|
| BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 5:08 pm | |
| Hafiz Hamidun Sah Putus Tunang!
Ikatan pertunangan komposer, penyanyi dan pengacara Hafiz Hamidun, 25, bersama tunangnya, Shazwani Haridan, 21, akhirnya tidak berakhir ke jinjang pelamin. Mereka bertunang pada ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos tahun lalu.
Difahamkan, pada Sabtu lalu, 25 Julai, keluarga pihak perempuan sudah pun bertandang ke rumah Hafiz untuk memulangkan cincin pertunangan mereka. Malam tadi, Hafiz sudah pun menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada rakan terdekatnya yang tertulis: "It's official now, I'm single."
Redha dengan apa yang terjadi, Hafiz berkata kepada murai.com.my semalam bahawa keputusan putus tunang itu tidak melibatkan orang ketiga jauh sekali wujud pertelingkahan antara mereka berdua.
"Kami tak pernah bergaduh pun. Sebenarnya keputusan ini dibuat disebabkan saya yang terlalu sibuk dengan komitmen kerja dalam bidang seni dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai tunangan orang.
"Kami tunang tak sampai setahun. Secara jujur, saya tak terkejut pun sebab sebelum ini Shazwani ada memberikan bayangan tentang niatnya itu. Apa boleh buat sudah takdir dan hubungan kami hanya di situ saja.
"Jadi sebelum kami berumah tangga dan keadaan menjadi buruk, wajarlah kami berpisah," jelas Hafiz.
Hafiz berkata, sekarang Shazwani baru melanjutkan lagi pengajian ke peringkat ijazah di Uniten, Muazam Shah.
"Mulanya keluarga saya terkejut sebab tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba kami nak putus tunang. Bagaimanapun, mak dan ayah saya OK selepas mendengar segala penjelasan. Cuma saya lihat keluarga Shazwani berasa agak sedih," kata Hafiz yang masih berkawan dengan bekas tunangnya itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 5:11 pm | |
| Chanel Undang Natasha Hudson Ke Paris
Sebut saja Paris, kita dah terbayang Menara Eiffel dan suasana kota yang romantik itu. Murai Batu akui Paris bukan saja bandaraya yang romantik tetapi pusat fesyen yang terkemuka di dunia.
Sebut-sebut pasal Paris, Murai Batu dapat tahu pelakon kacukan yang jelita, Datin Natasha Hudson akan terbang ke sana selepas Aidilfitri ini. Amboi takkan nak berbulan madu lagi kot? Oh tidak rupanya...
Ia sebenarnya kerana ada kaitan dengan fesyen. Hai, nak buka butik di sana ke?
Selepas mendapat maklumat sebenar, Natasha rupanya telah diundang oleh jenama fesyen terkenal, Chanel untuk menjayakan pertunjukan fesyen musim luruh/ sejuk. Wah gitu class...
Kiranya itu satu kejayaan buat Natasha walau pun Murai Batu tahu sebelum ini artis Malaysia seperti supermodel Tengku Azura, Deanna Yusoff, Camelia dan Diana Danielle, pernah diundang untuk menjayakan acara fesyen di sana.
Khabarnya, Natasha akan dipakaikan dengan beberapa rekaan terbaru dan hebat daripada pereka terkenal dunia itu bagi tujuan fotografi dan promosi. Malah, Murai Batu juga difahamkan jadual Natasha memang padat setibanya di sana. Maklum sajalah, kalau sudah dipilih sebagai model, macam-macam benda yang kena dilakukan contohnya pemilihan pakaian, fotografi dan sebagainya.
Khabarnya, Natasha tidak keseorangan apabila ke sana nanti kerana turut ditemani oleh seorang editor fesyen berpengaruh dari Malaysia. Harap-harap aksi Natasha itu akan dapat kita lihat dalam majalah terbabit nanti dan Murai Batu akan cuba dapatkan beberapa gambar daripada mereka. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 5:12 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 5:15 pm | |
| Laila Sari Tonjol Telatah Puteri Bunian
Percintaan seorang puteri bunian dengan lelaki biasa di bumi menjadi tema cerita bagi telemovie menarik, Laila Sari yang akan ditayangkan di Astro Ria, Sabtu ini jam 10 malam melalui slot Layaria. Telemovie komedi romantis dan fantasi ini lakonan Liyana Jasmay, Erry Putra, Tam Suhaimi dan Chomel Fana. Ia arahan Ghaz Abu Bakar yang diangkat dari skrip tulisan Nizam Zakaria. Kedua-dua mereka sebelum ini pernah menghasilkan telemovie Ponti Anak Remaja dan Anak Aku Artis. Laila dan Sari mengisahkan 2 puteri bunian dari kerajaan Buni Tujuh yang memiliki jurang perbezaan dan kerap bercanggah pendapat. Berbanding dengan Laila yang agresif dan sanggup melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya, Sari lebih rasional dan tidak rakus. Satu hari Sari telah dikejutkan dengan berita ayahanda mereka yang mahu mengahwinkan Laila dengan Maharaja Jati dari kerajaan Buni Tiga. Sari cuba menasihati Laila agar tidak terburu-buru berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Namun Laila langsung tidak pedulikan kebimbangan Sari. Kerana risaukan Laila, Sari telah bertemu dengan ahli nujum istana bagi mendapatkan tilikan. Ahli nujum mendapati Laila bakal dikaburi dengan sikap gila kuasa dan akan bertukar menjadi seorang Maharani yang kejam. Demi kesejahteraan rakyat dan rasa sayangnya pada Laila, Sari bersetuju dengan cadangan ahli nujum untuk membuang Laila ke bumi. Di bumi, Laila telah bertemu dengan seorang lelaki, Izwan yang mempunyai impian untuk menjadikan rumahnya sebagai pusat perlindungan bagi anak yatim. Namun Izwan sering dihimpit kesusahan kerana diganggu oleh Ah Long. Apakah yang berlaku seterusnya? Untuk mengetahuinya, anda harus menonton drama ini di Astro Ria. Sementara itu, Tam Suhaimi berkata telemovie terbitan Mediahustler Sdn. Bhd. ini memang menarik kerana terselit babak lucu. "Ia turut menggunakan CGI bagi menggambarkan istana bunian. Dialog rekaan dalam drama ini juga memang melucukan kerana ia gabungan Bahasa Inggeris, Tagalog, Latin dan Melayu Klasik. Semua pelakon cukup gembira ketika menjayakan pembikinan telemovie ini," kata Tam yang memegang watak ahli nujum. Difahamkan, telemovie ini diilhamkan daripada filem Walt Disney, Enchanted yang mengisahkan puteri dongeng termasuk ke dalam dunia moden. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 5:18 pm | |
| Rossa, Pasha Ada Sembunyi Sesuatu? Bukan sekali dua Rossa menafikan dia dan Pasha punya hubungan yang lebih dari sekadar teman biasa. Sudah berkali-kali penyanyi genit yang jelita ini menjelaskan bahawa antara dia dengan vokalis band muzik Ungu itu hanyalah pasangan duet samata-mata. Keserasian mereka begitu terbayang dalam lagu sentimental, Terlanjur Bercinta yang kini semakin popular di corong radio Malaysia. "Saya dan Pasha punya keserasian yang tidak bisa dimiliki sama penyanyi lain. Secara kebetulan kami sudah sama-sama saling mengenali antara satu sama lain. Ia langsung memudahkan kami untuk menyanyi bersama. Tetapi kalau dikatakan saya dan Pasha itu punya hubungan yang lebih sekadar teman, itu rasanya tidak mungkin. "Malah saya tidak fikir kami hubungan kami bisa ditukar menjadi yang lebih daripada itu. Tapi, entah mengapa, secara kebetulan kami berdua mengalami masalah di dalam rumahtangga. Dia sudah bercerai sama isterinya, manakala saya pula dalam situasi yang terus terpisah dengan suami," kata Rossa kepada murai.com.my. Sama ada Rossa berkata benar atau cuba berselindung daripada kebenaran, tidak kita ketahui tetapi begitu kemesraan mereka begitu tergambar dalam lagu yang dipersembahkan. Hal ini dapat dirasai saat Rossa melantunkan lagu Tercipta Untuk dan Terlanjur Cinta bersama Pasha sewaktu menjayakan Konsert Mini Cerita Cinta Rossa di Life Centre, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Hubungan mereka memang nampak begitu mesra sekali dan kemesraan itu telah melahirkan satu penyatuan rasa dan perasaan yang begitu hebat dan mendalam tatkala membawakan kedua-dua lagu tersebut. Ada masa-masanya mereka berpegangan tangan, sesekali mereka tenggelam dalam dakapan tetapi renungan mereka sungguh mendalam. Siapa-siapa pun yang menyaksikan perlakuan mereka di atas pentas, pastinya berasa keliru. Apakah yang dilihat itu sekadar lakonan atau hakiki? Sampaikan ada suara berbisik ke telinga penulis: "Kau rasa pelik tak tengok mereka berdua ni? Macam ada sesuatukan?" Yang jelas, konsert mini itu masih memang hebat dengan lagu-lagu nyanyian Rossa seperti Hey Ladies, Tegar, Pudar, Terlanjur Cinta, Atas Nama Cinta, Hati Yang Kau Sakiti, Aku Bukan Untukmu, Cerita Cintra serta Ayat-Ayat Cinta. Banyak kali Rossa tewas dengan emosinya sendiri hingga menitiskan air mata tatkala membawakan lagu-lagu yang begitu melankolik seperti Hati Yang Kau Sakiti. Mungkin lagu itu sendiri ada kaitannya di antara dia dan suaminya, Yoyo. Melihat Rossa jadi begitu, penonton serta-merta bersorak serta memberikan tepukan semangat buatnya dan ia membuatkan Rossa benar-benar berasa dihargai. Nyata sokongan yang diberikan buat peminat Malaysia terhadap Rossa memang hebat sekali. Setiap lagu yang dibawakan Rossa dapat dinyanyikan sama-sama oleh setiap peminat lelaki dan wanita dan setiap kali Rossa selesai membawakan lagi, mereka akan memberikan sorakan dan tepukan yang cukup gemuruh. Rossa pula bijak memgambil hati peminatnya, malah dia sering berkomunikasi dengan mereka tentang banyak perkara. Malam itu, setelah menyaksikan konsert mini Rossa, ramai yang pulang hati yang sangat puas. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 5:21 pm | |
| Mahu 12 cahaya mata, Johan & Ozlyn Waty mohon maaf
Setelah setahun menjalin bibit-bibit cinta dan dikaitkan dengan pelbagai spekulasi kurang enak, akhirnya tanggal 25 Julai lalu pasangan Johan dan Ozlyn Waty disatukan dengan ikatan yang sah bertempat di Masjid Lembah Jaya Ampang. Majlis akad nikah yang berlangsung sekitar jam 5.30 petang itu menyaksikan pihak pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM1000.
Sebagai menghormati permintaan keluarga, Ozlyn memohon maaf andai ada diantara mereka yang berkecil hati tidak diundang pada majlis tersebut. Namun menurutnya, seperti yang dirancang keduanya sekiranya tiada aral melintang majlis resepsi akan diadakan pada 26 September bagi meraikan rakan-rakan wartawan dan kenalan. Malahan sempena kedatangan sambutan Aidilfitri, majlis rumah terbuka dirangka berlangsung pada hari yang sama. Pada majlis tersebut turut diadakan kejutan yang mana akan dihadiri tetamu istimewa.
“Sekalipun sudah disatukan dengan ikatan yang sah, namun ia belum tentu boleh menutup mulut orang. Adakalanya ketika berlangsungnya majlis pun orang tetap mengata tentang majlis tersebut. Majlis ini bukan untuk menutup ‘cakap-cakap’ orang tetapi sudah jodoh saya dengan Johan, jadi saya terima ketentuan-Nya. Kadang-kadang ada yang berkawan bertahun-tahun lamanya tetapi belum tentu ada jodoh,” jelas Ozlyn apabila disentuh tentang kaitan majlis yang diadakan dengan spekulasi yang timbul kebelakangan ini tentang keduanya |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 5:22 pm | |
| Kelahiran Putera Sulung Rosma & Khai - Keajaiban berlaku di bilik bersalin
Tahniah MH ucapkan buat pasangan Khai dan rosma yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung pada 17 Julai lalu. sejurus selepas bersalin Khai dan rosma menyampaikan berita gembira ini kepada rakan wartawan. Tiga hari kemudian MH sempat melawat pasangan bahagia dan puteranya di kediaman mereka yang terletak di serdang, selangor.
Kedatangan kami disambut baik oleh ibu Khai, manakala Rosma pula kelihatan begitu ceria di sisi puteranya Muhammad Amzar Danish atau panggilan manjanya Danish. Menceritakan kembali detik indah kelahiran Danish, Rosma yang peramah beranggapan bagaikan satu keajaiban tatkala melalui detik penuh bermakna dalam kehidupannya itu.
“Sepatutnya doktor jangkakan saya bakal bersalin pada 7 Ogos depan. Tetapi pada 14 Julai lalu sewaktu membuat pemeriksaan rutin, doctor dapati saya mengalami kontraksi. Ketika itu dia berpesan jika sakit atau tidak saya harus datang dua hari kemudiannya. Jadi pada 16 Julai saya terus ke hospital dan ketika itu doktor dapati pintu Rahim telah terbuka (2 cm). “Alhamdulillahlah waktu itu saya tidak mengalami sakit yang teruk cuma sakit di bahagian pinggang sahaja. Jam 11.45 malam doktor terus membawa saya ke bilik bersalin dan tepat jam 5.35 pagi saya selamat melahirkan Danish yang seberat 2.75 kg,” jelas ibu muda ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 5:23 pm | |
| Rompakan & gambar bogel Mawi
Semasa menyaksikan berita utama di sebuah stesen televisyen baru-baru ini, MH berasa cukup simpati dengan nasib yang menimpa keluarga Asmawi Ani atau Mawi. Ibu dan kakaknya telahpun melalui saat yang mencemaskan apabila mereka dicekik dan diugut dengan parang oleh perompak yang memecah masuk rumah mereka di Felda Taib Andak. Namun dengan kepantasan pihak berkuasa akhirnya dua daripada empat perompak warga Indonesia mati ditembak.
“Nasib kami baik kerana kesemua ahli keluarga terselamat dan tidak di apa-apakan. Selepas mencekik ibu, perompak itu menarik gelang dan ketika itu terkena mata parang di jari kiri ibu. Selepas melarikan dua utas rantai dan gelang emas, beg tangan berisi wang tunai RM200, sebuah jam tangan dan tiga telefon bimbit mereka terus keluar dari rumah sebelum melarikan diri dengan kereta,” terang Rashidah kakak kepada Raja SMS itu.
Selain kisah rompakan, gambar bogel Mawi juga telah disensasikan semula di sebuah laman web. Jika sebelum ini gambar ‘super impose’ tersebut pernah di sebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab “Saya tidak tahu apa niat mereka. Saya harap hentikanlah kerjakerja yang tidak berfaedah sebegini,” jelas Mawi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 5:24 pm | |
| Memey panggil ibu Norman ‘Mak’ ‘Kesilapan lalu takkan berulang lagi’. Begitu yang ditegaskan Memey Suhaiza kala ditanyakan tentang kehidupannya kini selepas mengharungi kontroversi panas sedikit masa dulu. Biar lama berlalu, namun cerita tentang dirinya itu masih menjadi bahan percakapan orang. Manakan tidak, Memey terus-terusan dipersalahkan atas apa yang berlaku itu. Malah, ketika diberi tanggungjawab untuk mendukung watak utama sebagai Puteri Aurora di dalam drama slot Lagenda di TV3, ‘Puteri Aurora Beradu’, ada peminat yang kurang senang dan cuba memboikot drama tersebut. Gara-gara dirinya, drama menarik itu menjadi mangsa keadaan. “Itu hak masing-masing, saya tak boleh nak suruh atau larang orang untuk suka atau benci saya. Terpulanglah. Apa yang penting, saya buat kerja saya dan memenuhi tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon. Untuk drama ini, nilailah saya berdasarkan bakat saya, bukan perkaraperkara lain yang dikaitkan dengan saya. Ia tidak adil untuk drama ini yang turut dibarisi oleh pelakon-pelakon yang lain. “Saya tak mahu fikir lagi tentang perkara-perkara negatif yang lama-kelamaan akan buat saya rasa tertekan. Kalau nak tahu, saya sekarang langsung tidak buka atau baca tentang gosip-gosip di Internet. Saya tidak mahu ambil tahu,” tegasnya ketika ditemui di majlis siding media drama Puteri Aurora Beradu di Saloma Bistro, Jalan Ampang baru-baru ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 5:27 pm | |
| Nor Aliah Lee-Bicara Ramadan, Kerjaya & Cinta barunya
Mata penulis sempat menjeling pada majalah NONA keluaran Disember 2007, raut wajah jelita Nor Aliah Lee (Vee) sebagai penghias muka depannya. Waktu itu ceriteranya panas dengan isu penceraian dan kembali tidak bertudung... Sejenak terbuai penulis mengimbas kembali setiap helaian kisah Vee. Bermula dari detik itulah kami berterusan menghubungi antara satu sama lain dan kisah Vee masih menjadi bualan pelbagai pihak media. Vee terus diheret dengan gossip percintaannya bersama salah seorang Kerabat. Pasangan ini terus diburu dan acap kali jua terpapar foto mereka berdua di dada akhbar serta majalah. Namun langit tidak selalunya cerah... Vee menjelaskan kepada penulis hubungan itu sudah terputus!
Vee hadir ke studio awal dari masa yang dijanjikan. Kekal kurus, cantik dan berseri wajahnya tanpa solekan. Senyuman tidak pernah lekang dari bibir, mesra menyapa sambil ditemani puteri sulunggnya, Puteri Nurul Fatehah... “Tidak nampak seperti orang kecewa bercinta pun?” gurau penulis. Vee hanya tersenyum dan membiarkan penulis terus memburu persoalan... “Tidak perlu dikenang, sudah menjadi hikayat,” ujar Vee berbalas ketawa kecil. Senang sekali melihat Vee kembali ceria, berbeza dari suara kesedihan sewaktu penulis menghubunginya tiga bulan yang lalu.
Serik memberi jawapan
Bagi Vee, hubungan cintanya bukanlah satu mainan tetapi dari jiwanya yang ikhlas... “Sebenarnya saya enggan lagi berbicara tentang cinta yang tidak kesampaian itu, apakan daya sudah tidak ada jodoh antara kami. Hubungan itu hanya mampu bertahan selama dua tahun dan saya kini pasrah. Kita hanya merancang tetapi tuhan yang menentukannya. Saya sedar mungkin ada pihak yang membuat pelbagai tanggapan negatif kerana status saya sebagai seorang janda, tetapi saya tidak sekali menjangkakan apa akan terjadi pada masa hadapan. Semua wanita yang bercinta mengimpikan sebuah perkahwinan, namun jika tersurat tiada jodoh apalah daya kita. Saya tidak tahu perjalanan hidup saya akan tertulis begini... berkahwin, bercerai, bercinta dan kemudian berpisah. Mungkin ada hikmah di sebaliknya, siapa yang tahu!”
Mungkin ianya satu kesilapan apabila hubungan itu didedahkan kepada pihak media? Tanya penulis. “Sewaktu bersamanya saya ikhlas dan bukan sekadar suka-suka, saya juga ada maruah. Tetapi seperti yang saya katakan mungkin tiada jodoh antara kami. Dan ianya bukanlah satu kesilapan apabila hubungan ini diketahui umum, tetapi saya terasa serik untuk memberi jawapan lagi sekiranya ditanya mengenai teman atau kekasih selepas ini kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di hari kemudian,” ujar Vee dalam nada suara agak tegas. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 5:29 pm | |
| Connie Tidak Menolak Jodoh Siapa tidak kenal wanita yang satu ini, terkenal dengan sifat lemahlembut, sopan tutur kata dan amat disiplin dalam urusan harian. Sebut sahaja wanita yang bernama Connie Ahmad ini, pasti terbayangkan wajah putih mulusnya dan wataknya yang paling berkesan dalam filem Suara Kekasih yang menghancurkan kebahagiaan pasangan kekasih lakonan mantap Ogy Datuk Ahmad Daud dan Azmil Mustapha. Saya sendiri sebenarnya amat mengagumi bakat lakonan wanita yang pernah dinobatkan sebagai Ratu Cantik Malaysia tahun 1981 ini. Sudah lama juga saya cuba menjejaki wanita ini tetapi baru kini rezeki berpihak kepada saya lalu kami mengatur temu janji. Berdebar juga rasanya apabila tiba hari yang dijanjikan kerana selama ini kami hanya ‘berurusan’ melalui pembantu peribadinya. Tiba hari yang dijanjikan, Connie hadir bersama pembantu peribadi dan anak perempuannya. Wajahnya masih cantik seperti dulu walau tanpa secalit solekan di wajah. Terpegun seketika saat kali pertama bertemu. Jika dahulu saya hanya melihatnya di layar perak dan kaca televisyen kini saya perlu menemu bual dan mengarahnya memberi aksi yang terbaik untuk pembaca MIDI. Masih warnai industri lakonan tanah airSaya sebenarnya tersilap kerana pada perkiraan saya Connie Ahmad sudah lama menyepikan diri dalam dunia seni. “Sebenarnya saya tidak pernah berhenti langsung dalam dunia lakonan tanah air. Boleh dikatakan saya sentiasa ada job dan tidak pernah berehat lama di rumah. Kini saya tidaklah memegang watak heroin tetapi, lebih kepada watak sebagai seorang ibu ataupun kakak. Saya sangat bersyukur kerana walau ke mana sahaja saya pergi, pasti ada peminat yang masih mengenali, lalu saya katakan dalam hati rupanya saya masih mempunyai peminat yang tidak pernah melupakan saya. Mungkin ‘kehilangan’ saya hanya dalam industri sahaja bukan di hati peminat saya,” ujar wanita yang kali terakhir beraksi di layar perak melalui filem, Shhh…The Movie ini. Menyingkap kembali bagaimana wanita yang mempunyai nama sebenar Norlida Ahmad, 50, ini mula berkecimpung dalam dunia lakonan sambil tersenyum tuturnya, “Segalanya bermula apabila saya memenangi 1st Runner Up Miss Malaysia pada tahun 1981, waktu itu saya berumur baru 21 tahun. Masih terlalu muda untuk saya mengecap dunia glamor. Sejak itu saya mula mendapat tawaran iklan di Malaysia dan juga Singapura. |
| | | lina_nuar Enterpreneur
Number of posts : 5147 Age : 54 Location : Klang,Port Klang,Shah Alam,Nilai Registration date : 10/04/2009
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 6:08 pm | |
| wahhhhh ni sezaman ngan akak ni...masa tu dok tiru gaya rambut dia... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 05 Aug 2009, 8:55 am | |
| oyeker?kak lina kiranya sezaman ler dgn norlida ahmad ni kan.. tp dia smpai skng x kwin2 kan..knp ek!! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 05 Aug 2009, 9:01 am | |
| Gambar Almy Nadia dan Fizow
Ehem ehem, mesranya Almy Nadia dan Fizow ni…
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 10:31 am | |
| Marion tangguh kahwin
Saya mencintai fesyen, suka berfesyen dan mahu melahirkan rumah fesyen sendiri. Sesuatu yang telah lama saya impikan,” ujar Marion.
MARION Rose Caunter. Seindah nama begitu jugalah perjalanan kehidupan dan kerjayanya. Ya, siapa yang tidak mahu popular dan berkasih sayang pula dengan orang terkenal.
Marion mempunyai kedua-duanya.
Dia dikenali sebagai pengacara - kerjaya yang amat diminatinya - disayangi keluarga dan dicintai pula oleh lelaki idaman.
Lalu apa lagi yang dimahukan? “Ya, saya rasa amat bertuah dan bersyukur,” kata Marion sambil tersenyum manis.
Sudah ada kerjaya yang kukuh dan memiliki sebuah perhubungan yang mengasyikkan, jadi bila lagi mahu berumah tangga, tanya saya.
Kalau ikutkan hati, kata si empunya diri, dia sudah bersedia untuk berkahwin dan memiliki cahaya mata. Sementelah usianya kini pun sudah menjangkau lewat 20-an. Secara tepatnya, 29 tahun pada 5 November ini.
Hati juga sudah dimiliki. Mungkin bagi kebanyakan peminat, ramai yang sudah tahu dengan siapa pengacara manis berdarah kacukan Inggeris-Portugis ini bercinta.
Dia sendiri hanya tertawa apabila ditanya mengenai pujaan hatinya yang juga seorang ahli perniagaan muda yang terkenal dalam bidang permotoran itu.
Biar belum bersedia mendedahkan buah hatinya kepada umum kerana menghormati kedudukannya dalam bidang korporat namun gadis bertubuh kurus dan tinggi lampai ini tetap terbuka bercerita tentang hati dan perasaannya.
“Dia seorang lelaki yang baik. Dia pun seorang yang sangat rendah diri dan sangat fokus kepada kerjayanya,” tegas Marion.
Sudah menjalinkan hubungan selama empat tahun, bagaimanapun tegas Marion, perihal rumah tangga masih belum menjadi agenda utamanya ketika ini.
“Masa masih belum mengizinkan. Kami juga tidak terburu-buru. Dia pun sibuk dan biarlah dia menyelesaikan dahulu segala urusannya,” tambah Marion.
Lagipun kata Marion, dia tidak mahu melangkah bendul. “Biar kakak saya kahwin dulu April nanti,” katanya yang menginginkan tiga cahaya mata.
Pun begitu, dia memberitahu tidak akan merahsiakan hari penting dalam sebuah kalendar kehidupannya andai sudah ada tarikh yang dipersetujui.
Malah kata Marion, majlis perkahwinannya juga akan dilangsungkan dalam keadaan meriah dan dia merancang mengadakan beberapa majlis untuk meraikannya termasuk untuk pihak media.
Ditanya apakah selepas berumah tangga nanti dia akan bersara, Marion tidak dapat memastikannya.
“Selalu kalau saya cakap nak bersara, akan ada banyak tawaran yang menarik yang mendatang. Mungkin saya akan lebih memilih untuk kerja yang ingin saya lakukan.
“Bidang pengacaraan memang sesuatu yang saya sudah biasa buat dan suka untuk terus berdiri di depan kamera atau di hadapan orang. Adrenalinnya sungguh luar biasa. Upahnya juga memberangsangkan.
“Tapi sesuatu yang pasti, saya mahu memulakan perniagaan dalam bidang fesyen. Saya mencintai fesyen, suka berfesyen dan mahu melahirkan rumah fesyen sendiri. Sesuatu yang telah lama saya impikan,” ujar Marion.
Selebriti popular
Hampir tujuh tahun melayari kehidupan sebagai selebriti popular, mungkin nama Marion paling diingati kerana mengendalikan program One In A Million (OIAM) sejak musim pertama hingga ketiga.
Malah Marion sendiri sesungguhnya amat berterima kasih dan tidak akan pernah melupakan jasa program 8TV Quickie yang memperkenalkan dirinya dalam industri.
Kerjaya itu juga membawa Marion merantau seketika ke Hong Kong apabila dia menerima tawaran mengacara di Channel V.
Awalnya di Kuala Lumpur dan hanya setiap bulan ke luar negara menghadiri acara namun kemudiannya pihak produksi memintanya berpindah ke ibu pejabatnya di Hong Kong.
Namun hanya empat bulan. Ya, empat bulan dan Marion meninggalkan kerjaya memberansangkan itu demi sebuah kasih sayang.
Tidak sanggup tinggalkan kekasihkah? Tanya saya dan Marion ketawa lagi. “Taklah. Saya tak sanggup berjauhan dengan keluarga. Saya amat rapat dengan mereka,” Marion menjelaskan.
Mungkin jika tidak kerana harus berpindah ke Hong Kong, Marion masih di Channel V yang turut memberinya banyak pengalaman bekerja dengan produksi antarabangsa.
Tetapi dia tidak menyesalinya kerana baginya rezeki di mana-mana. Dan sememangnya selepas selesai mengacara musim ketiga OIAM serta Shout! Award (yang turut menyaksikan dia menerima tiga nominasi dan mengungguli trofi Hot Chic), Marion mendapat tawaran mengacara sebuah program antarabangsa, Contender Asia.
Tawaran Afdlin Shauki untuk berlakon dalam sebuah filem arahan terbarunya sangat mengujakan dan tidak mampu ditolak.
Marah dan sakit hati
Akuinya, tawaran itu memang amat memberangsangkan. Menjalani uji bakat dan diterima, malang sekali sehingga hari ini ia masih tergantung.
Sejak Jun lepas, dia menerima tawaran menjadi hos program dan dikhabarkan akan mula menjalani penggambaran 1 Julai lepas sebelum jadualnya ditukar kepada 31 Julai.
Dia sendiri memendekkan percutiannya ke Los Angeles, Amerika Syarikat demi menjayakan program realiti itu.
Namun ketika majlis pelancaran program, walaupun nama Marion diumumkan sebagai pengacara, dia tidak pula dijemput untuk menghadirinya.
Bukan sahaja pelik dengan keadaan itu, Marion juga memberitahu sehingga hari ini dia masih menunggu untuk menjayakan program berkenaan.
Kecewa dengan keadaan itu, Marion memberitahu dia juga menerima banyak alasan daripada pihak produksi dan jadual penggambaran terus ditukar. Malah kontrak yang diterima juga tidak masuk akal.
“Saya marah kerana saya tidak suka menunggu. Kalau tidak mahukan saya, katakan sahaja. Jangan biar saya ternanti-nanti,” katanya lagi.
Impian terlaksana
Biarpun kecewa dengan program yang masih tidak pasti hala tujunya itu, hati Marion terubat dengan satu tawaran yang memang amat dinantikan selama ini.
Berlakon, satu cabang seni yang menjadi impiannya tetapi masih belum mempunyai kekuatan untuk merealisasikan.
Semuanya gara-gara malu dengan kekurangannya berbahasa Melayu. (Hakikatnya Marion sangat comel bercakap dalam bahasa Malaysia).
Namun tawaran Afdlin Shauki untuk berlakon dalam sebuah filem arahan terbarunya sangat mengujakan dan tidak mampu ditolak.
Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, tawaran itu diterimanya tanpa banyak soal. Apalagi sudah ramai yang bertanya bila lagi dia mahu berlakon.
“Ini sesuatu cabaran baru. Lagipun watak saya pun kurang dialog, jadi okeylah. Saya ini penakut tau,” katanya sambil ketawa kecil.
“Lagipun, saya banyak masa terluang ketika ini,” tambahnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 10:33 am | |
| Serina nikah 1 Januari 2010
Menurut Serina, selain memenuhi ciri lelaki idaman, kejujuran Salahuddin untuk memperisterikannya membuatkan dia terharu.
RENTETAN perjalanan cinta Serina Redzuawan agak berliku. Cintanya pernah tidak direstui oleh bapanya, tukang masak popular, Chef Wan.
Namun kalau sudah namanya jodoh, segala perjalanan untuk membina sebuah mahligai bahagia dipermudahkan Yang Maha Kuasa.
Begitu juga dengan percintaan Serina dengan cinta hatinya, Gavin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahuddin Ghaffar.
Bukan tidak pernah bercinta lagi selepas kasih terputus di tengah jalan namun nampaknya lelaki bernama Salahuddin ini berjaya memikat hati Chef Wan.
Ternyata Chef Wan amat menyenangi jejaka yang berasal dari London dan berketurunan British-Irish ini yang menjadi belaian jiwa anak daranya yang berusia 26 tahun itu.
Malah Serina sendiri mengakui terkejut dengan penerimaan positif bapanya terhadap teman lelakinya yang juga Pengarah Urusan Football Focus Sdn. Bhd. yang menguruskan perniagaan antarabangsa mengenai bola sepak itu.
"Betullah kata orang, kalau itu jodoh kita semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah," kata Serina ketika dihubungi Jumaat lalu.
Menurut Serina, baru setahun bercinta, Salahuddin, 33 telah melamar dirinya beberapa bulan lalu.
"Saya terus bawa Salahuddin berjumpa papa sebaik dia melamar saya dan alhamdulillah, papa menerimanya dengan baik sekali.
"Saya pun terkejut," tambah pelakon yang popular menerusi drama kepolisan, Akademi Polis dan Roda-Roda KL.
Dilamar akhir Disember lalu, keduanya sepakat memilih tarikh 1 Januari 2010 ini untuk memeterai cinta mereka ke alam perkahwinan.
Serina dan Salahuddin dijadualkan bernikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur selepas waktu Asar.
Majlis resepsi bertemakan taman pula akan dilangsungkan keesokan harinya (2 Januari) di Hotel Royal Chulan dengan jemputan seramai 650 orang.
"Saya menurut sahaja permintaan papa yang menetapkan wang hantaran sebanyak RM30,000.
"Cuma jumlah dulang hantaran adalah atas kemahuan saya iaitu 11 berbalas 13 kerana bakal suami lahir pada 13 April dan saya sendiri menyukai angka satu," jelas Serina.
Bakal mengenakan persalinan pernikahan oleh Ridz, pakaian pengantin bagi majlis resepsi pula rekaan pereka popular, Radzuan Radziwill.
Sementara pelamin bagi upacara nikah dan malam berinai disediakan oleh Lynda Rahim manakala pelamin untuk majlis persandingan pula diilhamkan oleh Datin Seri Farida Hashim.
"Kami tidak mengadakan majlis di London kerana semua ahli keluarganya akan datang ke Malaysia untuk meraikannya," tambah Serina.
l Kejujuran
Menurut Serina, selain memenuhi ciri lelaki idaman, kejujuran Salahuddin untuk memperisterikannya membuatkan dia terharu.
Lamaran jejaka itu pada malam Krismas lalu membuatkan hatinya berbunga bahagia walaupun mereka baru sahaja menjalinkan hubungan selama setahun.
"Papa juga menyukai dan menyenangi Salahuddin kerana dia berpelajaran tinggi, baik budi pekerti, lembut bicaranya dan tidak hipokrit. Papa cakap muka dia nampak sejuk sebab dia suka tersenyum.
"Saya pula jatuh cinta dengan Salahuddin kerana dia mempunyai sifat pelindung, mengambil berat tentang saya, seorang pendengar yang setia dan romantik.
"Dia juga selalu memberi sokongan moral kepada diri saya dan paling penting, saya rasa bahagia setiap kali berada di sampingnya," jelas Serina.
Mengenali bakal suaminya itu ketika menghadiri majlis meraikan hari jadi temannya, jelas Serina, Salahuddin yang memulakan perbualan.
Biarpun nampak mesra dan ingin berbual namun kata Serina ketika itu dia 'layan tak layan' sahaja kerana kepenatan baru selesai penggambaran.
Serina memberitahu, buah hatinya itu sempat bertanyakan siapa dirinya dan Serina memberitahu dia seorang pelajar kerana tidak suka orang mengenalinya sebagai artis.
Sebelum pulang, kata Serina, Salahuddin sempat menghulurkan kad namanya dan hanya seminggu selepas itu barulah dia menghubungi lelaki itu dan mereka bertemu.
"Dia tanya lagi apa kerja saya ketika kali pertama berjumpa dan barulah saya berterus terang mengatakan siapa diri saya sebenarnya.
"Dia senyum sahaja. Rupa-rupanya dia dah tahu siapa saya kerana dia dah cari di Internet," cerita Serina sambil ketawa.
Menurut Serina, Salahuddin sudah lapan tahun bekerja di Malaysia dan telah memeluk Islam sejak dua tahun lalu iaitu sebelum dia mengenali dirinya lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 10:35 am | |
| Ini bukan duit Datuk - Haliza Misbun
Adakah Haliza menyimpan apa-apa perasaannya terhadap Ari Wibowo?
Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami. Begitulah tajuk filem pertama terbitan Big Production, syarikat kedua milik Haliza Misbun yang sudah memulakan penggambaran pada 1 Ogos lalu.
Tajuk itu agak pelik tetapi ia adalah sebuah filem komedi romantik yang membabitkan pelakon Erra Fazira, Awie, Fahrin Ahmad, Mamat Khalid, Fizo Omar dan pelakon Indonesia, Ari Wibowo.
Filem arahan Din CJ ini mengenai kehidupan andartu, Nik Melati Sukma lakonan Haliza sendiri yang sering gagal dalam percintaan.
Suatu hari keluarganya memberi tempoh 21 hari untuk Nik Melati Sukma mencari suami jika tidak mahu dijodohkan sendiri oleh ibu dan bapanya.
Bimbang mendapat lelaki yang tidak secocok, wanita itu terpaksa bekerja keras mencari pasangannya sehingga menyebabkan dia bertemu dengan pelbagai ragam lelaki. Filem ini menelan belanja RM1.1 juta. Persoalannya dari manakah Haliza mendapatkan wang sebanyak itu? Pinjaman atau daripada poket sendiri?
Dalam masa yang sama apa motif penglibatan Ari Wibowo dalam filem ini? Adakah kerana Haliza masih menagih cinta yang tidak kesampaian sehingga memaksa dia mengambil pelakon itu di dalam projek sulung tersebut?
Wartawan NIEZAM ABDULLAH minta Haliza tolong jawab perkara itu.
Khabarnya belanja filem ini RM1.1 juta. Banyaknya. Dari mana dapat duit?
Saya tak nafikan sebahagian wang saya gunakan dari duit poket saya sendiri. Hasrat saya nak buat filem dah lama. Selepas 14 tahun jadi pelakon barulah saya cuba menghasilkan filem saya sendiri. Dalam tempoh itu saya bersusah payah cari duit. Kalau nak ikutkan apa kerja yang saya tak pernah buat? Sebelum Erra dan Ella ada produk kecantikan mereka, saya pun dah buat awal daripada dia orang. Saya juga pernah jual bengkong. Wang itu saya gunakan untuk bisnes baru saya ni.
Jadi tak benarlah ada VIP atau Datuk yang taja?
Sejak kereta BMW saya meletup (di Jalan Tun Razak) dua tahun lepas, saya dah tak pakai kereta mewah dah. Saya menjalani kehidupan macam orang biasa. Saya tak kisahlah orang nak kata saya ada hubungan dengan Datuk ke tak tapi saya tahu siapa diri saya. Itu yang cuba saya nak perbetulkan dalam masyarakat. Ini bukan duit Datuk mana-mana. Ingat tu.
Yalah tiba-tiba nak buat filem, belanja pula besar. Mestilah macam-macam tafsiran diberikan orang.
Saya tak nafikan mungkin ada artis yang jadikan bidang seni sebagai batu loncatan untuk memancing orang kaya. Tapi saya bukan macam tu. Bagi siapa yang rapat dengan saya mereka akan tahu siapa saya ni sebenarnya. Saya kerja keras sejak dari dulu lagi. Kalau saya ni memang gilakan Datuk, dah lama dah saya jadi bini nombor dua. Terus terang saya katakan yang saya adalah pelakon yang serba sederhana hidup dengan duit titik peluh sendiri. Buat filem ni bukan duit Datuk.
Kenapa cerita kisah anak dara tua yang hendak diangkat Haliza untuk projek pertama ni?
Selalunya bila bercakap soal andartu, ramai yang malu terutamanya bagi perempuan-perempuan yang tak kahwin. Saya rasa apa salahnya saya hasilkan sebuah filem untuk membolehkan wanita-wanita yang tidak berkahwin tidak takut soal peningkatan usia mereka. Pada saya apa salahnya kalau tak kahwin asalkan ia membahagiakan kita. Itulah tujuan filem ini dihasilkan.
Filem ini seolah-olah ada kena mengena dengan Haliza sendiri. Apa komen Haliza?
Saya tak menafikan perkara itu. Ramai yang kata filem anak dara tua ni seolah-olah ada kena mengena dengan saya. Memang sedikit sebanyak cerita ini ada persamaan tetapi ditokok tambah beberapa perkara. Tapi yang penting ia sebuah filem komedi romantik untuk tatapan semua.
Kenapa tiba-tiba Ari Wibowo diterbangkan dari Indonesia untuk filem ini? Adakah kita dah tak ada pelakon?
Dalam filem ini tak ada sesiapa yang jadi hero. Watak Ari lebih kurang dalam 10 adegan saja. Saya tak kata nak utamakan pelakon luar sebaliknya pelakon-pelakon lain semuanya dari Malaysia. Lagipun saya dah kenal Ari sejak saya buat VCD Rohaya Roy beberapa tahun dulu dengan dia. Saya suka bakat dia, sebab tu saya panggil dia untuk berlakon dalam produksi ni.
Ada yang kata Haliza masih menagih cinta terhadap Ari sejak dulu walaupun dia sudah ada dua orang anak. Apa komen?
Soal cinta tak habis-habis terhadap Ari Wibowo tu tak timbul langsung. Sepanjang kami berkawan, saya tak kisah apabila dia berumahtangga. Sebaliknya hubungan dan persahabatan kami bukan ada kaitan soal cinta atau tidak.
Apa kata pelakon-pelakon lain dengan kehadiran Ari?
Mereka tak kata apa-apa sebab dalam produksi ni saya ambil juga pelakon lain yang hangat di pasaran macam Fahrin dan Fizo Omar. Kalau Ari saja dalam filem ni, wajarlah ada yang nak kecil hati. Macam Erra Fazira pun bila kita maklumkan sinopsis cerita ni dia ketawa dan terus nak cuba berlakon dengan memegang watak Markonah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 10:36 am | |
| Cuba nasib menyanyi - Ainul
Ainul Assalamualaikum. Hai Kak Ainul. Saya ni peminat setia Kak Ainul. Saya minat Kak Ainul dan ada beberapa soalan nak ditujukan kepada Kak Ainul. 1. Apa perancangan Kak Ainul setakat ini? 2. Tarikh lahir Kak Ainul bila? 3. Macam mana nak berhubung secara terus dengan Kak Ainul? Boleh berikan alamat e-mel tak? n Ainul Syahirah, Skudai, Johor Bahru. AINUL 1. Perancangan Kak Ainul setakat ini nak tumpukan pada bidang lakonan sepenuhnya sebab masih belum puas berlakon dan mahu meneroka dunia lakonan. Dan insya-Allah, ada perancangan baru iaitu ingin mencuba nasib dalam bidang nyanyian kerana yakin dengan bakat Kak Ainul. Kak Ainul juga tengah berjinak-jinak dalam membuat lagu sendiri dan penulisan lirik. 2. 16 April 1985 3. Adik boleh e-mel kepada ainul.aishah@gmail.com atau layari www.facebook.com search nama Ainul Aishah dan juga www.myspace.com/ainulaishah Tumpukan pada keluarga Assalamualaikum Ainul. Saya merupakan salah seorang daripada peminat anda dah berharap anda sentiasa sihat dan terus berjaya. 1. Apa perkembangan terbaru anda? Ada berlakon filem atau drama buat masa ini? 2. Apa yang akan anda lakukan pada waktu terluang? 3. 10 tahun akan datang, rasa-rasanya di manakah anda akan berada dan adakah pada waktu itu anda sudah menyepikan diri? Terima kasih. n Harniza, Negeri Sembilan. AINUL 1. Sekarang ini Ainul baru sahaja habis shooting untuk drama siri Kecuali Cintamu untuk saluran Astro Prima. Sekarang tengah shooting drama siri Cinta Balqis untuk slot Akasia TV3 yang bakal menyusul nanti. Jangan lupa tengok ok? Dan ada satu telemovie menanti tayangan bulan September ini di Astro Ria bertajuk Joey & Zoey. Insya-allah, selepas raya akan terlibat dalam drama siri terbaru. 2. Kalau ada masa lapang Ainul suka online, tengok wayang dan lepak minum dengan kawan-kawan. Kalau tak pun selalunya Ainul akan duduk di rumah bersama dengan famili atau mengurung diri mencipta lagu. 3. Rasanya dalam jangka masa itu Ainul sudah ada keluarga sendiri dan mempunyai seorang suami yang baik dan anak- anak yang comel. Menyepikan diri? Mungkin tidak. Tapi mungkin akan kurangkan aktiviti seni dan lebih fokus pada famili. Belum temui cinta baru Assalamualaikum, Saya harap Ainul dapat menjawab soalan yang saya kemukakan dan sentiasa gembira selalu. 1. Siapakah idola anda? 2. Apakah cita-cita Ainul sebenarnya? Adakah pilihan menjadi anak seni ini benar-benar menggembirakan anda? 3. Siapakah rakan artis yang paling rapat dengan Ainul dan adakah benar Ainul telah menemui cinta baru? n Kak Kelly Blik-Blik, Setapak, Kuala Lumpur. AINUL 1. Idola saya ialah Natalie Portman. 2. teringin menjadi seorang penulis majalah atau pun buka bisnes kedai hiasan dalaman. Menjadi anak seni juga salah satu impian Ainul sejak dulu lagi. 2. Rakan artis yang paling rapat dengan Ainul sudah semestinya Liyana Jasmay. Kami sering bergosip, berkongsi masalah dan menyokong satu sama lain. Dia kawan yang baik sama-sama bersusah dan senang. Cinta baru? Belum ada lagilah. Tak kisah tak popular Hai Ainul, apa khabar? Saya mengharapkan Ainul sentiasa bekerja keras dan maju dalam apa juga lapangan kerjaya yang anda pilih. Saya ada beberapa soalan untuk anda. 1. Setahu saya anda boleh menyanyi. Tak ada rancangan untuk menerbitkan single atau album dalam masa terdekat? 2. Nama Ainul tidaklah popular berbanding dengan artis lain. Apa rancangan anda untuk bertahan menjadi anak seni yang berjaya pada masa akan datang. 3. Hari Raya dah dekat. Boleh bagi alamat rumah atau pejabat. Nanti saya nak hantar kad raya pada anda. n Raja Khairul Anuar, Klebang Ria, Ipoh, Perak. AINUL 1. Perancangan itu memang ada. Saya memang ada minat yang mendalam dalam bidang nyanyian sama seperti bidang lakonan. Rasanya saya akan mula terbitkan single terlebih dahulu secepat mungkin. Kalau ada rezeki rasanya selewat-lewatnya tahun depan baru nak terbitkan single tersebut. 2. Saya kena terima dan dalam masa yang sama sedang belajar menerima apa sahaja kritikan dalam bidang ini. Lagi orang kritik, lagi Ainul akan buktikan yang Ainul juga boleh berjaya dan bertahan dalam bidang ini. 3. Boleh saja. Hantar kepada syarikat Aquila Emas Sdn. Bhd.(679007-P), 22-1, Jalan Desa Aman 11, Taman Desa Aman, 56100 Kuala Lumpur. Pernah ditindas Assalamualaikum Ainul. Hai, apa khabar? Harap Ainul terus berada dalam limpah kurnia dan rahmat Allah selalu. Saya ada beberapa soalan dan harap anda sudi menjawabnya. 1. Sepanjang bergelar anak seni, apa cabaran yang paling besar yang pernah anda tempuhi? 2. Kalau diberikan pilihan, watak apa yang anda impikan dan siapa hero pilihan anda? 3. Macam mana anda boleh terlibat dalam bidang seni dan apakah drama atau filem pertama anda n Syukri Zakaria, Bera, Pahang. AINUL 1. Cabaran yang paling besar? Ainul pernah ditindas orang dan orang yang memperlekehkan bakat kita. 2. Macam-macam watak yang Ainul impikan. Tapi paling teringin nak bawakan watak seorang puteri yang menunggu putera idaman, gadis lurus bendul macam Ugly Betty ataupun seorang gadis yang hidup dengan bermain muzik dan seorang yang kental dan lasak. 3. Semuanya kebetulan. Ainul bertemu dengan Razak Mohaideen secara tidak langsung semasa sedang makan dengan famili dan mereka menjemput Ainul untak uji bakat filem mereka. Dari situlah bermula kerjaya seni Ainul. Sedia berumah tangga Hai Ainul. Semoga anda sihat dan berjaya dalam bidang lakonan. Saya mengharapkan anda memberikan yang terbaik kepada bidang yang anda ceburi. 1. Gosip dan artis memang tidak dapat dipisahkan. Apa yang Ainul lakukan apabila dilanda gosip negatif yang boleh merosakkan perjalanan seni anda. 2. Kisah cinta anda bersama dengan pemain muzik sebuah kumpulan dulu heboh diperkatakan. Ainul dikatakan dipukul dan adakah benar kisah tersebut? 3. Apa ciri-ciri lelaki pilihan anda dan bila rasanya Ainul mahu mendirikan rumah tangga? n Hazlina Zambri, Bachok, Kelantan. AINUL 1. Bertenang sahaja dahulu. Kemudian barulah fikir apa sebenarnya yang berlaku sehingga wujudnya kontroversi tersebut. Alhamdulillah syukur Ainul tak pernah lagi dilanda gosip negatif yang teruk. Kalau nak komen lebih-lebih susah juga ye... 2. Tidak benar. 3. Ciri-ciri lelaki idaman sudah semesti seorang yang baik dari segala segi, beriman kerana penting untuk didik anak-anak dan isteri nanti. Selain itu Ainul juga mahu lelaki tersebut tidak terlalu sosial, tidak suka yang menipu dan selalu jujur. Yang paling penting Ainul mahu yang simple dan tak banyak hal macam ayah Ainul. Hehehe. Ainul juga tak suka lelaki kaki pukul. Berumah tangga? Ok, kalau ikutkan naluri memang dah ready tapi calonnya tak ada. Macam mana tu? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 1:29 pm | |
| Ajai-Liza berkahwin bukan untuk tutup kontroversi Ajai dan Liza akan disatukan sebagai suami isteri pada 15 Ogos ini
SETIAP pasangan bercinta pasti mengimpikan ikatan perkahwinan sebagai pelengkap hubungan yang terjalin. Begitu juga yang dirasai oleh bekas pegawai kanan Maestro Talent Management, Norliza Ilias, atau mesra disapa Liza ini selamahampir dua tahun berkasih dengan komposer dan penyanyi Ajai.
Meskipun hubungan mereka pernah terpalit dengan pelbagai kisah panas termasuklah khabar angin mengatakan Ajai mempunyai 'kekasih' lain, namun cinta pasangan ini cukup utuh.
Dan tanggal 15 Ogos ini akan menjadi tarikh istimewa buat Liza dan Ajai apabila mereka bakal disatukan sebagai suami isteri.
"Kalau ikutkan, memang sudah lama sebenarnya kami merancang untuk berkahwin. Sebelum ini pun memang sudah banyak desas-desus tentang perkahwinan kami, tapi belum dapat direalisasikan kerana kami sukar mencari tarikh yang sesuai.
"Masing-masing sibuk dengan tuntutan kerja. Akhirnya, kami rasa tarikh 15 Ogos itulah yang paling sesuai," kata Liza.
Mereka akan bernikah di Masjid Negeri Pulau Pinang sekitar pukul 10 pagi manakala sebuah majlis doa selamat akan turut diadakan di rumah keluarga pengantin perempuan di Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang.
Pada majlis itu nanti, sebanyak tujuh dulang hantaran akan diberikan kepada pihak perempuan berbalas sembilan dulang.
Menurut Liza lagi, dia dan Ajai merasakan masanya sudah tepat untuk mereka mendirikan rumahtangga, apatah lagi keluarga juga sudah bertanyakan perkara yang sama.
Namun begitu, wanita berusia 37 tahun ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang merasakan perkahwinan mereka itu dibuat untuk 'menutup' segala kontroversi yang pernah melanda mereka sebelum ini.
"Tiada kena-mengena langsung dengan apa-apa kontroversi yang berlaku sebelum ini kerana saya dan Ajai sendiri memang sudah lama 'plan' untuk berkahwin.
"Selama ini pun, cerita-cerita negatif seperti itu tidak pernah mengganggu hubungan kami. Saya sendiri sudah lama berada dalam 'showbiz' ini, jadi saya tahu cabaran dunia seni," ujar Liza.
Mengulas mengenai persiapan menjelang hari bersejarahnya itu nanti, kata Liza, ketika ini, keluarganya di kampung banyak membantu.
"Persiapannya tidaklah sebesar mana pun. Lagipun, majlis ini dibuat secara sederhana saja atas permintaan keluarga serta saya dan Ajai sendiri.
"Kami juga tidak akan bersanding. Bagi saya, biarlah kami lunaskan perkara yang wajib saja, itu sudah memadai," kata Liza yang menambah, majlis itu nanti akan dihadiri rata-ratanya ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Ajai yang pernah berkahwin dengan penyanyi popular Nurul, sebelum ini. Pasangan yang bercerai pada awal tahun 2007 itu turut dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 11.
Ditanya apakah 'keistimewaan' Ajai di matanya, kata Liza, dia melihat komposer berusia 36 tahun itu sebagai seorang yang kreatif.
"Dia memang sangat kreatif, itu yang buatkan saya kagum dengannya. Dia suka bergurau dan menariknya juga, dia pandai memasak," tutur Liza yang menambah, hubungannya dengan anak perempuan Ajai juga cukup baik. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 1:33 pm | |
| 'Hati yang ikhlas' pengganti wang hantaran Norman untuk Shireen
Norman dinikahkan sendiri oleh bapa Shireen, Datuk Mohamed Hashim di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara- foto THE STAR oleh GLENN GUAN
PETALING JAYA: Setelah kira-kira dua tahun menjalinkan hubungan cinta, Norman Abdul Halim, 37, dan pilihan hatinya, Shireen Mardziah Hashim, 44, selamat diijabkabulkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, malam tadi, hanya dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan penyanyi, pelakon dan juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios dengan pasangannya yang bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KRU International itu berlangsung di dalam suasana sederhana dengan disaksikan oleh kira-kira 500 tetamu.
Antara yang hadir ialah ibubapa Norman, Abdul Halim Kamal dan Zarina A W Fenner, adik-beradiknya; Yusry, Edry dan Halina serta ahli keluarga Shireen, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Ciuman sayang suami buat isteri tercinta
Turut hadir ialah Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan isteri Cik Puan Muda Julita Aishah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta rakan-rakan artis seperti Mawi, Ekin, Maya Karin dan Datuk Shake.
Pada majlis bersejarah itu, Norman dinikahkan sendiri oleh bapa Shireen, Datuk Mohamed Hashim di hadapan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Mohamad Shukeri Yaacob.
Shireen menerima mas kahwin RM3,000 serta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihaknya.
Ditemui sejurus berakhirnya majlis itu, Norman melahirkan rasa syukur kerana telah mengakhiri zaman solonya dengan wanita yang disifatkannya sebagai seorang yang cukup memahami.
Setelah kira-kira dua tahun menyulam cinta, Norman dan Shireen gembira hubungan mereka disatukan dengan ikatan perkahwinan
"Masa berlalu sehingga saya sendiri tidak sedar. Bermula hanya sebagai artis, saya kemudiannya menjadi usahawan. Bila sibuk dengan kerjaya, saya lupa bahawa masa bergerak begitu pantas dan tidak berfikir tentang hal seperti ini (perkahwinan).
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dipertemukan dengan Shireen kerana dia seorang yang banyak membantu saya. Saya rasa tenang dan tenteram dengan dia. Kematangannya mengagumkan saya.
"Walaupun sebelum ini, saya sering digosipkan dengan ramai artis, tetapi saya memang sudah buat keputusan sejak bertahun-tahun dulu untuk berkahwin dengan wanita yang bukan terlibat dalam dunia hiburan," kata Norman yang memilih masjid itu sebagai lokasi majlis tersebut setelah membatalkan rancangan untuk bernikah di Sydney, Australia.
Ditanya tentang wang hantaran pula, kata Norman, tiada wang hantaran diberikan atas permintaan Shireen, namun, sambil tersenyum, Norman berkata:
Mawi dan Ekin turut hadir menyerikan majlis pernikahan pasangan mempelai itu
"Saya hanya bagi sekeping hati yang ikhlas kepadanya."
Dalam pada itu, Shireen berkata, dia tertarik dengan sikap ikhlas dan memahami yang ada pada diri Norman.
Bagi Shireen, dia sendiri bersedia berdepan dengan pelbagai gosip kerana sedar lelaki pilihannya itu adalah seorang selebriti popular.
"Dalam sesebuah hubungan, kejujuran adalah amat penting. Kita tidak boleh percaya sesuatu gosip itu tanpa berbincang dengan suami terlebih dahulu," kata wanita yang dilahirkan di England ini.
Pasangan ini akan berangkat ke New Zealand esok (Sabtu) untuk berbulan madu selama seminggu
Mengimbas detik perkenalan pasangan ini, Norman mula mengenali Shireen di majlis pernikahan adiknya, Edry dan isteri, Milia kira-kira 11 tahun yang lalu. Milia merupakan sepupu kepada Shireen.
Namun, hubungan mereka hanya benar-benar serius sejak dua tahun lalu. Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Shireen. Dia bagaimanapun tidak mempunyai cahaya mata menerusi dua perkahwinan terdahulu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 1:38 pm | |
| Akhil: Anak-anak amat menyukai Waheeda
Akhil puji keperibadian Waheeda.
WALAUPUN penyanyi dan penceramah bebas Akhil Hayy masih cuba menyorok tentang status hubungannya dengan penyanyi dan pelakon Waheeda, namun dia tidak menyembunyikan yang anak-anaknya amat menyukai penyanyi irama ‘World Music’ itu.
“Anak-anak amat menyukai dia kerana dari dulu lagi mereka minat cara dia..,” kata Akhil yang juga dikenali sebagai Ustaz Akhil itu.
Akhil tidak menolak yang anak-anaknya menggemari Waheeda kerana sikapnya yang humor dan pandai mengambil hati.
“Yang kita tahu, Waheeda ada ramai peminat kecil kerana dia seorang yang kelakar dan membawakan mesej yang baik iaitu wanita bertudung dan menjaga auratnya.
“Dia juga merupakan salah seorang artis yang tiada masalah untuk dijadikan contoh. Lagipun, dalam dunia ini tiada siapa yang ‘perfect’.
“Saya pun rapat dengan dia,” ujar Akhil dengan jujur.
Biarpun Akhil belum memberikan reaksi yang menunjukkan dia akan mendirikan rumah tangga dengan Waheeda dalam masa terdekat ini, anak-anak mungkin akan menjadi pengikat hubungan mereka berdua setelah anak-anak seolah-olah memberikan ‘lampu hijau’ kepada mereka.
Akhil akui atas sebab itu, dia tidak menghalang anak-anaknya untuk menghubungi penyanyi yang didakwa sedang sakit itu.
“Anak-anak sentiasa berhubung dengan dia kerana kadangkala dia menjadi pemberi semangat untuk mereka belajar.
“Dia pula berkata amat merindui untuk menziarahi anak saya.
“Kasih sayang itu datang daripada Allah dan bukannya boleh dibuat-buat.
“Secara automatik Allah beri anak-anak suka pada dia,” jelas bekas vokalis kumpulan D’Riyadh ini.
Akhil tidak lokek untuk berkongsi cerita tentang bagaimana anak-anaknya mula rapat dengan Waheeda setelah penyanyi itu datang beraya ke rumahnya pada beberapa tahun dulu.
“Semasa dia datang beraya ke rumah saya di Ipoh, anak-anak saya memberikan cenderamata kepadanya tetapi waktu tu saya dah nampak muka bekas isteri saya, Maizawati seolah-olah curiga sedangkan dia datang sebagai selebriti.
“Apa-apa pun soal jodoh ini saya serahkan kepada Tuhan..kalau ada jodoh saya terima sahaja,” kata Akhil sambil tersenyum.
Akhil berkata sejak akhir-akhir ini ramai yang seolah-olah mendoakan dia dan Waheeda berkahwin apabila persoalan yang sama ditanya kepadanya iaitu ‘kahwin’.
“Orang pun dah doakan..kalau itu takdirnya, saya akan bagitahu,” jelas Akhil bersungguh-sungguh yang tidak pernah lekang dengan senyuman di bibir.
Dua orang anak (kiri dan kanan) hasil perkahwinan Maiza dan Akhil.
Dalam masa yang sama, Akhil masih sempat memberikan komen tentang penglibatan bekas isterinya, Maizawati Zainal atau Maiza sebagai duta Koleksi Tudung Myza dan BondaMama yang dikelolakan oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.
“Dia (Maizawati) masih dalam edah dan jika mengikut hukum agama dia sepatutnya memberitahu bekas suaminya (Akhil) dan hanya duduk di rumah.
“Tetapi apabila dia melakukan keputusan itu, saya hanya serah kepada ‘tuan punya dunia’ (Allah),” kata Akhil dalam nada tegas.
Namun, sebelum Maiza memberitahu yang dia sudah tidak mahu berurusan dengan Akhil lagi lalu bagaimana dia mahu meminta izin kepada Akhil.
Sementelah, niat Maiza hanya ingin mencari pendapatan lebih bagi menanggung dirinya, dua orang anak dengan suami pertama dan ibunya termasuk minyak kereta dan hutang perniagaannya.
Tambahan pula, Akhil sendiri mengaku yang dia hanya memberikan RM2,000 untuk bayaran edah, RM250 untuk seorang anak dan bayaran kereta sebanyak RM500 sebulan selagi Maiza tidak berkahwin.
Ditanya adakah dia ada bertanya khabar dengan jandanya itu, Akhil juga menidakkannya.
“Tiada..masing-masing hanya membuat kerja masing-masing tetapi dia tetap ibu kepada anak-anak saya. Saya hanya mengikut nawaitu (niat) saya.
“Cuma Allah sahaja yang tahu. Sekarang, tiga orang anak saya berada di bawah jagaan saya dan saya akan fokuskan pada anak-anak dahulu,” tambahnya.
Disoal pula, walaupun Maiza tidak meminta izin darinya, adakah Akhil bersetuju dengan karier baru bekas isterinya itu?
“Saya sebenarnya tidak suka dengan apa yang dia lakukan. Ikutkan dari dulu lagi dia nak buat kerja seperti itu tetapi saya yang tak izinkan. Jadi sekarang dia sudah keluar dari kepompong..itulah yang terlepas.
“Kalau nak tahu, itulah Maizawati Zainal. Namun, saya hanya berpesan kepadanya supaya menjaga diri, jangan bersolek tebal dan duduk di rumah dalam tempoh edah ini,” akhiri Akhil yang mengalunkan lagu ‘Sesungguhnya’ yang dipopularkan oleh Raihan ketika rakaman program ‘1001 Inspirasi Raikan Kemenangan’.
Program itu merupakan program istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disiarkan pada 20 September depan, Ahad, pukul 1.30 petang di saluran Astro Oasis.
Wajah Akhil juga akan muncul menerusi drama bersiri 'Cinta Sempurna' mulai 17 Ogos ini, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 3 petang di saluran yang sama. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 1:41 pm | |
| Asheed sudah berpisah
DIVA dapat cerita yang kurang enak tentang penyanyi yang terkenal dengan lagu Merah dan Cinta Sakti, Asheed yang merupakan vokalis kumpulan Def Gab C. Teman Diva yang sekali-sekala muncul di kedai minum kegemaran Diva memberitahu Asheed kini sudah bergelar duda.
Diva terkejut juga sebab setahu Diva, Asheed atau nama sebenarnya Mohd Ashid Ahmad, 36, dan isterinya, Sharifah Noor Shima, 31, bukan main romantis lagi. Teringat aksi mereka sewaktu program Sehati Berdansa dulu. Mereka nampak sangat sesuai bersama.
Bagi mendapatkan kepastian, teman Diva yang tinggal sekampung dengan Asheed telah menelefon penyanyi tersebut. Sedang sibuk di Sabah menghadiri Festival Filem Malaysia ke-22, Asheed sempat meluangkan masa bercerita serba sedikit tentang status dirinya kini.
"Memang betul saya sudah berpisah sejak dua bulan yang lalu. Tarikh saya berpisah adalah pada 11 Jun lalu.
"Tapi ingin saya nyatakan bahawa kami bercerai cara elok. Iyalah, dulu kami berkahwin cara elok, jadi saya rasa kalau mahu bercerai pun perlu cara yang elok juga.
"Kalau ditanya punca perceraian ini, saya boleh katakan kami sudah tidak sefahaman lagi. Bila selalu bertekak, saya rasa cara yang paling baik adalah berpisah," tegasnya yang menolak perpisahan ini melibatkan masalah keluarga.
Menurut Asheed yang kini sibuk dengan persembahan pentas, dia tidak betah untuk tinggal jauh daripada anaknya, Megat Aldhamien Suffiey, 3 tahun. Jadi dia menyewa rumah tidak jauh daripada rumah bekas isterinya. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2003. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 3:27 pm | |
| Strategi Anis Aneesa
RAMAI kawan Diva yang tertanya-tanya siapa Anis Aneesa? Diva pun pada mulanya tak kenal. Rupa-rupanya Anis ini penyanyi. Diva kenal selepas dua kali dia cari publisiti murahan dalam program Melodi. Pertama kali sewaktu dia kata dia dituduh mendera bapa sendiri. Secara jujur, Diva fikir, Anis sebenarnya mereka cerita sebab nak popular.
Kali kedua, bila dia cakap kononnya dia ada hubungan dengan seorang penyanyi terkenal.
Diva ketawa berdekah-dekah mendengar pengakuannya. Rasa macam dua cerita itu direka-reka pula.
Daripada pelakuan Anis, Diva meletakkan dia sebagai artis yang sangat terdesak memasang strategi yang kurang bijak untuk melonjakkan nama. Tapi Diva tahu strategi Anis berjaya sebab ramai yang mula kenal dia.
Cuma buat apa popular dengan cerita-cerita yang kurang baik, kan? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 3:30 pm | |
| Usah malu digelar andartu "Saya tak nafi yang dalam filem ini, sedikit sebanyak, saya memaparkan cerita berdasarkan pengalaman cinta saya yang tidak kesampaian bersama bekas teman lelaki tetapi ia tidak 100 peratus saya kongsi" – HALIZA
BIARPUN sibuk dengan lakonan drama serta perniagaan, tanpa disedari, pelakon ini sebenarnya sudah 14 tahun tidak ke layar perak. Filem Skop arahan Aziz M. Osman yang ditayangkan pada tahun 1995 merupakan filem terakhirnya.
Sepanjang 14 tahun tanpa filem, pemilik nama Haliza Misbun ini sebetulnya mahu mendalami ilmu lakonan dan penerbitan filem sebelum terjun dalam bisnes perfileman.
Kini, dengan ilmu filem yang semakin sarat, Haliza tidak ragu-ragu lagi untuk kembali ke layar perak.
Menariknya dia bukan sahaja bergelar heroin bahkan penerbit filem.
Di bawah syarikat miliknya, Big Production, Haliza kini sibuk di lokasi penggambaran filem Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami.
"Filem ini sangat bermakna buat saya. Ia merupakan satu projek yang besar, selepas 14 tahun saya berdiam diri dari layar perak.
"Dalam lakonan, bila kita berada di layar lebar, kekurangan dan kelebihan kita akan lebih senang terdedah. Jadi saya anggap berlakon drama seperti proses belajar di sekolah untuk persiapan ke kolej ataupun universiti.
"Sekarang saya sudah bersedia untuk melangkah setapak lagi dalam bidang perfileman pula.
"Sejak dulu, saya mengimpikan untuk menerbitkan filem dan akhirnya hasrat saya tercapai. Kalau selepas ini saya bersara daripada dunia seni, saya boleh tidur lena apabila impian ini sudah tercapai," tuturnya memulakan bicara.
SELEPAS 14 tahun tidak berlakon filem, Haliza kembali bukan sahaja sebagai heroin bahkan penerbit filem Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami.
Mendengar sahaja tajuk filem tersebut, pasti ramai yang mungkin merasakan, jalan cerita filem itu mengisahkan tentang kehidupan realiti Haliza.
Mengakui kebenaran tersebut, Haliza yang berusia 36 tahun memberitahu, dia mahu berkongsi cerita kepada wanita seusianya agar tidak malu jika digelar andartu yang merupakan singkatan kepada perkataan 'anak dara tua'.
"Bagi sesetengah wanita, isu ini agak sensitif. Jadi saya mahu wanita seusia saya tidak malu menjadi solo.
"Saya tak nafi yang dalam filem ini, sedikit sebanyak, saya memaparkan cerita berdasarkan pengalaman cinta saya yang tidak kesampaian bersama bekas teman lelaki tetapi, ia tidak 100 peratus saya kongsi.
"Yang penting saya dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa masyarakat perlu berfikiran terbuka kerana menjadi andartu bukanlah satu perkara yang memalukan," tegas wanita itu lagi.
Filem yang telah pun memulakan penggambaran pada Sabtu lalu itu, mengisahkan mengenai seorang andartu bernama Nik Melati Sukma yang juga dipanggil Nikki diberi masa selama 21 hari oleh ibunya untuk mencari calon suami pilihan hati.
Dalam tempoh tersebut, banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuhi Nikki. Malah pelbagai ragam lelaki dijumpainya dan semua lelaki tersebut dirasakannya tidak sesuai sebagai calon suami.
MENGANGKAT tema komedi Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami mungkin akan mempunyai sekuel jika mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton.
Bagaimanapun, akhirnya Nikki baru menyedari yang dia juga mempunyai kelemahan sendiri selain dia tidak tahu apa yang diinginkan dalam hidupnya.
Selain jalan cerita yang menarik, filem arahan Din CJ itu turut menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Fahrin Ahmad sebagai Omar Sharif, Azhar Sulaiman (Ayob), Fizo (Jeremy), Abby Abadi (Sarah), Mamat Khalid (Jamil) dan Datuk Rahim Razali (Dr. Sheikh Muzaffar)
Selain itu, Haliza yang memegang watak Nikki turut menjemput adik iparnya, Awie selain aktres Erra Fazira untuk membintangi filem sulung terbitannya itu.
Awie bakal membawakan watak Putera Aziz Al-Biruni, manakala Erra Fazira sebagai undangan khas menggalas watak Markonah, pembancuh teh yang kecoh dan gila berniaga.
"Saya gembira sangat bila mentor saya sendiri, Datuk Rahim Razali menerima tawaran filem ini. Sebelum ini, saya pernah berlakon dengannya dalam filem pertama saya iaitu Abang 92. Dia banyak mengajar saya dalam lakonan.
"Dalam filem ini, saya yakin penonton tidak akan jemu kerana ia sarat dengan adegan lucu yang pasti membuatkan penonton tidak kering gusi.
"Kos pembikinannya menelan belanja RM1.1 juta," tuturnya.
Bertemu dengan bekas kekasih
Dalam sibuk menyiapkan naskhah filem pertamanya itu, mungkinkah bibit-bibit cinta lama Haliza akan berputik semula?
Meneliti senarai barisan pelakon filem Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami, mungkin ada beberapa nama aktornya dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan Haliza.
Haliza dan bekas kekasih dalam sebuah filem? Hmm...satu bahan promosi yang kuat untuk melariskan filem berkenaan.
FILEM ini sudah pun memulakan penggambarannya sejak Sabtu lalu.
Biarpun tidak dapat mengesan sejauh mana perhubungan Haliza dan pelakon Indonesia, Ari Wibowo, yang dikatakan 'teman tapi mesra' sebelum ini, Haliza dikatakan sanggup ke Jakarta semata-mata mahu memujuk Ari untuk berlakon dalam filemnya.
Seorang lagi pelakon senior dalam filem berkenaan juga pernah dikaitkan dengan Haliza sewaktu awal kemunculan aktres itu dalam bidang lakonan.
Namun, bertanyakan mengenai pemilihan beberapa bekas kekasih hati dalam filemnya itu, Haliza sempat tergelak besar.
"Pertemuan, percintaan dan perpisahan itu sebahagian dalam kehidupan. Jika perhubungan itu tidak menjadi, tidak bermakna kita perlu menyimpan dendam ataupun bermusuh.
"Sebaliknya kita belajar daripada pengalaman lalu kerana perjalanan hidup kita sudah ditentukan untuk menjadi lebih matang.
"Yang penting, kita perlu profesional. Takkan sebab putus cinta, nak rosakkan segala-galanya, siapa yang rugi?" soalnya tidak mahu melayan persoalan nakal mengenai cinta.
Dalam sibuk bercerita mengenai filem pertamanya itu, beliau mengakui pasti ada yang akan melontar pandangan sinis mengenai penerbitan filem tersebut.
Mungkin akan ada mulut yang mengatakan Haliza sekadar syok sendiri mahu menunjuk-nunjuk kisah hidupnya kepada umum.
HALIZA mengakui filem Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami ada kaitan dengan kisah hidupnya.
Namun, sebagai seorang penggiat seni yang sudah lama bertapak dalam industri hiburan, Haliza sudah lama bersedia dengan kritikan yang bakal diterimanya nanti.
"Dalam hidup ini, kita tidak boleh kawal semua perkara. Jika memilih kerjaya seperti ini, saya mesti tahu dan menerima reaksi umum.
"Jadi sama ada saya dikritik atau dipuji, saya menerimanya dengan tangan yang terbuka," katanya yang mungkin akan menyambung sekuel filem Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami jika filem pertama mencapai target yang disasarkan.
Selain tidak menang tangan di lokasi filem, Haliza juga sibuk mengacarakan program Jurnal Kembara untuk siaran stesen TV1 di samping tiga telefilemnya iaitu, Sophilea, Bebasnya Aku dan Bedah Siasat yang juga bakal ditayangkan tidak lama lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 3:32 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 3:33 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 3:34 pm | |
| Rusdi kembali jadi bapa
Mula-mulanya saya takut juga apabila kembali bergelar bapa. Tapi secara semula jadi, pengalaman lama itu datang kembali
RUSDI agak kekok kerana kali terakhir dia menimang cahaya mata ialah pada 19 tahun lalu.
MASIH terkenang kembali pada pertemuan dengan komposer ternama ini sebelum dia bergelar isteri kepada pelakon, Rusdi Ramli. Ketika itu dia ada berbisik didatangi mimpi tentang seorang anak lelaki yang dinamakan Rio.
Itu cerita pada November tahun lalu iaitu ketika Sharon Paul sedang siap-siap menjadi seorang isteri dan ibu tiri kepada anak tunggal Rusdi daripada perkahwinannya yang terdahulu, Efiezal Ridza, 19.
Jumaat lalu, bersua kembali dengan Sharon yang sudah bergelar ibu, dia lantas memperkenalkan Rio - buah cinta sulungnya bersama Rusdi yang sedang nyenyak tidur di sebuah katil bayi yang cantik.
Rio Ridza Rusdi lahir pada pukul 5.05 pagi 4 Ogos lalu di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Sungai yang tenang. Itulah maksud yang tersirat di sebalik nama Rio. Setenang perjalanan cinta dan hidup ibu dan bapanya yang senantiasa memberi senyuman tatkala bersua.
Pada kala ini, Rio tidak banyak ragamnya. Menurut Sharon dan Rusdi, Rio cuma merengek dan menangis tatkala lapar. Seberat tiga kilogram, Rio lahir dua minggu lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan.
"Mula-mula saya takut juga apabila kembali bergelar bapa. Maklumlah anak pertama sudah berusia 19 tahun. Tapi secara semula jadi, pengalaman lama itu datang kembali dan saya ingat semula bagaimana mahu menguruskan bayi," ujar Rusdi yang kini sibuk dalam penggambaran drama Waris.
Lain pula dengan Sharon, 32, yang kali pertama bergelar ibu.
"Masuk hari keempat, saya sudah terbiasa. Mulanya saya takut bercampur gembira dan tidak cukup tidur.
"Hari pertama saya sedikit tertekan ketika pulang ke rumah ibu saya. Ini kerana saya mahu pastikan semua dalam keadaan bersih dan terkawal," tuturnya sambil ketawa mengingatkan kucing-kucing ibunya yang terpaksa dihalau keluar dari rumah.
RIO berdarah versi 1Malaysia.
Mengingatkan kembali pengalaman sakit untuk bersalin, Rusdi, 39, ternyata lebih panik berbanding Sharon.
"Bayangkan, Sharon telefon saya dan memberitahu yang dia mengalami pendarahan ketika masih di studio di Taman Tun Dr. Ismail. Waktu itu saya ada penggambaran di Sungai Buloh.
"Dia boleh balik dulu ke rumah, mandi serta syampu rambut dan menunggu saya di rumah dalam keadaan tenang," ujar Rusdi.
Sharon berpantang cara Cina dan Melayu
Sembilan jam berdepan dengan kesakitan untuk bersalin, Rusdi hanya menjengah sekali sahaja di sebalik tirai. Itu pun untuk melihat keadaan isteri dan bukannya bayi.
"Saya tidak sanggup melihat Sharon dalam keadaan kesakitan. Kasihan," ungkap Rusdi.
Uniknya, Rio dilahirkan dalam darah versi 1Malaysia. Manakan tidak, Sharon berdarah Cina dan India, manakala Rusdi pula Melayu tulen.
Selepas bersalin, Sharon agak kuat berpantang. "Saya berpantang makan ikut cara Cina, banyakkan makanan menggunakan bawang putih manakala cara urut dan mandian lebih kepada budaya Melayu."
Mengamati wajah Rio, dia tenang melelapkan matanya walaupun kedengaran bunyi telefon dan kereta yang lalu-lalang.
"Saya rasa Rio sudah biasa dengan bunyi-bunyian. Bayangkanlah, Sharon masih bekerja hingga saat-saat akhir hendak bersalin. Dalam bilik bersalin pun dia sempat berbalas SMS dengan kliennya," gelak Rusdi.
MEMBELAI buah cinta sulung mereka selepas diijab kabul November tahun lalu.
Tersenyum merenung wajah suci Rio, Sharon menyimpan perasaan untuk menghadiahkan adik perempuan buat Rio.
Teruja menjadi ibu dia berkata tenang: "Saya sebenarnya takut jika saya tidak dapat menjadi ibu yang baik.
"Tapi saya saya gembira dan teruja apabila Rio sudah menghadiahkan saya senyuman pertamanya. Saya masih menanti ayat pertama yang bakal diucapkan." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 4:20 pm | |
| Dayang nak cari duit dulu
TANPA sebarang keraguan, Dayang adalah bintang dalam kelas tersendiri. Penyanyi versatil dari Bumi Kenyalang ini sememangnya seorang bintang yang tiada tandingan dari segi stail dan keunikan vokalnya.
Walaupun pelbagai kejayaan telah dikecapinya, namun bagi Dayang Nurfaizah ia bukan petanda untuk memperlahankan langkah.
"Saya sukakan cabaran. Saya tak pernah rasa puas dengan apa yang telah saya kecapi.
"Saya rasa semua orang pun begitu. Saya sentiasa ingin tampil dengan benda baru untuk peminat," ungkap Dayang kini sedang sibuk dengan Global One Music, sebuah projek antarabangsa yang disertai penyanyi-penyanyi dari 20 buah negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Mereka akan merakamkan lima buah lagu dalam bahasa tempatan. Dayang ialah antara 35 artis Malaysia yang terpilih menyertai projek tersebut.
"Setakat ini saya merupakan artis yang paling banyak merakamkan lagu berbanding 35 artis Malaysia yang lain.
"Global One Music juga merupakan projek terbesar saya sepanjang tahun ini selain fokus pada album terbaru. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 4:22 pm | |
| Nur Kasih Remy, Tizz
TERKENAL dengan karya berseni dan cantik menjadikan Kabir Bhatia antara pengarah yang dikagumi ramai bintang muda. Filem Cinta dan Sepi garapannya menjadi buat mulut dan laras penanda betapa kreatifnya insan seni yang terlebih dulu mencipta nama di Indonesia ini.
Tawarannya sentiasa dinanti ramai, termasuk dua anak muda berbakat besar, Remy Ishak dan Tizz Zaqyah. Mereka mengakui bertuah menjadi pilihan Kabir sebagai teraju utama siri popular Nur Kasih yang bersiaran di TV3 setiap Jumaat.
Menerusi drama yang menjalani penggambaran sekitar Tanjung Karang (Selangor), Jordan dan Australia itu menjadi medan dua pendatang baru ini untuk lebih mengenali Kabir.
Kata Remy, ramai kenalan berpesan, andai ada tawaran daripada pengarah filem Setem ini, jangan sesekali ditolak. Nasihat itu kukuh tersemat di hatinya, malah apabila dipanggil menghadiri uji bakat tertutup untuk watak Adam, dia terus bersetuju.
“Saya menonton semua karya Kabir dan sangat suka dengan filem Cinta, Sepi dan siri Kekasihku Seru. Bagi saya, dia insan yang sangat kreatif dan lain daripada lain. Di kalangan rakan seangkatan, Kabir antara pengarah idaman yang disebut-sebut, rugi kalau saya tolak tawaran ini.
“Untung bekerja dengan Kabir kerana dia sangat terbuka dan sentiasa memberi peluang kepada pelakon untuk mencorak watak yang dibawa mengikut keselesaan masing-masing.
“Awal penggambaran memang mencabar kerana saya tidak tahu apa akan jadi kepada watak Adam disebabkan skrip belum siap sepenuhnya.
“Watak Adam turut menuntut saya fasih berbahasa Inggeris. Sebelum ini saya pernah bekerja di hotel dan bila ada dalam bidang ini, bahasa Inggeris sangat penting tetapi tidaklah lancar sangat.
“Saya risau bila mendapat tahu penggambaran akan dilakukan di Australia. Bagaimanapun, masalah kurang yakin dapat diatasi berkat sokongan Kabir,” kata Remy yang menyifatkan Nur Kasih sangat istimewa di hatinya.
Jelas jejaka kelahiran Melaka ini, watak Adam dekat di hatinya kerana mereka banyak persamaan. Di sebalik wajahnya yang tenang, siapa sangka Remy kuat memberontak satu ketika dulu, malah dia pernah ada dalam persimpangan dilema seperti mana Adam.
“Serba sedikit kehidupan saya sama seperti Adam. Digambarkan Adam hilang jati diri dan kecewa apabila sering dibandingkan dengan abangnya, Aidil, yang jauh lebih baik dalam semua perkara.
“Adam terpaksa memenuhi permintaan orang tuanya biarpun dia sebenarnya tidak rela. Dalam kehidupan sebenar, saya tidak suka dipaksa. Kalau bukan pilihan sendiri, saya akan tolak, tetapi kalau itu permintaan terakhir ibu, saya akan buat. Ini berbalik kepada soal tanggungjawab dan ketaatan seorang anak terhadap ibu bapanya.
“Sama seperti Adam, saya suka memendam perasaan, bila tidak tertanggung, saya akan kusut dan memberontak,” katanya.
Adam turut meninggalkan impak besar kepada dirinya apabila menjadi sebutan peminat, malah rata-rata yang bersua muka dengannya akan meluahkan perasaan geram dan benci dengan sikap Adam yang degil. Baginya, apapun maklum balas yang diberi penonton, ia petanda baik.
“Bila orang benci dengan watak yang kita bawa, maknanya ia menjadi. Saya pernah bawa watak durhaka tapi kali ini berlainan, di mana Adam patuh dengan permintaan ibu bapanya.
“Ketika melakonkan watak ini, saya ikut saranan Kabir supaya tidak terlalu keras berusaha, biar penjiwaan itu datang dari hati, baru lakonan nampak lebih bersahaja,” katanya.
Mengulas pengalaman menjalani penggambaran di Australia dan Jordan, Remy berkata, banyak perkara baru dipelajarinya, lebih-lebih lagi hakikat betapa beruntungnya dilahirkan sebagai rakyat Malaysia.
“Saya berkampung di Jordan selama 10 hari manakala Australia pula enam hari. Saya kagum dengan keindahan kota Petra dan padang pasir yang saujana mata memandang di Wadi Ram dan berpeluang merasai sendiri mukjizat air telaga nabi Musa di Wadi Musa.
“Ketika penggambaran, saya mengalami alahan kulit tetapi bila basuh dengan air telaga itu, semua rasa gatal hilang.
“Saya dapat melihat kehidupan muda-mudi di Australia. Daripada situ timbul kesedaran betapa bertuahnya saya dilahirkan di Malaysia yang aman dan tidak mengalami keruntuhan sosial yang kronik. Tidak sabar-sabar mahu pulang ke Malaysia bila ada di sana,” katanya.
Sementara itu, Tizz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak menganggap peluang diberi Kabir sebagai pembuka jalan kepadanya untuk terus memahat nama dalam industri. Menerusi Nur Kasih, dia lebih dikenali dan mula mendapat perhatian penggiat filem dan drama.
Bagi yang tidak mengikuti perkembangan gadis manis ini, Nur Kasih bukan drama pertamanya, sebaliknya karier sebagai pelakon bermula sejak lebih dua tahun lalu.
Awal pembabitan, remaja berusia 21 tahun ini pernah membintangi drama Gol & Gincu dan diikuti Impian Ilyana, selain menjayakan telefilem Bernafas Dalam Lumpur serta Puaka Topeng Putih.
“Alhamdulillah selepas muncul dalam Nur Kasih, rezeki saya semakin murah. Kalau dulu saya perlu menghadiri uji bakat, tetapi kini beberapa pengarah bertanya sama ada saya berminat berlakon di bawah arahan mereka.
“Sebagai pendatang baru, tentu saya gembira dengan perkembangan ini. Setakat ini saya menerima beberapa tawaran, tetapi saya mahu fokus dulu perhatian kepada pembikinan Nur Kasih yang berakhir minggu ini dan selepas ini baru boleh saya pertimbangkan tawaran itu,” katanya sopan.
Menurutnya, dia senang bekerja dengan Kabir dan Faizal Ishak yang banyak membantu menghidupkan watak Nur Amina. Ketenangan dan sikap terbuka Kabir membuatkannya lebih bersemangat, biarpun watak dibawa berat untuk dihayati.
“Saya menerima panggilan supaya menghadiri uji bakat drama ini ketika masih di lokasi penggambaran Impian Ilyana. Ketika itu saya sangat gembira, maklumlah siapa tidak mahu berlakon di bawah arahan Kabir.
“Pertama kali bertemunya, saya berdebar-debar. Macam tak percaya pula bila dia memaklumkan saya layak memegang watak Nur Amina. Ini kerana saya masih baru dalam industri dan diberi kepercayaan menggalas watak utama.
“Kabir baik orangnya. Di lokasi dia bukan saja pengarah, tetapi boleh jadi kawan dan ayah. Kerja dia sangat teliti dan syot pun cantik. Dia tahu syot apa yang dimahukan dan ia memudahkan pelakon memahaminya,” katanya yang mahu lari daripada imej bertudung dan berharap diberi peluang melakonkan watak seram atau gila.
Kali pertama membaca skrip Nur Kasih, Tizz dapat rasakan ia karya bagus dan mampu menarik perhatian ramai kerana sarat dengan suntikan kasih sayang yang digambarkan menerusi hubungan ibu bapa dan anak, suami dan isteri dan adik beradik.
“Nur Kasih bukan drama cinta semata-mata, tetapi diperindahkan dengan penerapan nilai Islam yang boleh dijadikan panduan ramai.
“Penceritaannya mampu buat penonton sama-sama tersenyum, ketawa dan menangis,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 4:24 pm | |
| Inilah saya
DILAHIRKAN sebagai anak kepada rockers tersohor, Amy Search, sama sekali tidak membuatkan gadis ini megah atau bongkak.
Biarpun kini bergelar pelakon, pengacara dan penyanyi, Nabila Huda tidak tunduk dengan aura glamor. Dia tidak kisah menapak ke sana-sini, malah selamba menggunakan kenderaan awam seperti teksi dan bas.
Baginya, tiada apa perlu dimalukan kerana di luar lokasi penggambaran serta studio, dia wanita biasa. Bukan itu saja, dia tidak suka berpura-pura, termasuk dalam menonjolkan keperibadian sebenarnya.
Umum sedia maklum Nabila periang dan ‘gila-gila’ orangnya. Keletah dan aksinya yang lincah dapat disaksikan menerusi program game show 1..2.. Jus! yang bersiaran di saluran ntv7.
Bagi Nabila, 1..2.. Jus sangat menghiburkan, malah dia selesa mengendalikan program itu bersama Cat Farish kerana diberi kebebasan untuk menjadi diri sendiri.
“Apa yang penonton lihat adalah diri saya. Saya memang jenis gila-gila, periang dan mudah ketawa. Sebagai hos, saya mesti memastikan peserta dan penonton terhibur sepanjang rakaman berlangsung. Aura gila-gila itu juga mestilah dirasai penonton di rumah.
“Kalau penonton perasan, saya banyak ketawa dalam 1...2.. Jus!. Tiada sekatan kerana ini gameshow dan aksi peserta adalah spontan. Kalau saya tak ceria, nanti program nampak kaku dan tak menarik.
“Saya mewakili elemen protagonis, memberi dorongan dan sorakan kepada peserta, manakala Cat Farish pula antagonis, di mana dia menduga peserta di samping merangsang mereka meragui kebolehan diri masing-masing.
“Alhamdulillah 1...2.. Jus! masuk musim ketiga dan akan menemui penonton saluran Ceria Anda setiap Jumaat, jam 8.30 malam bermula 14 Ogos ini,” katanya.
Menurut Nabila, banyak perubahan dilakukan dalam musim ini bagi memastikan ia lebih menarik dan menghiburkan, termasuk corak permainan dan pembahagian peserta. Bagi menyuntik kelainan dan memeriahkan lagi suasana, peserta membabitkan artis berpasangan.
Antara selebriti yang terbabit kali ini adalah Nabil Mentor, Azhar Sulaiman, Rina Omar, Rebecca, Sazzy Falak, Raja Farah, Nubhan, Marsha, Awal Ashaari, Diddy, Kefli, Marion Counter, Jaclyn Victor, Faizal Tahir, Alif, Farhan, Juliana Evans dan Tomok.
Menyentuh lebih lanjut perihal sikap gila-gila, pelakon yang berjaya mencuri perhatian penonton menerusi lakonan berkesannya dalam Drama Air Mata Ain itu berkata, setakat ini masyarakat boleh menerima caranya.
“Alhamdulillah, setakat ini tiada yang merungut. Mungkin orang tahu saya jujur dan bukan jenis suka berpura-pura baik. Lagipun saya bukan gedik, tapi gila-gila.
“Dari awal lagi saya jujur dengan diri sendiri. Saya ikut pesanan orang lama — dalam hidup kita kena jujur. Bila kita jujur dan ikhlas, semua akan berjalan lancar, malah kita tidak akan ada musuh.
“Saya terharu ramai peminat di kalangan warga emas suka dengan saya. Apabila terserempak, ramai mencium saya seperti anak sendiri.
“Saya percaya ini impak daripada drama yang pernah saya bintangi. Mereka sedih melihat watak yang saya bawa, lebih-lebih lagi Ain dalam drama Air Mata Ain,” katanya sambil tersenyum manis.
Beralih kepada kehidupan peribadi, akui aktres berkulit hitam manis ini, dia bahagia. Apa yang dikecapinya hari ini sangat indah, lebih-lebih lagi apabila dipertemukan dengan suami yang sangat memahami.
“Seperti saya, suami juga gila-gila. Kami berkahwin pada usia muda dan kami tidak boleh mengikis sikap itu kerana ia sebati dengan diri. Setakat ini tiada masalah kerana kami tidak pernah abaikan tanggungjawab masing-masing.
“Di luar, saya pelakon kerana itu kerjaya saya, tetapi di rumah, saya wanita biasa. Bila bersama suami, tiada lagi istilah selebriti, popular atau glamor.
“Saya tidak kisah melakukan aktiviti seperti orang lain, malah suami tidak pernah merungut soal kerjaya saya. Kalau penggambaran habis awal, saya masak di rumah, tetapi jika jadual ketat, kami makan di luar.
“Suami boleh menerima saya seadanya. Sebelum berkahwin, kami berjanji untuk menghormati pekerjaan masing-masing.
“Dia tidak pernah menemani saya di lokasi penggambaran sebelum atau selepas berkahwin. Dia sekadar menghantar saya dan terus bergegas ke tempat kerjanya.
“Bukan saya tidak izinkan, cuma saya tidak mahu dia rasa tidak selesa. Di lokasi, saya tidak boleh selalu di sisinya,” katanya yang tidak mahu merancang kehadiran zuriat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 4:26 pm | |
| Liku Wana
LEGASI seninya masih jauh. Malah kehadirannya masih belum dirasai. Landasan gelaran juara program realiti My Star LG musim kedua belum cukup kuat baginya bergelar penyanyi.
Begitupun, pemilik nama Noriezuana Syed Shafudin ini sedar dugaan yang perlu ditempuhinya. Sebagai orang baru, jalan yang perlu dilaluinya bukan mudah. Malah, untuk mendaki puncak populariti sebagai penyanyi pastinya menjanjikan pelbagai liku cabaran.
Akuinya yang selesa disapa Wana, demi masa depannya dan keluarga, dia bertekad mencuba peluang yang tersedia di depan mata. Katanya, bukan mudah untuk memiliki peluang ada dalam industri ini dan sebab itu Wana tidak mahu mensia-siakannya.
“Sejak kecil Wana minat menyanyi. Keluarga, terutama Mama, banyak memberi sokongan kepada Wana. Melihat Wana suka menyanyi, Mama sentiasa mendorong Wana mencuba peluang yang ada.
“Alhamdulillah, berkat doa Mama, akhirnya Wana berjaya menempatkan diri dalam bidang ini. Memang sukar, namun peluang yang hadir ini bagaikan rezeki yang tidak pernah Wana jangka.
“Bagaimanapun selepas bergelar artis, Wana perlu berusaha lebih keras supaya kerjaya yang baru dimulakan ini berterusan dan berkembang,” katanya.
Melihat bekas peserta My Star LG musim lalu, kebanyakan daripada mereka bagaikan sepi di persada seni. Malah, membandingkan program ini dengan program realiti lain, My Star LG bagai kurang publisiti.
Menyentuh soal itu, Wana menyerahkannya kepada soal rezeki. Katanya, rezeki itu pemberian Tuhan. Malah jika dilapik dengan usaha dan sentiasa tabah, pasti ada ruang untuknya meneruskan bidang ini.
“Bagi Wana, mereka punya tanggungjawab dan komitmen lain dan tidak tertumpu kepada bidang nyanyian. Mungkin sebab itu kerjaya mereka dalam bidang seni tidak berapa menjadi.
“Lagipun, itu semua soal rezeki. Siapa Wana untuk berkata mengenainya? Yang penting, Wana ceburi bidang ini dengan komitmen 100 peratus. Insya-Allah, Wana akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan mutu nyanyian dan kekal lama dalam bidang ini.
“Memandangkan kehidupan Wana dan keluarga sebelum ini sederhana saja, ini menjadi peluang Wana untuk memperbaiki kehidupan kami. Selepas ini Wana tidak mahu menoleh ke belakang dan apa jua rintangan akan Wana hadapi dengan tabah.
“Namun alhamdulillah, perjalanan seni Wana lebih terjamin, lebih-lebih lagi juara My Star LG musim kedua ditawarkan kontrak bersama Warner Music. Sedikit sebanyak, Wana punya tapak untuk bergerak,” kata gadis berusia 23 tahun ini.
Sekali imbas, Wana persis Juara Akademi Fantasia 5 (AF5), Mila dan ada pula yang melihatnya iras Ziana Zain. Bagi gadis berdarah kacukan India di sebelah bapa dan Bugis (ibu) ini, dia tidak kisah dengan tanggapan itu.
“Dalam dunia ini, ramai manusia yang seiras. Malah, jika ada peminat menyamakan Wana dengan mana-mana artis lain, Wana tidak kisah kerana itu pandangan mereka. Bagaimanapun, Wana tidak mahu dikatakan menumpang populariti artis berkenaan yang nyata lebih popular.
“Kehadiran Wana dalam bidang seni ini untuk memeriahkannya dan bukan untuk meniru sesiapa. Insya-Allah, bagi yang tidak mengenali Wana, ia akan ditonjolkan dalam album sulung berjudul Siapa..? yang akan dipasarkan minggu depan,” katanya.
Menyentuh soal albumnya itu, Wana diberi peluang bekerja dengan komposer ternama seperti Audi Mok, Ashraf Pretty Ugly, Lah dan Zaf VE serta ramai lagi.
“Dalam album ini Wana menampilkan lima lagu baru, termasuk single pertama ciptaan Lah dan Zaf VE iaitu Orang Biasa.
“Ia turut memuatkan single kedua berjudul Siapa Orangnya ciptaan Audi Mok, Kerana Dilema, Gerhana Sebuah Percintaan dan lagu duet bersama naib juara My Star LG musim kedua, Ashrin berjudul Ingin Bersama Kembali.
“Sebagai penyanyi, Wana sedar Wana perlu ada konsep tersendiri. Sebab itu Wana memilih genre pop dan ia turut dipersetujui syarikat rakaman. Lagipun, Wana masih muda dan konsep rancak begini sesuai dengan Wana.
“Soal imej pula, Wana suka kelihatan ranggi dan tidak terlalu ‘kewanitaan’. Jadi penampilan, lagu dan diri Wana sentiasa berkait rapat,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 4:27 pm | |
| Siti Rohani tidak kesal tinggal lakonan
SEKALIPUN tidak menduduki takhta juara pertandingan Ratu Universe 1982, namun sekurang-kurangnya ia mencipta sejarah besar dalam kenangan silam pelakon Siti Rohani Wahid. Siapa sangka wanita bersikap 'low profile' ini cukup hebat di pentas peragaan satu masa dulu. Namun, keluarga lebih diutamakan Siti Rohani, 52. Bertemu jodoh dengan pengarah dan penerbit, M Jamil atau Mohamad Jamil Zulkifli, 45, pada usianya 24 tahun dan karier seni berada di kemuncak, nyata membawa kebahagiaan buat pasangan ini. Bahkan, perbezaan usia tujuh tahun antara Siti Rohani dan suami tersayang tidak sedikitpun menggugat kasih dan cinta yang berputik. Malah, mereka dikurniakan tujuh anak iaitu dua lelaki dan lima perempuan yang berusia antara 20 dan tujuh tahun. Kini bergelar suri rumah sepenuh masa, Rohani berkata dia tidak pernah menyesal meninggalkan bidang seni ketika namanya masih menjadi sebutan ramai. Bagi wanita berbakat ini, keluarga perlu diberi keutamaan berbanding karier selepas berkahwin. "Sebaik saja berkahwin dengan M Jamil pada 1988, saya mengambil keputusan meninggalkan bidang seni, tetapi bergiat aktif di belakang tabir. "Namun, apabila anak sudah tiga orang, saya berasakan wajar berhenti terus demi menguruskan keluarga. "Ditambah lagi, saya tidak menggunakan khidmat pembantu rumah. Jadi, segala urusan mengendalikan anak dilakukan sendiri. "Saya yang menghantar serta mengambil mereka di sekolah dan perhatian itu sememangnya tertumpu kepada anak-anak. "Suami (M Jamil) pun tidak menghalang niat saya untuk berhenti berlakon. "Justeru, sampai sekarang rutin saya adalah menguruskan keperluan suami dan anak. Saya sangat gembira melakukannya kerana rela dan memikirkan ia tanggungjawab diri," katanya. Pernah membintangi filem Gila-Gila Remaja di samping Faizal Hussein pada 1985, kata Miss Malaysia 1982 ini lagi, jumlah anak yang ramai membuatkan dia nekad tidak mahu menggunakan khidmat pembantu rumah. Menurutnya, biarlah dia saja pening kepala. "Saya yakin kebanyakan pembantu rumah takkan mampu bertahan menguruskan kanak-kanak yang ramai. "Oleh itu, saya selesa melakukannya. "Sebagai ibu, saya puas dapat menguruskan anak-anak dengan tangan sendiri kerana mereka akan lebih selamat," katanya. Biarpun M Jamil memiliki dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya, tujuh anak bersama Rohani ialah Siti Nurshahira Nabila, 20, Muhammad Zamir Naqib, 18, Siti Qasrina Qistina, 16, Siti Nayli Yusrina, 14, Muhammad Zamil Sadiq, 13, Siti Sarah Sakirah, 11, dan Siti Batrisha Marsha, 7. Ditanya pembabitan anaknya dalam bidang seni, Rohani tenang menjawab dia dan suami tidak menggalakkan anak-anak untuk aktif selagi masih bersekolah. Katanya, biar mereka habis belajar betul-betul dulu sebelum menceburi dunia glamor. "Saya tidak mahu mereka dikenali pada usia terlalu muda. Kalau boleh saya mahu mereka menuntut ilmu hingga ke peringkat tertinggi. "Selepas itu, andai kata mereka menjadi artis saya terima kerana mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. "Terus-terang, saya katakan tawaran untuk mereka membintangi iklan memang ada. "Cuma, saya dan suami menolak kerana mahu anak-anak berjaya dalam pelajaran. Mereka masih muda dan dalam usia itu sewajarnya mencari ilmu untuk masa depan. "Bagaimanapun, sekali-sekali saya benarkan juga berlakon dalam karya yang diarahkan bapa mereka termasuk, pembabitan saya sekadar untuk melepas rindu. "Sebagai anak seni, saya akui memang tidak dapat melupakan lakonan, tetapi kemunculan terhad," katanya. Menurut Siti Rohani, dia hanya muncul dalam filem diarahkan suaminya. Walaupun, tidak banyak babak tetapi ia sudah cukup sekadar memenuhi kehendak hati. Bagaimanapun, katanya, untuk aktif semula tidak mungkin kerana sedar umur makin meningkat. >Profil Nama: Siti Rohani Wahid Asal: Temerloh, Pahang Keluarga: Ketiga daripada empat beradik Filem: Jauh Di Sudut Hati, Bujang Selamat, Gila-Gila Remaja dan Sepi Itu Indah Drama TV: PJ dan Menara Kaca |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 4:29 pm | |
| Rashidi jadi Tun Abdul Razak
BIARPUN berpengalaman luas sebagai pelakon drama dan filem, Rashidi Ishak, 36, mengakui masih takut dan gugup menerima tanggungjawab berlakon di atas pentas teater. Disebabkan itu, banyak tawaran dari produksi besar untuk menjayakan pementasan teater terpaksa ditolak kerana tidak yakin akan potensi diri.
Tetapi, entah mengapa kali ini, Rashidi akhirnya terbuka hati menerima tawaran menjayakan Gema Merdeka Muzikal Tun Abdul Razak.
Kemunculan buat julung kalinya bagi Rashidi yang akan beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya bermula dari 16 hingga 20 Ogos ini selepas 10 tahun jangkauan usianya dalam bidang seni lakonan tempatan, dia diberi kepercayaan memegang watak Tun Abdul Razak dalam teater itu.
Menurut pelakon tinggi lampai ini, dia berasa teruja dan berbesar hati menerima tawaran itu kerana ia berkisar seorang pejuang negara yang banyak berkorban demi kemajuan semua selain ingin bekerja di bawah arahan Datuk Rahim Razali.
"Saya pun tidak tahu kenapa begitu takut dan gerun menerima tawaran berlakon teater.
"Mungkin, sebab saya rasa teater menguji potensi seseorang pelakon kerana ia dilakonkan di atas pentas besar dan berhadapan dengan ramai penonton.
"Berbanding berlakon drama dan filem, skop keluasan kecil saja dan boleh berhenti sekiranya tersilap dialog atau berlaku sebarang kesilapan.
"Tetapi, apabila selalu ikut isteri (Vanida Imran) jayakan teater dan nampak dia gembira sama ada ketika latihan dan pementasan, hati tergerak untuk berlakon teater," kata Rashidi selepas sidang media Teater Muzikal Tun Abdul Razak di Istana Budaya, baru-baru ini.
Menurutnya, bagi menjayakan watak Perdana Menteri Malaysia kedua itu bukanlah mudah kerana Allahyarham orang penting negara, justeru banyak perkara perlu dipelajari dan dikaji.
Jadi, dia menyimpan hasrat berjumpa dengan Tun Puan Rahah Mohamad Noah dan ahli keluarganya sebelum pementasan berlangsung bagi mengetahui lebih lanjut mengenai karakter Abdul Razak.
"Saya mengambil insentif membeli buku berkaitan kepimpinan Allahyarham dan membuat rujukan di Internet. "Pihak produksi juga membantu mendapatkan segala visual Allahyarham untuk saya mengkaji perwatakan beliau.
"Berkaitan keperibadian Abdul Razak, saya berpeluang berjumpa dengan seorang sahabat Allahyarham yang rapat sejak di Lincoln's Inn, Tan Sri Michael Chen.
"Menerusi pertemuan itu, baru saya tahu bahawa Allahyarham seorang yang sangat merendah diri dan berjiwa rakyat biarpun sememangnya berasal dari keluarga kaya.
"Bagaimanapun, saya begitu berharap dapat berjumpa dengan isteri beliau, Tun Rahah serta ahli keluarga lain untuk mengetahui lebih lanjut keperibadian serta perwatakan Bapa Pembangunan itu sebelum hari pementasan.
"Untuk berjumpa dengan anak lelaki sulung, Datuk Seri Najib mungkin agak sukar kerana jadual beliau selaku Perdana Menteri Malaysia ketika ini.
"Tetapi, mungkin dengan adik-beradik beliau yang lain iaitu Datuk Ahmad Johari, Mohamed Nizam dan Mohamed Nazim.
"Ketika ini, pihak produksi tengah berusaha mendapatkan temu janji bersama mereka," katanya.
Menurut Rashidi, teater muzikal itu turut smembabitkan penyanyi dan pelakon, Fauziah Latiff atau Jee selaku Tun Rahah.
Berdampingan dengan Fauziah selaku pasangannya dalam teater itu bukan saja memberi pengalaman baru dalam karier seninya, malah wujud keserasian antara mereka.
"Seronok dapat bekerjasama dengan Jee. Dia bukan saja seorang yang berfikiran terbuka, bahkan turut membantu saya dari segi nyanyian.
"Almaklumlah, saya bukannya penyanyi dan tidak berpengalaman menyanyi di pentas.
"Teater muzikal ini adalah anjuran Akademi Seni, Warisan dan Kebangsaan (Aswara) dan menghimpunkan pelajar serta tenaga kreatif dari institusi itu.
"Biarpun sudah berpengalaman lama dalam bidang lakonan, tetapi itu tidak mengehadkan saya bergaul dengan mereka.
"Malah, saya tidak kisah atau malu bertanya mereka sekiranya tidak memahami sesuatu perkara. Tujuan saya cuma satu, iaitu buat terbaik bagi menjayakan Gema Merdeka Muzikal Tun Abdul Razak," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 4:31 pm | |
| Saya tak cinta
MUNGKIN ramai yang tidak tahu bintang I'M Not Single dan Jangan Pandang Belakang Congkak, Lisa Surihani pernah memakai tudung ketika di sekolah rendah.
Ketika itu, Lisa atau nama sebenarnya, Lisa Surihani Mohamad, 23, masih menuntut di Sekolah Kebangsaan Sri Inai, Kuala Lumpur.
Tidak hairanlah apabila diminta bergaya dengan penampilan Muslimah, Lisa tidak kekok.
Katanya, dia masih ingat lagi ketika itu ibu bapanya tidak menghalang hasratnya untuk bertudung ke sekolah.
"Tapi mereka tetap menerangkan kepada saya mengenai imej bertudung wanita Islam yang dituntut agama itu dan pada masa sama menasihatkan saya supaya bertudung apabila sudah benar-benar bersedia.
"Selepas mendengar nasihat ibu bapa, saya tidak lagi bertudung ke sekolah rendah sehinggalah melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Sri Inai, Kuala Lumpur," katanya.
Lisa yang juga anak keempat dari lima beradik dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Aberystwyth, Wales, United Kingdom berkata, ibu bapanya sangat menekankan pendidikan agama kepada anak-anak sejak kecil lagi.
"Selain belajar di kelas agama, saya juga sudah tamat mengaji al-Quran ketika masih di bangku sekolah dan meneruskan kelas mengaji sehingga ke sekolah menengah.
"Bagaimanapun, kelas mengaji al-Quran dengan guru agama terhenti seketika apabila saya menyambung pelajaran ke United Kingdom," katanya.
Apabila sudah bergelar selebriti, Lisa yang menceburi iklan komersial dan lakonan pada usia 11 tahun berkata, dia juga tidak kekok bertudung dalam drama mahupun telefilem. Antara drama menampilkan Lisa bertudung ialah sitkom Kasih Abah bersama Allahyarham Shukery Hashim (watak abah) pada 2004.
"Saya bawa watak anak perempuan bertudung dalam cerita ini. Apa yang menarik, sitkom ini banyak memberi pengajaran kepada kanak-kanak.
"Saya juga tidak ada masalah apabila diminta bertudung dalam drama atau filem selepas ini kerana ia adalah tanggungjawab sebagai pelakon," katanya.
Apapun bagi Lisa yang berdarah Melayu-Bugis ini, bertudung adalah sesuatu yang sangat peribadi dan mengikut pandangan individu tertentu.
"Pada mulanya, saya memang tidak faham kenapa wanita Islam bertudung sehinggalah ibu bapa menerangkannya dengan jelas pada saya.
"Ibu saya (Siti Amira Ahmad, 59) mula bertudung ketika dia baru kembali dari mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah bersama Allahyarham bapa (Mohamad Mahbob) pada 1989. Ketika itu saya masih bayi lagi," katanya.
Lisa berkata, dia juga menyimpan hasrat mengerjakan umrah apabila mendengar cerita menarik daripada ibu bapanya yang sudah menjejakkan kaki ke sana.
"Menurut ibu, dia berasa seperti dilahirkan semula apabila berada di Tanah Suci. Dia juga beritahu nikmatnya tidak dapat diucapkan dengan kata-kata apabila kita menjejakkan kaki ke sana.
"Saya juga berasa terharu dan terpanggil untuk ke sana apabila ibu memberitahu dia turut berdoa di hadapan Kaabah untuk membawa anak-anaknya sekali ke Tanah Suci.
"Sebenarnya, sebelum saya menyambung pelajaran ke United Kingdom, saya juga bercadang menunaikan umrah terlebih dulu, tapi nampaknya seru belum sampai ketika itu.
"Bagaimanapun, saya tetap berhasrat untuk ke Tanah Suci bersama ibu dan adik beradik yang lain satu hari nanti," katanya.
Secara peribadi, kata Lisa, memang terdetik di hatinya untuk bertudung satu hari nanti.
Kata Lisa, dia akan memakai tudung apabila sudah bersedia kelak.
"Mungkin apabila saya sudah berumah tangga nanti. Sekalipun ibu bertudung, dia tidak pernah memaksa saya pakai tudung sepertinya kerana mereka ingin saya memakainya dengan kerelaan hati sendiri. Kalau saya tidak ikhlas, buat apa saya nak pakai tudung?," katanya.
Lisa yang juga Wajah Eksklusif Astro Megadrama serta artis residen MIG Talent, baru selesai penggambaran filem terbitan MIG Productions Sdn Bhd, Zoo arahan Azhari Zain di Zoo Negara, Hulu Klang.
"Selepas drama ini, saya juga sudah berbincang dengan MIG mengenai projek filem baru. Saya juga terikat untuk buat beberapa projek drama dengan Astro. Tapi, ia masih dalam perbincangan lagi," katanya.
Mengenai gosip hubungan intimnya dengan pelakon Farid Kamil, Lisa berkata, ia tidak benar sama sekali.
Apatah lagi kini timbul gosip Farid dengan seorang lagi pelakon muda jelita, Diana Danielle.
Kata Lisa, dia dan Farid berkawan baik sejak digandingkan dalam filem I'M Not Single.
"Saya suka berkawan dengan Farid kerana dia tidak kedekut ilmu dan banyak berkongsi pengalamannya di belakang tabir dengan saya. Terus terang, kami tidak bercinta dan saya melihat gosip saya dengan Farid itu sebagai asam garam dalam dunia artis," katanya.
PROFIL
NAMA PENUH: Lisa Surihani Mohamed
TARIKH LAHIR: 23 Mac 1986
ASAL: Kuala Lumpur
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak keempat daripada lima beradik (perempuan tunggal)
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari
University of Aberystwyth, Wales, United Kingdom (UK)
KERJAYA: Model dan pelakon
FILEM: Good Bye Boys, I'M Not Single, Cyber X Ancaman Penggodam,
Jangan Pandang Belakang Congkak, Remp-It V3 dan Kapoww
DRAMA: Obsesi, 3 Janda, Anak Merdeka, Mataku Nampak Hantu dan Ponti
Anak Remaja
PRODUK: Jurucakap Lip Ice
PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 4:36 pm | |
| Misteri Anak Ozlyn dan Johan Perkahwinan Ozlyn dan Johan pada tarikh 29 Julai lalu merupakan satu saat indah yang tidak dapat dilupakan kedua-dua pasangan. Namun penulis berasa hairan dengan status Ozlyn. Ada satu akhbar menyiarkan yang Ozlyn ni sebenarnya ada seorang anak hasil perkahwinannya yang pertama dengan Johan. Apa masuk diakal ke statement seperti ini. Yang baru-baru ini sahaja mereka hanya bernikah. Maksudnya mereka ini pernah bercerai ke satu masa dahulu? u'all rasakan? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 4:37 pm | |
| Anak Rusdi Ramli dan Sharon Paul Inilah anak Rusdi Ramli hasil perkahwinannya dengan pencipta lagu Sharon Paul. Mereka berkahwin pada 17 November tahun lalu dan menimang anak pertama minggu ini. Sihat dan comel anak mereka ni. Sebelum ini Rusdi memiliki seorang anak hasil perkahwinan pertamanya, Rusdi kan duda. Apa-apa pun tahniahlah di atas kelahiran anak sulung mereka. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 4:40 pm | |
| Bila Sheila Majid Bertudung Diva dua buah negara, Sheila Majid memang tidak asing lagi di kedua-dua buah negara, Malaysia dan Indonesia. Jarang-jarang sekali melihat apabila Sheila Majid bertudung, tapi baru-baru ini sempena 1001 inspirasi raikan kemenangan Astro, dia memakai tudung berwarna putih yang sungguh menawan. Tapi dia tidak memakai anak tudung, mungkin baru permulaan dalam memakai tudung, sebab itu lah nampak sedikit keseimbangan dalam pemakaian tudung. Harap-harap usaha ini akan diteruskan untuk hari-hari mendatang |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 4:44 pm | |
| Fasha Sandha dan Rizal di SIC Kali ni Fasha Sandha membuat satu lagi kejutan basi kepada anda yang tidak suka kepadanya. Dahulu memang dia akui memang ada membuat hubungan dengan seseorang dan orang itu bukan duda dan suami orang. Tapi kenyataan itu makin lama makin meleset akibat tersebarnya gambar-gambar berduan dia dan Rizal. Terbaru dia dengan Rizal telah pergi SIC (Sepang International Circut), mungkin masa Japan GT bulan lalu. Jadi disini, tiada apa lagi yang hendak disorokkan dari Fasha, semua dah jelas dan nyata |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 09 Aug 2009, 4:49 pm | |
| Qhauhd Pilih Wanita Berakhlak Tinggi Jika dulu Qhauhd, bekas pelajar Akademi Fantasia 7 yang mana kehidupannya hanya dikelilingi keluarga dan sahabat, namun kini ruang lingkup tersebut menjadi lebih lebar dengan kehadiran peminat yang ingin mengetahui perkembangan hidupnya. Mungkin ini berita baik untuk peminatnya apabila dikhabarkan mengetahui Qhauhd kini kembali solo/bujang. "Hal ini terlalu peribadi untuk saya ceritakan. Cukuplah kalau saya beritahu kini saya dah single. Sebenarnya masalah timbul sebelum saya masuk AF lagi. Mungkin antara kami dah tak ada jodoh. "Saya bukan seorang yang memilih, cukuplah bakal isteri saya seorang yang ikhlas, bersopan santun, amanah, lemah lembut dan jujur," ujarnya mengenai wanita pilihan. Qhauhd kini juga sedang sibuk dengan perancangan mengeluarkan single terbaru dan pastinya konsep ketuhanan dan kehidupan menjadi pilihan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 10 Aug 2009, 12:09 pm | |
| Azlan and The Type Writer (ATTW) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 10 Aug 2009, 12:29 pm | |
| Gambar Melissa Saila dan 3 anaknya
gambar dan berita from karangkraf
Melissa Saila tak sanggup berjauhan dengan anak
Sudah lama MW teringin memotret wajah ayu anak seniwati terkenal, Mariani Ismail sebagai penghias muka depan. Justeru, peluang keemasan baru-baru ini tidak dilepaskan. Apatah lagi si empunya diri bersetuju tanpa sebarang masalah.
Melissa Saila , 37 tahun yang baru sahaja melahirkan anak ketiganya pada 16 Jun lalu belum habis pantang tatkala penulis dan jurugambar ke rumahnya baru-baru ini. Namun begitu, dia tetap memberikan kerjasama yang baik. “Saya jenis yang aktif dan tak suka duduk diam. Kalau ‘berehat’ terlalu lama, saya akan mula sakit-sakit,” ujarnya sambil menyambung cerita tentang bayi barunya Zahrah. “Saya bersyukur kerana anak ketiga saya, Zahrah selamat dilahirkan. Yang seronoknya sebab Zahrah lahir dengan berkongsi tarikh yang sama dengan abangnya Zain. Jadi, nanti bolehlah menyambut ulang tahun sekali.
“Buat masa sekarang, rasanya cukuplah dahulu dengan tiga orang cahaya mata. Bukan nak merancang cuma kalau boleh saya mahu melihat mereka membesar dan beri perhatian sepenuhnya sebelum memikirkan untuk menambah ahli keluarga baru,” kata Melissa yang melahirkan anak ketiga ini secara pembedahan sama seperti anak pertama dan keduanya.
Akuinya, selepas berpantang dia akan meneruskan kembali karier nya dalam bidang seni. Melissa yang sebelum ini pernah berlakon dalam teater P. Ramlee Muzikal musim ke2 kini mengorak langkah ke hadapan apabila membuka sebuah syarikat produksinya sendiri dengan suaminya, Megat Fauzi.
“Segala-galanya bermula ketika kami menyertai satu pertandingan filem pendek sekitar 2007 yang mana suami menulis skrip untuk filem tersebut. Dari situ timbul minat nak buka syarikat produksi sendiri. Alhamdulillah, kini kami sudah pun memilikinya yang diberi nama Kus Semangat Aktor Sdn. Bhd dan bakal beroperasi di Taman Tun Dr Ismail tak lama lagi.
“Projek sulung syarikat kami adalah saya bakal mengarahkan sebuah drama untuk Astro yang bertajuk Rombakan Kabinet. Yang menariknya, skrip drama ini ditulis oleh suami, saya sendiri yang nampaknya berminat dalam kerja ini,” ujarnya.
Selagi diterima
Walaupun sibuk menguruskan bisnes yang dikongsi bersama suami apa yang nyata minat Melissa terharap bidang lakonan masih belum hilang. “Saya tetap akan berlakon juga jika diberi peluang dan masih lagi diterima peminat. Namun, ia bergantung pada skrip dan watak memandangkan sekarang saya masih ada anak kecil yang perlu diberi perhatian. “Kalau boleh, saya tak mahu berjauhan dengan anak-anak, sebab itulah saya cuba kurangkan aktiviti berlakon dan beri tumpuan pada kerja-kerja di belakang tabir. Lagipun dengan membuka syarikat sendiri, masa saya lebih fleksibel dan boleh keluar rumah ikut masa sendiri.
“Selain itu, saya juga boleh bahagi masa antara kerja dan juga keluarga, jadi, masa bersama anak-anak dan kerja takkan bertindih. Kali terakhir saya berlakon adalah dalam drama Anak emak yang menggandingkan saya dan ibu. Ketika itu, saya baru mengandung tiga bulan,” jelas Melissa lagi. Anak sudah pandai bergaya Tidak seperti artis mahupun orang biasa lain yang suka menama kan anak-anak melalui gabungan nama atau memilih nama yang panjang, Melissa dan suami pula memilih nama yang cukup ringkas. Kata Melissa, kesemua nama-nama anak adalah pilihan suaminya sendiri yang sukakan nama yang ringkas dan mudah disebut.
Seperti mana acuan, begitulah kuihnya.
Jika dilihat wajah anak sulungnya Noor, saling tak tumpah dengan wajah Melissa. Malah Melissa juga sempat menunjukkan gambarnya ketika waktu kecil yang mana wajahnya seiras dengan anak sulungnya itu. Kata pelakon ini bukan saja rupa anak mengikut wajahnya malah juga suka bergaya.
Ceritanya Noor sudah pandai bergaya dengan aksesori seperti kaca mata dan tas tangan. Setiap kali keluar membeli belah, dia sudah pandai memilih barangan. Ketika penulis meminta Noor bergaya di hadapan kamera, dia enggan kerana malu. Namun, lama-kelamaan dia bersetuju sambil membawa tas tangan hitam kesayangannya yang turut diisi pengilat bibir di dalamnya. Ketika ditanya sama ada mahu berlakon seperti ‘mummy’, anak kecil ini hanya menggelengkan kepala.
“Sebagai seorang ibu, saya mahu melihat anak-anak membesar dengan sempurna dan menjadi orang yang berjaya dalam pelajaran dan agama. Sekiranya mereka ada menunjukkan minat untuk bergiat dalam bidang seni, saya tak menghalang, cuma kalau boleh saya mahu mereka berjaya dalam pelajaran dahulu. Lagipun mereka masih kecil.
“Anak sulung saya Noor pun baru berusia 4 tahun lebih. Jadi sukar untuk bercakap tentang masa depan. Kalau kita merancang begitu begini, nanti akan datang kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang,” jelas Melissa lagi ketika ditanya mengenai perancangan masa depan anak-anaknya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 10 Aug 2009, 12:33 pm | |
| Datuk Siti buat rancangan masakan
PARA peminat Datuk Siti Nurhaliza sudah terbiasa melihat tangannya memegang mikrofon untuk mengalunkan lagu merdu.
Pernah tak melihat penyanyi kesayangan ramai ini 'bermain' dengan periuk belanga sambil tangannya tangkas memasak pula?
Tak ada lirik lagu yang perlu Siti hafal. Kali ini penyanyi manis ini memberi tips memasak dan resipi masakan.
Lihatlah bagaimana seorang diva berjaya mentransformasikan diridaripada seorang penyanyi kepada chef dalam program masakan, 'CitarasaBersama Datuk Siti Nurhaliza".
Program masakan terbitan Global Station Sdn Bhd sebanyak 15 episoditu bakal menemui penonton sepanjang Ramadan ini iaitu bermula 21 Ogosini setiap Rabu, Khamis dan Jumaat pada jam 11 pagi di saluran TV1.
Berkesempatan melihat set penggambaran program masakan tersebut dikediaman agamnya di Bukit Antarabangsa, terbit rasa kagum terhadapisteri usahawan Datuk Khalid Mohd.
Rupa-rupanya, Siti adalah diva baik di pentas mahupun di dapur!Lebih luar biasa, Siti tidak kekok langsung dan kerja memasak inidikuasainya seperti seorang yang sudah mahir ke dapur . "Sekarang tinggal letakkan sotong dan udang. Kalau masak sotong terlalu lama, ia akan menjadi "menyah" tak sedaplah.
"Dalam dua hingga tiga minit, siaplah masakan 'Tom Yam campurPancawarna'. Sebelum dihidangkan, buat 'solekan (garnishing)' terlebihdahulu," pesan Siti sambil sebelah tangannya menggaul sup Tom Yamsementara sebelah tangan lagi meletakkan hiasan pada pinggan.
Aroma lazat yang mengisi ruang udara menusuk hidung sehinggaberkeroncong perut kru dan sesiapa sahaja di dapur ketika itu yangteringin sekali mencuba masakan Siti.
Buah tangan Siti yang lain termasuklah 'Sup Cendawan PurnamaMerindu', 'Ikan Bawal Cili Padi Kau Kekasihku', 'Ayam Tiram SeraiBadarsila' dan 'Ikan Patin Tempoyak Ku Mahu'.
Ketika penggambaran masakan itu dilakukan, Siti berpakaian kurungberona biru, hijau dan kuning dengan bertudung longlai menutupi rambuthitam bersanggul kemas rapi.
Tidak keterlaluan dikatakan Siti adalah chef yang paling cantik didapur. Bukan itu sahaja. Dia pandai berinteraksi dengan penonton.
Seperti kata Chef Zam yang memantau masakan Siti, "Siti menjadikandapur umpama satu pentas persembahannya. Dia menghidangkan lagunyadalam bentuk masakan."
Mana tidaknya, nama 'Pancawarna' yang digunakan bersama Tom Yam itu sebenarnya adalah nama salah satu album Siti.
Menjadikan program masakannya lebih personal, Siti menyelitkan kisah hidupnya dalam membentangkan resipi masakannya.
Misalnya, semasa memperkenalkan hidangan pencuci mulut 'pulut durianseribu kemanisan', Siti mengisahkan suami tercintanya mampu memakansebiji durian seorang diri.
"Keluarga saya suka sangat makan durian. Semasa makan durian, sayaakan terkenang nostalgia masa kecil. Masa itu, rumah saya berdekatandengan kebun durian.
Siti tidak kekok 'bermain' dengan alat-alat dapur kerana dia telah memasak sejak kecil lagi. "Apabila berpindah ke Kuala Lumpur, saya dah jarang makan durian sehinggalah berkahwin dengan Datuk Khalid.
"Bagaimanapun, saya perlu menghadkan pemakanan durian untuk menjagasuara," katanya secara spontan semasa mengimbau nostalgia lampau.
Perkongsian kisah hidup serta tip masakan menjadikan Siti 'diva' di pentas mahupun di dapur! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 10 Aug 2009, 12:56 pm | |
| Tetamu kecil Suria FM
Engku Aleesya turut ditemani ayahnya, Engku Emran di konti Suria FM.
SEJAK memulakan operasi penyiaran lima tahun lalu, inilah kali pertama Suria FM bersiaran bersama tetamu paling kecil, Engku Aleesya Engku Emran yang merupakan anak kepada pelakon popular, Erra Fazira dan juga Ketua Pegawai Operasi stesen berkenaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin.
Minggu lalu, memasuki konti Suria FM seawal pukul 7.30 pagi, Ungku Aleesya yang masih lena dalam dakapan ibunya memenuhi undangan bersiaran bersama krew Breakfast@Suria, Tuah dan Zizi.
Sepanjang 90 minit bersiaran, pelbagai topik serta pertanyaan dilayangkan oleh penyampai mahupun pendengar Suria FM sendiri kepada kedua-dua tetamu istimewa itu. Hampir kesemua soalan yang diajukan menjurus kepada si comel itu.
Pelbagai gelagat serta aksi bersahaja si comel itu dipertontonkan secara langsung di suria.tv yang boleh ditonton menerusi laman sesawang rasmi Suria FM, www.suriafm.com.my khas buat tontonan pendengar setia mereka.
"Dia tidak banyak ragam, kecuali jika dia lapar dan hendak tidur," kata Erra mengenai tabiat puteri sulungnya itu.
Benar seperti yang dikatakan oleh ibunya, Engku Aleesya tidak banyak ragamnya. Si kecil bermata bundar ini memerhati dan bertindak balas dengan keadaan sekeliling.
Bagaikan sudah terbiasa dikerumuni dan diperhatikan khalayak, dia tidak sedikit pun menunjukkan aksi kurang senang tatkala 'diusik' oleh kedua-dua penyampai tersebut.
Biarpun baru mencecah usia empat bulan, seperti ibu dan ayahnya, Engku Aleesya turut mewarisi 'kemahsyuran' kedua-dua selebriti itu.
Kemana sahaja dia dibawa pasti puteri comel berkulit cerah itu menjadi perhatian ramai.
Malah sejak dalam kandungan lagi ramai yang begitu teruja menanti kelahirannya. Malah, sesudah dilahirkan bertambah ramai yang setia menunggu kesediaan Erra dan suami merelakan wajah anak sulungnya itu dirakamkan.
Dilahirkan seberat 4.04 kilogram (kg) di Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur pada 30 Mac lalu, Engku Aleesya kini hampir mencecah berat 8 kg.
Bertuah menjadi Engku Aleesya. Biarpun telah direncanakan rancangan pendidikan sempurna oleh ibu dan ayahnya, dia juga pada masa yangsama sudah mengumpul ribuan malah mungkin jutaan peminat menerusi program Gugu Gaga Erra.
Menariknya, program tersebut merupakan antara program yang cukup mendapat perhatian ramai di saluran Ria (saluran 104, Astro) ketika ini.
Selepas muncul di kaca televisyen, Engku Aleesya muncul pula sebagai tetamu undangan di radio, apa lagi selepas ini?
Erra dalam Andartu Terlampau
Tidak sah sekiranya bertemu Erra jika tidak menyingkap perihal aktiviti seni terbarunya.
Jelas Erra, dia bakal muncul dalam filem Andartu Terlampau terbitan syarikat milik pelakon Haliza Misbun.
Selain Haliza, pelakon lain yang terlibat termasuklah Awie dan Abby Abadi.
Kalau sudah ratu filem, yang bermain di fikiran sudah tentu Erra bakal muncul sebagai salah seorang pelakon utama. Tambah menarik, mungkinkah filem ini bakal mengubati kerinduan peminat apabila bertemu semula dengan Awie di lokasi filem yang sama?.
Belum sempat memanjangkan pertanyaan, pantas jawapan yang diberikan Erra, dia hanya muncul seketika dalam filem tersebut dan memulakan pengambaran semalam.
"Dalam filem ini, watak saya sebagai Markonah, seorang andartu (anak dara tua) yang tidak bijak merencana penampilan diri," katanya.
Dalam sisi lain, jelas Erra, dia baru sahaja habis menjalani pengambaran drama bersiri Mertua vs Menantu dan sebuah telefilem yang bakal ditayangkan di Astro pada hari raya nanti.
"Walau sibuk berlakon dan menguruskan perihal rumah tangga, sempat juga saya ke lokasi filem," kata Erra lagi.
Sedar tidak sedar, siri realiti yang memaparkan bagaimana pelakon jelita itu meniti hari-hari bergelar ibu bakal melabuhkan tirainya esok (11 Ogos).
Biarpun mencatat rating yang cukup memberangsangkan, jika sudah namanya rancangan realiti sudah tentu tidak dapat lari daripada pelbagai tanggapan negatif.
Malah, baginya adegan 'drama' dalam sesebuah rancangan realiti itulah yang mencantikkan lagi jalan ceritanya.
Pelbagai babak 'pergaduhan' antara Erra dengan Pembantu Peribadi (PA), Nor Azira Zakaria, 22, yang mengurusnya sejak tiga bulan lalu dipaparkan dalam rancangan itu.
Mengulas perihal adegan pergaduhan, kata Erra, ia merupakan 'drama' yang dihasilkan bagi menambah perisa dan mensensasikan lagi rancangan tersebut.
"Di luar negara ia bagaikan sudah di anggap biasa, namun tidak kepada masyarakat kita yang lebih sensitif kepada perkara-perkara negatif.
"Memang akan ada pro dan kontranya, nak tak nak kenalah bersedia menerima. Setidak-tidaknya Gugu Gaga Erra ini dapat dijadikan panduan kepada rancangan realiti lain seumpamanya.
"Dari segi rating, Alhamdulillah berjaya dan saya rasa Astro sudah memperoleh apa yang mereka mahukan daripada penerbitan program itu," kata Erra yang mempunyai kontrak setahun lagi sebagai wajah eksklusif Astro.
Erra antara nama-nama besar yang disenaraikan sebagai wajah eksklusif Astro selain beberapa artis lain antaranya Aaaron Aziz, Farid Kamil dan Lisa Surihani.
Namun, penampilan Erra lebih menonjol berbanding pelakon lain menimbulkan spekulasi kurang enak pelbagai pihak bahawa kononnya Astro 'memerah' kudratnya atas tiket populariti pelakon dan penyanyi kesayangan ramai itu.
Menolak dakwaan itu, kata Erra: "Saya tidak rasa diri dipergunakan sebab saya mematuhi kontrak dan mereka (Astro) tidak melanggar perkara yang ada dalam kontrak.
"Orang boleh bercakap macam-macam. Tetapi bagi saya dalam hubungan kontrak perlu ada give and take (timbal balas), kalau tidak susahlah nak buat kerja," kata Erra sebelum mengakhiri perbualan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 10 Aug 2009, 12:58 pm | |
| Pencarian gadis Melayu urban
Wajah 12 finalis yang akan menyahut cabaran dalam program realiti musim baru, Gadis Melayu. GADIS Melayu sinonim dengan paras rupa menawan, serta peribadi yang sarat dengan nilai dan budaya Melayu serta bersopan santun hingga mampu meruntun hati siapa sahaja yang memandangnya.
Namun, ada persepsi yang mendakwa itu gadis Melayu dahulu. Sesuai dengan era baru, gadis-gadis Melayu kini sudah berubah atau dilabel sebagai gadis urban!
Biarpun begitu, sebilangan besar gadis urban masih berpegang teguh kepada nilai-nilai gadis Melayu biarpun pada masa yang sama aktif, lasak, moden, berdikari dan berkeyakinan tinggi.
Atas kesedaran itu, TV9 kini mencari ikon gadis Melayu yang urban dalam rancangan Gadis Melayu 2.
Musim baru Gadis Melayu 2 yang mula bersiaran sejak 6 Ogos lalu pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam dikendalikan oleh Sharifah Shawati Syed Mohd. dan Juliana Evans.
Hasil daripada penjelajahan ke enam lokasi bermula di Johor, Pulau Pinang, Shah Alam, Perak dan Kuala Lumpur, 12 orang peserta bertuah yang mempunyai latar belakang yang berlainan berjaya dijejaki.
Mereka berjaya mengetepikan hampir 1,000 gadis lain yang turut sama menghadiri uji bakat itu.
Mereka ialah, Norfarizan Mohamad, Shazfinaz Hashim, Hafiza Bustanul Ariffin, Hazlin Hussain, Sharifah Jasmine Soraya Syed A. Jalil Jamalullail, Nadiah Adrianna Mohd Akbal, Putri Noor Nawal Ramlan, Rahimah Ibrohim, Robeaha Ramza, Siti Sharinnie Rizal, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin dan Raja Nor Juliana.
Rancangan realiti selama sejam ini memaparkan pelbagai aksi dan cabaran yang berbeza pada setiap minggu.
Cabaran-cabaran ini terdiri daripada penampilan diri, kecantikan, kebijaksanaan, keperibadian, kebolehan berkomunikasi, asas sains rumah tangga dan seni serta budaya.
Kesemua ini penting untuk memastikan pemenang benar-benar layak menjadi ikon kepada Gadis Melayu serta menjadi inspirasi kepada mereka untuk mewarisi budaya dan tradisi orang Melayu.
Namun begitu, kelainan yang cuba ditonjolkan pada musim ini adalah elemen tradisional seorang gadis Melayu dan elemen moden bersesuaian dengan zaman sekarang.
Penerbit Rancangan Gadis Melayu 2, Shukri Ibrahim berkata, pencarian gadis Melayu pada kali ini bukan sekadar mengetahui budaya Melayu semata-mata, malah turut diuji dari segi kebijaksanaan, kreativiti, serta mempunyai pengetahuan am.
"Mereka juga akan diuji dengan pelbagai aksi lasak sesuai dengan ciri-ciri gadis Melayu zaman sekarang walaupun berpegang kuat pada adat ketimuran, mereka juga tegas, berkeyakinan dan serba boleh.
"Seiring dengan konsep baru TV9 yang lebih urban, pencarian Gadis Melayu pada kali ini mengutamakan aspek gadis Melayu yang kontemporari, mempunyai latar belakang pendidikan yang baik di samping tidak mengabaikan tata susila dan keayuan sebagai seorang gadis Melayu," ujarnya pada sidang baru-baru ini.
Antara cabaran yang akan dilalui ialah, para peserta akan disediakan wang saku dan diminta untuk menyediakan masakan kampung.
Bagaimanapun, sekiranya wang tersebut tidak mencukupi, mereka haruslah pandai mencari dan memetik sendiri ulam-ulaman yang hendak disediakan.
Secara tidak langsung, tugasan ini akan menguji para peserta sama ada mengenali ulaman kampung atau sebaliknya.
Pada masa yang sama, karakter merupakan perkara sebenar yang dicari dan kerana itu, para peserta haruslah memiliki karakter diri serta bakat dan personaliti tersendiri.
Dari segi pemarkahan untuk setiap tugasan yang diberikan, 50 peratus datangnya daripada undian penonton dan 50 peratus lagi akan dinilai oleh juri jemputan yang berbeza dalam setiap episod.
Tambah Shukri, antara perbezaan yang ditonjolkan pada musim ini, konsep imuniti diperkenalkan iaitu peserta yang berjaya memenangi cabaran pada episod itu akan dikecualikan daripada dibuang pada akhir rancangan.
Menurutnya, ia diwujudkan untuk menambah daya saing antara peserta dan menjadikan rancangan ini lebih menarik. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 10 Aug 2009, 1:03 pm | |
| Dunia Sari Kaisara SARI Yanti semakin matang melayari kehidupan.
MELIHAT kepada rupa dan fizikal si jelita bertubuh kecil ini, pasti ramai yang terkenangkan watak lakonannya sebagai Kaisara dalam drama bersiri berkisarkan remaja sekolah menengah dalam Kisah Kaisara.
Watak Kaisara yang diterajuinya sejak dua tahun lalu telah memberi impak yang bukan kecil kepadanya.
Benar, kerana watak yang 'keanakan-anakan' itulah nama pelakon comel yang gemar memperkenalkan diri sebagai Sari Yanti Mohamad Nazari itu mula dikenali ramai.
Melihat kepada fizikalnya pasti ramai yang tidak percaya bahawa usianya telah pun mencecah ke angka 25 tahun.
Sedar atau tidak, barangkali juga ramai yang tidak tahu bahawa si pemilik mata bundar yang mempunyai senyuman yang cukup menawan ini sebenarnya telah lapan bulan melayari hidup berumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Mohd. Eddy Casmady Che Hussin, 29.
Bertemu pada sidang media pelancaran musim terbaru Kisah Kaisara baru-baru ini, kebahagiaan jelas terpancar pada wajah anak jati kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu.
Usai berbicara tentang kehidupannya kini, akui Sari Yanti, hidupnya semakin lengkap apabila sentiasa ditemani suami.
"Saya sukakan kehidupan saya selepas berkahwin," ringkas kata-kata yang terluah dari mulut juara Cleo Cover Girl Search 2005 itu sebaik membuka bicara perihal kehidupannya kini.
Menyambung perbualan, bagaikan tiada rahsia segalanya termasuk kegembiraan, masalah dan juga kegiatan hariannya dikongsi bersama suaminya itu.
"Sekarang saya sedar sudah ada tanggungjawab. Sudah ada suami dan rumah sendiri. Apabila melangkah setapak ke hadapan dalam kehidupan, saya dapat rasakan diri saya semakin menginjak dewasa.
"Dan apabila sudah berumah tangga, suami adalah kawan dan kekasih bagi diri saya. Segalanya saya bercerita dan berkongsi dengannya, termasuklah apa yang saya suka dan tentang kerjaya saya.
"Sampai satu tahap saya rasa diri saya sudah tiada sebarang rahsia dengannya," kata Sari tenang.
Sebagai seorang pelakon yang telah bergelar isteri, dia mengakui ada kalanya perasaan bersalah terhadap suami menerpa apabila terpaksa pulang lewat ke rumah.
"Kalau dah pulang lewat ke rumah sudah tentu kita akan rasa menggelabah, pandu kereta pun laju sebab nak sampai awal.
"Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana mempunyai suami yang cukup memahami kerjaya saya.
"Dia tidak pernah bertanya jika saya lambat balik. Malah, sejak berkahwin sehingga kini dia langsung tidak meletakkan sebarang syarat.
"Menariknya, suami saya jenis yang suka menggalakkan saya buat sesuatu kerja yang saya suka sebab itulah kadang-kadang terasa diri dah jadi macam surirumah moden pula," kata Sari sambil ketawa kecil.
Rezeki semakin mencurah
Mendirikan rumah tangga dalam usia muda bukan kekangan buat Sari Yanti untuk terus melibatkan diri dalam seni.
Malah, tanpa diduga kata Sari Yanti, rezekinya kini lebih murah berbanding sebelum berkahwin.
Baru sahaja selesai penggambaran lapan episod untuk Kisah Kaisara bersama syarikat penerbitan, Ace Motion Pictures, kini dia giat menjalani beberapa pengambaran untuk tele-filem yang bakal disiarkan Syawal nanti.
Antaranya ialah drama Secebis Doa yang bakal disiarkan di RTM tidak lama lagi.
"Alhamdulillah, rezeki berlakon untuk saya setakat ini masih banyak walaupun sudah berkahwin.
"Banyak juga yang saya terima tetapi but masa ini semua drama episod saya tolak sebab terikat dengan tugas saya sebagai pengacara," kata Sari yang mengendalikan rancangan Gen X bersama Fizo.
Musim terbaru Kisah Kaisara
Biarpun Sari Yanti bakal menginjak ke usia 25 tahun, namun fizikalnya yang kecil dan kelihatan seperti remaja belasan tahun membuatkan watak Kaisara begitu tepat diberikan kepadanya.
Diam tak diam, Kisah Kaisara yang berjaya mencapai rating melebihi 3 juta penonton pada musim pertama kini sudah masuk musim ketiga. Drama ini telah mula disiarkan sejak 1 Julai lalu, setiap Rabu pukul 9.30 malam di TV9.
"Walaupun sudah mendirikan rumah tangga, tetapi saya tak kisah melakonkan watak Kaisara.
"Tambahan pula ini sudah masuk musim ketiga. Bagi saya tidak ada masalah 'menjadi' Kaisara. Sebaliknya rasa geli hati pula sebab dah masuk usia 25 tahun pun masih boleh berlakon watak usia 16 tahun," katanya.
Masih lagi membariskan pelakon utama seperti Wan Sharmila Wan Mohamed dan Elliza Abdul Razak, wajah-wajah baru yang ditampilkan untuk musim kali ini ialah Catriona Ross, Ayu Shuhada dan Shahril.
Pengarahnya, Muhammad Husni Othman ketika ditemui pada majlis yang sama memberitahu, terdapat beberapa perubahan yang dilakukan untuk kesinambungan kisah tersebut pada musim ini.
Jika dua musim lalu, Kaisara tinggal bersama ayahnya, Hasnor (Norman Hakim) tetapi untuk musim kali ini Kaisara tinggal bersama ibunya, Seri, watak lakonan Catriona Ross.
Pada musim ini, anda akan ketahui jawapan kepada tanda tanya mengapa ayah Kaisara teragak-agak untuk berkahwin semula. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 10 Aug 2009, 1:23 pm | |
| Kekuatan 'dua beranak'
KEJAYAAN bintang remaja, Liyana Jasmay diumumkan Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya sebagai Amy dalam filem Papadom nyata mengundang kejutan di acara kemuncak Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah, kelmarin.
Mungkin ramai yang tidak tahu kehebatan Liyana menjayakan watak itu kerana filem mengisahkan kasih sayang bapa dan anak arahan Afdlin Shauki itu belum ditayangkan di pawagam.
Bagaimanapun, mereka yang berkesempatan menyaksikan Papadom ketika tayangan perdana selepas majlis Perasmian FFM22 pada 6 Ogos lalu, ramai meramalkan filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd itu punya potensi untuk menang besar.
Ternyata tekaan mereka tepat apabila Afdlin yang memegang watak bapa Amy dalam filem itu, turut mencatat kejayaan besar sebagai Pelakon Lelaki Terbaik. Ini kemenangan ketiga Afdlin sebagai Pelakon Lelaki Terbaik selepas lakonan filem Buli Balik pada 2006 dan Soal Hati (2001).
Afdlin mengalahkan Que Haidar menerusi Maut, Rashidi Ishak (Setem), Awal Ashaari (Syurga Cinta) dan Mahesh J Kishor (Talentime). Tahun lalu Afdlin dicalonkan untuk kategori sama menerusi Sepi, tetapi anugerah itu dimenangi Rosyam Nor menerusi Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid.
Bukan sekadar kejayaan peribadi sebagai pelakon, malah Afdlin yang turut bertanggungjawab menulis skrip, menang besar apabila filem arahannya itu menang anugerah utama, Filem Terbaik serta dua anugerah lain, Cerita Asal Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.
Kata Afdlin, kekuatan cerita dan mesej yang ingin disampaikan menerusi Papadom dihasilkan daripada pengalaman sendiri. Afdlin mengakui kehidupan bapa yang kurang beri perhatian terhadap anak sering berlaku dan filem ini menjadi usaha merapatkan kembali hubungan antara mereka.
"Saya terfikir apa akan berlaku kepada bapa jika isteri tiada dan perlu membesarkan anak sendirian. Bagaimana bapa menjalankan tanggungjawab dan anaknya pula yang meningkat remaja berasa tidak selesa apabila pergerakannya sering dikongkong.
"Dalam hidup saya sendiri, sejak 10 tahun lalu saya berasakan banyak memfokuskan kepada kerjaya hingga kurang luangkan masa bersama anak.
"Menerusi Papadom, bukan soal siapa yang bersalah antara bapa dengan anak. Sebagai bapa, watak Saadom dalam filem ini berusaha menjaga anaknya. Apa yang dilaluinya dalam membesarkan anak adalah perkara yang sering dilalui kebanyakan bapa," katanya.
Dalam menghasilkan karya berkualiti, Afdlin menyatakan matlamatnya menghasilkan filem lebih kepada hasrat berkongsi cerita dengan mesej pengajaran yang positif berbanding mengaut keuntungan kutipan tiket. Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam pada 8 Oktober nanti.
"Pada saya, Talentime dan Setem beri saingan kuat untuk Filem Terbaik. Yasmin pula membuktikan Talentime karya terbaiknya.
"Saya sebak ketika menerima anugerah ini kerana dua perkara. Pertama, saya terkenang Yasmin. Walaupun kami tidak rapat, kami sering berhubung dengan bercerita mengenai filem. Bagi saya, kehilangan Yasmin suatu yang besar pada perfileman negara kita.
"Kedua, saya tidak terfikir untuk menang anugerah. Ketika menghasilkan filem ini, saya mengharapkan ia ditonton ramai dan penonton yang bergelar bapa menyedari betapa penting tanggungjawab untuk beri fokus kepada anak dan keluarga.
"Saya percaya atas kemenangan ini, ia membuatkan penonton tertanya-tanya mengenai kekuatan filem ini hingga mereka hadir sendiri menonton di pawagam kelak," katanya.
Untuk Filem Terbaik, Afdlin menerima hadiah trofi, wang tunai RM50,000 dan kemudahan perfileman yang disediakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bernilai RM100,000.
Untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan Sinematografi Terbaik juga memberi hadiah wang kepada Afdlin sebanyak RM15,000 setiap satu manakala RM5,000 untuk Skor Muzik Asal Terbaik.
Afdlin akui Papadom adalah filem terbaik yang pernah dihasilkannya dari aspek plot penceritaan. Selepas Buli, dia berasakan Papadom mempunyai nilai peribadi dengan kehidupannya.
Namun, Papadom bukan merujuk kepada kepuasan kerana membawa tiga tanggungjawab serentak sebagaimana pernah dilakukan Allahyarham Tan Sri P Ramlee sebelum ini dengan melakukan perkara sama apabila turut berlakon dan mengarah dalam filem sendiri.
Kata Afdlin, cara kerja dia dengan P Ramlee tetap berbeza dan dia berusaha untuk berkarya mengikut kemampuan sendiri.
"Menjadi pengarah dan pelakon serentak adalah suatu yang sukar. Selalunya, salah satu tanggungjawab perlu dikorbankan dan sukar untuk diseimbangkan.
"Namun, saya bersyukur kerana pernah melalui pengalaman sebegitu dan sering mahu melakukan yang terbaik untuk setiap filem yang dihasilkan," katanya.
Bagi Liyana, kehadirannya mula menjadi perhatian apabila dicalonkan untuk Pelakon Harapan menerusi lakonan pertamanya menerusi Castello. Untuk kali dia bersyukur dan rasa bertuah kerana lakonannya menerusi Papadom diiktiraf untuk menang anugerah.
Dia percaya filem barunya ini mempunyai tarikan walaupun plot penceritaan ringkas. Katanya, kejayaan ini adalah berkat kerjasama semua pihak yang menjayakan Papadom.
"Bekerjasama dengan Afdlin, membuatkan suasana menjadi satu keluarga dan kami seronok untuk berlakon sama. Afdlin mempunyai semangat kerja yang tinggi dan dia berjaya menyampaikan cerita yang ringkas, tetapi menarik untuk ditonton.
"Walaupun begitu, saya juga takut anugerah ini memberi tekanan kepada lakonan saya selepas ini. Tapi saya menganggap ia sebagai proses untuk belajar dan membaiki kesilapan lalu," katanya.
Kata Liyana, dia menganggap Nabila Huda yang dicalonkan menerusi Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam memberi saingan sengit. Turut dicalonkan untuk kategori yang menjadi impian setiap mereka yang bergelar pelakon ialah
Nadia Mustafar (Jangan Tegur), Sharifah Amani (Sayang U Can Dance) dan Heliza Helmi (Syurga Cinta).
Kategori ini didominasi muka baru dan Amani pernah menang menerusi filem Gubra di FFM19. Tahun lalu Maya Karin berjaya menerusi filem Anak Halal menewaskan Erra Fazira (Anak) dan Nasha Aziz (Otai).
>Profil
Nama: Liyana Jasmay
Asal: Kuantan, Pahang
Umur: 21 tahun
Kerjaya: Pelakon dan pelajar
Pencapaian: Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia
Ke-19
Filem: Castello, Syaitan, Maut, Histeria, Kami The Movie, Papadom &
Duhai Si Pari Pari
>Profil
Nama: Afdlin Shauki
Asal : Johor Bahru
Kerjaya: Pelakon, pengarah, penyanyi, penulis lirik lagu, pengacara, pelawak
Pendidikan: Ijazah jurusan arkitek dari universiti di Amerika Syarikat
Filem arahan: Buli, Buli Balik, Baik Punya Cilok, Sumolah, Los dan Faun, Papadom
Filem: Soal Hati, Soalnya Siapa, Mimpi Moon, Biar Betul, Gila-gila Pengantin Popular, Diva Popular, Gerak Khas 2, Pontianak Harum Sundal Malam, Cuci.
Pencapaian: Pelakon Lelaki Terbaik dan Cerita Asal Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke -19, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Pengarah Harapan dan Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-15. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 10 Aug 2009, 1:25 pm | |
| Hollywood: Teman ubah cita rasa Jennifer
NAMANYA terkenal di persada perfileman Hollywood, tetapi mungkin ramai tidak tahu aktres jelita, Jennifer Aniston, 39, cukup suka mengajak teman rapat berkunjung ke rumahnya untuk makan bersama. Apa yang menarik, hidangan utama yang menjadi kegemaran teman-temannya ialah ikan salmon, tetapi Jennifer tidak suka masakan daripada ikan terutama salmon. Bagaimanapun, sejak rumahnya menjadi seperti restoran terkenal gara-gara kreativiti dua tukang masak peribadinya yang bijak menyediakan menu itu, bukan saja rumahnya menjadi tumpuan teman malah cita rasanya terhadap ikan juga berubah. Apa yang menggembirakan Jennifer, teman-temannya kini boleh melupakan beberapa restoran lebih menarik seperti Ivy, Beso atau tempat yang kerap menjadi tempat selebriti meluangkan masa di Hollywood. “Rakan-rakan saya suka datang ke rumah kerana mereka pasti akan dijamu dengan makanan lazat. Saya juga memang lebih suka makan di rumah dan jarang makan berseorangan. “Apa yang menggembirakan, rakan-rakan sentiasa keluar masuk rumah saya sepanjang masa,” katanya. Perkara itu turut diakui Jewels Elmore, chef peribadi Jennifer yang mengendalikan dapur kediamannya bersama kakaknya. Begitu juga pereka fesyen, Jennifer Meyer, rakan karib yang kerap datang ke rumahnya untuk makan malam bersama. Jennifer berkata, temannya yang popular menerusi watak Rachel Green dalam sitkom Friends itu adalah wanita yang suka duduk di rumah. Katanya, ia sesuatu pengalaman menyeronokkan apabila dapat mewujudkan tempat semua orang berasa selesa seperti satu keluarga besar. “Dia mewujudkan tempat dengan suasana sesuai menjadi tempat santai dan bersembang-sembang. Ia restoran terbaik di bandar ini,” katanya. Aktres kelahiran Sherman Oaks, California dan dibesarkan di New York mengakui, tidak sukakan menu ikan, tetapi satu hari Jewels menghidangkan ikan salmon yang lazat. “Saya cuba masakan diberinya dan sekarang, ikan salmon dimasak Jewel lebih kerap dihidangkan bersama satu lagi makanan yang saya tidak suka, kobis Brussels,” kata Jennifer. Mengenai filem terbarunya, Jennifer terpaksa masuk penjara bagi melakonkan peranan dipegangnya dalam Goree Girls. Dalam filem berdasarkan kisah benar berlatarkan 1940-an itu, Jennifer bukan saja memegang watak utama malah menjadi produser. Filem arahan Michael Sucsy itu dijadual menjalani penggambaran Januari tahun depan. Ia bertemakan kehidupan pemuzik dan wanita dalam penjara, kisah berdasarkan muzikal pada zaman itu memaparkan perubahan yang dilalui lapan wanita dalam era kehidupan ‘country & western’ melalui pahit maung meringkuk dalam penjara di Texas Goree. Kisahnya dicetuskan penulis Skip Hollandsworth dalam artikel Texas Monthly 2003, O Sister Where Art Thou mengenai bantuan wanita menubuhkan Goree Girls, kumpulan muzik yang berjaya menambat hati berjuta-juta peminat. Keadaan itu menyebabkan mereka menerima pengampunan dan akhirnya dibebaskan. Mengenai hubungan terbarunya, Jennifer yang pernah berkahwin selama tujuh tahun dengan aktor Brad Pitt, sering dikaitkan dengan beberapa pelakon lelaki dan kini dikatakan menjalin hubungan dengan aktor Britain, Gerard Butler. Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran gosip itu, tetapi Butler secara terbuka mendedahkan, dia akan menjadi orang pertama mengakuinya jika dia menjalin hubungan cinta dengan Jennifer. “Jika ia berlaku, saya akan katakan perkara itu,” kata Butler, aktor pelakon kelahiran Scotland, berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dan pernah menjadi penyanyi kumpulan rock. Butler, 39, mula dikaitkan dengan Jennifer sejak mereka membintangi filem The Bounty In Manhattan. Sekalipun mereka kelihatan begitu selesa bersama, Butler berkata, apa yang berlaku antara mereka tidak seperti diperkatakan. “Ia boleh saya sifatkan, anda masih bujang, tidak berkahwin di Hollywood dan bekerjasama dengan orang seperti Jennifer. “Ia bukan kerana tiada apa pernah berlaku kepada Jennifer. Saya sifatkan Jennifer sebagai wanita yang memiliki kelas dan saya tidak malu berada di sisinya. Tapi sebaliknya, Jennifer yang berasa malu disebabkan saya,” katanya. Spekulasi itu terus hangat apabila Butler mendakwa tidak sabar menanti hari berada di set penggambaran The Bounty In Manhattan, malah mereka dilihat bercium ketika bersama. “Saya belum memulakannya lagi, tetapi berasa gembira. Saya bernasib baik, saya tahu,” kata Butler. Ternyata sejak berpisah dengan Pitt, anak pasangan pelakon John Aniston dan Nancy Dow ini masih mencari cinta sejati. Jennifer menyifatkan perpisahannya dengan Pitt tidak pernah dikesali kerana hubungan mereka begitu intim dan indah, tetapi rumit. Jennifer pernah dikaitkan dengan Vince Vaughn ketika berlakon bersama dalam filem The Break Up. Hubungan mereka dilaporkan tidak menentu pada September 2006 sebelum sah berpisah pada Disember tahun sama. Kemudian Jennifer keluar bersama model, Paul Sculfor selama beberapa bulan pada 2007 dan April 2008, menjalin hubungan dengan penyanyi blues rock, John Mayer. Mereka berpisah pada Ogos, tetapi intim semula dua bulan kemudian sebelum sekali lagi membawa haluan masing-masing pada Mac tahun ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 10 Aug 2009, 1:29 pm | |
| 'Ini filem mengenai keluarga saya'
Karya terbitan tayangan Unggul Sdn Bhd bakal temui peminat pada 8 Oktober KEMENANGAN Papadom yang diangkat sebagai Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) malam kelmarin, mempunyai signifikan kepada pengarahnya, Afdlin Shauki kerana garapan terbarunya yang bakal menemui peminat pada 8 Oktober depan begitu dekat di hatinya. Afdlin berkata, Papadom diilhamkan daripada perjalanan kisah keluarganya sendiri lantaran kesibukannya membina kerjaya membuatkan masa untuk bersama famili dan anak-anak terbatas. Cerita pengarah berusia 38 tahun ini, ketika membawa keluarganya bercuti, terdetik sebuah persoalan yang memberi impak besar kepada dirinya. Bagaimana hidupnya jika ketiadaan isteri suatu hari nanti? "Saya terfikir apa akan saya lakukan ketika itu? Persoalan itu yang memberi ilham untuk melahirkan Papadom yang juga menjadi jawapan jujur saya kepada perkara itu. "Mungkin ketika ini kebanyakan bapa tidak berdepan masalah itu kerana masih mempunyai isteri, tetapi bagaimana jika isteri mereka tiada nanti? Bagaimanapun, saya tidak menggarap kekuatan Papadom kepada elemen kekeluargaan semata-mata. PENERBIT Eksekutif Tayangan Unggul, Gayatri Su-Pillai (kanan) menerima trofi Filem Terbaik FFM22. "Sebaliknya Papadom juga dilihat dari perspektif remaja sekarang yang memberontak inginkan kebebasan namun dalam perkara ini tiada siapa yang salah kerana setiap insan mempunyai keinginan serta alasan sendiri mengapa memilih untuk membuat sesuatu keputusan," katanya. Papadom terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd, selain memperlihatkan keunggulan Afdlin sebagai Pelakon Lelaki Terbaik buat kali ketiga selepas memenanginya pada FFM15 dan FFM19 turut mengiktirafnya dalam kategori Cerita Asal Terbaik. Papadom juga merangkul dua trofi lain menerusi kemenangan Liyana Jasmay (Pelakon Wanita Terbaik) dan Syed Ahmad Faizal atau Pacai (Skor Muzik Terbaik). Afdlin juga cemerlang apabila sebuah lagi sentuhannya, Los dan Faun diangkat panel juri sebagai Filem Komedi Terbaik. DATUK AZIZ SATTAR menerima trofi Artis Veteran Lelaki bagi pihak seniman, S Shamsuddin yang tidak dapat hadir. Dilihat sebagai antara anak seni yang begitu sinonim dengan kejayaan dan pengiktirafan, Afdlin berkata, dia berkarya bukan untuk mengejar anugerah serta pujian. Sebaliknya kata Afdlin, dia ingin mengumpul lebih ramai penggemar filem Melayu keluar menonton karya garapannya membuatkan dia tidak pernah berhenti berusaha menghasilkan produk terbaik. :"Saya membikin filem bukan kerana mengejar keuntungan, sebaliknya ingin bercerita serta membuka mata orang dengan dunia kita. Alhamdulillah, Papadom menerima pengiktirafan awal membuatkan saya berharap ramai yang akan keluar menonton apabila ditayangkan kelak. "Kemenangan ini memberikan saya harapan, malah saya ingin melihat lebih ramai penonton ke pawagam untuk mendapatkan jawapan mengapa filem ini layak diangkat sebagai Filem Terbaik, FFM22," katanya. Nama yang begitu sinonim dengan genre komedi itu berkata, Papadom juga tidak dapat lari daripada elemen itu. Bagaimanapun, ada sesuatu lebih penting yang cuba dipaparkannya menerusi filem yang turut membariskan pelakon seperti Farid Kamil, Que Haidar, Scha Al Yahya, Noorkhiriah dan Chelsia Ng. "Papadom amat penting untuk ditonton kerana ia mengingatkan diri kita banyak kekurangan. Ia mempunyai banyak lapisan yang menjadi rencah kepada kehidupan kita secara peribadi," katanya. Disaing hebat dua filem lain iaitu Talentime dan Setem, Afdlin berkata, dia berbangga dapat bersama dua pengarah yang diakui kredibiliti dalam industri perfileman menyebabkan dirinya langsung tidak memikirkan soal kalah atau menang. Bagi Afdlin, sebagai pencinta filem dia ingin sekali melihat filem tempatan berjaya serta lebih maju dan diakui khalayak. Afdlin bagaimanapun, menyimpan sedikit perasaan terkilan apabila Kabir Bhatia tidak layak dicalonkan untuk kategori seperti Pengarah Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Lakon Layar Terbaik. "Kredibiliti Kabir dan arwah Yasmin Ahmad sudah diakui dan apabila bersama dua nama ini, kalah atau menang tidak lagi menjadi persoalan besar kepada saya," katanya. Ditanya mengenai dirinya yang sebak ketika naik menerima anugerah itu, Afdlin berkata, ada dua perkara utama yang membuat dia tidak dapat menahan perasaan sebaik trofi Filem Terbaik berada di genggamannya. "Saya sebak mengenangkan arwah Yasmin yang sudah tiada. Jujurnya kami tidak terlalu rapat tetapi kami selalu berhubung dan berbincang bagaimana mahu membikin filem yang bagus dan bermutu. "Setiap kali dia selesai mengarah sesebuah filem, arwah pasti akan mengajak untuk menonton dan secara peribadi, kehilangannya amat dirasai apatah lagi dia juga seorang yang lantang bersuara mempertahankan pendiriannya. "Saya menghadiri festival ini bukan untuk mengambil anugerah, sebaliknya meraikan penggiat seni tetapi apabila Papadom memenangi Filem Terbaik, saya menjadi begitu terharu. "Papadom begitu dekat dengan diri saya, ia adalah filem mengenai diri saya," katanya. FFM22 turut menyaksikan kecemerlangan Talentime yang memberikan karya terakhir Yasmin trofi Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Terbaik (Mohd Shafie Naswip) dan Anugerah Khas Juri - Membawa filem ke dimensi baru yang segar dan berkekalan. Berlangsung penuh meriah di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), FFM22 turut memberi penghormatan buat arwah Yasmin yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 25 Julai lalu menerusi segmen khas yang dijayakan penyanyi kelahiran Sabah, Stacy dan Ray membawakan lagu Angel dan Pergi. Bangga tetapi ada rasa kecewa di hati juri BIARPUN meraih jumlah penyertaan yang selesa, meningkat dengan hasil kerja karyawan yang pada umumnya membanggakan namun panel juri FFM22 meluahkan perasaan kecewa kerana masih terdapat filem yang bercanggah dengan nilai bertentangan agama, kepercayaan, tatasusila serta adat negara. FFM22 yang mengangkat tema Filem Malaysia Ke Persada Dunia, namun tidak kesemua filem yang dihasilkan mampu menjulang nama serta produksi tempatan ke pentas antarabangsa. Ketua Juri FFM22, Tan Sri Kamarul Ariffin berkata, pada umumnya kesemua 26 filem cereka yang dipertandingkan memperlihatkan keupayaan karyawan untuk mempertingkatkan tahap lakonan dan teknikal. Bagaimanapun, keupayaan itu tidak diimbangi dari segi cerita dan idea asal membuatkan sesetengah karya hambar dan lambat laun akan ditolak penonton. "Sekiranya filem Malaysia mahu berhijrah ke persada dunia untuk diterima masyarakat fiem dan penonton antarabangsa, persembahan dalam semua aspek perfileman harus mengatasi piawaian seni yang berkualiti tinggi. "Kesemua aspek seni itu harus dinilai dari sudut kecemerlangan serta berjaya menyentuh naluri penonton. Filem berhemah tinggi bukan sekadar menghiburkan penonton, sebaliknya meninggalkan kesan mendalam di sanubari khalayak," katanya. Kamarul berkata, panel juri FFM22 berdepan dengan beberapa filem yang tidak meninggalkan teladan yang baik, selain mempersendakan institusi kenegaraan serta mencampur adukkan agama dan kepercayaan yang mengelirukan. Bahkan katanya, terdapat juga karya yang menonjolkan cara hidup keterlaluan seolah mengetengahkan budaya baru. Katanya, sekalipun pengkarya mempunyai hak untuk bersuara namun merujuk kepada aspek perfileman, kebebasan itu tertakluk di bawah Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 serta Undang-Undang Penapisan Filem. "Sehubungan itu, kami menyaran supaya Finas sebelum mengeluarkan Lesen Untuk Mengambil Bahagian Dalam Pengeluaran Filem bersama pakar dalam golongan berkaitan meneliti skrip terlebih dulu . "Ia bertujuan membantu penerbit menghasilkan lakon layar yang bukan saja memenuhi cita rasa penonton tempatan, sebaliknya juga khalayak aneka bangsa. "Penelitian panel skrip bersama pakar yang dilantik Finas secara tidak langsung menjimatkan perbelanjaan menerbitkan sesebuah filem yang membabitkan babak tidak sesuai atau diharamkan sama sekali," katanya. Selain Kamarul, panel juri yang dilantik ialah Senator Tan Sri Jins Shamsudin, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Profesor Dr Naim Ahmad dan Penolong Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 10 Aug 2009, 1:30 pm | |
| INFO: Senarai Pemenang Anugerah FFM22 •Filem Terbaik: Papadom. •Pengarah Terbaik: Yasmin Ahmad - Talentime. •Pelakon Lelaki Terbaik: Afdlin Shauki - Papadom. •Pelakon Wanita Terbaik: Liyana Jasmay - Papadom. •Lakon Layar Terbaik: Yasmin Ahmad - Talentime. •Cerita Asal Terbaik: Afdlin Shauki - Papadom. •Sinematografi Terbaik: Mohd Nor Kasim - Setem. •Penyunting Terbaik: Faizul Mohd Noh - Setem. •Skor Muzik Asal Terbaik: Syed Ahmad Faizal - Papadom. •Filem Komedi Terbaik: Los dan Faun - Vision Works. •Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Mohd Shafie Naswip - Talentime. •Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Salina Saibi - Bohsia. •Penataan Seni Terbaik: Nazrul Asraff Mahzan - Setem. •Penataan Bunyi Terbaik: Mohd Mohsin Othman - Cicakman 2. •Pengarah Harapan - James Lee - Histeria. •Pereka Kostum/Busana: Shen Imagineering - Cicakman 2. •Anugerah Khas Juri: Talentime - Membawa filem ke dimensi baru yang segar dan berkekalan. Kami The Movie - Karya yang mencapai imaginasi golongan muda dengan berkesan. Histeria - Olahan keseluruhan yang kemas, bersama suntingan yang baik dan mempunyai elemen seram, suspen dan bersahaja. •Geng: Pengembaraan Bermula: Animasi panjang yang mempunyai watak dan jenama sendiri •Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Omar Man •Artis Veteran Lelaki: S Shamsudin •Artis Veteran Wanita: Mariani Ismail |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 8 of 12 | Go to page : 1, 2, 3 ... 7, 8, 9, 10, 11, 12 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |