|
| BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 23 Jul 2009, 4:44 pm | |
| Akhil akui Waheeda terkena sihir! Akhil akui lebih tenang menjalani kehidupan baru selepas bercerai dengan bekas isterinya DARI jauh, Akhil Hayy sudah mempamerkan senyuman, seolah-olah sudah dapat mengagak temubual ini pasti lebih berkisarkan kisah peribadinya. Namun, tidak seperti sebelum ini, penyanyi nasyid dan penceramah bebas ini dilihat sudah lebih 'terbuka' membicarakan tentang kehidupan barunya setelah bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal, pada tanggal 15 Julai lalu. "Inilah perjalanan kehidupan, yang telah tertulis. Buat masa ini saya rasa 'bebas'," ujar Akhil ketika ditemui pada rakaman program Mega Raya Astro, baru-baru ini. Menurut Ustaz Rock ini, memegang status duda dan kembali hidup bersendirian tidak langsung membuatkannya rasa janggal. Malah, tutur Akhil, segala yang berlaku sebenarnya adalah atas kekuasaan Allah dan dia sendiri akui, itu adalah yang terbaik buat dirinya pada masa ini. "Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya. Ini adalah perjalanan hidup yang saya simpan selama 13 tahun. Bagi saya, dalam apa-apa hal rumahtangga, cukuplah saya katakan anak-anak lebih mengenali siapa ibu dan ayahnya. "Dan saya sudah cukup kenal isteri saya dan mengapa saya menceraikannya. Saya tegaskan lagi di sini, bukan disebabkan orang ketiga, tetapi memang hubungan kami ada masalah peribadi," ujarnya dalam nada perlahan. Tetapi, kata Akhil, apa yang cukup menyedihkannya tatkala isu rumahtangganya hangat diperkatakan ialah tindakan bekas isterinya sendiri. "Saya kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan olehnya. Sepatutnya, kita kena bermuhasabah diri. Seorang isteri solehah tidak akan mengaibkan suaminya walau seteruk mana pun suaminya itu. "Bukannya pergi ke stesen televisyen dan mengadu. Dan sepatutnya stesen TV juga perlu tanya kebenaran suami sebelum minta isteri keluarkan kenyataan. "Apapun, alhamdulillah, kami telah berpisah dengan cara baik. Dia mendapat hak jagaan anak-anak, tetapi tiga orang anak saya tinggal dengan saya sekarang. Yang bongsu berada di bawah jagaan ibunya," kata bapa kepada empat orang anak ini. Akhil enggan berbicara lanjut tentang mencari 'pengganti' dan menyerahkan hal jodoh pada Allah Henti aibkan Waheeda! Pergolakan rumahtangga Akhil dan Maizawati cukup hangat diperkatakan tidak lama dulu apabila bekas isterinya itu mengaku Akhil memang mempunyai hubungan dengan penyanyi popular Waheeda. Penafian demi penafian telah dibuat oleh Akhil dan Waheeda sendiri, namun pelbagai spekulasi terus dibuat apatah lagi bila kedua-duanya dilihat cukup 'akrab'. Menurut Akhil, dia sendiri cukup sedih melihat Waheeda menerima tohmahan yang cukup hebat, sedangkan apa yang berlaku di dalam rumahtangganya sebelum ini tiada langsung kena-mengena dengan penyanyi itu. "Saya sedih bila lihat orang tuding jari dan labelkan dia perampas. Siapa mereka untuk bercakap seperti itu? Sampaikan impaknya turut tempias kepada ahli keluarganya juga. "Saya sudah jelaskan pada ibu Wawa (Waheeda) dan mohon maaf kerana dia dibabitkan dalam hal ini. Tolong berhenti aibkan dia. Saya agak risau kerana dia juga tengah sakit akibat tekanan banyak benda dan saya tidak menolak ada unsur ghaib atau sihir yang dibuat terhadapnya. "Saya rasa ini adalah perbuatan pihak-pihak tertentu, tapi saya tidak mahu menuduh sesiapa. Cuma saya ingin katakan, perbuatan ini amat dilaknat oleh Allah," kata Akhil. Ditanya adakah selepas ini dia akan mencari pengganti dan mungkinkah wanita itu adalah Waheeda, sambil tersenyum Akhil menjawab: "Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Saya perlu teruskan hidup sebagai lelaki. Kita lihat sajalah apa yang akan berlaku. Sejujurnya, saya masih lagi berkawan dengan Wawa dan rapat dengan ahli keluarganya. "Kami masih menghubungi antara satu sama lain. Saya nampak Wawa adalah seorang wanita yang sentiasa mencari dan ingin dekat dengan agama. Sebab itulah saya intim dengan dia dan ibubapanya." Mengulas mengenai kariernya pula, kata Akhil, dia bersyukur kerana rezekinya tidak pernah putus walaupun hebat dilanda dengan kontroversi. "Alhamdulillah, saya masih dipanggil mengadakan ceramah. Album juga sedang di dalam proses pembikinan. Saya juga masih diberi kepercayaan menjadi ikon Astro Oasis. Walaupun program Cafe Akhil Hayy dihentikan seketika kerana ingin beri laluan kes mahkamah tempoh hari, tetapi saya tidak kisah. "Malah, saya terharu Astro Oasis memberi ruang untuk saya selesaikan dulu kes tersebut. Lagipun, saya bukannya melakukan jenayah. Namun saya sedar, imej saya sedikit sebanyak telah tercalar, tapi saya kenalah terima perkara ini. "Cafe Akhil Hayy juga sedang dalam perbincangan untuk diteruskan. Mungkin kita akan 'rebranding' semula program itu...tengoklah macam mana, sebab saya pun sekarang sudah bina hidup yang baru," katanya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 23 Jul 2009, 4:46 pm | |
| Ziana Zain selamat lahirkan kembar, akan berpantang 100 hari Ziana Zain. PETALING JAYA: Penyanyi Ziana Zain selamat melahirkan sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, sekitar pukul 10 pagi tadi. Pengurus Ziana, Lisa Aryanti Tahir memberitahu mStar Online yang Ziana Zain telah melahirkan anak kembarnya secara pembedahan (caesarian). Kata Lisa, "Menurut kata doktOr, Ziana sepatutnya melahirkan anaknya pada pertengahan Ogos tetapi terpaksa diawalkan kerana Ziana mengalami tekanan darah tinggi. "Walau bagaimanapun, kedua-dua anak Ziana sihat. Anak pertama adalah bayi lelaki yang beratnya 2.1kg dan yang kedua perempuan, 1.7 kg." Lisa berkata, suami dan keluarga Ziana berada di sampingnya ketika pembedahan itu. Kebetulan suaminya, Armin sedang bercuti. Ketika ditanya, adakah Ziana bersedia menunjukkan wajah bayinya kepada umum, Lisa berkata, "Ziana seorang yang cukup berdisiplin. "Gambar baby tidak akan ditunjukkan bawa masa ini. Hanya apabila dia sudah bersedia, barulah dia akan tunjukkan babynya. "Dan Ziana akan berpantang 100 hari. Selagi dia belum habis pantang, dia tidak akan tunjuk muka pada media." Kata Lisa, Kak Ziana kemungkinan besar tidak akan menagndung lagi memandangkan usianya sudah 41 tahun. "Ziana juga belum memikirkan nama anak kedua kembarnya." |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 23 Jul 2009, 5:11 pm | |
| Akim serius nak berjaya Akim AF7 kini semakin popular dengan lagu Bengang yang kerap diputarkan di corong-corong radio. Nampaknya perjalanan seni remaja dari Johor itu agak cerah. Apabila berasa masa depannya yang nampak ada peluang dan kesungguhannya sendiri untuk menjadi penyanyi, Akim mendapat sokongan bapa saudaranya, Mat Mega, bekas anggota kumpulan Mega. "Saya tidak tahu pun anak saudara saya ini mempunyai kesungguhan menyanyi, apabila tinggal dengan saya dan nampak dia bersungguh-sungguh barulah saya sedia membantu. "Kalau nampak macam payah untuk mencipta nama, saya akan suruh dia balik saja ke Johor, tapi saya nampak Akim ni ada bakat yang boleh diserlahkan. "Saya sudah lama tidak cipta lagu... nampaknya saya kena aktif balik dan saya akan mencipta lagu untuk album Akim nanti," kata Mat. Menurut Mat, Akim seorang yang berani dan tidak segan untuk menyerlahkan bakatnya di khalayak ramai. Mula jadi sasaran gosip Walaupun masih muda, 18, Akim atau Afiq Hakim Ahmad sudah mula digosipkan dengan rakan Akademi Fantasia 7, Aishah. Ada juga yang cuba mengaitkan Akim dengan Dayana, peserta Anak Wayang. "Kalau nak tahu sebelum ini Dayana ialah salah seorang peminat saya dan kami selesa berkawan. Kami pernah bergambar dan hubungan jadi mesra, tak tahu pula kemesraan kami disalahertikan," kata Akim. Hubungan dengan Aishah pula dianggapnya sebagai teman tapi mesra sahaja, tak lebih dari itu. "Aishah ni cute, boleh buatkan saya ketawa dan kerenah dia yang malatah membuatkan saya suka kacau dia. "Sekarang saya masih single. belum ada yang betul-betul membuatkan saya jatuh cinta. Sekarang belum masa untuk saya bercinta," kata Akim. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kisah Akim, jangan lupa dapatkan majalah Mangga edisi terbaru yang kini sudah berada di pasaran. Akim, Dafi, Mila dan artis baru Shima menjadi penghias muka depannya. Banyak gambar eksklusif artis remaja siap berbaju raya lagi. Cepat dapatkan di pasaran ya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 1:44 pm | |
| Teater Lorong Blues Teater ini diadakan buat kali kedua. Pementasan teater “ LORONG BLUES” yang diadakan di Stor Teater DBP pada tahun 2007 telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton yang hadir. Berikutan dengan itu, Sanggar Teater Fauziah Nawi (STEFANI) ingin mengambil inisiatif untuk membawa pementasan ini sekali lagi agar ianya dapat dikongsi bersama. Rata-rata komen dan ulasan yang diterima dari orang ramai mengatakan Teater “Lorong Blues” ini memberikan satu definasi baru dalam industri teater Melayu tanah air di mana masih mengekalkan bahasa yang indah dengan mesej-mesej padat bersertakan dengan lakonan yang bermutu. Ini telah membangkitkan keprihatinan ramai pihak yang sebelum ini tidak memandang serius terhadap teater Melayu yang berskala kecil seperti ini. Teater : Lorong Blues Arahan : Hajjah Fauziah Nawi Tarikh : 24 Julai 2009 hingga 7 Ogos 2009 (kecuali 31 Julai 2009) Tempat : Stor Teater Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur Masa : 9 malam Tiket : RM 30, RM 20(Pelajar) *Persembahan untuk 15 tahun ke atas Pertanyaan, sila hubungi Farah (012 6170697) Blog STEFANI : www.akulahrawana.blogspot.com Sinopsis Teater Lorong Blues“LORONG BLUES” mengisahkan pertembungan beberapa watak yang cuba melarikan diri dari kenyataan pahit kehidupan yang sememangnya penuh dengan ranjau dan duri. Masing masing cuba melarikan diri dari “blues” yang melanda diri akhirnya terkepung di lorong semasa melarikan diri dari serbuan anggota keselamatan. Dalam kekalutan mereka mula menuduh sesama sendiri. Mereka berkenalan dan dari pertukaran pengalaman mereka mula mengenal wajah sendiri. Kecederaan salah seorang kerana tertembak sewaktu melarikan diri menyebabkan mereka terpaksa membuat pilihan. Menyelamatkannya bererti merisikokan mereka untuk diberkas oleh pihak berkuasa yang sedang mengepong. “LORONG” yang bermula waktu tengah malam berakhir di waktu azan subuh bergema , penuh dengan tragedi kehidupan manusia yang tidak akan pernah berakhir, selagi dunia ini terus berputar. Barisan Pelakon:Ungku Hariz Faizal, Raja Amy Shahril, Raihan Jamil, Ard Omar, Mohd Zaki, Mohd Nor Hafiz, Adrina Badri, Farah Ahmad, Syalizawani Ramlan, Chie Azim |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 1:46 pm | |
| Kongsi semangat di Melbourne Maya Karin antara 300 peserta yang bersidang pada seminar Projek Iklim Persidangan Asia Pasifik SELAIN dikenali menerusi pembabitannya dalam dunia seni, Maya Karin turut memahat namanya antara pejuang atau aktivis alam sekitar. Selang beberapa ketika, ada saja aktiviti pemuliharaan alam sekitar yang disertai wanita ini, tidak kiralah kempen penjimatan tenaga, pengurangan pergantungan kepada beg plastik, mencintai haiwan dan sebagainya. Baru-baru ini, aktres ini terbang ke Melbourne, Victoria, Australia, untuk menghadiri Projek Iklim Persidangan Asia Pasifik anjuran Yayasan Pemuliharaan Australia dengan kerjasama bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore. Maya ialah antara 300 peserta terpilih yang menghadiri persidangan berkenaan, yang berlangsung di Pusat Seni Melbourne selama tiga hari bermula 11 Julai. Difahamkan, Maya terpilih daripada kira-kira 2,000 peserta yang menghantar permohonan dari Australia dan negara Asia Pasifik lain. "Tentulah ia pengalaman cukup berharga buat saya kerana selain menyaksikan sendiri pembentangan oleh Al Gore mengenai alam sekitar secara berdepan, serta mendapat tunjuk ajar daripada beliau, ramai lagi penceramah lain yang turut terbabit dalam persidangan itu. Ia satu perhimpunan yang dipenuhi dengan maklumat. "Apatah lagi pada persidangan itu juga, kami dapat berinteraksi bukan hanya dengan kira-kira 300 peserta dari 19 negara, bahkan kami turut berpeluang berbincang bersama saintis yang juga pejuang alam sekitar veteran. Mereka sudah berusaha mencari penyelesaian terhadap masalah iklim sejak berdekad yang lalu," kata Maya. Mengaku kepenatan akibat jadual persidangan yang padat, namun artis ini pulang dengan semangat yang lebih berkobar-kobar demi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mementingkan penjagaan serta pemuliharaan alam sekitar. "Saya mengambil kesempatan ini untuk merayu pembaca Berita Harian dan rakyat Malaysia keseluruhannya, supaya mengurangkan penggunaan tenaga. Jika kita kurang menggunakan elektrik atau kereta, contohnya, kita sebenarnya menyumbang ke arah pemuliharaan alam sekitar. Kita membantu mengurangkan pengeluaran karbon dari kilang-kilang apabila kebergantungan terhadap tenaga itu sendiri diminimumkan. "Elakkan pembaziran tenaga, kerana menerusi cara itu, kita bukan boleh berjimat, bahkan sesuatu tindakan yang kecil seperti menutup lampu apabila keluar daripada bilik boleh membawa perubahan besar kepada dunia," kata Maya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 1:49 pm | |
| Misha Omar muncul di TV2 kerana latah Misha Omar melakonkan watak Lela Latah. MENUTUP tirai slot Citra @ 2 Julai ini, penonton diajak bergelak ketawa dengan watak Lela, gadis suka melatah lakonan Misha Omar pada 31 Julai mulai jam 8.30 malam di TV2. Lela Latah arahan Adam Hamid turut dibarisi pelakon terkenal seperti Aqasha, Natasha Hudson, Noorkhiriah, , Rosnah Johari, Rahim Jailani dan Fadilah Mansor. Ia mengetengahkan watak Lela yang tinggal bersama ibu bapanya di sebuah kawasan kondominium sederhana di ibu kota. Lela anak tunggal yang sangat manja dengan ibu bapanya bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai kerani akaun. Lela berkira-kira nak beli kereta Kancil tapi kesibukan menghalang Lela pergi mendapatkan lesen kereta. Lalu dia pergi bekerja menaiki LRT atau bas. Roslan, anak majikan syarikat itu baru balik dari luar negara memang kacak bergaya orangnya. Maka ramailah perempuan yang cuba mendekatinya kerana memiliki kereta mewah. Namun Roslan yang bercita-cita tinggi untuk meningkatkan lagi perniagaan ayahnya, menganggap semua macam kawan. Tidak ada gadis istimewa yang boleh menambat hatinya. Satu hari, ketika Roslan balik pejabat muncul penjahat yang tiba-tiba menyerangnya dan cuba merebut kunci kereta yang ada pada tangan Roslan. Terperanjat dengan kejadian itu, Lela mula melatah. Kedua-dua penjahat itu ditendang dan dibelasah dek latah itu lalu penjahat lari lintang pukang. Roslan sangat terkejut dengan ketangkasan serta sikap pelindung Lela. Padahal Lela hanya melatah dan itu semua adalah tindakan spontan akibat latah itu. Roslan sangat berterima kasih pada Lela manakala Lela pula teruja dengan ketampanan Roslan. Mereka berkawan dan hubungan itu direstui keluarga Lela. Dan dari bibit pertemuan itu jugalah Roslan makin mesra dengan Lela. Dalam banyak pertemuan yang berlaku, Roslan juga seronok sebab Lela selalu melatah. Di kawasan perumahan Lela, dia memang popular dengan sikap latahnya itu. Ropiah, anak jiran sering nampak Lela balik dihantar lelaki tampan dengan kereta mewah. Ropiah mula cemburu. Dia pun nak juga lelaki kaya jadi buah hati tapi apakan daya buah hatinya, Shukor bekerja hanya sebagai pengangkat barang di sebuah pasar raya. Ropiah mula buat hal. Dia menyakat Lela supaya Lela melatah dan pukul orang. Tujuan Ropiah ialah supaya Lela dibenci masyarakat sekelilingnya. Fazrin, seorang model ternama diperkenalkan pada Roslan dalam satu majlis hari jadi seorang kawan. Fazrin yang pantang tengok lelaki kacak cuba berbaik dengan Roslan. Roslan terpesona juga dengan kecantikan Fazrin namun hatinya sudah tersangkut pada Lela. Fazrin menggunakan kebijaksanaannya untuk memikat bukan saja Roslan tetapi menambat hati ibu bapa Roslan iaitu Maria dan Kamal. Namun Roslan hanya melayan Fazrin sebagai kawan. Apakah kesudahan kisah cinta Lela dan Roslan dan berjayakah mereka yang cemburu itu memisahkan pasangan kekasih itu? Mampukah penyakit latah Lela itu diubati ibu bapanya? Jangan lupa saksikan drama menarik ini terutama lakonan Misha Omar yang sebelum ini hanya terkenal sebagai seorang penyanyi yang memiliki suara yang sungguh merdu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 1:52 pm | |
| Gambar Sekitar Muzik Video Ayuh Kawan Lagu Tema Filem EstetEKSTRAVAGANZA BERWARNA WARNI DALAM MUZIK VIDEO ‘AYUH KAWAN,’ LAGU TEMA FILEM ESTET. Kehangatan filem ‘Estet’ arahan sutradara Mamat Khalid, semakin dirasai apabila baru-baru ini menjalani pengambaran muzik videonya iaitu ‘Ayuh Kawan’ dan ‘Cahaya Kemenangan,’ bertempat di Sungai Buloh, Selangor. Keunikkan muzik video ‘Ayuh Kawan,’ ialah dinyanyikan oleh penyanyi rock popular tanahair iaitu, Awie. Manakala Farid Kamil, Jasmine Michael dan Shashi Tharan membintangi video muzik berkenaan. Gerak tari menarik juga pakaian berwarna-warni menjadi muzik video ‘Ayuh Kawan,’ satu ekstravaganza yang tidak dapat dilupakan. Dengan semangat kepelbagaian kaum di Malaysia, buat julung kalinya, video muzik ini dinyanyikan secara kombinasi di dalam bahasa Melayu dan Tamil, oleh Awie juga penyanyi Tamil popular, Siva. Dengan mendapat sentuhan pengarah terkenal, iaitu sutradara Mamat Khalid, serta tenaga kerja kreatif yang terbaik, ‘Ayuh Kawan,’ juga ‘Cahaya Kemenangan,’ pastinya menambat hati peminat-peminat. Dalam pada itu juga ‘Ayuh Kawan’ bakal ditayangkan di MTV Asia nanti. Filem ‘Estet’ dijangka akan ditayang kepada umum pada penghujung tahun ini. Nantikan ‘Estet’ di pawagam nanti |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 1:54 pm | |
| Dengarnya... Ida Nerina masih jalani rawatan Cik Normah doakan Ida cepat sembuh dan kembali aktif dan ceria seperti dulu. BANYAK juga peminat yang bertanya kepada Cik Normah, bagaimana keadaan pelakon Ida Nerina sekarang? Iyalah, sejak insiden dia terjatuh di kediamannya penghujung Jun lalu, tidak banyak khabar yang sampai kepada mereka. Apatah lagi apabila pelakon filem Susuk dan Anak itu tidak mahu sesiapa datang menjenguknya, kecuali keluarga terdekat dan pengurusnya. Jadi, tidak banyaklah cerita yang sampai ke telinga wartawan mahupun peminat. Namun, demi peminat Ida, Cik Normah bertanya jugalah sana-sini perihal perkembangan pelakon berbakat besar itu. Paling tidak, mereka tidak perlulah risau sangat jika sedikit khabar dapat diketahui bersama. Khabarnya, Ida kini masih dirawat di sebuah pusat perubatan dan belum ada tarikh tertentu menyatakan bila aktres yang sering muncul dalam filem arahan Shuhaimi Baba ini akan keluar daripada hospital. Maklum saja, kecederaan dialami bukan sedikit. Ida tercedera tulang belakangnya apabila terjatuh dulu. Bagaimanapun, keadaannya dikatakan semakin baik. Lega juga Cik Normah dengar perkhabaran itu. Iyalah, sudah lama juga rasanya Ida berada di hospital. Walaupun berada dalam rawatan, tetapi Cik Normah diberitahu, Ida tetap menjalankan kerjanya sebagai juri pertandingan filem pendek anjuran BMW. Dengarnya, sebanyak 80 judul filem pendek perlu ditonton pelakon ini. Apabila juri bertemu untuk mengadakan perbincangan pula, Ida dikatakan turut mengambil bahagian menggunakan panggilan menerusi internet. Nasib baiklah teknologi terkini boleh membantu memudahkan kerja Ida. Kalau tidak, susah juga hendak buat kerja tatkala diri terlantar di hospital. Cik Normah juga dengar, isteri kepada bekas anggota kumpulan Black Rose, Sha'arin Mohammed Razali, itu sendiri sudah naik bosan apabila berada lama sangat di pusat rawatan. Cik Normah faham, kalau sebelum ini kita asyik sibuk saja, apabila kena duduk diam sekejap, mesti cepat bosan kan? Sabar sajalah Ida, esok lusa, apabila sembuh sepenuhnya, Ida kerjalah semula. Sekarang, yang penting Ida kenalah berehat banyak-banyak. Biar pulih dulu mana-mana yang sakit tu. Cik Normah tahu, setiap hari peminat mendoakan kesejahteraan untuk Ida. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 1:59 pm | |
| Cari cabaran baru Ilya sanggup tinggalkan kerjaya sebagai pramugari kerana cintakan dunia seni PESONA wajahnya yang persis bintang Bollywood tidak jemu dipandang mata. Tutur bicaranya juga lancar dan penuh keyakinan. Barangkali pengalaman lima tahun sebagai pramugari banyak membantu gadis berusia 24 tahun ini untuk berdepan dengan kamera. Raja Ramilah Raja Mahmood atau mesra disapa Ilya ialah antara barisan pelapis yang akan mewarnai industri hiburan. Gadis kelahiran Ipoh, Perak ini mula berjinak dengan dunia lakonan apabila membintangi telefilem, Malam Tujuh Likur terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd, dua tahun lalu. Percubaan yang tanpa disangka mencambahkan minat mendalam, lantas mendesaknya untuk mengambil sebuah keputusan berat. “Selepas lima tahun saya terfikir untuk mencari cabaran baru kerana sudah penat menjadi anak kapal. Cukuplah pengalaman yang ada dan akhir tahun lalu, saya mengambil keputusan nekad untuk berhenti,” katanya. Ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri, Biru Cinta Laguna terbitan Tall Order Productions Sdn Bhd di Perhentian Island Resort, Terengganu, Ilya berkata, dia nekad beralih arah kerana cinta yang mendalam terhadap dunia seni. Sekali pun kabur akan perjalanan baru yang bakal ditempuhinya, Ilya percaya, andai disertakan usaha dan kesungguhan tidak mustahil pintu rezekinya terbuka luas. Keyakinan Ilya nyata berasas. Sejak Disember lalu, rezeki gadis hitam manis ini tidak pernah putus. Kecil atau besar tawaran bukan ukuran kerana sebagai pelakon baru, Ilya akur dia tidak boleh terlalu memilih. Prinsip Ilya, peluang tidak datang bergolek jika hanya menanti. Sejak serius sebagai pelakon, dia tidak pernah malu turun naik tangga rumah produksi untuk mencari peluang. “Saya redah segala peluang untuk memperluaskan jaringan hubungan serta memperkenalkan nama. Setiap tawaran yang diperoleh berat untuk saya lepaskan. “Jika terlalu memilih, apatah lagi pada permulaan langkah mungkin menyukarkan saya untuk meraih peluang yang sama kelak. Justeru saya cuba penuhi kerana setiap karektor menyimpan cabaran yang tersendiri,” katanya. Petah menyusun bicara kerana Ilya juga mengemudikan bakatnya dalam bidang pengacaraan. Program kecantikan, Anggun Pesona siaran TV2 adalah antara rancangan yang menyerlahkan bakat pengacaraan gadis yang turut menceburi bidang peragaan ini. Barangkali kerana menyimpan cita-cita itu sejak kecil, lantas laluan seni Ilya seakan terbentang mudah tanpa banyak berdepan kekangan. “Ketika kecil saya menyimpan angan untuk terbang di awan biru sebagai pramugari selain dikenali sebagai pelakon. Alhamdulillah, saya menggapai kedua-dua impian itu biarpun masih belum mendapat kejayaan sepenuhnya,” kata Ilya. Paras jelitanya turut memberi kelebihan malah pernah meraih perhatian penerbit dari Bollywood untuk melebarkan sayap seninya di sana. Bagaimanapun, Ilya bersikap realistik dan tidak ghairah menyambar semua peluang yang datang. Biarpun sudah menjalani sesi uji bakat serta fotografi yang teliti, malah memperoleh tawaran membintangi produksi di Tamil Nadu, Ilya berkata, dia belum berani menerima selagi pengalaman di negara sendiri masih cetek. “Keyakinan ada cuma saya selesa mahu membina tapak di sini. Saya tidak mahu membabi buta meraih segala peluang, sudahnya nanti saya pulang kehampaan. “Biarlah saya mengais peluang di negara sendiri dulu. Itu juga nasihat yang diterima daripada ramai orang yang saya temui. Mungkin apabila sudah cukup pengalaman, saya akan ke sana,” katanya yang fasih berbahasa Tamil selain Inggeris dan Melayu. Di Malaysia, Ilya pernah membintangi drama Tamil, Tupperiyum Pulli serta telefilem Inggeris, Be Brave 2 serta drama Melayu antaranya Penghujung Rindu, Pantai Keramat dan Majal. Wajahnya juga pernah menghiasi drama bersiri popular, Kekasihku Seru dan Awan Dania. “Saya memberi tempoh tiga tahun untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pelakon di negara sendiri, seterusnya mencuba pasaran antarabangsa. Itu memang impian saya. “Dalam hati ini sebenarnya tersemat cita-cita untuk mencipta sejarah kepada industri perfileman kita dengan menembusi pasaran Bollywood. Insya-Allah, saya memang berusaha untuk menjadikannya satu kenyataan. “Disebabkan itu, saya cuba mengasah bakat lakonan yang ada dan apabila memperoleh keberanian, tidak mungkin saya menoleh ke belakang lagi,” kata Ilya membisikkan harapannya yang menggunung. Menggambarkan dirinya sebagai seorang yang periang dan peramah, Ilya berkata, watak Karmila dalam Biru Cinta Laguna merangsang mindanya untuk mencari kesesuaian supaya tidak janggal apabila ditayangkan kelak. “Karmila hidup dalam tekanan dan ketakutan kerana sejak kecil berdepan pelbagai trauma dalam kehidupannya. Dia melarikan diri kerana ingin lepas daripada cengkaman bapa tirinya yang tidak berperikemanusiaan dan pada masa sama berusaha memberikan yang terbaik untuk adik kesayangannya. “Watak itu cukup mencabar kerana jujurnya saya seorang yang suka bercanda dan ketawa. Bayangkan saya harus membuat perubahan besar untuk menjadi Karmila. Alhamdulillah, pelakon senior, pengarah serta mereka yang berada di lokasi banyak membantu,” katanya. Turut mengidam watak komedi, Ilya berterima kasih kepada Hans Isaac yang memberinya peluang untuk bekerjasama dalam sebuah produksi yang cukup mesra dan menyeronokkan. “Berada jauh dari keluarga dan rumah untuk tempoh panjang boleh memberikan tekanan. Tetapi saya tidak merasai semua itu kerana seronok sepanjang berada di Perhentian Island Resort. “Hans melayan kami sama rata. Tidak kira pelakon baru atau senior, semua kami diberi layanan yang sama membuatkan saya selesa dan tenang. Secara tidak langsung, saya juga mencabar diri untuk sentiasa memberikan yang terbaik kerana tidak mahu menghampakan kepercayaan yang diamanahkan,” katanya. INFO: Raja Ramilah Raja Mohamad Nama Komersial: Ilya Usia: 24 tahun Tarikh Lahir: 11 Julai 1985 Asal: Ipoh, Perak Pendidikan: Diploma Pengurusan Perniagaan dari Institut Teknologi Perak Pengacaraan: Pesona Anggun dan Akademi 1001 Rasa Baba’s Lakonan: Malam Tujuh Likur, Kekasihku Seru, Awan Dania, Penghujung Rindu, Pantai Keramat, Majal dan Be Brave 2 |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 2:00 pm | |
| Eira Syazira, Yatt Hamzah Dalam Drama Jejak di TV2 JEJAK : MUSTIKA @ 2 PADA 31 JULAI 2009, JAM 10.00 PAGI DI TV2 Sebuah lagi drama terbitan Television Airtime Services menemui penonton setia saluran Dunia Ria TV2 dengan mengetengahkan plot cerita menarik kisah seorang pemuda cuba membongkar misteri kehilangan teman wanitanya di hutan. Dibintangi pelakon-pelakon terkenal Fezrul Khan, Raja Azrey, Aishah Mohd Desa, Eira Syazira, Yatt Hamzah, Fetty Dzul dan Zack Taipan, drama Jejak mengisi slot Mustika @ 2 pada 31 Julai 2009 (Jumaat), jam 10.00 pagi disiarkan di TV2 Jejak bermula dengan watak Saiful yang kehilangan kekasihnya Rika di dalam satu ekspedisi perkhemahan satu ketika dahulu sering bermimpi. Mimpinya itu membuatkan Saiful bernekad untuk masuk ke dalam hutan tempat kejadian bagi menjejak Rika yang hilang. Ekspedisi kali ini melibatkan kawan-kawannya yang lain iaitu Kudin, Aishah, Yus dan Mimi. Pelbagai cabaran serta kejadian misteri berlaku semasa mereka berada di dalam hutan. Walaubagaimanapun Saiful tetap melaluinya dengan tenang dan sabar. Saiful sering di ganggu oleh bayangan Rika yang sentiasa di dalam fikirannya sehinggalah dia menemui beberapa tanda serta alamat yang menyatakan Rika masih hidup. Pencarian mereka mula bermasalah apabila seorang demi seorang hilang dan di temui mati di dalam hutan. Ini telah menambahkan tekanan kepada Saiful sehinggalah muncul seorang lelaki tua menceritakan segalanya. Rika yang dijejaki sebenarnya sudah mati dan ada dalang yang melakukan semua itu. Siapakah dalang yang dicari-cari Saiful itu? Jangan ketinggalan menyaksikan Jejak mengisi slot Mustika @ 2 pada 31 Julai 2009 (Jumaat), jam 10.00 pagi disiarkan di TV2. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 2:04 pm | |
| Gambar Eizlan Yusof & Vie Shanti di Majlis Puteri Aurora Beradu Di samping bahagia bersama isteri dan anak tercinta, pelakon Eizlan Yusof masih sibuk dan bekerja keras demi meneruskan kerjaya seninya. Perjuangan masih diteruskan walaupun dalam tempoh 15 tahun berlakon, Eizlan masih belum mencapai matlamatnya. Eizlan pernah kata, dia ada matlamat dan target dalam bidang lakonan dan mengimpikan anugerah utama seperti Pelakon Terbaik. Semua pelakon mau jadi pelakon terbaik. Setidak-tidaknya, pengiktirafan seperti itu menjadi pencapaian tertinggi buat golongan artis dan akan menjadi pembakar semangat. Semoga Eizlan terus sukses dan berjaya merangkul pelakon terbaik satu hari nanti. Selesai pengambaran drama Puteri Aurora Beradu, nampaknya Eizlan terus mendapat kepercayaan penerbit dan pengarah. Dalam drama Puteri Aurora Beradu, Eizlan Yusof kerap dikelilingi oleh Enot, Aida Aris dan Rashidah Jaafar. Begitu teruja berlakon dengan artis wanita popular dan sangat lucu dengan gelagat masing-masing di lokasi. Masa break, Eizlan Yusof lebih suka melayari internet sehingga digelar Blogger Boy oleh mereka. Ini dia gambar Eizlan Yusof yang hadir bersama isteri tercinta, Vie Shanty. Budiey ambil semasa mereka juga turut hadir di majlis ramah mesra bersama pelakon Puteri Aurora Beradu pada 21 Julai 2009 lalu. Jangan lupa tonton drama ini dari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang. Kalau nak tengok ulangan, bukak TV9, jam 8.30 malam. Layannn |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 2:08 pm | |
| Saya Tak Patah Semangat - Jamal Abdillah Semasa ditemui selepas menghiburkan lebih 1,000 pengunjung yang menghadiri Program Bual Bicara Kenali Anak Kita anjuran Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), tajaan Petronas, di Tambun, Ipoh, baru-baru ini, Jamal Abdillah berkata: “Saya diberitahu, Ogy mempunyai komitmen lain. Jadi peranan dia (Ogy) diganti dengan Pengarah Istana Budaya (IB) sendiri iaitu Zainal Abidin Bujang, manakala saya sendiri berperanan menghasilkan olahan skrip teater muzikal itu kerana ia mengisahkan kehidupan saya sepanjang 30 tahun bergelar anak seni. Apa pun, penarikan itu tidak melemahkan semangat saya untuk beraksi, sebaliknya menjadi perangsang kuat kepada saya untuk memberi persembahan terbaik kepada peminat.” [sumber] Tindakan Ogy Ahmad Daud menarik diri sebagai pengarah Konsert Jamal Abdillah bermula 5 Ogos ini di Istana Budaya adalah kerana Ogy ada komitmen dan tanggungjawab lain. Namun, penarikan ini tidak sedikit pun mematahkan semangat Jamal |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 2:08 pm | |
| Siapa juara sulung Oo La La? Dari kiri Sha, Emeer dan Amira KEHADIRAN rancangan yang berbentuk realiti TV sejak kebelakangan ini saling tidak ubah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Selepas satu demi satu rancangan realiti TV menemui penghujungnya, muncul pula rancangan realiti TV yang lain. Konsep rancangan realiti TV ini kebanyakannya sama iaitu matlamatnya mencari penghibur serba boleh atas bimbingan tenaga-tenaga pengajar di dalam rancangan itu. Bagaimanapun, ada kelainan yang dapat disaksikan dalam rancangan realiti Oo La La terbitan TV9. Oo La La diterbitkan dengan hasrat menjejaki bakat baru remaja dalam bidang nyanyian. Yang berbezanya ialah, para peserta dibimbing oleh salah seorang ahli keluarga mereka sendiri. Malam esok bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada pukul 9.35 malam, TV9 akan menyiarkan secara langsung peringkat akhir Oo La La. Malam kemuncak itu akan menyaksikan tiga peserta beradu nasib untuk merebut gelaran juara Oo La La yang pertama. Mereka ialah Sha dengan bapa saudaranya, Aris Ariwatan, Emeer dengan ayahnya, Bakri Mamat dan Amira bersama ibunya, Alina Saad. Sebelum ini seramai 10 pasangan telah dipilih dan daripada jumlah itu, enam pasangan terdiri daripadanya penyanyi terkenal tanah air. Sementara empat pasangan lagi merupakan orang awam yang berbakat dalam bidang nyanyian. Di kalangan enam artis itu ialah Andy Flop Poppy dan anaknya Megat Danial, Juliza Adzlizan bersama dua anak saudaranya, Ajreena dan Shakina, Neves dari kumpulan Pretty Ugly bersama Reen, Eddie Hamid dan Farah serta Aris Ariwatan dan Shahida. Sementara empat lagi pasangan terdiri daripada Emeer dari MyStarz LG bersama bapanya Bakri, Afiq (Idola Kecil) bersama kakaknya Rini, Amira bersama ibunya Alina dan Dilla bergandingan dengan bapanya Yazid. Menurut penerbit Oo La La, Azman Abdul Ghafar, pertandingan ini berbeza dengan pertandingan nyanyian lain kerana pertandingan ini menyuntik elemen kekeluargaan. "Ia memaparkan bagaimana seorang ibu memberi tunjuk ajar dan galakan kepada anaknya, ketegasan seorang pakcik dan macam-macam lagi. "Walaupun ini merupakan cubaan pertama, saya amat berpuas hati dengan sambutan daripada orang ramai dan Insya-Allah program ini akan diteruskan untuk musim yang kedua," ujarnya. Tambah Azman, pada peringkat akhir malam esok, para penonton berpeluang menyaksikan setiap peserta mendendangkan tiga buah lagu iaitu secara solo, berduet dengan pasangan mereka serta berduet dengan artis-artis jemputan. Tidak ketinggalan, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan juara-juara Mentor ketiga-tiga musim iaitu Pija, Fiq dan Black. Di peringkat akhir ini, format pengiraan undi berdasarkan undian penonton melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) sebanyak 50 peratus dan selebihnya pula daripada juri profesional yang telah dilantik untuk mengikuti perkembangan para peserta dari minggu ke minggu. Format begini lebih memberi cabaran kepada peserta kerana 50 peratus undi penentu mereka adalah daripada juri profesional iaitu Atilia dan Azmeer. Pertandingan Oo La La menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 kepada juara sementara tempat kedua akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 dan tempat ketiga RM10,000. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 2:10 pm | |
| Paul Moss Pertikaikan Upin & Ipin? Nampaknya, statement yang dikeluarkan oleh Paul Moss tentang Upin Ipin di Shout Awards telah menimbulkan pelbagai reaksi. Apa pula pendapat anda?
Dengarnya… Apa masalah Paul Moss pertikaikan Upin & Ipin? Oleh Normah Becok (dipetik dari Berita Harian)
NAMPAKNYA kemenangan pasangan watak Upin & Ipin pada Anugerah Shout yang kali pertama diadakan oleh 8TV nampaknya mendapat reaksi cukup hebat daripada peminat. Ramai yang berbangga dengan kemenangan watak animasi itu dalam kategori Keserasian Terbaik di Layar (filem mahupun TV).
Yalah, Upin dan Ipin, walaupun bukan dalam watak manusia sebenar, tetapi ia mewakili satu karakter yang kemelayuan dan bersifat kebangsaan. Ibaratnya, tidak lengkaplah kalau seorang daripada mereka tidak muncul bersama. Maknanya, kekuatan watak yang dipersembahkan oleh Les Copaque itu begitu menjadi, sehingga orang ramai berasa begitu dekat dengan mereka.
Tetapi, biasalah, setiap perkara itu akan ada pro dan kontranya. Kejayaan pasangan animasi itu khabarnya membuatkan orang kuat stesen terbabit yang juga juri rancangan Malaysian Idol serta One in a Million, Paul Moss, tidak senang hati.
Menurut rakan Cik Normah, Paul mempertikaikan kejayaan yang diperoleh oleh Upin dan Ipin ketika ditemubual pada anugerah yang dianjurkan ala-ala Anugerah MTV itu.
Dalam hati Cik Normah berkata sendiri, apa masalahnya dengan kejayaan pasangan yang comel itu? Kalau juri sudah mengundi untuk mereka, apa yang tidak kena pula? Kalau kat Amerika Syarikat, keputusan yang jauh lebih kontroversi boleh berlaku dan diterima oleh peminat, takkan setakat Upin dan Ipin pun buat Paul tak senang duduk?
Nak kata Paul dengki sebab dia tak menang, tak boleh lah pula kan, sebab calon lain pun hebat-hebat. Calon akhir lain kategori terbabit pada anugerah itu ialah Cheryl Samad & Nazrudin Rahman (siri Ghost), Syafinaz Selamat & Paul Moss (OIAM2), Vanidah Imran & Afdlin Shauki (filem Sepi) dan Zahiril Adzim & Liyana Jasmay (Kami).
Minta maaflah, Cik Normah nak tanya apa sumbangan paling hebat Paul Moss dalam industri hiburan di Malaysia ini, terutama dalam bidang muzik? Besar sangatkah sumbangan daripada dia? |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 2:12 pm | |
| “Cukuplah Menghukum Waheeda” - Akhil Hayy Akhil Hayy meminta supaya masyarakat tidak lagi mencemuh dan mengutuk sesiapa ekoran kemelut rumah tangganya. Ketika ditemui di majlis rakaman program Mega Raya Astro pada 21 Julai lalu, penyanyi, pengacara dan penceramah bebas itu ada berkata: “Cukup-cukuplah menghukum dia (Waheeda) sebagai orang ketiga. Dia sendiri memang cukup sedih apabila orang menuduhnya sebagai perampas suami orang. Saya simpati dengan apa yang dialaminya dan memohon maaf kepada keluarganya di atas apa yang berlaku.” “Saya turut diberitahu yang ahli keluarganya turut disindir sesetengah masyarakat. Siapa mereka untuk menghakimi orang? Gara-gara mulut orang dan tekanan persekitaran, dia jatuh sakit. Ketika ini juga dia lebih banyak mendiamkan diri. Dia juga sakit disebabkan manusia kolot yang mengamalkan sihir. Saya tidak mahu menuduh, tapi kepada manusia yang tidak bertanggungjawab itu, kalau termakan cili pasti terasa pedasnya. Harus diingat, tak ada manusia yang akan bebas daripada balasan Tuhan apabila berbuat jahat.” |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 2:14 pm | |
| Ayu akui ada kekasih BELUM masa untuk Ayu bercinta. DIBELENGGU pelbagai kontroversi yang sedikit sebanyak telah membayangi karier seninya, juara program realiti One In A Million musim kedua (OIAM2), Ayu kini lebih bijak mengatur kata-kata apabila dilemparkan soalan berbaur peribadi. Pernah menyesal pada ketika permulaan karier, Ayu sedar bahawa bukan senang untuk memegang gelaran juara OIAM2. Malah pada suatu tahap ibu bapanya pernah menyuruh dia melepaskan sahaja usahanya selama ini dan pulang ke Sabah kerana sudah tidak tahan dengan berita negatif mengenai anaknya. Selepas memujuk dan menjelaskan keadaan sebenar, Ayu dibiarkan terus berjuang dalam industri. Saat Ayu semakin reda dengan kontroversi yang menyatakan dirinya mabuk dan menghabiskan wang sesuka hati di kelab malam semakin dilupakan, Ayu didatangi satu lagi persoalan yang membuatkan dirinya hanya mampu tersenyum. Senyum kerana tidak tahu bagaimana untuk menjawab, Ayu dikatakan sedang bercinta dengan seorang jejaka yang pernah dilihat semasa mereka berdua meluangkan masa di pusat membeli-belah, One Utama. Namun, Ayu dengan tegas menafikannya. "Itu dulu. Dia sebenarnya kawan saya dan kami tidak berhubung lagi sekarang. Sebenarnya saya sekarang dalam proses mengenali hati budi sesorang. Kami sudah berkawan selama setengah tahun tapi untuk bersama sebagai pasangan itu masih jauh lagi. "Dia bukan orang dalam industri dan saya mengenali dia menerusi kawan. Dia kini berusia 20-an dan anda boleh panggil dia jejaka S," kata pemenang Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu di Anugerah Planet Muzik 2009 ini. . Enggan mengulas lanjut mengenai jejaka yang dimaksudkan, Ayu merasakan industri hiburan ini ada kalanya agak kejam. Maka, bagi berdepan dengan tekanan dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dia menghadiri kelas dengan Fatimah Abu Bakar. "Orang selalu cakap saya tidak mempunyai keyakinan diri. Jadi saya ada menghadiri kelas untuk belajar cara berkomunikasi dengan Cikgu Fatimah. Kalau ada cerita yang negatif mengenai diri saya, saya akan bertemu dengan cikgu. "Mulanya memang saya berasa tertekan tetapi atas sokongan yang ada terutama kaunseling daripada cikgu, saya belajar daripada benda-benda negatif yang ditulis. "Selain daripada itu, saya juga ada belajar seni lakonan dan Bahasa Inggeris daripada cikgu yang sama sebanyak tiga kali seminggu," katanya yang hanya akan berhenti jika sudah mendapat keyakinan diri secukupnya. Tidak mahu memalukan keluarga di kampung, Ayu memberitahu dia sentiasa berfikir panjang sebelum melakukan sebarang keputusan atau tindakan. Jadi apabila ada pihak yang menyatakan dia tidak berapa sesuai dengan imej barunya, Ayu menyatakan dia selesa dengan penampilan terbarunya. "Saya tahu saya tidak boleh memuaskan hati semua orang. Asalkan saya rasa selesa, itu sudah cukup. Tiada orang yang paksa saya untuk berpakaian sebegini. Namun, selepas Monkey Bone dan 8Unit 'memberikan' imej baru ini, saya menyukainya," tambahnya yang mengakui dirinya kadang-kala suka terlepas cakap. Menanti selama setahun untuk menghasilkan album sulungnya, Inspirasi, Ayu berasa teruja sehingga dia mengambil album-album promosi itu sendiri di kilang. Merakamkan 13 buah lagu, Ayu dan labelnya, Monkey Bone hanya memilih sembilan lagu yang difikirkan terbaik. Mengapa prosesnya menelan masa setahun? "Sebenarnya yang susah itu adalah masa mencari lagu yang sesuai. Ini kerana saya mahukan lagu-lagu yang tepat dengan ciri-ciri diri saya. Jika tidak ia amat sukar bagi saya untuk 'berkomunikasi' dengan lagu itu yang sekali gus menyukarkan proses saya merakamkan lagu," ujar Ayu. Mempertaruhkan lagu Inspirasi sebagai single pertama, Ayu juga berduet dengan Nabil untuk lagu Janji Kita. Masih belum dapat memilih lagu untuk dijadikan sebagai single kedua, Ayu bercerita sedikit mengenai lagu yang memberi maksud tersendiri kepadanya. "Lagu Cinta dan Hidup memberi kenangan yang mendalam kerana saya terpaksa merakam sebanyak empat kali. Saya tidak dapat memahami maksud lagu kerana ia amat mendalam. Sebuah lagi lagu yang sukar adalah Ku Miliki Abadi. Ini kerana Azlan Abu Hassan amat mementingkan vokal dan kualiti. "Saya pula sukar tukar stail menyanyi. Jadi saya berdepan dengan sedikit kesukaran di sana. Nasib baik rakaman itu siap dalam masa sehari dan berjaya memenuhi kehendak komposer," tambahnya |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 2:14 pm | |
| Wana My Starz LG Lancar Album Pertama Ingat lagi dengan Wana? Alah, gadis yang berjaya menjadi juara di My Starz LG tahun lepas tuh… Ha… sekarang sebagaimana yang dijanjikan oleh pihak TV3 dan Warner Music, Wana telah pun menyiapkan album pertamanya di bawah label Warner Music. Ini juga satu hadiah kepada sang juara My Starz LG. Pelancaran album ini akan diadakan pada bulan Ogos depan di Kuala Lumpur. Bolehkah Wana terus berdiri dalam industri muzik yang sedang tenat ketika ini. Apa-apa pun, good luck dan terus sukses, Wana~! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 2:18 pm | |
| Yasmin Ahmad Kena Strok Bukan Meninggal Dunia Alhamdulilah, semoga Yasmin Ahmad kembali sihat dan berjaya melalui detik-detik sukar. Beliau khabarnya sudah okay dan bukannya meninggal dunia sebagaimana yang digembar-gemburkan. Pengarah Yasmin Ahmad selesai jalani pembedahan otak Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad dibawa masuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar Damansara. -fotoBERNAMA PETALING JAYA: Pakar Neuro di Hospital Pakar Damansara, Dr. Zakaria Zahri memberitahu pengarah Yasmin Ahmad telah mengalami serangan strok. “Yasmin telah mengalami serangan strok dan terdapat pendarahan pada otaknya. Kami telah melakukan pembedahan untuk mengurangkan bengkak di dalam otaknya,” kata Dr Zakaria Zahri yang telah membuat pembedahan kecemasan ke atas Yasmin selama lebih sejam bermula dari pukul 6 petang tadi. Pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad yang kurang sihat ketika sedang membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, TV3, hari ini menjalani pembedahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara dan keadaannya kini stabil. Datuk Dr Zakaria yang juga adik ipar Yasmin berkata pengarah itu mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. “Jantungnya disokong oleh ubat-ubatan bagi mengawal tekanan darah… tempoh beberapa jam akan datang amat penting bagi kami, tapi beliau kini dalam keadaan stabil sungguhpun masih belum sedar,” katanya. Sementara itu penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang turut berada bersama Yasmin pada pembentangan kertas kerja itu, berkata Yasmin mengadu sakit selepas 15 minit membentangkan kertas kerja berkenaan. Menurut Dr Zakaria, beberapa jam seterusnya amat kritikal bagi Yasmin yang sedang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut. “Buat masa ini, jantungnya disokong oleh ubat-ubatan dan keadaannya sekarang stabil,” kata Dr. Zahari pada sidang akhbar di Hospital Pakar Damansara di sini, petang tadi. Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Presiden Mercy Malaysia, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood. Beberapa selebriti terkenal turut berada di hospital untuk mengetahui perkembangan Yasmin. Di antara mereka ialah Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Mohd Jiwa, Adibah Noor, Fatimah Abu Bakar, Jaclyn Victor, Dafi, Rozie Rashid dan Afdlin Shauki. Dalam perkembangan yang lain, keluarga Yasmin meminta pihak media dan orang ramai agar memberi mereka privasi. Mereka juga memohon agar semua orang mendoakan Yasmin kembali sihat seperti biasa. BERITA TERDAHULUPETALING JAYA: Pengarah Yasmin Ahmad yang dilaporkan jatuh pengsan di TV3, hari ini, selamat menjalani pembedahan otak di Pusat Perubatan Pakar Damansara, di sini, sekitar pukul 7.30 malam tadi. Pengarah Urusan Leo Burnett, Tan Kien Eng menjawab pertanyaan wartawan. Pembedahan itu dilakukan setelah doktor mendapati pengarah terkenal telah diserang strok. Keadaannya kini dilaporkan stabil, selepas pembedahan yang memakan masa kira-kira sejam lebih itu. Terdahulu, keluarga pengarah Yasmin Ahmad telah melantik Pengarah Urusan Leo Burnett, Tan Kien Eng sebagai jurucakap untuk menerangkan situasi sebenar keadaan Yasmin yang dilaporkan sedang ‘tenat’. Ini adalah kerana terlalu banyak spekulasi tentang pengarah terkenal filem ‘Sepet’ itu yang dilaporkan jatuh pengsan selepas satu sesi ‘pitching’ di Sri Pentas TV3, petang tadi. Yasmin telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pakar Damansara kira-kira jam 4.30 petang tadi dan berada di dalam keadaan koma di Unit Intensif (ICU). Kata Kien Eng, “Yasmin dalam keadaan okay dan tidak menunjukkan apa-apa masalah kesihatan. Saya ingin betulkan laporan tidak benar yang mengatakan Yasmin pengsan. Dia tidak pernah pengsan. Dia berada dalam keadaan duduk dan memberitahu yang dia tidak sihat. Itu saja. Dan saya juga ingin tekankan yang Yasmin tidak pernah berhenti bernafas seperti yang dilaporkan cuma keadaan pernafasannya agak perlahan. Pada saat ini, doktor sedang cuba melakukan sesuatu untuk merawat Yasmin. Keluarga Yasmin berharap agar peminat dan mereka yang mengenali Yasmin akan berdoa agar dia dapat melepasi saat yang sukar ini.” BERITA TERDAHULUYasmin kini dilaporkan berada di ICU dalam keadaan koma. Menurut sumber, Yasmin sedang membentangkan kertas kerja pada jam 3.10 petang. Selepas 15 minit, Yasmin mengadu dia tidak sihat dan menekup mukanya di atas meja. Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan kawan-kawan yang berada di situ tidak mengesyaki apa-apa kerana memikirkan Yasmin ingin mengingat tentang kertas kerjanya. Selepas lima saat, Yasmin tidak bangun-bangun, Siti dan mereka yang berada di situ terus gerakkan dia namun tiada respons. Ketika itu, keadaan Yasmin tercungap-cungap dan Dr Rohaya dari TV3 dan Siti telah cuba melakukan CPR ke atas Yasmin. Selepas 10 minit, sebuah ambulans telah mengejarkan Yasmin ke Damansara Specialist Centre. Yasmin telah sampai ke hospital pada jam 3.45 petang. Jurucakap hospital berkata, Yasmin akan menjalani satu pembedahan sekitar 6 petang nanti. “Doktor sedang melakukan pelbagai prosedur untuk mengawal keadaan Yasmin,” katanya. Turut berada di hospital untuk menziarah Yasmin ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Khalid Mohd Jiwa dan Engku Emran Engku Zainal Abidin, Ketua Pegawai Operasi SuriaFM. Yasmin terkenal dengan filem-filemnya seperti Sepet, Mukhsin, Talentime dan mendapat liputan media di dalam dan di luar negara. Filem-filem Yasmin juga mendapat pengiktirafan dari negara luar apabila ditayangkan di seperti Berlin, San Francisco, Singapore dan di Filem Festival Cannes. Kehebatan sentuhan hebat Yasmin sebagai pengarah dapat dilihat di dalam banyak iklan-iklan komersial Petronas. Yasmin memulakan kariernya sebagai ‘copywriter’ di Ogilvy & Mather dan kemudiannya menjadi pengarah kreatif di Leo Burnett Kuala Lumpur |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 2:24 pm | |
| Dalam drama bersiri ala-ala 'Sleeping Beauty' itu, dia melakonkan watak Puteri Aurora, gadis yang lemah-lembut dan tidak pernah merasakan hiburan di luar dan dijaga oleh tiga dayang sejak kecil. Pada masa yang sama, dia menyukai seorang lelaki bernama Haikal lakonan Iqram Dinzly tetapi masing-masing tidak meluahkan hati kerana dia dikawal ketat oleh tiga dayang itu. “Sebelum ini saya sudah banyak kali memegang watak utama seperti dalam drama Roda-Roda Kuala Lumpur dan ini merupakan kali ketiga saya memegang watak utama untuk tahun ini. “Saya cuba buat yang terbaik dan keputusannya terletak di tangan penonton. Saya harap ia diterima dengan baik,” katanya yang bakal berlakon dalam drama 44 episod, ‘Cinta Balkis’ dan ‘Roda-Roda Kuala Lumpur musim ke-3’. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 2:24 pm | |
| Memey kini pengurus kerjaya Norman Memey mengaku dia sebagai pengurus kerjaya seni Norman. -foto TV3 TELAHAN orang ramai yang menyangka aktres Memey Suhaiza sebagai ‘orang ketiga’ sehingga mengundang penceraian aktor Norman Hakim dengan aktres Abby Abadi mungkin ada benarnya kerana akhirnya gadis berusia 21 tahun ini merungkai sedikit demi sedikit tentang hubungannya dengan duda anak tiga itu. “Terpulang pada penilaian masing-masing....saya mungkin menjadi penyebab penceraian mereka tetapi saya tak boleh cerita secara menyeluruh. “Tetapi saya bukanlah punca utama kerana mungkin mereka ada sebab lain,” ujarnya. Setelah kontroversi itu surut, hubungan Memey-Norman dilihat agak mesra dan Memey sendiri tidak menafikan yang mereka semakin ‘serius’. “Alhamdulillah...hubungan kami lagi rapat,” luahnya yang dalam malu-malu mengaku memanggil Norman ‘abang’. Namun, Memey turut mengaku dia dan Norman jarang berjumpa bagi mengelakkan ia menjadi buah mulut orang ramai. “Saya berjumpa juga dengan Norman tetapi tidaklah terlalu kerap sebab orang akan perhatikan dan pandang negatif. “Saya masih bekerja dengannya sebagai pengurus kerjaya seni dan kerja pejabatnya. “Kami agak rapat misalnya kalau produksi tak dapat hubungi dia, mereka boleh hubungi saya. Saya bantu secara tak langsung,” jawabnya. Malah Memey juga membuat pengakuan yang dia bersedia menerima status duda yang dipegang oleh lelaki itu termasuk tiga orang anaknya. “Kalau saya terima dia, bermakna saya perlu terima dia seadanya..,” beritahunya ringkas tetapi penuh bermakna. Namun, jawapan itu tidak memberikan maksud yang gadis ini akan menamatkan zaman bujangnya dengan Norman dalam masa terdekat ini. “Wallahualam (hanya Allah yang tahu) ia (perkahwinan) akan berlaku. Perkara ini tiada paksaan. Sampai satu tahap kita akan beritahu dan takkan letak sasarannya. “Kahwin bukan penyelesaian masalah kerana kes (berkhalwat) masih berjalan dan cerita masih berjalan. “Jadi, saya tak perlu terburu-buru. Mungkin (kahwin) penyelesaian yang terbaik tetapi lebih baik kami kenali antara satu sama lain terlebih dahulu,” ulasnya yang akan menghadiri perbicaraan kes khalwatnya dengan Norman yang dijadualkan pada 31 Julai ini, pukul 9 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Mengulas sedikit tentang kes itu, Memey berkata kes itu mungkin memakan masa yang lama lagi. “Saya rasa proses kes itu macam lama lagi kerana mungkin ada saksi-saksi lain,” katanya. Memey turut ditanya tentang tidakkah dia merasa takut jika sikapnya yang semakin 'terbuka' bercakap mengenai Norman akan memakan dirinya nanti. “Saya mula bersikap terbuka sebab orang mula bercakap tentang kami. Walaupun saya nafi, cerita tetap keluar. “Saya tak nak terus nafikan dan mahu belajar dari kesilapan. Jika orang kata kami lebih terbuka, itu hak kami. “Dulu saya menafikan kami mempunyai hubungan dan sekadar berkawan kerana tak nak ia terlalu drastik. “Banyak benda yang saya perlu fikirkan kerana hal ini melibatkan banyak pihak. Kami tidak mahu buat orang tersinggung,” katanya. Tambah pelakon utama drama bersiri ‘Puteri Aurora Beradu’ ini, “Apa yang berlaku mengajar saya menjadi lebih kuat dan matang supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. “Saya juga bersedia untuk menghadapi apa yang berlaku.” |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 2:26 pm | |
| Sarimah: Saya sudah puas menangis Sarimah ingin melupakan episod duka dalam hidupnya dan ingin memberi tumpuan yang lebih terhadap kariernya - foto THE STAR oleh KEVIN TAN DIA adalah seorang wanita yang cukup cekal. Meskipun mahligai perkahwinan yang dibinanya dengan Amir Andrew Abdullah berakhir Disember lalu, Sarimah Ibrahim begitu 'kuat' menyimpan perkara itu dan hanya mendedahkan tentang perceraiannya awal bulan lepas. Episod duka itu tidak mahu diungkitkan lagi oleh pengacara jelita ini. Kata Sarimah, dia sudah membuka episod baru di dalam hidupnya. Apa yang penting buat anak kacukan Melayu-Ireland ini adalah untuk meneruskan karier sebaik mungkin. "Saya sudah puas menangis. Sekarang ini saya ingin fokus sepenuhnya terhadap karier. Nampaknya rezeki semakin mencurah-curah pula selepas kembali 'solo'. "Bulan Ogos ini saya akan sibuk dengan rakaman program baru berjudul Tangkap Muat untuk siaran Astro Ria dan sekitar Oktober nanti, saya juga akan terlibat dengan sebuah projek besar. Tunggulah nanti saya akan umumkan tentang projek itu. "Saya juga turut berlakon drama mini arahan Erma Fatima yang akan disiarkan pada Hari Raya nanti bersama pelakon-pelakon seperti Vee dan Mamat Khalid," ujar Sarimah yang ditemui pada rakaman program Mega Raya Astro, baru-baru ini. Menurut pengacara berusia 31 tahun ini, dia sendiri tidak menyangka berjaya mengumpulkan kekuatan sebelum ini tatkala kisah perceraiannya itu masih disimpan kemas dalam hidupnya. "Jika diingatkan semula, saya sendiri tak tahu dari mana datangnya kekuatan itu, tambahan pula sewaktu itu saya sedang mengendalikan Diari AF. Nasib baik ada program tersebut, jadi saya boleh melupakan seketika tentang masalah saya sewaktu rakaman. "Lagipun, nak tak nak, saya kena tabahkan diri dan tidak boleh putus asa. Saya kena 'control' agar penonton tidak nampak ada sesuatu yang tidak kena dengan saya," kata Sarimah. Bagaimanapun, ujarnya, memegang status janda bukanlah satu 'bebanan' buatnya, apatah lagi dia sentiasa dikelilingi oleh ahli keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap dirinya. "Semua cukup memahami keadaan saya. Lagipun, saya bukannya terlalu membesar-besarkan tentang hal perceraian ini. Tidak semua orang bernasib baik dalam hubungan rumahtangga...ada yang jodoh panjang, ada yang tidak. "Tapi biasalah, bila dah kembali solo ni, ada juga yang sering bertanya sama ada saya sudah ada 'orang baru' atau tidak. Saya rasa, saya kena bercinta dengan diri sendiri dulu. Lebih baik fokus pada kerja saja buat masa ini," tutur Sarimah dalam nada ceria. Diajukan pertanyaan tentang hubungannya dengan bekas suami selepas bercerai, kata Sarimah, dia dan Amir tidak mempunyai masalah untuk terus berkawan apatah lagi perceraian itu berlaku secara baik. "Tidak ada perasaan benci atau dendam. Tapi saya akui, memang agak kekok juga. Bagi saya, cara yang terbaik untuk terus berkawan dengannya ialah cuba menjarakkan diri daripada dia. "Apapun, saya sentiasa berharap dia akan jumpa wanita yang sesuai dan jodoh mereka akan panjang," tuturnya. Namun, Sarimah akui, kehadiran Ramadan tidak lama lagi pasti sedikit 'sukar' buat dirinya kerana perlu menyambutnya tanpa ketiadaan seorang lelaki bernama suami di sisi. "Saya masih dalam proses untuk menyesuaikan diri sebenarnya. Bila dah terbiasa duduk bersama, pasti terasa lain. "Mungkin bulan puasa nanti, saya akan sentiasa berbuka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan. Keluarga juga sudah tinggal dengan saya sekarang. Teruja dengan Tangkap Muat Bercerita tentang projek terbarunya, Tangkap Muat yang akan memulakan rakaman tidak lama lagi, kata Sarimah, dia akui cukup teruja dengan program tersebut memandangkan ini adalah kali pertama dia menjadi 'co-producer'. "Ini adalah sebuah program 'make-over' dan turut ada elemen America' Next Top Model. Saya turut terlibat dari segi konsep dan skrip program ini. "Apa yang menariknya, kita akan buat pelbagai 'make-over' terhadap peserta termasuklah pakaian atau pun rambut yang mana program ini nanti akan mempunyai dua orang perunding iaitu Zulfazli dan pereka fesyen, Rizalman. "Peserta-peserta juga bukan hanya terhad kepada wanita, tetapi lelaki juga," kata Sarimah tentang program 13 episod itu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 2:27 pm | |
| Siti Nurhaliza: Saya bantu Yasmin apa yang termampu Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa ketika ditemui di luar bilik Yasmin Ahmad dirawat. - foto UTUSAN PETALING JAYA: "Saya hanya bantu apa yang termampu. Semoga keadaan Yasmin makin baik," kata Datuk Siti Nurhaliza berhubung keadaan pengarah terkenal, Yasmin Ahmad yang dilaporkan jatuh pengsan ketika sesi perbincangan di TV3, petang semalam. Siti yang turut berada bersama Yasmin di bilik perbincangan itu berkata, dia bersama doktor TV3, Dr. Rohaya telah cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada Yasmin setelah pengarah itu didapati tidak sedarkan diri. "Ketika Yasmin melakukan pembentangan, tiba-tiba dia duduk dan berkata dia merasa kurang sihat dan menekupkan mukanya ke meja. "Kami semua pada masa itu ingat Yasmin cuba untuk mengingati sesuatu berkenaan pembentangannya, tetapi selepas lima saat dia masih tidak bangun. "Kami semua yang mula risau pergi berhampiran Yasmin dan cuba gerakkan dia, tetapi tiada tindak balas," jelas Siti yang merupakan bekas Duta Muhibah Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Jelas Siti juga, selepas mendapati tiada tindak balas dari Yasmin, mereka memutuskan untuk membaringkan Yasmin ke lantai bagi memberi ruang udara. "Kami memutuskan untuk membaringkan Yasmin ke lantai kerana ketika itu Yasmin seperti sesak nafas dan tercungap-cungap. "Siti dan Dr. Rohaya memberikan bantuan pernafasan dan saya cuba menekan-nekan dada Yasmin selepas itu. Kemudian dia dibawa ke hospital dan apa yang ajaibnya, setibanya Yasmin di hospital dia mula memberi tindak balas dan boleh bernafas," jelas beliau ketika ditemui di luar bilik Yasmin dirawat. Menurut penyanyi popular ini, perbincangan yang di buat di TV3 itu melibatkan empat orang staf dari pihaknya termasuk suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K, Yasmin, Datuk Farid Ridzuan dan Puan Farisha. Tambahnya, ketika itu, mereka sedang membincangkan tentang sebuah projek usahasama yang akan dikendalikan bersama kelak. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 2:29 pm | |
| Yasmin Ahmad Rebah, Tenat Di ICU! Antara rakan artis yang terus berkejar ke hospital itu ialah Adibah Noor, Anne Abdullah, James Lee, Fatimah Abu Bakar, Jaclyn Victor, Afdlin Shauki, Rozie Rashid dan ramai lagi. Nantikan laporan seterusnya bersama murai.com.my dan kita doakan agar Yasmin akan selamat, insya-Allah. Perkembangan Terbaru Yasmin - 7.45 mlamDalam sidang media yang dilakukan di bilik mesyuarat Songket Room, adik ipar Yasmin, pakar neurologi Datuk Dr. Zakaria Zahari memberitahu bahawa Yasmin kini sudah berada di dalam keadaan yang stabil selepas menjalani pembedahan pada jam 7.30 malam selama lebih sejam. "Secara dasarnya Yasmin telah diserang strok (angin ahmar) yang menyebabkan pendarahan pada otaknya itu dan pembedahan terpaksa dilakukan segera bagi memulihkan keadaan. "Kini jantung Yasmin terpaksa bergantung kepada ubat yang menyokong tekanan darahnya. Dia perlu ditempatkan di ICU. Dalam masa 2 jam ini, keadaannya memang cukup genting," katanya yang turut ditemani Datuk Dr Jemilah Mahmood yang juga Presiden Mercy atau Malaysian Medical Relief Society. Lagi Perkembangan Terbaru Yasmin - 9.00 malamKedua-dua ibu bapa Yasmin, Pak Atan dan Mak Inom, akhirnya selamat tiba di Pusat Perubatan Pakar Damansara kira-kira jam 9 malam tadi selepas mengambil penerbangan secara terus dari Langkawi ke Kuala Lumpur. Begitupun, Mak Inom seakan tidak dapat menahan sebak sebaik saja melangkahkan kakinya masuk ke ruang dalam hospital hingga terpaksa dipapah beberapa ahli keluarga. Malah, beberapa kali langkah Mak Inom terhenti dan longlai sewaktu dibawa menaiki lif menuju ke Wad 3. Sebaik saja sampai, Mak Inom sekali lagi tidak dapat menahan sebak dan hampir rebah apabila melihat bilik ICU yang menempatkan Yasmin dikerumuni ramai tetamu. Pak Atan bagaimanapun cepat-cepat bergegas masuk untuk melihat keadaan Yasmin. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 2:32 pm | |
| Faizal Dah Langsai Hutang PTPTN Sekitar jam 3 pagi pada 18 Julai lalu, penyanyi kontroversi Faizal Tahir telah selamat sampai di Jakarta bagi menjayakan Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) yang berlangsung pada sebelah malamnya. Kemunculannya pada majlis anugerah yang membabitkan karyawan muzik dari 3 negara itu sekaligus membawa maksud Faizal tidak lagi berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Bercakap kepada portal murai.com.my, Faizal berkata dia memang sudah pun membayar semua hutang PTPTN yang dipinjamnya bagi membiayai pengajiannya di peringkat diploma dan ijazah tidak lama dulu. Faizal berkata, dia sedar akan kesilapannya kerana telah melengahkan bayaran pinjaman PTPTN berkenaan sehingga menyebabkan dia dihalang daripada menaiki pesawat di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) untuk ke Jakarta pada 16 Julai lalu. Jangan Tak Lihat "Ya ,saya sudah bayar semua hutang itu. Saya telah pergi ke pejabat PTPTN keesokannya dan berada di sana dari jam 7 pagi hingga 5 petang untuk menyelesaikannya. "Saya akui kalau perkara ini tidak berlaku (halangan menaiki pesawat) saya sendiri tentunya tidak ingat. Saya anggap ia sebagai hikmah dan peringatan paling baik buat saya. Mana tahu mungkin selepas ini PTPTN akan jadikan saya sebagai duta mereka pula," katanya yang masih sempat berjenaka dalam nada lega. Faizal menambah, kerana jadual kerjanya yang terlalu padat menyebabkan dia terlupa untuk membayar pinjaman berkenaan. Dia memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Faizal berkata, isu disenarai hitamkan oleh PTPTN merupakan insiden yang cukup peribadi buatnya dan tidak mahu perkara ini digemar gemburkan lagi memandangkan pembayaran sudah pun dibuat dengan segera. Katanya, nasibnya kurang baik apabila perkara ini terjadi ketika dia ingin terbang ke Jakarta bagi menghadiri APM2009 yang mengakibatkan perkara ini menjadi perhatian pihak media. "Bukanlah bermakna saya bernasib malang. Tapi ia sebagai pengajaran yang akan saya ingat sampai bila-bila. Lagipun bukan saya sorang saja yang tidak membayar, ada ramai lagi. Tapi malang sekali dalam situasi nama saya naik sebab saya artis. Tak mengapa, saya akur dan faham," katanya. Faizal menjelaskan, tiada istilah layanan istimewa yang diterimanya ketika dia membuat pembayaran di pejabat PTPTN. Sebaliknya kata penyanyi Coba dan Sampai Syurga itu, sebagai warganegara Malaysia yang lain, dia juga turut melalui proses yang telah ditetapkan bagi melangsaikan pembayaran hutang berkenaan. "Tidak susah sebenarnya, bagaimanapun bukan semua mahu member kerjasama lebih-lebih lagi dalam keadaan terdesak seperti itu. Bukan bermaksud saya artis atau penyanyi maka saya akan menerima layanan istimewa. Semuanya sama saja saja dan kalau kita sedia membayar, pihak kerajaan lebih daripada suka untuk memudahkan hasrat kita itu. "Tapi apa yang boleh saya katakan di sini, saya hanya dapat tidur 2 jam saja untuk menyelesaikan kes ini sehingga saya diterbangkan ke Jakarta," ceritanya lagi. Ditanya adakah dia suka dipanggil sebagai Raja Kontroversi?, Faizal bagaimanapun kurang bersetuju dengan gelaran itu kerana segala kontrovesi yang terjadi kepadanya selama ini tidak pernah dipinta, malah kalau boleh mahu dijauhkan. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 2:32 pm | |
| Asma Ul Husna Lagu Terpanjang Siti Selepas meraih kejayaan manis dalam Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) dan berjaya dengan Konsert Satu di Istana Budaya, Dato' Siti Nurhaliza Tarudin kini meneruskan satu lagi projek istimewanya iaitu rakaman album terbaru berjudul Tahajjud Cinta. Pada jam 8.30 malam kelmarin, bersamaan Siti yang ditemani pengurusnya iaitu Rozi Abdul Razak sudah pun memulakan rakaman lagu pertamanya iaitu Asma Ul Husna di Pro Studio, Cheras. Pertemuan ekskslusif dengan portal murai.com.my itu sungguh bermakna. Ketika ditemui, Rozi Abd Razak, yang juga kakak ipar Siti berkata, album itu bakal dilancarkan pada bulan puasa ini. "Tahajjud Cinta masih menampilkan elemen ketuhanan dan kerohanian. Setakat ini, kami sudah pun memilih 7 lagu untuk dimasukkan dalam album ini. "Ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi dengan peminat. Kalau nak tahu, lagu Asma Ul Husna adalah lagu terpanjang yang Siti pernah rekod iaitu selama 6 minit. Sebelum ini pun, kalau tak silap, lagu terpanjang lebih kurang 5 minit saja," kata Rozi. Menjelaskan mengenai penglibatan komposer dalam album ini, Rozi menerangkan bahawa produser untuk album ini adalah Eddie Marzuki yang memberikan 5 karyanya. "Insya-Allah, album ini akan cuba dipasarkan seminggu sebelum Ramadan. Setakat ini, Siti dah rakam 2 lagu iaitu Ketika Cinta dan Batasku Asaku. Lagu Batasku Asaku merupakan lagu ciptaan Siti sendiri. Kedua-dua lagu ini adalah lagu untuk filem Indonesia bertajuk Perempuan Berkalong Sorban. "Bercakap mengenai komposer, album ini menampilkan komposer seperti Opick dari Indonesia dan pengarah handalan, Erma Fatima. Selain lagu baru, terdapat 3 lagu cover version iaitu Rasullullah yang pernah dinyanyikan kumpulan Raihan, Selawat Atas Nabi dan lagu yang pernah dinyanyikan Siti pada Konsert Sirah Junjungan. "Untuk lagu ini, kami mengambil melodinya dan menukar lirik yang baru. Lagu ini adalah ciptaan Kak Erma dan bertajuk Tahajjud Cinta. Sebenarnya, ketika Siti nyanyi lagu tersebut dalam masa 3 hari 3 malam, Siti rasa lagu ini terlalu sedap sehinggakan Kak Erma pun cadangkan kepada Siti untuk merakamkannya," kata ujar Rozi lagi. Sementara itu, Rozi turut menerangkan bahawa tahun ini, selepas Tahajjud Cinta Siti akan muncul dengan sebuah album khas dengan Diva Indonesia, Kris Dayanti. Untuk album duo ini, kedua-dua penyanyi handalan itu sudah pun bersetuju merakamkan 6 buah lagu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 2:34 pm | |
| Siapa Pula Nak Sihirkan Waheeda? Penceramah bebas, penyanyi dan selebriti TV, Akhil Hayy, meminta masyarakat supaya jangan terus menyalahkan Waheeda sebagai pihak ketiga dalam kemelut rumah tangganya yang telah berakhir dengan perceraian, baru-baru ini. Dalam laporan akhbar Kosmo! hari ini, Akhil dipetik sebagai berkata," Ingin saya tegaskan sekali lagi, perceraian saya tidak ada kena mengena dengan pihak ketiga seperti yang diperkatakan orang. Sudah tertulis perjalanan rumah tangga saya selama 13 tahun berakhir dengan cara begini. Saya terima dengan redha." Akhil, 40, berkata, Waheeda, 31, dan sekeluarga sudah cukup tertekan dengan tohmahan negatif yang dilemparkan kepada mereka. "Tentang Waheeda, cukup-cukuplah. Dia sakit pun kerana sudah cukup tertekan terutama dengan fitnah yang ditulis di laman-laman blog. Saya cukup sedih apabila orang kata dia perampas suami orang sedangkan orang yang berkata begitu tidak mengenalinya, sampai satu tahap Waheeda sekeluarga juga tidak boleh keluar rumah kerana fitnah itu. Jangan Tak Lihat "Itu yang berlaku pada keluarga dia gara-gara masalah saya itu. Saya mohon maaf kerana mereka sekeluarga yang terkena impaknya," katanya. Lebih mengejutkan, Akhil dilaporkan berkata, ada pihak menggunakan ilmu sihir (bomoh) untuk mengenakan Waheeda. "Saya tidak menuduh sesiapa tetapi siapa yang makan cili, pasti terasa pedas. Mereka harus tahu penggunaan ilmu sihir bukan perkara main-main kerana ia dilaknat Allah," katanya. Akhil juga akui dia rapat atau intim dengan Waheeda selepas dia bercerai dengan isterinya, Maizawati Zainal, 33. "Waheeda cari agama, dia ada ciri-ciri wanita yang dicari. Saya mengaku saya memang intim (rapat) dengan dia dan keluarganya, tetapi setakat bersahabat," katanya. Akhil tahu banyak pihak menanti-nantikan apa kesudahan kontroversinya dengan Waheeda, adakah mereka akan bersama atau sebaliknya. "Bagi mencari pengganti, itu saya tidak boleh berkata apa-apa lagi kerana jodoh pertemuan itu kuasa Allah. Kalau ada syukur alhamdulillah, saya pun ingin teruskan kehidupan seorang lelaki yang normal," ujarnya. Akhil juga berpesan kerana orang ramai, meskipun pekerjaannya sebagai seorang pendakwah, dia tetap seorang manusia biasa yang tidak dapat lari daripada sebarang masalah. "Selama 15 tahun saya berdakwah, inilah dugaan terbesar yang pernah saya alami. Ingin saya tegaskan, pendakwah dan ulama juga mempunyai masalah peribadi dan rumah tangga," katanya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fri 24 Jul 2009, 2:39 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 26 Jul 2009, 9:34 am | |
| Berita Nyata: Yasmin Ahmad meninggal dunia Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia Penulis mengucapkan takziah di’atas pemergian arwah Yasmin Ahmad yang meninggal dunia jam 11.25 malam (Sabtu). Perginya sudah seorang tokoh perfileman tanahair. Yasmin Ahmad sebelum ini rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan. Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. Pelbagai spekulasi sebelum ini ada mengaitkan bahawa Yasmin Ahmad telah dibuat orang kerana penyakit strok tidak menyerang dua kali pada jangka masa terdekat. Wallahualam. Ucapkanlah kata-kata terakhir anda sebelum ia dikebumikan pagi ini. al-Fatihah. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 26 Jul 2009, 9:35 am | |
| Yasmin Ahmad...1958 - 2009 BERIKUT adalah profil Yasmin dan pencapaian yang pernah diraihnya selama ini.
Nama : Yasmin Ahmad
Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit
Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor
Tarikh Lahir: 1958
Meninggal Dunia : 26 Julai 2009
Status Perkahwinan: Berkahwin
Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)
AKADEMIK
Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
PROFIL KARIER
Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett
2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin
Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)
Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)
Penerbit:2005 Raining Amber
ANUGERAH
* Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales
PENCAPAIAN LAIN
1975 Naib Johan, Bintang RTM '75
2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur
2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)
2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo
2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands
2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta
2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina
PENERBITAN
Artikel:2005-2006 Menulis kolum di New Straits Times Press
LAIN-LAIN MAKLUMAT
Keluarga;Bapa - Ahmad HashimIbu - Inom Yon
Filem yang ditayangkan dan menyertai Festival Filem Antarabangsa;
2003 Rabun, Festival Filem Antarabangsa, Singapura
2003 Rabun, Festival Filem Asia Cinemaya, New Delhi
2003 Rabun, Festival Filem Torino, Itali
2005 Sepet, Festival Filem San Francisco
2005 Sepet, Festival Filem Asia, Barcelona
2005 Sepet, Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2007 Mukhsin, Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57
2006 Ahli panel Debat Budaya 1 bertajuk Filem Melayu, Filem Malaysia... Ke Arah Mana Sinema Malaysia
2006 Juri, Pertandingan Filem Pendek BMW (BMW Shortie's)
2007 Juri, Festival Filem Thessaloniki ke-48, Greece
2008 Juri, Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinate) ke-58
BLOG RASMI YASMIN AHMAD
http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/ |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 26 Jul 2009, 9:36 am | |
| Yasmin akan dikenang dengan karya berkualiti YASMIN Ahmad, yang meninggal dunia malam ini, akan dikenang kerana setiap sentuhan karyanya, baik dalam filem mahupun iklan, begitu sinonim dengan garapan yang penuh dengan elemen kasih sayang, cinta, kekeluargaan dan jenaka yang disampaikan cukup bersahaja berlatarbelakangkan masyarakat majmuk di negara ini.
Pengarah filem dan iklan terkenal itu, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara di sini kira-kira 11.25 malam selepas menjalani pembedahan pada Khamis lepas setelah diserang strok dan mengalami pendarahan di bahagian otak.
Dilahirkan di Bukit Treh, Muar, Johor pada 1 Julai 1958, Yasmin, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom, memenangi pelbagai anugerah di dalam negara dan antarabangsa bagi karya-karya kreatifnya.
Isteri kepada Abdullah Tan Yew Leong itu memulakan kerjaya dalam industry pengiklanan sebagai penulis iklan di Ogilvy & Mather, sebelum menyertai firma Leo Burnett sebagai pengarah kreatif bersama pada tahun 1993 sehinggalah memegang jawatan sebagai pengarah kreatif eksekutif di Leo Burnett kini.
Kehebatan Yasmin dapat dilihat dalam banyak iklan komersial Petronas kerana mampu mencuit dan meruntun hati penonton dengan sentuhan karyanya.
Tidak keterlaluan sekiranya ramai yang akan merindui buah tangan pengarah kreatif itu terutamanya untuk iklan-iklan menjelang sambutan Hari Raya Aidlfitri September ini.
Sering dipuji sebagai pengarah iklan, nama Yasmin bagaimanapun cukup kontroversi di arena pefileman tanah air berdasarkan keterbukaan dan keberaniannya dalam mengupas isu-isu kemasyarakatan.
Malah tidak sah jika filem nukilan Yasmin tidak dikritik kerana sejak filem pertamanya Rabun pada 2003, filem-filem lain arahan Yasmin iaitu Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2006), Muallaf (2008) dan Talentime (2009), turut menerima nasib sama.
Bagaimanapun, di sebalik kritikan, masih ada yang menilai filem-filem Yasmin dari sudut berbeza sehingga beberapa filem beliau termasuk Sepet diangkat untuk memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakon Layar Asli Terbaik pada Pesta Filem Malaysia 2005.
Filem Sepet juga memenangi anugerah di peringkat antarabangsa iaitu Anugerah Filem Asia di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo pada 2005 dan meraih Anugerah Grand Prix di Pesta Filem Wanita Antarabangsa Creteil pada 2005.
Filem Gubra pula memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakonlayar Terbaik di Pesta Filem Malaysia 2006.
Filem Muhsin mencatat kejayaan dengan mengungguli Generasi kplus Filem Cereka Terbaik dan Deutsches Kinderhilfswerk Grand Prix di Pesta Filem Antarabangsa Berlin selain diangkat sebagai Filem Asean Terbaik di Pesta Filem Antarabangsa Cinemanila 2007.
Filem Muallaf pula memenangi Anugerah Filem Asia Sebutan Khas di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo 2008.
Selain memenangi anugerah antarabangsa, filem arahan Yasmin banyak menerima pujian dan kritikan daripada masyarakat serta mendapat liputan media tempatan dan luar negara yang meluas.
Filem-filem Yasmin juga mendapat pengiktirafan dari negara luar apabila ditayangkan di Berlin, San Francisco, Singapura dan di Festival Filem Cannes yang memberi peluang kepada Yasmin untuk terus menghasilkan filem yang dikatakan mempunyai identiti tersendiri. BERNAMA |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 26 Jul 2009, 9:37 am | |
| Rakan artis rasai kehilangan Yasmin
RAKAN-RAKAN artis yang berada di hospital sebaik mendapat tahu tentang kematian Yasmin melahirkan rasa sedih dengan pemergian pengarah tersohor itu.
Fatimah Abu Bakar
"Dalam dunia ini mungkin ada ramai insan yang hebat-hebat, Yasmin adalah salah seorang daripada mereka. Dia bukanlah seorang yang jenis mengambil mudah dengan kerjanya kerana dia seorang yang berbakat. Dia mempunyai semangat yang tinggi dan visinya yang tersendiri sampaikan kita pun tak faham.
"Kerana itulah ramai orang yang salah anggap dengan diri Yasmin. Tetapi dia sedikitpun tidak pernah berniat jahat. Semua filem-filem arahannya berkisahkan kemaafan dan cinta kerana Yasmin sendiri dibesarkan oleh keluarganya dengan penuh kasih sayang.
Engku Emran
"Ini merupakan satu kehilangan yang besar bukan sahaja pada industri kita, malah juga pada negara. Filem-filem Yasmin juga ditonton oleh semua golongan kaum dan setiap filem dia pasti berkaitan dengan kaum-kaum yang berbeza.
"Kerana itulah sentuhan Yasmin begitu berbeza jika dibandingkan dengan pengarah-pengarah filem yang lain. Kita kehilangan seseorang yang sangat hebat, pintar dan seorang pengarah yang kreatif.
Aznil Hj Nawawi
"Saya sentiasa mengagumi hasil kerjanya(Yasmin) tetapi tidak pernah berpeluang untuk bekerja bersamanya. Yasmin bijak untuk menarik minat rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini melalui filem serta iklan yang dihasilkannya. Kali terakhir saya bertemu Yasmin ketika dia datang ke studio Radio Era untuk mempromosikan filemnya yang berjudul 'Talentime'.
"Sebelum saya menerima SMS mengenai pemergiannya, saya sudahpun merancang untuk pergi melawatnya, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena seolah-olah menyuruh saya untuk melawatnya. Tetapi sayangnya Yasmin telah pun pergi meninggalkan kita.
Dafi
"Saya pernah bekerja dengannya dua kali, untuk pengiklanan Silky dan Earth Hour. Kita semua kehilangan seseorang yang sangat berbakat. Saya benar-benar berasa sedih kerana Yasmin seorang yang cukup istimewa. Saya bertuah dapat mengenalinya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 26 Jul 2009, 9:39 am | |
| Gambar yang dikirim melalui email ini mengatakan Diana Amir telah pergi menonton perlawanan bola sepak persahabatan antara Manchester United menentang Malaysia tempoh hari. Diana Amir juga merupakan peminat kelab bola sepak Manchester United. Siapa jejaka diluar sana yang meminati Manchester United? Anda sudah cukup ciri-ciri lelaki yang diperlukan untuk menjadi teman lelaki Diana Amir seterusnya |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 26 Jul 2009, 9:45 am | |
| 2 perompak rumah Mawi mati ditembak polis KAKAK Mawi, Rashidah menunjukkan bagaimana ibunya dicekik perompak yang memecah masuk rumah mereka, semalam. Gambar kecil Teratak Bonda di Felda Taib Andak, Kulai, Johor. KULAIJAYA: Polis menembak mati dua perompak warga Indonesia tengah hari semalam, kira-kira lapan jam selepas mereka bersama dua lagi rakan merompak rumah ibu penyanyi terkenal, Mawi atau Asmawi Ani di Felda Taib Andak, di sini. Empat lelaki dipercayai berusia antara 20 dan 30 tahun bersenjatakan parang, memecah rumah ibu Mawi, Teratak Bonda, kira-kira jam 4 pagi semalam, dipercayai melalui pintu belakang sebelum melarikan telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas dianggarkan bernilai RM8,000. Ketika kejadian, terdapat sembilan orang di rumah berkenaan termasuk ibu Mawi, Ramlah Sarlan; kakaknya, Rashidah Ani, 38; suami Rashidah, Sahrom Saji, 40, serta tiga anak; adik Mawi, Asmidah Ani, 22, dan dua anak saudara penyanyi itu. Bertindak atas maklumat berkenaan, polis menubuhkan satu pasukan khas terdiri daripada anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri serta Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya bagi menjejaki kumpulan perompak terbabit. Difahamkan, usaha menjejaki kereta perompak terbabit berhasil, selepas polis mendapat maklumat orang ramai bahawa ada sebuah kereta mencurigakan masuk ke ladang kelapa sawit, Ladang Fraser yang terletak kira-kira lima kilometer dari Felda Taib Andak. Berikutan itu, pasukan polis mengepung kawasan berkenaan, dan mengarahkan empat perompak terbabit menyerah diri tetapi mereka bertindak menyerang anggota polis mengakibatkan dua daripada mereka ditembak mati manakala dua lagi berjaya meloloskan diri. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, berkata dua perompak yang ditembak mati dikenali sebagai Marwa, 30, dari Mataram, Batam dan Roni Aslah, 29, dari Tanjung Pinang. "Mereka masuk ke Johor menggunakan pasport sah masing-masing pada Jumaat minggu lalu serta Khamis lalu, dan kereta yang digunakan perompak ini, jenis Proton Waja dilaporkan dicuri di Taman Pelangi, di sini, Oktober lalu," katanya. Jalaludin berkata, polis turut menemui sebahagian barang kemas disamun dari rumah ibu Mawi dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk menyamun seperti kuku kambing, pemotong besi dan pemutar skru. Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 dan 395 Kanun Keseksaan dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan dua lagi perompak yang dipercayai masih berada di sekitar Kulaijaya. Sementara itu, Rashidah yang sedang mengandung lapan bulan ketika ditemui berkata, mereka sekeluarga melalui detik mencemaskan selama kira-kira 10 minit. Beliau berkata, kepalanya serta ibu, Ramlah diketuk beberapa kali selain rantai dan gelang mereka diragut salah seorang perompak terbabit. "Saya tidur di tingkat bawah bersama dua anak, manakala ibu di bilik lain di tingkat bawah terkejut apabila mendengar bunyi bising dan mendapati terdapat empat lelaki di dalam rumah, berpakaian ala ninja sebelum salah seorang daripada mereka bertindak mencekik leher bagi mengelak saya menjerit. "Bagaimanapun, saya terjerit kerana ketakutan menyebabkan kepala saya diketuk sebanyak tiga kali dengan ulu parang sebelum saya terus memeluk anak dan meminta mereka (anak) juga tidak membuat bising," katanya. Beliau berkata, rantai dan gelang diragut dalam kejadian itu sebelum salah seorang daripada perompak terbabit memasuki bilik Ramlah lalu mencekik serta merampas rantai dan gelang. "Suami yang tidur di dalam bilik di tingkat atas kemudian keluar dan ketika menuruni tangga ternampak perompak terbabit menyebabkannya lari semula ke atas sebelum salah seorang daripada perompak mengejarnya ke dalam bilik," katanya. Sementara itu Mawi ketika dihubungi selepas selesai perlawanan Liga Futsal HotFm 2009 di Sabah petang semalam mengakui panik dan bimbang sebaik diberitahu mengenai kejadian yang menimpa keluarganya. Mawi mengakui kejadian berkenaan bukanlah yang pertama kali, sebaliknya sudah masuk kali ketiga sejak sebelum bergelar juara Akademi Fantasia 3 lagi. "Memang kejadian kali ini agak menakutkan dan ganas kerana penjenayah bertindak lebih berani menggunakan senjata selain bertopeng," tambahnya yang berbangga atas kecekapan polis menumpaskan dua daripada empat penjenayah berkenaan kurang daripada 24 jam selepas kejadian. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 26 Jul 2009, 10:33 am | |
| Yasmin meninggal dunia - Kembali ke rahmatullah 3 hari selepas diserang angin ahmar
KUALA LUMPUR - Pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad (gambar) yang mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak sejak Khamis lepas meninggal dunia malam tadi.
Yasmin, 51, kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 11.30 malam di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya selepas tiga hari berada dalam koma setelah menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya.
Yasmin yang terkenal sebagai pengarah filem Sepet, Gubra dan Talentime rebah secara tiba-tiba semasa bermesyuarat bersama penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa serta beberapa kakitangan Media Prima di Sri Pentas, TV3, sekitar pukul 3 petang Khamis lalu.
Beberapa jam sebelum itu, adik iparnya, Datuk Dr. Zakaria Zahari memberitahu media, Yasmin masih menerima bantuan alat sokongan hayat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar Damansara. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 26 Jul 2009, 11:16 am | |
| Perompak rumah Mawi ditembak
MAWI di hadapan rumahnya di Felda Taib Andak, Kulai. KULAIJAYA - Dua daripada sekumpulan empat perompak yang memecah masuk rumah penyanyi popular Mawi di Felda Taib Andak di sini kira-kira pukul 4 pagi semalam ditembak mati oleh polis. LOKASI dua perompak ditembak mati oleh polis di Ladang Estet Fraser, Kulai semalam. Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Ab. Rahman berkata, kedua-dua mereka terbunuh apabila cuba menyerang polis dengan parang di Ladang Estet Fraser, kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian, pada pukul 12 tengah hari. Menurut beliau, kedua-duanya dikenali sebagai Marwa, 30, dari Batam dan Roni Paslah, 29, dari Tanjung Pinang manakala dua lagi masih diburu polis. "Selepas menerima laporan, polis segera melakukan intipan dan kemudian terserempak dengan dua penjenayah terbabit di susur keluar estet tersebut. Mereka yang menaiki sebuah Proton Waja curi berada dalam keadaan mencurigakan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Menurut Jalaluddin, kedua-dua suspek kemudian berpatah balik dan cuba melarikan diri. Mereka juga menyerang anggota polis dengan parang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 26 Jul 2009, 3:10 pm | |
| Berita Nyata: Yasmin Ahmad meninggal dunia
Update: Jenazah Allahyarham Yasmin Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam SS21 di sini hari ini dengan dihadiri oleh kira-kira 1,000 kenalan termasuk saudara mara Allahyarham.
Penulis mengucapkan takziah di’atas pemergian arwah Yasmin Ahmad yang meninggal dunia jam 11.25 malam (Sabtu). Perginya sudah seorang tokoh perfileman tanahair. Yasmin Ahmad sebelum ini rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan. Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. Pelbagai spekulasi sebelum ini ada mengaitkan bahawa Yasmin Ahmad telah dibuat orang kerana penyakit strok tidak menyerang dua kali pada jangka masa terdekat. Wallahualam.
Ucapkanlah kata-kata terakhir anda sebelum ia dikebumikan pagi ini. al-Fatihah. Disebalik pemergiannya, sebak dihati apabila membaca blognya dan juga melihat gambar-gambarnya di Facebook beliau. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 26 Jul 2009, 3:23 pm | |
| Jenazah Pengarah Yasmin Ahmad disemadikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya
SUBANG JAYA: Jenazah pengarah filem dan iklan terkenal, Allahyarhamah Yasmin Ahmad selamat disemadikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya sebelum waktu Zohor sebentar tadi.
Sebelum itu jenazah arwah Yasmin Ahmad telah dibawa ke masjid Abu Bakar As-Siddiq di SS19, Subang Jaya untuk dimandikan dan disembahyangkan, yang diketuai oleh Imam Ustaz Ahmad Salim dan bilal Ustaz Mohamad Soen.
Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak malam tadi sekitar pukul 11.26 malam di Hospital Pakar Damansara.
Turut hadir pada majlis pengebumian ini bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Seri Farid Ridzuan dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Tony Fernandes
Antara rakan-rakan artis serta sahabat handai Arwah Yasmin yang hadir ke majlis pengebumian ini ialah , Fatimah Abu Bakar, Rosyam Nor, Pengarah filem, Amir Muhammad, Jaclyn Victor, Sharifah Amani, Suhaimi Baba, Tan Karhoe (pelakon filem Telentime), Low Ngai Yuen, Jo Kukathas, Ho Yu Hang, penggiat teater, Fahmy Fadzil dan penyanyi/penulis lagu, Pete Teo.
Berikut adalah kronologi majlis pengebumian jenazah Yasmin Ahmad.
9.30 pagi: Kereta jenazah bertolak dari rumah Arwah Yasmin di 42, Jalan SS22/5D, Subang Jaya.
9.50 pagi: Kereta jenazah tiba di masjid Abu Bakar As-Siddiq di SS19, Subang jaya.
10 pagi: Bacaan Yassin dari ahli keluarga dan semua yang hadir dijalankan.
11.05 pagi: Persiapan untuk menyembahyangkan jenazah sedang dibuat. Selepas jenazah disembahyangkan, orang ramai dibenarkan untuk memberi pernghormatan terakhir kepada Arwah Yasmin Ahmad.
11.38 pagi: Jenazah sedang disembahyangkan.
11.52 pagi: Sembahyang jenazah baru sahaja selesai dan jenazah kini sedang dalam perjalanan ke Tanah Perkuburan USJ 20.
12.46 tengahari: Jenazah Yasmin Ahmad telah selamat disemadikan dan bacaan talkin sedang dijalankan.
Berita selanjutnya selepas ini.
Berita terdahulu
Pengarah Yasmin Ahmad meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara.
Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.
Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik), Dr. Zurin turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS19, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan.
Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.
Fatimah juga meminta kepada semua peminat Yasmin untuk turut menyertai solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang beriman.
Pihak media juga diminta untuk tidak mengganggu ahli keluarga Yasmin buat masa ini yang masih bersedih dengan kematian pengarah itu.
Turut hadir di sidang media tersebut ialah Datuk Seri Farid Ridzuan dan adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri.
Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.
Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 26 Jul 2009, 3:26 pm | |
| Emeer Juara 'Oo La La'
Tahniah pada Emeer, 14, dan ayahnya Bakri Mamat, selaku penjaganya sepanjang program ‘Oo La La’. Persembahannya malam ini berjaya menambat hati juri dan peminat sekaligus menobatkannya sebagai juara.
Nampaknya berjaya juga anak kelahiran Kuantan, Pahang ini menebus kekecewaan yang dirasai ketika musim pertama MyStarz LG dulu apabila hanya muncul sebagai peserta lima terakhir dan sekadar finalis pertandingan Worldstar – Road to Hollywood 2009.
Keputusan ditentukan oleh panel juri (50%) yang terdiri daripada Azmeer dan Atilia, dan melalui undian SMS (50%).
Tempat kedua dan ketiga masing-masing diduduki oleh Sha (penjaganya yang juga bapa saudaranya, Aris Ariwatan) yang telah menunjukkan satu persembahan yang mantap dan Amira (penjaganya Alina Saad yang juga ibunya).
Antara artis-artis jemputan yang hadir memeriahkan majlis termasuk Ezlynn, Lan (bekas MUH), Misha Omar dan bekas juara Mentor, Pija, Fiq dan Black. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 9:22 am | |
| Britney Spears terima ugutan bunuh melalui email
PENYANYI pop, Britney Spears membatalkan hasratnya untuk membawa anak-anaknya melancong ke Russia setelah dia menerima ugutan bunuh melalui e-melnya. Britney yang popular dengan lagu 'Toxic', kini sedang berada di Finland dan akan pergi ke Russia untuk dua konsertnya iaitu di St. Petesburg dan Moscow pada minggu depan, lapor satu sumber. "Pada asalnya, kedua-dua anaknya itu akan bersama Britney tetapi dia(Britney) berkeras untuk tidak membawa mereka disebabkan ugutan yang diterimanya," kata satu sumber. Selepas konsertnya di Moscow, Britney akan terbang terus ke London dengan menaiki jet persendiriannya untuk bersama anak-anaknya iaitu Sean Preston, tiga tahun, dan Jayden James, dua tahun. Identiti pengirim e-mel ugutan bunuh tersebut tidak dapat dikenalpasti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 9:29 am | |
| Erema akui Bayu Kuat Seks? Kes Erema, atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 26 dengan bekas suaminya Seri Bayu, atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 44, yang sudah dekat setahun berlalu makin lama makin bermisteri. Tidak tahu mana satu pihak yang benar atau salah. Bayu yang menderita sakit saraf dan lumpuh dengan menggunakan kerusi roda, disyaki oleh Erema memiliki tenaga luar biasa yakni Bayu kuat seks. Tidak tahulah ini cerita dari Erema sendiri atau sekadar rekaan imiginasi editor majalah yang menayangkannya. Apa-apapun korang beli lah akhbar ini, dan mungkin korang boleh pahami apa maksud tajuk utama akhbar ini. (dah lah orang sakit macam tue, kena cop pulak kuat seks) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 9:33 am | |
| (TERBARU)Jenazah Yasmin Ahmad Selamat Dikebumikan
Jenazah Allahyarhamah Yasmin Ahmad telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya sebelum Zohor tadi. Sekali lagi kami nak ucapkan takziah kepada keluarga, saudara mara dan sahabat handai arwah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.
Di kesempatan ini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengajak pembaca-pembaca semua untuk berhenti mempersoalkan jantina Yasmin Ahmad. Sama ada Yasmin Ahmad lelaki, perempuan atau khunsa, itu hanya Dia yang tahu.
Selok-eloknya janganlah mengutuk atau mencaci orang yang telah pergi. Sama ada iklan ataupun filem arahan Yasmin Ahmad tidak menepati kehendak agama, itu tak bermakna kita ada hak untuk mencerca beliau. Tambah-tambah lagi Yasmin Ahmad sudah pun meninggal dunia. Sebaik-baiknya biarlah puji-pujian sahaja yang diberikan kepada beliau.
Kalau Michael Jackson yang tak kita tak pasti agamanya Islam atau pun tidak boleh kita puji dan sanjung, inikan pulak sememangnya seorang saudara kita dalam agama Islam. Kami pun bukanlah baik sangat. Cuma seeloknya dalam keadaan sedih begini, janganlah menambahkan lagi kekusutan dan kesedihan kaum keluarga Yasmin Ahmad.
Marilah bersama-sama kita sebagai saudara semuslim mensedekah Al-Fatihah kepada arwah Yasmin Ahmad |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 9:35 am | |
| Berikut adalah kronologi majlis pengebumian jenazah Yasmin Ahmad.
9.30 pagi: Kereta jenazah bertolak dari rumah Arwah Yasmin di 42, Jalan SS22/5D, Subang Jaya.
9.50 pagi: Kereta jenazah tiba di masjid Abu Bakar As-Siddiq di SS19, Subang jaya.
10 pagi: Bacaan Yassin dari ahli keluarga dan semua yang hadir dijalankan.
11.05 pagi: Persiapan untuk menyembahyangkan jenazah sedang dibuat. Selepas jenazah disembahyangkan, orang ramai dibenarkan untuk memberi pernghormatan terakhir kepada Arwah Yasmin Ahmad.
11.38 pagi: Jenazah sedang disembahyangkan.
11.52 pagi: Sembahyang jenazah baru sahaja selesai dan jenazah kini sedang dalam perjalanan ke Tanah Perkuburan USJ 20.
12.46 tengahari: Jenazah Yasmin Ahmad telah selamat disemadikan dan bacaan talkin sedang dijalankan.
Berita selanjutnya selepas ini.
Berita terdahulu
Pengarah Yasmin Ahmad meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara.
Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.
Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik), Dr. Zurin turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS19, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan.
Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.
Fatimah juga meminta kepada semua peminat Yasmin untuk turut menyertai solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang beriman.
Pihak media juga diminta untuk tidak mengganggu ahli keluarga Yasmin buat masa ini yang masih bersedih dengan kematian pengarah itu.
Turut hadir di sidang media tersebut ialah Datuk Seri Farid Ridzuan dan adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri.
Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.
Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 9:36 am | |
| Program tribut untuk Yasmin Ahmad di TV3
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan bercadang menerbitkan program tribut Yasmin Ahmad bagi memperingati jasa pengarah terkenal itu. -foto MSTAR oleh AU YEONG HOW
SUBANG JAYA: Stesen TV3 merancang untuk menerbitkan program tribut untuk Allahyarham Yasmin Ahmad bagi mengenang jasa beliau dalam industri hiburan.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan berkata, jasa Allahyarham terlalu besar dan tidak boleh dibilang.
Menurutnya, program tribut itu diharap dapat menyingkap kembali usaha dan hasil kerja Allahyarham untuk tatapan generasi sekarang dan masa depan.
"Kita begitu terasa kehilangan sentuhan Yasmin terutama dalam pengarahan filem dan iklan-iklan komersial yang menyentuh tentang kemanusiaan dan kasih sayang.
"Jasa Allahyarham amat besar dan tidak boleh dibilang," katanya ketika ditemui di tanah perkuburan USJ 22 di sini, sebentar tadi.
Sumbangan besar Allahyarham Yasmin di dalam industri perfileman dapat dilihat di dalam semua filem-filemnya seperti Sepet, Gubra, Mukhsin, Talentime dan drama TV Rabun.
Pada 23 Julai, 2009, pengarah tersohor Yasmin Ahmad, 51, telah rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.
Allahyarham telah menjalani pembedahan otak pada jam 6 petang pada hari yang sama. Namun Yasmin tidak menunjukkans ebarang respon setelah dibedah.
Keadaannya bertambah tenat dan semalam, Yasmin menghembuskan nafasnya yang terkahir dan disahkan meninggal dunia ekoran pendarahan teruk pada otaknya.
Menurut Ahmad Farid, Yasmin adalah seorang yang berani mencari kebenaran dan ikhlas dalam hatinya.
Katanya, Allahyarham tidak teragak-agak menyelitkan kebenaran dalam hasil kerjanya.
"Selain itu, bagi Allahyarham, duit bukan penting, yang penting ialah prinsipal kerana rezeki datang dari Tuhan," kata Ahmad Farid.
Sementara itu, Ahmad Farid mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk kawan-kawan, saudara-mara dan media kerana menghadiri pengebumian Allahyarham Yasmin. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 10:02 am | |
| Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan bercadang menerbitkan program tribut Yasmin Ahmad bagi memperingati jasa pengarah terkenal itu. -foto MSTAR oleh AU YEONG HOW |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 10:30 am | |
| Siti Sarah dapat satu pengajaran bermakna di WCPA Siti Sarah Raisuddin berjaya membuktikan bakatnya di pentas dunia setelah berjaya mengondol empat pingat emas di Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCPA), yang diadakan di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 11 hingga 19 Julai lepas. - foto THE STAR oleh RICKY LAI
SIAPA sangka artis kecil molek yang memiliki vokal mantap ini pernah mengalami kejatuhan dalam hidup dan kariernya. Namun bagi Siti Sarah Raisuddin, semua itu hanyalah satu detik hitam yang telah lama dilupakannya.
Sarah kini dalam usaha untuk mengembalikan zaman kegemilangannya, lebih menggembirakan penyanyi ini telah berjaya memenangi Anugerah Emas peringkat akhir kategori vokal terbuka dan kategori duet dengan Yusrizan Usop atau lebih dikenali sebagai Bob AF2 dalam 'Pertandingan Seni Persembahan Dunia 2009 (WCPA)' yang diadakan di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 11 hingga 19 Julai lepas.
Namun tidak semudah itu bagi penyanyi ini untuk mendapat kejayaan sebesar ini, Sarah dikhabarkan telah pengsan pada sesi pemilihan untuk layak ke peringkat separuh akhir ketika pertandingan itu berlangsung.
"Sarah pengsan masa sesi pemilihan, waktu tu 'rushing' sangat sampai Sarah tak sempat nak makan dan waktu tu jugak Sarah masih tak dapat sesuaikan diri dengan suasana di sana, sebab tu lah Sarah pengsan.
"Pihak penganjur dan 'medic' di sana bertungkus lumus bantu Sarah ketika itu. Walaupun ketika itu Sarah menggigil, Sarah tetap buat keputusan untuk teruskan jugak, tetapi pihak penganjur yang begitu ambil berat sanggup memberi peluang kepada Sarah untuk berehat dan mengambil masa untuk bersedia.
"Namun Sarah tetap nak naik pentas untuk teruskan, Alhamdulillah Sarah layak ke separuh akhir dan masa separuh akhir tu, Sarah buat yang sehabis baik dan layak ke akhir," kata anak kepada Raisuddin Hamzah ini.
Bagi Sarah juga, dia telah mempelajari sesuatu yang bermakna ketika pertandingan itu yang akan dipraktikkannya di Malaysia.
"Banyak yang Sarah pelajari, kami di sana diajar cara bagaimana untuk cari pengurus, ejen dengan cara yang betul dan kami juga diajar bagaimana cara untuk berhadapan media ketika ditemuramah dan 'casting' yang betul," kata Sarah.
Penyanyi ini turut memberitahu, dia begitu bangga kerana memenangi anugerah emas ini kerana saingan dari negara lain begitu hebat dan bagus-bagus.
"Saingan dari negara-negara lain semuanya hebat, susah untuk Sarah menang sebenarnya.
"Apabila nama Sarah diumumkan sebagai pemenang, Sarah terkejut sangat-sangat... sebab pesaing Sarah bukan calang-calang, semuanya merupakan artis rakaman dari negara masing-masing.
"Pesaing yag hebat bagi Sarah dari Afrika dan Filipina, mereka sangat bagus," kata Sarah dengan riak wajah yang gembira.
Ketika ditanya perancangan Sarah selepas pulang dari Los Angeles, penyanyi ini menceritakan dia perlu menyambung rakaman single terbarunya yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.
"Selepas ini Sarah akan sibuk dengan show dan Sarah akan masuk studio untuk buat rakaman single terbaru Sarah.
"Muzik untuk single tu dah dimasukkan, sekarang tinggal nak masukkan suara Sarah saja dan single ini telah di cipta oleh Aidit Alfian," katanya lagi.
Sarah yang begitu teruja dengan kemenangannya turut bersedia untuk membantu mencari bakat-bakat baru sekiranya pihak kerajaan masih bercadang untuk menghantar wakil dari Malaysia pada pertandingan ini tahun depan.
Sarah telah memenangi dua Anugerah Emas peringkat akhir kategori vokal terbuka dengan membawakan lagu 'Respect', bagi kategori duet dengan Bob AF2, pasangan ini menyanyikan lagu 'Unbreak My Heart'.
Sarah turut memenangi dua pingat emas bagi kategori 'World Music' dengan membawakan lagu 'Ghazal Untuk Rabiah' dan kategori 'RnB/Jazz' dengan lagu 'Dream'. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 10:33 am | |
| Suara emas Bob terbukti di arena antarabangsa
Yusrizan Usop atau lebih dikenali sebagai Bob AF2 turut melakar kejayaan setelah berjaya memenangi dua pingat emas bagi Anugerah Emas Peringkat Akhir dan empat pingat emas bagi setiap kategori pada 'Pertandingan Seni Persembahan Dunia 2009 (WCPA)' yang diadakan di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 11 hingga 19 Julai lepas. - foto THE STAR oleh RICKY LAI
TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, itulah yang dapat dirungkaikan atas kejayaan penyanyi yang lahir dari program realiti ini. Yusrizan Usop atau lebih dikenali sebagai Bob AF2 ini berjaya membuktikan kebolehan bakat nyanyiannya setelah memenangi Anugerah Emas Peringkat Akhir kategori duet bersama Siti Sarah, Norhasmidar Ahmad dan juga pingat emas bagi kategori 'Pop', 'Kontemporari', 'World Music' dan 'Terbuka' dalam 'Pertandingan Seni Persembahan Dunia 2009 (WCPA)' yang diadakan di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 11 hingga 19 Julai lepas.
Bagi penyanyi ini, dia begitu berbangga menyanyikan lagu melayu di pentas dunia kerana dapat membuka mata dunia akan kehebatan serta keunikan yang terdapat dalam lagu melayu.
"Ketika saya menyanyikan lagu 'Zapin Beradat' dan 'Bagaikan Sakti' bersama Hasmidar saya rasa begitu bangga kerana ketika itu tepukan gemuruh dari para penonton dapat saya dengar.
"Apa yang mmengejutkan saya, mereka seperti menghargai lagu-lagu kita dan mereka terkejut bahawa ada lagu-lagu Malaysia yang sehebat dan seunik ini," jelas Bob.
Bob turut menceritakan pengalamannya di sana yang dianggap begitu menakjubkan kerana berbagai ilmu yang telah dia perolehi di sana.
"Apa yang Bob boleh katakan adalah 'wow', begitu dahsyat... Di sana sangat-sangat profesional dan 'punctual', kalau dekat Malaysia katakan acara bermula pukul 7.30, tetapi pukul 8.00 baru nak bermula, di sana tidak, mereka begitu menepati masa.
"Di sana juga secara tidak langsung juga Bob banyak belajar dari peserta-pesrta lain. Bob belajar mengenai cara pemilihan lagu yang tepat dan belajar mengetahui kehendak para juri dan Alhamdulillah ketika pertandingan, semua lagu yang Bob pilih adalah tepat," kata penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak ini.
Bob juga tidak menghadapi sebarang masalah ketika berada di Los Angeles kerana cepat menyesuaikan diri dan hanya sukar untuk mendapatkan makanan sahaja.
"Bob tidak menghadapi masalah. Seperti Sarah, Bob cepat menyesuaikan diri cuma susah untuk makan saja.
"Nak cari yang halal memang susah, nasib baik ada mi segera, kadang-kadang tu Bob makan tuna sandwich je. Waktu pagi Bob makan buah-buahan dan bijirin seperti koko crunh.
"Tetapi waktu yang sukar ketika pertandingan ialah Bob terpaksa peka dan pantas sebab kebanyakan peserta tidak masuk satu kategori sahaja, mereka ada yang layak ke kategori lain jadi ramai yang 'skip' giliran mereka dan waktu tu terkena pulak pada Bob.
"Bob baru selesai buat persembahan, tengah nak tukar baju, tiba-tiba nama Bob dipanggil lagi untuk giliran yang seterusnya, jadi Bob pun dengan kelam kabut sarung pakaian dan berlari ke pentas," katanya sambil ketawa.
Ditanya berkenaan pesaing terdekatnya ketika pertandingan itu, Bob mengatakan kesemua peserta hebat-hebat dan memberi saingan sengit.
"Kesemua mereka hebat... Tetapi bagi Bob peserta yang memberi saingan sengit adalah dari Ireland, Filipina, Kanada, Amerika Syarikat dan Afrika," katanya.
Bob juga bakal meneruskan rakaman album keduanya dan meneruskan persembahan yang telah ditangguh berikutan penyertaannya ke Los Angeles.
Bob telah memenangi Anugerah Emas Peringkat Akhir bagi kategori duet bersama Siti Sarah dengan menyampaikan lagu 'Unbreak My Heart', manakala bersama Norhasmidar Ahmad dengan lagu 'Bagaikan Sakti'.
Bob turut memenangi empat pingat emas bagi kategori 'Pop' dengan lagu 'My Baby You', kategori 'Kontemporari' dengan lagu 'The Prayer', kategori 'World Music' dengan lagu 'Zapin Beradat dan bagi kategori 'Terbuka' dengan lagu 'Cinta Terhalang'. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 10:42 am | |
| Roslin sedia batalkan saman RM50,000 jika Faizah pulangkan hantaran Roslin menjelaskan, dia membuat keputusan untuk menyaman Faizah setelah mendapatkan nasihat peguamnya, Roslizam Rahim dalam masa dua minggu selepas kes cerainya berakhir pada Mei lalu dan bukannya atas pengaruh orang lain.
“SAYA bersedia untuk membatalkan saman tu jika dia (Faizah) pulangkan hantaran tetapi tengoklah macam mana..,” kata pemain badminton negara, Roslin Hashim yang bersedia untuk membatalkan saman RM50,000 terhadap bekas isteri, Faizah Mohammad yang dikahwininya selama 12 hari itu.
Kata Roslin, saman itu dikemukakan sebagai tuntutan ‘malu’ terhadap apa yang dilakukan oleh Faizah dan ganti rugi terhadap belanja serta kos perkahwinan yang dikeluarkan sebelum ini.
Jelasnya lagi, jika Faizah memulangkan hantaran terlebih awal mungkin isu saman ini tidak akan wujud.
“Kalau dari awal tahu tentang benda ni, terus je la bagi hantaran tu tetapi lepas cerai sehingga sekarang dia tidak pernah menghubungi dan berhasrat untuk memulangkan hantaran yang saya berikan.
“Sekurang-kurangnya kalau dia minta maaf dari awal selepas kami bercerai sebelum ini pun saya akan halalkan hantaran itu secara automatik.
“Dalam hati memang saya dah niat macam tu dan isu ini tidak akan timbul kerana saya tidak sezalim itu,” ujar Roslin atau nama sebenarnya, Muhammad Roslin Hashim.
Roslin menjelaskan, dia membuat keputusan untuk menyaman Faizah setelah mendapatkan nasihat peguamnya, Roslizam Rahim dalam masa dua minggu selepas kes cerainya berakhir pada Mei lalu dan bukannya atas pengaruh orang lain.
“Saya nak buat tuntutan saman kerana tiada persetubuhan dan setelah meminta nasihat peguam, dia (Roslizam) memberitahu dalam undang-undang (syariah) ada memaklumkan tentang hal itu.
“Mengikut adat, dia juga sepatutnya memulangkan hantaran itu.
“Saya nak tuntut hak saya. Saya kahwin tak dapat apa-apa tetapi apa yang dia bagi kepada saya?
“Mungkin orang akan mempertikaikan apa yang saya lakukan ini dan fikir takkan saya nak ambil balik (hantaran) seperti saya menganiayanya...tetapi saya bukan berdendam,” jelas Roslin.
Menurutnya, saman berkenaan akan difailkan sejurus dia memperoleh surat pembatalan pernikahan yang kini belum dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.
“Memang saya nak failkan saman ni secepat mungkin sejak kes cerai kami selesai pada bulan Mei lalu tetapi pihak Mahkamah memaklumkan yang kami perlu menunggu surat pembatalan (cerai) dalam masa dua minggu selepas itu.
“Tapi, sampai sekarang dah dua bulan saya tunggu tapi tetap belum menerimanya.
“Peguam saya kata surat itu lambat diberikan kerana pihak Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya sedang menunggu untuk mendapatkan tandatangan Hakim Syarie untuk pembatalan cerai,” katanya yang ingin berkahwin dengan pasangan pilihan sendiri.
Namun dia tidak menolak seandainya produser Raja Azmi ingin mencarikan jodoh untuknya lagi.
“Saya tak serik kalau Kak Raja nak perkenalkan dengan sesiapa lagi tapi lepas hal ini berlaku dia pula yang serik..,” akhirinya yang sedang merancang untuk bersara secara tidak rasmi.
Roslin berkata dia sedang sibuk melatih lima hingga enam pemain badminton junior Kelab Nusa Mahsuri.
“Saya masih bermain badminton tetapi sudah tidak aktif seperti dulu,” tuturnya.
Faizah sedia pulangkan hantaran
Faizah sedia pulangkan hantaran kepada Roslin jika bekas suaminya itu datang ke rumahnya secara baik.
Dalam pada itu, Faizah ketika dihubungi, berkata dia bersedia untuk memulangkan hantaran kepada Roslin jika bekas suaminya itu datang ke rumahnya secara baik.
“Saya akan pulangkan hantaran kalau dia nak pada bila-bila masa.
“Kalau boleh, saya nak dia datang dan selesaikan hal ini secara baik dengan berjumpa keluarganya seperti mana dia datang merisik dan melafaz cerai dulu,” katanya yang terkejut apabila mendapat tahu tentang isu saman itu melalui sebuah akhbar.
Bagaimanapun, dia enggan memberikan komen mengenai perkara itu.
“Mungkin saya akan minta nasihat dan berbincang terlebih dahulu dengan peguam.
“Saya tak nak komen dulu kerana mahu ‘study’ kes ini dulu.
“Saya hanya berserah buat masa ini lagipun kes cerai baru reda. Saya anggap ia sebagai ujian,” jawabnya yang bekerja sebagai Eksekutif Operasi di salah sebuah syarikat di Puchong.
Roslin dan Faizah mula berkenalan sejak Hari Raya Haji pada tahun 2005 di rumah Raja Azmi.
Selepas ditunangkan pada 1 November tahun lalu, Faizah mula rapat dengan Roslin dan mula keluar berdua sebelum bernikah pada 30 Januari lalu.
Perkahwinan Roslin dan Faizah telah menimbulkan kontroversi apabila Roslin mengaku melafazkan cerai terhadap isterinya selepas 12 hari mereka bernikah.
Berikutan itu, Faizah telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya manakala Roslin juga berbuat demikian di Mahkamah Rendah Syariah yang sama.
Roslin dan Faizah telah bercerai secara talak 'Bain Sughra' dengan satu talak pada 12 Mei lalu.
Talak 'Bain Sughra' adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali tetapi pasangan tidak boleh rujuk semula melainkan dengan pernikahan yang baru walaupun isterinya di dalam edah. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 10:51 am | |
| Yasmin Ahmad tinggalkan satu legasi! RAKAN-RAKAN artis dan juga personaliti terkenal tanah air memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Yasmin Ahmad sebaik mendengar berita pemergian pengarah tersohor itu lewat malam semalam. Semuanya melahirkan kesedihan dan kehilangan dengan pemergian Yasmin. Legasi yang ditinggalkan oleh penulis dan pengarah hebat Yasmin sukar dicari ganti. Tan Sri Mohamed Jin Shamsuddin Tan Sri Jins sifatkan pemergian Yasmin satu kehilangan besar"Kita telah kehilangan seorang yang mempunyai kebolehan dan bakat yang besar. Sama-samalah kita doakan semoga beliau ditempatkan disisi orang yang beriman. Kita jadikan ini sebagai iktibar dan kita juga harus teruskan perjuangan beliau. Othman Hafsham "Yasmin berani meluahkan apa-apa yang terbuku dalam mindanya menerusi filem dan iklannya. Yang peliknya, buah tangannya yang dianggap 'kontroversi' lebih dihargai masyarakat luar negara berbanding masyarakat tempatan. "Allahyarmah tidak dapat dinafikan ialah ikon kepada generasi muda hari ini." Pengarah Othman menganggap Allahyarham sebagai ikon generasi muda |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 10:55 am | |
| Sazzy FalakSazzy: Hasil kerja Allahyarham Yasmin cukup agung. "Yasmin membuatkan kita menjadi bangga sebagai rakyat Malaysia. "Hasil kerja agungnya berkisar kepada semangat muhibbah dan bagaimana pelbagai bangsa boleh saling menyayangi. "Sumbangannya sangat besar dan akan menjadi ingatan kepada kita semua sampai bila-bila pun. "Jika kita tengok kembali hasil kerjanya, kita akan sedar dia telah meninggalkan satu legasi kepada kita semua." Maya KarinMaya Karin terkejut dengan pemergian Allahyarham Yasmin "Walaupun saya tidak berpeluang untuk bekerja bersama beliau dalam mana-mana filemnya tetapi saya tahu dia seorang yang mempunyai peribadi baik dan disayangi oleh semua orang. Seluruh rakyat Malaysia terkejut dengan pemergianya, semoga rohnya dicucuri rahmat. Fatimah Abu BakarFatimah Abu Bakar: Ramai orang yang salah anggap dengan diri Yasmin "Dalam dunia ini mungkin ada ramai insan yang hebat-hebat, Yasmin adalah salah seorang daripada mereka. Dia bukanlah seorang yang jenis mengambil mudah dengan kerjanya kerana dia seorang yang berbakat. Dia mempunyai semangat yang tinggi dan visinya yang tersendiri sampaikan kita pun tak faham. "Kerana itulah ramai orang yang salah anggap dengan diri Yasmin. Tetapi dia sedikitpun tidak pernah berniat jahat. Semua filem-filem arahannya berkisahkan kemaafan dan cinta kerana Yasmin sendiri dibesarkan oleh keluarganya dengan penuh kasih sayang. Engku Emran"Ini merupakan satu kehilangan yang besar bukan sahaja pada industri kita, malah juga pada negara. Filem-filem Yasmin juga ditonton oleh semua golongan kaum dan setiap filem dia pasti berkaitan dengan kaum-kaum yang berbeza. Ketua Pegawai Operasi Suria fm Engku Emran Engku Zainal Abidin "Kerana itulah sentuhan Yasmin begitu berbeza jika dibandingkan dengan pengarah-pengarah filem yang lain. Kita kehilangan seseorang yang sangat hebat, pintar dan seorang pengarah yang kreatif.
Last edited by azwin on Mon 27 Jul 2009, 11:01 am; edited 1 time in total |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 10:59 am | |
| Selesema tidak halang Emeer juarai Oo La La Mohd. Emeer Mohd. Bakri menjuarai konsert akhir 'Oo La La' musim pertama. foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT. Emeer menyanyikan lagu 'Sampai Syurga' secara solo, berduet bersama bapanya menerusi lagu 'Syair Laila Majnun / Gadis Melayu' dan berduet bersama Lan MUH melalui lagu 'Patah Hati'. Walaupun berusia 14 tahun, Emeer membawakan lagu solo itu seperti dendangan Faizal Tahir - penyanyi asal lagu 'Sampai Syurga' manakala dia serasi bergandingan bersama Lan MUH. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 5 of 12 | Go to page : 1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 10, 11, 12 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |