|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 3:18 pm | |
| mai masuk umah baru ni..... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 3:47 pm | |
| Zach 'X-Factor' tu islam ker?He start his career in entertainment industry as a singer of a group X-Factor unber KRU label. Then he start acting in some dramas and movies. His handsome face really adorable. He has a muscular body but it's hard to get any of his shirtless pics. He is a Sarawakian native. Full Name : Zachery Anak Francis Ubu Place of birth : Kuching,Sarawak Race : Others Language : Malay Career : Actor, Singer Skill : Acting, Singing |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 3:57 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 3:59 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 4:08 pm | |
| Bila Faezah Elai Bertudung Lihat lah kepada orang wanita yang memakai tudung, memang kelihatan cantik dan anggun. Lebih-lebih lagi mereka yang berstatus artis, pemakaian tudung sepertinya menjadi satu kewajaran kepada mereka sekiranya ada hal-hal tertentu sahaja. Faezah Elai, seorang pelakon yang boleh dikatakan mahu mengubah keterampilan kepada yang lebih terkini dalam pemakaian tudung, namun macam itu lah, pakai tudung masih dedah sana dedah sini. Apa-apa pun tahniah lah kepada artis yang menjinak-jinakkan dalam pemakaian tudung, sementara waktu masih ada. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 4:10 pm | |
| Maizawati Tabah Dengan Sikap Akhil
Bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal atau lebih dikenali sebagai Maiza, yang bercerai dengn penyanyi itu pada 15 Julai lalu, Maiza sendiri akui memang sudah lama mengetahui tentang hubungan cinta antara bekas suaminya dan penyanyi lagu-lagu ‘World Music’ itu. Bahkan, Maiza pernah memberitahu yang Akhil pernah meminta izin darinya untuk menikahi Waheeda pada Februari lalu. Namun, selepas itu Akhil dilaporkan terus senyap dan meninggalkan rumah tanpa ada khabar berita untuk berkahwin dengan sang kekasih.
Ditanya kepada Maiza mengenai perkahwinan Akhil dan Waheeda pada hari kelmarin,(16/
“Apa pun, saya dah tahu mereka memang mempunyai hubungan sebelum ini dan masyarakat boleh menilai dari awal cerita sehingga hari ini iaitu bermula dari gosip sehingga ke jinjang pelamin. Saya tak mahu memberikan komen lanjut tentang hal ini cuma yang saya boleh katakan apa yang digembar-gemburkan selama ini adalah benar,” jawab Maiza
Pedih bagaimanapun perasaan yang dirasai sekarang, tidak perlulah dihebahkan kepada semua namun tekadnya lebih untuk menguatkan semangat untuk menghadapi hari muka.
“Saya tak jangka mereka akan bernikah dalam masa terdekat ini. Apa-apapun saya berserah dan berbalik kepada Allah. Yang baik itu selalu datang daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan saya sendiri..,” luahnya sambil melemparkan senyuman ayu mengalahkan Waheeda |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 4:11 pm | |
| Nieyl Mentor Dapat Anak Perempuan Masih kenai lagi peserta Mentor musim kedua yang bernama Nurilylia Jailani atau Nieyl yang berkahwin dengan Dazma Shah Daud pada Oktober 2008, kini mereka berdua baru saja dikurniakan seorang cahaya mata sulung, minggu lalu. Bayi comel dan sihat itu dinamakan Damia. Bayi seberat 3.45 kilogram itu dilahirkan Pusat Perubatan Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center). Tahniah lah diatas perkhabaran ini tapi gambornyer tak de pla |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 4:13 pm | |
| Ashraf Sinclair Pandai Bahasa Indon Aku tengah tengok sinteron Sekar kat Prima..tetiba ada seorang pelakon yg cukup aku kenal..si Ashraf, laki BCL tuh... Gosipnya kat sini, Ashraf ni slang Indon dia cam macam org Indon betul dah...naik menyampah lak aku..aku teringat seorang pelakon Indon berlakon dgn Amani dalam Sayang You Can Dance...lupa tah namanya. ok je guna slang Indon walaupun filem Malaysia..tp dia ni cam bangga giler guna slang Indon.. wataknya dalam citer ni anak orang kaya yang baru balik dari Kuala Lumpur..senangnya dia lupa slang orang melayu kat Malaysia |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 4:16 pm | |
| Brian, suami Nana AF bertatoo?
Mungkin tatoo ini dipasang sewaktu dia belum menukar agama kepada Agama Islam, tak kisah lah kan. Tapi hukumnya macam mana pula ya? Ada sesiapa boleh terangkan? |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 4:17 pm | |
| wah...baguih mekna kak hg ni dah x dan nak cari bhn.. dok sibuk wat koje cari mkn... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 4:18 pm | |
| Shila OIAM |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 4:19 pm | |
| - azwin wrote:
- wah...baguih mekna
kak hg ni dah x dan nak cari bhn.. dok sibuk wat koje cari mkn... yela..xpe..demi prc ku gagahkan jua.. keje mekna ade..cuma xsesibuk kak awin la time mekna bz adalah ujung thn |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 4:22 pm | |
| Gambar Almy Nadia
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 4:24 pm | |
| Nabil Mentor bersama ibunya |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 4:29 pm | |
| Sabrina Ali dan Ariyana SEJAK bujang, Sabrina Ali Dad Khan, 29, menjalani kehidupan tenang tanpa kontroversi menghantui diri. Sehinggalah dia mendirikan rumah tangga dengan Mohd Shahrin Abdul Halim, 38, pada 21 Mei 2006, tidak pernah sekali dirinya disapa gosip panas. Kerjaya seninya ditangani dengan baik kerana itulah janji Sabrina kepada ibunya, Zaitun Mohd Haslam ketika dia memilih menjadi anak seni untuk tidak meletakkan dirinya sebagai sasaran gosip. “Impian saya untuk menjadi penari profesional, tetapi tidak kesampaian jadi apabila mama membenarkan menceburi dunia lakonan, saya perlu menjaga kepercayaan diberikan mama dengan baik. Biodata Sabrina Ali Nama Penuh: Sabrina Ali Dad Khan Tarikh Lahir: 26 Jun 1980 Asal: Kuala Lumpur Karier: Pelakon Hobi: Menonton wayang dan melayan bayi Suami: Mohd Shahrin Abdul Halim Tarikh Lahir: 7 Oktober 1971 Asal: Singapura Karier: Perunding Acara Hobi: Tidur Anak: Ariyana, 2 tahun |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 4:34 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 4:49 pm | |
| Tudung Ct Dah Jadi Ikutan Chef Pulak..!! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 4:52 pm | |
| Bicara Aur Dengan Tebing Siri 2 Lakonan Lisdawati, Julia Ziegler
BICARA AUR DENGAN TEBING SIRI 2 KEMBALI TEMUI PENONTON TV2 MULAI 20 OGOS 2009
Kemunculan gadis bernama Mia dengan perwatakan ‘bodoh-bodoh alang’ lakonan Rita Rudaini yang menjadi mangsa deraan kakak kandung sendiri yang dibawakan wataknya oleh Jasmin Hamid pernah menarik perhatian penonton mengikuti drama bersiri tontonan ramai, Bicara Aur Dengan Tebing disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun lalu. Namun penghujung episod itu sekadar terhenti apabila watak si kakak, Yeen ditinggalkan suaminya begitu sahaja apabila dia memutuskan berkahwin dengan wanita lain.
Begitu pun kemunculan watak Mia kali ini dijayakan oleh Lisdawati bergandingan dengan Fauzi Nawawi sebagai pasangan suami isteri di samping masih mengekalkan Jasmin Hamid memegang watak kakak yang kejam dikenali Yeen menerusi Bicara Aur Dengan Tebing Siri 2 sepanjang 26 episod kembali disiarkan mulai 20 Ogos 2009, setiap Khamis, jam 9.30 malam di TV2.
Bicara Aur Dengan Tebing Siri 2 bermula dengan babak dimana Mia melawat Yeen di Hospital Bahagia dan cuba mengembalikan ingatan kakaknya itu menerusi diari milik Yeen. Sebagai seorang adik, Mia rasa bertanggungjawab untuk menjaga kakaknya yang mengalami tekanan perasaan itu.
Namun Mia terpaksa berdepan dengan kerenah Datin Mimi dan Laila, anak gadisnya yang begitu mendendami Mia kerana Faizal telah memilih Mia sebagai isterinya. Sedangkan Datin Mimi yang juga ibu saudara kepada Faizal bersungguh mahu menjodohkannya dengan Laila, anaknya. Mujur Halimah, ibu Faizal begitu memahami pilihan hati anaknya itu dan berbesar hati menerima Mia sebagai menantunya meskipun sedar Mia tidak seperti gadis lain kerana menghidapi Dylexia.
Kesibukan Mia menguruskan Yeen menyebabkan seringkali timbul perselisihan faham antara Mia dengan suaminya, Faizal. Apatahlagi sejak Mia membawa pulang Yeen dari rumah sakit jiwa ke rumahnya perhatian Mia banyak dicurahkan kepada Yeen. Meskipun keputusan Mia membawa kakaknya kurang disenangi Faizal namun dia terpaksa beralah dengan kehendak isterinya itu. Sangkanya Yeen berubah namun rupa-rupanya episod deraan Yeen terhadap Mia masih berterusan. Pada masa sama ketika itulah juga Laila mula memainkan peranannya untuk menggoda Faizal dengan bantuan Datin Mimi.
Satu hari tanpa diduga, ketika berjoging bersama Mia, Yeen terserempak dengan bekas suami yang pernah mengkhianatinya, Razuan. Ketika itu semarak dendam di hati Yeen kembali membara untuk mengganggu kehidupan Razuan. Begitu pun hakikatnya Razuan sememangnya sedang dilanda kemelut dengan rumahtangga barunya yang dibina bersama Dina. Dina tidak pernah menghormatinya sebagai suami. Malah seringkali memalukannya ketika berdepan dengan pekerja syarikat yang lain kerana angkuh dengan jawatannya sebagai Pengarah Syarikat.
Dalam diam Yeen mula mengatur rancangan untuk mengenakan Razuan dengan cara mengubah penampilannya untuk meraih perhatian Razuan. Razuan mahu dimusnahkannya secara perlahan-lahan. Sementara itu, Mia mula cemburu dengan perhatian lebih diberikan Faizal kepada Laila yang telah dibomohkan oleh dua beranak itu.
Lalu bagaimanakah Mia mengatasi tekanan dan kekejaman dilakukan Yeen terhadapnya? Mampukah dia mempertahankan rumahtangga dibina bersama Faizal? Apa pula yang terjadi kepada Yeen yang mahu membalas dendam terhadap bekas suaminya itu? Segalanya bakal terjawab apabila anda meluangkan masa menonton Bicara Aur Dengan Tebing Siri 2 sepanjang 26 episod kembali disiarkan mulai 20 Ogos 2009, setiap Khamis, jam 9.30 malam di TV2. Selain Jasmin Hamid, Lisdawati dan Fauzi Nawawi, drama ini turut dibintangi Aida Aris, Sheila Mambo, Hamidah Wahab, Arash Mohammad dan Julia Ziegler. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 5:19 pm | |
| Maizawati Bakal Jadi Penyanyi Nasyid?
KL, 18 OGOS 2009: Sejak bercerai dengan penyanyi dan penceramah Akil Hayy, Murai Batu dengar macam-macam perancangan sedang dibuat Maizawati Zainal, 33, demi untuk mengharungi hidup sebagai ibu tunggal.
Selain mengusahakan bisnes tudung Myza Collection, Maiza juga dikatakan bercadang mahu menjual baju kebaya raya dan kek cokelat sempena Aidilfitri akan datang.
Dan yang terbaru, Maiza khabarnya dalam perancangan untuk menyanyi lagu nasyid pula. Baru-baru ini, ada sumber telah melihat dia menghadiri sebuah perjumpaan mesyuarat bersama beberapa pihak termasuklah dari Yayasan Pembanguan Nur Hikmah sendiri yang telah diketuai Dato' Ameer Soekre Ishak.
Perjumpaan itu telah diadakan bagi membincangkan secara terperinci tentang konsep album yang akan dihasilkan untuk Maiza nanti. Amboi, hebat betul Maiza sekarang ini. Dalam senyap-senyap, ada saja projek yang diusahakan oleh beliau kerana ramai sangat yang mahu membantunya.
Khabarnya, Maiza juga ditawarkan untuk berlakon dalam sebuah klip video. Tapi, tak pastilah Murai Batu klip video apa yang dilakonkan Maiza itu tapi yang penting, pintu rezekinya semakin terbuka. Begitulah sedikit sebanyak yang boleh Murai Batu kongsikan tentang perkembangan Maiza dan berharap semuanya baik-baik belaka |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 5:22 pm | |
| Salahkah Kalau Saya Ini Andartu?
: Apabila Haliza tampil menerbitkan filemnya, Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Cinta, ada pihak yang ketawa sinis. Mereka berkata itulah dirinya yang sebenar yang sememangnya andartu! Namun Haliza, 36, tidak cepat melatah atau melenting. Sekurang-kurangnya dia tidak hipokrit. Dia juga akui tidak tersinggung dengan cakap orang kerana telah bersedia. "Saya dah tak kisah pun apa orang hendak kata. Sebaliknya, memang saya sudah agak ini semua akan berlaku. Saya tak nafikan anda antara segelintir babak dalam filem ini adalah diri saya tetapi adakah ia satu kesalahan? "Ya tidak segan untuk akui saya antara artis dalam golongan andartu. Mungkin ia masih satu tabu kepada sesetengah pihak. Bukan saya pernah minta untuk jadi andartu pun. Semua soal jodoh dan saya redha. "Cuma orang kita suka memandang serong. Kahwin salah, tak kahwin pun salah. Kalau saya tidak bangkitkan isu ini, sampai bila pun golongan andartu ini akan rasa lemah, tersisih dan rendah diri tak bertempat," katanya. Sambung Haliza lagi seseorang wanita itu berhak untuk memilih jalan hidupnya sendiri. Kalau dia hendak jadi andartu, biarkanlah. Kenapa perlu mengata mereka? Kenapa perlu mempersoalkan tindakan mereka itu? "Disebabkan pandangan serong masyarakat, mereka akhirnya berada di dalam dilema dan terpaksa berkahwin walaupun bersama lelaki yang tidak begitu dicintainya. Akhirnya... banyak yang bercerai juga! "Tetapi, ada yang sanggup bergelar janda daripada memegang status andartu kerana terlalu bimbangkan cakap-cakap orang di sekeliling. Bukan saya hendak berpaksikan masyarakat di Barat, tetapi kalau di sana, wanita yang berusia macam saya, baru memikirkan tentang soal kahwin. "Seperkara lagi, tentu ada hikmahnya jika seseorang wanita itu lambat bertemu dengan jodohnya. Semuanya itu bukan disengajakan tetapi ketentuan Tuhan juga. Jadi, janganlah mencemuh orang yang masih belum berkahwin," katanya dengan berani. Sementara itu, Haliza terus aktif dalam menerbitkan lebih banyak karya yang menarik di bawah syarikat produksinya sendiri iaitu Layar Pictures Sdn Bhd. Diarahkan Din CJ yang pernah mengarahkan drama bersiri Cinderella yang menampilkan Haliza dan Ahmad Idham sebagai teraju utama, filem terbaru itu turut mengetengahkan ramai pelakon lelaki yang berkaliber dan popular. Mereka adalah Datuk Rahim Razali, Fahrin Ahmad, Azhar Sulaiman, Fizo serta Shah Rukh Khan Malaysia serta ArieWibowo daripada Indonesia. Malah, Haliza turut mengundang adik iparnya iaitu rocker Awie untuk membintangi filem tersebut. Kata Haliza, memang dia sudah lama berhasrat untuk menebitkan filem sulungnya itu tetapi ia terpaksa diperam beberapa kali kerana menghadapi beberapa masalah teknikal termasuk rombakan pada skripnya. "Akhirnya dengan bantuan seorang penulis bernama Sophia J. Rhylant, saya memperolehi apa yang saya inginkan kerana dia dapat menterjemahkan apa yang saya mahukan kerana idea dan cerita asal Andartu Terlampau… 21 Hari Mencari Cinta ini adalah daripada saya sendiri. "Apa yang saya harapkan daripada filem ini adalah dengan krisis ekonomi yang melanda dunia ketika ini, masyarakat boleh bergelak ketawa menerusi filem saya ini. Bila orang dengar judulnya saja, orang sudah ketawa. "Itulah yang saya mahukan untuk penonton. Saya tidak mahu mereka berfikir banyak-banyak, cuma enjoy tatkala menonton filem ini. Tapi ia bukan komedi yang slaptik tetapi romantik," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 5:30 pm | |
| Siti melantunkan pula lagu popularnya Ku Mahu, Aku Cinta Padamu dan Di Taman Teman. Ketika mendendangkan lagu Aku Cinta Padamu |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 5:33 pm | |
| Isma, Toi, Faizal Masuk Sehati Berdansa?
Ini lagi pasal Sehati Berdansa musim ke-3 yang bakal diterbitkan Astro. Murai Batu dengar gosip tentang nama-nama yang telah disebutkan atau yang telah dipancing untuk menyertai saingan terbaru tidak lama lagi.
Macam-macam nama terbit dan antara mereka termasuklah bekas peserta AF7, Isma dan suaminya Zul 2 By 2 dan Toi AF6. Hai, confirmed ke? Tapi hidu-hidu, macam dah confirmed ajer.
Kata sumber, selain Isma dan Toi, Superman Malaysia, Faizal Tahir juga kemungkinan akan menyertainya. Waa, mesti ada aksi terbang-terbang kalau Faizal masuk. Tapi bukankah isterinya bertudung?
Murai Batu dengar lagi beberapa nama besar dari kalangan artis dan ahli sukan akan menyertainya program itu tapi buat masa ini biarlah kita siasat dulu siapa mereka. Malah ada yang cakap Erra & Emran serta Aaron Aziz dan isterinya yang low-profile itu juga dilamar.
Murai Batu cuma nak tengok siapa selepas Shidee & Vanidah serta Lisdawati & Fauzi Nawawi akan menjadi juara Sehati Berdansa 3 kelak. Adakah artis atau giliran ahli sukan pula merampas trofi?
Sementara itu, ada beberapa nama di sini yang Murai Batu terfikir kalau-kalau mereka juga layak menyertainya. Antara mereka ialah Rita Rudaini & Aidil Zafuan, Nabila Huda & Zaidi, Alex Yoong & Ariana Teoh, Adlin Aman Ramlie & Imelda, Darling Ngasri & Nur Azlin, Aida & Joe Radzwill, Velvet & Rich, Nana ERA & Brian, Awie & Rozana Misbun serta Ruhil Amani & Jamie Wilson.
Selain itu, Salina Saibi, Shalin Zulkiflie, Maya Karin, Ruhil Amani, Jeslina Hashim, Hafiz Hashim (pemain badminton), Eizlan Yusofi dan Dynas boleh juga menyertai pertandingan itu bersama pasangan masing-masing. Haa, kalau hendak lebih sensasi Rosnah Mat Aris dan suami mudanya pun boleh juga cuba, pasti rating mencanak! Apa-apun, kita tunggu saja sidang media pengenalan peserta Sehati Berdansa 3 tidak lama lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 19 Aug 2009, 5:41 pm | |
| Dari Norman Untuk Shireen “bagi Saya SHiReen Sangat iStimeWa. Selain memaHami HiDuP SeRta KaRieR, Dia juga bijaK tangani SituaSi, PanDai SimPan RaHSia, baiK, tegaS Dan SemPuRna untuK Saya,” jelaS nORman KRu Dengan WajaH ceRia SelePaS SaH beRgelaR Suami KePaDa DR. SHiReen maRDZiaH HaSHim.
Abang sulung kepada anggota kumpulan KRU, Yusry dan Edry ini juga memanjatkan kesyukuran apabila hasratnya untuk mencari bakal isteri bukan dari kalangan artis tercapai jua. “Saya dah buat keputusan bertahuntahun yang lalu untuk mendirikan rumah tangga dengan individu yang bukan dari kalangan artis atau terlibat dengan dunia hiburan. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga.
“Sebenarnya, kalau boleh saya tak nak hebohkan perkahwinan ini kerana ia adalah sesuatu yang peribadi tetapi bila difi kirkan kembali, memang tak boleh. Oleh sebab itulah maka saya buat juga majlis pernikahan ini secara sederhana dengan menjemput wartawan serta kenalan rapat sahaja kerana yang penting ialah lafaz akad dan kenduri doa selamat,” katanya lagi.
Pasangan mempelai Norman dan Shireen sedondon menggayakan busana putih rekaan sederhana namun elegan. Tarikh keramat 7 Ogos 2009 menjadi pilihan untuk memeterai janji sehidup semati. Dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Datuk Mohamad bin Hashim, Norman Abdul Halim, 37 tahun, sah bergelar suami kepada Shireen yang berusia 44 tahun, dengan sekali lafaz di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara. Majlis yang dihadiri oleh tetamu kehormat Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan isteri iaitu Cik Puan Muda Julita Aishah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta beberapa kenalan artis seperti Mawi, Ekin, Maya Karin, Dato’ Shake dan Fara Fauzana.
“Alhamdulillah, akhirnya semua dah selesai dan saya amat gembira dengan perkahwinan ini. Meskipun jarak umur kami agak ketara namun saya langsung tak rasa kekok kerana selama bekerja, saya banyak bergaul dengan individu yang lebih matang dan lewat usia. Disebabkan itulah saya sangat selesa bersamanya.
“Awalnya, kami hanya berkawan tetapi bila dah kerap berjumpa perasaan cinta dan sayang itu datang tiba-tiba. Saya pernah berbual dengan Yusry dan Edry mengenai perasaan ini dan mereka merestuinya. Sejak itu hubungan kami bermula dan selepas dua tahun menyulam cinta, saya bertekad untuk mengambil Shireen menjadi isteri yang sah,” jelasnya yang memilih New Zealand sebagai destinasi bulan madu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 12:11 pm | |
| Scha-Fahrin tunggu masa sesuai ‘ikat kasih’
Scha tunggu masa sesuai untuk berkahwin dengan Fahrin. -foto mStar oleh SITI AZIRA IKLAN Celcom yang menampilkan pelakon, model dan pengacara Fahrin Ahmad dan pelakon, model dan pengacara Scha kini menjadi bualan hangat. Isunya berlaku apabila kedua-dua pelakon ini saling berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dan sayang dalam iklan itu. Kemudian Fahrin mengajak Scha berkahwin dengan mengantar SMS ‘Jom Kahwin?’ dan Scha membalas ‘Nak..sangat..”. Gaya dan persembahan lakonan masing-masing tampak begitu comel dan bersahaja sehingga membuatkan ramai yang tertarik untuk menontonnya. Seperti yang diketahui, Fahrin memang bergelar duta Celcom manakala Scha pula pernah diundang berlakon dalam iklan Celcom sebelum ini. Umum juga mengetahui Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir dan Fahrin telah menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan yang lalu. Lantas apabila ditawarkan untuk bergandingan bersama, ia bagai satu peluang yang tidak patut ditolak malah Scha menganggapnya sebagai rezeki. “Saya terima sebab optimistik dan kalau nak kata profesional nanti ‘klise’ sangat,” jawabnya yang sentiasa ceria dan manis. Iklan itu bagaikan suatu petanda atau ‘hint’ yang mengatakan mungkin mereka akan mendirikan rumah tangga dan Scha sendiri tidak menafikan atau mengiyakan dakwaan itu. “Saya dan dia memang tengah memikirkan untuk ke arah itu cuma kita belum tahu bila masanya. “Tapi kami tak rancang untuk berkahwin dan semuanya bergantung kepada jodoh kerana kami baru kenal lebih kurang setahun,” luah Scha yang turut mengangguk apabila diusik Fahrin adalah ‘Mr. Right’ bagi dirinya. Sambil tersenyum comel Scha berkata, “Sekarang, kami sedang sibuk mencari duit untuk kahwin dan ikutkan dulu saya pernah sasar untuk berkahwin sebelum usia 28 tahun. “Mak saya juga berpesan untuk mencari duit sebelum berkahwin dan saya pun fikir untuk stabilkan kewangan dulu. “Kami hanya mengharapkan yang terbaik dan sedang berusaha sebelum mendirikan rumah tangga.” Scha ditegur Rosyam kerana lambatSemalam, Scha yang terlewat hadir ke majlis pelancaran filem ‘Libas’ yang turut dilakonkan oleh Rosyam Nor telah ditegur secara baik oleh pelakon, pengacara dan produser popular itu. Bagi Rosyam, sebagai artis baru Scha tidak sepatutnya terlewat lebih-lebih lagi majlis itu diadakan secara besar-besaran dan melibatkan VIP dan tetamu lain. Antara tetamu yang hadir adalah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Datuk Wong Kam Hoong, pelakon tersohor Tan Sri Jins Shamsudin, produser Ahmad Puad Onah, produser dan pengarah urusan MDAG Marketing Sdn. Bhd., Mohamed Azlan Ghazali serta produser dan pengarah Datuk Yusof Haslam. Namun, menurut Scha, dia sudah memaklumkan kepada produser filem itu, Mohamed Azlan tentang kelewatannya kerana terlibat dengan sesi fotografi untuk drama bersiri ‘Awan Dania’ musim kedua yang tidak dapat dielakkan. “Saya dah minta maaf dengan Abang Rosyam kerana memang salah saya dan dia kata tak boleh buat macam ni. “Saya akan jaga dan tidak mahu hal seperti ini berlaku lagi kerana rasa tak seronok. “Susah juga hendak mengatur jadual sebab semuanya saya lakukan sendiri dan hanya mengikut apa yang ditentukan. “Biarpun begitu, saya tak terfikir untuk mengambil pengurus dan lebih suka mengurus secara sendiri kerana saya bukan jenis percaya pada orang,” ujarnya yang hanya mempunyai seorang pembantu peribadi. Guna pakai idea RosyamBercerita mengenai pengalamannya ketika bekerja dengan Rosyam menerusi filem ‘Libas’ arahan Jurey Latiff Rosli, gadis berasal dari Sungai Petani, Kedah ini berkata Rosyam banyak memberi tunjuk ajar kepadanya agar dia setaraf dengan pelakon itu. “Saya tak pernah terlintas untuk berlakon dengan Abang Rosyam sebelum ini kerana dia selalunya digandingkan dengan pelakon lama seperti Umie Aida. “Saya juga takut tak boleh sampaikan apa yang diinginkan tetapi dia tak lokek untuk mengajar saya. “Kebanyakan idea yang diberi boleh diguna pakai,” tutur Scha yang sedang menjalani pengambaran drama ‘Awan Dania 2’ sebanyak 26 episod dan dikhabarkan memasukkan pelakon baru seperti Fizow Omar, Jehan Miskin dan Zizan Nin. Scha juga terlibat dengan pengacaraan seperti mempromosikan saluran baru di Astro Mustika, mengacara program ‘Nak Duit Raya’ di TV9 bersama dengan Bell Ngasri dan ‘Santai Aidilfitri’ di saluran yang sama. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 12:13 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 12:14 pm | |
| Farawahida: Saya rasa bebas!
HAMPIR dua bulan Farawahida yang mesra dengan panggilan Fara ini menyepi gara-gara kemelut yang melanda dirinya dan bekas pengurusnya, Julfekar Ahmad Shah. Bermula dengan pergaduhan yang lebih bersifatkan 'peribadi' sehingga meleret kepada isu Fara dikatakan melanggar perjanjian kontrak dengan syarikat milik Julfekar sendiri, Millennium Art Sdn Bhd (MASB), ketegangan antara mereka dilihat semakin besar apabila Fara membuat pendedahan satu demi satu tentang 'kesengsaraan' yang dialaminya selama berada di bawah jagaan Julfekar. Antaranya, Fara akui pernah dimaki dan dikasari Julfekar dan dia mempunyai alasan sendiri untuk keluar dari berada di bawah naungan syarikat itu. Isu Fara dan Julfekar tidak terhenti di situ apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan balas. Julfekar antara lain mengaku dia dan Fara menjalinkan hubungan cinta dan penyanyi itu sendiri pernah mendesaknya untuk berkahwin. Namun, Fara pula menepis kenyataan komposer itu dan menegaskan hubungan mereka hanyalah atas dasar profesional. Julfekar juga ketika itu turut berkata ingin untuk menyaman bekas anak didiknya itu. Pergolakan antara mereka sampai ke kemuncaknya apabila Fara membuat empat laporan polis mendakwa Julfekar mengugutnya dan turut membuat ugutan bunuh. Laporan terbaru yang dibuat oleh Fara adalah pada 1 Julai lalu di IPD Petaling Jaya mendakwa Julfekar mengugut pula untuk mengedar gambar dan video lucahnya. Kes tersebut masih berada di dalam siasatan polis dan tatkala Julfekar mendakwa Fara sengaja menabur fitnah, penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu itu pula terus mengambil keputusan untuk 'menghilangkan' diri. Namun, tempoh 'persembunyian' Fara nampaknya berakhir jua. Hadir pada rakaman program raya Wanita Hari Ini dan Nona terbitan TV3, semalam, penyanyi berusia 24 tahun ini ternyata kelihatan ceria. "Saya kena jadi Fara yang baru, kena berdiri atas kaki sendiri. Kata kuncinya di sini, saya rasa 'bebas'! Tidak lagi terikat dengan orang yang akan menentukan itu dan ini," tutur Fara sambil menguntum senyuman. Ujar gadis kelahiran Taiping, Perak ini, dia tidak berniat untuk menghilangkan diri selama ini, namun tutur Fara, dia perlukan masa untuk meleraikan segala kekusutan dan menenangkan fikiran. "Semua ini menjadi satu pengajaran yang besar untuk saya agar lebih berhati-hati. Alhamdulillah, ketika dilanda dugaan sebesar itu, saya masih mendapat sokongan daripada ahli keluarga. "Bagi saya, asalkan mereka tahu siapa saya, itu sudah memadai. Dan saya juga tidak minta simpati untuk orang kesiankan saya. Nak kata reputasi saya tergugat gara-gara kes itu juga, saya tak rasa begitu pun. "Bila saya keluar ke mana-mana, tidak ada pula yang mencemuh dan mengata saya. Tidak sedikit pun rasa saya putus asa untuk terus berada dalam industri ini. Cuma saya akur, mungkin ada peminat yang akan 'larikan diri' daripada saya kerana hal tersebut. "Terpulanglah kepada mereka untuk meletakkan apa saja persepsi pada saya," ujar Fara yang menambah, dia masih lagi aktif memenuhi undangan nyanyian dan sedang dalam usaha sendiri menghasilkan single terbaru. Cuba menyelami hati penyanyi ini gara-gara laporan polis yang dibuatnya ekoran ugutan penyebaran gambar dan video lucahnya yang dilihat mampu menjejaskan nama baiknya sendiri dan keluarga, dalam nada perlahan Fara menjawab: "Sewaktu saya menyepikan diri bulan Februari lalu, macam-macam benda yang keluar tentang saya, seolah-olah ingin memaksa saya untuk bercakap juga tentang banyak perkara. "Sukar untuk saya jelaskan, lagipun ia masih lagi dalam kes polis. Tetapi apa yang boleh saya katakan, sebenarnya jelas dia (Julfekar) sengaja tak mahu saya berada dalam industri ini "Dan selepas kes itu, dia pun dah tak 'kacau' saya lagi." Ditanya sama ada perkara ini boleh diselesaikan dengan baik antara kedua-dua belah pihak, dalam nada sinis, Fara berkata: "Tak kiralah siapa pun dia, tapi dia dah buat 'hal' pada saya. Mungkin bukan masanya untuk berbaik semula." Kata Fara lagi, buat masa ini, dia tidak mahu memikirkan lagi tentang perkara-perkara tersebut. Sebaliknya, ujar Fara, dia ingin memberikan tumpuan untuk membangunkan semula karier seninya. "Nak kata susah uruskan diri sendiri, tidak juga. Lagipun, senang kerana segala keputusan boleh dibuat sendiri. Insya-allah, jika saya benar-benar berusaha, saya mampu 'naik' semula. "Sebab itu saya terfikir untuk hasilkan single terbaru. Buat masa ini, belum ada lagi lagu tetapi ramai juga yang menghantar karya mereka di laman web Facebook saya. "Apapun, saya masih ingin kekalkan konsep yang saya bawa selama ini," ujarnya yang baru selesai menjalani rakaman program raya Sinar Lebaran di Singapura anjuran bersama MediaCorp dan RTM. Diusik pula tentang subjek cinta, sambil ketawa, Fara berkata dia masih belum bertemu lelaki yang sesuai untuk dirinya. "Saya seorang yang suka berkawan dengan sesiapa saja. Tapi kita nak berkahwin ni biarlah sampai mati. Sebab itu, kena cari orang yang betul-betul boleh menjaga saya," luah Fara, ringkas. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 12:17 pm | |
| Siti ‘rahsia’ produk kosmetik hingga hujung tahun ini
Siti ketika tampil di konti Suria FM semalam. -foto The Star oleh KAMARUL ARIFFIN SEHINGGA saat ini, penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin belum bersedia untuk menceritakan tentang produk kosmetik dan penjagaan kulit yang akan dikeluarkan pada hujung tahun ini. Menurut wanita cantik dan manis ini, apabila bersedia nanti barulah dia akan membuat satu sidang media. “Sekarang, saya tak boleh cerita kerana ia masih dalam proses pembuatan. “Kita telah melakukan penyelidikan (R&D) dan membuat ujian kepada beberapa wanita. “Produk itu mengandungi formula bahan-bahan yang saya suka pakai dan saya ingin berkongsi kesukaan saya dengan peminat agar masing-masing berpuas hati,” ujarnya mengenai produk yang juga masih belum diberikan nama itu. Sebelum ini, Siti pernah berkata usaha ini turut melibatkan kerjasama dengan pihak lain tetapi syarikat suaminya tetap merupakan pengeluar utama produk ini. Nampaknya, Siti akan lebih sibuk nanti memandangkan banyak projek yang sedang diusahakannya sekarang ini meski dalam bidang perniagaan mahupun nyanyian. Bagi Siti, biarlah sibuk sekalipun asalkan dia puas hati kerana dapat merealisasikan impiannya sejak kecil itu. Antara 'candid shot' Siti ketika di dalam konti. “Walaupun saya sudah terlibat dengan perniagaan ini, nyanyian tetap diteruskan kerana selain dari bisnes nyanyian, saya nak cuba bidang yang saya minat dari kecil. “Saya juga nak berkongsi apa yang peminat nak tahu tentang saya seperti memilih warna yang saya suka dan apa yang saya pakai untuk ‘show’,” ujarnya ketika ditemui di konti radio Suria FM semalam. Siti dijemput untuk memilih pendengar bertuah yang mendapat RM10,000 menerusi ‘Lagu Berduit Ekstra’ yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas Siti mendendangkan lagu ‘Biarlah Rahsia’ secara ‘live’. Pertandingan itu merupakan lanjutan kempen ‘Lagu Berduit Suria FM’ diWANGikan oleh One Drop Perfumes yang bermula 20 Julai lalu dan pengirim SMS bertuah itu adalah Norshahida Nasir, 20, dari Rawang, Selangor. Menurut DJ Lin, sebanyak 30,000 SMS yang dihantar untuk peraduan itu semalam. Siti turut diberi peluang untuk berbual dengan pendengar yang bukan sahaja dari dalam negara malah ada yang dari luar negara seperti Shanghai, China, Jakarta, Indonesia dan Perth, Australia. Kejutan ucapan ulang tahun ke-3 daripada suami Selain itu, Siti juga mendapat kejutan daripada suaminya, Datuk Khalid Mohd. Jiwa (Datuk K) dengan kerjasama dua penyampai yang bertugas, Tuah dan Zizi yang mengenakan misai palsu mirip misai Datuk K. Datuk K telah memberikan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga pada 21 Ogos ini menerusi panggilan telefon ke konti yang dikeudarakan secara langsung. “Saya mengucapkan selamat ulang tahun (perkahwinan) kami yang ketiga. Semoga kami hidup aman bahagia hingga ke alam syurga,” ucap Datuk K menerusi corong telefon dalam nada gembira. Siti membalas dengan ucapan, ‘I love You, sayang..’ dan kemudian Datuk K menjawab, ‘I love You too, sayang..’ Siti yang menerima kejutan itu dalam nada gembira berkata ini merupakan kali pertama dia mendapat ucapan ulang tahun daripada suaminya menerusi telefon. “Saya rasa ‘oklah’ kejutan ini walaupun pada mulanya saya dengar suara macam nak kenal dan ini merupakan ucapan terawal.. “Sebelum ini biasanya saya mendapat ucapan semasa hari ulang tahun tu,” katanya yang kali terakhir menjejakkan kaki ke konti Suria FM semasa zaman kemunculan album ‘Hadiah Daripada Hati’. Datuk K dari kaca mata SitiMengenali Datuk K dari kaca mata Siti, penyanyi yang akan melahirkan album kerohanian pada bulan puasa ini hanya meluahkan syukur yang tidak terhingga kerana memberikan kehidupan yang lebih bermakna sejak dia dan Datuk K hidup bersama dalam tiga tahun ini. “Saya bersyukur kerana Allah menstabilkan kehidupan saya. Dulu hidup saya hanya bekerja dan memikirkan muzik serta seni sehingga terpaksa mengorbankan masa sendiri. “Tetapi apabila saya berumah tangga, saya ada masa untuk diri-sendiri, berasa selamat kerana ada lelaki yang menjaga, berehat dan bercuti bersama keluarga. “Hidup saya juga lebih seimbang dan mendapat apa yang diimpikan. “Dia pun menyokong apa yang saya lakukan. Kami mempunyai impian masing-masing dan saya juga menyokongnya dalam membuat kebajikan. “Paling penting, dia menerima saya seadanya...,” jawab pelantun lagu ‘Di Taman Teman’ dan ‘Cintamu’ ini yang juga dalam proses membikin album duet dengan penyanyi Indonesia, Kris Dayanti pada hujung tahun ini. Siti bergambar dengan penyampai Suria FM yang turut mengenakan misai palsu persis misai Datuk K. Jual air di Bazar RamadhanDalam pada itu, Siti juga dilaporkan akan menjual air di Bazar Ramadhan yang dianjurkan oleh Suria FM. Stesen radio itu akan menjual minuman di gerai ‘Jus Jambo’ di Bazar Ramadhan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru. “Minuman itu akan dijual pada harga RM2.50 dan pembeli juga akan diberikan hadiah CD dan barangan Suria FM. “Gerai itu akan dibuka bermula pukul 4 petang hingga 8 malam. Selain penyampai Suria FM, artis tempatan akan turut serta dalam jualan itu seperti Datuk Siti Nurhaliza,” ujar DJ Lin. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 12:18 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 12:19 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 12:21 pm | |
| “Saya tak akan pecah rahsia kontrak saya dengan RTM...” - Azwan Ali
Azwan Ali merahsiakan isi kandungan kontraknya dengan RTM. SELEBRITI kontroversi Azwan Ali mengunci mulut berhubung dengan cakap-cakap menyatakan dia mungkin menyuntik elemen Mak Nyah dan lelaki lembut dalam program Hari Raya yang akan beliau sediakan untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) nanti. Menurut Azwan, soal kontrak program Hari Raya yang beliau sediakan untuk RTM adalah hak eksklusif untuknya berbincang dengan RTM sahaja. Tegas beliau lagi, kandungan program yang bakal beliau terbitkan itu tidak perlu diperkatakan secara umum. "Saya akan berhenti memberikan komen dan mereka boleh terus menjerit mengenai kontrak saya dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ataupun stesen lain. Saya cuma ketawa dengan perangai mereka. "Ini bukan urusan mereka. Saya mempunyai kontrak dengan RTM ke, CNN ke... ini bukan urusan mereka. Saya tidak akan memecahkan apa-apa rahsia kontrak saya dengan mana-mana stesen televisyen," kata Azwan ketika dihubungi mStar Online semalam. Isu mengenai kontrak sebuah program Hari Raya RTM yang bakal dikendalikan oleh seorang selebriti terkenal telah ditimbulkan oleh sebuah akhbar mingguan berbahasa Melayu dalam ruangan hiburannya. Penulis ruangan hiburan tersebut telah mempertikaikan bagaimanakah RTM boleh menyerahkan kontrak pembikinan sebuah program Hari Raya kepada seorang selebriti yang mempromosikan gaya hidup lelaki lembut dalam ruangan blognya. Bagaimanapun, akhbar mingguan itu tidak menamakan siapakah selebriti terkenal yang mereka maksudkan itu. MStar Online pula hari ini melaporkan kenyataan terbuka Azwan yang menafikan bahawa beliau adalah seorang gay (lelaki homoseksual). Azwan ketika ditanya mengenai bantahan pelbagai pihak terhadap program yang bakal dikendalikannya melalui RTM nanti menegaskan: "Ia bukannya satu sidang akhbar untuk menghebahkan apa-apa maklumat. RTM bukan kepunyaan saya.. Saya hanya cari makan. Mereka yang membuat bising adalah terdiri daripada golongan minoriti.” Untuk maklumat tambahan, Azwan meminta mereka yang berminat agar melayari blognya di "silaserazwanali.blogspot.com" jika ingin mengetahui status program RTM yang beliau akan kendalikan itu. "Blog saya adalah penuh warna-warni. Ada komen yang benar, 'rojak', berbentuk sindiran. Mereka yang berhati mulia sahaja dapat membacanya secara jelas," katanya. Lagipun kata Azwan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tidak menghalangnya daripada menyiarkan komen-komen dalam blog itu. "Blog ialah hak saya di bawah perlembagaan dan blog saya itu dibaca oleh jutaan orang yang membacanya dengan hati tulus ikhlas. Kecuali mereka yang melompat-lompat.. "Mereka yang terkinja-kinja itu ialah lima orang yang dari satu syarikat, bangunan yang sama," kata Azwan berteka-teki. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 1:07 pm | |
| Celine Dion mengandung anak kedua Pada tahun 2007, BMG mengumumkan album Celine Dion sudah terjual lebih daripada 200 juta. foto-AFP
PENYANYI terkenal Celine Dion dilaporkan sedang mengandung anak keduanya.
Celine, 41, dan suaminya Rene Angelil, 67 mempunyai seorang anak yang berusia 8 tahun, Rene-Chareles, selepas kedua pasangan itu membuat rawatan kesuburan, lapor sebuah laman web.
Menurut laporan itu lagi, kedua pasangan itu juga telah mendapatkan bantuan doktor untuk mebuat rawaatan tersebut sekali lagi bagi membolehkan Celine melahirkan anak keduanya.
Sebelum ini Celine pernah mengatakan dia mahu mendapatkan seorang lagi anak selepas habis membuat siri jelajah konsertnya 'Taking Chances World Tour'.
"Saya akan cuba mendapatkan anak yang kedua selepas habis membuat konsert," katanya kepada Oprah dalam satu rancangan TV yang terkenal 'Oprah Winfrey Show' |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 1:19 pm | |
| Cafe Akhil Hayy dihenti PROGRAM Cafe Akhil Hayy yang disiarkan stesen televisyen berbayar Astro Oasis saluran 106 dan sudah memasuki musim ketiga tidak akan disambung semula kerana menghadapi kemelut dua isu yang membabitkan dua personaliti, baru-baru ini. Bagaimanapun, Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, pihaknya akan menimbang semula keputusan itu selepas kedua-dua isu yang membabitkan teraju utama program itu, Akhil Hayy dan seorang lagi pelakon selesai. Di samping itu, pihaknya juga perlu mendapat maklum balas penonton sama ada mahu program itu diteruskan. “Memang Oasis tidak menghukum Akhil Hayy tetapi memberi laluan kepadanya untuk menyelesaikan semua masalah membabitkan rumah tangganya. “Isu kedua membabitkan salah seorang pelakon program itu yang kini sedang menjalani tindakan undang-undang selepas ditangkap pihak berkuasa di atas kesalahan yang dilakukan. “Sebaik masalahnya sudah selesai kita akan lihat kembali dan membuat penilaian daripada maklum balas penonton kerana mereka berhak memberi pandangan bagi memastikan saluran Oasis menjadi pilihan ramai," katanya yang tetap menyiarkan beberapa slot Akhil seperti tazkirah, doa dan zikirullah. Menurut Izelan, Oasis adalah saluran berbayar dan pihaknya berhak menerima pandangan penonton sama ada patut diteruskan program itu atau pun diberhentikan. “Kita harus peka dengan program kita dan reaksi serta maklum balas penonton harus diambil kira. Astro mempunyai unit yang mengendalikan kajian terhadap pandangan penonton dan itu adalah hak mereka. “Selama ini Oasis memberi laluan kepada orang yang berada di atas pentas untuk membawa imej Oasis ke jalan kebaikan dan seharusnya mereka kena pandai menjaga nama baik Oasis,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 1:21 pm | |
| Gadis Remy?
Ummi Nazeera yang genap 19 tahun hari ini mengaku sekadar berkawan dengan aktor itu, jadi tidak timbul soal mahu kahwin atau sudah berpisah
HARI ini, usia pelakon Nur Kasih yang membawakan watak Siti Sarah ini menginjak 19 tahun. Lalu, kalau mahu mendasari hati anak bongsu dua beradik ini mengenai soal perasaan dan hati agaknya mungkin masih terlalu awal.
Tetapi bukan sesuatu yang pelik pun kalau gadis seusianya sudah mula rancak melalui fasa bercinta. Barangkali cinta monyet yang bertandang memberi sedikit keceriaan dalam hidup. Ummi Nazeera juga tidak ketinggalan apabila kisah peribadinya dengan Remy Ishak mula dibongkar.
Nur Kasih menjadi drama kedua yang menyatukan mereka selepas drama Awan Dania. Pertemuan di lokasi akhirnya dikatakan mengundang perasa cinta di antara mereka. Malah, sisipan B*Pop pernah mempertemukan mereka berdua sebagai penghias kulit muka depan.
Ada sumber memberitahu hubungan mereka sebenarnya sudah berputik cinta, namun khabarnya penamat kisahnya tidak berakhir dengan kebahagiaan. Soal sama ada mereka pernah menjalin cinta masih belum dapat dipastikan, apatah empunya badan juga menjawab secara berlapik kononnya hubungan itu tidak lebih daripada sekadar kawan.
Bertemu pemilik nama sebenar Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin ini dalam sesi fotografi dua persalinan busana glamor yang lebih menampakkan sisi kematangannya dan tampak berani, gadis manja ini mengakui cukup sulit untuk merungkaikan soal membabitkan hati dan perasaan.
“Apa yang dapat saya ungkapkan ini bukan sebagai jawapan selamat mengaburi perkara yang terus menjadi andaian orang. Hakikatnya kami hanya berkawan lalu tidak perlu rasanya untuk saya memberi kenyataan. Ini bukan kisah saya nak kahwin pun. Kalau kahwin lainlah ceritanya pula. Lagi pun saya masih muda.
“Saya sendiri hairan bagaimana boleh timbul kisah kononnya kami bergaduh dan berpisah sedangkan hubungan kami tidak lebih daripada sekadar teman baik. Saya masih single dan berkawan bukan hanya dengan dia (Remy), malah ramai lagi yang saya boleh senaraikan sebagai kawan.
“Apa yang boleh saya katakan kami hanya berkawan dan masing-masing pun masih baru untuk terus membina nama. Ada masa bercakap, saya bercakap dengannya. Kadang-kadang sibuk, langsung tak sempat bertegur sapa. Saya hanya mengikut rentak dalam berkawan. Ada potensi bercinta, adalah. Tak ada, maka tak adalah,” katanya yang sudah tiga tahun meredah persada seni. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 1:23 pm | |
| Hikmah watak Siti Sarah
ENGGAN larut dengan persoalan yang belum pasti hujung pangkalnya, Hip ajukan bicara kepada drama Nur Kasih yang terus mengundang kebencian khalayak terhadap watak Siti Sarah yang dipegangnya.
Barangkali, berita itu bagaikan satu petanda positif kepadanya kerana apabila ada yang mula meluat dengan watak itu, bererti Ummi berjaya membawa peranan itu dengan baik. Secara dasarnya, Siti Sarah sanggup melakukan apa saja untuk memuaskan hati kebudak-budakan yang dimilikinya.
“Siti Sarah seorang yang berangan setinggi langit dan bercita-cita besar serta sanggup melakukan apa saja termasuk perihal cintanya dengan Aidil (lakonan Fizz Fairuz). Malah paling teruk, dia sanggup melukakan hati kakaknya, Nuramina dan memporak-perandakan kebahagiaan orang lain untuk kepentingan sendiri.
“Yang dikejarnya mungkin dianggap cinta, tapi pada masa yang sama, dia sendiri tidak pasti dengan apa yang dilakukan. Kalau mahu diterjemahkan ke alam realiti, saya sendiri juga seperti Siti Sarah yang sanggup melakukan apa saja untuk mengejar impian. Tapi saya tidaklah sekejamnya hingga sanggup memusnahkan sisi indah orang lain.
“Siti Sarah ini jahat dalam diam dan ia berbeza dengan karakter saya di dalam drama Awan Dania yakni sebagai Hana, gadis yang gedik. Sebagai pelakon saya tidak kisah diberikan watak apa saja, selagi mampu mempelbagaikan karakter supaya tidak terus klise atau stereotaip,” katanya yang banyak terbabit dengan babak bersama Fizz, Ayu Raudhah dan Nuramina.
Kata Ummi yang mula diperkenalkan sutradara Erma Fatima menerusi drama Pesona Bintang, Kabir Bhatia bijak mencorakkan apa yang dihajatinya hingga hampir dilihat begitu sempurna di monitor kamera. Begitu juga dengan pengarah, Faisal Ishak yang menyambung kerja pengarahan Kabir hingga selesai penggambaran episod akhir pada 10 Ogos lalu.
“Secara jujur saya harus akui sangat bangga menjadi sebahagian daripada drama ini. Harus diingat juga, jangan sesekali ketinggalan menonton setiap episod yang disiarkan kerana satu episod hingga penamat mempunyai kesinambungan yang tersendiri.
“Saya juga bangga dapat bekerjasama dengan pelakon hebat seperti Liza Othman, Datuk Jalaludin Hassan, Tiz Zaqyah, Sheila Mambo dan ramai lagi. Pengarah (Kabir dan Faisal) juga acap kali memberi bimbingan tapi melepaskan kreativiti lakonan kami supaya tidak terus terkongkong.
“Pengarah juga tidak membazir gulungan filem merakamkan babak atau apa saja yang tidak berkenaan. Mereka tahu apa yang diingini dan memberitahu apa yang dikehendaki. Lalu, di sini, tugas kami lebih mudah untuk memenuhi kehendak mereka di samping memastikan kelancaran penggambaran drama ini,” katanya yang kini sedang berehat daripada sebarang aktiviti seni.
Selepas tiga tahun diberi kebebasan oleh keluarganya untuk meneruskan minatnya dalam bidang seni, kini Ummi harus mengikuti kehendak keluarga pula untuk melanjutkan pelajaran.
“Insya-Allah, kalau tiada aral melintang, saya akan sambung belajar sekitar hujung tahun ini. Kalau jadi, mungkin saya akan ke London atau New York. Ikutkan permintaan keluarga, mereka mahu saya mengikuti jurusan perniagaan. Tapi saya lebih berminat untuk ambil bidang membabitkan lakonan. Saya sendiri belum dapat memberi kata putus,” katanya yang bercita-cita membuka rumah produksi.
INFO: Ummi Nazeera
•Turut terbabit dalam penggambaran filem epik arahan Yusry Abdul Halim berjudul Hikayat Merong Mahawangsa (The Malay Chronicles). Dalam filem terbitan KRU Studios, Ummi memegang watak sebagai Embok isteri kepada Merong Mahawangsa lakonan Stephen Rahman Hudges.
•Untuk filem berbajet besar itu Ummi terbabit untuk 12 babak.
•Filem itu adalah filem keduanya selepas Lu Pikirlah Sendiri De Movie yang belum lagi ditayangkan di pawagam.
•Pernah bekerja di bawah arahan Erma Fatima, Jinggo (Azman Yahaya), Bade Haji Azmi, Raja Ahmad Alauddin dan Azizi ‘Chunk’.
•Pernah berhasrat untuk bekerjasama dengan Allahyarham Yasmin Ahmad, Osman Ali, U-Wei Haji Shaari dan pengarah Hollywood, Steven Spielberg.
•Keluarganya memiliki dan menguruskan Restoran Sri Chiangrai, Danau Kota, Kuala Lumpur.
•Berkongsi tarikh lahir yang sama dengan aktor Hans Isaac
•Tidak terbabit dengan sambungan Awan Dania musim kedua yang sudah pun menjalani penggambaran sejak 11 Ogos lalu kerana menghormati permintaan keluarga untuk berehat seketika, apatah lagi selama ini, Ummi bekerja tanpa henti dari satu lokasi ke satu lokasi drama dan telefilem.
PROFIL: Ummi Nazeera •NAMA PENUH: Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin •TARIKH LAHIR: 20 Ogos 1990 •ASAL: Kuala Lumpur •KELUARGA: Bongsu daripada dua beradik •PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon persendirian •FILEM: Lu Pikirlah Sendiri The Movie •DRAMA: Pesona Bintang, Takdir Yang Terindah, Dinasti Bilut, Ali Din, Awan Dania, Klon Teja, Kejar dan Nur Kasih |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 1:24 pm | |
| Gosip kuatkan cinta Siti, Datuk K
SITI, Faizal dan Saiful Apek antara gandingan hebat untuk Lantera Aidilfitri Siti Nurhaliza.
Kontroversi mengenai rumah tangga kerap dibangkitkan menjelang ulang tahun perkahwinan mereka
JIKA pasangan lain menantikan ucapan tahniah di hari ulang tahun perkahwinan mereka, lain pula ceritanya dengan penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Saban tahun dia menanti apa pula kisah sensasi mengenai rumah tangganya yang akan didedahkan, seterusnya membangkitkan kontroversi.
Tiga tahun melayari bahtera rumah tangga iaitu sejak 21 Ogos 2006, belum pernah sekali penyanyi itu dapat melayari kehidupan rumah tangganya dengan tenang. Sabah tahun ada saja kisah kurang enak mengenai rumah tangga bersama usahawan terkenal Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa timbul seakan direka pihak yang seolah-olah kurang senang melihat kebahagiaan mereka.
Tahun pertama heboh kisah Siti dipukul Khalid sehingga lebam, malah lebih kejam ada yang mendakwa Siti mengalami keguguran gara-gara tindakan suaminya. Memasuki tahun kedua perkahwinannya pula, heboh cerita Siti dimadukan dengan seorang pramugari. Manakala tahun ini, timbul cerita Khalid menghadiahkan kereta mewah kepada pelakon cantik Rozita Che Wan.
Mungkin inilah yang dinamakan dugaan bergelar selebriti. Namun tidak pernah sekali penyanyi kelahiran Kampung Awah, Pahang itu naik angin setiap kali kepastian cuba dicungkil. Sebaliknya pertanyaan media sering kali dibalas senyuman manis penyanyi itu, cukup untuk menepis segala spekulasi tidak berasas. Melihat Siti dan suami yang sering berpegangan tangan penuh erat setiap kali tampil berdua juga sudah cukup membuktikan betapa bahagianya Siti sejak bergelar seorang isteri.
“Setiap kali apabila tibanya ulang tahun perkahwinan kami, Siti sentiasa ternanti-nanti apa pula kisah mengenai rumah tangga kami yang akan dibangkitkan. Jika tidak datang dari kami, ia datang dari orang luar. Mungkin inilah cabaran buat Siti dan suami tetapi cerita-cerita seperti itu jugalah yang merapatkan lagi hubungan rumah tangga kami,” kata penyanyi yang ditemui sebaik selesai rakaman program istimewa sempena Aidilfitri, Lentera Aidilfitri Datuk Siti untuk saluran Astro Ria yang bakal menemui penonton pada hari raya pertama jam 4 petang.
Begitu pantas masa berlalu, kata Siti, dalam tidak sedar sudah tiga tahun dia meninggalkan zaman solonya. Jika tahun lalu dia dan suami mengadakan majlis doa selamat sempena ulang tahun perkahwinannya, tahun ini pasangan itu masih belum merancang sebarang acara tetapi berkemungkinan mengadakan majlis serupa sebagai mengambil keberkatan Ramadan yang jatuh sehari selepas tarikh perkahwinan mereka.
“Masa berlalu begitu pantas, pejam celik, pejam celik sudah tiga tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah sepanjang tempoh itu, suami menjaga Siti dengan cukup baik sekali. Kami lebih memahami karakter masing-masing, malah hubungan sebagai suami isteri juga bertambah erat apabila rumah tangga kami dihujani kontroversi.
“Kami belum mempunyai sebarang perancangan untuk meraikan ulang tahun ketiga ini, berkemungkinan kami akan mengadakan majlis doa selamat seperti tahun lalu. Mungkin juga akan diadakan sekali solat tarawih memandangkan keesokannya hari pertama umat Islam berpuasa,” katanya yang akan menjalani ibadat puasa di tanah air.
Bagaimanapun kehadiran Ramadan tahun ini bagi penyanyi itu tidak lagi seindah tahun-tahun sebelumnya. Ini kerana buat pertama kali dia serta adik beradiknya tidak lagi dapat meraikan Ramadan bersama ayahanda tercinta yang pulang ke Rahmatullah pada Februari lalu. Sebelum ini hati Siti cukup sensitif apabila berbicara mengenai bapanya itu, tetapi ketika ditemui minggu lalu, penyanyi wanita popular tanah air itu semakin tabah menerima suratan takdir pemergian insan yang selama ini menjadi tulang belakang kepada kejayaannya.
“Tahun ini mungkin Siti akan berpuasa di Kuala Lipis atau mungkin Siti akan pujuk emak supaya berpuasa di rumah Siti memandangkan arwah abah sudah tak ada lagi. Sejak berkahwin, Siti memang jarang dapat berbuka bersama keluarga tetapi memori bersama arwah masih lagi terpahat erat dalam ingatan. Siti ingat lagi arwah abah tak suka makan sahur, bagaimanapun dia akan tetap bangun pagi untuk menemani anak-anak makan,” katanya yang akan turut menjalani ibadat puasa di Melbourne kerana menemani suami menghantar anak ketiga mereka Mohd Ashraf menyambung pengajian di Melbourne, Australia.
Serasi dengan Apek, kagumi Faizal Tahir
SETIAP kali menjayakan program, sering kali wajah pelawak terkenal Saiful Apek turut kelihatan di majlis yang dijayakan penyanyi nombor satu negara iti. Kali ini, wajah Apek sekali lagi menghiasi program dijayakan Siti Nurhaliza, Lentera Aidilfitri.
Akui Siti, dia selesa bersama Apek malah sudah lebih lima tahun mereka bekerjasama sejak kali pertama dalam persembahan Minggu Setiausaha. Manakala, tahun ini buat pertama kalinya pula Siti bergabung vokal dengan Faizal Tahir.
Apek turut mengakui selesa dapat bekerjasama dengan seorang penyanyi hebat seperti Siti Nurhaliza, malah sukar baginya untuk menolak pelawaan penyanyi tersohor itu.
“Memang saya tidak pernah menolak setiap kali Siti mengundang saya untuk persembahan. Saya selesa dan serasi bekerja dengan dia,” kata Apek.
Dalam program selama sejam itu nanti, penonton bakal dihiburkan dengan rangkaian lagu popular Siti Nurhaliza. Lebih istimewa lagi, buat pertama kalinya juga Siti akan berduet dengan Faizal Tahir. Malah ketiga-tiga mereka turut berduet bersama.
Antara lagu yang didendangkan ialah Ku Mahu, Pastikan, Apa Guna Berjanji, Bosanova, Cintamu dan Di Taman Teman. Sementara lagu duet dinyanyikan bersama Faizal Tahir ialah Lucky, Mahakarya Cinta dan Dialah Di Hati. Sementara itu, Faizal turut membuat persembahan solo menerusi lagu Sampai Syurga dan Bencinta. Manakala lagu Suratan Atau Kebetulan dinyanyikan bersama oleh ketiga-tiga artis berkenaan.
Siti berkata, dia mengagumi peserta One In A Million musim pertama itu kerana kekuatan vokalnya. Dia juga amat berterima kasih kerana Faizal tidak menolak undangannya walaupun penggambaran program itu tertangguh beberapa kali, begitu juga dengan Apek.
“Faizal memiliki vokal yang baik, memandangkan Siti pun tidak pernah bergabung dengan dia, jadi rasanya tidak salah Siti mengundangnya dalam persembahan ini. Siti meminati lagu Faizal malah teringin membawakan lagunya. Pada kesempatan ini, Siti ambil peluang nyanyikan lagu Mahakarya Cinta dan ternyata lagu itu bukan mudah untuk dibawakan,” katanya.
Faizal pula berkata, dia berbesar hati kerana lagunya diminati seorang penyanyi hebat. Selama ini dia hanya mengikuti perjalanan seni penyanyi bernama Siti Nurhaliza dan tidak pernah mengimpikan dapat bekerjasama dengannya. Justeru, apabila Siti mengundangnya membuat persembahan bersama, dia tidak mampu untuk menolak.
“Alhamdulillah ketika mula-mula diberitahu bahawa Datuk Siti menjemput saya untuk menyanyi di dalam salah sebuah programnya, terus terang saya terkejut dan sudah lama menunggu saat ini. Bagaimanapun pada mulanya saya menyangka hanya diundang sebagai artis jemputan tetapi tak sangka pula dapat berduet dengannya.
“Macam mana gila pun Faizal Tahir tetapi apabila pertama kali bersua muka dengan Datuk Siti di atas pentas, saya akui berasa gementar dan berharap semoga Datuk berpuas hati serta tidak serik bekerja dengan saya,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 1:32 pm | |
| Sebat depan khalayak
IPOH: “Saya agak terkejut dan terkilan apabila dimaklumkan bahawa anak saya, Kartika Sari Dewi akan menjalani hukuman sebat di Penjara Wanita Kajang, di mana tempatnya tertutup.
“Seboleh-bolehnya saya mahu hukuman dijalankan di tempat terbuka agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain supaya mengambil iktibar daripada hukuman itu. Jika hukuman itu dijalankan dalam penjara, mungkin mesej berkenaan tidak kesampaian,” kata Shukarnor Mutalib, 60, bapa kepada model sambilan yang didapati bersalah atas tuduhan meminum arak, bulan lalu.
Dia juga mempertikaikan mengapa anaknya perlu dibawa ke penjara kerana Kartika Sari bukan seorang banduan dan hukuman penjara yang dijatuhkan kepadanya sudah diketepikan.
Pada 20 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang, menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan terhadap Kartika Sari, 32, selepas disabitkan kesalahan meminum arak.
Terdahulu, pada 1 Disember tahun lalu, wanita itu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating, Kuantan, kira-kira jam 11.40 malam, 11 Julai 2008.
Shukarnor berkata, dia menerima panggilan telefon daripada pegawai Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan kira-kira jam 12 tengah hari semalam, yang memaklumkan Kartika Sari perlu melaporkan diri di Penjara Kajang, Selangor, pada 24 Ogos ini untuk menjalani hukuman sebat.
“Saya terus menghubungi Kartika untuk memaklumkan hal berkenaan dan dia bersetuju bertolak pulang ke kampung sebelum ke penjara bagi menjalani hukuman berkenaan.
“Difahamkan, Kartika akan ditahan seminggu untuk menjalani hukuman sebat dan selepas itu Kartika akan dibebaskan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Bagaimanapun, Shukarnor berharap hukuman sebat ke atas anaknya dilaksanakan di depan khalayak iaitu di tempat terbuka seperti dikehendaki Kartika Sari sendiri.
Usaha Harian Metro menghubungi Kartika Sari bagaimanapun gagal kerana difahamkan wanita itu kini dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Sungai Siput, dekat sini, selepas bertolak dari Singapura, kira-kira jam 4 petang semalam.
Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, semalam, mengeluarkan waran penahanan terhadap ibu kepada dua anak itu yang dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah meminum arak, bulan lalu.
Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus memerintahkan Kartika Sari ditahan berkuat kuasa 24 Ogos ini bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan.
Mahkamah bagaimanapun bersetuju mengeluarkan waran pelepasan ke atas Kartika dalam tempoh kurang dari tujuh hari sekiranya hukuman sebatan dilaksanakan lebih awal.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Syarie Saiful Idham Sahimi memfailkan tiga permohonan bagi memohon perintah menahan Kartika di Penjara Wanita Kajang, perintah menguatkuasakan hukuman sebatan secara syariah dan permohonan perintah pelepasan selepas hukuman dijalankan.
Permohonan berkenaan dibuat selepas tempoh rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan pada 20 Julai lalu, berakhir pada 3 Ogos lalu.
Tiada sebarang rayuan dikemukakan pihak Kartika Sari Dewi.
Abdul Rahman membenarkan semua permohonan itu dalam kamarnya.
Dakwaan terhadap Kartika dibuat mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.
Sejurus selepas dijatuhi hukuman enam sebatan pada 20 Julai lalu, Kartika Sari dipetik sebagai berkata, dia rela dirinya disebat kerana jika tidak dikenakan hukuman itu, mungkin dia tidak insaf hingga sekarang.
“Saya akan terima hukuman di dunia. Hukuman di akhirat kelak biar Allah s.w.t yang menentukannya. Saya menghormati keputusan mahkamah dan mengaku itu kesalahan saya, bukannya kesalahan ibu bapa, keluarga saya atau orang lain.
“Justeru, saya memohon mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan itu memandangkan mahkamah belum memberitahu bila hukuman ini akan dijalankan,” kata Kartika Sari.
Dia yang dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah meminum arak, memohon mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan supaya dia boleh menumpukan masa depan bersama keluarganya.
“Saya anggap ini ketentuan Allah dan balasan kepada saya kerana memandang ringan soal agama. Sekiranya kejadian ini tidak berlaku mungkin saya masih lagi ‘hanyut’ dalam keseronokan dunia.
“Namun, saya bersyukur keluarga saya tetap menerima saya walaupun sudah menconteng arang dan memalit lumpur ke muka mereka,” katanya sambil menitiskan air mata.
Dia yang berasal dari Sungai Siput, dekat Kuala Kangsar, menetap 15 tahun di Singapura sejak berkahwin dengan warga negara republik itu dan mempunyai dua anak berusia tujuh dan lima tahun.
p/s: agak2 kalo artis kiter kene sebat rasenye ramai yg dtg nak tgk montot gebusss |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 1:34 pm | |
| Janganlah Panggil Kami Artis Tempelan
Selepas album solo juara Akademi Fantasia 7(AF7) dilancarkan, baru-baru ini, timbul desas-desus kurang enaktentang 4 lagi bintang AF7 yang turut sama terlibat dalamalbum tersebut iaitu iaitu Aril, Akim, Yazid dan Isma.
Gara-gara single merekadiselitkan sebagai lagu bonus, ada suara sinis mendakwa 4 bintang AF7ini adalah artis tempelan semata-mata dalam album itu. Tidak kurangberkata ia satu strategi mengatakan ini merupakan strategi AstroEntertainment Sdn Bhd (AESB) mempergunakan populariti mereka untukmelariskan album Hafiz itu.
Jom ikuti komen Aril, Akim, Yazid dan Isma tentang isu ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 1:35 pm | |
| ISMA
"Iniadalah penghargaan buat kami berempat. Isma bertuah sebab diundangbersama untuk memeriahkan album solo Hafiz. Isma tak rasa pun Ismasebagai artis tempelan. Bagi Isma, ini adalah bonus buat peminat.Secara logiknya, ia juga satu penjimatan harga album untuk peminat.
"Denganerti lain, peminat tidak payah keluarkan duit banyak untuk beli singlekami secara berasingan. Beli satu album Hafiz dan dapat 5 lagu bonusdaripada kami. Andaikata album ini diiktiraf, Isma tak rasa pun akantimbul masalah kerana ia satu pakej album yang istimewa daripadafinalis AF7.
"Bagi Isma, album memang selayaknya memberikanlebih keutamaan untuk Hafiz. Sebab itu ada 5 lagu Hafiz manakala lagukami dijadikan sebagai bonus kerana semuanya telah didendangkan ketikafinal AF7. Lagu-lagu nyanyian kami ada kenangan masing-masingketika final AF7 yang dijuarai oleh Hafiz," kata Isma. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 1:38 pm | |
| ARIL"Secaraperibadi, Aril puas hati dengan apa yang dah dirancang AESB. Lagu kamiadalah bonus untuk peminat Hafiz. Sebenarnya, Aril juga akan buat albumsolo. Tapi masa sekarang tak berapa sesuai. Selepas ni, Aril akan sibukdengan program raya dan banyak lagi. Aril pun dalam proses kumpul material. Insya-Allah lepas raya semua akan berjalan. "Pada Aril, kami bukanlah bukanlah tempelan dalam album ini.Dari mula-mula kami kenal sampai sekarang, kami semua saling bantumembantu. Aril tak ada pun rasa kecil hati. Ini bukan soal gunapopulariti orang lain untuk lariskan album. Kami semua sama popular danada keistimewaan masing-masing." AKIM
"Akimterharu dan gembira walaupun berkongsi dalam album Hafiz. Namun, Akimanggap ini sebagai platform Akim menyokong Hafiz. Lagipun, peminatbertuah dan beruntung. Dapat pakej dengar lagu Hafiz dan lagu kami yanglain. Kejayaan Hafiz adalah kerjayaan kami bersama.
"Insya-Allah, Akim juga akan keluarkan album atau single dalamwaktu terdekat nanti. Yang pasti, album atau single itu Akim akan buatsendiri tak kiralah dari segi melodi atau pun lirik. Selain itu juga,Akim akan buktikan yang kami bukan artis tempelan tapi menyokong Hafiz."
YAZID
"Singleini permulaan bagi Yazid. Yazid juga bercita-cita nak lahirkan albumsolo macam Hafiz. Terus-terang, kadang-kadang tu Yazid ada jugaterfikir diketepikan. Sudah lumrah dari AF1 sampai ke AF6 benda iniselalu dirasai. Apapun, semuanya rezeki masing-masing dan kita kenaterima dengan fikiran positif.
"Sekarang Yazid dalamperancangan buat single kedua. Yazid gunakan khidmat komposer baruiaitu Ahmad Din. Yazid dalam proses nak bentangkan 2 lagu itu iaitu Cinta Egois berentak slow dan Sugul yang rancak muziknya untuk dijadikan single. Apapun, Yazid harap moga pendengar album ini dapat sokong Hafiz dan dapat kenal Yazid dengan lebih dekat lagi." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 1:39 pm | |
| (Gambar) Salima Dan Kekasih Baru !!! Nama Kekasih Salima ni Afif Bekas Peserta My Star Lg Kalau Tak silap... Hendsome tak ?? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 1:44 pm | |
| Maizawati berkata, untuk meneruskan hidup dia kini mengusahakan perniagaan abaya, tudung dan kek coklat menggunakan namanya sebagai jenama. "Saya sedang mencari ejen di seluruh negara untuk mengembangkan perniagaan ini. Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 019-6450814 untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya," kata Maizawati |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 3:08 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 3:09 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 3:11 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 20 Aug 2009, 3:19 pm | |
| |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 1 of 11 | Go to page : 1, 2, 3 ... 9, 10, 11 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |