|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 11:57 am | |
| Giliran ke IB
Anuar Zain gementar menanti saat bermula konsert istimewa di Istana Budaya esok dan lusa
PADA 1 dan 2 Julai iaitu esok dan lusa, sejarah bakal tercipta buat figura terkenal ini.
Setelah sekian lama menunggu, akhirnya ruang yang dinantikan terbentang di depan mata. Usaha gigih dan tidak pernah mengenal erti putus asa akhirnya terbayar juga apabila si empunya diri diberi peluang untuk membuat konsert solo khas di Istana Budaya dan diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan.
Menghitung detik ketibaan hari yang penuh bermakna itu, penyanyi bersuara mantap, Anuar Zain mengakui perasaannya ketika ini bercampur baur.
“Tidak dinafikan perasaan saya ketika ini memang gementar. Gementar kerana saya sendiri kurang pasti apakah mampu menghasilkan sebuah persembahan yang mampu menghiburkan penonton yang selama ini begitu ternanti-nanti persembahan solo dari saya.
“Semua perancangan sudah diatur. Soal pemilihan lagu, susunan muzik semuanya sudah dilakukan. Cuma apa yang merisaukan adalah tempoh untuk memasang peralatan di Panggung Sari. Disebabkan Konsert Satu Datuk Siti Nurhaliza diadakan beberapa hari sebelumnya, jadi pihak IB meminta sedikit masa untuk kakitangannya menguruskan perkara itu,” kata Anuar kala berkunjung ke Balai Berita, baru-baru ini.
Tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang, Anuar berkata, dia akan menjadikan vokalnya sebagai nadi untuk menghidupkan keseluruhan persembahan pada malam itu.
“Tiada gimik atau apa-apa kejutan. Sebaliknya pada malam itu nanti, vokal saya saja yang akan menjadi pertaruhan serta suasana konsert itu sendiri. Setakat ini semua lagu yang hendak dinyanyikan sudah dipilih. Ada lebih 20 lagu semuanya.
“Tiada lagu Inggeris dan tiada juga medley. Pada malam itu nanti, saya juga akan menyanyikan lagu retro yang amat saya minati seperti Penantian (Harmoni), Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (Flybaits), Epilog Cinta Dari Bromley (Sohaimi Mior Hassan) dan Berdirinya Seorang Perindu (Ibnor Riza).
“Saya juga akan menyanyikan lagu yang pernah saya rakamkan sewaktu berduet dengan Ellina dulu seperti Seruling, Kesan Kelukaan dan kain Pelikat. Lagu ini akan dinyanyikan mengikut segmen yang disediakan nanti,” jelasnya lagi.
Berbeza dengan persembahan yang biasa dilakukannya, Anuar berkata kali ini dia tidak boleh turun dari pentas untuk bertemu peminatnya.
“Kalau untuk persembahan Minggu Setiausaha, bolehlah saya turun dari pentas tetapi di IB memang ada arahan mengatakan penyanyi tidak boleh buat begitu. Tetapi itu bukanlah halangan untuk peminat berhibur dengan saya. Kalau mereka nak bangun, menyanyi dan menari bersama saya malam itu, silakan,” pelawa Anuar.
Pada malam itu nanti Anuar akan diiringi pemuzik 45 Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah bimbingan Mustafa Fuzer Nawi, pemimpin muzik orkestra yang amat digemarinya.
Dari segi jualan tiket, ternyata Anuar tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana sejak mula di jual Jun lalu, tiketnya memang laku bagai goreng pisang panas.Dan tentunya perkara ini menggembirakan hati si empunya diri.
“Setakat ini saya dimaklumkan tiket berharga RM25 dan RM80 sudah habis dijual. Sekarang yang ada berharga seratus ringgit ke atas seperti RM180 dan RM250. Itupun ada di antaranya sudah 80 peratus sudah terjual. Jadi, mana-mana yang masih belum dapatkan tiket, bolehlah mendapatkannya di kaunter Box Office Istana Budaya ataupun tempahan secara online melalui www.ticket2u.biz,” katanya.
Terbit album MTV
SELAMA ini bagi peminat Anuar yang ‘kaki karaoke’ mengeluh kerana sukar mendapatkan lagu penyanyi ini untuk didendangkan di pusat hiburan itu. Masalah ini akan diatasi dengan kelahiran album MTV Anuar Zain yang muncul di pasaran tidak lama lagi.
“Sebelum ini saya memang selalu mendengar rungutan peminat yang teringin nak nyanyikan lagu saya di pusat karaoke, tetapi susah sebab tak ada. Jadi berdasarkan rungutan itu, kami ambil keputusan untuk menghasilkan album karaoke. Semua rakaman klip video sudah siap dan tunggu masa untuk berada di pasaran,” kata Anuar.
Ditanya mengenai perkembangan jualan albumnya di Indonesia yang mula dipasarkan Januari tahun lalu, Anuar berkata sehingga kini dia tidak dapat mendapat maklum balas yang sebenar.
“Apa yang saya tahu album itu hanya terjual sebanyak 5 ribu unit. Selebihnya iaitu reaksi peminat, saya sendiri tidak pasti. Mungkin ini ada kena mengena dengan dasar 90:10 yang negara kita cuba laksanakan. Dan tak mustahil juga mereka ingin melindungi karya mereka dan sebab itulah mereka langsung tidak memberi ruang kepada artis luar seperti kita mencari tapak di sana,” katanya.
Walaupun sambutan yang diberikan kurang memberangsangkan, namun jelas Anuar dia tidak pernah berputus asa dan tetap akan menggunakan khidmat komposer dari Indonesia untuk album terbarunya.
“Memang sedikit kecewa tapi tidaklah sampai nak kata serik .Untuk album akan datang, saya masih menggunakan lagu dari komposer luar. Buat masa ini, kami masih mengumpul material. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, album ini memang mengambil masa untuk disiapkan, mungkin hujung tahun depan baru siap. Harap peminat saya sabar menunggu,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 12:07 pm | |
| Kes mak bapak angkasawan negara tuntut hak jaga cucuKes bapa angkasawan negara tuntut hak jagaan cucu ditangguh SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 12 Ogos ini untuk sebutan semula kes permohonan ibu bapa angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, bagi mendapatkan hak penjagaan dua orang cucu selepas kematian bapa mereka, dua tahun lalu. Hakim Mohamad Khalid Shaee menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak plaintif dan defendan mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan kes itu secara persetujuan bersama. Zuraida Sheikh Ahmad dan Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor memfailkan permohonan pada 23 Dis tahun lepas bagi mendapatkan hak penjagaan dua cucu mereka, Sheikh Aiman Shukor Al-Masrie, 4, dan Siti Balkish Aisha Al-Masrie, 2, mengikut Seksyen 87 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Zuraida, 64, dan Sheikh Mustapha, 74, selaku plaintif menamakan menantu mereka, Haryati Mohd Redza, 31, dan ibu Haryati, Kamar Aziah Abdullah, 61, sebagai defendan. Ibu bapa angkasawan pertama negara itu diwakili peguam syarie Zulqarnain Lukman manakala Haryati dan Kamar Aziah diwakili peguam syarie Suriati Abdul Ghani. Kedua-dua pihak plaintif dan defendan bagaimanapun tidak hadir di mahkamah hari ini. Sheikh Aiman dan Siti Balkish merupakan anak kepada adik Dr Sheikh Muszaphar, Sheikh Mustapha Al Masrie, 32, seorang jurutera awam, yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 27 Oktober 2007,selepas koma seminggu akibat kecederaan di kepala kerana terhantuk pada tiang di sebuah restoran di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Allahyarham bernikah dengan Haryati, seorang eksekutif akaun di MIMOS Bhd, pada 6 September 2003. Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Zulqarnain berkata anak guamnya memfailkan permohonan itu dengan alasan mereka telah memelihara dan mengasuh kedua-dua cucu mereka sejak kanak-kanak berkenaan dilahirkan. Zulqarnain bagaimanapun enggan memberitahu pemberita alasan-alasan lain yang turut disertakan dalam permohonan itu. Haryati dalam pernyataan pembelaannya antara lain menyebut bahawa hak penjagaan kedua-dua anaknya harus diberikan kepadanya memandangkan beliau adalah ibu kandung mereka. "Buat masa ini mahkamah telah mengeluarkan perintah interim (sementara) bahawa anak guam saya boleh melawat cucu-cucu mereka setiap dua minggu sekali dan memberi nafkah sebanyak RM400 sebulan berdasarkan persetujuan bersama sehingga kes ini selesai. "Selama ini pun anak guam saya yang menanggung cucu mereka dan kedua-dua cucu mereka kini sedang berada di Eropah kerana mengikuti bapa saudara mereka, Dr Sheikh Muszaphar (angkasawan negara)," katanya. Suriati pula memaklumkan bahawa anak guamnya mempunyai satu lagi kes di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya iaitu permohonan tuntutan nafkah anak yang difailkan terhadap Zuraida dan Sheikh Mustapha dan kes itu ditetapkan pada 7 Julai untuk sebutan semula. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 12:10 pm | |
| Soseh Soseh: Giliran Damian, Nadia pula TAHUN ini memang ramai artis tempatan memilih untuk menamatkan zaman bujang mereka terutama sepanjang Jun. Antaranya Catriona Ross, Maya Matahari, Nikki Palikat dan Dang Suria Zainordin. Gitaris Meet Uncle Hussain (MUH), Taja pula melangsungkan pertunangan dengan Nafisah Mohd Khir, Jumaat lalu. SS difahamkan, mereka bertunang selama setahun. Berita terbaru SS dengar,anggota kumpulan VE yang juga komposer terkenal yang pernah mencipta lagu rancak, Siti Situ Sana Sini yang dimuatkan dalam album Transkripsi Datuk Siti Nurhaliza, Damian Mikhail Seet, 31, dan pasangannya, Nadia Dayana Mohd Yahya (Nadia), 21, akan melangsungkan hari bersejarah mereka pada Oktober ini. Menurut rakan SS, pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi mereka pada 3 Oktober ini di Tumasek Beach, Hotel Avillion, Port Dickson. Kata rakan SS, Damian dan pasangannya memilih konsep perkahwinan di tepi pantai pada hari bersejarahnya itu. Damian juga dikatakan sudah membayar deposit yang juga sebahagian daripada kos majlis resepsinya di pusat peranginan terkemuka itu yang membabitkan kos RM30,000. Tidak cukup dengan itu, mereka sudah menempah 20 bilik termasuk chalet di atas air untuk saudara-mara terdekat membabitkan kedua belah pihak. Khabarnya, pasangan ini mengundang band khas untuk menghiburkan kira-kira 120 tetamu pada malam itu. Bagaimanapun, SS tidak dapat maklumat pula bilakah pasangan ini melangsungkan majlis pernikahan mereka sama ada di masjid ataupun dikediaman bakal pengantin perempuan di Kota Damansara. Cuma yang SS tahu, Damian yang kini mempertaruhkan single terbaru solonya, Jelita sudahpun mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu yang juga bulan sama ketika dia memeluk agama Islam. Apapun, sekalung tahniah warga SS ucapkan kepada Damian dan Nadia kerana bakal membina masjid yang diimpikan selama ini. Selepas berita ini tersiar, SS harapkan, Damian akan melayangkan kad undangan perkahwinan mereka kepada warga SS supaya kami dapat merakamkan gambar hari bersejarahnya itu buat pembaca setia akhbar ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 12:15 pm | |
| Ning Baizura & Maya Karin masuk Gereja.......!!! Akhirnya, sampailah ke saat yang dinantikan, pasangan dua sejoli ini, Audi Mok Chuang Yew dan Nikki atau nama sebenarnya, Nicoletter Louisa Palikat. Pernikahan gilang-gemiliang ini dilangsungkan di Gereja St. Francis Xavier, tempat bergemanya lafaz ikrar janji setia dari Audi Mok di hadapan seorang paderi. Ramai juga selebriti yang menghadirkan diri seperti Ning Baizura, Jaclyn Victor, Maya Karin, Vince dan ramai lagi bukanker masuk gereja bagi org islam adalah haram??? or aku ni konfius agama... or artis-artis sendiri tak fikir langsung sensitiviti orang islam kat negara islam cam Malaysia ni or artis2 melayu islam yang nama je islam tapi dah tukar agama or who cares about religion?????? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 12:21 pm | |
| Hukum Masuk Ke Gereja
Hukum dasar seorang muslim masuk ke gereja adalah mubah atau boleh. Namun bila di dalamnya sedang diadakan upacara keagamaan, maka kita diharamkan hadir di dalamnya. Meski pun ada juga yang tidak mengharamkannya. Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja.
1. Yang Memakruhkan
Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahawa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir. Sebab
tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syaitan bukan kerana seorang muslim tidak mempunyai hak untuk memasukinya.
2. Yang Membolehkan
Para ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulamaSyafi'iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya.
Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut.
Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana' jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572.
Oleh karena itu hukum memasuki gereja seperti halnya untuk menghadiri perkawinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan. Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. Meskipun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja) kecuali jika perlu dan mendesak.
Yang Mutlak Diharamkan
Sedangkan hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram. Sahabat Umar bin Al-Khattab ra berkata: "Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 12:29 pm | |
| Queen Elizbeth plak, p'nh msuk Masjid... Dia hormat lg plak tue.... [walaupun isu nie b'beza]
Britain'sQueen Elizabeth II (R) wraps a scarf around her head as she takes awalk in the Green Mosque during her visit to Bursa, Turkey on 14 May2008. Britain's Queen and The Duke of Edinburgh are in Turkey for 4days official visit. EPA/RIZA OZEL |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 12:30 pm | |
| 2. Yang Membolehkan
Para ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulamaSyafi'iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya.
Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut.
Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana' jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572.
Oleh karena itu hukum memasuki gereja seperti halnya untuk menghadiri perkawinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan.
Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. Meskipun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja) kecuali jika perlu dan mendesak.
Alhamdulillah dah terjawab.... so dibolehkan masuk gereja asalkan tidak bertentangan dgn aturan - aturan agama. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 12:37 pm | |
| Soseh Soseh: Salwa terima Datuk Seri Pengiran
PETANG Khamis lalu, rakan SS ada menghadiri majlis minum petang Persatuan Karyawan (Karyawan) bersama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim diPerbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang. Walaupun, petang itu Rais tidak dapat hadir, namun majlis tetap berlangsung dengan jayanya kerana menteri diwakili Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Kamaruddin Siaraf. Apapun, pada majlis itu turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada ahli jawatankuasa (AJK) Karyawan. Hendak dijadikan cerita, rakan SS yang ada di situ terkejut apabila pengacara majlis Azizul Khamis memanggil penyanyi Salwa Abdul Rahman dengan panggilan 'Datuk'. Terpaku rakan SS dibuatnya kerana bila pula Salwa menerima anugerah itu? Selaku orang media, setakat ini nama Salwa belum lagi tersenarai sebagai penerima anugerah pada hari ulang tahun keputeraan sultan di negara ini. Jadi,rakan SS tertanya-tanya siapa pula yang menganugerahkan gelaran berkenaan kepada penyanyi era 80-an berkenaan. Risik punya risik, baru rakan SS dapat tahu Salwa termasuk dalam kelompok enam artis tempatan yang dilaporkan menerima pingat Seri Pengiran Diraja Sulu (SPDS) daripada Kesultanan Sulu yang membawa gelaran Datuk Seri Pengiran. Khabarnya anugerah itu dikurniakan Sultan Sulu dan Borneo Utara, iaitu Sultan Rodinood Kiram II yang pasti memberikan pingat kebesaran baginda kepada artis dipilih sempena ulang tahun keputeraan baginda setiap tahun sejak 2002. Wah! Hebatnya. SS ingatkan selama ini artis kita hanya mendapat anugerah daripada kerajaan Mindanao saja. Tetapi, sebaliknya, ada juga daripada Kesultanan Sulu. Nampaknya, sekarang ini semakin ramai artis tempatan bergelar 'Datuk'. Bukan saja diterima daripada raja Kesultanan Melayu tetapi pihak luar pun berminat memberi anugerah berprestij itu. Namun, apa yang SS hairan, apakah anugerah diterima daripada pihak luar selain daripada Sultan di negara ini diiktiraf kerajaan? Maklumlah, terasa begitu mudah sangat untuk memiliki gelaran 'Datuk' itu. Memanglah anugerah wajar diberikan sebagai penghargaan sebelum seseorang meninggal dunia. Tetapi, dalam soal Salwa ini SS memang keliru sebab dari pihak luar. Justeru, diharapkan pihak kementerian atau persatuan Seniman sendiri dapat memantau keadaan ini. Ia penting supaya 'imej' sesuatu anugerah itu terpelihara dantidak diberikan sewenang-wenangnya. Tidaklah, dapat saja anugerah terus dipanggil 'Datuk'. Kalaulah semudah itu, SS percaya selepas ini makin ramai artis akan bergelar 'Datuk'. Selain Salwa, SS dapat tahu ada beberapa artis lain yang dilaporkan menerima anugerah sama seperti penyanyi 60-an Jeffrey Din dan L Ramli, pelakon Mat Sentul, Azizul Khamis dan Sheqal. Apapun,semoga teguran membina SS ini tidak mengguris hati sesiapa pun kerana ia untuk kebaikan semua pihak. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 2:08 pm | |
| salam sally.. wah lama tak masuk sini..klu ketinggalan dunia hiburan sini lah tempatnyerr..
caya lah sally hidupkan ruang sensasi nie,,hehe..
keep it up.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 2:55 pm | |
| - deqlis wrote:
- salam sally..
wah lama tak masuk sini..klu ketinggalan dunia hiburan sini lah tempatnyerr..
caya lah sally hidupkan ruang sensasi nie,,hehe..
keep it up.. besalah...xsah klu xmsuk cni deqlis pun dh lama xmsuk...cbuk ker? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 2:57 pm | |
| Konsert Eksklusif ‘SATU’ Siti tiada tanding taranya!
KONSERT Eksklusif 'SATU' Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini penuh dengan jiwa.
Luahan rasa yang disampaikan oleh penyanyi tersohor negara ini menerusi lebih 30 buah lagu medley dapat dirasakan oleh penonton dengan bantuan visual, kesan bunyi dan props.
Boleh dikatakan semua lagu yang dinyanyikan menunjukkan pelbagai rasa- marah, sedih, keliru dan gembira.
Siti pandai mengekspresikan wajahnya mengikut alunan dan mood lagu dengan bantuan muzik tradisional, 'live band' dan 'strings' di bawah pimpinan Pengarah Muzik Aubrey Suwito.
Konsep pentas yang disusun begitu cantik dan indah sekali mampu menarik minat penonton untuk tidak berganjak dari kerusi masing-masing agar mereka tidak terlepas sedikitpun biarpun acara selingan.
Acara selingan yang dimaksudkan adalah acara pemuzik menunjukkan kehebatan mereka bermain alat muzik seperti gendang, drum, biola termasuk tarian.
Siti membahagikan persembahannya dengan pelbagai segmen sepanjang dua jam 10 minit itu.
Antaranya adalah segmen medley lagu tradisional terbaik daripada Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah, medley balada dan medley rancak.
Siti begitu pandai menyusun lagu dengan bantuan pengarah konsert dan koreografer terkenal Pat Ibrahim dan penyelaras konsert, kakak ipar dan pengurus Siti, Rozie Abd Razak.
Segmen lagu yang menaikkan nama Siti dalam industri diadunkan menerusi lagu ‘Jerat Percintaan’, ‘Purnama Merindu’, ‘Bukan Cinta Biasa’ dan ‘Cinta Ini’.
Seterusnya lagu tradisional di mana Siti berkata dia mendapat didikan daripada arwah abahnya, Tarudin Ismail dan ibu Siti Salmah Bachik serta komposer atau digelar 'Bapa Irama Malaysia', Pak Ngah dengan nyanyian lagu ‘Cindai’, ‘Balkis’ dan ‘Bulan Yang Mesra’.
Visual kilat dan api yang membara mengambil alih pentas menceritakan tentang pergolakan atau gosip yang melanda diri Siti.
Selepas itu, lagu balada seperti ‘Pendirianku’ dinyanyikan ala-ala konsep 80-an dan retro turut memukau penonton, diserikan lagi dengan lagu ‘Pada CintaNya’ dan ‘Ku Mahu’ yang menjadi lagu tema drama bersiri ‘Spa Q’.
Medley Balada 1 pula mengiringi konsert itu dengan penyampaian lagu ‘Bisakah’ yang merungkai episod melankolik yang melanda diri Siti yang dinyanyikan dalam nada marah dan geram, diikuti dengan lagu ‘Dialah Di Hati’ yang meredakan semula nada amarah tadi.
Siti turut menghidangkan penonton dengan lagu-lagu yang menggambarkan dirinya sedang dilamun cinta seperti lagu ‘Mulanya Cinta’ dengan iringan muzik erhu, termasuk lagu ‘Debaran Cinta’, ‘Ku Milikmu’, ‘Wanita’, ‘Bila Harus Memilih’, ‘Cuba Untuk Mengerti’ dan ‘Biarlah Rahsia’.
Lagu yang menunjukkan permulaan hubungan Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu cuba disampaikan oleh Siti dengan penuh mendalam di mana dia berkata:
“Sebagai manusia, kita kena membuat keputusan yang kadangkalanya disukai atau tidak. Selagi berpandu pada petunjuk dan yakin dengan apa yang diingini dan mengikut jalan yang diinginkan, saya akan buat keputusan berdasarkan media dan peminat.
“Apa yang dilalui, Siti terima dengan terbuka dan redha dan mengambil keputusan orang yang saya sayang dan baik seperti Datuk K yang juga menyayangi saya dengan baik.”
Seterusnya, Siti mempersembahkan lagu yang dicipta olehnya dengan luahan rasa cinta terhadap suaminya, ‘Cahaya Cinta’.
Selepas itu, lagu ‘Siti Situ Sana Sini’, ‘Destinasi Cinta’ dengan koreografi yang menarik dan disukai penonton sebelum mengakhiri persembahan dengan lagu terbarunya, ‘Di Taman Teman’.
Setiap persembahan Siti sentiasa mendapat tepukan gemuruh daripada penonton dan tidak membosankan dengan pengisian lagu-lagu yang menyedapkan halwa telinga. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 2:59 pm | |
| Gambar Tony Eusoff Bersama Kekasih
Waktu majlis sidang media dan Pra Pelancaran Celeb Nexus Komuniti Premium petang tadi, Budiey ada nampak ramai jugak la fotografer ambik gambar sepasang kekasih ni, Tony Eusoff dan juga bekas PR ntv7 yang lawa lagi seksi, Dawn Jeremiah. Budiey pun join la sekali, ambik gambar. Ingat ke diorang ni nak buat featuring ke apa ke. Tapi korek punya korek, Tony dan Dawn ni rupanya loving couple.
Hubungan pasangan romantik ini mula berputik selepas membintangi Sadiq & Co dan semakin serius awal tahun lalu. Adat berkasih dengan insan popular, Dawn tidak menafikan banyak gangguan terpaksa ditelan. Namun berkat kesabaran dan kejujuran, cabaran itu dapat dihadapi dengan tenang.
“Ada juga peminat Tony melemparkan kata-kata menyakitkan hati, tetapi saya pekakkan telinga. Tiada istilah cemburu atau sangsi dalam hubungan kami kerana saya yakin dengan kejujuran Tony. Dia suka berterus-terang, malah sebelum melakukan sesuatu perkara, dia akan memberitahu saya terlebih dulu. Saya senang dengan sikap Tony yang penyayang, kelakar dan mengambil berat. Dia juga berpengetahuan luas dan fasih bertutur banyak bahasa, termasuk Inggeris, Melayu, Mandarin, Kantonis, Bidayuh, Sabah dan Sarawak. Bercakap dengannya tidak pernah buat saya rasa bosan. Mungkin kerana kami banyak persamaan, baik daripada segi sikap mahupun falsafah hidup,” kata Dawn yang sangat memahami jadual padat Tony dan sesekali singgah ke lokasi penggambaran untuk menjenguk buah hatinya.
Sebenarnya, Budiey tak tahu pun diorang ni dah pun dua tahun bercinta. Budiey kenal Dawn Jeremiah rasanya dah lama, tapi tak pernah tanya tentang personal dirinya. Dawn yang dulunya pemenang tempat kedua pertandingan Ratu Cantik Malaysia 2007/2008 juga pernah hadir di Parti Ulangtahun Sensasi Selebriti ke-2 di Berjaya Times Square, kira banyak jugak Dawn tolong kasi bahan dari ntv7. Tapi dengar-dengarnya, Dawn dah bertukar angin dan bekerja dengan stesen TV popular untuk mengendalikan satu channel TV baru. Good luck, Dawn!
Cuma, Budiey nak ucap selamat berbahagia kepada pasangan ini. Semoga cinta korang berputik hingga ke ujung nyawa. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 3:00 pm | |
| Penyanyi Yassin Ada Masalah Tekanan Emosi PENYANYI dan komposer lagu irama nasyid terkenal, Muhammad Yassin Sulaiman atau Yassin, 33, kini telah pulih daripada tekanan emosi setelah dimasukkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Hal ini disahkan oleh isterinya, Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain atau Eena yang memaklumkan Yassin telah keluar dari hospital dan sudah kembali melakukan kerjanya yang tertangguh sebelum ini.
Sebelum ini, Yassin dikhabarkan telah jatuh sakit akibat terlalu sibuk dengan kerja.
Bagaimanapun, Eena enggan memberikan komen lanjut mengenai sebab-musabab, bila dan di mana suaminya berada sebelum ini.
“Dia dah ‘ok’ selepas keluar dari hospital. Situasi yang dia hadapi merupakan sebahagian daripada hidupnya. Ada hari kita ‘ok’, dan ada hari kita tak ‘ok’. Kadangkala kita berada di atas dan kadangkala kita berada di bawah. Saya tak nak komen pasal tu,” kata bekas wartawan hiburan New Straits Times ini.
Jelasnya, jika orang bertanyakan tentang Yassin, dia hanya mampu menjawab, “Apa seorang isteri patut buat… Saya tak nak cerita apa-apa lagi. Biar dia yang buat kenyataan nanti pasal sakit apa, bila dia masuk hospital..biar dia jawab kemudian. Sekarang, dia sedang menyiapkan kerja yang dia dah janji dengan orang untuk siapkan sebelum ini. Jadi, dia kena tepati janji. Lepas tu biar dia rehat sikit dan selepas itu baru dia akan bersedia untuk menjawab soalan daripada pihak media,” ulas ibu kepada dua orang anak - Sameer, 5 dan Malaika, 1.
Sejak Yassin dimasukkan ke dalam hospital, berita itu masih menjadi ‘misteri’ dikalangan para pengikut industri tempatan. Sehingga baru-baru ini ada telahan yang mendakwa Yassin terlibat dengan dadah sehingga dimasukkan ke wad psikiatri. Bagaimanapun, Eena hanya tergelak apabila mendengar cerita tersebut.
“Cerita itu merupakan perkara baru dan pertama kali saya dengar. Tapi cerita pasal dadah tu tak betul. Ia hanya spekulasi dan merepek. Dia boleh duduk dan terangkan tentang semua perkara termasuk pelbagai spekulasi nanti,” jawab Eena yang turut bertindak selaku pengurus Yassin.
Eena yang menguruskan kerjaya suaminya sebagai penyanyi dan komposer lagu-lagu berentak ‘world music’. Terbaru, Yassin tampil dengan album Arus Qudus yang memuatkan lagu Arus Qudus, Kau Yang Mengetahui dan Bismillah. Selain menggubah lagu untuk albumnya, Yassin turut mencipta lagu untuk penyanyi Bienda dan Akhbar.
Yassin juga pernah berlakon dalam tiga buah filem iaitu Syukur 21, No Problem dan Mendam Berahi. Sebelum ini, Yassin pernah mengaku menghidapi krisis identiti ketika mula-mula bergerak secara solo dalam nyanyian (2001 hingga 2005). Sebelum itu Yassin pernah menyertai kumpulan nasyid Brothers.
“Ia bukanlah sesuatu yang asing sebab penyakit ini sebenarnya sudah mula menyerang manusia sejak zaman dahulu lagi cuma orang ramai tidak begitu arif dan tidak ambil peduli. Kenyataannya, lebih 80 peratus jumlah manusia di muka bumi ini melalui masalah yang sama ketika meningkat dewasa,” katanya yang dipetik dari sebuah akhbar perdana. [sumber] |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 3:04 pm | |
| Abby, Norman Mesra Sempena Hari Bapa
Hampir lapan bulan selepas kes tangkap basah Norman, yang membawa kepada perceraiannya, perhubungannya dengan Abby kini lebih tenang. Yang lebih pentingnya, mereka dapat berfungsi sebagai ibu bapa buat ketiga-tiga orang anak mereka. Walaupun sudah tidak lagi tinggal sebumbung, rutin Norman sebelum ini seperti menghantar anak-anak ke sekolah diteruskan seperti biasa. Jika Abby perlu ‘outsation’ untuk menjalani penggambaran, anak-anak akan diletakkan di bawah penjagaan Norman.
“Abby akan memaklumkan saya dan untuk tempoh masa itu, saya akan tinggal di rumahnya untuk menjaga anak-anak. Kami kerap berkomunikasi, berbincang tentang perkembangan anak-anak, pelajaran mereka. Perhubungan kami semakin baik kerana kami tidak melibatkan perkara-perkara peribadi dan emosional.
“Ikatan kami tidak terlerai disebabkan anak-anak. Saya akui saya mempunyai kelemahan. Bagi saya, apa yang berlaku sebahagian daripada perjalanan hidup saya.”
Ditanya tentang penerimaan anak-anak terhadapnya, dedah Norman, mereka seperti biasa.
“Mereka masih dekat dengan saya, macam biasa. Mereka menerima apa yang berlaku kerana ia jalan terbaik buat ibu bapa mereka. Apa yang ditulis sebelum ini tentang hubungan saya dengan anak-anak, bagi saya lebih kepada yang dramatik. Oleh itu, saya tidak ambil ‘pot’ tentangnya.
“Seboleh mungkin, saya tidak mahu mereka dipengaruhi dengan benda-benda negatif seperti itu, yang boleh menjejaskan minda mereka,” kata Norman yang turut memberitahu anak-anaknya tidak pernah diejek disekolah atas apa yang berlaku diantara dirinya dan Abby. -Gua Mereka juga nampak mesra kembali selepas ditemui pada Hari Bapa baru-baru ini, dengan mengajak anak-anak mereka yang bernama Danish,Dania dan Danisha keluar berjalan bersama-sama. So bahagia |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 3:05 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 3:13 pm | |
| Inspirasi lambang transformasi Ayu
KATA Ayu, dia tidak kisah kalau orang menyamakan imej barunya dengan personaliti tersohor dunia, Oprah Winfrey. Baginya,itu satu penghormatan.
NTAH mengapa, kisah peribadinya yang lebih banyak dijaja berbanding kariernya yang baru sahaja hendak bercambah.
Adakah dengan statusnya sebagai seorang jutawan muda sementelah menjuarai pertandingan realiti One In A Million musim kedua (OIAM 2) tahun lalu menjadikan Norayu Damit atau Ayu menyebabkan orang kurang senang dengan gelaran yang menjadi miliknya itu?
Atau mungkinkah Ayu sendiri telah menjadi seorang yang lupa diri setelah dirinya mula diuliti dengan kemewahan dengan wang RM1 juta yang dimenanginya?
Ya, seorang gadis kampung dari Putatan, Sabah yang datang ke kota metropolitan yang mahu mengubah kehidupan keluarganya dengan menjadikan dunia nyanyian sebagai mata pencarian.
Namun, dek kerana limpahan dan kemewahan dunia glamor yang sinarannya hanya sementara, ia mampu mengubah diri seseorang itu dengan sekelip mata sahaja.
Kedengaran agak klise tetapi itulah yang digambarkan tentang Ayu sehingga kisah kurang manis tentang gadis genit ini sering kali dipaparkan di media.
Biarpun ada sesetengah laporan tidak menamakan siapakah gerangan insan yang dimaksudkan dalam ruangan gosip khususnya, tetapi ia lebih menjerumus kepada Ayu.
Malah, ada juga yang membisikkan khabar angin yang mengatakan Ayu adalah seorang yang degil dan keras kepala sehingga kata-kata orang tidak langsung dipedulikan.
Sewaktu mengunjungi ibu pejabat Utusan Malaysia baru-baru ini, dengan tenang Ayu memberikan penjelasannya.
Dia tahu tentang apa yang diperkatakan orang sekeliling terhadap dirinya tetapi sedar akan dirinya yang masih mentah dalam dunia seni, dia hanya membiarkan kisah-kisah itu berlalu sepi.
Dengan nada berhemah, anak sulung daripada lima beradik ini memberitahu apa sahaja kisah yang tidak benar tentang dirinya, dia tidak akan ambil pusing.
Baginya, hanya dirinya sahaja yang tahu kebenaran di sebalik kisah-kisah itu. Yang pasti, dia sesekali tidak akan cepat melatah.
“Saya sedar saya masih baru dalam bidang seni. Baru sahaja setahun dan langkah saya masih lagi jauh. Saya sendiri tidak mengerti mengapa saya sering kali menjadi sasaran sesetengah pihak yang cuba mencari kesalahan saya.
“Tentang cerita yang mengatakan saya sering kali bersosial sehingga lewat malam, saya tidak menafikan perkara itu kerana saya memang ada keluar bersama kawan-kawan saya.
“Tetapi, saya tahu menjaga diri dan batas-batas yang perlu dijaga. Saya masih muda dan rasanya tidak salah untuk saya bersosial serta menghabiskan masa bersama rakan-rakan,” ujarnya sambil menafikan sudah lupa diri sebaik sahaja melangkah ke dunia seni.
Walau apa pun yang terjadi, kata Ayu, dia menerima segala kritikan dan menelan tohmahan terhadap dirinya kerana baginya itulah pembakar semangat untuk terus membina namanya sebagai seorang penyanyi.
Cuma, dia tidak mahu peminat dan masyarakat akan terus memandang serong kepadanya semata-mata kisah yang tidak elok tentang dirinya sering sahaja di paparkan.
Kalau boleh, biarlah kisah karier yang dicanangkan lebih-lebih lagi setelah album perdananya, Inspirasi baru sahaja dipasarkan bulan lalu.
Ternyata, dari riak wajah dan nada suaranya sudah cukup menggambarkan penantiannya selama setahun cukup berbaloi dengan kelahiran Inspirasi.
Kata penyanyi berusia 19 tahun ini, Inspirasi merupakan produk yang cukup dibanggakannya sementelah ramai nama besar dalam industri terlibat di dalam albumnya itu.
Antara komposer hebat yang menyumbangkan idea kreativiti masing-masing ialah Aubrey Suwito, Azlan Abu Hassan, Kieran Kuek, Audi Mok dan Ajai.
“Masakan tidak, ramai yang bertanya tentang album saya selepas single pertama Hanya Di Mercu mendapat sambutan yang menggalakkan. Saya tidak menafikan jika hanya berbekalkan satu single sahaja ia tidak mampu memanjangkan hayat seseorang penyanyi itu.
“Jadi, dengan kelahiran Inspirasi ini saya mengharapkan ia mampu diterima dengan baik oleh peminat serta pecinta muzik sekalian kerana saya sudah memberikan terbaik.
“Malah, Inpirasi menonjolkan kematangan saya selepas setahun menjuarai OIAM 2,” katanya penuh bersungguh tentang album yang memuatkan sembilan buah lagu itu.
Ditanya tentang proses rakaman album Inspirasi pula, Ayu bersyukur kerana diberi peluang dan kebebasan oleh syarikat rakamannya, Monkey Bone untuk berkongsi idea dalam menentukan hala tuju muziknya.
Ternyata, pop balada yang dipertaruhkan Ayu untuk Inspirasi dan sepanjang proses rakaman album, dia mempelajari serta mengutip pengalaman yang cukup berharga.
Dengan menyertai kelas vokal di bawah tunjuk ajar oleh Lah Ahmad dalam usaha untuk membaiki mutu vokalnya, Ayu sendiri gembira dengan perubahan dirinya kini.
Bukan itu sahaja, dia juga ada berguru dengan Fatimah Abu Bakar untuk memperbaiki skil komunikasinya.
Kata Ayu, semua itu adalah inisiatif dirinya dan Monkey Bone dalam memberikan yang terbaik untuk album Inspirasi dan dirinya sebagai seorang penyanyi baru.
“Setiap lagu mempunyai karakternya tersendiri dan saya sudah memberikan yang terbaik.
“Bimbang juga ketika rakaman saya tidak mampu memuaskan hati komposer tetapi dengan tunjuk ajar mereka, saya dapat memberikan seperti mana yang mereka kehendaki,” kata Ayu yang akan menginjak usia 20 tahun pada 12 Julai ini.
Selepas Hanya Di Mercu, single kedua Ayu berjudul Inspirasi Abadi yang kini mula berkumandang di corong radio dilihat mampu untuk mengukuhkan nama Ayu di persada seni tanah air.
Malah, lagu ciptaan Aubrey Suwito itu semakin mendapat tempat dan mula mendaki carta lagu-lagu popular.
Berkongsi cerita
Lagu-lagu lain seperti Ku Miliki Abadi, Cinta dan Hidup, Alam Asmara dan Ku Peluk Dunia juga mampu menarik perhatian peminat.
Ayu juga sempat berkongsi cerita tentang lagu yang paling digemarinya iaitu Cinta dan Hidup yang dicipta oleh Ajai manakala liriknya nukilan Slen.
“Lirik dan melodi lagu itu cukup indah dan mempunyai penceritaan dengan maksud yang mendalam. Malah, saya perlu menghayatinya dengan penuh emosi sehingga perlu mengulangi proses rakaman sebanyak empat kali,” cerita Ayu panjang lebar.
Dalam pada itu, Ayu bersyukur dan gembira kerana namanya masih lagi mendapat tempat dalam acara anugerah di negara ini.
Namanya pernah tersangkut sebagai salah seorang lima finalis dalam Anugerah Bintang Popular dan Anugerah Industri Muzik yang lalu.
Bukan itu sahaja, namanya juga berjaya membolosi senarai pencalonan dalam Shout! Awards dan Anugerah Planet Muzik yang bakal berlangsung pada 17 dan 18 Julai ini.
Untuk Shout! Awards, dia tercalon dalam kategori Powerful Vocal Awards dan bersaing hebat dengan Datuk Siti Nurhaliza, Dina, Jaclyn Victor serta vokalis Meet Uncle Hussain dan Love Me Butch iaitu Lan dan Syarul Reza.
Manakala untuk Anugerah Planet Muzik, Ayu menghadapi persaingan yang bukan calang-calang apabila ditempatkan dalam kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik (Artis Baru Wanita Terbaik) bersama-sama Aura Kasih, Cinta Laura, Nana, Stacy dan Yuna.
“Setidak-tidaknya dengan pencalonan saya dalam mana-mana anugerah membuktikan kehadiran saya masih lagi diterima dan diperhatikan. Secara tidak langsung, bakat saya diiktiraf biarpun belum berkesempatan untuk menggenggam anugerah.
“Saya juga bakal mengadakan persembahan pada Anugerah Planet Muzik. Peluang itu benar-benar buat saya teruja kerana inilah platform terbaik untuk menonjolkan bakat saya di negara luar,” ujarnya penuh teruja. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 3:42 pm | |
| Lega tak ulang-alik mahkamah
KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara Nur Fazura Sharifudin (gambar) kini mempunyai alasan kukuh untuk menarik nafas lega.
Ini kerana Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskan Fazura daripada tuduhan mencederakan seorang suri rumah di sebuah bar lima tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Zainal Azman Ab. Aziz memutuskan demikian setelah mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mazlan Jamaludin yang menyatakan hasrat pendakwaan untuk menarik balik rayuan tersebut.
Fazura yang hadir bersama peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, beliau turut bersyukur kerana tidak perlu lagi datang ke mahkamah bagi menghadiri kes tersebut.
"Sudah lima tahun saya turun naik mahkamah, sekarang baru saya betul-betul lega, hidup ini pendek," jawabnya kepada media dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibir. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 3:48 pm | |
| Elza teruskan perjuangan Azean
AZEAN Irdawaty bersama anaknya, Elza Irdalynna yang juga merupakan penerbit The Things We Have Lost.
KATA orang, 'ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'. Itu mungkin peribahasa yang boleh menggambarkan tentang perjuangan Azean Irdawaty bersama anaknya, Elza Irdalynna dalam dunia lakonan tanah air.
Meskipun menderita barah payu dara dan hanya bergerak dengan kerusi roda, tetapi ia tidak menghalang Azean untuk memberi sokongan serta tunjuk ajar kepada anaknya itu dalam bidang lakonan.
Elza, 22, merupakan anak seniwati itu yang paling cenderung mengikuti jejak langkahnya dalam bidang lakonan termasuklah filem dan pementasan teater sejak kebelakangan ini.
Azean selaku penaung syarikat produksi Elektric Minds Project (EMP) misalnya, tidak putus-putus memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada Elza selaku pelakon teater The Things We Have Lost terbitan syarikat tersebut.
Kata bekas penyanyi popular tahun 1970-an ini, Elza telah menunjukkan minat serta komitmen yang tinggi bersama EMP bagi menggilap bakat lakonannya selain memeriahkan lagi dunia pementasan teater tempatan.
"Minat dan passion (keghairahan) Elza dalam bidang lakonan saya dapat rasakan, begitu juga dengan diri saya dalam bidang ini yang tidak pernah pudar. Penyakit barah yang saya hidapi kini tidak menjadi halangan untuk saya untuk terus bergiat dalam bidang ini.
"Saya suka melihat generasi muda termasuklah anak saya itu menubuhkan grup teater seperti ini. Saya lihat mereka saling bekerjasama cari dana, tulis skrip, mengarah dan menerbitkan teater ini dengan bersungguh-sungguh.
"Saya sentiasa memberi galakan dan berharap lebih ramai anak muda ada sikap seperti ini kerana mereka adalah generasi pelapis aktivis teater pada masa depan," katanya pada sidang media The Things We Have Lost di PJ Live Arts, Jaya One, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Pada majlis itu, Azean turut bersedia memberi bimbingan bukan sehaja kepada Elza tetapi juga para tenaga kerja lain yang terbabit menjayakan teater tersebut.
Menerusi teater Inggeris arahan Marvin Wong itu, Elza bukan setakat bertindak selaku penerbit tetapi beliau turut melakonkan dua watak iaitu sebagai Allie dan Liz.
Sebagai pelakon baru, Elza tidak menafikan ibunya itu banyak memberi semangat serta tunjuk ajar dalam bidang lakonan supaya bakatnya dalam dunia pementasan teater dapat dikembangkan lebih jauh pada masa depan.
"Sebelum ini saya pernah berlakon filem Talentime arahan Yasmin Ahmad. Selain itu, saya juga menerima tawaran berlakon beberapa buah drama. Tetapi buat masa ini saya lebih tumpu pada pementasan dan penerbitan teater.
"Ini kerana kalau dalam teater saya dapat menimba lebih banyak pengalaman melalui sesi latihan yang diadakan sebelum pementasan. Pada masa depan, kalau boleh saya juga mahu mengarah tidak kiralah sama ada teater ataupun filem," ujarnya.
The Things We Have Lost yang akan dipentaskan di PJ Live Arts, Jaya One, Petaling Jaya, pada 12 hingga 16 Ogos ini mengenakan bayaran berkonsepkan sumbangan derma berjumlah RM20 dan ke atas.
Antara pelakon yang akan menjayakan pementasan itu ialah Justin Wong yang melakonkan watak Martin dan Peter, Nicole Fuchs (June, Alexe), Sham Sunder (Sam, Eric), Mikey Tai (Alan, Horatio) dan Natalya Molok (Kris, Leona).
Jelas Elza, selain menerbit, berlakon dan mementaskan teater Inggeris dan Melayu, EMP yang ditubuhkannya turut menghasilkan skrip bersama beberapa rakannya seperti Calvin Wong, Alex Chua dan Adeline Ong yang menjalankan aktiviti pementasan dalam EMP.
"Kami mengalu-alukan skrip daripada luar selain skrip yang kami tulis sendiri. Jika skrip yang kami terima itu bermutu dan sesuai dipentaskan, maka kami akan cuba mementaskannya di PJ Live Arts pada masa depan.
"Skrip-skrip yang berada dalam simpanan kami akan dipelihara hak ciptanya dan kami juga akan memberi royalti kepada penulis skrip terbabit mengikut syarat-syarat yang dipersetujui bersama," katanya.
The Things We Have Lost merupakan gabungan enam skrip yang dijadikan sebuah cerita mengisahkan tentang tiga anak yang sedang memikirkan untuk menjual rumah masing-masing yang penuh dengan nostalgia.
Pada masa sama, muncul seorang wanita berpistol yang mahu memperbaiki kehidupannya yang penuh dengan pelbagai pengalaman pahit, manis serta emosi yang bercampur baur.
Sebarang pertanyaan atau tempahan tiket The Things We Have Lost sila hubungi Elza menerusi talian 017-23 22578, Marvin (012-30 61229) atau layari laman sesawang www.electricmindproject.com
Last edited by sally_eiyna on Tue 30 Jun 2009, 3:53 pm; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 3:52 pm | |
| Diana terkejut bertemu Syamsul
PERTEMUAN buat pertama kalinya antara pelakon Diana Danielle dan Syamsul Datuk Yusof selepas Diana menamatkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada majlis Parti Selebriti Kosmo!- One Drop Perfumes 2009 Jumaat lalu merungkai segala isi hati pasangan yang pernah bersatu ini.
Parut yang ditinggalkan ekoran isu keretakan hubungan sehingga membawa kepada kes Syamsul memukul Diana, ternyata masih berbekas dalam hati masing-masing.
Ini jelas kelihatan ketika Kosmo! meminta untuk mereka bergambar bersama, Diana seolah-olah cuba mengelak. Menurut Diana, walaupun berat pada mulanya, namun atas dasar profesional akhirnya mereka tidak mampu menolak 'pujukan' team Kosmo!.
Kata Diana, dia bukannya tidak mahu bergambar dengan Syamsul tetapi terkejut pada mulanya apabila diminta berbuat demikian memandangkan mereka baru pertama kali berjumpa sejak Diana tamat PKLN.
"Diana bukan tidak mahu, kami okey sahaja, masa majlis berlangsung kami siap berborak sakan sebab lama tidak jumpa. Cuma bila minta bergambar bersama, terkejut juga sebab Diana rasa agak kurang selesa.
"Sebabnya saya takut nanti pihak lain salah gunakan gambar itu, sedangkan kami berdua baik-baik sahaja," jelasnya.
Tambah Diana lagi, dia cukup risau akan soalan yang diajukan pihak media terutamanya berkaitan hubungan lepasnya bersama Syamsul.
Ini kerana si jelita itu bimbang kalau-kalau kenyataannya nanti akan mengguris hati mana-mana pihak.
"Percayalah, kami masih berbaik walaupun hubungan tidak seperti dulu kami kekal sebagai kawan. Buat apa nak bermusuhan sedangkan kami berkerja dalam industri yang sama. Kami akan terus bertemu di majlis-majlis hiburan seperti ini, sebab itu tak elok kalau kami terus bermusuh" tutur Diana yang ternyata sudah mampu melupakan cerita cintanya dengan anak bujang jutawan filem, Datuk Yusof Haslam itu.
Gadis berumur 18 tahun terdiam seketika apabila ditanya bagaimana penerimaannya jika diminta untuk bergandingan dengan Syamsul dalam filem mahupun drama.
"Saya tidak mampu nak menjawab soalan itu. Apa yang saya boleh katakan bergantung pada keadaan. Saya tidak mahu apa yang pernah terjadi cuba dimanipulasi pihak lain. Sebab itu saya tak ada jawapan untuk soalan itu" katanya.
Diana yang muncul dengan lagu single terbaru berjudul Tak Ada Yang Bisa bersama kumpulan Andra & The Backbone tidak lama lagi turut memberitahu sejak tamat PKLN dirinya kini lebih matang.
Persoalan pengurusan diri juga menjadi lebih mudah ekoran dirinya kini sudah menjengah era yang lebih dewasa.
"Saya lebih matang dari segi menguruskan sesuatu perkara. Seperti soal saya dan Syamsul, saya rasa saya semakin bijak menangani sekarang ini kalau masih ada yang bertanya. Bagi saya yang sudah itu biarlah berlalu dan saya mahu melihat kehidupan yang baru.
"Memang apa yang berlalu tidak boleh dipadamkan tetapi sebagai manusia kita kena teruskan kehidupan. Kami tetap kekal sebagai kawan," kata Diana sambil tersenyum.
Serik bercinta dengan artis!
Sementara itu pula, bagi Syamsul pula, dia tetap seperti biasa dan tidak ada apa yang berubah meskipun tiada lagi istilah cinta antaranya dan Diana.
Ketika diminta bergambar, Syamsul dengan mudah memberikan kerjasama dan menganggap dia harus bersikap profesional.
"Saya okey sahaja kalau diminta bergambar dengan Diana. Walaupun kami menjadi kawan biasa saya tetap menganggap Diana sebagai adik," katanya.
FOTO kandid eksklusif Syamsul dan Diana pada Parti Selebriti Kosmo! - One Drop Perfumes 2009.
Walaupun begitu, kata Syamsul, dia tidak mahu bersikap 'bodoh' semata-mata kerana apa yang pernah terjadi antara mereka suatu ketika dulu.
"Tak kan bila jumpa dia di mana-mana majlis saya nak buat bodoh hanya kerana hubungan kami tidak lagi seperti dulu. Saya dan dia masih berkawan tetapi hanya sekadar kawan sahaja, tak lebih.
"Kalau ada yang menyangka kami tidak boleh langsung bertembung, itu silap. Buktinya hari ini kami bergambar, dan bertanya khabar, kira okeylah tu," luah Syamsul.
Disoal, sejak putus cinta dengan Diana sudahkah tempatnya diganti gadis lain.
Syamsul yang tertawa menyatakan dia kini lebih fokus soal kerjaya meskipun pernah menyasarkan untuk menamatkan zaman bujang pada usia 27 tahun.
"Dulu memang saya mencari cinta. Sekarang ini biarlah cinta itu datang dengan sendirinya, kalau ada, saya bercinta kalau tidak saya fokus pada kerja.
"Soal kahwin itu, saya sudah tidak kisah. Kalau umur 35 tahun baru cinta datang, umur 35 baru saya kahwin," jelasnya penuh serius.
Namun kata jejaka berusia 25 tahun ini lagi, jika boleh dia mahu bercinta dan menamatkan zaman bujang dengan wanita yang bukan bergelar artis.
Mungkinkah pengalaman lalu membuatkan Syamsul serik untuk bercinta dengan golongan artis?
"Bukanlah serik tetapi saya memang ingin gadis biasa dan sederhana daripada segala segi. Kalau boleh tidak mahu artis, saya inginkan orang biasa. Tetapi apa boleh buat disebabkan kehidupan saya selalu dikelilingi golongan artis, secara tidak langsung saya rapat dengan mereka. Itu yang tidak boleh cakap terlebih yakin. Kalau sudah jodoh dengan artis juga nak buat macam mana," tuturnya jujur.
Bakal jadi penyanyi?
Syamsul yang kini sibuk dengan proses pasca produksi filem Evolusi KL Drift 2 dan dalam masa yang sama sedang menulis skrip filem seram pertamanya yang berjudul Kurafat turut juga bergelar penyanyi tidak lama lagi.
Hai Syamsul, ikut jejak bekas buah hati ke? Kalau benar, nampaknya bukan suara Diana seorang sahaja yang boleh dinikmati peminat, Syamsul juga bakal mengikut jejaknya.
SYAMSUL dan Diana tidak pernah bermusuhan antara satu sama lain.
Bicara Syamsul, dia bukannya nak mengikut jejak sesiapa tetapi bidang nyanyian merupakan minat pertamanya sebelum jatuh cinta dengan dunia filem.
Malah, sehingga kini dia sudah menyimpan banyak melodi lagu yang dicipta sendiri kala ada masa terluang.
"Dulu sebelum jadi pelakon dan pengarah, saya memang nak menyanyi tetapi ayah membantah dan ingin melihat saya fokus dalam produksi terlebih dahulu.
"Jadi apabila hasratnya sudah tercapai saya cuba tunaikan pula hasrat saya untuk jadi penyanyi. Dalam filem Evolusi KL Drift 2 pun saya ada sumbangkan suara dan tidak lama lagi saya akan muncul dengan lagu single pertama berjudul Bidadari," katanya yang akan mengusung genre R&B dalam perjuangannya melalui dunia nyanyian. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 3:54 pm | |
| Tumpahnya air mata Nikki
MANJA... Nikki mengucup pipi suaminya selepas majlis perkahwinan mereka.
DIA bagaikan seorang puteri yang melangkah masuk dengan penuh keanggunan sewaktu menuju ke altar di dalam Gereja St. Francis Xavier, Petaling Jaya sambil diiringi bapanya, Nicholas Palikat.
Dengan tubuhnya disaluti gaun pengantin yang cukup ringkas namun indah rekaan pereka terkenal, Jovian Mandagie cukup menyerlahkan aura pengantinnya pada petang itu.
Sudah pasti, tarikh 27 Jun akan menjadi satu momen indah buat diri Nicolette Louisa Palikat atau lebih dikenali sebagai Nikki apabila dia sah menjadi isteri kepada komposer terkenal, Audi Mok.
Namun, sewaktu dia melafazkan ikrar perkahwinannya, tiba-tiba suaranya tersekat-sekat dan menahan sebaknya dalam perkahwinan yang disempurnakan Paderi Simon Yong itu.
Dia tidak mampu lagi untuk menahan air matanya daripada mengalir sehingga membuatkan tetamu yang hadir petang itu terdiam seketika.
Lantas apabila bertemu dengannya seusai majlis perkahwinannya, anak kelahiran Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat itu menjelaskan dia begitu terharu dengan kata-kata indah yang tersurat sewaktu membaca ikrar perkahwinannya.
Ungkapan untuk berjanji menjaga antara satu sama lain dalam apa jua keadaan sekalipun dan setia untuk mencintai sehingga ke akhir hayat membuatkan hati wanita Nikki benar-benar tersentuh.
Ya, itulah yang akan dilakukannya demi kebahagiaan yang berpanjangan sepanjang hidupnya bersama suami tercinta.
"Saya tidak menyangka bahawa akhirnya saya sudah menjadi seorang isteri dan selepas ini tanggungjawab saya akan menjadi lebih besar.
"Malah, saya terharu dan cukup gembira apabila semua yang dirancang selama beberapa bulan yang lalu berjalan dengan lancar. Saya bimbang kalau ada yang tidak menjadi seperti mana dalam perancangan kami.
"Bukan itu sahaja, berkat sokongan dan bantuan daripada kedua-dua belah pihak banyak bantu melancarkan lagi perkahwinan kami," ujar Nikki yang berusia 24 tahun itu sambil memerhatikan Audi yang berada di sisinya.
Nikki dan Audi atau nama sebenarnya Audi Mok Chuang Yew sepakat untuk mendirikan rumah tangga apabila Audi melamarnya di Bangkok pada 1 November tahun lalu.
Perhubungan mereka seterusnya diperkuatkan lagi dengan ikatan pertunangan yang berlangsung pada 28 Disember di rumah keluarga Nikki di Kota Kinabalu, Sabah.
Ternyata, perkahwinan Nikki dan Audi berlangsung dalam keadaan serba sederhana namun cukup meriah dengan kehadiran kaum keluarga serta teman-teman rapat kedua-dua belah pengantin.
Namun begitu, penyanyi yang kini cukup popular dengan lagu Belasmu itu tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya apabila kek pengantin setinggi tiga tingkat tajaan Nurul&Ed musnah sewaktu dalam perjalanan ke gereja.
"Bukan saya sahaja kecewa, malah pembuat kek itu juga menangis melihat kek itu hancur dan tidak mampu diselamatkan untuk dijamu kepada tetamu.
"Tetapi, nasib baik mereka ada sediakan kek gantian. Meskipun tidak sama seperti kek asal, tetapi saya tidak kisah kerana asalkan semua orang gembira di hari perkahwinan saya.
"Tiada apa yang lebih penting buat saya apabila melihat kehadiran 17 orang ahli keluarga saya yang diterbangkan dari Sabah untuk memeriahkan lagi perkahwinan saya hari ini," ujar Nikki yang pernah dinobatkan sebagai Artis Baru Wanita Terbaik Anugerah Planet Muzik 2006 ini lagi.
Berbanding Nikki, Audi yang merupakan komposer lagu Mahakarya Cinta dan Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir itu pula kelihatan tenang dan ceria seolah-olah hari itu bukan hari perkahwinannya.
"Saya gembira kerana semuanya selesai dan akan memulakan satu kehidupan baru selepas ini," ujar anak sulung daripada dua beradik itu ringkas yang segak mengenakan sut rekaan Lord's Tailor.
Menyambung bicara, Nikki penuh optimis mengatakan dia tidak pernah menyesal kahwin di usia muda.
"Saya akan meneruskan karier seni saya biarpun sudah menjadi seorang isteri. Saya tidak fikirkan tentang soal populariti kerana apa yang penting adalah minat dan kesungguhan saya dalam bidang ini," katanya yang merancang untuk tidak menimang cahaya mata dalam waktu terdekat ini.
Nikki dan Audi telah memilih Bali sebagai destinasi untuk meraikan bulan madu mereka.
Kemeriahan hari bahagia Nikki turut ditambah dengan kehadiran teman-teman artis antaranya Maya Karin dan Ning Baizura bersama suami masing-masing.
Tidak ketinggalan Ahmad Izham Omar serta rapper dan komposer yang pernah mencipta nama satu ketika dulu, Shazee Ishak yang hadir sebagai pengiring pengantin lelaki.
Lebih manis lagi, perkahwinan Nikki dan Audi diperindahkan dengan persembahan istimewa lagi bertenaga daripada Jaclyn Victor dan juara Akademi Fantasia musim pertama, Vince Chong menerusi lagu indah, The Prayer (nyanyian asal Celine Dion dan Andrea Bocelli).
Bagi kedua ibu bapa Nikki iaitu Nicholas dan Joanna Joannes, mereka bersyukur kerana Nikki bertemu jodoh dengan seorang yang cukup matang untuk membimbing anak kelima mereka daripada tujuh beradik itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 3:58 pm | |
| Artis suntik tenaga, glamor
INILAH pemenang kostum terbaik kategori artis wanita, aktres cantik, Rabecca.
PARTI Selebriti Kosmo! - One Drop Perfumes 2009 yang berlangsung pada malam Jumaat lalu di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur meriah bukan sahaja dengan kehadiran lebih 50 artis tetapi juga dengan barisan penyanyi yang menyumbangkan suara mereka.
Membuka tirai persembahan ialah penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura.
Ditemani suami tercinta, Omar Sharif Christopher ke parti yang julung-julung kali membabitkan Kosmo! itu, Ning memanaskan acara dengan lagu Mimpi dan You Simply The Best dengan diiringi penari latar.
Membuktikan dirinya seorang penghibur profesional, Ning nyata bijak dalam menyuntik kemeriahan pada majlis, terutamanya semasa para tetamu yang sedang kelaparan menanti masa untuk menjamu selera.
Diadakan untuk meraikan transformasi Kosmo! 2 di samping melancarkan pewangi baru One Drop Perfumes, hos majlis, pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi membuat kejutan dengan memasuki dewan menerusi pintu belakang dewan, sejurus sebelum dia menyampaikan lagu, Profesor Klon.
Walaupun agak lama tidak menjadi pengacara majlis makan malam, Aznil berjaya menghidupkan keseluruhan majlis dengan kepetahan dan kebijaksanaannya dalam melontarkan kata-kata yang berjaya mencuit perhatian kira-kira 400 tetamu yang terdiri daripada artis, pembaca Kosmo!, pendengar Suria FM serta pengguna One Drop Perfumes.
Sementara tetamu menjamu selera, majlis diteruskan dengan persembahan Noryn Aziz. Menyampaikan lagu Mercy, Noryn juga memukau dengan persembahan lagu When I Fall In Love. Tampil ringkas dengan kebaya mengikut tema hitam putih, penyanyi jazz itu tidak lupa untuk mengucapkan tahniah kepada Kosmo!.
Kelihatan langsing selepas khabarnya berdiet sakan, Siti Sarah menguasai pentas selepas Noryn. Dia yang bakal mewakili negara dalam pertandingan Worldstars - Road To Hollywood (WRTH) pada bulan Julai nanti menceriakan tetamu dengan lagu Jelingan Manja dan Ke Hujung Dunia.
Acara diteruskan dengan menampilkan pewangi One Drop Perfumes, diikuti pelancaran produk baru syarikat itu oleh Pengarah Urusan One Drop Sdn. Bhd., Josafri Johari. Mengetengahkan Rozita Che Wan sebagai duta One Drop Perfumes, acara pelancaran itu turut disertai pelakon kacak, Fahrin Ahmad.
KIRI: TUNJANG utama tenaga Parti Selebriti Kosmo! - One Drop Perfumes 2009, Aznil Nawawi. KANAN: ABBY ABADI (kiri) menyampaikan sekuntum bunga buat Ramlah Ram.
Usai acara tersebut, majlis diteruskan dengan persembahan Lan Kristal yang mendendangkan lagu popular Kristal, Keindahan Pantai. Fazli Zainal menyusul selepas itu dengan menyampaikan dua buah lagu termasuk sebuah lagu Sepanyol.
Kemudian para tetamu menumpukan perhatian kepada segmen pelancaran wajah baru Kosmo! 2.
Bakal berusia lima tahun pada 30 Ogos ini, perubahan kepada masthead, persembahan bahan dengan lebih kemas dan menarik serta lebih bermaklumat pada Kosmo! 2 itu dilaksanakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.
"Kosmo! 2 merupakan segmen yang memaparkan gaya hidup terkini. Saya amat gembira dengan penganjuran kali ini antara Kosmo! dan One Drop Perfumes kerana selepas ini lebih banyak pengiklan yang yakin dengan surat khabar kami.
"Belum sampai lima tahun dicetak, Kosmo! sudah mendapat kepercayaan daripada pengiklan. Melihat kepada perkembangan dari segi kualiti dan pembaca, saya yakin jumlah edaran Kosmo! akan mencecah jumlah 200,000 pada awal tahun 2010," kata Mohamed Hashim sebelum menandatangani poster tanda pelancaran wajah baru Kosmo! 2.
Turut menjemput semua artis yang hadir untuk bergambar sebagai kenangan, persembahan diteruskan dengan nyanyian Dayang Nurfaizah. Menyampaikan lagu I Believe I Can Fly, Dayang memancing audiens dengan suaranya yang gemersik.
Juara program realiti One In A Million musim ketiga, Tomok menghangatkan pentas selepas itu. Tomok mengalunkan lagu Rindu Terhenti dan Crazy In Love selain menjemput Linda Onn dan Roslan Shah sebagai penari latarnya.
Gelagat sporting Linda dan Roslan berjaya mengundang gelak ketawa ramai. Selain tarian berani Linda dan Roslan, acara mencari juara pakaian wanita dan lelaki terbaik juga berjaya mencuri perhatian ramai.
Fahrin dan Fazli terpilih untuk kategori artis lelaki, sementara Rabecca Nur Islam dan Intan Ladyana bagi kategori artis wanita.
DARI KIRI: NING memanaskan permulaan majlis dengan vokalnya yang mengagumkan. INTAN LADYANA merupakan calon bagi pakaian terbaik kategori artis wanita. PERSEMBAHAN Fazli Zainal menghiburkan. JAY JAY mengimbas kembali nostalgia.
Namun, apa yang paling menarik perhatian ramai adalah pencarian juara pakaian terbaik bagi kategori pembaca Kosmo! dan pengguna One Drop Perfumes yang menyaksikan keletah melucukan Lola, Azimah, Zakaria dan Rizal.
Acara turut diserikan dengan cabutan bertuah oleh Lisa Surihani, Syamsul Datuk Yusof, Diana Danielle dan Lan Kristal.
Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam, majlis Parti Selebriti Kosmo! - One Drop Perfumes 2009 belum sampai ke kemuncaknya. Menyediakan satu segmen khas kepada artis tahun 1980-an, Ramlah Ram, Jay Jay dan Ameng Spring masing-masing menyampaikan dua buah lagu yang berjaya mengimbau nostalgia masa lalu.
Sebaik selesai persembahan, beberapa penari mengiringi lagu Joget Lambak dan mengajak para tetamu, termasuk artis untuk menari bersama di atas pentas sehingga sekitar pukul 12.30 tengah malam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 4:18 pm | |
| Flop Poppy di Australia
Sekumpulan pelajar-pelajar Malaysia yang kini menuntut di Australia akan menganjurkan majlis amal ‘With Love, Down Under Charity Gig’ yang berkonsepkan pertandingan muzik berkumpulan di antara pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Australia. Acara ini dianjurkan untuk mengutip dana kebajikan bagi Pertubuhan Penyayang Raudhah, sebuah pertubuhan yang memberi bantuan dan sokongan kepada anak-anak kurang bernasib baik termasuklah anak-anak yatim di seluruh pelusuk Selangor dan Kuala Lumpur. Majlis amal ini akan berlangsung di University of New South Wales (UNSW) di Sydney, Australia pada 11 Julai 2009 dan akan direalisasikan dengan kerjasama semua kelab-kelab UMNO di Australia serta UNSW Malaysian Students Organization (MSO). “Walaupun kami berada jauh di perantauan, rasa cinta terhadap tanah air masih lagi tersemat di hati, dan dengan itu kami anak muda ingin sama-sama memupuk kesedaran dalam diri pelajar-pelajar Malaysia di luar negara untuk berbakti kepada tanah air melalui projek ini”, kata Cik Erina Zahara Ellias selaku pengarah projek. Apa yang lebih menarik ialah Charity Gig ini akan menerima sambutan dan sokongan istimewa daripada Flop Poppy. Air Asia selaku penaja utama bersetuju menyokong projek ini dengan menerbangkan mereka ke Australia. Flop Poppy selaku artis undangan majlis ini akan semestinya memeriahkan lagi suasana malam itu. Dengan hanya membeli tiket yang berharga AUD15.00, para jemputan dapat berhibur dengan pelbagai aneka muzik, pameran dan ruang niaga fesyen dan kraftangan daripada Malaysia serta variasi juadah tempatan. With Love, Down Under Charity Gig bergantung kepada sumbangan derma dan tajaan untuk merealisasikan projek ini. Dengan itu, mereka memerlukan derma ikhlas daripada pihak umum untuk menolong mencapai impian mereka. Ini adalah projek WLDU yang kedua; projek pertama (With Love Down Under –Charity Dinner) berjaya mengutip RM 32,255.80 untuk Persatuan Kebajikan Anak Pesakit AIDS/HIV Nurul Iman Malaysia’ (PERNIM) dua tahun lepas. Kejayaan projek pertama mereka telah berjaya memberi motivasi kepada anak- anak muda ini untuk meneruskan usaha murni sebegini. Di kala ini, Pondok Penyayang Raudhah hanya mempunyai dua bilik tidur untuk sejumlah 90 orang anak-anak yang kurang bernasib baik. Keadaan anak-anak ini perlu diberikan perhatian masyarakat dan diharap mereka akan mendapat tempat di mata rakyat Malaysia agar sumbangan berterusan dapat terus disalurkan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 4:33 pm | |
| Hujan lebat restui majlis pernikahan
RONA bahagia terpancar pada wajah pengantin baru ini.
Dalam gementar, Catriona bersyukur semuanya berjalan lancar
TANGGAL 26 Jun lalu, menjadi memori terindah buat pelakon berdarah Melayu-Inggeris, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 29, atau lebih mesra dengan panggilan Cat, apabila selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, penerbit dan pengarah program TV yang bertugas di Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin, 30.
Cinta yang disulam selama setahun lebih, akhirnya berakhirnya ke jenjang pelamin, selepas dinoktahkan dengan ikatan perkahwinan pada malam Sabtu lalu.
Kedua mempelai dinikahkan oleh Imam Masjid Paya Rambai, Mohd Alwi Mohd Zain, dan diwalikan bapanya, Bahrin Ross dalam majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Jalan Guchil Bayam, Demit, Kota Bharu. Dengan sekali lafaz, Cat secara sah menjadi isteri kepada Shaharuddin.
Pada majlis akad nikah yang disaksikan kira-kira 100 orang yang mewakili kedua-dua pihak, Cat menerima sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 daripada pengantin perempuan. Bertemakan Inggeris klasik, Cat dan Shaharuddin ibarat merpati dua sejoli, apabila mengenakan pakaian berwarna putih sedondon, direka khas daripada Butik Renjis.
Pada majlis persandingan pula, Cat mengenakan tema putih yang menyerlahkan lagi keanggunan masing-masing, dengan disaksikan lebih 1,000 tetamu yang hadir.
Cat teruja melayari alam rumah tangga. Walaupun hujan lebat pada majlis berkenaan, ia tidak menjejaskan kemeriahannya dengan menyaksikan pasangan diarak masuk ke khemah pengantin, bagaikan membasahi ikatan kasih sayang kedua-dua mempelai itu.
Tetamu yang datang bertali arus membanjiri kediaman dua tingkat milik keluarga Cat itu, bagaikan memberi restu kepada pasangan yang baru membina mahligai indah itu.
Cat yang ditemui selepas majlis persandingannya bersyukur kerana segala perancangannya sebelum ini berlangsung dengan baik. Penat lelah menguruskan majlis akhirnya berbaloi apabila menerima kunjungan daripada pelbagai pihak.
Katanya, dia cukup gementar menghitung hari bersejarah itu terutama membabitkan tetamu yang datang kerana bimbang perancangan tidak seperti yang diharapkan, namun semuanya berjalan lancar.
"Hujan lebat pada mulanya membuatkan saya gementar terutama sewaktu ketibaan rombongan pihak lelaki. Namun perasaan itu bertukar sebaliknya kerana kesejukan hujan itu membuatkan saya merasa lebih romantik.
"Saya gembira melihat saudara mara dan kawan lama, yang datang untuk meraikan hari bersejarah ini. Segala majlis yang berlangsung pada hari ini banyak dibantu ahli keluarga selain menggunakan khidmat perunding perkahwinan Amir Firdaus," katanya.
Cat tidak fikir panjang terima lamaran Shaha
"SAYA sungguh gembira dengan alam baru ini dan dalam tempoh setahun lebih perkenalan, ia sudah mematangkan kami untuk memeterikan ikatan kasih sayang ini kepada ikatan suami isteri.
"Sikap gentleman Shaha (Shaharuddin) serta rasa hormat yang tinggi kepada wanita menyebabkan saya tertarik kepada peribadinya itu,” katanya sambil melirik manja kepada suaminya.
Menyingkap secara ringkas perkenalannya dengan suami tercinta, Cat menyifatkan dia tidak menjangka teguran kedua tanda perkenalan kepada Shaha di Studio Balai Berita New Straits Times Press (NSTP), sebagai tanda perkenalan membawanya ke jenjang pelamin.
"Detik bertemu dengannya dapat diibaratkan sebagai cerita dongeng. Sebenarnya kami bertemu empat tahun lalu, ketika saya kali terakhir mengacarakan rancangan Wayang Kita manakala suami baru minggu pertama bekerja.
"Selepas itu, empat tahun kemudian baru kami bertemu kembali di Studio Balai Berita. Ketika itu saya masih belum pulih sepenuhnya kerana masih menggunakan tongkat.
"Saya menyapanya kerana masih cam rupanya selepas kali pertama berjumpa di Astro. Kemudian, dari situ bermulanya perkenalan yang membuatkan saya amat selesa dan dapat merasakan kedua-duanya mempunyai tarikan antara satu sama lain," katanya sambil tersenyum.
Tambahnya, selepas dilamar oleh Shaha yang mahu menjadikannya sebagai suri hatinya, Cat tanpa berfikir panjang kerana menyifatkan sikap Shaha yang bertanggungjawab dan bertolak ansur mampu menjadi suami yang baik.
"Saya rasa peluang seperti ini hanya datang sekali dan tidak akan ada lagi lelaki seperti Shaha. Oleh itu, saya menyambut lamarannya sehingga mengikat pertunangan pada 4 Oktober 2008 dan berakhir dengan ikatan suami isteri bertarikh 26 Jun2009," katanya.
Bercerita mengenai perjalanan seni selepas bergelar isteri, Cat berkata Shaha tidak pernah menghalangnya untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni, namun dia bercadang untuk memperlahankan karier bagi menggalas tanggungjawab seorang isteri.
"Mengenai bulan madu pula, kami bercadang untuk ke Itali tetapi bukan dalam tempoh terdekat kerana wabak influenza (H1N1). Kami akan berehat di Pulau Pangkor, Perak serta memadu kasih di Puncak Gunung Jerai, Kedah," katanya.
Majlis persandingan di rumah pengantin lelaki akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 4 Julai dengan tema English Lavender (Taman Inggeris) manakala pada 11 Julai, majlis resepsi akan berlangsung di Bora Ombak, Ampang, bertemakan serba putih.
Majlis ini khusus untuk rakan artis dan kenalan yang tidak dapat hadir pada majlis yang berlangsung di Kelantan dan Kuala Lumpur. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 4:38 pm | |
| Kasih lama akhirnya bersatu
Raut halus daun nipah Buat bakul simpan kekabu Walau bertahun jiwa terpisah Kerana cinta kami bersatu
HANYA dengan sekali lafaz, pengacara rancangan Awani Pagi dan bekas pembaca berita TV3, Dang Suria Zainordin, 37, atau Dang Suria sah menjadi isteri kepada penulis lirik prolifik Ahmad Shah Adrian Samad, 40, atau Ad Samad pada majlis pernikahan di rumah kakak pengantin perempuan di Kota Damansara pada Sabtu lalu.
Tepat jam 9 malam, pasangan ini selamat dinikahkan Pengawai Penolong Pendaftar Nikah, Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kota Damansara, Petaling Jaya, Mohd Arip Johdi.
Pada majlis itu, Ad Samad turut menyerahkan mas kahwin kepada Dang Suria berupa satu dinar emas berserta hantaran lima dulang berbalas tujuh termasuk cincin perkahwinan disarungkan pasangan ini sewaktu majlis membatalkan air sembahyang.
Mempelai kelihatan manis dalam persalinan yang direka khas Putera dari Butik Cosry dan sebaik pernikahan selesai, diteruskan dengan majlis resepsi.
Majlis berlangsung dalam suasana ringkas, tetapi cukup meriah dengan dihadiri keluarga rapat dan sahabat handai.
Turut hadir Baharudin Omar atau lebih dikenali Anjang Aki yang bertindak sebagai wakil tuan rumah bagi memastikan majlis dapat dijalankan dengan lancar dengan disaksikan Datuk Aziz Sattar dan Datuk Ismail Hudson.
Kelihatan juga rakan artis seperti M Nasir dan Marlia Musa, Mawi dan Ekin, komposer Aidit Alfian, Pacai, penulis lirik, Habsah Hassan, pengarah juga pelakon, Afdlin Shauki dan pengacara 999, Zakiah Anas.
Sewaktu ditemui sebaik majlis selesai, Dang Suria mahupun Ad Samad meluahkan rasa syukur kerana pernikahan dapat dilaksanakan seperti dirancang.
Kata Dang Suria, tiada apa yang lebih membahagiakan dirinya selain bergelar isteri kepada Ad Samad yang dikenalinya dengan lebih rapat sejak tujuh bulan lalu.
"Kami sebenarnya sudah mengenali antara satu sama lain sejak kecil dan pernah menjalin cinta.
"Bagaimanapun, ia terputus selepas Ad Samad berpindah dan kami bertemu kembali Januari lalu. Sejak itu, cinta yang terputus kembali terjalin," katanya.
Bagaimanapun, pengalaman bernikah bukan kali pertama buat pasangan ini, malah mereka mempunyai cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
Sudah tentu pernikahan yang dilangsungkan bukan saja menyatukan dua hati, tetapi juga dua keluarga.
Kini, tanggungjawab Dang Suria bukan saja menjadi ibu kepada anak tunggal perempuannya, Sara Kadeja, tetapi juga dua anak lelaki Ad Samad, Umar dan Hamzah.
Kata Dang Suria, dia sudah bertemu dengan kedua-dua anak lelaki Ad Samad beberapa kali sebelum mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
"Dalam hal ini, saya cuba mendidik anak-anak dengan cara positif. Dulu saya ada seorang anak perempuan, tetapi sekarang mempunyai dua cahaya mata lelaki.
"Sebelum berkahwin lagi, saya sudah jelaskan kepada Ad Samad bahawa saya bukan mahu menggantikan tempat ibu mereka, sebaliknya saya lebih senang mengambil pendekatan anak-anak adalah sahabat paling baik kepada ibu bapa mereka. Begitu jugalah cara saya mendidik Sara.
"Perkara ini sering saya katakan setiap kali bersiaran di rancangan Awani Pagi bahawa anak adalah khazanah paling berharga untuk mencerna masa depan dunia.
"Jadi apa yang berlaku pada masa hadapan adalah bergantung kepada bagaimana kita mendidik mereka.
"Begitupun, saya sedar tanggungjawab yang harus saya pikul ini tidak mudah dan keserasian tidak akan diperoleh dalam sekelip mata. Namun sebagai ibu kepada anak-anak kami, saya cuba lakukan yang terbaik," katanya.
Mengenai perancangan selepas majlis pernikahan, kata Dang Suria, mereka tidak merancang untuk berbulan madu dalam waktu terdekat memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya.
"Pada saya, dapat menggenggam erat tangan Ad Samad dan diijabkabulkan sebagai suami isteri sudah dianggap hadiah berharga dan bulan madu paling indah buat saya," katanya.
Pasangan ini juga tidak terfikir untuk membesarkan keluarga dengan memiliki cahaya mata sendiri dalam waktu terdekat ini, sebaliknya menerima apa saja yang datang sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga.
Sementara itu, Ad Samad menjelaskan pertemuan semula selepas bertahun terpisah, membuatkan dia yakin bahawa Suria adalah wanita yang sudah ditentukan Tuhan untuknya dijadikan suri hidup.
"Ada yang berpendapat kami terlalu cepat mengambil keputusan ini (bernikah). Tambahan pula kami mula berkenalan sejak Januari lalu, tetapi pada saya itulah yang dikatakan jodoh.
"Hendak diikutkan, kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak zaman remaja lagi, tetapi pertemuan semula ini boleh dianggap tempoh terbaik untuk menyelami hati masing-masing lebih mendalam sebelum kami bersetuju untuk bernikah," katanya.
Ad Samad juga mengharapkan semua orang mendoakan rumah tangga dibina kali kedua ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 4:39 pm | |
| 'Nabil tak ancam saya'
ANTARA Saiful Apek dan Ahmad Nabil Ahmad, mereka berkongsi persamaan iaitu pelawak. Biarpun Nabil meraih populariti dalam masa singkat menerusi program realiti, Raja Lawak musim kedua hingga dinobatkan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Apek pula pernah menyatakan dia menunggu masa selama sembilan tahun untuk capai ke tahap Nabil yang mempunyai ramai peminat. Berbanding Nabil, kebelakangan ini nama Apek seakan tenggelam. Sebelum ini, Apek dan Nabil bergandingan menerusi filem komedi, Sifu & Tongga yang ditayangkan 29 Januari lalu. Selepas itu, cerita Apek sepi seketika hanya menunggu dua filem baru, Shh... Dia Datang (arahan pertamanya) dan Kecoh Betul yang bakal menemui penonton di pawagam tahun ini. Apek atau nama sebenar, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff berkata, dia masih laris menerima tawaran berlakon hingga sibuk dengan beberapa filem baru yang dijayakan tahun ini. Antaranya, filem 4 Madu arahan Prof Madya A Razak Mohaideen. Menariknya, dalam filem itu dia masih diberi kepercayaan untuk membawakan watak utama. "Saya syukur kerana masih menerima tawaran berlakon. Walaupun Nabil lebih mencuri tumpuan, saya tidak mempunyai masalah atau cemburu dengannya. "Pada saya, saingan antara kami suatu yang positif dan kami sebenarnya bersama menyumbang bakat seni kepada dunia hiburan tempatan. "Dalam pada itu, kemunculan pelapis baru seperti Nabil sebenarnya tidak menutup rezeki atau mengancam kedudukan saya. Berbanding zaman sekarang, penerimaan penonton pada pelawak makin terbuka. "Dulu, ketika saya menang Bintang Paling Popular, ABPBH 2003, ia membuktikan kedudukan pelawak setaraf pelakon. Sejak itu, pelawak turut memainkan peranan penting dalam menjayakan filem atau program TV. Apa yang saya lihat penerimaan pelawak turut membantu sambutan penonton. "Hingga kini, saya berpendapat belum ada filem komedi yang saya lakonkan gagal di pasaran. Meskipun segelintir menganggap kejayaan filem lakonan saya sebelum ini banyak bergantung pada kehadiran saya, tetapi ia kerjasama semua pelakon dan kru produksi terbabit," katanya. Mengenai 4 Madu, Apek melakonkan dua watak berbeza sebagai Azlan dan Azrul. Untuk mendapatkan lakonan berkesan, dia turut membawa adiknya, Syawal terbabit sama dalam filem ini. Katanya, kemunculan dia dan Syawal memberi kelebihan untuk mendapatkan syot yang sama. Untuk aspek komedi, Apek berkata ia diolah menerusi perbincangan bersama pengarah selain dibantu idea pelakon lain. Bagi Apek, pelawak tidak semestinya mengikut skrip yang hanya dijadikan panduan. "Ada orang kata saya gila bila masih menampilkan karakter Apek menerusi filem Cicakman. Walaupun lawak sering dilabel stereotaip, tetapi ia subjektif untuk diperjelaskan. Selagi lawak diterima penonton, tidak timbul isu ia stereotaip atau tidak," katanya. Apek menyatakan dia akan terbabit dengan latihan untuk pementasan teater Cicakman The Musical yang dijangka Disember depan manakala dia juga akan kembali ke lokasi penggambaran sekuel Cicakman 3 yang akan bermula awal tahun depan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 4:41 pm | |
| Konsert air mata Rossa
SEORANG teman di Hotlink bertanya, siapa agaknya artis Indonesia paling sesuai mereka bawa ke Malaysia untuk menjayakan konsert mini sempena penghargaan syarikat telekomunikasi berkenaan kepada pelanggan mereka. Tanpa ragu-ragu, nama Rossa dan kumpulan Ungu dimaklumkan sebagai pilihan paling sesuai berdasarkan reputasi mereka sebagai penyanyi dan kumpulan pop paling popular di Indonesia ketika ini selain sambutan konsert mereka yang sering 'sold out.' Perbualan kira-kira tiga bulan lalu terhenti setakat itu saja sehinggalah pada 22 Jun lepas, satu sidang media Konsert Mini Cerita Cinta Rossa anjuran Hotlink di Tun Lanang 1 Ballroom, Hotel The Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur diadakan. Dan seperti dijangka, dengan bersandarkan nama hebat seperti Rossa, konsert anjuran Hotlink ini pastinya akan berjaya. Ia terbukti apabila perkarangan KL Live, Life Centre Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, yang menjadi lokasi persembahan, mula dibanjiri ratusan peminat meskipun jam baru melewati 7.15 malam. Sebahagiannya terpaksa berbaris di tangga bagi pemeriksaan tiket sementara yang berada di dalam lebih ramai. Rossa hanya muncul di pentas kira-kira jam 9 malam sebaik persembahan kumpulan Sofaz sebagai penyanyi jemputan. Membuka persembahan dengan lagu Malam Pertama dan Seribu Malam, Rossa atau namanya sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, 31, secara tiba-tiba sebak. "Sungguh luar biasa! Apakah sebahagian orang di Kuala Lumpur semuanya berhimpun di sini untuk menyaksikan persembahan saya?. "Biar apapun dugaan atau masalah yang saya sedang jalani, namun seperkara yang sentiasa membuatkan saya sentiasa bersemangat melakukan persembahan adalah kerana saya tahu peminat semua menyayangi saya. "Saya berharap anda semua terus menyokong karier saya sampai kapan pun," kata Rossa yang terharu dengan kehadiran 3,000 penonton yang membanjiri konsertnya. Persembahan diteruskan dengan dendangan lagu hit seperti Terlalu Cinta, Aku Bukan Untukmu, Hati Yang Terpilih dan Nada-Nada Cinta. Sesuai dengan tema konsert, setiap lagu yang disampaikan mewakili pengalaman cinta berbeza-beza. Putus cinta, dilamun cinta, cinta terhalang, sedang ingin bercinta, jatuh cinta, mabuk cinta, cinta agung dan dendam kerana cinta, mana satu pengalaman cinta anda? Pokoknya, cinta itu memang 'universal'. Semuanya dibawakan penyanyi mirip wajah Datuk Siti Nurhaliza dengan penuh 'feel' dan penceritaan cukup menarik menerusi 18 lagu popularnya sepanjang 12 tahun melayari dunia seni. Antaranya, pengalaman cinta Rossa yang dikongsi bersama peminat sebaik dia melagukan Hati Yang Terpilih ciptaan Melly Goeslaw. "Sekitar tahun 2000, saya berpacaran dengan seorang teman lebih lima tahun. Lelaki itu bukan Yoyo (suami Rossa) dan Irfan Gunawan juga bukan. Dia adalah teman lelaki saya sewaktu di kolej. "Selepas lima tahun bercinta, kami memutuskan hubungan dan saya sayang amat sama dia. Justeru, saya minta Melly buatkan satu lagu mengenai dia supaya apabila dia dengar nanti dia akan tahu lagu itu sebenarnya ditujukan kepadanya. "Tidak lama selepas itu, Hati Yang Terpilih menjadi lagu yang cukup popular dan kerap diputarkan di radio. Lalu saya pun menghubunginya dan bertanya sama ada dia sudah mendengar atau tidak lagu itu. "Katanya, sudah namun jawapan yang diberi cukup pantas dan nada suaranya serius. Saya jadi pelik dengan sikapnya itu. "Kemudian saya terdengar ada suara wanita di belakang memanggilnya 'yang ayuh makan siang.' Sejak dari itu saya tidak pernah lagi menghubunginya," kata Rossa disambut tawa penonton. Kehebatan vokal penyanyi genit ini sememangnya diakui sejak kali pertama melebarkan karier seninya di Malaysia melalui album Tegar pada 1999 dan melalui album itu juga, kerjaya nyanyiannya terus maju di negara ini. Pada malam itu, dia yang mengenakan tiga persalinan, turut membawa penonton mengimbau saat kali pertama hadir ke Malaysia melalui lagu Tegar yang disampaikan dengan cukup bertenaga. Sesudah menyanyikan lagu itu, tiga peminat diundang naik pentas, tetapi siapa yang mampu menyanyikan lagunya saja dipilih untuk menari bersama. Justeru, Rossa memilih Salahudin dan Ihsan yang mengiringinya menari ketika menyampaikan lagu Bila Salah. Rossa yang diiringi enam pemuzik handalan termasuk seorang penyanyi latar, terus menghangatkan persembahan dengan lagu Cerita Cinta, Tegar dan Hati Yang Kau Sakiti. Namun, saat menyampaikan lagu Hati Yang Kau Sakiti terbias emosi pada nyanyian penyanyi bersuara lantang ini yang tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir. Mungkinkah kerana terlalu menghayati lagu itu atau sebenarnya Rossa tersentuh dengan bait-bait lirik lagu itu yang menggambarkan kekecewaan sedang dialaminya ketika ini. Apatah lagi seperti diketahui, peminat Rossa sedang berhadapan masalah rumah tangga dengan suaminya, Yoyo, pemain dram kumpulan Padi sehingga mengambil keputusan berpisah (tidak duduk sebumbung) sejak setahun lalu. Pasangan ini berkahwin pada 13 Mac 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Rizky Langit Ramadhan yang lahir 3 Oktober 2005. Enggan emosi menguasai diri tambahan pula sebelum ini pernah memaklumkan kepada rakan media dia tidak mahu menangis sewaktu menjayakan konsert itu, meneruskan persembahan dengan lagu rancak, Hey Ladies, single terbaru yang semakin popular di Malaysia. Lebih dari sebuah persembahan, Rossa turut menunaikan janjinya malam itu dengan membawa pasangan duetnya Pasha, vokalis kumpulan Ungu, berpadu suara melagukan Tercipta Untukku dan Terlanjur Cinta. Saat penonton mendengar suara Pasha yang masih menyorot di belakang pentas, ruang legar Life Centre gamat dengan jeritan peminat. Suasana bertambah bingit saat jari-jemari penyanyi digenggam Pasha yang akhirnya merangkul Rossa dalam dakapannya sebaik selesai menyanyikan lagu itu. "Sebelum menjayakan persembahan di Kuala Lumpur, konsert Cerita Cinta Rossa terlebih dulu dipentaskan di Indonesia di tujuh buah kota. "Namun, kami sering kali tidak berkesempatan membuat persembahan bersama kerana jadual Pasha sama bandnya Ungu terlalu padat. Maka, tempat Pasha itu selalunya digantikan penyanyi lelaki lain. "Namun, peminat di sini cukup bertuah kerana malam ini dapat menyaksikan pasangan duet terbaik saya, Pasha menyanyi bersama saya di konsert ini. "Gara-gara keserasian kami menyanyi, ada yang menggosipkan saya dan Pasha bercinta walhal kami sudah lama bersahabat," kata Rossa sambil memandang Pasha yang mengiyakan kata-katanya itu. Lebih satu setengah jam berlalu, persembahan Rossa hampir sampai ke penghujungnya. Sebelum melabuhkan tirai tepat jam 11.30 malam menerusi lagu Sakura, dia terlebih dulu memperdengarkan vokal hebatnya buat kali terakhir dengan lagu Atas Nama Cinta, Ayat-Ayat Cinta dan Pudar. Sementara itu, sehari selepas mengadakan persembahan Rossa, yang tiba di Malaysia sejak 22 Jun lalu, sempat meluangkan masa menyaksikan Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada malam ketiga, Ahad lalu. Sahabat baik Siti, Kris Dayanti juga terbang dari Jakarta untuk hadir memberi sokongan pada Siti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 4:44 pm | |
| Ernie juara termuda
SIAPA sangka, pada usia remaja 17 tahun Nur Ernie Shahirah Zakri (Ernie) berbangga dengan gelaran juara pertandingan Bintang RTM pada tahun ini. Bagi peminat yang mengikuti perkembangan pertandingan ini, ia menjadi sejarah pertandingan terawal mencungkil bakat peserta dalam bidang nyanyian.
Sejak diperkenalkan pada 1973, beberapa nama penyanyi popular dilahirkan antaranya Datuk Sudirman Haji Arshad (1976), Jamal Abdillah (1979), Rohana Jalil (1980) dan Ramlah Ram (1985).
Kini, giliran Ernie meraih gelaran sama. Ternyata, persembahan Ernie pada peringkat akhir pertandingan itu yang diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur kelmarin, berjaya menambat hati lima juri profesional yang bertanggungjawab memberi markah keseluruhan pada peserta.
Pada malam itu, Ernie menyampaikan dua lagu, Kau Yang Istimewa nyanyian asal Aishah sebagai lagu wajib (ciptaan komposer tempatan) manakala lagu pilihan, Cahaya (Kris Dayanti).
Ernie yang pernah meraih gelaran naib johan Bintang Kecil Kebangsaan pada 2002 dinilai juri memberikan persembahan terbaik pada aspek penghayatan dan penyampaian.
Kata Ernie, dia terkejut dan tidak menyangka keputusan juara memihak padanya selepas keputusan Bintang Paling Popular (undian SMS penonton) dan Persembahan Terbaik (pilihan juri) diberikan kepada Jo-Anna Sue Henly Rampas (Anna).
Bagaimanapun, rezeki Ernie untuk meraih juara muncul sebaik dua keputusan itu diumumkan. Ernie berjaya membawa pulang RM20,000 bersama trofi, sijil, TV LED 40 inci siri 600, kamera digital Samsung ES55 dan barangan Luxor. Hadiah disampaikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
"Fokus saya selepas ini mahu sambung belajar dan memberi tumpuan pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Kemudian, saya mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) atau Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
"Saya ingin menjadi pensyarah vokal suatu hari nanti. Namun, karier nyanyian saya tetap diteruskan. Buat masa ini, saya berpendapat kejayaan ini tidak bermakna ia mengganggu tumpuan saya pada pelajaran," katanya.
Bagi Anna, 20, dia tetap berbangga di tempat kedua apatah lagi menerima hadiah terkumpul wang tunai RM25,000. Dari aspek persembahan malam itu, peserta dari Kota Kinabalu, Sabah ini berjaya menggamatkan suasana dengan lagu rancak, Bencinta (Faizal Tahir) dan Because Of You (Celine Dion).
"Perancangan saya selepas ini ingin menyambung pengajian undang-undang selama dua tahun setengah di sebuah kolej swasta. Apabila tamat pengajian nanti, saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang vokal dan mahu jadi pensyarah vokal.
"Soal tawaran daripada syarikat rakaman, perkara itu akan dibincangkan bersama RTM nanti. Apapun, saya berpuas hati dengan persembahan saya kali ini termasuk menang Bintang Paling Popular atas undian penonton.
"Saya tidak terkilan dengan kemenangan Ernie kerana saya tahu kelemahan saya ketika menyanyikan lagu kedua. Bagaimanapun, saya akur dengan keputusan juri," katanya.
Pemenang ketiga, Nur Fatin Nabila Noor Sazley, 17, mengakui dia tidak meletak sasaran untuk menang. Fatin yang turut mempunyai kumpulan kugiran The Triplets, berharap kemenangan ini menjadi paltform untuk berjaya dalam bidang nyanyian.
"Saingan kuat pada pertandingan ini adalah Anna. Namun, saya tetap gembira dengan kemenangan tempat ketiga," katanya.
Seramai lima juri pofesional mengadili persembahan peserta secara seratus peratus. Mereka adalah Prof Madya Khairil Johari Johar, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Wah Idris, Datuk Johari Salleh dan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.
Lima lagi peserta berjaya ke peringkat akhir ialah Mohamad Adlizan Baharuddin, Nur Azilla Mohd Ibrahim, Arnizam Michael, Mohd Ikbal Abdul Hatam dan Saidatul Aina Jamaluddin.
Mokhzani berkata, juri sangat berpuas hati dengan potensi peserta yang bertanding di peringkat akhir kali ini. Malah, antara Ernie dan Anna memberikan saingan terdekat untuk menjadi juara.
"Sejak saya terbabit pada peringkat awal memilih peserta, apa yang boleh saya katakan 'produk' tahun ini amat membanggakan dan saya juga terpegun dengan potensi mereka.
"Juri menilai aspek mutu suara sebanyak 50 peratus, pengawalan dan penghayatan sebanyak 30 peratus dan bakinya adalah terletak pada persembahan peserta. Mungkin, kemenangan juara kali ini yang berusia 17 tahun menjadi sejarah juara termuda yang pernah pertandingan ini lahirkan.
"Selepas ini, RTM akan terbitkan dulu satu album bersama untuk mereka. Jika ada tawaran daripada syarikat rakaman, RTM akan bekerjasama. Bagi peserta lain yang tidak menang, tidak bermakna persembahan mereka tidak bagus.
"Mungkin ada kekurangan pada peserta lain seperti pengawalan suara membuatkan mereka tidak berjaya. Ernie layak menjadi juara kerana dia mempunyai aspek konsisten dari awal persembahan hingga akhir," katanya.
Di sebalik kejayaan juara baru itu, Mokhzani menyatakan rasa terkilan kerana nasib juara pertandingan ini tidak mendapat tempat dalam bidang hiburan. Katanya, ketidakadilan stesen TV swasta untuk memberi ruang yang lebih pada juara pertandingan ini menjadi antara faktor penyumbang.
"Saya berpendapat juara dan peserta lain dalam pertandingan ini bagus dan mampu kekal popular. RTM bertindak sebagai platform untuk mereka mengasah bakat dan kami juga beri kebebasan mencari peluang nyanyian di luar.
"Namun, RTM akan terus lahirkan bakat baru daripada pertandingan ini dan kami sedaya upaya akan membantu mereka. Apa yang saya harapkan selepas ini mereka mendapat peluang untuk membina karier seni dan tidak berasa dianaktirikan," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 4:48 pm | |
| Nama Sham pada gitar Statocaster
TANDATANGAN Sham terpahat pada gitar berharga RM1,750 ini. Diiktiraf sebagai antara pemain gitar profesional terbaik di negara ini SIAPA yang tidak kenal raja gitar dunia, Jimi Hendrix yang menjadi idola setiap pemain gitar di dunia. Kecekapannya bermain gitar memang tidak ada tolok bandingan sehingga sering menghadirkan rasa kagum kebanyakan pemuzik generasi selepasnya. Nama Jimi Hendrix juga adalah duta kepada pelbagai jenis gitar di dunia sehingga nama dan tandatangannya banyak dicetak pada badan gitar. Dalam kesibukan bercerita mengenai raja gitar dunia itu, kita juga boleh berbangga apabila ada anak tempatan yang tidak kurang hebatnya bermain alat muzik ini secara profesional, iaitu Sham (Kamikaze) atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 34. Dia adalah antara pemain gitar profesional tempatan yang disegani ramai. Di atas kemahirannya itu, Sham diberi penghargaan daripada syarikat pengedar utama gitar terkenal, Bentley Music Sdn Bhd untuk menurunkan tandatangan di atas gitar berjenama Statocaster. Menurut Sham, dia mula bermain gitar sejak berumur 12 tahun dan tidak pernah terlintas di dalam fikirannya untuk mengecapi impian menandatangani di atas gitar yang bakal dijual di seluruh kedai muzik dalam negara. “Sewaktu kecil lalu saya sering membelek-belek gitar milik ayah saya dan sering melihat video Jimi Hendrix. “Pernah juga saya terfikir untuk menjadi seperti Jimi Hendrix. Tapi waktu itu saya berasakan ia seperti sangat sukar. Jadi, apa yang harus saya lakukan ialah sering berlatih bermain gitar dengan ayah saya dan hari ini adalah hari bersejarah apabila tandatangan saya dicetak pada gitar fender Statocaster edisi khas dengan sentuhan Squier klasik. “Gitar ini mempunyai ciri-ciri selesa kepada pemetiknya. Sebanyak 200 gitar yang terdiri daripada dua warna iaitu hitam dan putih dengan kemasan maple sudah saya tandatangani,” katanya yang boleh didapati dengan harga RM1,750 bagi setiap unit. Sementara itu, Sham yang juga anggota kumpulan Kamikaze kini sedang sibuk mempromosikan album terbaru mereka berjudul The Return yang sudah berada di pasaran sejak tiga bulan yang lalu. Selain Sham, Kamikaze turut dianggotai Terrence Law (T-Rex), 34; dan Rahmad Ayob, 38. “Album ini memuatkan 10 lagu yang banyak memuatkan karya hasil tangan anggota kumpulan kami sendiri. “Antara lagu yang menjadi pilihan kami seperti Prelude - The Journey, Luhur II, Cinta Tanpa Kata, Beri Aku Cinta, Gelap, Dewa Pendita, Wayang, Manusia, Cepat Ke Sorga dan Cerita Kita. “Suatu masa lalu, lagu-lagu kami banyak dikatakan mengikut muzik yang dipelopori kumpulan besar lain, sesuai dengan status kami sebagai kumpulan yang begitu kecil, kali ini Kamikaze memberi peminat dengan muzik yang sesuai dengan cita rasa orang dewasa. “Muzik yang terkandung dalam album sangat berbeza daripada sebelum ini, ia lebih segar dan menampakkan kematangan di dalam setiap muzik yang dihasilkan,” katanya. Mengenai keanggotaan kumpulan berkenaan yang kini hanya tinggal bertiga, Sham berkata, sejak 2005 lagi perjuangan Kamikaze hanya diteruskan tiga anggota apabila Amy mengundurkan diri secara baik daripada kumpulan terbabit. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 4:53 pm | |
| AW: Hafiz Terkejut Tewaskan Yanz
Usaha keras Hafiz selama 4 minggu berada di program Anak Wayang berhasil apabila beliau berjaya menewas saingannya Yanz, sekali gus merebut watak konco samseng bagi drama Kecuali Cintamu.
Hafiz atau nama sebenarnya Hafiz Halim, 21, yang muncul dalam drama berkenaan sebagai Jai, yang ditayangkan di Astro Ria jam 9 malam tadi, mendapat 56 peratus berbanding Yanz sebanyak 44 peratus menerusi undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
"Saya langsung tidak menjangka akan berjaya setahap ini. Sebelum ini saya banyak menimba ilmu daripada Yanz, secara tidak langsung. Bagi saya dia adalah pelakon yang hebat dan pandai menjiwai watak yang diberikan, malah saya menganggap dia sebagai idola saya ketika Anak Wayang. Saya begitu terkejut apabila saya pula yang mendahuluinya.
"Saya berharap semua peserta yang tidak berjaya termasuk Yanz agar tidak bersedih kerana undian SMS hanyalah pemisah bagi program realiti TV seperti ini. Mungkin rezeki yang lebih besar menanti mereka semua di luar nanti.
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi kerana mereka melihat kelebihan pada diri saya yang mungkin saya tidak sedar," kata Hafiz ketika ditemui murai.com.my.
Pelajar jurusan Pentadbiran Perniagaan, Universiti Multimedia Malaysia (MMU) ini aktif berlakon sejak 3 tahun lalu dan pernah menjadi pelakon tambahan menerusi drama Gadis Kosmo dan juga Putri Arora. Selain itu dia juga sempat merebut peluang berlakon teater ketika berada di kampus.
Hafiz yang lebih dikenali sebagai seorang yang manja di kalangan tenaga pengajar turut berkongsi pengalamannya ketika menyertai ujibakat di Shah Alam beberapa bulan lalu.
"Hasrat saya untuk menyertai Anak Wayang tercetus apabila ibu saya memberitahu bahawa Astro akan mengadakan sesi ujibakat bagi mencari pelakon berbakat. Pada ketika itu juga ibu turut menyerahkan potongan iklan Anak Wayang yang diambil daripada akhbar.
"Selepas itu saya mengajak kawan untuk menemani saya ke Shah Alam. Walaupun pada masa itu saya terpaksa menunggu lama untuk mendapat giliran, tetapi saya berpuas hati kerana selepas beberapa hari pihak Astro menghubungi saya memberitahu yang saya telah berjaya untuk menyertai program ini.
"Kini saya mengambil cuti selama 1 semester untuk memenuhi tanggungjawab ketika berada di program ini," katanya.
Pada Jumaat ini pula, 5 gadis akan berentap untuk saingan ke-5 (Pembantu Peribadi) iaitu saingan terakhir bagi merebut watak. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi Alynn, Mia, Nurin, Reen, Rubi.
Bagi penonton yang ingin mengenali semua calon atau pelajar pertandingan realiti TV ini, jangan lupa ikuti rancangan Sesi Anak Wayang yang dihoskan Nur Fazura setiap Isnin - Rabu di Astro Ria. Manakala hos bagi Pentas Anak Wayang dikendalikan oleh Rusdi Ramli.
Sementara itu, bagi mengundi (AWUNDI) peserta, sila taip AWUNDI NAMA PESERTA atau AWUNDI <3/5/10> NAMA PESERTA ke 32999. Contoh: AWUNDI3 HAIRI ke 32999. Talian Tetap: Dail 13721/13723/13725/13730 untuk 1/3/5/10 undian dan tekan digit peserta. Kadar premium untuk setiap undian 50 sen. Kadar Telco tertakluk kepada syarat dan terma di www.astro.com.my.
Undian SMS dibuka mulai setiap Jumaat, jam 11.30 malam - Ahad jam 12 tengah hari. Keputusan siapa terpilih antara 2 peserta terbaik akan hanya kita ketahui dengan menonton drama bersiri Kecuali Cintamu di Astro Prima pada hari berikutnya, Isnin, jam 8.30 malam.
Saingan Anak Wayang telah bermula sejak 5 Jun 2009 lalu dengan watak jururawat, diikuti 12 Jun 2009 (Mekanik), 19 Jun 2009 (Pengurus Acara), 26 Jun 2009 (Konco Samseng) serta 3 Julai 2009 (Pembantu Peribadi). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 4:55 pm | |
| Ernie Juara Termuda Bintang RTM!
Dengan persembahan yang tersendiri dan mantap, Nur Ernie Shahirah Zakri , 17, mencatat sejarah sebagai juara termuda dalam pertandinganBintang RTM yang berlangsung di Stadium Negara, di sini, malam tadi.
Belum lagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ernie yang juga pelajar Sekolah Menengah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, meraih kejayaan hebat itu dengan membawakan lagu Kau Yang Istimewa dan Cahaya.
Hasil kejayaan itu, Ernie membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM20,000, trofi serta hadiah sampingan seperti TV LED 40 inci Series 6000, kamera digital ES55 Samsung, set masak Luxor Halogen Laser, rantai BioN Cerastone dan gelang tangan 18K Gold Plated.
Naib johan pula dimenangi oleh Jo-Anna Sue Henly Rampas, 20 yang mendendangkan lagu Faizal Tahir, Bencinta dan Because of You (Kelly Clarkson). Anna meraih wang tunai RM15,000 dan hadiah iringan seperti TV LCD 32 inci, kamera digital ES55 Samsung, set memasak Continental Pressure Cooker, BioN Cerastone Necklace dan 18K Gold Plated Bangle.
Rezeki juga berpihak pada Anna apabila mendapat hadiah Persembahan Terbaik (RM5,000) dan Bintang Paling Popular (SMS - RM5,000) serta hadiah iringan lain.
Menyusul di tempat ketiga dengan wang tunai RM10,000 serta TV LCD 32 inci dan barangan iringan berjaya diraihkan peserta dari Kluang, Johor, Nur Fatin Nabila Noor Sazley atau Fatin, 18, yang membawakan himpunan lagu Wajah dan medley Mencintaimu dan Asmara.
Manakala peserta lain yang menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai RM1,000, kamera digital, telefon bimbit, trofi dan sijil ialah Aina (Hanya Satu & Destinasi Cinta), Ikbal (Laguku Untukmu & Kata), Zilla (Bertamu Dikalbu & Saving All My Love For You), Nizam (Sampai Syurga & Malam Minggu Yang Mesra) dan Adli (Sempurna, This Love & I Hate Myself For Loving You).
Pertandingan akhir yang bertemakan Malam Seribu Bintang itu turut diserikan persembahan artis terkenal seperti Dia Fadila, Farawahida, Asmidar, Jamal Abdillah serta Jaclyn Victor.
Acara meriah dan gemilang yang dihoskan Izwan Pilus, Aleesya dan Muaz itu telah diadili oleh juri-juri profesional iaitu Datuk Khadijah Ibrahim, Khairil Johari Johar, Datuk Johari Salleh, Datuk Mokhzani Ismail dengan diketuai Datuk Wah Idris.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim serta isteri, Datin Seri Maznah Rais, hadir menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 4:57 pm | |
| Krisis Azrul, Along Makin Memuncak?
Satu ketika dulu pernah kecoh mengatakan kumpulan jenaka popular yang dicungkil bakatnya dalam Raja Lawak Astro, Cham yang dianggotai Along dan Azrul, sedang bergoyah. Bagaimanapun, kedua-dua ahli Cham tampil ke depan dengan menegaskan mereka masih lagi bersama.
Pun begitu, baru-baru ini Murai Batu dapat lagi cerita mengatakan Cham hampir bertemu jalan perpisahan apabila konflik atau krisis dalaman mereka makin memuncak. Mereka khabar makin tidak sebulu lagi dan telah membawa haluan masing-masing dalam dunia hiburan.
Walaupun Murai Batu cuba hendak tidak mempercayainya, tapi fikir-fikir, memang ada logiknya juga. Tidak pernah pun Murai Batu melihat mereka muncul bersama dalam program dan lakonan.
Yang Murai Batu nampak, Along makin sibuk berlakon filem (suka lakonannya dalam Sifu & Tongga) manakala Azrul pula memang cukup bagus dalam bidang pengacaraan dan lakonan pentas. Sekarang Azrul juga jadi pemandu bas dalam Geng Bas Sekolah selain dalam program makan-makan. Dalam satu aspek lain, bagus juga rezeki masing-masing makin bertambah tapi sebagai sebuah kumpulan nampaknya tak berjalan lancar.
Bagi Murai Batu, untuk duduk bersama dalam sebuah kumpulan, ia memerlukan persefahaman dan tolak ansur dan disiplin. Tapi kalau perkara ini sukar dicapai, ia boleh membawa perpecahan kepada mana-mana kumpulan pun, tidak kira band muzik atau kumpulan lawak. Tengok saja apa yang sedang jadi dengan Meet Uncle Hussain (MUH).
Tapi untuk Cham, Murai Batu harap Azrul dan Along dapat selesaikan masalah mereka dengan baik-baik. Setakat yang Murai Batu nampak sekarang, kumpulan Sepah masih lagi OK dan boleh dijadikan contoh. Sekarang pagi-pagi mereka menjadi deejay ERA dan waktu lain berlawak bersama. Harap-harap suasana harmoni Sepah pun akan bertahan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 5:00 pm | |
| Pengarah Teater Mahu Adibah Jadi Penyu
Murai Batu dengar bukan main sibuk lagi produser dan pengarah teater Siti Rohayah Attan atau Roy cuba memancing penyanyi kesukaan ramai kita, siapa lagi kalau bukan Adibah Noor. Semuanya gara-gara kerana satu pementasan teater muzikal berjudul Gamat yang bakal diterbitkan oleh Roy di Istana Budaya, KL pada 2 hingga 8 Oktober 2009 nanti. Teater yang dikhususkan untuk tontonan seisi keluarga ini mengisahkan perjalanan seekor anak gamat yang tersesat memasuki sebuah taman plankton tanpa pengetahuan ibunya, ibu gamat sehingga berjaya ditangkap seekor sotong kurita yang menyangka dialah ibu gamat. Ceritanya dengar macam ala-ala filem animasi Finding Nemo tetapi isunya lebih menjurus kepada soal pencemaran laut negara yang makin terjejas kehidupannya. Selain itu, ia juga menonjolkan khasiat ibu gamat telah berjaya membantu memulihkan hidupan yang sakit dan teracam itu. Jadi untuk menghidupkan teater Gamat arahan Zaifri Husin ini, Roy sudah berangan-angan untuk mendapatkan Adibah untuk memegang watak seekor penyu yang cukup baik hati. Khabarnya, pemilihan Adibah sebagai watak penyu itu disifatkan sebagai bersesuaian dengan karektornya yang disenangi oleh semua lapisan masyarakat dan usia. Betul juga sebab kalau kita kaji, bukan orang dewasa saja yang menyukai Adibah tetapi golongan remaja dan kanak-kanak pun sama. Lagipun, Murai Batu rasa Adibah tidak pernah lagi bekerja dengan produksi teater Melayu. Dulu dia pernah beraksi dalam teater Inggeris Chang & Eng dengan watak Mak Bidan. Barangkali, inilah waktu yang sesuai untuk Adibah mendekati penonton teater Melayu pula. Soalnya, berjaya atau tidak Roy mendapatkan Adibah? Sama-samalah kita tunggu. Tentu Adibah tak jual mahal atau keberatan bukan? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 5:33 pm | |
| Pelakon Over Seksi Di Majlis Kahwin
Kalau nak bercerita tentang artis yang suka berpakaian seksi, memang ramai di Malaysia ni. Namun apa yang GUA nak ceritakan adalah tentang seorang pelakon yang keterlaluan seksinya ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan.
Di Malaysia selalunya kita akan memilih baju yang sopan, tetapi sipelakon tadi lebih selesa dengan baju yang mendedahkan dadanya yang gebu. Beberapa orang tetamu lain yang datang ke majlis tersebut memang agak terkejut dengan penampilannya.
Tetapi mereka lebih senang berdiam diri kerana tahu para selebriti memang sukakan kelainan dan mahu kelihatan menonjol apabila berada dikhalayak ramai.
“Kalau dia pergi majlis anugerah macam tu, tak apalah juga. Tetapi bila pergi ke majlis kahwin dengan pakaian yang macam tu, aku rasa sangat la tak sopan. Memanglah dia tu cantik, tapi biarlah berpada-pada dan tahu menyesuaikan pakaian yang dikenakan dengan majlis yang dihadiri.
“Apatah lagi pada majlis tersebut golongan kanak-kanak dan warga emas pun hadir juga,” ujar seorang teman yang turut melihat pakaian cantik tapi pelik pelakon tersebut.
Memanglah cara berpakaian hak peribadi, tapi biarlah ianya bersesuaian.Nanti bila orang lain asyik pandang ke arah dadanya yang terdedah tu,dia pula rasa tak selesa. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 5:34 pm | |
| Sharifah Aini Halalkan Bayaran RM83,000 (Huhhh?) KUALA LUMPUR, 30 JUN 2009: Penghibur Evergreen, DatukSharifah Aini Syed Jaafar, akhirnya mengambil keputusan untukmenghalalkan wang sebanyak RM83,000 yang sebelum ini dibayarkankepada S. Atan dan mahu menyelesaikan pertikaian antara beliau dankomposer itu berhubung penerbitan album solo beliau. Sebelumini, melalui kenyataan media, Sharifah atau Kak Pah memberi tempohsehingga hari ini (30 Jun 2009) kepada S. Atan bagi memulangkan balikwang tersebut kerana tidak berpuas hati dengan tugas komposer itu dantidak teragak-agak membawanya ke muka pengadilan jika tuntutan itutidak dipenuhi. "Tak mengapalah, saya halalkan wang RM83,000itu. Saya membuat keputusan ini demi maruah dan prinsip. Apa yangberlaku semua ini saya terima dengan redha. Saya bersedia menghalalkanduit itu. Kalau nak diikutkan memanglah sedih dan kecewa dengan apayang terjadi. Tapi terus terang, saya hanya meluahkan rasa kecewa sayasahaja dan bukan mahu memalu dan memburukkan S. Atan. Kita semua kenaingat, dunia ini tidak kekal dan kita akan ke alam lain pula selepasini. "Bagaimanapun, saya kecewa dengan tindakannya menggunakan peguam untukmembuat kenyataan media agar saya minta maaf secara terbuka dalamtempoh 14 hari, baru-baru ini. Jawapannya adalah... saya tidak akanmembuat kenyataan minta maaf itu kerana tindakan ia bodoh dan tidakwajar bagi saya. "Saya tahu tentang undang-undang. Sepatutnyapeguamnya menghantar surat dulu kepada saya atau peguam sayatentang tuntutan maaf itu dan bukannya terus memberi kenyataan kepadamedia. "Memang saya tak pernah berubah sejak dari dulu lagi.Kalau saya pilih putih, putihlah, kalau saya pilih hitam, hitamlah.Itulah prinsip hidup saya," kata Kak Pah dalam sidang mediadi rumahnya, di Petaling Jaya, petang semalam. Kemelut antaraKak Pah dan S. Atan atau nama sebenarnya, Hashim Said, bermula apabilapenyanyi itu membuat pendedahan membayar sepenuhnya RM83,000 untukpembikinan album terbarunya tetapi mendakwa komposer itu tidakmerakamkan muzik secara live seperti dijanjikan, sebaliknyamenggunakan muzik yang diprogramkan. Kak Pah bercadang untuk menyamankomposer itu sekiranya tidak memulangkan balik wang itu sebelum 30 Jun2009. Susulan daripada itu, S Atan pula bertindak menerusipeguamnya, Mohd Effendy Rosley, Sabtu lalu, memberi tempoh 14 harikepada Kak Pah untuk membuat permohonan maaf secara terbuka berhubungdakwaan kononnya S. Atan menipu dan sekiranya ia tidakdilaksanakan, Kak Pah akan dikenakan tindakan undang-undang. "Sebagaipenyanyi dan pihak yang mengeluarkan wang, saya mempunyai hak untukberasa kecewa. Saya telah melabur dan mengharapkan muzik yang terbaiktetapi hampa. Sepanjang kerjaya saya selama 40 tahun, saya tidak pernahbergaduh dengan mana-mana komposer. Inilah yang pertama kali berlaku. "Sayarasa semua peminat saya faham tentang perkara ini dan bagaimanatelitinya Sharifah Aini kalau bekerja. Kalau benda itu tidak betul,saya akan cakap. "Tapi saya sedar, kalau saya bercakap danseorang lagi membalasnya, ia memang tak akan habis sampai bila-bila.Jadi saya ambil keputusan untuk mengundur diri. Walaupun sayaberalah, tetapi ia tidak bermakna saya kalah. Tidak mengapalah, sayanak tutup buku dan nak tidur lena," katanya. Bercakap pulatentang kerjaya seni khususnya album itu, Kak Pah sangat berhasratuntuk menghadiahkan sebuah karya paling istimewa kepada semuapeminatnya sebelum mengundurkan diri daripada dunia seni. "Apapunterjadi, saya akan tetap meneruskan pembikinan album ini. Saya sedaruntuk menghasilkan sesuatu yang terbaik dan istimewa, kadang-kadangkita terima dugaan yang besar. Saya telah melantik komposer yang lain. Master tape dari S. Atan itu memang ada pada saya, mungkin saya kena mengeluarkan wang lagi untuk mempertingkatkan kualitinya. "Kenapasaya begitu ambil berat berkaitan penerbitan album ini? Tentunya kerana ia adalah album saya yang ke-99 dan 100 saya. Ini sajahadiah saya untuk semua peminat sebelum bersara," kata yang telah 40tahun berjuang dalam medan seni. sape2 leyh komen. if da ade thread ni,sorii.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 5:36 pm | |
| Isteri Sakit, Suami Santai Di Gim?
Pelik sangat bila GUA dengar cerita ini. Bukannya apa, ianya melibatkan suami seorang pelakon yang dikatakan sedang sakit sekarang.Ada ke patut, isterinya sedang sakit, si suami pula bersenang lenang disebuah pusat kesihatan di sebuah pusat membeli-belah popular.
“Aku pun tak sangka boleh terserempak dengan suami pelakon tersebut disitu. Maklumlah aku dapat tahu isterinya sakit dan pastinya memerlukan sokongannya. Tapi dia boleh pulak bersantai sambil lepak-lepak dengan kawan-kawannya.
“Memanglah orang yang sakit tidak akan sembuh walaupun suami sentiasa berada di sisi, tapi sekurang-kurangnya ia mampu memberikan sedikit kekuatan kepada isterinya itu,” ujar seorang teman yang sudah dua kali terserempak dengan suami pelakon tersebut di situ.
GUA yang mendengar ceritanya, terkejutlah juga. Sebab kebiasaannya apabila insan yang kita sayang jatuh sakit, kita mesti mahu menghabiskan masa dengannya. Tapi situasi berbeza pula berlaku pada pasangan tersebut. Entahlah, GUA pun tak tahu nak cakap apa sebab industri seni kita ni memang pelik pun. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 5:37 pm | |
| Dibenci rakan setugas INI kisah seorang pendatang baru yang sedang naik. Diva rasa wajahdan suaranya boleh didengar setiap hari. Maklumlah selain jadi deejay,dia juga jadi hos untuk beberapa program popular. Tapi rupa-rupanya sikap ramahnya hanya satu topeng. Dengarnya gadis ini kurang disenangi rakan-rakan sekerja. Selain didakwa mempunyai masalah disiplin, dia juga kekwat dan suka bercerita keburukan orang lain seolah-olah dirinya hebat. Kata sumber Diva juga, sebab itu kerjayanya terumbang-ambing dan diaasyik ditendang ke sana ke mari. Sebab tak ada yang berkenan dengansikap diva dan tak ada disiplinnya itu. Tapi sebab orang tak kuasa naklayan, orang diamkan saja. Sebab kata mereka: "Macam budak-budakperangai dia." Patutlah Diva tengok program kendaliannya bersama seorang hos lain macam tak ngam. Mereka saling perli dan senyum tak ikhlas. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 5:39 pm | |
| Biodata Lisa Surihani Full Name: Lisa Surihani Mohamed Commersial Name: Lisa Surihani Date of Birth: 23 Mac 1986 Highest Education: Sarjana Muda Undang-Undang, Kolej Universiti Help Advertisement: Johnson & Johnson Pure Essentials, KFC, Ayam Goreng McDonald’s, Cadbury, Ayamas, Double Decker, Hotlink, V-Soy, Rexona, Clearasil, Maxis HOS: X-Fresh (Astro), Down Memory Lane (RTM), Nestle Space Challenge (ntv7), Hello 2006 (RTM), Whoa (ntv7), Anugerah Angkasapuri 2005 (RTM), Expresi Show Hoster: X-Fresh (Astro), Down Memory Lane (RTM), Nestle Space Challenge (ntv7), Hello 2006 (RTM), Whoa (ntv7), Anugerah Angkasapuri 2005 (RTM) dan Expresi Drama/Telemovie: Ayah Kami (RTM); teater: www.puterigunungledang.com.my; video muzik Milikku (Zahid); 3R; Jeff’s Place dan Mystery 6 Filem: Goodbye Boys dan I’m Not Single Hobbies: Reading, window shopping, listening to music Dislikes: Bugs & heights Likes: Color-White, Kittens, Kids Favorite Food: My Mom’s cooking |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 5:41 pm | |
| Lisa Surihani Wajah Esklusif ASTRO
Patutlah wajah artis Malaysia paling cantik dan anggun (bagi kami) tidak langsung kelihatan dalam mana-mana drama lain di stesyen televisyen lain kecuali Astro. Rupanya Lisa Surihani adalah artis wajah esklusif di Astro untuk 1 tahun. Berapa la yang Astro bayar kat dia ni ya? Kepada anda yang tidak mempunyai Astro di rumah, malang sekali kerana tidak dapat melihat kelibat dan bakat gadis ini di televisyen.
Untuk filem pun, kalau anda bukan penyokong filem David Teoh (Metrowealth), jangan harap juga untuk melihat Lisa Surihani di dalam produksi lain. Begitulah kehebatan gadis ini sehingga menjadi buruan produksi filem dan juga Astro.
Ikuti artikel perbualan sebuah syarikat akhbar dengan Lisa Surihani sendiri.
BIARPUN baru bertatih dalam bidang lakonan, pemilik nama Lisa Surihani Mohamed sudah cukup popular dan dikenali masyarakat umum.
Masakan tidak, sejak memegang watak utama dalam filem I’m Not Single, gadis berusia 22 tahun ini terus menjadi buruan industri seni tempatan.
Berkat keikhlasannya dalam dunia seni membuatkan tuah Lisa semakin mendatang, apalagi bila mendapat tawaran menjadi wajah ekslusif Astro selama setahun.
Dalam jangka masa berkenaan, Lisa tidak boleh berlakon dengan sebarang produksi untuk tayangan di stesen TV lain, kecuali stesen berbayar itu.
Khabarnya imbuhan untuk Lisa juga bukan kecil anak, sebaliknya si manis ini mampu tersenyum kerana bakatnya dinilai dalam jumlah sewajarnya.
Memang satu rezeki besar untuk Lisa, namun di sebalik wajah eksklusifnya di Astro ada harga yang perlu dibayar. Kontrak eksklusif ini menyebabkan peluang untuk melebarkan sayap lakonan di stesen TV lain terpaksa dihentikan buat sementara waktu.
Persoalannya, apa akan jadi sesudah kontrak dengan Astro tamat? Apakah ada kemungkinan pemilik ijazah undang-undang dari Universiti Aberystwyth, Wales, United Kingdom itu tidak lagi diterima stesen televisyen lain selepas kontrak berkenaan tamat?
Dan, apakah Lisa juga tidak akan menjadi ‘bahan’ untuk dipromosikan dalam rancangan-rancangan bukan drama terbitan stesen lain? Jika benar, bukankah itu satu kerugian yang amat besar terutamanya untuk artis baru seperti Lisa.
Mana tidaknya, tindakan Lisa memilih hanya sebuah stesen TV untuk menggunakan khidmat lakonannya boleh dianggap bagai menjerut leher sendiri.
Ketika namanya masih bertatih dan memerlukan kerjasama media untuk mempromosikan dirinya, hak eksklusif di Astro dilihat sebagai satu yang merugikan sekaligus menimbulkan rasa kurang senang stesen lain.
Bicara gadis ini, apa yang dikejar dalam bidang seni hanya kerana untuk mencari ilmu dan pengalaman, selain pendapatan. Dan dia sekali pun tidak pernah anggap apa yang dilakukan ini sebagai sesuatu yang merugikan.
Justeru, tidak ada kerisauan di benaknya kerana Lisa tahu semua pihak wajar melihat pilihan ini daripada sudut profesional.
“Kalau nak tanya sama ada saya risau atau tidak dengan risiko yang bakal diterima, saya rasa tidak. Ini kerana saya tahu setiap keputusan yang dibuat pasti ada baik dan buruknya.
“Saya ambil tawaran ini sebagai satu peluang dan platform untuk perbaiki diri dalam lakonan. Benar, wajah saya tidak akan muncul dalam mana-mana stesen TV selain Astro. Dan mungkin juga, gara-gara ini orang kurang mengenali saya kerana ia stesen TV berbayar.
“Tetapi saya cuba stabilkan kemunculan saya dengan mengambil tawaran sebagai pelakon iklan, jurucakap produk, serta berlakon dalam filem.
“Alhamdulillah, sepanjang tahun ini, jadual saya sudah pun tersusun,” katanya yang telah pun selesai penggambaran telefilem Mataku Nampak Hantu dan Ponti Anak Remaja serta Tiga Janda.
Bertanyakan pula mengenai desas desus yang mengatakan Lisa sebenarnya enggan menyertai wajah eksklusif Astro tetapi ‘diarahkan’ oleh syarikat pengurusannya Metrowealth, kata Lisa, dia mengambil tanggung jawab penuh atas apa yang dilakukan.
“Itu sekadar khabar angin. Saya tidak pernah bercakap macam itu. Ini peluang untuk saya menjadi lebih baik berbanding dahulu, kenapa tidak? Ia ibarat satu latihan yang besar buat diri saya dan saya bersyukur.
“Dari segi kerugian, memang ada sedikit, tapi saya kena menjaga ‘graf’ kerugian itu agar tidak jatuh menjunam. Biasalah, untuk mendapatkan sesuatu, kita mestilah membuat sedikit pengorbanan.
“Alhamdulillah, dengan bantuan syarikat pengurusan (Metrowealth), rezeki saya masih lagi ada. Malah, sekarang ini saya sedang menjalani penggambaran filem yang belum lagi ada judulnya.
“Tetapi filem itu dipetik daripada sebuah novel Lagenda Budak Setan di bawah arahan Syared Sharan. Dalam filem itu saya menjadi watak utama bersama Farid Kamil serta beberapa pelakon lain seperti Fazura, Que Haidar dan Shiqin Kamal,” ujarnya.
Sementara itu, jika sebelum ini Lisa banyak memegang watak baik, kini dia muncul dengan watak antagonis pula dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak.
Lisa yang ditemui pada majlis pelancaran Warna di Mid Valley, Kuala Lumpur berkata, lakonan antagonis adalah satu percubaan untuknya dalam mencuba pelbagai watak demi masa depan karier lakonan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 30 Jun 2009, 5:42 pm | |
| Siapa sangka dari pelakon ekstra di iklan Hotlink, kini Lisa Surihani boleh dianggap sebagai satu nama besar yang menyumbang di dalam industri hiburan tanah air. Itu untungnya orang lawa.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Wed 01 Jul 2009, 12:48 pm | |
| Senarai Facebook Artis Malaysia
Hari ini dah masuk bulan Julai 2009 dan begitu juga hubungan peminat dan selebriti semakin hari semakin mudah. Terima kasih kepada Facebook yang menjadikan hubungan dua hala peminat dan artis menjadi lebih mudah.
Maka tergumpulnya beberapa orang selebriti yang ada dalam senarai Facebook dan boleh kongsikan bersama anda peminat hiburan tanah air.
Senarai ini bukan dari jumlah keseluruhan. Jika anda ada mengetahui mana-mana Facebook artis/selebriti Malaysia yang masih belum tersenarai, kongsikan di’ruangan komen.
Namun bergantung kepada anda jika anda tidak di approve oleh selebriti berkenaan. Ngeh3.
AC Mizal (Pengacara/Pelakon/Penyanyi)
Adi Putra (Pelakon) Ahmad Izham Omar (CEO 8TV/Pemuzik) Azalina Othman (Menteri) Aziz M.Osman (Pengarah/Penerbit/Pelakon) Betty Benafe (Penyanyi) Catriona Ross (Pelakon) Dia Fadila (Penyanyi) Elly Mazlein (Penyanyi/Pelakon/Model) Farah Alya As’ari (Penulis Skrip) Farid Redzuan (Somebody at MediaPrima) Fauziah Latiff (Penyanyi/Model) Hanez Suraya (Pelakon) Harum Salim Bachik (Pelakon/Pelawak/Pengacara) Ummi Nazeera (Pelakon) Yusry KRU (Pengarah/Penyanyi/Pelakon) Jamal Abdillah (Penyanyi) Juliza Adzlizan (Penerbit) Nas Ahmad (Abang Terjah) Noniswara (Pelakon) Nurul Fatiha Abdul Hamid (Ex-gymnast Malaysia) Raja Farah (Pelakon) Sharifah Zarina (Pelakon/Penyanyi) Sheila Abdull (Penyanyi) Siti Fathiyah (Model Iklan) Umie Aida (Pelakon) Zed Zaidi (Pelakon/Penyanyi) Diana Amir (Pelakon/Model) Zul Huzaimy (Pelakon) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Wed 01 Jul 2009, 1:20 pm | |
| Jamal: Orang anggap saya tidak berguna tapi saya mampu berusaha dan 'berdiri' “Kes mahkamah tidak mengganggu saya untuk melakukan konsert ini"
Jamal masih menanti penaja untuk membantu 'Konsert Jamal Kembara Seniman'. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT DI kala diri penyanyi Jamal Abdillah sedang sibuk mengadakan ‘Konsert Jamal Kembara Seniman’ yang bakal dipentaskan di Istana Budaya awal Ogos ini, namanya juga hebat digembar-gemburkan dalam kes mahkamah yang sedang dibicarakan sekarang. Jamal, 50, sedang menunggu proses perbicaraan pengesahan kes cerai dengan isterinya, Fatimatuzahra Samat, yang sedang dibicarakan di Mahkamah Rendah Shah Alam termasuk kes ugut isterinya itu di Mahkamah Majistret Shah Alam. Perbicaraan kes cerainya akan bersambung pada 3 Julai ini sementara kes ugut isterinya pula dibawa ke 28 Julai depan. Walaupun pahit untuk ditelan, penyanyi, komposer dan pelakon ini tetap meneruskan cita-citanya untuk melakukan konsert yang pertama kali dianjurkan oleh syarikatnya, Bintang Channel Sdn Bhd dengan sokongan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (Utusan) dan Istana Budaya. “Kes mahkamah tidak mengganggu saya untuk melakukan konsert ini kerana ia merupakan suatu proses kehidupan manusia,” kata pelantun lagu ‘Tak Hilang Cinta’ ini. Jamal turut enggan mengulas mengenai sebab dia tidak menghadirkan diri ke Mahkamah Majistret bagi kes ugut isterinya pada 10 Jun lalu. “Saya tidak mempunyai apa-apa komen tentang itu,” ulasnya ringkas walaupun peguamnya, Datuk Mohd. Taqiyuddin Yahya memaklumkan dirinya sakit ketika itu. Tinggalkan sementara tentang kes mahkamah yang mencalit kesan negatif dalam diri Jamal tetapi apa yang lebih penting dalam dirinya sekarang adalah mencari pihak penaja untuk menjayakan konsertnya yang bakal berlangsung pada 5 hingga 9 Ogos depan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Dalam sidang media semalam, Jamal berkata dia berharap semoga ada penaja yang sudi menjayakan ‘Konsert Jamal Kembara Seniman’ yang sehingga kini masih belum mendapat perhatian mana-mana pihak. “Saya dah berusaha untuk dapatkan penaja untuk membiayai kos konsert tapi sehingga hari ini saya belum dapat apa-apa impak. “Saya berharap semoga ada penaja yang ingin menaja konsert ini,” luah Jamal yang turut berasa terharu kerana diberi peluang oleh Istana Budaya untuk menjayakan projek pertamanya itu. Konsert muzikal itu akan diolah dengan penceritaan mengikut beberapa segmen yang disampaikan menerusi lagu-lagu popularnya dan lakonan semula perjalanan hidupnya sejak lahir sehingga dia menceburi bidang seni. Kisah sebalik tabir dirinya akan didedahkan, termasuklah kisah dia selalu menangis selepas lahir dulu, pergaduhannya dengan komposer Datuk Ahmad Nawab dan penangan filem Azura. Antara lagu yang akan dipersembahkan dengan iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer Nawi ini ialah Senandung Semalam, Azura, Sandarkan Pada Kenangan, Seniman Menangis, Jeritan Batin dan Suratan Nasib. Kata Jamal, “Saya berasa terharu dan gementar sebab konsert ini merupakan usaha dan projek pertama saya dalam dunia hiburan. “Sekarang, baru saya tahu begitu sukarnya untuk menganjurkan program dengan belanja yang begitu banyak.” Jamal juga meluahkan yang dia sangat beremosi lebih-lebih lagi buat pertama kalinya dia akan membuat suatu persembahan yang mungkin tidak diketahui oleh orang lain. Sokongan padu daripada Pengarang Hiburan, Utusan Malaysia, Saharudin Musthafa (kiri), Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani kepada Pengarah Urusan Bintang Channel Sdn Bhd, Jamal Abdillah dalam menjayakan konsertnya. “Saya akan persembahkan apa yang orang tak tahu tentang saya dan apa yang saya nak luahkan itu bukan sahaja meruntun emosi. “Saya berasa begitu beremosi sebab ini projek pertama dan orang menganggap saya orang yang tidak berguna. Tetapi saya masih mampu berusaha,” kata pelakon filem ‘Ghazal Untuk Rabiah’ ini. Menjawab tentang perasaannya apabila konsert bercorak teater muzikal itu tidak mendapat tajaan memandangkan ia julung kali diadakan, Jamal berkata: “Mungkin saya buat perkara yang orang tak suka.. sebab saya dah banyak buat perkara kontroversi dan mereka tak nak tanggung risiko.” Namun begitu, semangatnya tidak pernah pudar untuk meneruskan cita-citanya itu kerana jelas Jamal, dia ingin membuktikan kepada semua yang Jamal Abdillah mampu ‘berdiri’ walaupun tanpa penaja-penaja. “Tanpa pelawaan Abang Joe (Mohamed Juhari), saya takkan berada di sini lagi kerana dari segi pembayaran dan insentif yang diberikan serta mengikut modal, habislah simpanan saya. “Walaupun banyak perkara negatif yang saya buat, tetapi saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk membuat konsert ini,” tuturnya ketika majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Utusan dengan Istana Budaya dan Bintang Channel di Istana Budaya, semalam. Majlis tersebut menyaksikan Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Pengarang Hiburan, Utusan Malaysia, Saharudin Musthafa menandatangani perjanjian bagi pihak Utusan, manakala Istana Budaya diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Mohamed Juhari Shaarani dan Bintang Channel Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Urusannya, Jamal Abdillah. Melalui kerjasama ini, Utusan selaku rakan media melalui akhbar Utusan Malaysia akan menyokong penganjuran konsert dengan memberi publisiti meluas sebelum dan selepas acara berlangsung. Sebelum ini, Utusan pernah bekerjasama dengan Istana Budaya dalam menganjurkan 'Konsert Black Dog Bone', 'Puisi Gaza khas untuk Palestin' dan 'Malam Puisi Utusan'. Berbalik kepada ‘Konsert Jamal Kembara Seniman’, Jamal berkata sehingga kini sudah lebih 300 tiket yang sudah terjual. Diskaun 10 peratus akan diberikan kepada Orang Kurang Upaya yang membeli tiket berharga RM150, RM200 dan RM300. Sementara itu, sesiapa yang membeli tiket berharga RM200 akan mendapat percuma sebuah CD album terbaru Jamal terhad kepada 500 keping sahaja. Bagi tiket premier RM300 pula akan mendapat percuma CD album terbaru dan eksklusif bersama Jamal. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Wed 01 Jul 2009, 1:22 pm | |
| Hans ambil risiko, labur wang sendiri untuk 'Cuci the Musical'
Hans Isaac. - foto THE STAR oleh S. S. Kanesan
MASIH berpegang pada prinsip penonton berhak mendapat yang terbaik, pelakon dan pengarah Hans Isaac sanggup mengambil risiko yang besar dengan melabur lebih kurang RM 3 juta wangnya sendiri bagi merealisasikan harapannya untuk memberi yang terbaik kepada penonton.
Pemilik syarikat produksi Tall Order Productions Sdn Bhd (TOPSB) ini sanggup berbelanja besar untuk teater 'Cuci the Musical' yang akan dipentaskan pada 23 Oktober ini di Istana Budaya.
"Kita sebenarnya kalau nak satu projek yang besar, kita kena berbelanja besar dan semestinya risiko dia pun besar. Sebab itu saya tak nak setiap projek yang saya ambil hasilnya biasa-biasa saja.
"Saya juga ingin mencuba langkah baru untuk menampilkan kelainan dalam teater ini berbanding teater-teater sebelum ini. Bukan bermakna teater-teater sebelum ini tidak bagus, tapi saya ingin menampilkan kelainan jadi saya ambil inisiatif dengan melabur wang yang banyak." jelas Hans.
Menurut Hans juga, dia masih lagi belum menerima sponsor untuk perbelanjaan teater musikal ini yang akan menampilkan nama-nama besar dalam bidang lakonan, rekaan set dan juga pemuzik-pemuzik.
Teater 'Cuci the Musical' ini bakal menampilkan pelakon-pelakon seperti Awie, A.C Mizal, Hans Isaac, Adibah Noor, Vanidah Imran, Harith Iskandar dan ramai lagi.
"Apa yang saya cuba lakukan sebenarnya adalah untuk menjadikan 'Cuci the Musical' ini berbaloi. Saya harap dapat menggalakkan penonton datang menonton dan rasa berbaloi dengan apa yang mereka bayar.
Diminta mengulas mengenai filem kedua arahannya, Hans tidak mahu mengulas lanjut kerana dia tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi berikutan proses pembikinan filem itu masih lagi dalam perbincangan.
"Saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan kerana kita masih lagi diperingkat awal dan berbagai masalah kami perlu selesaikan terlebih dahulu.
"Saya rasa lebih elok jika kita tunggu sahaja sidang akhbar yang akan diadakan nanti dan ketika itu barulah saya boleh menjawab segala pertanyaan," terang pelakon ini dalam nada ketawa.
Hans kini juga sedang sibuk menjalani pengambaran bagi drama bersiri 'Biru Cinta Laguna' yang akan ditayangkan di TV9 dan baru sahaja selesai pengambaran untuk drama 'Cuci the series' tiga dan empat minggu yang lepas dan bakal ditayangkan di RTM
Selain itu, peminat-peminat Hans juga dapat menyaksikan drama terbitannya yang berjudul 'Klon Teja' pada 27 Julai ini di Astro Prima pada pukul 10.00 malam.
Kepada peminat-peminat Hans Isaac yang ingin menyaksikan teater 'Cuci the Musical' ini tiket boleh didapati dalam lapan harga yang berbeza bermula dari RM 30 hingga RM 200. Tayangan ini akan diadakan di Istana Budaya pada 23 Oktober 2009 bermula jam 8.30 malam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Wed 01 Jul 2009, 1:23 pm | |
| Mardiana ‘berdakwah’ melalui teater untuk baiki diri sendiri
Mardiana Alwi manis bertudung dalam 'Teater Intan Yang Tercanai'. -foto DBP
PENDEKATAN pelakon Mardiana Alwi, 21, menggunakan teater sebagai cara untuk ‘berdakwah’ merupakan suatu pendekatan yang boleh jadi ikutan kepada pelakon baru akan datang.
Pendekatan ini boleh memberikan suatu ikutan yang positif memandangkan maksud ‘berdakwah’ menurut Kamus Dewan sendiri memberi makna ‘menjalankan kegiatan menyebarkan sesuatu kepercayaan’.
Mardiana akui dia memilih untuk berlakon dalam 'Teater Intan Yang Tercanai' tulisan Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan itu atas alasan ‘berdakwah’ kepada diri-sendiri dan masyarakat.
“Saya mengambil cara berdakwah kerana berlakon dalam karya Datuk Noordin Hassan sangat memberi kesan dan keinsafan kepada kita kerana ia bercerita tentang sikap manusia.
“Teater ini juga menguji dan mencabar diri saya menerusi watak Ungku Intan Anis,” kata Mardiana atau mesra dengan nama timangan Nana.
Tambah Nana, “Sebenarnya, apabila menerima tawaran teater ini saya merasakan ia satu peluang untuk mengembangkan bakat dalam bidang ini.
“Apa yang penting, saya banyak kena buat kajian sebab teater Intan Yang Tercanai memberikan skop yang begitu luas dan subjektif. Bukan senang untuk mencapai objektif utama teater ini.
“Tawaran ini ibarat satu peluang. Jadi, saya cuba mencari banyak sumber rujukan seperti buku agama mengenal diri dan Allah serta rujukan dari internet.
Mardiana ketika berlakon watak Ungku Intan Anis dalam 'Teater Intan Yang Tercanai'.
“Saya juga berbincang dengan pengarah dan mengikut interpretasi sendiri.”
Jelas Nana, dia merasakan tercabar memandangkan karya Noordin biasanya mempunyai makna tersurat dan tersirat.
“Karya ni masih baru dan belum dipentaskan lagi. Jadi, apa yang saya perlu lakukan adalah membuat terjemahan skrip mengikut pemahaman sendiri dan mendapatkan bantuan pelakon yang berpengalaman seperti Juhara Ayob dan Kak Ogy (Fauziah Ahmad Daud).
“Juhara merupakan pensyarah saya di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) manakala Kak Ogy pula sangat peramah dan banyak membantu saya memberikan idea.
“Pada mulanya, apabila saya mendengar nama Kak Ogy akan berlakon dalam teater ini terus saya kata ‘wow, bestnya’. Saya tengok dia sama sahaja sama ada di TV atau di luar,” kata Nana yang baru menamatkan pengajiannya di ASWARA dalam bidang Diploma Teater.
Semasa mengikuti pengajiannya, Nana telah menjayakan pelbagai produksi teater antaranya Teater Klasik Macbeth (ASWARA), Muzikal Kesuma (ASWARA), Teater Mak Yong Raja Kecil Dewa Laksana (ASWARA), Bangsawan Raden Galoh (ASWARA), Bangsawan Menjunjung Duli (DBP), Teater Syurga atau Neraka (PESAM) dan Teater Bukan Dejavu (DBP).
Mahu lakonan seiring dengan nyanyian
Selain mempunyai bakat dalam bidang lakonan, Nana juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.
Gadis kelahiran Senai, Johor ini pernah memenangi beberapa pertandingan nyanyian irama Malaysia pada peringkat negeri.
“Sebelum ni, saya pernah menyanyi lagu keroncong, ghazal dan lagu tradisional tetapi sekarang saya akan lebihkan kepada lakonan.
“Buat masa ini, saya lebih suka berlakon secara ‘freelance’. Tetapi pada masa akan datang, saya mahu seiringkan antara nyanyian dan lakonan.
“Saya bercita-cita untuk mendapat lebih peluang dalam bidang lakonan dan terlibat dengan produksi teater.
“Saya juga mahu mencuba segalanya dalam bidang seni untuk mematangkan diri dan tonjolkan diri dalam perkara baru,” katanya yang turut pernah berlakon dalam beberapa buah drama, telefilem dan filem.
Antaranya adalah Biar Rahsia, Pasrah, Salsamuay, Biar Bulan Bicara, Jalan Pulang dan Malaikat Maut.
Manis bertudung
Rupa-rupanya, ini bukan pertama kali Nana diarahkan untuk mengenakan tudung ketika berlakon kerana sebelum ini dia pernah berbuat demikian menerusi teater ‘Bukan Dejavu’.
“Saya dah biasa bertudung, bukan sahaja untuk lakonan tetapi untuk sesi fotografi dalam bidang peragaan,” katanya yang manis mengenakan tudung bagi menjayakan watak Ungku Intan Anis dalam teater ‘Intan Yang Tercanai’.
Sinopsis 'Intan Yang Tercanai'
Drama ini mengangkat keperibadian seorang wanita unggul, yang dibahasakan Ungku Anis, iaitu seorang yang bijak, menawan dan sensitif.
Keperibadian Ungku Anis yang luar biasa hingga sanggup datang bersama kawan-kawannya pada hari Danial Sundaram, (sahabatnya sejak di bangku sekolah dan tidak mempunyai fahaman agama yang jelas) menanggung kavadi menyentuh dan menharukan Danial.
Bukan itu sahaja, Ungku Anis juga terlibat dalam kerja-kerja sosial, membantu orang miskin di kampung malah hingga sanggup bersama-sama misi Kristian membantu orang di Guatemala dan negara-negara Afrika.
Dalam usia muda Ungku Anis ke Mekah, Ungku Anis telah hilang dalam peristiwa Terowong Al-Mu’aysam yang menngorbankan 1,426 jemaah haji.
Sama ada dia terkorban, tiada siapa yang tahu kerana Ungku Anis tidak pernah ditemui selepas itu.
Drama arahan pengarah A. Wahab Hamzah ini mengupas isu kemanusiaan dengan halus dan dengan lapisan makna yang perlu ditafsirkan.
Drama ini juga mengangkat sikap manusia yang dalam pencarian erti kebenaran dan juga bagaimana manusia-manusia yang hilang sifat kemanusiaan ketika dalam ujian musibah sedangkan selama ini sifat itulah yang diajarkan dan disemai ke dalam diri mereka.
Teater ini akan dipentaskan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP mulai 8 hingga 12 Julai ini. Tiket berharga RM20 manakala RM10 untuk kanak-kanak boleh didapati menerusi www.ticket2u.biz. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Wed 01 Jul 2009, 1:25 pm | |
| RTM nafi ada arahan gam Ako Mustapha
Ako Mustapha.
BARU-BARU ini pelakon Ako Mustapha meluahkan perasaannya yang tertekan kerana tidak mempunyai kerja apabila banyak tawaran lakonan yang terbatal.
Menurutnya, terdapat beberapa syarikat produksi yang enggan mengambilnya berlakon kerana bimbang sekiranya dia digam stesen TV berikutan kes khalwatnya yang sedang dibicarakan di Mahkamah Syariah sekarang.
Ini kerana, ia merupakan kali pertama Ako menempuhi hal seumpama ini lebih-lebih lagi isterinya, Kartina Shuaib Abdullah sedang mengandung 11 minggu.
“Karier saya sangat perlahan sekarang dan memang saya tidak mempunyai apa-apa pekerjaan langsung setakat ini.
“Saya rasa sangat stres dan merasakan kehidupan ini agak ‘tough’ dan bertambah ‘struggle’ dengan keadaan saya yang mempunyai isteri dan bakal mendapat anak nanti.
“Tetapi, apa yang saya boleh lakukan. Saya telah buat yang terbaik. Jadi, selepas ini saya perlu mencari jalan lain untuk menyara kehidupan sekeluarga,” kata Ako.
Bagaimanapun, ketika menghubungi Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Ibrahim Yahya untuk mendapat kepastian mengenai hal itu, dia berkata setakat ini tiada sebarang tindakan yang diambil untuk menggantung atau melarang penyiaran drama atau program melibatkan pelakon itu.
“Setakat ini, tiada arahan untuk itu,” jawab Ibrahim ringkas.
April lalu, sebuah akhbar melaporkan semua stesen TV akan terus menyiarkan drama lakonan Ako Mustapha atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 37, walaupun pelakon itu dikenakan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 atas kesalahan berkhalwat, dua tahun lalu.
Empat stesen TV iaitu Astro, RTM, TV9 dan TV3 bersependapat adalah tidak adil untuk mengenakan tindakan ke atas pelakon itu kerana ketika drama lakonannya disiarkan, kes pelakon itu masih dalam peringkat perbicaraan.
Dalam laporan itu, Ibrahim pernah mengulas mengenai hal ini yang memaklumkan Ako masih diterima di stesen RTM.
"Bagaimanapun, apa-apa keputusan biarlah diputuskan menteri (Menteri Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Kesenian)," katanya.
Ako yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan Anang Sagunting dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, 21 April lalu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad atas kes khalwat Ako dan dia dianggap telah menghina mahkamah setelah empat kali gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu.
Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20 pagi, pada 27 Jun 2007.
Ako sedang dalam proses menunggu tarikh perbicaraan lanjut mengenai kes khalwatnya yang belum ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Wed 01 Jul 2009, 3:01 pm | |
| Celeb Nexus rapatkan peminat dan selebriti
Syarizan (tengah) bersama antara barisan artis Aquila Emas yang telah menandatangani kontrak sebagai 'Selebriti Premium' untuk program Celeb Nexus - foto THE STAR oleh AZMAN GHANI
TANPA sokongan peminat-peminat, sukar untuk seseorang yang bergelar selebriti itu berada di tahapnya sekarang. Tidak dinafikan, peminat adalah salah satu faktor penting bagi memastikan karier selebriti itu terus bertahan.
Justeru, untuk merapatkan lagi hubungan antara peminat dan selebriti pujaan mereka, agensi pembangunan dan pemasaran bakat, Aquila Emas mengambil inisiatif mewujudkan 'Celeb Nexus', sebuah program keahlian 'premium community' yang membolehkan ahli-ahli berinteraksi dengan selebriti-selebriti yang menyertai program ini menerusi pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2009/2010.
Setakat ini, seramai 12 selebriti tanahair dan merupakan artis-artis di bawah naungan Aquila Emas telah menandatangani kontrak sebagai 'Selebriti Premium' untuk program Celeb Nexus ini iaitu Zizan Nin, Yasmin Hani, Tony Eusoff, Lana Nodin, Zed Zaidi, Airis Yasmin, Nazim Othman, Chelsia Ng, Shuba, Tania Zara, Isma Hanum dan Ainul Aishah.
Mengulas mengenai Celeb Nexus ini, kata Pengarah Urusan Aquila Emas, Syarizan Md Isa, penyertaan selebriti akan turut dibuka bukan saja di kalangan artis, malah individu-individu lain seperti ahli sukan, usahawan dan cendekiawan.
"Ini adalah satu cara yang baik untuk dekatkan selebriti dengan peminat. Memang kita tidak nafikan setiap selebriti khususnya golongan artis, mereka mempunyai 'fan club' sendiri, tetapi mungkin satu hari nanti bila selebriti-selebriti ini sudah tidak aktif, 'fan club' mereka juga berkemungkinan akan turut berkubur.
"Namun, menerusi Celeb Nexus ini, kita ingin selebriti tersebut akan sentiasa dekat dengan peminat dan terus berinteraksi dengan mereka meskipun kurang aktif lagi.
"Antara perancangan kami pada tahun ialah membawa selebriti di bawah Celeb Nexus mengadakan lawatan ke agensi-agensi media tempatan dan kita juga mungkin akan mengadakan 'treasure hunt' dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.
"Setakat ini, semua artis Aquila Emas telah menyertai Celeb Nexus. Kami pernah berbincang dengan Agensi Angkasa Negara untuk turut libatkan angkasawan negara, tetapi memandangkan agensi itu adalah badan kerajaan, jadi kami perlu fikirkan pembabitan mereka dalam cara yang lain.
"Mungkin Celeb Nexus akan bekerjasama dengan sebuah yayasan di bawah agensi itu iaitu Yayasan Angkasawan.
Ahli-ahli Celeb Nexus bukan saja berpeluang berinteraksi selebriti, malah akan turut menikmati tawaran istimewa barangan dan perkhidmatan dari 'premium partners'
"Tapi pada masa yang sama, kami masih membuka penyertaan dan menggalakkan selebriti lain untuk turut serta kerana program ini juga secara tidak langsung turut memberikan publisiti kepada mereka serta pendapatan bulanan tetap menerusi aktiviti-aktiviti yang mereka sertai.
"Dan kami akan mengumumkan secara rasminya nama-nama selebriti lain kelak sekitar Oktober nanti," kata Syarizan pada sidang media sempena pra-pelancaran kad keahlian Celeb Nexus, baru-baru ini.
Menurut Syarizan lagi, ahli-ahli Celeb Nexus yang terdiri daripada peminat-peminat selebriti dan program premium itu sendiri, mereka bukan saja mempunyai peluang untuk berinteraksi dan menjalankan aktiviti bersama selebriti, malah akan turut menikmati tawaran istimewa barangan dan perkhidmatan dari 'premium partners', dari masa ke semasa.
Setakat ini, Celebrity Fitness adalah salah satu rakan 'premium' yang telah mengesahkan pembabitan di dalam Celeb Nexus ini.
"Ahli-ahli yang kami gelar 'premium members' boleh menikmati pelbagai keistimewaan menerusi program Celeb Nexus ini, contohnya, pakej istimewa menyertai Celebrity Fitness.
"Ahli-ahli juga boleh mengakses maklumat tentang 'premium partners', pengumuman, selebriti dan aktiviti yang akan diadakan menerusi laman web www.celebnexus.net yang akan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan Julai ini," katanya yang mensasarkan sekitar 10,000 pendaftaran ahli untuk tahun pertama.
Keahlian dibuka kepada mereka berusia 15 tahun ke atas dan yuran pendaftaran yang dikenakan ialah RM100 manakala yuran tahunan pula adalah sebanyak RM30. Pendaftaran dan bayaran boleh dibuat menerusi laman web tersebut.
Ahli-ahli akan menerima pek permulaan yang antara lain mengandungi kad keahlian Celeb Nexus, barangan Celeb Nexus dan pelekat kereta. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Wed 01 Jul 2009, 3:02 pm | |
| Wartawan pernah ramal Jackson akan hidup 6 bulan saja
ENAM bulan untuk hidup lagi - Begitulah ramalan seorang wartawan yang menjangka kematian Raja Pop Michael Jackson pada Disember lalu.
Ramalan tersebut adalah berdasarkan kesihatan Jackson yang sangat lemah ketika itu.
Menurut laporan media, Ian Halperin telah menghabiskan tempoh masa lima tahun dalam kem Jackson dan pernah melihat kesengsaraan mental dan fizikal bintang handalan itu.
Apabila wartawan itu membuat ramalan mengejutkan tersebut, kenalan Jackson menganggap telahan itu sebagai rekaan "semata-mata".
Bagaimanapun, enam bulan dan sehari kemudian, ternyata ramalan Halperin menjadi kenyataan.
Menurut Halperin, tubuh badan Jackson, 50, yang lemah tidak dapat menanggung bebanan persiapan mendiang untuk siri 50 konsert yang dijadualkan.
"Ketamakan 'membunuh' Michael Jackson," media memetik Halperin sebagai berkata.
"Jelas sekali Michael tidak mungkin dapat membuat persembahan walau untuk satu konsert, apatah lagi 50 konsert.
"Dia tidak dapat menyanyi. Kadang-kala, dia tidak dapat bercakap langsung. Dia tidak boleh menari lagi.
" 'Mala petaka' bakal melanda di London dan pada pendapat kenalan rapat dengannya, Jackson berasa ingin membunuh diri," tambah Halperin. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Wed 01 Jul 2009, 3:26 pm | |
| Sukar hidup tanpa Fauzi
Tindakan Lisdawati yang menitiskan air mata ketika menyaksikan pratonton telefilem Buih-Buih Cinta mengundang tanda tanya
BEBERAPA kali manik-manik jernih dilihat mengalir di pipi mulus pelakon ini ketika menghadiri majlis pratonton telefilem Buih Buih Cinta arahan pengarah sedang meningkat naik Osman Ali. Tindak-tanduk Lisdawati Nazarauddin itu menjadi persoalan.
Adakah hatinya terusik kerana jalan ceritanya? Namun itu mustahil kerana air mata wanita ini sudah kelihatan beberapa saat sejurus tayangan drama yang menampilkan dirinya sebagai tonggak utama memegang watak wanita bernama Soraya bermula.
Takkan begitu mudah hatinya tersentuh? Mungkinkah kerana desas-desus mengenai rumah tangganya bersama aktor Fauzi Nawawi yang dibina hampir dua tahun lalu yang khabarnya bergolak mengusik hati wanita ini apatah lagi melihat bibit-bibit romantis di dalam telefilem khusus untuk produk Johnson's Baby Milk Bath, Buih-Buih Cinta yang mungkin hanya tinggal kenangan?
Lalu dirinya menjadi buruan sejurus tayangan selama satu jam itu berakhir. Tanpa Fauzi di sisi yang terpaksa bergegas pulang kerana terikat dengan komitmen kerja, ibu kepada seorang cahaya mata ini terpaksa berdepan dengan media sendirian.
Soal kami, kenapa dia kelihatan amat tersentuh? Jawab wanita itu, dia seorang yang sensitif. Ada getar di hujung suara Lisda tatkala menjawab soalan itu.
Katanya, dia tidak dapat membayangkan bagaimana sekiranya Fauzi tidak mempedulikannya seperti yang berlaku kepada Soraya yang makan hati kerana tidak dihiraukan suami berikutan berkahwin kerana paksaan.
"Alhamdulillah semua itu tidak berlaku dalam rumah tangga kami. Sampai ke saat ini dia masih suka berlawak sampai keluar air mata saya dibuatnya. Sepanjang berkahwin dengan Abang Fauzi hampir dua tahun, kami tidak pernah berdepan sebarang masalah besar, mungkin kerana kami bekerja dalam satu bidang.
"Abang Fauzi seorang yang ringkas, dia penuh dengan lawak jenaka. Perangainya tidak sejahat seperti dalam filem, sebaliknya dia seorang suami yang sangat romantis. Cuma dia kurang selesa menunjukkan sikap romantisnya di depan orang, hanya saya yang tahu bagaimana suami di rumah.
"Namun ada juga ketikanya kami berselisih faham, tetapi biasanya kami akan menyelesaikan masalah secepat mungkin. Jika bergaduh, kami lebih senang menggunakan SMS saja untuk menyelesaikan masalah. Ketika awal perkahwinan lagi, saya sudah ingatkan Abang Fauzi, marah macam mana sekali pun dia kena balik rumah. Tak kiralah lambat hingga ke Subuh sekali pun supaya pergaduhan tidak berpanjangan ,"katanya.
PENGARAH Pemasaran Johnson & Johnson Sdn Bhd, Standfard Goh (tiga dari kiri), Osman Ali (kiri) dan Lina Tan bersama Lisda serta Fauzi pada majlis pratonton telefilem Buih Buih Cinta.
Soalan mengenai rumah tangganya yang dilaporkan bergolak tidak terlepas kami tanyakan. Biar agak berat bertanyakan soalan itu memandangkan terdahulu Lisda dan Fauzi kelihatan cukup romantis ketika beraksi di depan kamera, namun soalan itu perlu diajukan juga demi mendapatkan kepastian.
Dengan lancar Lisda menjawab, tuduhan mengenai pergolakan rumah tangganya itu hanyalah usikan media semata-mata. Bagi dia dan Fauzi, lebih baik mereka berdiam diri kerana percaya perkara yang tidak betul akan lenyap dengan sendirinya.
"Saya amat gembira dengan kehidupan sekarang. Kebahagiaan kami bukan dibuat-buat, apa yang penonton lihat dalam Sehati Berdansa, itulah kami di dalam dunia realiti. Kami tidak berlakon. Seperti saya katakan, Abang Fauzi seorang yang sangat romantis. Jika di rumah dia sebolehnya tidak mahu saya melakukan kerja berat-berat. Kain baju dia akan hantar ke dobi, malah ada masanya dia yang masak untuk saya.
"Jadi saya dan abang terkejut bagaimana boleh timbul cerita rumah tangga kami berantakan? Kami pelik bagaimana orang luar lebih tahu mengenai rumah tangga kami daripada diri kami sendiri? Saya kurang selesa apabila isu ini ditimbulkan kerana orang yang tidak tahu apa-apa mereka akan keliru. Sementara orang yang tidak suka dengan saya dan abang tentu akan bertepuk tangan mendengar cerita ini," katanya yang tidak mahu melayan perkara negatif seperti ini.
Bawa dua watak berbeza
SELAIN Soraya wanita yang makan hati kerana tidak dihiraukan suami, Lisda turut membawakan watak wanita gila-gila bernama Lolly. Ternyata pelakon ini berjaya membawakan watak Lolly dengan berkesan hingga berjaya membuatkan kami yang menghadiri majlis pratonton Buih Buih Cinta tidak kering gusi.
Kata Lisda, itulah pengalaman pertamanya membawakan watak gila-gila kerana sebelum ini penerbit lebih cenderung memberikannya watak wanita kampung serta watak serius. Bagi menghidupkan watak Lolly, Lisda menjadikan karakter gila-gila Sarimah Ibrahim sebagai panduan, tetapi dia menjadi lebih tiga kali ganda daripada Sarimah.
"Lapan tahun dalam bidang lakonan, produser melihat kemampuan saya lebih ke arah watak wanita lemah lembut. Memang pada mulanya agak takut juga untuk membawakan watak Lolly, tetapi mujur Osman Ali banyak membantu.
"Lagi pun peluang seperti ini tidak selalunya datang, jadi bagi saya tidak ada salahnya jika saya mencuba. Saya tidak sangka pula Osman suka dengan lakonan saya," katanya.
Selain Lisda, drama sebanyak tiga episod yang jalan ceritanya dihantar oleh peserta peraduan Johnson's Baby Milk Bath, Suami & Si Manja Semakin Sayang, turut dibintangi pasangan suami isteri Vanidah Imran dan Rashidi Ishak.
Menurut Osman, dia bersama penerbit Red Comm Sdn Bhd, Lina Tan sepakat memilih dua pasang suami isteri ini kerana bukan saja mereka dikenali, bahkan kedua-duanya juga berkebolehan berlakon dengan baik. Bagaimanapun, keputusan memilih dua pasang suami isteri ini tidak dicapai dengan mudah, mereka adalah dua pasangan bertuah daripada lima nama yang disenarai pendek.
Osman yang juga pengarah Anak Halal berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah ketika sesi penggambaran. Cuma dia perlu kreatif menonjolkan produk keluaran Johnson's agar tidak keterlaluan kelihatan seperti iklan komersial.
"Kriteria yang kita mahukan adalah pelakon yang bersih dan pasangan sebenar serta berkebolehan berlakon. Kami melihat kedua-dua pasangan ini mempunyai 'chemistry' yang sangat baik. Kali ini kita tampilkan kedua-dua pelakon wanita ini dalam karakter berbeza daripada yang pernah mereka lakonkan sebelum ini.
"Sepanjang 10 hari penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Hulu Langat, kita tidak menghadapi sebarang masalah besar kecuali dengan pelakon kanak-kanak Puteri Qiestina Nisrien yang memegang watak anak Lisda dalam cerita ini kerana dialah diva paling besar. Penggambaran hanya dapat dilakukan bergantung kepada dia, sekiranya dia tidur kami terpaksa tunggu sehingga dia bangun dan bergantung juga kepada moodnya. Selebihnya tiada sebarang masalah," katanya.
Sementara itu, Lina Tan pula berkata, dia memilih Osman Ali selaku pengarah kerana percaya dengan kredibiliti pengarah itu. Baginya Osman berupaya menyelami dasar hati seorang wanita, perkenalan yang terjalin sejak sekian lama juga memberi keyakinan kepadanya memilih Osman sebagai pengarah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Wed 01 Jul 2009, 3:28 pm | |
| 'Biarlah saya mengalah'
Sharifah Aini mahu segera hentikan kontroversi yang berlaku antara dirinya dengan S Atan.
Datuk Sharifah Aini mengaku letih berdepan kontroversi dengan S Atan, halalkan RM83,000 sebagai upah terbit album
NIAT awalnya hanyalah sekadar untuk menjelaskan punca kelewatan albumnya berada di pasaran namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Disebabkan keberaniannya menceritakan kisah di sebalik kelewatan itu, tanpa di sangka ada hati yang terluka sehingga membawa kepada ‘perang mulut’ membabitkan dua figura terkenal tanah air iaitu Datuk Sharifah Aini dan komposer S Atan.
Dalam temu bualnya bersama media sebelum ini, penyanyi tersohor kelahiran Johor Bahru ini mendakwa S Atan merakam album terbarunya menggunakan program komputer dan tidak secara langsung seperti yang dibincangkan awal walhal komposer berkenaan sudah pun menerima bayaran sebanyak RM83,000 sebagai upah untuk menerbitkan album ke-99 penyanyi itu.
Bagaimanapun perkara itu dinafikan S Atan minggu lalu dan mendedahkan sebahagian besar wang itu digunakan untuk membiayai kos pemain muzik dan studio. Kesal dengan dakwaan penyanyi yang mendapat jolokan Biduanita Negara itu yang disifatkannya sebagai fitnah dan memalukan dirinya, dia menerusi peguamnya Mohd Effendy Rosley memberi tempoh 14 hari kepada Sharifah Aini atau lebih akrab disapa Kak Pah memohon maaf secara terbuka jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang.
Memang sukar untuk bertemu jawapan siapa benar, siapa salah andai keadaan seperti ini berterusan. Justeru, tidak mahu kontroversi seperti ini berlanjutan, dengan penuh rendah hati, penyanyi yang terkenal dengan lagu Seri Dewi Malam ini mengambil keputusan untuk menamatkan segera kontroversi ini dengan cara penuh diplomasi.
”Biarlah saya mengalah dalam hal ini, namun mengalah bukan bererti saya kalah. Cuma saya sudah letih berdepan dengan kontroversi seperti ini. Saya hanya mahukan ketenangan dalam meniti kehidupan yang fana ini,” ujar Sharifah Aini ketika ditemui dalam sidang media khas di kediamannya di Petaling Jaya, petang kelmarin.
Hip: Apa tujuan sidang media ini diadakan?
Sharifah Aini: Sejak kebelakangan ini saya lihat kontroversi membabitkan antara saya dan S Atan semakin mendapat liputan meluas dan menjadi semakin sensasi. Saya tidak merasakan situasi seperti itu sebagai sesuatu yang sihat dan menjejaskan reputasi masing-masing. Untuk itu, saya mahu konflik antara kami segera ditamatkan. Cukuplah, saya sudah letih dengan kenyataan yang keluar di media. Hidup ini terlalu singkat untuk kita sesakkan dengan hal yang boleh memeningkan kepala dan membuatkan saya tertekan. Saya mahu menjalani kehidupan ini dengan lebih tenang dan sebab itulah saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan konflik ini dengan menghalalkan dunia dan akhirat wang RM83,000 yang saya berikan padanya dua tahun dulu untuk pembikinan album terbaru saya itu.
Hip: Sukarkah untuk Kak Pah buat keputusan ini?
Sharifah Aini: Memang sukar sehinggakan saya terpaksa membuat sembahyang Istikharah untuk mencari petunjuk bagi menamatkan semua kontroversi ini. Selepas berfikir dan menilai kesan dan akibatnya, barulah saya mengambil keputusan untuk menyelesaikannya dengan cara seperti ini. Saya tidak akan menuntut sebarang ganti rugi atau meminta dia memulangkan kembali wang sebanyak RM83,000 itu. Sebaliknya saya menghalalkannya dunia dan akhirat. Cuma selepas ini, saya tidak mahu diri ini dikaitkan dengannya. Bagaimanapun, itu bukanlah bermaksud saya membenci, menaruh dendam padanya atau mendoakan yang tidak baik buatnya, cuma saya tidak mahu lagi dikaitkan dengannya. Memang sedih dengan apa yang terjadi dan saya sebenarnya tidak menyangka perkara seperti ini berlaku dalam persahabatan kami.
Hip: Apakah keputusan yang dibuat ini ada kaitannya dengan tindakan undang-undang yang bakal diambil S Atan kerana dia mendakwa dirinya difitnah?
Sharifah Aini: Apa yang saya buat ini semuanya atas dasar kehendak saya sendiri dan bukannya kerana gusar dengan tindakan undang-undang yang dia ingin kenakan pada saya. Seperti yang saya katakan sebelum ini, hidup ini terlalu singkat untuk kita harungi masalah seperti ini. Walaupun terbit juga rasa terkilan kerana ia membabitkan sejumlah wang yang agak besar namun saya tak kisah kerana saya percaya setiap yang berlaku ada rahmatnya dan mana tahu selepas ini Allah akan berikan rezeki yang lebih buat saya.
Hip: S Atan ada memberikan tempoh selama 14 hari untuk Kak Pah memohon maaf secara terbuka, apakah perkara itu akan berlaku?
Sharifah Aini: Saya tidak akan melakukan perkara itu. Untuk apa saya minta maaf kerana dalam situasi ini, saya adalah mangsa. Lagipun, saya tidak menerima sebarang surat dari peguamnya yang menyuruh saya untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. Beginilah, saya anggap situasi yang berlaku hari ini adalah seperti berikut, S Atan meminta saya wang RM5 tetapi saya menyerahkan keseluruhan rumah ini untuknya. Itu sudah cukup besar untuknya berbanding permohonan maaf yang dituntut itu.
Hip: Tapi bagaimana kalau S Atan tetap dengan pendiriannya untuk mengambil tindakan undang-undang?
Sharifah Aini: Itu terpulang padanya, biarlah masyarakat sendiri menilai. Saya sudah melakukan apa yang sepatutnya saya lakukan. Namun harus diingat, apa yang saya buat ini tidak bermakna saya mengaku kalah. Saya juga ingin tegaskan bahawa ini adalah kenyataan terakhir saya berhubung kontroversi ini kerana kalau asyik berbalas kenyataan, sampai bila-bila pun tak akan selesai.
Hip: Ada yang menyifatkan apa yang berlaku ini adalah permainan Kak Pah sendiri. Kak Pah yang memulakan dan Kak Pah sendiri yang mengakhirinya. Komen sikit?
Sharifah Aini: Saya tak anggap ini sebagai satu permainan. Andai benar ini satu permainan, lebih baik saya teruskan saja kontroversi ini sehingga ke mahkamah. Kes ini timbul pun apabila media yang bertanyakan pada saya perkembangan album terbaru. Jadi apabila terlalu kerap ditanyakan, jadi saya terpaksa bercerita punca berlakunya kelewatan itu. Ya, saya akui ada juga kenyataan yang saya keluarkan mengguris hati S Atan. Tapi adalah menjadi prinsip saya untuk berkata benar. Saya adalah seorang yang spontan dan kalau saya rasakan benda itu tidak betul, saya akan berterusan. Lagipun, mana mungkin urusan mahkamah boleh dibuat main-main. Ingat lagi kes saya dengan seorang wartawan dulu? Sudah masuk tahun keempat dan tidak juga selesai dan akhirnya kes itu gugur begitu saja. Saya sudah masak benar dengan hal ehwal naik turun mahkamah ini dan saya tahu kesan dan akibatnya. Disebabkan tidak mahu mengulangi pengalaman yang sama maka saya mahu kontroversi ini tamat dengan cara seperti ini. Saya ingin tutup buku lama buka fasa baru dalam kehidupan saya tanpa gangguan cerita sensasi seperti ini.
Hip: Apa akan berlaku kepada projek album yang terbengkalai itu?
Sharifah Aini: Saya akan tetap meneruskan projek pembikinan album ke -99 saya itu. Bagaimanapun siapa komposer penggantinya akan difikirkan kemudian sebaik saja saya selesai mengadakan konsert di Dewan Perdana Felda, 17 Julai depan. Hanya selepas itu nanti barulah saya akan mencari komposer berkenaan. Kali ini, saya akan lebih berhati-hati. Mengenai master tape yang S Atan berikan itu saya akan simpan, mungkin saya akan perbaiki untuk dijadikan album instrumental. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 4 of 11 | Go to page : 1, 2, 3, 4, 5 ... 9, 10, 11 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |