Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeWed 21 Oct 2009, 5:41 pm

Sinopsis Filem Santau

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 40310310

SINOPSIS SANTAU

Sepasang suami isteri, Halim dan Nina bersama anak perempunnya Tuti hidup dalam keadaan selesa di perkampunga Melayu moden. Halim sentiasa menjadi contoh kerana dia berjaya dalam kerjaya, dan suasana rumahtangganya yang harmoni.

Bagaimanapun, selepas jiran baru berpindah bersebelahan rumah mereka, keluarga Halim mula dihantui oleh kejadia mistik di dalam rumah mereka. Bermula denga Tuti yang terlihat pelbagai kelibat misteri hinggalah kejadian TV terpasang dengan sendiri, permanian Tuti berterabur dan alat penggera kecemasan di dalam rumah berdering dengan sendirinya di tengah malam. Semua kejadian ini berlaku apabila Halim tidak berada di rumah. Halim sangat sibuk dan menghabiskan masanya diluar hingga lewat tengah malam.

Sebagai seorang yang berjaya, Halim tidak begitu mempercayai wujudnya benda ghaib dalam rumah mereka apabila Tuti mengadu padanya. Nina yang sentiasa ceria mula berubah menjadi malas dan pendiam. Satu hari Nina mula mengalami sakit perut yang amat sangat dan Halim membawanya ke klinik.

Doktor mengesahkan Nina mengalami gastrik. Bagaimanapun Tuti mengesyaki mamanya mengalami gangguan ghaib. Satu malam, Halim berkejar pulang apabila Tuti memberitahu mamanya dirasuk dan menjerit-jerit. Halim membawa Nina berjumpa bidan kampung.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeWed 21 Oct 2009, 5:43 pm

Gambar Pelakon Yatt dan Suami Yang Merah Sedondon

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 40285210

Wah, merah meronanye Yatt, sedondon pulak tu. Pasangan ideal dan romantik katakan. Itulah Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, pelakon wanita yang semakin cantik berisi setelah bahagia berumahtangga. Rezeki Yatt lebat jugak lepas kahwin. Buktinya, Yatt sekarang bergelar pengacara Pop Kuiz.

Masa Majlis Rumah Terbuka Media Prima lalu, Budiey sempat berborak dengan Yatt yang memang peramah dan talkative. Perut Yatt nampak dah makin membusung, dengarnya dah 5 bulan hamil. Budiey doakan semoga Yatt dan baby kat dalam perut tu sihat dan selamat melahirkan baby comel.

Yatt sempat berseloroh mengatakan Budiey ni, nampak aje kat event senyap dan pendiam. Nampak baik je tapi tulisan dalam blog Sensasi Selebriti ni pedas-pedas dan panas berbaur jahat. Budiey sekadar tersenyum mendengar sindiran Yatt. Tidak mengapa, tak kisahlah. Mungkin itu dulu, sekarang Budiey nak cuba jadi budak baik. Hehe~

Kalau nak tahu Yatt ni suka memasak. Sejak bergelar isteri pada 29 Mac lalu, Yatt sentiasa memastikan suaminya, Abdul Mutalib Shukor, menjamu selera hasil air tangannya.

“Kali ini, saya menghabiskan lebih kurang RM2,000 untuk diri saya sebab dah lama tak beli-belah. Boleh kata sesetengah daripada wang itu saya membeli kasut seperti jenama Guess, Aldo, Nine West, Charles And Keith dan Zara. Selain itu saya beli tiga beg tangan seperti Liz Claiborn dan Sisley. Kemudian saya beli dua helai kardigan. Bajet selebihnya, saya sediakan duit raya untuk saudara mara.”

Yatt sempat memperkenalkan suaminya, Abdul Mutalib Shukor kepada Budiey. Kami pun bersalaman. Mmm, ingat ke suami Yatt tinggi tapi orangnya murah senyuman dan agak kurus sedikit.

Masa hari raya yang lalu, Yatt menghabiskan RM5 ribu buat persediaan dan shopping. Sakan jugak tu. Maklumlah kali pertama beraya bersama suami tersayang.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 40285211
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeWed 21 Oct 2009, 5:44 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 40285212
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeWed 21 Oct 2009, 5:48 pm

Saya Rasa Lega - Qabil Ambak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 40315810

Akhirnya, Qabil Ambak berterus terang dan buat pendedahan tentang hubungannya dengan Fasha Sandha dan sebab-sebab mengapa beliau memutuskan untuk tidak membatalkan perkahwinan.

“Saya rasa lega dan terlepas dari bebanan sebaik saja membuat pengumuman itu. Terus terang, keputusan yang saya buat ini tidak dipengaruhi sesiapa dan semuanya atas kemahuan saya sendiri. Dan ini adalah keputusan yang saya buat seorang diri dan bukannya bersama seperti yang Fasha nyatakan. Sebenarnya hasrat untuk membatalkan perkahwinan itu sudah lama saya suarakan pada Fasha dan saya ada meminta dia memaklumkan sendiri perkara itu kepada media. Malangnya dia langsung tidak bersuara. Dan disebabkan tindakannya itu, saya lihat cerita mengenai kononnya yang kami akan berkahwin semakin tersebar di media dan gambar saya turut digunakan.

“Enggan membiarkan perkara ini berlanjutan serta membuatkan saya terus tertekan dengan keadaan sekeliling dan kebetulan pula ada wartawan yang bertanyakan saya mengenai hal itu, jadi saya rasakan inilah masanya untuk saya menceritakan perkara sebenar supaya tidak ada pihak yang keliru atau tertanya-tanya di manakah hala tujunya hubungan kami ini,” jelas Qabil penuh hati-hati.

“Saya akui, sepanjang kami hidup bersama, banyak cerita yang saya dengar mengenainya. Malah kawan-kawan saya sendiri banyak menasihatkan saya apabila mendapat tahu yang sedang berkawan dengannya.

“Namun semua itu tidak saya endahkan. Saya adalah seorang yang tidak mudah percaya cakap-cakap orang. Dan kalau betul pun apa yang diceritakan itu, saya tidak mahu buruk sangka, mungkin itu cerita lama dan dia sudah berubah. Tapi selepas setahun berkawan dengannya, saya sendiri dapat merasakan yang antara kami memang tidak sehaluan dalam banyak perkara.

“Rentak hidupnya tidak sama dengan saya dan selepas saya melihat sendiri dengan mata kepala saya, barulah saya percaya dan biarlah hubungan kami ini hanya setakat di sini saja. Jadi saya harap selepas ini tidak ada yang membuat spekulasi kononnya keluarga saya serta wujudnya orang ketiga yang menjadi punca saya tidak jadi berkahwin dengan Fasha,” katanya yang tetap tidak mahu mendedahkan apakah insiden yang mengubah pendiriannya itu.

“Kami keluar bersama pun dalam sebulan sekali. Iyalah masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Malah, kalau berjumpa pun kami tidaklah berbincang soal perkahwinan secara serius.

“Jadi apabila dia membuat pengumuman yang kononnya dia akan berkahwin, saya sendiri tertanya-tanya siapakah jejaka itu kerana kalau saya yang dimaksudkannya, itu tak mungkin kerana saya sebenarnya belum lagi membawa dia bertemu dengan keluarga saya,” tutur Qabil yang mengakui di awal perkenalan, dia tidak tahu yang Fasha seorang pelakon.

Diusik dengan pertanyaan apakah peristiwa itu akan membuatkan dirinya serik untuk menjalinkan hubungan dengan artis, Qabil menolak andaian nakal itu.

“Saya tidak pernah memandang rendah golongan artis, begitu juga keluarga saya. Dan saya tidak menolak andai dijodohkan dengan golongan itu. Tidak semua artis sama,” ujarnya sambil memberitahu sejak mengumumkan hal itu, dia dan pelakon itu sudah tidak lagi berhubungan
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeWed 21 Oct 2009, 5:51 pm

Aishah AF7: Saya tak tahu dikatakan seksi!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Dream010
Aishah akui yang dirinya bukanlah seorang yang suka berpakaian seksi. -Foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN

Tidak pernah timbul perasaan kecewa dalam diri Aishah, 18, malah dia terus bangkit untuk meneruskan perjuangannya setelah program realiti itu berakhir pada Mei lalu.

Apabila pihak Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) hanya menguruskan lima finalis AF7 iaitu Hafiz, Aril, Akim, Isma dan Yazid, terus Aishah menerima tawaran untuk bernaung di bawah label Dream Music sejak Julai lalu.

Atas sebab perjanjian kontrak dan label itu hanya membuat rakaman lagu untuknya memujuk Aishah untuk menerima tawaran itu sekaligus bersedia untuk ‘diikat’.

“Apa yang menarik saya untuk memilih Dream Music sebab mereka tidak akan menguruskan karier saya.

“Jadi, ia takkan mengganggu urusan saya di luar. Setakat ini saya sedang berbincang dengan pihak Dream Music untuk memilih lagu yang sesuai untuk dijadikan sebagai single pertama saya yang mungkin keluar sebelum hujung tahun ini,” kata Aishah.

Menyentuh tentang komposer, Aishah sendiri belum mengetahui siapakah komposer yang akan menghasilkan lagu untuknya dan akui dirinya tidak pernah mengamalkan ‘favoritisme’.

Ungkapan ‘saya tak kisah’ yang selalu terpacul dari mulut Aishah juga turut dijawab untuk menjelaskan reaksi apabila ada yang menegur tentang berpakaian seksi baru-baru ini.

Aishah akui yang dirinya bukanlah seorang yang suka berpakaian seksi namun apabila dilemparkan kenyataan sedemikian, gadis manis dan suka tersenyum ceria ini lantas tertawa dan menjawab dengan tenang.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Dream011

Katanya, “Saya tak kisah orang nak kata apa pun tentang pakaian saya. Saya tak tahu pun macamana orang boleh kata saya seksi sedangkan pakaian saya setiap kali keluar rumah hanyalah baju t dan seluar jeans serta bergaya ‘biasa-biasa’ sahaja.

“Saya bukanlah jenis suka berpakaian seksi dan pentingkan cara berpakaian kerana saya seorang ‘public figure’. Jadi, saya tidak akan pakai sebarangan baju.”

Selain menunggu untuk rakaman single, Aishah berkata dia sibuk menerima undangan nyanyian.

“Saya sibuk dengan ‘show’ di banyak tempat seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya yang mengaku semakin rapat dengan Akim.

Namun begitu, Aishah menafikan yang dirinya mempunyai hubungan cinta dengan pemenang tempat ketiga AF7 itu seperti yang digosipkan sebelum ini.

“Kisah saya dan Akim hanya ‘cerita’ dalam Astro dan sekarang kami sudah lama tidak berjumpa kerana dia sibuk dengan lakonan manakala saya pula sibuk dengan ‘show’.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan Akim semasa kami sama-sama mejalani rakaman program Rumah Terbuka pada bulan Ogos lepas di Melaka,” katanya yang tinggal bersama Zizi AF7 dan dua orang sepupunya, Apip, 26, dan Kak Dedek, 30.

Menurut Aishah, kedua sepupunya itu merupakan anak saudara emaknya.

Walaupun jauh dari keluarga terrsayang yang berada nun jauh di Kuching, menerusi perbualan yang dirakamkan melalui telefon itu jelas kedengaran suaranya yang ceria seolah-olah seronok tinggal bersama yang lain.

“Saya tiada masalah dengan mereka (Zizi, Apip dan Kak Dedek) sebab mereka menjaga saya dengan baik. Kadangkala ayah saya juga selalu ‘update’ tentang aktiviti saya.

“Apa yang berlaku pada masa akan datang, saya tetap akan menyanyi.

“Kalau ‘single’ saya kurang mendapat sambutan pada tahun depan, mungkin saya akan sambung belajar dalam bidang ‘architecture’. Saya nak minta kolej atau universiti di kawasan Kuala Lumpur sahaja,” katanya yang sebelum ini pernah mendapat tawaran belajar di Kolej Matrikulasi Seremban dalam bidang Sains Fizikal (Kejuruteraan) selepas mendapat keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ditanya kenapa tidak diterima sahaja tawaran itu sedangkan untuk melanjutkan pelajaran di matrikulasi hanya mengambil masa setahun, jawab gadis comel ini, ‘saya nak kumpul duit dulu dan selepas itu baru nak sambung belajar’.

Dalam nada tenang, Aishah akui bersyukur dengan pengalaman baru yang dilaluinya sekarang dan tidak mungkin akan menoleh ke belakang lagi.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeWed 21 Oct 2009, 5:55 pm

Sofia Jane tertekan terpaksa bawa watak Natrah tua sejujur mungkin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 01389810
Para pelakon watak utama teater 'Natrah' terdiri daripada (dari kiri) Remy Ishak, Maya Karin, Ummi Aida dan Sofia Jane. -Foto UTUSAN

WATAK Natrah tua berusia 70 tahun terlalu jujur buat Sofia Jane Hisham hinggakan aktres jelita itu rasa terpukul untuk melakonkannya dalam teater muzikal 'Natrah'.

"Saya mesti bawa watak ini sejujur mungkin. Dan saya jadi tertekan kerana saya harus dapat menjiwai wataknya dengan tepat. Mungkin juga Natrah hanya inginkan kehidupan yang normal tapi seluruh hidupnya menjadi tidak normal disebabkan keadaan yang menimpanya," jelas Sofia.

Kata aktres itu lagi, terlalu banyak lapisan watak Natrah, gadis Belanda yang dilarikan ke Holland.

"Saya perlu berlaku adil pada Natrah. Perasaan, fikiran dan semua tindakannya perlu dikaji dengan teliti. Setiap kajian yang saya buat membantu saya mengenali Natrah dengan lebih dekat," kata aktres kacukan yang dilahirkan di London ini.

Sewaktu ditemui di sidang akhbar mengumumkan barisan baru teater muzikal Natrah di Istana Budaya, Sofia berkata dia berasa sangat gembira tetapi sedikit gementar.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 01389811

"Ini bukan satu tugas yang mudah. Tambahan pula ianya berkisar karektor yang benar dan saya terpaksa bermonolog selama 17 minit, di awal dan akhir cerita.

"Monolog memerlukan kekuatan dalaman, emosi yang betul dan dialog yang tepat. Semua faktor ini saling membantu untuk menguatkan watak Natrah," kata aktres yang memenangi Pelakon Wanita Terbaik menerusi wataknya dalam filem yang pernah mencetuskan kontroversi, 'Perempuan, Isteri dan...'

Katanya lagi, interpretasi Natrah yang dibuat oleh beberapa penulis luar amat berbeza dengan apa yang sebenarnya berlaku.

"Natrah melalui zaman kanak-kanak yang sukar. Di usia 13 tahun, dia sudah bernikah dengan Mansor dan melalui insiden yang traumatik bila ada rusuhan dan pertumpahan darah disebabkannya.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 01389812
"Dia berkahwin lagi dengan seorang askar Belanda dan mempunyai 13 orang anak. Dan di usia 38 tahun pula, dia dihadapkan ke mahkamah bersama kekasihnya kerana cubaan membunuh suaminya.

"Di akhir hayatnya, dia kembali ke pangkuan anak-anak dan bukan ke Singapura. Kalau dia benar-benar sayangkan this part of the world, tentu dia mahu habiskan sisa hidupnya di sini. Saya rasa anak-anak adalah segalanya bagi Natrah," jelas Sofia yang kelihatan masih jelita walaupun sudah berusia 37 tahun ini.

Sebelum ini, aktres muda Diana Danielle telah menarik diri dari membawa Natrah dan tempatnya kini akan digantikan oleh Maya Karin.

Sofea pula pernah ditawarkan watak Cik Aminah, ibu Natrah tetapi setelah berbincang dengan pengarah Erma Fatima, dia membuat keputusan untuk menerima watak Natrah waktu usia 70 tahun.

"Sudah berpuluh naskah tentang Natrah saya baca dan saya memang mengikuti perkembangan cerita Natrah. Saya perlu melihat Natrah dari sudut kemanusiaan dan bukannya dari kaca mata orang lain," kata aktres yang suka membawa karektor kuat dan hebat.

Meskipun sudah banyak mengkaji, Sofia masih merasakan kajiannya setakat ini masih tidak mencukupi. Dia sedang berusaha untuk berjumpa beberapa individu tertentu yang pernah mengenali Natrah.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 01389813
"Bukan senang membawa watak ini tambahan ianya berdasarkan personaliti yang dikenali ramai. Saya perlu mencari rasa dan perasaan seorang wanita yang mencari-cari kasih sejatinya Cikgu Mansor Adabi kerana Natrah dan Mansor terpisah kerana keadaan hingga ramai terkorban.

"Bila sampai di Holland, Natrah dapat tahu yang Mansor berkahwin lain dan hatinya hancur. Dia bertemu dengan beberapa lelaki lain selepas ini tetapi kesemuanya gagal memberinya kebahagiaan. Akhirnya dia kembali ke pangkuan anak-anaknya. Di sinilah kebahagiannya yang sejati," kata ibu muda kepada tiga anak perempuan yang comel, Arissa, Khadeja dan Soraya.

Kata Sofia lagi, "Kita perlu melihat Natrah @ Maria Hertogh melampaui konflik agama dan rusuhan. Siapa sebenarnya Natrah dan bagaimana perasaannya di akhir hayatnya? Kita tidak tahu dan tidak mungkin akan tahu. Kita hanya boleh membuat andaian. Dan itulah yang saya cuba buat, sebaik mungkin."

Pelakon lain dalam teater muzikal Natrah ialah Remy Ishak (Cikgu Mansor Adabi) dan Umie Aida sebagai Cikgu Aminah.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeWed 21 Oct 2009, 5:56 pm

Memey makin rapat dengan anak-anak Norman

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Memey110
Memey berusaha kuat bagi memastikan cita-citanya untuk terus berada di dalam bidang seni ini tercapai. -Foto TV3

KATALAH apa saja terhadap pelakon muda ini kerana bagi tuan empunya diri, dia sudah lali dengan kata-kata negatif yang sering dilemparkan terhadapnya. Malah, bagi Memey Suhaiza, dia sendiri sudah tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

Masih banyak perkara yang belum dikecapinya dan kini, kata Memey, dia sedang meletakkan usaha yang kuat bagi memastikan cita-citanya untuk terus berada di dalam bidang seni ini tercapai.

Memikirkan masih jauh perjalanannya untuk mengukuhkan nama sebagai anak seni, gadis berusia 21 tahun ini juga sanggup mengetepikan dulu perkara-perkara lain termasuklah tentang perkahwinan.

Bukannya tidak pernah berbincang dengan kekasih hati, Norman Hakim, tentang masa depan mereka, tetapi kata Memey, setelah sama-sama memikirkan tentang banyak perkara, kedua-duanya merasakan mungkin masih belum sesuai untuk mendirikan rumahtangga buat masa ini.

"Dia (Norman) sendiri memang pernah mengutarakan tentang topik perkahwinan. Tapi, saya rasa buat masa sekarang, belum sesuai untuk kami berbuat demikian. Umur saya pun masih muda. Tapi, tidak pernah pula saya letakkan sasaran bila umur yang sesuai untuk berkahwin.

"Apapun, susah sebenarnya bila bercakap tentang hal jodoh ini kerana kita tidak boleh meramal apa yang akan berlaku. Walaupun saya cakap belum tiba masanya untuk berkahwin, tapi siapa tahu entah esok lusa, sampai 'seru' kami berkahwin.

"Mula-mula dulu, kami fikir, ingin selesaikan dulu kes khalwat yang disabitkan ke atas kami, yang mana ia masih dalam perbicaraan lagi dan selepas habis, barulah fikir tentang hal lain. Tapi, sekarang ini tak tahulah pula macam mana kerana mungkin juga perjalanan kes ini akan memakan masa yang lama.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Memey211
Memey belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga buat masa ini - foto TV3

"Sebab itu saya rasakan, lebih baik 'go with the flow' saja. Insya-allah, jika kuat jodoh kami, adalah," katanya ketika ditemui pada sesi pra-tonton drama-drama TV3 di Cineleisure Damansara, semalam.

Menurut Memey, dia bersyukur kedua-dua belah keluarga tidak pernah mendesak walaupun dia akui, hubungan kedua-dua belah sudah semakin rapat. Malah, katanya lagi, sekurang-kurangnya, tempoh ini dapat membuatkannya lebih mengenali hati budi Norman.

"Kami pun baru lebih kurang setahun kenal rapat. Tapi, saya tidak nafikan, setakat ini memang saya semakin selesa dengannya. Begitu juga dengan hubungan saya dan anak-anak Norman, kami makin selesa berdampingan selepas pertama kali bertemu sebelum hari raya lepas.

"Jika ada masa terluang, Norman akan bawa anak-anaknya keluar bersama dengan saya. Dania, anak kedua Norman juga amat rapat dengan saya," kata Memey dalam nada ceria.

Norman mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya, aktres Abby Abadi iaitu Mohamad Danish Hakim, 6, Marisa Dania Hakim, 4, dan Maria Danisha Hakim, 1.

Ditanya tentang perkembangan karier lakonannya ketika ini, kata Memey, dia sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Cinta Balqis yang akan mula ditayangkan di slot Akasia di TV3 bermula 2 November ini.

Turut membintangi drama arahan Heykal Hanifah ini antaranya ialah Eira Syazira, Zamarul Hisham, Fezrul Khan, Ainul Aishah dan Hamidah Wahab.

Memegang watak sebagai Marisa, kata Memey, karektornya adalah seorang gadis yang lemah-lembut, tetapi telah dipergunakan oleh abang dan ibu saudaranya untuk merebut harta suaminya, lakonan Zamarul.

Masih terus dilihat membawakan watak perempuan 'baik', ujar Memey, dia tidak kisah tawaran watak seperti itu yang sering singgah buat dirinya.

"Saya 'ok' saja. Bagi saya, tidak kisahlah bawa karektor yang lebih kurang sama saja kerana mungkin produser merasakan saya lebih sesuai untuk watak seperti ini.

"Tetapi sejujurnya, saya juga mendambakan watak-watak yang lebih berat, cuma mungkin belum berpeluang lagi," tutur pelakon ini.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeWed 21 Oct 2009, 5:58 pm

'Maaf jika saya bersalah' - Lisa Surihani

MENGENALI aktres muda ini, tidak dinafikan dia adalah seorang yang cukup peramah. Malah, ramai produser juga akui cukup senang bekerja dengan pelakon berusia 23 tahun ini kerana sikap profesionalnya.

Namun, tatkala karier seninya sedang menuju ke puncak, Lisa Surihani akui sedikit terguris bila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia sudah mula berlagak.

Tutur pelakon ini, dia sendiri agak terkejut apabila membaca tentang kisah itu di dalam sebuah akhbar baru-baru ini, sedangkan hakikatnya, dia seboleh mungkin tidak pernah 'mengabaikan' peminat-peminat atau pun tetamu lain andai kata bertemu di mana-mana majlis.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Lisa1110
Kata Lisa, dia sedar tahap yang dikecapinya sehingga hari ini banyak dibantu oleh peminat. Tidak mungkin segala sokongan yang dicurahkan kepadanya selama ini diambil lewa oleh dirinya.

"Sejujurnya, saya terkejut dan agak keliru sebenarnya bila timbul cerita seperti ini. Di dalam cerita tersebut, saya dikatakan berlagak dan seperti malas layan peminat ketika berada di satu majlis hari raya.

"Malah, saya juga dikatakan telah mengecilkan hati orang kuat sebuah produk kosmetik kerana sikap tidak mesra saya. Rasanya, biarlah saya perbetulkan tentang perkara ini.

"Baru-baru ini, saya menghadiri dua buah majlis hari raya pada hari yang sama. Jadi, saya tidak nafikan, mungkin agak penat sedikit kerana pergi ke dua buah majlis.

"Tetapi, setahu saya, tidak pula saya 'kekwat' atau tidak layan orang lain ketika di sana. Dan saya sendiri tidak pasti di majlis yang mana satu saya dilihat tidak 'mesra'.

"Rasanya, saya tidak pula diperkenalkan dengan mana-mana wakil produk kecantikan ketika di mana-mana majlis itu.

"Selama ini, sepenat mana pun saya, tetap saya akan cuba melayan dan menegur peminat serta tetamu di mana-mana majlis yang saya hadiri," kata Lisa dalam nada perlahan.

Kata pelakon yang sedang sibuk menjalani penggambaran Mertua VS Menantu musim kedua ini, mereka yang mengenali peribadinya yang sebenar akan tahu sama ada dia adalah orang seperti yang dikatakan atau tidak.

"Bukan ingin mengangkat diri sendiri, tetapi hakikatnya, saya memang seorang yang peramah. Cuma mungkin jika ada masanya saya tidak tersenyum, itu mungkin menandakan saya sedang letih.

"Tetapi, saya tidak mahu terlalu memikirkan sangat tentang perkara ini. Lagipun, saya sedar, berada dalam industri ini, saya memang akan terdedah dengan kisah-kisah seperti ini.

"Apapun, saya masih 'hijau' dalam bidang ini. Masih banyak perkara yang mungkin akan saya lalui kelak. Dan ini pula adalah kali pertama saya 'kena' macam ni.

"Cuma saya harap, ia tidak memberi kesan kepada perjalan karier saya," ujar pemenang anugerah Pelakon Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-21 ini.

Menurut Lisa lagi, dia sendiri sudah menjelaskan kepada peminat-peminatnya di laman web Facebook agar mereka tidak salah anggap terhadap dirinya.

"Apapun, maaf jika saya bersalah. Alhamdulillah, respon yang saya dapat setakat ini amat positif. Dan saya sendiri akan cuba perbaiki kekurangan diri dari semasa ke semasa," katanya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeWed 21 Oct 2009, 6:02 pm

Maiza akui jadi kegilaan pemuda 20-an

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 01352610
Maizawati bersama biskut D.Haiz Cookies.

CAKAP susah, tak cakap pun susah. Begitulah yang dirasai oleh model iklan biskut D. Haiz dan penyanyi Maiza lantas mengambil keputusan untuk tidak memberikan komen berhubung dakwaan dia akan berkahwin dengan lelaki berusia 20-an pada hujung tahun ini.

Serba salah dibuatnya namun biasalah, Maiza tetap perlu memberikan komen jika tidak banyak pun cukuplah sekadar untuk menutup mulut orang.

Bergelar selebriti ‘segera’ bukan mudah untuk dipikul olehnya kerana sejak kemunculannya dalam industri seni ini, banyak tohmahan dan pujian yang telah dilalui oleh bekas isteri penyanyi dan penceramah bebas Akhil Hayy ini.

Tidak mengiyakan mahupun menafikan dakwaan itu, Maiza akhirnya memberikan jawapannya sambil tergelak di hujung talian.

Walaupun pada mulanya agak berat untuk memberikan jawapan, ibu kepada enam orang anak ini akui dirinya memang dalam proses mengenali hati budi seseorang.

“Kalau nak tahu siapa orangnya, tunggu sahajalah. Biarlah orang nak membuat teka-teki tentang tarikh perkahwinan saya.

“Kalau saya tak kahwin bulan 12 nanti, orang yang buat cerita tu kena. Sekarang, saya nak tumpu pada karier. Kalau ada jodoh tak ke mana..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 01350611
Maiza tidak menafikan yang dirinya mempunyai ramai kenalan lelaki berusia 20-an. -Foto THE STAR oleh DARRAN TAN

“Apa-apa tunggu masa akad nikah tu dan saya tak nak komen apa-apa,” jelasnya dalam nada tenang.

Diasak dengan soalan berhubung teman lelaki ‘baru’nya itu, wanita berasal dari Ipoh, Perak ini berkata dia baru mengenali lelaki itu selepas bercerai dengan Akhil.

Selain itu, Maiza tidak menafikan yang dirinya mempunyai ramai kenalan lelaki berusia 20-an. Bukan itu sahaja, dikalangan mereka ada juga yang cuba untuk ‘masuk jarum’ atau menggilai Maiza.

“Sejak kisah saya tersebar melalui media, ramai juga orang yang bersimpati dengan saya termasuk lelaki yang berusia antara 24 hingga 29 tahun yang cuba untuk mengenali hati budi saya tetapi saya sekadar anggap mereka sebagai kawan biasa kerana saya nak tumpu kepada bisnes.

“Entahlah, sekarang ni macam-macam cerita yang keluar tetapi tentang jodoh ni kalau dah tiba masanya saya akan beritahu juga,” beritahunya lagi.

Menyentuh tentang ciri-ciri teman hidupnya nanti, Maiza menjelaskan dia tidak kisah tentang usia lelaki itu sama ada lebih muda atau tua daripadanya.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 01350612
“Berkahwin dengan lelaki muda? Saya tak kisah kerana tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini asal ada keserasian kerana jodoh di tangan Tuhan. Sedangkan Nabi Muhammad juga bernikah dengan wanita yang jauh lebih tua daripadanya..,” katanya yang akan berkunjung ke Kelantan pada 28 Oktober ini untuk menghadiri jemputan program ‘Pesona Gala Cik Siti Wan Kembang’.

Majlis anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Cempaka Club Muslimat itu akan berlangsung pada 29 Oktober, Khamis, pukul 3 hingga 5.30 petang di Dewan Konvensyen, Pusat Dagangan Kelantan.

Selain Maiza, artis lain yang akan turut serta adalah penyanyi Heliza AF5, pengacara Farrah Adeeba serta model dan pelakon Zahnita Wilson.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menghadiri majlis ini, bolehlah dapatkan tiket dengan menghubungi Cempaka: 09-7474082 atau 09-7474545.

Maiza juga memaklumkan yang dia dalam proses membuka sebuah butik di Ipoh, Perak.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeWed 21 Oct 2009, 6:08 pm

Bukan janda terdesak


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Mainp150
FARAH tidak mahu peminat benci kerana kontroversi.


Farah Asykin nafi jalin hubungan dengan suami orang, tak sanggup lukakan hati golongan sejenis

ENTAH mengapa, nyalaan sumbu kerjaya seninya lebih banyak bernafas dengan kontroversi. Sejak bergelar penyanyi, kehidupan Farah Asyikin tak henti-henti di landa badai. Ada saja cerita peribadi yang kurang menyenangkan mengenai penyanyi ini tersebar. Jika sebelum ini kisah perceraiannya menjadi bualan ramai, kali ini penyanyi yang popular dengan lagu Tak Ingin Akhiri ini dikatakan cuba bermain api apabila menjalinkan hubungan intim dengan suami orang.

Malah dalam akhbar sisipan B*Pop Ahad lalu turut menyiarkan gosip kononnya Farah dan lelaki itu dikatakan bercuti bersama di Hong Kong awal bulan lalu. Menurut artikel itu lagi, perkara itu didedahkan menerusi kiriman e-mel oleh seseorang yang mengakui kenal rapat dengan keluarga lelaki terbabit. Sejauh mana kebenaran cerita itu? Jika benar masakan penyanyi berusia 29 tahun ini tergamak melukakan hati golongan sejenisnya.

Demi sebuah kebenaran, Hip menghubungi penyanyi ini bagi mendapatkan cerita sebenar. Sambil melahirkan kekecewaan atas tuduhan yang dilemparkan padanya itu, Farah berkata apa yang terkandung di dalam e-mel itu semuanya tidak benar. Jelasnya status lelaki yang hanya dikenali dengan nama Mr M itu adalah seorang duda dan bukannya suami orang seperti mana yang didakwa.

Tegasnya, walaupun dia seorang janda namun itu tidak bermakna dia terdesak sehingga sanggup menghancurkan rumah tangga wanita lain. Justeru, enggan terus dilabel sebagai penyanyi kontroversi, Farah berkata dia rela mengundurkan diri dan memutuskan hubungan dengan lelaki yang dikenalinya beberapa bulan lalu.

Kata Farah, dia tidak kisah jika terpaksa berbuat demikian asalkan reputasinya sebagai penyanyi tidak terjejas dan peminat tidak membencinya hanya kerana fitnah itu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeWed 21 Oct 2009, 6:17 pm

Jozan Tidak Lagi Hoskan Raja Lawak 4?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 10202010

KL, 20 OKTOBER 2009: Rasa macam masih baru kumpulan Sepah menjadi Raja Lawak 3. Sedar sedar program realiti TV itu dah nak masuk musim ke-4 tidak lama lagi. Murai Batu tahu ramai penonton Astro sudah tidak sabar-sabar lagi melihat aksi bakat-bakat di luar sana yang mahu mencuba nasib dalam program popular itu.

Apakah Raja Lawak 4 akan menyaksikan perubahan besar di mana peserta wanita pula menjadi juara? Mungkin ya, mungkin tidak.

Tapi dalam menunggu kemunculan rancangan itu, Murai Batu terdengar khabar mengatakan pasangan hosnya, Johan dan Zizan yang terkenal dengan nama Jozan, tidak akan mengendalikan lagi program ini bersama-sama.

Eh, kenapa pula? Apa yang telah berlaku?

Amboi, dulu bukan main ngam macam belangkas. Sekarang takkan dah beralih angin selepas Johan dah kahwin?

Bukan apa, bagi Murai Batu, Raja Lawak best sebab ada Jozan. Gelagat spontan mereka itu pun dah cukup kelakar. Kalau tukar orang lain, ia belum tentu akan mempertahan rating Raja Lawak 4 nanti.

Murai Batu akan cuba mendapatkan kepastian daripada Johan dan Zizan sendiri sejauh mana benarkah gosip ini. Harap-harap kalau ada problem, cuba selesaikan secara baik.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeWed 21 Oct 2009, 6:23 pm

Perihal Banglo RM2.4 juta Linda Onn

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 10202011

KL, 20 OKTOBER 2009: Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan segala-galanya. Demikianlah suratan hidup Linda Onn yang akhirnya tidak jadi berkahwin dengan Fahrin Ahmad. Hubungan mereka telah tinggal satu sejarah tetapi kenangan itu Murai Batu dengar ada terpalit pada sebuah rumah besar yang baru dibeli dan diduduki Linda sekarang.

Murai Batu telah mendengar cerita eksklusif ini daripada satu sumber sewaktu Murai Batu mengikut teman wartawan dari murai.com.my bertandang ke rumah baru Linda, 32, yang terletak di Bukit Indah, hujung minggu lalu. Banglo 6 bilik itu memang besar dan cantik, tersergam di pinggiran bukit. Ia mempunyai sebuah kolam renang untuk Linda dan anak-anak buahnya bersantai.
Harganya? Memang ramai hendak tahu sangat tentang harganya dan Murai Batu difahamkan ia mencecah sekurang-kurangnya RM2.4 juta. Kelas Linda Onn...

Kata sumber itu lagi, banglo mewah itu sepatutnya diduduki oleh Linda bersama Fahrin kerana mereka sebenarnya telah merancang untuk berkahwin pertengahan tahun lalu. Dengan erti kata lain, rumah itu mahu dijadikan sebagai harta sepencarian mereka bersama tapi apa boleh buat, cinta mereka akhirnya putus di pertengahan jalan.

Dengan perancangan yang tidak menjadi itu, Linda tetap redha malah meneruskan hasrat untuk memiliki rumah itu juga walaupun dia sudah ada sebuah rumah besar Beverly Heights. Ampang.

Murai Batu tahu, ramai mula bergosip dari mana Linda mendapat duit untuk membeli rumah sebesar itu. Kata Linda, itu semua menggunakan titik peluhnya sendiri yakni daripada tugas di stesen radio serta menguruskan 6 restoran nasi ayam dan asam pedas di Lembah Klang.

Jadi janganlah siapa-siapa hendak bergosip Linda kononnya ditaja oleh mana-mana VVIP. Syabas Linda kerana awak seorang wanita yang gigih dan begitu independent.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 10202012

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 10202013
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeWed 21 Oct 2009, 6:25 pm

Apa Masalah Enot Dan Zainul?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 10202014

KL, 21 OKTOBER 2009: Demam Sehati Berdansa 3 (SB3) dah pun bermula. Murai Batu tahu ramai terkejut melihat beberapa pasangan artis telah memberanikan diri untuk turun ke lantai tarian dan salah satu daripada mereka adalah Enot, 30, dan suaminya, Zainul Abidin Mat Noor, 38.

Maklumlah selama ini orang hanya melihat Enot melawak dan berlakon tetapi siapa sangka artis berbadan montel dan comel macam Enot pun ada semangat tari yang tinggi. Syabas Enot & Zainul!

Baiklah, minggu lalu, waktu Murai Batu sibuk menghabiskan road tour rumah terbuka Aidilfitri, Murai Batu ternampak dengan Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 31, di tengah-tengah kota.

Waktu itu Enot keluar bersama suaminya, Zainul, 39, serta koreografi mereka, Anuar. Mereka begitu asyik membelek baju-baju di BB Plaza untuk dipakai bagi episod pertama SB3.

Beriya sungguh Enot membelek baju dan banyak jugalah beg shopping yang digalas Zainul. Dalam seronok-seronok melihat mereka, Murai Batu dapat tahu, ketika ini Enot hadapi beberapa masalah dalam SB3.

Antaranya masalah kostum Enot kerana saiz tubuhnya besar. Apapun, Anuar telah berjaya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah Enot itu termasuk menyewakan dari butik khas.

Zainul pula khabarnya terpaksa berlatih lebih gigih untuk melakukan langkah-langkah yang lincah dan agak agresif terutama mengangkat tubuh isterinya yang sihat itu. Haaa, kita tengok nanti macam mana aksi-aksi stuts yang bakal dilakukan oleh Enot dan Zainul nanti!

Yang penting, mereka lakukan semua ini demi menghiburkan kita selain memungut dana bagi badan kebajikan yang diwakili mereka, Yayasan Paru-Paru Malaysia.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeWed 21 Oct 2009, 6:28 pm

Album Solo Riz Bukan Ditaja Mak Datin!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 10162010
Kehadiran kelab peminat Riz ketika pelancaran album sulung naib juara Akademi Fantasia 6 (AF6) itu di Hard Rock Cafe Kuala KL, baru-baru ini telah menimbulkan gosip.

Mana tidaknya, ini kerana ramai peminat Riz atau nama penuhnya, Mohammed Idris Mohd Zaizizi, pada hari itu tergolong dari kalangan Mak Datin, Datuk malah kerabat diraja yang sememangnya nampak sangat teruja dengan Riz.

Terdetik persoalan, adakah album Bermula Semula yang telah mendapat sentuhan komposer popular Ajai dari Wake The Baby serta edaran oleh Warner Music (M) Sdn Bhd itu mendapat tajaan dana daripada peminat VIPnya itu? Malah apabila Riz kini memandu sebuah BMW, ia juga digosipkan sebagai kereta tajaan seseorang.


"Saya dah agak perkara ini akan digosipkan. Terus terang kesemua mereka hanyalah peminat setia saya yang sangat saya hormati. Malah sokong saya malah turut membeli album saya seperti mana peminat lain. Itulah perkara yang sangat mengharukan saya. Kedatangan mereka membakar lagi semangat saya dan itulah 'tajaan' yang tidak ternilai.

"Sebenarnya semua peminat VIP ini telah menyokong saya sejak dari dalam AF lagi," jelas Riz bersungguh-sungguh.

Album Bermula Semula menyenaraikan 8 lagu yang mendapat sentuhan Ajai sebagai produser serta pembabitan beberapa nama popular dalam penulisan lirik seperti Slen, Abie Abdullah, Rosli Manah dan Ajai sendiri.

Berpuas hati dengan kemunculan album itu, Riz menjelaskan Bermula Semula adalah hasil daripada duit simpanannya sendiri yang langsung tidak mengharapkan simpati atau 'pembiayaan terlindung'.

Katanya, daripada 8 lagu, hanya 3 lagu daripada album itu, Hanya Sandiwara, Ku Pinjam Satu Bintang dan Kau Wanita telah disokong oleh Astro Entertaiment Sdn Bhd (AESB) sebagai syarikat showbiz yang bertanggungjawab memperkenalkan namanya ke persada seni hiburan.

Riz berkata, kerana kos penerbitan album itu yang agak mahal, dia terpaksa menangguh seketika penerbitan album itu sehingga simpanan kewangannya benar-benar mencukupi untuk melahirkan sebuah album penuh seperti hari ini.

"Sepatutnya album ini sudah dilancarkan beberapa bulan lalu tapi memandangkan ketika itu duit masih belum cukup, kenalah saya tungggu lagi. Banyak perkata perlu saya selesaikan seperti membayar rumah, kereta dan belanja harian.

"Kalau hendak tahu, ada satu masa, saya terduduk termangu bila memikirkan soal duit dan penerbitan album ini. Pernah juga saya mengikat perut dengan hanya makan mi segera saja, semata-mata nak kumpul duit untuk buat album ini. Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran semuanya telah tercapai," ujarnya.


Ibu dan ayah Riz sudah kembali bersatu

Sedar ini adalah masa terbaik untuk melahirkan album, Riz bersyukur kerana berpeluang menujukan salah satu lagu daripada album itu kepada kedua ibu bapanya yang telah bersatu kembali selepas beberapa bulan tidak tinggal sebumbung.

Menurut Riz, lirik yang tertulis pada lagu Bermula Semula cukup memang simbolik bagi menceritakan kegembiraannya sebagai anak yang dapat melihat ibu bapanya kembali bersama.

"Sebenarnya ketika saya menyertai AF dulu, saya mengalami masalah keluarga. Mak dan ayah saya mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama. Awalnya konsert AF minggu pertama, ayah saya tidak datang melihat saya.

"Tapi masuk minggu ke-3, saya dapat lihat ayah datang ke konsert meskipun tidak duduk dekat ibu saya ketika itu. Dari minggu ke minggu saya lihat mereka semakin rapat yang akhirnya memutuskan untuk bersama kembali,” katanya dalam nada terharu dan gembira.

Selain single popularnya Hanya Sandiwara dan lagu duet bersama Alyah, Ku Pinjam Satu Bintang yang kerap berkumandang di corong-corong radio, Riz turut mempertaruhkan lagu seperti Khilaf, Harus Ku Yang Pergi dan Cinta Ini.

Lagu-lagu ini juga boleh dimuat turun untuk dijadikan nada dering bagi telefon bimbit anda. Sementara itu, difahamkan, lagu Riz dan Alyah iaitu Ku Pinjam Satu Bintang layak menyertai semi-final Muzik Muzik dan pengumuman rasmi akan dibuat oleh TV3 minggu depan. Tahniah Riz!
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeWed 21 Oct 2009, 6:44 pm

RM10,000 Punca Diana Tolak Natrah?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 10202015

KUALA LUMPUR, 20 OKTOBER 2009: Pengarah handalan Erma Fatima akui tidak kecewa apabila bintang muda, Diana Danielle, menarik diri daripada menjayakan pementasan teater Natrah yang akan dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 30 November hingga 9 Disember ini.

"Diana tidak dapat jayakan teater ini kerana dia ada banyak komitmen terhadap keluarga termasuklah menjelaskan pelbagai bil setiap bulan. Sebab itulah dia tidak boleh terima jumlah bayaran sebanyak RM10,000 yang ditawarkan kepadanya untuk menjayakan teater ini.

"Sebagai pengarah, saya perlu menghormati alasan Diana itu dan sebagai individu, saya juga sangat memahami situasi dan keadaan Diana. Mahu tak mahu, kita terpaksa lepaskan dia pergi," katanya kepada murai.com.my, sebentar tadi.

Menurut Erma lagi, Diana telah mengambil keputusan menarik diri daripada menjayakan pementasan hebat itu pada minggu lepas.

"Maka pada hari yang sama juga, saya terus hubungi Maya Karin dan pada hari yang sama juga dia telah menerima tawaran saya untuk menggantikan tempat Diana sebagai Natrah. Kata Maya, sudah 5 tahun menunggu Natrah dipentaskan. Sebelum ini pernah ada sebuah produksi berminat mementaskan Natrah dan Maya telah dipanggil oleh produksi teater terbabit untuk menghadiri uji bakat.

"Dan sejak dari itu, Maya telah membuat kajian serta membaca kisah hidup Natrah tapi malangnya, produksi teater tersebut tidak jadi pula menjadi," jelas Erma.

Kata pengarah filem Embun itu lagi, walaupun dari segi raut wajah Maya tidak kelihatan seperti seorang gadis Eropah tulen, dia tetap sedia membuat persiapan tersendiri untuk memegang watak mencabar itu.

"Saya yakin dengan Maya kerana dia pernah membawa watak perempuan zaman dulu-dulu. Malah cara pertuturan Maya juga sangat menepati dan sempurna untuk watak Natrah. Maya boleh menguasai bahasa baku Indonesia dengan baik sekali. Samalah dengan cara percakapan Natrah yang sebenarnya," kata Erma lagi.

Natrah atau nama Belandanya, Maria@Bertha Hertogh telah menjadi rebutan ibu bapa kandungnya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan Adeline Hunter selepas dia diserahkan kepada ibu angkatnya Che' Aminah Mohamed, seorang peniaga wanita kain yang berasal dari Kemaman, Terengganu.

Pada usia 13 tahun dia telah berkahwin dengan Cikgu Mansor Adabi tetapi mahkamah akhirnya memutuskan Natrah harus dikembalikan kepada ayah dan ibu kandungnya. Rusuhan Natrah kemudian tercetus di Singapura kerana masyarakat Islam khuatir Natrah akan dimurtadkan. Kesan daripada rusuhan yang tercetus pada 11 - 13 Disember 1950 itu, seramai 18 nyawa telah terkorban, 173 cedera selain banyak kerosakan harta benda.

Selain Maya Karin , pementasan hebat itu juga akan dijayakan Umie Aida sebagai Che' Aminah, Remy Ishak (Cikgu Mansor Adabi) serta Sofia Jane (Natrah pada usia 70 tahun).
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeThu 22 Oct 2009, 11:41 am

Diana Rafar terfikir untuk 'bersara' seketika
Oleh WAHIDA ASRANI

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Rafar110

SEJAK bergelar isteri kepada pelakon Zamarul Hisham, akui Diana Rafar, dia lebih selesa menguruskan spa miliknya, D'Lugano Spa yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam.

Kata pelakon berusia 27 tahun ini, dia mempunyai impian besar untuk memajukan bisnesnya itu dan lantaran itu, pernah terfikir untuk bersara seketika daripada bidang seni.

Namun, hasrat itu nampaknya terpaksa dipendam dulu oleh Diana.

"Ikutkan perancangan saya, memang saya ingin berhenti berlakon buat sementara. Perkara itu memang sudah saya fikirkan sejak berkahwin. Tetapi nampaknya, selepas itu, tawaran berlakon yang diberikan kepada saya bagus-bagus pula.

"Jadi, sukar untuk saya menolak. Terbaru, saya sedang dalam proses penggambaran drama bersiri Nenek Kebaya arahan Ismail Yacob dan apa yang boleh saya katakan, watak yang saya pegang di dalam drama ini memang mencabar," ujar Diana yang mendirikan rumahtangga dengan Zamarul pada 16 Mei lalu.

Bercerita lanjut tentang watak Samsiah yang dipegang menerusi drama ini, kata Diana, amat sukar untuk dirinya cuba menjiwai watak tersebut memandangkan Samsiah memerlukannya tampil dalam dua karektor berbeza.

"Sebelum ini, ketika berlakon di dalam filem Susuk, saya memegang watak yang melalui tiga transformasi dari segi karektornya. Tapi ketika itu ia tidak begitu ketara.

"Namun berbeza dengan watak Samsiah. Saya perlu tampil dengan karektor baik, kemudiannya bertukar kepada karetor jahat...dari seorang gadis kampung, kemudian menjadi 'nenek kebaya'. Memang cukup sukar, tetapi pengarah, Ismail banyak membantu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Rafar210

"Dan yang menariknya, ada sebab mengapa dia dipanggil Nenek Kebaya," katanya.

Nenek Kebaya akan ditayangkan di slot Lagenda di TV3 bermula 3 November depan, setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 4.30 petang.

Turut membintangi drama ini ialah Raisudin Hamzah, Amyza Aznan, Mariani, Zed Zaidi, Pekin, Izreen Aminda, Ghazali Abu Noh dan Nadia Kesuma.

Nenek Kebaya bermula dengan kisah purba mengenai tuduhan percintaan cucu Mak Inang, Indera Laksamana dengan Puteri Sinar Cahaya diketahui Raja Negara Kembayat Cahaya.

Indera Laksamana sudah pun bertunang dengan cucu angkat Mak Inang, Intan Sari yang kemudian memusuhi Puteri Sinar Cahaya yang dianggap perampas kekasihnya. Sultan mendakwa Mak Inang menjadi orang tengah di antara puterinya dan Indera.

Sebagai hukuman, Mak Inang dibuang ke tengah rimba selepas matanya dibutakan manakala Indera Laksamana dijatuhi hukuman mati. Puteri Sinar Cahaya dikahwinkan dengan Putera Wira Satria.

Di dalam hutan, Mak Inang telah diselamatkan oleh Intan Sari. Matanya disembuhkan oleh Sang Pertapa yang mempunyai pelbagai ilmu, tetapi membawa kepada kejahatan.

Intan Sari mengambil keputusan untuk membalas dendam atas kematian tunangnya dan menuntut ilmu daripada Sang Pertapa. Namun, dia harus menunggu sehingga tujuh keturunan untuk membalas dendam.

Selepas tujuh keturunan, hanya tinggal seorang pewaris generasinya, Nenek Putih atau Nenek Kebayan dan cicitnya, Samsiah. Samsiah digunakan oleh Intan Sari untuk melaksanakan dendamnya. Tuan Adam pula adalah keturunan ketujuh yang dimaksudkan itu. Apabila Samsiah dikahwinkan dengan Tuan Adam, pelbagai perkara ganjil mula berlaku.

Ditanya sama ada ini akan menjadi drama terakhirnya sebelum mengambil keputusan untuk 'berehat' seketika kita, tutur Diana, dia sendiri sukar meramalkannya buat masa ini.

"Saya sudah tak berani nak rancang macam tu lagi. Lagipun, mungkin kerana sudah lama bergelar anak seni, jadi sukar untuk saya berbuat demikian. Bukannya apa, terfikir juga, takkan nak menolak jika tawaran berlakon yang saya dapat itu bagus.

"Mahu atau tidak, kenalah saya bahagikan masa sebaik mungkin antara suami, bisnes dan karier seni. Saya akui, memang kadang-kadang tu tak terkejar dibuatnya, apatah lagi saya pun baru saja berkahwin.

"Tetapi nasib baik Zamarul juga amat memahami," ujar Diana yang juga turut mengimpikan untuk memiliki cahaya mata andai dikurniakan rezeki.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeThu 22 Oct 2009, 11:43 am

Maznah Zolkifli: 'I'm forever 26!'


USIANYA sudah pun mencecah 35 tahun, namun bagi pengacara, ahli sukan, pelakon dan pakar motivasi ini, faktor usia tidak pernah menjadi alasan untuk dia meneruskan minatnya dengan aktiviti lasak.

Bagi Maznah Zolkifli, digelar wanita 'feminin tetapi lasak' kerana kecenderungan minatnya terhadap aktiviti-aktiviti luar seperti sukan permotoran, dianggap satu penghormatan buat dirinya.

Lantaran itu, apabila 'diusik' tentang umurnya kini, Maznah pada awalnya hanya tersenyum dan berseloroh, "I'm forever 26!".

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Maz11110
Maznah masih aktif dengan aktiviti lasak dan tidak mahu jadikan faktor usia sebagai penghalang untuk meneruskan minatnya - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT

"Bagi saya, tidak salah untuk anggap diri sentiasa muda kerana ini secara tidak langsung dapat memotivasikan diri kita. Peranan saya adalah untuk memberi motivasi kepada masyarakat dan sebab itu, saya sendiri perlu memotivasikan diri saya dulu.

"Sejujurnya, saya tidak pernah terlalu memikirkan tentang umur kerana sepanjang perjalanan hidup kita ini, tuhan sudah menetapkan jodoh dan rezeki masing-masing," luah Maznah dalam nada semangat.

Bercerita tentang perkembangan terbaru tentang dirinya, kata bekas pengacara Muzik-Muzik ini, selain sibuk menguruskan dua buah syarikat miliknya iaitu sebuah produksi dan syarikat perniagaan, Maznah juga kini aktif di dalam sukan menembak.

"Sejak tiga tahun lalu, ini adalah minat terbaru saya. Setiap hujung minggu, ini adalah antara aktiviti yang akan saya lakukan. Dan saya juga akan menyertai pertandingan menembak di Melaka tidak lama lagi.

"Seronok sangat kerana saya berjaya pelbagaikan aktiviti lasak yang saya lakukan.

"Mungkin juga kerana sejak kecil lagi saya memang meminati aktiviti mencabar seperti ini. Jadi, aktiviti seperti ini memang akan sentiasa berada dalam hati saya," ujar Duta Belia Negara 2003 ini.

Selain itu, kata Maznah, dia juga baru saja selesai menjalani penggambaran drama Projek Cinta dan turut terbabit sebagai juri jemputan di dalam program realiti Gadis Melayu musim kedua.

Maznah juga turut menyuarakan hasratnya untuk kembali mewarnai bidang pengacaraan setelah kali terakhir mengendalikan program Maz Buzz di RTM awal tahun ini.

"Sejak dianugerahkan gelaran Duta Belia Negara kira-kira enam tahun lalu, saya lebih cenderung kepada aktiviti ceramah dan mula memperlahankan karier pengacaraan.

"Kemudian saya tubuhkan syarikat sendiri dan sudah tentu jadual saya juga jadi semakin padat. Bukannya 'menghilang' terus daripada industri ini, cuma tidak begitu aktif saja.

"Kali terakhir saya mengacara pun adalah menerusi projek sulung produksi saya iaitu program Maz Buzz. Memang rindu sangat untuk kembali aktif dalam bidang ini kerana saya memang amat sukakan pengacaraan.

"Sebagai pengacara, saya berpeluang mengumpul ilmu sebanyak mungkin. Dan insya-allah, saya akan kembali sebagai pengacara menerusi sebuah program baru yang akan disiarkan di RTM2 kelak.

"Buat masa ini, program itu masih di dalam proses rakaman," ujarnya dalam nada ceria.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeThu 22 Oct 2009, 11:45 am

Siti nafi ditawar jutaan ringgit untuk 'Konsert Seribu Warna'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 01390510
Selepas 'Konsert Satu', Siti bakal menjayakan 'Konsert Seribu Warna' pada 14 November depan di Stadium Malawati, Shah Alam. -foto The Star oleh RAYMOND OOI

DESAS-DESUS mengatakan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin ditawarkan wang jutaan ringgit oleh syarikat Hai-O Marketing Sdn. Bhd., penganjur Konsert Seribu Warna dinafikan sekeras-kerasnya oleh penyanyi nombor satu negara itu.

Jawab Siti, tawaran itu tidaklah mencecah sampai jutaan ringgit dan berapakah jumlahnya biarlah dia sahaja yang tahu..

“Tak betul lah. Pandai-pandai je buat spekulasi tentang jutaan ringgit tu..,” jawab pemilik Siti Nurhaliza Production Sdn. Bhd. ini ketika sidang media di pejabatnya.

Penyanyi yang telah mengumpul 14 buah album ini berkata dia juga bersetuju untuk melakukan konsert pada 14 November, pukul 8 malam di Stadium Malawati, Shah Alam itu bukan disebabkan tawaran wang tunai semata-mata.

Yang pasti, isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini tidak sabar untuk menghiburkan 10,000 penonton termasuk 6,000 ahli Hai-O.

Oleh itu, Siti meuar-uarkan kepada para peminatnya yang bukan ahli Hai-O untuk mendapatkan tiket berharga RM60 yang dijual sebanyak 4,000 tiket itu.

“Saya menerima tawaran konsert ini pada pertengahan Mac lalu selepas ahli Hai-O sepakat untuk memilih saya sempena ulang tahun ke-17 Hai-O.

“Jadi, persembahan dalam ni agak berlainan daripada Konsert Eksklusif Satu dan lebih relaks.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 01390511
“Persembahannya juga tidak lama dalam 90 minit sahaja dan saya akan mendendangkan sebanyak 13 buah lagu popular saya,” ujar Siti yang turut mengundang artis di bawah SNP iaitu kakaknya, Siti Saida, adiknya, Siti Saerah dan kumpulan Coda.

Kata Siti, ketiga-tiga artis ini akan melakukan persembahan mereka semasa persembahan pembuka konsert itu.

Selain menyanyikan lagu-lagunya seperti ‘Di Taman Teman’, ‘Ku Percaya Ada Cinta’, ‘Ku Mahu’, Siti turut akan menyanyi secara trio dengan Saida dan Saerah serta menyanyi lagu ‘tibute’ dua penyanyi popular.

Dalam nada teruja, Siti menjelaskan dia sengaja mengajak artis SNP yang lain untuk memberikan pendedahan kepada mereka dengan harapan mereka akan bersedia membuat persembahan berskala besar.

Pengalaman dan tunjuk ajar yang mereka perolehi daripada Siti diharapkan akan dapat dimanfaatkan dengan baik oleh setiap artis supaya kemunculan mereka di ‘Konsert Seribu Warna’ mampu membuka mata peminat di luar sana.

Bercerita mengenai penampilannya agar bersesuaian dengan tema konsert yang santai dan relaks itu, khidmat pereka fesyen Hatta Dolmat akan digunakan agar menampakkan dirinya lebih ‘funky’, ‘ragged’ dan kontemporari.

Begitu juga dengan Saida dan Saerah, mereka berdua juga akan menggayakan pakaian rekaan pereka tersohor itu.

‘Seribu Warna’ simbolik kejayaan Hai-O

Menurut Siti, pemilihan tajuk konsert ‘Seribu Warna’ ini bertepatan dengan persembahan yang akan ditonjolkan pada malam itu selain simbolik pelbagai kejayaan, semangat dan kegigihan yang ditonjolkan oleh ahli-ahli Hai-O sehingga mereka mampu mengubah kehidupan dan masa depan yang lebih baik.

Menyentuh tentang sesi latihan, setiap artis akan memulakan latihan muzik dan tarian pada awal November ini.

Persembahan Siti, Saida dan Saerah akan diiringi oleh kumpulan pemuzik profesional yang akan diketuai oleh Aubrey Suwito manakala kumpulan Coda akan bermain muzik sendiri.

Tambahnya, konsert ini juga diharap akan dapat mengubat rindu para peminatnya yang tidak berkesempatan menonton ‘Konsert Satu’ di Istana Budaya pada Jun lalu.

SNP selaku penerbit konsert ini telah mendapat kerjasama Ticket2u.biz untuk urusan penjualan tiket yang boleh dilanggan mulai hari ini, 22 Oktober.

Tiket boleh didapati di Box Office (Istana Budaya), Triways Travel & Tours di KLCC dan Taman Tun Dr Ismail, Malaysia Travel Bureau, MTB di MATIC, Sri Amera Holiday Sdn. Bhd di tingkat 1, Plaza Alam Sentral Shah Alam dan Putrajaya, Pasar Awam Precint 16, Putrajaya dan TicketCharge 29-5, Signature Office Suite, The Boulevard, Mid Valley.

Tiket-tiket juga boleh dilanggan secara online di ticket2u.biz dengan harga tetap RM60
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeThu 22 Oct 2009, 11:46 am

Ziana tiada niat sorok anak kembar


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 01030410


SETELAH hampir 90 hari penyanyi dan pelakon Ziana Zain melahirkan anak kembarnya, dia masih belum bersedia untuk ditemubual oleh media sehingga selesai berpantang 100 hari.

Ibu kepada sepasang kembar lelaki dan perempuan, Siti Nur Kasih dan Muhammad Ariel ini juga tiada niat untuk menyorok anak-anaknya yang dilahirkan awal tiga minggu daripada tarikh yang sepatutnya, hujung Ogos atau awal September.

Menurut pengurusnya, Lisa Aryanti Tahir, Ziana belum bersedia untuk berhadapan dengan media dan menunjukkan bayi kembarnya atas alasan keadaan tidak mengizinkan.

“Sekarang, dia tiada pembantu untuk menjaga anak-anaknya dan pada November depan dia akan jalani rawatan badan pula. Jadi, berilah dia masa kerana kali ini juga pengalamannya juga berbeza kerana pertama kali dia mendapat bayi kembar,” ujarnya ketika dihubungi.

Lisa menganggap setiap cerita yang dikeluarkan seperti ‘Ziana sorok anak kembar’ ibarat usik-usik manja dan dia sendiri memahami yang Ziana tidak ambil kisah tentang cerita seperti itu.

Malah tambahnya, mungkin orang di luar tidak pernah melalui atau merasai keadaan seperti Ziana sekarang.

“Ziana dan bayi kembarnya sedang dalam keadaan sihat. Ziana melahirkan anak-anaknya secara pembedahan, jadi perlu mengambil masa yang lama untuk ‘recovery’.

“Dia juga mahu lebih relaks dan tak nak stres. Semasa dia berpantang, suami dia banyak membantu dengan mengambil cuti panjang,” beritahu Lisa lagi.

Kali terakhir Lisa melawat Ziana adalah pada Hari Raya Aidilfitri lalu. Cerita Lisa, waktu itu Ziana nampak sihat dan berat badannya menurun kepada yang asal manakala dua orang bayi kembarnya pula bertambah ‘berisi’.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeThu 22 Oct 2009, 6:15 pm

Gambar Syanie di Majlis Rumah Terbuka Persatuan Filem Malaysia

Lama juga Budiey tak nampak Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham di kaca TV mahu pun di layar perak. Cuma beberapa bulan yang lalu, kalau tak silap pada 28 Mei 2009, Budiey ada dengar Syanie ada buat pembedahan gastric bypass. Pembedahan ni cuma memotong sikit usus supaya pendek. Jadi, selera makan tidaklah besar macam dulu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 40318010

Pembedahan dibuat bukan untuk kurus atau cantik, tetapi sebab tahap kesihatan Syanie di tahap yang membimbangkan. Kalau tak dibedah, jantungnya mungkin tak akan bertahan lama. Bila badan bertambah besar, jantung kena bekerja dua kali ganda.

Budiey sempat mengambil gambar terbaru Syanie semasa Budiey hadir di Majlis Rumah Terbuka Persatuan Filem Malaysia (PFM) di Menara Kuala Lumpur. Ternyata, Syanie memang peramah dan mudah diajak berbual.

Orang kata, bila buat pembedahan gastric bypass tu, badan akan jadi kurus. Terbukti Chef Zam yang buat pembedahan yang sama dah kurus kering dah. Tapi Budiey lihat Syanie makin besar. Tapi Syanie ada cakap dulu, lepas buat pembedahan, berat badan dia naik 5kg.

Apa-apa pun, Budiey doakan semoga Syanie sihat dan yang penting sekali Syanie kena happy. Dan jangan lupa, jaga kesihatan.

Oh… masa kat majlis rumah terbuka, Syanie ada nyanyi lagu Kris Dayanti - Mencintaimu… boleh tahan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 40310410
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeThu 22 Oct 2009, 6:19 pm

Gambar Julia Ziegler Dan Kakaknya di Prebiu Pisau Cukur

Masa Prebiu PISAU CUKUR lalu, Budiey ternampak kelibat pelakon dan juga model yang dah lama jugak tak bertemu dengannya. Dia adalah Julia Bob Fauzi Ziegler yang menggunakan nama komersial Julia Ziegler. Yelah, sebelum ini nama Julia memang panas dengan cerita cinta Julia dengan Pierre Andre.

Tengok pada wajahnya, Julia makin berisi. Katanya tersalah makan ubat. Kalau tak silap, masa berborak dengan Julia sekejap hari tu, pelakon Jangan Tegur ini ditemani oleh kakaknya, Linda Ziegler.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 40320810
Kalau tak silap Budiey, inilah kakak Julia… Linda namanya.

Bagi Julia, dia lebih senang bekerja dengan kakak sulungnya, Linda Ziegler yang merupakan seorang produser di Niche Film. Kalau pembaca masih ingat, Julia dan Linda pernah bekerjasama untuk menghasilkan drama bersiri 26 episod Ampang Medical yang turut mendapat kerjasama dari Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) yang telah disiarkan oleh NTV7.

Kenapa dah bertambah gemuk ni?

“Sejak Julai lalu, saya pergi ke gim dari pukul 6.30 petang sehingga 10 malam setiap hari. Tapi disebabkan jurulatih saya memberikan ubat yang salah, ia menyebabkan berat badan saya meningkat secara mendadak. Saya sebenarnya meminta ubat untuk membakar lemak tetapi dia memberikan ubat untuk menaikkan berat badan. Tujuan saya pergi ke gim adalah kerana mahukan otot seperti badan Jessica Alba yang tampak sihat. Namun, sekarang bukan sahaja berat badan saya meningkat, muka saya juga tumbuh ruam yang teruk kerana kepanasan akibat ubat itu.”

Tapi ada rahmat juga bila berbadan berisi sikit sebab kebetulan Julia ditawarkan watak wanita gemuk dalam telefilem Suaramu. Jadi ia satu bonus untuk Julia yang tidak perlu memakai banyak solekan untuk menggemukkan badan.

Sekarang ni, berat badan Julia dah susut sikit berbanding hari tu. Good luck, Julia~!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 40313310
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeThu 22 Oct 2009, 6:21 pm

Konsert Seribu Warna Dato’ Siti Nurhaliza Hai-0

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 40328210

Semalam telah berlangsung satu majlis sidang media Konsert Seribu Warna - Dato’ Siti Nurhaliza. Konsert ini akan diadakan pada 14 November, pukul 8 malam di Stadium Malawati, Shah Alam. Di Konsert itu nanti, Siti juga mengundang artis di bawah SNP iaitu kakaknya, Siti Saida, adiknya, Siti Saerah dan kumpulan Coda untuk opening act.

DESAS-DESUS mengatakan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin ditawarkan wang jutaan ringgit oleh syarikat Hai-O Marketing Sdn. Bhd., penganjur Konsert Seribu Warna dinafikan sekeras-kerasnya oleh Siti Nurhaliza. Diva popular ini setuju bukan sebab wang. Tawaran itu tidaklah mencecah sampai jutaan ringgit dan berapakah jumlahnya biarlah Siti sahaja yang tahu.

Yang pasti, isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini tidak sabar untuk menghiburkan 10,000 penonton termasuk 6,000 ahli Hai-O.

Oleh itu, Siti meuar-uarkan kepada para peminatnya yang bukan ahli Hai-O untuk mendapatkan tiket berharga RM60 yang dijual sebanyak 4,000 tiket itu.

“Saya menerima tawaran konsert ini pada pertengahan Mac lalu selepas ahli Hai-O sepakat untuk memilih saya sempena ulang tahun ke-17 Hai-O. Jadi, persembahan dalam ni agak berlainan daripada Konsert Eksklusif Satu dan lebih relaks. Persembahannya juga tidak lama dalam 90 minit sahaja dan saya akan mendendangkan sebanyak 13 buah lagu popular saya,”

Selain menyanyikan lagu-lagunya seperti ‘Di Taman Teman’, ‘Ku Percaya Ada Cinta’, ‘Ku Mahu’, Siti turut akan menyanyi secara trio dengan Saida dan Saerah serta menyanyi lagu ‘tibute’ dua penyanyi popular.

Dalam nada teruja, Siti menjelaskan dia sengaja mengajak artis SNP yang lain untuk memberikan pendedahan kepada mereka dengan harapan mereka akan bersedia membuat persembahan berskala besar.

Pengalaman dan tunjuk ajar yang mereka perolehi daripada Siti diharapkan akan dapat dimanfaatkan dengan baik oleh setiap artis supaya kemunculan mereka di ‘Konsert Seribu Warna’ mampu membuka mata peminat di luar sana.

Bercerita mengenai penampilannya agar bersesuaian dengan tema konsert yang santai dan relaks itu, khidmat pereka fesyen Hatta Dolmat akan digunakan agar menampakkan dirinya lebih ‘funky’, ‘ragged’ dan kontemporari.

Begitu juga dengan Saida dan Saerah, mereka berdua juga akan menggayakan pakaian rekaan pereka tersohor itu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeThu 22 Oct 2009, 6:22 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 40328211

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 40335810

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 40328212
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeThu 22 Oct 2009, 6:25 pm

Astro Rai Pelanggan Pakej MUSTIKA : Lisa Surihani & Farid Kamal Turut Ada

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Dsc25510

Walaupun Syawal sudah habis, tapi mood raya masih dalam hati masyarakat Melayu sehingga hari ini. Stesen penyiar berbayar terunggul di Malaysia, Astro terus meraikan para pelanggan setia mereka apabila meraikan lebih daripada 350 pelanggan pakej Mustika di sebuah Majlis Rumah Terbuka Mustika di ibukota hari ini.

Majlis Rumah Terbuka ini adalah sebahagian daripada program bagi menghargai para pelanggan melalui acara-cara aktiviti promosi bergerak yang telah dijadualkan berlangsung sepanjang tahun
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeThu 22 Oct 2009, 6:38 pm

Hans terlantar dua hari di wad

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Hi_01_51


"Kawan-kawan pun minta saya jangan bercinta dahulu sampai projek ini habis" – HANS

GARA-GARA memberi komitmen terlalu tinggi kepada teater sulung terbitan syarikat miliknya, Cuci The Muzikal (CTM), Hans Isaac jatuh pengsan ketika mengadakan latihan di Istana Budaya, Jumaat lalu. Hans yang juga pemilik Tall Order Production terpaksa ditahan di wad Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur memandangkan keadaannya tidak stabil dan perlu mendapat rehat yang secukupnya.

Bayangkan, tinggal beberapa hari sahaja lagi teater itu akan dipentaskan, Hans pasti berdebar dan tertekan dengan persiapan yang dilakukan. Siang malam bekerja, tanpa mengira masa, Hans mahu memastikan hari pementasan CTM berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesilapan.

Dua hari berehat di wad, Hans lega kerana perjalanan latihan teaternya masih lagi bergerak dengan lancar biarpun latihan itu dilakukan tanpanya.

"Saya pun tak sangka yang saya boleh pengsan ketika latihan. Mana taknya, sejak berlakon filem baru, Jalan Lama sehinggalah sekarang, makan dan tidur saya tidak terjaga. Kadangkala saya tidur hanya tiga atau empat jam sahaja.

"Masa saya pengsan, doktor kata saya tertekan dan mengalami tekanan darah tinggi. Tambahan pula, badan saya tidak cukup rehat. Sampaikan dalam bilik persalinan di IB menyediakan katil dan bantal untuk saya berehat.

"Selama saya ditahan di wad, doktor memberikan saya ubat tidur agar fikiran dan tubuh badan saya dapat berehat seketika.

"Saya kerja sehabis baik untuk teater ini. Mungkin terlampau fokus sangat dengan teater ini membuatkan saya rebah.

"Memang teater ini satu tekanan untuk saya. Dengan bajet besar yang dilaburkan, sudah pasti saya mahukan yang terbaik. Sudah berminggu saya rasa gementar untuk menunggu tarikh keramat kami itu," ujarnya yang telah ditahan di wad selama dua hari.

TEMAN-TEMAN menjadi aset utama kejayaan pementasan Cuci The Musical yang diterbitkan oleh Hans Isaac.

Tambah Hans, sepanjang dirinya terlantar di wad, tiada siapa yang mengunjunginya. Bukan kerana tiada yang peduli, tetapi Hans tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapa sekali pun.

"Memang kawan-kawan tak bagi saya pegang telefon bimbit langsung. Termasuklah untuk mengetahui perkembangan latihan CTM. Mereka juga tak mahu melawat untuk memberi ruang saya berehat. Risau juga bila tak dapat tahu apa-apa tentang perkembangan teater itu.
"Tetapi saya bernasib baik kerana ada rakan-rakan yang memahami, mereka tolong uruskan latihan CTM sepanjang ketiadaan saya. Sekarang ini, sejak pulang dari hospital saya rasa lebih sihat, cuma tak boleh nak menyanyi sangat. Simpan suara untuk pementasan pertama CTM Jumaat ini.
"Apapun, selepas pementasan CTM selesai, saya dan rakan-rakan merancang untuk bercuti selama lima hari, sama ada di Bali atau Bangkok," tuturnya
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeThu 22 Oct 2009, 6:46 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Hi_02_30

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Hi_02_31
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeThu 22 Oct 2009, 6:47 pm

Saya tidak mahal! - Zahiril

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Hi_03_18
ZAHIRIL


PELAKON kacak yang menggenggam trofi pelakon lelaki harapan terbaik pada festival filem Malaysia ke-22 di Sabah baru-baru Zahiril Adzim, 25, nampaknya semakin mencurah-curah rezekinya.

Walaupun ada kata-kata sinis kononnya lepas menang anugerah, harga untuk Zahiril sudah semakin mahal bahkan ramai penerbit kononnya takut untuk menggunakan khidmat Zahiril, hakikat sebenarnya tidaklah begitu.

Zahiril yang ditemui oleh teman Marilyn di set penggambaran drama bersiri terbarunya berjudul Lembing dan Layang sebuah drama sejarah memberitahu, dia sedikit kecewa apabila ramai penerbit menganggap harganya kini mahal.

"Saya ada dengar selalunya selepas artis menang anugerah macam ada badi, penerbit takut nak ambil berlakon kononnya harga dah naik dan macam-macam lagi.

"Sedangkan saya tidak pernah mengubah harga kerana berlakon merupakan minat. Tetapi kalau ada yang nak bagi lebih saya terima sahaja sebab dah rezeki," ujarnya sambil ketawa.

Meskipun begitu, rezeki Zahiril tetap melimpah ruah dan tawaran lakonan tidak putus-putus. Bertuah badan!

Dalam usia yang masih muda sudah menang anugerah besar berbaloilah dengan bakat lakonannya yang tidak pernah menghampakan penonton. Marilyn pun suka tengok Zahiril berlakon!
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeThu 22 Oct 2009, 6:50 pm

Aidil bakal bergelar suami

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Hi_04_16
AIDIL bahagia bersama tunangnya, Ju.

PASTI ramai yang masih mengingati Aidil, bintang dari rancangan realiti Akademi Fantasia 3 (AF3) ini.

Jejaka berusia 26 tahun yang berketerampilan kemas dan lembut tutur bicara ini bisa mencairkan hati ramai wanita dengan perwatakannya.

Namun, diam tak diam, pemilik nama Nik Mohd. Aidil Nik Zamri ini sudahpun bergelar tunangan orang sejak Jun lalu dan bakal mengakhiri zaman bujang dengan pilihan hatinya, Juniza Azizan, 28, Januari tahun depan.

Aidil berkongsi kegembiraan nya itu dengan Hits, di Studio Utusan baru-baru ini sambil ditemani oleh tunangnya, Juniza.

"Tunang saya, Ju, memang lemah-lembut dan pemalu orangnya.

"Maaflah sebab kami tidak dapat bergambar bersama kerana kami menghormati pesanan orang tua Ju yang tidak membenarkan kami bergambar sebelum bernikah," ujar Aidil.

Menurut Aidil, dia dan Ju sudah bercinta lebih daripada enam tahun iaitu sebelum Aidil menyertai AF.

Perkenalan yang bermula di sebuah gerai nasi lemak akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta dan kekal sehingga enam tahun lamanya.

"Pelbagai dugaan saya hadapi sepanjang kami bercinta. Alhamdulillah Ju sentiasa ada untuk saya walaupun saya pernah melalui saat yang teruk.

"Kesabaran dan kesetiaan Ju membuatkan saya sedar Ju berbeza dengan wanita lain yang ingin dekati saya. Dialah wanita yang saya ingin habiskan hayat bersama," ujarnya sambil tersenyum.

Tambah Aidil, selain penyabar dan setia, Ju merupakan seorang wanita yang baik hati, lemah-lembut, sopan, solehah dan dapat memahami Aidil dan kerjayanya itu.

Sebagai tanda kasih kepada Ju, Aidil mencipta lagu Bersamamu untuk Ju. Lagu tersebut telahpun dirakamkan untuk album singlenya yang pertama.

Menyentuh mengenai perkahwinannya, Aidil berkata, dia melambatkan perkahwinan mereka, malah dia pernah merancang untuk berumah-tangga di awal perkenalan mereka.

Namun, menurut Aidil, pada ketika itu kehidupannya masih belum stabil dari segi kerjaya dan kewangan dan kini dia sudah memiliki rumah sendiri dn bakal didiami mereka berdua selepas diijab-kabulkan nanti.

Bercerita tentang persiapan perkahwinan Aidil dan Ju yang tinggal kurang dua bulan lagi, majlis persandingan mereka akan diadakan di Kampung Pengantin, Jalan Genting Kelang.

"Segala persiapan perkahwinan mendapat sentuhan oleh Azmy dari Orked Bridal House. Syed Nahar dan isteri dari Kampung Pengantin juga banyak membantu memberi idea untuk majlis kami nanti," tambahnya.

Bertemakan warna ungu, pihak Aidil akan menghantar 11 buah dulang hantaran berbalas 13 buah dulang hantaran dari pihak Ju.

Ujarnya lagi, pada asalnya mereka berdua ingin membuat perkahwinan ala kadar sahaja, namun atas pesan keluarga dan rakan-rakan, mereka menyarankan perkahwinan yang meriah.

Berkenaan kerjayanya pula, Aidil yang kini menjadi komposer sepenuh masa untuk syarikat milik M. Nasir, Luncai Emas, sedang menyiapkan dua buah lagu untuk Mawi yang merupakan rakan karibnya.

Dia turut menubuhkan Aidil Music, yang mana turut menghasilkan lagu-lagu untuk beberapa artis seperti Zouffi, Azmir Arif, Idayu AF3 dan Betty Benaffe.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Muzik dari Kolej Icom ini juga merancang untuk bersama-sama rakan-rakannya menubuhkan sebuah kumpulan muzik yang memainkan bunyi baru di Jepun suatu hari nanti.

"Mereka semua merupakan kawan-kawan saya di Hicom yang kini kesemuanya merupakan jurutera bunyi dan boleh bermain pelbagai jenis alat muzik.

"Kami merancang untuk bermula di Jepun kerana pendengar muzik kita masih belum bersedia dengan konsep lagu yang kami bawa.

"Jika semua perancangan menjadi, saya akan turut membawa Ju ke sana nanti," ujarnya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeThu 22 Oct 2009, 6:54 pm

Bukan 'demand'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Mainp151
Diana Danielle


Maya Karin ganti tempat Diana Danielle dalam pementasan teater Natrah yang bakal masuk panggung mulai 30 November

NAMPAKNYA hasrat untuk melihat pelakon berdarah kacukan, Diana Danielle ke pentas teater pada tahun ini hanya akan tinggal kenangan saja. Malahan, ia secara jelas turut mengecewakan perasaan berkobar-kobar si empunya badan yang bakal menginjak usia 18 tahun bulan depan.

Kemelut yang melanda pementasan teater Natrah nampaknya mula menjadi perhatian hingga tarikh pementasannya di premis tersohor Istana Budaya pada November terus dianjak ke tarikh lain. Paling mengejutkan apabila pelakon utama bagi watak Natrah itu sendiri menarik diri, lalu ia pasti menimbulkan masalah besar.

Umum juga tahu watak Natrah itu pada mulanya dipegang Diana Danielle. Namun atas beberapa masalah berkaitan kontrak yang bercanggah dengan peribadi dengan berat hati juga teman rapat kepada Farid Kamil itu terpaksa mengundur diri.

Hip berkesempatan menghubungi anak kesayangan Norsiah Ramli itu dan seboleh-bolehnya pelakon filem Magika itu tidak mahu terus mengeruhkan keadaan. Mengerti perasaan dan situasi yang dialaminya, Hip bagaimanapun sempat mendapatkan sedikit kenyataannya berhubung masalah yang melanda itu.

Ironinya, khabar yang singgah ke Hip mengenai penarikan diri ialah berkaitan soal bayaran yang dituntut pihak pelakon itu sendiri. Bagaimanapun, difahamkan permintaannya tidak dapat dipertimbangkan pihak Istana Budaya kerana disifatkan sebagai keterlaluan.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeSat 24 Oct 2009, 7:45 pm

Ibu anak yang dibunuh kekasih lelaki Sudan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 S110 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Secur110

Kes beberapa hari lepas mengenai penderaan kanak-kanak perempuan 3 tahun oleh seorang lelaki Sudan sehingga menyebabkan kematian sangat mendukacitakan, penulis difahamkan di bawah ini adalah gambar ibu kepada kanak-kanak 3 tahun, Aaliyah Aiman Hussin Abdullah yang mati di dera kekasih ibunya, seorang lelaki Sudan iaitu Mohannad Taha Ismail, 24 tahun. Penulis berharap lelaki tersebut dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan membunuh yang dilakukannya
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeSat 24 Oct 2009, 7:49 pm

Isi dalaman rumah Amber Chia

Terpegun sekejap penulis melihat isi rumah model dan juga pelakon iklan, Amber Chia ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 13110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 22110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 32110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 91110
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeSat 24 Oct 2009, 7:52 pm

Gambar terbaru Nur Aliah Lee

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 14110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 33110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 43110
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeSat 24 Oct 2009, 7:53 pm

Wana dan Ahli Fiqir Promosi Album di Perak, Penang dan Kedah

This week starting at 23rd until 25th October 2009, Wana and Ahli Fiqir will be in Northern area for promoting their new release album. The details as below:

23rd October - Wana & Ahli Fiqir perform at Summit Bukit Mertajam, Penang (4.00pm)

24th October - Wana & Ahli Fiqir at Kedah FM for Radio Interview (10.30am)

24th October - Wana & Ahli Fiqir perform at Alor Setar Mall, Kedah (3.00pm)

25th October - Wana & Ahli Fiqir perform at Taiping Sentral, Perak (3.00pm)

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 38113710
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeSat 24 Oct 2009, 7:55 pm

Berita Ashraf Sinclair dideportasi tidak benar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Ash11110
Ashraf diberi kebebasan memilih untuk menjadi warga Indonesia atau Malaysia

AKTRES Indonesia Bunga Citra Lestari tidak mahu paksa suaminya pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair untuk buat pemilihan status warganegara.

Menurut Bunga, dia memberi kebebasan kepada Ashraf memilih untuk menjadi warga Indonesia atau Malaysia.

"Itu hak Ashraf mahu pilih yang mana. Sebagai isteri, saya tidak berhak meminta dia memilih kewarganegaraan," jelas Bunga yang mesra disapa BCL.

Beberapa hari kebelakangan ini heboh diperkatakan yang Ashraf akan dideportasi dari Indonesia. Namun khabar itu ternyata tidak betul bila pihak Imigrasi Indonesia memberitahu yang Kartu Izin Tinggal Sementara (Kitas) milik Ashraf tidak ada masalah.

"Soal Ashraf mau dideportasi itu tidak benar," menurut satu sumber dari pihak imigrasi.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeSat 24 Oct 2009, 7:58 pm

KD: Cinta saya sudah mati buat Anang...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 01392010
KD ketika melancarkan album terbarunya, 'Aku Wanita Biasa' semalam. -foto The Star oleh UU BAN

KES penceraian Krisdayanti (KD) dan Anang Hermansyah baru sahaja disahkan pada Khamis lalu, 22 Oktober setelah dia diceraikan dengan talak satu oleh bekas suaminya itu sekaligus menamatkan perkahwinan yang dibina selama 13 tahun lalu.

Sebelum ini Anang pernah menjatuhkan talak terhadap KD pada tiga tahun lalu namun mereka berbaik semula sehinggalah pada awal September lalu media mula memainkan cerita tentang isu penceraian mereka.

KD menafikan orang ketiga merupakan punca dia dan Anang bercerai sebaliknya mereka telah berbincang tentang hal itu selepas pulang dari menunaikan umrah pada 8 Ogos lalu. KD juga menegaskan mereka mendapat ‘petunjuk’ setelah melakukan solat istikharah.

Namun begitu, penyanyi yang berkunjung ke Malaysia untuk sebuah persembahan ini tidak menafikan ahli perniagaan bernama Rahul yang dimaksudkan sebagai orang ketiga itu memang pernah menaja konsertnya di Timor Leste tidak lama dulu.

Ditanya kepada KD tidakkah dia akan kembali ke pangkuan Anang tidak lama lagi, wanita cantik jelita ini hanya tersenyum menjawab soalan itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 01392011
“Cinta saya sudah mati buat Anang buat masa ini tetapi untuk masa akan datang belum tahu lagi.

“Sekarang, kami selesa membawa haluan masing-masing. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan tidak mungkin akan mencari pengganti dalam masa terdekat ini,” kata KD ketika sidang media pelancaran albumnya, ‘Aku Wanita Biasa’.

Album yang sempat diterbitkan oleh Anang itu memuatkan dua buah lagu baru, ‘Aku Wanita Biasa’ dan ‘Jangan Biarkan Cinta, Menangis’ (duet bersama Anang).


“Cinta saya sudah mati buat Anang buat masa ini tetapi untuk masa akan datang belum tahu lagi," - KD
Manakala enam buah lagu lama yang turut terkandung dalam album yang telah berada di pasaran sejak 19 Oktober lalu dengan harga RM25.90 itu adalah ‘Ku Tak Sanggup’, ‘Pilihlah Aku’, ‘Mencintaimu’, ‘Menghitung Hari’, ‘Dilanda Cinta’ dan ‘Mahadaya Cinta’. Turut dimuatkan adalah dua mtv karaoke ‘Aku Wanita Biasa’ dan ‘Dilanda Cinta’.

Anang tak jadi larang KD nyanyi lagunya

Walaupun baru-baru ini bekas suaminya, Anang menegaskan yang KD tidak dibenarkan menyanyikan lagu-lagu ciptaannya lagi, sebaliknya berlainan pula dengan kenyataan KD semalam.

Menurut KD, produser dan komposer Octav Panggabean telah pun berjumpa dengan Anang untuk bertanyakan tentang hal itu.

“Octav memberitahu yang Anang tiada masalah untuk mencipta lagu untuk saya. Octav menjamin saya akan dapat menyanyi dengan baik sekiranya Anang tidak dapat memberikan kerjasama.

“Saya pula yang berat hati untuk menyanyikan lagu yang ditetapkan.

“Saya memikul tanggungjawab ini dengan profesional. Saya fikir mungkin waktu itu (melarang menyanyikan lagunya) dia marah dan beremosi sedikit.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 01392012
KD sentiasa berdoa agar tuhan melembutkan hati anak-anaknya

“Sebab itu saya mengambil masa dua bulan untuk berdiam diri tetapi tak bermakna saya tak buat apa-apa langsung,” ujarnya.

Kata KD, dalam masa dia membisu daripada media, dia banyak menghabiskan masa menonton filem dan bukannya meratap hiba dengan keputusan yang dilakukannya.

Malah dia juga mematikan telefon bimbitnya dalam tempoh itu sehingga terdapat segelintir rakan media dan peminat yang ‘memulaunya’.

KD akui dia menghormati apa yang berlaku dan sedaya upaya mungkin akan cuba memikat hati peminatnya dan media dengan melakukan perkara yang lebih baik pada masa akan datang.

“Saya akan cuba lakukan sesuatu untuk menghilangkan dendam dan kemarahan orang ramai selepas ini. Semua itu perlukan waktu..,” tutur KD.

Dalam masa yang sama dia meluahkan perasaan sedihnya dengan berita sebelah pihak dan gosip yang dihebahkan oleh media di Jakarta.

“Saya trauma dan tertekan bila menghadiri majlis sidang media seolah-olah saya menghadiri persidangan rasuah yang besar,” ujarnya lagi.

Selepas penceraian mereka, Anang diberikan hak penjagaan dua orang anak mereka, Titania Aurelie, 11, dan Azriel Akbar, 9, dan KD tetap mendapat hak untuk menemui dua buah hatinya itu pada setiap hari minggu, tapi dengan syarat perlu dapat kebenaran Anang.

KD juga dibenarkan berkomunikasi dengan Aurelle dan Azriel melalui telefon bimbit.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 01392013
Bagi KD, tiada apa yang harus dikesalkan dan menggembirakan hatinya dengan penceraian yang berlaku sebaliknya dia menerima semua itu sebagai satu suratan takdir Allah

KD dicaci anak-anak

Namun begitu, KD memberitahu bukan sahaja segala surat dan SMS yang dihantarnya tidak dibalas, malah anak-anaknya juga telah mencaci dan memulangkan segala barang yang diberikan kepada mereka.

KD percaya bahawa ada pihak lain yang cuba meracuni dan menghalang dia untuk berbaik dengan anak-anaknya.

“Saya doakan semoga Tuhan lembutkan hati mereka untuk menerima saya. Anak saya, Azriel begitu rapat dengan saya..

“Tetapi saya tak salahkan mereka kerana timbulnya ketidakadilan dan saya juga tidak mahu tambah konflik lagi,” beritahunya lagi yang masih menyesuaikan diri untuk bergelar ‘janda’.

Bagi KD, tiada apa yang harus dikesalkan dan menggembirakan hatinya dengan penceraian yang berlaku sebaliknya dia menerima semua itu sebagai satu suratan takdir Allah.

“Saya tetap akan berjuang dan harus bersyukur kerana hanya Allah yang berikan segala-galanya.

“Kenapa saya perlu rasa sakit hati dengan mereka dan tidak banyak orang yang memilih untuk berdiam diri,” akhirinya yang telah mempunyai lima buah lagu untuk album duetnya dengan penyanyi Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.

Sebanyak lapan buah lagu yang akan dimuatkan dalam album yang dijangka keluar pada Januari tahun depan.

Semalam, KD juga telah mengadakan showcase amal untuk mangsa gempa bumi Padang di Borneo Baruk Club, Jalan Kia Peng dengan tiket berharga RM50.

Seramai 450 orang yang hadir di ‘showcase’ anjuran Tropic Jaya Entertainment dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI), Garuda Indonesia dan Borneo Baruk Club

Siti Nurhaliza yang turut hadir ke ‘showcase’ itu turut diundang menyanyikan dua buah lagu iaitu ‘Penasaran’ dan ‘Kopi Dangdut’.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeSat 24 Oct 2009, 7:59 pm

'Detektif Lim' mungkin bersara gara-gara dipulau ekoran kes curi buku

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Detekt10
Mohd Farid ketika prosiding mahkamah selesai Jumaat lalu. -Foto MSTAR oleh AU YEONG HOW

SUDAH jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib pelakon yang popular menerusi drama bersiri 'Gerak Khas', Mohd Farid Amirul Wu Abdullah gara-gara didakwa dalam kes mencuri dua buah buku.

Mohd Farid yang terkenal sebagai 'Detektif Lim' dalam drama itu dituduh mencuri buku bertajuk 'The Sistine Secrets' berharga RM89.90 dan sebuah lagi buku bertajuk 'Decoding The Heavens' (RM105) di kedai buku MPH pada pukul 7.15 malam 27 Mac lalu.

Rentetan daripada kes tersebut, Farid berkata, ayahnya enggan bercakap dan menemuinya.

"Bila diberitahu kepada ayah yang saya ingin balik kampung tempoh hari, ayah berkata... tak apalah. Itu pun menerusi ibu saya sebagai orang perantara.

"Lebih menyedihkan, ayah saya diserang penyakit jantung ekoran kes saya," luah Farid dengan nada sedih dan kecewa kerana bapanya tidak ingin menemuinya sehingga kini.

Sejak memeluk agama Islam pada tanggal 21 Jun 1991, Farid julung kali tidak mampu berhari raya dengan gembira kerana bersedih atas apa yang terjadi.

Kebiasaannya, pelakon berusia 44 tahun ini akan mengambil kesempatan di hari raya untuk berkunjung ke kampung halaman orang tuanya untuk menuntut maaf.

Walaupun ibu bapanya berlainan agama, Farid tetap ingin menghulurkan tangan memohon keampunan di pagi Syawal. Namun, sekarang ia hanya tinggal kenangan indah.

Farid yang masih berstatus bujang kadang-kala terasa kehilangan tempat dahan bergantung. Sudahlah bapa memulaukannya, katanya, perhubungan nya dengan kekasih turut dilanda badai ekoran kes mahkamah itu.

Malah Farid mungkin "bersara" dari dunia hiburan ekoran tawaran berlakon yang semakin berkurangan buat masa ini.

Dia kini hanya berlakon dalam drama 'Gerak Khas' dan tiada lain-lain tawaran berlakon.

"Tawaran-tawaran berlakon semakin berkurangan. Sekarang saya hanya berlakon dalam 'Gerak Khas'.

"Saya tengah mencari pekerjaan lain kerana masa depan saya tidak terjamin," katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Jalan Duta di sini semalam.

Kata Farid lagi, kes mahkamah tersebut telah meninggalkan impak besar kepada kerjaya seninya.

Katanya, bukan sahaja wataknya dikurangkan sedikit dalam 'Gerak Khas' bahkan ia telah menutup peluang-peluang berlakon yang lain.

"Dulu saya pernah menerima tawaran berlakon daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM). Skrip pun telah saya dapat dan cuma sedang menunggu penggambarannya.

"Penggambaran sepatutnya bermula bulan September lalu tetapi sampai bulan ini, saya masih belum menerima apa-apa berita lagi. Bila saya menghubungi pihak produser, mereka kata ia ditangguhkan.

"Hakikatnya, sumber saya memberitahu, apabila nama saya diajukan, pihak produser berkata kemudianlah," katanya yang menyedari dirinya barangkali telah "disenaraihitamkan".

Itu hanya sedikit rentetan yang perlu dilalui Farid. Dia mungkin kehilangan segala-galanya dan hanya pasrah menghadapi hari-hari mendatang dengan penuh kesabaran dengan redha.

Qada' dan qadar telah semua ini. Namun, andai diputar kembali titik hitam ini, Farid tidak ingin semua ini berlaku.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeSat 24 Oct 2009, 8:02 pm

Saerah, Imran Mungkin Kahwin Mei 2010?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 10232010

KUALA LUMPUR, 23 OKTOBER 2009: Sebelum ini gosip hangat memperkatakan penyanyi lagu Hero Wayang, Siti Saerah Taruddin, 26, atau Saerah bercinta dengan penyanyi dari Kota Singa, Imran Ajmain.

Media dari Singapura juga turut membuat liputan besar-besar tentang perkara ini hinggakan ayah Imran Ajmain dilaporkan merestui sekiranya Saerah adalah suri kepada hidup Imran. Dalam hal ini, Imran Ajmain turut memberikan penjelasan manakala Saerah lebih banyak mendiamkan diri.

Ketika majlis pelancaran Konsert Seribu Warna kelmarin yang menampilkan Saerah sebagai artis undangan, adik kepada Dato' Siti Nurhaliza ini telah membuat kenyataan yang mengejutkan termasuk Siti sendiri.

"Saya mahu kahwin tahun depan (2010). Saya dah janji dengan mak dan arwah abah, kalau boleh saya nak kahwin bila umur saya genap 27 tahun iaitu pada 15 Mei 2010. Kalaulah saya tak dapat lagi calon suami dalam masa terdekat ini, saya akan serahkan kepada mak untuk carikannya," ujar Saerah.

Pengakuan Saerah ini nyata mengejutkan Saida yang duduk di sebelahnya. Bagaimanapun, Saerah hanya mampu tersenyum apabila ditanya adakah lelaki yang bakal menjadi suaminya itu adalah Imran Ajmain.

"Saerah dan Imran memang rapat. Kami sama-sama berbintang Taurus. Saerah 15 Mei dan dia 26 April. Imran selalu mendengar luahan hati saya terutama ketika menghadapi sebarang masalah. Sebenarnya, cerita mengenai ayah Imran merestui hubungan kami belum sempat Saerah membacanya," katanya.

Portal ini turut bertanya pandangan Dato' Siti tentang perkara ini.
"Siti pun tak tahu tentang perkara ini. Saerah masih on lagi ke dengan Imran ke? Apapun, Siti terima dan doakan yang terbaik buat Saerah. Sebab sebagai kakak, Siti tahu Saerah lain sikit orangnya. Kalau Saerah selesa dengan Imran... teruskanlah," kata Siti.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeSat 24 Oct 2009, 8:04 pm

Kategori Muzik-Muzik Kini Dimansuhkan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 10232011

KUALA LUMPUR, 24 OKTOBER 2009: Tiada lagi lagu-lagu yang akan dipertandingkan berdasarkan kategori Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik seperti mana tahun-tahun sebelumnya. Sebaliknya, setiap lagu-lagu yang dipertandingkan mempunyai peluang sama rata untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu.

Perubahan ketara dari segi format baru telah diperkenalkan dalam Muzik-Muzik sejak 4 April lalu yang dilihat relevan dengan evolusi semasa yang berlaku dalam perkembangan industri muzik tanah air.

Pengurus Poduksi Hiburan, Primeworks Sdn Bhd, Fadzliniza Zakaria, berkata, sejak dari dulu lagi, pihaknya sentiasa terbuka dengan cadangan, pendapat serta kehendak dalam industri muzik sendiri yang mahu menyaksikan peningkatan dalam program Muzik-Muzik.

"Sebab itulah Muzik-Muzik bagi tahun yang ke-24 ini tampil dengan format baru di mana pencalonan lagu lebih fleksibel dan ini bermakna lagu-lagu yang dicalonkan terbuka kepada semua kategori lagu.

"Tujuannya adalah unyuk memberi peluang kepada penggiat-penggiat seni muzik untuk bebas berkarya dan hasil ciptaan tidak lagi terbatas kepada 3 kategori utama ini saja. Oleh itu, lagu-lagu yang dicipta akan lebih luas lagi genrenya dan ini sekaligus dapat memperkayakan lagi hasil seni negara," katanya.

Menurut Fadzliniza lagi, pihaknya juga sedar akan kemunculan banyak trend muzik baru dalam industri muzik tempatan.

Lagu-lagu yang layak dipertandingkan untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik dipilih menerusi markah tertinggi yang diperolehi melalui undian yang dibuat setiap minggu selain berdasarkan tempoh kedudukan lagu tersebut dalam carta mingguan.

Sebanyak 112 lagu-lagu telah dicalonkan sepanjang tahun mulai 4 April 2009 - 17 Oktober 2009. Daripada jumlah itu, 30 buah lagu telah layak rerpilih untuk dipertandingkan ke peringkat akhir melalui 3 tarikh secara undian.

Separuh Akhir Bahagian 1 mempertandingkan 11 lagu pada 6 November 2009, Bahagian 2 (11 lagu / 13 November) dan Bahagian 3 (8 lagu / 20 November).

Hanya 14 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) akan diumumkan sejurus selepas Separuh Akhir selesai yang dibuat menerusi pemarkahan juri profesional.

Semua pertandingan Separuh Akhir Muzik-Muzik itu akan bersiaran secara langsung dari Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam mulai jam 10 malam. Jadi pastikan anda tidak terlepas!
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeSat 24 Oct 2009, 8:05 pm

Hafiz Tergamam Kena Gosip Liar Lagi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 10222010

Selepas terkena gosip kononnya berubah sikap gara-gara hangat bercinta, penyanyi lagu Masih Jelas, Hafiz Suip, 19, tergamam apabila dituduh mabuk sehingga melanggar seseorang ketika cuti Aidilfitri, baru-baru ini.

Menjawab khabar angin terbaru yang timbul di Internet ini, Hafiz menafikan dengan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan kesal dia menjadi mangsa gosip liar lagi.

"Bila masa pula Hafiz mabuk? Hafiz tak pernah buat benda-benda macam tu. Ia hanyalah fitnah dan gosip liar. Hafiz tidak pernah terbabit dengan apa-apa kemalangan apatah lagi melanggar orang. Tanyalah keluarga Hafiz, sepanjang 10 hari bercuti, Hafiz sentiasa ada dengan mereka di Sarawak," katanya kepada murai.com.my.
Hafiz hairan kenapa sejak akhir-akhir ini dia menjadi mangsa gosip liar namun dia terpaksa akur itulah realiti kehidupan artis yang kadangkala perlu berdepan dengan cerita yang tidak benar.

Mengulas tentang hubungannya dengan seorang gadis F atau Fifie, Hafiz akui mereka hanya berkawan dan bukannya bercinta 'separuh mati' atau bagai nak rak.

"Kami sekadar kawan saja. Sebagai manusia, Hafiz pun perlukan kawan untuk bercakap dan bergurau. Cuma mungkin hubungan kami telah disalah anggap sebagai berkasih.

"Hafiz tidak pernah pun layan cinta sampai tak ingat dunia dan kerjaya. Yang jelas selepas menjadi artis, Hafiz tak pernah clubbing. Dulu ya, memang Hafiz pernah pergi dengan kawan-kawan ketika di Kuching. Cuma kalau foto lama disiarkan, ia adalah cerita lama. Hafiz nak buka buku baru dan memberi tumpuan kepada kerjaya," katanya.

Mengulas tentang kejayaan lagunya Masih Jelas yang layak ke separuh akhir Muzik Muzik anjuran TV3, pada November depan, Hafiz bersyukur dengan rezeki yang diterimanya itu.
"Ia bukan sahaja kejayaan Hafiz tetapi kejayaan pencipta lagu itu Abang Aidit Alfian dan penulis lirik Ad Samad. Hafiz akan berusaha membawakan lagu itu dengan sebaik mungkin," ujarnya
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeSun 25 Oct 2009, 9:47 am

Mariah tidak suka digelar diva

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Mariah10
Mariah tidak suka dirinya digelar diva - foto AP

PENYANYI terkenal Mariah Carey mengaku yang hidupnya lebih tenang sekarang dan inginkan kehidupan yang lebih seimbang.

Penyanyi berusia 39 tahun yang selalu menyanyikan genre muzik yang 'ada kelas', juga berkata dia tidak suka dirinya digelar diva.

Mariah sedar, anggapan ramai yang dia berlagak diva mungkin disebabkan pengalaman masa lalu.

"Saya sedang berusaha membuang sikap lama yang menjengkelkan. Saya benar-benar ingin menjadi contoh yang baik.

"Saya juga telah melihat sifat buruk diva yang ekstrem. Saya malu kalau itu adalah diri saya," katanya.

Katanya lagi, "Sebenarnya saya mempunyai sifat sopan santun sejak belum dikenali sebagai penyanyi lagi." Menurut Mariah, dia ingin tetap menjalani dunia artis dan berusaha menjadi orang biasa yang jauh dari dunia glamor.

"Harap-harap saya dapat melakukan kedua-duanya. Memang susah untuk mengimbangkan kedua-dua ini," katanya. Mariah juga sedang mempromosikan album terbarunya, Memoirs of An Imperfect Angel, di Jepun.

Penyanyi terkenal ini juga sibuk dengan dunia lakonan.

"Saya paling suka menulis lirik, membuat lagu, dan menyanyi. Dan sekarang, saya sukakan filem," katanya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeSun 25 Oct 2009, 9:48 am

Anang cari gadis Bali sebagai pengganti KD

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Ang11110

Bekas suami kepada Krisdayanti (KD) ini mendedahkan bahawa dia berminat untuk bertemu jodoh dengan gadis Bali

SEJAK kebelakangan ini, Anang dan dua orang anaknya dikatakan kerap menghabiskan masa di Bali.

Bekas suami kepada Krisdayanti (KD) itu juga mendedahkan bahawa dia berminat untuk bertemu jodoh dengan gadis Bali.

"Saya ingin tubuhkan studio di Bali dan ingin mencari gadis Bali," ujar Anang seperti yang dilaporkan di dalam laman web Detik Hot.

Kata Anang, keadaan di Bali amat jauh berbeza dengan ibukota. Akuinya, dia bernasib baik kerana anak-anaknya juga menyukai tempat tersebut dan sering mengajak Anang kembali ke sana.

Anang akhirnya terfikir untuk mencari peluang menjalankan bisnes di sana. Ditanya sama ada dia sudah bertemu dengan gadis Bali yang sesuai, Anang menjawab:

"Belum ada lagi."
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeSun 25 Oct 2009, 9:49 am

Rossa: Poligami itu mengerikan!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Rossa111

Meskipun tidak ada masalah dengan hukum poligami, Rossa akui tidak mahu dimadu

PEMBENTUKAN kelab poligami di Bandung, Jawa Barat, baru-baru ini benar-benar membuat penyanyi genit Rossa sedikit bingung.

"Apaan itu? Aku sendiri baru dengar. Tapi, poligami itu kan hak individu," ujar Rossa seperti yang dilaporkan di dalam sebuah laman web.

Menurut janda Yoyok dari kumpulan 'Padi' ini lagi, membentuk kelab poligami sama saja seperti kurang kerja.

"Sungguh aneh banget. Tidak ada kelab yang lain begitu? Kenapa tidak buat kelab bola, misalnya," kata pelantun lagu Tegar ini.

Namun, sejujurnya, Rossa tidak ada masalah dengan hukum poligami.

"Kalau isteri mengizinkan suami, tidak mengapa. Kalau dalam Islam boleh, selagi masih diizinkan oleh istri. Terpulang saja pada seseorang itu," ujarnya.

Meskipun tak ada masalah dengan hukum poligami, ibu Rizky Langit Ramadhan ini tak mahu dimadu.

"Kalau tanya saya, saya tidak suka idea berpoligami, jadi saya enggak akan mau. Mengerikan. Tidak mungkin saya mau," tegasnya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeSun 25 Oct 2009, 9:51 am

'Saya tidak pernah memusuhi wartawan' - Yuna


YUNALIS Zarai, atau popular dengan nama Yuna ini telah mencetuskan satu 'fenomena' baru di dalam industri hiburan apabila lagu Dan Sebenarnya menjadi kegilaan ramai anak-anak muda.

Dengan imej bertudung dan kebolehannya bermain gitar, penyanyi berusia 22 tahun ini berjaya mencuri perhatian peminat-peminat muzik tanahair dengan 'keunikan' personalitinya itu.

Namun, nampaknya satu demi satu kisah kurang enak tentang penyanyi berbakat besar ini muncul sejak akhir-akhir ini. Sememangnya sukar untuk membuat andaian sama ada benar puncanya adalah daripada dirinya sendiri atau ia berlaku secara tidak 'sengaja'.

Yuna dikaitkan sebagai 'artis bermasalah' apabila ada segelintir wartawan mengadu tidak 'berkenan' dengan penyanyi ini yang dilihat tidak mesra dengan pihak media.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Ajl22110
"Sebagai orang baru, saya masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Mungkin saya perlu lebih berhati-hati selepas ini agar orang tidak berkecil hati," kata Yuna - foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF

Malah, sebelum ini juga pernah timbul satu salah faham yang mengatakan penyanyi ini sanggup menipu untuk mengelak daripada menjalani sesi fotografi bersama media dengan memberikan alasan bapa saudaranya meninggal dunia.

Meskipun Yuna sendiri sudah merungkai salah faham tersebut, namun tidak dinafikan, sedikit-sebanyak imejnya ketika itu turut tercalar.

Namun, mengenali gadis kelahiran Alor Star, Kedah ini, diakui, dia sememangnya seorang yang bijak berkata-kata dan tidak lokek dengan senyuman.

Lantaran itu, bila timbulnya pula kisah terbaru yang mengatakan dia tidak mesra dengan wartawan, Yuna akui perkara itu memang membuatkan dirinya sedikit terguris.

"Saya akui, saya memang seorang yang sangat 'low-profile' dan pendiam. Sifat itu mungkin sukar untuk saya ubah. Saya jadi kekok sedikit jika tidak mengenali orang tersebut.

"Disebabkan itu, orang salah tafsir tentang diri saya kerana mereka tidak benar-benar mengenali saya. Saya boleh bercampur-gaul dengan sesiapa saja jika sudah kenal.

"Seperti kisah terbaru ini yang mengatakan saya tidak mesra dengan wartawan ketika hadir untuk satu sesi fotografi, sebenarnya bukanlah bermaksud sombong atau sebagainya. Saya tetap senyum dan melambai kepadanya kerana perlu bergegas ke tempat lain.

"Apapun, saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan dan saya ambil sebagai satu pengajaran. Sebagai orang baru, saya masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Mungkin saya perlu lebih berhati-hati selepas ini agar orang tidak berkecil hati," kata Yuna.

Kata pemilik Yuna Room Records dan IAMJETFUEL Enterprise ini, sebagai artis yang baru meningkat naik, dia tidak pernah terfikir untuk 'besar diri' mahupun 'memusuhi' wartawan.

"Wartawan dan artis saling memerlukan. Jika tidak kerana wartawan, orang tidak akan mengenali siapa Yuna. Saya hargai segala sokongan yang sering diberikan oleh wartawan," ujarnya.

Ditanya bagaimana penerimaan peminat-peminatnya gara-gara kisah negatif seperti itu, kata Yuna, dia bersyukur kerana sokongan peminat masih utuh. Yuna juga akui, pada awalnya agak takut kerana sering dihambat dengan kontroversi seperti itu.

"Bila kena benda-benda macam ini, saya memang takut. Maklumlah, perjalanan saya di dalam indstri 'mainstream' ini baru saja bermula. Tapi saya terima segala kritikan tersebut dan akan meneruskan hidup seperti biasa.

"Kalau masih ada rezeki, insya-allah saya mampu bertahan lama dalam industri ini," katanya yang turut mendapat sokongan yang tidak putus-putus daripada ibubapanya.

Dalam perkembangan lain, Yuna berkata, dia kini sedang di dalam proses pembikinan album penuh yang bakal memuatkan 10 buah lagu. Setakat ini, empat buah lagu Melayu ciptaannya sendiri termasuklah Dan Sebenarnya telah pun siap dirakamkan.

Enam buah lagu lagi adalah di dalam bahasa Inggeris.

Menurut Yuna lagi, dia juga terpaksa memendamkan dulu hasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana kerana ingin memberi tumpuan di dalam bidang seni terlebih dahulu.

"Saya baru saja tamat pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di UiTM dan insya-allah, saya akan menerima ijazah saya pada konvokesyen yang akan berlangsung Isnin ini (esok).

"Impian untuk terus sambung ke peringkat Sarjana itu memang ada, tetapi saya rasa biarlah saya fokus dulu kepada nyanyian dan akan tetap meneruskan hasrat saya itu kelak," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi ini juga melahirkan rasa gembira kerana lagu popularnya, Dan Sebenarnya berjaya mara ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik pada tahun ini.

Kata Yuna, dia sama sekali tidak menyangka lagu tersebut mendapat sambutan yang 'luar biasa'.

"Lagu tersebut sebenarnya diilhamkan daripada kisah kawan saya, Wani yang putus cinta ketika itu. Niat saya hanya untuk menggembirakannya, tetapi tak sangka pula lagu tersebut disukai ramai.

"Apapun, saya tidak letakkan harapan tinggi dalam Muzik-Muzik ini. Tercalon di peringkat separuh akhir sudah dikira cukup baik. Jika layak ke peringkat akhir, saya menganggap ia sebagai satu bonus," ujar Yuna.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeSun 25 Oct 2009, 9:52 am

Akshay Kumar tercedera di set

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Akshay10

AKSHAY Kumar mengalami kecederaan semasa penggambaran filem Housefull in Madh Island yang diarahkan oleh Sajid Khan.

Pelakon Bollywood yang terkenal dengan aksi lasak itu tidak pernah cedera sebelum ini semasa penggambaran.

Babak yang dilakonkannya itu memerlukannya untuk terjun jauh ke dalam sebuah kolam renang.

Tetapi malangnya, nasib tidak menyebelahi Akshay pada kali ini kerana ‘timingnya’ sudah lari dan air masuk ke dalam telinganya.

Sejurus itu, segera keluar dari kolam renang itu tetapi air telah pun masuk ke gegendang telinganya.

Akshay pada mulanya tidak kisah mengenai kecederaannya itu tetapi mengadu sakit telinga pada pukul 4 pagi.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital dengan segera dan diperiksa oleh seorang doktor pakar.

Doktor itu menasihatinya untuk berehat selama sehari di hospital atau di rumah dan Akshay memilih untuk berehat di rumah sahaja.

Kerana kecederaan yang dialaminya, seorang pembantu telah diupah untuk mengiringinya ke set penggambaran untuk filem-filemnya yang lain.

Berita ini disahkan oleh Sajid Khan sendiri dan menurutnya lagi, Akshay kini berada dalam keadaan sihat.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeSun 25 Oct 2009, 9:54 am

Dunia ciptaan Edrie

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Hi_05_11

NAMA yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Edrie Hashim. Dia pemain gitar, dialah penerbit lagu, dia juri dan dia juga selalu menjadi tulang belakang dalam persembahan pentas selaku pengarah muzik.

Dalam masa yang sama, dia merupakan Pengarah Urusan syarikat rakaman, Neo Gendang Sdn. Bhd. dan sibuk membuat konsert bergerak bersama band-band indie di bawah projek Radio Rosak.

Predikat tersebut tidak membuat egonya melambung tinggi. Edrie, 36 tahun, cukup sederhana dan ringkas, tetapi ada 'api' dalam matanya.

Rock & roll - begitu dia senang menggambarkan perjalanan hidupnya. "Saya memang menjalani kehidupan yang rock & roll. Umpamanya, saya selalu berada di hujung simpang, tapi tak pernah masuk ke simpang itu."

Duduk di hadapan saya dalam studio miliknya, Edrie berkongsi aspirasi sebagai seorang pejuang muzik tanah air.

"Kalau disuruh memilih antara main gitar, menerbit atau juri, saya pilih menerbitkan album. Menerbit atau menghasilkan sesebuah lagu itu punya seni tersendiri.

"Sebab itu saya akan pastikan semua lagu ciptaan saya mempunyai kawalan kualiti yang baik. Melodi boleh diubah menjadi sedap jika kena caranya.

"Kemudian, ia juga mesti sesuai dengan karakter penyanyi yang bakal membawakan lagu tersebut. Misalnya kalau saya sedang hasilkan album Ella, saya akan campurkan karakter Ella dan aspirasi atau trademark Edrie iaitu sesuatu bunyi yang moden dalam album tersebut.

"Dengan menjadi seorang penerbit, saya mampu mengekalkan legasi saya kerana setiap karya seni ciptaan saya akan terus kekal," ujar bekas penuntut Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) dalam jurusan Teknologi Maklumat (IT) ini.

Pernah menganggotai sebuah band dan bubar selepas kecoh isu rambut panjang, Edrie mula berkreativiti menerbit album pada tahun 1995 iaitu album temannya, Shakar. Sejak itu dia diberi kepercayaan banyak artis termasuk nama besar industri seperti Search, Awie dan Hattan untuk menghasilkan album mereka.

Cukup tersohor dalam lapangannya, kata Edrie itu bukan tiket untuk dia bersenang lenang. "Sekarang saya mahu bantu muzik tempatan jadi lebih baik dan maju agar boleh diterima dengan lebih baik. Jika saya mampu memberi semangat kepada anak-anak remaja untuk bekerja keras dan berjaya dalam industri, itu sudah cukup menyentuh hati saya," katanya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeSun 25 Oct 2009, 9:56 am

Pelayaran Fateen

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Hi_04_17

IRONI, tahun ini sudah tujuh tahun dia mendayung sampan untuk melepasi gelora besar dalam badai dunia hiburan. Sepanjang tujuh tahun pelayarannya, dia sering bertemu dengan gelombang besar yang membuatkan namanya hanya terselit di sebalik 'batu-batu besar' industri hiburan.

Hanya tahun ini, nama Puteri Fateen Nasuha disebut-sebut. Bakat lakonannya mula diperhatikan. Di kaca televisyen, gadis yang baru berusia 19 tahun ini mewarnai drama pelbagai genre, menampakkan mutunya sebagai seorang pelakon baru berbakat besar.

Jika ada yang masih ingat dengan watak seorang gadis dijangkiti penyakit kulit dan kemudian terpaksa berkahwin pada usia muda dengan lelaki tua dalam drama berjudul Raksasa, inilah orangnya. Pada ketika itu, dia baru berusia 15 tahun.

Kerana keberkesanan lakonan mantapnya sebagai gadis teraniaya itu, rezekinya makin terbuka. Sedang hakikatnya dia sudah mula menjadi pelakon sampingan pada usia 13 tahun.

"Sepatutnya saya jadi penyanyi, bukan pelakon. Tapi sebab ada masalah sewaktu merakamkan album, impian itu terkubur sahaja. Saya sangat minat nak jadi pelakon, juga kerana sokongan ibu, saya masuk agensi dan memilih untuk jadi pelakon," cerita Fateen yang mempunyai dua orang adik iaitu Puteri Alia Natasya, 14, dan Puteri Asyura Nur Ain, lapan tahun yang juga berjinak-jinak sebagai pelakon.

Lantas apabila pintu lakonan buatnya sudah terbuka, dia tidak menoleh ke belakang lagi. Selain Raksasa, Fateen juga cukup terkenal menerusi lakonannya dalam Puteri Salju, Rempit VS Impak Maksima dan yang sedang hangat ditayangkan, drama komedi, Cik Ah Cik Nin. Menanti, sebuah drama muzikal berjudul Kau & Aku yang akan menyaksikan Fateen membawa watak Cici, seorang gadis lurus bendul.

Tetapi kerana tidak bijak 'menjual diri', namanya dipandang sepi berbanding bakat baru lain. Dia mengaku persaingan muka- muka baru sangat sengit, membuatkan dirinya kadang-kala terkebelakang.

Katanya: "Walaupun saya tidak terkenal sangat dan kurang publisiti, saya bersyukur kerana sering diberikan karakter yang menarik.

"Jarang saya lakonkan karakter yang sama berulang kali. Pada usia agak muda juga, saya sudah beberapa kali diberi kepercayaan membawa karakter berat seperti ibu muda yang teraniaya."

Namun, jauh di sudut hati pelakon cilik ini, dia mahu maju ke depan. Mahu diperhatikan dan diberi perhatian untuk berlakon di dalam filem pula.

"Dapat berlakon satu saja filem pun sudah cukup buat saya. Saya juga mahu mencuba bidang teater. Saya juga ingin teruskan cita-cita sebagai penyanyi dan jadi penyanyi R&B jika berpeluang. Ini baik untuk portfolio saya," azam gadis yang juga suka menari ini.

Tetapi sebelum memasuki gelanggang yang lebih besar skalanya, dia mahu memperkukuhkan namanya dahulu di kaca televisyen. Harapannya agar tahun 2010 kelak akan membuat namanya terus mekar dan tidak layu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeSun 25 Oct 2009, 9:57 am

Nafi cinta Mila

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Hi_03_19

BERAT badannya bertambah enam kilogram selepas menjadi graduan Akademi Fantasia musim ketujuh. Kata Akim, daripada 65 kilogram, kini beratnya mencecah 71 kg. Tapi itu bukan halangan untuk Akim melangkah maju. Daripada pentas AF, kini dia berjinak sebagai pelakon. Drama hiburan berjudul Kau & Aku mencabar kebolehannya dalam bidang lakonan.

"Susah pada mulanya, tapi lama-kelamaan saya seronok dan mula selesa berlakon. Lakonan pada saya memerlukan kreativiti yang tinggi berbanding nyanyian," katanya yang memegang watak Akim dan berganding dengan Mila sebagai pasangan kekasih.

Bersedia jika digosipkan dengan Mila kelak, yang penting antara dia dan Mila tahu bahawa mereka hanya berlakon. Dalam dunia realiti, mereka memang tidak bercinta. "Kami hanya kawan dalam industri. Kami hanya bercinta sebagai pelakon," tegas Akim.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeSun 25 Oct 2009, 9:58 am

Nanu bukan perampas

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Hi_02_32
MUNCUL dengan gaya rambut baru, Nanu berkata, dia tidak menyukai rambut palsu.

KEKECOHAN Norish Karman 'disingkir' daripada terus membawa watak Qistina dalam drama Spa Q sudah terjawab apabila Global Station Sdn. Bhd. dengan rasminya menampilkan muka baru yang diyakini mampu membawa watak tersebut.

Dia ialah Nanu Baharuddin - pelakon wanita yang dikenali dengan kredibilitinya. Teruja membawa Qistina yang diakui penuh konflik, Nanu bagaimanapun menafikan dia merampas watak tersebut daripada Norish Karman.

Katanya, siapa dia untuk membuat keputusan berlakon dalam sesebuah produksi. Namun, sebaik tanggungjawab diberi, tidak sekali dia menoleh ke belakang untuk mengecewakan khalayak terhadap lakonannya.

Spa Q atau Spa Qistina ini penuh kontroversi. Anda tahu mengenai kontroversi watak Qistina ini bukan?

Jujurnya, saya tak tahu drama ini banyak kontroversi. Saya juga bukan peminat setia drama ini. Jadi segala kontroversi atau sensasi saya memang tak ambil pusing. Saya tak baca. Tapi saya tahu tentang watak Qistina yang mahu digantikan namun tak sangka mereka memberi kepercayaan itu kepada saya.

Pemilihan anda umpama pilihan kedua selepas Norish Karman disingkirkan. Ia juga menimbulkan syak mungkin anda merampas watak Qistina daripada pelakon asal. Mengapa anda ambil watak ini?

Okey, saya dapat tawaran awal bulan ini. Saya tengok dan baca skrip selama sehari sebelum saya bersetuju untuk bawa karakter Qistina. Pada saya, saya bukan pilihan kedua atau merampas watak ini daripada Norish.

Sebagai pelakon, saya tidak mempunyai hak membuat keputusan itu, sebaliknya ia datang daripada pihak produksi. Apabila produksi memilih saya, dan saya sukakan konflik Qistina, saya ambil watak ini. Saya tak ada niat nak rampas karakter orang.

Tapi perbandingan pasti akan wujud antara anda dengan pelakon lama.

Ya, itu sudah pasti. Sebenarnya saya tertekan dan risau juga bila orang akan banding-bandingkan cara lakonan saya dengan pelakon asal Qistina. Dan jujur, saya tak mahu menonton Qistina yang dulu sebaik saya menjadi Qistina yang baru sebab tak mahu terbawa-bawa.

Sebagai seorang pelakon, saya akan bawa Qistina dengan cara saya sebaik mungkin. Tapi jika ada yang tidak suka, atau saya terkurang atau terlebih melakonkan Qistina, saya minta maaf awal-awal.

Rasanya, bagaimana Qistina di tangan anda?

Selepas membaca skrip, Qistina yang baru merupakan seorang wanita yang lebih tegas dan kuat berbanding dua musim lalu yang menyaksikan dia lebih banyak menangis.

Saya tak pernah sambung ambil watak orang, jadi saya ambil cabaran ini dengan kaji semula perjalanan Qistina. Apa yang saya suka mengenai watak ini adalah konflik-konflik yang wujud dalam dirinya.

Drama ini dikenali dengan trademark solekan tebal dan rambut palsu. Bagaimana Qistina di tangan anda yang kini berambut pendek?

Masa mula-mula dapat tawaran, saya beritahu penerbit bahawa saya berambut pendek kerana saya sedia maklum karakter Qistina berambut palsu dan bersolek tebal. Tapi Qistina di tangan saya mungkin tidak akan menggunakan rambut palsu. Saya memang tak suka rambut palsu.

Sementara dari segi solekan, saya serahkan kepada yang arif. Hanya sebagai pelakon, saya mahu sesuatu watak itu nampak benar dan logik. Saya tak kisah solekan tebal, cuma kalau untuk adegan di rumah atau sedang solat, saya rasa solekan harus logik.

Rambut pendek anda dipotong khusus untuk drama ini?

Taklah. Sudah dua bulan saya berambut pendek kerana bosan 10 tahun berambut panjang. Dan saya juga sudah buat sebuah drama dan sebuah filem dengan gaya rambut baru ini. Termasuk Qistina, ini drama kedua saya berambut pendek dan setakat ini, saya belum ada masalah dengan rambut pendek untuk watak Qistina.

Membaca skripnya, anda rasa Qistina akan berakhir di sini atau ada sambungannya?

Oh, ini kena tanya penerbit. Tapi menurut pandangan saya, perjalanan cerita ini masih panjang bila melihat konflik-konflik yang direka menerusi skripnya. - MALIAH SURIP
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeMon 26 Oct 2009, 3:50 pm

Janda meletup

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Mainp152
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitimeMon 26 Oct 2009, 4:08 pm

Bapa mertua Raisuddin kejar jurukamera

SHAH ALAM: Bapa mertua penyanyi/aktor Raisuddin Hamzah, Suberi Abdullah yang hadir di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini bertindak mengejar para jurugambar yang merakamkan gambarnya lalu mengacah hendak memukul mereka sebelum disekat oleh seorang lelaki yang menemaninya ke situ.

Kejadian ini berlaku selepas prosiding kes fail hujah faraq nikah dan rayuan penyanyi/aktor Raisuddin, 52, dan Siti Fatimah Suberi, 22, berakhir.

Suberi, 48, juga kedengaran mengucapkan kata-kata: "Jangan kurang ajar!" kepada pihak media.

Suberi hadir untuk mendengar permohonannya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi membantah perkahwinan di antara anaknya Siti Fatimah dengan Raisuddin.

Suberi diwakili oleh peguam, Salwila Abdullah manakala Raisuddin dan Siti Fatimah yang tidak hadir dalam perbicaraan hari ini diwakili oleh peguam syarie, Nor Azmi Mohd Arif.

Dalam prosiding hari ini, peguam Suberi, Salwila memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah memfailkan hujah faraq nikah pada 11 September lalu.

"Saya telah memfailkan hujah pemohon (Suberi) pada 11 September 2009. Sesalinan telah kami serahkan kepada peguam responden (Nor Azmi) pada 16 September lalu. Jadi, kami mohon tarikh keputusan," kata Salwila.

Sementara itu, mengenai kes rayuan Raisuddin dan Siti Fatimah Suberi, Salwila memberitahu pihaknya telah menerima hujah balas daripada peguam pasangan itu, Nor Azmi.

"Saya telah terima hujah balas tetapi belum sempat teliti. Oleh itu, saya ingin mohon tarikh lain bagi menyediakan hujahan balas dan saya mohon tarikh yang sama untuk berbuat demikian," kata Salwila.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad menetapkan 1 Disember ini untuk membuat keputusan mengenai kes fail hujah faraq nikah dan sebutan bagi rayuan Raisuddin dan Siti Fatimah.

Raisuddin berkahwin dengan Siti Fatimah di Songkhla, Thailand dengan berwali hakim pada 2 Januari 2007.

Bapa Siti Fatimah, Suberi, 48, kemudiannya memfailkan permohonan untuk memfarakhkan perkahwinan pasangan itu mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 pada 26 Oktober 2007 atas alasan sebagai wali, dia tidak tahu menahu mengenai perkahwinan anaknya dengan Raisuddin.

Beliau juga membuat permohonan itu dengan alasan Siti Fatimah bermastautin di Selangor dan dia sebagai wali mujbir langsung tidak dimaklumkan tentang perkahwinan itu.


Raisuddin dan Siti Fatimah yang tidak hadir dalam perbicaraan hari ini diwakili oleh peguam syarie, Nor Azmi Mohd Arif.

(Wali mujbir bermaksud wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa meminta izin perempuan itu terlebih dahulu).

Menurut Mazhab Shafi’e, wali mujbir itu terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya sampai ke atas. Manakala wali-wali lain seperti saudara lelaki kandung sebapa, bapa saudara dan sebagainya bukan wali mujbir iaitu tidak ada bidang kuasa memaksa perempuan berkahwin.

Sementara Raisuddin dan Siti Fatimah pula memfailkan permohonan balas bagi mengesahkan pernikahan mereka di mahkamah yang sama.

Kes tersebut dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi ekoran keputusan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 5 Februari lalu menolak permohonan Raisuddin untuk mengesahkan pernikahannya dengan Siti Fatimah.

Pasangan terbabit bagaimanapun diarah memfailkan permohonan pengesahan pernikahan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi membolehkan ia disahkan terlebih dahulu kerana membabitkan isu poligami

Mahkamah Rendah Syariah tersebut turut menolak permohonan bapa mertua Raisuddin, Suberi Abdullah untuk membubarkan perkahwinan anaknya dengan penyanyi itu secara faraq kerana tiada bidang kuasa untuk memutuskannya.

KRONOLOGI KES FARAQ NIKAH RAISUDDIN-SITI FATIMAH:

6 Februari 2009: Hasrat Raisuddin untuk mengesahkan perkahwinannya dengan Siti Fatimah terbantut apabila mahkamah menolak permohonannya itu.

7 April 2009: Fatimah secara suka rela mengaku bersalah kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar nikah di Songkla, Thailand dengan Raisuddin pada 2 Januari 2007.

17 Jun 2009: Mahkamah memutuskan Raisuddin 'faraq' perkahwinan (berpisah sementara dengan Siti Fatimah). Kes faraq itu dipohon oleh Suberi kerana perkahwinan anaknya, Siti Fatimah dengan Raisuddin diragui walaupun ia telah disahkan oleh pihak mahkamah.

Permohonan faraq itu menghalang Raisuddin dan Siti Fatimah daripada menjalani kehidupan suami isteri.

16 Julai 2009: Kes pengesahan dan pendaftaran poligami penyanyi 80-an, Raisuddin Hamzah dengan isteri keduanya, Siti Fatimah Suberi, ditangguhkan kerana Hakim Syarie, Abu Bakar Mohd. Daud sedang berkursus di Kelantan. Ia akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam pada 3 September ini.

8 September: Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad menangguhkan kes fail hujah faraq nikah dan rayuan penyanyi/aktor Raisuddin Hamzah, 52, dan isteri keduanya, Siti Fatimah Suberi, 22, (responden) serta bapa mertuanya Suberi Abdullah (pemohon) ke tarikh 26 Oktober. Ini bagi membolehkan Suberi memfailkan hujah bertulis berhubung permohonannya.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 5 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 5 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions