|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 12:04 pm | |
| Cinta baru Sheera Iskandar Lihat sajalah aksi mesra pasangan ini yang berjaya dirakamkan. “Saya mengaku ramai kawan lelaki tetapi sekadar kawan biasa dan tak tahan lama pun. Berlainan dengan Syan, kami boleh ‘get along’. Dia orang Langkawi dan paling penting, dia memahami perangai saya. Dia menerima saya sebaik-baiknya apatah lagi ‘tahan’ melayan perangai saya yang ‘gila-gila’. Dia masih lagi belajar. “Setakat ini saya tak mengharap apa-apa dari komitmen yang terbina. Rasanya belum sampai lagi masanya untuk saya menjalinkan perhubungan serius. Saya belum terfikir ke arah itu kerana saya baru 24 tahun. Saya belum puas membantu keluarga dan saya perlu bekerja untuk menanggung dua adik saya yang masih belajar,” kata Sheera lagi. Sebelum ini tersebar luas gambar anak kepada dramatis Aznah Hamid ini bersama Syan di Internet seolah-olah ada usaha untuk memburuk-burukkan namanya. “Sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi yang disebarkan hanya gambar kami berdua. Ketika itu saya bersama ahli keluarganya bercuti ke Langkawi. Semuanya bermula apabila dia meletakkan gambar kami di Friendster dan kemudian disebarkan di Internet. “Tentang apa yang sudah berlaku, sebagai artis, saya berusaha sedaya-upaya menjaga diri agar tidak disabotaj segelintir pihak. Cuma dalam kes ini, saya tak rasa disabotaj sebab orang suka mencari keburukan artis. Namun itu semua terpulang kepada diri masing-masing. Setakat ini, saya rasa gambar itu tidaklah teruk sangat,” ujarnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 12:39 pm | |
| Raisuddin dan isteri kedua diperintah 'Faraqh'
SHAH ALAM : Mahkamah Tinggi Syariah di sini, memutuskan aktor Raisuddin Hamzah, 52, faraq perkahwinan (berpisah sementara) dengan isteri keduanya, Siti Fatimah Suberi, 22, sehingga keputusan rayuan pengesahan perkahwinan disebut pada 8 Julai depan. Menurut peguam syarie Nor Azmi Mohd. Arif yang mewakili Raisuddin dan Fatimah, kes faraq itu dipohon oleh bapa Fatimah, Suberi Abdullah, 48, kerana perkahwinan mereka diragui walaupun ia telah disahkan oleh pihak mahkamah. “Perkahwinan mereka sah tetapi bapa Fatimah yang kata tidak sah kerana dia tidak menjadi wali anaknya. “Oleh itu, bapanya telah memfailkan rayuan untuk mengesahkan perkahwinan mereka pada 17 Mac lalu di mahkamah ini. “Ikutkan, rayuan telah dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur tetapi disebabkan Hakim Syarie tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengendalikan kes ini, jadi kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah. “Selepas permohonan faraq perkahwinan sementara itu dibuat, anak guam saya perlu failkan jawapan sama ada bersetuju atau tidak dengan permohonan itu dalam tempoh 14 hari dari hari ini,” kata Nor Azmi. Pada 7 April lalu, Fatimah secara sukarela mengaku bersalah kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar nikah di Songkhla, Thailand dengan Raisuddin pada 2 Januari 2007. Pada 6 Februari lalu, hasrat Raisuddin untuk mengesahkan perkahwinannya dengan Siti Fatimah terbantut apabila mahkamah menolak permohonannya itu. Permohonan faraq ini menghalang Raisuddin dan Fatimah daripada melakukan hubungan suami isteri. Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad juga menolak permohonan bapa mertua Raisuddin, Suberi Abdullah untuk membubarkan perkahwinan anaknya dengan penyanyi dan pelakon tahun 1980-an itu secara farakh. Beliau bagaimanapun memerintahkan Raisuddin dan Siti Fatimah memfailkan permohonan pengesahan pernikahan mereka yang berlangsung di Songkhla Thailand dua tahun lalu di Mahkamah Tinggi untuk diputuskan kerana ia melibatkan isu poligami. Dalam penghakimannya, Wan Mahyuddin menjelaskan bahawa Mahkamah Rendah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kedua-dua kes itu. Raisuddin berkahwin dengan Siti Fatimah di Songkhla, Thailand dengan berwali hakim pada 2 Januari 2007. Bapa Siti Fatimah, Suberi, 48, kemudiannya memfailkan permohonan untuk memfarakhkan perkahwinan pasangan itu mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 pada 26 Oktober 2007. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 12:42 pm | |
| Diddy Masih Tunangan Orang
Status diri pemilik nama Syamsul Hirdy atau nama komersilnya, Diddy Hirdy sentiasa menjadi tanda tanya. Sejak muncul bersama rancangan realiti, Akademi Fantasia 4 (AF4), umum tahu lelaki ini sudah dimiliki.
Namun selepas megorak langkah sebagai artis solo, ramai kurang pasti sama ada Diddy masih setia bergelar tunangan orang atau sebaliknya. Bertanya sendiri kepada empunya diri, jejaka Kuala Lumpur ini mengakui tiada sebab untuknya memutuskan pertunangan yang kini memasuki tahun ketiga.
“Siapa yang tidak mahu mengakhiri pertunangan dengan ikatan perkahwinan. Keinginan untuk berkahwin ada, tapi buat masa ini ianya perlu ditangguhkan dulu kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya,” itulah pengakuan ikhlas yang terbit dari mulut anak muda 24 tahun ini.
Tahu keburukan yang bakal ditempuhi akibat terlalu lama bertunang, Diddy tidak menafikan kata-kata itu adakalanya membuatkan dia gerun.
“Memanglah pesan orang-orang tua jangan terlalu lama bertunang, namun, sebagai lelaki saya mempunyai tanggungjawab besar sekiranya mendirikan rumahtangga. Saya perlu memikirkan dari segenap sudut, iyalah bukan senang nak tanggung orang baru dalam kehidupan kita. Sebab itu dari sekarang saya bekerja keras dan memastikan kewangan stabil,” tambahnya.
Baik Diddy atau tunangnya, mereka sama-sama masih setia melayari alam pertunangan dan setiap gosip yang hadir dalam hidup mereka tidak sedikitpun mengganggu dan menganggap ianya sebagai jenaka yang sengaja direka untuk ‘membunuh’ perasaan cinta masing-masing.
Lakonan dan nyanyian seiring
Sekiranya anda penonton setia rancangan tempatan, pasti sedar kemunculan Diddy di kaca televisyen sejak kebelakangan ini. Selain bakat nyanyian yang mula diperkenalkan pada 2006, Diddy mengorak setapak lagi apabila menceburi bidang lakonan pula.
Apakah jejaka yang popular dengan lagu “Hilang” mula merasakan kehambaran industri hiburan tempatan, sehingga dia bergelar pelakon pula?
“Sebenarnya baik nyanyian atau lakonan, kedua-duanya berjalan seiring. Alhamdulillah, undangan nyanyian tidak pernah putus, barangkali kerana kurang publisiti mengenai aktiviti nyanyian saya, maka orang menganggap saya sudah tidak mahu menyanyi lagi,” terangnya.
Kerjaya lakonan yang baru diceburinya sejak 2008 bermula tanpa sengaja. Waktu itu dia sekadar memenuhi undangan pengarah, Saiful Bahari dalam telefilem ‘Rebab Tidak Bertali’. Memegang peranan penting sebagai pemain rebab berdarah Kelantan, Diddy terpaksa berdepan cabaran untuk lakonan pertamanya itu.
“Memang sukar kerana saya perlu belajar berdialog dalam bahasa Kelantan, sedangkan saya tidak pernah tahu dialeknya dan dalam masa sama perlu menjadi pemain rebab. Bayangkan kesukaran belajar dua perkara untuk satu telefilem. Tapi saya hadapinya dengan sabar dan belajar dengan pengurus dan pengarah untuk menuturkan dialog dalam dialek Kelantan,” kata Diddy.
Sejak dari itu dia mula merasai keseronokan pengalaman baru dalam hidupnya. Sehingga kini sudah enam telefilem dan drama dibintanginya. Setiap tawaran yang diterima mempunyai pelbagai watak dan dia tidak pernah takut untuk mencuba.
Terbaru, Diddy melakonkan watak seorang ustaz dalam drama online terbitan gua.com.my, ‘Jelma 2’. Walau pertama kali melakonkan watak ustaz dan drama bergenre seram, dia seronok melakonkannya.
“Saya sahut cabaran walaupun tahu diri ini tidaklah sehebat orang pandai agama. Watak ustaz Hafiz memerlukan saya berdepan ancaman syaitan dan perlu menghapuskan makhluk itu.
“Seronok juga berlakon drama ini, sekurang-kurangnya saya peroleh pengalaman pegang watak ustaz. Malah ini drama pendek pertama lakonan saya, walaupun cara lakonan sama, mungkin masa tayangan dan pendekatan berbeza,” jelasnya.
Album baru
Walau sedang laris sebagai pelakon, Diddy akan muncul dengan album baru pada akhir 2009 ini. Masih mengetengahkan konsep pop moden, setakat ini proses mengumpul lagu sedang rancak dijalankan.
“Setakat ini antara komposer dan pencipta lagu yang bekerjasama adalah Nurfatima, Aizat, Audi Mok dan Badlishah. Saya juga sedang berusaha mendapatkan khidmat Sharon Paul dan Omar K,” katanya yang sedang popular dengan lagu “Sudah” dan “Biar Diddy Sambung”.
Album keduanya itu bakal menampilkan lebih banyak lagu berentak balada seperti yang dimahukan peminat. Selain album solo, Diddy juga bakal tampil dengan album duet, namun masih dalam perancangan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 12:45 pm | |
| Norman-Memey Main-Main Cinta?
Selepas sah bercerai bersama bekas isteri, Abby Abadi, pelakon lelaki paling kontroversi awal tahun 2009, Norman Hakim selesa dengan status bapa tunggal yang dipegangnya kini.
Malah, dia belum memikirkan untuk mendirikan rumahtangga biarpun hubungannya dengan pelakon Memey Suhaiza bukan lagi rahsia. Bukan mahu lari dari tanggungjawab atau enggan dikongkong wanita bernama isteri, banyak yang perlu diperbaiki pelakon yang memegang nama sebenar, Mohamed Nurhakim Zaidon ini.
“Terus terang, saya selesa bersama Memey, tetapi bila berbicara soal bila kami akan membina ikatan perkahwinan, sukar untuk dijelaskan. Sememangnya soal jodoh belum terbit sebagai agenda hidup kami buat masa ini. Banyak perkara yang perlu saya pelajari lebih-lebih lagi selepas bergelar bapa tunggal,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama online, ‘Jelma 2’.
Kehadiran Memey di sisinya sedikit sebanyak mengurangkan bebanan yang ditanggung terutamanya dalam soal pengurusan jadual kerja harian. Malah, Memey banyak belajar soal pengurusan sejak dia mengenali Norman dan syarikat milik lelaki itu, MDH Trading.
“Memey banyak membantu menyusun jadual kerja harian saya. Malah saya melihat Memey memang mempunyai bakat dalam hal pengurusan dan saya melihatnya dari sudut positif apatah lagi saya ni pelupa orangnya. Sekurang-kurangnya dia membantu mengingatkan. Adakalanya Memey akan mewakili saya menghadiri majlis tertentu sekiranya saya mempunyai hal,” cerita Norman mengenai wanita paling rapat dalam hidupnya kini.
Keseronokan menjadi ‘orang bujang’ tidak pernah menjadikannya alpa tanggungjawab. Biar sudah tidak tinggal sebumbung dengan bekas isteri, dia tetap menjengah anak-anak hampir setiap hari.
“Kehidupan saya masih seperti dulu, bezanya kini saya tinggal berasingan. Setiap hari saya akan menghantar anak-anak ke sekolah atau sekiranya mama mereka punya urusan, saya akan menjaga mereka. Malah anak-anak juga tidak pernah membezakan kasih sayang mereka dan kami sedaya upaya mendidik anak-anak secara positif dan tidak mahu mereka membesar dalam lingkungan perkara negatif,” ujarnya.
Jelas pelakon yang kini mempunyai bentuk badan maskulin, dia tidak pernah menyesali apa yang telah berlaku dalam hidupnya. Pengalaman adalah pelajaran paling mujarab dalam hidup seorang manusia seperti dirinya. Redha dan percaya kepada ketentuan qada dan qadar Ilahi, dia masih mencari satu ‘sistem’ dalam menyesuaikan kehidupan barunya itu.
“Team work sangat penting disamping sifat individualisme. Saya masih memerlukan teguran daripada orang sekeliling dalam membentuk peribadi dan jati diri. Dengan cara ini sahaja saya akan menjadi lebih kuat dalam menghadapi cabaran hidup,” akui bapa kepada Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Sejak berpisah, baik Norman atau Abby lebih terbuka dalam berbicara soal perjalanan hidup masing-masing. Malah, mereka lebih selesa berbicara tanpa melibatkan emosi demi pembesaran anak-anak. Permainan emosi Rosli
Sejak membintangi drama online ‘Jelma’ tahun lalu, Norman terus selesa membintangi drama online terbital portal gua.com.my. Selepas ‘Jelma’ lelaki ini diberi peranan dalam drama online popular ‘Kerana Karina’ dan terbaru ‘Jelma 2’.
Dalam ‘Jelam 2’ Norman masih memegang watak Rosli, lelaki yang dihantui rasa bersalah kerana perbuatannya mempercayai perjanjian syaitan. Watak Rosli kali ini lebih rumit berbanding sebelumnya.
“Permainan emosi Rosli, berhadapan pelbagai gangguan syaitan ketika koma, antara cabaran yang perlu saya laksanakan. Mungkin orang ingat senang melakonkan watak tanpa banyak skrip, sebenarnya ianya terlalu sukar lebih-lebih lagi mahu memastikan penonton faham mesej yang ingin disampaikan,” kata lelaki yang mempunyai hobi baru sejak tiga bulan lepas, berjogging dan ke gym ini.
Selama dua hari berada di Pulau Indah, Klang, Norman perlu melakonkan 16 adegan untuk ‘Jelma 2’. Penonton boleh menonton lakonan Norman dengan melayari www.gua.com.my setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat bermula 6 Julai ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 12:57 pm | |
| Dengarnya... Lisdawati hamil lima bulan SIAPA kata rumah tangga Lisdawati dengan suaminya Fauzi Nawawi berantakan? Cik Normah sendiri pun kurang percaya dengan khabar angin itu sebab setahu Cik Normah pasangan ini cukup bahagia. Kadang kala cemburu juga Cik Normah mendengar cerita Lisda yang bahagia dengan suaminya yang penyayang itu. Maklumlah Cik Normah sudah lama berumah tangga tapi bukanlah Cik Normah tak bahagia tetapi bibit cinta antara Cik Normah dan suami tidak sama seperti Lisda. Iyalah manusia ini berbeza tetapi Cik Normah yakin tak ramai lelaki yang baik macam Fauzi, bukan saja seorang suami yang baik tapi juga pandai memasak dan cerita Lisda pada teman Cik Normah suaminya juga pandai mengurut. Dia juga tak suka tengok Lisda susah payah buat kerja rumah dan lebih suka jika isterinya duduk berehat saja. Nah, sudah jelas betapa rumah tangga yang dilayari Lisda dan Fauzi begitu indah sekali, siapalah yang tak bertanggungjawab buat fitnah mengatakan pasangan itu sudah berpatah arang berkerat rotan? Mengukuhkan lagi bahawa khabar angin itu hanyalah fitnah semata-mata apabila Lisda disahkan kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata kedua. Berseri-seri wajah Lisda sewaktu menceritakan kepada teman Cik Normah khabar gembira yang mengejutkan dirinya sendiri. Melihatkan perut Lisda, Cik Normah sendiri tak perasan yang dia sebenarnya mengandung lagi. Pelakon itu yang ditemui pada majlis makan malam anjuran Rafflesia The Pearl Centre, dua hari selepas majlis pelancaran telefilem Buih-Buih Cinta, dia terasa badannya lain macam. Lalu dia pergi berjumpa doktor untuk periksa apa yang patut. Rupa-rupanya doktor mengesahkan yang dia memang mengandung dan usia kandungannya sudah pun masuk lima bulan setengah. Terkejut Lisda dibuatnya sebab dia tak kena sebarang alahan dan kebetulan dia pun menyusukan bayi sulungnya yang berusia setahun lapan bulan sepenuhnya, jadi dia tak rasa langsung tanda-tanda itu. Wah tahniah Cik Normah ucapkan pada Lisda kerana bakal menimang anak kedua yang dijangka lahir awal November nanti. Kepada orang yang cemburukan Lisda, selepas ini jangan buat tuduhan melulu, tengok Lisda kini sedang mengandung lima bulan jadi selepas ini sebelum nak buat sebarang fitnah, silalah berhati-hati. Kasihan pada Lisda dan bayi yang dikandungnya itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 12:59 pm | |
| 'Ada jodoh tak ke mana'
ZAQUAN Adha yang kononnya berjaya mencuri hati Ayu Raudhah.
GARA-GARA keluar makan di Hartamas Square dengan pemain bola sepak kebangsaan Mohd Zaquan, Ayu Raudah dikatakan sedang dilamun cinta. Tetapi si cantik manis ini dengan pantas menafikan cinta sudah mula berputik.
“Kami sekadar berkawan. Hubungan itu masih baru dan soal perasaan itu agak terlalu awal untuk dijangkau dek akal fikiran. Ayu tak nafikan ada keluar beberapa kali dengannya. Malah, ada juga pertemuan kami itu dituruti rakan yang lain.
“Ayu tak harapkan apa-apa dalam hubungan ini. Hanya mengikut rentak saja. Kalau berhasil hubungan itu, maka jadilah. Ayu reda. Ada jodoh tak ke mana. Ayu tidak mahu terlalu serius memikirkan soal ini. Sebelum ini pun, Ayu berkawan enam tahun (merujuk kepada hubungannya dengan Pekin) tapi tidak menjadi juga,” katanya ringkas mengenai hubungannya dengan adik kepada kembar, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak yang juga suami kepada Rita Rudaini.
Adik kepada Rozita Che Wan ini ditemui di lokasi penggambaran filem sulung lakonannya, 4 Madu arahan Prof Madya Razak Mohaideen di Sepang Goldcoast, Bagan Lalang, baru-baru ini.
Gosip cinta itu sekurang-kurangnya melenyapkan kisah cinta Ayu dengan Pekin yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini. Bagi yang mengenali Ayu, dia tidak pernah berselindung mengenai hubungan ‘sekejap ada, sekejap tak ada’ dengan Pekin.
“Mungkin juga kami tiada keserasian untuk terus menjalinkan cinta. Mungkin dia (Pekin) bukan jodoh saya. Bercinta panjang mana pun, kalau sudah tiada jodoh, tak berhasil juga akhirnya. Barangkali kami lebih sesuai sebagai kawan saja,” katanya.
Dua tahun menjalani kehidupan sebagai anak wayang, simpati Ayu terhadap kakaknya, Rozita yang sering dihimpit gosip cinta VIP bagaikan sudah berjangkit kepada dirinya. Malahan, sejak awal membabitkan diri dalam dunia seni, dia menetapkan pendirian untuk tidak sesekali menjerat diri dalam situasi sedemikian.
Namun apakan daya, pandangan masyarakat mula terdorong dengan persepsi negatif yang mula mengaitkan selebriti wanita dengan golongan VIP. Ibarat nila setitik, habis susu sebelanga. Mengakui sukar menghakis tanggapan itu, Ayu sedar dia tidak mampu memuaskan hati orang sekalipun dia tulus mengakui tidak pernah ada sebarang ikatan dengan mana-mana VIP.
“Macam Kak Ta, semakin dia menafikan gosip, semakin bertalu-talu pula cerita kurang enak menghimpitnya. Mujur nasib Ayu tidak seteruk dia. Kadang-kadang Ayu sendiri kasihan dengan dia yang terpaksa berdepan dengan macam-macam dugaan.
“Tapi inilah bayaran yang harus diterima golongan seni seperti kami yang sering dilabel menginginkan kemewahan segera tanpa perlu berusaha. Ayu sendiri tak terlepas dihubungi panggilan misteriyang menyesakkan dada. Bila Ayu angkat, ada yang tidak bersuara.
“Sekarang jalan mudah, Ayu malas nak angkat langsung panggilan sebegitu. Ayu sendiri hairan macam mana nombor Ayu boleh mudah tersebar. Mungkin juga ada orang yang tak bertanggungjawab menyerahkan nombor Ayu. Ayu memang malas nak layan. Hakikatnya, kalau Ayu sendiri yang beri nombor, takkan Ayu tak nak layan,” kata duta produk Giena Skincare itu.
Sementara itu, mengalih bicara dalam soal kerjaya lakonannya, Ayu baru saja selesai menjalani penggambaran filem 4 Madu yang membabitkan wataknya sejak 24 Jun lalu. Selepas itu, Ayu ke set penggambaran drama Nur Kasih yang sedang hangat disiarkan di TV3. Bagaimanapun episod yang menampilkan watak Ayu di dalam drama itu hanya akan mula disiarkan dalam episod 15.
Akhirnya rezeki Ayu untuk ke layar perak menerusi filem 4 Madu. Selepas sekian lama menanti peluang dan ruang waktu yang sesuai, tercapai juga hasratnya berlakon filem. Bukan tiada tawaran berlakon filem yang kunjung tiba sebelum ini, namun kesibukan Ayu berlakon di kaca TV terpaksa menghampakan penerbit yang berminat menyuntingnya sebagai bintang filem.
“Ayu menerima tawaran berlakon filem sejak berbulan-bulan lalu. Pihak produksi filem ini sudah menghubungi Ayu, namun beberapa kali juga tawaran ini terpaksa ditolak kerana Ayu terikat dengan penggambaran drama Nur Kasih. Tapi akhirnya ‘jodoh’ Ayu kuat dengan filem ini. Dapat pula berlakon dengan Kak Ta buat julung kalinya. Tak sangka akhirnya Ayu dapat juga berlakon filem.
“Jujur Ayu akui memang teruja, seronok dan rasa lain sangat dapat berlakon filem. Ayu memegang peranan sebagai Tipah dan ‘bermadu’ dengan Kak Ta dalam filem ini. Secara peribadi, Ayu sendiri sukakan watak Tipah yang memberi sisi berbeza dengan watak yang Ayu pernah dapat sebelum ini,” katanya sambil tersenyum manis. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 1:09 pm | |
| Tak jadi berhenti
GARA-GARA rancangan dikendalikan di Sinar FM berada di tangga kedua dengan jumlah pendengar paling ramai, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau Kak Engku, 37, dan Salih Yaacob atau Salih, 48 membatalkan hasrat untuk berhenti daripada menjadi penyampai radio. Hal ini diluahkan sendiri dua penyampai itu sewaktu ditemui untuk sesi fotografi khas yang diadakan di di konti Sinar FM, baru-baru ini.
Jelas Kak Engku, pada awalnya keputusan ingin dibuat apabila kontraknya bersama stesen yang kini mempunyai 3.82 juta jumlah pendengar berdasarkan kajian dilakukan AC Nielsen dan diumumkan Mei lalu, bakal berakhir Julai ini.
Segmen Sinar Pagi dikendalikan Kak Engku, Salih dan Khairil Rashid (Krill) kini meraih 2 juta pendengar, bertambah hampir 384,000 orang berbanding kajian sebelum ini.
Ia adalah rancangan sarapan pagi tempatan kedua popular, dibezakan dengan hanya 67,000 pendengar berbanding program yang berada di tangga teratas.
Melihat akan perkembangan itu, jelas Kak Engku, dia menangis dan tidak pernah termimpi olehnya rancangan dikendalikan hampir tiga tahun menjadi perhatian ramai.
"Saya percaya kejayaan ini adalah hasil usaha semua pihak di Sinar FM yang mahu memberikan yang terbaik kepada pendengar.
"Saya menangis apabila diberitahu bahawa rancangan Sinar Pagi kini berada di tangga kedua dan sudah semakin hampir untuk berada di tempat pertama. Ternyata usaha keras kami selama ini sudah menunjukkan hasil.
"Saya dan Salih beranggapan selepas tiga tahun bersama sudah tiba masanya untuk saya mengundur diri daripada bidang penyiaran radio dengan memberi ruang kepada orang lain. Tambahan pula kerja dalam bidang pengacaraan semakin bertambah.
"Saya kasihankan anak-anak kerana sepatutnya mereka keutamaan saya. Sudah menjadi rutin selalunya sibuk bagaimanapun ke sekolah dan pulang saya yang menghantar dan menjemput mereka.
"Tetapi sekarang kerana tuntutan kerjaya yang semakin sibuk menyebabkan perkara itu tidak dapat saya lakukan sepenuhnya.
"Suami ada bertanya, dulu saya minta kebenaran untuk menjadi penyampai radio saja, tetapi sekarang ia berlanjutan dengan mengacarakan Ewah-Ewah.
"Terbaru kerana tidak mahu menghampakan harapan Rosyam Nor saya terima pelawaan mengendalikan rancangan realiti Pilih Kasih atas desakannya.
"Saya bulat hati pada awalnya hendak berhenti, tetapi perkara itu belum saya beritahu kepada pihak pengurusan Sinar FM.
"Sebaliknya apabila mendapat keputusan yang membanggakan ini, terus hati saya berubah. Ternyata pendengar masih mahukan kami bersiaran," katanya.
Bercerita mengenai formula digunakan membabitkan kejayaan itu, jelas Kak Engku, dia, Salih dan Krill tidak pernah memaksa diri melakukan sesuatu atau meletak harapan dalam usaha memastikan rancangan dikendalikan muncul nombor satu membabitkan jumlah pendengar.
"Apabila berada dalam konti apa kami risaukan adalah bagaimana hendak menghiburkan pendengar yang mungkin berhadapan dengan pelbagai tekanan, mengambil contoh terperangkap dalam kesesakan jalan raya atau mahu memulakan kerja di waktu pagi.
"Pada kami apa yang dilakukan adalah cuba membuatkan pendengar tenang memulakan hari mereka dan tersenyum mendengar celoteh kami.
"Kami tidak kisah sekiranya Sinar Pagi tidak berada di tangga nombor satu, tetapi cukuplah sekiranya kami berjaya menceriakan hidup orang lain," katanya.
Sementara itu, Salih mengakui artis lama sepertinya mempunyai kelebihan dalam menarik perhatian pendengar agar tertumpu kepada rancangan dikendalikan.
"Artis seperti saya mahupun Raja Azura yang sudah lama terbabit dalam bidang seni mempunyai pengikut sendiri. "Apabila kami muncul di radio secara tidak langsung mereka turut mendengar.
"Bagaimanapun, seorang artis itu harus bijak dalam mengendalikan rancangan di radio kerana ia tidak sama apabila kita beraksi untuk drama atau mengacara rancangan di televisyen," katanya.
Dalam melaksanakan tugas sebagai penyampai, jelas Salih, perkara utama yang diberikan penekanan adalah corak persembahan dibuat harus mencuit hati dan boleh menghiburkan pendengar.
"Kita kalau boleh tidak mahu pendengar tertekan apabila mendengar rancangan yang kami kendalikan.
"Atas alasan itu kami sebaik mungkin cuba menyampaikan maklumat dalam cara paling mudah dan bersahaja," katanya.
Begitupun jelas Salih cabaran yang dilalui sebagai penyampai radio juga besar apatah lagi dalam menarik perhatian peminat.
"Cabaran dilalui tidak saya nafikan turut memberikan lebih kepuasan kepada saya sebagai penyampai radio berbanding apabila beraksi di hadapan kamera.
"Ia mencabar kreativiti saya untuk menjadi lebih kreatif terutama dalam corak persembahan. Dalam memastikan ia dapat menarik minat saya cuba menghidupkan pelbagai watak seperti Abang Jam, Mat Saleh dan Mat Check agar ia memberikan lebih warna.
"Lebih penting apabila menjadi penyampai radio ini maklum balas diterima membabitkan persembahan dilakukan diterima terus daripada pendengar," katanya.
Menyentuh mengenai imbuhan pula, jelas Salih, walaupun rancangan dikendalikan sudah menunjukkan kejayaan, tetapi dia mahupun Kak Engku tidak pernah meletak harga.
"Memang benar kami ada dengar orang berkata bahawa artis yang menjadi penyampai ini 'demand' harga, tetapi itu bukan kami.
"Sebaliknya saya mahupun Raja Azura lebih senang sekiranya syarikat sendiri menilai akan kemampuan kami dan membayar mengikut usaha yang dilakukan," katanya.
Bagi Salih kejayaan yang diraih rancangan Sinar Pagi berkat kerjasama jitu yang diberikan Kak Engku mahupun Kril sendiri.
Biasanya setiap minggu mereka akan bermesyuarat bagi menilai kembali corak persembahan dilakukan apabila selesai ke udara.
Setiap Jumaat persediaan awal dibuat bagi membincangkan topik yang mahu diketengahkan pada minggu berikutnya.
PROFIL
Nama Penuh: Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin
Nama Komersial: Kak Engku
Tarikh Lahir: 18 Ogos 1972
Umur: 37 tahun
Asal: Shah Alam, Selangor
Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Penyanyi dan Penyampai Radio Sinar FM
Rancangan TV: Melodi, Gedik Santai, Anugerah Bintang Popular, Anugerah Skrin, Ewah Ewah dan Pilih Kasih
Drama: Samprit, Samprit Lagi, Mat Despatch, Mat Burger
Album: Dan Bunga-Bunga Berguguran dan Raja Azura
Pencapaian: Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Populr Berita Harian 1993 (ABPBH93), Pengacara TV Wanita Popular (ABPBH 2002), Pengacara TV Wanita Popular (ABPBH 2004), Pelakon Wanita Terbaik Watak Jahat Anugerah Oskar.
Nama Penuh: Salih Yaccob
Nama Komersial: Salih
Tarikh Lahir: 25 November 1961
Umur: 48 tahun
Asal: Sungai Besar, Selangor
Kerjaya: Penyanyi, Pelakon, Pengacara dan Penyampai Radio
Album: Lama dan Baru, Salih Muncul Lagi, Kehadiranmu, Pisang Panas, Jangan Sondol, Sup Selipar
Filem: Keluarga 99, Mr. Os, Awang Spanar, Bos, Jejaka Perasaan, Janda Meletup, Otai
Drama dan Puteri
Rancangan TV: Ogy & Salih, Usik-usik Salih Yaccob dan Syoknya Rasamas.
Pencapaian: Penghibur TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (1992). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 1:19 pm | |
| Radhi enggan menduda
CERITA mengenai kerjaya seninya kurang menjadi tumpuan akhir-akhir ini, sebaliknya lebih banyak kepada kes mahkamah membabitkan rumah tangganya dengan Shazlin Shariff, 31. Awal Jun lalu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya membatalkan waran tangkap ke atasnya selepas gagal hadir lima kali berturut-turut, tetapi pada 24 Jun, Radhi sekali lagi dikenakan waran tangkap.
Ia berikutan masalah sama iaitu kegagalan penyanyi utama kumpulan OAG itu hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonan pengesahan lafaz cerai difailkan isterinya, Shazlin Shariff, 31.
Pelbagai alasan diberikan atas kegagalannya hadir baru-baru ini.
Antaranya keretanya rosak dan masih ada di bengkel.
Apabila ditanya mengapa tidak menggunakan teksi, katanya, masalah bangun pagi.
Bagaimanapun, Radhi mengakui dia mempunyai alasan sendiri hingga sering gagal hadir di mahkamah. Radhi atau nama sebenarnya Mohd Radhi Razali, 32, berkata, kalau boleh dia ingin menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah terlebih dulu.
"Bagi saya, alangkah baiknya jika kami berdua menghadiri sesi kaunseling untuk membincangkan masalah rumah tangga kami. Mahkamah bukan jalan penyelesaian.
"Ini kerana jauh di sudut hati saya tidak mahu perceraian berlaku kerana kami ada anak yang masih kecil.
"Saya sendiri memang tidak bersedia menjadi duda. Pada usia ini, saya sebenarnya kalau boleh ingin terus bersama isteri untuk membesarkan anak kami, Mohd Rifdhi Muslim, 3.
"Bagaimanapun, nampaknya susah untuk saya berbincang dengan isteri. Apapun, saya tetap mengharapkan ada ruang untuk kami berdua bermuafakat serta dapat berbincang di luar mahkamah," katanya ketika ditemui pada majlis minum petang anjuran Persatuan Karyawan Malaysia di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), baru-baru ini.
Kata Radhi, sebagai suami dan ketua keluarga, dia sebenarnya mahu mereka bertiga tinggal bersama di rumah sendiri selepas lima tahun tinggal bersama keluarga Shazlin.
"Saya pun sekarang sudah mampu menyediakan rumah buat kami sekeluarga. Masalahnya, Shazlin enggan mengikut saya dan mahu tinggal dengan keluarganya.
"Saya kalau boleh mahu kami hidup berdikari, cuba membina keluarga kami sendiri. Bukan apa, sejak mendirikan rumah tangga, saya dan Shazlin tinggal bersama keluarganya, jadi sekarang sudah masanya duduk di rumah sendiri pula.
"Namun, apa boleh saya buat apabila isteri enggan mengikut. Apapun, sekali lagi saya tegaskan tidak mahu menduda. Saya memang berhasrat ingin melihat anak membesar di depan mata seperti keluarga lain. Justeru, tunggu dan lihat sajalah," katanya.
Pelakon filem Antoo Fighter: Amukan Drakulat itu mengakui dia juga memahami situasi isterinya sebagai anak sulung dalam keluarga yang memerlukannya bersama keluarga.
Apatah lagi ibu mentua, Nik Rohani Nik Hussain, 57, kini menghadapi masalah kesihatan.
Mengimbas kembali pergolakan rumah tangga mereka, katanya, ia berlaku sudah lama sejak pasangan itu menyertai program realiti televisyen Sehati Berdansa. Bagaimanapun, ia masih mampu 'ditutup' sehinggalah Shazlin nekad memfailkan perceraian di mahkamah, tahun lalu.
Rentetan tindakan Shazlin itu, perbicaraan kes mereka sering tertangguh kerana Radhi tidak hadir ke mahkamah. Malah, dalam permohonan dibuat isterinya, Radhi tidak bersetuju dan dia menafikan melafaz cerai pada 15 September 2008.
Apapun, pada 22 April lalu, Shazlin yang diwakili peguam syarie, Noorafizah Abdul Azis memohon supaya pindaan dibuat terhadap permohonan berkenaan berikutan dia (Shazlin) mendakwa suaminya pernah melafazkan cerai kali kedua pada 25 Februari lalu.
Menyorot lagi kisah rumah tangga pasangan ini, Shazlin turut mendakwa suaminya pernah melafazkan cerai talak tiga untuk kali kedua menerusi telefon jam 11.40 pagi, 25 Februari lalu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 1:20 pm | |
| Idam pingat emas Hollywood
Bob
Bob bawa bakat besar yang dimilikinya di Kejohanan Dunia Seni Persembahan
TANGGAL 11 Julai, penyanyi berbakat ini bakal membawa nama negara ke persada antarabangsa - cita-cita yang sudah sekian lama menjadi impian anak Bumi Kenyalang ini. Selama ini impian itu sekadar tersimpan erat di kalbu, namun tarikh keramat 3 Mei lalu mengubah angan-angan menjadi sebuah kenyataan yang dia sendiri tidak jangkakan.
Lima tahun dia mundar mandir mencari ruang untuk meloloskan diri di persada nyanyian. Tetapi ruang untuk Yusrizan Usop terlalu kecil. Bukan tiada yang mengagumi bakatnya, bahkan ada di antara bijak pandai industri muzik yang mengagumi vokalnya, tetapi entah di mana silapnya Bob masih gagal mencuri perhatian.
Apakah peminat masih lagi dangkal, rupa paras masih lagi menjadi keutamaan sementara bakat ditolak ke tepi? Dia sendiri mengakui, pernah hampir mengalah dan mahu saja mengucapkan selamat tinggal pada dunia nyanyian. Namun semangat ditiupkan pengurusnya, Syuib Ismail membangkitkan kembali kekecewaan untuk mengharung badai yang datang menimpa.
“Memang saya merasainya. Rupa paras menjadi keutamaan peminat di sini berbanding bakat dimiliki penyanyi. Mereka tidak seharusnya bersikap prejudis terhadap orang seperti saya. Pemikiran masyarakat kita seolah-olah sudah direncanakan. Mungkin saya perlu membuktikan sesuatu untuk membuka mata mereka,” kata Bob sedikit kesal.
Mungkin mata masyarakat akan terbuka apabila jejaka ini membawa pulang pingat emas untuk negara di Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) yang akan disertainya pada 11 hingga 19 Julai depan di Hollywood, California, Amerika Syarikat bersama 24 lagi wakil negara.
Membawa pulang pingat emas tentunya menjadi impian jejaka berusia 27 tahun ini, bagaimanapun untuk meraih kemenangan tidak semudah disangka kerana dia perlu berhadapan peserta hebat lain dari 66 buah negara.
Layak menempatkan diri dalam pertandingan itu adalah satu rahmat buatnya. Apabila mendapat kepercayaan membawa nama negara ke persada antarabangsa, segera fikirannya teringat kata-kata seorang pengkritik tatkala dia menyertai Akademi Fantasia musim kedua.
“Seorang pengkritik pernah membisikkan harapannya kepada saya untuk melihat saya bersaing di peringkat antarabangsa. Kata-kata itu saya pegang hingga kini, justeru apabila mendapat tawaran menyertai Worldstars Road To Hollywood (WRTH), saya tidak mempersia-siakan peluang itu.
“Saya mahu tonjolkan kredibiliti serta bakat yang ada dengan kesempatan ini. Kalau boleh saya mahu menyertai seberapa banyak kategori yang ada bagi memungut lebih banyak pingat untuk negara,” kata Bob optimis.
Walaupun vokalnya sering menerima pujian malah lebih manis, maestro muzik, Ramli MS juga pernah menyatakan kekagumannya terhadap bakat dimiliki Bob, namun tekanan tetap dirasakan.
“Tanggungjawab, tekanan, sesiapa pun pasti merasainya. Bukan setakat membawa nama sendiri, tetapi nama syarikat ditubuhkan Bob Mesra Entertainment (BME), nama negara dan juga nama Sarawak.
“Saya dan tiga rakan lain yang bertanding bagi kategori nyanyian Raja Farah, Norhasmidar dan Siti Sarah sudah berpakat untuk menyertai seberapa banyak kategori yang kami mampu supaya dapat membawa pulang lebih banyak pingat berbanding tahun lalu,” katanya yang akan menyanyikan 11 lagu termasuk hit terbarunya, Cinta Terhalang.
Walaupun hatinya girang kerana pertama kali bakal menjejakkan kaki ke Los Angeles, namun ada sesuatu yang dibimbangi Bob. Bukan cuba bersikap besar kepala tetapi Bob merayu kementerian menyediakan satu ruang supaya dia dapat membawa pengurusnya bersama. Peranan Syuib ke atas kerjaya Bob cukup besar kerana dia yang menguruskan semua perkara membabitkan kerja penyanyi itu. Dengan adanya Syuib di sana, kata Bob dia dapat menumpukan perhatian kepada nyanyian saja manakala hal lain boleh diuruskan pengurusnya.
“Syuib tidak dapat ikut kerana mereka kata kuota tidak cukup. Bagaimanapun saya amat berharap Syuib dapat dibawa bersama kerana jika ada sebarang perbincangan yang ingin dibuat, mereka boleh berhubung secara terus dengan Syuib. Lagipun dia lebih tahu mengenai kontrak dan apa saja berkaitan kerjaya saya,” katanya.
Masih berusaha turunkan berat badan
SUSUK tubuhnya tidak lagi seperti dulu. Ketika muncul di WRTH, Bob kelihatan kecil daripada bentuk tubuh asalnya. Bagaimanapun ia hanya dicapai selepas hampir setahun bertungkus lumus. Usaha keras penyanyi itu nyata berbaloi apabila dia berjaya mengurangkan berat badan dari 116 kilogram kepada 88 kilogram.
Cara dilakukan penyanyi itu adalah dengan bersenam di gimnasium setiap hari selain mengawal pemakanan. Sejak bercita-cita menurunkan berat badannya, Bob juga tidak menjamah nasi. Sekiranya terlalu teringin, dia hanya akan menjamah sesudu nasi saja.
“Sebelum ini saya pernah berdiet dan usaha itu berjaya tetapi selepas hari raya tahun lalu, saya tidak begitu mengambil berat soal penjagaan makanan. Hasilnya berat badan saya naik mendadak, sejak itu saya kembali nekad menurunkan berat badan.
“Saya mula mendaftar diri ke gimnasium dan disiplinkan diri ke sana selama sejam setiap hari. Saya juga tidak menjamah nasi dan masih lagi berusaha untuk turunkan lagi berat badan,” kata Bob.
[b]INFO: Yusrizan Usop[/b]
Nama glamor: Bob
Tarikh lahir: 30 Julai 1981
Zodiak: Leo
Adik-beradik: Anak pertama daripada dua beradik . |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 1:22 pm | |
| Bercinta sambil kejar impian
PERTEMUAN di lokasi drama bersiri 13 episod, Sadiq & Co pada Oktober 2007 terbitan stesen ntv7, terus membuka ruang buat pelakon Tony Eusoff untuk mengenali dengan lebih dekat pelakon dan model sambilan, Dawn Marie Jeremiah.
Ketika itu, bintang filem Sepi dan Akhirat, Tony, 32, memegang watak utama sebagai peguam dan Dawn, 26, pula menjadi pelakon undangan dalam drama bersiri arahan Syamil Othman berkenaan.
"Dawn adalah pelakon undangan dalam salah satu episod drama bersiri itu. Sejak berlakon bersama, kami saling berhubung dan lama kelamaan persahabatan itu bertukar menjadi cinta sehinggalah sekarang.
"Sebenarnya, banyak persamaan kami yang menyebabkan kami serasi bersama. Contohnya, minat kami sama iaitu melancong," katanya.
Kini, hubungan pasangan kekasih yang sama padan ini sudah mencecah hampir dua tahun.
Namun, baik Tony atau Dawn belum membuat sebarang kenyataan mengenai perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga seperti pasangan selebriti lain.
"Hubungan kami memang serius dan setakat ini semua berjalan lancar seperti direncanakan.
"Kami sudah berjumpa keluarga kedua-dua belah pihak untuk berkenalan sekali gus mendapat restu mereka.
"Setakat ini, kami gembira dengan percintaan ini dan pada masa sama mengejar impian dalam hidup masing-masing," katanya.
Bagaimanapun, kata Tony, setakat ini, mereka belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.
"Maklumlah, Dawn masih muda, baru 26 tahun berbanding usia saya. Saya juga tidak mahu mengongkongnya kerana dia baru memulakan kehidupan.
"Terus terang, saya belum bersedia berumah tangga. Banyak perkara perlu saya selesaikan sebelum berkahwin. Masih banyak cita-cita dan impian belum saya kecapi dalam hidup. Begitu juga Dawn.
"Antara impian kami untuk menceburi bisnes dan melancong ke seluruh dunia bersama sebelum merancang untuk berkahwin dan memulakan kehidupan berkeluarga.
"Kami bersyukur, keluarga kedua-dua belah pihak tidak memberikan tekanan kepada kami dalam soal kahwin. Contohnya, ibu saya bersikap terbuka dalam soal jodoh anaknya," katanya.
Kata Tony lagi, dia juga tidak meletakkan sasaran umur untuk menamatkan zaman bujangnya.
"Biarlah detik bersejarah itu tiba sendiri nanti. Kalau cepat jodoh kami datang, cepatlah kami berkahwin. Jika sampai masanya kami berkahwin, sudah pasti kami tidak menyorokkannya daripada peminat dan pihak media.
"Dalam usia sekarang, tidak perlu saya meletakkan sebarang sasaran umur untuk berkahwin lagi.
Sebenarnya, kami sudah penat menjawab soal kahwin kerana itulah soalan yang kerap diajukan peminat dan pihak media sekarang. Sama ada kami akan bertunang terlebih dulu atau terus berkahwin, ia terpulang kepada keadaan nanti," katanya.
Mengenai perkembangan kerjaya seni, Tony berkata, dia baru selesai menjayakan pementasan teater, Mana Setangginya arahan Zaifri Husin yang dipentaskan di Istana Budaya (IB) bermula 13 hingga 21 Jun lalu.
"Saya membawa watak Juda suami kepada Irian (Sabrina Ali) yang juga watak utama cerita fiksyen yang memaparkan persoalan falsafah hidup. Apa yang penting, banyak ilmu yang ditimba dalam teater bercorak eksperimental ini," katanya.
Ia juga projek teater kedua lakonan Tony selepas Bangsawan Naga Cini yang dipentaskan di IB pada 2006.
Selain itu, drama lakonannya yang ditayangkan di RTM ialah drama bersiri 26 episod, Siapakah Milik Hati Ini bergandingan dengan Intan Azura Sulaiman.
Tony baru selesai penggambaran filem barunya, Suaka (Suara Dari Puaka) yang diterajui Aaron Aziz dan Julia Ziegler.
"Saya membawa watak pembantu dalam filem genre Thriller/Seram menggabungkan Pierre Andre dan Dharmavathi selaku pengarah bersama," katanya.
Selain berlakon, Tony yang berbakat sebagai penyanyi sibuk memenuhi undangan persembahan pentas anjuran pelbagai pihak. Terbaru, dia baru saja membuat persembahan sempena pertandingan Miss Malaysia Universe 2009.
"Sebenarnya, saya sudah lama menunggu untuk muncul dengan single atau album penuh. Namun, saya sedia maklum, dalam pasaran album yang tenat ketika ini banyak perkara perlu dipertimbangkan syarikat rakaman.
"Saya juga menanti tawaran daripada pihak berminat untuk merealisasikan impian saya," katanya.
Sementara itu, Dawn pula baru memulakan tugasnya sebagai Eksekutif Kanan, Li TV (saluran bahasa Inggeris) bermula 1 Julai lalu. Sebelum ini, dia bertugas sebagai Eksekutif Perhubungan Awam, Ntv7 selama tiga tahun. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 1:24 pm | |
| Bulan madu selepas raya
BARU seminggu bergelar isteri kepada Shaharuddin Mokhtaruddin, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross belum dapat melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab sebagai seorang isteri kerana buat masa ini mereka tinggal bersama keluarga Shaha di Wangsa Maju, Kuala lumpur.
Pasangan ini diijabkabulkan di Kota Bharu, Kelantan pada 27 Jun lalu dan Sabtu lalu, keluarga Shaha mengadakan majlis sambut menantu di kediaman keluarga di Wangsa Maju.
Majlis persandingan bertemakan rona putih dan ungu itu dikendalikan sepenuhnya perunding perkahwinan, Amir Firdaus Anoair dari YSA Events, Kajang.
Busana persandingan rona ungu pula rekaan Mehran Sendit juga dari YSA Events. Pada hari itu, pasangan raja sehari memilih tema persandingan dalam taman.
Ketika ditemui, Cat berkata, dia yang baru melalui fasa awal dalam kehidupan berumah tangga dan cukup bahagia bergelar isteri.
"Buat masa ini kami tinggal sementara dengan keluarga Shaha. Pada 11 Julai ini, kami akan mengadakan satu majlis khusus untuk kawan dan rakan artis di Bora Ombak, Ampang. Selepas selesai majlis itu, barulah kami akan menetap di rumah sendiri di Jalan Duta.
"Jadi buat masa ini Cat belum berpeluang memasak hidangan kegemaran Shaha, sambil tumis ikan bilis kerana ibu mentua rajin masak dan beliau akan sediakan semuanya. "Cat cuma menolong mana yang boleh. Lagipun selama seminggu ini saya sibuk menguruskan majlis hari ini.
"Insya-Allah apabila sudah berpindah ke rumah sendiri nanti, dapatlah saya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.
"Rasa tak sabar hendak menetap di rumah sendiri. Mujur keluarga Shaha pun menetap di Kuala Lumpur jadi apabila ada kelapangan bolehlah kami menjenguk ibunya.
"Setakat ini semuanya berjalan lancar kerana keluarga Shaha juga memahami kerjaya sebagai seorang artis.
"Begitupun, buat masa ini saya bercuti dulu sehingga segala majlis yang dirancang selesai. Ada dua tiga projek drama menunggu, tetapi saya belum memberi kata putus lagi.
"Tiada masalah untuk saya meneruskan kerjaya seni kerana Shaha juga bekerja dalam bidang sama. Cuma selepas berkahwin, saya perlu bijak membahagikan masa apatah lagi jika ada anak nanti. Watak yang diambil pun mesti bersesuaian dengan status saya sekarang," katanya.
Mengenai bulan madu, pasangan itu bercadang melancong ke Itali, tetapi bukan dalam masa terdekat ini kerana kedatangan bulan puasa dan hari raya tidak lama lagi.
"Jadi kami bercadang untuk berbulan madu selepas raya. Taklah tergesa-gesa sangat. Lagipun ini kali pertama saya akan menyambut Ramadan dan berhari raya bersama suami, jadi tentu banyak persediaan yang perlu dilakukan.
"Hendak beraya di mana belum rancang lagi, tetapi saya tak kisah beraya di mana pun asalkan dapat bersama suami," katanya.
Shaha pula berkata, dia tidak menyangka dapat menyunting Cat sebagai isteri kerana dia pelakon terkenal.
"Rasa macam tak percaya kami sudah menjadi suami isteri. Seminggu mendirikan rumah tangga ia sangat membahagiakan. Saya tak sangka Cat sudi berkenalan dengan saya kerana siapalah saya dibandingkan dengannya.
"Saya suka sifat Cat yang suka merancang terlebih dulu apa jua yang bakal dilakukannya. Cat sangat teliti dalam segala hal. Selepas berkahwin, saya tiada masalah membenarkan Cat meneruskan kerjaya seninya kerana saya pun terbabit dalam bidang kerja yang sama sebagai penerbit di Astro," katanya.
Hadir sama pada majlis sambut menantu itu, ibu bapa Cat dan dua adiknya serta saudara-mara dari Kota Bharu.
Sebelum itu dalam ucapannya selepas makan beradab, Cat mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan saudara-mara Shaha kerana sudi menerimanya sebagai ahli keluarga baru mereka.
"Terima kasih kerana anda semua dapat menerima diri saya seadanya. Dan terima kasih yang tidak terhingga kepada suami kerana memberi saya kebahagiaan ini," katanya.
Sementara itu, Shaha pula meminta sekalian yang hadir mendoakan jodoh mereka berpanjangan sehingga ke akhir hayat.
"Kepada hadirin semua, saya mohon anda semua mendoakan kebahagiaan dan moga jodoh kami berkekalan selamanya. Kepada isteri tercinta terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup ini," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 1:26 pm | |
| Impak Noor
SESI fotografi yang diadakan baru-baru ini dilewatkan hampir satu jam. Sebelum ke lokasi di Taman Tasik Perdana lewat pagi itu, dia muntah-muntah. Sekali lagi Noorkhiriah Ahmad Shapie (Noor) berdepan alahan sehingga tidak membenarkannya memandu kereta. Malah untuk tinggal lama-lama di rumah pun, badannya lemah dan malas. Sebaliknya, apabila bertemu rakan di luar, kepenatan itu bagaikan hilang tiba-tiba. "Dulu ketika mengandung anak pertama, Noor rasa diri Noor kuat dalam melakukan sebarang kerja. Lagipun, Noor lihat rakan dan adik beradik lain mampu melakukan kerja seharian walaupun berbadan dua. "Bagaimanapun, tekaan Noor silap. Kerana terlalu aktif, Noor akhirnya keguguran. Waktu itu, perasaan ini hanya Tuhan yang tahu. Malah, ketika di sisi suami, Noor tahu dia turut bersedih dan menangis walaupun perasaan itu cuba dikawal dan tidak ditunjukkan kepada Noor. "Kini, selepas disahkan mengandung lagi, ia bagaikan keajaiban bagi Noor. Masakan tidak, peristiwa lalu memberi impak besar kepada Noor dan suami. Sebab itu, Noor tidak mahu pisang berbuah dua kali. Malah, untuk kali ini juga, Noor berusaha sedaya upaya menjaga kandungan ini," katanya. Pun begitu, kata Pelakon Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 2008 ini, ramai peminat masih bertanyakan mengenai anak. Mereka ingat Noor sudah melahirkan, walaupun media sudah bercerita mengenai keguguran dialaminya dua tahun lalu. Sebagai wanita, hatinya terasa dirobek apabila diajukan soalan sebegitu. Impiannya mahu bergelar ibu cukup kuat sekali. Begitupun, hanya Allah yang Maha Berkuasa dan tahu apa yang terbaik untuknya. Suka duka peristiwa pahit itu dijadikan iktibar dan pengalaman Noor. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan reda dengan perkara lalu, Noor kini mengandung empat bulan. Namun, peristiwa hitam itu menjadi pengajaran berguna buatnya. Sebelum ini, Noor menyangkakan dirinya kuat dan mampu bergerak aktif menjalankan kerja seharian meskipun berbadan dua. Bagaimanapun, sangkaannya jauh meleset. Tambah wanita berusia 32 tahun ini, sejak mengetahui dia kembali berbadan dua, dia sentiasa berehat dan mengutamakan kesihatan kandungannya itu. Malah, demi cahaya matanya, Noor sanggup mengambil cuti sebulan hanya untuk memastikan diri dan kandungannya tidak mengalami masalah. "Sebelum ini Noor bagai tidak senang duduk bila tiada kerja untuk dilakukan. Namun kini demi anak ini, Noor sanggup mengambil cuti panjang dan pulang ke kampung di Raub, Pahang untuk berehat. Pengalaman lalu memberi impak besar kepada Noor "Sewaktu di kampung, Noor ditatang bagai minyak yang penuh. Ibu sentiasa mengutamakan kesihatan Noor dan kandungan. Apa saja yang Noor mahukan pasti tersedia. Malah, ibu juga tahu apa yang terbaik untuk Noor. "Alhamdulillah, kini semua berjalan lancar. Selepas usia bayi dalam kandungan ini semakin matang, Noor akan kembali bekerja tetapi tidak selasak dulu," katanya. Bercerita soal kerjaya, Noor kurang mendapat perhatian media, terutama media cetak. Begitupun, dia akur kerana tidak punya bahan cerita untuk disensasikan, malah wajahnya yang dianggap sesetengah pihak sebagai kurang nilai komersial menyebabkan dirinya agak terpinggir daripada paparan media. Lebih sedekad meniti hidup sebagai anak seni, Noor masak benar dengan permainan industri hiburan. Lantas semua itu tidak menjadi kudis baginya biarpun satu waktu dulu dia pernah hampir berputus asa apabila paras rupa lebih diutamakan berbanding bakat. "Semua itu cerita dulu. Namun Noor masih ingat segala-galanya berubah apabila Noor memenangi trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin Ke-9 pada 2007. Karier lakonan Noor akhirnya mula bergerak laju. "Syukur ke hadrat Allah yang Maha Esa, sehingga kini Noor tidak sepi dengan pelbagai tawaran lakonan. Alhamdulillah, rezeki Noor diperbanyakkan. "Selepas Matahari, Noor turut membintangi drama bersiri Ceplos dan tidak lama lagi Noor akan memegang watak utama iaitu Mustika dalam drama berjudul sama. Mustika mengisahkan perjalanan hidup seorang anak kecil yang diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga dan di sini Noor menggalas watak Mustika yang dewasa. "Watak ini mudah dan Noor tidak perlu terlalu aktif di set penggambaran. Bagaimanapun, karektornya dipenuhi pelbagai emosi. Sebagai anak angkat yang tidak disukai oleh keluarga angkatnya, Mustika sering 'dibuang' dan dihalau sehingga kehidupannya bercelaru. Cerita ini agak kompleks dan sebab itu Noor menyukainya," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 1:33 pm | |
| Yasmin Hani Berpisah Dengan Don Nazar!
Don’t know what really happened between Yasmin Hani anda Don Nazar that led to their break up. Pihak Syokkahwin.com hampir menaja majlis perkahwinan beliau bersama beberapa partner yang lain. Majlis perkahwinan yang dijadualkan diadakan pada bulan Jun lalu terpaksa dibatalkan. Hani is getting cuter by the day and now she’s available. Sesiapa yang nak berminat, sila membuat permohonan yang sewajarnya |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 1:35 pm | |
| Jangan fikir bukan-bukan
BERITA Yasin Sulaiman mengalami tekanan perasaan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) awal Jun lalu menggemparkan industri.
Lebih panas apabila pelantun lagu Mimpi Laila ini dikatakan gila ‘isim’ dan berada di bawah pengaruh dadah. Perubahan ketara Yasin dapat dilihat menerusi perkataan yang ditulis di ruangan status laman blog Facebooknya.
Bagi mendapatkan kepastian, Selebriti menghubungi isterinya yang juga bekas wartawan The New Straits Times, Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain.
Eena bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkhabaran mengejutkan itu sebaliknya berulang-kali menegaskan suaminya memerlukan rehat selain sibuk dengan rutin menyiapkan lagu. Memahami tugas media, ibu kepada dua cahaya mata ini meminta Selebriti bersabar sehingga Yasin menyelesaikan tugasannya dan bersedia ditemubual.
Selepas beberapa minggu menanti, Selebriti lega apabila Eena memaklumkan Yasin sudi diwawancara. Yasin yang cukup tenang meluahkan kepada SHAKILAWATI ABD RAHMAN ketika ditemui di kediamannya.
“SEMUANYA bermula di blog Facebook pertengahan Mei lalu. Ketika itu saya dan bekas penuntut Sekolah Menengah Maahad Hamidiah Kajang membincangkan pelbagai isu dan berusaha mencari penyelesaiannya.
Salah seorang rakan ada anak Sindrom Down mengadu masyarakat Malaysia kurang peka dengan golongan kurang upaya. Daripada topik itu perbincangan kami berlanjutan ke senario politik semasa, krisis ekonomi, persoalan masyarakat Melayu tidak boleh bersatu, budaya Malaysia yang taboo dan macam-macam.
Ringkasnya kehidupan dalam era ini banyak masalah dan boleh dikatakan satu dunia kini tenat. Meskipun ada yang mula resah dan bimbang tetapi ramai menganggap ia perkara biasa. Dari situ saya terpanggil mencari penyelesaian bersama rakan-rakan.
Saya banyak berdoa, solat, baca ayat Kursi, berkongsi terjemahan tafsir al-Quran serta buat pengumuman waktu solat di Facebook dan sebagainya.
Perkara ini berlangsung selama dua minggu sehingga sampai satu tahap saya obses dengan Facebook dan banyak berfikir mencari penyelesaian segera setiap persoalan yang bermain di fikiran saya. Bila kurang tidur dan rehat, mulalah keluar perkataan merapu di Facebook.
Kiranya apa yang saya alami ini dipanggil ‘awakening’ iaitu tersedar atau dalam bahasa Arab disebut Yaqadhah. Aneh tetapi benar apabila berlaku peristiwa yang tidak pernah saya alami di mana saya melihat satu cahaya yang sangat terang ketika melayari Facebook.
Ia berlaku selepas saya berdoa tanpa henti diberikan petunjuk. Sama ada doa saya dimakbulkan Ilahi atau gambaran cahaya itu datang dari dalam fikiran, saya tidak mahu mentafsirkannya. Sehingga kini saya masih mencari tafsirannya dengan merujuk pakar agama dan info dari internet.
Berbalik kepada keadaan saya yang sangat obses mencari penyelesaian dan nampak tertekan, keluarga bimbang dan bawa saya mendapatkan rawatan di HUKM awal Jun lalu.
Saya mengikuti program rawatan menenangkan fikiran selama dua minggu. Terdapat dua pandangan doktor di mana seorang daripadanya mengatakan saya mengalami tekanan biasa dan seorang lagi mengklasifikasikan kes saya sebagai gangguan Bipola (dwikutub).
Itu pandangan dari sudut perubatan dan saya tidak mahu membuat kesimpulan kerana masih mencari tafsiran apa yang saya alami dari perspektif agama.
Saya lebih cenderung menerima apa yang berlaku ini sebagai anugerah dan rahmat. Allah memakbulkan doa saya dengan membenarkan saya melihat satu tanda. Dengan kejadian itu, jiwa saya bagai direvolusikan, malah saya dapat satu kesedaran supaya melakukan perubahan.
Maksud saya perubahan dengan meninggalkan perlakuan atau kebiasaan yang tidak baik dan saya akan melakukannya secara berperingkat.
Apa yang saya pelajari dari kejadian ini, kesilapan terbesar saya adalah terlalu obses dan gelojoh mahukan penyelesaian segera walhal Allah SWT ada perancangan lebih besar dan ada sebab mengapa dilambatkan penyelesaian itu. Dalam apa jua perkara dan tindakan kita seharusnya bersederhana.
Kepada rakan-rakan yang bimbang keadaan saya, bertenanglah. Mohon jangan fikir bukan-bukan. Alhamdulillah selepas menjalani sesi rawatan saya kembali tenang seperti biasa. Saya masih diminta bertemu doktor tapi itu bagi memenuhi prosedur rawatan.
Berkenaan tanggapan segelintir pihak yang mengatakan saya gila ‘isin’ pula, saya menolak sekeras-kerasnya dan menyifatkannya perkara remeh. ‘Isin’ adalah budaya Melayu yang diterapkan untuk menghalang kita berfikir. Hakikatnya Allah suka dan menggalakkan hamba-Nya berfikir, mentafsir serta ijtihad.
Terus-terang saya memang terkilan bila orang suka buat tafsiran melulu dan lebih kecewa bila ada tergamak cakap saya ambil dadah sedangkan mereka tidak tahu cerita sebenar.
Meskipun diuji, ia sama sekali tidak mengganggu fokus saya terhadap kerja. Dalam waktu terdekat saya akan muncul dengan album kompilasi yang memuatkan 16 lagu. Selain itu saya menghasilkan lagu tema drama Nur Kasih yang kini bersiaran di saluran TV3 dan turut berjinak-jinak dalam penulisan novel.
Sebagai permulaan, saya kini dalam proses menulis novel semi biografi yang menceritakan wajah gelap Kuala Lumpur berdasarkan pengalaman,” kata komposer ini yang baru saja menyiapkan single terbaru kumpulan Ahli Fiqir berjudul Fantasi.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 1:39 pm | |
| Farawahida bongkar rahsia
Penyanyi popular tampil mempertahankan diri sambil mendakwa dirinya didera mental dan emosi
LARA hidupnya tiada siapa yang tahu. Lima tahun hidup dianggap bagaikan dalam 'sangkar' atau mungkin bak 'neraka' cukup membuatkan Farawahida enggan menoleh ke belakang lagi. Siapa menduga, penyanyi berwajah manis itu menyimpan episod duka selama bergelar artis biarpun ada ketikanya dia kelihatan sering tersenyum pada peminatnya. Dirinya dan keluarga diperlakukan tak ubah seperti `sampah', malah lebih teruk, penyanyi ini mendakwa dia sering didera dari segi mental dan emosi.
Dan untuk kembali menjalinkan kerjasama dengan pengurusnya yang juga komposer terkenal, Julfekar Ahmad Shah dan bernaung di bawah syarikat Millennium Art Sdn Bhd, ia bagaikan igauan ngeri buatnya dan keluarga.
Kehidupannya tidak seperti artis lain, selain mendakwa dirinya dikongkong dan dikawal ketat, penyanyi kacukan Melayu-Pakistan mengakui, hidupnya tak ubah seperti pentas lakonan semata-mata. Hakikatnya, Farawahida tertekan dan menderita dengan `hidup yang indah khabar daripada rupa'.
Tidak tahan maruah dirobek, imej dicarik, nama baik bagaikan dipijak-pijak, Farawahida enggan berdiam diri lagi. Selama empat bulan berdiam diri, penyanyi berusia 24 tahun itu cuba menahan sabar, tetapi cerita-cerita yang mengaibkan dan menjatuhkan maruahnya terus dijaja dan diperkatakan. Farawahida bangkit menceritakan episod duka yang melingkari hidupnya.
Farawahida menegaskan, Julfekar bukanlah kekasihnya, malah hubungan mereka tidak lebih daripada pengurus dan artis.
Dengan nada perlahan, Farawahida akui: "Saya tak pernah menyimpan sekelumit perasaan kasih pada Julfekar, malah saya hanya menganggapnya seperti abang dan menghormatinya sebagai pengurus. Saya tahu Julfekar menyimpan perasaan cinta pada saya, tetapi saya tidak sesekali mahu bercinta dengan suami orang.
"Saya tak pernah berbohong malah saya bercakap perkara yang sama jika ada yang bertanya sejak dulu lagi. Julfekar hanya pengurus saya, bukan kekasih! Saya tak mampu lagi bekerjasama dengan Julfekar, bukan saya lupa jasa-jasanya menaikkan nama saya, tetapi saya tidak tahan dengan perbuatan dan cerita yang disebarkan.
"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Selama ini, hanya Tuhan saja yang tahu deraan yang dilakukan pada saya dan keluarga. Saya dan keluarga sering dimaki hamun dan diancam, malah hingga hari ini, saya terus diganggu. Sejak pulang ke kampung halaman di Taiping, Perak, saya tak pernah bercakap dengan Julfekar, cuma berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS).
'Dia makin hamun saya dan keluarga'
"Bagaimanapun SMS yang diberikannya cukup menghiris perasaan, puas memaki hamun saya, ibu dan adik beradik saya pula menjadi mangsa. Saya tak mampu menahan sabar bila ibu saya dimaki dengan perkataan yang tidak sepatutnya. Bukan saya tak tahu cerita yang dijaja, malah apa yang diceritakan akan sampai kembali ke pengetahuan saya. Ramai yang tak percaya dan mahu mendapatkan kepastian cerita yang mereka dengar."
Farawahida berkata, bukan dirinya berdegil atau keras kepala kerana tidak mahu berbincang dengan Julfekar, tetapi cukuplah derita yang ditanggung selama lima tahun.
Sambil merenung jauh, Farawahida sebak mengatakan: "Saya cukup terseksa, saya dikongkong hinggakan mahu bertemu dan pulang ke kampung bersama keluarga juga sering dihalang. Boleh dihitung dengan jari berapa kali saya meluangkan masa bersama keluarga sejak bergelar penyanyi.
Dakwa diri pernah dikasari Julfekar
"Dia (Julfekar) bukan kekasih saya, malah jauh sekali suami saya tetapi dia cuba menentukan hidup saya. Ketika itu, saya hanya mampu bersabar kerana terikat dengan kontrak selama lima tahun. Kalau ikutkan hati, sudah lama saya angkat kaki tetapi saya tak mampu bertindak sebab sering diancam.
"Saya terpaksa akur dengan arahannya, jika membantah, saya dikasari. Saya pernah dipukul dan dikasari depan ibu dan orang ramai. Dia juga mendera saya secara mental dan fizikal. Ibu dan kakak yang sering menemani saya juga menerima tempias kemarahannya. Bayangkan, mahu bersama keluarga pun boleh mengundang perbalahan besar, malah apa saja yang saya buat perlu mendapat kebenarannya, jika tidak, saya pasti dimaki hamun dan dikasari.
"Paling saya tidak dapat terima apabila bersolat lama sedikitpun boleh mengundang kemarahannya. Saya kasihan melihat ibu dan kakak, mereka sering makan hati berulam jantung dengan perbuatan Julfekar. Nasiblah mereka sanggup terus menemani saya walaupun mata mereka sudah tidak larat memandang, hati mereka sentiasa berkata-kata.
“Paling sedih saya akan bergaduh besar dengan dia jika adik beradik saya datang ke rumah. Dakwaannya saya menghabiskan masa bersama keluarga dan mengabaikan latihan nyanyian memang tidak boleh diterima akal. Takkan saya perlu berlatih setiap hari hingga tiada sekelumit masa untuk adik-adik? Kami sekeluarga terpaksa menahan sabar gara-gara termakan janji manis Julfekar dulu."
'Julfekar halau keluar dari rumah sewa'
Akuinya, dia tekad melarikan diri selepas Julfekar menghalaunya dari rumah sewa yang dibayar syarikat di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Mereka sudah berdepan dengan krisis teruk sejak November lagi.
Secara jujur, Farawahida akui: "Tahun lalu, saya sudah mahu melarikan diri apabila kami bergaduh besar gara-gara saya menemani keluarga membeli-belah barang perkahwinan kakak saya. Dia beranggapan saya keluar dengan lelaki kerana saya tak mahu MMS siapa bersama saya ketika itu. Takkan saya nak MMS wajah bapa dan ibu saudara yang menaiki kereta dengan saya, apa pula kata mereka nanti.
"Sebolehnya saya nak menutup penderitaan, saya tak mahu ahli keluarga lain tahu kegilaan Julfekar. Tentu mereka pelik kenapa Julfekar nak mengongkong hidup saya, sedangkan kami tiada hubungan. Julfekar mengancam saya, jadi saya takut nak balik ke rumah. Apabila mengetahui saya tak pulang, Julfekar mula berlembut memandangkan keesokannya saya perlu ke Indonesia untuk menjalani penggambaran klip video bersama Ari Wibowo.
"Saya memberikan peluang padanya memandangkan penggambaran klip video itu sudah dirancang awal, tetapi kesabaran saya hanya bertahan sehingga Anugerah Juara Lagu ke-23, Februari lalu. Kami berperang lagi apabila saya mahu keluar makan dengan keluarga untuk meraikan kemenangan saya. Dia menghalau saya lagi dan mungkin inilah masanya saya mahu keluar dari kemelut hidup yang tidak berkesudahan."
Farawahida nafi pernah ajak kahwin
Farawahida juga menafikan pernah mendesak Julfekar berkahwin, malah sebaliknya Julfekar merancang berkahwin lari dengannya ke Indonesia. Dengan suara perlahan, Farawahida berkata: "Bodohlah saya kalau saya mengajak Julfekar berkahwin sedangkan semua tahu, Julfekar sudah beristeri dan mempunyai anak yang dah besar panjang. Dia mencanangkan sudah bercerai tetapi hakikatnya, ketika itu dia masih tinggal serumah dengan anak dan isterinya. Jujurnya, antara punca saya melarikan diri disebabkan Julfekar merancang berkahwin dengan saya. Jangan kata nak jadi isterinya, jadi kekasihnya pun saya tak sanggup!
“Dalam SMS yang dihantar dan saya masih menyimpan SMS berkenaan, Julfekar memberitahu merancang mengadakan perkahwinan rahsia. Ketika itu, tak sampai seminggu lagi saya akan terbabit dengan persembahan penjelajahan sekitar Indonesia. Bimbang Julfekar merencanakan sesuatu, saya tekad lari.
"Selepas melarikan diri, Julfekar pernah menghantar wakil untuk berbincang dengan saya dan keluarga di kampung tetapi bukanlah isu kontrak yang menjadi persoalannya sebaliknya menghantar wakil merisik saya. Untuk apa? Takkan keluarga nak menerimanya sedangkan mereka tahu saya cukup menderita, malah keluarga juga sering dicaci dan dimaki seluruh keturunan.
Buat empat laporan polis
"Saya bersyukur Tuhan sentiasa memberi saya petunjuk, malah saya tak putus-putus memanjatkan doa supaya Tuhan memberikan petunjuk dan menyelamatkan saya daripada kemelut ini. Alhamdullilah, biarpun saya perlu bertatih dari awal untuk memulakan kerjaya nyanyian sekali lagi, saya bahagia."
Farawahida akui, dia juga mempunyai cukup bukti untuk mengheret Julfekar ke muka pengadilan, malah sehingga kini, dia sudah membuat empat laporan polis berhubung ancaman, gangguan dan ugutan.
"Saya memang orang kampung tetapi tidaklah sebodoh yang disangkakan. Julfekar sering menganggap saya dan keluarga, orang kampung yang bodoh dan tidak tahu mengenai undang-undang. Apabila diugut, saya membuat laporan polis untuk mendapat perlindungan diri. Jika diikutkan, saya boleh mendakwa dan mengheretnya ke mahkamah, tahun lalu. Keluarga saya juga membuat laporan polis kerana kerap diganggu dan diugut dalam SMS.
“Cacian, makian menjadi mainan mulutnya tetapi tidak buat keluarga saya. Saya juga kenal manusia bernama Julfekar, dia sanggup bersumpah atas nama Allah, asal dapat menyelamatkan dirinya," katanya yang tidak teragak-agak mengheret komposer itu ke muka pengadilan jika keadaan memaksa.
Kontrak tamat Februari lalu
Berhubung kontrak dengan syarikat Millennium Art Sdn Bhd milik Julfekar, Farawahida berkata, kontrak selama lima tahun sudah tamat pada Februari lalu. Bagaimanapun, dirinya tidak menerima sebarang notis pemberitahuan untuk melanjutkan kontrak selama setahun lagi.
"Selepas tiga bulan menunggu salinan kontrak, akhirnya Julfekar menyerahkan salinan kontrak berkenaan melalui wakilnya. Selepas meneliti dan berbincang dengan peguam, kami mendapati kontrak itu sudah tamat pada Februari lalu. Mengikut undang-undang, jika ingin meneruskan `pilihan' selama setahun lagi memandangkan kontraknya lima campur satu, pihak syarikat perlu memberi notis pemberitahuan sebelum kontrak tamat, sedangkan saya tidak menerimanya sehingga saya menghantar notis pemberhentian.
"Memandangkan saya tidak menerima notis pemberitahuan, jadi saya menganggap saya tidak lagi bernaung di bawah syarikat berkenaan. Saya nak tamatkan segala-gala kekusutan, saya nak tegaskan saya bukan lagi artis Millennium Art Sdn Bhd. Dulu saya tak berani bersuara disebabkan saya tidak tahu status dan kedudukan saya. Bagaimana saya nak berperang jika tiada senjata, begitu juga dengan keadaan saya ketika itu.
“Selepas mendapatkan nasihat peguam, saya rasa saya tak perlu takut lagi. Saya nak buka lembaran baru dalam hidup. Bagaimanapun, jika Julfekar tidak berpuas hati, dia boleh berbincang dengan peguam saya," katanya mengakui kini sedang menjalinkan hubungan intim dengan seorang pakar perubatan.
Info Farawahida
Nama: Farawahida Razali
Umur: 24 tahun
Tarikh Lahir: 19 Mac 1985
Tempat Lahir: Taiping, Perak
Zodiak: Pisces
Pencapaian: Artis Baru Wanita Popular - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 & Juara Etnik Kreatif AJL23 menerusi lagu Persoalan Cinta
Album: Farawahida, Tanpamu, Semuanya Ada Di Sini & Farawahida 2009 |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 1:40 pm | |
| Aishah AF7 makin demand?
Aishah AF7
CERITA artis demand untuk bayaran persembahan bukan perkara baru, malah sejak dulu, isu artis letak harga sering diperkatakan. Terbaru, bintang kelahiran program realiti popular Akademi Fantasia 7 (AF7), Aishah turut menjadi rebutan untuk mengadakan persembahan. Dah sampai ke telinga Kak Pora, si Aishah juga terkena tempias apabila dikatakan demand.
Soal bayaran yang diterima ada kalanya sensitif untuk diperbahaskan. Maklumlah, ia membabitkan periuk nasi seseorang. Ada kalangan artis yang tidak meletakkan harga tetap kepada penganjur namun ada pula menetapkan bayaran tinggi memandangkan populariti dan kebolehan sedang memuncak.
Secara kebetulan, Kak Pora bersembang dengan teman rapat Kak Pora yang berada nun jauh di Kuching, Sarawak, baru-baru ini. Lama tidak bersembang, macam-macam perkara terpacul daripada mulut teman Kak Pora itu. Teman Kak Pora meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap tindak tanduk seorang bintang kelahiran AF7, dia sebut nama Aishah. Aishah dikatakan semakin demand dan letak harga untuk persembahannya yang bukannya sehebat mana pun.
Khabarnya, Aishah meletakkan bayaran tidak sepatutnya, maklumlah dia belum lagi ada album, jauh sekali bergelar artis rakaman, cuma pelajar AF7 saja. Itupun terkeluar pada minggu kelapan. Patut-patutlah kalau nak letak harga sekali pun, janganlah perasan diri sudah popular. Kalau setakat masuk AF7 belum tentu dapat ke mana, ikut nasiblah, ramai artis AF yang bungkus gara-gara tidak boleh cari makan. Jangan terlalu ghairah nak letak harga tinggi nanti orang naik meluat.
Kalau betul seperti didakwa, Kak Pora nasihatkan Aishah menggunakan peluang itu untuk mempromosi diri, selain menghargai peminat yang selama ini menghabiskan duit untuk mengundinya ketika dalam AF dulu. Ini tidak, album pun belum ada tapi sudah mula buat hal, khabarnya Aishah diundang untuk membuat persembahan di hadapan kenamaan di Sarawak. Bukan senang nak dapat peluang keemasan sebegitu, secara kebetulan teman Kak Pora adalah penganjurnya. Jadi, dia tahulah harga untuk persembahan Aishah mahal sangat. Tak perlulah Kak Pra nak sebut berapa jumlahnya, tapi memang tak masuk akal berbanding bakat dan status Aishah ketika ini.
Tteman Kak Pora ni akui dah serik nak bekerjasama dengan Aishah lagi. Kak Pora tahu Aishah masih hijau dan belum faham selok belok dalam dunia hiburan. Jadi belajarlah dari kesilapan dik!
KAK PORA: Dah lama tak dengar berita mengenai si juara AF4, Faizal. Apa dah jadi kerjaya seninya? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 1:43 pm | |
| Farah terasa hati
SANGKANYA hidup akan senang bila bergelar pelakon. Dilimpahi kemewahan, populariti dan glamor, lebih-lebih lagi statusnya di pentas nyanyian semakin kukuh. Namun itu hanya mimpi. Realitinya, laluan ditempuh penuh onak duri.
Dulu, pernah juga Farah mencuba bidang lakonan, namun gadis jelita ini enggan meneruskannya. Katanya, pengalaman di set penggambaran membuatkannya serik.
Kepenatan menunggu berjam-jam dan komitmen berpanjangan sehingga terpaksa menolak tawaran nyanyian menjadi pengalaman berharga buatnya.
“Selaku pelakon, ia menjadi perkara biasa yang perlu dilalui. Selepas mencuba bidang ini menerusi sebuah drama untuk tayangan Astro tahun lalu, rasanya ia mencukupi buat saya.
“Bukan apa, sebagai penyanyi saya terbiasa dengan cara kerja yang ringkas dan mudah. Malah selepas berlakon, saya akui minat lebih tertumpu kepada bidang nyanyian,” katanya.
Tambah Farah atau nama sebenarnya Farah Diana Anuar, bukan niatnya mahu menolak ke tepi bidang lakonan, sebaliknya buat masa ini dia mahu memberi tumpuan terhadap pentas seni suara terlebih dulu.
“Saya berlakon sekadar ingin mencuba dan bukan kerana tamak. Selepas mengutip pengalaman daripada drama berkenaan, rasanya elok saya beri tumpuan kepada bidang nyanyian ini.
“Lagipun, apa yang ingin saya kecapi belum terlaksana. Jadi, lebih baik saya selesaikan satu-satu perkara dulu. Takut nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran,” kata Farah yang sentiasa murah dengan senyuman.
Sejak kebelakangan ini publisiti diterima bintang yang melakar nama menerusi Akademi Fantasia musim kedua (AF2) ini semakin berkurangan.
Apa yang terjadi? Bagaimanapun Farah mengakuinya, lebih-lebih lagi dia mengelak bertemu media.
“Namun, jangan pula salah faham. Saya mengelak bukan kerana perselisihan faham atau ada masalah. Cuma, saya sedikit segan kerana tiada cerita baru yang ingin dikongsikan.
“Sebab itu saya lebih selesa mendiamkan diri dan menjalani kehidupan seperti biasa, selain menjayakan persembahan pentas,” katanya.
Mengenai perkembangan album terbarunya, Farah sedikit terasa hati dengan pihak pengurusan, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB). Katanya, album kedua ada di pasaran beberapa hari sebelum Maestro Talent & Management ditutup. Begitupun, sehingga kini promosi albumnya belum dijalankan.
“Bukan mahu merungut. Sebaliknya, saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Album pertama dulu juga mengalami nasib sama dan sebab itu saya tidak mahu perkara sama terjadi terhadap album ini.
“Bagaimanapun, saya dan pihak AESB masih dalam perbincangan. Mungkin mereka mengalami sedikit masalah kerana perlu menguruskan ramai artis dan dalam masa sama kakitangan mereka tidak mencukupi. Harap-harap, perbincangan kali ini akan membuahkan hasil.
“Bayangkan, hampir tiga bulan album ini ada di pasaran tetapi ramai tidak mengetahuinya. Sebagai penyanyi, pasti saya terasa hati,” katanya.
Tambah Farah, kontrak yang terjalin bersama pihak AESB bakal tamat penghujung Ogos depan. Dalam masa sama, Farah belum membuat keputusan sama ada mahu bergerak sendiri atau kembali menyambung perjanjian berkenaan.
“Sebenarnya, saya tiada masalah untuk bergerak sendiri. Malah saya yakin mampu menguruskan perjalanan seni ini sendiri.
“Bagaimanapun, saya masih menunggu kata putus daripada pihak AE. Jika mereka menawarkan peluang lebih baik, tidak salah untuk menyambung kembali kontrak ini, namun jika tidak, rasanya saya perlu membawa haluan sendiri,” katanya mengakhiri bicara. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 1:44 pm | |
| Winnie K masuk studio rakam lagu Mandarin
Winnie K MAKIN lawa pula Cik Normah tengok penyanyi Winnie K sekarang ini. Kulitnya makin halus mulus dan putih gebu. Apa rahsianya? Boleh berkongsi petua kecantikan dengan Cik Normah? Cik Normah bukan cemburu dengan penyanyi yang pernah menggunakan nama Winnie Kok itu, sebaliknya sekadar mahu menambah pengalaman. Mana tahu, Winnie ada rahsia tersendiri. Cik Normah sendiri lebih percayakan cara semula jadi untuk kekal cantik. Tapi kalau menggunakan benda ‘merapu’ macam suntikan botox, kolagen atau apa-apa yang sewaktu dengannya, Cik Normah tak suka. Itu bukan cara Cik Normah nak terus kekal jelita dan anggun. Berbalik kepada cerita Winnie tadi, Cik Normah diberitahu teman sepejabat yang bertemunya di majlis makan malam anjuran Rafflesia The Pearl Centre minggu lalu, diam penyanyi berbangsa Cina itu rupa-rupanya diam berisi. Cik Normah diberitahu Winnie tengah mempersiapkan album EP lima lagu berbahasa Mandarin. Kalau tak silap Cik Normah ketika ini, Winnie sudah masuk ke studio rakaman untuk merakamkan lagu. Besar kemungkinan album ini akan berada di pasaran sekitar Ogos. Album itu di bawah naungan syarikat Warner Music. Tak silap Cik Normah kontraknya dengan syarikat itu berbaki setahun. Album itu akan menggunakan khidmat beberapa penerbit berbangsa Cina yang popular di kalangan mereka. Bertuah sungguh Winnie, jika sebelum ini, dia mendapat peluang berganda untuk melancarkan album Kau Ada Di Mana di Jakarta, kini rezeki berpihak kepadanya untuk merakamkan kembali lagu Mandarin. Sebelum ini pun, Winnie pernah memiliki tiga album Mandarin. Kepada Winnie, Cik Normah ucapkan selamat berjaya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 1:46 pm | |
| Liyana Jasmay ajak makan ikan sungai
Liyana (tengah) bersama teman artis di hadapan premis makanannya di Desa Melawati, Kuala Lumpur.
Aktres remaja akui Aizat gemar makan masakan Melayu
ARTIS remaja, Liyana Jasmay sudah pun bergelar aktres popular, namanya semakin gah di layar perak mahupun di kaca TV. Kini, dia terus meniti tangga kejayaan apabila percubaannya bergelar penyanyi membuahkan hasil apabila single, Aku Tak Percaya Cinta terus meledak di corong radio dan semakin mendapat perhatian ramai. Album mininya yang mengandungi lima lagu baru akan diterbitkan sedikit masa lagi.
Terbaru, Liyana yang kini sibuk di lokasi penggambaran filem terbarunya, Niang Rapik The Movie, berjinak-jinak pula dalam bidang keusahawanan apabila bersama ahli keluarganya membangunkan perniagaan makanan, Restoran Ikan Sungai yang baru beberapa bulan memulakan operasinya di Desa Melawati, Kuala Lumpur.
Dia yang bakal muncul bersama filem terbarunya, Papadom dan Duhai Si Pari Pari, berkata seisi keluarganya memang menggemari ikan sungai terutama ayahnya, Jasmay Md. Shah.
Chef Kamarul (tengah) dikelilingi pekerja restoran dan teman artis.
Justeru, dari situlah bermulanya idea membuka Restoran Ikan Sungai bersama rakan kongsi, Chef Kamarul yang sebelum ini mempunyai restoran di Temerloh, Pahang.
Liyana yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Nana berkata, jika mempunyai kelapangan, tidak terbabit dengan sebarang penggambaran filem atau drama, dia akan datang menjenguk premis perniagaan itu kerana yang mengusahakan restoran itu secara sepenuh masa ialah ayahnya bersama barisan pekerja.
Baru-baru ini, Nana mengundang beberapa rakan baiknya dalam industri hiburan seperti Nora Danish, Lisa Surihani, Ainul Aishah dan Wangi Julianda (The Fabulous Cats), bertandang ke restoran keluarganya itu sambil menikmati hidangan istimewa masakan yang berasaskan ikan sungai. Tidak ketinggalan ialah kemunculan bintang Akademi Fantasia 7 seperti Hafiz dan Akim. Turut meluangkan masa ialah Mila yang kebetulan baru selesai mengikuti kelas vokal berdekatan restoran berkenaan.
Antara menu istimewa di Restoran Ikan Sungai ialah ikan patin gulai masam, ikan patin gulai tempoyak dan ikan baung gulai lemak cili padi. Pastinya harga makanannya agak mahal umpamanya ikan patin seberat kira-kira 100 gram berharga sekitar RM30. Penulis sendiri pernah menerima rungutan daripada orang ramai mengenai harga makanan di restoran itu yang dikatakan terlalu mahal.
“Sumber (ikan sungai) itu sendiri sudah mahal. Ikan yang diperoleh di restoran ini adalah ikan liar bukannya diternak atau dibela di dalam sangkar. Ikan seperti belida, temoleh, tapah dan haruan liar, harga pasarannya tinggi. Dijual pula di restoran yang memberi keselesaan kepada pengunjung, selain permintaan yang meningkat, menuntut harga yang agak mahal. Itu belum termasuk kos lain seperti gaji pekerja dan sebagainya.
“Bukan sengaja kami menaikkan harga hanya kerana Nana seorang artis. Lagipun ini bukan restoran milik Nana sepenuhnya, sebaliknya perniagaan keluarga. Nana harap selepas ini janganlah ada peminat yang salah faham atau berkecil hati. Nana lagi bangga sekiranya pengunjung semakin ramai bertandang ke restoran ini tanpa memikirkan Nana seorang selebriti,” katanya sambil melayan kerenah teman-temannya di meja makan.
Tidak lengkap berbicara soal Nana apabila tidak mengusiknya dengan penyanyi remaja, Aizat yang dikatakan teman rapatnya. Adakah Aizat sudah berkesempatan berkunjung ke Restoran Ikan Sungai dan apa komennya mengenai masakan Melayu di situ?
“Aizat sudah beberapa kali ke sini (restoran). Lagipun dia orang Pahang, sudah pasti dia menggemari menu istimewa yang ada,” kata Nana yang sebelum ini popular menerusi drama bersiri, Zati & Si Mawas dan terbaru telemovie Laila Sari.
Bagi Nora, Lisa, Ainul, Wangi, Hafiz dan Akim pula, mereka tidak henti-henti menyakat Nana yang takut memegang ikan patin mati. Bayangkan tauke restoran sendiri takut ikan! Akhirnya Mila yang bertubuh kecil itu pula didukung beramai-ramai dibuat seperti ikan! Memang meriah pada hari itu ketika B*Pop mengadakan sesi fotografi di situ. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 4:03 pm | |
| Ajai bersangkal dengan Jay Jay, pertahan protege dalam 'Mentor'
Ajai dan protegenya, Chaq.
BILA Ajai sebagai Mentor cuba bersangkal dengan juri jemputan, penyanyi dan komposer terkenal Jay Jay dalam program Mentor peringkat separuh akhir kedua yang disiarkan secara langsung di MBSA, Shah Alam semalam, kesan yang ditinggalkan seperti kesan pahit di dalam mulut.
Sebagai penonton, baik di dewan atau di rumah, kita hanya dapat melihat sambil menggeleng kepala.
Mungkin tujuan Ajai untuk 'mempertahankan' tindakannya memberi range rendah kepada Chaq tetapi ianya agak tidak sopan.
Jay Jay cuba memberi teguran secara berhemah apabila berkata yang protege Ajai, Chaq (abang Stacy) diberi range yang terlalu rendah ketika menyampaikan lagu medley dari idola pujaan, Michael Jackson. Jay Jay berkata sepatutnya key itu dinaikkan sedikit.
Jay Jay juga dengan rendah hati meminta maaf sebelum membuat teguran tersebut. Malangnya Ajai tidak dapat menerima teguran dan dengan nada yang agak defensif terus berkata kepada Jay Jay lebih kurang berbunyi..."Takkan saya nak pakai baju abang..."
Fira dan mentornya, Lah Ahmad.
Sikap tidak profesional yang ditunjukkan oleh Ajai amat dikesali. Sepatutnya dia menjaga air muka Jay Jay. Secara tidak langsung kespontanan Ajai menjawab itu membuat ramai tertanya-tanya kenapa Ajai tidak boleh hormat dengan seorang senior seperti Jay Jay.
Jika selama ini, komposer berbadan kecil ini begitu lantang memberi teguran dalam program realiti seperti MyStarz dan sebagainya tetapi bila ketika dia dikritik, dia pula yang melatah dan tidak mampu menahan perasaan.
Mujurlah bila juri jemputan kedua Ning Baizura memberi nasihat, Ajai tidak terus melenting.
Mentor episod semalam juga turut menyaksikan ketiga-tiga protege - Black (mentornya Mas Idayu), Chaq (Ajai) dan Fira (Lah Ahmad) berjaya ke peringkat akhir Mentor. Tidak seperti yang di war-warkan selama ini, hanya dua sahaja yang akan mara ke pusingan akhir.
Kesungguhan ketiga-tiga protege membawa lagu-lagu yang dipilih oleh mentor mereka menunjukkan yang mereka berbakat dan bakat mereka ternyata dapat digilap dengan baik dalam sekelip mata.
Setiap protege mempunyai keistimewaan dan pakej tersendiri. Suara besar dan merdu milik Fira amat sesuai untuk semua lagu pilihan Lah baik lagu lama mahupun lagu R&B, pop atau balada.
Black, protege Mas Idayu merupakan peserta paling menonjol.
Pergerakan Fira yang agak lincah juga membantunya mengawal pentas dengan baik. Kehadiran Fira di pentas Mentor mengingatkan kita kepada penyanyi-penyanyi wanita yang mempunyai suara merdu tetapi tidak berserta wajah menarik.
Chaq boleh menari namun mutu suaranya hanya sekadar sederhana sahaja. Lagu-lagu rancak yang diberi kepada Chaq memberi dia ruang untuk lebih menonjol. Chaq juga bernasib baik baik kerana penyokong-penyokongnya di luar senantiasa memberi peluang kepadanya untuk terus berusaha.
Black antara protege yang menyerlah kerana kebijaksanaan Mas Idayu mewarnai persembahan Black dengan lagu yang pelbagai. Lagu duet yang dibawa mereka, Madah Berhelah (yang dipopularkan oleh Ziana Zain) cukup menarik sekali. Berilah apa lagu sekalipun kepada Black, lantunannya akan membuat kita terpaku.
Ternyata antara tiga protege Mentor, Blacklah yang paling menonjol.
Tidak hairan apabila Black mengaut markah tertinggi minggu lalu sekali gus membawa pulang hadiah mingguan, jam tangan Tissot bernilai RM3 ribu sebagai imbuhan.
Black dengan selesa mendapat markah (76%) meninggalkan pesaingnya, Fira (60%) dan Chaq dengan markah (56%).
Mentor yang berjaya mendapat tempat pertama akan membawa pulang RM100 ribu dan sebuah kereta Kia Spectra 5 tajaan Oriva sementara naib johan pula ialah RM30 ribu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 4:05 pm | |
| Memey: Kami semakin serius tapi belum rancang berkahwin
Memey ingin menguruskan kariernya selain kes khalwat yang masih lagi dalam perbicaraan sebelum memikirkan soal perkahwinan. - foto THE STAR oleh SHAARI CHE MAT
SETIAP kali diajukan soalan tentang hubungan mereka, baik Norman Hakimmahupun Memey sendiri lebih senang untuk tidak mengulas lanjut.
Kedua-duanya seboleh mungkin akan cuba 'mengelak' walaupun umum sediamaklum hubungan 'mesra' yang terjalin itu bukan lagi rahsia.
Sejak tercetusnya kontroversi menjadi 'orang ketiga' dan gara-gara keskhalwat yang membabitkan kedua-dua pelakon ini sehingga mengakibatkanperceraian Norman sendiri dan aktres Abby Abadi, pelbagai khabar anginsemakin bertiup kencang tentang status hubungan mereka.
Bukan sekali dua kisah mereka yang kononnya sudah merancang untukberkahwin diperkatakan. Paling baru, Norman dan Memey dikatakan bakalberkahwin pada 6 Jun lalu.
Memey hanya tergelak besar tatkala mengimbas semula kisah kahwin '6Jun' itu. Ujar aktres berusia 21 tahun itu, dia bagaimanapun tidakpernah ambil kisah dengan kisah-kisah seperti itu, asalkan ia tidakmelampau.
Ditanya, mungkinkah mereka sudah merancang satu tarikh yang lain untukmendirikan rumahtangga, sambil tersenyum Memey menjawab:
"Memang saya tidak nafikan, hubungan kami memang semakin serius sejakkebelakangan ini, apatah lagi ahli keluarga kami juga sudah salingmengenali. Tetapi sejujurnya, saya dan Norman memang belum merancanguntuk berkahwin.
"Biarlah kami uruskan hal dan karier masing-masing dulu, termasuklahkes khalwat yang masih lagi dalam perbicaraan.
"Insya-Allah, bila semuanya selesai, barulah boleh fikir perkara yanglain pula," kata Memey yang ditemui di lokasi penggambaran dramabersiri Puteri Aurora Beradu di Kuang, Selangor, baru-baru ini.
Tambah pelakon kelahiran Kota Tinggi, Johor, ini, dia akui dirinyakini sudah semakin terbuka untuk bercerita tentang hubungannya denganNorman berbanding dulu kerana faktor keadaan.
"Kami memang tidak suka bercerita tentang hubungan kami awal-awaldulu. Bukannya ape, kami tidak mahu orang meletakkan macam-macamspekulasi dengan kenyataan-kenyataan yang kami keluarkan.
"Rasanya, lebih baik macam ni...biarlah bercerita sikit-sikit sajadulu," tutur Memey, sambil enggan mengulas lanjut lagi tentanghubungannya dengan Norman.
TERTEKAN DENGAN KES KHALWAT?
Berbicara tentang karier lakonannya pula, kata Memey, dia bersyukurkerana rezekinya sebagai pelakon semakin mencurah-curah walaupunimejnya pernah tercalar gara-gara kisah 'panas' yang melandanya itu.
Terbaru, pelakon yang melonjak namanya menerusi drama-drama sepertiGraduan dan Farah Syakirah ini telah membintangi sebuah drama bersiriterbaru, Puteri Aurora Beradu yang akan disiarkan di TV3 dan TV9 tidaklama lagi.
"Alhamdulillah, peluang yang diberikan semakin banyak. Malah, sayaturut diberi peluang membawakan pelbagai karektor. Tetapi, sejujurnya,saya tidak mahu terlalu mengejar 'job'.
"Kebiasaannya, saya suka selesaikan satu-satu kerja dulu sebelummemulakan kerja yang lain kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi.Saya tidak mahu terkejar-kejar pula nanti," katanya.
Namun begitu, kata Memey, dia akui, adakalanya dia pernah berasatertekan kerana pada masa yang sama perlu memikirkan tentang kesperbicaraan khalwat yang masih belum selesai.
"Memang agak tertekan juga, tapi saya akan cuba berfikiran positifmemandangkan saya pernah lalui perkara yang lebih teruk daripada ini.Tapi, saya memang berharap sangat agar kes ini dapat diselesaikansecepat mungkin.
"Tapi nak buat macam mana...kes ini melibatkan perundangan, jadikenalah ikut prosedur yang ditetapkan walaupun memakan masa juga,"kata Memey.
Dalam pada itu, bercerita lanjut tentang projek lakonan terbarunya,Puteri Aurora Beradu arahan Fairuz Loy, kata Memey, drama bersiriberkisarkan ala 'Sleeping Beauty' ini menyaksikannya membawakan wataksebagai gadis yang lemah-lembut dan tidak pernah merasakan hiburan diluar bernama Puteri Aurora.
"Idea cerita ini memang berdasarkan sedikit kisah Sleeping Beauty,tetapi jalan ceritanya jauh berbeza sama sekali dan lebih moden.
"Di dalam drama tersebut, saya menjadi anak kepada Tuan Imran lakonanEizlan Yusof dan Aishah (Rozita Che Wan), tetapi saya dijaga oleh tigadayang sejak kecil lagi kerana bapa saya ingin menyelamatkan nyawasaya daripada kejahatan Sofia (Norish Karman).
"Pada masa yang sama, saya menyukai seorang lelaki bernama Hakimilakonan Iqram Dinzly, tetapi masing-masing tidak meluahkan hasrat hatikerana saya dikawal ketat oleh tiga orang dayang saya.
"Kami dapat bercakap tentang perasaan masing-masing hanya ketika sayasedang berada dalam koma. Lama jugalah episod yang akan menyaksikansaya koma, tetapi ia akan diselitkan dengan kisah 'flashback'," kataMemey dalam nada ceria.
Diusik sama ada dia turut ditawarkan peluang untuk berlakon bersamaNorman, akui Memey, dia memang pernah ditawarkan untuk berbuatdemikian.
"Ada beberapa drama yang menawarkan kami bergandingan bersama. Tetapi,nampaknya belum berpeluang untuk berbuat demikian kerana terikatdengan urusan masing-masing.
"Insya-allah, kalau ada peluang, saya rasa kami tiada masalah. Lagipunkami sudah kenal antara satu sama lain, jadi tidaklah rasa janggal,"ujarnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 4:09 pm | |
| Juhara lega dapat tebus 'kesalahan' dengan Cikgu Noordin
Juhara Ayob memegang watak 'Lembaga Suci 3' dalam teater, 'Intan yang Tercanai'. -foto MSTAR oleh AU YEONG HOW
SEPANJANG pembabitannya dalam bidang teater selama 20 tahun, mungkin ramai tidak sedar 'Lembaga Suci III' dalam teater 'Intan yang Tercanai', Juhara Ayob sudah terlibat dalam lima teater karya Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan.
Lima teater tersebut menurut Juhara ialah Cindai, Anak Tanjung, Sirih Bertepuk Pinang Menari, Jangan Bunuh Rama-Rama atau Bukan Lalang Ditiup Angin.
Bagaimanapun katanya, dia hanya terlibat sebagai penari yang melatari pementasan teater tersebut.
"Saya memang terlibat dengan teater Cikgu tetapi tidak berpeluang untuk pegang watak sampingan atau utama sehinggalah teater 'Intan yang Tercanai'," kata Juhara yang merupakan pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sejak 2000.
Juhara, 37, mula berkecimpung dalam bidang teater pada tahun 1989. Ketika itu, dia merupakan penari kebudayaan di Kompleks Budaya Negara.
Hajat pelakon dan aktivis teater terkenal ini untuk memegang watak dalam teater Cikgu Noordin akhirnya tertunai dalam teater karya terkini cikgu, 'Intan yang Tercanai'.
Sebenarnya, Juhara boleh merealisasikan cita-citanya lebih awal jika dia tidak menolak tawaran Sasterawan Negara itu untuk pementasan teater, 'Sarah'.
Aktres Pembantu Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2004 ini menyimpan rasa kesal yang teramat kesal sehingga hari ini atas penolakannya itu ekoran terlibat dengan teater, 'Nyonya'.
Juhara beraksi dalam teater hampir sejam ini. -foto THE STAR oleh RICKY LAI
"Apa yang mengharukan saya ialah Datuk Noordin sendiri menelefon saya untuk menawarkan peluang berlakon dalam teater, 'Sarah'. Namun, saya terpaksa menolaknya kerana terikat dengan teater 'Nyonya'.
"Ini menyebabkan saya berasa seperti 'kurang ajar'. Apabila Pengarah Teater, A. Wahab Hamzah menawarkan peluang berlakon dalam teater Cikgu Noordin, saya tidak teragak-agak menerimanya untuk menebus kesalahan saya," kata Juhara.
TEBUS 'KESALAHAN'
Untuk menebus 'kesalahannya' kepada Cikgu Noordin, Juhara bertekad memberikan persembahan terbaik melakonkan malaikat dalam teater 'Intan yang Tercanai' yang akan dipentaskan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 8 hingga 12 Julai ini.
"Saya nak buktikan kepada Cikgu bahawa hati saya sememangnya beria-ia hendak terlibat dalam teater 'Sarah' tetapi saya terikat dengan teater lain.
"Saya hendak menunjukkan kesungguhan saya dengan memberikan persembahan terbaik saya untuk menebus kesalahan lampau saya," ujar Juhara dengan penuh keazaman.
Mengenai watak malaikat yang dibawanya, Juhara berkata, dia mengakui sukar untuk menjiwai watak Lembaga Suci kerana tidak ada apa-apa rujukan tentang malaikat tersebut.
Menurutnya, dia mendapat sekelumit maklumat tentang sifat-sifat malaikat dari buku yang bertajuk 'Malaikat dan sifat-sifatnya' seperti tidak berjantina serta tidak bernafsu umpama manusia.
"Mujurlah Cikgu Noordin memberikan nasihat watak Lembaga Suci perlu dilakonkan seperti manusia biasa. Lebih-lebih lagi, Cikgu berpendapat malaikat hadir dalam bentuk manusia, binatang dan sebagainya," kata Juhara.
'Lembaga Suci 3' (lakonan Juhara) bersama 'Lembaga Suci 1' (Fauziah Ahmad Daud) membicarakan sesuatu ketika Danial Sundaram (Arwindran Kalaivanan) merenung nasibnya.
Tambahnya, rakan-rakannya Fauziah Ahmad Daud sebagai Lembaga Suci I dan Norzizi Zulkifli (Lembaga Suci II) saling mengkritik lakonan masing-masing untuk memperbaiki lakonan kelak.
Sementara itu, Juhara menasihatkan para penonton teater 'Intan yang Tercanai' agar menyelami mesej tersirat teater itu dengan hati terbuka, optimistik dan berfikiran matang.
"Keistimewaan teater 'Intan yang Tercanai' akan dibongkarkan apabila para penonton mencari apa yang tersirat di sebaliknya," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 4:11 pm | |
| Aizat teruja nak buat persembahan ekstrim untuk APM2009
Aizat teruja nak buat persembahan ekstrim di APM2009 pada 18 Julai ini di Jakarta. -foto The Star oleh SAM THAM
SETIAP kali Anugerah Planet Muzik (APM) diadakan, penyanyi dan pemuzik tempatan pastinya mahukan suatu magis berlaku melibatkan muzik tempatan, Indonesia dan Singapura.
Seperti penyanyi tempatan, Aizat mengharapkan APM2009 mampu memberikan uniti antara semua negara.
“Ini kerana kita mahu pulihkan isu ‘pecah-belah’ dan gabungkan dunia melalui muzik.
“Jadi, kita perlu lebih terbuka dan besarkan hati kita dengan mengamalkan konsep ‘satu serantau’,” ujar Aizat yang menganggap APM sebagai medan untuk meluaskan pergaulan antara tiga buah negara.
Selain itu, Aizat juga teruja untuk membuat persembahan yang ekstrim di majlis anugerah itu serta menghargai peluang yang diberikan.
Ini kerana Aizat akan berkongsi pentas dengan artis-artis dari tiga negara di Pusat Konvensyen Jakarta pada 18 Julai ini di malam anugerah itu.
Aizat tercalon bagi kategori persembahan vokal terbaik dalam lagu (artis baru lelaki), artis lelaki terbaik, album terbaik dan artis Malaysia paling popular berdasarkan SMS.
Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim kelima ini bersandar kepada dua lagunya, ‘Hanya Kau Yang Mampu’ dan ‘Percubaan Pertama’.
Stacy rasa bertuah apabila tercalon buat kali pertama.
Sementara itu, Stacy yang pertama kali dicalonkan untuk anugerah itu berasa bertuah memandangkan dia masih baru dalam industri seni ini.
“Saya rasa bertuah kerana baru lebih setahun berada dalam industri ini, saya sudah tercalon dalam anugerah yang besar ini.
“Saya tak harapkan kemenangan tetapi jika menang ia merupakan suatu bonus, rezeki serta platform untuk saya terus berada dalam industri ini.
“Saya nampak agak susah juga untuk menang lebih-lebih lagi pertandingan ini melibatkan tiga buah negara iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia,” tutur Stacy.
Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Gagap’ ini tercalon bagi kategori Persembahan vokal terbaik dalam lagu (artis baru wanita) menerusi lagu ‘Aku Stacy’ dan Artis Malaysia paling popular berdasarkan SMS.
Jelas anak kelahiran Sabah ini, dia berasa belum layak untuk memenangi anugerah yang dicalonkan atas alasan masih ‘mentah’.
“Saya rasa saya belum layak untuk menang sebab masih baru jika dibandingkan dengan artis lain seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir,” luahnya dalam nada merendah diri.
Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan gelaran ‘Superman’ iaitu Faizal Tahir turut tidak menaruh harapan tinggi untuk memenangi sebarang anugerah mahupun tercalon dalam APM2009.
“Secara realistik, kini sudah tiga tahun saya dalam industri tetapi saya masih rasakan yang saya mungkin tidak dikenali di Indonesia berbanding dengan band indie lain seperti Hujan dan Bunkface yang pernah ke sana.
Faizal tidak sangka berada di tangga ketiga dalam keputusan tidak rasmi bagi kategori Artis Serantau Paling Popular yang diumumkan baru-baru ini.
“Saya belum diberi peluang dan album saya pun belum sampai ke sana. Jadi, saya tidak hairan dan tidak terkejut kalau nama Faizal Tahir terasing dalam kategori Artis Serantau Paling popular,” jawab Faizal yang terkejut juga apabila namanya tersenarai dalam calon top 4 yang mendapat undian tertinggi setakat ini bagi kategori tersebut.
Keputusan undian tidak rasmi baru-baru ini menunjukkan Faizal menduduki tempat ketiga selepas ST12 dan Siti Nurhaliza.
Kata Faizal, “Saya terkejut juga apabila mendapat top 4 tetapi saya tahu yang saya akan duduk di situ. Kalau dapat kekal nombor dua pun, saya tetap mengucapkan syukur, Alhamdulillah.
“Saya tengok peminat Siti pun sangat besar. Dia sangat lama dalam industri ini dan berhak untuk mendapat anugerah itu.”
Selain itu, bapa kepada tiga orang anak ini turut dicalonkan dalam kategori Artis Malaysia Paling Popular menerusi SMS.
Tambah Faizal, memang niat utamanya dalam perancangannya untuk membawa muziknya menembusi pasaran luar.
“Tetapi selagi belum ada kepuasan muzik saya bertapak di Malaysia ni, mungkin belum ada lagi.
“Setakat ini, album saya pun baru sampai di Singapura sahaja,” katanya yang turut terkejut dengan sambutan luar biasa tentang lagu single terbarunya, ‘Bencinta’.
Menurut Faizal, lagu itu dirakamkan dalam masa dua minggu sahaja sebelum dia membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular 2008 sebelum ini.
“Saya buat lagu Bencinta dengan Audi Mok dalam masa sekejap sahaja kerana kami perlu kejar masa disebabkan saya hendak membuat persembahan dengan lagu baru.
“Saya rasa orang lain baru lagi menonton persembahan saya menerusi lagu ‘Coba’ dan ‘Sampai Syurga’ di Anugerah Juara Lagu ke-23 sebelum ini.
“Jadi, saya memang tidak sangka yang lagu ‘tangkap muat’ itu sudah mampu menduduki carta teratas di stesen-stesen radio tempatan,” luah Faizal yang dijangka akan mengeluarkan album terbarunya dalam bulan September nanti.
Akhiri Faizal, “Album ini agak ‘slow and steady’ kerana saya jadi cerewet apabila orang lain menaruh harapan yang tinggi.
“Jadi, saya akan pastikan jika album ini tidak terbaik, ia mungkin lebih baik dari album sebelum ini.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 4:28 pm | |
| Transformasi Jaclyn Victor
Ok apa imej baru Jaclyn Victor. kemas , Sassy dan juga Sexy. kalau dulu rasanya Jaclyn Victor terlalu takut nak potong rambut dia , apatah lagi nak colour. Pada kami, rambut Jac yang hitam lebat dan panjang dulu tu terlalu biasa untuk seorang artis. kalau jumpa kat tepi jalan pon tak kan perasan tu Jac. Bila dah rambut sexy dan sassy macam yang terbaru tu, dari jauh dah boleh tahu tu Jac. Tahniah Jaclyn Victor kerana berjaya keluar dari imej lama anda yang pada mata kami agak kuno dan ketinggalan zaman. walaupon ada setengah dari pengomen-pengomen aktif BeautifulNara tak setuju Jac potong rambut, nak buat camna dah potong dah pon. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 4:42 pm | |
| Scha, Saya Tak Boleh Hidup Tanpa 'Dia' Bukan main lagi langkah berani mati Scha al Yahya apabila mengungkap kata-kata agung yang jarang-jarang boleh disebut dan didengar. Manakan tidak 'dia' yang dimaksudkan amat bermakna dalam hidupnya seharian, selain daripada mendampingi dan membantu Scha menjadi seorang yang boleh dijadikan artis bertubuh romantik (oh ya?). Tapi siapa 'dia' yang dimaksudkan Scha ni, Fahrin Ahmad ker? ataupun orang lain yang telah mencuri hatinya secara senyap-senyap. 'dia' yang dimaksudkan Scha adalah.. “Saya tak boleh hidup tanpa ayam. Walaupun saya makan makanan lain, terutama makanan Itali yang menjadi kegemaran saya, saya masih perlu makan ayam untuk melengkapkan hari saya. Saya gemarkan ayam dari Nando’s.” -kata Scha Ceh ayam rupanya, kuat makan ayam juga Scha ni erk. Syarikat Nando nampaknya akan rugi jika Scha jadi dutanya, habis ayam dibawa balik tiap-tiap hari oleh Scha diberi kepada jiran-jiran. Hehe. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 4:44 pm | |
| Ekin Bakal di Saman, Langgar Kontrak Selepas berkahwin dengan Mawi pada akhir tahun 2008, Raja SMS yang (dahulunya) popular dan sekarang makin merundum, Ekin turut menerima tempias kemasyuran suami beliau. Ekin seperti yang kita sedia maklum telah menjadi duta untuk beberapa produk yang sesuai dengan status dan penampilan baru beliau. Apa yang tidak sedapnya adalah Ekin enggan untuk mengikuti rangka promosi yang telah di rencanakan mengikut kontrak yang telah Ekin tandatangani sebelumnya. (sepertinya mahu lepas tangan) Sumber turut menyatakan ia masih dalam peringkat awal dan jika boleh syarikat berkenaan mahu berbincang dahulu dengan Ekin sebagai penyelesaian. Jika benar cerita yang di sampaikan ini, nampaknya Mawi kena buat sesuatu untuk menjaga imej bersih beliau. Jangan kerana sang isteri, orang pandang serong dengan awak. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 4:52 pm | |
| Radio – Imran Ajmain – Nabil Raja Lawak – Diana Danielle. Suara Sape Sedap ?? Nabil Raja Lawak Diana Danielle Loading ... Huhu lagu Radio ni di nyanyikan semula oleh Imran Ajmain dengan menampilkan Raja Lawak ASTRO musim ke-2, Nabil dan juga Diana Danielle. Suara Imran Ajmain semua orang dah tau kan. Jadi persoalan kat sini, antara suara Nabil dan Diana Danielle mana ada potensi lebih untuk jadi penyanyi? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 5:00 pm | |
| CINTA GILA [ASTRO PRIMA ~SETIAP SELASA 10PM~]..
Komedi romantik yang mengisahkan Arianna dan Malek yang seringbertengkar namun cinta diantara mereka kian mekar. Lakonan Arron Azizdan Rita Rudaini
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 5:04 pm | |
| Cinta lahir tanpa lafaz...
Keakraban yang mengundang ironi.
Rahsia Hati singkap konflik jiwa, emosi keluarga usahawan
BUKAN mudah untuk menyaipakn produksi drama sebanyak 40 episod apatah lagi ia sebuah kisah berat yang banyak bermaind engan emosi dan permainan jiwa yang mendalam. Namun, pembabitan seluruh warga kerja dalam drama 40 episod berjudul Rahsia Hati (RH) ini bukan saja berjaya diterjemahkan oleh barisan pelakonnnya yang tetapi turut dikongsi oleh semua pekerja produksi hingga menimbulkan suasana penggambaran yang menyentuh hati dan kerap pula dilanda suasana syahdu.
Apa yang dimaksudkan oleh pengarahnya, Amie Maziah Abdul Rahman, 45, atau lebih selesa dengan panggilan Mak Mie, aktor dan aktres yang menjayakan drama berat ini sanggup memanipulasi emosi mereka sendiri untuk menjiwai mood dan karakter yang dipertanggungjawabkan biarpun mereka bukan berada dalam set. Kelebihan inilah yang bakal menjadikan drama bersiri ini satu kelainan apabila ia bakal menjengah di kaca Tv tidak lama lagi.
"Setiap karakter yang wujud dalam RH ada menyimpan rahsia, dan secara berperingkat semua kekusutan akan terlerai dan segala rahsia akan tersingkap satu persatu," katanya yang kini hanya tinggal babak paling sukar dan berat iaitu di antara watak utama lakonan Rita Rudaini dan Aaron Aziz untuk disudahkan penggambarannya pada 8 November ini.
Syamir derita dalam sengsara.
Cukup menitikberatkan ketrampilan barisan pelakon, Mak Mie mengakui dia sangat cerewet dalam pemilihan barisan pelakon biarpun seseorang itu sekadar artis undangan. Bintang yang dijemput itu akan dipastikan mempunyai pengalaman hidup yang mampu dicurahkan dalam karakter yang didukung supaya impaknya dapat dirasai penonton.
"Kita perlu mengambil kira slot 40 episod yang bakal disiarkan di Astro Prima sekitar awal tahun depan ini kerana ia boleh menjadi terlalu panjang dan meleret jika tidak kena dengan garapan jalan ceritanya, sebab itu saya kena berhati-hati pada tempo dan mood drama ini� katanya yang cukup selesa memberi sentuhan terhadap naskhah skrip karya Sharifah Abu Salem, termasuklah drama sebelum ini menerusi judul Biar Kusentuh dan Iris.
"Saya menyenangi naskhah nukilan Sharifah memandangkan dia adalah penulis skrip yang rajin, ditambah pula hasil karyanya sering memenuhi kehendak syarikat penerbitan, Suhan Movies yang sukakan pembaharuan dalam jalan cerita. Kalau kita perhatikan, rata-rata skrip drama di Malaysia lebih kurang sama saja lenggoknya, apa yang Suhan Movies mahukan dalam produksinya adalah pengkarya yang mampu mencipta satu trademark, isu dibawakan mungkin mudah tetapi terkandung mesej berat," katanya yang mengakui mula ligat dalam gelanggang pengarahan drama TV biarpun usia mencecah 45 tahun.
"Sama seperti Rosyam Nor, saya bermula dari bawah, begitupun masih belum layak untuk saya berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan aktor dan penerbit tersohor tanah air itu. Dia sendiri menerusi Suhan Movies tidak pernah puas dengan beberapa karya terbitan mereka," jelas anak kelahiran Pekan, Pahang ini yang bermula dengan drama berjudul Kemarau Kasih. Beliau banyak menerima tunjuk ajar daripada Rashid Sibir dan Erma Fatima, selain bermula sebagai penjaga kesinambungan, kemudian diberi tanggungjawab sebagai penolong pengarah selama 11 tahun.
"Bukan mudah untuk memenangi hati dan mendapat kepercayaan sepenuhnya untuk bergelar pengarah drama, saya berterima kasih pada Rashid dan Erma kerana memberikan pengalaman cukup berharga itu," jelasnya.
Drama bersiri ini menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Port Dickson dan Terengganu bermula sejak Jun dan dijangka siap sepenuhnya pertengahan November ini.
Kehadiran Rosnah Johari memantapkan lagi Rahsia Kita.
Selain dirahmati dengan perjalanan penggambaran yang lancar meskipun dalam suasana Ramadan dan Syawal, Mak Mie bersyukur kerana mendapat komitmen terbaik bukan saja daripada barisan pelakon utama seperti Rita Rudaini dan Aaron Aziz tetapi juga dua penyanyi dan pengacara, Nurul dan Ifa Raziah.
"Bila penggambaran terhenti kerana cuti perayaan dan sewaktu dengannya, paling membimbangkan adalah kemampuan aktor dan aktres ini untuk mengekalkan mood dan karakter masing-masing. Syukur, walaupun mendapat pelakon terkenal seperti Aaron dan Rita yang punya banyak komitmen lain, mereka masih mampu kekalkan dalam mood dan penjiwaan karakter," kata Mak Mie yang bakal sibuk dengan drama bersiri 25 episod pula, berjudul Rozana untuk slot Samarenda tidak lama lagi.
Berbekalkan tagline 'Cinta lahir tanpa lafaz, cinta hadir tanpa sedar... kugenggam, ku pendam, cinta semadi dalam Rahsia Hati', drama ini turut dijayakan Arash Mohamad, Watie Sadali, Rosnah Johari, M Hafizuddin, Komeng dan Alex.
Antara lain Rahsia Hati berkisar mengenai konflik keluarga seorang usahawan selepas kematian isterinya. Syamir (Aaron) adalah anak hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri pertama usahawan itu. Syamir terpaksa melalui kemelut keluarga selepas ayahnya berkahwin lagi dengan Maria (Ifa Raziah). Cinta yang dijalin antara Syamir dan Kamelia (Rita Rudaini) juga melalui dugaan hebat apabila mereka berdua ditimpa kecelakaan jalan raya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 5:09 pm | |
| Gambar Pelakon Drama Kecuali Cintamubertemu anda di Astro Prima (Saluran 105), Isnin-Jumaat, 8:30-9:30 malam. Bermula 25hb Mei 2009. Jangan lupa saksikan. Riz Ainuddin sebagai Azran, seorang mekanik. Zain Ruffedge |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 5:10 pm | |
| Aman Shah Mustapha Kamal |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 5:11 pm | |
| Siti Saleha Sabrina Hassan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 5:12 pm | |
| Haleeda Nanu Baharuddin |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 5:13 pm | |
| Janet KHoo Ashraf Muslim |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 5:14 pm | |
| Sinopsis Drama Kecuali Cintamu Drama Kecuali Cintamu Ruby Sujak (Haleeda) telah berkahwin dengan Effendi Sulaiman (Aman Shah), seorang ahli perniagaan yang berjaya. Perkahwinan yang semakin hambar membuatkan Ruby memberi sepenuh perhatian kepada syarikat penerbitan ANEKA NOVA-nya. Tanpa pengetahuan Ruby, Vivian Thang (Janet Khoo) yang berpura-pura menjadi kawan baiknya menjalinkan hubungan sulit dengan Effendi. Vivian bercita-cita untuk merampas Effendi dari Ruby. Ruby dan Effendi mempunyai dua orang anak, Jaslina Effendi (Siti Saleha) dan Badrul Effendi (Zain Ruffedge). Masa tidak dapat mengubah cinta sebenar Ruby ?Alias Baharuddin. Walaupun saling mencintai, Ruby telah memutuskan hubungan dengan Alias untuk berkahwin dengan Effendi yang merupakan seorang lelaki berada. Alias sedar yang kemiskinannya yang membuatkan Ruby meninggalkannya. Walaupun begitu, cintanya pada Ruby tetap utuh hingga ke hari ini. Rahsia yang disimpan Ruby ialah, bapa sebenar Badrul ialah Alias. Zalikha Ali (Nanu Baharudin) telah berkahwin dengan cinta sejatinya, Alias Baharuddin. Walaupun Alias datang dari keluarga yang tidak berada, Zalikha telah jatuh cinta dengan kejujuran serta kebaikan Alias yang bekerja dengan bapanya. Namun, dengan kebijakan Alias, dia telah berjaya membina empayar Gatra, milik keluarga Zalikha. Alias kini dikenali sebagai Kamarul Baharuddin (Mustapha Kamal), seorang pemilik syarikat penerbitan yang terkenal. Zalikha dan Kamarul mempunyai dua orang anak bernama Zack dan Suria. Setelah lama berkahwin, perkahwinan mereka semakin hambar. Pada waktu yang sama, Zalikha telah mengambil Badrul bekerja di Gatra Moda sebagai jurugambar. Mereka mula rapat dan ini membuatkan Badrul bertambah sukar untuk menyorok identiti sebenarnya sebagai anak Ruby. Azran (Riz Ainuddin) pula ialah seorang mekanik yang bekerja untuk kedua-dua keluarga Ruby dan Zalikha. Dia mula mengenali Jaslina dan Suria. Walaupun Jaslina sombong, Azran mula jatuh cinta padanya. Suria pula menaruh hati pada Azran. Jaslina mengulangi kesilapan ibunya Ruby dengan menolak cinta Azran kerana kedudukan Azran. Suria pula mengikut jejak langkah Zalikha dengan memberi cintanya pada Azran walaupun mereka dari status yang berbeza |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Mon 06 Jul 2009, 5:18 pm | |
| Cerekarama : Kontrak Cinta [TV3] Post Last Edit by Syd at 1-7-2009 09:09 Fahrin Ahmad, Fiz Fairuz, Fasha Sandha Dalam Drama Kontrak Cinta Setelahsekian lama tidak menyepi, Raden Pictures yang dulunya menerbitkan filem Kayangan, kini akan mempersembahkan sebuah drama berjudul KONTRAK CINTA yang akan disiarkan di TV3 pada 27 Jun 2009. Sebuah drama yang ditulis oleh Azlina Pa? Wan pastinya mantap dengan gandingan para pelakon ternama. TAJUK: KONTRAK CINTA KATEGORI : TELEFILEM GENRE: KOMEDI ROMANTIK PENULIS: AZLINA PA? WAN PENERBIT: RADEN PICTURES SDN.BHD.SINOPSIS KONTRAK CINTAHarris, CEO Timur Holdings, adalah seorang jejaka yang tinggi, kacak, bijak, kaya dan masih bujang, pendek kata, THE PERFECT BACHELOR. Namun begitu, ibunya, Datin Mariam tak putus-putus pening memikirkan kenapa anak tunggalnya ini susah sangat nak mencari jodoh. Tinggal 4 tahun je lagi sebelum Harris memulakan hidup dalam alam 40an! Datin Mariam kepingin untuk menimang cucu. Dia juga takut zuriatnya berakhir di situ saja. Jauh di sanubarinya terdetik perasaan厰adakah anak aku ini tak suka perempuan???? Bukannya Harris tak nak mendirikan rumahtangga. Bukannya Harris tak ada teman wanita. Bukan setakat itu, Harris juga pernah bercinta dengan kaum yang bernama wanita ini. Komitmen. Satu perkataan yang cukup digeruni Harris (dan juga kaum lelaki secara umum!) Dia takut untuk berkahwin bila tengok mak dan ayahnya? Ayahnya, Datuk Malik, walaupun tegas di pejabat, tapi bagaikan dicucuk hidung, mengikut apa saja kata ibunya, Datin Mariam. Harris kasihan melihat bagaimana ayahnya dilayan ibu tercinta. Bukannya mereka bergaduh siang malam sampai hendak bercerai-berai, tapi cuma Harris susah memahami kenapa ibunya harus sentiasa mempertikaikan kasih sayang yang ayahnya curahkan selama ini. Harris nampak bagaimana Datuk Malik mencintai Datin Mariam. Namun, Datin Mariam kelihatan seperti tidak pernah puas hati. Begitu juga dengan harta kekayaan. Lalu Datuk Malik bekerja keras untuk memenuhi kehendak hati isteri tercintanya? Timur Holdings adalah bukti kesungguhan Datuk Malik. Dari syarikat kecil, kini Timur Holdings menjadi salah satu syarikat korporat yang disegani di Ipoh. Mungkin itu hikmahnya di sebalik ketegasan Datin Mariam. Walaubagaimanapun, Harris tidak boleh menerima sikap ibunya itu. Sikap itulah yang di temuinya di dalam setiap wanita yang pernah singgah di dalam hidupnya (setakat ini). Harris selalu berasa bahawa wanita-wanita yang mendekatinya hanya kerana harta, kerana duit. Duit,duit, duit, duit!! Karmila keresahan. Sejak arwah ayahnya pulang ke Rahmatullah setahun yang lalu, keresahan itu semakin menghimpit dirinya. Mila sayangkan ayahnya. Dia tau betapa pentingnya kedai makan itu kepada ayahnya.Walaupun tidak seberapa, tapi kedai makan itulah yang membesarkan dia dan adik-adiknya. Kerana itu, Karmila membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menyambung usaha ayahnya. Dia nekad untuk mengunakan ilmu yang di timbanya di universiti bagi menaikkan kembali kedai makan yang semakin tenggelam di celah-celah kemunculan begitu banyak restoran makanan segera dan kafe-kafe lengkap Wi-Fi. Karmila memiliki ijazah di dalam bidang pengurusan hotel dan masakan. Dia juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai chef di hotel.Karmila merancang untuk mengubah kedai makan sederhana milik keluarganya menjadi kedai makan bertaraf coffee house di hotel, tetapi dengan harga yang berpatutan dan pada masa yang sama juga menyediakan khidmat 慶atering?. Karmila mahu menukar rupa dan imej kedai kesayangan arwah ayahnya. Dia sungguh pasti yang usahanya itu pasti memberi impak yang besar? Tapi masalahnya sekarang, dia tidak ada modal. Tidak ada modal danpada masa yang sama, dia perlu membayar pinjaman kepada pihak bank.Pihak bank memberi masa sebulan untuk menjelaskan tunggakan pinjaman perniagaan ayahnya yang telah tertangguh hampir setahun. Sukar untuk membayar bank sekiranya perniagaan arwah ayahnya agak uzur. Pelanggan kian hari kian kurang?Karmila tidak mempunyai simpanan. Simpanan yang ada telah dihabiskan untuk meneruskan nyawa kedai makan itu (yang memangnya dah tinggal nyawa-nyawa ikan). Nak minta bantuan dari adik-adiknya, Azman yang bungsu baru tahun pertama di universiti, Salmi pula hanya seorang kerani bank dan baru menjadi isteri orang 3 bulan lepas? Azman dan Salmi ada meminta Karmila melepaskan kedai itu dan Karmila sedar, sebenarnya itulah jalan yang terbaik. Karmila boleh hidup senang kalau tidak 憈erikat? dengan kedai itu. Gajinya sebagai seorang chef cukup untuk menampung kehidupannya dan membantu Azman di universiti. Tapi Karmila tidak dapat melepaskan kedai itu kerana ianya adalah lebih dari hanya sebuah kedai. Kedai itu adalah kedai kesayangan arwah ayahnya. Karmila mahu mempertahankan kedai itu demi kenangan manis bersama ayahnya?. Dalam kekalutan itu, Karmila mendengar tentang Program Skim Bantuan Usahawan Muda yang dianjurkan oleh Timur Holdings Bhd. Satu usaha oleh pihak Timur Holdings untuk menyumbangkan sesuatu kepada pembangunan ekonomi setempat dimana mereka bersetuju untuk menyuntikkan dana tertentu bagi mereka yang mempunyai cadangan perniagaan yang bagus? Harris tak dapat tumpukan perhatian pada kerjanya. Mulut Datin Mariam berbunyi lagi. Sepupunya Juliana telah pulang dari London, dan Datin Mariam memang berkenan sangat dengan Juliana yang dirasanya amat sesuai dengan Harris. Juliana cantik, bijak, dan kaya, bak kata orang,慴agai pinang dibelah dua, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah?. Itu di mata Datin Mariam, tapi di mata Harris, Juliana saling tak tumpah macam Datin Mariam. Berkahwin dengan Juliana bermakna Harris terpaksa hidup macam bapanya, Datuk Malik. Harris tak sanggup. Dia harus mencari jalan untuk melepaskan diri dari dipaksa berkahwin dengan Juliana? Karmila muncul di pejabat Harris, dalam keadaan yang terlalu terdesak untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi menyelamatkan kedai makannya dari di rampas oleh pihak bank, dan juga modal untuk mengubahsuai kedai itu. Setiausaha Harris meminta Karmila datang bulan hadapan tetapi Karmila berjaya menyelinap masuk semasa setiausaha itu keluar. Karmila berkeras memaksa Harris mendengar rancangan perniagaannya, meskipun Harris menghalaunya keluar? Kemunculan Karmila di depan matanya memang tidak di senangi Harris.Kepalanya sedang berserabut. Bukan serabut kerana masalah syarikat ,tetapi serabut kerana malam nanti ibunya nak mengadakan makan malam yang akan melibatkan Juliana dan keluarga Juliana. Harris syak Datin Mariam sedang merencanakan sesuatu untuk dirinya匘ia perlu mencari jalan bagi mengelakkan dirinya terperangkap dengan ikatan perkahwinan dengan Juliana. Karmila tidak menyangka bahawa Skim Bantuan Usahawan Muda anjuranTimur Holdings sebenarnya telah dibekukan buat seketika kerana terdapatnya kes penipuan oleh seorang pemohon. Harris enggan melayan seorang lagi 憄enipu?. Harapan Karmila untuk mendapatkan sekurang-kurangnya pinjaman bawah skim itu hancur berderai? Ketegasan Karmila memaksa Harris untuk mendengar cadangan perniagaannya menyebabkan Harris terfikirkan sesuatu. Harris bersetuju untuk mendengar pembentangan Karmila, bukan sekarang tetapi malam nanti, 憃ver dinner?. Karmila terus saja bersetuju. Harris meminta Karmila berpakaian yang bersesuaian dengan majlis makan malam. Harris datang menjemput Karmila 慸i rumah? Karmila, tapi terkejut bila mendapati ianya adalah sebuah kedai makan dan kemudian mendapati Karmila muncul dengan hanya berbaju kurung. Sepanjang perjalanan mereka bertekak. Karmila menyangka yang Harris menggunakan kedudukkannya untuk mengoda dirinya. Karmila menegaskan bahawa dia tidak akan menjualkan dirinya untuk mendapatkan wang. Harris pulak terkejut bila mendapat tau cadangan perniagaan yang Karmila sibuk katakana siang tadi melibatkan sebuah kedai makan卥edai makan yang baru sahaja ditinggalkan sebentar tadi? Kemunculan Harris dengan ditemani Karmila memang mengejutkan Datin Mariam dan juga Juliana. Datin Mariam kurang selesa melihat penampilan Karmila yang jelas tidak setaraf dengan mereka. Tetapi tetamu lelaki yang lain terpegun dengan kejelitaan Karmila? Datin Mariam menegur perbuatan Harris membawa gadis seperti Karmila ke majlis mereka. Teguran Datin Mariam membuatkan Harris (dengan tak sengaja) memberitahu yang dia bercadang untuk berkahwin denganKarmila匘atin Mariam terus pengsan? Karmila dan Harris bertekak lagi. Karmila menuduh Harris menggunakannya. Datin Mariam bising. Dia mahu Harris mengahwini Juliana samada Harris setuju atau tidak. Harris harus bertindak segera. Dia kenal sangat dengan perangai Datin Mariam. Kalau A katanya, maka A lah jadinya. Terdesak, Harris terus saja menawarkan bantuan kewangan kepada Karmila, tapi dengan syarat Karmila haruslah menandatangani 揔ONTRAK CINTA?.
LAKONAN HEBAT DARI PELAKON TERNAMA FAHRIN AHMAD sebagai HARRIS FASHA SANDHA sebagai KARMILA FAUZIAH NAWI sebagai DATIN MARIAM ZAIDI OMAR sebagai DATUK MALIK IKA ZULKIFLI sebagai JULIANA FIZ FEROZ sebagai RASHID |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 07 Jul 2009, 1:00 pm | |
| Ananda Krishnan beli Newcastle United? Akhbar The Sun di Britain semalam mendedahkan identiti bilionair dari Malaysia yang mahu membeli kelab bola sepak Newcastle United sebagai T. Ananda Krishnan. Ananda yang merupakan taikun media di Malaysia dilaporkan berhasrat membeli kelab itu pada harga £95 juta (RM547 juta). Dari segi kekayaan, mengikut majalah Forbes, beliau kini berada di tangga ke-62 dalam senarai tahunan bilionair terkaya di dunia dengan harta yang dianggarkan berjumlah £4.2 bilion (RM22 bilion). Di Malaysia, beliau berada di tempat kedua terkaya selepas Tan Sri Robert Kuok yang memiliki harta sebanyak RM31.5 bilion. Ananda dilaporkan menjadi pilihan utama pemilik Newcastle, Mike Ashley selepas mereka mengadakan perbincangan. Ashley dilaporkan bersetuju untuk menjual kelab itu kurang £40 juta (RM230.33 juta) daripada harga belian asalnya pada 2007. Menurut The Sun, Ananda mungkin mengekalkan Alan Shearer sebagai pengurus kelab itu |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 07 Jul 2009, 1:02 pm | |
| Datuk Sharifah Aini dikaburkan dalam Majalah Hai? Menurut forumer Cari yang mendapat gambar ini, mengatakan seorang artis wanita telah dikaburkan ketika bergambar beramai-ramai sempena Together-Gather bersama Media, yang dianjurkan Suria FM. Siapakah artis wanita tersebut? Kalau dilihat dari segi rambut dan bentuk badan, artis wanita tersebut menyerupai Datuk Sharifah Aini. Betulkah majalah Hai telah ban Kak Pah? |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 07 Jul 2009, 1:05 pm | |
| KETIAK BASAH???????????? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 07 Jul 2009, 1:05 pm | |
| Isteri larangan pegang tangan PENYANYI lelaki ini memang popular. Kalau sebut namanya, ramai yang kenal, tetapi SS perhatikan akhir-akhir ini namanya kurang menjadi sebutan. SS tidak pasti sebab apa kerana tiada produk baru atau peminat sudah bosan dengannya. Kalau dulu, memang menjadi perhatian. Bukan hanya mempunyai ramai peminat, malah rezeki juga murah hingga kata orang, tak menang tangan. Aura penyanyi ini memang kuat ketika itu hingga kebanyakan persembahan pasti ada mukanya. Tapi SS percaya hidup umpama roda. Tidak selamanya kita berada di kedudukan teratas. Begitu juga nasib menimpa artis ini apabila populariti yang pernah dikecapi makin hari makin hilang. Namanya seakan dilupakan hinggakan tawaran diterima juga tidak banyak. Selain menyanyi, artis ini juga ditawarkan berlakon. SS dengar, artis ini akan muncul dengan filem baru tidak lama lagi. Biarpun mutu lakonannya belum diketahui bagus atau tidak, tetapi apa yang lebih menarik perhatian SS ialah cerita menarik di lokasi penggambaran filem itu. Khabarnya, penyanyi ini yang memainkan watak utama tidak dibenarkan berpegang tangan dengan pelakon wanita yang menjadi kekasih dalam filem itu. Terkejut pula SS apabila dengar cerita begitu ialah kalau namanya sudah artis, mengapa pula memberi syarat seperti itu. Tapi SS tabik dengan artis itu kerana tetap mempraktikkan ajaran agama dalam kerjaya seni. Bersentuh tangah antara bukan mahram hukumnya haram. SS teringat pula kontroversi yang pernah dicetuskan artis wanita tidak lama dulu yang memberi syarat sama apabila berlakon satu filem. Kecoh juga dibuatnya, tetapi artis itu berbuat demikian sesuai dengan penampilannya. Tapi dalam kes artis lelaki ini, SS hanya terkejut apabila mendengar sebab berbuat demikian. Rupa-rupanya, penyanyi itu dikenakan syarat oleh isterinya yang dikatakan cemburu dengan pelakon wanitanya. Bagi SS, isteri artis itu perlu profesional ketika bekerja. Kalau mahu mempertahankan prinsip agama, mungkin satu hal juga, tetapi ini kerana cemburu. Kalau berlakon, sudah jadi lumrah pasangan kekasih dalam filem atau drama, pasti ada adegan romantis seperti berpegang tangan. SS sendiri faham lakonan seperti itu hanyalah mengikut kehendak plot agar penonton lebih menjiwai ketika menonton. SS harap artis ini dan isterinya berfikir dengan serius kalau mahu terus membabitkan diri dalam seni. Jangan sampai nanti peminat bosan dengan sikap macam-macam artis kesayangan mereka. Secara peribadi, SSrasa penyanyi ini perlu pandai buat keputusan sendiri dengan lebihrasional agar jangan sampai peminat cop dia kena ‘queen control.’ |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 07 Jul 2009, 1:08 pm | |
| Gosip Lisdawati Hamil Lima Bulan?
Kalau betullah Lisdawati dah hamil, tahniah! Semoga terus sukses dengan cahaya mata baru nanti.
SIAPA kata rumah tangga Lisdawati dengan suaminya Fauzi Nawawi berantakan? Cik Normah sendiri pun kurang percaya dengan khabar angin itu sebab setahu Cik Normah pasangan ini cukup bahagia.
Kadang kala cemburu juga Cik Normah mendengar cerita Lisda yang bahagia dengan suaminya yang penyayang itu.
Maklumlah Cik Normah sudah lama berumah tangga tapi bukanlah Cik Normah tak bahagia tetapi bibit cinta antara Cik Normah dan suami tidak sama seperti Lisda. Iyalah manusia ini berbeza tetapi Cik Normah yakin tak ramai lelaki yang baik macam Fauzi, bukan saja seorang suami yang baik tapi juga pandai memasak dan cerita Lisda pada teman Cik Normah suaminya juga pandai mengurut.
Dia juga tak suka tengok Lisda susah payah buat kerja rumah dan lebih suka jika isterinya duduk berehat saja. Nah, sudah jelas betapa rumah tangga yang dilayari Lisda dan Fauzi begitu indah sekali, siapalah yang tak bertanggungjawab buat fitnah mengatakan pasangan itu sudah berpatah arang berkerat rotan?
Mengukuhkan lagi bahawa khabar angin itu hanyalah fitnah semata-mata apabila Lisda disahkan kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata kedua. Berseri-seri wajah Lisda sewaktu menceritakan kepada teman Cik Normah khabar gembira yang mengejutkan dirinya sendiri. Melihatkan perut Lisda, Cik Normah sendiri tak perasan yang dia sebenarnya mengandung lagi.
Pelakon itu yang ditemui pada majlis makan malam anjuran Rafflesia The Pearl Centre, dua hari selepas majlis pelancaran telefilem Buih-Buih Cinta, dia terasa badannya lain macam. Lalu dia pergi berjumpa doktor untuk periksa apa yang patut. Rupa-rupanya doktor mengesahkan yang dia memang mengandung dan usia kandungannya sudah pun masuk lima bulan setengah. Terkejut Lisda dibuatnya sebab dia tak kena sebarang alahan dan kebetulan dia pun menyusukan bayi sulungnya yang berusia setahun lapan bulan sepenuhnya, jadi dia tak rasa langsung tanda-tanda itu.
Wah tahniah Cik Normah ucapkan pada Lisda kerana bakal menimang anak kedua yang dijangka lahir awal November nanti. Kepada orang yang cemburukan Lisda, selepas ini jangan buat tuduhan melulu, tengok Lisda kini sedang mengandung lima bulan jadi selepas ini sebelum nak buat sebarang fitnah, silalah berhati-hati. Kasihan pada Lisda dan bayi yang dikandungnya itu |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 07 Jul 2009, 1:13 pm | |
| Tonton Drama Seram Online JELMA di Portal GUA Selepas sebuah pengenalan penuh kejayaan pada bulan Mac 2008, drama seram on-line pertama Malaysia, Jelma, ‘kembali menjelma’ dalam bentuk Jelma 2, lewat sebuah lagi musim sambungan yang dipenuhi unsur seram dan pastinya bakal mengejutkan para penonton. Sambungan drama seram tersebut telah dilancarkan di Bar Sa Vanh Too, Plaza Mont Kiara sambil disaksikan oleh warga media dalam sebuah upacara yang tidak kurang menariknya. “Semenjak pelancaran musim pertama Jelma tahun lalu, kami telah menerima pelbagai pertanyaan dan permintaan berkenaan sambungan siri drama ini. Permintaan yang semakin meningkat itu telah membantu kami dalam membuat keputusan untuk menerbitkan kesinambungan yang mengagumkan ini. Tambahan pula, skrip musim ini juga tidak kurang hebatnya. Ini juga salah satu sebab mengapa kami rasa waktunya telah tiba untuk melancarkan Jelma 2 kerana kami tidak mahu sekadar melepaskan batuk di tangga“, jelas M. Zulkifli Abdul Jalil, Pengurus Besar Pengisian, Jenama dan Pemasaran Alt Media. Drama seram ini mengisahkan manifestasi kejahatan iblis yang didatangkan dalam bentuk seorang kanak-kanak lelaki. Kejahatan ini diwujudkan semenjak kanak-kanak itu berada di dalam perut lagi dan dia akan memastikan kewujudannya berpanjangan serta berterusan hinggalah cita-cita untuk menjadi berkuasa tercapai. Sesiapa sahaja yang menghalang perjalanannya akan menemui maut walaupun ahli keluarganya sendiri. Musim kedua bermula selepas Rosli berjaya menghapuskan Wak Jang tempoh hari. Kemudian Rosli menghantar Mak Tom pulang ke kampung. Bagaimanapun dia tidak menyedari bahawa anaknya sendiri, iaitu Reza berdendam dengannya. Reza telah memuja semula Wak Jang dan juga jelmaan yang merupakan ibu bapanya untuk membalas dendam terhadap Rosli yang didakwa engkar dengan perjanjiannya sendiri dengan iblis |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 07 Jul 2009, 1:14 pm | |
| Elly: Semua yang berlaku ibarat hukum karma
Ellie, pelakon filem Jangan Tegur sedang mengandung empat bulan.
PETALING JAYA: Lewat kebelakangan ini nama aktres Ellie Suriati menjadi mangsa cemuhan orang ramai dan dikaitkan dengan isu 'mendera' orang gaji dan 'masalah rumahtangga.'
Namun dia lebih selesa menumpukan kepada kandungannya yang sudah mencecah usia empat bulan.
Dalam masa yang sama Ellie berkata kadangkala dia berasa sedih dengan kutukan itu tambahan pula dengan keadaan 憄embawakan budak?
Namun, isteri kepada aktor Azri Iskandar ini berkata kandungannya berada dalam keadaan baik.
揝o far kandungan saya ok dan dia tidak meragam. Saya memang sudah tahu bahawa saya hamil sejak awal lagi setelah melihat perbezaan bentuk badan.
揑nsya-Allah, bayi saya ini dijangka lahir pada bulan September nanti,?ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.
Ditanya adakah dia mengalami tekanan sekarang, Ellie berkata dia menganggap semua yang berlaku ibarat hukum karma.
揇alam kehidupan ini, orang mudah mengambil kesempatan dan menganggapnya sebagai suatu cabaran menjadi anak seni.
揙rang boleh burukkan nama saya sewenang-wenangnya dan membuat tohmahan dengan sekelip mata.
揗asyarakat pula lebih suka terpengaruh begitu sahaja tanpa mengetahui cerita sebenarnya.
Ellie enggan memberi komen lanjut tentang masalah yang sedang dihadapinya, terutama isu 'mendera' orang gaji kerana ianya masih dalam siasatan polis.
揂pa yang saya lakukan, saya akan fikirkan tentang diri-sendiri, kedua ibu bapa, suami dan orang lain....nama baik kena jaga dan selepas itu kita berbalik kepada Tuhan dengan apa yang kita lakukan,?katanya yang sedang popular menerusi drama bersiri Cak Cak 2009 di Astro Ria.
Selepas ini, Ellie akan sibuk sebagai salah seorang tenaga pengajar program realiti Mentor di TV3. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 07 Jul 2009, 1:16 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 07 Jul 2009, 1:18 pm | |
| Gambar Diana Danielle dan Andra & The Backbones Rakam Lagu Tak Ada Bisa Selesai menyertai kursus PLKN, pelakon yang mahu terjun dalam bidang nyanyian, Diana Danielle kembali aktif. Macam-macam kerja dia mau buat, termasuklah kena rakam sebuah lagu single bersama dengan band Indonesia yang terkenal di Indonesia iaitu Andra & The Backbones. Selepas menyertai syarikat rakaman, Metadome, Diana Danielle berpeluang menyanyi secara duet lagu TAK ADA BISA yang dibawakan secara remix. Rakaman bermula jam 8 malam hingga 3 pagi di Legend Studio, Pantai Indah, Jakarta yang dimiliki vokalis Dewa, Ahmad Dhani. Mengikut kontrak, Diana Danielle akan merakam tiga single dab bercadang mahu hasilkan album sendiri suatu hari nanti. Namun, untuk single kedua nanti, Diana mahu bekerjasama dengan artis tempatan. Sebelum ini, Danielle pernah merakam suara dengan Imran Ajmain menerusi lagu Radio yang turut menampilkan penyanyi bersama iaitu juara Raja Lawak musim kedua, Nabil dan kumpulan Infinatez. Budiey ada dengar, masa Pesta Malam Indonesia 3 yang berlangsung di Bukit Jalil hari tu, Diana Danielle sepatutnya menyanyi lagu duet ini bersama Andra & The Backbones tapi terpaksa dibatalkan di saat akhir |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 07 Jul 2009, 1:20 pm | |
| Drama Wasilah Cinta Qayyim Lakonan Zed Zaidi WASILAH CINTA QAYYIM MENGHIASI MUTIARA @ 2 PADA 18 JULAI 2009 Menerusi slot Mustika @ 2, 18 Julai 2009 ini, TV2 akan menyiarkan drama Wasilah Cinta Qayyim buat tatapan penonton. Drama terbitan Television Airtime Services ini dilakonkan oleh Wong Sik Nen, T.S.Jeferry, Zed Zaidi, Justine, Khaty Azean dan Thorpe Ali. Mengisahkan Qayyim,seorang remaja berumur 24 tahun bekerja di sebuah bengkel Encik Foo,sebagai mekanik dan telah jatuh cinta dengan anak majikannya iaitu May Ling. Namun hubungan mereka dihalang oleh Pakcik May iaitu Kent,yang sentiasa menjadi duri dalam daging kepada Ah Foo. Kent dia kerap menyusahkan Ah Foo kerana sentiasa meminta bantuan kewangan. Berkali-kali bantuan di beri tetapi sikap Ah Kent sentiasa tidak berubah dan sentiasa menyusahkan Ah Foo. Qayyim seorang yang mempunyai wawasan dan berminat untuk membuka bengkel sendiri dan May sentiasa mendorong Qayyim mencapai usaha itu. Kent yang tidak menyukai hubungan Qayyim dan May Ling sering menyangka Qayyim menggunakan hubungan baiknya dengan May semata-mata untuk mencapai cita-citanya. Sehingga pada suatu malam Kent telah memukul Qayyim di atas sikap iri hatinya terhadap Qayyim. Qayyim kecewa dengan apa yang telah terjadi pada dirinya. Sejak dari peristiwa tersebut, Qayyim menghilangkan diri dengan pulang ke kampung. Ketika berada di kampung, ibu Qayyim yang menenangkan dan memberi nasihat kepada Qayyim. May telah mendapat tahu mengenai kejadian tersebut dan berusaha untuk mencari Qayyim. Malah kehilangan Qayyim menjadi kekecohan di bengkel Ah Foo. Walaubagaimanapun, ketika mereka sedang dalam kekecohan, Kent bertelingkah dengan Justin sehinggakan terjadinya pengelutan dan mengakibatkan Ah Foo di serang sakit jantung. Kent telah menyesal dengan apa yang telah dilakukannya dan berusaha mencari Qayyim di kampung. Kent telah memberitahu apa yang terjadi dan Qayyim kembali semula ke bengkel menemui semua dan mereka berbaik semula. Impian Qayyim untuk memiliki sebuah bengkel tercapai dan berjaya ditubuhkan. Hubungan Qayyim dan Kent telah baik dan mesra. Adakah Qayyim dan May Ling akan mengakhiri kesudahan cinta mereka dengan ikatan perkahwinan? Jangan ketinggalan mengikuti kesudahan drama Wasilah Cinta Qayyim, pada hari Sabtu, jam 10.00 pagi menerusi slot Mustika @ 2 di TV2 |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 07 Jul 2009, 1:22 pm | |
| Majlis Rafflesia : Vote Senyuman Paling Menawan Hati gabungan 3 artis cantik - Lisa Surihani, Juliana Evans & Diana Danielle |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) Tue 07 Jul 2009, 1:23 pm | |
| (Gossip) Pelakon Duda Pilih Bapa Ayam Sebagai Kerjaya Artikel daripada Gua melapor’kan seorang pelakon duda dalam senyap-senyap giat melakukan aktiviti sindiket bapa ayam dengan menawar’kan pelakon-pelakon wanita baru yang ingin cepat kaya kepada VVIP. “Aku dengar cerita pelakon tu sebenarnya bapa ayam. Dia banyak memperkenalkan pelakon wanita yang jelita dengan beberapa orang VVIP di negeri kelahirannya. Patutlah sebelum ni ada orang bagi tahu aku pernah terserempak dengannya bersama beberapa orang pelakon wanita di sebuah hotel terkemuka. Apa yang pelik, setiap kali bertemu, dia mesti bawa wanita yang berbeza. “Selalunya yang menjadi mangsanya, adalah pelakon-pelakon wanita baru yang mahu mencari kemewahan dalam masa singkat. Aku pun tak fahamlah, kenapa dia sanggup melakukan perkara tersebut,” jelas seorang teman yang sungguh emosional apabila bercerita tentang perkara tidak bermoral itu. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 7 of 11 | Go to page : 1, 2, 3 ... 6, 7, 8, 9, 10, 11 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |