Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - 10

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5 ... 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeTue 21 Jul 2009, 2:57 pm

Malaysia lakar sejarah gondol 38 pingat emas di Hollywood
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Wcpa1110

Penyanyi Siti Sarah Raissudin memenangi Anugerah Emas peringkat akhir kategori vokal terbuka dan kategori duet dengan Yusrizan Usop atau lebih dikenali sebagai Bob AF2. -foto mStar

MALAYSIA melakar sejarah tersendiri apabila merangkul 59 pingat, dengan 38 daripadanya pingat emas, dalam 'Pertandingan Seni Persembahan Dunia 2009 (WCPA)' yang diadakan di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 11 Julai hingga Ahad lepas.

Kenyataan akhbar Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di sini semalam menyebut Kumpulan Artistana dipilih sebagai Juara Dunia bagi kategori tarian dan memenangi Anugerah Emas peringkat akhir kategori etnik dan kebudayaan rakyat, lagu dan tarian, lirik dan terbuka.

Menurut kenyataan itu pencapaian 38 pingat emas meliputi bidang nyanyian, tarian, peragaan dan muzik itu, melebihi 30 pingat yang disasarkan Malaysia.

"Kejayaan ini membuktikan di mata dunia khususnya di Hollywood bahawa keupayaan dan kredibiliti artis Malaysia dalam bidang seni setaraf dengan peringkat antarabangsa, dan kejayaan ini juga adalah hasil daripada kehebatan para peserta yang dipilih melalui program pertandingan 'Worldstars Road to Hollywood'," menurut kenyataan itu.

Kesemua 22 peserta negara berusia antara 18 dan 30 tahun itu dilatih secara intensif bagi memantapkan lagi mutu persembahan mereka untuk bertanding dengan 27 negara lain.

Penyanyi Siti Sarah Raissudin memenangi Anugerah Emas peringkat akhir kategori vokal terbuka dan kategori duet dengan Yusrizan Usop atau lebih dikenali sebagai Bob AF2.

Dua peragawati dan peragawan Siti Nurizana, Dilla Syahirah dan Wilson Tan memenangi kategori kasual.

Bagi peringkat kategori sebanyak 31 pingat emas dimenangi di peringkat juara dunia termasuk Siti Sarah yang memenangi dua pingat emas bagi kategori "World Music" dan R&B/Jazz, Bob empat pingat emas (kategori kontemporari, pop, World Music dan terbuka, serta berduet dalam kategori terbuka dengan Norhasmidar Ahmad yang turut memenangi pingat emas kategori R&B/Jazz.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeTue 21 Jul 2009, 5:15 pm

Sedia hadapi saman RM105j

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi42
“Kami sekeluarga tidak takut disaman berapa banyak pun. Tuhan memihak pada yang benar dan harap berbalik rezeki (menang dalam saman itu) kepada kami,” kata Daisy Fajarina, 44, ibu mentua Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeTue 21 Jul 2009, 5:24 pm

Umie dah sampai seru

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi43

KISAHNYA dirisik ahli perniagaan berpangkat Datuk dan berstatus duda dua anak bukan rahsia lagi di kalangan peminat mahupun pihak media.
Ternyata, selepas sekian lama hidup bersendirian, hati pelakon Umie Aida atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 36, terbuka untuk berumahtangga seperti rakan seperjuangannya yang lain.

Ketika ditemui sempena program masakan Citarasa Ber sama Datuk Siti Nurhaliza terbitan Global Station Sdn Bhd di kediaman Siti di Bukit Antarabangsa, baru-baru ini, Umie yang menjadi artis undangan dalam program itu mengakui dirinya sudah sampai seru untuk berkahwin.

“Soal jodoh itu adalah ketentuan Tuhan dan mungkin doa saya di Makkah untuk mendapat jodoh selama ini sudah dimakbulkan Tuhan. Saya tidak jangka ia akan berlaku tetapi sebagai hamba-Nya, saya reda dengan apa yang ditentukan Tuhan.

“Terus terang, perasaan saya pada si dia berlainan sama sekali. Dia lelaki yang matang, penyayang dan lembut orang nya. Mungkin kerana usianya sudah pertengahan 40-an.

“Saya masih ingat pesanan arwah bapa ketika hayatnya dulu, ‘Carilah lelaki yang lebih mencintai diri kita dari kita mencintainya kerana dia akan buat kita gembira dan rumah tangga itu akan berkekalan’,” katanya.

Umie yang nampak berseri-seri ketika bercerita berkata, dia ingin mengenali lelaki yang menawan hatinya itu dengan lebih rapat lagi. Bagaimanapun, Umie nampak begitu ber hati-hati ketika memulakan bicaranya.

“Maaflah, banyak hati yang perlu dijaga, saya bimbang, jika terlanjur kata, akan menyinggung perasaan di sebelah pihak si dia.

“Sebenarnya, perkenalan kami agak singkat dan belum keluar berdua-duaan pun lagi seperti pasangan bercinta lain. Mungkin bila sudah ada ‘lesen bertunang’ nanti, lebih mudah untuk saya mengenali dirinya.

“Ini bukan percintaan biasa kerana usia saya pun bukan remaja lagi. Zaman remaja saya sudah berlalu. Kini, tiba masanya saya menjalin hubungan serius untuk membina keluarga. Mungkin si dia adalah yang terbaik buat saya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeTue 21 Jul 2009, 5:45 pm

Mamat (Exist), isteri pisah bumbung

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mamat-10

Lama tak dengar cerita Mamat, bekas vokalis kumpulan Exist yang popular dengan lagu Untukmu Ibu tidak lama dulu. Baru-baru ini kelihatan Mamat bersama krew dari Singapura. Dia jadi orang belakang tabir satu persembahan pentas.

Rupa-rupanya sudah empat bulan Mamat tinggal di Singapura. Bagaimana dengan keluarganya yang tinggal di Kuala Lumpur?

"Saya selalu berulang-alik kalau ada kerja di Kuala Lumpur, tapi saya akui sekarang lebih banyak masa saya di Singapura. Kalau ada kerja di Kuala Lumpur saya akan turun ke Kuala Lumpurlah," kata Mamat.

Rupa-rupanya Mamat sedang ada masalah dengan isteri, Shiela. Sejak berhijrah ke Singapura, dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan isterinya.

Namun kata Mamat, masalah mereka bukan masalah yang sangat besar. Masih ada ruang untuk dibaiki dan kini dia mahu tumpukan kepada kerja dahulu. Mamat tetap tidak abaikan anak-anaknya, Aleeya Mysara, 7, dan Mohd. Eiki Daniel, 5.

"Saya selalu berhubung dengan anak-anak saya. Aleeya dah pandai menghantar pesanan ringkas. Saya kerap berhubung dengan anak-anak saya," kata Mamat.

Hasil penghijrahan selama empat bulan ke kota Singa, Mamat sudah menyiapkan lagu baru. Sebuah lagu duet dengan artis wanita Singapura dan sebuah lagi lagi solonya.

"Nampaknya rezeki saya sekarang ini ke Singapura. Saya akui ada juga dapat tawaran daripada syarikat rakaman di sini, tapi saya tak nak terikat. Dengan Life Records Singapura saya diikat dengan projek sahaja. Jadi kita boleh jadi lebih bebas, saya lebih senang dengan cara ini.

"Saya juga bekerja di sana. Tidak lama lagi lagu duet saya bersama Noryz berjudul Kerna Setiaku akan diedarkan di stesen radio Singapura dan di Malaysia. Selepas itu lagu solo saya berjudul Bintang Cinta akan menyusul.

Saya juga ada perancangan merakam album untuk pasaran Indonesia. Album itu memuatkan lagu-lagu dari Malaysia yang pernah popular di sana dan dinyanyikan kembali oleh beberapa artis termasuk artis Indonesia.

"Ada juga perancangan merakam kembali lagu-lagu lama dengan diberi nafas baru. Memang tengah banyak kerja sekarang," kata Mamat
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeTue 21 Jul 2009, 5:48 pm

Intan Sarafina bakal jadi ibu

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Intan110

Agak lama juga tak dengar perkembangan penyanyi Intan Sarafina sejak beliau bernikah bersama jejaka pilihan hati, Iskandar hujung tahun lalu. Mungkin Intan mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangganya.

Intan yang pernah popular dengan lagu Selamanya Kembali kini sedang meniti hari bahagia menanti kehadiran insan baru dalam hidupnya bersama suami tercinta.
Diam tak diam, Intan bakal bergelar ibu dalam masa yang terdekat. Usia kandungan beliau mencapai enam bulan dan dijangka akan bersalin sekitar Oktober 2009.

Murah betul rezeki pasangan ini. Baru setahun berkahwin sudah dianugerahkan cahaya mata. Dengar khabar juga mereka bakal menimang cahaya mata lelaki. Dah tentu Intan tak sabar bergelar ibu. Lebih-lebih lagi ini adalah pengalaman pertama beliau melahirkan anak.

Semoga Intan selamat melahirkan bayi yang comel dan sihat. Memang trend agaknya apabila ramai selebriti melahirkan anak pada tahun ini dan yang pastinya, dunia hiburan tanah air semakin berseri-seri dengan kemunculan bayi-bayi comel ini.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeTue 21 Jul 2009, 5:50 pm

Keunikan Jaclyn Victor


Jaclyn Victor sememangnya nama yang tak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan Malaysia. Vokal yang cukup mantap dan bertenaga menjadi keunikan dan kelebihan untuk berdiri sama tinggi dengan artis tersohor tanah air.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Jac2110



Dianugerahkan Power Vocal Award dalam Shout! Award yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini membuktikan Jac mampu menandingi kehebatan vokal Dato’ Siti Nurhaliza.

Gaya Red Carpet yang ditonjolkan juga kelihatan amat berbeza daripada dirinya sebelum ini. Stail rambut pendek memberikan kesegaran terhadap penampilannya.

"Saya tak sangka menang ni kerana bersaing hebat dengan penyanyi lain seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Ayu yang mempunyai kekuatan vokal yang tersendiri," kata Jac.

Jac bagaimanapun amat berterima kasih kepada peminat yang mengundi dan sentiasa menyokong kariernya selama ini.
Back to top Go down
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 11:17 am

lina_nuar wrote:
azwin wrote:
eira ariyana wrote:
becerai juga depa ni. merajuk la camni..
xtahu la sapa yg punca sebenar kan..

ssh nak ckp benda2 mcm ni eira..
kita dok tgk depa2 yg lain tu bahagia aje
tp kita tak tau pergolakan umah tangga depa
so utk eira semoga tabah menempuhi
alam umah tgga ni x lama lagi
mcm2 godaan dik non...

betul tu ... kalau x banyak bersabar sekejap je lah kahwin.. syaitan kan x suka orang medirikan masjid... masjidkan tempat orang buat ibadat..kan byk dapat pahala klu buat ibadah dlm masjid.. so fikir2kan... dan renung2kan... Rolling Eyes

betul tu dugaan byk kita ni kena kuat.
arap2 jauh kan la sume tu pleaaaaaase...
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 6:02 pm

Gambar Iqram Dinzly Dengan Putri Aurora

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 37443810

Romantiknya Iqram Dinzly. Beginilah agaknya gaya Iqram menjagakan isterinya dari tidur nanti… hehehe, gurau aje Iqram. Kalau nak tengok betapa romantisnya Iqram bercinta dengan Putri Aurora, korang boleh tonton drama terbaru dalam slot Lagenda berjudul PUTERI AURORA BERADU yang dilakonkan oleh Memey Suhaiza setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang.

Budiey dah tonton episod pertama drama ini semalam. Sebuah drama yang diadaptasi daripada kisah lagenda Inggeris ‘Sleeping Beauty’ yang mengisahkan Puteri yang tertidur setelah terkena jarum sumpahan. Sumpahan itu akan berakhir apabila dia berjumpa dengan jejaka idamannya.

Gambar ini Budiey ambil ketika menghadiri majlis ramah mesra bersama pelakon drama ini di Saloma Theatre Restaurant, Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang berlangsung semalam pada jam 3 petang

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 37451810 BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 37451811
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 6:03 pm

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Red Carpet APM 2009


BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 37441010

Hadir bersama suami tercinta di APM 2009, penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin telah memakai satu set gaun berwarna hitam dengan tali pinggang nipis berwarna ungu meliliti pinggangnya. Semasa persembahan lagu Cindai pula, Siti memakai busana yang lain.

Tahniah Siti kerana masih mengekalkan popularitinya di serantau Malaysia, Indonesia dan Singapura apabila memenangi kategori Artis Serantau Paling Popular APM 2009
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 6:09 pm

(Gambar) Zaquan Adha Pakai Beg Tangan Milik Teman Wanita Baru Ke?

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 36972910

OHBULAN! menerima satu set gambar pemain bola Malaysia yang turut turun padang malam tadi, iaitu Zaquan Adha & (mungkin) teman wanita barunya yang boleh kami katakan sangat cantik & padan dengan dia. Kelakar juga bila kami lihat Zaquan Adha mengayakan beg tangan milik teman wanita’nya. Oi bro, pegang beg ko reti erk, bola entah hilang kemana. Haa tengok, kan aku dah sound dah. Lagi gambar selepas ini…
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 6:12 pm

Model Minum Arak, Kena 6 Sebatan

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi44

Kartika Sari Dewi, seorang model sambilan dari Singapura telah di’jatuhkan hukuman enam sebatan (Aduh, sakit!) oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini semalam selepas mengaku salah meminum minuman keras di sebuah pusat hiburan di Cherating.

“Mahkamah tidak ragu lagi menjatuhkan hukuman ini selepas tertuduh sudah membuat pengakuan bersalah dan selepas meneliti hujah pendakwaan selain berdasarkan dalil bagi hukuman berkenaan, maka sebatan wajar dikenakan mengikut enakmen ini.

“Malah, hukuman sebat ke atas tertuduh bertujuan untuk memberi keinsafan dan pengajaran kepada semua pihak supaya tidak mengulangi perbuatan itu,” kata Hakim Datuk Abdul Rahman

Aktiviti Kartika Sri Dewi khabar’nya dikantoi baik oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) ketika satu serbuan dibuat di kelab malam Cherating. Satu pengajaran epik buat anda, jangan buat benda haram.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 6:13 pm

YANG MANASATU IDAMAN KALBU???

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Ayurha10[/url)[url=https://servimg.com/view/12831886/732]BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 36972911
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 6:17 pm

Roslin Hashim Tuntut Ganti Rugi RM50000

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi45


Aku melihat Roslin Hashim sebagai seorang yang mempunyai ego yang amat tinggi, tidak padan dengan status’nya sebagai selebriti serta ikon negara. Terbaru dari Hmetro, dia menuntut ganti rugi sebanyak RM50000 daripada bekas isteri’nya atas kegagalan perkahwinan mereka yang hanya bertahan 12 hari. Ganti rugi tersebut melibat’kan kos perkahwinan yang terpaksa ditanggung’nya.

OHBULAN! berasa seorang lelaki sepatut’nya bersikap kool & bersahaja dalam menyelesaikan masalah dalaman. Bukan apa, tidak enak rasa’nya perkara seperti ini di’pertontonkan kepada umum. Kini, timbul pula rasa kasihan buat si bekas isteri akibat akan disaman oleh Roslin Hashim. Bukan ke lebih baik kalau di’selesaikan di luar mahkamah tanpa pengetahuan pihak media?

Menurut Roslin Hashim, nilai RM50000 adalah hak’nya & dia berasa wajar untuk menuntut wang tersebut. Rasa’nya tidak perlu di’canang ke seluruh negara kerana nilai sebuah perkahwinan bukan’lah berharga Rm50000. Pada pendapat kami, kalau itu yang dia rasakan terbaik, itu memang hak’nya. Cuma, kami rasa dia sangat tak kool.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 6:26 pm

Peragawati mahu hukuman sebatan terhadapnya dipercepatkan
IPOH: Seorang peragawati sambilan yang dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah meminum arak, memohon supaya mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan itu supaya dia boleh menumpukan masa depan hidup bersama-sama keluarganya.

Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang berasal dari Sungai Siput dan menetap selama 15 tahun di Singapura sejak berkahwin dengan warga negara republik itu, turut melahirkan rasa kesal terhadap dirinya serta reda dengan ketentuan Allah. "Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah tentukan. Setakat ini mahkamah belum memberitahu bila hukuman itu akan dijalankan, dan saya ingin memohon supaya mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan itu. "Saya sangat hormati keputusan mahkamah. Saya mengaku itu memang kesalahan saya, bukan kesalahan orang lain, bukan kesalahan ibu bapa saya, bukan kesalahan keluarga saya," katanya sambil menitiskan air mata ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Isnin lepas, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan mengenakan hukuman itu terhadap Kartika Sari Dewi kerana meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Kuantan, pada 11.40 malam 11 Julai tahun lepas.

Ibu kepada dua anak berusia tujuh dan lima tahun itu juga berkata suaminya telah maklum perkara itu dan sangat menghormati keputusannya yang mahu agar hukuman sebatan itu dipercepatkan.

Kartika Sari Dewi berkata hukuman denda RM5,000 yang diputuskan mahkamah telah dibayarnya pada Isnin lepas.

"Dari apa yang terjadi kepada saya, saya ingin berpesan kepada anak muda supaya jangan melakukan perkara yang menjatuhkan maruah diri sendiri, keluarga dan ibu bapa," katanya.

Ayahnya, Shukarnor Mutalib, 60, berkata hukuman yang dikenakan terhadap anaknya itu adalah wajar dan tepat dengan menetapi undang-undang agama Islam di negara ini.

"Apabila saya dapat tahu mengenai kes ini, saya terus ke Singapura. Saya terkejut kerana ini bukan perkara yang kecil, ini perkara besar tetapi apa yang penting hal ini (kes di mahkamah) perlu diselesaikan," katanya.

Beliau juga mengakui itu adalah kesalahan anaknya yang dijaga dan diberi pendidikan agama secukupnya termasuk pengajian sistem pondok.

Shukarnor berkata peristiwa itu memberi pengajaran yang sangat berguna kepada Kartika Sari Dewi kerana perjalanan hidup pada zaman sekarang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Semalam, peguamnya Mohd Zuki Che Muhamad Ghani berkata anak guamanya tidak akan membuat rayuan mengenai hukuman berkenaan.BERNAMA
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 6:32 pm

Tercapainya impian mereka

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi46
Menyanyi di ruang yang sederhana menjadikan persembahan Atilia dan Noryn sebagai eksklusif

SUDAH lama dua penyanyi yang berada dalam jalur muzik jazz ini mengimpikan peluang bersatu pada sebuah mini konsert. Bukan mereka tidak pernah bergandingan atau berduet dalam siri persembahan seperti di kelab No Black Tie dan Alexis, Ampang, malah paling utama, Noryn Aziz dan Atilia sering menyokong antara satu sama lain.

Khabar gembira buat peminat dan penggemar muzik yang dianggap urban itu, mereka bakal bersatu kerana berdua lebih baik sebenarnya. Impian mereka menjadi kenyataan apabila Noryn dan Atilia bakal bersatu menjayakan Malam Nada Biru di Istana Budaya (IB), 30 Julai ini.

Malam Nada Biru atau Blue Note Nite bukan sesuatu yang asing lagi di luar negara seperti di New York. Di kota itu, ada yang mengkhususkan atmosfera genre jazz semata-mata seperti apa yang ingin dilakukan kedua-dua bintang jelita itu.

Memegang status sama selepas kembali 'solo' tanpa insan bernama suami di hati, apa yang dilakukan mereka kini adalah bukti memastikan kesinambungan legasi aliran muzik pilihan tidak terus berkubur begitu saja.

"Apa yang dilakukan ini sebagai satu permulaan baru terhadap aliran muzik pilihan kami. Sebab itu kami berduet dan siapa tahu mungkin selepas ini akan ada yang mengikuti jejak untuk terus sama-sama memeriahkan industri seni kita.

"Selepas menonton persembahan kumpulan Butterfingers beberapa bulan lalu di IB, saya tertarik untuk merealisasikan Malam Nada Biru di lokasi sama. Kami juga merancang menjadikan acara ini sebagai acara tetap dalam kalendar tahunan mulai 2010.

"Kami dalam perbincangan mahu menggunakan Lambang Sari setiap dua bulan sekali untuk meneruskan acara sedemikian. Kami ingin melakukan sesuatu demi industri dan memanfaatkan kemudahan yang ada di IB untuk hiburan bersama," kata Atilia yang anggun disolek jurusolek kegemarannya, Chomel untuk fotografi bersama Noryn.

Pemilihan lokasi fotografi mereka di IB berprestij itu sebagai simbolik bahawa irama jazz dan R&B bakal bergema dan berkumandang pada 30 dan 31 Julai ini. Hari pertama dikhaskan untuk rakan media, korporat dan tetamu jemputan istimewa. Hari berikutnya dibuka kepada umum. Namun, harus diingatkan tempat adalah terhad kerana Lambang Sari hanya memuatkan kapasiti 281 penonton.

Terlaksananya projek Malam Nada Biru itu, ia dipadatkan hasil kerjasama di antara syarikat Mujik Productions Sdn Bhd (milik Atilia), On & On Productions (Noryn Aziz) dan Bsync Productions. Celah Noryn, ia adalah projek 'kawan-kawan' kerana setiap tenaga penting yang bertanggungjawab terhadap mereka sama-sama memainkan peranan memastikan apa dirancang terus menjadi.

"Baik Noryn dan Atilia, termasuk pengurus kami tidak lokek menyumbangkan tenaga dan masa demi memastikan kelancaran acara itu. Ketika ini, kami mengusahakannya tanpa pembabitan penaja. Malah, kami masih menunggu maklum balas penaja yang mungkin berminat bekerjasama.

"Apa yang kami lakukan ini adalah sesuatu yang positif, yang mampu memberi kesan kepada industri muzik serta apa yang kami pertahankan selama ini. Acara ini sebagai bukti kepada kesungguhan kami dalam bidang seni. Apa yang kami akan hidangkan pada dua tarikh itu ialah perasa muzik kami sendiri," kata Noryn yang mula menyanyi secara serius pada usia 17 tahun.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 6:35 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi47

INFO: Noryn Aziz

Noryn Aziz atau nama sebenarnya, Norazmahwati Abdul Aziz dilahirkan pada 26 November 1976 di Shah Alam, Selangor.

Mula mencipta nama menerusi kumpulan duo, Sisters Sisters sebelum mengorak langkah secara solo menerusi album, Fantasi O Realiti.

Noryn pernah mewakili Malaysia ke Festival Jazz di Indonesia, Vietnam dan Singapura.

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Muzik dari Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM)

Lagu Cerita Cinta menang empat emas pada di Pertandingan Seni Persembahan Dunia ke-12 (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat, Julai 2008.

INFO: Atilia
Nama: Raja Putri Atilia Raja Haron
Usia: 34 tahun
Asal: Muar, Johor
Tarikh Lahir: 15 September 1974
Kerjaya: Penyanyi dan pelakon
Album: Album Kompilasi RAP & Sangkar
Teater: P Ramlee The Musical
Filem: Ransan Dan Bisikan Puaka.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 6:37 pm

Prince Michael anggap MJ pergi bercuti
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Prince10

Prince Michael bersama kakaknya, Paris Katherine, pada majlis memperingati Michael Jackson, baru-baru ini - foto REUTERS

ANAK lelaki Michael Jackson, Prince Michael 11, 6, masih tidak pasti apa yang berlaku kepada bapanya dan sering bertanya sama ada bapanya itu telah pergi bercuti.

MJ mempunyai tiga orang anak - Michael Jr, 12, Paris Michael Katherine, 11, dan Prince Michael 11 yang sering dipanggil Blanket oleh MJ.

Menurut rakan baik MJ dan bapa angkat kepada tiga orang anaknya itu:

"Jelas menunjukkan Blanket sebenarnya tidak pasti apa sebenarnya yang telah berlaku kepada bapanya. Dia sering bertanya 'Ke mana ayah pergi? Bercuti?'. Ia adalah soalah retorik dan amat menyedihkan saya.

"Prince seorang yang pendiam tetapi kami akan berpelukan. Paris pula selalunya akan memberikan satu pelukan yang erat dan kami akan cuba ceriakan diri. Saya sering beritahu, bapanya akan sentiasa berada di hati dan akan diingati paling kurang oleh separuh dunia.

"Paris menjawab: 'Saya gembira dia sekarang berada dalam keadaan tenang'.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 6:41 pm

Erra sedia lepas gelaran primadona filem Melayu

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Erra0110


Kehadiran Erra menyerikan majlis pelancaran set televisyen LDC TV - The Cinema 21:9.

SEANDAINYA syurga itu berupa muka bumi, terbentang luas di hadapan mata, maka tidak keterlaluan andainya Erra Fazira atau Fazira binti Wan Chek kelihatan persis jelmaan seorang 'dewi' kerana jelitanya bagaikan bidadari.

Mata tidak terkelip memandang keayuan wajah Erra. Kejelitaan yang dimiliki ditambah pula bakat besar yang ada, menjadikan bekas Ratu Cantik Malaysia (1992) ini menjadi rebutan para penerbit filem untuk membintangi filem mereka.

Kejelitaan wajah Erra Fazira di layar perak adalah seayu orangnya di dalam skrip kehidupan sebenar selebriti versatil ini.

Rekod membuktikan apa-apa skrip filem yang membariskan Erra sebagai pelakonnya setakat ini kesemuanya mencapai tahap box-office iaitu hasil tiketnya meraih jutaan ringgit!

Antara filem hebat lakonan Erra termasuk filem 'Sembilu', 'Maria Mariana', 'Pasrah', dan 'Mr Cinderella sehingga beliau digelar sebagai primadona filem Melayu.

Setelah berkecimpung dalam dunia hiburan selama 15 tahun, Erra berasa sudah sampai masanya bagi generasi pelakon baru mengambil alih gelaran tersebut.

"Awalnya, gelaran primadona itu diberikan oleh para wartawan. Maka, saya menerima kenyataan sekiranya rakan-rakan wartawan mengambil balik takhta itu dan memberikan takhta itu kepada orang lain. "Bagi saya, apa yang lebih penting ialah industri (perfileman) kita berkembang baik dan sihat... it's okay," kata Erra ketika ditemui semasa pelancaran set televisyen bersaiz 21:9 jenis Philips di Hotel J.W. Marriot, Kuala Lumpur semalam.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Erra0310
Dari kiri: Pengurus Besar Gaya Hidup Pengguna, Philips Malaysia, Eddie Ong; Erra Fazira dan wakil Philips Malaysia, Teoh Sze Ping.

Beliau diminta mengulas sama ada bersedia melepaskan gelaran primadona filem Melayu yang dipegangnya. Hingga kini, gelaran primadona filem Melayu masih menjadi milik Erra.

Menurut Erra, beliau tidak melihat pelakon baru ini sebagai pesaingnya. "Saya tidak lihat mereka sebagai saingan saya....saya lihat mereka lebih sebagai (kelahiran) generasi baru," ujarnya yang juga model dan penyanyi.

Jelas ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran ini, soal kesanggupan dia "melepaskan" takhta primadona filem Melayu itu bukan perkara pokoknya.

"Saya boleh terima hakikat ini. Hakikatnya ini adalah roda kehidupan. Jika kita berpersepsi sedemikian, kita dapat menerimanya. Jadi, tak ada masalahlah. Yang penting, kita perlu ada pelapis," kata Erra.

Malah Erra telah menyemai kesedaran tersebut sejak awal pembabitannya dalam dunia hiburan. Bagi pelakon Putih (Filem Animasi 2001), gelaran, anugerah dan lain-lain adalah bersifat sementara. Erra lebih menitikberatkan kehidupan ini biar berwarna-warni.

Menurut Erra, dia lebih takut apabila industri perfileman negara tidak mengeluarkan pelakon pelapis dan wajah-wajah baru untuk menghiasi layar perak.

"Dulu, sampai satu tahap, asyik muka Erra Fazira sahaja, naik muntahkan? Sekarang ramai sangat hingga tidak boleh jangka siapa yang boleh pergi jauh.. Jika anda tanya saya sesiapa pelakon yang lebih menonjol, agak sukar untuk saya memberikan jawapan.

"Sekarang, saya gembira kerana semakin ramai pelakon dilahirkan," ujar Erra sambil menambah dia tertarik dengan bakat lakonan Nabila Amy Search dan Noor Khiriah.

Erra turut berkata, Maya Karin adalah antara pelakon yang telah mencapai satu tahap yang membanggakan dan boleh pergi lebih jauh lagi.

Sementara itu, Erra memberitahu, dia julung kali akan memegang watak orang jahat dalam drama bersiri "Kasih Tercipta" sebanyak 26 episod dan ini memberi peluangnya untuk mengembangkan bakat lakonan. Biarpun sudah bergelar ibu, Erra tetap gigih memperbaiki mutu dan skil lakonannya. Mungkin itulah sebabnya dia masih bergelar primadona filem Melayu sehingga hari ini.

Erra telah meletakkan satu penanda aras tinggi kepada mereka yang ingin merampas takhta tersebut. Walaupun Erra sudah bersedia melepaskan 'takhta' miliknya, hakikatnya primadona filem Melayu ini masih sukar digugat popularitinya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 6:46 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi48
Cita-cita menjadi penyanyi, penghibur berjaya tak pernah pudar

ANDAI dapat diputarkan kembali masa sudah berlalu, mahu saja dia memadamkan semua kontroversi yang pernah dilakar dalam kehidupan peribadinya. Didakwa sebagai antara artis bermulut celupar, sering bertukar pengurus, tidak berdisiplin, kisah putus tunang dan berselisih faham dengan bapa yang juga pengurusnya kerana beristeri baru adalah antara rentetan peristiwa yang membelenggu diri penyanyi bernama Siti Sarah Raissudin.

Dan kerana peristiwa itu, namanya yang suatu ketika dulu pernah berada di puncak akhirnya tenggelam begitu saja. Kehebatan vokalnya dan kemampuannya beraksi di atas pentas dibayangi dengan cerita sensasi yang memualkan sehinggakan karier seninya yang pernah diramalkan cerah berakhir dengan kesuraman.

Begitupun, dengan mengumpulkan kekuatan dalaman, perlahan-lahan penyanyi bertubuh kecil ini kembali melangkah ke persada seni dengan semangat baru serta melupakan semua episod gelap yang terpalit dalam kerjaya seninya.

Tanpa mahu menoleh ke belakang, Sarah yang pernah menggegarkan industri seni dengan lagu Kesetiaan ini berhasrat menggilap kembali namanya yang kian pudar. Malah, jauh di sudut hati dia mula merancang mengembara ke negara luar demi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang penghibur berjaya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 6:49 pm

Jawablah!: Sarah mahu bangkit

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi49

Hip: Apa tujuan Sarah menyertai World Championships of Performing Arts (WCPA) 2009? Adakah kerana Sarah mahu orang ingat kembali nama Sarah?

Sarah: Sebenarnya Sarah memang mahu sangat ke Amerika Syarikat terutama Los Angeles, dan alhamdulillah impian Sarah tercapai. Sarah masuk pertandingan ini kerana mahu lihat sejauh mana kemampuan Sarah dalam bidang ini. Terbukti selepas pertandingan nama Sarah termasuk dalam antara enam penyanyi terbaik dunia. Pertandingan ini banyak membuka mata Sarah mengenai realiti industri hiburan. Menerusi seminar yang Sarah dan peserta lain sertai, banyak yang kami pelajari terutama dari segi bakat dan pengurusan. Di sini, mereka memang utamakan bakat. Bagi mereka, bakat adalah perkara yang amat penting dan mereka tak kisah dari segi bentuk fizikal atau rupa paras. Bakat menurut mereka, tidak boleh dijual beli atau dibentuk dan ia adalah kurniaan semula jadi dan tak semua orang ada. Dan yang lebih penting Sarah belajar adalah soal pengurusan. Memang banyak bezanya antara pengurusan di sini dan negara kita.

Hip: Maksud Sarah?

Sarah: Mungkin orang anggap Sarah bermulut lancang tapi memang Sarah lihat pengurusan di Malaysia ada banyak yang tak kena. Di sini, tugas pengurus mencarikan kerja untuk artis. Itulah tugas utama mereka. Tetapi di Malaysia, dialah pengurus, jurusolek dan lebih menjengkelkan membuat gosip mengenai artis jagaan mereka. Malah, ada pula yang mengarah-arahkan artis walaupun artis itu adalah majikan mereka. Mereka harus tahu artis adalah produk. Di sini, sebelum seseorang itu diterima jadi pengurus, dia akan ditanya terlebih dulu berapa banyak hasil boleh dia berikan kepada artis yang diuruskannya dalam sebulan. Memang agak kasar bunyinya tetapi itulah hakikat sebenar.

Hip:Apakah Sarah yakin boleh buat seperti ini jika kembali ke tanah air nanti?

Sarah: Tak salah kalau ingin mencuba. Sarah lihat ada beberapa pengurus di Malaysia yang mempunyai ciri-ciri yang Sarah sebutkan tadi. Mereka berpotensi dan Sarah akui berminat untuk bekerjasama dengan mereka. Contohnya Vernon Kendit (bekas pengurus Ning Baizura) dan Rohila (pengurus Anuar Zain). Mereka cukup profesional dalam menguruskan artis di bawah jagaan mereka. Sarah ada cita-cita yang ingin dicapai. Selepas menyertai pertandingan ini, Sarah berjumpa dengan ramai orang yang berminat untuk mengembangkan kerjaya seni Sarah di sini (Amerika Syarikat). Tidak mustahil satu hari nanti Sarah akan kembali ke sini dan mengotakan impian itu. Sarah tak gentar dengan cabaran kerana sebelum ini pun sudah banyak berkorban demi kerjaya nyanyian Sarah.

Hip: Sarah sendiri dilihat banyak sekali bertukar pengurus. Apa masalahnya?

Sarah: Selepas abah, Sarah tidak pernah lantik pengurus baru. Kebanyakan mereka yang mendakwa sebagai pengurus Sarah sebelum ini sebenarnya adalah pembantu peribadi saja. Mereka saja yang tak tahu membezakan tugas sebagai pengurus dan pembantu peribadi.

Hip: Mengapa Sarah tidak lagi menggunakan khidmat bapa Sarah sebagai pengurus? Apakah kerana isu bapa Sarah berkahwin lain?

Sarah: Sarah memutuskan untuk tidak menggunakan khidmat abah sebagai pengurus hanyalah kerana kecewa dengannya. Sarah cuma mahu menguruskan kerja sendiri. Ia juga tidak membabitkan soal peribadi antara kami berdua. Malah, abah sendiri bertanya soal sama dan Sarah sudah jelaskan perkara ini. Soal abah berkahwin lagi, Sarah tidak mahu komen perkara itu. Sarah tidak akan bercerita mengenai hal keluarga kepada umum. Apa yang orang luar perlu tahu adalah antara kami tiada konflik. Dan cerita yang mengatakan abah akan kembali menguruskan Sarah adalah tidak betul sama sekali.

Hip: Sebelum ini, Sarah dikatakan mempunyai masalah sikap tetapi Sarah sudah berikrar untuk berubah. Namun, masih ada cakap-cakap belakang mengatakan Sarah masih Sarah yang dulu.

Sarah: Setakat ini, Sarah tak ada pula mendengar cerita sedemikian. Begitu juga dengan soal disiplin seperti lambat datang sesi fotografi. Cuma, Sarah ingat pernah sekali Sarah datang lewat sesi fotografi kerana masalah trafik. Itupun Sarah sudah maklumkan kepada wartawan berkenaan lebih awal. Selain itu, Sarah rasa semuanya okey saja.

Hip: Sarah masih sendirian? Tidak berniat mahu mencari pengganti?

Sarah: Ya, buat masa ini masih sendirian. Hendak kata mahu mencari pengganti, mungkin ya kerana bagi Sarah bila kita ada seseorang di sisi, kita akan lebih bersemangat dengan apa yang kita lakukan kerana ada yang mendorong. Lagipun buat apa kita nak menipu kata tak mahu mencari pengganti bila tiba-tiba jodoh datang, nanti orang tempelak kita balik kata cakap tak serupa bikin. Namun, segala-galanya terserah pada jodoh. Kalau jodoh dengan lelaki Inggeris, Sarah terima begitu juga kalau ditakdirkan dengan lelaki Melayu, Sarah memilih.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 6:50 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 36972912

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 36972913

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 36972914
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 6:52 pm

Norish nafi tuntut harta sepencarian 5 rumah, 5 kereta

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Norish10 BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Norish11
Norish Karman.

SELEPAS didakwa menuntut lima buah kereta dan lima buah rumah seperti yang terkandung dalam hujahan bertulis harta sepencariannya, semalam aktres Norish Karman menafikan dakwaan itu.

Pada 17 Julai lalu, peguamnya, Akhbardin Abdul Kader telah memfailkan hujahan bertulis yang menyatakan semua aset itu bagi permohonan tuntutan harta sepencarian oleh Norish di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hartanah itu merupakan sebuah rumah di Bangi yang dianggarkan bernilai RM2 juta, dua unit kondominium di Abadi Indah dan Danau Permai yang masing-masing bernilai RM300,000, sebuah kondominium di Seri Hening, Ampang serta sebuah rumah bernilai RM100,000 di Seremban, Negeri Sembilan.

Sementara kenderaan-kenderaan pula sebuah Nissan Murano, Nissan Elgrand, BMW 6 Series, Stavic dan Toyota Caldina yang didakwa dibeli sepanjang 10 tahun hidup bersama bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir.

Jelas pelakon drama bersiri ‘Puteri Aurora Beradu’ ini, dia hanya menuntut antara pilihan yang ada namun tidak bermakna dia mahukan kelima-lima kereta dan rumah itu sekaligus.

“Saya bukan minta kelima-limanya tetapi memberinya peluang untuk memilih salah satu yang dia mahu berikan kepada saya.

“Apabila bercerai, saya diberi peluang untuk meletakkan apa yang kita nak. Jadi, saya letakkan lima jenis kereta kerana saya impikan kereta ‘four wheel’.

“Kalau dia tak nak beri, terpulang. Tetapi saya perlukan kereta untuk pergi kerja. Rumah pun sama, kalau dia murah hati...,” jawab Norish yang lebih popular dengan gelaran NK.

Dalam dokumen itu, Norish menuntut saham milik Hashimuddin iaitu sebanyak 70 peratus dalam syarikat Perspec Prime (M) Sdn. Bhd. dan saham di syarikat Virtual Peak (M) Sdn. Bhd., selain sahamnya sendiri sebanyak 60 peratus dalam syarikat Bintang Syurga (M) Sdn. Bhd.

Tambahnya, “Saya hanya menuntut apa hak seorang isteri selama hidup 10 tahun bersama dia (Hashimuddin) dan apa yang dituntut itu adalah keperluan asas sahaja.

“Saya ibu kepada anak-anak dan melahirkan mereka, jadi saya hanya menyatakan lima jenis rumah dan kereta yang saya suka dari 100 jenis.

“Selepas dia mengambil semula kereta Nissan Murano, saya hidup dengan meminjam kereta kawan untuk pergi kerja dan menghantar anak-anak ke sekolah. Lagipun, bapa anak-anak saya orang kaya.”

Selain itu, Norish turut menuntut agar bekas suaminya memulangkan kereta Nissan Murano atau menyediakan yang seumpama untuk kemudahan anak-anak mereka.

Norish Karman dengan bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir di Mahkamah Syariah Petaling Jaya pada Mei lalu.

Pelakon utama drama bersiri ‘Spa Q 1 dan 2’ ini juga memohon agar Hashimuddin ditegah daripada melakukan perpindahan termasuk penjualan, pajakan, gadai janji atau apa-apa transaksi berkaitan pemilikan harta-harta tersebut.

Sementara itu, dalam hujahan bertulis bagi permohonan tuntutan nafkah tiga anak pula, Norish menuntut RM1,500 sebulan diberikan sebagai nafkah sementara kepada setiap anak mereka.

Keputusan tuntutan ini akan dibicarakan pada 10 Ogos depan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 6:53 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Nk110

Walaupun kes mahkamahnya belum selesai, Norish berkata perkara itu tidak memberikan kesan atau mempengaruhi lakonannya.

Menurut Norish, dia selalu mempersiapkan emosi dan mental yang positif sepanjang melakonkan watak Sofea dalam drama bersiri ‘Puteri Aurora Beradu’.

“Kes ini merupakan sesuatu yang berbeza. Saya masih biasa dan tidak boleh terganggu dengan kes itu. Lagipun, bekas suami saya yang perlu memberikan keputusan dengan Hakim Syarie.

“Saya mempunyai hidup tersendiri dan tidak fikirkan yang sesuatu kes itu akan menjatuhkan atau membuatkan saya hilang kawalan,” ujarnya yang telah selesai berlakon watak ‘jahat’ buat pertama kalinya selepas 13 tahun berada dalam industri lakonan ini.

Kata Norish, dia tidak akan mengambil faktor ‘ketegangan’ yang berlaku antaranya dengan bekas suaminya untuk dilampiaskan dalam lakonannya itu.

“Saya melakonkan watak Sofea iaitu seorang yang cepat marah apabila dia tidak sukakan sesuatu itu.

“Jika perlu menengking, saya akan buat seperti nampak saya betul-betul tengking orang tu.

“Jadi, saya tak boleh ambil contoh daripada pengalaman hidup rumah tangga sebelum ini untuk dimasukkan dalam lakonan tetapi mengambil elemen sekeliling.

“Saya perlu berlakon dengan baik kerana saya ingin hidup lebih lama dan anak-anak perlukan saya,” katanya yang turut mengaku agak tercabar dengan watak Sofea.

Cerita Norish, pada mulanya dia ditawarkan watak ‘baik’ bernama Aishah namun cuba mendapatkan watak ‘jahat’ atas alasan sudah biasa mendapat watak ‘baik’.

“Tetapi apabila saya diterima untuk membawakan watak ‘jahat’, saya rasa berat juga pada mulanya kerana apabila bangun pagi sahaja saya perlu bertukar menjadi orang lain.

“Dari situ, saya cuba menyampaikan watak jahat ini melalui imej Sofea seperti rambut, pakaian dan tingkah lakunya.

“Saya cuba menukar tiga stail rambut termasuk menggunakan satu rambut palsu untuk menampakkan Sofea ini jahat dalam latar masa yang berbeza.

“Saya juga menggunakan pakaian berwarna hitam dan merah bagi melambangkan sisi gelap Sofea. Semuanya saya sediakan sendiri termasuk cermin tangan.

“Selain itu, saya hanya perlu marah dan gelak dalam drama ini. Jadi, apabila gelak tu saya cuma gelak seperti orang sakit mental. Begitu juga dengan cara saya menggerakkan mata dan senyuman,” jawabnya yang ‘terpaksa’ mengekalkan watak jahat Sofea hampir setiap hari dalam tempoh dua bulan menjalani pengambaran drama itu.

Norish memberitahu, dia turut mempelajari teknik lakonan dengan menonton beberapa cerita Hollywood yang dilakonkan oleh Nicole Kidman dan tidak hanya mengambil satu sumber semata-mata.

Tambahnya lagi, dia akan kembali menjadi Norish Karman yang asal selepas berada di alam realiti.

Selepas selesai dengan ‘Puteri Aurora Beradu’, Norish akan memasuki pengambaran drama ‘Dilema Wanita’ seterusnya terikat dengan drama bersiri ‘Spa Q 3’ pada Ogos depan.

Saksikan Norish dalam drama bersiri ‘Puteri Aurora Beradu’ yang telah disiarkan di TV3 melalui slot ‘Lagenda’ mulai semalam, 21 Julai, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 4.30 petang dan ulangannya di TV9 pada pukul 8.30 malam.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 6:56 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi51
Juara irama tradisional kategori lelaki dan wanita, Zaharmirzuan Azlan dan Noor Azmira Mohd Rahim dengan trofi kemenangan.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 6:56 pm

Tak pinggir irama tradisional

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi52
RAIS dan isteri menyampaikan replika cek serta trofi kepada Azmira.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi50
Peserta Bintang Asli Remaja Kebangsaan sertai pertandingan bukan untuk mencari populariti

LAGU asli mungkin tidak terkenal seperti genre pop mahupun balada dan sering dilihat dipinggirkan masyarakat. Namun sebenarnya masih ada golongan muda yang meminati dan mengagumi lagu asli.

Malah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) sendiri mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan (BAR) sejak 1996. Tahun ini, BAR sekali lagi dianjurkan dan yang mengagumkan, pertandingan akhir yang berlangsung Ahad lalu di Auditorium Perdana Angkasapuri itu mendapat sambutan menggalakkan bukan saja dari sudut penyertaan tetapi juga penonton.

Pertandingan akhir yang diadili Rahim Jantan, Aspalela Abdullah, Nassier Wahab, S Atan dan Datuk Johari Salleh itu menyaksikan persaingan sengit enam peserta kategori lelaki dan enam peserta kategori wanita merebut gelaran BAR.

Setiap peserta dikehendaki mendendangkan dua buah lagu iaitu sebuah lagu wajib yang dipilih barisan panel serta sebuah lagu pilihan sendiri. Bagi kategori lelaki, peserta dari Sarawak, Zaharmirzuan Azlan, 19, yang mendendangkan lagu Wak Daeng dan Gambus Ibu memikat hati juri sekali gus melayakkannya bergelar johan dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000.

Tempat kedua pula berpihak kepada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan, Muhammad Hilmi Idris, 21. Pelajar jurusan perbankan itu memenangi hadiah wang tunai RM8,000 dan tempat ketiga pula menjadi milik Muhammad Hanizam Azman, 18, dari Kedah. Hanizam yang mendendangkan lagu Laila Majnun dan Pantun Dahulu membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.

Bagi kategori wanita pula, tempat pertama menjadi miliki pelajar Akademi Seni Warisan kebangsaan (Aswara), Noor Azmira Mohd Rahim yang memikat hati juri dengan dendangan lagu Seri Mahligai dan Air Mata Hati. Zarith Shuhada Mohd Yasin dari Melaka pula yang berada di tempat kedua pula mendendangkan lagu Hati Sedih dan Johor Sport Club. Selain dijulang sebagai naib juara, peserta berusia 18 tahun itu turut memenangi kategori Persembahan Terbaik yang melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM2,000. Manakala tempat ketiga juga menjadi milik graduan Aswara, Mardiana Alwi, 21, dari Senai, Johor yang memikat hati juri dengan lagu Tudung Saji dan Zapin Pusaka.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 6:59 pm

Fasha enggan komen isu ditampar 'Minah Salleh'
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Fasha110

Fasha enggan memberikan komen tentang kisah panas terbarunya berhubung babak 'tampar-menampar'

SATU demi satu kontroversi terus singgah dalam diri pelakon jelita ini. Sebut saja nama Fasha Sandha, pastinya ramai yang lebih memikirkan tentang 'kisah panasnya' berbanding perjalanan seni yang diharungi hampir lapan tahun itu.

Bagi tuan empunya diri, dia sudah cukup kalis dengan segala kata-kata buruk yang dilemparkan kepada dirinya. Dicop sebagai 'diva', pemusnah rumahtangga, sering bertukar kekasih, malah tidak ketinggalan isu diboikot media kerana bersikap 'kekwat' sudah cukup sebati dengan Fasha.

Menerusi perbualan telefon dengan aktres berusia 25 tahun itu baru-baru ini, Fasha akui, segala yang terjadi sebenarnya sedikit sebanyak telah membuatkan dirinya lebih matang dalam mengharungi hidup.

Dalam nada perlahan, pelakon sensasi ini berkata:

"Saya sedar saya banyak buat kesilapan dalam hidup saya dan saya terima apa yang berlaku. Cerita-cerita seumpama itu bagi saya, akan datang dan pergi. Selagi rezeki saya masih ada dan karier mampu bertahan, itu sudah cukup baik untuk saya.

"Cerita negatif tentang saya tidak pernah habis. Cuma saya tetap bersyukur, biarpun dilanda pelbagai dugaan, masih ada pihak yang terus membuka ruang untuk saya berada dalam industri ini.

"Malah, sudah banyak media juga yang turut memanggil saya untuk mengadakan sesi fotografi sempena Hari Raya nanti," kata Fasha yang baru selesai menjalani penggambaran filem 4 Madu arahan Prof. Madya A.Razak Mohaideen.

Belum pun reda isu-isu negatif tentang dirinya termasuklah kisah tentang perancangan perkahwinannya dengan jejaka 'misteri' yang pernah diuar-uarkan oleh Fasha tidak lama dulu, timbul pula kisah baru mengenai babak 'tampar-menampar' antaranya dengan seorang wanita asing di Hartamas, baru-baru ini.

Fasha ketika itu dikatakan menaiki sebuah kereta mewah yang dipandu oleh seorang anak VIP terkenal. Namun, kereta itu dikatakan hampir melanggar beberapa wanita Minah Salleh sewaktu pemandunya cuba mengundurkan kereta.

Insiden itu telah membuatkan seorang daripada wanita tersebut memarahi pemandu terbabit, namun keadaan mula kecoh apabila Fasha dikatakan melenting dan mengeluarkan kata-kata bongkak serta terus menolak wanita itu sehingga wujudnya aksi tampar-menampar di situ.

Kejadian itu bagaimanapun berjaya dileraikan apabila seorang lelaki datang ke 'lokasi' tersebut dan terus meminta Fasha dan 'temannya' itu meninggalkan tempat terbabit.

Diajukan tentang perkara ini, Fasha bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Saya tak mahu komen tentang hal ini. Bagi saya, bercakap tentang perkara ini hanya membuang masa. Apa saja kenyataan yang saya buat, orang pasti bercakap macam-macam juga.

"Jadi, saya rasa biarlah masyarakat buat penilaian sendiri. Apa saja persepsi yang mereka letakkan, saya terima kerana sejujurnya, saya tidak mahu lagi melayan isu-isu remeh seperti ini," tegas Fasha.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 7:01 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Fasha210
Fasha akui sudah bersedia untuk bergelar isteri tidak lama lagi

Umum bakal suami September ini

Tatkala rancak berbual tentang perkembangan terbarunya, sengaja isu perkahwinannya turut dibangkitkan apatah lagi terlalu banyak cerita tentang cintanya diperkatakan setelah dia membuat pengakuan akan mendirikan rumahtangga kemungkinan pada awal tahun depan.

Ada juga yang mendakwa pelakon ini sebenarnya telah pun berkahwin. Namun, bagi Fasha sendiri, dia lebih senang untuk terus mengunci mulut tentang perkara tersebut termasuklah siapa pilihan hatinya itu.

Di dalam sebuah akhbar tidak lama dulu, Fasha mengaku akan bertunang pada September ini dengan seorang ahli perniagaan dan menafikan bakal suaminya itu ialah duda mahupun suami orang.

Fasha turut menafikan dia mempunyai hubungan dengan hartawan, Datuk Shafik Rizaal Saaban, atau Datuk S serta Rizal Ashram Ramli, yang juga merupakan bekas suami pelakon, Nora Danish.

"Saya memang tidak mahu lagi bercerita tentang perkahwinan...belum tiba masanya untuk saya bercakap mengenai hal itu. Lagipun, kekasih saya juga tidak mahu saya terlalu bercerita tentang perkahwinan kami.

"Insya-allah, saya akan adakan sebuah sidang media ringkas pada bulan September ini untuk rakan-rakan media dan kenalan rapat. Di situ nanti saya akan cerita tentang majlis perkahwinan kami itu.

"Buat masa ini, biarlah orang terus berteka-teki siapa lelaki itu dan bila tarikhnya. Tetapi, ingin saya tegaskan di sini, meskipun saya tidak dedahkan siapa kekasih saya, itu tidak menghalang kami untuk keluar 'dating' seperti biasa.

"Kami tetap berpegangan tangan...pergi menonton wayang bersama. Saya tidak pernah menyembunyikan hubungan kami," ujar Fasha yang menambah persiapan sempena majlis bersejarahnya itu masih lagi di peringkat awal.

Tangguh belajar di NIDA, Sydney

Jika diikutkan kepada perancangan, kata Fasha, dia sepatutnya berangkat ke Sydney, Australia pada bulan lepas untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang perfileman di National Institute of Dramatic Art (NIDA).

Namun, hasratnya itu terpaksa ditangguhkan seketika setelah mendapat tawaran oleh Prof Razak untuk membintangi filem 4 Madu bersama pelakon-pelakon lain seperti Saiful Apek dan Rozita Che Wan.

"Saya sudah memohon untuk sertai kursus pendek di sana selama setahun dan memang sepatutnya saya ke Sydney bulan lalu. Bukan merajuk atau apa, tetapi memang sudah lama saya simpan impian untuk sambung pelajaran. Tetapi tak sangka pula Prof Razak menawarkan saya untuk berlakon filem terbaru arahannya.

"Melihat kepada skrip filem itu yang menarik, akhirnya saya terima tawaran tersebut. Lagipun, saya memang sudah biasa bekerja dengan Prof Razak. Selepas tamat penggambaran itu, saya terus pula mendapat tawaran untuk beberapa buah drama lain seperti Cinta Di Pintu Barzakh arahan Murali dan sebuah projek filem.

"Jadi, memikirkan tawaran yang masih ada, saya rasa lebih baik saya tangguh dulu hasrat saya untuk ke sana," kata Fasha yang ketika ini boleh disaksikan menerusi filem Skrip 7707 yang sedang ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 7:04 pm

Muzikal Tun Abdul Razak bermula 16 Ogos

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi53

FAUZIAH, Rahim dan Rashidi menjadi antara tonggak penting dalam pementasan Gema Merdeka Muzikal Tun Abdul Razak.

Aswara rayu syarikat korporat, agensi kerajaan hulur tajaan pementasan

AKADEMI Seni, Budaya dan Seni Kebangsaan (Aswara) merayu kepada organisasi, institusi atau agensi korporat dapat memberi tajaan terhadap persembahan Gema Merdeka Muzikal Tun Abdul Razak di Panggung Sari, Istana Budaya dari 16 hingga 20 Ogos ini.

Antaranya ialah Yayasan Tun Abdul Razak, organisasi yang menjaga kepentingan warisan dan wawasan Allahyarham.

Begitu juga dengan Felda dan Felcra iaitu agensi diwujudkan ketika pentadbiran Perdana Menteri Malaysia kedua, selain CIMB - Yayasan CIMB dan Agrobank (sebelumnya dikenali Bank Pertanian), dua bank perdagangan yang diasaskan ketika era kepimpinan Tun Abdul Razak.

Agensi lain yang diyakini boleh membantu menaja Teater Muzikal Tun Abdul Razak ialah Petronas, Bank Rakyat, Telekom Malaysia dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB).

Rektor Aswara, Datuk Omar Awang, berkata sebahagian besar agensi yang diasaskan ketika pentadbiran Tun Abdul Razak kini sudah menerima faedah cukup besar sehingga menjadi kukuh dan dikenali sehingga hari ini.

“Oleh kita harap mereka dapat tampil bagi memberi sokongan tajaan produksi Teater Muzik Tun Abdul Razak.

“Pemilihan nama teater ini bukan dibuat dalam sehari dua, tetapi sudah dimulakan sejak 18 bulan lalu,” katanya.

Omar menjelaskan, selepas 33 tahun pemergian Tun Abdul Razak, ia adalah kali pertama sebuah pementasan mengenai Allahyarham dibawa dalam skala lebih besar dan dapat ditonton lebih ramai orang.

“Keputusan dibuat Aswara ini memang satu risiko besar. Namun, begitu dengan komitmen besar, kita sanggup tempuhi cabaran ini.

“Tambahan nama Teater Muzikal Tun Abdul Razak yang digunakan ini secara kebetulan pula anaknya kini menjadi pemimpin nombor satu negara,” katanya pada majlis pelancaran teater muzikal Tun Abdul Razak di Aswara, baru-baru ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Istana Budaya, Muhamed Juhari Shaarani dan barisan pelakon dan kru produksi teater muzikal ini. .

Bermula dari sebuah pementasan kecil, dipersembahkan di ruang kecil di Panggung Eksperimen, Aswara dari 20 hingga 23 Oktober 2008. Ia kemudian menjadi karya besar sehingga banyak pihak mencadangkan supaya teater muzikal ini dipentaskan ke tempat lebih besar seperti Panggung Sari, Istana Budaya.

Aswara menyambut cabaran itu. Pementasan muzikal Tun Abdul Razak di Istana Budaya dikembangkan idea dan penceritaannya daripada pementasan asal dengan menyambut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menonton slot pada 22 Oktober 2008. Malah, ia dipentaskan pada Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan negara ke-52.

Teater muzikal ini bertemakan nasionalisme yang mengisahkan perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang Tun Abdul Razak kepada agama, bangsa dan negara.

Omar berkata, sepanjang riwayatnya, Allahyarham melalui detik jatuh dan bangun yang membawa kepada pembina sebuah negara yang dihormati pada peringkat antarabangsa.

“Tiga persoalan utama diungkap dalam persembahan teater muzikal ini iaitu perjuangan, perpaduan dan kekeluargaan. Teater muzikal Tun Abdul Razak juga bakal menghimpunkan elemen utama dalam seni persembahan seperti muzik dan nyanyian, gerak dan tari, lakonan, seni reka pentas dan suntikan kekaguman.

“Teater ini juga akan mengimbau detik awal perjuangan Allahyarham sehingga detik-detik terakhir kepimpinannya yang meninggalkan kesan sehingga ke hari ini.

“Beberapa peristiwa sebenar akan diangkat ke pentas sebagai mengembalikan ingatan khalayak kepada sejarah tanah air dalam bentuk yang lebih dramatik,” tambahnya lagi.

Rahim Razali sebagai pengarah

Hampir 200 orang membabitkan pensyarah, pegawai dan kakitangan, graduan serta pelajar Aswara terbabit dalam Teater Muzikal Tun Abdul Razak. Ia diarahkan Datuk Rahim Razali, manakala Rashidi Ishak buat julung kalinya beraksi di pentas dengan memegang peranan sebagai Tun Abdul Razak, manakala penyanyi, Fauziah Latiff pula sebagai Tun Puan Rahah Mohd Noh.

“Ia satu penghormatan kepada saya apabila mengarahkan sebuah karya membabitkan seorang tokoh besar negara. Saya memang pernah mengenali Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi.

“Allahyarham yang saya kenali adalah seorang yang merendah diri. Ketika menjadi pengulas sukan, saya sering bertemu dengan Allahyarham kerana beliau juga seorang peminat sukan,” kata Rahim.

Selain daripada tiga orang itu, semua tenaga produksi teater muzikal ini ditangani warga Aswara yang pernah terbabit dalam bidang masing-masing secara profesional. Mereka ialah Ruslan Mohd Imam sebagai Pengarah Muzik; A Aris Kadi, Shafirul Azmi Suhaimi dan Hafis Untong masing-masing sebagai koreografer, Mohd Fauzuly Hamdan Tahir (Pengurus Pentas), Zainal Abdul Rashid (Pengarah Teknikal) dan Rosmah Ishak (pereka kostum).

Sementara itu, Mohd Nurul Hazirin Samsul Kamar dan Mohd Yusman Mokhtar pula sebagai pereka set dan props, Juhara Ayub (pereka tatarias dan dandanan), Azizul Zahid Jamal (Pereka cahaya), Zulfikri Ismail (Penata Bunyi), Dzul Karnain Abdullah dan Jolaina Nasseri (Pengarah Multimedia). Istana Budaya pula akan menyediakan jurutera bunyi, elektrik dan autmasi.

Secara keseluruhannya teater muzikal Tun Abdul Razak membariskan empat pelakon utama, pelakon pembantu utama (enam), pelakon pembantu (lapan), Ensembel (50), pemuzik (20) dan vokal (lima).
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 7:07 pm

Dengarnya... Peluang Nurul buktikan masih diminati

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi54
Nurul

BARU saja muncul dengan album solo terbaru berjudul Tika Ini yang diterbitkan syarikat Metadome Sdn Bhd, Nurul tidak betah duduk diam untuk mempromosikan album itu. Malam ini, bekas isteri kepada komposer Ajai itu akan membuat persembahan istimewa di kelab popular, No Black Tie, Kuala Lumpur.

Ia kesempatan terbaik kepada penyanyi dan pelakon hitam manis itu untuk memastikan kehadiran album terbarunya diketahui umum terutama kepada peminatnya. Cik Normah diberitahu ia kali pertama Nurul membuat persembahan di situ. Cik Normah dapat tahu daripada rakan sepejabat dalam keterujaan penyanyi itu nak buat persembahan, turut terselit perasaan gementar dalam hatinya.

Biasalah, siapa yang ada dekat tempat Nurul pun pastinya akan berasakan perasaan sama. Maklumlah, sudah lama Nurul tak membuat persembahan sedemikian rupa. Lagipun, kebelakangan ini, Nurul asyik memberi perhatian kepada bidang lakonan. Kalau ada persembahan nyanyian pun ia dibuat secara tertutup. Cik Normah nak ambil kesempatan ini nak ucapkan selamat maju jaya kepada Nurul untuk persembahan itu dan kemunculan album barunya.

Pada masa sama, Cik Normah juga sedang menanti maklum balas mengenai filem biografi Zaiton Sameon yang dikatakan akan dilakonkan Nurul sendiri. Filem terbitan Les’ Copaque Production Sdn Bhd itu adalah filem kedua Nurul selepas Sate. Cik Normah tunggu juga bila perkhabaran ini akan menjadi kenyataan. Cik Normah dapat tahu, perancangan projek ini masih tergendala lagi ketika ini.

Cik Normah harap kalau ada khabar gembira, jangan lupa beritahu Cik Normah ye. Oh ya, sebelum terlupa, Ajai pun khabarnya sedang berkira-kira untuk memperisterikan Liza Ilias sebelum Ramadan ini. Cik Normah tahu Nurul pun gembira dengan cerita ini, malah bersedia untuk meraikan sama-sama hari bahagia pasangan itu. Kalau Ajai dah nak kahwin, Nurul bila lagi nak jemput Cik Normah makan nasi minyak.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 7:11 pm

Tiz bukan hipokrit

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi55

APABILA melihat lakonannya sebagai Kak Ika dan Nur Amina dalam drama Impian Illyana dan Nur Kasih, pasti ramai menyangka bintang baru, Tiz Zaqyah Abdul Razak sememangnya bertudung. Hakikat sebenar, si manis ini hanya gadis biasa yang sekadar menjayakan watak diberi.
Siapa sangka, tudung digayakan dalam drama Impian Ilyana musim kedua dan ketiga serta Nur Kasih yang kini popular di TV3 membawa tuah kepadanya. Kini, nama Tiz Zaqyah yang mesra dengan panggilan Tiz semakin dikenali dan mendapat perhatian.

Apapun, bukan mudah untuk Tiz Zaqyah mencapai kejayaan itu. Akuinya, ia rezeki yang diberi Tuhan kerana setiap watak diterima selepas menjalani uji bakat. Kepayahan yang pernah dilaluinya dirasakan sangat berbaloi.

Katanya, menjadi insan seni bukan semudah disangka. Setakat ini tawaran berlakon diterima berdasarkan uji bakat dijalani, tetapi itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk berusaha mengukir nama.

"Saya seronok memulakan karier lakonan dari bawah. Menghadiri uji bakat memberikan pengalaman berharga untuk saya berusaha gigih mendapatkan sesuatu watak. Dalam soal ini, saya tidak kisah apa wataknya asalkan tawaran diterima.

"Sebab itu, watak bertudung pun saya ambil. Objektifnya, hanya satu, kerana saya minat berlakon dan ingin menonjolkan bakat dimiliki. Ditambah lagi, persaingan di kalangan pelakon baru sekarang ini sengit dan saya perlu bijak membawa diri.

"Apapun, saya tidak mahu dianggap hipokrit oleh peminat. Justeru, saya mengaku bertudung itu sekadar menuntut kehendak watak dan kehidupan sebenar pula sebaliknya. Saya sama seperti gadis remaja lain yang tidak bertudung dan gemar bersosial.

"Cuma, apabila sudah menjadi pelakon, semuanya berubah. Saya terikat dengan jadual penggambaran dan sibuk di lokasi. Oleh itu, masa untuk diri sendiri bergembira agak terhad dan jika ada masa terluang saya senang bersama keluarga," katanya.

Berusia 21 tahun, Tiz Zaqyah kelihatan cukup matang. Tutur katanya dan gaya menunjukkan dia sudah bersedia menempuhi kehidupan sebagai artis. Menurutnya, ini kerjaya yang dipilih dan perlulah tahu berhadapan dengan dugaan.

"Bagi saya, bukan senang untuk dikenali apatah lagi popular. Justeru, saya perlu kerja keras untuk itu tanpa mengira penat dan hal peribadi. Saya perlu profesional dan kerjaya ini menuntut pengorbanan masa yang besar untuk berjaya.
"Oleh itu, saya sangat bersyukur kerana keluarga memahami minat dan memberikan sokongan padu. Malah, ibu saya sendiri penonton dan pengkritik setia. Bersandarkan sokongan itu, diharapkan berjaya dan masyarakat menerima kehadiran saya dalam industri.

"Buat masa ini, terus terang dikatakan saya senang bekerja dengan pengarah seperti Kabir Bhatia dan Faizal Ishak yang banyak membantu menghidupkan watak Nur Amina. Saya seronok dan tenang bekerja dengan mereka kerana tiada tekanan.

"Mereka tahu syot apa yang diinginkan dan ia memudahkan pelakon memahaminya. Malah, mereka juga membantu saya cara melakonkan watak itu dengan berkesan menerusi penghayatan," katanya.

Gadis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini menyimpan impian bekerja dengan Yasmin Ahmad pula. Katanya, dia melihat pengarah filem Sepet dan Gubra itu sebagai luar biasa kerana sentuhannya berbeza daripada pengarah lain.

Memulakan karier lakonan pada 2006, penampilan pertamanya menerusi drama Gol & Gincu diikuti Impian Illyana dan Nur Kasih manakala telefilem seperti Bernafas Dalam Lumpur dan Puaka Topeng Putih.

"Tidak dinafikan, sekarang saya sudah mula menerima beberapa tawaran berlakon. Cuma, saya tidak boleh memaklumkannya lagi kerana belum ada kata persetujuan dan hitam putih. Semuanya masih dalam perbincangan dan bergantung kepada jadual saya.

"Apapun, saya harap dapat terus berlakon dengan membawa watak lebih mencabar. Kalau boleh, saya mahu lari daripada imej bertudung seperti sekarang. Jika ada peluang, saya mahu melakonkan watak seram atau menjadi wanita psiko dan gila," katanya.

Akui Tiz Zaqyah, dia tidak mahu sering diberikan watak sama untuk dilakonkan kerana sukar untuk menguji sejauh mana kemampuan sebenarnya. Justeru, dia menyimpan harapan supaya suatu hari nanti berpeluang melakonkan watak diimpikan itu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 7:13 pm

Nadia seronok berlakon

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi56

SELEPAS setahun berkecimpung sebagai anak seni, ternyata ia bukanlah seperti yang difikirkannya sebelum ini. Disangkakan, glamor itu cukup hebat, tetapi apa yang dinikmati hanya sementara ketika bergelar bintang Akademi Fantasia 6 (AF6).
Menyedari, perjalanan karier yang masih panjang, Nadia Haswani Hasnan atau Nadia mengorak langkah di pentas lakonan. Siapa sangka, gadis genit bersemangat waja ini berjaya membuktikannya dalam sitkom Angguk-Angguk Geleng-Geleng.

Sitkom disiarkan setiap Isnin, jam 8.30 malam di saluran Dunia Ria, TV 2 itu memberi peluang kepada Nadia melakonkan watak Dina. Walaupun bergenre komedi, anak jati Kuala Lumpur ini berjaya menyesuaikan diri dengan pelakon lain.

Menurut Nadia, dia sekadar mencuba sesuatu yang baru, tetapi, lebih menyeronokkan lagi apabila dapat bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Sabri Yunus, Khatijah Tan, Imuda, Zami Ismail, Abon, Ebby Yus dan Angeline Tan.

"Sebagai pelakon baru, saya akui sangat gementar untuk berlakon dengan mereka. Bagaimanapun, saya jadi gembira kerana mereka sentiasa sedia membantu. Terus terang, saya banyak pelajari selok-belok lakonan terutama untuk menghidupkan komedi.

"Saya ambil ia (komedi) sebagai cabaran besar. Bukan mudah untuk membuat orang (penonton) ketawa. Namun, Alhamdulillah saya dapat mengharunginya dengan baik sehingga sitkom Angguk-Angguk Geleng-Geleng kini masuk rakaman musim kedua," katanya.

Ditanya mengenai bidang nyanyian yang diceburinya lebih dulu, gadis berusia 20 tahun ini berkata dia tetap aktif menyanyi. Bagaimanapun, memandangkan ekonomi dan pasaran album yang suram, tawaran undangan persembahan diterima tidaklah banyak.

"Bagaimanapun, saya bersyukur dengan rezeki diberikan Tuhan. Bagi saya, asalkan berusaha gigih pasti akan berjaya. Cuma, cepat dan lambat saja. Dalam soal ini, selagi masih diterima peminat, saya takkan berhenti menyanyi kerana minat dari kecil.

"Ditambah lagi, bukan senang untuk mencipta nama. Oleh itu, setiap tawaran yang datang saya terima sekalipun berlakon. Pada saya, perlu mencuba semua yang berkaitan dengan seni termasuk pengacaraan. Usah malu untuk menonjol diri.

"Apapun, selepas Aidilfitri nanti saya berkemungkinan muncul dengan single terbaru. Bagi saya, itu sudah memadai daripada menghasilkan album yang akhirnya tidak laku di pasaran. Dalam situasi ekonomi sekarang, menerbitkan single lebih bagus.

"Peminat sekarang pun lebih terdorong dengan proses muat turun lagu dan nada dering. Dari situ, selaku penyanyi tetap ada pendapatannya. Oleh itu, buat masa ini saya memang selesa dengan mengetengahkan single daripada hasilkan album penuh," katanya.

Kata anak sulung dalam keluarga ini, dia berpuas hati dapat menghasilkan tiga lagu iaitu Kalut Lagi Mengarut yang didendangkan pada malam kemuncak AF6. Diikuti, Histeria untuk runut bunyi filem Histeria serta Aku, Dia Dan Kamu (duet dengan Red Peanut).

Selain menyanyi dan berlakon, Nadia juga berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan. Gadis yang turut popular dengan Popia Jati Nadia Redah Jee itu kini menjadi pengacara untuk Rakan Muda. Kata Nadia, semua kerja yang dilakukan sekarang memberi motivasi kepadanya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 7:15 pm

Hadziq selesa jadi 'Belalang' 2009

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Hi_01_16
NAMA Hadziq mula menjadi perhatian selepas muncul dalam program Tom Tom Bak.

NAMANYA menjadi sebutan ramai dan melintasi garisan populariti sebaik muncul dalam program Tom Tom Bak kendalian pengacara terkemuka tanah air, Aznil Haji Nawawi.

Lincah, periang, petah berbicara serta berani. Itu menjadi aset utama si cilik berusia sembilan tahun ini yang begitu mudah untuk didekati oleh sesiapa sahaja.

Semakin laku di dunia lakonan, dia diakui memiliki bakat semula jadi dan mampu bergelar ikon pelakon kanak-kanak andai diberikan peluang sewajarnya.

Pernah membintangi beberapa buah drama dan baru sahaja muncul dengan sebuah filem berjudul Syurga Cinta, namun, Mohd. Hadziq Mohd. Hazem atau mesra dipanggil Hadziq sebaik mungkin tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran yang menjadi penekanan utama ibu serta bapanya.

Bersekolah di darjah tiga, Sekolah Kebangsaan Taman Megah, Petaling Jaya, Selangor, Hadziq memberitahu, sedari awal lagi, ibunya telah memberi amaran tidak membenarkannya ponteng sekolah jika terlibat dengan penggambaran drama mahupun filem.

Sering ditemani neneknya, Amnah Mohd. Yusoff, 58, ke mana-mana lokasi penggambaran, ujar Hadziq, penglibatan dalam aktiviti seni akan hanya dibenarkan oleh ibunya sebaik tamat sesi persekolahan.

"Belajar okey. Tidak terganggu kerana proses penggambaran babak saya hanya dimulakan selepas habis sesi sekolah.

"Mak tidak bagi saya ponteng sekolah kalau ada penggambaran drama atau filem,'' katanya ketika ditemui Hits pada sesi penggambaran drama kanak-kanak berjudul Belalang: Epik Anakanda Nujum Diraja di Isi Rimba, Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.

Menurut Hadziq, selain dilarang ponteng sekolah, ibunya juga akan memastikan dia menyiapkan semua kerja sekolah sebelum bergerak ke lokasi penggambaran.

Diajak berborak ringkas mengenai Belalang: Epik Anakanda Nujum Diraja, Hadziq berkata, ia merupakan drama keempat lakonannya.

"Berlakon dalam drama ini cukup menyeronokkan kerana ia berkonsepkan pengembaraan. Belalang pada awalnya seorang yang tidak tahu menulis dan membaca.

"Bercita-cita tinggi untuk mengembara. Namun Belalang diarah oleh bapanya mempelajari seni mempertahankan diri agar perjalanannya selamat," kata Hadziq.

Belalang: Epik Anakanda Nujum Diraja terbitan Trinini Media Sdn. Bhd., diarahkan oleh Opie Zami dan bakal disiarkan di saluran Ceria (saluran 611, Astro) mulai 18 Oktober depan pada setiap hari Ahad, pukul 11 pagi.

Selain Hadziq, drama 26 episod itu juga membariskan pelakon ternama antaranya Mohd. Sobri Anuar Tarmiz, Aqasha, Ruminah Sidek, Zami Ismail, Yassin Senario dan Bob Kuman.

Drama terbabit menceritakan Belalang, anak Nujum Diraja, berhasrat untuk merantau mencari ilmu di dada.

Namun, bapanya sering sahaja mencari alasan agar Belalang tidak pergi jauh daripadanya.

Selepas didesak dan mempersetujui niat Belalang, bapanya mengarahkan anaknya itu mempelajari seni silat bersama Tok Panglima.

Raja bagaimanapun mengetahui niat murni Belalang dan terus menabalkannya sebagai Utusan Kecil Diraja serta dikurniakan segala alat kebesaran diraja.

Sepanjang pengembaraan, banyaklah manusia yang ditemui dan kejadian yang dialami Belalang yang semuanya kisah malang belaka.

Maka, Belalang merasa terpanggil untuk berbuat sesuatu bagi membantu mereka keluar daripada nasib buruk.

Kasih buat cucu tercinta

Sementara itu, Amnah yang turut ditemui di lokasi penggambaran drama berkenaan berkata, disebabkan kesibukan ibu Hadziq, dia rela untuk menemani cucunya itu menjalani penggambaran.

Sungguhpun begitu, ujar Amnah, ibu Hadziq telah memberi syarat agar sesi penggambaran tidak berlanjutan sehingga lewat malam.

"Cukup sampai pukul 9 malam sahaja. Sebelum ke lokasi penggambaran, kerja sekolah perlu disiapkan,'' katanya.

Selain berlakon, Hadziq juga seorang yang aktif di sekolah, kata Amnah. Di sekolah Hadziq aktif bermain bola sepak dan taekwando.

"Kalau waktu petang tidak ada penggambaran, Hadziq akan belajar mengaji al-Quran serta fardu ain,'' tambah Amnah mengenai rutin cucunya itu.

Senang kendalikan Hadziq - Opie

Dalam pada itu, Opie Zami menjelaskan, ketika di set penggambaran Belalang: Epik Anakanda Nujum Diraja, Hadziq merupakan seorang pelakon yang profesional.

Kata Opie, walaupun masih mentah dan baru didedahkan dalam dunia lakonan, Hadziq cukup mudah untuk dibentuk dan pantas memahami sesuatu arahan.

"Namun, lumrah kanak-kanak, mula-mula memang dia kuat main tetapi apabila berada di lokasi, dia beri fokus sepenuhnya. Saya melihat Hadziq memang dilahirkan sebagai pelakon,'' ujarnya.

Berkongsi jalan cerita drama Belalang: Epik Anakanda Nujum Diraja, Opie berkata, ia merupakan kisah pengembaraan kanak-kanak bernama Belalang yang berdepan dengan pelbagai watak dan kisah-kisah rakyat dahulu seperti Nenek Si Bongkok Tiga, Mat Jenin, Badang, Hang Jebat, Pekan, Melor serta Luncai.

Apa yang menarik, jelasnya, kesudahan cerita akan memberikan keputusan berbeza daripada apa yang diceritakan melalui hikayat atau cerita-cerita rakyat yang telah lama dipercayai turun temurun.

"Drama bersiri ini menggunakan khidmat 27 orang krew penggambaran dan merupakan drama episod ketiga arahan saya,'' tambah Opie yang turut memegang watak sebagai Tok Panglima.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 7:21 pm

Kristal tak kisah gelaran artis funfair

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Krista10

Kumpulan Kristal sinonim dengan gelaran band funfair kerana kekerapan mereka membuat persembahan di tapak ekspo seluruh negara. Namun itu bukan satu masalah besar kerana mereka tetap bertahan dan utuh di kalangan peminat muzik rock.

Sedar tak sedar hampir 13 tahun kumpulan ini berkecimpung dalam arena muzik tanah air. Kiranya zaman remaja mereka dihabiskan memperjuangkan muzik rock.

"Walau dikenali sebagai band funfair, itu tak menjadi masalah kerana pendapatan kami berpunca dari situ. Kami bermula di situ jadi kenapa perlu lupa daratan. Lagi pun itu adalah satu cara untuk mempromosi album terbaru Kristal.

"Ramai peminat mengenali kami dari situ dan secara tak langsung hubungan antara artis dan peminat akan menjadi lebih rapat," kata vokalisnya, Razlan.

Kemunculan band indie yang semakin mendapat perhatian di kalangan peminat tidak sedikitpun mematahkan semangat Kristal untuk berkarya.
Walaupun terpaksa bersaing hebat dengan kemunculan band indie, namun Kristal masih mengekalkan konsep rock dalam album terbaru mereka. Kumpulan ini yakin mereka mempunyai pengikut tersendiri berdasarkan sokongan padu peminat yang tak pernah putus.

"Muzik Rock tak akan lapuk walau untuk 10 tahun akan datang," sambung Razlan yang yakin muzik rock tidak akan basi.

Kahwinkan Bollywood dan rock

Kristal baru melancarkan album terbaru berjudul Bollyrock di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini. Kali ini mereka mengangkat lagu-lagu saduran dan berirama Bollywood yang dipersembahkan dalam konsep rock.

Kristal pernah muncul dengan enam buah album sebelum ini dan Bollyrock menampilkan keunikan tersendiri apabila cuba tampil dengan irama Bollywood dalam versi rock. Lagu Tiada Berita kerap diputarkan radio tempatan antara lagu yang dijangka menjadi hits.

Peminat kini boleh mendengar irama Bollywood klasik yang pernah popular suatu ketika dulu ditranformasi kepada muzik rock. Mereka optimis album ini akan mendapat sambutan hangat di kalangan penggemar lagu-lagu Melayu ala Hindustan hasil daripada jualan album memberangsang Kristal yang lepas seperti Rock Yeh Yeh 60-an dan Rockafella

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Krista11
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 7:26 pm

Khalifah nak bikin kontroversi?

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Khalif10

Siapa tak kenal Jinbara, kumpulan rock yang popular dengan lagu Kasihnya Laila. Lagu tersebut dirakam semula oleh penyanyi asalnya Yabang di dalam album kedua kumpulan Khalifah. Apakah motif Khalifah? Adakah sengaja mahu timbulkan kontroversi kerana sebelum ini isu lagu itu pernah hangat apabila Yabang keluar daripada kumpulan Jinbara.Yabang pernah dihalang menyanyi lagu itu.

Bukan niat untuk mempromosikan kumpulan Jinbara, namun Yabang menegaskan hanya ingin mencuba sentuhan muzik baru.

Lagi pula Yabang merupakan penyanyi asal lagu berkenaan jadi tak salah jika menyanyikan lagu yang pernah dipopularkannya. Apatah lagi pencipta lagu Kasihnya Laila juga ahli Khalifah iaitu Harry (pemain gitar utama).

"Tiada isu siapa tiru siapa kerana penyampaian vokal dan melodi yang berbeza menjadi pemisah Khalifah daripada bayang-bayang Jinbara.

"Lagipun tak timbul masalah dengan pihak pengurusan apabila kami menyanyikan kembali lagu Kasihnya Laila. Kami muncul untuk perjuangkan muzik rock dengan identiti yang tersendiri. " jelas Yabang mengenai kontroversi terbabit.

Masalah pengurusan yang kurang memuaskan antara penyebab Yabang menarik diri dari Jinbara. Walaupun kini beralih arah kepada Khalifah, namun Yabang menjelaskan hubungan dengan ahli kumpulan terbabit masih seperti biasa.

Meskipun Khalifah sebenarnya telah wujud dua tahun lepas dan pernah menerbitkan sebuah album, namun publisiti yang kurang meluas menjadi antara penyebab album berkenaaan kurang mendapat sambutan.

Single Cintaku Dewi Kamala menjadi taruhan Khalifah menerusi album berjudul Cintaku Dewi Kamala. Khalifah yang kini bernaung di bawah MVM Home Entertainment Sdn. Bhd. cuba mempelbagaikan irama muzik dalam album ini di antaranya muzik sape dan Jawa yang dapat dinikmati menerusi lagu Puteri Di Rimba dan Kisah Abang Senja
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeWed 22 Jul 2009, 7:26 pm

Petua Ria Resty kekal bahagia

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Ria-re10 BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Ria-re11

Sekarang ini kes perceraian selebriti sangat hangat dan menarik perhatian peminat dan media. Bukan sahaja di Malaysia, malah kes melibatkan artis Indonesia juga turut hangat.

Antara kes cerai terbaru di Indonesia ialah membabitkan pasangan penyanyi popular Rossa dan Yoyok. Sebelum itu perceraian Pasha (Ungu) juga menggemparkan.

Turut menghangatkan dunia hiburan di Indonesia ialah perceraian penyanyi dangdut Cici Faramida yang sangat singkat tempohnya.

Ada juga rumah tangga artis yang aman dan rukun walaupun mereka masih aktif menyanyi setelah berkeluarga.

Ria Resty Fauzy, penyanyi lagu-lagu Cintaku Sedalam Lautan Atlantik, Sinar Matamu Bagai Besi Semberani, Sepatu Dari Kulit Rusa, Cintaku Sampai Ke Ethiophia, Rindu Di Hati Siapa Yang Tahu pada era 80-an masih kekal bahagia bersama tiga cahaya mata.

Apa rahsia Ria?

"Dalam rumah tangga ini tak kiralah selebriti atau sesiapa sahaja kena ada kepercayaan dan saling menghormati pasangaan kita.

"Saya berkahwin dengan lelaki yang saya kenal semasa di sekolah. Semasa kami bercinta saya sudah menyanyi.

"Saya sudah cakap awal-awal lagi agar dia tidak boleh menghalang saya daripada menyanyi kerana itulah minat saya. Suami saya memahami minat saya dan dia tidak pernah cuba menghalang.

"Saya juga tidak ambil kesempatan di atas kepercayaan suami saya dan menjaga status saya sebagai isteri dan ibu.

"Kalau tak ada kerja, saya sendiri yang uruskan rumah tangga dan persiapan persekolahan anak-anak," kata Ria yang berkahwin dengan seorang peguam.

Masih aktif show

Nasib artis era 70-an dan 80-an di Indonesia juga senasib dengan artis Malaysia apabila kurang pendedahan di media. Agak susah mendengar khabar mereka melainkan yang terlibat dalam kes-kes tertentu.

Malah lagu-lagu mereka juga amat jarang diputarkan di corong radio utama. Namun itu bukan bererti mereka sudah menyepi.

Ria sendiri masih aktif mengadakan persembahan. Malah dia sendiri memiliki syarikat pengurusan acara, PT. Media Inspirasi Cemerlang (MIC) yang menganjurkan persembahan melibatkan artis seangkatan.

"Saya masih menyanyi di pentas dan turut menganjurkan persembahan melibatkan artis tahun 80-an," kata Ria yang masih kekal cantik dan langsing.

Album kompilasi lagu-lagu lama Ria masih diterbitkan dan masih laris di pasaran. Album-album Ria sangat laris dan mencecah jutaan unit pada era kegemilangannya.

"Sekarang kalau album terjual 300,000 sudah jadi satu jumlah besar, zaman saya dulu kalau setakat 1 juta unit hanyalah jumlah biasa sahaja," kata Ria.

Ria pernah mendapat lima Anugerah Golden Record dan satu anugerah BASF Awards iaitu album terlaris pada tahun 1987 (Cintaku Sampai Ke Ethiophia) Pada tahun 1988 album Kututup Layar Cintaku mendapat anugerah HDX Award
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeThu 23 Jul 2009, 9:43 am

Tetap beraksi
di tarikh baru

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Hi_01_17
KATA M. Nasir konsert Satu Wajah M. Nasir merupakan interpretasi beliau dalam menterjemahkan karya-karya seninya.

MAHU atau tidak, M. Nasir harus akur bahawa konsert solo yang dicanang beliau akan berlangsung pada hari Sabtu ini terpaksa ditunda.

Mujur ditunda, kalau dibatalkan terus barangkali seniman berjiwa besar itu akan terus meratapi kekecewaan itu.

Kecewa bukannya apa, semua persiapan sudah dilakukan. Barisan pemuzik yang diketuai oleh Aznan Alias juga sudah tidak sabar untuk beraksi di venue yang sangat didambakan ramai iaitu stadium keramat, Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Begitu juga dengan persediaan tuan punya tubuh sendiri untuk menghiburkan pemuja-pemujanya dengan lebih 30 buah lagu sudah cukup persiapannya.

Sayang sekali, M. Nasir harus akur, konsert Satu Wajah beliau pada hari Sabtu ini ditunda sehingga satu tarikh baru yang akan diumumkan minggu depan.

"Apa boleh buat. Kalau sudah terpaksa tunda tarikhnya saya terpaksa akur. Keputusan ini sangat mengecewakan saya," kata M. Nasir dalam reaksinya kepada Hits ketika dihubungi baru-baru ini.

Berita penundaan itu dikhabarkan oleh penganjur, Maya Axis Creative Sdn. Bhd. kepada media kelmarin.

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh M. Nasir selain daripada memenuhi permintaan penganjur yang berminat mengadakan konsert itu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Memetik kata-kata Pengarah Promosi Maya Axis Creative, Rohani Ismail, konsert berkenaan terpaksa ditunda berikutan permintaan penaja yang memerlukan masa untuk mengatur semula strategi penajaan dan pemasaran konsert solo penyanyi itu.

"Insya-Allah dengan ikrar yang diberikan oleh penaja, kami optimis konsert solo M. Nasir akan menjadi lebih gah dan lebih bermakna buat beliau," itu pula janji yang dilafazkan oleh Rohani kepada Hits.

Dan M. Nasir biarpun terpaksa menelan kepahitan itu bagaimanapun berjanji akan terus beraksi di konsert yang sudah lama dirancang itu pada tarikh baru yang akan diumumkan kelak.

M. Nasir serta permuzik serta krew produksi yang lain mengakui, mereka begitu bersemangat dan sudah tidak sabar untuk beraksi di stadium keramat itu.

"Saya berjanji kepada semua peminat khususnya mereka yang telah membeli tiket bahawa saya akan tetap beraksi pada tarikh baru yang akan diumumkan minggu depan," jelas M. Nasir dalam nada suara yang berbaur sedih.

Sementara itu, seminggu sebelum penundaan tarikh konsert dibuat, sifu kelahiran Kota Singa itu dalam temu bual dengan Hits berbicara panjang lebar mengenai perjalanan konsep konsert Satu Wajah M. Nasir itu.

Sebagai seniman tersohor, beraksi dalam sebuah konsert berskala besar sepetri di Stadium Negara, Kuala Lumpur merupakan satu penghormatan baginya.

Melihat sokongan hebat masyarakat sejak kebelakangan ini terhadap konsert artis tempatan membuatkan M. Nasir berkongsi rasa gembira dengan perkembangan itu.

Katanya, bukan mudah karyawan muzik tempatan diberi peluang membuat persembahan dalam konsert bersakal besar.

Bukan untuk konsert M. Nasir sahaja, tetapi konsert-konsert sebelum ini yang dijayakan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan Anuar Zain serta kumpulan Search juga menerima respons yang positif.

Justeru, apabila ada pihak yang mahu menganjur dan ditambah dengan komitmen penaja, perkhabaran gembira itu memberi satu signal bahawa industri muzik kembali bernafas apabila konsert oleh artis tempatan kembali mendapat tempat.

Sekali gus ia membuktikan bahawa masih ada lagi segelintir peminat dan masyarakat yang menghargai karya anak seni tempatan apabila mereka tidak lokek untuk mengeluarkan wang bagi menyaksikan sebuah konsert.

Dan kerana itu, penghibur ini ada sebab untuk bergembira dengan perkembangan positif apabila pencinta seni tanah air tidak lagi hanya mendambakan muzik percuma.

Budaya

Namun begitu, pemilik nama penuh Mohd. Nasir Mohamed ini menjelaskan, budaya itu masih belum 'dianuti' sedalam-dalamnya meskipun sambutan yang diberikan terhadap konsert tempatan semakin memberangsangkan.

"Kita harus sedar dan tahu bahawa kebanyakan orang Melayu khususnya bekerja dan memakan gaji setiap bulan. Mereka harus memikirkan tentang kewangan mereka sebelum dilaburkan untuk menonton konsert.

"Mereka juga harus memikirkan faktor lain kerana mengeluarkan belanja yang besar untuk menonton persembahan artis dalam sebuah konsert bukan mudah dan pastinya, mereka harus memilih artis yang terbaik untuk memastikan duit mereka benar-benar berbaloi.

"Jadi, di sinilah terletaknya peranan artis itu sendiri bagaimana untuk membentuk diri mereka menjadi seorang penghibur agar penonton benar-benar terhibur dan puas dengan persembahan mereka," katanya panjang lebar.

Dari kaca mata beliau, M. Nasir menjelaskan, definisi penghibur merujuk kepada satu perkara yang subjektif bergantung dari sudut dan perspektif yang berbeza.

Malah, ujarnya, apa yang penting ialah seseorang artis itu tidak boleh menterjemahkan diri mereka dengan imej yang terlalu murah di atas pentas.

Bahkan, lebih jelek lagi apabila ada sebilangan artis yang terpaksa bekerja keras menampilkan gimik yang memaksa penonton terhibur dengan persembahan mereka.

"Apabila menjadi seorang penyanyi, dia haruslah menjadi penyanyi yang bagus sekali dan daripada situ, ia mampu dikembangkan menjadi seorang penghibur.

"Seorang artis itu akan berasa puas apabila penonton yang menyaksikan persembahan mereka akan berasa puas hati dan terhibur. Banyak perkara yang perlu dilakukan dalam memastikan semua itu berjaya mengikut apa yang telah dirancangkan," kata suami kepada aktivis teater, Marlia Musa ini dengan maksud yang mendalam.

Perlu berani

Menyambung bicara, bapa kepada enam cahaya mata ini memberitahu, untuk menjadi seorang penghibur yang berjaya, ia memerlukan keaslian dan kreativiti untuk memikat hati masyarakat negara ini.

Dengan memberikan contoh bintang pop terkenal Korea, Rain yang berupaya merentas sempadan bangsa dan budaya sehingga mampu mencipta nama sebagai seorang superstar.

"Bukannya saya suruh artis kita menjadi seperti Rain tetapi lihat sahaja bagaimana dia membentuk dirinya sehingga menjadi kegilaan ramai wanita bukan di negaranya sahaja, tetap juga di negara ini.

"Dalam erti kata lain, artis kita juga harus berani dan tidak perlu takut dengan apa yang diperkatakan orang sekeliling kepada mereka. Berani bukan dalam konteks mendedahkan aurat tetapi kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara itu

"Jika semua itu ada dalam diri masing-masing, nescaya dalam persembahan mereka, jiwa itu dapat sampai kepada penonton yang akan berasa puas dengan apa yang dipersembahkan kepada mereka," tuturnya dalam nada tegas penuh berhemah.
Back to top Go down
lina_nuar
Enterpreneur
Enterpreneur
lina_nuar

Number of posts : 5147
Age : 54
Location : Klang,Port Klang,Shah Alam,Nilai
Registration date : 10/04/2009

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeThu 23 Jul 2009, 9:45 am

dah lama x nampak wife dia.. marlia musa... sape2 yg ada info... tempek kat sini eh... mekasih..
Back to top Go down
http://www.linanuar2order.portalniaga.com
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeThu 23 Jul 2009, 10:14 am

Bapa Kartika reda dengan hukuman Mahkamah Syariah

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Ne_01_10
KARTIKA SARI DEWI mengesat air mata pada sidang akhbar di Ipoh semalam yang turut dihadiri oleh anaknya dan bapanya, Shukarnor.

IPOH - Biasanya seseorang pesalah itu sedaya upaya mahu menangguhkan atau mengelak daripada menerima hukuman, tetapi lain pula halnya dengan model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor.

Wanita berusia 32 tahun yang dijatuhi hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang Isnin lalu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating meminta ia dilaksanakan secepat mungkin.

"Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah tentukan.

"Ia bukan sahaja memalukan saya tetapi menghina seluruh keluarga.

"Saya harap hukuman dapat dijalankan secepat mungkin agar memberi pengajaran kepada orang lain,'' katanya dengan linangan air mata pada sidang akhbar di Yayasan Perak di sini semalam.

Hadir sama pada sidang media itu ialah bapanya, Shukarnor Abdul Mutalib, 60, dan anak bongsunya yang berusia lima tahun.

Biarpun ada pihak mempertikaikan hukuman tersebut, Kartika pula pasrah dengan apa yang diputuskan oleh mahkamah.

"Tiada siapa paksa (meminum arak), saya rela dengan hukuman sebat yang dijatuhkan,'' katanya.

Anak kelahiran Sungai Siput yang menetap selama 15 tahun di Singapura sejak berkahwin dengan rakyat republik itu didapati bersalah meminum arak kira-kira dua tahun lalu di sebuah pusat peranginan di Pahang.

Kartika yang juga ibu kepada dua orang anak telah dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas didapati bersalah mengambil minuman keras di khalayak ramai.

Keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus itu mengikut Seksyen Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Kartika juga sempat berpesan kepada umat Islam khususnya generasi muda supaya jangan mencontohi kesilapannya dengan melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan aib kepada diri sendiri serta ahli keluarga.

Shukarnor pula menyifatkan hukuman ke atas anaknya itu wajar dan tepat mengikut undang-undang Islam.

Beliau juga mengakui itu adalah kecuaian anaknya sendiri yang sebelum ini telah diberi pendidikan agama termasuk pengajian sekolah pondok.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeThu 23 Jul 2009, 10:17 am

lina_nuar wrote:
dah lama x nampak wife dia.. marlia musa... sape2 yg ada info... tempek kat sini eh... mekasih..

utk k.lina....

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 58200910
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeThu 23 Jul 2009, 10:18 am

Umie Tawan Kinabalu Secara Via Ferrata

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 71620011

Dalam kehangatan dirisik seorang Datuk kaya-raya dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pelakon handalan Umie Aida telah mencapai impiannya untuk menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu, baru-baru ini.

Pada tarikh 27 Jun 2009 lalu, Umie berserta 4 lagi rakannya yang kesemuanya wanita iaitu Tina, Linda, Nancy dan Herny, telah merempuh pengembaraan yang mencabar iaitu mendaki secara via ferrata (perkataan Itali) atau dengan lebih tepat lagi menggunakan tali, kabel, tangga dan titi.

Pendakian itu memakan masa selama sehari bermula jam 10 pagi. Ia mengambil masa selama 3 jam setengah untuk mereka sampai ke Laban Rata dan kemudian menyambung kembali perjalanan mereka ke Pendant Hut.

Selepas berehat, tidur serta menerima taklimat ringkas, pendakian diteruskan lagi pada jam 2.45 pagi berikutnya dan selepas beberapa jam berhadapan dengan pelbagai kesukaran, mereka akhirnya berjaya sampai di Low's Peak yang mempunyai ketinggian sebanyak 13,455 kaki, tepat jam 5.30 pagi.

Menceritakan lebih lanjut tentang apa yang dilaluinya itu, Umie berkata, dia tidak nafikan bahawa mendaki menggunakan cara via ferrata adalah suatu aktiviti yang memang cukup payah.

"Bukan senang panjat menggunakan kabel itu sambil menahan kaki dengan melalui curam dan genting yang cerun terutama apabila terpaksa mendaki pada subuh hari menggunakan lampu picit di kepala.

"Ia memerlukan fokus, ketekunan serta kesabaran yang cukup tinggi. Kalau tidak kita tidak akan mampu menangani semua cabaran ini. Bukan itu saja, kalau tersilap langkah, kia bukan saja boleh mendatangkan bahaya, silap-silap boleh mati di dalam gaung saja.

"Seperkara lagi, stamina dan persiapan fizikal kita harus kuat supaya kita tidak mudah penat, semput atau berasa pening. Sebab makin lama kita naik ke atas, semakin itulah kita akan merasa kekurangan oksigen.

"Seperkara lagi, kita juga perlu ada persiapan mental. Apabila kita tidak cukup stamina, kita akan rasa penat. Bila penat, kita akan ambil masa lebih lama untuk panjat. Kita perlu mengelak benda-benda yang menyakitkan hati, rimas serta tidak enjoy untuk mendaki.

"Sebab itulah saya selalu nasihatkan siapa, kalau mahu mendaki secara ferrata, pergilah buat latihan dulu macam yang saya buat selama sebulan di Fitness First. Ia memang benar-benar sangat membantu," katanya.


Terpukau apabila berada di kemuncak

"Dulu selepas saya mula-mula panjat Gunung Ledang dan Gunung Datuk, barulah saya tahu kenapa ada orang yang panjat gunung. Nikmatnya itu hanya akan dapat dirasai bila kita sudah sampai ke puncaknya.

"Tapi, apabila sudah dapat tawan Gunung Kinabalu, kepuasannya lebih lagi. Keindahannya memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cukup indah bila sudah berada di atas puncak ini dengan melihat awan yang berkepuk-kepuk di atas kepala kita.

"Saya sudah pernah melihat keindahan di dasar laut apabila melakukan aktiviti menyelam skuba. Tapi keindahan di atas gunung memang sangat berbeza. Apa yang saya boleh katakan keindahan ini adalah satu kebesaran yang tidak terhingga dari Allah SWT," katanya.

Sungguhpun begitu, Umie tidak menafikan bahawa usaha menawan Gunung Kinabalu adalah kejayaan yang cukup bermakna dalam hidupnya.

"Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa kita mampu membuat apa saja perkara jika mempunyai ketekunan dan kesabaran. Tapi secara peribadi, saya seorang yang gemar mengambil risiko. Kalau saya sudah ambil sesuatu keputusan itu, saya tidak akan menarik diri kecuali jika berdepan dengan hal-hal yang tidak dapat dielakkan," katanya.

Umie juga tidak menafikan bahawa ada pihak yang tidak percaya dengan kesungguhannya tatkala dia menyuarakan hasrat untuk menawan Puncak Kinabalu.

"Yang paling tak percaya sekali ialah kakak saya, Erma (Fatima). Dia sudah pun membuat andaian sendiri bahawa saya akan kalah di pertengahan jalan. Sedikit pun saya tak kecil hati dengan kata-katanya itu. Malah saya menganggap ia sebagai satu cabaran untuk saya membuktikan Umie Aida Boleh.

"Jadi, bila sampai saja di Puncak Kinabalu, perkara pertama yang saya buat adalah menghantar SMS kepada Erma mengatakan saya sudah berada di atas! Saya juga turut menghantar MMS kepadanya sebagai bukti," ujarnya.

Selepas Gunung Kinabalu, Umie dan rakan-rakannya kini dalam misi untuk menawan sebuah gunung di Bali pula iaitu selepas hari raya nanti. Gunung itu adalah sebuah gunung berapi mati yakni sudah tidak aktif lagi yang tersergam indah di kepulauan dewata itu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeThu 23 Jul 2009, 3:14 pm

'Ketiadaan Ogy tak lemahkan semangat saya'

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi57
OGY terpaksa menarik diri dari konsert Jamal kerana ada komitmen lain.

TINDAKAN Fauziah Ahmad Daud atau Ogy menarik diri sebagai pengarah teater muzikal dalam Konsert Jamal Abdillah... Kembara Seniman yang dijadualkan bermula 5 Ogos ini di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, disebabkan pelakon, penyanyi, pengacara TV dan pengarah filem itu mempunyai komitmen lain.

Raja Pop Malaysia, Jamal Ubaidillah Ali atau lebih dikenali dengan nama Jamal berkata penarikan diri Ogy dalam teater muzikal itu tidak membabitkan masalah lain sebaliknya Ogy terikat dengan tugas dan tanggungjawabnya sendiri.

"Saya diberitahu, Ogy mempunyai komitmen lain. Jadi peranan dia (Ogy) diganti dengan Pengarah Istana Budaya (IB) sendiri iaitu Zainal Abidin Bujang, manakala saya sendiri berperanan menghasilkan olahan skrip teater muzikal itu kerana ia mengisahkan kehidupan saya sepanjang 30 tahun bergelar anak seni.

"Apa pun, penarikan itu tidak melemahkan semangat saya untuk beraksi, sebaliknya menjadi perangsang kuat kepada saya untuk memberi persembahan terbaik kepada peminat," katanya ketika ditemui selepas menghiburkan lebih 1,000 pengunjung yang menghadiri Program Bual Bicara Kenali Anak Kita anjuran Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), tajaan Petronas, di Tambun, Ipoh, baru-baru ini.

Pada program itu, Jamal yang berkemeja biru gelap dan berseluar jeans sempat mendendangkan dua lagu popular iaitu Gadis Melayu dan Seroja kepada peminat yang menunggu sejak jam 2 petang, sebelum bergegas pulang ke Kuala Lumpur bagi menghadiri siaran langsung program bual bicara Fenomena Seni.

Beliau berkata demikian menjawab isu berhubung penarikan diri Ogy sebagai pengarah teater muzikal yang akan diadakan dalam persembahan konsert yang berlangsung lima hari berakhir 9 Ogos nanti.

Jamal, 50, yang kini kembali dengan albumnya, Tak Hilang Cinta berkata, beliau bersyukur diberi peluang untuk mengadakan persembahan di IB kerana itu adalah impian setiap penghibur sepertinya.

"Sebenarnya saya bercadang untuk mengadakan konsert selama tiga hari saja, tetapi kelainan yang disajikan dalam persembahan kali ini iaitu persembahan teater muzikal menyebabkan pengurusan IB memberi peluang kepada saya untuk melanjutkan tempoh konsert sehingga lima hari.

"Saya menaruh harapan tinggi supaya usaha saya yang pertama ini mendapat sokongan semua pihak terutama peminat yang tidak jemu menyokong saya selama ini," katanya yang dijangka akan menyanyikan kira-kira 40 lagu daripada koleksi albumnya.

Konsert yang menelan belanja kira-kira RM200,000 itu memaparkan dua segmen, iaitu persembahan teater muzikal Jamal bersama penari IB dan segmen kedua membabitkan persembahan nyanyian.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeThu 23 Jul 2009, 3:18 pm

Bukan lagi mimpi

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi58

Remaja kelahiran Bumi Kenyalang tampil dengan album sulung berjudul Masih Jelas dengan harga mampu dimiliki, RM21.

MEMILIKI album sendiri apatah lagi yang pertama ketika industri muzik dilihat begitu tenat mungkin antara pengubat duka sesetengah artis yang masih tegar berjuang di persada seni. Penyanyi yang sudah lama menapak pun barangkali belum mempunyai tuah dan rezeki untuk menghasilkan album penuh.

Berbeza situasi kini yang lebih terarah kepada penciptaan lagu single, juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Hafiz boleh tersenyum bangga kerana masih mampu memiliki album mini. Biarpun hanya menampilkan lima lagu termasuk single sulungnya, Masih Jelas, remaja berusia 19 tahun ini diberi kesempatan bermakna mengisi ruang seni.

Selebihnya adalah empat buah lagu yang dinyanyikan finalis AF7, Aril, Akim, Yazid dan Isma. Ibaratnya album ini merangkumi pakej beli satu dapat lima sekali gus. Ia kelihatan seperti promosi pembelian yang cukup efektif dipraktikkan ketika keadaan pasaran tidak menentu, agak berbaloi dan sangat menjimatkan.

Album berjudul Masih Jelas ini adalah album pertama yang diterbitkan Astro Entertainment Sdn Bhd selepas penutupan operasi Maestro. Ia mula diedarkan Warner Music sejak 14 Julai lalu dengan harga mampu dimiliki RM21. Dengan jumlah lima lagu saja, album ini boleh dicalonkan untuk Anugerah Industri Muzik.

Menurut penyanyi kelahiran Sarawak, biarpun album ini tidak mengandungi 10 mahupun 12 buah lagu nyanyiannya, dia melihat ini sebagai satu fasa permulaan untuk berkongsi bakat yang ada dengan peminat setianya. Kehadiran album itu seperti mimpi yang sudah menjadi kenyataan.


BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi59
HAFIZ pada pelancaran album sulungnya yang turut dihadiri Zainir, bekas pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina dan komposer yang terbabit dalam produksi albumnya.

Malah pengalaman bekerjasama dengan komposer hebat seperti M Nasir memberi 1001 persepsi untuk dititip sebagai memori indah. Menyedari bukan senang untuk dirinya muncul dengan album, lalu buah tangan sulungnya ini tetap dihargai dan diharap dapat memeriahkan industri hiburan tempatan.

"Munculnya album ini memberi penanda aras kepada kerjaya Hafiz yang masih boleh dianggap baru. Tercapai juga impian Hafiz untuk memiliki album. Secara keseluruhannya Hafiz berpuas hati dengan proses rakaman album ini yang mengambil masa tidak sampai dua bulan untuk disiapkan.

"Hafiz senang sekali dapat bekerjasama dengan komposer berbakat, sifu M Nasir, Ajai dan Aidit Alfian. Hafiz harus berterima kasih kepada kolaborasi Aidit Alfian dan Ad Samat kerana mencipta lagu Masih Jelas yang menjadi titik tolak permulaan kerjaya seni.

"Setakat kena tegur dengan mereka (merujuk kepada komposer yang terbabit) dalam studio itu biasalah. Tapi tidaklah sampai ke tahap kena marah. Sebagai contoh M Nasir diakui sangat tegas dan teliti dalam setiap penghasilan karyanya termasuklah lagu yang diciptanya untuk Hafiz berjudul Awan Dano," kata Hafiz yang menyifatkan lagu ciptaan M Nasir itu paling mencabar untuk dinyanyikan.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi60
BERSAMA ibu, Halizawati Mohd Salleh.
Dalam perkembangan lain, kerjaya Hafiz kini masih berjalan lancar selepas ditabalkan sebagai juara AF7 sejak 16 Mei lalu. Biarpun ada yang mengandaikan popularitinya agak suram jika mahu dibandingkan dengan naib juara, Aril dan tempat ketiga, Akim, hakikatnya jadualnya begitu padat terutama undangan membuat persembahan di Sabah dan Sarawak.

"Tipulah kalau Hafiz cakap tak penat selepas bergelar artis. Tetapi Hafiz tak pernah menyesal dengan memilih kerjaya ini. Kalau nak difikirkan soal penat, nampaknya tak berjalan langsung apa yang dirancang. Apa yang Hafiz lakukan diiringi minat dan Hafiz nikmati setiap titik peluh yang jatuh itu dengan penuh kesyukuran.

"Setakat ini Hafiz mahu memberi tumpuan penuh kepada bidang nyanyian. Jika ada peluang berlakon, mungkin Hafiz boleh pertimbangkan dengan alasan mencuba dan mengembangkan sisi bakat lakonan yang mungkin ada terpendam. Hafiz juga teringin nak mencipta lagu sendiri dan siapa tahu AESB mungkin dapat memberi peluang itu pada masa mendatang," katanya yang semakin susut berat badan daripada 66 kilogram menjadi 60 kilogram.

Bukan album tangkap muat

PENGARAH AESB, Zainir Aminullah yang ditemui Hip pada sidang media pelancaran album pertama Hafiz itu tidak melihat kemunculan album itu dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa dan secara tangkap muat.

Bahkan, Zainir melihat perkembangan sihat ini seperti yang sering dilakukan dalam format American Idol iaitu album juaranya muncul di saat populariti masih memuncak. Hal yang sama turut dilaksanakan Hafiz dan jika album dipasarkan terlalu lambat, bimbang sambutan peminat akan mula menurun.

Katanya lagi, memuatkan empat buah lagu daripada finalis AF7 dianggap sebagai kayu pengukur meraih sokongan peminat.

"Daripada menghasilkan album kompilasi finalis AF yang menjadi aliran kebiasaan selepas tamatnya musim Akademi Fantasia, lebih baik pihak kami wujudkan album sulung seperti Hafiz dengan menyertakan lagu finalis AF7 yang lain. Ia mungkin lebih praktikal kerana penghasilan album kompilasi AF sebelum ini sudah kurang permintaan dan tidak berbaloi penghasilannya.

"Menghasilkan album penuh juga bukan lagi cara terbaik ketika ini kerana kebanyakan artis hanya mengeluarkan single demi single. Tidak guna juga merakamkan 10 ke 12 buah lagu sedangkan yang popular boleh dikira sekitar satu hingga dua lagu. Lalu, di sini, AESB melihat lima buah lagu sudah memadai buat Hafiz dan potensi untuk lagunya diterima sangat luas.

"Kalau nak diharapkan sangat kepada pulangan penjualan album semata-mata pada zaman sekarang pun belum tentu boleh dapat. Jadi dengan kos pembikinan album yang efektif, AESB cari formula yang mendapat tempat di hati peminat AF. Sedikit kelainan dan bonus diberi dengan memuatkan single finalis AF7," kata Zainir sambil memberitahu AESB sentiasa membuka peluang dan jalan untuk syarikat lain menjalinkan hubungan kerjasama dalam usaha memperkukuhkan label artis naungannya ke peringkat yang lebih baik.
Back to top Go down
lina_nuar
Enterpreneur
Enterpreneur
lina_nuar

Number of posts : 5147
Age : 54
Location : Klang,Port Klang,Shah Alam,Nilai
Registration date : 10/04/2009

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeThu 23 Jul 2009, 3:35 pm

azwin wrote:
lina_nuar wrote:
dah lama x nampak wife dia.. marlia musa... sape2 yg ada info... tempek kat sini eh... mekasih..

utk k.lina....

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 58200910


wahhhh awin... tima kasih byk2 noooooo BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 828273
Back to top Go down
http://www.linanuar2order.portalniaga.com
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeThu 23 Jul 2009, 4:29 pm

Kesal keluarga Waheeda dihina

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi61
Akhil Hayy mohon khalayak tidak lagi cemuh sesiapa ekoran kemelut rumah tangganya

"CUKUP-CUKUPLAH menghukum dia (Waheeda) sebagai orang ketiga. Dia sendiri memang cukup sedih apabila orang menuduhnya sebagai perampas suami orang. Saya simpati dengan apa yang dialaminya dan memohon maaf kepada keluarganya di atas apa yang berlaku."

Begitulah reaksi penyanyi, pengacara dan penceramah bebas, Akhil Hayy apabila ditanya mengenai statusnya dengan penyanyi bertudung litup Waheeda ketika ditemui pada majlis rakaman program Mega Raya Astro, 21 Julai lalu. Dia hanya mampu tersenyum sambil memberikan jawapan selamat. Namun yang paling dikesalinya ialah dek masalah rumah tangganya, ia memberi tekanan yang sangat hebat kepada penyanyi lagu Wassini itu.

“Saya turut diberitahu yang ahli keluarganya turut disindir sesetengah masyarakat. Siapa mereka untuk menghakimi orang? Gara-gara mulut orang dan tekanan persekitaran, dia jatuh sakit. Ketika ini juga dia lebih banyak mendiamkan diri.

“Dia juga sakit disebabkan manusia kolot yang mengamalkan sihir. Saya tidak mahu menuduh, tapi kepada manusia yang tidak bertanggungjawab itu, kalau termakan cili pasti terasa pedasnya. Harus diingat, tak ada manusia yang akan bebas daripada balasan Tuhan apabila berbuat jahat,” katanya yang turut terbabit dalam rakaman tadarus al-Quran untuk Ramadan ini bagi siaran Astro Oasis.

Diaju mengenai pengganti atau lebih tepat apakah Waheeda yang bakal mengisi kekosongan hatinya, pelakon utama Cafe Akhil Hayy itu terus membiarkan ia tergantung tanpa sebarang jawapan pasti. Bagaimanapun, tanpa berselindung, dia memberitahu cukup rapat dengan Waheeda dan keluarga artis kelahiran Johor itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi62
Waheeda

“Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Kita tunggu dan lihat sajalah. Kalau ada jodoh dengan sesiapa pun, Insya-Allah adalah. Takkan saya nak membujang lagi kot kerana kehidupan saya sebagai lelaki normal perlu diteruskan. Saya serahkan kepada-Nya.

“Mengenai Waheeda, apa yang saya dapat katakan, dia orang yang mencari agama dan antara ciri wanita yang lelaki idamkan. Sebab itu, saya boleh intim dengannya kerana kerap berkongsi soal dakwah,” katanya mengakhiri bicara.

Kesempatan bertemunya pada majlis itu juga memberi ruang kepadanya untuk bersuara dan meluahkan sedikit isi hati yang mungkin tersekat sebelum ini. Janggal atau tidak, dia yang digelar sebagai Ustaz Rock harus membiasakan diri dengan status baru yang dimilikinya kini.

“Selama ini pun saya sering bermusafir mencari rezeki dan nafkah untuk keluarga di samping meneruskan dakwah serta kerjaya. Buat masa ini, saya lebih bebas kerana segala spekulasi berhubung masalah ini berakhir dengan jawapan yang mutlak.

“Mungkin ini (perceraian) jalan terbaik untuk kami. Saya harus berterima kasih kepada Astro Oasis kerana memberi ruang masa ketika proses penghakiman itu dijalankan. Masalah yang berlaku adalah perihal peribadi dan bukan jenayah.

“Jika selama ini saya memohon setangkai bunga, tetapi Tuhan bagi pohon berduri. Saya minta rama-rama, Tuhan berikan ulat berbulu. Sebagai hamba-Nya saya sering mengadu. Tak semestinya apa yang kita minta, kita akan dapat. Di sebalik itu, inilah hakikat dan tersembunyi hikmahnya,” katanya yang segak berbaju Melayu ketika rakaman itu diadakan di studio 9, Wisma Ali Bawal.

Kini tiga orang anaknya Siti Nur Maisarah, 12, Mohd Syarif Idayatullah, 11 dan Mohd Syakir Idayatullah, 8 di bawah penjagaan ikon Astro Oasis itu biarpun mahkamah sudah menetapkan hak terbabit kepada bekas isterinya. Ketika ini cuma anak paling kecil, Mohd Syatiri Idayatullah, 2 tahun dijaga Maizawati.

“Anak-anak saya sudah tinggal bersama saya dan bersekolah di Kuala Lumpur. Ketika saya bekerja, abang sulung dan kakak ipar menjaga mereka. Anak-anak lebih kenal siapa bapa dan ibu mereka. Anak-anak aset saya,” katanya ringkas.

Menurut Akhil Hayy, apa yang terjadi tiada kena-mengena dengan orang ketig,a tetapi ia adalah sisi perjalanan kehidupan yang disimpan selama 13 tahun bergelar suami kepada Maizawati. Dalam gelak tawa tutur bicaranya, dia sebenarnya masih kecewa dengan tindakan bekas isterinya.

Sambil berseloroh, Akhil berkata, kalau ada masalah rumah tangga sekalipun, tidak perlulah sampai mengadu ke stesen TV.

“Saya lebih kenal siapa dia (bekas isteri). Seorang isteri yang baik tidak akan membuka aib suaminya. Hingga sekarang saya kesal dengan kenyataan yang pernah keluar dari mulutnya. Sekarang ini ialah masa untuk bermuhasabah diri tapi sudah hak dia, itu mulut dia.

“Paling penting, kami berpisah secara baik dan redakan keadaan ini dengan sewajarnya. Walaupun saya tahu ramai yang membuat spekulasi dan andaian ia berpunca daripada orang ketiga sedangkan ia adalah masalah peribadi yang tidak dapat dibendung lagi,” katanya yang genap usia 40 tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Akhil Hayy akan meneruskan pembikinan album terbarunya yang terbantut seketika kerana masalah rumah tangga yang dialaminya. Pada masa yang sama, program Cafe Akhil Hayy juga sedang dalam peringkat perbincangan dengan Astro Oasis sama ada akan diteruskan atau sebaliknya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeThu 23 Jul 2009, 4:32 pm

lina_nuar wrote:
lina_nuar wrote:
dah lama x nampak wife dia.. marlia musa... sape2 yg ada info... tempek kat sini eh... mekasih..

wahhhh awin... tima kasih byk2 noooooo BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 828273

ok...x de hal....
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeThu 23 Jul 2009, 4:34 pm

Debaran finalis Oo La La

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Mainpi63
SHA, Emeer dan Amira bersaing merebut juara Oo La La.

Program realiti TV9 yang bersiaran sejak 25 Mei bakal melabuhkan tirai Sabtu ini

SELEPAS Akademi Nasyid, Akademi Al-Quran dan Bintang Idola, TV9 tampil dengan satu lagi program realiti terbarunya Oo La La yang sudah bersiaran sejak sejak 23 Mei lalu. Kini program realiti yang membabitkan peserta berpasangan dengan saudara mara terdekat, bakal melabuhkan tirai pada 25 Julai ini.

Sebagai program baru, Oo La La dilihat sebagai percubaan yang menguji kehendak pasaran. Berbeza dengan program realiti lain, Oo La La menggunakan konsep yang bersifat kekeluargaan dan santai.

Penerbitnya, Azman Abdul Ghafar, berkata melihat kepada skala jumlah penonton ia memang terlalu jauh jika dibandingkan dengan program yang sudah lama diterbitkan.

“Namun maklum balas yang kita terima cukup memberangsangkan. Ratingnya naik secara perlahan-lahan. Kita sedar ia program baru, namun sesuatu yang membanggakan ialah episod terakhir ditonton hampir satu juta penonton. Itu satu suntikan semangat kepada kami untuk menghasilkan pertandingan akhir dengan baik,” katanya yang ditemui Hip di Balai Berita, Isnin lalu.

Pertandingan akhir program Oo La La pada Sabtu ini bakal disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, jam 9.35 malam. Masih mengekalkan Sazzy Falak sebagai hos, TV9 turut menjanjikan tarikan istimewa untuk penonton terus melekat di depan kaca TV.

“Saya melihat program ini sebagai kategori kanak-kanak. Apa yang penting pada peringkat akhir nanti diberi penekanan kepada lagu yang dipilih tiga peserta akhir dan corak persembahan.

“Tiga lagu akan dinyanyikan setiap peserta termasuk lagu solo, duet dengan ahli keluarga dan artis jemputan. Nilai tambah dalam usaha menarik penonton pada peringkat akhir nanti semestinya pada artis yang diundang memeriahkan majlis.

“Misha Omar, Ezlynn dan bekas vokalis Meet Uncle Hussain, Lan antara yang terpilih berduet dengan peserta. Selain itu, untuk persembahan lain menghiburkan penonton, pihak kami menjemput juara bagi tiga musim pertandingan Mentor iaitu Pija, Fiq dan yang terbaru, Black. Penyanyi yang dipilih ini bersesuaian dengan sasaran program ini iaitu golongan awal remaja,” katanya.

Tiga peserta ke peringkat akhir Oo La La ialah Emeer, Sha dan Amira. Sha menjadi peserta tunggal yang membabitkan ahli keluarga di kalangan artis. Sha anak saudara kepada penyanyi Aris Ariwatan. Debaran memang kian dirasai peserta akhir ketika ini.

Ketika ini baik Sha, Emeer dan Amira, mereka sedang ligat membuat persiapan akhir bagi memantapkan persembahan kelak. Bagi Emeer atau nama sebenarnya Mohd Emeer Iskandar Mohamad Bakri, demi Oo La La, dia terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur dan Pahang.

Pelajar Sekolah Menengah Indera Mahkota 2 berusia 14 tahun itu sebenarnya bukan wajah asing kerana kerap menyertai pertandingan nyanyian. Selain Oo Lala, dia pernah menyertai My Starz LG musim pertama dan World Championship of Performing Arts (WCOPA),

“Saya bercita-cita nak menjadi penghibur serba boleh dan pada masa yang sama berjaya dalam pelajaran. Melalui penyertaan saya dalam pertandingan nyanyian ini semestinya dianggap menjadi tempat terbaik untuk saya menggilap bakat ke saluran yang betul.

“Program Oo La La bersifat santai. Tekanan itu tidak terlalu berat jika mahu dibandingkan dengan My Starz LG dan WCOPA. Kalau Oo La La, saya bersaing dengan peserta yang lebih kurang sebaya tapi untuk My Starz LG serta WCOPA, saya perlu bersaing dengan peserta yang lebih berusia,” katanya yang akan berduet dengan Lan menerusi lagu dendangan Radja, Patah Hati.

Untuk lagu solo, Emeer memilih lagu Sampai Syurga dendangan asal Faizal Tahir, manakala lagu duet bersama bapanya, mereka sepakat menyanyi lagu Syair Laila Majnun.

Sha atau nama penuhnya, Noor Shahida Jamaluddin, 19 pula akan berduet dengan Misha Omar untuk lagu Cinta. Bagi persembahan solo, Sha memilih tiga lagu tradisional Kurik Kundi, Nirmala dan Dikir Puteri untuk dinyanyikan secara medley.

Persembahan duet Sha dan Aris Ariwatan yang dipanggil Pak Uda merangkumi dua lagu medley iaitu Alhamdulillah (nyanyian Too Phat & Yasin) dan Mentera Beradu (Malique & M Nasir).

“Saya banyak menimba pengalaman menyertai pertandingan nyanyian termasuk Jejak Bintang. Hinggalah saya masuk belajar di UiTM dan wujudnya pertandingan Oo La La. Agaknya seperti sampai masa untuk Pak Uda berkongsi pengalaman seninya kepada saya.

“Tekanan saya mungkin lebih sikit berbanding Emeer dan Amir, kerana ahli keluarga saya di kalangan artis. Lalu, jangkaan orang mungkin terlalu tinggi,” katanya yang seronok dapat menimba pengalaman menyertai Oo La La.

Bagi Amira atau Amira Syahida Mohd Husin sudah pun berjoging untuk meningkatkan stamina persembahannya. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra, Sungai Buluh itu memberitahu program Oo La La adalah pertandingan besar yang pernah disertainya.

Bercita-cita menjadi konduktor muzik, Amira, 14, turut meminati bidang nyanyian dan sudah biasa menyertai pertandingan nyanyian termasuk di Karnival Keluarga Petronas. Sebagai pencabar kepada Sha dan Emeer, Amira memilih lagu Kaer, Izinku Pergi untuk lagu solo. Lagu Just Dance (nyanyian Lady Gaga) dipilih sebagai lagu duet bersama Ezlynn.

“Untuk lagu dengan emak, kami sepakat memilih Lagu Jiwa Lagu Cinta. Saya juga seronok apabila emak berada di sisi termasuklah ketika menyertai Oo La La ini. Emak antara sumber kekuatan dan keyakinan diri saya. Kalau menyanyi seorang diri, perasaan gementar itu cepat saja dirasai,” kata Amira.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeThu 23 Jul 2009, 4:37 pm

Norman KRU: Saya tak teruja nak kahwin kerana dah tua

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Norman10

NORMAN Abdul Halim atau lebih popular sebagai Norman KRU, 37, ternyata gembira menunggu majlis perkahwinannya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, namun tidak ada perasaan teruja dalam diri Norman kerana dia menganggap dirinya sudahpun 'season' jika dibandingkan dengan pasangan pengantin lain yang lebih muda darinya.

Menurut Norman sendiri, dia seorang yang berfikiran matang, tidak seperti pasangan remaja yang terlalu teruja hendak berkahwin.

"Umur saya mungkin 37, tapi pemikiran saya seperti seorang yang berumur 47 tahun.

"Saya tak pernah lalui alam perkahwinan, lagipun saya dah tua dan berkahwin pun dengan orang tua, apa yang nak di 'excited' kan sangat. Kami ni 'rilek' dan 'cool' je," kata Norman sambil ketawa.

Norman pada awalnya telah merancang untuk bernikah secara tertutup bersama pasangan pilihannya, Dr. Shireen Hashim, 44, di Sydney, Australia pada 7 Ogos depan namun Norman terpaksa membatalkannya ekoran tidak mahu ada pihak yang berkecil hati nanti.

"Saya ni jenis orang sederhana, saya tak nak orang gembar-gemburkan majlis perkahwinan saya ni, saya tak suka. Kami hanya akan buat majlis akad nikah sahaja, tiada majlis sanding mahupun resepsi.

"Sayapun tak minat buat besar-besaran sebab seolah-olah macam kita nak bersaing dengan artis-artis lain, saya memang tak minat.

"Tapi terus-terang saya nak mintak maaf awal-awal sebab nanti tak semua orang akan saya jemput, mungkin saya hanya akan jemput kenalan-kenalan yang dekat dan pihak media sahaja," jelas Norman.

Ketika ditanya mengapa Shireen menjadi pilihan hatinya, Norman mengatakan faktor umur dan sikap Shireen yang begitu memahaminya adalah faktor utama Norman memilih Shireen.

"Shireen ni orang yang penyabar, banyak memberi sokongan pada saya malah dia begitu memahami setiap keputusan yang saya buat.

"Saya lebih banyak tumpu pada kerja saya, jadi saya tak suka perempuan yang nak saya melayan dia, bagi 'report duty' setiap jam. Saya pernah berkawan dengan gadis yang lebih muda dari saya, saya dah pernah lalui semua itu.

"Dengan Shireen saya tak perlu risau semua itu, dia seorang yang matang dan saya memang jenis yang tak suka dikongkong jadi sebab faktor umurnya jugalah saya memilih Shireen," kata Norman.

Ditanya perasaan Norman berkaitan isu artis yang berkahwin dan bercerai Norman mengatakan dia tidak takut dengan masalah penceraian kerana baginya jika tidak ada masalah yang timbul, tidak akan berlaku kes cerai.

"Saya tak takut cerai, buat apa nak takut kalau kita tak ada masalah dengan pasangan kita. Apa yang penting dalam perkahwinan ni adalah untuk mencari kebahagiaan dan ketenangan, kalau kita 'happy' bersama pasangan kita jadi tidak akan ada masalah.

"Tetapi sayapun bukan jenis yang suka kahwin-cerai, bagi saya selagi tidak ada ego dalam hubungan suami isteri mugkin tidak menjadi masalah," katanya.

Namun Norman berharap perkahwinannya nanti tidak akan menghadapi sebarang masalah dan Norman akan redha jika dia terpaksa menghadapi masalah penceraian dengan bakal isterinya.

Tambah Norman lagi, jika dimurahkan rezeki oleh Tuhan dia inginkan anak yang ramai.

"Saya memang nak anak ramai, kalau rezeki kami murah saya nak empat orang anak iaitu dua orang lelaki, dua orang perempuan.

"Tetapi saya hanya berserah pada rezeki Tuhan saja, saya terima apa jua yang diberi," ujarnya.

Majlis pernikahan pasangan Norman-Shireen ini akan dilangsungkan pada 7 Ogos 2009. Setelah membatalkan rancangan untuk bernikah di Australia, pasangan ini memilih untuk bernikah di Masjid Saidina Umar Al Khattab, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Majlis suai kenal antara keluarga Norman bersama keluarga Shireen pula akan diadakan secara kecil-kecilan selepas raya nanti.

Norman meminta semua peminatnya mendoakan kebahagiaan perkahwinannya nanti dan Norman turut mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang faham akan kehendaknya untuk membuat majlis perkahwinan secara sederhana.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeThu 23 Jul 2009, 4:39 pm

Rozita: Saya nak elak dari dikatakan 'playgirl'

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Rozita10
Rozita berkali-kali menafikan yang dirinya sedang bercinta dengan Asrarudin Putra Omar. -foto TV3

SEJAK mengaku mengenali dan ‘berkawan’ dengan pemain bola sepak kebangsaan, Asrarudin Putra Omar baru-baru ini, terus pelakon cantik, Rozita Che Wan, 36, digosipkan bercinta dengan lelaki itu.

Namun, dia berkali-kali menafikan mereka sedang bercinta walaupun telah beberapa kali keluar berdua dan bergayut telefon sehingga 4-5 jam dengan pemain bola sepak itu.

“Bergayut (telefon) tak semestinya bercinta. Kami berkawan tanpa libat perasaan kerana saya risau kalau berkahwin dengan lelaki muda nanti dia akan kejar perempuan lain pula tetapi kalau muda 1-2 tahun tu ‘ok’.

“Sebelum ini, saya memang jaga dan tidak berani keluar dengan sesiapa bagi mengelakkan timbulnya gosip tetapi saya pun ada hidup sendiri..,” jelas Rozita yang berbeza umur sebanyak 15 tahun dengan Asrarudin.

Dalam mengelak dari berterusan digosipkan bercinta dengan lelaki berusia 21 tahun itu, Rozita turut mengakui sedang mengenali seorang lelaki biasa berusia 30-an dan merupakan seorang ahli perniagaan yang masih bujang.

“Saya baru sahaja mengenalinya dan tidak mengelak jika bertemu jodoh dengannya. Dia seorang yang terlalu baik dan akan menuruti apa yang saya perkatakan.

“Misalnya, kalau saya sebut sesuatu tu, terus benda tu akan sampai kepada saya.

“Mungkin itu caranya untuk memikat hati saya tetapi kami tak pernah keluar berdua,” cerita pelakon popular menerusi drama ‘Susuk’ dan ‘Ai, Di Beijing’ ini.

Namun, buat masa sekarang masih terlalu awal untuk mengatakan mereka akan mendirikan rumah tangga nanti.

“Saya belum terfikir tentang itu sebab saya mesti inginkan lelaki yang betul-betul menyayangi saya tetapi tak semestinya orang yang berkawan dengan kita itu akan menjadi jodoh kita.

“Tetapi tidak mustahil juga kalau tiba-tiba sahaja kami boleh terus berkahwin,” kata pelakon berketinggian 5’ 7” dengan berat 50 kg ini.

Jika sebelum ini, ramai yang menganggap Rozita lebih gemarkan lelaki bertaraf VIP berpangkat Datuk atau Tan Sri.

Malah dia juga tidak lari dari digosipkan dengan Tan Sri R, Datuk Seri Effendy Nawawi dan Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa (Datuk K).

“Saya bukanlah jenis yang memandang lelaki VIP sahaja. Kalau hati dah suka, saya ‘ok’ sahaja dengan sesiapa pun tetapi saya lebih selesa dengan orang biasa sahaja.

“Saya kena kenal ramai orang untuk membuat pilihan yang terbaik. Jika nak dibandingkan dengan saya, orang di luar sana pun ada yang mempunyai ramai teman lelaki kan?

“Saya akui lebih cerewet dan ada hak (untuk cerewet). Kalau keluar cerita tentang artis, orang akan cop macam-macam. Jadi, kalau boleh saya nak elak dari dikatakan ‘play girl’.

“Kadangkala cerita gosip saya dengan VIP sedikit sebanyak membuatkan ‘saham’ saya jatuh dan hanya orang yang rapat dengan saya yang betul-betul tahu tentang kisah sebenarnya,” jelas bekas Dewi Remaja 1993/1994 ini.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeThu 23 Jul 2009, 4:40 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Rozita11
Barisan pelakon drama bersiri ‘Puteri Aurora Beradu’.

Bercerita tentang perkembangan seninya, Rozita baru selesai menjalani pengambaran drama bersiri ‘Puteri Aurora Beradu’ yang telah disiarkan di TV3 melalui slot ‘Lagenda’ mulai semalam, 21 Julai, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 4.30 petang dan ulangannya di TV9 pada pukul 8.30 malam.

Menurut Rozita, sepatutnya dia mendapat watak ‘jahat’ namun disebabkan percanggahan masa dengan lakonannya yang lain, jadi dia terpaksa menolak tawaran itu dan menerima watak ‘baik’ bernama Aishah.

“Bagus juga saya menolak (berlakon watak jahat) kerana saya tidak terlalu pandai membawa watak jahat dibandingkan dengan NK (Norish) yang memang mantap lakonan jahatnya,” tuturnya yang pernah membawakan watak antagonis menerusi drama ‘Susuk’ dan ‘Ai, Di Beijing’.

Selain itu, dia baru selesai pengambaran telefilem Raya, ‘Kuih Goyang Seha’.

Sekarang, dia sedang sibuk dengan pengambaran filem ‘Adik Manja Kembali’ sebagai pengetua ‘glamor’ tetapi sopan dan seterusnya telefilem ‘Cantik’.

Rozita berkata dia akan sibuk berlakon sehingga bulan puasa ini sebelum mengerjakan umrah pada 29 Ogos hingga 15 September depan.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitimeThu 23 Jul 2009, 4:42 pm

Waheeda: Saya sedang berehat
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Waheed10

SEJAK tercetusnya kontroversi yang mengatakan dia menjadi 'orang ketiga' di dalam rumahtangga penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Akhil Hayy dan Maizawati Zainal, Waheeda dilihat lebih banyak 'mengalah' dan kurang mengeluarkan kenyataan.

Bagi penyanyi berusia 30 tahun ini, tujuannya untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan, lebih-lebih lagi dikecam sebagai perampas suami orang dan pemusnah rumahtangga.

Dalam temubual bersama mStar Online pada akhir Mei lalu, Waheeda akui apa yang berlaku cukup menyedihkannya, apatah lagi tohmahan seperti itu dilemparkan oleh pihak-pihak yang belum hujung pangkal kebenarannya.

Malah, ketika itu, Waheeda akui, dia lebih ingin memberikan perhatian kepada kesihatannya yang tidak begitu baik sejak tercetusnya kisah panas tersebut.

"Sekarang ini saya tengah berubat...penyakit yang sudah lama sebenarnya saya alami. Cuma sekarang ini semakin teruk pula," ujar Waheeda dalam temubual tersebut, sambil enggan mengulas lanjut tentang penyakitnya itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu kemudiannya lebih gemar mendiamkan diri walaupun terus 'diburu' media. Malah, sehingga Akhil dan bekas isterinya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai, Waheeda tetap 'membisu'.

Namun, Akhil yang ditemui baru-baru ini mendedahkan keadaan kesihatan penyanyi itu yang tidak begitu baik buat masa ini.

"Saya agak risau kerana dia tengah sakit akibat tekanan banyak benda dan saya tidak menolak ada unsur ghaib atau sihir yang dibuat terhadapnya.

"Saya rasa ini adalah perbuatan pihak-pihak tertentu, tapi saya tidak mahu menuduh sesiapa. Cuma saya ingin katakan, perbuatan ini amat dilaknat oleh Allah," kata Akhil.

Waheeda yang dihubungi untuk mendapatkan penjelasan tentang kesihatannya bagaimanapun hanya memberi komen ringkas menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar.

"Sekarang ini saya sedang berehat untuk pulih. Terima kasih kerana memahami," katanya tanpa sebarang komen lanjut.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 - Page 4 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - 10

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 4 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5 ... 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions