Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 5, 6, 7 ... 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 11:53 am

rancangan masakan, Jurnal Chef yang dikendalikan Chef terkenal, Chef Riz dan Azrul ini berkongsi resipi menarik mereka dengan penonton kepelbagaian jenis masakan dan asal usul tersebut. Antaranya cara membuat mee dan pada masa sama penonton bakal didedahkan dengan asal-usul mee tersebut.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 722

Bukan sahaja berperanan memperkenalkan resipi makanan, program Jom Rasa yang turut menemui penonton Ramadan ini membawa penonton berkunjung ke tempat-tempat menarik sambil mencuba resipi-resipi terbaharu menerusi empat episod siarannya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 627

Seperti tahun-tahun sebelumnya program istimewa Ramadan, Kulinari Daisy Chef Liza kembali lagi dengan memaparkan pelbagai resipi menarik dan terkini. Istimewanya program kali ini diserikan dengan artis jemputan Datuk Maznah Hamid, YM Tengku Zawyah Tengku Izham, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar dan Linda Onn.

Untuk berkongsi resipi dan pengalaman menarik menerusi pengisian padat program-program masakan di RTM, usah ketinggalan meluangkan masa menonton Citarasa Selebriti Bersama Dato’ Siti Nurhaliza (mulai 21 Ogos 2009, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 11.05 pagi), Ketuk-Ketuk Ramadan Sheila Rusly (mulai 22 Ogos 2009, setiap Isnin hingga Ahad, jam 12.31 tengah hari), Jurnal Chef (mulai 15 Ogos 2009, setiap Sabtu, jam 11.05 pagi), Jom Rasa (mulai 16 Ogos 2009, setiap Ahad, jam 11.05 pagi) dan Kulinari Daisy Chef Liza (mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 12.00 tengahari).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 11:54 am

Anis nafi sengaja reka cerita

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Mainp390
Penyanyi remaja masih simpan SMS Jamal pelawa keluar makan, kahwin


ENTAH dari mana puncanya, tiba-tiba saja nama penyanyi remaja, Anis Aneesa, 23, diperkatakan dalam dunia hiburan apabila dituduh mendera bapa sendiri, Mushid Desa, hingga mendapat perhatian program hiburan sensasi TV3, Melodi. Khabarnya, antara penderaan yang dilakukan Anis kepada bapanya ialah membasuh coli dan seluar dalamnya sehingga bapanya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.

Tidak lama selepas itu, menerusi Melodi juga, pendedahan kononnya Anis bercinta dengan Raja Pop, Jamal Abdillah turut menjadi perhatian. Kononnya mereka kini tidak lagi berhubungan.

Pun begitu, ada beberapa laporan media menyebut, Anis sengaja mereka dua cerita sensasi itu untuk meraih perhatian pihak wartawan, seterusnya mencari publisiti murahan! Anis dikatakan mereka cerita dengan tujuan memperoleh populariti dalam sekelip mata. Dia juga didakwa sebagai artis yang sangat terdesak memasang strategi yang kurang bijak untuk melonjakkan namanya. Kini, makin ramai yang mula mengenali Anis.

Anis yang ditemui B*Pop minggu lalu mengakui, dia tiada tempat untuk mempertahankan dirinya apabila satu pihak saja melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya. Kehadirannya di Balai Berita, Anis turut membawa bersamanya Surat Pengesahan Masuk Wad dari Hospital Selayang bertarikh 11 Mei 2009 yang mengesahkan bapanya dimasukkan ke wad kerana penyakit gout dan tekanan darah tinggi, membuktikan dia tidak pernah mendera bapanya.

Mengenai hubungan Anis dengan Jamal sehingga Raja Pop itu dikaitkan 'berkasih' dengan seorang artis muda, ternyata Jamal yang kini berusia 50 tahun tenang memberikan jawapannya seperti disiarkan Harian Metro pada 3 Julai lalu. Difahamkan artis muda yang dimaksudkan itu ialah Anis Aneesa.

Dalam laporan itu, Jamal dilaporkan berkata, memang dia mengenali gadis itu dan keluarganya, tetapi tidak pula sampai mereka jatuh cinta.

"Malah, sebenarnya hubungan kami pun hanya sebagai rakan sesama artis saja. Sesuaikah dia (artis muda) untuk saya jadikan isteri? Dalam soal sekarang, saya mahu memberi tumpuan sepenuhnya pada karier nyanyian," kata Jamal seperti disiarkan menerusi Harian Metro.

Kenyataan Jamal menerusi sebuah majalah hiburan, turut melaporkan perkara hampir sama apabila dia menegaskan: "Saya memang kenal dia (difahamkan merujuk kepada Anis) dan biasa jumpa ibu bapanya. Tapi tak adalah pula kami nak bercinta. Dia bukan cita rasa saya. Takkanlah wanita sebegini saya nak buat isteri."

Justeru, apabila Anis pernah memberitahu pihak media massa mengenai dirinya berkawan baik dengan Jamal, memperlihatkan dia seolah-olah seorang saja bertepuk sebelah tangan, sebaliknya Jamal tidak pernah menganggapnya sebagai teman istimewa, apatah lagi untuk menjadi calon isteri!

Anis mendakwa masih menyimpan beberapa kiriman SMS daripada Jamal kepadanya dan mempamerkan kepada penulis. Antaranya, SMS Jamal bertarikh 27 Oktober 2008, jam 4.30 petang, Jamal pernah mempelawa Anis makan tengah hari bersamanya di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Jamal juga didakwa pernah mengirimkan SMS kepada Anis bertarikh 12 Februari lalu jam 12.41 tengah hari, mempelawa penyanyi itu berkahwin dengannya!

Tidak cukup dengan SMS, Anis yang pada hari itu turut ditemani ibunya, Sharifah Yunus, 44, sempat memperlihatkan kepada penulis rakaman kamera video, dia sedang berkaraoke dengan Jamal di pusat hiburan yang terletak di premis sebuah hotel di Kuala Lumpur. Anis mengakui rakaman itu dibuat pada 31 Oktober 2008, kira-kira jam 8.30 malam.

Bukan bertujuan membuka aib sesiapa, Anis mengakui, dia terkilan dengan kenyataan Jamal sebelum ini mengenai perhubungan mereka yang diibaratkan perigi mencari timba, walhal kedua-duanya pernah berkawan rapat sehingga Jamal dikatakan pernah melamarnya untuk berkahwin!

'Saya tak reka cerita'

"Kebanyakan media massa menuduh saya sengaja mereka cerita untuk mendapatkan perhatian daripada mereka apabila dua kali tersiar cerita perihal peribadi saya di Melodi, baru-baru ini. Pertamanya, saya didakwa mendera bapa sendiri. Tuduhan kedua apabila kisah saya bercinta dengan Jamal dikatakan suatu cerita rekaan.

Baru-baru ini, menerusi sebuah akhbar tabloid, tersiar gosip mendakwa saya sangat terdesak mencari publisiti. Kononnya kedua-dua cerita di Melodi itu sekadar ingin menaikkan nama saya semata-mata. Cerita itu dibuat kononnya bertujuan mencari publisiti murahan berdasarkan kisah yang direka-reka.

Rata-rata pihak wartawan mendakwa Anis menipu sedangkan mereka tidak pernah mendengar penjelasan daripada saya, sekadar mendengar cerita daripada satu pihak saja. Ayah saya dimasukkan ke Hospital Selayang kerana penyakit gout yang dideritai kira-kira tiga tahun lalu. Di sini saya melampirkan Surat Pengesahan Masuk Wad dari Hospital Selayang bertarikh 11 Mei 2009. Sebenarnya ayah saya masuk hospital bukan kerana dia jatuh sakit akibat penderaan yang saya lakukan. Cerita itu adalah fitnah daripada anggota keluarga saya sendiri yang mungkin bertujuan memburuk-burukkan nama saya."

Jamal pernah ajak Anis kahwin

"Sebenarnya hubungan saya dengan Jamal bermula apabila kami bertemu di sebuah majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Karyawan. Kami bertukar-tukar nombor telefon. Jamal mempelawa saya keluar dengannya dan sebagai artis baru saya menerima pelawaan itu kerana menghormati permintaannya sebagai penyanyi senior. Ketika itu kami berkenalan atas dasar artis sama artis, ingin mengenali antara satu sama lain.

Bagi saya sekadar nak berkawan, apa salahnya. Justeru, apabila kami sering bertemu, hubungan itu menjadi semakin rapat. Dari sehari ke sehari perkenalan kami, Jamal pernah meluahkan hasratnya untuk menjadikan saya lebih daripada seorang kawan. Dia juga pernah mengajak saya berkahwin, tapi minta saya tunggu sehingga kes perceraiannya di mahkamah selesai.

Saya bukannya sekadar mereka cerita, di sini saya mempamerkan beberapa kiriman SMS daripada Jamal menceritakan mengenai perhubungan kami selama ini. Antara SMS daripadanya ialah mempelawa saya makan tengah hari, ajak kahwin dan macam-macam lagi. Maknanya bukan saya yang terhegeh-hegeh. Saya bukannya bertepuk sebelah tangan, kami berkawan dan lama kelamaan perhubungan kami menjadi rapat.

Apabila Jamal meluahkan hasratnya untuk memperisterikan saya, saya sekadar memberitahunya, kalau ada jodoh tak ke mana. Namun, selepas berlakunya satu insiden, saya mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripadanya. Namun, yang paling mengecewakan saya apabila Jamal membuat kenyataan menerusi sebuah majalah hiburan mendakwa: 'Takkanlah wanita sebegini saya nak buat isteri.'

Bukan bertepuk sebelah tangan

Jamal juga pernah membuat kenyataan dalam Harian Metro bertarikh 3 Julai apabila dia berkata: 'Malah, sebenarnya hubungan kami pun hanya sebagai rakan sesama artis saja. Sesuaikah dia untuk saya jadikan isteri?' Bagi saya, kenyataan seperti ini mempersendakan diri saya, seolah-olah saya seorang saja terhegeh-hegeh dan seolah-olah dia tahu cerita luar dan dalam diri saya. Sepatutnya saya yang bertanya begitu.

Perhubungan kami memang tidak pernah berlaku situasi bertepuk sebelah tangan. Kedua-duanya memberi maklum balas yang baik. Justeru, apabila hubungan kami menjadi renggang, kami tidak pernah bergaduh. Maknanya kami tidak lagi bertemu dengan kerap seperti sebelum ini.

Kami juga pernah berkaraoke. Ini rakaman kamera videonya (sambil menunjukkan rakaman kamera video Jamal sedang berkaraoke). Ketika itu kami ditemani pembantu peribadi Jamal yang dikenali sebagai Ismail. Adakah situasi itu juga mengatakan saya hanya bertepuk sebelah tangan?

Ini membuktikan kami pernah berkawan baik. Beberapa kali Jamal pernah meluahkan hasrat untuk menjadikan saya sebagai kekasihnya, ajak kahwin, tapi saya kata tunggu masa yang sesuai.

Justeru, apabila segelintir pihak media menuduh saya hanya mereka cerita, kononnya saya bercinta dengan Jamal semata-mata untuk meraih publisiti, saya benar-benar terkilan. Ini bermakna, dua cerita peribadi saya yang pernah disiarkan menerusi Melodi sebelum ini, bukan rekaan semata-mata, sebaliknya ia kisah benar!"

INFO Anis

•NAMA PENUH: Anis Aneesa Mushid.
•TARIKH LAHIR: 14 Julai 1986.
•ASAL: Kuala Lumpur.
•KELUARGA: Sulung daripada dua beradik.
•DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu) dan ibu (Siam Kelantan).
•ALBUM: Dang Dang Dut 3 (2005), Anis Aneesa (2007), Anugerah (awal 2009) dan terbaru masih dalam pembikinan, terbitan Wake The Baby, dijangka berada di pasaran akhir 2009.
•PENGACARA: Cuti-Cuti Famili, RTM1 (2007).
•DUTA: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) 2008.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 11:56 am

'Saya tak buat hubungan sulit'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Mainp391
Shazlin Sharif


Shazlin akui pertengkaran dengan Radhi OAG di luar mahkamah mengaibkan

GARA-GARA kiriman SMS 'Baby, I miss you', berlakulah 'drama swasta' yang tercetus di luar Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, baru-baru ini membabitkan pelakon dan penyanyi kumpulan OAG, Radhi Razali, 32, dengan isterinya, Shazlin Sharif, 31, yang juga aktres dan bekas penyanyi kumpulan Girls In Music (GIM).

Radhi mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan bekas suami seorang aktres yang pernah berlakon dengannya dikenali sebagai Izat.

Perang mulut itu juga disaksikan wakil media massa yang memenuhi kawasan luar mahkamah apabila sebelum itu kedua-duanya akur dengan keputusan Hakim Syarie, Ghazali Ahmad yang menerima sumpah syarie yang dibuat Radhi bagi menafikan dakwaan dia menceraikan isterinya pada 15 September 2008, lalu mengesahkan Radhi dan Shazlin masih pasangan suami isteri yang sah.

Pun begitu, peguam Shazlin, Noorafizah Abdul Azis memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan pengesahan perceraian kali kedua yang berlaku 25 Februari lalu menerusi telefon.

Shazlin ketika ditemui malam Jumaat lalu di Bangsar, Kuala Lumpur nekad menuntut perceraian daripada Radhi apabila mengakui hatinya ketika ini sudah tertutup rapat untuk suaminya itu, sekali gus tidak mampu meneruskan ikatan rumah tangga mereka. Namun, sepanjang perbualan itu, Shazlin selagi boleh mahu menutup pekung perkahwinan mereka dan memelihara aib suaminya itu. Tapi, Shazlin ada sesuatu untuk dikongsi bersama.

"Apabila mahkamah memutuskan kami masih suami isteri, jujurnya memang saya berat menerima keputusan itu, namun saya reda dan menghormati keputusan mahkamah. Tapi, saya akan tetap meneruskan permohonan pengesahan perceraian kali kedua yang berlaku 25 Februari lalu menerusi telefon apabila Radhi ada melafazkan kata-kata ‘aku ceraikan kau dengan talak tiga terus.’

Selepas mendengar keputusan mahkamah, berlaku sedikit kekecohan di perkarangan mahkamah apabila Radhi mendapat tahu, tak tahu siapa sumbernya, mendakwa saya ada hubungan sulit dengan bekas suami seorang aktres dikenali sebagai Izat. Aktres itu pernah berlakon dengan Radhi dalam filem Antoo Fighter, Amukan Drakulat.

Saya tak nafikan, memang saya mengenali Izat. Kami memang berkawan. Tapi, perhubungan kami tak lebih daripada seorang kawan, jauh sekali bercinta! Saya tak nafikan kami pernah keluar makan, tak kiralah beramai-ramai mahupun berdua. Tapi, kalau keluar berdua sekalipun, perhubungan kami tetap sebagai kawan, bukan pasangan kekasih.

Justeru, apabila Radhi mengetahui perhubungan kami, dia marah. Saya pula tak dapat menerima kemarahannya kerana saya tahu, perkara yang disangkanya itu tak benar. Tuduhan yang dilemparkan Radhi, tak pernah berlaku. Saya kecewa apabila Radhi menghebahkan perkara itu, tapi saya tak mampu berbuat apa-apa, kita tak boleh tutup mulut orang.

Mungkin tuduhan yang dilemparkan Radhi, faktanya sudah ditokok tambah, kita tak tahu, justeru ia pasti mendatangkan kemarahannya. Sekiranya ada pihak ketiga yang bercerita kepada Radhi, hubungan saya dan Izat mesra, itu adalah haknya, saya tak mampu tutup mulut orang. Kebenaran ceritanya bukan begitu. Justeru, itu adalah punca pertengkaran kami di luar mahkamah tempoh hari.

Radhi juga mendakwa dia ada bukti SMS ‘Baby, I miss you’. Menurutnya, dia pernah tengok SMS berkenaan. Nak kata I miss you kepada boy friend, saya tak ada boy friend. Seingat saya, memang saya pernah hantar SMS berkenaan kepada seorang kawan, tapi tak ada perkataan baby. Jarang kita panggil kawan lelaki baby (ketawa). Hanya I miss you kepada kawan, maksudnya rindu sebab lama tak jumpa, lama tak lepak sama.

Saya pun dah tak ingat SMS itu saya hantar kepada kawan yang mana satu, saya ada ramai kawan lelaki, kawan perempuan pun ramai. Kawan-kawan ambil berat pasal saya. Jadi, apabila dah lama tak bertemu mereka, saya hantarlah SMS macam tu, bukannya I miss you nak peluk cium! Justeru, apabila maksud I miss you itu disalahertikan, lagilah menambah kemarahan Radhi kepada saya.

Lagipun antara saya dan Radhi dah lama tak berjumpa, lama tak bermanja, jadi apabila mendapat tahu saya ada mengirimkan SMS berkenaan kepada orang lain dengan maksud berbeza, mungkin dia rasa tercabar. Bagi saya, memang tak ada hubungan istimewa dengan sesiapa termasuklah Izat sebab semuanya kawan semata-mata.

Tuduhan Radhi, saya menggunakan alasan hubungan sulit dan sudah ada pengganti, justeru ingin meminta cerai daripadanya, itu sama sekali tidak benar. Macam mana nak ada pengganti, saya memang tak ada teman lelaki istimewa. Lagipun saya tahu, status diri saya macam mana, jadi saya tak boleh menjalin hubungan serius dengan sesiapapun. Jadi, sesiapa yang nak berkawan dengan saya, apa salahnya kalau kawan semata-mata?”

'Saya tak mahu bersikap hipokrit'

"SEBENARNYA hati saya buat masa ini sudah tertutup rapat untuk Radhi. Terus-terang, saya dah tak boleh meneruskan kehidupan berumah tangga dengannya. Saya tahu, Radhi masih menyayangi saya, sebab itu dia keberatan nak melepaskan saya. Saya juga pernah menyintai dan menyayangi Radhi suatu ketika dulu, tapi sekarang ini saya tak mampu meneruskannya.

Selepas empat tahun saya memberinya peluang berkali-kali untuk menambah keharmonian rumah tangga kami, tapi akhirnya dia gagal berubah. Saya kecewa dengan situasi berkenaan. Jalan sebaiknya saya ambil keputusan untuk berpisah saja. Namun, sebab utama saya meminta cerai daripadanya, biarlah kami berdua saja yang tahu. Punca terperinci kenapa, saya tak boleh menghebahkannya. Ini rahsia rumah tangga kami.

Memang buat masa ini hati saya tertutup untuk Radhi, tapi untuk masa akan datang, saya tak mampu meramal, manalah tahu tiba-tiba hati saya berubah dan menerimanya kembali. Lagipun saya tak mahu bersikap hipokrit. sekiranya Radhi ingin meneruskan perkahwinan ini, apabila saya turuti kemahuannya, tapi sekadar lakonan dan menyayanginya secara berpura-pura, selain terus makan hati dengan sikapnya, nak buat apa?

Andai perasaan cinta dan sayang hanya di pihak Radhi, saya pula sebaliknya, lebih baik saya minta cerai daripada terus hidup dalam kepura-puraan. Bagi saya, jodoh kami sudah sampai ke hujung jalan. Justeru, permohonan pengesahan perceraian kali kedua ini, saya mengharapkan ia dapat dilaksanakan secara aman, tak perlulah lagi nak kecoh-kecoh dan bergaduh di depan orang ramai.

Saya malu apabila krisis rumah tangga kami menjadi tatapan di dada akhbar dan stesen TV. Saya ada keluarga, mana nak letak air muka mereka? Artis dan selebriti lain pun bercerai juga, tak kecoh pun. Sekadar mengambil contoh, Nora Danish dan Rizal misalnya, mereka berpisah secara aman, tak pernah menuding jari kepada mana-mana pihak dan antara mereka tak pernah memburuk-burukkan antara satu sama lain.

Jadi, permohonan pengesahan perceraian kali kedua ini, saya juga mengharapkan keadaannya jadi begitu. Harap-harap Radhi dapat menerima kenyataan, antara kita jodoh tak panjang, seterusnya dia dapat melepaskan saya dengan hati dan fikiran terbuka. Kita dah tak boleh jadi suami isteri, tapi saya tetap menerima kenyataan, Radhi adalah ayah Muhammad Rifdhi, hubungan itu tak akan putus sampai bila-bila.

Radhi akan tetap menjadi sebahagian daripada hidup saya sebagai ayah Rifdhi dan insya-Allah kami akan terus menjadi kawan yang boleh berkongsi masalah. Manalah tahu pada masa akan datang Radhi ada masalah, saya ada masalah, kita boleh bercerita. Saya tak mahu ada rasa sakit hati antara satu sama lain apabila sudah berpisah nanti. Biarlah kita membawa diri dengan haluan masing-masing. Apa yang berlaku semuanya dugaan Tuhan.

Saya rasa Radhi tahu tanggungjawabnya sebagai seorang ayah, tak perlulah saya mendedahkan di sini keburukan diri masing-masing. Harap-harap dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna. Saya yakin, Radhi memahami apa yang cuba saya sampaikan di sini. Tak perlulah saya membuka pekung rumah tangga kami, nanti yang malu bukan orang lain, kita juga.

Jujurnya saya lebih senang begini (hidup sendiri). Kehidupan saya lebih gembira. Sekalipun saya tak aktif lagi menyanyi dan berlakon, sekurang-kurangnya saya ada pekerjaan tetap. Sekiranya Radhi melepaskan saya, saya kembali kepada status solo, mungkin saya akan bertemu jodoh dengan orang lain, Alhamdulillah."

Info Shazlin

NAMA PENUH: Shazlin Sharif

TARIKH LAHIR: 18 Jun 1978

ASAL: Petaling Jaya, Selangor

KELUARGA: Anak sulung daripada empat beradik

KOMERSIAL: Nissan, Boh, Ginvera dan DiGi

ALBUM: GIM, sertai kumpulan Girls In Music (GIM) pada 1998

DRAMA: Kereta Baru dan Kisah Benar

FILEM: Cinta

TARIKH NIKAH: 1 Januari 2005

NAMA SUAMI & ANAK: Mohd Radhi Razali & Muhammad Rifdhi Muslim, 4 tahun

PROFESION KINI: Petugas firma guaman di Petaling Jaya, Selangor
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 12:02 pm

Nurul Khusna Uma Pengacara Resipi Istana di TV9
KEENAKAN SANTAPAN DI RAJA DALAM RESIPI ISTANA


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 442


Resipi Istana, sebuah program televisyen terbitan Primeworks Studios, yang julung-julung kali mengetengahkan kerabat di raja serta mereka yang rapat dengan pihak istana untuk berkongsi resipi tradisisional turun temurun beserta keunikan masakan istana dan gaya hidup golongan di raja.

Program 13 episod ini dihoskan bakat baru, Nurul Khusna Uma, finalis program realiti Gadis Melayu musim pertama. Istimewanya, dalam kesibukan kerabat di raja memenuhi pelbagai kegiatan harian, program Resipi Istana berjaya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada beberapa kerabat di raja seperti Sultanah Kedah, DYMM Sultanah Hajjah Haminah Haji Hamidun, YAM Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, adinda Sultan Johor, YAM Tunku Tun Maimunah Sultan Ismail dan anakanda Sultan Kelantan, YAM Tengku Amalin Aishah Putri Sultan Ismail Petra.

Selain menyaksikan kepakaran kerabat di raja memasak, Resipi Istana turut memaparkan keindahan istana seperti Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah, Istana Raja Di Hilir dan Istana Riswin, Ipoh, Perak, Istana Kenangan Indah, Kangar, Perlis, dan Istana Bukit Gedung, Johor.

Sepanjang penggambaran yang dilakukan sejak Jun tahun ini, krew produksi mengutip pelbagai kenangan manis dan pengalaman yang cukup berharga. Perasaan risau dan bangga saling bercampur-baur. Namun, segalanya terhakis. Anggapan masyarakat bahawa golongan istana sombong dan sukar didekati, tidak benar sama sekali.

Bak pepatah, tidak kenal, maka tidak cinta, biar pun terikat dengan protokol istana, namun sikap prihatin dan keterbukaan mereka membuatkan krew produksi cukup selesa. Antara pengalaman dan momen paling menarik, ketika krew produksi membuat rakaman bersama YAM Raja Puan Mahkota Perak, Raja Nazhatul Shima yang lebih mesra dipanggil Tengku Dotti di Istana Riswin, Ipoh, Perak. Keramahan dan sikapnya yang sporting melayani kami sepanjang dua hari rakaman, tidak dapat dilupakan. Sambil memasak masakan kegemaran keluarga seperti Daging Gulung, Gulai Tempoyak Udang dan Mi Kuah, loghat Perak pekatnya, membuatkan krew tidak kering gusi. Namun, apa yang pasti, Tengku Dotti bukan sekadar puteri raja beliau juga pakar memasak.

Begitu juga ketika krew produksi membuat rakaman di Kota Bharu, Kelantan bersama anakanda Sultan Kelantan, YAM Tengku Amalin Aishah Putri Sultan Ismail Petra. Berperwatakan manja dan lemah-lembut, kejelitaan Tengku Amalin diwarisi daripada bondanya, DYMM Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid. Bergelar majistret termuda di negeri Kelantan, ketokohan Tengku Amalin bukan sahaja di mahkamah tetapi beliau juga tidak kekok di dapur. Krew produksi juga cukup terharu apabila diberikan layanan mesra malah krew diraikan pada majlis hidangan panggang di Istana Kandis, Bachok, bersama kekandanya, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan kerabat di raja Kelantan yang lain.

Namun, paling mengujakan ketika krew melakukan penggambaran di Istana Raja Di Hilir bersama YAM Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. Kesudian baginda berkongsi resipi kegemaran kerabat di raja Perak selain menyelaraskan ruang santap yang cukup berseni, pasti membuat penonton terpukau. Malah, keindahan hiasan warisan Perak seperti tekat dan labu sayong dipersembahkan dengan cukup teliti.

Resipi Istana ini diterajui oleh penerbit eksekutif Ezzah Aziz Fawzy, penerbit Khairol Bariah Kamaruddin, wartawan Emmy Zalfarina Adenan dan Sulastri Mohd Juki serta pembantu penerbitan Amaani Ahmad.

Jangan lupa saksikan Resipi Istana setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula Sabtu bermula 22 Ogos 2009, jam 12.30 petang.


Last edited by sally_eiyna on Thu 03 Sep 2009, 12:03 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 12:03 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 162

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 253

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 347
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 12:06 pm

Noraniza Idris Mahu Dedah Status Rumah Fareez


Ratu Lagu Etnik, Noraniza Idris hari ini memohon perintah sementara mahkamah agar meminta pihak bank memberikan informasi tentang pinjaman dan status rumah yang dituntut daripada bekas suaminya, Mohammad Fauzi Ahmad Tajuddin atau Fareez (defendan). Noraniza (Plaintif) berkata, ini kerana rumah itu adalah 100 peratus atas nama Fareez dan pihak bank tidak dapat memberikan maklumat tersebut kepadanya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Nor10


“Untuk semakan status rumah dan pembiayaannya, saya kena minta perintah mahkamah dalam tempoh seminggu ini. Dia (Fareez) dah jual tapi tak bayar ansuran sejak 2006… jadi saya nak tahu status sama ada telah dilelong atau dijual,” kata Noraniza ketika ditemui selepas prosiding selesai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Tuntutan harta sepencarian tersebut melibatkan rumah kediaman di Seksyen 6, sebuah rumah kedai tiga tingkat di Seksyen 1, Wangsa Maju serta barangan salun dan butik yang dianggarkan bernilai RM10,000. Namun begitu, Noraniza tidak akan menuntut barangan salun dan butik sekiranya tuntutan rumah itu berjalan lancar. “Jika tidak beres (tuntutan rumah), baru saya tuntutnya (salun dan butik),” katanya.

Mahkamah hari ini sepatutnya merekodkan persetujuan kedua-dua pihak iaitu plaintif dan defendan berhubung dengan tuntutan milik rumah dan bangunan kedai di Wangsa Maju itu. Bagaimanapun, kes tuntutan harta sepencarian Noraniza terhadap Fareez belum dapat diselesaikan.

Peguambela Noraniza, Zuri Zabidin Budiman memberitahu Hakim Syarie, Mohamad Shakir Abdul Hamid bahawa ini ekoran kedua-dua pihak plaintif dan defendan masih meneliti beberapa butiran seperti cara pembahagian harta dan kaedah pembayaran.

“Pihak kami telah berbincang dengan defendan (Fareez) dan menerusi hasil perbincangan itu, kami mendapati perlu meneliti beberapa perkara. Dengan itu, saya ingin mohon satu perintah mahkamah mengarahkan pihak bank memberikan informasi kepada plaintif (Noraniza) kerana dia perlu memeriksa pembiayaan (pinjaman) dan status rumah tersebut,” kata Zuri semasa prosiding berlangsung. Menurut Zuri, rumah tersebut adalah atas nama pihak defendan Fareez dan hasil perbincangan tersebut antara Fareez dan Noraniza mendapati Fareez telah tidak membayar ansuran rumah tersebut sejak 2006.

“Apabila tulis surat kepada bank Maybank cawangan Setapak, tidak ada nama Noraniza (sebagai pemilik rumah tersebut). Oleh itu, pihak bank tidak dapat memberikan maklumat tentang rumah tersebut. Kami tidak ada keputusan hari ini kecuali mendapatkan perintah sementara mahkamah,” jelas Zuri.

Kata Zuri, pihaknya akan menyediakan draf perintah sementara mahkamah itu dalam tempoh masa seminggu ini agar pihak mahkamah dapat mengeluarkan arahan tersebut. Difahamkan bank tidak boleh mendedahkan maklumat-maklumat pelanggannya kepada pihak ketiga kerana tertakluk dengan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989. Zuri meminta satu tarikh selepas Hari Raya dan pihak mahkamah telah menetapkan 8 Oktober ini untuk sebutan akhir perekodan persetujuan berhubung tuntutan milik rumah dan kedai tersebut.

Hakim Syarie, Mohamad Shakir berkata, perbicaraan akan disambung semula sekiranya kedua-dua pihak masih gagal mencari jalan penyelesaian pada tarikh tersebut. Noraniza yang bertudung jingga dan berbaju kurung hitam dengan corak flora hadir seorang diri ke prosiding hari ini. Fareez tidak hadir.

Pada 12 Ogos lalu, Fareez memberitahu mahkamah bahawa dia sanggup memenuhi tuntutan hak milik dua hartanah oleh bekas isterinya itu. Tuntutan sebanyak 50 peratus harta tersebut dibuat ke atas rumah kediaman di Seksyen 6 dan sebuah rumah kedai tingkat di Seksyen 1, Wangsa Maju. Dalam perbicaraan itu, secara tiba-tiba Fareez mengumumkan dia sanggup menyerahkan milikan 50 peratus terhadap rumah itu dan 50 peratus lagi terhadap bangunan rumah kedai yang kedua-duanya terletak di Wangsa Maju. Sehubungan dengan itu, Hakim Syarie Mohamad Shakir Abdul Hamid menetapkan 26 Ogos jam 9 pagi di mahkamah yang sama untuk merekodkan persetujuan kedua-dua pihak - plaintif dan defendan - berhubung dengan tuntutan milik rumah dan bangunan kedai di Wangsa Maju itu. Noraniza berkahwin dengan Fareez, 40, pada 31 Mac 1988 sebelum berpisah pada 7 April 2006 dengan talak satu. Hasil perkongsian hidup Noraniza dan Fareez yang bernikah pada 31 Mac 1988 mengurniakan Mohammad Aliff Haiqal, 20, dan Mohd. Alfeeq Haiqal, 16.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 12:10 pm

Ally Iskandar Pengacara Singgah Sahur di TV3
SINGGAH SAHUR
KEMBALI TEMANI LARUT MALAM ANDA!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Ally210


Bulan Ramadan adalah bulan untuk merenung dan menyucikan diri melalui sekatan diri dan amal kebaikan. Maka sebagai mengungkapkan kemulian ini, TV3 menerbitkan program Singgah Sahur untuk musim kelima dengan kerjasama LG sebagai penaja utama. ‘Singgah Sahur’ adalah program 30 minit di mana 8 episodnya akan ditayangkan pada setiap Jumaat dan Sabtu bermula 22 Ogos hingga 20 September 2009, dari 12.30 pagi hingga 1.00 pagi dan diulang tayang pada setiap Sabtu dan Ahad, dari 6.30 petang hingga 7.00 malam.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Ally13


Singgah Sahur menampilkan Ally Iskandar sebagai hos dan Fadzli Ramli sebagai penerbit, bersama krew dan selebriti jemputan membuat kejutan dengan melawat kediaman mereka yang kurang bernasib baik serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk merasai suasana bersahur dan berkongsi keriangan bersama mereka. Krew Singgah Sahur akan meluangkan masa dengan menyediakan juadah dan bersahur bersama mereka diikuti dengan solat subuh berjemaah bagi memupuk perasaan bersatu hati dan mengeratkan ukhwah.

Saksikan Ally Iskandar sebagai pengacara Singgah Sahur di TV3

‘Singgah Sahur’ bakal membuat lawatan mengejut di beberapa lokasi terpilih berlainan di Perak, Johor, Kelantan, Pahang, Sabah, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Tahun ini, rancangan ini bakal memaparkan penampilan mangsa ragut, keluarga yang mengalami kesukaran akibat banjir, rumah anak yatim, ibu tunggal, kanak-kanak terbiar, kakitangan angkatan tentera dan waris tragedi bersejarah Bukit Kepong.

Dato’ Sri Farid Ridzuan, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, berkongsi keterujaan beliau tentang program musim terbaru ini,

“Malaysia amat bertuah kerana memiliki populasi yang berbilang budaya seperti ini dengan pelbagai perayaan disambut setiap tahun. Dalam kita meraikannya, kita tidak sepatutnya mengabaikan mereka yang kurang bernasib baik kerana mereka juga patut menjadi sebahagian dari acara gembira ini. Program tulis ikhlas ini sentiasa menetapkan matlamat untuk mempamerkan kisah pahit getir orang lain dan pada masa yang sama menampilkan bagaimana kebanyakan kita, orang ramai dari pelbagai latar belakang dan lokasi, bangun untuk bersahur di awal pagi. Ciri inilah yang menyebabkan ‘Singgah Sahur’ mendapat peningkatan populariti yang besar selama 5 tahun ini, dengan menjadi salah satu program Ramadan tahunan yang luar biasa. Selain itu, kami juga amat berbesar hati dengan kehadiran LG bagi musim ini dan kami yakin bahawa gandingan ini akan mencipta banyak kelainan buat program popular ini.”

Encik T.Y. Ko, Pengarah Urusan merangkap CEO bagi LG Electronics (M) Sdn. Bhd. berkata:

“LG amat berbangga kerana dapat bersama-sama dengan TV3 sekali lagi malah kali ini sebagai penaja utama program ‘Singgah Sahur’, kerana ia memberikan peluang buat kami menjalin pertalian dengan masyarakat Muslim yang kurang bernasib baik di bulan Ramadan yang mulia ini. LG sentiasa mencari jalan untuk membuatkan hidup lebih baik untuk semua orang. Oleh itu, LG berharap bahawa inisiatif penajaan ‘Singgah Sahur’ ini dapat membantu mempertingkatkan semangat memberi dan kegembiraan selain turut mempamerkan manfaat pengorbanan dan memberi kemaafan.”

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang program ‘Singgah Sahur’ di TV3 dengan kerjasama LG, sila layari http://www.lge.com.my, http://www.lgblog.com.my atau http://www.tv3.com.my
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 7:14 pm

Sheila Majid luaskan empayar Jerneh

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Shila110

HASRATNYA untuk melihat Jerneh diterima ramai semakin menampakkan hasil. Bermula dengan jualan secara online sekitar Januari lalu, diva tersohor, Datuk Sheila Majid sudah mula mampu mengukir senyuman apabila melihat produk kecantikannya kini maju setapak lagi.

Berkat kesabaran dan kegigihannya bersama rakan kongsi, Jerneh kini sudah boleh didapati di kaunter Tanamera di dalam gedung jualan Parkson.

Walaupun setakat ini produk-produknya hanya boleh didapati di kaunter Tanamera Parkson Sunway Pyramid dan Parkson Kota Bharu, namun menurut penghibur berusia 44 tahun ini, dia melihat itu sebagai satu petanda positif terhadap produk Jerneh.

"Impian saya untuk menghasilkan produk sendiri sudah saya fikirkan sejak 10 tahun lalu. Ketika itu saya selalu menerima banyak produk percuma tetapi saya tidak tahu apa kandungan atau bahan-bahan dalam produk-produk tersebut.

"Tidak dinafikan, ramai wanita jarang ambil peduli tentang bahan-bahan yang digunakan dalam produk-produk kecantikan. Menerusi Jerneh, saya ingin mendidik wanita supaya menggunakan produk yang selamat.

"Apa yang menariknya, Jerneh juga adalah produk yang halal. Saya sendiri telah mencuba produk ini selama setahun setengah dan sejujurnya, saya amat berpuas hati.

"Dan saya juga rasa gembira kerana kini Jerneh dapat diletakkan di kaunter kecantikan di Parkson bersama produk-produk antarabangsa yang lain. Cuma saya berharap, satu hari nanti, Jerneh juga mampu mempunyai kaunter tersendiri dan sebaris dengan produk-produk kecantikan antarabangsa yang lain.

"Bagi saya, untuk merealisasikan impian itu, kami memerlukan sokongan ramai. Tapi adakalanya, saya lihat masyarakat kita lebih percaya dengan produk luar berbanding produk tempatan.

"Kuasa iklan itu cukup kuat untuk menarik perhatian mereka untuk memilih produk luar," kata Sheila panjang lebar.

Buat permulaan, Jerneh memfokus kepada dua bentuk produk iaitu anti-penuaan dan 'clarifying'. Menurut ibu kepada empat orang cahaya mata ini, setakat ini juga, respon yang diterima menerusi jualan secara online amat memberangsangkan.

Perkara itu turut diakui oleh rakan kongsinya, Mohamad Faisal Ahmad Fadzil yang juga pengusaha F.A Herbs Sdn Bhd.

"Sambutannya amat menggalakkan. Tapi kami memikirkan, produk kecantikan seperti ini selalunya pembeli ingin merasai dan menyentuh sendiri sebelum membeli. Jadi, agak sukar kalau kami hanya menghadkan kepada jualan secara internet saja.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Shila210

"Alhamdulillah, kami rasa bangga kerana produk Jerneh adalah produk tempatan pertama dapat dipasarkan di kaunter kecantikan Parkson.

"Sudah tentu, kami juga mempunyai perancangan untuk memasarkan produk ini secara meluas lagi. Buat masa ini, Jerneh juga boleh didapati di semua rangkaian Tanamera," ujar Faisal yang menambah, Jerneh juga akan muncul dengan produk 'gel cleanser' tidak lama lagi.

Mengulas lanjut tentang Jerneh, kata Sheila, buat masa ini, dia tidak terfikir untuk mempromosi produknya di majalah.

Namun begitu, dia amat berharap Jerneh juga mampu lekat di fikiran masyarakat sebagai sebuah produk kecantikan tempatan.

"Ramai yang bertanya pada saya, kenapa saya letakkan nama 'Jerneh'. Bagi saya, kita sendiri kena bangga dengan budaya kita sendiri.

"Dan secara peribadi, saya berharap sangat orang akan terfikirkan Jerneh jika ditanya apa produk kecantikan keluaran tempatan," katanya yang menambah, harga produk keluaran Jerneh adalah berpatutan.

Segala maklumat tentang Jerneh boleh didapati dengan melayari www.jernehbysheilamajid.com

Sementara itu, ditanya tentang aktiviti seninya ketika ini, kata isteri kepada pemuzik Acis ini, seperti tahun-tahun sebelumnya, dia hanya berehat dan memberikan tumpuan kepada keluarga sepanjang bulan Ramadan.

Dan selepas Hari Raya nanti, dia akan menjayakan persembahan di Indonesia.

"Dari dulu lagi, saya memang tidak ambil sebarang 'job' sewaktu Ramadan. Tapi saya tetap jayakan program raya terbitan Astro Oasis yang telah dirakam awal.

"Insya-allah, selepas Hari Raya nanti, saya akan mengadakan 'private show' di Jakarta dan kemudiannya akan ke Bali untuk sebuah persembahan sempena dengan persidangan CEO," tutur penyanyi kecil molek ini.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 7:16 pm

Pengarah Shadan nafi bergaduh dengan bakal ibu mertuanya, Raja Azmi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Shadan10
Shadan Hashim bakal bertunang dengan anak Raja Azmi, Puteri Suraya pada 9 September 2009.

MACAM-MACAM spekulasi dan andaian dibuat berikutan pengunduran diri pengarah Shadan Hashim daripada terlibat dalam filem '... Dalam Botol'.

Antara lain, kononnya Shadan bergaduh dengan Raja Azmi kerana isu bayaran?

Shadan telah berkerja dengan Raja Azmi selama 17 tahun dan penarikan dirinya pun berlaku setelah setahun dia terlibat dalam projek filem terbaru syarikat filem Penerbitan JAS Sdn. Bhd.

Ketika ditemui di majlis pelancaran filem '... Dalam Botol' dan pengumuman watak Ghaus (oleh Wan Raja) dan Ruby (Arja Lee), Shadan berkata dia mempunyai sebab berbuat demikian.

"Bila kita dah buat sesuatu penggambaran, kita sebagai pengarah kena bertanggungjawab terhadap apa-apa yang cuba disampaikan. Subjek ini (homoseksual) tidak datang di dalam hati saya.

"Ia datang dari luar iaitu hasil penyelidikan saya sendiri. Isu-isu homoseksual bukan kepakaran saya. Saya takut interpretasi saya itu salah dan ini menggagalkan matlamat filem '... Dalam Botol'," kata Shadan secara terus-terang.

Secara tidak langsung, jawapan yang dihamburkan keluar dari mulut pengarah muda berusia 34 tahun ini menepis segala khabar angin kononnya dia berselisih faham dengan Raja Azmi, mata duitan dan macam-macam lagi.

Ditanya kenapa dia mengambil masa selama setahun baru tekad mengundurkan diri, jawab Shadan: "Projek ini on dan off selama setahun. Dan saya rasakan ia membawa satu isu yang berat yang mesti ditangani betul, bukan disensasikan."

"Saya telah menggunakan ruang masa untuk cuba mendalaminya. Saya tak bergaduh dengan Raja Azmi kerana dia bakal ibu mertua saya. Jauh sekali ia berkaitan isu bayaran," katanya tergelak kecil.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna - begitulah perumpamaan yang dapat menggambarkan perhitungan Shadan dalam menolak pengarahan filem kontroversi tersebut.

Malah kata Shadan, tindakan penarikan dirinya itu tidak sewajarnya dilihat sebagai cara dia melepaskan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk menjayakan filem itu.

"Seperti filem 'Haru Biru', saya berani ke depan kerana saya memahami subjeknya. Saya tahu dan jelas dengan apa yang perlu saya arahkan," katanya yang masih terus belajar dalam dunia pengarahan filem.

"Sekarang tiba waktunya saya mengambil langkah baru. Kita kena bijak memilih filem untuk diarahkan. Saya berkemungkinan mengarah di bawah syarikat filem lain selain syarikat filem Penerbitan JAS Sdn. Bhd.," katanya yang pernah mengarahkan filem 'Haru Biru' dan 'Cinta 200 Ela'.
Shadan bersyukur bakal ibu mertua memahami tindakannya menarik diri daripada projek '... Dalam Botol'.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 7:17 pm

Isu teman lelaki: Maiza malas komen!


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 01344510



SEJAK rezeki Maizawati Zainal mencurah-curah kala ini, ramailah pihak yang mula memerhatikan dirinya termasuklah bekas suaminya, Akhil Hayy.

Maizawati atau lebih mesra disapa Maiza menjadi perhatian ramai sejak berita penceraiannya tersebar luas menerusi media cetak mahupun media elektronik.

Wanita yang kini bergelar ibu tunggal ini semakin tabah dalam menempuhi kehidupan ini selepas diceraikan oleh penyanyi dan penceramah bebas itu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Kini, dia sedang menjalani edah dan bekas suaminya yang popular dengan gelaran ‘ustaz’ itu seakan-akan tidak bersetuju apabila Maiza mengambil langkah untuk menceburi kerjaya dalam industri hiburan ini.

Sekarang, Maiza sudah bergelar duta Koleksi Tudung Myza dan BondaMama anjuran Yayasan Pembangunan Nurhikmah (YPN) serta terbaru pelakon iklan komersil biskut D.Haiz Cookies.

Selepas ini, mungkin dia akan bergelar penyanyi pula kerana ada ura-ura mengatakan Maiza akan merakamkan single terbarunya dalam masa terdekat ini.

Baru-baru ini, Akhil pernah mengeluarkan kenyataan yang dia tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh Maiza kerana bekas isterinya itu masih dalam edah.

Lantaran itu, Akhil juga mendakwa bekas isterinya itu sudah mempunyai teman lelaki sekarang melalui sumber terdekatnya.

Ditanya kepada Maiza mengenai isu itu, wanita yang mempunyai enam orang anak ini hanya bertindak untuk mendiamkan diri dan tidak membalas kata-kata yang dikeluarkan oleh Akhil.

“Saya tak nak komen. Sudah habis tu, habislah..tiada apa-apa antara kami..kenapa nak sibuk-sibuk lagi?..,” ulas Maiza yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan satu demi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Akhil sejak mereka bercerai.

Sebelum ini, Maiza pernah memberitahu yang dia memilih karier sebagai duta produk dan pelakon iklan komersil untuk menyara dua orang anaknya dengan bekas suami terdahulu dan ibunya yang tinggal bersamanya di Ipoh, Perak.

Akhil juga terlebih dahulu sudah menegur Maiza tentang statusnya yang masih dalam edah lantas menasihatkan wanita itu hanya berada di rumah, tidak bersolek tebal dan meminta izin daripadanya jika ingin keluar dari rumah atau melakukan kerja ‘baru’nya itu.

Bagaimanapun, Maiza selepas itu membidas kata-kata Akhil dengan mengatakan dia sudah pun meminta izin melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Nampaknya kemelut antara Maiza dan Akhil masih belum terhenti walaupun mereka sudah berpisah.

Maiza pula seakan-akan mahukan pertelagahan ini berakhir secepat mungkin sehingga sudah rimas dan tertekan dengan asakan demi asakan yang dilemparkan kepadanya.

“Berilah saya bernafas..,” luah Maiza akhirnya.

Selepas rentetan pelbagai peristiwa yang berlaku dalam hidup Maiza dan Akhil, terdapat pelbagai komen positif mahupun negatif yang diterima oleh kedua pasangan bekas suami isteri ini.

Maiza turut mengambil komen-komen positif daripada pelayar-pelayar internet yang menasihatkan dia untuk tidak mengambil cakna tentang apa yang dikatakan oleh Akhil kerana lelaki itu sudah tidak mempunyai kena-mengena dalam hidupnya secara rasmi kini cuma Akhil boleh dikatakan sebagai bapa kepada empat orang anak hasil perkahwinan mereka.

“Kita sudah bawa haluan masing-masing..maknanya dia sudah tiada kena-mengena dengan saya lagi,” akhiri Maiza.

Akhil telah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi Waheeda yang selama ini digosipkan bercinta dengannya manakala Maiza menceburkan diri sepenuhnya sebagai wanita bekerjaya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 7:18 pm

Isteri pertama Raisuddin setuju permohonan nikah poligami


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Raisud10
Aktor Raisuddin Hamzah

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah disini hari ini memutuskan untuk mendengar permohonan nikah poligami aktor Raisuddin Hamzah,52, dan isteri keduanya Siti Fatima Suberi, 22, pada 10 Februari 2010.

Hakim Syarie, Tuan Abu Bakar Mohd Daud, membuat keputusan tersebut dihadapan Pemohon, Raisuddin dan Siti Fatima serta responden, Noor Ai'ni Mohd, 52, yang merupakan isteri pertama.

Menurut peguam Syarie yang mewakili pemohon, Norazmi Mohd Arif, Noor Ai'ni bersetuju dengan permohonan nikah poligami tersebut.

"Isteri pertama telah bersetuju, bagaimanapun perbicaraan mesti diteruskan untuk menentukan sah atau tidak pernikahan tersebut," katanya.

Pemohon telah memfailkan permohonan tersebut pada 17.06.2009 dan diterima oleh responden pada 23 Jun 2009.

Responden kemudian memfailkan jawapan bersetuju terhadap permohonan tersebut pada 27 Ogos 2009.

Ketika hadir dimahkamah, Noor Ai'ni terpaksa berjalan dengan dipapah oleh Siti Fatima kerana menghidapi strok.

Pada 6 Februari lalu, hasrat Raisuddin yang merupakan bapa kepada penyanyi popular Siti Sarah, untuk mengesahkan perkahwinannya dengan Siti Fatimah terbantut apabila Mahkamah Rendah Syariah Gombak menolak permohonannya itu.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin menjelaskan Mahkamah Rendah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kes tersebut kerana ia melibatkan isu poligami.

Raisuddin berkahwin dengan Siti Fatimah di Songkhla, Thailand dengan berwali hakim pada 2 Januari 2007.

Pada 7 April lalu, Siti Fatimah secara sukarela mengaku bersalah kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar nikah.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 7:19 pm

Eja selamat melahirkan bayi perempuan hari ini

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 01143810

PETALING JAYA: Pelakon Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Eja, 37, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.69kg dan setinggi 47cm pada 1.36p.m. hari ini, tiga minggu lebih awal.

"Kedua-dua Eja dan bayi berada dalam keadaan sihat," kata suaminya Mohd. Silahuddin Jamaluddin, 49 menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS).
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 7:22 pm

Angka keramat 30 Khaty

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Hi_02_17

KHATY berjaya membuktikan dirinya seorang penghibur bertaraf profesional.

SELAMA 30 tahun melayari hidup menjadi seorang anak seni sehingga diulit kejayaan serta berjaya mencecah kelas yang tersendiri, terdetik di hati Khadijah Ibrahim untuk menggapai impian yang sudah lama tersimpan di hati.

Impian penyanyi yang cukup dikenali sebagai Khaty ini ialah mengadakan sebuah konsert solo, khusus buat peminat-peminat kesayangannya.

Tidak pun mengharap mahupun menanti, Khaty bagaimanapun tidaklah terlalu terdesak untuk menyempurnakan cita-citanya itu. Cuma dia tahu, impian itu pasti terlaksana satu hari nanti.

Bagi Khaty, angka 30 tahun ‘hidup’ di dalam kepompong dunia muzik akan dijadikan detik bersejarah baginya dan ulang tahun itu akan diraikan dengan sebuah konsert istimewa, Pearl Concert - 30 Years Khadijah Ibrahim In The Industry menjelang 17 dan 18 November ini.

Bakal berlangsung di dewan berprestij, Dewan Filharmonik Petronas, ia bagaikan sebuah pelengkap dalam pencapaian karier nyanyiannya selama ini.

Khaty merasakan sudah tiba masanya untuk dia memberi sesuatu kepada peminat-peminatnya agar ia dijadikan kenangan yang paling indah dalam memori.

“Dulu, saya masih lagi belum bersedia untuk mengadakan sebuah konsert kerana kerap mengembara dan mengusahakan perniagaan saya.

“Tapi kali ini, saya akan menumpukan sepenuhnya terhadap konsert saya akan datang dan juga memerlukan perancangan yang teliti,” ucapnya selepas membuat persembahan persembahan pada Konsert Imbauan di Dewan Filharmonik Petronas, malam Ahad lepas.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 7:28 pm

Gambar Rakaman Mentor Raya 2009

Pada 27 Ogos lalu telah berlangsung rakaman khas Mentor Raya di Restorang Seri Melayu, Jalan Conlay. Semua mentor untuk musim kali ini datang bersama dengan protege mereka untuk menyanyikan lagu raya dalam program raya berkonsepkan santai dan padat dengan elemen hiburan.

Mentor Raya sudah pastinya tidak lengkap tanpa persembahan-persembahan menarik dan diserikan lagi dengan pemakaian busana tradisional yang indah daripada artis dan protege yang terbabit dalam episod khas ini. Antara lagu-lagu evergreen Raya yang dipersembahkan ini ialah Suara Lebaran, Indah Di Hari Raya, Cahaya Aidilfitri, Satu Hari Di Hari Raya dan Setahun Sekali. Ini merupakan santapan istimewa lebaran bagi peminat-peminat Black khususnya, jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton program menarik ini

Awie bersama protegenya, Keena dalam program realiti sensasi Mentor musim ketiga tampil dalam rakaman khas tersebut dan mempersembahkan lagu-lagu malar segar Raya. Antaranya, ‘Suara Lebaran’, ‘Indah Di Hari Raya’, ‘Cahaya Aidilfitri’, ‘Satu Hari Di Hari Raya’ dan ‘Setahun Sekali’.

Jangan lupa untuk tonton program raya ini pada 27 September (Raya ke-7), jam 9.00 malam, hanya di TV3.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38816810

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38816910

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38816912
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 7:31 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38808910

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38808911

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38816913
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 7:33 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38808912

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38808913

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38808914

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38816914

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38816915
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 7:35 pm

Fauzi Tergamam Kena Raba Dalam Sauna!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 91200910

KL, 1 SEPTEMBER 2009: Amboi, amboi, amboi.... belum lagi sah mendapatkan wataknya sebagai seorang lelaki biseksual dalam filem ... Dalam Botol terbitan Penerbitan JAS Sdn Bhd, aktor kacak merangkap stuntmant terkenal, Fauzi Nawawi dah pun kena raba!

Sumber terdekat dengan Fauzi memberitahu Murai Batu, kejadian 'serem' itu berlaku ketika dia sedang beristirahat dalam bilik sauna di sebuah gimnasium yang selalu dikunjunginya.

Kata sumber itu, memang sudah menjadi kemestian, setiap kali habis bersenam, suami kepada pelakon jelita Lisdawati itu akan mandi terlebih dahulu dan kemudian barulah masuk ke bilik sauna untuk membuang segala sisa toksik dalam badannya pula.

"Alih-alih ada pula mamat songsang mana pula cuba ambil kesempatan. Tup-tup mamat tu cuba meraba badan dan punggung Fauzi! Hai, mujur ada tak ada yang kena lempang atau debik! Fauzi tu stuntmant... Walaupun terkezut dan terkedu, Fauzi tetap tenang dan terus keluar dari bilik sauna yang 'menyeremkan' itu," katanya.

Aduhai… Murai Batu hanya mampu ketawa apabila mendengar kejadian yang menimpa Fauzi itu. Hai, tak baik betul orang-orang yang cuba mengambil kesempatan apabila mengunjungi spa dan sauna seperti itu.

Apapun, petang ini sidang media pengumuman siapa pelakon yang akan pegang watak Ghaus dan Ruby akan diadakan di FINAS, Hulu Klang. Murai Batu nak tahu juga siapa yang terpilih antara Norman Hakim, Wan Raja atau Fauzi sendiri untuk watak Ghaus dan siapa pula akan menjadi Ruby di antara Keifli AF, Arja Lee dan Adiputra. Tunggu...

Murai Batu difahamkan, Fauzi ingin sangat berlakon filem itu kerana dia mahu menyahut cabaran isterinya, Lisdawati yang ingin sangat melihat suaminya memegang peranan yang cukup berani dan mencabar itu. Sporting sungguh Lis! Yelah, semuanya hanya lakonan semata-mata untuk memberikan pengajaran kepada golongan yang songsang itu agar kembali ke pangkal jalan. Semua dengan nawaitu yang baik
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 7:36 pm

Rumahtangga Nana, Faizal Bergolak?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 91200911

KL, 2 SEPTEMBER 2009: Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Murai Batu sedih apabila mendengar khabar angin mengatakan sebuah lagi rumahtangga membabitkan pasangan artis sedang bergoncang.

Pasangan itu adalah penyanyi Siti Nordiana (Nana), 25, dan pelakon tampan Faizal Yusof, 31. Kalau dulu Nana cukup popular dengan lagu Bola-Bola Api, tak sangka pula bola-bola api itu sedang membakar keharmonian rumahtangga mereka ketika ini.

Dalam laporan media minggu ini, Nana dikatakan telah memfailkan permohonan bagi pengesahan lafaz cerai yang dibuat oleh suaminya itu, baru-baru ini.

Sejak akhir-akhir ini, Murai Batu ada juga terdengar desas-desus tentang krisis antara mereka berdua tetapi sekadar menganggap ia kemelut biasa dalam berumahtangga. Tapi apabila Nana dikatakan membuat laporan pengesahan lafaz cerai itu, makin tak sedap pula hati Murai Batu kerana nampak macam sesuatu mula menjadi serius. Jangan Tak Lihat

Harapan Murai Batu, kalau ada pun salah faham, cubalah Faizal dan Nana selesai dengan baik dan berplomasi kerana perkahwinan mereka dulu dibina atas dasar cinta dan kasih sayang. Makmurkanlah kembali detik-detik indah antara Nana dan Faizal demi masa depan keluarga.

Lebih penting, Pandanglah wajah bayi lelaki mereka yang sangat comel itu, Mohamad Rayyan Nakhaie yang baru berusia 17 bulan itu. Dan pada hari baik dan bulan baik ini, Murai Batu turut berdoa agar Nana dan Faizal dilimpahi rahmat.

MURAI BATU: Janganlah 'yatimkan' anak-anak yang masih punya ayah dan ibu kandung.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 7:38 pm

Syed Ali Susahkan Tenaga Produksi?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 92200910

KL, 3 SEPTEMBER 2009: Lama juga Murai Batu tidak dengar cerita pelakon Syed Ali. Selepas menjadi pelakon dalam drama Renjis 2 bersama Kamal Adli dan Elyana, nama Syed Ali semakin dikenali ramai. Malah, sahamnya juga makin naik apabila menerima banyak tawaran berlakon drama dari produser tempatan.

Bagaimanapun, baru-baru ini Murai Batu terdengar pula luahan orang produksi terhadap Syed Ali. Hai, apa yang tak kena?
Murai Batu dimaklumkan, Syed Ali dikatakan telah mungkir janji dengan produksi itu sehingga menyebabkan kerugian kepada mereka.

"Saya geram betul dengan Syed tu.. Nak kata menang award, belum tapi dah mula buat hal. Dari awal lagi, Syed dah berjanji dengan kita orang untuk berlakon dalam telemovie kami. Disebabkan dia dah bersetuju, kami pun dah susun jadual untuknya.

"Tapi bila sampai hari shooting esoknya, tiba-tiba dia batalkan janjinya secara last minute dan beri kami macam-macam alasan. Naik anginlah director kami. Disebabkan dia, jadual lain semua kena dirombak semula dan terpaksalah kami mencari penggantinya," kata sumber itu.

Katanya lagi, mereka bukannya tidak faham, tapi kalau betul tidak dapat berlakon, tolonglah cakap awal-awal sikit. Senanglah kerja orang nak cari pengganti. Bukannya watak sampingan tu tapi watak utama. Mujurlah ada pelakon lain sedia jadi bidan terjun.

I say man... betul ke Syed aduan orang tu? Kalau betul, Murai Batu harap Syed janganlah buat macam gitu lagi. Hari baik bulan baik ni, elok sangatlah kita bermaaf-maafan. Kan semua sama-sama cari makan.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 7:39 pm

Ogy, Kak Engku, Datuk Mahadzir Dikenang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 91200912

KUALA LUMPUR, 2 SEPTEMBER 2009: Tanpa Ogy Datuk Ahmad Daud, Datuk Mahadzir Lokman dan Kak Engku, program gosip sensasi Melodi tentu tak akan semakin gah hingga ke hari ini. Itulah pengacara zaman-zaman awal Melodi selain Saiful Apek, Haliza Misbun, Sheila Rusly, Ziana Zain dan Hj Aznil Hj Nawawi.

Menyedari jasa dan sumbangan mereka, Melodi Raya 09 dengan bangganya mengundang mereka dalam satu rakaman khas untuk siaran Aidilfitri, baru-baru ini. Mereka dipertemukan di lokasi rakaman iaitu Sunway Lagoon Theme Park di Petaling Jaya oleh penerbit Nas Ahmad.

Gabungan 3 pengacara otai itui ternyata cukup menggamatkanan ceria meskipun dengan ketiadaan beberapa bekas pengacara lain. Ini ditambah kehadiran pengacara sedia ada iaitu Farah Fauzana dan Wahid Senario dengan tema Simfoni Dalam Sensasi.
Nas Ahmad berkata, Melodi Raya 09 yang bakal bersiaran pada hari raya pertama dan diikuti episod kedua pada 27 September ini.

"Inilah perbezaan yang kami janjikan tahun ini. Menerusi episod pertama nanti, 70 peratus kandungan kami adalah daripada acara nyanyian yang berlangsung ketika rumah terbuka Melodi Raya 09, manakala 30 peratus adalah paparan berita menarik.

"Berlainan pula untuk episod kedua nanti, 70 peratus adalah paparan berita sementara 30 peratus adalah sambungan persembahan nyanyian ketika rumah terbuka hari ini," katanya kepada murai.com.my.

Melodi Raya 09 turut menampilkan Skuad Melodi yang terdiri daripada wartawan Michelle Wee, Azmi Jamsari, Zuan Azmi, Zamzuri serta 2 penyumbang suara latar iaitu Adiel Abdul Ghaffar dan Tabah Syazwan.

Nas Ahmad menambah, faktor cuaca adalah cabaran paling utama ketika menerbitkan program ini yang diadakan di tempat terbuka, apatah lagi ia dihadiri oleh ramai kanak-kanak dari rumah anak yatim, barisan artis dan pihak media.

"Tentu saja di dalam hati saya berdebar-debar. Maklum sajalah cuaca memang sukar diramal. Bagaimanapun ini adalah tahun terakhir Melodi Raya dirakamkan di sini. Segala cabaran ini membuatkan saya sedar betapa bukan mudahnya untuk menerbitkan acara besar seperti ini," katanya.

Sementara itu, artis dari 2 generasi berbeza telah dijemput untuk mengadakan persembahan. Azat, barisan protege Mentor 3, One Nation Emcee, Fabulous Cats dan Butterfly mewakili generasi masa kini manakala generasi lama pula menampilkan Amy Mastura, Aishah, Dr Fazley, Junainah M Amin, Aman Shah, Ramlah Ram, Jay Jaya, Dato' Shake, kumpulan Belle Belle, Elite, Kristal, Hijjaz dan Sweet Charity .

Turut diraikan 3 artis yang dilanda kesempitan hidup dan penderitaan penyakit iaitu Jamaludin Sulik (Seri Bayu), Karim Latif dan Kamal Pendek yang telah menerima sumbangan ikhlas sebanyak RM5,000 setiap seorang.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 7:41 pm

Siapa lebih tampan berkaca mata?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 91200913 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 91200914
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeThu 03 Sep 2009, 7:43 pm

Kak Nita Kenal Ayah Waktu 7 Tahun
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 93200910


KUALA LUMPUR, 3 SEPTEMBER 2009: Menitis air mata Anita Sarawak atau Kak Nita sewaktu merakamkan lagu raya pertama dalam sejarah hidupnya yang diberi judul Maafkan.

Berkongsi cerita dengan murai.com.my semalam, Kak Nita dalam nada yang sebak berkata lagu itu sangat bermakna dalam hidupnya kerana jalan cerita dan klip videonya sangat peribadi.

"Sejak 44 tahun menjadi penyanyi, inilah lagu raya pertama yang Kak Nita rakamkan. Ia ciptaan Helen Yap dan lirik karya Johan Nawawi. Senikatanya ialah tentang kebesaran Tuhan dan perlunya kita memohon maaf kepada Tuhan dan sesama manusia kerana kita selalu melakukan dosa.

"Selain itu, lagu juga menceritakan kerinduan kita kepada orang yang kita sayangi tidak kira yang masih hidup atau sudah pergi," kata Kak Nita.

Bagi memberikan impak terhadap lagu itu, Kak Nita dan suaminya Abang Mahathir Abdullah telah melahirkan sebuah kisah tentang Kak Nita sendiri dan ia sangat dipersetujui oleh pihak Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB). Penggambaran klip video bermutu tinggi ini telah dibuat di Putrajaya, baru-baru ini selepas rakaman lagu dibuat di studio Helen Yap, 2 hari sebelum Ramadan.

Menyambung ceritanya dengan lebih mendalam, Kak Nita berkata: "Dalam klip video ini ada seorang budak perempuan yang usianya sekitar 7 tahun. Dia sentiasa memakai sepasang baju merah dan membawa patung beruang. Sebenarnya, itulah gambaran diri Kak Nita sejak kecil yang sentiasa kesunyian termasuklah pada hari raya."

"Ingin Kak Nita kongsi cerita dengan murai.com,my, Kak Nita hanya mula mengenali arwah ayah (Seniman Datuk S Roomai Noor) ketika usia Kak Nita kira-kira 7 tahun. Memandangkan ibu kak Nita (Seniwati Siput Sarawak) bercerai ketika Kak Nita masih bayi lagi, Kak Nita tidak pernah kenal atau dikenalkan dengan ayah.

"Perangai Kak Nita juga tidak suka bertanya hal-hal yang peribadi dengan ibu. Kalau dia bercerita, Kak Nita kan dengar, kalau tidak, Kak Nita akan diam dan pendamkan perasaan kerana itu lebih baik. Kalau tidak, kita akan dianggap biadap dengan ibu kita," kata Anita yang ketika kecilnya sangat pemalu.


Bertemu ayah di Studio Cathay Keris


Sambung Kak Nita, pada suatu hari, ibunya tiba-tiba membelikan dia baju yang cantik dan mendandannya lawa-lawa.

"Kak Nita hairan kenapa dan kemudian ibu berkata, Ani, hari ini Ani (panggilan manjanya) kena cantik-cantik sebab ibu nak kenalkan Ani dengan seseorang yang sangat istimewa. Kak Nita tanya ibu, siapa orangnya dan ibu cakap... ayah Anilah.

"Berdegup hati Kak Nita dan rasa macam tidak percaya. Kemudian ibu bawa Kak Nita ke Studio Cathay Keris (Singapura). Masih segar lagi di ingatan Kak Nita, dinding studio itu yang berbata merah.

"Kemudian Kak Nita nampak seorang lelaki yang tinggi dan kacak datang ke arah Kak Nita dan ibu. Bila dekat, dia tersenyum dan bola matanya berwarna coklat muda (sememangnya Datuk S Roomai Noor tampan dan menjadi pujaan ramai seniwati). Dengan suara yang gentleman, ayah melutut dan menyapa Kak Nita.

"Ketika itu Kak Nita tak dapat menggambarkan betapa gembiranya Kak Nita kerana kali pertama dapat memeluk dan memimpin tangan ayah. Dia kemudian membawa Kak Nita ke kantin dan kami menghabiskan masa bersama-sama," kata Kak Nita dengan terharu.

Sejak itu, hubungan Kak Nita dengan ayahnya kembali bertaut malah dia juga semakin rapat dengan ibu tirinya, Datin Umi Kalthum dan adiknya, Kak Noor (Noorkumalasari).

"Setahun juga Kak Nita tinggal dengan Mummy (panggilan mesra untuk Datin Umi). Sejak itulah kami terus rapat sampai ke hari ini. Sekurang-kurangnya selepas ibu dan ayah tidak ada, Kak Nita masih mempunyai suami, Abang Mahathir, Datin Umi dan adik-beradik lain terutama Kak Noor.

"Yang jelas, kesunyian yang pernah Kak Nita rasai ini sudah terlalu lama iaitu sejak kecil dan ketika menetap berbelas tahun di Las Vegas. Hari raya kadangkala Kak Nita keseorangan tetapi sekarang tidak lagi.

"Jadi berbalik kepada klip video lagu raya Maafkan, Kak Nita selitkan elemen kenangan dengan arwah ibu dan ayah apabila ada babak Kak Nita melihat album gambar-gambar lama. Jadi Kak Nita harap lagu dan klip video itu akan dapat dikongsi dengan anda semua dan ia sebenarnya boleh relate dengan siapa saja yang menontonnya tidak kira ibu, anak dan ayah," kata Kak Nita.

Khas bagi peminat, murai.com.my akan menyiarkannya dalam sedikit masa lagi dan sidang media pelancaran lagu Maafkan serta klip videonya akan diadakan esok, 4 September, di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

Bagi semua peminat, Kak Nita dan Abang Mahathir juga tidak lupa mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSat 05 Sep 2009, 12:16 pm

Wan Raja, Arja Lee, Raja Azmi, Shadan dan Filem Anu Dalam Botol

Akhirnya, Wan Raja dipilih untuk pegang watak Ghaus dan Arja Lee pula sebagai Ruby untuk filem kontroversi, Dot Dot Dot Dalam Botol (Kata ‘Anu’ kena potong sebab bunyi macam lucah kot).


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38851210
Ini dia Arja Lee. Muka dia sangat familiar. Tapi sekarang dah tukar nama. Nama lama: Azharuddin Ramli. Kalau korang masih ingat. Dia ni dulu pernah jadi ahli grup Equal Star untuk bertanding dalam Gangstarz musim pertama. Susuk tubuh dia ada muscle dan kurus ni boleh ke jadi Mak Nyah? Kalau ditukar kepada bentuk badan perempuan, macamana la pula bentuknya? Mmmm…. tengok je la nanti camna.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38851211
Ini dia pelakon yang akan jadi Ghaus, boyfriend kepada Ruby. Macho dan maskulin~!
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSat 05 Sep 2009, 12:23 pm

Pelancaran Samrah Aidilfitri di Sungei Wang Plaza

Petang redup 3 September lalu, Budiey dijemput untuk menyaksikan Majlis Pelancaran Samrah Aidilfitri anjuran Sungei Wang Plaza. Ikut kebiasaannya di bulan puasa ni, event akan start jam 6.30 petang, tapi untuk majlis ini, acara start jam 5 petang. Kiranya, pada masa Budiey sampai di Concourse Level, Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang tu, media dah ramai datang. Tunggu beberapa artis je sampai, kemudian event bermula.

Istimewanya, kali ini artis dari Metadome akan menemani anak yatim dari Rumah Amal Belaian Kasih shopping baju raya. Huhu… kalau dilihat dari air wajah anak-anak ini, memang diorang ni happy sebab dilayani oleh artis terkenal seperti Liyana Jasmay, Imran Ajmain, The Fabulous Cats dan Nurul.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38867210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38867211

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38875110
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSat 05 Sep 2009, 12:25 pm

Tahun gembira Ramlah Ram



BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Hi_01_29
TAHUN 2009 seakan memberi seribu satu sinar kebahagiaan buat Ramlah apabila muncul dengan album dan lagu raya baru selepas menyepi daripada sebarang album selama 11 tahun.



MENYELUSURI tahun 2009, ada beberapa perkara yang mampu membuatkan pemilik suara yang pernah popular dengan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu ini tersenyum kegembiraan.

Selain menyaksikan kebangkitan semula dirinya ke lapangan seni tanah air, diam tak diam, sudah 24 tahun usianya bergelar anak seni dan hidup bergelumang selaku sang penghibur.

Pernah berada di kemuncak dan merasa seakan ditelan dek kemunculan artis-artis baru, namun hakikatnya, nama pemilik diri bernama Ramlah Ram ini masih bertahan dan sentiasa menjadi sebutan ramai.

Kemunculan album terbarunya berjudul Ketentuan menjadi bukti betapa suara Ramlah masih diperlukan dalam menghidupkan suasana hiburan tempatan.

Ketentuan menjadi satu kebanggaan buat Ramlah setelah 11 tahun tidak muncul dengan album.

Kali terakhir penyanyi ini muncul bersama album solo ialah pada 1998 menerusi Sekeping Cinta Sehampar Janji.

Bertambah bangga, lagu Ketentuan ciptaan komposer terkenal Azlan Abu Hassan yang dimuatkan dalam album berkenaan dinobatkan sebagai lagu terbaik pertandingan akhir Hits 1 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), tahun lalu.

Mula dipasarkan sekitar Jun lepas bersama syarikat rakaman FMC, Ramlah bersyukur kerana album itu mendapat respons yang baik kalangan peminatnya.

Biarpun ada cakap-cakap yang mengatakan album itu tidaklah sehebat mana, bagaimanapun, bagi Ramlah, peminat setianya masih ada dan Ketentuan membuatkan dia memperoleh peminat-peminat baru khususnya kalangan generasi muda.

“Dalam menarik peminat baru, saya tidak lupa menggunakan laman sosial Facebook atau Myspace yang menjadi kegilaan remaja masa kini untuk mempromosikan album dan segala aktiviti hiburan.

“Sepanjang Ramadan ini juga, saya sibuk dengan aktiviti promosi Ketentuan di samping menghadiri undangan rakaman Aidilfitri.

“Alhamdulillah, rezeki dan nama saya dalam lapangan seni masih ada,’’ katanya ketika ditemui di program rakaman Melodi Raya di Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menurut Ramlah, selain penantian selama 11 tahun untuk muncul dengan album baru, tahun 2009 juga memberi sinar baru buatnya apabila berpeluang merakamkan sebuah lagu raya sempena Aidilfitri nanti.

Lagu berjudul Bila Aidilfitri Kembali yang berentak kemelayuan itu dirakamkan secara berduet bersama Jay Jay.

Menariknya, selain penantian selama 11 tahun untuk muncul dengan album solo terbaru, Bila Aidilfitri Kembali juga merupakan hadiah paling bermakna buat Ramlah yang kali terakhir merakamkan lagu raya sekitar 11 tahun lalu menerusi Cahaya Aidilfitri.

“Selain Ketentuan, terlibat dengan rakaman Bila Aidilfitri Kembali merupakan detik-detik yang menggembirakan saya untuk tahun ini. Sudah lama saya tidak merakamkan lagu raya. Lagu ini dicipta oleh S. Atan manakala lirik oleh Siso.

“Ia menceritakan tentang perasaan gembira berkumpul bersama keluarga di Aidilfitri. Rentaknya cukup menimbulkan mood untuk berhari raya,’’ jelas Ramlah yang juga juara Bintang RTM 1985.

Cerita Aidilfitri Ramlah

Bercakap mengenai Aidilfitri, untuk tahun ini, Ramlah dan suami, Kamal Roslim akan pulang beraya di Muar, Johor.

“Kalau hendak ceritakan apa yang seronok tentang Aidilfitri, ia sama sahaja seperti tahun-tahun sebelum ini.

“Cuma bagi saya, Aidilfitri tahun ini amat menyeronokkan kerana pertamanya ada album baru dan keduanya, rakaman lagu raya,’’ jelasnya.

Kata Ramlah, walaupun Aidilfitri diraikan tanpa gelaran sebagai seorang ibu, dia tidak pernah kesunyian kerana memiliki anak buah yang ramai.

“Mereka sudah saya anggap seperti anak sendiri. Saya bukannya tidak mahu anak tetapi sudah tidak ada rezeki. Saya reda akan segala ketentuan Allah,’’ ujarnya.

Tidak kisah apa kata orang

Diajak bercerita tentang segala tuduhan orang yang masih mengatakan bermacam-macam tentang dirinya dan suami seperti sering kelihatan keseorangan di majlis-majlis tertentu, termasuk dikatakan rumah tangganya yang goyah, Ramlah berkata, dia sudah tidak ambil kisah lagi tentang segala tuduhan itu.

“Kalau hendak diikutkan, memang banyak lagi yang diperkata orang tentang diri saya dan suami. Katalah apa pun. Saya tak ambil kisah. Apa yang penting, Allah tahu apa yang kita lakukan,’’ tambahnya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSat 05 Sep 2009, 1:13 pm

Lagu patriotik pop rock pertama

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Hi_01_30
"Saya tidak mungkin dan sesekali menggantikan tempat Sudirman. Saya menyanyikan lagu ini dengan cara saya sendiri" – FAIZAL TAHIR

Bukan mudah untuk mendapat penghormatan daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sudah pasti penghormatan yang diberikan membawa makna yang cukup besar kepada sesiapa sahaja yang bergelar anak Malaysia.

Begitu juga halnya dengan pencipta, penulis lirik dan penyanyi lagu Malaysia Satu yang diumumkan sebagai juara pertandingan Lagu 1Malaysia Kita oleh Najib sendiri baru-baru ini.

Terkejut, kaget dan gembira. Semua perasaan itu bercampur baur buat komposer Audi Mok, penulis lirik Nur Fatima dan penyanyi Faizal Tahir.

Mereka bertiga tidak menyangka lagu yang menjalani proses rakaman hanya dua jam itu mampu mengalahkan sembilan buah lagu lain yang turut mara ke peringkat akhir, ini termasuklah lagu dendangan Datuk Siti Nurhaliza yang berjudul Satu Malaysia.

Menurut Audi yang ditemui sejurus pengumuman tersebut di Putrajaya, kemenangan itu memang perkara yang mengejutkannya kerana ini kali pertama dia mencipta lagu patriotik.

"Saya bersyukur dengan kemenangan ini, memang tidak sangka sebab saya tidak pernah menganggap ia sebuah pertandingan dan lagu-lagu yang lain pun banyak yang bagus.

"Mungkin sudah rezeki berpihak pada kami kerana pemenang dipilih sendiri oleh orang ramai yang membuat undian secara SMS dan secara talian. Itu bermakna mereka sukakan lagu yang saya cipta dan itu satu penghormatan," jelasnya.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Hi_01_31
KREATIVITI bersama Audi Mok, Faizal dan Nur Fatima membuahkan hasil membanggakan apabila lagu mereka, Malaysia Satu muncul juara.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSat 05 Sep 2009, 1:15 pm

Lagu yang berjudul Malaysia Satu itu, mempunyai keunikan yang tersendiri selain ia masih mengekalkan konsep lagu patriotik iaitu bunyian pancaragam tetapi lagunya juga moden dan mampu menarik minat terutama anak muda terhadap lagu patriotik.

"Sekarang saya sedang menyiapkan album terbaru Faizal dan seperti lagu Bencinta, memang banyak drum dalam lagu itu jadi secara tidak langsung apabila ditawarkan menyertai pertandingan ini lagu yang dicipta turut mempunyai bunyian drum ala pancaragam.

"Bagi saya apa yang penting adalah melodi dan lirik lagu, baru semangat naik ketika menyanyikan lagu itu," ujarnya tentang lagu yang memperoleh 30.77 peratus undian daripada orang ramai.

Tambah Audi lagi, pada mulanya Faizal menolak pelawaannya untuk menyanyikan lagu ciptaannya itu tetapi akhirnya mengalah setelah mereka membuat latihan bersama. Lama-kelamaan lagu yang asal itu berubah menjadi pop rock versi Faizal Tahir.

"Dia memang menolak permintaan saya pada mulanya kerana lagu itu seperti lagu patriotik yang biasa, kemudian Faizal cuba berlatih dan akhirnya kami menambah unsur rock untuk memberi kelainan.

"Macam lirik pun saya sangat cerewet kerana saya tidak mahu lirik patriotik yang tipikal. Saya mahu liriknya santai dan tentang impian," ulas Audi.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Hi_01_32
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSat 05 Sep 2009, 1:17 pm

Raihan bakal berkubur?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Hi_02_18

ZULFADLI, Che Am dan Abu Bakar (dari kiri) sering tampil bertiga.

TAHUN ini genaplah 13 tahun perjuangan kumpulan nasyid terkenal Raihan dalam industri seni tanah air. Pelbagai dugaaan telah dihadapi dan dalam masa yang sama mereka turut meraih kejayaan yang berganda dan mengekalkan rekod sebagai artis yang meraih penjualan album tertinggi melalui Pujian-Pujian tahun 1996.

Raihan kini bukan lagi kumpulan nasyid picisan malah sudah bergerak ke serata dunia. Kalau penyanyi lagu genre lain mengeluh sukar untuk menembusi pasaran Indonesia misalnya, lain pula cerita kumpulan Raihan yang menjadikan negara seberang itu lokasi persembahan mereka dalam aktiviti tahunan.

Selain itu, mereka juga telah membuat persembahan di London, Rusia, Kanada, tujuh bandar utama di Perancis sebanyak tiga kali dan beberapa buah negara lagi.

Namun, Raihan kini yang diterajui oleh Che Amran Idris , 40, Abu Bakar Md Yatim, 39, dan Zulfadli Mustaza, 25, seakan-akan tenggelam dalam dunia hiburan tempatan. Ada juga pihak yang mendakwa kononnya Raihan bakal berpecah sementelah selepas ditinggalkan Nazrey Johani manakala seorang lagi anggotanya Amran Ibrahim, 38, juga jarang kelihatan bersama kumpulan Raihan lewat kebelakangan ini. Apakah benar Raihan di ambang kehancuran?

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, ikuti tembual Kosmo! bersama Raihan yang ditemui pada majlis berbuka puasa di Kelana Sentral, Kelana Jaya baru-baru ini.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSat 05 Sep 2009, 1:19 pm

Cici Paramida tolak cinta
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Hi_03_11


PENYANYI dangdut yang tidak kurang popularnya dari seberang, Cici Paramida tekad mahu melupakan kesakitan dan trauma yang berlaku ke atasnya sepanjang hidup bersama dengan suaminya, Raden Akhmad Suhaebi Hamzawi atau lebih dikenali sebagai Ebi.

Meskipun sudah dua bulan dia terlibat dengan satu kemalangan jalan raya akibat dirempuh dengan sengaja oleh suaminya sendiri, perasaan trauma masih terbayang di fikiran Cici.

"Saya masih dalam keadaan trauma dan ingin melupakan peristiwa itu buat selama-lamanya," akui penyanyi yang popular dengan lagu Wulan Merindu usai ditemui media Indonesia selepas menghadiri perbicaraan mahkamah Pengadilan Negeri Kelas 1 B di Cibinong, Bogor, Jawa Barat, Rabu lalu.

Tambah Cici lagi, bukan hanya trauma akibat dilanggar lari bahkan dia juga mahu menguburkan perasaan cintanya terhadap Ebi, walaupun mereka masih suami isteri.

Perkara itu dapat disaksikan oleh semua yang hadir pada perbicaraan Cici di Bogor, baru-baru ini.

"Aku biasa-biasa saja, langsung tiada perasaan lagi terhadap dia," getus Cici yang juga kakak kandung kepada pendangdut remaja Siti 'KDI' itu bersahaja.

Sempena bulan Ramadan yang dianggap bulan paling suci ini, Cici bagaimanapun tetap membukakan pintu maaf terhadap lelaki yang masih berstatus sebagai suaminya itu.

"Ya, saya selalu memaafkan dia asalkan dia mahu mengakui kesalahannya," ujar Cici lagi.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSat 05 Sep 2009, 1:21 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Hi_02_19
KID bahagia bersama isteri dan dua anaknya yang banyak memberi inspirasi dalam kehidupannya selama ini.


RAMAI peminat mengenali Kid sebagai bekas gitaris kumpulan Gersang dan nama beliau cukup sinonim dalam persada muzik rock tanah air sejak lebih 20 tahun yang lalu.

Nama Kid juga semakin dikenali ramai apabila dia menganggotai kumpulan rock legenda tempatan, Search dan dibariskan sebagai antara 10 gitaris yang terbaik di negara ini.

Kid atau nama sebenarnya Hamzah Mohd. Taib, bukan setakat tertumpu kepada genre rock, tetapi beliau juga sentiasa cuba mengembangkannya dalam skop yang lebih luas.

Pendekatan gitaris berusia 43 tahun itu dapat dilihat apabila dia tampil dengan sebuah lagu terbaru ciptaannya berjudul The Soul of One Malaysia yang berkonsepkan instrumental.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSat 05 Sep 2009, 1:22 pm

Seelan Paul belajar berpuasa

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Hi_04_11

para penyampai RADIO HOT FM dan FLY FM BERGAMBAR BERSAMA SEELAN PAUL (DEPAN, DUA DARI kIRI), DAN AHMAD IZHAM OMAR (BELAKANG, KIRI SEKALI).

INDAHNYA bulan Ramadan ialah, ia bukan sekadar mengeratkan hubungan silaturahim sesama umat Islam. Sebaliknya, apa yang turut menambahkan kemanisan hidup di bumi bertuah Malaysia ialah, masyarakat dari pelbagai agama lain turut berkongsi nikmat dan pengalaman bulan puasa.

Di kalangan penggiat seni tanah air, nama Seelan Paul bukanlah asing.

Sebagai Ketua Pegawai Operasi Hot FM, Seelan Paul mempunyai hubungan persahabatan yang sangat baik dengan rakan-rakan beragama Islam.

Bahkan, ketika zaman kanak-kanak sehingga memasuki alam remaja dan dewasa, kehidupannya banyak dikelilingi oleh rakan-rakan yang beragama Islam.

Menyertai Hot FM, tugasnya juga memerlukan dia mendasari emosi dan kegemaran orang Melayu khususnya mengenai muzik.

Dek terpengaruh dengan budaya Melayu dan cara hidup orang Islam, ia mendorong Seelan untuk menjalani ibadah berpuasa.

Segalanya bermula setelah dia mendengar pengakuan oleh seorang pendengar Hot FM bukan Melayu yang menghubunginya ketika mengendalikan slot pagi, Hot FM Kru bersama Fara Fauzana menggantikan Faizal Ismail yang sedang bercuti.

Pada hari tugasan itu, Seelan tidak teragak-agak menyahut cabaran berpuasa selama sehari.

"Pada awalnya saya memang terkejut apabila pendengar yang menghubungi Hit FM memberitahu dia telah berpuasa untuk tahun yang keempat.

"Biarpun tidak berjaya berpuasa penuh, namun pendengar itu sanggup berpuasa setelah mendapat sokongan daripada keluarga angkatnya yang berketurunan Melayu," kata Seelan berkongsi cerita dengan wartawan pada majlis berbuka puasa anjuran stesen radio milik Media Prima Berhad, Hot FM dan Fly FM di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Seelan pengalaman berpuasa merupakan cabaran buatnya apatah lagi dia tidak sempat bersahur.

"Memang saya rasa cukup mencabar sekali terutama setelah menjelang waktu tengah hari. Rasa lapar dan dahaga yang sukar digambarkan," Seelan menyambung cerita mengenai pengalamannya berpuasa.

Sementara itu, majlis berbuka Media Prima Berhad baru-baru ini, kata Seelan, diadakan sebagai meneruskan tradisi tahunan syarikat berkenaan.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran seramai 30 penghuni rumah Baitul Kasih, Sungai Buloh, Selangor.

Turut dihimpunkan pada majlis tersebut ialah penyampai kedua-dua stesen itu antaranya Fara Fauzana, Tini, Kieran, Ikhwan, Hafiz dan Hunny Madu.

Majlis tersebut merupakan kesinambungan daripada acara berbuka puasa stesen berkenaan dengan kerjasama 100Plus bersama enam pendengar bertuah yang dijalankan sejak awal Ramadan lalu yang meliputi empat lokasi di sekitar Utara, Lembah Klang dan juga Pantai Timur.

Selain mengeratkan hubungan antara peminat dengan penyampai Hot FM dan Fly FM, penganjuran majlis berbuka puasa itu adalah sebagai memenuhi tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat.

Penghuni Baitul Kasih bukan sahaja terdiri daripada anak-anak yatim, tetapi juga ibu tunggal dan mereka yang kurang upaya.

Untuk itu, Seelan berpendapat, penganjuran itu sebagai tanda penghargaan terhadap mereka yang kurang bernasib baik.

"Ia secara tidak langsung mengingatkan kita betapa beruntungnya menjadi insan yang sempurna.

"Mereka juga adalah pendengar yang sentiasa memberi sokongan kepada kami dan majlis ini adalah salah satu daripada cara kami menghargai sokongan yang mereka berikan. Melalui majlis sebegini juga, kita cuba membantu setakat yang termampu," katanya.

Selain beberapa barangan keperluan, penghuni Baitul Kasih turut menerima sumbangan duit raya.

Pada masa yang sama, Seelan turut mengumumkan aktiviti lain yang turut dilakukan oleh Hot FM sepanjang bulan Ramadan termasuklah majlis berbuka puasa Iftar anjuran Court di Setapak, Kuala Lumpur hari ini.

Tidak ketinggalan ialah Hot FM Bazar Ramadan yang bakal diadakan pada 12 September ini di Kelantan dengan kerjasama Hotlink.

Selain penyampai Hot FM, barisan artis yang terlibat termasuklah Adam, Nubhan dan kumpulan Sofaz.

Hadir sama memberikan sokongan kepada acara berkenaan ialah, Ketua Rangkaian Radio MPB, Ahmad Izham Omar.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSat 05 Sep 2009, 1:25 pm

KRU di hati Ladylike

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Mainp105

KUMPULAN Ladylike sanggup mengetepikan tawaran dari syarikat penerbitan dari negara mereka, Sweden. Sebaliknya tawaran daripada KRU Europe Ltd dianggap lebih menarik kerana mahu mencipta nama di Asia.

Ia memang keputusan menongkah arus. Ini mungkin menyedari persaingan di Eropah terlalu ketat, mereka menjadi empat penyanyi dari Eropah pertama bernaung di bawah syarikat kumpulan KRU Music.

Miranda Hortlund, 22; Valerie Wigardt, 21; Louise Tomassion, 21; dan Isabelle Filing, 26 amat yakin KRU tidak hanya memberikan janji kosong sebaliknya percaya kerjaya mereka akan berkembang dan diuruskan dengan baik oleh syarikat itu.
Persetujuan untuk berpayung di bawah label yang asing buat mereka tidak diterima dengan sewenang-wenangnya. Mereka membuat penyelidikan dengan melakukan pencarian portfolio syarikat milik tiga beradik itu di internet. Dari pencarian itu, mereka menemui pelbagai maklumat mengenai kejayaan tiga beradik ini dan secara tidak langsung memberi keyakinan untuk menerima tawaran KRU.

"Mereka adalah tiga beradik yang bijak. Melihat pelbagai kejayaan yang dilakar KRU menerusi pembacaan kami di internet, kenapa perlu kami menolak tawaran dari mereka," kata Miranda mewakili teman-temannya.

Pada Ogos tahun lalu, mereka tiba di Malaysia untuk menyempurnakan rakaman album sulung. Setahun berlalu, empat wanita seksi dan jelita ini sekali lagi ke sini. Kali ini untuk tujuan promosi album sulung mereka yang mengambil nama kumpulan mereka sendiri.

Sebulan di sini, jadual Ladylike padat dengan pelbagai agenda promosi serta persembahan. Mereka mengikuti kembara bersama RTM di Pahang, dan muncul di Pulau Pinang menjayakan persembahan mini mempromosikan lagu-lagu dari album sulung. Berada beribu batu dari tanah kelahiran, Ladylike tidak berasa terasing tetapi mengakui seronok kerana dapat berkunjung sekali lagi ke Malaysia.

Soal mampu atau tidak nama dan album Ladylike diterima masyarakat di negara ini sukar untuk mereka duga. Namun, empat wanita ini tentulah mengharapkan yang terbaik setelah bersusah payah berkorban meninggalkan tanah air tercinta dek minat untuk bergelar penyanyi.

"Masih terlalu awal untuk kami mengandaikan apakah album ini akan diterima atau tidak. Hanya yang mampu kami lakukan setakat ini ialah tidak jemu berusaha untuk mempromosikan album sulung kami yang berada di pasaran sejak Mei lalu.

"Dari maklum balas yang kami terima setakat ini, peminat berpuas hati dengan lagu-lagu yang termuat dalam album Ladylike. Lagu Dreamin' Of The Time yang diambil dari lagu kumpulan Ratu, Teman Tapi Mesra contohnya muncul nombor satu di carta lagu Radio Bali. Manakala sebuah lagi lagu kami juga berjaya menembusi salah sebuah stesen radio di Indonesia.

"Selain lagu Teman Tapi Mesra, lagu Sick yang sebelum ini pernah dipopularkan Candy dan Shooting Star yang diambil dari lagu penyanyi Indonesia, Ari Lasso berjudul Rahsia Perempuan adalah tiga lagu yang paling hit dari album kami," kata Isabelle.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 9:02 am

Nana sah nak bercerai

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Dv_01_22


SEJAK beberapa minggu lalu memang kecoh cerita rumah tangga penyanyi Siti Nordiana dengan suaminya, pelakon Faizal Yusup yang dikatakan sudah musnah.

Gosip di Internet mendakwa Nana telah memfailkan perceraian terhadap Faizal di mahkamah selepas hidup bersama selama empat tahun.

Awal minggu lalu, Nana saat ditanya tentang berita tersebut oleh teman media enggan mengesahkannya. Sebaliknya dia selesa bersikap berhati-hati dengan berkata dia menyerahkan kes tersebut kepada mahkamah.

Namun, teman Diva, Maliah mencuba nasib menelefon Faizal dan Nana semalam. Dia nak tahu kepastian cerita tersebut.

Maklumlah asyik dengar berita artis bercerai saja pada bulan mulia ini, jadi mahu juga tahu kesahihannya.

Sewaktu Maliah telefon Faizal, Faizal angkat dan cakap dia tengah shooting sebelum meletak telefon. Tak tahulah kalau Faizal sengaja mengelak daripada memberi kenyataan atau dia memang benar-benar sibuk.

Bila Maliah telefon Nana, Nana pula tengah buat fotografi sempena Aidilfitri. Walaupun sibuk, Nana menjawab dengan baik dan dia mengesahkan tentang gosip perceraian tersebut.

Kata Nana: "Memang betul Nana nak bercerai. Tapi Nana belum failkan perceraian itu lagi.

"Nana hanya baru pergi ambil borang cerai di Mahkamah Syariah Petaling Jaya awal Ramadan lalu. Keputusan ini adalah persetujuan kami bersama."

Nana yang dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamad Rayyan Nakhaie bagaimanapun enggan mendedahkan punca masalah rumah tangga mereka.

Katanya biarlah hanya mereka yang tahu tentang kemelut yang mereka hadapi. Nana juga mahu kes cerainya cepat-cepat selesai.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 9:07 am

Maiza kini model iklan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Dv_01_23


SEBELUM ini, Maizawati, bekas isteri Akhil Hayy pernah beritahu dia tak ada niat nak masuk industri seni. Walaupun ada tawaran yang mahukan dia jadi hos dan model, semuanya ditolak Maiza.

Tapi itu cerita beberapa bulan lalu. Diva fikir, pendirian Maiza kini sudah berubah.

Maiza sekarang sudah jadi model iklan komersial. Minggu lalu, Maiza baru selesai menjalani penggambaran iklan biskut di Kajang, Selangor.

Dalam masa yang sama, Maiza sibuk rakam album. Menurut penerbit albumnya yang dikenali sebagai Zarul, single pertama Maiza akan keluar selepas Aidilfitri nanti. Bertuah jadi orang cantik dan baik macam Maiza. Rezeki datang melimpah-ruah. Tahniah buat Maiza.

Cuma Diva nak pesan, jangan mudah dieksploitasi orang. Diva tak nak nanti Maiza jadi Ina Naim yang kisah peribadinya dijaja di sana-sini kemudian sempat jadi penyanyi tapi akhirnya menyepi.

Bila kita tengah popular, semua orang suka dan berlumba-lumba nak gunakan khidmat kita untuk melariskan produk mereka. Jadi Diva harap Maiza tak terpengaruh sangat dengan godaan duniawi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 9:11 am

Hafiz pandai masak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Hi_02_99


KALI pertama beraya sebagai anak rantau dan berada jauh dari tanah kelahirannya, Kuching, Sarawak. Biarpun sedih menyelubungi diri pada awalnya tetapi kemeriahan menyambut pengalaman pertama sebagai selebriti di samping menggalas tugas sebagai penyanyi membuatkan Hafiz, 19, melupakan sebentar rasa pilu terkenangkan kampung halaman.

Jelasnya: "Ini merupakan tahun pertama saya untuk suasana sebegini. Dalam kesedihan tidak bersama keluarga, saya gembira dapat belajar banyak perkara sebagai selebriti di bulan Ramadan. Saya juga berpeluang berpuasa dan berbuka bersama anak yatim."

Baru sahaja melancarkan albumnya yang berjudul Masih Jelas pada 14 Julai 2009 di Restoran Delucca, Italian, Kuala Lumpur, anak sulung daripada tiga adik-beradik ini bersyukur dengan apa yang telah dinikmatinya kini.

Hafiz bakal ke Jakarta hari ini bersama rombongan Malaysia - Akim, Ariel dan Mila untuk pelancaran drama muzikal, Kau Dan Aku. Hafiz mendapat undangan sebagai tetamu khas di sana.

Klip video untuk lagu debutnya, Masih Jelas arahan Jay baru sahaja disiarkan.

"Ia berkisar tentang pasangan kekasih yang masih teringat kenangan mereka di sebuah rumah. Wanita dalam klip itu seumpama roh atau bayang-bayang.

"Wanita itu di alam fantasi dan saya di alam nyata," jelasnya yang seronok menjalani proses penggambaran sehari suntuk itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Hi_02100
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 9:22 am

Gambar anak kembar Sharifah Aleeya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 01357510

Akhirnya yang ditunggu telah tiba, selepas bersalin pada 26 Jun 2009 yang lepas, Aleeya belum bersedia untuk menunjukkan gambar kembarnya kepada umum. Kini, buat kali pertama, gambar puteri-puteri kembar Aleeya dan juga Ashraf menjadi tatapan umum. Kedua-dua puteri ini diberi nama Aza Ameena Muhd Ashraf dan Asha Ameena Muhd Ashraf.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 01357511

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 01357512
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 9:24 am

Leina Hangat Berazam Jadi Isteri Mithali

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Lina10


"Suami selalu menasihatkan saya supaya lebih dekatkan diri dengan Allah, dan jangan terlalu over bila berkelakuan. Kita kena hormat diri sendiri, barulah orang lain akan hormat kepada kita," akui Leina yang baru mendirikan rumahtangga enam bulan lepas.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Lina110

Perpisahannya dengan bekas suami yang juga merupakan bangsa Perancis telah membuka mata Norazlina Abdul Rahman,37, atau lebih dikenali dengan nama Leina Hangat untuk memberi peluang kepada jejaka Melayu untuk menawan hatinya. Perkenalan yang bermula di sebuah salon kecantikan telah membibitkan perasaan cinta yang kemudiannya disulam kepada ikatan suami isteri.

Kini, Leina mengakui hidupnya lebih bahagia bersama suami, Mohd. Zaipul Bahri Ghazali, 35, setelah lebih empat tahun digantung tidak bertali pada perkahwinan pertamanya.

"Jika dulu bekas suami yang akan masak kerana dia seorang chef, dan mungkin kehidupan bersama setahun tak banyak bagi saya pengalaman sebenar berumahtangga. Sekarang saya akan cuba yang terbaik dan sedang belajar memasak kegemaran suami kerana selera kami berbeza, dia berasal dari Kelantan manakala saya orang Johor.

"Saya juga cukup bertuah kerana minat kami sama, suka menjaga kebersihan dan kecantikan diri kerana dia metroseksual. Selalunya kami akan lakukan manicure dan pedicure bersama-sama. Dia seorang yang tak banyak bercakap namun sangat cerewet bila sampai bab makanan. Apa-apa yang dimasak mesti ada lauk yang garing," ujarnya yang merancang akan membuat hidangan Nasi Bukhara menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.

Menurutnya, Aidilfitri pada tahun ini disambut sederhana kerana mereka akan menyambutnya di Kuala Lumpur kerana suami kehabisan cuti yang banyak digunakan untuk berbulan madu dan menunaikan umrah. Leina juga masih menantikan rezeki untuk menimang cahayamata.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 9:28 am

Rozita Che Wan jadi mangsa gosip

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Hi_01_33

PERCAYA atau tidak lebih dua tahun saya menunggu jawapan untuk mengaturkan sesi fotografi dengan jelitawan bernama Rozita Che Wan ini. Setiap SMS yang saya kirim dibalas oleh Rozita dengan tiga jawapan iaitu sibuk, ada penggambaran dan berada di luar kawasan.

Sehinggalah saya mengatakan kalau susah sangat tak payahlah diberi publisiti. Bukan kita tak nak tapi dia yang sibuk. Tapi dua minggu lalu Rozita menghantar SMS mengatakan dia ada masa untuk tujuan itu. Ya, selepas dua tahun. Kenapa agaknya?

Saya memahami sebelum ini banyak sangat cerita sensasi dikaitkan dengan anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini. Dikatakan merampas suami orang, ada hubungan dengan VIP dan macam-macam lagi. Malah dia juga pernah dikatakan menerima hadiah kereta mewah daripada Datuk K sebelum ini.

Dek kerana terlalu banyak andaian sedemikian membuatkan Rozita takut untuk muncul di mana-mana akhbar atau majalah berkaitan hiburan. Ibu kepada dua orang anak ini pernah memberitahu saya, kalau terlalu banyak cerita mengenai skandal yang tidak betul ditonjolkan, ia memberikan persepsi negatif terhadapnya.

Kerana cerita-cerita itulah dia mendapat panggilan yang bukan-bukan daripada wanita-wanita yang menuduh dia cuba merampas suami mereka. Dalam masa yang sama tidak terkecuali mak datin mak datin yang menganggap Rozita cuba merosakkan rumah tangga mereka.

Tetapi semua itu adalah tuduhan yang tidak betul. Hasilnya kata Rozita, wanita-wanita yang menuduh dia mempunyai hubungan dengan suami mereka itu akhirnya akur suami mereka berkahwin dengan orang lain. Dia yang menjadi mangsa.

Itulah susahnya bergelar ibu tunggal. Cabarannya bukan sedikit apatah lagi bagi wanita ini yang dikurniakan kecantikan luar biasa ini. Rozita mengakui dia seringkali menjadi mangsa.

Malah dia terfikir mungkin adakah segelintir golongan VIP yang sengaja menggunakan namanya untuk menutup kecurangan mereka terhadap isteri masing-masing?

“Saya bingung. Bila ada VIP nak kahwin, nama saya dikaitkan. Bila ada mak datin bising-bising, saya juga yang dituduh mengganggu rumah tangga mereka. Kenapa jadi macam tu?” soalnya kesal.

Bagaimanapun semua yang berlaku itu bagi Rozita mempunyai hikmah tersirat kerana ia membuatkan dia menjadi lebih kuat dan tenang menempuh dugaan.

*Mengerjakan umrah

Ketika artikel ini ditulis pada Rabu lalu, Rozita sedang berada di Mekah kerana mengerjakan umrah. Dia berangkat pada 29 Ogos lalu dan dijangka pulang pada 15 September ini. Pemergiannya ke Tanah Suci merupakan kali kedua. Kali pertama dia menjejakkan kaki ke bumi para ambia itu enam tahun lalu.

Bersyukur dengan rezeki yang datang melimpah ruah, Rozita sebenarnya ingin merasai nikmat berpuasa dan mengerjakan ibadat di Mekah pada bulan Ramadan.

Ditemani ibu tersayang, harapan wanita yang suka disapa dengan panggilan Ita ini ialah satu supaya dia mendapat rahmat dan ketenangan ketika beribadat.

“Saya selalu mendengar cerita keseronokan menyambut Ramadan di Tanah Suci dan memang bercita-cita untuk meraikannya pada bulan mulia ini. Syukurlah saya dapat menunaikannya juga bersama ibu tersayang,” katanya yang akan pulang lima hari sebelum menyambut Aidilfitri. Kehadiran Syawal yang bakal menjelang sememangnya memberi makna bernilai buatnya. Setiap kali hadirnya Syawal, Rozita akan pastikan dia dapat pulang beraya di kampung. Setahun sekali pulang, tentulah masa yang terluang itu digunakan sepenuhnya untuk bersama orang tersayang.

Istimewanya setiap kali Syawal, Rozita akan sibuk di dapur berbanding adik beradiknya yang lain, seramai enam orang itu.

Katanya, pada hari raya pertama dia akan memasak untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang. Tahun ini sudah ditetapkan menu nasi tomato sebagai hidangan pembuka selera di pagi Syawal.

Selain keseronokan menjamu selera, meriahnya sambutan Syawal bagi keluarga ini ialah mereka dapat berkumpul bersama. Bayangkan ramai atau tidak adik beradik Rozita yang kesemuanya kira-kira 20 orang hasil perkongsian hidup bapanya dengan empat orang isteri.

Bersyukur hubungan mereka sesama beradik walaupun berlainan ibu itu baik tanpa ada sebarang masalah.

Malah bagaikan tradisi, mereka akan melawat di antara satu dengan lain setiap kali hadirnya bulan Syawal itu. Selain berkumpul sesama sanak saudara, pada hari raya ketiga Rozita bersama adik beradiknya akan mengadakan rumah terbuka di Taman PKNK, Alor Setar.

Biasanya tiga buah khemah dipasang manakala hidangan untuk menjamu selera pula lebih senang ditempah. Seharian selepas penat melayan tetamu dan peminat, Rozita bersama ahli keluarganya akan bercuti di Langkawi untuk mencari kegembiraan.

“Selalunya keluarga kami memang macam tu. Dah penat melayan tetamu di rumah, kita orang akan pergi bercuti ramai-ramai. Jangan kata kami lari dari rumah sebab tak mahu orang datang ke rumah pula ya?” katanya berseloroh.

*Ya! Memang sibuk

Ketika diajukan pertanyaan sejauh manakah sibuknya dia, katanya paling lama dalam satu bulan dia hanya mempunyai cuti kira-kira empat hari. Lain-lain waktu dipenuhi dengan penggambaran drama atau filem.

Malah dia mengakui tidak punyai banyak masa untuk lepak-lepak seperti kebanyakan orang. Menginjak usia 36 tahun memang Rozita sudah rasa penat menjadi seorang pelakon tetapi hakikatnya dia perlu bekerja untuk menyara dua anak lelakinya iaitu Ammar Effandy, 13, dan Aniq Ezzra, 11, yang sedang meningkat remaja. Sebab itulah masanya tidak pernah cukup untuk aktiviti lain.

Tapi sayang, penat bekerja untuk mencari pendapatan keluarga, lain pula cerita yang keluar apabila ada suara-suara sumbang yang mengaitkan dia dengan si polan dan si polan.

*Semuanya rezeki

Bukan apa, kesenangan yang dikecapi Rozita hari ini apabila memiliki kereta mewah dan juga menggajikan seorang pemandu memperlihatkan seolah-olah ada orang yang menaja.

Yalah, ramai yang menganggap hidup sebagai pelakon banyak mana rezekinya? Masakan boleh hidup mewah sebegitu rupa?

Tetapi orang tak tahu untuk mendapat kesenangan seperti itu dia bukan duduk goyang kaki. Rozita bekerja keras siang dan malam. Terus terang wanita ini menjelaskan yang dia selama ini bekerja kuat.

Pukul lima pagi baru balik rumah selepas selesai penggambaran. Semuanya itu untuk siapa kalau bukan anak-anak dan keluarga.

Soal pemandu pula dia wajar menggajikan seseorang kerana kesibukan waktu dapat diaturkan dengan sempurna agar suasana pekerjaan menjadi lebih mudah dan teratur.

Hendak ke lokasi ada orang ambil, balik pula ada orang jemput. Begitu juga ketika hendak menghantar anak ke sekolah. Semuanya ada orang uruskan. Tidak ada masalah lagi.

“Sejak tiga tahun ini syukurlah rezeki saya tak putus-putus. Banyak benda yang saya lakukan tetapi semua itu orang tak tahu sebaliknya hanya mahu melemparkan tuduhan.

“Kalau ada VIP yang menaja, buat apa saya perlu kerja keras. Tiga bulan tak kerja pun tak ada. Kemewahan saya hari ini adalah hasil usaha saya. Ia rezeki anak-anak saya,” jelasnya.

*Tak mungkin bercinta dengan orang muda

Sebelum ini heboh kononnya Rozita bercinta dengan pemain bola sepak Mohd. Asrarudin Putera Omar yang berusia 21 tahun. Mereka dilihat keluar bersama ditemani oleh adik Rozita sendiri iaitu Ayu Raudhah yang hangat bercinta dengan Zaquan Adha Abd. Radzak. Tidak menafikan berkawan rapat tetapi jauh di sudut hatinya untuk menjalinkan cinta dengan lelaki 15 tahun lebih muda daripadanya itu.

Gara-gara gosip berkenaan, Rozita sudah fobia untuk keluar bersama lelaki itu lagi kerana bimbang akan disalahtafsirkan.

“Saya keluar pun ramai-ramai. Saya suka temankan adik saya si Ayu Raudhah saja. Tak sangka pula ia menjadi cerita hangat dan sensasi kononnya saya bercinta dengan pemain bola sepak itu,” ujarnya.

*Memang nak kahwin

Usia semakin meningkat sampai bila hendak berlakon? Itu ayat yang keluar apabila persoalan tentang kerjayanya menjadi topik perbualan.

Dek kerana itulah si cantik ini bercita-cita untuk mengusahakan butiknya sendiri suatu hari nanti selain mengasah semula kebolehannya menjahit pakaian terutamanya baju kurung pesak.

Tidak dinafikan ketika berada seorang diri, dia terfikir juga apabila anak-anaknya sudah dewasa dan masing-masing berumah tangga, apa akan jadi pada dirinya?

Tentulah dia memerlukan seseorang untuk menjadi pengubat rindu dan tempat bermanja. Tapi sayang, sekarang ini Rozita agak was-was dengan lelaki kerana menganggap tidak semua mereka itu ikhlas dalam sesebuah perhubungan.

Sebab itulah dia tidak pernah kisah soal untuk berumahtangga melainkan dia benar- benar bertemu dengan mereka yang ikhlas untuk mengambilnya sebagai seorang isteri.

“Memang terfikir juga nak kahwin tapi hari ini susah nak jumpa lelaki yang betul-betul ikhlas. Tapi tak apalah, saya percaya kepada rezeki. Kalau ada tu, adalah,” katanya mengakhiri bicara.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 9:29 am

Saman kerana diaibkan – Julfekar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Hi_02_20


NAMPAKNYA perbalahan antara komposer dan pemilik MilleniumArts Sdn. Bhd., Julfekar Ahmad Shah dan artis Farawahida Razali sampai ke kemuncaknya. Atas nama maruah yang tercalar, Julfekar mengambil langkah drastik menyaman bekas penyanyi didikannya itu.

Melalui Tetuan Radzuan Ibrahim & Co., Julfekar telah memfailkan saman terhadap Farawahida pada 27 Ogos lalu.

“Ini kerana maruah. Saya rugi dan saya diaibkan,” kata Julfekar ketika hadir ke pejabat Mingguan Malaysia pada petang Selasa lalu.

Dalam pertemuan itu juga Julfekar meluahkan rasa hatinya terhadap kemelut yang melanda dirinya dan Farawahida selama ini.

“Saya dah rugi. Syarikat saya syarikat kecil dan saya menggunakan duit simpanan sendiri. Saya tak pinjam bank untuk buat albumnya. Tapi dia sudah merugikan saya dengan tindakannya.

“Dia juga cuba jatuhkan maruah saya. Sepatutnya sebagai Muslim, kalau sudah tidak suka, cakap sahaja. Kenapa mesti mengaibkan orang.” Julfekar tolong jawab beberapa misteri di sebalik kontroversi “kehilangan” Farawahida.

Benarlah anda nekad memfailkan saman?

Ya dan akan keluar lagi beberapa saman lain termasuk saman malu.

Saman yang anda failkan pada 27 Ogos itu saman apa?

Saya memfailkan saman tuntutan ganti rugi kerana (Farawahida) melanggar kontrak dan meletak jawatan serta merta sebagai artis MillenniumArt pada 9 Februari 2009 sedangkan kontrak Fara hanya tamat pada 19 Februari 2009. Dan Fara masih lagi mempunyai option atau pilihan satu tahun (kontrak Farawahida adalah 5+1) yang menjadi hak syarikat untuk menyambung kontraknya selama setahun lagi tanpa notis. Hakikatnya, kontrak Farawahida akan tamat pada 19 Februari 2010. Ada empat klausa (berdasarkan klausa 1, 7, 9 dan 12) dalam kontrak yang menunjukkan dia masih artis MilleniumArt.

Tidakkah ada jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini?

Tidak timbul syarikat tidak mahu melepaskannya. Sebab syarikat telah menghantar surat pada Farawahida pada 17 Februari 2009 dan 19 Mei 2009. Dalam surat tersebut pihak syarikat tidak mempunyai bantahan untuk penamatan kontraknya dengan MillenniumArt. Tetapi dengan bersyarat.

Apa syaratnya?

Farawahida dimestikan membayar ganti rugi di atas kerugian sejak Fara meninggalkan syarikat sekali gus mengabaikan tanggungjawabnya sejak awal Februari 2009.

Berapa jumlah kerugian yang dituntut?

Pihak syarikat menuntut sejumlah RM436,700 yang melibatkan kos-kos kerugian yang telah ditanggung oleh pihak syarikat dalam menerbitkan album terbarunya, Farawahida ‘09 serta promosi di Indonesia yang telah pun dirancang pada Februari-Mei 2009. Ia meliputi kos pembikinan album terbaru (Farawahida ‘09) untuk edaran Indonesia dan edaran Malaysia (tujuh lagu), kos pembikinan klip video, tiket penerbangan, makan/minum dan penginapan, penggambaran kulit album, bayaran kepada pengurusan yang dilantik untuk tujuan aktiviti dan promosi di Indonesia, pencetakan cakera padat album Farawahida ‘09 di Indonesia, kos-kos promosi untuk album Farawahida ‘09 di Indonesia serta kesusahan dan keperitan yang ditanggung oleh syarikat di dalam mengurus, menerbitkan album dan menaikkan Farawahida.

Jadi apa status Farawahida sekarang?

Oleh kerana kontrak pengurusan Farawahida dengan MillenniumArt Sdn. Bhd. masih belum tamat seperti yang gembar-gemburkan selama ini. Jadi Fara tidak boleh membuat sebarang urusan dengan sesiapapun berkaitan acara, show, penampilan atau yang berkaitan, tanpa melalui pihak MillenniumArt. Fara juga tidak boleh menggunakan khidmat orang lain atau syarikat selain MillenniumArt.

Apa perasaan anda terhadap Farawahida sekarang?

Saya amat terkilan dengan sikapnya yang terus membuat kenyataan di media menghebahkan perkara-perkara yang berbaur fitnah. Saya pun ada maruah, saya tak mahu maruah saya diperlakukan seperti ini. Saya telah melakukan segala-gala yang terbaik buat kerjaya seni Fara demi menaikkan Fara. Tapi inikah balasannya?

Fara kata dah muhasabah diri tapi kenapa masih hendak mengaibkan orang? Kalau dia ingin mencari publisiti kerana takut atas kejatuhan dirinya sendiri, tak perlulah dengan cara keji mengaibkan orang lain.

Saya telah membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi tujuan penerbitan album, strategi promosi, kelas vokal untuk meningkatkan mutu nyanyian dan juga perbelanjaan untuk sara hidup dan penampilannya agar tampil segar dan menarik.

Boleh jelaskan tentang dakwaan-dakwaan Farawahida terhadap anda selama ini?

Dalam kenyataannya di media , dia masih terus menghebahkan perkara-perkara yang berbaur fitnah walaupun dia mengatakan tak mahu lagi membuat kenyataan-kenyataan di media tapi kenapa masih terus buat kenyataan yang berniat mengaibkan saya? Dia mendakwa kononnya hidup terkongkong tetapi kenapa baru sekarang nak kata begitu? Kenapa tidak sebelum ini? Ada udang sebalik batukah baru nak bagi alasan yang klise seperti itu? Dia juga mendakwa kononnya saya berniat menamatkan kerja seninya. Saya tak pernah berniat seperti itu.

Sebenarnya kalau dia menggunakan saluran yang betul seperti adakan perbincangan, perkara-perkara mengaibkan ini tak timbul.

Padahal selama enam bulan saya memujuk Fara melalui SMS agar datang berbincang dan selesaikan dengan baik tapi dia degil.

Tak cukup dengan itu, pihak syarikat juga dah hantar surat padanya tapi pun tiada maklum balas positif dari Fara dan yang terakhir peguam saya telah menghantar surat di mana dalam surat itu pihak saya telah bersetuju dengan permohonan berhentinya yang bertarikh 9 Februari 2009, dia hanya perlu membayar ganti rugi yang telah diminta, namun tiada juga maklum balas dari dia mahu pun dari peguam yang dia lantik.

Farawahida pernah mendakwa baru sekarang dia merasa memegang duit sendiri? Apa komen anda?

Dakwaan seperti ini adalah keterlaluan dan tak berasas. Tengok saja apa yang ada pada diri dia selama ini, hidup mewah. Tempat tinggal yang selesa dan mewah, pakaian bertimbun, kasutnya beratus pasang, aksesori dan sebagainya malah rumah di Taiping yang dulu hanya ala-ala, sekarang dah cantik, siap marmar, perabot dan macam-macam lagi. Dia jangan tak akui, selama beberapa tahun ini, setiap tahun siapa yang selalu belikan baju raya pada dia dan famili. Allah Maha Mengetahui. Dia juga perlu tahu selama empat tahun dari tahun 2003 hingga 2006, ketika itu Fara tiada wang dan masih belum ada pendapatan sendiri, pihak pengurusan terpaksa menanggung semua kos sara hidup dia termasuk sewa rumah, belanja dapur, beli pakaian, bil-bil dan sebagainya.

Khabarnya anda menjaja cerita? Juga kononnya anda memukul dia di depan emaknya dan orang ramai?

Selama ini saya tak pernah membuat kenyataan memburukkan dia di media. Selalunya saya akan membuat kenyataan di media selepas dia membuat kenyataan yang tak betul di akhbar. Itu pun kenyataan saya lebih kepada membidas kenyataan-kenyataan yang tak betul yang dia telah katakan. Saya dah puas nasihatkan dia agar tak perlulah lagi buat kenyataan-kenyataan yang berbaur fitnah kerana akhirnya memburukkan keadaan dan dirinya sendiri.

Tentang dakwaan saya memukulnya di depan emak dia dan orang ramai, ini adalah penipuan dan dakwaan tak berasas! Masuk akal ke saya memukul dia di depan emaknya apa lagi depan orang ramai? Takkan orang ramai tak bantu? Tak ada pun dengar orang buat laporan saya pukul dia.

Pernah tak nampak Fara dalam keadaan lebam-lebam? Lagipun apa hak saya buat begitu pada dia? Dakwaan ini bermotifkan ingin menjatuhkan maruah saya. Ini semua satu konspirasi yang dia dah rancang.

Sejujurnya apa hubungan anda dan Farawahida?

Malas sebenarnya bercerita tentang cinta ni, nanti nampak sangat saya yang terhegeh-hegeh, padahal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Janggal bukan? Dia kata tak bercinta tapi yang dia pergi buat laporan yang mengatakan ada rakaman seks kami berdua. Kenapa? Bukankah dengan tak secara langsung dia telah mengakui antara kami memang ada hubungan?

Malas dah mengulas lanjut tentang perkara ini. Cuma di sini saya lampirkan contoh SMS yang dia telah hantar kepada saya pada Disember 2006. Jadi pembaca fikir-fikirkanlah sejauh mana kebenaran kenyataannya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 9:31 am

Artis dan acara puasa
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Hi_04_12

IFA Raziah menggamatkan suasana gerai JuzJumbo Suria Fm baru-baru ini.

MEMANG tidak dinafikan pada bulan Ramadan banyak majlis berbuka puasa dianjurkan dan ramai pula artis yang terlibat. Pada bulan-bulan ini juga ramai artis mengambil kesempatan untuk tidak bergiat aktif dalam seni untuk menumpukan perhatian kepada amal ibadat.

Tidak kurang juga yang yang mengambil peluang melakukan pelbagai perniagaan di bulan puasa begini terutama menjual hamper dan biskut raya.

Memang sambutannya menggalakkan. Seperti kek lapis Sarawak Deja Moss yang terkenal itu yang Wanda dengar saban tahun dinanti oleh penggemarnya.

Ifa Raziah juga antara artis yang pandai mengambil peluang berniaga. Hamper raya menjadi salah satu cabang perniagaannya. Dan sebecok mulutnya, begitulah juga lajunya jualan hamper raya Ifa.

Dan menariknya tahun ini, ada juga yang mengambil peluang berniaga di bazar Ramadan seperti yang dijalankan oleh stesen radio Suria Fm.

Mereka membuka gerai menjual jus di Jalan Raja Alang, Kampung Baru. Ada empat perisa - strawberi, laici, kiwi dan mangga daripada jenama Nutri Fres.

Khabarnya sambutan begitu menggalakkan. Sampaikan tak menang tanganlah mereka yang mengendalikan geraiJuzJumbo Suria Fm tu.

Mana taknya, tengoklah pengunjung bazar Ramadan Jalan Raja Alang itu. Memang penuh setiap masa.

Pulak tu, Suria Fm bukan sahaja menawarkan tawaran harga berbaloi dengan jus jumbonya tapi juga peminat boleh beramah mesra dengan para penyampainya yang saban hari berada di situ menjual jus mereka.

Wanda dengar Ketua Pegawai Operasinya (COO), Engku Emran Engku Zainal Abidin juga setiap hari ada di sana. Hebat betul.

Bukan itu sahaja, ramai juga para artis yang turun padang membantu mempromosikan gerai JuzJumbo Suria Fm ini.

Kehadiran Roslan Shah dan Ifa Raziah paling menggamatkan suasana. Bayangkan dengan celoteh mereka. Wanda dengar Ifa siap jual biskut dan kek lapis lagi. Sekelip mata saja dah habis.

Ning Baizura juga menjual mee goreng hasil air tangannya di gerai itu baru-baru ini. Wanda dengar ramai lagi artis yang memeriahkan gerai itu.

Antaranya tentulah isteri COOnya, Erra Fazira dan kawan baiknya, Umie Aida. Juga khabarnya Datuk Siti Nurhaliza bakal hadir memberi sokongan.

Kalau Siti datang, tak tahulah macam mana agaknya gerai Suria Fm dikerumuni. Mungkin pukul dua orang dah mengerumuni gerai itu yang hanya dibuka pada pukul 4 petang setiap hari. Kita tengoklah nanti macam mana.

Dayang Nurfaizah juga akan berada di gerai tersebut pada 7 September ini dari pukul 4 petang hingga 6 petang.

Dia akan turut menjual serta mempromosikan kuih raya miliknya yang dinamakan Biskut Dayang Sayang Kamu.

Agak-agaknya macam manalah rasa biskut raya itu ya? Kalau nak tahu, singgahlah ke gerai itu esok. Amy Search dan AC Mizal juga antara artis yang bakal hadir memeriahkan gerai itu.

Apa pun yang penting dan membanggakan, gerai JuzJumbo Suria Fm turut dikunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Sempatlah juga mereka berbelanja di gerai itu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 9:32 am

Almy rasa cantik berkulit hitam

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Hi_03_12

SEKALI pandang wajah gadis jelita ini tampak garang. Dia juga sempat dituduh gadis gedik lantaran beberapa watak yang dibawanya dalam drama dan filem terdahulu seperti Rasukan Ablasa dan Dunia Baru The Movie.

Bagi membuktikan kredibilitinya lebih daripada sekadar gedik, Almy memecah tradisi lakonannya sendiri dengan memburukkan wajahnya demi menjayakan watak seorang gadis berkulit hitam legam dalam siri Senandung Si Dayang. Siri ini disiarkan dalam slot Lagenda di saluran TV9 pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 4.30 petang.

Almy yang memulakan langkahnya dalam bidang seni melalui pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 mengaku watak Puteri adalah satu cabaran yang besar kerana seluruh tubuh dan wajahnya dicatkan dengan warna hitam.

“Awalnya sukar apabila diwarnakan hitam, mahu pegang apa-apa pun perlu berhati-hati kerana takut melekat warnanya. Mahu makan juga kena jaga-jaga sebab nanti kotoran masuk ke dalam mulut.

“Tapi bila dah lama-lama, saya makan dan pegang sahaja semua benda,” ujarnya yang merasakan kepayahan ketika menyarungkan baju. Kadangkala Almy turut berasa dia menyusahkan krew-krew produksi kerana kesukarannya itu.

Disolek dalam masa satu setengah jam setiap hari, efek hitam ke atas kulit Almy Nadia menggunakan krim asas warna hitam.

Apabila ditanya adakah dia berasa cantik dalam tona warna yang berbeza dengan kulitnya kini yang kuning langsat, jawab Almy dengan jujur: “Sebagai Puteri saya rasa cantik sebab berwarna hitam dan lain daripada yang lain.”

Almy turut menyatakan dia baru sahaja selesai penggambaran siri itu dan sudah tiba masanya untuk memanjakan diri dengan pergi membuat rawatan badan dan rambut.

“Setelah sekian lama dibalut dengan warna hitam, saya perlukan rawatan untuk badan dan rambut saya,” kata gadis yang tidak menolak pergi ke bazar Ramadan ini.

“Saya akan pergi sekali-sekala. Cuma saya tidak mahu membazir kerana selalunya di bazar itu, nafsu untuk membeli itu dan ini akan timbul. Akhirnya selepas berbuka, makanan yang dibeli tadi tidak habis dimakan. Itukan membazir namanya,” ujarnya.

Almy juga kurang gemar berbuka puasa dengan juadah nasi sebaliknya memilih laksa atau bihun. Dia hanya akan menyentuh nasi dan makanan berat sewaktu sahur.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 9:37 am

Myza rakam lagu: Ikut langkah Ina Naim?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Myza-a10


Ingat tak kepada Ina Naim yang tiba-tiba meletup selepas putus tunang dengan Mawi dulu? Ina dapat tawaran menjadi model dan juga dapat merakam album.

Bakatnya bukanlah sedahsyat penyanyi lain, tapi nama yang sudah dikenali ramai membuatkan ada pihak yang yakin dengan Ina. Ina ada menyatakan hasrat nak jadi penyanyi, lalu terus disambar Hijjaz Records untuk projek lagu raya dan album mini.

Kini nama Maizawati Zainal juga dikenali ramai. Daripada seorang suri rumah biasa, Maizawati atau Myza menjadi sebutan peminat hiburan. Apatah lagi kisahnya beberapa kali menjadi paparan muka depan akhbar.

Semuanya gara-gara krisis rumah tangga dengan pendakwah dan penyanyi terkenal Akhil Hayy sehingga membawa kepada perceraian mereka. Akhil akhirnya menikahi Waheeda, wanita yang disebut oleh Myza sebagai penyebab keruntuhan rumah tangga Myza. Namun dinafikan oleh Akhil sebelum ini.

Nampaknya Myza juga memilih bidang seni sebagai penyambung kehidupannya. Sejauh mana kemampuan Myza tidak bolehlah dibuat penghakiman sekarang sebab produknya belum dihasilkan. Tunggulah apabila album yang berkonsep world music itu siap. Nampaknya Myza akan berentap dengan Waheeda sebab konsep muzik yang sama.

Sebagaimana Ina Naim yang memulakan rakaman dengan lagu pasal hari raya, Myza juga menyelitkan sebuah lagu bertema hari raya dalam album sulungnya yang bakal dipasarkan tidak lama lagi. Beliau memulakan rakaman pada 2 September lalu.

Selamat datang ke dunia seni dan tunggulah bagaimana Myza meredah kehidupan sebagai artis setelah beberapa tahun melihat perjalanan suaminya (sekarang bekas suami) sahaja.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Myza-a11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 9:53 am

Lisa Beraya Tanpa Ayah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Lisa12


Tatkala insan lain menyambut Hari Kemenangan Islam dengan kemeriahan, namun bagi Lisa Surihani, Aidilfitri membawa seribu satu kenangan bersama arwah bapanya yang telah kembali ke rahmatullah pada November 2008.


Menyambut Syawal tanpa bapa yang dipanggil daddy menerbitkan perasaan rindu yang mendalam dalam dirinya sekeluarga.

"First time Lisa beraya tanpa daddy dan seolah-olah segalanya tak lengkap. Tapi kita yang ada harus teruskan hidup seperti biasa dan setiap kali teringatkan daddy, Lisa akan sedekah Al-Fatihah.

"Memang banyak sangat kenangan manis bersama Daddy, selalunya kami akan ke bazar Ramadhan berdua dan daddy seorang yang sangat suka berlawak," kata Lisa yang masih bersedih atas kehilangan ayah tercinta.

Biarpun masih dibelenggu dengan kehilangan tersebut, namun Lisa akur dengan ketentuan Ilahi. Hidupnya kini lebih terarah kepada pembinaan karier yang semakin meningkat. Membiarkan dirinya sentiasa dikelilingi individu yang rapat agar perasaan kehilangan dapat dilupakan.

"Tahun ini Lisa akan terlibat dengan Program Astro Mega Raya bersama-sama Erra Fazira, Anita Sarawak, Aaron Aziz dan ramai lagi selebriti. Yang pastinya program tersebut meninggalkan kenangan pada Lisa.

"Bayangkan Lisa kena menyanyi, hanya Tuhan yang tahu betapa malunya pada masa itu. Kebetulan Lisa demam selsema semasa rakaman so suara yang keluar pun jadi lain. Sebenarnya Lisa pernah menjadi penyanyi latar Hazami dan pernah belajar vokal dengannya namun bidang nyanyian hanyalah untuk suka-suka," ujarnya sambil ketawa.

Lisa menjelaskan dirinya cuba untuk mengelak tanggapan stereotaip sesetengah pihak kepada watak yang dibawa, dan disebabkan itu, terdapat pelbagai variasi watak yang pernah dilakonkannya sepanjang melibatkan diri dalam industri ini.

"Lisa suka mencuba pelbagai watak untuk menguji sejauh mana kemampuan diri dan sebolehnya tak mahu hanya hadkan masa untuk lakonan. Lisa masih muda dan masih banyak yang perlu diterokai. Masa yang akan menentukan fokus utama Lisa," ujar anak kepada bekas peguam ini.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 2:22 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38903010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38903011
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 2:23 pm

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Yayasan JUSCO Malaysia
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38893910

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu album terbaru berkonsepkan ketuhanan dari Dato’ Siti Nurhaliza, Tahajjud Cinta.

Sepatutnya, album ni dah ada di pasaran pada awal Ramadan tapi tertangguh sebab tak dapat kelulusan katanya. Dengarnya, album ini akan dilancarkan minggu depan samada 10 atau 11 September.

Tengok pada jadual, rupanya 11 September ni terlalu banyak majlis berbuka dan events. Mmm… harap-harap boleh la pergi sebab nak dengar sangat lagu baru Siti ni.

Ini gambar Dato’ Siti Nurhaliza kasi sumbangan kepada anak-anak yatim di majlis berbuka puasa dengan Yayasan JUSCO Malaysia di Restoran Rebung di Kuala Lumpur hari tu. Mesra sungguh Dato’ Siti Nurhaliza layan anak-anak ni.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38885910

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38885911
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 2:25 pm

IZ OIAM dan Shila di The Curve Hari Raya Celebration Show

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 38884110

Eh, korang…korang dah shopping raya? Budiey belum lagi. Takde kesempatan lagi. Asyik sibuk memanjang jek. Minggu depan kot… harap-harap adalah masa nanti.

Mmm, sekarang dah banyak shopping mall buat sale jualan murah. Di mana destinasi shopping korang? jalan TAR mesti tengah pack sekarang ni, kan? Kepada korang yang mengunjung The Curve esok, korang akan dihiburkan oleh dua orang penyanyi IZ OIAM dan Shila~

Jadi, pihak pengurusan IZ OIAM ingin menjemput semua pembaca Selebriti ke Show IZ OIAM & Shila di The Curve Hari Raya Celebration Show pada hari Ahad ini. Show ini adalah percuma dan terbuka kepada semua. Mereka masing-masing akan menyanyikan lagu solo dan juga akan berduet.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 2:29 pm

Aizat kini lebih hargai Ramadan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Aizat310

Aizat kini lebih menghargai ramadan dengan kerap mengerjakan sola tarawikh dan berbagai kerja amal. - foto mStar Online

BULAN Ramadan pastinya membawa satu perubahan yang besar di dalam diri setiap insan kerana bulan ini merupakan waktu yang paling sesuai untuk kita sedar akan muhasabah diri.

Begitu juga bagi penyanyi, Mohd Aizat Amdan atau lebih dikenali sebagai Aizat ini yang merasakan dirinya semakin matang untuk lebih menghargai Ramadan berbanding Syawal.

"Aizat merasakan diri Aizat sekarang sudah semakin matang berbanding dulu, sekarang Aizat akan lebih menghargai Ramadan dari syawal.

"Aizat rasa tak sabar-sabar sebelum ni bila nak sambut ramadan berbanding zaman dulu Aizat lebih nak sambut raya je...

"Dulu bila puasa je rasa malas nak berpuasa, asyik nak ponteng je...sekarang Aizat dah tak fikir raya tu lebih seronok, sebaliknya puasa lagi seronok.

"Sebab tu bila Aizat pergi tarawikh Aizat rasa seronok sangat," kata Aizat.

Kematangan yang dimiliki Aizat juga telah membawa dia dan abangnya, Anas untuk mencipta sebuah lagu yang berjudul 'Erti Kata Hati' yang didekasikan khas kepada mangsa-mangsa peperangan di Palestin.

"Sebenarnya kami tersentuh dengan keadaan di Gaza yang mana kanak-kanak yang tak berdosa juga terlibat menjadi mangsa peperangan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Aizat210
Aizat bergambar bersama ahli keluarganya sebelum majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Kasi Gegar Entertainment Sdn. Bhd dan Aizat sekeluarga di Masjid Asy-Syakirin, KLCC.

"Jadi dari situ kami dapat ilham untuk mencipta lagu ini dan sepenuhnya kami dedikasikan buat mereka," katanya yang turut akan menghasilkan album keduanya pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Selain itu, bagi penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur ini, mengatakan segala kejayaan yang diperolehinya merupakan satu cabaran dan dugaan yang diberi Allah s.w.t terhadap dirinya.

"Aizat bersyukur sangat dengan segala kejayaan yang Aizat perolehi, tetapi bagi Aizat itu semua adalah satu cabaran dan dugaan yang diberi kepada Aizat oleh Allah s.w.t.

"Mungkin tuhan nak uji diri Aizat sama ada Aizat bersyukur atau Aizat jadi lupa diri bila sudah berjaya.

"Aizat anggap itu dugaan, Aizat akan lebih bekerja keras, perbaiki diri dan personaliti Aizat malah bagi Aizat setiap hari merupakan hari pembelajaran buat Aizat," jelas Aizat.

Aizat turut diminta untuk mengulas mengenai kenyataan ayahnya, Dato' Amdan Mat Din, yang hanya membenarkan Aizat untuk berkahwin hanya pada umur 30 tahun dan Aizat mengatakan keputusan ayahnya itu bersebab dan dia menerimanya.

"Bagi Aizat, apa yang ayah cakap itu ada 'point' dia sendiri... dia inginkan yang terbaik untuk anak-anak dia agar lebih matang dan stabil sebelum mendirikan rumah tangga sebab kalau tak stabil, macam mana saya boleh pikul tanggungjawab nak jaga anak dara orang.

CERIA... Aizat bersyukur kerana memiliki keluarga yang ceria dan tidak mengongkongnya.

"Berkenaan isu umur 30 tahun tu, ayah saya hanya letakkan sebagai syarat je... kalau saya sudah betul-betul stabil sebelum usia tersebut, saya dah boleh kahwin dah.

"Tapi Aizat bersyukur sangat dapat keluarga yang tidak mengongkong Aizat dan tidak menghalang Aizat untuk berkawan dengan sesiapa saja," kata Aizat.

Ditanya mengenai calon isterinya nanti Aizat mengatakan dia tidak memilih wanita tersebut dari golongan artis atau tidak, sebaliknya mementingkan persefahaman yang ada di antara mereka nanti.

"Aizat tak kisah siapa pun yang akan Aizat pilih nanti asalkan dia boleh faham saya, boleh terima keluarga saya dan apa yang penting ada persefahaman antara kami berdua," jelas Aizat.

Namun apabila menyentuh mengenai Liyana Jasmay yang akan dipilih Aizat sebagai calon isteri, Aizat hanya tersipu malu dan enggan mengatakan apa-apa.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 2:31 pm

Liyana Jasmay selesa bersama 'LJ Band'


PERCATURANNYA mencuba nasib sebagai penyanyi pernah dikritik sesetengah pihak. Ada yang merasakan pembabitan Liyana Jasmay di dalam bidang nyanyian tidak akan ke mana dan tidak kurang juga yang mengatakan pelakon kecil molek ini sebenarnya tidak berbakat sebagai penyanyi.

Namun, bagi gadis berusia 21 tahun ini, dia mengambil semua kritikan itu sebagai satu pembakar semangat untuk melakukan yang terbaik.

Akui Liyana yang tampil dengan single sulungnya, Aku Tak Percaya Cinta tidak lama dulu, dia bukanlah penyanyi profesional dan masih mencari ruang untuk memperbaiki kelemahannya.

Dan langkahnya bergelar penyanyi juga bukanlah sekadar suka-suka. Buktinya, gadis yang baru dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 ini melihat jauh masa depannya di dalam bidang nyanyian dan lantaran itu turut mempunyai band pemuzik sendiri untuk mengiringi setiap kali persembahannya.

Band yang digelar 'LJ Band' oleh Liyana ini terdiri daripada lima pemuzik dan sebenarnya telah bergerak bersama-sama bintang ini sejak April lalu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Liyana10
Liyana akui lebih berkeyakinan bersama 'LJ Band'

"Kalau diikutkan, sejak mula-mula saya keluar dengan single pertama saya dulu, saya sudah bersama-sama dengan mereka.

"Semuanya bermula ketika saya berbincang dengan penggubah muzik saya, AG Coco dan Ajai bagaimana bentuk persembahan saya kelak kerana saya tidak suka buat persembahan menggunakan 'minus one'.

"Kemudian, AG cadangkan ada band sendiri. AG yang menguruskan semuanya dan mencari pemuzik. Tetapi saya juga mengenali mereka ini kerana mereka turut terlibat dalam proses penghasilan album mini saya.

"Jadi, saya sendiri tidak ada banyak masalah dengan mereka kerana mereka sudah tahu lagu-lagu saya dan ianya membuatkan semuanya berjalan dengan mudah," kata Liyana yang ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Sg.Wang Plaza, baru-baru ini.

LJ Band terdiri daripada AG sendiri (gitar utama), Ari (gitar kedua), Dugong (bass), Qudut (dram) dan Ully (keyboard).

Menurut Liyana, dengan adanya pemuzik-pemuzik ini, ia secara tidak langsung menambahkan keyakinan dirinya tatkala beraksi di pentas.

"Mereka ini adalah orang-orang yang percaya pada bakat saya dan saya sendiri akui rasa lebih yakin bila membuat persembahan bersama mereka. Seronok sebenarnya dapat bekerjasama dengan mereka.

"Dan apa yang penting, bayaran yang saya terima ketika menjayakan persembahan memang akan dibahagi sama rata dengan mereka semua. Saya tidak ambil untung lebih pun.

"Bukannya apa, saya rasa lebih baik begini kerana kami melakukannya bersama-sama dan saya rasa, mereka lebih memerlukan wang itu berbanding saya. Bagi saya, biarlah saya 'susah' dulu sekarang asalkan dapat membantu mereka," tutur anak bongsu daripada empat beradik ini.

Namun, kata Liyana lagi, meskipun band itu sentiasa mengiringi persembahannya, dia bagaimanapun tidak pernah menghalang mereka untuk turut mengadakan persembahan lain juga.

"Saya tidak kisah kalau mereka ingin bermain muzik untuk sesiapa pun kerana saya sedar mereka adalah pemuzik dan mencari rezeki dengan bakat mereka.

"Cuma saya ada beritahu mereka, apa-apapun, saya mahu mereka beri keutamaan kepada saya. Itu saja," ujar duta Maybelline ini.

Ditanya bagaimana respon ibubapanya melihat dia 'dikelilingi' lelaki-lelaki tersebut, dalam nada ceria, Liyana menjawab:

"Ibubapa saya pun sudah mengenali mereka. Mama sendiri cukup ambil berat tentang mereka. Memang kami sudah rasa seperti satu keluarga," katanya.

Dalam pada itu, ujar Liyana, album mininya dijangka akan dipasarkan selepas Hari Raya nanti. Namun, pada masa yang sama, dia juga ada berbincang bersama AG tentang perancangan album kedua kelak.

"Kami hanya berbincang sedikit-sedikit saja. Kalau boleh, untuk album seterusnya nanti, saya ingin hasilkan lirik sendiri. Saya ingin sangat mencuba kerana sejujurnya, saya memang suka menulis tentang apa yang saya rasa," katanya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 2:34 pm

Malaysia lubuk rezeki kami

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Mainp107

GANDINGAN dua nama popular dari dua negara jiran, Acha Septriasa, 20, dan Aaron Aziz, 33, membangkitkan keserasian antara kedua-duanya meskipun inilah kali pertama mereka bertentang mata dalam sesi fotografi. Pun Begitu, Acha, aktres jelita dari Jakarta manakala Aaron, aktor dan model kacak kelahiran Singapura, saling mengagumi karier seni masing-masing. Justeru, apabila bertentang mata, senyuman meleret tidak pernah lekang di bibir antara kedua-duanya.

Ironinya, Acha dan Aaron tetap memilih Malaysia untuk pendidikan dan melebarkan kerjaya seni apabila bintang filem Heart itu melanjutkan pengajiannya di bidang Komunikasi Massa Multimedia & Penyiaran di Universiti Limkokwing, Cyberjaya, manakala Aaron sepantas kilat menempa popularitinya di sini sehingga dia dilantik sebagai Wajah Eksklusif Astro dan duta kepada beberapa produk gergasi tempatan.

Bagi mereka, Malaysia ibarat negara sendiri kerana di sinilah mereka mencari rezeki dan berpeluang mengembangkan kerjaya seni kerana masing-masing diterima peminat dan produk seni mereka juga laris.

Namun, Acha menangguhkan pengajiannya selama enam bulan dan akan kembali ke kampus selewat-lewatnya awal tahun depan apabila ketika ini dia sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri terbarunya di Jakarta. Acha akan kembali menetap di Kuala Lumpur bersama keluarga sebaik kuliah bermula. Ketika di Indonesia, Acha menetap di kediaman keluarganya di Tebet Timur Dalam, Jakarta Selatan.

Menguruskan temu janji bersama Acha amat mudah apabila mendapat kerjasama dan layanan daripada ibunya, Rita. Kedatangan Acha ke Kuala Lumpur selama tiga hari mulai tanggal 27 Ogos lalu adalah untuk mempromosikan album mini solo pertamanya, Keputusan Hati apabila buat pertama kalinya, semua melodi serta lirik keempat-empat lagu di dalam album berkenaan, Acha sendiri bertindak sebagai produser dan komposer.

Album berkenaan sudah pun berada di pasaran Indonesia mulai 15 Ogos lalu apabila Acha memilih label Limaduabelas Muzik milik penyanyi terkenal Indonesia, Rossa untuk bernaung dan menjadi artis syarikat rakaman berkenaan sebaik saja kontraknya bersama Warner Music, tamat. Keputusan Hati adalah percubaan pertama Acha menghasilkan semua lagu solo apabila sebelum ini dia sering berduet dengan bekas kekasihnya, Irwansyah sehingga lagu My Heart seakan ‘berhantu’!

“Saya sama sekali tidak menyangka album duet sama Irwansyah sungguh berjaya dan menjadi popular di Malaysia. Kini, saya ingin membentuk imej baru sebagai penyanyi wanita solo. Namun, selepas Keputusan Hati, saya masih mencari pasangan duet yang baru, mungkin saja daripada penyanyi Malaysia, Singapura atau Indonesia sendiri, malah tidak mustahil saya kembali berduet sama Irwansyah.

“Namun, saya pernah diberitahu oleh komposer saya sebelum ini, penyanyi hebat dari Malaysia, Anuar Zain ada menyatakan hasratnya untuk berduet dengan saya. Wah! Saya senang sekali dengan usul itu jika ia menjadi kenyataan!,” kata Acha yang ternyata seorang yang peramah.

Bercakap lebih lanjut mengenai Keputusan Hati, Acha dengan sendiri mengakui ia sebenarnya menceritakan kisah putus cintanya dengan buah hati sebelum ini, penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Irwansyah.

“Menerusi lagu Keputusan Hati, saya sebenarnya menghargai sebuah erti perpisahan. Selain faktor kejauhan, antara sebab perpisahan cinta kami, bolehlah dengar semua lagu di dalam album mini ini apabila saya sendiri menulis liriknya. Dasarnya secara profesional, saya ingin sekali kembali berduet sama Irwansyah selepas album solo ini,” katanya berterus-terang.

Ditebak dengan pertanyaan, adakah dia masih menyimpan perasaan cinta dan menyayangi Irwansyah, tanpa berselindung, Acha mengakui: “Saya masih sayang pada dia (Irwansyah). Sayang saya pada dia, selama-lamanya, tapi mungkin sayang sebagai teman baik saja. Tapi, kalau cinta, manusia boleh cinta pada setiap saat dan pada setiap orang. Cinta tak pernah kekal, tapi sayang adalah untuk selama-lamanya.”

Acha menambah, sejak putus cinta dengan Irwansyah, sampai ke hari ini dia belum bertemu cinta baru. Acha sebenarnya ingin sekali bertemu orang lain sebagai teman istimewanya, tapi terus terang dia mengakui, belum lagi bertemu dengan mana-mana pria yang lebih baik atau lebih hebat berbanding Irwansyah. Justeru, fokusnya ketika ini ialah kepada pelajaran dan dalam masa sama berjaya sebagai penyanyi serta pelakon.

Pun begitu, tidak semena-mena timbulnya gosip Acha bercinta dengan Pasha, vokalis kumpulan popular Indonesia, Ungu yang sudah kembali solo selepas berpisah dengan isterinya, baru-baru ini. Acha pula tidak menafikan, mereka saling kenal antara satu sama lain sebagai rakan sesama artis.

“Ya, saya mengenali Pasha, kami juga pernah berduet. Pasha juga pernah ke rumah saya di Jakarta membawa hadiah sempena hari ulang tahun saya. Teman-teman lain juga ramai, mereka juga bawa hadiah. Kerana Pasha begitu terkenal di Indonesia, dia membawa hadiah buat saya, langsung tercetusnya gosip, sebaliknya saya sekadar menganggap Pasha sebagai kenalan biasa saja, bukan juga teman rapat atau teman mesra.

Industri lakonan di Singapura kecil

Sementara itu, percaturan Aaron mencari tapak di Malaysia membuahkan hasil apabila dia menempa populariti dengan sekelip mata. Biarpun sebagai warga negara Singapura, Aaron mendapat kepercayaan Astro sebagai Wajah Eksklusif mereka dan dalam masa sama menjadi rebutan ramai produser drama dan filem tempatan. Aaron juga dilantik sebagai duta L’oreal dan Celcom, sekali gus membuktikan rezekinya di Malaysia mencurah-curah.

Sejak 2004, Aaron sudah banyak menjayakan produksi di Malaysia, manakala drama terakhir yang dijayakannya di Singapura ialah Dol & Minah Nak Kahwin yang diterbitkan syarikatnya sendiri, Aaron Aziz Productions pada 2008. Di Singapura, Aaron mula berlakon pada penghujung 1999 sehingga 2003 dan pernah memenangi beberapa anugerah seperti Personaliti Paling Popular dan Pelakon Pembantu Terbaik pada Pesta Perdana Singapura sepanjang 2001 hingga 2003.

“Saya menjadikan lakonan sebagai kerjaya sepenuh masa, manakala kebanyakan aktor atau aktres di Singapura menjadikan bidang lakonan sebagai karier sampingan kerana mereka mempunyai pekerjaan tetap lain. Justeru, sebagai memenuhi keperluan lakonan sepenuh masa, ia tidak sesuai di Singapura kerana industri lakonannya kecil dan terhad.

“Saya ingin berterima kasih kepada Erma Fatima dan Datuk Yusof Haslam kerana kemunculan awal saya di kaca TV Malaysia adalah menerusi produksi drama mereka. Apabila banyak menjayakan produksi di Malaysia, saya perhatikan cara berkerja karyawan di sini (Malaysia) dan Singapura sangat berbeza. Industri lakonan di Malaysia serius dan dilayan sangat profesional, lantas saya terbayang peluang yang mungkin saya peroleh di sini.

“Saya melihat masa depan yang cerah di Malaysia apabila banyak menimba ilmu dan pengalaman berlakon di sini. Saya ingin mencari tapak yang kukuh di Malaysia dan saya akan buat betul-betul. Orang Malaysia banyak membantu saya termasuklah pihak imigresen, mendapatkan rumah, persekolahan anak-anak, kebajikan seisi keluarga, semuanya terjamin dan diberi kemudahan.

Aaron sedia berlakon dengan Acha

Ekoran populariti Aaron, terdengar desas-desus, isterinya, Diyana sering cemburu dengan dirinya yang didampingi ramai aktres jelita, justeru sejauh mana kebenaran dakwaan berkenaan?

“Cemburu maknanya sayang. Isteri mana yang tak cemburu apabila melihat suaminya didampingi perempuan cantik di dalam drama atau filem? Tapi, Diyana sentiasa bersikap profesional, dia tidak pernah cemburu buta. Saya pula sentiasa menjaga batas pergaulan dan elakkan diri melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kemusykilan di mata orang ramai.

“Apabila Diyana bertanya apa yang berlaku di set, saya akan menceritakannya kerana perlu menghargai keprihatinannya yang tidak berada di lokasi, tapi masih mengambil berat mengenai diri saya. Begitu juga ketika saya menjayakan fotografi bersama Acha, saya beritahu Diyana, apa yang berlaku sepanjang fotografi kami, saya pegang Acha di mana, Acha pegang tangan saya, semua itu saya ceritakan kepada isteri,” kata Aaron tanpa berselindung.

Tambah Aaron, dia sering berdoa kepada Tuhan, apabila berada di set, jangan sampai hatinya bergoncang apabila didampingi aktres cantik kerana tidak mahu rumah tangganya bergolak gara-gara bidang lakonan yang diceburinya secara serius.

“Paling penting niat, jangan sesekali kita menyimpan niat ke arah negatif, itu satu doa sebenarnya. Tuhan Maha Berkuasa, saya takut dengan pembalasan di kemudian hari, insya-Allah Tuhan kuatkan iman saya dalam melayari alam rumah tangga,” katanya ikhlas.

Pun begitu, Aaron tidak menolak kemungkinan sekiranya ada produser yang berminat menggandingkan dirinya bersama Acha di layar perak.

“Saya cari rezeki, saya tidak ada masalah berlakon dengan sesiapapun,” katanya mengakhiri bicara.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitimeSun 06 Sep 2009, 2:36 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Mainp108

Info Acha


NAMA SEBENAR: Jelita Septriasa Sagitta Ahimsha.

TARIKH LAHIR: 1 September 1989.

ASAL: Jakarta.

KELUARGA: Anak ketiga daripada enam beradik.

PENDIDIKAN: Komunikasi Massa Multimedia & Penyiaran, Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya (tahun kedua, semester pertama).

FILEM: Heart, Love Is Cinta, In The Name Of Love, Apa Ertinya Cinta? dan Love.

DRAMA: Andai Ku Tahu, Sakinah dan Salwa.

ALBUM RUNUT BUNYI: Heart (2006), Love Is Cinta (2007) dan In The Name Of Love (2008).

ALBUM MINI: Hikayah Ramadan (2007) dan Keputusan Hati (terbaru)

LAGU TERBARU: Tentang Kita, Maunya Apa Lagi?, Keputusan Hati, Salahku Kau Selingkuh.

Info Aaron

NAMA PENUH: Aaron Mustapha Aziz

TARIKH LAHIR: 23 Februari 1976

ASAL: Tampines, Singapura

DRAMA: Haryati 2, Sumaiyyah, Garisan Takdir, Penghujung Rindu, Janji Diana, Cinta Gila, Rahsia Hati, Tuah Kembali, Cinta Lelong (tayangan Aidilfitri) dan Kasih Tercipta (terbaru)

FILEM: Evolusi KL Drift, Evolusi KL Drift 2, Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam, Shyy... Dia Datang, Pisau Cukur dan Datin Ghairah (terbaru)

KOMERSIAL TV: L'oreal Men dan Celcom

DUTA: L'oreal dan Celcom

NIKAH: 3 Ogos 2003

ISTERI: Diyana Halik

ANAK: Danish Anaqi, 5, dan Dwi Ariana,3.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11 - Page 6 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 11

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 6 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 5, 6, 7 ... 9, 10, 11  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions