Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeWed 01 Jul 2009, 3:29 pm

Tak perlu tanya Julfekar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Fara12
Farawahida dakwa kontrak bersama Millenium Art tamat Februari lalu


"APA sebab harus saya bertanya kepadanya untuk menerima mana-mana tawaran persembahan? Apa yang pasti kontrak saya bersama syarikat pengurusannya sudah pun tamat Februari lalu," kata penyanyi Farawahida yang didakwa melakukan persembahan pada malam akhir pertandingan Bintang RTM 2009 (BRTM 2009) tanpa pengetahuan syarikat yang menguruskannya Millennium Art milik komposer Julfekar.

Kemelut yang melanda di antara Farawahida dan pengurusnya Julfekar berpunca daripada salah faham yang tidak akan menemui jalan penyelesaian sekiranya kedua-dua pihak gagal untuk bertemu dua mata bagi menyelesaikan masalah ini.

Farawahida yang ditemui sebaik selesai mengadakan persembahan malam akhir BRTM 2009 bersedia dengan apa saja kemungkinan yang bakal berlaku memandangkan tawaran mengadakan persembahan sudah mendapat nasihat orang perseorangan yang mahir dalam undang-undang.

“Saya bersedia sekiranya dia betul-betul ingin menyaman saya. Apa yang ingin saya takutkan jika saya di pihak yang benar buat apa saya harus takut.

"Saya menerima tawaran daripada RTM bukan sebab suka-suka untuk mendapatkan 'show'. Saya ada bertanya kepada seorang yang mahir dalam undang-undang dan sebab itu saya tidak menyanyi mana-mana lagu menerusi album saya.

"Lagipun tawaran yang ditawar oleh pihak RTM sebagai membalas jasa pihak RTM yang banyak membantu karier saya dalam bidang nyanyian selama ini," katanya.

Dia yang mendakwa kontrak yang ditandatangani sejak 2004 sudah pun tamat pada Februari lalu dan penyambungan setahun lagi seperti yang didakwa oleh Julfaker adalah sebahagian daripada pilihan sekiranya kedua-dua pihak masih ingin bekerjasama.

"Memang kontrak saya lima tahun bermula 2004 dan berakhir Februari tahun ini. Dan apa yang dikatakannya kontrak saya sepatutnya tamat pada tahun depan adalah tidak benar kerana itu adalah 'option' sekiranya saya ingin menyambungnya.

"Saya hanya diberi 'option' sama ada hendak menyambung atau tidak dan saya mengambil keputusan untuk tidak menyambungnya. Lagipun saya dan dia masing-masing tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat untuk menyatakan ia atau tidak.

"Apa yang saya tahu, sambungan kontrak ini akan dibuat sekiranya masing-masing mendapat persetujuan bersama," katanya.

Menurut Farawahida, sepanjang menandatangani kontrak bersama Millennium Art lima tahun yang lalu, Farawahida mendakwa tidak pernah menerima apa-apa salinan kontrak.

"Memang benar saya tidak pernah menerima apa-apa salinan kontrak yang sepatutnya menjadi tanggungjawabnya untuk memberikan satu salinan kepada saya. Bukannya saya tidak pernah meminta kepadanya selama ini dan pada bulan Mei tahun ini baru saya menerimanya selepas sekian lama," katanya.

Sepanjang lima tahun bekerjasama pelbagai suka duka sudah diharungi, namun Farawahida mengakui tidak sedikitpun dia melupai segala jasa yang pernah ditabur ke atasnya.

"Saya dan keluarga sangat hargai usahanya selama ini dalam membawa saya jauh ke dalam industri. Saya tetap hargai namun saya seperti malas untuk kembali meneruskannya lagi. Biarlah saya membawa haluan saya sendiri.

"Buat masa ini saya sudah tidak terikat oleh mana-mana syarikat rakaman, namun saya ingin berehat dan melupakan segala-galanya. Tengoklah sekiranya saya sudah bersedia untuk kembali bernaung di mana-mana syarikat rakaman akan saya teruskan jugalah," katanya yang tidak pernah mendiamkan diri selama ini seperti yang didakwa oleh pihak media.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeWed 01 Jul 2009, 5:03 pm

Farawahida cabar saya – Julfekar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Ne_02_14
FARAWAHIDA bersama Julfekar ketika masih dibawah satu bumbung.


KUALA LUMPUR – Perbalahan antara komposer Julfekar Ahmad Shah, 45, dan penyanyi Farawahida, 24, nampaknya semakin menjadi-jadi.

Ia bermula dengan kes Farawahida didakwa melanggar kontrak dengan syarikat milik Julfekar Millenium Art Sdn. Bhd. Mac lalu apabila beliau menghantar notis berhenti 24 jam daripada menjadi artis rakaman syarikat tersebut.

Ekoran tindakan Farawahida itu, komposer berkenaan mengalami kerugian sebanyak RM431,000 sedangkan penyanyi itu masih mempunyai baki kontrak selama setahun.

Bagaimanapun, tindakan penyanyi itu muncul pada konsert akhir Bintang Radio Televisyen Malaysia (RTM) 2009 Ahad lalu telah menimbulkan kemarahan Julfekar.

Berdasarkan kontrak menurut Julfekar, Farawahida tidak boleh membuat sebarang persembahan tanpa kebenaran pihaknya kerana penyanyi itu masih terikat dengan kontrak syarikat itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeWed 01 Jul 2009, 5:07 pm

Linda, Saleh selesa bersama

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Hi_01109


KEHADIRAN pengacara dan penyampai popular, Linda Onn pada majlis Parti Selebriti Kosmo! - One Drop Perfumes 2009 di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur minggu lalu bersama seorang lelaki kacak dan tinggi lampai menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

Masing-masing berteka-teki. Bahkan kesimpulan mula dibuat satu demi satu daripada teman media dan pembaca Kosmo! yang hadir pada majlis berkenaan walaupun belum ada kata nokhtah yang dikeluarkan daripada bibir nipis Linda tentang lelaki 'misteri' itu.

Timbul cakap-cakap belakang. Barangkali itulah agaknya teman lelaki Inggeris yang disebut oleh penyampai radio Sinar FM itu semasa majlis meraikan media di kedai miliknya, My Asam Pedas Shop di Ampang, Selangor kira-kira tiga bulan lalu.

Kemunculan Linda dan jejaka itu tidak dinafikan meraih perhatian sedikit luar biasa. Masakan tidak, kedua-dua mereka kelihatannya sama tinggi dan sama padan. Malah mereka nampak romantis bermula sewaktu berjalan di karpet merah sehingga usai majlis gilang-gemilang Kosmo! itu.

Lantaran itu, tidak hairanlah apabila pasangan merpati dua sejoli itu berjaya mencuri tumpuan tetamu yang hadir manakala lensa kamera jurugambar tidak henti-henti merakamkan aksi menarik mereka.

Cuma sedikit pelik apabila lelaki yang berbaju putih dan bercelana hitam itu dilihat seolah-olah 'mat salleh celup'. Ada jugalah iras lelaki berbangsa asing namun apa yang dapat disimpulkan si dia lebih mirip kepada muka orang Melayu.

Bagi mendapatkan pengesahan tentang siapakah sebenarnya lelaki itu, Kosmo! cuba mendekati Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn.

Seakan-akan tahu apa yang akan ditanya, wanita yang berusia 31 tahun itu bagaimanapun cukup terbuka berkongsi perihal terbarunya untuk didedahkan kepada khalayak di luar sana.

"Lelaki ini merupakan kawan yang baru saya kenali tidak sampai sebulan lalu," jawab Linda berterus-terang walaupun terdapat isyarat dia enggan membuka lebih banyak lembaran kisah tentang kawan barunya itu.

Terkejut tidak terkata kerana lelaki itu disangkakan teman istimewa yang pernah diceritakan oleh Linda kepada masyarakat beberapa bulan lalu.

Hakikatnya, pemilik nama penuh si lelaki berwajah tampan di samping Linda itu ialah Saleh Nor yang berusia 29 tahun dan berasal dari Selangor.

Menjelaskan situasi tersebut Linda memberitahu, hubungannya dengan jejaka kelahiran United Kingdom (UK) yang dikatakan bernama James Gibbs itu sudah terputus di pertengahan jalan beberapa bulan lepas.

"Terus-terang saya sudah tidak ada apa-apa dengan dia. Kalau ditanya kenapa kami berpisah, saya tidak mampu untuk memberikan sebarang jawapan.

"Tiada bersebab sebenarnya hubungan kami terhenti. Bukan ada salah faham atau pertengkaran besar yang cuba saya rahsiakan. Sebaliknya kami mengambil keputusan untuk tidak bersama atas alasan tersendiri.

"Cuma maaflah kerana saya tidak boleh bercerita kepada umum. Biarlah saya dan dia yang menyimpan kenangan lepas ini.

"Walaupun masing-masing sudah membawa haluan sendiri namun kami masih kekal sebagai sahabat. Saya tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa dalam soal ini," ujar Linda dalam lontaran suara cukup matang.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Hi_01108
LINDA dan Saleh mula berkenalan di rumah pengarah Rashid Sibir.


Tutup kisah lama Linda apatah lagi empunya diri sudah memulakan penghidupan baru yang lebih cerah berbanding sebelumnya dalam soal bercinta.

Ditanya tentang teman barunya itu, Linda mengakui dia cukup selesa berkawan dengan Saleh yang disifatkan sebagai seorang yang baik hati, berbudi bahasa dan tidak kasar seperti sesetengah lelaki lain.

"Kalau boleh saya tidak mahu komen atau cakap lebih-lebih tentang kawan baru ini. Kami baru saja kenal," jelasnya mohon dimengertikan.

Kalau sudah berani 'mengangkut' Saleh di tempat terbuka apatah lagi pada majlis yang diadakan Kosmo! yang rata-ratanya terdiri daripada golongan wartawan maka pasti ada 'sesuatu' di antara Linda dan Saleh. Atau ada cinta barangkali?

Andai tiada sebarang hubungan istimewa masakan Linda punya keberanian untuk mengajak Saleh ke majlis tersebut yang diketahui akan diajukan pelbagai pertanyaan daripada orang sekeliling. Bagai menjadi adat apabila orang ramai ingin mengetahui tentang perkara berkenaan.

Kepada Linda perkara itu dianggap tidak perlu diperbesar-besarkan. Selagi dia berada di landasan yang benar, tidak ada apa yang perlu dikhuatirinya terutama mempelawa Saleh ke satu-satu majlis rasmi atau tidak formal.

"Tidak ada benda yang perlu ditakutkan. Saya boleh keluar dengan sesiapa yang saya mahukan lebih-lebih lagi saya juga masih belum berpunya.

"Tiada istilah saya hendak sorokkan kawan baru ini kerana ia merupakan perkara baik. Bukan itu saja, kalau ada kawan lelaki atau perempuan saya yang lapang maka tiada salahnya saya ajak mereka ke majlis tertentu macam Saleh," terang Linda serius.

Tanpa lelah mengorek dengan lebih mendalam tentang hubungan tersebut, Kosmo! sengaja bertanya kepada Linda apakah dia sudah memperkenalkan lelaki bertuah itu kepada keluarganya?

Enggan berselindung Linda menjawab, sudah menjadi lumrah kepada dirinya untuk memperkenalkan lelaki tersebut (Saleh) kepada kedua orang tuanya.

"Sebagai anak yang rapat dengan keluarga, saya akan memberitahu kepada mereka tentang kawan lelaki atau perempuan saya.

"Sama ada baru dikenali mahupun individu yang sudah lama berkawan dengan saya, keluarga mengenali mereka termasuk Saleh," ungkap Linda bersungguh-sungguh.

Saleh temui keluarga Linda

Saleh berusia 29 tahun manakala Linda pula 31. Walaupun tidak jauh beza jaraknya namun tetap ada penyukat yang membezakan jarak umur tersebut.

Bertanyakan soal si lelaki yang berumur lebih muda, Linda memberitahu dia kurang selesa bercakap tentang perbezaan umur dalam sesebuah perhubungan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Hi_01107
INTIM. Linda mengusap rambut Saleh penuh mesra, ada apa-apa ke?


"Saya rasa macam tidak berapa elok untuk memperkatakan perkara ini," luah Linda ringkas lalu mematikan tajuk perbualannya setakat di situ.

Dalam pada itu, Saleh memberitahu dia mula mengenali Linda pada bulan lalu sewaktu berada di rumah pengarah terkenal, Rashid Sibir.

Saleh dengan malu-malu memberitahu dia cukup selesa bersahabat dengan Linda yang disifatkan ada kualiti tersendiri sebagai seorang wanita moden.

"Dia pandai berdikari, bijak mengendalikan bisnes dan mudah diajak berbincang jika berdepan dengan sesuatu perkara.

"Setakat ini saya okey saja berkawan dengan dia. Selain itu saya juga tidak kisah untuk bersahabat dengan orang popular ibarat Linda.

"Contohnya kalau ada pihak media yang ingin mewawancara, saya akan cuba beri sepenuh kerjasama. Mula-mula memanglah tidak biasa tetapi lama-kelamaan saya sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ini," jelasnya yang turut mengakui sudah menemui keluarga Linda sebelum ini.

Bercakap soal jodoh, Saleh tidak berani menjanjikan sebarang keputusan muktamad untuk waktu sekarang apatah lagi hubungan itu baru terjalin dalam waktu singkat.

"Semuanya bergantung kepada jodoh. Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu sebelum bercakap untuk mendirikan rumah tangga.

"Masih terlalu awal untuk membicarakan perkara ini," akui Saleh ringkas sambil tersenyum manis.

Dalam waktu sama, Linda yang berdiri jauh sedikit daripada kedudukan Saleh dilihat seperti mencuri-curi dengar pertanyaan yang dilontarkan. Sambil tersenyum simpul, Linda memasang telinga.

Bukan itu sahaja, semasa Saleh ditemu ramah untuk siaran sebuah program televisyen, Linda sempat memandang butir bicara lelaki itu yang direkodkan menerusi video kamera.

Begitulah akrabnya perhubungan yang baru hendak berputik itu. Sejauh mana kebenarannya, hanya Linda dan Saleh yang mengetahuinya.

Biarpun begitu, pasangan itu tetap kelihatan secocok dan sempurna. Semoga berbahagia hendaknya kepada Linda dan Saleh.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeWed 01 Jul 2009, 5:15 pm

Matlamat Siti tercapai
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Hi_02_74
DR. MAHATHIR MOHAMAD (DUA DARI KIRI) DAN DR. SITI HASMAH MOHD. ALI (KANAN) MENERIMA POSTER KONSERT EKSKLUSIF SATU DARIPADA SITI NURHALIZA (DUA DARI KANAN) SAMBIL DIPERHATIKAN OLEH DATUK SERI KHALID MOHAMMAD JIWA.


TIADA apa yang menggembirakan Datuk Siti Nurhaliza melainkan melihat respons positif penonton sepanjang tiga malam beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) sempena Konsert Eksklusif Satu.

Beliau bersyukur kerana matlamatnya untuk berhibur sambil beramal serta mengutip dana untuk Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan bersama suaminya juga mendapat reaksi kejayaan.

"Alhamdulillah, apa yang dirancang semuanya berjalan dengan lancar dari segala aspek termasuk kesihatan saya.

"Saya gembira kerana semua yang hadir terhibur sepanjang tiga malam saya membuat persembahan dan memberikan sokongan untuk konsert ini.

"Apa yang turut menggembirakan ialah a dana yang dikumpulkan menerusi penjualan tiket serta sumbangan syarikat korporat dan orang perseorangan dapat diagihkan kepada empat badan kebajikan seperti matlamat kami sebelum ini," ujar Siti.

Empat badan kebajikan yang mendapat sumbangan daripada Yayasan Nurjiwa adalah Rumah Orang-Orang Tua Charis, V Care For You Home, Persatuan Kebajikan Annai Illiam Selangor dan Kuala lumpur serta Rumah Bakawali, Yayasan Seni Prihatin Malaysia.

Seperti mana yang dikhabarkan Siti sebelum ini, pemilihan rumah-rumah kebajikan itu juga menepati konsep 1Malaysia di mana ia mewakili kaum Melayu, Cina dan India.

Siti juga menjelaskan, tanggungjawab diberikan kepada pelakon dan pengarah, Erma Fatima dalam pemilihan empat rumah kebajikan tersebut.

Sebelum itu, Maxis Communications Berhad selaku penaja utama konsert tersebut telah menyumbangkan sebanyak RM120,000 kepada Yayasan Nurjiwa dan sumbangan itu diserahkan kepada Siti selaku pengasas badan amal itu selepas malam gala pada 26 Jun lalu.

Dalam perbualan dengan wartawan, Siti turut ditanya rahsia staminanya bertahan selama dua jam tanpa semput sewaktu membuat persembahan.

Jelasnya, dia mengamalkan semula pantang larang yang dipegangnya sejak zaman anak dara iaitu tidak meminum minuman berais.

Maklumlah kata Siti, selepas berkahwin dan tidak banyak persembahan yang diterimanya dan dia telah melanggar pantang itu dengan menikmati air berais dan ais krim.

"Sebaik sahaja pengumuman konsert, saya terus berhenti minum minuman berais dan memperbanyakkan senaman di gimnasium serta berjoging bersama suami.

"Suami juga ada bertanya bagaimana saya mampu mengekalkan stamina itu dan saya menjawab, buka mulut, suara pun keluarlah," katanya dengan disambut hilai tawa pihak media.

Malah, kehebatan Siti di atas pentas turut menarik perhatian bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah yang turut mengagumi kemampuannya untuk beraksi dua jam tanpa henti.

Kata Siti, segmen lagu-lagu tradisional merupakan pilihan kedua-dua tokoh negara yang disanjung tinggi oleh Siti itu.

Bukan itu sahaja, kehadiran Kris Dayanti dan Rossa juga membuat Siti terharu dan gembira kerana mereka sanggup datang menonton konsertnya walaupun sibuk dengan komitmen masing-masing.

Siti turut ditanya adakah dengan kejayaan Konsert Eksklusif Satu akan memungkinkan bahawa akan adanya konsert jelajah di beberapa buah negara Asean?

Tersenyum manis, Siti memberitahu, semuanya mampu dilakukan seandainya mendapat penajaan dan bajet yang mencukupi.

"Tetapi, kita kena tengok juga pentasnya kerana mungkin di sesetengah negara tidak mempunyai fasiliti seperti mana Istana Budaya. Insya-Allah, kalau dimurahkan rezeki dan ada yang sanggup menaja, bolehlah kita lakukan," ujarnya yang menggayakan persalinan rekaan Michael Ong, Amir Luqman dan Rizman Ruzaini sepanjang konsert tiga malam itu.

Sementara itu, Siti juga menjelaskan bahawa pihaknya masih lagi berbincang sebelum membuat keputusan untuk menerbitkan konsert tersebut dalam bentuk CD, VCD dan DVD.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeWed 01 Jul 2009, 5:16 pm

Larut dalam emosi Siti

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Hi_01110
KONSERT Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza merupakan rakaman perjalanan kisah hidup dan kerjaya Siti selama 14 tahun bergelar anak seni.


SELAMA tiga malam berturut-turut bermula 26 Jun lalu, Panggung Sari di Istana Budaya (IB) bergema dengan alunan indah Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.Di pentas itu, Siti memecah tradisi konsep persembahannya selama ini.

Banyak keindahan yang dirakamkan dalam persembahan berskala eksklusif seiring dengan nama konsertnya, Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza.Vokalnya tidak wajar dipertikai. Kesemua 32 buah lagu popularnya yang disampaikan selama lebih dua jam mengagumkan ramai termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali yang hadir memberikan sokongan buatnya pada malam terakhir persembahan.Barangkali juga tidak salah untuk menyatakan Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza boleh dijadikan kayu ukur tertinggi dalam profil seninya.Masakan tidak, persembahan itu menghampiri apa yang diidamkan oleh Siti iaitu membawakan konsep persembahan penghibur pujaannya, Celine Dion di Caesar's Palace, Las Vegas, Amerika Syarikat. Adunan paling melonjakkan momentum persembahan Siti selama tiga malam di IB juga ialah pelbagai emosi yang tercetus kala penyanyi bersuara emas ini melantunkan vokal lunaknya dalam pelbagai genre lagu yang disampaikan.Lebih indah lagi, Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza turut menggabungkan segala episod kehidupan Siti yang dirangkumkan penceritaannya menerusi lagu dan visual dalam persembahan berkonsepkan teatrikal.Pendek kata apa yang mampu dirumuskan dalam artikel ini ialah audiens benar-benar larut bersama emosi yang merangkumi segenap aspek personaliti biduanita muda negara ini. Maka benarlah kata banyak pihak, Siti masih berada di liganya yang tersendiri. Kenyataan yang wajar dipersetujui juga ialah persembahannya tempoh hari sudah tentu membuatkan ramai penghibur terbilang yang lain gentar untuk mengadakan persembahan di pentas yang sama.Barangkali juga kenyataan ini adalag hakikat yang pahit untuk diterima teman seangkatan lain. Tetapi itulah cabaran buat mereka.Tinggalkan hal itu kerana artikel ini mahu membawa anda yang tidak berkesempatan menonton konsert itu tempoh hari untuk sama-sama merasakan bagaimana larutnya kami dalam emosi Siti tempoh hari.Inspirasi 1Malaysia

Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza diterbitkan seiring dengan inspirasi 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia juga merupakan rakaman penceritaan perjalanan seni Siti yang berusia 14 tahun.Selama tempoh itu, Siti berkelana mencari peluang memahat nama sehingga ke kedudukan hari ini. Kita semua sedia maklum, Siti mencetuskan fenomena yang bukan kecil. Hakikatnya, berulang kali disebut Siti pada malam itu dia dilahirkan untuk menghiburkan masyarakat dengan anugerah yang ada padanya.Justeru, segala kesukaran dan kesenangan selama menjadi artis dicerita dan dipersembahkan menerusi nyanyiannya menerusi konsert yang dijayakannya sepanjang tiga malam tanpa cela itu.


Last edited by sally_eiyna on Wed 01 Jul 2009, 5:18 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeWed 01 Jul 2009, 5:17 pm

Cabaran juara termuda BRTM 2009

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Hi_03_30
SAAT manis... Ernie menjulang piala Bintang RTM 2009 yang dimenanginya.


JUARA pertandingan Bintang RTM 2009 (BRTM 2009), Nur Ernie Shahirah Zakri atau Ernie mencatat sejarah tersendiri dalam pertandingan anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak pertandingan itu diperkenalkan pada tahun 1974.

Ini kerana Ernie, 17, merupakan peserta termuda mengungguli pertandingan itu yang 100 peratus ditentukan juaranya oleh para juri profesional yang diketuai oleh Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail.

Sebagai juara Bintang RTM termuda, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Methodist, Kuala Lumpur, ini menganggapnya sebagai cabaran dalam menerokai bidang seni suara pada usianya yang masih muda.

"Apabila diumumkan pemenang Bintang RTM 2009, saya memang terperanjat. Saya bersyukur kerana impian saya untuk memenangi pertandingan ini menjadi kenyataan selepas hampir empat minggu membuat persediaan.

"Kemenangan ini menjadi satu cabaran dan permulaan bagi saya untuk mengharungi bidang nyanyian pada masa depan," katanya kepada Hits selepas berakhirnya pertandingan itu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Kemenangan itu membolehkan Ernie membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM20,000, trofi, sijil penyertaan, televisyen LCD 40 inci dan kamera digital Samsung yang disampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Meskipun masih baru dalam persada seni suara, anak bongsu daripada dua beradik ini sudah bersedia untuk membabitkan diri secara serius sebagai penyanyi pada masa depan.

Ernie yang ditemani ibunya, Rafiah Mohd., 43, pada sidang media selepas pertandingan itu berlangsung turut bersedia menempuh cabaran sebagai pendatang baru dalam dunia hiburan yang penuh dengan suka dan duka.

"Saya sudah bersedia mengharungi apa juga cabaran dalam bidang ini. Dengan bakat menyanyi yang saya ada, saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk bergelar penyanyi pada masa depan. Saya harap semua pihak akan menyokong saya.

Beri sokongan


"Pada malam ini pun, ramai kawan-kawan sekolah saya yang datang memberi sokongan termasuklah guru matapelajaran Perdagangan saya iaitu Cikgu Eric Wong pun hadir sama memberi sokongan moral kepada saya," ujarnya.

Namun, pada masa sama beliau turut mengakui perjalanan seninya masih jauh di mana bidang pelajaran akan tetap diutamakan sebagai bekalan demi masa depannya.

Malah, Ernie juga optimis bidang nyanyian yang akan diceburinya kelak tidak akan mengganggu pelajarannya kerana dia sudah mula menyertai pertandingan nyanyian sejak berusia lima tahun.

Justeru, dengan wang tunai hasil kemenangannya itu, beliau akan memanfaatkannya bagi membiayai pembelajarannya dalam bidang vokal selepas tamat sekolah menengah kelak.

"Saya akan gunakan duit kemenangan ini bagi membiayai pengajian saya pada masa depan. Saya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang vokal di UiTM (Universiti Teknologi Mara) atau di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) kelak.

"Semoga kejayaan ini akan menjadi batu loncatan buat saya untuk lebih maju sebagai penyanyi dan cita-cita saya mahu menjadi guru vokal pada masa akan datang. Terima kasih kepada Cikgu Dia Fadila (guru vokal Bintang RTM 2009) yang banyak membantu saya selama ini," katanya.

Anna dilamar

Biarpun sekadar memenangi tempat kedua Bintang RTM 2009, tetapi Jo-Anna Sue Henley Rampas atau Anna boleh dianggap sebagai finalis pertandingan itu yang menerima hadiah wang tunai paling lumayan.

Peserta dari Kota Kinabalu, Sabah ini misalnya, menerima hadiah wang tunai RM15,000 kerana menjadi naib juara pertandingan itu selain menggondol kategori Persembahan Terbaik dengan mendapat RM5,000.

Anna juga membolot kategori Bintang Paling Popular yang ditentukan oleh undian khidmat pesanan ringkas (SMS) para penonton dan membawa pulang RM5,000 serta hadiah-hadiah sampingan yang lain.

Menurut bekas Ratu Tadau Keamatan Sabah 2007 ini, dia tidak menyangka merangkul ketiga-tiga kategori itu yang secara keseluruhannya membolehkannya mengaut hadiah wang tunai RM25,000.

"Saya berasa puas walaupun sekadar mendapat tempat kedua dalam pertandingan ini. Bagi saya ini adalah rezeki. Saya sudah melakukan yang terbaik dan inilah hasilnya. Saya akui kehebatan suara Ernie kerana daripada awal lagi kita boleh nampak kelebihannya itu.

"Saya sedar kelemahan saya ketika beraksi pada peringkat akhir Bintang RTM 2009 ini terutama semasa menyanyikan lagu kedua berjudul Because of You. Sebab itu saya sudah bersedia untuk kalah," jelasnya.

Ketika ditanya tentang wang tunai hasil kemenangannya itu, Anna yang ditemani ibu bapanya, Kapten Dr. John Sheraton Henley, Sulah Rampas dan adik perempuannya, Crystal Sue Henley, berkata beliau belum mempunyai sebarang perancangan.

Sebaliknya, naib juara kacukan British dan Dusun ini akan mengutamakan bidang pelajaran dan menggunakan wang itu dengan sebaik-baiknya demi masa depannya.

"Tentang hadiah wang tunai itu saya belum fikirkan lagi. Mungkin saya akan gunakannya untuk rakaman album single atau sambung pengajian saya di kolej," ujarnya yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan undang-undang di sebuah kolej swasta di ibu negara.

Selain membolot hadiah wang tunai terbanyak, Anna juga merupakan antara finalis Bintang RTM 2009 yang paling mendapat perhatian ramai termasuklah wakil-wakil syarikat rakaman.

Hakikat itu dapat dilihat apabila biarpun pertandingan itu belum berakhir, tetapi khabarnya gadis berusia 20 tahun ini sudahpun dilamar oleh beberapa syarikat rakaman yang berminat untuk menjadikannya artis mereka.

"Memang betul saya ada menerima tawaran tetapi saya akan tengok dan teliti dulu tawaran-tawaran itu. Ini kerana, buat masa ini saya masih belajar dan ada lagi dua tahun setengah untuk menghabiskan pengajian saya.

"Saya belum berani untuk terikat dengan mana-mana syarikat tetapi kalau ada fleksibiliti dengan masa saya sebagai pelajar mungkin saya akan terima," katanya lagi.

Tersingkir uji bakat AF7

Pemenang tempat ketiga Bintang RTM 2009, Nur Fatin Nabila Noor Sazley atau Fatin menganggap pertandingan nyanyian yang diiktiraf oleh kerajaan itu seakan-akan membuka ruang yang lebih luas kepadanya dalam bidang nyanyian.

Biarpun tidak bergelar juara tetapi dia tetap berasa puas kerana terpilih bertanding hingga ke peringkat akhir pertandingan tersebut.

Anak kelahiran Kluang, Johor, ini turut bersyukur kerana Bintang RTM 2009 sedikit sebanyak mengubat rasa kecewanya selepas pernah tersingkir dalam sesi uji bakat program TV realiti Akademi Fantasia 7 (AF7) terbitan Astro awal tahun ini.

"Saya tidak menyangka berjaya melayakkan diri hingga ke final Bintang RTM 2009. Ini adalah pencapaian terbaik saya dalam pertandingan nyanyian yang pernah saya sertai setakat ini. Sebelum ini iaitu pada Februari lalu saya pernah menyertai sesi uji bakat AF7.

"Sayangnya, pada uji bakat yang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru itu, saya hanya berjaya sampai tahap saringan peringkat tiga sahaja. Saya gagal dalam uji bakat itu," imbasnya sambil ketawa ketika ditanya tentang pengalamannya itu.

Bagaimanapun, Fatin menganggap kejayaannya merangkul tempat ketiga seperti berjalan seiringan apabila dia terpilih dalam sesi temuduga sebagai pramugari syarikat penerbangan AirAsia yang disertainya baru-baru ini.

Namun, gadis yang baru tamat persekolahan ini terpaksa menolak tawaran bekerja sebagai pramugari di syarikat tambang murah itu bagi memberi tumpuan terhadap pelajarannya.

"Saya terpaksa tolak tawaran AirAsia kerana permohonan saya untuk melanjutkan pengajian di Kolej Help dalam bidang Multimedia berjaya. Ini adalah masa depan saya.

"Bidang nyanyian tetap akan saya teruskan di mana saya harap ia dapat berjalan seiringan dengan pengajian saya nanti," ujarnya yang akan memulakan pengajian pada Julai ini di Kolej Help, Petaling Jaya, Selangor.

Dalam pada itu, Fatin sempat meluahkan pandangannya berhubung pencapaiannya sebagai pemenang tempat ketiga Bintang RTM 2009.

Dia tidak menafikan kemantapan serta keunikan vokal yang dimiliki oleh Ernie, tetapi vokalis kumpulan The Triplets ini menganggap Aina salah seorang finalis pertandingan itu sebagai pesaing terdekatnya.

"Walaupun Aina tewas tetapi saya menganggap dia sebagai pesaing terdekat saya kerana saya dapati vokal unik yang dimilikinya. Saya memang rapat dengannya. Bagi saya, kalau dia (Aina) dapat tempat kedua atau ketiga pun okay," komennya.

Dengan kemenangan Fatin itu, dia membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, trofi, sijil penyertaan, TV LCD 32 inci dan pemain DVD mudah alih.

Sementara itu, lima lagi finalis Bintang RTM 2009, Zilla, Aina, Nizam, Adli, Ikbal pula masing-masing menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM1,000, trofi dan sijil penyertaan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeWed 01 Jul 2009, 5:21 pm

Maya sertai persidangan iklim

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Maya-i11


Maya Karin memang seorang pecinta alam sekitar yang sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam komitmennya terhadap usaha ke arah itu. Banyak sudah aktiviti yang diikutinya.

Komitmen Maya membawanya ke mana-mana. Terbaru dia akan ke Melbourne, Australia untuk menyertai Persidangan Asia Pasifik The Climate Project-Australia pada 11-13 Julai 2009.

Projek berkaitan persidangan isu pemanasan global itu anjuran bersama Pertubuhan Pemeliharaan Australia dan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore.

Maya, salah seorang daripada 300 peserta terpilih untuk menyertainya. Maya dipilih daripada 2,000 pemohon yang rata-rata dari Australia dan wilayah Asia Pasifik.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Maya-i10


Persidangan berbentuk forum ini akan memberi latihan kepada para peserta tentang sains dan penyelesaian kepada isu perubahan iklim yang semakin mengancam kehidupan sejagat.

Para peserta juga akan dilatih oleh Al Gore sendiri dan panel pakar antarabangsa dalam kemahiran mempengaruhi rangkaian dan komuniti masing-masing berkaitan kesedaran tentang krisis perubahan iklim.

Ini adalah salah satu usaha dalam mewujudkan suatu suara antarabangsa untuk Persidangan Iklim UNCCC yang dijadualkan berlangsung di Copenhagen pada December 2009.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeWed 01 Jul 2009, 5:31 pm

Kemesraan Pasha-Rossa

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Pasha-10

Rossa pernah mengistilahkan Pasha (Ungu) sebagai suami di atas pentas buatnya. Ungkapan itu sebagai menjelaskan betapa dia dan Pasha sangat serasi apabila menyanyi secara duet.

Apatah lagi sekarang ini lagu duet mereka Terlanjur Cinta sedang hangat.

Pasha turut diundang menjayakan Konsert Mini Cerita Cinta Rossa di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur pada 27 Jun lalu.

Ternyata mereka begitu menghayati lagu sehingga menampakkan mereka sebagai pasangan yang sedang bercinta semasa melantunkan lagu itu.

Apabila mengalunkan bait-bait Apa yang kugenggam... tak akan aku lepaskan, Pasha menggenggam erat tangan Rossa dan memimpinnya ke depan pentas.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Pasha-11

Malah mereka juga saling mengusik apabila berceloteh dengan penonton.

"Pasha sekarang duda yang sedang hangat," usik Rossa.

"Eh! tadi bilang nggak mahu cakap pasal duda ni," kata Pasha ababila Rossa mengusiknya.

Apabila Rossa bertanya sambil ketawa siapakah teman wanitanya sekarang, Pasha dengan selamba mengatakan dia belum ada teman wanita.

Pengakuan itu membuatkan penonton wanita menjerit-jerit.

Kemesraan mereka dipersembahkan lagi dengan dakapan mesra sebelum Pasha meninggalkan pentas selepas selesai menyanyikan dua lagu duet bersama Rossa, yang kini berstatus digantung tak bertali apabila rumah tangganya dengan Yoyo menghadapi masalah.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Pasha-12

Peminat suka kalau berjodoh

"Saya rasa mereka sangat sesuai kalau ada jodoh. Saya nampak mereka sangat serasi dan cocok sekali.

"Selain saiz tubuh yang sesuai, mereka juga nampak sangat mesra," kata seorang peminat yang dikenali sebagai Jedie kepada Mangga Online.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Pasha-13
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeWed 01 Jul 2009, 5:34 pm

Norish Karman berhibur dengan teman

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Norish10


Kisah hangat pelakon Norish Karman dan bekas suami masih belum selesai di mahkamah. Masih ada tuntutan yang belum diselesaikan termasuk tuntutan hak penjagaan anak serta tuntutan harta.

Namun nampaknya Norish masih bisa berhibur. Baru-baru ini kelihatan kelibat Norish dan lelaki yang pernah disebut sebagai buah hatinya, Lokman menonton Konsert Mini Cerita Cinta Rossa di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur.

Malah bekas suaminya pernah menyebut nama lelaki itu sebagai teman lelaki Norish semasa bercerita kepada media pasal kemelut rumah tangga mereka baru-baru ini.

Norish macam tidak kisah kemesraannya diperhatikan oleh pihak media apabila dia duduk di bangku belakang tempat media dikumpulkan sepanjang konsert berlangsung. Selain Lokman, ada beberapa lagi rakan yang bersama-sama Norish menonton konsert tersebut.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeWed 01 Jul 2009, 5:38 pm

Gambar Pameran Baju Dato’ Siti Nurhaliza di Lobi Istana Budaya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 150
Ingat dengan busana rekaan Dato’ Bernard Chandran nih, Siti pernah pakai masa Anugerah Juara Lagu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 241
Ni lak, kalau korang masih ingat, Sitipernah pakai untuk Konsert Mega kat Bt Jalil tahun 2001. Siti maingendang dengan baju nih yang ada lampu kecil2 warna merah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeWed 01 Jul 2009, 5:39 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 338

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 433
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeWed 01 Jul 2009, 5:41 pm


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 527
Untuk majlis belah kek kahwinnya dan menyanyikan lagu Cahaya Cinta. Ingat lagi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 626
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeWed 01 Jul 2009, 5:43 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 721

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 817
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 9:12 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 913

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 1012
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 9:12 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 1114

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 1213
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 9:33 am

Gambar terbaru Diana Danielle

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 151

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 242

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 339
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 10:22 am

Gambar Maya Karin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Gambar21

bila aku check album koleksi gambar aku, ternampak gambar maya karin ini.. wahhh bibir seksi gitu.. cantik!!! betuah laki dia dapat isteri secantik maya karin nie..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 10:27 am

Sarah kembali bersama bapa

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Hi_05_12

Sarah Raissuddin yang khabarnya sudah kembali diuruskan oleh bapanya, Raisuddin Hamzah.


Suatu ketika dulu hubungan antara mereka berdua berantakan seketika kononnya disebabkan perkahwinan kali kedua bapanya itu dengan teman baiknya sendiri yang sememangnya sudah kecoh satu Malaya.

Namun, bak air yang dicincang tidak akan putus begitulah hubungan bapa dan anak.

Khabar yang disampaikan oleh orang yang rapat dengan Sarah, kini Sarah kembali diuruskan bapanya dan tidak lagi menggunakan pengurus peribadi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 10:38 am

Maya Karin teruja ingin bertemu Al Gore


SATU perkara yang sudah sinonim dengan aktres jelita ini ialah perjuangannya dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar. Pencinta alam ini saban hari dilihat semakin aktif mengikuti kempen bagi membina kesedaran kepada masyarakat tentang isu-isu penting berkenaan alam semulajadi.

Meskipun jadual aktiviti seninya cukup padat, seboleh mungkin Maya Karin akan memastikan dia tetap berpeluang menyertai mana-mana aktiviti berkaitan alam sekitar.

Terbaru, aktres berusia 29 tahun ini bakal menghadiri Persidangan Asia Pasifik Projek Iklim di Melbourne, Australia pada 11 hingga 13 Julai ini, yang merupakan anjuran bersama Pertubuhan Pemeliharaan Australia dan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore.

Akui Maya, dia amat teruja untuk menghadiri persidangan itu apatah lagi dia terpilih sebagai salah seorang daripada 300 peserta daripada 2000 pemohon yang rata-ratanya dari Australia dan wilayah Asia Pasifik.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Mayaak10


"Saya memang seronok sangat bila dapat tahu terpilih ke persidangan ini. Bukannya mudah untuk dapat peluang seperti ini, apatah lagi dapat bertemu dengan Al Gore yang juga seorang aktivis persekitaran.

"Saya memohon untuk hadiri persidangan ini selepas saya terbabit dengan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik sekitar Mei lalu dan tidak sangka pula saya diberi peluang ini kerana mengikut kepada kriteria, mereka memang akan memilih individu yang benar-benar berminat dengan iklim dan alam sekitar," kata Maya.

Pada persidangan berbentuk forum itu nanti, ujar Maya, peserta akan dilatih tentang sains dan penyelesaian kepada isu perubahan iklim yang semakin mengancam kehidupan sejagat.

Para peserta juga akan akan dilatih oleh Al Gore sendiri dan panel antarabangsa seperti kemahiran mempengaruhi rangkaian dan komuniti masing-masing berkaitan kesedaran tentang krisis perubahan iklim.

Persidangan ini merupakan satu usaha dalam mewujudkan satu suara antarabangsa untuk Persidangan Iklim UNCCC yang dijadualkan berlangsung di Copenhagen pada bulan Disember nanti.

Ujar Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-49 ini lagi, meskipun pada awalnya dia turut terfikir tentang penularan virus Influenza A (H1N1) di Melbourne ketika ini, namun kata Maya, dia tidak mahu perkara itu menghalang hasratnya untuk menghadiri persidangan itu.

"Bagi saya, itu tidak ada masalah. Di Malaysia juga virus ini semakin menular. Apa yang penting, kita kena berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan," tuturnya.

Sekembalinya Maya dari Melbourne kelak, kata isteri kepada Muhammad Ali Abdullah ini, dia akan cuba berkongsi ilmu dan pengalaman yang dikutip sepanjang berada di persidangan tersebut.

"Pihak penganjur sememangnya tidak mahu para peserta hanya datang dan dengar saja. Selepas habis nanti, kami digalak menyerbarkan maklumat yang kami perolehi sewaktu persidangan itu kepada masyarakat di tempat masing-masing.

"Mungkin bagi saya sendiri, apa yang boleh saya lakukan ialah dengan bercakap kepada media tentang pengalaman tersebut dan mungkin juga saya akan mengadakan acara-acara tertentu berkaitan dengan apa yang saya perolehi kelak," katanya yang ketika ini sedang di dalam proses penghasilan album terbarunya.

Album ketiganya itu akan diterbitkan oleh Audi Mok dan ketika ini, mereka sedang meneliti lirik-lirik lagu yang sesuai untuk melodi-melodi yang telah siap dihasilkan.

Sebelum ini, Maya yang juga sedang menantikan tayangan filem terbaru lakonannya bersama Fazura iaitu Pisau Cukur, pernah menghasilkan dua buah album iaitu Erti Cinta (2001) dan Bukan Qalamaya (2004).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 10:39 am

Aksi santai 'Cili Padi Queen' Khadijah Ibrahim di dapur

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 01314210
Penyanyi kesayangan ramai ini bakal menemui para penonton dalam rancangan 'Resepi nikmat kehidupan bersama Khadijah Ibrahim' yang akan ke udara mulai 13 Julai - 6 Ogos pada jam 4.23 - 4.28 petang di TV3. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT


MEMBERI tugasan menyediakan makanan kepada penyanyi tersohor tanahair kita Dato' Khadijah Ibrahim seperti sireh pulang ke gagang. Penyanyi bersuara lunak merdu ini yang mampu memukau siapa sahaja yang mendengarnya dan lebih mesra dengan panggilan Khaty ini, adalah orang yang paling rajin ke dapur.

Sementelah, dia juga mempunyai restorannya sendiri yang diberi nama 'Khaty's Kitchen' di Seksyen 11, Petaling Jaya.

Namun penyanyi ini bukan sahaja hebat di pentas seni, malah juga hebat di dapur dengan masakan-masakan yang mampu mencuri selera kita.

Penyanyi kesayangan ramai ini bakal menemui para penonton dalam rancangan 'Resepi nikmat kehidupan bersama Khadijah Ibrahim' yang akan ke udara mulai 13 Julai - 6 Ogos pada jam 4.23 - 4.28 petang di TV3.

Penyanyi akan mengacarakan program masakan selama 5 minit tersebut dengan menampilkan berbagai-bagai menu masakan dengan caranya sendiri.

"Semua masakan yang akan disediakan nanti saya buat dengan cara saya sendiri yang mana cara saya lebih kepada cara kampung. Selera saya lebih pada cili padi sebab tu kawan-kawan panggil saya 'cili padi queen'." jelasnya sambil ketawa.

Menurut Khaty juga setiap masakan yang akan dia sediakan, perbincangan akan dilakukan terlebih dahulu dengan Chef Muluk yang merupakan Maggi Eksekutif Chef.

"Saya akan berbincang terlebih dahulu dengan Chef Muluk supaya kami dapat berkongsi idea dan pendapat berkenaan masakan yang hendak disediakan. Apa yang penting bagi saya adalah saya ingin beri yang terbaik kepada para penonton." kata penyanyi yang telah berkecimpung dalam industri hiburan selama 30 tahun ini.

Ditanya berkenaan artis-artis jemputan yang akan bersamanya di dalam program tersebut nanti, beliau menyatakan kesemua artis tersebut dipilih oleh dirinya sendiri.

"Kesemua mereka dipilih oleh saya, mereka kawan-kawan saya yang sudah biasa makan masakan saya. Contohnya Jay Jay, kami telah berkawan lama, diapun dah makan macam-macam masakan saya jadi tidak akan jadi masalah buat dia dan kawan-kawan yang lain untuk bersama saya dalam rancangan ini." kata Dato' Khadijah Ibrahim.

Khaty juga menyatakan yang dia berasa seronok diberi peluang untuk mengacarakan program ini kerana ini adalah kali kedua dia mengacarakan program sebegini.

"Saya rasa seronok sangat dapat mengendalikan rancangan ini, ia merupakan rancangan yang sangat menarik kerana saya diberi kebebasan untuk mengendalikannya dengan cara saya sendiri, masak dengan cara saya sendiri macam cara orang Melayu.

"Saya nak bila penonton tengok rancangan ini nanti, mereka akan tengok apa yang saya masak tu macam senang untuk mereka masak jugak. Apa yang paling menarik, penonton nanti akan dapat melihat saya dan artis jemputan menyanyi secara spontan sambil memasak." tambahnya lagi.

Ditanya mengenai harapannya kepada program ini, Dato' Khadijah Ibrahim berharap program ini dapat diteruskan berpanjangan dan bersedia untuk mengacarakan lagi rancangan ini.

"Harapan saya nak rancangan ni diteruskan berpanjangan, Insya-allah ia akan diteruskan itu pun kalau rating dari penonton tinggi kalau tak tinggi macam mana nak teruskan. Apa-apapun saya 'ready for 10 years more if possible'." ujar penyanyi ini.

Ditanya berkenaan album dan bidang nyanyian, Khaty mengatakan dia masih lagi aktif menyanyi dan akan membuat persembahan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 8 Julai ini dan album kompilasi duetnya bersama artis-artis seperti Ramli Sarip dan ramai lagi akan dikeluarkan oleh Warner Music tidak lama lagi.

Dato' Khadijah Ibrahim juga dalam perancangan untuk mengadakan konsert bersama Philharmonic Orchestra tetapi belum diketahui bila.

Kepada peminat-peminat Dato' Khadijah Ibrahim jangan lupa untuk menyaksikan rancangan 'Resipi nikmat kehidupan bersama Khadijah Ibrahim' ini mulai 13 Julai - 6 Ogos ini pada jam 4.23 - 4.28 petang di TV3.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 10:41 am

'Nikmati kehidupan baru' bersama Maggi dan Khaty di TV3

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 01314211
Datuk Khadijah Ibrahim bersama Chef Muluk. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT


MEMAHAMI kepentingan sajian makanan kepada seluruh rakyat Malaysia, MAGGI telah menyediakan satu program masakan dengan pendekatan terbaru dalam aspek sajian untuk mewarnai hidup masyarakat Malaysia.

Sebuah majlis pelancaran program masakan 'Resipi nikmat kehidupan bersama Khadijah Ibrahim' telah diadakan di Theatrette, Sri Pentas (TV3), Bandar Utama pada jam 11 pagi tadi.

Rancangan ini akan dikendalikan oleh penyanyi terkenal tanah air Dato' Khadijah Ibrahim yang akan menyampaikan kepada penonton nilai-nilai murni sajian makanan.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Pelanggan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Azri Abdul, program masakan ini merupakan program yang unik serta lain daripada yang lain.

"Program 16 episod ini pastinya akan menjadi program yang menarik dan unik tambahan lagi pengacaranya adalah Dato' Khadijah Ibrahim dan beliau akan berkongsi rahsia dalam bidang masakan.

"Program ini juga sesuai untuk semua latar belakang tak kira agama dan rancangan ini pasti akan dapat menarik minat penonton." jelas Azri.

Bagaimanapun, Pengurus Jenama Kumpulan MAGGI, Puan Rubiyah Jamil menyatakan program ini merupakan satu tanda bahawa MAGGI amat menitikberatkan citarasa rakyat Malaysia dan program ini juga mungkin boleh menjadi satu 'platform' merealisasikan kempen '1MALAYSIA'.

"Program ini dicipta berdasarkan pemahaman kami dalam perit dan liku-liku rakyat Malaysia dalam menyediakan sajian untuk orang yang tersayang kerana kami ingin membantu rakyat Malaysia dapat menghasilkan sajian yang menarik kerana sajian itu melambangkan kasih sayang.

"Selain itu juga program ini pasti dapat membantu kita untuk mencapai keseimbangan dan perpaduan sekaligus membantu merealisasikan kempen '1MALAYSIA'." katanya.

Program masakan ini juga akan menampilkan artis-artis jemputan yang akan bersama memeriahkan program ini seperti Jay Jay, Dato' David Arumugam, Ramli Sarip dan ramai lagi.

Program dibawah arahan Haris Sulong dari agensi Current Pictures ini pastinya akan menonjolkan satu program masakan baru yang menghiburkan dan mempunyai pesanan-pesanan yang memberi manfaat kepada semua.

Rancangan ini boleh ditonton mulai 13 Julai hingga 6 Ogos bermula pada pukul 4.23 hingga 4.28 petang di TV3.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 10:46 am

sambutan malam anugerah ABPBH 2008 bersama refflesia pearl Center

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Almy11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Afgan10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Amyza10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Aweera11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 10:47 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Dynaz11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Isma10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Jac10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Julian10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 10:48 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Khairi10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Lisa11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Nabil11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Maya10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 10:49 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Que10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Stacy10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Tomok12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 10:53 am

Gambar Terkini Maya Karin - Julai 2009

Rindu tak dengan Maya Karin? Agak sedikit menyepi dia dari kaca televisyen atau filem semenjak dah berkahwin ni. Untuk mengubat kerinduan anda semua, Maya Karin tampil dengan gambar-gambar pose terbaru ala-ala anak dara untuk tontonan semua.

Maya Karin ni memang tak berubah dari dulu sampai sekarang. Maintain cantik. Maintain cun! Hot yang amat. Bikin ramai lelaki tak keruan. Tapi ingat, isteri orang tu. Jangan melebih-lebih. Apapun kami doakan rumahtangga Maya terus bahagia sampai ke akhir hayat. Senang hati peminat semua melihat artis pujaan mereka bahagia.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Oharti18

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Oharti19

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Mayaka10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 11:22 am

Ledakan artis muda

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Mainp213

'Ayu sedar siapa diri ini': Pencalonan dalam beberapa anugerah besar menukar segala persepsi juara One In A Million musim kedua terhadap kerjayanya


KEBANJIRAN artis baru dan kemasukan muzik luar terutama dari negara seberang mungkin antara fenomena yang terpaksa diharungi pengkarya serta penggiat muzik tempatan. Sedar atau tidak, jika artis kita sendiri tidak terus kuat berjuang, penamatnya mungkin boleh disifatkan seperti wabak yang mampu membunuh industri seni tanah air.

Ibarat seperti kata pepatah, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan, ia mungkin serba sedikit gambaran yang terjadi kepada sesetengah artis di negara kita. Bukan kita ketandusan bakat artis tempatan, tapi entah di mana silapnya, sesetengah penganjur konsert dan penaja lebih cenderung memilih artis luar negara sebagai tarikan dan ‘umpan’ membuat persembahan.

Persoalannya masih terus menjadi tanda tanya. Siapa yang harus dipersalahkan kerana pihak yang berkaitan masing-masing akan terus menuding jari. Dalam keadaan pasaran muzik yang semakin tenat dan suram kebelakangan ini, masih ada artis tempatan yang tidak betah duduk diam memastikan hayat seni mereka tidak berkubur begitu saja.

Lalu, gandingan Hip menyatukan juara One In A Million (OIAM) musim kedua, Ayu Damit dan trio anak muda bernama Bunkface mengukuhkan persepsi bahawa kita masih ada artis yang boleh dibanggakan. Malahan, ia juga bertepatan dengan pencalonan mereka di dalam Shout! Awards anjuran saluran hip, 8TV. Kemuncak anugerah itu akan disiarkan pada 17 Julai ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Bunkface yang mula meledak dengan lagu Situasi tercalon dalam dua kategori iaitu Anugerah Artis Baru Terbaik dan Anugerah Bintang Rock. Manakala, Ayu disenarai pendek untuk kategori Anugerah Vokal Terbaik bersaing di sisi Datuk Siti Nurhaliza, Dina, Jaclyn Victor, Lan (vokalis Meet Uncle Hussain) dan Syarul Reza (Love Me Butch).

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Mainp212
AKSI Ayu


Bagi Ayu, single pertama yang dinyanyikan sewaktu kemuncak pertandingan akhir OIAM tahun lalu, Hanya Di Mercu memberi simbolik bermakna dalam hidupnya kini kerana dia mula pantas mengecapi kemasyhuran. Penantian selama setahun mula berbayar apabila album studio sulungnya mula menerjah pasaran sejak 28 Mei lalu. Maklum balas yang mulai diterimanya sangat memberangsangkan.

“Album ini memuatkan sembilan buah lagu termasuk lagu Hanya Di Mercu. Apa yang Ayu dapat katakan, sembilan buah lagu ini antara pilihan terbaik yang dapat dimuatkan buat halwa telinga peminat. Antara komposer yang terbabit seperti Aubrey Suwito, Audi Mok, Ajai dan Azlan Abu Hassan,” kata Ayu yang mula mempertaruhkan single terbaru Inspirasi Abadi ciptaan Aubrey Suwito dan lirik nukilan Tinta S.

Bakatnya kini sudah mula membuka mata ramai pihak, malah mendapat pengiktirafan apabila satu persatu pencalonan demi pencalonan diterima pada anugerah berprestij seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 dan Anugerah Planet Muzik (APM 2009).

Untuk APM 2009, Ayu dicalonkan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Artis Baru Wanita) mempertaruhkan lagu Hanya Di Mercu. Untuk kategori itu, Ayu bersaing dengan Stacy, Yuna, Cinta Laura dan Nana. APM 2009 dan Shout! Awards berlangsung selang sehari, bagaimanapun Ayu memberitahu bahawa dia tidak akan hadir ke Shout! Awards.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Mainp211
KUMPULAN Bunkface


“Jujur Ayu akui sebelum ini Ayu sedar siapa diri ini dan mudah berasa terpinggir. Namun, pencalonan dalam beberapa anugerah besar menukar segala persepsi Ayu terhadap karier yang pada sangkaan Ayu akan suram jika tiada langkah drastik diambil.

"Pencalonan membuatkan Ayu bertambah sibuk, malah secara tidak langsung memperkukuhkan nama Ayu di hati peminat. Semua ini jauh daripada jangkaan Ayu. Soal menang atau kalah, itu perkara kedua, yang penting usaha dan kewujudan kita, orang mula nampak. Kalau ada rezeki Ayu untuk menang, ia satu bonus.

“Kalau tak menang, tercalon sudah memadai. Semua berbalik kepada soal rezeki. Oleh kerana APM 2009 berlangsung sehari selepas Shout! Awards, pilihan antara dua kena dibuat. Akhirnya, Ayu dan pihak pengurusan memilih untuk pergi ke Jakarta, Indonesia (negara berlangsungnya APM 2009). 8TV juga sudah dimaklumkan perkara ini,” katanya yang bakal melaram busana rekaan Khairy Sufi dan Nasris pada malam APM 2009 nanti.

Sedar dirinya tidak hadir dengan pakej sempurna, Ayu cuma bergantung harap kepada kekuatan dan keupayaan vokalnya mendendangkan lagu. Dua tahun meredah dunia seni, Ayu mengakui dia masih belum cukup mantap terutama dalam soal sikap dan komunikasi membabitkan media.

“Memang hakikat industri seninya kita sedang ‘nazak’ kerana keadaan pasaran muzik yang turun naik. Biarpun begitu persaingan artis baru cukup hebat dan di sinilah cabaran bagi setiap artis untuk memberikan kelainan serta variasi dalam jalur muzik yang dipersembahkan. Jika kita terus statik tanpa sebarang pembaharuan, mungkin laluan seni kita berdepan dengan kesukaran.

“Sepanjang Ayu berada di dalam liga seni, Ayu boleh katakan nampak sedikit peningkatan terutama dari segi vokal dan corak persembahan. Yang Ayu paling lemah dan harus akur ialah kurang keyakinan apabila berdepan dengan media. Secara tiba-tiba, Ayu akan mula gementar apabila bertemu rakan wartawan. Ayu masih takutkan mereka barangkali,” usiknya yang senang sekali digandingkan dengan kumpulan Bunkface dan tidak menolak peluang andai ada kesempatan berduet.

Hargai muzik, elak konsert percuma

BUNKFACE juga tidak kurang hebat mencipta populariti dengan jalur muzik pop punk dan rock mereka. Tidak susah menggandingkan fotografi ini kerana baik Ayu mahupun Bunkface, kedua-duanya cukup selamba memberikan pose di hadapan kamera. Nilai sendiri hasil fotografi mereka baru-baru ini di Balai Berita.

Kumpulan ini hadir di saat persada muzik kita mula dikuasai kumpulan indie yang pantas menunjukkan taring tersendiri. Bermula secara ‘underground’, mereka mencuri ruang untuk dalam laluan arus perdana seperti yang pernah dilakukan kumpulan Estranged, Hujan, Meet Uncle Hussain dan terbaru, Pesawat.

Terdahulu, mereka pernah muncul dengan album EP memuatkan enam buah lagu berbahasa Inggeris. EP berjudul Lesson Of The Season itu mempertaruhkan lagu Silly Lilly sebagai pengenalan kepada kehadiran muzik kumpulan itu. Bagaimanapun lagu itu tidak sehebat lagu sulung berbahasa Melayu mereka iaitu Situasi yang mula memberikan impak berbeza terhadap pendakian seni Bunkface.

“Setakat ini sudah 70 peratus proses pembikinan album kami hampir siap. Kami juga akan memuatkan lagu seperti Revolusi, Situasi dan Silly Lilly di dalam album itu. Paling lewat pun album itu akan siap selepas raya nanti. Kami juga sudah muncul dengan single terbaru berjudul Prom Queen yang sedang diputarkan di beberapa stesen radio.

“Klip video Situasi juga akan muncul bila-bila masa saja. Kami juga baru pulang dari Jakarta memenuhi undangan Channel (V), AMP Radio menghadiri parti Rolling Stone’s Rock & Roll Propaganda. Pemergian kami ke sana turut disambut vokalis Nidji, Giring, Nicholas Saputra dan beberapa orang pembikin filem tersohor dari sana.

“Saluran popular itu turut menaja pembikinan klip video lagu Bunk Anthem. Lagu itu turut akan dimainkan di kaca TV beberapa saluran seperti Star World dan Star Movie. Dengan apa yang kami peroleh kini, kami dapat melihat sokongan peminat sungguh tidak berbelah bagi. Bagaimanapun, kami tidak pernah puas dengan prestasi ini,” kata Paan mewakili Sam dan Youk.

Mengenai dua pencalonan di dalam Shout! Awards, mereka memberitahu tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi untuk menang. Paling penting, kata mereka, ialah dapat sama-sama memeriahkan majlis dan memberi sokongan kepada acara itu.

Diajak berbual secara serius, Bunkface juga menyuarakan satu pandangan yang sama pernah diketengahkan Faizal Tahir di dalam ruangan penulisannya di dalam sisipan B*Pop, Berita Minggu bertarikh 21 Jun lalu. Apa yang dipersoalkan Faizal ialah sampai bila masyarakat akan terus disogok dengan konsert percuma.

Memetik kata-kata Faizal dalam penulisannya, bukan soal duit yang menjadi isunya. Paling penting katanya ialah jika menetapkan harga RM10 untuk menonton konsert pun sudah memadai dan langkah permulaan yang baik bagi mendidik orang kita untuk menghargai segala hasil kerja penggiat seni.

Kata Sam selaku vokalis yang bersetuju dengan pandangan Faizal, bukan persembahan percuma itu tidak bagus, cuma mohon mereka ialah jangan terlalu kerap menganjurkan konsert percuma kerana pada akhirnya ia akan memberi kesan tersendiri.

“Tak dinafikan persembahan percuma juga sebagai batu loncatan untuk mempromosikan diri dan memberikan sokongan kepada mana-mana penganjur atau pihak. Persembahan sebegitu perlu dikurangkan dan kalau boleh lebihkan pertunjukan yang berbayar. Hargailah muzik kami. Kami pun nak cari makan dan paling kurang bayaran token sudah memadai.

“Bukan kami nak cakap yang artis ini tidak mahu terbabit dengan konsert percuma, sebaliknya kami tidak mahu ia menjadi kelaziman atau satu budaya. Takut pula kalau masa mendatang, artis mahu membikin konsert berbayar, tiada pula penonton yang mahu hadir. Susah pula artis macam kami nak hidup.

“Kalau band luar Malaysia boleh diundang membuat persembahan berbayar di negara kita, kenapa tidak peluang itu diberikan juga untuk penggiat muzik tempatan. Kerajaan juga harus terus menyokong dan memainkan peranan penting demi membangunkan industri seni kita. Takut nanti, parah jadinya di kemudian hari,” kata Sam yang percaya bakat tempatan juga tiada tolok bandingnya.

Dalam sisi peribadi, Sam juga turut diajukan status hubungannya dengan pelakon, model dan pengacara kacukan jelita, Juliana Evans.

Kata Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar tidak menafikan mereka sedang bahagia bercinta. Cuma pintanya, dia tidak mahu kisah itu terlalu digembar-gemburkan.

“Saya gembira bersamanya dan saya mengaku kami bercinta. Sebelum ini kami hanya berkawan dan hubungan itu mula intim sejak sebulan yang lalu,” katanya ringkas sambil tersenyum.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 12:07 pm

Rebecca Nur Islam: Tak Malu Ka...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Hi_02_75
siap menari gelek lagi...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Fesyen14

Tak segan sorang artis ni.....namanya tak seindah ciri peribadinya.......
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 1:10 pm

Siti Nurhaliza, suami sumbang RM1.5 juta bina masjid

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 N_13ma10

Mystifying:This ‘floating mat’ phenomenon occurred at the Crystal Mosque in
Kuala Terengganu. The imam says such occurrences have been reported inSaudi Arabia[size=-1].
..jgn ada kes sejadah terbang dah...


SUNGAI PETANI 20 Mei - Penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersetuju memberi sumbangan peribadi sebanyak RM1.5 juta bagi membiayai pembinaan sebuah masjid baru di Tikam Batu di sini.

Pembinaan Masjid Permatang Pasir, Tikam Batu itu akan dimulakan Julai ini dan dijangka siap sepenuhnya Julai tahun depan.

Siti Nurhaliza dan suami serta ibu mertuanya, Siti Zainab Hanafi yang mewakafkan tanah untuk tujuan tersebut hari ini menghadiri majlis taklimat ringkas berhubung pembinaan masjid itu.

Hadir sama Mufti Kedah, Datuk Sheikh Hasbullah Sheikh Abdul Halim, Pegawai Agama Kuala Muda, Sheikh Yusoff Abdul Majid, imam masjid berkenaan, Mahmud Rejab dan ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

Khalid ketika ditemui selepas majlis itu berkata, beliau dan Siti Nurhaliza gembira kerana hasrat untuk membina masjid berkenaan akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

''Masjid tersebut yang dapat menampung lebih 1,000 jemaah berbanding kira-kira 800 orang sebelum ini turut dilengkapi kemudahan lain bagi memudahkan penduduk terbabit menunaikan solat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, masjid baru itu dibina bagi keselesaan jemaah berikutan masjid sedia ada semakin uzur malah memerlukan kos pembaikan yang tinggi.

Sebelum ini pembiayaan bagi membaiki masjid berkenaan turut disumbangkan oleh Khalid dan isteri.

Bagaimanapun Khalid berkata, beliau tidak menghalang pihak lain untuk turut menyumbang pembinaan masjid tersebut.

Sementara itu Siti Nurhaliza berkata, beliau gembira dengan niat ikhlas suaminya untuk membina sebuah masjid bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk kampung berkenaan.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana impian untuk membuat kebajikan bersama suami sejak dulu lagi sudah tertunai dan akan terus menjadi amalan keluarganya.

"Siti harap kebajikan seperti ini dapat diteruskan bersama-sama suami dan ahli keluarga lain pada masa akan datang," ujarnya.

Khalid sebelum ini pernah menyumbangkan dana untuk membina sebuah masjid di Kuala Lumpur dan Pattani di Thailand.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 1:37 pm

Tun Mahathir, Krisdayanti Kagumi Siti

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 71200910


Tiada yang lebih membahagiakan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin apabila selama 3 malam berturut-turut melihat Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur penuh sesak dengan penonton yang berkongsi suara hati menerusi nyanyian lagu-lagunya bermula Jumaat lalu, 26 Jun 2009.

Bukan sekadar peminat biasa tetapi Siti lebih berbesar hati menerima kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta rakan artis seperti Jamal Abdillah, Krisdayanti, Rossa, Fazly Zainal dan Ifa Raziah.

Lebih membanggakan, kesemua tetamu VVIP dan VIP itu memuji dan mengakui terhibur dengan persembahan beliau dan menyifatkan Siti seorang yang penghibur yang begitu dinamik, bertenaga dan semakin versatile.

Siti ketika ditemui pada malam terakhir Konsert Satu pada Ahad lalu berkata, dia merasai kepuasan kerana segala penat berlatih menyanyi dengan kumpulan muzik yang besar dan menari dengan gerak langkah yang dikoreografikan oleh Pat Taufik Ibrahim berganti dengan tepukan gemuruh penonton.

Dari segi mutu vokal, apa lagi yang kita boleh dikomen kerana Siti itulah kekuatan utama Siti selama ini. Siti berjaya melontarkan suaranya dengan lantang dan merdu dalam beberapa segmen yang telah disusun seperti balada, etnik, dance dan klasikal/ teaterikal.

Siti awalnya menyampaikan lagu-lagu yang mula-mula menaikkan namanya dalam bidang nyanyian seperti Aku Cinta Padamu, Cindai (lagu favourite Dr Siti Hasmah), Kau Kekasihku, Purnama Merindu, Jerat Percintaan dan Percayalah. Dia juga menggunakan kesempatan itu untuk mempromosikan album terbarunya, Lentera Timur.

Nyanyian Siti turut diselang selikan dengan kesan visual yang dipancarkan di skrin gergasi yang melatari pentas daripada pelbagai bentuk metafora yang melambangkan suka duka perasaan Siti. Props pentas juga menampakkan kreativiti penganjur seperti berbentuk palang-palang besi binaan, bingkai berlampu kekotak dan perkarangan istana berserikan purnama mengambang.

Dari segi kostum, Siti mengenakan fesyen moden yang ranggi, gaun petang dan ala Bollywood dan padang pasir. Rambutnya ditutup dengan skaf, selendang tetapi pada kebanyakan masa, bahagian lehernya terdedah serta dihiasi aksesori.

Secara keseluruhan, konsert terbitan Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan Yayasan Nur Jiwa ini berbeza dengan yang pernah Siti persembahkan di Stadium Putra Bukit Jalil dulu kerana senario serta emosinya telah berbeza. Dulu dia masih seorang anak dara yang sangat lincah sehingga bebas menyusur turun melalui kabel ke pentas dan berjamming dengan pemain percussions.

Sebaiknya di Istana Budaya yang lebih grandeur dan eksklusif, Siti telah muncul sebagai seorang wanita yang matang, lebih mementingkan penguasaan vokal. Siti dan kecanggihan IB nampaknya telah menyatu.

Dia tetap menari tetapi pada bahagian-bahagian yang perlu, menyambut langkah penarinya sambil menyanyi. Hadirin bagai dibawa ke satu alam fantasi 1001 dalam lagu seperti Di Taman Teman. Kemudian Siti menjadi lebih agresif berkawat kaki dengan penarinya dengan penuh fokus ala Janet dan Michael Jackson dalam lagu rancak Destinasi Cinta.

Elemen teaterikal ala Jepun yang tampak dramatik terserlah dalam lagu Kurniaan Dalam Kesamaran dengan fesyen kimono merah berjurai panjang rekaan Michael Ong. Di samping itu, Siti juga mendedikasikan lagu-lagu etniknya untuk sifunya, Pak Ngah atau Datuk Suhaimi Mohd Zain.

Lagu-lagu lain yang berkumandang termasuklah Biarlah Rahsia, Cahaya Cinta, Siti Situ Sana Sini, Ku Milikmu, Balkis dan Ku Mahu.

Di akhir persembahan, Siti menyampaikan cek sumbangan derma kepada beberapa rumah kebajikan sebagai memenuhi janjinya sebelum konsert dulu. Siti juga memberikan penghargaan kepada penyanyi baru, Aizat untuk membuka tirai konsert berkenaan yang membuat persembahan secara akustika.

Konsert itu lebih bermakna dengan kehadiran ibu Siti sendiri, Siti Salmah Bachik dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa. Buat pertama kalinya konsert besar Siti menyaksikan ibunya hanya datang ditemani anak-anak tanpa ayah beliau, Allahyarham Pak Taruddin. Pun begitu, Siti tetap merasakan semangat ayahnya itu sentiasa ada bersama.

Apa yang menarik malam itu 4 Siti telah bertemu dan bergambar bersama iaitu Siti Nurhaliza, Siti Salmah (ibunya), Siti Hasmah (isteri bekas Perdana Menteri) dan Siti Zainab (ibu Datuk K). Memang kebetulan yang sungguh bermakna (gambar atas).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 1:42 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 71200911

Senyuman kegembiraan sepasang suami isteri.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 1:43 pm

Teruja mendengar soalan wartawan pada sidang media tengah malam.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 71200912
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 1:44 pm

Bergambar dengan Ketua Pengarah IB, Encik Mohamed Juhari Shaarani selepas sidang media tengah malam.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 71200913
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 1:44 pm

Bersama kakitangan SNP dan krew terbabit dengan Konsert Satu.

[url=https://servimg.com/view/13013044/9406]BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 71200914[/url
]
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 1:45 pm

Rakan seperjuangan, Krisdayanti & Fazly Zainal.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 71200915
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 1:46 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 71200916

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 71200917
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 1:47 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 71200918


Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 1:48 pm

Mencari Pembantu Peribadi Terbaik

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 71200920


Untuk menjadi pembantu peribadi yang hebat, seseorang itu mestilah cekap dan bijak dalam mengendalikan tugasnya. Kalau minggu lepas Pentas Anak Wayang mencari konco samseng, minggu ini menonjolkan 5 calon daripada kumpulan terakhir bagi merebut watak pembantu peribadi pula.

Calon tersebut adalah Alynn, 23, Mia, 19, Nurin, 21, Reen, 22 dan Ruby, 22, akan berlakon secara spontan mengikut tugasan yang diberikan bagi memenangi hati barisan juri profesional.

Seramai 2 peserta terbaik akan melalui peringkat seterusnya iaitu undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan salah seorang yang mendapat undian tertinggi berpeluang berlakon dalam drama bersiri Kecuali Cintamu di Astro Prima, siaran Isnin depan.

Sebelum ini, 4 calon sudah berjaya dalam saingan Pentas Anak Wayang iaitu Dayana dengan watak jururawat, Afzan (mekanik), Hairi (pengurus acara) dan minggu lalu Hafiz (konco samseng).

5 peserta yang akan bertanding dalam Pentas Anak Wayang, Jumaat ini adalah:

1. Noor Arlinda Bt Lajis (ALYNN) - Johor, 23
2. Nur Amirah Bt. Mohd Kamil (MIA) – Kelantan, 19
3. Nurin Aziyana Bt Jamal (NURIN) – Johor, 21
4. Fyzreen Damira Bt Ahmad Farid (REEN) – Pulau Pinang, 22
5. Ooi Nor Wen (RUBY) – Perlis, 22

Bagi mengundi (AWUNDI) mereka, sila taip AWUNDI NAMA PESERTA atau AWUNDI<3/5/10>NAMA PESERTA ke 32999. Contoh: AWUNDI3 HAIRI ke 32999. Talian Tetap: Dail 13721/13723/13725/13730 untuk 1/3/5/10 undian dan tekan digit peserta. Kadar premium untuk setiap undian 50 sen. Kadar Telco tertakluk kepada syarat dan terma di www.astro.com.my.

Jangan lupa menyaksikan program Sesi Anak Wayang (diari harian peserta) yang dihoskan oleh Nur Fazura akan ditayangkan di Astro Ria setiap Isnin-Rabu jam 9.30 malam.

Pentas Anak Wayang (pertandingan) yang dihoskan Rusdi Ramli ke udara setiap Jumaat jam 9.30 malam. Drama bersiri Kecuali Cintamu pula ditayangkan di Astro Prima setiap Isnin - Jumaat lakonan pemenang mingguan Anak Wayang yang bersama pelakon yang sudah terkenal seperti Aman Shah, Haleeda, Nanu Baharuddin dan Ashraf Muslim.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 1:52 pm

Paparan Khas GuguGaga Erra di Murai

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 63020012


Eksklusif buat pengunjung setia portal hiburan murai.com.my dan peminat Erra Fazira, anda kini berpeluang menikmati paparan khas program realiti guguGaga Erra seperti video, foto dan muat turun yang menarik.

Segmen khas yang dikenali sebagai Zon guguGAGA ini telah mula disiarkan di murai.com.my dengan menampilkan beberapa keistimewaan yang tidak boleh didapati menerusi program berkenaan di kaca TV.

Di bawakan secara ekslusif oleh Johnson's Baby, segmen ini mengandungi beberapa episod guguGAGA yang telah lalu, rakaman di sebalik tabir dan klip video lagu tema program TV berkenaan.

Percayalah, anda bukan saja akan terhibur dengan gelagat spontan Erra bersama suami dan keluarga barunya, Engku Aleesya, malahan juga mendidik penonton tentang pendekatan yang perlu diambil oleh setiap ahli keluarga yang menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.

Menerusi segmen ini juga, pembaca juga berpeluang menatap foto-foto eksklusif Erra, suami dan permata hatinya yang diabadikan di laman segmen program realiti pertama seumpamanya di negara ini.

Bukan itu saja, ruangan muat turun membolehkan pembaca memuat turun wallpaper foto-foto eksklusif keluarga popular ini untuk diabadikan di atas skrin komputer peribadi anda.

Malah, berita baik buat ibu yang sedang mengandung, segmen istimewa ini juga turut menyediakan informasi mengenai perkembangan bayi di dalam kandungan dengan cara mendaftar di ruangan Babycentre.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti dan produk terbaru keluaran Johnson's Baby, ruangan Mengenali Johson's Baby akan membantu anda mencapai apa yang anda inginkan.

Perogram realiti guguGAGA Erra diterbitkan atas inisiatif pihak Astro Ria dan Johnson's Baby mendekati kehidupan Erra selepas bersalin yang secara tidak langsung mendidik golongan ibu yang baru saja menempuh alam baru selepas kelahiran bayi.

Ditayangkan setiap Selasa, jam 9 malam dan diulang tayang setiap Ahad, jam 1.30 petang, guguGAGA turut mendapat kerjasama portal murai.com.my sebagai portal hiburan rasmi rancangan itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 1:53 pm

Rini Jadi Saudagar Nona Cantek

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 61820012


Wah! Bukan main lagi Murai Batu dengar pasal bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Zuzafrini Zulkifli atau Rini. Walaupun tersingkir awal dari AF7 tetapi rezeki Rini tetap ada.

Terdahulu, Murai Batu difahamkan sedang sibuk merakamkan single pertamanya yang dibuat khas oleh pencipta lagu Masih Jelas nyanyian Hafiz AF7, Aidit Alfian.

Namun, pada waktu itu Murai Batu diberitahu single tersebut hanya melibatkan Rini seorang. Bagaimanapun, single ini sudah bertukar apabila Rini menjemput adik kembarnya, Zufzarina atau Rina yang pernah masuk progam Jangan Lupa Lirik musim yang terbaru.

Selepas kisah single, Murai Batu didatangi berita baik apabila Rini sekarang sudah bergelar usahawan wanita. Murai Batu dapat tahu, Rini kini sibuk menguruskan jual beli baju wanita secara online.

Untuk perniagaan ini, Rini menamakan Nona Cantek. Yang penting, Murai Batu diberitahu setiap baju yang dijualnya ini adalah rekaan pilihan Rini. Dalam erti kata lain taste Rinilah.

Malah, Rini juga selalu menggayakan baju-baju ini ke majlis-majlis rasmi dan shownya. Apapun, Murai Batu berbangga dengan Rini kerana pandai mencari peluang untuk mendapatkan rezeki yang halal.

Malah, usaha yang Rini buat ini pernah dibuat pengacara dan pelakon popular Awal Ashaari yang turut menjual baju lelaki mengikut citarasanya.

Bagi sesiapa yang mahu membeli baju pilihan Rini bolehlah ke laman nonacantek.webs.com kerana di situ Rini telah meletak segala info dan baju yang menjadi urusniaganya.

Murai Batu pun teringin nak tempah untuk adik Murai Batu. Yelah, bukan senang nak dapatkan baju yang bersesuaian dengan imej bertudung.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 1:55 pm

D Masiv Cuba Berlagak Bagus?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 62920012


Kebelakangan ini bukan saja artis solo tapi artis berkumpulan pun asyik terkena tempias gosip. Yang terbaru adalah kumpulan dari Indonesia yang sedang popular dengan lagu Cinta Ini Membunuhku iaitu D'Masiv.

Gosip yang sampai ke telinga Murai Batu menyentuh tentang sikap D Masiv yang telah menjadi buah mulut apabila diundang membuat persembahan di Johor Bahru, hujung minggu lalu.

Kisah ini berbangkit selepas ramai pihak mendakwa mereka bersikap kurang mesra, sombong dan cuba berlagak diva. Hah, betul ke?

"Saya perhtikan sepanjang perjalanan pergi balik dari KL ke JB, D'Masiv buat hal mereka sendiri dan tidak bertegur sapa dengan rombongan road tour lain. Selain itu, sewaktu raptai untuk konsert, mereka ikut cara mereka dan tidak tepati masa yang dah ditetapkan. Yalah, buat soundchek pun dah macam sesi jamming dalam studio.

"Mereka juga meminta kenderaan sendiri walaupun bas khas sudah disediakan sedangkan semua jadual dan aktiviti telah diaturkan untuk semua artis. Tapi bila tengok persembahan, taklah gempak mana pun," kata sumber itu.

Bagi Murai Batu, perkara sebegini adalah lumrah dalam dunia hiburan. Memang kalau menganjurkan persembahan atau road tour macam-macam pe'el akan kita dengar. Ini pulak kumpulan dari seberang yang belum biasa dengan budaya kita, jadi faham-faham sajalah.

Tapi kalau benarlah perangai anggota D'Masiv begitu, mereka kenalah belajar menjadi lebih mesra, maklumlah masuk ke tempat orang, kenalah pandai-pandai bawa diri. Tapi tak tahulah pula kalau-kalau komunikasi antara pihak penganjur dengan mereka ada yang kurang hingga menyebabkan keadaan itu berlaku.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 4:24 pm

Keikhlasan Shahreza pikat Maya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Hi_02_76
BERSERI... Maya bersama suaminya, Tengku Shahreza.


PERKENALAN enam tahun lalu di antara Meyanaliza Ruslee, 33, atau Maya dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz, 38, ketika menghadiri undangan nyanyian di kediaman jejaka itu menjadi titik tolak bermulanya benih-benih cinta di antara mereka.

Pada peringkat awa dia begitu gusar menerima cinta, apatah lagi pengalaman lalu meninggalkan titik hitam dalam hidupnya apabila cintanya putus di tengah jalan.

Namun keikhlasan Shahreza sepanjang perkenalan akhirnya membuka semula pintu hati penyanyi yang begitu sinonim dengan panggilan Maya Matahari untuk menerima cintanya, dua tahun selepas itu (2005).

Begitulah kronologi cinta Maya dan pasangannya Shahreza. Empat tahun menyulam kasih, selepas sebulan ditunangkan akhirnya mereka memeterai cinta di gerbang perkahwinan.

Lantas, Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang, Selangor menjadi medan berlangsungnya akad dan nikah di antara mereka.

Diwakilkan oleh abang penyanyi itu, Harris Faizal Ruslee, 38, pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Pernikahan yang juga imam besar masjid itu, Mohd. Khairi Hussein dengan mas kahwin RM80, tepat pukul 5.40 petang, pada 26 Jun lalu.

Jelita dan segak mengenakan pakaian sedondon berwarna putih susu dan di rias cantik oleh jurusolek Nurul Shukor, pasangan tersebut sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz sahaja.

Berkongsi kegembiraan itu bersama hampir 200 tetamu yang hadir, majlis diserikan dengan kehadiran rakan-rakan artis termasuk Rohana Jalil, Nadia Mustafar, Sharifah Zarina, Ieda Moin, Haiza, Haziq AF5, Jaafar Onn dan Den Wahab.

Selain mendapat khidmat perunding perkahwinan dari Nurul Syukor, makanan yang disediakan untuk majlis pernikahan ditaja oleh Kuzie Catering.

Ditemui selepas majlis tersebut, Maya dan pasangannya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kelancaran pernikahan mereka.

Bagi mereka, tiada apa yang lebih membahagiakan selain berkongsi hidup dengan insan yang dicintai.

Malah, bagi Maya sendiri, akad dan nikahlah yang dinantikan sementelah dia sudah tidak punya waktu untuk bertangguh memandangkan usianya kini sudah menginjak ke angka 33 tahun.

"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Inilah yang saya tunggu-tunggu selama ini sebab kami sudah enam tahun berkenalan dan menjalinkan ikatan percintaan selama empat tahun.

"Saya begitu gembira kerana telah sah sebagai suami isteri apalagi kawan-kawan artis yang rapat seperti Nadia Mustafar, Haiza dan Ieda Moin semuanya dah berumah tangga.

"Saya mengimpikan sebuah perkahwinan bahagia dan berkekalan sampai ke akhir hayat. Kalau nak cakap tentang kesempurnaan tentulah tidak boleh tetapi jika ada masalah, kami akan cuba atasi bersama," kata Maya sambil tersenyum manis.

Pada majlis itu juga, pasangan tersebut bertukar-tukar dulang hantaran iaitu tujuh dulang daripada Shahreza termasuk cincin pernikahan, senaskhah al-Quran, sirih junjung, kasut serta telekung dan sejadah.

Maya pula membalas sembilan dulang hantaran termasuk sirih junjung, coklat, kereta kawalan jauh, kasut serta kemeja dan seluar.

Biarpun selamat bergelar isteri namun jauh di sudut hati kecilnya masih tersimpan perasaan gusar. Bukan gusar kerana menempuhi alam perkahwinan tetapi gusar tentang penerimaan masyarakat terhadap dirinya.

"Terus terang saya memang takut. Menjadi salah seorang ahli keluarga kerabat diraja Pahang membuatkan saya risau masyarakat akan membuat andaian bahawa saya ingin mencari jalan pintas untuk hidup senang," akui Maya.

Maya pandai memasak- Shahreza

Sementara itu, kepada Shahreza, diajukan pertanyaan tentang keistimewaan yang ada pada isterinya itu, mengakui tertarik dengan lirikan mata Maya.

"Bukan itu sahaja, malah sesuatu yang sukar untuk dilupakan tentang Maya, dia pandai memasak terutama resepi arwah bonda saya. Itulah yang benar-benar memikat hati saya," kata anak bongsu kepada Tengku Panglima Perang Pahang, Tengku Abdul Aziz Almarhum Sultan Sir Abu Bakar itu.

Menurut Shahreza, Maya sempat belajar memasak resepi istimewa arwah bondanya sebelum bondanya meninggal dunia pada pertengahan Disember tahun lalu.

Antara masakan yang sempat dipelajari oleh Maya ialah masakan Perak, Taucu Sotong dan masakan Pahang, Ayam Sekor.

Mengulas kerjaya seninya, kata Maya, penggambaran sitkom untuk RTM selama dua minggu di Brunei bermula 5 Julai ini merupakan yang terakhir.

Biarpun masih mahu bergiat dalam seni, Maya selepas ini akan mengehadkan masa bekerja ke luar daerah untuk menumpukan perhatian kepada keluarga.

Majlis resepsi sebelah keluarga Maya di Batu Pahat, Johor dan sebelah keluarga Shahreza di Kuala Lumpur, kedua-duanya dijadualkan bakal berlangsung pada Oktober ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 4:27 pm

Julfekar mahu saman Farawahida RM431,000?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Hi_03_31
JULFEKAR


JULFEKAR merupakan komposer yang bertanggungjawab mendidik dan memperkenalkan penyanyi Farawahida dalam persada seni suara tanah air enam tahun lalu.

Bukan setakat itu sahaja, malah komposer dan penulis lirik berasal dari Sabah ini turut menaungi penyanyi berkulit hitam manis itu di bawah syarikat rakaman miliknya, Millenium Art Sdn. Bhd., sejak lima tahun lalu.

Semua itu dilakukan Julfekar bagi memudahkannya membimbing serta mengangkat nama Farawahida setanding dengan penyanyi popular masa kini.

Sebab itu, tidak keterlaluan jika dikatakan hubungan Julfekar dan Farawahida bukan setakat ibarat guru dan murid tetapi juga seperti abang dan adik.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini hubungan baik itu sedikit tercalar apabila timbulnya rasa tidak puas hati terutamanya berhubung kontrak membabitkan penyanyi tersebut.

Menurut dakwaan Julfekar, penyanyi yang berasal dari Taiping, Perak itu sukar dihubungi sejak kebelakangan ini menyebabkan berlakunya masalah komunikasi di antara mereka.

Malah, beliau yang juga penulis lirik terkenal tanah air turut mendakwa ekoran masalah itu penyanyi itu telah melanggar kontrak yang telah dipersetujui sebagai artis di bawah naungan Millenium Art Sdn. Bhd.

"Farawahida mengikat kontrak 5 + 1 di mana kontrak itu mengambil masa lima tahun dan satu tahun lagi merupakan pilihan syarikat rakaman sama ada mahu menyambungnya atau tidak.

"Kontrak itu masih ada setahun lagi tetapi dalam tempoh itu dia telah melanggar kontrak tersebut. Farawahida misalnya, telah muncul mengadakan persembahan pentas dalam siaran langsung pertandingan akhir Bintang RTM 2009 Ahad lalu di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

"Dia muncul mengadakan persembahan itu tanpa mendapat kebenaran daripada Millenium Art Sdn. Bhd. Terma itu terdapat dalam kontrak yang telah kami tandatangani sebelum ini," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Sehubungan itu, Julfekar bercadang untuk menyaman penyanyi itu kerana didakwanya telah melanggar kontrak perjanjian tersebut.

Buat masa ini jelas komposer itu, dia sedang berbincang dengan peguamnya dan bercadang untuk mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan kemelut yang sedang berlaku itu.

Ganti rugi

"Saya bercadang untuk menyaman Farawahida sebanyak RM231,000 bagi menuntut ganti rugi atas pelanggaran kontrak itu. Selain itu, saya juga akan menambah jumlah saman itu sebanyak RM200,000. Jadi jumlah keseluruhan ialah RM431,000.

"Jumlah tambahan itu adalah atas usaha dan kos yang telah saya belanjakan selama hampir enam tahun membimbing serta menaikkan namanya sebagai penyanyi," ujarnya.

Bukan setakat melanggar kontrak, malah Julfekar turut mendakwa penyanyi itu seakan-akan mahu melarikan diri dan enggan bekerjasama dengannya biarpun kontrak di antara mereka belum tamat.

Ekoran masalah komunikasi itu menyebabkan beliau tidak dapat menghubungi Farawahida bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

"Masalah komunikasi antara saya dan Farawahida sudah wujud sejak 6 Februari lalu di mana sejak saat itu saya tidak bertemu dengannya. Saya sukar untuk menghubunginya kerana difahamkan dia pulang ke kampungnya di Taiping, Perak.

"Alasannya dia mahu lari daripada saya kerana mendakwa selama ini saya mengongkongnya. Malah, saya dapat tahu Farawahida juga mendakwa saya tidak suka dengan keluarganya," katanya.

Justeru, beliau berharap agar penyanyi itu tampil bersemuka dengannya bagi menyelesaikan masalah itu dengan cara yang baik sebelum tindakan undang-undang diambil.

"Setakat ini saya belum berpeluang bersemuka dengan Farawahida kerana tidak dapat menghubunginya, telefon bimbitnya juga tidak berjawab.

"Tetapi baru-baru ini dia ada menghantar sepucuk surat mahu menarik diri serta merta daripada Millenium Art Sdn. Bhd., atau berhenti kerja 24 jam. Masalahnya ini bukannya kerja, tetapi kontrak sebagai artis rakaman," jelasnya lagi.

Hits cuba menghubungi Farawahida melalui telefon bimbitnya tetapi gagal.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 4:28 pm

Jiwa setia ikon rock

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Hi_01111


KREDIBILITI Ella sebagai ikon rock negara tetap utuh apabila berjaya bertahan sehingga 25 tahun dalam industri seni.

RASA seperti baru semalam anak kelahiran Klang, Selangor ini menjalani kehidupan sebagai seorang anak seni dan menghiburkan khalayak menerusi lagu-lagunya yang cukup malar segar itu.

Tapi hakikatnya, sudah 25 tahun Ella atau nama sebenarnya, Norzila Aminuddin menyelusuri kehidupan sebagai seorang artis yang dunianya penuh pahit dan manis.

Selama tempoh itu jugalah, dia berjaya mengekalkan dan mencipta rekod tersendiri sehinggakan takhtanya sebagai Ratu Rock negara sukar sekali dikekang oleh sesiapa.

Biarpun dalam usianya yang sudah pun mencecah 43 tahun, dia masih lagi menjadi pujaan dan apa pun kata orang tentang dirinya, tetapi dia dilihat masih lagi relevan dalam industri seni tempatan.

Usaha keras dan tidak ambil pusing dengan kata-kata orang sekeliling merupakan resipi kejayaan Ella untuk terus bertahan dalam bidang seni.

Mungkin agak klise tetapi persoalan cinta dan perkahwinan merupakan soalan wajib yang tidak akan terlepas diajukan kepada penghibur yang cukup terkenal dengan sifat manja ini.

Saat diajukan soalan cepu emas itu kepadanya pada majlis pelancaran album kompilasi terbarunya, Greatest Hits di Bangkok Jazz, Kuala Lumpur, baru-baru ini, media 'dikejutkan' dengan jawapan Ella terhadap persoalan cintanya.

Tidak seperti kebiasaannya di mana dia begitu terbuka membincangkan tentang kisah cinta dan perkahwinan tetapi kali ini, Ella mengunci rapat bibir mungilnya dalam menjawab pertanyaan pihak media yang setia menanti.

Hanya bayangan yang kabur sahaja diberikannya apabila memberikan jawapannya tentang sang arjuna yang bertakhta di hatinya kini.

"Saya tidak mahu cakap tentang soal cinta dan perkahwinan buat masa ini. Apa yang boleh saya katakan sekarang adalah hidup saya sememangnya bahagia dan semuanya berjalan dengan lancar.

"Siapakah orangnya? Dia hanyalah orang biasa dan tiada kena-mengena dengan bidang seni. Kalau boleh, saya tidak mahu memperbesarkan lagi isu ini kerana saya perlu menjaga hati banyak pihak termasuk ibu saya dan keluarganya.

"Soal rezeki, jodoh, maut dan pertemuan semuanya Allah SWT yang tentukan. Saya hanya berserah kepadaNya untuk menentukan bilakah saya akan akan bergelar seorang isteri. Apabila sampai waktunya, anda akan terima juga kad undangan saya," jelas pelantun lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Sembilu ini dalam tawa manja yang sudah menjadi identitinya itu.

Namun Ella menegaskan, dia tidak pernah takut dengan perkahwinan. sebaliknya kehidupan solo yang dilaluinya sejak sekian lama, ada kalanya membuatkannya gusar seandainya hidup berdua kelak.

"Perkara wajib seperti berkahwin memang harus dipercepatkan bila kita sudah bersedia dan berkemampuan tapi ini semua kerja Allah. Dia yang tentukan segala-galanya," ujarnya ringkas sambil ditemani kakak tersayang yang juga pengurusnya, Jojie.

Mungkin Ella tidak mahu lagi terlalu bercerita tentang cinta dan perkahwinan kerana bimbang apa yang dirancang tidak akan menjadi. Untuk itu, dia menyerahkan kepada kuasa Sang Pencipta untuk menentukan jodohnya.

Menutup kisah itu, Ella lebih galak dan teruja untuk berkongsi cerita tentang perkembangan terbaru dalam karier seninya.

Cukup popular lewat ini menerusi lagu terbarunya, Puisi Hamba yang dimuatkan dalam album Greatest Hits, kakak kepada penyanyi Korie ini menjelaskan ia merupakan lagu pembuka selera untuk peminatnya sebelum dia tampil dengan album terbarunya selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

Ironinya, album Greatest Hits menyaksikan Ella bagaikan sirih pulang ke gagang apabila ia diterbitkan oleh syarikat rakaman pertamanya, Warner Music.

Mempunyai keserasian


Selain Puisi Hamba, dua buah lagu baru yang dimuatkan dalam album kompilasi berkenaan adalah Jiwa Setia dan Mencari yang merupakan ciptaan komposer baru, Amir manakala liriknya pula nukilan Kerang.

Ternyata pelakon filem Bayangan Maut, Pemburu Bayang dan Hanya Kawan ini mahu mencuba sentuhan terbaru dalam lagu-lagunya dengan menampilkan komposer baru itu.

"Kali pertama bertemu dengannya, saya sudah dapat merasakan bahawa Amir merupakan seorang yang berjiwa besar dan mempunyai banyak idea baru.

"Malah, kami juga mempunyai keserasian dan apabila mendengarkan lagu-lagunya saya tidak berfikir panjang untuk menggunakan khidmatnya untuk tiga lagu ini dan juga album saya kelak," ujar bekas vokalis utama kumpulan The Boys selama tiga tahun sebelum tampil dengan album solo pertamanya, Pengemis Cinta pada tahun 1989.

Selain daripada tiga lagu baru itu, Greatest Hits turut menampilkan 29 buah lagu popular dan malar segar Ella antaranya Layar Impian, Dua Insan Bercinta, Cinta Selembut Sutera, Rama Rama, Kesal, Pengemis Cinta, Standing In The Eyes Of The World serta lagu duet bersama komposer dan penyanyi Indonesia, Deddy Dores yang berjudul Mendung Tak Bererti Hujan.

Mendamba diri selama suku abad dalam dunia seni, memang layak untuk seorang ikon sepertinya untuk membicarakan tentang senario muzik tempatan masa kini.

Dari pemerhatiannya, apa yang dapat disimpulkan tentang industri hiburan masa kini adalah ia masih di tahap yang boleh dibanggakan walaupun tidak sekencang dulu.

"Saya tidak menafikan ada yang bagus dan muzik yang mereka bawakan cukup segar dan menarik. Tetapi, ada juga yang tidak bagus dan mereka sekadar mahu mencari populariti. Bukannya untuk berjuang demi kecintaan terhadap muzik.

"Walaupun sudah lama menyanyi, saya masih berpegang kepada kualiti dan bertahannya saya dalam dunia seni adalah kerana minat yang cukup mendalam. Kerana itulah yang akan dipancarkan menerus karya dan lagu-lagu saya," ujarnya yang mengakui kematangan lagu dan liriknya kini seiring dengan usianya.

Bukan itu sahaja, Ella juga merupakan antara artis tempatan yang cukup gah satu ketika dulu apabila menjadi pilihan promoter untuk konsert solo mahupun konsert jelajah negara.

Ditanya tidakkah dia mahu mengulangi kegemilangan yang pernah dikecapinya itu, dengan melemparkan sekuntum senyum, dia tidak menafikan perkara itu.

"Siapa yang tidak mahu buat konsert? Tetapi, saya percaya pada rezeki dan siapa tahu peluang untuk saya beraksi di konsert akan tiba juga satu hari nanti. Saya rindu juga untuk menghiburkan peminat setia saya yang tidak pernah jemu menyokong sehingga ke hari ini," katanya penuh harapan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 4:33 pm

Farawahida nafi langgar kontrak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Ne_09_15
FARAWAHIDA


KUALA LUMPUR - Penyanyi, Farawahida Razali bagai sudah berpatah arang dengan bekas pengurusnya, Julfekar Ahmad Shah apabila mendakwa beliau menjadi mangsa tuduhan tidak berasas sehingga menjejaskan reputasinya.

Menurut Farawahida, 24, dakwaan Julfekar yang mengatakan beliau mempunyai baki kontrak selama setahun adalah tidak benar memandangkan beliau tidak pernah bersetuju untuk menyambung kontrak yang telah tamat pada Februari 2009.

"Saya keluar daripada syarikat (Millenium Art Sdn. Bhd.) kerana kontrak tamat. Kontrak saya bersama syarikat milik Julfekar itu hanya lima tahun dan ada opsyen sambungan satu tahun lagi jika saya setuju.

"Kalau betul Julfekar mahu sambung kontrak saya setahun lagi, dia sepatutnya berikan notis sebelum kontrak tamat. Yang menjadi masalah, sehingga kontrak tamat dia tidak beri sebarang notis," ujarnya ketika dihubungi.


Last edited by sally_eiyna on Thu 02 Jul 2009, 4:38 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 4:37 pm

Majlis Amal, Stacy Seksi Siot

Tak penulis sangka, melihat dari banner di belakang pentas tertera perkataan "Malam Amal.... Buah Pinggang...." dan si Stacy terlebih sudah bah dia. Bukan main seksi lagi pakaian dia di atas pentas walaupun memakai seluar hitam. Aduhai, ini konsert ker atau Malam Amal yang berkonsepkan gelek-gelek. Patah pinggang pesakit2 disana, tak jadi matlamat Malam Amal ni

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Stacy_10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Stacy_11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 4:40 pm

Linda Jasmine idam 'Chee Cheong Fun' tengah malam

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Jasmin11
Que Haidar memeluk perut isterinya, Linda Jasmine. -foto MSTAR


SEPERTI ibu-ibu mengandung yang mengidam sesuatu makanan, Linda Jasmine turut tidak terkecuali. Tiada apa yang membezakan pelakon wanita jelita ini dengan lain-lain ibu yang mengandung kerana mengidam adalah perkara lazim bagi ibu-ibu yang mengandung.

Makanan yang diminta Linda daripada suami tercintanya, Que Haidar sebenarnya adalah sejenis sarapan pagi, 'Chee Cheong Fun'(makanan Cina) yang biasa dijual di pasar.

Yang jadi masalahnya apabila Linda mengidamkan makan Chee Cheong Fun pada waktu tengah malam.

"Tiba-tiba saya mengidamkan makanan Chee Cheong Fun. Suami saya menelefon kawan-kawannya dan emaknya untuk menanya apa sebenarnya jenis makanan tersebut.

"Kemudian, kesian suami saya terpaksa memandu kereta ke KLCC pada waktu malam semata-mata untuk mendapatkannya selepas rakannya beritahu makanan tersebut ada dijual d KLCC," kata Linda sambil tergelak.

Linda Jasmine dan Que Haidar ditemui ketika hadir di Malam Sambutan Anugerah Bintang Popular 2008 di mana kira-kira 100 artis diraikan di Restoran Bossa Nova, Hotel Parkroyal baru-baru ini.

Linda yang kini sedang mengandung empat bulan berkata, dia tidak muntah-muntah lagi berbanding pada tempoh tiga bulan pertama mengandung.

"Ketika tiga bulan pertama, saya asyik muntah-muntah dan selesa berbaring sahaja. Lepas fasa itu, saya dah tak muntah-muntah lagi," katanya.

Tambah Linda, dia juga merasa lain apabila mengandung lagi kali ini biarpun pernah mengandung sembilan tahun dulu.

"Biarpun saya dah ada pengalaman mengandung sembilan tahun dahulu tetapi menurut apa yang doktor beritahu saya badan saya pada mulanya tidak biasa sebab mengejut jadi sebab itu saya lemah-lemah pada awalnya," jelas pelakon jelita ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Jasmin10


Menurut Linda juga, anak lelakinya Qalif Khan, 9, pada awalnya tidak mahu menerima kehadiran adik barunya tetapi secara tiba-tiba anaknya itu mahukan adik pula tetapi dia mahukan adik lelaki.

"Qalif pada mulanya tidak mahu dapat adik, tapi lama-kelamaan selepas itu dia sendiri tiba-tiba mahu adik tetapi inginkan adik lelaki.

"Sayangnya selepas diperiksa, bayi dalam kandungan saya ini bayi perempuan dan Qalif dapat menerimanya. Sekarangpun dia selalu peluk perut saya dan bercakap-cakap dengan perut saya seolah-olah dia dah boleh terima." jelas Linda.

Bagi Que Haidar pula, dia merasakan menjaga isteri yang mengandung bukan perkara mudah kerana perlu berdepan dengan berbagai-bagai perkara pelik.

"Susah nak jaga isteri mengandung ni sebab macam-macam perkara pelik dia buat, tetapi 'interesting' bagi saya sebab saya dapat jumpa orang baru, karakter baru yang lain dari Linda yang sebenarnya.

"Saya juga seronok dan bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan segala-galanya kepada saya. Apa saya nak semua dapat,saya nak kahwin dah kahwin, nak anak pun dah dapat." jelas Que.

Pasangan Que-Linda juga telah membuat persiapan awal membeli barang-barang bayi kerana kedua-dua mereka sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata.

"Memang orang-orang tua kata tidak elok beli barang-barang bayi ini terlalu awal, tetapi kami tidak dapat tahan keinginan kami untuk menimang cahaya mata dan kami pun buat persiapan awal. Semua barang-barang ini kami simpan dalam almari." ujar Que.

Kedua-dua mereka telah diijabkabulkan pada Hari Kekasih iaitu 14 Februari lalu di Bora Ombak, Ampang dan majlis perkahwinan mereka telah menerima sumbangan daripada Jakel, Habib Jewels, Jeslina Hashim selaku perunding perkahwinan daripada Polkadotted Creative Solution.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 4:41 pm

Konsert ini kejayaan peribadi saya - Anuar Zain

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Lelaki12
Anuar menyampaikan 21 buah lagu sepanjang kira-kria 2 jam konsert berlangsung - foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI


IMPIAN yang telah lama dinantikan oleh Anuar Zain sejak bergelar penyanyi solo kira-kira 11 tahun lalu akhirnya terlaksana jua.

Malam tadi, penyanyi kacak ini membuka tirai konsert sulungnya, Lelaki Ini, di Istana Budaya (IB) yang akan berlangsung selama dua hari sehingga malam ini.

Konsert anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara sempena Festival Muzik KL 2009 ini turut diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer Nawi.

Ternyata persembahan yang memakan masa lebih kurang dua jam itu bukan saja berjaya memuaskan hati kira-kira 1,300 peminatnya, malah Anuar sendiri tersenyum lega sejurus berakhirnya konsert itu, meskipun akui agak tertekan sebelum konsert bermula gara-gara kesuntukan masa untuk membuat latihan yang lebih serta persediaan set pentas.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Lelaki11
Konsert sulung Anuar di IB yang berlangsung sehingga malam ini dilihat mempunyai kelas tersendiri


"Alhamdulillah, dengan masa yang pendek untuk 'set up' semua, saya tetap bersyukur kerana pihak pengurusan dan IB sendiri telah memberikan bantuan yang lebih untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

"Memang kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk berlatih kerana ada beberapa pemuzik turut terbabit di dalam sebuah konsert lain sebelum ini. Saya hanya dapat berlatih dengan mereka sebanyak dua kali saja.

"Saya tidak nafikan memang agak tertekan kerana saya ingin lakukan yang terbaik untuk peminat. Tetapi apapun, saya tetap seronok dengan persembahan pembukaan saya pada hari ini. Dan saya amat berharap penonton juga akan turut berpuas hati," kata Anuar dalam nada ceria.

Sepanjang konsert tersebut, Anuar telah menyampaikan sebanyak 21 buah lagu yang terdiri daripada lagu-lagu popularnya dan juga segmen khas yang mana penyanyi berusia 39 tahun ini mendendangkan lagu-lagu retro seperti Penantian yang dipopularkan oleh Harmoni, Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (Flybaits) dan Berdiri Seorang Perindu (Ibnor Riza).

Antara lagu hitsnya yang dipersembahkan pula ialah Sesuci Cintamu, Mungkin, Kain Pelekat, Bila Resah, Lelaki Ini, Keabadian Cinta, Kau Bunga Cintaku, Teman Terulung, Permata, Ketulusan Hati, Perpisahan.

Menariknya, Anuar menyampaikan kesemua lagu tersebut secara penuh, tanpa diselitkan dengan segmen medley. Malah, tiada sebarang gimik mahupun penari digunakan, hanya kelantangan vokalnya sendiri yang menjadi 'nadi' utama konsert tersebut.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Lelaki10
Penuh emosi...Anuar ketika menyampaikan lagu Perpisahan Yang Kau Pinta yang pernah dipopularkan oleh Flybaits


Turut kelihatan pada konsert tersebut ialah Datuk Sheila Majid dan Deja Moss yang hadir memberi sokongan kepada Anuar.

Melihat kepada sambutan hebat peminat-peminat sehingga tiket untuk konsert bagi dua malam itu habis dijual sejak dua minggu lalu, sekali lagi Anuar memanjatkan kesyukuran kerana kagum dengan sokongan yang ditunjukkan oleh para peminat terhadap dirinya.

Malah, penyanyi ini juga mempunyai 'strategi' tersendiri sebagai satu cara untuk memastikan peminat masih sanggup membayar untuk menyaksikan konsert artis-artis kegemaran mereka.

"Setiap artis perlu ada hala tuju mereka sebagai penyanyi atau penghibur. Kalau boleh, kurangkan terlalu 'expose' atau terlibat di dalam konsert percuma jika kita ingin capai tahap di mana peminat sanggup bayar untuk lihat konsert kita.

"Tetapi, sejujurnya, ini merupakan satu kejayaan peribadi buat saya, apatah lagi ini adalah konsert pertama saya di Malaysia," kata Anuar, sambil tersenyum.

Ditanya adakah dia turut mempunyai impian untuk mengadakan konsert dalam skala yang lebih besar, tutur Anuar, hasrat itu sebenarnya juga telah lama difikirkannya.

"Memang itu yang saya inginkan. Selama ini saya cuba mencari penaja untuk adakan konsert lebih besar, tetapi belum ada rezeki lagi nampaknya.

"Tapi itu tidak menghalang saya untuk terus mencuba dan hantar 'proposal' lagi," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 4:43 pm

David-Victoria Beckham raikan ulangtahun perkahwinan di pulau Necker

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Beckha10
David Beckham dan Victoria Beckham tiba di The Metropolitan Museum of Art's Costume Institute Gala, New York pada 5 Mei 2008. -fot AP


DAVID Beckham dilaporkan akan bercuti di sebuah pulau yang istimewa untuk menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-10 dengan isteri, Victoria.

Bintang bola sepak itu dikatakan akan menghabiskan cuti di Pulau Necker untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinannya.

"Beckham membuat beberapa kejutan. Dia memberi Victoria banyak hadiah kepada Victoria tetapi kejutan yang paling besar ialah percutian mereka di pulau Necker,"

"Richard Branson adalah pemilik pulau itu dan beliau sekarang ini sedang menguruskan percutian mereka. Ia adalah sesuatu yang akan diingati pasangan romantis itu," lapor akhbar British.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 4:48 pm

Gambar Yatt Selepas Kahwin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 36779510

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 36787610

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 36787611

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 36787612
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 5 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 5 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 9, 10, 11  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions