|
| BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 11:27 am | |
| Misha sudah berpunya Lama mencari, kini bunga bunga cinta penyanyi ini sedang mekar SATU persatu soalan yang diajukan kepadanya, dijawab dengan matang. Telus, tidak berselindung sesekali dia bercanda, menyerlahkan sisi keanak-anakan Misha Omar biarpun usianya sudah menganjak angka 27 tahun. Melewati lapan tahun pengembaraan sebagai anak seni, Misha sudah masak dengan tuntutan serta pertanyaan media. Cukup sepatah sebagai mukadimah pembuka bicara, dia sudah dapat mengagak persoalan selanjutnya. Lalu apabila berulang pertanyaan mengenai usia dibangkitkan, pantas bibir penyanyi Cinta Adam dan Hawa ini menguntum mekar. "Ini mesti mahu tanya soal teman lelaki, bukan?," kata Misha yang menyoal semula penulis, seakan-akan memahami apa yang bermain di minda ketika ditemui pada penggambaran klip videonya di sebuah studio di Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Tidak perlu menanti lama, penyanyi yang mula meledak dengan lagu Bunga-Bunga Cinta ini menghuraikan isi hatinya. MISHA sudah dua tahun menjalin cinta dengan jejaka yang bertugas dalam perkhidmatan awam. "Kekosongan hati saya sudah diisi," jawab Misha telus, tanpa perlu bermain dengan jawapan klise serta berteka-teki seperti yang diamalkan sesetengah penggiat seni. Menguak sedikit jendela hatinya, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini berkata, sudah dua tahun cintanya dengan jejaka yang bertugas dalam perkhidmatan awam itu terjalin. Bermula sebagai kenalan biasa, perlahan-lahan hubungan cinta mereka terbina dan kata Misha, banyak faktor yang membuat dia terpaut hati dengan lelaki itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 12:32 pm | |
| Cinta Sukri & Sheeda
KATA orang cinta itu buta. Kalau hati sudah berkenan, tiada apa yang boleh menghalang termasuk soal jarak usia. Buktinya, penyanyi dangdut, Sheeda dan suami tercinta, Sukri Hashim terus bahagia melayari bahtera... Ikuti kisah cinta ini.
RAMBUT sama hitam, hati lain-lain. Begitulah perumpamaan menggambarkan soal cita rasa manusia. Dalam mencari cinta, adat lelaki sukakan gadis seusia. Malah, bagi segelintir jejaka, lebih muda usia pasangan, lebih bagus.
Namun soal hati, siapa bisa mengerti. Ada lelaki hatinya terpaut pada wanita matang. Lebih berusia, lebih tarikannya. Jangan terperanjat, ada lelaki tidak malu mencari wanita berusia yang mungkin boleh digelar kakak atau memiliki mummy figure. Tepuk dada tanya selera...
Mendekati cinta kontra, XY - Ikon Lelaki mengubah pendekatan personaliti muka depan dengan menampilkan isu lelaki kemaruk cinta wanita matang. Pasangan Sheeda-Sukri didekati bagi menyelami apa yang bersarang di hati mereka hingga ikatan perkahwinan kukuh terbina sejak dua tahun lalu.
“Bukan saya tidak pernah mendekati wanita muda tapi, entahlah... Sukar bagi saya mengikut rentak hidup mereka (gadis muda), saya jadi rimas,” akui Sukri membuka bicara mengapa hatinya lebih terpikat kepada wanita matang.
Ditanya pula isteri, Rashidah Hamid atau lebih glamor digelar Sheeda, usia muda suami tidak memberi ‘lesen’ kepada dirinya untuk berbuat sesuka hati hanya kerana beliau lebih berusia.
“Status dirinya sebagai suami tetap meletakkan Sukri pada kedudukan nombor satu dalam rumah tangga,” katanya ketika pasangan ini ditemui di kediaman mereka di pinggir Kuala Lumpur.
Melihat sendiri kemesraan Sukri-Sheeda seolah-olah mengetepikan perbezaan usia mereka. Status Sukri yang masih bujang pada usia 28 tahun ketika cinta mula bersemi, tidak pernah menghalang cinta mereka berkembang mekar biarpun Sheeda lebih berusia dan bergelar ibu tunggal.
Benarlah cinta itu buta. Hakikat itulah yang menyatukan dua dunia berbeza - Sheeda yang bergelumang dengan dunia glamour dengan Sukri yang bertugas sebagai guru.
Memetik kata Sukri, faktor usia dan status Sheeda tidak pernah dipersoalkan malah isterinya diterima baik keluarganya di kampung.
“Faktor diri Sheeda dan keterbukaannya membuatkan saya jatuh hati kepada isteri saya,” kata Sukri. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 12:42 pm | |
| Mari ikuti kisah cinta menarik ini...
•Kata Sukri
Mengapa anda jatuh hati dengan Sheeda?
Saya terpikat dengan Sheeda kerana perwatakan beliau yang berbeza dengan wanita lain yang pernah saya kenali. Sikap mesra dan keterbukaan dirinya cukup menyenangkan. Sheeda tidak saja memenangi hati saya, malah mesra dengan keluarga saya dan teman-teman lain.
Berapa lama anda berkenalan dan bercinta sebelum terbuka hati melamar Sheeda?
Kami berkenalan selama setahun dan cuba mengenali hati budi masing-masing. Selepas itu, barulah saya melamar Sheeda. Biarpun pada mulanya tidak mudah kerana faktor usia, namun semua itu kami lalui sebagai cabaran.
Alhamdulillah, segala-galanya dapat ditempuhi dengan baik.
Sebelum Sheeda, mungkin ada wanita lain yang pernah bertakhta dalam diri anda. Boleh berkongsi cerita?
Tidak dinafikan memang ada. Adalah dua, tiga wanita yang pernah saya kenali tetapi hubungan tidak lama dan tiada sefahaman. Sukar untuk mengikut rentak wanita muda yang tidak memahami kita dan kerjaya kita hingga saya jadi rimas.
Berapa pula usia gadis yang pernah anda kenali sebelum ini?
Ada yang seusia dengan saya dan ada yang lebih muda sedikit dari saya.
Anda tahu status Sheeda sebagai ibu tunggal, wanita matang dan selebriti. Sejauh mana anda mempersiapkan diri sebelum membuat keputusan melamar Sheeda sebagai isteri yang sah?
Sudah tentu saya membuat persediaan untuk menempuhi semua ini. Jika tidak, mengapa saya memilih berkahwin dengannya. Sudah tentu tanggungjawab saya lebih besar kerana tidak saja berkahwin dengannya, sebaliknya menjadi bapa kepada anak-anak.
Ceritakan sedikit pengalaman anda selepas berumah tangga?
Segala-galanya menarik... Makan pakai kita yang menjaga dan suasana kekeluargaan sudah menjadi sebahagian daripada hidup Sheeda. Memanglah pada awal dulu rasa kekok untuk ‘masuk’ dalam diri Sheeda dan keluarga.
Namun, kesederhanaan dirinya dan sikap mesra membuatkan saya rasa dihargai.
Bagaimana anda berdepan status ibu tunggal dan wanita berusia sebagai teman hidup?
Bagi saya, semua itu bukan penghalang. Apa yang saya lihat personaliti diri dan budi pekertinya, bukan status.
Ada pihak mendakwa isteri lebih berusia cenderung bersikap dominan. Komen anda?
Dalam hubungan kami, tiada istilah dominan... Semua masalah dibincang dan kami membuat keputusan bersama.
Antara anda dan isteri, siapa yang kuat merajuk?
(Tergelak). Sama-sama. Lazimnya kami merajuk sekadar suka-suka atau bergurau-gurau.
Personaliti diri Sheeda yang anda kagumi?
Sikap mengambil berat... Bukan saja kepada saya, malah keluarga saya juga.
Harapan anda dalam perkahwinan ini?
Sudah semestinya saya impikan perkahwinan yang kekal hingga akhir hayat.
Profil
Nama : Sukri Hashim
Umur : 30 tahun
Tarikh lahir : 8 November 1979
Tempat lahir : Jengka, Pahang
Tinggi : 173 sentimeter
Berat : 70 kilogram |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 12:44 pm | |
| Kata Sheeda Bila kali pertama bertentang mata dengan suami? Saya mula mengenali Sukri pada persembahan nyanyian di Pusat Bandar Jengka, Pahang. Kebetulan, Sukri berkawan rapat dengan penganjur persembahan yang juga teman saya. Selesai membuat persembahan, kami berbual-bual dan sempat bertukar nombor telefon. Ketika itu, saya langsung tidak terfikir apa-apa. Tiba di Kuala Lumpur, saya khidmat pesanan ringkas (SMS) dari Sukri. Saya tidak membalas SMS itu kerana memang bukan begitu cara saya. Jadi, bagaimana anda berdua boleh menjadi lebih rapat dan serius? Semua ini kerana sikap Sukri yang tidak kenal putus asa. Malah, beliau bersungguh-sungguh mahu bertemu menjadikan saya mengalah. Pada pertemuan kedua, saya membawa dua sahabat karib. Ketika itu, saya memang berhasrat memperkenalkan Sukri kepada seorang adik angkat. Sebaliknya, Sukri tidak mengalah untuk berkawan dengan saya. Kesederhanaan beliau membuatkan saya serasi. Malah, status beliau sebagai guru menjadi motivasi yang baik kepada saya dan anak-anak. Faktor usia cukup membezakan anda berdua. Apakah Sheeda merasakan begitu ketika mula berkenalan? Sudah tentu. Status bujang dan usia muda Sukri membuatkan saya semahunya tidak mahu lebih rapat dengannya. Saya pernah mencuba untuk tidak menghubunginya selama tiga bulan tetapi beliau tetap tidak berputus asa. Hinggalah peringkat di mana beliau mencurahkan perasaan kepada saya biarpun usia kami berbeza. Berapa lama anda hidup menjanda sebelum bertemu dengan Sukri? Lapan tahun. Dua perkahwinan yang gagal sebelum ini membuatkan saya mengelak berkahwin lagi. Malah, dua lelaki yang hadir dalam hidup saya juga lebih muda. Dalam tempoh bergelar ibu tunggal, berapa ramai lelaki yang anda kenali? Adalah dua tiga orang. Ketika mengenali Sukri, saya turut dilamar lelaki lain membuatkan saya buntu. Apatah lagi ketika itu, Bienda (anak) sedang sakit membuatkan saya tidak mahu memfokuskan perkara lain kecuali kesihatan anak. Adakah anda terfikir bertemu jodoh sekali lagi dengan lelaki muda? Tidak disangka bagai sudah menjadi suratan (jodoh bersama lelaki muda). Bukan saya memilih hingga ada yang datang meminta tip bagaimana memikat lelaki muda. Terus terang, tidak ada amalan atau perkara tertentu yang saya lakukan. Bagi, dalam setiap perkara, jadilah diri kita yang sebenar. Apakah istimewanya bersuamikan lelaki muda? Saya sendiri tidak tahu apa kelebihannya. Kebetulan, tiga perkahwinan yang saya tempuhi semuanya bersuamikan lelaki muda. Apa yang saya boleh katakan, Sukri berbeza. Walaupun muda, beliau bertanggungjawab dan cukup mengambil berat. Selain suka memberi kejutan, beliau juga tidak lokeki. Sikap suami yang anda kagumi? Suka mengambil hati dan bertanggungjawab. Sukri juga menyayangi anak-anak dan diri saya. Anda tidak kekok bersuamikan lelaki muda? Pengalaman sebelum ini pun bersuamikan lelaki muda. Apa yang saya amalkan, biarpun suami lebih muda, dalam rumah tangga beliau tetap orang No 1. Saya sentiasa menghormati suami dan tidak sesekali meninggikan suara atau membelakangi beliau. Benarkah isteri berusia lebih dominan? Jika dalam konteks diri saya, tidak pula begitu. Saya puji Sukri kerana beliau tidak ambil kisah dan sedia ditegur untuk kebaikan bersama. Kami lebih menggunakan pendekatan berbincang dalam mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Itulah kunci kebahagiaan kami. Apa agaknya perkara yang anda gusar dalam perkahwinan ini? Saya tidak memikirkannya sangat. Apa yang saya cuba lakukan ialah memberikan yang terbaik kepada suami. Tiada istilah cemburu, apatah lagi rasa kehilangan. Jika hendak difikirkan cemburu, suami yang lebih bersikap begitu (tergelak). Apa saja keputusan suami, saya redha. Apa yang saya boleh katakan, saya tidak pernah menyesal dengan perkahwinan ini kerana suami membahagiakan saya dan anak-anak. Profil
Nama: Rashidah Hamid @ Sheeda
Umur: Awal 40-an
Tempat lahir: Kota Bharu, Kelantan
Kerjaya: Penyanyi, pelakon dan pengacara majlis |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 12:52 pm | |
| Zaquan tinggalkan kekasih kerana Ayu Raudhah?
Gambar kiriman blogger mendakwa Zaquan bersama bekas kekasih. Pemain bola sepak kebangsaan dikatakan memilih aktres jelita sebagai cinta baru
SEBENARNYA ketika menulis artikel gosip minggu ini, Zubir baru saja tiga hari memulakan tugas di pejabat selepas beberapa hari bercuti di luar negara untuk menenangkan fikiran. Pun begitu, ketika menanti pesawat minggu lalu, jantung Zubir seolah-olah berhenti berdegup apabila mendapat perkhabaran menerusi CNN, dua hotel bertaraf lima bintang di Jakarta di bom pengganas, sekali gus meragut sembilan nyawa dan puluhan yang lain tercedera. Namun, niat bercuti tetap diteruskan, hanya berserah saja pada Tuhan.
Alhamdulillah, sepanjang percutian, segala-galanya lancar, sekurang-kurangnya fikiran yang berserabut ringan sedikit apabila beralih angin di negara orang. Sekalipun masih bercuti, namun Zubir masih menerima beberapa kiriman e-mel daripada rakan blogger yang terus setia menyalurkan gosip panas untuk perhatian Zubir seterusnya ‘memanaskannya’ lagi menerusi ruangan ini.
Dalam kebanyakan gosip diterima, Zubir tertarik mengenai kisah percintaan membabitkan aktres jelita, Ayu Raudhah Che Wan, 25, dengan pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 22.
Ayu Raudhah
Zubir terus teringat dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan Zaquan menerusi Harian Metro terbitan 3 Julai lalu: “Kami hanya berkawan seperti orang lain, adakah berkawan pun tak boleh dan kenapa ada pihak lain pula yang kecoh? Saya akui berkawan dengan dia (Ayu Raudhah) dan kami mula kenal secara kebetulan melalui seorang kawan ketika sama-sama menjamu selera di Kuala Lumpur dan rasanya ia hak saya untuk berkawan dengan sesiapa.
"Adalah tidak wajar jika ada pihak lain cuba mempertikaikannya kerana saya seperti mereka juga bebas memilih kawan. Saya kesal kerana ada pihak tertentu yang melihat persahabatan kami seperti mengganggu ketenteraman orang lain dan cuba membuat tanggapan salah sedangkan ia tidak betul.”
Hello bro, just be cool. Orang lain di luar sana termasuk pihak media massa, bukannya nak kecoh atau mempertikaikannya dan kami tidak pernah melihat persahabatan anda bersama Ayu mengganggu ketenteraman orang lain, cuma apabila ada perhubungan, tak kiralah sebagai kenalan biasa mahupun kekasih, ia menjadi perhatian umum kerana kerjaya anda yang melayakkan diri dilabel sebagai selebriti sukan atau public figure. Tentulah apa saja dibuat terutama mengenai kisah dengan artis akan jadi bualan!
Justeru, Zubir harap Zaquan tidak berkecil hati dengan teguran Zubir. Bagi Zubir, Zaquan harus mencontohi abang kembarnya, Aidil Zafuan yang berkahwin dengan pelakon jelita, Rita Rudaini apabila bersikap lebih tenang menghadapi gosip dan kritikan media massa berhubung perkahwinan rahsia mereka.
Berbalik pada e-mel mengenai kisah cinta Zaquan dan Ayu, turut disertakan ialah beberapa keping foto Zaquan bersama seorang gadis cantik yang kononnya bekas kekasih lamanya. Zubir cuba mendapatkan penjelasan daripada Ayu berhubung kesahihan gambar berkenaan dan ternyata Ayu tidak melatah apabila diaju persoalan itu. Sebaliknya, Ayu mengakui dia pernah melihat foto itu menerusi internet.
Jelasnya lagi, Zaquan turut membuat pengakuan, gadis dalam gambar berkenaan ialah bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Ellie.
Zubir tabik spring dengan sikap keterbukaan Zaquan, gentleman habis! Apabila sudah berkawan rapat dengan Ayu dan mungkin sudah putus cinta dengan gadis berkenaan, dia lebih rela berterus terang daripada menyembunyikan perkara sebenar. Yang jelas, Ayu nampaknya jauh lebih hebat di kalangan teman wanita Zaquan yang lain apabila dia kini bertakhta di hati pemuda itu. Teringat Zubir pada pepatah Inggeris, best woman win! |
| | | azmiabu Newbie
Number of posts : 68 Age : 40 Registration date : 13/07/2009
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 1:02 pm | |
| Kecohnya `Gambar Bogel` Mawi Cerita artis dan gambar superimposed memang tak pernah selesai dari dulu lagi. Dalam kes yang terbaru, Juara Akademi Fantasia 3 (AF3) kita, Mawi, pula menjadi mangsa gambar bogel superimposed apabila 'gambar Mawi' yang tersenyum sambil bergaya tanpa seurat benang macam seorang stud, dah tersebar luas. Tanpa rasa marah, Mawi sebaliknya hanya mampu tergelak kerana itulah hasil kerajinan orang yang tak ada kerja itu atau terlebih kreatif. Tentu Ekin pun terkejut melihat gambar wajah suaminya itu dah bertempek pada tubuh orang lain yang nampak gaya macam kaki bersenam kerana adanya six pack! |
| | | ninarahim Enterpreneur
Number of posts : 2991 Age : 57 Location : Alor Star Registration date : 25/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 4:13 pm | |
| Azmiabu...mana photo mawi bogel??? |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 5:48 pm | |
| - ninarahim wrote:
- Azmiabu...mana photo mawi bogel???
amboi..kak.nina suke yaaa... ada tp x leh la tunjuk kat cni... |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 6:40 pm | |
| Himpunan penyanyi wanita popular Album Kompilasi Judul Album: Keunggulan Wanita Artis: Misha Omar, Jaclyn Victor, Ziana Zain, Nora, Aishah, Adibah Noor dan ramai lagi. Konsep Muzik: Pop Terbitan: Sony Music Entertainment (M) Sdn. Bhd. KOMEN: Album kompilasi ini menampilkan lebih 15 penyanyi wanita popular tempatan, dengan 25 buah lagu popular mereka dimuatkan dalam dua keping cakera padat (CD). Kesemua lagu yang ditampilkan mewakili lagu-lagu popular setiap penyanyi terbabit seperti Datuk Siti Nurhaliza tampil dengan Biarlah Rahsia, Sheila Majid (Legenda) dan Fauziah Latiff (Dia). Pelbagai genre muzik seperti pop, ballad, rock dan jazz ditampilkan dalam album ini termasuklah lagu bonus nyanyian Ziana Zain, Nora, Ning Baizura dan Dessy Fitri berjudul Di Akhir Garisan. Uniknya album ini menampilkan gaya nyanyian dan suara berbeza setiap penyanyi dengan lagu-lagu mereka yang pernah popular sebelum ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan kesemua penyanyi yang ditampilkan dalam album ini merupakan sebahagian besar penyanyi-penyanyi wanita tempatan yang terbaik dari dekad 1980-an sehinggalah kini. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 6:41 pm | |
| MUH nak lamar Black (Mentor) Black Ketika kecoh dan heboh orang dok bercerita krisis melibatkan penyanyi dan anggota kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH), timbul pula cerita baru siapa yang akan menggantikan Lan, penyanyi kumpulan itu? Menurut cerita yang Niezam dengar daripada orang terdekat, Lan yang sudah angkat kaki dari MUH sebenarnya dah ada kumpulan muzik baru. Maknanya ketika Lan tengah ada krisis dengan MUH dulu, dia rupa-rupanya sudah tubuhkan kumpulan muzik tanpa pengetahuan anggota kumpulannya yang lain. Kerana krisis yang tak boleh nak diselamatkan lagi, maka anggota MUH pun dah tak kisah Lan nak keluar daripada kumpulan itu. Khabarnya MUH hendak menawarkan Black, juara Mentor musim ketiga menggantikan Lan. Apa yang Niezam dengar, anggota MUH menganggap Black mempunyai suara yang mantap dan sesuai menjadi penyanyi utama MUH. “Dengar cerita setakat ini memang MUH ada hasrat nak panggil Black menggantikan Lan tapi masih belum ada apa-apa kata putus lagi,” kata satu sumber. Kalau betul ada tawaran itu, rasanya Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah,23, boleh mempertimbangkannya. Yalah sekarang ni bukan semua artis solo boleh “hidup” pun. Silap-silap hari bulan lepas keluar satu album terus bungkus. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 6:43 pm | |
| Peminat terkilan dengan Raja Azura Raja Azura Dalam dua, tiga hari lepas orang asyik bercerita mengenai seorang personaliti televisyen yang dikatakan melarang peminat menjamah makanan yang disediakan untuk krew produksi. Selepas diselidik, rupa-rupanya orang yang dikaitkan pengacara rancangan Pilih Kasih iaitu Raja Azura ataupun lebih dikenali sebagai Kak Engku. Niezam terkejut juga macam mana soal makan minum pun boleh jadi isu pula ni? Yalah, bab-bab makan ni kan benda yang agak sensitif. Kebetulan pula masa tengah dok fikirkan perkara itu, ada seorang peminat tampil dan mahu meluahkan perkara itu. Niezam pun tanya dia apa sebenarnya berlaku? Kata si peminat dia ada mengikuti rancangan Pilih Kasih beberapa minggu lalu bertempat di RTM, Seremban. Pihak penerbitan turut menyediakan makanan yang ditempah untuk kemudahan krew dan tetamu khas yang terlibat di dalam program berkenaan. Nak dijadikan cerita, peminat tadi dalam dua, tiga orang pun dijemput sama oleh salah seorang pegawai promosi Pilih Kasih bagi menikmati makanan yang disediakan. "Masa tengah berbaris untuk mengambil makanan, saya ada tegur Kak Engku dia jawab dengan baik. Dia tanya saya ni wartawan ke? Saya kata bukan, cuma peminat. Lepas tu dia pun beredar dari situ," jelas peminat tersebut. Kalau macam tu apa masalahnya? Sambung peminat tu lagi, masalahnya selepas itu Kak Engku dikatakan telah mengadu kepada pemilik katering supaya tidak membenarkan individu selain krew dan wartawan mengambil makanan. Alasannya takut nanti makanan habis. Aduan Kak Engku itu disampaikan oleh seorang pekerja katering kepada peminat berkenaan yang menyebabkan mereka terasa hati. "Kami bukan nak makan sangat Abang Niezam tapi dah dijemput oleh pegawai promosi Pilih Kasih tu, kami makanlah. "Bukan banyak mana pun makan. Ambil syarat saja sebab orang dah jemput. Jika makanan di situ habis kerana kami, minta maaflah," kata peminat tersebut lagi. Niezam tak anggap perkara ni besar pun. Salah faham sikit kot. Agaknya Kak Engku ada sebab kenapa dia kata macam tu? Takkan lah dia sengaja nak tegur kalau tak ada asasnya. Yalah... kalau dua, tiga orang datang makan tu bukanlah masalah mungkin dia takut lepas tu dua, tiga puluh orang pula yang datang. Mana tahukan? Bukan apa... Pernah juga terjadi bila ramai orang yang tak berkenaan memenuhi kawasan yang dikhaskan kepada pihak tertentu, orang tak berkenaan itu pula yang lebih-lebih dan banyak "komplen". Malah selalu juga ada orang menyamar jadi orang media. Mudah-mudahan peminat berkenaan tak salah faham terhadap niat Kak Engku tu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 6:44 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 6:51 pm | |
| Mawi enggan lapor polis isu foto bogel Mawi PELBAGAI bentuk kontroversi serta dugaan yang melanda anak kelahiran Felda Taib Andak, Kota Tinggi Johor ini sejak bergelar artis bermula pada pertengahan 2005. Ada saja berita negatif dan gosip liar yang dikaitkan dengan dirinya apatagh lagi ketika beliau belum berkahwin. Sejak hari pertama bergelar Juara Akademi Fantasia musim ketiga, kontroversi putus tunang, bercinta sehinggalah dia mendirikan rumah tangga. Kini, selepas lebih enam bulan bergelar suami kepada pelakon yang juga model, Ekin, timbul pula cerita panas membabitkan pengedaran meluas gambar aksi bogel seorang pemuda yang seiras wajahnya di ruang siber. Sungguh mengejutkan apabila gambar bogel yang seiras wajah Raja SMS, Asmawi Ani atau Mawi itu bukan saja tersebar secara meluas di internet tetapi dalam bentuk Sistem Pesanan Multimedia (MMS) menerusi telefon bimbit. Harus diakui, ramai peminat terkejut dengan pendedahan gambar itu menerusi media massa kerana wajah yang dipapaerkan dalam gambar itu adalah wajah mawi tetapi badannya milik orang lain yang dipaparkan menerusi teknik imej pertindihan (superimposed). Ketika dihubungi B*Pop Khamis lalu bagi mengulas penyebaran gambar bogel MMS yang dikaitkan dengan dirinya, reaksi Mawi memang tidak disangkakan kerana dia ketawa besar. pada masa itu, penyanyi yang pernah tiga kali bergelar Bintang Paling Popular itu mengakui dia langsung tidak terkejut, malah, dia ketawa secara spontan dan ketawanya itu berpanjangan sambil menyifatkan gambar itu memang kelakar dan menafikan imej lelaki bogel dalam MMS itu bukan dirinya. Ketika itu, Mawi yang sedang menikmati makan malam di rumah bersama Ekin menjelaskan memang dia sudah tahu bmengenai kewujudan imej lelaki bolgel yang menyerupai dirinya itu sejak beberapa bulan lalu. “Isu mengenai gambar ini sebenarnya cerita lama, saya sendiri hampir terlupa mengenainya. Rasanya pertama kali saya melihat gambar ini sekitar dua tahun lalu bila seseorang menunjukkan kepada saya... tidak sangka pula ia timbul semula sekarang selepas saya berkahwin dan mula aktif menerbitkan program untuk stesen televisyen kebelakangan ini,” katanya sambil tergelak lagi. Tambah Mawi lagi, dia yang kini sedang sibuk dengan promosi filem terbitan KRU Studios berjudul Jin Notti di samping Fara Fauzana juga berasa pelik kerana sepanjang mengetahui kewujudan gambar aksi bogel itu yang mula tersebar sejak dua tahun lalu, langsung tiada pengamal media atau wartawan hiburan datang meminta komen daripadanya, mahupun mendapatkan maklum balas beliau mengenai isu berkenaan sehinggalah dihubungi B*Pop. Ditanya sama ada Mawi pernah membuat laporan polis mengenai gambar bogel itu bertujuan untuk siasatan serta menghentikan pengedarannya secara berleluasa, Mawi menjawab: “Saya langsung tidak terfikir hingga ke peringkat itu...” Mawi akui, tidak berminat untuk melayan isu gambar bogel itu memandangkan gambar lelaki bogel yang didakwa itu bukan dirinya meskipun ia adalah imej wajahnya. “Hakikatnya kalau sudah gambar itu bukan saya, buat apa saya perlu melatah dan kecoh tidak tentu pasal. Gambar itu orang buat dengan letak muka saya. Biarkanlah saja mereka, kalau dilayan pun tidak akan ke mana, entah badan lelaki dari negara mana mereka ambil.., ” katanya lagi yang juga baru selesai penggambaran filem Magika juga terbitan KRU Studios. “Kkalau orang tengok betul-betul pun akan tahu itu bukan saya, entah gambar lelaki mana mereka ambil selepas itu dengan menggunakan teknik superimposed meletakkan wajah saya. Saya memang tidak terkejut langsung bahkan merasa amat geli hati melihat gambar itu,” katanya yang masih dalam ketawa kecil. Dalam perkembangan lain, selain mengembangkan kerjaya seni dengan pembabitan dalam seni lakon, Mawi juga sibuk menerbitkan program TV bersempena Aidilfitri ini menerusi syarikat miliknya, MW Entertainment. “Saya tetap tidak melupakan kerjaya seni nyanyian saya kerana akan menerbitkan album bertemakan lagu raya yang akan berada di pasaran tidak lama lagi,” katanya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 6:54 pm | |
| 'Menyanyi bukan nak glamor' MELIHATKAN penampilannya menerusi filem dan kaca TV, mungkin ramai tidak menyangka pelakon remaja ini turut berbakat dalam bidang nyanyian, malah percubaan pertamanya melalui single sulung, Radio juga tidak mengecewakan. Biarpun hanya mendendangkan lagu itu sebagai artis undangan di samping Imran Ajmain, kumpulan Infinatez dan Juara Raja Lawak Astro Musim Ke-2, Nabil, kelunakan vokal Diana Danielle, 18, mengejutkan banyak pihak, termasuk wartawan hiburan. “Yang sebenarnya, saya cukup minat menyanyi. Pernah juga terfikir alangkah bagusnya kalau mempunyai album sendiri. Bagaimanapun, saya tidak pasti bagaimana mahu menjadikan impian itu satu kenyataan sehinggalah Imran mempelawa saya menyanyi dalam album terbarunya. Ini semua saya lakukan atas dasar minat. Selebihnya, saya mahu mencuba sesuatu yang baru dan memanfaatkan bakat yang ada. Kalau ada yang menganggap saya mahu mencari glamor, memang silap tanggapan itu,” katanya kepada BPop. Baru saja kembali ke tanah air dari menyertai Anugerah Planet Muzik 2009 di Jakarta, minggu lalu, Diana mengakui di peringkat awal kerjaya seninya bercambah, beliau terlebih dulu menerima tawaran berlakon, menyebabkannya terpaksa melupakan bidang nyanyian. Namun, selepas muncul menerusi enam filem, dua daripadanya - Kecoh Betul dan Magika - sedang menunggu giliran ditayangkan di pawagam, beliau kini mengorak langkah untuk terbabit secara aktif dalam bidang nyanyian yang diminatinya itu. Diana kini bernaung bawah syarikat rakaman terkenal, Metadome Records, yang mengedarkan album artis Indonesia seperti Anggun, Dewa 19, Afgan, Mulan Jameela dan Andrea & The Backbone. Malah, melalui kontrak rakaman itu juga, Diana mendapat peluang berduet dengan Andra & The Backbone menerusi single kumpulan berkenaan, Tak Ada Yang Bisa yang dinyanyikan dalam versi remix, dengan rakaman berlangsung di Legend Studio, Jakarta Selatan milik penyanyi utama Dewa, Ahmad Dhani. “Ia lebih kepada projek kerjasama, khusus bagi menembusi pasaran Indonesia. Difahamkan, pasaran muzik semasa di seberang lebih cenderung ke arah artis kumpulan berbanding penyanyi solo. Yang menariknya, promosi lagu ini bukan hanya dibuat di sana, tetapi juga di Malaysia. Ia boleh dimuat turun menerusi telefon bimbit manakala klip video lagu ini akan menyusul kemudian,” katanya. Katanya, mengikut kontrak yang ditandatangani, beliau akan merakam tiga single sebagai persediaan untuk menghasilkan album sendiri tidak lama lagi. “Namun, untuk single kedua nanti, saya berhasrat bekerjasama dengan artis tempatan. Buat masa sekarang, masih terlalu awal untuk membuat jangkaan sambutan peminat mengenai potensi suaranya mahupun lagu berkenaan,” katanya. Mengenai perkembangan karier lakonannya, Diana yang baru saja memulakan pengajiannya dalam bidang bio-sains di University Of Nottingham (Kampus Malaysia) menjelaskan, beliau berdebar-debar menantikan kemunculan dua filem terbarunya itu di pawagam. Walaupun sudah lama berkecimpung dalam bidang bidang lakonan, namun katanya, pengalaman membintangi Kecoh Betul dan Magika disifatkannya sebagai suatu yang berbeza dengan empat filemnya sebelum itu. “Dalam Kecoh Betul, saya membawa watak Dayana. Walaupun ia genre komedi, karakter saya bukan komedi. manakala, Magika menampilkan saya sebagai Ayu yang mempunyai watak lebih serius. Watak ini terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga adiknya selepas ibunya meninggal dunia,” katanya yang sentiasa ditemani ibunya, Norsiah Ramli. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 27 Jul 2009, 6:56 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 9:14 am | |
| Final Anak Wayang: 2 H Berentap!
KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2009: Akhirnya selepas 9 minggu pertandingan realiti TV Anak Wayang berlangsung di Astro Ria dan Prima, kini tibalah ke detik kemuncak yang menyaksikan 2 calon lelaki - Hairi dan Hafiz - mara ke peringkat final.
Persaingan 2 H itu juga nyata mengecewakan satu-satunya peserta wanita, Dayana yang sebelum ini bertanding dengan mereka dalam separuh akhir.
Keputusan kelayakan Hairi dan Hafiz diketahui apabila mereka berdua muncul dalam drama bersiri Kecuali Cintamu yang ke udara di Astro Prima jam 9 malam tadi, Isnin. Manakala Dayana terpaksa akur dengan penyingkirannya setelah mendapat jumlah undian SMS terendah.
Dengan keputusan itu juga Hairi dan Hafiz akan berentap dalam saingan akhir Pentas Anak Wayang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 31 Julai ini, Jumaat, mulai jam 9 malam.
Hairi, 21, anak jati Alor Setar, Kedah, adalah lepasan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaaan (ASWARA) dalam bidang teater. Dia yang sebelum ini mewakili kumpulan Pengurus Acara ditemui berkata, dia tidak menyangka akan sampai ke tahap ini dan mendahului Dayana yang sebelum ini kerap mendapat undian SMS tertinggi.
"Saya hanya lakukan apa yang termampu. Saya tidak menyangka akan mara ke final. Saya berazam untuk melipatgandakan usaha sebagai persiapan bertanding, Jumaat ini. Buat masa sekarang saya tidak mahu fikir soal darah gemuruh kerana saya harus memberi tumpuan kepada setiap latihan kata Hairi atau nama sebenarnya, Mohd Hairi Safwan Aznan.
Begitu juga dengan Hafiz yang bercita-cita menjadi pelakon profesional. Beliau akan turut memberi pendapat yang sama dan akan menggunakan sepenuhnya pengalaman dan ilmu yang dipelajari sejak 9 minggu berada dalam program Anak Wayang.
"Cabaran untuk berlakon di peringkat akhir nanti sudah tentu jauh berbeza dengan pentas mingguan. Jumlah penonton sendiri akan lebih besar. Jadi saya akan buat bersungguh-sungguh," kata Hafiz.
Hafiz atau nama sebenarnya, Hafiz Halim yang juga sebaya usia dengan Hairi, sebelum ini menjuari kumpulan watak konco samseng. Dia masih menuntut dalam program Ijazah Perniagaan di Universiti Multimedia (MMU).
Apa yang menarik, hadiah hebat untuk Juara Anak Wayang kelak juga telah diumumkan oleh Astro. Johan akan memerima sebuah kereta Honda Jazz bernilai RM109,800, 2 tiket penerbangan ke Los Angeles, sebuah kamera Canon model FS21, wang tunai RM10,000, peluang lakonan sebanyak 60 episod drama di Astro, rawatan kecantikan di Aster Spring selama setahun serta sebuah trofi.
Naib juara pula akan memperoleh LCD TV 42 inci, wang tunai RM5,000, sebuah kamera Canon model DC420 serta trofi.
Jadi jangan lupa menghantar SMS anda mulai sekarang sehingga Jumaat ini, jam 12 tengah malam. Untuk mengundi, sila ikuti arahan di bawah.
SMS: Taip AWUNDI HAIRI atau AWUNDI<3/5/10> HAIRI untuk (3/5/10 undian) ke 32999 . Contoh: AWUNDI3 HAIRI ke 32999 Talian Tetap: Dail 13721 / 13723 / 13725 / 13730 untuk 1 / 3 / 5 / 10 undian & tekan 3.
SMS: Taip AWUNDI HAFIZ atau AWUNDI<3/5/10> HAFIZ untuk (3/5/10 undian) ke 32999 . Contoh: AWUNDI3 HAFIZ ke 32999 Talian Tetap: Dail 13721 / 13723 / 13725 / 13730 untuk 1 / 3 / 5 / 10 undian & tekan 3. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 9:48 am | |
| Aduh, Kecohnya `Gambar Bogel` Mawi!
Cerita artis dan gambar superimposed memang tak pernah selesai dari dulu lagi. Dalam kes yang terbaru, Juara Akademi Fantasia 3 (AF3) kita, Mawi, pula menjadi mangsa gambar bogel superimposed apabila 'gambar Mawi' yang tersenyum sambil bergaya tanpa seurat benang macam seorang stud, dah tersebar luas.
Murai Batu pun awalnya tergamam juga apabila melihat gambar itu yang dah bersepah-sepah di laman-laman blog itu. Tak pastilah ia betul atau tidak, tapi yang jelasnya, Mawi sendiri dah menafikan dia pernah berbogel seperti itu dan ia hanyalah gambar superimposed atau teknik pertindihan.
Tanpa rasa marah, Mawi sebaliknya hanya mampu tergelak kerana itulah hasil kerajinan orang yang tak ada kerja itu atau terlebih kreatif. Tentu Ekin pun terkejut melihat gambar wajah suaminya itu dah bertempek pada tubuh orang lain yang nampak gaya macam kaki bersenam kerana adanya six pack!
Lucunya, ada sumber cakap, perut Mawi taklah berketak-ketak macam gitu sebaliknya agak 'boroi' sikit. Biasalah, abang-abang... Apapun bagi Murai Batu, cerita itu jelas menenggelamkan cerita ugutan video lucah Farawahida yang didakwa mahu disebarkan oleh komposer Julfekar, baru-baru ini.
Dalam hal superimposed ini, banyak dah artis perempuan kita jadi mangsa hasil kecanggihan cropping, cut & paste yang ada tersedia dalam pelbagai software hari ini. Apapun, Murai Batu nak pesan, janganlah sesekali kita suka mengambil gambar sendiri yang gaya bukan-bukan dengan kamera atau telefon bimbit sebab hari ini ramai orang suka buat penaya. Silap haribulan, hancus! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 9:54 am | |
| Darah Tinggi: Ziana Masih Dirawat
KL, 27 JULAI 2009: Berita kelahiran sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan Ziana Zain dan suaminya, Armin, nyata menggembira semua peminat lagu Menadah Gerimis itu. Ziana selamat melahirkan anaknya itu secara pembedahan baru-baru ini, di sebuah hospital swasta di Shah Alam, 3 minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan sebenar. Dalam perkembangan terbaru, Murai Batu dengar khabar Ziana masih lagi dirawat di hospital terbabit kerana keadaan dirinya kurang sihat kerana masih mengalami tekanan darah tinggi selain banyak kehilangan darah tempoh hari. Biasalah, ramai wanita hamil akan berada dalam komplikasi seperti itu, apatah pula Ziana pertama kali melahirkan anak kembar. Tapi sumber terdekat dengan Ziana memberitahu peminat usahlah khuatir dan terus-teruslah mendoakan kesihatan Ziana yang masih lagi dalam pengawasan doktor. Apabila dia betul-betul kuat dan sihat, barulah Ziana dan 2 anak kembarnya yang comel itu akan dibenarkan pulang ke rumah. Tahun ini Murai Batu lihat ramai artis timang anak, antara mereka Erra Fazira, Velvet AF, Sharifah Alya, Rosma AF, Nora Danish dan Rita Rudaini. Hai, baby boom nampaknya tahun 2009 ini. Moga pasangan ibu dah ayah yang dapat anak itu bertambah-tambah makmur dan murah rezeki |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 9:56 am | |
| Dayana Anak Wayang Akui Kena Raba!
Sebelum ini, satu sumber gosip murai.com.my telah memberitahu tentang seorang peserta program realiti wanita telah menjadi mangsa raba ketika dia asyik menyaksikan sebuah konsert di ibu negara, baru-baru ini. Rentetan dari gosip itu banyak nama peserta realiti telah menjadi teka-teki.
Bagaimanapun, selepas rakaman Pentas Anak Wayang minggu lalu, peserta yang mendapat undian SMS tertinggi iaitu Nur Dayana Kamsun Baharin atau Dayana, dengan beraninya mengakui bahawa dialah peserta realiti yang dimaksudkan.
Pun begitu, Dayana menafikan perbuatan tidak bermoral itu dilakukan oleh rakan seperjuangan dalam Anak Wayang.
"Saya mengaku sewaktu menonton konsert itu, saya telah berpakaian agak seksi. Saya sebenarnya tidak tahu pun kedatangan saya ke konsert itu akan dirakamkan untuk Anak Wayang.
"Sebenarnya, waktu kejadian itu saya sangat terkejut. Ketika saya sedang asyik tengok konsert dengan beberapa lagi rakan Anak Wayang, tiba-tiba seorang lelaki yang tak dikenali muncul di belakang saya dan terus meraba punggung saya!
"Saya terus jadi tergamam dengan sikap lelaki itu yang kemudiannya terus menghilang dari situ. Saya rasa dia bukan orang sini, yakni warganegara luar. Cuma saya nak tegaskan di sini, perbuatan itu bukanlah dibuat oleh rakan saya seperti yang digosipkan," jelasnya yang akan lebih berhati-hati apabila berada di khalayak ramai termasuk cara berpakaian. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 9:59 am | |
| Sehati Berdansa: Ning Enggan Gaduh
Selepas semusim berlalu, bahang Sehati Berdansa 3 sudah mula dirasai. Ramai peminat mahu melihat siapa pula pasangan selebriti yang akan menyertai pertandingan tarian bagi musim ketiga itu.
Apabila ditanya soalan ini kepada Ning Baizura Hamzah, penyanyi lagu Awan Yang Terpilu itu terus ketawa besar.
"Haa? Nak suruh Ning menari dengan Omar? Ya Allah, tak tahulah macam mana jadinya nanti . Suami Ning tu badannya keras sangat, tak reti menari langsung!" kata Ning tentang Omar Sharif, suaminya itu. Kata Ning, dia ada menerima menyertai Sehati Berdansa daripada pihak Astro tetapi menolaknya dengan baik kerana sedar dia dan Omar bukanlah pasangan penari yang bagus.
"Walaupun diminta untuk mempertimbangkan semula tawaran itu, Ning tetap menolaknya kerana bukan satu tugas yang mudah untuk mengajak Omar menyertai pertandingan sebegitu.
"Tahulah, Omar bukannya suka menonjolkan diri ke depan. Dia pernah cakap tentang perkara ini pada Ning. Dia cakap janganlah suruh dia untuk buat benda-benda yang dia tidak mahu buat. Cukuplah kalau Ning seorang saja yang ke depan kerana dia akan sentiasa menyokong Ning. "Ning pun tak mahu paksa Omar. Alih-alih tujuan Sehati Berdansa supaya mahu pasangan suami isteri bertambah mesra, kami pula tak pasal-pasal bergaduh. Bukan apa, kalau masuk, Ning tentu mahu Omar buat sungguh-sungguh, tapi kalau Omar pula malu-malu dan tak pandai, Ning yang akan naik hantu!" jelas Ning dengan jujur. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 10:02 am | |
| "Isteri saya telah meniduri lelaki lain" - Radhi OAG
Radhi OAG: Isteri saya minta cerai kerana telah tiduri lelaki lain!
PETALING JAYA: Kes cerai penyanyi Radhi OAG dengan isteri, Shazlin Sharif pagi ini berlangsung dalam susasana agak 'panas' apabila Radhi berkata isterinya mahu bercerai kerana telah meniduri lelaki lain.
Jelas Radhi, dia mempunyai bukti untuk menunjukkan Shazlin curang dengannya.
"Saya ada bukti SMS cinta dia dengan lelaki itu berbunyi 'Baby, I miss you' dan dia pun sudah mengaku tadi.
"Dia minta maaf kerana seksa saya setahun lebih dan nak saya ceraikan dia," luah Radhi dalam nada kesal di luar mahkamah.
Tambahnya lagi, "Saya sudah tahu lama tentang hal ini dari telefon bimbit dia, tapi saya boleh maafkan sebab ia mungkin SMS saja."
Kata Radhi lagi, dia baru mendapat tahu nama lelaki itu beberapa hari lepas yang merupakan bekas suami seorang pelakon.
Pada bulan Jun, Radhi OAG selaku defendan berdepan dengan waran tangkap buat kali kedua kerana gagal menghadiri prosiding permohonan lafaz cerai oleh isterinya Shazlin Shariff (plaintif) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.
Semenjak kes difailkan isterinya tahun lalu, Radhi cuma hadir sekali sahaja perbicaraan.
Shazlin yang juga pelakon drama dan bekas anggota kumpulan Girls In Music (GIM) telah melangsungkan perkahwinan dengan Mohd. Radhi pada 1 Januari 2005 setelah 12 tahun berkenalan.
Plaintif memfailkan permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh suaminya pada 15 September tahun lalu.
Bagaimanapun pada prosiding 21 April lalu, Shazlin melalui peguamnya memberitahu mahkamah bahawa dia telah diceraikan sekali lagi oleh Mohd. Radhi dengan talak tiga melalui panggilan telefon. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 10:10 am | |
| SARI BERITA PENTING!!b]Bekas madu Noraniza tuntut cerai fasakh[/b] KUALA LUMPUR 27 Julai - Bekas madu kepada penyanyi irama etnik kreatif, Noraniza Idris mengemukakan tuntutan fasakh daripada suaminya, Datuk Mustaffa Idrus di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Plaintif, Mastura Bakar, 23, yang merupakan isteri kedua kepada defendan, Mustaffa, 53, memfailkan permohonan tersebut pada April lalu dan hari ini merupakan prosiding sebutan kali keempat. Tuntutan tersebut dilakukannya mengikut Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan). Mereka yang tidak hadir ke mahkamah hari ini diwakili oleh peguam syarie masing-masing. Mastura diwakili peguam syarie, Roslizam Rahim manakala ahli peniagaan tersebut diwakili peguam syarie, Zaidi Ibrahim. Pasangan tersebut yang mendirikan rumahtangga pada Jun 2005 di Pengkalan Hulu, Perak dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara empat tahun dan satu tahun. Mustaffa pernah mendirikan rumah tangga dengan Noraniza sebagai isteri ketiganya pada Januari tahun lalu. Bagaimanapun, perkahwinan mereka menemui kegagalan apabila disahkan bercerai selepas beberapa bulan bernikah. Hakim Mohd. Yunus Mohamad Zin menetapkan 9 September ini bagi membolehkan Mustaffa memasukkan dokumen pembelaan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 10:18 am | |
| Kekasih Cheryl Samad?
Diva memang suka dengan keletah pelakon dan pengacara kecil molek,Cheryl Samad. Lakonan dan caranya bercakap memang semulajadi. Kadangkala sewaktu melihat wajahnya di kaca televisyen, Diva tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka yang dekat dgn diri Cheryl.
Sebelum ini,dia pernah digosipkan dengan Amar Ruffedge gara2 berkerjasama dalam album Cheryl. Sekadar mengusik, Diva dapat cerita kononya Cheryl kini asyik bercinta dengan pengarah siri 'Ghost',Ng Ping Ho. Cinta lokasi agaknya,ya?
Teman Diva nampak tangan Cheryl erat memegang lengan Ping Ho sewaktu selesai majlis Shout! Awards. Mereka sangat sepadan,kata teman Diva. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 10:24 am | |
| Norish Karman: Tidak Semua Orang Suka Kita
Bukan mudah menjadi insan bernama Norish Karman. Semua yang dilakukannya, serba tak kena.
Permohonan tuntuan harta sepencarian dari Datuk Hashimuddin Abdul Kadircontohnya. Apa yang dituntut dari bekas suami, dilihat sebagaikeperluan asas untuk meneruskan kehidupan bersama tiga orang anakmereka.
Tetapi jika membaca laporan akhbar baru-baru ini, Norish dilihatsebagai membuat tuntutan yang melampau dengan meminta sebanyak limabuah kereta, lima buah rumah dan saham di tiga buah syarikat.
“Bila kita cerai, mahkamah memberi kita ruanguntuk menyenaraikan apa yang kita hendak. Kita diberi lima pilihan.Lima pilihan kereta, rumah. Dari senarai itu, Datuk lah yang pilih manayang nak diberi mengikut kemurahan hatinya. Gila ke saya nak minta limabuah kereta. Maintenance tu siapa yang nak tolong?
“Gaji dia berjuta-juta. Jika dia nak beli (Perodua) Kancil untuk saya,siapa yang malu? Anak-anak saya anak orang kaya, jadi apa salahnya jikasaya minta. Saya suka 4 Wheel Drive yang sudah saya biasa bawa ketikakami masih suami isteri. Jadi saya mintalah 4 Wheel Drive.
“Saya meminta benda-benda asas seperti rumah sebab sekarang ini kamitinggal di rumah sewa yang saya bayarkan sendiri. Sementara dia masihtetap dengan wang pemberian RM700 sebulan untuk anak-anak. Apa yangdiminta, pada saya, adalah within my rights selepas 10 tahun kamibersama.”
Belum lagi selesai dengan kes tuntutannya, kini timbul pula kritikansesetengah penonton Wanita Hari Ini (TV3) yang melihatnya seakanmendominasi perbincangan hinggakan teman pengacara malah dikatakantetamu jemputan pun, tiada peluang untuk berkongsi pendapat mereka.Bagi Norish, semua kritikan itu diambil dengan positif.
“Saya seorang yang positif. Itu pandangan mereka. Tetapi produser tidakpernah pun memarahi saya kerana itu. Tapi bagi saya, kritikan merekaitu bagus kerana saya sendiri tak perasan dan saya akan cubaperbetulkan.”
Jelas Norish, cara pengacaraannya mengikut stail Oprah Winfrey yang lebih menjurus kepada perbualan diantara kawan.
“Apa yang kita ingat, kita tanya. Adakalanya kita menyampuk. Tapi sayafaham, kita tidak boleh membuat semua orang suka pada kita.
“Sebagai seorang pengacara, tugas saya untuk memikirkan cara memikatpenonton dan menyampaikan info dalam cara yang menarik. Walaupun merekamengkriktik, namun mereka masih juga nak tonton WHI sebab nak lihat apalagi yang akan saya buat.
“Saya ingat lagi selepas topik donut beberapa minggu lalu, keluarcerita yang saya mabuk donut padahal ia cuma satu gimik untuk memulakantopik perbincangan. Tapi pada saya, semua publisiti ini satu cara untukmempromosikan rancangan.”
Bagi yang mereka yangtidak begitu menyenangi Norish, tidak menghairankan jika selepas iniperasaan itu bertambah benci apabila menonton lakonannya di dalam drama‘Puteri Aurora Beradu’, yang telah mula siaran semalam, jam 4.30 petangdi slot Lagenda.
Buat pertama kalinya, selepas 13 tahun bergelar pelakon, dia memainkanwatak antagonis, Sofea. Sofea menaruh perasaan terhadap Emran (EizlanYusof). Walaupun mendapat tahu Emran sudah berkahwin, dia tetap inginmemilikinya.
“Saya memujuk pihak penerbit untuk memberikan saya peluang mencuba.Bagi saya, belum cuba belum tahu. Takut juga pada mulanya jika sayatidak dapat membawa watak ini dengan baik kerana memang berat.Perangai, percakapannya, memang jahat. Semua orang dimakinya. Ada jugabeberapa babak dimana saya perlu dera Rozita (memainkan watak Aishah,isteri Emran), seperti tarik rambut."
Diakui Norish, memainkan Sofea satu cabaran besar buat dirinya,lebih-lebih lagi kerana perwatakan sebenarnya yang jauh berbeza dariSofea. Katanya, jika ada perkara yang tidak disukainya, dia lebihsenang berundur berlainan Sofea yang suka berkonfrontasi.
Banyak perancangan yang dibuat Norish untuk melakonkan Sofea. Dari segiimej (pakaian, rambut), personaliti malah cara ketawa, semuanya direkasendiri.
“Saya mengambil benda-benda negatif dari orang sekeliling saya untukmenjayakan watak Sofea. Tapi saya tidak membiarkan apa yang sedangberlaku di dalam hidup saya untuk mengganggu kerja saya.
“Saya kena jalani hidup saya. Bila tiba hari mahkamah, baru saya fikirtentang kes saya. Semua keputusan di luar tangan saya sebaliknyaterserah kepada bekas suami dan hakim untuk memutuskan. Saya hanyamenanti. Sebenarnya kes ini jika selesai cara aman, lama sudah selesai.
“Saya tidak akan membenarkan diri saya dijatuhkan kerana kes ini. Sayaseorang yang sangat positif. Saya mempunyai hidup saya dan anak-anaksaya. Saya tahu masyarakat mengharapkan saya duduk di rumah, murung…Nasihat saya pada wanita lain yang berada di dalam situasi yang sama,jangan jadi begitu. Jangan biarkan hidup anda berlalu begitu saja.Don’t dwell on the past.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 10:25 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 10:27 am | |
| Almy Nadia & Fizz Fairuz dah bertunang?
Fizz Fairuz & Almy Nadia Selama ni dah banyak sangat kita baca pengakuan cinta pelakonpopular Fizz Fairuz dengan kekasihnya Almy Nadia. Pendek kata "satuMalaya" dah tahu mereka memang angau bercinta. Tiba-tiba timbul pulacerita mereka berjauhan ataupun hubungan mereka itu retak seribu.
Tak lama pula kedua-dua mereka buat kenyataan balas yang hubunganmereka masih lagi baik. Cuma ada spekulasi yang sengaja diada-adakanuntuk mensensasikan hubungan mereka itu.
Tapi mengikut berita yang Niezam peroleh daripada sumber yang boleh dipercayai, Amly dan Fizz Fairuz sebenarnya sudah bertunang.
Majlis pertunangan mereka itu khabarnya diadakan pada tahun lalu.
"Memang dia orang sudah bertunang pada tahun lepas. Tapi kenapadalam surat khabar mereka tak bercerita pun kisah itu? Dia orang naktipu ke?" soal seorang peminat.
Menurut sumber itu, dia merupakan orang sekampung dengan Fizz di Raub, Pahang. Sebab itulah dia tahu cerita berkenaan.
Dalam masa yang sama sumber itu juga memberitahu pihak lelaki sedangmembuat persiapan untuk mengadakan majlis perkahwinan pasangan itunanti.
"Saya dimaklumkan mungkin dalam tahun ni mereka akan kahwin. Tapiitu baru cadangan. Belum pasti sama ada jadi atau tidak," tambah sumberitu lagi.
Kadang-kadang apa yang orang cakap tu bukannya betul semua pun.Harap-harap lepas ni Fizz dan Almy dapat bagi jawapan sebenar ya! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 12:13 pm | |
| ‘Drama sebabak’ Radhi-Shazlin di luar Mahkamah Syariah
Radhi dan Shazlin saat bersemuka untuk meleraikan permasalahan mereka di hadapan media. -foto mStar oleh SITI AZIRA
KEDUA-DUANYA menunjukkan ego masing-masing bilamana Radhi OAG enggan menceraikan isterinya, Shazlin Shariff tetapi dalam masa yang sama si isteri sanggup ‘bersumpah’ membuat hubungan dengan lelaki lain semata-mata ingin diceraikan.
Ego dan kemarahan yang meluap-luap dalam diri mereka itu akhirnya mencetuskan satu perbalahan kecil yang berlangsung kira-kira 30 minit di luar Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.
Ketika Shazlin sedang ditemubual oleh pihak media, Radhi tiba-tiba menyerang isterinya itu ekoran menafikan dia tidur dengan lelaki yang dikenali sebagai Izat itu.
“Dia (Izat) kawan saya tapi tak pernah tidur dengan dia. Saya memang pergi rumah dia tapi beramai-ramai. Saya cakap macam tu sebab nak awak lepaskan saya.
“Saya memang tipu dan nak awak lepaskan saya,” kata Shazlin dengan nada tinggi kepada Radhi.
Radhi pula menempelak, “Tetapi kenapa saya nak berjumpa dengannya tetapi dia tak nak? Dia takut la tu..”
Shazlin membalas mempertahankan Izat yang diakui sebagai kawannya itu, “Dia tak buat salah dan tak takut.”
Shazlin cuba untuk meleraikan pergaduhan itu dengan memberitahu dia mahu beredar kerana mempunyai kerja lain.
Namun, Radhi masih belum berpuas hati dengan tindakan Shazlin sehingga meminta wanita itu menghubungi Izat untuk bersemuka dengannya.
Shazlin yang cuba menghubungi lelaki itu bagaimanapun gagal mendapatkan Izat dengan berkata ‘Ijat (Izat) tak angkat telefon’.
Perbalahan itu berlarutan sehingga Shazlin dan Radhi mengeluarkan perkataan kasar dan biadap.
Selepas itu, sesi ‘perbahasan’ bertukar dari luar mahkamah hingga ke tempat meletak kereta.
Shazlin yang membuka pintu kereta Waja yang dinaikinya itu dihalang oleh Radhi.
Enggan mencampuri urusan mereka berdua, perbalahan itu berterusan sehingga akhirnya Shazlin mengalirkan air mata.
Namun, air mata yang menitis itu tidak menghalang Shazlin dari bertekak dengan Radhi.
Akhirnya, Shazlin beredar dari perkarangan mahkamah meninggalkan Radhi ‘terkulat-kulat’ di situ.
Radhi seronok bergaduh dengan Shazlin?
Selepas 10 bulan tidak bersemuka dengan Shazlin, Radhi berkata dia seronok dapat ‘bercakap’ dengan isterinya itu semalam.
“Saya seronok bergaduh..menurutnya (Shazlin), dia tipu pasal ada hubungan tu. Perkara tu (hubungan) membuatkan saya rasa tidak pasti.
“Dia kata memang kenal lelaki tu (Izat) tapi tak pernah tidur (buat hubungan sulit)..dia kenal sahaja..lepas tu dia marah sebab saya kecoh dengan media,” beritahu Radhi menjelaskan tentang apa yang ditengkarkan dengan Shazlin sebelum itu.
Jelas Radhi, dia hanya mahu Shazlin bersikap jujur dengannya demi menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya itu.
“Saya nak dia (Shazlin) terus-terang sahaja dan tak mahu melatah..perkara dah lepas dan tiada apa yang sahih pasal apa yang berlaku (pergaduhan) tadi.
“Dia tak patut memainkan nama ‘Allah’..sekiranya dia jujur, saya tak musykil dan ragu-ragu dengannya,” luah Radhi dalam nada kesal.
Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Slumber’ dan ‘Generasiku’ itu turut meminta isterinya membalas setiap Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan menjawab panggilannya.
“Saya cakap padanya lepas ni tolong balas SMS dan jawab call (telefon) kalau saya nak jumpa.
“Mungkin dia dah biasa dengan stail hidup yang macam ni..dengan drama dan filem kerana rumah mertua saya selalu dijadikan studio (tempat) untuk orang berlakon,” kata Radhi.
Dia turut memaklumkan yang bapa Shazlin merupakan seorang produser filem dan memiliki syarikat produksi sendiri iaitu Take One Production.
Mahu Shazlin jadi kawan
Selepas berbincang dalam suasana yang tegang, Radhi akhirnya berserah dengan apa yang berlaku antaranya dengan Shazlin.
Ditanya adakah dia akan ‘melepaskan’ Shazlin selepas ini memandangkan isterinya itu akan memfailkan kes lafaz cerai kedua dan permohonan cerai pada minggu hadapan.
“Insya-Allah...cuma dia (Shazlin) kena jujur dengan saya dan dirinya kerana ia akan memberi kesan kepada anak kami,” ujar bapa kepada Mohd Rifdhi Muslim, 4, ini dalam nada yang lemah.
Shazlin berbincang sesuatu dengan peguamnya.
Tambahnya, “Saya mohon kami menjadi kawan sahaja sebelum dan selepas (bercerai) tetapi dia kata nak berkawan lepas cerai..saya rasa masa itu (berkawan) saya boleh bercakap dengan dia.
“Saya bersedia tetapi saya nak sahkan dengan Izat terlebih dahulu tentang hal ini.
“Kalau dia berterus-terang mungkin hal ini tak jadi musykil dan jadi macam ni sebab dia menafikan tetapi akhirnya saya dapat tahu sendiri.”
Radhi juga meluahkan yang dia langsung tidak berniat untuk memalukan Shazlin dan berkali-kali bertegas berterus-terang adalah jalan terbaik.
Radhi kesal kerana tertipu dengan isterinya.
“Apa yang berlaku hari ini hanya salah faham dan tiada yang sahih...,” kata Radhi sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah.
Menyentuh tentang kariernya, Radhi berkata kini dia lebih selesa bergerak solo kerana sekurang-kurangnya dia berjaya mengatasi masalah disiplin yang dihadapinya sebelum ini.
“Saya akui sejak ‘ribut dan taufan’ berlaku dalam rumah tangga saya, karier saya agak perlahan dan ‘tergelincir’.
“Saya memilih untuk bergerak solo kerana dalam band banyak tanggungjawab yang saya perlu lakukan tetapi apabila solo, saya dapat ‘tackle’ masalah disiplin,” akhirinya yang telah muncul dengan single ‘Infiniti’ melalui projek solonya itu.
Menurut Radhi, projek ini dibantu oleh pengarah muzik Edrie Hashim dari Neo Gendang Record. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 12:16 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 12:17 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 12:23 pm | |
| Farid Kamil, Lisa Surihani berduet nyanyi lagu Raya Lisa Surihani
BULAN Ramadan belum lagi menjengah, namun kehangatan Hari Raya sudah mula dirasai sewaktu rakaman program istimewa sempena Aidilfitri pada bulan September kelak, berjudul Mega Raya Astro.
Suasana meriah Hari Raya sudah mula dirasai di studio 9, Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya apabila lagu-lagu raya dialunkan oleh bintang-bintang eksklusif Astro, di samping hiasan set dan penonton yang turut hadir dengan memakai baju raya masing-masing.
Bintang-bintang Astro yang terlibat di dalam program hiburan ini pula ialah Anita Sarawak, Erra Fazira, Sarimah Ibrahim, Akhil Hayy, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Farid Kamil dan Zoey.
Mengulas mengenai program yang akan disiarkan di Astro Ria pada malam raya itu nanti, kata penerbit eksekutif, Norazian Mohd Zahir, ini adalah kali pertama Astro mengadakan sebuah program raya dengan mengumpulkan artis-artis eksklusif mereka di dalam program itu.
Farid Kamil
"Walaupun artis-artis ini berada di bawah satu bumbung, tetapi mereka jarang bertemu antara satu sama lain. Jadi, menerusi program ini, secara tidak langsung kita dapat kumpulkan mereka, walaupun tidak semua artis Astro dapat menyertainya.
"Mega Raya ini menampilkan konsep intimasi, yang mana penonton juga dapat bermesra dengan artis-artis ini.
"Kita turut mengetengahkan juadah-juadah raya yang lama serta nyanyian lagu raya oleh artis-artis terbabit," kata Norazian yang ditemui pada rakaman program itu, baru-baru ini.
Menariknya, kata Norazian, artis-artis yang bukan penyanyi seperti Farid Kamil, Lisa Surihani dan Aaron Aziz juga akan menunjukkan bakat mereka menyanyikan lagu-lagu raya.
Antara lagu-lagu yang akan disampaikan oleh mereka ialah Selamat Hari Raya (Farid), Suasana Hari Raya (Farid dan Lisa) dan Seloka Hari Raya (Sarimah, Lisa, Zoey, Farid dan Aaron) dan Balik Kampung (Aaron dan Zoey).
Lagu-lagu yang akan didendangkan oleh artis-artis Astro lain pula ialah Joget Aidilfitri (Erra), Satu Pagi Di Hari Raya (Akhil), Gema Lebaran (Erra) dan Selamat Hari Raya (Anita).
Anita Sarawak
"Pada awalnya, artis-artis seperti Lisa, Farid dan Aaron agak risau juga untuk menyanyi. Maklumlah, kita semua tahu bakat mereka lebih ke arah lakonan. Tetapi setelah kami pujuk, mereka akhirnya bersetuju.
"Lagipun, ini adalah sekadar suka-suka. Dari segi lagu, kami bantu mereka pilih. Apa yang pasti, lagu-lagu tersebut juga adalah yang kita sudah biasa dengar.
"Mereka cukup 'sporting' walaupun program ini memerlukan mereka menyanyi secara 'live'," kata Norazian.
Program yang akan bersiaran pada pukul 11 malam itu bukan saja akan disajikan dengan persembahan menarik oleh artis-artis Astro, malah penonton di studio juga berpeluang untuk membaca kad ucapan raya bersama-sama selebriti tersebut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 12:24 pm | |
| Eja: Saya bukan tidak mampu ada zuriat selama ini
JAUH di sudut hatinya, Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja akui lega setelah membuat pengakuan tentang status dirinya yang sudah pun bergelar isteri sejak kira-kira 10 tahun yang lalu.
Meskipun aktres jelita ini tidak pernah mengiyakan mahupun menidakkan tentang statusnya itu sebelum ini, namun kerana memikirkan kandungannya yang sudah mencecah tujuh bulan, Eja terpaksa akur untuk menceritakan tentang rumahtangga yang dibina bersama suami, Mohd Silahuddin Jamaluddin, bagi mengelakkan sebarang fitnah terhadap anak yang dikandungnya itu.
Dan pelakon berusia 37 tahun ini melahirkan rasa bersyukur kerana pendedahan tentang status dirinya itu baru-baru ini tidak dipandang serong oleh masyarakat kerana Eja sendiri pada awalnya sudah bersedia andai kata pelbagai kritikan singgah pada dirinya gara-gara terlalu 'berahsia' tentang rumahtangganya sejak sekian lama.
"Apapun, saya tidak akan tersentuh hati jika ada pihak yang bercakap tentang perkara ini kerana saya merasakan perjalanan hidup saya ini telah ditentukan oleh Allah.
"Asalkan jangan sampai menimbulkan kontroversi pula, sudahlah. Lagipun selama ini, tidak pernah saya cakap 'no komen' andai kata ada orang bertanyakan tentang status saya...saya tidak mengesahkan atau menafikan pun.
"Saya sedar, memang sebelum ini ramai sebenarnya yang sudah tahu status sebenar saya, termasuklah pihak media. Gambar perkahwinan saya dan suami juga pernah tersebar luas di Internet.
"Tapi saya bersyukur, saya tidak berdepan dengan tekanan daripada media untuk mengetahui tentang cerita sebenar walaupun saya tahu bila-bila masa saja mereka (media) boleh menulis tentang status sebenar saya yang sudah berkahwin.
"Tetapi selama 10 tahun ini, setiap kali keluar bersama kakak ipar, saya sentiasa mengaku dia adalah kakak ipar saya apabila ada peminat bertanya ketika bertemu kami.
"Cuma peliknya, bila setiap kali keluar dengan suami, tak ada pula orang bertanyakan pada saya siapa lelaki yang berada di sisi saya itu. Mungkin juga mereka pun dah tahu itu adalah suami saya, cuma malas untuk bertanya.
"Saya hargai privasi tersebut. Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya bukannya menyorokkan cerita sebenar, cuma tidak bercerita pada umum saja," kata Eja dalam nada ceria.
Sudah masa untuk mempunyai anak sendiri
Bercerita tentang kandungannya kini, kata Eja, dia akui tidak sabar menantikan detik bergelar ibu yang mana dia dijangka akan melahirkan anak sulungnya itu pada September ini.
"Saya rasa seronok sangat, baru rasa hidup ini lengkap. Selama 12 tahun berada dalam industri ini, saya akui saya meletakkan karier di tahap tertinggi. Sebab itu saya tidak bersedia untuk menjadi seorang ibu ketika itu.
"Bukan saya tidak mampu ada zuriat selama ini walaupun ramai yang beranggapan saya tidak ada rezeki lagi untuk ada zuriat sendiri. Saya sendiri yang sebenarnya belum bersedia.
"Saya tidak mahu hanya memegang gelaran ibu, tetapi tidak menggalaskan tanggungjawab dengan baik," kata Eja.
Menurut pelakon ini, hatinya tergerak untuk mempunyai sebuah keluarga yang lengkap sewaktu menjalani penggambaran drama Tasbih Cinta arahan Erma Fatima di Mekah tahun lalu.
"Sewaktu di Mekah dulu, saya sempat menjalani ibadah umrah. Dan ketika berada di sana, tiba-tiba saya rasa sebak dan sedih. Terdetik di hati saya untuk rasa kehidupan yang lain dan saya rasa bersedia untuk menjadi ibu.
"Mungkin sudah namanya rezeki, akhirnya setelah pulang dari bercuti di luar negara bersama suami selama tiga minggu pada akhir tahun lalu, saya disahkan hamil empat minggu pada Januari lepas.
"Memang tidak tergambar perasaan gembira saya dan suami ketika mendapat berita tentang kehamilan itu. Insya-allah, September ini saya akan bergelar seorang ibu," kata Eja yang turut mempunyai dua anak tiri, Khatijah, 17 dan Shane, 13, hasil perkahwinan pertama suaminya dulu.
Tuturnya, buat masa ini, dia hanya berehat dan tidak terlibat dalam mana-mana penggambaran kerana ingin memberi tumpuan terhadap kandungannya.
"Teruk juga alahan yang saya alami. Sebelum ini, saya memang mengalami asma (lelah), tetapi sejak mengandung, asma semakin teruk. Doktor pun agak risau dengan keadaan saya.
"Tapi nasib baik 'baby' dalam kandungan sihat. Bagi saya, mungkin ini adalah rahmat dari Allah...mungkin saya berdepan dengan kesukaran sewaktu mengandung, tapi siapa tahu jika proses bersalin kelak berjalan dengan mudah. Minta-minta begitulah," katanya yang ingin merahsiakan dulu jantina bayi itu.
Ditanya tentang perancangannya selepas ini, kata Eja, dia akan terus berehat sehingga November depan dan akan kembali ke lokasi penggambaran drama Tasbih Cinta selepas itu.
"Aktiviti seni akan bergerak seperti biasa nanti. Cuma bezanya, jika dulu saya meletakkan karier di tahap tertinggi, kali ini kena bijak bahagikan masa antara kerjaya dan keluarga," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 12:27 pm | |
| Radhi OAG nafi lafaz talak, Shazlin disahkan masih isteri RADHI bertengkar dengan Shazlin selepas mahkamah mengesahkan mereka masih pasangan suami isteri di pekarangan Mahkamah Syariah Petaling Jaya semalam.
PETALING JAYA - Perang mulut tercetus antara vokalis kumpulan OAG, Mohd. Radhi Razali (Radhi OAG) dan isterinya, Shazlin Shariff selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam mengesahkan mereka masih pasangan suami isteri yang sah.
Kejadian berlaku di luar pekarangan mahkamah apabila Radhi, 32, menyerbu ke arah Shazlin, 31, sambil menyindir isterinya itu sebagai 'pelakon wanita terbaik'.
Radhi juga menuduh Shazlin mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sebagai alasan untuk bercerai dan meminta Shazlin membuat pengakuan di hadapan wartawan serta menyuruhnya menelefon lelaki berkenaan yang juga bekas suami seorang pelakon.
Shazlin yang pada mulanya tenang akhirnya hilang sabar dengan gelagat Radhi sehingga tercetus perang mulut sesama mereka.
Dia juga beberapa kali mencabar Radhi supaya menceraikannya tetapi tidak dipedulikan.
Selepas adegan panas itu berterusan selama 15 minit, Shazlin berjalan memasuki kereta Proton Waja miliknya untuk beredar tetapi ditahan oleh Radhi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 12:52 pm | |
| Yasmin buat saya menangis lagi
TAN YEW LEONG (kiri) sudah tentu akan merasakan kehilangan isterinya, Allahyarham Yasmin Ahmad yang menghembuskan nafas terakhir pada 25 Julai lalu. 3:06 pagi, 26 Julai Saya masih belum melelapkan mata. Sekejap tadi, dalam perjalanan pulang dari hospital, saya menangis teresak-esak.
Saya sudah menangis sebelumnya, tetapi tidak sekuat tadi. Di laman facebook, rata-rata menuliskan Al-Fatihah. Saya seperti disedarkan.
Benar sungguh, Yasmin Ahmad sudah tiada. Sebelum pulang tadi, saya sendiri melihat bagaimana suaminya meratapi ketika jenazah dibawa keluar dari ICU.
Saya pasti apa yang dirasai Tan Yew Leong ketika itu lebih pedih daripada apa yang saya dan yang kita semua rasakan atas kehilangannya.
Yasmin Ahmad bukan saudara kandung saya.
Saya tiada pertalian darah dengannya. Tetapi untuk sekali ini, benarkan saya 'melanggar' sedikit batas profesionalisme perhubungan kami.
Ia bukan sekadar hubungan seorang wartawan dengan seorang karyawan. Izinkan saya bercerita.
Saya mengenali Yasmin sekitar tahun 2004. Saya masih baru bergelar wartawan di KOSMO!.
Sebelum itu, saya hanya membaca tentangnya dan menonton Rabun dalam slot Cerekarama TV3.
Saya ditugaskan menemu ramahnya mengenai filem Sepet yang ketika itu mendapat banyak potongan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia. Yasmin berkeras enggan menayangkannya di pawagam. Pada sesi temu ramah itu, saya disambut ramah dengan seteko air teh.
Bercerita dengannya seperti sudah berpuluh-puluh tahun kenal.
Antara kata-katanya yang masih saya ingat: "Saya buat filem kerana ibu bapa saya. Tak apalah kalau orang tak suka, asalkan orang tua saya bahagia."
Saya kemudian diajak menonton versi asal Sepet di panggung kecil di pejabatnya di Leo Burnett. Saya dibiarkan berseorangan.
Bila filem tamat, Yasmin datang bukakan lampu. Mata saya bengkak. Dia senyum, memeluk saya sambil berkata: "Cengeng!"
Keakraban kami mula tumbuh sejak itu. Apabila Yasmin akhirnya berlembut mahu menayangkan Sepet di pawagam, sayalah orang yang paling kuat mencanangkan kepada rakan-rakan supaya menonton.
Saya sendiri pergi ke panggung tiga kali. Setiap kali ada berita terbaru mengenai Yasmin, sayalah orang yang menulisnya.
Sampai ada yang mempersenda saya 'wartawan residen' Yasmin Ahmad, tetapi saya tidak peduli.
Dan saya juga tidak kisah menerima SMS daripadanya yang selalu datang lewat malam.
Idea-idea yang mahu dikongsinya bersama, rasa syukurnya tentang kemenangannya di festival-festival, mahupun sekelumit kekecewaannya terhadap beberapa pihak yang tidak penat menyakiti.
Dia juga betah mengajak saya ke pejabatnya. Saja-saja datang minum teh, atau makan tengah hari, atau tonton iklan terbaru arahannya, bukan atas dasar kerja (okey ada waktu saya mengaku saya sendiri yang menawarkan diri, tetapi dia tidak pernah berkata tidak).
Sebelum balik, dia akan bekalkan lagu-lagu simpanannya, ada juga lagu dari filem-filemnya seperti Hujan dan Ne Me Quitte Pas.
Waima, ketika saya putus cinta pun, dia menawarkan telinga untuk mendengar.
Satu perkara yang saya belajar daripadanya, dia ada menasihat, tetapi langsung tidak pernah menilai atau menjatuhkan hukuman.
Apatah lagi mengajar untuk membenci dan berdendam.
Sejak Sepet, kemudian Gubra, Mukhsin, Muallaf sampailah ke Talentime, saya antara pengunjung tetap panggung kecil di Leo Burnett itu.
Baru habis penggambaran, baru siap suntingan kasar, saya sudah meminta untuk menonton.
Sekali lagi, permintaan saya tidak pernah dihampakan.
Saya masih ingat, saya sanggup berpanas terik di Tanjung Karang, Selangor untuk meninjau lokasi Mukhsin.
Kalau tentang Yasmin, saya tidak perlu menunggu arahan editor untuk tugasan. Saya yang merelakan diri.
Begitu juga semasa penggambaran filem Muallaf di Ipoh, Perak. Saya masih mahu pergi melaporkan Sharifah Amani membotakkan kepala, walaupun hari itu merupakan hari terakhir saya bertugas di KOSMO!.
Pertengahan bulan Ogos tahun lalu, saya tersenyum macam kerang busuk bila Yasmin menghantar SMS yang tertulis: "Yang, you nak tak berlakon Talentime? Jadi judge, along with Jason Sepet and few others?"
Saya tidak sangka, gurauan lama saya masih dia ingat. Saya tidak kisah jadi pak pacak!
Biar tiada dialog, biar hanya beberapa saat kemunculan di layar, saya berterima kasih, hasrat saya yang mengada-ngada itu ditunaikannya.
Saya pasti, hari ini, bukan ibu bapanya saja yang bahagia menonton filem-filemnya, tetapi kita juga.
Lebih daripada itu, kita akan merindui iklan-iklan hari raya, merdeka, Gong Xi Fa Cai dan segala macam perayaan, hasil sentuhannya.
Yasmin, mampukah kami mencari penggantimu?
Saya pernah menulis perkataan ini semasa mengulas filem Mukshin - Yasmin tidak pernah gagal membuat saya menangis.
Hari ini, Yasmin buat saya menangis lagi. Kali ini bukan kerana filem-filemnya, tetapi kerana dia sudah meninggal dunia.
Al-Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad. Kami pasti akan merinduimu...
SYAZWAN ZAKARIAH merupakan bekas wartawan hiburan KOSMO! yang kini bertugas sebagai penyampai dan pengarang hiburan Astro Awani. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 1:00 pm | |
| Saya tak mahu syok sendiri - Raja Azmi
Raja Azmi KEBIASAANNYA pemilihan pelakon-pelakon yang bakal membintangi sesebuah filem ditentukan sama ada oleh penerbit ataupun pengarah. Namun, berlainan pula dengan filem yang cukup kontroversi, ...Dalam Botol, yang memberikan tanggungjawab tersebut kepada peminat filem. Mungkin kedengaran agak janggal, namun tidak kepada penerbit filem itu sendiri. Siapa lagi kalau bukan Raja Azmi Raja Sulaiman. Enam nama telah dikenal pasti. Tiga untuk watak Ghaus iaitu Norman Hakim, Fauzi Nawawi dan Wan Raja. Manakala tiga lagi yang tersenarai untuk merebut watak Ruby ialah Adi Putra, Kefli AF3 dan Arja Lee. Bertemu Raja Azmi pada majlis memperkenalkan enam calon pelakon utama filem itu baru-baru ini, beliau memberitahu pemilihan pelakon menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), kerana ingin berkongsi pandangan dan pilihan daripada peminat filem sendiri. "Saya hanya ingin berkongsi siapa pelakon yang dikehendaki oleh peminat. Saya akui, dahulu kebanyakan filem-filem yang saya buat banyak yang syok sendiri. Malah, saya tidak peduli pandangan atau nasihat daripada orang lain. "Kali ini saya buat filem untuk orang ramai iaitu peminat industri filem. Saya tak mahu lagi buat filem ikut selera saya sahaja. "Bukan itu sahaja, malah dalam filem ini nanti tiada lagi pelakon-pelakon yang merupakan ahli keluarga saya," kata Raja Azmi berterus terang. Pemilihan dilakukan menerusi Peraduan Mencari Watak Ghaus & Ruby Bersama Murai.com.my mulai 27 Julai hingga 17 Ogos. Caranya mudah sahaja, layari laman sesawang murai.com.my dan pilih klip video pelakon yang menjadi pilihan anda. Menyentuh mengenai tajuk asal filem itu Anu Dalam Botol yang terpaksa ditukar kepada ...Dalam Botol atas arahan Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana tidak mahu timbul kontroversi, Raja Azmi berkata; "Memang kami terpaksa ubah tajuknya sejak Jun atas permintaan LPF. Malah, ada juga beberapa bahagian cerita terutama yang melibatkan adegan yang dilabelkan oleh sesetengah orang sebagai 'keterlaluan' terpaksa dikurangkan." "Terus terang, saya tidak anggap sesuatu isu yang diperkatakan tentang filem ini sebagai perkara yang negatif atau gangguan terhadap proses pembikinannya. "Sebaliknya, saya lihat ia sebagai satu elemen tambahan yang secara tidak langsung membantu mempromosikan filem saya." Biarpun terpaksa melakukan perubahan, namun menurut Raja Azmi, ia langsung tidak mengganggu mesej yang ingin disampaikan dalam filem tersebut. Tegasnya, apa yang ingin disampaikan bukan bertujuan menggalakkan cara hidup songsang antara lelaki yang menjurus kepada biseksual dan transeksual. Bercerita lanjut tentang filem tersebut, jelasnya, idea menghasilkan filem tersebut tercetus setelah mendengar cerita daripada seorang kenalan yang menukar jantina melalui pembedahan. Rasa sedih, terharu dan kasihan mendorong dirinya menghasilkan filem tersebut sebagai perantaraan yang dirasakannya paling baik dalam menterjemah baik dan buruknya melakukan pembedahan jantina. "Cerita ini berdasarkan kisah benar. Saya bukan cuba nak ubah pandangan masyarakat tetapi niat saya nak jadikan kisah ini sebagai tauladan. "Inilah satu-satunya cara terbaik untuk saya bagi tahu tentang 'derita' mereka yang dah tukar jantina apabila ingin kembali semula ke jantina asal. "Apa yang saya ingin katakan, jangan korbankan jiwa hanya kerana cinta di mana akhirnya akan memakan diri. Sesiapa yang ada hasrat untuk buat begitu, fikirkanlah kesannya kelak," katanya. Watak Ruby dan Ghaus milik siapa?Sekilas mengenai filem tersebut, Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus merupakan pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identitinya kepada Ruby. Bukan calang-calang pengorbanan yang dilakukan Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun, pengorbanan Ruby tidak dihargai apabila Ghaus menyingkir Ruby dari hidupnya. Kerana kecewa, Ruby kembali kepada identiti asal sebagai Rubidin. Bertemu Dina, hidup Rudibin kembali ceria namun terpaksa berhadapan dilema yang tiada berkesudahan. Bintang Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Kefli antara nama yang disenarai pendek sebagai calon pelakon yang bakal memegang watak Ruby bersaing dengan dua lagi pelakon iaitu Adi Putra dan Anja Lee. "Sebenarnya masa mula-mula nak pergi casting saya rasa takut juga. Salah satu sebab saya belum pernah casting dan kedua, inilah pertama kali saya cuba watak perempuan. "Bagi saya watak Ruby agak berat, banyak perkara yang boleh mengundang kontroversi. Bagaimanapun, saya ingin mencuba sesuatu yang baru dan sekiranya terpilih, saya memang sudah bersedia," katanya. Norman Hakim, Fauzi Nawawi dan Wan Raja adalah nama-nama yang tersenarai sebagai calon akhir yang bakal berentap merebut watak Ghaus. Bagi Norman Hakim yang cukup berpengalaman dalam bidang lakonan sudah tentu tiada masalah menzahirkan apa jua watak. Bagaimanapun Norman tidak menafikan agak sukar sedikit melakonkan watak lelaki yang suka lelaki dan terpaksa mengurat sehingga dapat. "Jika melakonkan watak lelaki suka pada perempuan memanglah tak ada masalah, tapi kali ini saya pergi casting terpaksa berlakon mengurat lelaki. "Secara peribadi, saya nampak ada nilai moral dalam cerita ini. Walaupun pada tajuknya kedengaran sedikit kontroversi tetapi dari segi jalan cerita, bagi saya tiada cacat celanya. "Watak ini agak sukar terutama apabila nak kena timbulkan perasaan suka kepada lelaki. Bagaimanapun, watak Ghaus tidak kritikal seperti watak Ruby yang ada banyak dimensi. "Dalam fikiran saya memang dah set, kalau terpilih saya memang sudah bersedia," katanya. Seorang lagi calon pelakon watak Ghaus, iaitu Wan Raja yang sebelum ini pernah menjalani uji bakat bersama rakannya yang juga seorang pelakon, Aizat Jasmin, menganggap ini peluang terbaik buatnya mencuba sesuatu watak yang cukup mencabar. "Peluang sebegini bukan selalu ada. Walaupun tidak berasa takut tetapi saya sedikit rasa rendah diri. Apatah lagi, dua lagi pelakon yang menjadi lawan saya untuk merebut watak Ghaus merupakan dua pelakon yang berpengalaman. "Ketika ke tempat casting, apa yang saya fikirkan untuk watak Ghaus ialah perlu seksikan diri untuk mengurat lelaki. Tapi apabila baca semula skripnya, ternyata cerita ini bukan seperti apa yang saya fikirkan. "Ia ada banyak nilai moral yang saya rasa banyak memberi kesedaran kepada masyarakat," kata pelakon yang bakal muncul menerusi tele-filem Kasih di Astro Prima tidak lama lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 1:07 pm | |
| Akhil janggal hidup solo
WAHEEDA yang kini mendiamkan diri dan sukar untuk dihubungi dikatakan tertekan dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.
DIA mesra menyapa kehadiran pihak media yang mengerumuninya sebelum rakaman program Astro Mega Raya terbitan Astro baru-baru ini.
Masakan tidak, dia merupakan sasaran utama dalam senarai artis yang terlibat dalam program berkenaan untuk ditemuramah sementelah selepas dia menduda.
Pastinya, 15 Julai lalu akan terpahat dalam diari hidup Akhil Mohd. Hai atau lebih dikenali dengan nama komersial, Akhil Hayy apabila dia harus membuat keputusan yang seboleh-bolehnya perkara paling akhir yang akan dilakukannya.
Umum pastinya sudah mengetahui perkahwinan yang dibina selama 13 tahun menemui titik noktah apabila Akhil menceraikan isterinya, Maizawati Zainal dengan talak satu selepas pergolakan rumah tangga yang hangat diperkatakan sejak beberapa bulan yang lalu.
Semuanya gara-gara Akhil dikatakan cuba menyembunyikan kebenaran apabila dikatakan sudah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon, Waheeda sehingga menyebabkan bekas isterinya tampil ke pihak media dan membuka kisah rumah tangga mereka.
Namun, bagaikan kata empunya diri, apa sahaja yang berlaku semuanya sudah ditentukan oleh Yang Maha Esa dan sebagai hambaNya dia reda menerima yang tertulis untuk dirinya.
"Alhamdulillah, keadaan saya sekarang okey dan tiada masalah. Saya harus meneruskan perjalanan hidup saya ini kerana saya perlu terus bekerja demi anak-anak saya.
"Saya juga harus akui bahawa ada juga berasa sedikit janggal sejak kembali solo ini biarpun selama ini pun saya banyak bermusafir atas nama dakwah yang saya perjuangkan," demikian kata Akhil yang membuka bicaranya pada malam itu.
Dari raut wajahnya, langsung tidak menunjukkan sebarang kedukaan di sebalik apa yang telah berlaku, sebaliknya, dia masih lagi mampu tersenyum dan menjawab pertanyaan media dengan baik.
Malah, dia juga sempat bergurau di sebalik jawapan yang diberikan apabila persoalan demi persoalan diajukan kepadanya.
Dalam gurau ada tegasnya dan Akhil berkali-kali menekankan bahawa perceraiannya dengan Maizawati bukanlah disebabkan oleh Waheeda yang dikatakan menjadi orang ketiga sehingga berlaku perceraiannya.
Semuanya bermula apabila Akhil dan Waheeda dikatakan sudah pun bernikah secara senyap dan terus menafikan perkhabaran itu sehingga memaksa Maizawati tampil kepada pihak media.
Akhil juga kesal dengan tindakan Maizawati yang dilihat cuba meraih populariti dan simpati orang ramai apabila ia dipaparkan dengan meluas di media.
Bukan itu sahaja, dia juga melahirkan kekesalan terhadap sebuah stesen televisyen yang dilihat cuba memanipulasi kenyataannya di samping terus menghangatkan lagi kisah itu walaupun selepas bercerai.
"Dia (Maizawati) harus fikir apa yang berlaku ketika itu dia masih lagi menjadi isteri saya. Sepatutnya masalah rumah tangga dibincangkan di rumah dan sama-sama mencari penyelesaiannya.
"Saya harus akui memang ada ketikanya saya sukar untuk dihubungi tetapi itu bukan bermakna dia boleh melakukan perkara sesuka hati dan pergi ke media untuk mengadu.
Berasa sedih
"Harus diingat, jangan jadikan pihak media sebagai pejabat kadi untuk menyelesaikan masalah rumah tangga kerana implikasinya sangat buruk," katanya dalam nada serius.
Sambungnya lagi, dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengaibkan sesiapa dan meminta mana-mana pihak jangan mencabar dirinya untuk mengelakkan kebenaran terbongkar.
Namun begitu, dia tekad mahu menutup kisah lama dan memulakan penghidupan baru di samping anak-anaknya.
Dalam masa yang sama, dia mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro yang begitu memahami kemelut yang dihadapi sepanjang beberapa bulan ini sehingga sanggup merehatkan seketika penggambaran program Cafe Akhil Hayy.
Dalam perbualan itu, Akhil turut diusik oleh pihak media apakah dia sudah menemui pengganti, sambil merenung jauh, Akhil enggan memikirkan perkara itu kerana baginya, jodoh pertemuan semuanya urusan Yang Maha Esa sekalipun jodohnya ditakdirkan dengan Waheeda.
"Apa yang saya mahu lakukan sekarang adalah mahu menumpukan perhatian kepada karier dan mengenai soal jodoh itu, saya serahkan kepadaNya," ujarnya ringkas.
Jelas Akhil, dia juga berasa sedih apabila penyanyi lagu Wassini itu tidak henti-henti ditohmah dan dicaci sedangkan berkali-kali dia menegaskan, hubungannya dengan penyanyi itu tidak lebih daripada seorang kawan.
Malah, sepanjang pergolakan rumah tangganya hangat diperkatakan, bukan sahaja Waheeda tetapi keluarga artis itu turut menerima tempiasnya dengan kata-kata nista masyarakat.
"Disebabkan itu, Waheeda sering kali jatuh sakit dan tertekan sehingga menyebabkan dia tidak mampu untuk keluar rumah buat masa ini.
"Cukup-cukuplah dengan apa yang ditanggungnya selama ini. Sehingga kini pun, dia masih lagi tidak sihat dan harap selepas apa yang berlaku, tidak akan ada lagi yang menuding kesalahan kepadanya.
"Dia cuma mahu mencari arah kepada yang lebih zuhud dan sebagai pendakwah, itu adalah tugas saya untuk membantunya," ujarnya apabila ditanya mengenai perkembangan terkini artis itu yang mendiamkan serta menghilangkan diri buat masa ini.
Tidak dinafikan, selepas apa yang berlaku imejnya sebagai pendakwah sedikit terjejas dan penuh optimis, Akhil memberitahu, semuanya itu adalah ujian Allah kepadanya.
"Saya banyak muhasabah diri saya untuk memperbaiki segala kelemahan untuk menjadi manusia yang lebih baik kerana kita bukanlah sempurna," katanya yang akan tampil dengan album terbarunya yang kini masih dalam pembikinan. |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 5:00 pm | |
| - azwin wrote:
- Eira Syazira, Yatt Hamzah Dalam Drama Jejak di TV2
JEJAK : MUSTIKA @ 2 PADA 31 JULAI 2009, JAM 10.00 PAGI DI TV2
Sebuah lagi drama terbitan Television Airtime Services menemui penonton setia saluran Dunia Ria TV2 dengan mengetengahkan plot cerita menarik kisah seorang pemuda cuba membongkar misteri kehilangan teman wanitanya di hutan.
Dibintangi pelakon-pelakon terkenal Fezrul Khan, Raja Azrey, Aishah Mohd Desa, Eira Syazira, Yatt Hamzah, Fetty Dzul dan Zack Taipan, drama Jejak mengisi slot Mustika @ 2 pada 31 Julai 2009 (Jumaat), jam 10.00 pagi disiarkan di TV2 Jejak bermula dengan watak Saiful yang kehilangan kekasihnya Rika di dalam satu ekspedisi perkhemahan satu ketika dahulu sering bermimpi. Mimpinya itu membuatkan Saiful bernekad untuk masuk ke dalam hutan tempat kejadian bagi menjejak Rika yang hilang. Ekspedisi kali ini melibatkan kawan-kawannya yang lain iaitu Kudin, Aishah, Yus dan Mimi.
Pelbagai cabaran serta kejadian misteri berlaku semasa mereka berada di dalam hutan. Walaubagaimanapun Saiful tetap melaluinya dengan tenang dan sabar. Saiful sering di ganggu oleh bayangan Rika yang sentiasa di dalam fikirannya sehinggalah dia menemui beberapa tanda serta alamat yang menyatakan Rika masih hidup.
Pencarian mereka mula bermasalah apabila seorang demi seorang hilang dan di temui mati di dalam hutan. Ini telah menambahkan tekanan kepada Saiful sehinggalah muncul seorang lelaki tua menceritakan segalanya. Rika yang dijejaki sebenarnya sudah mati dan ada dalang yang melakukan semua itu.
Siapakah dalang yang dicari-cari Saiful itu? Jangan ketinggalan menyaksikan Jejak mengisi slot Mustika @ 2 pada 31 Julai 2009 (Jumaat), jam 10.00 pagi disiarkan di TV2.
mekna asiah mat desa tu kawn aku. xsangka da glmer dia. tapi da berubah smpi lupa sapa aku.huhu |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 28 Jul 2009, 5:05 pm | |
| oyeker???? hang itu la xmau berlakon dh..dh pencen ek tgk kwn hang dh glamour ape!! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 29 Jul 2009, 10:27 am | |
| Sarimah sudah puas menangis!
"Sebenarnya sebelum melangkah keluar dari rumah, saya telah menangis sepuas-puasnya dan apabila berada di tempat kerja, saya akan melemparkan senyuman seolah-olah tiada apa yang berlaku" – SARIMAH
TIGA tahun tempoh yang terlalu singkat, namun dalam tempoh itulah juga pengacara Sarimah Ibrahim sempat berkasih-sayang dan bahagia bergelar isteri kepada lelaki mualaf, Amir Andrew Abdullah.
Apabila rumah tangga yang dibina selepas bercinta hampir sembilan tahun berkecai Disember tahun lalu, tiada apa yang boleh dikatakan wanita berdarah Melayu-Ireland itu selain menangis kesedihan.
Namun, Sarimah yang sentiasa nampak ceria di depan kaca televisyen bijak menyembunyikan kisah cerainya itu kerana dia menyimpan segala dukanya seorang diri.
"Semasa bercerai, jadual kerja saya sangat sibuk dan ketika itu saya sibuk dengan Diari Akademi Fantasia, jadi saya dapat lupakan kesedihan dan memberi tumpuan kepada kerja.
"Sebenarnya sebelum melangkah keluar dari rumah, saya telah menangis sepuas-puasnya dan apabila berada di tempat kerja, saya akan melemparkan senyuman seolah-olah tiada apa yang berlaku. Saya tak mahu orang melihat saya bersedih," ujarnya.
MENYIBUKKAN diri dengan kerja mampu membuatkan dia melupakan segala duka.
Seperti mana wanita yang lain, penceraian juga amat perit buatnya dan meskipun kini sudah genap enam bulan hidup sendirian, jujur dia mengakui masih tidak dapat menyesuaikan diri.
Katanya, bukan mudah untuknya menerima hakikat yang kini dia bukan lagi isteri orang. Malah, jika bersendirian di rumah, jiwanya mudah sahaja runtun mengenangkan bekas suami dan kehidupan sendiri yang bakal dilewati.
"Saya dan bekas suami masih lagi berkawan, jadi bila duduk sendirian pastinya teringat balik kepada memori yang dulu. Bila tersedar itu realiti saya akan sedih, tetapi saya bersyukur kerana apabila kerja banyak saya dengan mudah lupakan semua perkara yang sedih. Saya juga terkejut, apabila saya bertukar status tiba-tiba sahaja rezeki datang mencurah-curah, tidak menang tangan saya dibuatnya," ungkapnya lagi.
Meskipun tidak mempunyai sebarang hubungan lagi, Sarimah mengakui tiada sebarang perasaan dendam ataupun benci terhadap bekas suaminya.
SENYUMAN dilemparkan bagi menyembunyikan kedukaan.
Bagaimanapun dia mengakui status perceraian membuatkan dia sedikit kekok untuk berkawan dengan bekas suami memandangkan kini segalanya berbeza.
"Tidak ada perasaan benci atau dendam. Tapi saya akui, memang agak kekok juga sebab kami bukan lagi suami isteri, ada batasannya. Bagi saya, cara yang terbaik untuk terus berkawan dengannya ialah cuba menjarakkan diri daripada dia.
"Saya juga sentiasa berharap dia akan jumpa wanita yang sesuai dan jodoh mereka akan panjang," luahnya jujur.
Dalam pada itu, Sarimah akui, kehadiran Ramadan tidak lama lagi pasti sedikit sukar buat dirinya kerana perlu menyambutnya tanpa ketiadaan seorang lelaki bernama suami di sisi.
"Saya masih dalam proses untuk menyesuaikan diri sebenarnya. Bila dah terbiasa duduk bersama, pasti terasa lain. Mungkin bulan puasa nanti, saya akan sentiasa berbuka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan. Keluarga juga sudah tinggal dengan saya sekarang," katanya.
Tangkap Muat
Bercakap soal status janda, wanita berusia 31 tahun ini tidak menganggap ia sebagai satu bebanan cuma kini, dia masih belum bersedia untuk menerima lelaki baru dalam hidupnya.
"Semua rakan-rakan dan keluarga cukup memahami keadaan saya. Lagipun, saya bukannya terlalu membesar-besarkan tentang hal perceraian ini. Bagi saya tidak semua orang bernasib baik dalam hubungan rumah tangga, ada orang jodohnya panjang dan ada pula yang tidak.
"Sudah menjadi adat, bila sudah kembali solo, ramai juga yang sering bertanya sama ada saya sudah ada 'orang baru' atau tidak. Saya rasa, saya kena bercinta dengan diri sendiri dulu, baru boleh bercinta dengan orang lain.
"Buat masa ini, lebih baik fokus pada kerja saja kerana kalau nak bercinta pun tidak sesuai sebab saya ni sibuk sangat," bicaranya sambil tertawa.
Selain sibuk di depan kaca televisyen, nampaknya kini, Sarimah mula berjinak-jinak pula dengan kerja-kerja belakang tabir.
Buat pertama kalinya, dia bukan sahaja menjadi pengacara bahkan turut menjadi pembantu penerbit dalam program terbaru terbitan Astro yang berjudul Tangkap Muat.
Program yang akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi itu benar-benar menguji kemampuannya melakukan dua kerja sekali gus.
"Sebelum ini, saya buat skrip sahaja, tidak terlibat dengan kerja yang lain. Tetapi kali ini dalam Tangkap Muat programnya sedikit berbeza, ia sebuah program yang akan mengubah penampilan seseorang, senang cakap 'make-over'. Saya turut terlibat dari segi konsep dan skrip program ini.
"Apa yang menariknya, program ini setiap peserta akan diubah pakaian atau pun rambut. Semua perubahan itu akan dilakukan oleh dua orang perunding iaitu Zulfazli dan pereka fesyen, Rizalman.
"Dalam program sebanyak 13 episod ini, peserta-peserta juga bukan hanya terhad kepada wanita, tetapi lelaki juga," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 29 Jul 2009, 10:28 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 29 Jul 2009, 10:43 am | |
| Lelaki takut dampingi Sarimah Ibrahim!
Sarimah masih belum menemui lelaki idamannya kerana kebanyakkan mereka masih malu-malu dengan Sarimah. - foto THE STAR oleh UU BAN SETIAP pasangan suami-isteri berharapkan mahligai hidup yang dibina bersama dapat berkekalan hingga ke akhir hayat. Apabila keserasian itu tidak wujud lagi, perpisahan adalah jalan terbaik yang boleh diambil. Itulah jalan yang dirintis oleh pelakon dan pengacara, Sarimah Ibrahim dan bekas suaminya, Amir Andrew Abdullah setelah hidup sebumbung selama tiga tahun. Pasangan itu mendirikan mahligai rumahtangga pada 13 Mei 2006 di Masjid Dublin, Ireland, namun tidak dikurniakan cahaya mata. Selepas perceraian akhir tahun 2008, masing-masing kini hidup bahagia kerana kasih sayang tidak bertukar menjadi benci. Seperti seekor burung terkurung yang dibebaskan dari sangkar, Sarimah kini "terbang" bebas di ruang angkasa menentukan destinasinya. Jika ditakdirkan menemui jodohnya, Sarimah tidak teragak-agak membuka pintu hatinya. "Secara jujur, saya mempunyai ramai kawan, baik lelaki dan perempuan. Jika dulu, ingat kawan saja atau potensi sebagai kawan ..tetapi kalau dijodohkan, Insya Allah. "Saya belum menutup 'pintu' cinta saya malah saya optimistik terhadap cinta," kata Sarimah pada sidang akhbar pelantikannya sebagai pengacara program realiti Amerika Syarikat, 'The Biggest Loser Asia' menerusi saluran televisyen Hallmark di Plaza Mont Kiara, semalam. Sarimah akan menjadi personaliti program realiti tersebut yang menampilkan 30 peserta dari negara-negara Asia berebut mendapatkan gelaran 'The Asian Biggest Loser' sekali gus meraih hadiah wang tunai USD100,000 (anggaran RM380 ribu). Menurut Sarimah, dia berharap Amir berjaya menemui teman hidup yang baru dan beroleh cahayamata. "At this moment, no serious potential candidate. Everyone is still shy with me. Too shy with me (Lelaki malu takut kepada saya....entah kenapa)," ujarnya yang berharap dapat mencari lelaki idamannya. Jelas Sarimah, jadual kerjanya yang cukup padat tidak mungkin mengizinkannya keluar dengan sesiapa kecuali orang produksi. Ini kerana katanya, dia kini terpaksa bekerja setiap hari untuk enam bulan berikutnya. Maklumlah, selain mengacarakan 'The Biggest Loser Asia', Sarimah turut terlibat dalam penggambaran drama bersama Erma Fatimah, rakaman video Mega Raya Astro dan rancangan bersama Aznil Nawawi. Sarimah memberitahu, dia juga sibuk membuat sesi fotografi untuk menghiasi muka depan majalah antaranya 'Glam' dan 'Jelita'. Ditanya sama ada rezeki mencurah-curah datang itu hadir selepas perceraian dengan Amir, Sarimah yang juga bekas hos Diari Akademi Fantasia musim ke-6 dan 7 berkata: "Tak tahulah , kalau kata tak, macam bohong aje. Kalau kata ya, itu terpulang kepada saya...Ini semua telah tertulis, sebagai orang Asia, sama ada orang Islam atau pengamal Feng Shui, malah apa pun agama yang anda peluk, ini adalah sejarah silam saya dan saya tidak mempunyai apa-apa idea mengenainya. "Kenapa ia berlaku? Tetapi saya berharap ia datang daripada kerja keras saya dan akhirnya saya berharap ia adalah berbaloi. Saya tidak pasti," jelas Sarimah yang mempunyai lebih 13 tahun pengalaman dalam pengacaraan rancangan televisyen, lakonan dan nyanyian. Menyingkap sejarah kerjayanya, anak kacukan Malaysia dan Irish ini memulakan kerjaya gilang-gemilangnya pada 1995, ketika berumur 17 tahun. Sarimah pada masa itu menjadi hos rancangan hiburan kanak-kanak 'The Attic Show' sebelum dia dikenali ramai. Mengenai lelaki pilihan hatinya adalah berupa lelaki tempatan ataupun bangsa asing, Sarimah berkata jodoh itu ditentukan Allah. "Susah nak pilih kerana saya betul-betul berdarah campuran. Orang Johor dan Ireland. Macam mana? It's not about me picking someone.. who's going to pick me? "Sarimah ni siapa? Saya tidak pernah berimaginasi saya ini besar sangat sehingga boleh memilih lelaki idaman saya... never in my life. "Saya hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya," kata Sarimah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 29 Jul 2009, 10:50 am | |
| Faizal AF4: Saya sengaja 'hilangkan' diri
Faizal masih aktif di dalam industri hiburan tanahair - foto THE STAR oleh RAJA FAISAL HISHAN
BERBANDING juara-juara Akademi Fantasia (AF) yang lain, Mohammad Faizal Ramly atau mesra disapa Faizal ini dikatakan adalah juara AF yang tidak 'menjadi'. Macam-macam cerita tidak enak sering didengari tentang juara AF musim keempat ini tidak lama dulu.
Dilemparkan tuduhan mengambil dadah serta tidak berdisiplin adalah antara kisah-kisah negatif yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.
Malah dakwaan seperti itu juga mengukuhkan andaian ramai bahawa faktor-faktor tersebut menjadi 'penyumbang' kuat mengapa Faizal tidak sebaris dengan juara-juara AF yang lain.
Bagi tuan empunya diri, dia hanya mampu tersenyum tatkala cerita-cerita itu kembali diimbas. Dalam nada perlahan, tutur Faizal, dia menganggap tohmahan seperti itu sebenarnya telah mematangkan dirinya, walaupun ia sedikit-sebanyak telah mencalarkan imejnya.
Namun begitu, penyanyi berusia 25 tahun ini tidak mahu terlalu memikirkan tentang hal-hal tersebut. Meskipun dikatakan semakin tenggelam, apatah lagi dia dilihat agak 'menyepikan' diri sejak kebelakangan ini, kata Faizal, dia tetap bersyukur kerana sehingga hari ini dia masih lagi mampu bertahan di dalam bidang ini.
"Sebenarnya, tidak pernah pun saya menyepikan diri, cuma saya akui, memang saya kurang publisiti terutamanya setelah keluar dengan album sulung pada Ogos tahun lalu.
"Saya sengaja nak 'hilangkan' diri. Apa yang saya maksudkan dengan 'hilangkan' diri itu ialah saya lebih suka mengatur karier dengan cara sendiri. Saya akui, ada pihak media yang mengadu sukar untuk menghubungi saya.
"Saya tidak nafikan perkara itu. Adakalanya saya tidak sempat menjawab panggilan mereka kerana kadang-kadang saya tidak menang tangan menguruskan karier seorang diri.
Selain menyanyi, Faizal juga turut berjinak-jinak dengan bidang lakonan
"Saya selalu 'travel' sendiri ke negeri-negeri lain untuk jayakan persembahan. Bukannya mudah untuk buat semua itu seorang diri. Sebab itu saya lebih suka buat 'hal' sendiri.
"Memang saya akui, publisiti amat penting bagi seseorang artis. Tetapi jika rezeki saya sudah ditentukan dengan cara seperti ini, saya terima saja," kata Faizal yang ditemui pada sidang media filem Momok The Movie, di Finas semalam.
Walaupun tidak banyak publisiti tentangnya, ujar Faizal, dia bagaimanapun sebenarnya masih lagi aktif di dalam industri ini dengan memenuhi undangan menjayakan persembahan.
"Alhamdulillah, saya masih banyak mendapat tawaran 'show', terutamanya di Johor Bahru dan Pulau Pinang. Penat juga ke sana ke mari dan uruskan segala-galanya sendiri.
"Bukan tidak mahu guna pembantu, tetapi saya lebih selesa buat sendiri. Cuma adakalanya, saya akan dibantu oleh Aida, yang merupakan presiden Faizal FC.
"Tetapi, apa yang paling penting, saya bersyukur masih lagi dapat membantu ibubapa saya. Itu saja yang saya harapkan. Saya tidak mahu glamor. Malah, saya tidak kisah kalau keadaan memaksa saya bermula dari bawah semula," tutur anak jati Terengganu ini.
Kata Faizal lagi, dia juga masih lagi di dalam proses menyiapkan sebuah projek album khas bersama Iklim, yang mana dia bertindak sebagai vokalis 'sementara' kumpulan itu. Setakat ini, lima buah lagu sudah siap dirakamkan dan tinggal tiga buah lagu lagi yang masih belum disiapkan.
Bukan saja masih ligat sebagai penyanyi, malah Faizal juga sudah melangkah setapak lagi dengan bergelar seorang pelakon. Kemampuannya di arena lakonan boleh disaksikan menerusi filem sulungnya, Momok The Movie arahan M.Jamil yang akan berada di pawagam pada hari raya pertama nanti.
Membawakan watak utama sebagai Adlin, kata Faizal, dia akui filem tersebut banyak memberikan pengalaman yang hebat terhadap dirinya.
Faizal dan kumpulan Iklim sedang di dalam proses menghasilkan sebuah album khas bersama
"Pada awalnya, memang saya akui agak sukar juga memandangkan ini adalah filem sulung dan lakonan pertama saya memegang watak utama. Saya sanggup mencuba kerana bagi saya, ini adalah rezeki.
"Seronok juga sebenarnya dapat berlakon. Sebagai orang baru, saya tetap bertanyakan pada ramai orang sama ada lakonan saya itu 'ok' atau tidak. Tetapi sejujurnya, saya teringin untuk berlakon lagi," katanya.
Filem itu turut membariskan pelakon-pelakon lain seperti Nabil Raja Lawak, Datuk Aziz Sattar, Abon, Leez AF4, Mimi Rahzia dan penampilan istimewa oleh seniwati tersohor, Datuk Sarimah.
Belum pun ditayangkan lagi, Faizal ditawarkan pula membintangi sebuah lagi filem yang bercorak romantik berjudul Pulau Asmara, yang mana sekali lagi Faizal diberi kepercayaan untuk membawakan watak utama.
"Filem ini merupakan arahan Utam Kumar, terbitan Ala Kazam Productions. Ia turut menampilkan pelakon Abby Aziz. Penggambaran filem ini juga sudah selesai dijalankan baru-baru ini,' ujarnya.
Ditanya adakah dia akan meletakkan fokus yang tinggi terhadap bidang lakonan pula selepas ini, dalam nada ceria, Faizal menjawab:
"Bagi saya, ini adalah rezeki. Selagi ada peluang, saya akan cuba. Lagipun, apa yang saya dapat sewaktu berlakon juga sebenarnya boleh digunakan ketika menyanyi, terutamanya dari segi cara penghayatan." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 29 Jul 2009, 10:51 am | |
| Sarah pengsan di Hollywood
Dahlah kecik, rupa-rupanya tak tahan lasak Siti Sarah. Dia pengsan sebelum memulakan pertandingan di Hollywood. Agaknya kerana kepenatan dalam pesawat dan juga perut kosong sebab tak sempat nak makan.
Walaupun kepenatan, Sarah tetap bersaing dan masih berjaya membawa pulang medal emas dalam pertandingan itu.
Tahniah kepada Sarah, Bob dan lain-lain, khususnya Astistana yang memenangi anugerah paling tinggi dalam pertandingan World Championship of Performing Arts di Hollywood itu. Mereka menang untuk kategori tarian. Delegasi Malaysia membawa pulang 38 medal emas kali ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 29 Jul 2009, 10:53 am | |
| Aksi berani Diana ke?
Siapa tak kenal dengan pelakon muda Diana Danielle yang suatu ketika dulu pernah hangat bercinta dengan anak teruna Datuk Yusuf Haslam, Syamsul.
Terbaru, Diana digosipkan bercinta pula dengan Farid Kamil. Mereka menafikan dan mengatakan hanya kawan sesama artis.
Mangga Muda bukan nak cerita pasal gosip itu. Tapi pasal penyebaran gambar hangat Diana di Internet. Tidak diketahui lokasinya namun gambar gadis dalam gambar itu memang persis Diana. Mangga Muda juga tak tahu samada ia gambar lama atau koleksi terkini.
Gambar tu hangatlah juga sebab Diana memakai pakaian mandi bersama seorang lelaki dan gadis lain bersama-samanya. Agaknya mereka baru lepas mandi di kolam kut.
Mangga Muda tak berani nak mengesahkan adakah gadis dalam gambar yang disebarkan itu benar-benar Diana atau pelanduk dua serupa. Mungkin juga gambar super imposed. Itu Mangga Muda tak ariflah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 29 Jul 2009, 10:57 am | |
| Peluang jadi pelakon drama
Anda minat menjadi pelakon atau model? Jangan lepaskan peluang mencuba nasib dalam sesi uji bakat anjuran Rashdan Baba Talent Agency. Pada 24 dan 25 Julai 2009 ini, syarikat itu akan berada di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan. Jadi orang Kelantan yang berminat boleh mencuba nasib mereka.
"Calon yang terpilih akan dapat peluang berlakon dalam drama terbitan syarikat produksi yang aktif menerbitkan drama," kata Rashdan.
Sebagai orang yang sudah banyak pengalaman, dia mahu membuka peluang kepada muka-muka baru. Mereka mungkin bermula dengan watak kecil, tapi kalau bakat mereka terserlah, pasti akan mendapat peluang yang lebih besar.
Tiada had umur ditetapkan kerana ia terbuka kepada semua orang, daripada kanak-kanak sehinggalah orang tua.
Uji bakat akan diadakan bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Semua peserta dikehendaki membawa bersama sekeping gambar terbaru.
Sebarang pertanyaan pasal sesi itu boleh hubungi Hilmi di talian 019-9931215 atau 012-9897036. |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 29 Jul 2009, 11:45 am | |
| - sally_eiyna wrote:
- oyeker????
hang itu la xmau berlakon dh..dh pencen ek tgk kwn hang dh glamour ape!! alal hajat aku xkesampian da skrg.heheh tula dulu kami kawan baik salo p lepak umah tido. yg aku terkilan dia da lupa sapa aku bila aku call dia, tu la payah kalo org da glmour lupa sume.huhuh |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Wed 29 Jul 2009, 1:04 pm | |
| Doa Atie
HAMPIR tiga tahun membina mahligai bahagia bersama suami tercinta, Saiful Annuar Baharim, 27, cukup membahagiakan pelakon Suriati Abu Bakar atau Atie, 27. Namun, sayangnya mereka masih belum memiliki cahaya mata.
Walaupun terbit perasaan 'cemburu' melihat rakan lain bergembira dengan si kecil, tetapi apakan daya Atie terpaksa akur pada ketentuan takdir.
Ini kerana dia disahkan menghidap ketumbuhan 'endometriosis' yang menyukarkannya hamil.
Penyakit biasa yang dialami kebanyakan wanita itu boleh dikesan dari peringkat awal jika mempunyai simptom seperti senggugut, kesakitan, kemandulan atau keguguran yang berulang kali serta masalah pembuangan air kecil dan pendarahan.
Menurut Atie, penyakit ketumbuhan endometriosis itu dihidapinya pada kedua-dua saluran tiup folopio sebelah kiri dan kanan.
Justeru, sukar untuknya mengandung sehingga ketumbuhan berkenaan dirawat sehingga pulih sepenuhnya.
"Memandangkan kami berdua sukakan kanak-kanak dan sangat mengimpikan memiliki anak sendiri, saya berbincang dengan suami dan sepakat menjalani rawatan suntikan hormon selama enam bulan di Hospital Pakar Ampang Puteri.
"Kos untuk sekali rawatan kira-kira RM600. Apapun, kini rawatan untuk suntikan hormon sudah berakhir dan tiga bulan lagi, saya harus berjumpa doktor untuk pemeriksaan semula.
"Ia bagi melihat sejauh mana perkembangan ubat itu.
"Saya harap akan berjaya mengandung selepas ini kerana tidak tahan lagi menanggung perasaan cemburu apabila melihat orang lain yang berkahwin kemudian daripada kami sudah mempunyai anak. Contohnya sahabat di Akademi Fantasia dulu, Rosma dan Khai," katanya.
Menyedari semuanya ketentuan Tuhan, Atie berkata apapun, dia puas kerana sudah berusaha mengubati penyakit itu. Selebihnya, dia berserah kepada Tuhan dan menunggu saja rezeki dan kalau sudah ditetapkan takkan ke mana.
"Saya dan suami mengambil pendekatan positif dan kami akan terus bersabar.
"Mungkin, ini sudah suratan hidup kami, tetapi saya yakin Tuhan akan memakbulkan doa hamba-Nya. Cuma, sama ada cepat atau lambat saja. Namun, saya sedia menunggu.
"Sebagai manusia biasa, saya pun tidak akan berhenti berdoa dan berusaha.
"Diharapkan kami akan berjaya walaupun tidak tahu bila masa itu akan tiba. Bagaimanapun, sekarang kami memang merancang ke arah itu (memiliki anak) dan semoga berjaya.
"Dalam soal ini, tipu kalau saya kata tidak rimas apabila kenalan atau sanak-saudara asyik bertanya bila lagi hendak ada anak sendiri.
"Kalau ikutkan hati, esok juga saya mahu memilikinya. Tetapi, macam saya katalah kami belum ada rezeki.
"Mungkin, Tuhan masih mahu menduga kesabaran lagi. Oleh itu, seperti saya katakan kami setia menunggu dan terus berharap. Apapun, selagi ada keyakinan saya pasti kami akan memperolehnya juga walaupun terpaksa menunggu agak lama," kata Atie.
Mesra berbicara dan sentiasa mengukir senyuman, kata anak jati dari Bentong, Pahang ini, bagaimanapun dia sangat bersyukur kerana dijodohkan dengan lelaki yang begitu memahami.
Akuinya, apa yang penting suami, tetap bersabar.
Menyentuh perkembangan karier seninya, Atie berkata dia masih aktif berlakon.
Walaupun persaingan sengit dengan kemunculan ramai pendatang baru, tetapi dia masih yakin mampu bertahan. Malah, semangat dirinya tidak pernah luntur.
"Saya tidak gentar hadapi saingan. Bagi saya, inilah asam garam dan risiko industri hiburan yang perlu dihadapi setiap insan bergelar artis.
"Tidak selama akan berada di atas dan sebaliknya. Apa yang penting, teruskan usaha gigih dan tingkatkan prestasi diri.
"Perbaiki mana yang kurang supaya ia menjadi lebih baik. "Apapun, saya bersyukur dengan apa yang sudah diperoleh setakat ini. Mungkin, kerana saya berlakon disebabkan minat. Justeru, Alhamdulillah selain berlakon drama televisyen, saya juga diundang menjayakan drama radio untuk Selangor FM, Klasik Nasional dan Salam FM.
"Bahkan, saya juga menjadi hos untuk program kanak-kanak di pesta buku atau karnival membaca. Tugas saya ialah bercerita kepada kanak-kanak dan ia sungguh menyeronokkan kerana sambutan pun hebat," katanya yang nyata bersikap terbuka.
Menurut anak ke-12 dalam keluarga ini, sekalipun itu hanya pesta buku biasa untuk menggalakkan masyarakat suka membaca, tetapi terus terang impaknya begitu besar.
Kata Atie, dia perlu bijak kerana persembahan itu dibuat di hadapan orang ramai.
"Sudah tentu, pengunjung yang datang memeriahkan acara itu jumlahnya besar. Jadi, semestinya saya perlu menonjolkan bakat sebenar.
"Dari situ, orang akan dapat menilai sejauh mana kemampuan saya mengendalikan acara berkenaan," katanya.
Memiliki Diploma Seni Persembahan Teater dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Atie berkata dia juga membintangi drama 7 hari 7 Malam Lagi usaha sama dengan pelakon dari Brunei Darussalam.
Katanya, drama 28 episod yang membabitkan pelakon lain seperti Aznah Hamid, Liza Abdullah dan Kismah Johar itu adalah kesinambungan daripada drama 7 Hari 7 Malam yang dilakonkan sebelum ini.
>Profil
Nama: Suriati Abu Bakar
Panggilan komersial: Atie (AF1)
Umur: 27 tahun
Asal: Bentong, Pahang
Keluarga: Anak ke-12 daripada 13 beradik
Pendidikan: Diploma Seni Persembahan Teater, Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Shah Alam
Karier: Pelakon & pengacara
Status: Berkahwin
Suami: Saiful Annuar Baharim
Drama/telefilem: Lebih 20 drama, antaranya Doktor Desa, 2+1 (sitkom), Detektif,
Garis-Garis Dosa dan Begitulah Cinta, Miftahul Jamilah, Bara, Fantasi Cinta Dobi,
Nori Nain, Rama-Rama Terkopak Sayapnya, Di Sana Masih Ada Cinta, 7 Hari 7 Malam,
Kepadamu Kekasih & 7 Hari 7 Malam Lagi.
PENCAPAIAN: Bintang AF1
JURUCAKAP PRODUK: Pernah dilantik duta Darllena's Beaute House & Spa
selama enam bulan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 12:30 pm | |
| 'Detektif Lim' mengaku curi buku
KUALA LUMPUR - Pelakon Mohd. Farid Amirul Hisham Wu Abdullah (gambar) yang memegang peranan Detektif Lim dalam drama bersiri kepolisan Gerak Khas mengaku mencuri dua buah buku di kedai buku MPH Bookstore di pusat beli-belah Mid Valley Megamall di sini Mac lalu.
Demikian keterangan penyiasat dalaman kedai buku tersebut, Mohd. Haqib Mohd. Yusof, 18, ketika perbicaraan kes Mohd. Farid di Mahkamah Majistret di sini semalam. Mohd. Farid menghadapi dakwaan mencuri dua buah buku berharga RM194.90 di kedai tersebut.
"Selepas suspek (Mohd. Farid) mengaku kepada kami dia mencuri dua buah buku tersebut, dia dibawa ke pondok polis berhampiran sebelum laporan dibuat di Balai Polis Brickfields," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zakaria.
Mohd. Farid, 43, didakwa mencuri sebuah buku berjudul The Sistine Secrets berharga RM89.90 dan sebuah lagi buku bertajuk Decoding The Heavens berharga RM105 di kedai buku MPH, Midvalley pada pukul 7.15 malam 27 Mac lalu.
Terdahulu, Haqib yang juga saksi pertama pendakwaan memberitahu, semasa kejadian dia sedang membuat rondaan di MPH apabila ternampak seorang lelaki Cina sedang menanggalkan tanda harga pada dua buah buku.
Menurut saksi itu, dia sempat mengutip tanda harga yang ditinggalkan lelaki itu di depan pintu pejabat di kedai buku tersebut sebelum mengekorinya yang berlegar-legar di rak buku bahagian muzik.
"Saya kemudian nampak lelaki itu menyelak dua buah buku dan membuang nombor kod bersiri pada buku tersebut lalu terus ke kaunter wang bagi membayar dua buah buku lain (bukan dua buku yang dicuri).
"Apabila dia keluar dari kedai, saya bersama seorang penyelia bernama Fadzilah menahannya untuk buat pemeriksaan," katanya.
Hasil pemeriksaan, mereka mendapati dua buah buku yang sebelum itu telah ditanggalkan tanda harga dan nombor kod bersiri berada dalam beg sandang biru gelap milik lelaki tersebut.
Sementara itu, dalam sesi soal balas oleh peguam bela, Nor Azri Mohd. Arif, Haqib tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa kejadian di dalam kedai buku itu sebenarnya dilihat oleh pekerja Bangladesh yang turut sama menahan tertuduh di luar pintu MPH.
"Kenapa kamu tidak setuju?" tanya Nor Azri dan jawab saksi, "Kerana tiada pekerja Bangladesh di MPH."
Mohd. Farid yang sebelum ini melarikan diri daripada media berkelakuan sebaliknya semalam apabila merelakan wajahnya dirakam sambil melemparkan senyuman.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh pada mulanya mengaku bersalah ketika dituduh kali pertama pada 8 April lalu namun menukar pengakuan kepada tidak bersalah pada 14 Mei lalu setelah melantik peguam.
Majistret Mohd. Faizi Che Abu menetapkan perbicaraan bersambung pada 7 Ogos depan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 12:31 pm | |
| Filem 'kita' dan kesakitan!
MAYA KARIN berjaya memberi impak kepada filem Duyung.
SEMINGGU lagi, sinema Malaysia bakal meraikan Festival Filem Malaysia siri ke-22 (FFM22).
Memilih Kota Kinabalu, Sabah sebagai lokasi perkampungan hampir lebih 600 delegasi termasuk artis, media dan karyawan filem tanah air, barangkali FMM22 mahu dilihat sudah cukup intelek dengan memilih institusi pengajian tinggi, Universiti Malaysia Sabah (UNIMAS) sebagai saksi penganjuran.
Ini bukan satu pendekatan baru. Ketika penganjuran FFM20, ia berlangsung di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang dan meraih sukses dalam usaha merakyatkan filem tempatan kepada khalayak khususnya pelajar filem.
Mungkin juga itu satu simbolik kepada para karyawan seni untuk keluar daripada satu lubang kepada satu tahap yang lebih terbuka, progresif dan matang segala segi agar filem tidak sekadar dilihat sebagai pengisi hiburan semata-mata.
Seni filem sebaliknya satu kegiatan intelektual, berbudaya, kreatif, kemahiran serta sebuah industri.
Masalahnya, perfileman sebagai sebuah industri sering dikaitkan dengan kekurangan suntikan modal, kemiskinan dana dan keengganan pelaburan daripada sektor korporat.
Bagi penerbit dan pembikin filem yang miskin, bajet menjadi penghalang kreativiti mereka bahkan menjadi penyakit yang tidak pernah terubat.
"Sebagai sebuah produksi yang produktif para penerbit bukannya tidak berdepan masalah modal. Masalah yang lebih besar lagi adalah bagaimana hendak mendapatkan lebih ramai penonton," kata, Pengurus Besar Filem dan Drama, Primeworks Studios, Ahmad Puad Onah.
Merangkap Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) dan Presiden Persatuan Pengeluar Filem (PPFM), Puad menjelaskan, secara purata, penonton filem Melayu di Malaysia hanyalah berjumlah 300,000 orang. Satu jumlah yang dilihat masih terlalu kecil untuk dibuat perbandingan dengan filem-filem bertaraf antarabangsa yang mempunyai lebih banyak khalayak.
"Satu tiket berharga RM8 dan ada filem ditonton oleh 80,000, 200,000 atau 500,000 penonton. Penerbit pula akan berkongsi 50 peratus hasil jualan tiket filem bersama pemilik pawagam.
"Jika sebuah filem dapat kutip RM2.4 juta, maknanya penerbit hanya dapat RM1.2 juta. Tolak kos promosi sebanyak RM300,000 dan kos cetakan filem sebanyak RM200 (sekurang-kurangnya 50 cetakan) untuk 50 panggung, baki hanyalah RM700,000. Filem bagaimana yang hendak dibikin dengan kos sebenar RM700,000?" anggar Puad lagi.
Filem terpaksa mencari kelainan memandangkan drama TV juga tidak kurang hebatnya, kos untuk filem perlu bertambah dan dalam masa yang sama jumlah penonton juga harus meningkat.
"Jika mahu untung, sekurang-kurangnya harus ada 400,000 penonton untuk sesebuah filem yang berbajet RM2.5 juta. Penonton di Malaysia pula lebih rela berhabis RM8 untuk tonton filem Hollywood yang berbajet RM200 juta. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 12:35 pm | |
| Selamat pengantin baru
JOHAN (kiri) dan Ozlyn. ERMM...Kalau dulu pasangan kekasih merpati dua sejoli Johan dan Ozlyn asyik berkepit ke hulu-hilir, sekarang ini alhamdulillah mereka berdua telah pun mempunyai ikatan yang sah sebagai suami isteri pada 25 Julai lalu. Marilyn harap lepas kahwin tidak ada lagi cerita-cerita kurang enak tentang mereka berdua, yelah kalau dulu nak bermesra depan orang, banyak pihak yang naik meluat dan menyampah. Sekarang ini bolehlah bermesra sakan. Sudah jadi suami isteri yang sah, tak ada orang hendak larang. Tetapi awas! Jangan 'over peluk' sudahlah, nanti lain pula ceritanya. Jangan marah, Marilyn hanya mengingatkan sahaja sebelum berlaku kontroversi seterusnya. Marilyn pun tumpang gembira walaupun tidak dijemput ke majlis pernikahan. Marilyn tak kisah sangat kalau artis kahwin tak jemput media. Marilyn anggap kahwin atau cerai artis tidak akan memberi apa-apa makna kepada perkembangan dunia seni tempatan, sebab itu Marilyn tak kisah sangat, jemput ke tidak sama saja. Apapun Marilyn ucapkan Selamat Pengantin Baru buat mereka berdua dan semoga berkekalan hingga ke anak cucu hendaknya. Marilyn: Tak sabar tunggu konsert Search, Sabtu ni. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 12:37 pm | |
| Norman hantar kad undangan
Kad undangan perkahwinan NORMAN & Shireen NAMPAKNYA terjawab sudah siapakah wanita bertuah yang berjaya mencuri hati abang sulung trio KRU Norman Abdul Halim. Wanita yang menjadi pilihannya bukanlah orang jauh sebaliknya pekerja yang sentiasa membantunya selama ini. Wanita itu ialah Shireen Hashim, 44, Ketua Pegawai Eksekutif KRU International. Norman, 37, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KRU Berhad menegaskan meskipun perkahwinannya dinanti-nanti banyak pihak terutama keluarganya, dia tetap mahu sebuah majlis yang ringkas dan sederhana. Tiada persandingan, tiada majlis resepsi besar-besaran dengan persembahan deretan artis popular dan tiada juga jemputan yang mencecah angka ribuan tetamu. "Majlis perkahwinan saya ringkas sahaja, semua majlis dibuat di masjid sahaja. Apa yang penting itu akad nikah, rasanya dengan lakukan secara sederhana lebih afdal. "Malah, jemputan juga terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan media. Itu sahaja, saya tidaklah menjemput ramai sangat orang kerana lokasi majlis pun di masjid," ulasnya ringkas. Dia yang akan bernikah pada 7 Ogos depan selepas solat Isyak pada pukul 9 malam di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara telah pun menghantarkan kad jemputan yang indah kepada media menerusi wakilnya kelmarin. Cantik dan elegan. Itulah gambaran yang diberikan saat pertama kali terlihat kad undangan perkahwinan Norman dan Shireen. Kad undangan dalam kotak berwarna krim yang digubah cantik bertatah mawar merah jambu itu khabarnya dibuat sendiri oleh adik ipar Norman, Milia yang juga isteri kepada Edry. Bercerita tentang bakal isterinya, Shireen yang tujuh tahun lebih tua daripadanya dan berstatus ibu tunggal beranak satu, Norman memberitahu dia tertarik dengan sifat lemah lembutnya. Akhirnya percintaan dalam diam-diam selama dua tahun membawa hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin. "Saya tidak kisah dengan status bakal isteri kerana yang paling penting ialah hati budi dan keikhlasannya berkawan dengan saya sebelum ini. "Shireen cukup bersabar dengan saya dalam setiap hal, malah sanggup berkorban untuk saya dan tidak pernah jemu meningkatkan kemajuan syarikat KRU International," katanya mengagumi komitmen bakal isteri. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 6 of 12 | Go to page : 1, 2, 3 ... 5, 6, 7 ... 10, 11, 12 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |