|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 26 Oct 2009, 4:09 pm | |
| Ahmad Dhani: Mereka yang menentang poligami munafik! AHMAD Dhani sememangnya adalah antara lelaki yang menyokong poligami. Malah, komposer dan penyanyi popular Indonesia ini berkata, mereka yang menentang berpoligami itu adalah munafik. "Jika lelaki hanya cukup dengan seorang isteri saja, itu munafik," katanya seperti dilaporkan di dalam laman web Detik Hot. Kata Dhani, ada dua jenis lelaki di dunia ini iaitu lelaki yang takut dengan isteri dan lelaki yang mempunyai keinginan untuk berpoligami. Tetapi, tambah Dhani, jika seorang lelaki itu ingin berpoligami, ia harus dilakukan melalui jalan yang betul. Malah, Dhani tidak bersetuju poligami dilakukan dengan cara diam-diam. "Poligami yang betul adalah yang diketahui oleh isteri pertama," jelasnya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 26 Oct 2009, 4:11 pm | |
| M: Farah tak ada kena-mengena dalam perceraian saya NAMA Farah Asyikin akhir-akhir ini cukup hangat diperkatakan. Semuanya gara-gara satu e-mail yang dihantar oleh seseorang kepada pihak-pihak tertentu termasuklah wartawan yang mendakwa penyanyi ini bercinta dengan suami orang dan mereka turut dikatakan bercuti bersama di Hong Kong, baru-baru ini NAMA Farah Asyikin akhir-akhir ini cukup hangat diperkatakan. Semuanya gara-gara satu e-mail yang dihantar oleh seseorang kepada pihak-pihak tertentu termasuklah wartawan yang mendakwa penyanyi ini bercinta dengan suami orang dan mereka turut dikatakan bercuti bersama di Hong Kong, baru-baru ini. Farah sendiri telah pun membuat penjelasan tentang perkara tersebut dan menegaskan bahawa lelaki yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah seorang duda yang mana mereka mula mengenali diri masing-masing selepas lelaki itu bercerai dengan bekas isterinya. Jelas Farah lagi, percutiannya di Hong Kong tempoh hari juga tidak langsung ditemani sesiapa, namun tidak menafikan ada bertemu kekasihnya itu di Macau kerana dia bekerja di sana. Penyanyi itu juga turut menjelaskan, dia terpaksa membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada hubungan yang baru terjalin serius kira-kira empat bulan itu kerana enggan meruncingkan lagi keadaan. Simpati dengan nasib yang melanda Farah, lelaki tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai M tampil membuat penjelasan sebenar tentang kisah itu. Kata lelaki berusia 35 tahun ini, dia tidak sangka Farah terpaksa berdepan dengan perkara itu sedangkan ia tidak langsung berkaitan dengan penyanyi itu. “ Farah tiada kena-mengena dalam perceraian saya. Malah, ingin saya tegaskan di sini, saya sudah lama bercerai dengan bekas isteri saya sebelum kenal rapat dengan Farah beberapa bulan kemudiannya. “Kali pertama bertemunya tidak lama dulu, saya awal-awal lagi sudah beritahu Farah yang saya baru saja bercerai. Dan sebenarnya ketika ini, saya dan bekas isteri sedang dalam proses untuk tuntutan tertentu. “Apa yang berlaku tidak langsung ada berkaitan dengan Farah. Dia tidak bersalah. Saya simpati pada Farah, dia tidak sepatutnya berdepan dengan semua ini. Keluarganya juga turut terkena tempias dengan cerita ini. “Kami sebenarnya memang sedang di dalam proses mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam. Malah, saya juga pernah bertemu keluarganya untuk lebih kenali mereka dengan rapat. “Tapi tak sangka pula begini jadinya. Entahlah, mungkin juga saya bertemu dengannya pada masa yang tidak sesuai. Dan sekarang ini, memang kami tidak lagi ada hubungan apa-apa,” kata M yang ketika ini berada di Macau. Menurut lelaki yang berasal dari Singapura ini, dia dapat merasakan e-mail yang dihantar oleh ‘seseorang’ itu sebenarnya adalah daripada bekas isterinya sendiri. “Saya percaya, dia (bekas isteri) yang lakukannya. Bukan ingin sengaja menuduh, tetapi daripada apa yang saya baca dalam e-mail tersebut, saya dapat rasakan itu memang dia yang lakukan. Tetapi saya tidak tahu apa niatnya. “ Tentang dakwaan yang mengatakan saya bercuti dengan Farah di Hong Kong, sebenarnya, Farah memang ke sana seorang diri saja. Tetapi saya ada meminta dia membawa makanan dari Malaysia kerana di Macau tidak banyak makanan halal. “Sebab itulah Farah datang bertemu saya untuk serahkan makanan tersebut, sebelum meneruskan percutiannya di Hong Kong dan China. “Dan ketika dia datang bertemu saya, secara kebetulan pula bekas isteri menghubungi saya ketika itu. Dia sempat berbual dengan Farah di telefon dan pada waktu itu, perbualan antara mereka berjalan dengan baik. “Itulah kali pertama mereka bercakap antara satu sama lain. Tetapi bila Farah pulang ke Malaysia, tiba-tiba datang e-mail seperti itu. Bila saya baca e-mail tersebut, ia memang ketara itu adalah daripadanya. “Saya tahu Farah tertekan gara-gara hal ini. Disebabkan itu saya tidak menyalahkannya apabila dia nekad untuk mengundurkan diri daripada hubungan ini walaupun keputusan itu tidak begitu menggembirakan saya,” katanya yang bekerja di sebuah syarikat di Macau yang berkaitan dengan industri hiburan. Kata duda anak satu ini lagi, dia pernah cuba ingin berbincang tentang perkara ini dengan bekas isterinya, tetapi nampaknya perkara itu agak sukar dibuat pada masa ini. “Saya pernah cuba menghubunginya, tetapi dia tidak jawab panggilan saya. Bila dia menghantar SMS pada saya untuk beritahu perkembangan terkini anak lelaki saya, dia seolah-olah seperti tidak tahu apa yang sedang berlaku ketika ini. “Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk pertahankan Farah. Kalau saya tidak bertanggungjawab, saya pasti akan buat tak tahu saja tentang perkara ini kerana lagipun, saya berada di Macau dan orang tidak kenal saya. “Tetapi saya tidak mahu lepas tangan kerana Farah seorang perempuan yang baik. Dia pula adalah seorang artis, jadi bagaimana dia nak berdepan dengan masyarakat terhadap perkara yang tidak sepatutnya dikaitkan dengan dirinya?,” kata M yang bercerai dengan bekas isterinya setelah tujuh tahun berkahwin. Ditanya sama ada hubungannya dan Farah masih mempunyai ‘masa depan’ untuk kembali bertaut semula, kata M, buat masa ini dia menyerahkan semuanya kepada takdir. “Perasaan cinta itu memang masih ada. Bukan setiap hari kita dapat bertemu perempuan yang baik. Sebenarnya, saya ambil keputusan untuk menerima tawaran bekerja di Macau setelah bercerai dan sepatutnya saya mula bertugas di Macau pada bulan April. “Tetapi disebabkan hal tertentu, ia ditangguhkan dan saya baru mula bertugas sejak Ogos lalu. Dan tidak pula saya sangka, ketika cuba lalui hidup baru, saya berkenalan pula dengan seorang perempuan yang baik seperti Farah. “Cuma saya agak kesal begini jadinya terhadap hubungan kami. Ketika ini, memang dia tidak lagi menghubungi saya. Kalau ada pun, hanya kiriman e-mail artikel-artikel tentang hal ini yang dihantarkan olehnya kepada saya. “Dari situlah saya tahu yang perkara ini hangat diperkatakan ketika ini,” ujarnya yang mula mengenali Farah menerusi laman web Facebook. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 26 Oct 2009, 4:30 pm | |
| Saerah: Saya bukan nak kahwin dengan Imran! ADIK kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza ini tidak menyangka pengakuannya yang ingin mengakhiri zaman bujang pada Mei 2010 nampaknya tiba-tiba menjadi satu kisah 'panas'. Ujar Siti Saerah, dia sendiri agak terkejut apabila ramai yang menganggap lelaki yang bakal menjadi suaminya itu nanti ialah penyanyi yang sering dikaitkan dengannya, Imran Ajmain. "Apa yang digembar-gemburkan itu tidak benar. Bila saya cakap saya ingin berkahwin, bukan bermaksud saya akan berkahwin dengan Imran. Saya memang tidak ada yang istimewa lagi buat masa ini dan saya tidak tahu siapa jodoh saya. "Kalau ditakdirkan dengan Imran, itu adalah jodoh. Tetapi tidaklah pula saya kata memang saya akan berkahwin dengannya. Kesian Imran, tak pasal-pasal dia dikaitkan dengan cerita saya ini. Saerah tidak akan menolak ketentuan takdir andai kata benar jodohnya ialah dengan Imran "Kami hanya kawan baik, tidak lebih daripada itu. Tidak pernah pun kami berfikir atau berbincang tentang masa depan kami bersama," kata Saerah ketika dihubungi. Menurut gadis berusia 26 tahun ini, dia tidak menafikan Imran adalah artis lelaki yang paling rapat dengan dirinya ketika ini dan sering ada di sampingnya jika dia mempunyai masalah. Namun untuk mengakui wujudnya rasa cinta itu, kata Saerah, buat masa ini masing-masing sebenarnya amat selesa berkawan baik saja. "Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada kita kelak kerana soal jodoh ini amat sukar kita ramalkan. Cuma apa yang pasti, saya selesa berkawan dengan Imran dan senang berkongsi cerita dengannya. "Bila saya rasa 'down', dia akan ada beri semangat. Tentang cerita yang mengatakan bapanya juga suka kalau saya berkahwin dengan Imran, itu saya tidak mahu komenlah. "Saya memang pernah bertemu dengan ibubapanya ketika menghadiri pelancaran album Imran di Singapura pada bulan Julai lalu. Sekali itu saja dan saya tidak sempat pun berbual dengan mereka ketika itu," kata pelantun lagu Hero Wayang ini. Ditanya adakah dia berasa tertekan untuk mencari lelaki yang sesuai menjadi suaminya sebelum tiba bulan Mei depan, tutur Saerah, perasaan itu tidak pula timbul dalam dirinya. "Saya sudah berjanji dengan mak dan arwah abah untuk berkahwin apabila berusia 27 tahun. Dan bulan Mei itu saya pilih kerana hari lahir saya jatuh pada bulan itu. "Saya sedar, perkahwinan bukanlah perkara main-main. Sejujurnya, saya juga sudah bersedia untuk ke arah itu (berkahwin), cuma tidak ada 'calon' saja. "Setakat kawan lelaki lain, memanglah ramai. Apapun, saya tetap ingin mengotakan janji saya itu. Jika tidak bertemu yang sesuai, saya akan minta ibu dan abang saja yang carikan jodoh untuk saya. "Saya percaya pilihan ibu. Naluri ibu lebih mengetahui mana yang terbaik untuk anaknya," kata Saerah. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 26 Oct 2009, 4:31 pm | |
| 'Tunggu saja undangan kahwin saya tahun depan' - Bienda KISAH artis yang berkahwin diam-diam sudah begitu kerap didengari. Walaupun perkara itu pasti mengundang spekulasi banyak pihak, namun setiap satu kisah itu pastinya tersimpan sebab tertentu mengapa perkahwinan yang dibina itu tidak dihebahkan. Terbaru, penyanyi dan pelakon Nor Razlinda Razli atau nama komersialnya, Bienda, pula dikatakan turut berbuat perkara yang sama. Bienda yang pernah popular dengan lagu Penantian ini dikhabarkan sudah berkahwin secara senyap-senyap pada 10 Oktober lalu. "Kawan-kawan ada menghubungi saya bertanyakan kesahihan ini apabila mereka terbaca gosip tentang perkara ini di akhbar. Saya malas untuk bercakap tentang perkara ini dan tidak mahu komen apa-apa. Masing-masing berhak cakap apa saja. "Apa yang boleh saya katakan, tunggu sajalah undangan perkahwinan saya pada bulan Oktober tahun depan," - Bienda Edit | Delete "Apa yang boleh saya katakan, tunggu sajalah undangan perkahwinan saya pada bulan Oktober tahun depan. Paling lewat pun, mungkin November. Cukuplah saya jelaskan macam itu saja dan terserahlah apa yang orang akan faham dengan penjelasan saya ini. "Biarlah jika ada orang yang ingin terus bercakap. Sebelum ini pun, macam-macam yang saya dengar orang bercakap tentang saya. Tetapi cerita itu kemudiannya akan berlalu pergi. "Cuma saya berharap, apa pun cerita yang timbul, janganlah sampai mengaibkan mana-mana pihak," tegas anak kepada penyanyi dangdut, Sheeda ini. Menurut gadis berusia 23 tahun itu, dia lebih senang mengambil sikap untuk tidak mempedulikan saja tentang kisah terbaru yang timbul ini kerana tidak mahu membesar-besarkan hal tersebut. "Saya tidak tahu macam mana timbul cerita ini. Apa yang pasti, kawan saya memang ada yang berkahwin pada tarikh 10 Oktober lalu. Saya hanya akan berbincang dengan keluarga tentang perkahwinan pada awal tahun depan. "Buat masa ini, saya terlalu sibuk dengan penggambaran drama dan biarlah saya fokus tentang karier dulu. Album terbaru saya juga baru saja dipasarkan tengah tahun lalu. "Sebab itu saya tidak mahu kusutkan kepala dengan cerita-cerita seperti ini," kata Bienda yang sedang menantikan tayangan filem lakonannya, 4 Madu. Ujar anak kedua daripada tiga beradik ini lagi, ketika ini dia sedang sibuk menjalani penggambaran drama Di Bawah Payung Siti Fatimah manakala drama lakonannya, Sumpah Bunian sedang ditayangkan di TV3. Enggan lagi berbicara tentang subjek perkahwinan, kata Bienda, buat masa ini, biarlah dia merahsiakan dulu apa perancangannya kelak tentang majlis bersejarahnya yang bakal berlangsung tahun depan. Walaupun sedar penjelasannya tentang perkhabaran yang mengatakan dia sudah berkahwin diam-diam itu pasti akan berlarutan lagi, namun tutur Bienda, dia tidak mampu berbuat apa-apa. Gadis ini sudah cukup masak dengan cabaran dan liku-liku yang perlu dilaluinya sebagai artis apatah lagi pengalamannya di dalam bidang seni bukan baru setahun jagung. Malah, Bienda juga kurang selesa untuk bercerita lanjut tentang lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu. "Biar sudah 'confirm' nanti, barulah saya gembira untuk bercerita banyak. Lagipun, saya ni perempuan, tak manislah kalau banyak bercakap tentang perkara ini. "Apa yang boleh saya katakan, kami sudah dua tahun berkenalan dan dia hanyalah orang 'biasa' yang bekerja di sebuah stesen televisyen, tetapi bukan di RTM seperti yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini," ujarnya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 27 Oct 2009, 4:59 pm | |
| Sheikh Muszaphar gagal batalkan saman terhadapnya
KUALA LUMPUR: Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie hari ini gagal dalam permohonannya bagi membatalkan saman yang difailkan seorang ahli perniagaan terhadapnya, setelah Mahkamah Sesyen menolak permohonannya dengan kos.
Hakim Madihah Harullah yang membuat keputusan itu dalam kamarnya memutuskan bahawa saman yang difailkan plaintif, Norlina Nordin, mempunyai merit untuk dibicarakan.
Beliau menetapkan 25 Nov ini untuk sebutan bagi pengurusan kes itu.
Peguam Dzaki Ezhar Bahar yang mewakili Sheikh Muszaphar sebagai defendan dalam kes saman tersebut memberitahu media bahawa pihaknya akan menfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Tinggi.
Beliau berkata tiada alasan diberikan oleh hakim itu. Bagaimanapun pihaknya akan memohon alasan bertulis bagi menyediakan alasan-alasan rayuan.
Kedua-dua plaintif dan defendan tidak hadir di mahkamah.
Pada 25 Julai tahun lepas, Norlina menfailkan saman terhadap Sheikh Muszaphar kerana mendakwa telah melanggar kontrak pelantikannya sebagai pembantu peribadi dan menuntut ganti rugi melebihi RM90,000.
Norlina dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Sheikh Muszaphar tidak menjelaskan upah perkidmatan sebagai pembantu peribadinya seperti yang dipersetujui menerusi satu surat pelantikan pada 2 April tahun lepas.
Norlina mendakwa pada 28 Mei tahun lepas dia menerima surat penamatan perkhidmatannya daripada Sheikh Muszaphar sebagai pembantu peribadi selepas berhasil mendapatkan pelbagai kontrak termasuk satu projek di bawah Penyiaran Television Astro.
Dalam penyataan tuntutan itu, Norlina memohon jumlah wang sebanyak RM45,000 sebagai upah yang adil dan munasabah, ganti rugi RM47,751, ganti rugi am dan kos lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Sheikh Muszaphar dalam pernyataan pembelaan menafikan pelantikan Norlina sebagai wakilnya dalam sebarang urusan perniagaan.
Beliau juga memfailkan tuntutan balas terhadap Norlina dan menuntut bayaran sebanyak RM25,000 yang diambilnya daripada Majlis Tindakan Negeri Sembilan yang sepatutnya dibayar kepadanya (Sheikh Muszaphar). BERNAMA |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 27 Oct 2009, 5:03 pm | |
| Pelakon Wan Sharmila Bercerai Talak Satu Setelah lama berteka-teki dengan peminat, akhirnya suami kepada Wan Sharmila, Fazli Baharom hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa dia telah pun bercerai dengan pasangannya itu. Pasangan ini dilaporkan sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Johor Bahru pada 23 Oktober lalu. Mengulas tentang perceraian itu, bekas suami Wan Sharmila memberitahu perpisahannya dengan bekas isteri bukanlah kerana orang ketiga seperti yang digembur-gemburkan sebelum ini. ‘Demi Allah, kami bercerai bukan kerana orang ketiga dan gosip yang tersebar mengatakan rumahtangga kami goyah kerana orang ketiga itu tidak benar sama sekali. Saya tiada wanita lain, begitu juga dengan bekas isteri,’ itu komen yang diberikan Fazli seperti yang dilaporkan dalam Harian Metro. Dalam masa yang sama, Fazli juga menafikan dakwaan yang mengatakan Wan Sharmila berkahwin dengannya sebelum ini kerana statusnya sebagai penerbit drama |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 27 Oct 2009, 5:04 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 27 Oct 2009, 5:05 pm | |
| Soseh Soseh: Dynas hamil anak kedua SIKAP sabar dan reda dengan ketentuan Ilahi nyata memberi keberkatan kepada pelakon Dynas. April lalu, Dynas dan suami berhadapan dugaan Tuhan apabila bayi dalam kandungannya meninggal dunia. SIKAP sabar dan reda dengan ketentuan Ilahi nyata memberi keberkatan kepada pelakon Dynas. April lalu, Dynas dan suami berhadapan dugaan Tuhan apabila bayi dalam kandungannya meninggal dunia. SS dapat rasakan kesedihan yang dilalui Dynas dan suami ketika itu. Maklumlah, kegembiraan menanti kelahiran cahayamata sulung sebagai penyeri hidup mereka berdua, berakhir dengan kedukaan dengan pemergian bayinya tanpa sempat melihat dunia. Tapi kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Berita terbaru yang SS dengar, Dynas kini mampu kembali tersenyum apabila bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. SS dimaklumkan, pelakon itu disahkan mengandung lagi. Sebelum ini, SS kagum dengan Dynas kerana tenang dan reda dengan ketentuan Ilahi apabila menyatakan bukan rezekinya lagi dan yakin ada hikmah atas apa yang berlaku. SS pasti ketika ini, pelakon berusia 26 tahun itu kini gembira dalam berdebar menerima gembira ini. Pastinya, berita gembira ini dikongsi bersama suami, juara lumba kereta siri pengeluaran tempatan serta keluarga dan mentuanya yang tetap setia memberi dorongan dan sokongan kepadanya. Dalam pada itu, SS dengar Dynas juga sibuk menjayakan penggambaran drama. Malah akan berlakon filem pula. Cuma satu nasihat SS supaya Dynas jaga kesihatan dan jangan kerja teruk sangat. Maklumlah, pada awal kandungan, belum kuat lagi bimbang juga kalau berlaku perkara tidak diingini. SS juga dengar, Dynas ada terima tawaran berlakon filem berganding dengan pelakon wanita berpengalaman. SS tidak tahu pula judulnya dan siapa pengarah dan pelakon dimaksudkan. Tapi apa yang SS dengar, Dynas tertarik membintangi filem ini kerana diarahkan sutradara terkenal. Dynas juga anggap tawaran itu sebagai rezeki anak. Tapi kalau boleh, berehatlah buat sementara waktu daripada berlakon. Bukan apa, SS rasa jadual penggambaran yang tidak menentu tidak begitu baik buat Dynas. Bukan maksud SS wanita mengandung tidak boleh buat kerja tapi memandangkan Dynas pernah melalui masalah ketika mengandung, jadi perlu memberi lebih keutamaan kepada kandungannya. Kata orang, duit boleh dicari, begitu juga tawaran lumayan kalau dilepaskan mungkin lain kali akan dapat tawaran yang lebih baik lagi. Apapun, itu sekadar nasihat, terpulang kepada Dynas kerana dia lebih arif menentukan perjalanan hidupnya |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 27 Oct 2009, 5:07 pm | |
| |
| | | lina_nuar Enterpreneur
Number of posts : 5147 Age : 54 Location : Klang,Port Klang,Shah Alam,Nilai Registration date : 10/04/2009
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 1:04 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 3:18 pm | |
| Rozita Che Wan berpurdah ketika umrah Dalam majalah Media Hiburan ada satu artikel menunjukkan Rozita Che Wan berpurdah di Mekkah ketika mengerjakan umrah. Kata pihak media, dia berat hati untuk memberikan gambar-gambar peribadinya ketika di sana atas alasan menghormati permintaan ibunya dan mahu mengelakkan publisiti. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 3:20 pm | |
| Gambar Kahwin Didie Alias dan Norisham Ismail Umum kita tahu, pasangan ini kini sedang sibuk dalam rancangan Malam Sehati Berdansa. Menurut Pak Azwan Ali, pasangan ini juga dijangkakan akan memenangi pertandingan ini kelak. Namun pasangan yang baru berkahwin pada bulan Mei yang lepas ini, masih tiada gambar kahwin mereka tersebar di internet. Maka penulis dengan rasa berbesar hati berkongsi bersama gambar perkahwinan mereka ini. Ha ketika itu, mereka bersanding serentak dengan adik bongsu Norisham |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 3:24 pm | |
| Nama: Shah Indarawan Bin Ismail Nama Samaran: Tomok Posisi: Penyanyi Tarikh Lahir: 17hb Mei 1984 Tempat Lahir: Kuala Lumpur Umur: 25 tahun Bilangan adik-beradik: 6 Status : Bujang Berat: 44 kg Tinggi: 175cm Pendidikan: SPM Hobi: Bermain bola sepak Cita-cita: Juruterbang Kebolehan bermain alat muzik: Gitar Pengalaman dalam seni: Bersama New Boyz sudah 11 tahun, Juara rancangan reality 8tv ‘ONE IN A MILLINION’ 2009 Pengalaman manis: Menjadi artis Warna kegemaran: Biru dan kuning Makanan kegemaran: Masakan ibu Artis yang diminati: Search, Wings dan semua band Malaysia |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 3:25 pm | |
| Gambar Bayi Ziana Zain Diperkenalkan Pada Januari 2010 Dengarnya, penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain akan memperkenalkan anak kembarnya pada Januari 2010. Memang ramai yang tak sabar nak tengok rupa anak kembar Ziana Zain yang lahir pada 23 Julai lalu. Mesti comel dan cute macam mak dan ayahnya juga. Oh ya, kalau pembaca nak tahu, nama anak kembar Ziana Zain ialah Muhammad Ariel Armin Zaharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin. Kedua-duanya semakin sihat. Masa dilahirkan, kedua bayi ini seberat 2.1 kilogram (Ariel) dan 1.7 kg (Nour Kaseh). Bayi ini dah berusia 3 bulan, masih kecil dan bukan masanya lagi nak keluar rumah untuk diperkenalkan kepada peminat. Ziana Zain pun masih tak ready lagi. Sekarang ini, Ziana Zain tengah mengamalkan petua untuk kurus dan menjalani program pelangsingan badan bagi mengembalikan bentuk asal badannya. Dengarnya, Ziana telah menyambung kontraknya bersama produk rawatan kecantikan badan Slim World. Semoga Ziana Zain berjaya menguruskan badannya ke bentuk asal iaitu seberat 52kg. Beranak kembar ni mesti ada alignment yang lari sana sini, kan? |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 3:27 pm | |
| Konsep Anugerah Skrin 2009 Lebih Meriah? Tak lama lagi Anugerah Skrin 2009 nak berlangsung. Kat mana dan bila tak tahu lagi. Budiey pun tak boleh cakap apa lagi. Budiey rasa, Anugerah Skrin atau ASK ini memang patut dibuat setiap tahun. Kira macam satu anugerah berprestij yang mengiktiraf kepada anak-anak seni yang terlibat dalam penghasilan filem dan drama tempatan. Tak iktiraf nanti diorang takde semangat. Tapi bila buat, ada yang kalah tu yg takde semangat pulak. Biasalah, manusia tak pernah nak rasa puas dan bersyukur. Di samping memberi anugerah kepada para pelakon yang terlibat, anugerah ini juga memberi pengiktirafan kepada orang-orang di sebalik tabir yang telah bertungkus-lumus menghasilkan drama, filem serta program terbaik sekaligus memartabatkan mutu filem-filem dan drama tempatan. Jadi, Budiey rasa tak lama lagi, dalam beberapa hari lagi, pembaca akan dapat tahu kategori-kategori serta drama dan filem yang bakal bertanding, dan yang menariknya akan diterangkan konsep ASK 2009, dan memperkenalkan pihak penaja. Mmm… dah tentu Pantene, kan? Tetamu kehormat yang turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Media Prima Berhad, Dato’ Sri Farid Ridzuan serta wakil-wakil dari stesen-stesen televisyen yang mengambil bahagian termasuklah barisan pelakon terkenal tanah air seperti Fizz Fairuz, Fauziah Gous, Tiz Zaqiyah, Wan Sharmila, Nora Danish, Ira Syazira, Raja Farah, Iqram Dinzly, Remy Ishak, Sheila Mambo, Aznah Hamid, Eizlan Yusof, Abu Bakar Juah dan ramai lagi. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 3:33 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 3:42 pm | |
| Riezman cuba watak ‘pondan’ selepas 20 tahun Riezman melakonkan watak lelaki lembut bernama Adi menerusi drama 13 episod ‘Jodoh Oh Jodoh’. -Foto THE STAR oleh AZMAN GHANI MINATNYA sekadar untuk mencuba dan melengkapkan kuota lakonannya sebagai pelakon setelah menceburi bidang seni ini sejak 20 tahun lalu. Riezman Khuzaimi terpanggil untuk melakonkan watak ‘pondan’ atau lelaki lembut memandangkan ia seakan menjadi trend sesetengah pelakon lelaki zaman sekarang. Namun, tidak bermakna dia mahu terus ditransformasikan 100 peratus dengan memakai pakaian wanita sebaliknya lebih kepada watak lelaki lembut yang berjiwa wanita. Riezman melakonkan watak lelaki lembut bernama Adi menerusi drama 13 episod ‘Jodoh Oh Jodoh’ yang akan ditayangkan di Astro Warna mulai 6 Januari depan. “Dalam cerita itu, saya berlakon sebagai pemilik kafe, Island Red Cafe yang suka mendengar masalah dan berbual dengan lima andartu yang bekerjaya. Riezman juga pernah berlakon filem seperti ‘Congkak’, ‘Senario The Movie Episode 2: Beach Boys’ (tayang bulan November), ‘Santau’ (Disember) dan ‘Sepi’. “Walaupun berjiwa perempuan, tiba-tiba Adi telah jatuh cinta dengan salah seorang antara lima wanita itu. “Ini merupakan kali pertama saya berlakon sebagai lelaki lembut. Semua watak saya dah lakonkan sejak 20 tahun lalu. “Jadi, kali ini saya terfikir untuk membuat kelainan sedikit tetapi saya tidak boleh buat lebih-lebih sangat sehingga menyerupai sifat wanita,” kata pelakon popular drama ini. Selain drama, Riezman juga pernah berlakon filem seperti ‘Congkak’, ‘Senario The Movie Episode 2: Beach Boys’ (tayang bulan November), ‘Santau’ (Disember) dan ‘Sepi’. Baginya, bukan mudah untuk melakonkan watak ‘pondan’ walaupun dirinya berminat untuk mencuba watak itu. “Watak ‘pondan’ memang sengaja dipilih kerana saya merupakan penerbit eksekutif drama ‘Jodoh Oh Jodoh’. “Jadi, cerita yang saya lakonkan datang dari idea sendiri. Tetapi watak ini memang mencabar tetapi saya cuba mengurangkan rasa kekok itu dengan memerhatikan gaya dan cara berjalan jurusolek artis. “Insya-Allah, cerita ini akan siap menjalani proses suntingan pada bulan November depan,” katanya yang bekerja di syarikat produksi Endemol South East Asia Sdn Bhd yang bertapak di Holland. Selain drama ini, syarikat itu juga menerbitkan drama ‘Impak Minima’ yang telah pun disiarkan di Astro Warna serta program realiti ‘Fear Factor’ dan ‘Who Wants To Be A Millionaire’. Riezman sedang menjalani penggambaran drama terbaru ‘Spa Qistina’ yang merupakan sekuel ‘Spa Q’ dan ‘Spa Q 2’. -Foto THE STAR oleh SHAARI CHE MAT Pada tahun depan, Riezman yang juga mempunyai syarikat produksi sendiri, RK Network Resources berkata dia akan memfokuskan kepada penerbitan genre komedi sebanyak 70 peratus manakala yang selebihnya adalah lain-lain genre. Tempat luah perasaan Qistina Sekarang ini, Riezman juga sedang menjalani pengambaran drama terbaru ‘Spa Qistina’ yang merupakan sekuel ‘Spa Q’ dan ‘Spa Q 2’. Dia melakonkan watak doktor psikiatri yang menjadi tempat mendengar luahan perasaan Qistina yang dilakonkan oleh Nanu Baharuddin. “Saya agak terkejut juga apabila mendapat tawaran berlakon sebagai Doktor Zulfadzli. Walaupun babak saya tak banyak, tetapi saya terima juga sebab ia melibatkan subplot dengan Qistina,” ujarnya. Jaga anak bila isteri tiada Seperti yang dilihat, Riezman dan isterinya, pelakon dan Pengurus Besar Endemol, Kartina Ayoob tidak pernah dilanda gosip liar. Menurutnya, mungkin kerana dia jarang keluar dan sentiasa bersama dengan anak-anak lebih-lebih lagi apabila isteri keluar bekerja. Hasil perkahwinannya dengan Kartina, mereka dikurniakan dua anak iaitu Afiq Kiranan, 6, dan Ruzain Nars, 1. Dia juga mempunyai anak tiri, Tandiana Batrisya, 14. “Kebanyakan masa saya hanya untuk keluarga. Apabila isteri saya ke luar negara seperti menghadiri Festival Filem Antarabangsa Cannes di Paris atas urusan membeli produk filem di sana, saya yang akan menjaga anak-anak,” katanya yang telah menjalani pengambaran drama ‘Kau Dan Aku’ selama sebulan di Indonesia sepanjang bulan puasa lalu. Riezman dan Kartina pernah memasuki pertandingan menari program “Sehati Berdansa’ musim pertama tetapi gagal memasuki peringkat akhir. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 3:46 pm | |
| Yuna: Jangan label artis tidak pandai jika tidak berkelulusan tinggi Yuna gembira dapat meraikan hari konvokesyen bersama ibu dan bapa, serta sepupunya, Wawa. -Foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF PENYANYI berbakat besar ini pada awalnya agak segan untuk berkongsi cerita dan gambar-gambar yang diambil di majlis konvokesyennya yang berlangsung pada Selasa lalu untuk tatapan umum. Bukan kerana tidak mahu memberikan kerjasama, namun Yunalis Zarai atau lebih dikenali dengan panggilan Yuna ini agak keberatan berbuat demikian kerana enggan disalahtafsirkan oleh pihak-pihak tertentu. Tambahan pula dengan pelbagai kata kurang enak yang dilemparkan buat dirinya sejak kebelakangan ini, Yuna agak 'serik' kerana bimbang apa yang akan berada di kotak fikiran masyarakat nanti andai kata dia begitu terbuka menceritakan tentang majlis graduasinya itu. Namun, setelah dipujuk, penyanyi berusia 23 tahun ini akhirnya tidak menolak untuk berkongsi serba-sedikit kegembiraan yang dirasainya setelah berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu. "Saya ni segan sikit kalau nak bercerita tentang hal ini. Saya tidak mahu orang buat andaian macam-macam pula. Tetapi, jika cerita saya ini dapat dijadikan sebagai satu inspirasi buat anak-anak muda, saya rasa tidak mengapalah saya berkongsi sedikit," ujar Yuna. Menurut gadis kelahiran Alor Star, Kedah ini, dia akui cukup gembira apabila usahanya selama ini bertungkus-lumus dalam mempelajari selok-selok dunia guaman dan menyiapkan tugasan yang diberikan 'terbayar' jua apabila dia berjaya menamatkan pengajiannya. Enggan berkongsi secara mendalam tentang keputusan dan pencapaian yang diraih dalam pengajiannya itu, kata Yuna, cukuplah jika dia mengatakan, kejayaan tersebut amat indah untuk disimpan kemas di dalam kamus hidupnya dan orang-orang tersayang di sampingnya iaitu ibubapanya. "Berhasil jua usaha dan pengorbanan saya selama ini kerana akhirnya impian untuk menggenggam ijazah tercapai jua. Yuna kini terlibat di dalam persembahan siri jelajah kumpulan indie dari Indonesia, Mocca yang membabitkan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. "Dan apa yang lebih menyeronokkan saya ialah kerana dapat meraikan hari konvokesyen bersama ibu dan bapa, serta sepupu saya, Wawa. "Saya juga ada menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana pula kelak. Tapi, tak tahulah bila masanya saya dapat berbuat demikian kerana selepas ini, saya ingin berikan tumpuan terlebih dahulu terhadap bidang muzik. "Namun, biar apapun, saya tetap akan pastikan hasrat saya ini terlaksana jua meskipun masanya agak lambat lagi untuk saya berbuat demikian," kata Yuna yang merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Mengimbas semula zaman universiti yang dilaluinya itu, ujar Yuna, 'zaman' itu memang merupakan satu perjalanan yang cukup menarik buat dirinya dan rakan-rakan seperjuangan apatah lagi bidang yang diambilnya itu merupakan pilihannya sendiri. "Saya memang cukup meminati bidang undang-undang kerana bidang ini juga pada masa yang sama menekankan aspek bahasa. Bidang ini jugalah yang akan saya pilih kelak jika hasrat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana tercapai. Pengacara Muzik-Muzik ke-24, Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ezlynn menjayakan rakaman Muzik-Muzik minggu ketiga di Plaza Alam Sentral 2, Shah Alam pada April lalu. Bersama mereka ialah artis jemputan, Yuna (bertudung warna ungu). -Foto THE STAR oleh IBRAHIM MOHTAR "Jika tidak menjadi seorang peguam pun satu hari nanti, mungkin saya akan terbabit di dalam profesion lain tetapi masih ada berkaitan dengan guaman. Tidak semestinya seseorang itu perlu menjadi peguam saja jika mengambil bidang undang-undang. "Apapun, saya seronok melalui fasa pembelajaran bersama rakan-rakan selama ini. Apa yang penting, saya dapat lalui zaman universiti dengan 'aman' kerana tidak ramai orang mengenali saya sebagai penyanyi. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 3:48 pm | |
| Chef Wan akan hasilkan 'Ensiklopedia Masakan Melayu' yang pertama AGAKNYA selebriti Chef Wan tidak pernah kenal erti penat. Dalam usia 52, dia masih bertenaga dan rancak meneruskan segala macam aktiviti hingga menuntutnya berjaga sampai ke pagi. Siapa pun yang mendengar tukang masak terkenal ini berceloteh akan kagum dengan penat jerih dan kebijaksanaannya merangka dan memeta perjalanan kerjayanya selama 20 tahun. Dan setiap kali bertemu, ada saja perkhabaran baru tentang projek dan aktiviti Chef Wan yang sibuk menjelajah ke sana sini ini. Rasanya, Wan orang yang paling bijak tentang 'time management' kerana semuanya dilakukan sendiri tanpa seorang pengurus. Hanya seorang pemandu peribadinya, Rustam saja yang membawanya ke merata tempat untuk menguruskan segala kerjanya seperti yang tercatat dalam jadual hariannya yang ketat. Setelah menghasilkan beberapa buku masak yang bertaraf 'best seller', Wan sedang giat menyiapkan manuskrip ensiklopedia masakan Melayu - foto THE STAR oleh ABDULLAH SUBIR Setelah menghasilkan beberapa buku masak yang bertaraf 'best seller', Wan sedang giat menyiapkan manuskrip ensiklopedia masakan Melayu. Kata Wan, belum ada lagi catatan tentang evolusi makanan kita. "Semua ensiklopedia pasal makanan adalah dalam bahasa Inggeris. Ianay perlu dibukukan kerana makanan Malaysia banyak dipengaruhi pengaruh Jawa, Sunda, Minangkabau, Siam, Portugis, Cina, India sehinggalah terciptanya masakan Baba-Nyonya. "Generasi baru perlu tahu bagaimana makanan kita berkembang. Orang India yang datang sebagai buruh, Cina sebagai pelombong membawa sekali budaya pemakanan. Pedagang-pedagang dari 'silk road' semuanya membawa pengaruh mereka sendiri. "Menariknya makanan tersebut berkembang bercampur dengan masakan setempat. Masakan Cina di Malaysia lebih kaya dari negara China sendiri. Macam roti canai di Malaysia, di India, tak ada roti canai. "Begitu juga dengan mi Bandung sedangkan kalau kita ke Bandung kita tidak jumpa pun makanan tersebut," kata ayah kepada pelakon jelita Serina dan Chef Nazri. Menurut Wan, orang dulu bijak menggunakan bahan makanan dari persekitaran. "Mereka guna akar kayu bila diketuk berbau seperti bawang putih dan memasak di dalam buluh," kata Chef Wan yang baru pulang dari Kundasang, Sabah. Selain ensiklopedia, Chef Wan juga mahu menulis masakan halal Cina dan buku seni jamu selera. Chef Wan turut melahirkan kekesalannya tentang sikap acuh tak acuh sesetengah pihak tentang promosi makanan Malaysia "Seni menjamu selera bukan saja akan menyentuh pasal menu saja tapi juga acara majlis dan kunduri-kendara. Wan juga akan menghasilkan buku mengenai etika meja makan, cara menyusun pinggan mangkuk, mengenai linen dan China ware," kata Wan yang juga ikon beribu-ribu program masakan, pelakon, penghibur, motivator, penulis dan ahli perniagaan. Ghairah bercerita tentang aspirasinya mahu ‘menjual’ Malaysia lewat dunia gourmet, Chef Wan turut melahirkan kekesalannya tentang sikap acuh tak acuh sesetengah pihak tentang promosi makanan Malaysia. Sambil membuka cermin mata jenama Pradanya, Chef Wan berkata dia tidak memandang mudah tugasnya sebagai duta masakan Malaysia. Walaupun popularitinya sudah tersebar ke serata pelosok Asia dan juga di Eropah dan Amerika, Wan masih belum puas. "I take my work very seriously. Banyak perkara yang boleh kita lakukan dengan makanan. Food can bring us together. Tak payahlah nak gaduh-gaduh pasal originality makanan. Perkara macam tu takkan selesai. Lebih elok kita tumpukan dengan promosi makanan Malaysia saja," jelas Wan yang kelihatan santai dengan kemeja biru lembut Jean Paul Gaultier dan jeans berjenama. Tak lama lagi chef tersohor ini akan menubuhkan sebuah akademi masakan bertaraf dunia yang diberi nama 'C.A.C.A' (Chef Wans Asian Culinary Academy) untuk pelajar-pelajar yang ingin belajar memasak pada tahun hadapan. Wan sudahpun menandatangani MOU dengan Taylors College Universiti dan menyiapkan modul khas bagi pelbagai masakan Asian. Akademi ini akan siap beroperasi di Taylors College School of Hospitality pada pertengahan tahun hadapan. "Sekolah ini akan ditempatkan di bangunan 5 blok dan pengambilan pelajar pula akan melibatkan 5,000 pelajar dari seluruh dunia. Sekolah ini juga akan menempatkan sebuah restoran Asian," jelas Wan yang bersengkang mata untuk menyiapkan modul dan kurikulum untuk akademi itu. Pada waktu yang sama, Wan akan meluaskan empayar perniagaan restoran di bawah jenama 'Chef Wan Restaurant'. Rakan kongsi Chef Wan bukannya orang asing tapi Datuk Steven Sim, pemilik dan ketua Pegawai Eksekutif 'Secret Recipe Cakes and Cafe Sdn Bhd'. Rangkaian restoran ini akan diuruskan oleh anak Chef Wan, Chef Nazri. Perbincangan ke arah dua projek mega ini sudah hampir sampai ke penghujungnya dan kini hanya tunggu masa saja untuk menjalinkan usahasama. Gelaran selebriti chef terbaik di dunia "The Best Celebrity Chef In The World" di 'World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009' di Comedie Francaise near Palais Royal pada Julai lalu, menjadikan kehidupan Chef Wan menjadi bertambah rancak. Hinggakan untuk menguruskan perkahwinan anak gadisnya Serina, Chef Wan terpaksa mengupah khidmat beberapa orang termasuk wedding planner dan beberapa pembantu khas untuk urusan perkahwinan. Walaupun perbelanjaan untuk majlis kahwin 3 malam ini terpaksa dirahsiakan kerana tidak mahu dikatakan riak atau menunjuk, yang pasti majlis kahwin Serina akan meriah dengan kehadiran 10 Chef terkenal di seluruh dunia. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 3:51 pm | |
| Emma bercerai untuk kali ketiga Emma ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi tadi. -Foto MSTAR oleh AU YEONG HOW KUALA LUMPUR: Perkahwinan secara senyap bekas suaminya dengan gadis Surabaya, Indonesia membuat dramatis Emma Akma Yunus nekad untuk bercerai buat kali ketiga di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini. Hari ini, Kamal telah melafazkan cerai talak satu di hadapan hakim syarie, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Keramat, Wan Mahyuddin Wan Muhammad. Penceraian Mohd Kamal-Emma dibuat di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Syariah Negeri Selangor 2003. Peguam Emma, Abdullah Anuar Sahri memberitahu mahkamah membenarkan perceraian atas alasan Emma-Kamal sudah tidak tinggal bersama selama 11 bulan dan kerana 'siqah' (perbalahan yang berterusan). Sebelum ini, pasangan ini telah bercerai sebanyak dua kali tetapi setiap kali mereka akan rujuk kembali selepas pujuk rayu bekas suami Mohd Kamal Jaafar Sidek, 35. Tahun lalu, Emma terpalit dengan kontroversi apabila media melaporkan hidungnya cedera akibat ditumbuk oleh bekas suaminya Mohd Kamal. Akibat laporan media itu, Emma dilarang memberitahu familinya yang mereka telah rujuk kembali. Ketika ditemui di luar mahkamah, Emma memberitahu dia memutuskan untuk berpisah selama-lamanya dengan bekas suaminya demi kebaikan bersama. "Ini yang terbaik... (sambil teresak-esak) Bila tahun lalu kami cerai dan kemudiannya rujuk kembali, kami tak beritahu sesiapa pun. Saya terpaksa berbohong kepada media atas permintaannya. Emma nekad bercerai kali ketiga selepas enggan 'dimadukan' oleh bekas suaminya. "Atas sebab peribadi, saya terpaksa merahsiakan kisah saya rujuk semula itu daripada familinya atas permintaan dia juga walaupun kasih sayang masih wujud. "Saya telah memberi peluang kepadanya sebanyak dua kali dengan harapan dia tidak akan buat saya lagi macam ini. "Dalam tempoh 11 bulan kami tidak tinggal bersama, macam-macam saya lalui. Saya fikir sampai bila....oleh itu saya buat keputusan dan berbincang dengannya untuk berpisah. "Dah banyak kali dia pujuk saya minta jangan bercerai kali ketiga sebab talak ketiga. Tetapi sampai bila sedangkan saya juga yang makan hati," kata Emma dalam esakan. Pasangan Emma-Mohd Kamal berkahwin pada 1 Januari 2005 dan mereka mempunyai seorang anak angkat Dayang Izzati Kamal, 4 yang kini tinggal bersama dengan Mohd Kamal. Mereka bercerai kali pertama pada 29 Oktober 2008 dan kali kedua pada 23 Mac 2009. Pasangan ini rujuk buat pertama kali pada Nov 2008 dan kali kedua pada akhir bulan Mac 2009. Walaupun sudah rujuk kembali buat kali kedua, Emma dan Kamal tidak tinggal bersama. Dalam pada itu, Emma memberitahu, dia memilih tarikh hari ini iaitu 29 Oktober ini untuk penceraian kali ketiganya dengan Mohd Kamal bagi melengkapi genap setahun dia bercerai kali pertama dengan bekas suaminya. "Sudah genap setahun, famili dia tak tahu, orang tak tahu.. Saya pilih tarikh ini sebab cukuplah.. dah tak ada ruang atau tempat untuk dia di sanubari saya. "Siapa-siapa pun tak nak diperlakukan macam 'perempuan simpanan'," jelas Emma dengan linangan air mata bercucuran dari matanya. Ditanya kenapa bekas suaminya melarang dia memberitahu rujuk semula itu, Emma menjelaskan: "Dia kata famili dia tak suka saya, benci saya pasal laporan media kes pukul tahun lepas." "Dia kata saya telah mengaibkan familinya. Kalau orang biasa, media tak nak ambil tahu. Mungkin kerjaya saya membuatkan saya mendapat liputan media. Sekurang-kurangnya saya boleh meminta maaf kerana berbohong mengatakan saya single pada masa itu. Saya terpaksa berbuat begitu kerana kehendak dia. "Sebab paling utama saya meminta maaf kerana famili dia tak tahu kami telah merujuk kembali dan kedua, dia sendiri telah berkahwin dengan orang lain. Jadi kenapa saya nak seksa diri saya lagi," katanya. Mengenai kerjaya seninya, Emma memberitahu dia tidak mendapat apa-apa tawaran berlakon sejak bulan puasa lalu. Selain itu, katanya, dia ingin berehat selepas melalui episod pahit ini dalam dirinya. "Terlalu banyak perkara berlaku dalam setahun ini. Ada yang memberitahu saya semakin kurus. Saya nak berehat selepas ini," katanya yang bersyukur kerana orang lain tidak akan menyimpan persepsi negatif terhadap dirinya lagi. Emma berpendapat, penceraiannya hari ini tidak akan berlaku sekiranya bekas suaminya itu tahu mengutamakan isterinya. "Malah dia tahu kes tahun lepas pun bukan salah saya. Lepas kes cerai, dia minta maaf, menangis, peluk saya. Saya tahu bukan niat dia nak pukul saya...," katanya yang berlakon dalam drama 'Kepadamu Kekasih' yang disiarkan di TV9 setiap Sabtu, jam 8.30 malam. Emma juga turut tampil dalam iklan-iklan di kaca televisyen seperti iklan pati haruan Poleney, Marina Nugget, Nestle, Celcom, DiGi dan Tahun Melawat Singapura. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 3:52 pm | |
| Ainul jadi penyanyi AINUL AISHAH jadi penyanyi. TAK sangka, seorang lagi pelakon, Ainul Aishah bakal menjadi penyanyi. Baguslah macam itu, sekurang-kurangnya dapat mengembangkan lagi karier dan bakat yang ada. Jangan sekerat jalan sudahlah ya. Marilyn dengar cerita, sekarang ini Ainul sibuk menyiapkan single terbaru. Tak tahulah bila akan keluar, tetapi Marilyn dapat tahu, respons yang diterima daripada orang sekelilingnya sangat bagus. Marilyn dapat tahu, Ainul bukan sahaja menyanyi, tetapi mencipta lagu itu sendiri bersama teman rapatnya. Hebat juga Ainul ni ya. Lagu hasil ciptaannya itu akan disusun semula oleh gitaris Coco dan Hujan, AG. Tak sabar rasanya nak dengar lagu terbaru Ainul. Mana tahu, setanding dengan pelakon dan penyanyi yang juga merupakan teman baik Ainul, Liyana Jasmay. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 3:53 pm | |
| Razak mencari 'ratu' baru -SENTIASA mencari bakat baru. Begitulah strategi pengarah terkenal, A. Razak Mohaideen setiap kali mahu muncul dengan filem terbaru arahannya. Terbaru, Razak sibuk mencari lapan orang pelakon baru bagi filem terbarunya, Ratu. Pelakon yang dicarinya bukanlah sebarang, sebaliknya perlu mempunyai kriteria-kriteria seperti yang diperlukan dalam filem bergenre pengembaraan seram itu. Menurut Razak, dia bukan sahaja mencari wanita dengan raut wajah cantik dan berbakat, sebaliknya perlu memiliki bentuk badan yang menarik dan mempunyai ketinggian seperti seorang model. "Setakat ini, kami telah menjumpai 22 orang calon yang dikenal pasti melalui uji bakat yang diadakan di Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor. "Filem ini memerlukan pelakon yang berbilang bangsa seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Benggali dan sebagainya. "Sasaran calon yang diperlukan ialah 25 orang sebelum disenarai pendekkan menjadi lapan orang," kata Razak yang masih lagi meneruskan mencari 'ratunya' bagi uji bakat yang akan berlangsung pada 30 dan 31 Oktober di GSC Pusat Membeli-Belah Pavillion, Kuala Lumpur serta GSC Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru (1 November). Sesi uji bakat itu bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang. Beritahu Razak, setakat ini, respons yang diterima sangat menggalakkan meskipun banyak calon yang hadir tidak memenuhi kriteria yang diingini. Ditanya mengapa tidak melibatkan pelakon-pelakon yang tersedia ada untuk memudahkan kerjanya, Razak mempunyai pendapat tersendiri. "Kalau menggunakan pelakon seperti Erra Fazira atau Nasha Aziz, sudah tak nampak asli kerana mereka sudah banyak kali berlakon, orang sudah kenal. Lagipun, inilah caranya untuk penggiat seni mencari bakat-bakat baru selain membuka peluang kepada nama-nama baru untuk dikenali," katanya. Bagaimanapun, beberapa pelakon telah pun ditawarkan dalam filem penerbitannya termasuk Yusri KRU dan Fouziah Ghaus. Syarikat produksi milik Razak, LineClear Motion Pictures dijangka mengumumkan lapan pelakon bertuah yang telah disenaraipendekkan pada sidang akhbar awal November ini. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 3:59 pm | |
| Fasha Bersikap Pro Dengan Nora Danish KUALA LUMPUR, 26 OKTOBER 2009: Musim baru Spa Qistina (dulu Spa Q) bakal mengundang kontroversi apabila akan mempertemukan 2 pelakon yang pernah berperang dingin gara-gara kes rampas suami orang - tidak lain daripada Fasha Sandha dan Nora Danish. Perkara ini disahkan oleh Global Station Sdn Bhd apabila melancarkan siri itu di ibu negara, baru-baru ini tetapi yang menjadi persoalan, di mana Nora yang tidak kelihatan hadir, tidak seperti Fasha yang nampaknya sungguh bersemangat berposing dan bertemu wartawan. Namun kata produser siri Spa Qistina, Puan Zaiton Mohd Jiwa (kakak ipar Dato' Siti Nurhaliza), Nora tidak dapat datang kerana terbabit dengan penggambaran pada petang itu dan apabila cuba hendak datang juga, jalan raya pula telah sesak gara-gara hujan serta bertembung dengan waktu pulang pejabat. Selain Fasha dan Nora, Spa Qistina juga telah menjadi isu dengan pemilihan Nanu Baharuddin menggantikan tempat Norish Karman. Kata Fasha yang tidak habis-habis dengan cerita putus cintanya itu, dia tiada masalah untuk berlakon dengan Nora kerana masing-masing bersikap profesional. "Spa Qistina adalah siri pertama saya dipertemukan dengan Nora. Sekarang sudah memasuki minggu pertama penggambarannya dan saya teruja dengan siri terbaru yang berwajah segar ini. Saya telah diberitahu oleh Global Station yang saya akan muncul satu babak dengan Nora yang memegang watak Maya. "Bagi saya apa yang pernah berlaku antara kami adalah kisah lama. Ia tidak harus digembar-gemburkan lagi. Bagi saya tugas yang diberikan oleh produser siri ini lebih penting dan saya akan saya lakukan dengan sebaik mungkin," kata Fasha yang memegang watak jahat iaitu Frieda yang cuba menghancurkan keluarga Qistina. Selain Nanu Baharudin memegang watak utama isebagai Qistina menggantikan Norish Karman, drama 13 episod untuk siaran Astro itu itu membariskan pelakon handalan seperti Adiputra, Azizah Mahzan, Fazren, Zarith Nellydia, Keifli AF, Jasmin Hamid, Faradhiya dan Riezman Khuzaimi. Fasha cool tak jadi kahwin dengan Qabil Baru-baru ini, jaguh sukan berkuda negara, Qabil Ambak, 29, mengaku bahawa dia tidak jadi berkahwin dengan Fasha. Kata Fasha dalam mengulas perkara itu, dia tidak sedih atau menyesal. Sebaliknya dia tetap cool. "Saya menerima keputusan Qabil itu dengan hati yang tabah. Putus cinta dengannya bukanlah satu dugaan besar dalam hidup saya kerana ada dugaan lain yang lebih pahit pernah saya lalui sebelum ini. Bagaimanapun tak payahlah saya beritahu di sini. "Saya nak buat macam mana, semua yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Tapi dalam hidup, kalau Plan A tak jadi, saya boleh pilih Plan B. Sebelum ini, Plan A saya ialah mahu berkahwin dan selepas itu bersara daripada dunia lakonan dan Plan B pula saya mahu meneruskan karier lakonan ini sampailah datang jodoh. "Tak mengapa, saya terima semua ini dengan positif dan langsung tidak patah semangat atau sedih," katanya lagi. Dalam pada itu, Fasha turut mengaku masih berkawan dengan bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram tetapi tidak mengharapkan apa-apa daripada hubungan itu walaupun persahabatan yang terjalin sering disalahanggap oleh masyarakat. Difahamkan, Faasha dan Nora ada terserempak di sebuah gedung beli-belah di Kuala Lumpur, baru-baru ini dan mereka sempat menegur sapa. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 4:01 pm | |
| Krisdayanti Nafi Selingkuh, Curang! KUALA LUMPUR, 24 OKTOBER 2009: Perceraian Krisdayanti dan Anang Hermansyah telah pun disahkan secara rasmi di Jakarta Selatan 3 hari lalu namun yang jelas, di depan media Malaysia, petang semalam, Krisdayanti menafikan secara terbuka yang dia pernah curang atau dalam bahasa Indonesianya disebut berselingkuh. "Saya tidak pernah berselingkuh terhadap Anang," kata Krisdayanti atau KD, 34, sebagai menafikan itu sebagai punca penceraiannya dengan Anang, 40. KD berkata dia sedih dan kesal pelbagai pihak di Indonesia telah mengambil kesempatan terhadap isu rumah tangganya sehingga banyak perkara telah diperbesar-besarkan. KD yang tiba di Kuala Lumpur sejak Rabu lalu bagi mempromosikan album serta membuat showcase berkata, gosip dia menjalinkan skandal dengan seorang usahawan serta kontraktor ternama yang bertugas di Timor Leste, Rahul Lemos, juga sesuatu yang keterlaluan yakni disalahertikan. "Apabila rumah tangga saya bergolak, ramai pihak telah mengambil kesempatan dengan mengada-adakan cerita dan mengaitkan saya dengan orang itu dan orang ini," ujar KD. Ditanya tentang dakwaan isteri Rahul, Silvalay Noor Athalia yang mendakwa KD cuba mendekati suaminya malah memanggil Rahul dengan nama 'Amour' (Sayang, Love) seperti mana yang tersebar dalam YouTube, KD berkata: "Saya seorang yang bersikap terbuka. Saya tidak faham kenapa dia (wanita berkata) perlu mengaitkan saya dalam rumah tangganya. Dengan sesiapa pun saya pernah memanggil gelaran Sayang tetapi kemesraan saya itu telah disalahertikan." Peliknya kata KD, dia sendiri pernah bertemu isteri kepada usahawan berkenaan yang menetap di Pasar Minggu, Jakarta ketika gosip mereka digembar-gemburkan tetapi wanita berkenaan tidak pula bertanyakan hal itu sendiri kepadanya. "Malah saya hanya mengenali usahawan itu ketika menjayakan persembahan sempena majlis rasmi di Timor Leste. Seperti yang saya katakan, ada orang cuba mengambil kesempatan terhadap situasi itu," katanya. KD dan Anang telah disahkan bercerai talak satu oleh Pengadilan Agama Jakarta Selatan pada 22 Oktober lalu. Sebelum ini, Anang telah melafazkan cerai terhadap KD pada 19 Ogos lalu tetapi demi menghormati kedatangan Ramadan mereka hanya mengambil tindakan menfailkan penceraian pada 28 September lepas. Bercakap pula tentang lagu Separuh Jiwaku Pergi yang digubah dan dinyanyikan oleh Anang dan mempunyai bait lirik mengatakan KD berselingkuh, KD dengan tenang berkata, itu adalah luahan rasa Anang ketika dia sedang marah. "Anang seorang yang kreatif dan mampu menggubah lagu. Dia cuba meluahkan perasaannya dalam lagu dan saya faham itu adalah perasaannya ketika itu. Sebagai pencipta lagu Anang memang luar biasa. Saya juga bangga kerana lagu itu telah berada di tangga teratas bagi lagu-lagu paling popular. "Memang sebelum ini juga timbul kecoh-kecoh mengatakan Anang tidak membenarkan saya menyanyikan lagu-lagunya tapi semua itu telah selesai dan kami telah bersepakat untuk menyelesaikan segala-galanya dengan baik, " kata KD lagi. Namun yang jelas, KD akui dia tidak mungkin kembali hidup bersama Anang. "Saya tidak mungkin akan rujuk semula dan kerana cinta sudah tiada. Yang ada hanyalah rasa hormat saya terhadap Anang yang tetap saya sanjung kerana bagi saya perkahwinan adalah soal kesepakatan dan kerjasama. Biarlah semua ini menjadi satu kenangan dan mendewasakan saya," kata KD. Tidak sabar menunggu kelahiran album duetnya bersama rakan baiknya, Dato' Siti Nurhaliza pada Januari nanti, KD berkata dia sedar isu yang melanda rumah tangganya telah menyebabkan segelintir peminat membencinya. Namun dia juga percaya, baik di Indonesia mahupun Malaysia, dia masih ada ramai peminat yang tidak bersifat prejudis. "Seramai 280 juta rakyat Indonesia, saya belum melihat kesemua mereka membenci saya. Malah sudah 11 tahun berkunjung ke Malaysia, saya masih mendapat penghargaan yang baik daripada anda semua. "Semuanya kerana berita-berita yang keluar itu belum tentu lagi kebenarannya, sebaliknya mereka cuba menghakimi saya. Antara saya dan Anang hanya Allah SWT saja yang tahu, " katanya yang akan bertemu pihak media di Indonesia Ahad ini bagi menjelaskan perkara sebenar. Tidak sekadar majlis pelancaran album terbitan Tropic Jaya Entertaiment Sdn Bhd, KD juga sempat menghiburkan peminatnya di Malaysia dalam sebuah showcase malam tadi Borneo Baruk Club, Jalan Kia Peng, bagi mengutip dana bagi membantu mangsa gempa bumi di Padang. Turut hadir Dato' Siti yang berduet spontan dengannya di pentas. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 4:01 pm | |
| Konsert Kak Pah Bersama Anuar, Adibah KUALA LUMPUR, 22 OKTOBER 2009: Dalam pada sibuk dengan persiapan konsert terbesarnya di Stadium Tertutup Singapura pada 8 November ini, Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini turut ligat mengatur siri persembahan amalnya yang menyaksikan beliau berkongsi pentas dengan 2 penghibur terkenal, Anuar Zain dan Adibah Noor. Berlangsung di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, persembahan Kak Pah bersama Adibah itu akan diadakan pada 4 Disember 2009 sementara dengan Anuar Zain pula pada 11 Disember 2009. Persembahan itu telah dinamakan sebagai Datuk Sharifah Aini & Friends Charity Dinner. Datuk Sharifah ketika ditemui semalam berkata, beliau cukup terharu apabila dapat kembali menemui peminatnya selepas beraksi di Dewan Perdana Felda beberapa bulan lalu apatah lagi kali ini dengan konsep persembahan yang berbeza. "Tahun ini saya menerima banyak undangan persembahan dan jadual saya cukup sibuk. Saya gembira kerana syarikat saya, Seri Dewi Production Sdn. Bhd mendapat kerjasama daripada Lime Events Management serta Hotel Concorde Kuala Lumpur untuk menganjurkan persembahan yang sungguh istimewa ini. "Saya terharu kerana buat pertama kalinya, saya akan berkongsi pentas dengan 2 penyanyi yang saya kagumi iaitu Anuar Zain dan Adibah Noor," katanya kepada murai.com.my. Kak Pah berkata, sebahagian daripada jualan tiket dan meja pada kedua-dua persembahan itu akan disalurkan kepada Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Furqan di Puchong dan Wheel Chair Tennis Malaysia. Siri persembahan Kak Pah itu adalah untuk meraikan keunggulan 40 tahun pembabitannya dalam dunia seni yang sehingga kini belum dapat digugat dengan kehadiran penyanyi baru. Bagi anda yang ingin menyaksikan persembahan Kak Pah dengan Anuar mahupun Adibah, sila buat tempahan sekarang menerusi talian 019-3488054 / 012-9332373, faks: 03-78051008 atau e-mel ke alamat: limeevent@gmail.com. Harga meja untuk Kak Pah bersama Adibah (10 tetamu) adalah RM5,500, RM4,500 dan RM2,500 manakala Kak Pah & Anuar RM10,000, RM5,500, dan RM3,500. Tiket juga dijual secara individu. Ketika ini Kak Pah sedang bertungkus lumus menyiapkan albumnya yang ke-99 dan 100 iaitu Warisan Melayu dan Irama Terindah Malaysia. Dari segi pencapaian, Kak juga adalah artis Melayu pertama yang merakamkan album Inggeris. Sementara itu, Kak Pah juga sedang membuat persiapan rapi untuk konsert terbesarnya di Stadium Tertutup Singapura pada 8 November 2009. Konsert itu anjuran Jamiah Singapura, sebuah badan amal kebajikan dan akan menyaksikan Kak Pah menyanyikan 40 lagu dalam masa 3 jam. Tiket konsert itu berharga $72, $102, $132 dan $153.
Last edited by azwin on Thu 29 Oct 2009, 4:05 pm; edited 1 time in total |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 4:03 pm | |
| Hajat Pesakit Kanser Temui Mawi Tercapai KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2009 : "Seandainya saya mati esok, saya gembira kerana hajat bertemu Mawi dan Ekin sudah terlaksana," Itulah luahan hati seorang peminat fanatik Jamilah Mohd Yatim, 53, yang mengidap penyakit kanser payudara tahap 2, selepas menemui pasangan popular Mawi dan Ekin petang semalam. Lawatan Mawi dan Ekin ke wad pesakit Kanser, Bangunan Radiologi dan Onkologi, Hospital Kuala Lumpur petang semalam, ternyata menghiburkan wanita itu. Hajatnya untuk bertemu pasangan tersebut ditunaikan apabila beliau menghubungi Freddie Fernandez sendiri, seminggu lalu. "Saya begitu gembira pada hari ini kerana dapat bersemuka dengan Mawi dan Ekin. Mungkin saya yang paling bertuah antara ribuan peminatnya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Freddie dan Pengurus Artis dan Strartegi, Astro Entertainment Sdn Bhd, Norizan Abu Samah kerana telah mengaturkan pertemuan ini. "Saya meminati Mawi sejak beliau menyertai AF lagi. Kalau ada jumpa majalah yang ada cerita atau gambar Mawi, mesti saya beli. Bertimbun-timbun koleksi majalah yang saya kumpul sejak dulu lagi," katanya. Ibu tunggal kepada 3 orang anak ini mengidap kanser payudara sejak 1998, telah menjalani pembedahan membuang payudara sebelah kanan pada 2000 dan kemudiannya pada sebelah kiri pada 2004. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, bukan itu sahaja beliau turut disahkan mengidap kanser pangkal rahim pada awal 2009. "Hanya tuhan saja yang tahu betapa deritanya penyakit kanser. Dulu, ada juga saya berubat secara kampung di merata-rata tempat sebelum buat pembedahan. Ketika pembedahan doktor mengikis ketumbuhan itu yang melekat di tulang. Sekarang apabila hujan, rasa ngilu sangat," katanya. Jamilah yang tabah dalam mengharungi hidupnya sebagai pengidap kanser aktif sebagai sukarelawan, memberi ceramah dan motivasi kepada pesakit-pesakit kanser berdasarkan pengalannnya sendiri. Mawi terkejut mendengar luahan hati Jamilah Selepas sejam melawat wad berkenaan, Mawi berkata beliau cukup berpuas hati kerana berkesempatan untuk menemui peminatnya yang memerlukan perhatian. "Saya terkejut juga mendengar kata-kata dari mulutnya berkaitan dengan mati. Saya tidak mampu nak membantunya selain memberi sokongan moral. Bagaimanapun, saya cukup kagum dengan ketabahan yang ditunjukkan kak Jamilah. Dia sangat berbeza dengan pesakit lain. Dia nampak sangat positif ketika bercakap. "Sebelum ini pun saya banyak menerima permintaan sedemikian. Saya pun manusia biasa dan akan berusaha untuk datang kalau ada masa yang terluang. Sudah tentu saya tidak mampu untuk melunaskan semua," katanya. Sebelum ke wad yang menempatkan Jamilah, Mawi dan Ekin turut bertemu seorang kanak-kanak perempuan, Maisara, 3 tahun yang turut menghidap penyakit kanser. Ibunya pernah menghubungi Mawi sebelum ini memintanya datang menziarahi Maisara. "Kebetulan saya datang ke HKL hari ini, saya menghubungi ibunya dan menyuruhnya supaya datang. Bila saya sampai tadi dia dah tunggu kat depan. "Ada satu kisah yang paling tragis pernah saya lalui. Saya pernah melawat seorang kanak-kanak berumur 4 tahun yang juga pengidap penyakit kanser. Seminggu selepas itu dia meniggal dunia. Saya sangat terharu dan sampai sekarang saya masih ingat. Acara yang diadakan pada 4 petang itu turut dihadiri oleh Freddie, kakitangan Astro serta pihak media |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 4:04 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 4:05 pm | |
| Kesian Diana, Jangan Salah Sangka KL, 27 OKTOBER 2009: Kesian pula Murai Batu tengok Diana Danielle dihentam dan dikritik oleh beberapa pihak apabila dia tidak jadi berlakon dalam teater sejarah, Natrah. Ramai menuduh Diana mata duitan dan tidak sedar diri apabila menolak bayaran yang ditawarkan oleh Istana Budaya (IB) kepadanya yang dilaporkan RM7,000 daripada jumlah asal mengikut mulut pengarahnya, Erma Fatima, RM10,000. Daripada keluhan Diana sendiri, Murai Batu difahamkan, Diana menolak sebab prinsip, bukan sebab duit sangat. Sebabnya, demi menerima tawaran Erma dan IB itu, Diana sendiri telah menolak tawaran lain yang lebih mahal. Tapi bila tiba ke rundingan sebenar dengan pihak penganjur, jumlah itu telah dikurangkan pula menjadi RM7,000 dan kemudian ditambah sedikit sebanyak RM500. Namun satu hal lagi yang lebih penting yang menyebabkan Diana menolak ialah kerana tarikh asal teater Natrah itu telah berubah-ubah. Jadi tahu sajalah, pelakon pun ada komitmen lain dan bekerja mengikut jadual. Jadi atas sebab semua itu, Diana telah mengundur diri secara baik dan tempatnya digantikan dengan Maya Karin. Jadi, Murai Batu rasa tidak adillah kalau ada pihak menyalahkan Diana kerana dia sebagai pelakon ada hak untuk bersuara dan berpegang kepada prinsip dirinya sendiri. Lagipun dah tersurat, watak Natrah bukan rezeki Diana. Mana tahu kalau dibikin sebagai filem cereka kelak, Diana mungkin boleh kembali berlakon. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 4:11 pm | |
| Nabila Huda Bengang Dituduh Curang! KUALA LUMPUR, 29 OKT 2009: Mengucap panjang Nabila Huda, 25, apabila ditanya tentang gosip dia kononnya sedang intim dengan seorang pelakon lelaki seperti yang telah kedengaran, baru-baru ini. Umum mengetahui bahawa anak perempuan kepada rocker Amy Search ini telah mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihannya, Zaidy Zailani, 28, pada penghujung tahun lalu. Namun, apabila timbulnya gosip seperti ini, pihak media ingin tahu apakah yang telah terjadi kepada rumahtangga Nabila. Ternyata Nabila bukan saja terkejut dan bengang, malah terguris dengan tuduhan mengatakan dia telah curang. "Siapalah yang telah menyebarkan cerita karut itu dan mengapakah orang itu sanggup buat fitnah semacam ini? Semua tak berasas sama sekali! "Sepanjang menceburi bidang lakonan, saya tak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana krew serta pelakon lelaki. Tanyalah siapa pun baik pengarah mahu pun produser drama serta filem. "Mereka memang sudah faham prinsip dan budaya kerja saya ini. Sebab, saya cari makan dalam bidang ini dan kalau boleh saya mahu jadi pelakon yang profesional. Sebab itu, saya tidak pernah mahu bercinta dengan rakan seperjuangan dalam bidang yang sama. "Memang tidak gemar bercinta dengan sesama rakan artis. Lihatlah, suami saya sekarang bukan dari kalangan artis. Malah, saya juga tidak ramai kawan-kawan dari kalangan artis. Kalau mahu cubalah periksa telefon bimbit saya, kebanyakanya nombor telefon saya adalah kawan-kawan perempuan," kata Nabila. Nabila juga turut menganggap bahawa gosip dan tuduhan itu sebagai tidak munasabah dan bertujuan untuk memporak-perandakan rumahtangganya. "Saya terlalu mencintai suami saya. Hubungan kami suami isteri OK dan kami juga tidak berhadapan dengan masalah. Malah, saya juga tiada masalah dengan keluarga mentua saya. "Untuk pengetahuan semua juga, saya sekarang ini sedang mengandung dan usia kandungan saya sudah pun mencecah 2 bulan. Saya dan Zaidy cukup gembira dengan berita kehamilan ini. "Jadi, pada sesiapa yang menyebarkan fitnah yang seperti ini, hentikanlah. Kalau ada, tolonglah beritahu siapa pelakon lelaki yang dikatakan mempunyai hubungan dengan saya itu. Saya sendiri pun teringin hendak tahu," katanya lagi. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 4:12 pm | |
| Fahrin Kagum Dengan Kemampuan Scha KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER 2009: Selepas seminggu mengendalikan program Sehati Berdansa 3, Fahrin Ahmad meluahkan rasa puas hati dengan prestasi pasangan pengacara barunya, Scha Al Yahya. "Saya terkejut juga melihat kebolehan Scha. Dia ada aura dan kekuatannya tersendiri. Scha juga dilihat lebih mesra dengan penonton serta bersemangat ketika mengendalikan program ini," kata Fahrin. Scha sendiri turut menasihatkan penonton agar menerima diri beliau seadanya dan tidak membuat perbandingan dengan bekas pengacara lalu, Linda Onn. "Alhamdullilah, saya berasa lega lepas habis rakaman. Mengenangkan ini adalah baru minggu pertama, saya tidak boleh bersenang lenang, banyak lagi saya saya perlu pelajari. Selain membuat latihan, Fahrin banyak juga membantu saya. Apa tidaknya, ini adalah musim ke-3 dia mengendalikan program ini. Apa yang menariknya, semua keluarga krew Sehati Berdansa 3 mudah dibawa berbincang dan banyak membantu saya. "Saya berharap penonton dapat menerima saya dengan baik. Saya berharap mereka tidak membuat perbandingan antara saya dengan Linda Onn. Saya akan cuba baiki kelemahan diri dari minggu ke minggu, " kata Scha. Seramai 9 pasangan telah mempamerkan tarian masing-masing dengan tema Hip Hop. Mereka ialah Sazzy Falak & Nazril Idrus; Anita Baharom & Ismadi Ismail; Isma AF7 & Zul 2 By 2; Enot & Zainul; Dira & Ash; Mirnawan Nawawi & Noorah Mokhsin; Oshin & Firdaus Shukor; Syed Hussein (Ruffedge) & Noor Diyana serta Didie Alias & Isham Ismail. Malam penyingkiran buat julung kalinya dikendalikan oleh Awal Ashaari. Ia yang yang bersiaran secara langsung Ahad lalu telah menyaksikan tiada penyingkiran berlaku. Jadi 9 peserta itu juga telah mengumpul RM1,000 untuk badan kebajikan yang diwakili dan mereka bakal meneruskan saingan. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 29 Oct 2009, 4:18 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 01 Nov 2009, 11:28 am | |
| Gambar terkini Normala Shamsuddin Lama juga tak nampak Normala Shamsuddin sejak bergelar isteri kepada Datuk Seri Azmi Khalid, bekas Menteri Hal Elwal Dalam Negeri. Ini adalah kenyataan Normala mengenai kemunculan semula sebagai pengacara TV3. Dalam soal kemunculan semula di TV3,bukan saya tidak mahu, tetapi kena tengok keadaan macam mana dulu. Lagipun, saya ada keluarga untuk diuruskan dan tidak lagi aktif mengacara sepenuh masa. Jadi. biarlah generasi muda pula mencuba nasib. Bukan apa, saya melihat masanya sudah tiba untuk tugas ini (pengacaraan) digalas gadis muda yang berbakat. Namun, bukan maksud saya juga bahawa pengacara berpengalaman yang ada sekarang perlu undur diri, tetapi seharusnya bekerjasama. Jika tidak, mana munculnya yang ‘baru’ kalau tiada orang lama. Bagi saya. sebagai orang lama dalam pengacaraan ini tiada masalah rasanya untuk kongsi pengalaman yang ada. Malah, untuk berkongsi pendapat dan nasihat pun saya OK saja |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 01 Nov 2009, 11:30 am | |
| Sekitar pencarian Covergirl Dara bersama Wardina Wardina menjadi hos untuk Pertandingan Pencarian Covergirl Dara.com yang berlangsung pada Ogos 2009 yang lalu. Cute pula dia buat mimik muka semacam itu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 01 Nov 2009, 11:34 am | |
| Maya Karin Pengacara Baru Nona TV3 Penat! Budiey baru sahaja pulang dari Media Prima Television Networks Screenings 2010 yang diadakan di Planery Hall, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur. Jenuh juga mendengar presentation dari orang kuat Media Prima. Tapi taklah mengantuk macam Screening tahun lepas. Tahun ini, seronok tengok client Media Prima yang datang dapat kejutan besar. Hadiah besar dalam THE BIG GIFT. Banyak juga hadiah besar, antaranya melancong ke Hollywood dan wang tunai beribu-ribu ringgit. Dan yang penting sekali, banyak info tentang program baru yang akan disajikan pada tahun 2010 di TV Media Prima. Antara yang boleh Budiey kongsikan bersama pembaca semua ialah Nona pada tahun depan akan diacarakan oleh pelakon Maya Karin. Tahniah Maya Karin! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 01 Nov 2009, 11:40 am | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 01 Nov 2009, 5:15 pm | |
| MUH Tarik Diri Dari Separuh Akhir Muzik2 KUALA LUMPUR, 30 OKTOBER 2009: Belum pun bermula saringan Separuh Akhir Muzik-Muzik 2009, band muzik Indie, Meet Uncle Hussain (MUH) terlebih dulu telah mencetuskan kejutan apabila menarik diri daripada program itu pada saat-saat akhir. Hasrat penarikan penarikan diri kumpulan tersebut telah disuarakan melalui surat dan dihantar secara rasmi kepada pihak TV3, kelmarin. Kumpulan yang sepatutnya mempertaruhkan lagu mereka yang berjudul Pari-Pari Di Bawah Angin hasil ciptaan dan lirik oleh Taja/Tassiq/Lan itu memberi alasan tiada persefahaman di antara mereka untuk meneruskan saingan dalam Muzik-Muzik Separuh Akhir. Sehubungan dengan itu, MUH yang dijadualkan membuat persembahan pada minggu ke-2 separuh akhir iaitu pada 13 November 2009 bakal digantikan dengan kumpulan Grey Sky Morning dengan lagu, Cinta Gila hasil ciptaan Sharnizad & Hafizal manakala lirik oleh Hafizal. Pengurus Produksi Hiburan, Primeworks Studio Sdn. Bhd, Fadzliniza Zakaria, berkata pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh MUH dan menerimanya dengan fikiran yang terbuka. "Walaupun kami merasakan yang peminat-peminat MUH akan kecewa dengan keputusan itu, namun kami akur dan berpendapat bahawa mereka haruslah menyelesaikan masalah dalaman antara mereka dahulu," katanya. "Keputusan memasukkan kumpulan Grey Sky Morning diambil memandangkan kumpulan itu merupakan lagu seterusnya yang berada dalam carta selepas 30 lagu. Kami juga percaya Grey Sky Morning mampu memberikan saingan kepada lagu-lagu lain," katanya. Sebanyak 112 lagu-lagu telah dicalonkan sepanjang tahun mulai 4 April 2009 - 17 Oktober 2009. Daripada jumlah itu, 30 buah lagu telah layak terpilih untuk dipertandingkan ke peringkat akhir melalui 3 tarikh secara undian. Separuh Akhir Bahagian 1 mempertandingkan 11 lagu pada 6 November 2009, Bahagian 2 (11 lagu / 13 November) dan Bahagian 3 (8 lagu / 20 November). Hanya 14 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) akan diumumkan sejurus selepas semua pertandingan separuh akhir selesai yang dibuat menerusi pemarkahan juri profesional. Semua pertandingan akan bersiaran secara langsung dari Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam mulai jam 10 malam. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 01 Nov 2009, 5:17 pm | |
| Ray ERA Berpindah Lokasi Ke Konti XFM Laungan semangat yang pernah digunakan Shah Reza Mohd Shah, 30, atau Ray untuk segmen C30 Era tiada lagi kendengaran apabila slot ini bakal digantikan kumpulan Sepah yang sebelum ini mengendalikan Pagi Sabtu Era. Hakikat ini kerana Ray kini sudah berpindah lokasi ke stesen radio XFM (dulu adalah Xfresh). Penyertaan Ray di XFM menyingkap memori penyertaan Aimee yang sebelum ini pernah bertugas di Era FM. Namun, Ray yang memulakan karier pertama di ERA bersama Jimmy alasan tersendiri kenapa berhijrah ke radio ini. "Sekarang ini, saya dah rasmi bukan lagi penyampai ERA. Sekarang saya tengah latihan di XFM setiap malam. Saya mula jadi penyampai ERA pada 2007 tapi sudah lama menyertai Era dengan menjadi team skuad ERA pada 2005. "Kalau boleh saya tak mahu cakap apa-apa mengenai penghijrahan ini. Bukannya apa, kalau saya cakap, saya akan rasa sedih sangat sebab saya amat sayangkan ERA. Saya pun tak komen lebih-lebih pasal pertukaran ini. "Saya terima pertukaran ini dan tahu pihak atasan ada alasan tersendiri. Saya percaya dengan perancangan mereka dan ini satu perkara baik kepada saya dan stesen radio kami sendiri," jelas Ray kepada murai.com.my. Sementara itu, Ray turut menjelaskan dia tidak akan meninggalkan trademark laungan semangat yang sudah begitu sinonim dengan dirinya. "Saya akan bawa semangat itu ke XFM. Saya pun ada banyak idea dan perancangan untuk XFM. Setakat ni, saya belum dipastikan lagi. Tunggulah pada 2 November nanti bila saya mula bertugas. Namun, saya gembira sangat sebab perpindahan saya ke XFMi disambut baik oleh warga famili XFM. Saya akan diberi peluang meneroka lebih banyak di XFM berbanding di ERA. "Yang paling penting, kemasukan saya di XFM dibuat sebelum keputusan survey rating keluar lagi. Ia tidak ada kena mengena dengan sebarang keputusan rating radio," katanya. Pesanan buat pendengar ERA dan warga kerja ERA? "Kepada semua, saya berterima kasih sangat kerana banyak bantu saya selama ini. Saya harap kepada kengkawan semua (panggilan untuk peminatnya) akan terus menyokong saya tak kira saya di mana jua. Saya akan teruskan perjuangkan semangat!" ujarnya dalam nada sedih. Pun begitu, Ray yang dikenali selama ini dikatakan menyembunyikan statusnya disebabkan karier. Betul ke? "Itu semua tidak betul. Saya tak takut dan bukan sengaja sembunyikan status. Saya memang dah berkahwin pada April 2006. Cukuplah orang kenal isteri saya dengan panggilan K. Saya lebih suka cakap pasal karier berbanding keluarga," katanya mengakhiri perbualan. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 01 Nov 2009, 5:20 pm | |
| Waheeda Nekad Bersara, Jadi Surirumah SHAH ALAM, 31 OKTOBER 2009: Menyedari tanggungjawab yang besar sebagai isteri kepada seorang penceramah, penyanyi dan pelakon Waheeda, 31, nekad untuk terus bersara daripada dunia seni. Perkara ini sekali lagi ditegaskan oleh Waheeda pada majlis resepsi perkahwinan beliau dan suami, Akhil Hayy, 41, mereka di Shah Alam, siang tadi. Bukan satu keputusan yang berat, penyanyi lagu Wassini itu akui keputusan berkenaan adalah selari dengan hasrat nalurinya sebaik sahaja mempersuamikan Akhil pada Ogos lalu. "Saya tetap dengan keputusan saya untuk meninggalkan dunia hiburan. Walaupun diminta untuk bergabung dengan suami atau mana-mana sesi fotografi sekalipun saya rasa ia tak akan terjadi. Bagi saya sekarang, masanya adalah untuk berada di rumah dan memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu," katanya kepada pihak media. Kata-kata Waheeda itu disokong oleh Akhil yang turut menghormati keputusan isterinya itu meskipun dia sendiri tidak pernah menghalang sekiranya Waheeda mahu terus aktif. "Banyak juga tawaran yang kami terima untuk digandingkan bersama tapi sebagai isteri Waheeda faham dengan kedudukannya sekarang. Saya hargai keputusan dia. "Sebagai seorang suami, saya akui Waheeda punyai bakat yang sangt besar, tapi adalah lebih baik kalau dapat diterjemahkan kepada suami. Mungkin cara itu akan dapat memberi keserian kepada rumah tangga kami," kata Akhil. Bagaimanapun kata Akhil, dia akan tetap terus berdakwah dan dijangka terbabit dengan sebuah program realiti terbitan Astro Oasis, tidak lama lagi. Mereka berdua ditemui pada majlis kenduri di sebelah pihak pengantin perempuan yang telah dihadiri hampir 2,000 tetamu di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong. Sementara satu lagi majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan di Gopeng, Perak pada 7 November nanti. Waheeda dan Akhil telah sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz akad dan telah dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid pada 16 Ogos lalu.Waheeda menerima mas kahwin sebanyak RM80, senaskhah Al-Quran dan 7 dulang hantaran berbalas 11. Bukan majlis sanding macam kebiasaannya Mengulas mengenai majlis resepsi berkenaan, kedua mempelai itu berkata ia hanyalah sebuah majlis bagi mengikat tali silaturahim antara kedua-dua belah keluarga dan sahabat handai, sebaliknya bukanlah majlis persandingan seperti yang dilaporkan oleh beberap akhbar tempatan sebelum ini. "Kalau ikutkan kami, cukuplah dengan majlis nikah dan makan beramai-ramai. Tapi ini adalah untuk memenuhi permintaan kedua-dua belah pihak apatah lagi Waheeda anak dan cucu sulung dalam keluarganya. Jadi lebih manis jika ia diadakan. "Lagipun ini bukanlah majlis bersanding yang ada tepung tawar atau mengikut adat resam. Hanya majlis untuk pihak keluarga datang dan tangkap gambar bersama kami saja. Paling utama ikatan silaturrahim dapat di bina," kata Akhil. Majlis serba ringkas berkonsepkn Morocco itu telah telah turut dihadiri rakan artis seperti Rabbani serta juga pasangan Mawi & Ekin. Waheeda seronok bergelar ibu segera Berkongsi sedikit pengalamannya sejak bergelar suami isteri, Waheeda akui perkahwinan telah membuatkan dirinya lebih terkawal, malah tidak menafikan perjalan hidupnya lebih mudah selepas mendirikan rumah tangga. Sementara bagi Akhil, perkahwinannya bersama Waheeda telah memberikan cahaya baru ke dalam hidupnya dan apa yang didambakan kini ialah sebuah keluarga sakinah. "Bukan saja sebagai isteri malah saya juga adalah ibu kepada 2 anak Ustaz Akhil. Mungkin bezanya kerana tanggungjawab itu lebih besar dan terus terang saya katakan masa saya sekarang banyak dihabiskan buat mereka. "Walau penat macam mana sekalipun, mereka akan tetap saya dahulukan," kata Waheeda yang menggelarkan dirinya Mama kepada Siti Nur Maisarah, 12, serta Muhd Syarif Idayatullah, 11 |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 01 Nov 2009, 5:25 pm | |
| Anita menangis tinggalkan anak IBU muda ini ada resipi untuk alam rumah tangganya. Memasuki lantai tari Sehati Berdansa adalah satu alternatif untuk Anita Baharom menjaga badannya yang genit seakan anak dara, juga satu rencah untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Walaupun tersenarai sebagai pasangan tercorot tetapi isteri kepada Ismadi Ismail ini menyahut cabaran tarian dengan penuh antusias. “Kami berdua sama-sama hilang tiga kilogram sejak memasuki pertandingan ini. Saya dapat katakan program ini lebih mengeratkan kasih sayang kami dan yang lebih bagus kerana dapat menambahkan masa dan ruang kami bersama sebagai suami isteri. Tetapi sedih kerana kami agak kekurangan masa untuk bersama anak,” ujar ibu kepada Syifa Dhia Nurina ini. Menurut Anita yang gemar mengelarkan dirinya Ita dalam perbualan, minggu pertama menghadapkan mereka dengan pelbagai dugaan termasuk kematian bapa mertuanya, Selasa minggu lalu. Dilalui bersama dengan tabah, mereka menghadap hari-hari mendatang dengan lebih cekal dan bersedia. “Saya tidak ambil mana-mana kerja kerana mahu tumpukan perhatian pada pertandingan ini. Ada juga ditawarkan dengan telemovie tetapi perlu ditolak kerana komitmen ini,” ujarnya seraya memberitahu drama muzikal Kau Dan Aku adalah projek terakhir sebelum program dansa ini. Sebelum ini Anita berkesempatan menjalani penggambaran drama muzikal yang berkonsepkan ala High School Musical tersebut di Jakarta bersama Mila serta pelakon-pelakon lain seperti Amar, Farish, Raja Farah, Nonny, Azizah Mahzan, Nurul, Sabrina Ali dan Riezman. Siri drama yang diambil daripada telenovela popular Venezuela berjudul So Mos To Yo ini boleh disaksikan di saluran 104 (Astro Ria). Siri ini mula bersiaran pada 24 Oktober pada pukul 10 malam. “Banyak pengalaman sepanjang berada di sana. Awalnya saya menangis teresak-esak setiap hari kerana rindukan anak. Jadi sangat sensitif dan rasa mahu lari balik ke Malaysia. Tapi lama-kelamaan saya menjadi okey. Ini semua tuntutan kerja,” ungkapnya yang menyatakan rasa hidup seakan bujang kembali di negara orang. Malah wanita yang berusia 26 tahun ini juga merasa pengalaman gempa bumi di Tasik Malaya, Indonesia apabila studio penggambarannya turut merasai gegaran yang agak kuat. “Selain itu, saya dapat pengalaman bekerja di bawah arahan pengarah Indonesia, Achoo dan Reza. Dengan watak gadis muda yang gedik, saya disuruh membawakan watak senakal mungkin. “Pada mulanya agak payah kerana sudah lama tidak bawa watak sebegini. Tapi selepas dua tiga hari dan berjumpa dengan geng saya, Raja Farah, saya berjaya juga mencari mood yang tepat,” ujarnya yang membawa watak Anita, seorang ahli kumpulan gadis nakal. Seronok dapat bekerjasama satu bumbung dengan bintang AF yang muda belia, Anita menaruh kepercayaan bahawa siri ini akan mencipta fenomenanya sendiri. “Saya tahu bintang-bintang AF ini ada pengikut sendiri dan gabungan pelakon dalam siri ini akan mencipta gelombangnya sendiri,” ujarnya yang bersyukur diberikan kepercayaan membawa watak gadis muda walaupun sudah berumah tangga. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 01 Nov 2009, 5:28 pm | |
| Tergoda kerana mata CUKUP sinonim dengan gelaran Maya Matahari, penyanyi yang kini sukses sebagai dramatis nyata tidak mengendurkan aktiviti seninya selepas berumah tangga pada Jun lalu. Sebaliknya, isteri kepada Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz ini memberitahu rezekinya sentiasa melimpah ruah. Selain sibuk di lokasi, dia juga kini muncul dengan single terbaru berjudul Mata yang dimuatkan dalam drama lakonannya, Dari Mata Ke Hati. "Cuma saya tidak ambil penggambaran yang memerlukan saya berada di luar Kuala Lumpur untuk tempoh yang lama. Tapi jika sekadar persembahan hujung minggu, saya pergi. Sekarang keutamaan saya ialah kepada rumah tangga," ujar Maya yang juga sibuk di lokasi drama tentang wanita, P 3. Masih belum mengandung, kata Maya bukan kerana mereka merancang, sebaliknya belum diberi rezeki oleh Tuhan. Sementelah dia sendiri sibuk sehingga majlis persandingan yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini ditunda ke bulan Disember. Maya yang juga bakal merakamkan semula lagu Matahari dalam susunan muzik baru memberitahu, "Insya-Allah, jika tiada aral, kami akan bersanding pada 13 Disember depan di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, Johor." |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 01 Nov 2009, 5:31 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 01 Nov 2009, 5:32 pm | |
| Spa Raja Farah DIVA ingat lagi, Raja Farah bermula dengan lakonan dalam filem Salon dan sejak itu namanya semakin meningkat naik. Baru-baru ini Diva dengar Raja Farah sudah maju setapak lagi dengan menjadi ahli perniagaan pula. Seperti rakan selebriti lain, antaranya Diana Rafar dan Sharifah Shawati, Raja Farah juga ingin membuka spa kerana cintakan bidang kecantikan. Namun, tak lama selepas itu, ada pula yang menyampaikan kepada Diva yang Raja Farah tak jadi buka spa tersebut. Walaupun sudah dirisik, mereka masih gagal mengetahui puncanya. Diva sokong saja kalau selebriti ingin berniaga tapi mestilah bersungguh-sungguh. Kalau perlu, buat kertas kerja dahulu, cari lokasi strategik dan lakar pelan perniagaan jangka masa panjang |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 01 Nov 2009, 5:35 pm | |
| Info: Lan. NAMA PENUH: Nor Azlan Rosle. TARIKH LAHIR: 20 April 1982. KELUARGA: Sulung daripada lima beradik. ASAL: Ulu Langat, Selangor. MENYERTAI MEET UNCLE HUSSAIN: 2000. PENCAPAIAN: Juara keseluruhan, Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23), TV3. MENYERTAI AZLAN & THE TYPEWRITER: Julai, 2009. SINGLE: Kelibat Si Penyair. ALBUM: Peta Minda (dijangka berada di pasaran awal 2010). NAMA TUNANG: Normala Hassan (bertunang pada Julai, 2009) Info: Adi 6ixth Sense NAMA PENUH: Adi Priyo Sambodo. TARIKH LAHIR: 1 Oktober 1983. KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik. ASAL: Jember, Jawa Timur. MENYERTAI 6IXTH SENSE: 2005. ALBUM: Hari ini (2006), 6ixth Sense (2007) dan Khatimah Cinta (single, 2009). PENCAPAIAN: Lagu Tanpa diangkat sebagai lagu paling banyak menerima undian SMS menerusi Hits 1, 2008. PROJEK TERBARU: Bakal muncul dengan MTV Karaoke album pertama dan kedua selewat-lewatnya penghujung 2009 Info: Yuna NAMA PENUH: Yunalis Zarai. TARIKH LAHIR: 14 November 1986. KELUARGA: Tunggal. ASAL: Subang Jaya, Selangor. PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor. PENDIDIKAN SENI: Tahap 6, Piano Guild Hall School. PENCAPAIAN: Vima Independence Music Awards 2008. ALBUM (EP): Yuna, mengandungi lagu popularnya, Dan Sebenarnya.. LAGU TEMA DRAMA CINTA SEMPURNA: Cinta Sempurna. PROJEK BARU: Album penuh mengandungi 10 lagu, dijangka memasuki pasaran awal 2010. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 01 Nov 2009, 5:39 pm | |
| INFO: Nabila 1. NAMA SEBENAR: Nabilah Ali Dally 2. NAMA KOMERSIAL: Nabila Dally 3. TARIKH LAHIR: 27 September 1991 4. KELUARGA: Anak bongsu daripada dua beradik 5. ASAL: Kota Kinabalu, Sabah 6. DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu & Pakistan), manakala ibu (Melayu & Filipina) 7. AGAMA: Islam 8. PENDIDIKAN: Sekolah Menengah All Saints, Likas, Sabah 9. PENGALAMAN SENI: Model cat-walk 10. PENCAPAIAN: Tempat ke-4, program realiti Pilih Kasih siaran TV2 (2009) dan juara pertandingan tarian, International Understanding Day High School Competition (2006) 11. DRAMA: A.D.A.M, Horey Horey Aidil Fitri dan terbaru, Kabus Di Balik Bayu (bersama Felix AF3) |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 01 Nov 2009, 5:42 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 01 Nov 2009, 5:44 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 02 Nov 2009, 5:51 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 02 Nov 2009, 5:54 pm | |
| Tiada Drama Nur Kasih Musim Kedua Tapi… Drama Nur Kasih telah mencipta fenomena baru dalam sejarah penghasilan drama di Malaysia! Kejayaan Nur Kasih yang telah mengumpulkan sejumlah 28 juta penonton di laman sesawang Catcha up TV dan 3 juta penonton di kaca TV telah mencipta sejarah yang membanggakan. Tahniah buat pengarah berkaliber Khabir Bhatia atas kejayaan ini! Kerana penerimaan dan sokongan penonton drama, pengarah drama Nur Kasih dan juga isterinya yang juga penulis skrip Nur Kasih akan menyambung sekuel drama ini ke layar lebih besar. Yeah! Sikit masa lagi, peminat drama Nur Kasih akan menontonnya di pawagam pula. “Setakat ini, isteri saya telah memikirkan idea untuk membuat filem daripada drama ‘Nur Kasih’. Filem itu akan menyambung apa yang berlaku seterusnya selepas berakhirnya 26 episod drama ini nanti. Kami hanya memikirkan untuk membuat filem memandangkan cerita ini mendapat sambutan yang hebat. Oleh itu, saya tidak terfikir untuk membuat drama ‘Nur Kasih’ musim kedua. “Saya cuba membuat drama yang nampak seakan-akan filem. Jadi, apabila semua elemen termasuk jalan cerita dan lakonan seseorang pelakon itu bergabung, barulah sesuatu kerja itu akan dilakukan dengan sempurna.”- [sumber] Budiey pun antara penonton setia drama lakonan mantap dari Remy Ishak, Sharifah Sofea, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Ummi Nazeera ini. Memang best, dramatik dan memberi teladan kepada kita. Tahniah sekali lagi! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 02 Nov 2009, 5:57 pm | |
| Gambar Ahmad Dhani di Pelancaran Album Muhammad Dhani & The Swinger Pada 29 Oktober lalu, telah berlangsung Majlis Sidang Media dan Pelancaran Album Muhammad Dhani dan The Swinger di Bangkok Jazz, Chulan Square, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Inilah projek terbaru Ahmad Dhani, vokalis Dewa 19, dalam menongkah ekplorasi dunia muzik, album Muhammad Dhani & The Swinger memperlihatkan sisi berbeza muzikal Ahmad Dhani yang selama ini jarang kita dengar Jangan lupa belikan yang original di pasaran sekarang! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 02 Nov 2009, 5:59 pm | |
| Tiara Jacquelina akan terbit teater ‘Juke Box Musical-Seasons of Love’ JADUAL Datin Tiara Jacquelina sangat padat untuk dua tahun akan datang. Aktres filem Puteri Gunung Ledang ini juga berkata beliau akan menerbitkan sebuah teater muzikal ‘Juke Box Musical-Seasons of Love’ yang akan dipersembahkan di Star Hill pada 3 dan 4 Disember ini. Sementara itu, menyentuh mengenai industri seni teater dalam negara, pelakon ini berkata seni teater boleh menjadi lebih baik. “Saya pasti industri teater boleh berkembang maju sebagai sebuah industri dan ramai juga dapat menerima bidang baru ini dengan baik,” ujar Tiara selepas majlis pra-tonton ‘Media Prima Network Screenings 2010’ pada Jumaat lalu. Pelakon ini tampak elegan dengan potongan rambut pendek dan gaun yang berwarna merah cerah pada majlis itu. Sementara itu, beliau juga gembira teater ‘Cuci The Musical’ yang turut dibintangi oleh pelakon-pelakon yang pernah bekerjasama dengannya dalam menjayakan teater 'Puteri Gunung Ledang' pada tahun 2006. “Saya menghantar mesej melalui ‘Twitter’ kepada semua rakan saya untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan teater ini,” jelas Tiara yang menonton teater tersebut pada hari Sabtu lepas. Menurutnya lagi, teater-teater seumpama ini mampu menonjolkan lebih ramai lagi bakat baru dalam arena seni perfileman negara. “Saya pasti teater muzikal seperti ini mampu menggalakkan lebih ramai peminat untuk menyaksikan teater dalam masa terdekat ini,” kata Tiara. Beliau menambah, secara peribadi bidang seni teater ini memang sentiasa dekat dihatinya. Penerbit dan penggiat teater terkenal ini juga merupakan ibu kepada dua orang anak. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 6 of 12 | Go to page : 1, 2, 3 ... 5, 6, 7 ... 10, 11, 12 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |