|
| BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 12:39 pm | |
| Memasak perlu dari hati - Sheila
SHEILA kini duta Planta.
DIA bukanlah muda seperti artis-artis remaja yang lain yang diintai oleh pelbagai syarikat untuk dijadikan duta mereka.
Usianya sudah mencecah 46 tahun dan sering pula diberi tanggungjawab memegang watak seorang ibu sama ada dalam filem ataupun drama.
Namun kerana kemahiran memasak yang ada padanya, aktres Sheila Mambo dipilih oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., untuk menjadi duta jenama marjerin popular, Planta selama setahun.
Sebagai duta Planta, Sheila Mambo ditugas mengendalikan program Jom Ke Dapur Kak Sifu yang menjelajah ke 18 lokasi seluruh Malaysia.
Program bukan untuk siaran televisyen ini memberi peluang Sheila menunjuk kemahirannya memasak pelbagai resepi ciptaannya untuk panduan para suri rumah.
Bagi tujuan ini, Sheila diberikan sebuah dapur mobil dan setiap hujung minggu Sheila akan bersama orang ramai mengajar mereka resepi baru.
Pelakon yang pernah membintangi filem Nana Tanjung dan Nana Tanjung 2 sebagai Mami Mumtaz berkata, memasak merupakan sebahagian daripada dirinya dan gembira apabila dilamar untuk menjadi duta jenama marjerin terkenal itu.
"Saya tidaklah hebat memasak, jauh sekali mempunyai sijil dalam bidang masakan.
"Tetapi saya memang gemar ke dapur dan cukuplah ada rakan yang pernah merasa masakan saya memujinya.
"Bagi saya, memasak perlu datang dari hati yang ikhlas dan yang penting kita perlu rajin mencuba," ujarnya yang gemar menyediakan hidangan bakeri.
Menurut Sheila, Planta memberi peluang kepada orang ramai untuk mempelajari resipi baru dan original daripada Planta bersamanya seperti Planta Golden Platter dan Planta Prawn Delight, menggunakan marjerin Planta
"Setakat ini, saya dapat lihat penyertaan yang menggalakkan wanita-wanita tak kira muda atau berusia setiap minggu.
"Apa yang saya nampak mereka ada kesungguhan untuk belajar memasak terutamanya golongan muda. Saya sangat berbesar hati dapat berkongsi kemahiran dan pengalaman bersama mereka," ujarnya yang juga pengguna setia Planta sejak kecil lagi.
Menurut Sheila, kerana minatnya begitu mendalam dalam bidang masakan terutama membuat bakeri dia bercadang untuk membuka sebuah kafe bakeri di Terengganu.
"Dengan adanya kafe idaman itu, saya mahu mendidik masyarakat betapa pentingnya pengambilan makanan yang sihat," kata Sheila.
Menyentuh mengenai bidang lakonan pula, Sheila atau nama sebenarnya Rusilawati Hasan berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama komedi untuk Astro Warna iaitu Diva-Diva Pencen.
"Syukur Alhamdulillah, setakat ini tawaran berlakon tidak pernah lekang. Bagi saya ini semua rezeki dua anak orang saya," kata Sheila ibu kepada Siti Nurleyla,10, dan Siti Aiesya Maryam, setahun tujuh bulan,
Orang ramai yang ingin menyertai Jom Masak Bersama Kak Sifu hanya perlu membeli marjerin Planta 240g atau 480g, melampirkan label, menjawab satu soalan mudah dan melengkapkan slogan mengapa mereka suka menggunakan Planta. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 12:41 pm | |
| Cerita tiga pelakon Nur Kasih
DRAMATIK... Saat Adam (Remy Ishak) bertikam lidah dengan kekasihnya, Katrina (Sharifah Sofia) dalam drama Nur Kasih. DRAMA bersiri Nur Kasih yang kini sedang ditayangkan menerusi TV3 pada setiap hari Jumaat pukul 9 malam mula meraih perhatian sejak mula menemui penonton setia saluran itu pada 29 Mei lalu. Berbekalkan jalan cerita yang begitu berkesan serta ditambah dengan keberkesanan lakonan oleh para pelakonnya menjadikan Nur Kasih sebagai santapan nurani yang cukup menyentuh jiwa. Bukan itu sahaja, pengarahnya Kabir Bhatia juga telah memberi satu sentuhan serta pendekatan yang baru dan berbeza dengan apa yang pernah dilakukannya sebelum ini menerusi drama Manjalara dan Kekasihku Seru. Drama 26 episod ini mengangkat kisah pengorbanan dan kasih sayang dalam sebuah perhubungan keluarga sebagai tema keseluruhan. Menyelami jiwa tiga pelakon utamanya iaitu Fizz Fairuz, Remy Ishak serta pendatang baru, Tiz Zaqyah, ketiga-tiga mereka ternyata begitu teruja dengan penghasilan Nur Kasih yang memberi pengalaman baru dalam karier masing-masing. Watak yang cukup beratBertemu dengannya pada majis pelancaran drama Nur Kasih baru-baru ini, Fizz yang sememangnya sinonim dengan watak antagonis sebelum ini memberitahu Nur Kasih telah berjaya 'melarikan' imej hitam itu apabila membawakan watak Aidil. Malah, Fizz juga mengakui, watak Aidil begitu berat untuk dibawakan apabila harus membawakan watak ini dengan penuh emosi dan penghayatan. Biarpun pernah berlakon di bawah arahan Kabir sebelum ini menerusi Kekasihku Seru, jelas Fizz, ia adalah dua situasi yang cukup berbeza. "Dalam drama ini saya tidak boleh berlebih-lebihan membawakan watak Aidil dan harus melakukannya seperti mana yang dikehendaki oleh pengarah. "Saya memang sudah lama mendambakan watak seperti ini kerana inilah peluang saya untuk bermain dengan emosi dalaman dalam menghidupkan watak Aidil ini. "Bukan itu sahaja, saya mahu lakonan saya berjaya menyentuh jiwa penonton dan memberikan impak yang besar dalam hidup mereka," katanya yang menafikan hubungan cintanya dengan pelakon Almy Nadia sudah berkubur. Pertama kali bersama Kabir Seperti mana Fizz, begitu juga pendirian yang diambil aktor yang membawakan watak Adam dalam drama Nur Kasih ini. Memikirkan bilakah peluang akan hadir untuknya berlakon di bawah arahan Kabir, Remy juga menolak banyak tawaran berlakon semata-mata mahu fokus kepada Nur Kasih. Menceritakan pengalaman pertamanya berlakon bersama Kabir, dengan jujurnya anak kelahiran Masjid Tanah, Melaka ini memberitahu, komunikasi menjadi masalah utama baginya. "Masalah yang timbul kerana saya tidak fasih berbahasa Inggeris dan Kabir kurang memahami bahasa Malaysia. "Dengan bantuan orang di sekeliling, saya dapat lakukan seperti mana yang dimahukan pengarah. Malah, saya juga dapat memperbaiki skil komunikasi saya dalam bahasa Inggeris," jelas Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak ini bersungguh. Tambah aktor yang semakin menempa nama ini lagi, sebagai pelakon baru penglibatannya dalam Nur Kasih adalah satu penghargaan baginya dan menganggapnya sebagai salah sebuah karya terbaik. Diusik mengenai Ummi Nazeera yang turut berlakon dalam Nur Kasih, Remy menjelaskan, mereka bersikap profesional ketika bekerja. Tidak mahu watak stereotaipSelepas mencuri perhatian menerusi watak Kak Ika dalam drama Impian Illyana dan Impian, Tiz tidak menoleh ke belakang lagi. Tiz yang mengagumi primadona hebat Azean Irdawaty dan Ida Nerina berkata, peluang beraksi sebagai Nur Amina dalam Nur Kasih telah membuka matanya untuk menyelami maksud di sebalik gelaran pelakon itu. "Watak Nur Amina bukanlah semudah yang disangka kerana ia perlu bermain dengan emosi yang kadang-kala saya rasa sukar untuk bawakan. Saya perlu selaraskan ekspresi dan nada suara untuk menghidupkan lagi watak ini. "Pada minggu pertama di lokasi, saya agak kekok dan malu untuk berlakon tetapi dengan bantuan rakan pelakon yang lain, barulah saya dapat menjiwai watak ini dengan baik. Apatah lagi, Nur Amina seorang yang mudah rapuh jiwanya meskipun dia adalah seorang yang kuat dari segi personalitinya. "Itu menjadikan saya begitu sukar membawakan watak ini. Tambahan pula, ia juga bertentangan dengan personaliti diri saya yang sebenar," kata pelakon berusia 21 tahun ini lagi. Ditebak dengan soalan seandainya akan diberikan watak yang sama seperti Nur Amina selepas ini, dengan penuh yakin anak bongsu daripada dua beradik ini berkata, kalau boleh dia tidak mahu membawakan watak yang sama. "Bukan apa. Bimbang penonton akan bosan pula nanti," kata empunya nama penuh Tiz Zaqyah Abdul Razak ini ringkas. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 12:42 pm | |
| Ayu ada cinta baru
Ayu SETAHUN menanti, kini album sulung juara One In A Million musim kedua (OIAM 2), Norayu Damit atau Ayu berjudul Inspirasi akhirnya sudah pun berada di pasaran. Memuatkan sembilan buah lagu, ia menampilkan gabungan komposer baru dan lama dalam menyalurkan sesuatu yang segar terhadap album berkenaan. Mereka terdiri daripada Aubrey Suwito, Azlan Abu Hassan, Shazee, Eka Shreen, Ajai, Audi Mok, Ashroff Shariff, Anton Morgan, Lady Dee, Tesh RS, Azalea, Nur Fatima, Slen dan Ireani Yaacob. Bagi Ayu, penantiannya selama setahun dirasakan cukup berbaloi kerana Inspirasi muncul dengan hasil yang sangat menggembirakannya. Sembilan buah lagu yang terkandung dalam Inspirasi adalah Inspirasi Abadi, Ku Peluk Dunia, Hanya Di Mercu, Cinta Dan Hidup, Menjadi Ayu, Ku Miliki Abadi, Hanya Kita, Alam Asmara dan Janji Kita. “Awalnya, ada 13 buah lagu yang dirakam tetapi sembilan yang terpilih untuk dimuatkan dalam Inspirasi. “Ayu rasa puas dengan apa yang dilakukan oleh Monkey Bone dan The8unit. Inspirasi banyak berkaitan dengan kehidupan Ayu,’’ ujar Ayu ketika ditemui pada majlis pelancaran Inspirasi di ibu negara, baru-baru ini. Katanya, album itu mempunyai sembilan buah track yang mewakili sembilan pihak yang cukup dihormatinya sepanjang bergelar anak seni. Mereka ialah ibu bapanya, Pengarah Monkey Bone, Ahmad Izham Omar, Monkey Bone, The8unit, kalangan komposer, penulis lirik, media, rakan-rakan serta kelab peminat Ayu. “Proses rakaman Inspirasi bukanlah semudah yang Ayu sangkakan. Banyak perkara perlu diambil secara serius. “Ciri-ciri lagu pun perlu tepat dengan diri Ayu. Namun Ayu gembira kerana diberikan ruang untuk menyalurkan idea. “Apabila album sudah siap, Ayu sendiri pergi menyaksikan proses pembikinan album di kilang. Memang Ayu menangis dan gembira sangat,’’ kata Ayu. Ditanya pengalaman-pengalaman pahit manis semasa rakaman Inspirasi, Ayu berkata, kenangan yang sukar dilupakannya adalah berkaitan dengan proses rakaman lagu berjudul Cinta Dan Hidup. “Ayu terpaksa merekodnya sebanyak empat kali. Lagu berjudul Ku Miliki Abadi juga agak susah untuk dirakamkan. “Ini kerana abang Azlan (Azlan Abu Hassan) amat mementingkan vokal dan kualiti. Ayu suka tukar-tukar melodi tapi abang Azlan mahukan Ayu ikut bulat-bulat demo yang diberikan. “Alhamdulillah, biarpun susah, lagu itu siap dirakamkan dalam tempoh sehari sahaja. Tidak susah bekerja dengan abang Azlan,’’ jelas Ayu yang kini semakin feminin dalam aspek berpakaian hasil transformasi yang dilakukan oleh Monkey Bone serta The8unit. Gosip dan kelas komunikasiSementara itu, seperti yang telah dijangka Ayu, persoalan mengenai gosip-gosip negatif terhadap dirinya akan diajukan oleh pihak media. Isu negatif itu antara lain membabitkan perihal Ayu yang dikatakan selalu ke kelab malam dan mabuk serta bercakap kurang sopan. Menjawab mengenai hal berkenaan, Ayu berkata: “Ayu memang ada pergi ke kelab malam tetapi Ayu tidaklah melakukan sesuatu yang memalukan hidup. Ayu ada ibu dan ayah dan hati serta perasaan mereka juga perlu Ayu jaga. “Tentang cakap kasar pula, itu Ayu akui namun itu akan berlaku jika Ayu bersama kawan-kawan rapat sahaja.’’ Ditanya apakah dunia hiburan berlaku kejam terhadap dirinya, Ayu menjelaskan, ada ketika kekejaman berlaku dan ada ketika pula ia tidak berpendapat sedemikian rupa. Sungguhpun begitu, Ayu tidak patah semangat demi memastikan kariernya bertambah maju. Mengenai kelas komunikasi bersama Fatimah Abu Bakar yang dihadirinya, ujar Ayu, ia telah banyak mengajarnya untuk teliti dalam berkomunikasi termasuk berhadapan dengan media. “Bukan sahaja komunikasi, Cikgu Fati (Fatimah Abu Bakar) turut mengajar Ayu bahasa Inggeris dan kemahiran lakonan,’’ katanya. Ayu dan jejaka ‘S’?Dalam pada itu, rancak berbicara soal album, gosip dan perkembangan karier, Ayu sempat diajukan pertanyaan tentang kisah cintanya. Ayu mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seorang jejaka berusia 20-an yang digelar jejaka `S’. Namun, kata Ayu, perjalanan baginya dan lelaki pujaan hatinya itu untuk serius dalam perhubungan atau berumah tangga masih lagi jauh. “Kami baru sahaja berkenalan. Biarlah masa yang menentukan,’’ tambahnya sambil tersenyum. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 12:44 pm | |
| Dekorasi rumah sentuhan Azhar, Syaiful
FAIZAl (tengah) bertindak sebagai pengacara Deko Idaman yang menampilkan Syaiful dan Azhar sebagai pencetus idea untuk mengubahsuai kediaman. MULA bersiaran 26 Julai lalu, program terbaru di TV3, Deko Idaman, menampilkan dua jejaka popular dalam menzahirkan idea kreatif mereka untuk menata rias sudut ruang kediaman.
Meskipun dikenali sebagai pelakon dan pereka fesyen, pengalaman membuatkan Azhar Sulaiman serta Syaiful Bahrim mampu untuk berganding menjayakan Deko Idaman.
Sementelah, Azhar sendiri merupakan seorang arkitek dan telah biasa dalam kerja-kerja kreatif, manakala Syaiful pula diakui merupakan pereka fesyen terkenal tanah air.
Pengalaman inilah yang menjadi sandaran Azhar serta Syaiful dalam menyatukan idea menghasilkan sesuatu yang menepati citarasa dan personaliti si pemilik rumah.
Deko Idaman dihoskan oleh Faizal Ismail dan mengetengahkan 12 peserta bertuah yang akan menyaksikan rumah mereka diubah suai oleh Azhar dan Syaiful dengan penglibatan beberapa penaja bersama.
Daripada 12 peserta, 10 yang terlibat dalam pengubahsuaian rumah adalah mereka yang berada di sekitar Lembah Klang manakala selebihnya berada di Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Menerusi Deko Idaman, penonton bukan sahaja dapat melihat gelagat Azhar dan Syaiful malah memperoleh maklumat bagaimana proses pengubahsuaian dijalankan bermula dari awal sehingga kepada hasilnya.
Paling utama, selaku penaja, Nippon Paint Malaysia akan membantu penonton untuk mencari inspirasi bagi menyerlahkan ruang dalaman dengan pemilihan cat bersesuaian.
Diajak berbicara mengenai Deko Idaman, Azhar yang satu ketika popular dengan filem Abang '92 berkata, menerusi rancangan tersebut, ia bukan sahaja mahu menunjukkan kemahirannya dalam menghias rumah semata-mata.
Tetapi, katanya, Deko Idaman merupakan sebuah program bercorak pendidikan terhadap penonton untuk berfikiran kreatif dalam mewujudkan suasana selesa di kediaman masing-masing.
"Selain arkitek, saya pernah bekerja sebagai pereka set sebelum ini. Kedua-dua pengalaman itu saya gunakan untuk menghias rumah dalam Deko Idaman.
"Walaupun punyai idea sendiri, inspirasi untuk dekorasi rumah juga datang daripada kehendak dan karakter pemilik rumah.
"Saya dan Syaiful akan menghasilkan sesuatu yang segar dan praktikal untuk dimanfaatkan dalam jangkamasa lama,'' ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Deko Idaman di Seri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.
Menurut Azhar, keterlibatan dia di dalam Deko Idaman adalah impiannya sejak dahulu lagi lantaran minat terhadap bidang dekorasi.
Kurang tawaran berlakon
Ketika ditanya mengenai apakah penglibatan itu berpunca daripada tawaran berlakon yang diterima semakin berkurangan, Azhar berkata: "Memang benar semakin kurang tawaran. Sekarang pun saya banyak ditawarkan sebagai pelakon tambahan sahaja.
"Saya tidak kisah kerana ketika mula berlakon pun, saya masih belajar dan mampu untuk 'memasarkan' diri."
Gabungan fesyen dan dekorasi
Sementara itu, bagi Syaiful pula, pengalamannya sebagai pereka fesyen mampu untuk diguna pakai dan disatukan dalam menghasilkan idea kreatif menghias rumah.
Katanya, menjadi antara penyumbang idea dalam Deko Idaman, dia sendiri mahu penonton melihat bagaimana sesebuah sudut ruang rumah itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk membangkitkan suasana menarik.
"Kita bukan hendak menukar perabot sahaja tetapi mahu memberi input berkenaan kekemasan dan penggunaan ruang.
"Dalam Deko Idaman, kita akan ke rumah bertuah dan melihat selera pemilik rumah tersebut,'' jelasnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 12:46 pm | |
| Pembedahan bahu tidak halang Rosyam terajui 'Pilih Kasih'
Rosyam bergambar selepas sidang akhbar Program Pilih Kasih di Restoran Delicious, Bangsar Village pada 5 Mei lalu. - foto THE STAR oleh LOW LAY PHON
PELAKON dan penerbit popular, Rosyam Nor, yang begitu sibuk mengendalikan program realiti kepunyaannya 'Pilih Kasih' ini mahu meneruskan usahanya sebagai peneraju utama program ini meskipun akan menjalani pembedahan pada bahunya esok.
Pembedahan tersebut dilakukan bagi memasukkan besi ke bahagian bahu Rosyam setelah insiden Rosyam jatuh ketika pengambaran filem 'Libas' dijalankan dan mengalami kecederaan dibahu sebelah kirinya.
"Saya telah membuat pemeriksaan dengan doktor dan doktor kata saya kena buat pembedahan ini dengan memasukkan besi ke bahu saya bagi membantu proses penyembuhan bahu saya.
"Tempoh pembedahan tersebut akan dijalankan selama tiga jam dan memakan masa selama tiga bulan untuk saya sembuh sepenuhnya," kata Rosyam.
Pembedahan pada bahu kiri Rosyam akan dijalankan di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC) yang bertempat di Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Menurut Rosyam juga, selepas pembedahan tersebut dijalankan dia tidak akan berehat kerana masih banyak kerja yang ingin diselesaikannya ekoran program 'Pilih Kasih' juga hanya tinggal tiga minggu sahaja sebelum melabuhkan tirainya.
"Saya tetap akan meneruskan kerja saya, tiada siapa yang akan menggantikan tempat saya untuk menguruskan 'Pilih Kasih' kerana saya sendiri akan terus mengendalikan program ini.
"Doktor ada beritahu saya, kalau sekadar kerja yang saya buat hanya melibatkan pergerakan yang tak kasar, tak menjadi sebarang masalah untuk saya bekerja.
"Lagipun 'Pilih Kasih' hanya tinggal tiga minggu saja lagi dan saya ada komitmen sendiri pada kerja saya.
"Komitmen terhadap kerja adalah keutamaan dan tiada sebab untuk saya berehat sekiranya cedera yang saya alami masih mampu dikawal," kata Pengarah Urusan, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini.
Cuma Rosyam akan berehat daripada sebarang pengambaran filem yang dibintanginya kerana ia mungkin akan memberi kesan buruk pada kecederaanya.
Walaubagaimapun, Rosyam juga tidak terlepas dari menjadi bahan kritikan orang ramai yang mengatakan Rorsyam bersikap 'pilih bulu' dalam mengadili peserta-peserta program tersebut.
Ditanya reaksinya berkenaan kritikan yang diterima, Rosyam mengatakan dia terlebih dahulu sudah dapat membaca tindakan dari orang ramai yang akan mengkritiknya kerana dia tahu setiap apa yang dilakukannya pasti ada pihak yang tidak berpuas hati.
"Saya dah boleh baca semua (kritikan) ni, mesti akan ada pihak yang tak puas hati.
"Bagi saya, saya hanya buat kerja saya dan tidak ada konsep 'pilih bulu' dalam setiap keputusan yang saya buat.
"Kalau mereka tak perform dengan baik saya akan keluarkan mereka, jadi sekarang saya sedang melatih mereka untuk perform betul-betul," jelas Rosyam.
Rosyam bagaimanapun tidak menyalahkan pihak-pihak yang mengkritiknya kerana pada Rorsyam setiap kritikan yang diberi adalah perkara biasa padanya.
"Tak salah orang nak kritik saya tambah-tambah sekarang ni dah ada media online, kalau ada orang yang nak komen is up to them, kalau tak ada komen dari orang ramai susah jugak.
"Bila tak ada orang komen maknanya orang tak tengok 'show' saya, ni saya dapat komen banyak maknanya ramailah orang tengok show saya, jadi ini semua perkara biasa," katanya.
Menurut Rosyam juga, dari kritikan yang diterima ini dia dapat membaiki kesilapannya serta kekurangan yang ada pada dirinya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 12:47 pm | |
| Bayi kembar Ziana belum diberi nama, masih ditahan di hospital
HARI INI, genap seminggu usia bayi kembar penyanyi dan pelakon popular Ziana Zain setelah selamat dilahirkan di sebuah hospital swasta di Shah Alam. Namun begitu, menurut pengurus Ziana, Lisa Aryanti Tahir, bayi kembar lelaki dan perempuan itu masih belum diberikan nama mereka. Lagipun, tambah Lisa, bayi kembar itu masih kecil dan sedang ditahan di hospital manakala Ziana sedang berpantang di rumahnya. “Ziana belum memberikan nama bayi kembarnya kerana mereka sedang berada dalam ‘incubator’ setelah dilahirkan awal tiga minggu. “Bayi kembar tu ‘ok’, sihat, bagus..setakat ni semuanya cukup sifat. “Sekarang, doktor sedang ‘monitor’ kedua-duanya kerana mereka masih kecil lagi. Mungkin dalam dua atau tiga hari lagi baru mereka boleh keluar dari hospital,” jawab Lisa. Ziana telah melahirkan anak kembarnya secara pembedahan (caesarian). Sebelum ini, Lisa pernah memaklumkan yang Ziana terpaksa bersalin awal kerana mengalami tekanan darah tinggi. Ditanya tentang keadaan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Madah Berhelah’ itu, Lisa berkata kesihatan Ziana sudah kembali normal seperti biasa. “Saya tengok dia normal dan dah ‘ok’ selepas mengalami tekanan darah tinggi. Lagipun, hal seperti ini biasa dilalui oleh ibu-ibu yang mengandung. “Sekarang dia sedang berpantang di rumah selepas pulang dari hospital pada dua hari lalu. “Ini bukan kali pertama Ziana bersalin awal kerana kandungan yang keduanya dulu juga bersalin awal seperti ini,” kata Lisa. Bayi pertama yang dilahirkan oleh Ziana adalah bayi lelaki yang beratnya 2.1kg seterusnya melahirkan bayi perempuan seberat 1.7 kg. Sebelum ini, Lisa juga pernah memberitahu yang Ziana belum bersedia untuk menunjukkan wajah bayinya kepada umum. "Ziana seorang yang cukup berdisiplin. Gambar baby tidak akan ditunjukkan pada masa ini. Hanya apabila dia sudah bersedia, barulah dia akan tunjukkan babynya. “Orang luar juga boleh melawatnya selepas dia selesai berpantang selama 100 hari,” tuturnya. Kata Lisa, kemungkinan besar Ziana tidak akan menagndung lagi memandangkan usianya sudah 41 tahun. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 1:06 pm | |
| Cinta duda
Suhaiza Suhaimi atau Memey mengaku belum bersedia jadi isteri Norman Hakim kerana usia terlalu muda BUKAN masanya untuk berkahwin dengan Norman Hakim. Begitulah pengakuan pelakon yang mencetuskan kontroversi dengan kisah cinta tiga segi, Suhaiza Suhaimi atau lebih dikenali dengan panggilan Memey mengenai hubungannya dengan aktor kacak yang kini berstatus duda itu. Di samping usianya yang masih terlalu muda iaitu 21 tahun, usia pembabitannya sebagai anak seni yang belum pun setahun jagung membuatkan gadis kelahiran Johor ini memilih untuk menunggu dan melihat perkembangan hubungan mereka seterusnya. Bagaimanapun, dia yang ditemui ketika majlis pelancaran drama bersiri Puteri Aurora Beradu mengisi slot Lagenda setiap Isnin hingga Khamis di TV3 baru-baru ini, tanpa berselindung berharap percintaannya dengan duda tiga cahaya mata itu berakhir dengan ikatan pernikahan. Namun beritahu gadis manis ini, setakat ini dia dan Norman tidak pernah berbincang serius soal perkahwinan tetapi mengakui sudah beberapa kali mengunjungi keluarga kekasihnya di Kuantan, malah sudah memanggil ibu Norman dengan panggilan mak. Begitu juga dengan Norman yang kerap menziarah keluarganya di Johor. Tetapi kunjungan itu hanyalah kunjungan biasa tanpa membabitkan sebarang perbincangan serius. “Saya tidak pernah meletakkan sasaran bila masa sesuai untuk menamatkan zaman bujang, semuanya diserahkan pada jodoh. Mungkin bukan dalam masa terdekat ini kerana buat masa ini saya hanya mahu fokus pada kerjaya terlebih dulu kerana usia saya masih muda. Tetapi saya tak berani nak mengulas lanjut kerana bimbang perancangan itu jadi sebaliknya. “Bagaimanapun, saya tetap mengharapkan yang terbaik untuk persahabatan kami. Saya berharap supaya persahabatan ini berakhir dengan sebuah perkahwinan satu hari nanti tetapi setakat ini kami masih belum pernah berbincang apa-apa pun mengenai kahwin,” kata Memey yang berharap kes khalwat dengan Norman berakhir dengan baik. Pasangan itu pernah menimbulkan kontroversi apabila dicekup pihak berkuasa 30 Oktober lalu di pejabat milik Norman atas tuduhan khalwat. Penangkapan mereka menjadi panas kerana ketika itu Norman masih bergelar suami kepada pelakon dan penyanyi Abby Abadi. Ketika kejadian itu Abby berada dalam pantang selepas melahirkan cahaya mata ketiga mereka Maria Danisah Hakim, pada 17 September tahun yang sama. Lebih setengah tahun berlalu, Memey dan Norman masih lagi turun naik mahkamah menyelesaikan kes khalwat mereka yang belum lagi selesai. Kes itu akan dibincangkan kembali di mahkamah esok. Enggan peduli kata nista khalayak BIARPUN zahirnya kelihatan tenang, Memey yang memegang watak utama sebagai Puteri Aurora tidak menolak kes khalwat itu membebankannya kerana terpaksa menanti lama keputusannya. Bagaimanapun dia reda dan menerima apa pun keputusan yang bakal dibuat mahkamah, namun tetap mengharapkan pengakhiran yang baik. “Selagi perkara ini tidak selesai, selagi itulah ia menjadi satu beban kepada saya. Kalau kes ini selesai, sekurang-kurangnya dapatlah saya menjalani kehidupan dengan tenang. Saya terima apa saja keputusannya nanti tetapi kalau boleh biarlah berakhir dengan baik. “Sejak dikaitkan dengan kes khalwat, pelbagai cemuhan yang saya terima malah sehingga kini pun orang masih mengata saya. Di internet misalnya, banyak kata nista dilemparkan tetapi saya tidak ambil pusing. Saya tidak mahu penghinaan mereka mempengaruhi saya, jadi saya anggap tiada apa pun yang berlaku tetapi sedikit sebanyak ia sebenarnya menjadikan saya kuat,” katanya lagi. Mengimbas kembali episod hitam itu, pelbagai kemungkinan buruk bermain di fikirannya. Pertama, namanya mungkin tidak lagi menjadi pilihan produser dan yang kedua dia tidak lagi dapat menyara keluarga. Bagaimanapun, Memey yang baru setahun lebih menceburi dunia lakonan mampu menarik nafas lega dan bersyukur produser tempatan tidak mendiskriminasi dirinya. Sebaliknya dia dihujani pelbagai tawaran selepas JS Pictures milik pelakon Sheila Rusly membuka pintu untuknya. Walaupun tidak dipinggirkan, Memey tidak mahu mengambil kesempatan ke atas peluang diberikan. Dia mahu lebih berhati-hati supaya kesilapan tidak berulang kembali. Mungkin nasibnya baik kerana diberi peluang sekali lagi tetapi dia menyedari peluang sebegini tidak datang selalu. “Saya bersyukur masih diterima. Pada mulanya memang saya amat bimbang kerana periuk nasi saya datang dari sumber lakonan. Tetapi tidak berapa lama selepas kes itu berlalu, sedikit sebanyak peluang saya semakin cerah. Apa yang berlaku memang banyak mengajar saya. “Saya tidak akan mengambil kesempatan dengan peluang diberikan. Saya mahu lebih berhati-hati lagi selepas ini. Mungkin waktu ini saya bertuah, esok lusa belum tahu lagi. Sejak peristiwa itu, saya menjadi lebih matang. Saya tidak mahu lagi menoleh ke belakang tetapi mahu memandang terus ke depan. “Alhamdulillah rezeki saya murah tetapi saya tak mahu tamak menerima semua tawaran. Saya tidak mahu salah gunakan kesempatan yang diberikan kepada saya. Bagi saya disiplin, kualiti kerja perlu diambil kira apabila menerima tawaran berlakon,” katanya. Luah cinta melalui mimpi PUTERI Aurora Beradu arahan Fairuz Loy menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang turut dibintangi Iqram Dinzly, Eizlan Yusof, Rozita Che Wan, Norish Karman, Aida Aris, Enot dan Rashidah Jaafar direalisasikan dari lagenda Inggeris, Sleeping Beauty. Tidak lari dari kisah asal puteri cantik dan anak raja yang gagah, kisah ini bagaimanapun diterjemahkan mengikut cita rasa yang bersesuaian dengan masyarakat. Drama bersiri sebanyak 20 episod ini, mengisahkan Memey yang memegang watak Puteri Aurora hidup dalam persembunyian. Dia dijaga oleh tiga penjaganya Che Nora, Che Arn dan Imah. Menurut Memey, sepanjang dalam drama bersiri ini, dia hanya terlantar dalam keadaan koma bagaimanapun kisahnya diterjemahkan melalui mimpi sepanjang dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. “Kisah cinta saya dan Hakimi (Iqram) diluahkan menerusi mimpi kerana kekuatan cinta itu ia menyedarkan saya dari koma. Di dalam siri ini saya terlantar koma dari episod satu hingga 20 tetapi dalam koma itu ada jalan ceritanya,” kata Memey. Pengarah drama bersiri ini berkata, dia tidak menghadapi masalah besar mengarahkan sebuah kisah dongeng kecuali berdepan dengan masalah jadual pelakon kerana sebanyak 20 pelakon digunakan. Apabila berkerja dengan pelakon yang mempunyai nama, ia menyukarkan sedikit apabila membabitkan jadual. “Setiap babak perlu ada pelakon yang ada, jadi kita berdepan masalah dengan jadual mereka. Selain itu, saya juga perlu menerangkan kepada pelakon dengan lebih terperinci jalan cerita drama ini kerana ia lebih kepada imbas kembali. Bagaimanapun, bekerja dengan pelakon yang mempunyai pengalaman sangat membantu dan tidak mendatangkan banyak masalah kepada kami,” katanya yang ditemui di majlis pelancaran drama bersiri itu baru-baru ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 1:08 pm | |
| Dengarnya...: Zahiril Adzim kian ligat
ZAHIRIL kini sibuk menjalani latihan teater Kompilasi Volume 2.
NAMPAKNYA selepas berlakon teater Patung Kertas musim pertama dan kedua serta teater Patriot, rezeki Ashraf Muslim dalam bidang persembahan pentas ini masih terbuka luas.
Ketika ini, bekas kekasih kepada Sherry Ibrahim itu sedang rancak menjalani latihan teater Tun Mamat dan Mimpi Tuanku. Teater arahan Lokman Ghani itu akan dipentaskan pada 7 hingga 9 Ogos ini di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.
Pelakon drama yang juga finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular itu tidak sesekali menjadikan alasan kekecewaan yang melanda kehidupan peribadinya sebagai noktah untuk terus berjaya dalam bidang seni.
Baguslah kalau macam itu. Yang menjadi kemusykilan Cik Normah ialah kenapa tiba-tiba nama Ashraf tidak terselit dalam filem Niyang Rapik The Movie sedangkan untuk versi drama, dia antara pelakon utama. Entahlah, Cik Normah pun kurang pasti kenapa Ashraf tidak terbabit dalam filem arahan Ahmad Idham itu.
Oh ya pada masa yang sama, pelakon berbakat besar, namun bertubuh kecil molek, Zahiril Adzim pun sedang ligat menjalani latihan untuk persembahan teater Kompilasi Volume 2 yang akan dipentaskan di Stor Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). Kali pertama ia dipentaskan, Zahiril bertindak sebagai pengarah, namun untuk kali ini, dia hanya berlakon saja.
Setahu Cik Normah teater ini sepatutnya dipentaskan pada 30 Julai hingga 2 Ogos ini. Bagaimanapun, tarikh terbaru yang Cik Normah diberitahu rakan sepejabat ia bertukar kepada 11 hingga 16 Ogos ini. Tiket untuk menonton teater ini dikenakan dengan harga RM20. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang rumahanakteater.blogspot.com |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 1:29 pm | |
| Jee Berserah Soal Jodoh
Kesibukan terhadap anak-anak, kerjaya serta aktiviti lasak seperti berskuba dan berkonvoi dengan motosikal berkuasa tinggi membuatkan penyanyi Fauziah Latiff atau Jee senang membiarkan soal jodoh hadir sendiri tanpa perlu serius memikirkannya.
Bukan kerana serik dengan dua kegagalan rumahtangganya sebelum ini, jauh sekali menyesalinya, dia kini senang dengan kehidupan peribadi, di kelilingi insan-insan yang disayanginya.
“Saya tidak pernah menyesal, tidak juga serik dengan perkahwinan. Mungkin juga pengalaman menjadikan saya lebih berhati-hati dan melihat kehidupan dari sudut berbeza. Mungkin juga saya selesa dengan status kini, melihat anak-anak membesar dan mempunyai lebih banyak masa untuk diri sendiri,” ujarnya.
Selain dua puteranya, Jeffry Joaquim Indot, 11 tahun, dan Jeremy Jay Indot, 8 tahun, hobi sukan bermotor yang diminatinya menjadi pengubat dikala diri dibelenggu sepi. Sejak mula menceburi bidang nyanyian, Jee sudah menunjukkan minatnya terhadap sukan ekstrem bermotor. Minat itu makin bercambah selepas dia mendirikan rumahtangga. Sehingga kini minat itu tidak pernah pudar malah makin mekar.
“Saya bersyukur dikelilingi anak-anak serta kawan-kawan yang begitu menyayangi diri ini. Lumrah alam, setiap makhluk di dunia ini perlukan teman untuk meluahkan suka duka, begitu juga saya.
“Namun, saya tidak mahu memikirkan secara serius hal-hal remeh berkaitan mencari pasangan. Bukan tidak percaya pada institusi perkahwinan atau menganggap perkahwinan sebagai beban, sebaliknya saya mahu jodoh itu datang sendiri bukan saya mencari. Saya tidak menafikan dikelilingi ramai kawan, tapi untuk rapat sehingga berkongsi hal-hal peribadi, belum lagi. Kalau ada jodoh adalah,” tambah Jee lagi.
Aktiviti skuba yang dilakukan penyanyi ini bukan sahaja turut dikongsi bersama dua puteranya, malah aktiviti menyelam itu juga mengubah persepsi Jee mengenai kehidupan.
“Skuba bukan sekadar aktiviti menyelam melihat keindahan dasar laut. Sebaliknya saya melihat hidupan laut serta keindahannya sebagai terapi kepada kehidupan. Bagaimana kita menilai hidup dan belajar untuk melaluinya. Saya tidak pernah menganggap diri sempurna, setiap pengalaman adalah pelajaran untuk mencari kelemahan diri dan berdikari,” jelasnya.
Teater kedua selepas 10 tahun
2009 menjadi tahun ‘lakonan’ buat penyanyi yang popular dengan lagu-lagu berentak balada ini. Selepas membintangi ‘Kudrat Iman’ dan ‘Gelora Di Hati Sara’, Jee seolah-olah enggan berundur dari dunia lakonan apabila bakal beraksi dalam teater muzikal ‘Tun Abdul Razak’ sebagai Toh Puan Hajah Rahah Mohd Noah.
Teater muzikal ini merupakan percubaan keduanya selepas ‘Rubiah’ sedekad lalu. Jee tidak mempunyai masalah apabila digandingkan bersama Rashidi Ishak. Malah keduanya saling membantu untuk mewujudkan ‘chemistry’ suami isteri dalam lakonan mereka.
“Ketika mula-mula menerima tawaran, perasaan gementar memang ada. Namun saya harus ‘break the fear’ agar ketakutan itu tidak lagi menjadi penghalang. Selagi tidak mencuba, selagi itulah saya tidak tahu sejauh mana kemampuan diri,” jelasnya yang kini menumpukan sepenuh perhatian kepada teater keduanya.
Teater muzikal ‘Tun Abdul Razak’ akan dipentaskan di Istana Budaya Kuala Lumpur pada 16 hingga 20 Ogos ini, sempena bulan kemerdekaan.
Sebagai Toh Puan Rahah, Jee cuba belajar mengenai cara percakapan dan gerak geri ibu kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib itu ketika bertemu bekas Wanita Pertama Malaysia itu, baru-baru ini.
“Toh Puan Rahah seorang wanita kental dan beliau mempunyai ciri-ciri keibuan yang sangat tinggi. Malah pertuturannya sangat lemah lembut dan beliau juga seorang wanita yang gemar tertawa,” ujar Jee mengenai pertemuan yang diatur seorang rakan.
Melalui teater muzikal ini, Jee perlu menguasai lakonan dan nyanyian. Malah dia juga banyak berkongsi pendapat dan idea bersama pasangannya dalam teater ini demi sebuah lakonan yang mantap. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 1:31 pm | |
| Atilia, Noryn Lepas Geram
Semuanya gara-gara selepas menyaksikan persembahan Butterfingers di Lambang Sari, Istana Budaya pada awal Januari lalu. Ketika itu terlintas di fikiran Atilia bahawa konsep yang sama boleh diaplikasikan untuk sebuah persembahan jazz. Dan begitulah terlahirnya konsert Malam Nada Biru.
“Rasanya ini masa yang sesuai untuk menampilkan sesuatu yang baru dari segi konsep dan produksi. Kebiasaannya, para penyanyi akan beraksi di dewan utama. Kami cuba wujudkan sebuah suasana yang lebih intim,” kata Atilia.
“Tak begitu berbeza dari bila kita buat show di Alexis, Bangkok Jazz dan No Black Tie tetapi pada skala yang lebih besar. Perbezaan yang ketara, mereka yang hadir akan dapat menumpukan sepenuh perhatian pada muzik kami.”
Tambahnya, tujuan utama diadakan Malam Nada Biru adalah untuk menghasilkan satu rakaman DVD dengan bantuan PRS Productions (produksi yang bertanggungjawab untuk video muzik “Sangkar”).
Sebanyak enam kamera HD akan digunakan untuk merakam bukan sahaja persembahan dua malam tersebut tetapi juga segala yang berlaku di belakang tabir dan ketika sesi latihan.
“Ini percubaan pertama saya dalam penerbitan, menggunakan pengalaman saya ketika terlibat dalam kerja-kerja produksi. Dengan adanya DVD ini, boleh kita tunjukkan kemampuan bakat tempatan,” kata Atilia yang akan menjual hak rakaman kepada stesen TV selain memasarkannya kepada umum (diharapkan sebelum Krismas).
Menjadi harapan wanita bercita-cita besar ini untuk mengadakan satu Malam Nada Biru dua bulan sekali, menampilkan penyanyi-penyanyi tempatan dari pelbagai genre. Di akhir tahun, dikumpulkan kesemua artis-artis ini untuk satu konsert besar-besaran.
Untuk percubaan pertamanya, dijemput teman baik Noryn Aziz untuk berkongsi pentas dengannya. Mereka akan diiringi tujuh pemuzik yang bukan calang-calang orang seperti Steve Thornton, Lewis Pragasam dan Jamie Wilson.
“Muzik kami mempunyai persamaan dan saya merasakan jika digandingkan bersama, kami mampu menarik minat penggemar muzik ke konsert kami,” jelas Atilia yang memberitahu mereka digandingkan buat pertama kalinya kira-kira dua tahun lalu untuk rancangan ntv7 berjudul ‘Nite of Soulful Stars’.
Bila ditemui dua hari lalu, Atilia mendedahkan lebih 70% tiket telah dijual untuk persembahan malam ini manakala untuk malam kedua, lebih 68% tiket telah terjual.
Menaja diri sendiri Awalnya, perancangan Atilia untuk cuba mendapatkan tajaan daripada syarikat telekomunikasi. Namun jawapan yang diterima: mereka tiada masa dan sibuk dengan projek lain. Jauh dari berputus asa, diteruskan juga impiannya dengan mengeluarkan modal sendiri, kira-kira RM50 ribu.
Ditambah pula sekumpulan rakan-rakan yang sudi menghulurkan bantuan. Noryn misalnya, tidak meminta sebarang bayaran untuk persembahannya manakala para pemuzik sanggup mengenepikan bayaran royalti mereka. Peralatan muzik pula dipinjamkan dari kawan-kawan.
Tetapi bukan semuanya keberatan memberikan tajaan. Yamaha telah menaja sebuah ‘grand piano’. Manakala Eclipse akan menaja pakaian mereka untuk persembahan dua malam itu. Kata Atilia mengenai rekaan mereka itu, “It’s simple, classy but not revealing.”
“Cabaran terbesar untuk projek ini adalah dari segi tajaan. Mula-mula tu terasa-lah kecewa tetapi selepas satu jam saya melihatnya sebagai satu cabaran. Peluang untuk membuktikan bahawa saya boleh melaksanakan projek ini walaupun pada bajet yang kecil tanpa mengkompromikan kualitinya. Jika kami berjaya, penaja mungkin lebih terbuka untuk menaja siri seterusnya.
“Bila difikirkan, ada baiknya kita tidak mempunyai penaja. Kami lebih menghargai hasilnya. Boleh juga kami jadikan ini peluang untuk belajar. Selepas ini, kami tahu apa yang perlu dilakukan.”
Tiada lagu ‘cover’ Hanya tinggal beberapa jam sebelum bermulanya persembahan mereka pada jam 9 malam nanti.
Dedah Atilia, bukan saja dirasai perasaan gementar tetapi bimbang juga tentang produksi malam nanti dan cukupkah duit untuk menanggung makan minum krew.
“Tetapi saya amat berpuas hati dengan latihan yang telah kami jalani. Everything sounds good. We have professional musicians. Technology wise everything should be okay. We’ve planned this.”
Tambah Noryn, “Sekarang ini masih okay sebab kami sudah menjalani latihan. Tetapi rasanya pada hari persembahan, lain ceritanya. Mungkin ada sedikit gementar tapi pastinya kami berdua tidak boleh melihat satu sama lain sebab kami mesti buat lawak dan hilang fokus.
“Tetapi untuk sebuah ‘live show’, tidak boleh diharapkan sebuah persembahan yang sempurna. Bimbang juga ni apa yang nak dikatakan ketika berinteraksi dengan penonton.”
Selama dua jam (setiap penyanyi akan diberi set sepanjang 45 minit), para hadirin akan dipersembahkan dengan lagu-lagu dari album Atilia (termasuk beberapa lagu dari album terbarunya, yang belum lagi diperdengarkan dimana-mana) dan Noryn yang telah diatur semula. Pada penghujung konsert, mereka akan berduet untuk lagu “Sangkar” dan “Cerita Cinta”. Tidak akan ada ‘cover songs’.
“Biasanya bila kami membuat persembahan korporat, kami perlu menunaikan permintaan pelanggan untuk menyanyi lagu ‘cover’. Jadi kali ini, kami nak lepas geram dengan menyanyikan lagu sendiri. Lagipun lebih bersesuaian dengan konsep persembahan jika kami menyanyikan lagu sendiri,” kata Atilia.
Malam Nada Biru akan berlangsung pada 30 - 31 Julai ini, jam 9 malam. Dapatkan tiket anda, hanya RM80, di box office Istana Budaya atau melalui www.ticket2u.biz |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 1:32 pm | |
| Atilia Minta Maaf
Semalam di ruangan Normah Becok (Hip, Berita Harian), telah disiarkan aduan seorang pembaca yang bertanyakan mengapa Atilia sejak akhir-akhir ini muncul dengan “pakaian yang mencolok mata”.
Kebetulan GUA ada berjumpa Atilia di Istana Budaya petang semalam untuk menemuramahnya tentang persembahannya bersama Noryn Aziz di Malam Nada Biru yang akan berlangsung selama dua malam bermula esok.
Jelas Atilia, tidak timbul langsung niatnya untuk kelihatan seksi.
“It’s how I dress dan keluarga saya pun open-minded. Tapi saya faham jika ada yang terasa, lebih-lebih lagi dengan pose sebegitu dan bajunya yang pendek. I overlooked how it would turn out.
“Jika ia telah menyinggung perasaan mana-mana pihak, saya ingin meminta maaf. Saya akan cuba untuk tidak melakukannya lagi. Apa yang berlaku ini merupakan satu pengajaran buat diri saya.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 1:34 pm | |
| Rozita Che Wan: Hanya Kawan, Tak Mesra
Walaupun puas diasak para media sampai tuan empunya diri pun tidak tahu bagaimana hendak menjawab, tetapi itulah jawapan yang berulang kali ditegaskan Rozita Che Wan tentang perhubungannya dengan pemain bola sepak kebangsaan dan Selangor, Asrarudin Putra Omar. Gara-gara menemankan adik, Ayu Raudhah menonton perlawanan bola (seperti yang ramai tahu pemain Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak sedang hangat digosipkan sebagai teman istimewa Ayu), Rozita pula yang terkena tempiasnya. “Saya pun tak tahu macam mana ini semua boleh bermula,” katanya bingung. Namun begitu, diakui Rozita yang dia memang mengenali Asrarudin, berlainan dari para VIP yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini yang langsung tidak dikenalinya. “Gosip ini ada sedikit kebenarannya di mana saya memang kenal dia. Sudah beberapa bulan kami berkenalan bermula di gelanggang futsal tetapi takde lah bercinta. Kami kawan biasa tapi tak mesra. Berborak dengan dia (diakui hingga berjam-jam mereka bergayut di telefon), saya rasakan dia seorang yang boleh dijadikan kawan bersembang.” Ditanya jika dia takut di label seorang ‘playgirl’ kerana berkawan dengan ramai lelaki, jelasnya setiap orang berhak untuk memilih yang terbaik dan sesuai untuk dirinya. “Jika hanya berkawan dengan seorang saja, macam mana kita hendak buat pilihan? Sebab itu ramai artis susah nak ‘declare’. Bila mereka sudah bersedia baru mereka beritahu. Sebab kadang-kadang berkawan itu tidak bermakna adanya jodoh.” Tambahnya, melihat jurang perbezaan usia sebanyak 15 tahun di antaranya dan Asrarudin, dia berpijak di bumi nyata. “Saya suka lelaki muda tetapi saya perlu realistik. Nanti dikejarnya perempuan lain kerana 80% lelaki akan curang. Jika perbezaan umur setahun, dua masih boleh diterima. Tapi jika sudah jodoh, saya terpaksa terima tapi saya berharap tidak lah begitu,” cerita Rozita yang mengakui bimbang jika ‘sahamnya’ jatuh disebabkan terlalu kerap dikaitkan dengan VIP menjadikan orang biasa takut mendekatinya. “Saya tidak mencari VIP. Itu orang yang buat cerita. Saya tak kisah siapa dirinya. Jika saya suka, suka lah tetapi saya lebih selesa dengan orang biasa.” Dalam orang ramai sibuk bercakap tentang ‘perhubungan’ di antaranya dan Asrarudin, rupa-rupanya Rozita sedang dalam fasa mengenali seorang ahli perniagaan yang telah diperkenalkan oleh seorang teman. Lelaki tersebut masih bujang dan tidak berpangkat. Dan melayannya dengan baik. Apa yang disebutkannya, akan dibeli si dia untuknya. Bila terkeluar cerita tentang dirinya dan Asrarudin, Rozita memberitahu lelaki tersebut diam saja, tidak bertanyakan apa-apa. Projek lakonanRozita ditemui semalam selepas pelancaran drama terbaru TV3, ‘Puteri Aurora Beradu’ yang diilhamkan dari cerita dongeng klasik Sleeping Beauty. Di dalam drama 20-episod itu, dia memainkan watak Aishah, ibu kepada Aurora (lakonan Memey) dan mangsa penderaan Sofea (Norish Karman). Awalnya, Rozita pilihan utama untuk membawa karektor Sofea tetapi disebabkan jadualnya yang padat, dia diberikan watak Aishah sementara Sofea dimainkan Norish. “Melihat sedutan tadi, nasib baik tak bawa watak Sofea. Lakonan Norish memang mantap sebagai orang jahat,” katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran filem ‘Adik Manja 2009’ dan selepas itu, drama raya TV9, ‘Kuih Goyang Seha’. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 3:25 pm | |
| (Gambar) Johan dan Ozlyn Kini Suami Isteri
Tahniah buat dua mempelai pengantin baru, Johan Raja Lawak (25) dan Ozlyn (28), Permaisuri Lawak (kahkah!). Dua merpati sejoli ini memang dah diketahui semua akan kisah percintaan mereka termasuklah kes berpeluk dan terpeluk yang tidak berapa manis dipandang beberapa bulan yang lalu.
Apapun yang menjadi buah mulut orang, akhirnya, dengan sekali lafaz, Johan dan Ozlyn sah bergelar suami isteri pada 25 Julai lalu di Masjid Lembah Jaya, Ampang. Majlis pernikahan tertutup itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak sahaja. “Sebenarnya, kami sudah lama merancang untuk berkahwin…sebelum timbulnya segala kontroversi itu. Tetapi, kesibukan nampaknya membataskan perancangan itu.
“Kami kemudiannya rancang untuk bernikah pada 13 Jun lalu, bersamaan dengan hari lahir Johan dan adakan majlis persandingan pada hari lahir saya pula iaitu 22 September.
“Tetapi sekali lagi, masa nampaknya tidak sesuai. Akhirnya kami nekad memilih tarikh 25 Julai lalu untuk bernikah dan mengadakan resepsi pada 26 September pula.
“Alhamdulilah, majlis pernikahan berjalan lancar. Saya berharap, selepas ini tidak lagi ada kisah kontroversi yang akan singgah pada kami,” kata Ozlyn dalam nada ceria. + via Mstar
Pada majlis yang menyaksikan pasangan tersebut mengenakan busana ala-padang pasir itu, Ozlyn menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan, manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.
Oh! Artis: Lepas ni nak berpeluk atas bawah depan belakang pun takpe. Tak siapa nak amik kisah lagi. Asalkan bukan depan khalayak ramai sudah la. Hehehe. Hurm, bila pula Amir Raja Lawak nak kahwin ye? Mana dia sekarang? Tak nampak batang hidung pun. Dah jadi badut sarkas kah? |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 3:28 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 3:33 pm | |
| Amelina kosongkan rumah sewa, barangan rumah tidak jadi dilelong
Amelina kelihatan resah apabila Ravi bertindak mengeluarkan barangan dari rumah sewanya. -foto mStar oleh AU YEONG HOW
SHAH ALAM: Perintah mahkamah yang diterima untuk mengosongkan rumah sewa banglo, dua tingkat penyanyi dangdut Amelina di Kota Kemuning, Shah Alam seharusnya bermula dengan lelongan barangan rumah pagi tadi.
Namun, perkara itu tidak terjadi setelah Amelina dan suaminya, Reduan Mahmood tampil menunjukkan surat mahkamah bahawa barang-barang milik mereka tidak boleh dikeluarkan dari rumah itu.
Dan
pasangan itu juga telah membuat bayaran sebanyak RM3 800 kepada pemilik rumah, Ravi atau nama sebenarnya K. Madhavankutty sebelum ini.
Suami Amelina, Reduan ketika berbincang dengan peguam Ravi, Arnold Andrew.
Insiden menjadi lebih ‘dramatik’ apabila Ravi terlebih dahulu telah meminta beberapa orang mengeluarkan barang-barang kepunyaan pasangan ini tanpa menghiraukan surat yang ditunjukkan oleh mereka.
Beberapa minit selepas itu, Ravi dan pasangan itu bertikam lidah kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Ravi.
Sejurus selepas itu, suami Amelina tiba-tiba menggertak Ravi untuk menyaman sesiapa yang mengeluarkan barangan daripada rumahnya.
Bagi meredakan pertengkaran, pihak polis yang hadir bersama Ravi pada pagi tadi terus mengambil dan membaca surat perintah mahkamah yang didakwa melarang Ravi dari mengosongkan rumah itu.
Antara barangan dari rumah sewa Amelina yang dikeluarkan.
Timbul sedikit kekeliruan apabila Ravi dan Amelina mengeluarkan dua surat perintah mahkamah yang bercanggah.
Ketika ini, peguam Ravi pula, Arnold Andrew tampil menjelaskan surat yang dikeluarkan oleh Amelina dan suaminya, sebenarnya adalah surat rayuan kepada Mahkamah Tinggi agar perintah mengosongkan rumah sewanya hari ini tidak dilaksanakan sementara menunggu perbicaraan.
“Surat rayuan itu tidak sah kerana pemilik rumah ini sudah mendapat perintah untuk pecah masuk rumah dari mahkamah magistret terlebih dahulu sebelum surat rayuan itu dikemukakan oleh Amelina.
“Jadi tindakan ini ‘mengosongkan rumah’ hari ini akan diteruskan mengikut perintah mahkamah,” kata Andrew.
Reduan dan Amelina bertikam lidah dengan Ravi dari mengeluarkan barangan rumahnya.
Barang-barang Amelina seperti perabot, almari, kerusi, meja, set hi-fi, set TV, alat kelengkapan golf, set sofa dan semua peralatan rumah, kini berada di luar rumah sewa itu.
Amelina dan suami diberi tempoh sehingga pukul 5 petang ini untuk diangkut. Andainya barangan ini tidak diambil selepas tempoh yang diberikan, Ravi akan memberi kelonggaran masa dan barangan ini akan ditempatkan di bahagian luar kawasan rumah dengan pintu mangga yang bermangga.
Pada 24 Jun lalu, Ravi telah mendapatkan perintah dari Mahkamah Majistret di sini untuk mengusir Amelina setelah Amelina dan suaminya tidak membayar sewa rumah selama dua bulan.
Amelina dan suaminya mula menyewa rumah di Jalan Anggerik Oncidium, Kota Kemuning Shah Alam dengan sewa RM2 700 sebulan pada bulan April tahun ini. Namun pasangan itu gagal melunaskan sewa rumah sebulan selepas itu.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Thu 30 Jul 2009, 3:43 pm | |
| (PANAS)Siapa Diva Yang Buat Almy Nadia Gagap?
Dah lama kami nak tulis pasal nie tapi asyik terlupa jer. Terkejut kami baca BiPop Ahad lepas bila Almy Nadia bagitau sesuatu tentang seorang Diva. Sebelum tue kami nak cakap betapa kesiannya hidup si Almy Nadia nie. Sungguh kejam orang yang menyantau dia daripada tahun 2006 tue. Dahd ekat 3 tahun dah nie. Cukup-cukuplah tue.
Korang baca kat bawah nie kenyataan Almy Nadia pasal sorang diva nie. Seram beb bila pikir-pikir balik.
Selain pengalaman di santau, saya juga ada pengalaman bekerja dengan seorang artis ini yang kononnya bertaraf diva! Apabila saya ada babak dengan dia, saya tak boleh berdialog dengannya. Bertentang mata dengan dia pun saya tak mampu, saya jadi gagap! Lama-lama boleh jadi bodoh sehingga saya tak boleh nak hafal skrip!
Saya hairan, apa dah jadi, sebelum ini saya berdialog dengan artis lain, boleh. Mengapa apabila diminta berdialog dengan artis diva ini, tiba-tiba saya tak boleh? Lama kelamaan dah masuk dua tiga babak, ini tak boleh jadi! Bayangkan, apabila saya bertentang mata dengannya, nak mula berdialog, tiba-tiba fikiran saya jadi kosong!
Akhirnya saya minta tolong seorang kawan. Macam mana nak berlakon ni, saya ada beberapa hari lagi nak habiskan drama ini. Kalau asyik blank saja apabila diminta berdialog, matilah saya kena marah dengan pengarah! Teman saya tadi minta saya selawat nabi banyak-banyak dan niat dalam hati, kita nak bekerja, insya-Allah selepas ini saya boleh terus bekerja.
Alhamdulillah, berkat doa, baca-baca ayat yang patut, akhirnya saya boleh berdialog dengan diva berkenaan. Apa hal, boleh pula? Saya hairan, apabila artis lelaki berdialog dengan si diva ini, boleh pula, namun apabila tiba giliran saya jadi blank. Tapi, selepas selawat banyak-banyak, nampaknya saya mampu berdialog lancar dengan artis diva tu! Akhirnya Tuhan tunjuk jalan yang benar.
Kini, saya dah boleh nampak warna sebenar artis diva itu. Kulitnya saja cantik dan putih, rupa-rupanya hatinya hitam lekat! Sekali pandang wajahnya, oh cantiknya, so sweet… Tiba-tiba apabila saya dah boleh bertentang mata dengannya, mampu berdialog, rupa-rupanya diva berkenaan hanya manusia biasa. Saya lihat pada wajahnya ada juga jerawat, parut pada badan, kakinya?
Tapi, sebelum itu, ketika saya tak mampu bertentang mata dengannya, saya lihat diva itu seorang bidadari yang sungguh cantik! Penampilannya sungguh sempurna, umpama bidadari yang baru turun dari kayangan! Tapi, selepas Tuhan buka mata saya, baru saya perasan, diva ini macam orang lain juga, tak sempurna. Kentut busuk, hisap rokok juga! Akhirnya sifat bidadari diva berkenaan hilang macam itu saja!
Siapakah Diva yang dimaksudkan oleh Almy Nadia nie? Dato’ Siti tolak ke tepi dah sebab dia tak pernah berlakon. Siapa ek diva yang pelakon? Kalau betul la kata Almy Nadia, rasanya compem si diva nie pakai susuk. Depan orang nampak cun melecun, tapi sebenarnya berkedut sana sini.
Seram jugak ye industri hiburan Malaysia nie. Macam-macam perangai orang ada. Nie semua gara-gara tamak nak duit la nie. Lagi satu sebab dah gile populariti. Kalau dah tua buat lah cara tua. Takyahlah nak guna bomoh ke susuk ke nak kasik nampak maintain cun. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 02 Aug 2009, 9:51 am | |
| Perkahwinan Noniswara-Datuk Rosman 'eksklusif' dalam sederhana
SARUNG CINCIN...Datuk Rosman sedang menyarung cincin di jari manis isteri, Datin Noniswara. Mas kahwin bagi perkahwinan pasangan ini adalah sebanyak RM 317, namun wang hantaran 'dirahsiakan'. - foto THE STAR oleh RICKY LAI
KUALA LUMPUR: Aktres jelita Noniswara Baharudin akhirnya selamat diijabkabulkan dengan Pengerusi U Mobile, Datuk Rosman Ridzwan selepas solat Isyak di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur selepas Isyak malam tadi.
Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Abdul Malik Saleh dan adik kepada Rosman, Bani Uzair Baharuddin menjadi wali kepada adiknya, Noniswara.
Mas kahwin bagi perkahwinan pasangan ini adalah sebanyak RM 317. Namun wang hantaran 'dirahsiakan' kerana Nonis tidak mahu ianya dihebahkan.
"Biar saya dan suami saya saja yang tahu...," kata Nonis dengan senyuman yang manis terukir di bibir.
Hantaran sebanyak tujuh dulang dari pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan iaitu Cincin, Set wangian, Beg tangan (Channel), Kasut (Jimmy Choo), Manisan, Tepak Sireh dan Kek.
Ini adalah perkahwinan kedua bagi kedua pengantin yang kelihatan berseri-seri dengan berpakaian putih sedondon.
Noniswara, 39, yang mesra disapa Nonis itu kelihatan sungguh menawan dengan busana pengantin rekaan Butik Cosry sementara pasangannya Datuk Rosman, 5o tahun, tampan bergaya dengan pakaian baju Melayu putih senada.
Selebriti yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan mempunyai tiga anak dari perkahwinan pertama sementara Rosman pula berstatus duda dan mempunyai lima anak dari perkahwinan terdahulu.
Hantaran sebanyak tujuh dulang dari pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan iaitu Cincin, Set wangian, Beg tangan (Channel), Kasut (Jimmy Choo), Manisan, Tepak Sireh dan Kek.
Manakala hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki pula adalah sebanyak sembilan dulang iaitu Kitab Al-Quran, Tepak Sireh, Manisan, Set Wangian, Cincin, Jam Tangan, Set Pakaian Lelaki (Raoul), Kasut dan Kek.
PENUH SYAHDU....Kucupan suami kepada isteri di majlis akad nikah yang berlangsung dengan sederhana.
Antara artis yang turut hadir pada majlis perkahwinan ini ialah Datuk Salwa Abdul Rahman, Radhi Khalid, Kuna, Fizo Omar dan Rebecca Nur Islam.
Nonis akui begitu berdebar walaupun ini adalah perkahwinan kedua beliau.
Majlis resepsi akan berlangsung pada esok malam, 1 Ogos pada jam 8 malam di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Namun kata Nonis, majlis perkahwinannya akan berlangsung secara ringkas dan sederhana untuk meraikan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Pasangan yang sama cantik dan sama padan.
"Majlis ini juga untuk memberitahu saudara-mara,teman rapat dan peminat, saya sudah menamatkan zaman solo (janda) dan kini berkahwin buat kali kedua dan membina keluarga yang baru. Saya harap peminat akan mendoakan majlis pernikahan dan resepsi kami berjalan lancar seperti direncanakan nanti," kata Nonis di sidang akhbar sebaik akad nikah selamat berlangsung.
Nonis akan menggayakan rekaan Amir Luqman pada majlis resepsi. Dan khabarnya, tetamu jemputan akan dihiburkan dengan persembahan hiburan daripada rakan artis pada majlis resepsi itu nanti.
"Tunggulah besok....barulah surprise," kata Nonis apabila diasak siapakah artis yang diundangnya untuk buat persembahan pada majlis resepsinya malam esok. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 02 Aug 2009, 10:09 am | |
| Resepsi Noniswara tetap meriah tanpa persandingan.
SECOCOK... Noniswara dan Rosman melangkah masuk ke dewan dengan tepukan gemuruh para hadirin - foto THE STAR oleh KEVIN TAN
BERBEZA dengan kebanyakan resepsi artis yang dibuat dengan skala gaya mewah, resepsi aktres Datin Noniswara Baharudin dan Datuk Rosman Ridzwan berlangsung semalam dalam suasana yang sederhana namun tidak kurang meriahnya.
Pasangan ini lebih senang dengan majlis makan malam meraikan sahabat handai dan keluarga sambil menjemput rakan artis untuk menghiburkan para tetamu.
Noniswara kelihatan anggun dengan gaun rona putih rekaan Amir Luqman sementara Rosman tampak bergaya mengenakan sut serba putih dan bertali leher kelabu.
Resepsi tersebut yang berlangsung di Hotel Berjaya itu menggunakan warna tema iaitu putih dan merah jambu.
Rosman dan Noniswara memotong kek perkahwinan.
Pasangan mempelai yang bagai pinang dibelah dua ini mencuri tumpuan para hadirin apabila mereka memasuki dewan bersama irama gesekan biola.
Antara artis yang memberikan persembahan termasuk Farahdhiya Mohd Amin dan Liza Aziz.
Farahdhiya menghiburkan para hadirin dengan persembahan menarik.
Mereka yang hadir termasuk Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group, artis Anne Abdullah, Sharifah Shahora, Norjuma, Radhi Khalid, penerbit filem David Teo.
Aktres jelita Noniswara Baharudin selamat diijabkabulkan dengan Pengerusi U Mobile, Datuk Rosman Ridzwan selepas solat Isyak di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur selepas Isyak, malam kelmarin.
Rosman dan Noniswara sah bergelar suami isteri selepas selamat diijabkabulkan di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, kelmarin. -foto THE STAR oleh RICKY LAI
Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Abdul Malik Saleh dan adik kepada Rosman, Bani Uzair Baharuddin menjadi wali kepada adiknya, Noniswara. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 02 Aug 2009, 10:39 am | |
| Perkahwinan satu kemerdekaan
MISHA OMAR ketawa panjang bila bercakap tentang 'angin lintang' dia akan segera berumah tangga. Katanya, sejak usia melewati 25 tahun, sudah beberapa virus gosip bertebaran. Tetapi tidak satu pun mampu menjangkitinya.
Namun saya kata, kali ini virus tersebut bukan lagi virus yang biasa. Kalau sudah sampai pergi mencari dewan, melihat pakej perkahwinan dan meninjau menu makanan, usaha ke arah alam perkahwinan sudah mencapai fasa tertinggi.
Individu yang memang dalam proses menuju kemuncak itu sahaja yang akan berbuat demikian. Maka jangan mahu menafikan lagi virus yang bertebaran itu.
Gadis Kelantan berusia 27 tahun ini hanya ketawa mengekeh-ngekeh menampakkan barisan gigi yang masih rapi dipeluk pendakap gigi. Dia kemudian mula melontarkan hujah-hujahnya - seperti selalu, bernas dan realistik.
Dia tidak menafikan telah membuat persediaan tersebut. Sebagai seorang dara yang hatinya sudah diikat dengan cinta seorang teruna, apatah lagi memang sudah bercadang untuk menikahi lelaki tersebut, membuat persediaan perkahwinan pasti diutamakannya.
Sementelah majlis perkahwinan memerlukan kos yang tinggi dan melibatkan banyak pihak. Misha pula tidak suka membuat kerja pada saat akhir.
"Saya tak nafikan saya membuat tinjauan tentang majlis perkahwinan. Memang saya nak kahwin, tapi bukan pada tarikh atau bulan Februari seperti yang digembar-gemburkan," katanya serius.
SEORANG yang teratur, justeru Misha membuat persiapan awal untuk majlis perkahwinannya.
Diasak persoalan perkahwinan tersebut akan diadakan pada tahun hadapan, Misha perlahan memberitahu: "Kalau diizinkan Tuhan, memang kami mahu bernikah pada tahun hadapan.
"Sebab itu saya sudah bersedia meninjau semua keperluan agar berada dalam bajet yang betul. Tapi saya tak mahu bercakap lebih itu kerana lambat lagi untuk sampai ke tahun depan. Macam-macam boleh terjadi."
Mengimpikan sebuah majlis sederhana disulam aroma tradisional dan sedikit taman, Misha kala ditanya siapa sebenarnya gerangan arjuna yang berjaya mencuri hatinya, pantas memberitahu dia bukan daripada kalangan teman satu industri.
Katanya, tidak mahu pening kepala kelak berkahwin dengan teman seperjuangan. Kerdipan glamor dan tohmahan yang lebih hebat apabila berkahwin sesama artis selalu membuat Misha berfikir dua kali untuk jatuh cinta dengan lelaki sebegitu.
Cukuplah dia menjalin cinta dengan orang biasa. "Lebih menarik sebab saya dapat mengenal dunia lain daripada industri seni. Jadi boleh berkongsi pengalaman yang berbeza," katanya lagi.
Misha lantas memberi gambaran tipis tentang pemujanya yang telah menjadi pendampingnya sejak beberapa tahun lalu. Dia seusia Misha yang kerjayanya memerlukan dia selalu berada di awan biru. Tetapi di mata gadis ini, dia cukup luar biasa.
Kasih sayang, sifat memahami, toleransi dan menerima dirinya di luar kulit glamor serta paling penting, banyak melengkapkan kekurangan dirinya telah mengunci hatinya untuk cuba bermain cinta dengan lelaki lain.
Stigma hitam anak seni
Tetapi bila saya usik bahawa kebarangkalian dia harus berhadapan dengan stigma keluarga bakal pasangan hidupnya tentang dunia anak seni yang selalunya dianggap penuh sisi hitam, Misha memberi jawapan yang positif.
MISHA jarang mempunyai waktu senggang. Sesekali keluar kota, Misha tidak melepaskan peluang melawat Jonker Walk, Melaka.
Dia optimis mengatakan bahawa stigma itu wujud. "Tapi biasanya persepsi itu datang pada perkenalan pertama. Kita pun tak boleh nak salahkan mereka kerana banyak cerita negatif yang menjadi bahan tatapan.
"Namun, dalam masa yang sama, saya menolak kalau ada yang beranggapan bahawa anak seni ini rosak semuanya atau tidak bijak.
"Setiap manusia, dalam apa juga lapangan kerjaya mereka ada pancaroba dan tidak ada manusia yang sempurna," jawab Misha berhati-hati.
Terlanjur berbicara tentang perkahwinan dan Misha menjadi cover story Sensasi Bintang yang pertama pada bulan Ogos ini, bulan kemerdekaan atau kebebasan, sengaja juga saya 'racun' bahawa ikatan perkahwinan membuat seseorang itu tidak bebas. Terikat dan harus komited.
Tetapi pantas dijawab pemilik suara lunak yang terkenal dengan untaian lagu cinta seperti Cinta Adam Dan Hawa dan Bunga-Bunga Cinta ini dengan jawapan yang kontra tetapi yakin.
Jawab Misha, perkahwinan bukan satu kekangan. Sebaliknya perkahwinan adalah lambang kebebasan. Pada persepsi Misha: "Inilah fasa kita bebas daripada keluarga dan hidup berdikari dengan membina sebuah keluarga sendiri.
"Adakah kita mampu menyelusuri kehidupan berumah tangga atau sebaliknya, itu tanggungjawab kita."
Sehingga mahu menghabiskan temu bual ini, saya amati, bicara Misha kali ini begitu penuh dengan perasaan cinta. Bagai melimpah ruah. Dia angguk yakin bila disoal berkali-kali tentang keputusannya mahu berkahwin tahun hadapan.
Saya bayangkan jika impian berkahwin tahun depan gagal, bagaimana Misha?
Atau tidak terlalu awalkah untuk bercakap tentang isu ini pada saat namanya harum dalam industri selepas dijulang dalam Anugerah Industri Muzik (AIM), tawaran berlakon yang mencurah selain makin serasi sebagai hos Sehati Sejiwa di RTM1?
Tak akan cuci tangan
Tapi Misha tetap penuh dengan jawapan. Dia jawab, pada usia 27 tahun, perkahwinan itu hampir dekat kepadanya. Itu usia yang boleh dikira matang untuk berkahwin, katanya lagi.
Sementara pada isu impian perkahwinan yang gagal, gadis ini menyimpulkan, setiap manusia harus ada mimpi kerana melalui mimpi ia membakar semangat untuk menjadikannya realiti. Jadi doakan sahaja yang terbaik buat dia menggapai impian tersebut.
Balasnya tentang impian yang barangkali akan membuat kerjayanya tercicir: "Saya kira semua orang mempunyai komitmen untuk hal peribadi. Begitu juga saya. Saya tidak akan cuci tangan hanya kerana mengikat diri dengan komitmen lain. Ini darah daging saya.
"Paling penting, saya tahu, lelaki pilihan saya memahami saya. Dia cinta mati saya." Bicara kami tamat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 02 Aug 2009, 10:42 am | |
| Tak sedia punya zuriat NAMA yang bukan asing dalam industri, Ning Baizura Sheikh Hamzah, 34, sudah begitu sinonim sebagai penyanyi pop dan R&B yang mempunyai kelas tersendiri. Dikenali sebagai penyanyi yang energetik dan berfikiran terbuka, Ning bahagia melayari kehidupan berumah tangga bersama suaminya, Omar Shariff tanpa sebarang kontroversi sejak satu setengah tahun lalu. Mengaku mengambil masa empat bulan memperkemaskan kerjayanya selepas kehilangan pengurus, masa enam bulan pula diambil untuk menstabilkan keadaan. "Alhamdulillah, kini saya boleh menguruskan kerjaya sendiri. "Kalau Kak Anita Sarawak boleh jadi ibu rumah tangga sekali gus menguruskan kerjaya dengan baik tanpa bantuan pengurus, saya juga begitu" katanya yang sedang mengumpul material baru untuk album yang kata Ning akan menampilkan sejarah dan revolusi muziknya dengan bantuan Aidit Alfian dan Audi Mok selaku penerbit. Lebih membahagiakan Ning, apabila rezeki datang mencurah. Baru saja diumumkan sebagai duta produk kecantikan Olay, wanita kelahiran Kajang ini turut menjadi duta produk Osim. "Semuanya sudah diatur Tuhan," ujar Ning yang pulang ke kampung halaman suaminya di United Kingdom untuk bertemu keluarga dan anak-anaknya sejak semalam hingga 17 Ogos ini sebelum pulang menyambut Ramadan di Malaysia. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 02 Aug 2009, 10:43 am | |
| Jasmin tepis kontroversi Biar usia makin meningkat, penampilan diri tidak harus ditolak ke tepi
ORANGNYA cantik. Tinggi dan memiliki sosok tubuh yang menawan, Jasmin Hamid yang kini dilabelkan semakin seksi terus menjadi bahan bualan.
Isu peribadinya, terutama status dirinya sama ada sudah bercerai secara sah atau masih menggantung masalah rumah tangganya dengan suami, Ian Rashid Macquistan, 36, selepas dia menarik balik permohonan cerai terhadap suaminya itu tahun lalu turut hangat diperdebatkan.
Namun, sikap Jasmin yang bijak mengunci mulut daripada menjaja hal peribadi menjadikan dirinya terselamat dilanda kontroversi murahan. Malah isu tersebut lenyap begitu sahaja di sebalik kehebatannya memukau penonton dengan lakonan-lakonan mantapnya di kaca televisyen.
“Hal peribadi adalah hak milik saya. Saya tidak akan berkongsi dengan sesiapa. Saya lebih selesa bercakap tentang kerjaya saya. Kontroversi boleh menutup periuk nasi seseorang,” katanya tidak lama dulu mengulas isu peribadi yang lebih senang disimpan sendiri.
Sementara tentang persepsi khalayak yang menganggap dia kini kembali tampil seksi dan menggoda seperti zaman anak daranya dulu, Jasmin memberitahu sebagai seorang pelakon dia harus menjaga penampilan diri agar sentiasa kelihatan cantik. Sementelah sebagai wanita, katanya, biar usia makin meningkat, penampilan diri tidak harus ditolak ke tepi.
Bercakap tentang kariernya, wanita yang pertama kali membuat kemunculan perdana melalui filem Boss dan Kanta Serigala pada tahun 1991 kini lebih mesra di kaca televisyen. Pelbagai jenis karakter termasuk antagonis, wanita teraniaya dan penggoda, semua sudah dilakonkan dengan cemerlang.
Tetapi kini keletah dan kredibiliti lakonannya dapat disaksikan dalam drama komedi Datin WanAbe setiap Selasa pada pukul 10 malam di TV3 yang menyaksikan Jasmin menggeletek hati khalayak dengan watak Kat melalui dialog bahasa Inggeris yang berterabur dalam sebutan Kelantan dan begitu obses untuk menjadi kaya.
Lakonan Jasmin juga boleh ditonton menerusi drama yang sudah memasuki musim keenam, Bong yang hangat ditayangkan pada setiap hari Isnin pada pukul 9.35 malam di saluran TV9. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Sun 02 Aug 2009, 10:46 am | |
| Ini kekasih Cheryl?
PING HO dan Cheryl nampak semakin intim. DIVA memang suka dengan keletah pelakon dan pengacara kecil molek, Cheryl Samad. Lakonan dan caranya bercakap memang semula jadi. Kadangkala sewaktu melihat wajahnya di kaca televisyen, Diva tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka yang dekat dengan diri Cheryl. Sebelum ini dia pernah digosipkan dengan Amer Ruffedge gara-gara kerjasama dalam album Cheryl. Sekadar mengusik, Diva dapat cerita kononnya Cheryl kini asyik bercinta dengan pengarah siri Ghost, Ng Ping Ho. Cinta lokasi agaknya ya? Teman Diva nampak tangan Cheryl erat memegang lengan Ping Ho sewaktu selesai majlis Shout! Awards. Mereka sangat sepadan, kata teman Diva. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 03 Aug 2009, 9:00 am | |
| Noniswara-Rosman cepatkan tarikh kahwin nak elak umpatan orang Nonis akui agak tertekan dengan segala persiapan kerana terpaksa buat dalam tergesa-gesa
Pasangan Datuk Rosman dan Datin Noniswara telah selamat diijabkabul baru-baru ini SINAR kebahagiaan jelas terpancar di wajah kedua-dua pasangan pengantin baru Datin Noniswara dan Datuk Rosman yang telah selamat diijabkabulkan pada 31 Julai lalu di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Namun tidak dinafikan Nonis atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, mengakui perkahwinannya ini tidak dirancang dengan baik malah keputusan dibuat dalam keadaan yang tergesa-gesa. "Nonis agak tertekan dengan segala persiapan, kalau boleh nak majlis perkahwinan kami berjalan lancar. "Kalau diikut pada perancangan awal, tarikh perkahwinan kami sebenarnya adalah lambat lagi. Kami rancang nak kahwin lepas raya. "Tapi bila difikir semula, Nonis pun ketika itu dalam keadaan yang tergesa-gesa jadi buat keputusan pun tanpa dirancang dan kami pilih untuk percepatkan perkahwinan kami," kata aktres jelita ini. Ketika ditanya mengapa Nonis memilih untuk percepatkan tarikh perkahwinan mereka, Nonis mengatakan dia bersama suami hanya ingin mempercepatkan perkara yang baik dari menjadi bahan umpatan orang lain. "Nonis nak semuanya selesai cepat, orang ramai tertanya-tanya status kami jadi kami tak mahu menjadi fitnah orang dan kami fikir baik kami kahwin cepat," katanya lagi. Bagi suami Nonis, Datuk Datuk Rosman Ridzwan, Nonis menjadi pilihan hatinya berdasarkan empat faktor yang dilihat iaitu sifat keibuan yang dimiliki Nonis, lemah lembut, kejelitaan Nonis dan yang paling penting jodoh yang telah ditentukan Tuhan. "Bagi saya apa yang penting adalah jodoh itu sendiri. Saya tidak merancang apa-apa, semua ini ketentuan Tuhan. "Kalau kita nak cari jodoh sendiri memang susah, tapi bila Tuhan yang tentukan dan susunkan perjalanan hidup kita, Alhamdulillah semuanya baik," kata Pengerusi U Mobile ini. Pasangan Datuk Rosman dan Datin Noniswara terpaksa cepatkan tarikh nikah nak elakkan fitnah dan umpatan orang Namun berlainan bagi Nonis, perkahwinan keduanya ini adalah berlainan dari perkahwinannya kali pertama dulu kerana ketika itu Nonis masih muda dan tidak berfikiran matang dalam perkara rumah tangga. "Waktu tu Nonis masih muda, berlainan sangat. Sekarang Nonis dah matang dan akan lebih berhati-hati. "Nonis nak yang terbaik dalam hubungan suami isteri kali ini. Dulu Nonis memang dah terdedah dengan kehidupan korporat ini, selalu dijemput ke function besar-besar. "Sekarang ni bila dah berumah tangga Nonis akan lebih berhati-hati dalam pergaulan untuk jaga maruah suami," katanya. Ditanya mengenai bulan madu, pasangan ini menyatakan hasrat ingin ke Eropah namun masalah waktu kerja kedua-dua pasangan ini membuatkan mereka menangguhkan dahulu hasrat mereka. "Selepas raya baru kami akan rancang perkahwinan kami sebab kami masih belum buat 'adjustment' atas jadual kami lagi," kata Nonis. Pasangan ini juga tidak lari dari keinginan untuk memiliki cahaya mata meskipun Nonis sudah memiliki tiga orang anak dan Rosman pula sudah mempunyai anak seramai lima orang hasil perkahwinan dengan dua orang isteri. "Berkenaan cahaya mata kami berserah pada rezeki tuhan, Insya-Allah kalau ada rezeki dapat seorang anak pun jadilah, kalau tak ada rezeki kami terima juga," kata kata pelakon drama bersiri ‘Dendam’ ini. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Abdul Malik Saleh dan adik kepada Noniswara, Bani Uzair Baharuddin menjadi wali kepada kakaknya. Majlis resepsi pula akan berlangsung 1 Ogos pada jam 8 malam di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 03 Aug 2009, 9:02 am | |
| Maiza tidak mahu mengaku kalah, kini jadi 'Duta Tudung Myza' Maizawati kelihatan cantik dan menawan sambil menggayakan tudung Koleksi Myza. KISAH penceraian penyanyi nasyid dan penceramah popular, Ustaz Akhil Hayy dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal baru sahaja selesai pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh. Namun, cerita tentang bekas pasangan suami isteri ini tidak pernah lekang dari menjadi buruan media meskipun Maizawati sendiri. Kini, apa sahaja yang dilakukan oleh Maizawati atau Maiza, pasti menjadi tumpuan orang ramai sehingga ramai yang menganggap dirinya bagaikan seorang selebriti pula. Sudah beberapa kali ibu kepada enam orang anak ini memberitahu kepada media yang bukan dia yang mencari media untuk menghebahkan tentang apa yang berlaku sebelum ini sekaligus menepis dakwaan yang mengatakan dia seorang yang gila glamor. Maiza bersama model tudung Koleksi Maiza yang lain. “Apa yang berlaku sekarang ini bukan saya yang rancang..mungkin ini adalah hikmah disebalik kesabaran saya selama ini,” kata Maiza. Pada April lalu, bagaikan sekelip mata sahaja Maiza telah pun bergelar duta kepada program BondaMama yang diusahakan di bawah Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Mulai semalam, sekali lagi dia dilantik menjadi duta Koleksi Tudung Myza yang juga merupakan inisiatif bersama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah di bawah Program Keusahawanan Sosial bagi memberi peluang kepada kaum wanita melakukan kerja-kerja dari rumah yang boleh menjana pendapatan. Menurut Maiza, dia akan menjadi duta tudung yang mengambil sempena namanya itu selagi tudung itu laris di pasaran dengan bayaran royalti mengikut jualan tudung itu. Jelas Maiza, selepas ini dia sentiasa berpegang kepada prinsip enggan mengaku kalah dan sentiasa memandang ke hadapan. Anak-anak menjadi kekuatan Maiza untuk meneruskan hidup. "Saya akan mencuba apa-apa sahaja peluang yang melibatkan perniagaan. “Misalnya, saya akan menjenamakan semula syarikat saya dengan membuat produk sendiri berkonsepkan makanan seperti madu dan homeopati. Tetapi ia masih lagi dalam perancangan. Ameer Soekre bersama model-model tudung Koleksi Maiza di majlis pelancaran Koleksi Tudung Maiza di Ampang semalam. “Selepas bercerai, saya perlu fikir dan uruskan kewangan diri-sendiri dan anak-anak kerana tanggungjawab saya sudah lebih kepada tugas seorang bapa. “Namun, rasanya kehidupan saya tidak banyak beza sama ada sebelum bercerai dengan selepas bercerai kerana saya sudah biasa hidup berdikari,” luah Maiza yang semakin anggun dan menawan. Tambahnya, sejak dia sah bercerai dengan Akhil pada 15 Julai lalu, Maiza sudah nekad untuk berhenti menangis dan mengumpul kekuatan dengan sokongan anak-anak. “Saya dah banyak kali menangis depan anak-anak tetapi sekarang saya dah sebulat hati kerana tiada apa yang nak dinangiskan sekarang. “Sebelum ini, saya dah puas minta nasihat dengan ahli ulama dan pakar agama tentang masalah penceraian kami namun saya tidak pernah hebahkan kepada orang lain. “Saya rasa tak perlulah kita nak ungkitkan lagi tentang perkara yang lepas. Sekarang, saya cuma mahu bahagia dengan anak-anak..itu yang penting. Lebih baik saya fikirkan perkara yang berlaku pada masa hadapan,” jelasnya. Sebelum bercerai, Maiza pernah meuar-uarkan yang dia enggan menerima tawaran sebagai duta BondaMama kerana kurang berkeyakinan namun kini dia sudah berubah fikiran. “Mungkin sebelum ini saya tak biasa bekerjasama dengan orang lain..kita perlu belajar untuk melakukan langkah yang pertama. “Saya merasakan orang-orang di bawah Yayasan memerlukan sokongan saya,” jawabnya. Jualan tudung secara onlineMenurut Presiden Yayasan Pembangunan Nur Hikmah, Ameer Soekre Ishak, kini Koleksi Tudung Myza sudah pun berada di pasaran dengan aneka warna dan corak. “Koleksi Tudung Myza mengutamakan ciri-ciri buatan tangan yang lebih istimewa daripada yang berada di pasaran. “Tudung-tudung mengikut fesyen ini merangkumi empat aspek iaitu mudah dipakai, menggunakan kain chiffon dari Itali (bahagian luar) dan kain jersi kapas (bahagian dalam) yang berkualiti, harga yang murah dan ia dibuat oleh pekerja-pekerja dari rumah. “Ia didatangkan dalam lapan warna untuk satu rekaan tudung yang direka oleh jurulatih dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Norafiza,” katanya. Harga tudung-tudung itu dijual bermula dari RM55 hingga RM180. Tudung-tudung ini dijual secara online di www.myza.com.my dengan paparan pelbagai koleksi tudung. Seterusnya, mereka yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah terus menghubungi Zabedah Hussin (019-2114448) atau Fatimah Manaf (019-6271121) atau datang sendiri ke Myza Worldwide, 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, 43000, Kajang, Selangor. Selain di Selangor, Myza Worldwide turut membuka stokis di tempat lain seperti Kuala Lumpur, Johor dan Singapura. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 03 Aug 2009, 9:04 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 03 Aug 2009, 9:08 am | |
| Noryn terharu, Atilia bersyukur ‘Malam Nada Biru’ dapat sambutan
Konsep latar set yang ringkas nampak menarik walaupun tanpa pentas dengan bermandikan cahaya biru sesuai dengan nama konsert 'Malam Nada Biru'.
Permulaan yang membanggakan...begitulah yang boleh diluahkan tentang persembahan pertama konsert ‘Malam Nada Biru’ yang dipersembahkan oleh penyanyi Jazz, Atilia dan Noryn Aziz.
Konsert yang julung kalinya diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 30 da 31 Julai lalu secara istimewa dan eksklusif itu pastinya meninggalkan kesan bermakna kepada semua penonton.
Dewan yang bermandikan cahaya biru itu begitu sesuai dengan konsep ‘Malam Nada Biru’ anjuran syarikat produksi Atilia, Mujik Productions dan Bsync Productions milik Noryn.
Begitu juga persembahan pembuka yang memang mantap oleh pemuzik Eric Lee (pengarah muzik dan keyboard); Tok Khon dan Sze Wan (keyboard); Jamie Wilson (gitar); Zailan Razak (bass); Lewis Pragasam (drum) dan Steve Thornton (perkusi) dengan alunan muzik Jazz daripada nada perlahan kepada nada rancak
Atilia menyanyikan lapan buah lagu seperti 'Sangkar', dan 'Leka'.
Seterusnya, Atilia mengambil tempat dengan menyanyikan lagu ‘Sangkar’. Pada saat ini, nyanyian Atilia tidak menghampakan penonton namun muzik yang terlalu kuat hingga vokal penyanyi latar, kumpulan Rteez iaitu Khairy, Zda dan Bai kurang didengari membuatkan persembahan menjadi tidak seimbang.
Selepas menghabiskan nyanyian sebuah lagu itu, Atilia sempat berkata-kata dengan menyifatkan konsert pada malam itu sangat intim dan dekat dengan penonton.
“Saya berasa bangga apabila berada di sini dengan menyanyikan lagu-lagu saya serta dibantu oleh orang di belakang saya.
“Malam Nada Biru ini merupakan malam yang akan dikenang sampai bila-bila..,” luahnya yang dijangka akan melancarkan album terbarunya pada September depan.
Selepas itu, Atilia mendendangkan lagu duetnya, ‘Oh Love’ dengan vokalis Hujan iaitu Noh dari album keduanya, ‘Indah’. Namun disebabkan Noh tidak dapat hadir, jadi pasangan duetnya diganti oleh Jamie Wilson.
Noryn menyampaikan persembahan dengan energetik sekali.
Atilia tetap bertenaga ketika menyanyikan lagu seterusnya iaitu ‘Kau Gelombang’ yang dipetik dari album ibunya, Salamiah Hassan.
Walaupun lagu itu merupakan lagu lama, ia tetap menarik minat penonton untuk turut serta menyanyi.
Seterusnya, Atilia mengajak penonton untuk ‘groove’ bersama menerusi lagu ‘Harus Bagaimana’.
Ketika Atilia menyanyikan lagu runut bunyi Teater Muzikal P. Ramlee iaitu ‘Leka’, suasana menjadi lebih romantik apabila lampu dimalapkan ditambah dengan alunan lagu cinta yang syahdu dan lenggok suara yang merdu.
Selepas itu, cahaya lampu yang malap bertukar ke warna kuning manakala dekorasi ruang menyanyi yang ringkas tanpa pentas dan hanya dihamparkan permaidani bersaiz sederhana kecil.
Pemain percussion Steve Thornton juga mampu menarik perhatian penonton dengan gaya dan pelbagai alat muzik yang dimainkan.
Atilia meneruskan nyanyiannya dengan lagu kelapannya, ‘Ranjau’ bersama pemain trompet yang dijemput khas, Andy Wen sambil mengajak penonton mengalunkan nada ‘papapa....’.
Selepas 20 minit ‘intermission’, Noryn mengambil tempat dengan vokal yang tinggi dan lebih menyerlahkan persembahan.
Noryn juga nampak lebih energetik daripada Atilia sesuai dengan lagu yang dinyanyikan serta bijak menguasai ruang tempat nyanyian.
Penonton juga bagaikan bersetuju apabila mereka lebih memberikan tepukan gemuruh kepada Noryn.
Memetik kata-kata Noryn sebelum meneruskan nyanyiannya, “Kadangkala agak sukar juga untuk membuatkan orang terus-menerus menyokong saya bagi mengekspresikan muzik dan kebenaran muzik itu.”
Seterusnya, Noryn menyampaikan lagu ‘Kembalikan’ dan ‘Lara’ yang penuh dengan penghayatan dan butir bicara yang jelas manakala lagu ‘Kembalikan’ dinyanyikan dengan penuh dramatik, syahdu serta menyentuh jiwa.
Menerusi lagu ‘I’m Alright’, Noryn berkata ‘tanpa cinta, kita tiada kehidupan’ dan dia hanya menyanyikan lagu yang ditujukan untuk kaum wanita itu hanya untuk memberitahu yang dia berada dalam keadaan baik.
Noryn menyanyikan lagu ini dalam versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan penuh penghayatan yang mendalam.
Lagu ketujuh yang dinyanyikan oleh Noryn adalah ‘Bila-Bila Saja’ dan lagu terakhir yang dialunkan secara duet adalah lagu dari single pertamanya, ‘Cerita Cinta’ manakala Atilia pula menyanyikan lagu ‘Sangkar’.
Secara keseluruhannya, ramai yang berpuas hati dengan iringan muzik yang mantap di samping nyanyian yang bertenaga daripada kedua penyanyi itu pastinya penonton merasa tidak rugi menghabiskan RM80 untuk sekeping tiket masuk menonton konsert yang dihoskan oleh Sazzy Falak itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 03 Aug 2009, 9:09 am | |
| Noryn terharu, Atilia bersyukur
Atas kejayaan konsert ‘Malam Nada Biru’ ini, Atilia mahupun Noryn berpuas hati dengan kelancaran konsert yang dipersembahkan itu.
“Alhamdulillah, permulaan konsert ini berjalan dengan lancar...,” luah Atilia seusai konsert itu.
Noryn pula berkata: “Saya berasa teruja, terharu dan seronok apabila penonton memberikan perhatian sepenuhnya kepada konsert ini.
“Kalau ketika kami menyanyi di kelab-kelab malam biasanya orang akan sibuk dengan makanan dan minuman masing-masing tetapi di dalam Lambang Sari ini ramai yang mahu memberikan tumpuan.
“Muzik kita susah untuk mendapat sokongan di luar..jadi sebab tu kita buat sendiri. Kami nak juga jemput artis indie pada persembahan akan datang.”
Atilia juga memberitahu produksinya mempunyai perancangan untuk menampilkan artis seperti Liza Aziz dan Azlina Aziz dalam konsert ‘Malam Nada Biru’ selepas ini.
Ini kerana menurutnya, konsert ini akan menjadi konsert bulanan yang akan diadakan pada setiap dua bulan sekali bermula bulan Oktober depan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 03 Aug 2009, 9:11 am | |
| Konsep program Pop Kuiz dikemaskan lagi
SHAH ALAM: Jika sebut sahaja tentang game show Pop Kuiz sudah tentu masih ramai lagi yang terkenangkan gelagat lucu para peserta dan hos yang mengendalikan program popular sekitar tahun 1990-an ini.
Manakan tidak, program ini seperti fenomena yang tidak dapat dipisahkan dari dunia hiburan di mana Pop Kuiz bukan sahaja memberikan informasi mengenai dunia hiburan tanah air dan antarabangsa, malah penonton dapat melihat telatah selebriti kesayangan serta berhibur dengan persembahan mereka.
Sejak siaran terakhirnya pada tahun 2005, Pop Kuiz kembali mencuri ruang waktu penonton di hujung minggu bermula pada 19 Julai 2009, setiap hari Ahad di TV3.
Ujibakat telah dijalankan di sekitar Kuala Lumpur dan Sri Pentas dengan memilih peserta yang berusia 18 hingga 26 tahun berdasarkan kriteria seperti berpengetahuan dalam bidang hiburan dalam dan luar negara, aktif, lincah, kreatif serta berkebolehan secara selamba dalam bidang lakonan.
Rakaman untuk 13 episod musim pertama telah pun selesai pada bulan April. Kini, rakaman untuk mencari juara Pop Kuiz musim kedua sedang giat dijalankan bermula dari 25 hingga 31 Julai 2009 di Studio Glenmarie, Shah Alam.
Menyingkap kembali sejarah kegemilangan Pop Kuiz, masih terpahat di hati penonton kelincahan hos yang pernah mengendalikan program ini iaitu Aznil Hj Nawawi, Rina Khan, Amy Mastura, Maya Matahari, Intan Suraya dan Benjy.
Populariti dan keberkesanan Pop Kuiz yang mula diterbitkan pada tahun 1992, berjaya mendapat pengiktirafan memenangi “Highly Commended Programme” oleh Asian Television Awards 1996.
Untuk kemunculan semula Pop Kuiz, TV3 memberikan tanggungjawab kepada dua gandingan baru iaitu Aidid Marcello dan Yatt Hamzah untuk menceriakan lagi program hiburan berinformasi ini.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar, “Setelah penelitian dan kajian dijalankan pihak kami merasakan tibalah masanya untuk mempelbagaikan lagi himpunan program-progran yang disiarkan di TV3.
Selain dari drama-drama hebat, program bual bicara, dokumentari dan hiburan yang menjadi tulang belakang kepada TV3, kami percaya dengan adanya program berbentuk gameshow berinformasi seperti Pop Kuiz bakal menarik lebih ramai penonton untuk berhibur di samping mendapatkan informasi mengenai industri hiburan tanah air dan antarabangsa.
Malah kemunculan selebriti tanah air yang menyertai dan membuat persembahan penutup di setiap episod merancakkan lagi program Pop Kuiz ini. Tambahan pula, Intan Suraya bertindak sebagai penerbit dan semestinya dia memahami selok belok dan memperkemaskan lagi konsep program yang pernah dikendalikannya ini.
Pop Kuiz 2009 telah memecah tradisi terdahulu kerana buat julung kalinya terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat Pusingan Awal, Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir. Bagi peringkat Pusingan Awal, terdapat 3 segmen yang akan menghiasai program selama setengah jam ini iaitu Cepat Jawab, Action...Cut! dan Star Pop.
Format segmen-segmen ini seperti berikut:-
Segman Cepat Jawab menguji sejauhmana pengetahuan para peserta dalam bidang hiburan dalam dan luar negara. Peserta dikehendaki untuk berebut menekan buzzer masing-masing untuk menjawab seberapa banyak yang boleh hanya dalam masa 3 minit sahaja. Jawapan yang betul akan diberi 10 markah, manakala jawapan yang salah ditolak 5 markah.
Manakala segmen Action...Cut!, peserta dicabar untuk menggunakan kreativiti masing masing secara spontan dalam melakonkan satu watak dari filem atau drama dengan situasi yang berbeza mengikut arahan dari seorang juri tetap yang digelarkan ‘Tuan Pengarah’.
Markah juga berdasarkan penilaian ‘Tuan Pengarah’ tersebut yang merupakan seorang karyawan arif dalam bidang teater dan seni lakon. Untuk musim pertama, Khir Rahman bertindak sebagai juri tetap manakala bagi musim kedua pula, Harun Salim Bachik bertindak sebagai juri bagi pusingan awal, dan Khir Rahman kembali dengan tugas juri tetapnya untuk peringkat separuh akhir dan akhir.
Segmen Pop Starz mengundang seorang penyanyi tanah air untuk menyanyikan dua buah lagu pilihan penyanyi itu sendiri dalam bentuk ‘minus one’. Setiap lagu yang dinyanyikan tidak melebihi dari satu minit.
Sebaik sahaja lagu yang dinyanyikan berhenti, pengacara akan membuka lima soalan berkenaan lagu yang dinyanyikan tadi. Bentuk soalan adalah pelbagai sama ada berkenaan sejarah lagu itu sendiri atau mengulangi rangkap yang dinyanyikan atau pun mengajuk cara penyanyi menokok tambah bahagian tertentu. Oleh itu, peserta harus mendengar dengan teliti lagu yang dinyanyikan kerana tidak boleh menduga soalan apakah yang akan menyusul.
Antara penyanyi undangan yang dijemput ialah Aizat, Ezlynn, One Nation Emcees, Nurul, Musly Ramli, Mus May, Lan Meet Uncle Husin, Fabulous Cat dan ramai lagi.
Setelah ketiga-tiga segmen ini berakhir, markah keseluruhan akan dinilai. Peserta yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan berentap sekali lagi ke pusingan separuh akhir.
Sudah pastinya akan ada penambahan dan perubahan segmen yang lebih mencabar pada peringkat Separuh Akhir dan Akhir.
Pada peringkat separuh akhir, segmen bertajuk Adlib, iaitu berdialog dalam skrip spontan diwujudkan untuk memberi cabaran yang lebih sengit. Setiap pemenang di Peringkat Separuh Akhir akan berentap di Peringkat Akhir. Dalam peringkat ini, peserta harus melalui satu tugasan khas dalam segmen lakonan mereka. Peserta yang berjaya bergelar juara bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM10,000 bersama hadiah-hadiah sampingan yang lain.
Barisan produksi yang menjayakan Pop Kuiz terdiri dari Hanif Hj Kassim sebagai Penerbit Penyelaras, Intan Suraya sebagai penerbit, Zaidy Salim sebagai penolong penerbit dan Mohd. Nor Fikri Mohd Taib sebagai pembantu penerbitan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 03 Aug 2009, 9:16 am | |
| Erra makin ligat
Erra Fazira sekarang makin banyak aktiviti selepas kembali aktif daripada cuti berpantang melahirkan anak sulung. Selepas, satu datang satu lagi. Inilah masa untuk dia membuktikan namanya masih hangat.
Erra mula muncul dalam Gugu Gaga Erra bersama puterinya, Engku Aleesya dan suami sebaik sahaja selepas bersalin.
Kini Erra menjadi pengacara pula. Erra pernah jadi pengacara program kecantikan dan fesyen sebelum ini.
Kali ini Erra menjadi pengacara program bual bicara Anjung Seri. Pastinya program berkonsep rumah tangga yang memperkatakan pasal hiasan rumah.
Nampaknya Erra cuba lari daripada program yang berkonsep hiburan.
Seseorang artis tidak semestinya hanya tahu pasal dunia mereka sahaja, ada juga yang mempunyai pengetahuan dalam bidang lain khususnya yang mereka minati.
Erra juga seoarang selebriti yang mempunyai taste tersendiri dalam hiasan rumah, jadi sesuailah dengan program bual bicara Anjung Seri.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 03 Aug 2009, 9:18 am | |
| Mamat (Exist), isteri pisah bumbung
Lama tak dengar cerita Mamat, bekas vokalis kumpulan Exist yang popular dengan lagu Untukmu Ibu tidak lama dulu. Baru-baru ini kelihatan Mamat bersama krew dari Singapura. Dia jadi orang belakang tabir satu persembahan pentas.
Rupa-rupanya sudah empat bulan Mamat tinggal di Singapura. Bagaimana dengan keluarganya yang tinggal di Kuala Lumpur?
"Saya selalu berulang-alik kalau ada kerja di Kuala Lumpur, tapi saya akui sekarang lebih banyak masa saya di Singapura. Kalau ada kerja di Kuala Lumpur saya akan turun ke Kuala Lumpurlah," kata Mamat.
Rupa-rupanya Mamat sedang ada masalah dengan isteri, Shiela. Sejak berhijrah ke Singapura, dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan isterinya.
Namun kata Mamat, masalah mereka bukan masalah yang sangat besar. Masih ada ruang untuk dibaiki dan kini dia mahu tumpukan kepada kerja dahulu. Mamat tetap tidak abaikan anak-anaknya, Aleeya Mysara, 7, dan Mohd. Eiki Daniel, 5.
"Saya selalu berhubung dengan anak-anak saya. Aleeya dah pandai menghantar pesanan ringkas. Saya kerap berhubung dengan anak-anak saya," kata Mamat.
Hasil penghijrahan selama empat bulan ke kota Singa, Mamat sudah menyiapkan lagu baru. Sebuah lagu duet dengan artis wanita Singapura dan sebuah lagi lagi solonya.
"Nampaknya rezeki saya sekarang ini ke Singapura. Saya akui ada juga dapat tawaran daripada syarikat rakaman di sini, tapi saya tak nak terikat. Dengan Life Records Singapura saya diikat dengan projek sahaja. Jadi kita boleh jadi lebih bebas, saya lebih senang dengan cara ini.
"Saya juga bekerja di sana. Tidak lama lagi lagu duet saya bersama Noryz berjudul Kerna Setiaku akan diedarkan di stesen radio Singapura dan di Malaysia. Selepas itu lagu solo saya berjudul Bintang Cinta akan menyusul.
Saya juga ada perancangan merakam album untuk pasaran Indonesia. Album itu memuatkan lagu-lagu dari Malaysia yang pernah popular di sana dan dinyanyikan kembali oleh beberapa artis termasuk artis Indonesia.
"Ada juga perancangan merakam kembali lagu-lagu lama dengan diberi nafas baru. Memang tengah banyak kerja sekarang," kata Mamat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 03 Aug 2009, 9:54 am | |
| Siapa paling banyak susut?
Pengacara becok Sarimah Ibrahim dipilih menjadi pengacara program realiti membabitkan peserta negara-negara Asia yang dinamakan The Biggest Loser Asia. Makin laris nampak selepas menjanda ni.
Sarimah akan bersama-sama 30 peserta bersaiz besar yang akan berjuang menurunkan berat badan sekali gus membawa pulang US$100,000 (RM350,000) sebagai hadiah. Peserta yang paling banyak susut akan menang.
Program itu diterbitkan oleh syarikat Malaysia, Imagine OmniMedia dan akan ditayangkan di Astro, saluran Hallmark (Channel 702) bermula hujung November ini.
"Inilah show yang benar-benar memaparkan apa itu reality show," kata Sarimah pasal program yang dibawa daripada program dari Amerika itu.
Presiden Imagine OmniMedia yang juga penerbit eksekutif The Biggest Loser Asia, Riaz Mehta berkata, uji bakat untuk mencari peserta Malaysia akan diadakan pada 1 Ogos ini di pusat gimnasium Fitness First The Curve, Damansara Mutiara mulai pukul 10 pagi higga 4.00 petang.
Peserta mestilah berumur antara 18 tahun hingga 55 tahun dan boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan baik. Selain menang, peserta juga pastinya boleh memiliki kehidupan yang lebih baik dan tahap kesihatan yang meningkat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 03 Aug 2009, 9:56 am | |
| Ning Elak Botox Jadi tren bila ramai artis sanggup mendapatkan khidmat pakar botox untuk cantik ekspres terutama apabila usia mula meningkat. Konon untuk hilangkan kedutan yang mula kelihatan di muka. Kedutan itu satu anugerah Allah untuk kita manusia supaya ingat usia semakin lanjut dan bertaubat. Tapi bukan isu agama yang nak dibangkitkan di sini. Kalau dilihat wajah artis kita sekarang ni, banyak perbezaan dapat dilihat berbanding sewaktu mula-mula penampilan mereka di media. Mungkin terlampau banyak pakai produk kecantikan sehingga kulit yang dulu tak berapa licin dah jadi halus bak sutera. Ning Baizura, 34, satu ikon yang dilihat begitu mementingkan kecantikan dan sentiasa kelihatan eksotik pada pandangan mata umum. Biarpun usia mencecah 34, namun Ning masih mengekalkan kecantikan asli, bermakna tiada sebarang suntikan digunakan untuk mengubah ciptaan Tuhan. "Saya tak akan guna botox, takut wajah saya nampak menakutkan. "Seboleh-bolehnya saya akan elak gunakan laser untuk hilangkan kedutan walaupun cara itu mudah dan cepat. Bila makin berusia saya perlukan sesuatu yang dapat elak tanda penuaan tapi mestilah secara semulajadi," ujar Ning sambil ketawa apabila ditanya mengenai tren artis yang gemar mendapatkan suntikan Botox untuk kelihatan cantik segera. Ning ditemui ketika pelancaran produk baru Olay Regenerist di Kuala Lumpur baru-baru ini. Olay melancarkan produk terbaru seperti NEW Olay Natural White, Olay Total Effects dan Olay White Radiance Intensive Brightening Serum. Yang pastinya Ning kelihatan semakin muda sejak menggunakan produk Olay Regenerist. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 03 Aug 2009, 10:12 am | |
| Deja buka kafe masakan khas Sarawak
Deja Moss memang seorang yang terkenal kerana kepakarannya memasak... khususnya masakan istimewa dari Sarawak. Akhirnya Deja membuka kafe yang dinamakan Cafe Hadeeja. Kini kafe yang beralamat di No.1-G, Jalan Ukay Perdana 1/2, Ukay Perdana, Kuala Lumpur itu sudah memulakan operasi.
"Kafe ini dibuka pada hari Selasa hingga Ahad mulai pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
"Masakan istimewa pastilah masakan Sarawak. Mi kolok, laksa Sarawak dan nasi daging hitam disediakan di kafe saya," kata Deja.
Deja juga terkenal dengan kepandaian membuat kek lapis Sarawak. Kafe itu turut menerima tempahan kek lapis.
Nampaknya awal-awal lagi Deja sudah membuka tempahan kek lapis Sarawak yang sering menjadi pilihan menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.
Seorang demi seorang artis membuka bisnes kedai makan. Maklumlah ramai artis kita yang pandai memasak.
Deja seronok menguruskan sendiri kafe tersebut. Kalau nak rasa masakan air tangan Deja bolehlah singgah di kafenya. Lagipun kafenya terletak di pinggir Kuala Lumpur yang jauh daripada kesesakan jalan raya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 03 Aug 2009, 10:18 am | |
| 'Cinta abang jadi wang hantaran'
Sepakat dirikan rumah tangga kerana mahu elak fitnah KALI pertama mereka bertemu, tiada perasaan cinta atau sayang terdetik di hati. Hanya mata saling berpandangan. Daripada pertemuan pertama, beralih kepada pertemuan kedua. Namun, mereka masih belum berpeluang bertegur sapa sehinggalah satu hari mereka diperkenalkan. Hanya pada ketika itulah pelakon jelita, Noniswara Baharudin mendapat tahu bahawa lelaki yang pernah dilihatnya di Lapangan Terbang Heathrow, London beberapa tahun lalu adalah kenalan dan rakan kongsi bapanya. Bermula dari situ, mereka saling berhubungan. Bukan sebagai kekasih, tetapi sekadar kawan. Pun begitu, kuasa jodoh mengatasi segala-galanya. Selepas masing-masing bersendirian, barulah terbuka hati mereka untuk menjalinkan hubungan dengan lebih serius. Mereka tidak pernah merancang, namun apabila panahan asmara sudah melekat di hati, lama atau sekejapnya tempoh perkenalan, cinta pandang pertama atau keempat, apabila seru jodoh datang menghampiri, bersatulah pasangan ini sebagai kekasih dan suami isteri. Tanggal 31 Julai, kira-kira jam 10 malam bertempat di Masjid Wilayah, Jalan Duta tempat yang sama Datuk Siti Nurhaliza diijabkabulkan bersama Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, Noniswara bersama pasangannya, Pengerusi U Mobile, Datuk Rosman Ridzwan selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri. Dengan sekali lafaz, Noniswara yang juga Pengarah Urusan Symphony Advanced Sdn Bhd sah bergelar isteri kepada Rosman dengan berwalikan adiknya, Bani Uzair Baharudin, di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Cerai, Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdul Malik Salleh. ANTARA barang hantaran perkahwinan Noniswara dan Rosman.Biarpun dalam hati berdebar kencang, wajah pelakon dari Pasir Mas, Kelantan ini kelihatan cukup tenang menanti saat yang penuh bermakna. Sebaik saja lafaz ijab dan kabul selesai dilakukan, terpancar cahaya kebahagiaan di wajah Noniswara sambil tangan mengaminkan doa yang dibacakan imam sebagai tanda syukur dan mengharapkan mahligai indah yang baru dibinanya itu bersama Rosman, kekal sehingga ke akhir hayat. ‘Alhamdulillah, saya bersyukur kerana segala-galanya berjalan lancar walaupun persiapan untuk mengadakan majlis perkahwinan ini di buat dalam keadaan tergesa-gesa. Saya akui, berada dalam situasi yang agak tertekan apabila persiapan perkahwinan dilakukan dalam keadaan seperti ini, namun berkat bantuan banyak pihak, semuanya dapat dilakukan mengikut apa yang dirancang. “Kalau diikutkan, tarikh pernikahan kami sebenarnya akan dilangsungkan selepas hari raya. Namun mengenangkan kami sudah lama berkawan dan orang asyik bertanya bila kami mahu berkahwin serta mahu mengelakkan fitnah, jadi kami pun memilih untuk bernikah hari ini,” ujar Noniswara yang cukup ayu dan anggun mengenakan kurung moden rona putih rekaan Amir Luqman, Pada upacara itu, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM317 bersama tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai wang hantaran, kedua-dua pihak sepakat merahsiakan jumlahnya. BERSEDIA untuk memotong kek perkahwinan. “Cinta yang abang berikan itulah hantarannya,” jelas Noniswara berkias sambil memandang wajah suami yang setia berada di sisi. Umum mengetahui, pernikahan itu adalah perkahwinan kali kedua buat pasangan berkenaan. Pun begitu, walaupun masing-masing pernah mengalami kehancuran rumah tangga, itu bukanlah penyebab untuk mereka kembali membina masjid. “Bagi saya, apa yang berlaku sebelum ini, kita jadikan pengajaran. Iyalah waktu itu kita masih muda. Tapi untuk perkahwinan kali ini, kami rasakan memang sudah cukup bersedia dan kami lebih matang dalam pelbagai segi,” kata pelakon veteran ini ketika ditanya apakah perbezaannya apabila mendirikan rumah tangga untuk kali kedua ini. Dalam melayari bahtera cinta, ternyata pasangan ini sangat bertuah kerana hubungan mereka itu mendapat restu anak masing-masing. Hasil perkahwinan pertama itu, Noniswara dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naveer Mihshon Zakaria, 15, Nur Erysha Emyra, 10, dan Nazeer Danish, 3. Manakala, Rosman yang berstatus duda pula mempunyai lima anak hasil perkahwinannya terdahulu. “Mereka tidak membantah apabila kami melahirkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga. Lagi pun, sebelum kami membuat keputusan itu, anak saya dan anak Rosman sudah pun diperkenalkan antara satu sama lain dalam sebuah majlis dan mereka okey saja,” cerita Noniswara sambil dipersetujui Rosman. Diusik dengan pertanyaan tidakkah mereka ingin mempunyai cahaya mata sendiri, dia menyerahkan perkara itu kepada takdir yang Maha Kuasa. “Memang kalau boleh, kami ingin mempunyai anak sendiri. Seorang atau dua. Itu pun kalau diizinkan Tuhan. Tapi seandainya tidak dimakbulkan Tuhan, kami reda kerana hasil perkahwinan sebelum ini, kami pun sudah dikurniakan dengan cahaya mata masing-masing,” tuturnya. Terpaut sifat keibuan Noniswara ORANGNYA tidak banyak berbicara. Sekali ditanya sepatah dijawab. Selebihnya dia membiarkan saja isteri tersayang menjawab pertanyaan media yang mengerumuni mereka. Pun begitu, sebagai suami kepada seorang pelakon, dia tidak pernah membataskan situasi walaupun dirinya seorang tokoh korporat yang diakui cukup berbeza dengan dunia glamor yang dilalui isterinya. Buktinya, dia tidak menghalang Noniswara untuk meneruskan karier lakonannya walaupun selepas bergelar isteri kerana dia tahu bidang itu cukup bermakna buat isterinya. “Saya tak pernah menghalang dia untuk terus bergiat dalam dunia lakonan. Cuma saya harap dia pandai menjaga diri dan tahu batasan sebagai seorang isteri,” katanya yang tidak mengetahui bahawa isterinya adalah seorang pelakon pada awal perkenalan mereka. Ditanya apakah keistimewaan Noniswara di matanya, Rosman berkata, dia terpaut dengan sifat keibuan yang dimiliki pelakon berusia 39 tahun itu. “Dia mempunyai sifat keibuan, lemah lembut. Itulah yang membuat saya tertarik dengannya,” luah Rosman romantis. Mengenai perancangan untuk berbulan madu, Rosman berkata, besar kemungkinan mereka akan ke Eropah selepas Aidilfitri nanti. “Lazimnya masa berseorangan itu, pada bulan Ramadan, saya sering menunaikan umrah. Tapi kali ini rutin itu berubah kerana dia (Noniswara) sibuk dengan penggambaran. Jadi kami bercadang selepas hari raya nanti, barulah kami akan ke Eropah untuk berbulan madu,” katanya. Insiden halau cacatkan majlis SEMUANYA berjalan dengan lancar sehinggalah berlaku kejadian yang tak diingini apabila seorang kakitangan masjid tiba-tiba menghalau pasangan pengantin, tetamu dan pihak media supaya keluar dari dewan solat. Bukan saja menghalau, tetapi kakitangan itu juga turut menghamburkan kata-kata kesat sehingga mereka yang menyaksikan ‘drama’ itu terkejut dengan apa yang berlaku. Mengulas mengenai kekecohan itu, Noniswara berkata, dia reda dengan apa yang berlaku pada majlis akad nikahnya itu. “Saya memang terkejut dengan apa yang berlaku. Untuk pengetahuan semua saya sudah mendapat kebenaran Imam 1 untuk mengadakan majlis akad nikah di dewan solat masjid ini terlebih dulu. Malah dia sendiri yang mahukan saya bernikah di sini. “Selepas Datuk Siti Nurhaliza, saya artis kedua mendapat kebenaran mengadakan majlis akad nikah di dewan solat ini. Apa pun, saya bersyukur kerana Imam 3 itu tidak membuat kecoh ketika majlis akad nikah berlangsung,” katanya yang tidak menjangka kekecohan akan berlaku pada hari bersejarahnya itu. Biarpun agak ralat, dia menyedari persepsi negatif terhadap artis sepertinya masih lagi ada dan dia bersedia untuk menghadapinya. “Biasalah, lain orang lain karakternya. Saya terima perkara itu sebagai ketentuan Tuhan,” ujarnya tenang. Kelmarin, pasangan ini juga diraikan dalam satu majlis resepsi khas untuk tetamu kehormat, keluarga terdekat, rakan artis dan pihak media di Hotel Berjaya Times Square. Anggun mengenakan busana putih rekaan Cosry, Rosman dan Noniswara yang berpakaian sedondon kelihatan sepadan ibarat pinang dibelah dua. Antara tetamu yang hadir pada malam itu termasuklah rakan artis seperti Presiden Karyawan, Freddie Fernandez, penerbit drama, Raja Alawiyah, Datin Nina Juren dan suami serta Mas Omar. Pada majlis itu, mempelai dan tetamu juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Liza Aziz, Farahdhiya dan kumpulan Luscious. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 03 Aug 2009, 10:23 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 03 Aug 2009, 10:25 am | |
| Lengkap melengkapi
TIGA kali mengacara Anugerah Planet Muzik (APM) yang diadakan di Malaysia dan Singapura serta terbaru di Jakarta, Indonesia memberikan pengalaman berbeza kepada Aznil Nawawi, 47. Sebelum melangkah ke pentas APM2009 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) pada 18 Julai lalu, Aznil berdebar kerana tidak tahu macam mana sambutan orang di sana.
Bagaimanapun, dia lega apabila melihat mereka datang untuk berhibur dan terima siapa saja yang mengacara di pentas.
"Risau terpinggir di pentas APM2009, tetapi debaran reda apabila kemunculan saya menerima tepukan gemuruh.
"Rupanya di sana acara besar seperti itu pengacara tidak begitu penting kerana mereka lebih menumpukan kepada persembahan artis.
"Sepanjang dua jam bersiaran, saya muncul empat kali di pentas.
"Skrip yang disediakan pendek dan waktu juga singkat serta tidak dibenarkan adlips kerana masa terhad.
"Sebagai tetamu saya ikut saja cara mereka. Cara bekerja dan format persembahan di sana juga lain daripada yang biasa dibuat di negara kita.
"Di sini pengacara nadi utama program, tetapi di sana pengacara cuma penghias majlis.
"Namun sebagai kenangan kepada penonton di sana saya sengaja buat gimik terjatuh kasut di pentas.
"Biarpun cuma sebentar saya mahu penonton di sana ingatkan saya. Apabila dapat pergi ke sana lagi dengan mudah mereka ingat saya adalah pengacara yang kasutnya pernah terjatuh di pentas APM20009.
"Selepas ini senanglah saya hendak melebarkan nama saya di negara itu. Pantang diberi ruang saya akan mengambil kesempatan melakukan sesuatu supaya orang cepat ingat dengan saya," katanya.
Aznil yang mula mengacarakan rancangan Pop Kuiz kira-kira 19 tahun lalu tidak pernah sangka bidang pengacaraan menjulang namanya dalam arena hiburan tanah air dalam dan di luar negara.
"Ia bermula sebagai kerja sambilan kerana pada waktu sama saya membaca berita di TV3. Tetapi apabila kita terus serius bekerja, pekerjaan sambilan itu akhirnya akan menjadi periuk nasi dan sumber pendapatan utama.
"Melihat perkembangan kerjaya saya dalam bidang pengacaraan yang terus mendapat sokongan ramai, saya memasang impian untuk menjadikannya lebih besar dan alhamdulillah saya dilamar untuk turut menghangatkan APM2009.
"Cita-cita saya bukan saja ingin menguasai pentas pengacaraan peringkat negara Asean, tetapi ingin menakluki dunia dengan mengacara di karpet merah Anugerah Akademi di Hollywood, tetapi sayang sekali bahasa Inggeris saya tidak begitu bagus.
"Boleh berbahasa Inggeris, tetapi untuk mengendalikan program dalam bahasa itu tidak begitu fasih.
"Saya tidak malu mengaku kekurangan diri untuk memberi galakkan kepada generasi muda agar dapat menguasai bahasa antarabangsa itu.
"Bukan memperkecilkan bahasa ibunda, tetapi untuk lebih berjaya kita mesti boleh berbahasa Inggeris dengan baik.
"Dalam apa bidang pekerjaan pun, jika tidak fasih berbahasa Inggeris langkah dan peluang untuk mencipta kejayaan seakan tersekat.
"Sebab itu saya pastikan anak (Fildza Haifa, 20, dan Fariq Haizen, 14) fasih berbahasa Inggeris. Teringin menghalakan mikrofon kepada artis terkenal Hollywood yang berjalan di karpet merah, Anugerah Akademi tetapi apakan daya kemampuan saya terbatas," katanya.
Jangan terkejut kerana Aznil juga berhasrat mengacarakan Malaysian Idol.
"Sudah sampai masanya pengacara kita melangkah ke pentas Hollywood. Oleh itu belum terlambat untuk saya mendalami bahasa Inggeris. Saya ingin kejutkan dunia dengan kebolehan anak Malaysia.
"Bagaimanapun dalam kekurangan itu saya masih boleh berbangga apabila nama saya tersenarai dalam Wikipedia bersama nama besar lain dalam arena pengacaraan antarabangsa seperti Oprah Winfrey dan Jay Leno.
"Kelakar juga dalam senarai nama rancangan yang begitu gah di mata dunia, terselit rancangan Macam Macam Aznil," katanya.
Aznil yang terus laris di pentas pengacaraan juga sibuk menjadi deejay (DJ) Radio Era dalam segmen Riuh Pagi Era. Kesibukan bekerja membuatkannya semakin cergas.
"Apabila tidak bekerja badan rasa tidak cergas. Setiap hari saya bangun jam 4 pagi kerana kerja saya dan Din Beramboi bermula jam 5.30 pagi.
"Alhamdulillah sejak bersiaran Januari lalu, mengikut kajian, Riuh Pagi Era dalam kedudukan tiga terbaik. "Ingatkan orang tak suka dengan kami dan segmen yang diperkenalkan.
"Ketika mula bersiaran bersama Din saya cuba nasib saja kerana tak tahu apa yang pendengar mahukan. Begitu pun, ada yang tidak faham kenapa perlu gabungkan saya dengan Din.
"Sebenarnya kami ada peranan masing-masing. Kehadiran Din untuk menimbulkan kekecohan di pagi hari sementara saya pula menyalurkan maklumat terkini kepada pendengar.
"Mereka yang tak faham konsep kami kata Din merapu dan bercakap tak ada fakta. Sebenarnya kami berdua saling melengkapi. Adakala kerja kami dibantu pemanggil di mana mereka yang faham cara kami mengendalikan Riuh Pagi Era meriuhkan lagi suasana pagi itu.
"Terbaru saya perkenalkan segmen Merisik Khabar. Ia bermula apabila ramai menghantar SMS menceritakan masalah mereka kepada saya.
"Saya boleh menjadi pendengar yang baik, tetapi saya tidak mampu menyelesaikan masalah mereka.
"Kita selalu dengar orang sekeliling kita bermasalah, tetapi mereka di luar sana ada yang menghadapi masalah lebih besar. Kita ketawa berdekah-dekah, tetapi ada orang yang tak mampu untuk tersenyum pun.
"Mereka percayakan saya, tetapi saya bukan orang yang layak untuk memberikan nasihat. Jadi saya buka panggilan itu kepada orang ramai membantu menyelesaikan masalah mereka.
"Syukur menerusi segmen itu yang ada masalah sukar mendapat kerja sudahpun mendapat pekerjaan hasil bantuan pendengar.
"Ibu yang diabaikan anak sendiri akhirnya berbaik semula. Puas dapat membantu orang. Semuanya cerita benar.
"Semua nombor telefon pemanggil saya simpan untuk ditanya semula keadaan mereka selepas berkongsi masalah dengan pendengar lain. Sehari kami menerima hampir 200 SMS.
"Ada masalah yang sangat 'menakutkan' seperti skandal suami, isteri cari lelaki lain dan lesbian.
"Bagaimanapun sesuatu segmen itu tidak boleh disiarkan lama kerana pendengar akan jemu. Setiap masa kami kena fikirkan benda baru," katanya.
Din pula berkata, apabila kehabisan idea ketika bersiaran dia perlukan bantuan Aznil.
"Saya bagi isyarat tangan pada Aznil dan dia pantas berfikir untuk menyambung percakapan saya yang tergantung. Aznil akan segera bagi input pada saya.
"Dalam perkara ini Aznil memang cekap. Ada saja ideanya. Ternyata pengalaman sangat berguna dalam melancarkan kerja apatah lagi kami bersiaran secara langsung.
"Jenaka saya dalam Riuh Pagi Era berdasarkan pengalaman sendiri dan cerita lama.
"Untuk drama sebabak ia dirakam beberapa minit sebelum ke udara supaya dapat menapis mana yang tidak sesuai. Kesan bunyi yang kami gunakan dalam drama sebabak itu dirakamkan sehari lebih awal.
"Selepas selesai bersiaran jam 10 pagi kami akan berbincang dan membuat persediaan untuk ke udara esoknya.
"Dua orang bekerja pasti terjadi juga perselisihan faham, tetapi kami tidak mudah terasa hati kerana sudah 13 tahun berkawan.
"Jika seorang naik angin jangan disimbahkan api. Biarkan dia 'sejuk' dulu. Kalau seorang tak betul, seorang lagi kena menegurnya demi untuk kebaikan rancangan itu," katanya.
Din yang tinggal di Bandar Baru Sungai Buaya setiap pagi bangun seawal jam 3.30 pagi bagi memastikan dia tidak terlambat sampai di konti Era di Pusat Penyiaran Astro, Sungai Besi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 03 Aug 2009, 11:20 am | |
| Trofi ubati kekecewaan
NURUL SyUhada bersama pasukan produksi TV3 meraih kemenangan bagi kategori dokumentari Isu Semasa/Kemasyarakatan Terbaik pada FdM'09, baru-baru ini.
Dokumentari mengenai Gaza di Majalah 3 pernah dicemuh, diperlekeh sesetengah pihak di internet
SEGELINTIR yang berfikiran jumud hanya menilai usahanya itu dari sudut kecil namun mereka yang berjiwa besar melihat keberanian mereka sebagai sebuah sumbangan - biarpun kecil tetapi menjulang erti dan nilai kemanusiaan sejagat.
Kental semangat Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain bersama produksi Majalah 3 menerusi liputan Gaza siaran Majalah 3, Februari lalu akhirnya membuahkan sesuatu yang cukup bererti buat mereka.
Paparan itu diangkat sebagai pemenang kategori Dokumentasi Isu Semasa/Kemasyarakatan Terbaik, Festival Dokumentari Malaysia 2009 (FDM’09) yang berlangsung di Studio Sound Stage, Hulu Klang, Rabu lalu.
FDM’09 dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk menyemarakkan Festival Filem Malaysia Ke- 22 (FFM22) yang akan berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah dari 5 hingga 8 Ogos ini.
Mengulas kejayaan itu, Nurul mewakili pasukan produksi Majalah 3 mendedikasikan kemenangan kepada rakyat Palestin yang mengajar mereka erti sebuah kehidupan selama berada di daerah berdarah itu.
Nurul berkata, barangkali apa yang ditampilkan dalam Majalah 3 hanya secebis daripada galur kesengsaraan yang dideritai penduduk Semenanjung Gaza.
“Namun ia menjadi titik tolak serta permulaan kepada kami untuk membentangkan lebih banyak laporan seperti itu pada masa akan datang,” katanya.
Nurul berkata, penganjuran FDM’09 secara tidak langsung mendesak penggiat industri seni supaya mempertingkatkan mutu penerbitan dengan pengisian berbentuk ilmiah yang mendidik masyarakat.
Katanya, penerbitan dokumentari seperti ini secara jelas memperlihatkan peranan besar stesen televisyen yang tidak hanya memfokus kepada program berbentuk hiburan semata-mata.
“Kemenangan ini mengubat kekecewaan serta rasa gundah kami lantaran sesetengah pihak yang mempertikai, malah memandang remeh usaha ini sedangkan banyak cabaran terpaksa dilalui untuk menyiapkan paparan itu,” katanya.
Sembilan hari di Gaza kata Nurul, tidak memadai untuk mereka mengupas serta menterjemah segala penderitaan yang dialami rakyat di bumi berdarah itu.
Banyak faktor perlu dipertimbangkan, terutama berkaitan keselamatan yang secara tidak langsung membataskan pergerakan mereka dalam usaha menyediakan bahan laporan mendalam.
“Ditolak semua itu, kami cuma ada empat hari untuk menyediakan laporan membuatkan kami tidak boleh terlalu memilih.
“Apa yang berlaku di depan mata, itu yang cuba kami paparkan. Kami perlu pantas merebut segala kejadian di depan mata sebagai bahan paparan.
“Takut memang takut, apatah lagi ketika itu gencatan senjata baru diumumkan. Kami cuma bertawakal dan berserah kepada Allah kerana apa saja boleh berlaku ketika itu.
“Alhamdulillah, usaha kami ini dilihat juri dan ia sekali gus memacu semangat saya untuk lebih berkobar menghasilkan laporan seperti ini,” katanya.
Kemenangan dalam kategori itu melayakkan mereka menerima wang tunai RM5,000 serta trofi FDM’09, selain bertanding merebut trofi Filem Dokumentari Terbaik di samping tiga pemenang lain pada malam kemuncak FFM22 nanti.
Gaza akan disaingi dokumentari, Rosli Dhoby - Pembunuh Atau Pejuang terbitan Astro Entertainment Sdn Bhd yang meraih Dokumentari Ilmiah/Sejarah Terbaik; Inside Silat (Dokumentari Kesenian/Kebudayaan Terbaik) dan Bumi Pribumi (Dokumentari Alam Semula Jadi/Pelancongan Terbaik).
Setiap mereka menerima trofi dan wang tunai RM5,000.
Sementara itu, pemenang kategori Skrip Terbaik, Thaiga Rajan Muthusamy dari Vanakkam Malaysia Dotcom Sdn Bhd menerusi Tun Sambanthan bersyukur kerana dokumentari itu menerima enam pencalonan daripada sembilan kategori yang dipertandingkan.
Biarpun hanya membawa pulang satu trofi, Thaiga Rajan berkata, dia mengambil masa enam bulan melakukan kajian dalam usaha menyiapkan dokumentari itu.
“Umum mengenalinya sebagai tokoh politik berjasa namun peribadi dan personalitinya jarang diberi pendedahan menyebabkan tidak ramai anak muda yang memahami serta mencontohi dirinya.
“Dokumentari ini memfokuskan kepada sifat murni yang dimilikinya, sekali gus mengajak masyarakat untuk menghayati serta mencontohi,” katanya.
FDM’09 buat julung kali dianjurkan itu mempertandingkan 94 karya mewakili stesen televisyen, syarikat produksi, karyawan filem serta penuntut pusat pengajian tinggi awam dan swasta.
Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan iaitu empat kategori utama iaitu Dokumentari Ilmiah Terbaik, Dokumentari Kesenian Terbaik, Dokumentari Alam Semula Jadi Terbaik dan Dokumentari Isu Semasa Terbaik.
Di antara empat pemenang itu, hanya satu yang akan diangkat sebagai pemenang Filem Dokumentari Terbaik FFM22 yang membawa pulang wang tunai RM10,000 dan Dana Penerbitan Dokumentari Finas.
Lima anugerah lain pula membawa pulang trofi dan wang tunai RM3,000 merangkumi Pengarah Terbaik, Sinematografi Terbaik, Skor Muzik Terbaik, Penyunting Terbaik dan Anugerah Khas Juri.
FDM’09 turut dihadiri Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang; Pengerusi Finas, Datuk Wong Kam Hoong dan Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim.
INFO: Senarai pemenang Festival Dokumentari Malaysia 2009:
•Dokumentari Ilmiah/Sejarah Terbaik: Rosli Dhoby - Pembunuh Atau Pejuang
•Dokumentari Kesenian/Kebudayaan Terbaik: Inside Silat
•Dokumentari Alam Semula Jadi/Pelancongan Terbaik: Bumi Pribumi
•Dokumentari Isu Semasa/Kemasyarakatan Terbaik: Gaza
•Pengarah Terbaik: Bumi Pribumi
•Skrip Terbaik: Tun Sambanthan
•Skor Muzik Terbaik: Institusi Parlimen
•Sinematografi Terbaik: Masjid Abu Bakar
•Penyuntingan Terbaik: Inside Silat
•Anugerah Khas Juri: Atas Nama Perjuangan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mon 03 Aug 2009, 3:57 pm | |
| Hafiz Hamidun, Shazwani Putus Tunang Ikatan pertunangan komposer, penyanyi dan pengacara, Hafiz Hamidun, 25, bersama tunangnya, Shazwani Haridan, 21, akhirnya tidak sampai ke jinjang pelamin. Mereka bertunang pada ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos tahun lalu. Pada Sabtu lalu, 25 Julai, keluarga pihak perempuan sudah pun bertandang ke rumah Hafiz untuk memulangkan cincin pertunangan mereka. Malam tadi, Hafiz sudah pun menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada rakan terdekatnya yang tertulis: "It's official now, I'm single." Redha dengan apa yang terjadi, Hafiz berkata keputusan putus tunang itu tidak melibatkan orang ketiga jauh sekali wujud pertelingkahan antara mereka berdua. "Kami tak pernah bergaduh pun. Sebenarnya keputusan ini dibuat disebabkan saya yang terlalu sibuk dengan komitmen kerja dalam bidang seni dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai tunangan orang. Kami tunang tak sampai setahun. Secara jujur, saya tak terkejut pun sebab sebelum ini Shazwani ada memberikan bayangan tentang niatnya itu. Apa boleh buat sudah takdir dan hubungan kami hanya di situ saja. Jadi sebelum kami berumah tangga dan keadaan menjadi buruk, wajarlah kami berpisah," jelas Hafiz. Hafiz berkata, sekarang Shazwani baru melanjutkan lagi pengajian ke peringkat ijazah di Uniten, Muazam Shah. "Mulanya keluarga saya terkejut sebab tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba kami nak putus tunang. Bagaimanapun, mak dan ayah saya OK selepas mendengar segala penjelasan. Cuma saya lihat keluarga Shazwani berasa agak sedih," kata Hafiz yang masih berkawan dengan bekas tunangnya itu |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 9:25 am | |
| Erra-Aleesya berkongsi rahsia di 'Selebriti Room' Suria FM Khamis ini
6 Ogos (khamis ini), Erra Fazira akan berada di studio Suria FM bersama puteri comelnya, Engku Aleesya. - foto THE STAR oleh KEVIN TAN
SEBAGAI merancakkan lagi kempen ‘Lagu Berduit Suria FM’ diWANGikan oleh One Drop Perfumes, stesen radio yang semakin popular dengan tagline, 'Muzik Terbaik Tanpa Henti' itu turut menjemput selebriti popular untuk berinteraksi secara ‘live’ bersama peminat mereka.
Semua ini akan akan dapat didengar menerusi segmen ‘Selebriti Room’ yang ke udara setiap Khamis bermula 7.30 hingga 9 pagi bersama crew 'Breakfast@Suria', Tuah dan Zizi.
Sepanjang Ogos ini, empat nama besar telah pun menyatakan persetujuan iaitu Datuk Sheila Majid (27 Ogos), Rozita Che Wan (20 Ogos), Amy Mastura (13 Ogos) dan pada 6 Ogos (khamis ini), Erra Fazira akan berada di studio Suria FM bersama puteri comelnya, Engku Aleesya.
Ini juga merupakan temubual radio pertama Aleesya dan Erra sejak bergelar ibu.
Sepanjang temubual itu, Tuah dan Zizi akan mengorek sebanyak mungkin rahsia yang tak pernah diketahui umum tentang Erra sebagai seorang ibu.
Nantikan juga telatah dua ‘bujang senang’ Suria FM, Tuah dan Zizi yang akan cuba mengorat puteri sulung Erra. Selain boleh berinteraksi bersama Erra di talian 03-40411053, pendengar juga boleh bertanyakan sebarang soalan kepada penyanyi dan pelakon jelita itu dan puterinya menerusi SMS ke talian 33080.
Sesi temubual itu turut disiarkan secara live di suria.tv menerusi www.suriafm.com.my. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 9:28 am | |
| Hati 'Gadis Melayu' dan Saiful bertaut kerana hadis
Aida tergolong dalam gadis 'pakej lengkap' - lemah-lembut, berbudi bahasa, jelita dan macam-macam lagi.
SETIAP jejaka sering mengimpikan perkenalan dan perkahwinan dengan gadis cantik. Tambah elok kalau berhemah tinggi, kaya pula dengan budi bahasa.
Bukan senang mencari gadis 'pakej lengkap' begini. Mungkin disebabkan itu, program realiti 'Gadis Melayu' anjuran TV9 merupakan satu saluran yang tepat untuk lelaki yang sedang mencari calon.
'Gadis-gadis Melayu' yang menjadi peserta-program realiti ini bukan calang-calang kerana mereka sering menjadi rebutan.
Juara program realiti 'Gadis Melayu' musim pertama, Khairul Noormaidah Zali atau Aida adalah antara gadis pingitan yang paling laku.
Dan seperti ramai gadis jelita, Aida tidak dapat lari dari gosip dan dikatakan sedang intim dengan seorang pembaca berita Buletin Utama TV3.
Aida yang dihubungi mStar Online mengakui dia memang sedang dalam proses mengenali seorang jejaka. Katanya, dia telah mengenalinya selama lima bulan.
"Betullah... kami kawan aje. Selalu tolong masa praktikal...tak fikir lagi nak bertunang atau berkahwin, hanya berkawan.
"Kami dah selesa sekarang. Apa yang boleh saya katakan perkenalan kami adalah kerana hadis," kata Aida yang ketika itu berada di Kuantan, Pahang untuk mengacarakan satu konvokesyen dan membuat persembahan konsert di alma-mater, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.
Aida mengakui Saiful ikhlas berkenalan dengannya.
Bagaimanapun, Aida berkata, acara tersebut terpaksa ditangguhkan kerana sesetengah pelajarnya menjadi mangsa selesema H1N1.
Mencerita lanjut mengenai perkenalan menerusi hadis itu, Aida berkata: "Saya dikatakan tersilap menyebut satu hadis semasa mengacarakan program Wanita Hari Ini (WHI).
"Sebenarnya hadis itu telah betul tetapi mungkin tersalah dengar. Lalu dia meminta nombor telefon daripada kawan-kawan saya dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya untuk menjelaskan hadis itu.
"Banyak SMS dia hantar tetapi saya tak layan... Satu hari, dia call dan tanya sama ada saya tengok tak berita di TV3. Saya terkejut rupa-rupanya si dia ialah Saiful Nizam, pembaca berita Buletin Utama," jelas Aida.
Aida yang merupakan bekas graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, Saiful amat ikhlas mengenalinya.
"Sewaktu berjumpa dengan emak dan abah buat pertama kali, Saiful telah minta kebenaran berkawan dengan Aida...keikhlasan itu jelas wujud.
"Ibu bapa saya pun terasa keikhlasan Saiful," kata gadis Melayu yang berkulit mulus dan ukiran senyuman dapat mencairkan hati setiap jejaka.
Menurut Aida, dia tidak menolak Saiful itu adalah jejaka pilihan semua gadis kerana selain kacak, dia kuat pegangan agamanya.
"Kalau keluar pun, dia sering teringatkan solat...Tak payah orang ingatkan pergi surau," katanya yang tidak mengiyakan mahupun menolak gosip percintaanya dengan Saiful.
Aida berserah kepada Allah dalam soal cinta kerana menyedari jodoh tidak boleh dipaksa dan ia hadir tidak diundang.
Oleh itu, katanya, dia tidak meletakkan apa-apa harapan jauh lagi sasaran dalam perhubungan itu.
"Target kalau terlalu awal, takut jodoh tak kesampaian.. Kalau target lambat, orang lain akan tertanya-tanya kenapa kahwin lambat.
"Ibu bapa saya sebenarnya bimbang saya keluar berseorangan... lebih baik berteman," katanya yang turut dirisik Datuk dan VIP lain.
Namun, gadis ini memegang prinsip cinta itu terbit dari hati ikhlas dan langsung tidak berpaksikan material semata-mata.
Begitulah luhurnya cinta seorang Gadis Melayu sejati. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 9:30 am | |
| Duta High5, Adi dan Burn teruja melawat muzium roti Adifashla dan Burn dipilih sebagai duta High 5 bagi mempromosikan roti perisa tempatan terbaru ini. - foto THE STAR oleh AZLINA ABDULLAH SIAPA sangka anak muda yang suatu ketika dahulu pernah menyertai Akademi Fantasia 1 (AF1) ini mampu meniti kebangkitan di dalam industri hiburan tanah air kita. Menjadi peserta awal tersingkir dalam pertandingan tersebut malah pembabitannya dalam bidang nyanyian juga agak kurang menggalakkan. Namun bagi Adifashla Juraimi, 31, atau Adie, semua itu merupakan satu titik tolak buat dirinya menempuhi segala cabaran dalam bidang hiburan ini. Terbaru penyampai radio Era ini telah dilantik menjadi duta roti High 5 bersama-sama Burn untuk mempromosikan roti terbaru keluaran High 5 yang berperisa tempatan. Lebih membanggakan, gambar Adie dan Burn terpapar pada bungkusan roti tersebut yang telah mula dipasarkan hari ini. Menurut Adie sendiri, High 5 dan Era telah bekerjasama dengan menghasilkan kempen bagi mempromosikan roti ini. "Kempen tersebut hanya untuk mendapatkan pendapat dan pilihan dari para pendengar Era untuk memilih perisa tempatan mana yang terbaik untuk rakyat Malaysia. "Jadi selama sebulan undian dibuat bagi para pendengar membuat pilihan perisa mana yang sesuai. "Lima perisa diberi iaitu pisang, kaya marjerin, bandung, coklat dan kacang. Namun setelah undian dikira, perisa bandung mendapat undian tertinggi dan saya rasa bandung juga adalah satu perisa asli rakyat Malaysia," jelas Adie. Adie juga ada menceritakan dia dan Burn mengambil inisiatif sendiri bagi memberikan kerjasama mereka terhadap kempen ini dengan mencipta sebuah lagu dan menyanyikannya ketika sedang 'on air' di Era. "Saja je cipta lagu tu, pihak High 5 tak suruh pun, kami saja nak buat gimik jadi kami ambil inisiatif sendiri," jelasnya. Bagi Adie sendiri, pengalaman manisnya dipilih sebagai duta High 5 adalah apabila dia berpeluang melawat ke kilang High 5 di Bread Town, Shah Alam untuk melihat sendiri proses penghasilan roti tersebut. "Memang best sangat... kilang tu bersih dan kawalan kebersihan pun ketat. Bukan senang nak masuk macam tu je. "Masa tu Adie kena pakai uniform khas, sarung tangan, serkup rambut dan penutup mulut. Semuanya 'super clean' dan baiklah di sana. "Di Bread Town tu pun ada muzium roti jadi kita boleh lihat sejarah roti, jenis-jenis roti di dunia dan macam-macam lagi," jelas Adie yang gembira dengan pengalaman dimilikinya. Adie juga ada menggalakkan orang ramai untuk datang sendiri ke muzium roti tersebut kerana pelancong dari luar negara juga ramai yang telah mengunjungi muzium itu. Sementara itu, rakan sekerja Adie, Rueben Thevandran a/l Ramanath atau nama glamornya, Burn menyifatkan pelantikannya sebagai duta High 5' sebagai 'pucuk dicita ulam mendatang'. Peserta Akademi Fantasia (AF) 1 itu tidak teragak-agak menerima tawaran menjadi duta tersebut memandangkan dia sememangnya suka makanan manis. "Istimewanya roti High 5 perisa bandung ialah ia adalah sejenis makanan sedangkan kita biasa minum minuman air bandung," ujarnya yang mempunyai lagu hit 'Kasih Ibu'. Itulah keistimewaan roti tersebut, kata DJ popular radio EraFM yang beroperasi dari 4 petang hingga 8 malam hari bekerja. Penyampai radio EraFM itu berkata, dia telah menyertai stesen radio tersebut sejak 10 November tahun lalu. "Sejak berakhirnya AF1, saya mengikuti aktiviti promosi dan aktiviti Astro selama setahun. Selepas itu, saya bekerja sebagai deejay di stesen radio X-Fm (yang dulu dikenali sebagai X-Fresh) selama empat tahun," katanya yang fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Kefasihan Burn berbahasa Melayu begitu menyerlah sehingga pendengar EraFM sukar membezakan lantunan suaranya adalah dari seorang lelaki India beragama Kristian. Mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya, Burn berkata, dia dibesarkan dengan jiran-jiran berbangsa Melayu. "Saya bermain wau dan gasing dengan rakan-rakan dari pelbagai bangsa. Kami berinteraksi dengan bahasa Melayu dan secara tidak langsung, saya fasih berbahasa Melayu," katanya |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 9:49 am | |
| Siti tekankan tajwid semasa rakam lagu ‘Asma Ul Husna’
Album kerohanian Siti bakal dilancarkan pada minggu pertama bulan puasa nanti.
DIAM tak diam, sejak dua minggu lalu penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza telah merakamkan lima buah lagu yang akan dimuatkan dalam album kerohanian, ‘Tahajjud Cinta’.
Bercerita mengenai pengalaman pertama merakamkan album yang juga menampilkan elemen ketuhanan itu, Siti berkata dia banyak mempelajari tajwid dengan betul apabila sesebuah lagu itu melibatkan bahasa Arab.
“Tiada perkara luar biasa kerana proses rakamannya lebih kurang sama seperti saya merakamkan album lain.
“Cuma apabila saya merakamkan lagu Asma Ul Husna, saya lebih menekankan kepada tajwid yang betul.
“Alhamdulillah, mujurlah ada Ustaz Salleh dari kumpulan Brothers yang dijemput untuk meneliti tajwid saya.
“Selagi kita berminat untuk belajar, kita akan berasa lagi seronok. Selepas belajr tentang tajwid dan sebutan yang betul, saya semakin yakin menyampaikan lagu ‘Asma Ul Husna’,” jelasnya dalam nada ceria.
Tambah Siti, “Saya juga suka belajar tajwid dalam lagu selawat. Saya rasa dapat banyak manafaat, seperti dua dalam satu iaitu sambil menyanyi saya juga mengingati Allah.
“Alhamdulillah, saya rasa begitu tenang sekali apabila selesai rakam satu lagu selawat Rasulullah. Perasaan seronok dalam merakamkan album tidak pernah saya dapat sebelum ini.”
Siti juga menerangkan yang seperti biasa dia juga terpaksa mengulangi rakam lagu yang tidak mencapai sasaran yang diinginkan.
“Kadangkala sebuah lagu tu saya akan rakam tidak sampai satu jam dan ada juga lagu yang perlu dirakam lebih dari satu jam.
“Rakaman itu bergantung kepada ‘feel’ dan ilham kita,” kata Siti yang merakamkan lagu di studio milik komposer Azman Abu Hassan di Desa Melawati, Ulu Klang.
Antara lagu-lagu yang dirakamkan oleh pelantun lagu ‘Di Taman Teman’ ini merupakan lagu yang pernah dinyanyikan olehnya semasa ‘Muzikal Teater Sirah Junjungan’ iaitu lagu ‘Ya Rasulullah’, ‘Asma Ul Husna’ dan ‘Selawat Atas Nabi’.
Sementara lagu yang dinyanyikan untuk filem Indonesia - Perempuan Berkalong Sorban, seperti ‘Ketika Cinta’ dan ‘Batasku Asaku’, Siti sendiri yang mencipta lagu 'Batasku Asaku'.
“Selepas ini (semalam), Siti akan sambung untuk merakam dua buah lagu yang tinggal iaitu sebuah lagu ciptaan Audi Mok manakala lagu yang kedua adalah lagu ‘Tahajjud Cinta’ ciptaan Kak Erma Fatima.
“Alhamdulillah, saya sudah selesai ‘shooting’ untuk ‘cover’ album. Insya-Allah, minggu pertama puasa nanti kita akan lancarkan album ini,” kata Siti yang akan merakamkan album duetnya dengan penyanyi Indonesia Kris Dayanti pada November depan.
Kata Siti, dijangka kira-kira tujuh buah lagu yang akan dimuatkan dalam album duet itu dengan sentuhan komposer tempatan dan Indonesia iaitu Aubrey Suwito, Sharon Paul dan Aidit Alfian.
“Saya masih menunggu lagu duet yang akan dipilih oleh Kris dari Indonesia. Selepas ini kami akan merakamkan lagu di sini dan mungkin separuh lagu lagi akan dirakamkan di Indonesia.
“Saya tak kisah untuk bekerjasama dengan mana-mana komposer dari Indonesia dan saya lebih memberikan kelonggaran kepada dia (Kris),” cerita Siti yang pernah bekerja dengan komposer Melly Goeslow dan Glenn Fredly.
Semalam, Siti ketika dihubungi memberitahu yang dia baru balik menghantar suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K ke lapangan terbang untuk mengerjakan umrah.
“Dia (Datuk K) mengerjakan umrah dengan anaknya, Asyraf. Saya tak dapat ikut kerana pada 6 Ogos ini saya sudah terikat dengan majlis makan malam Jusco.
“Saya tak boleh nak batalkan untuk menghadiri majlis itu kerana mereka sudah membuat persiapan,” katanya mengenai majlis yang akan dilakukan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 9:50 am | |
| Liyana Jasmay elak bercakap pasal Aizat kerana takut dikutuk
Bakat Liyana semakin menyerlah dalam bidang lakonan mahupun nyanyian. -foto ihsan LIYANA JASMAY
KERNA sibuk berlakon filem ‘Niyang Rapik’, pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay terpaksa bercuti sebulan daripada menyiapkan album mininya, ‘Liyana Jasmay’.
Album berkonsepkan ‘rock remaja popular’ itu sepatutnya diterbitkan dalam bulan ini namun disebabkan dia baru sahaja menamatkan pengambaran filem arahan Ahmad Idham itu, jadi Liyana dijangka akan mengeluarkan album itu pada Oktober depan.
Lima buah lagu yang dimuatkan dalam album itu adalah ‘Aku Jatuh Cinta’, ‘Kejam’, ‘Aku Tak Percaya Cinta’, ‘Pelik’ dan ‘Penyelamat Cinta’.
Selepas selesai menjalani pengambaran filem selama sebulan, kini Liyana akan menumpukan perhatiannya kepada nyanyian serta mempromosikan filem ‘Papadom’ dan ‘Pisau Cukur’ yang dijangka muncul di pawagam mulai 8 Oktober dan 5 November depan.
Liyana juga sedang menyambung pengajiannya di Kolej Sunway yang dijangka selesai pada tahun 2011.
Saban hari meniti nama sebagai anak seni, Liyana berkata dia tidak pernah mengenal erti jemu malah seronok dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang.
Liyana memulakan kariernya sejak tahun 1997 dan mungkin ramai yang lupa, gadis berusia 21 tahun ini pernah berlakon sebagai pelakon pembantu drama kanak-kanak, ‘Si Lembik’.
Zaman kanak-kanak dan remajanya dilalui dengan suasana yang berlainan kerana Liyana membesar sebagai seorang selebriti.
Namun, jelas Liyana dia akan meneruskan kerjayanya ini selagi dia mengecapi kebahagiaan dengan hasil usaha yang dilakukan.
“Saya berlakon bukan kerana terpaksa tetapi keluarga saya sangat membantu dan buat kerja ini bukan kerana kewangan semata-mata.
“Saya masih menjalankan kehidupan seperti remaja lain dan gembira bersama keluarga.
“Memanglah kadangkala saya akan tertekan dengan orang keliling tetapi bukan kerana kerja yang saya buat .
“Jika saya sudah tidak bahagia dengan apa yang saya lakukan, mungkin saya akan berhenti daripada melakukannya,” luahnya yang akan menghabiskan masa melancong bersama keluarga, berehat di rumah atau bersiar-siar dengan kawan-kawan apabila mempunyai masa lapang.
Mengenai cinta, Liyana akui yang dirinya juga mempunyai naluri semulajadi yang sama seperti remaja lain.
Baru-baru ini tersiar cerita mengatakan Liyana sedang bercinta dengan Aizat namun sehingga sekarang mereka masih tidak mengakuinya.
“Saya seorang yang berfikiran panjang dan tidak boleh membuat kenyataan sesuka hati mengatakan yang saya bercinta dengan orang itu dan ini.
“Saya tidak mahu minda orang lain terikat mengatakan saya dan seseorang itu sedang bercinta kerana sebolehnya saya ingin menumpukan kepada karier..lagipun bukan semua orang suka bercakap tentang hal ini.
“Cukuplah orang mengetahui yang sekarang ini saya hanya berkawan dengan Aizat. Kami memang rapat selepas saya mengenalinya sejak setahun lalu.
“Bukan saya takut untuk mengaku yang kami sedang bercinta tetapi saya nak elak dari dikutuk apabila perkara negatif berlaku.
“Saya tak suka perkara seperti itu berlaku lagipun saya ada banyak perkara yang ingin dilakukan.
“Baik saya biarkan saja pada sesiapa yang tahu tentang cerita ini..,” tegas Liyana yang tidak akan menipu sekiranya mereka benar-benar bercinta.
Tambah Liyana, dia juga menafikan Aizat merupakan insan yang banyak mendorongnya dalam bidang nyanyian sebaliknya komposer Ajai dan AG (Coco) yang banyak berpengaruh di awal pembabitannya sebagai penyanyi.
Masih ingat drama ‘Si Lembik’
Bercerita mengenai pengalamannya ketika berlakon drama ‘Si Lembik’, Liyana berkata waktu itu usianya baru mencecah sembilan tahun.
Sekarang, drama itu pun telah tertinggal jauh lebih sedekad lalu dan Liyana tidak pernah terfikir yang drama arahan Aznil Hj. Nawawi itu akan dibikin semula.
“Cerita itu memang ‘cute’ namun saya tidak pasti sama ada cerita itu akan dibuat semula atau tidak kerana setahu saya syarikat yang menerbitkan drama itu juga sudah tiada lagi.
“Saya masih ingat tentang bagaimana seronoknya saya menjalani pengambaran dengan kanak-kanak yang lain.
“Perasaan saya waktu tu bersifat semulajadi dan tidak terlalu serius,” kata Liyana mengenai drama yang mengambil inspirasi cerita ‘Little Rascal’ itu.
Selain 'Si Lembik', Liyana turut berlakon drama 'Najwa', 'Dendam Terlerai', 'Cinta Sempadan', 'Balqis', 'Kami', telefilem 'Laila Sari', filem 'Kami The Movie', 'Castelo' dan 'Maut'.
Liyana juga merupakan jurucakap Maybelline sejak Mac lalu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 10:39 am | |
| Brad Pitt terasa sudah tua, ingin bersara tidak lama lagi
Brad Pitt merasakan masanya dalam bidang lakonan sudah mencukupi dan dia berfikir dia patut meninggalkan bidang tersebut dan memberi peluang kepada pelakon-pelakon muda. - foto AFP SELEPAS menumpukan lebih dua dekad terhadap kerjaya lakonannya, bintang Hollywood, Brad Pitt mengatakan dia mahu bersara tidak lama lagi. Pitt merasakan masanya dalam bidang lakonan sudah mencukupi dan dia berfikir dia patut meninggalkan bidang tersebut dan memberi peluang kepada pelakon-pelakon muda, lapor satu sumber. "Saya rasa bidang lakonan ini lebih sesuai untuk orang muda, lagipun ada perkara yang kurang menarik untuk orang tua dan kita juga semakin tua. Tetapi saya merasakan saya sudah pun berjaya dalam bidang lakonan. "Banyak masa yang saya telah luangkan untuk lakonan dan sekarang saya mahu bersara agar ada masa untuk keluarga," kata pelakon yang berumur 45 tahun ini yang memiliki enam orang anak bersama isterinya, Angelina Jolie. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 10:57 am | |
| Dua-dua hebat KEBOLEHAN melakonkan pelbagai karakter memberi kelebihan kepada Mohd Hairi Safwan Azman, 21, atau Hairi untuk meraih gelaran sulung pemenang pentas akhir, Anak Wayang Astro malam Jumaat lalu.
Penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) mengatasi pencabar tunggal saingan akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) iaitu Hafiz Halim, 21, atau Hafiz dengan perbezaan 16 peratus markah.
Peratusan markah ditentukan sepenuhnya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton menyaksikan Hairi memungut 58 peratus manakala Hafiz 42 peratus.
Dua peserta akhir itu berjaya melaksanakan tiga tugasan dengan berkesan dan meninggalkan impak tersendiri.
Hairi ketika ditemui selepas berakhir program itu berkata, dia tidak meletakkan dirinya sebagai peserta pilihan berdasarkan kedudukan undian SMS pada peringkat permulaan, begitupun bersyukur kerana memenangi persaingan itu.
"Kalau dilihat menerusi peratusan SMS, Hafiz mendahului sejak awal persaingan dan kadangkala kedudukan itu bertukar. Mungkin rezeki saya untuk memenangi saingan akhir ini.
"Begitupun, saya menganggap ini adalah satu persaingan sihat. Pada saya Hafiz adalah rakan rapat dalam pertandingan ini tidak timbul langsung isu permusuhan antara kami .
"Saya berpendapat semua peserta dalam pertandingan ini adalah pemenang kerana menjadi perintis dalam memperkenalkan program pencarian bakat lakonan ini," katanya.
Biarpun mengakui beberapa tugasan yang diberikan cukup sukar dengan tempoh masa yang diberikan singkat namun ia tidak menjadi masalah kepada peserta.
Selain perlu bertindak cepat ternyata pengalaman menuntut di Aswara banyak membantu persembahannya.
"Untuk persembahan pertama (spontan) saya perlu bertindak pantas dan mengambil keputusan yang tepat.
"Dalam hal ini saya lihat Hafiz mempunyai kelebihan tersendiri kerana lebih cepat mengambil tindakan dengan gayanya tersendiri.
"Saya suka mengkaji dalam setiap tugasan yang diberikan. Ketika kelapangan saya juga mengkaji setiap watak yang pernah saya bawakan dalam persembahan selain merujuk kepada buku-buku skrip ketika menuntut di Aswara.
"Secara tidak langsung ia banyak membantu persembahan saya," kata pemuda yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini.
Mengulas perancangan selepas bergelar juara program realiti lakonan yang adaptasi daripada sebuah program luar negara, Hairi berkata dia akan memberi tumpuan kepada bidang lakonan dan mengikut perancangan pihak pengurusan Astro.
Pelbagai persepsi diterima mengenai program itu, namun begitu kru dan peserta yang menyertai pertandingan itu berjaya melaksanakan peranan masing-masing dengan berkesan.
"Ada yang langsung tidak mengetahui mengenai kewujudan program ini. Ada pula yang salah anggap terhadap penerbitan program ini disebabkan ia masih baru dan agak kabur.
"Malah, ada yang menyangka program ini adalah pencarian pelawak.
"Saya rasa setiap peserta dalam program ini sudah memberikan yang terbaik. Saya sendiri tidak anggap ia satu persaingan antara kami. Sebaliknya sebagai usaha memperkenalkan program ini. Ternyata ia mendapat maklum balas yang pelbagai.
"Ini termasuk ketika diberikan tugas berlakon di depan khalayak ramai di sekitar kaki lima.
"Latihan seperti itu sebenarnya memang perlu bagi pelakon baru seperti kami ia supaya dapat mengatasi perasaan malu," kata Hairi yang turut digandingkan dalam fotografi untuk muka depan Rap dengan pengacara akhir dan diari Anak Wayang, Nur Fazura Sharifuddin.
Secara berseloroh, Fazura sempat mengusik Hairi apabila memaklumkan dia sudah menjangka peserta berbakat itu bakal memenangi pertandingan itu.
"Persaingan akhir cukup sengit. Sehinggakan pada mulanya saya tidak dapat menjangkakan peserta mana yang akan memenangi pertandingan itu.
"Secara keseluruhannya kedua-duanya mempunyai bakat dan berpotensi dalam bidang lakonan," katanya.
Bagi Hafiz pula, biarpun muncul naib juara pertandingan itu namun dia tetap berpuas hati dengan pencapaian berkenaan.
"Saya amat berpuas hati dengan pencapaian ini. Biarpun pemenang ditentukan menerusi SMS. Apa yang lebih penting saya sudah memberikan persembahan 100 peratus. Pencapaian ini cukup bermakna buat saya.
"Hairi seorang pelakon yang hebat dan mempunyai kekuatan tersendiri. Saya bangga dengan pencapaian ini.
"Menerusi pertandingan ini banyak perkara yang saya pelajari iaitu menerusi penampilan dan teknik lakonan. Di samping berkongsi pengalaman kami juga sering berbincang antara satu sama lain sepanjang pertandingan berlangsung," katanya.
Peserta diuji dengan tiga tugasan yang merangkumi tugas spontan, layar hijau dan lakonan rakaman sambil dibantu pelakon jemputan seperti Din Beramboi, Aznil Nawawi, Aaron Aziz, Fouziah Gous dan Zarina AF2.
Buat julung kalinya, penonton dapat menyaksikan lakonan peserta program Anak Wayang menerusi drama Kecuali Cintamu secara eksklusif di samping persembahan gandingan dua peserta akhir.
Persembahan peserta dinilai oleh juri tetap iaitu pengarah, Rashid Sibir, Nasha Aziz (pelakon dan peragawati) dan Erra Fazira sebagai juri undangan.
Penonton turut dihiburkan dengan persembahan artis jemputan seperti Ning Baizura, Ella, Stacy, Farhan AF4 dan Muslee.
Selaku juara Hairi menerima wang tunai RM10,000, trofi, kereta Honda Jazz bernilai RM109,800, membintangi drama bersiri 68 episod Senja Permai di Astro Prima, dua tiket penerbangan ke Los Angeles, kamera Canon dan rawatan kecantikan Aster Spring selama setahun manakala Hafiz menerima RM5,000, trofi, LCD TV dan kamera Canon.
Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata pihaknya menyediakan platform tertentu kepada semua peserta yang terbabit dalam program itu.
Sebagai juara Hairi dijangka terbabit dalam penggambaran drama Senja Permai yang dijadualkan siarannya pada penghujung tahun ini.
"Kami juga dalam proses mempromosikan program Megadrama di Astro Prima. Memang kami mempunyai perancangan untuk setiap peserta. Hairi bagi drama bersiri manakala Hafiz kemungkinan besar menjayakan telemovie. "Malah, kami juga membuka ruang kepada produksi luar untuk mengadakan perbincangan jika mahu mendapatkan khidmat mereka.
"Pada awalnya memang di kalangan mereka yang berpendapat format program ini bercelaru. Namun apa yang kami lihat program ini mempunyai platform yang tersendiri. Secara keseluruhan perjalanan musim pertama program ini berjaya mengeluarkan banyak bakat baru. Keputusan SMS akhir juga cukup sengit," katanya.
Mengenai keputusan untuk meneruskan program berkenaan, Nizam memaklumkan semuanya masih terlalu awal untuk diumumkan begitupun dia tidak menolak kemungkinan program berkenaan diteruskan untuk musim berikutnya.
PROFIL
HAIRI
NAMA PENUH: Mohd Hairi Safwan Aznan
TEMPAT LAHIR: Kedah
TARIKH LAHIR: 16 Januari 1988
STATUS: Bujang
AKADEMIK: Penuntut seni lakonan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)
HAFIZ
NAMA PENUH: Hafiz Halim
TEMPAT LAHIR: Selangor
TARIKH LAHIR: 27 Mac 1988
STATUS: Bujang
AKADEMIK: Pelajar jurusan kewangan, Universiti Multimedia |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 11:04 am | |
| Teman tapi mesra II? HUBUNGAN penyampai radio Sinar FM, Linda Onn dan model kacak yang juga ahli perniagaan jualan langsung, Salleh Nor, 29, dari Selangor bukan rahsia lagi, malah heboh diperkatakan orang sejak kebelakangan ini. Ternyata selepas putus hubungan dengan 'teman tapi mesranya', pelakon Fahrin Ahmad dan juga gosip dengan jejaka Inggeris, James Gibbs awal tahun ini, Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn dikatakan sudahpun bertemu pengganti untuk mengisi kekosongan hatinya. Lebih bermakna, Linda juga tidak menyorokkan hubungan persahabatan yang baru terjalin itu daripada media apabila bergambar berdua untuk tatapan peminat di akhbar. Terbaru, Linda tampil berkepit dengan Salleh ketika majlis resepsi perkahwinan pelakon Catriona Ross di Bora Ombak, baru-baru ini. Namun, ketika diminta mengulas hubungannya dengan Salleh, Linda berkata, dia dan Salleh baru kira-kira dua bulan berkawan dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. "Buat masa ini, Salleh adalah antara kawan lelaki yang paling rapat dengan saya. Saya bertemu dengannya ketika menghadiri majlis hari jadi anak pengarah Rashid Sibir, kira-kira dua bulan lalu. "Sejak pertemuan itu, kami saling berhubung dan terus berkawan sampai sekarang. "Terus terang, saya berasa selesa berkawan dengannya dan keluarga juga tahu saya berkawan dengannya sekarang," katanya. Linda berkata, bukan hasratnya untuk menunjuk pada orang dengan membawa Salleh menemaninya ke mana-mana acara hiburan, sejak akhir-akhir ini. "Apa salahnya, saya membawa dia menemani saya ke majlis kerana kami juga berkawan. "Sebenarnya, saya pernah bawa anak saudara lelaki untuk menemani saya sebelum ini kerana saya memang perlukan teman untuk kemana-mana pun," katanya. Pada masa sama, Linda juga menafikan dia mengejar lelaki kacak seperti Salleh untuk dijadikan sebagai kekasihnya. "Sebelum Fahrin dan Salleh, saya juga pernah berkawan dengan lelaki yang tidak kacak pun. Apa yang penting, lelaki itu baik, jujur dan beriman. "Saya juga tidak memilih pasangan dengan memandang paras rupanya yang kacak semata-mata. Asalkan wajahnya itu sesedap untuk mata saya memandang, itu sudah cukup," katanya. Bagaimanapun, kata Linda masih terlalu awal baginya untuk melihat hubungannya dengan Saleh itu diakhiri dengan perkahwinan dalam tempoh terdekat ini. "Saya tidak mahu terlalu mengharap sesuatu hubungan yang terjalin itu berakhir dengan perkahwinan. Soal jodoh itu biarlah saya serahkan pada ketentuan Tuhan kerana dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat saya," katanya. Mengenai kerjayanya di Sinar FM, Linda berkata dia semakin serasi sejak bersama stesen itu tujuh bulan lalu. "Hubungan saya dan penyampai lain juga semakin rapat dan kami bagaikan keluarga yang besar. Maklumlah, ada penyampai yang sama-sama dari stesen Era dulu kini sudah bersama-sama saya menyertai Sinar FM. "Saya juga semakin bersemangat apabila mendapat tahu rating Sinar FM juga semakin meningkat sekarang. "Malah, ramai peminat saya yang sebelum ini mendengar Era sudah beralih ke Sinar semata-mata untuk memberi sokongan padu kepada saya," katanya. Selain itu, wanita gigih yang juga pengusaha restoran berjaya, My Mom's Chicken Rice dan My Asam Pedas Shop ini sibuk mengembangkan lagi perniagaannya itu tahun ini. "Selepas bercuti ke Eropah untuk berehat pada 9 hingga 23 Mei lalu, kini saya sibuk pula menguruskan perniagaan sedia ada. "Perancangan terbaru untuk membuka cawangan restoran kami ke Cheras, Shah Alam dan Klang pula nanti. Saya juga masih membuat kajian lokasi strategik untuk restoran itu nanti," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 4:59 pm | |
| Hairi Juara Pertama Anak Wayang!
Dengan persembahan terbaik dan memenuhi ramalan ramai pihak, anak jati Kedah, Mohd Hairi Safwan Aznan, 21, atau Hairi berjaya menjadi juara pertama Anak Wayang.
Hairi menewaskan saingan terdekatnya, Hafiz atau nama sebenarnya, Hafiz Halim, 21 yang berasal dari Selangor dalam pertandingan akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ia baru berakhir tengah malam tadi.
Hairi meninggalkan Hafiz dengan peratus undian sebanyak 58 peratus dan Hafiz pula sekadar 42 peratus.
Dengan kejayaan itu, Hairi berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Honda Jazz bernilai RM109,800, peluang berlakon 60 episod drama di Astro, 2 tiket penerbangan ke Los Angeles, sebuah kamera Canon Model FS21, rawatan kecantikan Aster Spring selama setahun, wang tunai RM10,000 serta trofi sumbangan Astro.
Manakala Hafiz pula memenangi TV LCD 42 inci, wang tunai RM5,000, sebuah kamera Canon model DC420 dan trofi sumbangan Astro.
"Syukurlah rezeki memihak kepada saya. Terima kasih kepada semua yang telah banyak menyokong saya sepanjang bertanding dalam Anak Wayang. Saya terharu kerana segala usaha keras serta didikan tenaga pengajar telah membuahkan hasil," jelas Hairi kepada murai.com.my.
Pentas final Anak Wayang yang dipancarkan secara langsung di Astro Ria, Saluran 104 malam tadi seperti biasa menjemput Rashid Sibir dan Nasha Aziz sebagai pengkritik tetap selain Erra Fazira sebagai juri undangan.
Pertarungan hebat antara 2H ini dibantu oleh pelakon jelita, Zarina AF2 menerusi segmen rakaman klip drama yang telah menjalani rakaman di Port Dickson. Mereka turut mendapat sokongan pelakon Aaron Aziz dan Fouziah Gous bagi sesi layar hijau manakala segmen lakonan spontan monolog pula dibantu penyampai Riuh Pagi ERA, Hj Aznil Hj Nawawi dan Din Beramboi.
Sementara itu di awal pertandingan, mereka berdua diwajibkan berlakon monolog hasil nukilan Namron. Hairi memulakan lakonan monolog bertajuk Lembu. Hafiz pula kreatif dan bersahaja dalam monolog yang diberi nama VVIP. Selain lakonan, pembukaan pentas dimulakan persembahan memukau Ning Baizura dalam lagu Drama dan Fame.
Sebelum mengumumkan keputusan, Ella yang juga duta Canon mendendangkan lagu Puisi Hamba dan Rama-Rama, Ia diteruskan persembahan Farhan dan Musly Ramlee menerusi lagu Malam Pesta Mudi, Kisah Rumahtangga dan Malam Ku Bermimpi.
Penutup malam pertandingan dibuat Stacy menerusi lagu Micheal Jackson. Apapun, acara siaran langsung ini telah dihoskan oleh pelakon Rusdi Ramli dan Nurfazura sementara Zainal Alam Kadir pula mengendalikan acara karpet merah sebelum pertandingan berlangsung. Ia turut diserikan dengan kehadiran pelakon siri Kecuali Cintamu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 5:00 pm | |
| Erra Fazira Bukan Queen Control!
Kemunculan Erra Fazira bersama suami dan anaknya menerusi program realiti TV yang menarik - guguGAGA Erra - di Astro Ria sejak ketika ini rupanya telah mengundang perasaan tidak puas hati sebilangan penonton selepas melihat 'kehidupan sebenar' primadona itu. Ramai terkejut dengan personaliti Erra yang disifatkan kebanyakan mereka 'terlalu garang' terutama terhadap suami, Engku Imran Engku Zainal Abidin dan juga pembantu peribadinya dalam beberapa episod rancangan itu. Malah ada peminat menuduh Erra seperti seorang Queen Control. Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi, Erra tidak melatah malah mengakui bahawa dia sendiri menerima maklum balas tentang perkara itu akhir-akhir ini. "Eh garang sangat ke? Itu garang-garang manja namanya," kata Erra sambil ketawa. Sambungnya: "Sebenarnya Erra tidak mahu mahu guguGAGA Erra jadi terlalu formal sangat, kalau boleh sehampir dengan sikap sebenar Erra dalam kehidupan harian. Bagi Erra ketegasan Erra itu agaknya telah disalahfaham sebagai garang atau nak jadi Queen Control. "Bagi Erra itulah hakikat hidup dan jadual kerja sebagai seorang artis yang sentiasa sibuk dan mengejar banyak agenda. Ia memang stress tapi by end of the day, kita semua puas hati dan semakin rapat. Selama ini orang pernah bekerja dengan saya sudah faham sangat cara saya. "Lagipun ini warna-warni atau drama ingin yang disampaikan melalui program realiti ini. Kalau semuanya manis sahaja, nanti orang lekas bosan pula. Yang penting sekali semua yang terbabit termasuk suami saya faham dengan konsep program ini dan ia bukan satu masalah besar." Erra berkata dari sudut lain, dia gembira apabila rancangan Johnson's Baby itu semakin mendapat perhatian. "Seperkara lagi memang susah untuk kita puaskan hati semua pihak. Bagi Erra, guguGAGA Erra adalah satu bentuk program hiburan terbaru dan unik. Selepas ini mungkin ada lagi artis lain pula akan ditonjolkan dan saya menjadi artis pembuka tirai," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama TV terbitan Rashid Sibir bertajuk Kasih Tercipta. Jelas Erra, sebelum diminta beraksi di dalam program ini, dia telah mengkaji beberapa kemungkinan yang bakal akan dihadapinya kelak. "Erra tak kesal malah saya seronok. Di Hollywood ramai selebriti ada program realiti masing-masing. Saya harap peminat terimalah apa sahaja yang baik dan yang buruk itu tidak perlu ikut kalau ada," ujar Erra. Sementara itu, bagi pembaca murai yang ketinggalan menonton beberapa episod guguGAGA Erra, anda masih boleh menonton sedutannya dengan melayari Zon guguGAGA Erra di murai.com.my. GuguGAGA ditayangkan setiap Selasa, jam 9 malam di Astro Ria dan diulang tayang setiap Ahad, jam 1.30 petang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Tue 04 Aug 2009, 5:03 pm | |
| Maya Kendali Ceramah Alam Sekitar
Peranan Maya Karin Roelcke sebagai pejuang alam sekitar nampaknya semakin besar sekembalinya dari Persidangan Projek Iklim Asia-Pasifik 2009 (APWCC 2009) yang diadakan di Melbourne, Australia pada pertengahan Julai lalu. Beliau dijangka mengendalikan ceramahnya sendiri di hadapan ratusan penonton, bercerita perihal isu pemanasan global dan pertukaran iklim bumi yang dijangka akan memberi kesan yang besar kepada kehidupan manusia sejagat beberapa tahun akan datang. Itulah misi yang tertanam dalam jiwa Maya pada waktu ini dalam memberi kesedaran kepada orang ramai walaupun terus berjuang sebagai selebriti. Bercakap kepada portal murai.com.my, Maya berkata, buat masa sekarang dia masih lagi belum bersedia untuk memberi ceramah berskala besar tentang fakta dan informasi berkaitan isu berkenaan yang ditimbanya daripada bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore. Bagaimananpun menurut Maya, usaha ke arah itu sedang dijalankan dengan memulakan pembentangan di hadapan kumpulan yang kecil terlebih dahulu sebelum hadir ke kelompok yang lebih besar pada akhir tahun ini atau awal 2010. "Ceramah ini adalah langkah pertama saya bagi meneruskan tanggungjawab sosial saya selepas kembali dari Australia. Bagaimanapun saya masih belum menetapkannya lagi. Tambahan pula tiada masa khusus untuk saya meneruskannya. "Buat masa ini, saya ada menerima tempahan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mengadakan ceramah bersama mereka dan saya percaya ada banyak pihak lagi yang menginginkan saya berbuat demikian. "Tapi biarlah saya mula dengan kumpulan yang kecil terlebih dahulu sebagai langkah permulaan dan latihan. Tambahan pula isu yang akan saya bentangkan itu nanti terlalu saintifik dan banyak informasi serta fakta penting. Saya kena berhati-hati dan membuat banyak kajian," katanya. APWCC 2009 adalah anjuran Yayasan Pemuliharaan Australia dan dibiayai oleh Al Gore sendiri. Di mana seramai 300 peserta terpilih dari seluruh Asia-Pasifik dan Maya adalah 2 peserta daripada Malaysia yang menghadiri persidangan itu. Maya berkata, apa yang menarik, ketika berada di sana, dia berpeluang bertemu peserta daripada pelbagai negara dan latar belakang profesion. Malah Maya berkata, dia terharu, apabila kehadirannya di sana turut menjadi bual bicara para peserta yang berminat untuk mengetahui kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi sebagai salah seorang penggiat seni (selain Denise Keller, VJ MTV) yang menyertai persidangan penting itu. "Boleh dikatakan, kami saja yang datangnya dari industri hiburan manakala yang lain daripada NGO, golongan profesional, CEO, suri rumah dan pelajar. Walaubagaimanapun, matlamat kami semua sama iaitu semangat cintakan dan memulihara alam sekitar," katanya. Sementara itu Maya menambah, menerusi persidangan itu dia dapati masalah alam sekitar dijangka akan menjadi lebih parah dalam masa beberapa tahun akan datang dan menyifatkan sekarang adalah masa yang terbaik untuk member kesedaran kepada orang ramai. "Dunia kita telah berada pada tahap kritikal. Kepada semua, diharap dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan enjin kereta. Elakkan pembaziran dan amalkan kitar semula. Kalau shopping bawalah beg sendiri. Saya faham orang akan cakap kita kedekut tapi percayalah kalau semua tidak membazir, dunia kita akan lebih selamat untuk didiami," katanya. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - 10 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 7 of 12 | Go to page : 1, 2, 3 ... 6, 7, 8 ... 10, 11, 12 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |