002 dahulu membuatkan Ras Adiba lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeTue 08 Sep 2009, 2:54 pm

‘Jin Notti’ penuh ironi dan satira

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Jin110

Fara Fauzana sebagai 'Notti' dalam filem 'Jin Notti'.-foto THE STAR oleh ABDUL RAHMAN SENIN

‘SEJAHAT-JAHAT manusia, lebih baik lagi jin’...itulah ‘ironi’ yang cuba dipaparkan dalam filem ‘Jin Notti’ yang akan ditayangkan di pawagam mulai Hari Raya Puasa nanti.

Di sebalik ironi yang cuba disampaikan, filem ini juga mampu membuatkan penonton berfikir sejenak tentang mesej sebenar yang terkandung dalam filem ini.

Semuanya bergantung kepada ‘nawaitu’ atau niat seseorang itu apabila melakukan sesuatu perkara.

Filem ini juga bukan sekadar memberikan hiburan menerusi ‘lawak antarabangsa’ yang dihidangkan malah mengajak penonton untuk sama-sama berfikir.

Walaupun pada sesetengah babak awal penulis sendiri berasa ‘mual’ dengan lawak-lawak ‘kotor’ yang dipaparkan tetapi apabila filem ini mula bergerak pantas, kita akan dapat menyaksikan adegan-adegan yang lebih menyindir secara halus yang cuba dihidangkan dalam bentuk ‘satira’.

Selain humor yang menggelikan hati penonton seperti salah satu babak di dalam bas mini dan Majlis Penghakiman Jin yang diketuai oleh Jin Samsu lakonan Bob Lokman, filem arahan Azhari Zain ini turut dilihat seperti menyindir pihak-pihak tertentu yang pernah menimbulkan beberapa isu kontroversi dalam negara.

Misalnya, ada sedikit dialog yang meminta Notti lakonan Fara Fauzana supaya membaca banyak akhbar jin yang menghebahkan kejahatan yang hendak disamakan dengan laman blog tertentu.

Tidak kurang juga dengan dialog yang lebih sinis yang hendak mengambarkan bagaimana ‘pemimpin tipu rakyat’.

Juga ditunjukkan watak Jin Tan yang digambarkan dengan simbol kepala yang pelik dan bunyi yang memualkan.

Bukan itu sahaja, dialog Jingam lakonan Acappan yang sentiasa berkata ‘correct.. correct..correct..correct’ juga berbunyi humor penuh sindiran yang boleh dikaitkan dengan satu siasatan Suruhanjaya Diraja tidak lama dahulu.

Walaupun begitu, lawak yang dihidangkan tidak mengeringkan gusi dan penonton juga mampu mendapat mesej berguna seperti jin yang mengajak manusia melakukan kebaikan.

Seperti kata Edry dan Yusry Abdul Halim mewakili pihak KRU Studios selaku penerbit ‘Jin Notti’, mereka sengaja menyampaikan mesej dalam bentuk tersirat dan ironi agar penonton akan lebih banyak berfikir dan menyerap mesej itu.

“Kita juga menggunakan jin untuk menyampaikan mesej dalam filem ini kerana ingin menunjukkan yang jin juga ada yang baik dan ada yang jahat.

Malah pemaparan Notti iaitu dari seorang jin bertukar kepada manusia ditunjukkan dalam keadaan yang ‘busuk’ sekali apabila secara sinisnya dia disalurkan dari dua dunia menerusi tempat pembuangan najis.

Notti merupakan seorang gadis baik, lembut dan jujur yang dikenakan hukuman yang sangat berat.

Sebagai hukuman, Notti dihantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang melakukan perkara-perkara yang jahat.

Notti memasuki tiga tubuh manusia yang mempunyai sifat yang berbeza iaitu Ruby (seorang gadis remaja ‘punk’ yang berasal dari keluarga yang berpecah belah, nakal dan liar), Y’vonne (seorang perempuan berbangsa Tiong Hua dan teman wanita kepada Taiko lakonan Adam Corrie, ahli kongsi gelap) dan Sharifah (seorang peguam sofistikated yang sering membela penjenayah).

Dari situ, kita boleh lihat bagaimana teknik Imejan Penjanaan Komputer (CGI) digunakan ketika Notti dipindahkan ke dunia manusia.

Tambah Yusry, banyak lagi penggunaan CGI yang dipaparkan dalam filem ini tanpa kita sedari.

“Yang paling ketara, CGI banyak digunakan ketika dalam mahkamah jin. Ikutkan, kalau kita tengok dalam filem arahan P. Ramlee pun sudah banyak menggunakan teknik CGI,” katanya lagi.

Secara keseluruhannya, cerita ini juga mungkin sedikit sebanyak memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai gejala rogol, gangsterism, punk dan mencuri.

Tidak lupa juga menyedarkan manusia yang suka bercakap bohong dan mengajar kita untuk mendekatkan diri kepada Allah agar dijauhkan dari hasutan syaitan dan jin.

Dari segi lakonan, penulis puji lakonan Fara, Mawi (Aziz), Cat Farish (Jinbara), Sazzy Falak Zulu), Aziz M. Osman (perogol bersiri) dan Betty Banafe (peguambela) yang mampu membuatkan penonton terhibur dengan karektor masing-masing.

Selain itu, ‘Jin Notti’ turut menampilkan Adibah Noor sebagai Sofea Jin, Hafidzuddin Fazli (Nesti), Sheila Mambo (Ibu Zulu), David Teo (Ketua Kongsi Gelap) dan Nabil Raja Lawak (penjual barang).

‘Jin Notti’ akan menjengah pawagam mulai Hari Raya pertama nanti.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeTue 08 Sep 2009, 2:55 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Ogy_im10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Ogy_im11
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeTue 08 Sep 2009, 2:57 pm

Datuk Shake ikut jejak Jamal Abdillah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Shake110
Datuk Shake bakal mengadakan konsert muzikal pada Jun 2010. -foto mStar oleh SITI AZIRA

SETAHUN selepas penyanyi tersohor Jamal Abdillah menjayakan konsert muzikal ‘Konsert Jamal Kembara Seniman’, seorang lagi penyanyi popular dikenali sebagai Datuk Shake akan menghiburkan peminatnya di Istana Budaya pada Jun 2010.

Menurut Shake atau nama sebenarnya Sheikh Abdullah Sheikh Ahmad, dia begitu mengagumi bakat nyanyian Jamal dan tanpa teragak-agak ingin mengikut jejak penyanyi yang popular dengan lagu ‘Azura’ dan ‘Kekasih Awal dan Akhir’ itu untuk mengadakan sebuah konsert muzikal sendiri.

Penyanyi yang asalnya dikenali menerusi lagu bahasa Perancis ‘Tu sais je t'aime’ (You know I love you) ini dijangka akan mendendangkan lagu-lagu popularnya seperti ‘Umi’, ‘Lina’, ‘Rembulan’, ‘Pulangkan’ dan ‘Anugerah Dari Kegagalan’ dalam tempoh tiga jam.

“Saya dah berjanji dengan peminat-peminat lama untuk mengadakan konsert untuk mengubat rindu mereka di sini. Jadi, saya ingin tunaikan janji dengan mereka sejak 10 tahun lalu.

“Dalam masa yang sama saya ingin menarik lebih ramai peminat yang baru.Insya-Allah, saya akan mempersembahkan sesuatu yang istimewa kerana mereka semestinya menjangkakan sesuatu yang menarik untuk ditonton.

“Mungkin ini persembahan ‘one for the road before stop’,” ujarnya yang berhubung dengan para peminatnya menerusi laman web rasminya, www.datoshake.com.

Ujar anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini, dia akan mengambil kira pendapat peminatnya juga dalam menentukan lagu yang akan dipersembahkan nanti.

Dengan usianya yang telah melewati 58 tahun sekarang, Shake akui dia perlu melihat kapasiti dan tenaga yang mampu diberikan.

Oleh itu, Shake yang bersyukur kerana dikurniakan tubuh badan yang sihat tanpa sebarang penyakit itu akur untuk mengekalkan kesihatannya supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Saya perlu ‘maintain’ dengan kesihatan sekarang dan sentiasa melakukan ‘exercise’. Alhamdulillah, setakat ini saya tiada masalah untuk menyanyi dalam tempoh dua hingga tiga jam.

“Saya rasa setiap penyanyi mengetahui rahsia mereka tersendiri. Jangan abaikan tenaga dan jiwa seni.

“Once believe in yourself, jangan separuh-separuh..Jiwa seni itu penting dalam hati setiap artis,” pesannya yang turut akan melakukan sedikit persembahan tarian ketika mengalunkan lagu-lagunya di pentas Istana Budaya itu nanti.

Shake juga dalam proses untuk menerbitkan album terbarunya yang dijangka akan berada di pasaran pada Januari atau Februari tahun depan sebelum konsert di Istana Budaya dipentaskan.

“Saya membuat album terbaru ini untuk menarik lebih ramai orang baru yang tidak mengenali saya.

“Saya juga menghasilkan album ini atas permintaan ramai peminat termasuk di Perancis, Kanada dan Belgium.

“Album itu masih lagi dalam proses pembikinan. Dalam album tu ada lagu baru dan lagu lama yang akan dinyanyikan semula dengan versi yang baru.

“Maksudnya, dari segi instrumentalnya agak berlainan dan lebih menonjolkan siapa saya sekarang.

“Misalnya, perjalanan muzik, production arrangement, pengalaman nyanyian dan nada suara saya.

“Saya masih menyanyi dengan menggunakan nada suara yang lama tetapi emosi seni kata lagu itu lebih mendalam,” jelasnya yang turut merahsiakan tajuk lagu baru dalam album itu.

Dalam perkembangan lain, Shake juga akan terlibat dengan projek makan malam amal bakti di Johor, Melaka dan Kuala Lumpur pada Disember nanti termasuk membuat persembahan undangan buat pertama kalinya di Singapura.

Gembira bersua dengan teman lama

Shake yang sempat beramah mesra dengan teman seperjuangannya dalam industri seni ini di majlis berbuka puasa bersama seniman dan seniwati terkenal tanah air tidak henti-henti memuji kehebatan Jamal.

“Saya gembira sangat apabila dapat bertemu dengan Jamal kerana tidak ramai penyanyi lelaki yang betul-betul berjaya sepertinya.

“Saya juga seronok dapat berjumpa dengan artis lain seperti Zaiton Sameon..,” luahnya dalam nada gembira.

Kata Shake, tahun ini dia sekeluarga akan pulang beraya ke kampungnya di Johor Bahru, Johor dan melawat sanak-saudaranya di seluruh Malaysia selepas empat tahun beraya di luar negara termasuk tahun lepas di Paris, Perancis.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeTue 08 Sep 2009, 4:27 pm

(Gambar) Rumah Wartawan Zubir Disimbah Cat, Bangkai Ayam
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Zubir010

Dukacita dimaklumkan wartawan Zubir yang terkenal gosip murahan serta kontroversi telah pun disimbah cat dan bangkai ayam semalam
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Ayam0110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Cat0110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Keta0110
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeTue 08 Sep 2009, 4:29 pm

Penyanyi Terkenal 80-an Akui Foto Aksi Ghairah Anak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Mainp404


Beberapa hari yang lepas, kami pernah memaparkan gambar penuh aksi cium anak seorang penyanyi 80-an, dimana artikel tersebut diambil sepenuh’nya tanpa sebarang ubahan daripada pihak wartawan, Zubir.

Secara peribadi’nya, kami telah dihubungi oleh empunya badan yang meminta jasa baik kami untuk membuang gambar-gambar berkenaan, malah kami juga telah mengambil langkah drastik dengan menghubungi pihak Google agar membuang gambar tersebut dari enjin carian.


Kami juga meminta maaf kepada Miss X (seperti yang digembar-gemburkan oleh Zubir) kerana memaparkan gambar tersebut. Kami sedar atas kelemahan kami, dan diharapkan pengalaman ini dapat mengajar semua pihak supaya berhati-hati ketika bergambar.

Miss X ingin menyatakan bahawa dia tidak pernah terlibat dengan dadah, mahu pun aktiviti seks bebas, atau pun mencuri barangan di kolej. Malah, dia sanggup membuktikan diri’nya sememangnya bebas daripada aktiviti liar tersebut. Kata’nya lagi kepada kami, ada ‘teman rapat’ dia yang sengaja ingin menjatuh’kan diri’nya, dan dia meminta kami untuk memberikan maklumat si penyebar fitnah. Dan ya, kami sudah berikan.

Menurut Miss X, gambar tersebut memang milik’nya, namun ada perkara yang ditokok tambah oleh si penyebar fitnah dalam artikel Zubir adalah tidak benar. Malah, Miss X juga telah lama insaf daripada perbuatan lama’nya, dan dia berharap agak pihak di luar tidak menghukumi’nya.

Pesanan kami kepada blogger-blogger lain, sila buangkan artikel Miss X. Kasihani dirinya yang telah sedar daripada kesilapan lalu. Salam Ramadhan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeTue 08 Sep 2009, 5:09 pm

Almy belum jadi tunang Fizz

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Hi_01171
"Bayangkan, kerana tak tahan gatal, saya garu muka pakai sikat. Sampaikan kulit saya pernah bernanah" – ALMY


ADA yang kata mereka putus, ada pula yang kata dalam diam mereka sudah pun bertunang. Hakikatnya, perjalanan cinta mereka masih lagi utuh seperti biasa.

Mungkin kerana mereka kelihatan jarang bersama, andaian demi andaian dilemparkan mengenai status hubungan mereka.

Selepas gosip mengenai hubungan cinta yang tidak kesampaian hampir senyap, tiba-tiba tersebar pula cerita mereka sudah pun mengikat tali pertunangan.

Tidak melatah dengan gosip-gosip yang dilemparkan, gadis berkulit hitam manis, Almy Nadia tersenyum sahaja tatkala soalan dia bertunang dengan kekasih hatinya, Fizz Fairuz diutarakan.

Cuma pelakon cantik ini agak keberatan untuk berkongsi terlalu banyak cerita cintanya yang dianggap terlalu peribadi itu.

"Saya belum bertunang lagi. Kami belum ada sebarang perancangan untuk mengikat tali pertunangan.

"Jangan risau, kalau ada, kami akan jemput semua kenalan dan memaklumkan kepada rakan media. Buat masa ini, kami tak rancang pun untuk bertunang mahupun berkahwin.

"Sekarang ini, fokus kami lebih pada karier masing-masing dan mencari duit untuk masa depan yang lebih terjamin," tutur Almy atau nama penuhnya, Almy Nadia Shaiful Khairil berterus terang.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Hi_01172
ALMY belum mahu memikirkan secara serius tentang perkahwinan kerana mahu memberi fokus dalam bidang lakonan. KANAN: Fzz Fairuz


Menurutnya, dia hairan bagaimana cerita pertunangan itu boleh timbul, walhal mereka begitu sibuk dengan kerja masing-masing.

"Kami banyak menghabiskan masa di lokasi penggambaran yang berasingan.

"Kalau orang kata kami sudah berpisah, mungkin saya faham, sebab memang sangat jarang kami berjumpa sebab terlalu sibuk di lokasi.

"Apa-apa pun kami bukannya sudah putus cinta. Biasalah, sebelum ini Fizz sibuk dengan penggambaran drama Nur Kasih, saya pula sibuk dengan drama Senandung Si Dayang.

"Tentang perancangan masa depan, jika kami sudah boleh pikul tanggungjawab dengan lebih jauh, kami akan duduk berbincang kerana bertunang dan berkahwin bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah," katanya yang sudah tiga tahun menjalinkan hubungan dengan Fizz.

Impian bergelar isteri

Bagaimanapun, seperti wanita lain. Almy juga mempunyai impian bergelar seorang isteri dan ibu, cuma masanya sahaja belum tiba.

"Tapi, saya percaya, bila tiba masanya, kami akan memikirkannya secara serius. Lagipun hubungan kami baik. Biarlah soal kahwin datang dengan sendirinya," ujar pelakon berusia 23 tahun itu ketika ditemui pada pelancaran drama Senandung Si Dayang baru-baru ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Hi_01173
SEBAHAGIAN pelakon yang membintangi drama Senandung Si Dayang.


Bercerita mengenai drama terbaru lakonannya yang sedang hangat di kaca TV sekarang ini, ujar Almy, drama Senandung Si Dayang diadaptasi daripada filem tahun 1965, Dayang Senandong.

Mengakui watak sebagai Puteri bukan mudah untuk dilakonkan, tambah Almy sebahagian besar tubuhnya dihitamkan termasuk muka, leher, tangan dan kaki.

Untuk mengekalkan solekan itu, ujar gadis kelahiran Perak itu, dia perlu berjaga-jaga dalam setiap pergerakannya semasa berlakon. Malah, dia perlu membuat ekspresi wajah yang lebih berbanding biasa.

"Karakter yang saya bawakan ini adalah sangat luar biasa dan bukan semua yang mampu menahan seksaan berada dalam keadaan solekan hitam legam.

"Tapi, sekurang-kurangnya saya dapat merasa pengalaman Datuk Sarimah Ahmad yang melakonkan watak ini dahulu.

"Tidak seperti drama atau filem-filem lain, watak ini terlalu mencabar terutama untuk mengeluarkan emosi dan ekspresi tertentu.

"Biasalah, bila wajah dah hitam legam, ekspresi muka susah nak nampak. Jadi, kalau babak itu memerlukan saya menangis, saya perlu menangis bersungguh-sungguh dan keluarkan perasaan sedih," katanya

Di sebalik penggambaran drama yang sedang ditayangkan di TV3 melalui slot Lagenda, pergerakan Almy agak terbatas ketika di lokasi.

Kerana solekan hitam yang penuh ditubuhnya, Almy tidak boleh menyentuh sebarang objek kerana enggan meninggalkan kesan kotor.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Hi_01174
AZZA AF, Almy dan Elly Mazlein disolek hitam legam dalam drama Senandund Si Dayang.


Katanya, sebelum ke lokasi, Almy akan memastikan dia akan membeli roti dan air. Tidak perlu keluar dari set penggambaran untuk menjaga solekan di kulit.

"Masa awal-awal berlakon, setiap benda yang saya sentuh pasti akan meninggalkan kesan warna hitam. Rasa segan pula bila saya terpaksa menyusahkan krew kerana dilayan macam anak raja.

"Bagaimanapun, saya berpuas hati walaupun terpaksa melalui banyak cabaran. Saya rasa, watak Puteri menjadi bukti kepada semua bahawa saya sedia mempelbagaikan karakter dalam lakonan. Bukan hanya gadis yang gedik atau antagonis," jelasnya.

Bercerita pula mengenai kesengsaraan Almy mengenakan solekan hitam, gadis itu mengakui terpaksa menahan seksa sepanjang penggambaran yang dilakukan.

Kata Almy, mukanya mendapat gatal yang teruk sehinggakan ia telah merosakkan sedikit kulit wajah Almy.

"Bayangkan, kerana tak tahan gatal, saya garu muka pakai sikat. Sampaikan kulit saya pernah bernanah.

"Walaupun saya tahu saya pasti akan berdepan dengan masalah kulit, saya tak kisah. Janji saya dapat memberikan yang terbaik dalam lakonan," katanya.

Sementara itu, selain Almy, antara pelakon-pelakon lain yang menjayakan drama tersebut ialah Aqasha, Buzen, Elly Mazlein, Kuswadinata, Azza AF, Mas Anizan dan Sofia Ibrahim.

Drama tersebut sedang rancak ditayangkan di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 4.30 petang.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeTue 08 Sep 2009, 5:11 pm

Ashraff Muslim raya di Mekah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Ashraf13

Pelakon Ashraff Muslim sekarang sedang mengerjakan umrah dan ziarah di Mekah dan Madinah. Ashraff bukan sahaja boleh merasai nikmat berpuasa di tanah suci yang dipenuhi manusia dari seluruh dunia, malah dia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti di sana.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Ashraf14


Ashraff akui sejak kecil lagi sudah menyimpan hasrat untuk ke Mekah. Kini apa yang diidamkannya sudah menjadi kenyataan.



"Alhamdulillah apabila ada rakan yang tahu saya ingin ke tanah suci, mereka turut memberi panduan kepada saya agar tidak menghadapai masalah semasa di sana," kata Ashraff kepada Mangga Online beberapa hari sebelum berangkat.

Ashraff berangkat ke Madinah dahulu pada 6 September lalu. Setelah beberapa hari menziarah makam Nabi Muhammad S.A.W di Masjid Nabawi dan tempat-tempat bersejarah di Madinah, Ashraff dan rombongan Andalusia Travel ke Mekah pula untuk mengerjakan umrah.

Ashraff juga bercerita kepada Mama Juwie pasal persediaannya mengerjakan umrah yang disiarkan dalam majalah Mangga keluaran terbaru (Oktober 2009). Kalau ada yang rindu dengan tulisan Mama Juwie boleh mendapatkan majalah Mangga kerana Mama kembali sebagai penulis tamu majalah hiburan untuk remaja itu.

Mangga juga kembali dengan wajah baru dengan pengisian yang merangkumi pelbagai topik termasuk kisah masyarakat dan kisah-kisah teladan. Antaranya kisah penyesalan seorang pelacur tua di sebuah negeri.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeTue 08 Sep 2009, 5:12 pm

Anita Sarawak Dedah Kisah Duka

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Anita211

"Setiap kali terkenangkan kisah pahit membesar tanpa bapa di sisi, pasti Kak Nita akan menitiskan air mata. Keadaan ini berterusan sehinggalah Kak Nita berkahwin dengan Abang Mahathir 10 tahun lalu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Anita212


"Memikirkannya saja boleh membuatkan Kak Nita menangis, untuk menceritakannya jauh sekali. Namun segalanya berubah selepas berkahwin, suami banyak memberi semangat dan sentiasa ada di kala Kak Nita memerlukannya," ujar Anita Sarawak menguraikan kekusutan yang beraja di hatinya selama ini.

Membesar tanpa seorang lelaki yang bergelar ayah bukannya mudah, apatah lagi melihat teman sepermainan bahagia bersama keluarga yang sempurna. Itulah yang dirasai Diva Pop Malaysia ketika melalui zaman kanak-kanaknya.

"Setiap kali Hari Raya menjelang, Kak Nita melihat rakan-rakan lain bersama ayah mereka menyambut Aidilfitri bersama, namun Kak Nita tak dapat merasai semua itu. Memang sedih terasa dan perasaan itu masih menghantui Kak Nita. Suasana seolah-olah Kak Nita menyanyi di pentas Vegas yang kelihatan gah namun kosong di dalamnya tanpa seorang penonton.

"Itulah yang akan dipaparkan dalam video klip Maafkan yang akan bersiaran di Astro sempena Aidilfitri nanti. Kanak-kanak tersebut adalah potray kehidupan Kak Nita semasa kecil yang tidak pernah berjumpa ayah sehinggalah berusia lapan tahun. Namun Kak Nita cuba melupakan peristiwa tersebut dengan berkongsi pengalaman bersama insan lain dan alhamdulillah ia banyak mengubat hati Kak Nita," katanya sambil menitiskan air mata.

Pada majlis pelancaran single Maafkan, Anita Sarawak meluahkan hasratnya untuk menerbitkan sebuah biografi kisah hidupnya untuk dipaparkan khas buat peminat beliau. Selain itu, usia yang menginjak 57 tahun membuatkan diri begitu inginkan sebuah konsert besar menggunakan orkestra.

"Kak Nita sedang merancang sebuah biogarfi yang akan mendedahkan kehidupan Kak Nita dari kecil hinggalah sekarang. Bukan niat untuk mencetuskan kontroversi, namun hanyalah untuk menceritakan kebenaran di sebalik apa yang berlaku selama ini. Kisah perceraian ibu bapa Kak Nita dan kontroversi yang melanda sepanjang bergelar anak seni antara yang akan dimuatkan dalam buku tersebut. Bagi Kak Nita tak ada apa yang perlu dimalukan apabila mendedahkan kisah peribadi dalam biografi tersebut," ujarnya Anita yang popular dengan lagu Seksis.

Anita juga berharap agar Maafkan dapat mendekatkan dirinya dengan individu yang turut merasai pengalaman tersebut . Maafkan bukan hanya untuk didendangkan sempena Hari Lebaran, namun ianya turut sesuai diperdengarkan sepanjang musim. Memaafkan bukan hanya tertakluk pada bulan Syawal sebaliknya kita digalakkan memohon maaf sekiranya tersalah laku atau bahasa.

"Bila raya, kita akan teringat pada insan yang sudah tiada bersama lagi. Kak Nita ingin berpesan kepada semua agar hargailah insan yang ada bersama kita tika ini. Jangan takut dan malu untuk memeluk dan meluahkan rasa sayang kepada ahli keluarga kerana kita tak tahu bila lagi peluang untuk berbuat demikian seandainya mereka telah dijemput Ilahi," katanya ketika ditemui di Al-Halabi Lounge, Hotel J.W Marriott, Kuala Lumpur.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeTue 08 Sep 2009, 5:14 pm

Semakin laris, Fizo dicemburui

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Hi_03_48
Fizo jadikan kritikan sebagai pemangkin membina profil kerjaya yang lebih baik.


TIDAK mudah memuaskan hati semua pihak. Itu antara kenyataan yang terpaksa diakui oleh pelakon baru yang sedang rancak mengukuhkan nama dalam bidang lakonan, Fizo Omar.

Biarpun usia kerjaya seninya baru setahun jagung, namun rezeki yang melimpahi pemuda kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu memang amat membanggakan.

Sehingga kini, Fizo sudahpun melakonkan lebih 10 buah drama antaranya Puteri Salju, Gadis Merah Jambu, Dendam, Kau Curi Cintaku dan Cinta Sempurna.

Di sebalik kejayaan pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar ini dalam mewarnai profil lakonannya, rupa-rupanya ada pihak yang kurang senang melihat kelibatnya yang semakin laris hari demi hari.

Ketika ditemui di Grand Salon, Hotel Palace Of The Golden Horses baru-baru ini, Fizo memberitahu ada pihak yang kurang senang dengan kehadirannya sebagai pelakon, malah lebih teruk lagi dia pernah menerima beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cemburu.

"Ada beberapa kali saya menerima SMS berbaur cemburu yang mengatakan saya menjual rupa berbanding bakat.

"Mungkin rezeki saya lebih sikit sekarang tetapi ada yang tidak suka. Saya hanya buat tak tahu kerana tidak mahu melayan perkara-perkara macam itu," katanya.

Tidak mahu berdendam jauh sekali berkecil hati, menurut Fizo, dia hanya mahu menjalani kerjaya yang menjadi minatnya sedari dulu dengan ikhlas.

"Menerima pelbagai tawaranberlakon adalah rezeki, bukan kerana saya suka kipas orang lain.

"Sebenarnya saya pun tidak sangka boleh sampai ke tahap seperti sekarang sebab sebelum ini sasaran saya adalah mencapainya setelah empat atau lima tahun dalam industri ini.

"Bagaimanapun, ini rezeki Tuhan yang bagi dan saya akan cuba memperbaiki kelemahan saya pada masa akan datang sebab saya sedar lakonan saya belum mencapai tahap yang mampu memuaskan hati semua," kata Fizo yang gemar mendapatkan nasihat tentang lakonan daripada pengarah, Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Murali Abdullah.

Tak tumpang popular kakak

Jika pelakon baru yang seangkatan dengannya terpaksa berhempas pulas demi membina empayar seni tersendiri, Fizo diibaratkan seperti menerima laluan mudah apabila satu demi satu tawaran berlakon dilambakkan di depannya.

Mungkinkah juga kerana statusnya sebagai adik kepada pelakon Noniswara menjelaskan lagi kelebihan yang mengulit dirinya ketika ini.

"Saya bukan jenis yang suka tumpang populariti sesiapa dan memang tidak akan buat begitu. Noniswara adalah Noniswara dan saya tetap saya.

"Industri hiburan sekarang sebenarnya tidaklah teruk sangat seperti yang digembar-gemburkan, cuma untuk bertahan seseorang itu perlu berusaha lebih keras lagi," katanya.

Terlanjur bercerita tentang lakonan, Fizo adalah antara pelakon pelapis yang tidak kurang hebat dikecam tentang mutu lakonannya.

Kaku, kurang menjiwai dan perasan bagus antara kritikan yang acap kali dilemparkan kepadanya.

Sedar masih belum mampu memberikan mutu lakonan yang mapan, dia sebaliknya menjadikan kritikan demi kritikan yang diterima sebagai perangsang buatnya untuk lebih berhati-hati di hari muka.

"Saya tidak marah dengan kritikan yang dilemparkan. Kalau saya marah maknanya saya rasa diri bagus. Sebaliknya, saya jenis yang sedar tahap kemampuan saya.

"Jujurnya, sebagai manusia yang ada perasaan tentulah hati saya sedikit tersentuh tetapi segalanya saya ambil sebagai sesuatu yang positif.

"Saya lebih suka jika orang di luar sana komen seikhlas mungkin tentang saya daripada berpura-pura memuji di depan saya," kata pelakon dan model yang begitu meminati Rosyam Nor, Datuk Jalaluddin Hassan, Fauziah Nawi dan Ellie Suriati itu lagi.

Tidak takut badi drama

Jika diamati sebaik mungkin, tidak ramai di kalangan pelakon tempatan yang rezekinya murah dalam drama mendapat 'hak' yang serupa sebagai pelakon filem.

Mungkin ia boleh dianggap badi bagi sesetengah pelakon drama tempatan yang rata-rata mengakui begitu sukar mendapatkan tawaran melangkah ke layar perak.

"Untuk masuk ke filem, saya memang tidak mahu percaya perkara itu. Saya yakin seseorang penerbit buat filem untuk dijual dan mereka perlukan aset. Sebab itu kita tengok muka-muka yang sama di layar perak.

"Setakat ini saya lebih selesa berlakon drama demi untuk mengenalkan diri selain menjadi medan mengumpul pengalaman, ia juga sebagai persediaan untuk saya menyiapkan diri ke filem.

"Bagi saya, kalau terus berlakon filem bimbang tidak mampu beri yang terbaik terhadap lakonan dan akan mengecewakan penerbit, pengarah dan penonton," kata Fizo sebelum mengakhiri perbualan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeTue 08 Sep 2009, 5:15 pm

Keluarga pengkritik utama Aizat

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Hi_01175
AIZAT kini muncul dengan single terbaru berjudul Erti Hari Ini yang mengajak semua menginsafi penderitaan kanak-kanak di Palestin.


MENGHARUMKAN nama negara apabila merangkul anugerah Artis Baru Lelaki Terbaik dan Lagu Malaysia Paling Popular untuk lagu Hanya Kau Yang Mampu dalam Anugerah Planet Muzik 2009 (APM 2009) di Jakarta, Julai lalu, nama Aizat kini bukan hanya popular malah semakin meniti ke puncak kegemilangan.

Kejayaan demi kejayaan yang ditempa, membuatkan ramai pihak terutama pemerhati seni tanah air mula membuka mata terhadap bakat anak muda ini.

Lahir dengan nama Muhammad Aizat Amdan, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima (AF5) berusia 20 tahun ini pada mulanya tidak begitu diperhatikan tatkala melayari bahtera seni sebaik menamatkan 'pengajian' di akademi.

Namun, selangkah demi selangkah, Aizat berjaya mendaki tangga populariti apabila muncul dengan album pertama berjudul Percubaan Pertama yang kemudian memberikan impak besar terhadap perjalanan hidupnya dalam dunia seni.

Lagu-lagu nyanyiannya seperti Hanya Aku Yang Mampu, Lagu Kita, Fikirlah dan terbaru, Kau Aku, sering menjadi siulan peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap Aizat yang cukup meminati kumpulan The Beatles.

Sungguhpun begitu, di sebalik kejayaan yang digenggam, Aizat sebenarnya memiliki sebuah 'kumpulan penyokong' yang kuat dalam memastikan dia terus melangkah penuh berani.

Tidak lain dan tidak bukan, kumpulan sokongan itu hadir daripada kalangan ahli keluarganya sendiri.

Bapanya, Datuk Amdan Mat Din, 53, meski sibuk dengan urusan kerjaya dan kehidupan harian, beliau tidak lupa untuk bertindak selaku penasihat, 'pelabur' serta pengkritik utama kepada kerjaya Aizat selaku penyanyi.

Selain itu, ibunya, Fina Norhizah Baharu Zaman, 52, juga merupakan antara pendokong utama kejayaan dan tidak henti berdoa agar Aizat sentiasa maju dalam bidang yang diceburinya.

Apa yang menarik, walaupun kedua-dua ibu bapa Aizat sudah lama berpisah, soal kehidupan anak-anak mereka tidak pernah diabaikan.

Dan, Aizat kini turut mendapat sokongan moral daripada bapa tirinya, Syed Abdul Rahim Syed Jaafar, 53, yang telah mengahwini ibunya, beberapa tahun lalu.

Adik-beradiknya iaitu Muhammad Amir, 29; Muhammad Amar, 27; Nurilizuhair, 25; Muhammad Anas, 22; dan Muhammad Aliff, 18, tidak terlepas dalam membantu karier Aizat.

Lupakan soal glamor - bapa

Bercakap soal sokongan, Amdan yang juga Pengarah Eksekutif Kasi Gegar Entertainment Sdn. Bhd. berkata, Aizat sering dinasihatkan agar tidak mengejar glamor semata-mata.

Baginya, Aizat harus bekerja kuat dan produktif dalam menghasilkan lagu-lagu yang mampu melonjakkan namanya.

"Glamor-glamor ni tolak ke tepi. Saya mahu dia (Aizat) jadi seperti Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

"Jadilah artis bertaraf antarabangsa dan diminati serta dikagumi oleh pelbagai bangsa.

"Insya-Allah akan saya hantar Aizat belajar ke luar negara bagi mendalami ilmu muzik. Saya juga mahu Aizat menjadi penyanyi atau pemuzik yang berilmu," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Aizat sekeluarga di Masjid Asy-Syakirin, KLCC, petang Khamis lalu.

Selain berbuka puasa, majlis itu turut meraikan seramai 40 anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Dibela, Ampang, Kuala Lumpur.

Peluang menganjurkan majlis berbuka puasa turut dimanfaatkan Aizat dengan mempromosikan single terbarunya berjudul Erti Hari Ini, sebuah lagu yang mengajak kita semua agar prihatin terhadap nasib kanak-kanak yang menderita terutama di Palestin.

Erti Hari Ini menampilkan Aizat dan abangnya, Anas bertindak selaku komposer dan pencipta lirik.

Ujar Amdan, bagi membolehkan Aizat tidak lupa diri ketika melayari lautan hiburan yang penuh pancaroba ini, dia sering menjadi pengkritik utama terhadap anaknya itu.

"Kami sekeluarga selalu 'lepak' dan minum di luar pada waktu malam. Masa itulah, kita akan bersikap terbuka dan mengkritik apa jua kesilapan yang dilakukan Aizat,'' jelasnya.

Rahsia di sebalik usia 30 tahun

Sementara itu, ditanya mengenai soal jodoh Aizat, Amdan menjelaskan bahawa dia telah menetapkan agar bukan sahaja Aizat malah semua anak-anaknya akan dibenarkan berkahwin ketika menjengah usia 30 tahun.

"Bukannya mahu mengongkong sangat tetapi pada tanggapan saya, pada umur itu, anak-anak sudah punyai kewangan yang cukup, sudah ada rumah sendiri dan matang untuk berkahwin.

"Saya tidak mahu mereka kahwin pada usia muda. Kena majukan diri sendiri barulah boleh menjaga anak orang lain,'' tegasnya.

Mengenai insan yang bakal dipilih oleh Aizat untuk menjadi isterinya, beliau bagaimanapun tidak kisah siapa pilihan anaknya itu.

"Buat masa ini, berkawanlah dengan sesiapa pun. Baik artis atau sesiapa yang hendak dipilihnya nanti, saya bersikap liberal dan tidak kisah.

"Aizat memang tidak pernah berahsia soal kawan-kawannya. Saya pun tahu tentang dia dan Nana (pelakon Liyana Jasmay),'' ujarnya.

Jangan lupa solat - ibu

Bagi Fina pula, dalam apa jua yang dilakukan Aizat, dia cuma menasihatkan anaknya itu agar tidak lupa solat dan tanggungjawab kepada keluarga.

"Kadang-kadang, saya melihat Aizat terlalu mengharapkan keluarga dan saya sering menasihatkannya supaya berdikari.

"Degilnya memang ada. Kalau kami ada sesuatu pandangan, ambil masa yang lama jugalah untuk meyakinkan Aizat.

"Namun, jika hendak dibandingkan dahulu dan sekarang, Aizat telah melalui proses perubahan yang besar. Dia kini lebih berkeyakinan,'' jelasnya sambil ketawa kecil.

Kisah di sebalik Erti Hari Ini

Dalam pada itu, Aizat yang diajak berbicara tentang Erti Hari Ini berkata, lagu itu akan dimuatkan dalam album terbarunya tidak lama lagi.

"Berkemungkinan, album itu akan dipasarkan sama ada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

"Saya dan abang (Anas) hasilkan lagu itu sudah lama dan kami tersentuh dengan penderitaan kanak-kanak di Palestin,'' katanya.

Diajukan persoalan tentang anugerah demi anugerah yang dirangkul Aizat, dia memberitahu bahawa semuanya itu dianggapnya sebagai satu ujian Allah.

"Kadang-kadang kalau kita sudah senang dan berada di atas, kita selalu lupa diri. Justeru, saya anggap segala anugerah itu sebagai ujian dan cabaran.

"Ia menunjukkan betapa saya perlu belajar dan terus belajar lagi di samping berusaha,'' tambahnya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 10:39 am

Nabil & Irma Hasmie yang sedondon ungu


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Nabil-10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 10:40 am

Gaya Achik Spin bersongkok

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Achik-10


Walaupun perkara ini remeh, namun penulis menganggap Achik Spin sudah terlupa bahawa dia sudah memiliki dua orang cahayamata. Gayanya yang bersongkok sambil rambut depan terjuntai di dalam majalah Mangga bulan September 2009 ini menunjukkan dia telah memperlekehkan cara pemakaian songkok yang betul. Semasa penulis disekolah dahulu, mereka yang memakai songkok sebegini akan dimarahi guru kerana mengikut gaya orang Yahudi yang memakai ketayap
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 10:45 am

Hans: Saya tak berniat kecewakan sesiapa


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 01359810


Hans terpaksa menangguhkan hasratnya menerbitkan teater muzikal itu pada awalnya disebabkan masalah kewangan. -foto THE STAR oleh KEVIN TAN

IMPIAN pelakon, pengarah dan penerbit, Hans Isaac untuk menghasilkan'Cuci' dalam bentuk muzikal akhirnya terlaksana jua apabila Cuci TheMusical akan mula dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB)pada 23 Oktober hingga 8 November depan.

Menurut Hans, idea untuk menghasilkan teater muzikal ini sudah lamadifikirkannya iaitu setelah tampil dengan versi filem arahannya yangternyata mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Namun, disebabkan oleh faktor kewangan, Hans akui, perkara itu yangmembuatkan dirinya sukar untuk merealisasikan impiannya itu.

Dan bersama-sama dengan barisan tenaga kreatif Cuci The Musical yangterdiri daripada Datuk Zahim AlBakri dan Harith Iskander sebagaipengarah bersama, Stephen Rahman-Hughes (koreografer), Raja Maliq(pereka set), Douglas Lim dan Pacai (penulis lirik dan komposer) sertabarisan pelakon yang terdiri daripada Hans sendiri, Awie, AC Mizal,Afdlin Shauki, Vanida Imran, Adibah Noor dan Ramli Hassan, Hansberharap projek sulungnya di pentas IB ini mampu membuahkan kejayaantersendiri.

"Ketika duduk berbincang bersama beberapa rakan seperti HarithIskander, kami memang terus terfikir untuk tampil dengan Cuci TheMusical. Namun, untuk membuat muzikal ini, kena ada bajet yang cukupdan keyakinan yang tinggi.

"Dan saya akui, disebabkan masalah kewangan, saya terpaksa tangguhkandulu hasrat saya pada awalnya. Tapi saya bersyukur kerana akhirnyateater muzikal ini dapat juga diteruskan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 01359811
Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abd Rahman (tengah dan bertudung) bersama para pelakon 'Cuci the Musical'. Noorainee ialah penaung projek tersebut. Dari kiri: Awie, Hans Isaac, Vanida Imran, Ramli Hassan, Adibah Noor dan Harith Iskander.

"Walaupun setakat ini kami masih belum ada penaja utama, tetapi sayatidak melihatnya sebagai satu masalah besar. Secara peribadi, setelah15 tahun berada dalam industri ini, saya sudah meletakkan usaha danapa yang saya mampu terhadap muzikal," kata Hans pada sidang mediateater muzikal ini di IB, semalam.

Selain barisan pelakon dan produksi, turut hadir pada sidang media ituialah penaung projek iaitu isteri kepada Timbalan Perdana Menteri,Puan Sri Noorainee Abd.Rahman.

Mengulas lanjut tentang produksi terbitan syarikatnya, Tall OrderProductions ini, kata Hans, jalan cerita asal masih dikekalkan. Namun,corak persembahannya akan berbeza memandangkan ia dibuat dalam bentukmuzikal yang akan membabitkan lakonan, nyanyian dan tarian.

Dari segi barisan pelakon juga, kata Hans, selain mengekalkan empat'tunggak' utamanya iaitu Afdlin, Awie, AC dan dirinya sendiri, CuciThe Musical turut mengetengahkan pelakon-pelakon 'baru' bagiwatak-watak yang pernah diwujudkan di dalam filem Cuci sebelum ini.

Namun, tutur Hans, pemilihan pelakon-pelakon tersebut terutamanyaVanida dan Adibah Noor menggantikan watak yang dipegang oleh ErraFazira dan Umie Aida di dalam versi filem dulu dibuat kerana dirasakanbersesuaian dan mampu memberikan kelainan terhadap teater ini.

"Heroin-heroin kali ini sudah bertukar, begitu juga untuk watakantagonis. Sejujurnya, saya memilih Vanida dan Adibah kerana saya amatmenyukai lakonan mereka. Dan pastinya, saya mencari orang-orang yangsaya senang bekerja.

"Saya tidak berniat mengecewakan sesiapa dengan pemilihan barisanpelakon baru ini. Saya berharap saya tidak mengecilkan hati sesiapa.Jika ada, saya minta maaf kerana tujuan kami hanyalah untuk'rebranding' projek ini," tutur Hans yang turut mendapat kerjasamadengan pihak-pihak tertentu.


Hans ialah salah seorang pelakon 'Cuci The Musical'.

Ditanya mengapa dia sendiri tidak mengarah teater muzikal ini,sebaliknya memilih Datuk Zahim AlBakri dan Harith Iskander sebagaipengarah bersama, jawab Hans:

"Memang pada awalnya saya ingin arahkan sendiri. Tapi bila melihattahap yang saya mahukan untuk teater ini, saya rasa agak sukar untuksaya lakukan. Jadi, saya ingin cari orang yang benar-benar tahutentang teater muzikal.

"Dan saya rasa, Zahim dan Harith adalah pilihan terbaik kerana merekatahu standard yang macam mana diperlukan untuk teater muzikal. Zahimsendiri sudah terlibat sebagai pengarah Puteri Gunung Ledang TheMusical dan P.Ramlee The Musical.

"Begitu juga Harith yang sudah lama terbabit di dalam bidang teater."

Zahim akui pikul tugas mencabar

Walaupun pernah mengarahkan teater muzikal hebat seperti Puteri GunungLedang The Musical dan P.Ramlee The Musical, Datuk Zahim AlBakri akuiprojek kali ini juga bukan calang-calang.

Satu perbezaan yang ketara ialah dari segi genre teater muzikal kaliini yang berbentuk muzikal komedi berbanding sebelum ini yang lebih kearah kisah percintaan dan biografi.

"Saya gembira kerana dapat bergandingan dengan Harith untuk teatermuzikal ini. Saya yakin, Harith ada cara tersendiri untuk memastikanCuci The Musical ada kelainan.

"Bagi saya sendiri, teater ini juga tidak jauh beza dengan PGL ataupunP.Ramlee, cuma perbezaan utamanya ialah dari segi lagu dan tarian.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 01359812
Hans memperkenalkan Vanidah Imran sebagai seorang pelakon teater muzikal tersebut.

"Tapi saya akui, cabaran utama terletak pada reka bentuk set keranakita ingin tunjukkan adegan mencuci tingkap bangunan," kata Zahim.

Menurutnya, persiapan telah pun bermula sejak Mei lalu terutamanyadari segi penelitian skrip dan muzik.

"Ketika ini, Raja Maliq sudah mula menghasilkan rekaan set. Bermula 19Ogos lalu, Stephen juga sudah memulakan latihan untuk koreografidengan 'ensemble' seramai kira-kira 26 orang.

"Dan pada 1 September lalu, kita sudah memulakan latihan denganpelakon-pelakon utamanya," ujar Zahim.

Secara ringkasnya, Cuci The Musical mengisahkan empat orangadik-beradik iaitu Fairil (Afdlin), Khai (Hans), Jojo (Awie) dan C'Tan(AC) yang menjalankan perniagaan 'Cuci-Cuci Services', sebuah syarikatyang mengendalikan perkhidmatan mencuci tingkap, dengan harapan satuhari nanti syarikat mereka akan diberi peluang untuk memberiperkhidmatan kepada Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Harapan mereka menjadi kenyataan apabila Cuci-Cuci Services telahdijemput untuk memasuki pertandingan mencuci tingkap Olimpik (WWO -Window Washing Olympics), sebuah pertandingan yang diselenggara olehCiti Jasmin atau lebih dikenali sebagai CJ (Vanida) yang manapemenangnya akan berpeluang mencuci tingkap KLCC.

Dalam mengecapi impian mereka, pelbagai kisah suka dan duka dilaluioleh empat beradik ini.

Tiket-tiket berharga RM43, RM63, RM113, RM153, RM173, RM193, RM213 danRM253 boleh dibeli di Istana Budaya atau secara online diwww.axcess.com.my dan menerusi talian hotline iaitu 03-7711 5000

Tiket-tiket yang dibeli sebelum Hari Raya juga akan mendapat diskaunsebanyak 20 peratus
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 10:47 am

Peserta Gadis Melayu sokong Jasmine Soraya dikekalkan


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 01359813


Jasmine kini lebih tabah untuk meneruskan perjuangannya dalam program 'Gadis Melayu' musim kedua. -foto The Star oleh AZHAR MAHFOF

BIARPUN kontroversi silam membelenggu diri Sharifah Jasmine Soraya Syed A Jalil Jamalullail, 21, rakan-rakan peserta program ‘Gadis Melayu’ musim kedua sentiasa memberikan sokongan padu.

Walaupun pada mulanya sedikit tertekan, Jasmine bertuah kerana peserta yang rapat dengannya dalam program terbitan TV9 itu, Shazfinas Hashim, 25, dan Nadia Adrianna Mohd Akbal, 23, sentiasa memberi sokongan kepadanya termasuk menemani Jasmine ketika ditemubual.

Selepas tersebar foto yang memaparkan aksinya sedang berseronok bersama teman sambil tangan memegang botol arak serta bercumbuan dengan rakan sesama jenis yang disebarkan di internet, Nadia dan Finas tidak henti-henti memberikan nasihat dan sokongan moral agar Jasmine tabah untuk meneruskan perjuangannya dalam program itu.

“Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan positif..saya lebih memandang ke hadapan sebab perkara ini sudah berlalu dan tak guna saya nak ingat semula.

“Saya harap program Gadis Melayu akan menjadi platform untuk saya terus maju dan membuat perubahan.

“Gadis Melayu banyak membantu menyelami banyak perkara. Paling ketara, program ini membuka mata saya untuk lebih menghargai orang sekeliling dan keluarga,” luahnya ketika ditemui di majlis pelancaran program raya TV3 dan TV9 di One Utama.

Jasmine memberitahu gambar ‘sosial’nya itu dirakam ketika dia berusia 18 tahun dan dia mengetahui siapa yang bertanggungjawab menyebarkan gambar itu.

“Saya tahu siapa yang buat kerja ini..saya dan dia sudah tidak bertegur sapa sejak tahun lepas. Tetapi saya tidak akan mengambil tindakan terhadapnya,” ujar gadis berdarah kacukan Melayu dan Cina ini.



Lantas Jasmine turut memaklumkan yang dia tidak mampu untuk menutup mulut orang luar untuk terus berkata-kata tentang isu gambar ‘sosial’nya itu.

“Setiap perubahan yang berlaku dalam diri saya untuk menjadi lebih baik..Saya dan rakan-rakan dalam Gadis Melayu sentiasa memberi kerjasama, duduk sekali dan berbincang untuk masa akan datang.

“Saya tahu, jangkaan orang tentang isu ini begitu tinggi. Sampai sekarang pun kita tak boleh nak tutup mulut orang tetapi bagi saya biar yang kenal rapat dengan saya sahaja yang boleh menghakimi saya,” luahnya yang turut mengakui sudah berhenti ‘minum’.

Namun Jasmine berkata dia tidak mampu berjanji untuk mengatakan yang dia telah berhenti dari menjejakkan kaki di kelab-kelab malam.

Katakanlah dia akan dinobatkan sebagai juara Gadis Melayu pada penghujung episod program ini nanti, Jasmine berkata dia hanya mampu memikirkannya selepas program ini berakhir.

“Saya sukar hendak buktikan yang menunjukkan saya sudah betul-betul berubah..takkan orang baru nak percaya hanya selepas saya bertudung litup dan berjubah..,” ujarnya yang agak berhati-hati untuk menjawab setiap soalan yang diutarakan sehingga kadangkala memerlukan bantuan Finas.

Dalam pada itu, Finas yang sentiasa bersama-sama Jasmine berkata dia dan peserta lain tidak akan meminggirkan rakan baiknya itu dan sentiasa memberi nasihat dan pujukan.

“Kami semua banyak memberi nasihat dan pujuk dia dengan mengatakan ‘it’s ok’ dan ‘be strong’. Lagipun dalam program Gadis Melayu ada sesi motivasi, tazkirah, ceramah yang banyak membantu serta solat jemaah setiap hari.

“Kita hanya perlu ubah diri kita dan program ini banyak membantu selain orang-orang di sekeliling kita,” tuturnya.

Program realiti ‘Gadis Melayu’ musim kedua bersiaran pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam di TV9.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 10:49 am

Memey akui ikut Norman dan anak-anak pulang kampung

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 01359814
Memey mengikut Norman pulang ke kampung bagi menjaga 'baby' lelaki itu.

“SAYA mengaku memang mengikut Abang Norman pulang ke Kuantan tetapi apa yang berlaku selepas itu biar antara saya dan dia sahaja yang tahu. Saya rasa hal ini tak perlu dikongsi dengan semua,” kata aktres cantik, Memey Suhaiza yang kini masih diburu kontroversi sejak dituduh berkhalwat dengan aktor Norman Hakim.

Dakwaan yang hangat diperbualkan kini mengatakan Memey mengikut Norman pulang ke kampungnya di Kuantan, Pahang semasa musim cuti sekolah baru-baru ini dengan menaiki kereta bekas isteri Norman, aktres Abby Abadi.

Memey mengakui dia menemani Norman dan tiga orang anaknya- Mohamad Danish Hakim, 6; Marissa Dania Hakim, 4, dan Maria Danisha Hakim, 1, ke rumah ibu Norman di Kuantan atas sebab tertentu.

“Kebetulan, waktu itu Norman membawa tiga orang anaknya termasuk ‘baby’ (Danisha) jadi agak sukar untuk dia memandu.

“Jadi, saya tolong jaga ‘baby’ itu untuk dia dan ini merupakan kali pertama saya berjumpa dengan anak-anak dia,” jelas Memey yang enggan bercerita lebih kerana bimbang sekiranya kenyataannya nanti menimbulkan isu lain pula.

Jelas Memey, “Saya ada dengar juga tentang dakwaan itu dan ramai pihak yang bertanya kepada saya untuk mendapatkan kepastian.

“Bagi saya, biar antara kami sahaja yang tahu dan faham hal ini kerana saya tak nak perkara ini menjadi lebih sulit.

“Saya tak nak nanti kedua belah pihak akan saling berbalas kenyataan..”

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 01359815
Menyentuh tentang desas-desus mengatakan Memey memanggil Norman ‘sayang’ pula, gadis berusia 21 tahun ini hanya tersenyum sipu tanpa mengiyakan atau menafikannya.

Seperti biasa apabila diduga dengan soalan bila mereka akan berkahwin, Memey menjawab dia tidak menolak jodoh dengan Norman tetapi mereka tidak mungkin akan bersatu dalam masa terdekat ini.

“Sekarang, saya lebih fokuskan diri kepada karier kerana saya tak nak orang nilai saya disebabkan kontroversi semata tetapi lebih melihat kepada karier saya juga.

“Karier saya tengah berkembang, jadi bab kahwin ini tolak tepi dulu dan usia saya pun masih muda. Apa yang boleh saya katakan hubungan kami agak rapat sekarang.

“Lagipun, saya ni perempuan..kalau nak lebih-lebih pun tak bagus. Ada jodoh antara kami, saya terima seadanya,” katanya yang sedang sibuk dengan pengambaran drama 44 episod ‘Cinta Balkish’, telefilem ‘Dunia Belum Kiamat’ dan siri ‘Roda-Roda Kuala Lumpur’ musim ketiga semasa bulan puasa ini.

Pelakon yang mula popular menerusi drama bersiri ‘Roda-Roda Kuala Lumpur’ dan ‘Puteri Aurora Beradu’ ini turut meluahkan yang dia agak terkejut dengan reaksi anak-anak Norman ketika dipertemukan terutama Danish dan Dania yang begitu baik dengannya.

Malahan Memey akui kini dia dan anak-anak Norman menjadi sangat rapat sejak percutian itu.

“Saya agak terkejut sebab mereka tahu apa yang saya lalui. Walaupun mereka masih kecil, tetapi pemikiran mereka matang dan profesional. Apa yang penting, mereka terima kehadiran saya,” luah Memey yang pada mulanya agak takut dan bimbang sekiranya anak-anak itu tidak mahu menegurnya.

Bercerita mengenai keletah anak-anak itu, Memey berkata anak kedua Norman, Dania pada mulanya tidak terlalu melayannya manakala yang sulung, Danish lebih bersikap terbuka.

“Saya tengok Danish seorang yang ‘open’ tetapi Dania ambil masa juga untuk berbaik dengan saya sebab dia lebih suka perhatikan saya.

“Sekarang, kami dah rapat sampai dia tak nak lepaskan saya selepas kami pulang ke Kuala Lumpur. Saya agak terkejut dan berbangga dengan mereka,” ujarnya yang membahasakan dirinya ‘Aunt Memey’ dalam nada ceria.

Dalam masa yang sama, Memey mengaku dia telah menganggap anak-anak Norman ibarat anak-anaknya sendiri dan memandangkan Hari Raya bakal menjelma tidak salah sekiranya dia ingin membeli sedikit pakaian raya untuk tiga beradik itu.

“Insya-Allah, dah dekat raya nanti saya ingat nak beli baju raya untuk mereka,” tuturnya yang akan pulang beraya selama seminggu di kampungnya di Kota Tinggi, Johor.

Anak ketiga daripada enam beradik ini berkata dia akan beraya di banglo baru milik ibu dan bapanya yang dibina hasil perkongsian duitnya dan adik-beradik yang lain sejak Ogos lalu.

Katanya, selepas seminggu beraya, dia merancang untuk beraya di kampung Norman dan selepas itu Norman akan melawat keluarganya pula.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 10:51 am

Tukang tilik sudah jangkakan perceraian Anang-KD

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 00780210
Anang-KD berpisah secara rasmi pada 19 Ogos lalu.

RETAK menanti belah perkahwinan penyanyi/komposer Indonesia Anang Hermansyah dan penyanyi terkenal Krisdayanti memang sudah lama berlaku. Begitulah yang diramalkan oleh tukang tilik Mieke Roosame.

"Kalaupun akhirnya berujung pada perceraian, itu memang perhitungan Anang. Kartu-kartu (kad tilik nasib) Anang menunjukkan sikap berhati-hati. Dia sudah cukup lama melihat situasi. Akhirnya, setelah menemukan waktu yang sesuai, dia sendiri yang mengumumkan berita ini," ujar Mieke.

Walaupun pasangan ini tak hanya terikat hubungan emosional, malah hubungan profesional antara mereka sudah bertahun-tahun lamanya terjalin.

"Kedua mereka banyak memendam perasaan. Biarpun tidak secocok, mereka tetap bersama demi anak-anak," kata Mieke.


Kenangan Anang dan KD ketika berduet di Anugerah Skrin 2006.

Bagi Mieke, kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga yang dibina selama 13 tahun ini hanyalah pencetus perpisahan.

"Perselingkuhan (kecurangan) hanyalah efek dari ketidakserasian pasangan Anang-KD. Kalau diikutkan, perpisahan ini sepatutnya berlaku lebih awal lagi dan berpunca dari banyak faktor.

"Salah satunya, faktor ekonomi. Sumber pendapatan Anang dan Krisdayanti mempengaruhi hubungan suami-isteri," kata Mieke.

Antara alasan lain, ada tercatat dalam buku biografi KD, adalah jiwa Anang yang latarbelakangnya dari sekolah pondok. Cara Anang memimpin KD kerap dianggap terlalu kaku dan konvensional. Semestinya, jiwa bebas KD dipimpin dengan cara lain yang tak terlalu keras.

Anang yang sudah benar-benar 'lurus' dinilainya tak cocok dengan KD yang masih ingin 'belok-belok'.

"KD dilambangkan seperti air. Dia ini sifatnya mengikuti, tetapi tidak bisa dipaksa."
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 10:55 am

Tunggu sinar Syawal

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Mainp116
Lima hero kacak idaman Malaya di sisi Datin muda

BAYANGKAN lima hero kacak idaman Malaya di sisi Datin muda bergaya klasik di 'istana'. Tentunya kolaborasi ini menjadi santapan dan pencuci mata buat pemuja tidak bernama. Hero tampan yang dimaksudkan pula datang dalam pelbagai kategori tetapi berdiri atas paksi seni yang sama.

Ada yang hatinya sudah dimiliki atau sedang enak dibuai rona cinta. Ada pula yang masih solo dan sesekali timbul gosip dikaitkan dengan ‘puteri’ gebu dan jelita. Tidak ketinggalan, ada juga yang sudah menjadi hak mutlak manusia bergelar isteri.

Si Datin yang dimaksudkan, Natasha Hudson pula sudah disunting orang dan kini bahagia dengan perkahwinan kedua. Malah paling penting, Natasha masih kekal anggun biarpun mempunyai anak seorang, Nessa Helena berusia satu tahun tiga bulan.

Gamat sebenarnya sesi fotografi ini seperti judul teater muzikal kedua lakonan Natasha, Gamat yang akan dipentaskan Oktober ini di Panggung Sari, Istana Budaya. Mana tidaknya, kelibat lelaki, Fahrin Ahmad, Aaron Aziz, Awal Ashaari, Kamal Adli dan Fizo Omar tidaklah ramai tetapi kecoh dan riuh sekampung.

‘Istana’ yang dimaksudkan bukanlah istana hinggap hingga perlu ada protokol yang dipatuhi. Sebaliknya hanya Hotel Istana yang sudi menaja hidangan berbuka puasa kepada artis terbabit di Taman Sari. Menjadi kebiasaan, figura awam seperti mereka sentiasa diperhatikan.


SELEBRITI menggayakan busana tradisional menyerikan suasana berbuka di Hotel Istana.

Apa tidaknya, ketika berbuka puasa, baik Natasha, Fahrin, Aaron, Awal, Kamal mahupun Fizo, mereka yang sudah siap berdandan dan menyarung persalinan tajaan Salikin Sidek mula mencuri tumpuan. Menambah seri, pastinya barang kemas, Habib koleksi Permaisuri yang melekat cantik di tubuh.

Ketika fotografi berlangsung, Fizo paling lambat sampai kerana terkandas dek kesesakan jalan raya dan perlu berkejar dari set penggambaran drama Awan Dania 2. Aaron pula masih tegar berpuasa biarpun sudah beberapa hari mengidap gastrik akibat berbuka puasa dengan minuman air berkarbonat.

Paling berselera di meja makan ialah Fahrin. Sesekali Fahrin memegang perutnya yang sedikit menggunung. Pintas Fahrin, kalau kena muncul di kaca TV, dia perlu bersenam untuk memastikan dirinya nampak ‘cantik’ di dalam TV.

Bersama Hip kita kongsi perkembangan terbaru enam selebriti popular ini melalui Ramadan penuh keberkatan sambil menanti kehadiran lebaran bulan ini.


TUMPUAN Natasha kini lebih kepada teater Gamat yang akan dipentaskan bulan depan.
Tak sabar jadi ikan buntal

Datin Natasha Hudson
“Tahun ini saja, rezeki saya untuk berlakon teater terbentang luas. Selepas teater Ibu Zain yang dipentaskan kali kedua di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Mac lalu, debaran saya mula memuncak untuk teater Gamat pula apatah lagi ia akan dipersembahkan di Istana Budaya, bulan depan.

“Saya memegang peranan sebagai Ikan Buntal. Amy Mastura, Adibah Noor dan Avaa Vanja pun turut berlakon. Seronoknya berlakon teater arahan Zaifri Husin ini sebab ada ramai pelakon cilik. Anak Amy Mastura pun kalau tak silap saya berlakon sekali.

“Malah sekali lagi, saya bekerjasama dengan penerbit Siti Rohayah Attan yang menerbitkan Ibu Zain. Lalu sepanjang Ramadan ini, selepas berbuka puasa dengan keluarga di rumah, saya akan ke Istana Budaya untuk berlatih dengan pelakon lain.

“Kalau hujung minggu, dapatlah menjalani sesi raptai pada sebelah siang. Program Fesyen De Raya yang dihoskan saya turut disiarkan RTM ketika ini. Saya bersyukur kerjaya seni mula bergerak dengan baik. Lagipun, anak (Nessa) pun semakin membesar, jadi saya tidak risau sangat untuk meninggalkannya.

“Tawaran berlakon drama dan filem pun terpaksa saya tolak kerana terikat dengan raptai teater Gamat ini. Insya-Allah, tahun ini saya akan beraya di Kelantan dan Perak. Persiapan raya pun lebih kepada anak. Diri sendiri itu di saat akhir pun boleh.”

Siang berlakon, malam bertarawih

Fahrin Ahmad
“Bulan puasa ini saya agak cerewet sedikit dalam menyusun jadual seni. Sebolehnya, kalau ada tawaran berlakon pun, saya lebih suka melunaskan kerja di sebelah siang. Malamnya, boleh saya melakukan tarawih di masjid.

“Pada masa yang sama, saya penuhi aktiviti dengan undangan berbuka puasa dan sesi fotografi. Saya turut mengacarakan program setengah jam Respon di RTM. Kontrak saya sebagai Ikon Celcom pun akan tamat hingga hujung tahun ini. Kalau tiada aral melintang, saya akan mengacarakan Sehati Berdansa musim ketiga.

“Tahun ini, kami sekeluarga sepakat untuk beraya di Kuala Lumpur kerana ibu saya tidak sihat kerana baru saja menjalani pembedahan tulang belakang dan jantung. Alang-alang ibu saya sudah tinggal di rumah kakak di Kuala Lumpur, lebih baik kami beraya di sini saja dan tak perlu menyusahkan ibu untuk pulang ke kampung di Johor Bahru.

“Mengenai kahwin, sekarang pun sudah September, macam lewat saja untuk saya menamatkan zaman bujang pada tahun ini. Insya-Allah, perkara yang elok akan terjadi dengan izin-Nya. Saya pun sudah menjangkau 30 tahun. Bukan makin muda pun.”

Tempah tiga pasang baju raya

Aaron Aziz
“Tiada aktiviti berlakon yang dilakukan saya sepanjang Ramadan ini. Rakaman program raya pun sudah dilunaskan sebelum Ramadan. Jadi, saya lebih banyak menghabiskan masa dengan isteri dan anak-anak di rumah (Sunway, Damansara). Paling menyedihkan saya terpaksa menanggung sengsara gastrik gara-gara minuman berkarbonat selama tiga hari.

“Isteri saya pun gemar membeli juadah berbuka terutama di bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail. Untuk lebaran pula, kami sekeluarga menempah tiga pasang setiap seorang. Dua pasang dengan pereka fesyen, Hatta Dolmat dan sepasang lagi dengan butik Dezzaine.

“Seperti biasa, kami akan beraya di Singapura. Saya juga akan muncul dalam program Mega Raya Astro pada musim raya nanti di Astro Ria. Kalau nak tengok, suara saya yang tidak sedap ini mendendangkan lagu raya kenalah tonton program ini.

“Selain saya, Anita Sarawak, Erra Fazira, Lisa Surihani, Farid Kamil, Sarimah Ibrahim, Akhil Hayy dan Zoey pun turut terbabit dalam program itu.”

"Jangan lupa singgah butik saya"

Awal Ashaari
“Saya bercuti daripada sebarang aktiviti seni. Cuma saya baru saja menjalani episod pengenalan penggambaran Rentak Bolly bagi siaran Astro B4U. Program sebanyak 56 episod ini disiarkan setiap Rabu selama sejam dan membincangkan aktiviti seni termasuk gosip artis Bollywood.

“Bulan depan juga saya akan kembali mengacarakan program sisipan Sehati Berdansa musim ketiga seperti Kenali, Di Sebalik dan Memori. Saya juga difahamkan akan ada kejutan baru untuk program ini. Tunggu ya. Selain itu, saya juga melunaskan proses memasukkan suara untuk filem Niyang Rapik.

“Butik D&A yang diusahakan saya dengan Dynas di Hartamas juga sudah berubah tingkat dari tingkat dua ke tingkat bawah. Kalau nak membeli baju kasual raya itu, janganlah lupa untuk singgah ke butik kami. Pada masa yang sama, saya turut membuka gerai kecil di The Curve menjual kasut untuk lelaki dan wanita.

“Seperti biasa, saya akan beraya di Kampung Baru.”

Sibuk dengan Impak Maksima

Kamal Adli
“Seperti Awal, saya juga baru selesai penggambaran Niyang Rapik The Movie. Filem arahan Ahmad Idham itu tidak sama langsung jalan ceritanya dengan versi drama. Saya juga sibuk menjalani raptai persembahan muzikal Impak Maksima yang akan dipentaskan di Singapura tidak lama lagi (selepas raya).

“Saya ambil watak Zul yang pernah dilakonkan Awal. Wangi The Fabulous Cats dan Zed Zaidi pun berlakon sama. Saya juga akan muncul dalam telefilem raya Kasihku Is Setan di Astro.

“Tahun ini saya sekeluarga akan beraya di Jitra, Kedah selama empat hari dan sekembalinya daripada bercuti, saya akan sambung raptai teater muzikal terbabit.”

Perlu bijak susun jadual

Fizo Omar
“Saya memegang watak Remy seorang juruterbang untuk Awan Dania musim kedua. Setakat ini, sudah 13 episod siap menjalani penggambaran. Blok episod selebihnya akan disambung selepas raya. Saya juga terbabit dalam drama Kau Laksana Bulan di sisi Ayu Raudhah bagi siaran RTM.

“Demi mencari rezeki, saya perlu bijak membahagi masa supaya tidak bertindan mahupun bercanggah jadual kerja. Hampir setiap hari, saya akan berbuka di lokasi penggambaran. Saya juga mengacarakan program Gen X bersama Sari Yanti untuk musim baru.

“Saya akan beraya di Selising, Kota Bharu dan Narathiwat, Thailand.”
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 10:58 am

Diana teruja jadi Natrah

WALAUPUN nama pelakon-pelakon teater Natrah, belum lagi di umumkan, wajah Diana Danielle sudah pun terpampang pada sepanduk promosi teater tersebut di Istana Budaya baru-baru ini. Adakah benar Diana yang akan membawakan watak Natrah itu?

Berdasarkan kenyataan, pengarah teater itu, Erma Fatima pada sidang akhbar Natrah, dia masih lagi buntu memikirkan siapakah yang layak untuk memikul watak berat itu.

Bagaimanapun, ketika Kosmo! menghubungi Diana, ternyata dia terkejut mengenai paparan wajahnya pada sepanduk teater tersebut.

Menurut Diana, dia pernah ditawarkan secara lisan oleh pengarah teater tersebut, tetapi masih belum lagi memberi sebarang kata putus.

"Saya terkejut bila wajah saya sudah terpampang pada sepanduk teater itu di laman Istana Budaya (IB). Padahal pihak IB belum lagi membuat keputusan siapa yang akan berlakon dalam teater Natrah," katanya.

Biarpun tidak tahu siapa yang bakal membintangi watak Natrah yang akan dipentaskan pada 17 November hingga 25 November ini, Diana sememangnya teruja apabila ditawarkan berlakon dalam teater itu walaupun secara lisan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Hi_02_21
DIANA DANIELLE

Sejak menceburi bidang lakonan, satu-satunya perkara yang menjadi cita-cita Diana adalah melakukan sesuatu yang lebih mencabar dalam kariernya iaitu berlakon teater.

"Mungkin, impian itu akan tercapai. Memang sejak dulu lagi saya teringin untuk berlakon teater. Cuma tak tahu macam mana nak masuk ke bidang ini saja.

"Tiba-tiba pula, ketika sedang dalam penggambaran telefilem Kak Erma, Teres Kembar Empat, dia menawarkan saya untuk memegang watak Natrah dalam teater itu. Tetapi setakat ini, tiada lagi pengesahan secara hitam putih.

"Bagaimanapun, kalau ada orang yang lebih sesuai melakonkan watak itu, saya tak kisah. Tapi tentu seronok jika diberi peluang," tuturnya.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Hi_02_22
ERMA FATIMA masih belum memutuskan senarai akhir pelakon Natrah.

Mengenai pemilihan pelakon, Erma memberitahu dia dan pihak IB masih belum menentukan senarai pelakon yang terlibat walaupun nama Diana disebut-sebut bakal memegang watak Natrah.

"Benar, nama Diana turut disenaraikan dalam pemilihan watak Natrah. Tetapi, bukan dia sahaja, Remy Ishak dan Umie Aida juga disertakan dalam pemilihan kami.

"Buat masa ini, saya tak boleh nak bayangkan siapa yang bakal melakonkan watak Natrah. Apa pun selagi skripnya belum siap dan semangat Natrah dalam diri saya belum ada, saya tak akan fikirkan fasal pelakon dahulu.

"Lagipun saya tidak pasti siapa yang patut diangkat sebagai hero. Mungkin Natrah, mungkin juga suaminya, Mansor Adabi," katanya.

Bercerita mengenai kisah Natrah atau nama sebenarnya Maria Bertha Hertogh, wanita itu pernah mencetuskan tragedi berdarah di kalangan rakyat Singapura pada sekitar tahun 1950-an sehingga menyebabkan seramai 18 orang terbunuh dan lebih 200 orang cedera.

Semua itu berlaku demi perjuangan rakyat yang kecewa bila mendapat tahu Natrah yang ketika itu berusia 13 tahun akan dimurtadkan. Natrah menjadi rebutan antara ibu angkatnya, Che Aminah dan keluarga kandungnya sehingga tercetusnya Rusuhan Natrah.

Natrah kemudiannya hidup di Belanda sehinggalah menghembuskan nafas terakhir pada 8 Julai lalu pada usia 72 tahun akibat penyakit leukimia.

Karya paling berat

Satu tanggungjawab yang amat besar buatnya, Erma mengakui Natrah antara teater yang paling berat pernah diarahkannya. Lebih-lebih lagi, kisah Natrah terlalu sarat dengan nilai sensitiviti agama dan bangsa yang mungkin boleh menyebabkan kemarahan orang ramai jika tersalah cara penyampaiannya.

"Saya bukan sahaja perlu berhati-hati dalam penghasilan teater ini tetapi kena memastikan ia memenuhi cita rasa penonton memandangkan bajet teater ini daripada pihak kerajaan dan ia adalah wang rakyat.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 11:01 am

Nabila gemuk bukan hamil

MENDIRIKAN rumah tangga sejak 2 Disember lalu, Nabila Huda Suhaimi tidak pernah menjadikan ikatan perkahwinan itu sebagai penghalang dirinya daripada terus aktif bergelar anak wayang.

Walaupun ramai pasangan muda lebih gemar menghabiskan masa bersama pasangan terutama pada awal fasa perkahwinan, Nabila, 25, memilih untuk bersifat lebih realistik.

Lagipun, sebelum bergelar permaisuri kepada jejaka bernama Zaidy Zailani, 28, suaminya itu sudah memahami jadual pekerjaan Nabila yang tidak menentu dan banyak bergantung kepada projek yang diterima.

Jadi kesibukan bekerja tidak menjadi penghalang kepada pasangan itu untuk hidup bahagia seperti pasangan lain.

Apa yang penting, mereka akan meluangkan masa berjumpa setiap hari tidak kira betapa sibuk perjalanan karier masing-masing. "Sebenarnya, Zaidy juga sibuk dengan kerja dia. Takkan selepas berkahwin kami perlu sentiasa berkepit ke mana sahaja?

"Sampai bila mahu berbulan madu? Hidup perlu diteruskan dan kami masing-masing perlu mencari nafkah hidup. Selalunya saya akan balik petang atau malam dari lokasi penggambaran.

"Disebabkan hari rehat kami juga berlainan, kami lebih suka menghabiskan masa di rumah sambil menonton TV bersama. Jika kekurangan masa bersama, kami sentiasa akan berhubung menerusi telefon tidak kira SMS atau membuat panggilan," kata Nabila ketika ditemui pada rakaman Melodi Raya baru-baru ini.

Menetap di Kota Damansara, Nabila kini sibuk dengan penggambaran drama 13 episod, Sari Maya untuk tayangan TV9. Selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pula, Nabila akan memulakan penggambaran drama sebanyak 44 episod selama empat bulan untuk slot Akasia TV3 di sebuah pulau dalam negara.

"Memang empat bulan itu jangka masa yang panjang, tapi saya akan pulang setiap minggu kerana ada siaran langsung program Hits1 di TV1 yang sudah dikendalikan oleh saya sejak tiga tahun lalu. Jadi saya masih sempat berjumpa dengan suami setiap minggu," senyum Nabila.

Kawan jadi pembantu peribadi

Mengakui dirinya lebih sibuk kebelakangan ini, kerana itu Nabila yang sebelum ini tidak mempunyai pembantu peribadi telah mendapatkan bantuan daripada kawan rapatnya, Nisa untuk menguruskan perjalanan kariernya.

"Memang saya tidak menggunakan pembantu peribadi sebelum ini. Tapi Nisa yang merupakan kawan baik saya telah membantu saya sepanjang penggambaran Sari Maya. Jadi saya telah melatih dia untuk bekerja seperti saya.

"Dulu saya yang menjaga baju, konti dan juga babak lakonan sendiri. Kini saya ajar dia bagaimana untuk melakukan semua itu.

"Disebabkan Nisa bukan orang dalam industri dan juga merupakan kawan saya, ia boleh menghindari saya daripada dibelenggu dengan gosip yang tidak diperlukan. Saya juga tidak perlu begitu tertekan dan lebih senang bekerja dengan orang yang dikenali," ujar Nabila.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Hi_01_34
SELEPAS hampir sedekad bergelar pelakon, Nabila semakin laris baik di layar perak atau di kaca TV.

Menyimpan hasrat untuk menyanyi bahkan sudah mempunyai single bertajuk, X-ray, bagaimanapun Nabila lebih yakin dengan bidang lakonan berbanding nyanyian.

Kerana itu selain tidak kisah membawa apa juga watak yang diberikan kepadanya Nabila kini semakin serius dalam bidang lakonan.

"Saya mula berlakon sejak berusia 15 tahun. Selepas sedekad, saya sudah mula seronok dengan lakonan terutama sejak kebelakangan ini. Kini saya rasa saya tidak boleh melupakan dunia lakonan kerana saya sudah faham lenggok bahasa lakonan.

"Rasanya saya akan berlakon sampai bila-bila asalkan saya jujur. Apa yang utama saya suka berlakon dan sukakan kamera," kata Nabila yang bakal mewarnai layar perak tanah air menerusi filem Duhai Si Pari Pari pada penghujung tahun ini.

Tidak makan nasi

Menguruskan badan sebanyak enam kilogram selama dua minggu selepas dikritik kelihatan gemuk, ramai juga yang salah anggap bahawa aktres itu sudah mengandung.

"Sebenarnya saya amat tertekan apabila ramai orang bercakap bahawa saya sudah gemuk. Ada juga yang cakap saya sudah mengandung. Jadi saya mula mengamalkan diet.

"Selain tidak mengambil nasi, saya juga akan berlari setiap pagi sebelum mula bekerja. Maka, dalam dua minggu sahaja, saya berjaya mencapai berat ideal 50 kilogram," katanya yang hanya akan mempunyai masa lapang Januari tahun depan.


Pertama kali beraya bersama suami, Nabila bagaimanapun mengakui tidak mempunyai perasaan teruja yang melampau. Lagipun, ayahnya, Amy Search tidak akan balik beraya di Johor.

Ini disebabkan ibu tirinya, Norish akan melahirkan anak ketiga sekitar pertengahan bulan ini.

"Tahun ini saya tidak kisah untuk beraya di mana dahulu kerana papa juga akan beraya di KL. Bagi saya sambutan raya setiap tahun adalah sama sahaja. Saya tidaklah teruja sangat atau mahu berbelanja secara berlebihan.

"Saya juga tidak menukar perabot setiap tahun tetapi cuma suka buat kuih raya. Jadi saya akan mengambil masa cuti lima hari sebelum raya untuk membuat persiapan. Selepas itu saya akan cuti raya selama seminggu sebelum memulakan penggambaran semula," tambahnya lagi.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 11:02 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Hi_01_35

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Hi_01_36
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 11:06 am

Shamshul Ghau Ghau dan Nik Sayyidah Konsert Raya Pop Yeh Yeh

HIBURAN AIDILFITRI : KONSERT RAYA POP YEH YEH DI TV1

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 38965110
Irama Pop Yeh Yeh merupakan satu genre muzik yang sangat masyhur ketika 1960-an yang mana dalam Konsert Pop Yeh Yeh ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu lagu – lagu yang berpaksikan 60-an. Justeru istimewa meraikan Aidilfitri ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghidangkan Konsert Raya Pop Yeh Yeh masuk musim ke-3 yang diterbitkan oleh RTM sejak tahun 2006 lalu.

Bakal menghiburkan penonton pada 23 September 2009 (Rabu), jam 3.00 petang di TV1, Konsert Raya Pop Yeh Yeh ini diserikan dengan aksi spontan yang mencuit hati daripada Shamshul Ghau Ghau dengan Mek sebagai hos rancangan.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 38957210
Kemunculan barisan artis veteran pop yeh yeh seperti Dato’ Ahmad Jais, Jefferydin, A. Rahman On, L. Ramlee, A. Halim dan Hasnah Harun. Selain menyanyikan lagu popular masing –masing, mereka juga turut menyumbang menyanyikan lagu – lagu popular dengan sahabat mereka yang telah meninggal dunia dalam segmen Dikau Dalam Kenangan, Bahagia Menjelma, Mabuk Kepayang, Sebentuk Cincin Permata Belian, Menunggu, Pelita Hati Dan Si Manis Tujuh Belas.

Kemunculan artis popular tanahair juga tidak dilupakan. Dalam segmen Tribute, menampilkan Dia Fadilla, Nur Fatimah dan Nurul Syukur untuk mendengangkan lagu koleksi lagenda pop yeh yeh M.Othman dan A.Ramlee. Selain itu, RTM tidak melupakan bintang – bintang realiti rancangan terbitan RTM untuk diketengahkan.

Dalam segmen Pop Yeh Yeh Hits, menampilkan bakat baru Asmidar, Syahir, Han dan Muhaizam menyampaikan lagu seperti Alam Seni, Malam Pasar Ria, Mata Keranjang, Punnguk Rindukan Bulan dan Malam Pesta Muda Mudi.



Bagi segmen Kugiran pula, menampilkan kumpulan yang dilahirkan dari Rentak Juara, Kumpulan Fenomena, Kumpulan Matta dan Kumpulan Love Machine mendengankan lagu–lagu dari kumpulan popular pop yeh yeh seperti The Hooks, Orkes Nirwana dan The Swallows.

Pemuzik pengiring bagi konsert ini adalah Big Band Kombo RTM dibawah pimpinan Joned Tuah.

Kolaborasi antara penyanyi pop yeh yeh dan bintang baru menunjukkan lagu pop yeh yeh ini masih diingati dan menjadi siulan oleh semua peringkat usia dengan lagu-lagu didiendangkan Siapa Bilang Aku Tak Sayang, Dara Pujaan, Peracun Kalbu, Cincin Emas, Salam Mesra, Doa Dan Harapan, Aliran Usia, Sabar Menanti, Sumpah Setia, Bunga Ku Puja Di Petik Orang, Menari, Siti Haida, Katakan Padaku, Zunika, Hanya Laguku, Tak Mengapa, La O Be, Angkok Angkok Bilis. Suzanna, Kasih Berduka, Mimpiku, Menanti, Seruanku dan Hidup Bersama. Dan untuk melengkapi konsert khas raya ini, lagu Selamat Hari Raya (Ahmad Jais) dinyanyikan oleh semua artis.

Peminat setia artis pop yeh yeh ini tanpa mengira usia diharap terhibur menyaksikan Konsert Raya Pop Yeh Yeh pada 23 September 2009 (Rabu), jam 3.00 petang di TV1
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 11:08 am

Gambar Cover Album Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 38975410
Haa… ini dia gambar kulit album Dato’ Siti Nurhaliza yang berjudul Tahajjud Cinta yang akan berada di pasaran esok - 9 September 2009. jangan ketinggalan untuk mendapatkan album ini ya~

Lihat seketika pada cover album CT ni… Dengan mengenakan sepasang gaun berwarna putih kapas, Siti Nurhaliza berdiri sambil berdoa menadah tangan ke langit, berbelakangkan pemandangan sebuah padang hijau yang luas, penuh dengan rumput rampai berwarna hijau dengan sepohon pokok yang membawa maksud sebuah kehidupan dalam sebuah ketenangan. Dilembayungi awan gemawan yang memutih salju dan langit yang membiru.

Yea, Budiey rasa tema yang elok diletakkan kat sini ialah SESUCI SALJU… (bukan sesuci lebaran… hehehe). Jika kita meminta keampunan dari Tuhan, pasti hati kita akan suci semula. Itulah yang Budiey boleh interpretasi melalui gambaran awal cover album ini. Yang pastinya semua situasi tampak tenang semula. Mungkin ini yang Siti Nurhaliza mahukan kerana sedikit sebanyak ketenangan dapat memberikan satu sinar bahagia walaupun terlalu banyak dugaan yang diterima.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 38983210
Budiey ingin kongsikan juga… poster yang bakal ditampal di kedai-kedai CD… Sungguh indah~! Suka tengok busana putih kapas nih~ Agak-agak siapa designer nya. Ya.. you know who~


Budiey suka dengan poster ni. Suka dengan gaya posing Siti yang melihat ke arah lain dengan memegang tali buaian di bawah sebatang pokok. Sekadar tempat berteduh… mmm… Sesungguhnya, hidup kita kat dunia ni hanya sementara sahaja. Tempat untuk menumpang teduh seketika sementara menunggu damai abadi.

Kepada peminat Dato’ Siti Nurhaliza, jangan lupa beli yang original ~ Sebab apa? Sebabnya, semua pengisian lagu-lagu indah syahdu syahdan dalam album ini membuat kita rasa lebih mengenali siapa kita di dunia ini. Yea, betul~ ! Kita cuma seorang HAMBA.

Tahajjud CInta… mmm… pernahkah anda bertahajjud?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 11:23 am

Kisah Sedih Keluarga Ismail Din !!!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 97200910


Siapa sangka selepas pemergian Allahyarham Ismail Din - pelakon Anak Mami The Movie, Mami Jarum dan Pondok Buruk- seramai 3 daripada 5 anaknya bersama seorang balu, kini terpaksa menerima bantuan daripada rumah kebajikan. Kesempitan hidup mereka telah terbongkar apabila - Yok Sahur 2 - telah singgah di lokasi kedua iaitu di Rumah Perlindungan Rahoma Darul Fakir, di Taman Melati, di sini, tengah malam Jumaat dan awal pagi Sabtu lalu.Mendedahkan perkara ini, balu Allahyarham, Siti Zubaidah Abidin, berkata itulah hakikat kehidupan yang terpaksa mereka tempuhi selepas Ismai meninggal secara mengejut di Kota Makkah, kira-kira 4 tahun lalu

"Selepas mendapat tahu tentang kematian suami saya pada 5 Oktober 2005, dunia saya terasa gelap gelita. Memikirkan saya tidak pernah bekerja dan terpaksa menyara anak-anak yang masih bersekolah, perasaan saya berkecamuk pada mulanya. Susah untuk menyelesaikan pelbagai perkara seorang diri"

"Lalu saya mula meminta bantuan daripada badan-badan kebajikan sambil bekerja keras menjual kuih asalkan kehidupan 5 anak saya terjaga. Bagi saya apa yang paling penting ialah pendidikan. Malah itulah yang dipesan oleh arwah kepada saya dan anak-anak ketika dia masa hidupnya. Arwah seboleh-bolehnya tidak mahu anak-anak menjadi orang seni dan utamakan pengajian terlebih dahulu," katanya

Selain Zubaidah, 3 anaknya yang masih menerima bantuan daripada Rumah Perlindungan Rahoma adalah Muhammad Saifullah, 16; Muhammad Maqiuddin, 12, serta Muhammad Zaqiuddin, 8. Malah anaknya yang bongsu itu sangat comel dan bersikap agak pendiam.Kata Zubaidah lagi, sejak pemergian Ismail, mereka sekeluarga tidak lagi dapat pulang beraya di kampung. Banyak lagi perkara penting yang perlu diutamakan kerana tidak mempunyai cukup wang.

"Memang susah untuk menguruskan keluarga tanpa suami. Bagaimanapun, hidup tetap diteruskan. Saya sering nasihatkan anak-anak jangan rasa tersisih walaupun mereka tiada ayah," kata Zubaidah.

Namun 2 anaknya yang pertama, Syuja'auddin, 20, dan Thohiratun, 19, sedang menuntut di pusat pengajian tinggi dan mendapat bantuan pihak yang terbabit. Ismail telah meninggal dunia ketika mengerjakan umrah di Makkah pada bulan Ramadan 2005. Ismail berasal dari Jalan Langgar, Alor Star, Kedah dan cukup dikenali dengan lakonan komedi dan banyak berlakon dengan syarikat Metrowealth Movies dan dibimbing oleh pengarah Profesor Madya A Razak Mohaideen.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 11:27 am

Perjalanan indah Leya, Ashraf

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Hi_01176
BAIK Leya mahupun Ashraf, masing-masing bersikap toleransi dalam menjaga Asha dan Aza.

HAMPIR tiga bulan menjadi seorang ibu, Sharifah Aleya atau lebih dikenali sebagai Leya menyifatkan kehidupannya kini cukup bahagia dengan kehadiran Aza Ameena dan Asha Ameena.

Baru kini dia mengerti pengorbanan dan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk menjadi seorang ibu yang baik.

"Saya harus mengakui bahawa perjalanan hidup saya begitu indah. Tempoh tiga bulan menjadi ibu menyedarkan saya ia anugerah terindah daripada Allah buat saya," luah Leya penuh jujur.

Aza dan Asha yang dilahirkan pada 26 Jun lalu merupakan hasil perkahwinan Leya bersama suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin selepas mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2007.

Secara kronologi, Aza merupakan bayi pertama Leya apabila 'melihat dunia' tepat pukul 11.46 pagi dengan berat 1.71 kilogram (kg) dan seminit selepas itu, giliran Asha yang seberat 1.98 kg pula.

Biarpun mengecapi momen indah bersama suami dan keluarganya, Leya tidak mampu menyembunyikan kegusaran dalam tempoh empat minggu sebaik bergelar ibu.

Malah Leya mengakui, tempoh itu merupakan waktu yang kritikal memandangkan Aza da Asha merupakan bayi pra matang yang memerlukan penjagaan rapi.

Aza dan Asha sepatutnya dilahirkan pada 3 Julai namun, atas nasihat doktor Leya harus menyegerakan proses bersalin bagi mengelakkan sebarang komplikasi baik kepada dirinya mahupun anak-anaknya.

Kerana itu juga, Leya tidak mampu bersalin secara normal memandangkan leher Aza terlilit dengan tali pusatnya.

Apatah lagi berat badan Aza yang kurang menyebabkan dia perlu di letakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hampir empat minggu.

Menceritakan pengalamannya, dia dan Ashraf harus berulang-alik ke hospital setiap hari untuk melihat kondisi anak mereka.

"Syarat untuk membenarkan mana-mana bayi pulang ialah bayi itu harus memiliki berat badan melebihi 1.8 kg. Asha melepasi syarat itu manakala Aza tidak.

"Jadi, bayangkanlah betapa sibuknya kami ketika itu. Perlu mengendalikan masalah anak dan saya pula masih lagi letih dan penat.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan berkat doa ahli keluarga, Aza dan Asha kini berada dalam keadaan sihat dan bertambah comel," kata Leya yang sibuk mengendong Aza.

Kerana itu jugalah, penyampai radio Hot FM ini memohon maaf kepada wartawan kerana tidak dapat memenuhi permintaan untuk merakamkan gambar anak-anaknya.

Selain daripada berdepan dengan masalah keadaan Aza, dia juga mahu menikmati dan menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak sebelum memperkenalkan The Little Divas (panggilan untuk Aza dan Asha) kepada wartawan.

"Justeru majlis bertemu media hari ini dianjurkan untuk saya beramah mesra dengan anda semua selain memperkenalkan anak-anak kami berdua," ujar Leya sambil dipersetujui oleh suaminya pada majlis bertemu media baru-baru ini.

Anak sulung daripada empat beradik yang juga anak kepada pasangan Fatimah Abu Bakar dan Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin al-Yahya itu juga ditanya mengenai maksud dan ilham di sebalik nama anak-anaknya itu.

"Asha membawa maksud harapan dalam bahasa Sanskrit manakala Aza pula adalah nama singkatan daripada Allahyarham nenek saya.

"Ameena pula merupakan nama yang cukup saya suka sejak kecil kerana nama itulah yang sepatutnya diberikan kepada adik saya, Sharifah Aryana.

"Tetapi, entah di mana silapnya nama itu tidak digunakan lalu saya ambil dan gunakan untuk anak-anak saya," tutur ibu muda berusia 26 tahun ini lagi.

Menjadi seorang ibu pada usia yang muda, Leya yang juga seorang aktres menjelaskan, ia bukan satu masalah baginya.

Malah, menjadi seorang Sharifah Aleya memang cukup bertuah kerana ruang lingkup hidupnya sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang daripada orang sekelilingnya.

Kerana itu dia tidak mempunyai masalah dalam menjaga anak-anaknya kerana kebanyakan ahli keluarganya dengan rela hati membantunya dalam memberikan nasihat serta panduan menjaga bayi.

Bukan itu sahaja, tunjuk ajar daripada doktor juga banyak membantu Leya dan Ashraf membentuk jati diri dalam menjadi ibu bapa yang baik.

Leya juga memanjatkan kesyukuran kerana memiliki suami yang cukup bertanggungjawab serta memahami dan bijak berdepan dengan masalah membabitkan anak kembar mereka.

"Masalah utama ialah saya suka tidur dan sekelip mata sahaja akan terlelap. Bila tidur, saya memang tidur 'mati' dan tidak akan dengar apa-apa langsung. Jadi, tugas menjaga bayi waktu malam semuanya dikendalikan oleh Ashraf dan dia memang bijak dalam anak-anak.

"Itulah gunanya berkahwin dengan ahli muzik yang mempunyai banyak masa terluang," ujarnya berseloroh sambil memandang Ashraf di sisinya.

Bagi Ashraf pula, dia tidak kekok dalam hal pengendalian anak-anak kerana sudah biasa menjaga anak-anak saudaranya sebelum ini.

"Sebenarnya, menjaga anak kembar tidaklah susah mana pun. Cuma kita kena tahu bagaimana hendak melakukannya dengan cermat dan tertib tanpa perlu tergopoh-gapah.

"Semuanya saya lakukan sendiri dan Alhamdulillah, setakat ini saya mampu mengendalikannya dengan baik," katanya.

Baik Leya mahupun Ashraf, masing-masing mengakui kehidupan mereka sudah jauh berubah dan prioriti kini lebih buat anak-anak mereka.

"Kalau berada lama di luar, fikiran mula teringat pada anak-anak. Disebabkan itu, kalau ada majlis di luar kami akan segera pulang untuk bersama dengan Asha dan Aza.

"Begitu juga dengan saya, sejak kembali bertugas pada 31 Ogos lalu. Hati ini berat mahu meninggalkan anak-anak dan saya memang cemburu dengan Ashraf kerana anak-anak akan sentiasa bersama dengannya," ujarnya ketawa sambil memberitahu ibu masing-masing juga menjaga anak-anaknya jika keadaan memerlukan.

Riak bahagia dan gembira juga terpancar pada wajah Fatimah yang sibuk bergilir-gilir mengendong cucu-cucunya itu.

Menjadi seorang nenek memberi kegembiraan yang tidak terkata buat aktivis seni tersohor ini.

Malah, Fatimah sempat berkongsi cerita ketika Leya menyampaikan berita gembira itu kepada keluarganya.

"Pada hari dia melakukan pemeriksaan itu, sebenarnya dia sedikit trauma memandangkan pagi itu cermin keretanya dipecahkan.

"Kemudian, dengan ditemani Nani (Sharifah Amani) mereka berjumpa doktor. Menunggu kata-kata doktor cukup meresahkan mereka.

"Sebaik sahaja doktor mengatakan ada janin dalam perut Leya, mereka berdua terkejut dan melonjak kegembiraan. Pada sebelah malamnya, Leya datang kepada kami dan menyampaikan berita tersebut, suami saya pula yang teruja sambil menghentak meja," cerita Fatimah sambil ketawa.

Fatimah menggelarkan dirinya sebagai Tok Mama manakala suaminya pula sebagai Tok Lid (singkatan daripada perkataan Walid).

"Kelahiran cucu-cucu kami ini membawa rahmat dan ia cukup mengagumkan," katanya sambil merenung dan mencium pipi Asha berulang kali.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 11:39 am

Adakah Gavin cinta baru Amani?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Hi_02102
SEJAUH manakah hubungan Sharifah Amani dan Gavin Stenhouse? Hanya masa yang akan menentukan.

SEWAKTU Sharifah Amani hadir ke majlis berbuka puasa dan sesi memperkenalkan anak-anak kembar kakaknya, Sharifah Aleya minggu lalu, ramai yang memerhatikannya.

Bukanlah ada sesuatu yang luar biasa berlaku kepada fizikalnya melainkan rambutnya yang mula kembali panjang itu.

Tetapi, yang mengujakan hadirin pada malam itu adalah kehadirannya bersama jejaka asing yang sememangnya cukup kacak.

Jejaka berusia 23 tahun itu sebaya dengan Sharifah Amani dan mereka dilihat memiliki keserasian.

Malah, kemesraan juga cukup jelas terpancar di wajah masing-masing sewaktu melayani tetamu yang hadir pada malam itu.

Bukan itu sahaja, lelaki bernama Gavin Stenhouse itu juga tidak kekok dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang berada di majlis yang cukup meriah itu.

Lantas ramai yang mula berteka-teki adakah jejaka yang dilahirkan di Hong Kong itu merupakan teman istimewa Sharifah Amani atau lebih mesra disapa dengan panggilan Nani itu?

Sebelum ini pun, Nani sememangnya cukup berahsia tentang kehidupan peribadinya. Apatah lagi untuk berkongsi cerita tentang dunia cinta, amat sukar sekali Nani untuk membuka mulutnya.

Diusik dengan pelbagai soalan tentang hubungannya bersama Gavin, ada kalanya muka Nani menjadi merah padam dan Gavin pula hanya mampu ketawa kecil.

"Kami berkongsi minat yang sama dan kami boleh bercerita tentang apa sahaja. Cita rasa kami juga banyak yang sama lantas kami cepat mesra.

"Tentang sejauh mana hubungan kami ini, saya tidak mahu mengulas lanjut tentang soal itu kerana hubungan kami masih baru," jawab Nani ringkas.

Sebelum ini, Nani pernah digosipkan bercinta dengan Que Haidar gara-gara kedua-duanya membintangi filem Selamat Pagi Cinta.

Namun, kisah cinta itu hanya berlalu sepi dan kedua-duanya pun tidak pernah mengesahkan status hubungan mereka yang tidak lebih hanyalah sebagai pasangan pelakon di dalam filem sahaja.

Berbalik kepada persoalan cinta yang mula menguliti Nani dan Gavin, kedua-duanya tidak memberikan jawapan jelas dan menyatakan keseriusan hubungan mereka.

Mungkin kerana perasaan yang terjalin antara mereka baru sahaja hendak bercambah menyebabkan mereka berdua tidak berani untuk mengesahkan hubungan cinta mereka.

Setelah dirisik daripada seseorang yang rapat dengan Nani, memang benar mereka kini sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Malah, Nani dan Gavin juga dikatakan sering keluar bersama dan hubungan itu melangkah setapak lagi apabila mereka sudah mempunyai perasaan sayang antara satu sama lain.

Tetapi, kedua-dua mereka belum sampai ke tahap untuk mengumumkan deklarasi cinta untuk mengumumkan mereka adalah pasangan kekasih.

Sekadar menyingkap hubungan mereka yang berusia hampir dua bulan itu, mereka menjadi rapat sebaik sahaja selesai penggambaran filem terbaru KRU Studios, Hikayat Merong Mahawangsa di Terengganu.

Gavin merupakan salah seorang pelakon utama dalam filem berkenaan dengan memegang watak sebagai putera Rom manakala Nani pula adalah Pembantu Koordinator Stunt untuk filem tersebut.

Ternyata, kehadiran Gavin juga cukup disenangi oleh kedua orang tua Nani iaitu Fatimah Abu Bakar dan Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin al-Yahya yang melayan tetamu mereka dengan baik sekali.

Fatimah juga turut diusik adakah sudah bersedia bermenantukan lelaki asing dan ini jawapannya:

"Saya tidak kisah menerima sesiapa sahaja untuk menjadi menantu saya asalkan dia pandai menghormati keluarga, budaya dan agama kita.

"Dia juga perlulah harus memiliki sikap yang menyenangkan dan baik dengan orang disekelilingnya. Tetapi, semua itu berbalik kepada soal jodoh."

Bagi Gavin pula, dia cukup menyenangi sikap Nani yang begitu profesional dan menyifatkan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-19 itu sebagai seorang yang bijak dan mengagumkan.

"Sewaktu di lokasi, kami memang fokus kepada kerja dan tiada masa untuk keluar bersama. Hanya selepas tamatnya penggambaran, baru kami berpeluang untuk mengenal antara satu sama lain.

"Di sebabkan itu, saya tidak mahu mengulas lanjut tentang hubungan ini dan kita lihat sahaja perjalanannya nanti," ujarnya lagi.

Setelah lima bulan berada di Malaysia, dia sememangnya cukup kagum dengan keindahan dan kemakmuran negara ini yang di matanya tiada di tempat lain di dunia ini.

Lebih manis lagi, Gavin juga turut belajar berpuasa untuk beberapa hari dan sepanjang tempoh itu, dia belum tinggal sehari pun meskipun mengakui dugaan berpuasa itu cukup besar.

"Memang letih dan saya cepat berasa lapar. Mujurlah ada Nani yang banyak mengajar saya tentang erti serta hikmah berpuasa itu," katanya yang memang ramah itu.

Sejauh manakah hubungan Nani dan Gavin selepas ini? Adakah Gavin akan menjadi menantu kepada Fatimah dan Syed Zainal Rashid? Hanya masa dan takdir yang menentukan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 12:06 pm

Hasil WCOPA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Mainp405


SIAPA sangka pembabitannya dalam dunia lakonan membawa kejayaan apabila nama Putri Mardiana Zainal Abidin atau Nina, 27, naik secara mendadak.

Semuanya bermula apabila Nina dipilih antara peserta ke Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung pada 11 hingga 19 Julai lalu.

Nina juga mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi peserta tunggal negara untuk kategori lakonan yang dipertandingkan di sana. Belum sempat beraksi di pertandingan akhir, dia dilamar MIG Productions Sdn Bhd untuk membintangi filem Santau.

Kata Nina, tawaran yang diterima daripada produser David Teo yang memberi kepercayaan padanya untuk membawa watak utama dalam filem itu umpama mimpi menjadi kenyataan. Berbeza dengan pelakon filem lain, Nina bertuah kerana dia meraih kepercayaan David yang yakin dengan bakatnya.

Sebelum ini, Nina tidak pernah menimba sebarang pengalaman berlakon termasuk mengikuti kursus lakonan. Bercerita mengenai 'hasil' yang diraih daripada WCOPA, Nina tersenyum bangga dengan dua pingat yang berjaya dibawa pulang iaitu emas untuk kategori lakonan (usia 25 hingga 29 tahun) manakala perak untuk kategori model.

Kemenangan Nina dengan pingat emas menewaskan hampir 100 peserta yang bertanding dalam kategori lakonan. Untuk kategori model, dia dipilih menjadi jurucakap delegasi Malaysia yang bercerita mengenai keunikan dan keistimewaan di negara sendiri.

"Saya berpeluang menimba latihan intensif selama sebulan daripada pelakon Samantha Schubert. Dia banyak mengajar saya mengenai aspek lakonan seperti keyakinan membuat persembahan pentas dan teknik berlakon yang betul.

"Apabila mendapat latihan sebegini, saya tidak berdepan masalah ketika beraksi di peringkat akhir. Dalam kategori lakonan, saya terbabit membuat tiga persembahan merangkumi kategori drama, kontemporari dan terbuka.

"Menerusi kontemporari, saya turut menyelitkan kisah pengalaman dua rakan yang berdepan dengan Influenza A (H1N1). Ceritanya bermula apabila kononnya saya baru pulang dari AS dan terkena wabak berkenaan.

"Bagi kategori terbuka, saya berjaya menarik perhatian juri dengan kisah jenaka bersama kucing saya. Pada mula persembahan, saya bermonolog seolah-olah marah kepada seseorang.

"Hingga penghujung cerita, baru juri dan penonton faham sebenarnya saya berdialog dengan kucing yang menghilangkan diri sebelum pulang semula ke rumah. Saya tidak sangka, juri dan ramai penonton di sana suka dengan cerita itu hinggakan ada antara mereka ketawa besar," katanya.

Nina berkata, semua persembahannya adalah idea sendiri termasuk menyiapkan skrip dalam masa seminggu. Memberikan cabaran, setiap persembahan hanya diberi masa selama seminit. Untuk kategori drama. ia dimenangi peserta AS manakala kontemporari menjadi milik peserta Ireland.

"Ketika mula sampai di sana, saya fikir sukar untuk menang apatah lagi rendah diri dengan kehebatan peserta lain khusus dari AS yang mempunyai banyak pengalaman. Beraksi selama seminit memberikan cabaran kerana juri mahu melihat segala ekspresi sebagai pelakon.

"Namun, saya berbangga dengan kemenangan ini apatah lagi delegasi negara tidak pernah menang kategori lakonan sebelum ini. Bagi saya, kemenangan ini membantu mempertingkat karier seni saya yang baru bermula.

"Menerusi pengalaman menyertai WCOPA di sana, ia memberi pendedahan berguna kepada saya untuk belajar cara pelakon antarabangsa berlakon," katanya.

Berkongsi pengalaman ketika terbabit dengan filem Santau, Nina menyatakan ia suatu yang menarik dan banyak mengajar nya memahami karakter secara mendalam. Filem arahan Azhari Zain ini menyaksikan Nina membawakan watak utama di samping Esma Danial.

"Ada adegan ketika dipukul suami, saya jatuh pengsan hingga mendapatkan rawatan di klinik berdekatan. Boleh dikatakan banyak juga adegan saya dipukul termasuk adegan dicakar hantu.

"Dalam filem ini, saya turut dirasuk. Ketika mula penggambaran, memang agak kekok untuk berlakon, lama-kelamaan saya dapat menjiwai watak ini dengan baik dan segala berjalan lancar.

"Paling mencabar, saya memberanikan diri melakonkan adegan makan ulat. Adegan itu menggambarkan saya dirasuk dan adegan itu dibuat tiga kali.

"Biarpun, saya menempuhi banyak cabaran dalam filem ini, saya menganggap semua ini sebagai proses pembelajaran untuk menjadi pelakon yang hebat. Pada saya, bila mendapat watak sukar sebegini, ia memudahkan saya untuk mencuba watak lain selepas ini," katanya.

Ketika ini, Nina terbabit dengan penggambaran drama komedi, Mama Murai arahan Hashim Rejab dan dijayakan bersama pelakon berpengalaman seperti Kartina Aziz, Sheila Mambo, Anne Abdullah, Bob Lokman serta Intan Ladyana, Mas Muharni, Siti Zee dan Azad Jazmin.

Sebelum itu, dia terbabit dengan drama 43 Karat terbitan produksi yang sama yang turut menampilkan pelakon utama Ezany bersama Rebecca Nur Al-Islam. Dalam drama ini, Nina membawa watak Dr Zulaikha yang mempunyai hubungan cinta dengan lelaki yang mempunyai niat jahat.

"Banyak juga tawaran yang saya terima selepas pulang dari AS. Bersama MIG Productions, saya diberi peluang untuk berlakon dua drama iaitu Uda & Dara serta 43 Karat.

"Menerusi Uda & Dara yang turut diarahkan Azhari, saya menjadi anak kepada satu pasangan yang dilakonkan Bob Lokman bersama Dian P Ramlee. Bagaimanapun, saya tidak menyukai ibu tiri saya, Dian dan berlaku kisah perebutan harta dalam keluarga yang turut membabitkan abang saya iaitu Along (lakonan Shah Kassim).

"Walaupun saya bekerja ketika Ramadan, ia tidak menghalang saya untuk mencari rezeki. Selalu saya perlu berada di lokasi penggambaran seawal jam 8 pagi hingga habis lewat malam.

"Bekerja ketika Ramadan memang memberi cabaran kerana perlu menahan lapar dan dahaga. Sebaliknya, saya sudah bertekad untuk terus bekerja kerana lakonan adalah sumber pencarian saya sepenuh masa ketika ini.

"Matlamat selepas ini, saya mahu meluaskan pengalaman dalam pelbagai watak baru. Saya berhasrat untuk mencuba watak berbeza yang berpeluang menonjolkan kebolehan sebagai pelakon," katanya.

Selain sibuk dengan kerjaya lakonan yang baru dibina, nama Puteri Mardiana juga menjadi perhatian apabila kes cerainya dengan suami, Shahnaz Norwawi, 32, dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 25 Ogos lalu.

Pada hari itu mahkamah mengesahkan jatuh talak satu kerana Nina melanggar taklik yang dilafaz suaminya pada 1 Jun lalu. Pasangan ini berkahwin pada 8 Mei 2003 dan mempunyai tiga anak berusia 3 hingga enam tahun.

>Profil

NAMA: Putri Mardiana Zainal Abidin

TARIKH LAHIR: 3 Oktober 1981

ASAL: Kuala Lumpur

FILEM: Santau

DRAMA: Uda & Dara, 43 Karat dan Mama Murai

PENCAPAIAN: Pingat emas dan perak pada Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) 2009
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 12:11 pm

Bidan bangkit cemburu Kak Moon, Kak Tom

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Mainp406


AKSI lucu keluarga Pak Salih dan Pak Megat yang kelam- kabut pada petang raya menerusi Kecoh Petang Raya berjaya menambat hati penonton apabila diperkenalkan tahun lalu. Tidak hairanlah ia diteruskan lagi dalam drama muzikal istimewa Aidilfitri, Kecoh Petang Raya.......Lagi!!! yang bakal disiarkan di TV3, lebaran nanti.

Rakaman program ini sememangnya kecoh apabila dijayakan Jalil Hamid (Pak Salih) dan Harun Salim Bachik (Pak Megat) apatah lagi kehadiran Fauziah Ahmad Daud atau Ogy (Kak Moon), Adibah Noor (Kak Tom) dan Amy Mastura (Seri).

Kali ini kecoh dengan keadaan dua keluarga ini pada petang raya ditambah pula dengan penampilan watak baru yang gedik dijayakan Siti Sarah sebagai bidan kerajaan, Tuminah atau Mimie. Turut menjayakan Kecoh Petang Raya.......Lagi!! ialah Adi Putra (Adi), Zahid AF (Raihan) dan Misha Omar (Hanum).

Penerbitnya, Roslina Abd Rahman atau Ayong berkata, kesinambungan drama muzikal istimewa Aidilfitri, Kecoh Petang Raya yang disiarkan tahun lalu diteruskan lagi tahun ini dengan menggambarkan suasana kehidupan keluarga Pak Salih dan Pak Megat yang tetap kalut pada petang raya. Katanya, Kecoh Petang Raya......Lagi!!! dihasilkan atas permintaan peminat setia TV3 yang inginkan kelainan melalui telatah komedi berbanding program nyanyian yang banyak dihasilkan.

"Barisan pelakon utama masih sama seperti tahun lalu selain memperkenalkan watak baru manakala Zahid dipilih memegang watak Raihan menggantikan Lah VE yang sepatutnya memegang watak itu, tetapi tidak dapat berlakon kerana dikuarantin selepas melawat anak saudaranya yang disyaki menghidap H1N1.

"Barisan pelakon menjayakan Kecoh Petang Raya.......Lagi!!! ialah mereka yang berkebolehan melakonkan watak komedi serta boleh menyanyi.

"Kali ini keadaan tetap kecoh, tetapi bukan kerana tiada persiapan raya dibuat sebaliknya perihal anak mereka yang memeningkan kepala. Lebih menarik, penampilan watak baru, bidan kerajaan, Tuminah atau Mimie yang gedik akan menceriakan lagi suasana petang raya mereka," katanya ketika ditemui ketika rakaman Kecoh Petang Raya......Lagi!!! di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, baru-baru ini.

Kata Roslina, drama muzikal ini sesuai ditonton pada petang menjelang raya apabila ia program hiburan ringan yang menepati selera semua lapisan masyarakat.

"Bagi mereka yang rindukan kemunculan gabungan pelakon veteran dan meminati pelakon generasi baru, jangan ketinggalan untuk bersama-sama berhibur menonton program menarik ini.

"Dari segi jalan cerita, ia adalah hasil olahan skrip saya bersama Penerbit Eksekutif, Zulkeflee Mohamad Said. Jalan cerita juga lebih padat kerana ia membabitkan tempoh sejam saja.

"Untuk memeriahkan suasana turut dipaparkan lagu raya dan sesuai dengan situasi seperti Dimana Suara Burung Kenari, Yang Mana Satu Idaman Kalbu, Gembira Bersama Hari Raya dan Menjelang Hari Raya.

"Saya juga memilih pelakon yang sama kerana selesa bekerja dengan mereka. Pada masa sama, masing-masing memberikan komitmen terbaik termasuk ketika sesi pembacaan skrip," katanya.

Bagi Ogy pula, dia terima tawaran buat drama muzikal itu kerana tertarik dengan barisan pelakon dan penerbitnya sendiri.

"Saya serasi bekerja dengan mereka. Selain itu, saya juga sukakan jalan cerita muzikal ini kerana tidak perlu pening kepala dan kami hanya perlu bergembira saja sepanjang rakaman program.

"Watak saya masih sama seperti tahun lalu membawa watak isteri yang garang bernama Kak Moon yang juga isteri Pak Salih," katanya.

Drama muzikal Kecoh Petang Raya......Lagi!!! masih mengekalkan kekecohan dua jiran tetangga yang kini sudah menjadi besan iaitu keluarga Pak Salih dan Pak Megat. Namun, apakah yang terjadi kepada kedua-dua keluarga ini selepas setahun berlalu?

Kisah bermula dengan dua anak gadis Pak Megat iaitu Hanum dan Seri sudah berkahwin dengan anak lelaki Pak Salih iaitu Adi dan Raihan.

Walaupun mereka tinggal bersebelahan, tetapi tetap kecoh nak beraya di rumah orang tua masing-masing pada malam raya. Keadaan bertambah kecoh apabila orang tua mereka turut campur tangan dalam perbalahan mereka suami isteri.

Kehadiran Tuminah, bidan kampung yang baru bertugas di kampung itu membangkitkan perasaan cemburu Kak Moon dan Kak Tom. Apatah lagi, dengan karakter Tuminah atau panggilan glamornya Mimie juga nakal, gedik dan kepoh.

Pak Salih dan Pak Megat sering berkelahi dengan isteri masing-masing yang cemburu setiap kali Mimie datang ke rumah mereka untuk memeriksa kesihatan Hanum dan Seri yang sarat mengandung.

Bagaimanakah berakhirnya sambutan Syawal dua keluarga berbesan ini dan anak mereka yang pertama kali menyambut Syawal bersama pasangan masing-masing? Saksikan kisah dan telatah mereka pada raya kedua, jam 6 petang, 21 September ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 12:12 pm

Rozita Che Wan Pergi Mekah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 P_001510

Dell InspironTM14 – With RM200 Instant Cash Redemption! Rozita Che Wan kini sedang berada di Mekah kerana mengerjakan umrah. Dia berangkat pada 29 Ogos lalu dan dijangka pulang pada 15 September ini. Pemergiannya ke Tanah Suci merupakan kali kedua. Kali pertama dia menjejakkan kaki ke bumi para ambia itu enam tahun yang lalu.

Bersyukur dengan rezeki yang datang melimpah ruah, Rozita sebenarnya ingin merasai nikmat berpuasa dan mengerjakan ibadat di Mekah pada bulan Ramadan. Ditemani ibu tersayang, harapan wanita yang suka disapa dengan panggilan Ita ini ialah satu supaya dia mendapat rahmat dan ketenangan ketika beribadat.

“Saya selalu mendengar cerita keseronokan menyambut Ramadan di Tanah Suci dan memang bercita-cita untuk meraikannya pada bulan mulia ini. Syukurlah saya dapat menunaikannya juga bersama ibu tersayang,” katanya yang akan pulang lima hari sebelum menyambut Aidilfitri.
Kehadiran Syawal yang bakal menjelang sememangnya memberi makna bernilai buatnya. Setiap kali hadirnya Syawal, Rozita akan pastikan dia dapat pulang beraya di kampung. Setahun sekali pulang, tentulah masa yang terluang itu digunakan sepenuhnya untuk bersama orang tersayang.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 12:15 pm

GAMBAR CUN ROZITA CHE WAN

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 P_000511

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 P_000710

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 P_000910

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 P_001310
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 12:20 pm

Abby Abadi Gadis Kampung

Buat pertama kalinya kehidupan Abby Abadi menjadi kekampungan. Bukan kerana muflis atau dah balik kampung Raya awal dan juga bukan pergi ke rumah mertua, tapi dia berlakon dalam sebuah filem, bertajuk Jalan Merdeka (tak tahulah ianya dah keluar atau belum). Mungkin mengisahkan zaman era kemerdekaan dahulu. Selain Abby dalam filem nie, ada juga pelakon lain yang turut menjayakannya seperti, tak tahu pula gelaran mereka, (hehe) cuma nampak seperti pelakon baru-baru.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Abby_a10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Abby_a11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Abby_a12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 12:22 pm

Rusdi Ramli, Shahizey Sam berebutkan Jue Aziz

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Jue_az10


Terpesona! aduh duh duh duh! aku tlah jatuh cinta kat Jue Aziz minggu lepas! Segalanya selepas aku nonton drama khas TV3 tajuk Intan cinta ....apa ntah aku dah lupa, tapi dalam drama tu ada Rushdi Ramli ngan Sam adik Zizie izette tu.....dua dua berebutkan adik angkat sendiri, lakonan Jue Aziz yang sungguh menawan, bertudung, ayu dan anggun! aku layan drama tu sampai habis! patutlah Rushdi Ramli dan Shahizie Sam berebutkan Jue Aziz! Mulai sekarang, aku nak letakkan Jue Aziz sebagai pelakon wanita bakal menggegarkan industri filem suatu hari nanti!

Tahniah Jue Aziz, wajah mu ayu....menawan tak jemu aku pandang terutama bila dia pakai tudung dalam drama tu! Semoga Jue Aziz terus berjaya di persada dunia lakonan! korang tengok tak drama tu...best gilerrrrr! tajuknya....apa tah tapi tayang malam hari Merdeka lepas.....harap ada ulang tayang lah!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 12:26 pm

(Gambar) Panas Aliff Aziz Bercium Dengan Gadis Bulu Lebat

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Aliffa10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Aliffa11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Aliffa12

Al-kisah’nya, Aliff Aziz yang popular dengan lagu Sayang-Sayang telah di’kantoikan oleh orang di luar sana dengan aksi’nya bercium bersama seorang gadis, yang berbulu lebat..erkss. Lain kali kasi wax la dulu dik non oii, buruk beno haa…

Well, adegan bercium-cium sudah menjadi lumrah biasa dalam dunia hiburan. Gamak’nya kalau tidak bercium, memang tak sah.Aku ingin tahu juga apa yang bakal di’katakan oleh Aliff Aziz. Tolong jangan berikan alasan skeptikal seperti, ‘Gambar di-superimpose’ dan ‘Itu hanya’lah lakonan’. Aku sudah bosan!

Berikan jawapan seperti, ‘Lelaki itu bukan saya’ atau ‘Memang saya yang cium, so what?’. Kan ke lebih kool begitu. Aku pasti, kau akan lebih popular di sini
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 5:31 pm

Anak-Anak Norman Terima Auntie Memey

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Memey10


Sejak kes khalwatnya, nama Memey Suhaiza seakan sudah sinonim dengan kontroversi. Terbaru, isu dia menemani Norman Hakim dan tiga orang anaknya menziarah ibu Norman di Kuantan, Pahang ketika cuti sekolah.

Seperti yang dilaporkan di ruangan Normah Becok ('Dengarnya...: Kasihan Abby Abadi') Jumaat lalu, kontroversi timbul apabila Abby Abadi yang telah meminjamkan keretanya kepada Norman, tidak mengetahui Memey akan ikut sama.

Memey pula kononnya memburukkan lagi keadaan apabila menghantar SMS kepada Abby untuk bertanyakan tentang anting-antingnya yang telah hilang, dipercayai mungkin terjatuh di dalam kereta Abby.

"Perkara itu tidak seburuk yang disangka. Bagi saya, tidak perlu di cerita atau di kongsi dengan sesiapa. Apa yang sebenarnya berlaku, biar saya, Norman, Abby dan Tuhan saja yang tahu," jawab Memey yang ditemui tengah hari tadi ketika majlis pelancaran program istimewa Aidilfitri TV3 dan TV9 di 1-Utama.

"Saya tak mahu keruhkan keadaan dengan memberi sebarang komen. Lebih yang saya katakan, lebih buruk orang nampak saya. Lagipun cerita ni takkan habis jika saya komen."

Namun, tidak dinafikan yang dia ada mengikut Norman dan anak-anak pulang ke Kuantan. Kehadirannya sekadar untuk menolong.

"Bagaimana dia (Norman) nak memandu kereta dan jaga tiga orang budak? Anak bongsunya pun masih bayi lagi. Saya sebagai orang yang rapat dengannya dan kebetulan hari itu tidak ada penggambaran, saya pun temankan dia sambil tolong jaga baby."

Pertemuan pertama dengan anak-anak Norman
Dedah Memey, itulah kali pertama dia berjumpa dengan anak-anak Norman yang mesra memanggilnya 'auntie Memey'. Menurutnya, tidak disangka mereka dapat menerimanya dengan hati terbuka.

"Penerimaan mereka terhadap saya okay. Saya pun agak terkejut. Mereka tahu apa yang berlaku, walaupun perkara yang remeh. Mereka mungkin budak kecil tetapi cara percakapan mereka seperti orang dewasa. Di sebalik apa yang berlaku, mereka dapat menerima kehadiran saya.

"Danish seorang budak yang sangat 'open' dan mudah mesra. Dania mengambil masa untuk menerima saya. Tapi lepas dia tengok saya okay, dia dapat menerima saya sepenuhnya. Selepas itu, dia menjadi sangat rapat dengan saya, taknak berjauhan. Pergi mana, nak saya ada sekali."

Tambah Memey, sejak hari itu, mereka masih berjumpa, adakalanya keluar berjalan-jalan dan berbuka bersama.

Raya bersama keluarga
Untuk Raya tahun ini, Memey akan menghabiskan masa seminggu bersama keluarga di Felda Tenggara Selatan, Johor. Jika sebelum ini biasa menyambut Syawal di rumah atuk, tahun ini rumah baru ibu (kos pembinaan dikongsi bersama Memey dan adik-beradiknya) menjadi lokasi utama sambutan Raya.

Adakah Norman akan singgah di rumah untuk beraya bersama keluarganya? Kata Memey yang masih belum mahu mengiyakan perhubungannya dengan Norman, perkara itu belum dibincangkan lagi.

"Jika dia ada kelapangan mungkin dia akan singgah. Lagipun kedua-dua keluarga sudah saling mengenali."

Bagaimana pula dengan perancangan perkahwinan? "Saya serahkannya pada jodoh. Saya perempuan, jadi tak manis untuk bercakap lebih tentang perkara ini. Dan buat masa ini, saya pun tak mahu fikirkan lagi tentang perkahwinan. Saya nak fokus pada karier.

"Alhamdullilah, kerjaya saya berjalan dengan lancar. Saya sedang menjalani penggambaran untuk drama 44-episod 'Cinta Balqis', 'Dunia Belum Kiamat' dan musim ketiga 'Roda-Roda KL'."
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 5:33 pm

Lisdawati Rasa Rugi Tak Puasa

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Lis10


Sarat mengandung anak keduanya yang sudahpun berusia 7 1/2 bulan, Lisdawati memberitahu dia hanya sempat berpuasa dua hari saja sejak bermulanya Ramadhan. Jelasnya, dia telah disarankan doktor agar banyak makan untuk bayinya.

"Tapi rugi tau bulan puasa tak dapat puasa. Tak terasa nak raya," kata Lis dalam nada kesal.

Berbanding pengalaman mengandung anak pertamanya, anak yang dikandungnya ini sangat aktif. Walaupun doktor meramalkan jantina bayinya itu perempuan, ramai yang mengatakannya lelaki. Buat Lis, tidak kisah apa jantina anaknya asalkan dia sihat.

Sejak disahkan mengandung, Lis banyak berehat di rumah dan menjaga anaknya.

"Tanggungjawab mencari rezeki itu diletakkan sepenuhnya pada Fauzi (Nawawi). Kesian juga pada dia. Bila habis pantang nanti, saya akan mula dengan kerja penggambaran walaupun saya susu badan sepenuhnya. Tapi kerja outstation tu, saya akan tolak."

Dijadualkan bersalin pada bulan depan, sempat lagi Lis beraya tahun ini bersama suami dan anak sulung mereka, Nur Aini Farhana, 15 bulan, di Kuala Lumpur dan Pantai Remis, Perak.

"Persiapan raya sederhana saja, lebihkan pada anak. Untuknya, saya sediakan empat pasang baju sementara saya dan Fauzi, dua pasang seorang."
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeWed 09 Sep 2009, 5:39 pm

Calon Gadis Melayu: Kami Sudah Berubah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Gd10


"Gambar-gambar itu diambil pada tahun 2007, 2008. Biarlah perkara yang dah lepas. Mengapa nak dibuka balik cerita lama? Lagipun kami bukan lagi gadis di dalam gambar-gambar itu. We are different people now dan program 'Gadis Melayu' telah banyak mengubah diri kita," luah Shazfinas Hashim atau mesra disapa Finas apabila ditemui tengah hari tadi selepas majlis pelancaran program istimewa Aidilfitri TV3 dan TV9.

"Saya tahu sukar untuk kami buktikan pada masyarakat yang kami sudah berubah. Kalau kami pakai tudung, nanti dituduhnya kami hipokrit. Apa saja yang kami buat, orang tetap akan label kami 'gadis sosial'. Yang boleh saya katakan, perubahan itu berlaku di dalam diri kita," katanya bagi pihak dirinya dan teman-teman lain.

Rasanya, rata-rata sudahpun tahu kisah 'hangat' di sebalik segelintir calon musim kedua 'Gadis Melayu'. Ekoran dari tersebarnya gambar-gambar panas Sharifah Jasmine Soraya, latar belakang setiap calon di selidik teliti para pelayar Internet. Finas, antara gadis yang tidak terkecuali dari melihat gambar-gambarnya menjadi tatapan umum.

"Akan tiba satu masa di dalam hidup seseorang itu di mana timbulnya keinginan untuk berubah. Ya, sebelum ini saya sering berparti. Tapi takkan saya nak parti seumur hidup? Tahun ni, pada usia 21 tahun, saya berjanji pada diri sendiri akan fokus pada pelajaran dan kerjaya," ujar Jasmine.

"Saya tahu saya tidak boleh tutup mulut orang. Mereka boleh berkata apa saja. Saya tak ambil kisah. Bagi saya, hanya mereka yang rapat dengan saya boleh menilai saya. Setakat tengok gambar dan nak menilai tu, tak payahlah."

Sejak tersebarnya gambar-gambar tersebut - dedah Jasmine, dia tahu siapa gerangan orangnya itu dan sudah setahun mereka tidak bertegur - dia enggan membiarkan dirinya ditewaskan dengan apa yang dilihat sebagai kisah lamanya. Kongsinya, kawan-kawan itu sudah ditinggalkan, begitu juga tabiat minumnya. Malah, sudah lama dia tidak pergi 'clubbing'.

"Saya kini hanya memandang ke hadapan. Bagi saya, tiada gunanya mengungkit kisah lama. 'Gadis Melayu' adalah platform untuk saya terus maju ke hadapan. Program ini telah menyedarkan saya kepada banyak perkara.

"Jika sebelum ini saya seorang yang mementingkan diri sendiri, tugasan bersama anak-anak yatim (dalam Episod 5) contohnya, telah membuka mata saya untuk lebih menghargai ibu bapa, keluarga, kawan-kawan baik dan apa yang saya ada.

"Saya juga banyak terhutang budi pada kawan-kawan di 'Gadis Melayu' yang tidak putus memberikan sokongan, nasihat dan kata-kata semangat pada saya."

Tambah Nadiah Adrianna, "Program 'Gadis Melayu' sebenarnya telah banyak mengubah diri kami. Ia menyedarkan kami bahawa masih ada ruang untuk kami perbaiki diri, menjadi individu yang lebih baik di masa depan. Dan itulah harapan kami."
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeThu 10 Sep 2009, 9:13 am

Nana diceraikan melalui telefon

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Ne_04_22
SITI NORDIANA bersama Faizal dan anak mereka,
Muhammad Rayyan Nakhaie ketika saat bahagia.


AMPANG - Setelah lebih seminggu berdiam diri, penyanyi popular, Siti Nordiana Alias, 25, yang dikenali dengan nama Nana akhirnya mengaku sudah berpisah dengan suaminya yang juga pelakon, Faizal Yusof pada 26 Ogos lalu dengan talak dua melalui telefon.

Faizal yang mendirikan rumah tangga dengan Siti Nordiana pada 29 April 2006 sebelum ini pernah melafazkan talak satu ke atas bekas isterinya itu awal Ogos lalu juga menerusi telefon.

Menurut Siti Nordiana, penceraian yang berlaku bukan disebabkan kehadiran orang ketiga seperti yang diuar-uarkan masyarakat sebelum ini.

"Kami berpisah kerana masing-masing tidak ada persefahaman dan sering berbeza pendapat sejak awal perkahwinan lagi," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Masyhur 1Malaysia di Hotel D'Palma di sini semalam.


Last edited by sally_eiyna on Thu 10 Sep 2009, 10:35 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeThu 10 Sep 2009, 10:34 am

(Gossip) Alif Aziz Menyesal Penyebaran Gambar Panas !!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Aliff-10
Aliff sedar kesilapan itu telah menjejaskan imejnya dan redha
dengan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan


"Saya akui telah lakukan kesilapan besar itu di Singapura. Sejujurnya, saya amat menyesal dan berharap semua yang tersinggung dapat memaafkan saya," luah penyanyi Aliff Aziz dan nada kesal berhubung isu gambar 'panas' yang sedang tersebar di internet.

Gambar yang mempamerkan aksi Aliff bercium dengan seorang perempuan yang dikatakan di sebuah kelab itu kini hangat diperbincangkan di dalam forum dan blog-blog di internet.

Menurut penyanyi kelahiran Singapura ini, dia sedar kesilapan itu telah menjejaskan imejnya tatkala dirinya sedang mengukir nama di persada seni dan terpaksa redha dengan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan.

"Sukar untuk saya gambarkan betapa menyesalnya saya dengan perkara ini. Saya pun baru saja tahu tentang penyebaran gambar itu di internet.

"Saya manusia biasa dan saya memang tidak terlepas dengan kesalahan. Tetapi macam mana pun, itu bukan satu 'escape' untuk saya 'lepaskan' diri.

"Saya bertanggungjawab dengan apa yang tersebar itu. Benda dah terjadi, jadi saya kena tanggung akibatnya. Ibubapa saya juga amat sedih bila dapat tahu tentang perkara ini.

"Sebab itulah saya tidak mahu menjelaskan dengan terperinci tentang hal ini. Apa yang boleh saya katakan, saya sangat menyesal dengan apa yang berlaku dan ini adalah satu pengajaran kepada saya supaya menjadi lebih matang," kata Aliff yang kini berada di Kuala Lumpur untuk aktiviti promosi dan sesi fotografi.
Ditanya bilakah insiden itu berlaku, dalam nada perlahan, penyanyi berusia 18 tahun ini akui ia adalah gambar-gambar lama.

Bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut sama ada insiden tersebut berlaku ketika dia masih berada di bawah umur.

"Saya tak mahu ulas tentang itu," ujar penyanyi yang melonjak namanya menerusi lagu Sayang Sayang.
Aliff juga enggan mengulas lanjut siapakah perempuan di dalam gambar itu.

"Seperti yang saya katakan tadi, tak perlulah saya terangkan lebih-lebih. Saya sendiri tidak ingat bila gambar itu diambil dan saya juga tidak berapa pasti siapa perempuan itu kerana kami berada di sana di dalam satu kumpulan.

"Dan saya tidak tahu apa niat orang yang menyebarkan gambar itu. Saya tidak mahu cakap sama ada ini adalah sabotaj atau tidak kerana apapun, saya akui itu adalah silap saya.

"Maafkanlah kesilapan saya dan saya cukup berharap peminat-peminat akan terus menyokong karier saya. Buat masa ini, saya dah tak tahu apa lagi yang boleh saya buat selain meminta maaf kepada semua," kata Aliff yang tidak mahu mengulas di mana insiden itu berlaku.

Apa-apa la Aliff berani buat berani tanggung,semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran di masa depan. Awak tu artis semua nampak apa awak buat.Bukan untuk Aliff jer artis-artis kat luar malahan awek2 dan jejaka2 kat malaysia. Beware..!!!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeThu 10 Sep 2009, 10:38 am

(Gambar) Hans Isaac Selebet Macam Bangla !!!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 01359810

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 01359811

Apalah Motif Pengarah dan pelakon yang berkaliber ni,slebet semacam jer.Nak cakap putus cinta dengan si dia yang dah kahwin dah basi...kekasih baru mungkin dah ada. Tak hendsome langsung,kalau bangla lalu sure dia kata " Eh Abang..Mana Pigi !!!! Razz apa KOmen U alls mengenai Jejaka Malaya ni !!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 01359812
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeThu 10 Sep 2009, 10:42 am

Zizie Zulkifli selamat melahirkan baby boy !!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 10525_10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 10525_11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 10525_12

Tulus jiwa ramadhan bin bayu utomo radjikin, nama anak Zizie Zulkifli ni simbolik juga nama anak zizie ni.Zoom suka tengok baby masa baru lahir.harum semerbak bak kata orang tua-tua bau baby baru lahir adalah bau yang hampir sama dengan haruman di syurga.kepada ayah2 dan ibu2 yang pernah melahirkan anak tentu pernah terbau haruman anak yang baru lahir
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeThu 10 Sep 2009, 10:45 am

Siti Nordiana mengaku sudah diceraikan dengan talak dua

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Nana11
Siti Nordiana Alias mesra dengan panggilan Nana.


JIKA sebelum ini masalah yang melanda perkahwinan antara Siti Nordiana Alias atau mesra dengan panggilan Nana bersama suaminya, aktor Mohd Faizal Yusup, menjadi tanda tanya, namun Nana yang ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Noraniza Idris Production (NIP) dan Fantasia Music City (FMC) di Hotel De Palma, Ampang, menceritakan segalanya kerana ingin semua pihak jelas dengan masalah ini.

Nana, 25, yang kelihatan tenang ketika ditemuramah para wartawan menjelaskan bahawa tindakannya memfailkan penceraian terhadap Faizal, 31, kerana sudah tiada lagi persefahaman antara mereka dan Faizal telah bertindak melafazkan cerai kepadanya sebanyak dua kali dalam bulan yang sama.

"Nana masih belum lagi failkan permohonan (cerai) tersebut, ikutkan dalam minggu ini tetapi sekarang Nana agak sibuk jadi mungkin dalam minggu depan Nana akan failkan di mahkamah Seremban.

"Nana tak boleh nak tunggu selepas raya kerana dia dah lafazkan cerai pada Nana dengan talak dua dan pihak mahkamah juga nasihatkan Nana untuk failkan dengan kadar yang segera.

"Sebenarnya dia dah lafaz ceraikan Nana sebanyak dua kali dalam bulan yang sama iaitu bulan Ogos yang lalu, kali pertama tu dia ceraikan Nana dengan talak satu, tetapi kami rujuk kembali secara bersendirian dan pada hujung Ogos dia lafazkan lagi sekali dengan talak dua.

"Jadi Nana rasa dah tak boleh nak tangguh lagi dan memang Nana dah nekad untuk berpisah dengan dia," jelas Nana yang telah banyak melakukan solat hajat dan mendapat petunjuk bahawa berpisah adalah jalan penyelesaian yang sesuai.

Ditanya apakah punca sebenar keretakan rumah tangganya bersama Faizal, Nana hanya mengatakan mereka sudah tidak sependapat dan tidak mahu mendedahkan punca lain kerana perkara ini masih belum mendapat pengesahan dari pihak mahkamah.

"Puncanya hanya kami sudah tiada persefahaman, kami sudah berbeza dari segi pendapat itu sahaja... punca yang lain Nana tak boleh nak dedahkan lagi buat waktu ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Faizal12
Mohd Faizal Yusup.


"Ikutkan dia dah ceraikan Nana dengan talak tiga, tapi lafaz dia pada kali pertama tu masih tidak dapat dipastikan lagi sah atau tidak.

"Dari awal perkahwinan lagi kami sudah selalu berselisih pendapat, tetapi kami sentiasa cuba untuk menyelamatkan perkahwinan kami, cuma kali ini Nana rasa dah tak boleh nak diselamatkan lagi...

"Pintu hati Nana juga buat masa ini sudah tertutup untuk bersama dia semula dan memang Nana dah nekad untuk berpisah," ujar Nana yang turut memberitahu dia diceraikan hanya melalui panggilan telefon yang dibuat oleh Faizal.

Menurut artis yang berasal dari Negeri Sembilan ini juga, perkahwinannya bersama Faizal bukanlah satu kesilapan yang dilakukan sebaliknya Nana menganggap semua ini sebagai satu pengajaran dalam meneruskan hidup.

"Bagi Nana perkahwinan ini bukan satu kesilapan, sebaliknya satu pengajaran buat Nana untuk meneruskan hidup selepas ini.

"Faizal bukanlah seorang lelaki yang jahat, dia pun banyak mengajar Nana erti kehidupan dan menjadi seorang yang kuat.

"Walau apa yang terjadi selepas ini, dia masih lagi merupakan kawan Nana dan Nana dah bersedia untuk teruskan hidup tanpa seorang suami.

"Nana kira bernasib baik kerana perkara ini berlaku semasa Nana masih muda, sekurang-kurangnya Nana masih mampu untuk bekerja lagi untuk membela nasib Nana dan anak kami, Muhammad Rayyan Nakhaie," kata Nana yang sudah lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Faizal.

Kini Nana hanya menunggu detik untuk memfailkan permohonan cerainya dan akan buat penampilan semula dalam industri hiburan setelah semua masalahnya dapat diselesaikan kelak.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeThu 10 Sep 2009, 10:46 am

Vanidah harap tidak dibandingkan dengan Erra

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Vee1110
Vee menggantikan tempat Erra Fazira untuk watak CJ dalam Cuci The Musical


DI dalam filem Cuci arahan Hans Isaac kira-kira dua tahun lalu, watak CJ telah dipegang oleh aktres dan penyanyi popular Erra Fazira. Namun, untuk pementasan Cuci The Musical di Istana Budaya (IB), Vanidah Imran pula bakal membawakan watak tersebut.

Tutur pelakon yang mesra disapa Vee ini, dia menyambut baik tawaran yang diberikan oleh kawan baiknya, Hans, dan menganggap itu adalah rezekinya.

Tetapi, kata Vee, seboleh mungkin dia tidak mahu karektornya sebagai CJ sewaktu dipentaskan di IB bermula 23 Oktober hingga 8 November dibandingkan dengan lakonan Erra sewaktu di dalam versi filem dulu.

Sebagai pelakon, kata isteri kepada aktor Rashidi Ishak ini, dia menganggap itu sebagai satu cabaran dan akan melakukannya mengikut acuan tersendiri, tanpa mengikut lakonan sesiapa.

"Saya berharap tidaklah dibandingkan dengan Erra. Lagipun, pemilihan saya ini bukan dibuat oleh Hans seorang, tetapi keseluruhan 'team' produksi.

"Dan saya sendiri tidak mahu fikirkan tentang hal itu. Apa yang penting, saya seronok dapat sertai produksi ini dan saya akui, kali ini lakonan untuk karektor saya itu sangat selamba dan 'natural'," ujar Vee yang ditemui pada majlis pelancaran teater muzikal itu di IB, kelmarin.

Selain Vee, Adibah Noor juga turut membintangi muzikal arahan bersama Datuk Zahim AlBakri dan Harith Iskander itu dengan memegang watak Farah yang sebelum ini dibawa oleh Umie Aida, manakala empat watak utama filem tersebut turut dikekalkan di dalam teater muzikal ini iaitu Hans sebagai Khai, Afdlin (Fairil), Awie (Jojo) dan C'Tan (AC).

Tenaga kreatif teater muzikal ini turut didukungi oleh Stephen Rahman-Hughes yang bertindak selaku koreografer, Raja Maliq (pereka set), Douglas Lim dan Pacai (penulis lirik dan komposer)

Mengulas lanjut tentang watak CJ yang dibawanya itu, akui Vee, dia berdepan dengan cabaran tersendiri apatah lagi dia bukan saja hanya berlakon, malah perlu menyanyi dan menari.

"Dalam muzikal itu, saya perlu menyanyikan tiga buah lagu yang mana dua daripadanya adalah nyanyian bersama Hans. Sekarang ini kami sedang menjalani latihan vokal dan pada masa yang sama berlatih menari.

"Tapi apa yang saya suka dengan teater ini, lagu-lagu akan dibuat mengikut kesesuaian suara saya. Malah, sesi latihan mereka juga bukan latihan biasa, tetapi sangat terperinci.

"Mereka ada sediakan replika set sewaktu latihan yang mana saya tidak pernah lalui sepanjang pembabitan saya dalam bidang teater," kata Vee yang kali terakhir muncul di pentas teater menerusi Mahsuri yang dipentaskan pada bulan April lalu.

Ujar ibu kepada dua cahaya mata ini, dia bersyukur rezekinya di dalam bidang ini semakin mencurah-curah. Walaupun jadual hariannya semakin bertambah sibuk, Vee tidak pernah mengeluh dan merasakan peluang yang diterimanya itu perlu digunakan sebaik mungkin.

"Selain sibuk dengan latihan Cuci The Musical, saya juga perlu berkejar ke set penggambaran filem Misteri Jalan Lama arahan Afdlin.

"Kalau ikutkan, saya selalunya tidak bekerja pada bulan Ramadan, tetapi nampaknya kali ini perlu bekerja sehingga raya.

"Cuti raya pun tak lama kerana raya ketiga saya sudah kena kembali berlatih untuk teater. Tetapi saya tetap bersyukur kerana rezeki tidak putus dan sering mendapat projek yang bagus.

"Alhamdulillah, suami juga memahami dan dia tidak kisah selagi saya mendapat 'jobs' yang bagus," tutur Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 ini.

Secara ringkasnya, teater terbitan syarikat milik Hans, Tall Order Productions ini mengisahkan empat orang adik-beradik iaitu Fairil (Afdlin), Khai (Hans), Jojo (Awie) dan C'Tan (AC) yang menjalankan perniagaan 'Cuci-Cuci Services', sebuah syarikatyang mengendalikan perkhidmatan mencuci tingkap, dengan harapan satu hari nanti syarikat mereka akan diberi peluang untuk memberiperkhidmatan kepada Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Harapan mereka menjadi kenyataan apabila Cuci-Cuci Services telahdijemput untuk memasuki pertandingan mencuci tingkap Olimpik (WWO -Window Washing Olympics), sebuah pertandingan yang diselenggara oleh Citi Jasmin atau lebih dikenali sebagai CJ (Vanida) yang manapemenangnya akan berpeluang mencuci tingkap KLCC.

Dalam mengecapi impian mereka, pelbagai kisah suka dan duka dilalui oleh empat beradik ini.

Tiket-tiket berharga RM43, RM63, RM113, RM153, RM173, RM193, RM213 danRM253 boleh dibeli di Istana Budaya atau secara online diwww.axcess.com.my dan menerusi talian hotline iaitu 03-7711 5000

Tiket-tiket yang dibeli sebelum Hari Raya juga akan mendapat diskaun sebanyak 20 peratus.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeThu 10 Sep 2009, 10:46 am

Din Beramboi tak akan merapu lagi bila jadi hos 'talk show '

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Din01110
Din Beramboi menghiburkan para pendengar Era dengan personalitinya yang 'kelam-kabut', merapu dan gelagat lucunya. -foto MSTAR

SALAH satu daya penarik program radio stesen Era "Riuh Pagi Era" ialah personaliti deejaynya, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad yang 'kelam-kabut', merapu dan gelagat lucunya.

Keletah lucu dan bersahajanya menyebabkan para pendengar ketawa tak kering gusi. Kerana itu jugalah, Din Beramboi khabarnya telah dilamar untuk menjadi pengacara program talk show (rancangan temu bual) dan gameshow lepas Hari Raya ini.

"Selepas Raya, saya beralih tumpuan kepada televisyen pula. Talkshow itu bukan sembarangan talk show biasa, tetapi satu 'komedi pintar'. Saya tidak akan mengada-ngada lagi.

"Para penonton dapat merasai kespontanannya kerana saya akan menyampaikan secara bersahaja. Ia bukan dibuat secara paksa-paksa lagi seperti pelawak Mr Bean," katanya ketika ditemui sebelum majlis berbuka puasa dan pelancaran album 'Drama Sebabak Raya' di Hotel Bouvelard, Mid Valley City baru-baru ini.

Album 'Drama Sebabak Raya' ialah album khas Hari Raya Aidilfitri yang menggabungkan sketsa dan pilihan lagu-lagu Hari Raya popular dan malar segar.

Selain Din Beramboi, sketsa-sketsa itu turut diserikan dengan kemunculan beberapa orang penyampai popular ERA seperti Ray, Adi, Burn dan Nana.

Sketsa-sketsa mencuit hati diselang-selikan dengan lagu-lagu raya yang popular. Artis-artis dalam album itu termasuk Saloma, P.Ramlee, Azlina Aziz, Ziana Zain, Uji Rashid, Sanisah Huri, Hail Amir, Jamal Abdillah dan Yasin.

Ketika diminta mengulas lanjut tentang intipati talk show itu, Din Beramboi memberitahu dia cuba tidak mengetengahkan isu-isu semasa kerana isu-isu tersebut sering dipaparkan di media.

"Saya tidak boleh terlalu memikirkan isu-isu semasa. Ini kerana orang ramai boleh menonton isu-isu semasa dikupas pada segmen berita televisyen.

"Saya ingin mengetengahkan sesuatu isu yang mungkin sudah dilupakan tetapi masih menarik untuk dikupas kini. Misalnya sesuatu perkara yang nostalgik seperti perkahwinan seseorang itu. Kalau dah tak ingat perkahwinan dulu-dulu boleh diingatkan semula," kata Din Beramboi.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Din02110
Din Beramboi bakal mengacarakan talkshow dan gameshow selepas Hari Raya ini.

Daripada butir katanya, Din Beramboi sudah memberikan bayangan bahawa talk shownya yang bakal bersiaran di Astro Warna selama setengah jam setiap episod pada awal tahun depan adalah unik.

Malah tutur Din Beramboi yang mengilham idea dan konsep talkshow ini, dia akan membuat talkshow dalam keadaan rileks dan 'cool'.

"Talk show itu disediakan untuk semua lapisan ozon (masyarakat). Setiap episod talk show akan membawakan aksi "stunt"... "stunt"nya minimum tetapi menarik, tidak membahayakan diri sendiri dan penonton," katanya sambil menggeletek hati para wartawan yang menemuramahnya.

Rancangan temubualnya itu menurut Din Beramboi, hanya membariskan dirinya sendiri dengan seorang lagi teman. Dia bagaimanapun tidak dapat mendedahkan nama talk show itu kerana ia adalah tertakluk kepada perubahan produser.

Sementara itu, rezeki semakin mencurah-curah buat Din Beramboi kerana selain talk show, Din Beramboi turut ditawarkan mengacarakan game show secara solo selepas Hari Raya ini.

"Berkenaan dengan game show itu, ia macam satu program game show ala ragging, "Takashi" di Jepun. Para peserta yang tidak boleh jawab akan kena 'didera'.

"Hukumannya lebih ekstrem di Jepun. Bagaimanapun, saya akan cuba menjadikannya lebih 'mesra' kepada para peserta," kata Din Beramboi yang tidak dapat memberikan gambaran detail lagi memandangkan masih belum menerima skrip game show itu.

"Kalau ada rezeki, game show itu bakal disiarkan pada awal tahun depan," katanya yang turut terlibat dalam sitkom.

Walaupun sibuk terlibat silih berganti dengan talk show, game show dan sitkom, Din Beramboi bukan seseorang artis yang mengendalikan secara sewenang-wenangnya.

"Saya kena jaga kualiti hidup dan kerja agar seimbang. Kedua-duanya kena berkualiti..Biarlah saya ambil kerja dengan komitmen tinggi," kata Din Beramboi yang sama-sama menekankan kepentingan kualiti dan kuantiti.

Untuk sambutan Hari Raya ini, Din Beramboi memberitahu dia masih bekerja sehingga ambang Hari Raya.

"Pada malam Raya nanti, saya masih kerja dengan Aznil "live" di Kuala Lumpur.

"Kami akan jadi rempit boy malam itu... kami akan akan merempit di studio... lepas itu, kami terus merempat di studio," guraunya.

Mengenai album khas 'Drama Sebabak Raya' itu, Din Beramboi memberitahu, album itu mengandungi petikan daripada sketsa spontan Aznil Nawawi dan dirinya yang dirakamkan untuk Riuh Pagi Era.

"Sketsa tersebut belum ke udara lagi. Mereka yang memiliki CD ini dapat melihatnya terlebih dulu," katanya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeThu 10 Sep 2009, 10:49 am

Anak Raja Azmi, Puteri Suraya pernah panggil tunangnya, Shadan 'uncle'


BIARPUN telah saling mengenali selama 13 tahun, perasaan cinta antara mereka hanya wujud awal tahun ini.

Lewat petang semalam, majlis pertunangan antara anak perempuan sulung produser filem Raja Azmi, Puteri Suraya Mohd Jalani dengan pengarah filem, Mohd Shadan Hashim selamat disempurnakan di kediaman Raja Azmi di Ukay Perdana.

Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 200 sanak saudara dan kenalan rapat itu, rombongan pihak lelaki dengan wakilnya, Hamid Hashim yang juga abang sepupu Mohd Shadan telah membawa bersama lima dulang hantaran.

Ruang tamu pula dikosongkan untuk menempatkan pentas sementara. Pentas yang menggunakan warna putih sebagai warna temanya berlatarkan sehelai kain putih yang bergantungan dari lelangit.

Jambangan bunga-bunga dihias cantik di kedua-dua sisi pentas sementara kelopak-kelopak bunga mawar yang berwarna-warni bertaburan di persekitaran pentas.

Lima dulang hantaran mengandungi cincin, manisan, senaskhah Al-Quran, telekung dan tepak sirih sementara pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Ayah Puteri Suraya, Mohd Jalani bertukaran dulang dengan abang sulung bakal anak mertuanya, Kamaruddin Hashim.

Sementara dibalas oleh tujuh dulang pihak perempuan yang berisi dengan halwa betik, coklat, songket dan persalinan baju, anggur hijau, cup cakes dan tepak sirih serta jam tangan.

Puteri Suraya yang berpakaian kebaya moden bermotifkan bunga tampil anggun di pentas pertunangan. Dia cantik persis keayuan ibunya Raja Azmi.

Majlis pertunangan dimulakan dengan bacaan doa sebelum disusuli perbincangan mengenai pernikahan antara kedua-dua pihak.

Dalam perbincangan tersebut, wakil Raja Azmi, Amir Yusof yang merupakan kawan rapat keluarga bersetuju menerima lima dulang hantaran tersebut dengan bersyaratkan majlis pernikahan Mohd Shadan-Puteri Suraya perlu diadakan pada 20 Februari tahun depan.

Wakil Mohd Shadan, Hamid Hashim yang juga abang sepupu telah bersetuju memenuhi syarat pihak perempuan.

Sehubungan itu, kedua-dua pihak saling bertukar dulang-dulang hantaran. Ayah Puteri Suraya, Mohd Jalani bertukaran dulang dengan abang sulung bakal anak mertuanya, Kamaruddin Hashim.

Nor Khadijah Hashim secara simbolik mewakili adiknya (Mohd Shadan Hashim) telah menyarungkan cincin pada jari manis Puteri Suraya.

Selesainya pertukaran dulang, kakak Mohd Shadan, Nor Khadijah Hashim secara simbolik mewakili adiknya telah menyarungkan cincin pada jari manis Puteri Suraya.

Puteri Suraya tersenyum manis apabila jari manisnya bersarungkan cincin emas. Raja Azmi kemudian terlibat dalam sesi fotografi bersama seisi keluarganya selepas itu.

Raja Azmi berkata kepada suaminya: "Bang, ini macam semasa kita berkahwin dulu. Dan tiba-tiba, kita mempunyai tiga anak yang sudah besar."

Komen Raja Azmi itu mengundang hilai ketawa para tetamu yang hadir. Raja Azmi turut meminta jurugambar mengambil foto ibunya, Laliah Abdullah, Puteri Suraya dan dirinya.

Kata Raja Azmi: "Inilah tiga generasi kami. Jika anak saya mempunyai anak nanti, maka lahirlah empat generasi." Isteri kepada pemain badminton negara ini jelas tidak sabar-sabar menanti kedatangan hari pernikahan anak perempuannya sekali gus berpeluang untuk menimang cahaya mata.

Majlis diakhiri dengan jamuan berbuka puasa.

PUTERI SURAYA DIAM-DIAM JATUH CINTA

Sementara itu, Puteri Suraya ketika diminta berkongsi kisah percintaannya dengan Mohd Shadan berkata: "Titik pertemuan kami dah agak lama, malah sangat rapat untuk hampir 13 tahun.

"Lepas kerja dengannya di bawah satu bumbung. Kemudian kami baru rapat. Saya memang dapat merasakan keserasian tapi tidak rasa perhubungan itu berhasil kerana saya memanggilnya uncle.

"Bila mama kata okey baru kami berani meneruskan percintaan itu," luah gadis yang rupawan itu.

Menurut Puteri Suraya, dia memang berhajat untuk mendirikan rumahtangga pada usia muda memandangkan ibunya Raja Azmi berkahwin ketika berumur 21 tahun lagi.

"Dulu, memang saya ingin membina keluarga.. Sanak-saudara selalu berkata, Mama berkahwin ketika berumur 21 tahun.. Setiap tahun, saya mendengar nasihat mereka. Bila Shadan melahirkan perasaan cintanya, hati saya terus membisik "It's him"," ujar Puteri Suraya yang bekerja sebagai editor Komik Anak-Anak Sidek.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Dsc01310
Mohd Shadan Hashim ceria selepas pertunangannya dengan Puteri Suraya berjalan lancar.

Tentang konsep perkahwinannya tahun depan, Puteri Suraya berkata, ia berkonsepkan 'vintage' dengan khemah-khemah dipasangkan di perkarangan rumah.

"Resepsi dan pernikahan akan berlangsung di rumah ibu bapa saya sendiri seperti mana pada malam ini," jelasnya.

Ditanya apakah keistimewaan Mohd Shahdan, anak perempuan sulung Raja Azmi ini menjelaskan dia serasi dan selesa bersama 'uncle'nya (Mohd Shahdan)."Sebelum ini, perhubungan kami berdua adalah atas dasar kerja. Bila lagi matang, dia meletakkan saya pada satu tahap yang lain. Dia lihat saya sebagai seorang wanita.

"Saya berasa selesa dan serasi bersamanya.. Dari situ, saya rasa 'secure'. Saya tahu dia (Shahdan) ialah seorang lelaki yang baik dan sangat berdedikasi," katanya.

MOHD SHADAN TERTARIK KERANA SIFAT SEDERHANA PUTERI

Sementara itu, Mohd Shahdan menyifatkan bakal isterinya itu seorang yang lemah-lembut dan mengamalkan sifat sederhana."Waktu bekerja, dia sangat 'schronized'...Bila dia bekerja, dia boleh adapt," katanya peluang bekerja bersama Puteri Suraya telah memberikan keyakinan kepadanya untuk melahirkan perasaan cinta kepadanya.

Mohd Shadan memberitahu, dia terpaksa mempertaruhkan nasibnya semasa meluahkan perasaan cintanya yang terpendam di hati.

RAJA AZMI BERKENAN KERANA SHADAN TIDAK AMBIL KESEMPATAN DAN BERIMAN

Dalam perkembangan berkaitan, ibu Puteri Suraya, Raja Azmi menyedari mereka saling bercinta apabila mereka selalu tengok perlawanan bola sepak melibatkan Manchester United bersama-sama.

"Dulu, kalau dia mengantuk, dia terus naik tidur. Sekarang dia (Puteri Suraya) akan menemani Shadan sampai dia balik," katanya.

Ditanya kenapa dia sanggup menerima Shadan sebagai menantunya, Raja Azmi secara spontan menjawab dia ingin menimang cucu-cucu.

"Saya nak anak-anak cucu.. Walaupun dia merupakan pengarah filem, dia tidak ambil kesempatan dari situ... dan saya mendidiknya macam anak saya juga.

"Dia seorang yang sangat beriman," katanya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeThu 10 Sep 2009, 10:52 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Dsc01210

Wakil Raja Azmi, Amir Yusof (berbaju merah dan bersongkok putih) dan wakil Mohd Shadan, Hamid Hashim (tiga dari kiri) yang juga abang sepupunya terlibat dalam sesi perbincangan mengenai pernikahan antara kedua-dua pihak.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Dsc01311
Ayah Puteri Suraya, Mohd Jalani bertukaran dulang dengan abang sulung bakal anak mertuanya, Kamaruddin Hashim.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitimeThu 10 Sep 2009, 10:54 am

Nana tak akan menyanyi lagi sebab rasa suara tak sedap


PASTINYA puasa tahun ini agak berbeza buat penyampai radio Era, Nurul Hana Che Mahazan atau Nana, 26, yang telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohamed Raqeem Brian Abdullah, 35, pada 6 Jun lalu.

Nana yang ditemui pada majlis pelancaran album 'Drama Sebabak Raya' di hotel Boulevard, Midvalley menceritakan bagaimana dia menyambut ramadan pada tahun ini bersama suami tercinta.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Nana_i10


Nana seronok bercerita mengenai menyambut ramadan bersama suaminya, Brian, ketika ditemui pada majlis pelancaran album 'Drama Sebabak Raya' di Boulevard Hotel, Midvalley. - foto mStar Online

"Menyambut puasa bersama Brian 'ok'...seronok sangat. Kami bangun sahur bersama dan Nana masak, tapi tiga hari pertama je...

"Selepas tu Brian dah tak nak bangun bersahur. Dia pun tak kisah sebenarnya, dia masuk Islam pada Januari tahun ini, tapi dia dah mula belajar berpuasa sejak dia kecil lagi.

"Tahun ni dia puasa dan tak pernah ponteng lagi, Nana tak paksa dia, dia sendiri yang nak berpuasa penuh.

"Dia juga sangat berminat nak belajar pasal agama Islam, dia selalu tanya maksud-maksud doa dan ayat Al-Quran yang kita baca, Nana nak terangkan pun Nana bukanlah pandai sangat, jadi Nana printkan dari Internet dan Nana bagi pada dia," kata Nana yang akan bercuti seminggu pada Raya tahun ini.

Nana turut menceritakan kenangan bersama Brian di mana mereka terlepas waktu bersahur dan hanya sempat untuk minum air sahaja.

"Ini mungkin kami tak akan dapat lupakan, kami terlepas waktu bersahur, pada mulanya kami dah bangun dan minum air banyak-banyak, lepas tu kami tidur balik sebab rasa mungkin sempat lagi, sebab awal.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Asfasd10
Nana dan suami tersayang meniti hari-hari bahagia.


"Bila dah tidur tu, sedar-sedar tengok jam dah pukul 7.30 pagi... jadi hari tu kami hanya sempat minum air sahaja," jelas Nana sambil ketawa.

Menurut Nana juga, dia tidak menghadapi masalah untuk menjaga suaminya itu kerana tidak begitu banyak masalah dan sentiasa faham dengan keadaan Nana.

"Bagi Nana, Brian senang untuk dijaga, dia tidak ada sebarang masalah dan dia juga ada kata, dia terima seadanya apapun setelah berkahwin dengan Nana.

"Tapi yang Nana agak geram, bila Nana ada event dengan Era, dia mesti tak nak ikut, orang selalu tanya Nana, mana Brian dan Nana tak tahu nak jawab apa.

"Brian ni jenis yang tak suka pergi ke event atau sebarang majlis, dia kata kalau dia ikutpun, Nana sibuk dengan kerja... nanti dia terpaksa duduk seorang diri.

"Kalau pasal masakan dia tiada masalah, kadang-kadang dia tak bagi Nana masakpun... berbuka hanya beli je kat kedai, senang," ujar Nana.

Ditanya sama ada Nana sudah mempunyai tanda-tanda untuk mendapat 'baby', Nana mengatakan dia masih lagi belum mempunyai sebarang tanda, namun Nana mengatakan dia ingin cepat menimang cahaya mata.

"Rezeki tu belum ada lagi... tapi Nana kalau boleh nak cepat dapat anak, hari ni jugak nak dapat anak.

"Kami masih lagi mencuba dan Nana tidak membuat sebarang perancangan, semuanya kami serahkan pada rezeki Tuhan.

"Kalau cepat dapat rezeki tu, cepat la Nana dapat anak," katanya.

Nana yang juga berlakon di dalam filem 'Maut' arahan Bade Hj. Azmi ini baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk drama bersiri terbitan Astro 'Kau dan Aku', namun Nana mengatakan dia tidak begitu suka berlakon dan ingin lebih memberi tumpuan terhadap kerjayanya sebagai penyampai radio.

"Nana baru sahaja selesai berlakon untuk drama bersiri terbitan Astro iaitu 'Kau dan Aku', tapi Nana rasa tak begitu suka sangat untuk berlakon, Nana nak memberi tumpuan lebih pada kerjaya Nana sekarang.

"Nana juga tidak akan menyanyi lagi sebab Nana rasa suara Nana tak sedap dan Nana tidak mahu cari makan dengan cara menganggu periuk nasi orang lain.

"Lebih baik Nana tumpu pada kerja sebagai penyampai radio sahaja," kata Nana yang kini sudah lima tahun bekerja sebagai penyampai radio Era.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 8 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 8 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 7, 8, 9, 10, 11  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions