Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 5, 6, 7 ... 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 4:59 pm

Majlis Penyampaian Hadiah ABP-BH dan Rafflesia

Rafflesia, pengeluar barangan kemas dan mutiara telah meraikan semua pemenang Anugerah Bintang Popular 2008 di Restoran Bossa Nova, Hotel Park Royal Kuala Lumpur. Seawal jam 8 malam, ramai para selebriti telah melalui karpet merah.

Sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini, para pemenang ABP telah memenangi set barang kemas mutiara bernilai hampir RM5,000. Pada majlis ini, semua selebriti yang menang telah mendapat habuan masing-masing.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Diana11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Fauzia10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Farahd10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Ramlah14

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Yazid10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Zz10
Zizie Ezetti, antara pemenang ABP yang menerima set rantai mutiara. Tahniah, Zizie
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 5:01 pm

Penghargaan cara Rafflesia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp216
NABIL menunjukkan rantai mutiara yang dimenanginya kepada Stacy, Dynas dan Maya Karin.


Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 diraikan pada majlis santai tetapi glamor di Bossanova, Park Royal

ANTARA ribuan yang melayari gelora industri hiburan, mereka antara insan seni bertuah yang menjadi pilihan peminat untuk diletakkan pada kelas tersendiri.

Kerdipan bakat mereka bagaikan mutiara yang bercahaya menerangi kesepian hidup insan. Meskipun ada ketika kilauan populariti yang digapai cuba dicemari, namun apresiasi serta kepercayaan yang diberikan tidak pernah tersirna lantaran kelebihan yang dimiliki.

Malam Selasa lalu, barisan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 sekali lagi diraikan pada satu majlis apresiasi yang dianjurkan Rafflesia The Pearl Centre.

Bertempat di Bossanova, Hotel Park Royal Bukit Bintang, kemilauan nama popular yang sedang mendominasi pentas seni berkumpul untuk menerima penghargaan atas segala keringat dan usaha yang dicurahkan bagi menyemarakkan industri hiburan.

Bintang Paling Popular, ABPBH 2008, Ahmad Nabil Ahmad, 27, pulang bergaya dengan set aksesori daripada mutiara Rafflesia bertatahkan batu nilam merah jambu atas kemenangannya meraih anugerah tertinggi itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp215
WINNIE SIN (empat dari kanan) memotong kek bersama pemenang ABPBH 2008.


Lebih bermakna apabila set aksesori bernilai RM150,000 direka khas oleh Pengarah Urusan Rafflesia The Pearl Centre, Winnie Sin untuk diberikan kepada bakat yang menempa nama menerusi pertandingan Raja Lawak Astro itu.

Selain itu, Nabil turut membawa pulang dua hadiah iringan lain atas kemenangannya dalam kategori, Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular.

Andai Nissan Sylphy 2.0L yang diterimanya pada pertengahan Mei lalu dihadiahkan kepada bapa tersayang, set aksesori mutiara itu bakal menjadi milik ibu tercinta.

Nabil berkata, dia memasang niat untuk menggembirakan hati ibunya dengan aksesori mewah itu sebagai lambang kasih sayangnya yang tidak berbelah bagi.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp214
QUE sempat mengusik isterinya, Linda Jasmine yang mengundang tawa Ezlynn dan Izwan Pilus.


Barangkali apa yang diberikan tidak mampu membalas jasa serta pengorbanan ibu yang membesarkannya dengan penuh kasih sayang sejak kecil.

Bagaimanapun kata Nabil, dia berbesar hati kerana dapat berkongsi segala pencapaiannya dengan mereka yang begitu memahami serta setia menyokong perjuangannya.

“Memang sudah saya niat dari awal, lagipun untuk siapa lagi mahu diberikan hadiah istimewa itu kecuali kepada ibu. Insya-Allah, selesai semua kerja petang esok (semalam), saya akan pulang dan serahkan hadiah ini kepada ibu,” katanya.

Dua set lain yang turut diterima pada malam itu kata Nabil, juga akan dihadiahkan kepada mereka yang begitu bermakna dalam hidupnya.

Satu daripada set rantai bernilai RM10,000 itu akan diberikan kepada adiknya sebagai hadiah perkahwinan yang bakal berlangsung November ini.

Diusik apa pula hadiahnya untuk kekasih hati, Irma Hasmie Ibrahim, Nabil seraya berseloroh, “Cukuplah saya berikan dia kasih dan sayang”.

Namun Nabil tidak berahsia untuk menghadiahkan satu lagi set aksesori yang dimenanginya itu kepada pelakon jelita yang bertakhta di hatinya sejak sembilan bulan lalu.

Berlangsung ringkas namun dilatari suasana glamor dan menghiburkan, acara itu turut diserikan dengan kehadiran pemenang lain seperti Maya Karin (Pelakon Filem Wanita Popular), Dynas Mokthar (Pelakon TV Wanita Popular), Noorkhiriah (Artis Komedi Wanita Popular), Rosyam Nor (Pelakon TV Lelaki Popular) dan Que Haidar (Pelakon Filem Lelaki Popular).

Turut hadir menerima hadiah kemenangan mereka ialah Stacy (Artis Baru Wanita Popular), Rabbani (Artis Nasyid Popular), Meet Uncle Hussain (Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular) serta pemenang Pakaian Terbaik Lelaki dan Wanita pada malam kemuncak ABPBH 2008 iaitu Iz Sulaini dan Zizie Ezzette. Setiap mereka membawa pulang set aksesori mutiara bernilai RM10,000.

Menyuntik aura glamor dan mewah bertepatan dengan prestij acara hiburan popular ABPBH 2008, kehadiran tetamu di permaidani merah ditemani kerdipan cahaya kamera yang merakamkan setiap detik bermakna sepanjang majlis berlangsung.

Mengulas mengenai acara itu, Winnie berkata, Rafflesia berbangga apabila dapat kembali bekerjasama dengan Berita Harian sekali gus membuktikan sokongan mereka kepada industri hiburan tempatan.

Buat kali keempat kerjasama itu terjalin, Winnie mengakui sangat berpuas hati dengan keseluruhan perjalanan ABPBH 2008.

Tambah Winnie, dia amat teruja melihat wajah berbeza menguasai kemenangan pada acara gemilang yang mengakhiri debarannya di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 12 April lalu.

“Kami sangat berbangga menjadi sebahagian daripada detik bersejarah itu dan majlis ini diadakan khusus untuk meraikan mereka yang menempa kegemilangan pada malam istimewa itu.

“Melihat wajah tetamu yang datang dengan senyuman begitu menyentuh hati kami. Kerjasama ini memberikan lonjakan yang bermakna kepada Rafflesia malah akan sentiasa menyokong apa saja acara bersesuaian dengan prestij jenama ini,” katanya.

Acara yang sama juga menyaksikan Rafflesia memperkenalkan lagu tema berbahasa Melayu, Kerlipan Bintang ciptaan Nai Kong dan lirik oleh Slen dinyanyikan penyanyi berbakat besar, Alyah.

“Usaha itu adalah antara beberapa perancangan Rafflesia untuk memperkemaskan jenama ini di mata penggemar aksesori berasaskan mutiara.

“Ia akan diperluaskan lagi dengan penerbitan lagu latar berbahasa Inggeris, Mandarin dan Kantonis. Siapa tahu mungkin satu hari nanti Rafflesia mempunyai koleksi lagunya sendiri untuk dimuatkan dalam sebuah album khas.

“Namun ini hanya permulaan dan saya sendiri begitu tersentuh dengan lirik puitis yang dihasilkan Slen yang menggambarkan Rafflesia dengan begitu indah sekali,” katanya.

Ringkas tetapi menghiburkan

BERLANGSUNG santai tanpa terikat protokol, acara apresiasi yang bermula dari jam 7.30 malam itu mengumpulkan banyak nama popular yang sedang mekar untuk saling bertanya khabar dan beramah mesra.

Ruang bercahaya suram di lokasi eksklusif itu mula menyerlahkan kemilau sinarannya apabila pengacara popular, Dee menjalankan tanggungjawabnya mengemudi acara itu.

Jenaka spontan dengan tutur katanya yang selamba menyuntik keceriaan kepada tetamu, malah mengusir tekanan selepas menempuh kesesakan jalan raya untuk bersama meraikan detik indah itu.

Bintang kecil yang diketengahkan Dee Entertainment Showtime, Puteri Asfarina Kaliza Aris membuka tirai persembahan apabila melontarkan kemantapan vokalnya menerusi lagu Listen.

Anak kecil berusia 11 tahun memukau tetamu apabila turut mengalunkan I Will Survive ditemani penyanyi popular, Ezlynn sekali gus membuktikan Malaysia tidak pernah ketandusan bakat baru untuk diketengahkan.

Juara One In A Millon musim kedua, Ayu yang baru muncul dengan album perdana mengambil kesempatan untuk memperkenalkan kepada tetamu single terbarunya, Inspirasi Abadi.

Penyanyi senior bersuara lantang, Ramlah Ram turut mempersembahkan lagu dipetik daripada album terbarunya, Ketentuan manakala Izwan Pilus berkongsi kegembiraannya apabila dapat mengalunkan sentuhan M Nasir, Bukan Percuma yang menjadi single taruhannya.

Turut menghiburkan tetamu Alyah, Stacy, Tomok, Ezlynn serta duet Faizal Tahir dan Akim (AF7) membawakan single terbaru naib juara One In A Million musim pertama itu, Bencinta.

Antara artis yang hadir memeriahkan acara ialah Amyza Aznan, Aweera, Isma, Yazid, Aril, Winnie K, Intan Ladyana, Zoey, Diana Danielle, Yatt, Lisa Surihani, Juliana Evans, Irma Hasmie dan kumpulan Hujan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 5:03 pm

Dengarnya... Lisa Surihani 'direhatkan' seketika

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp217
Lisa Surihani


TERKEJUT juga kawan sepejabat Cik Normah melihat susuk tubuh pelakon yang semakin menjadi-jadi rezekinya kebelakangan ini. Pelakon yang dimaksudkan Cik Normah itu ialah Lisa Surihani. Lisa antara yang sudi memeriahkan majlis penghargaan anjuran Rafflesia The Pearl Centre bagi meraikan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 30 Jun lalu.

Pada kesempatan ini juga Cik Normah nak ucapkan terima kasih kepada rakan artis yang sudi memeriahkan majlis itu. Cik Normah tak dapat hadir kerana ada hal yang terlebih awal perlu dibereskan. Ada di antara artis yang sibuk dengan penggambaran masih sudi meluangkan masa. Cik Normah diberitahu rakan sepejabat, Intan Ladyana antara yang paling lewat hadir kerana sibuk dengan penggambaran. Tapi tak kisahlah, janji Intan tetap hadir memberi sokongan.

Kamal Adli yang digosipkan dengan Intan pun ada menghubungi rakan Cik Normah memberitahu yang dia tidak dapat hadir kerana masih berada di lokasi penggambaran filem Niyang Rapik The Movie. Cik Normah dengar ada yang sudah mengesahkan kehadiran tapi haram sampai ke sudah, tak nampak batang hidung. Tak apalah, Cik Normah malas nak membebel panjang. Makan pengat, sendiri mahu ingatlah. Setidak-tidaknya beritahu dekat teman sepejabat Cik Normah yang digelar taukeh ‘fun fair’ itu yang sibuk menjemput artis bagi menghadiri majlis terbabit.

Yang hadir sudah cukup Cik Normah dan pihak Berita Harian terutama sisipan Hip hargai. Yang berbadan dua, seperti Noorkhiriah dan Linda Jasmine tetap hadir di samping suami tercinta. Que Haidar pun makin berseri-seri dan nampak makin muda di samping isterinya itu. Sekali lagi, terima kasih Cik Normah rakamkan kepada semua rakan artis dan rakan media daripada penerbitan lain yang sudi hadir. Terima kasih juga diucapkan kepada Alyah yang sudi menyanyikan lagu Kelipan Bintang yang digubah khas untuk majlis itu. Lagu itu ciptaan Nai Kong dan liriknya nukilan editor murai.com, Roslen Fadzil.

Berbalik kepada kisah Lisa Surihani tadi, memang dia tidak menang tangan memenuhi undangan berlakon. Jadual seninya memang padat. Iyalah orang tengah ‘hot’ macam Lisa itu memang banyak permintaan. Sudah nama rezeki, terima sajalah. Sejak awal tahun lagi, daripada drama ke filem, Lisa memang cukup laris. Selesai saja penggambaran filem Lagenda Budak Setan, Lisa diberi cuti sebelum kembali ke lokasi penggambaran filem seterusnya, Mantera bergandingan dengan Tomok hujung Julai ini.

Prihatin sungguh penerbit popular yang memiliki syarikat Metrowealth, David Teo apabila mula sedar betapa penat artis naungannya itu ke hulu ke hilir berlakon. Lalu, David pun tidak teragak-agak untuk menyuruh Lisa berehat ‘seketika’ daripada berlakon. Menurut kawan sepejabat Cik Normah, Lisa sedang berehat ketika ini. Melihat gambar terbarunya, Cik Normah harap Lisa dapat menambahkan berat badannya kembali. Memang Lisa nampak sangat kurus cengkung sebab tak cukup rehat. Nak petua memiliki badan montok macam Cik Normah, silalah berjumpa dengan akak ye dik.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 5:05 pm

Dengarnya... Waktu siaran Kisah Pilih Kasih berubah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp218


TAK sia-sia Cik Normah mengomel dan membebel mengenai waktu siaran Kisah Pilih Kasih di dalam ruangan ini. Akhirnya Cik Normah dapat tahu, siaran ulangan sebelah malam yang asalnya disiarkan jam 1 pagi dipercepatkan ke jam 11.30 malam sejak 29 Jun lalu.

Siaran sebelah petang jam empat masih dikekalkan. Bukannya apa Cik Normah ‘bising’ sebelum ini pun sebab prihatin dengan program itu yang difahamkan mendapat rating yang tinggi tapi sayang kalau program diari harian itu disiarkan pada waktu yang salah, tiada maknanya juga. Bayangkan kalau yang bekerja, jam satu pagi semestinya sudah ‘belayar’ (tidur) dan dibuai mimpi.

Sehingga kini, jujur cakap Cik Normah jarang mempunyai masa untuk menonton program yang dicetuskan aktor kacak, Rosyam Nor. Iyalah, komitmen tugas di sini ada kalanya tak menentu masa. Cuma sesekali, Cik Normah terbuka TV dan menonton Kisah Pilih Kasih. Sekali pandang hosnya, Pasha Abdul Rahim dah macam Fazura yang mengacarakan Sesi Anak Wayang di Astro Ria. Keliru akak dik. Tak apalah, Pasha masih baru mungkin sesekali dia pun keliru dengan cara penyampaiannya.

Pasha masih nampak kekok, gediknya ala jadi tak jadi. Tapi bab gedik dan selamba, Cik Normah rasa Fazura memang kelas. Terhibur Cik Normah tengok hinggakan ada kawan cakap, lebih baik Fazura saja yang mengacarakan Pentas Anak Wayang daripada Rusdi Ramli. Rusdi memang sudah berusaha melakukan yang terbaik untuk menghidupkan program itu, tapi Cik Normah rasa kalau Fazura yang ambil alih, mesti lagi bagus.

Cik Normah selalunya kalau bercerita mengenai program realiti mencari pelakon ini mesti sebut kedua-dua program supaya tidak nampak berat sebelah. Cik Normah bukan apa, Cik Normah sentiasa memberi sokongan program sebegini. Tapi janganlah sekadar mencari komersial semata-mata, sedangkan bakat yang ‘ado’. Sayang juga ada program sebegini yang bagus tetapi apabila tidak ditangani dengan baik, terus-terusan orang akan melabel program stesen TV itu ala ‘sendu’ dan terus dipandang sepi.

Ada pula yang terlebih memilih komersial dan bab promosi memang tip top, tapi bakat yang ada cukup mengecewakan. Lalu, siapa yang harus dipersalahkan. Tepuk dada tanya selera. Sebelum terlupa, Cik Normah nak tegur sikit dengan tenaga pengajar Anak Wayang terutama Marlia Musa. Boleh tak kawal sikit ketawa ‘you’ itu. Nak termuntah Cik Normah dengar. Kalau iya pun gelak sudah macam itu sejak azali, tidak bolehkah kurangkan sedikit volumenya. Kalau pandai mengajar mengawal emosi dalam lakonan, takkan tak boleh mengajar mengawal ketawa supaya tidak menjadi mual dan bingit.

Cik Normah dapat tahu juga, Rosyam Nor dan pihak Pilih Kasih begitu bersemangat memastikan pelajar yang sudah tersingkir untuk diserapkan ke dalam produksi tertentu. Cik Normah dengar ada pengarah popular bergelar Datuk sudah mula merisik salah seorang peserta perempuan yang tersingkir. Jangan jadi pesona bintang yang tak jadi cukuplah ya. Tapi Cik Normah perhatikan Ana Dahlia yang persis wajah Rita Rudaini dan Linda Hashim itu antara yang mempunyai peluang cerah untuk diketengahkan sebagai pelakon. Silap haribulan, Rosyam Nor pilih Ana Dahlia jadi heroinnya selepas Eja, Rozita Che Wan, Fauziah Latif dan Rita Rudaini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 5:06 pm

Info TV: Kisah 'queen control' dalam Kontrak Cinta

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp219
FAHRIN turut membintangi telefilem Kontrak Cinta.


KALI terakhir Raden Pictures Sdn Bhd mengeluarkan produk ialah menerusi filem Kayangan dua tahun lalu. Selepas menerbitkan filem lakonan Nur Fazura dan aktor kacak Indonesia, Teuku Zacky Azwar, syarikat itu agak menyepi seketika.

Bagaimanapun sejak awal tahun ini Raden Pictures aktif semula dengan menerbitkan drama dan telefilem.

Terbaru syarikat itu mempertaruhkan ilham rasa pengarah Mohd Heykal Mohd Hanafiah, menerusi sebuah telefilem bergenre komedi romantik Kontrak Cinta.

Telefilem itu bakal disiarkan di TV3 menerusi slot Cerekarama pada 4 Julai ini, jam 10 malam. Ia dilakonkan pelakon hebat seperti Fahrin Ahmad, Fauziah Nawi, Zaidi Omar, Nurul Aqilah Faiqah (Talya), Fizz Fairuz dan Ika Zulkifli.

Penggambaran telefilem itu dijalankan selama seminggu menggunakan beberapa lokasi di Mutiara Damansara, Mynasilemak, Bandar Puteri Puchong, Tanah Perkuburan TTDI, Hotel Grand Blue Wave Shah Alam,, Sepang, Staffield & Country Resort Berhad Mantin dan sekitar Kuala Lumpur.

Kontrak Cinta mengisahkan Datuk Malik selalu mengalah dengan Datin Mariam kerana terlalu cintakan isterinya itu. Demi memberi kesenangan kepada Datin Mariam dan anak mereka, Haris, Datuk Malik bekerja keras sehingga menjadi ahli korporat berjaya.

Bagaimanapun, Haris yang sentiasa memperhatikan gelagat orang tuanya berasakan yang bapanya kena ‘queen control’ dengan ibunya. Tegas di pejabat, tetapi apabila balik rumah, Datuk Malik bagaikan lembu dicucuk hidung. Melihatkan keadaan itu, Haris takut untuk berkahwin bimbang dikawal isteri.

Dia juga khuatir apabila perempuan mendekatinya kerana harta dan bukan atas dasar cinta. Sikap Haris itu membuatkan Datin Mariam takut kemungkinan anak lelaki tunggalnya itu mencintai sama jantina.

Dalam pada itu Haris terpaksa mengakui kerana ketegasan ibunya, bapanya menjadi usahawan berjaya, tetapi sikap Datin Mariam terhadap Datuk Malik sangat keterlaluan.

Sepupu Haris, Juliana (Ika Zulkifli), menyukai Haris sejak kecil tanpa pengetahuan pemuda itu, tetapi Juliana yakin tidak mungkin Haris dapat menerimanya kerana ini Haris sudah menganggapnya seperti adik sendiri.

Menurut Heykal, Kontrak Cinta bertemakan kehidupan orang korporat. Dia terus tertarik menghasilkan jalan cerita orang kaya kerana baginya wang ringgit memang sangat penting, namun di sebalik harta kekayaan yang melimpah ruah itu, ada kala kebahagiaan bukanlah milik mutlak insan bergelar manusia.

“Mereka memiliki kediaman hebat, kereta menjalar dan bercuti ke luar negara bagaikan rumah kedua, namun ada juga yang tidak bahagia kerana bimbangkan harta menjadi rebutan, anak yang sukar dikawal, suami mencari wanita lain dan pelbagai lagi dugaan.

“Kali ini saya menyingkap kisah keluarga Datuk Malik (Zaidi Omar) dan Datin Mariam (Fauziah Nawi) yang bimbangkan anak mereka Haris (Fahrin Ahmad) belum menemui calon isteri meskipun usia sudah mencecah 40 tahun.

“Justeru saya rasa cerita orang korporat ini releven sepanjang masa cuma sebagai pengarah saya perlu menggarapkan sesuatu cerita itu dengan memasukkan elemen baru dan lebih segar supaya tidak nampak klise mahupun stereotaip,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 5:08 pm

Maka berderailah air matanya...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp222
PEMINAT tidak berganjak menyaksikan persembahan Rossa yang berlangsung selama dua jam.


Penyanyi popular Indonesia, Rossa kongsi gelodak rasa bersama peminat di KL Life Centre

DUA kali air mata penyanyi wanita paling popular Indonesia, Rossa, mengalir sewaktu artis cantik itu menjayakan Konsert Mini Cerita Cinta Rossa di KL Live @ Life Centre.

Ketika penyanyi berusia 30 tahun ini menghayati lagu Hati Yang Kau Sakiti, jelas sekali dia dihimpit rasa yang mencengkam di dalam jiwa. Lalu, dengan sendiri, air jernih bergenang di kelopak mata wanita yang sudah pun bergelar penyanyi sejak 1988 ini.

Tidak lama kemudian, tatkala lagu Atas Nama Cinta dialunkan, sekali lagi Rossa dilanda sebak, memberikan ruang untuk lebih 2,000 peminatnya melihat sendiri gelodak yang bersarang dalam hati penyanyi berkenaan.

Lalu, masing-masing berteka-teki sendiri, apakah sebabnya anak sulung pasangan Ukas Hermawan dan Eni Kusmiani ini menangis di hadapan mereka?

Apakah air mata itu laju mengalir kerana artis terkenal itu cukup terharu dek sambutan hangat diberikan peminat sekitar Kuala Lumpur terhadap persembahannya pada 27 Jun lalu? Atau apakah wanita ini sebak mengenangkan kehampaan yang dialami setelah rumah tangga yang dibina bersama Yoyo kini bagai menemui jalan akhir.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp221
KESERASIAN Rossa dan Pasha di pentas membuatkan peminat keliru apakah mereka sedang bercinta?


Andaian kedua itu mungkin lebih tepat jika dilihat kepada perkembangan semasa cerita peribadi ibu kepada Rizky Langit Ramadhan, 3, ini.

Umum sudah mengetahui betapa mahligai bahagia yang diukir Rossa bersama anggota kumpulan Padi itu sekarang berada dalam keadaan goyah setelah suaminya dikatakan berlaku curang.

Beberapa kali cuba bertahan, namun petunjuk yang diterima bagai tidak menyebelahi wanita ini. Pasrah, mereka tinggal berasingan sebagai usaha akhir mengembalikan cahaya dalam mahligai yang dibina pada 18 Mac 2004. Namun, tiada petanda kedua-duanya akan kembali bersama. Difahamkan, penyanyi itu sudah pun memfailkan perceraian sebagai jalan penyudah pada kemelut yang melanda.

Beberapa tahun hidup berduka, lalu tidak mustahil begitu mudah penyanyi ini terkesan dengan segala bait luka yang tersurat dalam lagu nyanyiannya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp220
ROSSA berjaya menghiburkan peminat dengan 16 lagu.


Itulah kisah cinta Rossa yang mungkin secara tidak sengaja dikongsi penyanyi ini bersama peminatnya di Malaysia. Apa saja wajah cintanya, malam itu Rossa menyerlahkan sisi lembut pada dirinya, yang pasti membuatkan peminat berasa lebih dekat dengan si jelita ini.

Tolak ke tepi soal air mata, yang pasti, penyanyi ini begitu terserlah di pentas Life Centre. Dengan kemantapan vokal serta sistem bunyi dan muzik yang baik, persembahan Rossa menghiburkan.

Namun, faktor terbesar menjayakan lagi konsert kecilnya malam itu ialah pemilihan lagu yang rata-rata judul hafalan peminat. Daripada albumnya yang terdahulu sehingga album berjudul Rossa yang baru saja dipasarkan, penyanyi itu menyenaraikan himpunan lagu terbaik untuk halwa telinga pengikut setianya.

Maka kedengaran irama indah seperti Terlalu Cinta, Aku Bukan Untukmu, Cerita Cinta, Tegar, Ayat-Ayat Cinta, Tega serta Hati Yang Kau Sakiti dan Terlanjur Cinta, dua lagu duetnya bersama Pasha daripada kumpulan Ungu. Tidak ketinggalan dialunkan ialah Malam Pertama, Seribu Malam, Bila Salah, Hey Ladies, Pudar dan Sakura.

Sememangnya Rossa penyanyi yang amat bertuah kerana dia sentiasa diberikan lagu yang cukup merdu untuk dirakam. Judul demi judul yang baik itu meneruskan kesinambungan populariti artis ini sejak 1996, tatkala dia muncul dengan album kedua, Nada Nada Cinta.

Menunjukkan profesionalisme sebagai penyanyi, Rossa bijak memikat hati peminat di ibu kota dengan berulang kali menyatakan rasa bangga terhadap sokongan mereka pada diri dan karier seninya. Dia menyatakan rasa tidak percaya melihat begitu hebat sambutan dihulurkan kepadanya di tempat berkenaan.

Begitu juga penyanyi ini sering berjenaka, tidak kiralah sama ada ketika dia berkongsi kisah cinta lamanya atau sewaktu mengundang beberapa peminat menaiki pentas. Rossa yang diiringi enam pemuzik serta seorang penyanyi latar sentiasa memenuhi detik yang ada dengan celoteh, lawak mahupun ucapan terima kasihnya.

Cuma, pakaian yang menjadi pilihan penyanyi ini agak terlalu hebat untuk sebuah konsert mini yang diadakan pula di Life Centre. Jika konsert terbabit berskala lebih besar dan diadakan pula di lokasi lebih berprestij, ia tentunya lebih bersesuaian. Daripada tiga persalinan yang dikenakan, hanya gaun beropol paras peha yang kelihatan agak sederhana, tepat dengan suasana.

Konsert Mini Cerita Cinta Rossa dibuka tirainya dengan persembahan kumpulan Sofaz. Apa-apa pun, Rossa insan bertuah kerana muncul insan seni paling masyhur di Indonesia. Lebih bertuah, dia juga dekat di hati peminat Malaysia. Peluang muncul dalam persembahan anjuran Hotlink itu serta kehadiran agak ramai peminat membuktikan dia ratu pop yang sukar digugat.

Alangkah baiknya jika peluang serupa turut dirasa artis berbakat negara kita. Bukan tidak ada bakat yang mampu diketengahkan, sebaliknya usaha daripada syarikat rakaman sendiri serta sokongan sektor korporat perlu ada. Jika tidak, pentas sebegitu hanya akan dipenuhi artis luar dari Indonesia mahupun Amerika Syarikat.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 5:11 pm

Fitnah semata-mata

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp223
SKANDAL Mulan Jameela dan pemuzik Ahmad Dhani sudah lama diperkatakan, namun hal itu sering dinafikan kedua-dua mereka.


Sehingga hari ini pun, wanita yang dilahirkan dengan nama Raden Terry Tantri Wulansariia, 30, terus berahsia meskipun perceraian antara Dhani dan isterinya, Maia Estianty, juga anggota kumpulan Ratu, secara rasminya berakhir pada 23 September tahun lalu.

Saat pertemuan dengan wanita kecil molek ini di Grand Millenium Kuala Lumpur, baru-baru ini, Mulan tetap teguh dengan pendirian dan tidak tunduk pada asakan media yang cuba merungkai rahsia percintaannya dengan Dhani apatah lagi mereka dilaporkan sudah menikah.

“Dhani itukan bos saya merangkap produser album, jadi sudah tentulah kami sering bertemu dan bekerjasama, namun saya suka mengatakan persahabatan saya dan Dhani adalah atas dasar profesional semata-mata.

“Saya mual sebenarnya dengan segala tohmahan yang dilemparkan kepada kami, namun saya sedar inilah harga yang perlu dibayar seorang anak seni.

“Saya tidak mahu gosip menjadi punca sehingga kami tidak lagi dapat bekerjasama, lalu saya putuskan untuk tidak mengambil peduli kata-kata orang.

“Biarlah masyarakat memandang serong yang penting dan paling mustahak sekarang adalah terus berkarya,” katanya.

Akui Mulan ingin saja dia mempertahankan diri, namun, menyedari kebarangkalian kenyataan mungkin dimanipulasikan atau ditokok tambah, membuatkan wanita berdarah Sunda ini lebih selesa berdiam.

“Berdiam itu lebih baik daripada heboh atau melenting kerana kenyataan demi kenyataan hanya membuatkan sesuatu masalah bertambah rumit.

“Mereka yang mendapat untung akhirnya nanti, tentu saja penyebar gosip. Justeru, saya lebih senang kalau berdiam kerana percaya lambat-laun mereka yang menabur fitnah juga pasti penat,” katanya.

Ditanya, sama ada gosip yang menghambat dirinya dan Dhani sejak 2007 ini tidak sedikitpun mengubah hati dan perasaan mereka dari seorang sahabat kepada kekasih sedangkan, apa yang diperkatakan ibarat ‘doa’ orang ramai apatah lagi, kedua-duanya bergelar duda dan dara.

“Iya lucu sekali. Gara-gara terlalu banyak gosip mengaitkan kami, pernah Dhani mengusik saya.

“Katanya pada saya, ayuh! Mulan kita realisasikan saja kata-kata mereka biar jadi betul dan puas hati semuanya,” katanya.

Akui Mulan, tatkala ini dia masih sendirian dan belum punya teman lelaki istimewa, tidak pernah menolak cinta, namun pengalaman membuatkan dia lebih berhati-hati dalam membuat pilihan, apatah lagi, mahligai yang dibina atas dasar cinta bersama bekas suami musnah di tengah jalan empat tahun lalu.

“Perasaan fobia itu masih ada. Pun begitu, sebagai wanita dan fitrahnya seorang manusia yang ingin dicintai dan disayangi, saya harus memberi peluang pada diri.

“Saya percaya Tuhan tidak kejam. Dia berikan kamu kesengsaraan, Dia gantikan dengan kebahagiaan. Mungkin, suatu hari nanti saya juga berhak memperoleh kebahagiaan itu.

“Justeru, saya harus beranikan diri untuk menjalin sebuah perhubungan. Apapun, lelaki pilihan saya itu haruslah menerima saya seadanya, anak-anak, Tiarani Savitri (semibilan tahun) dan Muhammad Rafly Aziz (enam tahun) serta keluarga dengan ikhlas,” katanya.

Beralih pada karier seni, selepas muncul dengan album solo diberi judul Makhluk Tuhan Paling Sexy, tahun lalu, kini Mulan kembali sibuk dengan perancangan album kedua.

Masih ditangani oleh Ahmad Dhani selaku produser, Mulan memaklumkan berkemungkinan 50 peratus lagu yang dimuatkan ke dalam album terbarunya itu adalah lagu saduran.

Jelas Mulan, menyanyikan semula lagu lama yang diberi nafas baru bukan bererti penggiat muzik Indonesia ketandusan idea sebalik cara ini sudah menjadi satu ‘aliran.’

“Tiada salahnya menyanyikan semula lagu lama kerana ia dapat mempopularkan kembali lagu serta penyanyi popular suatu masa dulu.

“Selain itu muziknya yang mesra pendengar juga memudahkan seseorang artis dikenali.

“Cuma cabarannya, lagu yang diberikan nafas baru itu harus lebih mantap dari segi susunan muzik dan nyanyiannya.

“Saya juga berasa rugi, jika dalam satu album itu memuatkan 10 lagu yang mana semuanya bagus belaka. Alangkah menguntungkan, jika lima daripada lagu itu gunakan untuk album akan datang.

“Manakala, kekosongan lima lagu lagi digantikan dengan lagu saduran yang diberi nafas baru,” katanya.

Masih mengekalkan unsur, pop, punk dan timur tengah, salah satu lagu siap dirakamkan Mulan adalah Cinta Mati 2 yang disampaikan secara duet dengan Mitha. Lagu ini turut dipilih sebagai single pertama.

Cinta Mati 2, asalnya sebuah lagu berbahasa Inggeris berjudul, Real Life, yang pernah dipopularkan Sergio Mendes. Namun, liriknya digubah ke bahasa Melayu sementara melodinya di beri nafas baru oleh Ahmad Dhani.

Sebelum menutup perbualan, Mulan sempat ditanya sama ada gosip percintaannya dengan Dhani memberi kesan terhadap perhubungannya dengan bekas janda ketua kumpulan Dewa, Maia yang juga rakan duonya sewaktu menganggotai Ratu.

“Selepas perpecahan Ratu kami sempat bertemu dua kali dan saya menegurnya untuk bertanya khabar dan dia juga menyambut pertanyaan saya dengan biak.

“Namun saya mengerti, sebaik kumpulan Ratu dibubarkan bermakna kami harus memilih haluan hidup masing-masing. Walau bagaimanapun saya tetap menghormatinya,” katanya.

PROFIL

Nama asal: Raden Terry Tantri Wulansari

Nama komersial: Mulan Kwok/Mulan Jameela

Tempat Lahir: Garut, Jawa Barat

Tarikh Lahir: 23 Ogos 1979

Bekas suami: Harry Indra Nugraha

Album: Ratu & Friends (2005), No Satu (2006), Mulan Jameela (2008) dan The Best of Republik Cinta Artists Vol 1 (2008)

Filem: Maaf Saya Menghamili Istri Anda (2007)

Drama TV/Telefilem: Primadona Mencari Surga, Pasangan Heboh, Bodyguard

Sang Penyanyi, Penyanyi Yang Difitnah, Habis Manis Suami Dibuang dan

Serumah Tapi Musuh
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 5:12 pm

Zain kerja keras demi Rania

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp224


KEHADIRAN Arianna Rania (Rania) yang kini mencecah usia dua bulan, bukan sekadar pengikat kasih sayang antara Zain Ruffedge dan isterinya, Khazmira Anuar, malah melengkapkan lagi kehidupan rumah tangga mereka.

Malah, kata Zain, 31, atau nama sebenarnya, Mohd Kamarulzaman Zain Abdul Hamid, kehadiran Rania semakin menyuntik semangat buatnya untuk bekerja keras dan membina kerjaya seni sedia ada, demi masa depan mereka sekeluarga.

"Saya percaya setiap anak yang dianugerahkan Tuhan itu ada rezekinya masing-masing. Sebab itu, saya melihat cabaran dan persaingan dalam krisis ekonomi global yang melanda seluruh dunia sekarang dari sudut positif. Memang, saya tidak menafikan anak seni seperti kami terjejas dengan krisis yang berlaku kerana undangan persembahan korporat juga tidak sebanyak dulu.

"Apa yang penting, saya melipatgandakan lagi prestasi sedia ada untuk memantapkan lagi kerjaya seni sama ada bidang nyanyian mahupun lakonan. Sebagai artis, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk berikan yang terbaik buat peminat sama ada dari segi undangan persembahan nyanyian, drama dan filem lakonan saya," katanya.

Kata Zain, dia cukup beruntung kerana isterinya, Khazmira cukup memahami dan sentiasa menyokong minatnya untuk mengembangkan cabang seni sedia ada.

"Maklumlah, Rania masih kecil dan sangat memerlukan kasih sayang kami berdua. Saya juga pastikan bijak untuk membahagi masa antara keluarga dan kerjaya seni.

"Apapun, saya tidak bimbang meninggalkan isteri dan anak untuk keluar bekerja kerana buat masa ini, mereka tinggal bersama keluarga mentua. Sebenarnya, isteri saya baru saja habis tempoh berpantang. Tapi, bila isteri sudah mula bekerja nanti, kami merancang untuk mengambil pembantu rumah untuk menjaga anak di rumah," katanya.

Tidak cukup dengan itu, perkembangan kerjaya lakonan Zain juga semakin memberangsangkan sejak berkahwin. Selepas selesai penggambaran drama bersiri Kejar, terbitan Global Station Sdn Bhd, Zain berkampung selama empat bulan bermula 23 April lalu dan berakhir awal Ogos nanti untuk menjayakan penggambaran drama bersiri sebanyak 50 episod, Kecuali Cintamu yang diterbitkan khusus untuk program realiti, Pentas Anak Wayang di Astro Prima.

Zain juga membawakan salah satu daripada watak utama dalam drama bersiri berkenaan iaitu jurugambar majalah, Badrul Effendi, anak pasangan Ruby Effendi (lakonan Haleeda) dan Effendi Sulaiman (Aman Shah).

"Sejak berkahwin dan mempunyai anak, rezeki dalam bidang seni tidak pernah putus. Apa yang penting, kita tidak berputus asa dan sentiasa menjaga disiplin sebagai pelakon dan penyanyi supaya terus mendapat kepercayaan daripada penerbit dan pengarah di luar sana," katanya.

Zain berkata, dia menerima tawaran berlakon dalam drama bersiri Kecuali Cintamu kerana tertarik untuk bekerja dengan nama besar yang ditampilkan dalam drama berkenaan seperti Aman Shah, Mustaffa Kamal, Ridzuan Hashim dan Nasir Bilal Khan.

"Saya juga berpeluang berlakon dengan bakat baru yang menjadi juara mingguan Pentas Anak Wayang seperti Dayana (memegang watak jururawat) dan Afzan (watak mekanik) dalam Kecuali Cintamu.

"Pada pandangan saya, pelakon muda yang digilap dalam pentas Anak Wayang ini boleh pergi lebih jauh dalam bidang seni. Mereka berbakat dan ada potensi untuk diketengahkan pada masa depan," katanya.

Bagaimanapun, kata pelakon filem Tipah Tertipu dan Castello ini, wataknya sebagai jurugambar dalam drama Kecuali Cintamu juga mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.

"Ini kali pertama, saya bawa watak sebagai jurugambar dalam cerita yang mempunyai konflik dan skandal itu.

"Sekalipun mula berlakon sejak 2003 sehinggalah sekarang, tapi saya tetap menganggap diri masih baru dalam bidang lakonan dan masih banyak yang perlu dipelajari," katanya.

Mengenai kerjaya nyanyian pula, Zain berkata, semangatnya dan anggota asal kumpulan ini, Azan tidak pernah luntur untuk meneruskan perjuangan Ruffedge di persada muzik tanah air.

"Kumpulan ini dimantapkan lagi dengan kehadiran dua anggota baru, Nine (Phynne Ballerz) dan Iwan yang juga pemuzik di kalangan rakan kami sendiri.

"Sebelum ini, Ruffedge sudah tampil dengan dua single di bawah syarikat rakaman EMI (sebelum ia ditutup) iaitu Jangan Berhenti dan Rintihan Pengemis. Single terbaru kami sekarang ialah Ke Udara.

"Kami juga mengikat kontrak dengan syarikat R-Records untuk promosi single kami ini di radio dan proses muat turun (download). Album penuh kami pula dalam proses perancangan," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 5:16 pm

Ameng menyanyi solo


BAGAIKAN musim, penyanyi zaman 90-an dan 80-an membuat kemunculan semula. Walaupun senario muzik ketika itu lebih kepada genre rock dan pop, sebaliknya penerimaan peminat khusus generasi baru turut positif.

Bagi peminat yang menyukai lagu Sampai Hati, Bourgenvilla dan Cempaka Di Rembulan, tentu masih ingat vokalis utama, Ameng yang pernah menganggotai kumpulan Spring.

Ketika majlis pelancaran album baru Ramlah Ram bersama Jay Jay yang diadakan di The Mines, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini, Ameng muncul dan menyanyikan single baru, Sudikah Jadi Kekasihku ciptaan Eddie Hamid.

Biarpun jarang membuat persembahan pentas, hakikatnya dia membuktikan masih mempunyai vokal yang mantap.

Ameng, 41, atau nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail berkata dia masih merindui bidang nyanyian dan berhasrat untuk kembali dengan album baru. Namun, kemunculan semula kali ini tidak bersama kumpulan Spring sebaliknya dia akan muncul dengan album solo tidak lama lagi.

“Sepatutnya album solo saya berada di pasaran pada April lalu tetapi ia tertangguh buat seketika untuk mencari satu tarikh yang sesuai. Buat masa ini, saya juga banyak terima jemputan mengadakan persembahan pentas.

“Tidak sangka pula bila sambutan penonton yang saya terima menggalakkan. Masih ada peminat yang ingat dengan lagu Spring yang pernah popular suatu ketika dulu.

“Bayangkan, saya pernah menyanyi lagu Sampai Hati sebanyak tiga kali untuk satu acara yang sama di Rompin, Johor baru-baru ini.

“Sebenarnya, saya ada berusaha untuk menubuhkan semula kumpulan ini agar kembali aktif dalam bidang muzik tanah air.

“Bagaimanapun, bila saya bertemu dengan anggota lama, kebanyakan mereka keberatan untuk bermain muzik semula.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Ameng10


“Mereka menyatakan sukar untuk kembali bersama kerana masing-masing mempunyai komitmen pada karier lain dan keluarga. Sejak anggota asal kumpulan ini ambil keputusan untuk ‘bersara’, saya pula masih bersemangat untuk kembali menyanyi.

“Mungkin ramai peminat yang tidak tahu, saya sudah aktif menyanyi secara solo sejak setahun lalu. Buat masa ini, nyanyian adalah karier saya sepenuh masa,” katanya.

Kata Ameng, sepatutnya kumpulannya masih mempunyai baki kontrak tiga tahun bersama Sony BMG Music. Namun, atas persetujuan bersama, kontrak itu dibatalkan dan Spring dibebaskan pada Mac lalu. Kali terakhir, Spring menghasilkan album adalah Salam Buat Kekasih pada 2002.

“Saya masih menerima bayaran royalti untuk album kompilasi yang diterbitkan. Lagipun, bayaran ini sebenarnya akan tetap diterima hingga album itu mencapai tempoh 50 tahun.

“Apapun, saya kena berjimat bila ada ketika, pernah tiada persembahan dalam sebulan. Saya bersyukur bila peminat masih meminati lagu Spring. Mungkin, mereka kerap berkaraoke dengan lagu Spring hinggakan ia menjadi lagu kegemaran.

“Walaupun ramai artis tidak yakin dengan penjualan album kini, saya masih mampu meraih pendapatan menerusi persembahan pentas. Apa yang penting, saya mahu beri persembahan terbaik untuk peminat dan berkongsi pengalaman ketika bersama Spring dulu.

“Pada saya, lagu Spring mempunyai kekuatan melodi dan lirik yang berbeza dengan lagu sekarang. Tidak mustahil, lagu yang pernah dipopularkan akan menjadi evergreen pada peminat generasi akan datang,” katanya.

Untuk album solo ini, Ameng turut menampilkan lagu baru, Aku Bukan Dewa ciptaan M Nasir manakala tujuh lagu lama Spring iaitu Bourgenvilla, Sampai Hati, Cempaka Di Rembulan, Pesanan Buat Kekasih, Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta, Sepi Tanpa Cinta dan Sejiwa dinyanyikan semula.

Ameng yang bahagia bersama isteri, Sabariah Zakaria dan anak, Wan Ammar Haikal yang berusia setahun tujuh bulan, berpandangan lagu Spring mampu popular kembali. Malah, dia turut merancang untuk turun padang mengadakan promosi sebaik album baru dilancarkan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeThu 02 Jul 2009, 5:19 pm

Perjuangan Thye terhenti

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Thye-m10


MEMASUKI peringkat separuh akhir persaingan program realiti Mentor musim ketiga semakin sengit dan mendebarkan. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi peserta dari Kota Belud, Sabah, Tahiruddin Sain, 22, atau Thye yang terpaksa melupakan hasrat untuk melangkah lebih jauh dalam pertandingan itu.

Persembahan Thye, protege kepada penyanyi Adibah Noor dengan lagu medley Keroncong Untuk Ana/Hatinya Tak Tahan belum cukup meyakinkan pihak juri dan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) apabila meraih mata terendah sebanyak 43.1 markah.

Laluan Thye yang diakui mentornya mempunyai keunikan vokal membawakan lagu asli tersekat dengan kemampuan tiga lagi peserta yang bersaing iaitu Hunanis Zafira Huzaini, 18 (Fira), protege kepada Lah Ahmad; Camellus De'lelli Anam, 20 (Chaq), protege Ajai dan Hanifah Md Hanafiah, 22, (Black) protege Mas Idayu.

Konsert malam itu menjadi milik Black yang menyampaikan lagu Tasik Utara/Cek Mek Molek/Hijau apabila memungut mata tertinggi 63.3 markah, sekali gus melayakkannya menerima hadiah jam tangan eksklusif jenama Tissot bernilai RM3,000.

Bersaing rapat, Chaq yang buat pertama kali dalam program itu berjaya memungut mata penuh juri awam sebanyak 20 markah, sekali gus memungut 54.9 markah keseluruhan diikuti Fira sebanyak 43.1 markah.

Chaq menampilkan persembahan menarik dengan lagu Inilah Nasibku/Fanatik manakala Fira lagu Pulangkan/Whine Up dan Nirmala.

Biarpun kecewa dengan penyingkiran itu, Thye tetap mahu meneruskan impiannya dalam bidang seni, malah menganggap ia sebagai permulaan buatnya.

"Memang saya tidak berpuas hati dengan persembahan selepas melihat balik visual yang ditayangkan. Tidak dinafikan persembahan minggu ini cukup tertekan kerana membabitkan persaingan peserta yang hebat belaka.

"Biarpun gagal meneruskan kemaraan ke pusingan berikutnya, namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus menceburi bidang seni. Malah, saya juga mendapat galakan daripada mentor (Adibah Noor) supaya selalu berhubung dan tidak putus asa mencipta nama dalam dunia seni," katanya.

Menurut Thye lagi, tiga peserta yang memburu tempat ke pusingan akhir itu mempunyai kekuatan tersendiri. Malah sukar untuknya meramalkan siapakah di antara mereka bakal bergelar juara untuk musim ini.

"Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Chaq bukan saja pandai menari tetap boleh menyanyi dengan baik, Black bersandarkan kepada vokal dengan nada tinggi manakala Fira pula mempunyai nada suara yang unik dan lunak," kata Thye yang juga artis budaya di Jabatan Kebudayaan Negeri Selangor.

Penonton yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan bonus daripada peserta yang bertanding dengan lagu Bila Aku Sudah Tiada.

Sementara itu, Penerbit dan Pengarah Mentor, Muhamad Sufian Isa, berkata peserta yang layak ke peringkat akhir mempamerkan kualiti dan mutu persembahan tersendiri, malah saingan sengit itu juga cukup sukar bagi pihak juri memberi penilaian markah.

"Empat peserta yang layak ke peringkat akhir ini mempunyai keunikan masing-masing dari segi vokal dan bakat sebagai penghibur. Mentor yang seharusnya mencorak mereka untuk menentukan arus perjalanan sebagai penyanyi berdasarkan kualiti yang mereka miliki.

"Persaingan ini bertambah sengit apabila mereka digabungkan kerana inilah kali pertama mereka bertanding sesama sendiri. Jika dilihat markah terdahulu, Chaq mengungguli kumpulan A manakala Black mendahului untuk kumpulan B. Namun selepas digabungkan, tidak mustahil jika Fira berjaya mengalahkan Black dan Thye berkemungkinan mampu menewaskan Chaq.

"Apa yang pasti, dua peserta yang layak ke peringkat akhir nanti adalah yang terbaik dari pemerhatian pihak juri dan penonton," katanya.

Persembahan peserta dinilai melalui tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus melalui undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam yang terdiri daripada pelajar muzik, pihak media, penerbit rancangan dan golongan semi profesional dalam dunia hiburan. Persembahan separuh akhir itu dinilai juri profesional yang juga penyanyi, Syafinaz Selamat dan Hattan.

Dua peserta dijangka bersaing di peringkat akhir yang dijadual berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Shah Alam pada 19 Julai ini.

Juara menerima wang tunai sebanyak RM100,000 dan kereta Kia Spectra 5 tajaan Oriva dan mentor pula meraih RM100,000 manakala tempat kedua, protege dan mentor memenangi wang tunai RM30,000.

Mentor 3 menampilkan pengacara terkenal, Ally Iskandar Mohd Mardzi sebagai pengacara program dan Jurnal Mentor. Selain itu, wartawan sensasi, Nas Ahmad juga turut sama dalam program ini bagi mencungkil kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas.

Program kali ini turut menjemput peserta yang pernah menghadiri sesi uji bakat yang dirasakan 'unik' untuk membuat persembahan pada setiap minggu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 11:40 am

Zizi AF7 kejutan budaya seksi sedikit?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 New-fa10

Penulis seperti menjangka bahawa artis perempuan yang dimaksudkan Soseh-Soseh Harian Metro hari ini ialah Zizi AF7 yang baru menyertai kumpulan The Fobulous Cats berdasarkan fakta-fakta yang diberikan. Sila perhatikan tulisan yang digelapkan dibawah.


BERMACAM-MACAM ragam SS lihat apabila artis baru muncul depan media mahupun khalayak. Sebagai orang lama dalam bidang hiburan, SS dapat baca gerak-geri artis baru. Mungkin faktor mereka kurang pengalaman dalam aspek penampilan diri, kebanyakan artis baru jadi kalut terutama bila berdepan media.

SS sendiri banyak kali beri nasihat kepada artis baru, mereka juga perlu pandai buat kerja PR atau perhubungan awam dengan media. Maksud SS, tujuan buat PR bukan pancing wartawan keluar cerita mereka di akhbar, sebaliknya ia mengerat silaturahim.

Baru-baru ini SS bertemu penyanyi wanita baru yang masih muda. Berbeza dengan nasibnya ketika menyertai satu program realiti popular, dia kemudian dilamar menyertai satu kumpulan yang sudah popular. Dalam satu fotografi, SS sengaja perhatikan gelagatnya.

Penyanyi ini yang mengenakan kaca mata hitam buat tidak tahu saja wartawan yang berada di situ yang menemubual anggota lain dalam kumpulan itu. Jangan kata nak tegur, salam pun tidak. Sepatutnya, sebagai artis baru lebih manis memperkenalkan diri dulu.

Ketika fotografi, SS lihat penyanyi ini seperti cacing kepanasan. Rupa-rupanya, penyanyi ini terlalu risau dengan pakaian yang digayakan sama ada seksi hingga mendedahkan dada mahupun betisnya. Pada pandangan SS, pakaian penyanyi ini ketika itu masih dianggap sopan.

Bila wartawan tanya penyanyi itu mengenai pakaian, dia jawab tidak biasa dengan pakaian sebegitu. Kata penyanyi itu lagi, sebelum bergelar artis dia hanya memakai pakaian menutup aurat. Pada pandangan SS, jawapan penyanyi ini bukan soal tidak selesa, tetapi dia sebenarnya kena ‘kejutan budaya’.

SS tidak pula menggalakkan artis kita berpakaian seksi, tetapi sebagai artis, mereka harus lebih faham dan menitik berat aspek penampilan diri. Artis bukan hanya menjadi idola peminat pada bakat yang dimiliki mereka, tetapi peminat juga gemar melihat cara artis bergaya.

Kepada penyanyi berkenaan, SS harap peristiwa ini dapat dijadikan panduan dalam mengurus diri dengan lebih baik. Paling penting, SS ingin nasihatkan juga artis baru lain, jangan terlalu berlagak seperti diva.

Kalau melangkah ke dunia artis, jangan malu-malu sebaliknya berani dan amalkan sikap ramah dan ringan mulut. Jangan ingat semua orang kenal.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 11:41 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Bunkfa10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 11:45 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Birthd10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 11:48 am

Iqram Dinzly dan Stacy

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Iqram-10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Iqram-11
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 11:50 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Dee1110

(Gempar) Dee, pengacara nyah sundal

Sudah dua kali penulis menulis mengenai perangai Dee yang makin teruk ini. Dee ialah pengacara popular yang satu ketika dahulu pada awal 90-an telah berlakon dalam sitcom Jangan Ketawa, jika anda tidak kenal bermakna anda dilahirkan selepas tahun 1994. Sebelum ini pada artikel Dee semakin menjadi-jadi nyah’nya, penulis hanya menerima 2 gambar Dee berpakaian wanita. Tetapi kali ini, penulis menerima lebih daripada 2 gambar nyah sundal berpakaian wanita ini. Terima kasih kepada pengirim emel yang mengirimkan kepada penulis gambar-gambar tersebut.

Jelas pengirim emel ini, dia sudah tidak sanggup melihat perawatakan si nyah sundal ini berpakaian wanita, dan mengambil peluang ini supaya ia dimasukkan ke dalam blog Media Malaya. Apakah pendapat anda semua mengenai gambar-gambar lelaki nyah sundal ini?
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 12:12 pm

Maya Karin Bakal Bertemu Al Gore di Persidangan Asia Pasifik Projek Iklim


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 27990010
Maya Karin teruja ingin bertemu Al Gore

SATU perkara yang sudah sinonim dengan aktres jelita ini ialah perjuangannya dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar. Pencinta alam ini saban hari dilihat semakin aktif mengikuti kempen bagi membina kesedaran kepada masyarakat tentang isu-isu penting berkenaan alam semulajadi.

Meskipun jadual aktiviti seninya cukup padat, seboleh mungkin Maya Karin akan memastikan dia tetap berpeluang menyertai mana-mana aktiviti berkaitan alam sekitar.

Terbaru, aktres berusia 29 tahun ini bakal menghadiri Persidangan Asia Pasifik Projek Iklim di Melbourne, Australia pada 11 hingga 13 Julai ini, yang merupakan anjuran bersama Pertubuhan Pemeliharaan Australia dan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore.

Akui Maya, dia amat teruja untuk menghadiri persidangan itu apatah lagi dia terpilih sebagai salah seorang daripada 300 peserta daripada 2000 pemohon yang rata-ratanya dari Australia dan wilayah Asia Pasifik.

“Saya memang seronok sangat bila dapat tahu terpilih ke persidangan ini. Bukannya mudah untuk dapat peluang seperti ini, apatah lagi dapat bertemu dengan Al Gore yang juga seorang aktivis persekitaran. Saya memohon untuk hadiri persidangan ini selepas saya terbabit dengan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik sekitar Mei lalu dan tidak sangka pula saya diberi peluang ini kerana mengikut kepada kriteria, mereka memang akan memilih individu yang benar-benar berminat dengan iklim dan alam sekitar,” kata Maya.

Pada persidangan berbentuk forum itu nanti, ujar Maya, peserta akan dilatih tentang sains dan penyelesaian kepada isu perubahan iklim yang semakin mengancam kehidupan sejagat.

Para peserta juga akan akan dilatih oleh Al Gore sendiri dan panel antarabangsa seperti kemahiran mempengaruhi rangkaian dan komuniti masing-masing berkaitan kesedaran tentang krisis perubahan iklim.

Persidangan ini merupakan satu usaha dalam mewujudkan satu suara antarabangsa untuk Persidangan Iklim UNCCC yang dijadualkan berlangsung di Copenhagen pada bulan Disember nanti.

Ujar Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-49 ini lagi, meskipun pada awalnya dia turut terfikir tentang penularan virus Influenza A (H1N1) di Melbourne ketika ini, namun kata Maya, dia tidak mahu perkara itu menghalang hasratnya untuk menghadiri persidangan itu.

“Bagi saya, itu tidak ada masalah. Di Malaysia juga virus ini semakin menular. Apa yang penting, kita kena berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan,” tuturnya.

Sekembalinya Maya dari Melbourne kelak, kata isteri kepada Muhammad Ali Abdullah ini, dia akan cuba berkongsi ilmu dan pengalaman yang dikutip sepanjang berada di persidangan tersebut.

“Pihak penganjur sememangnya tidak mahu para peserta hanya datang dan dengar saja. Selepas habis nanti, kami digalak menyerbarkan maklumat yang kami perolehi sewaktu persidangan itu kepada masyarakat di tempat masing-masing. Mungkin bagi saya sendiri, apa yang boleh saya lakukan ialah dengan bercakap kepada media tentang pengalaman tersebut dan mungkin juga saya akan mengadakan acara-acara tertentu berkaitan dengan apa yang saya perolehi kelak,” katanya yang ketika ini sedang di dalam proses penghasilan album terbarunya.

Album ketiganya itu akan diterbitkan oleh Audi Mok dan ketika ini, mereka sedang meneliti lirik-lirik lagu yang sesuai untuk melodi-melodi yang telah siap dihasilkan
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 12:14 pm

Gambar Fouziah Gous Sebagai Delima Dalam Si Tanggang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 36809210

Pelakon Fouziah Gous baru sahaja selesai pengambaran drama dokumentari Si Tenggang. Fouziah Gous bawa watak Delima, seorang gadis yang sangat ayu yang memikat hati si Tanggang.

Dokumentari ini mendedahkan bahawa cerita rakyat ini bukanlah milik mutlak masyarakat masyarakat Melayu Malaysia tetapi sebaliknya turut dibandingkan dengan kisah Nakhoda Manis di Brunei dan Malin Kundang di Indonesia.

Kepada peminat, jangan lupa tonton drama ini yang akan ditayangkan di Astro Prima (saluran 105) pada hari Ahad, 5 Julai 2009, jam 9.00 malam.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 36809211
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 12:17 pm

Dokumentari Si Tanggang dan drama Ibu, Ampunkan Aku di Astro Prima

ASTRO TERUS MARTABATKAN PERISTIWA BERSEJARAH NEGARA DAN LAGENDA MALAYSIA
Dokumentari Si Tanggang dan drama bersiri Ibu, Ampunkan Aku semarakkan kempen Suatu Ketika pada bulan Julai

Kuala Lumpur, 1 Julai 2009 – Selepas pelancaran kempen Suatu Ketika yang telah diadakan baru-baru ini, Astro meneruskan perjuangannya dalam memartabatkan kisah-kisah sejarah dan lagenda Malaysia dalam dua perspektif yang berbeza iaitu fakta dan interpretasi kreatif melalui sebuah lagi kisah lagenda Malaysia, Si Tanggang pada bulan Julai.

Kempen Suatu Ketika ini merupakan salah satu inisiatif dan komitmen Astro dalam memberi sokongan terhadap memperkukuhkan nilai-nilai sejarah di kalangan rakyat Malaysia. Secara tidak langsung, penjenamaan ‘Suatu Ketika ini juga dilihat sebagai menyahut seruan negara dalam membina bangsa Malaysia berteraskan nilai dan budaya warisan negara sejajar dengan kehendak 1Malaysia.

Pada bulan Julai, Astro dengan bangganya membangkitkan kisah klasik mengenai seorang anak lelaki yang telah disumpah oleh ibunya sendiri kerana derhaka iaitu Si Tanggang.

Sebagai pengenalan, kisah Si Tanggang ini akan dipersembahkan melalui sebuah dokumentari yang akan dimainkan di Astro Prima (saluran 105) pada hari Ahad, 5 Julai 2009, jam 9.00 malam.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 36809212

Wan Maimunah sebagai Ibu Tanggang

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Encik Nizam Sani, “Dokumentari yang ditayangkan ini akan membawa penonton untuk membuktikan sama ada kisah Si Tanggang ini benar-benar wujud atau sekadar dongeng di kalangan masyarakat Melayu Nusantara.

Hebatnya dokumentari ini ialah apabila ia cuba untuk membuka persepsi lama yang ‘tabu’ dalam masyarakat yang berkait rapat dengan kisah Si Tanggang. Penonton akan dihimpit dengan kisah lama yang sebenarnya rapat dalam diri sendiri serta memahami konsep kasih sayang dan penderhakaan.”

“Bukan itu sahaja, dokumentari ini juga mengajak para penonton untuk melihat Si Tanggang dalam terjemahan cerita rakyat, buku cerita kanak-kanak, novel, cerpen kritikan, drama sehinggalah ke adaptasi filem melalui dokumentari 60 minit ini,” tambah Nizam lagi.

Dokumentari Si Tanggang ini juga bakal mendedahkan bahawa cerita rakyat yang berlegar ini bukanlah milik mutlak masyarakat masyarakat Melayu Malaysia tetapi sebaliknya turut dibandingkan dengan kisah Nakhoda Manis di Brunei dan Malin Kundang di Indonesia.

Bukan itu sahaja, dokumentari ini akan membawa ekspedisi untuk mencari persamaan dan kebenaran mengenai kewujudan Si Tanggang berdasarkan bukti tinggalan kapal dan berubah menjadi batu kerana disumpah ibunya.

Seperti yang telah dijanjikan, kisah-kisah yang ditonjolkan dalam kempen Suatu Ketika ini juga akan disampaikan dalam bentuk yang lebih fiksyen iaitu drama bersiri 8 episod yang akan menceritakan semula kejadian sebenar dan membawa penonton mengimbau kisah-kisah sejarah, lagenda dan mitos masa lalu di Astro Citra.

Pada bulan Julai, drama bersiri Ibu, Ampunkan Aku arahan Jurey Latif akan menemui para penonton pada setiap hari Rabu & Khamis, jam 9.00 malam bermula 1 Julai 2009 ini.

Drama bersiri yang akan ditayangkan ini merupakan inisiatif yang disemai oleh Astro dalam memberi kefahaman yang lebih mudah dalam bentuk interpretasi kreatif dan fiksyen untuk tontonan ramai.

Pelakon-pelakon yang menjayakan drama bersiri ini telah menjiwai watak-watak yang diberikan seolah-olah kisah epik dan lagenda Si Tanggang benar-benar wujud di sekeliling kita,” ujar Sharlyza Sharkawi, Pengurus Saluran Astro Citra.

Drama bersiri yang dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Gambit Saifullah, Fauziah Ghous, Wan Maimunah, Rusli Rahman Adam, Julia Hana, Mubarak Majid dan ramai lagi ini mengisahkan Tanggang (Gambit Saifullah) yang berasal dari sebuah keluarga yang amat miskin dan bercita-cita untuk menjadi seorang nakhoda kapal. Atas berkat doa, akhirnya Tanggang menjadi nakhoda kapal yang kaya dan terkenal. Walau bagaimanapun, kerana malu pada keadaan ibunya yang miskin dan hina, Tanggang sanggup tidak mengaku ibunya sendiri. Ibunya, Daruma (Wan Maimunah) akhirnya memohan tuhan untuk memberi balasan azab kepada Tanggang sehingga dia disumpah menjadi batu.

Jangan lupa untuk saksikan tajuk hebat Kempen Suatu Ketika bulan Julai, Si Tanggang pada setiap hari Rabu & Khamis, bermula 1 Julai 2009 di Astro Citra (saluran 131) untuk drama bersiri dan hari Ahad ini, 5 Julai untuk dokumentari di Astro Prima (saluran 105). Kedua-duanya akan bersiaran pada jam 9.00 malam
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 12:18 pm

Lan Vokalis Meet Uncle Hussain Disingkir?
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 36636510

Dengarnya, Meet Uncle Hussain akan kehilangan vokalisnya, Lan. Berpunca daripada beberapa masalah dalaman, akhirnya, Lan terpaksa keluar dari band indie paling popular ini. Namun, nama Meet Uncle Hussain tak berkubur, Lan akan digantikan dengan vokalis yang baru
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 3:32 pm

Farawahida ada video lucah?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp226

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp227

Farawahida membuat laporan polis mendakwa Julfekar mengugut untuk mengedar gambar dan video lucahnya.

Julfekar, 45, yang dihubungi semalam terkejut dengan tindakan penyanyi itu berkata, Farawahida boleh membuat pelbagai tuduhan terhadapnya, tetapi perlu mempunyai bukti.

Menurutnya, dia juga akan membuat laporan polis terhadap bekas anak didiknya itu untuk membela diri terutama berkaitan dakwaan mengugut mahu mengedarkan gambar serta video lucah penyanyi berkenaan

Farawahida difahamkan sudah membuat tiga laporan polis terhadap komposer terkenal itu masing-masing di Balai Polis Klang pada 6 November tahun lalu, Taiping, Perak (9 Februari) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Rabu lalu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp225


Dia antara lain mendakwa menerima ugutan mengedar gambar dan video lucahnya bertitik tolak daripada tindakannya enggan menyambung kontrak dengan sebuah syarikat rakaman yang tamat pada 9 Februari lalu.

Bermula tarikh berkenaan, penyanyi itu mendakwa ingin mengadakan persembahan secara bersendirian tanpa mempunyai kaitan dengan syarikat rakaman itu.

Farawahida juga mendakwa menerima SMS memaki hamunnya termasuk bertulis ‘perempuan tidak guna, perempuan sundal’.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 3:33 pm

Elyana bertunang 11 Julai

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Kadtun10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Elyana10


Penyanyi Elyana sudah bersedia untuk ke gerbang hidup dewasa apabila mula memikirkan pasal alam perkahwinan.

Elyana akan bertunang pada 11 Julai ini di sebuah restoran di Bangsar, Kuala Lumpur. Lelaki yang dikaitkan dengannya ialah seorang lelaki yang dikenali sebagai K sahaja.

Tunggulah apabila majlis pertunangan mereka sempurna nanti.

Elyana, 22, sudah mula menghantar kad undangan dan undangan melalui e-mel kepada rakan media dan kenalannya.

K pernah muncul dalam majlis sambutan ulang tahun Elyana tidak lama dulu. Lelaki yang berusia 12 tahun lebih tua daripadanya itu beberapa kali dilihat bersama-sama Elyana dalam beberapa buah majlis yang dihadiri oleh penyanyi yang gemar berkaki ayam di atas pentas itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 3:35 pm

Norman KRU kahwin Ogos ini?
-
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Hi_05_13
Shireen Hashim


Terlebih dahulu Niezam nak ucapkan syabas buat Norman Abdul Halim atau Norman KRU yang selama ini sunyi daripada sebarang gosip cinta tapi khabarnya dah nak kahwin.

Tahniah sepuluh kali buat Norman kerana akhirnya dia jumpa juga dengan bakal isteri yang cantik menawan itu.

Rasanya tak ramai tahu Norman yang sekarang dah masuk umur 37 tahun rupa-rupanya tengah bercinta dengan pekerja dia sendiri.

Dalam nak berahsia kisah cinta, rupa-rupanya wanita yang dimaksudkan ialah Shireen Hashim iaitu pekerja Norman yang bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), KRU International.

Shireen bertanggungjawab terhadap urusan perniagaan untuk pasaran antarabangsa projek syarikat tersebut.

Percintaan Norman yang juga Presiden dan CEO KRU Berhad itu berputik sejak Shireen dibawa masuk ke dalam syarikat kira-kira dua tahun lalu.

Selepas dua tahun melayari percintaan, akhirnya mereka memilih untuk menamatkan zaman bujang masing-masing dalam waktu terdekat.

Menurut sumber jika tak ada aral melintang dalam bulan Ogos sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadan satu majlis akan berlangsung. Sama ada majlis bertunang atau perkahwinan belum dapat dipastikan lagi.

"Ibu bapa kedua pihak dengar ceritanya sedang meninjau barang keperluan untuk mengadakan majlis tersebut.

"Mengikut perancangan awal, majlis kahwin mereka nanti akan diadakan dalam suasana yang meriah. Mungkin akan ada pak menteri datang menepung tawar," kata sumber itu.

Niezam ada juga korek-korek rahsia hubungan Norman dengan Shireen melalui pekerja bahagian komunikasi KRU tapi tak seorang pun berani muka mulut. Takut kena marah dengan boss nanti.

Tapi yang pasti ada sumber berkata Norman selalu panggil Shireen dengan panggilan sayang di pejabat.

Menurut sumber juga, Shireen pernah berkahwin sebelum ini dan sedikit "senior" daripada Norman.

Apa-apa pun diharap hubungan Norman dengan bakal isterinya itu akan berpanjangan dan hasrat mereka untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat akan terlaksana.

Kepada peminat, marilah kita doakan agar mereka menjadi pasangan yang bahagia.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 3:37 pm

Pegawai JAIS akui kesilapan pertuduhan khalwat Norman-Memey-
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 01315312


KUALA LUMPUR: Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini diberitahu bahawa pertuduhan berkhalwat terhadap pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey tahun lalu adalah salah dan tidak berasaskan fakta.

Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs), Abdul Rahman Lai Abdullah mengakui pertuduhan itu tidak betul kerana Norman tidak ditemui pada 3 pagi dalam premis yang sama seperti dinyatakan dalam kertas pertuduhan.

Abdul Rahman memberikan keterangannya sebagai sebagai saksi pertama pendakwaan bagi kes itu.

Peguambela syarie Norman-Memey, Fakhrul Azman Abu Hassan telah menyoal Abdul Rahman dalam sesi soal jawab hari ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 01315311


Fakhrul: Kalau ikut maklumat yang diterima daripada pengadu, berdasarkan fakta, maklumat itu palsu, adakah anda bersetuju atau tidak maklumat itu palsu?

Abdul Rahman: Betul tiada lelaki semasa kami jumpa tertuduh perempuan (Memey), tetapi saya tidak setuju mengatakan maklumat itu salah.

Fakhrul: Setuju atau tidak jika saya katakan aduan yang awak terima ini hanyalah 'hearsay' ataupun dengar cakap sahaja?

Abdul Rahman: Ya, betul.

Fakhrul: Berdasarkan keterangan awak, awak mengatakan telah menjumpai tertuduh lelaki (Norman) pada pukul 3.00 pagi, sedangkan tertuduh lelaki tiada di premis di tingkat bawah bersama tertuduh perempuan (Memey), jadi boleh saya katakan yang pertuduhan ini adalah salah?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 01315310


Abdul Rahman: Ya, betul.

Bagaimanapun perbicaraan ini telah ditangguhkan ke tarikh 31 Julai nanti berikutan waktu yang tidak mencukupi.

Norman kelihatan berkot warna putih dan bersongkok sementara Memey memakai baju warna merah dan berseluar hitam hadir pagi ini ditemani peguambela mereka Fakhrul Azman Abu Hassan.

Pasangan Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan pelakon baru Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 21, didakwa berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, jam 3 pagi pada 30 Oktober 2008

Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, manakala Memey mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama yang boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Norman dan Memey berkata mereka dinasihatkan agar tidak memberi sebarang komen oleh peguambela mereka.

"Saya berharap ia akan berakhir dengan baik kerana masa akan datang akan menjadi lebih baik dari hari ini." kata Norman.

Memey pula berharap apa yang telah berlaku ke atas dirinya akan berakhir dengan cepat.

Kedua-dua pelakon ini juga mengucapkan terima kasih dan bersyukur terhadap rezeki yang Tuhan beri kepada mereka walaupun kes mereka masih dibicarakan.

Ini kerana menurut mereka, mereka masih lagi menerima tawaran berlakon.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 3:42 pm

Gambar dan Video Lucah Farawahida?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Faraw10


“Ya Allah...kenapa sampai macam itu sekali. Macam saya ini jahat sangat,”
kata komposer Julfekar Ahmad, 45, mengulas tindakan penyanyi Farawahida membuat laporan polis mendakwa dia mengugut untuk mengedar gambar dan video lucahnya.

Menurutnya, dia juga akan membuat laporan polis terhadap bekas anak didiknya itu untuk membela diri terutama berkaitan dakwaan mengugut mahu mengedarkan gambar serta video lucah penyanyi berkenaan.

“Biar saya selesaikan dulu (rujuk peguam)...kemudian baru kita tengok macam mana,” kata Jul.
Farawahida difahamkan sudah membuat tiga laporan polis terhadap komposer terkenal itu masing-masing di Balai Polis Klang pada 6 November tahun lalu, Taiping, Perak (9 Februari) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Rabu lalu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Faraw110


Dia antara lain mendakwa menerima ugutan mengedar gambar dan video lucahnya bertitik tolak daripada tindakannya enggan menyambung kontrak dengan sebuah syarikat rakaman yang tamat pada 9 Februari lalu.

Farawahida juga mendakwa menerima SMS memaki hamunnya termasuk bertulis ‘perempuan tidak guna, perempuan sundal’.

Julfekar seterusnya berkata, dia sebelum ini ada mendengar khabar angin Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 24, membuat laporan polis terhadapnya, namun tidak mahu melatah sehingga ia betul-betul sahih.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Faraw210


“Sehingga kini polis belum menghubungi saya, tapi saya juga akan membuat laporan polis,” kata Jul lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, mengesahkan menerima laporan artis wanita berkenaan sekitar jam 7.45 malam.

“Pegawai penyiasat sudah berusaha menghubungi individu yang dimaksudkan dalam laporan terbabit, namun masih gagal menghubunginya. Namun, polis akan berusaha mencarinya bagi membantu siasatan,” kata ketua polis berkenaan.

Kemelut antara mereka bermula apabila Julfekar yang juga pemilik Millenium Art Sdn Bhd (MASB) mendakwa Farawahida yang masih mempunyai setahun kontrak pilihan gagal menyempurnakan perjanjian yang ditandatangani apabila menyepikan diri sejak Februari lalu.

Farawahida dikatakan pernah dua kali menghantar surat untuk keluar daripada pengurusan MASB dalam tempoh 24 jam pada Februari dan awal Jun lalu, bagaimanapun permintaan penyanyi itu tidak dapat dilaksanakan berikutan kuasa untuk menamatkan kontrak pilihan adalah milik MASB dan bukan Farawahida.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Faraw310


Julfekar sebelum ini dilaporkan berkata syarikat tidak menghalang jika Farawahida mahu keluar dengan syarat bersedia membayar ganti rugi RM231,000 untuk keseluruhan produksi dan promosi album terbarunya, Farawahida `09.

“Saya juga memohon ganti rugi RM200,000 (+231,000) lagi atas segala kepayahan saya menaikkan namanya sepanjang tujuh tahun bergelar artis,” tambah Jul. -hMetro
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 3:46 pm

APM2009: Mungkinkah Siti tewas dengan band Indonesia ST12?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 01314610
Siti Nurhaliza berada ditempat kedua selepas ST12.


AGAK mengejutkan apabila penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza sedang bersaing sengit dengan band popular Indonesia, ST12 untuk mengekalkan takhta 'Artis Serantau Paling Popular' yang diraihnya selama lapan tahun berturut-turut dalam Anugerah Planet Muzik (APM).

Bagi tahun ini, keputusan undian tidak rasmi menunjukkan empat artis yang menduduki carta teratas bagi kategori tersebut adalah ST12, Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan penyanyi Singapura Taufik Batisah.

Selain Siti dan Faizal, Malaysia turut mempertaruhkan dua artis tempatan lagi untuk bersaing dalam kategori itu iaitu Hujan dan Meet Uncle Hussain.

Sementara itu, artis Indonesia yang turut bertanding bagi kategori Artis Serantau Paling Popular adalah Afgan, Agnes Monica dan Nidji manakala artis Singapura adalah Aliff Aziz, Ahli Fiqir, dan Hady Mirza.

Menurut pihak penganjur, Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd., Amin Hussen, graf undian peminat di Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semakin menurun setelah undian dibuka sejak 18 Jun lalu.

“Industri muzik Malaysia sentiasa pasarkan muzik antarabangsa tanpa diskriminasi bangsa dan negara dengan misi utama untuk mempromosi dan memartabatkan muzik Melayu serantau.

“Jadi, pada hari ini saya menyarankan agar peminat muzik tempatan membantu artis tempatan supaya mereka lebih bersemangat serta meningkatkan martabat mereka dalam APM 2009.

“Ini kerana kita lihat sekarang sokongan daripada orang Indonesia yang begitu kuat memintas peratusan kategori ini dengan mudah,” kata Amin ketika majlis sidang media ketiga semalam di Hotel One World, Bandar Utama.

Jelas Amin, undian kategori Artis Serantau Paling Popular agak penting untuk ditekankan kerana artis setiap negara diberi peratusan yang sama rata iaitu 33.3 peratus.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 01314811
Amin (kanan) bersama Aizat, Faizal Tahir, Stacy dan Engku Emran ketika majlis sidang media ketiga APM2009. -foto The Star oleh SAM THAM


“Misalnya, Siti mendapat undian dari Malaysia hanya akan memperolehi setakat 33.3 peratus. Jadi, dia perlu mendapat lebih mata dari Indonesia dan Singapura untuk mengekalkan kedudukannya selama lapan tahun berturut-turut bagi kategori itu,” tambah Amin.

Amin menganggap jumlah undian di Malaysia semakin menurun mungkin disebabkan oleh waktu undian yang dibuka pada 18 Jun lalu terlebih awal berbanding Indonesia yang dibuka undian mulai 28 Jun manakala undian di Singapura akan dibuka bermula 10 Julai ini.

“Saya rasa mungkin juga rakyat Malaysia kurang atau tidak mengetahui tentang cara untuk mengundi.

“Jadi, selepas ini kita akan mengumumkan tentang peratusan undian artis bagi kategori Artis Serantau Paling Popular dan Artis Malaysia Paling Popular dari semasa ke semasa melalui saluran TV Awani termasuk stesen radio seperti Suria FM yang baru menyertai kami agar pengundi sentiasa berlumba-lumba untuk mengundi artis kesukaan mereka,” katanya.

APM2009 turut membuka peluang kepada pengundi di Malaysia untuk mengundi 12 artis tempatan yang bersaing dalam kategori Artis Malaysia Paling Popular iaitu Aizat, Anuar Zain, Bunkface, Estranged, Faizal Tahir, Hujan, Mawi, Meet Uncle Hussain, Misha Omar, Siti Nurhaliza, Stacy dan Yuna.

Amin turut mengumumkan keputusan terkini bagi kategori itu yang menunjukkan Aizat mendahului Faizal, Siti dan Stacy.

Keputusan pemenang bagi kedua-dua kategori, Artis Malaysia Paling Popular dan Artis Serantau Paling Popular bergantung kepada sokongan peminat untuk menobatkan artis kegemaran mereka.

Mereka yang ingin mengundi, bolehlah melihat paparan nombor-nombor kod setiap artis di KOSMO! Dan HAI sejak bulan lalu, tidak ketinggalan juga di laman web www.sinarfm.com.my iaitu stesen radio Sinar FM selaku radio rasmi, murai.com, Era TV, Chat @ 15, Astro Ria, Awani Pagi dan Gala TV di Astro Awani.

Cara undian adalah dengan menghantar SMS: APM MY1 hingga MY12 dan hantar ke 33660 bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular manakala APM AS1 hingga AS12 dan hantar ke 33660 bagi kategori Artis Serantau Paling Popular.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 01314810
Aizat, Stacy dan Faizal Tahir bersaing sengit bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular.


Artis Malaysia Paling Popular: Aizat (MY1), Anuar Zain (MY2), Bunkface (MY3), Estranged (MY4), Faizal Tahir (MY5), Hujan (MY6), Mawi (MY7), Meet Uncle Hussain (MY8), Misha Omar (MY9), Siti Nurhaliza (MY10), Stacy (MY11) dan Yuna (MY12).

Artis Serantau Paling Popular: Artis Singapura- Aliff Aziz (AS1), Ahli Fiqir (AS2), Hady Mirza (AS3), Taufik Batisah (AS4); Artis Malaysia- Faizal Tahir (AS5), Hujan (AS6), Meet Uncle Hussain (AS7), Siti Nurhaliza (AS8); Artis Indonesia- Afgan (AS9), Agnes Monica (AS10), Nidji (AS11) dan ST12 (AS12).

Majlis itu juga mengumumkan Suria FM selaku rakan media terbaru yang bakal menganjurkan pertandingan berkaitan APM2009 mulai Isnin hingga Jumaat ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, “Kami akan memilih lima pemenang bertuah yang berjaya menjawab soalan mengenai APM2009.

“Hadiahnya adalah berupa lima tiket untuk menghadiri anugerah itu termasuk penginapan dan penerbangan.

“Pertandingan itu akan dibuka mulai Isnin ini sehingga Jumaat depan bermula pukul 5 hingga 6 petang. Pendengar hanya perlu membuat panggilan apabila mendengar pengumuman tentang pertandingan itu.

“Selain itu, kita akan memberikan laporan secara langsung tentang keputusan terkini undian SMS bagi dua kategori itu,” tutur Emran.

APM2009 yang akan diadakan buat pertama kalinya di Jakarta pada 18 Julai ini sedang hangat menjalankan promosi dan perancangan untuk menjayakan malam anugerah berprestij itu.

Bertempat di Pusat Konvensyen Jakarta, pukul 9 malam (waktu tempatan), majlis itu akan diserikan dengan persembahan artis seperti Stacy, Reshmonu, Hujan, Aizat, Dafi, Ayu, Faizal Tahir dan Siti.

Sementara artis Indonesia yang turut berkongsi pentas adalah ST12, Kuburan, Yovie N Nuno, Kotak, Bunga Citra Lestari, Nidji, Afgan dan Dewi Sandra tidak lupa artis Singapura iaitu Taufik Batisah, Didicazli, Nana dan Hady Mirza.

Kepada peminat-peminat yang ingin menyaksikan APM2009 secara langsung di Jakarta, tempahan pakej pelancongan disediakan oleh agen Beyond Events dengan menghubungi talian 03-2141 5011.

APM2009 juga akan bersiaran secara langsung di Astro Ria, pukul 9 malam.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 3:58 pm

Percanggahan waktu bercerai, Jamal terpaksa angkat sumpah!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 243
KASIH SEORANG AYAH... Walaupun sudah berpisah, kasih sayang antara Jamal Abdillah dan anak tersayang, Ahmad Zaki Yamani, 2, tetap terjalin erat.


SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini, mengesahkan lafaz cerai talak satu yang dibuat oleh penyanyi Jamal Abdillah (defendan), 47, terhadap isterinya, Fatimatuzahra Samad (plaintif), 25, pada 15 Mei 2007, pukul 10 pagi.

Hakim Syarie, Drs Atras Mohamed Zain berkata, sebelum dia membacakan keputusan kes itu, beliau perlu memastikan waktu sebenar lafaz cerai itu.

Jelasnya, ini kerana terdapat percanggahan waktu lafaz cerai oleh plaintif dan defendan.

Drs Atras: Adakah kamu (plaintif) pasti mendengar lafaz cerai tersebut pada pukul 8 malam?

Fatimatuzahra: Pasti.

Drs Atras: Adakah kamu (defendan) pasti melafazkan cerai tersebut pada pukul 10 pagi?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 243


Jamal: Pasti.

Drs Atras: Adakah kamu (Fatimatuzahra) setuju defendan (Jamal) melafazkan cerai tersebut pada pukul 10 pagi?

Fatimatuzahra: Tidak

Drs Atras: Pasti?

Fatimatuzahra: Pasti.

Drs Atras: Ada terdapat saksi tentang lafaz cerai pada pukul 8 malam itu?

Fatimatuzahra: Tiada.

Drs Atras: Adakah kamu (Fatimatuzahra) mahu pihak defendan (Jamal) menafikan waktu lafaz cerai itu?

Fatimatuzahra: Ya.

Drs Atras: Adakah kamu defendan (Jamal) sanggup bersumpah untuk menafikan lafaz cerai tersebut bukan berlaku pada jam lapan malam.

Jamal: Saya sanggup.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 340
Fatimatuzahra dan anaknya, Ahmad Zaki Yamani.


Hakim Syarie kemudian memimpin Jamal bersumpah atas nama Allah S.W.T. bahawa dia tidak melafazkan cerai talak satu kepada Fatimatuzahra pada pukul 8 malam, 15 Mei 2007.

Sumpah Jamal berbunyi: "Saya bersumpah dengan nama Allah sepanjang pengetahuan saya, saya tidak ada melafazkan cerai pada 15 Mei 2007, pukul 8 malam.

"Laknat Allah akan turun kepada saya sekiranya pengakuan saya di mahkamah ini adalah tidak benar," sumpah Jamal.

Sejurus Jamal habis bersumpah, Hakim Syarie mengesahkan lafaz cerai tersebut berlaku pada 15 Mei 2007, pukul 10 pagi dan bukannya 8 malam, pada hari yang sama, berdasarkan lafaz sumpah Jamal itu.

Drs Atras membuat keputusan itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Selain itu, beliau berkata, mahkamah memerintah Fatimatuzahra beredah sebanyak tiga kali suci bermula dari tarikh lafaz cerai pada 15 Mei 2007.

Fatimatuzahra yang kelihatan kecewa terus meluru keluar dari dewan mahkamah sambil mengendong anaknya Ahmad Zaki Yamani, 2. Dia juga enggan ditemuramah.

Fatimatuzahra langsung tidak menoleh ke belakang walaupun anaknya asyik melambaikan tangan seperti ingin bapanya, Jamal Abdillah bermain dengannya.

Mujurlah sebelum prosiding bermula, Jamal sempat juga melepaskan rindu pada anaknya Zaki.

Fatimatuzahra sebelum ini telah memfailkan permohonan pengesahan cerai setelah mendakwa dia diceraikan oleh Jamal pada tarikh tersebut, pada jam 8 malam ketika sedang memandu.

Lafaz tersebut berbunyi "Aku ceraikan kau dengan talak satu".
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 4:00 pm

Faizal: Cerita bercerai merepek, sebesar kuman pun tiada masalah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 01314814
Faizal Tahir nafi rumah tangganya 'bergoyang'.


“SUDAH tentu tak betul...,” jawab penyanyi, komposer dan pengacara Faizal Tahir sejurus ditanya tentang masalah rumah tangganya yang sedang mengundang penceraian.

Pergolakan rumah tangga Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohd Tahir dan isteri, Siti Raihanim Noran kembali menggegarkan industri hiburan tempatan selepas dakwaan ini pernah dikeluarkan tiga tahun lalu.

Isu rumah tangganya ‘berkocak’ dan isu penceraian pernah digembar-gemburkan semasa Faizal berada dalam program realiti ‘One In A Million’ musim pertama.

“Secara jujur, saya tidak rasa tergugat atau kecewa dengan cerita ini yang membuatkan orang rasa pelik sebab tiada apa yang nak disedihkan.

“Bila saya dapat tahu cerita ini pada Ahad lalu daripada mak saya, terus saya tergelak sebab saya tak tahu dari mana cerita, sumber dan asal-usul cerita itu.

“Isteri saya pun tergelak apabila orang lain menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) sedangkan saya seorang suami dan bapa yang prihatin dengan waktu yang harus luang untuk keluarga,” jawab Faizal selepas majlis sidang media ketiga Anugerah Planet Muzik (APM) 2009, semalam, di Hotel One World.

Faizal menganggap mungkin orang menyangka yang bukan-bukan apabila melihat dia jarang membawa anak-anak dan isteri bersiar-siar di luar.

“Saya tak nafikan mungkin ada waktu-waktu ‘tegang’ melibatkan jadual karier saya sehingga hampir dua hingga tiga minggu saya tidak boleh membawa keluarga berjalan-jalan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 01314813


“Tetapi saya bersyukur kerana ada isteri yang mengingatkan saya tentang kepentingan keluarga. Bohonglah tiada pertelingkahan dan salah faham dalam rumah tangga,” ujar bapa kepada Ahmad Mikaeel Zidane, 4, Siti Raudhah Nur Iman, 2, dan Ahmad Rifa’ie Zidane, 1.

Faizal berkata antara yang paling teruk yang Faizal dengar apabila orang mengata dia dan isteri telah mencari peguam untuk menyelesaikan masalah penceraian mereka.

“Saya rasa dakwaan itu memang ekstrim. Mungkin sebab saya terlalu membiarkan orang membuat cerita dan pijak kepala. Saya merupakan seorang yang sangat fokus kepada muzik.

“Saya ‘ok’ selagi cerita ini tak jejaskan kerjaya,” tegas Faizal yang dicalonkan dalam kategori ‘Artis Malaysia Paling Popular’ dan ‘Artis Serantau Paling Popular’ dalam APM2009.

Tambahnya, hanya rakan-rakan terdekat yang bukan terdiri dalam industri dan orang sekelilingnya sahaja yang mengetahui tentang bagaimana hubungannya dengan isteri dan anak-anak.

“Kawan-kawan tahu rumah tangga saya macam mana..apabila cerita ini keluar, ada kawan baik saya yang minta tak payah layan sangat sebab buang masa sahaja.

“Ada juga antara mereka yang minta saya saman orang yang tak bertanggungjawab itu kerana saya merupakan ‘public figure’ tetapi saya tetap tidak ambil serius tentang hal itu sebab cerita bercerai tu merepek.

“Kebenarannya adalah saya ni jenis yang sangat terbuka dan tidak sembunyikan apa-apa,” luah penyanyi yang sedang popular dengan lagu Bencinta ini.

Faizal tidak menafikan yang dia tidak akan teragak-agak untuk mengaku jika cerita penceraian dan rumah tangganya itu adalah benar.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 01314812


“Katakan satu hari saya ada masalah rumah tangga, saya akan ‘open’ tetapi cukuplah mengaku hal itu memang benar tetapi tidak akan ceritakan semuanya.

“Tetapi sekarang bagaimana saya nak mengaku sebab besar kuman pun saya tiada masalah rumah tangga,” akuinya yang sudah berjanji dengan anak dan isterinya untuk membawa mereka membeli-belah selepas sidang media itu. Kini, Faizal akui bahagia dengan Raihanim dan anak-anak setelah mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 4:01 pm

Amelina hantar surat bantahan kepada pemilik rumah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Amelin10
Penyanyi dangdut Amelina


PROSES lelongan barangan milik penyanyi dangdut Amelina dan suaminya, Reduan Mahmood menurut perintah mahkamah akan dijalankan pada hari Isnin depan iaitu 6 Julai.

Namun hari ini pemilik rumah tersebut K. Madhavankutty (Ravi) telah menerima surat bantahan dari peguam Amelina yang dihantar kepada peguamnya, Arnold Andrew.

Surat tersebut merupakan surat bantahan terhadap proses lelongan yang akan dijalankan pada hari Isnin nanti.

Menurut Madhavankutty, peguamnya mengatakan bahawa surat tersebut tidak boleh digunakan kerana tidak mempunyai 'locus standi' ataupun asas yang kukuh untuk membuat bantahan ke atas proses lelongan yang akan dijalankan.

"Sebenarnya dia (Amelina) telah membuat kesilapan dalam surat bantahan ini kerana namanya tidak diletakkan dalam surat ini, sebaliknya nama peguamnya yang digunakan. Jadi surat ini boleh dianggap tidak berasas kerana tidak mempunyai afidavit (kenyataan bersumpah rasmi atau fakta yang ditandatangani oleh pengarang) yang sah dan alasan yang kukuh.

"Lagipun ini adalah perintah mahkamah sendiri, mereka tidak boleh membantah peintah mahkamah." jelas Madhavankutty.

Berikut adalah maklumat terbaru perkembangan kes Madhavankutty-Amelina:

- Madhavankutty telah memfailkan kes ini di mahkamah dan esok perbicaraan berkenaan surat bantahan tersebut yang mengatakan tidak munasabah untuk Ravi mengusir dan melelong harta kedua-dua pasangan ini (Amelina dan Reduan). Kes ini dikategorikan sebagai kes sivil dan perbicaraan akan dijalankan di Mahkamah Majistet Shah Alam. Waktu perbicaraan pada pukul 9.00 pagi.

- Pagar dan pintu rumah tersebut telah dimangga oleh Amelina dan Reduan.

- Pegawai Mahkamah telah menampal notis pelelongan harta Amelina dan Reduan yang terdapat di dalam rumah tersebut di dinding rumah dan sekiranya rumah tersebut masih berkunci pada tarikh lelongan, perintah mahkamah untuk menceroboh masuk rumah tersebut akan diminta.

- Hingga kini, Amelina dan Reduan masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Madhavankutty.

- Madhavankutty akan memfailkan satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berikutan Reduan telah memberi maklumat palsu dalam 'Tenancy Agreement' yang telah ditandatangani kedua-dua pihak. Dalam dokumen tersebut nama Amelina, Norazlina binti Amir Sharipuddin telah ditukar manjadi 'Norazlina binti Tan Sri Amir Sharipuddin'.

- Amelina dan suami serta anak-anak mereka tidak lagi tinggal di rumah tersebut tetapi rumah tersebut telah dikunci oleh Amelina.

Sebelum ini kawasan kediaman di Kota Kemuning, Shah Alam menjadi kecoh dan berlaku sedikit 'drama' apabila seorang pemilik rumah hadir bersama para pegawai mahkamah untuk mengusir penyewanya pada Jun yang lepas.

Yang menyebabkan peristiwa ini menjadi lebih menarik apabila, penyewa yang dimaksudkan itu adalah bekas penyanyi dangdut Amelina dan suaminya.

Amelina dan suaminya telah menyewa rumah banglo berkembar yang lengkap dengan perabot dengan sewa RM2,700 sebulan di Kota Kemuning, Shah Alam.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 4:12 pm

Shila memburu anugerah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Hi_01112
Nur Shahila Amir Amzah


Siapa yang tidak mengenali gadis ini. Hadir dengan pakej yang cukup sempurna, nama Shila semakin harum di persada seni tempatan ketika ini. Mungkin tuah lebih menyebelahi gadis muda ini. Dilahirkan dalam keluarga seni, anak sulung kepada penyanyi 80-an, ND Lala ini sebenarnya cukup bertuah apabila berjaya menempa nama dalam industri seni semuda ini.

Tidak semuanya artis berjaya di usia sebegini. Malah ada yang terpaksa berusaha keras untuk terus menempatkan diri di celah-celah himpunan artis yang semakin ramai pada ketika ini.

Jika diimbas kembali sejarah awal kemunculan Shila, dia yang sudah mula menyanyi pada usia yang masih kecil bertuah apabila terpilih untuk menyertai realiti televisyen One In A Millon (OIAM) musim kedua pada tahun lalu.

Walaupun hanya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut, ia seakan memberi rahmat kepada Shila apabila namanya secara tiba-tiba dikenali umum dan menjadi sebutan orang ramai.

Itulah yang dinamakan tuah. Tapi tuah juga sebenarnya tidak akan datang secara bergolek dan ia perlu disulami dengan usaha yang gigih dan tidak mengenal erti jemu.

Akui Shila, selama ini dia sentiasa berusaha untuk mencuri hati peminat dengan hasil kerja yang baik dan tanpa sebarang perkara kontroversi yang boleh merosakkan jenama yang baru sahaja dibina ini.

Dalam proses membina karier yang masih terlalu hijau ini, Shila juga mempunyai impian. Impian dan matlamatnya kini semakin jelas dan Shila kini memburu anugerah.

Adakah anugerah itu sangat penting bagi menaikkan nama seseorang artis? Shila mempunyai jawapan tersendiri mengenai hal tersebut.

Jelasnya, sesebuah anugerah itu menjadi penanda aras kepada seseorang artis sama ada dia benar-benar bagus atau tidak. Tapi, tidak semestinya yang tidak menerima anugerah itu tidak bagus.

"Mungkin rezeki saya untuk memenangi sebarang anugerah masih belum ada. Mungkin orang masih belum lagi nampak bakat yang ada dalam diri saya selama ini.

"Tidak ada istilah berkecil hati atau kecewa apabila melihat raka-rakan artis yang lain menggenggam trofi. Usia saya masih muda dan rasanya masih banyak perkara yang perlu saya pelajari untuk menjadi penyanyi yang terbaik.

"Sebab itu pada waktu ini saya lebih suka mengasah bakat yang ada dalam diri untuk terus maju," jelas Shila yang baru berusia 19 tahun ini.

Bersih daripada gosip

Ini bukan kenyataan memuji! Tapi jika diamati betul, Shila merupakan antara artis remaja yang langsung tidak pernah dihimpit sebarang kontroversi sejak di awal kemunculannya.

Shila sangat menjaga tingkah laku dan perangai lantaran tidak mahu kisahnya dijaja di dada-dada akhbar dan majalah seperti yang terjadi pada rakan-rakan artis yang lain.

Ada andaian yang mengatakan kontroversi akan menaikkan nama seseorang artis. Melalui kontroversi juga artis tersebut akan dikenali secara meluas oleh peminat.

Bagi Shila tidak pernah terlintas di hatinya untuk melakukan perkara tersebut sambil mengambil jalan yang mudah untuk popular. Baginya biarlah orang lain yang melakukan perkara tersebut dan bukan dirinya.

"Papa sering kali memberikan nasihat kepada saya selama ini. Apa yang penting ialah jangan memberikan sedikitpun ruang kepada orang untuk melihat kelemahan kita.

"Kelemahan dan perkara buruk yang kita lakukan itulah yang akan menyebabkan kita dipandang negatif. Ia bukan sahaja melibatkan nama Shila, malah keluarga juga akan turut terkena tempiasnya.

"Perkara itulah yang sering Shila ikuti dan sebab itu Shila kurang bersosial seperti rakan-rakan artis yang lain. Buat masa ini ibu Shila pasti akan berada di samping Shila walau ke mana Shila pergi," kata wakil kepada Hanna Montana Malaysia ini.

Tanpa berselindung Shila mengakui yang dia sudah tidak punyai banyak waktu seperti remaja yang lain memandangkan pada waktu ini dia lebih suka bekerja membina nama.

Jika gadis seusianya dengannya sibuk ke sana ke sini melakukan pelbagai aktiviti, berbeza pula situasi dengannya. Kebanyakan masa yang ada hanyalah untuk melakukan persembahan pentas dan pelbagai aktiviti yang sudah diatur oleh pihak pengurusan.

Walaupun terpaksa berkejar ke banyak tempat, Shila sedikitpun tidak merungut dan menjadikan itu sebagai tuntutan yang perlu dilaksanakan memandangkan ini jalan yang dipilih.

Bina karier usia muda

Melihatkan kembali perjalanan seni Shila, mungkin ramai yang tidak menyangka gadis ini sudah mampu mengumpul wang sendiri hasil daripada simpanannya sejak dahulu lagi.

Kata Shila, bayaran yang diperolehnya itu langsung tidak terusik kerana buat masa ini bapanya masih lagi menanggung segala perbelanjaan hariannya.

"Sebab itu papa sering bertanya. Adakah Shila benar-benar mahu serius menyanyi? Kalau Shila tidak mahu menyanyi pun papa masih boleh menanggung segala perbelanjaan Shila.

"Bila Shila kata Shila benar-benar serius, maka papa mahu pastikan yang Shila benar-banar berusaha dengan lebih keras agar menjadi penyanyi yang berjaya pada masa hadapan," katanya lagi.

Kejayaan hari ini tidak menjanjikan apa-apa pada masa hadapan jika kita leka dan alpa. Sebab itu seboleh-bolehnya Shila tidak mahu terlalu ghairah mengejar wang ringgit kerana itu akan membunuh kariernya nanti.

Shila bukan sahaja menjadi penyanyi, tetapi wajahnya juga boleh disaksikan di beberapa buah iklan televisyen termasuklah Walls Cornetto, Clean & Clear dan Coke berpasangan dengan Dafi.

"Sebenarnya seronok apabila berlakon iklan ini. Bagi Shila berlakon iklan ini agak sukar berbanding dengan lakonan biasa tetapi bayaran yang diterima juga setimpal dengan apa yang kita buat.

"Dalam iklan Coke tersebut, Shila bukan sahaja berlakon tetapi turut menyanyi lagu tema. Ini merupakan sesuatu yang menarik dan mengujakan tambahan pula iklan tersebut turut disiarkan di Indonesia.

"Sudah pasti ini menjadi kelebihan kepada Shila untuk meneroka pasaran di sana. Kalau diikutkan orang Indonesia memang sudah mengenali wajah Shila melalui iklan tersebut.

"Cuma mereka tidak tahu yang Shila juga penyanyi. Sudah pasti Shila juga mempunyai impian untuk terus meneroka pasaran di sana melalui album terbaru yang akan dilancarkan sedikit masa lagi," jelas Shila.

Jika tiada aral melintang, Shila bakal melancarkan album terbarunya sedikit masa lagi yang sudahpun siap sepenuhnya. Mempertaruhkan single terbarunya yang berjudul Ada Saja, ia bagai 'kelahiran semula' pada dirinya.

Jelas terpancar kegembiraan di wajah Shila setelah hampir setahun lebih menunggu, akhirnya album yang dinanti-nantikan bakal menemui peminat yang sekian lama menyokongnya.

Cerita Shila lagi, Apa Saja merupakan ciptaan Audi Mok, Shazee Ishak dan Nurfatimah itu merupakan cermin bagi diri memandangkan ia seakan kena dengan imej remajanya.

Jaga peribadi

"Shila sedar Shila telah menjadi public figure. Setiap perbuatan yang Shila lakukan pastinya dilihat oleh orang ramai. Sebab itu seboleh-bolehnya Shila mahu terus maintain dengan imej yang bersih.

"Shila juga menjadi wakil kepada Hanna Montana di Malaysia dan selalu bergerak ke sekolah-sekolah untuk membuat persembahan. Jadi Shila mahu memberikan contoh tauladan yang baik kepada remaja di luar sana.

"Mungkin sumbangan ini terlalu kecil buat Shila. Tapi setidak-tidaknya Shila turut menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat di luar sana yang tidak jemu-jemu menyokong kerjaya seni Shila," ujanya.

Pinta Shila, seboleh-bolehnya dia tidak mahu kisah peribadinya sering menjadi perhatian media termasuklah kisah cintanya memandangkan usianya yang masih hijau lagi.

Tambahnya lagi, buat masa ini masih tidak ada cinta di hatinya itu dan dia hanya mahu membenarkan cinta hadir dalam hidupnya bila segala impiannya sudah tercapai kelak.

"Saya selesa sebegini. Impian saya kini hanyalah mahu terus berjaya dalam bidang seni tanpa sebarang halangan yang boleh menyebabkan saya tersungkur.

"Selain itu saya juga mahu membeli sebuah rumah untuk keluarga saya selain memiliki kereta sendiri untuk kegunaan harian," kata Shila lagi.

Sepintas lalu

Nama: Nur Shahila Amir Amzah

Nama kormesil: Shila

Tarikh lahir: 13 Ogos 1990

Tinggi: 166cm

Berat: 50kg

Hobi: Bermain bowling, menyanyi, membaca, membeli belah dan menari

Personaliti: Happy go lucky, ceria dan peramah

Pendidikan: SPM

Anugerah: Penang Shanghai Asia Music Festival 2005, Pingat Emas - Lagu Terbaik menerusi lagu Memori Tercipta
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 4:16 pm

Elly Mazlein nikah Datuk?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Untitl49


Senyap sunyi berita mengenai penyanyi kesayangan Joyah, Elly Mazlein sejak kebelakangan ni.Mana agaknya hilang Elly ya? Joyah dengar cerita Elly dah nak kahwin. Betul ke?

Tak baik tak bagi tahu pada Joyah... Ye

laa... siapa Joyah ni kan.

Tapi yang Joyah nak ceritakan ni mengenai khabar angin yang Joyah dengar mengenai Elly.

Kononnya dia sudah ada lelaki istimewa dalam hidupnya. Selama ini Elly berdiam diri bila Joyah dan kawan-kawan Joyah tanya pasal teman lelaki.

Alasannya soal peribadi dan juga kerjaya tak mahu dicampuradukkan.

Mengikut sumber yang singgah ke telinga Joyah mengatakan kononnya Elly sekarang berkawan rapat dengan seorang usahawan bergelar Datuk.

Wah! Senang la hidup Elly lepas ni. Tak payah nak kerja penat-penat ya.

Menurut sumber itu lagi Datuk yang dimaksudkan sedang mengaturkan urusan untuk mengadakan majlis pernikahan mereka. Cuma tarikhnya belum dapat ditentukan lagi.

Dalam masa yang sama juga Joyah dapat tahu kononnya Datuk itu cuba merahsiakan hubungannya dengan Elly daripada pengetahuan isterinya.

Maknanya sekarang ni Elly akan berkahwin dengan suami orang. Betul ke Elly?

Apa yang Joyah harapkan kalaulah Datuk tu betul sayangkan Elly, dia dapat mencari jalan agar isterinya nanti boleh terima untuk hidup bermadu.

Joyah dah tak nak dengar lepas ni ada artis kena tarik rambut. Penat Joyah nanti.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeSun 05 Jul 2009, 6:52 pm

Chef Wan diiktiraf 'Selebriti Chef Terbaik Dunia' di Gourmand Awards 2009

DIANUGERAHKAN gelaran selebriti chef terbaik di dunia menjadi 'mimpi yang indah' dalam hidup Chef Wan.

Ketika namanya diumumkan sebagai "The Best Celebrity Chef In The World" di 'World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009' bertempat di Comedie Francaise near Palais Royal kelmarin, Wan melonjak gembira sambil memanjatkan kesyukuran kepada illahi atas kejayaannya itu.

Yang menjadi kenangan itu lebih manis ialah Chef Wan bukan setakat beroleh satu kejayaan saja pada malam itu.

Selain dinobatkan sebagai 'selebriti chef terbaik dunia', buku masaknya "Sajian Aidilfitri bersama Chef Wan" terbitan Avon Cosmetic Malaysia 2008, juga diiktiraf sebagai buku kutipan amal terbaik. Apa yang lebih membanggakan Chef Wan bila Edouard Cointreau, Ketua Pegawai Eksekutif Gourmand memberi gambaran yang cukup baik tentang dirinya.


Kejayaan Chef Wan sebagai 'Selebriti Chef Terbaik Dunia' di Gourmand Awards baru-baru ini amat membanggakan sekelian warga Malaysia

Katanya, "Chef Wan bukan saja personaliti tukang masal terkenal yang cukup terkenal di rantau Asia itu.

"Dia juga adalah seorang lelaki 'renaissance' (selalu membuat pembaharuan) dan mempunyai banyak bakat serta disayangi ramai. Dia pernah menjadi akauntan, bekerja di bank, menjalani latihan chef di California dan France.

"Dan kini nama Chef Wan setaraf selebriti terkenal di dunia setelah membintangi 6 000 program masakan di television, berlakon dalam 7 buah filem dan 4 teater.

"Chef Wan juga boleh memperbaiki cara masakan dalam masa yang paling singkat dengan gayanya yang selamba dan kelakar, ditambah dengan pengetahuan teknikal tentang makanan dan sejarah makanan itu sendiri," kata Cointreau.

Sememangnya, bakat Chef Wan dalam bidang memasak dan pengalamannya yang luas di Asia dan Barat tidak boleh dipertikaikan lagi.

Bukan saja dikenali sebagai selebriti tukang masak terkenal tapi dia merupakan 'Duta Malaysia' mempromosikan pelbagai masakan dari rantau ini ke peringkat antarabangsa.

"Wan bersyukur sangat, masih ada yang menghargai sumbangan Wan selama ini. Alhamdulillah...semua ini adalah rezeki dari Allah," jelas Wan yang juga penasihat masakan Malaysia.

Ramai yang tidak tahu yang Wan sebenarnya adalah salah seorang dari chef selebriti yang mendapat anugerah fellowship dari Universiti Thames Valley selain Gary Rhodes.

Personaliti Wan yang begitu unik, peramah dan kelakar menjadikan beliau calon yang paling layak mendapat anugerah tersebut pada tahun ini.

"Wan rasa terharu sangat ketika mendapat anugerah tersebut. Tambahan pula ketika itu, Wan mengenakan baju Melayu siap dengan samping. Setelah 25 tahun dalam bidang ini, rasanya inilah saat yang sungguh membanggakan bagi Wan," kata Chef Wan ketika dihubungi.

Sebenarnya, kegemilangan dan kemasyuran yang dikecapi pada malam itu terlalu sukar untuk Chef Wan lupakan dan lahirkan dengan kata-kata.

"Wan rasa macam tak percaya saja bila nama Wan diumumkan. Rasa gembira, sebak, terharu ....semua ada hinggakan hampir-hampir Wan menangis kegembiraan," kata selebriti tersohor yang terkenal dengan sifat ramah dan dermawannya itu.

Katanya lagi, "Betul ke or its a dream? How did I get this far? Semuanya Wan tanya diri ini. Terlalu kecil rasanya diri ini kalau hendak dibandingkan nama-nama hebat seperti Jamie Olivers, Nigella, Gordon Ramsay, Anthony Bourdain dan Bobby Chin.

"Begitu juga dengan ramai selebriti yang handal-handal dari Malaysia. Bagi Wan, we are all special in our own way. Kita perlu rendah diri walau di mana bumi kita pijak...," kata selebriti yang berasal dari Raub, Pahang dengan penuh falsafah.

Namun, di sebalik kejayaan demi kejayaan yang diterimanya, Chef wan tidak pernah lupa akan segala nikmat yang dikecapi selama ini datangnya dari yang Esa.

"Tiada kuasa yang lebih hebat dan melebihi kuasa Allah. Dia memberi dan kita menerima. Dengan limpah kurnia Dia jua, Wan berada di tahap ini," jelas Chef Wan yang tidak berhenti memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan.

Kata Chef Wan lagi, "Semasa Wan diwawancara oleh Chinafood TV Network dan French TV Canal Plus, Wan ada beritahu mereka yang Wan ingin sekali menyebarkan keindahan agama Islam melalui cara kita makan bersama famili dan keluarga."

Yang penting, kejayaan terbaru Chef Wan amat bermakna bagi seluruh negara Malaysia.

"Apa yang perlu anda buat ialah yakin dengan keupayaan diri sendiri. Timba ilmu dan berkongsi sejujurnya ilmu yang diperolehi dengan masyarakat. Insya Allah, dengan keyakinan diri, semangat kental dan komitmen, kita mampu beroleh kejayaan," kata Chef Wan yang juga seorang pakar motivasi.

Rahsia kejayaan Chef Wan selama 25 tahun? Katanya, tidak ada istilah nombor dua atau tiga. Dalam kamus Chef Wan, hanya ada satu nombor saja iaitu Nombor 1 dan itulah yang menjadi dorongannya selama ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Gourm110
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 06 Jul 2009, 8:48 am

Gambar Perkahwinan Dang Suria dan Ad Samad

Berikut adalah gambar-gambar di sekitar majlis perkahwinan Dang Suria dan Ad Samad. Mereka selamat bergelar suami isteri pada 27 Jun 2009 lepas.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Dang-k10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Dang-k11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Dang-k12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 06 Jul 2009, 8:50 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Dang-k13

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Dang-k14

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Dang-k15
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 06 Jul 2009, 8:55 am

(Gambar) Selepas Azizah Mahzan, Zaefrul Dengan Isteri Pula - Ini Sah Punya…


I dapat email dari seorang kawan, di’sebab I peminat Zaefrul, maka dia pun bersusah payah hantar gambar-gambar isteri Zaefrul kepada I. I rasa, sebagai isteri kepada seorang hero yang agak popular, isteri dia kena jaga penampilan.

Tak takut ke husband nanti buat perangai. (Selalu dapat chance peluk Azizah Mahzan, secara spesifik)

Sorry la kalau ada yang tidak bersetuju dengan pendapat I. I share gambarnya untuk you all tengok. Kalau betul ini wife dia, raut muka masih nampak muda, kan?

Kalau bergaya sedikit mesti cun.

Cerita asal oleh Datin Marissa dari Forum Hiburan Terkemuka Malaysia, Cari. Marissa. Ayat di’olah sedikit agar lebih dramatik.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Untitl50

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Untitl51

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Untitl52
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 06 Jul 2009, 8:56 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Untitl53

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Untitl54

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Untitl55
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 06 Jul 2009, 8:58 am

(Gossip) Norman KRU Kahwin Shireen Hashim Ogos Ini?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Norman12


Akhirnya. Akhirnya. Ada juga kisah yang selebriti berstatus bujang terlajak ini akan berkahwin. Zaman sekarang bujang terlajak perkara biasa ‘kan?

Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang Norman KRU kini sedang hangat di’lamun cinta dengan rakan sekerja sendiri.

Shireen Hashim merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), KRU International yang bertanggungjawab terhadap urusan perniagaan untuk pasaran antarabangsa.


Menurut pekerja Norman KRU, Norman selalu di’katakan memanggil Shireen dengan panggilan sayang ketika di’pejabat.

Satu majlis ikatan suci akan di’adakan dalam waktu terdekat. Cuma majlis apa itu belum pasti — bertunang atau bernikah.

Bagus juga ya Norman KRU sudah ada calon begini. Cepat-cepatlah kahwin. Tinggal berapa tahun sahaja lagi sebelum umur cecah 40 tahun.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 06 Jul 2009, 9:23 am

(Panas) Malek Noor tidak Solat Selama 34 Tahun

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Malekn10


Lama kita tak dengar cerita mengenai Malek Noor. Masih ingat dengan nama itu? Kami di Oh! Artis ada membualkan mengenai Malek Noor beberapa minggu lalu untuk dijadikan artikel. Tapi agak malang perkembangan terkini’nya agak suram. Ada yang berkata Malek Noor tidak lagi menetap di Malaysia sebaliknya di luar negara. Nasiblah, Harian Metro tulisan dari Abie Abdullah telah memadam tanda tanya kami di manakah Malek Noor. Seorang bekas atlit bina badan negara yang tak mungkin dapat dilupakan jika anda membesar pada tahun 1990-an.

Air mata Malek Noor

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Untitl56


PERNAH seorang kenalan bertanya, tidakkah dia malu mengakui kesilapan lalu dan mendedahkan di akhbar? Cuma satu jawapannya, dia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada manusia lain.

“Malu ke berkawan dengan orang yang mengakui kesilapan? Saya yang sepatutnya lebih malu kerana kealpaan saya selama ini terhadap suruhan-Nya, tetapi Allah Maha Penyayang, menerima saya seadanya,” kata Abdul Malek Mohamed Noor ketika Selebriti berkunjung di kediamannya di Desa Pandan, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Malah, kata bekas juara enam kali bina badan Asia ini, pendedahan seperti itu sangat penting sebagai teladan buat kita semua dan dia rela menjadi contoh itu. Bukan mahu menunjuk-nunjuk. Biarlah apa orang nak kata, dia akur kerana tahu hikmah Allah atas segala yang terjadi.

Bukan saja negatif, Malek menerima banyak pujian atas keberanian itu. Bukan meminta, tetapi itulah antara hikmah-Nya. Katanya, seorang peminat yang menetap di United Kingdom kagum dengan perubahan Malek dan menjadikannya sebagai contoh kerana peminat itu juga seperti Malek, sering merantau ke negara bukan Islam.

Sebenarnya sejak 2002 lagi rutin perjalanan hidup Malek Noor bertukar. Sibuknya mencari nama dan rezeki selama tiga dekad sebelum itu membuatkannya lalai akan tanggungjawabnya sebagai Muslim. Dari usianya 12 tahun sehinggalah 46 tahun, dia tidak pernah menunaikan solat lima waktu sehari dan jauh sekali untuk berpuasa pada Ramadan.

“Saya alpa akan semua tanggung jawab itu. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong lebih 30 tahun untuk mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai. Besarnya dosa saya dan tidak pernah mensyukuri nikmat yang diberi-Nya,” katanya.

Pintu hatinya terbuka pada satu hari pada 2002. Suara azan yang selama ini tidak dipedulikan tiba-tiba menyentap jiwanya. Azan Isyak berkumandang dari masjid KLCC berhampiran penthousenya menjadikan hatinya sayu.

Ketika itu pelbagai perasaan bergaul, membuatkan dia tidak senang duduk. Sedih, ngeri dan seram! Puas berpusing di dalam rumah, tetapi hatinya terus tidak keruan. Dia menangis sesungguhnya seperti seorang bayi kerana kebuntuan itu.

“Lalu saya menghubungi kakak bertanyakan mengapa ini terjadi dan dia suruh saya mengambil wuduk dan terus sembahyang. Alhamdulillah, saya peroleh sedikit ketenangan selepas itu. Saya duduk sambil berfikir, bisik hati kecil saya, ini mungkin seruan Allah.

“Dalam usia 46 tahun ketika itu, saat itu yang membuatkan saya paling bahagia.

“Bayangkan selama ini, lihat siaran azan di TV, saya tukar saluran lain. Kalau dengar pun, saya tidak beri perhatian langsung, malah lebih rancak berbual,” katanya walaupun pernah melaungkan azan ketika berusia 12 tahun.

Sekarang lain. Selain menghormati bunyi azan, pelakon filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan Sahabat ini tertunduk kerana sayu dengan melodi panggilan sembahyang itu.

Sejak hidayah itu, pelbagai mimpi aneh mendatangi tidurnya. Antaranya arwah ibu, Jariah Ahmad yang datang menabur bunga emas kepadanya dan lapan bulan lalu ketika membaca al-Fatihah, satu suara muncul menyatakan akan membantunya.

Percaya atau tidak, Malek kini boleh mengubat orang. Malah, pertemuan dengan ’seseorang’ empat bulan lalu juga membuka ruang untuk Malek menolong mereka yang memerlukan melalui syarikat Great BioEnergy, sejenis minyak yang mampu membuang toksik, memulih tenaga serta melancarkan perjalanan darah.

Dalam menuju perubahan hidup ini, Malek berterima kasih kepada Ustaz Hadi dan Ustaz Habin (kedua-duanya dari Kelantan) yang banyak membantunya sehingga hari ini.

Rancangnya untuk ke Makkah tahun depan. Baik umrah mahupun haji, dia berserah kepada Allah. Bagaimanapun bukan kerana pangkat, nama, status, glamor atau disuruh kawan. Ini panggilan Allah!

“Saya cuma merancang, Dia yang meletakkan segala-galanya. Saya hanya mampu berdoa dari hati yang suci semoga memperoleh keberkatan-Nya kerana hanya Dia lebih tahu yang terbaik untuk makhluk-Nya.

“Allah sudah tentukan takdir seseorang, tetapi dia suruh kita sembahyang dan berdoa menadah tangan meminta apa yang kita mahu. Dia Maha Memberi, saya percaya Allah akan memberi apa yang kita hajati asalkan kita tidak putus asa memohonnya.

“Saya semakin faham kini mengapa Allah suruh kita sembahyang dan berdoa, kerana Dia menyayangi kita.

“Islam ini indah, penuh perincian. Nak jadi Islam nampak mudah, tetapi bagaimana nak berjiwa dan berhati Islam sejati. Saya pun bukan lengkap lagi, masih terlalu banyak untuk saya dalami ilmu Allah untuk mengenali-Nya,” katanya.

Selain jiwa yang aman, berpindah ke kediaman yang pertama dibelinya di Kuala Lumpur pada 1987 menambah lagi ketenangan yang dicari. Jauh daripada kesibukan kota berbanding kondominiumnya yang berdepan KLCC.

Menurut Malek, barang dalam rumah itu masih seperti dulu. Sedikit pun tidak berubah, kecuali satu sudut dinding yang dihiasi ayat suci Al-Quran. Emper mewahnya itu disewakan.

Turut dibualkan petang itu adalah perkembangan semasa, terutama gejala sosial. Pembunuhan yang tidak mengenal ihsan, rogol, sumbang mahram, bohsia dan sebagainya meruntun hatinya.

“Saya jadi ngeri dengan paparan berita seperti ini. Saya tengok ramai tidak sempat bertaubat dan ada atuk berusia 60, 70 tahun masih minum arak. Saya tidak mahu menghakimi mereka, sekadar meminta Allah membuka hati mereka dan menjauhkan semua itu daripada saya.

“Tuhan banyak memberi ujian kepada saya selama ini untuk menguji sejauh mana kesabaran kita. Begitu juga Dia tidak beri terus apa yang kita minta tetapi perlahan-lahan, juga kerana nak tengok kesabaran kita,” katanya.

Kata-kata Malek tiba-tiba tersekat-sekat, nadanya bertukar sebak diiringi air mata jantannya.

“Saya masih dalam ketakutan. Tidak semestinya ke Makkah atau buat Haji, kita terus ke syurga. Kalau sembahyang pun, belum tentu terus ke syurga. Jika berkopiah pun bukan bermakna kita alim.

“Namun saya hanya berdaya untuk meminta yang terbaik untuk diri saya.

“Kalau saya diberi peluang untuk kembali ketika baru keluar dari rahim ibu, saya akan cuba menjadi sebaik-baik manusia yang beriman kepada-Nya. Namun saya bukan nabi yang maksum!

“Apa yang saya lalui selama ini belum cukup, syaitan lagi kuat menggoda sebab itu janjinya kepada Allah untuk menyesatkan lagi manusia yang taat kepada Allah, yang sembahyang dan berpuasa,” katanya sambil mengesat air jernih itu.

Katanya, pernah tahun lalu ketika di Phuket, dia termakan ayam yang tidak disembelih. Sebaik tahu hal itu, dia terus mengorek mulut untuk memuntahkannya sehingga dia jatuh sakit.

“Saya bukan baik sangat, tetapi pengalaman saya ini mampu untuk kita renung bersama,” katanya yang baru selesai berlakon telefilem Damak arahan Zulkiflie M Osman.

Mengenang zaman ‘nakalnya’, Malek sedar apa yang dilakukannya salah. Bukan saja menghalalkan makanan dan minuman haram, tetapi lebih daripada itu. Pernah dia mengunjungi gereja di Denver, Amerika Syarikat untuk melihat ‘kekuatan’ di sana, tetapi dia akur dengan kekuasaan Allah.

Memang hatinya sentiasa menyebut nama Allah tetapi secara praktiknya, dia tidak mengamalkan. Sama juga ketika menyertai pertandingan bina badan dari 1985 hingga 1991. Sedar sangat akan haramnya membuka aurat, apatah lagi hanya berseluar dalam di atas pentas.

Pun begitu, kata Malek, dia tidak mahu pandangan isi hatinya disalahertikan oleh mana-mana pihak.

“Kita memang tahu salah, seperti saya juga, tetapi demi minat dan sumber pencarian, saya teruskan juga. Saya pemalu tetapi gagahkan juga demi nama dan status, cuma saya sentiasa berharap tidak terus terpesong.

“Setiap kali tamat pertandingan, saya terus meluru ke belakang pentas mengenakan pakaian. Saya malu! Saya cuma sasarkan enam kali juara dan saya dapat. Kalau anda perasan, saya hilang selepas 1991 sehingga sekarang daripada pertandingan heavyweight,” katanya.

Cerita Malek, dia bukan orang yang layak untuk memberi nasihat, tetapi harapnya pendedahan ini membuka hati mana-mana individu.

“Saya bertuah kerana dibukakan hati sebelum terlambat. Harapnya hati ini terus diberikan kekuatan untuk beriman kepada-Nya.

“Segala apa yang saya lalui selama ini tidak saya kesalkan kerana itu aturan Allah sehingga saya berubah kini. Lebih bermakna dan nikmatnya kalau kita melalui perubahan yang positif.

“Kejujuran dan keikhlasan antara kemuliaan seseorang insan. Saya bangga mengakui kesilapan lalu buat renungan bersama,” katanya yang kini mempunyai seorang anak angkat.

Menyentuh mengenai hasratnya untuk berumahtangga, Malek tersenyum sambil berkata: “Ramai yang mencuba, tetapi saya serahkan kepada Allah. Kalau ikutkan hati, saya mahu wanita yang solehah.”

Jadikanlah kisah hidup Malek Noor ini sebagai pengajaran buat kita yang masih muda. Jangan tunggu sampai seru Allah. Malek Noor seorang yang beruntung kerana usianya panjang dan sempat menerima seruan dari Allah. Kita yang masih muda ni, entah kejap lagi, entah esok entah lusa akan pergi meninggalkan dunia.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 06 Jul 2009, 10:52 am

Cinta baru Ning

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp230


Ketagih jika tak selam skuba: Hobi barubukan untuk meraih populariti tetapi membantu Reef Cheek Malaysia menjalankan kerja pemuliharaan hidupan laut

SELAIN cintanya terhadap dunia nyanyian yang diceburi sebaik tamat zaman persekolahan, penyanyi Ning Baizura kini menemui cinta baru yang semakin sukar dipisahkan dengannya. Cinta baru itu diperkenalkan suaminya Omar Sharif Christopher Layton Dalton dua tahun lalu sebagai hadiah tahun baru.

Sejak Omar memperkenalkan kepadanya aktiviti selam skuba, Ning menjadi ketagihan. Jadual sebagai seorang artis yang sentiasa sibuk tidak pernah menghalang penyanyi itu daripada meneruskan hobinya. Malah, penyanyi yang baru meraikan ulang tahun ke 34 baru-baru ini akan cuba menyelitkan aktiviti itu tatkala ada kelapangan.

Bulan ini saja, dia akan ke dua tempat yang terkenal dengan aktiviti selam skuba iaitu Pulau Sipadan pada 8 hingga 12 Julai manakala empat hari selepas itu, dia bakal berada di Pulau Redang selama tiga hari dua malam pula.

Dia menyertai aktiviti selam skuba bukan disebabkan populariti aktiviti itu yang menjadi pilihan banyak selebriti sejak akhir-akhir dan tidak menyertainya sekadar untuk suka-suka, sebaliknya Ning kini menyertai badan NGO, Reef Check Malaysia menjalankan kerja pemuliharaan hidupan laut terutamanya terumbu karang.

Menceritakan detik pertama menyelam di dasar laut, Ning berkata banyak perkara buruk terlintas di fikiran. Perkara pertama apakah dia bakal menjadi habuan jerung yang mengganas di dasar laut. Lokasi pertama yang membuatkan Ning langsung jatuh cinta kepada hobi barunya itu ialah Pattaya sebelum lebih banyak lokasi diterokai bersama suami tercinta.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp229


“Bayangkan orang memulakan skuba pertama mereka di dasar kolam renang. Saya pula terus bermula di dasar laut, ketika suami menyatakan dia mahu bawa saya menyelam, saya jadi gelisah dan tak keruan.

“Beberapa kali saya menyatakan kepada suami bahawa hasratnya itu sesuatu yang gila. Beberapa kali juga saya mundar-mandir kerana tidak mahu melakukan aktiviti itu. Banyak perkara yang terlintas di fikiran saya, pertama mungkin saya akan dimakan jerung dan kedua bagaimana hendak menyelamatkan diri sekiranya berlaku perkara tidak diingini di dasar laut.

“Selepas kali pertama mencubanya barulah saya tahu betapa indahnya kehidupan di dasar laut menyebabkan saya tertarik untuk meneruskan aktiviti itu. Selam skuba kini bukan sekadar hobi semata-mata, malah saya serius membantu Reef Check memupuk kesedaran orang ramai mengenai betapa pentingnya memelihara dan memulihara hidupan laut. Usaha sama ini terjalin selepas perbincangan dibuat bersama Pengarah Projek, Reef Check Malaysia, Julian Hyde, lima bulan lalu,” kata penyanyi itu yang turut menyeru golongan selebriti yang berminat untuk menyertai kempen pemuliharaan hidupan laut supaya menghubunginya.

Tidak hanya terbuka kepada golongan selebriti, Ning juga menyeru pencinta selam skuba untuk menghubunginya dengan menulis kepadanya menerusi laman webnya www.ning-baizura.com. Penyanyi itu juga kini berhasrat mengembangkan lagi pengetahuannya menjadi pengajar pula.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp228
KETIKA pelancaran buku Save Our Reefs bersama Ketua Pegawai Eksekutif BP asia Pasifik Malaysia, Datuk Peter Wentworth (kiri) dan Julian.


“Siapa kata hobi ini mahal? Hobi ini tidak memerlukan modal yang banyak kerana semua kelengkapan boleh disewa saja. Saya pun hanya memiliki pakaian menyelam selepas setahun menyertai aktiviti ini. Disebabkan tanggapan hobi ini memerlukan wang yang banyak, tidak ramai yang berani untuk mencubanya.

“Saya kini sedang dalam proses pembelajaran menjadi pengajar untuk Reef Check dan mengenali hidupan laut, melakukan kajian serta belajar mengenal dasar dan titik yang betul di dasar laut,” katanya yang ditemui di majlis pelancaran buku Save our Reefs, Malaysia’s Treasures yang diterbitkan BP dan Reef Check Malaysia.

Menjalani aktiviti itu sekitar tiga bulan sekali, antara perairan yang sudah diterokainya ialah Sipadan, Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau Tenggol. Namun menurut penyanyi itu masih banyak yang belum diterokai kerana terikat dengan jadual kerja. Jadualnya semakin ketat apabila dia mengikat kontrak sebagai duta Osim selama setahun dan kini sedang menanti hitam putih untuk bergelar duta sebuah produk kecantikan yang sudah pun diiktiraf.

Belum bersedia timang cahaya mata

REZEKI yang semakin murah sejak berumah tangga membuatkan penyanyi ini terpaksa melupakan seketika hasrat untuk menimang cahaya mata.

Katanya, tiada pasangan suami isteri yang tidak mahukan anak sebagai penyeri rumah tangga namun kesibukan yang kian menghambat menyebabkan Ning dan suami terpaksa menangguhkan seketika niat mereka itu.

Apatah lagi mereka juga kini sedang mengusahakan sebuah produksi, namun Ning enggan mendedahkannya kerana dia harus memfokuskan kepada perniagaannya terlebih dulu.

Ibunya Satila Abdullah juga pernah beberapa kali bertanya kepadanya mengenai cucu tetapi kata penyanyi lagu Awan Yang Terpilu itu, ibunya tidak pernah menekan dirinya supaya segera mengandung.

“Ibu mana yang tidak mahukan cucu, ada juga ibu saya bertanya tetapi selepas saya terangkan kedudukan sebenar, dia faham. Buat masa ini saya belum bersedia untuk mempunyai zuriat sendiri.

“Kehadiran cahaya mata akan mengubah hidup saya secara total, dengan rezeki yang semakin murah dan tugas sebagai duta serta perniagaan yang sedang saya usahakan bersama suami menyebabkan saya belum lagi bersedia ke arah itu lagi.

“Saya memerlukan sedikit masa sebagai persiapan. Selain itu juga kami belum puas hidup berdua, perkahwinan kami masih terlalu baru, baru setahun setengah jadi kami memerlukan sedikit masa untuk mengenali hati budi masing-masing,” kata Ning.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 06 Jul 2009, 10:53 am

'Cara ini dia balas jasa saya?'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp231
Julfekar dakwa Farawahida sengaja besarkan isu pergaduhan mereka untuk tutup kisah ganti rugi


KEMELUT yang melanda komposer Julfekar Ahmad Shah, 45, dengan artisnya, Farawahida Razali, 24, kian hebat apabila penyanyi itu akhirnya bersuara setelah keluar dari kepompong persembunyiannya sejak Februari lalu.

Kes pergaduhan mereka menjadi kes polis apabila penyanyi berasal dari Taiping, Perak itu membuat empat laporan polis menerima ugutan bunuh dan penyebaran gambar serta video lucahnya oleh Pengarah Urusan Millenium Art Sdn Bhd.

Julfekar yang dihubungi Sabtu lalu berkata, penyanyi itu sengaja berbuat demikian untuk menutup kisah tuntutan ganti rugi berjumlah RM431,000 yang ingin dibuat ke atasnya bagi kos produksi dan promosi album terbaru Farawahida yang bernilai RM231,000, sementara RM 200,000 lagi di atas segala kepayahan Julfekar menaikkan nama penyanyi itu sepanjang tujuh tahun bergelar artis.

Kata Julfekar, penyanyi itu sengaja membesar-besarkan pergaduhan mereka mungkin untuk menutup kisah ganti rugi sedangkan ia bermula sebagai pergaduhan peribadi. Komposer itu turut meluahkan kekecewaannya terhadap Farawahida yang disifatkan sebagai tidak mengenang jasa.

“Perkara ini terlalu menyedihkan. Saya berasa sudah dizalimi, dikhianati dan dianiaya. Dia tidak fikir pengorbanan yang saya buat untuknya selama ini sedangkan sebelum ini albumnya tidak pernah laku tetapi saya berusaha juga mahu menaikkan nama dia. Adakah ini cara dia membalas jasa saya?

“Pergaduhan ini sebenarnya kecil tetapi dia yang tidak mahu bawa berbincang sehinggalah kes ini jadi besar. Adakah ini semua dirancang? Kenapa bila saya keluarkan kenyataan mahu menyamannya, dia tiba-tiba tampil membuat kenyataan kepada media saya mengugut dia? Kenapa dia tampil pada saat ini?” katanya kesal.

Bagaimanapun, kata komposer itu, dia tidaklah kejam sehingga mengugut untuk membunuh. Jika benar dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau ugutan, Julfekar meminta Farawahida mengemukakan bukti. Dia juga meminta penyanyi Tanpamu itu mengemukakan bukti dia menyimpan gambar serta video lucahnya.

Mengenai SMS memaki hamun dan mengandungi kata-kata lucah yang dihantar kepada penyanyi itu serta keluarganya, Julfekar berkata dia tidak menyedari sama ada pernah berbuat demikian. Kemungkinan ketika SMS itu dihantar dia berada dalam keadaan marah dan sukar mengawal kemarahannya, tetapi penyanyi itu juga pernah menghantar SMS sedemikian kepadanya termasuk ahli keluarga penyanyi itu.

“Orang bebas untuk buat apa saja tuduhan tetapi tidak semestinya betul apa yang dituduh itu. Keluarganya boleh bersekongkol untuk membela penyanyi itu. Saya tiada masalah memberikan kerjasama kepada pihak polis jika dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes ugutan itu, bagaimanapun sehingga kini saya tidak mendapat sebarang maklumat mengarahkan saya berbuat demikian.

“Saya tidak takut dengan cemuhan masyarakat. Jika fikir kita berada di pihak yang benar, buat apa nak ditakutkan tetapi banyak benda yang dikeluarkannya itu mengaibkan orang. Kini saya menyerahkan segala keputusan kepada mahkamah untuk tentukan,” kata Julfekar lagi.

Komposer itu berkata, dia mahu menyelesaikan masalah kontrak dan ganti rugi secara baik dengan penyanyi itu tetapi Farawahida sengaja mengalih perhatian masyarakat dengan mengeluarkan kenyataan dia menjadi mangsa ugutan Julfekar.

Farawahida yang bernaung di bawah Millenium Arts Sdn Bhd sejak 2004 mendakwa kontraknya bersama syarikat itu tamat Februari lalu dan penyambungan setahun lagi adalah sebahagian daripada pilihan sekiranya kedua-dua pihak masih ingin bekerjasama tetapi menurut Julfekar, Farawahida membuat kenyataan dia tidak mengizinkan penyanyi itu berhenti.

Katanya, syarikat tidak pernah menghalang Farawahida untuk berhenti tetapi penyanyi itu perlu membayar ganti rugi kerana dia melanggar kontrak yang masih lagi berbaki setahun untuk tamat. Bagaimanapun penyanyi itu nekad berhenti dalam tempoh 24 jam.

“Dia kata saya tidak beri kebenaran untuk berhenti sedangkan pada 15 Mei, saya ada menghantar surat kepadanya bahawa pihak syarikat sudah menerima surat permohonan berhenti dari dia. Kita tidak kisah tetapi kita mahukan ganti rugi kerana dia sepatutnya bekerja lagi sehingga 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan. Tetapi dia gagal dan melanggar syarat yang dikemukakan, jadi kita keluarkan surat saman kerana melanggar kontrak.

“Penyanyi itu dan keluarganya kononnya mengatakan mereka menghargai usaha saya selama ini. Adakah ini cara dia membalasnya iaitu dengan memfitnah dan menganiaya saya? Kemungkinan besar saya juga akan membuat laporan polis ke atasnya tetapi saya akan bincang perkara ini dengan peguam saya terlebih dulu,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 06 Jul 2009, 10:58 am


Gosip timbul gara-gara salah faham


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp232
Yuna terima tempias populariti.


NAMA dan reputasinya mula tercalar biarpun belum sampai setahun pemilik bernama penuh Yunalis Zarai atau Yuna, 22, ini mengembangkan sayap seninya di pentas arus perdana. Lagu Dan Sebenarnya antara karyanya yang menjadi siulan dan meledak sekali gus memperkenalkan anak tunggal berbakat besar itu.

Rentetan populariti yang sedang dilaluinya, cerita kurang enak mula tersebar baru-baru ini kononnya dia sudah mula sombong dan selalu menghampakan rakan media yang mengundangnya ke sesi fotografi. Paling teruk apabila timbul cerita Yuna memberi alasan yang bunyinya tidak munasabah dan kurang cerdik iaitu ‘pakcik meninggal dunia’.

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Yuna menjelaskan apa yang terjadi hanyalah salah faham dan kesilapan komunikasi. Difahamkan, wakil APM 2009 sendiri sudah mengakui kesilapan kerana memberi maklumat yang salah. Hakikatnya bukan bapa saudara Yuna yang meninggal sebaliknya bapa saudara Stacy.

“Saya sedar masih baru dalam dunia seni. Nak cakap saya artis pun saya berasakan diri belum layak untuk gelaran itu. Saya lebih senang mengkelaskan diri saya sebagai pemuzik biasa. Saya faham perkara seperti ini boleh berlaku, tidak dapat dikawal dan dielak. Kerjaya seperti saya sekarang ini memang mudah terdedah dengan sebarang kemungkinan yang tak terduga.

“Perihal salah faham hingga wujud alasan ‘pakcik meninggal dunia’ memang mengejutkan saya sendiri. Malahan, ibu bapa saya tidak pernah mengajar untuk main-main perkara membabitkan kematian. Saya mungkin tidak kisah jika orang mula melabel saya sudah mula ‘kekwat’ kerana saya tahu apa yang saya buat. Tapi kerana alasan itu, tempiasnya kepada ibu bapa saya yang kena menjawab dengan saudara mara yang lain.

“Sepanjang pengetahuan saya dan Paan (rakan yang banyak menguruskan diri Yuna), kami memang tidak tahu menahu mengenai sebarang sesi fotografi membabitkan akhbar itu. Seingat saya APM 2009 hanya memberitahu kami untuk hadir dalam sesi fotografi sebuah majalah hiburan. Itu pun kami tak dapat buat kerana saya terikat dengan jadual rakaman album penuh,” katanya.

Menurut Yuna, dia sedar bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Selagi termampu, Yuna menjelaskan yang dia akan memberi kerjasama kepada wartawan untuk ditemubual ataupun hadir ke sesi fotografi.

Di kesempatan ini juga, Yuna dengan rasa rendah hati memohon maaf kepada sesiapa yang berkaitan di atas sebarang kekeruhan yang melanda dirinya. Malahan, apa yang terjadi ini menyimpulkan satu pengajaran bermakna kepadanya. Baginya, ini adalah satu proses untuk membiasakan diri dalam industri hiburan yang baru disertainya.

“Saya tekankan di sini saya sentiasa menghargai tugas wartawan dan golongan seni seperti saya sentiasa memerlukan peranan wartawan. Apa yang penting adalah kerjasama dalam usaha memudahkan kerja kita. Saya juga sentiasa terbuka menerima kritikan di atas kelemahan diri ini.

“Kalau ada kesilapan atau mungkin sikap saya yang terlepas pandang, sekali lagi saya mohon maaf dan tidak berniat nak menyakiti mahupun menyusahkan sesiapa. Saya juga ingin memohon maaf kepada peminat atau sesiapapun yang mungkin tersinggung dengan artikel gosip yang membabitkan saya itu,” katanya sambil berterima kasih kepada Hip yang sudi membuka ruang untuknya menjelaskan keadaan sebenar.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 06 Jul 2009, 11:02 am

Hana rayu Watie pulangkan semula barang yang dipinjam

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Mainp233


MENERUSI B*Pop terbitan 21 Jun lalu, Norwati Sadali atau WatieElite, 33, mendakwa dirinya dianiaya dan difitnah rakan baiknyasendiri, Norhanasafiza atau Hana yang juga bekas anggota Elite apabilamenerusi sebuah artikel, Hana menuduhnya tidak memulangkan pelbagaibarangan bernilai lebih RM15,000 yang pernah diberi pinjam kepadanyasejak lebih setahun yang lalu.

Watie juga mendakwa ada seseorang sengaja menjatuhkannyaapabila melihat karier lakonannya semakin berkembang. Dakwaan Watieseolah-olah ditujukan kepada Hana. Dia juga bersedia memulangkan apasaja barangan yang dituntut Hana apabila mendakwa sudah serik denganapa yang berlaku.

Kesempatan bertemu Hana, baru-baru ini, begitumemeranjatkan apabila dia membongkar pelbagai rahsia yang selama inidisimpan rapi antara beliau dengan Watie.
Hana akui sukar hubungi Watie

“Di sini Hana ingin memperbetulkan kenyataan Watie, kalaubetul dia cakap dia kawan baik Hana, dia akan tahu, Hana bukan orangyang suka menganiaya atau menjatuhkan orang lain. Pasal isu ini pun,Hana tak pernah berniat untuk mendedahkannya kepada media massa keranaia dah lama berlaku. Awalnya Hana sekadar meluahkan isi hati Hanakepada kawan-kawan media, namun tiba-tiba saja apa yang diceritakan ituterpampang di dada akhbar.

Tapi, Hana tak kecewa kerana sebaik saja artikel berkenaandisiarkan, baru Hana berpeluang bercakap dengan Watie, baru adakomunikasi. Dia telefon Hana pada hari artikel berkenaan tersiar. Hanamengaku dengan Watie, memang Hana ada bercerita dengan wartawan, tapibukan dengan niat untuk didedahkan, sebaliknya berkongsi cerita bersamakawan-kawan.

Hana minta maaf dengan Watie, tapi memang Hana memerlukanperhatiannya. Ketika Hana dalam kesusahan, Hana minta dia tolong sekalisaja, itupun dia tak dapat nak tolong! Tapi, tak lama selepas itu, adakawan Hana nampak, Watie belanja kawan-kawannya makan. Hana terkejut,kata tak dapat nak tolong Hana. Hana juga dengar rakan artis lainbercerita, Watie banyak berlakon, dah pakai itu, tukar baju baru,maknanya dia dah senang. Tapi, dia selalu mengaku dengan Hana, asyiksusah saja!

Memang Hana sukar menghubungi Watie. Hana telefon dan SMSWatie banyak kali, tapi tiada jawapan! Memang Hana ada cari pengurusWatie, namanya Amir. Hana ada beritahu Amir, tolong beritahu Watie,Hana nak balik barang ini, barang yang sangat berharga pada Hana, adanilai sentimental, tolong pulangkan cincin Gucci Hana! Cincin itu Hanabeli di New York, beli dengan siapa, itu yang sangat berharga!

Betul, memang Hana ada beri baju pada kawan-kawan Elite yanglain. Ketika itu Hana sudah berumah tangga dan selepas bercerai. Rezekiketika itu agak murah, jadi apabila kawan-kawan dalam kesusahan, Hanatolong. Bukalah almari baju Hana dan pilihlah mana yang sesuai, semuakawan-kawan Elite, Hana layan sama. Tapi bukan semua baju, mereka bolehambil, tengoklah jenamanya, mana yang mahal, Hana tak beri.

Bercakap bab Watie, dalam banyak-banyak baju, ada yang Hana beri teruskepadanya, selebihnya dia harus memulangkannya semula. Begitu jugadengan aksesori, ada yang Hana bagi terus dan ada yang harusdipulangkan. Namun, dah hampir setahun lebih, semua barang yang harusdikembalikan, Watie buat diam saja!”

Salah pilih kawan

“Mengenai cincin Gucci tu, apabila Hana minta dia kembalikan,dia cakap tak tahu letak mana sebab baru pindah rumah! Dia cakap kalautak jumpa, dia nak ganti balik. Macam mana dia nak ganti, bukannyaboleh cari di Malaysia dan ia hanya dikeluarkan untuk satu musim saja.Rekaan lima tahun lalu, dah tak keluar lagi musim baru. Hana tanyaWatie, kenapa dia buat Hana macam ni, dia tahu bukankan cincin itusangat berharga bagi Hana!

Lepas tu, dia terus senyap. Hana tak dapat cari dia. AkhirnyaHana SMS Watie, Hana beritahu dia, Hana tak nak kacau dia, tapi apasaja barang kepunyaan Hana, tolong pulangkan! Kalau cincin dah hilang,kereta yang Hana beri tu, harus dipulangkan! Hana pernah belikan Watiekereta. Pada masa sama, kami ada perjanjian, kalau dua bulan Watie takbayar ansuran pinjaman kereta tu, Hana berhak ambil semula kereta tu.Watie kawan baik Hana, dia tak ada kereta, dengan kereta dia boleh carimakan, jadi Hana belikan dia kereta. Hana bayar wang pendahuluan,setiap bulan Watie harus bayar ansurannya.

Hana minta Watie pulangkan kereta atau dia cari penama lainsebab Hana tak mahu terbabit apa-apa lagi dengan dia. Jual kereta tu,tukar nama sebab sekarang kereta tu nama Hana. Masalahnya sekarang,Hana minta dia pulangkan saja cincin Gucci tu, kalau pasal baju, Hanahalalkan dunia akhirat. Sekarang kalau cincin tu pun Watie tak dapatpulangkan, kereta kenalah dia kembalikan.

Sekarang baju berjenama yang belum dipulangkan termasukcincin Gucci, semua tu nilainya dah lebih RM15,000. Itu tidak termasukduit dan kereta. Bagi Hana, cukup-cukuplah... Hana dah letih menolongorang lain. Sebenarnya Hana dah salah pilih kawan. Hana tak faham,dalam ramai kawan bukan hanya Elite, Watie yang paling banyak Hanatolong.

Kawan-kawan Elite yang lain, ambil barang yang Hana berikansaja, jadi Hana tak perlu ungkit apa-apa sebab Hana betul-betul bagi.Watie pula, dia ambil barang yang Hana tak bagi, jadi itu maksudnyapinjam, kalau dah pinjam, kena pulangkan! Sekarang, cincin Gucci tu diaharus pulangkan! Kalau benar cincin tu dah hilang, satu-satunya barangyang Hana boleh dapatkan semula ialah kereta!

Kalau dia kata serik nak pinjam barang lagi, Hana lagi seriknak tolong orang-orang macam ni. Harapan Hana, apabila Watie membacaartikel ini, harap-harap terbukalah hati dan matanya. Apa yang Hana minta tu, dia pulangkan semula."
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 06 Jul 2009, 11:07 am

Pixs Wan Maimunah dlm Tanggang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 36801110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 36809210

hazab...
seksis ke uolsss
marahnya aku.. marahnya aku.. marahnya aku..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 06 Jul 2009, 11:15 am

[b]Fuh!!! Diana Danielle dlm Pentas Anak Wayang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Untitl57

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Untitl58

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Untitl59

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Untitl60[/b
]
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 06 Jul 2009, 11:43 am

Seram Sejuk Dengar Kes Farawahida!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 74200910


KL, 4 JULAI 2009: Murai Batu sangka krisis Julfekar dan Farawahida dah selesai bila Farawahida menyanyi untuk final pertandingan Bintang RTM 2009 di Stadium Negara, baru-baru ini. Rupanya tidak...

Murai sangka begitu kerana Farawahida sebelum ini telah ditegah daripada menyanyi lagu-lagunya yang menjadi milik syarikat produksi Julfekar yang juga komposer dan penerbit album penyanyi itu.

Julfekar khabarnya bengang dengan tindakan Farawahida itu yang dikatakan telah melanggar kontrak apabila menyanyi lagu tanpa kebenarannya. Aduh, pening juga Murai Batu sebab kita pun tak pernah tengok kontrak mereka. Asyik dengar dakwa-dakwi kedua-dua belah pihak saja, kita pun tidak pasti siapa betul atau sebaliknya.

Hari ini pula, Farawahida benar-benar buat gempar. Apa tidaknya, dia telah membuat laporan polis mendakwa Julfekar dikatakan telah mengugut untuk membunuhnya selain menyebarkan video serta gambar lucahnya!

Ya Rabbi, biar betul apa yang Murai Batu dengar tu! Ia benar-benar membuatkan kaki tangan Murai Batu jadi seram sejuk!

Takkanlah sampai macam gitu sekali Julfekar? Dan Farawahida pun tentu bukan main-main sebab ini tuduhan yang serius. Tapi Farawahida dakwa dia ada bukti semua ugutan Julfekar itu. Jadi demi keselamatan diri, Farawahida terus membuat laporan polis.

Murai Batu difahamkan, Farawahida telah membuat 3 laporan setakat ini iaitu pada 6 November 2008 di Balai Polis Klang, Balai Polis Taiping (9 Februari 2009) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya (1 Julai 2009).

Kata penyanyi yang terkenal dengan jolokan Kajol Malaysia itu, ugutan Julfekar yang kononnya mahu mengedarkan gambar dan video lucah itu berpunca daripada keengganan dia untuk menyambung kontrak dengan syarikat Julfekar gara-gara krisis peribadi mereka yang tercetus awal tahun ini. Sebelum ini, Julfekar tuntut ganti rugi lebih RM400,000 daripada Farawahida selepas dia angkat kaki keluar dari rumahnya dan balik kampung.

Farawahida juga mendakwa, dia menerima SMS makin hamun seperti 'perempuan tidak guna dan perempuan sundal' daripada Julfekar.

Hmm... bila dah jadi kes polis, Murai Batu pun tak mampu nak ulas panjang-panjang, faham-faham sajalah, nanti timbul pula hal yang tidak betul, kita kacau kerja polis pula. Dan Murai Batu pun harap, masyarakat di luar sana pun janganlah membuat spekulasi bukan-bukan daripada berita menggemparkan ini. Jangan cari nahas kalau kita tak ada bukti. Kita pun tidak tahu siapa benar dan siapa salah bukan?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 06 Jul 2009, 11:48 am

Reen, Ruby Harap SMS Penonton

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 73200910


Saingan 5 calon dalam Pentas Anak Wayang di Astro Ria malam tadi bagi watak pembantu peribadi menyaksikan 2 calon terbaik, Reen dan Ruby, berjaya memikat hati 3 juri profesional. Mereka telah menewaskan 3 peserta lain iaitu Alynn, Mia dan Nurin.

Selain berlakon untuk babak pembantu peribadi yang diarahkan oleh Jurey Latiff, mereka turut diuji dengan 2 lagi tugasan secara spontan yang perlu mereka lakukan di hadapan juri dan penonton.

Untuk babak pertama, peserta perlu melakukan watak mengikut situasi yang dipilih secara cabutan oleh mereka sendiri bersama-sama gandingan mantap pelakon popular, Sharifah Shahira dan Bell Ngasri. Reen telah melakonkan watak peniaga manakala Ruby membawa watak penjual durian. Seterusnya Alynn dengan watak nelayan, Mia (peniaga) dan Nurin (penoreh getah).

Bagi babak ke-2 pula, kredibiliti dinilai menerusi lakonan di hadapan layar hijau (green screen) bersama-sama pelakon komedi Farouk Hussien sebagai penarik beca. Ada yang menjadi penumpang dan ada yang terpaksa mengayuh beca itu.

Rata-rata juri memberi komen kurang memuaskan terhadap semua persembahan terutama pada tugasan spontan. Juri tetap, Rashid Sibir turut mengakui sukar untuk mencari calon yang benar-benar layak malam tadi sebab mereka tidak menggunakan ruang yang disediakan.

"Persembahan mereka kurang memberangsangkan dan banyak aspek perlu diperbaiki. Mereka perlu banyak bimbingan dan pendedahan tentang bidang lakonan. Sekiranya mana-mana calon berjaya melakonkan watak spontan dengan baik, besar kemungkinan mereka juga dapat melakonkan watak dalam scene sebenar dengan lebih baik," katanya.

Pentas Anak Wayang yang disiarkan di Astro Ria, malam tadi telah diadili 2 juri tetap iaitu pengarah berpengalaman Rashid Rashid dan pelakon popular jelita, Nasha Aziz manakala Datuk Ahmad Tarmimi Siregar diundang sebagai juri jemputan minggu. ini.

Bagi mengundi (AWUNDI) mereka, sila taip AWUNDI NAMA PESERTA atau AWUNDI<3/5/10>NAMA PESERTA ke 32999. Contoh: AWUNDI3 DAYANA ke 32999. Talian Tetap: Dail 13721/13723/13725/13730 untuk 1/3/5/10 undian dan tekan digit peserta. Kadar premium untuk setiap undian 50 sen. Kadar Telco tertakluk kepada syarat dan terma di www.astro.com.my.

Undian SMS dibuka mulai setiap Jumaat, jam 11.30 malam - Ahad jam 12 tengah hari. Keputusan siapa terpilih antara 2 peserta terbaik akan hanya kita ketahui dengan menonton drama bersiri Kecuali Cintamu di Astro Prima pada hari berikutnya, Isnin, jam 8.30 malam.

Bagi makluman anda program Sesi Anak Wayang (diari dan perkembangan peserta) yang dihoskan oleh Nur Fazura akan ditayangkan di Astro Ria setiap Isnin-Rabu jam 9.30 malam.

Pentas Anak Wayang (pertandingan) yang dihoskan Rusdi Ramli ke udara setiap Jumaat jam 9.30 malam bermula 5 Jun 2009. Siri Kecuali Cintamu pula ditayangkan di Astro Prima setiap Isnin - Jumaat lakonan peserta Anak Wayang yang berjaya setiap minggu bersama pelakon terkenal.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 06 Jul 2009, 11:51 am

Mila Sanggup Berhabis Demi Album Baru

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 71200921


Selepas dikenali dengan lagu-lagu hits seperti Persis Mutiara dan Aku Lebih Tahu, Mila terus mara dengan album kedua yang dijangka lebih hebat lagi. Selain diterbit dan dibiayai oleh AESB, Mila juga melabur wang sendiri untuk album itu.

Jom ikuti borak-borak murai.com.my dengan Mila, baru-baru ini..

MURAI: Betul ke Mila sibuk sangat dengan bisnes sampai terlupa karier nyanyian?


MILA: Mana ada. Mila tak akan lupa karier Mila sebagai penyanyi. Malah, Mila sibuk juga jadi pelakon selain sibuk dengan persiapan album solo kedua Mila.

MURAI: Sejak akhir-akhir ini Mila asyik buat persembahan dengan band. Tak jadi artis solo lagi?

MILA: Bukanlah. Sebenarnya tak semua persembahan Mila buat dengan band. Tengok jenis persembahanlah. Selalunya konsert seperti Jelajah 11 ERA barulah Mila bawa band sendiri. Lagipun, band yang iringi Mila adalah kenalan ayah Mila. Jadi tak salah Mila cuba sesuatu benda yang baru.

MURAI: Ceritalah sikit pasal album kedua Mila?


MILA: Mila baru saja pulang dari Jakarta untuk merakamkan single pertama Mila. Selepas pulang, Mila terus edarkan CDnya ke stesen radio. Untuk single terbaru ini, Mila labur duit Mila sendiri.

MURAI: Kenapa macam gitu?

MILA: Bukan semuanya Mila guna duit sendiri. Untuk album kedua ini, ada 3 lagu saja dari duit Mila dan 5 lagu dari AESB (Astro Entertainment Sdn Bhd). Untuk single pertama ini, Mila banyak buat sendiri dari segi cari material sehinggalah reka letak cover untuk single ini.

MURAI: Siapa komposer yang buat lagu Siapa Tak Perlu Cinta?

MILA: Mila guna khidmat komposer dari Indonesia iaitu Richard Kyoto dan Dhenda SR.

MURAI: Nama mereka agak baru dalam industri hiburan kita. Bagaimana Mila kenal dengan mereka berdua?

MILA: Sebenarnya, Dhenda adalah kenalan Mila dalam Facebook. Kami selalu chatting dan sehinggalah Dhenda mendengarkan lagu ini pada Mila. Selepas dengar dan baca lirik lagu ini, Mila terus suka.

MURAI: Betul ke lagu ini ada kena mengena dengan Mila?


MILA: Mila suka sangat dengan jalan cerita lirik lagu ini. Sikit sebanyak ia membayangkan diri Mila sebenarnya. Sebab itulah, Mila terus setuju untuk mengambil lagu ini sebagai single pertama Mila.

MURAI: Kebanyakan lagu popular Mila adalah rancak, kenapa tiba-tiba Mila ubah kepada rentak slow?

MILA: Waktu Mila mula muncul dulu, lagu slow iaitu Persis Mutiara yang menaikkan nama Mila. Jadi, apa salah Mila kembali pada asal. Lagipun, ini satu percubaan. Ikut fahaman Mila, sekarang ini pasaran kita tak tengok jenis lagu. Yang penting, lagu itu sedap di telinga.

MURAI: Disebabkan Mila cakap lagu ini pakai duit Mila, berapa bajet untuk satu single?


MILA: Untuk lagu saja, Mila labur hampir RM10,000 tapi itu tak termasuk MTVnya.

MURAI: Macam mana dengan Muzik Video? Siapa akan buat?


MILA: Insya-Allah, untuk lagu ini, muzik video juga akan dibuat di Indonesia.

MURAI: Apa harapan Mila untuk lagu ini?

MILA: Mila harap peminat dapat terima lagu ini seperti mana peminat suka lagu Mila sebelum ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 06 Jul 2009, 11:52 am

Cikgu Linda Idam Anak Perempuan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 72200910


Kalau pasal bergaya, Linda Jasmine memang tidak pernah kalah. maklumlah orangnya seksi cantik, pakai apa pun masuk tidak kiralah masa dia tengah mengandung sekarang pun.

Selasa lalu, Linda dan suaminya, Que Haidar, turut hadir di majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008) anjuran Berita Harian dan Rafflesia The Pearl Centre.

Bergaya dengan gaun serba hitam, rakan Murai Batu sempat menegur Linda dan Que yang nampak ceria dan bahagia.

Sembang-sembang dengan Linda, dia akui sangat mengharapkan anak perempuan hasil perkongsian hidup dengan Que. Maklumlah anak sulungnya lelaki, jadi teringin pula menimang cahaya mata perempuan.

Difahamkan, Linda akan bersalin hujung tahun ini selepas mendirikan rumah tangga dengan Que pada Hari Valentine yang lalu. Ni mesti bayi bunting pelamin ni, bertuah tu.

Disebabkan bakal sarat mengandung, kemungkinan besar Linda tidak akan menjadi juri lagi bagi musim baru Sehati Berdansa. Siapa tahu, kalau tidak terbabit dengan Sehati Berdansa, tup tup tahun depan Linda kembali semula ke Akademi Fantasia (AF).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 06 Jul 2009, 11:53 am

Estranged Beraksi Di Taiwan, Singapura
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 37200910


Selepas sambutan hangat Estranged mengadakan persembahan di AML Sounderaline, Indonesia tahun lalu, kumpulan yang dianggotai bintang Akademi Fantasia 4, Rich, sebagai vokalis utama, menerima pula jemputan mengadakan persembahan di Taiwan dan SIngapura.

Estranged yang baru saja tamat penggambaran muzik video single terbaru bertajuk Ketika Ini dijadualkan bakal berangkat ke Taiwan pada 9 Julai 2009 bagi menjayakan Festival Ho Hai Yan Rock. Festival ini adalah festival rock terbesar di Taiwan dan bakal berlangsung selama 3 hari di FuLong Beach yang bakal bermula pada 10 Julai - 12 Julai.

Estranged yang bakal mengadakan persembahan pada 10 Julai telah dibantu oleh Galay Group Sdn Bhd. Mereka yang mewakili Malaysia bakal berkongsi pentas dengan artis-artis seperti VHS OR BETA (Amerika Syarikat) AMIT (Taiwan), Clazziquai Project (Korea Selatan), Soler (Macau), My Little Airport (Hong Kong), Fumido (Jepun) dan Electrico (Singapura).

Selain Taiwan, Estranged juga mendapat undangan persembahan di Festival Muzik Baybeats di Singapura yang dijadualkan berlangsung pada 28 Ogos 2009. Baybeats merupakan festival muzik indie tahunan anjuran Esplanade-Theatres on the Bay, Singapura.

"Kami bersyukur sebab berpeluang menunjukkan bakat kami di festival yang besar seperti ini. Kami harap permergian kami ke sana dapat mencapai impian kami untuk membawa muzik Malaysia ke peringkat antarabangsa.

"Kami rasa inilah platform terbaik kami. Kami berjanji akan mengharumkan nama negara dengan persembahan terbaik dan doakanlah kejaayan kami," ujar Andy selaku pemain dram Estranged.

Sementara itu, Estranged tidak lupa tanggungjawab untuk negara dengan menyertai jelajah Radio Rosak 2009 serta mempromosikan single terbaru, Ketika Ini. Pada Jun lalu, Estranged bekerjasama dengan syarikat automotif Perodua Sales Sdn Bhd yang menaja 4 buah kereta MYVI SE kepada mereka.

Vokalis Estranged berkata kerjasama dengan Perodua ini merupakan satu sokongan yang amat bermakna buat mereka.

Bagi Pengurus Kanan, Jabatan Pengiklanan & Promosi, Divisyen Pemasaran, Perodua Sales Sdn Bhd, Puan Sulasi Hj Mahadi, Estranged adalah band indie yang terdiri daripada individu yang berbakat, berdisiplin, bertenaga, dan dinamik.

Dengan kerjasama ini, Perodua berharap dapat menarik minat peminat-peminat Estranged untuk mendapatkan pengalaman dalam pemanduan kenderaan Perodua.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 06 Jul 2009, 11:56 am

Jom Undi Penyanyi Popular APM2009

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 72200911


Kehangatan Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) semakin terasa. Jakarta Convention Centre, Plenary Hall akan menjadi saksi pertembungan penyanyi terhebat dari 3 negara - Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Siapakah yang akan dinobatkan bagai terbaik antara yang terbaik dan siapa pula yang akan membawa pulang gelaran paling popular? Semuanya akan terjawab pada 18 Julai ini 2009 ini yang di bawakan secara langsung menerusi Astro Ria.

Portal hiburan murai.com.my juga tidak ketinggalan dengan menyiarkan berita terkini dan gossip sensasi sepanjang berlangsungnya temasya di republik itu dan kami diterbangkan khas oleh Beyond Events Sdn Bhd.

Saksikan kemeriahan APM 2009 serta warna-warni di laluan permaidani merah di segmen istimewa yang disediakan oleh portal hiburan No 1 di Malaysia ini.

Sementara itu, Beyond Events yang bertindak sebagai penganjur bersama anugerah berprestij ini membuka ruang kepada peminat untuk mengundi penyanyi kegemaran masing-masing secara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bagi kategori Paling Popular.

Undilah antara Dato Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Faizal Tahir, Mawi, Meet Uncle Hussain, Misha Omar, Stacy, Hujan, Estranged, Bunkface dan Yuna untuk mereka memenangi kategori Artis Paling Popular (Malaysia).

Juga tidak ketinggalan bagi kategori Artis Serantau Paling Popular yang terbahagi kepada 3 bahagian, Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Undian boleh dibuat dengan menghantar undian SMS ke 33660, di mana caj setiap SMS ialah RM0.50.

APM2009 tahun ini mempertandingkan 18 kategori termasuklah 5 kategori baru yang diperkenalkan iaitu Lagu Paling Popular Singapura (SMS), Lagu Paling Popular Malaysia (Muat Turun) dan Lagu Paling Popular Indonesia (MuatTurun), Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Duo/ Kumpulan Baru Terbaik) serta Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu.

Sehubungan itu, mereka yang berminat untuk menyaksikan APM2009 secara langsung di Jakarta nanti, boleh menghubungi 03-2141 5011 untuk mendapatkan tiket serta pakej pelancongan khas.

Berikut adalah kod dan nama artis untuk undian SMS

Artis Paling Popular Malaysia
(Cara SMS: APM MY1 hingga MY12 dan hantar ke 33660)


MY1 – Aizat
MY2 – Anuar Zain
MY3 – Bunkface
MY4 – Estranged
MY5 – Faizal Tahir
MY6 – Hujan
MY7 – Mawi
MY8 – Meet Uncle Hussain
MY9 – Misha Omar
MY10 – Siti Nurhaliza
MY11 – Stacy
MY12 - Yuna

Artis Serantau Paling Popular
(Cara SMS: APM AS1 hingga AS12 dan hantar ke 33660)

[Singapura]
AS1 – Aliff Aziz
AS2 – Ahlifiqir
AS3 – Hady Mirza
AS4 – Taufik Batisah

[Malaysia]
AS5 – Faizal Tahir
AS6 – Hujan
AS7 – Meet Uncle Hussain
AS8 – Siti Nurhaliza

[Indonesia]
AS9 – Afgan
AS10 – Agnes Monica
AS11 – Nidji
AS12 – ST12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitimeMon 06 Jul 2009, 11:59 am

Siapa Cuba Tutup Periuk Nasi Nurul?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 72200912


Dalam diam-diam, penyanyi yang sudah kembali solo Nurul Abdul Wahab akan melancarkan album solo terbarunya yang diberi judul Tika Cinta dan tarikh yang dipilih adalah 7.7.2009.

Kiranya, diam-diam ubi menjadi berisilah tu. Seronok juga Murai Batu mendengarnya, bukan macam sesetengah artis mencanang album nak muncul tapi sampai ke sudah, album foto sahaja yang bertambah di rumah.

Tapi dalam sibuk album nak muncul terdengar pula gosip mengatakan ada pihak cuba menabur pasir dalam periuk nasi Nurul sehingga peluang untuk dia menjadi duta sebuah produk berjenama telah terlepas. Betul ke?

Siapa punya angkara tu? Sumber berkata ia adalah kerja seorang artis juga. Hish sungguh ke? Tergamaknya dia main tikam belakang sampai macam tu. Kesian Nurul.

Entahlah, bila hidup menjanda ini, macam gosip Nurul terkena sampaikan nak cari teman baru pun susah. Sabarlah Nurul, kata orang semua ini dugaan hidup dan Murai Batu berdoa agar Nurul diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan dalam dunia seni yang mencabar ini.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...) - Page 6 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 9 (Mai dok tang ni pulak...)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 6 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 5, 6, 7 ... 9, 10, 11  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions