|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 02 Nov 2009, 6:00 pm | |
| Khabir pengarah drama ‘Nur Kasih’ |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 02 Nov 2009, 6:02 pm | |
| Jehan akui selalu dikelilingi gadis cantik Jehan suka pergi ke gim pada masa lapang.-Foto THE STAR oleh NORHAFIFI EHSAN JEHAN Miskin masih bujang lagi dan impikan seorang gadis yang memahami kariernya sebagai seorang pelakon. “Saya tertarik pada seseorang yang stabil dari segi emosi, tahu bersosial tapi pada masa yang sama bertanggungjawab, serta berkongsi minat yang sama dengan saya,” jelas pelakon yang telah berkecimpung dalam bidang lakonan selama enam tahun. Menurut Jehan yang memakai sut berwarna hitam semasa menghadiri yang majlis pra-tonton ‘Media Prima Network Screenings 2010’ pada Jumaat lalu,semua gadis ada kelebihan masing-masing tetapi apa yang penting adalah keserasian yang ada pada si dia dan Jehan. “Pada saya, gadis yang saya suka tidak semestinya cantik. Dia mestilah menarik di mata saya dari segi luaran dan dalam,” kata pelakon yang tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini. Beliau yang mempunyai susuk badan yang tegap ini juga akan bersenam di gim sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. “Saya sangat sibuk kebelakangan ini dengan sesi penggambaran drama-drama seperti 'Awan Dania' dan 'Mertua Vs Menantu'. “Tapi saya pasti akan berkunjung ke gim sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu,” tambah pelakon yang berumur 30 tahun itu. Jejaka ini memainkan watak Rizal dalam drama bersiri Mertua vs Menantu dibawah arahan Feroz Kader. Selain itu, Jehan juga sibuk dengan sesi pengambaran filem 'Merong Mahawangsa' yang diarahkan oleh Yusry Abdul Halim. Apabila ditanya sama ada masih solo atau sudah berpunya, Jehan tidak memberi apa-apa komen. “Buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan apa-apa mengenai kehidupan peribadi saya,” kata pelakon yang mempunyai darah kacukan Cina (sebelah ibu) dan Arab-Melayu (sebelah bapa). Jehan boleh berkomunikasi dalam dialek Kantonis dan boleh memahami Hokkien. “Saya mempunyai ramai kawan Cina semasa saya menetap di Seksyen (SS2) Petaling Jaya,” jelas pelakon yang akan menyambut harijadinya yang ke-30 pada 4 Disember ini. Pelakon yang berasal dari Gelugor, Pulau Pinang ini juga meminati aktiviti seperti bermain 'video game' dan ‘rock climbing’. Tetapi sejak kebelakangan ini, Jehan telah mengurangkan aktiviti lasak ini kerana terlalu sibuk dengan kerja. Apabila ditanya soal kenapa dia selalu dikelilingi oleh ramai gadis, Jehan berkata mereka itu merupakan peminatnya. “Saya juga selalu didekati peminat dari pelbagai latar belakang, iaitu kanak-kanak sehingga warga emas. “Tetapi saya juga tidak menafikan yang kebanyakan daripada peminat saya terdiri daripada gadis-gadis,” kata Jehan yang memiliki ijazah sarjana muda dalam jurusan sains komputer dari United Kingdom. Anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik juga pernah menjadi kekasih pelakon dan model Jue Aziz, tetapi mereka telah berpisah pada tahun lalu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 02 Nov 2009, 6:05 pm | |
| Hati ibu kuat mengatakan jodoh Waheeda-Akhil kekal IBU Waheeda, Asri Othman, 58, menganggap ‘kontroversi’ yang berlaku terhadap anaknya itu sebagai asam garam kehidupan seorang artis. Malah, dia berpendapat isu yang berlaku terhadap Waheeda dan Akhil turut dilalui oleh pasangan bukan artis. “Selama mana anak saya bergelar artis, gosip dan umpatan orang akan menjadi lumrah hidupnya. “Apa yang terjadi telah disusun dan saya tidak terlintas langsung akan berlaku seperti ini. Akhil dan Waheeda ketika majlis resepsi perkahwinan di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong, pada Sabtu.- foto The Star oleh RAJA FAISAL HISHAN “Nak atau tidak, Waheeda perlu ikut pada gerak hatinya. Orang nak cakap apa biarlah asalkan kita tahu kedudukan sebenarnya,” luah Asri yang setuju dengan pilihan anaknya itu. Dia yang mengenali Akhil ketika pelakon dan penceramah bebas itu menjalani pengambaran ‘Cafe Akhil Hayy’ bersama anaknya pada awal tahun lalu. Mengenali Akhil, Asri berpendapat lelaki berusia 41 tahun itu merupakan seorang yang baik dan banyak bersabar. “Saya dapat rasakan yang dia (Akhil) lebih banyak telan dari buang (emosi). Dia menantu yang baik dan saya menerimanya sekeluarga dengan setulus hati,” ujarnya ketika majlis resepsi perkahwinan sebelah anaknya di Bukit Jelutong, Shah Alam, pada Sabtu lalu Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki akan dilangsungkan pada 7 November ini di Gopeng, Perak. Sebagai ibu dan wanita, tidakkah Asri terfikir yang mungkin anaknya akan mengalami nasib seperti bekas isteri Akhil? Ibu tua itu menjawab, “hati saya kuat mengatakan mereka akan kekal sampai akhir hayat. Saya tak bimbang atau terlintas langsung tentang perkara itu.” Sejak dua orang anak Akhil dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal tinggal bersama mereka di Damansara, Asri yang dipanggil nenek oleh kedua-dua ‘cucu segera’nya itu menganggap Siti Nur Maisarah, 12 dan Mohd Syarif Idayatullah, 11, cepat mesra dan manja dengannya. “Kami sama-sama menjaga anak-anak ini dengan baik. Inilah resepi saya untuk menjadi keluarga bahagia,” tutur Asri lagi. Mama tak pernah marah- Maisarah Sementara itu, anak sulung Akhil iaitu Maisarah yang kelihatan gembira dan manja di samping neneknya berkata dia menyukai mama barunya itu. “Saya suka mama sebab dia baik dan tak pernah marah,” katanya yang bersekolah darjah enam di Kuala Lumpur. Akhil dan Waheeda bersama anaknya, Maisarah dan Syarif ketika majlis penikahan mereka pada 16 Ogos lalu. Setelah beberapa bulan tinggal bersama bapa dan mamanya sejak mereka dinikahkan pada 16 Ogos lalu, Maisarah akui dia turut merasa rindu dengan kedua beradiknya yang tinggal bersama ibunya, Maiza di Ipoh, Perak. “Saya rasa rindu jugalah...,” luahnya ringkas dengan riak muka yang sedikit berubah dan kelu lidah untuk bersuara. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 03 Nov 2009, 6:21 pm | |
| Zila Bakarin ingin 'baiki' dagu ke bentuk asal IMEJ seksi tidak pernah lekang dikaitkan dengan diri pelakon ini. Malah, sejak awal pembabitan Zila Bakarin di dalam bidang seni lagi, sukar untuk dia menangkis label 'daring' tersebut kerana sering tampil dengan gaya seperti itu. Namun, berilah apa saja gelaran kepada pelakon ini kerana bagi tuan empunya diri, dia tidak pernah ambil pusing dengan semua itu. Bagi wanita berusia 34 tahun ini, selama ini dia hanya menjadi dirinya sendiri dan tidak pernah hipokrit. Malah, status sebagai isteri dan ibu juga tidak pernah dianggap sebagai 'penghalang' untuk dirinya terus tampil dengan imej sedemikian asalkan dia sendiri selesa. "Dari dulu sampai sekarang, cara pemakaian saya tetap sama. Orang nak cakap seksi atau tidak, terpulanglah. Saya tidak pernah hairan apa yang orang nak cakap. Penampilan terbaru Zila ketika hadir di majlis pratonton drama-drama terbitan TV3, baru-baru ini - foto TV3 "Bagi saya, kalau asyik mendengar cakap orang, saya boleh jadi gila. Selama ini pun sudah terlalu banyak orang bercakap tentang saya. Saya redha saja dengan semua ini. Apa yang penting, saya tidak pernah hipokrit," ujar ibu kepada seorang cahaya mata, Kaseh, yang baru berusia tujuh bulan. Kata isteri kepada Azri Izhar ini, selama ini, suaminya tidak pernah memaksa dirinya 'berubah' dan sentiasa menerima seadanya. Akui Zila, 'kesedaran' selalunya timbul daripadanya sendiri. "Sebelum ini pun, saya secara terang-terangan mengaku pernah 'buat' dagu. Orang mengecam saya macam-macam ketika itu, tetapi saya anggap itu adalah kesilapan saya sendiri dan tidak perlulah orang persoalkan. "Tetapi saya akui, kini saya tidak terlalu mengejar ke arah kecantikan. Adakalanya bila saya lihat wajah saya semula, saya terasa ingin 'baiki' semula dagu saya kerana rasanya, muka saya yang dulu lebih baik berbanding sekarang. "Tapi kos untuk mengubahnya memang tinggi. Insya-allah, jika ada rezeki lebih, saya akan lakukannya," kata Zila. Bahagia bergelar ibu Dalam nada ceria, Zila turut menceritakan tentang kehidupannya setelah bergelar seorang ibu kini. Tutur pelakon ini, Kaseh banyak mengajarnya erti kematangan dalam mengharungi kehidupan harian. "Ini adalah satu pembaharuan dalam diri saya. Memang tersangat rugi buat pasangan suami isteri yang menangguhkan hasrat mereka untuk menimang cahaya mata kerana bagi saya sendiri, hubungan suami dan isteri sebenarnya akan menjadi lebih rapat setelah mempunyai anak. "Saya sendiri menjadi lebih matang dan tidak terlalu memikirkan diri sendiri saja. Kalau saya tahu indahnya hidup menjadi ibu, pasti saya akan berkahwin cepat. "Sekarang ini pun, kalau pergi ke mana-mana termasuklah 'shooting', pasti tak sabar nak cepat-cepat balik," kata Zila yang menambah, buat masa ini Kaseh akan dijaga oleh adiknya apabila dia perlu ke lokasi penggambaran. Dalam pada itu, pelakon ini juga berkata, dia sedang di dalam proses untuk menguruskan badan setelah selamat melahirkan Kaseh pada 17 Mac lepas. Akui Zila, dia agak tertekan memikirkan kenaikan berat badannya selepas itu dan kini sedang hebat mengamalkan diet. "Saya tidak kisah sangat orang kata saya sudah gemuk, tetapi apa yang merunsingkan saya ialah bila baju dan seluar sudah tidak muat untuk saya pakai. Saya akan jadi 'moody' waktu itu. "Sekarang ini, memang matlamat saya adalah untuk kuruskan badan. Saya tidak menjamah nasi dan hanya makan sup saja jika lapar di waktu malam. "Sekarang, saya lihat sudah ada penurunan daripada 63kg kepada 58 kg. Saya sasarkan lagi 5kg untuk turun. "Lagipun, saya bukannya nak nampak kurus sangat. Dapat kembali seperti bentuk badan sebelum mengandung sudah cukup baik," kata Zila yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Kelab Jeng Jeng. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 03 Nov 2009, 6:24 pm | |
| Awal tak bayar PTPTN sebab lalai Awal Ashaari terlepas pandang tentang proses pembayaran pinjaman PTPTN. -Foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF BARU-BARU ini, di ruangan gosip sebuah akhbar mengatakan pengacara dan pelakon Awal Ashaari merupakan antara artis yang disenarai hitamkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana tidak menjelaskan hutang pinjamannya. Ketika disoal berhubung isu tersebut, graduan Diploma Komunikasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini tanpa berselindung mengakuinya dengan alasan lalai. Kini, hal itu sedang diuruskan oleh peguam dari PTPTN sebelum dia membayar jumlah keseluruhan pinjamannya itu termasuk faedah yang dikenakan. “Saya bukan tiada duit dan tak nak bayar tetapi saya terlepas pandang tentang proses pembayaran pinjaman itu. “Sebelum ini saya tak tahu bagaimana cara untuk membayarnya tambahan pula saya berpindah rumah dan langsung tidak mendapat apa-apa maklumat tentang PTPTN. “Selepas sibuk bekerja, saya tidak sempat untuk membayarnya sehingga terlupa,” ujarnya sambil tersenyum. Selepas cerita itu tersebar, Awal berkata dia disindir ketika di bilik solek sebelum mengacarakan ‘Debaran Sehati Berdansa’. “Tetapi saya kena berhadapan dengan situasi ini.” “Ikutkan bukan saya seorang sahaja artis yang tidak membayar PTPTN tetapi ada ramai lagi tetapi cuma nama saya dan Fahrin yang disebut. “Saya nasihatkan kepada peminjam PTPTN yang disenarai hitamkan supaya berjumpa dengan peguam dari PTPTN,” katanya. Awal juga meminta maaf kepada pihak PTPTN atas kelewatannya menjelaskan pinjaman itu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 03 Nov 2009, 6:25 pm | |
| 'Sumpah jadi anjing' buat Azwan sebak Azwan Ali semasa rumah terbuka Hari Raya baru-baru ini. SELEBRITI popular Azwan sekali lagi dijengah kontroversi bila visual yang menunjukkan dia menangis di Melodi minggu lepas mendapat pelbagai respon dari peminat-peminatnya. "Saya tak sangka wartawan Melodi akan bertanyakan pasal isu seorang blogger yang mendoakan saya jadi seekor anjing di tanah suci. "Ketika diajukan soalan ....'Betulkah ada orang yang doakan you jadi anjing di Kaabah?', entah kenapa tiba-tiba saya jadi sebak, terharu dan terus menangis kerana macam-macam perkara yang bermain dalam fikiran saya ketika itu," kata Azwan seusai menjalani rawatan refleksologi di Bangsar Baru dalam satu temubual baru-baru ini. Menurut Azwan, doa meminta dia jadi anjing yang diletak di dalam laman web itu dimaklumkan kepadanya semasa dia sedang bersiap-siap untuk menunaikan umrah dua bulan yang lepas. Kata selebriti yang selalu dihambat kontroversi ini, apa yang ditulis di dalam blog berbunyi...'Aku sumpah kau menjadi anjing kerana kau suka menganjingkan orang.' "Saya dah lali pasal sumpahan-sumpahan orang ini. Ada yang mendoakan saya jadi anjing, babi dan ada yang kata saya akan dipanah petir bila tiba di mekah nanti.' "Tapi alhamdulillah, Allah tidak perkenankan doa itu. Sebaliknya doa majoriti, penyokong-penyokong saya yang mendoakan saya selamat pergi dan selamat balik yang dimakbulkan," kata pengarah yang pernah menghasilkan program popular seperti 'Cit Cat Azwan'. Kata Azwan lagi, dia berasa sangat bersyukur kerana diberikan kekuatan dan kesabaran menempuh segala tohmahan. "Yang membuat saya menangis kerana saya tersentuh dengan kebesaran tuhan. Allah masih sayangkan saya .....dan perkara-perkara buruk yang didoakan orang-orang yang memusuhi saya tidak terjadi. Itu yang saya sebak," katanya. Kemeriahan di rumah Azwan tatkala menerima kedatangan Azmin jelas membayangkan bunga-bunga sebuah keluarga bahagia. Namun apa yang membuat Azwan terkilan bila perkara-perkara lama diungkit kembali. "Sebagai seorang Islam, tak payahlah ungkit perkara-perkara lama. Mujurlah penyokong-penyokong memberi semangat kepada saya. Semua ini memberi saya kekuatan," kata Azwan yang tidak berpeluang menonton Melodi, yang memaparkan episod tersebut. Di sebalik visual 'Azwan menangis di Melodi' itu, terselit sesuatu yang manis buat Azwan. "Visual itu adalah memori indah saya dengan TV3. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada TV3 kerana masih menyokong dan menyiarkan berita tentang Azwan Ali, tanpa prejudis," kata Azwan. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 03 Nov 2009, 6:28 pm | |
| Radhi OAG dikenakan waran tangkap! Shazlin menutup wajahnya dengan tudung semasa tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pagi tadi. -Foto MSTAR oleh AU YEONG HOW PETALING JAYA: Peguam Syarie, Rubiah Jaafar yang mewakili isteri Radhi OAG, Shazlin Sharif, hari ini memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Radhi OAG kerana gagal hadir pada perbicaraan hari ini. Mahkamah Rendah Syariah hari ini sekali lagi tidak dapat membuat pengesahan lafaz cerai pelakon dan penyanyi Radhi dari kumpulan OAG, Mohd Radhi Razali dengan isterinya Shazlin Sharif kerana pelakon itu tidak datang. Justru itu, Hakim Syarie Ghazali Ahmad mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Radhi berkuat kuasa hari ini dan menetapkan tarikh bicara pada 1 Disember 2009 pukul 10.30 pagi. Di peringkat awal prosiding, Rubiah memberitahu anak guamnya, Shazlin telah dimaklumkan oleh Radhi bahawa dia tidak dapat hadir pada prosiding hari ini. "Dengan keterangan pihak plaintif (Shazlin), jelas pihak defendan tidak hadir. Saya mohon waran tangkap dikeluarkan," kata Rubiah. Shazlin yang berbaju kurung biru muda dan bertudung hitam hadir bersama seorang temannya. Pada 20 Oktober lalu, mahkamah yang sama tidak dapat membuat pengesahan lafaz cerai Radhi dengan isterinya Shazlin kerana pelakon itu gagal hadir pada perbicaraan. Hakim Syarie, Ghazali Ahmad berkata, ini kerana mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu permohonan lafaz cerai kedua oleh Shazlin yang didakwa dilafazkan suaminya melalui telefon pada 25 Februari lalu. Shazlin enggan ditemuramah walaupun dikerumuni para wartawan dan jurukamera. "Mahkamah perlu terlebih dahulu mengetahui berapa jumlah talak dan sama ada talak yang didakwa dilafazkan Mohd Radhi pada 25 Februari lalu jatuh atau tidak," kata Ghazali dalam prosiding mahkamah ketika itu. Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan 3 November ini untuk perbicaraan semula pengesahan penceraian Mohd Radhi dengan isterinya, Shazlin berhubung dengan lafaz cerai yang didakwa berlaku pada 25 Februari lalu. Sebelum ini, Shazlin mendakwa Radhi telah mengucapkan lafaz cerai berbunyi 'Oklah, I ceraikan you. Talak 3, 2, 1?' pada September tahun lalu. Bagaimanapun, selanjutnya, mahkamah dan hakim yang sama mensabitkan tidak berlaku talak antara mereka berikutan Radhi membuat lafaz sumpah penafian (sumpah Syarie) terhadap permohonan lafaz cerai oleh Shazlin. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 04 Nov 2009, 6:15 pm | |
| Maya, Aishah, Wardina berdiri teguh di belakang Dr Asri Bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bersama barisan peguam yang mewakili beliau hadir di Mahkamah Syariah Gombak Timur. PENAHANAN bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bukan saja mendapat bantahan ahli politik dan NGO tetapi juga dari golongan artis. Rata-rata mereka melahirkan rasa terkejut dan tidak menyangka pihak JAIS sanggup bertindak sejauh itu. Insiden yang berlaku pada malam Ahad lalu meninggalkan satu titik hitam yang akan terpahat dalam lipatan sejarah. Anggota kumpulan nasyid Rabbani, Mohd Asri Ubaidullah turut melahirkan RASA simpati di atas apa yang terjadi. "Kami amat simpati dengan apa yang berlaku pada Dr Asri. Perkara itu tidak benar, tentu kami tidak setuju dengan tindakan yang diambil," kata Asri. Wardina Selain Rabbani, selebriti seperti Wardina, Aishah, Maya Karin, Betty Banafe, beberapa kumpulan nasyid dan produser juga pengarah filem begitu prihatin dengan apa yang menimpa bekas Mufti Perlis itu. Penyanyi Aishah tidak dapat membendung perasaan terkejutnya dengan berita penahanan Dr Asri. "Tak habis-habis orang nak dengki. Tak tahu lah apa nak jadi...," kata penyanyi yang popular dengan lagu 'Janji Manismu' itu. Dr Asri ketika dihubungi berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada golongan artis yang banyak memberikan sokongan. "Ada yang SMS, ada yang hubungi saya. Mereka harap saya bersabar hadapi fitnah ini ini. Kata mereka, ini semua kerja orang yang hasad dengki," kata tokoh agama yang juga pensyarah di USM itu. Jelasnya lagi, ada seorang artis itu berkata..."Kalau mufti boleh dilayan begitu, apa tah lagi kami golongan artis." Menurut Dr Asri, selain selebriti, dia juga mendapat sokongan dari beberapa persatuan wanita. Betty Banafe "Salah seorang dari mereka hairan kes nasional pun boleh ditangguhkan berjam-jam, inikan pula kes talak yang bertangguh bertahun-tahun lamanya," jelas Dr Asri. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 04 Nov 2009, 6:16 pm | |
| Nora Danish: Saya dah maafkan Fasha tapi perlukan masa untuk lupa Nora Danish ketika majlis sidang media Anugerah Skrin 2009 semalam. -foto The Star oleh RICKY LAI KINI sudah setahun aktres dan model Nora Danish bercerai dengan bekas suaminya, Rizal Ashram dan anak mereka, Putra Rayqal Ramli juga sudah masuk usia sembilan bulan. Sebelum ini, kecoh mengatakan Fasha Sandha merupakan punca pasangan itu bercerai. Namun, Nora tetap mendiamkan diri apabila diburu rakan media. Malah Fasha pula tidak mengakuinya sebaliknya mengatakan dia dan Rizal hanya kawan biasa. Selepas itu, timbul pula cakap-cakap belakang mengatakan Nora dan Fasha sudah berperang besar setelah Nora tidak menyambut salam Fasha dalam satu majlis. Entah di mana keberaniannya, mereka yang sudah lama tidak bertemu selepas kontroversi itu, akhirnya secara tak sengaja terserempak dan bersalaman di sebuah pusat membeli-belah. Fasha pernah memaklumkan yang Nora sudah memaafkannya. Jadi, sebab itu dia tidak kisah untuk berlakon bersama Nora di dalam drama ‘Spa Qistina’ yang sedang menjalani penggambarannya sekarang. Sementara itu, ditanya pula kepada Nora berhubung hal itu, dia berkata: “Kami belum lagi berlakon bersama dalam drama ‘Spa Qistina’. Kalau ada nanti, saya akan hadapinya dengan tabah. “Pasal isu sudah maafkan Fasha, memang saya dah maafkan dia secara perlahan-lahan tetapi sukar untuk saya lupakan apa yang dia sudah lakukan sebelum ini. “Walaupun saya dah bercerai setahun lalu, tapi ‘sakit’ tu masih ada dan tidak mudah untuk dilupakan.” Pelakon yang sedang popular menerusi drama ‘Sumpah Bunian’ ini turut mengaku yang dia menerima tawaran untuk berlakon ‘Spa Qistina’ kerana produsernya, Datin Zaiton Mohd Jiwa dari Global Station Sdn Bhd. “Saya memang dah lama mengidam untuk berlakon di bawah terbitan Kak Zaiton lagipun saya juga menggemari jalan cerita ‘Spa Q’,” ujarnya yang juga baru pertama kali bekerja di bawah pihak Astro yang akan menyiarkan drama itu pada awal tahun depan. Selain ‘Spa Qistina’, Nora juga bakal berlakon dalam sebuah filem terbitan Metrowealth (MIG). “Saya bersyukur dengan rezeki lakonan yang mencurah-curah ini. Alhamdulillah, saya juga lebih bahagia dengan kehidupan baru sekarang. “Saya lebih fokus dalam lakonan dan tidak perlu memikirkan lagi masalah kontroversi lalu,” luah pelakon drama bersiri ‘Puteri’ ini. Dengan status ibu tunggal yang dipegang sekarang, pelakon kecil molek dan jelita ini tidak pernah menyesali akan apa yang berlaku dalam hidupnya sebaliknya menganggapnya sebagai suatu hikmah. “Banyak perkara yang baik yang berlaku dalam hidup saya. Walaupun kami sudah bercerai, hubungan antara keluarga saya dan keluarga Rizal masih akrab. “Nampak sahaja saya ini tidak bersuami tetapi ikutkan kehidupan saya lebih bermakna dengan kehadiran anak saya, Rayqal. Dia memang anugerah yang paling terindah buat saya,” ujarnya yang turut akui masih berhubung dengan Rizal kerana Rayqal. Jelas terpancar sifat keibuan Nora yang seronok menceritakan perkembangan Rayqal yang baru belajar berjalan, bercakap dan merangkak. Biarpun Nora masih menyayangi Rizal namun dia menafikan akan bernikah semula dengan bekas suaminya itu. Ditanya pula mengenai pengganti Rizal, Nora turut menggeleng belum menjumpai calon yang sesuai untuk dijadikan sebagai suami. “Saya belum bersedia untuk menerima sesiapa lagi setakat ini termasuk Rizal. Banyak perkara yang saya tak boleh lupa, jadi sebab itu saya mahu lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya yang akan meninggalkan Rayqal bersama ibunya atau bekas ibu mertuanya jika keluar bekerja memandangkan dia sangat rapat dengan keluarga Rizal. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 04 Nov 2009, 6:19 pm | |
| Semua yang indah ada pada Sofia Jane! Para pelakon watak utama teater 'Natrah' terdiri daripada (dari kiri) Remy Ishak, Maya Karin, Ummi Aida dan Sofia Jane. -Foto UTUSAN KESEMPATAN menjenguk sidang akhbar 'Natrah' tempoh hari mengingatkan Kakak Tua tentang masa silam yang cukup bermakna. Apa lagi bila dapat berjumpa dengan pengarah Erma Fatima dan adiknya Umie Aida. Dalam ramai bintang-bintang yang hadir pada sesi sidang akhbar itu, hanya pelakon Sofia Jane saja yang berjaya menambat hati ini. Bukan saja dia bertambah anggun dan jelita tanpa melakukan sesuatu yang pelik di muka tetapi perwatakannya juga semakin menarik. Watak yang diberi pada Sofia untuk teater muzikal 'Natrah' ialah sebuah monolog yang menuntutnya untuk beraksi paling lama 20 minit. Namun kesempatan itu tidak disia-siakannya. Sebelum Sofia berkata 'ya' pada Erma, dia membuat kajian yang terperinci terlebih dahulu hingga terpaksa mencari penulis cerita 'Natrah' di Singapura dengan mengeluarkan duit poket sendiri. Kata Sofia, meskipun watak yang dibawanya hanya 'Natrah Tua berusia 70 tahun' tapi impak yang akan ditinggalkan pada penonton itu yang lebih penting. Bukan setakat membuat kajian tentang Natrah, emosi wanita tua itu juga perlu diselami dengan betul dan tepat.....'barulah datang kepuasan berlakon.' Sofia masih seperti dulu, mesra dan tidak kekok bercerita tentang anak-anaknya yang comel. Tidak ada kepura-puraan di dalam percakapan dan telus bila melahirkan isi hati. Susahnya hendak dapat selebriti terkenal macam Sofia lagi. Pendek kata, semua yang dianugerahkan pada aktres kacukan ini sesedap mata memandang. Memang Sofia pelakon hebat, dari dulu hingga sekarang. Bertambah hebat bila Sofia mengiringi pakej yang ada padanya dengan kesantunan dan ketelusan. Sebab itu ada yang berkata, ada elok dan baiknya kita mengenali peribadi artis. Kalau peribadi artis itu buruk, ia akan mempengaruhi perasaan dan penilaian kita. Dan begitulah sebaliknya. Kakak Tua sendiri setelah berada begitu lama dalam industri ini mengenali begitu ramai selebriti. Setelah ditampi, ditolak, didarab dan dicampur, yang berkenan di hati boleh dikira dengan jari. Ada yang indah khabar dari rupa. Ada yang indah rupa dari perangai sebenar dan ada juga lebih besar bakatnya dari sikapnya. Semakin lama bergaul dengan golongan selebriti, timbul rasa malas hendak melihat 'kilauan' di sebalik nama-nama yang gah itu. Hendak ambil tahu atau rapat dengan selebriti pun dah tawar hati. Biarlah bakat mereka saja yang dikenali kerana yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Lagipun, bila artis muda berlagak macam dia lebih bijak dari orang tua, sakit juga hati Kakak Tua. Dan bila artis tua berlagak macam 'old teenage', mata pula yang sakit hendak memandang. Rasa-rasanya, sikap yang ada pada Sofia bukan semua pelakon yang ada. Seingat Kakak Tua, boleh dibilang dengan jari seperti Azizah Mahzan, Fauziah Nawi, Betty Banafe, Hans Isaac, Deja Moss, Yasmin Yusuff dan kini Azwan Ali (sekadar memberi contoh beberapa nama). Mungkin sebab itu, setiap kali mereka beraksi baik menyanyi atau berlakon, kita tidak pernah jemu. Dan Kakak Tua adalah orang yang paling cepat jemu. Terutama bila melihat adegan atau sandiwara kehidupan penuh kepura-puraan yang menjengkelkan. Hidup ini sesingkat perjalanan siang dan malam. Bahagia itu boleh dicari seperti yang sedang dikecapi pasangan Laila-Majnun Akhil Hayy dan Waheeda. Manisnya bak 'semanis kurma' bila dapat sesuatu yang berkenan di hati. Lantas Kakak Tua teringat kata-kata Ustaz Akhil, "setiap hari adalah hari kami untuk berbulan madu". Alhamdulillah. Semoga berkekalan hendaknya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 04 Nov 2009, 6:21 pm | |
| Buku 'Selamat Tinggal Dunia Pondan' singkap sejarah hidup Azwan? APA yang menyebabkan selebriti terkenal Azwan Ali tiba-tiba ingin menulis buku tentang kisah pondan? Dan apa agaknya yang begitu menarik tentang pondan yang mencuit hati Azwan sehingga terpanggil untuk menulis catatan tentang kaum ini. Bagi Azwan, tidak timbul samada kisah pondan adalah kisahnya. Ini adalah kerana semua itu hanya akan terjawab bila buku itu dibaca nanti. "Kebetulan sebelum saya pergi umrah tempoh hari pihak Karangkraf ada berbincang tentang hasrat mereka untuk menerbitkan buku saya. Jadi saya terfikir tentu menarik kalau kandungan buku saya itu menyingkap kisah hidup pondan," jelas Azwan yang selalu dilanda kontroversi disebabkan kelantangannya menyuarakan sesuatu pandangan. Menurut Azwan, dia sengaja memilih judul yang sensasi begitu untuk menarik perhatian orang membaca. "Terpulanglah...kalau orang nak kata saya propa atau sengaja mencari sensasi. Yang penting buku itu akan memuatkan kisah hidup seorang pondan. Saya begitu teruja untuk menyiapkan buku ini kerana subjeknya very interesting walaupun intipatinya saya tidak mahu dedahkan. "Ianya kisah sebenar, ada unsur sindiran dan juga sensasi. Dan tentu sekali kontroversial. Sekali imbas tajuknya saja sudah cukup membuat pembaca tertanya-tanya apa agaknya kandungan buku ini," kata Azwan yang mendapat idea menulis buku ini dari pengamatan kisah hidup kawan-kawan dan pembacaan. Yang menguatkan Azwan untuk berkarya ialah kerana dia semakin seronok dalam bidang penulisan ini. Tambahan bila laman webnya (silaserazwanali.blogspot.com) mendapat sambutan yang hangat sejak akhir-akhir ini. "Saya cukup teruja menulis kerana banyak bahan-bahan di keliling saya. Ada saja ilham yang datang. Salah satu ialah bahan untuk dimuatkan di dalam buku itu. "Biarlah pembaca sendiri yang menilai hasil tulisan saya. Yang pasti isi kandungannya sesuatu yang dinanti-nantikan. Saya sendiri dapat rasa yang kehidupan saya semakin indah sejak saya berubah. Keindahan itu hanya saya dan orang-orang yang rapat dengan saya dapat rasakan," kata adik kepada ahli politik Azmin Ali ini. Azwan Ali semasa sesi fotografi di Menara Star pada awal tahun ini. -Foto THE STAR oleh AZLINA ABDULLAH Kemungkinan besar, buku itu akan siap pada awal tahun depan dan dilancarkan pada bulan Ramadhan. "Saya ingin lancarkan pada bulan Ramadhan sempena genap setahun 'penghijrahan' saya," katanya lagi. Azwan tidak gusar seandainya ada orang yang berkata buku itu adalah satu eksploitasi Azwan Ali. "Tak apa lah...saya dah masak dengan cakap-cakap orang. Saya akan berkongsi 'eksploitasi' ini bersama peminat-peminat. Bila saya 'terjebak' dan dikelilingi pondan-pondan, ramai peminat saya lahirkan rasa terkilan. "Semua ini disampaikan kepada saya dan ianya mendatangkan satu keinsafan. Dan rentetan terakhirnya ialah penghasilan buku ini," jelas Azwan. Sambungnya lagi, "Dunia Mak Nyah terlalu rumit untuk dirungkai. Sedikit masa dulu, cerita-cerita macam ini mendapats ambutan dalam drama, filem dan teater. Saya harap pihak tertentu tidak akan prejudis dengan buku ini. "Perkara-perkara yang mengaibkan dan tidak manis atau yang berkait tentang seks, saya tidak akan sentuh. Saya tidak begitu terbuka. Semua itu akan dibatasi dengan berhemah," kata selebriti berusia 43 ini. Jadi apakah sebenarnya dunia pondan yang dimaksudkan Azwan? "Buku 'Selamat Tinggal Dunia Pondan' adalah satu keterbukaan yang ikhlas. Diharap peminat-peminat di luar sana akan nantikan kemunculannya," kata pengacara popular lulusan undang-undang Universiti Malaya ini. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 05 Nov 2009, 3:54 pm | |
| Anugerah Yasmin Ahmad di ASK 2009 diwujudkan untuk iktiraf bakat-bakat baru Datuk Seri Farid Ridzuan ketika menghadiri sidang media Anugerah Skrin 2009 di Bandar Sunway, Selasa lalu. -Foto THE STAR oleh RICKY LAI ANUGERAH Videografi Terbaik dalam drama dan Anugerah Yasmin Ahmad diperkenalkan dalam Anugerah Skrin (ASK) 2009 yang akan berlangsung pada 4 Disember depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan bersiaran secara 'live' menerusi TV3 mulai pukul 9 malam. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, ASK membuat sedikit kelainan dari segi anugerah yang dipertandingkan pada tahun ini dengan memperkenalkan dua anugerah baru tersebut. “Anugerah Videografi Terbaik bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni videografi di samping memberi galakan kepada mereka untuk menghasilkan mutu kerja yang lebih baik dalam sesuatu produksi. “Anugerah Yasmin Ahmad pula diperkenalkan dalam kategori Anugerah Khas Juri. Nama ini diambil sempena menghargai jasa arwah Yasmin Ahmad dalam sumbangannya menghasilkan konsep konsep filem yang berkualiti dan memperkenalkan bakat-bakat baru dalam filem terbitannya. “Jadi, trofi ini akan dianugerahkan kepada bakat-bakat baru yang berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam industri tempatan ini. “Anugerah itu ditaja oleh Silky Girl kerana mereka pernah bekerjasama dengan arwah Yasmin,” katanya semasa sidang media Anugerah Skrin 2009 di Bandar Sunway, pada Selasa lalu. Kedua-dua anugerah itu akan dipilih melalui juri profesional termasuk 22 kategori lain iaitu Drama Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Drama, Pelakon Wanita Terbaik Drama, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama, Pengarah Terbaik Drama, Lakon TV Terbaik, Drama Rantaian Terbaik, Drama Komedi Terbaik. Turut serta ialah Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Filem, Pelakon Wanita Terbaik Filem, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Pengarah Terbaik Filem, Lakon Layar Terbaik Filem. Selain itu, kategori yang turut bertanding termasuklah Rancangan Dokumentari/ Majalah Terbaik, Rancangan Bual Bicara Terbaik, Rancangan Hiburan Terbaik, Rancangan Realiti Terbaik dan Laporan Khas/ Berita Terbaik. Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam sejak 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009 selain pencalonan drama berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research berdasarkan ‘genre’ masing-masing. Untuk kategori drama, 17 buah drama rantaian dan lima drama komedi telah dicalonkan manakala sebanyak 22 filem tempatan layak dipertandingkan. Antara telefilem yang layak bertanding seperti ‘Jalan Pintas Ke Neraka’, ‘Terlerai Takbir Kasih’, ‘Tersasar Di Jalan’, ‘Alah Cinta’, ‘Serunding Cik Kiah’, ‘Suara Dari Kubur’ dan ‘Halimah Jongang’. Sementara filem pula seperti ‘I’m Not Single’, ‘Susuk’, ‘Kami The Movie’, ‘Senario The Movie: Episod 1’, ‘Budak Kelantan’, ‘Wayang’, ‘Selamat Pagi Cinta’, ‘Antoo Fighter’, ‘Losa & Faun’, ‘Cicakman 2: Planet Hitam’, ‘Histeria’, ‘Brainscan’, ‘Maut’, ‘Sifu & Tongga’, ‘Geng Pengembaran Bermula’, ‘Rasukan Ablasa’, ‘Jin Hutan’, ‘Talentime’, ‘Jangan Tegur’, ‘Bohsia...Jangan Pilih Jalan Hitam’, ‘Syurga Cinta’, dan ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’. Selain itu, Pantene yang telah tujuh kali menaja ASK akan membuat kelainan dengan menganjurkan pertandingan Anugerah Shine Pantene yang boleh diundi melalui SMS dengan membeli syampu Pantene yang mempunyai pelekat istimewa mulai 18 hingga 21 November ini. Tema Hikayat Seribu Satu Malam Menyentuh tentang konsep dan tema malam anugerah itu, Farid berkata ASK 2009 memilih tema Hikayat Seribu Satu Malam yang mengaitkan perjalanan penceritaan pada malam itu. “ASK 2009 memilih konsep Arabian Night, iaitu kisah penceritaan 1001 malam yang menyaksikan kejayaan karyawan industri seni tanah air. “Pada malam itu, akan tersingkaplah nama-nama da bakat-bakat dalam industri yang mungkin belum pernah dikenali namun berkat kesungguhan dan daya usaha,” tutur Farid. Gandingan Fara dan Afdlin sebagai pengacara Tambahnya, mereka memilih Fara Fauzana dan Afdlin Shauki untuk mengemudikan majlis penganugerahan ini. “Kami tertarik dengan Afdlin sebab penglibatannya yang dikecapi sebagai pelakon dan pengarah terbaik dan penghormatan kepadanya. “Selain itu, kami turut merasakan gandingan Afdlin dan Fafau (Fara) menjadikan majlis ini lebih berjaya lebih-lebih lagi Afdlin boleh memberikan nafas yang lebih menarik. “Kami juga memilih mereka berdua atas permintaan orang ramai di laman web TV3,” jelasnya lagi. Menyentuh tentang persembahan artis, ASK 2009 mengundang ramai penyanyi popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Jamal Abdillah, Jaclyn Victor, Awie, Azlan & The Typewriter, Black Mentor, One Nation Emcees dan Tia Jinbara. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 05 Nov 2009, 3:56 pm | |
| Bekas isteri Hattan dakwa tidak pernah mendapat edah dan mutaah sejak bercerai Arianie (dua dari kiri) berbincang dengan peguamnya selepas prosiding mahkamah selesai semalam. -Foto MSTAR oleh AU YEONG HOW PETALING JAYA:Bekas isteri penyanyi Hattan, Arianie Mohd. Abidin mendakwa dia tidak pernah menerima edah dan mutaah daripada bekas suaminya sejak mereka bercerai. Ketika ditemuramah di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, Arianie, 38, memberitahu dia tidak pernah mendapat edah dan mutaah sejak bercerai dengan Hattan atau nama sebenar Mohd. Shukri Shahabuddin, 45, pada 2004. "Ini adalah tidak adil kerana saya telah mendiamkan diri selama lima tahun," jelas pramugari ini yang menambah bekas suaminya seharusnya tahu tanggungjawab pemberian edah dan mutaah. Arianie juga memberitahu dia mempunyai perjanjian dengan Hattan tentang penjagaan anak mereka, Adam Eiman, yang kini berusia 11 tahun. "Semasa saya bekerja, dia akan menjaga anak. Bila saya bercuti dan ingin mengambil anak pula, dia mengenakan berbagai syarat," katanya. Misalnya, katanya, dia tidak dibenarkan membawa Adam berjumpa dengan kawan-kawan lelaki atau perempuan. Arianie, yang masih solo, hadir bersama seorang temannya dalam perbicaraan kes tuntutan edah dan mutaah terhadap bekas suaminya. Hattan, bagaimana pun tidak hadir, kerana dia tidak sihat. Hakim Syarie, Ghazali Ahmad memberitahu bahawa Hattan telah mengemukakan sijil sakit kepada mahkamah semalam. Peguam Harziah Othman yang mewakili Arianie (plaintif) memberitahu Hattan tidak pernah menghadiri prosiding berhubung tuntutan edah dan mutaah kecuali majlis sulh. Dalam prosiding semalam, Harziah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah memaklumkan kepada Hattan yang dia perlu hadir ke mahkamah untuk kes tuntutan tersebut. "Saman untuk kedua-dua kes (edah dan mutaah) telah disempurnakan kepada pihak defendan (Hattan)," kata Harziah. Harziah turut memohon tarikh baru untuk perbicaraan kerana beliau masih belum mendapat jawapan bertulis dari Jabatan Insolvensi untuk kebenaran mewakili anak guamnya, Arianie (plaintif). Arianie juga mendakwa dia kini berhadapan dengan hutang ekoran pembelian sesetengah aset sepanjang perkahwinannya. Hattan dan Arianie mendirikan rumah tangga pada 17 Disember 1996. Hattan melafazkan lafaz cerai talak satu terhadap Arianie di kediaman mereka di No. 29, Tropicana Golf and Country Resort pada 31 Disember 2004. Pada 4 Januari 2005, Arianie memfailkan permohonan pengesahan perceraian yang dibuat oleh Hattan pada 31 Disember 2004. Pada 10 Mac 2005, Hattan secara rasmi melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Arianie di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Hasil perkongsian hidup selama lapan tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Adam Eiman. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 05 Nov 2009, 3:57 pm | |
| Rahsia Rozita Che Wan berbadan montok Rozita Che Wan ketika sidang media Anugerah Skrin 2009, Selasa lalu. -foto The Star oleh RICKY LAI RAMAI wanita yang mengidamkan untuk mempunyai bentuk badan montok dan seksi seperti pelakon dan model Rozita Che Wan. Bukan mudah untuk berbadan cantik dan ramping sepertinya lebih-lebih lagi dia merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anak. Pelakon yang pernah digosipkan dengan beberapa VIP dan ‘public figure’ ini bagaimanapun hanya tersenyum apabila disoal tentang rahsianya berbadan mantap. “Ye ke badan saya montok? Siapa yang cakap? Ikutkan saya tiada apa-apa rahsia untuk memiliki badan seperti ini. “Cuma saya menjaga makan dan melakukan senaman ringan apabila ada masa lapang,” kata pelakon drama dan filem ini. Antara drama dan filem lakonannya adalah ‘Susuk 2’, Diari Ramadhan Rafique’, ‘Puteri Aurora Beradu’, ‘Kuih Goyang Seha’, ‘Jangan Tegur’ dan ‘Sifu & Tongga’. Mengenai penjagaan muka pula, Rozita yang pernah digosipkan dengan pelakon Zizan Nin dan pemain bola Selangor dan kebangsaan, Asrarudin Putra Omar ini berkata dia hanya mengekalkan penjagaan kulit mukanya melalui produk Garnier Age Lift. Rozita yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah pada Hari Raya Puasa lalu akui walaupun dirinya dikaitkan dengan mana-mana individu namun masih belum ada yang bertakhta di hatinya. “Memang saya ada mendoakan tentang calon suami tetapi sehingga sekarang saya belum menjumpai sesiapa. “Tentang gosip kata saya pergi rumah Asrarudin semasa Hari Raya lepas pun tak betul sebab kami hanya kawan biasa. “Dengan ahli perniagaan pun tiada apa-apa..,” katanya yang murah dengan senyuman. Menyentuh sedikit tentang pengalaman Rozita di sana, dia mengaku sering memakai hijab sepanjang melakukan umrah. Penjelasan Rozita sekaligus menafikan cakap-cakap belakang mengatakan dia memakai hijab untuk menutup wajahnya yang pucat tanpa mekap. “Saya memakai hijab untuk mengelakkan diri dari penyakit H1N1. Daripada saya memakai topeng, lebih baik saya tutup hidup dan mulut saya dengan hijab terus,” jawabnya yang menantikan kemunculan telefilem ‘Tunjang Saadah’ yang akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 14 November ini dan ‘Hati Yang Terpinggir’ sempena Hari Aids Sedunia di TV2. Dalam perkembangan yang lain, Rozita berkata kontraknya sebagai duta Avon dilanjutkan setahun lagi. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 05 Nov 2009, 4:02 pm | |
| gambar anak dara Rosyam Nor |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 05 Nov 2009, 4:06 pm | |
| Azean Irdawaty Semakin Pulih Pelakon primadona dan pelantun lagu Bawalah Daku Bersamamu, Azean Irdawaty telah hadir di Majlis Sidang Media dan Pelancaran Anugerah Skrin 2009 pada petang tadi. Sekarang sudah boleh berjalan walaupun masih perlahan, tapi bersyukurlah… dia semakin sihat nampaknya. Dah boleh berlakon dah pun. Terkini, Azean Irdawaty berlakon sebuah telefilem ‘Jantung Itu Bukan Milikku’ untuk TV3 di samping pelakon Zul Huzaimy, Azizah Mahzan dan Julia Ziegler |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 05 Nov 2009, 4:07 pm | |
| Tema Anugerah Skrin 2009 Arabian Night Bersempena dengan tema Anugerah Skrin 2009 yang bakal berlangsung 4 Disember 2009 ini, selebriti ternama telah menyarung pakaian ala Arab. Hasilnya memang malatop! Pada jam 3 petang tadi, telah berlangsung dengan meriahnya, Sidang Media dan Pelancaran Anugerah Skrin 2009 di Ballroom Lagoon 1, Level 15, Sunway resort Hotel & SPA, Petaling Jaya. Dengan kerjasama pereka fesyen tersohor, selebriti seperti Fouziah Gous, Intan Ladyana, Nora Danish, Liyana Jasmay, Irma Hasmie, Eira Syaziera, Raja Farah dan Wan Sharmila begitu bergaya dengan rekaan ala Arab. Memang kena dengan gaya dan tema serta konsep |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 05 Nov 2009, 4:10 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 05 Nov 2009, 4:11 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 05 Nov 2009, 4:13 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 05 Nov 2009, 4:14 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Fri 06 Nov 2009, 3:05 pm | |
| 'Pendeta' popularkan Naizle dalam masa singkat Single baru Naizle yang berjudul Pendeta adalah lagu tema untuk drama bersiri Tari Tirana.-Foto THE STAR oleh RAHMAN SENIN NAIZLE atau nama sebenarnya Aliff Naizal Azizul pernah digosipkan bersama bintang rancangan realiti Stacy. Bagaimanapun, jejaka yang sekarang ini sibuk dengan single terbarunya menafikan beliau ada sebarang perhubungan percintaan dengan Stacy. “Gosip itu menular apabila peminat-peminat saya dan para peminat Stacy berlawan dalam satu perlawanan futsal,” jelas penyanyi itu sambil ketawa dalam satu temu bual bersamanya di Menara Star pada hari Rabu lepas. Naizle menambah yang dia tidak bersua dengan Stacy lebih daripada satu setengah bulan dan menggambarkan peserta program realiti itu sebagai gadis yang lincah dan periang. Muka baru yang berumur 23 tahun kini sibuk mengeluarkan single keduanya. Manakala singlenya pertamanya iaitu Pendeta kini sedang berkumandang melalui corong-corong radio. “Pendeta berkonsepkan genre balada manakala liriknya ditulis oleh Omar.K,” kata Nizle dalam satu temu bual bersamanya di Menara Star semalam. Lagunya itu dijadikan sebagai lagu tema dalam drama bersiri Tari Tirana dan menduduki tempat ke-19 dalam carta radio Hot fm. Semua ini dalam hanya dalam masa dua bulan selepas lagu tersebut dilancarkan. Naizle baru bergelar penyanyi solo selama empat setengah bulan tetapi telah mula menyanyi dalam kumpulan yang diberi nama ‘69 Neighbourhood’ sejak berumur 15. Naizle dan Stacy hanya teman biasa.-Foto THE STAR oleh RAHMAN SENIN Graduan dalam jurusan Bahasa Inggeris dari Australia ini, pernah mengikuti kelas vokal di Indonesia untuk memantapkan lagi suaranya. “Saya perlu menyediakan diri saya kerana saya ingin menceburi bidang nyanyian sepenuh masa,” kata Naizle yang mendakwa bidang nyanyian turut terjejas kerana kemelut ekonomi baru-baru ini. “Saya terpaksa bersaing dengan ramai lagi penyanyi dari program realiti yang telah pun menempa nama menerusi rancangan televisyen,” ujar penyanyi itu. Tambah Naizle lagi, apa yang membezakannya daripada penyanyi lain adalah genre yang dibawanya. “Tidak ramai penyanyi yang membawa genre balada seperti saya,” kata Nizle yang juga merupakan peminat Anuar Zain. Penyanyi yang berusia 23 tahun ini mengakui yang dirinya masih bujang lagi dan buat masa ini Naizle hanya ingin fokus pada kariernya sebagai seorang penyanyi. Naizle bakal meraikan harijadinya yang ke-23 pada 8 Disember ini. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Fri 06 Nov 2009, 3:12 pm | |
| Keluarga tak galakkan Almy-Fizz selalu berjumpa Almy dan Fizz berjumpa di sidang media Anugerah Skrin 2009 selepas dua minggu tidak berjumpa. -foto mStar oleh SITI AZIRA SEJAK timbulnya gosip perpisahan antara Fizz Fairuz dan Almy Nadia, pasangan kekasih dan pelakon ini sering dilihat jarang bersama. Almy mengaku gosip itu yang menyebabkan keluarga melarangnya daripada bergambar dan menjaja kisah cinta mereka. Ketika mengusik Almy tentang bila nak kahwin, balasnya, ‘kalau nak tahu tanya dia (Fizz)’ sambil menuding jari ke arah kekasihnya itu. Pasangan ini jarang berjumpa dan pertemuan mereka di majlis sidang media Anugerah Skrin (ASK) 2009 di Bandar Sunway baru-baru ini selepas dua minggu tidak berjumpa. “Kami tak janji datang sekali. Saya datang pun setelah mendapat tahu daripada pihak MIG dan Lisa Surihani menghubungi saya menerusi SMS. “Kami jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Jadi, hanya panggilan telefon dan SMS yang mengekalkan hubungan kami. Yang paling penting, saling percaya antara satu sama lain. “Kalau berjumpa dalam satu majlis, ikutkan keluarga saya tak galakkan untuk kami mengambil gambar bersama tetapi kali ini kami terpaksa juga atas kehendak media. “Bukan apa, mereka bimbang hubungan kami tak jadi kalau terlalu menunjuk sangat,” kata Almy yang gembira dengan pencalonan beberapa drama dan filem lakonannya dalam ASK 2009. Antaranya adalah drama ‘Jangan Pandang Belakang’, ‘Mertua Vs Menantu’ dan filem ‘Rasukan Ablasa’. Mengenai perkembangan kariernya sekarang, Almy berkata dia sedang menjalani pengambaran drama ‘Hati Lia’ untuk RTM. Sepanjang temubual berlangsung, Fizz selalu menimbulkan suasana ceria dengan lawak jenaka bersahajanya. Mungkin ciri-ciri humor yang berada dalam diri Fizz membuatkan Almy selesa dan kekal berdampingan dengannya. Sementara itu, ditanya mengenai cabaran mereka sepanjang menjalinkan hubungan selama tiga tahun ini, Fizz menjawab ringkas, ‘tiada yang menguji kami tetapi gaduh-gaduh biasa tu adalah’. Menyentuh tentang soalan ‘cepu emas’ iaitu bila dia akan menyunting Almy sebagai permaisuri hatinya, pelakon yang sedang popular menerusi drama ‘Nur Kasih’ itu tidak mampu memberikan jawapannya. “Saya tak tahu bila sebab sekarang ini saya mahu memberikan peluang kepadanya untuk menceburi bidang ini sepuas-puasnya. Lagipun, dia masih pendatang baru dalam industri ini,” katanya yang turut meraih tiga pencalonan menerusi drama ‘Kekasihku Seru’, ‘Sama Tapi Tak Serupa’ dan ‘43424’. Fizz pula sedang sibuk menyelesaikan pengambaran drama ‘Sonata Labu Labi’ arahan pengarah dan pelakon Adlin Aman Ramli. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Fri 06 Nov 2009, 3:32 pm | |
| Idham tidak harap kaum tua menonton filem Senario baru PENGARAH Ahmad Idham tidak menaruh harapan yang peminat lama filem Senario akan datang ke pawagam untuk menonton filem barunya, 'Senario The Movie Episode 2: Beach Boys'. Idham menyasarkan filem ini untuk golongan muda. "Apabila saya pergi ke pawagam semasa Senario episod pertama ditayangkan, saya terkejut melihat ramai pemuda-pemudi dan kanak-kanak datang menonton filem ini. Sebab itu saya berani katakan sasaran filem ini untuk orang muda," jelas Ahmad Idham lagi. Katanya lagi, penghujung filem ini akan menjadi permulaan bagi filem baru Senario yang akan ditayangkan tahun depan. "Untuk filem Senario berikutnya, ketiga-tiga pasangan ini akan menimang cahaya mata. AHMAD Idham mengekalkan unsur-unsur yang memang sinomim dengan Senario dalam filem terbarunya ‘Senario The Movie Episode 2: Beach Boys.’ "Jalan cerita pula akan dimulakan apabila ibu ketiga-tiga anak itu pergi ke Genting Highlands untuk menghadiri kursus manakala anak-anak mereka diletakkan dibawah jagaan ayah mereka. "Malangnya ketiga-tiga anak tersebut diculik dan itulah jalan cerita untuk Senario episod ketiga nanti," akhiri pengarah itu. Idham juga telah banyak belajar dan membuat ‘homework’ sebelum mula mengarah filem tersebut untuk menepati citarasa golongan muda kini. Sementara itu, Idham yang juga ayah kepada Ahmad Firdaus, 9, Ahmad Aydeel, 5, dan Kintan Myra, 3 turut bergelar pelakon dan produser. Walaupun telah mengarah pelbagai genre filem, Idham paling suka mengarahkan filem berunsurkan seram. Malah satu lagi filem seram yang akan ditayangkan pada bulan Disember ini. Apabila ditanya mengenai pemilihan pelakon dalam filem Senario, Idham menjawab sambil tersenyum lebar. “Saya memilih pelakon yang juga merupakan kawan-kawan saya. “Ini adalah kerana saya pernah berkerja dengan mereka dahulu dan memilih mereka yang boleh memberi komitmen sepenuhnya kepada saya,” ujarnya lagi. Menurut Idham, tiga aktres dalam filem Senario pada kali ini adakalanya lebih menonjol daripada watak-watak hero. “Adalah penting untuk memberi impak yang kuat kepada penonton dalam sesetengah adegan dan menambahkan lagi nilai hiburan dalam filem yang berunsurkan komedi ini,” kata Idham lagi. Filem Senario yang akan ditayangkan pada November 19 ini menelan belanja hampir 1.8 juta dan dijangka akan diminati oleh kanak-kanak dan para remaja. Kebanyakan daripada wang itu, dibelanjakan untuk membayar pelakon yang membintangi filem. Mereka mendapat penajaan untuk lokasi filem tersebut. “Saya harap filem ini diminati oleh golongan muda dengan seluruh keluarga mereka,” jelas Idham. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Fri 06 Nov 2009, 3:33 pm | |
| Aril AF7: Nak kritik, biarlah berpada! LAKONAN Aril dan alumni Akademi Fantasia (AF) yang lain menerusi drama ‘Kau Dan Aku’ yang sedang disiarkan di Astro Ria mula dikritik oleh peminatnya dan penonton drama Melayu tempatan. Naib juara AF7 itu berkata mungkin ada pihak yang kurang berpuas hati dengan lakonan mereka memandangkan masing-masing masih ‘hijau’ dalam industri seni ini. “Ramai yang mengharapkan drama itu akan memberikan satu impak besar dan berjaya. “Tetapi saya harap sebelum ada yang hendak ‘memaki’ kami lebih baik fikir baik-baik dulu kerana kami pendatang baru yang berada pada tahap masih mencuba dalam seni lakonan. “Kalau ada kekurangan dalam jalan cerita atau lakonan kami, janganlah kritik dan hina kami teruk-teruk. “Saya bukanlah hendak mempertahankan diri-sendiri sahaja tetapi untuk kawan-kawan lain juga,” luah Aril yang lantang bersuara. Setelah dua episod disiarkan, Aril berkata ada pihak yang memuji dan tidak kurang juga menghentam teruk drama arahan empat orang pengarah itu. “Ada yang kata drama itu berjaya dan ada juga yang kata gagal tetapi kalau nak beri kritikan tu biarlah berpada-pada,” kata penyanyi yang sedang popular menerusi lagu ‘Menatap Matamu’ ini. Memandangkan Aril pernah mempunyai latar belakang dalam seni teater, dia cuba menggilap bakatnya itu dengan berlakon dalam drama itu dan sebuah lagi telefilem iaitu ‘Shuffle Milikku’ untuk stesen TV yang sama. “Saya banyak juga mengutip pengalaman berlakon semasa di AF7. Dari situ saya praktikkannya ditambah dengan bantuan daripada pelakon senior seperti Azizah Mahzan, Riezman Khuzaimi dan Nurul. Mereka tak lokek,” ujarnya yang mempunyai asas lakonan teater sejak di bangku sekolah sehingga mengikuti persembahan di bawah Akar Gitar Estetika di Pusat Pelancongan Malaysia sejak lima tahun lalu. Selepas berlakon drama dan telefilem, Aril mahu memfokuskan kepada bidang nyanyian pula. "Bagi saya cukuplah pengalaman berlakon dah ada. Saya nak tumpu pada muzik pula. "Sekarang ini, saya ada menulis beberapa lirik lagu yang mungkin akan dinyanyikan oleh diri-sendiri atau orang lain. "Saya dan Akim juga telah merancang untuk membikin single terbaru kami dengan usaha sendiri. Apa-apa pun, saya akan beritahu kemudian," tuturnya yang menggemari muzik aliran rock. Sambut hari lahir di hotel bertaraf empat bintang Semalam merupakan hari lahir Aril yang ke-24. Jejaka yang digilai ramai wanita ini akan meraikan hari jadinya bersama kelab peminatnya, Aril Lovers pada 7 November ini, Sabtu, pukul 8 hingga 11 malam di Hotel Boulevard, Mid Valley. Menurut Aril yang popular dengan tagline 'Terbaek Wok', dia akan menjayakan majlis makan malam itu dengan menghidangkan persembahan lima hingga enam lagu bersama bekas rakan-rakan band Sky yang pernah disertainya dahulu. Dalam seronok meuar-uarkan majlis yang dikenakan bayaran RM90 untuk dewasa dan RM60 (kanak-kanak) itu, tiba-tiba Aril bergurau ‘tiga tahun lagi boleh kahwin’. Ketika meminta penjelasan itu, dia berkata waktu itu memang setiap lelaki akan mempersiapkan diri mereka untuk mendirikan rumah tangga termasuk dirinya. “Saya nak berjaya dalam hidup, karier dan ilmu akhirat terlebih dahulu. Apabila umur saya dah mencecah 27 tahun, baru saya akan fikir tentang kahwin dan mengukuhkan kewangan saya,” beritahunya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sat 07 Nov 2009, 3:01 pm | |
| In Heart muncul dengan album pertama berjudul Sakura IN HEART merupakan antara kumpulan nasyid yang menyertai rancangan realiti musim pertama Akademi Nasyid. Walaupun tidak mejuarai pertandingan yang disiarkan dalam TV 9, mereka kini sudah mula dikenali ramai dan banyak mendapat tawaran untuk membuat persembahan. Kumpulan In Heart terdiri daripada lima orang ahli iaitu Mohd Firdaus (Pitok), Khairul Rizam (Khairul), Ruzman Shah (Man ), Mohd Hafiz (Hafiz) dan Mohd Khairi (Khairi). Mereka pada mulanya tidak menyangka yang akan terpilih untuk meyertai rancangan tersebut. “Kami sangat teruja apabila dipilih meyertai pertandingan itu yang merupakan batu loncatan kepada kami untuk mengembangkan bakat dan minat kami dalam bidang seni ,” kata Khairul dalam satu temu bual di Merana Star pada hari Rabu yang lalu. Hanya tiga daripada ahli kumpulan tersebut hadir pada sesi temu bual tersebut iaitu Firdaus, Khairul dan Hafiz. Keputusan pertandingan nasyid itu berdasarkan 50% permarkahan juri manakala 50% lagi diundi oleh penonton dirumah. Kumpulan In Heart berjaya sampai ke peringkat separuh akhir. Menurut Khairul lagi, mereka berlima membentuk kumpulan In Heart lima tahun yang lalu semasa masih menuntut di International Islamic College. “Ketika itu, kolej kami mencari wakil untuk pertandingan nasyid dan pada masa itulah kumpulan kami ditubuhkan,” jelas Khairul. Album pertama mereka yang berjudul Sakura berkonsepkan ‘Fusion Balada’. “Kami menjangkakan lagu Sakura akan menjadi popular,” kata Khairul . Mereka yang baru pulang dari Singapura untuk mempromosikan album mereka berkata album mereka mendapat sambutan daripada orang Cina dan India dari situ. “Mereka menerima baik album Sakura dan stesen radio tempatan Singapura juga memainkan lagu ini,” kata Khairul. Diantara lima ahli In Heart ini, hanya Rusman yang telah berpunya. Buat masa ini, mereka berlima baru menghabiskan penggajian dan bercadang untuk melibatkan diri dalam bidang nyanyian sepenuh masa. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sat 07 Nov 2009, 3:02 pm | |
| David Teo menerbitkan 10 filem tahun ini DAVID Teo, Pengarah Urusan Metrowealth Movies Productions mencipta rekod kerana akan menerbitkan 10 buah filem pada tahun ini. “Pencapaian ini sekaligus menolak pendapat segelintir pihak yang mengatakan industri perfileman negara tidak dapat mengeluarkan lebih daripada sepuluh buah filem dalam satu tahun,” kata David sebelum tayangan perdana ‘Senario The Movie Episode 2: Beach Boys’ pada hari Selasa yang lalu. Filem terbaru terbitan syarikat Metrowealth itu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 November ini. Menurut David Teo, kos keseluruhan filem itu mencecah 1.8 juta dan berharap dapat mengaut keuntungan yang sama dengan filem Senario yang pertama iaitu RM 4.5 juta. Antara filem-filem terbitan Metrowealth (MIG) yang bakal ditayangkan pada 10 Disember ini adalah Santau. Filem-filem yang akan ditayangkan tidak lama lagi adalah Adnan Sempit, V3, Samseng Jalanan, Zoo, dan Semerah Cinta Stilleto. Manakala antara filem-filem yang diterbitkan oleh syarikatnya pada tahun ini ialah Jangan Tegur, Syurga Cinta dan Jangan Pandang Belakang Congkak. Setelah melibatkan diri selama sembilan tahun dalam bidang penerbitan, David telah menghasilkan lebih daripada 37 buah filem. “Kami akan mengeluarkan 15 buah filem pada tahun 2010. Walaupun jumlah filem yang diterbitkan semakin banyak, kualiti tetap diutamakan,” jelas David lagi. Penerbit jutawan itu juga kini memberi kepercayaan kepada pengarah-pengarah muda untuk mengarah filem. “Saya memilih pengarah-pengarah muda diatas nasihat kawan saya Ahmad Idham. Jika saya berasa seseorang pengarah itu berkebolehan, saya akan memberi kepercayaan kepadanya untuk mengarah drama dahulu,” jelas David dalam satu temu bual bersamanya Selasa lepas. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengarah, di bawah syarikat Metrowealth (MIG), dia mesti memiliki kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh David dan tidak semestinya memilki kelayakan dari segi akademik. Seseorang itu mestilah jujur dan ikhlas, boleh menerima teguran, harus rendah diri, tidak sombong, rajin, berminat dalam bidang pengarahan. Sementara itu, terdapat dua buah filem arahan pengarah-pengarah muda yang bernaung dibawah syarikatnya, terpaksa difilemkan semula sehingga David berpuas hati dengan hasilnya. Selain itu, syarikat Metrowealth telah menandatangani kontrak untuk hanya setakat filem Senario yang ketiga. “Syarikat saya akan terus menerbit filem-filem Senario akan datang kalau filem-filem Senario terus mendapat sambutan,” akhiri David. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sat 07 Nov 2009, 3:04 pm | |
| Pegawai JAIS, saksi kedua kes khalwat Memey-Norman mengaku beri keterangan salah! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sat 07 Nov 2009, 3:05 pm | |
| Betty gigit jari, kereta lesap dalam 10 minit Betty baru kehilangan kereta yang menjadi miliknya sejak lebih tujuh tahun lalu. -foto The Star LOW LAY PHON PETALING JAYA: Kereta Satria GTI berwarna perak milik penyanyi dan pelakon Betty Banafe telah dicuri di sebuah hotel lima bintang di Jalan Conlay pada pukul 4 petang tadi dalam masa 10 minit. Cerita Betty, dia menyedari kereta bernombor plat WHX 8179 itu telah lesap setelah kembali untuk mengambil pakaian berjenama oleh pereka dari Arab, alat solek dan beg tangan bagi menjayakan persembahan anjuran Malaysian Palm Oil Board (MPOB) di hotel itu pada malam ini. “Saya terkejut dan sedih sebab kereta itu saya guna sejak lebih tujuh tahun lalu dan hilang dalam masa 10 minit sahaja. "Selepas saya meletakkan kereta di tingkat lima hotel itu, saya ‘check in’ bilik. Apabila saya turun semula untuk mengambil barang ‘show’, kereta saya dah tiada. “Saya dah kunci kereta itu dan rasa mesti di hotel itu mempunyai sindiket curi kereta dan pencuri kereta itu mesti sangat profesional,” katanya ketika menghubungi mStar Online sebentar tadi. Kata Betty, insiden itu menyebabkan kali pertama dia bekerja 'sehelai sepinggang'. Meskipun masih berada dalam keadaan terkejut, Betty berkata dia tetap akan meneruskan persembahannya di hotel itu malam ini. “Saya kena profesional sebab kerja dan tabah untuk meneruskan persembahan ini. Nasib baik ada pereka Carven Ong yang mempunyai butik di hotel itu meminjamkan baju dan kasut kepada saya “Insya-Allah, kejadian ini mesti ada hikmahnya dan Allah akan gantikan dengan kereta lain,” beritahunya dalam nada kesal. Sementara itu, pembantu peribadinya, Noraizi Ahmad (Gee) berkata dia akan membuat laporan polis mengenai kehilangan kereta berharga RM75,000 itu seusai persembahan itu pada pukul 10.30 malam ini. “Sekarang, saya sedang menguruskan persembahan Betty dan selepas selesai majlis ini baru kami akan pergi buat laporan polis. “Tadi, pihak keselamatan hotel itu sudah melakukan penyiasatan di sekitar hotel dan selepas itu tiada tindakan yang diambil. “Pihak hotel meminta kami untuk membuat laporan polis di luar hotel dalam tempoh 24 jam dari masa kejadian. “Bagaimanapun, kami sudah memaklumkan kepada polis peronda dengan memberikan nombor plat dan jenis kereta untuk menjalankan operasi mencari kereta itu,” kata Gee yang turut memaklumkan tiada perkhidmatan CCTV yang disediakan di tempat letak kereta di hotel itu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sat 07 Nov 2009, 3:09 pm | |
| Bakal pengantin baru, Serina |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sat 07 Nov 2009, 3:11 pm | |
| Engku Aleesya Baby Erra Fazira di M-IFW 2009 Bukan hanya selebriti yang jadi tumpuan di Pelancaran Malaysian International Fashion Week (M-IFW ‘09) yang diadakan di Pavillion pada pagi tadi, anak selebriti pun menjadi perhatian juga. Ini dia gambar terbaru Engku Aleesya, anak perempuan kesayangan penyanyi dan pelakon Erra Fazira. Dah makin besar, sihat, gemuk dan tengoklah kulit dia… gebu dan cantik. Yang penting, mesti ramai yang nak cubit pipi Aleesya. Comeyyyyy! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sat 07 Nov 2009, 3:12 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sat 07 Nov 2009, 3:14 pm | |
| Annahita Bakavoli Jadi Penyampai Radio XFM Kenal lagi tak dengan perempuan yang berada di sebelah Darling Nasreen Ngasri ni? Kalau anda tak ingat, dia ialah Annahita Bakavoli, mencipta nama sebagai model iklan komersial, pelakon dan juga pengacara. Pernah membintangi filem Bujang Senang, Cinta (terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd) dan filem usahasama Malaysia-Indonesia dan Cinta Terakhir. Dan pernah mendapat gelaran Dewi Remaja 2002/2003. Lama betul tak jumpa dengan Annahita ni kan? Sampailah masa Screening Media Prima hari tu, Darling mengatakan kepada Budiey, Annahita pun ada datang. Jadi, kami sempat la borak-borak sikit. Tanya, kemana dia menghilang. Ingat ke dah kahwin dengan VIP. Tapi rupa-rupanya pelakon drama yang masih bujang ni menyambung pelajarannya di Norwalk Community College dalam bidang penulisan skrip dan lakonan. Selama setahun, Annahita bertapa kat sana. Sampai berpindah kolej. Selain kolej Norwalk, Annahita juga belajar di College of Lake County, Grayslake Illinois. Mmmm…. rajinnya Annahita study. Pulang aje kat Malaysia, Annahita ditawarkan menjadi penyampai di Radio XFM (dulunya X-Fresh) yang akan mengendalikan program pada hari Sabtu dan Ahad. Kalau tak silap, bulan ni kiranya Annahita dah masuk konti jadi penyampai lak. First time lak tu. Semoga Annahita sukses. Mana tahu, tak lama boleh jadi Penyampai Radio Popular pulak macam Fara Fauzana. Cakap pasal Fara Fauzana, Budiey dengar penyampai Hot FM ini tengah berehat selepas menjalani pembedahan lutut akibat dari kecederaan semasa bermain futsal. Jadi, Faizal Ismail sekarang solo la mengendalikan Hot FM AM krew. Get well soon, Fafau! Darling Ngasri pula katanya dah siapkan drama LATAH yang mengisahkan tentang 3 gadis yang suka melatah. Selain Darling, drama ini dilakonkan oleh Sari Yanti dan Nik Sayyidah. Diarahkan oleh Murali Abdullah. Dah hampir 5 bulan berkahwin dengan suaminya yang sibuk bekerja sebagai engineer, Darling kata, masih takde rezeki lagi. Takde tanda apa-apa lagi. Tak pelah, usaha lagi. Apa yang penting, rumahtangga sentiasa bahagia dan rukun aman damai. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sat 07 Nov 2009, 3:14 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sat 07 Nov 2009, 3:15 pm | |
| Pelakon Noorkhiriah Selamat Bersalin Selepas tiga tahun menunggu, akhirnya pelakon Noorkhiriah, 33, dikurniakan bayi lelaki pada pukul 9 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Petaling Jaya. Menurut Noorkhiriah atau nama sebenarnya Norkhiriah Ahmad Shafie, dia masih menunggu suaminya memberitahu nama anak sulungnya yang seberat 2.56 kg itu. “Saya dan suami, Azfaidzul Antan telah sepakat kalau bayi lelaki, dia yang akan beri nama manakala kalau perempuan, saya yang kena beri… jadi sekarang saya tak tahu apa namanya sebab suami sedang uruskan pendaftaran nama bayi,” katanya dalam nada suara yang lemah ketika dihubungi. Walaupun lemah kerana bersalin secara pembedahan, pelakon yang mendapat jolokan Artis Komedi Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2008 ini menyambut kelahiran bayinya dengan pelbagai rasa. “Alhamdulillah, saya tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan sekarang. Ada rasa gembira, terharu dan tak percaya sebab dulu biasa berlakon dengan anak orang tetapi kali ni anak sendiri yang berada di sebelah. Dia asyik tidur sahaja,” ujarnya yang turut menerima kedatangan rakan artis lain seperti Ann Ngasri sejurus selepas bersalin. Diikutkan dia dijangka bersalin pada 16 November ini tetapi Noorkhiriah yang pernah keguguran sebelum ini tetap bersiap sedia untuk menerima kehadiran putera sulungnya itu. “Kalau boleh, memang saya nak bersalin secara normal sebab saya dah pun siapkan air selusuh dan minyak selusuh tetapi minggu lepas doktor beritahu saya perlu bersalin secara pembedahan. Doktor kata kepala bayi hampir di sebelah uri saya. Jadi, sebab saya tidak mahu mengambil risiko, saya bersetuju juga untuk melakukan pembedahan. Bukan senang saya nak tunggu bayi ni keluar..tiga tahun,” tuturnya yang tidak menolak untuk mempunyai cahaya mata lagi. Noorkhiriah berkata semuanya bergantung kepada rezeki Tuhan dan sempat mengaitkan aktres Lisdawati dengan dirinya. “Kalau ada rezeki, memang saya nak anak lagi. Orang kata memanglah bersalin secara pembedahan ni perlu ambil masa untuk mempunyai anak lagi. Tetapi ada juga yang cepat dapat anak kedua seperti Lisdawati selepas bersalin anak pertamanya secara pembedahan,” tambahnya yang akan bercuti sementara daripada karier seni sehingga Februari depan. Selepas keluar dari hospital dua hari lagi, pelakon filem ‘Susuk’ dan ‘Gubra’ ini akan berpantang di kampungnya di Raub, Pahang. Dia juga berterima kasih kepada rakan-rakan, peminat dan sesiapa yang mendoakannya dari jauh |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sat 07 Nov 2009, 3:20 pm | |
| Zaidi Omar langgar penunggang motor, mati Lokasi: Jalan Lingkaran Tengah 2 Kepong, Kuala Lumpur Tarikh: 5 Nov 2009 Jam: 1 pagi Info: Nama penunggang motosikal- maut di tempat kejadian ialah Tuan Mohamad Nul Hakim Tuan Long, 21 tahun berasal dari Pengkalan Kubor, Tumpa, Kelantan. Kereta yang melanggar adalah kepunyaan seorang artis popular dan punca kemalangan maut ini masih dalam siatan pihak polis. Gambar kemalangan menyusul |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sat 07 Nov 2009, 3:22 pm | |
| Zur Eda dan jangkitan kuman buah pinggang Sudah 3 kali penulis membaca akhbar mengenai nasib penyanyi yang popular sekitar 80-an dan 90-an ini yang merana jangkitan kuman di buah pinggangnya. Syukur dia telah menjalani pembedahan ketiga di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada awal Oktober lalu dan menunjukkan perubahan positif apabila tahap kesihatannya semakin baik dan memberangsangkan. Penulis petik sedikit diambil dari akhbar Penyanyi yang pernah mencetus fenomena ketika era 80-an dan 90-an serta digelar Sade Malaysia ini menghadapi ujian hidup apabila kesakitan yang dialaminya selama ini berpunca daripada buah pinggang bahagian kanannya yang tidak dapat berfungsi dengan baik akibat tersumbat kerana jangkitan kuman. Kata dua dari penyanyi, Zur Eda Kata doktor, saya boleh menyanyi dan tidak ada masalah untuk itu. Cuma, saya perlu berehat sekejap untuk dapatkan kembali tenaga yang hilang. Tetapi, awal bulan depan saya akan kembali aktif dan sibuk di studio serta menerima persembahan |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sat 07 Nov 2009, 3:23 pm | |
| gambar Mazlan Pet Pet angkat Marsha Gambar kontroversi yang akan menaikkan nama Marsha sebagai artis yang hanya popular di majalah-majalah kerana imej seksinya. Babak ini diambil dari filem yang akan ditayangkan iaitu Senario The Movie Episode 2: Beach Boy |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sat 07 Nov 2009, 3:27 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sat 07 Nov 2009, 3:29 pm | |
| Fiqa juara Gadis Melayu musim 2 GADIS Melayu musim kedua semalam menobatkan Fiqa atau nama sebenarnya Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 20, sebagai juara program realiti itu di Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur. Kemenangan gadis tunggal bertudung itu sekaligus mengenepikan empat finalis lain iaitu Shazfinaz Hashim (Finas), Hazlin Hussain (Lyn), Nadiah Adrianna Mohd Akbar (Nadia) dan Putri Noor Nawal Ramlan (Putri). Fiqa berjaya membawa hadiah wang tunai RM10,000, diikat kontrak selamat setahun bersama TV9 sekaligus diangkat sebagai Gadis Safi Balqis dan membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta hadiah iringan |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sat 07 Nov 2009, 3:31 pm | |
| gambar Airit Rayyan Rizqin, anak Rita dan Aidil |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 08 Nov 2009, 9:26 am | |
| Serina Ganti Maria Tunku Sabri Kendalikan Jalan-Jalan Cari Makan AKTRES Serina Redzuawan bakal menggantikan pengacara asal program ini, Maria Tunku Sabri untuk mengendalikan Jalan-jalan Cari Makan. Pelakon yang juga merupakan anak kepada Chef Wan ini akui berasa sangat teruja selepas menerima panggilan yang memaklumkan berita baik itu kepadanya pada minggu lepas, setelah menghadiri ujibakat yang diadakan. “Saya tidak mahu dibandingan dengan bekas pengacara rancangan ini. “Saya telah pun berbincang dengan produser rancangan ini dan akan menukar sedikit konsep rancangan Jalan-Jalan Cari Makan,” ujar gadis yang bakal melangkah ke alam perkahwinan pada awal tahun hadapan. Menurut pelakon berusia 27 tahun ini lagi, dia mahu rancangan ini digambarkan mengikut jiwa mudanya. Namun, aktres ini tidak mahu menyatakan apakah perubahan itu. “Itu rahsia. Buat masa ini saya tidak mahu mengatakan apa-apa kelainan yang akan di buat,” jelas Serina. Rakaman untuk musim terbaru rancangan Jalan-Jalan Cari Makan akan bermula pada 25 November ini. Untuk musim baru ini, kata Serina, dia ingin cuba membabitkan golongan kurang upaya, ibu tunggal dan anak-anak yatim untuk ditonjolkan di dalam program itu. “Saya mahu makan bersama mereka dan kalau boleh menolong mereka. Saya mahu menggembirakan mereka dengan cara seperti itu,” katanya. Tambah Serina, makanan sebenarnya mampu merapatkan hubungan dan itulah salah satu kelainan yang ingin dibawa olehnya menerusi rancangan ini. Selain rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, pelakon ini juga sibuk dengan penggambaran Akademi Polis yang disiarkan di TV9 dan Roda-Roda KL di RTM2. Serina juga sudah memulakan penggambaraan untuk musim kedua rancangan masakan yang berjudul Sajian Kontemporari. Dia merupakan pengacara bagi rancangan tersebut yang turut disertai oleh ayahnya Chef Wan, dan abangnya. Akui Serina, adakalanya dia juga sedikit risau dengan jadual seninya yang begitu padat apatah lagi bakal bergelar isteri tidak lama lagi. “Saya takut tidak dapat menbahagikan masa saya dengan kerjaya dan rumah tangga. Ada banyak projek yang saya terima sejak kebelakangan ini. “Apapun saya tetap gembira kerana akan berkahwin tidak lama lagi,” tambah Serina. Sementara itu, bercerita tentang persiapan perkahwinannya, ramai chef terkenal dari luar negara juga dijangka akan menghadiri majlis perkahwinannya nanti. Menurut Serina lagi, ‘Asia Food Channel’ dan ‘BBC Channel’ akan membuat liputan pada majlis bersejarahnya itu. “Media luar negara itu akan membuat liputan mengenai bagaimana upacara perkahwinan orang Melayu akan diadakan. “Saya juga akan menjemput rakan-rakan media tempatan untuk majlis akad nikah dan resepsi itu nanti,” kata pelakon itu. Majlis akad nikah Serina bersama tunangnya, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahuddin Ghaffar akan berlangsung di Masjid Wilayah pada 1 Januari pada jam 5 petang. Serina akan memakai baju berwarna putih dan merah jambu hasil rekaan Jovian Mandagie untuk majlis akad nikahnya. Manakala untuk majlis persandingannya yang diadakan pada hari berikutnya, Serina akan memakai baju pereka fesyen Radzuan Radziwill berwarna ‘Lavender’. Majlis itu akan diadakan di Hotel Royal Chulan. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 08 Nov 2009, 9:30 am | |
| Melancong bersama Rossa hadiah bermakna buat Aniza Aniza bergambar kenangan bersama penyanyi pujaannya, Rossa - foto MSTAR ONLINE DUA hari ditemani penyanyi kesayangannya, Rossa, di Jakarta, Indonesia adalah hadiah hari lahir yang cukup istimewa buat Aniza Abdul Razak, yang merupakan pemenang peraduan 'Fly with Rossa to Jakarta' bersempena kempen Enjoy Jakarta, baru-baru ini. Ujar wanita berusia 41 tahun ini, dia sama sekali tidak menyangka berpeluang mendekati idolanya itu yang merupakan duta bagi kempen tersebut, di mana sebelum ini, Aniza hanya sering mengikuti kisah perkembangan penyanyi itu menerusi media massa sahaja. Aniza telah memenangi dua tiket penerbangan kelas bisnes tajaan KLM Royal Dutch Airlines dengan turut ditemani Rossa sendiri pada 4 November lalu. Peraduan yang dianjurkan oleh Jakarta City Government Tourism & Culture Office (JTCO) dengan kerjasama Explorer Tourism Network (ETN) itu turut memberikan ganjaran hebat kepada Aniza apabila dia juga memenangi penginapan selama tiga hari dua malam di The Sultan Hotel, Jakarta, baucer membeli-belah bernilai USD300 (RM1,000) serta jemputan menyaksikan 'showcase' Rossa di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur yang berlangsung pada 3 November lepas. Mengimbas kisah di sebalik kemenangannya itu, kata Aniza, pada awalnya dia akui agak ragu-ragu untuk menyertai peraduan tersebut memikirkan kemungkinan penyertaannya itu akan ditolak memandangkan dia juga bertugas di dalam bidang pelancongan. "Bila saya terbaca tentang peraduan ini menerusi sebuah artikel di akhbar The Star bulan lalu, saya memang teruja untuk mencuba. Tetapi bila melihat ia merupakan anjuran bersama ETN dan JTCO, saya tidak begitu pasti pula sama ada untuk mencuba atau tidak. "Tetapi setelah tarikh penyertaan hampir ditutup, saya ambil keputusan untuk mencuba nasib juga. Namun, tidak langsung saya berharap untuk menang kerana saya tahu pasti ramai peminat-peminat Rossa turut sertai. "Tambahan pula, soalan-soalan yang ditanya di laman web ETN untuk peraduan itu semuanya adalah berkisarkan tentang Jakarta, bukannya tentang Rossa," katanya yang bertugas sebagai Perunding Lawatan di salah sebuah agensi pelancongan di Kuala Lumpur. Menurut Aniza, saat dia dihubungi oleh pihak penganjur yang memaklumkan berita kemenangannya itu merupakan detik indah buatnya yang baru menyambut hari lahir sehari sebelumnya. Rossa membantu Aniza memilih kasut yang sesuai dan menarik untuk dibeli ketika berada di M Pacific Place "Memang itu merupakan satu 'kejutan' sempena hari lahir saya. Walaupun sebelum ini saya pernah memenangi satu pertandingan yang juga menawarkan hadiah lumayan, namun kali ini ia berbeza. "Bukan semua orang berpeluang untuk beramah-mesra dan duduk berbual dengan artis pujaan mereka," kata ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 16 tahun ini. Membawa bersama bosnya, Fathilah Wan Chik mengikuti rombongan ke Jakarta Rabu lepas, Aniza berkata, pengalaman itu sememangnya cukup menyeronokkan apatah lagi penyanyi popular Indonesia itu amat peramah. "Saya memang agak gementar pada awalnya apabila berdepan dengan Rossa. Tapi setelah dapat berbual dengannya sepanjang dua hari aktiviti yang dia turut sertai, saya akui dia memang seorang yang peramah. "Dia akan jawab apa saja soalan yang saya tanya dan itu membuatkan saya senang berbual dengannya. Dan saya lihat dia juga seorang wanita yang cekal walaupun baru melalui perceraiannya," kata Aniza. Meskipun bukan semua aktiviti dan agenda dapat disertai oleh Rossa selama tiga hari itu kerana terikat dengan komitmen lain, namun penyanyi berusia 31 tahun ini seboleh-mungkin dilihat tetap cuba untuk terlibat di dalam program yang diaturkan oleh pihak penganjur. Ujar Rossa, gelaran sebagai duta Enjoy Jakarta perlu dimanfaatkan sebaiknya agar dia dapat mempromosikan bandaraya itu dengan sebaik dan memulihkan semula imej Indonesia secara keseluruhannya, apatah lagi dengan kekeruhan hubungan Malaysia dan negara itu baru-baru ini. "Saya berasal dari luar Jakarta, tetapi hampir semua cita-cita saya tercapai di Jakarta. Inilah masa untuk saya membalas jasa dan saya akan lakukan yang terbaik sebagai duta Enjoy Jakarta ini. "Memang program ini memerlukan komitmen yang tinggi, tetapi bagi saya, ini adalah bukti cinta saya pada Jakarta. "Banyak aspek tentang Jakarta yang ingin saya berkongsi dengan rakyat di Malaysia sama ada dari segi budaya dan pelancongan di sana," katanya yang begitu teruja bercerita tentang Jakarta kepada rombongan yang menyertai lawatan ke sana sempena kempen tersebut. Turut sama menyertai lawatan itu selain pemenang ialah Pengurus KLM Malaysia, Estee Ng, beberapa wakil media Malaysia dan wakil daripada JTCO. Sebaik tiba di Jakarta, Rossa terus mengikuti rombongan untuk makan malam di Restoran Kembang Goela, yang menyajikan pelbagai masakan Peranakan. Lebih sejam di sana, Rossa yang turut ditemani anak lelakinya, Muhammad Rizky Langit Ramadhan, 3, tidak lekang bercerita tentang keenakan masakan di restoran itu dan turut memberi cadangan tentang tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sana. Keesokan harinya, penyanyi yang popular dengan lagu Hey Ladies, Atas Nama Cinta, Ayat-Ayat Cinta dan Pudar ini turut mencuri sedikit masa untuk menemani Aniza membeli-belah di M Pacific Place Jakarta, sebuah pusat beli-belah yang baru dibuka pada November 2007. Turut menyertai aktiviti itu ialah pemenang pertandingan berkonsepkan 'Mr. & Miss Malaysia' iaitu None Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta, Perthalia Rosul dan Abang DKI Jakarta, Danny Maesadatu. Rossa dilihat cukup ceria 'melayani' Aniza dan memberikan tips tentang barangan yang sesuai untuk dibeli. Penyanyi itu juga turut membawa Aniza ke kaunter kecantikan Revlon untuk sesi 'make-over'. Luah Rossa, dia amat teringin untuk mengikuti semua program yang diaturkan selama tiga hari itu dan meluangkan masa yang lebih dengan pemenang kempen Enjoy Jakarta tersebut, namun komitmen pada urusan yang lain juga perlu dilakukannya pada masa yang sama. "Malaysia adalah rumah kedua saya dan saya diterima baik di sana. Jadi, saya juga ingin lakukan perkara yang sama terhadap sahabat-sahabat dari Malaysia apatah lagi saya rasa program seperti ini sebenarnya dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain," kata Rossa. Rombongan dari Malaysia turut dibawa ke tempat-tempat menarik lain antaranya Taman Safari Park, Puncak, Muzium Sejarah Jakarta, menikmati spa di Taman Sari Royal Heritage Spa dan sajian makanan enak di beberapa restoran hebat di sana seperti Restoran Padang Natrabu dan Restoran Raffles. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 08 Nov 2009, 9:31 am | |
| Yuna: Aizat saingan saya PENYANYI Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai yang menduduki lima tempat teratas dalam pertandingan Muzik-Muzik separuh akhir mengganggap Aizat sebagai saingannya. “Aizat amat berbakat dan saya mengaguminya. Dialah saingan saya pada malam ini,” kata Yuna selepas pertandingan itu pada malam Jumaat yang lalu. Aizat, menyanyikan lagu berjudul Kau Aku juga merupakan antara lima penyanyi yang mendapat markah yang tertinggi malam itu. Manakala Yuna menyanyikan lagu Dan Sebenarnya hasil ciptaannya sendiri. Tiga lagi tempat teratas diduduki oleh Alyah yang menyanyikan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang, kumpulan Hujan yang mempersembahkan lagu Aku Scandal serta kumpulan One Nation Emcees yang menyanyikan lagu Raja Gelek. Yuna, seorang graduan Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu juga meluahkan rasa syukurnya kerana tidak menyangka akan terpilih menduduki lima tempat teratas. “Saya berlatih selama tiga hari untuk menyiapkan diri. Pada mulanya memanglah saya berasa gementar kerana ini kali pertama saya membuat persembahan dalam pertandingan yang besar seperti ini,” jelas Yuna sambil tersenyum lebar. Ditanya apakah kekuatan lagunya itu sehingga terpilih pada malam tersebut, Yuna berkata ia mungkin disebabkan susunan lagunya agak ‘simple’ dan mudah bagi orang untuk menerima lagu tersebut. “Saya gembira kerana lagu saya ada pengikutnya sendiri,” tambah gadis yang berumur 23 tahun itu. Sementara itu, Yuna mengakui pertandingan Muzik-Muzik yang ke-24 pada kali ini memang sengit kerana tiada pengagihan kategori. “Konsep kategori terbuka pada kali ini memang sesuai kerana ini menggalakkan para peserta untuk membuat persembahan secara lebih kreatif lagi,” kata penyanyi yang berasal dari Alor Setar ini. Semua penyanyi yang lagu mereka kekal dalam carta Muzik-Muzik perlu bersaing sesama sendiri. Terdapat 30 buah yang dipertandingkan dalam pertandingan Muzik-Muzik pada kali ini. Sementara itu, penyanyi ini berkata, dia mencipta lagu tersebut ketika masih menuntut di menara gading lagi. “Ketika itu kawan saya sedih kerana baru berpisah dengan kekasihnya. Walaupun kecewa, rakan saya itu cuba menyembunyikan perasaannya. “Pada masa itulah saya terfikir untuk menghiburkan hatinya dengan menyanyi sambil bermain gitar. Inspirasi datang dengan sendiri di kala saya menghabiskan masa bersama rakan saya yang kecewa itu,” jelas gadis itu lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 08 Nov 2009, 10:08 am | |
| kak awin..lama xjengok kt cni dh byk perkembangan terbaru kan..!! |
| | | isza Ahli Familiar
Number of posts : 81 Age : 39 Registration date : 21/04/2009
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 08 Nov 2009, 10:21 am | |
| Patut la dengar lagu yuna tu ada bunyi seperti org kecewa aje. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 08 Nov 2009, 5:30 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- kak awin..lama xjengok kt cni
dh byk perkembangan terbaru kan..!! mekna hg p mana ni? awat lama x mai...ni letih akak kena turun padang cari bahan ni... |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 08 Nov 2009, 5:33 pm | |
| - isza wrote:
- Patut la dengar lagu yuna tu ada bunyi seperti org kecewa aje.
lagu yg diciptakan khas utk kwn dia yg baru frust bercinta tu yg sedih bebeno tu... |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 08 Nov 2009, 5:34 pm | |
| Artis Sambut Baik Angin Perubahan KUALA LUMPUR, 4 NOVEMBER 2009: Ramai artis muda yang menyambut baik perubahan yang berlaku dalam program Muzik-Muzik apabila konsep pencalonan lagu mengikut kategori dimansuhkan pada kali ini. Rata-rata mereka berpendapat bahawa angin perubahan ini adalah satu tindakan yang positif sekali kerana ia bukan saja dapat mewujudkan persaingan yang lebih sengit di kalangan lagu-lagu berkualiti yang dipertandingkan tetapi juga dapat menambahkan lagi bilangan hasil seni ciptaan pengkarya tempatan. Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-24 akan berlangsung mulai 6 April ini di Sri Pentas 2, Shah Alam yang memperlihatkan 30 lagu pelbagai genre dipertandingkan. Misha Omar berkata, biarpun kali ini persaingan nampak begitu sengit kerana dilakukan dengan cara terbuka tanpa mengikut kategori, namun dari satu sudut yang lain, ia sebenarnya lebih adil bagi setiap lagu yang dipertandingkan. "Maksud saya, kalau dulu mungkin ada lagu bagus tercicir kerana terpaksa memberi laluan kepada lagu genre lain demi memenuhi kuota setiap kategori (Etnik Kreatif, Pop Rock, Balada), kali ini mungkin perkara itu tidak akan berlaku lagi. "Semua lagu mempunyai peluang yang sama rata untuk bertanding di dalam Juara Lagu tanpa perlu mengikut mana-mana kategori muzik yang sudah ditetapkan," katanya. Faizal Tahir yang datang bertongkat selepas membuat pembedahan pada ligamen kaki akibat tercedera bermain bola sepak pula berkata, setiap perubahan yang berlaku pasti ada pro dan kontranya. "Kalau ada kategori tertentu seperti dulu, ia seolah-olah dapat memberi bayangan lagu mana akan menjadi juara kategori. Tapi, bila kategori dihapuskan, kita tak dapat menjangkakan lagu mana yang terbaik. Soal menang atau kalah itu perkara yang kedua. Apa yang penting di sini ialah bagaimana kita menobatkan sesebuah lagu yang terbaik di kalangan yang terbaik," katanya. Kata Aizat pula, dia sangat gembira dengan perubahan konsep yang dilakukan Muzik-Muzik kali ini. "Saya rasa perubahan seperti ini cukup kena dan tepat pada masanya. Selepas bertahun-tahun, saya kira memang sudah sampai masanya bagi pihak penganjurnya iaitu TV3 untuk tampil dengan perubahan seperti ini. "Sebab industri kita semakin lama semakin berkembang maju. Bermacam-macam trend muzik yang telah dihasilkan. Kalau kita hendak memastikan industri kita terus berada di tahap yang membanggakan, kita haruslah beri peluang kepada lagu-lagu seperti ini untuk dipertandingkan sama di dalam Juara Lagu," katanya. Sebanyak 112 lagu-lagu telah dicalonkan sepanjang tahun mulai 4 April 2009 - 17 Oktober 2009. Daripada jumlah itu, 30 buah lagu telah layak terpilih untuk dipertandingkan ke peringkat akhir melalui 3 tarikh secara undian. Separuh Akhir Bahagian 1 mempertandingkan 11 lagu pada 6 November 2009, Bahagian 2 (11 lagu / 13 November) dan Bahagian 3 (8 lagu / 20 November). Hanya 14 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) akan diumumkan sejurus selepas semua Separuh Akhir selesai yang dibuat menerusi pemarkahan juri profesional. Ia akan bersiaran secara langsung dari Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam mulai jam 10 malam. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 08 Nov 2009, 5:36 pm | |
| Filem My Spy Satukan Vokal Adam, Stacy KUALA LUMPUR, 4 NOV 2009: Bolehkah Stacy dan Adam menggegarkan dunia apabila kedua-dua artis kelahiran Sabah ini digabungkan bersama dalam sebuah lagu duet yang rancak? Inilah cuba dicetuskan KRU terhadap Stacy dan Adam yang sememangnya cukup menonjol dalam membawakan lagu serta tarian yang energetik. Mereka kini telah digabungkan dalam lagu Menggegar Dunia ciptaan Edry Abdul Halim (KRU)yang turut diangkat sebagai lagu tema dalam filem terbaru arahan Afdlin Shauki, My Spy. Stacy ketika ditemui pada sidang media pelancaran My Spy baru-baru ini, mengakui cukup teruja apabila dapat berduet bersama Adam menerusi lagu tersebut. "Kebetulan ramai peminat yang selalu tanya, bila kami akan berduet bersama. Sekarang ini, peluang sudah ada. Seronok dapat bekerja dengan Adam sebab kami sama-sama berasal dari Sabah. Nak berkomunikasi pun memang tidak ada masalah. Guna bahasa sendirilah. Satu lagi dia pun satu kepala dengan saya. "Malah, waktu kami buat pembikinan muzik video Menggegar Dunia ini, ia hanya ambil masa 2 hari saja. Sebelum itu memang kami ada buat latihan tetapi ada di antara kareografi itu yang kami hasilkan waktu pembikinan klip video itu dibuat. "Adam buat kareografi itu bersama kumpulan penari lelakinya dan saya pula dengan kumpulan penari perempuan. Bila kami menari sama-sama, macam hendak gaduh pun ada juga. Itu yang rasa seronok tu," kata Stacy yang sentiasa happy go lucky ini. Stacy teringin berduet dengan Chaq Apakah Stacy sendiri berasakan gabungannya dengan Adam menerusi lagu ini telah mencetuskan sesuatu yang gempak serta dahsyat? Mendengar soalan ini, Stacy terus terkekek ketawa. Katanya, sukar untuknya memberikan jawapan terhadap persoalan itu. "Memanglah kalau ikut lirik, gabungan kami ini nampak meletup. Rasa nak ketawa pun ada juga. Tapi, apa yang penting sekali, ia secara tidak langsung memberikan kami semangat yang cukup hebat bila kami membuat persembahan. Mudahan-mudahan ia boleh jadi gempak di kalangan peminat kami," katanya. Begitu pun, ini bukanlah kali pertama Stacy dipadankan dengan seorang artis lain dalam sebuah lagu duet. Sebelum ini, dia pernah digandingkan dengan Ajai untuk sebuah projek lagu persendirian. Kemudian dengan Adam. Akan datang, Stacy teringin berduet pula dengan abangnya, Chaq yang tidak lama lagi bakal bergelar artis rakaman setelah bernaung di bawah label Wake The Baby milik komposer dan penyanyi Ajai. "Memang saya teringin sangat nak berduet dengan Chaq. Saya harap akan ada peluang untuk saya berduet dengan dia. Sebabnya dia pun hebat menyanyi dan menari. Malah saya rasa kalau hendak dibandingkan antara kami berdua, bakat Chaq sebenarnya lebih hebat daripada saya lagi. "Bukan itu saja, setiap kali hendak membuat persembahan, saya pasti akan berbincang serta mendapatkan pandangan daripada Chaq. Sebab, idea dia pun bagus juga. Termasuklah bila memperkatakan tentang imej dan cara berpakaian. Dialah yang selalu bantu saya. Sebab dia itu gila berfesyen dan kebetulan pun saya sendiri minat juga tentang fesyen. "Sebab itulah fesyen saya mempunyai banyak konsep. Kadangkala nampak macam rock, kadangkala funky dan kadangkala hip hop. Tapi, asalkan nampak selesa, itulah yang saya akan pakai," kata Stacy |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 7 of 12 | Go to page : 1, 2, 3 ... 6, 7, 8 ... 10, 11, 12 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |