|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 5:03 pm | |
| Scha Al Yahya Terlantar Kesakitan Tiada angin tiada apa, pelakon sensasi masa kini, Scha al Yahya telah terlantar dengan pelbagai penampal sakit di bahagian mukanya. Dah lah begitu, lebam-lebam juga dibuatnya. Kes bergaduh ke ni dengan Fahrin atau dengan artis lainya. Mengikut sumber rasmi pula, kes ini berlaku apabila Scha telah digunakan untuk melakonkan drama bertajuk Awan Dania 2, jadi memang lah babak ini seharusnya memerlukan konsentrasi yang terbaik daripada Scha. Jadi Scha amik lah gambar dirinya ini untuk dijadikan kenang-kenangan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 5:05 pm | |
| Enot Ikut Sehati Berdansa, Menari
Terdengarlah beberapa pasangan artis popular tanah air giat menjalani latihan untuk program 'itu' yang akan ke udara tidak lama lagi (mungkin selepas Hari Raya). Antara artis dan pasangan masing-masing yang dikhabarkan terbabit kali ini adalah Didie Alias, Enot (Alliza Enot Abdullah), Nabila Huda, Ifa Raziah dan Isma AF7.
Melihat senarai kali ini, boleh tahan juga persaingan. Pasti meriah pentas Sehati Berdansa kerana artis disenaraikan rata-ratanya cukup ‘sporting’, lucu dan kecoh kalau sudah berkumpul. Tak sabar-sabar pulanak melihat aksi mereka memenuhi kehendak tema setiap minggu apabilaacara ini ditayangkan kelak.
Tak tahulah pula kalau sumber ini tidak tepat, tapi rasa-rasanya betul sebab ketika menghadiri sebuah majlis, ada seorang teman yang bekerja di Astro terlepas cakap mengenai penyertaan musim baru Sehati Berdansa.
Siapa agaknya yang akan mengikut jejak langkah Vanidah Imran dan Lisdawati? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 5:09 pm | |
| Irma Hasmie dah Punya Anak Hari Raya Lebaran tahun ini pasti lebih istimewa buat pelakon dan juga kekasih Nabil Raja Lawak, Irma Hasmie jika Hanie (masih baby lagi nie) masih ada di sisinya pada tahun ini. Tetapi apakan daya si Irma Hasmie. Dua bulan selepas bergelar ibu, terpaksa Hanie dipulangkan anak angkatnya itu kepada keluarga kandungnya. Sejak itu, tidak lagi mendapat khabar dari mereka. Bila cuba dihubungi, mereka sudah menukar nombor telefon. Pengalaman menjaga Hanie tidak akan dilupa buat selamanya. Mendapatnya ketika dia baru berusia kurang dari satu minggu, Irma, walaupun tiada sebarang pengalaman, bersedia mengalas tanggungjawab sebagai ibu. Masa tu tak tidur malam lah sebab nak melayan dia. Setiap jam dia akan terjaga, nak susu. Bila siang, dia baik. Malam je dia seperti nak 'attention' dari kita. Tapi best pengalaman itu, Mulanya takut juga jika tiada masa nak jaga dia. Sebab tu saya tak ambil tawaran lakonan, cuma buat 'hosting' saja untuk TV9. Itupun saya bawa dia bersama ke Sri Pentas." Ceritanya Dedah Irma, selepas itu pernah dia ditawarkan untuk mengambil anak angkat yang lain tetapi ditolaknya. "Saya cuma nak baby itu, Lepas ni, nak jaga anak sendiri pula." Kata Irma sambil tersenyum |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 5:14 pm | |
| Sehati Berdansa 3, Salih Yaacob Masuk Selepas raya nanti akan kembalilah program tarian paling popular, Sehati Berdansa 3. Sebelum ini beberapa nama telah disebut-sebut akan menyertainya dan yang terbaru dapat didengar ia akan turut disertai oleh seorang deejay merangkap pelawak terkenal. Dimaklumkan bahawa orang yang dikatakan itu adalah penyampai popular Sinar FM, Salih Yaacob. Hai, betul ke Abang Salih? Ini sudah menarik..
Kenapa dicakap menarik, kalau jadi masuk Sehati Berdansa 3 tu, isteri yang mana akan menari dengannya? Almaklumlah Salih kan ada 3 isteri yang baik budi. Cuba bayangkan, kalau isteri No 2 yang masuk, tentu isteri paling tua dan yang paling bongsu boleh datang bawa sepanduk sokongan!
Apapun gosipnya, kita tunggu nanti siapa pasangan yang sah bertanding pada musim ini. Ada pula gosip cakap dalam akhbar, hosnya Fahrin dapat pasangan baru. Tapi entahlah, Murai Batu masih suka sangat Linda Onn kerana dialah yang sebenarnya menceria dan mensensasikan Sehati Berdansa untuk 2 musim lalu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 7:01 pm | |
| Yuna terpaksa rahsiakan nombor telefon kerana kontroversi? Yuna tidak pernah terfikir menceburkan diri dalam bidang hiburan. DUNIA artis tidak pernah diidamkan oleh penyanyi indie, Yuna memandangkan dia mencuba nasib dalam industri seni ini sekadar untuk menghiburkan peminat muzik tempatan. “Saya hanya buat (menghasilkan) muzik untuk orang gembira..,” begitulah luahan Yuna yang tidak menyangka dirinya kini berada sebaris dengan artis-artis ‘mainstream’ yang lain. Mengenali pemilik nama Yunalis Zarai ini, orangnya tidak sombong, peramah dan meminati dunia muzik, fesyen juga pandai melukis. Biarpun dirinya sudah dikenali dan menjadi perhatian ramai, Yuna masih tidak mahu orang melabelkan dirinya sebagai ‘artis’. Kata anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini dalam nada rendah diri, “Saya tak suka dinamakan artis tetapi saya lebih suka digelar pemuzik. “Kalau jadi artis..kita akan jadi terkenal.. tidak seronok pula. Banyak lagi yang saya kena capai untuk menjadi terkenal. “Misalnya Datuk Siti Nurhaliza, dia memang layak untuk menjadi artis. Saya rasa diri ini ‘kecil’ dan masih tiada apa-apa lagi..,” luahnya yang turut bercita-cita untuk mengadakan konsert atau showcase seperti Datuk Siti. Yuna ialah pelajar jurusan undang-undang. Dirinya mula bertapak dalam industri ini sejak tiga tahun lalu dan pernah mencuba bakat dalam program realiti ‘One In A Million’ musim pertama namun terkandas setakat ‘top 40’ sahaja. “Dulu, saya hanya ‘prepare’ untuk kehidupan yang normal dan melanjutkan pengajian dalam bidang Undang-Undang. “Tetapi apabila peluang dalam bidang nyanyian ini muncul, terus saya kena tukar perancangan ‘180 darjah’ dengan cepat-cepat. “Masa mula-mula dikenali, saya rasa terkejut juga. Orang mungkin sangka saya untuk tukar perangai, cara bercakap dan pakai tudung. “Tapi, saya tak percaya perkara seperti itu dan apa yang saya lakukan hanya menjadi diri-sendiri. “Dari kecil, saya tak pandai nak bodek orang, lebih suka bersikap jujur, tidak pura-pura, peramah tetapi orang mengambil itu (perangai) dengan mengatakan saya sombong. Sebenarnya saya bukan macam tu,” jelas Yuna. Sebelum dikenali, Yuna banyak membuat persembahan di gig dan dikenali melalui lagu-lagu Inggeris. “Ramai peminat muzik indie mengenali saya tetapi untuk ‘mainstream’ ini rasanya lepas saya mula mendapat pendedahan media dalam tahun ini,” katanya yang suka berbuka puasa dengan sushi dan nasi padang. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 7:02 pm | |
| Anak tunggal yang berdikari Menyelami kehidupan Yuna, dia bukanlah anak remaja yang suka bersosial di kelab-kelab. Jika bertemu rakan-rakan, Yuna selesa ‘lepak’ di warung-warung atau di pusat membeli-belah sekadar untuk berbual, menonton wayang atau berkaraoke. Anak tunggal yang masih tinggal bersama kedua ibu bapanya ini juga agak berlainan dengan sesetengah anak tunggal lain yang mungkin manja dengan keluarganya. Bagi Yuna, setiap perkara yang diingini tidak akan hadir sekelip matatetapi perlu diperolehi dengan usaha dan hasil titik peluh sendiri. “Apa yang saya nak mesti dengan usaha sendiri dan tengok pada ‘determination’ yang macam mana. “Ayah saya takkan bagi macam tu sahaja..dia akan tengok ‘ok’ tak pelajaran atau usaha saya dan selepas itu baru dia akan bantu seperti memberi ‘loan’. “Nak buat rakaman lagu pun dia akan tengok sama ada ‘ok’ atau tak lagu-lagu saya. Lepas tu, saya akan ganti balik duit yang dipinjamkan. “Kehidupan saya sama saja seperti remaja lain yang kena kerja kuat,” ulasnya. Walaupun tiada adik-beradik lain, Yuna tetap bersyukur dan berkongsikehidupan yang ada ini dengan keluarga dan saudara-mara terdekat. “Saya biasa sahaja..tak rasa kekurangan tiada adik-beradik kerana saya masih ada sepupu yang membesar bersama-sama saya. Sampai sekarang saya menganggap sepupu saya, Wawa yang tinggal bersama saya seperti kakak saya. “Saya lebih suka duduk di rumah menonton DVD dan kalau sebelum ini suka lepak sambil sembang dengan kawan-kawan seperti gitaris dan drummer sehingga pukul 1 hingga 2 pagi tapi sekarang dah susah sebab takut orang kata apa pula. “Masa dengan kawan-kawan dah kurang dan kalau ada mesyuarat pun kita akan buat di pejabat..,” ceritanya yang meminati band Indie dari Indonesia, Mocca. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 7:02 pm | |
| Yuna mempunyai dua syarikat iaitu Yuna Room Records dan IAMJETFUEL Enterprise |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 7:07 pm | |
| Krisdayanti: Saya dan Rahul hanya teman biasa! MEREKA sering digelar pasangan romantis. Biar apa saja kontroversi yang melanda, hubungan diva popular Indonesia, Krisdayanti dan suaminya Anang Hermansyah dilihat terus utuh. Bersama dua anak mereka, Titania Aurelie, 11, dan Azriel Akbar, 9, Anang dan Kris terus dianggap sebagai sebuah keluarga yang cukup lengkap tatkala nama Kris masih gah di persada hiburan. Namun, perkahwinan yang dibina sejak 22 Ogos 1996 itu hancur berkecai apabila si suami dikatakan tidak tahan dengan cerita kecurangan isteri tercinta menerusi anaknya sendiri. Dan kelmarin, Anang akhirnya mengaku dia sudah menceraikan Kris pada 19 Ogos lalu, tiga hari sebelum umat Islam menyambut Ramadan. Tinggal kenangan...Kris dan Anang ketika masih sebagai suami isteri Pendedahan Anang di hadapan media Indonesia di pejabat KD Production, Jakarta Selatan itu nyata merupakan satu berita yang cukup menggemparkan. Menurut Anang, proses perceraian mereka akan diselesaikan selepas tamatnya bulan Ramadan nanti. Meskipun Anang tidak membicara lanjut tentang perceraian tersebut, namun menerusi kata-kata Anang, ia jelas menunjukkan kehadiran orang ketiga yang menyebabkan keruntuhan rumahtangga pasangan ini. Malah, menerusi laporan media Indonesia sebelum ini, Kris yang pernah dikaitkan dengan beberapa nama dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan dari Timor Leste. Kris juga dikatakan sedang berada di Timor Leste, saat Anang mengeluarkan kenyataan tentang perceraian ini. Lebih mengecewakan Anang, kecurangan si isteri itu berlaku di depan mata anak-anaknya yang kemudiannya mengadu kepada Anang. Antara yang didedahkan Anang, mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak hampir sebulan lalu. Malah, katanya, hasrat untuk bercerai juga akhirnya datang daripada Kris sendiri. Dan menerusi laporan laman web, detikHot.com, Kris hari ini tampil berdepan dengan pihak media menjelaskan tentang perceraiannya dengan Anang yang hampir 13 tahun menjadi suaminya itu. Kata Kris, dia ingin proses cerai itu diselesaikan dengan cepat dan akan mendaftarkan cerai di Pengadilan Agama. "Saya akan melayangkan permohonan cerai seminggu selepas Aidilfitri nanti," kata Kris di kediamannya di Radio Dalam, Jakarta Selatan, semalam setelah pulang dari Timor Leste. Ujarnya, dia akan membuat permohonan itu setelah sambutan lebaran kelak kerana ingin menghormati hari kemenangan umat Islam itu. Tambah Kris, dia mengambil keputusan untuk berbicara tentang perceraian ini pada bulan Ramadan setelah Anang tampil mengeluarkan kenyataan kelmarin. Kata adik kepada penyanyi Yuni Shara ini, dia seboleh mungkin tidak mahu memanjangkan cerita kerana tidak mahu timbul sebarang fitnah serta salah sangka tentang kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan mereka. "Saya hanya akan membacakan catatan hati saya ini seminggu setelah hari lebaran nanti. Pokoknya, saya ingin semuanya cepat dan tidak ada ribut-ribut," katanya. Hak penjagaan dua anak-anak mereka akan dipegang oleh Anang, manakala sejumlah harta bersama pasangan ini akan diberikan kepada anak-anak mereka. Dalam pada itu, ditanya tentang kewujudan orang ketiga yang disebut-sebut menjadi punca perceraian mereka iaitu jutawan dari Timor Leste bernama Rahul Lemos, Kris menolak tegas tentang perkara itu. "Hati-hati bila berbicara tentang nama kerana ada pihak yang akan disakiti. Saya dan beliau hanya teman biasa saja," katanya yang ditemani Yuni Shara pada temubual itu. Menurut KD, dia mengakui Rahul menjadi penaja utama yang mengundangnya mengadakan persembahan di sana. "Betul, memang Rahul yang menaja dan membawa saya ke Timor Leste. Dan juga membawa Dian HP Production, penari dan kru-kru lain," katanya. Tambah Kris, kunjungannya ke sana adalah sebagai tetamu negara, bukan sebagai tetamu 'peribadi' Rahul yang juga sudah mempunyai isteri. "Saya di sana menjadi tetamu negara. Empat hari di sana, saya selalu dikawal," ujarnya. Kris bagaimanapun tidak mengulas lanjut sejak bila dia mula mengenali Rahul. Penyanyi tersohor ini juga menafikan pengakuan Martha, isteri Rahul yang mengatakan suaminya beberapa kali mengadakan jamuan makan malam peribadi bersama Kris. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 7:08 pm | |
| Anak-anak tidak mahu bertemu Kris Gambar sekitar tahun 2004 ini menyaksikan Kris dan Anang menyanyi bersama sambil ditemani anak-anak mereka di pentas Menurut laporan di detikHot.com lagi, Kris akui sudah sebulan tidak bertemu dengan anak-anaknya yang berada di bawah jagaan Anang. Kris dan Anang sudah sebulan tidak tinggal sebumbung. "Sudah sebulan saya tidak bertemu anak-anak, walaupun kita tidak terpisah dengan jarak yang jauh. Hati saya sedih berdepan semua ini, nyawa saya seperti hilang," tuturnya. Kata Kris, bukan hanya Anang yang membataskan peluang untuk bertemu anak-anaknya, malah, kedua-duanya juga tidak mahu bertemu dengan ibu mereka sendiri. Namun, kata Kris, dia tidak pernah menyimpan perasaan marah mahupun dendam dan menganggap apa yang berlaku adalah satu cubaan untuk dirinya. Kali terakhir Kris mengetahui perkembangan anak-anaknya adalah dari guru mereka seminggu yang lalu. "Saya berkomunikasi dengan guru mereka dan kata guru Aurel, dia sudah datang haid. Alhamdulillah, dia sudah menjadi perempuan dewasa," ujar Kris dalam keadaan sebak |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 7:08 pm | |
| Yuni Shara terkejut Anang ceraikan Kris KEPUTUSAN Anang menceraikan isterinya, Krisdayanti nyata mengejutkan kakak diva tersohor itu, Yuni Shara.
Menerusi laporan yang dipetik dalam laman web kompas.com, Yuni berkata:
"Saya amat terkejut. Saya tahu Anang menceraikan Yanti hanya menerusi televisyen," tuturnya yang ditemui di kediaman adiknya itu.
Sebelum ini, kata Yuni, dia tidak tahu tentang masalah yang melanda rumahtangga adiknya itu.
"Yanti memang adik saya, tapi saya tidak mahu mencampuri urusannya. Saya tidak pernah bayangkan Yanti akan hidup tanpa Anang," katanya.
Yuni juga meminta pihak media agar tidak membesar-besarkan cerita tersebut.
"Saya sedih, saya sangat prihati, jadi jangan diperbesarkan lagi. Jangan mengejar, ini masalah rumahtangga," luahnya.
Ditanya punca perceraian pasangan itu, Yuni menegaskan dia sememangnya tidak tahu-menahu tentang urusan rumahtangga adiknya.
"Apa saja masalahnya, saya bukanlah jenis yang suka mencampuri urusan orang walaupun itu adalah adik saya sendiri," ujarnya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 7:12 pm | |
| 'Biar glamor datang sendiri' Wan Sharmila Pelakon yang kian popular di persada seni, Wan Sharmila mahu jual bakat bukan dedah cerita peribadi BERBUAL dengan pelakon ini memang menyenangkan hati. Selain sikap ramah yang ditunjukkan, dia juga petah berbicara. Paling tidak, semua pertanyaan cuba dijawabnya sebaik mungkin, walaupun ada ketika Wan Sharmila tampak ragu-ragu untuk memperkatakan lebih lanjut topik menyentuh hal peribadi. Yang pasti, perbualan bersamanya baru-baru ini menyerlah personaliti menarik wanita berusia 28 tahun ini. Karakter periang yang ditonjolkan, bagai mengiyakan bahawa pelakon inilah yang dilihat beraksi dalam Kisah Kaisara. Persamaannya agak jelas ketara dan semestinya siri itulah yang banyak memperkenalkan namanya kepada peminat. Bagaimanapun, dia tidak pernah menganggap dirinya seorang pelakon yang cukup dikenali. Jauh sekali untuk berbangga dengan populariti mahupun gelaran pelakon yang dipegangnya kini. "Saya tidak pernah berasakan diri saya terkenal. Sebaliknya, sampai ke hari ini, saya masih seperti kebanyakan orang lain juga. Apa yang saya tahu, saya bekerja dalam bidang lakonan dan saya amat meminati dunia ini. "Kerja dan minat itu pula saya gabungkan untuk memacu kerjaya ke depan. Lebih-lebih lagi apabila ada pihak yang sudi mengasah bakat saya dengan menawarkan watak dalam projek terbitan mereka. Tentunya peluang begitu saya amat hargai dalam memperbaiki mutu lakonan dan persembahan. "Apabila bercerita mengenai glamor, biarlah ia datang dengan sendiri. Maknanya, menerusi kerja kita yang baik dan berkesan, peminat mula memberikan perhatian. Saya tidak menyertai dunia seni untuk mencari glamor. Biarlah saya bekerja dengan niat yang suci kerana inilah ruang untuk saya mencari rezeki," katanya. Cuma, kata Wan Sharmila, hanya akhir-akhir ini dia diberikan watak lebih menyerlah menyebabkan peminat turut menyedari kemunculannya dalam industri hiburan. Terbaru, dia diberikan tanggungjawab menggalas watak utama dalam Tari Tirana yang menemui penonton slot Lestary di TV3, mulai 25 Ogos lalu. Siri yang menghiasi layar kecil selepas berakhirnya La Dolce Amira itu ditayangkan setiap Selasa selama sejam. "Inilah kali pertama saya diberikan watak utama bagi projek besar-besaran selepas kerap kali menggalas amanah sebagai pelakon pembantu seperti dalam Sindarela dan Rona Roni Makaroni," cerita wanita dari selatan tanah air ini yang beraksi di samping Ammar Alfian, Shaz Jazle, Zaibo, Zaefrul Nordin dan Nadia Aqilah dalam siri komedi cinta arahan Shahrulezad Mohameddin (Ezad) itu. Bercerita lebih jauh mengenai siri terbabit, Wan Sharmila mengaku cukup seronok memainkan watak Tirana, seorang gadis dari Singapura yang bersikap periang dan amat berminat dalam bidang tarian. "Kebetulan saya sendiri memang gemar menari dan pernah menari secara serius sejak di bangku sekolah sehinggalah beberapa tahun lalu. Saya pernah menyertai Yayasan Warisan Johor sebagai penari tradisional, menganggotai kumpulan penari Noraniza Idris, selain pernah belajar di bawah guru tari terkenal, Linda Jasmine. "Watak Tirana memang sukakan tarian, tetapi dia tidak sedar bakat itu ada dalam dirinya. Dia ingin menyertai kumpulan tarian di kolej, tetapi tidak diberikan peluang oleh gadis popular institusi pengajian terbabit. Di samping konflik dengan rakan sebaya, dia turut berdepan dengan konflik keluarga serta cinta," katanya yang mendapat tajaan jenama fesyen Yuan Yuan bagi menjayakan watak berkenaan. Mendedahkan gaya rambut yang dikenakan hari itu sebenarnya sebahagian imej Tirana, Wan Sharmila bagaimanapun mendakwa dirinya dan watak terbabit langsung tidak mempunyai persamaan, tidak seperti wataknya dalam Kisah Kaisara. "Cuma, sejak akhir-akhir ini, saya mula suka pada warna pakaian yang sering dikenakan Tirana iaitu warna pudar," ceritanya sambil ketawa. Bertuah apabila diberikan kepercayaan oleh Ezad, tetapi pada masa yang sama Wan Sharmila keresahan mengenangkan untung nasib siri itu. "Saya risau sangat apabila diberikan tanggungjawab memegang watak utama. Dalam hati saya bertanya sendiri, ada ke orang yang hendak tengok siri ini nanti? Mampukah saya menarik minat penonton untuk melekat di hadapan kaca TV, menonton cerita kami? Apatah lagi sebelum ini saya bertindak sebagai pelakon pembantu saja. Ia beban yang bukan kecil," katanya. Walau apa pun natijahnya, pelakon ini amat berhutang budi pada Ezad yang mempercayai bakat miliknya. Apabila TV3 pula menerima dirinya sebagai tunjang utama Tari Tirana, sedikit sebanyak semangatnya turut membara bagi menghasilkan persembahan terbaik, untuk tidak mengecewakan semua pihak yang menaruh harapan padanya. "Atas alasan itu, saya tidak menerima tawaran berlakon dalam projek lain sehinggalah siri ini tamat penggambarannya, mungkin selepas Aidilfitri nanti," ujarnya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 7:13 pm | |
| Elak bicara soal rumah tangga WALAUPUN dirinya nampak awet muda dan keanak-anakan, tetapi Wan Sharmila sebenarnya sudah bergelar isteri sebelum dia mencipta nama sebagai anak seni. Pelakon ini berkahwin dengan penerbit Radius One Sdn Bhd, Fazli Baharom, kira-kira tiga tahun lalu. "Saya berkahwin sebelum bergelar pelakon, jadi tidak pernah pula saya terfikir apakah kesannya kerjaya seni yang saya ceburi ini terhadap perkahwinan yang kami bina," katanya yang akan terus menghambakan diri pada seni selagi terdaya. Bagaimanapun, petang itu Wan Sharmila kelihatan seperti 'ingin mengelak' apabila topik perbualan menjurus kepada alam rumah tangga yang dilaluinya. "Kehidupan saya ketika ini biasa saja. Apa-apa benda yang saya dengar, saya buat bodoh saja. Saya tidak ambil pusing sangat dengan benda-benda itu," katanya seakan menyembunyikan sesuatu yang terbuku dalam jiwa. Amat difahami, kerana mana-mana perkahwinan akan ada saat tenang dan ada juga detik geloranya. Menghormati perasan pelakon ini, topik perkahwinan tidak panjangkan. Sebaliknya perbualan rancak disambung mengenai bulan puasa serta sambutan meriah Aidilfitri di negeri kelahirannya, Johor. Baru-baru ini, mahligai pelakon ini turut terkena tempias apabila muncul gosip mengatakan perkahwinan mereka goyah akibat kehadiran orang ketiga. Namun bak kata Wan Sharmila, dia masih lagi bergelar isteri, manakala perkahwinan pula tidak pernah menjadi penghalang untuk seseorang artis maju dalam kerjayanya. Menyentuh mengenai Ramadan yang kian tiba, wanita ini berkata, berpuasa di lokasi sudah menjadi amalan biasanya sejak membabitkan diri dalam seni. "Cuma, waktu untuk mengadakan persiapan raya agak terbatas sekiranya kita banyak terikat dengan jadual penggambaran sepanjang bulan puasa. Tetapi, ia tetap pengalaman menyeronokkan, terutama apabila dapat berbuka ramai-ramai di lokasi. "Pada Aidilfitri ini, seperti selalunya saya akan pulang ke Johor Bahru. Sambutan di sana agak meriah, dengan laksa Johor dan sayur lodeh menjadi menu wajib keluarga kami. Begitu juga dengan tart nanas yang menjadi resipi kebanggaan keluarga, yang tidak pernah ketinggalan dijamu untuk santapan semua," katanya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 7:14 pm | |
| Ally tak marah Fasha Ally Iskandar "SELAGI Fasha tidak membuat pengakuan secara lisan kisah empat lelaki yang melamarnya, selagi itu saya tidak percaya dia yang bertanggungjawab menulis kisah itu di laman myspacenya," demikian kata personaliti TV3, Ally Iskandar mengenai pendedahan pelakon sensasi itu dalam laman myspace empat lelaki yang pernah melamarnya. Selain Ally Iskandar, tiga jejaka lain yang dinyatakan pelakon itu dalam myspace pernah melamarnya ialah penunggang negara, Qabil Ambak; bekas suami pelakon Nora Danish, Rizal Ashram serta seorang VVIP dari negara jiran, Brunei Darussalam. Ally yang pernah berkawan rapat dengan pelakon sensasi itu selama setahun menafikan dia cuba menyelamatkan nama baik pelakon berkenaan, tetapi katanya kecanggihan teknologi memungkinkan pelbagai kejadian tidak diingini daripada berlaku. "Sesiapa saja boleh menceroboh masuk dan menulis mengikut sesuka hati mereka saja di internet. Oleh sebab itu, selagi Fasha tidak mengesahkan sendiri kebenaran cerita itu secara lisan, selagi itu saya tidak mempercayai dakwaan berkenaan dan tiada apa yang perlu saya marahkan. "Saya tidak mahu memberikan kenyataan lebih-lebih mengenai tulisan berkenaan kerana saya tidak mahu memanjangkan cerita. Saya tahu mengenai kisah itu pun melalui rakan yang datang bertanya, tidak lama selepas itu saya sendiri menerima e-mel yang dimajukan rakan kisah yang kononnya ditulis Fasha itu. "Secara jujur saya tiada sebarang perasaan sewaktu membaca e-mel itu, tidak terkejut dan tidak pula melenting. Hanya orang yang mengenali Fasha saja yang tahu orangnya macam mana, jadi kita nak marah pun tak boleh, nak terkejut pun tak boleh. Buat apalah nak dipanjangkan cerita ini kerana bagi saya kisah itu tidak mendatangkan manfaat kepada orang yang dikaitkan dalam cerita itu," kata Ally ketika dihubungi. ALLY tidak menafikan keakrabannya dengan Fasha. Ditanya apakah dia pernah melamar pelakon itu, Ally berkata, sepanjang berkawan selama setahun dengan pelakon itu, mereka tidak pernah membincangkan hal yang menyentuh mengenai hati dan perasaan secara mendalam. Perbualan mereka tidak lebih sekadar perbualan biasa seperti dengan rakan yang lain. Ally tidak kisah jika peminat mahu membuat sebarang spekulasi mengenai pengakuannya kerana baginya mereka berhak untuk bersuara. Yang penting ujar pengantara program bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI), hanya dia yang tahu apa yang berlaku. "Saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan cerita itu. Jika saya nafikan nanti lebih banyak lagi spekulasi yang akan timbul. Lagipun apa pula kata keluarga saya, keluarga dia dan Fasha sendiri jika kisah ini dibesar-besarkan. "Jadi terpulanglah kepada orang untuk membuat apa saja spekulasi, biarlah mereka hendak kata apa kerana hanya saya yang tahu apa yang berlaku," kata Ally lagi. Bagaimanapun, Ally tidak menafikan sepanjang perkenalan itu, dia bukan saja rapat dengan Fasha tetapi juga dengan seluruh anggota keluarga aktres berkenaan iaitu ibu bapa serta adik-beradiknya yang lain. Bagaimanapun, menurut Ally, keakrabannya dengan Fasha tidak lebih sekadar sahabat sama seperti dia melayan rakannya yang lain. Biarpun mengaku rapat, mereka jarang dapat bersua muka kerana kesibukan Fasha sebagai pelakon popular ketika itu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 7:16 pm | |
| Tak perlu melenting, melatah MISHA nafi luahan perasaan tidak puas hati pengurusnya dalam Facebook baru-baru ini ditujukan kepada Kak Engku. Luahan kakak Misha Omar dalam laman sosial Facebook tidak merujuk kepada sesiapa BENARKAH penyanyi Misha Omar mempunyai masalah dengan pengacara serta penyampai radio terkenal, Raja Azura atau Kak Engku? Khabarnya pertelingkahan ini tercetus apabila pengurus serta kakak kepada si pelantun Bunga Bunga Cinta itu dikatakan tidak berpuas hati dengan Raja Azura yang didakwa mengeluarkan cerita kurang baik mengenai Misha ketika penyanyi itu sedang menjayakan sebuah program televisyen. Dan luahan perasaan tidak puas hati itu ditulis Mimie di laman sosial terkenal Facebook miliknya. Antara inti pati yang ditulis Mimie di statusnya itu adalah dia meminta kepada seseorang itu supaya menghentikan segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan ke atas artisnya itu. Justeru dalam satu temu bual menerusi akhbar sisipan Bintang Popular Ahad lalu, Raja Azura memberikan komen terbuka terhadap tindakan dua beradik itu. Malah, pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Pendekar itu juga kesal dengan dakwaan yang disifatkannya sebagai fitnah itu. Bagaimanapun, ketika dihubungi, Misha menafikan luahan kakaknya itu ditujukan kepada Kak Engku. Sambil menegaskan apa yang dikatakan kakaknya itu sebagai sekadar luahan peribadi, tegas Misha dia bukanlah seorang yang bersikap kacang lupakan kulit dan masih mengenang jasa Kak Engku yang pernah membimbingnya untuk bergelar pelakon suatu waktu dulu. Hip: Adakah luahan yang ditulis pengurus Misha, Mimie di laman sosial Facebook itu sebenarnya ditujukan kepada Kak Engku? Misha: Saya akui memang Mimie ada menulis sesuatu di status Facebooknya baru-baru ini dan bagi saya, itu adalah sekadar luahan peribadi dirinya dan dia tidak menujukan perasaan tidak puas hatinya itu kepada sesiapa. Justeru apabila Kak Engku memberikan reaksi seolah-olah individu yang dimaksudkan Mimie itu adalah dirinya, kami jadi pelik. Dia sebenarnya tidak perlu melenting atau melatah. Lainlah kalau kami menyebut secara jelas orang itu adalah dirinya, barulah dia boleh memberi komen. Apabila cerita seperti ini tersebar, apa yang orang akan nampak adalah kami berdua beradik ini yang jahat. Hip: Kalau begitu siapa yang pengurus Misha maksudkan? Misha: Kalau awak ada baca status itu, saya rasa tentu awak sendiri boleh merasakan yang ia adalah sekadar luahan secara am. Tidak ditujukan kepada mana-mana individu tertentu. Akan tetapi ia lebih menjurus kepada mereka yang selama ini suka melemparkan fitnah dan tohmahan kepada saya. Sebagai pengurus dan juga adik beradik kandung, sudah tentu dia cuba untuk menjaga produknya ini dengan baik. Lebih-lebih lagi apabila produknya itu adalah darah dagingnya sendiri. Justeru, apabila dia mendengar ada pihak yang cuba menyiarkan cerita kurang baik mengenai saya dan ia memang tidak benar, jadi tidak salah kalau dia mencurahkan perasaan kesalnya itu di laman Facebook. Lagipun sekarang ini memang sudah menjadi trend orang menggunakan Facebook untuk meluahkan perasaan. Dan secara tidak langsung, menerusi komentar yang diberikan terhadap status itu, sekurang-kurangnya lega sedikit perasaan. Malangnya, ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap luahan itu dan bertindak serkap jarang. Itu yang membuatkan hal ini menjadi besar. Hip: Misha bersedia sekiranya Kak Engku ingin mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi ini? Misha: Saya tidak kisah. Beginilah, seperti yang dinyatakan Kak Engku dalam artikel itu kalau betul dia ada melakukan kesilapan, kenapa tidak menghubunginya sendiri dan itulah juga pendirian kami. Kalau betullah orang yang dimaksudkan itu adalah Kak Engku, buat apa nak luahkan perasaan menerusi internet. Lebih baik kami bersemuka dengannya secara profesional. Itu lebih baik, orang tidak tahu dan cerita ini tidak tersebar. Sebagai seorang artis yang baru berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan pengacaraan, saya akui jasa Kak Engku dalam membimbing saya sebelum ini memang saya hargai. Itu memang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Saya harap isu ini tidak akan dipanjang-panjangkan kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Lagipun, dalam hari baik bulan baik ini, saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa. Hip: Misha risau akan dituduh sebagai kaki gaduh selepas ini? Misha: Sudah tentu. Lebih-lebih lagi apabila membabitkan hal remeh temeh seperti ini. Apa yang boleh saya katakan, semua ini berlaku hanyalah disebabkan salah faham. Betul kata orang, teknologi memang memudahkan kalau kena pada caranya. Tetapi, kalau disalah guna, beginilah jadinya. Sepanjang tujuh tahun saya bergelar artis, saya tidak pernah bergaduh dengan sesiapa. Untuk apa saya menjerat diri dengan tindakan yang boleh menjatuhkan karier saya dan membuat diri ini di mata peminat? Saya harap selepas ini tidak ada yang cuba untuk melaga-lagakan kami atau dengan sesiapa saja. Hip: Mungkin ini berlaku kerana Misha sekarang sudah jadi anak emas RTM. Jadi ramai yang cuba sabotaj kerana cemburu. Misha: Saya tidak merasakan sebegitu dan ingin saya tegaskan di sini yang saya bukanlah anak emas RTM. Saya sendiri tidak menyangka yang rezeki saya akan lebih banyak tertumpah di sini. Saya melihat perkara itu lebih kepada rezeki. Bagi saya, tak salah jika RTM memberikan peluang kepada produk yang dilahirkannya. Lihat saja Datuk Siti Nurhaliza, walaupun bukan sebagai pengacara tetapi bagi menghargai bakatnya sebagai penyanyi nombor satu, dia diberikan slot oleh RTM untuk menerbitkan rancangan. Begitu juga dengan Dia Fadilla dan Izwan Pilus. Mereka juga turut diberikan peluang yang sama rata macam saya. Lagipun, baru-baru ini saja rezeki saya bersama RTM datang mencurah-curah. Apapun, saya bersyukur atas kurniaan ini. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 7:18 pm | |
| Farazila Abdul Jabar isteri Sham Kamikaze. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 7:19 pm | |
| Giliran Aenn pula ke jenjang pelamin CIK Normah tumpang gembira apabila adik ipar kepada Mawi, Aenn atau nama sebenarnya Nora’Ain Rahmat akan mengikuti jejak langkah kakaknya, Ekin, untuk menamatkan zaman bujang. Cik Normah difahamkan hasrat Aenn untuk bergelar raja sehari memang sudah lama. Malahan pernah terdetik di hatinya untuk melangsungkan perkahwinan sama tarikh dengan Ekin. Namun, kerana tidak mahu mencuri perhatian orang ramai terhadap perkahwinan Mawi dan Ikin, Aenn pendamkan saja hasratnya. Bagaimanapun, kawan sepejabat yang bertemu secara kebetulan dengan Aenn di Hotel Istana minggu lalu ketika berbuka puasa, Aenn memberitahu akan bernikah selepas raya nanti. Tarikhnya belum ditetapkan tetapi kalau tak silap Cik Normah mungkin penghujung September atau awal Oktober nanti. Ketika bertemu dengannya, Aenn tidak keseorangan dan di sisinya setia menemani ialah lelaki yang bakal dinikahinya (gambar). Kawan sepejabat ada bertanyakan nama penuh lelaki itu melalui Aenn. Bagaimanapun, Aenn enggan mendedahkan dan memberi isyarat tangan untuk menyambung kisah terbabit di dalam perbualan telefon saja. Cik Normah dapat tahu lelaki yang bertakhta di hati Aenn itu seorang duda mempunyai tiga anak. Berusia 41 tahun, usahawan yang berjaya menambat hati Aenn itu masih nampak gagah dan tampan. Pendek kata, sesuai dengan Aenn. Siapa sangka pertemuan sekitar dua tahun lalu membuahkan rasa cinta hingga ke jinjang pelamin. Inilah dinamakan jodoh. Kalau tak silap Cik Normah, gosip yang pernah keluar sebelum ini menulis kelibat Aenn dan seorang lelaki di sebuah lapangan terbang memang betul. Lelaki inilah yang dimaksudkan itu. Kepada Aenn dan kekasihnya, Cik Normah doakan semoga kebahagiaan yang bakal menjelma kelak akan terus memberikan sisi indah buat kalian berdua. Jangan lupa ringan tangan untuk mengundang Cik Normah dan rakan sepejabat. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 7:22 pm | |
| PROFIL NAMA PENUH: Siti Zainab Chia Muhd Zaki Chia NAMA KOMERSIAL: CT Zie TARIKH LAHIR: 21 Mac 1986 ASAL: Bedok, Singapura DARAH CAMPURAN: Ayah (Cina) dan ibu (Jawa Singapura) KELUARGA: Sulung daripada tiga beradik DRAMA: Di Garisan Takdir, Kamalia Katrina, Bahang Ravina dan Kecuali Cintamu FILEM: CE1 |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 7:26 pm | |
| Flashback: Gambar Keluarga Aznil Haji Nawawi gambar Uncle Aznil sekeluarga sebelum mereka bercerai |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 7:27 pm | |
| Gempar: Persembahan Mawi Gempar! Persembahan Mawi di Danga Street Mall tempoh hari sewaktu majlis berbuka puasa bersama Mawi Weeel hanya ditonton oleh kanak-kanak sahaja. Adakah benar populariti Mawi semakin menjunam?! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 7:48 pm | |
| Drama Anak Cucu Tok Wan dan Buah Nau Halwa Kabung 2 DRAMA KISAH PENGAJARAN DAN KEINSAFAN RAMADAN MENERUSI DRAMA ANAK CUCU TOK WAN DAN BUAH NAU HALWA KABUNG DI RTM Drama-drama yang sarat dengan pengajaran berguna sememangnya sesuai untuk tontonan seisi keluarga terutama di bulan Ramadan yang menganjurkan kepada seluruh umat Islam supaya muhasabah diri dan menyesal dengan segala kesilapan yang pernah dilakukan samada secara sedar atau tidak. Begitu juga sepanjang Ramadan ini menuntut kesabaran setiap insan dalam mengusahakan sesuatu demi memperolehi kejayaan. Justeru RTM menyiarkan dua drama penuh pengajaran dan keinsafan, Anak Cucu Tok Wan pada 04 September 2009 (Jumaat), jam 8.30 malam mengisi slot Citra @ 2 dan Buah Nau Halwa Kabung 06 September 2009 (Ahad), jam 10.00 malam menghiasi slot Sinema Ahad @ 2 di TV2. Anak Cucu Tok Wan membawakan kisah watak Tok Wan telah tiga tahun kematian isteri. Pada Ramadhan tahun ini, dia diajak oleh anak sulungnya Mansor untuk menyambut Ramadhan di Kuala Lumpur. Mansor selalu merasa bersalah kerana membiarkan Tok Wan menyambut Ramadhan sendirian selama ini. Mansor seorang pensyarah, manakala isterinya Salmi seorang pelukis, jurugambar bebas dan pengacara. Mereka memiliki dua orang anak, Hana dan Haziq. Bila Salmi diberitahu tentang rancangan Mansor yang mengajak Tok Wan menyambut Ramadhan di rumah mereka, dia naik angin kerana merasa tak selesa jika Tok Wan berada bersama mereka. Dia seorang yang panas baran dan terlalu mengutamakan kerjaya sebenarnya malas mahu menyediakan juadah berbuka puasa untuk Tok Wan. Salmi baru saja membuka galeri seni yang menjadi cita-citanya selama ini. Jadi, dia memberi alasan yang dia akan sibuk dengan galerinya nanti dan tiada masa untuk melayan ayah mertuanya sepanjang bulan puasa. Mansor meminta Salmi menyerahkan semua urusan itu padanya kerana Tok Wan pandai memasak dan dapat pula menjaga Hana dan Haziq. Kedatangan Tok Wan ke rumah Mansor menimbulkan berbagai pertentangan pendapat antara Salmi dan Tok Wan. Hana dan Haziq pula menjadi semakin rapat dengan Tok Wan yang suka suka bergurau, pandai memasak dan rajin melayan kerenah mereka. Keadaan menjadi bertambah rumit bila Musa, anak bongsu Tok Wan yang bekerja sebagai pembantu restoran di Amerika turut datang ke rumah Mansor untuk bercuti. Untuk mengetahui babak-babak seterusnya usah ketinggalan menyaksikan drama lakonan Adi Putra, Intan Azura dan Ahmad Tarmizi Saregar ini |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 7:51 pm | |
| Ezany, Shaheizy Sam dan Rebecca Nur Islam Dalam Legasi 43 Karat Slot Samarinda yang menampilkan drama-drama berkisarkan dunia korporat dan lambang kemewahan konflik kehidupan di kota, memperkenalkan drama terbaru berjudul Legasi 43 Karat. Legasi 43 Karat sebanyak 25 episod ini akan menemui penonton mulai 26 Ogos 2009, jam 10.30 malam setiap hari Selasa hingga Khamis. Siri ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Ezany Nazariff (Dani Datuk Haris), Shaheizy Sam (Johan Hazim), Rebecca Nur Islam (Felisia Azani), Rahim Jailani (Datuk Haris), Aznah Hamid (Datin Hamidah) dan Rosnah Johari (Puan Saadiah). Lagasi 43 Karat mengisahkan tentang Datuk Haris, pewaris rangkaian berlian ‘LEGASI 43 Karat’. Perniagaan itu dipelopori oleh arwah ayahnya dan kini rangkaian syarikat itu dikendalikan oleh anak lelaki tunggal Datuk Haris, Dani. Dani berkaliber, taat kepada ibu bapa dan saudara maranya. Malah, Dani amat disukai oleh makciknya, Puan Saadiah (adik perempuan Datuk Haris). Malah, Saadiah selalu mengagung-agungkan kehebatan Dani kepada anak lelakinya sendiri, Johan. Johan seorang yang kasar dan tidak berminat hendak menguruskan perniagaan di mana menurut wasiat dia perlu meneruskan legasi perniagaan tersebut. Episod pengenalan Legasi 43 Karat menceritakan pelancaran majlis rangkaian butik berlian baru keluarga Dani yang disempurnakan dalam suasana gilang gemilang. Tetamu yang hadir tertarik dengan gaya, kekacakan dan hati budi Dani yang begitu merendah diri. Dalam sidang media yang seterusnya, Datuk Haris menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan dan menyerahkan tampuk pengurusan kepada Dani. Nek Zah muncul di situ dan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut sehingga menyebabkan berlaku sedikit perselisihan di antara Datuk Haris dan Nek Zah. Dani menjadi orang tengah dan mendamaikan keadaan. Dani mempunyai kebiasaan untuk mencatatkan semua rancangan pentingnya di dalam sebuah diari rahsia. Shaheizy Sam Rebecca Nur Islam Ezany Nazariff sebagai Dani Datuk Haris Di rumah banglo mereka, Dani turut mengadakan sebuah kejutan majlis hari jadi untuk meraikan ulang tahun Puan Saadiah, sehingga ada tetamu yang salah sangka Dani sebagai anaknya. Sedangkan anak kandungnya, Johan, pula terlalu leka mencari koleksi cekera padat filem di kedai video. Ketika Johan menemui cekera padat kegemarannya, ia telah dibeli oleh Felisia terlebih dahulu. Berlaku salah faham yang melucukan sehingga akhirnya, Johan berjaya mencuri cekera padat itu daripada Felisia. Felisia mengejarnya, sehingga satu malapetaka telah berlaku. Apakah malapetaka itu? Menerusi diari rahsia Dani pula, kita mula mengetahui niat sebenar Dani. Apakah niatnya sebenar Dani dan adakah sebenarnya kelakuannya dan keperibadiannya sebaik yang disangka? Sama-sama kita saksikan kesudahan siri ini! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 7:51 pm | |
| Filem Ketika Cinta Bertasbih FILEM Ketika Cinta Bertasbih (KCB) yang diadaptasi daripada novel karya Habiburrahman Syirazi dengan tajuk yang sama menjadi tumpuan sebelum filem ini ditayangkan 11 Jun lalu. Habiburrahman sebelum ini terkenal dengan filem adapatasi novelnya, Ayat-Ayat Cinta. Bagaimanapun, filem kedua daripada novelnya ini mendapat tumpuan lebih meluas kerana uji bakat untuk memilih pelakon filem ini dilakukan tiga bulan setengah melalui siri realiti televisyen yang berlangsung di sembilan bandar raya Indonesia. Final uji bakat itu disiar secara langsung pada 14 September tahun lalu dan setiap peserta diwajibkan mampu mengaji al-Quran dengan baik dan mempraktikkan ajaran Islam dalam kehidupan harian. Promosi filem diarah Chairul Umam ini turut menyebabkan penonton teruja kerana ia diuar-uar sebagai sebuah filem mega dan yang pertama dihasilkan sepenuhnya di Mesir. Dengan bajet RM14 juta, KCB adalah filem termahal pernah dihasilkan Indonesia. Ia ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara, memecahkan rekod filem arahan Riri Riza, Laskar Pelangi yang ditayangkan di 115 pawagam pada 2008. Filem lanjutan, KCB 2 kini dijadual ditayangkan pada 17 September, beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 20 September. KCB mengisahkan masalah mencari cinta sejati dengan cara Islam. Dalam filem ini, sentuhan fizikal antara lelaki dan perempuan dilarang sama sekali. Watak utama, Khairul Azzam dilakonkan M Cholidi Asadil Alam, seorang pelajar Universiti al-Azhar di Kaherah. Khairul berasal daripada sebuah keluarga sederhana terpaksa bekerja untuk menyara ibu dan adik-adik perempuannya di Yogyakarta. Beliau juga adalah seorang aktivis dan mengamalkan Islam dalam hidupnya dan kegigihannya itu memikat Eliana yang dilakonkan Alice Sofie Norin, anak duta Indonesia. Khairul bagaimanapun menolak cinta Eliana dan memilih Anna Althafunnisa yang belum pernah dikenalinya. Watak Anna dilakonkan oleh Oki Setiana Dewi. Anna akhirnya bersetuju mengahwini Khairul tapi dengan syarat beliau berjanji tidak akan berpoligami dan menguatkan hujahnya dengan hadis Rasulullah. Pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Meyda Sefira dan Andi Arsyil Rahman Putra. Filem ini bagaimanapun turut menimbulkan persoalan mengenai kaitan antara nilai ajaran Islam dan industri perfileman, Seperti filem lain sebelum ini, Ayat-Ayat Cinta, Kun Fayakun, Mengaku Rasul dan Syahadat Cinta, KCB dihasilkan hasil gabungan antara idealisme dan nilai komersil. Akibatnya, sesetengah pengkritik menganggap tindakan itu menyebabkan terhasilnya filem yang tidak bermutu tinggi. Namun ada juga pengkritik, seperti ahli sejarah filem, Salim Said yang menganggapnya sebagai ilustrasi generasi lama yang cuba mengumpul keuntungan dengan menghasilkan filem bermutu yang memberi manafaat kepada masyarakat. Rumusan pengarah filem, Deddy Mizwar mungkin memberi jalan tengah untuk semua. Baginya, tidak semestinya suami dan isteri dalam filem berpelukan untuk tontonan umum. Dalam siri televisyen popular arahannya, Para Pencari Tuhan, seorang pelakon lelaki membuktikan cintanya dengan bersedia menyucikan diri dengan air mata isterinya untuk andai Islam membenarkannya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Wed 02 Sep 2009, 7:54 pm | |
| Gambar Mawi dan Ekin di Majlis Berbuka Puasa Astro Pada jam 6.30 petang tadi, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa ASTRO di Grand Ballroom 6, tingkat 3, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur. Jalan raya sedikit jammed di waktu orang pulang dari ofis. Suasana juga suram sejuk bila hujan membasahi bumi pada pagi tadi. Memang meriah dan happening majlis ini kerana dihadiri oleh ramai golongan termasuklah anak-anak yatim serta selebriti. Antara selebriti yang datang ialah Mawi dan Ekin. Mawi kini dah lebih rileks. Bukan setakat ada isteri yang dapat menyediakan masakan ikan sardin kegemarannya, tetapi sekarang Mawi senang dengan kerja di belakang tabir. Setelah glamour dalam bidang nyanyian, kini sudah tiba masanya Mawi menghasilkan skrip drama, telefilem termasuk lirik lagu. Jadi, tak payah nak expose lebih-lebih macam dulu. Dengan adanya syarikatnya sendiri iaitu MW Entertainment Sdn. Bhd, Mawi akan menerbitkan drama dan telemovie. Di samping menerbit drama, Mawi juga boleh berlakon sekali. Menyelam sambil minum air. Jangan lupa untuk tonton drama lakonan Mawi Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya’ di hari raya nanti okay~ sebab Ekin pun turut juga berlakon dalam drama arahan Laila Ali ini. Ceritanya agak simple iaitu tentang sebuah keluarga yang kecoh kerana lambat nak buat rumah terbuka dan menunjukkan tentang bagaimana adab artis melayan tetamu yang datang beraya ke rumah. Di majlis berbuka tadi, Mawi dan Ekin pakai baju warna oren sedondon~ Mmm… bila nak timang cahaya mata ni? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 9:01 am | |
| Nabila lantik pengurus baru untuk urus jadual kerjanya
Nabila sibuk bekerja hingga hari-hari menjelang Syawal.
PUTERI rocker Amy Search, Nabila Huda Suhaimi ialah artis yang sangat sibuk. Orangnya rajin bekerja bagaikan semut penghimpun melukut.
Dia terlibat dengan penggambaran demi penggambaran - episod bersilih ganti dengan episod. Begitu juga dengan drama saling berantaian.
Kesibukannya yang teramat sangat dilaporkan media baru-baru ini. Benarkah Nabila gila kerja?
Pelakon dan pengacara terkenal ini menjelaskan bahawa jadual kerja bulan ini sebenarnya telah ditetapkan pada bulan lalu.
"Jadi okay, boleh.... tapi bulan depan. Saya beritahu pihak terbabit," kata Nabila ketika ditemui di program rakaman Melodi TV3 sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini.
Malah Nabila memberitahu, dia hanya dapat bercuti lima hari sebelum Hari Raya. "Aktiviti-aktiviti saya cuma habis pada 16-17 September ini," ujarnya yang terlibat dalam drama bersiri 13 episod, Sarimaya musim kedua terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd untuk saluran TV9.
"Waktu-waktu tersebutlah saya dapat membeli-belah dan membuat persiapan terakhir untuk menyambut Hari Raya," katanya.
Ditanya tentang di mana dia berhari Raya tahun ini, Nabila berkata, dia tidak balik ke kampung halamannya di Johor Bahru.
Nabila (kanan) dan pembantunya, Niza menghadiri rakaman Melodi minggu lalu.
"Ini kerana pada bulan depan, ibu angkat saya bakal bersalin. Mungkin pada 18 atau 19 haribulan Oktober ini. Nenek pula berada di Klang. Jadi, saya akan menyambut Hari Raya di sini," katanya yang berasa teruja untuk menyambut kelahiran adiknya.
Kesibukan bekerja telah sebati dalam kehidupan personaliti ini. Nabila, 25, berkata, dia sudah terbiasa dengan jadual waktu kerja yang sangat ketat sebelum berkahwin lagi.
"Masa berkahwin pun, saya cuti pada hari perkahwinan sahaja. Keesokan harinya saya kembali bekerja...Tiga hari selepas itu, baru boleh bercuti," akui Nabila yang bersyukur memiliki suami Zaidy Zailani yang cukup memahami tuntutan kerjaya seninya.
Untuk membantu dirinya menguruskan jadual kerja yang cukup padat, Nabila memberitahu dia telah melantik seorang pengurus baru bernama Niza.
Niza menurut Nabila, ialah kenalan rapatnya yang akan menjadi "pelengkap" dalam menguruskan kerjaya seninya.
"Sebelum ini, saya menguruskan segala aktiviti, program dan jadual kerjaya saya. Sekarang, Niza dapat membantu saya," kata Nabila.
Nabila memberitahu, dia tidak memilih sembarangan individu sebagai pengurusnya. "Biarlah dia seorang yang boleh saya berkongsi masalah dan perasaan. Kebetulan Niza kenalan rapat saya mendorong saya melantiknya sebagai pengurus saya," ujar Nabila lagi.
Mengenai imej negatif yang dikaitkan dengannya ekoran lakonan dalam Bohsia, Nabila tidak melenting dan membiarkan kontroversi sedemikian beransur-ansur reda.
Dalam filem Bohsia, terdapat satu adegan panas yang memperlihatkan Nabila Huda berkemban bersama dengan pelakon Shamsul Yusof.
"Orang lain nampak saya bawa watak budak nakal tetapi saya lihat pengarah filem memberikan kepercayaan kepada saya untuk membawa watak sedemikian.
"Media yang suka mencetuskan kontroversi ... Okey.. saya tidak melenting kalau setiap laporannya adalah negatif. Kalau saya rileks, orang akan bosan," akui Nabila yang telah masak dengan asam garam dunia hiburan.
Walaupun ribut kontroversi membadainya, Nabila tetap tidak akan selektif dalam pemilihan filem.
Jelasnya, seorang pelakon versatil tidak akan memilih watak tertentu sahaja untuk dibawa. "Pada pendapat saya, pelakon yang terlalu selektif tidak akan ke mana," katanya terus-terang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 9:02 am | |
| Jennifer Aniston kembali menjalinkan hubungan dengan John Mayer?
Jennifer Aniston hadir ke 'Women in Film 2009 Crystal and Lucy Awards', di Century City, California pada 12 Jun 2009. - foto REUTERS
AKTRESS Jennifer Aniston dilaporkan baru-baru ini kembali memakai jam tangan Rolex yang dihadiahkan bekas kekasihnya, John Mayer.
Sejak peristiwa itu spekulasi mula timbul bekas bintang 'Friends' itu kini telah kembali menjalinkan hubungan dengan John Mayer.
"John memberikan jam tersebut kepada Jennifer ketika mereka masih lagi hangat bercinta pada bulan Mei tahun lepas, ketika itu Jennifer tidak pernah menanggalkan jam tersebut, tetapi dia berhenti memakainya selepas mereka berpisah.
"Tetapi sejak kebelakangan ini Jennifer mula memakai kembali jam tersebut untuk memberitahu John bahawa dia masih lagi ada didalam hatinya," lapor sumber.
Jennifer, 40 dan John, 31, telah bersama selama empat bulan tahun lepas. Mereka kemudian menjalinkan semula hubungan awal tahun ini tetapi berakhir pada bulan April.
"Hanya tunggu masa sahaja bila meraka berdua akan kembali bersama," kata sumber itu lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 9:03 am | |
| Hafiz (AF7) menyanyi sambil beramal pada bulan Ramadan
Hafiz teruja julung-julung kali menyambut Hari Raya sebagai seorang artis.
SEJAK bergelar juara terbaru program realiti Akademi Fantasia (AF7), Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip merasai dirinya merayakan Hari Raya tahun ini dengan penuh kelainan.
Tahun lalu, Hafiz terbayangkan dia meniti hari-hari pada bulan Ramadan dengan membelek buku-buku untuk membuat ulangkaji bagi menghadapi peperiksaan.
Kini, penyanyi berbakat besar dari Kuching, Sarawak ini menghadiri dan beraksi dalam pertunjukan dan persembahan berbentuk amal untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.
"Pada bulan Ramadan yang berkat ini, saya tidak melupakan anak-anak yatim, warga emas dan orang kurang upaya (OKU). Semoga, nyanyian saya dapat menghiburkan mereka yang kurang bernasib baik," kata Hafiz ketika ditemui di program rakaman Melodi TV3 sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini.
Bagi Hafiz yang berhati mulia ini, golongan kurang bernasib baik dan warga emas tidak wajar dilupakan di saat-saat Ramadan dan Syawal.
Selagi kudrat terkerah, dia akan membantu mereka kerana semua insan adalah sama di sisi mata Allah subhanahu wataala. Tiada cacat celanya.
Mengenangkan sambutan Hari Raya tahun lalu, Hafiz berkata, dia dapat merayakannya bersama ibu bapa dan sanak saudara di kampung halamannya - Bumi Kenyalang.
Namun demi mengejar impiannya menjadi artis yang baru menapak kaki di pentas hiburan, Hafiz terpaksa meninggalkan mereka yang tersayang dan berhari raya di perantauan iaitu ibu kota Kuala Lumpur.
"Dulu, hafiz sambut dengan famili. Sekarang dah jauh berubah.. Ini adalah pengalaman baru beraya sebagai artis," kata Hafiz yang lebih gemar menyambut Syawal bersama ahli-ahli keluarga tersayang.
Hafiz sedar itu adalah harga yang perlu dibayar untuk bergelar seorang artis tersohor suatu hari nanti. Hati seorang penghibur tidak semestinya terhibur melainkan menyaksikan para peminatnya terhibur dengan lontaran vokalnya.
Malah dedah Hafiz, demi bergelar seorang artis, dia terpaksa menangguhkan kursus Tourism dan Hospitality Management dari Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) dari Kuching.
Ditanya sama ada dia menyesal memilih jalan hidup ini, Hafiz berkata dia masih akan meniti laluan hidup sebagai artis sekiranya masa boleh diputarkan kembali.
"Kita tidak boleh menoleh ke belakang dalam hidup kita. Kita perlu bergerak ke hadapan. Saya selesa menyanyi untuk menghiburkan para peminat saya," ujarnya yang telah mengeluarkan album terbarunya 'Masih Jelas' baru-baru ini.
Album tersebut turut merangkumi artis-artis seangkatan dengan Hafiz dalam AF7 seperti Akim dengan lagu 'Bengang', Aril (lagu 'Toksid'), Hafiz dan Isma (lagu 'Bisikan...Godaan').
Hafiz memberitahu, dia masih mengidam-idamkan hari-hari dia "berkursus" di AF7.
"Sehingga hari ini, saya masih keluar dengan rakan-rakan saya seperti Aril, Akim, Isma dan lain-lain," ujarnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 9:05 am | |
| Adibah Noor naik angin bila ibu bapa dicaci
Adibah Noor sebagai Cikgu Adibah dalam filem "Talentime".
SEBELUM ini, artis terkenal versatil Adibah Noor tidak ambil kisah tentang cacian dan maki-hamun daripada orang yang tidak dikenali mahupun mereka yang dikenali.
Adibah beranggapan itu adalah harga yang perlu dibayar oleh seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan lain-lain.
Bagaimanapun, kesabarannya teruji apabila ibu bapanya turut menjadi mangsa cacian menerusi komen sebuah laman blog baru-baru ini.
Semuanya gara-gara Adibah terlibat dalam program realiti Mentor terbitan TV3. Dia merupakan mentor kepada protegenya, Thye.
Bila kesabaran teruji, Adibah telah bersemuka dengan pengendali blog tersebut dalam satu programnya.
"Saya berani pergi menghentam dia sebab tak puas dengan pelbagai perkara yang dikendalikan dalam blog dia. Mungkin kerana kita ini berani tentang dia...dan dia jadi sakit hatilah.," katanya ketika menghadiri rakaman khas 'Mentor Raya' di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, Khamis lalu (27 Ogos 2009).
Menurut Adibah, apabila hati blogger itu menjadi sakit, benda itu menular menjadi barah. "Ia perlu dirawat secepat mungkin sebelum ia menjadi mudarat yang hancurkan diri sendiri," katanya.
Pemenang Anugerah Juara Lagu 2006 (kategori balada) menerusi album 'Terlalu Istimewa' ini memberitahu komen-komen tersebut meremukkan hatinya.
"Walaupun dia hina saya, tak apa, tak kisah, tapi saya agak hampa dan kecewa seorang yang terpelajar macam dia boleh mengutuk sampai ke mak bapa saya.
"You bacakan blog itu? Sampaikan mak bapa saya diajarnya supaya tidak melahirkan anak-anak haram seperti saya. Itu perkataan dia, bukan perkataan saya. You baca, memang ada kat situ.
"Mula-mula dia suruh emak bapa saya ajar saya supaya tidak jadi kurang ajar. Lepas itu pula dia ajar emak bapa saya supaya .... tidak lahirkan anak-anak haram....macam saya," ujar Adibah yang berlakon dalam filem Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2007), Buli Balik dan Talentime (2009) arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.
Walaupun kesedihan terpendam di lubuk hatinya, Adibah tetap menyimpan sekelumit belas kasihan terhadap individu tersebut.
Katanya, dia percaya individu terbabit memerlukan rawatan segera ekoran sakit yang begitu tenat.
"Malah saya doakannya agar dia cepat sembuh. Daripada kita kutuk dia balik yang tidak ada jalan penyelesaiannya, lebih baik kita galakkan dia cari jalan untuk merawat hati dia.
"Saya rasa dia memerlukan bantuan. Dia mungkin perlu jumpa ustaz untuk rawat hatinya yang terlalu sakit. Saya bukan cakap 'klise', tapi macam tak percaya orang macam dia boleh mengeluarkan bahasa 'out of this world'. Bahasa sekesat-kesat, maki hamun," kata Adibah.
"Saya tidak kisah tapi hampalah sebab dia sering melaungkan dia seorang graduan, seorang yang gah. Namun kenapa sampai nak mengeluarkan bahasa-bahasa sebegitu...Kutuk biarlah kutuk saya seorang. Janganlah sampai kepada emak bapak kita," jelas Adibah yang berharap dapat mengeluarkan album kedua sebelum akhir tahun ini.
Album kedua Adibah itu akan mengekalkan format album pertamanya, 'Terlalu Istimewa' (Disember 2005) yang mencampuradukkan pelbagai genre seperti joget, R&B, jazz dan lain-lain kecuali dangdut dan etno.
Ditanya bagaimana dia tahu tentang komen blog tersebut, Adibah memberitahu, para peminatnya yang memaklumkan perkara itu kepadanya.
"Bila peminat beritahu, mereka suruh baca blog tersebut. Saya kata tak payah bacalah, 'it's okay'... saya tak ambil hati...
"Bila kata tak nak baca, mereka pergi 'cut and paste' dalam emel saya dan blog saya... Nak tak nak, saya bacalah untuk memuaskan hati mereka," ujar Adibah yang terus terguris hati.
Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, Adibah masih tidak percaya komen-komen dihamburkan oleh seorang kenalannya.
"Sedih sebab tak masuk akal," katanya yang sebelum ini turut menerima ejekan sedemikian rupa daripada orang yang tidak dikenalinya.
"Sejujurnya, saya pun dah cuba nak jauhkan diri daripadanya....dan iyalah... mungkin cara itulah dia menghiburkan diri.. Tapi yang kita tak suka, kita jauhkan diri," tambah Adibah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 9:10 am | |
| (Gossip) Kris Dayanti Kini Janda !!!! HUh Hot Juga cerita Si KD atau Kris Dayanti ni,Mana tak nyer didalam Mahkamah Yang menjadi Saksi Anak Sulun KD.Anak KD Nampak KD nie bawa jantan masuk bilik semasa Suami ANang Tidak ada di rumah.Menurut sumber Metro Hari ini ( 2/9/2009 ) KD ni dah banyak kali buat hal dengan ada jantan2 lain..Malah gossip lain seblum ini menyatakan KD mempunyai anak dengan seorang scandal..HUh diam2 bergossip Panas juga si KD ni erkk....!!! menurut sumber jugaaakkk Jantan baru KD berasal Dari Timur Lestee..Sure Jantan kaya kot :) kot2 la...apa komen u alls mengenai Kris Dayanti ni ? Dato CT nasihatkan la teman Dato ni...!!! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 9:13 am | |
| [b](Gossip) Ally Enggan Melatah Bab Pashaaa !!!!
Kesian juga kat Ally ni habis heboh satu Malaysia dia melamar Fasha Sandha ni,Si fasha ni pun satu dah la dia ramai peminat yang nak tau gossip dan menggosipkan.Makin Lama makin panas cerita ni,Satu persatu di bentangkan didada akhbar malahan di internet juga tak terlepas temiasnya..
Nak buat macam mana yer Ally,Dah masuk dalam senarai Fasha terima Jer la..Walaupun dah kena delete comment dalam Myspace fasha tue..tapi majoritiii Laman Web tak delete lagie..so cerita ni tak kan habiss macam tue jer...Lebih baik diam..Betul apa yang Ally ni buat..Good luck broo..cari jer perempuan lain..Ramai lagie kat luar tue...tak gi shopping kat Midvalley lagie ke Bro...!!! Hari tue terjumpa dia ni jalan sorang2..ok alls..Nak tau cerita lanjut beli paper |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 9:16 am | |
| Aeen Sunyi Lepas Ekin Kahwin !!! Kesian Aeen ni,yer la Lahir sama-sama tapi kahwin sorang2 dah setahun dia menyimpan rasa kesunyian tue dengan seseorang Jejaka.Siapalah Jejaka Hendsome tue erkk,Zoom selalu tengok Aeen ni datang kat rumah pak sedara Mawi satu tempat tinggal dengan Zoom.Diantara Ekin dan Aeen, Aenn Lagi comel sebab putih and sweet..Rugi nyerrrr tak dapat Aenn ni..Nak buat macam mana Pak Duds yang dapat...SUre macam Dato K, MIsai Lebat kot :) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 9:18 am | |
| (Gossip) Intan Ladyana bercinta dengan Kamal Adli?
setelah Intan Ladyana berpisah dengan Kevin Zahri muncul pula gosip panas yang mengatakan Intan Ladyana tengah hangat bercinta dengan Kamal Adli. kesahihan gosip tersebuat masih lagi menjadi tanda tanya. Kita dengar apa kata Intan Ladyana mengenai gosip tersebut!.
“Gosip dengan Kamal...sebagai artis memang tipu lah kalau artis itu tidak dilanda gosip kerana ikutkan gosip di Hollywood lagi teruk.
“Bagi saya, biasa saja apabila digosipkan dengannya kerana saya dan dia memang rapat tetapi tak berani nak kata yang kami sedang bercinta.
“Bukan apa, saya takut tak jadi. Kalau saya boleh rahsiakan, saya akan rahsiakan dulu kerana tak nak malu nanti..,”
Selain itu Intan Ladyana juga mengaku yang beliau telahpun mempunyai penganti Kevin Zahri, Intan dengan penuh ceria berkata dia masih mempunyai waktu untuk menghabiskan masa dengan keluarga dan ‘tetttt’ sambil menekan jari telunjuk di meja seolah-olah menekan butang.
Ditanya apakah maksudnya itu, adakah ‘si dia’? Dia hanya menjawab, “Kalau ‘tettt’ tu sudah tentu la..”
Wah! nampaknya Intan Ladyana sudahpun mempunyai teman lelaki baru, tapi siapakah jejaka yang bertuah itu? ianya masih lagi menjadi tanda tanya, kira tunggu je la... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 9:39 am | |
| Bila kesabaran Akhil diuji
TIDAK teragak-agak untuk menyaman mana-mana penulis blog yang terus memburukkan dirinya dan Waheeda.
SETELAH disatukan secara sahnya pada 16 Ogos lalu di Masjid Jamek Al-Rahimah, Kuala Kubu Baharu, Selangor, pendakwah popular, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi nasyid, Waheeda, 30, kini sedang melayari bunga-bunga indah alam berumah tangga.
Lebih menarik lagi apabila hari-hari terawal mereka berpayung dalam sebuah institusi kekeluargaan baru memperlihatkan atmosfera lancar sambil disertai oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
"Alhamdulillah, perkahwinan yang baru terbina ini dilihat berjaya merapatkan perhubungan silaturahim antara dua buah keluarga.
"Pada saya perkahwinan tidak semestinya untuk diraikan oleh kedua mempelai saja. Tetapi ia turut disambut dengan seluruh keluarga.
"Sejak awal Ramadan lalu, saya dan Waheeda lebih banyak berbuka puasa di rumah kedua-dua belah mertua sehingga kami tiada ruang untuk berbuka berdua.
"Tiga hari pertama kami berbuka puasa di rumah emak saya di Gopeng, Perak manakala tiga hari berikutnya di rumah keluarga Waheeda.
"Kami cukup bersyukur apabila dikurniakan ahli keluarga yang bersikap memahami dan sentiasa menyokong daripada belakang," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Astro Megaraya 2009 di Taman Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mengenai pengumuman Waheeda yang hendak bersara dari dunia artis semasa hari pernikahan mereka, Akhil berkata, keputusan Waheeda itu lahir daripada dirinya sendiri dan bukannya atas paksaan sesiapa.
"Bukan saya yang memaksa dia untuk berhenti daripada dunia seni. Tetapi dia sendiri yang membuat keputusan yang sudah tentunya mengejutkan ramai ini.
"Sebagai seorang suami saya perlu menghormati keputusan Waheeda dan menyambut baik niatnya dengan dengan perasaan sempurna," ujarnya.
Jangan uji kesabaran saya
Terus-terang, apa jua kisah yang berlegar di laluan maya terutama mengutuk Akhil dan Waheeda secara terang-terangan memang tidak mampu diterima oleh pasangan pengantin baru itu.
Situasi yang tidak mengejutkan langsung apabila ada sebilangan penulis blog kurang bertauliah menunjuk pandai dan memperlihatkan belang kononnya mereka lebih tahu daripada segala-galanya termasuk bab yang terarah keagamaan.
Mudah sahaja kepada mereka untuk menghakimi orang lain secara luaran tanpa ada usul-periksa. Hakikatnya, mereka yang lebih gemar mengkritik belum tentu punya pengetahuan mahupun ilmu yang mendalam terhadap satu-satu perkara.
Satu-persatu helaian kisah hidup Akhil dan Waheeda diselak waima keputusan muktamad untuk bergelar suami-isteri sudah tertulis di atas sekeping sijil pernikahan.
Ingatkan penyatuan mereka sebagai suami-isteri mampu menutup mulut-mulut jahat orang lain. Namun, ada lagi yang terus enak berkata-kata.
Masing-masing meluahkan butir pendapat sendiri. Ada yang nekad memboikot Akhil dan Waheeda. Malah tidak kurang yang berani mempersoalkan kredibiliti Akhil yang selama ini digelar masyarakat sebagai ustaz mahupun pendakwah.
Lantaran itu, tidak hairanlah apabila Akhil mula tersentak sehingga bertindak untuk menyaman mana-mana penulis blog yang disyaki sudah 'menzalimi' dirinya dan Waheeda.
"Sudah lama saya bersabar dengan cakap-cakap kurang enak daripada segelintir penulis blog. Semakin saya mendiamkan diri, semakin banyak pula yang menulis bukan-bukan tentang kami di Internet.
"Sampai pada satu tahap nanti, saya akan saman penulis-penulis blog yang menulis cerita yang tidak baik tentang saya dan Waheeda.
"Saya dan Waheeda kini sudah sah bergelar suami-isteri. Kami tak pernah mencari musuh selama ini. Justeru saya tidak faham kenapa penulis-penulis blog sanggup mereka-reka cerita seperti ini.
"Sekiranya orang lain sudah mengalami penceraian mahupun berniat untuk mendirikan rumah tangga baru, kenapa masih ada mulut-mulut yang ingin berbuat bising seolah-olah tidak berpuas hati?
"Bak kata Rasulullah, kalau tidak tahu tentang satu-satu perkara maka lebih baik untuk kita berdiam lantas bermuhasabah diri," jelas Akhil penuh pengertian tersurat dan tersirat.
Apabila diajukan pertanyaan penulis di laluan maya yang dimaksudkan olehnya itu, Akhil bagaimanapun enggan mendedahkan nama blog yang membikin hatinya terusik.
Dalam perkara yang melibatkan penulis blog tidak bermoral itu, Akhil mempercayai bahawa Allah tetap akan membalas setiap inci daripada perbuatan manusia yang menyakiti dirinya.
"Saya hanya mampu berdoa kepada-Nya. Allah Maha Adil sekali gus kita sebagai insan biasa tidak tahu lagi macam mana hari-hari yang bakal dilalui selepas ini.
"Ia diibaratkan perjalanan hidup kami sebagai manusia biasa. Bahkan kami bukannya membuat jenayah. Terlalu banyak orang terlepas pandang dalam soal ini.
"Saya dan Waheeda benar-benar berasa dizalimi sehingga program Cafe Akhil Hayy terpaksa direhatkan untuk tempoh sementara.
"Walaupun terpaksa berdepan dengan perkara ini namun saya tetap berfikiran positif. Saya percaya Tuhan akan memberi balasan yang setimpal kepada mereka melalui doa kami.
"Insya-Allah, doa manusia yang dizalimi akan dikabul Allah. Kalau benarlah rancangan Cafe Akhil Hayy akan dihentikan maka saya menerima keputusan pihak Astro dengan hati yang terbuka tanpa melenting tidak tentu pasal.
"Ini semua bergantung kepada pihak mereka (Astro). Rezeki saya ditentukan oleh Allah Taala. Malah saya bersedia untuk menerima setiap keputusan dengan perasaan positif," ulasnya ringkas.
Akhil bakal muncul dalam dua buah program sempena Hari Raya Aidilfitri nanti yang disiarkan oleh Astro - Mega Raya Astro di Astro Ria pada 19 September pukul 11 malam dan 1001 Inspirasi di Astro Oasis, 20 September, 1.30 petang
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 10:15 am | |
| INFO: Diana •NAMA PENUH: Diana Danielle Danny Beeson •USIA: 18 Tahun •TARIKH LAHIR: 22 November 1991 •TEMPAT LAHIR: Houston, Amerika Syarikat •KETURUNAN: Melayu-Amerika •ADIK BERADIK: Anak Tunggal •KERJAYA: Model/Pelakon/Penyanyi •DRAMA/TELEFILEM: Air Mata Maria, Janji Diana, Gol & Gincu The Series dan Farah Syakirah •FILEM: Evolusi KL Drift, Maut, Bohsia, Setem, Kecoh Betul dan Magika •LAGU: Radio (bersama Imran Ajmain, Ahmad Nabil dan Infinatez) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 10:16 am | |
| INFO: Fouziah •NAMA PENUH: Nor Fouziah Mohd Gous •USIA: 27 Tahun •TARIKH LAHIR: 11 Disember 1982 •ASAL: Kuala Lumpur •DARAH CAMPURAN: Pakistan, Melayu (bapa) dan Cina (emak) •KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik •PENDIDIKAN: Diploma Kesetiausahaan dari Kolej Sistematik, Kuala Lumpur •KOMERSIAL TV: Adabi, Homesoy, Kentucky Fried Chicken (KFC), Fab dan Munchies •DRAMA: Sangga Saadah, Qa'naah, Cinta Medik, Impak Maksima The Series, Otai The Series, Pencak Akhir, Anak Mami, Enigma, Kain Ketat, Isabella, Sutera Maya, Kasihmu Di Bulan Ramadan, Puisi Untuk Anis, Kepulangan, Sutera Maya dan Spa Q 2 •FILEM: Bujang Senang, Malaikat Maut, Skrip 7707, Otai, Rasukan Ablasa, Sifu & Tongga, Dua Hati Satu Jiwa & Rasuk •PROGRAM TV: Sampaikan Raya 2008 dan Ketuk-Ketuk Raya •PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Popular (Anugerah Shine Pantene) di ASK2007. Solekan & Dandanan: Rieza Amour (013-4343615) Busana: Crystal Fashion House, Lot 2.81, Tingkat 2, Kompleks Pertama, Jalan Tunku Abdul Rahman, (017-6015016) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 10:18 am | |
| Scha Akui Cinta Fahrin
Jika sebelum ini, Sharifah Norazean atau Scha lebih suka tidak dikaitkan mempunyai hubungan dengan Fahrin, namun gadis ini tidak lagi menyembunyikan kisah cinta mereka yang kini terjalin hampir 10 bulan lalu. Namun, Scha menafikan mereka akan berkahwin dalam masa yang terdekat.
"Kami serius dalam hubungan ini namun masih belum terfikir lagi soal kahwin dan tak ada pun keluarga Fahrin datang merisik seperti khabar yang didengar sebelum ini. Tapi Scha akui memang kami sudah berjumpa keluarga masing-masing dan pernah membincangkan soal ini bersama.
"Kalau boleh Scha nak cari harta dulu untuk senangkan family dan selepas itu baru fikir soal kahwin. Secara jujurnya, Scha tak bersedia lagi dari segi mental dan financial untuk berumahtangga," akui Scha yang manis berkebaya.
Scha kini lebih telus berbicara soal cinta dan memberikan dirinya target untuk berkahwin dalam masa dua tahun lagi. Namun gadis berusia 26 tahun ini mengakui banyak cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang menjalinkan hubungan bersama aktor kacak itu.
"Sebagai seorang wanita, sudah tentu wujud perasaan cemburu melihat Fahrin begitu digilai peminat wanita. Dan pernah juga sewaktu kami keluar bersama, datang peminat menyerbu Fahrin dan memeluknya untuk bergambar. Kami tak dapat elak semua itu tapi Scha percayakannya. Itu yang penting," katanya yang akan menjalankan penggambaran Awan Dania untuk musim kedua.
Rezeki Scha kini semakin murah apabila ditawarkan menjadi duta produk Silky Shine dan Bio-Essence. Scha juga khabarnya akan digandingkan bersama Fahrin sebagai pasangan pengacara dalam Sehati Berdansa untuk musim ketiga. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 10:27 am | |
| Awal Temui Gadis Idaman
Awal Ashari kini mengakui dirinya sudahpun menjadi milik seseorang. Walaupun masih dalam proses mengenal hati budi, namun jejaka berusia 28 tahun ini menyifatkan dirinya cukup bertuah dapat mendekati gadis idamannya selama ini.
"Awal pernah cuba tackle dia dua tahun lepas tapi dia menolak. Awal berhenti hubungi dia seketika dan beberapa bulan lepas kami berjumpa semula dan Awal cuba kembali untuk tawan hati dia dan syukur dia dapat menerima diri Awal seadanya.
"Awal terpikat sebab dia seorang yang sangat independent, bukannya jenis yang mengada-ngada dan sangat berbeza daripada sifat Awal yang manja ni. Sebelum ini memang Awal ada rapat dengan beberapa artis wanita, namun hati belum terbuka untuk bercinta. Kebetulan dia datang pada waktu dan masa yang tepat sehingga hati Awal jadi berbunga-bunga menerima kehadirannya dalam hidup," katanya yang hampir tiga tahun bergelar solo selepas putus cinta pada 2006.
Tidak mengiya mahupun menafikan buah hatinya itu adalah individu yang terlibat dalam industri hiburan tanah air, namun beliau mengakui kekasihnya itu berada dalam lingkungan kehidupan hariannya dan lebih muda daripadanya.
Murah Rezeki
Sepanjang bulan Ramadhan ini, selain berlakon dan mengacara, Awal juga aktif menjalankan perniagaan butik bersama Dynaz di Hartamas dan kiosk kasut di The Curve bersama adiknya.
"Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan dan Awal dapat bahagikan masa dengan baik setakat ini. Awal juga akan bergandingan dengan Fahrin selaku pengacara dalam Sehati Berdansa musim ketiga, namun pengacara wanita masih dalam proses pencarian.
"Awal bersyukur masih diberi kepercayaan oleh pihak Astro untuk meneruskan kerjaya. Namun jika diberi pilihan, Awal akan lebih mengutamakan bidang pengacaraan berbanding lakonan," katanya yang bakal mengelolakan Rentak Bolly yang akan bersiaran di Astro B4U setiap Jumaat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 10:31 am | |
| Fara berniaga, Tomok diikat aktiviti
FARA Fauzana dan Tomok berkongsi kisah Ramadan.
PADA usia muda, kedua-dua personaliti ini menggenggam populariti yang bukan kecil. Baik Fara Fauzana mahupun Tomok yang pernah menjadi vokalis kumpulan Newboyz, masing-masing mengumpul peminat tersendiri.
Seorang di bidang penyampaian manakala seorang lagi di bidang nyanyian.
Mungkin ini kali pertama mereka digandingkan dan gandingan mereka sengaja dilakukan Hits khas buat tatapan peminat setia mereka.
Nikmat berpuasa ternyata tiada surutnya. Seperti insan biasa, Fara dan Tomok mempunyai kisah yang ingin dikongsikan.
Tidak dinafikan Ramadan bukan sahaja dilihat sebagai bulan menyucikan diri dan meningkatkan amal ibadat.
Tetapi juga, dilihat sebagai bulan yang penuh keberkatan malah, ada yang beranggapan ia sebagai bulan rezeki bagi mereka yang berniaga.
Tidak menolak hakikat tersebut, Fara sendiri mengambil peluang untuk berniaga.
Bertempat Bazar Ramadan Plaza Damas, Sri Hartamas, Kuala Lumpur, Fara 'mencuri' peluang menjalankan perniagaan biskut raya bersama-sama rakan, Lisa Aryanti yang juga pengurus peribadi penyanyi Ziana Zain.
Biarpun sibuk dengan jadual di konti Hot FM dan mempromosikan filem lakonannya bersama Mawi, ia langsung tidak dilihat sebagai kekangan buatnya menambah pendapatan.
"Saya memang suka berniaga, saya membatu menjual biskut raya yang dibuat sendiri oleh ibu, Faridah dan ibu saudara saya, Fauziah.
"Antara yang dijual ialah biskut Chip Coklat, biskut Nescafe dan juga biskut Arab yang menjadi kegemaran saya.
"Biskut-biskut ini saya namakan Fafau Cookies mengambil sempena gabungan nama ibu dan makcik saya," katanya yang gemarkan Kek Batik sebagai menu wajib berbuka puasa.
Jika Fara sibuk dengan perniagaan biskut raya, Tomok pula diuliti kerinduan apabila kali ini dia tidak lagi berpeluang menjalankan aktiviti perniagaan Ayam Berempah yang di niaganya di Bazar Ramadan Bandar Tun Razak.
Sejak bergelar juara One In a Million (OIAM) musim ketiga, Tomok seperti orang baru di persada seni.
Biarpun pernah mengecapi zaman gemilang bersama kumpulannya tidak lama dahulu hakikatnya bergerak secara solo memberikan cabaran yang berbeza buatnya.
Dari segi masa, kata Tomok, dia kini terikat dengan pelbagai aktiviti yang dirangka oleh syarikat rakamannya, Monkey Bone.
Sungguhpun tiada masa untuk berehat panjang namun dia bersyukur kerana kesibukan itu membuktikan dia diterima oleh ramai peminat.
"Terus terang, saya memang rindu aktiviti perniagaan di pasar Ramadan. Biarpun untungnya tidak banyak tetapi jika dikumpulkan hasilnya lepas juga untuk menampung perbelanjaan berhari raya.
"Memang terasa sunyi Ramadan saya kali ini tanpa berniaga," kata Tomok berterus-terang.
Biarpun tidak sempat berniaga, namun Tomok tidak terlepas peluang ke pasar Ramadan hampir setiap petang untuk membeli juadah kegemarannya, kuih lopes.
Fara ponteng puasa
Bercerita kenangan berpuasa, sambil tersenyum dan ketawa kecil pantas bibirnya mencerita peristiwa lucu dirinya ketika berusia 14 tahun yang hanya sekar berpuasa selama lima hari.
"Ketika itu saya bersekolah di Sungai Petani, Kedah. Saya hanya sempat berpuasa selama lima hari sahaja. Lagi 25 hari saya tidak larat kerana tahap kesihatan saya tidak mengizinkan.
"Bukan sengaja ponteng tetapi kerana sesak nafas akibat habuk dari kilang papan yang terletak di belakang sekolah.
"Masa itu pemikiran saya belum matang, bila masa nak ganti itu agak sukar maklumlah 25 hari," katanya sambil ketawa.
Tahun ini, Fara bersama keluarganya merancang untuk berhari raya sambil bercuti selama tiga hari di sebuah pusat peranginan.
Tomok rindu balas kad raya
Apabila tiba musim perayaan, sudah tentu kiriman kad hari raya menjadi satu keutamaan.
Namun, peredaran masa yang disogok dengan kemajuan teknologi kini tidak dapat lari melenyapkan tradisi yang menjadi amalan berpuluh tahun lalu itu.
Berkongsi pengalaman lalu, kata Tomok dahulu Ramadannya terisi dengan ribuan kad raya yang berguni-guni diterima daripada peminat.
"Pengalaman raya yang tidak dapat saya lupakan ialah ketika pertama kali menjadi artis rakaman di mana ketika itu Newboyz menerima berguni kad raya daripada peminat.
"Berbanding beberapa tahun kebelakangan ini, peminat lebih gemar menghantar ucapan hari raya menerusi e-mel. Memang tidak dinafikan penggunaan e-mel lebih cepat, mudah dan menjimatkan namun, perasaan membuka kad itu sudah tiada lagi.
"Bagaimanapun, saya bersyukur kera Ramadan kali ini, saya rasa seronok dapat bertemu dengan peminat seperti dahulu.
"Saya sudah merasa berada di atas dan di bawah dan berharap agar penerima- an peminat sebegini berterusan buat saya," kata Tomok yang akan bercuti dan berhari raya selama seminggu di kampungnya di Negeri Sembilan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 10:35 am | |
| Tak buru gelaran primadona
LIMA tahun dulu sebagai Phim, anak kehilangan kasih sayang ibu bapa, lalu terjebak di kancah sosial, dia mula memaparkan lakonan membanggakan menerusi Castello. Kini sebagai Amy, Liyana Jasmay, 21, akhirnya berjaya menampilkan lakonan cemerlang menerusi Papadom, sekali gus menobatkannya antara aktres termuda dalam sejarah penganjuran Festival Filem Malaysia untuk bergelar Pelakon Wanita Terbaik.
Pun begitu, Liyana tidak perlu menunggu terlalu lama untuk menggenggam trofi yang menjadi idaman setiap aktres itu, namun bagi Salina Saibi, selepas menjayakan hampir 100 judul drama kira-kira lapan tahun lalu, kini barulah bakatnya menjadi perhatian apabila filem pertamanya, Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam, berjaya melonjakkan bakat lakonannya, lalu merangkul gelaran Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, baru-baru ini.
Liyana mula mengenali dunia lakonan seawal usia sembilan tahun lagi, namun dia hanya bergiat aktif ketika umurnya melewati 16 tahun apabila diperkenalkan Rosyam Nor menerusi Castello dan sejak itu tawaran lakonannya tidak pernah sepi. Hari ini namanya sudah berjaya berada di puncak apabila industri perfileman negara mengiktiraf bakat seninya.
"Apa yang saya peroleh hari ini adalah rezeki dan berkat doa daripada keluarga. Selain itu, kerja berpasukan daripada krew Papadom memainkan peranan besar kejayaan yang saya peroleh ini. Sekalipun watak saya di dalam Papadom agak simple, tapi ia sarat dengan emosi. Justeru, kejayaan ini adalah kejayaan bersama seluruh warga kerja Papadom, khususnya Abang Afdlin (Shauki) yang banyak memberi tunjuk ajar," kata Liyana.
Selepas menggenggam kejayaan ini, layakkah Liyana bergelar primadona muda memandangkan kejayaan yang diperolehnya dalam waktu singkat?
"Kejayaan ini adalah antara matlamat atau 'goal' yang saya cita-citakan selama ini. Kini, ia sudah termakbul dan bukan bermakna saya berada di zon yang selesa, sebaliknya kerja keras harus dilipat gandakan. Saya tidak pernah terlintas untuk bergelar primadona, perjalanan seni saya masih jauh. Kehadiran saya dalam industri ini sekadar pelapis kepada industri filem, sekali gus menyambung legasi industri itu yang boleh kita banggakan hari ini. Sekurang-kurangnya saya bersyukur, lakonan saya mendapat tempat di hati juri dan mudah-mudahan peminat terus memberi sokongan kepada perjalanan seni saya.
"Namun, sebelum saya mengecapi kejayaan hari ini, saya sebenarnya sudah belajar daripada kegagalan. Orang kata gagal dulu, menang kemudian. Saya pernah gagal merebut gelaran Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada FFM19 menerusi Castello, hari ini kekecewaan saya sudah ditebus... alhamdulillah," katanya lagi.
Umum sedia maklum, Liyana dikatakan berkawan rapat dengan bintang Akademi Fantasia 5 (AF5), Aizat yang popular menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu. Justeru, sejauh mana perhubungan mereka setakat ini, sudahkah melewati fasa percintaan dan apa yang Aizat katakan kepada Liyana mengenai kejayaannya itu?
"Kami tetap berkawan baik seperti dulu, cinta ke, kahwin, tak pernah terlintas langsung. Lagipun kami masih muda, saya tak mampu meramal apa-apa mengenai persahabatan kami. Just go with the flow. Sekiranya perhubungan kami sebagai kawan baik mampu bertahan lama tanpa berdepan sebarang masalah dan akhirnya ditakdirkan bertemu jodoh dengannya, saya reda.
'Aizat tumpang bangga'
"Mengenai kejayaan saya di FFM22 baru-baru ini, Aizat sangat gembira. Dia tahu saya suka berlakon, kini apabila trofi kebanggaan itu berada di genggaman saya, Aizat tumpang bangga," kata Liyana berterus terang.
Selain dikenali sebagai pelakon filem dan drama, Liyana juga semakin gah menyusuri bidang nyanyian apabila single pertamanya, Aku Tak Percaya Cinta, semakin hari terus mendapat tempat di hati pendengar. Album mini pertamanya yang berkonsepkan teen pop rock, selain memuatkan lagu seperti Aku Jatuh Cinta, Pelik, Penyelamat Cinta dan Kejar dijangka berada di pasaran selepas Aidilfitri ini.
Namun, belum ada sejarah yang membuktikan, benar-benar wujud seorang artis berjaya menguasai kedua-dua bidang - lakonan dan nyanyian, sekali gus. Setakat ini hanya Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang memonopoli pelbagai cabang seni dalam satu masa. Justeru, ada dakwaan yang meminta agar Liyana hanya beri tumpuan kepada lakonan semata-mata dan melupakan seni suara.
"Saya tak peduli apa orang kata! Saya akan terus mencuba dan berjaya sebagai penyanyi. Lebih sedekad lalu, orang pernah melabel Datuk Siti Nurhaliza sebagai penyanyi kampung, dia tak boleh menyanyi dan macam-macam lagi. Lihat hari ini kedudukan Datuk Siti, dia adalah satu-satunya penyanyi terbaik, belum ada yang mampu menandingi kehebatannya di pentas nyanyian! Datuk Siti tidak mempedulikan cakap-cakap orang, dia berjaya," kata Liyana tegas mempertahankan pendiriannya.
Bukan setakat itu saja, Liyana juga pernah dituduh Ratu Plagiat dalam laman web hiburan popular kerana lagu nyanyian dan cara penampilannya dikatakan meniru penyanyi remaja terkenal dunia, Avril Lavigne! Liyana juga didakwa penyanyi tiada identiti sendiri.
"Penggubah muzik saya, AG Coco adalah peminat Avril, justeru dia menghasilkan 'bunyi' seperti Avril dan mahu saya jadi seperti Avril, tapi bukan bermaksud meniru 100 peratus seperti bintang dunia itu. Orang kata saya tak ada identiti, saya tak peduli cakap-cakap orang! Avril adalah bench mark saya. Saya menyanyi dengan cara saya sendiri, keaslian itu hadir dari dalam hati, cuma pengaruh artis berkenaan saja yang diperkatakan orang," tegasnya.
Salina sukar percayai kemenangan
Sementara itu, bagi Salina, sebalik diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, dia mengakui terlalu sukar mempercayai keputusan itu. Katanya lagi, selama bergelar pelakon, dia berasakan dirinya jarang mendapat pendedahan media massa, jauh sekali memperoleh populariti, justeru apabila dia mendapat tempat di hati juri, dia ingin berkongsi kejayaan itu dengan seluruh produksi Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam, lebih-lebih lagi Datuk Yusof Haslam dan pengarahnya, Syamsul Yusof.
"Alhamdulillah, trofi kemenangan ini adalah rezeki anak saya yang baru lahir, sokongan suami, keluarga dan warga kerja Skop Productions. Saya tak pernah bermimpi memperoleh kejayaan sebesar ini. Saya juga jarang berpeluang mendekati pihak wartawan atas faktor kesibukan kerja menghalang saya mendapatkan perhatian media massa," katanya.
Salina lambat popular, apa komen anda?
"Saya akui perkara itu. Saya tidak pernah menganggap diri saya popular. Justeru, apabila nama saya dibacakan antara lima terbaik dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, tepukan dan sorakan yang saya dengar daripada penonton, perlahan saja, saya tak terkejut. Tapi, apabila nama saya diumumkan sebagai pemenangnya, nak tercabut rasanya jantung ini!
"Bagi saya, apabila saya sudah mendirikan rumah tangga, mempunyai anak, baru saya dapat rasakan, ada juga publisiti. Tapi, sekalipun saya jarang mendapat perhatian media massa, alhamdulillah tawaran berlakon tak pernah putus. Namun, saya akui sokongan daripada pihak wartawan, publisiti daripada mereka, adalah antara tulang belakang kejayaan seseorang artis, itu saya tidak boleh menafikannya," kata Salina lagi.
Katanya lagi, selepas menggenggam kejayaan ini, dia akan terus bekerja keras kerana kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha berterusan.
"Liyana sudah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, insya-Allah suatu hari nanti saya juga bercita-cita untuk berjaya seperti dirinya," kata Salina yang begitu teruja apabila kali pertama diberi peluang menjadi gadis penghias muka depan B*Pop sekalipun dia sudah lama bergelar pelakon.
INFO: Liyana
•NAMA PENUH: Liyana Jasmay •TARIKH LAHIR: 28 Mac 1988 •ASAL: Kuantan, Pahang •KELUARGA: Bongsu daripada empat beradik •PENDIDIKAN: Diploma Seni Persembahan & Media di Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor (sambung belajar Mac 2010) •FILEM: Castello, Syaitan, Maut, Histeria, Kami The Movie, Papadom, Pisau Cukur, Duhai Si Pari Pari dan Niang Rapik The Movie •DRAMA: Laila Sari, Zeti & Mawas, Ponti Anak Remaja, Niang Rapik The Series, Najwa dan Sari Maya •ALBUM MINI: Liyana Jasmay - Aku Tak Percaya Cinta •DUTA: Maybelline •PENCAPAIAN: Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) di Kota Kinabalu, Sabah.
INFO: Salina •NAMA PENUH: Salina Saibi •TARIKH LAHIR: 10 Januari 1982 •ASAL: Kuala Lumpur •KELUARGA: Anak kedua daripada lima beradik •FILEM: Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam •DRAMA: Gerak Khas, CID, Pasrah, Air Mata Maria, Kembali Bertaut, Dari Mata Arissa, Bila Guruh Bergempita, Pintu Ke Syurga dan Spy Man •KOMERSIAL: Kayla Beverly Hills •PENCAPAIAN: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) di Kota Kinabalu, Sabah. •NAMA SUAMI: Azmir Osman •NAMA ANAK: Farah Syakira, lima bulan.
•Lokasi & kemudahan golf: Tropicana Golf & Country Resort Bhd, Jalan Kelab Tropicana, Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya, Selangor (03 7804 8888).•Terima kasih: Setiausaha eksekutif, Norazita Shahlasun (rita@tropicanagolf.com). •Solekan & dandanan Liyana: Tiar Zainal (013 628 4835) •Solekan & dandanan Salina: Bunge (019 669 7701). •Kasut Salina: Figos. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 10:36 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 10:40 am | |
| Lakonan sulung Mawi gagal?
DARI kiri, Cat Farish, Fara dan Mawi yang menjadi antara penggerak utama filem Jin Notti. BAKAL menemui penonton di 60 buah pawagam seluruh negara pada 20 September ini, filem terbaru terbitan KRU Studios, Jin Notti, sememangnya memberi seribu satu pengalaman baru buat beberapa insan yang menjadi antara tunjang utama filem tersebut. Selain dua pelakon utamanya iaitu Mawi dan Fara Fauzana, pengarahnya iaitu Azhari Zain pasti tidak sabar menanti untuk mendengar segala pandangan penonton sementelah ini merupakan filem pertama arahannya. Bagi Mawi pula, Jin Notti merupakan ujian pertama beliau dalam gelanggang perfileman. Begitu juga dengan Fara. Meskipun sudah biasa berhadapan dengan kamera, lakonan dalam Jin Notti disifatkan penyampai radio Hot FM ini sebagai cukup mencabar. Sebagai filem pertama yang memberikannya peluang melakonkan watak utama, dia perlu melakonkan tiga karakter berbeza iaitu Ruby (gadis remaja Punk), Y'vonne (wanita berbangsa Cina) dan Sharifah (peguam bela). Bagaimanapun, filem yang menelan bajet lebih RM1 juta itu boleh dikategorikan dijangka mengundang pelbagai reaksi. Ada juga yang mengkritik percubaan Mawi kurang menjadi kerana lakonannya agak kaku. Benar, ini percubaan pertama penyanyi itu, tetapi Mawi seharusnya mengambil peluang ini untuk menghasilkan satu impak yang dapat dikenang sampai bila-bila. Mengangkat latar cerita seorang gadis jin bernama Notti lakonan Fara, ada beberapa babak dalam filem ini yang dilihat meleret-leret selain penonjolan lawak yang kurang segar untuk 'menggeletek' hati penonton. Sebagai contoh, apakah perlu Nabil (Raja Lawak) memasukkan unsur-unsur filem Sifu & Tongga ke dalam Jin Notti?. Begitu juga kepada Cat Farish yang memegang watak Jinbara. Perlakuannya yang sering mengorek pusat menggunakan jari bukanlah sesuatu yang lawak tetapi mampu menimbulkan rasa jijik. Babak pergaduhan membabitkan Mawi yang melakonkan watak Aziz dan Corie (Taiko) dalam sungai turut dilihat seakan tidak natural. Sungguhpun begitu, di sebalik ruang lingkup yang boleh diperbaiki, sekalung tahniah buat produksi filem ini kerana berjaya membangkitkan suasana 'alam' jin menerusi teknik imej janaan komputer (CGI). Paling menarik tatkala Notti yang ketika itu pengsan, telah bermimpi dan bertemu dengan ayahnya di sebuah lokasi yang cukup indah melalui penghasilan CGI. Menurut sutradaranya, Azhari, meskipun berpuas hati dengan filem arahannya itu, dia mengakui, masih baru dalam dunia pengarahan. Mengharapkan kritikan membina daripada pelbagai pihak, Azhari mengambil sikap menerima segala teguran itu untuknya memperbaiki setiap kelemahan yang ada. "Yang pertama adalah satu eksperimen. Saya percaya kepada kritikan yang membina. Insya-Allah saya tidak akan rasa lemah dengan kritikan itu. "Saya juga bersyukur kerana diberikan peluang oleh KRU untuk mengarahkan Jin Notti walaupun masih baru sebagai pengarah. "Buat filem jika tidak ada kritikan, sudah tentu saya tidak akan dapat belajar untuk memperbaiki kelemahan,'' katanya ketika ditemui pada tayangan perdana Jin Notti di Cathay Cineplexes, Cineleisure, Damansara, baru-baru ini. Ujar Azhari, Jin Notti mempunyai kekuatan untuk menarik penonton terutamanya kepada peminat Mawi dan Fara. Jelasnya, filem tersebut meskipun mengambil genre komedi sebagai teras, ia terselit satu kritikan sosial. Edry berpuas hati Sementara itu, Penerbit Eksekutif Jin Notti, Edry Abdul Halim yang turut hadir pada tayangan perdana itu menyatakan rasa puas hati terhadap hasil kerja Azhari itu. Meletakkan sasaran kutipan jualan tiket melebihi RM4 juta, Edry berkata, Jin Notti sesuai ditonton oleh seisi keluarga dengan menampilkan banyak mesej berguna. "Selain itu kemunculan Mawi dan Fara yang boleh dianggap sebagai 'orang baru' yang diberi peranan utama dalam filem merupakan satu lembaran baru buat karier mereka. "Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan filem ini,'' tambahnya lagi. Selain Mawi, Fara, Cat Farish dan Corie, Jin Notti turut dibintangi Bob Lokman selaku Jin Samsu, Adibah Noor (Sofea Jin), Acappan (Jingam), Hafidzuddin Fazli (Nesti), Sazzy Falak (Zulu), Sheila Mambo (ibu Zulu), Betty Banafe (peguam) dan David Teo (ketua kongsi gelap). Notti merupakan seorang gadis jin berusia 17 tahun yang sangat baik, lembut dan jujur. Dikenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara selama beratus tahun, Notti kemudiannya dihantar turun ke dunia oleh Majlis Penghakiman Jin. Di dunia, Notti dikehendaki melakukan kejahatan dan harus melepasi skala kejahatan bagi membolehkannya bebas daripada hukuman. Sepanjang berada di dunia, Notti telah memasuki tiga tubuh manusia iaitu Ruby, Y'vonne dan Sharifah. Bagaimanapun, dalam menjalani hukuman, Notti mula jatuh cinta pada seorang lelaki bernama Aziz. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, tontoni Jin Notti yang bakal ditayangkan 20 September ini sempena sambutan Aidilfitri. Bagi KRU Studio, pastinya mereka berasa bangga kerana Jin Notti menjadi pilihan Telekom Malaysia Berhad (TM) yang secara tidak langsung ia merupakan filem pertama tajaan syarikat berkenaan. Sebagai penaja, TM menawarkan kandungan media online eksklusif Jin Notti melalui Hypp.TV, rakan kongsi online rasmi filem berkenaan. Antara kandungan menarik di Hypp.TV ialah visual di sebalik tabir pembikinan Jin Notti dan video muzik lagu tema Seumur Hidup nyanyian Dafi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 11:09 am | |
| Satu kepala
FARAHDHIYA (kiri) dan Zizie Ezette.
Kalau ada Farahdhiya, pasti ada kelibat Zizie Ezette. Begitulah akrabnya dua sahabat ini yang sudah kenali hati dan budi masing-masing sejak 11 tahun lalu
PEPATAH ada menyebut, berkawan biar seribu, bercinta setia kepada yang satu. Tidak kira apa juga istilah yang digunakan, teman, sahabat atau kawan, semuanya mempunyai persamaan yang memberi tafsiran tersendiri dalam hidup kita.
Ada kawan yang boleh diajak berbincang dan berkongsi rahsia. Lumrah juga dalam hidup, ada juga kawan yang suka tikam belakang dan seperti musuh dalam selimut. Di dalam industri hiburan khususnya, ada golongan artis yang akrab sesama sendiri. Dan ada juga yang lebih selesa memilih kawan dari luar industri.
Sebagai menghargai erti persahabatan, Hip satukan dua sahabat baik, Farahdhiya, 25, dan Zizie Ezette, 31, dalam persalinan fusion yang masih dipengaruhi elemen tradisi dan kontemporari rekaan Anizam Yusof. Kebaya pendek klasik bukan saja boleh digayakan dengan kain atau seluar, skirt labuh juga boleh dipertimbangkan.
Sudah 11 tahun usia persahabatan dua pelakon berkulit putih gebu dan mulus ini bersemi. Difahamkan, detik perkenalan mereka mula berputik ketika Zizie 'berkawan baik' dengan abang Farahdhiya. Walaupun Zizie tidak lagi menjalinkan hubungan dengan abangnya, mereka masih tegar menjadi teman baik.
Biarpun akrab sudah lama, namun cuma beberapa tahun kebelakangan ini, mereka kerap dilihat hadir bersama memenuhi undangan majlis hiburan tertentu. Malah, apabila ada pihak yang sudah tahu mengenai hubungan baik mereka, awal-awal lagi penganjur menjemput mereka berdua.
AKRAB, hubungan Zizie dan Farahdhiya sudah seperti kakak dan adik.
Ibaratnya kalau ada Farahdhiya, kelibat Zizie juga turut ada. Mengikut perancangan, tahun ini sekali lagi mereka dan keluarga masing-masing akan beraya di Johor Bahru seperti tahun lalu. Rutin biasa, menetap di hotel dan menziarahi sanak saudara akan dilakukan mereka.
"Insya-Allah, kalau perancangan Farah untuk bercuti ke Bali tidak menjadi, kami sepakat akan beraya bersama-sama. Menariknya, amalan kunjung mengunjung di hari raya ini bukan hanya terbatas di kalangan saudara Farah saja. Farah pun akan ikut beraya di rumah saudara Zizie dan begitulah sebaliknya," kata Farahdhiya yang mesra membahasakan dirinya sebagai Farah.
Menurut penyanyi Bertakhta Di Hati itu, tidak ramai boleh memahami perangainya. Silap hari bulan, akan ada yang beranggapan Farahdhiya sebenarnya 'kekwat' apatah lagi air mukanya dilihat agak kasar. Tak kenal maka tak cinta, lalu, Zizie antara yang bijak menjaga kerukunan nilai persahabatan yang terjalin.
Di kalangan mereka, panggilan 'B' (baby) menjadi kod penting hubungan mereka. Malahan, panggilan itu turut digunakan untuk kelompok sahabat mereka yang lain seperti Datin Illyka dan beberapa orang rakan bukan industri. Zizie dan Farahdhiya juga baru pulang bercuti Julai lalu ke Amsterdam, Rome, Venice dan Paris.
ZIZIE dan Farahdhiya ketika bercuti di Venice. "Banyak benda yang kami kongsi bersama. Masa sedih dan gembira, dialah (Zizie) teman yang sentiasa ada di kala Farah memerlukan. Orang pertama yang akan tahu berita sedih dan gembira, tentunya dia. Ketika ini Farah berharap dapat berlakon bersamanya. Dapat watak adik beradik pun kira okey juga sebab kami sudah kenal luar dan dalam.
"Sebelum ini kami ada berlakon dalam drama Spa Q musim kedua, cuma tiada babak yang membabitkan kami bersama. Kami juga berkongsi minat yang sama kerana suka bercuti mencari ketenangan. Sebelum bercuti Julai lalu, kami ada bercuti ke Singapura dan Australia," katanya yang turut mengacarakan program Dua Insan untuk saluran Muzik Aktif.
Mengenai kerjaya seni, minat Farahdhiya terhadap dunia nyanyian masih menebal sebenarnya. Bagaimanapun rezeki untuknya memiliki album baru masih belum menjadi kenyataan. Apatah lagi berita penutupan syarikat Maestro yang dinaunginya dalam tempoh sekejap mula membuatkan dirinya bertambah kecewa.
"Paling kurang pun perancangan Farah setakat ini, hanya muncul dengan lagu single saja. Dengan keadaan pasaran muzik yang suram, idea muncul dengan album penuh bukan keutamaan lagi. Tapi Farah bersyukur bekas orang kuat Maestro, Freddie Fernandez masih banyak memberi sokongan.
"Mungkin lagu ciptaan Tam Spider, Renyai akan dijadikan sebagai single pertama. Sekarang Farah tak boleh berpeluk tubuh menunggu sesuatu yang belum pasti. Lalu, jalan terbaik untuk terus mengekalkan hayat dalam dunia seni ialah menggunakan bakat yang ada.
"Tidak kira menyanyi, berlakon atau mengacara, Farah hanya rebut peluang yang ada di depan mata. Seperti orang bercinta yang mengikut aliran, Farah juga mengikut ketentuan di mana rezeki itu berpihak. Nak selektif atau demand tak tentu fasal pun tak guna. Salah percaturan tak ada kerja langsung," katanya yang akan mula terbabit dengan penggambaran drama Spa Q musim ketiga selepas Aidilfitri.
Berbeza cita rasa lelaki idaman
ZIZIE berkata, jalinan ukhuwah yang terjalin di antara mereka sekali gus melambangkan penyatuan dua buah keluarga yang sangat harmoni. Dalam persamaan mereka, hanya satu perbezaan nyata yang jelas memisahkan fahaman masing-masing iaitu mengenai lelaki pilihan.
Jika Farahdhiya lebih berkenan memilih lelaki bujang di usia 30-an, Zizie pula lebih terbuka dalam soal terbabit. Berlainan dengan Farahdhiya yang masih bahagia bercinta dengan lelaki yang sama sejak dua tahun lalu, hubungan cintanya dengan seorang ahli perniagaan berakhir tanpa ikatan perkahwinan.
Terbaru, gosip yang mula mekar sejak beberapa bulan lalu ialah mengenai hubungannya dengan aktor baru, Fizo Omar. Istilah bercinta dengan 'anak ikan' paling jelas menggambarkan pernyataan gosip terbabit hinggakan gambar percutian mereka di Phuket, Thailand di laman maya mula diperdebatkan.
Bagaimanapun, masing-masing sudah menjelaskan percutian itu turut disertai ahli keluarga masing-masing. Hakikatnya persahabatan Zizie dan Fizo diperkenalkan Farahdhiya sendiri. Akui pelakon yang mula membabitkan diri dalam dunia lakonan bermula seawal usia 13 tahun itu, hubungannya dengan Fizo tak lebih sekadar teman biasa.
"Dia (Fizo) sudah macam ahli keluarga saya. Malah persahabatan kami juga diketahui keluarga masing-masing. Semuanya berlaku secara kebetulan selepas saya berpisah dengan bekas kekasih. Saya juga seperti manusia biasa ingin berkawan," katanya.
Secara kebetulan juga, Zizie memberitahu cita rasanya terhadap lelaki lebih fleksibel. Jika lelaki itu muda sekalipun tetapi pemikirannya matang, Bintang Harapan Festival Filem Malaysia ke-11 ini sedia mempertimbangkan lelaki terbabit sebagai kekasih atau pun bakal suami.
"Tetapi situasi itu (bercinta dengan lelaki muda) bukan merujuk kepada persahabatan saya dengan Fizo. Lelaki tua yang agak berumur tetapi bukan suami orang juga masih di bawah kriteria pilihan saya.
"Bagi saya isu tua atau muda terlalu subjektif kerana pada akhirnya ia berbalik kepada soal hati. Saya tak kisah rupa kerana hati mengatasi segala-galanya. Biar kaya dan pemurah dengan budi bahasa, itu sudah memadai. Tak semestinya yang kita mahu, kita akan dapat dengan mudah," katanya sambil tersenyum.
Ditanya mengenai Farahdhiya, Zizie yang tahun depan akan menjangkau usia 20 tahun sebagai pelakon menjelaskan, kawan baiknya itu disifatkan terlalu istimewa. Bahkan, sambil berseloroh, Zizie juga berpandangan siapa yang tidak mengenali Farahdhiya dengan lebih dekat, pasti menyangkakan dirinya sombong.
"Mungkin juga kami boleh faham diri masing-masing dan cepat serasi. Kali pertama saya kenal dia, pandangannya terhadap saya memang semacam. Dalam hati pernah terdetik berkata, kereknya minah ini. Tetapi selepas mengenali diri masing-masing, dia tidak seperti apa yang kita sangka.
"Saya jenis yang selamba dan tidak suka menghakimi orang secara dasar. Saya cuba memahami dia dan kepala kami boleh masuk. Lama-lama kami jadi sekepala. Sebagai seorang manusia biasa, saya juga tidak sempurna. Lalu, baik buruk masing-masing kami terima seadanya.
"Kadang-kadang, saya tak nafikan sikapnya ada kalanya menjengkelkan hingga mahu saja saya mencekik dia. Tetapi sebab sudah kenal lama, tak guna kami terasa hati dan bergaduh. Apa yang dia buat itu kira halal dan saya tutup mata saja," katanya yang terbabit dengan penggambaran drama sekuel Sari Maya. Masih mengekalkan Nabila Huda, bagaimanapun drama itu tidak lagi membabitkan Liyana Jasmay dan digantikan dengan Rusdiana Rusdi.
Profil
•Nama penuh: Zizie Ezette A Samad
Panggilan: Zizie
Asal: Batu Pahat, Johor
Umur: 31 tahun
Filem: Kekasih Awal dan Akhir (1993), Sama Tak Serupa (1995) dan Black Maria (2003)
Drama: Kau Yang Ku Sayang, Bicara Cinta, Cinta Semalam, Aduhai Esah, Elegori, Emil Emelda, Spa-Q dan Spa-Q 2.
Pencapaian: Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Sri Angkasa pada 1994 menerusi drama Elegori dan Anugerah Skrin (2003 menerusi drama Aduhai Esah). Bintang Harapan Festival Filem Malaysia ke-11 pada 1994 menerusi filem Kekasih Awal dan Akhir)
•Farahdhiya Mohd Amin
Tarikh lahir: 28 April 1984
Usia: 25 tahun
Tempat lahir: Sarzana, Itali
Lagu popular: Bertakhta Di Hati
Antara drama: Spa Q dan Ku Milikmu
Kerjaya: Penyanyi, pengacara dan pelakon
E-mel: farah_dhiya@yahoo.com |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 11:21 am | |
| Kenduri kahwin secara gotong royong
ZILA dan Along Cham rancang kahwin tahun depan. BIASANYA golongan artis mengadakan majlis perkahwinan atau resepsi mereka dalam suasana yang gilang gemilang seperti di hotel-hotel mewah dengan dihadiri oleh ramai sanak saudara dan kenalan masing-masing.
Bagaimanapun, bagi pasangan artis Zila (peserta Akademi Fantasi 4), dan Along Cham (Raja Lawak 2) bukan sahaja tidak mahu majlis perkahwinan mereka diadakan secara besar-besaran.
Sebaliknya, mereka mahu majlis perkahwinan mereka pada awal tahun depan diadakan di kampung masing-masing di mana segala persiapannya dilakukan secara gotong-royong oleh sanak saudara dan orang-orang kampung.
"Kalau boleh kami mahu majlis perkhawinan kami itu nanti diadakan secara sederhana sahaja. Kenduri itu akan diadakan di kampung saya di Felda Lui Selatan, Negeri Sembilan dan di kampung bakal suami saya di Johor Jaya.
"Ia diadakan macam kenduri yang biasa diadakan di kampung. Misalnya, soal masak memasak akan kami lakukan secara gotong-royong. Cara itu bukan sahaja menjimatkan belanja.
"Bahkan pada masa yang sama mengeratkan lagi hubungan sesama kami seluruh kampung," katanya ketika ditemui Hits pada pelancaran Astro Raya Screening 2009 di Rumah Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pada pertemuan itu, Zila ditemani oleh tunangnya, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad yang merupakan finalis pertandingan Raja Lawak musim ke-2 anjuran Astro.
Meskipun merancang mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana tetapi pasangan itu khabarnya sudahpun membuat persiapan lebih awal termasuklah menyediakan barang-barang untuk hantaran majlis bersejarah mereka.
"Pihak lelaki akan menghantar tujuh dulang hantaran, manakala pihak saya pula akan membalasnya dengan sembilan dulang. Majlis perkahwinan akan diadakan pada awal tahun depan. Tarikhnya kami akan diumumkan kemudian.
"Jumlah wang hantaran pula buat masa ini kami memang tidak mahu umumkan, begitu juga dengan jumlah mas kahwin. Buat masa ini, kami masih lagi membuat persiapan majlis itu secara berperingkat-peringkat," ujarnya.
Zila atau Nur Azilah Seeron, menyatakan, dia dan Along Cham merancang untuk menamatkan zaman bujang mereka pada awal tahun depan selepas bertunang pada 9 Disember tahun lalu.
Ketika ini, kata Zila, dia dan Along Cham sibuk dengan kerjaya mereka terutamanya dalam bidang lakonan termasuklah memenuhi undangan rakaman pelbagai rancangan berkonsepkan Hari Raya Aidil Fitri.
"Selain memenuhi undangan menyanyi pada majlis-majlis makan malam, saya juga semakin aktif dalam bidang lakonan. Ramai penerbit dan pengarah yang memberi kepercayaan kepada saya dalam bidang lakonan.
"Saya baru sahaja habis penggambaran telemovie berjudul Habibi Mawi Aidil Fitri yang diterbitkan sendiri oleh Mawi. Dalam telemovie itu, saya berlakon dengan Mawi dan ia akan ditayangkan di Astro Ria pada 20 September ini.
"Selain itu, saya juga baru habis menjalani penggambaran drama berjudul Aku Budak Minang. Dengan adanya tawaran berlakon dan menyanyi, saya agak sibuk sepanjang bulan Ramadan ini," katanya yang jarang berjauhan dengan tunangnya itu.
Biarpun sibuk dengan bidang nyanyian dan lakonan, tetapi Zila dan tunangnya tetap tidak mahu melepaskan peluang berbuka puasa bersama bagi mengeratkan lagi perhubungan mereka.
Pada 1 Ramadan yang pertama baru-baru ini, penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu irama Malaysia itu telah berkunjung ke rumah keluarga Along Cham di Johor untuk berbuka puasa bersama mereka.
"Peluang itu secara tidak langsung akan dapat memperkenalkan lagi antara saya dengan keluarga Along. Banyak yang saya pelajari daripada mereka. Ibu Along ada beritahu saya, makanan kegemaran tunang saya itu ialah daging masak asam pedas," ceritanya lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 11:23 am | |
| Waheeda kini pengurus Akhil
AKHIL HAYY DAN ISTERINYA, WAHEEDA PADA HARI PERNIKAHAN MEREKA, BARU-BARU INI
BAGI pasangan pengantin yang baru sahaja diijab kabul, percutian bulan madu sering diberi perhatian kerana ia dikatakan mampu meninggalkan kenangan manis buat pasangan terbabit.
Bagaimanapun, bagi penyanyi, pendakwah dan pengacara, Akhil Hayy bersama pasangannya, Waheeda, mereka tidak menjadikan bulan madu sebagai agenda utama selepas bergelar suami isteri pada 16 Ogos lalu.
Sebaliknya, Akhil menjadikan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri kali ini sebagai peluang terbaik untuknya mengeratkan lagi hubungan Waheeda dengan dua anaknya.
"Untuk bulan puasa ini tumpuan ana (saya) ialah bagi mengeratkan lagi hubungan isteri ana (Waheeda) dengan dua anak ana iaitu Siti Nurmaisarah dan Mohd. Sharif Hidayatullah.
"Antaranya dengan membawa isteri ana dan anak-anak ana itu berbuka puasa di kampung keluarga ana di Gopeng, Perak, pada 1 Ramadan lalu. Tidak lama selepas itu kami berpuasa pula di rumah keluarga Waheeda di Bukit Jelutong, Shah Alam.
"Secara tidak langsung, ana anggap ini juga suatu honeymoon (bulan madu) kami," katanya kepada Hits ketika ditemui pada majlis Astro Raya Screening 2009 di Rumah Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada pertemuan itu, Akhil hadir seorang diri tanpa Waheeda di sisinya kerana difahamkan isterinya itu kurang sihat dan lebih senang berbuka puasa bersama-sama anak-anak tirinya di rumah mereka.
Selain melakukan ibadah puasa bersama-sama, bekas vokalis kumpulan rock D' Riyadh itu juga akan mengambil peluang yang sama sewaktu menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tidak lama lagi.
Kata Akhil yang juga pengacara sebuah rancangan dakwah, Cafe Akhil di Astro Oasis, dia sudah merancang perjalanannya untuk menyambut lebaran kali ini bersama isteri yang baru dinikahinya itu.
"Untuk program sempena raya kali ini ana sudahpun membahagi-bahagikan perjalanan kami sekeluarga. Pada 1 Syawal kami sekeluarga akan beraya di rumah keluarga ana di Gopeng.
"Selepas itu, mungkin pada raya yang ketiga kami akan pulang beraya di kampung keluarga Waheeda di Johor Bahru. Ini antara peluang terbaik bagi Waheeda merapatkan lagi hubungannya dengan anak-anak ana," ujarnya.
Majlis pernikahan mereka yang diadakan secara sederhana dengan dihadiri sanak saudara terdekat di Kuala Kubu Baru, Selangor itu seakan kurang lengkap tanpa adanya majlis resepsi.
Justeru, Akhil kini sedang sibuk menguruskan majlis resepsi itu yang bakal diadakan pada 31 Oktober ini bagi menjemput rakan taulan dan pihak media massa yang ramai tidak berpeluang hadir pada majlis akad nikah tersebut.
"Selepas puasa dan raya nanti, tumpuan ana terhadap majlis perkahwinan kami pula. Ia akan diadakan pada 31 Oktober ini di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.
"Di samping rakan-rakan dan media massa, ana juga akan menjemput rakan-rakan artis seperti kumpulan In-Team untuk mengadakan persembahan bagi menghiburkan para tetamu pada majlis itu nanti.
"Sementara pada 7 November ini pula majlis resepsi akan diadakan di Dewan Gopeng di kampung ana di Gopeng. Ana sengaja tidak mahu buat di rumah kerana ibu ana, Azizah Daud (72 tahun) sekarang ini agak uzur," jelasnya.
Bercerita tentang pengalaman rumah tangganya bersama Waheeda, beliau bersyukur kerana isterinya itu tiada masalah untuk menyesuaikan diri sebagai suri rumah sepenuh masa selepas bersara sebagai penyanyi.
Malah, tambah Akhil itu tidak bermakna bakat seni Waheeda akan berkubur begitu sahaja, sebaliknya ia akan digunakan bagi membantu perjalanan kariernya sebagai penyanyi, pengacara dan pendakwah sepenuh masa.
"Kebetulan ana mempunyai studio sendiri di rumah. Jadi Waheeda boleh cipta lagu untuk ana nyanyikan pada masa depan. Secara tidak langsung, dia adalah PA (pengurus peribadi) ana walaupun tidak dibayar gaji," katanya lagi sambil ketawa kecil. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 11:34 am | |
| Sari Yanti dituduh hipokrit apabila tidak bertudung, Memey pula digelar perigi mencari timba gara-gara mengaku sedia bergelar isteri kepada Norman Hakim |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 11:39 am | |
| Aleya dah bersedia tunjuk anak Sharifah Aleya dan Ashraf
PATUT benarlah sehari dua ni dada Kak Pora berdebar-debar. Sangkakan ada yang mahu datang meminang selepas 10 tahun menjanda tetapi telahan Kak Pora itu jauh tersasar. Bergurau sajalah. Siapalah yang nak meminang Kak Pora ni yang dah dua ada anak remaja. Lainlah, kalau cik Normah Becok tu, dia memang gatal nak berlaki lagi...
Dalam sibuk Kak Pora buat persiapan hendak berbuka puasa kelmarin, ada satu panggilan telefon daripada kawan setugas dari meja hiburan akhbar lain yang menceritakan mengenai hasrat ibu muda, Sharifah Aleya. Alaa... anak Fatimah Abu Bakar tu, yang sekarang masih menjadi juruhebah radio Hot FM.
Sejak melahirkan anak kembar perempuan, Aza Ameena dan Asha Ameena, dia masih tidak mahu hendak mendedahkan wajah anaknya itu kepada khalayak peminat dan media massa. Bukan tidak sudi, cuma Aleya atau lebih selesa disapa Leya dikatakan meminta pihak media supaya terlebih dulu memberinya ruang untuk menyesuaikan dirinya sebagai ibu.
Kak Pora mengerti permintaan Leya itu. Maklumlah, ingat lagi ketika Kak Pora bersalin anak pertama dulu, Kak Pora sendiri kalut bagaimana mahu menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru sebagai ibu. Inikan pula Leya yang dianugerahkan Allah dua cahaya mata serentak. Tentu memeningkan kepala untuk melayan dua kerenah berbeza. Selepas hampir dua bulan bersalin, beberapa hari lalu teman Kak Pora tu beritahu, dia menerima undangan daripada keluarga Leya untuk bersama mereka pada majlis berbuka puasa.
Kesempatan itu juga diambil Leya untuk memperkenalkan cahaya mata kembarnya itu kepada media. Biarpun tarikhnya belum dipastikan lagi namun undangan itu cukup mengujakan Kak Pora. Apa tidaknya Kak Pora sendiri begitu ingin menatap wajah anak kembar Leya hasil perkahwinannya dengan Muhammad Ashraf Aasimudin. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 11:43 am | |
| Kak Engku kesal dituduh macam-macam
Raja Azura
KEBELAKANGAN ini nama pelakon, pengacara dan penyampai radio terkenal, Raja Azura terus dipalit dengan kontroversi apabila dikatakan menimbulkan kemarahan banyak pihak gara-gara sikap 'over' dan kelancangan mulutnya ketika berbicara.
Bermula apabila Raja Azura mengacarakan program realiti, Pilih Kasih, pelbagai cerita kurang enak didengar pihak media massa dan kemuncaknya apabila penerbit rancangan berkenaan, Rosyam Nor dikatakan naik berang sehingga menendang kerusi di belakang pentas apabila Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku dilaporkan tersasul ketika menyebut nama VIP pada siri akhir program berkenaan.
Terbaru, sebuah akhbar tabloid mingguan (bukan terbitan kumpulan Berita Harian Sdn Bhd) menyiarkan artikel berjudul 'Pengacara mana fitnah Misha & Mimie?' pada Ahad lalu dan difahamkan pengacara yang dimaksudkan memfitnah penyanyi popular dan kakaknya itu ialah Raja Azura! Dia dikatakan melempar kata-kata yang tidak enak didengar terhadap Misha Omar dan Mimie ketika mengendalikan sebuah rakaman rancangan TV.
Raja Azura juga dituduh mendakwa adik beradik berkenaan sebagai tidak berdisiplin. Khabarnya gara-gara fitnah berkenaan, Mimie menegur sikap Raja Azura itu menerusi sebuah laman sembang Facebook supaya jangan membuat fitnah terhadap dia dan Misha. Ketika menghubungi Raja Azura pada malam Rabu lalu, ternyata dia kesal dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya. Ikuti penjelasan daripadanya berhubung isu ini.
Misha Omar
“Mengenai kontroversi Pilih Kasih sehingga ada dakwaan Rosyam Nor menendang kerusi di belakang pentas apabila dia dikatakan tidak berpuas hati dengan mutu pengacaraan saya dan Reza apabila tersasul menyebut nama VIP, sekali gus menghancurkan rancangan berkenaan, saya sudah dinasihatkan oleh peguam supaya tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan dikhuatiri jika saya tersilap cakap, ia akan lebih merumitkan keadaan. Justeru, adalah lebih baik saya mendiamkan diri.
Saya akui, apabila tersiarnya artikel 'Pengacara mana fitnah Misha & Mimie?', pengacara yang dimaksudkan itu ialah diri saya. Artikel itu menyebut Mimie menegur saya di laman sembang Facebook supaya jangan buat fitnah. Artikel itu melaporkan, sebaik saja Mimie dan Misha beredar, saya terus mengomel macam-macam mengenai mereka, sebaliknya ketika mereka berada bersama saya, saya tak berani buka mulut!
Ingin saya jelaskan di sini, insiden itu berlaku ketika rakaman rancangan Ewah-Ewah di TV3 sedikit masa lalu yang membabitkan penyertaan Misha. Saya sudah menghubungi penerbit Ewah-Ewah dan menjelaskan segala-galanya kepada dia. Untuk pengetahuan semua, menerusi Ewah-Ewah, saya tak ada kuasa menentukan siapa artis jemputan mereka, justeru apabila Misha dijemput, itu di luar bidang kuasa saya.
Saya juga tidak ada kuasa memarahi mana-mana artis sekiranya ada di antara mereka yang perlu pulang lebih awal. Mengenai Misha dan Mimie, apabila mereka nak balik awal, saya tak ada hak memarahi mereka, tambahan pula pihak produksi sudah memberi kebenaran. Saya hanya tahu mereka pulang awal sebaik saja saya menamatkan rakaman episod Ewah-Ewah pada hari berkenaan.
'Tak guna saya cemburu'
Untuk makluman semua, hubungan saya dengan Mimie dan Misha adalah baik, kami tak pernah ada masalah sebelum ini. Kami sudah lama mengenali antara satu sama lain. Justeru, saya tak ada masa nak membebel dengan mereka! Saya nak tahu, kenapa Mimie atau Misha tidak bertanya sendiri dengan saya, betul ke saya ada cakap benda bukan-bukan mengenai mereka di depan orang ramai? Mereka tahu nombor telefon saya.
Suatu ketika dulu, saya dan Misha pernah bekerjasama. Hubungan kami rapat. Justeru, mana mungkin saya bercakap hal yang bukan-bukan mengenai dirinya dan Mimie? Sekarang ni saya tak tahu, siapa fitnah siapa. Sekiranya benar Mimie menulis di Facebook menegur saya supaya tidak memfitnah dirinya dan Misha, sedikitpun saya tidak marah atau berkecil hati dengan kedua beradik itu.
Dunia hiburan kita ini kecil saja. Saya pernah tolong kedua-dua beradik itu dan sudah saling mengenali antara satu sama lain. Jadi, kenapa mereka tidak menghubungi saya sendiri bertanyakan kesahihan perkara berkenaan? Janganlah terus mendengar hasutan daripada pihak ketiga, telefonlah saya sendiri dan bertanya apa sebenarnya yang berlaku.
Sekiranya Mimie bengang dengan saya, apa yang dia dapat? Saya bukan pesaing mereka. Artikel itu juga ada menyebut, mungkin saya cemburu dengan Misha yang sekarang ni dapat banyak projek sebagai pengacara bersama RTM. Saya sudah berumur, tak guna saya cemburu dengannya, Misha bukan pesaing saya.
Tak salahkan Mimie, Misha
Misha ibarat adik yang pernah saya didik suatu ketika dulu. Sekarang saya tunggu Mimie atau Misha bertanya terus dengan saya kesahihan cerita yang mereka dengar daripada pihak ketiga itu. Saya tak pernah mengomel atau cakap benda yang tak elok mengenai mereka seperti yang dilaporkan akhbar tabloid berkenaan. Seingat saya, kata-kata itu tak pernah saya lemparkan di depan orang ramai.
Lebih menarik, akhbar tabloid berkenaan turut menyertakan dialog yang kononnya menyebut kata-kata saya mengomel terhadap Mimie dan Misha. Saya tak pernah cakap begitu. Mimie dan Misha kenal siapa diri saya. Fikirlah sedikit, bagaimana saya sebenarnya. Sungguhpun saya berkata-kata perihal yang tak sedap didengar halwa telinga, sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas daripada sikap mengata hal orang, itu adat resam orang Melayu.
Pun begitu, sebagai adik (Mimie dan Misha) yang kenal siapa diri saya, kenapa tak tanya saya, betul ke saya cakap begitu, benar ke saya memfitnah mereka, ini tiba-tiba saja terus keluar cerita di Facebook seperti yang dilaporkan akhbar tabloid berkenaan. Namun, saya tidak menyalahkan Mimie dan Misha, mereka masih muda.
'Orang nak bunuh karier saya'
Seeloknya, dua beradik itu tidak mendengar hasutan pihak ketiga dan bertindak mengikut emosi. Pada masa akan datang, fikirlah masak-masak sebelum mengambil sebarang tindakan. Terus-terang, saya tidak marah terhadap Mimie dan Misha, buat apa saya nak bergaduh dengan budak-budak?”
Bukan itu saja yang dipaparkan artikel berkenaan, sebaliknya suara saya dikatakan bingit ketika mengacarakan Ewah-Ewah seperti gaya mak cik-mak cik, sekali gus tidak disenangi beberapa tetamu lain yang datang menyaksikan rakaman program berkenaan. Itu memang cara saya, selagi TV3 tak cakap apa-apa, saya akan meneruskan konsep pengacaraan begitu.
Lagipun konsep Ewah-Ewah, format rancangannya memang begitu, ia sebuah program yang bertenaga. Justeru, pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap saya, ia seolah-olah mahu membunuh karier Raja Azura. Saya tak ada publisiti, tapi rezeki saya semakin mencurah-curah, mungkin ada orang dengki!
Saya tahu ada orang yang nak bunuh karier saya dalam industri, nak menjatuhkan saya. Suatu hari nanti, apabila peminat tidak menerima saya lagi, saya juga akan berundur. Janganlah risau, suatu hari nanti, saya juga akan mati dan menemui Tuhan. Agaknya apabila saya sudah meninggal dunia, baru orang nak kenang jasa baik dan pengorbanan Raja Azura. Ketika hayat, orang asyik membenci saya. Tapi, apa yang saya peroleh hari ini, rezeki daripada Allah." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 11:47 am | |
| 'Anur Aminah, Tiz Zaqyah tak sama' Foto Tiz bersosial bersama teman-teman kini tersebar di internet.
POPULARITI drama bersiri terbaru arahan Khabir Baktiar, Nur Kasih sebanyak 26 episod mulai 29 Mei lalu di TV3, mencapai rating membanggakan. Lakonan aktres jelita yang juga bakat baru, Tiz Zaqyah, 21, di sisi aktor, Remy Ishak berjaya meronta jiwa penonton. Lakonannya berbekas di jiwa penonton.
Tiz memegang watak sebagai Nur Amina - gadis solehah, bertudung litup, isteri kepada Adam (lakonan Remy). Menerusi Nur Kasih, Nur Amina digambarkan sebagai seorang isteri yang banyak membuat pengorbanan untuk menggembirakan hati orang lain sekalipun hati dan perasaannya terluka. Pun begitu, dalam kerancakan populariti Nur Kasih, industri hiburan dikejutkan dengan penyebaran beberapa gambar foto Tiz menerusi internet yang memperlihatkan dia sedang bersosial di pusat hiburan bersama beberapa teman sambil mengenakan pakaian seksi, sementara meja mereka pula kelihatan beberapa botol arak. Ini mengundang tanda tanya sekali gus ada dakwaan mengaitkan Tiz turut mengambil minuman keras!
Keadaan Tiz yang dilabel gadis remaja gemar bersosial bertentangan dengan keperibadian Nur Amina dalam Nur Kasih, sekali gus mendatangkan perasaan tidak senang peminat drama itu. Tiz dituduh hipokrit! Rabu lalu, B*Pop menemui Tiz untuk mengulas isu ini dan dia mengakui kesilapannya, lalu meminta maaf. Baginya, Tiz tetap Tiz dan Nur Amina adalah Nur Amina.
"Memang Nur Kasih meninggalkan impak kuat di jiwa penonton kerana karya terbaru Khabir Baktiar ini sangat unik. Nur Kasih membawa unsur universal, keagamaan, cinta dan kasih sayang. Saya sendiri membawa watak sebagai Nur Amina, seorang wanita solehah dan bertudung. Alhamdulillah saya berjaya membawa watak Nur Amina seperti diminta Khabir.
Tiz dan lakonannya sebagai Nur Amina.
Namun, agak mengecewakan saya, dalam kerancakan Nur Kasih masih bersiaran di TV3, tiba-tiba badai melanda apabila beberapa foto saya bersosial di pusat hiburan bersama beberapa teman tersebar dalam internet. Saya akui, imej yang boleh disaksikan di internet itu adalah milik saya bersama teman-teman. Namun, ia adalah foto lama sebelum saya memulakan penggambaran Nur Kasih lagi.
Ada juga dakwaan mengatakan seorang daripada beberapa lelaki yang bergambar dengan saya itu adalah teman lelaki saya, namun saya menafikannya. Semuanya adalah teman baik saya, tiada satu pun istimewa di hati saya. Sebagai remaja, apabila saya bersosial, saya sekadar berseronok dan berhibur bersama teman pada waktu lapang.
Bagi saya, bersosial itu membawa maksud sangat umum. Ia bukannya sesuatu perkara yang tak elok. Lagipun bukannya saya selalu bersosial, hanya apabila ada kelapangan, baru saya bergembira bersama teman-teman. Pun begitu, apa yang saya lakukan dalam hidup, ada batasannya.
Orang menuduh saya turut mengambil minuman keras berdasarkan foto berkenaan, macam mana dia orang tahu saya pun ambil minuman berkenaan? Mereka ada bersama saya di situ ke? Berdasarkan foto, minuman keras itu sekadar terhidang di depan meja kami. Namun, sejauh mana kita boleh menilai foto berkenaan? Lainlah kalau orang yang menuduh itu berada di situ bersama kami.
Perspektif orang macam-macam berdasarkan foto berkenaan, saya dihentam hebat dalam blog. Mereka hentam saya teruk sangat sehingga tidak sedar mereka mencarut! Bahasa digunakan juga sangat kesat sehingga membabitkan nama keluarga. Cara mereka menulis itu seolah-olah mereka sangat mengenali diri kita berbanding diri kita sendiri.
Pedih dihentam dalam blog
Bagi saya, Tuhan Maha Adil. Apabila tersebarnya foto berkenaan di internet, saya percaya ini mungkin pembalasan Tuhan pada diri saya di atas kesilapan dan kelalaian masa silam. Saya reda dan saya cuba memperbaiki diri saya sebaik mungkin. Namun, apabila saya membaca kembali apa yang ditulis dalam blog, memang pedih dan kadang kala saya rasa macam tak masuk akal. Perasaan marah pun ada.
Saya marah sebab cara mereka menulis, mengutuk itu, sangat kurang ajar! Mereka nampak botol arak depan saya, tapi masalahnya mereka nampak ke saya minum? Jangan menuduh sekiranya mereka tidak berada di situ. Saya masih waras, masih tahu menilai halal dan haram.
Bagi saya, apabila tersebarnya foto dalam internet ketika Nur Kasih sedang mendapat sambutan, saya dapat mengagak, wujudnya musuh dalam selimut yang ingin melihat kejatuhan saya. Kenapa baru sekarang foto berkenaan disebarkan ketika populariti Nur Kasih sedang memuncak, kenapa tidak dulu lagi kerana foto itu sudah lama dirakamkan?
Ketika nama saya baru nak bertapak dalam industri hiburan ini, terus saja foto itu tersebar. Tapi, kita tak boleh tutup mulut orang. Janganlah menilai seseorang itu berdasarkan foto semata-mata. Setiap daripada kita pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Saya tahu ada pihak ingin menjatuhkan saya. Namun, bagi saya, ini adalah cabaran di permulaan karier seni saya.
'Agama, kerja dua perkara berbeza'
Mulai sekarang, saya akan lebih berhati-hati dalam setiap langkah di luar sana. Saya juga akan lebih berhati-hati dalam melayari kehidupan peribadi. Namun, apabila tersebarnya foto seumpama ini, saya susah lagi nak percaya kawan. Mungkin ada kawan-kawan baik saya yang tidak berpuas hati, lalu menyebarkan foto kami bersosial di internet. Saya berjanji akan cuba memperbaiki kesilapan diri.
Sebagai pelakon, saya hanya menjayakan watak diberikan. Jangan campur-adukkan kehidupan peribadi saya dengan watak yang saya jayakan dalam Nur Kasih. Orang bertanya, tak malu ke hipokrit dengan agama? Kita berlakon, baik, tapi kehidupan sebenar adalah sebaliknya. Bagi saya, agama dan kerja adalah dua perkara berbeza.
Apabila bekerja saya menjayakan watak Nur Amina seorang wanita solehah, tapi kehidupan peribadi saya, saya tidak bertudung dan ada kalanya bersosial bersama teman-teman. Saya akui, itu adalah diri saya. Sebenarnya orang tersalah anggap maksud sosial, bila sebut sosial, orang terbayang benda tak elok. Saya sendiri sebenarnya mengimpikan untuk menjadi seorang Nur Amina, namun Tiz Zaqyah belum bersedia menjadi Nur Amina.
Bagaimanapun dengan tersebarnya gambar-gambar saya bersosial, sekali gus melukakan hati peminat Nur Kasih, saya mohon kemaafan daripada semua. Ia memang kesilapan saya. Saya harap selepas ini peminat menilai saya berdasarkan bakat lakonan. Tiz Zaqyah akan tetap menjadi Tiz Zaqyah dan Nur Amina adalah watak yang menyemarakkan Nur Kasih."
INFO: Tiz NAMA PENUH: Siti Zaqyah Abdul Razak NAMA KOMERSIAL: Tiz Zaqyah TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988 ASAL: Kuala Lumpur KELUARGA: Bongsu daripada dua beradik KOMERSIAL: Vanilla Coke dan Silky Girl DRAMA BERSIRI: Impian Illyana 2, Impian Illyana 3, Impian Sunsilk dan Nur Kasih (kini bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam di TV3) TELEMOVIE: Taxi Driver, Bernafas Dalam Lumpur, Seandainya Aku Siti dan Puaka Topeng Putih. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 11:50 am | |
| Resepi Siti Nurhaliza, Sheila Rusly, Website Kulinari Daisy Chef Liza 5 PROGRAM MASAKAN : CITARASA SELEBRITI BERSAMA DATO’ SITI NURHALIZA, KETUK-KETUK RAMADAN SHEILA RUSLY, JURNAL CHEF, JOM RASA DAN KULINARI DAISY CHEF LIZA DI TV1Peminat Siti Nurhaliza mesti tonton rancangan masakan ni. Ini dia gambar Dato’ Siti Nurhaliza masa buat rakaman Citarasa Selebriti hari tu… memang Siti pandai masak~ Semua resepi ni korang boleh la cuba… mesti sedap punya~ Untuk lebih meriah, Siti telah menjemput rakan artis lain untuk turut mengacau masakannya~ |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 Thu 03 Sep 2009, 11:51 am | |
| Program masakan popular, Ketuk-Ketuk Ramadan Sheila Rusly tahun ini kembali dengan menyundang pasangan artis Nabil dan Irma Hasmie, Safura dan Sahrulnizam, Fizz Fairuz dan Almy Nadia sebagai tetamu undangan. Kawan Sheila Rusly, pelakon kegemaran Budiey pun ada interframe~ siapa lagi kalau bukan Sofea Jane~ Rancangan masakan Ketuk-Ketuk Ramadan Sheila Rusly tahun ini sekali tampil dengan resipi istimewa yang bakal dikongsi mereka dengan peminat setia masing-masing sepanjang 26 episod siarannya terbitan JS Production. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 5 of 11 | Go to page : 1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 9, 10, 11 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |