Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 6, 7, 8, 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 2:39 pm

Den Wahab bengang sikap Zarina

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Mainp109
Zarina Zainoordin

Kesal pelakon utama Impak Maksima - The Musical tarik diri pada saat akhir
DALAM kerancakan tenaga produksi teater Impak Maksima - The Musical membuat persiapan terakhir untuk pementasan keduanya dijadualkan berlangsung di Esplanade, Singapura bermula 17 hingga 18 Oktober ini, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan tindakan pelakon utamanya mahu menarik diri tanpa sebab munasabah.

Pengarah Urusan Global Network Entertainment, Zaharuddin Abdul Wahab atau lebih dikenali dengan nama Den Wahab, selaku Penerbit Eksekutif teater itu mengakui tersentak kerana terkejut dengan kiriman SMS daripada pelakon utamanya, Zarina Zainoordin (Akademi Fantasia 2) yang membuat keputusan menarik diri pada saat-saat akhir, sekalipun 60 peratus tiket persembahan sudah pun terjual!

Lebih drastik, Zarina sekadar mengirimkan SMS berkenaan kepada pengurus kepada penyanyi Dina, Ayie yang bertindak sebagai Penyelaras Projek Impak Maksima - The Musical di Singapura pada 27 Ogos lalu dan bukannya kepada Den Wahab. Ini menghairankan Den apabila sebelum ini mereka sering berhubungan mengenai apa saja perkembangan terbaru teater berkenaan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Mainp110
Den Wahab

"Assalamualaikum. Saya minta maaf sebab saya tak dapat join teater (Impak Maksima - The Musical) kali ini sebab ada komitmen lain, anyway terima kasih," demikian SMS kiriman Zarina kepada Ayie. Sebelum ini, seorang pelakon utama Impak Maksima - The Musical, Wan Intan Edrinaz Wan Mokhtar (Dynas), terpaksa direhatkan dari pementasan itu di Singapura sebagai memenuhi permintaan pengurusan Esplanade bagi memastikan persembahan kali ini mempunyai kelainan berbanding teater sulungnya di Istana Budaya, Kuala Lumpur, tahun lalu. Tempat Dynas akan digantikan oleh salah seorang anggota Fabulous Cats, Wangi Julianda Indra Meida.

Selain Dynas, turut direhatkan dalam pementasan kali ini ialah Zulhuzaimy Marzuki yang digantikan pelakon baru, Kamal Adli. Dynas dan Zulhuzaimy akan kembali mengambil watak mereka dalam pementasan muzikal ini seterusnya yang dijadualkan di Istana Budaya tahun depan. Diterbitkan Global Network Entertainment dengan kerjasama Excellent Pictures, pementasan Impak Maksima - The Musical di Singapura turut mendapat sokongan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Istana Budaya. Impak Maksima - The Musical mencipta sejarah sebagai teater pemotoran pertama dipentaskan di dunia turut mengharumkan nama negara apabila muncul sebagai teater pertama tempatan dijemput ke pentas terkemuka itu sempena Formula 1 - GP Singapore 2008.

Lebih membanggakan, muzikal ala Broadway itu yang buat julung kalinya dipentaskan di seberang tambak dianggap antara aktiviti terpenting dalam Kalendar Pelancongan Singapura 2009, sekali gus membantu mempromosikan negara pada peringkat antarabangsa.

Justeru, dengan penarikan diri pelakon utamanya, Zarina Zainoordin pada saat-saat akhir, ia menimbulkan masalah besar kepada pihak penerbitan, lebih-lebih lagi kepada Den untuk mencari pengganti. Den meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada B*Pop, Khamis lalu.

'Zarina tak profesional!'

"Zarina bertindak tidak profesional apabila membuat keputusan menarik diri dari pementasan Impak Maksima - The Musical pada saat-saat akhir. Sebaik menerima SMS daripada Zarina yang dikirimkan kepada Ayie pada 27 Ogos lalu, termenung lama saya dibuatnya. Pihak kami terpaksa dan terdesak untuk membuat uji bakat sekali lagi pada saat-saat akhir bagi mencari pelakon baru menggantikan tempat Zarina.

Kenapa dia tidak mengirimkan terus SMS berkenaan kepada saya, padahal sebelum ini kami sering berhubungan mengenai perkembangan terbaru teater berkenaan. Latihan sudah pun bermula pada 17 Ogos lalu, namun tidak ada satu pun sesi latihan yang dihadiri Zarina walaupun sudah beberapa kali dimaklumkan kepadanya. Tiba-tiba pada 27 Ogos, Zarina mengirimkan SMS yang benar-benar mengejutkan kami satu produksi!

Sebelum itu, pada awal Januari lalu, Zarina sendiri sudah menghadiri mesyuarat kedua Impak Maksima - The Musical di Esplanade, Singapura. Secara dasarnya, dia sudah menyatakan persetujuannya untuk menyertai teater ini di Esplanade, Singapura. Kami sering berhubung apabila Zarina pernah menyatakan kesanggupannya untuk menyertai Impak Maksima - The Musical, blok kedua di Singapura.

Sebaik mendapat tahu Zarina menyatakan hasratnya untuk menarik diri, saya terus mengirimkan SMS dan menghubunginya menerusi telefon, bertanyakan masalah yang dihadapinya, namun dia tidak pernah mendapat maklum balas daripada penyanyi dan pelakon itu.

Terdesak cari pelakon pengganti

Tiga hari sebelum 27 Ogos, Zarina pernah menyatakan persetujuannya untuk menghadiri latihan kepada isteri saya, Nora Tamam, sekali gus kami memerlukan salinan pasportnya untuk urusan imigresen, kontrak dan promosi Impak Maksima - The Musical di Singapura nanti. Pada masa sama, kami juga akan menyerahkan surat tawaran dan beberapa dokumen yang perlu ditandatanganinya, namun dia tidak muncul, sebaliknya menarik diri!

Saya kesal kerana dengan tiba-tiba saja Zarina ingin menarik diri tanpa sebarang perbincangan dengan saya lebih awal. Namun, baru-baru ini dia mengirimkan SMS kepada kawan baiknya, Rosli Mohd Taib yang turut berlakon dalam teater berkenaan. ‘Aku memang tak boleh buat, so aku tak buatlah’. Begitulah kata-kata Zarina dalam SMS dikirimnya kepada Rosli.

Tiket Impak Maksima - The Musical sudah terjual 60 peratus, poster pun dah siap, namun nasib baik kami sempat ‘buang’ gambar Zarina sebelum iklan mempromosikan teater berkenaan disiarkan akhbar Berita Harian Singapura. Apa salahnya, jika Zarina tak dapat menyertai teater ini, dia boleh memaklumkan kepada kami dari awal lagi. Apabila berlaku situasi macam ini, disebabkan dia seorang, satu produksi berdepan masalah besar!

Zarina mungkir janji! Dia menyusahkan pihak produksi kerana kami perlu mencari pengganti dalam masa terdekat kerana pihak Esplanade nak tahu siapa yang menggantikan tempat Zarina secepat mungkin! Zarina, suatu hari nanti kita juga akan bertemu, tapi apabila berlaku perkara ini, pastinya hubungan itu sudah tidak semesra dulu. Saya sebagai produser sangat kecewa dengan sikap Zarina.

Sempena Ramadan ini, saya maafkan Zarina. Tapi, sekiranya dia ingin bertahan lama dalam industri ini, ubahlah sikap anda. Apa yang dia buat terhadap produksi saya, harap-harap dia tidak mengulanginya lagi ke atas produksi lain. Saya harap Zarina bergembira dengan keputusan dibuatnya ini."
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 2:41 pm

Yassin bukan alami gila 'isim'


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Mainp111
Yasin



Jalani rawatan di hospital bagi redakan gangguan bipolar

"IA datang tanpa diduga membuatkan saya lemas dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan," cerita penyanyi Mimpi Laila, Yasin mengenai gangguan bipolar yang dialaminya hingga memaksa dirinya mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), awal Jun lalu.

Cerita Yasin lagi, dia menyedari keanehan serta perubahan yang berlaku dalam dirinya namun tidak mempunyai kuasa untuk mengawal perkara itu. Persoalan demi persoalan yang terjadi dalam masyarakat bertalu bermain di fikirannya membuatkan jiwa Yasin tidak tenteram lantas mendesaknya supaya segera mencari penyelesaian.

Hakikatnya, kata Yasin, segala yang diimpikan itu luar daripada kemampuannya tanpa pernah dia menyedari kekurangan itu sebenarnya memberi impak besar kepada kehidupannya. Lantaran terlalu banyak kekeliruan, masyarakat memandang serong terhadap dirinya malah melemparkan pelbagai tanggapan negatif termasuk dia dikatakan mengalami gila 'isim'.

"Itu hanya persepsi masyarakat sedangkan masalah yang saya alami tidak terlalu berat. Ia sekadar gangguan perasaan cuma dalam kes saya agak ekstrim. Saya tidak malu membuat pengakuan ini sebaliknya menyifatkan diri sebagai bertuah kerana dipilih Tuhan menerima ujian ini. Alhamdulillah selepas apa yang keluar di akhbar, ramai yang mendekati saya serta cuba memahami masalah ini dengan lebih mendalam," kata Yasin.

Akuinya lagi, disebabkan salah tanggapan serta keengganan masyarakat untuk mendalami permasalahan itu menimbulkan pelbagai pandangan terhadap pesakit gangguan bipolar. Sedangkan kata bapa kepada dua cahaya mata ini, semua permasalahan itu boleh diselesaikan menerusi kajian saintifik yang menyediakan prosedur rawatan tertentu untuk penghidap penyakit itu.

"Disebabkan enggan mendapatkan rawatan, pesakit yang menderita masalah ini sering berkata dalam diri mereka ada hantu atau berfikir terkena buatan orang. Hakikatnya jika gangguan itu jika tidak dirawat dengan betul akan melambatkan proses penyembuhan. Penderita gangguan bipolar perlu memahami punca, simptom serta norma penyakit itu untuk mengatasinya dengan berkesan," katanya.

Yasin bersyukur kerana sokongan isteri, Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain serta keluarga memberi kekuatan kepadanya ketika berdepan saat getir itu. Sehingga ini dia masih meneruskan prosedur rawatan dengan mengambil ubat-ubatan biarpun penyakit yang dideritainya itu sudah beransur pergi.

"Ubat yang saya ambil ini lebih kepada menenangkan diri untuk memastikan masalah itu tidak berulang kembali. Alhamdulillah, selepas memahami simptom dan masalah penyakit ini saya sudah mampu menaklukinya. Apa yang saya lakukan ketika ini mengawasi fikiran dan mood supaya tidak lagi memikirkan perkara yang tidak sepatutnya saya fikirkan," katanya.

Permasalahan itu kata Yasin, tidak menggugat dirinya untuk meneruskan karier malah setiap apa juga masalah dilaluinya kini dengan tenang.

Sebagai manusia, Yasin akur tidak mampu mengelakkan diri daripada memikirkan pelbagai perkara dan masalah yang sedang berlaku di persekitaran.

"Namun saya lebih bertenang kini dan tidak lagi terlalu memikirkannya berulang kali. Cukup sekadar saya mengambil tahu dan selebihnya saya menyerahkan kepada mereka yang layak untuk menyelesaikan. Dulu, mungkin saya terlalu bersemangat untuk menyelesaikan semua masalah itu tanpa pernah saya sedari, kemampuan diri saya sebenarnya terhad," ujarnya tanpa sedikit pun menyembunyikan apa yang pernah dilaluinya dulu.

Sebelum terkena gangguan bipolar, penyanyi yang cukup sinonim dengan irama world music itu sempat muncul menerusi album kerohanian, berjudul Arus Qudus. Album itu bagi Yasin cukup bermakna kerana ia terjemahan terhadap segala detik dan perjalanan ditempuhinya sepanjang berdepan konflik diri.

Mengenai sambutan 1 Syawal yang bakal mendekati, Yasin bersama isteri dan dua cahaya mata mereka, Sameer, 5, dan Malaika, setahun akan meraikannya di Kajang, Selangor serta Petaling Jaya selain bertandang ke rumah saudara mara di Melaka. Selesa bersederhana, mereka sekeluarga tidak berbelanja besar untuk Aidilfitri sebaliknya lebih selesa memilih untuk bersederhana.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 2:43 pm

Mawi, isteri berpuasa di Sri Lanka

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Mainp112
Menikmati pemandangan sekumpulan gajah sedang mandi di Taman Negara Minneriya.

Raja SMS dan Ekin 'tak tahan' apabila terkenang juadah lazat di Bazar Ramadan
MENYAMBUT Ramadan Al-Mubarak di bumi asing memberi pengalaman bermakna buat pasangan sejoli, Mawi dan Ekin, lebih-lebih lagi mereka pertama kali menyambut puasa bersama dalam ikatan suami isteri. Betullah kata pepatah Melayu, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik negara tumpah darah sendiri.

Mawi dan Ekin berpeluang mengembara ke Sri Lanka, sebuah negara kepulauan yang terletak di selatan Asia dalam menjayakan program Langkah Mawi... World musim kedua selama seminggu, baru-baru ini. Program sebanyak 13 episod itu mendapat sentuhan Rahila Ali selaku pengarah dan diterbitkan MW Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Astro dan Sri Lanka Tourism Promotion Bureau untuk siaran Astro Ria tidak lama lagi.

Sebelum ini, Mawi menjelajah kota Melbourne, Australia untuk menyiapkan lima episod Langkah Mawi... World musim kedua, diikuti Sri Langka (tiga episod) dan seterusnya Raja SMS itu dijangka menerokai kota Hong Kong untuk episod selebihnya selepas Aidilfitri nanti.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Mainp113
Mawi dan Ekin teruja melihat ukiran kayu di Lakhruka Wood Carving.

Secara jujur, Mawi selaku pengacara dan penerbit akui: "Saya melalui pengalaman bermakna menyambut Ramadan di rantau asing. Inilah kali pertama saya menyambut puasa di negara orang yang hanya ada lima peratus penduduk Islam. Walaupun terdapat lebih kurang 50,000 komuniti Melayu yang berasal dari Asia Tenggara, ia jauh berbeza dengan budaya kita.

"Saya tidak berdepan apa-apa masalah, cuma tekak dan selera saya orang Malaysia susah nak dapatkan makanan yang menyelerakan. Lebih lagi pada bulan puasa, selalunya keluarga menghidangkan makanan yang lazat. Begitu juga ketika bersahur, ada masanya saya hanya makan kari sardin dan mi segera.

"Saya sebenarnya tidak cerewet soal makanan tetapi saya suka ambil nasi apabila berbuka puasa. Apabila di rantau orang, saya kenalah makan apa saja yang disediakan. Ketika di sana, saya terkenangkan bazar Ramadan di Malaysia, pelbagai masakan lazat yang terbayang di mata saya, begitu juga isteri saya. Di Sri Lanka, memang tiada Bazar Ramadan, kami berbuka puasa di mana saja yang sempat singgah."

Menariknya Sri Lanka, lokasinya berhampiran dengan jalan laut utama membuatkan kedudukan Sri Lanka begitu strategi bagi perhubungan perkapalan antara Asia Barat dan Asia Tenggara. Penduduk Sri Lanka seramai 20 juta kebanyakannya berketurunan Sinhalese, manakala mereka yang berbangsa Tamil pula adalah kumpulan etnik minoriti terbesar dan mereka bertumpu di kawasan utara dan selatan pulau itu.

Komuniti lain yang terdapat di kepulauan itu ialah bangsa Moor yang beragama Islam dan asal-usul keturunannya dari pedagang Arab yang menetap di Sri Lanka antara kurun kelapan dan ke-15. Sri Lanka yang dulu dikenali sebagai Ceylon terkenal dengan hasil pengeluaran teh, kopi, kelapa dan getah yang di eksport ke luar negara. Bukan itu saja, keindahan semula jadi hutan tropika dan pantai, ditambah pula dengan kekayaan warisan budaya membuat Sri Lanka destinasi pelancongan popular.

Mawi menceritakan, pengembaraannya bersama krew bermula dari bandar Kandalama yang terletak kira-kira 160 kilometer dari kota Colombo yang menjadi pusat komersial dan ekonomi negara berkenaan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Mainp114
Gambar kiri, sempat menaiki kenderaan awam di Sri Lanka. Gambar kanan, Bersiar di Inpendence Memorial Hall.

"Saya sempat ke Sigiriya yang dikenali sebagai Lion’s Rock, juga kubu batu zaman kuno dan bekas tapak istana yang terletak di daerah Matale. Kawasannya dipenuhi pohon menghijau dan sering menjadi tumpuan pelancong. Saya dan Ekin terpesona dengan lukisan-lukisan fresco purba yang cukup indah,” katanya.

Sigiriya dibina ketika pemerintahan Raja Kassapa 1 (tahun 477 hingga 495 selepas Masihi) dan kubu ini adalah satu antara tujuh Kawasan Warisan Dunia di Sri Lanka. Kubu ini dipercayai didiami manusia pada zaman purba. Ia dipercayai sebuah biara yang pernah digunakan sebagai tempat perlindungan sekitar kurun kelima sebelum menjadi kediaman rasmi Raja Kasyapa. Berikutan kemangkatan Raja Kasyapa, Sigiriya kembali menjadi sebuah kompleks biara sehingga kurun ke-14. Ia kemudian dibiarkan tidak terpelihara sehingga pengembara Inggeris, John Still menemui bekas tapak ini pada 1907.

Kata Mawi, haiwan yang cukup sinonim dengan Sri Lanka adalah gajah.

“Jika ke sini antara tempat yang mesti dikunjungi iailah Taman Negara Minneriya, kawasan seluas 8,890 hektar yang terletak antara Habarana dan Pollonnaruwa. Antara acara yang paling ditunggu setiap tahun ialah perarakan gajah. Di sini juga terdapat tasik buatan manusia yang dibina sekitar kurun ketiga selepas Masihi, di mana ia menjadi tempat menyimpan air ketika musim kering. Ketika musim inilah pengunjung dapat menyaksikan ratusan gajah mandi. Kira 300 gajah liar akan bertemu di sini untuk mandi.

"Pemandangannya sudah tentu menakjubkan. Selain gajah, tempat ini juga menjadi tumpuan pelbagai spesis burung dan harimau bintang. Saya juga tidak melepaskan peluang membuat rawatan spa di resort mewah Vill Uyana. Sri Lanka memang terkenal dengan rawatan spa terutama rawatan Ayurvedic," katanya.

Mawi berkata, dia teruja apabila dapat peluang bertemu dengan jurulatih dan pemain kriket Sri Lanka yang berjaya menjuarai Kejohanan Dunia pada 1996 dan Kejohanan Asia pada tahun sama dan sekali lagi pada 2004. Dua tahun lalu, pasukan itu berjaya ke peringkat akhir Cricket World Cup 2007 yang dijuarai pasukan Australia.

"Walaupun sukan nasional di Sri Lanka ialah sukan bola tampar, ia tidak semestinya sukan paling popular. Rata-rata penduduk serta peminat sukan Sri Lanka lebih menggemari sukan kriket, lebih-lebih lagi selepas pasukan kriket Sri Lanka berjaya menjuarai Kejohanan Dunia.

"Saya tidak akan lupa apabila bertemu dengan pengarah muzik yang tidak asing lagi di Sri Langka iaitu Master Navaratne Gamage. Walaupun beliau penyanyi yang baik, Master Navaratne lebih senang memberi tumpuan terhadap pengarahan muzik terutama muzik klasikal Sri Lanka.

"Kami sempat berpadu suara bersama, saya mengajarnya menyanyi lagu Kian, suaranya memang merdu, manakala Master Navaratne sempat mengajar saya mendendangkan sebuah lagu popular di Sri Langka," kata Mawi.

Beli belah di Odel

Apabila ke luar negara, tidak lengkap jika tidak mengunjung pusat beli-belah. Mawi sempat mengunjungi Odel, pusat beli-belah pertama di Sri Lanka yang dibuka kira-kira 19 tahun lalu.

"Odel diterajui Ketua Pegawai Eksekutif, Otara Gunewardene. Beliau dikatakan mendapat inspirasi membuka gedung beli-belah itu selepas mendapati perniagaan kecilan dari but keretanya mendatangkan keuntungan lumayan. Bermula dua pekerja, Odel kini mempunyai 430 kakitangan dan memberi peluang pekerjaan secara tidak langsung kepada lebih kurang 500 penduduk Sri Lanka.

"Saya juga sempat ke Sirilak Spice Garden. Ramai mengetahui Sri Lanka terkenal dengan rempah ratus, tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui Sri Lanka juga popular dengan taman-taman rempah. Saya diberitahu zaman dulu dek kerana rempah pelbagai jenis, pedagang Barat berebut-rebut merentas lautan untuk memulakan perniagaan rempah ratus.

"Walaupun pada zaman ini perdagangan rempah tidak lagi menjanjikan pulangan lumayan, Sri Lanka masih lagi mengeksport pelbagai jenis rempah seperti kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, lada hitam, buah pala dan kunyit. Dalam banyak-banyak rempah, paling popular tentunya kulit kayu manis kerana asal pokok kayu manis sebenarnya dari Sri Lanka," katanya.

Pengarahnya, Rahila berkata, Mawi akan melakukan aktiviti berbeza dalam setiap episod Langkah Mawi... World. Walaupun berat, susah dan berbahaya, penyanyi terkenal itu sanggup melakukannya.

"Mengikut perancangan, penggambaran program ini sepatutnya dapat disiapkan lebih awal, tetapi disebabkan wabak H1N1, ia terpaksa ditunda. Banyak negara minta menundakan penggambaran dan lawatan disebabkan wabak ini. Bagaimanapun, itu hanyalah sebahagian kecil cabaran yang dihadapi.

"Jika tiada masalah, Langkah Mawi... World akan meneruskan penjelajahan ke Hong Kong untuk menghabiskan lima episod terakhir selepas Aidilfitri nanti. Saya akui mulanya agak gementar juga mahu ke luar negara, tetapi Sri Lanka adalah negara yang selamat. Alhamdullilah, kami pulang dengan selamat selepas seminggu berada di sana.

"Sri Lanka sebuah negara bersih dan selamat, biarpun suatu ketika dulu pernah berlaku pemberontak Tamil Eelam. Memang senang mahu mencari makanan halal cuma seleranya berbeza dengan orang Malaysia. Kami juga tidak berdepan masalah berpuasa di sana walaupun orang Islam hanyalah kelompok minoriti. Cuma kadang kala hujan yang tidak menentu menyukarkan penggambaran Langkah Mawi... World," kata Rahila.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 2:48 pm

Emosi Que, Linda

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Mainp115

RAMADAN kali ini sungguh istimewa buat Que Haidar kerana menunaikan rukun Islam ketiga itu buat pertama kalinya sebagai suami dan bapa.
Lebih bermakna apabila isteri tercinta, Linda Jasmine kini sarat hamil.
Namun di sebalik kegembiraan itu aktor berbakat besar ini terkilan apabila tidak dapat menemani Linda berbuka puasa lantaran terikat dengan jadual penggambaran.

Naluri lelakinya tidak sampai hati membiarkan Linda sendirian, tapi apakan daya dia tidak boleh mengetepikan kerjaya.

"Sedih memikirkan keadaan Linda yang semakin lemah. Insya-Allah bila kerja selesai minggu depan bolehlah saya luangkan lebih masa dengan Linda dan anak kami, Qalif Khan.

"Saya mahu bawa Qalif menunaikan solat Tarawih dan membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan," katanya yang menerima banyak undangan berbuka puasa sepanjang bulan ini.

Berbicara sisi peribadinya, ternyata aktor popular ini sungguh bahagia dengan wanita pilihannya. Lebih bermakna apabila doanya untuk menimang cahaya mata secepat mungkin dimakbulkan Sang Pencipta.

"Insya-Allah anak kami perempuan dan akan dilahirkan di Hospital Gleneagles penghujung Oktober depan sebaik saja kandungan matang.

"Kalau ikutkan Linda dijangka bersalin pada pertengahan November, tetapi doktor menyarankan supaya proses itu dipercepatkan demi keselamatan ibu dan anak.

"Linda mahu melahirkan bayi kami secara normal tapi tidak kesampaian apabila terpaksa menjalani pembedahan sekali lagi.

"Kami menggunakan khidmat doktor yang menyambut kelahiran Qalif sembilan tahun lalu. Apa yang terbaik di matanya, terbaik jugalah di mata kami," katanya yang sudah menyediakan nama untuk bayi itu namun mahu merahsiakannya sehingga Linda selamat bersalin.

Menurut Que, dia akan menemani Linda di bilik pembedahan nanti dan akan merakam detik bersejarah itu untuk dijadikan kenangan bersama.

Baginya, setiap momen kehamilan sungguh bermakna, justeru dia tidak pernah gagal mengikuti perkembangan Linda dan bayi dalam kandungan. Perasaan teruja kian memuncak apabila dapat merasa pergerakan kandungan.

"Alhamdulillah anak kami aktif. Bila kandungan semakin besar, Linda semakin lemah, malah kebelakangan ini dia kerap mengadu tidak selesa dan badan terasa panas, lebih-lebih lagi waktu malam.

"Emosinya juga tidak menentu tapi saya faham itu pembawaan wanita mengandung. Hakikatnya Linda kelakar orangnya, suka buat saya ketawa dan pandai ambil hati saya. Dalam keadaan sekarang saya kena jadi pendengar yang baik dan perlu banyak bersabar.

"Apabila Linda bersalin nanti, saya akan bercuti sebulan. Saya cuba pastikan Linda benar-benar sihat baru kembali aktif berlakon," katanya sambil memaklumkan Linda mahu berpantang cara Melayu dan akan diuruskan oleh bidan selama 44 hari.

Meskipun keluarga kedua-dua belah pihak mengingatkan membeli keperluan bayi selepas kandungan berusia tujuh bulan, sukar untuk pasangan ini akur dengan nasihat itu.

Sebaik mengetahui Linda hamil, Que rancak membeli keperluan bayi mereka, terutama baju. Pantang nampak yang comel dan menarik, pasti beli hinggakan ditegur ibu dan mentua.

"Tak boleh tahan, baju anak perempuan cantik-cantik dan banyak pilihan. Setiap kali ke pusat membeli-belah saya mesti beli kalau jumpa yang berkenan.

"Banyak baju saya dan Linda beli sampaikan ibu cakap jangan beli lagi sebab bayi cepat besar.

"Selain baju, kami sediakan katil, bekas mandi, kereta sorong, mainan, pengetip kuku dan bekas stim peralatan penyusuan," katanya ceria.

Menyentuh penerimaan Qalif, jelas Que, putera kesayangannya gembira apabila mengetahui Linda hamil. Bahkan dari awal dia menunjukkan ciri-ciri seorang abang, termasuk sering mengusap perut ibunya dan berbual dengan kandungan.

Meskipun mengharapkan kehadiran adik lelaki dengan harapan dapat menemaninya bermain, Qalif tetap gembira apabila mengetahui bayi yang bakal lahir adalah perempuan.

"Saya selalu mengingatkan Qalif tanggungjawab anak sulung. Sebagai abang dia kena sayang, menjaga dan melindungi adik.

"Saya sayangkan Qalif dan kami sangat rapat. Saya mahu beri Qalif kehidupan terbaik dan kerana itu ada kalanya saya agak tegas, lebih-lebih lagi perkara membabitkan disiplin. Kalau Qalif buat salah, saya pasti tegur. Itu tanggungjawab saya sebagai bapa.

"Pernah Linda cakap saya garang, tapi saya jelaskan itu untuk kebaikan Qalif. Mungkin Linda sudah lama membesarkan Qalif sendirian, bila saya tegas dia terperanjat. Namun jauh di sudut hati dia tahu saya sayangkan Qalif," katanya.

Membesar dalam keluarga seni secara tidak langsung membuatkan permata hati pasangan ini cenderung dengan dunia lakonan. Pernah tawaran menyusul, namun Que dan Linda menolak kerana mahu Qalif tumpukan perhatian terhadap pelajaran terlebih dulu.

Bagi mereka, dalam usia semuda itu ada baiknya Qalif menikmati keindahan zaman kanak-kanak dan bebas daripada pancaran glamor.

"Pulang dari Festival Filem Malaysia baru-baru ini, Qalif menyuarakan keinginan untuk berlakon. Pernah tiba-tiba dia menangis depan saya, rupa-rupanya dia mahu tunjuk pada saya yang dia boleh berlakon.

"Memang sebelum ini ada yang tawarkan Qalif berlakon tapi saya dan Linda tolak kerana Qalif masih kecil. Saya tidak kisah andai besar nanti Qalif jadikan lakonan sebagai profesion kerana saya juga pelakon, tapi biar dia tamatkan pelajaran dulu.

"Namun bila Qalif yang mahu berlakon, saya kena pertimbangkan semula perkara ini. Kalaupun ada tawaran selepas ini, kena melalui saya dulu. Saya mahu pastikan jadual penggambaran tidak mengganggu waktu sekolah," katanya yang kini sibuk dengan penggambaran filem Jalan Lama arahan Afdlin Shauki.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 3:11 pm

(Gossip) Komen Maizawati Mengenai Isu Teman Lelaki !!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Akhil_10


Sejak Maizawati Zainal bercerai dengan Akhil Hayy, rezeki Maizawati mencurah-curah. Dari menjadi duta bagi produk Koleksi Tudung Myza dan BondaMama anjuran Yayasan Pembangunan Nurhikmah (YPN) serta terbaru pelakon iklan komersil biskut D.Haiz Cookies sehingga lah beliau bakal menjadi seorang penyanyi.

Baru-baru ini, Akhil pernah mengeluarkan kenyataan yang dia tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh Maiza kerana bekas isterinya itu masih dalam edah.

Lantaran itu, Akhil juga mendakwa bekas isterinya itu sudah mempunyai teman lelaki sekarang melalui sumber terdekatnya.

Ditanya kepada Maiza mengenai isu itu, wanita yang mempunyai enam orang anak ini hanya bertindak untuk mendiamkan diri dan tidak membalas kata-kata yang dikeluarkan oleh Akhil.

“Saya tak nak komen. Sudah habis tu, habislah..tiada apa-apa antara kami..kenapa nak sibuk-sibuk lagi?..,” ulas Maiza yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan satu demi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Akhil sejak mereka bercerai.

Sebelum ini, Maiza pernah memberitahu yang dia memilih karier sebagai duta produk dan pelakon iklan komersil untuk menyara dua orang anaknya dengan bekas suami terdahulu dan ibunya yang tinggal bersamanya di Ipoh, Perak.

Akhil juga terlebih dahulu sudah menegur Maiza tentang statusnya yang masih dalam edah lantas menasihatkan wanita itu hanya berada di rumah, tidak bersolek tebal dan meminta izin daripadanya jika ingin keluar dari rumah atau melakukan kerja ‘baru’nya itu.

Bagaimanapun, Maiza selepas itu membidas kata-kata Akhil dengan mengatakan dia sudah pun meminta izin melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Nampaknya kemelut antara Maiza dan Akhil masih belum terhenti walaupun mereka sudah berpisah.

“Berilah saya bernafas..,” luah Maiza akhirnya.

“Kita sudah bawa haluan masing-masing..maknanya dia sudah tiada kena-mengena dengan saya lagi,” akhiri Maiza
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 3:12 pm

(Gossip) Waheeda Jadi PA Ustaz Akhil !!!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Hi_05_22


BAGI pasangan pengantin yang baru sahaja diijab kabul, percutianbulan madu sering diberi perhatian kerana ia dikatakan mampumeninggalkan kenangan manis buat pasangan terbabit.
Bagaimanapun, bagi penyanyi, pendakwah dan pengacara, Akhil Hayybersama pasangannya, Waheeda, mereka tidak menjadikan bulan madusebagai agenda utama selepas bergelar suami isteri pada 16 Ogos lalu.

Sebaliknya, Akhil menjadikan bulan Ramadan dan sambutan Hari RayaAidil Fitri kali ini sebagai peluang terbaik untuknya mengeratkan lagihubungan Waheeda dengan dua anaknya.
"Untuk bulan puasa ini tumpuan ana (saya) ialah bagi mengeratkanlagi hubungan isteri ana (Waheeda) dengan dua anak ana iaitu SitiNurmaisarah dan Mohd. Sharif Hidayatullah.

"Antaranya dengan membawa isteri ana dan anak-anak ana itu berbukapuasa di kampung keluarga ana di Gopeng, Perak, pada 1 Ramadan lalu.Tidak lama selepas itu kami berpuasa pula di rumah keluarga Waheeda diBukit Jelutong, Shah Alam.

"Secara tidak langsung, ana anggap ini juga suatu honeymoon (bulan madu) kami," katanya kepada Hits ketika ditemui pada majlis Astro Raya Screening 2009 di Rumah Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada pertemuan itu, Akhil hadir seorang diri tanpa Waheeda disisinya kerana difahamkan isterinya itu kurang sihat dan lebih senangberbuka puasa bersama-sama anak-anak tirinya di rumah mereka.

Selain melakukan ibadah puasa bersama-sama, bekas vokalis kumpulanrock D' Riyadh itu juga akan mengambil peluang yang sama sewaktumenyambut Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tidak lama lagi.
Kata Akhil yang juga pengacara sebuah rancangan dakwah, Cafe Akhil di Astro Oasis, dia sudah merancang perjalanannya untuk menyambut lebaran kali ini bersama isteri yang baru dinikahinya itu.

"Untuk program sempena raya kali ini ana sudahpunmembahagi-bahagikan perjalanan kami sekeluarga. Pada 1 Syawal kamisekeluarga akan beraya di rumah keluarga ana di Gopeng.
"Selepas itu, mungkin pada raya yang ketiga kami akan pulang berayadi kampung keluarga Waheeda di Johor Bahru. Ini antara peluang terbaikbagi Waheeda merapatkan lagi hubungannya dengan anak-anak ana," ujarnya.

Majlis pernikahan mereka yang diadakan secara sederhana dengandihadiri sanak saudara terdekat di Kuala Kubu Baru, Selangor itu seakankurang lengkap tanpa adanya majlis resepsi.
Justeru, Akhil kini sedang sibuk menguruskan majlis resepsi itu yangbakal diadakan pada 31 Oktober ini bagi menjemput rakan taulan danpihak media massa yang ramai tidak berpeluang hadir pada majlis akadnikah tersebut.

"Selepas puasa dan raya nanti, tumpuan ana terhadap majlisperkahwinan kami pula. Ia akan diadakan pada 31 Oktober ini di DewanGuthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.
"Di samping rakan-rakan dan media massa, ana juga akan menjemputrakan-rakan artis seperti kumpulan In-Team untuk mengadakan persembahanbagi menghiburkan para tetamu pada majlis itu nanti.

"Sementara pada 7 November ini pula majlis resepsi akan diadakan diDewan Gopeng di kampung ana di Gopeng. Ana sengaja tidak mahu buat dirumah kerana ibu ana, Azizah Daud (72 tahun) sekarang ini agak uzur,"jelasnya.

Bercerita tentang pengalaman rumah tangganya bersama Waheeda, beliaubersyukur kerana isterinya itu tiada masalah untuk menyesuaikan dirisebagai suri rumah sepenuh masa selepas bersara sebagai penyanyi.

Malah, tambah Akhil itu tidak bermakna bakat seni Waheeda akanberkubur begitu sahaja, sebaliknya ia akan digunakan bagi membantuperjalanan kariernya sebagai penyanyi, pengacara dan pendakwah sepenuhmasa.

"Kebetulan ana mempunyai studio sendiri di rumah. Jadi Waheeda bolehcipta lagu untuk ana nyanyikan pada masa depan. Secara tidak langsung,dia adalah PA (pengurus peribadi) ana walaupun tidak dibayar gaji,"katanya lagi sambil ketawa kecil.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 3:14 pm

(Gossip) Kesian Kat Abby

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Norman15


CIK Normah dapat tahu pada saat Memey Suhaiza dan Norman Hakim sedang bahagia dilamun asmara, kisah sebaliknya berlaku kepada Abby Abadi.Satu sumber yang cantik persis peragawati dan enggan namanya didedahkan memberitahu hubungan Abby dengan pelakon baru yang juga seorang model,Zul sudah berakhir.

Patut pun, sumber berbadan montok macam Cik Normah itu cakap,status dirinya di laman sosial, Facebook, tidak lagi menjalinkan hubungan sebaliknya, kembali single. Buat Abby, jangan sampai melarajiwa sampai lupa tanggungjawab dekat tiga orang anaknya. Cik Normah kadang-kadang naik kasihan pula dekat Abby.

Cik Normah nak kongsi satu lagi cerita panas mengenai mereka pada musim cuti sekolah baru-baru ini. Nak dijadikan cerita ketiga-tiga anak Abby dan Norman teringin sangat nak jumpa nenek mereka (ibuNorman) di Kuantan. Abby pun tidak mahu menjadi penghalang anak-anaknya untuk menagih kasih bekas ibu mentuanya.

Kebetulan dua kereta milik Norman dalam keadaan yang tidak sesuai untuk dibawa berjalan jauh, lalu, Abby yang baik hati ini, menawarkan keretanya kepada Norman. Lagipun, selesa sikit untuk anak-anaknya duduk dalam kereta sebelum sampai ke destinasi.

Yang mengejutkan Cik Normah, bukan hanya Norman dan anak-anak mereka saja yang pulang ke kampung. Sebaliknya, buah hati pengarang jantung Norman, Memey pun ikut serta. Abby pula Cik Normah mendapat tahu, menerima laporan apa yang terjadi di kampung itu daripada saudara mara Norman juga.

Alkisahnya, Memey pandai mengambil hati anak-anak Norman dan Abby. Kononnya Memey berlagak baik di depan keluarga Norman. Mahu tak angin Abby. Sangkakan Norman dan anak-anak saja pulang ke kampung. Ini tidak, Memey pun ikut sekali. Kalau Cik Normah di tempat Abby pun, boleh 'hangin' satu badan. Sudahlah naik kereta Abby....

Lucunya, selepas beberapa hari kejadian itu terjadi, Cik Normah diberitahu Memey boleh siap SMS Abby bertanyakan sama ada terjumpa anting-antingnya yang mungkin terjatuh di dalam kereta. Motif? Nampak sangat Memey pun macam lagi sengaja nak tambah angin 'taufan' Abby.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 3:15 pm

Heliza Lupakan Lakonan Dan Nanyian !!!

Nampaknya Semakin jauh Heliza dengan Industri Seni Tanah Air kita, Iyer Lah tugas dan tanggungjawap Heliza sebagai seorang Guru juga amat penting untuk anak2 cucu2 seterusnya rakyat Malaysia.Tanpa Guru siapalah kita,jasa dan pengorbanan Heliza Zoom Tabik Spring Kerana sanggup menjauhkan diri dari industri seni buat sementara untuk menunaikan tanggungjawap yang di pikulnya. Semoga pengorbanan Heliza dan guru2 diluar sana mendapat rahmat dan berkat darinya..!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Heliza29
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 3:16 pm

Artis Berbuka Puasa Di LOkasi Penggambaran !!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Artis_11

Macam Nie la artis kita berbuka puasa di lokasi...kesian jugak erkkk kena kerja walaupun tengahberpuasa..!!! ye la nak cariduit halal..tak la macam sesetengah orang tue penuh dengan konterversi duit haramnya...!!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 3:18 pm

Radhi Dan ANak Yatim !!!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Radhiy10

Dari sumber yang boleh dipercayai Radhi seMasa meraikan program bersama anak yatim menarik perhatian wartawan yang memerhati gerak geri Radhi bersama anak-anak Yatim..Yer la kata orang Jangan disangka air yang tenang tiada buaya... Razz macam radhi ni nampak gila2 sikit tapi dengan kanak2 dia care giler..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 3:37 pm

Almy Nadia cemburukan Fizz Fairuz

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Hi_25_10


HUBUNGAN pasangan merpati dua sejoli pelakon Almy Nadia, 23, dan Fizz Fairuz, 30, bukanlah rahsia kerana mereka bersedia untuk berterus terang.

Biarlah ombak dan badai datang menggunung, cinta mereka yang tersemai sejak tiga tahun lalu itu tetap utuh dan dipertahankan sebaik mungkin.

Sebelum ini ada desas -desus mengatakan Almy dan Fizz sudah tidak sehaluan lagi. Cinta mereka dikatakan putus di tengah jalan.

Tetapi itu semua sekadar andaian dan cakap-cakap orang. Hanya mereka sahaja yang mengetahui kisah sebenar sejauh mana dakwaan itu.

Berita tersebut tersebar ketika Fizz berada di Jordan ketika menjalani penggambaran drama bersiri Nur Kasih yang disiarkan di TV3.

Sebaik saja pulang ke tanah air, dia mendengar berita kononnya hubungan cintanya dengan Almy sudah berantakan.

Tapi syukurlah khabar angin itu dapat diperbetulkan semula daripada dibiarkan ia terus diperkatakan. Yalah... lumrah dalam percintaan sememangnya dugaan itu akan datang dan pergi.

Almy sendiri mengakui bukan mudah untuk bercinta sesama artis kerana ia memerlukan pengorbanan yang tinggi. Seperti pasangan kekasih lain, mereka juga mengimpikan untuk keluar berdua bagi menyemaikan lagi perasaan cinta tetapi ia tidak seperti yang diharapkan.

Puncanya satu. Kesibukan dengan jadual penggambaran membataskan mereka untuk menjadi seperti pasangan lain.

Tetapi itu bukan alasan sebaliknya mereka terpaksa menerima hakikat tugas yang dipukul membuatkan mereka terpaksa melalui ujian seperti itu.

Saat ditanya persoalan mengenai berumah tangga, terus terang kata Fizz dia belum bersedia ke arah itu. Bukan apa, selepas lapan tahun menjadi artis, baru sekarang dia benar-benar dapat merasakan bakatnya itu dipandang.

Dek kerana itulah Fizz merasakan, adalah lebih baik dia mencari wang terlebih dahulu daripada memikirkan untuk berumah tangga.

“Saya mencari rezeki dalam lakonan selama ini untuk siapa? Semuanya untuk bakal isteri saya juga. Itupun kalau ada jodoh,” katanya.

Mengakui senang dengan cintanya hari ini, Fizz berharap Almy sanggup menunggu sehingga tiba masanya mereka disatukan sebagai suami isteri.

Bukan berniat untuk mempermainkan hati wanita semurni Almy tetapi buat masa ini Fizz merasakan dia belum mencapai azamnya untuk menjadi seorang pelakon berjaya. Dan bagi Almy sendiri dia sebenarnya menurut sahaja kehendak kekasihnya itu.

Jika si lelaki bersetuju untuk mempercepatkan ikatan suami isteri, dia tiada halangan. Malah keluarganya juga tidak kisah dengan siapa dia hendak berumah tangga asalkan dia mendapat lelaki yang benar-benar dapat menjaganya dengan baik.

Sebagai seorang wanita, Almy tidak menafikan dia memang cemburukan kekasihnya itu. Kadang kala perasaan cemburu itu membuatkan hubungan mereka tegang tetapi syukurlah, Fizz mampu menangani keadaan dengan baik.

Saat ditanya apakah punca perkara itu terjadi tanpa mahu berselindung ujar Almy dia sebenarnya berkawan dengan seseorang yang terlalu ramai peminat.

Bukan sahaja wanita malah ada kalangan lelaki juga yang turut jatuh cinta kepada Fizz. Perkara itu membuatkan perasaan cemburu di hati semakin bertambah kerana dia bimbang hilang orang tersayang.

“Saya tengok Fizz ni terlalu ramai kawan. Macam-macam cerita saya dengar. Bukan saja wanita, ada juga lelaki yang gilakan dia. Bukankah itu dugaan besar buat saya?” soalnya.

Apakah ilmu yang dipakai Fizz ini sehinggakan dia digilai oleh ramai orang?

Jelas Almy, dia melihat Fizz menjadi rebutan disebabkan sikapnya yang suka berkawan. Selain itu, dia seorang yang penyayang menyebabkan ramai orang di luar sana cepat “cair” dan jatuh cinta terhadapnya.

Tapi Almy tidak menyalahkan Fizz sepenuhnya sebaliknya menganggap ia adalah kelebihan yang ada kepada seseorang. Bagi Fizz sendiri, dia menyedari sikapnya yang rapat dengan semua orang adalah faktor dia mempunyai ramai kenalan.

Sebagai manusia, dia tidak memilih untuk berkawan dengan sesiapa pun tetapi sedihnya apabila timbul macam-macam dakwaan yang menggugat kesejahteraan hubungan mereka itu.

Tetapi yang pasti, kata Fizz buat masa ini cintanya terhadap Almy tidak berbelah bagi. Begitu juga dengan Almy yang mengharapkan hubungan mereka itu kekal selepas melalui pelbagai dugaan yang berjaya mematangkan diri.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 3:39 pm

Akhil mahu kecapi kebahagiaan


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Hi_12_11


PASANGAN pengantin baru, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi Waheeda, 30, yang diijabkabulkan pada 16 Ogos lalu mengharapkan semua pihak tidak terus mempertikaikan keputusan mereka mendirikan rumah tangga.

Hasrat mereka hanya satu supaya selepas ini tiada lagi fitnah yang dilemparkan apabila mereka membuat keputusan untuk menjadi suami isteri yang sah di sisi agama Islam.

Tetapi malang sekali setelah menjadi suami hampir sebulan lalu, dugaan yang melanda semakin buruk.

Perkara itu diakui sendiri oleh Akhil yang amat kecewa dengan mentaliti sesetengah masyarakat yang tidak habis-habis cuba memberikan persepsi buruk terhadap keputusannya itu.

Mungkin ramai yang terkejut apabila Akhil mengambil tindakan menikahi Waheeda kerana selama ini mereka hanya mendakwa hubungan itu sekadar kawan biasa saja.

Peminat menganggap pasangan itu tidak bercakap jujur mengenai hubungan sebenar mereka. Maka apabila keduanya membuat keputusan berumah tangga, pelbagai tohmahan mula diperkatakan.

Memburukkan lagi keadaan apabila bekas isteri Akhil iaitu Maizawati Zainal turut mengulas mengenai perkahwinan berkenaan yang seolah-olah memperlihatkan “siapa yang buruk” selama ini.

Ketika ditemui pada sidang media Astro Megaraya Screenings 2009 di Bukit Jalil pada 27 Ogos lalu Akhil menjelaskan bahawa dia sebenarnya berada di dalam keadaan tidak selesa dengan cakap-cakap orang sejak kebelakangan ini.

Dugaan selepas berkahwin sebenarnya paling berat berbanding ketika dia menjadi penceramah politik suatu ketika dahulu. Ini kerana hinaan yang dilemparkan termasuk tulisan di blog-blog tertentu melibatkan maruah yang memberi gambaran seolah-olah dia membuat keputusan salah mendirikan rumah tangga walaupun secara sah.

Tetapi kata Akhil, dia masih boleh tersenyum walaupun dihina tetapi sedih apabila Waheeda pula dituduh seperti “suka” dengan perkahwinan itu.

“Cuba bayangkan jika anda berada di tempat ana (saya). Tentu anda akan rasa tertekan apabila orang terus melemparkan tuduhan yang bukan-bukan,” ujarnya.

Dalam masa yang sama Akhil turut melahirkan rasa kecewa apabila ramai yang mempertikaikan gelaran ustaz yang selama ini dijadikan panggilan kepadanya kerana gelaran itu dianggap murni oleh umat Islam.

Kata Akhil, dia tidak harus dipersalahkan kerana gelaran itu bukan datang daripadanya tetapi orang ramai yang menyebutnya dulu. Ia berlaku mungkin kerana tugasnya yang mengajar mengaji al-Quran kepada kanak-kanak semasa menetap di Ipoh dahulu.

Mengakui dirinya bukan seorang ustaz, Akhil berharap tohmahan yang bukan-bukan tidak terus diberikannya kerana dia juga inginkan kebebasan dan mempunyai hak untuk menjaga maruahnya sendiri.

“Orang mempertikaikan ana ustaz. Ana memang bukan ustaz. Ana tak suruh orang panggil ana ustaz,” katanya.

Walaupun seseorang itu ustaz atau pun ulama kata Akhil, mereka adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

menghormati

Tetapi selepas mengambil keputusan untuk berkahwin tambah Akil, semua pihak harus menghormati tindakannya itu kerana apa yang dilakukannya bukanlah satu kesalahan jenayah.

Menurut Akhil, dia sekarang mahu memberi tumpuan terhadap rumah tangga yang baru dibina dan secara ikhlas mahu memaklumkan dia sebenarnya bahagia dengan perkahwinan itu.

Malah Akhil juga sibuk dengan persiapan resepsi perkahwinan mereka pada 31 Oktober akan datang di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Majlis sebelah pihak lelaki pula akan diadakan di Dewan Sri Gopeng, Ipoh Perak, pada 7 November.

Ditanya adakah benar dakwaan gara-gara perkahwinan itu beberapa program televisyen melibatkan Akhil terpaksa ditamatkan, beliau menafikan tuduhan tersebut.

Sebaliknya kata Akhil aktivitinya padat seperti biasa selain mendapat banyak undangan untuk memberi ceramah termasuklah di luar negara.

Cuma ujar Akhil meminta masyarakat supaya tidak terus menghukumnya kerana dia juga perlukan ruang untuk hidup seperti orang lain.

“Apa yang berlaku banyak memberi pengajaran kepada ana. Ana banyak belajar untuk menempuhi cabaran yang sukar apabila ia melibatkan maruah dan harga diri,” ujarnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 4:10 pm

Serina tak mahu tanggung dosa

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Hi_07_11
Serina bahagia bersama bakal suami.
BERSERI-SERI bak bulan purnama wajah Serina Redzuawan, 26, sejak nak kahwin dengan lelaki mat salih, Gavin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahuddin Ghafar, 33.

Mereka dijadual bernikah pada 1 Januari 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, manakala majlis resepsi pula akan dibuat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sehari selepas itu.

Kata Serina, dia memang dah tak sabar nak kahwin. Kalau boleh esok dia nak naik pelamin. Tapi semua perancangan kena ikut arahan bapanya, Chef Wan yang tak sabar-sabar juga nak dapat menantu tu.

Walaupun pun ghairah nak kahwin, Serina ada juga perasaan takut. Dia tak mahu tanggung dosa kalau dia gagal jadi isteri yang baik.

Bukannya apa, tanggungjawab Serina bukannya kecil. Dia kena bimbing Salahuddin untuk jadi penganut Islam yang sebenarnya dan bertakwa. Bab-bab itulah kata Serina dia amat bimbang kerana dia sedar dirinya pun masih lagi perlu diberi bimbingan.

“Insya-Allah, saya akan berusaha untuk menjadi isteri yang baik dan membimbing suami menjadi muslim sebenar. Saya dah rancang, lepas kahwin nanti saya dan suami nak sama-sama pergi belajar agama. Selalunya suami kena bimbing isteri tetapi kerana jodoh ini saya yang perlu bimbing dia,” katanya.

Sebelum naik pelamin nanti kata Serina dia nak mandi bunga. Nak tambah seri supaya wajahnya nanti bercahaya macam spotlight.

Kepada Serina, mudah-mudahan menjadi isteri yang soleh dan bahagia selama-lamanya ya.

NIEZAM: Terima kasih kepada Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. kerana menaja sahur bersama wartawan hiburan di Hotel Concorde, KL pagi tadi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 4:11 pm

Dynaz jangan terlalu seksi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Hi_19_10


ASSALAMUALAIKUM,Saya ingin menegur dan memberi sedikit nasihat kepada Dynaz. Dia adalah salah seorang artis yang suka berpakaian seksi.

Baru-baru ini pada Festival Filem Malaysia yang ke-22 (FFM-22), Dynaz telah mengenakan pakaian yang amat ketat sehinggakan menampakkan bentuk yang tak sepatutnya diperlihat dan dipertontonkan kepada umum.

Malah pakaian yang dikenakan pula daripada jenis kain satin dan tidak bercorak (polos) menyebabkan ia lebih menyerlah. Malunya saya nak tengok. Sedangkan Jaclyn Victor boleh mengenakan pakaian sopan pada majlis yang sama.

Jagalah adab sikit. Tambahan pula Dynaz sudah bersuami. Walaupun baju sponsor saya rasa kita boleh memilih pakaian yang lebih sopan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 4:39 pm

Hikmah Ramadan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Mainp392


HANYA air mata yang mampu mengiringi kedukaan sewaktu disahkan keguguran tahun lalu. Baginya yang pertama kali mengandung, kejadian itu bagaikan tamparan hebat lebih-lebih lagi harapan menimang anak kembar yang dikandungnya tidak kesampaian.

Bagaimanapun, bagi pembaca berita 7 Edition di ntv7, Sheahnee Iman Lee, semua itu adalah ketentuan qada dan qadar. Meskipun kecewa, Sheahnee pasrah dan reda kerana yakin Allah lebih menyayangi bayi yang dikandungnya.

“Pertama kali mengandung, sudah pasti saya dan suami begitu teruja untuk menimang cahaya mata lebih-lebih lagi apabila disahkan mengandung bayi kembar.

“Mungkin Allah lebih menyayangi mereka. Mungkin semuanya salah saya kerana terlalu yakin terhadap kandungan berkenaan sehingga mengabaikan kesihatan dan sibuk bekerja seperti biasa,” katanya.

Walaupun kejadian itu mencalit peristiwa hitam dalam kamus hidupnya, Sheahnee tetap kuat mengharungi hari-hari mendatang.

Kini, rezekinya sekali lagi dimurahkan Tuhan apabila disahkan mengandung tiga bulan. Meskipun gembira dengan perkhabaran itu, pengalaman lalu masih menghantuinya. Bagaimanapun, sedikit sebanyak ia mengajarnya pelbagai perkara.

“Demi kandungan kali ini, saya akan lebih berhati-hati. Malah, suami juga tidak benarkan saya terlalu taksub dengan kerja dan sering berpesan menjaga kandungan ini.

“Kini, saya tidak lagi aktif bekerja seperti dulu. Walaupun perlu bekerja, saya menghadkannya sehari seminggu saja. Saya tidak boleh terlampau aktif kerana pengalaman lalu membuatkan saya serik. Insya-Allah, jika tiada aral bayi ini akan dilahirkan tahun depan.

“Harap-harap, bulan mulia ini akan menguat semangat untuk saya menempuhi hari-hari mendatang,” katanya.

Menyentuh soal kerjaya, Sheahnee bakal bergelar penerbit untuk sebuah program baru di ntv7. Katanya, program bual bicara yang dirakamkan dalam Bahasa Inggeris itu akan menemui penonton akhir tahun ini.

“Program ini akan memfokuskan dan berkisar mengenai wanita. Tambah menarik, ia bakal memaparkan gaya hidup wanita masa kini dan mengupas pelbagai topik menarik.

“Selain itu, ia juga menjadi program pertama yang memaparkan kisah wanita secara sepenuhnya di Malaysia. Harap-harap, apa yang bakal saya lakukan ini akan diterima penonton nanti,” katanya.

Selaku saudara baru, setiap datangnya Ramadan dan Aidilfitri memberi makna besar buat wanita ini. Meskipun keluarganya tidak menyambut bulan mulia ini, namun Sheahnee tetap bersyukur apabila berada di samping suami.

“Setiap kali tiba Ramadan, saya menyambutnya bersama suami dan keluarganya. Begitu juga hari raya, saya pulang ke kampung sebelah suami.

“Sekalipun keluarga saya tidak beragama Islam, mereka pasti meraikan hari raya ini dengan berkunjung ke rumah keluarga suami. Waktu itu, perasaan terharu, sedih dan gembira bercampur dan memberi makna cukup besar buat saya,” katanya.

Bagi Azlinda Salim pula, Ramadan memberinya seribu satu makna. Malah, dia yang selesa disapa Linda cukup ternanti-nanti bulan mulia ini.

“Setiap kalinya datangnya Ramadan dan Aidilfitri, ia cukup bermakna untuk saya. Terus terang saya katakan Ramadan membuatkan hati saya tenang.

“Setiap tahun, saya bagai merindui bulan ini dan setiap hari sebelum Ramadan menjelma, hati saya cukup teruja menantinya. Mungkin ia hikmah yang dapat saya rasai,” katanya.

Selain membaca berita, Linda juga semakin sibuk di belakang tabir. Terbaru, Linda bergelar penerbit untuk program Spice Routes musim kedua yang akan menemui penonton tidak lama lagi di TV3.

“Untuk musim ini, saya dan produksi sepakat memilih Chef Sabri sebagai pengacaranya. Malah, untuk program ini kami jelajahi enam negara.

“Pengalaman yang dikutip sejak bergelar penerbit ini cukup mengujakan, lebih-lebih lagi berpeluang menjelajah negara orang. Mungkin selepas ini, saya akan bergerak aktif dalam bidang penerbitan pula,” katanya.

Tambah Linda, buat masa ini dia masih lagi dalam proses mengumpul pengalaman. Lagipun, pengacara untuk program Hak Anda ini masih belum bersedia meninggalkan bidang pengacaraan.

“Buat masa ini, saya mahu mengumpul sebanyak mungkin pengalaman terlebih dulu dan dalam masa sama meneruskan kerjaya dalam bidang pengacaraan. Lagipun, saya masih lagi membaca berita untuk Edisi 7.

“Insya-Allah, bila semuanya dah selesai dan saya sudah bersedia, langkah karier saya ini akan dipanjangkan lagi,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 4:40 pm

Ramadan 1,001 pengertian

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Mainp393


SUDAH seminggu kita meraikan Ramadan, bulan yang memberi 1,001 pengertian tersendiri. Begitu juga kisahnya dengan fasa kehidupan artis tanah air.
Meskipun bekerja di pentas nyanyian mahupun lakonan menghiasi layar perak dan skrin kaca, mereka juga insan biasa yang menyambut bulan mulia seperti umat Islam lain.

Berkesempatan turun padang melihat-lihat juadah di bazar Ramadan turut menjadi rutin artis tatkala mempunyai masa terluang apabila tidak terikat dengan kerja.

Selebriti Metro Ahad sempat bersama Liyana Jasmay, Aizat, Nubhan, Zizi AF7 dan empat anggota kumpulan One Nation Emcees meninjau dan membeli pelbagai juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, petang Rabu lalu.

Bazar itu yang menawarkan pelbagai juadah termasuk ikan bakar, patin gulai tempoyak, pari asam pedas dan macam-macam lagi membuat kecur liur. Sabar sajalah dengan godaan itu!

Bagi pelakon Liyana Jasmay, setiap kali tiba Ramadan, ayam masak merah bersama air tebu menjadi hidangan wajibnya berbuka puasa.

“Bagi saya hidangan berkenaan sungguh menyelerakan. Meskipun ia masih boleh didapati pada hari lain, hidangan ini tetap menjadi pembuka selera saya. Malah air tebu yang dibeli pada bulan puasa bagaikan lebih sedap dan menyegarkan daripada biasa.

“Bagaimanapun setiap kali berbuka puasa, saya dan keluarga akan pastikan kami tidak membazir. Segala-galanya disiapkan oleh Mama dan hanya beberapa juadah dibeli di bazar Ramadan.

“Selain itu bulan mulia ini menjadi waktu untuk saya meluangkan masa bersama Mama dan keluarga. Jika sebelum ini saya sibuk bekerja, kini tiba masanya saya berehat bersama-sama keluarga.

“Bulan ini juga mengajar saya banyak perkara. Ia menyedarkan saya erti sabar dan saya juga dapat menginsafi diri. Ramadan hanya setahun sekali, jadi mari kita muhasabah diri dalam bulan yang dipenuhi keberkatan Ilahi,” katanya.

Berbeza Liyana, Aizat pula lebih menggemari mi rebus dan ayam goreng kampung. Jika mahu diikutkan, jejaka ini menikmati apa saja yang dihidangkan tetapi katanya, tidak elok untuk mengikuti hawa nafsu sebegitu.

“Biasanya apabila tiba ke bazar Ramadan, pelbagai jenis makanan bermain dalam fikiran. Biasalah! Pun begitu tidak perlu saya menuruti nafsu, takut nanti membazir pula.

“Jadi semuanya diserahkan kepada Mama dan yang mana tidak cukup, saya akan beli di bazar Ramadan. Bagaimanapun Mama dan Papa menjadi orang penting mengatur apa juadah yang akan kami nikmati manakala saya akan terperap dalam bilik dan menyiapkan lagu demi lagu.

“Walaupun masih bekerja, ibadat dalam bulan mulia ini masih tidak ditinggalkan. Jika ada masa lapang, saya bersama keluarga menunaikan solat sunat Tarawih di masjid berdekatan. Rasanya sayang jika kita sengaja meninggalkan bonus pemberian Allah SWT dalam bulan ini,” katanya.

Lain pula cerita mengenai One Nation Emcees. Kebanyakan anggota kumpulan ini yang berasal dari Sabah pasti pulang ke kampung halaman untuk menyambut puasa pertama bersama keluarga.

Menurut Shamimi Amalina Norhisham (Mimi), bulan ini menjadi Ramadan kedua buat mereka bergelar artis. Seperti tahun lalu, jika ada kelapangan, empat anak muda yang menganggotai kumpulan ini pasti mengambil cuti untuk pulang ke kampung menyambutnya.

“Kami sepakat bahawa bulan mulia ini lebih istimewa daripada Syawal. Bulan ini juga mengajar kami banyak perkara. Lagipun Ramadan mengandungi pelbagai hikmah. Jadi menyambutnya lebih bermakna jika dibandingkan dengan Aidilfitri.

“Menyentuh soal juadah, pilihan kami berbeza. Saya menyukai ikan bakar bersama bandung soda manakala Muhamed Fareezan Muhamed Murtaza (Kozae), Mohd Norzaidi Edris Jekeria (Zydee) dan Nur Hasan Baias (Jojoe) lebih menggemari ayam percik dan murtabak bersama-sama dengan ABC.

“Jadi apabila kami berbuka bersama, pelbagai jenis juadah terhidang di depan mata. Biasalah, lain orang lain seleranya,” jelas Mimi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 4:45 pm

Ramadan pertama sambut bertiga

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Mainp394


SEKIRANYA Ramadan tahun lalu amat bererti buat pasangan Khairul Nizam Mohammad Wahi atau Khai, 30, dan Rosmayati Sidik atau Rosma, 24, kerana pertama kali menyambut sebagai suami isteri, kedatangan bulan mulia kali ini membawa lembaran baru kehidupan mereka dengan kelahiran bayi sulung pada Julai lalu.

Bergelar ‘daddy’ dan ‘mami’ kepada bayi lelaki, Muhammad Amzar Danish, pasangan ini akui permata hati mereka itu menyinari lagi nikmat sambutan Ramadan kali ini. Biarpun susah kerana keletah anaknya yang kuat merengek, namun mereka menganggap itu adalah hiburan berharga.

Sudah namanya budak kecil, menangis tidak dapat dipisahkan.

Bagi Khai dan Rosma, memahami hakikat mereka juga seperti itu dulu, hari-hari dihadapi penuh makna dan bererti. Apatah lagi, bukan semua pasangan dapat merasai kebahagiaan sebegini.

Menceritakan detik manis pengalaman pertama menjalani Ramadan bersama ‘orang baru’, kata Rosma, dia gembira apabila Khai tidak menyerahkan seratus peratus penjagaan Danish kepadanya.

“Saya baru sahaja habis pantang. Dalam tempoh itu, Khai banyak bantu dari segi juadah berbuka mahupun sahur. “Disebabkan dalam pantang, hanya beberapa kali saja saya masak. Selalunya, Khai akan beli juadah dekat kawasan rumah saja.

“Kami malas hendak pergi bazar Ramadan kerana orang ramai sangat.

“Nasib baik Khai tidak cerewet dalam perkara berkaitan makanan. Dia makan apa sahaja asalkan yang halal. “Menjalani ibadah Ramadan dengan Danish memang seronok, biarpun dia selalu buat perangai apabila tiba sahaja masa berbuka.

“Apa yang menghairankan, masa lain dia boleh tidur hinggalah beberapa jam pun, tetapi, apabila tiba masa berbuka, ketika itulah dia menyibuk bangun dan merengek minta perhatian seperti berpuasalah pula.

“Jadi, terpaksalah kami bergilir-gilir berbuka. Disebabkan dia asyik menangis, ada sekali itu kami ingat dia deman atau sakit perut.

“Lagipun, orang selalu pesan menangis bayi ini tidak boleh buat main-main.

“Selepas diperiksa, rupanya dia lapar, inginkan susu. Apabila ingatkan kembali, memang kelakar mengalahkan orang berpuasa pula.

“Begitu juga kalau berjalan-jalan di luar. Ketika itu, elok sahaja Danish tidur. Tetapi, apabila sampai di rumah, mata dia terbuka luas, segar bugar. Sampai sekarang, asal tepat pukul 12 tengah malam, dia akan sedar hinggalah pukul 6 pagi. Jadi, kami terpaksalah bergilir-gilir jaga bayi kecil ini.

“Tahun lalu, kami berbuka dan bersahur cuma berdua sahaja. Keadaan di tempat meja makan, sunyi dan hanya terdengar bunyi garpu kerana masing-masing menumpukan sepenuhnya pada juadah. Tetapi, kali ini suara Danish memeriahkan suasana berbuka dan bersahur,” beritahu Rosma selepas majlis berbuka puasa dan pelancaran album raya berjudul Lebaran Illahi Aidilfitri di Hotel Quality, baru-baru ini.

Beritahu Rosma, ketika ini dia berusaha mengurangkan berat badannya selepas bersalin.

Biarpun di pasaran terdapat pelbagai jenis pil diet, tetapi Rosma lebih gemar bersenam.

“Ketika mengandung, berat badan naik dari 46 kilogram (kg) ke 63 kg. Habis saja pantang, Alhamdulillah dapat turunkan sebanyak 10kg dan kini berat badan saya 53 kg. Sasaran berat badan adalah 48 kg kerana rasanya itu sudah ideal dengan ketinggian saya.

“Saya memang tidak ambil mana-mana pil diet kerana lebih suka berlari untuk kuruskan badan.

“Memang dari dulu lagi, saya amalkan senaman berlari selama dua jam sebelum tidur. Apabila buat tiap-tiap hari, akhirnya sudah jadi rutin pula.

“Kalau tidak buat, rasa janggal sangat. Untuk kempiskan bahagian muka pula, saya amalkan petua tepuk pipi dan nampaknya berhasil,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 4:46 pm

(GEMPAQ) Album Baru Siti Nurhaliza ‘Tahajud Cinta’

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Sitinu10


Datuk Siti Nurhaliza Taruddin diva Malaysia bakal mengeluarkan album kerohanianya yang berjudul “Tahajud Cinta” yang dijangka akan dipasarkan pada 10 september ini.

Album terbaru Datuk Siti Nurhaliza yang memuatkan lapan buah lagu itu mengunakan khidmat penerbit terkenal Eddie Marzuki, Audi Mok dan penerbit dari Indonesia, Tya Subiakto. Album yang bergenre pop itu berkonsepkan kerohanian seperti “Asma Ul Husna”, “Ya Rasulullah”, “Pintu Raudah” dan “Ku Percaya Ada Cinta”.

Korang jangan pulak dok cari yg cetak rompak, pasti yg original aje.. Support la sikit penyanyi tempatan
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 4:48 pm

Bisnes halang cari calon isteri

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Mainp395


BUAT masa ini, fokus dan keutamaan Zed Zaidi, 29, adalah mengembangkan lagi perniagaannya, tetapi tidak akan meninggalkan dunia seni.

Bagi Zed Zaidi yang popular menerusi drama Sembilu dan Sembilu Kasih, bidang seni memainkan peranan penting untuk memperkenalkan perniagaannya kepada pelanggan.

“Saya sudah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sebelum bergelar artis lagi. Ternyata kerjaya seni saya banyak membantu perniagaan saya.

“Apapun, saya perlu bijak membahagikan masa antara lakonan dan perniagaan, sekali gus memastikan kedua bidang yang diceburi bergerak seiringan,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis buka puasa, baru-baru ini.

Jejaka kelahiran Gombak, Selangor ini berkata, kesibukan menguruskan perniagaan juga menyukarkannya mencari calon isteri dan membina kehidupan berumahtangga.

Justeru, tidak hairanlah sampai hari ini, pelakon kacak yang pernah digosipkan dengan pelakon Hetty Sarlene masih lagi selesa hidup membujang.

“Selepas putus cinta sebelum ini, saya masih belum bertemu pengganti.

“Antara sebab saya sukar mencari teman wanita, mungkin kerana kesibukan saya kembangkan perniagaan.

“Bukannya saya cerewet dalam soal mencari teman wanita tapi untuk mencari wanita yang ada keserasian dengan saya, itu yang susah.

“Sebenarnya, saya tidak kisah sama ada wanita itu golongan artis ataupun orang biasa, apa yang penting kami serasi bersama.

“Keluarga pula tidak kisah kalau saya kahwin lambat kerana mereka tahu saya sibuk menguruskan perniagaan sedia ada,” katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya seninya, Zed berkata, dia terbabit dengan penggambaran drama bersiri A.D.A.M untuk saluran RTM pada Ramadan ini.

Zed juga terbabit dengan pementasan Impak Maksima Muzikal yang akan dipentaskan di Esplanade, Singapura pada 17 dan 18 Oktober nanti dan penggambaran filem Semerah Cinta Stiletto.

Teater muzikal yang diadaptasi dari filem Impak Maksima ini pernah dipentaskan di Istana Budaya, sebelum ini. “Saya juga bakal menjadi duta beberapa produk baru selepas Aidilfuitri nanti. Tapi, saya belum boleh mengumumkan produk berkenaan buat masa ini,” katanya.

Drama lain lakonannya tahun ini ialah Kisah Yusuf, Impak Maksima VS Rempit dan Julia Juli untuk TV3 serta drama bersiri sebanyak 24 episod Teratak Mahligai (RTM).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 4:58 pm

Wana - Sudah Terbiasa Tanpa Ayah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Wana12


Sudah tujuh bulan juara musim kedua MyStarz LG ini meninggalkan ibu tersayang bersama adik lelaki bongsunya, 11 tahun, di kampung halaman di Larkin, Johor. Pada usia 23 tahun, inilah kali pertama Wana tinggal berjauhan dari keluarga.

Dan di bulan Ramadhan ini, perasaan rindunya lebih terasa. Biasa bersahur dan berbuka bersama keluarga, tahun ini dia hanya bertemankan diri sendiri.

"Rasanya memang berbeza. Lagi seronok bila keluarga ada bersama. Biasanya lepas Terawih, saya akan teman mama jalan-jalan, tengok baju raya. Sedih tahun ini bila saya tak dapat layan karenah mama. Tapi mama faham. Kerja kan," cerita Wana pada GUA.

Tak pernah lupa untuk menelefon ibunya sekurang-kurangnya tiga kali sehari, dedah Wana, mereka adik-beradik (dia juga mempunyai seorang kakak, 25 tahun, yang sudahpun berkahwin) dibesarkan ibu seorang diri selepas bercerai dengan ayah. Wana ketika itu berumur 14 tahun.

"Masa kecil tu, saya cemburu melihat keluarga lain yang ada ayah, lebih-lebih lagi masa Hari Raya. Sunyi bila ayah tiada untuk beraya bersama. Tapi sekarang, kami sudah terbiasa. Bagi kami (mereka adik-beradik), biar takde ayah, jangan takde mama," luahnya yang akan sempat beraya dengan keluarga selama lima hari sebelum kerja-kerja promosi untuk album sulungnya, 'Siapa' bermula.

Tentang persiapan raya tahun ini, Wana memberitahu tidak banyak bezanya dari tahun-tahun sebelum ini. Seperti biasa, dia akan membelikan baju raya untuk ibu dan adik.

"Dari segi makanan tu, mungkin lebih banyak sebab rezeki saya tahun ini, alhamdullilah, murah. Saya kuat makan sebenarnya. Kami biasanya akan kumpul di rumah atuk dan masak ramai-ramai di sana seperti dodol."

Sedia bekerja keras
Sejak dinobatkan juara MyStarz LG pada Februari lalu, selain dari sibuk merakam albumnya, Wana juga menerima undangan membuat persembahan. Katanya, walaupun bayaran yang diterima tidak seberapa, dia tidak pernah merungut.

"Sebelum ni, gaji saya pun tak banyak juga. Lagipun saya masih baru di dalam industri seni. Saya dah bersedia untuk bekerja keras kerana peluang sebegini tak datang dua kali.

"Saya tak tahu sejauh mana saya boleh pergi (dalam industri seni). Tapi saya tahu saya seorang yang bila sudah nekad nak dapatkan sesuatu, saya akan usahakan sampai dapat."
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 4:59 pm

"Bibir saya ori, tak pakai botoks!" - Winnie K

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Winnie10
"SAYA tidak pernah memakai botoks! Ini bibir asli saya," kata penyanyi Winnie K.


"SAYA tidak pernah memakai botoks! Ini bibir asli saya," kata penyanyi Winnie K atau nama sebenarnya Winnie Kok Mui Kuan menepis tohmahan di satu laman Internet bahawa dia memakai botoks untuk mendapatkan bibir gebu.

Sambil mempamerkan bibir kecilnya dan barisan giginya yang tersusun kemas dan rapat, Winnie K berkata, dia tidak mungkin memakai botoks untuk mendapatkan bibir seksi seperti selebriti Hollywood, Angelina Jolie.

"Tidak mungkin. Cuba tengok bibir kecil asli saya ini. Saya tidak sempat memakai gincu hari ini," kata Winnie yang ditemui sejurus selesai segmen 'Selebriti Room Istimewa Merdeka @ Suria FM Breakfast Show', semalam.

Winnie hadir bersama artis Faizal Tahir dan Jaclyn Victor. Deejay pula adalah Bob Ringgo dan Nizam. Segmen selama satu setengah jam tersebut bermula dari 7.30 pagi hingga 9.00 pagi.

Bagi tuan empunya single dan album yang berjudul sama iaitu, 'Kau Ada Di Mana', Winnie mengaku dia sudah terbiasa dengan gosip seperti itu.

"Sekiranya anda seorang artis, anda perlu tahu gosip liar sedemikian adalah asam garam kehidupan kerjaya seni. Saya telah bersedia dan pernah dilanda pelbagai fitnah dan gosip yang lebih dahsyat dari itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 01356410
Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Winnie Kok ditemuramah bersama dalam Segmen Khas '1Malaysia' @ SuriaFM.


"Namun, saya percaya masa akan membuktikan segala-galanya. Yang penting kita tidak pernah menggunakannya (botoks)," jelas Winnie.

Sebelum gosip terbaru ini, media tempatan telah memainkan isu kononnya Winnie lebih popular di Indonesia berbanding negara sendiri.

Apatah lagi stesen-stesen radio tempatan di negara kelahirannya sendiri (Malaysia) khabarnya kurang memutarkan lagu 'Kau Ada Di Mana'.

Sedangkan lagu tersebut telahpun popular menerusi drama 'Mertua versus Menantu'yang mana ia menjadi lagu tema. Winnie K juga sebelum ini dikenali dengan panggilan Winnie Kok di kalangan penggemar muzik Malaysia.

"Saya betul-betul terkejut dengan respons positif di situ. Banyak stesen radio dan televisyen Indonesia memainkan lagu saya sama ada di TV Show ataupun persembahan hiburan," katanya yang merupakan artis Malaysia pertama dari keturunan Cina yang melebarkan sayap ke Indonesia.

Sekurang-kurangnya respons positif di negara seberang dapat mengubat duka di hati jelitawan ini yang mempunyai tiga album berbahasa Mandarin setakat ini.

Seolah-olah seperti "melukut di tepi gantang", Winnie menjelaskan itulah puncanya dia lebih banyak menghabiskan masa membuat promosi di Indonesia tahun lalu.

"Tapi, saya tetap yakin kerjaya seni saya akan berkembang di negara saya sendiri. Malah saya teringin mengeluarkan album berbahasa Malaysia kedua saya kelak," kata Winnie yang turut terlibat dalam bidang pengacaraan.

Selain itu, katanya, dia turut pernah menjadi "duta" minuman ringan Pepsi selama tiga tahun bersama penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza.

LAGU dan ALBUM 'Kau Ada Di Mana' merupakan hasil terbitan syarikat rakaman Trinity Optima Productions dari Indonesia. Ia adalah syarikat naungan penyanyi popular Rossa dan band popular 'Ungu'.

Album 'Kau Ada Di Mana' telah berada di pasaran Indonesia sejak Mac 2008 sementara ia menemui penggemar seni tempatan sejak 26 Jun 2008.

Untuk perkembangan terkini, Winnie yang berasal dari Raub, Pahang bakal mengeluarkan satu album berbahasa Mandarin tidak lama lagi. Album terakhir bahasa Mandarin Winnie adalah pada tahun 2003.

Pada masa yang sama, dia masih mempromosikan album bahasa Malaysianya, 'Kau Ada Di Mana' yang membariskan komposer handalan seperti Ajai, Tam Spider, Cat Farish, Audi Mok, Nurul, Dewiq dan Yudis Dwikrano.

Ditanya tentang status perkahwinannya, Winnie memberitahu dia masih membujang selepas gagal dalam percintaan sebelum ini.

"Saya masih menantikan kehadiran Mr. Right. Dia tidak semestinya kacak tapi mesti bertanggungjawab dan yang terpenting,adanya keserasian," katanya yang sering kelihatan keluar dengan kawan baiknya yang juga pemain badminton negara, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 5:01 pm

Dayang Bagi Duit Raya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Dayang11


“Setiap kali Ramadhan tiba, Dayang pasti rindukan saat-saat manis berbuka puasa dengan anak-anak yatim. Seronok dapat meluangkan masa dengan mereka ini. Dayang rasa puas bila dapat hulurkan bantuan walaupun ia tidak seberapa,” ujar Dayang Nurfaizah yang ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Majlis Aids Malaysia di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Khamis lalu, bertempat di Bangsar Seafood Restaurant, Dayang sekali lagi meluangkan masa berbuka puasa bersama 101 kanak-kanak dari beberapa buah rumah kebajikan. Dalam majlis itu, Dayang telah memberi sumbangan duit raya kepada semua kanak-kanak dan ibu tunggal terpilih.

“Dayang memang mahu jadikan acara berbuka puasa ini sebagai acara wajib pada setiap tahun. Sudah lima tahun Dayang lakukan ini. Bukan apa, inilah kesempatan untuk Dayang mendekatkan diri pada mereka yang memerlukan. Bukanlah pada bulan-bulan lain tidak boleh, tetapi selalunya pada bulan puasa ini, kita akan banyak amalan. Contohnya bersedekah. Lagipun, bulan puasa Dayang kurangkan aktiviti menyanyi. Inilah masa untuk Dayang berehat. Kalau tidak, ada sahaja perkara yang perlu dilakukan.”

Bercerita tentang kariernya pula, sekarang ini Dayang dalam proses untuk tampil dengan album terbaru. Dia baru sahaja selesai merakamkan single ciptaan Yassin yang berjudul “Ku Temu Cahaya” baru-baru ini.

“Setakat ini Dayang sudah ‘confirm’ pilih enam buah lagu untuk album itu nanti. Selain Yassin, Afdlin Shauki dan Omar K juga ada menyumbangkan lagu. Malah, ada beberapa lagu lama yang Dayang rakam semula dengan susunan muzik baru. Buat masa ini Dayang belum tahu berapa buah lagu yang akan dimuatkan. Tengoklah macamana nanti,” jelas Dayang yang turut mengakui album barunya itu masih belum mempunyai konsep.

Mengikut perancangan, album Dayang ini hanya akan menemui peminat pada awal tahun hadapan. Ini kerana menurut Dayang dia tidak mahu terburu-buru dalam pembikinan albumnya itu.

Menyentuh tentang persiapan raya pula, Dayang memberitahu GUA yang setiap tahun dia hanya lakukan secara sederhana. Sebaliknya, dia lebihkan keperluan emak dan ayahnya. Tahun ini Dayang akan pulang beraya di Kuching, Sarawak selama tiga minggu bersama-sama ahli keluarganya.

“Cuti Raya Dayang memang panjang. Tiap-tiap tahun pun macam tu. Bukan senang dapat peluang balik ke Kuching. Masa Raya nanti, bolehlah mengunjungi semua sanak-saudara yang ada kat sana,” tambah Dayang lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 5:09 pm

Zed cerewet pilih calon isteri terbaik

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Zed1110


BUKAN mudah untuk mencari pasangan hidup yang mempunyai persefahamandan mampu mengharungi susah senang bersama. Walaupun adakalanya dirasakan serasi, namun belum tentu pilihan itu adalah yang terbaikuntuk menjadi teman sehidup semati.

Dan atas alasan itu, Zed Zaidi akui sanggup hidup solo selagi tidakbertemu seorang wanita yang benar-benar mampu bergelar isterikepadanya. Pengalaman berkasih dan putus cinta sudah pernah dilaluinyadan lantaran itu, Zed akui ingin lebih berhati-hati dalam soal jodoh.

Disebabkan itu, tutur pelakon berusia 29 tahun ini, dia sama sekalitidak mahu meletakkan sasaran bila dirinya akan mendirikanrumahtangga.

"Sejujurnya, saya memang tidak suka letak sasaran pada umur berapasaya akan berkahwin. Saya tidak mahu rasa tertekan. Lagipun, sayalelaki dan tidak kisah sangat tentang usia yang sesuai untukmendirikan rumahtangga.

"Cuma, apa yang pasti, saya memang masih 'single' dan sedang mencariwanita yang sesuai. Saya akui, saya memang cerewet dalam hal ini.

"Saya ingin mencari seorang yang profesional...yang ada kariersendiri. Dan saya mahukan seorang isteri yang bukan saja memahamikarier saya, tetapi boleh 'back up' antara satu sama lain," ujar Zedyang ditemui pada majlis buka puasa artis-artis Aquila Emas, baru-baruini.

Akui pelakon yang juga bergelar usahawan ini, dia memang berkawandengan ramai wanita dan tidak dinafikan, ada diantaranya juga pernahmenarik perhatian jejaka ini.

Namun, katanya, dalam tempoh perkenalan itulah yang akan menentukansama ada wujud persefahaman atau tidak dia antara kedua-duanya yangmana ujar Zed, perkara itulah yang amat sukar ditemuinya sehinggakini.

"Saya pernah bercinta selama 10 tahun, tetapi akhirnya putus.Pengalaman seperti ini membuatkan saya kena sentiasa berhati-hati.Perkahwinan bukanlah perkara main-main.

"Buat masa ini, memang ramai yang saya jumpa. Tapi itu tidak bermaksudsaya 'playboy'. Tidak semestinya bila kita dilihat dengan perempuanberlainan, kita ialah 'playboy'.

"Apa yang penting, saya 'single' dan tidak ganggu rumahtangga orang.Mungkin juga saya masih belum bertemu 'seseorang' kerana saya terlalufikir tentang kerja saja.

"Tambahan pula, saya bukanlah seorang yang sosial. Tapi, saya percaya,untuk mendapat yang terbaik, kita kena berusaha," kata Zed yang kinisibuk menjalani latihan untuk pementasan Impak Maksima The Musical diEsplanade, Singapura pada 17 dan 18 Oktober nanti.

Ditanya tentang perkembangan terkininya, kata Zed, selain sibuk dengansesi latihan Impak Maksima, dia juga baru selesai menjalanipenggambaran filem Niyang Rapik dan terbabit dalam filem Semerah CintaStilleto.

Selain tawaran berlakon yang tidak putus-putus, Zed juga semakin ligatmengusahakan bisnes tiga syarikat miliknya; D Zed Resources Sdn Bhdyang mengendalikan pelbagai jenis perniagaan antaranya maruku, produkkopi dan termasuklah pengurusan acara, DMB Kembara Sdn Bhd(membekalkan barangan peralatan di universiti) dan Bintang Dahlia SdnBhd (pengurusan hartanah).

Namun begitu, kata Zed, dia bernasib baik kerana dibantu syarikatpengurusan, Aquila Emas, yang banyak menguruskan jadual seninya.

"Selama empat tahun saya melihat bagaimana Aquila Emas menguruskanartis-artisnya seperti Zizan Nin yang mana saya akui memang bagus.

"Tahun ini, baru saya menyertai Aquila Emas setelah lama bergeraksendiri dan saya rasa ini langkah yang bijak memandangkan saya sendiritidak menang tangan menguruskan aktiviti seni dan bisnes," katanya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kehadiran Syawal tidak lama lagi, ujarZed, seperti tahun-tahun sebelum ini, dia akan pulang berhari raya dikampungnya sebelah ayah dan ibunya di Mentakab, Pahang pada Hari Rayapertama dan akan kembali ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Namun, menariknya setiap kali Aidilfitri, Zed akan mengadakan 'tour'di beberapa buah negeri termasuklah di bahagian utara, pantai timurdan selatan untuk mengunjungi keluarga-keluarga angkatnya.

"Sejak bergelar artis, saya memang mempunyai ramai keluarga angkat.Kebanyakannya saya kenali ketika mengadakan penggambaran. Dan sudahbeberapa tahun saya selalu buat 'tour' dalam bulan Syawal untukbertemu mereka.

"Selalunya, saya buat 'tour' ini bersama rakan-rakan selama seminggu," ujar Zed.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 5:12 pm

Serina semakin terasa tekanan uruskan majlis kahwin

BIARPUN tarikh perkahwinan anak gadis kepada selebriti chef terkenal,Chef Wan ini masih lagi panjang namun aktres Serina Redzuawan sendirimengatakan dia sudah dapat merasakan tekanan yang dihadapinya dalammenguruskan majlis perkahwinannya.

Menurut Serina sendiri dia kadangkala agak tertekan dalam menguruskanmajlis perkahwinannya sedangkan pada waktu yang sama dia terpaksaberhadapan dengan kesibukan jadual tugasnya yang padat.

Serina tidak mahu tekanan menjadi masalah padanya dalam menguruskan majlis perkahwinannya bersama tunangnya, Gavin Edward O'luanaigh atau Salahuddin Ghaffar pada 1 Januari 2010.

"Dalam saya sibuk bekerja, saya juga kadangkala agak tertekan bilafikirkan urusan majlis perkahwinan untuk uruskan senarai tetamu danberbagai lagi.

"Sekarang pun saya sibuk dengan 'shooting' dua drama polis, selalubalik shooting pukul 4-5 pagi sedangkan pada masa yang sama saya kenauruskan juga mengenai majlis perkahwinan saya.

"Biarpun keseluruhannya diuruskan oleh ayah saya, saya tidak bolehjuga lepas tangan dan ayah saya ada juga marah saya kerana terlalusibuk dengan kerja saya.

"Tapi saya nak buat macam mana, itu tugas saya, lainlah macam setengahpengantin yang tidak ada kerja yang sibuk seperti saya, boleh jugamereka tumpukan pada majlis perkahwinan mereka," kata Serina.

Namun Serina tidak mahu tekanan itu menganggunya dan dia lebihmengamalkan untuk bersikap ceria ketika di lokasi penggambaran danmelakukan aktiviti riadah.

"Cara saya tanggani tekanan ni saya buat-buat ceria bila berada dilokasi penggambaran, saya buat macam biasa dengan krew-krew semua.

"Saya juga cuba mengambil masa untuk melakukan aktiviti riadah sepertibermain badminton dan pergi ke gym.

"Tapi bulan-bulan puasa ni saya tidak terlalu buat senaman yang beratsangat... Saya bersenam untuk hilangkan tekanan dan pada masa yangsama ia membantu untuk buang lemak di badan saya," jelasnya yang inginmenguruskan badan.

Ditanya mengapa dia ingin menguruskan badan Serina mengatakan diaingin kelihatan cantik pada hari persandingannya nanti dengankelihatan kurus.

"Saya nak kurus mestilah sebab nak cantik... kalau gemuk nanti nampaktak cantik masa bersanding dan tak muat pula baju pengantin sayananti.

"Tapi saya bukannya gemuk sangat, badan saya bentuk badan orang yangsporty, jadi nampak tegap.

"Saya cuma ingin turunkan berat badan saya hingga capai berat idealsaya sahaja. Berat ideal saya 55kg, sekarang berat saya 60kg, kalausaya dapat turunkan dalam 5-6kg dah kira bagus.

"Kalau tak dapat turun pun saya tak kisah... saya tetap happy. Sayadah pergi buat 'medical check-up' doktor pun kata saya tiada sebarangmasalah penyakit," katanya.

Ditanya mengenai persiapan perkahwinannya Serina mengatakan segalanyaberjalan lancar dengan bantuan ayahnya dan Serina mengatakanberkemungkinan akan dilangsungkan empat majlis dalam tiga hari.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan mungkin sebanyak empatmajlis akan diadakan iaitu majlis berinai kecil, akad nikah, berinanibesar dan bersanding.

"Pada 31 Disember akan diadakan majlis berinai kecil di Tarbus, BukitBintang. Manakala 1 Januari tu majlis akad nikah di Masjid Wilayahpada jam 5 petang.

"Pada sebelah malam pula mungkin akan diadakan majlis berinai besaruntuk meraikan pengantin di Bora Asmara, Taman Tun dan 2 Januari akandiadakan majlis persandingan di Hotel Royal Chulan," ujar Serina.

Majlis perkahwinan Serina bersama tunangnya, Gavin Edward O'luanaighatau Salahuddin Ghaffar pada 1 Januari 2010 nanti akan mendapatsentuhan daripada pereka fesyen Jovian Mandage yang akan merekapakaian untuk majlis akad nikah.

Bagi pakaian pengantin untuk majlis bersanding, direka oleh perekafesyen Radzuan Radziwill. Sementara pelamin bagi upacara nikah danmalam berinai disediakan oleh Lynda Rahim manakala pelamin untukmajlis persandingan pula diilhamkan oleh Datin Seri Farida Hashim.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 5:13 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Serina14
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 5:16 pm

Isu teman lelaki: Maiza malas komen!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 01344519
SEJAK rezeki Maizawati Zainal mencurah-curah kala ini, ramailah pihak yang mula memerhatikan dirinya termasuklah bekas suaminya, Akhil Hayy.


Maizawati atau lebih mesra disapa Maiza menjadi perhatian ramai sejak berita penceraiannya tersebar luas menerusi media cetak mahupun media elektronik.

Wanita yang kini bergelar ibu tunggal ini semakin tabah dalam menempuhi kehidupan ini selepas diceraikan oleh penyanyi dan penceramah bebas itu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Kini, dia sedang menjalani edah dan bekas suaminya yang popular dengan gelaran ‘ustaz’ itu seakan-akan tidak bersetuju apabila Maiza mengambil langkah untuk menceburi kerjaya dalam industri hiburan ini.

Sekarang, Maiza sudah bergelar duta Koleksi Tudung Myza dan BondaMama anjuran Yayasan Pembangunan Nurhikmah (YPN) serta terbaru pelakon iklan komersil biskut D.Haiz Cookies.

Selepas ini, mungkin dia akan bergelar penyanyi pula kerana ada ura-ura mengatakan Maiza akan merakamkan single terbarunya dalam masa terdekat ini.

Baru-baru ini, Akhil pernah mengeluarkan kenyataan yang dia tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh Maiza kerana bekas isterinya itu masih dalam edah.

Lantaran itu, Akhil juga mendakwa bekas isterinya itu sudah mempunyai teman lelaki sekarang melalui sumber terdekatnya.

Ditanya kepada Maiza mengenai isu itu, wanita yang mempunyai enam orang anak ini hanya bertindak untuk mendiamkan diri dan tidak membalas kata-kata yang dikeluarkan oleh Akhil.

“Saya tak nak komen. Sudah habis tu, habislah..tiada apa-apa antara kami..kenapa nak sibuk-sibuk lagi?..,” ulas Maiza yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan satu demi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Akhil sejak mereka bercerai.

Sebelum ini, Maiza pernah memberitahu yang dia memilih karier sebagai duta produk dan pelakon iklan komersil untuk menyara dua orang anaknya dengan bekas suami terdahulu dan ibunya yang tinggal bersamanya di Ipoh, Perak.

Akhil juga terlebih dahulu sudah menegur Maiza tentang statusnya yang masih dalam edah lantas menasihatkan wanita itu hanya berada di rumah, tidak bersolek tebal dan meminta izin daripadanya jika ingin keluar dari rumah atau melakukan kerja ‘baru’nya itu.

Bagaimanapun, Maiza selepas itu membidas kata-kata Akhil dengan mengatakan dia sudah pun meminta izin melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Nampaknya kemelut antara Maiza dan Akhil masih belum terhenti walaupun mereka sudah berpisah.

Maiza pula seakan-akan mahukan pertelagahan ini berakhir secepat mungkin sehingga sudah rimas dan tertekan dengan asakan demi asakan yang dilemparkan kepadanya.

“Berilah saya bernafas..,” luah Maiza akhirnya.

Selepas rentetan pelbagai peristiwa yang berlaku dalam hidup Maiza dan Akhil, terdapat pelbagai komen positif mahupun negatif yang diterima oleh kedua pasangan bekas suami isteri ini.

Maiza turut mengambil komen-komen positif daripada pelayar-pelayar internet yang menasihatkan dia untuk tidak mengambil cakna tentang apa yang dikatakan oleh Akhil kerana lelaki itu sudah tidak mempunyai kena-mengena dalam hidupnya secara rasmi kini cuma Akhil boleh dikatakan sebagai bapa kepada empat orang anak hasil perkahwinan mereka.

“Kita sudah bawa haluan masing-masing..maknanya dia sudah tiada kena-mengena dengan saya lagi,” akhiri Maiza.

Akhil telah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi Waheeda yang selama ini digosipkan bercinta dengannya manakala Maiza menceburkan diri sepenuhnya sebagai wanita bekerjaya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 5:18 pm

'Melodi Raya '09' paparkan simfoni dalam sensasi

Bekas pengacara dan penyumbang suara latar yang pernah terlibat dalam Melodi sejak dulu hingga kini: Dato’ Mahathir Lokman, Fauziah Ahmad Daud, Adiel Abdul Ghaffar, Fara Fauzana, Wahid dan Raja Azura. -foto TV3

SENSASI, terjah, kontroversi, malah segala paparan berunsur panas seringkali dikaitkan dengan Melodi, seolah-olah hanya itu sahaja peranan Melodi kepada khalayak masyarakat atau kepada persada seni tempatan.

Ramai seolah terlupa bahawa di sebalik semua kepanasan itu Melodi juga turut menampilkan paparan berkenaan kebajikan masyarakat artis serta menggerakkan visi ke arah kemajuan persada.

Kesemua paparan ini dipaparkan dengan caranya yang tersendiri, iaitu menerusi rangkaian segmen-segmen yang terkandung dalam setiap episod Melodi. Antaranya termasuklah segmen Potensi, Info, Prihatin, Takziah, Nostalgia, Teater, dan banyak lagi.

Bagaimanapun tidak dinafikan rangkaian segmen-segmen berunsur panas dan sensasi seperti Terjah, Kontroversi, Serkap, Sila Jawab, dan seumpamanya lebih mendapat tumpuan umum.

Terserah kepada naluri penonton untuk membuat pilihan segmen mana paling mereka minati.

Namun, satu yang pasti, Melodi yang ke udara setiap Ahad jam 12.30 tengahari di TV3 ini tetap muncul dengan hasil paparan seadilnya sama ada untuk renungan atau sekadar hiburan ramai.

Menyingkap tirai Aidilfitri, Melodi Raya muncul lagi bagi mengeratkan simfoni kasih serta silaturrahim antara artis dengan masyarakat.

Tidak cukup dengan satu episod, Melodi Raya bakal menemui penonton dalam dua episod istimewa, dan pertama kali diterbitkan oleh penerbit dan wartawan sensasi yang popular menerusi segmen ‘Terjah’ iaitu Nas Ahmad. Turut berganding bahu menjayakannya ialah Jamil Hassan selaku penerbit Eksekutif Melodi.

Menurut Nas, “Melodi tetap kekal pada konsepnya sebagai sebuah rancangan hiburan paling sensasi. Itu yang penonton mahu dan itu yang kami berikan.

"Penonton kami kurang setuju jika Melodi berubah konsep. Kerana itu, Melodi Raya perlu tampil menerusi paparan simfoni dalam Sensasi.

"Episod pertama Melodi Raya akan menemui penonton pada Hari Raya pertama yang dijangka pada Ahad 20 September 2009 manakala episod kedua pada Ahad 27 September 2009. Kedua-duanya akan bersiaran pada jam 12.30 tengahari selama sejam menerusi TV3.

"Bersesuaian dengan suasana Hari raya pertama, 70 peratus kandungan dari episod pertama menghidangkan acara nyanyian yang berlangsung di majlis rumah terbuka Melodi Raya manakala 30 peratus adalah paparan berita yang disampaikan oleh anggota Skuad Melodi di majlis itu.

"Bagi episod kedua pula 70 peratus adalah paparan berita sementara 30 peratus pula adalah sambungan persembahan nyanyian."

Tambahnya, “Satu lagi keistimewaan Melodi Raya tahun ini ialah kemunculan semula semua bekas pengacara dan penyumbang suara latar yang pernah terlibat dalam Melodi sejak dulu hingga kini.

"Mereka terdiri dari Dato’ Mahathir Lokman, Fauziah Ahmad Daud, Adiel Abdul Ghaffar, Sheila Rusly, Aznil Nawawi, Haliza Misbun, Faizal Ismail, Tabah Syazwan, Saiful Apek dan Raja Azura.

"Mereka juga turut bergandingan dengan pengacara Melodi masa kini iaitu Fara Fauzana dan Wahid Senario.

"Begitu juga dengan anggota Skuad Melodi yang terdiri dari wartawan Michelle Wee, Azmi Jamsari, Zuan Azmi, Zamzuri (Ayau) dan saya sendiri.

"Kalau selama ini terpapar di Melodi kami tampil hanya menggalas tugas kewartawanan, tapi istimewa untuk Hari Raya, semua wartawan Melodi turut tampil dalam dalam situasi yang lain. Apa kelainannya itu akan dapat penonton ketahui di hari raya nanti,” katanya lagi.

Rakaman Melodi Raya ’09 telah berlangsung di Sunway Lagoon Theme Park pada hari Jumaat, 28 Ogos di sebuah pentas terapung yang berkonsepkan garapan antara unsur tradisi, kontemporari dan moden.

Rakaman ini mendapat kerjasama penajaan oleh pihak pengurusan Sunway Lagoon Theme Park.

Barisan artis yang membuat persembahan di acara tersebut juga terdiri dari berbagai generasi.

Bagi generasi masa kini, Melodi mengetengahkan penyanyi Aizat, protégé Mentor 3, One Nation Emcee, Fabulous Cat, dan kumpulan Butterfly.

Manakala, generasi dewasa pula menampilkan artis-artis popular tanah air seperti Amy Mastura, Aishah, Fazley, Junainah M. Amin, Aman Shah, Ramlah Ram, Jay Jay, Dato’ Shake, kumpulan Balle Balle, Elite, Kristal dan Sweet Charity. Bagi yang meminati irama nasyid, kumpulan Hijjaz turut membuat persembahan.

Ramai artis-artis popular dan penggiat seni turut sama memeriahkan rakaman ini. Mereka terdiri dari penyanyi, pelakon, komposer, penulis lirik, pelawak, penggiat teater, anggota persatuan-persatuan seni dan sebagainya.

Melodi tetap meneruskan tradisi menghulurkan sumbangan kepada artis yang dilanda kesempitan hidup atau penderitaan penyakit.

Tahun ini, tiga orang artis lagi telah dipilih untuk menerima sumbangan ikhlas dan mereka adalah Jamaludin Sulik (Seri Bayu), Abdul Karim Abdul Latif (Karim Latif) dan Nurul Kamal Mohd Zainuddin (Kamal Pendek).

Selain dari itu, seorang peminat setia Melodi, Siti Nor Fatimah Mokhtar juga turut menerima sumbangan.

Band indie Hujan dan kumpulan nasyid Raihan berpadu suara menerusi lagu raya 'Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda'.

Semua sumbangan berupa wang bernilai RM5,000 tiap seorang. 2 buah rumah kebajikan juga turut dipilih untuk menerima sumbangan.

Rumah Kebajikan tersebut adalah Asrama Baitul Ummah, Setapak Indah dan Pusat Jagaan Titian Kaseh, Tasik Titiwangsa. Kedua-duanya juga turut mendapat RM5,000.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Datuk Seri Farid Ridzuan.

Jadi, kepada semua penonton setia melodi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan Melodi Raya ’09 pada hari raya pertama dan ke-8, 20 dan 27 September 2009, jam 12.30 tengahari, hanya di TV3.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 5:20 pm


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Melodi10

Bekas pengacara dan penyumbang suara latar yang pernah terlibat dalam Melodi sejak dulu hingga kini: Dato’ Mahathir Lokman, Fauziah Ahmad Daud, Adiel Abdul Ghaffar, Fara Fauzana, Wahid dan Raja Azura. -foto TV3

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Melodi11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Melodi12

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Melodi13
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 5:22 pm

Faizal Tahir Pun Beramal

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 F12


Setiap kali bulan Ramadhan menjelma, pasti ramai di antara artis kita sibuk dengan aktiviti amal. Terutama yang melibatkan anak-anak yatim. Boleh dikatakan saban hari ada sahaja majlis berbuka puasa bersama artis dan anak yatim yang dianjurkan oleh badan korporat mahupun syarikat rakaman.

Salah seorang artis yang tidak ketinggalan dengan kerja-kerja amal ini ialah Faizal Tahir. Baru-baru ini dia telah meluangkan masa dengan berbuka puasa dengan ibu-ibu tunggal yang dinaungi oleh Majlis Aids Malaysia (MAM). Keprihatinan Faizal harus diberi pujian kerana dia sanggup terbang ke Kuala Terengganu semata-mata untuk mendekatkan diri dengan golongan ini, sedangkan pada hari sama dia mendapat undangan ke rakaman Melodi Raya di Sunway Lagoon Surf Beach.

Faizal yang ditemui selepas majlis berbuka puasa tersebut berkata, dia cukup berbesar hati kerana dapat meluangkan masa dengan mereka yang memerlukan sokongan.

“Sebagai seorang artis saya rasa saya ada tanggungjawab agak besar untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang HIV dan Aids. Dengan menyertai aktiviti amal sebegini saya boleh sampaikan mesej kepada peminat saya di luar sana bahawa golongan ini tidak perlu disisihkan daripada masyarakat.

“Ini kerana mereka berhak menjalani hidup seperti orang lain. Memang benar saya tidak memberi sebarang ceramah atau penjelasan tentang HIV dan Aids setiap kali bertemu dengan peminat, tetapi kehadiran saya dalam acara ini sedikit sebanyak akan membuka mata peminat dan mereka pasti terfikir, kalau saya boleh menyokong, mengapa tidak mereka,” ujar Faizal yang merupakan salah seorang Selebriti Sokongan Riben Merah Majlis Aids Malaysia.

Ditanya tentang jadual kerjanya pada bulan puasa ini pula, menurut Faizal walaupun pada awalnya dia bercadang untuk berehat sepuas-puasnya tetapi perkara sebaliknya pula berlaku.

“Bulan puasa ini saya sibuk dengan pembikinan album kedua. Setakat ini saya sudah pun rakamkan dua single dan satu daripadanya akan dilancarkan selepas raya ini. Judulnya masih belum ditentukan tetapi ia adalah ciptaan Audi Mok dan liriknya ditulis oleh saya sendiri. Kalau semuanya berjalan dengan lancar, album terbaru ini akan berada di pasaran pada tahun ini juga.

“Saya masih mengekalkan genre rock tetapi ada sedikit eksperimen yang menimbulkan kelainan. Apa yang boleh saya katakan, muzik saya kali ini lebih matang dan moden. Tentang jumlah lagu pula, ia masih dalam peringkat perbincangan. Mungkin lapan atau 10 lagu. Semua ini akan diputuskan oleh syarikat rakaman saya, Monkey Bone Records.”

Mahu adakan konsert
Terlanjur bercerita tentang perjalanan karier pelantun lagu “Mahakarya Cinta” ini, pasti ramai yang ingin tahu bila agaknya ‘papa rock’ ini ingin mengadakan konsert buat peminatnya.

Menurut Faizal, dia memang ada merancang untuk mengadakan konsert tetapi dia mahu peminat muzik di Malaysia bersedia terlebih dahulu. Maksud Faizal, dia hanya akan mengadakan konsert sekiranya rakyat Malaysia sanggup mengeluarkan sedikit wang untuk menonton konsertnya.

“Bukan saya ban konsert-konsert yang diadakan secara percuma, tetapi saya tidak mahu ia menjadi trend. Kalau konsert artis luar negara, mengapa ada yang sanggup berhabisan sehingga ratusan ringgit, tetapi untuk artis tempatan semuanya mahu percuma. Saya mahu konsert saya berbayar kerana itu sebagai tanda karya saya dihargai peminat. Ini tidak bererti saya akan mengenakan caj yang mahal, RM10 pun sudah mencukupi. Sekurang-kurangnya karya saya itu ada nilainya di mata peminat muzik tanahair.

“Selain daripada sebab di atas, saya juga menunggu sehingga saya benar-benar cukup material. Saya sedar, saya baru ada satu album dan bukan semua lagu saya ini orang kenal. Mungkin selepas tampil dengan album kedua nanti, barulah saya boleh adakan konsert. Bukan tidak ada yang tawarkan peluang untuk adakan konsert, cuma saya perlukan masa untuk merealisasikannya. Alang-alang hendak mengadakan konsert, biarlah ia dilakukan dengan sebaik mungkin,” terang Faizal lagi.

Seronok duet dengan Datuk Siti
Tahun ini kedatangan Syawal mengundang kegembiraan yang tidak terkata buat Faizal. Ini kerana dia telah diundang menyertai program raya bersama Datuk Siti Nurhaliza. Program yang dinamakan ‘Lentera Aidilfitri’ itu akan menemui peminat pada Hari Raya nanti di saluran Astro.

“Sebenarnya sudah lama saya nantikan peluang ini. Mendapat peluang muncul dalam persembahan beliau sudah cukup memberi kepuasan kepada saya. Tetapi apabila saya dimaklumkan akan berduet dengan beliau, ia sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan. Tetapi saya puas kerana akhirnya impian saya tercapai.”

Dalam program itu, Faizal dan Siti bergandingan mempersembahkan lagu “Lucky”, medley “Mahakarya Cinta” dan “Dialah Dihati” secara duet. Selain itu, Faizal sendiri membuat persembahan secara solo dengan menyampaikan lagu popularnya, “Sampai Syurga” dan “Bencinta”.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 5:23 pm

Sepi Tanpa Yasmin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Adibah14


Kehilangan pengarah Yasmin Ahmad bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan rakan terdekat, malah seluruh rakyat Malaysia. Kepulangannya ke rahmatullah pada 25 Julai lalu, masih dirasai lebih-lebih lagi kehilangannya di saat rakyat Malaysia bersedia menyambut kehadiran bulan kemerdekaan dan Ramadhan.

Kehilangan pengarah itu paling dirasai penyanyi dan pelakon Adibah Noor, salah seorang rakan yang pernah merasai bekerja di bawah arahan pengarah yang terkenal dengan hasil kerja yang cukup meruntun jiwa.

Malah kehadiran Ramadhan kali ini cukup berbeza sementelah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia kerap berlakon dalam setiap iklan raya Yasmin. Pertama kali sejak beberapa tahun, Adibah tidak lagi merasai keseronokan bekerja di set penggambaran ketika bulan puasa.

“Selalunya setiap kali Ramadhan saya akan berada di lokasi penggambaran iklan, tahun ini nampaknya tidak ada rezeki. ‘Cekodok monster’ adalah iklan raya terakhir saya bersama Yasmin. Apapun saya tetap bersyukur diberi peluang itu,” kata Adibah ketika rakaman Mentor 3 Raya, baru-baru ini.

Biarpun sedih dengan pemergian Yasmin yang dianggap sahabat dan idola, dia redha dengan ketentuan-Nya tetapi tidak menyangkal kematian pelakon itu terlalu awal dan rakyat Malaysia belum puas menonton hasil kerja pengarah genius itu.

“Terlalu awal Tuhan mengambil nyawa Yasmin. Karya Yasmin yang ada masih tidak mencukupi dan kita perlu lebih banyak karya seperti itu. Tetapi sejauh mana kita menyesalinya, takdir Tuhan lebih berkuasa dari segala-galanya,” akui Adibah.

Sejak mengenali Yasmin, banyak yang dipelajari penyanyi ini, antaranya sifat penyayang dan pemurah yang ada pada arwah. Satu perkara yang menjadi ikutan Adibah sehingga kini ialah kerja amal yang selalu dilakukan Yasmin, tidak pernah digembar-gembur dan hanya diketahui rakan terdekat sahaja. Kini, kerja amal menjadi sebahagian aktiviti bulanan Adibah dan peminatnya.

Berpuasa sendirian
Jika sebelum ini setiap kali menjelang Ramadhan Adibah tidak gusar untuk mencari menu berbuka atau bersahur, tahun ini dia perlu menyediakan juadah sendiri apabila kedua orang tuanya menunaikan umrah sepanjang Ramadhan.

“Sejak dua tahun lalu, kedua orang tua saya mengerjakan umrah sepanjang Ramadhan. Mereka pulang ke Malaysia selepas raya pertama. Bulan puasa bererti saya perlu mencari juadah sendiri,” guraunya.

Ramadhan juga menjadi bulan rehat untuk Adibah. Puasa kali ini dia banyak menghabiskan masa di rumah dan menghadiri jemputan berbuka puasa. Penyanyi “Terlalu Istimewa” ini mengakui dia mengehadkan penerimaan membuat persembahan amal pada bulan ini.

“Bukan sombong, tapi siapa yang tak sedih, bila bulan puasa je orang baru nak ingat saya. Mulalah, minta buat persembahan amal percuma. Bila ada persembahan besar lain, tak pernah pelawa pun. Mula-mula memang saya tak kisah, tapi bila dah selalu, rasanya lebih baik saya berehat di rumah sahaja,” jelasnya.

Memandangkan kedua orang tuanya berada di Mekah, Adibah dan kakaknya akan pulang ke Ipoh untuk berhari raya bersama saudara-maranya di sana.

Akhir tahun ini juga Adibah nekad mengeluarkan album terbarunya setelah lama tertangguh. Walaupun ramai artis sekarang selesa merakam kurang 10 lagu untuk dimuatkan dalam satu album, Adibah pula memberikan 13 lagu untuk santapan halwa telinga peminatnya. Malah sebuah lagu ditujukan khas untuk arwah Yasmin Ahmad berjudul “Ratapan Sepi”.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 11:40 am

Nurul jadi guru vokal Mila, Akim dan Aril?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Nurul111


PENGALAMAN penyanyi bernama Nurul Huda Abdul Wahab atau mesra disapa Nurul ini selama lebih 13 tahun di dalam bidang nyanyian rasanya sudah cukup 'kuat' untuk dirinya bergelar seorang guru vokal.

Apatah lagi dengan bakat yang dimilikinya itu, Nurul dilihat antara penyanyi yang mempertaruhkan kekuatan vokal sebagai aset utamanya untuk terus bertahan di dalam arena ini.

Malah, kemampuan Nurul mendidik protegenya, Nieyl yang mendapat tempat kedua di dalam program Mentor kira-kira tiga tahun lalu juga membuktikan wanita berusia 32 tahun ini bukanlah calang-calang penyanyi.

Dan kali ini, Nurul akan berkongsi pula 'ilmu' yang dimilikinya kepada penyanyi-penyanyi junior seperti Mila, Akim dan Aril.

Namun begitu, ia bukanlah secara 'serius', sebaliknya Nurul hanya menjadi guru vokal mereka di dalam drama muzikal Kau Dan Aku yang merupakan terbitan Astro dan usahasama dengan produksi Indonesia.

Kata Nurul, walaupun menjadi guru vokal hanya dalam lakonan, namun dia tetap rasa seronok dengan watak Puan Nora yang merupakan seorang guru vokal yang tegas dan garang.

"Ini adalah kali pertama saya berpeluang pegang watak macam ni. Puan Nora adalah seorang yang garang terhadap pelajar-pelajarnya di sebuah kolej muzik. Tetapi sebenarnya, dia juga baik hati.

"Seronok juga bawakan watak seperti ini. Dan yang paling penting, selama hampir sebulan menjalani penggambaran di Jakarta bersama pelakon-pelakon lain, saya rasa cukup gembira kerana kami semua jadi rapat," ujar Nurul yang baru lima hari pulang dari Jakarta sewaktu ditemui, baru-baru ini.

Selain Nurul, Mila, Akim dan Aril, turut membintangi drama itu ialah beberapa pelakon lain seperti Riezman Khuzaimi, Azizah Mahzan, Sabrina Ali, Raja Farah, Anita Baharom, Amar Anak Wayang dan Cici.

Drama muzikal sebanyak 26 episod ini dijangka akan ditayangkan selepas Hari Raya nanti.

Bercerita lanjut tentang pengalamannya membintangi drama tersebut, kata bekas isteri kepada komposer dan penyanyi Ajai ini, dia akui pada awalnya dia agak gementar terutamanya bila mendapat tahu Azizah Mahzan juga menjayakan drama itu.

"Inilah pertama kali saya berlakon dengan dia. Dalam drama ini, Azizah bawakan watak ketua kolej tersebut. Memang agak risau jugalah pada awalnya sebab bagi saya, dia adalah seorang pelakon yang cukup hebat.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Nurul211
Nurul menganggap album terbarunya, Tika Cinta, cukup istimewa


"Tetapi lama-kelamaan kami sudah rasa serasi dan saya banyak belajar menjiwai karektor dengan dia. Begitu juga dengan pelakon-pelakon lain.

"Kami sudah rasa seperti satu keluarga dan selalunya, kami memasak bersama-sama. Memang saya amat merindui kenangan di sana.

"Pengalaman berlakon dengan produksi luar juga adalah satu perkara baru bagi saya. Tetapi sejujurnya, saya masih 'prefer' berlakon di dalam produksi tempatan," ujar Nurul yang juga pernah terlibat di dalam beberapa buah drama lain seperti e-toyol.com

Dalam pada itu, anak jati Pulau Pinang ini berkata, dia akan mula sibuk untuk mempromosikan album terbarunya, Tika Cinta, yang baru dipasarkan awal Ogos lalu.

"Album ini amat istimewa buat saya. Seleksi lagu-lagu juga semuanya kena dengan jiwa saya. Pertama kali juga saya cuba menggubah lagu di dalam album ini berjudul Bukan Cermin Di Hati.

"Syarikat rakaman, Metadome, memang menyiapkan album ini dengan penuh teliti," katanya yang hanya mengambil masa beberapa bulan saja menyiapkan album tersebut.

Album berkonsepkan pop itu turut menampilkan karya ciptaan komposer-komposer lain seperti Sharon Paul, Fedtri Yahya, Sulu Sarawak, Tam Spider dan Allahyarham Rosli Khamis (Loloq).

Ditanya tentang persiapan menjelang Syawal tidak lama lagi, kata ibu kepada Ayu Nazirah ini, seperti biasa, dia akan pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang.

"Tahun ini, Ayu akan beraya terlebih dulu dengan Ajai dan kemudian barulah beraya dengan saya pula.

"Tetapi, tahun ini nampaknya tidak boleh cuti raya lama sebab beberapa hari selepas raya, saya ada undangan menjayakan persembahan sempena majlis rumah terbuka," katanya yang juga selesa untuk tidak berbicara tentang subjek cinta dan 'kekasih' barunya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 11:52 am

Emosi simpati Siti

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Hi_01168
DOA Siti buat seorang teman bernama KD, semoga wanita itu tabah menjalani kehidupan.


PERCERAIAN diva termasyhur Indonesia, Krisdayanti atau KD dan Anang Hermansyah bukan sahaja mengejutkan peminat serantau, bahkan yang paling terkesan dengan berita itu ialah rakan baik KD, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Penyanyi berusia 30 tahun itu yang dihubungi Kosmo! pertengahan minggu lalu, awalnya memohon sedikit ruang untuk menilai sendiri cerita perceraian KD memandangkan dia belum mendapat kepastian daripada tuan empunya badan.

Selang beberapa hari kemudian, Siti mula ada keyakinan untuk mengulas tentang insiden yang menimpa KD sekali gus berkongsi perasaan dan emosinya tentang isu panas di media Malaysia dan Indonesia itu.

Siti memberitahu dia hanya membuat komen setelah dia mendapatkan kepastian daripada KD sendiri mengenai kebenaran cerita cerai itu.

Sebagai insan biasa yang sarat naluri kewanitaan, ada duka yang menyelubungi dirinya apabila bercakap lebih jauh tentang perihal itu.

“Terus terang, Siti bersimpati dengan apa yang mereka lalui. Inilah namanya kehidupan. Ada dugaan yang didatangkan dalam keadaan baik dan tidak terkecuali dugaan juga muncul dalam keadaan sebaliknya.

“Ia barangkali disebabkan kesalahan yang kita sendiri lakukan sebelum ini, ataupun itu petanda Allah memang sayangkan kita sebagai hamba-Nya. Inilah takdir kehidupan manusia,” kata Siti dalam nada cukup berhati-hati, mungkin tidak mahu disalahtafsirkan apatah lagi di saat KD dan Anang baru saja membawa haluan sendiri.

Kali terakhir Siti dan KD bertentangan mata ialah semasa penghibur jelita itu hadir menyaksikan Konsert Eksklusif Satu Siti Nurhaliza di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 29 Jun lalu.

Bekas suami KD, Anang sudah menjatuhkan talak tiga kepada penyanyi berkenaan pada 19 Ogos lalu, tiga hari sebelum umat Islam di seluruh dunia menyambut kehadiran Ramadan.

Anang, 40, mengaku sudah meluahkan lafaz cerai kepada KD, 34, setelah mempercayai wanita tersebut memiliki pria idaman yang lain.

Sambung anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu, dia segera menghantar SMS kepada KD pada hari sama tatkala dihubungi Kosmo! untuk bertanyakan cerita berkenaan.

“Selepas mendengar berita Siti terus bertanyakan kepada KD tentang kesahihan kisah perceraiannya dengan Anang. Bahkan Siti menasihatkan dia agar banyak beristighfar apabila berdepan dengan perkara berkenaan.

“Tidak lama kemudian, KD membalas SMS Siti sambil mengucapkan terima kasih kerana mengambil berat tentang dirinya. KD juga pasrah lalu menjelaskan kejadian itu merupakan dugaan yang perlu dilaluinya. Memanglah Siti dan KD rapat sejak dia mula muncul dengan album Menghitung Hari beberapa tahun lalu.

“Malah KD akan menghubungi Siti apabila dia mahu datang ke Malaysia. Kami akan bertemu dan berborak panjang sebagai teman baik. Keadaan yang sama berlaku apabila Siti ingin pergi ke Indonesia.”

Bagaimanapun, menurut Siti, meskipun bersahabat baik masih ada hal tertentu yang tidak mereka kongsikan, termasuklah urusan yang terlalu peribadi.

“Hal rumah tangga terlalu peribadi untuk dikongsikan. Malah KD sendiri tidak pernah banyak bicara tentang masalah dengan Anang. Siti sendiri dapat tahu berita perceraian mereka menerusi teman-teman media sebab itu Siti terkejut bila tahu cerai itu betul-betul berlaku.

“Sehingga ke saat ini Siti belum terfikir untuk menghubungi KD. Biarlah keadaan reda sedikit dan Siti menghormati dirinya yang ada kemungkinan mahu bersendirian tanpa diganggu oleh sesiapa,” jelas Siti.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Hi_01169
PASANGAN romantis ini terkejut mendengar berita perceraian KD yang disampaikan oleh Kosmo! pertengahan minggu lalu.


Enggan buat andaian

Selain meluahkan perasaannya sebagai kenalan rapat, Siti yang dilahirkan pada 11 Januari 1979 juga enggan membuat sebarang konklusi berhubung berpatahnya arang di antara KD dan Anang.

Bagi Siti, dia tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak dalam kehancuran pernikahan KD, apatah lagi sebagai orang luar manusia tidak sepenuhnya faham badai rumah tangga orang lain.

Siti juga enggan memberi sebarang komen tentang perselingkuhan yang dikatakan menjadi punca kenapa Anang menceraikan KD dengan talak tiga sekali gus.

Ternyata, seperti diduga, Siti mengelak daripada berhujah tentang kisah bermain kayu tiga yang menyebabkan meletusnya ‘bom’ dalam mahligai KD dan Anang. Ia begitu sensitif, takut menjadi aib sekali gus merosakkan ikatan persahabatannya dengan KD dan Anang selama ini.

“Jujurnya, Siti tidak tahu-menahu apa yang terjadi kepada perhubungan mereka. Soal wujudnya insan ketiga atau tidak, kita sendiri tidak tahu kebenarannya. Oleh itu kita jangan terlalu cepat menjatuhkan hukuman kepada mana-mana pihak.

“Apa yang berlaku, apa yang membuatkan KD dan Anang jadi begitu dan begini, kita sebagai orang luar tidak boleh membuat andaian sendiri. Saya cuma boleh katakan agar KD dan Anang tabah mengharungi rintangan getir ini. Memanglah ia pahit untuk ditelan, namun ini semua sudah ditakdirkan oleh Yang Maha Kuasa, jodoh mereka sampai disitu saja.

“Harapan Siti agar mereka dapat menguatkan diri serta meneruskan kehidupan kerana setiap yang berlaku ini merupakan ujian daripada Allah yang selalu mengingatkan hamba-Nya,” pinta anak kelima daripada lapan beradik setulus hatinya.

Bukan saja Siti yang terkejut, malah dia memberitahu, suami yang dinikahinya pada 21 Ogos 2006, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa juga ‘tergamam’ seketika apabila mendapat berita itu.

Juara Bintang HMI 1995 itu ketika ditanya adakah insiden yang berlaku kepada KD dan Anang membimbangkan dirinya yang juga bergelar isteri orang. Kebetulan juga status mereka sebagai artis popular yang sering diasak dengan pelbagai gosip, tidakkah tragedi yang berlaku terhadap KD ini membuatkan Siti rasa kebimbangan?

Spontan jawab Siti: “Dalam hidup ini apatah lagi kalau sudah mendirikan perkahwinan, kita kena mengamalkan sikap hormat-menghormati dengan pasangan. Kita berusaha untuk mencari yang terbaik dalam kehidupan. Tidak baik dan jangan sesekali mentertawa orang lain tatkala mereka ditimpa musibah. Allah sesungguhnya Maha Berkuasa untuk menentukan segala-galanya.”

Hantar anak ke Melbourne

Sewaktu wawancara ini diadakan pada petang Jumaat lalu, Siti dan suami sedang bersiap sedia untuk berangkat ke Melbourne, Australia. Bukan bercuti berdua, sebaliknya pemergian pasangan romantis itu bertujuan menghantar anak ketiga Khalid, Mohd. Ashraf, 17, menyambung pengajian di salah sebuah universiti di sana.

“Ashraf baru menamatkan peperiksaan O-Level. Sama seperti abang-abangnya, dia dihantar ke luar negara untuk menjalani kursus persediaan sebelum menyambung pengajian dalam bidang pilihan. Kami akan berada di sana selama lima hari. Suami Siti sudah pastinya sibuk untuk menguruskan pendaftaran Ashraf dan perkara yang bersangkutan dengan hal-ehwal pelajarannya di sana.

“Siti tiada sebarang rancangan sepanjang beberapa hari di sana. Malah tidak ada sedikit pun agenda untuk membeli-belah ditambah dengan sekarang kita sedang berpuasa. Paling penting, kami hendak menyelesaikan perkara yang berkaitan Ashraf dahulu,” ungkap Siti sambil memberitahu bahawa dia dan suami tidak akan berlama-lama di negara orang sebaliknya akan menyambut kehadiran 1 Syawal di dalam negara .
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 11:53 am

Jerneh bukti kesungguhan Sheila

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Hi_03_46
Sudah 10 tahun saya mengimpikan satu produk kecantikan yang tidak memudaratkan serta halal untuk umat Islam
- SHEILA MAJID

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Hi_03_47
SHEILA bersama kakitangan F.A Herbs kini giat mempromosikan Jerneh.


PERSADA seni suara cukup mengenali sebutir permata bernama Datuk Sheila Majid namun dalam bidang kecantikan, namanya masih terlalu baru. Biarpun dia cukup disegani kerana memiliki paras rupa dan bentuk badan yang masih menawan pada usia 44 tahun, penglibatan dalam bidang kecantikan sebenarnya memberikan debaran berbeza buat Sheila.

Sebab itulah, pada awal pengenalan, produk kecantikan yang diberi nama Jerneh itu hanya dipasarkan menerusi Internet. Sesudah lebih lapan bulan dijual secara maya, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan. Ekoran itu, Sheila semakin berani dan kini, bayi barunya itu sudah melepasi banyak jangkaan.

"Memang mulanya saya cuma merancang untuk memasarkan dan mempromosikan produk ini seperti mana yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha produk kecantikan tempatan yang lain, diiklankan dalam majalah-majalah wanita tetapi hari ini (28 Ogos 2009), saya boleh katakan ia telah melepasi banyak jangkaan saya," luah Sheila bangga dengan pencapaian awal Jerneh.

Jerneh menjadi satu-satunya produk kecantikan tempatan yang berjaya menembusi tembok di gedung terkemuka Parkson yang dikuasai barangan berjenama dari luar negara. Di Parkson, produk Jerneh boleh diperoleh di butik kecantikan dan barangan Tanamera keluaran F.A Herbs.

Keberadaan di kelompok yang sebaris dengan puluhan jenama kosmetik dan kecantikan bertaraf antarabangsa sedikit sebanyak memberikan satu keyakinan baru buat Sheila dan rakan kongsinya, Mohamad Faisal Ahmad Fadzil yang juga pengusaha F.A Herbs Sdn. Bhd.

"Sebenarnya tiada kriteria khas yang ditetapkan pihak Parkson terhadap barangan tempatan yang ingin menempah tempat di sini. Tanamera sendiri dijual di serata dunia tapi saya tidak menafikan kredibiliti Sheila dalam bidang muzik antara penyebab yang membawa Jerneh sejauh ini," jelas Faisal yang turut bertindak sebagai Pengarah Urusan Jerneh.

Setakat ini produk Jerneh hanya boleh didapati di kaunter Tanamera Parkson Sunway Pyramid dan Parkson Kota Bharu, namun menurut penghibur berstatus ibu kepada lima anak itu, pencapaian Jerneh sudah cukup membanggakan buatnya.

"Sudah 10 tahun saya mengimpikan satu produk kecantikan yang tidak memudaratkan serta halal untuk umat Islam. Puncanya, saya sering menerima produk kecantikan percuma tetapi ragu-ragu terhadap kesan serta kandungan produk berkenaan," jelas Sheila yang selalu menjadikan anak gadisnya Khalida sebagai 'bahan' rujukan ke atas setiap produk kosmetik yang diragui.

Secara jujurnya Sheila mengakui dirinya menjadi pengguna setia produk miliknya itu sejak setahun setengah lalu. Kualiti serta hasil yang dirasai sendiri meyakinkan Sheila untuk berkongsi kegembiraan bersama seluruh peminat dan pengguna tercari-cari produk halal bermutu tinggi.

Besar harapan Sheila, satu hari nanti, Jerneh juga mampu mempunyai kaunter tersendiri dan sebaris dengan produk-produk kecantikan antarabangsa yang lain.

Fasa pertama di pasaran, Jerneh fokus kepada dua bentuk produk iaitu antipenuaan dan pembersihan yang boleh digunakan oleh pengguna lelaki dan wanita.

Untuk jangka panjang, Sheila dan rakan kongsinya turut merancang memperkenalkan produk khas untuk lelaki agar suatu hati nanti, Jerneh akan dekat di hati pengguna Malaysia sebagai produk tempatan berkualiti antarabangsa.

Segala maklumat tentang Jerneh boleh didapati dengan melayari www.jernehbysheilamajid.com.

Sementara itu, ditanya tentang aktiviti seninya ketika ini, kata isteri kepada pemuzik Acis itu, seperti tahun-tahun sebelumnya, dia hanya berehat dan memberikan tumpuan kepada keluarga sepanjang bulan Ramadan.

Selepas hari raya nanti, dia akan menjayakan dua persembahan di Bali dan Jakarta, Indonesia.

"Sudah lama saya tidak banyak agenda seni di bulan Ramadan. Untuk tahun ini, saya hanya terlibat dengan sebuah program raya terbitan Astro Oasis yang telah dirakam sebelum puasa lagi.

"Bagi saya, bulan puasa untuk diraikan bersama keluarga dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta," jelas Sheila yang bakal sibuk dengan agenda promosi dan jelajah memperkenalkan Jerneh ke mata semua.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 11:55 am

Cico Akui Masih Bersosial

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Cico11

Walaupun telah bergelar bapa kepada seorang anak, Cico Harahap mengakui kehidupannya masih tidak banyak berubah berbanding dulu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Cico311


"Jika dulu saya sering ke kelab hiburan untuk melepaskan tekanan, sekarang kehidupan saya masih begitu. Namun saya mengamalkan cara hidup yang sihat dan tak mengambil benda yang tidak sepatutnya.

"Saya juga tak mengambil kisah apa orang nak cakap kerana saya happy dengan kehidupan sekarang dikelilingi isteri dan anak tercinta," akui Cico jujur.

Beliau mengakui hakikat dirinya kini terikat dengan tanggungjawab antara keluarga dan juga karier, namun seronok dengan tugas baru yang digalas selepas dikurniakan anak perempuan lapan bulan lalu, Rindu Norfitrah.

"Keluarga buatkan hidup saya semakin sempurna dan bermakna. Rindu buat saya sentiasa melekat di rumah, jika keluar sekalipun pasti hati meronta-ronta nak balik rumah. Jika rindu sangat saya akan menelefon hanya untuk mendengar suaranya. Nama Rindu diberi kerana kami sekeluarga amat gemarkan perkataan klasik.

"Alhamdulillah, walaupun isteri baru pertama kali menunaikan ibadat puasa, namun dia tak banyak karenah dan mengikut apa yang ditetapkan Islam. Isteri berasal dari Thailand dan dia faham Bahasa Melayu tapi masih tak dapat menuturkannya dengan baik," tutur Cico yang merancang akan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur bersama ibu dan keluarganya.

Walaupun baru dua tahun mendirikan mahligai dan dikurniakan seorang cahayamata, namun Cico menjelaskan beliau berserah sepenuhnya kepada Allah soal zuriat dan tidak pernah meletakkan sebarang target kerana bimbang apa yang dirancang tidak menjadi.

"Dulu ibu saya juga begitu, merancang untuk mendapatkan anak yang ramai namun tak ada rezeki. Jadilah saya anak tunggal dan memang saya tak dapat lari daripada perasaan sunyi bila berseorangan," ujarnya yang kini aktif berlakon dalam Biru Cinta Laguna, Teater Mahsuri dan Rias Mutiara.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 12:07 pm

Nabila tak cemburu Liyana

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Hi_01170
NABILA akan tetap berlakon sampai bila-bila selagi diperlukan.


BULAN lalu, tatkala Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) berlangsung di Sabah, pelakon ini diramal merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

Bagi kategori itu, dia ditentang hebat oleh Nadia Mustafar yang berlakon dalam filem Jangan Tegur, Liyana Jasmay (Papadom), Sharifah Amani (Sayang U Can Dance) dan Heliza Helmi (Syurga Cinta).

Mempertaruhkan watak Tasya melalui filem Bohsia, Jangan Pilih Jalan Hitam, sebagai gadis liar, lakonannya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Bagaimanapun, di sebalik ramalan tersebut, Nabila Huda Suhami atau Nabila terpaksa menerima hakikat bahawa dia tewas di tangan pelakon yang boleh dianggap juniornya iaitu Liyana Jasmay.

Kekalahan itu, bak kata sesetengah pihak, seakan mencalar kemampuan Nabila kerana selain junior lakonan Liyana dalam Papadom belum pun dapat disaksikan oleh khalayak penonton kerana ia bakal ditayangkan pada 8 Oktober ini.

Sungguhpun begitu, di sebalik apa jua kata orang, bagi Nabila, dia tidak pernah merasa kecewa atas kekalahan tersebut.

Jauh sekali untuk mencemburui kemenangan yang dirangkul Liyana, Nabila menganggap kekalahan itu sebagai landasan untuknya memantapkan lagi mutu lakonan.

“Saya okey. Saya tidak pernah rasa kecewa. Kalau kalah pun tidak mengapa. Bukan rezeki saya. Firasat saya ketika itu (FFM22) memang menjangkakan Liyana akan menang.

“Lagipun, lakonan Liyana sangat bagus,’’ katanya kepada Hits, baru-baru ini.

Jelas Nabila yang beberapa bulan lalu muncul sebagai penyanyi dengan single pertama berjudul X-Ray, kekalahan itu bukanlah penghalang untuknya meneruskan bidang lakonan yang telah diceburi sejak 10 tahun lalu.

“Saya akan terus berlakon selama-lamanya selagi masih diterima masyarakat. Lakonan adalah bidang yang saya minati sejak dahulu lagi. Ada banyak lagi yang saya mahu capai dalam bidang ini,’’ ujarnya yang kini menginjak usia 25 tahun.

Kata Nabila yang juga anak kepada rocker ternama, Amy Search, selain lakonan yang menjadi keutamaan buat masa ini, bidang nyanyian baginya hanyalah sekadar suka-suka atau hobi.

“Selepas X-Ray, kalau ada lagu, mungkin saya akan rakamkan lagu itu. Ada juga yang memanggil saya membuat persembahan tetapi saya menolaknya kerana tidak punyai masa,’’ katanya.

Kesibukan Nabila

Bercakap mengenai masa, Nabila ketika ini boleh dianggap sebagai seorang yang cukup sibuk kerana terlibat dengan beberapa penggambaran drama bersiri.

Pertamanya ialah drama bersiri Sari Maya sebanyak 13 episod yang telah memulakan penggambaran sebelum Ramadan lalu.

Kesibukan Nabila akan berterusan selepas Aidilfitri nanti apabila dia terlibat dengan penggambaran sebuah lagi drama bersiri 44 episod bagi slot Akasia di TV3.

Penggambaran drama berkenaan akan dijalankan di luar Kuala Lumpur termasuk di sebuah pulau yang akan ditetapkan kemudian.

Melalui detik-detik penuh sibuk itu, ia membuatkan Nabila terpaksa menggunakan khidmat seorang rakan bernama Nisa untuk bertindak sebagai pembantunya.

“Nisa orang baru dalam dunia hiburan. Saya sudah latih dia untuk bantu uruskan karier saya,’’ jelasnya.

Selain berlakon, Nabila juga baru-baru ini disunting hos bagi program 1..2..Jus! yang bersiaran setiap Jumaat di saluran ntv7.

1..2..Jus! musim ketiga itu menampilkan Nabila bergandingan bersama Cat Farish dan ia merupakan sebuah program game show yang mendapat rating memberangsangkan di ntv7.

Melalui 1..2..Jus!, Nabila mewakili simbol positif dan dia akan sentiasa memberi kata-kata perangsang kepada setiap peserta program berkenaan.

Ditanya tentang penerimaan suaminya, Zaidi Zailani terhadap kesibukannya, Nabila berkata : “Suami sudah faham kerja saya.’’

Persiapan raya

Sementara itu, menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Nabila menjelaskan, bahawa segala persiapan dilakukan secara sederhana.

Bakal menyambut raya di Kuala Lumpur, dalam kesibukan berlakon dan memenuhi undangan aktiviti sepanjang Ramadan, Nabila akan memperuntukkan masa untuk membuat kuih raya.

“Saya dapat cuti lima hari sebelum raya. Semasa cuti bolehlah saya membuat persiapan. Segalanya sederhana. Saya dan suami pun tidaklah berbelanja banyak sangat.

“Selain beraya bersama keluarga di Kuala Lumpur, saya akan beraya di rumah mertua di Klang, Selangor,’’ tambahnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 12:48 pm

Ujian berat Nas Ahmad

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Hi_02101
NAS AHMAD (kanan) bersama wartawan Melodi iaitu Zuan Azmi (kiri), Azmi Jamsari (bersongkok) dan Michelle Wee.

BUAT pertama kalinya, Nas Ahmad memikul tanggungjawab besar yang ternyata menguji kredibilitinya sebagai seorang penerbit.

Baru setahun memegang jawatan penerbit untuk rancangan hiburan sensasi Melodi, Nas memang tidak mampu lagi menyembunyikan kegusaran mengendalikan rancangan popular itu.

Sebelum ini, Jamil Hassan memegang jawatan itu selama lima tahun sebelum Nas mengambil alih tugas itu daripadanya.

Apatah lagi, dia perlu memastikan resipi Melodi terus lengkap dengan segala rencah untuk terus menjadikan Melodi sebagai sebuah rancangan hiburan paling sensasi di negara ini.

Mungkin ramai yang berpendapat pengalamannya selama 11 tahun dalam rancangan Melodi sebagai wartawan penyiaran mampu membantunya melunaskan tanggungjawab sebagai penerbit dengan baik.

Tetapi, bagi diri Nas sendiri menjadi seorang penerbit bukanlah semudah yang disangka kerana dia perlu memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar seperti mana yang telah diaturkan.

Untuk mengendalikan rancangan mingguan Melodi bagi Nas, tidaklah sesukar mana jika hendak dibandingkan dengan penglibatan kali pertamanya mengemudikan Melodi Raya 2009.

"Bayangkan, inilah kali pertama saya menjadi penerbit untuk Melodi Raya dan untuk bercakap tentangnya juga sudah membuatkan saya menggigil.

"Memang menggerunkan menjadi seorang penerbit kerana ia umpama menyerahkan kepala kita sendiri untuk dipenggal," kata Nas membuka bicaranya pada petang itu.

Nas ditemui pada rakaman program Melodi Raya 2009 yang berlangsung di Sunway Lagoon Theme Park, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menyambung bicara, Nas atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Ahmad memberitahu, dia berdepan dengan risiko yang cukup tinggi dalam memastikan rakaman Melodi Raya berjalan dengan baik.

Apatah lagi, untuk tahun kedua Melodi Raya diadakan di tempat terbuka sama seperti tahun lalu yang sememangnya terdedah dengan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

"Beberapa hari sebelum berlangsungnya rakaman ini, hujan turun dengan lebatnya dan begitu juga pada pagi hari rakaman berlangsung.

"Saya tidak putus berdoa dan Alhamdulillah, sepanjang rakaman berlangsung cuaca cukup baik dan tidak menjejaskan perjalanan program ini," kata Nas yang diberi jolokan Abang Rambut Kertak ini lagi.

Atas faktor itu juga, besar kemungkinan Melodi Raya akan kembali menjalani rakaman di dewan besar hotel seperti kebiasaannya tahun hadapan.

Berbicara lanjut konsep Melodi Raya 2009 yang membawa tema Simfoni Dalam Sensasi, Nas menjelaskan, dia mahu mengekalkan elemen sensasi dan panas biarpun dalam bulan Syawal yang penuh keberkatan.

Ini kerana katanya, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihaknya, masyarakat dan penonton masih lagi mahukan ciri-ciri asal Melodi.

Tambahnya, pengikut setia rancangan itu akan terasa kehilangan Melodi seandainya format rancangan itu diubah secara mendadak.

"Mereka juga ada mengatakan Melodi akan menjadi sebuah rancangan yang hambar dan tidak menarik seandainya ia diubah.

"Kerana itu, saya dan pasukan saya masih lagi mahu mengekalkan tradisi itu demi kepuasan peminat dan pengikut setia Melodi khususnya," ujarnya penuh optimis.

Bukan itu sahaja, Nas berkata tema 'Simfoni Dalam Sensasi' juga mahu mengimbangi antara kegembiraan dan kedukaan yang dihadapi oleh anak-anak seni yang kurang bernasib baik.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Melodi Raya tidak meminggirkan mereka yang kurang bernasib baik apabila memberi sumbangan sebanyak RM5,000 untuk meringankan beban mereka.

Tiga personaliti yang dipilih tahun ini adalah penulis lirik terkenal Jamaludin Sulik atau lebih dikenali sebagai Seri Bayu, Abdul Karim Abdul Latif (Karim Latif) dan Nurul Kamal Mohd. Zainuddin (Kamal Pendek).

Selain itu, sumbangan sebanyak RM5,000 juga turut diberikan kepada dua buah rumah kebajikan iaitu Asrama Baitul Ummah dan Pusat Jagaan Titian Kasih yang masing-masing terletak di Kuala Lumpur.

Memandangkan tampuk kepimpinan Melodi sudah bertukar tangan, adakah penonton akan melihat perubahan untuk Melodi Raya tahun ini?

Sambil menganggukkan kepala, Nas menjelaskan, banyak perubahan yang dilakukan olehnya dalam memberikan hiburan terbaik demi kepuasan peminat.

Tidak seperti selalu, kali ini pengisian kandungan Melodi Raya akan dibahagikan sebaik-baiknya untuk mengelakkan penonton berasa bosan.

Untuk episod pertama yang akan bersiaran pada Hari Raya pertama pada 20 September ini, 70 peratus daripada kandungannya akan menampilkan nyanyian daripada artis-artis jemputan.

Selebihnya pula adalah berita-berita panas yang disediakan untuk tatapan peminat dan penonton setia Melodi.

Berbeza dengan episod pertama, bahagian kedua Melodi Raya 2009 yang disiarkan seminggu selepas itu pula hanya akan menampilkan 30 peratus persembahan nyanyian dan selebihnya adalah paparan berita.

"Kami mahu menjadikan Melodi Raya tahun ini sebagai satu rancangan hiburan yang mampu memuaskan hati peminat.

"Adalah menjadi satu kerugian apabila persembahan artis hanya disiarkan sedikit sahaja sedangkan barisan artis yang terpilih bukan calang-calang.

"Bukan itu sahaja, kami turut memperkenalkan muzik live yang dimainkan oleh kumpulan muzik seperti Sweet Charity, Kristal dan Butterfly untuk memberi satu kelainan," ujarnya yang turut memperkenalkan pentas terapung sebagai salah satu kelainan tahun ini.

Selain itu jelas Nas, dia juga mahu menampilkan seleksi lagu-lagu Raya yang sebelum ini jarang sekali diperdengarkan dan mendapat tempat di corong radio.

Antara artis lain yang membuat persembahan ialah Aishah, Amy Mastura, Aizat, Fabulous Cats, One Nation Emcees, Ramlah Ram, Junainah M. Amin, Fazley, Raihan dan Hujan serta kemunculan khas penghibur terkenal, Datuk Shake.

Tidak cukup dengan itu, Melodi Raya 2009 akan menjadi sebuah tontonan yang ditunggu-tunggu Syawal nanti apabila menyaksikan kemunculan semula kesemua bekas pengacara dan penyumbang suara latar Melodi.

Mereka yang hadir memeriahkan rakaman tersebut ialah Datuk Mahadzir Lokman, Fauziah Ahmad Daud, Raja Azura, Tabah Syazwan dan Adiel Abdul Ghaffar.

Manakala Sheila Rusly, Haliza Misbun, Aznil Nawawi, Saiful Apek dan Faizal Ismail tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kesemua mereka bergilir mengemudikan Melodi Raya bersama pengacara terbarunya, Fara Fauzana dan Wahid.

Bagi peminat Melodi, pastikan anda tidak melepaskan peluang menonton Melodi Raya 2009 selama dua minggu berturut-turut bermula pada 20 September pukul 12.30 tengah hari selama sejam hanya di TV3.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 12:55 pm

Erra bengang!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Mainp396

Tidak teragak saman: Mahu lantik peguam siasat status dengan bekas rakan kongsi Ferra Kosmo Look


ADA sesuatu yang terbuku dalam hati pelakon dan penyanyi jelita ini. Selepas sekian lama mendiamkan diri dan menahan sabar, akhirnya kemarahan yang dipendam itu meletus jua. Jika selama ini Erra Fazira boleh bersabar dengan apa yang berlaku, namun menyedari nama dan reputasinya semakin buruk, akhirnya dia terpaksa mendedahkan kepada media rahsia yang sebelum ini disimpan rapi.

Ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan majlis pelancaran Sinar Lebaran yang diadakan di MayTower Hotel & Serviced Residences, Jalan Munshi Abdullah di ibu negara baru-baru ini, Erra meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap bekas rakan kongsinya yang pernah menjalankan usaha sama dengannya menghasilkan produk kecantikan dan penjagaan kulit berjenama Ferra Kosmo Look.

Menurut Erra, apa yang membuatkan dirinya tak puas hati adalah biarpun sudah lebih setahun dia menarik diri daripada kolaborasi itu, sehingga kini namanya masih lagi dipergunakan syarikat berkenaan.

"Bayangkan selepas lebih setahun Erra menarik diri, nama Erra masih lagi digunakan untuk produk itu. Dan apa yang membuatkan Erra marah adalah setiap kali mereka membuat masalah, kebanyakan pelanggan merujuk hal itu kepada Erra, walhal Erra sudah tak ada kena-mengena dengan produk itu. Perbuatan tidak bertanggungjawab mereka itu boleh menyebabkan nama dan reputasi Erra menjadi buruk.

"Justeru, selepas berfikir masak-masak dan tidak mahu mereka mempergunakan nama Erra untuk kepentingan peribadi mereka, Erra akan melantik seorang peguam untuk menyiasat perkara ini. Dan jika didapati mereka memang sengaja mahu menjatuhkan reputasi Erra dengan cara begitu, Erra tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang," cerita Erra sambil ditemani suami tersayang, Engku Emran di sisinya.

Jelas penyanyi lagu Yang Terindah Hanya Sementara ini, sehingga kini dia sendiri agak kabur dengan statusnya. Apakah permohonannya untuk menarik diri daripada menjadi rakan kongsi itu diluluskan atau sebaliknya?

"Sudah lebih setahun Erra menghantar surat permohonan itu, tetapi sehingga kini, Erra belum mendapat hitam putih mengenainya. Apa yang Erra tahu, selepas Erra menarik diri, Erra dapati produk itu masih lagi dijual dan namanya tidak ditukar. Masih lagi menggunakan jenama Ferra Kosmo Look.

"Sebab utama Erra menarik diri menjadi rakan kongsi kerana Erra sudah dapat merasakan bagai ada yang tak kena terutama dari segi pengurusan kewangan. Malah bayaran yang Erra terima juga tidak seperti yang dijanjikan. Ditambah dengan dibebani pelbagai masalah lain membuatkan Erra mengambil keputusan untuk angkat kaki. Lagi pun, sejak ketiadaan pengurus Erra, Syed, lagilah perniagaan ini menjadi tidak tentu hala," kata ibu kepada Engku Aleesya.

Pun begitu, tegas Erra apabila dia meluahkan perasaan tidak puas hatinya itu kepada media, itu bukanlah bermakna dia mahu mencari gaduh. Sebaliknya dia sekadar mahu membersihkan namanya yang sudah pun tercemar.

ACARA menyalakan pelita menjadi simbolik kepada majlis pelancaran album Sinar Lebaran.

"Masa Erra minta dilepaskan itu, Erra tak minta pun sebarang ganti rugi daripada mereka. Erra tak mahu duit mereka. Apa yang Erra harapkan adalah mereka tidak lagi menggunakan nama Erra untuk produk itu. Erra tidak mahu teru -menerus dibebankan dengan masalah yang mereka hadapi," kata Erra yang menyanyikan lagu Gema Lebaran, ciptaan Pak Ngah dalam album Sinar Lebaran itu.

Beraya di rumah keluarga mentua


JIKA tahun lalu Erra beraya di rumah ibunya di Sungai Choh, Rawang, tahun ini tiga beranak ini akan beraya di rumah keluarga suaminya di utara dan Pantai Timur.

"Nampaknya tahun ini Erra akan beraya di rumah keluarga suami di Pulau Pinang dan Kuala Terengganu. Kira raya kali ini kami pusing satu Malaysialah. Selepas rumah keluarga suami di Pulau Pinang, kami bertolak ke Besut, Kuala Terengganu, keluarga nenek Emran. Puas beraya barulah Erra beraya di rumah emak Erra di Rawang. Ini kali pertama Erra berhari raya bersama keluarga Emran. Mungkin perasaan itu lain sikit, tapi memang tak sabar," ujar Erra dalam nada ceria.

Bercerita mengenai persiapan menyambut 1 Syawal, Erra berkata, dia cukup gembira kerana ini adalah kali pertama dia merayakannya sebagai seorang ibu.

"Perasaan gembira itu memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Lebih menyeronokkan bila hendak membuat persiapan. Kalau dulu, kehendak diri diutamakan kini, kami lebih teruja untuk membuat persiapan untuk Aleesya. Banyak jugalah pakaian yang dibeli. Lagi pun seronok melihat pakaian bayi perempuan yang sememangnya cantik-cantik," cerita Erra yang kembali langsing selepas menjalani rawatan di sebuah pusat kecantikan.

Biarpun menghadapi masalah untuk mengembalikan tubuhnya kepada bentuk asal, Erra berkata, dia tetap akan berusaha supaya misinya itu berjaya.

"Selalu macam itulah, bila kita tak diet, badan jadi kurus tapi apabila kita jaga makanan, badan naik juga. Pun begitu, itu bukanlah bermakna Erra putus asa. Walau apa pun terjadi, Erra tetap akan berusaha menurunkan berat badan ini. Tak banyak cuma empat kilogram saja," katanya yang sedang dalam proses merakamkan album sulungnya bersama syarikat rakaman SRC.

Selain Erra, majlis pelancaran itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh artis SRC yang lain seperti Noryn Aziz, kumpulan Sofaz, Indah Ruhaila serta artis Indonesia seperti Melanie Putria, Revalina S Temat serta Intan Nuraini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 12:56 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Mainp397

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Mainp398
ACARA menyalakan pelita menjadi simbolik kepada majlis pelancaran album Sinar Lebaran.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 3:09 pm

Masih berteka-teki

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Mainp400
Ketika pelakon yang seangkatannya seperti Umie Aida sudah buka mulut mengenai cinta, Nasha ambil sikap berdiam diri


SELAMA empat tahun, pelakon Nasha Aziz memastikan dirinya tidak terikat dengan mana-mana jadual penggambaran sepanjang Ramadan. Dia sengaja berbuat begitu bagi membolehkan tumpuan diberikan semata-mata kepada amal ibadat pada bulan penuh keberkatan ini.

Bagaimanapun, keadaan sedikit berbeza tahun ini apabila dia berasakan dirinya perlu bekerja untuk mencari rezeki.

Ketika ditemui pada sidang akhbar drama bersiri Kasih Tercipta lakonannya bersama Erra Fazira dan Aaron Aziz di Bukit Damansara, baru-baru ini, pelakon itu memberitahu, pembabitannya dalam projek berkenaan masih lagi dalam perbincangan. Namun, jika semuanya berjalan lancar, dia akan turun ke lokasi drama bersiri itu pada bulan puasa.

"Setiap orang mempunyai strategi dan perancangan hidup mereka sendiri," kata aktres yang menemui penonton di saluran Astro Prima mulai 1 September sebagai seorang jurugambar. Kenyataannya itu mengundang tanda tanya di kalangan wartawan yang menemubualnya petang itu. Apakah yang dimaksudkan bintang cantik ini?

Apakah dia memberikan bayangan alam rumah tangga kian menghampiri menyebabkan dirinya lebih tekun bekerja akhir-akhir ini? Cuba meleraikan kekusutan di minda, soalan cepumas mengenai kemungkinan dia sudah merancang untuk mendirikan masjid tidak ketinggalan ditanya.

Namun, pelakon Trauma ini tidak mudah membuka cerita apatah lagi untuk memecahkan rahsia. Dia bijak mengawal keadaan, memastikan persoalan petang itu lebih tertumpu kepada drama bersiri yang diarahkan rakan baiknya, Rashid Sibir. Banyak kali juga dia berpesan, janganlah ditulis mengenai kisah peribadinya kerana majlis terbabit adalah untuk mempromosikan Kasih Tercipta.

"Ia (tindakannya bekerja pada bulan puasa) ada kena- mengena dengan perancangan masa depan. Rezeki yang saya dapat itu adalah untuk kegunaan persendirian, untuk kehidupan saya," katanya cuba memberikan jawapan berlapis pada teka-teki yang tidak punya kesudahan.

Dengan kemungkinan dia turun ke lokasi pada Ramadan ini, maka Nasha terpaksa melupakan amalan yang sering dilakukannya pada bulan mulia itu.

"Selalunya saya tidak bekerja pada bulan puasa untuk bersembahyang Tarawih dan menjelajah masjid di sekitar Kuala Lumpur. Antara masjid kegemaran saya ialah Masjid Negara, Masjid Wilayah dan Bangsar. Ada ketikanya saya berseorangan dan ada masanya saya ditemani rakan," kata Nasha yang berbuka puasa bersama keluarga di Keramat pada hari pertama Ramadan.

Menurut pelakon ini, biasanya dia akan berbuka dengan sedikit kuih-muih di dalam kereta sebelum ke masjid untuk menunaikan Tarawih.

"Apabila bersahur pula, saya akan makan kira-kira jam 3 pagi. Ketika itu, makanannya agak berat jugalah. Saya juga kadang kala turut memasak makanan kegemaran seperti asam pedas, kari dan rendang," cerita wanita yang dikatakan sudah pun menerima cincin tanda daripada kekasih, Nur Iman Tang atau nama sebenarnya, Tang Wing Poh.

Menyentuh topik Aidilfitri, Nasha yang mengaku cukup suka menganyam ketupat ini berkata, dia tidak banyak berbelanja untuk diri sendiri bagi menyambut hari raya. Sebaliknya, dia lebih suka mengeluarkan wang untuk persediaan keluarganya.

Kasih tidak terluah

SEMENTARA itu, ketika bercerita perihal drama bersiri yang turut dijayakan Syed Ali, Fouziah Gous, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Aida Rahim, Aleeza Kassim dan Dee, Nasha percaya cinta seharusnya diluahkan apabila dua insan berkongsi rasa mereka sebenarnya saling sayang- menyayangi.

Dalam drama itu, Nasha berlakon sebagai Tona, jurugambar yang berkawan baik dengan Shark (Aaron). Mereka saling menyukai, tetapi tidak meluahkannya sehinggalah semuanya terlambat apabila Lisa (Erra) muncul dalam hidup lelaki itu.

"Seharusnya, apabila dua insan berasakan ada perasaan kasih dalam diri mereka, cinta itu perlu dinyatakan. Kemudian, kita kena tahu pula apa matlamat percintaan berkenaan. Jika matlamatnya tidak ke mana, baiklah angkat kaki saja.

"Kita juga harus bersedia untuk berkongsi apa saja dengan si dia. Jangan ada perasaan takut dalam diri untuk meluahkan segala-gala. Jika kita kecewa pula, ia sebenarnya akan membawa kita kepada kebahagiaan," kata Nasha.

Pada pertanyaan, apakah wujud persaingan antara dirinya dengan Erra apabila mereka bergandingan dalam drama itu, berikutan hakikat kedua-duanya ialah bintang besar yang sering mendapat perhatian peminat, Nasha cepat-cepat menangkis tanggapan itu.

"Kita tidak boleh mempunyai fikiran sedemikian apabila turun ke lokasi penggambaran. Semua yang kita lakonkan adalah mengenai karakter yang diberikan. Saya sendiri sudah berlakon bersama ramai aktres yang hebat dan semuanya memberikan persembahan yang bagus. Dengan Erra pula, inilah kami berdua beraksi bersama selepas Gerak Khas The Movie.

"Sebagai pelakon, kita tidak boleh mempunyai matlamat untuk membayangi pelakon lain. Saya pula sudah dilatih untuk bersikap profesional sejak bergelar peragawati lagi. Ada peraturan dan undang-undang yang harus kita patuhi. Kena juga ada perbincangan sebelum sesuatu lakonan dijayakan. Apabila perbincangan tidak dilakukan, macam-macam boleh terjadi nanti," katanya yang pernah menolak tawaran berlakon filem yang memerlukannya bergaduh dengan pelakon lain.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 3:17 pm

(Gossip) Sharifah Amani Dan Kekasih Mat Sallehnya !!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Sharif13

Pendedahan ini di buat Sharifah Amani sendiri, menurut laporan Harian Metro edisi 6 September 2009 - 'Amani pilih mat saleh'. Bibit-bibit percintaan mereka bermula ketika penggambaran filem epik 'Hikayat Merong Mahawangsa' terbitan KRU Studios. Gavin Stenhouse memainkan watak Putera Roman sementara Nani pula bertugas sebagai pembantu pengarah lagak ngeri.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Sharif14

Nampak gayanya, Gavin benar-benar serius untuk mempelajari tentang agama Islam dan budaya Melayu apabila di kongsi Nani yang jejaka Scottish-Welsh itu belum lagi gagal berpuasa. Malah dia akan bersama Nani sekeluarga menyambut Hari Raya. Sudah ditempah pun sepasang baju Melayu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 3:19 pm

Noh Hujan cakap suka Nora Danish

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Noh-hu10


Sebelum ini kisah gossip Nora Danish dikatakan bercinta dengan Noh dari kumpulan Hujan, 4 hari selepas itu Nora Danish menafikannya. Tapi kali ini lagi best bunyinya, Noh Hujan dikatakan beritahu orang dia suka akan Nora Danish dan Noh juga sudah menjadi single. Waw! hot mama ni dah habis pantang makin slim cantik, Noh boleh cakap macam tu pulak kan. Ikuti petikan yang diambil dari Utusan Malaysia.

AMBOI amboi amboi! Nampaknya memang betul si Noh, vokalis Hujan ini sukakan Nora Danish. Sampaikan Joyah dengar kalau nak bergambar pun dia nak dengan aktres comel itu.

Walaupun dalam nada bergurau tapi tentunya kalau tak ada hati, takkan dia buat kenyataan begitu. Tak gitu Noh!

Joyah rasa kalau orang lain dengar gurauan Noh pun akan buat persepsi yang sama dengan Joyah – Noh sukakan Nora.

Tak kisahlah. Joyah pun suka kalau mereka berkawan. Sebab dua-dua pun comel. Joyah suka betul tengok wajah Noh terutama bibirnya tu.

Lagipun apa kisah sebab dua-dua pun dah kembali solo. Joyah dengar Noh dah putus cinta dengan kekasihnya yang dipanggil Amoi Cantik itu.

Khabarnya Noh putus cinta dengan buah hatinya yang sedang melanjutkan pengajian di Australia itu pun ada kena mengena dengan gosip Noh dengan Nora.

Tak tahulah tapi itu yang Joyah dengar. Yang Joyah tahu Noh memang sukakan perempuan yang mempunyai wajah seperti cina.

Dan ternyata memanglah wajah Nora menjadi memenuhi cita rasa Noh. Kalau tidak takkan Nora juga menjadi pilihan Hujan untuk jadi model klip video mereka, Mencari Konklusi yang membuat penggambaran di Bandung, Indonesia.

Malangnya kerana komitmen lain, Nora tak dapat berkolaborasi dan tempatnya digantikan dengan pelakon Scha Al-Yahya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 3:21 pm

Stacy suka pada kanak-kanak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Stacy_12

Di atas pentas, Stacy dilabel sebagai seorang artis wanita yang lincah dan bertenaga dari segi persembahannya. Apa yang kita tidak tahu, Stacy mempunyai sifat seorang ibu iaitu sayang dan suka akan kanak-kanak. Ini terbukti apabila dia bermain dengan anak pasangan artis juga, Sabrina Ali Dad Khan dan Shahrin Mohd Abdul Halim. Nama kanak-kanak bertuah berkenaan adalah Ariyana, berumur 2 tahun. Kalau Stacy tak suka kanak-kanak, dah lama dia kebas peniup belon buih dari Ariyana ini

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Stacy_13
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 3:23 pm

Julfekar vs. Farahwahida

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 J-fa-f10


Boleh kata setiap bulan ada kisah mereka ini. Buat pengetahun J dan Fa (— nama manja mereka berdua), I don’t give a shit! Seorang macam orang asli, seorang lagi macam badak sumbu. Ada video ke takde video 3gp kau berdua beromen, ada aku kisah? Mak tak kisah nyah! coz I don’t give a shit! Siapalah nak tengok video 3gp badak sumbu beromen dengan orang Asli, tak ada seleralah! Geram betul lah, macam aku beli newspaper ni nak baca kisah korang berdua je ke?
News hari ini mengatakan Julfekar hendak saman Farawahida pulak. Hey you! I don’t give a shit! Kisah korang aku baca sebelah mata je tandanya aku tidak berminat. Jadi kau tak perlu rasa malu lah coz majoriti orang bukan ambil port pun kisah kau orang berdua coz korang berdua public figure yang tak berapa nak popular dikalangan rakyat biasa la geng!

So.. kau, Julfekar. Buat lagi press conf buat apa. Lagi memburukkan keadaan lah! Kisah Farawahida tuduh kau sebar video lucah tu pun aku tak teringat langsung sampaikan aku baca news hari ini. Wadahel men? Dulu masa bercinta dok romen hotel sana, dok romen hotel sini. Sekarang dok saman sane, dok saman sini pulak. Boring dow!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 3:28 pm



Fahrin, Scha Kahwin 2011


Hubungan yang terjalin sudah memasuki 10 bulan namun itu tidak bermaksud aktres muda yang sedang meningkat naik, Scha Al-Yahya, sudah bersedia untuk menjadi suri di hati aktor kacak, Fahrin Ahmad sekarang Ketika ditemui pada Isnin lalu, Scha menyifatkan perjalanan cinta mereka berdua masih lagi jauh untuk disudahi ke jenjang pelamin.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Fahrin10


"Mungkin dalam masa 2 tahun lagi. Maklum sajalah, dari segi mental dan fizikal nampaknya saya masih belum bersedia untuk berumah tangga. Lebih-lebih lagi dari sudut kewangan, rasanya belum tiba masanya lagi," katanya.

Menurut Scha, dia tidak menafikan mempunyai hubungan cinta dengan Fahrin sejak 10 bulan lalu, bagaimanapun masing-masing masih belum pernah membincangkan soal perkahwinan kerana menganggapnya terlalu peribadi.

"Secara jujurnya dia tak pernah tanya soal kahwin, begitu juga saya. Malah saya tak pernah menafikan perhubungan ini dan tidak juga berkata 'Ya' atau 'Tidak' dalam beberapa perkara kerana saya memilih untuk lebih bersikap neutral. Daripada apa yang saya tahu, Fahrin masih mencari kestabilan dalam segenap segi," kata Scha.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 3:29 pm

Wardina Safiyah Berpakaian Renang

Walaupun Wardina Safiyah sudah berkahwin dengan Ikhwan (suami), dan dikurniakan beberapa orang cahaya mata, namun Wardina Safiyah juga mahu kebebasan, kebebasan yang diinginkan adalah mahu mandi di dalam kolam. Dan ini terbukti apabila Wardina Safiyah mandi di kolam dengan berpakaian renang. Fuh tak disangka juga Wardina Safiyah nie, seksi ke tak, anda tengok lah sendiri.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Wardin10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 3:31 pm

Dian P. Ramlee Kahwin Dengan VVIP

Just the latest news that i heard from a prominent figure from the land of 'Bumi Kenyalang' YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Chief Minister of Sarawak is married to Actress, Dian P. Ramlee It was said that YAB Pehin Sri and the whole family is a big fan of P. Ramlee. After the passing of his late wife, Datuk Amar Puan Sri Hajjah Laila he remarries to Dian P. Ramlee (a divorcee) just a couple of weeks ago!!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Dian_p11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 3:36 pm

Aksi Mesra Julfekar Dengan Jessica MyStarz LG

Do you know about skandal seks Julfekar-Farawahida? On July 2009 ago, Farawahida make a police report regarding Julfekar black mail. Farawahida accused Julfekar treating to spread Gambar dan Video Lucah Farawahida. Before this, Farawahida has made two reports at the Balai Polis Klang on November 6 last year and Taiping, Perak (February 9).

Julfekar now focus his interest to a young artis, Jessica MyStarz LG. In Jessica MyStarz LG FaceBook picture album, there a picture of Julfekar with Jessica MyStarz LG. It is true Julfekar now intimae with Jessica MyStarz LG? Hurmm… same old Julfekar modus operandi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Julfek10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Julfek11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 4:48 pm

bell ngasri bakal timang bb tak lama lagi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Belld10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 4:50 pm

Farawahida standby, Julfekar nak saman malu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Julfek12

berita hari ni, keluar paper.

atas nama maruah yang tercalar, Julfekar Ahmad Shah mengambil langkah drastik menyaman bekas penyanyi didikannya, Farawahida Razali. saman difailkan pada 27 ogos dulu.

“Ini kerana maruah. Saya rugi dan saya diaibkan,” kata Julfekar.

“Saya dah rugi. Syarikat saya syarikat kecil dan saya menggunakan duit simpanan sendiri. Saya tak pinjam bank untuk buat albumnya. Tapi dia sudah merugikan saya dengan tindakannya. Dia juga cuba jatuhkan maruah saya. Sepatutnya sebagai Muslim, kalau sudah tidak suka, cakap sahaja. Kenapa mesti mengaibkan orang.”

Julfekar kata enam bulan dia cuba pujuk Farawahida melalui SMS agar datang berbincang dan selesaikan dengan baik tapi dia degil.

Soalan: Sejujurnya apa hubungan anda dan Farawahida?

"Malas sebenarnya bercerita tentang cinta ni, nanti nampak sangat saya yang terhegeh-hegeh, padahal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Janggal bukan? Dia kata tak bercinta tapi yang dia pergi buat laporan yang mengatakan ada rakaman seks kami berdua. Kenapa? Bukankah dengan tak secara langsung dia telah mengakui antara kami memang ada hubungan?"

aiseymen.. memang ada affair ke depa berdua ni?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitimeMon 07 Sep 2009, 5:16 pm

Kami dah sedia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Mainp401


MENGIKAT pertunangan pada 9 November tahun lalu, ikatan cinta antara Muhammad Nizamudin Ahmad atau Along, 26, dengan pilihan hatinya Nur Azilah Seeron atau Zila, 21, kian mekar dan utuh. Bahkan, pasangan sejoli itu kini merancang untuk berkahwin.

Cuma, tarikh sesuai belum ditemui dan kemungkinan akan dilangsungkan hujung tahun ini atau awal tahun depan. Namun, semuanya bergantung pada ketentuan Tuhan. Andai kata jodoh itu segera, maka cepatlah ia dan jika sebaliknya, mereka terima.

Lagipun, ketika bertunang dulu tidak ditetapkan tarikh kedua-dua pihak. Ini kerana Along yang juga anggota Kumpulan Cham daripada program Raja Lawak musim kedua dan Zila, bekas peserta Akademi Fantasia 4 (AF4) mahu memantapkan karier terlebih dulu.

Kata Along, sebelum mendirikan rumah tangga dia perlu mempersiapkan diri dengan sumber kewangan cukup. Bukan apa, apabila sudah menjadi ketua keluarga semestinya segala tanggungjawab di atas bahunya. Jadi, dia harus gigih bekerja.

"Saya tahu, selagi kami belum sah bergelar suami isteri, orang mesti mengata. Lebih-lebih lagi, apabila kami asyik bersama ke mana saja. Malah, tidak dinafikan ada ketikanya saya juga membawa Zila ke lokasi penggambaran jika dia kelapangan.

"Tujuan saya, bukan saja-saja hendak 'berkepit' dengan dia tetapi kini, segala urusan berkaitan karier kami urus sendiri. Jadi, wujudnya Zila di lokasi penggambaran itu kerana saya juga mahu dia melihat serta mencari peluang untuk meluaskan karier.

"Selain jadi penyanyi, saya percaya bakat Zila boleh dikembangkan pada lakonan. Itulah sebabnya, Zila mengikut saya ke lokasi dan bukan kerana dia cemburu. Malah, saya gembira Zila sudah meraih peluang berlakon walaupun bermula dari bawah," katanya.

Berasal dari Johor, pemuda yang mesra berbicara ini turut mengakui tunang kesayangannya itu tidak sedikit pun mengganggu di lokasi. Bahkan, katanya Zila selalu buat kerja sendiri dan sikapnya itu sangat memberi keselesaan pada orang lain.

"Setakat ini, tiada pula pengarah yang mengadu tidak selesa. Lagipun, ketika bekerja saya akan serius dan memberi komitmen sepenuhnya. Terus terang dikatakan, saya senang dengan Zila kerana sikapnya yang pandai bawa diri di mana saja dia berada.

"Kami umpama kawan baik yang saling mencari jika salah seorang tiada. Malah, paling penting kami juga memahami antara satu sama lain. Oleh itu, saya akui sudah sedia bergelar suami dan berharap rumah tangga yang akan dibina nanti berkekalan.

"Dalam soal ini, kebahagiaan ibu bapa saya jadikan contoh. Bagaimana, mereka (ibu bapa) boleh hidup bahagia hingga sekarang. Menyedari kami berkecimpung dalam industri hiburan, saya tahu segala dilakukan menjadi perhatian masyarakat," katanya.

Berbual pula mengenai kenangan hari raya, Along berkata setiap kali Syawal menjelma, dia pasti menantikan juadah yang dimasak ibu tercinta, Rahmah Md Sam. Menurutnya, sekalipun bersederhana, suasana sambutan cukup meriah dengan variasi makanan enak.

Sementara itu, Zila berkata dia juga meraikan Aidilfitri tahun ini secara sederhana kerana memberi tumpuan pada persiapan perkahwinannya. Menurut gadis manis ini, dia bertekad mahu belajar masak rendang selain membuat kuih raya sendiri.

"Kalau boleh, tahun ini saya tidak mahu membazir sangat. Maklum saja, persiapan perkahwinan perlu diutamakan. Sekalipun, tarikhnya belum ditetapkan, kami sepakat ingin mengakhirinya segera. Lagipun, benda baik tidak elok ditangguh lama-lama.

"Selain Along, saya juga sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri. Malah, saya juga sudah belajar masak makanan kesukaan Along daripada ibunya iaitu daging masak asam pedas dan sambal. Along suka makanan pedas.

"Saya juga sudah beri dia merasanya dan maklum balasnya baik. Walaupun, mungkin tidak sesedap masakan ibunya, tetapi saya perlu tahu. Apa yang pasti apabila sudah cuba dan Along pun suka, saya gembira kerana usaha memasak itu berhasil," katanya.

Mengulas mengenai karier seninya, Zila berkata semuanya berjalan lancar. Bahkan, dia juga dalam proses mencari lagu yang sesuai untuk vokalnya. Menurut gadis kelahiran Negeri Sembilan ini lagi, dia tidak bercadang menghasilkan album.

Kata Zila, dia turut merancang menghasilkan single duet dengan Along. Anak keempat daripada tujuh beradik ini memaklumkan tunangnya itu boleh menyanyi dan pernah memasuki uji bakat AF. Namun, dia kecundang dan bakatnya dinilai sebagai pelawak.

>Profil

NAMA PENUH: Nur Azilah Seeron

PANGGILAN KOMERSIAL: Zila

TARIKH LAHIR: 17 November 1988

USIA: 21 tahun

TEMPAT LAHIR: Kuala Pilah, Negeri Sembilan

ADIK-BERADIK: Anak keempat daripada tujuh beradik

KARIER: Penyanyi dan pelakon

STATUS: Bertunang

PENCAPAIAN: Peserta Akademi Fantasia (AF4) - bertahan sehingga minggu keempat

DRAMA/ SITKOM: AF Raya, Aku Budak Minang, Hua... Hua... Hua...



>Profil

NAMA PENUH: Muhammad Nizamudin Ahmad

PANGGILAN KOMERSIAL: Along

USIA: 26 tahun

ASAL: Johor Bahru, Johor

KARIER: Pelakon, pelawak & pengacara

PENCAPAIAN: Naib juara Raja Lawak musim kedua

DRAMA/ SITKOM: Antaranya Hua... Hua... Hua..., Redah Kasi Pecah dan Rumah Baru, Isteri Baru, Baru Raya

FILEM: Antaranya My Spy, Sifu & Tongga, Shh... Dia Datang, Sempit dan Adik Manja Return
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 7 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 7 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 6, 7, 8, 9, 10, 11  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions